Saturday, August 16, 2014

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 25



Post40



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



BAB 104 : MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN PENGHUNI NERAKA JAHANAM.

Firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 19, mafhumnya;

“Inilah dua golongan yang berbantah-bantah tentang Tuhannya. Maka orang-orang kafir ini, dipotongkan pakaian mereka dari api Neraka dan dituangkan air yang sangat panas dari atas kepalanya”

Didalam surah Ibrahim ayat 50, mafhumnya;

“Pakaian mereka adalah dari pelakin (aspal atau tar) yang hitam dan muka mereka ditutup oleh api”.

Manakala didalam surah an-Naba’ ayat 21-28, mafhumnya;

“Sesungguhnya Neraka telah disediakan. Untuk tempat kembali bagi orang-orang durhaka. Sedang mereka tinggal didalamnya beberapa masa. Mereka tiada merasakan sejuk didalamnya dan tidak pula mendapat minuman. Kecuali minuman yang sangat panas dan nanah yang mengalir. Sebagai balasan yang setimpal dengan kesalahan mereka. Sesungguhnya mereka dahulu (semasa didunia) tidak mengharap (takut) akan (hari) dihisab (timbangan). Dan mereka dustakan ayat-ayat Kami dengan sebenar-benar dusta”.

Kemudian didalam surah al-Kahfi ayat 29, mafhumnya;

“...Kami sediakan untuk orang-orang aniaya Neraka, sedang mereka itu dilingkari oleh dindingnya. Jika mereka meminta tolong (air minuman), dituangkan dengan air seperti kotoran minyak yang membakar muka, (itulah) sejahat-jahat minuman dan sekeji-keji tempat (kembali)”.

Didalam al-Quran surah al-Ghaasiah ayat 5 & 6 pula menjelaskan mafhumnya;

“Diberi minuman dari mata (sumber) air yang sangat panas. Tidak ada untuk mereka makanan, kecuali pohon yang berduri”.

Dan didalam surah al-Haqqah ayat 35 & 36 yang mafhumnya;

“.Maka tidak ada baginya kawan dan saudara pada hari ini disini (didalam Neraka). Dan tidak pula makanan selain daripada darah dan nanah”.

Berkata al-Harawi, maksudnya ialah darah dan nanah dari penghuni Neraka itu sendiri, dan juga semua yang keluar atau mengalir dari tubuh badan mereka itu.

Diriwayatkan oleh al-Mubarak, dari Sufyan, dari Mansur, dari Ibrahim dan Abu Razin, tentang firman Allah, “Inilah (azab Neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat sejuk”. Mereka mengatakan, “Itu adalah nanah penghuni Neraka yang mengalir”. Kemudian ada pula yang mengatakan, “Itu adalah nanah yang sangat tebal dan sangat busuk baunya”

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Abdullah bin Amr bahawa ia berkata, “Al-Ghassaq (nanah) adalah nanah yang sangat tebal, dikatakan sekiranya setitis sahaja darinya jatuh didunia sebelah barat, penghuni disebelah timur akan mencium bau busuknya. Begitu juga sebaliknya.

Kemudian, ada pula yang mengatakan bahawa al-Ghassaq adalah merupakan cairan berbau busuk yang sangat sejuk. Berkata Ka’ab, “Al-Ghassaq adalah merupakan sebuah mata air didalam Jahanam yang mengalirkan air yang sangat panas dan mengeluarkan bau busuk. Pada hari kiamat nanti, seseorang yang dibenamkan sekali saja kedalamnya, kulit dan dagingnya akan terlerai (terpisah) dari tulang. Lalu ia akan menyeret dagingnya itu seperti ia menyeret pakaiannya. Ada pun yang dimaksudkan dari firman Allah “..sebagai pembalasa yang setimpal”, adalah yang sesuai dengan amal perbuatan mereka yang sangat buruk”..

Para Ulama tafsir berbeza pandapat berkenaan kalimah “dhari” (pohon yang berduri). Ada yang mengatakan ‘adh-dhari’ adalah sepohon  tumbuhan yang tumbuh semasa musim menyemai (musim yang subur). Jika tiba musim kemarau, ia akan menjadi kering dan layu. Jika ia berdaun, maka dipanggil dengan nama ‘syibraq’. Tetapi apabila daunnya berguguran, maka ia disebut ‘dhari’. Binatang Unta suka memakannya semasa daunnya berwarna hijau segar. Tetapi jika sudah layu, unta tidak lagi suka memakannya.

 Ada diantara mereka yang mengatakan ‘adh-dhari’ ialah sebuah batu (dalam Neraka) dan ada pula yang mengatakannya ialah ‘zaqum’ seperti yang disebut didalam surah al-Waqiah itu. Iaitu merupakan sebuah jurang didalam Jahanam. Lihat Tafsir ath-Thabari.

Menurut para ulama tafsir, akar pohon zaqum itu berada dipintu Neraka keenam. Kalau pohon-pohon lain hidup berkat siraman air yang sejuk, pohon zaqum hidup berkat nyalaan api Neraka. Oleh kerana itu penghuni Neraka yang berada diatas harus turun untuk memakannya.

 Berkenaan dengan firman Allah, “Sesungguhnya pohon zaqum itu, makanan orang yang banyak dosa. (Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih didalam perut”, Abu Imran al-Juwani mengatakan, “Saya dengar setiap kali seorang penghuni Neraka menggigit  pohon zaqum, maka pohon itu akan mengigit mereka pula. Yang dimaksudkan dengan minyak ialah cairan dari perak dan tembaga. Ada pula yang mengatakan minyak itu berwarna hitam pekat”.


BAB 105: LAPAR DAHAGA YANG MEREKA ALAMI SERTA SERUAN PENGHUNI NERAKA.

Firman Allah didalam surah al-A’raaf ayat 50, mafhumnya;

“Orang-orang penghuni Neraka menyeru orang-orang penghuni Syurga: Tumpahkanlah air untuk kami, atau sebahagian rezeki yang dianugrahkan Allah kepada mu. Mereka itu menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang-orang kafir”.

Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Muhammad bin Ka’ab al-Qarzhi bahawa ia berkata, “Penghuni Neraka menyeru sebanyak lima kali, dan Allah menjawab mereka pada seruan yang keempat. Tetapi pada seruan kelima, mereka tidak lagi mampu berbicara untuk selama-lamanya”.

Seperti yang difirmankan Nya didalam surah al-Mu’min ayat 11 yang mafhumnya;

“Mereka berkata: Ya Tuhan kami, Engkau matikan kami dua kali dan Engkau hidupkan kami dua kali pula, maka kami mengaku dosa kami. Adakah jalan untuk keluar (dari dalam Neraka itu)”.

Kemudian Allah berfirman dan menjawab persoalan mereka didalam surah yang sama pada ayat ke 12, mafhumnya;

“Itu, sebabnya ialah apabila diseru Allah satu-satuNya. Kamu ingkar akan Dia dan jika dipersekutukan dengan yang lain, kamu beriman kepada Nya (sekarang), hukuman itu (terserah) kepada Allah yang Mahatinggi dan Mahabesar”.
                      
Lalu mereka berkata lagi didalam surah as-Sajdah ayat 12, mafhumnya;

“...(lalu mereka berkat): Ya Tuhan kami, telah kami lihat dan telah kami dengar (seksa yang kami ingkari dimasa lalu), sebab itu kembalikanlah kami (keatas dunia semula), supaya kami kerjakan amalan soleh, sesungguhnya kami telah yakin (setelah melihat kejadian seksaan yang hebat)”.

Kemudian dijawab Allah didalam surah yang sama ayat 14, mafhumnya;

“Oleh itu rasakanlah olehmu (seksaan itu), kerana kamu telah melupakan pertemuaan dihari ini (hari kiamat), sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula dan rasakanlah olehmu seksaan yang kekal kerana (dosa) yang telah kamu kerjakan”.

Kemudian mereka berkata didalam surah Ibrahim ayat 44, mafhumnya;

“...Ya Tuhan kami, Beri tangguhlah kami, hingga masa yang dekat, supaya kami perkenankan seruan Engkau dan kami ikuti rasul-rasul”.

Lantas dijawab Allah dihujung ayat ini (ayat 14 itu) didalam surah yang sama, mafhumnya;

“...Apa tidakkah kamu telah bersumpah dahulu (didunia), bahawa kamu tidak akan lenyap (mati)?”.

Mereka berkata lagi didalam surah Faathir 37, mafhumnya;

“... Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari dalam Neraka ini), nanti kami kerjakan amalan soleh, bukan pekerjaan yang telah kamu kerjakan dahulu..”.

Seterusnya dijawab Allah dengan firman Nya didalam ayat yang sama (diakhir ayat ini) dengan mafhumnya;

“... Tidaklah Kami lanjutkan umur kamu, sehingga dapat pengajaran orang yang mahu menerima pengajaran dan telah datang kepadamu pemberi peringatan (nabi-nabi dan rasul-rasul) ?.  Maka rasailah olehmu (seksaan itu), maka tidak adalah pertolongan bagi orang-orang aniaya”.

Mereka berkata lagi didalam surah Mukminuun ayat 106 dan 107, mafhumnya;

“Mereka berkata: Ya Tuhan kami,  kami telah dikalahkan oleh kecelakaan kami dan adalah kami kaum yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka, jika kami kembali (mendustakan Engkau) sesungguhnya kami orang yang aniaya”.

Mereka kemudian ditempelak dengan firman Allah didalam ayat 108 didalam surah yang sama, mafhumnya;

“Allah berfirman: Cis ! diamlah kamu didalamnya dan janganlah kamu berbicara dengan Ku”.

Maka setelah itu mereka pun diam dan tidak lagi dapat berbicara dengan Allah untuk selama-lamanya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak secara lebih panjang lagi, dari al-Hakam bin Umar bin Laila, dari Amir, dari Muhammad bin Ka’ab al-Qarzhi bahawa ia berkata, “Aku mendengar bahawa kelak para penghuni Neraka meminta tolong kepada para Malaikat penjaga Jahanam, seperti yang dipetik dari firman Allah didalam surah al-Mukmin ayat 49, mafhumnya; “Berkata orang-orang yang didalam Neraka kepada Malaikat penjaga Neraka: Tolonglah mintakan kepada Tuhanmu supaya diringankan seksaan daripada kami, meskipun sehari saja”. Tetapi para Malaikat penjaga Neraka itu sebaleknya bertanya kepada mereka didalam ayat seterusnya (ayat 50 surah Mukmin) mafhumnya: “Berkata Malaikat: Tidakkah datang kepadamu rasul-rasul dengan (membawa) keterangan ?. Sahut mereka itu: Ya (ada). Berkata Malaikat: Maka mintalah olehmu sendiri (berdoa). Dan tiadalah permintaan orang-orang kafir itu, melainkan didalam kesesatan (sia-sia sahaja)”.

Ketika mereka merasa putus asa kerana permintaan mereka tidak dilayan oleh Malaikat-malaikat penjaga Jahanam, lalu mereka pergi pula bertanya kepada Malaikat Malek yang selalu mengawasi mereka sambil duduk dikerusi ditengah-tengah Jahanam dekat dengan Jembatan Sirat tempat laluan para Malikat azab, lalu mereka berkata yang difirmankan Nya didalam surah az-Zukhruf ayat 77, mafhumnya;

“Mereka menyeru: Hai Malek (ketua Malaikat penjaga Neraka), hendaklah Tuhanmu mematikan kami...”

Sebenarnya, Malaikat Malek tidak terus menjawab soalan mereka itu. Dia tidak melayan pertanyaan mereka dan mendiamkan diri selama lapan puluh tahun. Setahun bersamaan dengan tiga ratus enam puluh hari. Sebulan bersamaan dengan tiga puluh hari, dan sehari (dialam akhirat) seperti yang digambarkan didalam surah al Hajj ayat 47, mafhumnya;

“Adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung”.

Jadi, bayangkanlah berapa lamanya dia mendiamkan diri itu. Dan setelah lapan puluh tahun berlalu barulah Malaikat Malek berkata-kata kepada mereka, iaitu sambungan pada ayat diatas iaitu;

“...Sahut Malek: Sesungguhnya  kamu mesti diam ! (tidak berkata-kata dan terus saja tinggal disitu)”.

Mendengarkan jawapan dari Malaikat Malek itu, mereka menjadi lebih berputus asa lalu masing-masing diantara mereka berkata: “Wahai kawan-kawan, seperti yang kamu lihat sendiri kita sekarang sedang mengalami cobaan dan azab. Sebaleknya kita mestilah bersabar. Barangkali dengan kita bersabar adalah lebih berguna kepada diri kita, seperti kesabaran orang-orang mukmin dalam mentaati Allah”. Lalu mereka sepakat bersabar dengan azab itu. Setelah beberapa lama bersabar, mereka kembali mengeluh dan berseru, seperti didalam firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 21 yang mafhumnya;

“(Sekarang) sama saja, kita berkeluh kesah atau bersabar, tidak adalah bagi kita tempat (untuk) melarikan diri”.


