Saturday, December 21, 2019

ILMU SYATAR



SOALAN: AnonymousDecember 1, 2019 at 12:18 PM
Salam. Tuan zaman,

Saya nk bertanya APA itu ilmu Al syattar Dan apa apa perbezaan dgn ilmu laduni Dan ilmu mengenal diri ni???


JAWAPAN:

Ilmu Syatar - Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam (ABJAD MALAYSIA)

Catatan Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani (tampa edit) oleh zaam.

Diberitakan kepada Syeikh oleh Syeikhnya iaitu Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia, bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah. Al Syatar adalah ilmu yang dicampakkan atau yang dipertaruhkan kepada hati sanubari insan terpilih sahaja.

Sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam. Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengambil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ialah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan diantara hak-hak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan.

Iaitu Pada Masa Nama Wali Sebelum Nama Nabi, Sebelum Nama Rasul. Kata Rasulullah Maka Ilmu Syatar Yang Diturunkan Pada Hati Aku Ini Mentahkikkan Aku Pada Ilmu Aku Mengenai Hakikat Al Hakikat Al Haqoaq Dan Hakikat Al Asbaq [Hakikat Segala Perkara Yang Maujud Hadith Samaada Ia Baharu Atau Qadim Dan Juga Wujud Hakiki Daripada Masa Azali Hingga Beberapa Masa Yang Panjang Ke Hadapan.

Maka berkata Ulama Hujatul Muhaqiqin:
“Bahawasanya Mereka Yang Berkehendakkan Menuntuti Maqam Wali Yang Ali Lagi Azom Disisi Allah Swt Itu Hendaklah Berusaha Melalui Al Syatar Iaitu Ilmu Yang Dicampakkan Atau Yang Dipertaruhkan Kepada Hati Sanubari Tiap-Tiap Mereka Yang Dipilih Khas Oleh Allah Sebagaimana Ia Pertaruhkan Ke Dalam Hati Sanubari Adam Alaihissalam Seperti Mafhum Firmannya”

Terakhir Ertinya Allah Telah Mengajar Adam Nama-Nama Tiap-Tiap Benda Itu`. Ilmu Ini Tangga Pertama Bagi Tiap-Tiap Nabi [Puncak Yang Tinggi Bagi Darjat Wali Dan Permulaan Darjat Nabi] Tangga Keenam Bagi Menuntuti Darjat Iman. [Tangga Bagi Manusia Biasa Yang Menuntuti Darjat Iman Yang Kamil Mukamil].

Adapun Tangga Pertama Kedua Dan Ketiga Itu Bagi Nabi Dan Bagi Rasul. [Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Iman Jamu Al Jamu Iman Lailatul Mikraj] Tangga Yang Pertama Itu.

 [Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]

Maka Menuntuti Wali Itu Daripada Tangga Pertama Hingga Keenam Dan Ketujuh Kesempurnaan Bagi Wali Itu Darjat Imannya. Tangga Keenam Pada Bab Iman Dengan Itu Tahkiklah Segala Wali Itu Dengan Ilmu Dan Makrifatnya Akan Haqiqah Al-Haqiqatul Haqaiq Dan Haqiqatul Al Ashya Dengan Sekira-Kiranya Wali Dan Mertabatnya.

Maka Mereka Yang Menuntuti Menjadi Wali Pada Zahir Dan Batin Itu Hendaklah Melazimkan Dengan Babnya Supaya Tiada Mardud [Tiada Rasukan] Tiada Bersusah Payah Dengan Ilmu Dan Amal Yang Banyak Dan Jauh-Jauh.

1. Mengaku Menjadi Murid Syeikh Wali Yang Ali Lagi Azim. Iaitu Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani iaitu Sultan para Waliallah yang berwasilah hingga kepada Tok Kenali, kepada Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani dan kepada Tuan Guru As Syeikh Ahmad Junaidin dan kepada kita sebagai anak-anak murid mereka.

2. Mempernamakan Dirinya Pada Zahir Dan Batin Dengan Nama Syeikhnya Seumpama Oleh Syeikh Abdul Razak [Syeikh Yusuf] Anak Sulung Bagi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Dengan Nama Baginya Dengan Cara Demikian Jadilah Dia Menerima Pusaka Wali Agama Islam Diatas Makna Sekeliannya Juzuknya Pada Zahir Dan Batin Daripada Bapanya. Kemudian Dikuburkan Bapanya 3 Hari Iaitu Dia Pergi Pada Hujung Kaki Bapanya Serta Memberi Salam Dan Menuntuti Pusaka Itu Daripada Bapanya.

3. Maka Menjawab Oleh Bapanya, Hendaklah Kamu Berhenti Seberapa Masa Kerana Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Maka Aku Pohonkan Kepada Allah Mengurniakan Pusaka Wali Agama Islam Itu Kepada Engkau Diatas Makna Sekeliannya Dan Juzuk-Juzuknya Selapis Ke Selapisan Hingga Hari Qiamat. Dan Hendaklah Melazimi Pada Bab Aku Berkhlawat Dengan Menuntuti Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Aku Wasiat Akan Dikau Bahawa Hendaklah Engkau Menyampaikan Kepada Tiap-Tiap Mereka Yang Hendak Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku Hendaklah Melazimkan Bab Khlawat Pada Bab Aku Mengaku Murid Bagi Aku Hingga Seberapa Banyak Dosa Dan Kesalahan Sekalipun Nescaya Aku Menerima Akan Dia.

Maka Setengah Daripada Adab Melazimkan Pada Bab Aku Hendaklah Berhadap Kiblat Mengucap Dua Kalimah Syahadat Beberapa Kali Pohon Menerima Iman Islam Ihsan Daripada Allah.

Beralih Ke Pihak Masyrik, Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohon Menerima Segala Rezeki Rohani Jasmani, Banyak Dan Seberapa Banyak Mudah Dan Seberapa Mudah., Luas Dan Seberapa Luas Daripada Segala Pihak Alam Allah Dengan Tiada Galangan Dan Halangan.

Beralih Semula Ke Pihak Maghrib Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohonkan Ibu Terima, Bapa Terima, Aku Terima [Syeikh Muhiyydin], Allah Dan Rasul Terima, Kemudian Pohonlah Apa-Apa Hajat Daripada Allah Dengan Berkata Aku Sekira-Kira Pada Pandanganmu Bahawa Aku Pada Pihak Kanan Atau Hadapanmu Di Al Pabatul Arasil Alazim. Rasulullah Dihadapan Aku, Nabi Allah Khidir Dan Mereka Yang Menjadi Murid Bersama-Sama Denganmu Atau Dibelakangmu. Atas Nama Aku Pada Zahir Dan Batin. Kemudian Hilangkan Sekeliannya Itu Pada Ahadiah Allah. Dan Kekalkanlah Diatas Kelakuan Itu Selama-Lamanya Diantara Aku Dan Rasulullah Itu Seperti Mana Antara Mata Putih Dan Mata Hitam. Maka Adab Dengan Murid Sepeti Tersebutlah Boleh Mencapai Darjat Wali Yang Istiqamah Dan Nyata Beberapa Keramat Dan Kelebihan Yang Menyamai Mukjizat Rasulullah S.A.W.

Adapun Menuntuti Wali Dengan Jalan Berusaha Membanyakkan Ibadat Yang Sunat Seperti Sembahyang, Sunat Rawatib Dan Seumpamanya Dan Juag Memperbanyak Serta Menperluaskan Ilmu Fardu Kifayah Itu Walhal Dengan Tidak Melazimkan Bab Tersebut Hanya Ibadat Dan Ilmu Inilah Sahaja Atau Terus Maju Ke Dalam Istiraj Daripada Allah. Dan Mereka Yang Beribadat Sedikit Atau Banyak, Sedikit Ilmu Atau Banyak Ilmu Tetapi Melazimkan Bab Guru Wali Seperti Tersebut Nescaya Dapat Jadi Wali Dengan Kemudahan. Terlindung Daripada Pandangan Awam Dan Ahli-Ahli Ilmu Bersembang Dengan Banyak Ilmu Dan Amal. Dan Menggantikan Guru Yang Wali Itu Pada Menyertakan Alam Allah Sekira-Kira Ketinggian Maqam Walinya Disisi Allah Dengan Limpah Kurnia Daripada Allah Atas Tangan Syeikhnya Yang Wali Itu.

Dan Segala Batang Tengkok Mereka Yang Bersembang Dengan Banyak Beribadat Dan Banyak Ilmu Dan Juga Mereka Yang Lain Itu Dibawah Tumit Syeikhnya Yang Wali Ialah Dibawah Tumitnya. Tidaklah Naik Mertabat Wali Umpama Syeikhnya Atau Umpama Dirinya Nisbah Mereka Dengan Dirinya Atau Dengan Syeikhnya Itu Hanya Khadam Atau Qalam Dengan Tuannya Sahaja. Maka Memadailah Bagi Kami Dan Bagi Kamu Dengan Ini.

Dari Blog ABJAD tulisan Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani (tampa edit) oleh zaam.

Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah semata mata. Untuk memilik memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak kehambaan kepadanya semata-mata. Kemudian Ilmu ini dikenali dengan nama Ilmu Mengenal Diri, Mengenal Allah yang lebih senonim didalam alam Melayu kerana bentuk acuan ilmu itu sendiri. Lagi pun Ilmu Mengenal diri mengenal Allah ini lebih mudah diingati dan difahami oleh orang-orang Melayu. Maka hingga sekaranglah Ilmu mengenal diri mengenal Allah kekal dimata orang-orang melayu diseluruh Alam Nusantara sebelah Asia Tenggara ini. Ilmu inilah yang menjadi tunggak kepada pengajian didalam pertubuihan ABJAD MALAYSIA akhirnya kerana ajaran dari Tok Kenali sendiri yg dahulunya dikenali dgn ilmu Syatar berubah menjadi pelajaran mengenal diri mengenal Allah. Cuma hanya beberapa orang saja yang diberi amanah utk belajar dan memegang ilmu ini kerana asas sifat ilmu ini yang membawa kepada “Rahsia Allah” maka ia hanya diajar kepada insan terpilih sahaja. Mereka inilah sebenarnya pewaris kepada Ilmu Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam didalam pertubuhan ABJAD MALAYSIA itu sendiri, sedangkan selebihnya hanyalah anak-anak murid biasa sahaja yang hanya belajar Ilmu-ilmu Syariat. Memandangkan Tuan guru Syeikh Ahmad Junaidin telah kembali kerahmahtullah, sekarang tiada siapa lagi yang mengganti beliau untuk mengajar ilmu mengenal diri mengenal Allah ini didalam Pertubuhan ABJAD MALAYSIA ini. Mungkin menunggu kehadiran Imam Mahadi sebagai Sattar terakhir didalam peradaban manusia dialam maya ini dan penutup bagi segala Ilmu dan amal kehadrat Illahi akhir zaman. Ilmu ini juga berbeza dangan Ilham Laduni kerana ilmu mengenal diri menganal Allah menghendaki murid itu belajar mengenal dari bawah hinggalah ia mengenal Allah. Tetapi Ilham Laduni Allah kurnia terus kepada murid dengan kedhaanNya sendiri. Jadi ini bermaksud kurniaan Allah kepada manusia biasa yang benar-benar terpilih yang boleh dianggap hanya satu dalam sejuta ini lebih banyak kelebihan kerana kurniaan itu sangat besar dan pastinya atas sebab-sebab tertentu yang istimewa bagi insan itu di mata Allah SWT.

