Friday, October 05, 2012

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 16

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

FASAL B- AKHIRAT DAN KIAMAT .


BAB 24 - SYAFAAT SEBAGAI TEMPAT TERPUJI



Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda, "Bukannya sombong !, pada hari kiamat kelak aku adalah pemimpin anak cucu Adam. Bukannya sombong !, bendera segala pujian berada dalam gengaman ku. Pada saat itu setiap Nabi dari Nabi Adam as dan yang lain-lainnya berada dibawah benderaku. Bukannya sombong !, aku adalah merupakan orang pertama yang bangun dari kubur. Setelah semua makhluk mengalami tiga kali ketakutan, maka mereka menemui Adam dan berkata,'Kau adalah bapa kami. Tolong mohonkan syafaat kehadrat Allah untuk kami semua'. Adam menjawab, 'Aku pernah melakukan satu dosa yang menyebabkan aku diturunkan kebumi, Temuilah Nuh !'. Tetapi Nuh berkata, 'Aku pernah memohon satu doa yang menyebabkan umatku dan penduduk bumi binasa, temuilah Ibrahim'. Lalu mereka temui Ibrahim,. Tetapi dia juga tidak mampu dan berkata, 'Aku pernah melakukan tiga kali berbohong, temuilah Musa'. Lalu mereka menemui Musa. Tetapi Musa juga tidak sanggup. Ia berkata, 'Aku pernah membunuh satu jiwa, temuilah Isa'. Ketika mereka temui Isa, dia pun tidak mampu dan berkata ,'Manusia telah menyembah aku selain Allah. Temuilah saja Muhammad', Akhirnya mereka menemui aku, aku pun berangkat bersama-sama mereka ".

Berkata Anas, seperti yang diambil oleh Ibnu Jad'an, "Waktu itu aku seakan-akan melihat Rasulullah bersabda,' Aku mendekati pintu Syurga dan mengetuknya. Para Malaikat penjaga Syurga itu bertanya, 'Siapa tu ?'. Aku menjawab, ' Muhammad'. Kemudian pintu itu pun dibuka dan mereka melihat aku. Mereka menyambut aku dan membenarkan aku masuk. Aku masuk dan kemudian sujud kehadrat Allah SWT dan memanjatkan segala puja dan pujian. Lalu kedengaran Dia berfirman, 'Angkatkanlah kepala kamu !. Permintaanmu terutama syafaat telahpun dikabulkan. Dan Ucapanmu telah Ku dengari !". Itulah tempat terpuji yang telah difirmankan Allah didalam surah al-Israa ayat 79, mafhumnya ;

"Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji".

Hadis yang serupa diriwayatkan oleh ath-Thayalisi dari Ibnu Abbas. Abu Daud berkata, "Aku mendapat riwayat ini dari Hammad bin Masalamah, dari Ali bin  Zaid, dari Abu Nadhrah bahawa ia berkata, "Ibnu Abbas berucap diatas Mimbar dihadapan kami. Setelah memanjatkan puji- pujian kepada Allah, seterusnya ia berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda, 'Setiap Nabi itu memiliki doa (mustajab). Mereka semua telah pun menggunakannya semasa mereka didunia ini. Sedangkan aku masih menyimpannya doaku itu untuk syafaat bagi umatku dihari kiamat nanti. Ketahuilah, bukannya sombong, sesungguhnya aku adalah pemimpin anak cucu Adam dihari kiamat nanti. Bukannya sombong, aku adalah orang pertama yang akan bangkit dari kubur dihari kiamat nanti. Bendera pujian ditangganku. Bukannya sombong, Adam dan yang lainnya berada dibawah bendera itu. Ketika manusia sedang dilanda kesusahan dihari itu, lalu mereka berkata, 'Mari kita bertemu Adam, bapa seluruh manusia supaya dia pohonkan syafaat bagi kita semua daripada Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, hinggakan dia memutuskan diantara kita (tidak dapat menolong).....'.

 '...Mereka bertemu Isa dan berkata, 'Tolong pohonkan syafaat kepada Allah untuk kami, hingga dia juga memutuskan diantara kami. Isa menjawab, 'Aku tidak mampu memenuhi permintaan kamu semua. Aku dan Ibuku (Maryam) pernah dianggap tuhan selain Allah. Apa pendapat kamu semua, seandainya ada barang didalam sebuah bekas yang tertutup rapat, adakah isi bekas itu boleh ditembusi tampa merosakkan tutupnya itu ?'. Mereka menjawab, 'Tidak !'. Lalu Isa berkata, 'Sesungguhnya Muhammad, pada hari ini diberi keistimewaan. Dosanya yang lalu dan akan datang telah diampuni....

...Semua manusia itu datang menemuiku dan berkata supaya aku dapat memohonkan syafaat kepada Allah untuk mereka sehingga Dia membuat keputusan keatas mereka. Aku katakan bahawa aku bersedia memenuhi (permintan mereka) sehingga Allah mengizinkan siapa saja yang dikehendaki dan diredhai Nya. Maka, setiap kali Allah berkehendak untuk membuat keputusan kepada semua makhlukNya, ada saja suara yang memanggil, "Mana Muhammad dan umatnya" ?, Aku pun berdiri dan diikuti oleh umatku dengan lengannya, betisnya dan wajahnya yang nampak berkilau cahaya bekas tanda wuduk ".

Disebut didalam riwayat Bukhari sebuah hadis yang bersumber dari Ibnu Umar bahawa ia berkata, "Pada hari kiamat nanti manusia akan menjadi bangkai. Setiap umat akan mengikut Nabinya dan berkata,'Wahai nabi, beri kami syafaat, wahai nabi, beri kam dari  syafaat'. Hinggalah akhirnya syafaat itu diminta dari Nabi Muhammad saw. Dan itulah hari dimana Allah mengangkat baginda ketempat yang terpuji ". Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda berkenaan firman Allah (mafhumnya), 'Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ketempat yang terpuji '. Ketika baginda ditanya berkenaan pekara itu, baginda menjawab,"Itu adalah syafaat".

FAKTA  I:

Seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, dihari kiamat nanti manusia akan mengalami tiga kali ketakutan ketika mereka sedang diheret ke Neraka dengan menggunakan rantai-rantai. Peristiwa itu berlaku sebelum mereka dihadapkan kehadrat Allah untuk dihisab. Setiap kali memandang mereka, lidah api Neraka meluap-luap menjilat kesana kemari dengan ganas sekali dan mengeluar bunyi mendesis dan menangkap mereka. Ia tersangat marah seperti kemurkaan Tuhannya kepada mereka semua. Pada waktu itu mereka melutut dan berjatuhan disekitar Neraka. Mereka semamengnya tidak berdaya, bahkan sudah tidak mampu untuk menangis lagi. Orang-orang zalim berteriak menyesali nasib mereka yang sungguh malang. Kemudian kedengaran desiran api Neraka meluap buat kali kedua yang menambah rasa gerun dan takut dihati mereka. Kemudian kali ketiga desiran api Neraka itu yang menjilat, yang menjadikan mereka semua ketakutan luar biasa. Mereka menundukkan pandangan mata, tapi sekali sekala pandangan mereka melirik kearah Neraka itu yang sekejap lagi akan membakar mereka. Semoga Allah menyelamatkan kita daripadanya.

FAKTA  II:

Para Ulama tafsir berselisih pendapat berkenaan dengan yang disebut sebagai "tempat yang terpuji". Terdapat lima pendapat berkenaan dengan perkataan ini ;

Pertama : 
Tempat terpuji itu adalah syafaat bagi manusia pada hari kiamat nanti, seperti yang telah diulas didalam hadis sebelum ini didalam riwayat yang bersumber dari Hudzaifah ibnul Yaman dan Ibnu Umar.

Kedua :
Tempat terpuji ialah bendera pujian yang diberikan Allah pada Nabi saw. pada hari kiamat kelak. Menurut Syeikh al-Qurthubi, pendapat ini tidak bertentangan dengan pendapat pertama diatas. Maksudnya, sewaktu memegang bendera baginda memberi syafaat itu kepada manusia.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Aku adalah orang pertama yang akan keluar dari kubur. Aku merupakan jurucakap mereka ketika mereka mengangkat seorang wakil mereka. Dan aku yang akan memberi berita gembira ketika mereka telah berputus asa. Bendera segala pujian berada ditangganku. Bukannya sombong, aku adalah pemimpin anak cucu Adam yang paling mulia dimata Tuhanku ".

Didalam riwayat lain dari ad-Darami dan ad-Dailami yang lebih kurang sama bunyinya disebutkan, "...Aku adalah manusia pertama yang akan dibangkitkan semula. Akulah pemimpin mereka diwaktu mereka mencari ketua rombongan manusia. Akulah jurucakap mereka ketika mereka tekun mendengar. Akulah yang membantu mereka ketika mereka ditahan. Dan akulah yang memberikan berita gembira ketika mereka ditolak. Bendera kemuliaan berada ditangganku. Dan aku adalah anak cucu Adam yang paling mulia dimata Tuhanku. Ada seribu pelayan disekelilingku, seakan-akan mereka itu adalah mutiara yang tersimpan ".

Ketiga :
Seperti yang telah dipetik oleh ath-Thabari dari beberapa Ulama Salaf termasuk Mujahid, yang dimaksudkan dengan tempat terpuji ialah, Allah menjemput Nabi Muhammad saw duduk bersama-sama Nya diatas Kursi Nya. Memang terdapat riwayat hadis berkenaan pekara ini.

Menurut pendapat Imam al-Qurthubi, sekalipun benar terdapat hadis berkenaannya, namun pendapat itu tiduaik disukai oleh banyak ulama. Persoalannya, hanya orang biasa saja yang berfikiran dan membuat tafsiran bahawa Allah memjemput Nabi untuk duduk bersama Nya dan bersama Nabi-nabi yang lain berserta para Malaikat. Berkata Ibnu Abdul Barr dalam kitabnya bertajuk 'At-Tamhid', sekalipun Mujahid termasuk Ulama-ulama Salaf terkemuka sekali pun, namun didalam mentafsirkan firman Allah beliau telah melakukan dua kali penafsiran yang kontravasi. Pertama, penafsiran diatas tadi. Kedua, ketika dia mentafsir firman Allah didalam surah al-Qiyammah ayat 22 & 23, iaitu mafhumnya ;

"Wajah orang-orang mukmin (pada hari itu) berseri-seri. Kepada Tuhanlah mereka melihat ".