Pada waktu itu bangkitlah Iblis dan berkata-kata seperti firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 22 yang mafhumnya;

“Berkata Syaitan: Setelah diputuskan hukuman itu (selepas Timbangan Mizan). Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu  dengan janji yang benar dan aku menjanjikan pula kepadamu, tetapi aku memungkiri janjiku. Tidak ada kekuasaan bagiku keatas kamu, kecuali bahawa aku menyerumu, lantas kamu terima. Sebab itu janganlah mencercaku dan cercalah dirimu sendiri. Aku tiada dapat menolongmu dan kamu tiada dapat menolongku. Sesungguhnya aku ingkar akan apa yang kamu persekutukan dengan ku dimasa dahulu (didunia)...”.

Setelah mendengar kenyataan Iblis ini, mereka jadi huruhara dan mengutuk diri sendiri sebab kebodohan mereka tertipu dengan hasutan Syaitan dan Iblis dimasa lalu semasa didunia hingga mereka menjadi kafir dan sentiasa mendustakan ayat-ayat Allah serta meperolok-olok seruan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang telah diutuskan kepada mereka. Mereka membenci diri mereka sendiri dan Malaikat Malek pula menyeru kepada mereka seperti didalam firman Allah didalam surah al-Mukmin ayat 10 dan 11 yang mafhumny;

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir diseru (pada hari kiamat kelak), Sesungguhnya kebencian Allah (kepadamu) terlebih besar dari kebencian kamu kepada dirimu, ketika kamu diseru kepada keimanan, lalu kamu kafir (ingkar akan Dia). Mereka berkata: Ya Tuhan kami, Engkau matikan kami dua kali dan Engkau hidupkan kami dua kali pula, maka kami mengakui dosa kami, adakah jalan untuk keluar (dari dalam Neraka ini) ?”.

Maka dijawab oleh Malaikat Malek lagi didalam surah yang sama al-Mukmin pada ayat 12, mafhumnya;

“Itu sebabnya, apabila diseru Allah satu-satunya (Tuhan), kamu ingkar akan Nya dan (kamu) persekutukan dengan  (tuhan) yang lain (kafir), kamu beriman kepada Nya (sekarang). Hukuman itu (terserah) kepada Allah yang Mahatinggi lagi Mahabesar”.

Kenyataan diatas tadi adalah merupakan seruan penghuni Neraka pada kali pertama. Kemudian mereka menyeru pula untuk kali kedua iaitu seperti firman Allah didalam surah as- Sajadah ayat 12 yang mafhumnya;

“..., ketika orang-orang berdosa menundukkan kepalanya disisi Tuhannya (lalu berkata): Ya Tuhan kami,  telah kami lihat dan telah kami dengar (seksa yang kami mungkiri masa dahulu), sebab itu kembalikanlah kami (keatas dunia), supaya kami kerjkan amal soleh, sungguh kami telah yakin (setelah mengalami seksaan pedih Neraka itu)”.

Kemudian Allah (menjawab) dengan firman Nya kepada mereka seperti didalm surah (yang sama) as- Sajadah pada  ayat 13 dan 14 yang mafhumnya;

“Jikalau Kami kehendaki, nescaya Kami berikan petunjuk kepada tiap-tiap orang (Allah boleh saja membuat seluruh manusia itu menjadi mukmin Islam yang taat), tetapi telah tetaplah perkataan Ku, bahawa akan Ku penuhkan Neraka Jahanam dengan Jin dan Manusia sekliannya (yang menjadi jahil sesat dan kafir ingkar). Sebab itu rasailah olehmu (seksa itu), kerana kamu telah melupakan pertemuaan hari ini (mengingkari adanya hari kiamat), sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula, dan rasailah olehmu seksa yang kekal kerana (dosa) yang telah kamu kerjakan”.

Itulah seruan mereka yang kedua kalinya. Berikut merupakan seruan mereka kali ketiga pula yang telah difirmankan Nya didalam surah Ibrahim ayat 44 mafhumnya;

“...Lalu berkata orang-orang aniaya: Ya Tuhan kami !, Beri tangguhlah kami (kembali kedunia), hingga masa yang dekat (walaupun dalam masa yang singkat), supaya kami perkenankan seruan Engkau dan kami ikuti Rasul-rasul...”.

Kemudian dijawab dengan firman Nya (sambungan ayat 44 diatas) dari ayat 44 hingga 46 didalam surah yang sama,  mafhumnya;

“...Apa tidakkah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa kamu tidak akam lenyap (mati). Kamu tinggal (termasuk) pada orang-orang yang aniaya kepada dirinya dan telah nyata bagimu, bagaimana Kami perbuat terhadap mereka (menghukum mereka) dan Kami terangkan kepadamu beberapa contoh (perumpamaan). Sungguh mereka telah memperdayakan (memesongkan ayat-ayat dan menidakkan hukuman) dengan tipu daya dan disisi Allah (balasan) tipu daya mereka. Sedang tipu daya mereka itu tidak akan menggoyangkan gunung-gunung (seperti anjing menyalak bukit yang cuba  menghalang kebenaran)”.

Setelah seruan ketiga itu, mereka menyeru lagi buat kali keempat yang telah dinyatakan pada firman Allah didalam surah al-Faathir ayat 37 yang mafhumnya;

“Mereka disana memekik minta tolong (katanya): Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari dalam Neraka ini), nanti kami kerjakan amalan soleh, bukan pekerjaan yang telah kamu kerjakan dahulu..”.

Seterusnya dijawab Allah dengan firman Nya didalam ayat yang sama (diakhir ayat ini) dengan mafhumnya;

“... Tidaklah Kami lanjutkan umur kamu, sehingga dapat pengajaran orang yang mahu menerima pengajaran dan telah datang kepadamu pemberi peringatan (nabi-nabi dan rasul-rasul) ?.  Maka rasailah olehmu (seksaan itu), maka tidak adalah pertolongan bagi orang-orang aniaya”.

Setelah itu mereka didiamkan untuk satu jangmasa yang hanya Allah saja yang tahu. Seterusnya mereka disoal Allah SWT dengan firmannya didalam surah al-Mukminuun ayat 105 yag mafhumnya;

 “Tidakkah ayat-ayat Ku dibacakan  kepadamu , lalu kamu  mendustakannya ?”.

Apabila mendengar saja seruan itu, mereka berkata sesama mereka dengan perasaan lega, “Tuhan kami telah redha”. Pada saat inilah mereka menyeru buat kali kelima sebagaimana yang difirmankan Nya didalam surah al- Mukmunnun ayat 106 dan 107, mafhumnya;

“Mereka berkata: Ya Tuhan kami,  kami telah dikalahkan oleh kecelakaan kami dan adalah kami kaum yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka, jika kami kembali (mendustakan Engkau) sesungguhnya kami orang yang aniaya”.

Mereka kemudian ditempelak dengan firman Allah didalam ayat 108 didalam surah yang sama, mafhumnya;

“Allah berfirman: Cis ! diamlah kamu didalamnya dan janganlah kamu berbicara dengan Ku”.

Sejak dari itu mereka kehilangan harapan langsung dan tidak lagi mahu memohon kepada Allah lagi. Hal ini digambarkan Allah didalam firmannya didalam surah Thuur ayat 25, mafhumnya;

“Setengah mereka berhadap-hadapan dengan yang lain, lalu tanya bertanya (berkata-kata sesama mereka)”.

Menurut al-Azhar bin Abu al-Azhar, itulah maksud firman Allah didalam surah al-Mursalat ayat 35 dan 36, mafhumnya ;

“Inilah hari mereka tidak dapat berbicara. Dan mereka tidak diizinkan untuk meminta uzur”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Sa’id bin Abu Arubah, dari Qatadah, dari Abu Ayyub, dari Abdullah bin Amr Ibnu ‘Ash bahawa ia berkata, “Sesungguhnya penghuni Neraka memanggil Malaikat Malek, tetapi dia tidak mahu melayan panggilan mereka selama empat puluh tahun. Setelah itu barulah dia menjawab dengan mengatakan seperti yang terdapat didalam al-Quran surah az-Zukhruuf ayat 77, mafhumnya;

“.. Sahut Malek: Sesungguhnya  kamu mesti diam ! (tidak berkata-kata dan terus saja tinggal disitu)”.

Melihat Malikat Malek tidak mahu melayan kehendak mereka, lalu mereka terus sahaja menyeru kepada Allah SWT, seperti yang difirmankanNya didalam surah al-Mukminnun ayat 106 dan 107, mafhumnya;

“Mereka berkata: Ya Tuhan kami,  kami telah dikalahkan oleh kecelakaan kami dan adalah kami kaum yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka, jika kami kembali (mendustakan Engkau) sesungguhnya kami orang yang aniaya”.

Allah mendiamkan saja mereka selama dua kali lipatganda umur dunia. Setelah itu barulah Allah berfirman dan  Mereka kemudian ditempelak seperti firman Allah didalam ayat 108 didalam surah yang sama, mafhumnya;

“Allah berfirman: Cis ! diamlah kamu didalamnya dan janganlah kamu berbicara dengan Ku”.

Setelah itu mereka langsung tidak lagi berani berkata-kata walau sepatah pun (berkenaan mahu keluar dari Neraka). Mereka hanya boleh menarek nafas dan menghembuskannya dengan rintihan kepedihan akan seksa api Neraka Jahanam itu. Suara mereka seperti keladai. Mula-mula mereka menghembuskan nafas, kemudian menarek nafas semula dengan rintihan.

Diriwayatkan moleh atz-Tirmidzi, dari Syahr bin Hausyab, dari Umud Darda’, dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah bersabda, “Penghuni Neraka akan diserang rasa lapar yang luar biasa selain seksa yang sedang mereka alami. Mereka meminta pertolongan, lalu diberikan pertolongan kepada mereka berupa makanan pohon berduri yang tidak mengemokkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar. Mereka meminta tolong supaya diberikan makanan yang lain, lalu diberikan mereka makanan yang menyumbat kerongkong. Apabila ingat kerongkong yang sewaktu didunia boleh diberikan minuman (untuk menghilangkan tercekek makanan), lalu mereka pun meminta minuman. Maka, disuakan kepada mereka air mendidih dengan menggunakan togkat besi. Apabila diminum sahaja oleh mereka, wajah mereka terus hangus dan berubah menjadi buruk, dan ketika mereka menelan air itu, semua isi perut mereka terpotong- potong. Mereka memanggil para Malaikat penjaga Jahanam. Tetapi, para Malaikat itu sebaliknya bertanya, ‘Dan apakah belum datang kepadamu Rasul-rasulmu dengan membawa keterangan ?’. Mereka menjawab: ‘Ya.. sudah datang’. Penjaga-penjaga Jahanam itu berkata, ‘Berdoalah kamu’. Dan doa orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka’. Panggillah Malaikat Malek, Mereka berkata : Hai Malek, biarkanlah Tuhanmu membunuh kami saja. Malaikat Malek menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal disini (didalam Neraka)’”.

Berkata A’masy, “Jarak waktu diantara seruan mereka dengan jawapan dari Malaikat Malek ialah selama seribu tahun. Para Malaikat penjaga Jahanam berkata, ‘Berdoalah kepada Tuhanmu, kerana tiada yang lebih baik daripada Tuhanmu’. Lalu mereka pun berdoa, ‘Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (hidupkan kami semula kedunia), maka jika kami kembali (menjadi kafir semula), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim’. Allah menjawab: ‘Tinggallah kamu dengan hina didalamnya dan janganlah kamu berbicara lagi dengan Ku’. Pada saat itulah  mereka merasa putus asa untuk mendapatkan pertolongan lagi. Mereka merasa benar-benar keciwa dan sebagai orang yang paling celaka dan merugi’”.

Riwayat diatas itu tadi telah diketengahkan secara marfu oleh Quthbah bin Abdul Aziz, dari al-A’masy, dari Syamr bin Athiyah, dari Syahr, seorang perawi yang dianggap jujur oleh para ulama ahli hadis. Tetapi, ada pula diantara mereka yang menganggap riwayat tadi mauquf pada Abu Darda’. Waallaua’lam.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Sa’id al-Khudri berkenaan firman Allah, “Dan mereka didalam Neraka itu dalam keadaan cacat”. Nabi saw. bersabda, “Setelah membakar wajah mereka menjadi hangus, api Neraka lalu menyambar dengan pantas bibir mereka dibahagian atas lalu menyingsing (naik) keubun-ubunnya. Kemudian turun kebibir bawah dan menghentam perutnya. Yang mengelilingi Neraka itu ada empat dinding (penjuru). Tebal setiap dinding adalah sejauh perjalanan selama empat puluh tahun. Seandainya satu timba (penyedok air) saja darah bercampur nanah yang ada di Neraka disiramkan kedunia, nescaya seluruh penduduk dunia akan mencium bau busuknya”. Kata Tirmidzi, hadis ini hasan, sahih dan gharib.

Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, “Yang dimaksudkan firman Allah ‘dengan air seperti besi yang mendidih’ itu ialah seperti mendakkan minyak. Baru didekatkan saja kewajahnya, kulitnya terus terlerai (terlucut jatuh)”, Kata Tirmidzi, hadis ini dia ketahui hanya dari Rasydin bin Sa’ad, seorang perawi yang hafalannya buruk.

        Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Abu Umamah berkenaan firman Allah, “Dan dia akan diberi minuman dari air nanah”. Nabi saw. bersabda, “Minuman itu didekatkan kemulutnya, ia langsung tidak menyukainya. Dan apabila didektkan saja kepadanya, wajahnya terus hangus terbakar dan kulit kepalanya terkupas. Dan apabila meminumnya (kerana terpaksa), ususnya (perutnya) terus terpotong-potong (hancur luluh) dan keluar melalui duburnya. Allah berfirman didalam surah Muhammad ayat 15, ‘Dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga terpotong-potong ususnya’. Allah juga berfirman didalam al-Kahfi ayat 29, ‘Dan jika mereka meminta minuman, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling keji’”. Kata Tirmidzi, hadis ini gharib.

Imam atz-Tirmidzi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa setelah ia membaca ayat, “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam”. Rasulullah saw bersabda, “Seandainya satu titis saja minuman zaqum dititiskan didunia, nescaya dapat merosakkan seluruh kehidupan penduduknya. Bagaimana dengan orang yang meminumnya ?”. Berkata Abu Isa atz-Tirmidzi, hadis ini hasan sekaligus sahih. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah.



BAB 106: TANGISAN DAN SEKSAAN PALING RINGAN DI NERAKA  JAHANAM.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Imran bin Zaid ats-Tsa’labi, dari Yazid ar Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Wahai manusia, menangislah. Kalau kamu tidak boleh menangis, pura-puralah menangis. Sesungguhnya air mata peghuni Neraka itu kelihatan berlinang diwajah mereka seolah-olah seperti sebuah anak sungai. Setelah air matanya habis, maka mengalirlah darah menggenangi mata sehingga boleh untuk berjalan sebuah perahu”.

Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari al-A’masy, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Tangisan dikirim kepada penghuni Neraka. Mereka terus menangis. Mereka akan terus menangis hingga menghabiskan air mata. Lalu mereka menangis mengeluarkan air mata darah sehingga kelihatan diwajah mereka seperti ada sebuah sungai yang boleh untuk belayarnya perahu”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah bersabda, “Penghuni Neraka yang paling ringan seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seseorang yang dibahagian lekok sepasang tapak kakinya menyentuh dua longgok bara api dan terus membuat otaknya mendidih”.

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari secara mauquf bahawa ia berkata, “Sesungguhnya penghuni Neraka menangis mengeluarkan air mata di Neraka. Begitu banyaknya air mata yang keluar sehingga boleh belayar sebuah perahu. Setelah air mata habis, mereka menangis mengeluarkan darah. Demi seperti yang mereka alami itu, maka hendaklah kamu menangis”.

Kata Syeikh al-Qurthubi (pengarang kitab ini), “Pekara itu bersumber dari maksud beberapa riwayat hadis yang telah dikemukakan diatas. Disebutkan didalam al-Quran surah at-Taubah ayat 82 mafhumnya, “Hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah banyak menangis, kerana balasan apa yang mereka usahakan”.

Disebut didalam sahih at-Tirmidzi sebuah hadis dari Abu Dzar bahawa Nabi saw. bersabda, “Demi Allah, seandainya kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan jarang tertawa dan akan selalu menangis. Sesiapa yang selalu menangis kerana takut dan khuwatir pada (seksa) Allah, nescaya ia akan selalu tertawa diakhirat nanti. Menceritakan soal penghuni Syurga, Allah berfirman, ‘Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada ditengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan azab)’. Dan bila menceritakan soal penghuni Neraka, Allah berfirman, ‘Dan apabila orrang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira’. Dan dari mereka kamu tertawa”.


BAB 107: SETIAP MUSLIM MENJADIKAN ORANG-ORANG KAFIR SEBAGAI TEBUSANNYA DI NERAKA JAHANAM.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Jabarah Ibnul-Mughallas, dari Abul A’la bin Abu Musawir, dari Abu Burdah, dari ayahnya bahawa Rasulullah bersabda, “Ketika pada hari kiamat nanti Allah selesai mengumpulkan seluruh makhluk, Dia mengizinkan umat Muhammad untuk bersujud. Maka mereka semua sujud cukup lama. Kemudian dikatakan, ‘Angkatlah kepala kamu. Sesungguhnya Kami telah menjadikan bekal kamu sebagai tebusan kamu dari Neraka’”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Jabarah Ibnul-Mughallas, dari Katsir bin Sulaiman, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya umat ini adalah umat dirahmati. Mereka diseksa oleh kerana perbuatan mereka sendiri. Pada hari kiamat nanti, setiap dari kaum muslimin akan diserahkan padanya seorang dari kaum musrikin (kafir), lalu dikatakan kepadanya, ‘Inilah tebusanmu dari Neraka’”.

Pada hemat saya (Syeikh al-Qurthubi, penulis kitab ini), walaupun sanad kedua hadis diatas itu tadi tidak kuat, bahkan jika menurut ad-Daruquuthni bahawa Jabarah Ibnul-Mughallas itu seorang perawi yang hadisnya ditinggalkan, tetapi ia mengandungi makna yang sangat positif berdasarkan hadis Muslim.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Burdah dari Abu Musa bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat kelak, setiap orang muslim akan diberikan Allah seorang Yahudi atau seorang Nasrani, lalu Allah berfirman, ‘Ini tebusanmu dari Neraka’”.

Dalam riwayat Muslim yang lain disebutkan, “Setiap orang muslim yang meninggal dunia, Allah memasukkan ditempatnya dalam Neraka seorang Yahudi atau seorang Nasrani”. Amirulmukminin Umar bin Abdul Aziz meminta Abu Burdah mesti bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali, bahawa ayahnya benar-benar mendapatkan cerita hadis tersebut dari Rasulullah. Maka Abu Burdah pun bersumpah dihadapannya.

Menurut para ulama, secara lahiriahnya hadis-hadis tadi nampak bersifat umum, namun sebenarnya ia tidak sedemikian kerana pekara-pekara itu hanya berlaku kepada orang-orang mukmin yang berdosa yang diberi Allah rahmat serta keampunan Nya. Kepada setiap dari mereka, Allah kurniakan seorang kafir sebagai penebus dari Neraka Jahanam. Mereka berpandukan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Muhammad bin Amar bin Ubbad bin Jabalah bin Abu Rawwad, dariHarmi bin Ummarah, dari Syaddad alias Abu Thalhah ar-Rasibi, dari Ibnu Abbas, dari Ghailan bin Jarir, dari Abu Burdah dari ayahnya bahawa Nabi saw bersabda, “Pada hari kiamat nanti didatangkan beberapa orang kaum Muslimin dengan dosa-dosa seperti gunung, lalu Allah mengampunkan mereka. Kemudian Dia membebankannya kepada orang Yahudi dan Nasrani”.

Menurut para ulama tafsir itu, apa yang dimaksudkan dengan perkataan... “lalu Allah mengampunkan mereka” ialah, bahawa Allah tidak menuntut pada mereka akan dosa-dosa mereka, sehingga seolah-olah mereka tidak pernah membuat dosa.

Ada pun yang dimaksudkan dengan perkataan... “Kemudian Dia membebankannya kepada orang Yahudi dan Nasrani” ialah, sesungguhnya Allah melipatgandakan dosa-dosa bagi mereka. Disamping dosa-dosa mereka yang sedia ada, mereka diazab juga dengan dosa-dosa kaum Muslimin yang dibebankan kepada mereka. Itu tadi merupakan salah satu dari pendapat sebahagian ulama, kerana ada yang berpandapat bahawa Allah tidak akan menuntut seseorang kerana dosa orang lain sebagaimana yang telah difirmankan Nya didalam surah az-Zumar ayat 7, yang mafhumnya; “...Seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lainnya...”. Tetapi yang jelasnya ialah Allah yang Mahasuci berhak untuk melipatgandakan atau meringankan seksa bagi sesiapa jua pun yang Dia kehendaki, sebab apa juga yang dilakukan Nya tidak boleh dipertikaikan dan diminta dipertanggungjawabkan.

Menurut mereka, maksud sabda Nabi saw didalam riwayat yang lain perkataan “Setiap orang muslim yang meninggal dunia, Allah memasukkan ditempatnya dalam Neraka seorang Yahudi atau seorang Nasrani” ialah, seorang Muslim yang berdosa yang seharusnya mendapat tempat di Neraka, ia boleh diampunkan Allah sehingga tempatnya di Neraka itu digantikan dengan seorang Yahudi atau Nasrani untuk diseksa disana sebagai tambahan disamping seksaannya sendiri akibat kekufurannya itu.

Pekara ini dijelaskan lagi dengan sabda Nabi saw dalam sebuah hadis dari Anas yang menyatakan bahawa kepada seorang Muslimin yang boleh menjawab soalan kuburnya lalu Malaikat itu berkata, “ Lihat itu tempatmu di Neraka sudah digantikan oleh Allah dengan sebuah tempat di Syurga”.

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), hadis-hadis tersebut merupakan dalil bahawa setiap kaum Muslimin, baik yang berdosa atau pun tidak, memiliki dua tempat kembali serentak. Iaitu satu tempat di Syurga dan satu lagi di Neraka. Ini berpandukan firman Allah didalam surah al-Mukminun ayat 10, mafhumnya; “Mereka itulah orang-orang yang mempusakai”. Maksudnya orang-orang yang beriman akan mempusakakan atau mewariskan tempatnya di Neraka kepada orang-orang kafir sebagaimana  yang akan saya jelaskan nanti, insyaallah.

Itu juga maksud hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya ketika seorang hamba sudah dimasukkan kedalam kuburan...”, seperti yang telah diperkatakan diatas tadi. Tetapi keadaan mereka itu berbeza-beza. Ada yang mewariskan tempatnya di Neraka kepada orang kafir dan ada pula yang tidak perlu melalui dihisab sama sekali. Ada yang perlu menjalani hisab terlebih dahulu. Ada yang hisabnya diringankan dan ada pula hisabnya dipersulitkan atau disusahkan Nya.

Mungkin juga Syurga yang mereka perolehi adalah disebabkan anugrah Allah semata-mata yang hanya diberikan kepada mereka sebagai pewaris, bukan atas sebab yang lain.


BAB 108: MAKSUD FIRMAN  ALLAH BERKENAAN PERTANYAAN NERAKA DAN BERKENAAN TAMBAHAN SEKSAAN.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw telah bersabda, “Mestipun terus diisi namun Neraka Jahanam bertanya, ‘Masih adakah tambahan ?. Hingga ketika Allah yang Mahamulia meletakkan kaki Nya didalam Jahanam dan sebahagian dikumpulkan dengan sebahagian yang lain, barulah ia berkata, ‘Cukup...cukup. Demi KemuliaanMu dan KedermawananMu. Didalam Syurga selalu ada sisa tempat yang kosong hingga Allah menciptakan makhluk yang lain lagi’. Kemudian Allah menempatkan mereka ditempat kosong yang berada di Syurga”.

Didalam hadis yang lain riwayat Muslim, dari Abu Hurairah disebutkan, “Ada pun Neraka belum juga penuh hingga akhirnya ketika Allah meletakkan kaki Nya didalamnya, lalu Neraka berkata, ‘Cukup...cukup disana sudah penuh dan sebahagian sudah dikumpulkan dengan sebahagian yang lain. Allah tidak merugikan seorang pun dari makhluk Nya. Ada pun Syurga, sesungguhnya Allah masih boleh menciptakan makhluk yang lain baginya’”.


FAKTA:

Mengenai ucapan Neraka, “Masih adakah tambahan”, para ulama mempunyai dua penafsiran. Pertama, Allah telah berjanji kepada Neraka akan memenuhinya. Allah berfirman, “Adakah kamu sudah cukup?”. Neraka menjawab, “Masih adakah tambahan?”. Jawapan itu menunjukkan bahawa isinya sudah merasa penuh. Dengan kata lain “Pelahan-lahan, perutku sudah penuh”. Ini merupakan penafsiran Mujahid dan yang lainnya. Kedua, kata-kata Neraka itu bermaksud, “Tambahkanlah ku lagi”. Ia menjawab seumpama itu seolah-oleh melepaskan kemarahannya kepada para penghuni Neraka, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Mulk ayat 8 mafhumnya;

“Neraka itu hampir pecah belah, kerana kemarahan. Tiap-tiap dilemparkan sebahagian kaum kedalamnya lalu (Malaikat-malaikat) penjaganya bertanya, ‘Tiadakah datang kepadamu pemberi peringatan (Rasul-rasul)’”.

Kemudian maksud sabda Nabi saw, “Sampai dia meletakkan telapak kaki Nya didalamnya”. Dalam riwayat lain disebutkan, “Hingga Allah meletakkan telapak kaki Nya padanya”. Didalam riwayat yang lain pula disebutkan, “Hingga Dia meletakkan kaki Nya”, tampa ada perkataan “didalamnya” atau “padanya”. Pekara tersebut merupakan ungkapan berkenaan penghuni Neraka yang terakhir masuk Syurga. Jumlah mereka cukup ramai, kerana penghuni Neraka itu dilemparkan secara berkumpulan sebagaimana firman Allah didalam surah al-Mulk ayat 8 mafhumnya;

“...Tiap-tiap dilemparkan sebahagian kaum kedalamnya lalu (Malaikat-malaikat) penjaganya bertanya, ‘Tiadakah datang kepadamu pemberi peringatan (Rasul-rasul)’”.