Dalam kazanah makrifat, pejalanan spiritual akan menyentuh dengan istilah ilmu laduni. Iaitu pengetahuan yang diperolehi tidak melalui proses kegiatan belajar mengajar dan membaca buku-buku, namun melalui pandangan mata hati yang diterima langsung dari Allah.

Allah hanya boleh dikenal jika Dia sendiri berkehendak untuk dikenali. Jika Dia ingin memperkenalkan Diri-Nya... kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan untuk dilakukan pembersihan. Selanjutnya, Hati hambanya tersebut diterangi dengan cahaya atau Nur-Nya. Nur-Nya adalah kendaraan bagi hati untuk sampai ke sisi-Nya. Rezeki ini juga telah Allah tetapkan awal dulu lagi sebelum manusia itu diturunkan kedunia. Oleh itu bukan semua manusia boleh memiliki ilmu atau jalan ini walaupun dia mencuba berkali-kali atau dia cuba berguru kepada beratus orang guru hingga ada setengahnya yang sesat, gila atau terkorban didalam perjalanan itu.

Hati adalah badan dan ruh adalah nyawanya. Ruh pula yang langsung terkait dengan tuhan dan keterkaitan itu dinamakan as-sir (rahasia). Ruh adalah nyawanya hati dan sir adalah nyawanya ruh. Boleh juga dikatakan bahwa hakikat hati adalah ruh dan hakikat ruh adalah sir. Sir atau rahasia yang sampai kepada tuhan dan sir yang masuk ke hadrat-nya. Sir inilah mampu untuk yang mengenal Allah karena sir adalah hakikat semua yang berwujud.

Cahaya Ilahi menerangi hati, ruh dan Sir. Cahaya Ilahi akan membuka hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahasia hakikat-hakikat. Cahaya Ilahi berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku atau memahami dari ucapan orang lain belumlah dikatakan mengetahui hakikat yang sebenarnya. Mereka hanyalah menyangka atau berkhayal didalam syak, zon dan waham, kononnya sudah mengetahui hakikat padahal sesungguhnya belum. Kalau belum menyampai kepada hakikat, bagaimana pula ia boleh menyampai kepada makrifah?. Ini juga antara manusia yang dianggap “gila” yang lara dan hampa didalam pencarian mereka. Oleh itu janganlah suka “mencuri ilmu” dan kata-kata dari mana-mana guru sedangkan kamu tiada berilmu dan suka menunjuk-nunjuk seolah-olah kamu sudah menyampai kepada hakikat disebabkan suka sangat berhujah dan bertaki dihalayak ramai, Pada hakikatnya kamu tu kosong dihadapan Allah.

Hakikat akan diketahui apabila seseorang gigih mendalami pengetahuan tentang hakikat dari perenungan-perenungannya sendiri (berarti dia menggunakan akalnya sebagaimana yang dianjurkan Tuhan dalam agama) dan kemudian mempraktekkannya dalam perbuatan sehari-hari dengan mempertimbangkan dengan hati nuraninya. Ditambah dengan memohon ampunan, memuji Nama Tuhan sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti hadirnya sinar kebijaksanaan sambil terus juga berharap.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang karena ada kenyataan Tuhan padanya. Misalnya kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan. Apabila hari siang, matahari bersinar, akan terlihat tumbuh-tumbuhan dan hewan yang menghuni bukit itu. Yang terlihat di atas bukit itu menjadi nyata karena diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya mewujudkan yang gelap menjadi benda-benda yang nyata.

Sesungguhnya cahaya hanya satu jenis saja dan datangnya dari sumber yang satu jua. Begitu juga halnya pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat karena banyaknya hakikat yang tercermin dari ragam Cahaya Ilahi, sedangkan Cahaya Ilahi datangnya dari cahaya yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.

Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup. Dalil atau bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran tetapi untuk mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Cahayalah yang menerangi atau membuka hijab hati.

Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan serta membawanya untuk menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila cahaya Ilahi sudah membuka tirai dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam nyata. Semakin terang cahaya Ilahi yang diterima oleh hati akan menambah jelas kebenaran yang dapat dilihatnya.

Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan mata hati yang bersumber dari Cahaya Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang diterima dari Allah swt secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung kepada kekuatan hati menerima cahaya ilahi.

Para pejalan spiritual awal yang hatinya belum cukup bersih, maka cahaya Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang diperolehinya masih belum mencapai peringkat yang halus. Pada tahap ini hati terkadang masih mudah goyah dan sewaktu-waktu mengalami kekeliruan. Kadang-kadang hati masih cenderung menuju yang samar-samar dan abu-abu.

Orang yang tataran spiritualnya pada peringkat ini memang perlu mendapatkan bimbingan dan penjelasan dari ahli makrifat yang ilmunya lebih tinggi. Apabila hatinya semakin bersih cahaya Ilahi semakin bersinar meneranginya dan dia mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu hatinya menghadap kepada yang lebih benar, sehinggalah dia menemui kebenaran hakiki.

Terbukanya mata hati memperlihatkan kepada anda akan keberadaan Allah. Kesaksian mata hati memperlihatkan kepada anda ketiadaan diri selain wujud Nya. Kesaksian hakiki mata hati memperlihatkan kepada anda bahwa hanya tuhan yang wujud, tidak terlihat lagi ketiadaan dan wujud anda.

Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Cahaya Qalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenung tentang hakikat ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyadari perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesadaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa dekatnya Allah dengannya.

Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahwa DIA sentiasa mengawasi gerak-gerik kita, mendengar pembicaraan dan mengetahui bisikan hati kita. Jadilah dia seorang yang cermat dan berwaspada.

Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada MARTABAT ini ialah:

1. Cermat dalam melaksanakan hukum tuhan.

2. Hati tidak cenderung kepada harta dunia, cukup dengan apa yang ada dan bahagia bila bisa membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.

3. Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.

4. Ruhaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal

5. Kehalusan ruhaninya membuatnya merasa malu kepada tuhan dan merendahkan diri kepada Allah saja.

Orang yang taat kepada perintah-Nya senantiasa kuat melakukan ibadah dan meningkatlah kekuatan ruhaninya. dia akan kuat untuk menyerahkan semua urusan kehidupannya kepada Allah saja. dia tidak lagi takut apapun yang menimpanya. dia tidak lagi tergantung kepada sesama makhluk. Hatinya teguh dan ikhlas dengan semua ketentuan Allah.

Bahaya dan bencana sehebat apapun tidak lagi menggugat imannya dan kenikmatan dunia tidak lagi menggelincirkannya. Baginya suka dan duka, bencana dan keberuntungan sama saja, karena ini takdir yang sudah ditentukan Allah untuknya dan takdir-nya kepada kita pasti yang terbaik.

Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah karena dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah. Allah menganugerahi manusia ini dengan kemampuan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui pikiran, kehendak diri sendiri hanyalah angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kuat kepada hatinya (kalbunya). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan perwujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah.

Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia merasakan benar-benar akan keesaan Allah bukan sekadar mempercayainya. Hakikat sesungguhnya hanya bisa dialami dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud-Nya Allah, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya.

Orang yang di dalam suasana seperti ini telah transenden dari sifat-sifat kemanusiaan. Orang yang mencapai tingkat ini dikatakan telah mencapai maqam TAUHID SIFAT. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan DIA dan segala sesuatu datangnya dari ALLAH.

Yang perlu digarisbawahi, bahwa perjalanan spiritual manusia akan melalui beberapa tingkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan cahaya Qalbu memancar menerangi akalnya. Seorang yang akalnya diterangi cahaya Qalbu akan melihat betapa dekatnya Allah. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin.

Pada tahap keduanya mata hati yang telah terbuka. Seseorang tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati dan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam maqam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap ainul yaqin seseorang telah menceburkan diri di wilayah kegaiban segala sesuatu termasuk dirinya sendiri.

Sheikh Abi Madyan r.a telah memperturunkan Kalam Hikmahnya yang pertama seperti berikut;
"Bermula Al-Qur'an telah diturunkan dan lagi akan diturunkan. Maka yang sudah diturunkan ianya telah lalu, dan yang akan diturunkan itu berkekalan hingga Hari Qiyamat".

Ini membawa maksud bahawa Al-Qur'an yang diturunkan atas Penghulu kita Nabi Muhammad SAW melalui Jibrail a.s telah lalu yakni telah selesai turunnya pada zaman/masa Nabi manakala Al-Qur'an yang diturunkan atas hati segala AuliaNya daripada sesuatu yang diilhamkan dengan Ilmu Laduni akan berkekalan turunnya hingga hari Qiyamat seperti Hadis yang diisyaratkan dari Sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
"Minta petua olehmu akan hati engkau dan jika dipetuakan akan oleh yang mempertuakan".

Ilmu Laduni atau disebut juga sebagai Warid Ilahiyyah akan dilimpahkan ke atas hati Aulia Allah pada waktu jernih hati mereka itu dari sebarang kekeruhan penyakit-penyakit hati seperti lalai, cintakan dunia, syak, waham dan Syirik Jali serta Syirik Khofi.

Jiwa atau hati yang menerima Ilmu Laduni akan difahamkan Makna-Makna, Asma-Asma dan Sifat-Sifat Allah di Alam Malakut dan Alam Jabarut. Penyingkapan dan pembukaan ilmu-ilmu hakikat dan makrifat diperolehi mereka apabila bersunyi dengan kekasih mereka itu. Imam Ghazali menegaskan hal "jernih hati" ini dengan istilah "penyempurnaan" sebagaimana berikut;

"Ketahuilah bahawa "ilmu laduni" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams: 7). Lihat Al-Risalatulil Duniyyah untuk keterangan lanjut)"

Dan kata setengah Ariffin (orang-orang sufi yang Arif);
"Telah mempetuakan akan daku oleh hatiku daripada TuhanKu".
Dan kata Abu Yazid Bustomin r.a;
"Kami ambil Ilmu kami dariapada Tuhan Yang Al-Hayul Qayyum La Yamut".


Maka dikata (ditanya) orang baginya;
"Adakah bagimu daripada syahidnya (nas atau dalil) atas katamu itu daripada Kitab dan daripada Sunnah Rasulullah saw.???"

Maka kata Abu Yazid r.a.;
Bahkan!!! iaitu firman Allah Taala (Wattaqullaha Wayu'allumukumullah) yang bermaksud;
"Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah yang mengajar kamu"

Hadis Nabi SAW. yang bermaksud;
"Barangsiapa mengamalkan/mengerjakan apa-apa ilmu yang diketahuinya nescaya akan dipesakakan akan dia oleh Allah akan Ilmu yang tidak diketahuinya".

Ditanyai orang kepada Sayyidina Ali bin Abu Talib Karramallahu Wajhah;
"Adakah menentukan kamu oleh Rasulullah SAW. dengan suatu ilmu yang diberikan kepada manusia?."


Maka jawabnya (Saidina Ali r.a);
"Tiada ada pada kami melainkan memahami kami di dalam Kitabullah dan barang yang di dalam Shohifah. Dan tiada di dalam Sohifah itu melainkan beberapa masail yang berbilang-bilang jua; tiada bergantung baginya pengetahuan (hanya sedikit orang yang dapat faham). Dan sesungguhnya kelakuan sekeliannya (isi dalam Al-Qur'an) pada faham di dalam Kitab yang diturunkan atas segala hati yang suci daripada Agyar."

Ini membawa maksud bahawa hanya mereka yang suci dan bersih hatinya sahaja yang dapat mentafsirkan lautan ilmu pengetahuan dan hikmah di sebaliknya. Tidak hairanlah Imam Ghazali telah menegaskan hal ini dalam Karyanya Al-Risaalatulil Duniyyah sebagaimana berikut;

Al-Quran adalah sesuatu yang paling agung dan paling penting dalam agama. Di dalam Al Quran terdapat kemusykilan yang tidak dapat diselesaikan oleh akal tiap-tiap orang selain dari orang yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk memahami kitabnya.

Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
"Tiap-tiap ayat Al Quran itu ada sahaja zahir dan batin dan batinnya itu mempunyai tujuh lapisan pula"

Dalam suatu riwayat yang lain dinyatakan sebagai mempunyai sembilan batinnya.
Rasulullah bersabda lagi dengan maksudnya:

"Tiap-tiap huruf dari huruf-huruf Al-Quran mempunyai had. Maksudmya sama dengan 'Nihayah' (yang bermaksud batas) dan tiap-tiap had mempunyai Mutholi' (tempat tinggi untuk meninjau). Allah Taala telah memberitakan dalam Al-Quran mengenai seluruh ilmu, segala maujudah yang nyata dan yang tersembunyi, yang kecil dan yang besar, yang dapat dirasa dan yang dapat difahami oleh akal.

Ini ditunjukkan oleh firmannya yang bermaksud:

Dan tidak (gugur) biji yang basah dan tidak kering melainkan terdapat dalam Kitab yang nyata. (Surah Al-An'am, ayat 59).

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"Supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya ingat orang-orang yang mempunyai fikiran". (Surah Al-Shod, ayat 29).

Bila Al-Quran itu suatu yang paling agung, ahli-ahli tafsir manakah yang dapat keluar dari ikatannya?.

Ya!!! tiap-tiap dari ahli tafsir hanya dapat menghuraikan Al-Quran menurut tenaganya sahaja, menerangkannya sekadar kekuatan akalnya dan menurut kadar isi ilmunya. Dengan kebolehan-kebolehan yang terbatas ini sekalian ahli tafsir itu berkata-kata sedangkan sebenarnya mereka patut berkata bahawa dalam ilmu Al-Quran itu terkandung Ilmu Usul dan Ilmu Furu', Ilmu Syarie' dan Ilmu 'Aqli.

Meskipun begitu ahli tafsir mestilah memandang Al-Quran dari segi bahasa, dari segi perumpaannya, dari segi susunan pengucapan, dari segi tingkat-tingkat nahu, dari segi 'adat Arab, dari segi pendapat hukamah-hukamah, dari segi perkataan ahli tasauf hingga dapat mendekatkan tafsirnya kepada tahkiq. Andainya tafsir itu cuma terbatas setakat suatu segi sahaja dan hanya memberikan keterangan menerusi suatu kepandaian sahaja, tidaklah keterangan itu memuaskan hati dan masih memberi peluang kepada hujah dan alasan dari orang lain untuk menentangnya. (Petikan dari Al-Risaalatulil Duniyyah.)

Dengan keterangan Imam Ghazali ini, mengapakah masih ada golongan ilmuan yang megah dengan ilmunya yang sedikit itu, dengan sewenang-wenangnya mempertikaikan, memperlekehkan dan menuduh mereka itu (Ahli-ahli sufi/Aulia Allah) menyeleweng. Lihatlah sebagai satu contoh bagaimana Aulia Allah mentafsirkan sebahagian daripada ilmu-ilmu yang tersirat di sebalik Kalam Allah itu seperti yang tercatat dalam Kitab Hikam Abi Madyan seperti berikut;


Dan lagi barang yang dinaqal dari Sayyidi Abi Al-abbas Al-Marsi r.a pada (mentafsirkan) firman Allah Taala yang bermaksud;
"Dikeluarkan yang hidup daripada yang mati dan dikeluarkan yang mati daripada yang hidup".

Katanya (Sayyidi Abi Al-abbas Al-Marsi r.a);

Seperti manusia mengerjakan dosa, maka didapatkan dia dengan minta uzur dan Inkishar (dukacita), maka ini "Hidup" dan minta uzur itu (sedar dan mengaku kelemahan dan kejahatan dirinya melakukan dosa serta bertaubat) ialah "keluar ia daripada yang mati". Dan seorang pula mengerjakan banyak amalan taat dan dirobohkan amalan itu dengan Ujub dan bermegah-megah. Maka ini "Mati" iaitu (Ujub dan bermegah-megah) dan maksud "dikeluarkan daripada yang hidup" itu ialah amalan taat yang dikerjakan.

Jadi apakah haq kita untuk melemparkan berbagai-bagai tuduhan yang liar kepada mereka (Ahli Sufi dan Aulia Allah) sedangkan mata hati kita buta malah mati kerana kejahilan kita. Bagaimana terupa mata yang buta dapat menyaksikan seperti apa yang lihat oleh orang yang celik?

Dan bagaimana terupa seorang yang mati (bermegah dengan ilmu yang sedikit) dapat mengkritik perbuatan orang-orang yang hidup?. Fikirkanlah!!! Renungkanlah!!! jika kamu ingin mencapai bahagia wahai orang-orang yang mempunyai fikiran!!!

Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'aam:50)

Renunglah dan kajilah jika kamu punya Ilmu Laduni atau Nur Makrifat untuk mentafsir dan mengambil peringatan dari Kalam Allah ini.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Al-A'raaf: 96


Apakah yang dimaksudkan dengan "penduduk negeri itu?"
Apakah yang dimaksudkan dengan "membuka kepada mereka yang melimpah-limpah berkatnya?"
Apakah yang dimaksudkan dengan "dari langit dan bumi?"
Apakah yang dimaksudkan "Rasul Kami?"
"Azab seksa" yang bagaimanakah maksudnya?


Ingatlah akan kata-kata Imam Ghazali ketika memberi responnya kepada orang yang menafikan akan Ilmu Laduni atau Ilmu Terus dari Allah ini sebagaimana berikut;

“Ya!...bagaimanakah ia mengetahui ilmu tafsir sedangkan Al-Qur'an adalah suatu lautan besar yang mengandungi segala sesuatu dan bukanlah seluruh makna dan hakikat-hakikat tafsirnya tersebut terdapat dalam Kitab-kitab yang terkenal dalam kalangan orang ramai malah tafsir yang sebenarnya bukanlah yang diketahui oleh orang itu".

Jika tidak terdapat dalam Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar, di manakah atau pada siapakah atau dengan apakah yang boleh kita kutip mutiara-mutiara ilmu yang terpendam itu?.

Anda patut mengaji Ilmu Tasauf ini secara detail dan amali dari guru yang mengamalkannya atau sekurang-kurangnya membaca berulang-ulang kali Al-Risaalatulil Duniyyah untuk mendapat gambaran secara kasar berkenaan selok-belok dan hal-ahwal ilmu mereka. Dengan itu, anda akan membenarkan dan meyakini dengan sebenar-benar yakin bahawa Ilmu Aulia Allah dan Kaum Sufiah itu adalah Warisatul Ambiya.

Dan lagi kata Imam Ghazali dalam usahanya untuk menjelaskan apakah itu Ilmu Laduni, kedudukan, ketinggian dan kekuatan yang terdapat padanya sebagaimana berikut;

Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Gaib manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.

Seterusnya sebagai memperlanjutkan perihal Ilmu Laduni ini, berkata lagi Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a.dalam Kitabnya Kanzul Manan;

“Dan hasil daripadanya bahawasanya orang yang Salik itu apabila disucikan zhohirnya dan batinnya dan jernih hatinya daripada segala Agyar dengan Jalan Thoriqat Muhammadiyyah, nescaya bersihlah cermin hatinya daripada kekeruhan Kuniyah (dunia dan akhirat) dan hapuslah daripadanya segala karat tulis naksiyah (berbagai-bagai tulisan hati).”

Maka jadilah hatinya ahli ketika itu bagi tempat turun Nur Al-Rabaniyyah dan jadi ahlilah ia bagi Musyahadah (memandang akan TuhanNya pada segala zarrah daripada zarrah yang maujud di atas yang berpatutan dengan dia dan dimusyhadahkan "Dan Allah Taala Meliputi bagi tiap-tiap sesuatu. dan Mukalamah (bercakap-cakap dalam Sirnya).”

Dengan itu maka fahamlah ia daripada Al-Qur'an barang (rahsia-rahsia) yang tiada memahami oleh kebanyakan orang lain; dan turunlah pada hatinya makna Asrori (rahsia-rahsia Ketuhanan) yang ditentukan kepadanya dan mendapat ia akan Hukum Rabaniyyah.

Kami lemah, dhoif, haqir lagi hina. Kami banyak buat dosa sedangkan amal sedikit jua. Yang sedikit itu pun banyak cacat cela dan keaiban-keaibannya. Dengan hal diri kami ini, kami tidak mampu untuk sampai ke peringkat-peringkat penghulu sufiah dan Aulia-Aulia Allah. Ilmu mereka jauh tinggi melangit dari kami, Amalan mereka jauh sempurna dari kami.

Kehidupan mereka jauh lebih berkat dari kami. Dari kerana itu, kami hanya ingin menumpang keberkatan dan kesucian mereka. Kami ingin belajar dengan mereka dan mencontohi hal-ahwal perjalanan mereka sekadarkan yang termampu.

Kami tidak akan ragu-ragu dengan ilmu mereka, kami tak pernah memandang rendah tafsir-tafsir Al-Qur'an mereka yang terjelma melalui Kalam-kalam Hikmah mereka malah kami sentiasa memuliakan setiap kalimah pengucapan mereka yang seperti ubat dan penawar kepada jiwa kami yang tenat berpenyakit.

Kami selalu ingat akan pesanan Penghulu-penghulu Tasauf akan peringatan mereka;
"Sekurang-kurang siksa orang yang mengingkari ilmu ini ialah tiada diperasakan Allah Taala akan mereka itu suatu jua pun".

"Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya (bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran". (Surah Al-Baqarah; 269)

"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya" (Imam Ghazali)

Benarlah kata-kata ini kerana jika orang yang buta dan mati mata hati itu akan sentiasa menafikan sesuatu yang mereka tidak lihat dan tidak nampak dengan mata kepala mereka. Justru dia sentiasa akan menyengkal akan ujudnya ilmu-ilmu bentuk yang lain senagai penafsiran akal dan fikirannya saja. Orang-orang seperti ini adalah diibaratkan sebagai sampah diatas bumi Allah ini dan kelak semuanya akan dibakar Neraka Jahanam supaya mereka tahu bahawa Allah itu Mahaagung dan Mahabijaksana serta memiliki Kerajaan Yang Teragung diatas seluruh Ilmu diDunia ini. Tiada yang mustahil bagi Allah dan semua yang ujud diatas muka bumi ini serta yang berada dialam Ghaib sekalipun adalah Milik Nya. Mohon perkenan Allah agar kita juga dikurniakan kelebihan seperti itu supaya kita dapat Mengenalinya dgn lebih rapat lagi. Amin yarabal alamin.

Oleh itu hendaklah kamu baca berulang kali tulisan atikal kali ini kerana jka kamu ingin benar utk memahami apakah Ilmu Syattar. Dengan memahami atikal ini kamu pasti akan mendapat keluasan fikiran dan penerang jalan awalan bagi memulakan perjalanan kamu. Insyaallah jika kamu menghendak dekat dengan Allah, Allah juga pasti mahu lebih dekal lagi dengan kamu. Tahulah kamu bahawa bertepuk sebelah tangan pasti tak akan berbunyi.

