Thursday, June 13, 2019

KEPENTINGAN SELAWAT


KEPENTINGAN SELAWAT KEATAS NABI SAW.

Sebagai umat Islam yang telah mengucap dua kalimah shadat, memang ada kepentingan berselawat keatas Nabi saw bagi kita menguatkan iman dan pegangan kita didalam syariat islam yang dianuti. Selain itu dengan selalu mengucapkan selawat akan menguatkan lagi kecintaan kita kepada Baginda dimana Allah SWT sendiri amat mengasihi Baginda. Jadi kita juga hendalah mengasihi Baginda agar kita dikasihi Allah SWT. Begitulah eratnya hubungan Nabi dengan Allah dan kita sebagai umat Nabi saw juga mesti menurut atika yang sama seperti itu agar kita sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang Allah juga.

Tapi kebelakang ini biasa kita dengar pertelingkahan didalam mana-mana ceramah dan bahkan dimerata tempat berkenaan Selawat keatas Nabi saw dipertikaikan kebolehan dan kepentingannya kepada umat Islam seluruhnya. Usha ini dilakukan oleh beberapa kumpulan extrimis Islam seperti dari kumpulan Wahabi dan juga Syiah yang selalu mengeluarkan fatwa sesat mereka berkenaannya. Disini atok kumpulkan beberapa keterangan dan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa bloger dan juga atikel-atikel yang diterbitkan oleh beberapa pengeluar khabar tanahair untuk bacaan kamu semua supaya faham permasaalahan tentang masaalah berselawat ini. Diharap kamu semua akan faham nanti.

KELEBIHAN SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMED SAW

Related image 

1.     Ia Adalah Perintah Allah


Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”

Related image 
Ayat 56 surah al Ahzaab

Mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”

Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai umatnya yang serba kekurangan ini.

Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta sifat keperibadinya yang unggul.


1.     Allah Membalas Selawat HambaNya

Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan  Rasulullah di dalam hati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]

Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.

2.     Membuang Kerisauan

Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:

Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:

“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;

Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”

3.     Diampunkan Dosa

Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]

Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.

4.     Rasulullah Membalas Ucapan Salam

Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.

Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]

5.     Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat

Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]

6.     Doa Mudah Terkabul

Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]


ADA APA PADA SELAWAT NABI SAW.

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.
Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”
(Al-Ahzab 56)

Bayangkan, tanpa Rasululah alam ini tidak akan diberkati. Kedatangannya adalah untuk memberi rahmat untuk alam ini. Alam itu gelap gelita, Rasulullah adalah penerang kepada penghuni-penghuni dunia. Kata bijak pandai, dunia tidak akan aman, selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak. Dan inilah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni memberi rahmat kepada alam dengan berusaha memperbaiki akhlak manusia.

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.”

Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.

Baginda berjuang bermula dengan seorang diri. Diseru kaum keluarga terdekat dan sahabat terapat. Daripada Siti Khadijah, kemudian Sayidina Ali serta Sayidina Abu Bakar… Sedikit demi sedikit. Dan 23 tahun kemudian, ada lebih 124,000 para sahabatnya yang bertebaran di Makkah, Madinah dan seluruh jaziratul Arab. Baginda rela kehilangan apa sahaja demi menyelamatkan umatnya daripada kejahilan dan kesyirikan. Daripada cacian, dihalau hinggalah ancaman bunuh – semuanya telah baginda lalui demi perjuangan yang suci.

Jika pada hari ini kita memuja pemimpin yang berjasa… maka siapakah pemimpin yang lebih besar jasanya daripada Rasulullah SAW? Bagindalah yang telah membebaskan kita daripada kesempitan hidup dunia untuk menikmati kelapangan hidup di akhirat. Baginda jualah yang membebaskan kita daripada penghambaan sesama manusia untuk menjadi hamba keoada Allah. Baginda yang mengeluarkan kita daripada ksempitan dunia untuk menuju kelapangan akhirat.

Soalnya, bagaimana kita memperingati jasa-jasanya itu?

Ya, kita mesti berselawat ke atas baginda. Kelebihan solawat telah banyak kita dengar. Namun apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?

Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.

Bagaimana rasa diri hamba? Ya, umpama seorang hamba, tentu dirinya tidak layak melakukan sesuatu sesuka hati. Apa yang dilakukan mesti mengikut arahan majikan atau tuannya. Jadi dengan amalan selawat ini, kita berharap menjadi hamba Allah setiap masa,di setiap tempat dan setiap ketika. Maka dengan itu bererti hubungan kita dengan Rasulullah juga adalah hubungan yang berterusan. Sebab kita hendak jadikan Rasulullah ini sebagai teladan bagaimana menjadi hamba Allah sebenar pada setiap masa dan ketika.

Allah swt bukan sahaja menurunkan Islam dalam bentuk ilmu dan ilmiah. Dia juga turunkan Islam dalam bentuk amaliah atau praktiknya, yakni melalui Rasulullah. Jadi Al-Quran itulah dalam bentuk ilmu, Rasulullah itu pula mempraktikkan isi Al-Quran. Jadi inilah yang Siti Aisyah katakan, jika kamu ingin melihat Al-Quran hidup, maka tengoklah peribadi baginda dalam kehidupan seharian. Dan bagi kita umat Islam akhir zaman ini… tidak ada jalan lain untuk ‘melihat’ keperibadian Rasulullah selain melihat sejarah hidup Rasulullah SAW.

Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.”

Justeru, generasi Salafussoleh begitu bersemangat mengajarkan anak-anak mereka tentang sirah Nabi Muhammad SAW sehingga diseiringkan dengan pengajaran Al quran. Sebab sirah merupakan penterjemah makna-makna Al Quran secara praktikal. Imam Zainul Abidin bin Husin bin Ali RA berkata:

“Kami mengetahui soal perang-perang Rasulullah SAW sebagaimana kami mengetahui surah-surah yang ada dalam Al Quran.”

MEMUDAHKAN MENCINTAI ATAU MENCONTOHI RASULULLAH

Kita tidak pernah berjumpa Rasulullah. Kita hanya mendengar kisah kehebatan iman dan akhlak baginda sejak di bangku sekolah. Jadi, bagaimana hendak menyemai cinta kepada Nabi Muhammad SAW?

Ø Menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apa yang telah disampaikan oleh rasulullah kita terima dan kita terus laksanakan. Semakin cepat kita menunaikan seruannya maka semakin bertambah kecintaan kita terhadapnya. Sayidina Ali misalnya, telah menerima dakwah Rasulullah tanpa harus berbincang terlebih dahulu dengan sesiapapun, hatta ayah-ibunya sendiri. Tidak ada gunanya mengaku cinta kalau tidak dibuktikan dengan perbuatan. Kata cinta, tetapi Sunnah baginda kita cerca atau pinggirkan. Malangnya, inilah sikap kebanyakan umat Islam kini. Mengaku cinta, tetapi bergaul bebas, mendedahkan aurat, makan riba, minum arak, menipu, rasuah. Baginda sangat bencikan riba, tetapi ada dikalangan umat Islam yang masih mengamalkan riba.

Ø Mencintai apa yang dicintai Nabi.
Apa sahaja yang dicintai oleh nabi Muhammad SAW dari segi cara hidupnya – cara solat, puasa, mentadbir, menguruskan perniagaan, mengatur rumahtangga, makan, minum, pakaian sehingga cara baginda masuk tandas – akan kita teladani.

Ø Membenci siapa yang membenci nabi.
Siapa sahaja yang memperleceh-lecehkan kedudukan nabi Muhammad adalah musuh kita. Kita tidak akan berkawan apalagi bersahabat dengan mereka yang terang-terangan menghina nabi Muhammad SAW. Tidak kira mereka itu kaya, berkuasa atau ternama sekalipun. Siapa yang membenci Rasulullah itulah musuh kita.

Sebab itu umat Islam tidak akan berdiam diri sekiranya Nabi Muhammad diperlecehkan melalui lukisan, tulisan atau kata-kata.

Ø Menjaga hadis-hadis Nabi.
Maksud menjaga hadis di sini ialah dengan menghafaz dan mengamalkannya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA bahawa dia berkata:

“Di zaman Nabi, aku adalah seorang anak kecil, namun aku turut pula menghafaz hadis dari baginda, sedangkan orang-orang di sekelilingku semuanya lebih tua dariku.”

Ibarat seorang yang sedang bercinta. Kebiasaannya seseorang itu akan mengikut atau menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya. Dia mesti mempunyai rasa suka atau cinta kepada orang itu.Kemudian rasa cinta itu dilahirkan dalam tindakan. Jadi cinta pada Rasulullah itu bukanlah semata-mata dengan kata, tetapi dengan tindakan. Oleh itu, dalam kehidupan ini, setiap tindakan mestilah menunjukkan kecintaan kepada Rasululah. Misalnya, acara mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah.

Majlis Aqiqah dan mencukur rambut diraikan ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Ia adalah sunnah Rasulullah yang mulia. Ketika anak Rasulullah iaitu Fatimah az-Zahra melahirkan Hassan, Nabi pun berkata:
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya. Kemudian bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya.”

Seorang ulama Syeikh Dahlawi Rahimullah mengulas tentang hadis di atas dengan katanya:
“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, Bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.”

Setelah ditimbang, berat rambut Hassan adalah sedirham. Sedirham itulah disedekahkan. Kita mungkin antara bayi-bayi kecil satu ketika dulu didendang dengan selawat dan marhaban. Jika anak itu lelaki, diberikan permulaan nama “Muhammad” – Muhammad Rasul, Muhammad Taufik, Muhammad… supaya mendapat keberkatan Allah swt. Lebih-lebih lagi ayah dan ibu mengimpikan anaknya nanti membesar dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.

Sabda Rasulullah SAW:
“Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama para Nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan nama yang paling benar adalah Harith dan Hamman, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.”

Apabila anak lelaki sudah membesar, diadakan pula majlis berkhatan yang juga diiringi dengan selawat dan puji-pujian membesarkan Allah. Sesetengah masyarakat setempat mengadakan acara tambahan bagi meraikan atau menyemarakkan semangat kanak-kanak. Antaranya acara mandi beramai-ramai di sungai, berarak sambil didukung atas bahu bapa sendiri dan sebagainya. Semuanya dengan tujuan untuk menggembirakan hati anak-anak yang akan berkhatan.

Berkhitan sebenarnya satu perintah. Nabi saw pernah bersabda:
“Termasuk fitrah (kesucian) adalah berkumur, menghirup air ke dalam hidung (ketika berwuduk), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan dan berkhitan.”

Apabila usia meningkat remaja, teringin pula berumahtangga. Majlis pernikahan diatur. Termeterailah ikatan janji untuk berkasih dan bercinta selama-lamanya dengan iringan syahadah dan selawat. Ketika itu, kedua-dua pengantin berharap dapat hidup sebagai suami isteri yang bahagia dan harmoni. Rasulullah SAW bersabda:
“Yang lebih utama lagi ialah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.”

Jika rumahtangga mencontohi rumahtangga Rasulullah, kehidupan akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan. Sabda Rasulullah SAW:
“Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang? Iaitu isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira jika ia memerintahkannya, dia mematuhi, dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.”
Sebaliknya jika kehidupan rumahtangga tidak dipandu iman, kehidupan bagaikan neraka dunia sebelum ke neraka sebenarnya.

Sehinggalah apabila kita mati, kita diajar bagaimana bertalkin di dalam bersolawat untuk Rasulullah. Terbuktilah setiap kehidupan kita dari sejak lahir sehingga kini mesti berhubung dengan Rasulullah saw. Oleh kerana itu jadikanlah berselawat itu teman dalam kehidupan kita.

LAGI KELEBIHAN BERSELAWAT:

Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:

Ø syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
Ø syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan
Ø syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.
Ø Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
Ø Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia. Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulahkeberkatan… Bila ada keberkatan, insya-Allah akan ada kelebihan yang berterusan dan berkekalan.

Keberkatan yang sangat diharapkan ialah keberkatan dari segi rezeki. Kedua, dari segi umur kita, ketiga daripada usaha kita dan keempat, dari segi ilmu. Ini bermakna walaupun ada masanya kita hanya mendapat ‘sedikit’ tetapi dengan keberkatan, insya-Allah, yang sedikit itu adan mencukupi. Misalnya, umur walaupun pendek tapi banyak bakti dan jasanya. Inilah yang terjadi kepada Imam Nawawi, Imam Syafie dan Umar Ibn Aziz.

Jumlah kitab karangan Imam Nawawi misalnya, tidak sepadan dengan umurnya. Usianya hanya sekadar 40 an tetapi beliau sangat produktif. Begitu juga Umar Ibn Aziz, yang hanya sempat menjadi khalifah selama 2 tahun tetapi tempoh pendek itu dipenuhi dengan kecemerlangan yang tidak dapat ditandingi oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah yang lain. Inilah pentingnya mendapat ‘umur’ yang berkat.

Manakala ilmu yang berkat pula ialah ilmu yang mampu menyuluh kelemahan diri, menyuluh kebesaran Allah dan menambah amalan soleh kita. Rezki yang berkat pula akan menjadi sumber kekuatan untuk melaksanakan ketaatan, baik ketaatan kepada Allah mahupun khidmat sesama manusia.

Inilah peri pentingnya kita berselawat sebelum berdoa.Tanpa berselawat sekaligus putus hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita putus dengan Allah, berbagai-bagai kesusahan akan berlaku. Yang paling kita takuti, hilang keberkatan dalam hidup. Ini akan menyebabkan rezeki kita walaupun banyak tetapi masih tidak cukup-cukup malah melalaikan kita pula.

Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan!

Jenis-jenis dan khasiat Selawat-selawat Nabi saw:       

1.        Selawat Badriyyah

 

Ø Menyucikan jiwa dan roh.
Ø Hati tenang kerana pesakit yang bersaka selalu sahaja menyebut perkataan 'saka', kalau boleh elakkan sebut perkataan 'saka' lagi dan gantikan dengan berselawat.
Ø Mendapat pahala
Ø Insya Allah mimpi bertemu Nabi jika selalu diamalkan selawat selepas solat fardu dan solat sunat, sebelum dan selepas tidur. Setiap masa berselawat!
Ø Menjadikan diri kita insan yang ikhlas, baik budi pekerti dan waraq.
Ø Menyedari diri sendiri bahawa mencintai rasul itu suatu kewajipan walaupun wahabi menentangnya.
Ø Buktikanlah cinta kamu terhadap Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Insya Allah kesembuhan akan berlaku terhadap pesakit sihir apabila Allah membalasnya dengan ketenangan jiwa dan rohani.

2.        Selawat Munjiah

 


Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.

Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.
Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.

Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.
Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:

“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.

Baru sehaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.

3.        Selawat Futtuhat
                       
Selawat itu adalah satu amalan atau satu ibadat yang sangat besar pahalanya. Setiap orang mukmin dituntut untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW. Antara fadhilat selawat sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis kira-kira bermaksud : ‘barang siapa yang banyak berselawat kepadaku semasa hidupnya, nescaya Allah Taala memerintahkan semua makhluk supaya memohom ampun dan maaf kepadanya selepas matinya’.
Bagi memastikan amalan selawat kita itu sampai kepada maksudnya, hendaklah dijaga 5 syarat :-

Ø Suci daripada hadas kecil dan besar.
Ø Menghadap qiblat.
Ø Berselawat seakan-akan mengadap Rasulullah.
Ø Tartil hurufnya.
Ø Jangan tergesa-gesa menyebut kalimat-kalimatnya.

Selawat futuhat ini khusus untuk memohon rezeki, tetapi dengan syarat meninggalkan maksiat, walaupun perkara-perkara makruh. Selawat ini hendaklah dibaca tiap-tiap hari sebanyak 113 kali atau 114 kali.



4.          Selawat Tafrijiyyah


 

Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:

Ø Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
Ø Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
Ø Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
Ø Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
Ø Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.

Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu.

5.          Selawat Syifa


 

Barang siapa yang sentiasa membaca selawat ini, sama ada diamalkan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu sebanyak 3 kali, atau dijampikan pada orang yang sakit, dibuat air tawar, insya Allah Allah Taala akan mengurniakan kepadanya kesihatan tubuh badan, kelembutan hati, cerah mata, lapang dadanya dan lain-lain lagi.


6.          Selawat Fatih

Image result for Ada byk jenis selawat Nabi kanapa dan utk apa 


Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan.



Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

Ø Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya.

Ø Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.

Ø Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.  




7.     Selawat Jibril 1 & 2


          

Ø Fadhilat Selawat 1: Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.

Ø Fadhilat Selawat 2:
Menurut imam Sya’rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau mengajarkan
kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w
di hari kiamat.

8.     Selawat Sidi/Badawi



 


Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:


Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari.

9.     Selawat Ibrahimiyyah

 Image result for Ada byk jenis selawat Nabi kanapa dan utk apa

Berkata setengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah dia akan bertemu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidurnya. Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya."

Lafaz selawat ini sebagus-bagus dan selengkap-lengkap dan sempurna-sempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat terutama ketika Tahayat akhir dalam solat kita.
Fadhilatnya menurut Ahmad As-Shawi, barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di hari qiamat dan mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.

7.     Selawat Inbu Abbas

 

Menurut Ibnu Abbas r.a barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam jumaat atau siangnya, Allah akan mencatat baginya sejuta pahala dan menghapuskan sejuta kejahatan dan mengangkat sejuta darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Kalimullah di hari kiamat. Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan menyinarkan hatinya serta mudah memahami sesuatu yg dipelajari serta menjadikan otaknya cerdas belajar.

Lain-lain jenis Selawat Nabi saw.

1.  Selawat Saidina Ali ra.

 

2.   Selawat Jalilah (keunggulan) 


 

    3.   Selawat Kamaliyyah (kesempurnaan)


  

4 Selawat Imam Shafie 1 & 2

  


5. Selawat Al In’am

 

6. Selawat Sayyidi asy Syaikh Hasan Abu Halaawah al Ghazi 

Image result for sholawat Mufti Beirut Syaikh Yusuf an Nabhani 

7.   Selawat al Qirainati



 


8.  Selawat Burdah

 
10.  Selawat Azimiyyah

 
11. Selawat Adanan

 

12. Selawat Ar-Rauf Ar-Rahim

 

13.  Selawat Karmilah

 

14. Selawat Mukafaah


15. Selawat Saadah

  

16  Selawat Mufti Beirut Syeikh Yusuf an Nahbani ra,

  

Syeikh Yusuf an Nahbani ra juga dikatakan yang mencipta Selawat Nariaah.


16. Selawat Nurill Anwaari (cahaya dari segala cahaya)

Image result for sholawat Nurill Anwaari 

17. Selawat Maulud Nabi

Related image 

18.    Selawat Mutlaq

 


19. Selawat ketika lupa

Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda
yang maksudnya:  “Apabila kamu lupa akan sesuatu, maka berselawatlah ke atasku
nescaya kamu akan ingatkan akan ia insya-Allah.” 
   
