BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.
BAB
44 : TELAGA NABI saw. - LUASNYA, TEMPATNYA,
BANYAK AIRNYA , TIANG- TIANGNYA DAN ISINYA.
Jika
disemak didalam kitab 'Al-Quut' dan beberapa buah kitab yang lain, disana ada
mengambarkan bahawa telaga Nabi saw. yang diberi nama al-Kautsar itu terletak
disebuah tempat sesudah melepasi Jambatan Sirat yang menghubungkan antara
syurga dan neraka. Tetapi menurut beberapa pendapat yang sahih bahawa Nabi
Muhammad saw. memiliki dua buah telaga al-Kautsar, yang pertama terletak
sebelum Jembatan Sirat dan yang keduanya terletak sesudah Jembatan Sirat.
Kedua-duanya dinamakan al-Kautsar, kemudian akan diperjelaskan lagi. Menurut
bahasa arab, al-Kautsar bererti kebajikan yang luas atau banyak.
Para
ulama tafsir berbeza pendapat mengenai timbangan hisab dan telaga
al-Kautsar, iaitu yang mana dahulu didatangkan. Ada yang berpendapat timbangan
hisab dahulu, manakala ada pula yang berpendapat telaga al-Kautsar terlebih
dahulu. Abu Hasan al- Qabis setuju dengan pendapat yang kedua tadi, iaitu
telaga al- Kautsar yang didatangkan terlebih dahulu. Seperti yang telah
diperkatakan dahulu bahawa setelah manusia dibangkitkan semula dari dalam
kuburan masing-masing, mereka didalam keadaan sangat kehausan dikala itu. Mereka
mesti melalui keadaan seumpama itu dahulu sebelum mereka meniti Jambatan Sirat
dan kemudiannya dihisab.
Semantara
menurut salah seorang ulama salaf sebagaimana yang telah dipetik kata-katanya
oleh Abu Hamid yang ditulis didalam kitabnya bertajuk 'Kasyfu Ilm al-Akhirat',
"Sesungguhnya mereka mestilah melalui dahulu dihadapan Telaga sebelum
menaiki Jembatan Sirat itu". Tetapi kata-kata ini dibantah oleh Imam
al-Qurthubi (penulis kitab ini) yang menyatakan "Ini hanyalah kekeliruan
daripada orang yang berkata itu, bukan dari sumbernya ".
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika kami
sedang berdiri ditepi sebuah telaga, tiba-tiba muncul sekumpulan manusia
disekililing ku. Setelah aku bertanya pengenalan mereka, salah seorang dari
mereka tampil kehadapan dan berkata kepada kumpulannya, "Mari ! ".
Aku bertanya, "Kemana ?". Ia menjawab, "Ke Neraka ". Aku
bertanya lagi, "Kenapa dengan mereka semua ?". Ia menjawab,
"Mereka kembali murtad ". Kemudian muncul pula kumpulan manusia yang
lain. Setelah bertanya pengenalan mereka, salah seorang dari mereka tampil kehadapan
dan berkata kepada kumpulannya itu, "Mari..mari !". Aku bertanya,
"Kemana ?". Ia menjawab, "Ke Neraka !". Aku bertanya lagi,
"Kenapa dengan kamu semua ?". Ia menjawab, "Kami semua telah
kembali murtad ". Dan aku melihat diantara mereka semua tiada yang
terselamat. Keadaan mereka samalah seperti unta yang dibiarkan siang dan malam
'".
Hadis
ini adalah merupakan sebuah dalil yang sangat kuat bahawa kedudukan Telaga Kausar
itu adalah sebelum dari Jembatan Sirat yang terbentang melintasi kawah Neraka
Jahanam. Sesiapa yang berjaya melintasinya, maka dia itu adalah orang yang
terselamat. Sebaliknya jika dia terjatuh, ia akan terjatuh kedalam lubang kawah
Neraka Jahanam dan akan kekal didalamnya. Begitu juga dengan telaga-telaga dari
Nabi-nabi yang lainnya.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata, "Rasulullah telah ditanya berkenaan
Padang Mahsyar tempat seluruh makhluk mengadap Allah kelak : apakah disana ada
air ?. Baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman
Nya, disana ada air. Orang-orang yang dikasihi Allah akan mendatangi
Telaga-telaga para Nabi. Allah SWT. mengutus tujuh puluh ribu para Malaikat
pengawal dengan tongkat dari api Neraka yang digunakan untuk menghalau
orang-orang kafir dari mendekati Telaga-telaga para Nabi itu".
Diriwayatkan
oleh Muslim dari Abu Dzar bahawa ia bertanya kepada Rasulullah, "Ya
Rasulullah, bagaimana pula dengan bekas-bekas (piala-piala) di Telaga Kausar
itu ?". Baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada
didalam genggaman Nya, jumlah bekas-bekas (piala-piala) di Telaga itu adalah
lebih banyak daripada jumlah bintang-bintang dilangit dimalam hari yang gelap tiada
berawan. Itu adalah bekas-bekas (piala-piala) dari Syurga. Barangsiapa yang
minum dengan menggunakan salah satu daripada bekas-bekas (piala-piala) itu,
nescaya dia tidak akan kehausan selamanya. Panjang Telaga adalah dari negeri
Amman sampai kenegari Ailah. Airnya lebih putih dari salju dan lebih manis dari
madu ".
Diriwayatkan
oleh Muslim dan Ahmad dari Tsauban bahawa Rasulullah bersabda, "Aku
bertahan ditelagaku, Demi penduduk Yaman, aku harus menghalau manusia. Aku
pukul mereka dengan tongkatku sehingga mereka pergi meninggalkannya".
Ketika ditanya berkenaan luasnya, baginda menjawab, "Luasnya dari tempatku
berdiri ini hingga kenegeri Amman (Jordan)". Ketika ditanya berkenaan
airnya, baginda menjawab, "Airnya seputih salju dan semanis madu.
Didalamnya terdapat sepasang Kran (seperti mangkuk) dari Syurga yang diperbuat
dari emas dan perak ".
Diriwayatkan
oleh Muslim dari Anas bahawa ia berkata, "Pada suatu hari ketika
Rasulullah berada ditengah-tengah kami, baginda mengetuk dan dengan tiba-tiba
baginda bangun dan tersenyum. Kami bertanya, 'mengapa tersenyum ya Rasulullah
?' Baginda menjawab, 'Baru saja aku menerima satu surah yang diturunkan kepada
ku...' kemudian baginda membaca surah al-Kausar hingga akhir. Kemudian baginda
bertanya kepada kami semua, 'Tahukah kamu, apa itu al-Kausar ? Lalu kami
menjawab,'hanya Allah dan Rasul Nya saja yang mengatahui'. Baginda bersabda,
'Ia adalah sebuah telaga yang penuh dengan kebajikan yang dijanjikan oleh
Tuhanku kepada ku. Pada hari kiamat nanti umatku akan mendatangi telaga itu.
Pialanya (cup atau cawan) banyak bak bintang-bintang dilangit. Ketika ada
seorang hamba yang masuk kemudian diusir (Malaikat), aku berkata, Ya Tuhanku,
dia adalah termasuk salah seorang dari umatku, kenapa dia diusir?. Allah
berfirman, 'Kamu tidak tahu apa yang telah dilakukannya sepeninggalan
mu'".
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Abdullah bin Amr ibnul 'Ash bahawa Rasulullah bersabda,
" Panjang telagaku itu jarak sejauh perjalanan selama sebulan. Jarak
diantara sudunya sama saja. Airnya lebih putih dari kertas. Aromanya lebih harum
dari kasturi dan pialanya (cawan-cawannya) sebanyak bintang dilangit.
Barangsiapa yang meminum airnya, setelah itu dia tidak akan haus (dahaga) lagi
untuk selama-lamanya".
Diriwayatkan
oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya luas telagaku itu lebih jauh dari jarak diantara Ailah
hingga keAden (Yaman hingga ke Mesir). Airnya lebih putih dari salju. Rasanya
lebih manis dari madu dan pialanya (bekas minumannya) lebih banyak dari jumlah
bintang-bintang. Aku menghalau manusia seperti seseorang menghalau unta
orang lain dari telaganya". Kemudian para sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah, apakah disaat itu nanti, dikau akan mengenali kami ini lagi
?". Rasulullah menjawab, "Sudah tentu !, kerana kamu semua mempunyai
tanda-tanda yang tiada pada umat-umat yang lain. Kamu semua akan datang kepada
ku dengan muka, lengan dan betis yang bercahaya berkilauan bekas wuduk ".
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya
dihadapan kamu terbentang sebuah telaga yang luasnya diantara Jarya dan Adzrai
(dua buah dusun dinegeri Syaria yang jarak diantara keduanya adalah tiga hari
perjalanan). Ditelaga itu terdapat kilatan seperti kilatan bintang. Barangsiapa
meminum airnya, nescaya ia tidak akan dahaga lagi selama-lamanya".
Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya aku mempunyai sebuah telaga seluas dearah antara Ka'bah
(Mekah) dan Baitul Maqadis (Palastin). Airnya putih seperti susu, dan pialanya
(bekas minum) sebanyak jumlah bintang-bintang dilangit. Pada hari kiamat nanti
aku adalah Nabi yang paling ramai pengikutnya".
Fakta
:
Terdapat pula
setengah-setengah manusia berpendapat bahawa perbezaan-perbezaan yang terdapat
dialam hadis-hadis yang telah dijelaskan tadi adalah merupakan petunjuk kepada
kebimbingan dan perbezaan. Walhal, ia tidaklah seburuk demikian.
Didalam
hadis-hadis Rasulullah dan juga riwayat-riwayat yang diketengahkan mereka itu,
Nabi sememangnya telah menggunakan banyak kalimah-kalimah yang berbeza-beza
ketika baginda memberikan gambaran berkenaan telaganya itu. Iaitu berkenaan panjangnya,
luasnya, lebarnya, banyak pialanya, warna airnya, rasa airnya dan lain-lain
lagi. Sebenarnay, ia tertakluk kepada dihadapan siapa baginda itu berkata-kata
?. Jika ia datang dari penduduk negeri Syaria, maka baginda akan memberi
gambaran contoh diantara dusun Adzrah hingga ke dusun Jarya. Jika kumpulan itu
datangnya dari Yaman, maka baginda akan memberi gambaran kota Aliya (sekarang
Shna'a) hingga ke Aden. Kadang kala baginda menggunakan kadar waktu atau jarak
dan waktu perjalanan seperti conohnya sebulan perjalanan. Semua itu baginda
gunakan supaya memberi gambaran keluasan telaganya itu.
Sememangnyalah
tidak dapat kita bayangkan keluasan telaga Rasulullah itu jika hendak
dibandingkan dengan apa yang ada dimuka bumi sekarang ini. Tetapi, adalah tidak
mustahil jika diciptakan diatas permukaan bumi pengganti yang baru di Padang
Mashyar kelak, yang berwarna putih perak dan masih suci kerana belum pernah
berlakunya pertumpahan darah atau pun belum pernah berlakunya kezaliman sama
sekali diatasnya.
Menurut
al-Harawi, hanya sedikit sekali manusia yang dapat melepasi Jambatan Neraka
Jahanam itu. Digambarkan didalam hadis diatas tadi, jumlahnya hanyalah seperti
unta yang dibiarkan berkeliaran siang dan malam. Kemudian, menurutnya bahawa
telaga ini mempunyai 4 sudut. Sudut pertama dijaga oleh Saidina Abu Bakar
ash-Shiddiq, sudut kedua dijaga oleh Saidina Omar ibnul al-Khathab, sudut ketiga
dijaga oleh Saidina Othman Ibnu Affan dan sudut keempat dijaga oleh Saidina Ali
bin Abi Talib.
Diriwayatkan
oleh Humaid dari Anas bahawa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya
ditelaga ku itu terdapat empat sudut. Sudut yang pertama dibawah kekuasaan Abu
Bakar. Sudut kedua dibawah kekuasaan Umar. Sudut ketiga dibawah kekuasaan
Othman dan sudut keempat dibawah kekuasaan Ali ". Semoga Allah meredhai
mereka semua...amin.
Barangsiapa
mencintai Abu Bakar tetapi membenci Umar, maka Abu Bakar tidak akan mahu
memberinya minum. Begitulah pula sebaliknya. Barangsiapa mencintai Othman,
tetapi menbenci Ali. Maka Othman tidak memberinya minum. Begitu pula
sebaliknya.
Diriwayatkan
oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Syu'bah, dari Amr bin Marrah, dari Abu
Hamzah, dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Kamu bukan
sebahagian dari seratus ribu atau tujuh puluh ribu bahagian dari orang yang
mendatangi telaga yang pada waktu itu, jumlahnya lapan atau sembilan ratus
ribu".
Waallahua'lam...
BAB 45: FAKIR MISKIN MUHAJIRIN, PUAK PERTAMA MENDATANGI TELAGA NABI
SAW.
Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah dari ash-Shanabiji al-Ahmas bahawa Rasulullah bersabda, "
Ketahuilah, sesungguhnya aku mendahului kalian keTelagaku dan aku merasa bangga
atas bilangan kamu (jumlah umatnya) yang banyak daripada umat-umat lain. Oleh
kerana itu, sepeninggalan ku nanti, janganlah kamu saling berbunuhan".
Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah dari Tsauban (budak hamba yang dimerdekakan Rasulullah) bahawa
baginda telah bersabda "Sesungguhnya luas telagaku itu diantara Aden
hingga ke Ailah, warna airnya seputih susu, rasanya semanis madu dan
piala-pialanya (bekas minuman) sebanyak bintang-bintang dilangit. Sesiapa yang
meminumnya, maka selamanya ia tidak akan dahaga. Manusia pertama yang datang ke
telagaku itu ialah fakir miskin Muhajirin dengan pakaiannya yang kotor,
rambutnya kusut masai dan tidak bernikah dengan wanita yang hidup sejahtera dan
tidak dibuka pintu-pintu yang tepat untuk mereka (sentasa dihalau pergi)".
Mendengar
akan ucapan itu, Umar lalu menangis sekuat-kuatnya hingga janggutnya basah
terkena airmata dan kemudian dia berkata, "Tetapi aku menikahi wanita yang
hidup sejahtera dan dibuka untukku pintu-pintu yang tepat. Tak mengapalah...aku
tidak akan mencuci pakaianku sehingga ia benar-benar kotor dan aku tidak akan
merapikan rambutku dengan minyak sehingga ia kusut masai ".
Hadis
yang sama juga diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi, dari Abu Salam al-Habsyi dari
Tsauban, bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya luas telagaku itu dari
Aden hingga ke Amman al-Balqa'. Airnya sangat......" (sama hingga akhir).
Anas
bin Malik berkata, "Orang pertama yang mendatangi telaga Rasulullah ialah
orang-orang yang kurus kering kerana berpuasa dan menetap terus di Misjid Nabi.
Ketika malam tiba mereka menyambutnya dengan sedih ".
BAB
46: ORANG-ORANG
YANG DIUSIR DARI TELAGA.
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Anas bahawa Nabi saw. bersabda, "Ada beberapa orang
sahabatku yang diusir ketika mendatangi telagaku. Ketika aku melihat mereka,
lalu aku berkata, 'Mereka itu sahabat-sahabatku dulu'. Tetapi lalu dijawab,
'Kamu tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan sepeninggalanmu'".
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Ada beberapa
orang dari sahabatku yang diusir dari telagaku hingga mereka tidak boleh
mendekatinya. Aku berkata,'Ya Tuhanku, mereka itu sahabat-sahabatku'. Allah
berfirman, 'Sesungguhnya kamu tidak tahu sama sekali apa yang telah terjadi
pada mereka sepeninggalanmu. Mereka telah murtad (keluar dari agama
Islam)'".
Diriwayatkan
oleh Muslim dari Asma' binti Abu Bakar bahawa Rasulullah bersabda, "Aku
terus berada ditelagaku hingga aku boleh melihat sesiapa diantara kamu yang
datang. Dan ada beberapa orang yang dilarang mendekatiku, lalu aku berkata, 'Ya
Tuhanku, biarkan mereka mendekatiku. Mereka adalah termasuk dari umatku'. Allah
berfirman kepadaku, 'Kamu tahu apa yang telah mereka lakukan sepeninggalanmu ?.
Sesungguhnya mereka telah murtad sepeninggalanmu '''.
Seperti
yang telah disebutkan dalam hadis riwayat Anas diatas tadi, ".....ada
seorang hamba yang merasa gelisah dan nampak ragu-ragu. Lalu aku berkata, 'Ya
Tuhanku, ia adalah termasuk umatku'. Allah berfirman, 'Kamu tidak tahu apa yang
telah terjadi sepeninggalanmu dahulu '".
Disebut
didalam kitab Al-Muwatha' dan sebuah hadis dari Abu Hurairah, ".....Para
sahabat bertanya, 'ahai Rasulullah, bagaimanakah dikau mengenali manusia dari
umatmu yang datang setelah peninggalanmu kelak ?". Baginda menjawab,
"Sesungguhnya mereka akan datang dengan muka, lengan dan betis berkilauan
akibat wuduk ".