ZAMAN

Ulangsiar dari:

·        ABJAD MALAYSIA nukilan dari Syeikh Mahmud Nasri Othmani oleh zaam
·        Blog Dari Bathinku – Mengenal diri mengenal Allah oleh Kunci Langit
·        Edit oleh zaman

111 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih tuan. Harap ramai yg dpt hidayah dan sertai kumpulan abjad ini tuan. Tapi tuan, benarkah ambilan syahadah dari sumber yg lain dari laluan ini tidak di terima? Adakah ini satu2nya laluan para wali Allah. Pohon penjelasan dari tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Secara zahiriahnya susah nak ditentukan samaada pengambilan Shadatai dari perguruan atau tarikat selain ABJAD dapat menyampai kepada ALLAH atau pun tidak kerana apabila kita ambil talqin shadatai dan kemudian belajar bersungguh2 barulah kita tahu boleh sampai ke tak. Tapi jika diikut kata2 dan pengelaman atok zamany... "Dari jalan yg lain itu agak sukar kerana terlalu banyak sekatan dan selok-belok halangan yg susah nak lepas". pangijian bab Hakikat dan Makrifat ni bukannya seperti belajar dalam bab Syariat dan Tarikat. Ia lebih kepada penumpuan bahagian dalaman sedangkan pengajian Syariat dan Tarikat banyak guna akal fikiran dan tenaga zahir. Itulah sebabnya wasilah dan rabitah kepada talqin shadatai itu sangat penting. Wasilah dan rabitah dalam bab hakikat dan makrifat itulah asas yg WAJIB diyakini terlebih dahulu sebelum menempuh perjalanan ilmu yg lebih jauh. Apa pun dalam setiap perjalanan wajib sampai kedistanasi atau sampai kepada tujuannya. Kalau semua dah ada pun tapi tak sampai... lebih baik tak payah belajar. Duduk diam2 saja dirumah lagi baik. Yg jelas semua pengajian Hakikat dan Makrifat tidak mengunakkan akal fikiran. Ia punya jalan tersendiri utk sampai kepada Allah. Dengan fikiran saja tidak akan membawa kemana2.

    Jika dikatakan ini adalah satu2nya jalan yg boleh membawa kepada bertemu Allah, juga tidak benar... kerana banyak juga ahli2 lah dan orang3 abadi sejak dahulu menggunakan jalan yg lain selain belajar dengan Syeikh Mughyideen Abdul Kadir Jailani. Jadi tak kiralah jalan Tarikat apa sekali pun.. yg penting sampai, cuma antara cepat atau lambat saja. Atau yg penting pergi belajar... kalau langsung tak belajar itu lagi rugi serugi2nya manusia kerana "MENCARI ALLAH ITU WAJIB BAGI SEMUA MANUSIA YG PUNYA ROH' Kalau dah tak ada Roh... dah tak ada ruang utk belajar lagi hanya tunggu hukuman Allah saja lah jawabnya. Oleh itu semasa hidup inilah kita mencari guru atau mencari jalan Allah. Pasti Allah akan beri peluang kepada sesiapa yg berkehendakkan kepada Nya utk mengenal. Kalau tiada kehendak kepada Allah.. Allah pasti akan menghalau Roh2 mereka jauh2. Hanya yg berkehendak kepada Nya saja yg akan dilayan. Jadi.. janganlah bimbang, Allah pasti bagi jalan keluar...Insyaallah..

    zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur, penjelasan yg cukup kemas. Terima kasih tuan Zaman. Beruntunglah orang ABJAD. Sudah jumpa jalan mudah. Setakat ini berapa ramai yg berjaya? Apapun kehendak Allah jua kita bertemu blog ini. Terima kasih.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Masih saja Abjad terbuka kepada sesiapa utk belajar disanam tambahan madrasah Abjad ada dimerata tempat di Malaysia. Walaupun Tuan Guru telah meninggal dunia, dia sempat melantik beberapa badal atau pengganti semantara yg diberi mandat utk menerima talqin shadatai secara sementara. Jadi apalah salahnya jika kalian pergi bertemu mereka supaya dapat berbaiah. Jadi jika pun tidak sempat bertemu dengan bakal guru yg sah... sekurang2nya kalian telah dapat masuk menjadi ahli baiah dalam wadah ini yg pastinya akan dapat nauangan dari Sultan Wali Syeikh Mughyideen Abdul Kadir al Jailani kerana Abjad itu mengikut dari jalan beliau sebagai pengasasnya. Cuma dahulu ia tidak menggunakan nama Abjad, tetapi menggunakan nama2 Tarikat (jalan). Adapun yg ada di Msia ialah dikenali sebagai nama ABJAD MALAYSIA sebagai sebuah pesatuan yg berdaftar dgn SSM / SPM. Oleh itu pesatuan Abjad ini adalah sah disisi undang2 Msia. Marilah beramai2 bersama2 kami utk membetulkan semula akidah pegangan didalam agama islam supaya kita terpelahara dari seksa Allah kerana tidak punya pegangan akidah yg berwasilah dan beribitah yg menyampai kepada tangan Nabi Muhammad saw. sekian

    zaman

    ReplyDelete
  5. salam..saya nak tanya, betul ke bila ibu negara indonesia bila berpindah dari jakarta ke kalimantan, indonesia dalam beberapa puluh tahun nanti akan jadi negara kuasa besar seperti usa atau china?dan malaysia ni pulak berkemungkinan akan jadi sama ada seperti kanada atau mexico pada waktu itu..ini desas desus yang dikatakan oleh orang ramai..apakah benar dakwaan ini?

    ReplyDelete
  6. Sslam alaikum tuan rumah Dan pembaca budiman. Makin hampiriv akhiran dunia. Makin terasa Siri jauh Dari cahaya. Terima kasih Tuan kerana hidang artikel baik ini.

    Ingin saya btanya, apa maksud sebenar secara langsung atau kias alam2 Lahut, Jabarut, dan lainnya? Saya masuh keliru. Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  7. Zaman dah lari ke?Hal dana quadrillion pun dah lama tak update pelabur.Tanya je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah cari idea kot apa ayat lg nk menipu pelabur2..mungkin guna alasan virus corona yg dh melanda satu dunia ni, sbb tu tertangguh lg dananya.. gitulah xabis2 dgn masalah yg sebabkn dana sangkut sampai abg jamil mampus..

      Delete
    2. Ataupun dia tunggu tun m kena turun ganti anwar dlm 2/3 bulan lagi.Masa tu dia akan kata polisi kerajaan dah berubah.Tak boleh buat apa2 sebab anwar tak lepaskan dana.Masuk angin keluar asaplah jawabnya...

      Tak caya tunggulah bulan 5 nanti

      Delete
  8. As Salam...

    Kan dia dah cakap pergi buat kerja di Europh... sabar je la. Apa yg syak wasangka bukan2. Dlm hati tu banyak sangat toksid sbb tu asek nak mengutuk org, buruk sangka, mengata yg bukan2, cemburu buta.. Dah lah tak melabur... sebok nak tahu urusan org lain. Jaga tepi kain org... tepi kain sendiri koyak rabak tak nampak ??? Kalau kami berjaya... kau dapat apa ??? buat komen bodoh tak bertempat... mulut longkang betul... haprak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi betullah zaman dah lama tak update korang.Yelah mungkin negara 'eropah' tu tak ada line kot.

      Tunggulah korang macam menunggu buah tak gugur...

      Delete
    2. statement nak bagi sedap hati sendiri ke mcm mana ni bruh?... ke yg reply ni zaman sendiri..mcm sama je..

      Delete
    3. europe konon.. kt dlm gua kot.. sbb tu xde line.. kihkih.. kuat temberang btul..

      Delete
    4. Jahat dan hitam kelat hati kamu mcm orang xde agama. Bahasa kesat pulak tu. Bertaubatlah.

      Delete
  9. Salam semua,Tak baik kita buat tuduhan melulu. Berdosa bersangka buruk. Tuan Zaman dah beritahu dia ada urusan bersama owners di tiga negara di Europe, ssbarlah sampai dia balik. Nanti dia updatekan blog ini. Sabar dan bersangka baik lah wahai tuan2. Jika ada rezki, takkan ke mana. Tak baik kita upkan cerita dana ini di blog atok. Atok dah pesan. Hormatlah permintaan atok. Bagi saya, atok berkata dana ini wujud, bermakna ia wujudlah. Yg kita kalut pasal apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naif benar tuan ini nampaknya.Mungkin kerana tuan sudah melabur banyak?

      Bukan tuduhan melulu tapi sekadar keraguan yg sangat munasabah yg semua orang waras boleh nampak.

      Baiklah sedikit hari lagi tentu zaman akan 'pulang' dari 'eropah'.Sama2 kita saksikan apa 'cerita' beliau kali ini.Misi gagal?Atau minta duit lagi?Drag lagi?

      Paling tidak tuan2 tunggu sehingga peralihan kuasa mahathir-anwar.Apakah zaman akan kata polisi kerajaan sudah berubah di bawah anwar?Tidak ada apa2 yg boleh dilakukan.Maka masuk angin keluar asaplah semua pelabur.Siapa yang untung?

      Kpd sdr zaman,buktikan saya salah kalau kamu di pihak yg benar.Tak perlu melatah macam orang bersalah.Sepatutnya kamu cuma senyum sinis saja melihat kecaman orang kalau kamu benar2 tahu dan yakin apa yg sedang kamu buat.

      Kamu pegang duit orang berjuta,sudah menjadi hak orang untuk bertanya.Kamu yg berhutang dgn pelabur,bkn pelabur yg berhutang dgn kamu.Kenapa perlu mengamuk?Hai kata dah menyampai..dah makrifatullah bagai,takkan nafsu amarah pun tak kenal lagi...


      Tunaikan janji kamu,simple..

      Delete
    2. zaman ke europe melancong.. guna duit pelabur2 yg berjuta2 kutipan tu.. apa dia kesah.. nti bulan 5 kalau anwar jd pm.. dia auta la anwar xnk lepas dana.. anwar nk ambil semua dana buat bayar hutang dgn org yahudi..

      mungkin makrifah bg zaman..yg menipu pelabur (zaman) dan yg ditipu ( pelabur)..ialah tuhan sendiri..jd kena redha lah semua org..sdgkn dia sedap2 gi melancong ke benua europe guna agama utk membodohkan org ramai.. yakni melayu islam..

      Delete
  10. masalahnya.. atok zamany tu wujud juga ke?.. ke watak ciptaan zaman je?.. mcm too good to be true je watak dia ni..kang kalau aku reveal lebih2 lg, bkn nk percaya pun.. dasar mudah kne tipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kang kalau aku citer lebih2 malu lak ko. Mampak cam bodo sangat. Dahla bodo sombong lak. Agsma tak tahu lah camna, main tibai jer kot? Ko sangka ko pandai sangat ye? Alahai cara ko pikir pun dah tau level hapa. Hina orang sesuka hati.

      Delete
    2. anak zaman ke ni... xmalu pun.. setakat jd anon je pun.. xde sape knal pun.. samala dgn ko n zaman.. berani la menipu pembaca kat cni.. penipu mcm ni biasa la guna agama utk takut2 kn org melayu..

