Saturday, December 21, 2019

ILMU SYATAR



SOALAN: AnonymousDecember 1, 2019 at 12:18 PM
Salam. Tuan zaman,

Saya nk bertanya APA itu ilmu Al syattar Dan apa apa perbezaan dgn ilmu laduni Dan ilmu mengenal diri ni???


JAWAPAN:

Ilmu Syatar - Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam (ABJAD MALAYSIA)

Catatan Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani (tampa edit) oleh zaam.

Diberitakan kepada Syeikh oleh Syeikhnya iaitu Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia, bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah. Al Syatar adalah ilmu yang dicampakkan atau yang dipertaruhkan kepada hati sanubari insan terpilih sahaja.

Sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam. Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengambil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ialah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan diantara hak-hak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan.

Iaitu Pada Masa Nama Wali Sebelum Nama Nabi, Sebelum Nama Rasul. Kata Rasulullah Maka Ilmu Syatar Yang Diturunkan Pada Hati Aku Ini Mentahkikkan Aku Pada Ilmu Aku Mengenai Hakikat Al Hakikat Al Haqoaq Dan Hakikat Al Asbaq [Hakikat Segala Perkara Yang Maujud Hadith Samaada Ia Baharu Atau Qadim Dan Juga Wujud Hakiki Daripada Masa Azali Hingga Beberapa Masa Yang Panjang Ke Hadapan.

Maka berkata Ulama Hujatul Muhaqiqin:
“Bahawasanya Mereka Yang Berkehendakkan Menuntuti Maqam Wali Yang Ali Lagi Azom Disisi Allah Swt Itu Hendaklah Berusaha Melalui Al Syatar Iaitu Ilmu Yang Dicampakkan Atau Yang Dipertaruhkan Kepada Hati Sanubari Tiap-Tiap Mereka Yang Dipilih Khas Oleh Allah Sebagaimana Ia Pertaruhkan Ke Dalam Hati Sanubari Adam Alaihissalam Seperti Mafhum Firmannya”

Terakhir Ertinya Allah Telah Mengajar Adam Nama-Nama Tiap-Tiap Benda Itu`. Ilmu Ini Tangga Pertama Bagi Tiap-Tiap Nabi [Puncak Yang Tinggi Bagi Darjat Wali Dan Permulaan Darjat Nabi] Tangga Keenam Bagi Menuntuti Darjat Iman. [Tangga Bagi Manusia Biasa Yang Menuntuti Darjat Iman Yang Kamil Mukamil].

Adapun Tangga Pertama Kedua Dan Ketiga Itu Bagi Nabi Dan Bagi Rasul. [Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Iman Jamu Al Jamu Iman Lailatul Mikraj] Tangga Yang Pertama Itu.

 [Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]

Maka Menuntuti Wali Itu Daripada Tangga Pertama Hingga Keenam Dan Ketujuh Kesempurnaan Bagi Wali Itu Darjat Imannya. Tangga Keenam Pada Bab Iman Dengan Itu Tahkiklah Segala Wali Itu Dengan Ilmu Dan Makrifatnya Akan Haqiqah Al-Haqiqatul Haqaiq Dan Haqiqatul Al Ashya Dengan Sekira-Kiranya Wali Dan Mertabatnya.

Maka Mereka Yang Menuntuti Menjadi Wali Pada Zahir Dan Batin Itu Hendaklah Melazimkan Dengan Babnya Supaya Tiada Mardud [Tiada Rasukan] Tiada Bersusah Payah Dengan Ilmu Dan Amal Yang Banyak Dan Jauh-Jauh.

1. Mengaku Menjadi Murid Syeikh Wali Yang Ali Lagi Azim. Iaitu Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani iaitu Sultan para Waliallah yang berwasilah hingga kepada Tok Kenali, kepada Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani dan kepada Tuan Guru As Syeikh Ahmad Junaidin dan kepada kita sebagai anak-anak murid mereka.

2. Mempernamakan Dirinya Pada Zahir Dan Batin Dengan Nama Syeikhnya Seumpama Oleh Syeikh Abdul Razak [Syeikh Yusuf] Anak Sulung Bagi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Dengan Nama Baginya Dengan Cara Demikian Jadilah Dia Menerima Pusaka Wali Agama Islam Diatas Makna Sekeliannya Juzuknya Pada Zahir Dan Batin Daripada Bapanya. Kemudian Dikuburkan Bapanya 3 Hari Iaitu Dia Pergi Pada Hujung Kaki Bapanya Serta Memberi Salam Dan Menuntuti Pusaka Itu Daripada Bapanya.