Kemudian pekara ini diperkuatkan lagi dengan sabda Nabi saw dalam sebuah hadis, “Neraka Jahanam terus diisi. Para Malaikat penjaganya memandang orang-orang yang masuk diperingkat akhir tersebut. Nama dan ciri-ciri mereka sudah dikenali”. Didalam riwayat yang lain pula dari Ibnu Mas’ud juga disebut, “Setiap rumah, rantai, cembuk, alat pemukul dan tabut yang berada di Neraka, telah ditulis nama serta ciri-ciri pemiliknya masing-masing. Setiap Malaikat penjaganya sudah siap menunggu pemiliknya yang telah diketahui nama dan ciri-ciri mereka. Setelah semuanya telah selesai dan sudah masuk tampa ada ketinggalan walau seorang jua pun, Malaikat penjaganya pun berkata, ‘Cukup...cukup’. Pada saat itulah Neraka Jahanam mula menekan, menutup dan menghimpit orang-orang yang sememangnya telah berada didalamnya, kerana tidak ada seorang jua pun yang harus ditunggu lagi. Oleh itu proses menunggu dan mengumpul adalah kata lain bagi kalimah kaki dan telapak kaki dalam riwayat itu tadi. Ia bukannya bermaksud Allah mempunyai anggota badan seperti manusia. Pekara seumpama itu adalah mustahil bagi Allah. Allah yang Mahatinggi dari maksud yang boleh diumpamakan sebagai zalim atau keras kepala seperti halnya manusia.

Takwil seumpama itu juga diperkuat oleh sabda Nabi saw didalam hadis itu sendiri yang menyebut, “Didalam Syurga selalu ada tertinggal tempat-tempat kosong, hingga Allah menciptakan makhluk-makhluk baru yang kemudiannya ditempatkan ditempat-tempat yang kosong tersebut”. Hadis ini mempunyai beberapa penafsiran yang saya terangkan didalam kitab ‘Al-Asma Wash Shifat’. Yang paling hampir ialah penafsiran seperti yang telah saya kemukakan diatas tadi. Disebut juga didalam firman Allah didalam surah Yunus ayat 2 mafhumnya;

“...mereka mempunyai telapak kaki (kelebihan) yang tinggi disisi Tuhan mereka...”.

Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan adalah kedudukan yang tinggi. Semantara menurut Ath-Thabarani yang dimaksudkan adalah amalan yang soleh. Ada juga yang berpendapat bahawa maksudnya adalah darjat yang tinggi. Tetapi yang jelas bahawa yang dimaksudkan ‘telapak kaki’ dalam hadis itu bukanlah dalam erti sebenarnya, ia hanya ibarat dan perumpamaan sahaja.

Kata Ibnu Faurak, “Ada juga sesetengah ulama yang berpandapat bahawa perkataan ‘telapak kaki’ itu bermaksud salah satu makhluk yang diciptakan Allah pada hari kiamat nanti. Ketika diletakkan didalam Neraka supaya menjadi penuh, Waallahua’lam”.


BAB 109: ORANG YANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA , ORANG YANG TERAKHIR MASUK KE SYURGA SERTA DIISTIHARKAN KAUM DAN NAMA-NAMA MEREKA.

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku tahu penghuni Neraka yang terakhir keluar darinya, dan penghuni Neraka yang terakhir masuk Syurga; iaitu seseorang yang keluar dari Neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman, ‘Pergilah dan masuklah kamu kedalam Syurga’. Apabila saja dia masuk kedalam Syurga, didapatinya seolah-olah ia telah penuh lalu ia keluar semula dan berkata, ‘ Ya Tuhanku, aku dapati Syurga itu telah penuh’. Allah berfirman lagi, ‘Pergilah dan masuklah kedalam Syurga, kerana masih ada tempat bagimu seluas dunia malahan sepuluh kali lipatganda lagi’. Ia berkata, ‘Adakah Engkau mempermainkan aku, atau disebabkan Engkau Mahaberkuasa maka Engkau mentertawakan aku ?’. Aku (Abdullah bin Mas’ud) melihat Rasulullah tersenyum sehingga kelihatan gigi hadapannya. Ibarat ia adalah penghuni Syurga yang paling rendah kedudukannya’”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda, “Yang terakhir masuk Syurga ialah seseorang yang sesekali berjalan kaki, sesekali tertelungkup dan sesekali dibakar api Neraka hingga hangus. Setelah berjaya melepasi Neraka ia menoleh kebelakang dan berkata, ‘Maha Memberkati Allah yang berkenan menyelamatkan ku daripada mu, wahai Neraka, Allah telah mengurniakan kepada ku sesuatu yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun diantara seluruh makhluk yang pertama mahupun yang terakhir’. Kemudian ia diperlihatkan kepada sebatang pohon lalu ia berkata, ‘Ya Tuhanku, tolong dekatkan aku kepada pohon itu. Aku ingin berteduh dibawah naungannya dan meminum airnya’. Allah berfirman, ‘Wahai cucu Adam, seandainya Aku berikan pohon itu kepadamu, adakah kamu akan memohon kepada Ku yang lain?’. Ia menjawab, ‘Tidak ya Tuhanku’. Ia lalu berjanji tidak akan meminta yang lainnya. Tetapi, Allah mengingatkan kepadanya bahawa ia sedang melihat sesuatu yang membuatnya merasakan tidak sabar. Setelah Allah dekatkannya kepada pohon itu, ia pun berteduh dinaungannya dan meminum airnya.

Seterusnya ia diperlihatkan lagi sebuah pohon yang lebih indah dari pohon yang pertama itu tadi. Apabila ia melihat pohon itu, lalu ia berkata, ‘Ya Tuhanku, tolong dekatkan aku kepohon itu agar aku boleh meminum airnya dan berteduh dibawahnya’.  Allah berfirman, ‘Wahai cucu Adam, seandainya Aku dekatkan pohon itu kepadamu, adakah kamu akan memohon kepada Ku yang lain?’. Ia menjawab, ‘Tidak ya Tuhanku’. Ia lalu berjanji tidak akan meminta yang lainnya. Tetapi, Allah mengingatkan kepadanya bahawa ia sedang melihat sesuatu yang membuatnya merasakan tidak sabar. Lalu Allah dekatkan kepadanya pohon itu.

Apabila ia telah berada dekat dengan pohon itu, diperlihatkan pula sepohon pokok dihadapan pintu Syurga yang lebih indah dari pohon yang pertama dan kedua itu tadi. Ia pun berkata seperti diatas, sehingga Allah mendekatkannya kepohon itu. Apabila ia sudah hampir pada pohon itu, tiba-tiba ia mendengar suara-suara penghuni Syurga lalu ia berkata, ‘Ya Tuhanku, masukkan aku kedalam Syurga. Allah berfirman, Wahai cucu Adam, apa yang membuat kamu menjadi seperti itu ?’. Apakah kamu tidak suka jika Aku beri kamu dunia dan yang sepertinya ?’. Ia lalu manjawab, ‘Ya Tuhanku, apakah Engkau sedang mempermain-mainkanku ?. Bukankah Engkau Tuhan seru seklian alam ?’”.

Kemudian Ibnu Mas’ud tertawa dan ia bertanya, “Apakah kamu tidak mahu bertanya kenapa aku tersenyum?”. Maka sahabat-sahabat yang lain itu bertanya, “Ya, kenapa kamu tersenyum ?”. Ibnu Mas’ud menjawab, “Kerana aku melihat Rasulullah tersenyum lantas aku bertanya kepadanya, kenapakah dia tersenyum?”. Baginda menjawab, “Kerana Tuhan seru seklian alam juga tersenyum”. Allah berfirman, “Aku tidak mempermain-mainkan kamu. Tetapi Aku Mahakuasa untuk mengujudkan apa saja yang Aku kehendaki”.

Melalui sumber dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda, “Yang paling akhir sekali masuk Syurga ialah seseorang dari kaum Juhainah. Ia boleh dipanggil Juhainah. Penghuni Syurga berkata, ‘Pada Juhainah ada khabar yang meyakinkan’”. Demikianlah yang dikatakan oleh al-Mayanisyi alias Abu Hafesh Umar bin Abdul Majid al-Qarsyi didalam kitabnya bertajuk ‘al-Ikhtiyar’.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Ali bin Tsabit al-Khathib, dari Abdul Malik Ibnu Hakam, dari Malik bin Anas, dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya yang terakhir masuk Syurga ialah seseorang dari Juhainah. Penghuni Syurga berkata, ‘Pada Juhainah ada khabar yang meyakinkan. Bertanyalah kepadanya, apakah ada seorang makhluk yang masih tertinggal ?’”. Hadis ini juga diriwayatkan oleh ad-Daruquthni, dan juga Malik. Kata as-Suhaili, “Nama orang itu ialah Hannad”. Waallahua’lam.

Kemudian berkenaan kalimah, “...Apakah Engkau mempermain-mainkan aku ?...” didalam riwayat itu tadi, terdapat dua penafsiran yang dibuat;

Pertama: Pertanyaan itu muncul secara tiba-tiba sebagai tindakbalas kerana terlalu gembira mendengar firman Allah itu. Sebagaimana jika orang salah mengatakan, “Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu”. Kerana terlalu gembira ia hingga tersilap kata (terbalek). Petikan kalimah ini adalah dari hadis riwayat Muslim.

Kedua: Dengan lain perkataan, “Apakah itu balasan Mu kepadaku diatas amalan-amalan mu didunia dahulu yang tidak seberapa baik bahkan kadang kala aku tidak mempedulikannya”. Oleh itu ia adalah sebagai pulangan atau imbalan perbuatan, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 14 dan 15, mafhumnya;

“Apabila mereka menemui  orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman. Tetapi bila mereka bersembunyi dengan ketua-ketuanya, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami berserta kamu juga, hanya kami memperolok-olokkan (orang-orang beriman)”.

“Allah akan memperolok-olokkan mereka itu dan membiarkan mereka dalam kedurhakaannya, sedang mereka itu bimbang”.

Maksudnya, Allah juga akan memperolok-olokkan (mempermain-mainkan) mereka itu kelak.

Contoh yang lain pula ialah firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 54, mafhumnya;

“Mereka itu menipu dan Allah menipu mereka pula (membalas tipuan mereka) dan Allah sebaik-baik (membalas) orang-orang menipu”.

Mengenai perbuatan olok-olok Allah atau mempermain-mainkan ini akan diperjelaskan lagi nanti.

Jika Allah tersenyum kepada hambanya, itu bererti ia sedang redha kepadanya. Perhatikanlah akan pekara ini.


BAB 110: KELUARNYA ORANG-ORANG YANG MENGESAKAN ALLAH DARI NERAKA, ORANG YANG MENYERU, FIRMAN ALLAH DAN KEADAAN PENGHUNI NERAKA JAHANAM.

Diriwayatkan oleh ath-Thabarani alias Abu Qasim, dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal, dari Muhammad bin Ubbad al-Makki, dari Hatim bin Ismail bin Bassam ash-Shairafi, dari Yazid al-Faqir, dari seseorang, dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya ada beberapa orang dari umatku yang masuk Neraka akibat dari dosa-dosa mereka.  Sehingga mereka berada didalam Neraka sesuai yang dikehendaki oleh Allah.  Kemudian mereka dicerca oleh orang-orang musyrik (kafir) yang mengatakan, ‘Ternyata kami tidak melihat kepercayaan dan keimanan yang kamu tunjukkan untuk menentang kami memberikan manafaat kepada kamu’. Lalu Allah mengeluarkan semua orang yang mengesakan Nya dari Nerraka, sehingga tiada berbaki walau seorang jua pun”. Kemudian Rasulullah membaca firman Allah didalam surah al-Hijr ayat 2 yang mafhumnya;

“Kadang-kadang orang-orang kafir bercita-cita, supaya mereka menjadi orang-orang Islam (diakhirat kelak)”.

 Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Zhilal, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya ada seorang hamba yang selama seribu tahun menyeru didalam Jahanam, ‘Ya Hannan (wahai Tuhan yang Mahapenyayang), Ya Mannan (wahai Tuhan yang Mahapemberi)’. Allah berfirman kepada Jibril, ‘Temui hambaKu sifulan itu’. Maka Jibril pun berangkatlah menemuinya. Setelah melihat penghuni Neraka itu menelungkupkan muka mereka Jibril kembali dan berkata, ‘Ya Tuhanku, aku tidak melihatnya’. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya ia berada ditempat ini dan ini’. Jibril mencarinya lagi. Setelah bertemu, dibawanya kehadapan Allah. Allah berfirman, ‘Wahai hamba Ku, bagaimana kamu dapati tempatmu dan istirehatmu?’. Ia menjawab, ‘Tempat yang buruk dan istirehat yang buruk juga’. Allah berfirman, ‘Kembalikan lagi hambaKu ini’.  Ia berkata, ‘Ya Tuhanku, setelah engkau mengeluarkan aku dari Neraka, aku tidak berharap Engkau akan mengembalikan aku lagi kesana’. Allah berfirman kepada Jibril, ‘Kalau begitu tinggalkan hamba Ku ini’”.

Nama asal Abu Zhilal ialah Hilal bin Abu Malik al-Qaslami, seorang penduduk Basrah Iraq.

 Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dari Sa’ad bin Jubair bahawa Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya didalam Neraka terdapat seseorang (aku pasti ia berada disalah satu sudut)  yang selama seribu tahun menyeru, ‘Ya Hannan...Ya Mannan’. Allah yang Mahamulia berfirman kepada Jibril, ‘Keluarkanlah hamba Ku itu dari dalam Neraka’. Lalu Jibril menuju ke Neraka. Oleh kerana Neraka telah ditutup rapat ia kembali dan berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya Neraka telah ditutup rapat-rapat para penghuninya’. Allah berfirman, ‘Wahai Jibril, kembalilah semula ke Neraka dan keluarkanlah hamba Ku itu darinya’. Jibril membuka Neraka dan mengeluarkan hamba itu yang telah menjadi seperti bayangan (hitam hangus terbakar). Jibril melemparkannya kepantai Syurga, kemudian Allah menumbuhkan rambut, daging dan darahnya’”.

Diriwayatkan oleh Laits, dari Mujahid, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya syafaat pada hari kiamat nanti adalah bagi orang-orang diantara umatku yang melakukan dosa-dosa besar”.

Diantara orang-orang yang mengesakan Allah, yang paling lama tinggal didalam Neraka ialah sama seperti umur dunia semenjak dari mula ia diciptakan sampai fana, dan itu bersamaan dengan tujuh ribu tahun.

Ketika Allah hendak mengeluarkan orang-orang yang mengesakan Nya, Dia (sengaja) membiarkan para pemeluk agama-agama lain yang sesat (kafir) untuk berkata-kata (mengutuk dahulu) kepada mereka, “Kita, kamu dan seluruh nenek moyang kita sama-sama pernah hidup didunia dahulu. Bezanya hanya kamu beriman sedangkan kami tidak. Kamu membenarkan para Rasul, sedangkan kami mendustakan mereka. Kamu mentaati Allah, sedangkan kami durhaka menentang Nya. Tetapi, apa gunanya semua itu ?. Tengok, sekarang!, hari ini nasib kamu sama saja seperti kami. Kamu juga akan diazab sama seperti kami. Kamu juga akan kekal didalam Neraka, sama seperti kami juga”.

Allah memjadi tersangat murka mendengar cemohan mereka itu. Dia tidak pernah menjadi semurka itu sebelumnya atas apa-apa jua sebab pun. Akhirnya, semua orang-orang yang mengesakan Allah dikeluarkan dari dalam Neraka itu. Mereka menuju kesungai kehidupan yang terletak diantara pertiga Syurga, Neraka dan Jembatan Sirat. Mereka disiram dengan air, lalu tumbuhlah mereka seperti biji benih yang tumbuh dalam endapan aliran banjir. Dekat dengan tersebut terdapat sebuah naungan pohon yang menghijau dan disinari cahaya mentari yang kekuningan. Kemudian mereka masuk Syurga dengan ada tulisan dikening mereka, ‘Orang-orang yang dimerdekakan Allah dari Neraka’”.

Akan tetapi, ada seorang manusia yang telah tinggal didalam Neraka selama seribu tahun. Ia menyeru, “Ya Hannan... Ya Mannan”. Lalu Allah mengutuskan Malaikat untuk mengeluarkannya. Sekali pun sudah menyelam kedalam Neraka selama tujuh puluh tahun untuk mencarinya, namun Malaikat masih tidak berjaya menemukannya. Malaikat pergi kehadrat Allah lalu berkata, “Engkau telah memerintah kami untuk mencarinya dan mengeluarkan seorang hambaMu dari dalam Neraka. Selama tujuh puluh tahun kami menyelam, tapi masih belum menemuinya”. Allah berfirman, “Carilah lagi. Ia berada disebuah lembah ini dibawah sebuah batu besar. Keluarkanlah ia dari sana”. Malaikat terus kembali semula ke Neraka. Setelah bertemu dan mengeluarkannya dari Neraka, ia lalu dibawa masuk kedalam Syurga.

Kemudian orang-orang yang digelar “al-Jahanamiyyun” (bekas ahli Neraka), ini memohon kepada Allah agar berkenan menghapuskan tulisan yang berada dikening-kening mereka. Allah kemudian mengutus Malaikat untuk menghapuskannya.

Seterusnya dikatakan kepada penduduk Syurga dan orang-orang Jahanamiyyun yang baru memasukinya, “Lihatlah penghuni Neraka!”. Lalu mereka pun melihat penghuni Neraka. Diantara mereka, ada yang melihat ayahnya.  Ada yang melihat tetangganya. Ada yang melihat kawan-kawan mereka. Ada yang melihat tuan (majikan) mereka dan sebagainya. Kemudian Allah memerintah Malaikat membawa bekas berisi api Neraka kepada mereka (penghuni neraka yang mencemuh mereka dahulu), beberapa batang paku dari api Neraka, dan sebatang tiang dari api Neraka kepada mereka. Muka mereka dihentam dengan bekas itu, tubuh mereka dipaku dengan paku-paku Neraka itu, kemudian diikat pada tiang itu.

Setelah pintu Neraka ditutup rapat-rapat bagi mereka, sambil duduk diatas ‘Arasy, Allah yang Mahapemurah lalu melupakan mereka buat selama-lamanya. Dia membiarkan penduduk Syurga menikmati berbagai macam kenikmatan. Penghuni Neraka  sudah tidak mampu lagi untuk berkata-kata dan meminta pertolongan. Mereka benar-benar berpatah harap dan berputus asa. Ucapan mereka hanya berbentuk keluh kesah, pasrahan dan penyesalan semata-mata. Itulah maksud dari firman Allah didalam surah al-Humazah ayat 8 dan 9 yang mafhumnya;

“Sesungguhnya api itu ditutupkan atas mereka. Sedang mereka (diikatkan) pada tiang yang panjang”.

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu’aim, dari Zadzan, dari Ka’ab al-Ahbar bahawa ia berkata, “Pada hari kiamat nanti setelah Allah mengumpulkan seluruh makhluk mulai dari yang pertama hingga yang terakhir pada sebuah padang lapang, turunlah Malaikat lalu berbaris. Allah berfirman kepada Jibril, ‘Datangkanlah Jahanam’. Jahanam didatangkan dengan ditarik oleh tujuh puluh ribu rantai kendali. Ketika barisan makhluk sudah mencapai jarak perjalanan kira-kira selama seratus tahun, terdengar tarikkan nafas yang membuat hati mereka merasa terbang melayang. Dalam beberapa waktu kemudian terdengar lagi tarikan nafas kali kedua yang membuat seluruh makhluk dan seluruh Malaikat yang berada dekat dengan ‘Arasy dan seluruh para Nabi melutut (tekuk lutut). Kemudian dalam beberapa waktu yang lain terdengar lagi tarikkan nafas buat kali ketiga yang membuat seluruh jantung seolah-olah telah berada dikerongkong yang hampir terkeluar, akal mereka telah lenyap dan setiap dari mereka melihat amalan masing-masing dengan perasaan takut.

Sedangkan Ibrahim, Musa dan Isa hanya memikirkan diri mereka masing-masing saja. Mereka tidak mahu peduli lagi dengan orang lain, termasuklah ahli keluarga mereka sendiri. Terkecuali Nabi Muhammad saw. yang masih saja memikirkan nasib umat-umatnya. Baginda mengucapkan kata-kata kepada Allah, “Umatku...umatku Hari ini aku tidak memohon kepada Mu berkenaan diriku, kecuali nasib umatku...Ya Allah !”.

Atas permohonan Baginda, lalu Allah berkenan menjawab, “Sesungguhnya orang-orang yang Aku kasihi dikalangan umatmu tidak akan merasa khawatir dan juga bersedih hati. Demi Kemuliaan dan Keagungan Ku, Aku akan sentiasa membuka sepasang matamu supaya boleh mengawasi umatmu”. Kemudian para Malaikat berdiri dihadapan Allah. Mereka semua bersiap sedia, lalu Allah berfirman kepada kumpulan Malaikat Zabaniyah, “Pergilah kamu kedalam Neraka dan temui umat Muhammad yang suka melakukan dosa-dosa besar. Aku sangat murka terhadap mereka. Sewaktu didunia mereka selalu meremehkan periintahKu, mengabaikan hak-hak Ku, merobek-robek kehormatan Ku, menghina hamba-hamba Ku dan berani menentang Ku. Pada hal Aku telah memuliakan mereka dan memberi mereka kelebihan atas umat-umat yang lain. Mereka benar-benar tidak berterimakasih atas kebaikkan serta nikmat yang telah Aku berikan kepada mereka”.

Kumpulan Malaikat Zabaniyah segera pergi kr Neraka menemui mereka. Berbeza dengan setiap orang dari umat-umat yang lain yang diiringkan ke Neraka dalam keadaan wajah hangus terbakar dan kaki serta leher dibelit belenggu yang kuat. Umat Muhammad juga diiring ke Neraka tetapi dengan wajahnya tetap sempurna serta kaki dan leher mereka tidak dibelenggu. Oleh kerana itu, Malaikat Malik merasa hairan. Ketika mereka lalu dihadapannya, lalu ia bertanya, “Hai rombongan orang-orang yang celaka, kamu ini dari umat Nabi siapa?. Kenapa wajah kamu tetap sempurna, bahkan kelihatan sangat tampan”. Mereka menjawab, “Wahai Malaikat Malk, kami ini dari umat al-Quran”. Malaikat Malik bertanya lagi, “Bukankah al-Quran itu diturunkan kepada Nabi  Muhammad”. Ketika itu mereka itu semua menangis sambil berteriak, “Wahai Muhammad !... wahai Muhammad !. Kami adalah umatmu, tolonglah kami Ini yang sedang diiring ke Neraka!”.

Tidak lama kemudian terdengar seruan Allah, “Wahai Malik ! Siapa yang suruh kamu mencerca, mengajak berkata-kata dan menahan orang-orang celaka itu untuk segera diazab ?. Wahai Malik, jangan kamu bakar wajah mereka hingga hangus kerana sewaktu didunia mereka menggunakannya untuk sujud kepada Ku. Wahai Malik, Jangan kamu belit tubuh mereka dengan belenggu, kerana sewaktu didunia mereka selalu mandi junub kerana Ku. Wahai Malik, Jangan seksa mereka dengan rantai kekang yang kuat kerana sewaktu didunia mereka melakukan tawaf di Ka’bah Ku. Wahai Malik, Jangan beri pakaian dari tar kerana sewaktu didunia mereka telah menanggalkan pakaian ketika melakukan Ihram. Wahai Malik, apabila mereka lalu didalam api Neraka, jangan biarkan api itu membakar lidah mereka, kerana sewaktu didunia mereka menggunakannya untuk membaca al-Quran. Wahai Malik, katakan kepada Neraka supaya ia membakar mereka sesuai dengan amalan mereka saja, dan ia pasti lebih tahu hak-hak mereka daripada seorang ibu terhadap anaknya”.

Itulah sebabnya ada diantara mereka yang dibakar sampai kebuku lali saja, ada yang dibakar hingga kelutut, ada yang dibakar hingga kepusat, ada yang dibakar hingga kedada dan seterusnya sesuai dengan amalan mereka masing-masing.

Ketika Allah mengazab mereka sesuai dengan kadar dosa-dosa besar yang mereka lakukan dengan megah dan sombong semasa didunia dahulu, Dia membuka sebuah pintu Neraka yang menjadi penghadang diantara mereka dan orang-orang kafir musyrik. Sehingga orang-orang kafir musyrik itu boleh melihat mereka yang berada didalam Neraka ditinggkat yang paling atas. Sekali pun begitu mereka tetap merasakan betapa panasnya Neraka. Disana mereka juga tidak diberi air untuk diminum.

Sambil menangis mereka berkata, “Wahai Muhammad, kasihanilah umatmu ini yang celaka ini. Tolonglah kami, daging, darah dan tulang-tulang kami dibakar oleh api Neraka”. Oleh kerana tidak mendengar sahutan dari Muhammad, lalu mereka menyeru kepada Allah terus, “Ya Tuhan kami, kasihanilah kami yang sewaktu didunia tidak pernah menyakutukan (menyamakan) Engkau dengan apa-apa sekali pun, sekalipun kami selalu melakukan kejahatan dan kesalahan serta kezaliman terhadap Mu”.

Pada waktu inilah orang-orang kafir musyrik berkata dengan nada mengejek atau mempersenda mereka. “Ternyata iman kamu kepada Allah dan kepada Muhammad tiada gunanya sama sekali buat kamu”. Mendengar kutukan dan ejekkan mereka itu, Allah menjadi tersangat murka. Dia lalu berfirman kepada Jibril, “Wahai Jibril, Pergilah kamu ke Neraka dan keluarkan semua umat Muhammad yang berada disana”. Setelah mengeluarkan mereka secara berkumpulan, lalu mereka dilemparkan kedalam sungai kehidupan dihadapan pintu Syurga. Setelah tinggal disitu dalam beberapa waktu, tubuh mereka menjadi kuat semula.