      Delete
  11. apsal?.. agama islam ni ajar kita menipu je? .. dasar konco dajal

    ReplyDelete
  12. Salam semua, saya teliti penulis komen di atas tu (anon) ..... Dua org yg tulis kat atas tu org yg sama kutuk tuan Zaman dalam pos2 sebelum ni. Seorang pelabur mahukan hibah dibayar cepat/segera dan seoang lagi bukan pelabur (mungkin pelabur skim lain yg gagal dan dendam kpd mana2 skim ck.. jika boleh biar semua org gagal dan rugi mcm dia) Mereka yakin dana ini palsu dan anggap atok zamany menipu. Masyaallah. Beristighfarlah, sebelum membuat tuduhan sedemikian cuba fikir dalam2 siapa atok zamany ini. Jika dana ini palsu dia tak akan sanggup korban harta dan masa. Telah lanjut usia 90th) Dia seorang yg bergelar (ts) sembunyikan gelaran, merendah diri mengelak dari rasa riak sam'ah, kwn rapat pm dan seorang hartawan dermawan.. dah pun bertaraf jutawan sebelum ini serta telah dermakan puluhan juta wang sendiri untuk jayakan program ini. Mendapat restu dan arahan tuan guru (tokmat - waliAllah) sebelum bersetuju mulakannya. Menuduh atok sebagai penipu amatlah kejam dan keterlaluan. Saya kenal atok dah lama. Amat yakin atok lakukan seikhlas hati. Malangnys usaha atok ini tergendala sedikit dipenghujung selepas ketiadaannya atas berbagai faktur. Politik pun main peranan. Jadi ada sedikit gangguan, halangan berbagai penjuru. Ini yg melambatkan peroses. Bersabarlah sedikit. Atok sabar usahakan hampir 20 tahun (pm4 - pm7) .. menuju2020.. atok berkorban segalanya. Sabarlah ya sedikit waktu lagi. Doakan laluan mudah untuk cucu atok (Zaman). Terus buat solat hajat ramai2 dan berdoa sesungguh hati. Allah maha berkuasa. InsyaAllah berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas pencerahan ... Berdiam diri rasanya lagi baik daripada melayan komen mereka... Nanti kena delete la komen seperti yang lepas. InsyALLAH ada la rezeki nanti jika diizinkanNYA.

      Delete
    2. saudara abatasa pernah ke berjumpa berdepan dgn zaman dan atok zamany?

      Delete
  13. Abatasa..abatasa.Kamu boleh terus serkap jarang.Saya memang pernah menulis dulu menegur zaman tapi tak semestinya saya seorang pelabur.Saya bersyukur kerana hampir2 melabur juga dulu tapi tak jadi di saat2 akhir.Kalau tidak sudah tentu saya senasib dengan saudara2 yg melabur di sini.Menunggu buah tak gugur.

    Kami menegur tak bererti kami sakit hati dengan kamu semua.Kami cuma menegur zaman yang tidak telus dalam skim pelaburan entah apa namanya ini.Saya ada seorang rakan yang melabur jadi sedikit sebanyak saya tahu juga perjalanan skim dana apakebenda ini.Saya cuma kesian kepada kawan saya itu yang sampai terpaksa meminjam sana sini untuk menjelaskan bayaran demi bayaran yg saya tak pasti untuk apa sebab tidak pula dijelaskannya secara detail.Entah apa yg dirahsiakannya tapi saya agak tentulah untuk fee itu dan ini sepertimana skim cepat kaya lain juga.

    Saya sudah mengikuti blog ini juga sudah lama..dari awal dulu lagi.Jadi saya perasan apa yang tidak kena di sini terutama sejak akhir2 ini.Kamu kata kamu kenal lama 'atok zamany' tapi saya percaya kamu cuma kenal beliau di dalam blog ini saja.Kamu tidak pernah berjumpa atau kenal beliau secara peribadi di luar.Nama penuhnya juga kamu tidak tahu apalagi tahu rumah dan pekerjaannya.Malah kamu tidak tahu dengan pasti pun apakah beliau benar2 ahli abjad atau tidak bukan?Kamu tahu dia baik dengan PM pun kerana dia mendakwa begitu di dalam blog.Itu saya sangat pasti.

    Sejujurnya saya tidaklah menuduh zaman sebagai penipu.Cuma cara dia menjalankan skim ini sangat meragukan.Saya pasti 100% kamu semua tidak ada satu bukti bertulis atau salinan dokumen walau secebis pun tentang kesahihan kewujudan dana ini.Semuanya kamu telan bulat2 apa yg zaman katakan.Pasti zaman katakan ini rahsia kerajaan tak boleh didedahkan langsung bukan?Punyalah rahsia sampai menteri kewangan pun tak tahu.

    Ok kita pendekkan cerita.

    Saya dengan ikhlas mengharapkan 'dana' tak bernama ini berjaya supaya kamu semua dapat menyumbang kepada ummah dengan wang yang berlimpah ruah yg kamu semua akan dapat itu kelak.Itupun kalau dapatlah kan.Oh ya saya tidak teragak2 akan meminta maaf kepada zaman sekiranya dia berjaya membuktikannnya.

    Tapi pada firasat saya(biasanya betul),saya yakin keraguan saya berasas dan munasabah.Kamu semua akan terus menunggu dan menunggu dengan pelbagai alasan demi alasan hingga akhirnya masuk angin keluar asap.Padahal saya dengar dari awal tahun lepas lagi dana ini sudah sangat sangat sangat hampir nak cair tapi dah setahun tak cair2 pun,silap2 beku terus.Percayalah zaman akan membawa berita 'tak menarik' 'sekembali'nya dia dari 'eropah' sikit hari lagi.Mungkin sampai lepas raya pun terus tergantung2 tak bertali.Tak percaya..tengoklah.Tak gitu zaman?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anon 11.10pm... apa yg abatasa gambarkn ttg atok zamany tu semuanya ada juga tertulis dlm blog ni.. dan juga dlm email atok zamany mengenai dirinya... bukan ke atok zamany pernah beritahu yg takkan ada sesiapa boleh kenal dia dan jumpa.. begitu juga dgn zaman.. pernah juga sy email utk berjumpa tp dibalasnya sibuk 24 jam bekerja.. takkn boleh jumpa...

      Di komen2 yg lepas pula, abatasa ada beri peluang pada pelabur yg tak mampu dlm jumlah besar utk melabur secara kecil2..pasti ramai org dibawahnya..dan semestinya abatasa haruslah berfikiran positif selalu supaya dpt menenangkan orang dibawahnya...

      Hebat juga abatasa boleh kenal org melalui komen anon...sy juga ingin beritahu yg anon feb2, 2020 at 2:52pm adalah tuan zaman yg reply sbg anon..

      Delete
    2. Ya,pasti zaman sendiri yg komen.Sudah tentulah dia boleh online dimana2 saja walau sekalipun benar dia berada di eropah.Ini bukan zaman hantar surat pakai burung merpati.

      Hanya jauhari yg mengenal manikam..

      Delete
  14. Subhanallah.. Kerana kertas x Bernilai. Sanggup Hina arwah atuk Zamany.rindu dgn arwah atuk Zamany.dh jadik caci Maki blog ni. Sedih Sgt. Cukup2lh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kertas yg tak bernilai itulah ada manusia yg sanggup menjual agama semata2 untuk mendapatkan kesenangan yg sebentar cuma.Betulke tak bernilai?

      Harapnya jangan ada diantara kita disini yg terpedaya dengan kesenangan dunia yg menipu.

      Atok zamany tu sihat walafiat lagilah siap boleh reply msg orang lagi..haha..naif sangatlah korang ni.

      Nak berguru pergilah cari guru yg boleh bersuri di luar sana.Bukan berguru dalam internet.Internet ini sekadar untuk dapatkan maklumat bolehlah.

      Jangan taksub sesama manusia,sampai yg anggap atok zamany itu wali Allah pun ada.Astaghfirullah..

      Delete
    2. KALAU BETUL DIA TU MEMANG WALIALLAH, MACAMMANA? SANGGUPKAH TERIMA BALA DARI ALLAH? TANGGUNGLAH NANTI.

      Delete
    3. Kalau dia wali Allah,sudah tentulah rahsia Allah seperti ghaib di depan kaabah tidak diwar2kan kerana ditakuti timbul fitnah.Bukan diwar2kan seperti hikayat 1001 malam.Hai kata mengaji tauhid...

      Lebih bala lagi orang yg taksub kepada 'guru internet' yg tak pernah dikenalinya..

      Delete
    4. nonymousFebruary 8, 2020 at 8:02 AM..kalau baca balik..takde pun disebut ghaib depan kaabah..tu dah jadi fitnah tu..

      Delete
  15. Sudah2lah mengumpat menghina, ada yg riak bongkak dan sombong merasa dah penuh ilmu. Sudah2lah. Jangan aibkan orang lain. betul ke salah ke tu msing2 punya sangka. Kalau betul ye betul begitu jg jika salah. Segalanya telah ada dalam qadar Allah. Apa nak risau? Yg marah sgt kat tuan Zaman tu pasal apa? Ada dia aniaya kamu?. Pandai suruh org istighfar. Amarah tu simpanla sikit. Malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lebih dari aniaya...kerana nak menjadi pelabur dana yg tak wujud... ada yg sanggup meminjam sana sini.. bergolok gadai... habiskan semua wang simpanan..jd panjang angan2, dah tak nak kerja sbb akan dpt harta 7 keturunan..dah la miskin,.. kena tipu pula..kesian..dah jadi satu hal pula nk cari duit nk bayar hutang2 tu semula..

      kadang2 kebenaran yg disampaikan adalah pahit utk diterima...malah org yg menyampaikan kebenaran dituduh sebagai dengki, busuk hati dan tiada agama..
      orang yg kita kenal pun boleh menipu kita..inikan pula yg kita tak pernah berjumpa..

      sesungguhnya wali Allah tidak menipu dan meganiaya org lain...Allah memberi kita akal dan hati..akal utk menilai baik buruk, hati utk merasa yakin atau tidak..gunakan keduanya utk buat apa2 keputusan...

      Delete
    2. Bila orang tegur tak boleh terima sebab taksub.Tak ada siapa yg aib disini pun sebab semuanya anon.Termasuklah atok zamany@zaman.Tak ada siapa pun kenal dan tak mungkin kenal pun di dunia ini.Di akhirat esok insyaallah boleh kenal sebab banyak urusan perlu diselesaikan kalau urusan di dunia tak selesai.

      Kamu mungkin selamba dan redha saja kalau duit kamu hilang tapi pasti ramai lagi yg tak redha merasa teraniaya kerana dizalimi.Siapa yg nak ganti duit mereka?Kamu?

      Mudah saja sebenarnya isu ini,kalau zaman berkata benar maka dapatlah kamu semua habuan dunia yg dijanjikan(yg tak munasabah itu).Kalau dia berbohong dia pulak dapat habuan lumayan di akhirat nanti.

      Yang sepatutnya kamu risaukan bukan orang yg menegur.Tapi bos kamu yg menghilang tak tahu apa cerita.

      Sekarang kamu mungkin tak boleh terima sebab masih dibuai angan2,nanti bila dah bosan menunggu barulah sedar dari mimpi kot..

      Sebenarnya saya dah bosan dengan cerita pelabur2 skim cepat kaya ni.Kesudahan cerita semuanya sama,tunggu..tunggu dan tunggu.Akhirnya kecewa..

      Oh ya baru2 ini ada seorang kawan yg join skim cepat kaya,siap dah buat kad bank katanya duit dah nak masuk bila2 masa saja.Akhirnya sampai sudah melopong....

      Delete
  16. Semakin menarik kisah dalam blog ini .. Skim pelaburan yang tiada dokumen . tiada tarikh bila dapat pulangan... pelabur yang labur guna duit pinjam ... member pulak datang pertikai ... amnya dari awal nampak mcm PELEBURAN tp pelabur percaya ..kini jadi mat jenin ..asyik berangan malas keje.. mmg terbaik.. Pelik pun ade .. selamba guna duit simpanan/pinjam ... buat pelaburan .... ke tamak?

