Thursday, December 30, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 12

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


FASAL B - AKHIRAT DAB KIAMAT.


BAB 3 - SEMUANYA BINASA KECUALI ALLAH.


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda " Pada hari kiamat kelak Allah menggengam bumi dan melipat langit dengan tangan kanan Nya kemudian berfirman 'Akulah Raja, mana raja-raja bumi ? '. Kemudian disebut juga didalam hadis riwayat Muslim dan Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda "Pada hari kiamat nanti Allah melipat langit lalu memegangnya dengan tangan kanan Nya lalu berfirman 'Akulah Raja, dimana para penguasa-penguasa bumi yang diktator dan melampau sewenang-wenangnya itu ?. Kemana perginya orang-orang yang kejam ? '. Imam Muslim meriwayatkan lagi dari Ubaidillah bin Muqsim bahawa ia bertanya kepada Abdullah bin Umar, bagaimana Rasulullah bercerita ?. Abdullah bin Umar menjawab, "Allah menggengam seluruh langit dan bumi dengan sepasang tangan Nya lalu berfirman 'Aku adalah Allah'. Rasulullah menggengam jari-jarinya dan kemudian melepaskannya dan bersada dengan memetik firman Allah, "Akulah Raja ". Dari bawah aku melihat membar itu seakan bergoyang-goyang sehingga aku berkata didalam hatiku, jangan-jangan membar itu akan tumbang menimpa Rasulullah ".

Dari hadis-hadis diatas tadi, bahawa ia menunjukkan setelah Allah memusnahkan seluruh makhluk, Allah yang Mahamulia dan Mahaagung bertanya "Milik siapakah kekuasaan pada hari ini ? Kemudian dijawab Nya sendiri "Milik Allah yang Maha Esa lagi Maha Memaksa ". Ini merupakan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dan ath Thabari. Kemudian ada pula yang berpendapat bahawa setelah seluruh makhluk dikumpulkan di Padang Mahsyar yang tanahnya berwarna putih seperti perak, maka terdengar seruan "Milik siapakah kekuasaan pada hari ini ? ". Para hamba semua menjawab "Milik Allah yang Maha Esa lagi Maha Memaksa". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Wa'li dari Ibnu Mas'ud ra.


KETERANGAN PENULIS :

Menurut Syeikh al Qurthubi, yang paling sahih ialah pendapat pertama tadi yang menunjukkan kekuasaan tunggal Allah swt sebagai satu-satunya yang berkuasa ketika semua raja-raja dunia dengan kekuasaannya dan semua orang-orang yang sombong dengan kesombongannya lenyap sama sekali. Pendapat ini disokong oleh al Hasan dan Muhammad bin Ka'ab.

-----------------------------------

Didalam sebuah hadis dhaif riwayat Abu Dunya, Baihaqi dan ath Thabari dari Abu Hurairah ra diterangkan lebih lanjut bahawa, "Kemudian Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung menyuruh Malaikat Israfil untuk meniup sangkakala kematian. Maka matilah seluruh makhluk yang berada dilangit dan bumi, kecuali yang dikehendaki olehNya akan terus hidup. Pada ketika itu hadirlah Malaikat Maut mengadap kehadrat Allah yang Maha Memaksa memberi laporan "Seluruh penghuni langit dan bumi semuanya telah dimatikan kecuali yang Engkau kehendaki sahaja yang masih hidup ". Lalu Allah berfirman "Siapakah yang masih hidup itu ?". Malaikat Maut menjawab "Wahai Tuhanku, selain Engkau yang Mahahidup dan tidak akan mati, yang masih ada ialah para Malaikat Pembawa Arasy, Jibril, Mikail, Israfil dan aku sahaja ". Allah lalu berfirman "Matikanlah Jibril dan Mikail ". Malaikat Pembawa Arasy yang mendengar perintah itu pun bertanya "Wahai Tuhanku, benarkah Malaikat Jibril dan Mikail akan dimatikan ?". Lalu Allah swt berfirman kepada mereka supaya diam dan jangan mencampuri urusan Nya, "Sesungguhnya Aku telah menentukan kematian pada seluruh makhluk ciptaan Ku yang berada dibawah Arasy Ku ". Lalu kedua-dua Malaikat itu pun mati.

Setelah Malaikat Maut mencabut nyawa Malaikat Jibril dan Mikail, ia pun kembali kehadrat Allah yang Maha Memaksa untuk memberi laporan "Wahai Tuhanku, Jibril dan Mikail telah pun mati ". Maka Allah swt berfirman "Siapa lagi yang masih ada ? ". Malaikat Maut menjawab " Selain Engkau yang Mahahidup dan tidak akan mati, yang masih hidup ialah Malaikat Pembawa Arasy, Israfil dan aku sahaja ". Maka Allah berfirman " Matikan Malaikat Pembawa Arasy ". Setelah mereka mati, Allah memerintah Arasy mengambil sangkakala daripada Malaikat Israfil dan berfirman "Matikan Israfil ". Selepas Malaikat Maut mencabut nyawa Israfil, lalu ia pun kembali kehadrat Allah membuat laporan "Wahai Tuhanku, para Malaikat Pembawa Arasy dan Israfil telah mati ". Allah berfirman "Siapa lagi yang masih ada ?". Malaikat Maut menjawab "Wahai Tuhanku, yang masih ada hanyalah Engkau yang Mahahidup dan tidak akan mati, dan aku sahaja ". Allah lalu berfirman "Bagaimanapun engkau adalah makhluk ciptaan Ku, maka matikanlah diri mu ". Maka matilah Malaikat Maut pada ketika itu juga.

Apabila seluruhnya telah mati, maka yang masih hidup hanyalah Allah yang Maha Esa lagi Maha Memaksa. Dialah tempat meminta segala sesuatu dan tidak memiliki anak mahupun isteri. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiada satu pun yang setara dengan Nya. Setelah melipat langit seperti kertas, Allah berfirman "Akulah Tuhan yang Maha Memaksa. Untuk siapakah kekuasaan pada hari ini ? ". Oleh kerana tiada siapa pun yang menjawab, maka dijawab Nya sendiri " Untuk Allah yang Maha Esa lagi Maha Memaksa ".

Hadis dari Abu Hurairah ra ini adalah sebuah hadis yang sangat panjang. Apa yang dinyatakan diatas tadi hanyalah bahagian tengah dari hadis beliau itu sahaja, manakala bahagian permulaan dan akhir hadis itu, insyaallah akan dikemukakan nanti.

Disebut pula dari sebuah hadis riwayat al Hakim dari Laqith bin Amir bahawa Nabi saw bersabda "Setelah kamu berdiam beberapa waktu, terdengarlah bunyi tiupan sangkakala yang membuat seluruh makhluk mati termasuklah Malaikat yang berada dekat dengan Allah swt. Setelah itu Allah mengalilingi negeri-negeri yang telah kosong yang tiada berpenghuni sama sekali ". Menurut para Ulama, pengertian dari sabda Nabi saw iaitu "Setelah itu Allah mengalilingi negeri-negeri yang telah kosong yang tiada berpenghuni sama sekali ", itu bermaksud bahawa ketika seluruh makhluk penghuni negeri-negeri didunia telah mati, bumi pun menjadi kosong. Tidak ada yang masih tinggal hidup kecuali hanya Allah swt sahaja, seperti yang telah dinyatakan oleh firmannya didalam al Quran surah al Rahman ayat 26 dan 27 yang mafhumnya ;

"Tiap-tiap sesiapa (manusia dan haiwan) yang diatas bumi akan fana (binasa). Dan tinggallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemurahan ".

Pada saat itulah berakhirnya semua zaman kehidupan didunia ini atau juga dikenali sebagai kiamat. Setelah itu akan berlaku pula peristiwa kebengkitan semula. Allah swt berfirman "Untuk siapakah kekuasaan pada hari ini ? ".

Manakala berkenaan permasaalahan fananya syurga dan neraka bersama-sama dengan fananya seluruh makhluk-makhluk yang lain, maka terdapat dua pendapat. Yang pertama, Allah sememangnya membinasakan kedua-dua tempat tersebut sehingga tiada sesuatu pun yang kekal tinggal kecuali Allah sahaja. Inilah yang dimaksudkan didalam firman Allah didalam surah al Hadid yang mafhumnya "Dialah yang awal dan yang akhir ". Pendapat kedua pula ialah, syurga dan neraka itu tidak fana (binasa). Kedua-duanya tetap kekal abadi bersama disisi Allah yang Mahakekal. Ada ulama mengatakan bahawa ketika seluruh makhluk sudah tiada, terdengar seruan "Untuk siapakah kekuasaan pada hari ini ?". Para penghuni syurga menjawab "Untuk Allah yang Maha Esa lagi Maha Memaksa ".



BAB 4 - KEMUSKILAN :TANGAN DAN JARI ALLAH.


Jika terdapat pertanyaan "Bagaimanakah menafsirkan kalimah tangan dan jari yang digunakan Allah untuk menggengam dan melipat langit, sedangkan secara mutlak dan hakikatnya mustahil Allah memiliki tangan dan jari seperti manusia ?".

Jawapan kepada kemuskilan ini ialah, didalam bahasa Arab tangan mempunyai lima pengertian. 1) Tangan boleh diertikan "Kekuatan", seperti firman Allah didalam surah Shaad ayat 17 yang mafhumnya ;

"Dan ingatlah hamba kami, Daud yang mempunyai kekuatan ".

2) Tangan juga boleh membawa pengertian "Kekuasaan", contohnya firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 73 yang mafhumnya ;

"...Katakanlah, sesungguhnnya kurnia itu ditangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya dan Allah lapang (kurniaNya), lagi Maha mengatahui ".

3) Tangan juga bermaksud "Kenikmatan". Didalam pertuturan, kebiasaan orang-orang Arab mengatakan "Berapa saja tanganku yang ada pada sifulan ", yang mambawa maksud, " berapa banyak kenikmatan yang telah aku diberikan kepadanya ".

4) Tangan juga bermaksud "Perhubungan atau pertalian". Contohnya didalam surah Yasin ayat 71 dan didalam surah al Baqarah ayat 237 yang mafhumnya ;

"Tidakkah mereka melihat, bahawa Kami menjadikan untuk mereka beberapa binatang ternak diantara apa-apa yang telah diperbuat oleh tangan Kami, lalu mereka memilikinya ". Yasin:71.

"...kecuali dimaafkannya atau maaf orang yang ditangannya akad nikah (lelaki). Maaf itu lebih hampir kepada taqwa...". al Baqarah: 237.

5) Tangan juga bererti sebahagian dari angota tubuh, contohnya firman Allah didalam surah Shaad ayat 44 yang mafhumnya ;

"Ambillah seikat kayu dengan tangan engkau dan seumpama mereka bersama mereka (berlipat ganda dari yang telah lalu), sebagai rahmat dari pada Kami dan peringatan bagi orang-orang yang berakal ".

Tetapi, dari kontek dengan Allah swt, kalimah tangan lazimnya dikaitkan dengan ungkapan "Kekuasaan Allah" yang meliputi seluruh makhluk ciptaan Nya. Dengan lain perkataan, mereka semuanya berada didalam genggaman Nya seperti yang telah dimaksudkan didalam firman Allah
surah az Zumar ayat 67 yang mafhumnya;

"Mereka tidak membesarkan Allah menurut hak kebesaran Nya. Bumi semuanya didalam genggaman Nya pada hari kiamat... ".

Ayat ini bermaksud bahawa seluruh bumi akan musnah, hilang dan lenyap seluruhnya pada hari kiamat dan yang tinggal hanyalah Allah Segala yang Ujud. Kemudian sambungan pada ayat diatas iaitu ;

"... dan langit dilipat dengan (tangan) kanan Nya. Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa-apa yang mereka sekutukan ".

Disebut juga didalam sebuah hadis "Allah menggenggam jari-jari Nya lalu dibuka Nya ". Menurut orang-orang Yahudi aliran Materialisma, kalimah tangan didalam riwayat tersebut bererti seperti sesungguhnya, iaitu bahagian anggota tubuh badan seperti manusia. Mahasuci Allah yang hendak disamakan dengan manusia, sedangkan ia adalah pekara yang sangat mustahil dari semua segi zahir dan batin. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa seorang Ahli Kitab datang bertemu Nabi saw lalu bertanya "Wahai Abu Qasim, adakah kamu pernah mendengar bahawa sesungguhnya Allah itu menahan langit, bumi, pokok, tanah dan seluruh makhluk dengan jari-jari Nya ?". Rasulullah tersenyum lebar hingga menampakkan gigi hadapannya. Lalu Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung menurunkan ayat 67 dari surah az Zumar yang mafhumnya ;

"Mereka tiada membesarkan Allah menurut hak kebesaran Nya. Bumi semuanya didalam genggaman Nya pada hari kiamat dan langit (semuanya) dilipat dengan (tangan) kanan Nya. Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa-apa yang mereka sekutukan ".

Diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad dari Abdullah bin Umar bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda "Sesungguhnya seluruh hati anak cucu Adam itu berada diantara dua jari dari jari-jari Allah yang Mahapemurah, seperti sepotong hati yang boleh dibolak- balik sesuka mengikut kemahuanNya ". Kemudian Rasulullah berdoa "Ya Allah, Tuhan yang boleh menbolek- balik hati, arahkanlah hati kami untuk taat kepada Mu ".

Didalam kedua-dua riwayat diatas tadi, kalimah "jari-jari" disebut dengan jelas sekali, bagaimana pula dengan maksudnya ?. Ketahuilah, sesungguhnya kalimah "jari-jari" sememangnya difahamkan sebagai salah satu anggota tubuh badan. Amat jelas sekali bahawa Allah swt tidak memiliki bentuk tubuh sedemikian. Yang boleh diterima dari maksud "jari-jari" itu tadi adalah bermaksud kepada bentuk Kekuasaan dan Keperkasaan Allah swt atas tiap-tiap sesuatu. Sebagai contoh, jika seseorang yang mempelekeh akan kebolehan orang lain dengan berkata "Aku pun boleh buat hanya dengan satu jari saja ", atau "Aku boleh angkat dengan satu jari saja " atau "Aku boleh menahannya hanya dengan jari kelingking saja. Begitulah lebih kurang jika pun dapat disama ertikan akan bentuk "Kekuasaan dan keperkasaan" Allah itu. Ia juga boleh diertikan sebagai "Nikmat kebesaranNya", seperti yang dimaksudkan didalam hadis Baginda Nabi saw "Sesungguhnya seluruh hati anak cucu Adam itu berada diantara dua jari dari jari-jari Allah yang Maha Pemurah ". Yang membawa maksud, dua nikmat diantara seklian banyak nikmat-nikmat Nya diatas muka bumi ini.

Mestipun seluruh langit dan bumi merupakan makhluk yang sangat besar dan berat, namun ianya bagi Allah adalah merupakan suatu yang sangat kecil dan mudah sahaja dan diberikan perumpamaan seolah-olah untuk mengangkat, menahan, mengerakkannya dan juga melipatkannya cukup hanya dengan menggunakan jari-jari Nya saja. Sama juga kiranya manusia dengan sebiji guli. Kemudian ada juga yang mempersoalkan penggunaan kalimah "tangan kiri" pada Allah kerana ia mungkin menggambarkan kelemahan dan kekurangan. Sesungguhnya penggunaan kalimah tangan kiri yang dikaitkan dengan Allah hanyalah disebut didalam satu-satunya riwayat yang diketengahkan oleh perawi bernama Umar bin Hamzah dari Salim. Manakala didalam riwayat-riwayat yang lain tidak pernah menggunakan kalimah itu, sebaliknya menggunakan kalimah tangan kanan atau kedua-dua tangan.

Menurut Al Khithabi "Tidak elok mengunakan kalimah tangan kiri dalam hal yang dikaitkan dengan Allah swt kerana kalimah itu boleh menunjukkan seperti suatu kelemahan dan kekurangan bagi Allah". Yang terbaik ialah menggunakan kalimah tangan kanan atau kedua-dua tangan. Lagipun, apa yang kami maksudkan dengan kalimah"tangan" itu bukanlah yang disama ertikan dengan tangan manusia atau sebahagian anggota badan kita. Melainkan ia merupakan suatu gambaran atau perumpamaan bagi sebuah sifat yang kita ertikan bersesuaian dengan kandungan al Quran dan as Sunnah tampa kita rekacipta. Inilah pendapat majoriti Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika kita rujuk kepada penggunaannya didalam bahasa Arab pula, ia mengambarkan sebagai suatu kekuasaan. Contohnya seperti didalam firman Allah didalam surah an Nisaa' ayat 3 yang mafhumnya ;

"...atau budak-budak yang kamu miliki ".

Ia bermaksud, budak-budak (hamba) yang kamu kuasi. Atau didalam contoh yang lain pula ialah seperti firman Allah didalam surah al Haaqqah ayat 45 yang mafhumnya ;

"Niscaya, Kami pegang tangan kanannya ".

Ayat ini memberi maksud bahawa Allah memegang kekuatannya (dengan lain perkataan). Kalimah tangan kanan didalam kalangan orang-orang Arab ialah merupakan satu identiti kesempurnaan. Secara tradisinya mereka amat suka yang kanan daripada yang kiri. Oleh kerana itu, ketika Allah mengulung langit dan bumi, dimanakah perginya semua manusia ?. Jawabnya ialah, mereka semua sedang sebuk didalam kedudukan meniti titian Siratulmustaqim. Ini akan saya kupas didalam bab yang lain nanti.



BAB 5 - ALAM BARZAKH.


Diriwayatkan oleh Hannad ibnu Sari, dari Muhammad bin Fudhail dari Waki' dari Fathar bahawa ia berkata "Aku pernah bertanya kepada Mujahid tentang firman Allah didalam surah al Mu'minuun ayat 100, yang mafhumnya ;

"Dihadapan mereka ada dinding sampai mereka dibangkitkan ".

Ia menjawab "Itu adalah alam antara kematian dan kebangkitan kembali ". Ketika ditanya tempat orang yang telah meninggal dunia, asy Syu'bi menjawab "Ia tidak sedang berada didunia dan juga tidak diakhirat ".

Didalam bahasa Arab, al Barzakh bermaksud, sesuatu yang memisahkan diantara dua pekara, contohnya seperti firman Allah didalan surah al Furqan ayat 53 yang mafhumnya ;

"...dan Dia adakan dinding dan larangan yang terlarang antara keduanya ".

Dengan lain perkataan Barzakh itu ialah masa bermula dari detik kematian sampailah detik dibangkitkan semula atau dihidupkan semula. Oleh itu sesiapa yang meninggal dunia itu bererti mereka telah pula memasuki kealam Barzakh.



BAB 6 - SANGKAKALA DAN TIUPAN KEDUANYA.


Didalam bab ini akan dibincangkan berkenaan cara kebangkitan semula, mereka yang paling awal dibangkitkan serta bagaimanakah mereka keluar dari kuburan masing-masing, juga akan diperkatakan berkenaan dengan firman Allah swt didalam surah al Insyiqaq ayat 4 yang mafhumnya ;

"Dan dilimparkannya apa-apa isinya dan kosonglah ia ".

Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman didalam surah al An'aam ayat 73 yang mafhumnya ;

"... Bagi Nya kerajaan pada hari ditiup sangkakala. Yang mengatahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dia Mahabijaksana lagi Mahamengatahui ". al An'am: 73

dan ;

"Apabila sangkakala ditiup, maka tiadalah pertalian darah (nisab) diantara mereka pada hari itu dan tiada pula bertanya-tanya sesama mereka". al Mu'minuun : 101

dan ;

"Sangkakala ditiup , lalu pingsan (mati) siapa yang dilangit dan dibumi kecuali sesiapa yang dikehandaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangun dari kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah) ". az Zumar :68

dan ;

"(iaitu) Pada hari yang ditiup Sangkakala, lalu kamu datang berbondong-bondong ". an Naba':18.

Allah juga berfirman yang menyebut Sangkakala dengan kalimah "an-naqur" yang dinyatakan didalam firmanNya ayat 8 surah al Muddatstsir yang mafhumnya ;

"Apabila ditiup an-naqur (Sangkakala) ".

Telah berkata Ulama-ulama ahli tafsir, tiupan pertama Sangkakala akan membuat seluruh makhluk mati. Allah berfirman dengan menceritakan tentang kaum Quraisy dalam surah Yassin ayat 49 yang mafhumnya ;

"Mereka tidak menunggu....". Yassin :49

Maksudnya, mereka tidak menunggu orang kafir yang terakhir yang memeluk agama Abu Jahal dan rakan-rakannya (agama berhala).

"..Melainkan satu teriakan yang akan menyeksa mereka..." Yassin :49

Maksudnya, tiupan Sangkakala pertama yang membuat mereka semua mati dan binasa.

"...sedangkan mereka bantah membantah (bertengkar sesama sendiri) ". Yassin :49

Maksudnya, mereka sesama mereka bertengkar berkenaan sesuatu yang saling salah menyalahi kepada yang lainnya demi menegakkan kepentingan masing-masing.