3. Maka Menjawab Oleh Bapanya, Hendaklah Kamu Berhenti Seberapa Masa Kerana Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Maka Aku Pohonkan Kepada Allah Mengurniakan Pusaka Wali Agama Islam Itu Kepada Engkau Diatas Makna Sekeliannya Dan Juzuk-Juzuknya Selapis Ke Selapisan Hingga Hari Qiamat. Dan Hendaklah Melazimi Pada Bab Aku Berkhlawat Dengan Menuntuti Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Aku Wasiat Akan Dikau Bahawa Hendaklah Engkau Menyampaikan Kepada Tiap-Tiap Mereka Yang Hendak Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku Hendaklah Melazimkan Bab Khlawat Pada Bab Aku Mengaku Murid Bagi Aku Hingga Seberapa Banyak Dosa Dan Kesalahan Sekalipun Nescaya Aku Menerima Akan Dia.

Maka Setengah Daripada Adab Melazimkan Pada Bab Aku Hendaklah Berhadap Kiblat Mengucap Dua Kalimah Syahadat Beberapa Kali Pohon Menerima Iman Islam Ihsan Daripada Allah.

Beralih Ke Pihak Masyrik, Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohon Menerima Segala Rezeki Rohani Jasmani, Banyak Dan Seberapa Banyak Mudah Dan Seberapa Mudah., Luas Dan Seberapa Luas Daripada Segala Pihak Alam Allah Dengan Tiada Galangan Dan Halangan.

Beralih Semula Ke Pihak Maghrib Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohonkan Ibu Terima, Bapa Terima, Aku Terima [Syeikh Muhiyydin], Allah Dan Rasul Terima, Kemudian Pohonlah Apa-Apa Hajat Daripada Allah Dengan Berkata Aku Sekira-Kira Pada Pandanganmu Bahawa Aku Pada Pihak Kanan Atau Hadapanmu Di Al Pabatul Arasil Alazim. Rasulullah Dihadapan Aku, Nabi Allah Khidir Dan Mereka Yang Menjadi Murid Bersama-Sama Denganmu Atau Dibelakangmu. Atas Nama Aku Pada Zahir Dan Batin. Kemudian Hilangkan Sekeliannya Itu Pada Ahadiah Allah. Dan Kekalkanlah Diatas Kelakuan Itu Selama-Lamanya Diantara Aku Dan Rasulullah Itu Seperti Mana Antara Mata Putih Dan Mata Hitam. Maka Adab Dengan Murid Sepeti Tersebutlah Boleh Mencapai Darjat Wali Yang Istiqamah Dan Nyata Beberapa Keramat Dan Kelebihan Yang Menyamai Mukjizat Rasulullah S.A.W.

Adapun Menuntuti Wali Dengan Jalan Berusaha Membanyakkan Ibadat Yang Sunat Seperti Sembahyang, Sunat Rawatib Dan Seumpamanya Dan Juag Memperbanyak Serta Menperluaskan Ilmu Fardu Kifayah Itu Walhal Dengan Tidak Melazimkan Bab Tersebut Hanya Ibadat Dan Ilmu Inilah Sahaja Atau Terus Maju Ke Dalam Istiraj Daripada Allah. Dan Mereka Yang Beribadat Sedikit Atau Banyak, Sedikit Ilmu Atau Banyak Ilmu Tetapi Melazimkan Bab Guru Wali Seperti Tersebut Nescaya Dapat Jadi Wali Dengan Kemudahan. Terlindung Daripada Pandangan Awam Dan Ahli-Ahli Ilmu Bersembang Dengan Banyak Ilmu Dan Amal. Dan Menggantikan Guru Yang Wali Itu Pada Menyertakan Alam Allah Sekira-Kira Ketinggian Maqam Walinya Disisi Allah Dengan Limpah Kurnia Daripada Allah Atas Tangan Syeikhnya Yang Wali Itu.

Dan Segala Batang Tengkok Mereka Yang Bersembang Dengan Banyak Beribadat Dan Banyak Ilmu Dan Juga Mereka Yang Lain Itu Dibawah Tumit Syeikhnya Yang Wali Ialah Dibawah Tumitnya. Tidaklah Naik Mertabat Wali Umpama Syeikhnya Atau Umpama Dirinya Nisbah Mereka Dengan Dirinya Atau Dengan Syeikhnya Itu Hanya Khadam Atau Qalam Dengan Tuannya Sahaja. Maka Memadailah Bagi Kami Dan Bagi Kamu Dengan Ini.