    Disebabkan yang komen pun anon ...empunya blog pun anon maka semua anon boleh tulis ikut suka ... Pelaburan pun kena cari di Bank juga, jangan percaya sangat dlm internet... kalau kena tipu bawak satu kampung pun tidak boleh tolong... Jerit je la kuat2.

    sama2 kita harap kembali la cerita waktu zaman tok zamany cita hantu ka ....persilatan ka...sejarah ka... cita org terbang ka... sayang sungguh cita bab duit trilion bagai ni.. habis hilang seri blog ni.. sambungan cita MH 370 pun blum ade...

    ReplyDelete
  17. Mssya-Allah. Makin mengarut. Elok dipadam sahaja tulisan komen yg tiada susila seperti di atas. Tak perlu saudara peduli soal dana atok jika tidak melabur. Pelaburan pun dah tamat, apa yang nak bising lagi. Rezeki merekalah kalau dapat ke tak dapat. Yang kau orang susah tu kenapa? Jadi hero pula konon bela kawan. Kebusukan hati perut. Kalut malut tak tentu arah. Sibuk jaga tepi kain orang. Masuk rumah orang janganlah kurang ajar. Melampau sungguh, biadap. Mana budi pekerti? Kata pandai agama. Bab ni tak payah tulis sini boleh tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg xde adabnya dgn komen2 diatas.. ok ja... xde la keterlaluan pun... mereka2 ni cuma beri peringatan saja...bukan nk bunuh sesapa pun..sekadar nk beri peringatan sesama bangsa dan agama..salahke...bukan ke dlm al quran dah anjurkn kita saling berpesan-pesan pd kebenaran (surah al-asr)?...nti terlepasla dosa membiarkan kemungkaran berleluasa.. ini blog masih public..masih boleh tulis komen.. sesiapa pun..suka ati la..nti admin ni remove la komen2 `jahat' ni semua bila dah `pulang' nti..kenapa nk susah hati..
      Oh ya..berkenaan dgn dana tu..dari awal lg memang xde paksaan pun utk sesiapa pun yg nk masuk..terpulang...tp bila dh masuk..akan terperangkap dan susah utk keluar lg..seperti ditarik2..seperti org yg kena pukau..sanggup buat apa saja utk terus keluarkn duit..sampai papa kedana, sampai jd gila, sampai muflis pun ada...buang keluarga, suami isteri bercerai berai, hilang kawan, hidup dlm kegelisahan dan angan xsudah..serta menjadi hina..dan mcm2 kesan lain lg...apa yg kita rasa bila benda ni jd pada org yg kita syg?..nk ketawa ke mcm mana? nk biar je..sebab tu org nk beri peringatan..xkn nk berdiam diri je..fikir la sikit..

      Delete
    2. Betullah tu bro,berlapang dadalah menerima kritikan.Tak perlu melatah kalau anda di pihak yang benar.Kita sama2 tunggu apa kata penaja.

      Delete
    3. Betul apanya. Bro. Berlapang bendanya bro. Tak faham ker isu ini dah tamat dah tutup. Tiada sebab bab ini di panjangkan di sini. Kalau depa dpt duit pun bro, takkan nak bagitau kat sni. Diam2 jer mcm pesan atok dulu. Kau bro takkan tahu dapat ke tidak. Tutup lah isu ini. Banyak lg bab yg berfaedah. PN kah, MN kah, lobakman kah. najibros kah.. lagi syok.. bro. Dosa pun kurang, tapi ada juga sikit pasal mengata2 dan mengumpat. Taklah sedahsyat ngumpat orang dah meninggal mcm yg bro dan rakan buat tu. Hehe

      Delete
    4. sapa yg kata tamat dh isu ni?.. u yg pandai2 kata dh tamat.. takut kebenaran terbongkar ke? takut org ramai cari u?..takut polis cari u?..yg u gelabah pehal?.. u pun terlibat ke dgn skim cepat kaya ni?

      Delete
    5. anon 8:10..boleh terima ke kalau org yg ko ckp meninggal tu, masih hidup lg?..ko boleh terima ke kalau aku bgtahu zamany dan atok zamany tu org yg sama?...

      Delete
  18. SERKAP JARANG.. BOLEHKAH BUKTIKAN ZAMAN DAN ATOK ZAMANY ORANG SAMA??? haaa main bantai jer. Dosa kering. Tanggunglah kau nanti bro. Tak ada kaitan.. melabur puntidak, jadi penyibuk. Yg melabur, rileks jer.. haaa bersihkan hati yg bengkak tu, bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bukti????.. pandai pula ko mintak bukti..yg zaman tu, ko (kalau ko pelaburla) n pelabur lain mintak bukti apa2 agreement bertulis?.. ada dia bagi??.. aku dgr die tak bagi kn.. rahsia kan?? boleh pulak ko terima ye??..siap labur puluh ribu lagi..berani ya..

      camni la.. simple.. aku bg klu dulu..kalau zaman boleh berdusta ttg dana ni..(sbb takda bukti hitam putih, asyik suh berdoa je).. ko rasa watak atuk zamany ni boleh direka ke?.. ala mcm penulis novel, create mcm2 watak.. tapi boleh bg kesan kpd pembaca kan.. ce fikir.. dlm komen2 blog ni pun boleh dpt bukti..banyak yg bercanggah sebenarnya..org tertentu je boleh nmpak..

      Ye la ko kata aku serkap jarang.. sbb ko pun tak pernah kenal dia kan.. mcm mana aku boleh dpt bukti kan..tapi pernah tak kepala otak ko berfikir...aku nk ko buat pilihan samada ko nak percaya org yg ko tak pernah langsung kenal dlm dunia ni..@ ko nk percaya org yg ko pernah kenal..2 jenis org ni mintak ko 10k buat pelaburan.. agak2 ko nk pilih yg siapa?..

      Delete
    2. oh ya anon 8:55..kalau nk ikutkn.. buat apa nk bg bukti kat ko ye.. ko bukan ke jenis org yg tak perlu bukti.. cukupla aku suruh doa dan tawakal je supaya dpt petunjuk siapa sebenarnya atok zamany ni.betul tak??..kn senang kerja aku..

      lagi satu kenapa ko trigger sgt nk tutup isu dana pelesu ni ya??.. mcm ko admin blog ni pula.. sibuk sgt.. biarla..sukati aku la nk komen... kalo taknk sakit ati tak payah baca komen.. tak pun ko suruh bos ko tu tutup komen ni.. abis cite..ke ko ni zaman??

      Delete
  19. Hurmmm.....
    Dah meraban. Bohong lah lagi. Hasutlah semahunya.. tak ada bukti kan?? Main serkap sana sini. Sudahlah tu mat. Tunjuk diri cerdik sikit. Baru org terima. Jangan buat kerja sia2 semata nak syok sendiri.

    ReplyDelete
  20. Hurmmm.....
    Dah meraban. Bohong lah lagi. Hasutlah semahunya.. tak ada bukti kan?? Main serkap sana sini. Sudahlah tu mat. Tunjuk diri cerdik sikit. Baru org terima. Jangan buat kerja sia2 semata nak syok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ko tak boleh jwb soalan aku.. takut ke??..aku tanya..kenapa tak jawab...

      Delete
  21. Tak relevan soklan ko.. lari mencicit satu kampung. Dah tak labur, pilah dok diam2. Setakat nak hujah kosong, apa fekdah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg tak relevan.. boleh masuk penjara ke kalau jawab..ekonomi boleh meleset ke kalau jawab.. ckp la ko dah mengaku yg apa yg aku ckp tu betul.. tp ko ego.. takda sapa pun kenal ko kat cni...malu apa

      Delete
  22. Nasihat untuk tuan, pergilah masuk forum skim, sck ke apa. Melalaklah sepuas hati kat sana. Kami malas nak baca komen meraban tuan. Tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat apa nk masuk sana zaman...dah pelabur masuk dana dari sini..cite kat cni la...baru puas ati.. malas tak payah baca.. scroll je laju2..

      Delete
  23. Sy pn musykil jga dgn atok zamany Dan zaman...
    Nmpk mcm org yg sma...
    Lg satu ttang umur zaman yang dia ckp umur 57 tahun pd thun lps...dan tahun ni dah 58 ...
    Tp atok baru 90 Thun beza Hanya 33 Thun..klu anak boleh la aku yakin...
    Tapi ni cucu atok dh beza umur mcm anak dgn bapa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. sy pun ada perasan.. atok meninggal tahun lepas dah nk masuk 90 an.. tp, bila scroll komen yg lepas2 ttg umurnya baru 70 an gitu.. tp komen tu dlm 5 tahun yg lepas.. bukan ke kena tambah 5 tahun umurnya..jd 75 la patutnya.. kenapa sampai jd 20 thn pula pertambahannya... ke die dh lupa umurnya atau rahsia.. ntahla

      Delete
    2. Ya betul,ramai orang perasan tapi malas nak sebut tapi disebabkan ramai jgk yg slow tak boleh nak tangkap penipuan umur yg sgt obvious ini,kita sebutkan jugaklah.

      Saya tahu kenapa zaman letak umur 'atok'nya begitu tapi biarlah dulu...

      Delete
  24. masing2 sembang pom pam pom pam tapi pakai anonymous..sah takde telur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuklah admin blok ni.. xde telur juga.. dia pun xnk org kenal die..

      Delete
    2. Setakat letak nickname nik tetap juga kategori anonymous dan orang tak kenal bro.

      Takdelah berani manapun

      Delete
    3. ye lah nik.. kita ni ikut atok zamany yg tak mahu dikenali utk memelihara sifat tawaduk dan rendah diri.. sebab tu jd anon saja..

      Delete
  25. Begini abatasa.Jawapannya adalah gaya penulisan.Setiap orang mempunyai gaya penulisan yg unik.Semakin kerap orang itu menulis semakin familiar pembaca dengan gaya penulisan seseorang penulis itu.

    Begitu juga dengan atok zamany.Atok zamany mempunyai gaya penulisan yg tersendiri.Beliau juga selalu membuat typo error yang sangat ketara dan seolah2 disengajakan.

    Semua orang boleh perasan kalau dia biasa membaca tulisan atok zamany.Dan yg sangat2 menarik gaya penulisan zaman yg kononnya cucu atok zamany adalah 100% sebiji dengan 'atok'nya!Adalah sangat jarang dua penulis yg berlainan mempunyai gaya prnulisan yg sama tambahan pula dari generasi yg berbeza.Seorang yg sgt tua dgn seorang yg lebih muda.

    Kalau kamu tak puas hati dengan jawapan ini saya akan tambah lagi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. betol bro... sebab tu sy tahu zaman memang ada reply disini..walaupun sbg anon.. sbb sy kenal sgt dgn gaya penulisannya...

      Delete
  26. Hu Allah, apsal jadi haru biru ni? Kat luar sana Anwar dah nak gaduh dengan Mahathir, korang sibuk mencela sama sendiri. Kan sana sini.. DAP dah nak rampas semua hak Melayu, korang tak risau ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah admin blog ni juga.. bukan dia penyokong tegar PH ke..

      Delete
    2. Orang politik nak bergaduh kat luar apasal pulak nak menyibuk.

      Penyelewengan terang2 dalam ni nak buat2 tak nampak ke?

      Admin pun dah cabut apo nak dikato...

      Delete
  27. Sy rasa tuan zaman sdh Ada di Malaysia.
    Tp knp xmsuk tgk blog ni dah mcm2 Ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cek imegrisen klia samaada tn zaman ada pernah kuar masuk dr malaysia ke eroupe dlm bulan lepas ke tidak... Cari nama penuh tn zaman dah memadai utk kesan

      Delete
    2. Korang yg melabur ni takkan tak ada langsung maklumat pasal zaman?Nama penuh ke,no phone ke,no akaun bank..Korang main wasap wasap masuk duit aje ke..