Related image  

20.   Selawat Syeikh Ahmad Ba’dawi

Related image 

21.  Selawat Miftahul Rizqi

Image result for Selawat Miftahul Rizqi  

22  Selawat Munjiyat 



Related image  

23,   SELAWAT NURONIYAH



Image result for Selawat Miftahul Rizqi 

24.   SELAWAT MOHON DILUASKAN REZEKI 

Related image  

25. SELAWAT SYAMS AL KANZIL A’DHAM

 

Bismillahirrohmanirrohim. 


ALLAHUMMAJ’AL AFDHOLA SHOLAWAATIKA ABADAW WA AMMAA BAROKAATIKAA SARMADAN WA’ADKAA NAKHIIYAA TIKA FADZLAW WA ADADAN ALAA ASYROFIIL KHOLAAIQIL INSANIYYATI MA MAJMA’AL HAQO IQIL IIMAANIYATI. WATHURIT TAJALLIYAATIL IKHSAANIYYAATI WAMUQDDAMI JAIISYIL MURSALIINA WAQOOIDI ROKBIL ANBIYAA IL MUKARROMA’IINA WA AFDHOLLAL KHOLAAIQI AJMAIINA KHAMILI LIWAA’IL IZZII’L A’LA WAMAALIKI AZIIMATIL MAJDIL ASNAA. SYAAHIDI ASYROORI ’IL AZALI. WA MUSYAHIDI ANWAARIS SAWABIQIL UWALI WATURJAMAANI LISAANIL QIDAMI WAMANBA’IL ILMI WAL HILMI WALHIKAAM.

Ya Allah, limpahkanlah selalu shalawat-Mu yang paling utama, berkah-Mu yang paling berkembang selamanya dan penghormatan-MU yang paling baik keutamaan dan jumlahnya, kepada manusia yang paling mulia, kumpulan hakikat iman, poros kebaikan yang tampak, pemimpin tentara kaum muslim, barisan terdepan para Nabi yang dimuliakan, seutama-utamanya makhluk, pembawa panji kemuliaan, pemilik kendali kemuliaan, saksi rahasia azali dan sumber ilmu kesantunan dan hikmah.

* Usahakan selesai sholat subuh dibaca satu kali. Semoga Allah SWT senantiasa memberikah kemuliaan hidup anda dan hidup kita semua. Amin.


26. SELAWAT JAUHARATUL KAMAL

Related image


27.  SHOLAWAT TARHIM (PENYAJUK HATI)

Related image  

Bacaan Shalawat tarhim:
ASH-SHALÂTU WAS-SALÂMU ‘ALÂYK
YÂ IMÂMAL MUJÂHIDÎN YÂ RASÛLALLÂH
ASH-SHALÂTU WAS-SALÂMU ‘ALÂYK
YÂ NÂSHIRAL HUDÂ YÂ KHAYRA KHALQILLÂH
ASH-SHALÂTU WAS-SALÂMU ‘ALÂYK
YÂ NÂSHIRAL HAQQI YÂ RASÛLALLÂH
ASH-SHALÂTU WAS-SALÂMU ‘ALÂYK
YÂ MAN ASRÂ BIKAL MUHAYMINU LAYLAN NILTA MÂ NILTA WAL-ANÂMU NIYÂMU
WA TAQADDAMTA LISH-SHALÂTI FASHALLÂ KULLU MAN FIS-SAMÂI WA ANTAL IMÂMU
WA ILAL MUNTAHÂ RUFI’TA KARÎMAN WA SAmI’TAN NIDÂ ‘ALAYKAS SALÂM
YÂ KARÎMAL AKHLÂQ YÂ RASÛLALLÂH
SHALLALLÂHU ‘ALAYKA WA ‘ALÂ ÂLIKA WA ASHHÂBIKA AJMA’ÎN

Arti (terjemahan) shalawat tarhim:
Shalawat dan salam semoga tercurahkan padamu
Duhai pemimpin para pejuang, ya Rasulullah
Shalawat dan salam semoga tercurahkan padamu
Duhai penuntun petunjuk Ilahi, duhai makhluk yang terbaik
Shalawat dan salam semoga tercurahkan atasmu
Duhai penolong kebenaran, ya Rasulullah
Shalawat dan salam semoga tercurahkan padamu
Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari Dialah Yang Maha Melindungi
Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur
Semua penghuni langit melakukan shalat di belakangmu dan engkau menjadi imam
Engkau diberangkatkan ke Sitratul Muntaha karena kemuliaanmu
Dan engkau mendengar suara ucapan salam atasmu
Duhai yang paling mulia akhlaknya, ya Rasulullah
Semoga shalawat selalu tercurahkan padamu, pada keluargamu dan sahabatmu.

28.  SELAWAT JAZALLAHUANNA MUHAMADAN SAW MA HUWA AHLUH

                      

(Moga Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang  dilakukan oleh Junjungan
Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan balasan yang selayaknya buat
baginda)

Image result for Selawat Miftahul Rizqi 




"Sesiapa yang mengucapkan: Jazallahu `anna Muhammadam maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 hari". (HR. Imam ath-Thabraani)

70 malaikat pencatat amalan akan sibuk mencatatkan kebaikanselama 1000 hari untuk orang yang mengucapkan doa tersebut.

Nabi muhammad SAW juga bersabda :

Barangsiapa mengucapkan “Jazallahu ‘Anna Muhammad Maa Huwa Ahluhu” (Semoga Allah membalas jasa Muhammad terhadap kami sebagaimana
mestinya), maka ia mendapatkan pahala yang dicatat oleh 70 malaikat dalam 1000 hari.

29SELAWAT QUTHB AL-BADDAD

               Related image  

Artinya: “Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam kepada junjunan kami, Muhammad-hamba, Nabi, dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi; juga kepada keluarga Muhammad, dengan shalawat yang menjadikan kerelaan bagi kami dan penunaian bagi haknya. Berikanlah ke-padanya wasilah dan maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Balaslah ia dari kami dengan balasan yang sepantasnya; dan balaslah ia dengan balasan yang paling baik daripada balasan yang telah Engkau berikan kepada seorang nabi dari umatnya. Limpahkanlah pula shalawat-Mu atas semua saudara-saudaranya dari go-longan para nabi, shiddiqun, syuhada, dan orang-orang salih.

Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad di kalangan umat terdahulu, dan limpahkanlah shalawat kepada Muhammad sampai Hari Kiamat.


Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada ruh Muhammad di dalam alam ruh, limpahkanlah shalawat kepada jasadnya di dalam alam jasad, dan limpahkanlah kepada kuburnya di dalam alam kubur, jadikanlah semulia-mulia shalawat-Mu, setinggi-tinggi berkah-Mu, selembut-lembut kasih sayang-Mu dan ridha-Mu kepada Muhammad-hamba, Nabi, dan Rasul-Mu, serta berikanlah kesejahteraan yang banyak kepadanya.”

Penjelasan:
Shalawat tersebut di atas dikemukakan oleh lmam Al-’Ârif Syihabuddin Ahmad Al-Suhrawardi di dalam kitabnya, ‘Awârif al-Ma’ârif; telah pula dikemukakan oleh Syaikh Nabhay di dalam kitabnya, Afdhal al-Shalawâti ‘an-Sayyidi al-Sâdâti, yang di dalamnya diterangkan banyak sekali faedah untuk masing-masing bagian darinya.

Diriwayatkan dari Al-Faqih Al-Shâlih ‘Umar bin Sa’id bahwa Rasulullah Saw. bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan shalawat tersebut setiap hari 33 kali, Allah akan membukakan baginya (pintu) antara kuburnya dan kuburku.”

30.     SELAWAT BISALAMI

                  Related image 


Dan lain-lain selawat lagi yang kita tidak tahu nama-namanya dan jumlahnya yang tersangat banyak kerana ia dikarang oleh ramai ahlilah- ahlilah yang jumlahnya pun beratus ribu orang. Tak kiralah selawat apa sekali pun, asalkan kamu rajin beramal dengannya kerana berselawat keatas Nabi saw akan diberi gandaan keatas diri kamu dengan selawat juga keatas kamu oleh Allah, Nabi dan para Malaikat semua. Sekali kamu berselawat, kamu dideri selawat oleh Allah 10x, Nabi saw 10x dan Malaikat 10x. Jadi bayangkan beberapa banyak hikmah diberi kepada mereka yg mengamalkan selawat kepada Nabi saw.

Lafaz Selawat yang sahih:

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
                                                                                                                                        
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ                                                                                                                                    .

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam “Musykil al-Athar” 3/75, An Nasa-i dalam “Amalul Yaum wal Lailah” no 47. Sahih]

1.     Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

2.     Selawat Nariah:

      Image result for selawat nariah 

Keterangan berkenaan Selawat Nariah:
Jakarta, NU Online

Sebagian kalangan mempertanyakan dan bahkan menuding tak berdasarnya Shalawat Nariyah yang akan dibacakan warga NU pada malam peringatan Hari Santri Nasional 22 Oktober mendatang. Pokok persolannya, menurut mereka adalah tidak diketahui pengarangnya.

Dewan Pakar Aswaja NU Center Jawa Timur KH Ma’ruf Khozin mengatakan, jika beralasan karena ketidakjelasan siapa pengarangnya, maka Mufti Mesir, Syaikh Ali Jumah yang digelari Allamah Ad-Dunya, mendapat sanad yang sempurna dari gurunya Syaikh Abdullah al-Ghummar.

Syaikh Abdullah al-Ghummar, menurut Ma’ruf, adalah seorang ahli hadits dari Maroko, yang sampai kepada muallif (pengarang) Shalawat Nariyah Syaikh Ahmad At-Tazi al-Maghribi (Maroko).

“Kesemuanya secara musyafahah, menyampaikan bacaan shalawat tersebut dari guru kepada muridnya secara langsung,” katanya kepada NU Online melalui surat elektronik, Rabu (28/9).

Sementara nama Shalawat Nariyah, ada kalangan alergi dengan ‘nar’ yang memang populer dengan sebutan Nariyah. Sebagian orang menganggap bahwa makna ‘nar’ adalah neraka, ‘iyah’ adalah pengikut, yang disimpulkan‘pengamal nariyah’ adalah pengikut ahli neraka.

Maka, hal itu sangat tidak tepat. Perhatikan dalam Al-Qur’an (Thaha: 10) berikut ini yang mafhumnya:
                                                                                                                                                                                                                                                                        Ketika ia (Musa) melihat api, lalu berkatalah ia kepada keluarganya: "Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu".

Menurut Syaikh Abdullah al-Ghummari, penamaan dengan Nariyah karena terjadi tashif atau perubahan dari kata yang sebenarnya taziyah. Sebab keduanya memiliki kemiripan dalam tulisan Arab, yaitu النارية dan التازية yang berbeda pada titik huruf. Di Maroko sendiri shalawat ini dikenal dengan shalawat Taziyah, sesuai nama kota pengarangnya.

Sementara dalam kitab Khazinatul Asrar, sebuah kitab yang banyak memuat ilmu tasawuf dan tarekat karya Syaikh Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili, disebutkan bahwa Syaikh Al-Qurthubi menamai shalawat ini dengan nama Shalawat Tafrijiyah, yang diambil dari teks yang terdapat di dalamnya yaitu (تنفرج).

Demikian halnya Syaikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani menyebut dengan nama shalawat At-Tafrijiyah dalam kitabnya Afdlal ash-Shalawat ala Sayidi as-Sadat pada urutan ke 63.

“Semua syubhat (propaganda) dalam shalawat Nariyah telah kita ketahui dalilnya sehingga boleh kita amalkan. Akan tetapi, jika penolakannya, keengganannya dan keberatannya karena kebencian kepada kami para santri, maka tak cukup 1000 dalil untuk memuaskan dahaga kebenciannya,” pungkas anggota LBM PWNU Jatim ini. (Abdullah Alawi) sekian.

WAKTU YANG PALING AFDHAL BERSELAWAT

Ø  Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
Ø  Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
Ø  Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
Ø  Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
Ø  Di akhir qunut dalam solat.
Ø  Di dalam solat jenazah.
Ø  Ketika masuk dan keluar dari masjid.
Ø  Setiap waktu pagi dan petang.
Ø  Hari Khamis malam Jumaat.
Ø  Sepanjang hari Jumaat.
Ø  Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

MASAALAH SYIRIK DAN BIDAAH YAN DIKATAKAN KERANA BERSELAWAT DAN LAIN2 LAGI AMALAN YANG TAK PERNAH DIBUAT DAN DIAJAR OLEH NABI SAW.

Hujah-hujah mereka berkenaan salawat nabi yang mendatangkan syirik kepada Allah

1.     Dari dua bentuk selawat yang telah kita lihat di atas, kita dapat perhatikan bahawa sifat-sifat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada Nabi dalam untaian (atau rangkap) selawat tersebut sangat berlebih-lebihan dan memerangkap seseorang jatuh ke dalam lembah kesyirikan.

2.     Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

3.     Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun kepada para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala

4.     Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, dan mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk selawat ini (selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

5.     Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat tersebut, terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi penawar”, “pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan badan”, dan “yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui bahawa yang mampu menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu mengubati hati, dan yang mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan (atau disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa Salam tersebut, beliau sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk orang lain.

6.     Selawat2 tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi tidak juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya adalah tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan manusia berdasarkan akal dan nafsu.

7.     Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan bomoh-bomoh tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar negara. Ia digunakan sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat individu tertentu yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

8.     “Kenapa perlu membaca Doa Qunut sedangkan Nabi Muhammad saw tak buat? Itu perbuatan bidaah. Dan setiap yang bidaah itu adalah sesat.”

9.     Kenapa perlu buat Maulud Nabi sedangkan Nabi tak pernah menyambut hari lahirnya. Ini perbuataan bidaah dan setiap bidaah itu sesat.

10.                        Kenapa perlu berdoa dan berzikir selepas setiap solat2 waktu sedangkan Nabi tak pernah buat pekara itu. Jelas perbuataan yg tidak pernah dibuat Nabi adalah bidaah dan sesat.

11.                        Kenapa perlu membuat majlis tahlil arwah dan membaca surah Yasin untuk arwah yg telah meninggal dunia dimalam hari Jumaat sedangkan Nabi tak pernah buat upucara seumpama itu dahulu, maka ini juga merupakan amalan bidaah dolalloh yang sesat.

12.                        Golongan Wahhabi Yang mengatakan menyebut “Sayyidina” adalah BID`AH sesat masuk neraka.


JAWAPAN BAGI PERSOALAN ITU ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Utusan Online: MOHD. SHAH CHE AHMAD

Dialog berikut adalah antara pertikaian yang sering kali didengari. Bukan itu sahaja, pelbagai amalan lain yang dilihat telah sebati dalam budaya Melayu sejak dari dahulu termasuk membaca surah Yasin dan tahlil pada malam Jumaat serta menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW turut dipertikai.

Tidak dinafikan ada benarnya, namun tindakan segelintir golongan yang mendakwa mengikut sepenuh amalan Rasulullah SAW itu, kadangkala dilihat bersifat keterlaluan dalam menonjolkan pendapat masing-masing sehingga tanpa sedar melabel mereka yang tidak mengikuti amalan mereka sebagai sesat.

Kesannya, umat Islam semakin keliru terhadap amalan dilakukan yang dipelajari sejak kecil kerana dikatakan bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW atau tidak sempurna dan berkemungkinan tidak sah di sisi Allah SWT.

Lebih membimbangkan perkara yang dikategorikan sebagai khilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan ulama itu boleh menyebabkan berlakunya perbalahan sesama umat Islam sehingga menimbulkan perpecahan dan pelbagai kesan buruk lain.

Menegaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, umat Islam perlu berfikiran terbuka terhadap perbezaan pendapat dalam mengamalkan ajaran Islam.

Beliau berkata, selagi perbezaan pendapat itu tidak membabitkan soal tauhid dan akidah kepada Allah SWT, maka ia dikategorikan sebagai khilaf dalam kalangan ulama.

“Umat Islam di negara ini secara rasminya beriman dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan aliran yang dibawakan oleh Imam Abu Hasan al-Syaari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi iaitu al-Asyairah dan al-Maturidiyyah. Manakala dalam pegangan fikah pula adalah mengikuti Mazhab Imam Syafie.

“Dalam soal akidah jelas ditunjukkan kepada kita sumbernya iaitu hanya al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan tidak boleh dibahaskan lagi. Tetapi bagi kaedah fikah yang dikategorikan dalam bahagian pemikiran boleh diperdebat dan disepakati menerusi ijtihad ulama.

“Masalah-masalah yang sering diperdebat kini seperti zikir dan doa selepas solat, bacaan ‘sayidina’ dalam tahiyat dan sebagainya adalah bersifat khilaf semata-mata antara ulama. Tiada masalah untuk diamalkan kedua-duanya kerana ulama yang menetapkan kaedah itu mempunyai nas atau hujah tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika merasmikan Seminar Fatwa Antarabangsa 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini.

Turut hadir, Penyandang Kursi Felo Utama Kajian Fatwa, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (Infad), Sheikh Muhammad Awwamah; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Datuk Dr. Mustafa Mohd Hanefah; dan Pengarah Infad, Profesor Madya Dr. Irwan Mohd. Subri.

Seminar dua hari itu mengumpulkan sebanyak 96 kertas kerja pembentangan membabitkan isu dan kajian fatwa semasa yang disampaikan oleh penyelidik dari pelbagai institusi termasuk penceramah luar negara.

BIDAAH YANG SESAT

Abdul Shukor berkata, bidaah yang dikategorikan sesat sebagaimana sabda Rasulullah SAW tersebut adalah penambahan atau pengurangan dibuat dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak terutama soal ibadat.

“Kita perlu memahami makna bidaah itu sendiri, bukan semua bidaah itu ditafsirkan sebagai sesat. Apa yang dimaksudkan dengan bidaatul dhalalah (sesat) adalah sebagai contoh menambah bilangan perintah solat lima waktu sehari semalam kepada enam kali.

“Walaupun dengan niat untuk meningkatkan iman atau menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT, maka ia adalah haram dan sesat kerana merosakkan ibadat,” jelasnya.

Justeru tambahnya, semua pihak terutama golongan pakar agama perlu bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan pandangan terhadap perbezaan pendapat masing-masing terutama membabitkan ibadah.

“Lebih 1,000 tahun lalu sejak Islam bertapak di negara ini perkara ini tidak muncul, umat Islam tiada masalah mengamalkan Islam malah kesatuan dalam Islam menyatukan banyak hal lain termasuk politik. Baru beberapa tahun kebelakangan ini mula heboh mengenai amalan-amalan yang dikatakan bidaah ini.

“Perkara ini mengakibatkan kekeliruan kepada orang awam. Cuba bayangkan jika dua-dua pihak tidak mahu mengalah, melabel orang ini bidaah, orang ini sesat, tidakkah menimbulkan pergaduhan?.