Dia mengatakan bahawa orang-orang mukmin itu sedang melihat pahala. Walhal, pahala itu tidak dapat dilihat.

Keempat :
Tempat terpuji itu ialah satu kelebihan dan keutamaan yang diberi kepada Nabi Muhammad saw. sahaja, iaitu bagi mengeluarkan orang-orang tertentu dari Neraka.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Yazid al-Faqir bahawa berkata, "Saya pernah terpengauh dengan pendapat orang-orang puak Khawarij. Satu hari saya telah bersama-sama mereka mengerjakan ibadah Haji. Kami merancang untuk bertemu seseorang semasa melawat Madinah, apabila sampai disana kami lihat Jabir bin Abdullah sedang menyampaikan ceramah dihadapan satu kaum berhampiran satu tiang didalam Masjid Rasulullah. Jabir menyebut tentang mereka yang masuk Neraka Jahanam. Aku berkata kepadanya, "Wahai Jabir, apa perlunya kau menceritakan pekara itu ?, bukankah telah disebut didalam al-Qur'an didalam surah Ali Imran ayat 192 (mafhumnya):"Ya Tuhan kami,  sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan
 kedalam Neraka, maka telah Engkau hinakan ia ". Dan firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 20 (mafhumnya), "Setiap kali mereka ingin keluar daripadanya, mereka dikembalikan (semula) kedalamnya ". Lalu buat apa kamu bercerita berkenaan pekara itu? ". Jabir bertanya pula kepada ku, "Pernah kamu membaca al-Quran ? ". Aku menjawab,"Pernah ". Ia bertanya lagi, "Pernah kamu dengar tentang maqam atau tempat Muhammad ketika bagnda diangkat oleh Allah kesana (Israq & Mekraj) ?". Aku menjawab, "Ya !". Lalu Jabir berkata, "Sesungguhnya itulah maqam (terpuji) atau tempat Muhammad yang kerananya Allah berkenan untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki Nya (dari dalam Neraka)".

Disebutkan pula didalam riwayat Bukhari sebuah hadis dari Anas bahawa ia mendengar Nabi saw. bersabda, "Setelah mengeluarkan manusia dari dalam Neraka, lalu aku masukkan mereka semua kedalam Syurga , kecuali orang-orang yang sememangnya tinggal kekal disana ". Kemudian baginda membaca sepotong ayat, "Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu (Muhammad) ketempat yang terpuji ". Itulah tempat yang telah dijanjikan Allah kepada Nabi kamu semua (Nabi Muhammad saw) ".

Kelima :
Tempat terpuji adalah salah satu dari keempat-empat tempat yang disebutkan diatas tadi. Pekara ini akan dibincangkan kemudian nanti, Insyaallah.


FAKTA  III :

Sesunggunya "tempat yang terpuji" adalah identiti pada syafaat  yang tidak boleh diberi kepada semua Nabi kecuali Nabi Muhammad saw sahaja. Bagindalah yang akan memberikan syafaat secara umum kepada seluruh makhluk yang berada di Padang Mahsyar, samaada mereka itu mukmin atau pun kafir.

Para Ulama berselesih pendapat berkenaan berapa peringkat atau berapa jenis syafaat baginda itu. Menurut an-Nuqqasy, ada tiga peringkat syafaat yang diberi kepada Rasulullah. Peringkat pertama ialah syafaat umum seperti yang disebutkan diatas tadi. Peringkat kedua, ialah syafaat mempercepatkan orang-orang Islam masuk kedalam Syurga. Peringkat ketiga ialah syafaat bagi orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar. 

Menurut Ibnu Athiyah didalam tafsirnya, syafaat baginda ada dua peringkat sahaja. Pendapat ini paling terkenal dan diperakui oleh banyak ulama-ulama tafsir. Iaitu syafaat umum tadi dan syafaat mengeluarkan orang-orang yang berdosa dari dalam Neraka. Syafaat kedua inilah yang tidak mampu diberi oleh mana-mana Nabi kecuali Nabi Muhammad saw. sahaja.

Manakala menurut al-Qadhi Iyadh, "Syafaat Nabi Muhammad saw pada hari kiamat kelak ada lima peringkat (jenis). 
Pertama, syafaat yang bersifat umum.  
Kedua, syafaat memasukkan sesuatu kaum kedalam Syurga tanpa hisab.  
Ketiga, syafaat baginda untuk melepaskan sesuatu kaum dari umatnya yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka kerana dosa-dosanya, kemudian dilepaskan dan dimasukkan pula kedalam Syurga. Sesiapa yang berkehendakkan syafaat baginda, dia akan dimasukan kedalam syurga. Syafaat inilah yang ditentang oleh kaum aliran Khawarij dan Muktazilah. Mereka menolak berdasarkan hujah-hujah rasional dan mengikut logik akal mereka yang sebenarnya telah keliru dan sesat.
Keempat, syafaat baginda kepada orang-orang berdosa yang telah dimasukkan kedalam Neraka dan kemudiannya dikeluarkan dan dimasukkan kedalam Syurga. Syafaat ini juga dimiliki oleh Nabi-nabi lain, para Malaikat dan sesetengah orang alim (waliallah). Syafaat ini juga mendapat tentangan, malah lebih hebat dari syafaat ketiga tadi oleh puak-puak Muktizilah. Mereka menganggap ia lebih tidak reasonal.
Kelima,syafaat baginda untuk menaikkan dan meninggikan martabat dan darjat kepada penghuni-penghuni Syurga (yang terpilih). Orang-orang Muktizilah tidak menentang syafaat ini dan yang pertama tadi.

Kemudian menurut Imam al-Qurthubi, terdapat satu lagi syafaat iaitu yang keenam. Ia adalah syafaat untuk bapa saudaranya Abu Talib supaya seksaannya diringankan. Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa ketika Nabi saw mendengar nama bapa saudaranya Abu Talib disebut-sebut, Rasulullah bersabda, " Mudah-mudahan syafaatku pada hari kiamat kelak berguna untuknya, sehingga dia hanya berada dijurang Neraka yang dalamnya separas dibukulali  kaki saja, tetapi kepanasannya boleh membuat otak mendidih ".

Kemudian jika sesiapa juga yang mepertikaikan pekara ini dengan mengemukakan firman Allah didalam surah al-Muddatstsir ayat 48 ,mafhumnya ;

"Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari orang-orang yang memberi syafaat ". Perlu dijelaskan kepadanya bahawa yang dimaksudkan 'tidak berguna' didalam ayat tadi bermaksud, adalah 'tidak berguna' dapat mengeluarkan mereka dari dalam Neraka. Bukan bermaksud 'tidak berguna' meringankan seksa kepada mereka yang sedang menjalani hukuman ".


FAKTA  IV :

Para Ulama juga berselisih pendapat mengenai apakah ada dosa-dosa kecil para Nabi-nabi ?. Adakah setelah diangkat menjadi Nabi, para Nabi-nabi ada melakukan dosa-dosa kecil yang menyebabkan mereka patut juga dihukum, dicela dan ia  dikesali oleh mereka atau pun tidak ?. Bukankah semua jumhur ulama bersepakat bahawa Nabi-nabi adalah terpelihara dari melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang dapat menurunkan darjat kemulianan mereka ?.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar dan Ustaz Abu bakar, masaalah ini haruslah dibuka dengan pendekatan dalil Mukjizat. Puak Muktizilah  cenderung membukanya dengan pendekatan dalil resonal dan logik akal. Sementara menurut ath-Thabari dan Ulama-ulama lain dari kalangan ahli Fiqih, ahli Hadis dam ahli Kalam, berpengapat "Mungkin juga terjadi kepada para Nabi-nabi itu melakukan dosa-dosa kecil ". Pendapat mereka ini disangkal oleh puak Rafidhah yang menyatakan bahawa semua para Nabi terpelihara dari dosa-dosa besar dan termasuk juga dosa-dosa kecil sekalipun. Selain dari ayat-ayat al-Quran, turut menjadi dalil mereka adalah riwayat hadis-hadis versi mereka.

Menurut jumhur ulama ahli Fiqah dari kalangan Mazhab Maliki, Hambali, Hanafiah dan asy-Syafi'i bahawa "Para Nabi-nabi itu terpelihara dari semua dosa-dosa kecil seperti juga halnya mereka terpelihara dari semua dosa-dosa besar ". Persoalannya ialah mereka merupakan cermin bagi semua umat masing-masing yang  
seharusnya menjadikan diri mereka sebagi contoh teladan atau Idola yang sempurna. Walaupun jika ada diantara mereka yang terbuat dosa-dosa kecil, yang kerananya tidak pun memberi bekas kepada kedudukan mereka atau juga disebut sebagai "citra" dan mertabat ketokohan mereka sebagai seorang yang sepatutnya dijadikan tokoh tauladan, sehinggakan mereka ditolak untuk diikuti. Pekara ini tidak terjadi langsung pada mereka semua.

Ustaz Abu Ishak al-Isfiryani mengatakan, "Para Ulama berselsih pendapat berkenaan dosa-dosa kecil yang dilakukan para Nabi-nabi. Pendapat mejority mengatakan bahawa pekara ini iatidak mungkin terjadi. Walau bagaimana pun masih ada ulama yang berpendapat sebaliknya, walaupun tampa alasan yang kuat".

Para Ulama Mutatahirin yang cenderong kepada pendapat yang pertama diatas tadi mengatakan, "Satu pekara yang harus ditegaskan disini ialah sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu bahawa terdapat beberapa orang Nabi yang melakukan perbuatan dosa sehingga Dia mencela mereka, walau bagaimanapun mereka akhirnya bertaubat dan memohon ampun kepada Nya. Semua peristiwa ini telah diceritakan dan diulang-ulang didalam beberapa ayat didalam al-Quran yang tidak perlu ditafsirkan lagi. Jika apa yang dilakukan itu tidak menjejaskan mertabat mereka secara keseluruhannya maka ia boleh diterima. Pristiwa-pristiwa itu berlaku mungkin kerana kelalaian, lupa atau kilaf dan sebagainya, jika ia dilakukan oleh orang kebanyakan seperti kita ini, ia adalah lumrah tetapi bukannya kepada seorang Nabi yang menjadi panduan dan ikutan umat. Maka pendapat-pendapat seharusnya tidak menjurus kepada kesamarataan martabat manusia. Sesuatu yang dianggap baik jika si perlakunya ialah orang kebanyakan, tetapi boleh dianggap buruk jika ianya dilakukan oleh para Nabi ".