Allah swt berfirman ;

"...Ia (hari kiamat) tidak datang kepadamu, melainkan dengan tiba-tiba...". al A'araf :187

"(Lalu mereka mati) tiada sempat berwasiat (kepada anak-anaknya) dan tidak pula sempat pulang keahli rumahnya ". Yassin :50

Mereka (semua makhluk) tidak mempunyai daya dan kekuatan untuk berbuat apa-apa dari huru- hara yang sedang mereka hadapi dikala itu. Allah swt berfirman lagi ;

"Tidak ada, hanya satu teriakkan yang kuat (tiupan Sangkakala), lalu mereka mati ". Yassin :29

"Dan Sangkakala ditiup (tiupan kedua), lalu mereka keluar dengan segera dari dalam kuburnya mengadap kepada Tuhan mereka ". Yassin :51

Tiupan untuk kali kedua Sangkakala menyebabkan semua makhluk itu bangkit dan hidup semula di Alam Akhirat.

Sangkakala jika mengikut beberapa riwayat digambarkan dengan berbagai rupa. Ada yang menyatakan bahawa Sangkakala itu berupa sebuah tandok yang dibuat daripada cahaya berlubang -lubang mengikut jumlah arwah yang meninggal dunia. Manakala menurut Mujahid seperti yang diambil oleh Bukhari, Sangkakala itu bentuknya seperti sebuah trompet yang apabila ditiup oleh Malaikat Israfil untuk kali keduanya, maka semua roh kembali kepada jasadnya masing-masing. Kemudian mereka berlumba bangkit dari kubur masing-masing untuk mengadap Kehadrat Allah. Kemudian menurut sebuah riwayat yang lain ada menyebut bahawa jarak waktu diantara tiupan Sangkakala yang pertama dan kedua adalah empat puluh tahun. Didalam riwayat Mujahid lagi ada menyatakan bahawa sebelum tiba hari kiamat, manusia diberi waktu untuk tidur nyenyak. Apabila manusia mendengar teriakan dan keadaan huru-hara selepas mendengar tiupan Sangkakala yang kedua itu, mereka bergegas bangun dengan ketakutan untuk mengadap kehadrat Allah Rabuljalil. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah didalam surah az Zumar ayat 68 yang mafhumnya ;

"...Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangun dari kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah) ".

Allah berfirman dengan memberi gambaran kata-kata yang bakal akan keluar dari mulut orang- orang kafir didalam surah Yassin ayat 52 yang mafhumnya ;

"Mereka berkata, Aduhi celakalah kami !. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?. Yassin :52.

Keluhan-keluhan mereka itu kemudiannya dijawab pula oleh para Malaikat atau olah orang-orang yang beriman yang difirmankan Allah iaitu ;

"....Inilah yang dijanjikan oleh Rahman dan teranglah kebenaran Rasul-rasul ". Yassin :52.

Oleh itu setelah dibangkitkan semula, mereka semuanya berkeluh- kesah dan berkata " Aduhi celakalah kami " Dengan lain perkataan, "Aduh malang sungguh nasib kami, siapa pula telah membangunkan kami dari tidur kami yang nyenyak tadi ? ". Kemudian mereka semua sadar bahawa mereka tidak lagi tinggal didunia. Barulah mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa mereka telah dibangkitkan dari kubur mereka dan bakal dihadapkan kehadrat Allah untuk menerima hukuman masing-masing . Pada saat itu baharulah mereka mengakui kebenaran janji Allah dan para Rasul. Malangnya kesemua pengakuan itu tidak lagi bererti dan sudah tidak diterima lagi kerana sebantar saja lagi, mereka semua akan dikumpulkan diPadang Mashyar dan akan dihadapkan kehadapan Rabuljalil untuk dihisab semua amal-amal mereka.

Berkata Ikrimah "Ada manusia yang mati tengelam dilautan, karam atau lemas. Jasad mereka habis dimakan oleh ikan hingga yang tinggal hanyalah tulang belulannya saja. Kemudian tulang- tulang itu pula hanyut dilambung ombak hingga terdampar dipantai. Ia dikutip dan dihancurkan untuk dibuat dedak makanan unta. Kemudian ia menjadi najis unta dan dibuat baja kompos oleh manusia. Kemudian baja itu ditaburkan diladang-ladang tanaman mereka. Namun apabila Sangkakala ditiupkan kali keduanya, manusia-manusia itu tadi bangkit semuanya seperti semula bagi menunggu hukuman. Mereka itu sama saja seperti manusia yang masih utuh dikuburan masing-masing. Mereka semuanya dihimpunkan untuk mengadap kehadrat Allah ".

Tiupan Sangkakala yang kedua, semua para penghuni kubur dan yang lainnya akan bangkit. Pekara ini adalah kerana Allah telah mengambalikan semua roh-roh mereka terlebih dahulu kedalam jasad-jasad mereka itu, termasuklah mereka-mereka yang mati lemas dilautan atau dimakan serigala dihutan sehingga bahagian-bahagian tubuh mereka terpisah-pisah dan bertaburan kemana-mana dan juga termasuklah kepada bayi-bayi yang keguguran. Mereka semua anak dihidupkan kembali. Didalam sebuah hadis dhaif riwayat al Uqaili, Nabi saw bersabda "Sesungguhnya bayi yang keguguran dengan bermuram durja menanti dihadapan pintu Syurga. Ketika disuruh masuk kedalam Syurga, mereka menjawab 'Tidak, sebelum kedua orang tuaku masuk ". Itulah yang terjadi kepada bayi-bayi yang telah sempurna sifatnya dan telah diberi roh. Allah berfirman didalam surah at Takwir ayat 8 yang mafhumnya ;

"Dan apabila anak-anak perampuan yang dikubur hidup-hidup ditanya ".

Maksud dari ayat diatas itu tadi menyebut bahawa setiap bayi perampuan yang ditanam hidup- hidup oleh keluarganya yang menganggap mereka membawa sial waktu zaman Jahiliah itu juga akan dibangkitkan Allah. Juga termasuk didalam himpunan ini ialah mereka yang membuang bayinya, membunuh anak dalam kandungannya, mengugurkan kandungan, membunuh anak-anak lelaki, akan turut dikumpulkan dan dibangkitkan semula walaupun mereka itu tidak lagi diberi roh dan tidak lengkap anggota tubuh badannya. Ia sama saja seperti mayat-mayat yang lainnya itu. Manakala sesiapa juga yang terlibat dengan perbuatan tersebut akan dipertanggungjawabkan semua perbuatan keji itu untuk satu penyelasaian yang abadi dihadapan Rabuljalil. Al Hakim Abu Husain al Halimi didalam kitabnya yang bertajuk 'Minhaj ad-Din' mengatakan "Sesungguhnya keluarnya makhluk adalah kerana seruan Allah. Allah berfirman didalam surah al Israa ayat 52 yang mafhumnya " Pada hari Dia (Allah) memanggil kamu, lalu kamu perkenankan serta memujiNya dan kamu menyangka bahawa kamu tiada tinggal (dalam kubur) melainkan sebentar saja ". Lalu kamu berdiri seraya memuji "Mahasuci Engkau ya Allah, segala puji bagi Mu ".

Hari Kiamat dan Akhirat adalah dimulakan dengan kata-kata pujian dan diakhiri juga dengan pujian. Allah berfirman didalam al Israa ayat 52 "Pada hari Dia (Allah) memanggil kamu lalu kamu perkenankan serta memuji Nya...". Kemudian didalam az Zumar ayat 75, Allah swt berfirman, mafhumnya "Engkau lihat Malaikat-malaikat bersaf-saf keliling Arasy serta bertasbih memuji Tuhannya, dan dihukumlah diantara mereka dengan keadilan dan dikatakan (oleh penghuni Syurga): Puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Ubbad Ibnu Awwam, dari Hajjaj bin Athiyah dari Abu Sa'id al Khudri bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya ditangan masing-masing dua Malaikat peniup Sangkakala itu terdapat benda yang mirip tanduk. Sepasang mata mereka terus memendang menunggu saja bila diperintah ". Kemudian diriwayatkan pula oleh ath Tarmidzi dari Abdullah bin Amar Ibnu Ash bahawa ia berkata "Seorang dusun datang kepada Nabi lalu bertanya ' Apa itu Sangkakala ? '. Baginda menjawab 'Iaitu tanduk yang ditiup'. Menurut Tarmidzi, hadis ini hasan.

Bersumber dari Abu Sa'id al Khudri disebutkan bahawa Rasulullah bersabda "Bagaimana aku boleh senang, semantara Malaikat peniup Sangkakala telah memasukkan benda mirip tanduk itu kedalam mulutnya serta siap siaga mendengar pemberitahuan bila ia diperintah untuk meniupnya". Melihat para sahabat yang mendengar kata-katanya itu bermuram durja kesedihan, lalu Baginda memerintah mereka untuk berkata "...Cukuplah Allah memelihara kami dan Dialah sebaik-baik wakil (pemelihara) ". Ali Imran : 73

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Hakim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda "Malaikat peniup Sangkakala tidak pernah leka semenjak ia diberi tugas oleh Allah swt. Maka ia selalu bersiap sedia dihadapan Arasy kerana merasa bimbang jika ia lambat untuk melaksanakan perintah Allah untuk meniup Sangkakala disebabkan kelekaannya. Sepasang matanya seolah-olah seperti bintang yang terus bersinar ". Kemudian, dari sebuah hadis panjang yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, Mu'amal bin Ismail dan Ali bin Ma'ban dari Ibnu Mas'ud yang dipetik sebagai berikut, ia berkata "....Kemudian Malaikat Israfil berdiri antara langit dan bumi untuk meniup Sangkakala. Jika benda yang seperti tanduk itu ditiup, maka seluruh makhluk ciptaan Allah yang berada dilangit dan dibumi akan mati dan musnah, kecuali yang dikehendaki oleh Nya. Kemudian diantara dua tiupan Sangkakala, ada makhluk yang dikehendaki oleh Allah untuk terus hidup ". Hadis ini ditambah pula oleh Mu'amal bin Ismail sebuah riwayat oleh Sufyan ats Tsauri "....Allah lalu menurunkan dari bawah Arasy satu jenis cairan seperti seperma lelaki yang dapat menumbuhkan kembali jasad serta daging mereka ".

Setelah membaca sepotong ayat al Quran dari surah Fathir ayat 9 yang mafhumnya ; "Allah yang mengirimkan angin, kemudian Kami halau awan itu kenegeri yang mati (kering), (Kami turunkan hujan) lalu Kami hidupkan dengan dia bumi sesudah matinya. Seperti itulah menghidupkan orang-orang yang telah mati (dihari kebangkitan kelak) ", Abdullah berkata "Kemudian Malaikat Israfil itu berdiri lagi diantara langit dan bumi, lalu semua roh menuju kejasad masing-masing dan memasukinya. Setelah itu mereka bangun berdiri dan serentak memenuhi panggilan Tuhan seru semesta alam". Kata Ibnu Mubarak dan Mu'amal " Kemudian mereka berdiri serentak memberikan penghormatan ". Ini merupakan hadis dhaif riwayat Ibnu Dunya dan Ibnu Jarir.

Diriwayatkan oleh Abu Ubaid @ al Qasim bin Salam dari Ibnu Mahdi dari Sufyan dari Salamah dari Ibnu Kahil dari Abu Za'ar dari Abdullah bin Mas'ud bahawa ia berkata ".... Mereka lalu berdiri serentak memberi penghormatan kepada Tuhan seru sekelian alam ". Maka diperkatakan akan bentuk penghormatan kehadrat Allah yang dilakukan itu ada dua jenis. Pertama didalam keadaan ruku' dan yang keduanya pula didalam keadaan sujud.

Diriwayatkan dari Ali bin Ma'bad dari Abu Hurairah bahawa ia berkata " Aku termasuk yang bergabungdengan beberapa orang sahabat yang sedang mendengar Rasulullah menceritakan hadis panjang yang petikannya adalah seperti berikut ;

"... Allah yang Mahaagung pujian Nya dan Mahasuci nama-nama Nya, berfirman didalam surah al Mu'min ayat 16 mafhumnya ; 'Kepunyaian Allahlah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan'. Kemudian Dia berfirman didalam surah Ibrahim ayat 84 mafhumnya ; 'Bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian juga) langit '. Setelah meratakannya seperti menyamak kulit binatang, sebagaimana disebut didalam surah Taaha ayat 107, mafhumnya 'Tidak ada sedikit pun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi '. Allah lalu membentak makhluk dengan sekali bentakkan sahaja. Maka mereka sudah berada diatas bumi yang telah digantikan seperti kedaannya semula. Seterusnya Allah menurunkan air mernama hiwan kepada kamu dari bawah Arasy. Kemudian turun hujan kepada kamu semua selama empat puluh tahun sehingga terjadi banjir besar sedalam tujuh belas hasta. Kemudian Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung memerintah jasad-jasad untuk tumbuh kembali seperti sayur-sayuran. Lalu jasad-jasad kamu berkata-kata apa adanya. Kemudian dihidupkan semula Malaikat-malaikat pembawa Arasy, Jibril, Mikail dan Israfil. Allah lalu memerintah Israfil untuk mengambil Sangkakala. Setelah itu Allah memerintah agar semua arwah didatangkan. Arwah orang Islam kelihatan sungguh bercahaya berkilauan, semantara arwah-arwah yang lainnya nampak gelap.

Kemudian Allah memerintah Malaikat Israfil meniup Sangkakala untuk kebangkitan kembali. Apabila ditiup saja, semua arwah keluar laksana kawanan lebah yang memenuhi ruang antara langit dan bumi. Allah berfirman, "Demi kemuliaan dan keagungan Ku, seluruh arwah hendaklah kembali kejasad mereka masing-masing ". Arwah-arwah itu pun masuk kedalam jasad melalui lubang hidung dan berjalan seperti jalannya racun bisa ular kedalam tubuh manusia yang dipatuknya. Selepas itu bumi terbelah dari kamu dan aku (Rasulullah) adalah orang pertama yang keluar darinya. Pada saat itu kamu semua berubah menjadi anak-anak muda yang berusia tiga puluh tahun dan semua kata-kata hanya tertumpu dan bergegas menuju kepada Tuhannya ". Firman Allah ;

"Serta bersegera melihat kepada yang menyeru. Berkata orang-orang kafir ; Inilah hari yang sukar ". Al Qamar : 8

"(iaitu) Pada hari mereka mendengarkan suara yang sebenarnya. Itulah hari keluarnya (dibangkitkan dari dalam kubur) ". Qaf : 42

"Pada hari (kiamat) Kami hancurkan gunung-gunung dan engkau lihat bumi menjadi kosong (tandus), lalu kami himpunkan mereka itu, maka tiada Kami tinggalkan diantara mereka seorang pun ". Al Kahfi : 47

Mereka semua berdiri diPadang Mahsyar dalam keadaan telanjang dan berbaris sepanjang jarak perjalanan tujuh puluh tahun. Mereka bermandikan peluh hingga kedagu dan dalam keadaan tubuh dibelenggu, mereka menjerit pedih dan pilu "Siapa yang dapat memberi syafaat untuk kami kepada Tuhan kami ? ". Diriwayatkan oleh al Khattali @ Abu Qasim Ishak bin Ibrahim didalam kitabnya yang bertajuk 'Ad Dibaj' dari Abu Bakar Khalifat Ibnu Harits bin Khalifat dari Muhammad bin Ja'far al Mada'ni dari Salam bin Muslim ath Thawil dari Abdul Humaid dari Nafi' dari Ibnu Umar dari Nabi saw tentang firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung ;

"Apabila langit telah terbelah. Dan ia mendengar (patuh) kepada Tuhannya dan patutlah ia patuh ". al Insyiqaaq : 1 - 2.

Rasulullah bersabda "Aku adalah orang pertama yang keluar dari kubur. Ketika baru saja duduk didalam kubur, tiba-tiba aku dibukakan pintu langit diatas kepalaku sehingga aku boleh melihat Arasy. Lalu aku dibukakan pintu dari bawah hingga aku boleh melihat bumi hingga lapisan ketujuh dan tanah yang basah. Lalu aku dibukakan pintu disebelah kananku sehingga aku boleh melihat Syurga dan tempat-tempat tinggal para sahabat-sahabatku. Kemudian bumi dibawahku bergerak, Aku bertanya ' Kenapa denganmu, wahai bumi ?'. Ia menjawab 'Aku diperintah Tuhanku untuk memuntahkan semua yang ada dalam perutku. Aku diminta mengosongkan diri seperti keadaanku semula yang tidak ada apa-apa '. Dan itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah didalam surah al Insyiqaaq ayat 4 - 5 yang mafhumnya ;

"Dan dilimparkannya apa-apa isinya (bumi) dan kosonglah ia. Dan ia (bumi) patuh kepada TuhanNya dan patutlah ia patuh (ketika menemui janji TuhanNya) ".

Maksud ayat-ayat diatas ialah, bumi tunduk dan patuh atas perintah Allah dan sudah semestinya ia akan patuh kerana telah ia dan seluruh makhluk yang telah dijadikan oleh Allah akan patuh apa juga arahan dari Nya. Kermudian Allah berfirman didalam surah yang sama dalam ayat 6 yang mafhumnya ;

"Hai manusia, sesungguhnya kau berjuang (berusaha) sekeras-keras usaha hingga sampai (menemui) Tuhanmu (mati), lalu engkau menemuiNya ".

Berkenaan firman Allah didalam surah al Fajr ayat 27 dan 28 mafhumnya ; "Hai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan) '. Sebahagian riwayat menyatakan bahawa firman itu ditujukan kepada arwah untuk kembali masuk kedalam jasad masing-masing iaitu arahan Allah kepada semua roh manusia untuk masuk semula kedalam jasad-jasad mereka. "... Maka masuklah kedalam jemaah hamba-hamba Ku ". Maksudnya, masuk kejasad-jasad mereka semula. Kemudian ada juga riwayat mengatakan bahawa Allah mencipta Sangkakala setelah selesai mencipta langit dan bumi, kemudian lingkarannya meliputi ketebalan langit dan bumi itu. Disebut didalam hadis riwayat Abu Hurairah, Nabi saw bersabda "Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sesungguhnya besarnya lingkaran Sangkakala Malaikat Israfil itu seluas langit dan bumi ". Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa, jika Sangkakala tersebut diletakkan diatas bumi, maka ia meliputi timur dan barat, Wallahua'lam...

Ketika mendengar tiupan Sangkakala yang pertama, semua makhluk mati dan binasa buat seketika. Setelah manusia menunggu selama empat puluh tahun, Allah turunkan sejenis cairan (hujan) berbentuk seperti air mani (sperm) lelaki. Berkat Kekuasaan Allah, dari cairan itulah tumbuhnya semula jasad-jasad makhluk seluruhnya. Ia sama seperti fahaman tentang kisah tubuh badan manusia yang hancur lebur diseksa didalam Neraka, kemudian dikembalikan seperti sediakala setelah ia dibasuh didalam sungai yang terletak dihadapan pintu Syurga. Kemudian terdengarlah pula tiupan Sangkakala yang kedua, maka semua arwah-arwah keluar dan menuju kekuburan jasad-jasad mereka dan dihidupkan semula oleh Allah swt. Peristiwa ini hanya berlaku sepantas kilat sahaja, seperti yang telah difirmankanNya didalam surah az Zumar ayat 68 yang mafhumnya ; "....Kemudian Sangkakala ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangun dari kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah) ". Dan didalam surah Luqman ayat 28, yang mafhumnya ; "Tiadalah menciptakan dan membangkitkan kamu (dari kubur) melainkan seperti (mencipta dan membangkitkan) seorang manusia (mudah bagi Allah)...". Menurut Para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), sebenarnya Sangkakala itu bukanlah dari jenis benda yang mati. Ia adalah suatu benda yang hidup (makhluk) yang sebelum diserahkan kepada Malaikat Israfil, ia terlebih dahulu telah diberi roh ciptaan Allah swt. Keadaan itu samalah seperti keadaan Allah memberi roh kepada Maryam as kedalam rahimnya. Firman Allah didalam surah at Tahrim ayat 12 yang mafhumnya ; " Dan (lagi) Maryam binti Imran, yang menjaga kehormatannya, kemudian Kami tiupkan ruh kepadanya (sehingga ia melahirkan Isa as)...". Dan didalam surah Shad ayat 72 yang mafhumnya ; "...dan Kutiupkan roh Ku (kepunyaan Ku) kepadanya...".