“Pakar agama dan mufti juga perlu turun padang, melihat sendiri situasi dan senario realiti masyarakat di negara tersebut sebelum menetapkan hukum. Tidak boleh hanya mengikut kitab semata-mata sehinggakan tidak mengindahkan soal darurat dan juga maqasid syariah (tujuan disyariatkan) kepada umat Islam,” katanya.

'JANGAN SEMBARANGAN MENGHUKUMKAN SESAT & BIDAAH DHOLALAH'
BH Online: Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Khilafiah atau perselisihan pendapat dalam hukum agama berlaku disebabkan percanggahan pandangan dalam kalangan mujtahid. Ia kebiasaannya merujuk kepada perkara yang tidak dijelaskan secara terperinci dalam al-Quran dan sunnah, lalu memerlukan ijtihad ulama mengenainya.

Malangnya khilaf yang berlaku dalam cabang agama selalu dilemparkan dengan pelbagai tuduhan secara semberono antaranya dituduh sebagai amalan sesat atau bidaah dhalalah.

Umat Islam sewajarnya diberi pemahaman bahawa bidaah dhalalah dan amalan yang bersifat khilafiah adalah dua perkara yang berbeza.

Khilaf tidak akan membawa kepada kesesatan, sebaliknya kita perlu lebih peka kepada sesetengah amalan bidaah yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.

Pendakwah bebas, Muhadir Joll berkata, bidaah dhalalah dianggap sesat kerana amalan yang dilakukan tidak bersandar kepada dasar atau dalil daripada syarak dan sekiranya wujud dalil yang kuat atau qath’i tetapi hanya mempunyai satu makna ia tidak boleh diijtihadkan.

“Bagaimanapun dalam konteks perkara khilafiah, ia ada dalil syarak sama ada dalil yang berbentuk khusus ataupun umum. Perkara khilafiah juga membabitkan dalil yang tidak jelas atau zhanni yang mempunyai beberapa makna dan memungkinkannya untuk diijtihadkan oleh ulama.

“Malah melakukan amalan disebabkan wujudnya khilafiah ini tidak berdosa tetapi mendapat pahala jika melakukan amalan tertentu. Ulama juga bersepakat bahawa melakukan amalan bidaah dhalalah ini berdosa dan haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan kitab tulisannya, Bingkisan Buat Umat dalam Program Penghayatan Thurath Islami Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

JANGAN CIPTA BIDAAH

Dalam membahaskan perkara atau amalan yang dianggap bidaah dholalah, Muhadir berkata, ancaman daripada syarak terhadap orang yang melakukannya sangat berat.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mencipta (mengadakan) sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini, yang bukan daripadanya, maka ia ditolak.” (HR Bukhari)

Malah dalam membahaskan pembahagian bidaah ini, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenainya. Namun Muhadir berkata, sebagai umat yang berpegang kepada manhaj Imam Syafie perlu menerima pendapat yang dikeluarkan ulama besar terbabit.

Imam Syafie membahagikan bidaah kepada dua jenis, iaitu bidaah dipuji dan bidaah dikeji, iaitu apa yang selari dengan sunnah, maka ia dipuji, manakala perkara yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.

Malah ramai ulama yang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Imam Syafie seperti Imam Ibnu Abd al-Barr dalam kitabnya, al-Istizkar; Imam Ghazali (Ihya’ ‘Ulum ad-Din) dan Imam Nawawi (Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat).

Bidaah hasanah ialah perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW tetapi ia mempunyai dalil yang umum atau tidak bertentangan dengan syarak, manakala bidaah dhalalah pula ialah perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Baginda serta tidak mempunyai dalil yang umum atau bertentangan dengan syarak.

PAHALA AMALAN SUNNAH

Muhadir berkata, walaupun ada golongan yang menolak pendapat mengenai ada bidaah hasanah, ada dalil yang menyebut mengenainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengadakan dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya, diberikan kepada-Nya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barang siapa membuat sunnah yang buruk, kemudian sunnah itu menjadi teladan, maka ia akan mendapatkan dosa dari perbuatannya secara sempurna berserta dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR Ibnu Majah)

Menjelaskan hadis itu, Muhadir berkata, ia menunjukkan Rasulullah SAW membenarkan untuk mengadakan, membuat dan mewujudkan sunnah baik asalkan tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

“Dalam konteks ini mengadakan bidaah hasanah adalah suatu galakan daripada Rasulullah SAW dan mendapat pahala, manakala mengadakan amalan bidaah dhalalah yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah adalah dilarang,” katanya.

AT-TARK TIDAK MENATIJAHKAN HUKUM

Muhadir berkata, dalam membahaskan mengenai bidaah juga tidak boleh lari daripada perbahasan mengenai at-tark (apa-apa yang tidak dibuat oleh Nabi SAW). Ini kerana at-tark menjadi alasan untuk mengatakan sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh Baginda sebagai bidaah.

Berdasar kaedah fiqh itu, tegas beliau, at-tark tidak menatijahkan hukum makruh atau haram, iaitu sesuatu amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW tidak semestinya haram atau tidak boleh dilakukan.

“Hakikatnya ramai Sahabat RA yang melakukan perkara dan amalan yang tidak pernah dibuat serta diajar oleh Rasulullah SAW atau tidak disuruh oleh Baginda kerana memahami bahawa ia tidak haram dilakukan. Antaranya Nabi SAW tidak makan daging dhab kerana tidak biasa memakannya, namun bukan bermakna daging dhab itu haram.

“Malah ada riwayat yang jelas menunjukkan Rasulullah SAW membolehkan inisiatif baharu yang berkaitan dengan doa dan bacaan termasuk dalam ibadat seperti solat walaupun tidak diajar dan diamalkan oleh Baginda selagi tidak keluar dari batasan syariat.

“Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Sahabat RA dan ulama tersohor seperti Imam Syafie serta Imam Ahmad yang terkenal dengan keluasan ilmu dan kefahaman agama melakukan perkara dan perbuatan yang tidak pernah dilakukan Baginda. Hal itu menunjukkan bukti jelas bahawa melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah dibolehkan dan bukannya bidaah dhalalah,” katanya.

JANGAN CEPAT MENGHUKUM

Justeru, Muhadir menasihatkan masyarakat agar tidak disempitkan dengan perbezaan pendapat yang wujud dalam mazhab kerana perbezaan pemahaman dan istinbat adalah lumrah dan tabii bagi akal manusia, sebaliknya umat Islam harus berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan.

“Ia sebagai bukti betapa ilmu fiqh ini berkembang dengan subur dan pemikiran fuqaha yang luas dalam melaksanakan kewajipan mereka serta memberi khidmat kepada syariat Islam. Malah kita wajib untuk menghargai usaha yang dicurahkan oleh ulama mujtahidin pelbagai mazhab ini,” katanya.

Namun pada masa sama, tegas Muhadir, seseorang itu tidak harus memaksa orang lain untuk menerima pandangannya dalam masalah khilafiah.

“Kita tidak perlu menentang amalan khilafiah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang dianuti, sebaliknya hendaklah menentang amalan yang bercanggah dengan hukum yang disepakati oleh ulama.

“Malah kita mesti beradab dengan ulama yang berbeza pandangan dan tidak melemparkan tuduhan bidaah dhalalah di atas amalan khilafiah.

“Selain itu, jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapat sebagai sesat, pembuat bidaah atau khurafat sebaliknya menghormati hujah dan alasan yang diberikan,” katanya.

TOLAK PANDANGAN SEMPIT

Sementara itu, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, berkata perkara khilafiah yang wujud disebabkan perbezaan pandangan dalam mazhab perlu diperbetulkan.

Engku Ahmad Fadzil berkata, golongan yang berpendapat mazhab tidak diperlukan sebaliknya cukup dengan pegangan al-Quran dan Sunnah, dianggap sebagai pandangan yang sempit dan dangkal.

“Mereka kurang jelas dalam kaedah memahami interaksi dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana dalam memahami ayat yang kurang jelas memerlukan penjelasan lanjut yang memerlukan ulama untuk memberi pandangan.

“Jika wujud kefahaman sama, ulama akan bersepakat atau ijmak tetapi jika wujud pandangan yang berbeza, di situ wujudnya mazhab,” katanya.

Engku Ahmad Fadzil berkata, pandangan yang menyatakan, pada zaman Rasulullah SAW tidak mempunyai mazhab juga adalah pandangan yang sempit.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menjadi tempat rujukan bagi sahabat, jadi sebarang kekeliruan yang timbul, sahabat boleh terus bertanyakan kepada Baginda.

Pada masa sama, Engku Ahmad Fadzil berkata, Baginda juga meraikan pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh Sahabat RA.

“Ketika dua Sahabat RA bermusafir, mereka tidak mempunyai air untuk berwuduk, lalu bertayamum. Namun tidak ada dalil yang jelas bahawa perlu diulang solat sekiranya berjumpa dengan air. Lalu kedua-duanya berijtihad, iaitu seorang kata perlu ulangi solat dan seorang lagi berkata tidak perlu mengulangi solat.

“Namun sikap Nabi SAW tidak melemparkan bidaah sebaliknya bagi individu yang mengulangi solat Baginda bersabda bahawa mereka diberikan dua pahala, sekali gus jelas menunjukkan Baginda meraikan pendapat yang berbeza.

“Kefahaman yang Rasulullah SAW cuba tonjolkan ialah Baginda mengiktiraf mazhab. Walaupun wujud pandangan berbeza dalam memahami dalil, Baginda tidak marah kepada sahabat yang berijtihad,” katanya.

Engku Ahmad Fadzil berkata, pandangan yang menyatakan perpecahan berlaku dalam umat Islam disebabkan oleh perbezaan mazhab dan hanya al-Quran dan Sunnah yang boleh menjadi ejen penyatuan juga adalah pendapat yang sempit.

“Orang ini berada dalam dunia khayalan dan tidak berada dalam dunia realiti. Jika diperhatikan, sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW, perpecahan wujud disebabkan oleh politik.

“Saidina Usman RA dijatuhkan kerana difitnah kerana kononnya mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pemerintahannya. Begitu juga pertikaian yang membabitkan Saidina Ali RA dan Muawiyah RA juga berlaku disebabkan politik,” katanya.

HUJAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH KE ATAS GOLONGAN WAHHABI YANG MENGATAKAN MENYEBUT “SAYYIDINA” ADALAH BID`AH SESAT MASUK NERAKA;
Oleh Ahmad Fikri UM.

 MUQADDIMAH:

Suatu masalah agama yang nampaknya kecil tetapi pada hakikatnya besar iaitu masalah membaca “Sayyidina” ketika mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Dikatakan kecil hanya menyangkut sepatah perkataan tetapi besar kerana masalah ini berhubung peribadi Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang sangat disanjungi.

Ulama’-ulama’ Ahli Sunnah Waljama`ah dan pengikut-pengikutnya sudah membiasakan diri mereka membaca “Sayyidina” ketika mengucapkan selawat ke atas Nabi. Mereka berselawat begini, Maksudnya:

“Ya Allah tambahkanlah kemuliaan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Nabi Muhammad”.  

Mereka tidak membiasakan diri mereka membawa selawat tanpa “Sayyidina” seperti: Maksudnya:

“Ya Allah tambahkanlah kemuliaan ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga Nabi Muhammad”.  

Kemudian datang GOLONGAN yang bernama WAHHABI membuat fatwa baru dengan menyatakan bahawa membaca “Saiyyidina” di dalam selawat tidak baik, bid`ah sesat masuk neraka dan nabi tidak buat. LEBIH BAIK DIHENTIKAN.

Disebabkan fatwa ini, maka terjadilah dua golongan di MALAYSIA dan INDONESIA, iaitu ada golongan yang tetap membaca “Sayyidina” dan ada pula yang tidak membaca sama sekali.

Hal ini diucapkan di hadapan umum seperti di dalam khutbah-khutbah Jumaat yang didengari oleh orang awam, kerana ada khatib Jumaat yang membaca “Sayyidina” dalam membaca selawat dan ada khatib yang tidak membaca “Sayyidina”.

Kemudian orang awam kebiasaannya ada yang mengikut fahaman WAHHABI. Mereka mengatakan: “Yang membaca “Sayyidina” khatib KUNO dan yang tidak membaca “Sayyidina” adalah khatib moden dan tajdid”.

Hal inilah di antaranya yang mendorong kami untuk membahas masalah ini secara luas dan mendalam, sesuai dengan hukum-hukum agama yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

Mudah-mudahan tujuan kami menyediakan hujah ini mendapat keredhaan Allah dan mempertahankan amalan umat ISLAM yang sekian lama diamalkan.

PENJELASAN:

Menambah perkataan "Sayyidina" sebelum menyebut nama Nabi Muhammad adalah perkara yang dibolehkan di dalam syari’at. Kerana pada kenyataannya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah seorang Sayyid, bahkan beliau adalah Sayyid al-`Alamin [pemimpin sekalian makhluk], penghulu dan pimpinan seluruh makhluk. Salah seorang ulama bahasa terkemuka, ar-Raghib al-Ashbahani dalam kitab Mufradat Alfaz al-Qur’an, menyatakan bahawa di antara makna “Sayyid” adalah seorang pemimpin, seorang yang membawahi perkumpulan satu kaum yang dihormati dan dimuliakan.[1]

  • “Sayyid” di dalam bahasa Arab bermaksud: “Penghulu”.
  • “Sayyidina” maksudnya “Penghulu kami”.

Penghulu adalah orang yang dimuliakan dalam suatu kelompok manusia dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan. Kalau kita katakana bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah “Penghulu kita”, maka ini bermaksud bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati, yang kita junjung tinggi dan yang kita jadikan pimpinan dan ikutan zahir dan batin di dunia dan akhirat.

Kalau kita ucapkan “Sayyidina Muhammad”, maka itu bermaksud bahawa kita memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjat baginda setinggi-tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya.

Dalam al-Qur’an, Allah menyebut Nabi Yahya dengan perkataan “Sayyid”, Maksudnya:

“Menjadi pemimpin dan ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang saleh”.   [Surah Ali ‘Imran: 39]

Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam jauh lebih mulia daripada Nabi Yahya `alaihissalaam kerana baginda adalah pimpinan seluruh para nabi dan rasul. Dengan demikian mengatakan “Sayyid” kepada Nabi Muhammad bukan setakat boleh tetapi sudah selayaknya kerana baginda lebih berhak untuk mendapat gelaran itu. Bahkan dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri menyebutkan bahawa dirinya adalah seorang “Sayyid”. Baginda bersabda, Maksudnya:

“Saya adalah penghulu bagi sekalian anak Adam di hari kiamat kelak dan bukanlah untuk berbangga-bangga”. Diriwayatkan oleh at-Tirmizi

Asy-Syeikh `Abdullah al-Harari rahimahullah menjelaskan maksud hadith tersebut dengan mengatakan [2], Maksudnya:

“Iaitulah aku [nabi] tidak mengatakan demikian itu [penghulu sekalian anak Adam] hal keadaan aku [nabi] berbangga tetapi aku [nabi] mengucapkan demikian itu [aku penghulu sekalian anak Adam] semata-mata kerana untuk menyebutkan nikmat Allah [yang dikurniakan kepada baginda] dan di dalam demikian itu [hadith tersebut] keharusan menyifatkannya [nabi] dengan Sayyid al-Basyar [penghulu sekalian manusia]”.  

Asy-Syeikh `Abdullah al-Harari rahimahullah berkata lagi [3], Maksudnya:

“Dan perkataannya [Syeikh `Abdullah al-Harari rahimahullah] dengan bahawasanya penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah penghulu anak Adam sekaliannya, telah disepakati ke atasnya di sisi para ulama dan ia [kenyataan ini] di ambil daripada hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi: ((Aku penghulu bagi sekalian anak Adam pada hari kiamat dan bukan untuk berbangga-bangga))”.  

Al-Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim pada kitab al-Fadhail:[4] 
Maksudnya:

“Bahkan jelas nabi menafikan berbangga-bangga ketika berada di hadapan orang bukan Islam di dalam hadith yang masyhur: “Aku adalah penghulu bagi sekalian anak Adam dan bukan untuk berbangga-bangga”. Dan sesungguhnya sabdanya [nabi] berdasarkan kepada dua bentuk, salah satunya melaksanakan firman Allah: ((Dan adapun dengan nikmat tuhanmu itu [yang diberikan kepadamu], maka hendak engkau menyebutnya [bukan untuk berbangga-bangga])). [Surah adh-Dhuha: 11]”.  

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda Maksudnya:

“Saya adalah penghulu anak Adam di hari kiamat kelak dan bukanlah untuk berbangga-bangga dan orang yang pertama akan bangkit dari kubur dan orang yang pertama memberi syafaat dan orang yang pertama dibenarkan memberi syafaat”.  Diriwayatkan oleh Abu Daud

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:

“Saya adalah penghulu anak Adam [di hari akhirat kelak] dan di tangan saya panji-panji kepujian dan bukan untuk berbangga-bangga, nabi-nabi bermula dari nabi Adam sehinggalah ke bawah adalah dibawah naungan benderaku dan akulah orang yang mula-mula akan dikeluarkan dari kubur”.  Diriwayatkan oleh at-Tirmizi

Dengan demikian di dalam membaca selawat boleh bagi kita mengucapkan: “Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad”, meskipun tidak ada pada lafaz-lafaz shalawat yang diajarkan oleh Nabi (ash-Shalawat al-Ma’tsurah) dengan penambahan perkataan “Sayyid”kerana menyusun zikir tertentu yang tidak ma'tsur boleh selama tidak bertentangan dengan yang ma'tsur.

Sahabat ‘Umar ibn al-Khaththab dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menambah lafaz talbiyah dari yang sudah diajarkan oleh Rasulullah. Lafaz talbiyah yang diajarkan oleh Nabi adalah:

Namun kemudian sabahat Umar ibn al-Khaththab menambahkannya. Dalam bacaan beliau:
  
Dalil lainnya adalah daripada sahabat ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa beliau membuat kalimah tambahan pada Tasyahhud di dalamnya shalatnya. Kalimah tasyahhud dalam solat yang diajarkan Rasulullah adalah “Asyhadu An La Ilaha Illah, Wa Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah”. Namun kemudian ‘Abdullah ibn ‘Umar menambahkan Tasyahhud pertamanya menjadi, Terjemahan:

"Diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam sunan-nya daripada `Abdullah Ibn `Umar sesungguhnya beliau telah menambah di dalam tasyahhud: ((Wahdahu La Syarika Lah)), dan beliau berkata: Aku telah menambahnya".
1.     Membaca doa selepas bangkit i`tidal. Dalam sebuah hadith shahih, al-Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada sahabat Rifa`ah Ibn Rafi` al-Zuraqi, bahawa ia (Rifa`ah Ibn Rafi`) berkata, Terjemahan: 

 “Suatu hari kami solat berjama`ah di belakang Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Ketika baginda mengangkat kepala setelah ruku`, baginda membaca: “Sami`allahu Liman Hamidah”. Tiba-tiba salah seorang makmum berkata,  Terjemahan:

"Wahai Tuhan kami, segala puji bagi-Mu, dengan pujian yang melimpah ruah, agung dan penuh keberkatan padanya ". 