Sungguh indah apa yang telah diperkatakan oleh Junaid, "Kebaikkan orang-orang yang berbakti adalah keburukan bagi orang-orang yang dekat dengan Allah. Sekalipun memang terdapat ayat-ayat yang menyatakan bahawa beberapa orang Nabi pernah melakukan dosa, pekara itu langsung tidak pernah melunturkan sasiah apatah lagi martabat mereka. Mereka tetap menjadi luhur, terpuji, berseh, suci lagi terpilih. Semoga rahmat dan salam sejahtera Allah sentiasa dicurahkan kepada mereka ".

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak, dari Rasyid bin Sa'ad, dari Abdulrahman bin Ziyad, dari Dakhin al-Hijri, dari Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah memperkatakan hadis berkenaan syafaat, "...Isa pun berkata,' Aku ingin memperkenalkan kepada kamu seorang Nabi yang buta huruf. Mereka kemudian datang kepadaku. Setelah mendapat izin dari Allah SWT, aku pun bangun berdiri. Pada saat itulah, dari bawah tempat dudukku keluar satu bauan (aroma) yang tersangat harum yang belum pernah dicium oleh sesiapa jua pun. Setelah bertemu dengan Tuhanku, Dia pun memberikanku syafaat. Dia memberikan cahaya pada ku dari hujung rambut hingga kehujung tapak kakiku.... ".

"...kemudian semua orang kafir berkata, "Orang-orang yang beriman telah mendapat orang yang boleh memberi syafaat kepada mereka, Maka siapa yang boleh syafaat kepada kita ?". Seorang dari mereka berkata,"Tidak lain dan tidak bukan, Iblis. Dialah yang telah menyesatkan kita !". Mereka pun pergi bertemu Iblis kemudian berkata."Orang-orang yang beriman telah mendapat orang yang boleh memberi syafaat kepada mereka. Oleh kerana engkaulah yang telah menyesatkan kami semua, sekarang beri kami syafaat ?'. Lalu Iblis pun berdiri. Dari tepat dudukpunya keluar bau (aroma) yang sangat busuk yang belum pernah dicium manusia walau seorang jua pun. Kemudian Iblis menyuruh mereka untuk pergi ke Jahanam dan berkata, seperti yang disebutkan didalam al-Quran didalam surah Ibrahim ayat 22 yang mafhumnya ;

"Dan berkata syaitan tatkala pekara (hisab) Allah telah diselesaikan, Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku menyalahinya ".


BAB 25 - MEREKA YANG PALING BAHAGIA DENGAN SYAFAAT  NABI MUHAMMAD saw.
 

Telah ddiriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca 'LAILLAHA ILALALLAH......' dengan ikhlas dari batinnya ".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim didalam kitabnya yang bertajuk "Nawadir al-Usul", dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Barangsiapa membaca 'LAILLAHA ILLALLAH' ,  dengan ikhlas, maka ia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan (shadatai) itu boleh mencegahnya dari semua pekara yang diharamkan Allah ".
..............................................

Pendapat atok :

Nah ! sekali lagi keterangan hadis-hadis diatas memberikan dalil berkenaan dengan 'shadatai'. Hadis sahih ini membuktkan betapa pentingnya  mengucap dua kalimah shadatai. Salah satu sebab mengapa atok menulis blog ini adalah untuk membuka mata setiap muslimin dan muslimah di Malaysia dan diseluruh dunia (kerana blog ini juga popular di USA, England, France, Norway, Germany, Russia, Canada, Egypt, Brazil, India, Arab Saudi, Jordan, Syaria, UAE, Porland, Panama, Japan, Hong Kong selain dari Vietnam, Philppines, Singapura, Indonesia, Brunei dll). Cuma perbezaan yang paling nyata disini ialah atok menitikberatkan supaya kalimah shadatai itu mestilah  diterima dari tangan ketangan ulama pewaris nabi (wasilah), kerana dengan wasilah itu saja kesenambongan kekuatan (tautan) atau juga disebut 'Rabitah' dengan baginda Rasulullah dapat pada kamu. Kerana Rasulullahlah satu-satunya manusia yang bertemu Allah SWT menerima shadatai ini secara terus. Maka kita mesti mewarisinya hingga hari kiamat supaya kita memperolehi syafaat Nabi di Padang Mahsyar kelak dan dimasukkan kedalam syurga kerana "IKHLAS" dalam menyebut shadatai itu tadi. Itulah sebabnya kita wajib mencari siapakah yang menjadi ulama pewaris nabi itu ? Sekarang atok dah buka kepada kamu semua untuk mendapatkannya disini, iaitu di ABJAD dan kamu tak perlu susah payah macam atok pusing dunia mencarinya. Habis seperuh umur atok mencari disemua tempat, disetiap pondok, pada semua guru-guru, disetiap kawasan, dalam semak, dalam hutan dan bertemu beratus orang bertanya akan pekara ini....hanya kerana 2 patah perkataan ini saja. Maka atok jumpa juga akhirnya. Bukan sebarangan taruhan yang atok letak kerana 2 patah perkataan ini. Atok taruhkan nyawa atok sendiri kerana Allah. Itu saja yang atok ada atas dunia ini. Maka, biarlah semua itu atok yang tanggung, keperitan yang atok telan... kamu semua ambil buahnya, ambillah.. kerana atok buat ini 'lillahita'ala'. Sekarang bukan itu saja, atok sertakan sekali dengan bukti-bukti hadis Rasulullah yang sahih keatasnya. Inilah kekuatan yang ada pada kalimah shadatai itu sendiri dan atas sebab itulah juga kenapa ia menjadi kewajipan kepada sesiapa juga yang mengaku Islam diwajibkan mengucapkannya. Ia juga diletakkan sebagai teraju dan rukun didalam islam. Memang benar sekali apa yang telah disebut oleh baginda Rasulullah itu, shadatai itulah perisai sejati untuk menjadi pelindung umat dari semua perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan syarak iaitu syirik, kufur, mungkar dan  haram. Waallahua'lam.


BAB 26 - BUKU CATITAN AMAL YANG MELAYANG  KETIKA MANUSIA DIHISAB KEHADRAT ALLAH SWT.



Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Umar ibnul al-Khatab bahawa ia berkata, "Periksalah diri kamu sendiri, sebelum kamu diperksa dan bersiap-sedialah dengan teliti untuk pertemuan yang lebh besar kelak. Sesungguhnya pemeriksaan hanya akan dipercepatkan kepada orang yang mahu memeriksa diri mereka sendiri sewaktu didunia ".

Atha' al-Khurasani, kata-katanya yang diambil oleh Abu Nu'aim mengatakan, "Pada hari kiamat kelak, seorang hamba sengaja dihisab dikhalayak ramai supaya pekara itu lebih menimbulkan kesan yang sangat dahsyat baginya ".

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Aisyah ra bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang dihisab pada hari kiamat, maka ia akan terseksa ". Lalu Aisyah ra bertanya, "Wahai Rasulullah, Bukankah Allah telah berfirman, 'Adapun orang yang diberikan kitabnya disebelah kanan, maka dia akan dipereksa dengan mudah?' ". Baginda bersabda, " Itu belum pemeriksaan, tetapi sekadar mengemukakan bukti-bukti. Orang yang dihisab dengan teliti, nescaya ia terseksa ". Hadis hassan dan sahih ini diriwayatkan juga oleh Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Umar ibnul Ala' al-Yasykari, dari Shalih bin Sari, dari Umar ibnul Khathab bahawa ia pernah mendengar Aisyah yang berada diantara beberapa orang qadhi (hakim) berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Pada hari kiamat nanti ketika seorang qadhi dihadapkan kepada Allah dan merasakan kerasnya hisab, ia akan melontarkan harapan untuk tidak akan memutuskan sengkita yang melibatkan dua orang dalam kes yang melibatkan (walau sekali pun) sebutir kurma '".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari al- Hasan, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak amal manusia akan dilihat Allah SWT. sebanyak tiga kali. Yang pertama dan yang kedua berturut-turut mereka boleh membela diri dan memberikan alasan. Pada waktu itulah buku catitan amalnya melayang ketangannya, lalu ada yang menyambutnya dengan tangan kanan dan ada pula yang menyambutnya dengan tangan kiri ".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzar dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Nabi saw. bersabar, "Pada hari kiamat nanti amal manusia akan dlihat oleh Allah sebanyak tiga kali. Yang pertama dan yang kedua mereka boleh membela diri. Tetapi untuk yang ketiga, melayanglah buku catitan amal dari kanan (atau) kiri ".

Tirmidzi al-Hakim pula mengemukakan riwayat lain yang sama dari Rasulullah didalam kitabnya bertajuk 'An-Nawadir al-Ushul' berbunyi, "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti amal manusia akan dilihat Allah SWT. sebanyak tiga kali. Yang pertama dan yang kedua mereka boleh membela diri dan memberikan alasan. Adapun yang ketiga kalinya, melayanglah buku catitan amalan. Orang yang suka menurutkan hawa nafsunya akan membela diri dengan mengatakan bahawa mereka tidak mengenal Allah. Dengan alasannya itu mereka merasa yakin akan terselamat. Mereka juga mengemukakan persoalan dan alasan-alasan kepada Allah. Allah SWT menerima alasan Adam as dan Nabi-nabinya yang lain serta Dia tegakkan hujah-hujah Nya bagi mereka kepada musuh-musuh Nya, kemudian Dia menghantar mereka kedalam Neraka. Sesungguhnya Allah SWT secara jelas menerima alasan para nabi dan orang-orang yang dikasihi Nya, supaya mereka tidak merasa kebingungan ".

Itulah sebabnya didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Tidak ada satu pun yang paling digemari dan paling suka memerima alasan selain Allah. Pemeriksaan diperingkat ketiga buku catitan amal itu amat berat sekali. Allah akan memperincikannya ditempat yang sunyi bersama orang-orang yang beriman (terpilih) dan Allah akan mencela mereka jika buku catitan mereka banyak yang merah. Akibatnya, mereka akan merasa malu dan akan mengeluarkan banyak peluh hingga setinggi buku lali kaki. Setelah itu Allah akan mengampuni dan meredhai mereka ".

