Monday, October 29, 2018

BUMI MELAYU ATAU TANAH MELAYU


Siapa pendatang ?? Melayu atau India ??

Mari kita cerita lagi berkenaan sejarah orang2 Melayu yang ada di Nusantara ini kepada manusia2 yg tak kenal diuntung itu dan cuba menidakkan sejarah org2 Melayu dibumi Nusantara ini ??? Baca atikal dibawah ini:

Melayu : Penduduk Asal Tanah Melayu (Malaysia)
Kajian arkeologi : Melayu bukan pendatang tetapi penduduk asal di bumi Malaysia

SELASA, 13 JULAI 2010 17:46   
Oleh Shahfizal Musa (Ulang siar & edit atok zamany)

BANGI, 13 Julai 2010 – Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah  penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara.

Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi  (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifek itu adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di  Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.  Selain itu, penemuan  tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya Barbara  dalam tahun 1958  menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

Secara langsung, penemuan di Gua Niah  dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari Pemikiran Vienna ( Vienna School of Thought ) yang dikemukakan dalam tahun 1930an. Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari. Prof Nik Hassan Shuhaimi  bertanya:  “Adakah hanya kerana kapak batu ditemui di Malaysia orang Melayu telah berpindah dari utara ke selatan di Malaysia. Tidak terfikirkah mereka bahawa orang Melayu waktu itu juga boleh membuat kapak batu?”   Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010, di Bangi.

Beliau berkata penyelidikan arkelogi di UKM  sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah.

Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses   pembumiputraan kebudayaan India, kata Prof Nik Hassan.

Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika merasmikan seminar itu pada 12 Julai, berkata UKM telah melahirkan lebih 1,000 orang graduan dalam bidang arkelogi yang kebanyakanya kini terlibat dalam bidang ini di seluruh Malaysia.

Beliau berkata dalam usia 40 tahun UKM, para pakar arkeloginya yang diketuai oleh Prof Nik Hassan Shuhaimi  telah membuahkan hasil yang bermakna kepada sejarah negara dan memartabatkan warisan Kerajaan Melayu di Alam Melayu.  Sumber : UKM

Nah...itu adalah kajian akologi dari UKM. Keling tu buat kajian apa ?? Tiba2 nak kata bukan2 ?. Nak atur hidup orang Melayu ? Nak ubah sejarah ?

Yan na tambi... pegi bukak buku sejarah dulu, kemudian baru cakap

Bumi ini adalah Bumi Melayu, dikenali sebagai Tanah Melayu. Jika benar orang India menduduki Tanah Melayu sebelum Melayu, mengapa bumi ini tidak pernah dinamalan bumi India atau Tanah India?

Sedarlah, bangsa India duduknya di India, bangsa Cina duduknya di China. Orang India yang menjadi warga Malaysia bukanlah lagi bangsa India begitu juga orang Cina dan lain-lain bangsa. Cubalah kamu buang perkataan India pada bangsa kamu, apa jadi ??? Apa jatidiri kamu ???

Mereka sewajarnya menerima asimilasi jati diri bangsa Malaysia, menjadi bangsa Malaysia dan wajib menerima prinsip perlembagaan Malaysia. Ketahuilah bahawa Bangsa Melayu itu mula wujud secara terbuka apabila bangsa asal rakyat Melayu dan Raja2 Melayu (orang Melayu dan pribumi) bersetuju menerima kaum pendatang sebagai warga Tanah Melayu melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 21 Januari 1948. Ini semua sebab paksaan British kepada bangsa Melayu, hanya kerana untuk mencapai kemerdekaan, Kalau Melayu dikala itu ikut cakap Dato Onn Jaafar… kaum India dan Cina tidak mungkin dapat duduk sebagai politician, ahli dewan rakyat dll. Kamu akan terus merempat. Nak balik ke India pun tak akan diterima, nak balik ke China pun akan dihalau, Akhirnya kamu mati ditengah-tengah laut. Kamu dikira bernasib baik telah diterima sebagai rakyat Malaysia. Tapi sekarang kamu dah mula mahu naik pijak kepala Melayu. Lu banyak langsi, nanti you mati. Banyak kurang ajar. Kamu ingat Melayu mahu diam??? Kamu cuba..kalau kamu mahu Melayu Mengamuk, Kamu belum kena.. belun tahu. Kamu tengok itu Cina… apa pasal mereka diam tak mahu campur you punya kerja gila??? Sebab mereka sangat tahu pasal Melayu Mengamuk. Jangan Panggil Melayu Mengamuk, nanti 1000 tahun you akan ingat.

Ini fakta.. 

Kita sambung lagi berkenaan sejarah orang Melayu...