Setelah selesai solat, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya: “Siapakah tadi yang menyebutkan kalimah itu?”. Orang yang yang dimaksud menjawab: “Saya Wahai Rasulullah”.

Terjemahan:
"Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Aku telah melihat tiga puluh Malaikat datang berlumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya ". 

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan di dalam kitabnya Fath al-Bari ketika mensyarahkan hadith di atas dengan mengatakan [5], Terjemahan:

“Di ambil dalil dengannya [hadith tersebut] berhubung keharusan mengasaskan zikir yang baru di dalam solat yang tidak disebutkan oleh Rasulullah sekiranya ia [zikir tadi] tidak bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh nabi”.

Di samping itu juga, hadith tersebut mengisyaratkan tentang bolehnya menguatkan suara bagi makmum selama mana ia tidak mengganggu orang yang ada berhampiran dengannya.

Al-Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari[6], dalam menjelaskan hadits sahabat Rifa’ah ibn Rafi ini menuliskan sebagai berikut:

“Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan kepada beberapa perkara. Pertama; Menunjukan kebolehan menyusun zikir yang tidak ma'tsur di dalam solat selama tidak menyalahi yang ma'tsur. Dua; Boleh mengeraskan suara zikir selama tidak mengganggu orang lain di dekatnya. Ketiga; Bahawa orang yang bersin di dalam shalat diperbolehkan baginya mengucapkan “al-Hamdulillah” tanpa adanya hukum makruh”.
1.     Membaca doa Iftitah. Ia berlaku kepada seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang datang lambat ketika solat dan membaca dia ini selepas takbiratul ihram: 
Terjemahan:
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah subhanahu dengan banyaknya. Maha Suci Engkau ya Allah pagi dan petang ". 

Selepas solat, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya siapakah yang berkata sedemikian. Sahabat tadi mengaku dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku tidak melakukannya melainkan hanya berniat baik”.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu”.

`Abdullah Ibn `Umar mengatakan:

“Aku tidak pernah berhenti daripada menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam itu”[7]
  • Dengan demikian itu boleh hukumnya dan tidak ada masalah sama sekali di dalam bacaan selawat menambahkan perkataan “Sayyidina”, baik dibaca di luar solat mahupun di dalam solat kerana tambahan perkataan “Sayyidina” ini adalah tambahan yang sesuai dengan dasar syari’at dan sama sekali tidak bertentangan dengannya.

SOALAN:

Ada sebahagian golongan yang tidak suka kepada penyebutan “SAYYIDINA”, maka mereka memberi penerangan kepada manusia dengan mengatakan bahawa Nabi bersabda:
 Maksudnya:
“Jangan bersayyidina kepadaku dalam sembahyang”.

Bagaimana dengan HADITH ini???

JAWAPAN:

Hadith ini memang sudah sejak lama tersebar dari mulut ke mulut dan pada zaman Imam Ramli [wafat 1004 H] sudah tersebar juga. Tetapi setelah diselidiki kitab-kitab hadith, ternyata hadith ini TIDAK ADA.

Hadith ini adalah hadith MAUDHU` atau PALSU yang direka-reka oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan.

Al-Imam Ramli telah berkata di dalam kitabnya “Nihayah al-Muhtaj” bagi menjawab persoalan ini [8]  Terjemahan:

“Dan adapun hadith: “Janganlah kamu bersayyidina kepadaku di dalam solat”, maka hadith ini adalah batil, tidak ada asal baginya [iaitu maudhu`]. Demikian yang dikatakan oleh sebahagian ulama huffaz [para ulama’ hadith]”.

Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Qasim al-`Ubbadi berkata di dalam kitabnya “Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj”, [9] Terjemahan:

“Dan memegang teguh Syeikh Jalaluddin al-Mahalli akan fatwa yang menyatakan bahawasanya yang lebih afdhal adalah menambahkan “Sayyidina” [fatwa ini dihuraikan panjang lebar oleh beliau, tetapi bukan bukan dalam kitabnya syarah minjah]. Adapun hadith yang menyatakan: “Janganlah kamu bersayyidina kepadaku di dalam solat” adalah hadith batil [yakni hadith yang direka-reka]”.

Banyak lagi kitab-kitab yang menyatakan bahawa hadith itu adalah HADITH PALSU yang direka-reka oleh orang yang mempunyai kepentingan tertentu. Menurut kaedah USUL FIQH, hadith yang palsu tidak boleh diguna pakai untuk menjadikan dalil.

Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab al-Minhaj al-Qawim, halaman 160, menuliskan sebagai berikut, Terjemahan:

“Dan tidak mengapa menambahkan perkataan “Sayyidina” sebelum Muhammad. Sedangkan hadith yang berbunyi “La Tusyyiduni Fi ash-Shalat” adalah hadith dhaif bahkan tidak asal baginya [iaitu hadith maudhu’/palsu]”.

Di antara hal yang menunjukan bahawa hadith “La Tusayyiduni Fi ash-Shalat” sebagai hadits palsu [Maudhu’] adalah kerana di dalam hadith ini terdapat kaedah bahasa yang salah (al-Lahn). Ertinya, terdapat kalimah yang ditinjau dari gramatika bahasa Arab adalah sesuatu yang aneh dan asing. Iaitu pada perkataan “Tusayyiduni”. Di dalam bahasa Arab, perkataan “Sayyid” adalah berasal dari kata “Saada, Yasuudu”, bukan “Saada, Yasiidu”.

Dengan demikian bentuk fi’il Muta'addi (kata kerja yang memerlukan kepada objek) dari “Saada, Yasuudu” ini adalah “Sawwada, Yusawwidu”, dan bukan “Sayyada, Yusayyidu”.Dengan demikian, -seandainya hadith di atas benar adanya-, maka bukan dengan perkataan “La Tasayyiduni”, tapi harus dengan perkataan “La Tusawwiduni”. Inilah yang dimaksud dengan al-Lahn. Sudah tentu sekali Rasulullah tidak akan pernah mengucapkan al-Lahnseperti ini, kerana baginda adalah seorang Arab yang sangat fasih (Afshah al-‘Arab).
Bahkan dalam pendapat sebagian ulama’, mengucapkan perkataan “Sayyidina” di depan nama Rasulullah, baik di dalam solat mahupun di luar solat dan lebih utama sekiranya disebutkan kerana tambahan perkataan tersebut termasuk di dalam penghormatan dan adab terhadap Rasulullah sallallahu`alaihi wasallamDan pendapat ini dinilai sebagai pendapat MUKTAMAD.

Seluruh kitab-kitab fiqh yang muktamad dalam  mazhab Syafi`e mengatakan bahawa menyebut “Sayyidina” sebelum menyebut nama Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dalam selawat adalah afdhal yakni lebik baik kerana hal itu bermaksud kita menghormati dan memuliakan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

SENARAI ULAMA’ ULAMA’ MUKTABAR YANG MEMFATWAKAN MENYEBUT “SAYYIDINA” DIBOLEHKAN DAN BAHKAN IA ADALAH LEBIH AFDHAL:

Asy-Syaikh al-`Allamah al-Bajuri dalam kitab Hasyiah al-Bajuri, menuliskan sebagai berikut:[10]
Terjemahan:

“Yang lebih utama adalah mengucapkan perkataan “Sayyid” kerana yang lebih afdhal adalah beradab [kepada Nabi]. Hal ini berbeza dengan pendapat orang yang mengatakan bahawa lebih utama meninggalkan perkataan “Sayyid” dengan alasan mencukupkan di atas yang warid saja. Dan pendapat mu’tamad adalah pendapat yang pertama. Adapun hadith “La Tusawwiduni Fi Shalatikum”, yang seharusnya dengan “waw” (Tusawwiduni) bukan dengan “ya” (Tusayyiduni) adalah hadith yang batil”.

Asy-Syeikh Syamsuddin ar-Ramli berkata di dalam kitabnya “Nuhayah al-Muhtaj” yang merupakan sebuah kitab fiqh yang dipegang teguh di dalam mazhab Syafi`e: [11] Terjemahan:

“Dan yang lebih afdhal [utama] menambah lafaz “Sayyidina” sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu Zahirah dan yang dikatakan sejelas-jelas oleh sekumpulan ulama’ dan juga yang difatwakan oleh pengarang kitab ini, kerana menambahkan lafaz “Sayyidina” itu [di dalam selawat], kita sudah mengerjakan perintah Nabi dan pula telah mengucapkan yang benar iaitu berbicara secara sopan dan beradab. Membaca “Sayyidina” LEBIH AFDHAL [UTAMA] daripada tidak membacanya”.

Asy-Syeikh Muhammad al-Fasi pengarang kitab “Syarah Dalail al-Khairat” berkata di dalam kitab Sadah ad-Durain”: [12] Terjemahan:

“Fatwa yang sahih ialah boleh menambahkan “Sayyidina” dan “Maulana” dan lain-lain perkataan yang menyatakan menghormati, memuliakan serta membesarkan Nabi dalam mengucapkan selawat untuk penghulu kita Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mengucapkan lebih baik daripada meninggalkannya”.

Asy-Syeikh Syihabuddin al-Qaliyyubi, pengarang dan pensyarah kitab “Minhaj” karangan Imam Nawawi, berkata [13] Terjemahan:

“Ya! Tidak merosakkan [dalam tasyahhud] menambah huruf “mim” pada “alaika”, begitu juga menambah “ya” sebelum “aiyuha”, begitu juga membaca “wahdahu laa syarika lahu” selepas “asyhadu allaa Ilaaha Illaah”, begitu juga menambah “abduhu” sebelum lafaz “wa rasuluh”, begitu juga menambah “sayyidina” sebelum nama Muhammad [dalam tasyahhud atau dalam selawat], tetapi “Sayyidina” itu kita sudah menjalankan perintah Nabi serentak dengan memuliakan dan menghormati nabi”.

Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Qasim al-`Ubbadi berkata di dalam kitabnya “Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj [14] Terjemahan:

“Dan memegang teguh Syeikh Jalaluddin al-Mahalli akan fatwa yang menyatakan bahawasanya yang lebih afdhal adalah menambahkan “Sayyidina” [fatwa ini dihuraikan panjang lebar oleh beliau, tetapi bukan bukan dalam kitabnya syarah minjah]. Adapun hadith yang menyatakan: “Janganlah kamu bersayyidina kepadaku di dalam solat” adalah hadith batil [yakni hadith yang direka-reka]”.

Daripada keterangan al-Ubbadi ini ternyata bahawa Syeikh Jalaluddin al-Mahalli memfatwakan membaca “Sayyidina” adalah afdhal [terlebih utama], dan hadith yang mengatakan: “Jangan bersayyidina kepadaku di dalam solat” adalah hadith yang direka-reka oleh pembohong.

Asy-Syeikh al-`Allamah Ibn Qasim al-`Ubbadi berkata lagi [15] Terjemahan:

“Dan telah masyhur fatwa yang mengatakan bahawa baik sekali ditambah perkataan “Sayyidina” sebelum menyebut nama Nabi Muhammad”.

Asy-Syeikh Abu Bakar Syatta berkata di dalam kitabnya “I`anah at-Talibin”: [16]
  
Terjemahan:
“Dan adalah yang lebih baik mengucapkan “Sayyidina” sebelum nama Nabi Muhammad kerana yang afdhal adalah beradab terhadap nabi”.

Kitab I`anah at-Talibin adalah satu kitab fiqh dalam mazhab Syafi`e karangan Abu Bakar Syatta iaitu kitab yang mensyarahkan kitab “Fath al-Mu`in” karangan Malibari. Kitab ini diguna pakai dalam pengajian di pondok-pondok di Malaysia dan pesantren-pesantren seluruh Indonesia.

Demikianlah apa yang telah dinyatakan oleh ulama’-ulama’ di dalam kitab fiqh yang muktamad yang dipegang teguh oleh umat Islam, baik dalam melaksanakan ibadah kepada Allah atau menjalankan hukum pengadilan [mahkamah syariah].

Boleh dikatakan bahawa seluruh kitab-kitab fiqh dalam mazhab Syafi`e bersepakat dalam hal ini iaitu dengan memfatwakan bahawa:
1.     Yang lebih afdhal [baik] adalah membaca “Sayyidina” dalam selawat.
2.     Membaca “Sayyidina” itu dengan maksud menghormati dan memuliankan nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
3.     Mengucapkan selawat tanpa “Sayyidina” sudah memadai tetapi yang lebih afdhal adalah mengucapkan “Sayyidina”.
4.     Bersopan dan beradab terhadap Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah suatu hal yang pokok dalam agama Islam.

[1] Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an, h. 254.

[2] `Abdullah al-Harari, Bughyah at-Talib, h. 66.

[3] Ibid.

[4] Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, j. 15, h. 37.

[5] Fath al-Bari, j. 2, h. 287.

[6] Fath al-Bari, j. 2, h. 287.

[7] Diriwayatkan al-Imam Muslim daripada Ibn Umar, al-Tirmizi  dan al-Nasai`e melalui dua periwayatan, dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam musnadnya. Salah satu daripada riwayat al-Nasa`ie ialah: “Aku melihat malaikat berebut untuk itu”. Manakala dua daripada riwayat Ahmad pula ialah: “Aku melihat ucapanmu naik ke langit sehingga pintu langit dibuka dan masuk mereka kedalamnya”.

[8] Imam Ramli, Nihayah al-Muhtaj, j. 1, h. 509.

[9] Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  368

[10] Hasyiah al-Bajuri, j. 1, h. 156.

[11] Ar-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, j. 1, h. 509.

[12] Sadah ad-Durain, h. 11.

[13] Qaliyyubi, j. 1, h. 167.

[14] Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  368

[15] Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  268.

[16] Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj, j. 1, h.  368

BIDAAH DAN PEMBAHAGIANNYA:
Oleh NOTA ASWAJA

DEFINISI BID`AH: MAKNA BID`AH DARI SEGI BAHASA:

Makna Bid`ah dari segi bahasa adalah [1], Terjemahan:

"Sesuatu yang diadakan tanpa ada contoh sebelumnya".

Al-Syeikh al-Syairazi menyatakan mengenai definisi bid`ah mengikut bahasa [2], Terjemahan:

"Sesuatu perkara yang menjadi pertama [yang sebelumnya tidak ada]".

Al-Syeikh al-Mufassir al-Razi juga menyatakan [3], Terjemahan:

"Mengadakan sesuatu tidak mengikut contoh".

Di dalam al-Mu`tamad pula menyatakan [4], Terjemahan:

"Mengadakan dan menciptakan sesuatu tidak menurut contoh".

Seorang ahli Lughah [bahasa] terkemuka, al-Raghib al-Ashfahani telah berkata [5], Terjemahan:
"Kata Ibda` ertinya mengadakan sesuatu yang baru tanpa mengikuti dan mencontohi sesuatu sebelumnya.Kata Ibda` jika digunakan pada hak Allah, maka maknanya adalah penciptaan terhadap sesuatu tanpa alat, tanpa bahan, tanpa masa dan tanpa tempat. Kata Ibda` dalam makna ini hanya berlaku bagi Allah sahaja. Kata al-Badi` digunakan untuk al-Mubdi’ (ertinya yang mengadakan sesuatu yang baru). Seperti dalam firman-Nya: ((Allah Pencipta langit dan bumi)). Surah al-Baqarah: 117. Kata al-Badi` juga digunakan untuk al-Mubda` (ertinya sesuatu yang diadakan). Seperti kata Rakwah Badi`, ertinya: “Bekas air yang unik (dengan model baru)”. Demikian juga kata al-Bid`u digunakan untuk pengertian al-Mubdi` dan al-Mubda`, ertinya berlaku untuk makna Fa’il (pelaku) dan berlaku untuk makna Maf`ul. Firman Allah, menurut satu pendapat maknanya adalah: ((Katakan Wahai Muhammad, Aku bukan Rasul pertama yang belum pernah didahului oleh rasul sebelumku)). Surah al-Ahqaf: 9. Menurut satu pendapat (ertinya penggunaan dalam makna Maf`ul)”, menurut pendapat lain makna ayat tersebut adalah: “Katakan wahai Muhammad, Aku bukanlah orang yang pertama kali menyampaikan apa yang aku katakan” (ertinya penggunaan dalam makna Fa`il)".

Seorang ulama’ bahasa terkemuka, Abu Bakar Ibn al-`Arabi menuliskan sebagai berikut, Terjemahan:

"Perkara yang baru (Bid`ah atau Muhdath) tidak pasti tercela hanya kerana secara bahasa disebut Bid’ah atau Muhdath, atau dalam pengertian keduanya. Melainkan bid`ah yang tercela itu adalah perkara baru yang menyalahi sunnah, dan Muhdath yang tercela itu adalah perkara baru yang mengajak kepada kesesatan ".

MAKNA BID`AH DARI SEGI SYARA`:

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan makna bid`ah menurut Syara` [6], Terjemahan:

"Bid`ah dari segi syara` iaitulah mengada-ngadakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada [2 bahagian iaitulah] hasanad [baik] dan qabihah [buruk]  ".

Al-Syeikh al-Muhaddith `Abdullah al-Harari rahimahullah telah menyatakan mengenai makna bid`ah dari sudut syara` [7], Terjemahan:

"Sesuatu yang baru yang tidak terdapat penyebutannya secara tertulis, baik di dalam al-Qur’an mahupun di dalam hadith ".


PEMBAHAGIAN BID`AH

Bid`ah terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Bid`ah Dhalalah. Disebutkan juga Bid`ah Sayyi-ah atau Sunnah Sayyiah. Iaitu perkara baru yang menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kedua: Bid`ah Huda atau disebutkan juga Bid`ah Hasanah atau Sunnah Hasanah. Iaitu perkara baru yang sesuai dan selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Al-Imam al-Syafi`e rahimahullah telah berkata [8], Maksudnya:

"Perkara-perkara baru yang diadakan itu dua jenis: Pertama: Perkara baru yang bercanggah dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar (sesuatu yang dilakukan atau dikatakan oleh sahabat tanpa ada di antara mereka yang mengingkarinya) atau ijma` [kesepakatan ulama’]. Maka itulah bid`ah yang sesat. Dan kedua: Perkara baru yang diadakan daripada segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan ijma`, maka ia adalah bid`ah yang bukan keji ".