Diriwayatkan oleh Abu Ja'far al-Uqaili dari Yughnam bin Salim, dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Semua buku catitan amal itu berada dibawah Arasy. Ketika tiba hari perhitungan amal, Allah mengutus angin untuk menimbangnya dikanan dan kiri. Tulisan pertama yang ada didalamnya berbunyi, 'Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghisab terhadapmu ".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Tsabit al-Khathib, dari Zaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda,"Orang pertama diantara umatku ini yang diberikan kitab catitan amalan pada tangan kanannya ialah Umar ibnul Khathab. Ia berchaya seperti cahaya matahari ". Kemudian ia bertanya baginda, "Dimana Abu Bakar ? ". Baginda menjawab,"Dia sudah jauh diiringi oleh Malaikat ke Syurga ".

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abdul Qasim bin Abdulrahman bin Mundah  dalam kitabnya bertajuk 'At-Tauhid', dari Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti, sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati lagi Mahaluhur menyeru dengan suara yang sangat keras namun tidak mengerikan, 'Wahai hamba-hamba Ku ! Akulah Allah yang tiada Tuhan selain Aku. Akulah yang paling Penyayang diantara para penyayang. Akulah yang paling Bijaksana diantara semua yang bijaksana. Akulah yang paling Pantas diantara semua yang memeriksa. Wahai hamba-hamba Ku ! Pada hari ini tiada kekuwathiran atas kamu dan kamu juga tidak bersedih hati. Hadirkanlah hujah kamu dan permudahkanlah jawapan kamu kerana kamu semua akan disoal dan dihisab. Wahai Malaikat Ku ! Perintahkanlah hamba-hamba Ku itu berdiri, beratur dan bergilir-gilir untuk dihisab ". Hadis ini daif riwayat ad-Dailami.

Diriwayatkan oleh Syamr bin Athiyah bahawa ia berkata, " Pada hari kiamat nanti ada seseorang yang dihadapkan kehadrat Allah untuk dihisab. Catitan amal kebajikannya seperti gunung. Tetapi Allah Tuhan Yang Mahamulia, Maha Memberkati dan Mahatinggi berfirman, 'Pada hari ini dan hari sekian kamu melakukan solat tetapi kerana kemegahan (pamir atau menunjuk-nunjuk). Aku adalah Allah, tiada Tuhan lain selain Aku. Maka kepunyan Ku lah agama yang murni. Pada hari ini dan hari sekian kamu berpuasa tetapi kerana kemegahan. Aku adalah Allah, tiada Tuhan lain selain Aku. Kepunyaan Ku lah agama yang murni. Pada hari ini dan hari sekian kamu bersedekah tetapi untuk kemegahan. Aku adalah Allah, tiada Tuhan lain selain Aku. Kepunyaan Ku lah agama yang murni. Sedikit demi sedikit catitan amal kebajikannya dihapuskan sehinggalah tinggal tidak seberapa, lalu kedua Malaikat yang menjaganya berkata, 'Jadi rupa-rupanya dia beramal bukan kerana Allah, tetapi untuk selainnya' ".

Sekali pun bukan hadis marfu, tetapi riwayat diatas itu tadi tidak boleh juga dianggap pendapat atau ungkapan kata-kata peribadi kerana riwayat yang sama juga telah diriwayatkan oleh ad-Daruquthni didalam kitabnya bertajuk 'Sunan ad-Daruquthni'  dari hadis Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, dibawa kehadrat Allah sebuah naskah yang ditutup rapat. Ia lalu dibuka dihadapan Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, kemudian Allah berfirman, "Buangkan yang ini dan bawa yang lain". Lalu Malaikat pun berkata, "Demi kemuliaan Mu, kami tidak melihat kecuali catitan yang baik-baik saja ". Kemudian Allah berfirman, "Catitan amalan ini bukan untuk Ku. Aku hanya mahu melihat catitan amal yang dilakukan hanya untuk mencari keridhaan Ku saja".

Hadis yang juga sama telah diriwayatkan oleh Muslim didalam kitabnya bertajuk 'Sahih Muslim' dari Abu Hurairah ra yang akan kami paparkan kemudian, insyaallah.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah ra berkenaan firman Allah didalan surah al-Israa' ayat 7 mafhumnya, "(Ingatlah) suatu hari (dihari itu ) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya ". Nabi saw. bersabda, "Salah seorang dari mereka dipanggil lalu diberikan kitab catitan amalnya dengan tangan kanan. Setelah tubuhnya diurut sepanjang enam puluh hasta, wajahnya diubah menjadi putih bersih dan disarungkan dikepalanya mahkota dari mutiara yang berkilauan, kemudian ia pergi bertemu dengan sahabat-sahabatnya, dan mereka pun telah biasa melihatnya dari jauh. Kemudian mereka semua berdoa, 'Ya Allah, berikanlah kepada kami dan berkatilah kami sepertinya'. Ia pun menghampari mereka dan berdoa seperti apa yang mereka minta itu. Adapun kepada orang kafir, wajahnya berubah menjadi hitam, tubuhnya diurut menjadi enam puluh hasta seperti bentuk asal Nabi Adam. Ia memakai mahkota dari api Neraka. Rakan-rakannya yang melihat akannya berdoa, "Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kejahatan orang ini. Ya Allah, jangan Engkau datangkan ia kepada kami". Tetapi dia tetap juga menghampiri mereka. Maka mereka semua berdoa, "Ya Allah, Nistakanlah ia (nyahkan ia jauh-jauh) ". Lalu Malaikat menjawab, " Tidak boleh ! kerana setiap seorang dari kamu semua adalah sepertinya ".

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as melalui sebuah kuburan. Lalu dihentaknya telapak kakinya dan berkata, "Wahai ahli kubur, bangkit (bangun) dan keluarlah !". Tidak lama selepas itu dengan kuasa Allah swt keluarlah seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rohuallah, apa yang kau mahukan ?. Sejak tujuh puluh tahun yang lalu aku berdiri menunggu giliran untuk dihisab, sehingga aku mendengar jeritan kiamat, Jawablah wahai Ruhuallah ?". Nabi Isa as menjawab, "Wahai sifulan, kamu pastinya banyak dosa. Apa yang telah kamu lakukan ? ". Lelaki itu menjawab, "Sebenarnya aku melakukan beberapa dosa saja. Perkerjaanku adalah mencari kayu api yang aku makan dari hasil yang halal dan aku pun suka bersedakah ". Nabi Isa as merasa hairan dan bertanya, "Subahanaallah ! Orang sepertimu yang berkerja mencari kayu api, memakan dari sumber halal dan suka bersedekah pun harus menunggu selama tujuh puluh tahun berdiri menunggu gliran untuk dihisab ? ". Lelaki itu berkata, "Salah satu catatian Allah kepadaku ialah bahawa aku pernah melecehkan (melupakan) Nya, persoalan sepotong kayu api yang aku letak bukan pada tempatnya. Maklumlah, Dia adalah Tuhanku yang selalu megawasiku ".


FAKTA :

Allah saw. berfirma didalam surah al-Israa' ayat 13 mafhumnya, "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalong) pada lehernya ".

Berkata az-Zujjaj, "Penggunaan kata leher dan kalong sangat tepat sebagai dua bahagian yang mempunyai hubungan yang sangat erat".

Ibrahim bin Adham pula berkata, "Setiap manusia memakai kalong melingkari lehernya yang tertulis nama mereka. Apabila dia mati, tulisan itu dilipat. Dan apabila dia dibangkitkan kelak, tulisan itu akan dibuka semula. Lalu dikatakan kepadanya seperti yang dipetik frman Allah didalam surah al-Israa' ayat 14, 'Bacalah kitab mu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu '".

Kata Ibnu Abbas, "Setelah menetapkan amalnya, Allah kemudian berfirman, "Dan Kami keluarkan baginya ada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu ".

Berkata al-Hasan, "Sesiapa pun pasti akan boleh membaca kitabnya, termasuk orang yang buta huruf sewaktu didunia".

Memberi komen kepada ayat 13 surah al-Israa' , "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalong) pada lehernya ". Abu Suwar al-Adawi mengatakan "Amal perbuataannya itu tercatit didalam sebuah kitab yang sentiasa didalam keadaan terbuka ketika ia masih hidup. Oleh kerana itu isilah dengan amal-amal kebajikan sebanyak mungkin, wahai anak cucu Adam !. Kerana apabila saja ia mati, kitab itu akan dilipat (ditutup), dan kemudian akan dibuka semula saat ia dibangkitkan hidup kembali dan diperintahkan, "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu ".

........................................................................




Kemudian ketika manusia telah berdiri di Padang Mahsyar membawa buku catatian amalan mereka masing-masing setelah dibangkitkan semula, waktu itu mereka mula dihisab. Allah swt berfirman didalam surah al-Insyiqaq ayat 7-8 yang mafhumnya ;


"Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah ".

Ini menunjukkan bahawa pemerikasaan amalan itu berlangsung ketika buku catitan amal itu telah diberikan sedangkan ketika manusia dibangkitkan semula, mereka masih belum ingat akan amal perbuatan mereka dahulu. Lalu Allah berfirman didalam surah al-Mujadilah ayat 6 yang mafhumnya ;

"Pada hari ketika dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberikan Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatit) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya".

Telah dipaparkan terdahulu akan pemeriksaan amalan perbuatan manusia oleh Allah Rabuljalil dihari kiamat kelak. Apabila saja manusia dibangkitkan dari dalam kubur mereka masing-masing, lalu mereka semua dikumpulkan di Padang Mahsyar dihadapan Allah dalam keadaan bertelanjang bulat dan tidak memakai alas kaki pun. Ketika tiba masa dan ketikanya untuk dihisab, Allah memerintahkan diserahkan buku amalan mereka masing-masing yang telah ditulis oleh para Malaikat. Maka sebahagiannya menerimanya dengan tangan kanan dan mereka adalah golongan yang beruntung. Manakala sebahagiannya pula menerima dengan tangan kiri, maka orang itu adalah diantara yang bernasib malang. Pada waktu itulah manusia semua dapat membaca kitab mereka masing-masing.