 

'Pembukaan Tanah Melayu' 

Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong, Yunani dan Arab Ke Dunia Melayu

Sebagai umat Islam pastinya tahu bahawa semua bangsa didunia ini adalah bermula dari Nabi Adam as dan Hawa. Kemudian selepas itu manusia bertebaran didunia ini dengan penghantaran anak2 Nabi Ibrahim as yang berlayar keseluruh dunia dan menurunkan baka keturunannya lelaki dan wanita disetiap benua diatas muka bumi ini. Dari sinilah mulanya perkembangan hidup manusia yang membiak dalam kumpulan masing2. Salah satu bangsa terawal adalah bangsa Melayu yg diturunkan dibenua Nusantara ini. Kemudian hadir pendatang dari Sungai Mekong setelah nereka diperangi bangsa2 yg hendak menakluki Negara mereka. Kemudian mereka berkahwin dgn bangsa2 Melayu yg telah ada disini yg dipanggil orang asal atau orang asli.

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.


Yunnan
 
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Teori migrasi Yunnan

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.
Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
*Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama   
   dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
*Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
*Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong

Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.


Pendatang-pendatang Hindu awal
 
Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara hanya beberapa ratus tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini mendirikan kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya atau Vijayanaggar yang bertahan selama 1400 tahun.

Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di dalam penulisan Tun Sri Lanang – Sulalatus As-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini kemudian.

Pada masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan Srivijaya yang mana kemudiannya pada era moden ini telah membentuk Malaysia, Indonesia dan Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari kerajaan-kerajaan kuno Burma, Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk negara-negara moden Indo-China seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.

Pengaruh serta kuasa-kuasa Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan penggunaan bahasa serta penulisan mereka di sini. Mereka juga menggelarkan Asia Tenggara dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang bermaksud ‘Tanah-Tanah Emas’.

 
Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.


Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan sekitar Asia Tenggara. Maka sememangnyalah tidak hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia amat berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga beliau melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut melakarkan peta dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.

Ini juga menunjukkan bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama memerhatikan keadaan di sekitar Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya sampai ke sini pada kurun ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa pendapat mengatakan bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan dari kalangan penduduk Iskandariah atau Alexandria yang mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great.

10,000 – 5,000 tahun dahulu- Neolitik

Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.

Pada era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.

35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
 

Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.

Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.

40,000 – 35,000 tahun dahulu – Paleolitik  

Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah dari kalangan mereka.

Pada waktu ini, mengikut kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang ditaja oleh National Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic Odyssey’, muka bumi keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia terutamanya di bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia dan sebagainya.
Apabila berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair dan membanjiri hampir separuh dari muka bumi terutamanya di bahagian utara. Manusia seperti yang kita ketahui iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih Salam pada ketika itu banyak tinggal atau menghuni sekitar Tanah Arab dan Afrika.

Mereka-mereka ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais mula cair. Ada di antara beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini, memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus sehingga China dan Mongolia. Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih untuk menetap terus di sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir sekali meneruskan perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari mereka ini kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.

Tamadun Awal 40,000 – 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu

 
Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.

Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.


Dari Blog di WordPress.com edit atok zamany

 
Tanah ini bumi Melayu
Oleh Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

ISU yang sedang hangat dibincangkan akhir-akhir ini terpusat pada satu dakwaan nakal, iaitu oleh kerana agama Hindu sudah bertapak 2,500 tahun di bumi Melayu, maka orang India tidak boleh dikategorikan sebagai kaum pendatang. 
 
Jika benar frasa di atas wujud seperti didakwa, maka izinkan saya melontarkan pertanyaan mudah seperti berikut.

Pertama, bumi ini adalah Melayu, dikenali sebagai Tanah Melayu. Jika benar orang India menduduki Tanah Melayu, mengapa bumi ini tidak pernah menjadi India?
Sedarlah, bangsa India duduknya di India, bangsa Cina duduknya di China. Orang India yang menjadi warga Malaysia bukanlah lagi bangsa India begitu juga orang Cina dan lain-lain bangsa.

Mereka sewajarnya menerima asimilasi jati diri bangsa Malaysia, menjadi bangsa Malaysia dan wajib menerima prinsip perlembagaan Malaysia.

Ketahuilah bahawa Bangsa Melayu itu mula wujud secara terbuka apabila bangsa asal rakyat Raja Melayu (orang Melayu dan pribumi) bersetuju menerima kaum pendatang sebagai warga Tanah Melayu melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 21 Januari 1948.