Dari Blog ABJAD tulisan Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Othmani (tampa edit) oleh zaam.

Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah semata mata. Untuk memilik memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak kehambaan kepadanya semata-mata. Kemudian Ilmu ini dikenali dengan nama Ilmu Mengenal Diri, Mengenal Allah yang lebih senonim didalam alam Melayu kerana bentuk acuan ilmu itu sendiri. Lagi pun Ilmu Mengenal diri mengenal Allah ini lebih mudah diingati dan difahami oleh orang-orang Melayu. Maka hingga sekaranglah Ilmu mengenal diri mengenal Allah kekal dimata orang-orang melayu diseluruh Alam Nusantara sebelah Asia Tenggara ini. Ilmu inilah yang menjadi tunggak kepada pengajian didalam pertubuihan ABJAD MALAYSIA akhirnya kerana ajaran dari Tok Kenali sendiri yg dahulunya dikenali dgn ilmu Syatar berubah menjadi pelajaran mengenal diri mengenal Allah. Cuma hanya beberapa orang saja yang diberi amanah utk belajar dan memegang ilmu ini kerana asas sifat ilmu ini yang membawa kepada “Rahsia Allah” maka ia hanya diajar kepada insan terpilih sahaja. Mereka inilah sebenarnya pewaris kepada Ilmu Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam didalam pertubuhan ABJAD MALAYSIA itu sendiri, sedangkan selebihnya hanyalah anak-anak murid biasa sahaja yang hanya belajar Ilmu-ilmu Syariat. Memandangkan Tuan guru Syeikh Ahmad Junaidin telah kembali kerahmahtullah, sekarang tiada siapa lagi yang mengganti beliau untuk mengajar ilmu mengenal diri mengenal Allah ini didalam Pertubuhan ABJAD MALAYSIA ini. Mungkin menunggu kehadiran Imam Mahadi sebagai Sattar terakhir didalam peradaban manusia dialam maya ini dan penutup bagi segala Ilmu dan amal kehadrat Illahi akhir zaman. Ilmu ini juga berbeza dangan Ilham Laduni kerana ilmu mengenal diri menganal Allah menghendaki murid itu belajar mengenal dari bawah hinggalah ia mengenal Allah. Tetapi Ilham Laduni Allah kurnia terus kepada murid dengan kedhaanNya sendiri. Jadi ini bermaksud kurniaan Allah kepada manusia biasa yang benar-benar terpilih yang boleh dianggap hanya satu dalam sejuta ini lebih banyak kelebihan kerana kurniaan itu sangat besar dan pastinya atas sebab-sebab tertentu yang istimewa bagi insan itu di mata Allah SWT.

Dalam kazanah makrifat, pejalanan spiritual akan menyentuh dengan istilah ilmu laduni. Iaitu pengetahuan yang diperolehi tidak melalui proses kegiatan belajar mengajar dan membaca buku-buku, namun melalui pandangan mata hati yang diterima langsung dari Allah.

Allah hanya boleh dikenal jika Dia sendiri berkehendak untuk dikenali. Jika Dia ingin memperkenalkan Diri-Nya... kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan untuk dilakukan pembersihan. Selanjutnya, Hati hambanya tersebut diterangi dengan cahaya atau Nur-Nya. Nur-Nya adalah kendaraan bagi hati untuk sampai ke sisi-Nya. Rezeki ini juga telah Allah tetapkan awal dulu lagi sebelum manusia itu diturunkan kedunia. Oleh itu bukan semua manusia boleh memiliki ilmu atau jalan ini walaupun dia mencuba berkali-kali atau dia cuba berguru kepada beratus orang guru hingga ada setengahnya yang sesat, gila atau terkorban didalam perjalanan itu.

Hati adalah badan dan ruh adalah nyawanya. Ruh pula yang langsung terkait dengan tuhan dan keterkaitan itu dinamakan as-sir (rahasia). Ruh adalah nyawanya hati dan sir adalah nyawanya ruh. Boleh juga dikatakan bahwa hakikat hati adalah ruh dan hakikat ruh adalah sir. Sir atau rahasia yang sampai kepada tuhan dan sir yang masuk ke hadrat-nya. Sir inilah mampu untuk yang mengenal Allah karena sir adalah hakikat semua yang berwujud.