Disebut didalam sebuah syair.

"Bayangkan dirimu...ketika berdiri telanjang bulat dihadapan Allah, dengan hati yang sedih, gelisah dan kebingungan. Sedang api Neraka ganas membakar orang-orang derhaka dan Tuhan pemilik Arsay yang sedang murka berfirman ; 'Bacalah kitabmu dengan pelahan, wahai hamba-hamba Ku, huruf demi huruf yang ada '. Dan ketika kamu membaca kitabmu yang berisi amalan keburukan, Dia berfirman, 'Ambillah dia wahai Malaikat Ku !. Masukkanlah dia kedalam Neraka bersama-sama dengan orang-orang musyrik yang sedang dalam keadaan haus-dahaga dijilat api. Biarkan orang-orang beriman tinggal abadi didalam syurga Ku ".

Cubalah kamu bayangkan dirimu, wahai saudara-saudara ku sekelian. Ketika buku catitan amalanmu dilayangkan, hendak ditimbang dan dihisab, kemudian namamu dipanggil Malaikat, "Wahai sifulan bin sifulan !, mari mengadap kehadrat Allah SWT.". Malaikat itu tampa kesusahan boleh menangkap kamu dan mengheret kamu kehadrat Allah untuk dihisab. Pada saat itu hati kamu rasa sudah melayang, seluruh sendi kamu mengigil kuat, seluruh tubuhmu gementar dan warna kulitmu menjadi pucat lesi putih dengan tiba-tiba akibat ketakutan yang teramat sangat. Ini semua kerana kamu sendiri telah mengatahui apa yang akan terjadi kepada dirimu.

Kemudian, bayangkan dirimu telah berada betul-betul dihadapan hadrat Allah Yang Mahaagung. Diperintahnya kamu membaca sendiri apa yang tertulis didalam kitabmu itu. Lalu dengan tangganmu yang mengigil dan gemantar memegang kitab catitan amalanmu yang tertulis semua amal perbuatanmu sewaktu didunia. Tiada suatu pun yang tersembunyi dan terahsia. Dengan hati yang hancur, lidah kelu dan tergagap-gagap, kamu membaca isi kitab itu dikala huruhara sedang berkecamuk disekelilingmu.  Dosa-dosa kecil yang telah kamu lupakan dan kamu sembunyikan semuanya terbuka jelas didalam kitabmu itu. Amal perbuatanmu yang kamu kira baik bertukar buruk, yang kamu kira ikhlas ternyata tidak ikhlas, yang kamu kira berhasil rupanya hampa dan seterusnya. Waktu itu hatimu hancur luluh dan kamu merintih pilu kerana kekeciwaan akibat lalai sewaktu hidupmu didunia. Firman Allah didalam surah al-Haaqah ayat 19 yang mafhumnya ; "Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanan". Ia akan tahu bahawa ia tergolong dari penghuni Syurga. Kemudian firman Allah didalam surah yang sama ayat 20 pula mafhumnya ; "Maka ia berkata, Ambillah, bacalah kitabku (ini) ".

Bagi seorang pemimpin kebaikkan, ia akan dipanggil dengan namanya dan nama ayahnya. Maka ia pun bergerak kehadapan hadrat Allah. Apabila telah hampir, keluarlah kitab catitan amalannya berwarna putih dan tulisannya juga berwarna putih. Dibahagian akhir kitabnya tertulis amalan keburukan dan dibahagian awal adalah amalan kebaikkan. Ketika ia membaca amalan keburukan, wajahnya tiba-tiba menjadi pucat lesi ketakutan. Namun dibahagian akhirnya ia menemukan ayat yang menyebut "Itulah amalan-amalan kejahatanmu yang telah Ku ampuni ". Serta-merta wajahnya berubah gembira dan ceria semula. Ia sangat bahagia sekali dan ketika membelek-belek mukasurat kitabnya itu dan ia membaca amalan kebajikannya itu, ia menjadi semakin gembira. Tambahan pula dibahagian akhirnya tertulis perkataan, "Inilah amalan kebajikanmu yang telah Ku lipat kali gandakan ". Maka ketika itu wajahnya menjadi putih bercahaya berseri-seri.

Kemudian dia dipakaikan mahkota dikepalanya dan pakaian yang indah. Ia keluar bertemu dengan kawan-kawannya untuk menyampaikan kabar gembira bahawa mereka juga akan menjadi sepertinya. Bila ia hendak keluar dari mereka, ia pun berkata seperti firman Allah didalam surah Haaqah ayat 20 mafhumnya; "Ambillah, bacalah kita kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku ". Allah berfirman ; "Maka orang itu berada didalam kehidupan yang diredhai ", Allah "Dalam Syurga yang tinggi", dilangit. "Buah-buahannya dekat ", dengannya. Ia bertanya kepada kawan-kawannya, "Adakah kamu mengenaliku ?". Mereka menjawab, "Kami tidak ingat, siapakah kamu ? " Ia menjawab "Aku adalah sifulan bin sifulan. Aku menyampaikan berita gembira bahawa kamu semua akan menjadi sepertiku ". Kemudian ia berkata kepada mereka semua,"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu ".

Adapun bagi seorang pemimpin kejahatan, dia juga akan dipanggil dengan namanya berbinkan bapanya. Ia hadir untuk dihisab, lalu dikeluarkan kitab catitan amalannya yang berwarna hitam dengan tulisannya juga berwarna hitam. Dibahagian awal kitabnya itu berisi amalan keburukannya dan dibahagian akhirnya berisi amalan kebaikkannya. Ketika ia membaca dibahagian awal kitabnya itu, ia amat yakin akan terselamat. Tetapi ketika membaca diperingkat akhir dibahagian penutup tertulis perkataan "Itulah amalan kebaikkanmu dan telah dikembalikan balasannya sewaktu didunia ", tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi muram durja dan hitam. Dia sangat sedih, keciwa dan putus asa akan kata-kata itu tadi .

Kemudian ia membelik-belik mukasurat kitabnya itu dan membaca lagi bahagian keburukan amalnya. Diperingkat akhir bahagian keburukkan amalannya itu tertulis perkataan berbunyi "Inilah amalan keburukanmu yang telah dilipat kaligandakan azabnya", maka remok- redam hatinya semakin tidak menentu. Ia menoleh pandangannya keNeraka dengan mata yang telah membiru dengan wajahnya menjadi hitam pekat.

Dia dikenakan pakaian dari Tar panas, kemudian melangkah pergi bertemu dengan rakan-rakannya untuk memberitahu bahawa setiap orang dari mereka juga akan menjadi sepertinya. Ia mendekati mereka dan berkata "Alangkah baiknya jika kitabku ini tidak diberikan kepada ku dan aku tidak mengatahui akan hisab terhadap diriku. Kiranya kematian itulah yang menyelasaikan segala pekara. Telah hilang kekuasaan dari tanganku ". Kemudian Allah SWT berfirman, seperti didalam surah al-Haaqat ayat 25 hingga 32 yang mafhumnya ;

"Peganglah dia lalu belenggu tangan kelehernya. Kemudian masukkannya kedalam Neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta ".

Hanya Allah Yang Mahamengatahui apa yang dimaksudkan dengan perkataan tujuh puluh hasta. Tetapi, menurut al-Hasan dan Ibnu Abbas, perkataan itu bermaksud tujuh puluh hasta barisan Malaikat, manakala berkenaan dengan perkataan rantai itu akan kita bincangkan kemudian nanti, insyaallah.

Kata al-kalbi, "Rantai itu dimasukkan melalui mulut dan ditarik keluar melalui dubur". Tetapi ada pula pendapat yang mengatakan sebaliknya iaitu "Rantai itu dimasukkan melalui dubur dan ditarik keatas dan dikeluarkan melalui mulut ". Setelah itu dia memenggil kawan-kawannya dan bertanya, "Adakah kamu semua kenal akan diriku ? ". Mereka menjawab, "Tidak !, tetapi yang kelihatan jelas ialah penderitaanmu !, siapa sebenarnya kamu ini ? ". Ia menjawab, "Aku adalah sifulan bin sifulan. Kamu semua pasti akan menjadi senasib seperti ku ini ".

Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang dimana dia harus menundukkan kepalanya kesebelah kiri memusing badannya kebelakang dan tangan kirinya menerima kitabnya itu. Dengan lain perkataan, dia harus memusingkan badan kebelakang untuk membaca kitab catitan amalannya. Pastinya dia akan menerima azab yang lebih pedih dari sifulan diatas tadi.

Wahai saudara-saudaraku semua, bayangkan dirimu terpilih menjadi diantara orang-orang yang bahagia, dimana kamu akan muncul dihadapan seluruh makhluk dengan wajah yang berseri-seri dengan memegang kitab catitan amalanmu dengan tangan kanan serta diiring oleh para Malaikat yang melaungkan kata-kata "Inilah sifulan bin sifulan. Ia memperolehi kebahagiaan dan tidak akan mendapat kesusahan lagi selama-lamanya ".

Disebaliknya, jika kamu termasuk sebagai orang yang mendapat kesusahan dan keseksaan, kamu akan berjalan longlai lesu dihadapan seluruh makhluk dengan wajah hitam pekat dan memegang kitab catitan amalan dengan tangan kirimu atau pada bahagian punggungmu, kemudian diiringi para Malaikat yang melaungkan kata-kata "Inilah sifulan bin sifulan, dia memperolehi keseksaan dan tidak akan mendapat kebahagiaan lagi selama-lamanya ".

Perkataan yang disebut sifulan bin sifulan adalah merujuk kepada sebuah hadis Nabi saw riwayat al-Hafiz Abu Nu'aim dari Abu Darda' bahawa Rasulullah telah bersabda, " Pada hari kiamat nanti, kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh kerana itu perelokkan nama-nama kamu ! ". Maka hadis ini memperjelaskan bahawa penggunaan  nama sifulan dan dibinkan nama bapanya akan berlaku diakhirat kelak, maksudnya sama seperti didunia ini sekarang bagi orang Islam tetapi asing bagi orang-orang yang bukan Islam.



BAB 27 : PENJELASAN TENTANG FIRMAN ALLAH, "PADA HARI YANG DIWAKTU ITU ADA MUKA YANG MENJADI PUTIH BERSERI DAN ADA MUKA YANG MENJADI HITAM".


Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Ghalb bahawa ia bercerita, "Melihat beberapa kepala yang mendongak melihat istana zaman kuno dikota Damaskus, Abu Umamah berkata "Seekor anjing neraka yang jahat itu dibunuh dibawah kolong langit itu adalah sebaik-baik korban bagi yang membunuhnya ".Kemudian dia membaca firman Allah, "Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam....". Aku lantas bertanya kepada Abu Umamah, "Adakah kau mendengar sendiri dari baginda Rasulullah ? ". Dia menjawab, "Seandanya aku hanya mendengar satu dua kali, tetapi bukan sehingga tujuh kali, nescaya aku tidak akan menceritakannya kepada kamu semua ".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad Ibnuli bin Tsabit al-Khathib, dari Malik bin Sulaim, dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa ketika menjelaskan firman Allah, "Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam...". Rasulullah bersabda, "Yang pertama ialah wajah orang-orang ahli sunah wal-jamaah, dan yang kedua ialah wajah orang-orang yang suka membuat bid'aah ".

Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini) berkata, "Para ulama salaf berbeza pendapat mengenai pengertian "wajah yang hitam". Ibnu Abbas dan yang lainnya sependapat dengan penafsir diatas tadi. Manakala Malik bin Anas berpendapat yang dimaksudkan "muka yang hitam" ialah orang-orang yang suka mengikut hawa nafsunya. Kemudian menurut al-Hasan, ialah wajah orang yang munafiq. Mengikut al-Qatadah pula ialah wajah orang-orang yang murtad. Menurut Ubai bin Ka'ab pula ialah wajah orang-orang kafir. Dan pendapat yang terakhir adalah yang dipilih oleh ath-Thabari (seperti yang telah disebut diatas tadi) ".

Kemudian Syeikh al-Qurthubi pun berdoa ;

"Ya Allah, putih berserikanlah wajah-wajah kami pada hari ketika kekasih-kekasih Mu nampak putih berseri. Janganlah Engkau jadikan wajah-wajah kami hitam pada hari ketika wajah-wajah musuh Mu kelihatan hitam pekat. Melalui keberkatan dan kebenaran para Rasul, para Nabi dan orang-orang pilihan Mu, kami memohon anugerah dan kebaikkan Mu, wahai Tuhan Pemberi Anugerah yang Agung dan Tuhan Yang Maha Dermawan".



BAB 28 : PENJELASAN  FIRMAN ALLAH, "DILETAKKAN KITAB, LALU KAMU AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG BERSALAH KETAKUTAN TERHADAP  APA YANG (TERTULIS) DIDALAMNYA ".


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari al-Hakam atau Abul Hakam, dari Ismail bin Abdulrahman, dari seseorang lelaki anggota keluarga Bani Asad bahawa suatu hari Saidina Umar berkata kepada Ka'ab, "Wahai Ka'ab ! Tolong ceritakan kepada ku sebuah hadis berkenaan akhirat ". Ka'ab menjawab, "Baiklah Wahai Amirul Mukminin, pada hari kiamat nanti Lauh Mahfuzh akan diangkat dan setiap makhluk akan melihat amalannya. Lalu didatangkan sebuah hamparan (kitab) berisi catitan amalan setiap hamba yang melayang mengelilingi Arasy. Inilah maksud firman Allah didalam surah al-Kahfi ayat 49 yang mafhumnya "Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya ". Lalu mereka berkata, "Aduhai, malang sungguh kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan tercatit kesemuanya ". Menurut as-Sudi, yang dimaksudkan "kecil" pada ayat itu adalah dosa kecil selain dosa syirik dan yang dimaksudkan "besar" ialah dosa syirik itu sendiri. Kemudian semua orang mukmin pun dipanggil dan diberikan kitabnya dengan tangan kanan. Semua orang boleh melihat amal kebajikan mereka dengan jelas, semantara mereka juga boleh membaca amal keburukan mereka. 

Ketika Kaab membaca ayat itu tadi, maka bangkit al-Fudhail bin Iyadh dan berkata " Aduhai malangnya kami, mereka riuh- rendah mempersoalkan dosa-dosa kecil kepada Allah, manakala dosa-dosa besar tidak langsung disentuh (maksudnya, mereka hanya membincangkan persoalan dosa yang kecil tampa menyentuh pun dosa besar, sedangkan orang-orang kebanyakan amat takut dengan dosa besar).

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dalam kitabnya bertajuk 'ash-Shumtu' bahawa Ibnu Abbas berkata, "Yang dimaksudkan dengan kalimah "yang kecil dan yang besar" didalam ayat diatas tadi ialah tersenyum dan ketawa. Yang kecil bermaksud tersenyum manakala yang besar bermaksud ketawa. 

Diriwayatkan oleh Ahmad dan ath-Thabrani bahawa Nabi saw membuat contoh mengenai dosa-dosa kecil. Baginda bersabda, "Sesungguhnaya dosa-dosa kecil itu seperti perumpamaan satu kaum yang tinggal disebuah tanah yang kering dan gersang. Ketika tiba waktu makan, masing-masing diantara mereka pergi untuk mencari kayu api. Ada yang datang dengan membawa sebatang ranting, dan ada pula yang datang dengan membawa dua batang ranting. Sehingga akhirnya mereka berhasil menghimpunkan sekumpulan kayu untuk menyalakan api dan memanggang roti. Sesungguhnya dosa kecil yang terhimpun pada pelakunya itu boleh membinasakannya, kecuali Allah berkenan mengampunkannya. Oleh kerana itu janganlah kamu meremehkan dosa kecil kerana ia boleh menjadi tuntutan dari Allah ".

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad alias Abdul Wahab al-Qarisyi dan Imam Abul Husain asy-Syafi'i, dari as-Salafi, dari ats-Tsaqafi, dari Abu Thalib alias Muhammad bin Mahmasy az-Zabadi, dari Hajib bin Ahmad ath-Thusi, dari Muhammad bin Hammad al-Abiyurdi, dari Anas bin Uyadh al-Laitsi, dari Abu Hazim, dari Sahal bin Sa'ad bahawa Rasulullah bersabda, "Janganlah meremehkan dosa kecil, kerana perumpamaan meremehkan dosa kecil itu seperti satu kaum yang singgah disebuah tebing jurang. Lalu muncul sifulan membawa sebatang ranting, sehingga mereka berhasil mengumpulkan kayu yang cukup untuk memasak makanan mereka. Janganlah meremehkan dosa, kerana jika perlakunya dihukum, ia pasti membinasakannya ".

Sungguh indah kata-kata penyair ini :

"Banyak dosa kecil mampu menjadi besar dan merosak orang yang baik... kerana itu, berbuatlah seperti orang yang berjalan diatas tanah berduri,....yang begitu berhati-hati. Janganlah meremehkan dosa kecil.... sebab gunung itu berasal dari batu-batu kerikil yang kecil ".

Menurut sebahagian Ulama, "Sesungguhnya semua dosa itu besar". Manakala sebahagiannya pula mengatakan "Jangan kamu memandang kecilnya dosa. Tetapi pandanglah siapa yang kamu durhakai. Dari sudut ini, menentangNya bererti berdosa besar ". Menurut pendapat orang-orang soleh, dosa itu tetap ada yang besar dan ada yang kecil. Tetapi kita tidak dapat membincangkannya diruangan ini kerana saya (Imam al-Qurthubi) telah menjelaskannya didalam kitab saya yang bertajuk "Jami' Ahkam Al-Qur'an" iaitu berkenaan surah an-Nisaa'. Wallahua'lam,


Sekian dahulu untuk kali ini, mudah-mudahan dengan izin Nya insyaallah akan kita sambung lagi diepisod yang akan datang, wabillahitafiq walhidayah wassalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh. amin...


Sekian,

Atok Zamany.














22 comments:

  1. Salam Tok..
    Lama tak bertandang sekali datang rupanya masih ada lagi yang belum selesai. Syabas kepada atok yang sabar dalam menjalankan amanah. Moga ALLAH shj yang membalas untuk atok.
    Saya sebenarnya berhajat kepada atok, tu yang datang menyapa ni..
    Nak minta email personal atok kalau boleh.
    Ada hal yang nak ditanyakan tapi tidak dikhalayak ramai, boleh tok ya..

    Sebelum itu saya mohon maaf sebab selalu mem`promote`kan blog atok dimana2 shj dengan niat yang baik tanpa mengharap apa2 dari siapa2 walausaya rasa kebanyakkannya tidak memperdulikannya kerana mungkin bagi kebanyakkan mereka ini semua berat, namun saya tetap selitkan dimana2 shj jika kena dengan tajuk.

    email saya di:
    fendijr@gmail.com

    Salam tok..

    ReplyDelete
  2. Salam cu,

    sila lihat email cucu.

    atok zamany

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan

    Boleh tuan tolong jelaskn berkenaan isu silat Nasrul Haq?

    Trima kasih

    hambaAllah

    ReplyDelete
  4. salam tok..
    atok pn org tarekat ke? tarekat apa tok? maaf cuma bertanya..

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  5. Salam cu hamba Allah,

    Masa-masa dulu(th 70'an) silat ini masuk ke sini dengan nama Budi Suci. Kemudian apabila mereka ditahan pihak agama islam dan mewartakan persilatan Budi Suci itu menyalahi akidah syariah islam, maka mereka pun berhenti sekejap. Kemudian mereka masuk semula dengan nama baru iaitu Wali Suci. Pun sama juga. Pihak agama islam menahan kegiatan mereka dan mereka tutup gelanggang. Kemudian selepas itu mereka membuka gelanggang baru dengan nama Nasrul Haq. Keadaah persilatan yang sama cuma perubahan sedikit disana sini dari yang dulu...tetapi asasnya tetap sama. Sebenarnya kenapa mereka dianggap menyalahi akidah islam atau dalam lain perkataan dipanggil "SESAT" atau akan menyesatkan akidah seseorang ???