Ketahuilah, pada hakikatnya setiap warga Malaysia adalah bangsa Malaysia. Setiap warga Malaysia wajib menjunjung jati diri bangsa yang termaktub prinsip perlembagaan negara, iaitu:

a. Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan negeri-negeri
b. Setia kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu
c. Berbahasa Melayu dan boleh menulis Jawi
d. Mengamalkan nilai-nilai murni adat Melayu, adat anak negeri Sarawak dan adat anak negeri Sabah (bergantung di mana mereka tinggal)
e. Menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi lain serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang menjadi warga Malaysia
f. Mengamalkan hidup beragama dan kepercayaan bertuhan

Bukti sejarah kuno

Kedua, bumi (Semenanjung Tanah Melayu) ini adalah Melayu yang berada di Alam Melayu. Alam Melayu terdiri daripada 15 koloni semasa zaman keagungan Kerajaan Melayu Sriwijaya, malah sudah wujud Laut Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka.

Adanya orang Melayu di sini kerana tanahnya Melayu, kerajaannya Melayu dan ciri-ciri Melayu adalah identiti watan tanah air ini.

Sejarah manakah yang menafikan bumi ini Melayu? Bukankah dalam Ramayana dan Vayu Purana, tulisan Hindi kuno pada abad 3 Sebelum Masihi juga merujuk bumi ini Melayadvipa (Semenanjung Emas)?

Begitu juga halnya rekod Ptolemi sebagai Maleu-Kolon dan sumber Cina sebagai Ma-La-Yu.

Ketiga, Lembah Bujang bukanlah sebuah kerajaan hindu, candi-candi yang ditemui adalah tempat ibadat berupa persinggahan pedagang beragama hindu yang singgah sebelum tiba monsun untuk mereka pulang.

Adakah wujudnya sejumlah penganut Hindu itu menjadikan bumi ini India atau milik semua orang India?

Taat prinsip perlembagaan

Insaflah, Bangsa Malaysia terbentuk kerana Tanah Melayu bersekutu dengan Sabah dan Sarawak. Bahkan Sabah dan Sarawak dahulu pun di bawah Empayar Melayu, kemudiannya buat beberapa ketika mereka berkembang hingga berbeza identiti selepas tidak lagi berada di bawah kedaulatan Raja Melayu.

Apabila Perjanjian Malaysia ditandatangani, mereka kembali di bawah kedaulatan Raja Melayu.

Perlu ditegaskan, bangsa Malaysia itu adalah sesiapa yang menjadi warga secara sah dan wajib taat setia kepada prinsip perlembagaan negara.

Perlu juga dinyatakan bahawa Islam juga agama Nabi Adam AS. Nabi Muhammad SAW membawa syariat akhir zaman dan nabi terakhir yang diutuskan kepada alam ini.
Adalah tidak betul menganggap bahawa agama Hindu itu lebih awal wujud daripada agama Islam.

Akhirnya, ketahuilah bahawa wujudnya Malaysia tidak pernah menafikan jati diri watan bumi ini, termasuklah kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi.

Kedudukan itu bukanlah satu ciptaan yang dirunding antara kaum, tetapi warisan watan yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sedarlah bahawa bangsa asal itu adalah rakyat Raja Melayu sebelum wujud istilah bangsa. Setelah kita semua bernaung sebagai warga Malaysia, hormatilah prinsip undang-undang negara kerana di situlah terletaknya kedaulatan undang-undang.

Justeru, sedarlah bahawa Melayu dan orang Melayu bukan pendatang. Inilah bumi Melayu, inilah bumi Malaysia. Sesungguhnya Malaysia masih berada di Alam Melayu.
Janganlah sekali-kali menafikan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal tanah air ini. Pelbagai kaum yang diterima sebagai warga Malaysia, wajib menjunjung prinsip perlembagaan negara dengan hati terbuka dan taat.

Penulis adalah pemegang PhD Undang-Undang Perlembagaan (Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu) UKM & Penasihat Gabungan MI'RAJ



Daripada beberapa pendedahan yg atok buat ini berdasarkan penulisan dan kajian rakan2 bloger diatas, maka kita tahu sekarang kedudukan orang2 Melayu diTanah Melayu ini adalah bersifat kekal. Seribu rahmat kehadrat Allah SWT kerana menamakan tanah keramat ini dengan nama Tanah Melayu. Rupa2nya ia mengandungi seribu hikmah dikemudian hari dimana tiada bangsa didunia yg boleh rampas tanah ini dari tangan orang2 Melayu. Ia terpahat dibatu sejarah tak mungkin dapat sesiapa meluntur dan mengeluarkan nama itu kerana ia sejak azali telah termaktub begitu dan akan kekal hingga kiamat. Wallahua'lam

Atok Zamany