Seterusnya Allah memerintah Jibril agar segera memasukkan mereka kedalam Syurga dan dikening mereka tertulis perkataan, “Orang-orang Jahanamiyyun dari umat Muhammad yang dimerdekakan Allah yang Mahapemurah”. Mereka merasa malu kepada penghuni tetap Syurga, lalu mereka merayu kepada Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung agar berkenan menghapuskan tulisan dikening mereka itu. Allah berkenan memenuhi permohonan mereka dan memerintah Malaikat untuk menhhapuskan tulisan itu hingga tidak dikenali lagi oleh para penghuni Syurga yang lain.

Diriwayatkan kembali oleh al-Hafizh Abu Nu’aim, dari Abu Imran al-Jauni bahawa ia berkata, “Kami mendengar bahawa pada hari kiamat nanti, Allah memerintah untuk didatangkan seluruh manusia yang bongkak dan sombong, seluruh Jin, Syaitan dan Iblis, serta seluruh manusia yang sangat ditakuti akan kejahatan mereka (gengster, kaki pukul dan pembuli) oleh semua manusia. Mereka diikat pada palang besi dan memerintah Malaikat mengheret mereka ke Neraka. Apabila mereka masuk saja kedalam Neraka, pintunya ditutup rapat. Akibatnya, mereka sangat terseksa kerana selama-lamanya mereka tidak boleh berdiri tegak, tidak boleh mendongak kelangit, tidak boleh memejamkan mata ataupun tertidur walau sesaat jua pun dan mereka tidak akan diberi menghirup walau setitis air pun. Seterusnya dikatakan kepada penghuni Syurga, ‘Wahai penghuni Syurga, hari ini dibukakan pintu-pintu itu. Janganlah kamu takut lagi kepada seluruh manusia, Jin, Syaitan dan Iblis yang sombong dan angkuh itu, kerana mereka tidak akan berdaya berbuat apa-apa lagi kepada kamu. Makan dan minumlah kamu sepuas-puasnya sebagai balasan diatas amalan-amalan yang telah kamu kerjakan dimasa-masa lalu sewaktu didunia’”.


FAKTA:

Ketika umat Muhammad dikeluarkan dari dalam Neraka, tubuh badan mereka dalam keadaan hitam hangus terbakar, sehingga  tidak dapat dikenali lagi. Namun apabila mereka dilemparkan kedalam sungai kehidupan yang terletak dipintu Syurga, tubuh badan yang telah hangus itu tumbuh semula hingga menjadi seperti yang sediaada seperti semasa didunia dahulu. Sama keadaannya seperti sebiji benih yang disedekahkan kejalan Allah, ia terus tumbuh hanya dalam waktu sehari semalam sahaja. Begitulah perumpamaan yang dibuat oleh Baginda Nabi saw. Firman Allah didalam surah al-Hajji ayat 63, yang mafhumnya;

“Tidakkah engkau lihat, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu bumi menjadi hijau (kerana tanam-tanaman)?. Sesungguhnya Allah Mahahalus lagi Mahamengatahui”.

Terdahulu didalam beberapa hadis diatas dikatakan bahawa antara umat Muhammad yang paling lama tinggal didalam Neraka seperti umur dunia sejak mula diciptakan hinggalah hari kiamat atau fana, iaitu kira-kira tujuh ribu tahun.

Para ulama tafsir berbeza pendapat mengenai akhirnya umur dunia ini. Ada yang berpendapat bahawa umur dunia tujuh ribu tahun sesuai dengan jumlah planet yang mengelilingi Matahari. Bererti setiap planet membawa umur seribu tahun. Kemudian ada pula yang berpendapat  umur dunia ialah duabelas ribu tahun sesuai dengan jumlah bintang, iaitu setiap satunya membawa umur seribu tahun. Dan ada pula yang berpendapat bahawa umur dunia ini ialah tiga ratus enam puluh ribu tahun, yang bersesuaian dengan jumlah tingkatan orbit alam ini, yang setiap tingkatan membawa umur seribu tahun.

Mengenai sabda Nabi saw, “...Kecuali seseorang yang tinggal didalam Neraka selama seribu tahun kemudian berseru, ‘Ya Hannan (Wahai Tuhan yang Mahapenyayang) ... Ya Mannan (Wahai Tuhan yang Mahapemberi)...”. Disini yang dimaksudkan dengan ‘Tuhan yang Mahapenyayang’  ialah menyeru supaya Tuhan menerima semula orang yang telah berpaling dari seruan Nya dahulu. Kemudian yang dimaksudkan ‘Tuhan yang Mahapemberi’, ialah berkenaan menyeru supaya memberi sebelum diminta. Mahasuci Allah, Tidak ada Tuhan selain Dia. Demikian riwayat yang dipetik dari Ali. Secara lengkapnya penjelasan mengenai pekara ini saya (Imam al-Qurthubi) ketengahkan didalam kitab bertajuk ‘Al-Asna Syarh Asma’illah al- Husna Wa Shifatihi al- Ulya’. Penjelasan serupa telah dibicarakan sebelumnya, maka tidak perlu diulangi lagi.

Mengenai sabda Nabi saw, “Sambil duduk diatas ‘Arasy Allah yang Mahapemurah lalu melupakan mereka...”, iaitu Allah membiarkan mereka diazab, sebagaimana firman Allah didalam surah at-Taubah ayat 67, yang mafhumnya;

“Orang-orang munafik laki-laki dan orang-orang munafik perampuan, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh (memperbuat) yang mungkar dan melarang memperbuat makruf, mereka menggengam tangannya (bakhil). Mereka melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ialah orang-orang fasik”.

Maksudnya, oleh kerana mereka tidak mahu menyembah dan mengesakan Allah, maka Allah pun melupakan mereka. 

Dalam bahasa Arab, perkataan ‘Arasy’ mempunyai berbagai maksud, seperti yang telah saya (Imam al-Qurthubi) katakan didalam kitab bertajuk ‘Al-Asna Fi Syarhi Asma’illahi al-Husna Wa Shifatihi al-Ulya’ . Diantaranya, al-‘Arasy itu bererti kekuasaan. Maksudnya, dengan segala kekuasaan dan kebesaran yang dimiliki, Allah tidak sudi memperhatikan dan tidak suka memandang mereka, kerana mereka sejak zaman azali lagi sudah ditetapkan bahawa mereka akan kekal abadi didalam Neraka. Mereka tidak akan boleh masuk kedalam Syurga, hinggalah unta masuk kelubang jarum (mustahil sekali).

Para ulama Ahli Sunah Wal Jemaah sepakat bahawa diantara penghuni Neraka itu ada yang kekal abadi tetap tinggal didalamnya dan tidak boleh keluar. Contohnya seperti Dajjal, Iblis, Syaitan, Jin kafir, Fir’aun, Haman, Qarun, orang-orang kafir dan mereka yang bersekutu dengannya. Pendek kata, semua orang yang kafir kerana kesombongannya dan kezalimannya, mereka akan masuk Neraka dalam keadaan tidak mati dan tidak hidup kekal didalmnya. Allah menjanjikan azab yang sangat pedih kepada mereka, seperti firman Nya didalam surah an-Nisaa’ ayat 56 mafhumnya;

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan ayat-ayat Kami, nanti akan Kami masukkan mereka kedalam Neraka. Setiap masak (hangus terbakar) kulit mereka, Kami tukar (gantikan) dengan kulit yang lain, supaya mereka merasai azab. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana”.
Para ulama Ahli Sunah Wal Jemaah juga sepakat bahawa tidak ada seorang mukmin jua pun yang akan tinggal kekal didalam Neraka untuk selama-lamanya (abadi). Iaitu mereka akan dikeluarkan dari dalam Neraka terutama umat Muhammad bersesuaian dengan tahap dosa yang mereka kerjakan, seperti yang telah dijelaskan tadi. Hanya yang kekal abadi itu ialah orang-orang kafir yang keras kepala dan hati mereka.

Semantara ada pula orang yang mengaku sebagai ulama yang mengeluarkan fatwa dan pendapat yang pelik dan sesat. Menurut mereka, semua orang kafir itu akan keluar dari dalam Neraka dan akan dimasukkan juga kedalam Syurga. Mereka berfikiran menurut logik akal, iaitu boleh juga terjadi kemurkaan Allah akan bertukar menjadi kasih sayang. Demikian juga sebaliknya. Kasih sayang Allah juga boleh bertukar menjadi kemurkaan, sehingga para-para Nabi dan para-para wali semuanya juga akan dimasukkan kedalam Neraka. Sebenarnya mereka mengada-adakan pekara yang tiada nas dan dalil, serta berbuat menurut hawa nafsu mereka saja, supaya membenarkan segala perbuatan kufur dan zalim yang mereka dan rakan-rakan mereka lakukan.

Tentu saja ia merupakan pendapat yang keliru dan menyesatkan, kerana ia bertentangan dengan janji serta firman-firman Allah yang mutlak didalam al-Quran.

Menyentuh berkenaan hak-hak bagi penghuni Syurga pula, Allah SWT telah berfirman didalam surah Huud ayat 108, mafhumnya;

“Adapun orang-orang yang berbahagia, maka (ditempatkan) dalam Syurga, serta kekal didalamnya, selama  kekalnya langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki Tuhanmu, sebagai pemberian yang tiada putus”.

FirmanNya didalam surah Hijr ayat 48, mafhumnya;

“Mereka itu tiada merasa letih (penat) didalamnya, sedang mereka tidak dikeluarkan daripadanya”.

Kemudian, firman Allah didalam surah al-Insyiqaaq ayat 25, yang mafhumnya;

“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu pahala yang tidak putus-putus”

Didalam surah at-Taubah ayat 21 & 22, Allah berfirman, mafhumnya;

“Tuhan mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaan Nya serta Syurga, untuk mereka didalamnya nikmat yang tetap (abadi). Sedang mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah pahla yang besar”.

Kemudian yang bersangkutan dengan hak-hak orang-orang kafir, Allah berfirman didalam surah al-A’raaf ayat 40, mafhumnya;

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan sombong (orang-orang kafir) menerimanya, nescaya tiadalah dibukakan pintu langit bagi mereka dan tiada pula mereka masuk Syurga, kecuali kalau masuk unta kedalam lubang jarum. Demikianlah Kami membalas orang-orang berdosa”.

Kemudian firman Allah didalm surah al-Jaatsiyah ayat 35, mafhumnya;

“Demikian itu, kerana kamu mengambil ayat-ayat Allah jadi olok-olok (mempersenda), dan kamu terpadaya oleh hidup didunia. Maka pada hari ini (hari kiamat) mereka tidak dikeluarkan dari dalam Neraka, dan tidak pula dimintakan keredhaan Tuhannya”.

Ini sudah sangat jelas bahawa pekara-pekara yang telah ditetapkan didalam al-Quran dan hadis, adalah tidak boleh dinafikan dengan hanya menggunakan logik akal sahaja. Allah berfirman didalam surah an-Nuur ayat 40, mafhumnya;

“... Barang siapa yang tiada diberi Allah cahaya (petunjuk), maka tidak adalah cahaya untuknya”.



BAB 111: ORANG YANG MENYERU DAN PENJELASAN SURAH AL-MUTHAFFIFIN AYAT 34 – 36.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari al-Kalbi, dari Abu Shalih, berkenaan firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 15, mafhumnya;

“Allah akan memperolok-olok (mempermain-mainkan) mereka itu dan membiarkan mereka dalam kedurhakaannya, sedang mereka itu bimbang”.

Ia berkata, “Dikatakan kepada penduduk Neraka yang sedia ada didalam Neraka, ‘Keluarlah kamu semua. Pintu-pintu Neraka pun dibukakan untuk mereka. Namun ketika mereka sampai pada pintu yang terakhir, tiba-tiba pintu itu ditutup kembali. Itu maksud firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung, ‘Allah akan membalas olok-olok mereka’. Melihat kejadian itu, orang-orang beriman juga turut mentertawakan mereka. Inilah maksud daripada surah al-Muthaffiffin ayat 34 – 36 ;

“Maka pada hari ini (kiamat), orang-orang Mukmin akan mentertawakan orang-orang kafir itu. Diatas dipan yang indah mereka melihat (penduduk Neraka itu). Adakah orang-orang kafir itu mendapat balasan dari apa-apa yang telah mereka perbuat?”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Muhammad bin Basyar, dari Qatadah, berhubung dengan firman Allah, “Maka pada hari ini, orang-orang Mukmin mentertawakan orang-orang kafir..”. Ia bercerita, “Ka’ab al-Ahbar pernah menyatakan, ‘Sesungguhnya antara Syurga dan Neraka itu terdapat seuah lubang pintu. Jika orang Mukmin ingin melihat orang yang pernah memusuhinya sewaktu didunia, ia boleh melihat melalui lubang pintu tersebut. Didalam ayat 55 surah ash-Shaaffat, Allah yang Mahasuci lagi Mahamulia berfirman, yang mafhumnya;

“Kemudian ia melihat (sendiri), lalu dilihatnya temannya itu ditengah-tengah Neraka”.