    Pertama sekali adalah disebabkan aturcara persilatan ini mesti ada "MARAH" dan "DIMARAH" kemudian berlakunya pekara-pekara mencarek adat atau luarbiasa atau "magik" kepada pesilat itu. Pekara MARAH atau DIMARAH inilah duduknya IBLIS dikala itu samaada kepada pesilat atau lawannya yang selalunya mereka tak sedari pun. sedar mahu pun tidak tidak boleh dijadikan alasan didalam akidah syariah. Masalah utama ialah amalan persilatan itu dari awal lagi telah meletakkan didalam tubuh badan pesilat dengan seekor "MUSUH KAMU YG PALING NYATA" iaitu IBLIS atau SYAITAN. Jadi dengan sendirinya mereka telah meletakkan harapan, pertolongan, bantuan yang bukannya dari ALLAH, malah musuh ALLAH yang mereka pilih berdampng dengan mereka. Maka dikala itulah shadatai mereka gugur tampa disedari dan mereka telah terkeluar dari akidah islam atau kufur pada ALLAH dan juga dipanggil "SESAT".

    Maka hendaklah kita jauhi akan pekara seumpama ini dan jaga diri kita.


    Kpd cucu ingin tahu,

    Ya, memang atok masuk banyak tarikat. Antaranya Nasabandiah, Ahmadiah dan Kadiariah. Kemudian apabila talah masuk ABJAD, maka semua tu telah "TENGGELAM" didalam ABJAD ini kerana semua tarikat-terikat itu tidak dapat "membawa" atok "bertemu" Baginda Rasulullah dan kemudian "mengenal" Allah Zatwazibalujud. Inilah perjalanan akhir seorang murid didalam semua ajaran tarikat... iaitu "BERTEMU KHALID".

    OK...Faham tak !

    sekian dari atok zamany

    ReplyDelete
  6. salam tok...

    apa maksud atok :

    "Kemudian apabila talah masuk ABJAD, maka semua tu telah "TENGGELAM" didalam ABJAD ini kerana semua tarikat-terikat itu tidak dapat "membawa" atok "bertemu" Baginda Rasulullah dan kemudian "mengenal" Allah Zatwazibalujud."

    kira semua tarekat ada di dalam abjad ke tok? adik sy br masuk naqshabandiah kholidiyah. sy mmg nk "mengenal" Tuhan & "mengenal" diri. tp xtau mana satu "jalan" hendak dipilih. apa pendapat atok?

    minta penjelasan & bimbingan..

    salam...

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  7. semua tu ada dlm ABJAD..
    tuan guru tok mat janggut..
    berabitah dan berwasilah sampai ke tangan Rasulullah..

    - penjejak badai

    ReplyDelete
  8. Salam cucu2 semua...

    kpd cucu ingin tahu,

    Ya, memang benar sekali apa yg dikatakan oleh cucu penjejak badai itu, mungkin juga dia rakan seperjuangan atok didalam ABJAD. Hanya apabila kamu didalam ABJAD akan kamu nampak semua sendiwara dunia dihadapan kamu... terutama peranan Iblis, Syaitan dan Jin yg sangat jahat.

    Atok ingin menembah apa yg diperkatakan oleh cucu penjejak badai. Selain itu, pernah satu ketika ketika atok bersama Ust. duduk dihadapan rumahnya. Ia bercerita berkenaan Syeikh Muhyideen Abdul Khadir Jailani dalam nada yg sangat jelas dan syahdu sekali. Atok petik salah satu ungkapan kata2 itu untuk renungan kamu semua "Aku adalah Imam kepada semua Waliallah, Aku adalah penaung seluruh Syeikh- syeikh pada semua Tarikat dimuka bumi ini semenjak dulu hingga hari kiamat...Maka turuti lah jalan ku ini. nesjaya kamu akan selamat dunia dan akhirat. Aku akan menjaga kamu seperti aku menjaga diriku sendiri...insyaallah ".

    Kata-kata itu belum pernah atok dengar dari mana-mana guru-guru atok sebelum itu. Maka atok ambil ia sebagai "Batu Penanda Aras" bagi semua yang atok pernah tempuhi, atok pelajari dan yang atok tuntut ialah "JAMINAN" yang tidak mungkin seseorang jua pun mampu katakan dan kotakan dihadapan atok sendiri. Nah...terserah kalian semua. Fikirkan dalam2 apakah maksud kata-kata seorang "Sultan Wali" itu tadi. Adakah ia hanya kata2 biasa...atau ia merupakan kata2 yang penuh makna tersirat.

    Maka inilah antara sebab kenapa atok kata semua yg atok tempuhi dan pelajari didalam ketiga2 tarikat yg atok ikuti semuanya "tenggelam" didalam ABJAD. Dan yang tiada dimana2 tarikat ialah "JAMINAN" untuk bertemu Rasulullah dan Allah Rabujalil itu sendiri. Jangan pula atok disalah tafsir sebagai seorang yang "taksub" pada Abjad dan Tuan guru sendiri. Atok sekadar menjelaskan perihal pengelaman atok didalam Abjad tampa maksud taksub dan riak.

    Sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tok..

    lama xdengar khabar. ada urusan rupanya. Alhamdullilah dapat lagi tambahan ilmu Allah. seronok baca blog ni. tergerak dan digerak untuk singgah.

    selepas dpt syahadah talkin dari guru badal di labuan(blom ditakdir jumpa ust mat janggut). dirasakan rahmat dan hidayah Allah semakin mencurah2 turun.. hinggalah Allah menjemput saya ke tanah suci menunaikan umrah bulan jun lalu dalam usia muda. Segala puji bagi Allah Pemelihara sekalian alam.

    cuma nak tanya tok sikit pasal ilmu hakikat.. Apa pesan tok untuk org yg dikurniakan ilmu hakikat untuk dijadikan pedoman dalam mencari redha Allah. Kerana ilmu itu kurniaa dan amanah. Adakah benar hanya guru ghaib boleh mengajar ilmu ghaib(ilmu hikmah/ilmu Haq) dan guru zahir cuma sebagai pembimbing.

    ReplyDelete
  10. walaikumsalam cucu pancabaiduri...

    Memang agak lama atok "kena" menyepi kerana tugasan lain. Ialah kan kerana atok diperlukan bagi kerja2 tertentu, maka oleh itu terpaksaah atok buat kerja dulu. Macam sekarang ni atok sedang menulis sebuah rencana untuk buku kawan atok yang akan diterbitkan di Indonesia awal tahun depan. Itulah sebabnya atok tak postkan lagi sirah bab yang ke 17 sebab tak sempat nak habiskan lagi. Diharap kaliansmua dapat bersabar.. Insyaallah adalah nanti.

    Alhamdulilla dengan berkat guru-guru, cucu sekarang telah menjadi keluarga kami. Syukur juga kepada Allah kerana pemberian "redha" Nya keatas kamu dan rezeki yang melimpah ruah kepada cucu dan dapat mengerjakan umrah dan ziarah ketanah suci juga "bertemu" baginda Rasulullah saw. Atok doakan semoga cucu sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan berjaya didunia dan akhirat.

    Berkenaan Ilmu Hakikat yg telah dikurniakan "kefahamaannya" kepada sesiapa juga, pada pendapat atok ia adalah merupakan satu anugrah yg tiada tolok bandingnya dari semua juga bentuk ilmu yg ada dimaya pada ini. Baik ia merupakan ilmu "rohani" mahupun "maknawi" nya. Tetapi bukanlah meletakkan "pergantungan" 100% didalam hakikat semata-mata, malahan sebagai manusia yang "mahu" jadi kamilmukamil mestilah juga kuat didalam syariatnya. Maka ia berjalan "serentak" luar dan dalam. Maka disitulah kekuatan "rohaniah" untuk menyampai kepada Makrifah Allah. Perjalanan ini dipanggil Tarikat. Maka semuanya terangkum menjadi satu kepada keempat2 cabang Ilmu iaitu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Marifah. Tugas guru rohani disini ialah untuk "membimbing" kamu supaya tidak dibawa dalam hayal, syak, zon dan waham didalam perjalanan itu. Maka kamu akan sentiasa "terkawal" dan dipelihara dari gangguan iblis dan syaitan. Maka perjalanan kamu sentiasa didalam Allah semata-mata. Itulah sebabnya kena ada guru zahir iaitu "guru yang hidup rohaniahnya" berserta kamu sentiasa. Manakala yg kamu kata "guru ghaib" hanya akan hadir jika perjalanan kamu itu benar, ikhlas dan redha.

    Akhir kepada semuanya itu akan juga kembali kepada Allah apabila dengan izinNya kamu mendapat rahmat "tajali" dariNya. Maka disitulah hujung perjalanan Marifah itu sendiri. Manafestasi akan perjalanan semua ini dengan Kebesaran dan Keredhaan Allah swt yang "meletak" kamu sebagai "saksi" kepada dua kalimah shadatai itu sendiri akhirnya terjawab. Itulah sebabnya kamu kena "faham" betul2 akan perjanan hakikat itu sendiri dengan mendalam. Pelahan-lahan insyaallah akan terlaksana jua akhirnya..

    sekian dari

    atok zamanu

    ReplyDelete
  11. Asslamualaikum atok..

    bagaimana boleh saya berbaiah dgn ust mat janggut..saya duk di cheras kl... adakah perlu saya bermalam disana atau boleh balik hari sekiranya hendak pergi berjumpa dengan beliau..boleh tak atok beri alamat penuh ( lengkap ) beliau.. apakah yg perlu saya bawa ( persediaan ) semasa berbaiah dengan beliau...adakah diwajibkan belajar silat ABJAD baru boleh menjadi anak murid beliau.....saya mohon maaf kat atok kerana banyak soalan...inipun dalam kepada masih banyak persoalan yg bermain difikiran ketika ini,

    atok boleh email kepada saya jawapannya hmdzain@gmail.com atau jawap disini pun boleh

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tok

    terima kasih atas pesanannya. Alhamdulillah semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan redhaNya kepada kita semua. sudah hampir 2 bulan guru ghaib hadir siang dan malam. setiap kali ditunjukkan hakikat mengenai sesuatu dan diajarkan amalan maka setiap kali itulah saya ditunjukkan dalil2nya dari Al Quran dan Hadith. Dibukakan hakikat ibadat dan hakikat diri hingga tujuan akhirnya semata2 untuk bersyukur kerana diizinkan beribadat dan berserah diri bulat-bulat kepada Allah kerana ibadat itu adalah kurniaan dari Allah. diperlihatkan setiap kali amalan sunah dibuat semata2 kerana Allah maka akan keluarnya cahaya(Nur) seperti makanan bercahaya apabila dibaca bismillah anggota wuduk bercahaya dan lain-lain. terlalu banyak ditunjukkan untuk saya tetapi takut untuk bercerita kerana tidak mahu menimbulkan fitnah. benar sungguh apabila semakin dibukakan hakikat semakin kita berpegang pada syariat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum atok . saya ada 2 soalan, 1. qada' dan qadar itu berlaku dengan izin Allah disebabkan pilihan manusia itu sendiri. betul ke tok? 2. Ajal, maut, rezeki dan jodoh sesaorang itu telah di tulis di luh mahfuz. Adakah ketentuan 4 perkara tersebut boleh berubah dgn izin Allah disebabkan doa sesaorang atau faktor-faktor lain? sekian..