Dalam riwayat lain al-Imam al-Syafi`e rahimahullah berkata [9], Terjemahan:

"Bid`ah itu ada dua jenis: Bid`ah yang dipuji dan bid`ah yang dikeji. Maka bid`ah yang selari dengan al-Sunnah, maka ia dipuji, dan bid`ah yang bertentangan dengannya [al-Sunnah] adalah bid`ah yang dikeji ".

Al-Imam al-Syafi`e telah membahagikan bid`ah kepada dua dan ini disepakati oleh para ulama’ selepas beliau, dalam kalangan seluruh ahli fiqh empat madzab, para ahli hadith, dan para ulama’ daripada berbagai disiplin ilmu. Di antara mereka adalah para ulama’ terkemuka seperti al-`Izz Ibn `Abd al-Salam, al-Nawawi, Ibn `Arafah, al-Haththab al-Maliki, Ibn `Abidin dan lain-lain. Dalam kalangan ahli hadith di antaranya Ibn al-`Arabi al-Maliki, Ibn al-Atsir, al-Hafiz Ibn Hajar, al-Hafiz al-Sakhawi, al-Hafiz al-Suyuthi dan lain-lain. Termasuk juga kalangan ahli lughah [pakar bahasa] seperti al-Fayyumi, al-Fairuz abadi, al-Zabidi dan lainnya.

Dengan demikian bid`ah dalam istilah syara` terbahagi kepada dua: Bid`ah Mahmudah (bid`ah terpuji) dan Bid`ah Mazmumah (bid`ah yang keji).

Al-Syeikh `Izz al-Din `Abd al-Salam pula membahagikan bid`ah kepada lima dengan menyatakan [10], Terjemahan:
"Bid’ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada bid`ahwajib, bid`ah haram, bid`ah mandub [sunat], bid`ah makruh dan bid`ah harus ".

Kemudian beliau menyambungnya dengan menyatakan [11], Terjemahan:

"Dan jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka ia sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus ".

Pembahagian ini merujuk kepada bid`ah itu sendiri sebagai perkara baru, bukanlah sebagai hukum. Dalam erti kata lain, bid`ah bukanlah hukum. Ini adalah kerana hukum Taklifi itu Cuma ada 5 sahaja [iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus]. Sebab itulah setiap perkara yang baru, hendaklah ditimbang di atas neraca hukum yang 5 ini:

Al-Syeikh `Izz al-Din `Abd al-Salam seterusnya memberikan contoh bagi pembahagian bid`ah tersebut[12]:

Wajib: Mempelajari Ilmu Tatabahasa [Nahu] untuk memahami al-Quran dan al-Hadith
Haram: Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
Sunat: Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
Makruh: Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
Harus: Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

ULAMA’ YANG MENYOKONG KENYATAAN AL-SYEIKH `IZZ AL-DIN `ABD AL-SALAM DALAM MEMBAHAGIKAN BID`AH KEPADA 5 IAITU:

Di antara ulama’ yang menyokong kenyataan al-Syeikh `Izz al-Din `Abd al-Salam adalah:
Ulama’ Mazhab Hanafi: Al-Syeikh `Uthman bin Ibrahim bin Musthafa bin Sulaiman al-Mardini al-Misri, dikenali dengan gelaran al-Turkimani[13] (650 H – W. 731 H), Al-Imam Muhammad bin Yusuf bin `Ali Syams al-Din al-Kirmani[14] (717 H –W. 786), Al-Syeikh Muhammad Amin bin `Umar bin `Abdul `Aziz al-Dimasyqi al-Hanafi, dikenali dengan gelaran Ibn `Abidin[15] (1194 H – W. 1252 H), al-Syeikh al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad bin Musa dikenali dengan gelaran al-`Aini[16] (W. 885) dan al-Syeikh al-Tahanawi (1310 H – 1349 W).
Ulama’ Mazhab Maliki: al-Thurtusyi[17], Ibn al-Hajj[18], al-Qarafi[19] dan al-Zurqani[20].
Ulama’ Mazhab Syafi`e: Sepakat ijma` ulama’ dalam kalangan semua ulama’ mazhab al-Syafi`e[21] termasuk al-Imam al-Nawawi[22] dan Ibn Hajar al-`Asqalani[23].
Dan ulama’ mazhab Hanbali.

 Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan [24], Terjemahan:

"Dan sebahagian ulama’ membahagikan bid`ah kepada hukum yang lima [wajib, sunat, haram, makruh dan harus] dan ia adalah jelas [begitu] ".

Al-Imam al-Suyuthi pula menyatakan [25], Terjemahan:

"Asal bid`ah itu ialah apa yang diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya dan diitilaqkan [disandarkan] pada syara` iaitu apa-apa yang berlawanan dengan sunnah iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi sallallahu`alaihi wasallam. Kemudian ia [bid`ah] itu terbahagi kepada hukum yang lima ".

DALIL TENTANG PEMBAHAGIAN BID`AH KEPADA DUA BAHAGIAN:

Pembahagian bid`ah menjadi dua bahagian ini dapat difahami daripada hadits `A’isyah, bahawa ia berkata: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda, Terjemahan:

"Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam syari’at kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak ".  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Dapat difahami daripada sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam: “Ma Laisa Minhu”, ertinya “Yang tidak sesuai dengannya”, bahawa perkara baru yang tertolak adalah yang bertentangan dan menyalahi syari`at. Adapun perkara baru yang tidak bertentangan dan tidak menyalahi syari`at maka ia tidak tertolak.

Bid`ah dilihat dari sudut pembahasannya terbahagi menjadi dua bahagian; Bid`ah dalam pokok-pokok agama (Usuluddin) dan bid`ah dalam cabang-cabang agama, iaitu bid`ah dalam perkara furu`, atau dapat kita sebut Bid`ah `Amaliyyah. Bid`ah dalam pokok-pokok agama (Usuluddin) adalah perkara-perkara baru dalam masalah akidah yang menyalahi akidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat baginda radiyallahu`anhum ajma`ein.

DALIL-DALIL MENGENAI TERDAPATNYA BID`AH HASANAH:

Al-Muhaddith al-`Allamah al-Sayyid `Abdullah Ibn al-Shiddiq al-Ghumari al-Hasani di dalam kitab “Itqan al-Shun`ah Fi Tahqiq Ma`na al-Bid`ah”, pada halaman 17-28 dan diambil juga daripada hujah-hujah daripada kitab para alim ulama’ yang lain, menyatakan bahawa di antara dalil-dalil yang menunjukkan terdapat bid`ah hasanah adalah seperti berikut:
 Firman Allah ta`ala, Terjemahan:

"Dan Kami (Allah) jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya (Nabi `Isa) rasa santun dan kasih sayang, dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) kerana untuk mencari keredhaan Allah ".  (Surah al-Hadid: 27)

Ayat ini adalah dalil tentang adanya bid`ah hasanah. Dalam ayat ini Allah memuji umat Nabi Isa`alaihissalam yang terdahulu, mereka adalah orang-orang muslim dan orang-orang mukmin yang beriman dengan kerasulan Nabi Isa `alaihissalam bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Allah memuji mereka kerana mereka kaum yang lemah lembut dan penuh kasih sayang, juga kerana mereka merintis rahbaniyyah. Mereka mengamalkan Rahbaniyyah iaitu perbuatan yang menjauhi syahwat duniawi, hingga mereka meninggalkan nikah, kerana ingin berterusan dalam beribadah kepada Allah ta`ala.

Dalam ayat di atas Allah mengatakan “Ma Katabnaha `Alaihim”, ertinya: “Kami (Allah) tidak mewajibkan Rahbaniyyah tersebut ke atas mereka, melainkan mereka sendiri yang membuat dan merintis Rahbaniyyah itu untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah”. Dalam ayat ini juga Allah memuji mereka, kerana mereka merintis perkara baru yang tidak ada nas-nya di dalam kitab Injil dan juga tidak diwajibkan bahkan sama sekali tidak pernah dinyatakan oleh Nabi `Isa al-Masih kepada mereka. Melainkan mereka yang ingin berupaya semaksima mungkin untuk taat kepada Allah, dan berterusan untuk beribadah kepada-Nya dengan tidak menyibukkan diri dengan menikah, menafkahkan isteri dan keluarga. Mereka membina rumah-rumah kecil yang sederhana dari tanah di tempat-tempat sepi dan jauh daripada orang ramai untuk beribadah sepenuhnya kepada Allah ta`ala.

Diriwayatkan daripada sahabat Nabi Jarir Ibn` Abdillah al-Bajali, bahawa beliau berkata: Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam bersabda, Terjemahan:

"Barangsiapa yang mengadakan [sesuatu] di dalam agama Islam sunnah (perbuatan) yang baik, maka baginya pahala dari perbuatannya tersebut, dan pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya, tanpa berkurang sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa mengadakan [sesuatu] di dalam Islam sunnah [perbuatan] yang buruk, maka baginya dosa dari perbuatannya tersebut, dan dosa dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang dari dosa-dosa mereka sedikitpun ". (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Di dalam hadits ini, sangat jelas bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menyatakan: “Barangsiapa merintis sunnah hasanah…”. Pernyataan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ini harus dibezakan dengan pengertian anjuran baginda untuk berpegang teguh kepada sunnah (at-Tamassuk Bis-Sunnah)atau pengertian menghidupkan sunnah yang ditinggalkan orang (Ihya’ al-Sunnah). Kerana tentang perintah untuk berpegang teguh dengan sunnah atau menghidupkan sunnah ada hadith-hadith tersendiri yang menjelaskan tentang itu. Sedangkan hadith riwayat al-Imam Muslim ini menyatakan tentang merintis sesuatu yang baru yang baik yang belum pernah dilakukan sebelumnya. Kerana makna dari sudut bahasa“sanna” tidak lain adalah merintis perkara baru, bukan menghidupkan perkara yang sudah ada atau berpegang teguh dengannya.

Hadith `A’isyah radiyallahu`anha, bahawa ia berkata: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda, Terjemahan:

"Barangsiapa yang mengadakan sesuatu perkara yang baru dalam urusan [syari`at] kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak ".  (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini, sangat jelas menunjukkan tentang adanya bid`ah hasanah. Kerana seandainya semua bid`ah semuanya sesat tanpa ada yang terkecuali, nescaya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam akan menyatakan“Barangsiapa mengadakan sesuatu perkara yang baru dalam agama kita ini, maka pasti tertolak”. Namun Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menyatakan, sebagaimana hadith di atas:“Barangsiapa mengadakan sesuatu yang baru di dalam agama kita ini yang tidak sesuai dengannya, ertinya yang bertentangan dengannya, maka perkara tersebut pasti tertolak”.

Dengan demikian dapat difahami bahawa perkara yang baru itu ada dua bahagian: Pertama, yang tidak termasuk dalam ajaran agama, kerana menyalahi kaedah-kaedah dan dalil-dalil syara’, perkara baru semacam ini digolongkan sebagai bid’ah yang sesat. Kedua, perkara baru yang sesuai dengan kaedah dan dalil-dalil syara’, perkara baru semacam ini digolongkan sebagai perkara baru yang dibenarkan dan diterima, ialah yang disebut dengan bid’ah hasanah.

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahih-nya daripada `Abd al-Rahman bin `Abd al-Qari mengenai solat Tarawih, beliau [`Abd al-Rahman al-Qari] keluar bersama `Umar Ibn al-Khaththab radiyallahu`anhu pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjema`ah. `Umar al-Khaththab mengatakan jika dia mengumpul mereka mengikut qari [imam], maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin K`ab. Pada malam lain, ketika ramai yang solat Tarawih di belakang seorang imam, `Umar al-Khaththab berkata:[26] Terjemahan:

"Ini adalah sebaik-baik bid`ah ".

Oleh itu, jelaslah bahawa `Umar al-Khaththab secara tegas mengatakan tentang adanya bid`ah hasanah. Beliau menamakan solat berjama`ah dalam solat tarawih di bulan Ramadhan sebagai bid`ah hasanah. Beliau memuji perbuatan solat tarawih berjama`ah ini, dan mengatakan ia sebaik-baik bid`ah.

Kemudian di dalam hadith Sahih lainnya yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim disebutkan bahawa sahabat Nabi `Umar Ibn al-Khaththab ini menambah kalimah di dalam bacaan talbiyah terhadap apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Bacaan talbiyah beliau adalah, Terjemahan:

"Ya Allah, aku menyambut seruan-Mu, aku menyambut seruan-Mu dan aku mengharapkan kesejahteraan daripada-Mu dan kebaikan adalah di dalam kekuasaan-Mu dan kegembiraan dan segala amalan adalah kepada-Mu".

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud disebutkan bahawa `Abdullah Ibn `Umar Ibn al-Khaththab menambahkan kalimah di dalam tasyahhud terhadap kalimah tasyahhud yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Dalam tasayahhud-nya `Abdullah Ibn `Umar mengatakan:[27] Terjemahan:
"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan tidak ada sekutu bagi-Nya".

Diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam sunan-nya daripada `Abdullah Ibn `Umar sesungguhnya beliau telah menambah di dalam tasyahhud: ((Wahdahu La Syarika Lah)), dan beliau berkata: Aku telah menambahnya.
`Abdullah Ibn `Umar menganggap bahawa solat Dhuha sebagai bid`ah, kerana Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam tidak pernah melakukannya. Tentang solat Dhuha ini beliau berkata:

Terjemahan:
"Sesungguhnya shalat Dhuha itu perkara baru, dan hal itu merupakan salah satu perkara terbaik dari apa yang mereka adakan".  (Diriwayatkan oleh Sa`id Ibn Mansur dengan sanad yang Sahih)

 Dalam riwayat yang lain, tentang solat Dhuha ini sahabat `Abdullah Ibn `Umar mengatakan:

Terjemahan:
"Solat Dhuha adalah bid`ah, dan ia adalah sebaik-baiknya bid`ah ".  (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah)

Riwayat-riwayat ini adalah sanadnya sahih sepertimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari.

Membaca doa selepas bangkit i`tidal. Dalam sebuah hadith shahih, al-Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada sahabat Rifa`ah Ibn Rafi` al-Zuraqi, bahawa ia (Rifa`ah Ibn Rafi`) berkata:
Terjemahan:

 “Suatu hari kami solat berjama`ah di belakang Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Ketika baginda mengangkat kepala setelah ruku`, baginda membaca: “Sami`allahu Liman Hamidah”. Tiba-tiba salah seorang makmum berkata, Terjemahan:

"Wahai Tuhan kami, segala puji bagi-Mu, dengan pujian yang melimpah ruah, agung dan penuh keberkatan padanya ".

Setelah selesai solat, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya: “Siapakah tadi yang menyebutkan kalimah itu?”. Orang yang yang dimaksud menjawab: “Saya Wahai Rasulullah”.
Terjemahan:

"Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Aku telah melihat tiga puluh Malaikat datang berlumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya ".

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan di dalam kitabnya Fath al-Bari ketika mensyarahkan hadith di atas dengan mengatakan [28] Terjemahan:

Di ambil dalil dengannya [hadith tersebut] berhubung keharusan mengasaskan zikir yang baru di dalam solat yang tidak disebutkan oleh Rasulullah sekiranya ia [zikir tadi] tidak bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh nabi.

 Di samping itu juga, hadith tersebut mengisyaratkan tentang bolehnya menguatkan suara bagi makmum selama mana ia tidak mengganggu orang yang ada berhampiran dengannya
Membaca doa Iftitah. Ia berlaku kepada seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang datang lambat ketika solat dan membaca dia ini selepas takbiratul ihram, Terjemahan:

"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah subhanahu dengan banyaknya. Maha Suci Engkau ya Allah pagi dan petang ".

Selepas solat, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya siapakah yang berkata sedemikian. Sahabat tadi mengaku dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku tidak melakukannya melainkan hanya berniat baik”.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu”.

`Abdullah Ibn `Umar mengatakan:

“Aku tidak pernah berhenti daripada menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam itu”[29]  Sahabat membaca Surah al-Ikhlas. Al-Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Tauhid membawa sebuah hadith daripada `A’isyah yang menyatakan:
“Pada suatu ketika Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam memberi tugasan kepada seseorang bersama beberapa sahabatnya ke suatu daerah untuk melawan serangan kamu musyrikin. Setiap kali solat berjemaah kerana dia disuruh menjadi imam, dia selalu membaca surah al-Ikhlas bersama surah lain selepas membaca al-Fatihah. Setelah mereka pulang ke Madinah, seorang di antara mereka memberitahu perkara itu kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Baginda sallallahu`alaihi wasallam menjawab: “Tanyakanlah kepadanya apakah tujuan dia melakukan perkara tersebut”. Sahabat yang melakukannya itu menjawab: “Ia adalah kerana surah al-Ikhlas itu menerangkan sifat al-Rahman [Allah] dan aku suka sekali membacanya”. Ketika jawapan itu disampaikan kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Baginda sallallahu`alaihi wasallam berpesan: “Sampaikan kepadanya bahawa Allah subhanahu wata`ala menyukainya”.

Apa yang dilakukan oleh sahabat tadi tidak pernah dilakukan dan tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak mengatakan ia bid`ah dhlalah [sesat], bahkan Rasulullah memuji dan meredhainya dengan ucapan: “Allah subhanahu wata`ala menyukainya”.
Al-Imam al-Bukhari juga menyebutkan di dalam Kitab al-Solah sebuah hadith daripada Anas bin Malik yang menceritakan bahawa:

“Beberapa orang menunaikan solat di Masjid Quba’. Orang yang mengimani solat itu, setelah membaca surah al-Fatihah dan satu surah lain, selalu menambah lagi dengan surah al-Ikhlas. Ini dilakukannya pada setiap rakaat. Setelah solat, para makmum menegurnya: “Kenapa kamu setelah membaca al-Fatihah dan surah lainnya, selalu menambah dengan surah al-Ikhlas? Bukankah kamu boleh memilih surah lain dan meninggalkan surah al-Ikhlas atau membaca surah al-Ikhlas tanpa membaca surah yang lain”. Imam tersebut menjawab: “Tidak, aku tidak mahu meninggalkan surah al-Ikhlas. Jika kamu semua setuju, aku akan mengimani kamu semua untuk seterusnya, tetapi jika kamu semua tidak suka, aku tidak mahu mengimani kamu semua”. Oleh kerana para makmum tidak melihat orang lain yang lebih baik dan utama daripada imam tadi, mereka tidak mahu diimamkan oleh orang lain. Ketika sampai di Madinah, mereka menemui Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan menceritakan hal tersebut pada baginda sallallahu`alaihi wasallam. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya kepada imam tersebut: “Wahai fulan, apakah yang membuatkan kamu tidak mahu mengikut permintaan sahabat-sahabatmu dan terus menerus membaca surah al-Ikhlas pada setiap rakaat?”. Imam tersebut menjawab: “Ya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, aku sangat mencintai surah tersebut”.