Maksudnya, melalui lubang tingkap tersebut, ia boleh melihat kepala tengkorak kawan-kawannya ataupun musuh-musuhnya semasa didunia dahulu sedang dibakar ditengah-tengah api Neraka itu.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu’ammar, dari Qatadah, bahawa ia berkata, “Menurut beberapa ulama, seandainya Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung tidak memberitahukannya, nescaya ia tidak mengenali orang yang memusuhinya sewaktu didunia dahulu, kerana warna dan bentuk badannya telah berubah sama sekali. Pada saat itulah ia menyatakan seperti yang dinyatakan didalam firman Allah didalam surah ash-Shaaffat ayat 56 dan 57 itu, yang mafhumnya;

“Ia berkata: Demi Allah!, engkau hampir membinasakan (menyesatkan) aku. Kalau tidaklah nikmat Tuhanku,  nescaya aku termasuk orang-orang yang dimasukkan (dalam Neraka seperti engkau)”.


TAMBAHAN:

Diriwayatkan oleh Ibnu Abud Dunya dan Abu Hadbah alias Ibrahim bin Hadbah, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Orang-orang yang mengolok-olokkan hamba Allah sewaktu didunia, pada hari kiamat kelak dibukakan untuk mereka pintu-pintu  Syurga dan dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kamu kedalam Syurga’. Apabila muncul saja mereka, pintu itu ditutup kembali dihadapan mereka. Pada kali kedua pintu-pintu Syurga itu dibuka dan dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kamu kedalam Syurga’, dan apabila mereka muncul, pintu itu ditutup kembali dihadapan mereka. Kemudian untuk kali ketiga pintu-pintu Syurga dibuka dan dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kamu kedalam Syurga’. Mereka berdoa, tetapi tidak diperkenankan.  Allah berfirman kepada mereka, ‘Kamu yang dulu memperolok-olok hamba-hambaku?. Kamu adalah manusia terakhir yang akan dihisab’. Mereka berdiri hingga tenggelam oleh air peluh mereka sendiri. Lalu mereka menyeru, ‘Ya Tuhan kami, Engkau akan mengheret kami ke Jahanam, atau kepada keredhaan Mu ?’”.

Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti ada sekelompok manusia disuruh masuk Syurga. Namun apabila mereka hampir sampai ke Syurga dan telah mencium aromanya, bahkan sudah melihat keindahan istana-istananya serta kenikmatan-kenekmatan lainnya yang disediakan disitu, tiba-tiba mereka diperintah menjauhinya. Mereka tidak punya bahagian langsung terhadap Syurga. Akhirnya mereka pulang dengan rasa hampa seperti juga yang terjadi kepada kumpulan kedua dan yeng terakhir. Mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, adalah lebih baik Engkau masukkan kami terus ke Neraka daripada Engkau tunjukkan balasan dan nikmat-nikmat yang Engkau sediakan bagi orang-orang yang Engkau kasihi seperti itu’”.

Allah berfirman, “Itulah yang sememangnya Aku inginkan terhadap kamu semua. Jika kamu sedang bersama-sama Ku, secara terang-terang kamu memperlihatkan kesombongan-kesombongan kamu. Tetapi apabila kamu bersama manusia, kamu temui mereka dengan rasa hormat dan menunduk-nundukkan diri kamu. Apa yang kamu perhatikan kepada manusia (ketua-ketua kamu) berbeza dengan isi hati yang kamu berikan kepada Ku ?. Kamu lebih mengagung-agungkan manusia daripada Aku. Dan kamu lebih hormat kepada manusia daripada Aku. Maka pada hari ini Aku rasakan kepada kamu azab yang sangat pedih. Selain itu Aku halangi kamu dari mendapat pahala’”. Demikianlah apa yang telah diperkatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali atau Imam al-Ghazali.


BAB 112: PENGHUNI SYURGA MEWASIATKAN TEMPATNYA KEPADA PENGHUNI NERAKA JAHANAM.

Syeikh al-Qurthubi dalam tafsirnya telah meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah memberikan kepada setiap manusia sebuah tempat tinggal di Syurga dan satu tempat tinggal di Neraka. Ada pun bagi orang-orang beriman selain mengambil tempat mereka sendiri, mereka juga mewasiatkan tempatnya kepada penghuni Neraka kepada orang-orang kafir. Allah memberikan kepada orang-orang kafir tempat-tempat tinggal mereka di Neraka”.

Hadis serupa diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Setiap orang daripada kamu mempunyai dua tempat tinggal. Satu tempat tinggal berada di Syurga dan satu lagi berada di Neraka. Apabila dia meninggal dunia dan masuk Neraka, ia mewasiatkan tempat tinggalnya di Syurga kepada penghuni Syurga”. Itulah maksud dari firman Allah didalam surah al-Mu’minnuun ayat 10, yang mafhumnya ;

“Mereka itulah orang-orang yang mempusakai”.

Sanad hadis diatas itu tadi adalah sahih.

Menurut Syeikh al-Qurthubi, ini merupakan satu penjelasan yang konkret bahawa setiap manusia itu memiliki dua tempat tinggal, iaitu satu berada di Syurga dan satu lagi berada di Neraka. Adapun khitab (kata-kata atau sabda) yang diucapkan oleh Nabi saw kepada para sahabat baginda yang mulia dan bersih dari dosa-dosa besar yang dapat menjerumuskan mereka ke Neraka. Semoga Allah meredhai mereka dan juga diri kita semua. Penjelasan berkenaan pekara ini, insyaallah akan dilanjutkan lagi nanti.



BAB 113: PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA AKAN ABADI, SERTA DIPUTUSKANNYA DIATAS JEMBATAN SHIRAT.

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, “Ketika penghuni Syurga sedang menuju ke Syurga dan penghuni Neraka menuju ke Neraka, maka didatangkan kematian berada diantara Syurga dan Neraka, ia pun disembelih (diputuskan dan dihapuskan sama sekali). Kemudiann terdengarlah Malaikat menyeru, “Wahai penghuni Syurga, sekarang sudah tidak ada lagi kematian. Wahai penghuni Neraka, sekarang sudah tidak ada lagi kematian’. Sehingga, kegembiraan untuk penghuni Syurga semakin bertambah, dan kesedihan penghuni Neraka juga semakin bertambah”.

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, “Ketika penduduk Neraka sudah masuk Neraka dan penduduk Syurga sudah masuk Syurga, pada hari kiamat nanti kematian akan didatangkan seolah-olah berupa seekor kambing belang yang sangat cantik. Ia berhenti diantara (diatas jembatan sirat) Syurga dan Neraka. Lalu dikatakan, “Wahai  penduduk Syurga, adakah kamu mengenali ini ?. Mereka memandangnya da mengangkat kepala segera menjawab, ‘Ya... ini adalah kematian’. Kemudian dikatakan, ‘Wahai penduduk Neraka, apakah kamu mengenali ini ?. Mereka memandangnya sambil mengangkat kepala dan menjawab, ‘Ya... ini adalah kematian’. Kemudian Malaikat diperintah menyembelihnya. Kemudian dikatakan, ‘Wahai penduduk Syurga, kamu akan kekal hidup dan tidak akan ada lagi kematian bagi kamu. Wahai penduduk Neraka,  kamu juga akan kekal hidup dan tidak akan ada lagi kematian buat kamu’”.

Seterusnya Rasulullah membaca firman Allah dari surah Maryam ayat 39, yang mafhumnya;

“Takutkanlah mereka dengan hari penyesalan (hari kiamat) ketika dihukum (diputuskan) pekara kepada mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”.

Nabi lalu menunjuk kepada dunia dengan tangannya.

Hadis yang serupa diriwayatkan oleh Abu Isa at-Tirmidzi, dari Abu Sa’id al-Khudri secara marfu bahawa ia berkata, “Pada hari kiamat nanti kematian akan didatangkan seperti seekor kambing belang yang sangat cantik. Setelah berhenti ditengah-tengah antara Syurga dan Neraka, ia lalu disembelih dan mereka melihatnya. Seandainya ada seseorang yang mati kerana gembira, maka matilah semua ahli Syurga. Manakala seandaiinya ada seorang yang mati kerana bersedih, maka matilah semua ahli Neraka”. Kata at-Tirmidzi, hadis ini hasan dan sahih.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, kematian akan didatangkan. Setelah diperintah berhenti diatas Shirat, lalu dikatakan, ‘Wahai penghuni Syurga’. Mereka memendangnya dengan cemas dan perasaan takut jikalau mereka akan dikeluarkan dari tempat dimana mereka berada itu. Kemudian dikatakan, ‘Wahai penghuni Neraka’. Mereka menatapnya dengan rasa gembira dan berharap agar mereka akan dikeluarkan dari tempat dimana mereka berada itu. Lalu mereka disoal, ‘Apakah kamu mengenali ini ?’. Mereka menjawab, ‘Ya.. ini adalah kematian’.  Malaikat diperintah untuk menyembelihnya diatas Shirat. Seterusnya dikatakan kepada penduduk Syurga dan Neraka, ‘Kamu semua kekal abadi dengan apa yang telah kamu perolehi. Tidak ada kematian untuk kamu semua’”.

Hadis yang serupa juga diriwayatkan juga oleh atz-Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, “....Ketika Allah telah memasukkan penghuni Syurga kedalam Syurga dan penghuni Neraka kedalam Neraka. Kematian didatangkan dengan dipegang. Ia lalu diperintah berhenti diatas sebuah pagar sempadan diantara Syurga dan Neraka. Kemudian dikatakan, ‘Wahai penduduk Syurga’. Mereka memandang dengan rasa cemas dan takut. Kemudian dikatakan, ‘Wahai penduduk Neraka’. Mereka pun memandang dengan rasa gembira dan mengharap syafaat. Lalu peduduk Syurga dan Neraka itu ditanya, ‘Adakah kamu kenal ini?’. Mereka menjawab serantak, ‘Ya, kami mengenalinya. Itu adalah kematian yang ditugas untuk mengadap kami’. Kematian lalu disembelih diatas pagar sempadan tersebut.  Kemudian dikatakan, ‘Wahai penduduk Syurga, kamu semua kekal dan tidak akan kamu alami lagi kematian. Wahai penduduk Neraka, kamu juga kekal dan tidak akan ada lagi kematian’”. Kata Tirmidzi, hadis ini hasan dan sahih.

FAKTA 1:

Menurut hemat saya (Syeikh al-Qurthubi), hadis-hadis sahih tadi merupakan nash dan dalil yang menyatakan bahawa penghuni Neraka itu akan kekal abadi didalamnya. Disana mereka akan tinggal untuk selama-lamanya tampa ada batas waktu. Disana tidak ada lagi kematian, tidak ada kehidupan, tidak ada kesenangan dan tidak ada keselamatan. Untuk menerangkan lagi berkenaan azab Neraka bagi orang-orang kafir, perhatikan firman-firman Allah dibawah ini:

Firman Allah didalam surah Faathir ayat 36-37, mafhumnya;

“Orang-orang yang kafir, untuk mereka itu Neraka Jahanam, mereka tidak dihukum mati, (jika mati tentu) mereka musnah dan tidak pula diringankan seksa daripada mereka. Demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang kafir. Mereka disana memekik minta tolong (katanya): Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari dalam Neraka ini), nanti akan kami kerjakan amalan soleh, bukan pekerjaan yang telah kami kerjakan dahulu. Tidakkah Kami lanjutkan usia kamu, sehingga dapat pengajaran orang yang mahu menerima pengajaran dan telah datang kepadamu pemberi peringatan (Rasul- rasul) ?, maka tidak adalah pertolongan bagi orang-orang yang aniaya”.

 Firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 19-22, mafhumnya;

“Inilah dua golongan yang berbantah-bantah tentang Tuhannya. Maka orang-orang yang kafir, dipotongkan pakaian mereka dari api Neraka dan dituangkan air yabf sangat panas dari atas kepalanya. Dihancurkan dengan air itu apa-apa yang dalam perut mereka dan kulit-kulitnya. Untuk mereka (disediakan) cemeti (pemukul) dari besi. Tiap-tiap mereka hendak keluar dari dalamnya kerana kedukaan, lalu dikembalkan kedalamnya, dan (dikatakan kepadanya): Rasailah olehmu azab yang membakar”.

Oleh itu, pendapat yang menyatakan bahawa orang-orang kafir itu akan keluar dari dalam Neraka  sehingga Neraka akan kosong bahkan dindingnya akan roboh menutupi bumbungnya lalu musnah, merupakan pendapat yang tidak masuk akal, kerana ia menyelahi keterangan firman Allah dan keterangan yang disampaikan oleh para Rasul. Ia juga bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh para ulama ahli sunnah dan imam-imam yang adil lagi benar.

Firman Allah didalam surah an-Nisaa’ ayat 115, mafhumnya;

“Barang siapa menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang mukmin, nescaya Kami angkat dia menjadi pemimpin apa yang dipimpinnya dan Kami masukkan dia kedalam Neraka Jahanam. Itulah seburuk-buruk tempat kembali”.

Sesungguhnya yang akan dikosongkan didalam Neraka Jahanam itu hanyalah pada tingkat yang paling atas sahaja, iaitu tempat menjadi balasan seksa kepada orang-orang mukmin yang berdosa dan kemudiannya mereka dikeluarkan seluruhnya hinggalah kosong tempat itu. Ditepi-tepinya itu ditumbuhi apa yang disebut sayuran jirjir.

Fadhel bin Shalih al-Ma’afiri bercerita, “Pada suatu hari aku menziarah kerumah Malik bin Anas. Baru sajaaku duduk, dia menyuruhku untuk beredar dan aku pun pulang. Namun, pada petang harinya, ia bertemuku dan berkata, ‘Maafkan aku kalau pagi tadi aku menyuruh kau pulang. Ini disebabkan aku akan menerima tetamu dari Syam yang ingin memnanyakan permasaalahan kepadaku, iaitu, ‘Wahai Abu Abdullah, apa pendapatmu tentang hukum memakan jirjir yang menurut cerita adalah sejenis sayuran yang tumbuh dibibir Neraka Jahanam ?’. Aku menjawab, ‘Tidak apa-apa’. Ia berkata, ‘Mudah-mudah Allah sentiasa menjaga dan memerhatikan mu’”. Demikainlah apa yang diperkatakan oleh al-Khathib Abu Bakar Ahmad.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzari, dari Amr bin Maimun, dari Abdullah bin Amr Ibnu’Ash bahawa ia berkata, “Pada suatu masa akan ada angin yang bertiup dan membuka pintu-pintu Neraka, dan didalamnya sudah tiadk ada satu apa pun diantara orang-orang yang mengesakan Allah (kerana telah dikeluarkan kesemuanya)”.


FAKTA 2:


Telah dikemukan sebelum ini bahawa kematian itu adalah bersifat kerohanian dan bukannya benda. Begitu juga dengan amalan. Oleh itu ia tidak boleh bertukar menjadi benda. Tetapi, didalam balasan pahala amal, Allah telah merubahnya menjadi rupa tertentu menurut kehendak Nya. Demikian juga dengan kematian, Allah telah mengzahirkannya menjadi seekor kambing belang yang dapat dikenali oleh penghuni Syurga dan Neraka. Jika ia boleh disembelih itu merupakan bukti bahawa ia juga kekal abadi didunia dan akhirat.

Menurut Tirmidzi, pendapat yang kuat dalam masaalah ini menurut ahli ilmu, seperti Sufiyan ats-Tsauri, Malik bin Anas, Ibnu Mubarak, Ibnu Uyainah, Waki’ dan yang lainnya, bahawa mereka meriwayatkan pekara-pekara itu berkata, “Hadis-hadis ini diriwayatkan dan kita beriman dengannya. Kita tidak ditanya bagaimana ?”. Pendapat inilah yang dipilih oleh para ulama ahli hadis. Mereka meriwayatkan pekara-pekara tersebut sebagaimana adanya dan di imani, tampa ditafsir serta ditanya bagaimana. Inilah pendapat ahli ilmu yang mereka pilih dan mereka pegang.

Berkata Imam al-Qurthubi (pengarang kitab ini), “Kalau kamatian didatangkan dalam bentuk kambing belang yang cantik, ia berkaitan dengan keterangan sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Malaikat maut menemui Nabi Adam dalam ujud binatang tersebut. Lalu Malaikat membuka sayapnya berjumlah empat ribu, seperti yang telah dikemukakan dibahagian pertama kitab ini, iaitu dalam bab Menerangkan Sifat Kematian ketika Roh orang Mukmin dan orang Kafir dicabut”.

Dalam menafsir firman Allah didalam surah al-Mulk ayat 3, mafhumnya, “Yang menjadikan mati dan hidup”, Ibnu Abbas, Muatil dan al-Kalbi berkata, “Sesungguhnya kematian dan kehidupan itu merupakan satu benda. Kematian dijadikan dalam bentuk seekor kambing. Segala sesuatu yang dilalui dan mencium baunya, pasti mati. Sedangkan kehidupan diciptakan dalam bentuk seekor kuda betina dengan warna kulitnya hitam dan putih. Ia lebih besar dari keldai dan lebih kecil dari baghal. Binatang yang sangat pantas lariannya inilah yang dimiliki oleh Jibril dan para Nabi. Segala sesuatu uang dilalui dan mencium baunya pasti hidup. Begitu juga segala sesuatu yang dipijaknya, pasti hidup. Ingatkah anda akan cerita as-Samiri (dajal) dan Nabi Musa. As-Samiri pernah mengambil pasir bekas pijak kuda Jibril untuk digunakan sebagai  membuat patong emas anak lembu seolah-oleh hidup dan berkata-kata, kemudian ia disembah oleh kaum Bani Israil. Riwayat ini dipetik oleh ats-Tsa’labi dan al-Qusyairi dari Ibnu Abbas dan dikutip oleh al-Mawardi dari Muqatil dan al-Kalbi. Sila semak didalam kitab ‘Ad-Dur al-Manstur’ (VI-247-248).

Kemudian dikatakan pula didalam kitab ‘Khal’u an-Na’laini, “Sesungguhnya kambing jelmaan kematian itu disembelih diantara Syurga dan Neraka. Adapun yang diberi kuasa menyembelihnya adalah Nabi Yahya bin Zakaria yang disaksikan pula oleh Nabi Muhammad saw atas peritah Allah SWT. Menurut penulis kitab ‘Al-Arus’ pula, yang menyembelih kambing itu adalah Malaikat Jibril, waallaua’lam.

Dengan memanjatkan puji kepada Allah yang Mahamulia lagi Mahapengampun, selesai sudah pembicaraan berkenaan Neraka. Semoga Allah melindungkan kita semua daripadanya berkat kebaikkan serta dermawan Nya. Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Nya...amin.



Sekian dahulu buat waktu ini, kelak akan disambung lagi berkenaan Syurga dibab-bab yang akan datang, Insyallah. Selamat membaca.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian,
Atok zamany.

7 comments:

  1. Assalamualaikum.. Atok..

    Saya pernah ambil shadatai dari tok guru Ustaz Mat secara beramai-ramai. Jika saya hendak mengamalkan Surah al-Insyirah dan Doa Nabi Yusuf (Surah Yusuf ayat 4). Bagaimanakah cara yang betul untuk mengamalkannya?

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam cucu budak abjad...

    Kalau dah ada talqin, apa nak dibimbangkan. Amalkan saja apa saja surah dan apa saja ayat. Kan semua tu diisibatkan sebagai amalan dan hak milik sultan wali syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani, semantara kita ni kan anak murid syeikh. Jadi hanya dimulakan dgn shadat 9 kemudian fatihah hadiah dan terus saja amal atau baca ayat2 yg kamu katakan itu. Kan mudah...

    Tak perlu lagi nak berijazah dimana2 atau dgn sesiapa... kamu dah ada semua yg diperlukan dalam apa jug bentuk amalan dan wirid. Semasa ust Mat bagi ijazah talqin ada sesiapa yg tlg jelaskan akan pekara ni tak ??? kalau kamu nakkan lebih penjelasan boleh tanya pd badal ditempat kamu atau kawan2 dlm abjad. Semasa atok dulu... begitulah cara2nya... kita hanya perlu ambil sekali saja ijazah talqin, tapi kalau nak buat banyak kali pun tak mengapa - ia dikira sebagai memperbaharui sahadat. Kemudian tentang segala amalan, ayat2, wirid2, ahzab, selawat, jampi2 dan sebagainya... terus saja boleh dilakukan kerana kita dah letakkan kesemua itu sebagai hak milik sultan wali dan kita sebagai anak muridnya ikut serta beramal... begitulah serba sedikit penjelasannya. Jangan ragu akan pekara ini... semua budak abjad buat pekara yg sama... setahu atok lah...ok

    atok zamany.

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam cucu kosong...

    Perasaan takut dan harap... hem !
    Peringkat teratas bagi mengalami perasaa takut akan azab Neraka Allah ini dialami apabila seluruh badannya dapat merasa kesakitan azab itu hingga membuat ia berpeluh, mengigil2, tersedu sedan menangis, meraung dan pengsan terkujat kujat... sangking (extrim) ketakutan teramat sangat. Ini terjadi apabila deria otaknya benar2 dapat menghayati kesakitan akan azab Neraka dan kemudian deria itu berhubungan pula dgn nadi seluruh tubuhnya yg membuat ia mengigil, berpeluh, menangis, meraung lalu pengsan. Mertabat ini selalunya dialami oleh orang2 As-solihin, Al-ariffin dan Al- Mukarabbin kerana tahap keimanan mereka yang sangat mendalam dan tebal disanubari mereka. Hingga ada dikalangan mereka yg mati akibat ketakutan yg teramat ini hingga Allah sangat Kasih kepada mereka dan terus saja menempatkan mereka kedalam Syurga tertinggi tampa hisab.

    Manakala diperingkat kedua akan perasaan takut ini ialah apabila perasaan takut itu merubah seluruh bentuk kehidupannya. Daripada tak solat kepada rajin solat. Daripada tak beramal kepada rajin beramal. Daripada jahat kepada baik. Daripada kuat tidur kepada rajin bangun malam (solat tahajut). Daripada tak suka tolong org kepada rajin tolong org terutama org2 tua. Daripada kedekut kepada rajin menderma. Daripada suka lepak kedai kopi kepada suka menghadirkan diri kemejlis2 ilmu. Daripada solat sorang diri kepada rajin kesurau solat berjemaah. Bukan itu saja malahan amalan dan ibadah yg dia buat itu menjadi istikomah dan kekal hinggalah dia mati. Maka ketegori ini adalah ketakutan sejati bagi orang awam muslimin yg cuba lari dari azab Neraka dan mengharap keredhaan dan keampunan Allah agar dia tergolong dalam golongan kanan yg telah atok sebutkan dlm atikal diatas, kemudian mengharap dapat masuk Syurga Allah kelak.

    Kategori ketiga ialah ketakutan semantara yg macam suam2 kuku je. Masa dia baca atikal atok tu dia rasalah ketakutan akan azab Neraka tu kemudian dia juga mengharap agar dia tidak tergolong sebagai golongan kiri itu, tapi bila dia dah tutup laptop atau pc nya dia dah lupa semuanya dan tetap kekal malas beribadah dan beramal. Jadi golongan ini hanya hangat2 tahi ayam je tinggkat iman mereka. Bagaimana nak lepas azab Neraka kalau beperangai begini. Sudah tentu lah kena celup juga dlm neraka sekejap lepas tu baru masuk syurga. Maksud sekejap tu bukan semint dua minit tapi beribu2 tahun lamanya, Kalau ikutkan dlm atikal atok tu, masa dicelup dlm Neraka bagi org muslimin yg berdosa paling lama ialah lebih kurang 7000 tahun, sedangkan seminit pun dah hangus rentung menjadi arang... kalau 7000 tahun agak2 macam mana ???
    Fikir fikir kan lah....

    Jadi atok nak tanya... kamu diperingkat yg mana perasaan takut azab yg kamu katakan itu ??? dan diperingkat mana pula harap dan mengharap yg kamu alami kepada redha dan keampunan Allah itu ??? kalau dah tahu... kamu sendiri boleh nilai diri kamu...ok

    Atok zamany

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Masyallah hebatnya...saya bertanya sebab teringat satu kisah,kalau tak salah, kalau salah betulkan tok... Nabi SAW melihat sekumpulan sahabat R.Anhum bergelak ketawa, Rasulullah SAW tegur, yg saya faham, Nabi Kata kalau kamu tahu azab @ siksa neraka kamu akan sedikit tertawa Dan banyak menangis...jadi murung para Sahabat tu...sampai Allah berkata kepada Nabi, mengingatkan keluasan Rahmat Allah...mohon atok betulkan kalau ada Tersilap...
    -kosong-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cucu kosong...

      Kira betul la tu... jangan banyak ketawa, ingat neraka tentukan banyak menangis sebab Nabi saw pesan begitu. Jangan banyak tengok astro... raja lawak tu.. nanti ikut terjerumus bersama2 mereka pulak, ia juga boleh menghayalkan dan jauh dari mengingati Allah.

      Atok tak dapat cari hadis ini kerana atok berada diluar. Itulah sebabnya tak dapat kod hadis tersebut... harap maaf

      atok zamany

      Delete
  5. assalamualaikum atok

    setiap kali latih pandang adab badan jd seram sejuk mcm hampir demam..ada rasa "angin berhembus" keliling tubuh..bila buka mata tiada apa..pejam semula, rasa sejuk lg..knp ye tok?

    lg satu tok, macam mana nk bg adab lg kemas?

    .n.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cucu .n.

      Kalau begitu.. kamu ni ada gangguan, ada benda ikut kamu. Minta guru silat kamu perhati dan tolong kamu atau minta badal tolong buangkan.

      Kemas tu kalau sampai "TERASA" didalam hati... iaitu kawasan yg paling dalam pada jantung kamu (mata hati). Waktu itu kamu dah tak ingat apa2 pun, hanya ingat Allah dan Rasul saja. Ia kena banyak latihan samapi jadi. Dalam gelangang, atau ditikar sembahyang (selesai solat), buat banyak2 kali setiap waktu dan setiap hari. Lama2 kamu akan dapat juga...insyaallah.

      atok zamany

      Delete