Cahaya Ilahi menerangi hati, ruh dan Sir. Cahaya Ilahi akan membuka hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahasia hakikat-hakikat. Cahaya Ilahi berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku atau memahami dari ucapan orang lain belumlah dikatakan mengetahui hakikat yang sebenarnya. Mereka hanyalah menyangka atau berkhayal didalam syak, zon dan waham, kononnya sudah mengetahui hakikat padahal sesungguhnya belum. Kalau belum menyampai kepada hakikat, bagaimana pula ia boleh menyampai kepada makrifah?. Ini juga antara manusia yang dianggap “gila” yang lara dan hampa didalam pencarian mereka. Oleh itu janganlah suka “mencuri ilmu” dan kata-kata dari mana-mana guru sedangkan kamu tiada berilmu dan suka menunjuk-nunjuk seolah-olah kamu sudah menyampai kepada hakikat disebabkan suka sangat berhujah dan bertaki dihalayak ramai, Pada hakikatnya kamu tu kosong dihadapan Allah.

Hakikat akan diketahui apabila seseorang gigih mendalami pengetahuan tentang hakikat dari perenungan-perenungannya sendiri (berarti dia menggunakan akalnya sebagaimana yang dianjurkan Tuhan dalam agama) dan kemudian mempraktekkannya dalam perbuatan sehari-hari dengan mempertimbangkan dengan hati nuraninya. Ditambah dengan memohon ampunan, memuji Nama Tuhan sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti hadirnya sinar kebijaksanaan sambil terus juga berharap.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang karena ada kenyataan Tuhan padanya. Misalnya kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan. Apabila hari siang, matahari bersinar, akan terlihat tumbuh-tumbuhan dan hewan yang menghuni bukit itu. Yang terlihat di atas bukit itu menjadi nyata karena diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya mewujudkan yang gelap menjadi benda-benda yang nyata.

Sesungguhnya cahaya hanya satu jenis saja dan datangnya dari sumber yang satu jua. Begitu juga halnya pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat karena banyaknya hakikat yang tercermin dari ragam Cahaya Ilahi, sedangkan Cahaya Ilahi datangnya dari cahaya yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.

Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup. Dalil atau bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran tetapi untuk mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Cahayalah yang menerangi atau membuka hijab hati.

Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan serta membawanya untuk menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila cahaya Ilahi sudah membuka tirai dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam nyata. Semakin terang cahaya Ilahi yang diterima oleh hati akan menambah jelas kebenaran yang dapat dilihatnya.

Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan mata hati yang bersumber dari Cahaya Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang diterima dari Allah swt secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung kepada kekuatan hati menerima cahaya ilahi.

Para pejalan spiritual awal yang hatinya belum cukup bersih, maka cahaya Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang diperolehinya masih belum mencapai peringkat yang halus. Pada tahap ini hati terkadang masih mudah goyah dan sewaktu-waktu mengalami kekeliruan. Kadang-kadang hati masih cenderung menuju yang samar-samar dan abu-abu.

Orang yang tataran spiritualnya pada peringkat ini memang perlu mendapatkan bimbingan dan penjelasan dari ahli makrifat yang ilmunya lebih tinggi. Apabila hatinya semakin bersih cahaya Ilahi semakin bersinar meneranginya dan dia mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu hatinya menghadap kepada yang lebih benar, sehinggalah dia menemui kebenaran hakiki.

Terbukanya mata hati memperlihatkan kepada anda akan keberadaan Allah. Kesaksian mata hati memperlihatkan kepada anda ketiadaan diri selain wujud Nya. Kesaksian hakiki mata hati memperlihatkan kepada anda bahwa hanya tuhan yang wujud, tidak terlihat lagi ketiadaan dan wujud anda.

Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Cahaya Qalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenung tentang hakikat ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyadari perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesadaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa dekatnya Allah dengannya.

Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahwa DIA sentiasa mengawasi gerak-gerik kita, mendengar pembicaraan dan mengetahui bisikan hati kita. Jadilah dia seorang yang cermat dan berwaspada.

Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada MARTABAT ini ialah:

1. Cermat dalam melaksanakan hukum tuhan.

2. Hati tidak cenderung kepada harta dunia, cukup dengan apa yang ada dan bahagia bila bisa membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.

3. Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.

4. Ruhaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal

5. Kehalusan ruhaninya membuatnya merasa malu kepada tuhan dan merendahkan diri kepada Allah saja.

Orang yang taat kepada perintah-Nya senantiasa kuat melakukan ibadah dan meningkatlah kekuatan ruhaninya. dia akan kuat untuk menyerahkan semua urusan kehidupannya kepada Allah saja. dia tidak lagi takut apapun yang menimpanya. dia tidak lagi tergantung kepada sesama makhluk. Hatinya teguh dan ikhlas dengan semua ketentuan Allah.

Bahaya dan bencana sehebat apapun tidak lagi menggugat imannya dan kenikmatan dunia tidak lagi menggelincirkannya. Baginya suka dan duka, bencana dan keberuntungan sama saja, karena ini takdir yang sudah ditentukan Allah untuknya dan takdir-nya kepada kita pasti yang terbaik.

Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah karena dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah. Allah menganugerahi manusia ini dengan kemampuan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui pikiran, kehendak diri sendiri hanyalah angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kuat kepada hatinya (kalbunya). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan perwujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah.

Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia merasakan benar-benar akan keesaan Allah bukan sekadar mempercayainya. Hakikat sesungguhnya hanya bisa dialami dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud-Nya Allah, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya.

Orang yang di dalam suasana seperti ini telah transenden dari sifat-sifat kemanusiaan. Orang yang mencapai tingkat ini dikatakan telah mencapai maqam TAUHID SIFAT. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan DIA dan segala sesuatu datangnya dari ALLAH.

Yang perlu digarisbawahi, bahwa perjalanan spiritual manusia akan melalui beberapa tingkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan cahaya Qalbu memancar menerangi akalnya. Seorang yang akalnya diterangi cahaya Qalbu akan melihat betapa dekatnya Allah. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin.

Pada tahap keduanya mata hati yang telah terbuka. Seseorang tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati dan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam maqam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap ainul yaqin seseorang telah menceburkan diri di wilayah kegaiban segala sesuatu termasuk dirinya sendiri.

Sheikh Abi Madyan r.a telah memperturunkan Kalam Hikmahnya yang pertama seperti berikut;
"Bermula Al-Qur'an telah diturunkan dan lagi akan diturunkan. Maka yang sudah diturunkan ianya telah lalu, dan yang akan diturunkan itu berkekalan hingga Hari Qiyamat".

Ini membawa maksud bahawa Al-Qur'an yang diturunkan atas Penghulu kita Nabi Muhammad SAW melalui Jibrail a.s telah lalu yakni telah selesai turunnya pada zaman/masa Nabi manakala Al-Qur'an yang diturunkan atas hati segala AuliaNya daripada sesuatu yang diilhamkan dengan Ilmu Laduni akan berkekalan turunnya hingga hari Qiyamat seperti Hadis yang diisyaratkan dari Sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
"Minta petua olehmu akan hati engkau dan jika dipetuakan akan oleh yang mempertuakan".

Ilmu Laduni atau disebut juga sebagai Warid Ilahiyyah akan dilimpahkan ke atas hati Aulia Allah pada waktu jernih hati mereka itu dari sebarang kekeruhan penyakit-penyakit hati seperti lalai, cintakan dunia, syak, waham dan Syirik Jali serta Syirik Khofi.

Jiwa atau hati yang menerima Ilmu Laduni akan difahamkan Makna-Makna, Asma-Asma dan Sifat-Sifat Allah di Alam Malakut dan Alam Jabarut. Penyingkapan dan pembukaan ilmu-ilmu hakikat dan makrifat diperolehi mereka apabila bersunyi dengan kekasih mereka itu. Imam Ghazali menegaskan hal "jernih hati" ini dengan istilah "penyempurnaan" sebagaimana berikut;

"Ketahuilah bahawa "ilmu laduni" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams: 7). Lihat Al-Risalatulil Duniyyah untuk keterangan lanjut)"

Dan kata setengah Ariffin (orang-orang sufi yang Arif);
"Telah mempetuakan akan daku oleh hatiku daripada TuhanKu".
Dan kata Abu Yazid Bustomin r.a;
"Kami ambil Ilmu kami dariapada Tuhan Yang Al-Hayul Qayyum La Yamut".


Maka dikata (ditanya) orang baginya;
"Adakah bagimu daripada syahidnya (nas atau dalil) atas katamu itu daripada Kitab dan daripada Sunnah Rasulullah saw.???"