Baginda sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Terjemahan:

"Kecintaamu kepada surah itu akan memasukkan dirimu ke dalam syurga ".

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani mengatakan di dalam kitab Fath al-Bari berkenaan hadith ini:

“Orang itu berbuat sesuatu melebihi kebiasaan yang telah ditentukan kerana terdorong oleh kecintaannya kepada surah tersebut. Namun Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menggembirakan orang itu dengan pernyataan bahawa dia akan masuk syurga. Hal ini menunjukkan bahawa baginda sallallahu`alaihi wasallam meredhainya”.

1.     Bilal bin Rabah al-Habasyi radiyallahu`anhu melakukan solat sunat wudhuk selepas setiap kali mengambil wudhuk. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya kepada Bilal, pada pagi selepas berlaku peristiwa Isra’ dan Mi`raj pada malamnya [30] Terjemahan:

"Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan Islam engkau yang manakah yang paling engkau harapkan ganjarannya, kerana sesungguhnya aku telah mendengar bunyi tapak kasutmu di dalam syurga".

Bilal menjawab: Terjemahan:

"Aku tidak melakukan apa-apa yang lebihku harapkan ganjarannya melainkan aku tidak pernah mengambil air sembahyang sama ada siang atau malam melainkan aku lakukan sembahyang dengan air sembahyang itu, apa yang aku patut untuk sembahyang ".

Dalam hadith hasan yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan hadith Sahih yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Zahabi menyebutkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam meredhai amalan bilal yang tidak pernah meninggalkan solat dua rakaat setelah azan dan setiap kali wudhuknya terbatal.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani pula mengatakan [31]:

“Daripada hadith tersebut, dapatlah difahami bahawa ijtihad menetapkan waktu ibadah diperbolehkan. Apa yang dikatakan oleh Bilal kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah hasil istinbatnya [ijtihadnya] sendiri dan ia dibenarkan oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam”.

2.     Al-Imam al-Nawawi, di dalam kitabnya Raudhah al-Thalibin, menyatakan tentang doa Qunut [32] Terjemahan:

"Inilah lafaz Qunut yang diriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Lalu para ulama’ menambahkan kalimah: “Wa La Ya’izzu Man ‘Adaita” sebelum “Tabarakta Wa Ta’alaita”. Mereka juga menambahkan setelahnya, kalimat “Fa Laka al-Hamdu ‘Ala Ma Qadhaita, Astaghfiruka Wa Atubu Ilaika”. Saya (al-Nawawi) katakan: Ashab al-Syafi`e mengatakan: “Tidak masalah (boleh) dengan adanya tambahan ini”. Bahkan Abu Hamid, dan al-Bandanijiyy serta beberapa Ashhab yang lain mengatakan bahawa bacaan tersebut adalah sunnah ".

Beberapa Contoh Bid`ah Hasanah Dan Bid`ah Sayyi-ah

Berikut ini beberapa contoh Bid`ah Hasanah. Di antaranya:
Solat Sunat dua raka`at sebelum dibunuh. Orang yang pertama kali melakukannya adalah Khubaib Ibn `Adiyy al-Anshari iaitu salah seorang sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Tentang ini, Abu Hurairah radiyallahu`anhu berkata [33]Terjemahan:

"Sesungguhnya Abu Hurairah radiyallahu`anhu mengatakan: “Sesungguhnya Khubaib bin `Adi, seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam , ketika dia dikeluarkan oleh orang kafir untuk membunuhnya pada zaman Nabi sallallahu`alaihi wasallam, dia berkata: “Biarkan aku sembahyang dua rakaat dahulu [sebelum kamu membunuhku]. Maka Khubaib adalah orang yang pertama kali mengadakan solat ketika akan dibunuh".

Lihatlah, bagaimana sahabat Abu Hurairah radiyallahu`anhu menggunakan kata “Sanna” untuk menunjukkan makna “mengadakan”, membuat sesuatu yang baru yang belum ada sebelumnya. Jelas, makna “sanna” di sini bukan dalam pengertian berpegang teguh dengan sunnah dan juga bukan dalam pengertian menghidupkan sunnah yang telah ditinggalkan orang.

Salah seorang daripada kalangan tabi`en yang masyhur iaitu Ibn Sirin, pernah ditanya tentang solat dua raka`at ketika seorang itu akan dibunuh, beliau menjawab [34] Terjemahan:

"Dua raka`at shalat sunnah tersebut tersebut pernah dilakukan oleh Khubaib dan Hujr bin Adiyy, dan kedua orang ini adalah orang-orang (sahabat Nabi) yang mulia ".

Daripada hadith tersebut, jelaslah bahawa Sayyiduna Bilal radiyallahu`anhu dalam menetapkan waktu-waktu ibadah adalah dasar inisiatif beliau sendiri kerana Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak pernah memerintahkannya dan tidak pula melakukannya. Baginda sallallahu`alaihi wasallam hanya secara umum, menganjurkan supaya kaum muslimin memperbanyak melakukan ibadah. Walaubagaimanapun, Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam tidak melarang, malah membenarkan perbuatan Bilal tersebut.

Penambahan Azan Pertama sebelum solat Juma`at dilakukan oleh sahabat Nabi `Uthman bin `Affan[35].

Perbuatan meletakan titik di dalam beberapa huruf al-Qur’an oleh Yahya Ibn Ya`mur. Beliau adalah salah seorang tabi`in yang mulia dan agung. Beliau seorang yang `alim dan bertaqwa. Perbuatan beliau ini disepakati oleh para ulama’ dalam kalangan ahli hadith dan lainnya. Mereka semua menganggap baik perbuatan meletakan titik di dalam beberapa huruf al-Qur’an tersebut. Padahal ketika Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam membaca al-Qur’an tersebut kepada para penulis wahyu, mereka semua menulis dengan tanpa meletakkan titik walau sedikitpun pada huruf-huruf al-Quran.

Demikian pula di zaman Khalifah `Uthman Ibn `Affan, beliau menyalin dan menggandakan mushaf menjadi lima atau enam naskah, pada setiap salinan mushaf tersebut tidak ada satu-pun yang dibuatkan titik-titik pada sebahagian huruf-hurufnya. Namun demikian, sejak setelah pemberian titik oleh Yahya bin Ya`mur tersebut, kemudian semua umat Islam hingga kini selalu memakai titik dalam penulisan huruf-huruf al-Qur’an. Apakah mungkin hal ini dikatakan sebagai bid`ah sesat dengan alasan Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam tidak pernah melakukannya? Jika demikian halnya maka hendaklah mereka meninggalkan mushaf-mushaf tersebut dan menghilangkan titik-titiknya seperti pada zaman `Uthman bin `Affan.

Abu Bakar Ibn Abu Dawud, putera daripada al-Imam Abu Dawud penulis kitab Sunan, di dalam kitabnya al-Mashahif berkata: “Orang yang pertama kali membuat titik-titik di dalam Mushaf adalah Yahya bin Ya`mur”. Yahya bin Ya`mur adalah salah seorang ulama’ tabi`en yang meriwayatkan (hadith) daripada sahabat `Abdullah ibn `Umar dan lainnya.

Demikian pula penulisan nama-nama surah di permulaan setiap surah al-Qur’an, pemberian lingkaran di akhir setiap ayat, penulisan juz di setiap permulaan juz, juga penulisan hizb, Nishf (pertengahan Juz), Rubu` (setiap seperempat juz) dalam setiap juz dan sebagainya, semua itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Apakah dengan alasan seperti ini kemudian semua itu adalah bid`ah yang sesat dan diharamkan?

Pembinaan Mihrab di dalam masjid sebagai tempat solat Imam, orang yang pertama kali membuat Mihrab ini adalah al-Khalifah al-Rasyid `Umar Ibn `Abd al-`Aziz di Masjid Nabawi. Perbuatan al-Khalifah al-Rasyid ini kemudian diikuti oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia ketika mereka membangun masjid. Siapa berani mengatakan bahawa itu adalah bid`ah sesat dan haram, sedangkan hampir seluruh masjid di zaman sekarang mempunyai mihrab? Siapa yang tidak mengenali Khalifah `Umar Ibn `Abd al-`Aziz sebagai al-Khalifah ar-Rasyid?

Peringatan Maulid Nabi adalah bid`ah hasanah sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah (abad 7 H), al-Hafiz al-`Iraqi (W 806 H), al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (W 852 H), al-Hafiz al-Suyuthi (W 911 H), al-Hafiz al-Sakhawi (W 902 H), Syeikh Ibn Hajar al-Haitami (W 974 H), al-Imam Nawawi (W 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W 660 H), Mantan Mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi`e (W 1354 H), mantan Mufti Beirut Lubnan Syeikh Musthafa Naja (W 1351 H) dan masih banyak lagi para ulama’ terkemuka lainnya.

Membaca selawat ke atas Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam selepas azan adalah bid`ah hasanah sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Suyuthi di dalam kitab Musamarah al-Awa-il, al-Hafiz al-Sakhawi di dalam kitab al-Qaul al-Badi`, al-Haththab al-Maliki dalam kitab Mawahib al-Jalil, dan para ulama’ besar lainnya.

7.      Menulis kalimah “Sallallahu`laihi Wasallam” selepas menulis nama Rasulullah termasuk bid`ah hasanah. Kerana Rasulullah menulis di dalam surat-surat yang baginda dan dikirimkan kepada raja-raja dan para pemerintah di zaman baginda hidup, tidak pernah menulis kalimah selawat seperti itu. Didalam surat-suratnya, Rasulullah hanya menuliskan: “Min Muhammad Rasulillah Ila Fulan…”, ertinya: “Dari Muhammad Rasulullah kepada Si Fulan…”.

Beberapa Tarekat yang dirintis oleh para wali Allah dan orang-orang saleh. Seperti tarekat al-Rifa`eiyyah, al-Qadiriyyah, al-Naqsyabandiyyah dan lainnya yang kesemuanya berjumlah 40 tarekat. Pada asalnya, tarekat-tarekat ini adalah bid`ah hasanah, namun kemudian sebahagian pengikut beberapa tarekat ada yang menyimpang dari ajaran yang sebenar. Namun demikian hal ini tidak boleh mengatakan kesemua tarekat sesat walaupun ada tarekat yang sesat.
Berikut ini beberapa contoh Bid`ah Sayyi’ah, berikutnya:

Bid`ah-bid`ah dalam masalah pokok-pokok agama (Usuluddin), di antaranya seperti:
Bid`ah Pengingkaran terhadap ketentuan (Qadar) Allah. Iaitu keyakinan sesat yang mengatakan bahawa Allah tidak mentaqdirkan dan tidak menciptakan sesuatupun daripada perbuatan ikhtiar hamba. Seluruh perbuatan manusia, -menurut keyakinan ini-, terjadi dengan penciptaan manusia itu sendiri. Sebahagian daripada mereka meyakini bahawa Allah tidak menciptakan keburukan. Menurut mereka, Allah hanya menciptakan kebaikan sahaja, sedangkan keburukan terjadi adalah daripada hamba itu sendiri. Mereka juga berkeyakinan bahawa pelaku dosa besar bukan seorang mukmin, dan juga bukan seorang kafir, melainkan berada pada posisi di antara dua posisi tersebut, tidak mukmin dan tidak kafir. Mereka juga mengingkari syafa`at Nabi. Golongan yang berkeyakinan seperti ini dinamakan dengan kaum Qadariyyah. Orang yang pertama kali mengingkari Qadar Allah adalahMa`bad al-Juhani di Basrah, sebagaimana yang  telah diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Yahya ibn Ya`mur.

Bid`ah Jahmiyyah. Kaum Jahmiyyah juga dikenal dengan sebutan Jabariyyah, mereka adalah pengikut Jahm Ibn Safwan. Mereka berkeyakinan bahawa seorang hamba itu majbur (dipaksa); ertinya setiap hamba tidak memiliki kehendak sama sekali ketika melakukan segala perbuatannya.Menurut mereka, manusia bagaikan sehelai bulu atau kapas yang terbang di udara dan mengikut arah angin sahaja, ke arah kanan dan ke arah kiri, ke arah manapun, ia sama sekali tidak memiliki ikhtiar dan kehendak.

3.      Bid`ah kaum Khawarij. Mereka mengkafirkan orang-orang mukmin yang melakukan dosa besar.

Bid`ah sesat yang mengharamkan dan mengkafirkan orang yang bertawassul dengan para nabi atau dengan orang-orang saleh setelah para nabi atau orang-orang saleh tersebut meninggal dunia. Atau pengkafiran terhadap orang yang bertawassul dengan para nabi atau orang-orang saleh di masa hidup mereka namun orang yang bertawassul ini tidak berada di hadapan mereka. Orang yang pertama kali memunculkan bid`ah sesat, haram, masuk neraka ini adalah Ahmad Ibn `Abd al-Halim ibn Taimiyah al-Harrani (W 728 H), yang kemudian diambil olehMuhammad Ibn `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya yang dikenal dengan gelaran Wahhabiyyah.

Bid`ah-bid`ah `Amaliyyah yang buruk: Sebagai contoh menulis huruf (ص) atau (صلعم) sebagai singkatan daripada “Shallallahu`alaihi wasallam” setelah menuliskan nama Rasulullah. Termasuk dalam bahasa Malaysia dan Indonesia menjadi “SAW”. Para ahli hadith telah menegaskan di dalam kitab-kitab Mushtalah al-Hadith bahawa menuliskan huruf “shad” sahaja setelah penulisan nama Rasulullah adalah makruh. Ertinya meskipun ini bid`ah sayyi-ah, namun demikian mereka tidak sampai mengharamkannya. Kemudian termasuk juga bid`ah sayyi-ah adalah mengubah nama Allah dengan membuang alif madd (bacaan panjang) dari kata Allah atau membuang Ha' daripada kalimah Allah.

[1] Munjid, h. 27.

[2] Bahr al-Muhit, j. 3, h. 3.

[3] Mukhtar al-Sihah, h. 379.

[4] Al-Mu`tamad, h. 28.

[5] Mu`jam Mufradat Alfazh al-Qur’an, h. 36.

[6] Al-Nawawi (t.t), Tahzib al-`Asma’ wa al-Lughah, Taheran: Manthurat Maktabah al-Islami, j. 1, h. 23.

[7] Syeikh `Abdullah al-Harari, Sarih al-Bayan fi Radd Man Khalafa al-Quran, m/s 324.

[8] Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih di dalam kitab Manaqib al-Syafi`e, j. 1, h. 469 dan juga Fath al-Bari, j. 17, h. 10.

[9] Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath Bari, J. 17, h. 10.

[10] `Izz ` al-Din `Abd al-Salam (t.t), Qawa`id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, cet. 1, j. 2 , h. 133-134. Dan lihat juga di dalam Fatawa al-Maushiliyyah, h. 129.

[11] `Izz ` al-Din `Abd al-Salam (t.t), Qawa`id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, cet. 1, j. 2 , h. 337-339. Dan lihat juga di dalam kitab al-Azkar karangan al-Imam al-Nawawi h. 237, al-I`tisham karangan al-Syatibi, j. 1, h. 188, Fath al-Bari karangan Ibn Hajar al-`Asqalani j. 13, h. 253-254, Muqaddimah al-Suyuthi di dalam Husn al-Maqsid dalam al-Hawi li al-Fatawa, Fatawa Hadithiyyahkarangan al-Haitami, h. 150, Radd al-Mukhtar karangan Ibn `Abidin, j. 1, h. 367 dan lain-lain.

[12] `Izz ` al-Din `Abd al-Salam (t.t), Qawa`id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, cet. 1, j. 2 , h. 134.

[13] Di dalam kitabnya al-Luma’ fi al-Hawadith wa al-Bida`, j. 1, h. 37.

[14] Al-Kawakib al-Durari Syarh Sahih al-Bukhari, j. 9, h. 54.

[15] Radd al-Mukhtar `ala Durr al-Mukhtar, j. 1, h. 376.

[16] `Umdah al-Qari.

[17] Di dalam kitabnya al-Hawadith wa al-Bida`, h. 158-159.

[18] Madkhal al-Syar` al-Syarif, j. 2, h. 115.

[19] Al-Furuq, j. 4, h. 219.

[20] Syarh al-Muwaththa`, j. 1, h. 238.

[21] Al-Ba`ith `ala Inkar al-Bida` wa al-Hawadith, h. 93.

[22] Tahzib al-Asma’ wa al-Lughah, j. 3, h. 20-22.

[23] Fath al-Bari, j. 4, h. 318.

[24] Ibn Hajara al-`Asqalani (1993), Fath al-Bari, Beirut: Dar al-Fikr, j. 15, h. 179. Dan lihat juga di dalam kitab karangan Syihab al-Din al-Qisthillani (1305 H), Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari, Misr: Bulaq, cet. 4, j. 10, h. 303.

[25] Tanwir al-Hawalik Syarh Muwaththa` Imam Malik, j. 1, h. 105. Dan lihat juga di dalam Subul al-Salamkarangan al-Amir al-Shan`ani, j. 2, h. 48.

[26] Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, j. 3, h. 253

[27] Sunan Abi Dawud: Kitab as-Solat: Bab at-Tasyahhud

[28] Fath al-Bari, j. 2, h. 287.

[29] Diriwayatkan al-Imam Muslim daripada Ibn Umar, al-Tirmizi  dan al-Nasai`e melalui dua periwayatan, dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam musnadnya. Salah satu daripada riwayat al-Nasa`ie ialah: “Aku melihat malaikat berebut untuk itu”. Manakala dua daripada riwayat Ahmad pula ialah: “Aku melihat ucapanmu naik ke langit sehingga pintu langit dibuka dan masuk mereka kedalamnya”.

[30] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada Abu Hurairah radiyallahu`anhu.

[31] Fath al-Bari, j. 11, h. 276.

[32] Raudhah al-Thalibin, j. 1, h. 253-254.

[33] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Maghazi, Ibn Abi Syaibah di dalam kitab al-Mushannaf.

[34] Diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Isti`ab Fi Ma`rifah al-Ashhab, j. 1, h. 358

[35] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab Sahih al-Bukhari pada bahagian Kitab al-Jum`ah.


HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Oleh Hizbut Tahrir

Saban tahun kita menyaksikan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam disambut dengan penuh meriah. Bukan sahaja di Malaysia, malah di banyak negara umat Islam lainnya, sambutan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam atau lebih dikenali dengan maulid al-Rasul diraikan dengan mengadakan perarakan secara beramai-ramai oleh umat Islam. Di ibu negara tahun ini, seramai 10,000 orang dijangka menyertai perarakan dan perhimpunan peringkat kebangsaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Najibah Abdul Mutalib, berkata majlis sambutan akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Perarakan akan disertai 103 kontinjen daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan, kelab, institusi pengajian tinggi, institusi latihan dan kemahiran serta pelajar sekolah dari sekitar Lembah Klang, katanya dalam satu kenyataan. Mereka akan memulakan perarakan sambil berselawat dari padang letak kereta, Stadium Hoki ke Stadium Putra [BH 19/03/08].