      Ceklah wasap dia ada online ke tak ada.Kalau dia boleh online sepatutnya dia boleh aje update korang melainkan dia memang nak blah macam tu aje..

      Delete
    3. Aikkkk yg tak mkabur plak kelam kabut..ke sdare mlabur bsa ni???

      Delete
    4. Biasalah nak sedapkan hati sendiri.Sibuk tanya org melabur ke tak.Acah2 cool padahal...Bangunlah dari mimpi.Rentikanle angan2 mat jenin nak jadi jutawan billionawan segera bagai...

      Zaman dah tak update tu sundiri mau ingatlah dey.Lagi nak in denial..

      Delete
    5. anon 6.43@ zaman... mmg yg tanye tu tak melabur.. kot2 la ada ahli kluarga ke, kawan2 yg melabur ke.. tu yg tanya tu..

      Delete
  28. hahaha jadi jutawan atau papakedana di atas muka bumi ni tak memberi kesan pun pd kmi sdare...kami diam bkn brmaksud kami tngah mngis di bucu katil...kami serah total sgalanya kpd Allah Rabuljalil..hanya kpd Allah tmpt kami memohon..hanya kpada Allah tmpt kami mngadu..kami tak mmiliki apa2 pun..duit yg dlm poket kami skrg ni pun milik Dia..kalau ditipu Alhamdulillah bahagian kami di akhirat menanti..janji dia besrta nama Allah..nama Sultan Wali..kalau bertujuan untuk kewahan dunia maka tangunglah akibatnya nanti..sedare kata dah lama ikut blog ni tak kan tak fhm lg apa yg di sampaikan di sini??? atok tu zaman..zaman tu atok..umur.. bkn isu besar ..mungkin ada sebab dan muslihat ia begitu untuk mengelirukan musuh..lihatlah kpd yg besar..jgn hanya melihat kpd yg kecil..kami mlihat dan mnilai apa yg disampaikan disini..kalau itu je point sedare ia blm ckup konkrit untuk jatuh hukum..ada apa2 ksalahan atau hujah yg tak betol tak dlm pnulisan atok dlm bab lain sblm ni??? knapa pasal dana ni baru sedare muncul??? apakah hanya duit yang memberi kesan pd khidupan sedare??? pgangan akidah???agama???.. kami tak tahu mcm mana nak berangan2 pd sesuatu yg bukan hak dan milik kami???ia milik Allah Taala Tuhan Seru Sekalian Alam..kalau Allah bg pun ia beserta amanah dan tangungjwp yg amat besar..mampukah kita pikul???

    anon 6.43 pm@bkn zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu tak perlulah melantik diri sendiri mewakili ratusan pelabur lain.Ayat redha ditipu bunyinya hipokrit sangat.Oklah mungkin kamu seorang redha ditipu dek kerana taksub pada atok zamany sampai menobatkannya sbg wali Allah.Tapi orang lain mungkin tidak.

      Saya tidak menganggap atok zamany siapa2 malah dari dulu lagi(sbl timbul isu dana quadrillion dan ghaib di mekah)kerana saya tidak kenal siapa beliau.Artikel2nya pun semua copy paste dari google atau sumber2 lain.Bukan buah fikirannya sendiripun.Jadi pelik kalau ada orang boleh taksub dengan ilmu copypaste begitu.

      Saya bukan baru menulis pasal isu ini sebab duit malah sejak dulu lagi.Serkap jarang lagi kamu.Dulu sy ingat atok zamany memang somebody dalam arena politik tanahair jadi kadang2 saya bertanya tentang politik tp rupanya semuanya rekaan.

      Baguslah kalau kamu dah tahu yg atok zamany adalah zaman tp kamu tetap tak kenal siapa zaman.Beliau mungkin saja seorang conman.Mungkin juga tidak.Saya sendiri pun tak tahu.

      Semuanya bergantung kepada kemampuan beliau untuk menunaikan janji pada pelabur yg telah melabur berpuluh ribu seorang.Jumlah pelaburan mungkin menjangkau juta atau puluh juta atau lebih lagi bergantung kepada jumlah pelabur.Jadi ini bukan isu kecil seperti yg kamu kamu cuba beritahu pada pembaca2 di dalam blog ini.

      Biarlah zaman sendiri yg selesaikan masalah ini kalau dia seorang yg jujur.Tak perlu kamu jadi jurucakap zaman sedangkan dia sendiri hilang entah kemana.Yg patut kamu risau adalah kenapa zaman tidak melayan wasap kamu,tidak update perkembangan dana,tidak buat 'maintenance' blog.Padahal rasanya sudah lebih 3 minggu zaman ke 'europe' tapi dia terus menyepikan diri.

      Delete
    2. Tak ada pula nampak anon ni memihak kepada siapa2? Tak ada pula aku baca dia kata isu pelaburan ni isu kecil?tak ada juga bunyi dia taksub sampai kata atok zamani wali?siapa serkap jarang sebenarnya ni?kamu faham tak apa yang dia tulis? kamu letak Allah kat mana dalam setiap kejadian?

      Delete
    3. anon 11.53..memang ilmu makrifat ni ajar kita redha je ke kalau dizalimi... mcm tu aku nk menipu org lah mcm ni..yelah yg menipu dan ditipu tu kan Allah.. tak sangka kan islam semudah ini.. rugi tak belajar awal2..

      Delete
    4. Dari mana pula kata ilmu makrifat ni?makrifat tak mnulis dah.tak brsuara dah.tak muncul pun.Nabi buat apa bila dizalimi??

      Delete
    5. nabi maafkan.. tapi nabi tak menipu...

      Delete
    6. bertuah zaman.. dapat pelabur yg ikhlas dan redha walau kena tipu...

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Anon 11:53pm,

      Kau tu yg slow tak faham isu.
      Betullah semua kejadian dibaliknya Allah.Kalau gitu kau tak nampak Allah ke yg menegur zaman dengan dana mengarutnya?Kau tak nampak Allah di sebalik teguran aku?

      Nak cerita hakikat makrifat konon tapi nafsu tamak duniawi sebab nak habuan juta billion pura2 tak nampak?

      Delete
    9. haha..betul anon 1:35.. baru nk tulis benda yg sama... anon 11:53 cuba nk alih isu tu..

      Delete
  29. senang je kan.. salahkan Allah pula ya..dah menipu org, lps tu ajak ramai2 berserah pula ye..
    setakat hujah2 dlm blog ni.. bole je di copy paste, buat rujukan @ tanya pada yg arif.. seterusnya boleh bg jawapan kat cni... ni mcm jenayah terancang..create watak seseorang yg alim warak bertaraf wali..utk apa?..utk bina keyakinan tinggi, utk bina persepsi..spy org akan mudah percaya..ia bukan kerja mudah..mungkin akan ambil masa bertahun2..stop guna agama utk memperdaya org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman.. bab dana yg menipu ni.. akan ada satu pihak yg untung.. ada satu pihak yg rugi... yg satu pihak tu untung berjuta2.. yg rugi tu.. habuk pun tarak... ni nk kira hujah apa pula ya?.. redha dan tawakal.. guna nama Allah.. bla bla bla?.. ke mcm mana??... adakah makfiratullah sekejam ini?...

      mcm ada satu hujah ko..pemimpin kafir yg jujur lebih baik dari pemimpin islam yg rasuah?..ko yakin ke kafir tahu makna jujur tu?..tengokla apa peguam negara tu dah buat?

      Delete
  30. Hahahaha kalau dah semua komen dianggap zaman ssh la...kalau mcm ni hujah sedare2 sy mmg tak akan menang..ya sedara benar sedara betul..cukuplah keperibadian,penyerahan Rasulullah S.A.W menjadi suri tauladan untuk sy ikut..wlaupun tak mungkin sehebat dan setabah Baginda..

    ReplyDelete
  31. Kalau sakit pegila berubat. Nampak dah gawat ni. Penyakit dengki pun ada, iri pun ada, sombom pun ada. Haaaa elok la sangat pi ngaji tssauf kenal diri kenal tuhan. Lagi baik dari bersangka2. Makin hitam pekat hati tu. Bahaya dah nakin membusuk. .. Renti buat keje xfaedah. Kankah semua ini urusanNya. Korang sibuk apahal? Iman mana iman. Ke nak jadi hamba dunia???? Dengar kata tak melabur pun.. alahai

    ReplyDelete
  32. kalau mmg backup lebih2 tu sape lg... zaman la..mcm la aku tak boleh coding die.. baru je ada komen suh tgok nama kat imigresen.. suh cek no phone n akaun bank.. dah gelabah.. kenape?.. takut org dpt trace ke?.. mesti ada komen tak melabur tak payah sibuk.. takut apa kalau tak salah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku ni pelabur.. dan aku tahu je aku kena tipu.. aku akan trace ko sampai dapat zaman.. sampai lubang cacing aku cari ko..zaman..alamat blog ni pun boleh trace ip adress ko zaman..

      Delete
  33. Sebenarnya niat 'anon' baik sebab mewakilkan kawan atau saudara untuk menuntut kembali wang pelaburan.

    Disamping itu 'anon' juga ingin mengetahui siapa tok zamany atau tuan zaman dengan lebih rapat... Mungkin firasat beliau tepat..

    Bagus'anon' juga selalu menasihat para pembaca mengenai pelaburan supaya ikut saluran yang sah.. Dan tidak bertopengkan agama

    Yang pasti 'anon' yg tidak berpuas hati ini akan aman bila dia dpt balik duit kawan dia kot...

    Jadi kita teruskan membaca kisah ini.. . Jangan bimbang InsyALLAH ada la rezeki masing2 nanti ��

    ReplyDelete
  34. Lucu juga bila status yg bagi komen sama ada pelabur atau bukan jadi isu.Kalau saya pelabur saya maki hamun terus zaman dan konco2nya berbakul2 sebab dah setahun tak bayar2 kemudian hilangkan diri.Bukannya zaman boleh buat apa pun hahaha.

    Kami yg komen mengkritik zaman mungkin ada yg melabur dan mungkin juga tidak.Itu tak penting pun.Saya tahu ramai pelabur yg takut bersuara senyap sunyi sebab takut diambil tindakan oleh zaman.Semua pakat 'husnuzon' dan 'redha'.Hahaha..

    Melayu dan skim cepat kaya tak dapat dipisahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulla zaman mmg ada... ada komen dubble seven dah dipadam..

      Delete
    2. Bro komen double seven tu dia padam sendiri.Zaman tak berani muncul guna nama sendiri.Dia reply guna anon juga.Tp ada jg mcm komen dia tp bkn dia.

      Delete
    3. hihihi main tembak jer.. ko ni buat orng gelihati.. ko yg sangka bukan2. Kalau dana setel pun takder kaitan ko. Tak kua dlm blog ni. Sori bruh.
      zamand takder tulis apa pun bruh??? . ko reka bukan2.. sangka bukan2. Keraguan munasabah konon???

      Delete
  35. IKUT SUKA KAULAH NAK KATA APA.. TERUSKAN KUTUKAN TU.. GIGITLAH KUAT2 SIFAT MAZMUMAH. PUASKAN HATI YG KELAM TU. TAK APA. RAMAI PELABUR DI SINI TIDAK RASA GOYAH DAN BIMBANG. WALAUPUN RAMAI PENGHASUT. KAMI TERIMA DENGAN SENANG HATI APA SAHAJA BAKAL TERJADI. KAMI YAKIN ALLAH ADA DAN REDHA TAQDIRNYA. INSYA-ALLAH JANJI ATOK ZAMANY ITU BENAR DAN IKHLAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat itu penentu halatuju hidup. Terimakasih tuan.

      Delete
    2. Baik tuan. Saya pun setuju pandangan tuan. Orang tua pesan "bersyukur"lah samaada senang atau susah. Rezki tu hak mutlak Allah, Dia hanya akan beri kpd siapa yang Dia kehendaki. Begitu juga dengan hal ini. Pasrahlah, Redhalah, Allah suka hambaNya yang bersyukur, samaada kaya atau miskin. So tak perlu kita khuatir apa yang bakal kita terima dariNya. Apa yang perlu ialah kita terus berusaha. Bertawakkal dan berdoa memohon pertolonganNya sentiasa dengan sepenuh hati. Siapa berbuat baik akan mendapat ganjaran baik begitu juga sebaliknya. Percaya pada hari pembalasan? Wajib percaya kerana ia Rukun Iman. Oleh itu jagalah hati. Bersihkan sentiasa. Usah risau kerja Allah dan tenteranya.

      Isikan hati dengan nur bukannya zulmat. Pasti mendapat habuan yang baik. Jangan menghina dengan kata2 nista. Jangan menuduh perkara2 yang kita tidak pasti. Sangkaan buruk akan jadi hijab dan membawa kita menuju kegelapan. Setiap kata dan niat kita direkodkan dan bakal di hisab. Berhati2lah wahai saudara2ku. Maafkan saya jika keterlaluan.

      Delete
  36. Anon 1:49..
    ikut ko lah duit ko.. dh mcm kena pukau pun ada pelabur2 ni..org minta duit, kamu semua bg je tak bnyk soal..dahla takde bukti hitam putih..takde perjanjian bertulis langsung..main redha je..taktaula duk dlm zaman apa ni..dlm quran pun contohnya bab berhutang..kena ada perjanjian BERTULIS antara pemiutang dan penghutang..Dalilnya firman Allah Swt : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.”. (QS. Al-Baqarah: 282)





    ReplyDelete
  37. Ignorance is bliss kaedahnya.Terserah pada korang apa yg korang nak percaya.Teruskanlah in denial selagi boleh.Cakap banyak pun tak guna buat tambah dosa berbantah2 dan menegakkan ego masing2.

    Kita tunggu dan lihat ajelah apa yg akan berlaku pada cerita dana ini nanti.

    Apapun saya ucapkan good luck ajelah pada korang semua.

    ReplyDelete
  38. Salam semua, saya sarankan tuanpuan hentikan perbincangan mengenai dana ini. Saya telah dihubungi sebentar tadi, mereka masih lagi di europe. Kerja belum selesai. Harap maklum.

    ABATASA

    ReplyDelete
  39. Buat pengetahuan tuan abatasa. Gaya tulisan tu adalah zaman. Bknnya tulisan anaknya. Harap teliti tulisan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa dah kenapa pulak anak dia yang hantar wasap?Kenapa dia tak wasap sendiri?Apa pulak alasan kelakar dia?Dah semakin mengarut dah zaman ni mempermainkan korang semua.Dia cuma melengah2kan masa sebelum dia dapat 'keluar' dengan selamat.

      Dari watak orang tua bertukar kepada watak orang separuh umur,sekarang dah jadi watak orang muda pulak.Tapi gaya penulisan tetap tak boleh tukar kan.Korang jangan terkejut pulak kalau dapat wasap dari 'anak zaman' yang memberitahu 'ayah'nya dah hilang atau terkorban di eropah.Mungkin diculik atau dibunuh agen2 rahsia.Ini saya warning awal2 supaya dia tak guna taktik tu.Dia ada je baca komen saya ni.

      Kamon,cerdiklah sikit korang ni pun...

      Delete
    2. Tuan anon 6.13. Tak apa tuan. Rasanya tak perlulah saya sampai nak buat begitu. Tak berbaloi rasanya bersusah payah melakukan kajian untuk mempertikai cara menulis tuan Zaman dan atok Zamany. Saya pun tak ambil kursus linguistik, kalau salah tak pasal2 berdosa. Sepatutnya hal seperti ini tak dibangkitkan dalam blog ini. Bagaimana jika andaian kita salah??? Kita wajib hormati tuan tanah/pemilik blog. Jika tuan anon juga pelabur, bersabarlah. Kita tunggu sahaja sehingga dia balik. Disamping itu, lebih baik kita terus berdoa memohon bantuan dari Allah dan jika mampu buatlah solat hajat. Lagi banyak lagi baik. Bukankah Allah Maha Mendengar? Allah dah berjanji akan mengkabulkan doa hambaNya yang teraniaya (jika teraniaya). Bukan dengan cara mengadu domba, mengumpat, mengeji seperti perlakuan sebahagian dari anon di blog ini. Takutlah kepada Allah. Jika kita teraniaya Allah tahu, tunggulah balasannya bagi yang menganiaya. Itu lebih mulia dari membangkitkan sesuatu keraguan yang boleh menimbulkan kerisauan umum. Saya yakin segalanya akan selesai dengan baik. Insyaallah.

      Bahaya jika kita bangkitkan sesuatu perkara yang kita tak pasti. Jadi fitnah. Hanya dengan berdasarkan sangkaan semata2. Kepada anon 12.03, boleh tak tuan tidak ikut campur urusan kami? Tak ada kaitan pun dengan tuan. Lebih baik tuan diam kalau tak tahu. OK?

      Delete
  40. MasyaAllah.. dahlah berhentilah jadi penghasut. Penuh perasangka kemudian ajak orang lain sama membuat dosa, berhentilah. Tak faham betul perangai orang ni. Busuk Tengik.. yang pi sebok sangat tu pasai apa??? Kami pelabur, tak pernah ada rasa nak fikir macam tu. Penyebok sungguh. Tak rasa malu. Apa hukum jadi penghasut?? Muhasabahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, Bersabarlah. Mungkin mereka jenis pendendam dan tak mustahil juga ada perselisihan dengan tuan Zaman atau atok Zamany. Mungkin mereka ada masalah peribadi dan tak puas hati. Maafkan keterlaluan mereka. Mereka hanya ambil kesempatan terhadap beberapa perkara terjadi pada urusan dana untuk melampiaskan dendam mereka. Itu sahaja.

      Tuan pun tahu dengan jelas cara kerja dan perjuangan atok Zamany. Tuan mungkin telah dijelaskan panjang lebar melalui email sebelum tuan melabur. Jadi banyak perkara yang "bukan pelabur" tahu. Tak hairanlah mereka menyangka yang bukan2. Banyak perkara yang tidak boleh disebar kepada umum, kita juga tertakluk kepada undang2, amla dan amlafa. Harap tuan faham kedudukan perkara. Terima Kasih.

      Delete
  41. Salam. Xde Tajuk Baru ke. Boring psl Dana. Suka Baca bab solat.lama dh x solat

    ReplyDelete
  42. salam Abatasa.. sebenarnya tiada sangkaan semata2 pun mengenai kesahihan dana ni samada wujud/tidak..melainkan kita boleh semak kewujudannya melalui BNM?..Bukanke kita boleh ke website bnm utk tahu info lebih lanjut mengenai individu/syarikat yg diberi lesen utk mengutip duit org ramai bg tujuan pelaburan?, Adakah pakcik abatasa sudah email nama penuh tn zaman ke BNM utk tujuan semakan bg memastikan dia mmg ada menguruskan dana quadtrilion?.. kalau ada,.. takpelah.. teruskanlah..takde sapa nk marah..org lg suka.. tp bagaimana kalau takde?.. dan benar2 tak wujud?.. dan dari celah mana nak wujud?..

    Sebenarnya sy tak kisah sgt dgn kerugian pelabur2..itu duit mereka..suka hati merekalah..yg rugi/untung, mereka..bukan sy..cuma sy sgt sakit hati bila ada yg sanggup menjual agama utk tarik org ramai pelabur..itu saja..

    Takpelah mungkin di dunia ni takde pengakhirannye kisah dana ni..mungkin bersambung2 sampai kiamat..mungkin pengakhirannya di akhirat nti..disana kita tahulah siapa di pihak yg benar @ salah...cuma sy nk sampaikan di sini apa yg saya tahu utk kita berhati2..itu saja..

    satu saja sebab, yg ada org sanggup bersumpah atas nama Allah / jual agama utk kepentingan diri sendiri..ialah...GILA..sbb pernah jumpa org mcm ni..menipu duit org ramai dgn guna dakwah jln tarikat..rupanya dpt tahu bekas pesakit mental..ialah Kalau gila takpelah..dpt masuk syurga..

    Apa2 pun sy ucapkan selamat maju jaya atas segala usaha anda semua..

    Selamat tinggal semua..



    ReplyDelete
  43. Atuk boleh komen politics malaysia. Cam menarik ni

    ReplyDelete
  44. Xdak Bab politik dah dlm ni...tuan zaman on hilang ntah kemana..

    ReplyDelete
  45. Zaman zaman...
    Knp guna nk perlu kaitkan Ustaz Mad janggut dlm Dana ni...sy dgr khabar Dari yang join benda ni...menyatakan bhawa Ustaz tahu Dan bersetuju bagi mencairkan Dana ni...klu btl Alhamdulillah...klu skadar utk mengambil kesempatan dlm meraih keprcayaan ahli2 abjad Dan warga Melayu sy berasa marah dlm Bab ni..

    ReplyDelete
  46. Salam semua...

    Nampaknya sepeninggalan saya beberapa bulan ini telah membuat sesetengah orang cuba menjadi "hero" didlm blog saya ni. Seolah2 bermaharajalela dengan segala macam kecaman, ugutan, caci maki, fitnah dan mengadu domba kepada semua pembaca blog saya ini sesuka hati dia. Lepas tu pandai pulak nak menjadi hulubalang pembela arwah tok guru. Macam ni ke perangai dan tengkah laku seorang anak murid.. kau finah aku macam2 tak apa... ok kau ingat kau siapa nak mengajar aku ni... tunggu tindakan aku pulak lepas ni. Aku cari kau pulak sampai lubang cacing.. lepas tu siaplah kau. Aku harap kau siapkam duit banyak2 sebagai jaminan nanti. Baru kau tahu nanti... sedap mulut kau saja ya. semua comen2 kau ni aku tak buang... utk bukti celuparnya mulut kau.

    Kau tak tahu apa cerita sebenar... pandai2 buat fitnah dan cuba provokasi pembaca aku pulak. Kau kalau tak suka pd aku... buka blog sendiri dan jangan masuk dalam blog ni. Kau tulis sendiri dan tak payah menyebuk disini. Lepas tu kau tulis semua keburukan aku sampai engkau puas. Kau tengok... berapa org yg akan baca. Disini pun kau dah kena kutuk macam2 masih saja tak faham. Bukan semua org suka dgn perangai buruk kau. Kau dengki pada aku, sama kau dengki pada tok guru. Apa yg aku buat ni adalah apa yg tok guru suruh aku buat dan atok aku. Aku tak akan bergankjak dari kerja aku ni sampai siap. Kau jgn nak jadi hero dan nak tunjuk ajar aku. Aku dah cukup makan garam dlm hal kewangan ni, sedangkan kau duduk dimana ?? Abok pun tak ada... jgb kata berilmu... jadi anak murid pun masih gagal. Aku serah pada Allah saja apa yg kau dah mengata, mengumpat, mengkeji, mengadu domba, memfitnah aku tu. biar DIA yg balas diakhirat kelak. Kau tanggung lah dosa2 besar tu semua terutama kpd arwah atok aku tu. Telajak kereta boleh undur... telajak kata2 binasa diri kau 'merasai' sampai ketua.

    zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh dikongsi apa yg berlaku sebenarnya utk menjernihkn keadaan..

      Delete