Maka kata Abu Yazid r.a.;
Bahkan!!! iaitu firman Allah Taala (Wattaqullaha Wayu'allumukumullah) yang bermaksud;
"Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah yang mengajar kamu"

Hadis Nabi SAW. yang bermaksud;
"Barangsiapa mengamalkan/mengerjakan apa-apa ilmu yang diketahuinya nescaya akan dipesakakan akan dia oleh Allah akan Ilmu yang tidak diketahuinya".

Ditanyai orang kepada Sayyidina Ali bin Abu Talib Karramallahu Wajhah;
"Adakah menentukan kamu oleh Rasulullah SAW. dengan suatu ilmu yang diberikan kepada manusia?."


Maka jawabnya (Saidina Ali r.a);
"Tiada ada pada kami melainkan memahami kami di dalam Kitabullah dan barang yang di dalam Shohifah. Dan tiada di dalam Sohifah itu melainkan beberapa masail yang berbilang-bilang jua; tiada bergantung baginya pengetahuan (hanya sedikit orang yang dapat faham). Dan sesungguhnya kelakuan sekeliannya (isi dalam Al-Qur'an) pada faham di dalam Kitab yang diturunkan atas segala hati yang suci daripada Agyar."

Ini membawa maksud bahawa hanya mereka yang suci dan bersih hatinya sahaja yang dapat mentafsirkan lautan ilmu pengetahuan dan hikmah di sebaliknya. Tidak hairanlah Imam Ghazali telah menegaskan hal ini dalam Karyanya Al-Risaalatulil Duniyyah sebagaimana berikut;

Al-Quran adalah sesuatu yang paling agung dan paling penting dalam agama. Di dalam Al Quran terdapat kemusykilan yang tidak dapat diselesaikan oleh akal tiap-tiap orang selain dari orang yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk memahami kitabnya.

Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
"Tiap-tiap ayat Al Quran itu ada sahaja zahir dan batin dan batinnya itu mempunyai tujuh lapisan pula"

Dalam suatu riwayat yang lain dinyatakan sebagai mempunyai sembilan batinnya.
Rasulullah bersabda lagi dengan maksudnya:

"Tiap-tiap huruf dari huruf-huruf Al-Quran mempunyai had. Maksudmya sama dengan 'Nihayah' (yang bermaksud batas) dan tiap-tiap had mempunyai Mutholi' (tempat tinggi untuk meninjau). Allah Taala telah memberitakan dalam Al-Quran mengenai seluruh ilmu, segala maujudah yang nyata dan yang tersembunyi, yang kecil dan yang besar, yang dapat dirasa dan yang dapat difahami oleh akal.

Ini ditunjukkan oleh firmannya yang bermaksud:

Dan tidak (gugur) biji yang basah dan tidak kering melainkan terdapat dalam Kitab yang nyata. (Surah Al-An'am, ayat 59).

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"Supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya ingat orang-orang yang mempunyai fikiran". (Surah Al-Shod, ayat 29).

Bila Al-Quran itu suatu yang paling agung, ahli-ahli tafsir manakah yang dapat keluar dari ikatannya?.

Ya!!! tiap-tiap dari ahli tafsir hanya dapat menghuraikan Al-Quran menurut tenaganya sahaja, menerangkannya sekadar kekuatan akalnya dan menurut kadar isi ilmunya. Dengan kebolehan-kebolehan yang terbatas ini sekalian ahli tafsir itu berkata-kata sedangkan sebenarnya mereka patut berkata bahawa dalam ilmu Al-Quran itu terkandung Ilmu Usul dan Ilmu Furu', Ilmu Syarie' dan Ilmu 'Aqli.

Meskipun begitu ahli tafsir mestilah memandang Al-Quran dari segi bahasa, dari segi perumpaannya, dari segi susunan pengucapan, dari segi tingkat-tingkat nahu, dari segi 'adat Arab, dari segi pendapat hukamah-hukamah, dari segi perkataan ahli tasauf hingga dapat mendekatkan tafsirnya kepada tahkiq. Andainya tafsir itu cuma terbatas setakat suatu segi sahaja dan hanya memberikan keterangan menerusi suatu kepandaian sahaja, tidaklah keterangan itu memuaskan hati dan masih memberi peluang kepada hujah dan alasan dari orang lain untuk menentangnya. (Petikan dari Al-Risaalatulil Duniyyah.)