Dalam pada umat Islam sibuk meraikan sambutan maulid al-Rasul, tidak banyak di kalangan mereka yang mengambil inisiatif untuk mengkaji sama ada tindakan mereka ini bertepatan dengan Islam atau tidak. Jarang sekali mereka membuka kitab dan hadis untuk meneliti apakah hukumnya menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Kebanyakan kaum Muslimin lebih suka mengambil sikap untuk bertaklid buta dan hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh orang lain. Bagi sebahagian yang lain pula, walaupun tidak setuju dengan apa yang dilihat di depan mata, tetapi tidak cukup berani untuk mengambil tindakan menentang arus. Masih ramai dari kalangan kaum Muslimin yang kerana ‘mengikut arahan’, terpaksa pejam mata dan turun untuk berarak. Bagaimanapun, suatu yang tidak dapat dipertikaikan dewasa ini adalah, kita menyaksikan semakin ramai dari kalangan umat Islam yang sudah mula mempersoalkan sambutan maulid al-Rasul ini, walaupun sebahagian besar masih lagi suka menjadi pak turut. Atas dasar ini, Sautun Nahdhah minggu ini akan menyuntik sedikit kesedaran kepada kaum Muslimin agar pemikiran yang masih lagi terkongkong dengan kejahilan, kemalasan dan kejumudan akan kembali kepada hukum Allah yang benar di dalam menilai setiap tindakan yang akan diambil.

SEJARAH SAMBUTAN MAULID AL-RASUL

Sesungguhnya bagi setiap orang yang memerhatikan hadis Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan sirah baginda, maka ia akan mengetahui bahawa Nabi sama sekali tidak pernah memerintahkan perayaan/peringatan maulid (kelahiran) baginda. Akan tetapi orang-orang yang berdusta atas nama Rasul telah meriwayatkan banyak hadis maudhu’ (palsu) yang tidak pernah dikenal atau dihafal oleh para muhaddisin, kemudian dijadikan mereka sebagai dasar perayaan/sambutan maulid Nabi, seperti hadis (palsu),

Barangsiapa yang mengagungkan hari kelahiranku, maka wajib baginya (mendapat) syafaatku pada hari Kiamat”
atau hadis palsu,
“Barangsiapa yang menginfaqkan satu dirham pada hari kelahiranku, seakan-akan ia menginfaqkan emas seberat gunung Uhud”.

Terlaknatlah mereka yang sengaja mendustakan Rasulullah dengan meriwayatkan hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh baginda. Dosanya di sisi Allah amat besar, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis mutawatir yang masyhur,

“Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka”.

Rasulullah tidak pernah mengagungkan hari lahir baginda. Baginda juga tidak pernah mengkhususkannya dengan apa-apa aktiviti taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) baik solat, puasa, zikir, membaca al-Quran mahupun mengadakan perarakan. Baginda juga tidak pernah memerintahkan kepada kaum Muslimin untuk menyambut/merayakan hari kelahiran baginda. Juga, baginda tidak pernah memerintahkan untuk melakukan perkara di atas atau untuk bersedekah, memberi makan atau menyembelih haiwan. Maka termasuk suatu yang pasti bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah menyambut hari kelahiran baginda. Kaum Muslimin juga tidak melakukannya selama masa Nabi masih hidup atau sehingga tiga generasi sesudah itu, walhal mereka adalah generasi terbaik yang dijamin oleh Rasulullah, sebagaimana sabdanya,

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya, kemudian datang kaum yang tidak ada kebaikan di dalamnya [HR Thabari].

Bagi mereka yang mengamati sejarah, mereka akan dapati bahawa acara sambutan maulid al-Rasul tidaklah masuk ke negeri kaum Muslimin kecuali pada masa kebelakangan sesudah itu, kerana terpengaruh dengan orang-orang Nasrani yang menyambut kelahiran Nabi Isa alaihi salam. Menurut catatan sejarah, orang yang pertama sekali mengadakan acara sambutan ini adalah al-Muiz Lidinillah al-Fathimi pada tahun 362H di Mesir. Dia adalah seorang dari aliran Ismailli bathini yang mengikuti fahaman kebatinan dari aliran Ismailiyyah yang telah keluar dari Islam. Perayaan ini terus berlangsung sehinggalah dibatalkan oleh panglima pasukan yang mulia Badrul Jamali pada tahun 488H di masa Khalifah Al-Musta’li Billah. Keadaan ini tidak bertahan lama sehingga perayaan ini diamalkan semula pada tahun 495H. Manakala di Iraq, orang yang pertama mengadakan sambutan maulid Nabi adalah Raja Al-Muzaffar Abu Said Kukuburiy bin Zainuddin Ali bin Baktakin pada abad ketujuh hijrah, namun ada pendapat yang menyatakan pemulanya adalah Syeikh Umar bin Muhammad al-Mala’ al-Irbali di kota Irbil, Iraq. Diriwayatkan dari Ibnu Katsir, “bahawa dia (Al-Muzaffar) melakukan perayaan maulid Nabi pada bulan Rabiul Awal dengan perayaan yang meriah” [Al-Bidayah wa al-Nihayah Fi al-Tarikh, juz 3 hlm 131]. Ibnu Khalkan menyebutkan dalam Wafiyyati al-A’yan, bahawa al-Hafiz Ibnu al-Khatthab bin Duhayyah datang dari Maghribi dan masuk ke negeri Syam dan sampai ke Iraq pada tahun 604H. Di Iraq, dia mendapati penguasa Iraq Muzaffaruddin bin Zainuddin meyakini maulid Nabi, maka ia menulis kitab kepadanya, al-Tanwir Fi Maulidi al-Basyiri al-Nadiri dan ia membacakannya sendiri kepada Muzaffar, lalu Muzaffar membalasnya dengan seribu dinar [Al-Hawi Li al-Fatawi, Imam al-Suyuthi, juz 1 hlm 189].

Para ulama ahli sejarah bersepakat bahawa yang pertama kali melakukan sambutan maulid al-Rasul, kemudian berkembang di tengah-tengah kaum Muslimin, adalah golongan al-Ubaidiyyun di Mesir dari kelompok Ismailiyyah yang kafir (lebih dikenali dengan sebutan al-Fathimiyyun) yang keberadaannya merupakan bencana bagi kaum Muslimin. Mereka memisahkan Mesir dari Khilafah Abbasiyyah dan mendirikan di sana sebuah negara khas yang bercirikan kelompok mereka sahaja. Aliran kebatinan ini, setelah mendapat kuasa, mereka berusaha merubah Daulah Islam menjadi negara kebatinan kufur dan berjalan sesuai dengan hukum-hukum mereka yang batil. Termasuk di antara bid’ah yang mereka ada-adakan adalah perayaan hari al-Ghadir, hari raya Nairuz (hari raya Parsi), hari raya al-Khamis (termasuk hari raya Nasrani) yang mereka jadikan salah satu dari hari raya kaum Muslimin. Mereka juga turut menyambut hari kelahiran Ali bin Abi Thalib, al-Hassan, al-Hussin, Fathimah, maulid Khalifah al-Qaim bi Amrillah, hari raya tahun baru Hijrah dan lain-lain lagi.

PENDAPAT ULAMA TENTANG MAULID AL-RASUL

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum menyambut maulid Nabi, tetapi disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan mengutip beberapa pendapat yang masyhur sahaja. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj, Ibnu Katsir, Ibnu Abaad, Ibnu Marzuq, al-Subki, Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Ibnu Duhayyah, al-Suyuthi, al-Sakhawi dan beberapa ulama lain lagi membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi dengan syarat sambutan tersebut bersih dari segala aktiviti kemungkaran. Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, al-Syatibi, al-Abdari dan beberapa ulama lain mengharamkan sambutan maulid ini. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj dan al-Sakhawi setuju bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah, tidak pula pada zaman sahabat dan generasi sesudah mereka. Namun begitu, mereka menilai bahawa sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), dan akan menjadi bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat) jika mengandungi kemungkaran. Sebahagian besar ulama memandang bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah muharramah (bid’ah yang haram). Mereka juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan harta (infaq) untuk sambutan maulid adalah haram. Yang paling masyhur di antara para ulama yang menyatakan hal ini merupakan bid’ah dhalalah adalah Tajudin Umar bin Ali al-Lakhami al-Sakandari al-Maliki yang terkenal dengan panggilan al-Fakihani. Beliau mengarang kitab berjudul al-Maurid fi al-Kalami ala Amali al-Maulid yang memuat jawapan dari pelbagai pertanyaan oleh masyarakat.

Di dalam kitab tersebut, terdapat soalan tentang maulid berbunyi; “apakah ada dasarnya menurut syara’ ataukah hal itu merupakan bid’ah dalam agama?”. Maka Tajudin menjawab, “Saya tidak mengetahui adanya dasar syar’i untuk sambutan maulid baik dalam Al-Kitab mahupun Sunnah, begitu pula tidak ada satu riwayat pun dari salah seorang ulama umat yang menjadi teladan dalam urusan agama, yang berpegang teguh pada atsar (peninggalan khazanah) orang-orang terdahulu yang mendukung, bahkan hal itu (sambutan maulid) merupakan bid’ah. Bukan termasuk kewajipan yang sesuai dengan ijmak, tidak pula sunnah kerana hakikat dari sunnah (mandub) adalah tuntutan syara’ tanpa adanya celaan bagi yang meninggalkannya. Mereka yang mengadakan maulid tidak mendapat izin dari syara’ untuk menyambutnya. Para sahabat tidak pernah melakukannya, begitu pula para tabi’in tidak melakukannya. Para ulama pun tidak melakukannya. Begitulah sesuai yang saya ketahui…” [lihat Al-Hawiy li al-Fatawi, Imam Suyuthi, juz 1 hlm 190]. Imam Suyuthi sendiri mengarang makalah tentang maulid dengan judul Husnu al-Qasdi fi Amali al-Maulid, di mana di dalamnya beliau menjawab hukum maulid di mana beliau cenderung kepada membolehkannya. Imam Suyuthi menilai berkumpulnya manusia untuk membaca Al-Quran dan pelbagai riwayat atau khabar (hadis) Rasulullah, kemudian ada jamuan makan di dalamnya sebagi bid’ah hasanah, sebab di dalamnya terdapat pengagungan terhadap kedudukan Rasulullah dan menampakkan kegembiraan akan kelahiran baginda. Beliau mengupas pendapat al-Fakihani dan membantahnya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang hidup hingga awal abad ketujuh hijriyah (meninggal tahun 728H) pula berpendapat, “Apa yang diada-adakan oleh sebahagian orang dalam aktiviti maulid, kadang-kadang menyerupai Nasara dalam menyambut kelahiran Nabi Isa as, dan kadang-kadang sebagai ungkapan kecintaan dan pengagungan kepada Nabi, bukan untuk bid’ah seperti menjadikan hari kelahiran baginda sebagai hari raya Nabi (maulid), meskipun tanggal kelahiran baginda masih diperselisihkan oleh ulama. Namun sesungguhnya sambutan maulid itu tidak pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dari generasi salaf (sahabat, tabi’in dan tabi’i tabi’in) padahal merekalah yang lebih berhak melakukannya jika itu diperlukan, dan tidak ada suatu apa pun yang dapat mencegah mereka melakukannya. Andaikata itu merupakan satu kebaikan yang pasti atau kuat dugaan kebenarannya, nescaya generasi salaflah yang paling berhak dari kita untuk melakukannya, kerana mereka termasuk orang-orang yang paling kuat kecintaannya dan pengagungannya kepada Nabi dan dari segi mengerjakan kebaikan, mereka lebih memerhatikan hal ini dari generasi-generasi Islam lainnya. Kesempurnaan dan kecintaan kaum Muslimin dan pengagungan mereka kepada Nabi seharusnya nampak dalam peneladanan, ketaatan dan pelaksanaan perintah Rasul. Termasuk dalam hal ini adalah menghidupkan sunnah Nabi baik secara batin (dalam diri) mahupun zahir (dalam realiti kehidupan), menyebarkan risalahnya serta berjihad dalam penyebaran risalah itu dengan hati, tangan dan lisan. Itulah cara orang-orang terdahulu…” [Iqtidhau al-Sirathil Mustaqim Mukhalafatu As-habi al-Jahim, hlm 294-297].

BERPEGANG KEPADA DALIL, JANGAN BERTAKLID BUTA

Sesungguhnya dalam apa jua perkara yang diperselisihkan oleh umat Islam, maka wajiblah dikembalikan kepada Allah dan Rasul. Firman Allah, “…jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir…” [TMQ al-Nisa’ (4):59]. “Tentang suatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (terserah) kepada Allah” [TMQ al-Syura (42):10]. Atas dasar ini, maka marilah kita mengembalikan perkara ini (sambutan maulid al-Rasul) kepada Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di dalam KitabNya, Allah mengingatkan kita bahawa, “Dan apa sahaja yang dibawa (diperintahkan) oleh Rasul kepadamu, maka ambillah (laksanakanlah) ia, dan apa sahaja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah ia” [TMQ al-Hasyr (59):7]. Allah juga berfirman, “Dan hendaklah orang-orang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih” [TMQ al-Nur (24):63]. Sambutan maulid al-Rasul ini pastinya bukan perkara yang didatangkan oleh Rasulullah kerana tidak ada seorang pun yang meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menyatakan atau melakukan atau memerintahkan atau menunjukkan persetujuannya terhadap sambutan hari lahir baginda.

Dengan merujuk kepada Al-Sunnah pula, kita tidak akan menjumpai nas yang menjelaskan Rasulullah menyambut hari kelahiran baginda atau memerintahkan umatnya untuk menyambutnya. Tidak pula kita dapati ia disambut oleh para Khulafa’ Rasyidin atau sahabat-sahabat yang lain, tidak juga oleh para tabi’in mahupun tabi’ihim bi ihsan (generasi sesudahnya yang mengikut mereka dengan baik). Dengan ini, amatlah jelas bagi mereka yang berakal bahawa sambutan maulid al-Rasul merupakan perkara yang tidak pernah dikenal pada masa awal Islam, sehingga dapat dikatakan secara pasti bahawa sambutan maulid al-Rasul ini adalah termasuk dalam perkara bid’ah. Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul ini atas niat ibadah atau taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Apakah hukumnya? Sebenarnya hal inilah justeru yang dengan sendirinya menjadikan perkara ini sebagai bid’ah, kerana bid’ah itu bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah tetapi tanpa didasari oleh dalil syara’. Agar ibadah dikatakan benar dan sah, maka mestilah ada nas yang membenarkannya. Ibadah adalah termasuk di dalam persoalan yang bersifat tauqifiyyah (telah ditetapkan oleh Allah dan di ambil seadanya, tanpa boleh diubah, ditambah atau dikurangi). Kita tidak boleh melakukan ibadah, kecuali dengan cara (kaifiyat) yang telah ditunjukkan oleh Rasul kepada kita sahaja. Jika seseorang beribadah kepada Allah dengan caranya sendiri (tanpa ada nas), maka dia telah mengikut hawa nafsu dan akan tergolong ke dalam ahlu al-bid’ah. Na’uzubillah min zalik. Segala jenis ibadah dan bentuk taqarrub illallah wajiblah dilakukan mengikut Rasulullah secara tauqifi (seadanya).

Jadi, sekiranya seseorang Muslim berniat ingin beribadah dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal inilah yang justeru disebut bid’ah. Adapun pandangan sesetengah ulama’ yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), maka hal ini mestilah dikembalikan kepada nas dengan cara yang benar, sesuai dengan sabda Rasulullah, “Setiap (perbuatan) bid’ah itu sesat” [HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad]. Inilah yang hak/benar (yakni) setiap bid’ah itu adalah sesat dan tidak ada pada hakikatnya yang disebut di dalamnya bid’ah yang baik. Sabda Rasulullah lagi, “Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut tertolak” [HR Bukhari & Muslim].

Di samping termasuk di dalam hal bid’ah, sambutan maulid al-Rasul ini juga boleh menjerumuskan seseorang Muslim itu kepada tasyabbuh bil kuffar (menyerupai orang-orang kafir) jika ia disambut dengan niat ke arah itu. Jika kita mengamati sambutan maulid Nabi yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan dapati sebahagian dari umat Islam melakukan hal ini sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani yang merayakan hari Krismas bagi menyambut kelahiran Nabi Isa. Hal ini pernah terjadi ke atas kaum Muslimin di masa kemunduran berfikir melanda mereka, sehingga mereka berkata, “Nabi Muhammad lebih utama dari Nabi Isa, jadi mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad?” . Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah termasuk ke dalam perbuatan yang haram kerana menyerupai orang-orang kafir. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Di antaranya, “Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai kaum lain” dan “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka” [HR Muslim dan Ahmad]. Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi pernah berkata, “Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya”.

Dengan ini, amatlah jelas bahawa sambutan maulid Nabi ini tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam, malah merupakan satu hal yang bid’ah dan tasyabbuh bil kuffar yang mesti ditinggalkan. Bagi yang melakukannya kerana ingin memuliakan Rasulullah, maka ingin kami tegaskan di sini bahawa memuliakan Rasul itu memanglah wajib, tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syara’, bukan mengikut hawa sendiri. Sesungguhnya memuliakan Nabi itu adalah dengan mengikuti dan berpegang teguh kepada segala sunnahnya, baik itu perkataan, perbuatan ataupun taqrir (pembenaran) baginda. Memuliakan Rasul juga boleh dilakukan dengan cara membaca selawat ke atas baginda di setiap waktu, bukan hanya di hari maulid baginda. Firman Allah, “Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” [TMQ al-Ahzab (33):56]. Kaum Muslimin di zaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam melakukan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid’ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka Nabi pun mengajarkan mereka caranya…” .Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul di setiap waktu, namun apa yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syara’ yang telah ditetapkan. Malangnya kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syara’ dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid buta tanpa mengkaji sendiri dengan lebih mendalam akan dalil-dalil bagi setiap perbuatan yang ingin dilakukan mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila para pemerintah dan ulama yang ada membenarkan, dan lebih buruk mengarahkan perkara ini tanpa mengkaji nas-nas dengan terperinci akan kebolehannya. Islam di ambil hanya di dalam bentuk untuk memuaskan kehendak kerohanian atau untuk memenuhi gharizah tadayyun (naluri beragama) semata-mata, tanpa diambil sebagai hukum-hakam untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia.