Menurut Ibnu Zaid, " Setelah seluruh manusia mati, Allah bermaksud menghidupkan mereka semula melalui hujan dari langit yang turun selama empat puluh tahun. Apabila mendengar tiupan Sangkakala yang kedua, secara tiba-tiba saja mereka semua berdiri untuk menunggu keputusan masing-masing. Menurut para Ulama ASWJ, yang meniup Sangkakala ialah Malaikat Israfil, tetapi ada juga riwayat hadis yang mengatakan bahawa yang meniup Sangkakala itu bukan Malaikat Israfil. Seperti riwayat yang diketengahkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari Sulaiman,dari Ahmad Ibnu Qasim dari Affan bin Muslim dari Hammad bin Sulaimah dari Ali bin Zaid dari Abdullah ibnu Harits bahawa ia berkata "Aku dan Ka'ab al Ahbar sedang bersama Aisyah ra dirumahnya. Ketika Ka'ab menyentuh soal Malikat Israfil, Aisyah ra berkata 'Wahai Ka'ab, tolong ceritakan kepadaku tentang Israfil ?'. Ka'ab menjawab 'Puan tentunya lebih maklum'. Aisyah berkata 'Ya..memang benar, tetapi tolong ceritakan sekali lagi apa yang kamu tahu tentang Israfil ? '. Lalu Ka'ab bercerita ' Malaikat Israfil itu memiliki empat sayap, dua di angkasa, satu sayap dipakai untuk bajunya dan satu lagi dibahunya. Arasy sentiasa berada di bahunya, dan pena ada ditelinganya. Ketika diturunkan wahyu, ia segera menulisnya dengan pena, lalu diajarkannya kepada Malaikat-malaikat yang lain. Malaikat peniup Sangkakala datang terbongkok-bongkok dengan Sangkakala yang melekat dimulutnya. Ia kemudian memandang ke arah Malaikat Israfil untuk menunggu perintah. Jika Israfil menutup sayapnya, ia adalah isyarat supaya Sangkakala ditiup segera '. Aisyah ra berkata 'Begitulah yang pernah aku dengar dari Rasulullah ".

Tetapi menurut ath Tarmidzi dan Ibnu Majah yang meriwayatkan bahawa yang meniup Sangkakala itu tetap Malaikat Israfil. Kemudian diriwayatkan pula oleh Abu Bakar al Bazaari didalam kitabnya yang bertajuk 'Musnad al Bazaari' dan oleh Abu Daud didalam kitabnya yang bertajuk 'Sunan Abi Daud' dari Athiyah al Aufi (perawi yang dhaif), dari Abu Said al Khudri bahawa menyentuh tentang Malaikat peniup Sangkakala, Rasulullah bersabda "Disebelah kanan ada Malaikat Jibril dan disebelah kiri ada Malaikat Mikail ". Mungkinkah tangan Jibril atau Mikail itu yang memegang Sangkakala ?. Wallahua'lam.

Diriwayatkan oleh Abu Ibnu Sari @ Hannad as Sari at Taimi al Kufi dari Abu Ahwash, dari al Ahwash dari Manshur, dari Mujahid dari Abdulrahman bin Abu Umatah bahawa Nabi saw bersabda "Setiap pagi ada dua Malaikat yang berkata 'Wahai orang yang mencari kebajikan, teruskanlah. dan Wahai orang yang mencari kejahatan, berhentilah !'. Dua Malaikat yang lain disuruh berkata 'Berikanlah ganti kepada orang yang memberi nafkah dan berikan kerosakkan kepada orang yang kikir'. Ada dua Malaikat yang selalu menyebut 'Subhana al Malikul Quddus' dan dua Malaikat yang ditugaskan meniup Sangkakala ". Kemudian Hannad as Sari meriwayatkan pula dari Waki' dari al Amasy dari Mujahid dari Abdullah bin Zhamrah dari Ka'ab bahawa ia berkata seperti perkataan didalam hadis diatas tadi, tetapi ada tambahannya "... dan ada dua Malaikat yang dipercayaai meniup Sangkakala. Mereka bersiap sedia menunggu pada bila- bila waktu sahaja, perintah untuk meniup Sangkakala itu ".


KETERANGAN PENULIS :

Kata Imam al Qurthubi "Para Ulama ASWJ berbeza pendapat mengenai jumlah tiupan Sangkakala itu. Ada yang mengatakan tiga tiupan. Pertama, tiupan yang membuatkan manusia terkejut. Allah berfirman didalam surah an Naml ayat 87 yang mafhumnya; "Pada hari ditiup Sangkakala, lalu terkejutlah sesiapa yang dilangit dan dibumi, kecuali yang dikehandaki Allah. Semuanya datang kepadaNya dengan berhina diri ". Kedua, ialah tiupan kematian. Dan ketiga ialah tiupan kebangkitan semula . Allah berfirman didalam surah az Zumar ayat 68 yang mafhumnya ; "Sangkakala ditiup, lalu pingsanlah (mati) sesiapa yang dilangit dan sesiapa yang dibumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangkit dari kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah) ".

"Ada juga yang mengatakan hanya ada dua tiupan sahaja, kerana tiupan pertama yang membuat terkejut dan juga menyebabkan kematian. Maksudnya, apabila saja mendengar tiupan pertama itu yang menyebabkan terkejut lalu mati. Hadis riwayat Abu Hurairah, hadis riwayat Abdullah bin Amr dan hadis-hadis yang serupa yang lain juga menyebut bahawa tiupan Sangkakala itu hanya dua kali sahaja, bukannya tiga. Insyaallah, ini adalah pendapat yang benar. Seperti firman Allah didalam surah az Zumar ayat 68 yang telah disebut diatas tadi ".

----------------------------------

Diriwayatkan oleh as Suyuthi dari Ibnu Mubarak dari al Hasan bahawa Rasulullah bersabda "Jangkawaktu antara dua tiupan Sangkakala itu adalah empat puluh tahun. Tiupan yang pertama, Allah mematikan semua yang hidup dan tiupan yang kedua, Allah menghidupkan semua yang mati ". Ini adalah riwayat dhaif. Berkata al Halimi, "Semua riwayat sepakat berkenaan jangkawaktu diantara kedua-dua tiupan Sangkakala itu adalah empat puluh tahun jaraknya. Setelah Allah mengumpulkan semula semua jasad-jasad manusia yang musnah, hancur, cair dan bertaburan kerana dimakan binatang buas, atau dimakan ikan atau hangus terbakar, atau tenggelam atau hancur dek panas matahari atau disambar ribut taufan dan sebagainya. Apabila telah dikumpulkan dan menjadi jasad yang kukuh sehinggalah yang hanya tinggal roh-roh arwah, maka Allah mengumpulkan pula roh-roh itu didalam Sangkakala dan ditiup pula oleh Malaikat Israfil dan semua roh-roh arwah tadi akan masuk semula kedalam jasad-jasad mereka masing-masing ".

Sesungguhnya orang-orang yang dimakan ikan, burung dan binatang buas, mereka akan dikumpulkan didalam perut binatang tersebut seperti yang telah dijelaskan didalam riwayat yang diketengahkan oleh az Zuhri dari Anas bahawa ia berkata " Dalam Perang Uhud, Rasulullah mendapati tubuh Saidina Hamzah telah luka parah, Baginda bersabda 'Seandainya jiwanya tidak suci, nescaya aku akan membiarkannya saja hingga Allah mengumpulkannya dari perut serigala dan burung " Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmidzi dan Hakim.

Sebahagian manusia yang mengamal ilmu sesat tidak mempercayai adanya Sangkakala. Berkata Abu Hutsaim "Siapa yang tidak mempercayainya, bererti mereka juga tidak mempercayai adanya Arasy, Jembatan Neraka dan Neraca timbangan amal. Untuk itu, mereka akan mencari penafsir- penafsir menurut pendapat mereka sendiri ".



BAB 7 - TANDA-TANDA KEBANGKITAN SEMULA.


Allah swt berfirman didalam surah al A'raf ayat 57 yang mafhumnya;

buah- buahan. Demikaian"Dia yang mengirim angin sebagai kabar gembira dihadapan rahmat Nya, sehingga apabila angin itu telah mengandungi awan yang berat (sebab mengandungi air), Kami halaukan dia kenegeri yang mati, lalu Kami turunkan air hujan dan Kami keluarkan dengan dia bermacam-macam Kami keluarkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan ".

Dan Firman Nya lagi didalam surah ar Rum ayat 48 -50 yang mafhumnya ;

"Allah yang mengirim angin, lalu angin itu menghalau awan sehingga terbentang diatas langit sebagaimana dikehendaki Nya dan dijadikan Nya awan itu berkelompok-kelompok dan kemudian engkau lihat air hujan keluar dicelah-celahnya. Maka apabila air hujan itu menimpa sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya, tiba-tiba mereka bergembira ". "Sesungguhnya mereka itu berputus asa sebelum diturunkan air hujan kepada mereka ". "Maka lihatlah bekas rahmat Allah, bagaimana ia menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya Dia menghidupkan orang-orang yang mati dan Dia Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu ".

"Demikaianlah kebangkitan itu ". al Fathir : 9

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath Thayalisi, Baihaqi dan yang lain-lainnya, dari Abu Razin al-Aqili bahawa ia bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, bagaimana cara Allah mengambalikan semula penciptaan makhluk ?. Apa tanda-tanda kekuasaan Allah pada makhlik Nya ? ". Baginda kemudian bertanya pula "Pernah kamu lalu lembah tandus kaummu, kemudian kamu lalu semula dalam keadaannya hijau subur ? ". Aku menjawab "Pernah ". Baginda bersabda "Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah pada makhluk Nya ". Kemudian didalam hadisnya, Laqith bin Amir bahawa Nabi saw bersabda "Demi Allah, ketika Allah memerintahkan langit menurunkan hujan dari sisi Arasy maka semua yang berada dimuka bumi baik dibunuh, mahipun mati biasa akan keluar dari dalam kubur sebagai makhluk baru yang diciptakan dari bahagian kepalanya ".


Maka sekian dahulu yang dapat dipaparkan didalam ruangan ini, nantikanlah sambungannya dari kupasan-kupasan oleh Iman al Qurthubi rahimakumulallah didalam paparan diepisod yang akan datang. Semoga kamu semua mendapat rahmat dengan membacanya. amin...


sekian.

Atok Zamany.







Tuesday, November 30, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 11

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



Syukur Alhamdulillah, dengan berkat Kudrat dan Iradat Nya berserta selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw jua, dapat kawan menyambung akan rencana tafsiran dari kitab tulisan Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Bakar bin Faraj al Anshari al Khazraji al Andalusi al Qurthubi Rahimahkumuallah ini. Tujuan utama dari penulisan ini adalah untuk kita mengatahui pekara sebenar yang telah berlaku sewaktu Ulama-ulama salaf berdebat akan pendapat-pendapat mereka berkenaan hadis-hadis dari sabda Rasulullah saw dan juga dari firman-firman Allah didalam al Quran berkenaan sesuatu keadaan permasaalahan secara terperinci serta mendapat keputusan kongkrik dan tepat untuk sesuatu yang dijadikan landasan kepada Hukum-hukum Syarak dan juga menjadi peganggan kehidupan umat Islam semua menurut pandangan Ijma' Ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Ia juga adalah kerana terlampau banyak pendapat dan pandangan-pandangan dimasa ini samaada diruangan-ruangan blog mahupun dimana saja yang kawan dapati menyelewing, ditokok tambah mengikut fahaman mereka sendiri dan tidak kena pada maksud-maksud dari firman-firman Allah swt dan juga Hadis-hadis Rasulullah terutama dengan permasaalahan akhir zaman, sebelum berlakunya Kiamat, hari Kiamat dan Akhirat. Sesetengah dari mereka-mereka yang dilihat terlampau gairah berkata soal hal ehwal perang akhir zaman atau Armaheddon dan perancangan kaum Yahudi serta puakl-puak Jesuit dan Illuminaties yang mungkinnya mendapat sumber-sumber resikan mahupun tulisan didalam beberapa blogs dimaya pada ini, kebanyakannya telah mengembar- gemburkan bahan cerita itu menjadi bercelaru dan penambahan disana sini yang menyebabkan pembaca menjadi keliru.

Oleh kerana itu, sebagai Umat Islam seharusnyalah kita kembali melihat kedalam Hadis dan Firman Allah swt akan permasaalah ini supaya kita ketahui garis panduan yang telah disebutkan didalamnya supaya kita mengatahui duduk pekara sebenar mengikut pandangan Islam. Ingatlah, tampa dua sumber asas ini, kita juga tidak akan mengatahui maklumat-maklumat dan pekara-pekara yang bakal akan terjadi diwaktu itu. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengatahui pekara sebenarnya dari permasaalahan tersebuat melebihi seluruh manusia didunia ini. Dari itu tuan-tuan diharap bersabar dalam membaca atikal tulisan kawan didalam tajuk Sirah - Kematian, akhirat dan Kiamat ini kerana ia mengandungi banyak maklumat berguna untuk kita hayati dan dijadikan panduan didalam menghadapi kehidupan yang semantara didunia ini. Kawan katakan bersabar kerana atikal didalam Fasal B ini cukup panjang, ia mangandungi 222 bab semuanya yang mungkin akan selesai penulisannya hingga ketahun hadapan. Sebelum itu kawan mohon sepuluh jari, memohon maaf jika didalam terjemahan ini terdapat kekeliruan kepada semua pembaca yang mungkinnya menganggu pembacaan tuan-tuan. Marilah kita ikuti episod kedua atau Fasal B dari atikal Sirah Kematian, Akhirat dan Kiamat didalam bab-bab seterusnya. Selamat membaca.



BAB 1 - TIUPAN SANGKAKALA ;


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda "DAJJAL akan keluar ditengah-tengah umatku. Setelah Dajjal tinggal selama empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun, Allah lalu mengutus Isa bin Maryam yang menjelma seperti Urwah bin Mas'ud. Setelah Isa tiada, manusia tinggal selama tujuh puluh tahun dalam keadaan sangat damai. Kemudian Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung meniupkan angin sejuk dari arah utara. Sesiapa sahaja yang didalam hatinya masih ada iman dan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun, tidak akan dibiarkan hidup diatas bumi oleh angin ini. Sekailpun ia bersembunyi didalam gunung tetap akan diburunya untuk dicabut nyawanya. Sehingga yang tinggal adalah orang-orang jahat yang liar dan ganas. Mereka tidak mengenal sesuatu yang maq'ruf dan tidak mengingkari yang mungkar. Kemudian datanglah Syaitan kepada mereka dan berkata "Tidakkah kamu bersedia dengan tawaranku ? ". Mereka bertanya " Apa yang kaum mahu kami lakukan ? ". Ia mahu mereka menyembah berhala dan dijanjikan kehidupan yang sejahtera. Lalu mereka pun menurut.

Setelah itu ditiupkan sangkakala dan sesiapa pun yang mendengarnya akan binasa. Orang pertama mendengarnya ialah seorang yang sedang memperbaiki kolam tempat minum untanya dan ia pun mati bersama-sama seluruh manusia " Seterusnya Allah menurunkan hujan gerimis yang daripadanya tumbuh jasad-jasad manusia seluruhnya. Firman Allah :

"Sangkakala ditiup, lalu pingsan (mati) siapa yang dilangit dan yang dibumi, kecuali sesiapa yang dikehandaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangun dari kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah) ". - az Zumar ayat 68.

kemudiannya dikatakan "Wahai manusia, marilah mengadap Tuhan kamu ".

"Suruh mereka berhenti (ditempat perhantian) kerana mereka akan diperiksa (perbuatannya)".
Surah as Shafaat ayat 24.

Kemudian dikatakan "Keluarlah rombongan Neraka ". Ada yang bertanya "Bila waktunya ?". Dijawab "Mulai dari masing-masing seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ". Ketika itulah anak-anak menjadi uban dirambut mereka buat seketika, hari dimana betis disinggkap ".

Diriwayatkan oeh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Jarak antara dua tiupan sangkakala itu empat puluh ". Para sahabat bertanya kepada Abu Hurairah "Wahai Abu Hurairah, maksudnya empat puluh hari ? " Ia menjawab "Aku tak boleh jawab ". Mereka bertanya lagi "Atau empat puluh bulan ? ". Ia menjawab " Aku tak boleh jawab ". Mereka bertanya lagi "Atau empat puluh tahun ? ". Ia menjawab "Maaf, aku tak mampu menjawabnya ". Kemudian Allah menurunkan air dari langit dan mereka tumbuh seperti sayur sayuran. Semua yang ada pada jasad manusia akan rosak, kecuali satu tulang. Iaitu tulang pangkal ekor (tulang solbi) yang pada hari kiamat nanti semua makhluk tersusun kembali daripadanya ". Didalam lain riwayat disebut "Tulang tersebut tidak binasa dimakan tanah ".

Jawapan Dari Abu Hurairah "Aku tidak boleh jawab" itu mengandungi dua maksud. Pertama, ia sebenarnya sudah tahu akan jawapannya dari Nabi saw berkenaan dengan "empat puluh" , tetapi ia sengaja tidak mahu menjelaskannya. Kedua pula, Abu Hurairah sebenarnya memang tidak tahu kerana tidak sempat bertanya kepada Baginda Nabi. Para ulama beranggapan jawapan yang pertama tadi lebih utama kerana Abu Hurairah tidak mahu menjawabnya atas sebab pekara itu tidak perlu diberitahu kepada umum.

Diriwayatkan oleh Hannad ibnu Sari dari Waki' dari Sufyan dari Abdulrahman as Suda bahawa ia bertanya kepada Sa'id bin Jubair berkenaan ayat 64 dari surah Maryam: "...Kepunyaan Nya apa- apa yang dihadapan kami dan apa-apa yang dibelakang kami dan apa-apa diantara keduanya...". Dia tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Tetapi, aku dengar bahawa pekara itu berkaitan dengan sesuatu yang terjadi diantara dua tiupan sangkakala itu ".




BAB 2 - "KECUALI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI ALLAH " ;



Berkenaan dengan maksud dari firman Allah didalam surah az Zumar ayat 68 diatas tadi iaitu "...kecuali sesiapa yang dikehandaki Allah ". Mungkin yang dimaksudkan ialah para Malaikat, atau orang-orang yang mati Syahid atau para Nabi-nabi, atau Malaikat pembawa Arasy atau Malaikat Jibril atau Malaikat Mikail atau Malaikat Maut. Mari kita lihat perdepatan para Ulama dan pendapat mereka akan pekara ini.

Diriwayatkan oleh beberapa imam hadis dari Abu Hurairah bahawa ia berkata "Seorang Yahudi berkata dipasar Madinah 'Demi Tuhan yang memilih Musa sebagai utusan manusia ". Maka bangun seorang sahabat Ansar dan menamparnya dan berkata "Beraninya kamu berkata demikian sedangkan ditengah-tengah kami ada Rasulullah ". Ketika peristiwa itu aku sampaikan kepada Rasulullah, Baginda pun bersabda "Allah yang Mahamulia dan Mahaagung berfirman 'Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman : Ditiupkan sangkakala maka matilah siapa yang dilangit dan dibumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan). Aku adalah yang pertama mengangkat kepala, dan tiba-tiba aku melihat Musa sedang berpegang pada salah satu tiang Arasy. Aku tidak tahu apakah dia mengangkat kepalanya sebelum aku atau ia termasuk yang dikecualikan oleh Allah. Barang siapa mengatakan aku lebih baik daripada Yunus bin Maty, sesungguhnya ia berdusta ".

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Ali bin Mushir dari Muhammad bin Amr dari Abu Salamah dan dari Abu Hurairah ra. Manakala ath Tarmidzi meriwayatkannya dari Abu Kuraib Muhammad ibnu Ala' dari Abdah bin Salmah dan dari Abu Hurairah ra. Menurut ath Tarmidzi, hadis ini hasan sekaligus sahih. Hadis serupa juga turut diriwayatka oleh Bukhari dan Muslim.


PENJELASAN PENULIS 1 ;

Para Ulama semua mempunyai perbezaan pendapat akan maksud dari firman Allah iaitu berkenaan siapakah yang dikecualikan Allah akan binasa selepas tiupan sangkakala pertama itu. Ada berpendapat iaitu Para Malaikat, ada yang berpendapat iaitu Para Nabi-nabi, ada yang perpendapat iaitu orang-orang yang mati Syahid. Menurut al Halimi, ia cenderung kepada pendapat yang terakhir iaitu orang-orang yang mati Syahid, seperti yang diisyaratkan didalam sebuah riwayat yang dikutip dari ibnu Abbas, kerana Allah sendiri telah berfirman bahawa orang- orang yang mati Syahid itu pada hakikatnya hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka. Menurutnya lagi, pendapat-pendapat lain adalah lemah. Tetapi menurut Syeikh Abu Abbas, tidak ada sutu pun hadis sahih yang menyatakan secara tepat tentang siapakah yang dikecualikan Allah didalam firman Nya itu. Jadi, semuanya hanyalah sangkaan sahaja.

Menutut saya (Syeikh al Qurthubi), terdapat sebuah hadis dari Abu Hurairah ra bahawa apa yang dimaksudkan itu adalah dari kalangan orang-orang yang mati syahid, ia adalah pendapat yang sahih. Ia disokong pula oleh an Nasha' seperti yang telah dinyatakannya didalam kitabnya yang bertajuk 'Maani al Quran'. Ia menyatakan "Aku mendapat riwayat dari Husain bin Umar al Kufi dari Hannad ibnu Sari dari Waki' dari Ummarah bin Abu Hafshah dari Hijr al Hijri dari Said bin Jubair bahawa ia berkata ' Yang dimaksudkan akan firman "kecuali sesiapa yand dikehandaki oleh Allah " ialah orang-orang yang mati syahid. Mereka berkalung pedang disekeliling Arasy ". Sedangkan menurut al Hasan pula ialah, mereka dari kalangan sekumpulan Malaikat yang mati sesudah tiupan sangkakala pertama dan sebelum tiupan sangkakala yang kedua.

Manakala Yahya bin Salam pula menyatakan didalam kitab tafsirnya bahawa "Saya mendengar bahawa yang terakhir dan masih tetap hidup ialah Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil mati. Setelah itu, Allah memerintah Malaikat Maut juga turut mati dan Malaikat Maut pun mati... (akan dijelaskan selanjutnya didalam hadis marfu' riwayat Abu Hurairah ra yang cukup panjang diruangan akan datang) ". Menurut pendapat yang lain pula, mereka yang dimaksud didalam firman itu ialah para Malaikat pembawa Arasy, Jibril, Mikail dan Malaikat Maut . Kata al Halimi "Adalah juga benar jika seseorang beranggapan bahawa yang dikecualikan Allah itu adalah Malaikat pembawa Arasy, Jibril, Mikali dan Malaikat Maut atau anak-anak bidadari diSyurga atau Nabi Allah Musa as. Tetapi yang paling jelas sekali ialah berkenaan sabda Nabi saw "Aku adalah yang pertama mengangkat kepala, ketika itu aku melihat Musa sedang bergayut disalah satu tiang Arasy. Aku tidak tahu adakah ia terlebih dahulu sedar daripadaku atau dia termasuk yang dikecualikan oleh Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung". Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Membincangkan pendapat yang pertama tadi, adalah perlu diketahui bahawa sesungguhnya Malaikat pembawa Arasy bukanlah tergolong dari penduduk langit kerana Arasy itu terletak diatas semua lapisan langit. Oleh kerana itu, tidak mungkin Arasy terletak didalam langit. Manakala kedudukan Malaikat Jibril, Mikail dan Malaikat Maut pula adalah disekitar Arasy itu pula. Jika Arasy berkedudukan diatas semua langit, ini bererti semua malikat itu tadi juga berada dikedudukan yang sama, iaitu diatas semua langit dan tidaklah mereka itu dikira sebagai penduduk langit adanya. Begitu juga dengan pendapat kedua, dimana anak-anak bidadari itu berada di Syurga. Sekalipun Syurga dikatakan mempunyai beberapa tingkat, namun semuanya terletak diatas semua langit tetapi dibawah Arasy. Syurga itu merupakan sebuah tempat yang dicipta oleh Allah untuk penghidupan yang abadi, oleh kerana itu ia bukanlah sebagai makhluk yang dimusnahkan Allah kelak. Berkenaan pendapat ketiga berkenaan Nabi Allah Musa as pula, adalah tidak mungkin kerana pada hakikatnya Baginda telah pun wafat didunia ini terlebih dahulu. Bukannya Baginda diwafatkan sewaktu ditiupkan sangkakala yang kedua. Maka jelas sekali bahawa Baginda juga bukan termasuk sebagai yang dikecualikan oleh Allah swt.

Menurut sabda Nabi saw berkenaan Nabi Musa as itu amatlah bertentangan dengan riwayat pertama tadi. Baginda bersabda "Pada hari kiamat kelak semua manusia akan mati. Aku adalah yang pertama sedar. Aku melihat Musa sedang berpegang pada sebuah tiang Arasy. Aku tidak tahu samaada dia terlebih dahulu sedar sebelum ku atau dia belum wafat ". Jika benar Nabi Musa as terlebih dahulu sedar sebalum Nabi, ia adalah merupakan juga pemberian Anugerah Allah terhadap dirinya tersendiri. Samalah juga Anugerah yang telah Allah beri kepada Baginda sewaktu hidupnya iaitu boleh berkata-kata dengan Allah secara terus di Gunung Tusina. Secara zahirnya, hadis Nabi saw tersebut mengambarkan bahawa pengecualian itu terjadi setelah peristiwa tiupan sangkakala kedua iaitu untuk kebangkitan semula. Manakala didalam al Quran dengan tegas menyatakan bahawa pengacualian itu berlaku pada tiupan sangkakala pertama iaitu untuk kemusnahan dan kematian semua makhluk. Maka, itulah sebabnya sebahagian para Ulama berpendapat bahawa Nabi Allah Musa as adalah tergolong diantara Nabi yang belum wafat. Tetapi pendapat ini amat mengelirukan kerana sebahagian besar Ulama pula menyatakan bahawa Nabi Allah Musa as telah pun wafat terlebih dahulu didunia ini. Riwayat ini telah pun dinyatakan didalam bab yang telah lalu didalam Fasal A Kematian.

Menurut al Qadhi Iyadh lagi, mungkin juga yang dimaksudkan ialah kematian mengejut setelah semua manusia dibangkitkan semula. Tetapi pendapat ini disangkal oleh Abu Abbas berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad saw bangkit dari kuburnya, Baginda melihat Nabi Musa as sedang berpeganggan pada salah satu tiang Arasy dan peristiwa itu berlaku selepas tiupan sangkakala kedua. Untuk mengatasi semua kemuskilan tersebut maka tampil pula Syeikh Ahmad bin Umar yang merujuk kepada pengertian yang pada dasarnya hakikat kematian itu bukanlah secara mutlak, malahan hanya bersifat tidak murni sepenuhnya melainkan ia merupakan sebuah proses perpindahan dari satu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Belau mengambil bukti dari hadis-hadis Nabi yang menjelaskan keadaan orang-orang yang mati syahid itu sebenarnya mereka tidak mati, malahan mereka semua tetap hidup di sisi Tuhan dan mendapat rezeki. Mereka juga dikatakan hidup didalam kegembiraan dan bersukaria. Oleh kerana itu, jika orang-orang yang mati syahid mendapat mertabat seperti itu, apatah lagi jika pangkat Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang sudah tentu memiliki darjat dan mertabat yang lebih tinggi dari itu disisi Allah. Malahan disebut juga didalam beberapa riwayat berkenaan hadis Nabi saw yang mengatakan bahawa jasad para Nabi itu tidak akan dimakan tanah. Contoh yang lain pula ialah berkenaan riwayat yang menceritakan prihal peristiwa Isrya dan Mikraj Nabi saw yang sempat bertemu dengan semua para Nabi-nabi di Baitul Maqdis dan juga dibeberapa tempat dilangit, terlebih lagi dengan Nabi Allah Musa as. Nabi saw mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah telah mengambalikan rohnya sehingga boleh berkata-kata dan mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja yhang mengucapkan salam kepadanya. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diketengahkan dari pada riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa kewafatan para Nabi-nabi itu adalah merupakan peralihan dan hanya didalam bentuk pemindahan alam sahaja yang tidak dapat kita saksikannya dan dilihat oleh mata kasar manusia. Jika para-para Nabi boleh dianggap masih tetap hidup, maka tiadalah bezanya dengan para-para Malaikat itu semua yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia semua, kecuali mereka-mereka yang mendapat kelebihan yang dianugrah istimewa oleh Allah sahaja. Oleh itu, ketika tiupan sangkakala pertama yang menyebabkan semuanya binasa dan mati, kecuali yang dikehandaki oleh Allah. Kematian makhluk biasa adalah merupakan kematian yang sebenar. Manakala kewafatan para Nabi-nabi menurut pendapat yang utama hanyalah merupakan keadaan seperti "pengsan" semantara. Apabila tiupan sangkakala kedua berlaku, yang pengsan itu akan tersedar dan yang mati pula akan dihidupkan semula.

Didalam kitab 'Sahih Bukhari' dan juga 'Sahih Muslim' terdapat sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi saw bersabda "Maka aku adalah makhluk yang pertama sedar ". Riwayat ini adalah hasan dan sekaligus sahih. Nabi saw lah yang pertama sedar dan bangkit dari kuburnya dari seluruh makhluk dan para-para Nabi kecuali Nabi Musa as. Tetapi pekara itu masih menjadi tandatanya samaada Nabi Musa as telah disedarkan semula dari pingsannya sebalum Nabi Muhammad saw atau adakah Nabi Musa as tetap didalam keadaan sedar sebalum terjadinya peristiwa tiupan sangkakala pertama lagi. Maka, jika pekara ini benar-benar terjadi kepada Nabi Musa as itu adalah merupakan anugrah tersendiri dari Allah kepada Baginda. Walaupun begitu, ia tidak akan mengurangkan keutamaan Nabi Muhammad saw kerana secara mutlaknya Bagindalah merupakan makhluk yang paling dikasihi Allah saw dan yang paling hampir dengan ketinggian dan kemuliaan yang telah dianugerah Allah saw dari mula, akhirnya dan untuk selama-lamanya. Waallahua'lam.

Kembali kita memperkatakan tentang pendapat utama al Halimi yang menyatakan "Adakah terlepas para Malaikat itu semua dari kematian atau sememangnya Malaikat -malaikat itu tidak mati ? . Yang jelasnya kami menolak pendapat jika mereka termasuk sebagai golongan yang dikecualikan Allah. Ini adalah disebabkan merujuk kepada beberapa buah riwayat yang menyatakan bahawa Allah mematikan Malaikat pembawa Arasy, Malaikat Maut dan Malaikat Mikail. Kemudian Allah juga mematikan sekali lagi Malaikat Jibril dan Malaikat-malaikat yang telah disebutkan tadi ". Tidak ada sebuah pun hadis yang menyebut tentang penduduk Syurga. Melainkan hanya dijelaskan bahawa Syurga itu tempat tinggal yang kekal abadi. Sesiapa sahaja yang telah memasukinya, bererti ia tidak akan mati selama-lamanya. Lagi pun kematian itu adalah merupakan paksaan kepada mereka-mereka yang akan dituntut beban atau mukalaf dan juga merupakan perpindahan dari satu alam kepada satu alam yang lain. Mereka yang telah memasuki Syurga adalah terkecuali dari sebarang tuntutan mukalaf. Jika mereka terlepas dari kematian pada tiupan sangkakala pertama itu, maka ia juga bererti mereka terlepas daripada tuntutan beban.

Kemudian ada juga ulama yang cuba untuk mempersoalkan pendapat itu tadi dengan mengangkat dalil dari firman Allah swt dari surah al Qashash ayat 88, yang mafhumnya ;

"... Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali zatNya. Bagi Nya hukum (keputusan) dan kepada Nya kamu akan dikembalikan ".

mereka mengatakan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa Syurga itu juga akan binasa, kemudian akan dizahirkan semula pada hari pembalasan. Jadi, mengapa dipertikaikan jika anak -anak dan bidadari- bidadari itu juga turut mati dan kemudian akan dihidupkan semula ?. Kemudian Ulama lain menjawab , mungkin maksud firman Allah itu ialah dahawa segala sesuatu akan binasa iaitu kepada yang dikehandaki Allah sahaja, terkecuali Dia yang Mahadahulu. Allah tidak mungkin fana (binasa) dan selain Nya adalah bersifat baharu. Segala sesuatu yang baharu itu pastinya akan fana. Juga tidak ada sebarang riwayat yang menyatakan bahawa Arasy itu akan musnah, begitu juga halnya dengan Syurga.


PENJELASAN PENULIS 2 ;

Berkenaan sabda Nabi saw "Barangsiapa mengatakan aku lebih baik dari Yunus bin Maty, sesungguhnya ia berdusta ". Dari riwayat dari hadis tersebut, maka terdapat berbagai penafsiran. Yang terbaik adalah seperti yang telah diperkatakan oleh Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi. Ia manyatakan " Aku mengambil cerita dari beberapa orang sahabat kami berkenaan Imam al Haramain Abu Ma'ali @ Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf al Juwaini bahawa ia pernah ditanya oleh dua orang ketika ia sedang menerima tetamu, mereka bertanya "Apakah Allah itu berada disuatu tempat ? ". Ia menjawab "Tidak ! , Allah terlampau tinggi untuk dikatakan seperti itu ". Mereka bertanya lagi "Apa dalilnya ? ". Ia menjawab " Dalilnya ialah dari sabda Nabi saw, 'Janganlah kamu mengutamakan aku dari Yunus bin Maty ". Mereka bertanya "Dimanakah letaknya dalil didalam hadis itu ? ". Ia menjawab "Aku akan memberikan jawapannya jika kamu sanggup mencari seribu dinar ? ". Mereka menjawab " Ya, kami sedia memberikannya ". Ia menjawab "Tetapi aku mahu hanya seorang dari kamu yang memberikannya ? " Setelah salah seorang dari mereka memberikannya, maka ia pun menjawab " Sesungguhnya Yunus bin Maty telah mencampakkan dirinya kedalam laut hingga ia dimakan ikan yang besar. Semasa berada ia berada ditengah lautan, sebenarnya ia berada didalam tiga lapis kegelapan didalam perut ikan tersebut. Lalu ia menyeru "Tiada Tuhan selain engkai, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dari orang-orang yang zalim ", seperti didalam firman Nya yang disebut didalam Quran. Ketika Nabi Muhammad saw duduk disayap seekor burung berwarna hijau yang membawanya naik kelangit, lalu Baginda bermunajat kehadrat Allah. Pada saat itu, Baginda tidaklah lebih dekat disisi Allah swt daripada keadaan Yunus bin Maty yang berada didalam tiga lapis kegelapan itu ( kegelapan malam, kegelapan dasar lautan dan kegelapan didalam perut ikan ) ".

Allah yang Mahasuci tersangat dekat dengan hamba-hamba Nya. Dia mendengar doa mereka, bahkan dapat melihat seekor semut hitam yang berkurumun diatas batu ditengah malam yang gelap pekat dibawah tanah yang rendah. Dia juga Mahamelihat dan Mahamendengar zikir dan tasbih para Malaikat pembawa Arasy yang terletak diatas lapisan langit ketujuh, Mahasuci Allah. Tiada Tuhan selain Dia yang Mahamangatahui segala yang ghaib dan yang nyata. Ilmu Nya meliputi segala sesuatu. Sungguh indah kata-kata dari Abdul A'la bin Sulaiman al Maghribi seperti berikut ;

"Wahai Tuhan yang melihat sayap nyamuk,
Yang terbang dalam kegelapan malam yang sangat kelam,
Bahkan dapat melihat semua organ tubuhnya,
Dia telah menentukan ajalnya, dan membahagikan rezekinya,
Mungkin ada yang sombong dan tidak mahu memohon kepada Mu,
Tetapi aku telah memohon kepada Mu melalui Nabi Mu,
Muhammad dari bani Hasyim,
Kiranya Engkau berkenan menerima taubatku,
atas segala kesalahanku dimasa lalu ".


Sekian dahulu buat pembuka didalam halaman ini, insyaallah akan disambung diepisod yang akan datang dengan segala permasaalahan lagi. Teruskanlah mambaca atikal atok ini, mudah- mudahan kalian akan bertambah kefahaman dan pengatahuan berkenaan dengan akhirat dan kiamat.


Sekian,

Atok Zamany.






Monday, November 08, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 10

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



FASAL A - KAMATIAN.
(episod akhir dari hal kamatian)


BAB 59 - AZAB BAGI ORANG DURHAKA YANG BERBEZA ;


Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah dan al Hakim dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda "Kebanyakan seksa kubur itu diakibatkan oleh air kencing ". Kemudian diriwayatkan pula oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata "Nabi melalui dua buah kubur, lalu Baginda bersabda "Kedua penghuninya sedang diseksa bukan kerana dosa besar. Satu diantaranya akibat dari perbuatan mengadu domba dan yang seorang lagi kerana tidak mahu membersehkan air kencingnya setelah ia kencing " Baginda lalu meminta diambilkan sebuah pelepah kurma, kemudia Baginda membelahnya menjadi dua dan menanamnya diatas kedua kuburan tersebut dan bersabda "Mudah-mudahan ini boleh meringankan seksaan bagi mereka selama pelepah kurma ini belum kering ". Kemudian diriwayatkan pula oleh Abu Daud ath Thayalisi dari Abu Bakrah bahawa ia berkata "Ketika aku dan seorang sahabat lain sedang berjalan bersama Rasulullah, tiba-tiba ia menghampiri dua kuburan lalu Baginda bersabda "Sesungguhnya penghuni dua kuburan ini sekarang sedang diseksa, siapa diantara kamu yang boleh mengambil pelapah kurma itu dengan cepat ? ". Maka aku dan sahabat ku pun berlumba untuk mengambil pelepah kurma dan aku berjaya, kemudian ku serahkan kepada Baginda. Baginda membelahnya menjadi dua dan menanamnya dikuburan tersebut dan Baginda pun bersabda "Seksa mereka akan diringankan selama pelepah itu masih basah. Mereka diseksa kerana suka menyampai-nyampai cerita orang (berkunjung dan mengumpat cerita orang kepada jiran-jiran dikampungnya) dan gara-gara air kencing (yang tak dibasuh) ".


PENJELASAN PENULIS;

Menurut penulis kitab ini iaitu Syeikh al Qurthubi, hadis-hadis diatas tadi memberikan sebuah petunjuk bahawa seksa kubur itu boleh diringankan hanya kerana separoh dari pelepah kurma yang masih basah. Dan menurut penulis blog ini pula iaitu 'semua hanya kerana syafaat dan sunah yang diperturunkan oleh Junjunggan Besar kita Nabi Muhammad saw, yang melalui Baginda juga ada memperkatakan bahawa setiap batang yang basah atau pokok itu pasti berzikir kehadrat Allah swt, maka dengan berkat zikir-zikir tumbuh-tumbuhan itu akan memberi keringanan seksa kubur pada simayat. Itulah sebabnya kita disunatkan untuk menanam pokok kecil dikuburan, waallahuak'lam...'.

...................................................

Disebutkan didalam sebuah hadis yang sangat panjang yang diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir "......Baginda bertanya kepada ku " Wahai Jabir !, adakah kamu masih ingat tempat aku berhenti beberapa ketika tadi ? ". Aku menjawab "Ya, aku masih ingat ya Rasulullah ". Baginda bersabda "Carilah dua batang pohon dan petiklah dari keduanya masing-masing satu dahan. Bawalah i lalu lepaskan dahan yang berada ditangan kananmu dan yang berada ditangan kirimu". Setelah berjaya melaksanakan perintah itu, lalu aku segera menyusuli Baginda. Aku berkata kepada Baginda "Aku sudah melakukannya ya Rasulullah ". Maka pada saat itulah Baginda bersabda "Sesungguhnya tadi aku telah melalui dua buah kuburan dan aku suka kalau syafaatku boleh meringankan seksaan mereka selama dahan pohon kurma itu masih basah ". Manakala menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ath Thayalisi dari Syu'bah dari akl A'masy dari Mujahid dari Ibnu Abas bahawa Rasulullah menghampiri dud buah kuburan lalu bersabda "Kedua penghuninya sedang diseksa bukan kerana dosa besar. Yang satu suka mengumpat hal orang lain dan yang satu lagi kerana suka mengadu domba (menceritakan perihal keburukan orang) ". Baginda seterusnya meminta diambilkan sebuah pelepah kurma. Setelah membelahnya menjadi dua dan Baginda letakkannya dikedua kuburan itu dan bersabda "Barangkali dahan ini boleh meringankan seksa mereka berdua selama ianya masih basah ".

Ada yang berpendapat, boleh jadi juga penghuni kuburan itu adalah dari orang-orang kafir. Tetapi ada juga yang berpendapat bahawa kuburan itu dihuni oleh orang Islam yang berdosa tetapi belum sempat bertaubat. Jika pun benar akan pendapat pertama tadi, iaitu penghuninya adalah orang kafir maka ia bererti seksaan yang sedang mereka jalani itu merupakan seksaan tambahan. Tetapi diantara kedua pendapat tadi, yang ungul dan dipersetujui ramai ialah pendapat yang menyatakan bahawa penghuni kuburan itu dari kalangan orang-orang mukmin. Pekara ini berdasarkan dari sifat lahiriah hadis-hadis tersebut.

Diriwayatkan oleh ath Thahawi dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw bersabda "Salah seorang hamba diantara hamba-hamba Allah Yang Mahamulia dan Mahaagung diperintahkan untuk diseksa didalam kubur dengan dipukul seratus kali. Oleh kerana ia terus menerus berdoa memohon diringankan hukuman kepada Allah, akhirnya hanya tinggal satu pukulan sahaja. Kuburnya dipenuhi api. Setelah selesai ia diazab, maka ia kembali normal lalu ia bertanya kepada Malaikat tersebut "Kenapa kau memukul ku ? ". Malaikat menjawab "Kerana kau boleh solat tampa berwuduk dan kamu tidak mahu menolong orang yang sedang dianiaya ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub bahawa ia berkata "Apabila selesai mengerjakan solat berjemaah bersama kami, pada kebiasaannya Rasulullah akan memusingkan wajahnya kearah kami dan bertanya "Siapa diantara kamu yang mendapat mimpi semalam ? ". Jika ada yang bermimpi, maka Baginda akan bercerita berkenaan mimpi tersebut. Suatu hari Baginda bertanya kepada kami "Adakah diantara kamu yang bermimpi ? ". Kami menjawab "Tidak ada ya Rasulullah ". Maka Baginda bersabda " Tetapi aku bermimpi melihat dua orang lelaki yang datang kepad ku. Mereka menarek tanganku kesebuah tanah yang suci. Disana aku melihat dua orang. Satu diantaranya sedang duduk dan yang satu lagi berdiri sambil memagang sebatang besi yang dimasukkannya kedalam mulutnya sendiri hingga menembusi ketengkuknya. Perbuatan itu mereka lakukan berulang-ulang kali. Aku bertanya kepada mereka berdua "Siapa itu ? ". Mereka menjawab "Mari ikut kami ". Lalu aku pun mengikuti mereka. Kemudian aku melihat seorang lelaki sedang berbaring dan seorang lagi berdiri berdekatan dengan kepala orang yang baring itu sambil memagang batu untuk memecahkan kepala orang yang sedang berbaring. Apabila saja ia memukul kan batu itu kekepala orang itu, batu itu pun terlempar. Kemudian ia mengambilnya semula dan dipukulkannya lagi, sampailah kepada orang itu hancur. Tetapi, kemudiannya ia kembali seperti semula. Begitulah seterusnya berulang-ulang kali, lalu aku bertanya "Siapa itu ? ". Mereka menjawab "Mari ikut kami ".