FAKTA:
Menurut para ulama, setiap orang yang
murtad dari agama Allah, atau mengada-adakan sesuatu yang tidak diredhai serta
tidak diizinkan Allah seperti menduakan Allah dengan sengaja ataupun tidak,
maka mereka adalah termasuk dari golongan yang terusir dari mendatangi Telaga
Nabi saw. Pengusiran sangat kuat dan keras kepada mereka-mereka yang memusuhi
dan menentang jemaah kamu Muslimin seperti; kaum puak Khawarij, kaum Rafidhah dan kaum Mutazilah (dizaman
dahulu, tetapi sekarang berubah namanya). Mereka semua akan dihalau dari telaga
sehingga tidak boleh mendekatinya. Demikian pula dengan orang- orang yang
berbuat zalim, orang-orang yang benci kebenaran, orang-orang yang membunuh
jiwa, orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar, orang-orang yang suka
melakukan maksiat, orang-orang yang menurutkan hawa nafsunya dan orang-orang
ahli bida'ah.
Sekalipun
demikian, keampunan Allah boleh mendekatkan mereka ketelaga, asalkan mereka
tidak berbuat syrik pada Allah. Mereka boleh juga dikenali melalui kesan wuduk
diwajah mereka. Jika mereka tergolong sebagai munafik dizaman Rasulullah
menampakkan iman trtapi kembali kufur setelah sepeninggalan Rasulullah kemudian
berjaya menyembunyikan kekufurannya itu, lalu Allah akan membuka pekong mereka
kelak dan berfirman, "Beruntung kamu ! yang abadi di Neraka hanyalah orang
kafir yang keras kepala dimana didalam hati mereka tidak terdapat iman walau
seberat biji sawi sekalipun ".
Dikatakan
bahawa sesungguhnya orang-orang yang suka berbuat dosa-dosa besar, yang dikecam
Allah, sekalipun boleh mendatangi telaga dan meminum airnya, kemudian Allah
menghendakinya dimasukkan kedalam Neraka, maka dia tidak diazab dengan rasa dahaga
yang melampau, Waallaua'lam...
Diriwayatkan oleh
ath-Tirmidzi dari Ka'ab bin Ujrah bahawa Rasulullah bersabda, "Aku memohon
perlindungan kepada Allah untukmu, wahai Ka'ab bin Ujrah, dari para penguasa
yang akan muncul sepeninggalanku nanti. Barangsiapa mendatangi pintu mereka
lalu ia membenarkan pendustaan mereka dan membantu mereka berbuat zalim, maka
ia tidak termasuk sebahagian dariku dan aku juga bukanlah sebahagian dari
mereka dan mereka juga tidak boleh mendekati telagaku. Dan barangsiapa
mendatangi pintu mereka dan tidak akan membenarkan pendustaan mereka dan tidak
mahu membantu mereka membuat zalim, maka ia termasuk sebahagian dariku dan aku
pula termasuk sebahagian darinya, dia akan mendatangi telagaku tampa halangan.
Wahai Ka'ab bin Ujrah, setiap daging yang tumbuh subur dari harta haram, dineraka
ia akan tumbuh lebih subur lagi".
Kata Abu Isa,
"Hadis hasan dan gharib ini juga diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi didalam
kitabnya bertajuk 'Fitnah-fitnah'.
Diriwayatkan
oleh al-Auzai alias Abu Umar didalam kitabnya bertajuk 'Musnad al-Auzai', dari Amr
bin Saad, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa ia pernah mendengar
Nabi saw. bersabda, "Luas telagaku itu diantara Ailah hingga ke Mekah.
Piala minumnya sebanyak bintang dilangit. Ia memiliki dua buah resapan (seperti
pam air) dari syurga. Tetakala airnya habis, ia akan menyemburkan air lagi.
Barangsiapa meminumnya walau hanya seteguk saja, ia tidak akan kehausan lagi.
Kemudian akan muncul satu kamu yang berbibir kering dan layu tetapi tidak mampu
menghirup air itu walau setitis pun dari telagaku itu. Oleh itu barangsiapa
dihari ini (semasa didunia sekarang ini) tidak mahu mempercayainya (keujudan
telaga Nabi saw itu), maka diakhirat kelak dia tidak akan mendapat bahagian
meminumnya ".
Diriwayatkan
oleh Tirmidzi al-Hakim didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir Al-Ushul', sebuah
hadis dari Utsman bin Mazh'un bahawa Nabi saw. bersabda, "...Hai Utsman,
janganlah kamu membenci sunahku dan kemudian tiba-tiba kamu mati tampa sempat
bertaubat. Akibatnya, padahari kiamat nanti, malaikat akan menghalaumu dari
menghampiri telagaku dengan menampar mukamu ".
BAB 47: SEMUA NABI MEMILIKI TELAGANYA SENDIRI.
Diriwayatkan
oleh ath-Tirmidzi dari Samurah bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap Nabi
itu memiliki telaga dan mereka saling membanggakan telaga siapakah yang paling
ramai pengunjungnya. Aku berharap mudah-mudahan, telagakulah yang paling ramai
pengunjungnya ".
Al
Bakri atau lebih terkenal dengan nama Ibnul Wasithi mengatakan, "Setiap
Nabi itu memiliki telaga, kecuali Nabi Saleh. Sesungguhnya telaganya ialah susu
pada untanya".
BAB
48: TELAGA
AL-KAUTSAR DIBERIKAN KEPADA NABI SAW. SEWAKTU NABI SAW. DISYURGA.
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Ketika aku
sedang berjalan-jalan didalam syurga (sewaktu Nabi Israq Mikraj), aku melihat
sebuah telaga yang dikelilingi sebuah kubah dari mutiara berlubang (seumpama
tembok). Aku bertanya, 'Apa itu wahai Jibril ?'. Ia menjawab, 'Itulah telaga
al-Kautsar yang telah Allah kurniakannya kepada kamu'. Ternyata aromanya seperti
minyak wangi yang harum sekali'". Hadis yang serupa diriwayatkan oleh Abu
Isa alias Tirmidzi dengan tambahan dihujungnya iaitu, "....Kemudian aku
diangkat ke Sidratul Muntaha, dan disana aku melihat satu cahaya yang sangat
agung ".
Diriwayatkan
oleh Abu Isa alias ath-Tirmidzi dari Ibnu Wahab, dari Syabib, dari Aban, dari
Anas bin Malik bahawa berkenaan pengalaman perjalanan Mikraj kelangit, Nabi
saw. bersabda, "Aku melihat sebuah telaga yang arusnya laju seperti anak
panah yang dilepaskan. Warna airnya putih susu, rasanya semanis madu dan
dikelilingi oleh kubah yang diperbuat dari mutiara berlubang. Aku bertanya,
'Apa itu wahai Jibril ?'. Jibril menjawab, 'Itu adalah telaga al-Kautsar yang
diberikan Allah kepadamu'. Ketika tanganku terpegang lumpurnya, ternyata adalah
minyak kasturi yang sangat harum baunya dan ketika tanganku terpegang kedua
dindingnya, ia ternyata mutiara ".
Diriwayatkan
oleh Tirmidzi dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Al-Kautsar
adalah sebuah telaga disyurga yang kedua tebingnya diperbuat dari emas dan
salurannya adalah dari mutiara. Tanahnya lebih harum daripada minyak kasturi,
airnya lebih manis dari madu dan warnanya lebih putih daripada salju".
BAB
49: NERACA
TIMBANGAN AMAL ADALAH BENAR
Allah
berfirman didalam surah al-Anbiyak ayat 47 yang mafhumnya;
"
Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah teraniaya
seseorang sedikit pun. Jika ushanya sebesar biji sawi, nescaya Kami hardirkan
juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya ".
Kemudian
firman Allah didalam surah al-Qari'ah ayat 6 - 9 yang mafhumnya ;
"Adapun
orang yang berat timbangannya (banyak kebajikan). Maka ia daam kehidupan yang
diredhai. Adapun orang yang ringan timbangannya (sedikit kebajikan dan banyak
dosanya). Maka tempat diamnya didalam Neraka Hawiyah ".
Para
ulama tafsir sependapat bahawa setelah selesai peristiwa hisab atau kiraan amal
kebajikan dan keburukan. Diingatkan bahawa tujuan sebenar neraca timbangan
adalah untuk diberikan balasan, maka adalah wajar jika sebelum itu dilakukan
kiraan terlebih dahulu. Sebenarnya proses hisab atau kiraan ini adalah untuk
menentukan banyak atau sedikitnya amal kebajikan dan keburukan. Sedangkan
neraca timbangan pula adalah untuk menjelaskan pemberian balasan yang setimpal
dengan amalan. Seperti firman Allah didalam surah al-Anbiyak ayat 47 diatas
iaitu " Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah
teraniaya seseorang sedikit pun. Jika ushanya sebesar biji sawi, nescaya Kami
hardirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya ".
Firman
Allah didalam surah al-Qari'ah ayat 6 - 9 yang mafhumnya ;
"Adapun
orang yang berat timbangannya (banyak kebajikan). Maka ia daam kehidupan yang
diredhai. Adapun orang yang ringan timbangannya (sedikit kebajikan dan banyak
dosanya). Maka tempat diamnya didalam Neraka Hawiyah ".
Dan
Allah berfirman didalam surah al-A'raf ayat 9 mafhumnya;
"Barangsiapa
yang ringan timbangannya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya,
kerana mereka aniaya terhadap ayat-ayat kami (membantah) ".
Ayat-ayat
diatas ini mengambarkan berkenaan timbangan amal orang-orang kafir. Ini adalah
kerana ia mengunakan ayat "yang ringan timbangannya (kebaikkan)",
yang bermaksud amal kebajikan orang-orang kafir yang sangat sedikit.
Selanjutnya
Allah berfirman lagi didalm surah-surah ;
Al-Mu'munun
ayat 105, mafhumnya;
"Tidakkah
ayat-ayat Ku, dibacakan kepadamu, lalu kamu mendustakannya ?".
Al-A'araf
ayat 9, mafhumnya;
"Barangsiapa
yang ringan timbangannya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya,
kerana mereka aniaya terhadap ayat-ayat kami (membantah) ".
Al-Qari'ah
ayat 9, mafhumnya;
"Maka
tempat diamnya didalam Neraka Hawiyah "
Ayat-ayat
diatas ini merupakan kata-kata amaran dengan secara mutlak ditujukan kepada
orang-orang kafir. Tetapi jika mengambil kira mafhum ayat surah al-Mu'minuun
ayat 47 iaitu, "Jika ushanya sebesar biji sawi, nescaya Kami hardirkan
juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya ". Maka haruslah difahami bahawa
setiap dari orang-orang kafir itu akan dipersoalkan, mengapakah mereka begitu
berani menentang semua kebenaran yang telah Allah utuskan. Iaitu kebenaran dari
segi keagamaan mahupun pecahan-pecahannya.
Ada
pula yang bertanya, jika sekiranya orang-orang kafir (musyrik) itu tidak perlu
dipersoalkan lagi amal perbuatan mereka, mengapkah amalan mereka harus dihisab
? Jawapannya, persoalan ini sebenarnya menunjukkan bahawa amalan perbuatan
mereka juga turut dihisab atau dikira apabila tiba waktunya. Didalam al-Quran
terdapat nas-nas yang jelas tentang pekara ini, bahawa mereka juga terkena
Khitthab, dihisab, disoal dan diberi balasan yang setimpal. Contohnya firman
Allah didalam surah Fushsilat (as-Sajdah- Hamin) ayat 6 dan 7 yang mafhumnya ;
"....Dan
celakalah bagi orang-orang yang mempersekutukanNya. (Iaitu) orang-orang yang
tidak memberikan zakat, sedang mereka kafir (ingkar) akan akhirat ".
Didalam
ayat ini Allah memberi amaran keras kepada mereka yang ingkar dari mengeluarkan
zakat dari harta-harta mereka. Amaran itu ditujukan kepada orang-orang kafir
(musyrik) dan juga mereka yang beriman tetapi ingkar.
Kemudian
Allah berfirman didalam surah al-Mudatstsir ayat 42 hingga ayat 47 yang
mafhumnya ;
"Apakah
sebabnya kamu masuk Neraka ?. Sahut mereka, 'Kami tidak solat !. Dan tidak pula
memberi makan orang-orang miskin (mengeluarkan zakat). Dan kami telah masuk
kedalam yang batil, bersama-sama orang yang masuk kedalamnya (mengikut orang-
orang kafir). Dan kami telah mendustakan hari pembalasan. Sehingga telah datang
kepada kami keyakinan (kematian)".
Didalam
ayat ini, jelas Allah menyoal orang-orang kafir dan musyrik tentang amalan
mereka, iaitu mereka juga terkena Khathab untuk beriman, mendirika solat dan
mengeluarkan zakat. Mereka pastinya akan dipersoal serta dihisab atas kesemua
pekara itu dan kemudiannya akan menerima balasan yang setimpal.
Diriwayatkan
oleh Bukhari, dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. telah bersabda, "Pada
hari kiamat nanti, akan muncul seseorang yang besar dan gemuk, yang amalannya
tidak perlu ditimbang lagi disisi Allah kerana dianggap sia-sia saja... dan
kalau kamu mahu tahu, bacalah surah al-Kahfi ayat 105, 'kami tidak mengadakan
sesuatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat ".
Nota
dari atok:
Pada
versi asal kitab ini tidak di beri terjemahan ayat 105 surah al-Kahfi ini. Tetapi
disini atok selitkan terjemahannya;
"Mereka
itulah orang-orang yang ingkar akan tanda-tanda Tuhan dan akan menemui Nya,
sebab itu hapuslah (pahla) perbuatan mereka, dan tiada Kami adakan timbangan
untuk mereka pada hari kiamat ".
Menurut
para ulama, maksud hadis diatas itu ialah bahawa mereka (orang-orang kafir)yang
tidak mempunyai sebarang pahla serta amal kebajikan sama sekali untuk
mengimbangi seksa. Mereka tidak punya kebajikan barang satu pun untuk ditimbang
pada hari kiamat. Mereka yang seumpama ini tempat mereka pastinya didalam Neraka.
Menurut
Abu Sa'id al-Khudri, mereka akan datang dengan membawa amal sebesar gunung
Tuhamah, namun pada waktu itu sudah tidak ada apa-apa ertinya lagi, walau untuk
pahla sedikit pun. Hadis diatas itu tadi juga mengandungi pesanan agar menjauhi
kegemukkan kerana dianggap boleh menghambat manusia menjadi malas, lembab,
termengah-mengah, letih, lambat bergerak serta mudah penat dari melakukan amal
ibadah yang mulia. Hadis diatas ini juga boleh dijadikan dalil larangan memakan
berlebih-lebihan dan melampaui batas hingga menjadi gemuk. Rasulullah pernah
juga bersabda, didalam sebuah hadis riwayat ath-Thabrani, "Sesungguhnya
orang yang paling tidak disukai Allah ialah orang yang elok tetapi sangat
gemuk". Oleh itu jauhi dari kegemukan.
BAB
50: NERACA,
TIMBANGAN AMAL DAN ORANG YANG MEMENUHI KEPERLUAN SAUDARANYA.
Diriwayatkan
oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Amr ibnul Ash bahawa Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya dihari kiamat nanti Allah akan mendatangkan seseorang dari
umatku dihadapan seluruh makhluk. Lalu dibukakan kepadanya sembilan puluh
sembilan lembar catitan (dari kitabnya) yang panjangnya setiap helai lembaran
itu bak saujana mata memandang. Kemudian Allah berfirman kepadanya, "Apa
yang kamu fikirkan ?. Adakah para malaikat Ku yang mengawasimu menzalimi kamu
?". Ia menjawab, "Tidak wahai Tuhanku". Kemudian Allah berfirman
lagi, "Apakah kamu ada alasan ? ". Ia menjawab, "Tidak wahai
Tuhanku". Allah berfirman, "Tetapi kamu punya satu catitan amal
kebajikan disisiKu. Sesungguhnya pada hari ini kamu tidak akan dirugikan walau
sedikit pun". Lalu dikeluarkan satu lembaran kertas yang tertulis perkataan
"ASHADUALLA
ILLAHAILLALLAHU WAASHADUANNA MUHAMMADAN ABDUHU WARASULUHU" (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain
Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah). Lalu Allah berfirman, "Bawalah
kemari neraca timbanganmu". Ia berkata, "Wahai Tuhanku, apalah
ertinya kertas amalanku itu jika hendak dibandingkan dengan catitan amalan
burukku yang sangat banyak itu?". Allah berfirman, "Jangan kamu
bimbang, kamu tidak akan dirugikan walau sedikit pun ". Setelah kedua-dua
amalan buruk dan baik diletakkan diatas neraca pada tempatnya, ternyata bahawa
kertas amalan baiknyalah yang lebih berat kerana ada tertulis nama Allah yang tidak
mampu dikalahkan oleh apa jua pun ".
Nota
dari atok:
Berkenaan
dengan ucapan dua kalimah shadatai didalam hadis diatas tadi, jelas menunjukkan
betapa pentingnya ia didalam kedudukan ilmu dan amal didalam semua kerjabuat
manusia terutama umat islam semua. Kalimah shadatai itu adalah nadi pada kerja-kerja
amal seharian, maka sebab itulah kenapa setiap manusia yang hendak memeluk
agama islam diwajibkan mengucapkannya terlebih dahulu sebelum mereka bergelar
beriman dengan ajaran islam. Tampanya, hampalah seluruh kerja amal yang
dilakukan oleh manusia dan apabila dihari akhirat kelak langsung tidak dapat
membantu menyelamatkan dirinya dari api Neraka walaupun begitu banyak kerja
kebajikan yang dilakukannya. Ini adalah untuk fahaman peringkat awalan.
Manakala
untuk fahaman yang lebih mendalam dari ini, maka amat perlu pula dua kalimah
sahadatai itu diambil dari tangan ketangan iaitu dari satu guru kesatu guru
kemudian guru kepada tangan ulama-ulama pewaris, ulama-ulama kepada
wali-waliallah dan seterusnya menyampai kepada tangan-tangan sahabat-sahabat
dan terakhir sekali diatas tangan Rasulullah itu sendiri. Begitulah pertalian
salasilah atau juga disebut wasilah dua kalimah shadatai itu perlu dipelihara.
Dengan kekuatan talian salasilah inilah hubungan kita dengan Rasulullah tidak
terputus, maka disahkan kelak diakhirat dihadapan Nabi Muhammad saw. dan yang
terutama sekali kehadrat Allah SWTSWT itu sendiri sebagai saksi yang paling
nyata.
Kemudian
dari itu, keperluan kepada keyakinan didalam kerohanian setiap umat Nabi saw
itu sendiri amatlah perlu, bahawasenya dihari akhirat kelak pasti kita akan
dapat bertemu dan juga mendapat naungan daripada baginda sendiri, malahan
pastinya Rasulullah akan mengenali kita dan amat hampir dengannya. Pertalian
kerohanian inilah yang disebut Rabitah atau tambatan hati kita pada baginda
Rasulullah. Maka jika kedua-dua unsur iaitu Wasilah dan Rabitah ini
dirangkumkan didalam ucapan dua kalimah shadatai seperti yang telah disebutkan
didalam riwayat diatas itu tadi... maka tak tergambar akan nikmat yang bakal
kamu terima dari Allah SWT kelak.
Begitulah
pentingnya, mengatahui dan mengenal keperluan kepada dua kalimah shadatai
kepada manusia semua. Maka barang siapa yang tidak atau belum lagi memiliki
kalimah shadatai yang berwasilah dan rabitah, haruslah berusaha mencarinya dan
mendapatkannya secepat mungkin kerana dibimbangi kematian yang amat singkat
dihadapan kita. Inilah jaminan kepada umat islam semua seperti yang disebuatkan
didalam hadis diatas tadi.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Hadis serupa juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah
didalam kitabnya bertajuk 'Sunan Ibnu Majah' . Tetapi, permulaan ayat kepada
hadis itu berbunyi, "Pada hari kiamat nanti seorang dari umatku akan
dipanggil dihadapan khalayak semua....". Sedangkan pada hadis yang
disebutkan diatas, permulaan ayatnya berbunyi,"Pada hari kiamat nantii
kiamat nanti, sesungguhnya Allah akan mendatangkan seseorang dari umatku
dihadapan seluruh makhluk..."
Al-Qusyairi didalam kitabnya bertajuk 'Tafsir al
Qusyairi' elah menyebut sebuah riwayat iaitu, "Ketika neraca
timbangan amal-amal kebajikan seorang hamba itu menjadi sangat ringan,
Rasulullah mmengeluarkan lembaran kertas sebesar jari jemarinya. Lalu dilemparkan
kedalam neraca timbangan amal disebelah kanan sehingga berubah menjdai lebih
berat. Lalu hamba itu bertanya kepada Nabi, 'Demi ayah dan ibuku, sungguh indah
wajahmu dan sungguh mulia akhlakmu. Siapa sebenarnya kamu ?'. Baginda menjawab,
'Aku adalah Nabimu Muhammad, dan yang ku berikan tadi adalah merupakan
selawat-selawat ku yang pernah kau bacakan kepadaku dahulu. Sekarang aku harus
memberikannya kepadamu kerana kau sangat memerlukannya'".
Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu'aim dengan semua sanadnya,
sebuah hadis dari Anas bin Malik, dari al-Umari, dari Nafi', dari Ibnu Umar
bahawa RRasulullah bersabda, "Barang siapa yang memenuhi hajat
saudarannya, nescaya, nescaya aku akan berdiri disebelah neraca timbangannya.
Jika timbangan amalannya lebih berat, itulah yang ku harapkan. Tetapi jika
sebaliknya, aku akan memberinya syafaat ".
FAKTA I:
Berkata Syeikh Al-Qurthubi (penulis asal kitab ini),
"Timbangan amal kebajikan adalah benar. Sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya.
Dalilnya ialah hadis Nabi saw, '....Allah berfirman, 'Wahai Muhammad, Aku
memasukkan kedalam Syurga seseorang dari umatmu yang tidak perlu dihisab...'
dan juga firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 41, mafhumnya 'Maka
diketahui orang-orang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya
dan tapak kakinya (lalu dilemparkan)'. Sesungguhnya penimbangan amal itu
berlaku bagi orang-orang mukmin yang fasiq yang masih tersisa di Padang Mashyar
dan juga daripada orang-orang kafir seperti yang telah saya sebutkan diawal tadi
'".
Berkata
Abu Hamid al-Ghazali, "Tedapat tujuh ribu dari Umat Nabi Muhammad saw yang
masuk syurga tanpa hisab. Amal mereka tidak ditimbang, hingga mereka tidak
perlu menerima kitab catitan amal. Mereka memiliki jaminan berupa kalimah,
'LAILLAHA ILLALLAH MUHAMADUR RASULULLAH' (sudah pastinya mereka-mereka inilah
merupakan pewarisi shadatai yang berwasilah dan beribitah dengan Nabi saw.).
Kalimah tersebut merupakan penjamin seseorang yang telah diampuni Allah akan
semua dosa-dosanya, sehingga dia tidak mendapat kecelakaan. Pekara ini adalah
merupakan satu kurnia yang sangat mengembirakan kepada umat Nabi Muhammad saw.
kelak".
Nota dari atok:
Pekara berkenaan jumlah 70,000 umat Nabi Muhammad saw.
yang mendapat makam seperti yang telah disebutkan didalam hadis diatas tadi
sebenarnya jumlah itu sentiasa kekal kepada yang hidup semasa didunia ini.
Apabila ada saja yang meninggal dunia, akan diangkat yang lain sebagai
pengganti tempatnya. Jadi jumlah keseluruhan yang mendapat makam itu, mungkin
sekarang ini berjumlah berjuta-juta. Kemudian yang dimaksudkan dengan mereka
yang mempunyai shadatai itu ialah mereka-mereka yang telah atok katakan sebelum
ini iaitu mereka yang mewarisi shadatai yang mempunyai wasilah dan rabitahnya
dengan Rasulullah saw. Jaminan Rasulallah lah yang menyebabkan mereka menduduki
makam ini.
Kedua-dua pekara ini pernah diucapkan oleh almarhum
guru-guru atok sedikit masa dahulu termasuklah riwayat hadis diatas itu tadi
sebagai dalilnya sebagairiwayat. Waallahu'lamhu'lam.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Diriwayatkan oleh as-Suyuthi bahawa Nabi saw.
bersabda, "Pada hari kiamat kelak setelah neraca timbangan dipasang,
orang-orang yang tekun dengan solatnya akan dipanggil untuk menerima pahala
solatnya dengan penuh. Begitu juga mereka-mereka yang tekun dengan puasanya
juga akan menerima pahala puasa mereka secara penuh. Mereka yang gemar menderma
dan bersedakah juga akan menerima pahala derma dan sedakah mereka dengan penuh
dan orang-orang yang tekun dalam mengerjakan hajinya juga akan menerima pahala
mereka dengan penuh juga. Tetapi, neraca timbangan kepada mereka-mereka yang
diduga Allah dengan penyakit yang melarat tidak akan dipasang. Mereka dikurnia
Allah dengan pahala yang tiada dihisab ". Riwayat ini dikatakan juga oleh
al-Qadhi Mundzir bin Sa'id al- Balwathi.
Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, dari
Ibnu Abbas bahawa Nabi saw. bersabda, " Pada hari kiamat nanti,
orang-orang yang mati syahid akan dipanggil untuk dihisab dan orang-orang yang
suka bersedakah juga dihadirkan untuk dihisab. Orang-orang yang diduga dengan
penyakit juga dihadirkanu, namun bukan untuk dihisab atau diadili. Mereka malah
dibberikan pahla yang sangat besar, sehingga semua orang-orang sehat yang
berada di Padang Mashyar berharap agar angota badan mereka juga dipotong-potong
supaya mendapat pahala yang sama seperti mereka itu disisi Allah ".
Diriwayatkan oleh
ath-Thabrani dari al- Hasan bin Saidina Ali ra. bahawa Rasulullah bersabda,
"Wahai cucuku, selalulah kamu bersikap qana'ah (pemurah dan ikhlas),
nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya. Tunaikanlah
kewajipan-kewajipan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling berbakti
kepada Allah. Wahai cucuku, sesungguhnya disyurga terdapat sepohon pokok
bernama Balwa yang diperuntukkan kepada manusia yang diduga Allah dengan derita
penyakit (diseluruh hidupnya). Untuk mereka tidak disediakan neraca timbangan
amal dan tidak juga dihisab (pengadilan amal), malahan mereka dikurnia limpahi
pahala. Baginda kemudian membaca ayat 10 daripada surah az-Zumar, yang
mafhumnya; "...untuk orang berbuat baik didunia ini ada kebaikan pula
(diakhirat). Dan bumi Allah itu luas. Orang-orang yang sabar disempurnakan
pahalanya tampa hisab". Demikian yang diperkatakan oleh Abul Far'j
al-Jauzi didalam kitabnya bertajuk 'Raudhat al-Musytaq'.
FAKTA II:
Memang ada logiknya jika amalan orang-orang beriman ditimbangkan
kerana ada yang baik dan ada pula yang buruk. Tetapi bagaimana pula halnya
kepada orang-orang kafir yang sememangnya diketahui tidak punya sebarang
kebaikan sedikit pun didalam kehidupan mereka, adakah amalan mereka itu perlu
juga ditimbang ?.
Terdapat dua jawapan bagi soalan ini;
Pertama;
Sesungguhnya neraca timbangan amal bagi orang-orang kafir
itu tetap juga disediakan. Setelah semua kekufuran dan segala amal kejahatan
mereka diletakkan pada lantai timbangan disebelah kiri, lalu Allah berfirman
kepada Malaikat, "Apakah ia mempunyai amal kebaikan yang boleh diletakkan
pada lantai timbangan disebelah kanan ?". Malaikat menjawab, " Tidak,
wahai Tuhanku". Akibatnya, lantai timbangan yang kosong di sebelah
kanan itu terangkat kerana ringan. Itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah
didalam surah az-Zilzaal ayat 7 & 8, mafhumnya;
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan, mesti
pun seberat zarah, akan dilihatkan (balasan) kebaikkannya itu. Barangsiapa
mengerjakan kejahatan, mestipun seberat zarah, akan dilihatkan (balasan)
kejahatan itu".
Zarah didalam ayat diatas, jika menurut ilmu sains ia
bermaksud satu bentuk molikul yang sangat halus yang hanya mampu dilihat dengan
bantuan peralatan microscop sahaja. Tetapi yang dimaksudkan Allah didalam
kalimah ringan bermaksud timbangannya, bukanlah isi atau sesuatu benda yang
ditimbang. Kalau isinya kosong, maka ia menjadi ringan dan terangkat.
Kedua;
Semasa didunia terdapat juga segalintir orang-orang
kafir yang suka bersiratulrahim, atau suka berbuat baik sesama manusia, pernah
mermerdekakan hamba dan sebagainya. Jika ini dilakukan oleh orang islam,
pastinya ia merupakan amal ibadah yang sangat besar pahala dan ketaatannya
disisi Allah. Bagi orang kafir yang memeiliki kebaikkan-kebaikan seumpama itu,
pastinya ia akan dikumpulkan juga dan diletakkan keatas papan timbangan kanan.
Tetapi oleh kerana papan timbangan kiri lebih berat dengan dosa-dosa kekufuran
yang tidak mampu ditewaskan oleh kebaikkannya, maka ia akan direjam kedalam api
Neraka juga. Apa yang penting disini bahawa setiap kebaikkan yang dilakukan
oleh orang-orang kafir walau sebesar zarah sekali pun, pastinya akan ditimbang
juga menurut keadilan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Adil.
Semantara ada juga yang bertanya, mengapa perlunya lagi
menghisab dan menimbang amalan kebajikan orang-orang kafir itu dilakukan
sedangkan telah diketahui ianya tidak akan mendapat bal asan yang baik atau
dengan lain perkataan ia merupakan kerja yang sia-sia sahaja ?. Bukankah ketika
ditanya persoalan berkenaan Abdullah bin Jad’an (seorang kafir yang suka
memuliakan tetamu, suka bersilaturahim dan suka menolong orang susah) apakah
amal-amal kebaikkannya itu bermanafaat untuknya kelak?. Rasulullah menjawab,
“Tidak, kerana tiada sehari pun keluar ucapan dari mulutnya, ‘Ya Tuhan,
ampunkanlah dosa-dosaku dihari kiamat nanti’”. Demikianlah hadis sahih riwayat
Ahmad dan Hakim.
Dalam hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Hiban disebut bahawa,
Adi bin Hatim juga pernah bertanyakan pekara yang sama kepada Rasulullah. Ia
bertanya tentang mendiang ayahnya yang suka berbuat amal-amal kebaikkan, dan
Rasulullah menjawab, “Sesungguhnya ayahmu mencari sesuatu, dan ia telah mendapatkannya”.
Maksud hadis ini ialah, ia mencari kemuliaan dunia dengan gelaran atau pangkat,
dan dia telah mendapatkannya.
Ini menunjukkan bahawa kebajikan yang dilakukan oleh
orang-orang kafir itu pada hakikatnya bukanlah kebajikan. Oleh itu sama ada
kebajikan atau pun tiada kebajikan adalah serupa saja, malah tiada nilainya
pun. Allah telah berfirman addalam surah al-Ambiya ayat 47 yang mafhumnya;
“Kami letakkan neraca
(timbangan) yang adil pada hari kiamat, biji sawi, nescaya Kami hadirkan juga.
Cukuplah Kami memperhitungkannya”.
Allah tidak membezakan antara manusia dengan manusia yang
lain. Artinya, amal-amal kebajikan orang kafir juga akan ditimbang dan
diberikan balasan. Tetapi Allah telah mengharamkan syurga bagi mereka. Oleh
itu, balasan bagi mereka adalah keringanan seksaan sahaja. Ini berdasarkan dali
hadis yang menceritakan berkenaan Abu Talib (Ninda Rasulullah). Seorang sahabat
telah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Talib itu
merupakan seorang yang gigih membela dan menolong dikau. Adakah jasanya itu
bermanafaat baginya ?”. Baginda menjawab,”Ya, asalnya aku dapati dia berada
didasar Neraka, lalu aku angkat dia ketempat yang agak atas (kurang
seksaannya). Seandainya aku tiada, nescaya dia akan terus berada didasar Neraka
yang paling bawah “. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Kemudian ditambah lagi dengan jawapan baginda Rasulullah
berkenaan dengan mendiang Abdullah ibnu Jad’an dan mendiang ayah kepada Ady bin
Hatim, adalah cukup sebagai dalil bahawa mereka berdua tidak boleh masuk
Syurga, malahan tidak boleh menikmati sedikit pun nikmat-nikmat Syurga itu,
Waallahua’lam.
FAKTA III:
Golongan
Muktizalah (sesat akidah) adalah golongan yang menafikan adanya neraca
timbangan diakhirat kelak. Menurut mereka, ini disebabkan dosa dan pahala itu
bukanlah benda yang boleh ditimbang, kerana kedua-duanya tidak boleh berdiri
sendiri. Kemudian sebahagian ulama ahli kalam juga menafikan ujudnya timbangan
sama seperti puak Mutazilah itu tadi.
Namun
ada sebuah riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “bahawa pada hari kiamat
nanti, Allah mengubah sesuatu yang tidak bersifat benda akan menjadi benda,
sehingga ianya boleh ditimbang”. Kemudian menurut pendapat yang sahih, bahawa
timbangan itu boleh menjadi berat dan boleh juga menjadi ringan apabila saja
diletakkan amal kebajikan atau keburukan. Sebagai nas dan dalil yang lebih
detail, perhatikan firman Allah didalam surah al-Infithaar ayat 10 - 12, yang
mafhumnya;
“Dan sesungguhnya atas diri kamu ada
penjaga-penjaga (Malikat). Yang mulia (disisi Allah) lagi menulis
(amalan-amalan kamu). Mereka mengatahui apa-apa yang kamu perbuat”.
Ibnu
Umar berkata, “Kertas lembaran kitab-kitab amalan manusia itu, kelak akan
ditimbang, kerana ia telah diubah oleh Allah menjadi suatu benda. Jika salah
satu piring timbangan kanan ternyata lebih berat daripada piring yang kiri, ini
bererti bahawa amalan kebajikan seseorang itu lebih banyak dari amalan
keburukan, sehingga ia masuk Syurga. Begitulah sebaliknya”.
Manakala
menurut Mujahid, adh-Dhahak dan al-A’masy pula, yang dimaksudkan timbangan
ialah keputusan. Sebagai contoh, seperti ucapan manusia yang telah lazim
disebut bermaksud “Ucapan itu adalah berdasarkan pertambangan ini”. Yang dimaksudkan
pertambangan disitu ialah keputusan.
Menurut
Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), itulah yang dipanggil “majaz”(gambaran
atau bayangan). Miskipun ucapan itu sudah lazim disebut namun yang dimaksudkan
timbangan itu tetap didalam erti yang sebenar-benarnya, sebab benda itu
(timbangan) memiliki sepasang neraca dan piringnya (menurut dalil hadis-hadis
Nabi saw.). Neraca itu pula adalah sebesar langit dan bumi (boleh menutupi).
Disebutkan
juga bahawa neraca untuk amalan kebajikan (sebelah kanan) kelihatan terang
benderang. Manakala neraca untuk amalan keburukan kelihatan gelap. Disebut juga
didalam sebuah riwayat bahawa Syurga itu terletak disebelah kanan A’rasy
manakala Neraka pula terletak disebelah kirinya. Ketika timbangan dipasang kehadrat
Allah SWT., kedudukan neraca untuk amal-amal kebajikan berada disebelah kanan
A’rasy tepat mengadap Syurga. Kemudian neraca untuk amal-amal keburukan berada
disebelah kiri A’rasy tepat mengadap Neraka. Demikianlah kata-kata atz-Tirmidzi
yang dipetik dari kitabnya yang bertajuk ‘Nawadir al-Ushul’.
Diriwayatkan
oleh Salman al-Farsi bahawa a berkata, “Pada hari kiamat nanti,
timbangan-timbangan akan dipasang. Sekiranya langit dan bumi diletakkan
kedalamnya, ia mampu muat masuk kedalamnya. Kemudian Malaikat bertanya kehadrat
Allah SWT., “Wahai Tuhan Kami, apa kah benda ini ?”. Allah berfirman, “Dengan
benda itu, Aku akan menimbang amalan sesiapa sahaja yang Aku kehendaki dari
makhluk Ku”. Malikat berkata, “Wahai Tuhan kami, kami akan sentiasa mengabdikan
diri kepada Mu dengan sebenar-benar pengabdian”.
Didalam
Atsar Sahih riwayat Ibnu Mubarak, Ibnu Abbas berkata, “Amal-amal kebajikan dan
amal-amal keburukan akan ditimbang dalam sebuah timbangan yang memiliki sebuah
lidah dan sepasang piring neraca”.
Menurut
Para Ulama Tafsir semua, jika timbangan diertikan sebagai satu simbolik atau
bukan benda atau bayangan sahaja seperti yang telah disebutkan oleh Mujahid,
adh-Dhahhak dan al-A’masy itu tadi, ini bererti fahaman ash-Shirath (sebuah
ajaran sesat zaman dahulu) juga adalah ajaran yang benar. Ini kerana mereka berfahaman
bahawa syurga itu boleh diertikan kegembiraan, neraka itu boleh diertikan
kesedihan, syaitan dan jin itu diertikan akhlak yang keji dan malaikat itu pula
diertikan sebagai kekuatan terpuji (maksudnya semua ini dalam bentuk simbolik
sahaja bukan benda atau makhluk). Pendapat ini ternyata salah dan menyelewing
dari akidah sebenar seperti keterangan yang telah disampaikan oleh baginda Nabi
saw. seperti yang telah disebut diatas tadi. Disebut didalam Sahih Bukhari dan
Sahih Muslim, sebuah riwayat yang menyatakan, “…..lalu ia diberikan
lembaran-lembaran amal kebajikannya”. Disini menunjukkan bahawa timbangan itu
satu benda yang ujud, bukan majaz atau simbolik atau bayangan sahaja. Dan
barang yang ditimbang itu ialah lembaran-lembaran amalan manusia yang juga ujud
seperti yang telah saya perkatakan tadi.
Hayati
syair indah ini;
“Ingatlah pada suatu hari
nanti,
Ketika kamu datang kepada
Allah seorang diri….
Ketika timbangan keadilan
dipasang….
Ketika tabir-tabit
maksiat dirobek….
Sehingga semua dosa akan
terlihat…”.
FAKTA IV:
Kata
Para Ulama, “Diakhirat kelak, manusia akan terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama ialah manusia yang bertakwa dan tidak memiliki dosa-dosa
besar. Bahagian kedua ialah manusia yang fasik yang masih melakukan dosa-dosa
besar. Bahagian ketiga ialah manusia-manusia kafir”.
Bagi
manusia-manusia yang bertakwa, amal-amal mereka diletakkan pada piring neraca
yang terang manakala dosa-dosa kecil mereka (jika ada) diletakkan diatas piring
neraca yang lain, sehinggakan dosa-dosa ini tiada kesan beratnya. Akhirnya maka
piring neraca yang berisi amalan-amalan kebaikkannya itu akan lebih berat dan
kemudian piring neraca yang satu lagi akan terangkat keatas kerana menjadi
sangat ringan akibat kosong.
Bagi
manusia yang fasik, amalan kebajikan mereka diletakkan diatas piring yang
terang kemudian amalan keburukannya diletakkan diatas piring neraca yang gelap.
Oleh itu dosa-dosa besar mereka akan mempunyai ketumpatan beratnya tersendiri.
Jika ternyata amalan-amalan kebajikan mereka itu lebih berat, walau hanya berat
seumpama sebiji telur nyamuk sekalipun, mereka akan masuk Syurga. Manakala
sebaliknya pula, jika amalan-amalan kejahatan kamere lebih berat walaupun hanya
seberat sebiji telur nyamuk, nescaya mereka akan masuk Neraka, kecuali jika
mereka mendapat pengampunan Allah. Manakala jika didapati timbangan neraca
mereka itu sama beratnya (seimbang), maka mereka diletakkan sebagai golongan
Ashabul A’raaf yang akan diterangkan kemudian nanti. Inilah keterangan yang
bersangkutan dengan dosa-dosa besar kepada Allah sahaja, tidak termasuk dengan
dosa-dosa besar yang bersangkutan manusia.
Manakala
dosa-dosa besar yang bersangkutan dengan sesama manusia pula, dikira dari
pahala amalan-amalan mereka yang banyak akan dikurangkan dan diberi kepada
tanggungan-tanggungan mereka itu (kepada mereka-mereka yang menuntut kerana
teraniaya dan hutang piuatang). Dan jika mereka sudah tidak mempunyai apa-apa
pahala amalan lagi, sedangkan masih banyak yang menuntut, maka dosa-dosa
orang-orang yang menuntut itu dikurangkan dan dipindahkan kepadanya. Seterusnya
dia akan diseksa didalam neraka.
Ahmad
bin Harb mengatakan, “Pada hari kiamat nanti, manusia akan dibangkitkan kembali
menjadi kumpulan, pertama kumpulan yang kaya dengan amalan-amalan kebajikan.
Kedua, kumpulan yang miskin dan ketiga ialah kumpulan yang pada mulanya kaya
tetapi kemudian menjadi miskin dan bangkrap akibat banyaknya tanggungan yang
harus dibayar”
Berkata
Sufyan ats-Tsauri, “Sesungguhnaya kamu nanti akan bertemu Allah dengan membawa
tujuh puluh jenis danggungosa yang berhubung dengan Allah. Dosa sebanyak itu
adalah lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan menanggung satu dosa sahaja
yang bersangkutan dengan manusia”.
Menurut
saya (Syeikh al-Qurthubi, pengarang kitab ini), “Ini benar, kerana sesungguhnya
Allah semamangnya Mahakaya dan manusia itu miskin. Apa lagi dihari itu mereka
amat memerlukan kebajikan yang sangat banyak untuk mengimbangi keburukan
mereka, iaitu ketika amalan mereka ditimbang. Satu kebijikan yang
sekicil-kecilnya pun sangat berharga buat mereka”.
Bagi
orang-orang kafir, kekafiran mereka akan diletakkan diatas piring neraca yang
gelap dan mereka tidak memiliki barang satu pun amalan yang dapat mengimbangi
piring neraca yang gelap itu. Piring neraca yang terang itu kosong dan
menyebabkan piring neraca gelap menjadi berat. Lalu Allah berfirman,
memerintahkan Malikat membawanya kedalam Neraka. Mereka diseksa menurut
dosa-dosa kekufuran mereka itu.
Kepada
manusia-manusia yang bertakwa, dosa-dosa kecil mereka akan dihapuskan kerana
kegigihan mereka menjauhkan diri mereka dari melakukan dosa-dosa besar.
Seterusnya mereka akan diperintah untuk menuju ke Syurga, masing-masing akan
diberi balasan sesuai dengan kadar amalan kebajikan dan ketaatan mereka. Inilah
dua golongan manusia yang disebut didalam Al-Quran berkenaan timbangan, kerana
Allah hanya akan menyentuh kepada dua pekara pokok iaitu timbangan yang berat
dan timbangan yang ringan. Kepada mereka yang memiliki timbangan amal yang
berat pasti akan beruntung dan akan mendapat kehidupan akhirat yang bahagia.
Sebaliknya kepada mereka yang memiliki timbangan amal yang ringan pasti akan
mendapat balasan kehidupan yang sengsara, tinggal didalam Neraka untuk
selama-lamanya. Kepada mereka yang fasik iaitu selain memiliki amalan
kebajikan, dia juga memiliki amal-amal keburukan, nasib mereka seperti yang
disentuh oleh Nabi saw. didalam riwayat hadis-hadis baginda yang telah
disebutkan diatas tadi.
Amalan
orang-orang mukmin yang bertakwa ditimbang supaya keutamaannya dapat dilihat
dengan jelas. Sehinggakan yang empunya diri itu merasa puas, tenang dan
terhibur. Begitu pula kedudukan mereka-mereka yang mempunyai amalan-amalan
keburukan dan juga orang-orang kafir dimana amalan mereka juga ditimbang supaya
keburukan dosanya itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Sehinggakan yang
empunya diri itu merasa bersalah, sedih dan terhina dihadapan seluruh makhluk
akibat kebodohan mereka sendiri. Manakala kepada mereka yang fasik, yang
mencampuradukkan amalan kebajikan dengan kejahatan, sekalipun akan dimasukkan
kedalam neraka namun mereka akan dikeluarkan darinya kerana berkat Syafaat yang
akan diterangkan nanti.
Sesungguhnya
Allah memberi pengkhabaran bahawa manusia itu akan dihisab dan dibalas amal-amal
perbuatan mereka. Allah juga telah memberikan gambaran akan memenuhkan Neraka
Jahanam dengan Jin dan manusia. Kemudian timbul pertanyaan berkenaan dengan
kaum Jin. Kenapa tidak diberi penjelasan dan pengkhabaran berkenaan dengan kaum
Jin, adakah mereka turut akan dihisab dan ditimbang amalan-amalan kebajikan dan
keburukan mereka ?.
Jawapannya
didalam Al-Quran, Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 82, yang
mafhumnya;
“Orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, mereka itu penghuni Syurga, sedang mereka kekal didalamnya”
Sebenarnya
ayat diatas ini juga ditujukan kepada kaum Jin. Oleh itu, jika berdasarkan ayat
diatas tadi, jelas menunjukkan kaum Jin juga dijanjikan Syurga, sebagaiman
manusia.
Allah
berfirman didalam surah al-Ahqaf ayat 18 yang mafhumnya;
“Mereka itulah orang-orang yang telah
berhak pekataan (ditetapkan balasan seksa) untuk mereka, serta termasuk
umat-umat yang telah lalu sebelum mereka, iaitu diantara Jin dan manusia.
Sungguh mereka itu orang merugikan”.
Kemudian
sambungan firman Allah didalam surah yang sama pada ayat 19 yang mafhumnya;
“Untuk masing-masing mereka ada
beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang telah mereka amalkan, dan supaya
Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka, sedang mereka itu tiada teraniaya”.
Maksud
perkatan “masing-masing” didalam firman Allah itu ialah merujuk kepada kaum jin
dan manusia. Selain itu juga, Allah telah mengkhabarkan bahawa kaum Jin akan
disoal seperti didalam surah al-An’aam ayat 130, yang mafhumnya;
“Wahai seklian jin dan manusia,
tidakkah sampai kepadamu Rasul-rasul diantara kamu yang memberitakan ayat-ayat
Ku kepadamu dan memberi peringatan kepadamu akan menemui hari ini (kiamat) ?.
Sahut mereka, kami mengakui kesalahan diri kami. Mereka terpadaya dengan
kehidupan dunia dan mereka mengakui kesalahan diri mereka. Sesungguhnya mereka
itu orang-orang kafir”.
Pertanyaan
didalam ayat ini ditujukan kepada semua kaum manusia dan jin. Kemudian Allah
berfirman didalam surah al-Ahqaaf dari ayat 29 hingga ayat 32, yang mafhumnya;
“Ingatlah, ketika Kami hadapkan kepada
engkau (ya Muhammad) suatu kaum diantara jin, supaya mereka mendengarkan
Al-Quran. Maka tatakala mereka hadir dekatnya, mereka berkata sesamanya: Diam!
(dengarkanlah). Setelah selesai, mereka kembali kepada kaumnya, memberi
peringatan”. (29).
“Mereka berkata: Hai kaum kami (jin), sesungguhnya
kami telah mendengar kitab (Al-Quran) yang diturunkan kemudian (selepas) Musa
dan membenarkan kitab yang dahulunya, serta menunjuk kepada kebenaran dan
kejalan yang lurus”. (30).
“Hai kamu kami, turutlah orang yang
menyeru kepada Allah (Muhammad) dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah
mengampuni dosamu dan memelihara kamu dari seksa yang pedih”. (31).
“Barang siapa yang tidak menurut orang
yang menyeru kepada Allah, maka ia tiada dapat melemahkan (mengalahkan Allah)
dimuka bumi dan tidak ada baginya wali-wali (penyalamat) selain daripada Nya.
Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”. (32).
Secara
tegasnya, ayat-ayat diatas tadi menunjukkan bahawa Allah telah meletakkan hukum
diakhirat kepada mereka (kaum jin)itu sama seperti kamu manusia yang beriman.
Selanjutnya, menceritakan tentang kaum jin ini, Allah telah berfirman didalam
surah jin ayat 14 yang mafhumnya;
“Dan sesungguhnya diantara kami (kaum
jin) ada yang Islam dan ada (jin) yang aniaya (kafir). Barang siapa yang Islam,
mereka itulah yang menuju petunjuk”.
Didalam
sebuah hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi, Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu
istinja (cebok) dengan menggunakan tulang dan kotoran (najis) ternakan yang
telah kering, kerana kedua benda itu adalah makanan saudara-saudara kamu dari
golongan jin”. Dari hadis ini, Rasulullah beranggapan bahawa golongan jin itu
merupakan saudara-saudara manusia. Oleh sebab itu, hukum syara’ yang sama juga
dikenakan kepada mereka diakhirat nanti. Pekara ini telah dijelaskan didalam
bab yang menerangkan tentang Allah berkata-kata terus dengan hamba Nya tampa
penterjemah, dibab yang lalu.
Disebut
didalam hadis Nabi saw., “….Lalu diperlihatkan lembaran- lembaran kertas yang
tertulis kalimah, ‘Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku juga
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad itu pesuruh Allah’”. Maksud hadis ini berkenaan dengan kalimah
shadatai itu bukannya bermaksud kalimah tauhid itu sendiri, kerana kedua-dua
piring neraca isinya berlawanan atau piring sebelah kanan berisi amal kebajikan
manakala piring disebelah kiri berisi amal keburukan. Bukannya mustahil
seseorang itu datang dengan membawa kedua-dua jenis amalan tersebut. Maka disitu
nampaklah perbezaannya.
Tetapi,
yang paling mustahil ialah seseorang yang datang dengan membawa kekufuran
(kafir) dan keimanan (Islam) serentak. Lalu kekufuran diletakkan dipiring
neraca yang gelap, manakala keimanan diletakkan diatas piring neraca yang terang.
Pekara inilah yang mustahil terjadi kerana mustahil kalimah shadatai itu
diletakkan dipiring neraca jika manusia itu kufur. Bagi seorang hamba yang
beriman, kalimah shadatai itu merupakan satu bentuk kebajikan tutnuyang
tersendiri yang diletakkan bersama-sama dengan amalan-amalan lainnya. Demikian
ucapan dari atz-Tirmidzi al-Hakim.
Menurut
sebahagian ulama, sesungguhnya ucapan kalimah shadatai adalah merupakan
tambanah atas niat yang baik. Pekara ini merupakan sebuah ketaatan yang
diucapkannya secara diam-diam dan tersembunyi dari para makhluk. Sehinggakan,
baginya pekara ini merupakan suatu kiriman untuk Allah SWT. yang akan
dikembalikan kepadanya esok dihari kiamat. Ucapan shadatai adalah merupakan
sebuah ucapan yang sangat bernilai yang mampu mengalahkan semua bentuk isipadu
berat pada neraca, semua amalan keburukan sebanyak mana pun ianya dan juga
dosa-dosa walau sebesar mana pun ianya. Ini merupakan kurniaan Allah kepada
hamba-hamba Nya yang beriman. Allah akan memberikan kurnia kepada sesiapa saja
yang Dia kehendaki.
Pada
pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi), dalil yang menunjukkan pekara (shadatai)
itu ialah dari beberapa riwayat hadis baginda Rasulullah saw itu sendiri. Dari
sebuah hadis riwayat Baihaqi dan Ahmad Rasulullah bersabda, “….Allah berfirman,
‘Benar !, sesungguhnya kamu punya suatu kebajikan disisi Kami’. Sebaliknya
Allah tidaklah berfirman, ‘Sesungguhnya kamu punya keimanan’. Ketika baginda
ditanya berkenaan kalimah shadatai, “Adakah ia termasuk sebagai salah satu
kebajikan ?”. Baginda menjawab, “Benar!, sesungguhnya ia termasuk sebagai
kebajikan yang sangat besar nilainya disisi Allah SWT.”.
Boleh
juga diertikan bahawa ucapan kalimah shadatai ini dianggap sebagai satu kalimah
“wajib” diucapkan sewaktu ajal menjemput atau sikaratulmaut, iaitu satu ucapan
yang sangat perlu saat nyawa terlepas dari jasad atau ucapan terakhir semasa
didunia. Pekara ini adalah merujuk kepada keterangan hadis riwayat Mu’adz bin
Jabal bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya semasa didunia
dengan LAILLAHAILALLAH, maka ia berhak masuk syurga”. Hadis ini diriwayatkan
oleh Shalih bin Abu Gharib dari Katsir bin Murrat dari Mu’adz bin Jabal,
seperti yang telah diperkatakan sebelum ini.
Ada
juga yang mengatakan bahawa ucapan dua kalimah shadat ini adalah sebuah
kesaksian iman. Pekara ini berlaku kepada orang-orang yang beriman dimana
piring neraca kanan mereka lebih berat dari yang kiri. Oleh itu, seperti juga
keadaannya dengan amalan-amalan kebajikan yang lain, imannya juga ditimbang
kerana ia seiringan, maka dengan sendirinya piring neraca kanannya menjadi
sangat berat dari yang kiri yang mengandungi amalan buruknya. Walau
bagaimanapun akibat dosanya yang perlu dicuci, maka ia akan dimasukkan dahulu kedalam
Neraka dan apabila semua dosa-dosa itu telah dicuci, ia dimasukkan kedalan
Syurga akhirnya. Ini adalah pendapat orang-orang yang beranggapan bahawa setiap
orang mukmin akan diberikan kitab amalan mereka dengan tangan kanan dan setiap
mukmin itu timbangannya berat.
Mereka
memberi dalil dengan mengemukakan firman Allah didalam surah al-Mu’minun ayat
102 yang mafhumnya;
“Barang siapa yang berat timbangannya
(kebijikannya), mereka itulah orang yang menang”.
Sebagai
orang yang terselamat dari seksa api Neraka untuk selama-lamanya. Maksudnya,
entah bila dia akan merasa kehidupan yang memuaskan. Sebagaimana yang
dinyatakan didalam firman Allah didalam surah al-Qari’ah ayat 7 yang mafhumnya;
“Maka ia dalam kehidupan yang diredhai”.
Juga
sebagaimana yang telah ditegaskan didalan sabda Nabi saw., “Barangsiapa yang
akhir ucapannya dengan LAILLAHAILALLAH, maka ia berhak masuk syurga”.
Maksudnya, satu saat nanti dia pasti akan kesyurga.
Tetapi,
menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi ), penafsiran itu seharusnya lebih adil
kerana memerlukan dalil-dalil dari luar yang boleh dijadikan sebagai Nas. Ini
adalah kerana, seperti yang telah diisyaratkan dari beberapa firman Allah
didalam Al-Quran Karim dan juga dari beberapa riwayat hadis, bahawa barangsiapa
yang berat timbangan amalnya, ia akan terselamat dan berhak masuk Syurga.
Ertinya; sesudah itu ia tidak lagi masuk Neraka, waallahua’lam.
Diriwayatkan
oleh atz-Tirmidzi dari Abud Darda’ bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak ada
sesuatu yang diletakkan pada timbangan yang piring neracanya menjadi lebih
berat melebahi akhlak yang terpuji”. Sebelum ini juga telah dinyatakan sebuah
riwayat hadis dari Samurah bin Jundub, “…. Dan aku melihat seseorang dari
umatku yang timbangannya ringan, kemudian muncullah beberapa orang terdahulu
darinya yang memberatkan timbangannya itu”. ( bermaksud, bahawa dia didatangi
guru-gurunya dan para waliallah kerana memiliki ‘wasilah perguruan ilmu’ dari
mereka yang kemudian mereka datang menyelamatkannya dengan syafaat). Begitu
juga dengan amal-amal soleh yang lain.
Berkata
al-Qusyairi didalam kitabnya bertajuk ‘At-Tahyar’, “Aku telah bermimpi melihat
salah seorang dari mereka (dialam akhirat), lalu aku bertanya, “Apa yang telah
Allah lakukan terhadapmu ?”. ia menjawab, “Ketika amalan-amalan ku ditimbang
dan ternyata piring neraca amalan burukku menjadi berat darpada amalan kebajikanku,
tiba-tiba muncul satu bungkusan dari langit jatuh tepat keatas piring neraca
amal kebaikkan ku itu dan menjadikannya lebih berat. Kemudian aku buka
bungkusan itu dan aku dapati isinya adalah segengam pasir yang pernah aku
taburkan keatas kuburan seorang muslim”.
Diriwayatkan
oleh Abu Umar didalam kitabnya bertajuk ‘Jami’Bayan Al-Ilmi’, sekalian dengan isnadnya
dari Hammad bin Zaid, dari Abu Hanifah, dari Hammad, dari Ibrahim, tentang
firman Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, “Kami akan memasang timbangan yang
tepat dihari Kiamat”. Ia berkata, “Pada hari kiamat nanti, amal kebaikkan
seseorang akan didatangkan. Lalu diletakkan didalam piring neraca timbangan dan
ternyata ia ringan. Kemudian muncullah segumpal awan dan diletakkan diatas
piring neraca amal baiknya itu dan ia menjadi berat. Malaikat bertanya, “Tahukah
kamu apa itu ?”. Ia menjawab, ‘Tidak”. Malaikat berkata, “Itulah keutamaan ilmu
yang pernah kamu ajarkan kepada manusia dahulu”.
FAKTA TAMBAHAN:
Diriwayatkan
oleh atz-Tirmidzi dari Aisyah ra. Bahawa seseorang lelaki duduk dihadapan Nabi
saw. dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku punya beberapa orang budak yang suka
berbuat dusta, menghianati ku, dan
mendurhakai ku. Itulah yang membuatkan aku mencercanya, memaki hamunnya malah
memukulnya. Bagaimanakah aku akan dipertanggungjawabkan mereka-mereka ini
kepadaku diakhirat nanti ?”. Baginda menjawab, “Apa yang mereka lakukan
terhadapmu dan apa-apa yang telah kamu lakukan terhadap mereka akan dihisab.
Jika nilai apa yang telah kamu lakukan terhadap mereka itu berada dibawah dosa
mereka, maka pekara itu merupakan anugrah kepadamu. Tetapi jika apa yang telah
kamu lakukan itu berada diatas dosa mereka terhadap kamu, maka anugrah yang
kamu perolehi itu akan diambil dan dikurangkan kemudian ia akan diserahkan kepada
mereka”.
Mendengar
sahaja ucapan yang diucapkan oleh Nabi itu, ia pun jatuh sambil berteriak
menangis. Kemudian baginda bertanya, “Pernahkah kamu membaca firman Allah
didalam Al-Quran, ‘Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat,
maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikit pun…”’. Ia menjawab, “Demi
Allah, Wahai Rasulullah, aku yakin bahawa memerdekakan mereka adalah
satu-satunya jalan yang paling terbaik bagi ku dan bagi mereka. Aku bermohon kepadamu
untuk menjadi saksi. Sekarang juga aku akan memerdekakan mereka semua”.
Berkata
Abu Isa alias Tirmidzi, “Ini adalah hadis gharib, setahu saya hadis ini hanya
diriwayatkan oleh Abdulrahman bin Ghazawan”. Tetapi sebenarnya, Imam Ahmad bin
Hambal juga meriwayatkan hadis ini dari Abdulrahman bin Ghazawan.
Diriwayatkan
dari Wahab bin Munabbih, berkenaan firman Allah, “Kami akan memasang timbangan
yang tepat pada hari kiamat”, ia berkata, “Yang akan ditimbang nanti ialah
amalan terakhir. Jika Allah menghendaki kebajikan bagi seseorang hamba, maka
Dia akan mengakhiri kehidupannya dengan kebajikan, dan jika Allah menghendaki
keburukan bagi seseorang hamba, maka Dia akan mengakhiri kehidupannya dengan
kejahatan amalnya”. Demikian riwayat dari Abu Nu’aim.
Kata
Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Pekara itu benar, berdasarkan sabda
Nabi saw., “Sesungguhnya amal itu dinilai pada bahagian akhirnya”…. Waallahu’alam.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sekian dahulu untuk apisod ke19 ini,
insyaallah akan atok sambung nanti didalam apisod ke20 pula dengan bab-bab yang menarik lagi....insyaallaah,
WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAQATUH. AMIN...AMIN YA RABALALAMIN.
Sekian;
atok zamany.
Depa dah mai.
ReplyDeletehttp://www.bbc.co.uk/news/world-asia-22156283
Ye la.. depa (amerika) dah dok sebut-sebut dah isu 'sabah' dan 'filipina' tuh.. Jom kita tanya atok, mesti dia tau rahsia-rahsia disebalik isu kerajaan sulu ni.. atok ada cerita untuk diceritakan tak?
Deleteas salam kpd group abjad serdang di bawah pimpinan kekanda shahrul semoga anda semua maju jaya ..... nazir juru
ReplyDeleteAssalamualaikum atok..
ReplyDelete1) Saya cuba cari atok di Ulu Chepor tempohari waktu mesyuarat agung abjad, tapi gagal.. takpa nanti saya cuba lagi lain kali.. hehe.. errr atok pegi ke?
2) Apa komen atok tentang pengakuan Raja Nusantara yg heboh kat facebook/internet baru-baru ni?
assalamualaikum tok...
ReplyDeleteape kabar
semoga atok diberikan kekuatan untuk terus menulis..
saudara abatasa ada sape sapa ade berita....
Waalaikumsalam cucu semua,
ReplyDeleteIsu sabah dan filipina ni sebenarnya, ada org cuba nak celok tengah2. Tpi kita berjaya patahkannya ditengah2. Biasalah... kan kaki menyebok. Benda tak ada kena mengena dgn dia pun dia akan cuba cari jln nak menyampok. Maklumat lain atok tak boleh cakap, sebab ia sensitive. Kita jgn cakap banyak2 nanti org dpt maklumat. Buat tak reti je... tapi senyap2 berisi.
Dari dulu sampai skg pun tak akan habis isu ni, org sulu sabah suka dlm Malaysia. Tapi yg di filipina tu yg terok fikirannya. Tak habis2 nak ajak keluar. Nak tubuh kerajaan sendiri, sedangkan dulu zaman 30an, 40an dan 50an sewaktu ada kerajaan, apa yg mereka ada. Askar sendiri pun tak ada (hanya sedikit sangat), ekonominya hancur, rakyat kebuluran. Tak tahu takbir kerajaan. Jadi mcm mana nak ada kerajaan yg berdaulat kalau sendiri pun kelang kabut. Maka bila rakyat mengamuk, raja bepaling tadah pd sepanyol kemudian Amerika... apa jadi, mereka bunuh rakyat sulu beribu2 jumlahnya ? bertaburan kerajaan itu akhirnya. Raja kemana, apa kemana ?. Kalut, lintang pukang sekian lamanya.... dan tup-tup ramai yg mengaku raja, sedangkan yg berhak tak buat apa2 pun, malah dah terkubur minat nak naikkan kerajaan itu pun. Dok senyum tengok gelagat depa kesana kemari, bising ditengah pekan kata dialah raja sulu. Merapu...mereka itu semuanya.
Lepas kejadian ini, mereka tidak lagi mampu buat apa-apa. Pergilah kelangit hijau sekali pun. Takkan sabah keluar dari Malaysia sampai hari kiamat nanti. Sekarang dah ada ESSCOM dan diperketak segala gerak geri disana. Dari arah mana pun, tak akan dapat masuk. Kita ni kerajaan besar, kamu tu kecil dan bertabur. Mana ada cara...
Establishment Malaysia dlm PBB dan semua badan dunia berkenaan pekara ini telah kita legkapkan. Jika ada yg menyampuk, mereka juga akan dpat bahananya.... kita bukan spt zaman Tuanku Abd Rhaman dulu, boleh kamu perkotak katek. Melayu yg ada kini, melayu yg bijak bistari dan tak takut mati. Marilah kalau berani....???
____________________________________________________________
Kpd komeng...
Atok cuma anak murid abjad biasa sja... tak ada jawatan apa-apa, manalah ada nak masuk musyuarat lak. Ramai yg intai atok walau apa pun program yg abjad buat. Atok sorok-sorok kalau pergi pun... terpaksa menyamar la pulak. Mana boleh dengan mudah nak tangkap atok...kan ?. Cari... dan cari lagi.
Ttg Raja Nusntra tu lagi pening atok dibuatnya ? Atok pernah berdepan dgnnya di Keramat Ujung lepas solat zohor pd satu hari tahun lalu. Ada kawan yg perkenalkan. Mendengar ceritanya... nak ketawa pun ada, semyum atok dibuatnya. Hayalannya terlalu jauh, bohongnya juga dah kalut, entah dari mana dia belajar semua tu ??? Mengaku itu ini, dah jumpa kiyai2 di Indonesia, Thailand dan seluruh asia tenggara....konon dialah pewaris Nabi Sulaiman dan semua raja2 di Nusntara ni. Ditabal sebagai pemegang amanah semua harta yg ada disini. Jadi sesiapa yg ada harta kena serah pada dia... akhirnya atok bagi satu nama dan minta dia hubung secar rohani dgn kiyai itu.... sampai la pak kiyai tunggu tak mari-mari. Atok kata pd kiyai... dia ni dah masuk dlm arina mabuk, hayal, syak, zon dn waham yang maha tinggi. Kiyai gelak... sampai batuk2. Jadi jgn percayalah dia ni...karut.
Berkenaan saudara adatasa... atok tak tahu, cuba tengok blognya. Minta dia sehatlah... hari tu kata masuk hospital Putrajaya, lepas tu senyap..kwn dia tu ???
sekian
atok zamany.
Assalam atuk, cucu nk tanya berkenaan syahadatai "La ilaha ilallah muhammadun rasulullah". Apakah maksud dan pengertian sebenarnya.? Apakah hakikat syahadatai tu? Sbb ada kwn ckp maksud sebenar syahadatai tu "Aku bersaksi tiada tuhan yg nyata kecuali Allah dan diri aku (muhammad)adalah pesuruh Allah".
ReplyDeleteSaya cakap dkt dia tu pengertian syahadatai yg biasa mcm yg kita fahami sebelum ni "Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah".
Salam tok..
ReplyDeleteNk mcelah skit la.ble tok..
Diorg budak2 baru tarekat suka sgt soal org awam mcm2..nk pekena nk tunjuk lagak tau semua stakat hapal apa yg guru ckp tp xpenah rasa pun pengalaman kerohanian. Soalan biasa:-
Apa hakikat Allah. Hakikat Muhammad. Hakikat Adam. Hakikat solat. Hakikat tu hakikat ni.
Da kita jawab xterima pulak. Lain tarekat lain jawapan. Lain guru lain pengalaman. Lain zikir amalan lain rasa nikmatnya. Maha Suci Allah dari sangkaan2 buruk makhlukNya.
Walaikumsalam cucu2 atok yg disayangi...
ReplyDeletekpd insanNya,
Shadatai atau shadat pada hakikatnya adalah satu akurjanji atau sumpah ikral seorang mukmin kepada keesaan Allah SWT. dan mengaku menjadi pengikut setia Nabi Muhammad saw. yg merupakan orang perantaraan (telah diberi mandat drp Allah) antara hamba dan penciptanya iaitu Allah SWT. Ianya hadir dalam satu ikatan kasih sayang abadi antara 3 eleman ini. Tampa ujud kasih sayang abadi itu, kata2 atau sumpah itu menjadi kosong sahaja... tampa makna. Inilah pengertian shadatai diperingkat hakikatnya.
Yg menjadi masalah disini ialah apabila shadatai ini dirungki atau dibahaskan dengan akal fikiran yg tidak duduk dihakikat. Maka akan keluar perkataan2 yg bukan2 dan tidak difahami oleh orang lain. Hakikat bukannya sesuatu yg diluar fikiran manusia. Ia masih duduk dialam nyata yg mampu diterim manusia. Tetapi manusia cuba berkata2 seolah-olah dia saja yg tahu akan hakikat sesuatu, walhal dia juga sama seperti orang2 awam yg tidak mengatahui apa-apa itu. Maka itulh sebabnya dia bercakap agak pelik dan ada kalanya tak masuk akal langsung.
Sikap org2 Ilmu Kalam ini adalah tidak jujur dlm menyampaikan sesuatu hujah. Ia kena memberikan sebab dan akibat dalam menyampaikan hujahnya yg ikhlas dan sanggup pula menerima hujah kebenaran atau fakta nyata dari orang lain dgn terbuka. Bukannya cuba mengasingkan dirinya disatu kawasan elit yg kononnya tidak dapat dicapai oleh pemikiran org2 awam. Jika dia sudah menyampai "sesuatu tahap elit", mengapa tidak berkongsi pandangan dan ilmu untuk memudahkan orang2 awam berfikir, yang mungkin akhirnya orng2 awam tadi akan juga menyampi kepada hakikat kebenaran hakiki itu. Kan lebih baik begitu ??
Berbalik kepada soal shadatai tadi, maka kefahaman biasa kpd orang2 awam itulah asas yg nyata dan fakta kukuh untuknya berpegang. Tak perlu diubah atau dipusing2 menjadi bunyi yg pelik dan tidak difahami. Pengakuan kepada diri inilah puncanya ilmu hakikat sesat yg mengaku diri sbg Tuhan atau pun Nabi.Ia amat berbahaya kepada Iman kita. Pegang yg mudah bagi kamu sahaja...ok.
atok zamany.
Walaikumsalam kpd saudara Pancabaiduri,
ReplyDeleteAlhamdulillah, dalam kamu berjaga2 disempadan perbatasan itu... sempat juga menjengok atok ni ya. Ya, kalau boring2 tu boleh juga kita dok baca blog ni..,
Memang menjadi lumrah budak2 yg baru dapat silat, asek nak ajak org. bersilat dgn nya. Masih kecik2 dulu, atok buatkan lastik dan hadiah pd cucu... habis semak, belukar, kebun dlm kg dia pusing dok lastik burung, sampai opah dia pun kena lastik, mengamok org tua tu....
Begitulah halnya dgn org2 belajar hakikat... sama saja dgn budak tu tadi. Bila guru dah bukak buah sikit, dia pun cari mangsa nak ajak bertaki. Konon dah menyampai dan dalami ilmu hakikat. Ia sebenarnya membuka dirinya yang kosong, Tak ada apa2 yg istimewa bila mengenal hakikat... kerana ada satu lagi anak tangga utk "mengenal", iaitu Makrifah. Memang akal boleh menyampai pemikiran maksima kepada sebuah hakikat, kecuali hakikat Allah itu sendiri. Kerana utk menyampai kepada hakikat tertinggi adalah dengan makrifah dan kurnia laduni Allah dengan dipimpin oleh Baginda Rasulullah saw.
Ia... ia ada protokolnya, bukan main hentam keromo saja. Itulah sebab dua kalimah shadatai itu sangat2 penting dlm perjalanan seseorang Insan menuju kepada Pencitanya. Dan hanya orang yg khusus saja dibenarkan "membawa" murid tadi kehadratNya. Iaitu Nabi Muhammad saw. sahaja.... tak ada sesiapa yg lain selain dari baginda. Kerana dia dan hanya dia satu2 manusia yg telah berhadap hadapan dgn Allah SWT. secara zahir dan batinnya semasa isryak Mikrasj 1400 tahun dahulu. Maka hujah atok adalah fakta benar, iaitu "shadatai yg kita pegang dari tangan ke tangan menyampai kepada tangan Bagind Rasulullah saw" atau berwisalah adalah benar, dan tadih dihati "satu pegangan atau tautan hati yg pejap dan mantap kepada baginda Rasulullah saw sebagai imam yg mampu membawa kehadrat hadap berhadapan kpd Pencipta" juga benar. Hujah ini jitu dan padat malah tidak menyalahi mana bab didalam syariat, tarikat, hakikat dan Makrifah.
Itulah sebabnya atok membebel pasal ni.... inilah kunci semua alam didunia dan inilah juga kunci alam diakhirat. Jika kamu pegang ia mantap, nescaya Allah berserta kamu kemana juga kamu berada. Insyaallah Dia akan beri bukti...
Sekian
atok zamany
salam buat Atok zamany. Alhamdulillah, dapat juga saya menjadi antara sekian banyak burung yang hinggap di sini. maaf atok zamany, ada sedikit persoalan di luar topik yang ingin saya timbulkan di sini. Memetik kata2 seseorang yang saya temui tidak lama dahulu: "Tulisan2 di dunia hari ini ada 4 macam atau 4 kumpulan besar. Yang pertama ialah tulisan arab. Yang kedua tulisan romawi (iaitu rumi dan termasuk juga latin, greek, inggeris etc.). Yang ketiga pula ialah tulisan cina (termasuk juga jepun, korea dan yang seumpama nya). Terakhir sekali ialah tulisan hindu (tamil dan sbg nya). Tulisan arab pengaruhnya adalah malaikat dan juga sebagai tulisan al quran. Tulisan romawi pengaruhnya adalah dari iblis iaitu asal usulnya adalah daripada api tetapi ia zahir dengan sifat air iaitu seperti mana tipu daya nya. Tulisan cina pula adalah mengambil sifat syaitan iaitu berunsur api. Tulisan hindu yang bengkang-bengkok seperti ular pula dikatakan melambangkan bangsa jin." -wallahualam. Apa pandangan atok tentang kata2 yang cucu dgr drpd seorang hamba Allah ini? -burung-
ReplyDeleteSalam cucu burung...
DeleteBerkenaan dengan sebuatan perkataan dan bahasa2 didunia ini, memang kita tak tahu siapakah manusia yg menciptanya bahasa2 itu, cuma atok diberitahu oleh guru2 atok bahawa semua sebutan perkataan dan nama2 semua benda dialam semesta ini telah diajarkan oleh Allah SWT. kepada Nabi Adam as. itu sendiri. Jadi Nabi Adam lah yg telah menhatahui semua bahasa. Tapi dikala dia ada, tak ada orang lain selain Hawa yg boleh diajak berkata-kata dalam bahasa yg hanya Allah saja yg Mengatahuinya.
Kemudian diwaktu zaman Nabi Nuh as pula, telah ada peradaban dikala itu dimana dia boleh berkata-kata kepada kaumnya utk mengabdikan diri kepada Allah. Kemudian apabila dia diberitahu utk membina Bahtera, Malaikat Jibril lah yg telah menyampaikan wahyu itu dgn bahasa yg dia fahami dikala itu. Cuma jenis bahasa itu sahaja yg atok tak tahu. Begitulah pula dgn Nabi Ibrahim dan seterusnya nabi2 yang lain sehinggalah kezaman Nabi Muhammad saw.yang kita ketahui menggunakan bahasa arab seharian dan kemudian AlQuran diturunkan dgn bahasa itu juga.
Kembali kita semasa zaman Nabi Daud as yg juga diberikan kitab didalam bahasa kaumnya dikala itu, begitulah pula dgn Nabi Musa diberikan kitab 10 lembar atau sapok sakina didalam bahasa habrew. Kemudian Nabi Isa as yg diberi Injil juga didalam bahasa Habrew untuk disebarkan kepada kaumnya.
Empat kumpulan bahasa yg kamu sebutkan itu semuanya adalah bahasa yg datang kebelakangan. Bahasa Arab contohnya diperakui hanya apabila Al-Quran diturunkan. Sebelum itu ia mungkin hanya menjadi bahasa pertuturan puak arab yg banyak pula jenis lograt bahasa yg berbeza2 mengikut kibilah masing2. Diwaktu yang sama disebelah eropha dan rom, mereka juga mempunyai loghat dan telo bahasa mengikut bangsa mereka masing2. Rom telah juga mencipta huruf dan penulisan mereka sendiri dikala itu. Ada kemukinan dunia sebelah asia spt India dan China juga telah mencipta cara penulisan mereka dimasa yg sama dikala itu.
Tidak pula diberitahu berkenaan unsur yg mereka ambil seperti berunsur dari Iblis, syaitan dan jin yg diterapkan dalam penggunaan huruf dan bahasa mereka. Ini dari sudut zahiriahnya. Tetapi ada kemungkinan besar diperingkat rohaninya, mereka mendapat bentuk2 huruf dan perkataan dari unsur ini kerana rata2 sumber bahasa yg mereka gunakan itu adalah datangnya dari kuil2, baira2, tempat2 persemadian sami-sami dan juga Istana2, dimana ia menjadi pusat pengajian ilmuan2 kamu itu yg dibayaii penuh oleh pihak Istana. Jadi kita tak dapat kepastian yang tepat akan pekara yg kamu tanyakan itu. Mungkin pihak yg mengkaji sejarah dapat menjawab soalan ini dgn lebih tepat. waallahua'lam.
p/s: cu juga ada email beberapa soalan kpd atok berkenaan mimpi. -burung-
ReplyDeleteTadi atok check tak ada pun...
DeleteMungkin kena email semula
Atok, saya dah cuba resend semula. betulkah email ini: zaman5619@gmail.com ?
DeleteSalam Atok dan teman semua,
ReplyDeleteSekadar untuk memaklumkan kedudukan kesihatan terkini saudara Abatasa bagi menyahut pertanyaan di atas. Sehingga hari ini (24 April 2013) saudara Abatasa masih lagi terlantar dan ditempatkan di Unit ICU, Tingkat 1, Hospital Putrajaya di katil 6 telahpun melebihi dua bulan. Masalah kegagalan ginjal beliau alhamdulillah telah berjaya di atasi dan tidak perlu lagi untuk menjalani haemodialisis. Beliau kini telah pun sedar sepenuhnya dan memberikan respon kepada persekitarannya. Namun menurut doktor yang masih gagal diatasi adalah masalah kemampuan paru-paru beliau untuk beroperasi secara normal kesan serangan jangkitan kuman yang agak parah menyebabkan paru-paru bahagian kanan menguncup. Beliau masih memerlukan bantuan mesin pernafasan untuk bernafas melalui saluran yang ditebuk di bahagian bawah leher. Keadaan tersebut menyukarkan beliau untuk bercakap. Pakar perubatan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada mesin berkenaan secara berperingkat dan Insyaallah jika diperkenanNya tekanan mesin serendah 20mg beliu akan dipindahkan ke wad biasa di tingkat 4. Menurut pakar beliau dijangka mengalami gangguan kesukaran pernafasan yang kekal berdasarkan kepada keadaan paru-paru yang bermasalah. Harapan kepada para taulan sekelian yang mengenali terutama Atok Zamany yang dapat berdoa secara kursus bagi membantu moganya Allah SWT hadirkan keajaiaban bagi beliau kembali sihat.
Sekadar makluman dari sahabat karib Abatasa dari Putrajaya.
Terima kasih kpd sahabat kpd saudara ABATASA,
DeleteTadi telah dibuatkan sedikit bacaan yasin dan rangkuman doa sifa bagi saudara abatasa juga sembahyang sunat hajat untuk nya disurau tempat atok ni yg kebetulan pula jatuh malam jumaat ni. Jadi ramailah kawan2, jemaah dan anak2 tafis yg hadir disini bagi tujuan meumarahkan surau kami ni. Ada juga doa tahlil yg jemaah mahu diadakan untuk keluarga2 mereka disini dengan sediakan jamuan yg hebat... alhamdulillah. Insyaallah ia akan diberi kesihatan dan pulih semula utk bersama-sama, oleh Allah SWT. kelak. amin ya rabal alamin...
terima kasih atas info diberi, jika ada info terbaru bolehlah dikhabarkan disini
Deletesaya doakan beliau kembali aktif seperti hari hari sebelumnya...
Salam tok..
ReplyDeleteLaman tok ni sy da bookmark. Slalu gak jenguk2.mcm2 pengikut aliran tarekat da sy jmp. Paling parah pengikut aliran sufi. Yg xnk bdoa xnk berusaha xnk buat yg sunat cuma ikut yg wajib. Masih xpaham bkn semua sunah tu sunat tp ada juga sunah yg wajib. Spt cara solat nabi. Sunah yg wajib diikut. Kalo xikut xsah solat.
Sedangkn Allah yg perintahkn kita berdoa. Minta jela apa yg disuruh minta. Siapa kita utk kata org yg meminta2 tu xredha dgn takdir. Sedangkan Allah suka org yg merayu2 meminta2 padaNya.
Cinta Takut Harap. Itu yg kita pegang. Tp diorg ni pegang cinta je. Akhirnya halal haram dosa pahala syurga neraka xda dlm kamus hidup diorg. Katanya Allah yg takdirkn dia buat segalanya.
2 mjnggu lepas tanam 17 mayat pengganas di satu lokasi rahsia di lahad datu. 1 keranda pecah waktu kebumi sbb mati bunuh diri dlm lokapi. 1 keranda berat nauzubillah bila diangkat wpun jasad kecil. Imam yg tetak polis lepas ambil BR1M tu. Mcm2 Allah tunjuk sebagai pengajaran.
Boring2 nnt sy share lg.sy budak baru belajar. Tahu sekadar apa yg Dia izin utk sy tahu.
Wasalam..
Salam saudara pancabaiduri...
DeleteDalam pencarian ini, memang banyak ranjau dan buri yg mesti ditempuhi utk menyampai kepuncak. Banyak juga manusia yg kita jumpa, berbagai ragam, berbagai cara... namun kebanyakkannya hanya bercakap kosong. Maklumlah tin kosong, kuatlah bunyinya. Jadi untuk menyampai kepada "tahu" saja pun dah macam2 kita jumpa.. bagaimana dengan tingkat seterusnya iaitu "faham". Kemudian kena masuk pula bab "amal" yg istiqamah. Maka jauh perjalanannya tu kan ?.
Sebab itulah didalam mana2 tarikat, tok2 guru akan melarang anak2 muridnya bercakap dengan orang diluar jemaahnya. Ini kerana ditakuti menjadi pertengkaran, salah faham, berbeza aura dan perjalanan yg tidak sehaluan. Walaupun diperingkat awalnya nampak tenang, lama kelamaan akan nampak perbezaan itu disebabkan istilah, nama, amal itu dll. Dimasa inilah kita kena mantab, supaya kekal diatas landasan. Memang susah untuk disebut dlm perkataan kerana ia adalah perasaan, bukan kata2. Itulah kefahaman. Dan untuk matap tadi adalah dgn amalan.
Jadi, jangan banyak berkata2 kerana ia membuang masa. Banyak duduk dlm majlis Ilmu oleh guru dan mentelaah kitab agama. Jika tak faham, tanya guru atau rujuk "senior". Maka kenalah selalu berada dalam jemaah. Diluar banyak musuh, nampak je baik tapi terselit unsur2 hasad dengki utk "menutup jalan" kamu. Hanya sedikit yg jujur dan ikhlas memberi pendapat atau ilmu. Hakikat bukan mudah untuk dikupas oleh sembarangan org. dan sebaiknya ia tidak dibincang secara terbuka. ok
Berkenaan dgn org2 suluk... lihatlah, amat malang sungguh mereka yg gugur itu. Sudahlah kamu serang orang seagama, sebangsa dan satu rumpun hanya kerana duit yg sedikit. Apabila kamu mati, tiada siapa yg datang menolong kamu, paling tidak pun ambil balik mayat dan tanamlah dikampung halaman. Itulah dasar lanun, kalau dah mati tinggalkan saja. Yg menerima beban, kita...sudahlah mereka tomah dgn kata2 yg bukan2. Terok punya bangsa... Ia ibarat mati katak. Perjuangan yg sia2. Dunia tak dapat, akhirat jangan mimpilah.
Itulah atok selalu pesan, sayangilah diri kamu sendiri. Jgn mudah ikut telunjuk manusia gila kuasa dalam apa juga bentuk arahan. Mereka bukan boleh menolong kamu diliang lahad, dialam barzah dan diakhirat kelak. Apabila saja kamu mati, kamu keseorangan. Hanya amalan menjadi bekal, tiada gunanya pemimpin yang kamu sanjung, fahaman yang kamu junjung, kumpulan yg kamu ikut, idelogi yg kamu dokong... itu semua kosong, hampa, lara. Yang Allah mahu, kamu tinggal. Yang disuruh kamu lalai.... nah sekarang bagaimana, setelah kamu mati ??? Bukan boleh undur semula..cu oii !!! rugi hidupnya semasa didunia, rugi sungguh ???
Assalamualaikum Atok... terima kasih kaerana sudi menjawab soalan saya tentang larangan selepas solat subuh...... . tapi boleh tak atok huraikan lebih lanjut..... dan dalam alam rohaninya, bagi peluang malaikat mengambil posisi mereka selepas solat subuh dan juga asar. ...
ReplyDeleteSalam tok.
ReplyDeleteSori nyampuk.
Subuh asar waktu malaikat tukar syiff. Nnt atok bole terangkn hadithnya.
Kepada cucu berdua,
ReplyDeleteJawapan utk soalan ini amat susah nak dijawab… masuk yg ini dah 3 kali atok taip dan ia akan hilang dgn tiba2. Agaknya tak bagi atok cerita kot ??? kerana ia dah masuk kealam lain. Atok akan cuba cerita seminama mungkin, kerana tak boleh buka semua… faham2 saja la. Jgn. Bimbang, atok akan cuba cara lain, kemudian akan masuk semula kemari.
Atok bukan jawab dgn nas hadis kerana ia amat sedikit saja disitu. Ini adalah cerita tok2 guru atok dulu. Guru2 atok dulu amat sayangkan atok dan mereka akan buka cerita rahsia2 ni secara senyap2. Sehingga nafas mereka terakhir pun mereka mahukan atok bersamanya. Anaknya sendiri pun tak dipanggil. Selalunya atok saja yg berada disisinya utk dengar cerita2 sulit ini. Memang atok perhatikan, jika ada murid2 lain walaupun lebih senior dari atok, guru akan bercerita bab2 pengajian saja. Dia kurang menjawab soalan menyentuh bab rohani. Jadi banyaklah senior yg cemburukan atok ni. Tapi mereka tak faham… org tua kena pujuk, hormat, sabar, dengar dan turut, barulah hati mereka lemah. “taat” inilah yg menyababkan mereka buka cerita. Dia perhati tingkah laku kita dan “tahu” dgn siapa hendak bercerita.
Perubahan antara malam dan siang atau siang dan malam merupakan satu fenomena biasa dialam zahir ini dan ia akan begitu saja sampailah hari kiamat. Naik dan turunnya matahari, itukan biasa saja !...tetapi dialam rohani pula amat berbeza. Maksudnya semua dialam rohani baik Manusia, Malaikat dan Jin. Bagi Manusia, bukanlah semua yg sedar akan perubahan ini dan duduk disitu. Hanya yg terpilih saja yg boleh mengambil bahagian atas kehendak Ilihi, Tuhan Seru Seklian Alam.
Tugas manusia itu adalah sebagai “saksi” bagi alam itu sendiri dan semua kerja dan tugas Malaikat dan Jin pada waktu itu. Sebab itulah jika kita lihat, tok2 guru hebat, akan masuk kemihrabnya (tempat suluk) bersendirian, kerana ada tugas masing2 diwaktu itu. Masa dialam zahir hanya sekitar 2-3 jam tapi dialam rohani ia sangat lama. Cukup lama untuk peralihan tugas bagi malaikat yg jumlahnya beratus juta malah berbelion itu. Disemua peringkat bahkan, setitis air yg bergerak sekali pun ada malaikat yg jaga.
Jadi bayangkanlah betapa ramainya mereka itu. Pertukaran tugasan inilah yg atok sebut “bagi peluang kepada mereka mengambil posisi” itu. Penyusunan tugasan ini sangat teratur dan kemas. Tidak seperti manusia yg sentiasa kelang kabut. Tak percaya tengok dikilang-kilang, kalau tukar waktu kerja… kan kelang kabut dgn bising hirok pikok. Askar pun sama… pancaburi, kamu lihat hari2 bagaimana keadaannya??? Kan makhluk ni ada takad penat, mengantuk dan lemahnya. Samalah juga Malaikat, walaupun mereka tahan lasak. Namun Allah itu tidak zalim. Mereka juga perlu kepada rehat beribadat. Jadi rehat bagi mereka adalah untuk beribadat tunduk dan sujud pada Allah. Amalan adalah kekuatan bagi mereka, sebab itu mereka tidak henti2 beribadah dalam semua kerja buat mereka.
bersambung....
sambungan....
ReplyDeleteManusia perlu tidur utk kekuatan, maka Allah cipta malam utk manusia berehat. Skg nampak tak kenapa ada siang dan malam. Manakala puak jin islam ini akan menjaga dan bersiap siaga dlm pertahanan kawasan atau negeri mereka. Mereka terpaksa mengerah semua angota keluarga mereka utk bertahan dari ancaman musuh. Jin islam dan kafir ini sentiasa berperang, ditakluk dan menakluk saja kerja mereka. Manakala Iblis dan Syaitan pula sentiasa mencari kelemahan manusia. Waktu itulah mereka akan kerjakan manusia dungu menjadi puak mereka, bisikan malas solat, tinggal solat, berfoya2’ minum arak, majlis makan malam, majlis2 hiburan, kelab malam, disco dangdut, music semuanya meriah waktu mula maghrib sampai kesubuh. Lihat lah sendiri kenyataan ini. Betulkan ??
Jadi semua itu berlaku diantara waktu paling kritikal, iaitu perubahan diantara siang dan malam. Oleh itu Allah larang musilimin dan musilimat dari mengerjakan solat sunat diwaktu itu untuk memberi peluang malaikat mengambil posisi dan yang paling utama ialah rohani manusia itu sendiri harus dalam keadaan sedar mutlak diwaktu itu. Kalau kamu tidak menyampai kepada kesedaran ini, kamu buatlah wirid, tahmid dan selawat atau membaca al-Quran. Apa yg atok cerita ini ialah “didalam manusia yang kenal Allah” dan beramal soleh dan juga mempunyai darjat disisi Allah. Mereka2 inilah yang digelar Waliallah paling kurang pun orang2 solihin mertabat mukarabin. Ini harus menjadi cita2 seorang murid utk duduk diwilayah ini.
Jadi, untuk duduk dalam “faham” tadi, manusia mesti “kenal Allah”. Bukan main2 cakap dah mengenal, walhal satu pun tak tahu, atau masih lagi bertaki bab mengenal hakikat. Ia dah jauh melapasi had itu semua. Bebas merdeka, bebas mutlak tampa apa2 keraguan. Ok…faham tak ???
Sekian
atok zamany.
Assalamualaikum Atok..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya dengan panjang lebar.. kadang2 manusia itu tidak tahu hikmah di sebalik larangan dan tidak semua rahsia sesuatu ilmu itu perlu diketahui oleh semua orang...beruntung sungguh atok... sekian,
Assalamualaikum atuk,
ReplyDeletemacam mana kita nak jadi baik, agung baik, maha baik? amalan rutin dalam abjad telah dibuat tapi masih lagi duk berperang dengan diri sendiri (nafsu malas, marah, dan macam-macam lagi). Luaran nampak baik, tapi hati sering berbisik perkara jahat. macam mana nak duduk kemas dalam abjad tuk? nak bagi hati ni ikhlas dalam apa kerja buat sekalipun?
sekian dulu, terima kasih.
Walaikumsalam cucu atok semua,
ReplyDeleteKpd anony 11.25am,
sama-sama.
Kpd anony 1.38Pm.
Ini bukan pekara mudah... cakap memang senang, tapi pritikalnya tak semudah kita bercakap tambahan pula diatas semua usha yg kita buat bukan guru yg kurnia baik, terbaik, maha baik, agung baik dan maha agung baik itu... ia kurniaan Allah SWT sendiri. Pemilik sebenar semua itu. Jadi bagaimana ???
Rutin yg diberi itu bukan untuk ini (pendapat atok). Ia lebih untuk peringkat awalan murid untuk masuk "gelangang kerohanian" sahaja. Ini pun peru waktu juga (kadang kala sampai bertahun2 pun belum kemana2), bukan mendadak terus "Faham" jalan abjad. Berapa kerat saja yg sampai peringkat “faham” dlm abjad… susah nak tahu. Lain murid lain ‘rezeki” nya. Ia bukan boleh tahu, bagaimana ? bila ? siapa ? sebab semua itu terletak kepada Allah SWT atas “recommendations” dari guru2, Syeikh Mughyideen, Nabi Allah Khidir as, dan Rasulullah saw. Kita sbg. Murid ni kena banyak sabar, taat, peka, rajin, kriatif, bijak dan istiqmah dlm beramal. Jangan pulun tak tentu arah dan jangan ikut2 jalan org lain. Kamu kena tentukan sendiri jalan kamu atau cara kamu beramal. Rujuk guru Ust. Mat Janggut, apa yg badal cakap dan kawan2 cakap tu cuma pendapat mereka atau contoh2 sahaja. Tak semestinya kamu ikut cara2 itu. Sebaliknya kena dengar dari Ust. Mat sendiri. Sebab dia guru rohani kamu, dia lebih “kenal” kamu. Biarlah dia yg beri cara2 yg “khusus” utk kamu beramal. Faham tak ??.
Bersambung….
Sambungan
ReplyDeleteUntuk menjadi “ikhlas” lain pula caranya. Ia banyak berkaitan dgn kerja buat kita disamping beramal. Semua kerja buat yg disebut “Lillahitaala” itu. Ia pun susah nak dapat dgn mudah. Ia mestilah kita “buktikan” dulu, berkali2, bertahun2 malah berterusan duduk didalam “Lillahitaala” tu. Hingga kamu “lepas” semuanya utk Allah semata-mata. Seluruh kerja buat akan duduk didalam “Lillahitaala” tampa milik kamu walau sedikit pun. Latihan utk ini memang lama dan memakan masa, kerana untuk mengubah sasiah diri kamu sendiri dari hitam menjadi putih bersih. Hati yg putih bersih tampa ragu2 inilah yg dinamakan “Ikhlas mutlak”. Kan abjad dah ajar, ingat apa Ust Mat Kata “Semua kerja buat hak milik Syeikh Mughyideen”… apa ni ??? Inilah yg dinamakan “tawasul” melaluinya kehadrat Allah. Peringkat “kefahaman” awal murid mesti duduk dulu peringkat ini, lama kelamaan apabila “kefahaman” telah meningkat maka Syeikh Mughyideen “dihilangkan” diletak pula “Rasulullah sbg. tawasul mutlak”. Sehinggalah semuanya dihilangkan dan hanya untuk Allah semata-mata. Inilah “FAHAM” yang dimaksudkan itu. Maka “bertemu” tak dgn Allah ???
Cakap senanglah atok ni…. Nak buat tu yg susah. Tahu kenapa ? sebab banyak gangguan drp syaitan, iblis dan manusia malah keluarga sendiri juga kadang kala menjadi halangan utk kamu. Masarakat dan Alam sekiling jangan sebut lah… mereka pun sama menjadikan halangan2 utk kamu “LULUS” ujian Allah ini. Itulah ranjau2 yg perlu kamu tembusi dgn kebijasanaan kamu. Kamu hanya mampu “minta pertolongan” dgn guru2, syeikh, nabi2 dan Rasulullah saw. saja. Itulah perlunya “Fatihah 5” itu selalu diamalkan…faham.
Bersambung…..
Sambungan…..
ReplyDeleteSebenarnya, kehadiran ABJAD ialah menyediakan “senjata2” utk kamu pergi perang. Yang perang tu kamu sendiri, bukan orang lain perang utk kamu. Boleh dikatakan semua yg disediakan disitu ialah merupakan “senjata” dan “perisai” utk murid. Hanya murid saja yg tak tahu apa benda yg diberi, bila nak guna “senjata2” dan “perisai” tu. Kenalah fikir, keritif, bijaksana dan pantas bertindak. Inilah “SILAT ABJAD” sebenar. Lawan kamu bukan saja manusia, syaitan, iblis dan semua yg atok dah sebut diatas tadi.
Selain dari itu…..kamu cari sendiri, ok. (tak boleh buka semua, banyak sangat dah ni)
Sekian
Atok zamany.
Salam tuan
ReplyDeletebolehkah tuan berikan pandangan tuan terhadap pakatan rakyat, pr dan barisan nasional? Yang mana lebih memudaratkn jika diberi pilihan menjadi kerajaan? Harap tuan sudi memberi pencerahan kpd hamba yg serba salah kerana terlalu keliru dgn keadaan sekarang.
Didahului dgn ucapan terima kasih.
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan atas pencerahan atuk.
ReplyDeleteboleh cucu tanya atuk lagi tak? bagaimana dikatakan seorang murid itu telah berlaku jahat adab dengan gurunya? daripada pembacaan cucu, murid itu akan dicampakkan kedalam kehinaan lebih daripda orang awam apabila berlaku jahat adab atau kesalahan dalam berguru. mohon betulkan cucu jika cucu salah ya atuk.
sekian, wassalam.
ReplyDeleteWalaikumsaalam cu...
kpd anony 12.43 am,
Sebenarnya atok tak berapa gemar cerita pasal politik didalam ruangan ini sebab atok dari dahulu pun memang menjauhkan diri dari memberi apa2 komen atau memberi pendapat atok mengenaai apa juga tajuk dlm politik. Dato' Nik Aziz tu kawan atok, Nassaruddin Md Isa tu pun kawan atok, Anwar Ibrahim juga kawan atok, Dato' Harun Din Al-hafiz juga kawan atok, T.S Mughyideen Yasin juga kawan atok, Datuk Hisyamuddin juga kawan atok Malah Tun Mahathir juga merupakan kawan atok dan ramai lagi kawan2 atok yg lain semuanya orang2 politik. Tapi atok akan menjauhkan diri bila orang tanya atok pasal politik. Kalau nak diikutkan atok ni boleh saja mereka panggil bagi ceramah politik sebab atok banyak tahu maklumat berkenaan dgn politik malaysia. Tetapi kenapa atok tak mahu campur hal ini. Ia adalah sebab atok taat kepada nasihat guru2 atok yang melarang atok campur hal ini. Oleh itu atok minta maaf banyak2 sebab tak boleh jawab soalan kamu ni, diharap cucu faham penderian atok.
sekian,
atok zamany.
Waalaikum salam kpd. cucu anony 1.25am,
ReplyDeleteBerlaku buruk adab pada guru ni adalah pekara biasa dlm abjad. Terutama kepada mereka yg tidak faham maksud sebenar mengapa dia masuk abjad ? Kedua, mereka masuk abjad kerana nakkan sesuatu dan dia gagal ? Ketiga kerana nak cepat jadi "hebat", cepat jadi "Luarbiasa", cepat jadi Waliallah dan ada juga yg nakkan kaya cepat bila masuk abjad. Jadi masuk abjad kerana Nafsu. Inilah masaalah murid abjad yg tak faham???
Sebenarnya, apabila saja kamu ambil talqin abjad, kamu telah melangkah masuk "kealam baru", walau nampak diluar ni sama saja tetapi rohani kamu yg berubah. Diwaktu itu kamu baru nak "mengenal" rohani kamu sendiri. Selain kamu berhadapan dgn permasaalahan (impurity-complex) diri kamu contohnya: berhadapan dgn delima nak tinggalkan semua kerja jahat dan nak jadi baik 100% dgn pantas. Sedangkan kamu masih sangat suka kerja2 jahat itu spt. kaki perampuan, kaki minum dan kaki judi dll. Atau nak ubah pemikiran kamu dgn mendadak dari “tarikat sesat kamu” nak jadi macam tok2 wali, juga dgn sekelip mata. Kan pekara ini mustahil ??? Ia mestilah dgn proses yg panjang utk berubah. BERILAH MASA KPD DIRI KAMU UTK FAHAM ABJAD ATAU PERJALANAN ROHANI KAMU ITU DULU, sebelum kamu tuduh ABJAD yg salah, ABJAD tak betul, ABJAD itu dan ini. Ust Mat salah, Ust Mat sesat, Ust Mat tak betul dan banyak lagi kata2 tak baik kamu lontar kepada Ust Mat Janggut yang tak bersalah itu berserta ABJAD yg tak ada kena mengena dgn impurity-complex kamu itu. Jangan ikut hati nanti mati, jangan ikut nafsu nanti lesu.
Bersambung…..
Salam tok..
ReplyDeleteSyabas tok sbb xamik port pasal politik ni. Diorg semua sama sbb itulah dinamakan politik. Janji2 manis mmg sering meniti dibibir. Hentam parti lawan mmg da jd tabiat harian dalam setiap ceramah xkirala apa parti pun. Undila apa pun. Masing2 ada pendapat sendiri. Sbb tu ada yg suka putih ada yg suka hitam. Kdg2 timbul kebencian dgn sikap org2 politik ni. Innalillah..