Dengan keterangan Imam Ghazali ini, mengapakah masih ada golongan ilmuan yang megah dengan ilmunya yang sedikit itu, dengan sewenang-wenangnya mempertikaikan, memperlekehkan dan menuduh mereka itu (Ahli-ahli sufi/Aulia Allah) menyeleweng. Lihatlah sebagai satu contoh bagaimana Aulia Allah mentafsirkan sebahagian daripada ilmu-ilmu yang tersirat di sebalik Kalam Allah itu seperti yang tercatat dalam Kitab Hikam Abi Madyan seperti berikut;


Dan lagi barang yang dinaqal dari Sayyidi Abi Al-abbas Al-Marsi r.a pada (mentafsirkan) firman Allah Taala yang bermaksud;
"Dikeluarkan yang hidup daripada yang mati dan dikeluarkan yang mati daripada yang hidup".

Katanya (Sayyidi Abi Al-abbas Al-Marsi r.a);

Seperti manusia mengerjakan dosa, maka didapatkan dia dengan minta uzur dan Inkishar (dukacita), maka ini "Hidup" dan minta uzur itu (sedar dan mengaku kelemahan dan kejahatan dirinya melakukan dosa serta bertaubat) ialah "keluar ia daripada yang mati". Dan seorang pula mengerjakan banyak amalan taat dan dirobohkan amalan itu dengan Ujub dan bermegah-megah. Maka ini "Mati" iaitu (Ujub dan bermegah-megah) dan maksud "dikeluarkan daripada yang hidup" itu ialah amalan taat yang dikerjakan.

Jadi apakah haq kita untuk melemparkan berbagai-bagai tuduhan yang liar kepada mereka (Ahli Sufi dan Aulia Allah) sedangkan mata hati kita buta malah mati kerana kejahilan kita. Bagaimana terupa mata yang buta dapat menyaksikan seperti apa yang lihat oleh orang yang celik?

Dan bagaimana terupa seorang yang mati (bermegah dengan ilmu yang sedikit) dapat mengkritik perbuatan orang-orang yang hidup?. Fikirkanlah!!! Renungkanlah!!! jika kamu ingin mencapai bahagia wahai orang-orang yang mempunyai fikiran!!!

Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'aam:50)

Renunglah dan kajilah jika kamu punya Ilmu Laduni atau Nur Makrifat untuk mentafsir dan mengambil peringatan dari Kalam Allah ini.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Al-A'raaf: 96


Apakah yang dimaksudkan dengan "penduduk negeri itu?"
Apakah yang dimaksudkan dengan "membuka kepada mereka yang melimpah-limpah berkatnya?"
Apakah yang dimaksudkan dengan "dari langit dan bumi?"
Apakah yang dimaksudkan "Rasul Kami?"
"Azab seksa" yang bagaimanakah maksudnya?


Ingatlah akan kata-kata Imam Ghazali ketika memberi responnya kepada orang yang menafikan akan Ilmu Laduni atau Ilmu Terus dari Allah ini sebagaimana berikut;

“Ya!...bagaimanakah ia mengetahui ilmu tafsir sedangkan Al-Qur'an adalah suatu lautan besar yang mengandungi segala sesuatu dan bukanlah seluruh makna dan hakikat-hakikat tafsirnya tersebut terdapat dalam Kitab-kitab yang terkenal dalam kalangan orang ramai malah tafsir yang sebenarnya bukanlah yang diketahui oleh orang itu".

Jika tidak terdapat dalam Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar, di manakah atau pada siapakah atau dengan apakah yang boleh kita kutip mutiara-mutiara ilmu yang terpendam itu?.

Anda patut mengaji Ilmu Tasauf ini secara detail dan amali dari guru yang mengamalkannya atau sekurang-kurangnya membaca berulang-ulang kali Al-Risaalatulil Duniyyah untuk mendapat gambaran secara kasar berkenaan selok-belok dan hal-ahwal ilmu mereka. Dengan itu, anda akan membenarkan dan meyakini dengan sebenar-benar yakin bahawa Ilmu Aulia Allah dan Kaum Sufiah itu adalah Warisatul Ambiya.

Dan lagi kata Imam Ghazali dalam usahanya untuk menjelaskan apakah itu Ilmu Laduni, kedudukan, ketinggian dan kekuatan yang terdapat padanya sebagaimana berikut;

Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Gaib manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.