Aku pun mengikuti mereka lalu aku melihat sebuah lubang seperti dapur api yang bahagian atasnya lebar. Didalamnya terdapat beberapa orang lelaki dan beberapa orang wanita yang sedang telanjang. Aku bertanya "Siapa mereka itu ? ". Mereka menjawab "Mari ikut kami ". Aku pun mengikuti mereka dan melihat seorang lelaki yang sedang berada disebatang sungai darah, dan seorang lagi berada ditebingnya. Setiap kali lelaki yang berada ditengah sungai itu hendak keluar, lelaki yang ditebing itu akan melempar mulutnya dan menghalanginya dari naik ketebing sungai itu. Perbuatan itu mereka lakukan berulang-ulang kali. Aku pun bertanya "Siapa mereka itu ? ". Mereka menjawab "Mari ikut kami ". Aku mengikuti mereka lagi, lalu kami sampai disebuah taman yang indah. Disitu terdapat sepohon pokok yang besar dan dibawahnya terdapat seorang tua dan beberapa orang kanak-kanak. Disebelah pokok besar itu terdapat seseorang yang sedang membawa api. Mereka mengajak kami menaiki pokok itu dan membawaku masuk kesebuah rumah yang sungguh indah. Didalam rumah itu terdapat juga beberapa orang tua, anak-anak muda, wanita dan kanak-kanak. Kemudian mereka mengajakku keluar dengan menaiki lagi pokok besar itu, lalu kami sampai kedalam sebuah lagi rumah yang jauh lebin indah dari sebalumnya. Didalam rumah itu terdapat beberapa orang yang sudah tua dan seorang anak muda.

Aku pun bertanya kepada mereka "Semalam kamu sudah membawaku berjalan, maka tolong ceritakan kepadaku tentang semua yang telah aku lihat itu ? ". Mereka menjawab " Baiklah, Orang yang kaum lihat sedang memasukkan besi kedalam mulut mereka itu adalah pendusta yang suka berbohong, mereka akan diseksa sebergitu hinggalah hari kiamat nanti. Orang yang kaum lihat sedang memecahkan kepalanya itu ialah orang yang diberi pengatahuan tentang al Quran oleh Allah swt hingga dibawanya tidur pada malam hari, namun ia tidak mengamalkannya pada siang harinya. Ia akan dihukum terus seperti itu hingga hari kiamat. Orang-orang yang kamu lihat didalam lubang dapur api itu adalah orang-orang yang suka berzina. Orang yang kamu lihat didalam sungai itu adalah orang yang suka memakan riba. Orang tua yang berada dibawah pokok besar itu ialah Nabi Ibrahim as dan kanak-kanak yang berada disitu adalah anak-anak manusia. Lelaki yang membawa api itu adalah Malaikat penjaga Neraka. Rumah yang pertama kamu lawati itu adalah rumah orang-orang mukmin, makala rumah yang kedua pula ialah rumah para syuhada. Aku adalah Jibril dan sahabat ku ini ialah Mikali. Sekarang angkatlah kepalamu ". Ketika aku angkat sahaja kepalaku, makaku lihat diatas kepala ku seperti ada sekepul awan, lalu mereka berkata "Itulah tempatmu ". Aku berkata "Biarlah aku memasukinya ".


PENJELASAN PENULIS ;

Menurut Syeikh la Qurthubi, telah dipersetujui oleh seluruh Ulama ASWJ walaupun didalam hadis Bukhari yang telah dinyatakan diatas tadi tidak menyebut keadaan orang yang sedang diseksa didalam kubur mereka dan ianya hanya didalam mimpi, namun mimpi para Nabi-nabi adalah juga merupakan wahyu dari Allah. Ini berdasarkan ucapan Nabi Allah Ibrahin as dan anaknya Nabi Allah Ismail as yang telah termaktub didalam al Quran melalui surah ash Shaafat ayat 102 yang mafhumnya ;

".... Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidurku, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana fikiran engkau ?. Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah ".

Manakala hadis ath Thahawi adalah juga merupakan sebuah nas kerana didalamnya dijelaskan penafian anggapan golongan puak Khawarij dan orang-orang yang berfahaman mengingkari adanya dosa. Menurut ath Thahawi, orang yang meninggalan solat itu tidak menjadi kafir sebab tampa bersuci (dari kencingnya) yang dianggap sama juga seperti tidak solat, ternyata doa mereka dikabulkan Allah juga. Jika mereka dianggap kafir, sudah pasti doa mereka tidak akan dimakbulkan Allah. Sebagaimana firman Allah didalam surah ar Ra'd ayat 14 yang mafhumnya ;

"....Tiadalah doa (persembahan) orang-orang kafir itu, melainkan dalam kesesatan ".

Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim itu mengandungi petunjuk bahawa bersuci dari membuang air kecil hukumnya wajib. Ini adalah kerana seseorang itu akan diseksa hanya kerana tidak bersuci apabila sudah membuang air kecil dan meninggalkan pekara yang menjadi kewajiban didalam hukum syara'. Demikian juga adalah wajib bagi kita untuk membuang dan menhilangkan semua najis yang terlekat pada tubuh kita. Ini adalah pendapat mejoriti Ulama-ulama yang menjadi pegangan oleh Ibnu Wahab. Tambahan pula menurut pendapat yang sahih dari Imam Malik, barang siapa yang solat didalam keadaan ia belum bersuci dari membuang air kecil, maka samalah halnya ia solat tampa wuduk ".

Terdapat pembetulan mengenai adanya anggapan yang menyatakan bawaha kubur yang ditanamkan pelepah kurma oleh Baginda Rasulullah adalah merupakan kuburan Sa'ad bin Mu'adz Ini adalah merupakan pendapat yang salah. Adalah benar, jika Sa'ad dihempit oleh kuburnya lalu direnggangkan semula seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini. Diriwayatkan oleh Yunus bin Bakir dari Muhammad bin Ishak dari Umayyah bin Abdullah, bahawa ia bertanya kepada salah seorang anggota keluarga Sa'ad " Apa yang kamu dengar dari sabda Rasulullah mengenai Sa'ad ? ". Ia menjawab "Ketika ditanyakan pekara itu, Baginda menjawab "Ia pernah melakukan kesalahan dalam hal bersuci dari membuang air kecil ". Ini merupakan hadis da'if riwayat at Tarmidzi dan Baihaqi.

.....................................................

Diriwayatkan olehHannad Ibnu Sari dari Ibnu Fudhail dari Abu Sufian dari al Hasan bahawa ia berkata " Ketika Sa'ad bin Mu'adz terluka parah, Nabi menyuruh seorang wanita yang menjadi jururawat untuk menjaga dan mengubati lukanya. Pada malam harinya ia pun meninggal dunia, lalu Jibril telah datang kepada Nabi membawa berita kematian itu. Jibril berkata " Semalam ada seorang diantara kamu yang telah meninggal dunia, Arasy tergoncang kerana Allah amat suka untuk bertemu dengannya. Dia ialah Sa'ad bin Mu'adz ". Rasulullah memasuki kubur Sa'ad sambil membaca kalimat takbir, tahlil dan tasbih. Ketika berjalan pulang, Baginda pun ditanya "Wahai Rasulullah, kami sama sekali tidak pernah melihat akan kelakuan seperti itu ?". Baginda bersabda " Ia mendapat himpitan sekali dalam kuburnya. Pekara itu disebabkan oleh kelekaan dari membersehkan diri setelah membuang air kecil ". Menurut Abu Muhammad @Abdul Ghalib, hadis-hadis yang menerangkan tentang seksa kubur adalah terlalu banyak jumlahnya. Diantaranya ialah sabda Nabi saw berkenaan Sa'ad bin Mu'adz. "Sesungguhnya ia dihimpit oleh bumi dengan himpitan yang boleh meremukkan tulang-tulang rusuknya ". Kata beberapa orang sahabat, "Sedikitpun beliau tidak pernah melakukan hal-hal yang tidak terpuji. Hanya kerana ia tidak membersehkan diri sesudah membuang air kecil ".

Ada pula mereka-mereka yang berpendapat bahawa sabda Rasulullah "..... Lalu ia direnggangkan semula ", adalah merupakan bukti menunjukkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Sa'ad bin Mu'adz menyebabkan ia diseksa dengan seksaan yang setimpal, bahkan ia masih terus mengelami seksaan kubur. Ini adalah pendapat orang-orang yang meragukan keutamaan Sa'ad bin Mu'adz yang syahid dan mempu mengoncangkan Arasy Tuhan Yang Mahapemurah dan rohnya mendapat sambutan gilang gemilang oleh semua para Malaikat. Oleh itu apa juga pendapat mereka itu sebenarnya tidak berlaku pun kepada Sa'ad bin Mu'adz. Hanya orang-orang bodoh dan irihati sahaja yang berkata dan berpendapat yang bukan-bukan seumpama itu. Sa'ad bin Mu'adz adalah merupakan seorang yang sangat terkenal sifat baiknya dan harum namanya, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis dan diantaranya ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Rabi' bin Anas dari Abu al Aliyah dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw tentang satu ayat dari surah al Israa', "Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha ". Seekor kuda (buraq) didatangkan kepada Nabi saw, lalu Baginda naiki. Setiap langkahnya adalah sejauh mata memandang tersangat lajunya. Baginda berjalan ditemani Malaikat Jibril as. Baginda diperlihatkan kepada satu kaum yang satu hari mereka menanam dan dihari berikutnya mereka menuai. Lalu Baginda bertanya "Wahai Jibril, siapakah mereka itu ? ". Jibril menjawab " Mereka adalah orang-orang yang berhijrah kejalan Allah (memeluk Islam), satu amalan mereka dilipatgandakan menjadi tujuh ratus kali ganda, "Dan barang apa pun yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya ". Kemudian Baginda diperlihatkan dengan satu kaum yang asyek memecahkan kepala mereka sendiri. Setelah ia pecah maka ia bercantum kembali dan mereka mengulangi perbuatan itu seperti semula berulang-ulang kali tampa hentinya. Maka Baginda pun bertanya " Wahai Jibril, siapa mereka itu ? ". Jibril menjawab "Mereka itu adalah kaum yang kepalanya merasa berat untuk diajak solat ".

Setelah itu Baginda diperlihatkan kepada satu kaum yang pada bahagian hadapan dan belakang mereka terdapat sebidang tanah tempat mereka bercucuk tanam dan membela ternakkan. Tetapi yang mereka bela itu adalah ternakan yang kurus, menghasilkan buah Zaqum dan batu-batu dari Neraka Jahanam. Baginda bertanya " Wahai Jibril, Siapakah mereka itu ? " Jibril menjawab "Mereka itu adalah orang-orang yang tidak mahu memberi sedakah dari harta-harta mereka. Allah tidak menaniaya diri mereka kerana Allah bukanlah penganiaya terhadap hamba-hambanya ". Kemudian Baginda diperlihatkan dengan satu kaum yang disebelah tangan mereka memegang daging yang segar dan baik, manakala disebelah tangan mereka yang satu lagi memegang daging yang busuk. Tetapi mereka memakan daging yang busuk dan membiarkan daging yang baik. Lalu Baginda bertanya "Wahai Jibril, siapakah mereka itu ? ". Jibril menjawab "Mereka itu adalah orang yang memiliki isteri-isteri yang sah dan halal, tetapi mencampuri pula perampuan-perampuan jalang malahan mereka tidur bersamanya hingga kepagi ". Kemudian Baginda diperlihatkan pada satu papan yang merentangi jalan dan boleh mencelakakan sesiapa saja yang lalu lalang disitu. Baginda bertanya "Wahai Jibril, apa itu ? ". Maka Jibril pun membaca sepotong firman Allah ;

"Janganlah kamu duduk dijalan-jalan, Kamu takuti (orang) dan kamu halangi..." (al A'raaf :86)

Kemudian Baginda diperlihatkan seorang lelaki yang kuat memikul seikat besar kayu yang dikumpulkannya, namun ia masih saja mahu menambah-nambahnya lagi. Baginda bertanya "Wahai Jibril, siapa dia ? ". Jibril menjawab "Dia adalah dikalangan umatmu yang tiada kuat menyampaikan amanah yang dipikulnya, tetapi ia masih saja mahu menambahnya lagi ". Setelah itu Baginda diperlihatkan kepada satu kaum yang mengunting lidah mereka dari gunting Neraka. Selepas digunting ia kembali seperti semula, lalu mereka menguntingnya lagi, begitulah keadaan mereka seterusnya. Lalu Baginda bertanya "Wahai Jibril, siapakah mereka itu ? ". Jibril menjawab "Mereka itu adalah para mubalig dan imam-imam yang suka menyebar fitnah ". Kemudian Baginda diperlihatkan dengan seketul batu kecil yang mengeluarkan seekor lembu yang besar. Kemudian lembu itu ingin masuk semula kedalam batu itu melalui lubang keluarnya yang kecil itu, namun ia tidak mampu. Lalu Baginda bertanya " Wahai Jibril, apa itu ? ". Jibril menjawab " Itu adalah orang yang telah mengucapkan sesuatu perkatan (penghinaan) kemudian ia merasa menyesal atas ucapannya itu lalu ingin menariknya semula, tetapi tidak berdaya ".

Manakala jika menurut hadis yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abu Harun al Abdi dari Abu Sa'id al Khudri bahawa Nabi saw telah ditanya oleh para sahabatnya "Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami tentang pengalamanmu pada malam Isra ? ". Baginda pun bersabda ".... Aku lalu naik bersama Jibril dan bertemu dengan Malaikat penjaga pintu langit dunia bernama Ismail. Ia memiliki tujuh puluh ribu pengikut Malaikat dan masing-masingnya pula memiliki seratus ribu pasukan Malaikat, Allah berfirman didalam surah al Muddatstsir ayat 31 " Dan tiada yang mengatahui tentera Tuhan melainkan Dia sendiri ". Maka Malaikat Jibril pun meminta pintu langit itu dibuka. Setelah itu tiba-tiba aku telah bersama dengan Nabi Adam dalam bentuknya seperti ia pertama diciptakan Allah. Kepada Adam diperlihatkan arwah keturunannya yang beriman lalu ia berkata "Arwah yang baik dan jiwa yang juga baik, tempatkanlah mereka di Syurga Illiyyin ". Kemudian Adam diperlihatkan Arwah keturunannya yang kafir, lalu ia berkata "Arwah yang jahat dan jiwa yang jahat, tempatkanlah mereka di Neraka Sijjin".

Setelah berjalan beberapa saat aku melihat sebuah meja makan yang diatasnya terhidang daging segar, namun tiada siapa yang mahu mendekatinya. Sementara aku juga melihat sebuah meja yang terhidang daging yang telah busuk, tetapi sedang dimakan oleh beberapa orang. Aku bertanya "Wahai Jibril, siapa mereka itu ? ". Jibril menjawab "Mereka adalah umatmu yang meninggalkan yang halal tetaip memilih yang haram ". Setelah berjalan beberapa saat lagi aku bertemu dengan satu kaum yang perutnya seperti rumah. Setiap kali salah seorang dari mereka berusaha untuk bangun, ia akan tergolek jatuh lalu berkata " Ya Allah, janganlah didatangkan kiamat ". Kemudian mereka berada di sebuah jalan yang selalu dilalui oleh seorang wanita dari keluarga Firaun, sehingga mereka itu dipijak-pijak. Aku mendengar mereka terpekik melolong- lolong memohon pertolongan kepada Allah Yang Mahamulia dan Mahaagung. Aku bertanya "Wahai Jibril, siapa mereka ? " Jibril menjawab " Mereka adalah termasuk umatmu ". Firman Allah ;

"Orang-orang yang memakan (harta) riba, tiada berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang dibantingkan (dirasuk) Syaitan kerana gila..." . Surah al Baqarah ayat 275.

Setelah itu kami pun meneruskan perjananan, selang beberapa saat aku bertemu dengan kaum yang bibir mereka seperti bibir unta. Mulut mereka dibuka lalu disuapkan dangan batu api yang panas kemudian keluar semula melalui dubur mereka. Aku mendengar mereka terpekik melolong -lolong memohon pertolongan kepada Allah Yang Mahamulia dan Mahaagung. Aku bertanya "Wahai Jibril, siapa mereka itu ? ". Jibril menjawab "Mereka adalah dari umatmu ". Firman Allah didalam surah an Nisaa ayat 10 ;

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, hanya mereka memakan api masuk perutnya dan nanti mereka akan dimasukkan kedalam Neraka ".

Setelah meneruskan perjalanan beberapa ketika aku bertemu dengan beberapa orang wanita yang bergantungan pada payudara mereka sendiri. Mereka sedang hirok pikok terpekik memohon pertolongan Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Aku bertanya "Wahai Jibril, siapa mereka itu ?". Jibril menjawab "Mereka adalah wanita-wanita dari kalangan umatmu yang suka berzina".
Setelah meneruskan perjalanan beberapa saat, aku melihat satu kaum yang memotong daging perutnya sendiri dan kemudian ditelannya seraya berkata "Makanlah daging saudaramu yang pernah kamu makan ". Aku bertanya "Wahai Jibril, siapakah mereka itu ? ". Jibril menjawab "Mereka adalah dari umatmu yang suka mengumpat dan mencela ".

Kemudian dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda "Dalam perjalanan Mikraj, aku menyaksikan satu kaum yang memiliki kuku dari timah dan mereka mencakar-cakar wajah serta dada mereka dengan kuku tersebut. Aku bertanya "Siapa mereka, wahai Jibril ? ". Jibril menjawab " Mereka adalah orang-orang yang suka menganggu kehidupan orang lain dan yang suka merosakkan kehormatan mereka ".



BAB 60 - PENYALAMAT BAGI FITNAH DAN SEKSA KUBUR ;


Terdapat 5 pekara yang dapat menyelamatkan umat Islam semua dari huru- hara, fitnah dan seksa kubur, iaitu bersiap siaga untuk peperangan, syahid, amalan bacaan, sakit dan hari.

Pekara 1 : Dari hal bersiap siaga ;

Diriwayatkan oleh Muslim dari Salman bahawa ia mendengar Rasulullah pernah bersabda "Bersiap siaga selama sehari semalam itu adalah lebih baik daripada puasa dan solat sunat malam selama sebulan. Apabila ia meninggal dunia, ia masih mendapatkan pahala dari amal yang pernah ia lakukan itu, dibalas rezekinya dan selamat dari berbagai macam fitnah ". Justru bersiap sedia atau bersiap siaga adalah amalan paling utama yang pahlanya tetap mengalir setelah mereka yang berkenaan itu meninggal dunia seperti yang telah dijelaskan juga oleh hadis al Ala' bin Abdulrahman dari ayahnya dan dari Abu Hurairah ra bahawaa Nabi saw bersabda "Apabila seseorang meninggal dunia, pastinyalah terputuslah amalannya kecuali tiga pekara ". Hadis sahih ini yang hanya diriwayatkan oleh Muslim telah pun dikemukakan sebalumnya. Tetapi ada juga hadis yang sama yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Abu Nu'aim yang menyatakan bahawa pahala itu akan menyusul kepada simati yang berhak mendapatkannya. Oleh itu pekara ini adalah bersamaan seperti sedakah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya. Pahala bersiap siaga itu akan terus berlipat kali ganda bagi orang yang berkenaan sampai hari kiamat, berdasarkan hadis Nabi saw "Jika ia telah meninggal dunia, amalannya masih menbuahkan pahala ".

Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Fudhalah bin Ubaid bahawa Rasulullah bersabda " Setiap mayat akan mengakhiri amalannya kecuali orang yang mati dalam keadaan bersiap siaga (untuk berperang ) kejalan Allah kerana amalannya itu akan terus berkembang hingga hari kiamat dan ia akan bebas dari fitnah kubur ". Menurut ath Tarmidzi, hadis ini hasan dan sekaligus sahih. Hadis yang sama yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan penambahan "...Ia akan bebas dari kedua-dua Malaikat kubur ". Perkembangan yang sangat bererti ialah apabila pahala sesuatu amalan yang dilipat kali gandakan terus menerus tampa henti hingga hari kiamat tampa alasan. Ia merupakan kurniaan abadi dari Allah kerana sesuatu amalan itu tidak dapat dilakukan seluas -luasnya tampa ada rasa keselamatan dari ancaman musuh. Didalam pekara ini ancamannya ialah seksaan dan fitnah kubur. Maka satu satunya amalan yang terus mengalir pahalanya ialah dengan sentiasa mempersiap siagkan diri bagi menghadapi kemungkinan berlakunya peperangan kejalan Allah ini bagi menghindarkan diri dari fitnah dan azab kubur yang sedang menanti.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan isnad yang sahih dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Barang siapa yang meninggal dunia didalam keadaan bersiap siaga kejalan Allah. Allah akan terus mengalirkan amal soleh yang dilakukannya, ia akan selamat dari dua Malaikat fitnah dan Allah akan membangkitkannya dalam keadaan dijamin bebas dari ketakutan yang besar ". Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Jubair bin Bakir, Kabir bin Murrah dan Amr Ibnu Aswad, dari al Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah bersabda "Setiap amal akan terputus dari pemiliknya sesudah ia meninggal dunia kecuali orang yang bersiap siaga pada jalan Allah. Ini adalah kerana amalannya itu akan terus berkembang dan rezekinya akan terus mengalir sampai hari perhitungan amal ". Didalam ini dan hadis Fudhalah bin Ubaid yang lalu terdapat dua isyarat penting iaitu "meninggal dunia didalam keadaan bersiap siaga ".

Diriwayatkan oleh an Nasai', Ahmad dan al Hakim dari Saidina Uthman bin Affan ra bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang bersiap siaga semalam pada jalan Allah, maka ia seperti mendapatkan pahala berpuasa dan solat sunat selama seribu malam ". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Muhammad bin Ismail bin Samurah, dari Muhammad bin Ya'la as Sulami dari Amr bin Shabih dari Abdulrahman bin Amr dari Makhul dari Ubai bin Ka'ab bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya bersiap siaga pada jalan Allah dari belakang dicelah kaum musliminnuntuk mencari pahala diluar bulan Ramadhan itu lebih besar pahalanya daripada ibadah puasa dan solat sunat selama seratus tahun. Dan bersiap siaga pada jalan Allah dari belakang celah kamu muslimin untuk mencari pahala pada bulan Ramadhan itu lebih besar pahalanya disisi Allah ". atau juga disebut "...daripada bulan puasa dan solat sunat selama seratus tahun. Jika Allah mengambalikan ia kepada keluarganya dalam keadaan sehat, tidak ditulis untuknya kebajikan-kebajikan serta terus berlaku pahala bersiap siaga itu kepadanya hingga hari kiamat ". Hadis ini memberikan gambaran bahawa seseorang yang bersiap siaga selama sehari pada bulan Ramadhan itu akan dapat menghasilkan pahala yang abadi, sekalipun ia meninggal dunia tidak dalam keadaan siap siaga.

Semenjak dari mula lagi pengertian bersiap siaga bermaksud menambat kuda untuk kegunaan berperang kejalan Allah, tetapi kemudiannya ia dikembangkan menjadi usaha bersiap siaga menjaga dearah perbatasan wilayah kekuasaan kaum muslimin baik sebagai pasukan berkuda mahupun didalam pasukan berjalan kaki. Kepada masyarakat islam yang menduduki wilayah itu tidaklah termasuk sebagai pasukan yang bersiap siaga. Pekara ini dijelaskan dengan terperinci sekali didalam kitab yang bertajuk "Al Jami' Li Ahkam Al Quran Min Surah Ali Imran ".


CATITAN PENULIS ;

Itulah sebabnya atok selalu berpesan untuk sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi apa juga kemungkinan berlakunya peperangan. Sebagai contoh, kita harus mempelajari seni beladiri
atau juga disebut persilatan bagi tujuan mempersiapkan diri jika berlakunya peperangan. CUMA kosad niat itu mesti betul. Jika belajar silat bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau mahu nampak hebat dimata awam maka ia sudah lari dari tajuk sebenar. Atau belajar persilatan hingga menyatu dengan Jin dan Syaitan dengan keadah menurun atau bersahabat dengan segala bentuk wirid dan jampi, pemujaan, pertapaan, bersemadi dan 'persembahan' atau semahan darah binatang. Semua bentuk persilatan yang mempunyai ciri-ciri ini adalah tidak termasuk sebagai "bersiap siaga" kerana mereka telah menyagutukan Allah atau menduakan Allah dengan sengaja atau pun tidak. Perbuatan syirik kepada Tuhan ini adalah sangat besar dosanya hingga Allah tidak akan mengampunkan mereka-mereka yang menduakan Nya ini. Apatah lagi untuk melepaskan mereka dari azab kubur, malahan mereka pastinya akan menerima azab yang tersangat pedih seperti yang dikenakan kepada orang-orang kafir, samaada didalam kuburnya mahupun di akhirat nanti.

Oleh kerana
itu makanya kena diperhatikan baik-baik apa yang dimaksudkan disini. Pertama apabila kita mula mahu mempelajari persilatan, maka pasang niat betul-betul adalah untuk mempersiapkan diri mempertahankan agama yang dianuti iaitu Islam, mempertahankan Negara yang dikuasi oleh orang Islam, mempertahankan bangsa yang beragama Islam, mempertahankan diri yang beragama Islam dan mempertahankan keluarga yang beragama islam. Kemudian letakkan perjuangan itu diatas jalan Allah Yang Mahapemelihara Agama Islam... semuanya kerana Allah sahaja. Mohon Allah terima persiapan dari mempelajari seni persilatan itu sebagai sebuah amalan "mempersiap siagakan" diri bagi kemungkinan berlakunya peperangan kejalan Nya sekaligus menjadi amalan yang diterima sebagai pelindung dan penyelamat dari seksaan kubur dan juga diakhirat nanti. Beginilah apa yang telah diajarkan oleh semua tok-tok guru atok sejak mula atok belajar lagi. Bertepatan pula pekara-pekara ini diajarkan didalam jemaah atok sekarang iaitu ABJAD. Dari itu hendaklah kita sentiasa bersiap sedia seperti apa yang telah dinyatakan didalam hadis-hadis Rasulullah diatas itu tadi supaya kita menjadi Umatnya yang terselamat didunia dan akhirat.

..................................................


Pekara 2 : Dari hal syahid ;

Diriwayatkan oleh an Nasai' dari Rasyid bin Sa'ad dari seorang Sahabat Rasulullah bahawa ia berkata "Wahai Rasulullah, mengapa orang mukmin terkena fitnah dikubur mereka kecuali orang yang mati syahid ? ". Baginda bersabda " Sekilas cahaya pedang diatas kepala mereka sudah cukup sebagai fitnah ". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah didalam kitannya bertajuk "Sunan Ibnu Majah " dan oleh ath Tarmidzi didalam kitabnya bertajuk "Jami' at Tarmidzi dan oleh mereka-mereka yang lainnya lagi, dari al Miqdad bin Ma'di Kariba bahawa Rasulullah bersabda "Orang yang mati syahid itu memiliki enam pekara yang terpuji disisi Allah. Iaitu, ia akan diampunkan Allah akan dosanya pada titisan pertama darahnya yang jatuh kebumi, ia diperlihatkan tempatnya di Syurga, ia dilindungi dari azab kubur serta babas dari perasaan takut yang besar, ia dipakaikan sebuah mahkota kebanggan diatas kepalanya yang lebih baik nilainya dari seisi dunia ini, ia akan dijodohkan dengan tujuh puluh dua isteri dari bidadari Syurga dan akan diberi syafaaat kepada tujuh puluh orang dari ahli keluarganya ".


Pekara 3 : Dari hal amalan bacaan ;

Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata " Seorang sahabat Rasulullah
telah membuat kemah diatas sebuah kuburan, namun ia tidak mengatahui bahawa itu merupakan kuburan. Tiba-tiba ia mendengar seseorang sedang membaca surah al Mulk sampai khatam. Lalu ia pergi bertemu dengan Nabi dan menceritakan pengalamannya itu. Nabi saw lalu bersabda "Surah al Mulk adalah penyelamat yang dapat menyelamatkan orang tersebut dari azab kubur ". Menurut ath Tarmidzi, hadis ini hasan sekaligus gharib. Diriwayatkan lagi oleh ath Tarmidzi bahawa Nabi saw bersabda "Barang siapa membaca surah al Mulk setiap malam, ia akan tampil membela orang yang membacanya ". Disebutkan didalam suatu riwayat bahawa didalam kubur nanti, surah al Mulk ini akan membela orang yang pernah membacanya setiap malam, ia akan mampan (kebal) dari segala macam fitnah.

Seorang ulama ahli fiqah dan ahli hadis, Syeikh Abu Abbas @ Ahmad bin Umar al Anshari al Qurthubi berkata " Aku pernah dengar dari Syeikh Shalih @ Abu Bakar Muhammad bin Abdullah Ibnu Arabi al Maghafiri dari Syeikh asy Syarif Abu Muhammad @ Yunus bin Abu Hasan bin Abu Barkat al Hasyimi al Baghdadi, dari Abu Waqti, dari ad Daqadi dari al Hamaawi dari Abu Ishak @ Ibrahim bin Khazim asy Syasyi, dari Abd bin Humaid al Kasyi dari Ibrahim Ibnu Hakam dari ayahnya dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa ia pernah bertanya kepada seorang lelaki " Mahukah kamu aku beri sebuah hadis untuk membuat kamu gembira ? ". Lelaki itu menjawab "Tentu sahaja, ya Ibnu Abbas semoga Allah memberkatimu " Ibnu Abbas berkata " Bacalah surah al Mulk, Hafalkan surah itu dan ajarkan kepada isterimu, anak-anakmu dan anak-anak angota keluargamu serta jiran-jiran tetangamu. Sesungguhnya surah itu adalah surah yang dapat menyelamatkan dan berani membantah bagi kepentingan pembacanya dihadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ia akan memohon kepada Allah agar orang yang menghafalnya diselamatkan dari azab Neraka. Kerananya, Allah juga akan menyelamatkan orang yang membacanya dari azab kubur, Rasulullah telah bersabda ;

"Aku sangat suka sekali jika surah itu dihafalkan oleh setiap orang dari umatku " hadis riwayat Baihaqi dan ath Thabrani.

Didalam hadis yang senada diketengahkan oleh Syeikh Abu Abdullah @ Muhammad bin Ibrahim al Anshari al Tilmasani dari gurunya Syeikh asy Syarif Abu Abdullah @ Yunus dari Abu Waqti' "Sesungguhnya bacaan surah Ikhlas seseorang pada saat-saat ia akan meninggal dunia itu dapat menyelamatkannya dari azab kubur ".


Pekara 4 : Dari hal sakit ;

Diriwayatkan dari Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Barang siapa meninggal dunia kerana sakit, maka ia meninggal dunia secara syahid, ia akan dipelahara dari fitnah kubur dan diberi makan serta kurniaan rezeki dari Syurga ". Diriwayatkan oleh an Nasai' dari Jami' bin Syadad bahawa ia mendengar Abdullah bin Yasar bercerita "Aku sedang berada disebelah Salman bin Sharad dan Khalid bin Arfathat. Ketika mendengar berita seseorang meninggal dunia kerana sakit perut, mereka berminat untuk mengikut menghantarkan jenazahnya. Salah seorang dari mereka berkata "Bukankah Rasulullah pernah bersabda "Barang siapa yang meninggal dunia kerana sakit perut, maka ia tidak diazab didalam kuburnya ". Riwayat senada diperkatakan oleh Abu Daud ath Thayalisi didalam kitabnya yang bertajuk "Musnad Abi Daud ath Thayalisi", dari Syu'bah dari Jami' bin Syadad dengan penambahan "....Temannya menjawab "Benar ".

Pekara 5 : Dari hal hari ;

Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Rabi'ah bin Saif dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda "Setiap muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, nescaya Allah akan menjaganya dari fitnah kubur ". Menurut ath Tarmidzi, hadis ini hasan dan gharib, isnadnya tidak muttasil kerana Rabi'ah bin Saif hanya meriwayatkannya dari Abdulrahman Ibnu Habil dari Abdullah bin Amr. Dia tidak pernah mendengar riwayat dari Abdullah bin Amr itu sendiri. Manakala hadis yang senada juga diriwayatkan oleh Abu Abdullah @ ath Tarmidzi didalam kitabnya yang bertajuk "An Nawadir al Ushul" dengan sanad muttasil dari Rab'ah bin Saif al Iskandari dari Iyadh bin Aqabah al Fahri dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, nescaya Allah akan menjaganya dari fitnah kubur ". Hadis senada lagi juga diriwayatkan oleh Ali bin Ma'bad dari Abdullah bin Amr bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka Allah akan menjaganya dari fitnah kubur ". Kemudian dari riwayat oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari Muhammad Ibnu Munkadar dari Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda "Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, nescaya ia akan dilindungi dari azab kubur dan pada hari kiamat nanti ia akan datang dengan membawa piala para syuhada ".

Hadis-hadis tadi sebenarnya tidak bertentangan dengan hadis-hadis sebelumnya, tetapi tidak lain hanya sebagai penjelasan kebenaran diantara satu dan yang lainnya. Ia juga sebagai bukti yang menerangkan tentang orang-orang yang terselamat dari fitnah kubur, miskipun ia termasuk diantara golongan yang secara umumnya akan disoal didalam kubur. Dalam hal ini ia tidak berlaku kias, kerana yang berlaku ialah tunduk dan pesrah pada sabda Rasulullah yang diutuskan kepada seluruh hamba. Seperti didalam halnya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitabnya yang bertajuk "Sunan Ibnu Majah" dari Jabir bahawa Nabi saw bersabda "Apabila mayat dimasukkan dalam kuburnya, ia melihat matahari seakan-akan nampak terbit dari barat. Sambil duduk dan mengusap-usap matanya ia berkata 'Biarkan aku solat ". Barangkali juga ia termasuk dari orang yang dijaga dari fitnah kubur. Oleh kerana itu, tiada masaalah dengan riwayat-riwayat ini.

Yang dimaksudkan dengan hadis Nabi saw "Sekilas cahaya pedang yang melintasi kepalanya sudah cukup sebagai fitnah ", ialah seandainya seseorang yang sedang berada dimedan pentempuran dengan orang-orang kafir memiliki sifat munafiq didalam hatinya, nescaya ia akan lari lintang pukang melihatkan cahaya pedang yang berkilat daripada pedang-pedang musuhnya itu. Ini adalah kerana sifat orang-orang munafiq akan pasti merasa gementar, takut dan lari jika ia melihat bahaya yang dapat mengancam nyawanya. Sebaliknya sebagi seorang mukmin sejati, kedaan seumpama itu adalah merupakan "kesempatan keemasan" untuk ia mengorbankan nyawanya demi menegakkan kalimah Allah. Ia sama sekali tidak gentar atau takut, jauh sekali untuk mengundurkan dirinya. Oleh kerana itu, sia-sia sahaja Malaikat kubur untuk menyoal manusia seperti ini didalam kuburnya.

Jika seorang yang gugur sebagai syuhada dan syahid dimendan pertempuran, dijamin bebas dari fitnah kubur, apatah lagi dengan orang yang jujur, amanah dan benar didalam mentaati Allah dan RasulNya yang telah dijanjikan Allah akan mendapat pahala yang lebih besar dari itu ?. Firman Allah didalam al Quran terlebih dahulu menyebut bahawa orang-orang yang jujur, amanah dan benar didalam mentaati Allah dan RasulNya adalah lebih utama dari syahid dimedan perang, sebagaimana firman Allah didalam surah an Nisaa' ayat 69 yang mafhumnya ;

"Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama orang-orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, orang-orang benar, orang-orang syahid dan orang-orang yang soleh. Alangkah baiknya bersahabat dengan mereka itu ".

Jika orang-orang yang mertabatnya lebih rendah daripada orang-orang yang mati syahid dianugrahkan dengan nikmat oleh Allah swt dan bebas daripada seksaan kubur, apatah lagi jika orang-orang yang mempunyai martabat yang lebih tinggi dari itu seperti para-para Sadiqin yang telah disebuatkan tadi.

Kemudian pengertian bagi sabda Nabi saw "Barang siapa meninggal dunia kerana sakit, maka ia meninggal dunia secara syahid ". Hadis ini bersifat umum iaitu merangkumi semua jenis penyakit. Tetapi kemudiannya ia diperhalusi lagi dengan sabda Baginda "Barangsiapa yang meninggal dunia kerana sakit perut...". Oleh kerana itu orang yang meninggal dunia kerana sakit perut adalah juga dikira mati sebagai syahid. Bukanlah disebabkan semua jenis penyakit. Mengenai sakit perut itu pula terdapat dua jenis penyakit, iaitu sakit perut yang menyababkan penyakit cerit berit dan yang satu lagi, sakit perut yang akan menyababkan muntah-muntah. Tetapi jarang sekali kita mendengar orang akan mati akibat muntah-muntah sahaja, tampa disertakan dengan penyakit cerit berit. Penyakit inilah yang disebut sebagai penyakit dari jangkitan Taaun atau Muntaber yang menyebabkan pesakit mengalami muntah-muntah dan cerit berit. Sesorang yang menderita penyakit ini lazimnya tidak akan hilang kesedaran akal fikirannya sehingga ia meninggal dunia. Berbeza pula halnya orang yang meninggal secara tiba-tiba, keracunan, meminum racun atau demam berdarah (dengue) dan penyakit-penyakit lain yang menyebabkan hilangnya daya ingatan akibat dari tekanan rasa sakit yang terlampau. Oleh kerana itu orang yang mati akibat sakit perut didalam keadaan sedar itu saja yang dikira sebagai mati syahid. Wallahua'lam.


BAB 61 - MASA MENINGGAL YANG MENDAPAT SYURGA ;


Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abdullah bin Muhammad, dari Ibnu Sa'id dari Muhammad bin Harb al Wasithi dari Nashr bin Hammad, dari Hammam dari Muhammad bin Hajadah, dari Thalhah bin Mushrif, dari Khaitsamah bin Abdulrahman dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda " Barangsiapa meninggal dunia bertepatan dengan berakhirnya bulan Ramadhan, ia masuk Syurga. Barangsiapa meninggal dunia bertepatan dengan berakhirnya hari Arafah, ia masuk Syurga. Dan barangsiapa meninggal dunia bertepatan ia selesai memberi sedakah, ia masuk Syurga ".


BAB 62 - DIPERLIHATKAN TEMPATNYA PADA PAGI DAN PETANG ;



Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya apabila salah seorang dari kamu yang meninggal dunia, ia akan diperlihatkan tempatnya pada pagi dan petang. Jika ia tergolong dari penghuni Syurga, sememangnyalah ia akan masuk Syurga dan jika ia dari golongan penghuni Neraka, sememangnyalah ia akan masuk Neraka, sehingga Allah akan menghantar kamu kesana pada hari kiamat nanti ". Menurut para Ulama, Sabda Nabi saw berkenaan "Ia akan diperlihatkan tempatnya" itu adalah merupakan salah satu bentuk balasan nikmat dan juga balasan seksaan yang sangat besar, diujudkan Allah didalam alam kubur seperti mana yang telah dijanjikan Nya. Sama juga keadaannya seperti didunia ini dimana seseorang yang diperintah melihat peristiwa pembunuhan atau sebarang bentuk seksaan fizikal yang lain. Perasaan ngeri pasti akan terasa disanubari penonton itu. Atau seseorang didalam keadaan menunggu untuk dibunuh, ditembak, dipancung, digantung atau dibiarkan tampa mengatahui cara dan alat yang digunakan untuk membunuhnya. Bukan sehaja perasaan ngeri yang akan terasa, bahkan meronta-ronta, menjerit, terpekik, bergoncang mengigil badannya, terkencing-kencing, menangis melolong bahkan ada yang pengsan- pengsan, hilang akal sementara, sesak dadanya, laju nafasnya dan longlai seluruh tubuhnya. Perasaan-perasaan inilah yang dimaksudkan sebagai balasan seksaan dengan diperlihatkan tempat kembali mereka itu nanti. Bermohon kita kehadrat Allah swt yang Mahadermawan dan Mahapengasih agar kita dijauhkan dan terselamat dari seksaan seumpama itu. Allah berfirman didalam surah al Mukmin ayat 46 yang mafhumnya ;

"Neraka, didatangkan kepada mereka (diwaktu) pagi dan petang, dan pada hari kiamat dikatakan (kepada mereka): Masukkanlah keluarga Firaun kedalam seksa yang sekeras-kerasnya".

Allah telah memberitakan bahawa orang-orang kafir itu akan diperlihatkan Neraka, sebagaimana juga orang-orang yang beruntung yang akan diperlihatkan kepada mereka Syurga tempat kembali mereka yang kekal. Ini berdasarkan sebuah hadis sahih yang menerangkan akan pekara ini. Pertanyaan "Adakah benar setiap orang mukmin akan diperlihatkan Syurga ? ". Ada ulama yang menafsirnya bahawa yang akan diperlihatkan Syurga itu hanya kepada orang mukmin yang sempurna keimanannya atau orang-orang yang Allah selamatkan dari Neraka. Manakala mereka- mereka yang mencampur adukkan amal soleh dengan amal kejahatan atau disebut juga sebagai Fasiq atau yang tidak sempurna keimanannya akan diperlihatkan Syurga dan Neraka didalam waktu yang sama atau berbeza-beza. Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan penghuni Syurga itu adalah semua orang yang masuk Syurga walau dengan apa cara sekali pun.

Ada pula Ulama yang menyatakan bahawa yang diperlihatkan Syurga itu hanya kepada Rohnya saja. Manakala ada pula yang berpendapat roh bersama sebahagian sahaja dari tubuh jasadnya dan ada pula penadapat yang menyatakan iaitu roh dan tubuh jasadnya keseluruhannya sekali. Ini berdasarkan daripada kenyataan daripada beberapa buah hadis yang telah dinayatakan terdahulu bahawa "Pada saat mayat disuruh duduk oleh Malaikat Munkar dan Nakir setelah rohnya dikembalikan, mereka berkata kepadanya 'Lihat itu tempatmu di Neraka yang telah digantikan oleh Allah dengan sebuah tempat di Syurga ". Sesungguhnya azab itu boleh dirasai kesakitannya oleh Roh, ia semamangnya ujud. Para Ulama memberi contoh bahawa Roh orang yang sedang tidur akan dapat merasakan kesakitan dan juga kenikmatan sekalipun jasadnya tidak dapat merasakannya.

Abdullah bin Mas'ud mengatakan "Arwah keluarga Firaun itu berada didalam perut seekor burung berwarna hitam. Dua kali sehari mereka diperlihatkan Neraka seraya dikatakan kepada mereka "Itulah tempat tinggal kamu ". Pekara itu telah dinyatakan didalam al Quran didalam surah al Mukmin ayat 46 diatas tadi. Didalam riwayat yang lain Abdullah bin Mas'ud menyatakan " Sesungguhnya arwah keluarga Firaun itu berada didalam perut seekor burung yang berwarna hitam yang setiap hari sebanyak dua kali akan pergi mengunjungi Neraka Jahanam untuk diperlihatkan tempat mereka ".

Diriwayatkan oleh Syu'bah dari Ya'la bin Atha' dari Maimun bin Maisarah bahawa ia berkata "Setiap pagi Abu Hurairah ra berdoa dan menyeru "Alhamdulillah kita berada diwaktu pagi didalam peliharaan Allah ketika keluarga Firaun diperlihatkan Neraka". Dan pada waktu petang ia akan menyeru "Alhamdulillah kita berada diwaktu petang didalam peliharaan Allah ketika keluarga Firaun diperlihatkan Neraka " Bahkan setiap waktu Abu Hurairah ra selalu memohon perlindungan Allah daripada Neraka ". Ada pula yang mengatakan bahawa keluarga Firaun itu berada didalam sebuah batu besar yang terletak didalam lapisan bumi yang ketujuh iaitu ditepi jurang Neraka Jahanam. Perkatan "pagi dan petang" itu hanya sekadar istilah perumpamaan bagi kita didunia ini sahaja kerana di alam akhirat tiada waktu pagi atau petang. Manakala dari firman Allah didalam surah Maryam ayat 62 yang mafhumnya ;

".... Untuk mereka ada rezeki didalamnya pada pagi dan petang ".

Menurut saya (Syeikh al Qurthubi), keadaan kedua-duanya itu adalah sama sahaja. Ini akan saya jelaskan dengan lebih terperinci lagi didalam bab sifat Syurga nanti, insyaallah.



BAB 63 - SEKARANG HANYA ARWAH SYUHADA SAJA BERADA DISYURGA ;


Pekara ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah didalam hadis riwayat Ibnu Umar "Itulah tempatmu, hingga Allah nanti akan menghantar kamu kesana pada hari kiamat nanti " ini berlaku kepada orang-orang yang tidak mati syahid. Disebutkan didalam Shahih Muslim sebuah riwayat dari Masrub bahawa ia berkata "Kami bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud tentang ayat 169 dari surah Ali Imran : 'Janganlah engkau kira mati orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya serta diberi rezeki '. Abdullah bin Mas'ud menjawab "Arwah mereka itu berada didalam perut seekor burung berwarna hijau yang memiliki pelita yang tergantung pada Arasy. Ia terbang bebas di Syurga seluruhnya, lalu hinggap dipelita tersebut. Allah lalu memperlihatkan diriNya kepada mereka dan bertanya "Adakan kamu menginginkan sesuatu ? ". Mereka menjawab "Apa lagi yang kami mahukan setelah kami bebas berbuat apa saja yang lami inginkan di Syurga ini ". Allah mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali dan dijawab dengan perkataan yang sama oleh mereka. Setelah merasakan tidak disoal lagi, mereka lalu berkata " Wahai Tuhanku, kami ingin arwah kami dikembalikan semula kejasad kami, supaya kami boleh berperang kejalan Mu sekali lagi ". Melihat mereka tiada kepantingan lagi, maka mereka diam saja ".



PENJELASAN PENULIS:


Untuk menyelasaikan masaalah ini, terdapat lima persoalan dan jawapan yang perlu saya (Syeikh al Qurthubi) kemukkan disini ;

Soalan pertama :

Telah dikatakan sebelumnya sebuah riwayat yang menyatakan " Siapa pun yang melalui kubur saudaranya sesama mukmin yang pernah dikenalinya sewaktu didunia dahulu lalu ia mengucapkan salam, nescaya penghuni kuburan itu akan juga mengenalinya dan menjawab salamnya itu ". Bagaimanakah dapat difahami akan riwayat ini ?.

Jawapannya :

Hadis tersebut adalah bersifat umum yang kemudiannya dijelaskan pula oleh hadis-hadis yang terkemudian darinya. Maka penghuni kuburan yang dimaksudkan itu adalah juga bukan dari golongan yang mati syahid.

Soalan kedua :

Diriwayatkan oleh Malik dari Ibnu Syihab dari Abdulrahman bin Ka'ab bin Malik al Anshari dari Ayahnya bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya roh seorang mukmin itu sesakali terbang bebas di Syurga lalu hinggap dipohon Syurga sambil memakan buahnya, hingga Allah mengambalikan kedalam jasadnya pada hari ia akan dihidupkan kembali ". Bagaimanakah dapat difahami akan riwayat ini ?.

Jawapannya :

Yang bebas bergerak didalam Syurga itu adalah arwah orang-orang yang mati syahid sahaja, bukanya arwah-arwah yang lain. Dalilnya adalah menerusi firman Allah tadi didalam surah Ali Imran ayat 169 "Bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya serta diberi rezeki ". Hanya makhluk yang hidup sahaja yang akan diberi rezeki. Berdasarkan kesepakatan semua Ulama, sesiapa pun tidak boleh segera menikmati nikmat-nikmat Syurga kecuali orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah. Demikianlah apa yang telah diceritakan oleh al Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi didalam kitabnya bertajuk "Siraj al Muridin ". Semantara bagi yang lainnya yang bukan mati syahid hanya akan dapat kurnia keselamatan dari fitnah kubur dan terasa dilapangkan kuburnya. Oleh itu perkataan "roh seorang yang mukmin" didalam riwayat diatas tadi merujuk kepada roh orang mukmin yang mati syahid berdasarkan perkataan akhir dari hadis itu, iaitu "Allah mengambalikannya kejasadnya lagi pada hari kiamat nanti ".

Soalan ketiga :

Sesungguhnya arwah-arwah akan saling bertemu dilangit, sedangkan Syurga itu berada dilangit, berdasarkan hadis Rasulullah dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim "Ketika tiba bulan Ramadhan, pintu-pintu langit akan dibuka ". Didalan sebuah riwayat yang lain, ia disebut dengan jelas sekali "....pintu-pintu Syurga dibuka ". Oleh kerana itu, bagaimanakah hubungannya dengan riwayat ini ?.

Jawapannya :

Jika arwah-arwah itu bertemu dilangit, tidaklah bererti mereka didalam Syurga. Melaikan arwah- arwah orang mukmin yang bukan kalangan orang yang mati syahid itu, kadang-kadang berada dibumi dan kadang-kadang berada dilangit. Tetapi yang jelasnya bukan didalam Syurga. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sekali sekala mereka akan melawati kuburan mereka pada setiap hari Jumaat secara rutin bagi mereka. Oleh kerana itulah sesetengah ulama menganjurkan untuk menziarahi kuburan pada hari Jumaat atau malam Jumaat ataupun pada pagi hari Sabtu. Menurut Ibnu Arabi, pekara ini berdasarkan pada hadis tentang pelepah kurma yang dibelah dua oleh Nabi dan diletakkan diatas dua kuburan dangan harapan agar ia dapat meringankan seksaan yang sedang diterima oleh penghuninya. Hadis inilah yang dijadikan dalil sesetengah ulama itu bagi menyokong hujah mereka bahawa arwah didalam kubur itu ada yang sedang menjalani seksaan dan ada juga yang sedang menerima nikmat Allah. Lebih jelas lagi ialah hadis sahih riwayat Ibnu Umar yang menyatakan "Apabila salah seorang dari kamu meninggal dunia, ia akan diperlihatkan tempatnya pada pagi dan petang ". Riwayat ini tidak menjelaskan secara khusus atau pada hakikatnya tempat yang diperlihatkan itu. Bahkan dengan tegasnya didalam hadis berkenaan pelepah kurma yang dibelah dua pula dinyatakan bahawa penghuninya sedang diseksa oleh Malaikat kubur. Itulah perbezaannya.

Oleh kerana itu, saya (Syeikh al Qurthubi) berpendapat riwayat yang menjadi topik perbahasan didalam bab ini adalah tidak bertentangan dengan riwayat yang menyatakan "Siapa pun yang melalui kuburan saudara sesama muslim yang dikenalinya sewaktu didunia dan yang rohnya telah berada dikuburnya, nescaya ia akan mengenalinya dan akan menjawab salamnya ". Waallahua'lam.

Soalan keempat :

Sesungguhnya Nabi saw bersabda dalam hadis riwayat an Nasai' dan Hakim, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, seandainya seseorang terbunuh pada jalan Allah, kemudian hidup lagi, kemudian terbunuh lagi, kemudian hidup lagi, kemudian terbunuh lagi dan kemudian hidup lagi, sedangkan ia masih mempunyai tanggungjawab hutang, maka ia tidak akan masuk Syurga sebelum hutangnya terbayar ". Ini menunjukkan ada sebahagian orang yang mati syahid yang belum boleh masuk keSyurga lagi semenjak dari hari ia gugur dimedan perang. Juga arwah mereka belum berada didalam perut burung berwarna hijau, malahan mereka juga tidak berada dikuburan mereka, jadi kemana perginya arwah mereka ?.

Jawapannya :

Merujuk kepada riwayat yang diketengahkan oleh Ibnu Wahab dari Ibnu Abbas ra bahawa Nabi saw bersabda dalam hadis riwayat Ahmad dan Thabrani " Orang-orang yang mati syahid itu berada ditepi sungai yang terletak dihadapan pintu Syurga. Rezeki dari Syurga akan datang dengan sendirinya kepada mereka pagi dan petang ". Berkemungkinan inilah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang terhalang dari memasuki kedalam Syurga kerana masih mempunyai tanggungjawab hutang yang belum dibayar yang bersangkutan hak manusia yang lain. Persoalan hutang tidak hanya menyangkut kepada persoalan harta sahaja, tetapi juga bersangkutan dengan persoalan hak manusia yang akan dibincangkan kemudian. Oleh kerana itu, beberapa ulama mengatakan bahawa orang-orang yang mati syahid itu memiliki tingkat-tingkat yang berbeza- beza diantara satu dan yang lainnya namun mereka semua mendapat rezeki dari Allah swt.

Sebelum ini telah disebut sebuah riwayat yang menyatakan "Barangsiapa meninggal dunia kerana sakit, maka ia meninggal dunia secara syahid. Ia diberi makan dengan rezekinya dari Syurga ". Ini menunjukkan bahawa keadaan orang-orang yang mati syahid itu adalah berbeza- beza. Insyaallah akan diperjelaskan lagi jenis-jenis orang yang mendapat anugrah mati syahid itu nanti.


Soalan kelima :

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Abu Umamah bahawa ia mendengar Rasulullah pernah bersabda "Orang yang mati syahid dilaut itu seperti orang yang mati syahid didaratan juga. Orang yang mabuk laut dilautan itu seperti juga orang yang pembuluh darahnya berdenyut kencang didaratan. Jarak diantara dua golombang adalah seperti orang yang memotong dunia dengan ketaatan kepada Allah yang Mahamulia dan Mahaagung. Sesungguhnya Allah menyerahkan kepada Malaikat Maut untuk mencabut semua roh-roh mereka dan mengampuni orang yang mati syahid didaratan atas segala dosa-dosanya, kecuali hutang. Tetapi, untuk orang yang mati syahid dilautan, diampuni segala dosanya dan juga hutangnya ". Bagaimana untuk kita memahami permasaalahan hutang ini ?.

Jawapannya :

Menurut saya (Syeikh al Qurthubi), apabila seseorang berhutang kerana miskin atau ia didalam kesulitan, tiba-tiba sahaja ia meninggal dunia, sedangkan ia tidak meninggalkan sebarang harta yang boleh membayar akan hutang tersebut, maka Allah tidak akan menahannya untuk masuk Syurga samaada ia mati syahid ataupun tidak. Kerana pihak pemerintah dan yang berkuasalah yang wajib menanggung hutangnya itu, ini berdasarkan dari hadis Rasulullah yang bersabda ;

"Barangsiapa meninggalkan tanggungan hutang dalam keadaan ia tidak punya apa-apa, maka itu adalah menjadi tanggungan Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang meninggalkan harta, maka itu adalah menjadi tanggungjawab ahli warisnya. Jika pihak berkuasa tidak mahu membayarnya, maka Allahlah yang akan membayarnya ". Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.

Dalil bagi pekara ini adalah dari sebuah lagi hadis riwayat Ibnu Majah didalam kitabnya yangb bertajuk "Sunan Ibnu Majah" dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hutang itu akan diminta dipertanggungjawabkan terhadap yang berkewajipan pada hari kiamat kelak, kecuali orang yang berhutang atas tiga alasan. Iaitu, seseorang yang merasa tiada kekuatan untuk berperang kejalan Allah sehingga ia perlu berhutang agar menjadikannya kuat untuk menghadapi musuh Allah. Kedua, seseorang yang mendapati ada orang muslim yang meninggal dunia namun ia tidak memiliki harta untuk membeli kain kafan dan membayai pengkebumiaan sehingga ia harus berhutang. Ketiga, seseorang yang bimbang akan terus membujang lalu ia bernikah demi menyelamatkan agamanya. Sesungguhnya Allah kelak pada hari kiamat akan menanggung hutang mereka ".

Adapun orang yang berhutang untuk digunakan didalam hal-hal kefasikan atau dihambur-hamburkan kemudian ia tiba-tiba meninggal dunia dalam keadaan tidak mampu membayarnya, atau ia meninggalkan harta namun ia tidak menyampaikan wasiat untuk membayarnya atau pun sebenarnya ia mampu untuk membayarnya tetapi leka tidak melaksanakannya. Maka golongan inilah yang akan ditahan dari memasuki Syurga terlebih dahulu sebelum ada perhitungan yang akan diambil dari amalan-amalan kebajikannya bagi membayar hutang-hutangnya itu. Sabda Nabi saw berkenaan mati syahid dilautan itu masih bersifat umum, atau pun boleh diertikan sebagai orang yang berhutang dengan maksud yang baik yang kemudiannya pasti akan dibayar. Bukanlah bermaksud orang yang berhutang sembarangan. Rasulullah bersabda ;

"Barangsiapa mengambil harta orang lain dengan maksud akan membayarnya, nescaya Allah akan membayarnya. Dan barangsiapa mengambil harta orang lain dengan maksud menghabiskannya, nescaya Allah pun akan menghabiskannya ". Hadis riwayat Bukhari.

Tetapi isnad hadis Abu Umamah itu tadi adalah lemah. Yang lebih utama dan lebih kuat ialah isnad hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda "Terbunuh dijalan Allah itu dapat melebur segala sesuatu, kecuali Hutang ". Tiada ketentuan samaada mati didaratan atau pun dilautan.

Demikian juga dengan hadis riwayat Qatadah "Sesungguhnya seorang sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku terbunuh pada jalan Allah, apakah Allah akan menghapuskan semua dosa-dosaku ? ". Rasulullah bertanya "Apa yang kamu tanyakan tadi ?". Sahabat itu pun mengulangi pertanyaannya "Bagaimana pendapatmu jika aku terbunuh pada jalan Allah, apakah Allah akan menghapuskan semua dosa-dosaku ? ". Baginda bersabda ;

"Ya, dihapuskan, jika kamu memang seorang pejuang yang sabar, ikhlas kerana Allah semata-mata, gugur kerana maju bertempur dan tidak undur dari pertempuran. Yang tidak dihapuskan ialah hutang, kerana Jibril mengatakan hal itu kepada ku ". Hadis riwayat Muslim.

Diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nu'aim dari Qadhi Bashrah Syuraiah dari Abdulrahman bin Abu Bakar ash Shidiq bahawa Nabi saw bersabda "Pada hari kiamat kelak Allah akan menyeru kepada seseorang yang masih mempunyai tanggungan hutang. Allah berfirman "Hai anak cucu Adam, mengapakah kamu abaikan hak-hak sesama manusia ?. Kenapakah kamu lenyapkan harta-harta mereka ? ". Ia menjawab "Ya Tuhanku, aku tidak melenyapkannya, tetapi aku terkena musibah tenggelam (banjir) atau pun kebakaran ". Lalu Allah berfirman "Hari ini Akulah yang berkewajipan untuk membayar hutangmu". Setelah kiraan dibuat, amal-amal kebajikannya diketahui lebih berat daripada amal kejahatan, Allah memerintahnya masuk Syurga ". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari beberapa jalur sanad dan termasuk hadis dhaif. Kata Yazid bin Harun didalam hadis riwayatnya "....Allah lalu meminta diambilkan salah satu amal kebajikannya. Setelah diletakkan pada neraca, ternyata amal kebajikannya menjadi lebih berat dari amal kejahatannya ".

Itulah tadi Nas yang menyatakan bahawa Allahlah yang akan membayar hutang orang yang tidak bermaksud menghambur-hamburkan wang hasil hutangnya. Segala puji bagi Allah yang berkenan menolong menunjukkan kebenaran dan yang menerangkan melalui lidah Rasulnya Nabi Muhammad saw, sesuatu yang belum jelas kepada hamba-hamba Nya.

Kemudian terdapat sesetengah Ulama yang berpendapat bahawa semua arwah orang-orang mukmin itu berada di Syurga al Ma'wa. Al Ma'wa bermaksud tempat tinggal dan tempat berlindung bagi arwah orang-orang beriman dibawah Arasy. Disana mereka menikmati berbagai nikmat Syurga yang disediakan bagi mereka. Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Tsaur bin Yazid dari Khalid bin Ma'dan dari Abdullah bin Amr ibnu 'Ash bahawa ia berkata "Arwah orang-orang mukmin itu ibarat sekawan burung tiung yang saling mengenali dangan akrab satu sama lain. Mereka mendapat rezeki dari Syurga ". Diriwayatkan lagi oleh Ibnu Mubarak dari Ibnu Manshur bin Abu Manshur bahawa ia berkata "Aku bertanya kepada Abdullah bin Amr ibnu 'Ash, Tolong ceritakan kepadaku tenteng arwah orang-orang yang beriman, kemana perginya mereka ketika mereka meninggal dunia ? ". Abdullah bin Amr ibnu 'Ash bertanya kepada seorang penduduk Iraq, "Bagaimana pendapat kamu ? ". Ia menjawab "Aku tidak tahu ". Lalu ia menyatakan "Ia dibawa oleh kawanan burung berwarna putih dibawah bayang-bayang Arasy. Semantara arwah orang-orang kafir berada dibumi lapisan ketujuh ".

Menurut Syeikh al Qurthubi, itu adalah merupakan hujah atau jawapan pada orang yang mengatakan seluruh arwah orang yang beriman itu berada di Syurga. Walaupun begitu ia masih boleh ditafsirkan bahawa ia merujuk kepada arwah orang-orang beriman yang mati syahid.

Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah dari Ubaidillah bin Abu Yazid bahawa ia pernah mendengar Ibnu Abbas mengatakan "Sesungguhnya arwah orang-orang yang mati syahid itu terbang laksana kawanan burung yang berwarna hijau ". Ini merupakan astar sahih riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Abdulrazaq. Disebutkan didalam hadis Ibnu Mas'ud " Arwah orang-orang yang mati syahid itu berada diperut seekor burung yang berwarna hujau ". Disebut dalam hadis Malik, "Roh seorang mukmin itu terbang ". Diriwayatkan oleh al A'masy dari Abdullah bin Marrat bahawa ia berkata "Abdullah bin Mas'ud ditanya tentang arwah orang-orang yang mati syahid dan ia menjawab "Arwah orang-orang yang mati syahid disisi Allah seperti kawanan burung berwarna hijau dalam pelita dibawah Arasy. Ia terbang bebas disyurga semuanya, kemudian kembali lagi kepelitanya ". Diriwayatkan oleh Ibnu Syihab dari Ibnu Ka'b bin Malik dari Ayahnya bahawa Rasulullah bersabda "Arwah orang-orang yang mati syahid adalah kawanan burung berwarna hijau yang bergayut dipohon Syurga ".

Semua riwayat tersebut sesuai dengan hadis Malik yang dinilai lebih sahih daripada hadis-hadis yang menyatakan bahawa arwah mereka berada didalam perut burung berwarna hijau. Demikian dikatakan oleh Abu Umar didalam kitabnya bertajuk "Al Istidzkar ". Berkata Abu Hasan al Qabisi, "Para Ulama tidak setuju kepada riwayat yang menyatakan bahawa arwah orang-orang yang mati syahid itu berada didalam sebuah sangkar burung. Jadi riwayat tersebut dikira tidak sahih, kerana sangkar dianggap sebagai tempat yang sempit sehingga menganggu kebebasan ". Jika menurut saya (Iman al Qruthubi), riwayat itu sahih kerana terdapat didalam kitab "Sahih Muslim" yang dikutip dari perawi yang adil dari perawi yang juga adil. Mungkin yang dimaksudkan itu bukannya didalam sangkar, tetapi diatas sangkar.

Disebut oleh Syabib bin Ibrahim didalam kitabnya "Al Ifshah al Mun'im" yang mengutip ucapan al Hasan, "Ada beberapa pendapat mengenai arwah orang-orang yang mati syahid. Ada yang menyatakan arwah mereka menjelma menjadi kawanan burung yang bergayut dipohon Syurga. Ada mengatakan arwah mereka berlindung disebuah pelita yang terdapat dibawah Arasy. Ada yang menyatakan arwah mereka berada diatas sangkar burung yang berwarna putih. Ada yang mengatakan arwah mereka berada diatas sangkar burung tiung. Ada yang menyatakan arwah mereka menjelma menjadi susuk tubuh dari Syurga. Ada pula yang menyatakan arwah mereka menjelma menjadi susuk yang diciptakan dari pahala amalan mereka. Ada yang mengatakan arwah mereka terbang bebas lalu kembali kejasad mereka yang masih berada didalam kubur. Ada yang mengatakan arwah mereka bergabung dengan arwah orang-orang yang digenggam oleh Allah. Ada yang mengatakan arwah mereka berada didalam pemiliharaan Malaikat Mikail. Dan ada juga yang mengatakan arwah mereka berada dalam pemiliharaan Nabi Ibrahim as ". Pendapat ini mencakupi seluruh bentuk riwayat yang ada, ini adalah kerana supaya tidak dikesan bertentangan diantara satu sama lainnya.



BAB 64 - PERIHAL MATI SYAHID;


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari al Ajurri dari Abu Malik al Asyjaj'i bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang berangkat pada jalan Allah lalu ia mati atau dibunuh, maka ia orang yang mati syahid, atau yang mati kerana jatuh dari kuda atau untanya, maka ia orang yang mati syahid. Atau yang mati kerana dipatuk oleh burung hantu atau yang mati diatas tempat tidurnya kerana sebab apa pun yang dikehandaki oleh Allah, maka ia orang yang mati syahid dan baginya Syurga ". Ini hadis dhaif. Hadis senada diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abdullah bin Atbak dari Nabi saw.

Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Orang-orang yang mati syahid itu ada lima, iaini orang yang mati kerana sakit perut, orang yang mati kerana penyakit Taaun, orang yang mati kerana tengelam, orang yang mati kerana terkena runtuhan dan orang yang mati pada jalan Allah yang Mahamulia dan Mahaagung ". Diriwayatkan oleh an Nasai' dari Jabir bahawa Rasulullah bersabda " Selain orang yang mati pada jalan Allah, orang yang mati syahid itu ada tujuh. Iaitu orang yang mati kerana diserang penyakit taaun, orang yang mati diserang penyakit perut, orang yang mati kerana tengelam, orang yang mati kerana kebakaran, orang yang mati kerana diserang penyakit radang selaput dada, orang yang mati dibawah runtuhan dan wanita yang mati dalam keadaan hamil atau masih dara ".

Dirawayatkan oleh ath Tarmidzi, Abu Daud dan an Nasai' dari Sa'id bin Zaid bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang mati demi mempertahankan hartanya, ia mati syahid. Barangsiapa yang mati demi mempertahankan nyawanya, ia mati syahid. Barangsiapa yang mempertahankan agamanya. ia mati syahid dan barangsiapa yang mati demi membela keluarganya, ia mati syahid ". Diriwayatkan oleh an Nasai' dari Suwaid bin Muqran bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa mati menghadapi kezaliman, maka ia mati syahid ". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda "Mati dalam pengasingan adalah mati syahid ". Hadis senada diriwayatkan oleh ad Daruquthni dengan lafaz "Kematian didalam pembuangan itu adalah mati syahid ". Hadis sahih serupa juga diriwayatkan lagi oleh ad Daruquthani dari Ibnu Umar. Diriwayatkan oleh Abu Bakar al Kharaithi dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa mati dalam keadaan dibuang, maka ia mati syahid ". Hadis serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa mati dalam keadaan diasingkan, maka ia mati syahid ". Telah juga disebut sebelum ini, sabda Nabi saw "Barangsiapa mati kerana sakit, maka ia mati syahid ".

Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Ma'qal bin Yassar bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa pada paginya membaca ' A'udzubillahi as Samai'i ala Alami Minasyaitani Rajim' (aku berlindungan kepada Allah yang Mahamendengar lagi Mahamengatahui dari syaitan yang direjam) sebanyak tiga kali dan membaca tiga ayat terakhir dari surah al Hasyr, nescaya Allah menyuruh tujuh puluh ribu Malaikat untuk membacakan selawat padanya sampai petang, dan jika ia mati pada hari itu, ia mati syahid. Begitu juga jika ia membacanya pada petang hari ". Diriwayatkan oleh ats Tsa'labi dari Yazid ar Raqasyi, dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda "Barabgsiapa membaca bahagian akhir surah al Hasyr "Kalau sekiranya Kami menurunkan al Quran ini pada sebuah gunung...., lalu ia mati pada malam harinya, maka ia mati syahid ". Diriwayatkan oleh ath Thabrani dan Ajurri dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda "Wahai Anas, kalau boleh kamu sentiasa didalam berwuduk maka lakukanlah kerana jika Malaikat Maut mencabut nyawa hamba didalam keadaan ia berwuduk, maka pekara ini dicatit sebagai mati syahid ".

Diriwayatkan oleh asy Syu'bi dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda "barangsiapa solat sunat dhuha, berpuasa sebanyak tiga hari setiap bulan dan tidak pernah meninggalkan solat sunat witir baik sewaktu dirumah mahupun dalam perjalanan, nescaya ditulis untuknya pahala orang yang mati syahid ". Ini hadis dhaif riwayat Abu Nu'aim. Diriwayat oleh Ibnu Abdul Bar dari hadis Abu Hurairah ra dan Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda "Ketika Malaikat Maut mendatangi seseorang yang sedang menuntut ilmu untuk mencabut nyawanya, maka ia mati syahid ". Disebut oleh Abu Umar didalam kitabnya bertajuk "Bayan al Ilmi " suatu riwayat menyatakan "Antara ia dan para Nabi hanya ada selisih satu darjat sahaja ". Diriwayatkan oleh Muslim dari hadis Anas bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang benar-benar meminta kematian syahid, nescaya ia akan diberi pahala orang yang mati syahid, walaupun ia tidak mengalami mati syahid yang sebenar ". Diriwayatkan oleh Muslim dari Sahal bin Hanif bahawa Nabi saw bersabda "Barangsiapa memohon kematian syahid kepada Allah dengan jujur, nescaya Allah akan meletakkannya pada darjat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati ditempat tidurnya ".

Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi al Hakim dari hadis Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda "Setiap orang tentu memiliki ternak kesayangan dan mereka tidak mahu menyembelihnya. Sesungguhnya Allah juga memiliki makhluk diantara makhluk-makhluk Nya yang sangat Dia sayangi. Iaitu, satu kaum yang Dia jadikan kematian mereka ditempat tidur, namun Dia memberi kepada mereka pahala orang-orang yang mati syahid ".



PENJELASAN PENULIS ;


Kalimah syuhada' adalah bentuk satu atau jamak dari bentuk mufrad atau tunggal bagi kalimah syahid. Menurut para ulama ahli bahasa arab seperti al Jauhari (Namanyalah yang diambil oleh peribahasa melayu, "Hanya Jauhari mengenal Ma'nikam" - bermaksud orang yang bijak bistari) dan yang lainnya, Syahid adalah merujuk kepada orang yang gugur pada jalan Allah yang dijanjikan masuk Syurga. Menurut Ibnu Faris al Lughawi didalam kitabnya bertajuk 'Al Mujmal', syahid dalam erti orang yang disaksikan, adalah orang yang terbunuh dijalan Allah dan disaksikan oleh para Malaikat. Arwah mereka terus hadir di Syurga negeri kediamannya, kerana pada hakikatnya mereka hidup dan mendapat rezeki disisi Tuhan mereka. Semantara arwah yang lain belum ada yang sampai disitu.

Ada pula yang mengatakan, sebutan syahid dalam erti orang yang hadir, kerana ia hadir terus ke Syurga. Ada juga yang mangatakan syahid bererti orang gugur pada jalan Allah, kerana jasadnya gugur atau jatuh diatas bumi dan disaksikannya. Ada juga yang mengatakan syahid bererti orang bersaksi kerana ia telah bersaksi kepada Allah untuk mempertaruhkan nyawanya sesuai dengan sumpah setia yang ia ikralkan sebagaimana ia telah disentuh didalam firman Allah didalam surah at Taubah ayat 111 yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga, Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang menepati janjinya daripada Allah ?, Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itu kemanangan yang besar ".

Oleh itu, pekara ini telah terikat kukuh dengan kesaksian selaku seorang hamba, kerana itulah Nabi saw bersabda "Allah tahu orang yang bersaksi pada jalan Nya ". Menyentuh berkenaan orang-orang yang mati syahid didalam peperangan Uhud, Baginda bersabda didalam hadis riwayat Bukhari "Aku adalah saksi mereka ", kerana mereka telah rela mengorbankan jiwa mereka demi Baginda dan mereka terbunuh dihadapan Baginda sendiri.

Adapun perkataan Syuhada adalah kata sifat bagi orang yang mati syahid membela Allah. Untuk mendapatkan martabat itu harus menempuh tiga syarat. Iaitu misti hadir dimedan perang, mempunyai kesedaran dan perlaksanaan. Selain dia menyaksikannya, saksi-saksi lain akan didatangkan disisi Allah sebagaimana firmannya didalam surah az Zumar ayat 69 yang mafhumnya ;

"Bumi bercahaya dengan cahaya (keadilan) Tuhannya, dan buku (perhitungan) diletakkan dan Nabi-nabi dan saksi-saksi dihadirkan, lalu diputuskan hukum diantara mereka itu dengan keadilan, sedang mereka tiada teraniaya ".

Yang dimaksudkan saksi-saksi didalam ayat tersebut ialah orang-orang yang adil didunia dan akhirat dan para-para Malaikat yang setia menunaikan kewajipan mereka kepada Allah.



BAB 65 - MATI KERANA PENYAKIT TAAUN ;


Diriwayatkan oleh an Nasai' dari al Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah bersabda "Orang-orang yang mati syahid dan orang yang mati diatas tempat tidurnya bertengkar dihadapan Allah tentang orang-orang yang mati kerana serangan penyakit Taaun. Orang yang mati syahid berkata "Mereka mati separti kami ". Dan orang-orang yang mati ditempat tidur juga berkata "Mereka adalah sahabat-sahabat kami. Mereka mati diatas tempat tidur seperti kami ". Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman "Lihatlah luka mereka. Jika ia sama seperti orang yang terbunuh, berarti mereka termasuk golongan yang mati syahid ". Ternyata luka mereka memang sama seperti luka yang ada pada orang-orang yang mati syahid ".

Diriwayatkan oleh Ahmad dan ath Thabrani dari Saidatina Aisyah ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya kemusnahan umatku adalah kerana tikaman dan penyakit taaun ". Aisyah bertanya "Kalau tikaman, kami semua sudah tahu. Apakah taaun itu ? ". Baginda menjawab "Semacam jangkitan yang keluar dari kulit yang membusuk. Siapa yang mati keranaya maka ia mati syahid ". Hadis ini juga diperkatakan oleh Abu Umar didalam kitabnya yang bertajuk "At Tamhid wa al Istidzkar ".



BAB 66 - TULANG SOLBI ;


Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Segala sesuatu yang ada pada jasad seseorang itu akan rosak, kecuali satu tulang: iaitu pangkal ekor (tulang solbi) , dan daripadanyalah makhluk akan disusun pada hari kiamat ". Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Setiap anak cucu adam itu pasti dimakan tanah, kecuali bahagian pangkal ekor (tulang solbi). Daripadanya ia diciptakan dan daripadanya ia disusun ".

Tulang pangkal ekor atau tulang solbi itu adalah bahagian lembut yang terdapat pada tulang dibahagian hujung ponggong. Iaitu kedudukannya menghampiri lubang dubur manusia, malah dibelakang sedikit sahaja darinya dan bersambung terus dengan tulang belakang manusia. Bahagian organ ini pada kebiasaannya dipanggil pangkal ekor kerana rupanya yang menyerupai satu ekor yang melengkung kedalam. Dihujung tulang solbi inilah terletaknya semua benih manusia daripada kaum lelaki dan telur ovari bagi kaum wanita yang diterbitkan melaluinya. Maka tulang solbi inilah yang tidak akan musnah walau dengan apa cara sekali pun, seperti hadis riwayatkan oleh Ibnu Abu Daud didalam kitabnya bertajuk "Al Ba'tsu" dari hadis Abu Sa'id Al Khudri. Seorang sahabat bertanya "Apa itu ya Rasulullah ? ". Baginda menjawab "Seperti sebutir biji benih dan daripadanya kamu dicipta ".

Maksud dari perkataan Nabi saw "daripadanya ia dicipta dan daripadanya ia disusun" iaitu bahawa pangkal ekor atau tulang solbi inilah merupakan organ pertama yang diciptakan Allah pada manusia. Kemudian Allah memeliharanya terus sampai ada penciptaan sekali lagi nanti.



BAB 67 - JASAD PARA NABI DAN SYUHADA TIDAK MUSNAH ;


Allah berfirman didalam surah Ali Imran ayat 169 yang mafhumnya ;

"...bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya serta mendapat rezeki ".

Oleh kerana itulah jasad para syuhada itu tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Pekara ini telah ditetapkan didalam hadis-hadis sahih berkenaan orang-orang yang mati syahid dalam Perang Uhud. Diriwayatkan oleh Malik bin Abdulrahman bin Sha'sha'ah bahawa ia mendengar berkenaan Amr ibnu Jamuh dan Abdullah bin Amr al Ansari, dua orang pahlawan syahid dalam Perang Uhud yang dikuburkan dalam satu liang lahad. Dikhawatiri terkena banjir, maka kuburan mereka itu terpaksa dipindahkan ketempat lain yang lebih selamat. Ketika digali, didapati mayat mereka belum berubah. Bahkan, sepertinya mereka baru meninggal semalam. Semasa dikuburkan dahulu, tangan Amr ibnu Jamuh memegang luka pada tubuhnya, dan sekarang ia masih tetap seperti itu semasa digali kuburnya diwaktu itu, malahan tangannya dialehkan semasa ia diangkat keluar, tetapi apabila hendak ditimbus kembali, tangannya itu kembali memegang luka pada tubunya itu. Padahal jarak waktu semasa pengalian untuk pemindahan itu dibuat setelah empat puluh enam tahun.


PENJELASAN PENULIS :

Berkata Syeikh al Qurthubi : "Itulah kelebihan dan keistimewaan orang-orang salaf yang mati syahid pada jalan Allah, atau yang terbunuh demi menegakkan kebenaran seperti yang telah dilakukan oleh para-para Nabi sebelumnya "

....................................................

Diriwayatkan oleh Tarmidzi tentang cerita 'asabul ukhdud' (penjaga parit), "Seorang anak telah dibunuh oleh seorang Raja yang zalim lalu dikuburkan. Namun, ketika kuburnya digali kembali pada zaman Khalifah Umar ibnu Khathab, mayat kanak-kanak yang malang itu masih dalam keadaan pertongkat dagu, sama seperti sewaktu ia ditanam dahulu ". Diceritakan, pada suatu ketika Khalifah Mu'awiyah menemui sumber mata air ditengah kawasan perkuburan lama. Oleh kerana ia bermanafaat kepada umum, maka ia memerintahkan supaya kuburan yang sejak lebih lima puluh tahun lalu itu dipindahkan kekawasan lain. Ternyata keadaan jasad mereka masih utuh dan sama sekali tidak mengalami kerosakan. Ketika mayat Hamzah bin Abdul Muthalib dikeluarkan, luka pada tapak kakinya masih mengeluarkan darah segar. Manakala ketika Jabir mengeluarkan mayat ayahnya, Abdullah bin Hiram, keadaannya sama seperti ia hendak dikebumikan dahulu. Begitulah kisah orang-orang yang mati syahid yang telah sangat terkenal, hingga dirasakan tidaklah perlu ia dibicarakan lebih panjang lagi.

Pada suatu ketika, seluruh penduduk Kota Madinah menjadi gempar akibat kejadian dinding Makam Nabi saw telah runtuh sewaktu kerja-kerja pembesaran kawasan Masjid Nabawi dibuat. Yang menjadi gempar ialah apabila dikeluarkan runtuhan itu maka terkeluarlah satu kaki dari mayat disitu. Mereka takut kalau-kalau ia adalah mayat Nabi. Namun, akhirnya Said ibnu Musayyib menjelaskan kepada mereka bahawa Jasad Nabi itu hanya berada tidak lebih dari empat puluh hali saja dibumi, setelah itu ia diangkat oleh para Malaikat kelangit. Kemudian hadir pula Salim bin Abdullah bin Umar ibnu Khathab disitu, ia amat yakin bahawa kaki yang terkeluar itu adalah kepunyaan datoknya Saidina Umar Ibnu al Khathab ra yang syahid. Peristiwa yang amat mengemparkan itu terjadi pada zaman Khalifah al Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan Gebnor Madinah dipegang oleh Umar bin Abdul Aziz.

Diriwayatkan oleh ath Thabrani bahawa Nabi saw bersabda "Seorang muazin yang ikhlas mencari keredhaan Allah itu seperti orang yang terbunuh berlumuran darah, jika ia meninggal dunia tidak ada cacing dikuburnya ". Dengan kata yang lain juga, seorang mukmin yang ikhlas juga, jasadnya tidak akan dimakan tanah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dalam kitab "Sunan Ibnu Majah" dari Aus bin Aus bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hari terbaik kamu ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, Adam diciptakan. Pada hari Jumaat Nyawanya ditiupkan. Pada hari Jumaat, nyawanya dicabut dan pada hari Jumaat pula kematiannya. Perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana bacaan selawat kamu akan diperlihatkan kepadaku". Para sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, bagaimanakah bacaan selawat kami diperlihatkan kepadamu sedangkan, jasadmu telah pun menjadi mayat yang rosak ?". Baginda menjawab "Sesungguhnya Allah yang Mahamulia dan Mahaagung mengharamkan tanah memakan jasad para Nabi-nabi ".

Hadis yang serupa juga turut diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari jalur sanad yang lain, iaitu dari Amr bin Sawad al Mishri, dari Abdullah bin Wahab dari Amr ibnu Haris dari Said bin Abu Hilal dari Zaid bin Aiman dari Ubad bin Nasi' dari Abu Darda' bahawa Rasulullah bersabda "Perbanyakkan membaca selawat kepadaku. nescaya bacaan selawatnya akan diperlihatkan kepadaku sampai selesai ". Aku bertanya "Sampai sesudah mati ? ". Baginda menjawab " Ya, sampai sesudah mati. Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah memakan jasda para Nabi. Nabi Allah pun akan hidup dengan mendapat rezeki ".

- TAMAT UNTUK FASAL A HAL KEMATIAN -



SEKIAN SAHAJA DAHULU UNTUK FASAL A KEMATIAN. MAKA UNTUK TERBITAN YANG AKAN DATANG IALAH FASAL B AKHRAT DAN KIAMAT PULA SEPERTI YANG TELAH DIJANJIKAN...INSYAALLAH. SEMOGA BAB YANG LALU DARI HAL KEMATIAN ITU MANJADI TITIK TOLAK DIDALAM KEHIDUPAN ANDA BAGI MEMBERI KEINSAFAN DAN TALADAN AGAR SENTIASA MENJAGA DIRI DAN KELUARGA SUPAYA TERSELAMAT DARI SEMUA JENIS FITNAH DAN SEKSAAN, YANG PASTINYA AKAN HADIR PADA SETIAP KEHIDUPAN DARI KITA DIDUNIA INI. BACALAH IA BERULANG-ULANG KALI BAGI PEMAHAMAN YANG JITU, SUPAYA IA DAPAT MERESAP DISANUBARI ANDA DAN SETERUSNYA DAPAT DIPERITIKKAN DIDALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA. SEMOGA ANDA SEMUA DIRAHMATI ALLAH... SEKIAN ADANYA.

WAASALAM.




Sekian,

Atok Zamany.