Pada sy berbicara hal ketuhanan lebih mententeramkan jiwa. Sentiasa ingat mati lebih menginsafi diri. Sentiasalah doa mohon dikurniakan keikhlasan hati. Kerana kita xkan dpt iklas hanya dengan usaha dan ikhtiar semata2. Ikhlas itu kurniaan dari yg empunya ikhlas. . Tinggi mana pun ilmu kalo xamal akan jd sia2. Banyak mana pun amalan kalo xikhlas tiada gunanya. Billah.. Lillah..
Waulahualam..
Sambungan….
ReplyDeleteSifat tidak mahu “mengenal” diri sendiri inilah punca masaalah murid kurang adab pada guru. Masaalah berpunca apabila kamu berangan2 nak jadi waliallah dgn jalan mudah, atau nak kekayan dgn mudah, nak canggih dgn mudah… sedangkan diri kamu sendiri tidak bersedia utk itu semua. Kamu lalai dan angkuh akan “amalan” yg telah kamu buat sekian lama dlm abjad, yg jika dihitung disisi Allah adalah sangat sedikit jumlahnya. Amalan yg sedikit itu pun bukan “Lillahitaala”…. Jadi bagaimana ??? Bagimana nak sampai ??? Inilah kerja Iblis dan syaitan dlm diri kamu yg cuba menarik kamu semula kelembah kehinaan. Hadir dia disitu memain peranan membisik dihati kamu segala tomahan kepada guru dan abjad, sedangkan kamu masih sangat lemah dan “Blur” disaat itu. Faham tak??
Apa yg perlu dibuat ialah bertaubat, kembali kelandasan semula, betukan semula nawaitu kamu, jumpa Ust. Mat Janggut minta ampun maaf dan kalau boleh “perbaharui” talqin kamu semula. Sebab, memang hukuman kepada anak murid ingkar dan kurang beradab ini adalah 1000x lebih teruk dari orang awam. Jadi sangat perlu kambali semula kedalam “gelanggang abjad”… jangan lepas talqin kamu itu. Genggam ia biar sampai jadi abu sekali pun, biar kamu mati sekalu pun, asalkan kamu mati dalam takwa, dalam ismulhatimah.
Jangan takut, Ust Mat Janggut tu sangat baik orangnya, hatinya “first class” dan sangat pemaaf. Kamu jangan bimbang apa2, pergilah bertemu dgn nya. Insyaalah dia amat faham masaalah kamu. Yg penting kamu mesti kembali disini. Ok….
Harap ini menjawab soalan kamu.
Sekian,
Atok zamany.
salam tok
ReplyDeleteterlihat posting di FB http://youtu.be/FbOq1rbLAnI
bahaya betulkan dorang yang mengajar mcm ni.
dlm gelanggang dia orang bersama rakan seguru dengan pengawasan guru boleh lah tapi pada saya penipu
cubalah dengan orang lain ditempat lain, pasti terkena
Walaikumsalam cucu anony 3.42am,
ReplyDeleteTengok pelik juga...tapi macam belakun pun ada, waallahuaklam..
Namun sejak zaman dulu lagi pekara sebegini memangnya ujud contohnya ilmu yg dipanggil "Ilmu Penyelisih". Ia memang menggunakan khidmat jin dlm pengamalan ilmu ini. Ia terang2 menyalahi hukum syarak'. Jadi berhati2 dgn ancaman akhir zaman ini ?
Nota kpd semua...
Hari ini hari mengundi kan ? dah mengundi ke ?
atok zamany.
As salam
ReplyDeleteSy da ngundi awal. Taatla kamu pd Allah, Rasul dan pemerintah dari kalangan kamu. Malaysia spring... kalo itulah yg semua pembangkang mahukan. Silakan lah. Satu persatu negara arab sudah tumbang. Perubahan ke arah kebaikan yg diharapkn tapi bala bencana yg xhabis2 yg menimpa. Ahli keluarga mati bergelimpangan dibunuh dan xcukup mkn. Jika itu yg mereka mahu. Sekali lg sy katakn silakan..tidak dpt dinafikn zaman sekarang manusia semakin jauh dgn Tuhan. Tidak tahu bersyukur dan tidak pernah merasa cukup dgn nikmat keamanan.
Dunia sudah hampir kiamat..
Salam buat Atok & para sahabat sekelian.
ReplyDeleteUntuk makluman atok, saudara Abatasa telahpun dibenarkan keluar dari hospital 3 minggu yang lalu. Alhamdulillah semakin sihat cuma masih lemah kerana masih tidak boleh menerima makanan pepejal hanya minum susu pada masa ini. Kesemua komplikasi seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan paru-paru telahpun kembali sihat. Beliau tidak lagi perlu menjalani proses himodialisis dan boleh bernafas tanpa bergantung kepada mesin pernafasan.
Saya telah memaklumkan kepada beliau sejak beliau kembali sedar bahawa Atok turut mendoakan dan solat hajat kesembuhan kesihatan beliau. Beliau amat terharu dan menitis air mata penuh kesyukuran atas kesudian atok membantu dalam keadaan genting beliau sebelum ini. Beliau meminta saya untuk memanjangkan salam dan ucapan terima kasih kepada atok atas usaha murni atok dan hanya Allah SWT sahaja selayaknya mampu membalas budi baik atok.
Beliau turut menceritakan bahawa semasa beliau koma sebanyak 3 kali rombongan malaikat maut datang menziarahi beliau. Beliau bersungguh-sungguh memohon untuk ditangguhkan saat ajal beliau bagi memberikan kesempatan untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.
Sekian untuk makluman atok dari sahabat karib Abatasa.
Walaikumsalam kpd sahabat baik abatasa,
ReplyDeleteTk diatas maklumat yg saudara paparkan ini, insyaallah... Allah juga akan merahmati saudara dan keluarga. Maha suci Allah seru seklian alam, syukur kehadratNya kerana dengan limpah kurnia Nya maka saudara kita Abatasa kembali sihat dan moga Allah akan merahmati dan memberi kepada saudara kita ini kekuatan hingga beliau dapat kembali semula berjuang bersama dialam maya ini. Atok dan teman2 tadinya (lepas isya)ada membuat lagi amalan yg sama seperti dahulu supaya bertambah kuat kesihatan saudara Abatasa dan keluarganya menghadapi dugaan Allah ini. Kami disini sungguh amat bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah krunia Nya yang telah diberikan kepada saudara kita Abatasa.
Atok hanyalah menolong dan membantu memenjatkan doa kehadrat Allah sahaja, tetapi atas Allah jua yang menetapkan keadaan dan rezeki kesihatan itu kepada saudara Abatasa. Apalah yg ada pada org tua seperti atok ini... selain hanya mampu berdoa dan bermohon limpah pekenan dari Nya saja. Sebaliknya kita perlu bersyukur dgn pemberian dari Nya itu dan menggunakan kesemua kesempatan yg diberi untuk memperelok semua ibadah dan kerjabuat kita kepada Nya.
Kepada yang lain diharap mengambil cerita Abatasa ini sebagai teladan dan berusaha keras dlm ibadah kamu semua dgn tidak pernah merasa jemu kerana masa kita makin singkat. Kita juga tidak mengatahui apakah perjalanan dihadapan kehidupan kita ini, samaada kita akan menjadi sempurna atau pun tidak. Jadi siapkan diri masing2 utk menghadapi apa jua kemungkinan dimasa hadapan.
Waalaluaklam,
sekian
atok zamany.
as salam atok ngn rakan2 semua diharapkan sihat selalu hendakNYA. syukur pd allah..... dengan izinNYA saudara abatasa kita sihat dan pulih seperti sedia kala...... kami dari group abjat Kedah selatan akan selalu mendoakan agar kesihatan abatasa pulih dengan sepenuhnya.... dan diberikan rezeki dan umur yg panjang utk mengabdikan diri pada yg MAHA KUASA...........
ReplyDeletesekian dr nazir juru
Salam tok, saya ada email atok, harap atok dapat semak. Tq tok.
ReplyDeleteWalaikumsalam cu,
ReplyDeleteYa... atok dah balas pun.
selamat mencuba dan berjaya... insyaallah.
atok zamany
Salam atuk, ada saya email atuk td, harap2 sudilah kiranya atuk membaca dan menjelaskan perkara tersebut, terima kasih..
ReplyDelete-Pencari Nur-
Walaikumsalam cu,
ReplyDeleteAtok dah jawab tadi, sila baca. Klu tak faham tanya lagi.
atok zamany.
salam atok dan pembaca semua..
ReplyDeleteNak tanya pendapat atok mengenai isu syria.. apa pandangan atok.. sbb banyak hadis2 mengenai akhir zaman ada menyebut tentang syria... secara peribadi, saya berpendapat bahwa isu syria ni telah membuka pekong siapa itu syiah sebenarnya dalam Islam.. dan juga perang ini telah berlarut ke lubnan , dan mungkin juga nnti mesir.. adakah mungkin ia pembukaan tanda tanda pertengahan kiamat.. wallahualam.. sekian terima kasih atok..
salam tok,
ReplyDeletedah lama sy tak tengok blog atok ni...dulu masa awal2 blog atok buat, sy ada juga bertanya..dan jawapan atok mmg kena dgn keadaan diri saya ketika itu. Alhamdulillah, sy sudah keluar mencari dan skrg insyaallah dalam perjalanan yang 4....
dari haly
Walaikumsalam cucu atok semua,
ReplyDeleteKpd anony 12.33am,
Berkenaan dgn Syria, mungkin telah tertulis Kada dan kadarnya begitu... waallahuaklam. Apa pun kita dapat lihat permainan US dan Syaah ni seakan-akan serupa saja di Iraq dan Afganistan. Ia seperti membantu dan menghalalkan penghapusan masyarakat Islam Sunni yg mereka ketahui akan kekuatan Islam sebenar. Sekarang ia berlaku pula di Mesir, ramai yg telah mati ditembak oleh kaum sebangsa tetapi tidak sefahaman dlm beragama. Persoalannya.. adakah dibenarkan membunuh hanya kerana berlainan fahaman agama ???
US senyum melihat kekecohan itu dan seolah-olah mengalakkan dengan menyokong Morsi. Ia dgn sendirinya akan memberi impik tekanan lebih teruk kepada puak Ehwannal Muslimin. Lihatlah semakin hari ada saja puak ini akan dibunuh. Ini tidak termasuk yg tidak dilapurkan oleh media. Inilah yg mereka mahukan... iaitu membunuh sunni. Syaah memang sudah melampau-lampau. Mereka hanya mencari mangsa mereka dari puak sunni untuk dibunuh. Tidak ada dlm ingatan mereka selain memusuhi sunni habis-habisan dan membunuh mereka semua. Inilah agend imam-imam mereka yg jahil dan sesat. Semakin hari semakin jauh membawa puak ini menjadi begitu kejam dan rakus. Begitulah pergolakan hinggalah berlakunya kiamat kelak. Sampai bila mereka nak mengamuk ditengah-tengah jalan. Kita tunggu dan lihat sajalah.
Kpd haly...
Lama atok tak dengar dari cucu, apa khabar... alhamdulillah syukur kehadrat Allah dapat kita ketemu lagi dan sembang-sembang kosong. Kalau cucu dah keluar dan mencari, sungguh baik sekali. Spt atok selalu katakan, kita kena keluar dari kepongpong. Jika kita tak berani keluar, sampai bila pun kita tak akan boleh terbang bebes. Alhamdulillah, cucu telah berjaya keluar dan dapat perjalanan. Insyaallah nanti bisa terbang sendirian.
sekian dulu,
atok zamany
Salam Atok
ReplyDeleteramadhan tahun ini berpuasa kat malaysia atau kat luar negara (Mekah). Atok setiap kali Ramadhan akan berpuasa di tanah haram sebelum ini. Kini telahpun memasuki 10 hari terakhir mungkin atok boleh memberikan tip mengenai malam qadar untuk dikongsi oleh cucu-cucu sekelian kerana saban tahun atok mendapat anugerah tersebut. Harap atok tidak keberatan untuk berkongsi bagi memandu cucu yang serba dhoif. Sekian dari Ramzi Putrajaya
salam...
ReplyDeleteMaaf mencelah..
ingin saya bertanya kepada admin..
adakah mendapat kebenaran utk admin memakai logo atau lambang daripada sesuatu pertubuhan itu ye??
jika tidak keberatan boleh admin memperkenalkan diri..
tidak perlu secara detail..
hanya perlu memberi tanda sahaja..
Walaikumsalam cu Ramzi di Putrajaya,
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana selamat sampai ke M'sia subuh tadi. Memangnya atok di Mekah dan dapat lailatulqadhar pd 25 Ramadhan. Tak dapat nak bagitahu sebab tak bawa laptop pun, lagipun sebok dgn ibadah umrah dan sunat2 yg lain. Kami baru habis kenduri tadi kerana meraikan semua anak cucu cicit, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, anak-anak kariah Masjid, anak-anak tahfis Madrasah, semua kenalan tak kurang juga orang2 kenamaan yg sudi hadir menyambut atok dan sempena aidilfitri ini. Syukur kehadrat Allah. Kepada cucu, peminat blog atok zamany dan semua pembaca blog ini, atok dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf atas apa juga kesilapan, kesalahan dan ketelanjuran jika sekiranya ada dimana-mana jua, baik yang nampak atau pun tidak. Salam aidilfitri diucapkan, semoga kalian semua berbahagia dan bergembira dihari raya ini.
sekian,
atok zamany
Kepada anony 10.40am,
ReplyDeleteAwak nak orang buka, tapi awak sendiri sembunyi ?
bagaimana ??
Berkenaan Logo abjad diatas itu bukanlah isu yg besar. Jika saudara tidak menyukai atok meletak logo itu, atok sedia menguggurkannya dari halaman ini, tiada masaalah. Tapi sila tanya semua pembaca dan semua peminat blog ini, terutama dari kalangan budak2 abjad sendiri, "Adakah mereka bersetuju digugurkan logo ini atau adakah mereka semua menyokong atok ???".
Pada atok, adalah tidak menyalahi mana2 akta penggunaan Logo ini sebab atok sendiri adalah anak murid didalam abjad. Lagi pun blog ini sajalah yg masih utuh di mayapada yang mewakili semua warga abjad. Sekurang2 boleh juga berkongsi maklumat abjad disini. Jadi kenapalah ini dijadikan isu ???
ralat
atok zamany.
Salam..Atok dan terima kasih atas maklumat mengenai malam Qadar tersebut. Cuma nak tanya Atok, apakah kita akan dapat lailatulqadar tersebut jika kita beramal disepanjang malam berkenaan atau hanya khusus kepada mereka yang dipilih Allah S.W.T sahaja yang beramal sepanjang malam berkenaan. Untuk makluman Atok, sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan cucu mengisi malama-malam tersebut sepenuhnya dengan beramal di masjid, apakah cucu turut tergulong dalam kumpulan mereka yang mendapat anugerah lailatul qadar.
ReplyDeleteSeperkara lagi nak tanya, Atok dapat mengesan atau mengetahui malam lailatulqadar dengan berpandukan kepada isyarat atau limpahan kurnia Allah S.W.T. Betapa bertuahnya Atok saban tahun di bulan ramadhan mendapat anugerah tiada tara nilainya di sisi Allah S.W.T dan cucu rakamkan ucapan tahniah. Itulah anugerah kebesaran yang paling bernilai dari Maha Suci Allah S.W.T dikala hayat ini berbanding sebarang anugerah bergelar di dunia.
Saya secara peribadi amat menyokong 100% Atok untuk meletak lambang atau logo ABJAD di blog ini. Saya selaku ahli Abjad Cawangan Wilayah Persekutuan berpusat di Bandar Baru Bangi dibawah Wakil Guru iaitu Ustaz Azahan mengalu-alukan hasrat Atok. Sehingga ini blog yang masih aktif melakukan kerja-kerja dakwah seumpama ini hanya blog Atok sahaja. Malah saya adalah antara yang turut mendapat hidayah Allah S.W.T menerusi maklumat yang disampaikan oleh Atok sehingga mendorong saya mencari Ustaz Azahan seterusnya Tuan Guru Sheikh Ahmad Junaidin untuk berbaih dan ikrar talkin syahadah. Dalam tinjauan saya terdapat ramai lagi yang menjejaki jejak saya sehingga mengambil talkin dengan Tuan Guru Sheikh Ahmad Junaidin. Saya mengucapkan tahniah atas usaha Atok ini moga Allah S.W.T yang selayak membalasNya. Saya kira perkara ini tidak menjadi isu dan mohon Atok abaikan sahaja kerenah seumpama itu.
Selamat menyambut Hari Raya, maaf zahir dan batin atas segala salah silap yang terlanjur.
Sekian dari Cucu Ramzi.. Putrajaya.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.