Bagi para ulama dan juga kaum Muslimin yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul dengan alasan masih terdapat syubhat al-dalil di dalamnya, maka semoga hal tersebut dapat menjadi hujah dan alasan yang membebaskan mereka di sisi Allah nanti kerana hal itu dibolehkan/dilakukan atas dorongan kecintaan, penghormatan dan keagungan mereka kepada Rasulullah; atau dengan maksud untuk bersyukur kepada Allah di atas kurnia yang diberikanNya kepada kaum Muslimin dengan dilahirkan seorang manusia yang paling mulia di muka bumi yang mana kita telah menjadi umatnya. Namun mesti diperhatikan di sini bahawa para ulama yang membolehkan diadakannya sambutan maulid Nabi ini telah mensyaratkan bahawa ia mestilah bersih dari segala kemungkaran seperti zikir yang menyesatkan, ratapan, tangisan yang berlebih-lebih, nyanyian, iktilath (percampuran antara lelaki dan perempuan), tabarruj (bersolek dan menghiaskan diri – bagi perempuan) dan lain-lain kemungkaran lagi.

Hikmah:

Wahai kaum Muslimin! Demikianlah hukum mengenai sambutan maulid al-Rasul. Janganlah hendaknya kalian memperbesar-besarkan hari kelahiran Nabi walhal dalam masa yang sama sunnah Nabi kalian tinggalkan. Yang lebih utama dan sewajibnya diambil oleh kalian adalah apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kalian berupa perkataan, perbuatan dan taqrir (pembenaran) baginda. Inilah sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib kalian ikuti. Rasulullah bukan sahaja seorang ahli ibadah, malah baginda adalah juga seorang suami, seorang ayah, seorang ahli politik yang agung dan seorang ahli perang. Rasulullah adalah seorang pendakwah, pembawa risalah Allah, penyebar Islam dan pembawa rahmat ke seluruh alam. Rasulullah tidak pernah berhenti berdakwah sejak baginda di angkat oleh Allah menjadi RasulNya, Rasulullah berdakwah dalam rangka untuk meninggikan kalimah Allah dan menerapkan segala hukum-hakam Allah di muka bumi, tidak berehat (dari dakwah) dan tidak mengenal penat dan lelah, menghadapi segala cabaran dan penderitaan. Inilah sunnah Rasul Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib diteladani oleh umat Islam, bukan hanya sekadar mengingati dan menyambut tarikh kelahiran baginda, namun berdiam diri dari semua yang lain.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [TMQ al-Ahzab (33):21].

LAIN- LAIN PENDAPAT BERKENAAN SELAWAT YANG DIANGGAP BID’AH

SHOLAWAT-SHOLAWAT BID’AH YANG TERSEBAR DI MASYARAKAT YANG ISINYA KEBANYAKAN MENGANDUNGI MAKNA KESYIRIKAN YANG DATANG DARI HADITS-HADITS DHO’IF (LEMAH), SANGAT DHO’IF, MAUDHU’ (PALSU), ATAU TIDAK ADA ASAL USULNYA:
Oleh Nahimunkar.com. Edit oleh atok.

Sholawat-sholawat bid’ah dibawah ini tidak boleh diamalkan, bahkan tidak boleh dipercaya sebagai hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Perlu diketahui untuk ibadah yang tidak ada ketentuan/batasan bilangannya, janganlah kita membatasi dengan bilangan tertentu, Contoh dalam hal ini membaca sholawat Nabi, jika Rasulullah tidak membatasi dengan bilangan tertentu, maka kita juga jangan membatasi dengan bilangan tertentu, silahkan bersholawat terserah anda, tidak usah menghitungnya, dan jangan lupa, lafadz sholawat yang dibaca juga harus sholawat yang betul betul diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti sholawat ibrahimiyah (ingat ya tanpa tambahan sayyidinnaa), bukan sholawat-sholawat buatan manusia biasa karena tidak ada satu orangpun yang maksum setelah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dan perlu diketahui juga bahwa banyak orang kesurupan kemasukan jin gara-gara mengamalkan sholawat-sholawat bid’ah karena syaitan senang tinggal ditubuh pelaku bid’ah maka berhati-hatilah.

1.     Sholawat “Basyairul Khairat (kabar gembira tentang berbagai kebaikan)”

Khasiat: Mengangkat derajat yang tinggi bagi yang membacanya, membuka 70 pintu rahmat, menampakkan keajaiban-keajaiban dari jalan surga, seperti memerdekan 1000 budak berkurban 1000 unta bersedekah 1000 dinar berpuasa 1000 bulan

Keterangan: Hadits palsu tidak ada asalnya. Berdusta atas nama Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani rahimahullah diceritakan beliau menerima ilham dari Allah Subhana wa ta’ala lalu beliau menanyakan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam apa manfaat sholawat tersebut.Ini bertentangan dengan Qur’an surat Al Maa’idah ayat 3 karena islam telah sempurna semenjak zaman beliau Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Ketahuilah bersikap ghuluw (berlebih-lebihan) terhadap suatu tokoh shalih seperti ulama ahlussunnah wal jamaah (salafi) Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani rahimahullah ini yang dianggap oleh kaum sufi mempunyai karomah, padahal tidak. Hal ini bisa menjadi penyakit yang membahayakan umat yang bisa menghancurkan karena mereka diketahui meminta pertolongan (istighotsoh) dengan memanggil-manggil tokoh yang dianggap shalih tersebut atau mengusap-usap, mencium kuburnya atau thawaf di sekelilingnya dan seperti itu pula mereka melakukan terhadap syaikh-syaikh lain dari kalangan mereka yang telah meninggal. Ingat ini sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Maksudnya:

“Hati-hatilah kalian terhadap perbuatan ghuluw di dalam agama, karena sesungguhnya hancurnya orang-orang sebelum kalian dikarenakan (sikap) ghuluw di dalam agama.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Nasa`i, dan berkata Syaikhul Islam di dalam Iqtidha hal. 106: Sanadnya dengan atas syarat Muslim, dan disepakati oleh Al-Albani di dalam ash-Shahihah 1283) Pelajarilah sejarah zaman Nabi Nuh ‘alaihis salam”.

2.     Sholawat” mohon rizqi banyak”
                                         
Khasiat: dibaca 1000 kali waktu tengah malam setelah sholat hajat Allah akan melapangkan riqzinya.

Keterangan: Hadits palsu tidak ada asalnya.Ingat kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar, silaturahim, rajin berinfak dijalan Allah, mengerjakan haji-umroh secara berurutan, berbuat baik pada orang lemah pada penuntut ilmu, nikah dan takwa

3.     Sholawat “Nuridzati”

Khasiat: dibaca 1 kali nilainya sama dengan membaca 100.000 sholawat kata pengarangnya Imam Syadzali. Berguna untuk menghilangkan segala macam kesusahan, membuka pintu Rizqi dan dibaca paling sedikit 3x setelah sholat wajib.

Keterangan: Hadits palsu tidak ada asalnya.

4.     Sholawat ”Pembuka Pintu Ilmu”

Khasiat: memperbanyak sholawat ini bagi siswa, siswi, mahasisa atau siapapun saja yang menuntut ilmu maka dia akan menjadi cerdas mudah memahami sesuatu hal.

Keterangan: Tidak ada asul-usulnya.

5. Sholawat “Rekais”

Khasiat: dibaca 1000 kali pada malam jum’at sampai jum’at berikutnya akan dikabulkan hajatnya.

Keterangan: Dikatakan sholawat ini diajarkan oleh rasulullah kepada seorang Mufti kota syam yang bernama Syeikh Hamid Affandy al ‘imadi dalam sebuah MIMPI. Isi sholawat seputar bertawassul dengan Nabi shallallhu ‘alaihi wa sallam yang ini tidak diperbolehkan. Yang dibolehkan adalah bertawassul dengan nama Allah.

6. Sholawat “Quthul Aqthab”

Khasiat: dikatakan Kalau ingin bertemu dengan Nabi Muhammad didalam mimpi bacalah sholawat ini sebanyak 70 kali sehari semalam atau sebelum tidur dalam keadaan suci atau sesudah sholat sunnah 2 rakaat.

Keterangan: Keyakinan Bathil

7. Sholawat “Kubro”

Khasiat : dibaca 1x dapat 1 pahala yg besar, dibaca saat haji, umroh, ziarah kemakam rasulullah akan dikabulkan tujuannya dan ibadah haji,umrohnya diterima Allah sebab berkah sholawat ini.

Keterangan: Hadits palsu tidak ada asal usulnya lagi keyakinan bathil.

8. Sholawat “Asnawiyyah”

Keterangan: Bathil. Dikatakan Sholawat asnawiyah ini merupakan gubahan syair karya salah satu tokoh pendiri Nu Kyai Haji Raden Asnawi bisa dikatakan juga sholawat nasionalis kerana kalau diperhatikan isi sholawat ini betapa Kyai Asnawi sangat mencintai Indonesia. Dalam syair ini terdapat doa untuk Indonesia.

9. Sholawat “Nurul Anwar”

Khasiat: Dibaca 1x setelah sholat wajib bisa menangkal bahaya, dibaca 7x sebelum tidur terhindar dari sihir dan dibaca 100x sehari semalam memperoleh cahaya illahi, menolak bencana dan mendapatkan riqzi lahir dan bathin.

Keterangan: Hadits palsu tidak ada asal usulnya

10. Sholawat “Al Fiyyah (seribu kebaikan)”

Keterangan: Hadits palsu Sanad tidak jelas. Dikatakan Imam hasan al-adawi al-mishri dalam syarh ad-dalail menukilkan dari kakeknya syaikh yusuf al-fasi dari abdul abbas ahmad al-hajiri ra ia berkata: ”Telah sampai kepadaku bahwa barang siapa bersholawat kepada Rasulullah dengan sholawat ini akan mendapatkan sepuluh kebaikan.” Beliau menukil dari syaikh Abul hasan dan beliau menukil juga dari syaikh Abdullah bin musa dan Syaikh Muhammad yang mengatakan ia mengambil dari dua puluh guru.

11. Sholwat “Sa’adah (Kebahagiaan)”

Nash adalah sebagai berikut:اللهُمَّ صَلِّ عَلَ مُحَمَّدٍ عَدَدَ مَا فِيْ عِلْمِ اللهِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ …“Ya Allah, berikanlah shalawat kepada Baginda kami Muhammad sejumlah apa yang ada dalam ilmu Allah, shalawat yang kekal seperti kekalnya kerajaan Allah …”.

Khasiat: Berkata An-Nabhani As-Sufi setelah menukilkannya dari Asy-Syaikh Ahmad Dahlan: “Bahwa pahalanya seperti 600.000 kali shalat. Dan siapa yang rutin membacanya setiap hari Jum’at 1.000 kali, maka dia termasuk orang yang berbahagia dunia akhirat.” (Lihat Mahabbatur Rasul 287-288)

Keterangan : Wahai saudaraku, mana mungkin shalat yang merupakan tiang agama dan sekaligus rukun Islam kedua pahalanya 600,000 di bawah sholawat sa’adah ini?! Cukuplah yang demikian itu sebagai bukti atas kepalsuan dan kebatilan shalawat tersebut.

12. Sholawat “Burdatul Bushiri”

Nashnya adalah sebagai berikut:يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفَى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا وَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَمِ“Wahai Rabbku! Dengan perantara Musthafa (Nabi Muhammad ) penuhilah segala keinginan kami dan ampunilah dosa-dosa kami yang telah lalu, wahai Dzat Yang Maha Luas Kedermawanannya.”

Keterangan : Bathil, Sholawat ini bermakna tawasul kepada Nabi yang beliau telah meninggal dunia. Hal ini termasuk jenis tawasul yang dilarang, karena tidak ada seorang pun dari sahabat yang melakukannya disaat ditimpa musibah dan yang sejenisnya (INI PENDAPAT PENULIS INI)

13. Sholawat “Al-In’am”

Lafadznya sebagai berikut:

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ عَدَدَ إِنْعَامِ اللهِ وَإِفْضَالِهِ

“Ya Allah berikanlah shalawat, salam dan berkah kepada baginda kami Muhammad dan kepada keluarganya, sejumlah kenikmatan Allah dan keutamaan-Nya.”

Berkata An-Nabhani menukil dari Syaikh Ahmad Ash-Shawi: “Ini adalah shalawat Al- In’am. Dan ini termasuk pintu-pintu kenikmatan dunia dan akhirat, dan pahalanya tidak terhitung.” (Mahabbatur Rasul 288)

Keterangan: Hadits palsu tidak jelas asal usulnya.

14  Sholawat “Nariyah/Tafrijiyah”

Khasiat : dibaca 11x tiap hari melancarkan riqzi dibaca 100x hajat tercapai dibaca 4444x hajat besar tercapai secara gemilang.

Keterangan : Isi sholawat mengandung kesyirikan, Berlebih-lebihan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam hingga mengangkat beliau pada derajat Ketuhanan.

15. Sholawat “Badawiyah”

Khasiat : dibaca 100x dimudahkan segala urusannya

Keterangan : Isi bholawat berkeyakinan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di ciptakan dari (nur) cahaya Allah. padahal yang benar beliau di ciptakan melalui seorang bapak dan ibu.

16. Sholawat “Kamaliyah”

Khasiat : dibaca 700 kali dapat terbebas dari api neraka. Dibaca 70 kali setelah magrib dan isya memberikan kekuatan hafalan agar tidak mudah lupa.

Keterangan : Hadits palsu tidak ada asalnya.

17 Sholawat “Syifa (ubat)”

Khasiat : dibaca setiap malam 7,21,41atau313 kali akan sehat lahir dan bathin sehat jasmani dan rohani.

Keterangan : Isi sholawat mengangap Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dapat menyembuhkan penyakit padahal yang benar kesembuhan penyakit datangnya dari Allah Ta’ala.

AKIBAT MENGAMALKAN PEKARA BIDAH

Adapun kesan-kesan mengamalkan amalan-amalan bid’ah dan bagi pekara-pekara bid’ah berdasarkan dalil Al Qur’an dan As Sunnah adalah :

Ø Amalan bid’ah tertolak tidak akan diterima Allah Ta’ala setulus apapun anda mengamalkannya.
Ø Pelaku bid’ah terhalangi untuk bertaubat selama dia terus menerus dalam bid’ahnya.
Ø Pelaku bid’ah akan diusir hingga tidak akan minum dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak akan mendapatkan syafa’at beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Ø Pelaku bid’ah akan mendapatkan dosa sampai hari kiamat jika amalan bid’ahnya seperti membuat sholawat bid’ah diatas diamalkan juga oleh orang lain.
Ø Pelaku bid’ah tak akan mendapat perlindungan Allah Ta’ala, namun diserahkan pada dirinya sendiri.
Ø Pelaku bid’ah adalah orang yang dilaknat menurut syari’at.
Ø Amalan bid’ah bukannya semakin mendekat tapi semakin menjauhkan pelaku bid’ah dari Allah Ta’ala.
Ø Pelaku bid’ah dikhawatirkan dia terjerumus ke dalam kekafiran.
Ø Pelaku bid’ah ditakutkan dia akan mati dalam keadaan su’ul khatimah
Ø Wajah pelaku bid’ah akan menghitam legam di hari kiamat sedangkan wajah ahlus sunnah wal jama’ah akan putih berseri.

Demikianlah berbagai jenis sholawat bid’ah, hendaknya kita menyibukkan diri dengan amalan Sunnah saja, sadarlah bahwa Allah ta’ala itu tidak memerlukankan amal kita betapapun besar amal kita maka mintalah kepada Allah ta’ala agar senantiasa membimbing kita. “ jika kita mahu membicarakan masalah khasiat cukuplah obat dari dokter yang berkhasiat yang telah diuji secara klinikal adapun khasiat sholawat-sholawat bid’ah diatas datangnya dari syaitan.” Ketahuilah sholawat-sholawat bid’ah seperti diatas masih banyak lagi bergentayangan diluar sana.  Akhir kata, Semoga Allah Ta’ala menunjukkan kepada kita jalan yang lurus dan melindungi hati kita dari keyakinan-keyakinan bathil seperti diatas. Aamiin.
nahimunkar.com. Edit oleh atok zamany

PERINGATAN: SEMUA SELAWAT YANG DIANGGAP BID’AH DIATAS INI ADALAH MERUPAKAN PENDAPAT PENULIS BLOG NAHIMUNGKAR SAHAJA. IA TIDAK MEWAKILI IJMA SELURUH ULAMA ASWJ. OLEH ITU IA HENDAKLAH DIABAIKAN JIKA BERTENTANGAN. ATOK

PANDANGAN ATOK:

Apa jua pendapat dan pandangan ulama-ulama silam dan yang ada sekarang ini serta cerdek pandai didalam bab ini haruslah diambil kira sebab dengan itu saja Muslimin semua dapat membezakan mana yg betul dan mana yg salah. Apa yg harus kita pegang ialah akidah didalam maqasid syariaah sebagai ASWJ sejati yg mengutamakan pandangan Ulama-ulama dan cerdek pandai ASWJ supaya ia selari dengan peganggan kita. JIka kita tidak mengambil peduli akan permasaalahan ini pun tidak betul juga. Tetapi jika kita tidak mahu tahu dan berpegang dgn apa yg kita sudah diterima dari guru-guru agama dikampung-kampung kita, juga sudah memadai sebab ia sama juga dgn apa yg diperkata disini. Cuma mungkin huriaannya tidak sepanjang ini, tapi maksudnya sama saja. Oleh itu adalah baik jika kita mengatahui sedikit sebanyak akan permasaalahan ini untuk memperkuatkan iman kita dan mengatahui apa yg kita buat itu betul dalam pandangan Syariajt Islam. Yang penting kita jangan cepat terpengaruh dgn ajaran-ajaran baru yg datang ketempat kita.

Kepentingan untuk umat islam semua mengamalkan berselawat keatas Baginda amat-amat dituntut dalam agama tambahan pula Allah dan seluruh para Malaikat sendiri pun berselawat keatas Baginda hinggakan sesetengah ulama menghukumkan ianya wajib bagi umat islam untuk berselawat keatas Nabi. Untuk mengamalkan berselawat tidak diperlukan seseorang itu mengambil ijazah dari mana-mana Imam atau Ustaz kerana seruan itu telah disebut didalam al Quran, maka ia dgn sendiri telah disyariatkan oleh Allah SWT. Yang penting disini ialah untuk umat islam terus bertawasul kepada Baginda kerana Rasulullah sentiasa mengingatai Allah walaupun Baginda telah wafat. Rohani Baginda selalu dengan Allah, maka adalah baik jika kita sentiasa berselawat kepada Baginda. Sebab itulah Baginda boleh memberi syafaatnya diakhirat kelak kepada mereka-mereka yang selalu berselawat kepada Baginda. Berapa banyak kebaikkan untuk kita berselawat, tetapi kebaikkan Pemberi Syafaat inilah yang paling besar sekali dari semua kebaikkan tersebut. Maka, kamu semua disarankan selalu mengamalkan berselawat keatas Nabi agar kelak kamu juga bakal mendapat syafaatnya. Waallahualam.


Karangan Atok Zamany
Susun semula oleh Zaman