Seterusnya sebagai memperlanjutkan perihal Ilmu Laduni ini, berkata lagi Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a.dalam Kitabnya Kanzul Manan;

“Dan hasil daripadanya bahawasanya orang yang Salik itu apabila disucikan zhohirnya dan batinnya dan jernih hatinya daripada segala Agyar dengan Jalan Thoriqat Muhammadiyyah, nescaya bersihlah cermin hatinya daripada kekeruhan Kuniyah (dunia dan akhirat) dan hapuslah daripadanya segala karat tulis naksiyah (berbagai-bagai tulisan hati).”

Maka jadilah hatinya ahli ketika itu bagi tempat turun Nur Al-Rabaniyyah dan jadi ahlilah ia bagi Musyahadah (memandang akan TuhanNya pada segala zarrah daripada zarrah yang maujud di atas yang berpatutan dengan dia dan dimusyhadahkan "Dan Allah Taala Meliputi bagi tiap-tiap sesuatu. dan Mukalamah (bercakap-cakap dalam Sirnya).”

Dengan itu maka fahamlah ia daripada Al-Qur'an barang (rahsia-rahsia) yang tiada memahami oleh kebanyakan orang lain; dan turunlah pada hatinya makna Asrori (rahsia-rahsia Ketuhanan) yang ditentukan kepadanya dan mendapat ia akan Hukum Rabaniyyah.

Kami lemah, dhoif, haqir lagi hina. Kami banyak buat dosa sedangkan amal sedikit jua. Yang sedikit itu pun banyak cacat cela dan keaiban-keaibannya. Dengan hal diri kami ini, kami tidak mampu untuk sampai ke peringkat-peringkat penghulu sufiah dan Aulia-Aulia Allah. Ilmu mereka jauh tinggi melangit dari kami, Amalan mereka jauh sempurna dari kami.

Kehidupan mereka jauh lebih berkat dari kami. Dari kerana itu, kami hanya ingin menumpang keberkatan dan kesucian mereka. Kami ingin belajar dengan mereka dan mencontohi hal-ahwal perjalanan mereka sekadarkan yang termampu.

Kami tidak akan ragu-ragu dengan ilmu mereka, kami tak pernah memandang rendah tafsir-tafsir Al-Qur'an mereka yang terjelma melalui Kalam-kalam Hikmah mereka malah kami sentiasa memuliakan setiap kalimah pengucapan mereka yang seperti ubat dan penawar kepada jiwa kami yang tenat berpenyakit.

Kami selalu ingat akan pesanan Penghulu-penghulu Tasauf akan peringatan mereka;
"Sekurang-kurang siksa orang yang mengingkari ilmu ini ialah tiada diperasakan Allah Taala akan mereka itu suatu jua pun".

"Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya (bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran". (Surah Al-Baqarah; 269)

"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya" (Imam Ghazali)

Benarlah kata-kata ini kerana jika orang yang buta dan mati mata hati itu akan sentiasa menafikan sesuatu yang mereka tidak lihat dan tidak nampak dengan mata kepala mereka. Justru dia sentiasa akan menyengkal akan ujudnya ilmu-ilmu bentuk yang lain senagai penafsiran akal dan fikirannya saja. Orang-orang seperti ini adalah diibaratkan sebagai sampah diatas bumi Allah ini dan kelak semuanya akan dibakar Neraka Jahanam supaya mereka tahu bahawa Allah itu Mahaagung dan Mahabijaksana serta memiliki Kerajaan Yang Teragung diatas seluruh Ilmu diDunia ini. Tiada yang mustahil bagi Allah dan semua yang ujud diatas muka bumi ini serta yang berada dialam Ghaib sekalipun adalah Milik Nya. Mohon perkenan Allah agar kita juga dikurniakan kelebihan seperti itu supaya kita dapat Mengenalinya dgn lebih rapat lagi. Amin yarabal alamin.

Oleh itu hendaklah kamu baca berulang kali tulisan atikal kali ini kerana jka kamu ingin benar utk memahami apakah Ilmu Syattar. Dengan memahami atikal ini kamu pasti akan mendapat keluasan fikiran dan penerang jalan awalan bagi memulakan perjalanan kamu. Insyaallah jika kamu menghendak dekat dengan Allah, Allah juga pasti mahu lebih dekal lagi dengan kamu. Tahulah kamu bahawa bertepuk sebelah tangan pasti tak akan berbunyi.

ZAMAN

Ulangsiar dari:

·        ABJAD MALAYSIA nukilan dari Syeikh Mahmud Nasri Othmani oleh zaam
·        Blog Dari Bathinku – Mengenal diri mengenal Allah oleh Kunci Langit
·        Edit oleh zaman