      Delete
  13. Assalamualaikum tok..

    minta tunjuk ajar. 2 minggu lalu saya telah dibukakan hakikat kalimah Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Hauqolah dan cara menghidupkan kalimah itu dalam diri. mohon disemak. Saya tulis sedikit sahaja sekadar yg saya rasa boleh difahami orang awam kerana takut finah. Contonya kalimah Subhanallah(Maha Suci Allah) yg pd hakikatnya adalah Allah itu suci dari segala kekurangan, kelemahan, keburukan, kejahilan dan segala sifat yang mustahil bagi Allah.

    menyucikan diri yg zahir dengan mengamalkan segala sunnah zahir Rasullulah berkaitan kebersihan spt bersugi, mandi dan lain2. Menyucikan lisan dengan cara banyak berzikir, baca Al Quran, memberi nasihat dan menahan lidah dari mengumpat, fitnah, kata2 kesat,kotor. Menyucikan pendengaran dengan banyak mendengar bacaan Al Quran, alunan zikir, kuliah2 agama dan mengurangkan mendengar lagu2,umpatan,fitnah. Menyucikan penglihatan dengan banyak melihat ayat Al Quran, Kaabah, alam semulajadi dan lain2.

    menyucikan diri yg batin dengan mengamalkan segala sunnah batin Rasullulah berkaitan sifat hati spt sabar, syukur, takwa, redha, tawaduk, jujur, ikhlas dan lain2. menjauhkan segala sifat syaitan dlm hati spt ujub, riak, takbur, sombong, dengki, khianat, dan lain. Alhamdulillah Allah bukakan pengertian yg Hak berkenaan setiap sifat2 hati yg ada pd manusia. Diperlihatkan bagaimana berguguran dan keluarnya dosa2 dari anggota wuduk waktu kita wuduk, disucikan tubuh badan waktu solat seperti kita sedang mandi di sungai dan hilangnya dosa sewaktu melakukan segala kebaikan dengan niat semata kerana Allah.

    mohon pencerahan kerana guru zahir saya pun tak berapa nak bantu. tiada tempat nk bercerita nnt org tuduh sewel dan rewel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "yang hadir itu hanya sapaan dan teguran khadam, yang hadir untuk mempamerkan kehebatan dan kebolehan luarbiasa bagi memperdaya manusia yang menuju kepada jalan Allah"

      kiranya boleh diambil iktibar, kisah Sultan Aulia' Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani dalam perjalanan kerohanian masih juga diduga oleh iblis laknatullah.


      Delete
  14. Walaikumsalam cucu semua...

    Kpd cucu hafmyg,

    Kalau nak pergi terus ke Selama Perak iaitu di Taman Merdeka Selama Perak. Dari pekan selama masuk jalan depan Balai Bomba, terus saja hingga nampak banglo besar sebelah kanan warna coklat/hijau tua dan putih. Kalau tak silap no. 115.atau talipon dia dahulu no tel. 013 4500007. Disana ada rumah rehat kita boleh sewa, macam hotel juga. Itu jika bercadang untuk tidur sana. kalau tak pun boleh balek hari. Tapi kena call dia dulu sebab takut dia tiada dirumah pulak sebab ust mat janggut ni agak sebok juga. Kalau jumpa dia kirim salam atok padanya, ok.

    Keadah yang lain pula ialah ambil talqin semantara dengan badal2nya (wakil2nya) yg ada di selangor iaitu ust Yunus no tel. 013 2303274 (diulu kelang) atau ust. Azahan dibangi no tel 016 6117179. Kamu tak semestinya belajar silat ABJAD kerana bukan semua minat silat. Yang paling utama ialah kita ambil talqin Shadatai tu dulu. kemudian baru fikir keadah mana yg kamu mahu ikut. Jika dulu2 Ust Mat memang tetapkan kita ambil keadah selepas kita ambil talqin terus pada hari itu juga. Atau kamu boleh saja bertanya dengan ust mat nanti. Biar dia yang tentukan adalah lebih baik kerana dia "Nampak" rohani kamu. ok...selamat berjaya.

    drp atok zamany.

    ReplyDelete
  15. Walaikumsalam kpd cucu pancabaiduri,

    Berkenaan belajar hakikat dialam rohani ni, seharusnya cucu mendapat petunjuk dari Ust Mat Janggut dahulu sebab dikuatiri ia adalah permainan dari puak Iblis.Sebanarnya jarang sangat atok dengar pekara seumpama ini. Memang ada juga atok jumpa dahulu, tetapi mengajar ilmu kebatinan,ilmu persilatan dan perbomohan. Tetapi tidak belajar hakikat. Ustaz2 atau badal2 saja tidak berpengalamanan dalam hal seumpama ini. Maka atok sarankan kamu pergi bertemu dengan ust Mat janggut atau telipon dia juga untuk kepastian.No tel 103 4500007.

    Kamu boleh email kepada atok di zaman5619@gmail.com sebab agak gangal atok nak bercakap secara terbuka berkenaan ilmu hakikat disini. Ia akan mendatangkan kekeliruan pada sesetengah pembaca pula nanti. Tolong berikan alamat email kamu supaya atok boleh tulis kepada kamu...ok.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  16. Walaikumsalam cucu anony Dec 29- 1.18 PM,

    Berkenaan soalan pertama tu, sebenarnya apa juga yang ketentuan didalam qada dan qadar telah tercipta tulisannya semasa Allah menciptakan semua roh-roh itu lagi, kemudian tersimpan di Loh Mahfuz. Pada waktu itu, kita tidak tahu apa-apa pun lagi. Diwaktu ditiup roh kita kedalam jasad waktu dialam rahim Ibu, kita dapat pengatahuan itu kerana diperintah untuk hidup didalam qada dan qadar yg telah dicipta itu. Maka kita telah redha akan ketetapan qada dan qadar itu tampa bantahan pun. Tetapi apabila kita lahir kedunia, semua pengatahuan itu telah dihilangkan dari ingatan kita. Jadi kita kembali tidak tahu apa-apa sekali lagi. Maka proses kehidupan yang kita lalui ini adalah mengikut ketentuan qada dan qadar itu sebenarnya. Tetapi manusia banyak bantahan didalam menjalani proses itu. Maka timbullah pula keadah berdoa yg Allah berikan kepada manusia yang mungkin dapat mengubah ketetapan qada dan qadar Allah itu ??? Tetapi kemungkinan itu hanya diberi kepada manusia yang redha sahaja. Bukan untuk semua.

    Maka kefahaman bahawa ketetapan qada dan qadar dipengaruhi oleh kehendak manusia itu adalah mustahil sekali. Ia sangat jauh dari ilmu dan akal manusia pun. Kerana ketetapan qada dan qadar itu terjadi sebelum ujud akal manusia pun. Malahan manusia itu sendiri belum lagi ujud diwaktu itu.

    Berubahnya hanya dengan kehendak Allah jua. Bukan atas kehendak manusia itu jua adanya. Yang manusia mampu hanyalah memohon dan berdoa supaya diberi ketetapan yang baik2 terutama diatas 4 pekara tersebut.

    Waallahua'lam...

    dari

    Atok Zamany

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum tok..

    terima kasih atas pesanannya.
    setiap hari sy mohon perlindungan dari Allah dari segala gangguan syaitan dari kalangan jin dan manusia.
    sy sedar kita takkan mampu melawan godaan dan hasutan syaitan yg sangat licik dan mempesonakan yg sentiasa dtg dari arah depan belakang kiri dan kanan. selagi nafas kita masih ada dalam jasad. hanya dgn rahmat dan pertolongan Allah shj yg mampu menyelamatkan kita. Semoga Allah menunjukkan jalan yg benar dan memimpin kita ke jalan yg diredhaiNya. insyallah sy email dan cuba call ust mat janggut.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum tok

    Alhamdulillah dah call ust mat janggut. ni email sy adik_cal@yahoo.com
    sy ada email skit kat tok. sudilah kiranya reply.

    jazakallah..

    ReplyDelete
  19. Allhamdulillah.. terima kasih atok...InsyaALLAH saya akan usahakan untuk berjumpa dengan wakil beliau terlebih dahulu..atok seeloknya bawa keluarga ( isteri ) untuk berbaiah atau seorang diri jer... maaf bertanya atok pernah kenal tak seseorang di batu pahat johor peserai yg bernama atok mat ( sahak komando ) beliau telah meninggal dunia lebih kurang 2 tahun sudah.

    jazakALLAH

    ReplyDelete
  20. Walaikumsalam wbt.

    Kpd cucu pancabaiduri,

    Atok dah reply email cucu tu, tolong semak ya!


    Kpd.cucu hafmyg,

    Ya.. adalah lebih elok jika dibawa keluarga sekali sebab ia akan memudahkan. Tetapi mereka kena faham, mengapa dan kenapa kena ambil Talqin atau dua kalimah shadatai tu. Kenalah dijelaskan dulu maksud dan tujuannya, atau kalau tak tahu minta ust (badal/wakil) tu jelaskan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga memastikan kedudukan akidah dan syariat dalam keluarga kita dilandasan yang betul. Sesiapa yang tidak melakukan pekara paling asas dan juga merupakan rukun islam kepada dirinya dan tanggungannya, akan dipersoalkan kelak dikemudian hari. Jadi eloklah dibawa semua dalam keluarga kita.

    Berkenaan dengan atok mat atau sahak komando tu, atok tak kenal pulak. Mungkin dia handal orangnya. Mudah-mudahan dia dirahmati Allah hendaknya...amin.

    sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete