Sunday, March 21, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT - bab 1



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
.


MUKADIMAH:


Bersyukur kita kehadrat Allah swt, dengan berkat dan keizinanNya juga dapat kawan menyambung akan rencana didalam blog ini didalam satu lagi tajuk yang amat dirasakan perlu untuk didedah kan kepada umum terutama kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam diMalaysia amnya berkenaan dengan AJARAN-AJARAN SESAT yang telah banyak membawa keruntuhan kepada keimanan, pegangan, akidah, amalan, akhlak dan hukum syarak yang menjadi peganggan umat Islam semua. Ia juga telah menjadi satu ancaman kepada jenarasi muda kita dikebanyakan tempat yang telah terpedaya dengan dakyah dan hasutan halus mereka yang menjadi penaja dan pengamal ajaran-ajaran tersebut. Maka adalah diharapkan agar dengan penulisan rencana ini akan dapat memberi panduan kepada anda semua supaya dapat membezakan dan menilai kedudukan sebenar ajaran-ajaran yang dibawa ketempat anda samaada ianya berlunaskan kebenaran atau pun kesesatan.

Sebagaimana yang telah umum ketahui bahawa di Malaysia, mejoriti umat Islamnya menganut ajaran Islam yang mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi pegangan Akidahnya dan Mazhab Imam Shafie dari segi pegangan Fikahnya. Ini adalah pakaian yang telah bertapak sekian lamanya dari zaman ke zaman sejak dahulu lagi disini dan menjadi gaya hidup kita semua di Malaysia ini. Sebarang usha untuk mengubah atau merungkai akan pegangan ini akan tidak disenangi dan mendapat tentangan hebat dari semua kerana pegangan akidah dan fikah ini telah saheh dan terbukti kebenarnya. Sebagai manusia biasa adalah menjadi lumrah dan mudah untuk kita tidak berpaling kepada yang lainnya selain dari pegangan yang telah ada ini, tetapi ada juga segelintir umat Islam disini yang mempunyai fahaman mendalam tentang agama yang membolehkan ia merobah pendekatan mereka kepada jurusan Mazhab yang lain seperti Hambali, Maliki dan Hanafi, terutama mereka yang telah lama tinggal di Asia Tengah dan benua Afrika. Tetapi ini bukanlah diluar dari biasa kerana semua Mazhab yang 3 ini juga masih lagi sah didalam hukum Syarak dan dibolehkan kita berpegang dengannya didalam keadaan tertentu.

Cuma ada yang terlebih pandai mengikut rakan-rakan mereka memasuki kumpulan-kumpulan serpihan yang berbaur politik contohnya Syiah, wahabi dan anti hadis yang telah cuba memasuki Negara ini sedikit masa lalu. Sekarang mereka memfokuskan pula siasiatan mereka kepada ajaran Tabliq kerana memandangkan kejadian terbaru ajaran Sudin Ajaib ada kaitannya dengan ajaran Tabliq itu. Maka Malaysia kini bolehlah dianggap tidak sunyi dengan kemasukan ajaran-ajaran sesat dari luar dan juga yang mencipta sendiri ajaran-ajaran tarikat sesat meraka yang cuba disebarkan kedalam masyarakat umum. Pihak JAKIM dilihat cuba bertindak menghapus kan kesemua ajaran sesat ini dengan bantuan orang ramai tetapi perlaksanaannya masih dilihat kurang berjaya kerana kelemahan dari sudut pemulihan akidah tidak dibuat. JAKIM hanya menangkap Imam atau ketua ajaran sesat dan didakwa dimakamah Syariah serta di jatuhkan hukuman, tetapi bagaimana dengan kesemua ahli-ahli dan pengikut ajaran sesat itu hendak di pulihkan fahaman dan pegangan akidah mereka ? Mereka-mereka yang terlepas inilah pula yang kemudiannya juga akan membuka kelompok-kelompok ajaran sesat yang lain di merata tempat di Malaysia. Lihat saja ajaran al Arkam, bagaimana dengan anak buah nya yang terlepas dan telah cuba membangumkan pula ajaran sesat yang mirip al Arkam, malahan Imam atau ketua al Arqam sendiri walaupun telah dijatuhkan hukuman dan menjalani konsling pemulihan akidah sedikit masa dahulu, masih tetap berdegil ingin menghidupkan semula ajaran al Arqam. Jadi kita dapat melihat akan kelemahan JAKIM dalam melaksanakan tugas pembentrasaan ajaran sesat di Malaysia masih ditahap amat lemah. Hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Makamah Syariah di semua Negeri-negeri di Malaysia ini juga masih kurang memberi bekas kepada mereka, itulah sebabnya mereka tidak "INSAF" dan masih berminat untuk menyebarkan ajaran mereka yang telah diwartakan sesat itu. Jadi sampai bila pekara ini akan berlanjutan ???



AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH.



Sebenarnya tiada dapat dipastikan bilakah Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ini mula bertapak dan diwartakan didalam dunia Islam. Begitu juga dengan tokoh yang mempelopori akan Mazhab ini. Tiada rekod didalam dunia Islam yang mencatat akan pekara ini, hanya boleh lah disusuri akan kejadian selepas perpecahan umat Islam sesudah pemerintahan Sahabat- sahabat Rasullah saw iaitu dipanggil juga dengan nama zaman pemerintahan Khalifah al Rasyidin. Selepas Khalifah Osman al Khatab dibunuh dan kemudian tugas Khalifah di ambil pula oleh Saidina Ali kaw, maka telah berlaku fitnah demi fitnah hingga memaksa berlakunya peperangan saudara dikenali dengan Perang Jamal diantara pengikut Saidina Ali kaw dan Saidatinah Aisyah ra di Madinah. Ini telah juga meragut nyawa ramai rakan-rakan seperjuangan Saidina Ali dan Rasullah saw sendiri. Lanjutan dari peperangan saudara ini telah membawa kepada umat Islam berpecah kepada 3 golongan yang besar hingga kehari ini iaitu Golongan Syiah, Golongan Khawarij dan Golongan Sunni.

Golongan Syiah yang bermotifkan politik mengambil pendekatan extrimis sebagai puak yang menyokong Saidina Ali dan menentang 3 lagi khilafah al Rasyidin termasuk Saidatinah Aisyah ra sendiri , malahan mereka menganggap hanya Saidina Ali saja yang layak mengantikan Rasullah saw. Sedangkan mereka menggeji, menghina, menyumpah-nyumpah akan 3 orang Khalifah al Rasyidin yg lain termasuk Saidatinah Aisyah ra sendiri hingga kehari ini.

Golongan Khawarij pula adalah mazhab yang mengambil keputusan berkecuali dari menyokong Saidina Ali atau pun Muawiyah anak kepada Abu Sufian. Mereka telah menghistiarkan keluar dari semua kemelut pertelagahan berkenaan dengan isu Khalifah ini dan telah mengasingkan diri mereka hingga kehari ini.

Manakala bagi pihak yang masih berpegang kuat akan kesemua ajaran al Quran dan Sunnah Rasullah saw serta mengikut dan menyokong kesemua Khalifah al Rasyidin dan Keluarga Rasuallah saw, inilah dia yang mendapat jolokan dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah atau ahli Sunni, kerana mereka ini memegang teguh Sunnah dan ijmak semua jemaah para Ulama-ulama berkaitan dengan isu Khalifah dan semua hukum hakam yang ditetepkan oleh Rasuallah dan sahabat-sahabatnya yang masih utuh dipegang hingga kehari ini, malahan pengikut Mazhab ASWJ inilah yang paling teramai sekali di dunia sekarang ini. Mengikut kesepakatan seluruh para Ulama-ulama mentafsirkan bahawa ASWJ adalah mazhab yang dibawa oleh Rasullah saw dan juga para Sahabat-sahabat Baginda. Ia telah mengambil dari sumber yang asli iaitu Nabi Muhammad saw sendiri dan mengambil hujah-hujah dari para Sahabat-sahabat Baginda sebagai Hadis-hadis yang benar dari Baginda Rasullah saw. Jadi apa juga bab dalam isu agama ini telah diberi kata putus bahawa hanya ASWJ sajalah yang memegangnya dengan betul dan kuat. Di Malaysia pekara ini telah lazim malah telah juga menjadi pegangan gaya hidup umat Islam tempatan dari dahulu hingga kehari ini. Jadi kita tidak perlulah risau dan ragu lagi akan kebenaran dan kesahehan pegangan akidah ASWJ yang kita anuti sekarang ini malahan seharusnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dilahirkan di dalam mazhab ini.

Oleh kerana itu dapatlah kita fahami bahawa ASWJ merupakan keyakinan dan itizam pegangan kepada al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama umat Islam golongan ini. Selain itu juga mereka memandang tinggi dan menghormati kepada seluruh genarasi Sahabat, tabe'in dan semua tokoh-tokoh ulama hadis kerana daripada merekalah semua sumber-sumber agama dapat dipelajari dengan jelas dan diyakini. Semua ulama diseluruh dunia telah bersepakat bahawa golongan ASWJ lah satu-satunya golongan yang terselamat dari perpecahan dan kemasukan pendapat peribadi yang menurut Nafsu sendiri didalam banyak bab dan hukum hakam ajaran Islam itu sendiri. Malahan Rasuallah saw pernah mengambarkan pekara ini didalam sebuah hadis soheh Baginda yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malek ra, yang maksudnya:

"Bani Israel berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan yang terselamat, kaum Nasrani pula berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan saja terselamat, manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat." Para Sahabat bertanya, "Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah ?" Baginda menjawab, " Al Jamaah... Al Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."

Keterangan hadis : daripada hadis soheh ini maka jelaslah kepada kita bahawa Rasullah saw telah pun dapat melihat perpecahan kepada umat Islam diakhir zaman akan berlaku. Baginda sendiri telah menetapkan hanya golongan ASWJ sahaja yang akan terselamat dari semua fitnah perpecahan umat ini dan menyarankan untuk kita sentiasa duduk tetap didalam Jamaah ini dan jangan berpecah belah. Terdapat 72 golongan serpihan umat yang telah memisahkan diri mereka dari kelompok unggul ASWJ ini, antaranya Syiah, Khawarij, Mutazillah, Najariyah, Jahmiyah, Wahabi, Khadariah, Rawafiq, Rafidah dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang tergolong kepada kelompok 72 golongan yang disebut-sebut Rasullah saw sebagai mereka yang telah binasa akal, fikiran, akhlak dan akidah mereka dari jalan kebenaran. Manakala ASWJ akan mempertahankan kesucian agama Islam peninggalan Rasullah saw sehingga ketetapan Allah dihari kiamat nanti.

Allah telah berfirman didalam alQuran surah al Annam ayat 159 yang mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang berpecah belah didalam agamanya dan mereka bergolongan- golongan, bukanlah engkau dari golongan mereka sedikit jua pun. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah, kemudian Allah mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang mereka perbuat".

Keterangan ayat : Telah diberitahu kepada Nabi dan para Sahabat-sahabatnya bahawa perpecahan umat Islam selepas peninggalan Baginda dan para sahabat Baginda pasti akan berlaku. Tiada seorang pun dari mereka yang mampu menahannya kerana itu telah ditetapkan oleh Allah sebagai satu ujian kepada umah selepas Baginda dan para sahabat-sahabat baginda itu. Perpecahan yang mengikut perasaan marah dan hawa nafsu juga sifat perkauman berpuak- puak kaum Arab yang masih belum bertamadun menjadi punca yang jelas akan perpecahan ini merebak-rebak hingga mereka semua menjadi sesat semula. Dari berpuak-puak itu mengikut ketua masing-masing dan mereka kemudiannya mencipta pekara-pekara bidaah yang semakin jauh menyempang dari ajaran Nabi Muhammad saw dan para sahabat-sahabat Baginda. Maka Allah akan menjelaskan kepada mereka semua diakhirat kelak akan segala perbuatan melampau mereka itu semua adalah sesat lagi menyesatkan umat Islam dan akan membalas semuanya itu dengan api Neraka Jahanam kerana mereka sebenarnya telah mengikut hasutan Iblis dan Syaitan. Jadi penyesalan yang teramat sangatlah mereka akan perbuatan mereka itu tetapi semuanya telah terlambat dan semua penyesalan dikala itu tidak akan mengubah akan hukuman yang telah disediakan kepada mereka itu. Jadi janganlah kita cuba mengubah atau menokok tambah kepada apa yang telah Rasullah saw buat atas agama Allah ini. Ia akan kekal begitu sama ada anda suka atau pun tidak, bukanlah hak kita untuk mengubahnya mengikut selera kita. Ia akan menjadi pekara bidaah dan sesat jika kita ingkar.



IJMAK PARA ULAMA TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.



Marilah kita lihat ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama tersohor akan penetapan dan kebenaran pegangan mazhab ASWJ dari semenjak dahulu lagi iaitu :

1) Dari Imam Ahmad bin Hambal ra (wafat th. 241 h) yang katanya berkenaan ahli Sunnah itu adalah " Mereka ini berpengang dengan mazhab ahli Ilmu, azhab al Athar dan ahli Sunnah yang berpegang teguh Sunnah Rasullah saw. Mereka amat dikenali akan jejaknya dan menjadi ikutan semua umat dari semenjak zaman para Sahabat Nabi dahulu lagi hinggalah kehari ini".

2) Dari Syeikh Abu Ubai al Qasim bin Salam (wafat th 224 h) katanya didalam mukadimah kitabnya bahawa " Pegangan yang wajib diikuti dan ditaati didalam mempelajari secara mendalam akan Ilmu Akidah ialah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ".

3) Dari Syeikh Ibnu Taymiyah (wafat th 728 h) katanya " Mazhab ahli Sunni adalah mazhab yang telah sedia ada sebelum lahirnya Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi), Imam Malik (Imam Mazhab Maliki), Imam Ahmad Hambal (Imam Mazhab Hambali) dan Imam Syafie (Imam Mazhab Syafie). Ia juga merupakan mazhab para sahabat yang menerima dari sumbernya iaitu Rasullah sendiri. Mereka bersepakat menerima ijmak para sahabat adalah hujah yang benar manakala berselisih pendapat berkenaan dengan ijmak genarasi selepas sahabat".

4) Dari Imam Bukhari (wafat th 256 h) berpendapat bahawa, "Al Jamaah itu merujuk kepada ahli-ahli Ilmu, ahli Fikah dan ahli Hadis dari kalangan Imam Mutjahiddin, kerana Allah swt menjadikan mereka sebagai hujah kepada manusia dan menjadi rujukan dalam urusan Agama"anda.

5) Dari Imam at Tarmizi (wafat th 279 h) beliau berpendapat bahawa " ahli al Jamaah itu adalah para ilmuan tafsir, ahil Fikah dan ahli Hadis ".

6) Dari Syeikh Ibnu Hazam (wafat th 548 h) berpendapat bahawa " Ahli Sunnah merupakan juga ahli Haq yang terdiri dari para sahabat dan semua orang yang mengikuti jalan mereka dan jalan para tabein, ahli hadis dan ilmuan Fikah dari satu genarasi hingga kesatu genarasi hingga kehari ini ".

7) Dari Imam al Jauzi (wafat th 597 h) mengtakrifkan Ahli Sunnah ialah ahli al Naq dan al Athar yang mengikut hadis-hadis Nabi dan athar para sahabat nabi kerana mereka semua itu berada diatas jalan yang benar dan tidak berlaku pekara-pekara baru (perubahan dari yang asli). Pekara bidaah hanya berlaku selepas zaman Rasullah dan sahabat-sahabatnya.

8) Dari Syeikh al Safariani (wafat th 1188 h) berpendapat bahawa " ahli Sunni adalah al Islam dan ahli Tauhid yang berpegang kepada sunnah dengan kuat didalam bidang akidah dan nihal. Ahli ibadah zahir dan batin dan tidak dicemari dengan bidaah ahli al Ahwak dan ahli al Kalam didalam bidang ilmu akidah".

9) Kata Syeikh Ibnu Taimiyah lagi " Ahli Sunnah ialah golongan yang berpegang kepada kitabullah dan sunnah Rasullah dan apa-apa juga yang telah disepakati oleh golongan terdahulu yang terdiri dari golongan Muhajirin dan al Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik".

10) Syeikh al Safariani juga berpendapat bahawa " Ahli sunaah itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu golongan Athariyah (salaf) yang dipimpin oleh Imam Ahmad bin Hambal, golongan al Asyariayah yang dipimpin oleh Imam Abu Hassan al Asyari dan golongan al Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur al Muturidi ".

11) Syeikh Abdullah bin Mas'ud berkata " Al Jamaah ialah apa juga pekara yang menepati ketaatan kepada Allah walau pun kamu seorang diri".

12) Dari Imam Mustafa al Syakinh menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pada asalnya ditujukan kepada golongan al Asyariayah pimpinan Imam Abu Hassan al Asyari dan mereka-mereka yang bersamanya. Kemudian ia meluas menjadi sebuah kumpulan yang semakin diterima umum dan seterusnya menyaksikan penyatuan Ulama-ulama besar Fikah termasuklah pengasas kepada 4 Mazhab unggul Islam iaitu Imam Makiki, Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Abu Hanifah serta yang lainnya juga seperti Imam al Auzai.

Pada awal kurun ke 3 hijrah ahli-ahli perawi hadis telah mengalami satu revolusi dengan memrtabatkan semua Ilmu Kalam dengan pengkajian yang mantap dan seterusnya menguasi seluruh Ilmu Hadis yang ditulis menjadi naskah-naskah kitab khusus tentang bab ini yang mewakili aliran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sini mengujudkan satu kelompok aliran ahli-ahli hadis yang kemudiannya membesar menjadi golongan ASWJ yang bertentanggan dengan fahaman-fahaman baru seperti golongan Jahmiayah, golongan Muktazilah dan golongan al Khawarij yang menyempang semakin jauh dibangunkan dengan Nafsu amarah dan berbaur perkauman dan berpuak-puak. Hanya tinggal ASWJ saja yang mempertahankan pandangan asli dan mengambil langkah selamat dengan memberi penjelasan demi penjelasan dengan rangkuman Hadis dan al Quran sebagai sumber soheh mereka sehingga kehari ini. Oleh kerana itu bolehlah diberikan pengertian bahawa ASWJ itu adalah :

1) Satu golongan yang menjadi tumpuan semua umat Islam dan merupakan golongan yang paling ramai dan lebih diterima berbanding dengan golongan-golongan serpihan yang lain.

2) Golongan yang terselamat kerana mejoriti mereka yang terhimpun didalam golongan ASWJ ini adalah mereka yang mengtaati perintah dan mempunyai jalan yang lurus dengan peganggan kepada Hadis dan al Quran sebagai panduannya juga gaya hidupnya.

3) Golongan ini juga adalah himpunan Ulama-ulama ahli Hadis, ahli Fikah, ahli Ilmu dan ahli Tauhid, menjadikan golongan yang menghimpunankan kesemua ilmuawan Mutjahidin yang menjadikan mereka sebagai hujah dan rujukan semua Umat Islam yang juga berfungsi sebagai pengajar dari urusan agama keseluruhannya.

4) Golongan yang dirangkumkan didalamnya juga termasuk para Sahabat-sahabat Rasullah saw sendiri yang tidak pernah terhimpun dengan mereka-mereka yang bidaah dan sesat akidah dan akhlak. Merekalah peneguh kepada semua sendi-sendi agama dan penutup kepada ruang kosong yang tidak boleh lagi diisi dengan pekara-pekara bidaah dan pemikiran sesat baik dari apa juga jurusan mahupun apa juga bab di dalam akidah, syarak, akhlak, pergorbanan diri dan pengorbanan harta.

5) Golongan yang menyanjung tinggi syarak dan pengikut perintah dengan taat yang menggunakan kesepakatan Ijmak para ulama bagi nenetapkan sesuatu hukum syarak dan juga menetapkan undang-undang Islam amnya.

6) Golongan yang melantik pemimpinnya dari kalangan mereka sendiri kemudian mereka semua taat akannya sebagai penaraju golongan ini. Selalunya mereka akan menetapkan ahli-ahli musyarah dari kalangan mereka juga bagi memperkuatkan pentadbiran itu. Pemimpin itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang layak baginya untuk memimpin, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan Al Quran dan Hadis sesuai dengan amanah dari kehendak masyarakat yang dipimpinnya itu. Ia seperti mengangkat sumpah atau Baia'ah yang tidak boleh dilanggar atau dimungkiri kerana sebarang percubaan pelanggaran sumpah dan janji tadi akan mengikabatkan ia dengan sendirinya terkeluar dan dianggap sesat.

7) Golongan ahli Tauhid yang mendokong akan mazhab ini juga yang dijamin oleh Nabi dan Sahabat-sahabatnya sebagai golongan Ahlilah. Mereka menetik beratkan kesenambongan keilmuan yang diwarisi itu mistilah mempunyai wasilah dari pada tangan Baginda Rasullah saw diturunkan kepada Sahabat-sahabatnya itu, kemudian disambung dari tangan ke tangan hinggalah menyampai kepadanya sendiri. Maka tiadalah terputus sanat ilmunya dari tangan Rasullah saw. Mereka memegang atikad yang sahih mengenai sifat-sifat Allah, Afaal Allah dan Zat Allah dengan terang dan jelas.

8) Golongan yang memiliki kemahiran ilmu yang mendalam dalam bidang riwayat hadis nabi. Mengenal dan boleh menapis semua bentuk hadis daripada kepalsuan dan rekaan. Mereka juga mempunyai bidang ilmu tafsir dan takwil akan sesuatu pekara dan persoalan yang hadir. Selain itu juga mereka juga mendalami bidang ilmu nahu, sastera dan bahasa yang sangat mendalam.

9) Semua daripada ilmuan dari golongan ini tidak mencampuradokkan ilmu mereka dengan hawa nafsu yang akan mengakibatkan kesesatan kepada umah keseluruhannya. Mereka juga akan menghindarkan diri dari apa juga kaum atau golongan yang cuba memisongkan sebarang unsur-unsur agama dengan pemikiran mereka yang cetek dan sesat.

10) Golongan yang sentiasa bersedia untuk memerangi sebarang unsur kufur dan sesat yang mengancam nagaranya dan umatnya. Mereka akan snggup berjuang dengan darah dan harta benda mereka mempertahankan hak dan kebenaran walau dengan apa cara pun. Mereka sanggup memerangi orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam dimana jua mereka berada dan melindungi keluarga dan tanahair mereka. Tidak berlaku zalim dengan kanak-kanak dan wanita.

11) Golongan ahli Tauhid, zuhud dan sufi dikalangan mereka mempunyai pandangan basrah yang sangat tajam lagi halus. Mereka sentiasa musahabah diri mereka, mendalami sifat diri mereka, mengenal diri mereka, menjejaki perjalanan, pengalaman dan kehalusan kerohanian mereka dengan teliti serta sentiasa redha dengan takdir Ilahi. Mereka menghurai ilmu-ilmu dadalam bab ini dengan hadis dan riwayat para Ahlillah dan sentiasa mengambil iktibar akannya supaya mereka juga akan seumpama dan sesempurna itu. Kebanyakan mereka-mereka yang telah melapasi batas kebiasaan umum menjadi pilihan Allah dan Rasullah adalah didalam wilayah ini. Hanya dengan cara ini saja jalan yang diredhai dan menepati kehendak dan ajaran Rasullah dan Sahabat-sahabatnya yang mampu menyampai kehadrat Allah swt. Selain dari ini semuanya sesat mengikut Iblis dan syaitan.

Oleh itu dari semua hujah-hujah diatas ketahuilah kita bahawa ASWJ sajalah yang diiktiraf dan golongan terselamat seperti yang telah dinyatakan didalam ayat 159 surah al An'nam dan Hadis , kerana bersumbarkan kepada ajaran yang asli dari tangan Rasullah dan Sahabat-sahabatnya yang juga menurut sumber yang sama. Ia bebas dari unsur-unsur sesat didalam akidah, akhlak, syarak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Garis panduannya yang amat jelas serta berunsurkan kebenaran juga, jadi umat Islam di Malaysia ini yang memangnya telah lama berhidup dengan ajaran mazhab ASWJ ini tidak perlu bimbang. Anda semua perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan ASWJ. Mungkin selama ini anda hanya beramal dengannya tetapi tidak mengatahui apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengannya. Dengan pendedahan ini diharap segala kekusutan itu dapat terungkai. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang mahu kehadapan untuk menerangkannya dengan jelas kepada halayak.



TAFSIRAN AJARAN SESAT.



Dari segi istilah, ajaran bermaksud mengajar, memberi petunjuk, memberi nasihat, mendedahkan kelimuan kepada sebilangan orang awam atau kanak-kanak dan lain-lain lagi. Manakala sesat jika mengikut maksudnya dari segi bahasa ialah kehilangan punca, tidak jumpa jalan pulang, bersempang jauh dari jalan asal, terpesong, terkeluar dan banyak lagi jika dilihat dalam kamus. Oleh itu ajaran sesat jika ditafsirkan kedalam bahasa Melayu membawa maksud ilmu yang diajar kepada pengikut atau anak muridnya yang didapati terpesong dari kebenaran. Jika kita rujuk kepada JAKIM, ajaran sesat mereka tafsirkan sebagai " sebarang bentuk ajaran dan amalan yang dibawa oleh penganut agama Islam atau pun bukan penganut agama Islam, yang mendakwa ajaran mereka itu berpunca dari ajaran Islam kemudiannya didapati pada hakikatnya ia terpesong dan bertentangan dengan akidah ajaran Islam, al Quran, Sunnah Nabi serta Mazhab Islam yang Muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah ". Maka mengikut takrif ini ajaran tersebut adalah Ajaran Sesat.

Masyarakat di Malaysia selalu tersalah anggap antara ajaran sesat dengan Tarikat atau Tasawuf. Mereka selalu ingat, apabila orang mengajar jalan hakikat songsang pun adalah orang Tarikat, hasilnya semua yang mereka nampak adalah sesat belaka jika disebut Tarikat. Mereka sebenarnya terkeliru dan tidak faham malahan jauh sangat terpisong dan tersalah anggapan meletakkan Ajaran Murni Tarikat (Tasawuf) bukan ditempat yang sebenar. Ini kerana fitnah yang dilakukan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah tertangkap mengaku membawa tarikat tertentu, walhal tarikat yang mereka sebarkan itu adalah tarikat cipta mereka sendiri sedangkan mereka bukanlah arif dalam bidang Ilmu Flasafah Islam dan juga sangat cetek pengajian tentang Ilmu Tauhid. Jika anda tidak percaya, sila lihat sejarah penangkapan beberapa ajaran yang telah diwartakan sesat oleh pihak JAKIM.

Mejoriti imam- imam nya tidak mempunyai pengajian khusus dari semua sudut Ilmu dan amal dalam bab Tauhid dan Tasawuf. Jadi bagaimana mereka boleh mengajar orang ramai dengan berbekalkan ilmu yang sedikit dan akhirnya mengeluarkan doktrin dan flasafah mengikut akal dan nafsu mereka sendiri ? Malahan ada sesetenggah dari mereka yang mendakwa mendapat ilmu dari mimpi atau "ilham Laduni" sedangkan mereka bukan duduk didalam wilayah laduni pun. Mereka tidak faham dan cetek dalam banyak pekara dan jauh dari hidayah Allah. Mereka tersesat dek waham ciptaan Iblis dan duduk didalam hayal selamanya. Yang menjadi mangsa ialah Tarikat, Tasawuf, Tauhid, Waliallah, Nabi Allah, Rasullah dan Agama Islam sendiri telah disalah tafsir oleh sebilangan manusia di Malaysia ini. Percaya tak anda jika mereka ini di upah oleh THH untuk meruntuhkan akidah Islam disini ? Mereka telah di "mind control" kan oleh golongan tertentu yang memusuhi Islam dan menyelusup masuk kedalam masyarakat secara senyap menghancurkan akidah dan peganggan ASWJ yang telah bertapak begitu teguh selama ini disini. Lihatlah siapa disebalek Wahabi, Syiah, al Arqam dan lain-lain lagi itu ?.

Daripada tafsiran dan defanasi yang telah diberikan diatas maka bolehlah kita fahami bahawa segala bentuk ajaran dari apa juga sudut akidah, syarak, akhlak, amalan, tasawuf, tauhid, tarikat, sufi, syariat dan membuat hadis-hadis palsu atau menolak seluruh hadis-hadis, menafsir ayat-ayat al Quran dengan tidak mempelajari ilmu tafsir dan nahu atau pun menghina, mencerca, menyumpah sahabat-sahabat Rasullah saw dan semua keluarga mereka juga isteri Rasullah sendiri juga turut disumpah seranah, mengaku menjadi "Rasul", mengaku menjadi wakil Allah, mengaku bercakap dengan Rasullah, mengaku mendapat perintah dari Allah, mengaku menjadi pengganti Allah dan lain-lain lagi... inilah yang dikatakan AJARAN SESAT. Dan jika anda terserempak atau mengatahui adanya aktiviti seumpama ini di tempat anda sila hantarkan laporan anda ke alamat ; http.//www.islam.gov.my (laman web rasmi JAKIM).

Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan bab 2 rancana bertajuk ajaran sesat ini diepisot yang akan datang , tidak lain dan tidak bukan hanyalah disini.


Wabillahitaufiqwalhidayah, wasallamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh ...amin.




Sekian,

Zamany.




57 comments:

  1. Salam atok zamany,


    (wah, sy org pertama la...)

    ada sedikit pertanyaan dan cadangan utk atok...
    tp sebelum tu, tahniah kpd atok sbb berjaya 'realease' artikel baru... teruskan atok... kami sedia menanti dan membaca...

    1, bukankah Ibnu Taymiyyah itu pendokong kuat wahhabi? dan dia juga lah yang mencipta Tauhid Tiga Serangkai, iaitu Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wa Sifat... yang mana jelas tauhid ini bertentangan dengan Tauhid sebenar yang sepatutnya belajar mengetahui Zat Allah, Sifat Allah, Asma' Allah dan Afaal Allah yang tidak dapat dipisahkan, Awaluddin Makrifatullah, Awal Agama mengenal Allah...

    2, Bagaimana atok boleh kaitkan ibnu taymiyyah dengan AHSWJ? sedangkan telah diterangkan bahawa ibnu taymiyyah itu hanyalah mendakwa dia bermazhab Hambali walhal dia sendiri telah bercanggah dengan mazhabnya...

    sy petik artikel tulisan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan...

    "Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

    Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

    Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

    Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?"

    jadi disini, sy amat berharap atok terangkan lagi perkara mengenai perkara ini... jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    seterusnya sy mencadangkan kepada atok suapaya atok membahas secara tuntas mengenai wahabi dan syiah ini... kerana ramai sangat rakyat Malaysia ni yang dh terpengaruh dgn ajaran2 spt itu... tak lupa juga, sy amat berharap atok bongkar mengenai sudin ajaib yg dikaitkan dgn tablig, yg mana kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    juga diharapkan atok bahaskan mengenai perjuangan dan aqidah para pengikut pekida, pekima, tentera al-badar 313, panji hitam ufuk timur PSSGM, sendeng merah, double seven, persatuan sahabat malaysia, angkatan melayu muda, PAPIM dan yang sejalan dan seperjuangan dengan mereka.... mengenai kegiatan spt ini, sy amat berharap atok bongkar sehabis-habisnya, kerana sy lihat perkara ini telah menjadi pengaruh paling kuat mempengaruhi anak muda kita... berbeza dgn syiah dan wahabi, 2 fahaman ini lebih tertumpu kpd golongan yg lebih terpelajar....

    Sekian dari saya yg amat mengharap...
    Wassalam
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  2. Pernah jumpa seseorang yg slalu mencarik adat..sudah meninggal dunia.....biarla aku nampak sesat disisi manusia tapi tidak dengan Allah?

    ReplyDelete
  3. Salam semua terutama sahabatku zamany.

    Tahniah kerana berjaya postkan artikel menarik ini walaupun mendapat gangguan hebat dari "musuh". Kecekalan sahabat amat kami hargai dan akan dicontohi, terima kasih.

    Mengenai ulasan orang gombak itu saya bersetuju pandangannya tetapi saya fikir ini hanyalah permulaan bicara sahaja bukan secara menyeluruh.

    Apa yang saya faham, Ibnu Taimiyiah asalnya dari kalangan ASWJ juga malah ia adalah anak dari salah seorang ulama ASWJ. Pandangannya yang benar wajar dihargai. Walaupun selepas itu banyak terjadi percanggahan pandangannya dan pandangan pengikut2nya dengan ulama ASWJ sehingga tercetusnya fahaman WAHHABI itu. Bagi Wahhabi mereka masih mendakwa tergolong dikalangan ASWJ juga, bukannya satu mazhab baru malah mendakwa mengambil usaha mensucikan sunah Rasulullah saw dari bidaah.

    Kecaman pedasnya terhadap beberapa ulama muktabar dan menafikan akidah tauhid assyaariah telah menyebabkan Ibnu Taimiyah telah disingkirkan oleh ASWJ terutama apabila dia dan pengikut2nya sering menyelar dan mempersalahkan para ulama yang tidak sependapat dengan mereka. Terdapat juga riwayat yang menyebut Ibnu Taimiyah telah melafazkan taubat atas kesilapannya, w/a.

    Walau bagaimana pun saya berharap sahabatku zamany dapat menghuraikan dengan sejelasnya persoalan ini supaya salah faham dapat diperbetulkan. Lebih-lebih lagi persoalan mengenai "keberadaan Allah" sebagai pegangan dan kefahaman pengikut Ibnu Tayyimah atau Wahhabi ini. Sememangnya telah berlaku mudharat setelah kewujudan Wahhabi, umpama racun yang telah merosak dan mengucar kacirkan akidah umat Islam dari dalam.

    Sekian dahulu, terima kasih atas artikel berguna ini.

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. salam buat Tn Zamany & pembaca

    hari ini kita diserang dari pelbagai sudut / satu2nya attack yg lebih kepada indoktrinasi akal adalah melalui golongan yang kita gelarkan wahabi.

    Agama Islam tidak hanya berdiri atas akal semata-mata / ini agama wahyu - agama samawi / lihat rukun iman - berapa perkara ghaib terkandung kat situ? / kalau akal kita jadikan ketua pincanglah perjalanan kita / pendokong wahab wahabi selalu meletakkan istilah TAJDID sebagai asas kepada sesuatu perlakuan . Atas nama pembaharuan , maka mereka mencadang dan mencanang apa sahaja yang sesuai pada akal mereka / kita kena ingat ulamak2 dulu yang mengasaskan ASWJ bukanlah ulama sembrono / bandingkan dengan kita...siapa kita /masalahnya, pendokong gerakan ini sangat bijak bermain kata2 ( MEMETIK KATA2 Dr Asri waktu perteemuan dengan Nik Aziz - ' kami sekarang diperangi sepertimana golongan muda dna wahabi dulu diperangi' ) / golongan ini sangat membenci uslub sufi dan tasawuf / mereka tidak langsung boleh menerima kelainan yang luar biasa / yang mereka pegang adalah kepada tok2 guru dan kitab mereka / saya menentang sungguh2 golongan ini...ingatlah, agama ini sendiri agama wahyu- perkhabaran yang diterima oleh Rasulullah - ada yg melalui Jibril, ada yang datang terus ke dalam dada Yang Mulia Baginda dan ada yang datang seperti loceng bergemerincing / insaflah - kembalilah kepada tapak asal agama ini ....

    maaf jika komen saya menyinggung mana2 pihak

    ikhlas
    cikgu azhar

    ReplyDelete
  5. Mengenai pegangan ASWJ, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.
    Allah juga tidak bertempat ( faham golongan wahabi, Allah 'duduk' di Al Kursy - jauh sangat dengan waham sufi ) : Ingatlah Maha Besar Dia dari apa yang boleh kita sifatkan dengan akal hina kita ini.

    salam
    cikgu

    ReplyDelete
  6. Salam semua...

    Kpd org gombak,

    Ya memang benar yg cucu katakan, pada peringkat awalnya Ibnu Taimiyah memengang mazhah Hambali yang kemudian menongkah arus kerana desakan rakan-rakannya yang berfahaman Wahabi. Pada kala itu dia sering dilihat mengeluarkan kata2 yang bertentangan dengan ASWJ dan juga melawan dengan mazhab Hambali. Beliau sendiri mempunyai pengikut yang ramai yang memujuknya kembali kpd ASWJ malah Ulama2 ASWJ juga sentiasa inginkan beliau kembali bersama. Manakala puak Wahabi amat mengagongkannya kerena berjaya menambat seorang Ulama tersohor ASWJ ini bersama-sama menyokong mereka. Malah hingga kehari ini pun mereka masih beranggapan Ibnu Taimiyah merupakan Imam agong Wahabi.

    Walhal beliau pada akhirnya telah melafaskan Taubat Nasuha serta melafaskan kembali 2 kalimah shadatai dihadapan halayak ramai selepas solat Jumaat dan melakukan Solat sunat Taubat selepas itu kemudian beliau berucap dan dengan rasminya telah kembali kpd ASWJ yg juga dipegang kuat oleh keluarganya sendiri. Jadi apa juga pandangannya berkenaan ASWJ selepas itu dianggap salah satu Ijmak ASWJ jua adanya. Biarlah puak wahabi melaung meronta-ronta mengisbatkan kata2 beliau adalah pandangan yg tidak disedarinya. Namun Hakikatnya semua ulama ASWJ tahu apa yg sebenarnya berlaku kepada Ibnu Taimiyah. Begitulah sedikit rintitan hidup salah seorang Ulama pendokong kuat ASWJ yang perlu kita ketahui hakikat sebenarnya. Beliau berpegang dgn Mazhab ASWJ hingga akhir hayatnya tampa mempedulikan rakan2 wahabinya itu lagi.

    Berkenaan saranan yang lain itu akan atok pertimbangkan dan diselitkan pd ruangan tertentu atikal dalam tajuk2 yg akan datang nanti, insyaallah...

    Kpd saudaraku abatasa,

    Tk sebab membantu... banyak juga yang tuan hamba tahu akan perjuangan ulama ASWJ ya...

    Kpd cikgu azhar...

    Kebanyakan didalan Ijmak ulama pada peringkat akidah dan akhlak mempunyai banyak pendapat yg sealiran, tetapi apabila memasuki bab yg lebih dalam didalam Tasawuf, mereka akan memberi pendapat yg bercelaru dan tidak tepat kerana mereka tidak "menyapai disitu". Hanya seegelintir saja yg boleh kita kutip pendapat mereka didalam bab Hakikat. Untuk lebih selamat maka kita ambil jalan tengah yg lebih tepat iaitu aliran al Asyari dan al Maturidi seperti yg telah lama kita anuti di Malaysia ini.

    Waalahua'alam.

    sekian
    Zamany

    ReplyDelete
  7. salam kpd aku kecik...

    siapa yg saudara maksudkan tu... memang selalunya mereka nampak buat pekara yg tak masuk akal, tapi mereka sebenarnya betul. Cuma selalu disalah anggap akan kelakuan mereka itu.

    zamany

    ReplyDelete
  8. Seseorang yg pernah berada di Chemomoi Pahang. Masallahnya, salah anggap masyarakat itu disamakan dgn ajaran sesat??? Allah lah yg Maha mengetahui.

    ReplyDelete
  9. salam aku kecik...

    Makanya jika dah "sampai" jangan buka banyak sangat pada masyarakat yg tak faham perjalanannya. Seorang Waliallah seharusnya menjaga aib dan adabnya, memilih banyak berdiam dari bercakap, kata2 yg keluar dlm keadaan fana akan menimbulkan fitnah pd dirinya sendiri. Lihat saja Al Halaj, bagaimana lafas kata2nya didalam keadaan "Fana" telah menjadikan masyarakat huru hara hingga dia dihukum pancong akabat fitnah. Ini harusnya menjadi teladan kepada mereka sesudahnya. Cuba simpan "Rahsia" yg terbuka dari Allah itu adalah lebih baik dari berkata2. Lagi pun ia adalah untuk dirinya saja, bukan utk diketahui oleh yg lain.

    Waallahua'lam
    zamany

    ReplyDelete
  10. Salam kepada Atok Zamany dan sekalian pembaca...

    Terima Kasih atas penerangan atok yg lebih lanjut serta tambahan dari suadara Abatasa dan cg Azhar...

    jadi disini masih dapat diterima pendapat Ibnu Taymiyyah ya atok, sbb dia dh lafazkan taubat nasuha... br sy tahu, selama ni asal jumpa org wahabi je, habis dia keluarkan semua hujjah ibnu taymiyyah... dah nampak mcm ibnu taymiyyah ni wahabi je selamanya...

    di rumah sy pn ada satu kitab besar ibnu taymiyyah semasa dia dalam fahaman wahabi... kitab merah, cetakan salinan asli...

    ok atok, terima kasih diatas mempertimbangkan cadangan sy... semoga atok terus sihat selalu dan berjaya menyiapkan artikel2 selanjutnya...

    Wallaua'lam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  11. Menyentuh mengenai wahabi,kerajaan Saudi secara umumnya berfahaman wahabi sedangkan merekalah penjaga kedua tanah suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah.

    Jadi apa pendapat tuan berkenaan senario ini bilamana imam2 besar masjidil haram dan nabawi yang mengimamkan solat juga terdiri daripada golongan yang berfahaman ini(betulkan kalau saya salah).Jadi setakat mana 'kesalahan' wahabi ini dari segi akidah,adakah sehingga membawa kepada 'tergelincir' atau sesat atau bagaimana?

    Terimakasih atas jawapannya nanti.

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera semua, terutama sahabatku zamany,

    Alhamdulillah terima kasih atas pencerahan mengenai Ibn Taymiah itu dan diharap semua pihak dapat kepastian mengenai perkara sebenar. Soal Wahhabi itu menjadi pegangan kerajaan Arab Saudi dan juga tindakan kerajaan Saudi menyerang pelampau di Masjidil Haram tempuh hari perlu diperbincangkan supaya lebih faham.

    Pada pandangan saya, Syeikh Abul Wahab telah dipergunakan oleh British untuk melumpuhkan kekuatan ASWJ yang menjadi penyokong kuat kerajaan khalifah uthmaniah Turki. Tujuan British ialah "pecah dan perintah" seperti mana yang semua maklum. Mereka menghasut supaya berlaku porak peranda dan kacau bilau di Asia Barat bagi memudahkan mereka menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah. Kelemahan kerajaan Islam memberi laluan kepada mereka menubuhkan negara Israel. Jelaslah siapa yang berada di sebalik kewujudan kerajaan Saud di Semenanjung Arab itu.

    Ia (Syeikh Abdul Wahab)membantu keluarga Saud merampas kuasa dari gabenor Uthmaniah di semenanjung Arab. Fahaman Wahabi semakin berpengaruh ketika itu, Keluarga Saud yang rapat dengan Sheikh Abdul Wahab telah mengambil kesempatan dan mempergunakannya untuk melumpuhkan kumpulan ASWJ yang diterajui oleh Ahlul Bait. Anak cucu Rasulullah juga ramai yang terusir dari Makkah dan Madinah dan sejak itu tidak dibenarkan lagi menguasai kedua2 masjid suci tersebut.

    Bagi saya fahaman wahabi wujud semata2 hasil percaturan politik zaman itu dan mendapat biaya serta sokongan secara sulit dari British (Mason?). Jika tidak kerana peranan Sheikh Abdul Wahab, keluarga Saud tidak akan berjaya memerintah Arab Saudi seperti sekarang.

    Sejak mereka mengambil alih kedua2 masjid ini Ahli sufi dan ulamak tasauf telah dihalang dari mengajar dalam Masjidil Haram dan Majid Nabawi seperti mana sebelumnya. Memang telah ditakdirkan begitu sebagai ujian kepada umat Islam di akhir zaman.

    Itu hanya pandangan saya sahaja, jika ada pandangan lain silalah kemukakan agar kita dapat memahami peristiwa kewujudan fahaman wahabi ini. Minta bantuan Tuan Zamany menghuraikan lebih lanjut mengenai pegangan kumpulan wahabi ini, sama ada merosakkan akidah atau sebaliknya.

    Sekian dulu, wassalam.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Saya sedang mencari maksud sebenar hadis ini, sehingga sekarang masih lagi belum menemuinya.

    Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

    Adalah diharapkan tuan Zamany atau saudara2 disini dapat menghuraikannya.

    Apakah maksud disebalik kata2 jibril tersebut:
    1/ "laut di belakang Gunung Qaf"
    2/ "ikan yang selalu berselawat"
    3/ "lumpuh kedua tangannya", dan
    4/ "ikan itu menjadi batu" ?

    Tentu sekali maksud hadis ini untuk kita semua sebagai pedoman. Sayangnya ia tidak dapat difahami. Semoga mendapat pencerahan, terima kasih.

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam semua...

    Kepada chi li

    Benar apa yg saudara katakan, dan juga benar apa yg abatasa katakan itu juga. Kwn cuma nak tambah apa yg telah dijelaskan diatas, apa juga perancangan mereka ini sebenarnya tidak akan kekal lama. Kerana kuasa sebenarnya maseh memegang akan 2 bandar suci org2 Islam. Tujuan kafirun itu semua utk melihat kehancuran Islam. Tetapi sehingga sekarang ia tetap juga begitu. Serahkan saja pada Allah. Dia yg nerancang tampa seorang pun dari kita mampu ubah, Ia berlaku dengan kada dan kadak Nya Jua.

    Kpd saudara Abu Fawaz...

    Sebelum Kwn jawab pertanyaan tuan, Kawan nak tanya satu soalan. Dari mana dapat cerita ni ? Siapa yg bagi Hadis tu pd tuan ?

    Sekian
    zamany

    ReplyDelete
  15. salam Tn Zamany

    Alhamdulillah sebesar syukur pada Ilahi, berkat no tel yg tuan berikan/ dimulai perjumpaan dgn Tn Hj Mat Dungun / kemudian saya direzekikan Allah dapat berjumpa sendiri dengan Uztaz Mat Janggut ( Tuan Guru Hj Ahmad Junaidin ) dan ijazahkan talkin/baiah oleh Tuan Guru sendiri pada hari selasa malam rabu 23hb Mac baru2 ini / seronok dapat berdepan sendiri dgn Ustaz Mat / walaupun dia agak uzur tapi beberapa nasihat berguna dapat jua saya kutip / skrg kena habiskan 'tugasan' yang diberi / alhamdulillah.

    salam buat Tuan / kalau ada apa2 yang menarik berkaitan Ustaz Mat dan uslub yang dibawa bolehlah Tuan bercerita di sini akan datang ya...

    salam sekali lagi

    ReplyDelete
  16. Salam tuan Zamany,

    Saya baca di satu laman web, lepas tu saya cari maknanya.. banyak laman siar hadis ini tapi tak ada huraian. Sebab itu saya tanya, kalau2 ada siapa2 yang boleh bantu. Terima kasih. Salah satunya di sini.

    http://www.pekanrabu.com/zubir/wahyu.html

    ReplyDelete
  17. Salam semua..

    Kpd saudara azhar...

    Syukur alhamdullah, tuan hamba sekarang telah menjadi saudara kandung kawan. Bukan mudah untuk mendapat semudah yang saudara lalui. Nampaknya ini telah menjadi rezeki saudaralah. Dan dalam ramai2 yg kata nak ambik talqin, awak dipermudahkan Allah dapat terus bersama tuan Guru. Ya memang banyak kerja, tapi ia untuk kita sendiri "membuka" diri kita. Ia akan sentiasa meningkat dan meningkat dari satu tanga ke satu tanga dengan sendirinya tampa dapat kita tahan2. Insyaallah saudara sendiri akan mengalaminya nanti...

    Tok Mat Janggut, nampaknya biasa saja kan. Tapi apa yg disebelik 'biasa' dia tulah yg saudara kena faham hari deni hari. Dia bersembunyi dalam terang. Menjaga amanah, adab, zuhud dll. Tapi yg penting "berwisilah dan beribitah" menyampai Rasullah pada dia dan untuk kita.

    kpd saudara abu fawaz..

    ooo begitu, kwn dah baca atikal tu. Yang sebenarnya ia adalah hadis yg telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Anas ra. Ia hadis soheh, tapi susah nak dapat kerana tak banyak ditulis berkenaannya. Selalunya Guru Tarikat saja guna hadis ini utk bagi pengajaran akan susahnya menghadapi sarakatulmaut, Ini tantang Rasullah, bagaimana dgn kita ?

    Bukit Kaf adalah tempat 'ghaib' kerajaan Waliallah. Ia ditakbir oleh Sultan Wali Saidi Syeikh Abdul Khadir Jailani. Pada setiap saat dan waktu ia sentiasa dimeriahkan dengan zikrirullah serta selawat kpd Baginda Rasullah saw, selih berganti dari waliallah yg dapat tinggal disitu. Disetiap Ramadhan pd malam lailatulkhadar akan berhimpunlah para waliallah semua disitu bagi membahagi kerja, perbentangan budjet, penyusunan semula takbir dunia atas ketetapan Allah dan Rasulnya dll. Semua akan dibincangkan disini. Waktunya sangat lama tapi dialam dunia ia hanya sekelip mata saja. Dialam ini terdapat banyak hazanah rahsia dunia yang tersembunyai. Alam ini dijaga oleh para malaikat yg gagah perkasa semuanya, jadi barang sesiapa yg mencerodoh akan terus terkena musibah. Jika ia mencuri disini terus akan jadi batu, keras terpacak disitu sehingga hari kiamat. Antara yg sangat suka mengintip disini ialah Iblis, syaitan dan manusia yg jahat sangka. Mereka hendak mencuri hazanan disini tetapi tidak pernah berjaya. Salah satu gambaran yg atok boleh bagi akan hazanah disini ialah "Buah Appel hijau", sebesar tempayan merah tu ? kan ajaib....

    Begitulah serba sedikit cerita guru2 atok dulu...

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  18. Salam buat Tuan Zamany & pembaca

    Alhamdulillah - perjalanan saya dalam baiah / talkin syahadatain ini SANGAT2 dipermudahkanNya / seingat saya - baru seminggu dua 'berblog' di laman Tuan / Dia dah bukakan pintu ini / terimakasih pada Tuan - Tuan juga ada saham dalam perjalanan rohani saya ini / bukan mudah sebenarnya untuk saya ambik seseorang guru - tapi dalam kes Tuan Guru Ustaz Mat ni, nampaknya lorong cahaya itu nampak sangat terang & mudah / biarlah pendakian saya selama 10 tahun lebih mencari mursyid ini bernoktah di sini / moga akan ada pencerahan dariNya berkat & wasilan dari Tuan Guru Ustaz Mat sampai ke Sidi Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Al Jaelani / malam tu ada 5-6 0rang yang baiah tapi saya sekali lagi mendapat rezeki kerana dipanggil bersalaman dan berhadapan langsung dengan Ustaz Mat sementara yang lain duduk dibelakang saya dalam baiah yang diadakan secara sekaligus tersebut /

    Sejuta syukur padaNya dan terimakasih untuk Tuan
    salam buat semua

    ReplyDelete
  19. Salam, Terima kasih tuan.

    Macam itu rupanya. Saya ingat bukit qaf ada di Mekah, tempat skeikh Abdul Wahab (Ulamak naqsyabandi dari sumatera) dapat copmohor tarikat naqsyabandi. Saya keliru. Ia adalah berita ghaib rupanya. Saya harap tuan tidak keberatan memberikan pencerahan berterusan kepada kami, walaupun pertanyaan kebudakan.

    tuan, nak tanya lagi ni. Boleh tak tuan cerita sikit mengenai syiekh Abd Qadir Jailani masih hidup lagi ke. sebab dia masih menjadi raja/sultan para aulia walaupun telah beratus tahun wafat? Maaflah tanya soalan tadika ini. Dulu ada orang (alim juga) kata dia berguru dengan syeikh abd wahab (sumatera) ini, saya tak mahu duduk dalam keliru. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. salam buat Tuan Zamany & pembaca,

    Cikgu gembira tengok anak2 muda minat dalam bidang ni / tapi disini cikgu nak pesan - dalam pencarian makam rohani ni ,jangan ada niat mahu kelebihan itu dan ini / harap dan takut , ingat dan rindu , rahmat dan reda - hanya itulah pokok tujuan / sama cam cikgu masa muda dulu - minat sangat baca cerita wali - kita pun mula 'berjalan' mencari perjalanan - tapi niat sudah 'lari' / bukan lagi nak redaNya tapi nak kelebihan cam para wali ...maklumlah orang muda / ada yang cikgu tengok 'tapak' kukuh - kerana datang dari aliran agama tapi cikgu BAGI INGATAN!!! / tapak saja tak bawa apa2 makna - kita kena cari jalanNya atas makam la haulawa quwwata illa billah / perjalanan ini perjalanan rasa / teori bukan tak boleh tapi tak menolong banyak dalam perjalanan / Islam ni berdiri atas banyak faktor - 1/ kuat dan teguh ikhtiar 2/ tak mahu putus asa ( mengharapkan rahmatNya sokmo) 3/ doa mengisi perjalanan 4/ penyerahan untuk mengharapkan ihsanNya /

    sekian dulu ,moga2 anak2 muda yg mengikuti blog ini terus bermohon dan bergerak mencari mursyid .....percayalah, masih ada mursyid di bumi ini selagi syahadatain masih berkumandang!

    ReplyDelete
  21. kpa abu fawaz...

    Itu adalah satu pembohongan yg amat hina pernah atok dengar. Saidi Syeikh Abdul Khadir Jailani. Dia belajar terus dari Nabi Khaidir as. (jangan disalah tafsir pulak fakta ini) perlantikan sebab beliau tersangat abadi hidupnya, banyak amalannya, banyak sunat2nya, zikir abidllah, zuhud, tinggi ilmunya. Beliau adalah dari darah asli Rasullah saw, iaitu pertemuan jurai keturunan cucu2 Rasullah iaitu Hassan dan Hussin (keturunan ke24 drp Hassan dan ke19 drp Hussin).Lahir saja dah bercakap dan menjadi petunjuk Mula berpuasa bulan Ramadhan (lahir 1 Ramadhan ). Banyak keromah yg dikurnia Allah pd beliau utk menjdi hujjah pd org Yahudi. Antaranya menghidupkan org yg telah mati, org boleh lihat surga dan nereka dilengan jubahnya saja. Tinggi ilham laduninya, beliau adalah penaung seluruh Tarikat dan waliallah sampai hari kiamat. Maksud "hidup" lagi, bukan bermaksud berjasad mcm kita, Rohaninya yg hidup dengan izin Allah, mentadbir dan mengawasi semua yg di perintah oleh Allah dan pada semua Waliallah serta alam ini.

    Saikh wahab di sumatara tu atok dah jumpa, dia ni atok kira dlm ketogari "sinting". Dah merapu jauh.
    Jangan percaya pd dia. Dia bukan ahli Nasabaindah kerana telah gugur talqinnya (melawan gurunya).

    Sekian
    Zamany

    ReplyDelete
  22. Salam tuan,

    Saya minta maaf kerana ada kesipan tulisan saya diatas. Saya sama sekali tidak bermaksud menghina sesiapa, apa lagi kepada orang yang sangat saya sanjung, Syiekh Yang Mulia Abdul Qadir Jailani itu. Sekali lagi saya mohon maaf.

    Apa yang saya maksudkan Syeikh Abdul Wahab itu adalah orang yang menyebar Tarikat Naqsabandi di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dan hidup pada zaman Penjajahan Belanda, menentang askar Belanda walaupun jemaahnya masa itu melihat dia masih dalam kelambu, bersuluk. Itu tercatit dalam buku sejarah Para Wali Melayu. Dia juga membawa Tarikat Qadariah dari asuhan ayahandanya. Itulah Sheikh Abdul Wahab yang saya maksudkan, dah lama wafat. Kalau tidak silap saya, dia berasal dari Rokan. Maaf kalau silap lagi. Ingat2 lupa, dah lama saya baca sejarah dia. 10 tahun yang lalu. Sebenarnya apa yang cuba saya sampaikan ialah orang alim yang saya jumpa itu yang belajar dengan Syeikh Abdul Wahab tersebut. Bukannya Syeikh Abdul Qadir yang belajar dengan Syeikh Abdul Wahab.

    Saya menyusun jari sepuluh, minta maaf banyak kerana tersilap tulis, masih belum pandai menulis, agak gopoh. Saya faham tuan terasa marah bila menyangka saya kata Syeikh Abdul Qadir belajar dengan Syeikh Abdul Wahab. Kesilapan ini amat saya kesalkan, sedih hati saya atas kesilapan ini.

    Mungkin orang lain yang sama namanya yang tuan jumpa itu. Wallahu alam.

    Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  23. salam abu fawaz..

    OOO dah silap, atok pon sangka, Tapi tak maengapa.
    memang benar tentang Syeikh Abdul Wahab spt yang saudara kata tu. Saya ingat Syeikh Wahab Padang tu ? dia tu lain macam cakapnya.

    Syeikh Abdul Wahab tu ada koramahnya tapi dia baru wali kecil saja. Tak boleh nak samakan dengan Syekh Abdul Khadir Jailani, jauh sangat dibawah. Beliau pun dilantik oleh Syeikh Abdul Khadir Jailani malah semua waliallah baik besar mahupun kecil adalah lantikan dari beliau. Begitu hairaki dan adabnya.

    Zamany

    ReplyDelete
  24. Terima kasih , tuan zamany.

    ReplyDelete
  25. Salam sahabat dan pembaca semua.

    Untuk makluman blog mistisfiles MF telah gagal di akses, kena blok. Saya tak tahu sebab apa. Harap ada penjelasan dari sesiapa yang tahu.


    Sekian, wassalam

    ReplyDelete
  26. salam sahabatku abatasa...

    Ya.. bila kita nak masuk kena daftar sbg pembaca dulu. Tak macam biasa. Tiba2 saja jadi macam tu. Kwn ingat MF yg sengaja buat kita daftar...jadi kwn pun try masuk daftar, tapi tak boleh masuk juga. Eroor saja... masuk dgn add email baru pulak pun sama juga. Jadi kwn pun tak faham. kwn ingat ada masaalah teknikal, rupa2nya dah di blok ya ???

    kita dah hilang satu lagi blog yg baik utk buka minda dan pencerahan hal2 sulit yg kita tak kaji. Tak tahu pulak email dia utk kita tanya, apa hal dah jadi ??? siapa yg pandai tolong tengokkan masaalah MF tu ??? kot boleh keluar dari masaalah ni, pembaca dah ramai betul... sayang sungguh...

    sekian
    tok zamany

    ReplyDelete
  27. salam

    tuan punya blog mistis files ni dikira bijaksana dah tu / ada security app. tapi tetap kena blok gak / THH ni cam orang gak, kalau kita kata dia tak merasa, tak dak hal , kalau kita cubit atau tampar - dia ada rasa ,mulalah dia buat onar / kita memang dok dalam sistem yang direka / intel tu sendiri dari maksud intelegent / mengesan pengguna internet ni tak susah bagi mereka - selain IP cam2 cara dia boleh buat / kata seorang hamba Allah (rakan saya - di ni orang international dan biasa berurusan dengan puak Y ni ) even kalau kita tutup PC / laptop kita, dia masih boleh kesan / begitu juga kalau kita guna di cyber cafe ,walaupun lambat akhirnya tetap dapat dikesan / itu sebab saya ragui kisah 'osama laden ' ni / kalau anda baca dlm sangtawal rasanya dapat sedikit kefahaman ( tapi saya memperolehi sumber yg lebih sahih, bhw ada watak yg dihidupkan Barat utk menjayakan New World Order) / akhirnya sejarah membuktikan bahawa kita tidak harus 'lari' dari teknologi / dia ciptakan, kita manfaatkan / perlindungan tu kena minta dariNya - duduk dalam 'kubu & khemah' perlindungaNya.

    ReplyDelete
  28. salam

    cikgu bukak blog MO tadi dah ok, Tuan.

    ReplyDelete
  29. Salam kpd Atok Zamany dn semua pembaca...

    agak lama sy tidak bertandang ke sini, sudah bnyk ilmu baru ya...

    mengenai kata2 cg azhar tsbt, ya mmg betul pc boleh di detect kalaupn kita off kn pc tu... sbb setiap pc ada no siri masing2, termasuklah processor dan ram pc tsbt... sama spt handphone, setiap handphone ada IMEI... belum kira gps lg tu...

    yg mengenai Osama Bin Laden tu saya rasa, ada 2 watak... satu, watak yg original, watak Osama Bin Laden yg betul2 berjuang utk Islam di Afghanistan bersama2 Ayman Al-Zawahir dan pejuang2 lainnya.... tetapi watak kedua pula adalah, watak yg dimainkan oleh CIA...

    sy sudah pn menimbulkan persoalan di dlm blog sangtawal... nampak agak ketara disitu permainan CIA tsbt... puak cia ni sengaja gunakan nama Osama kemudian mainkan watak pengganas diseluruh bumi... cth, mereka bom JW Marriot kemudian tuduh JI cabang dr Al-Qaeda, mereka bom Itali, kemudian tuduh dipertanggung jawabkan oleh al-Qaeda begitulah seterusnya.... berita yg sampai kepada kita ni entah berapa puluh kali sdh ditapis, kita pn tidak tahu...

    sama halnya dengan pengeboman 9/11 tsbt... boleh sahaja Sony Vegas, Adobe Photoshop, Windows Movie Maker, Sony SoundForge, Adobe Image Ready memainkan peranan....

    tetapi, kenyataan awal yg keluar adalah, Osama dn kuncu2 nya yg lakukan, 2 tahun slps itu, Fox News, BBC, CNN dll mendedahkan, bhw, kerja2 tsbt hanyalah propaganda Amerika utk menjatuhkan Islam di Afghan, walhal 2 hari selepas pengeboman, Osama buat kenyataan media yg kunco dia yg melakukannya, 3/4/5 tahun slps itu, ada pula kajian mengatakan pengeboman 9/11 tsbt adalah ritual utk pemujaan Freemason/Illuminati 666 mereka...

    sengaja dibom, kemudian kaburkan dunia, supaya org tidak tahu akan hal sbnr... tetapi ada satu kenyataan yg disembunyikan sbnrnya... ianya adalah... Kunco Osama yg langgar guna kapal terbang, kemudian, 2 hr slps tu, CIA mainkan peranan, umumkan kpd dunia bhw Osama yg lakukan, kemudian Amerika serang Afghan... drpd perkara ini, dpt dilihat hal mudah, org kafir terutama puak Y dn amerika, tidak sama sekali akan membiarkan walau seorang dr mereka mati ditangan umat Islam secara percuma, lagi lagi kalau yg cerdik pandai... sbb tu mereka timbulkan kenyataan 2 dan 3 di atas, sbb nk cover malu.... kenyataan yg pertama dpt diterima, yg ke-2 adlh diragui, yg ke-3 masih dpt diterima, kerana apa? kerana perkara itu telah ditakrifkn dlm kalendar kaum maya beratus thn sblm 9/11 berlaku.... dn mngkn mmg freemason yg memainkan pernan, osama dn afghan hanyalah kambing hitam sbgi cover malu amerika tsbt....

    sekarang bagaimana? adakah masih tidak ketara lagi akan peranan inteligent dlm hal ini? begitu hebat mereka kaburkan mata dunia... 1 perkara, tetapi ada 3 kenyataan yg besar... yg pasti, salah satu drpdnya adalah benar, tetapi kita tidak tahu yg mana adalah yg sebenar, kerana kita tidak melaluinya, dn tidak pernah brjmpa dgn Osama, tidak pernah ke WTC tsbt, tidak pernah brjmp dgn Puak Pashtun, tidak pernah pergi kesana semata menjalankan kajian... yg pastinya adalah, kita telah mendapat berita yg entah telah ditapis berapa puluh kali... mungkin ratusan kali...

    semuanya adalah kerja2 mereka yg sememangnya begitu inteligent (disebalik THH), tetapi pasti hal ini berpunca drpd Syaitan, Jin dn Iblis spt yg telah Atok Zamany ceritakan sblm ini... Begitulah juga akan hal wahabi, syiah dn lainnya, hebatnya hasutan Iblis dn kunconya sehingga org hari ini bermati-matian ingin membela pendirian masing2, walhal kebenaran tlh terbuka luas didepan mata, tp masih tak nmpk...

    begitulah akan seadanya perihal fitnah akhir zaman ini... yg pasti, kita hendaklah sentiasa mencari kebenaran....

    terima kasih kepada semua, sy menulis hanyalah ingin menyuarakan pendapat sy mengenai Osama yg telah diragui bnyk pihak...

    Wallahua'lam,
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  30. p/s: tetapi yg jelas sekali adalah... Mahmud Ahmadinejad Presiden/PM Iran adalah ejen/watak yg dihidupkan oleh freemason/illuminati serta kuncu2 mereka yaitu CIA/FBI/InterPol dll.... itu yg paling jelas sekali, tetapi masih berlindung dn tidak dinampak oleh org ramai... ahmadinejad ini pasti satu masa nnt akan diangkat sbgi pembela Islam, walhal hanyalah kambing hitam sbgi kemuncak tentera Dajjal yg akan bermula drpd Isfahan (lokasi uranium Iran skrng)...

    perkara ini satu masa dahulu telah pernah ditimbulkan oleh pembaca (juga pengkomen yg mmg hebat hujjahnya) yg namanya dikenali sbgi Mata Dua, dulu dia dh timbulkan isu ni dlm blog kumanndie, bkn kumanddieaf... blog yg dh ditutup tu.... tp skrng dh menghilang dia ni... mngkn salah satu drpd kita adalah saudara mata dua ni... siapa sangka?

    Wallahua'lam,
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  31. Salam,
    Tok, ceritakan tentang Nur Muhammad. Saya baca dari satu artikel pasal Nur Muhammad ni

    http://tablighster.multiply.com/journal/item/14

    Harap atok bagi penerangan.

    Berkenaan Iran tu, jeng jeng jeng~ Perkara belum berlaku, jadi tak baik menuduh.

    kalaupun dia betul2 anak buah amerika, kita takleh berpegang pada dia. Tapi, kalau dia bukan anak buah amerika, tetap takleh pegang kat dia gak sebab dia Syiah, terang-terang sesat. Kata guru silat saya, kita berpegang pada Allah swt ja, dan berusaha sekadar kemampuan kita, Insyallah akan datang bantuan.

    Spekulasi tentang Dajjal cukup banyak. Yang paling best saya pernah baca ialah Dajjal buat pembedahan plastik. Nampak hensem bergaya, semua kene tipu bulat2. Sebab tu bila Nabi Isa a.s pandang nanti dia cair macam garam dalam air. Tapi ni spekulasi ja, jgn pegang pulak.

    Satu benda yang saya musykil, apsal pejuang Islam tu pakai topeng muka? Kata nak menang atau syahid, cover muka buat apa? Kalau pakai topi kura-kura tu boleh tahan lagi la, ini pakai topeng orang mesin rumput. Nak bagi askar AS gelak sampai mati ka?

    Pasal kebangkitan akhir zaman. Ada satu tempat di dunia yang terletak antara timur dan barat. Kaya dengan hasil bumi, tak kena bencana alam yang kronik seperti gempa bumi, taufan, puting beliung. Iklim panas sepanjang tahun malah kaya dengan sumber air tawar, jadi, amat produktif untuk semua kegiatan manusia.Belum dikira dengan bahan galian lagi. Ada sumber minyak, besi, emas malah dikatakan uranium pun ada. Nama tempat tu? Tanah Melayu @ Malaysia. faktor2 geografi ni sering diabaikan semasa membuat pencarian tentang di mana Kebangkitan Islam bermula.

    Lagi satu fakta yang menarik. Pemuda bani Tamim.
    pecahkan nama dia. Ba Nun Ta Mim. Ba Nun Ta(tanah) Mim(Melayu). Hehe, ni permainan perkataan je, jangan ambil serious pula

    ReplyDelete
  32. Salam semua, Khas untuk sahabat.

    Sayuran Hijau. Baik juga andaian sdr tu. Tak ada salahnya membuka kata. Bukan kita nak pakai, cuma bertukar fikiran. Masa depan itu adalah berita ghaib, jadi kita hanya boleh menelah melalui tanda2, pengetahuan, research beserta panduan 2 unsur suci, alQuran dan Hadis.

    Sdr Orang Gombak. Saya suka cara sdr mengupas sesuatu isu. Betullah semua ini adalah pandangan, fakta sebenar hak Allah jua.

    Masa ini amat sukar kita temui 'kebenaran' kerana ia telah ditutupi 'kepalsuan' ciptaan thh. Jika kita berusaha mencerna minda dan tidak jumud pasti akan temui beberapa tanda yang luar jangka.

    Tanah Melayu sekarang sedang diteropong oleh Barat (saintis) Mereka sudah tahu tentang IBU EMAS tu dan juga simpanan uranium yang cukup banyak di banjaran Titiwangsa. Janganlah bimbang, jika ia untuk jenerasi akan datang, ia tetap terpelihara.

    Mungkin ada yang berminat mengetahui sesuatu yang luar biasa, Malaysia bakal negara nuklear.

    Boleh lawati: http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/03/malaysia-bakal-kuasa-nuklear.html

    Bukan semata andaian tetapi satu kajian yang menarik. Jangan percaya tetapi waspada. Sentiasa bersedia adalah langkah wajar dari tak peduli apa2. Lagi pun sebagai manusia memang suka mencari2 rahsia.

    Afghanistan dikawal sepenuhnya sebab ia adalah induk negara Khurasan lama meliputi timur Iran hinggalah barat China. Mereka THH/USA mengawasi kebangkitan pejuang IM (dipimpin oleh pembawa bendera hitam PBT). Mereka (Y dan THH)juga pengkaji yang cukup kritis termasuk hadis dan alQuran. Mereka sangka kaum Pasthun inilah tentera itu dan PBT adalah seorang pemimpin mujahideen. Kaum pasthun juga banyak membawa budaya lama Y (?). Apakah mereka Bani Ishak yang menawan Rom Timur? Atau anak cucu Nabi Yusuf (lost tribe) yang dicari Y?

    Sekadar perbincangan membuka minta.

    Itulah sedikit pengetahuan untuk dikongsi. Jika salah tolong betulkan... sekadar berbincang..

    Terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum atuk & saudara sekalian,

    apa khabar atuk & saudara sekalian? dah dekat dua minggu rasanya tak masuk kt blog ni sebab laptop ada technical problem.alhamdulillah, masuk je atuk dah publish tajuk baru yang sangat bertepatan dengan isu semasa(sebenarnya bagi saya isu ajaran sesat ni satu isu evergreen cam isu dadah jugak tak tahu mana titik noktah masalah ni). pada pendapat saya melalui pengalaman sendiri dan rakan2, ramai orang yang dah mula nak mendalami islam dengan lebih mendalam tetapi kadang2 terjumpa dari sumber yang salah. mana tak nya, jika seseorang itu tidak mempunyai asas agama yang kuat mudah saja terpengaruh ajaran2 yg bercampur baur antara haq dan batil. nak2 pulak "tok guru" tu kelihatan amat "warak" dan bercerita macam2 perkara ghaib yang buat kita takjub dengan beliau. nak harap kan media massa buat penerangan kat orang awam tentang hal2 agama pon x brp nak harap juga. kalau ada 1 slot untuk rancangan agama maka akan ada 12 rancangan berbentuk hiburan. 1 vs 12, susah woo nk menang melainkan dengan izin Allah jua.terima kasih ya buat atuk di atas penerbitan artikel ini,insyaAllah ianya banyak membantu.

    tidak dilupakan juga diatas komen2 dari saudara2 yang lain2. komen2 ice breaking anda dan kesudian anda berkongsi ilmu juga amat saya hargai.terima kasih sekali lagi.

    wassalam.

    ReplyDelete
  34. Salam,

    dah tengok dah pasal nuklear tu. Something fishy is going on here. Macam dalam Malaysia ni, dalam setiap jabatan dah berpecah 2, satu sokong thh, satu lak setia pada negara. Ye la, ade research yg canggih manggih tapi yang buat programming utk tentera udara malaysia ialah orang Israel. So camne?

    Pembacaan saya menunjukkan kita hampir kepada peak cerita. Every dot almost connected, macam pyramid la, semua faktor asalnya jauh tp makin dekat ngan puncak, semua faktor mendekat dan akhirnya bertemu. Titik pertemuan tu bakal ubah Malaysia ni. Nak taip apa penemuan saya panjang pulak, lain kali la bila senang.

    ReplyDelete
  35. salam

    dalam kita duduk berdiskusi ini cikgu nak pesan: jangan lupakan diri kita sendiri / diri kita ini orang dagang / datang dari negeri yang jauh / nak kembali juga ke negeri yang jauh itu / transit ini nak kita tinggalkan - pun sepak terajang di transit ini kita perlu gak tahu, guna nak elak sepak terajang tadilah: sesekali nak gak lepaskan sepak terajang kita ( Rasulullah SAW pernah menyatakan jangan biarkan kita ni ditampar sampai 3 kali....balas balik..di situ ada konsep maruah) / dalam pada itu ..cikgu nak cakap pasal diri dagang ini - kasihan dia...dia ni lapar dan dahaga / carilah air (aka- ilmu)/minumlah air tu (amal) rasalah lazat dan hilangnya dahaga air itu (buah amal - akhlak)....

    jangan lupa ya
    salam Tuan Zamany dan pembaca

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum atok

    Tuan Guru Hj Mat Janggut, di Selama Perak. Jadi 1 dalam sejuta. Tampa ijazah itu atok tak boleh katam. Jadi untuk cucu sayuranhijau, tak payah susah hati. Cari Tuan Guru tersebut (Hp :013 4500007)

    saya org selama perak, Tuan Guru Haji Mat Janggut ni selama area mana, saya nak balik kg menuntut sbb dah dapat tukar balik kg..

    ReplyDelete
  37. salam

    Bab 2 - ajaran sesat Tuan....... bersuluk ke mana tu?

    ReplyDelete
  38. Salam semua...

    Maaf atok lambat jawab, skg di indon ada kerja sikit. Ini ada luang masa bolehlah jawab 1 atau 2 soalan. Bab ke 2 kenalah tunggu atok balek. Disini tak boleh buat apa, tambah lagi skg tengah sebok.

    Kpd sayuranhijau...

    Bab nur muhammad tu, atok dah buka blog tu. Atok kira itu dah cukup baik dan ia amat jelas sudah. Nak lebih dari itu kena bedepan guru, tak dibuka secara umum sebab nanti kena fitnah pulak. Ia sangat sensitive isu. Harap cucu faham...

    Kpd Saudara asyraf...

    Atok cuba sedaya mungkin utk bagi jelas apa yg menjadi fahaman yg salah dan betul dalam kontek ASWJ. Tapi manusia semua bebas memilih yg baik dan buruk, asalkan sanggup tangung akibatnya diakhirat kelak. Kepada mereka yg tidak mahu membuka mindanya lagi terserahlah pada Allah, yg berjaya adalah mereka yg sentiasa berfikiran positive dan berfikiran bersih serta sentiasa ingin maju rohani dan jasmaninya. Diharap kita sentiasa dipelihara.

    Kpd wau aku layang-layang...

    Rumah dia di Taman Merdeka Selama Perak. Kalau tak salah Lot 151 Jln Merdeka, Taman Merdeka. Cuba cucu tanya2 di situ, kot orang2 tahu. Ok... kalau tak dapat bagitahu atok, atok pulak tanya nanti.

    Kpd saudaraku azhar...

    Bab ke 2 agak lambat lagi sebab kwn di indon skg..
    nanti kwn balek sana baru boleh buat. Di sini sedang ada kerja, harap bersabar semua...

    sekian dulu buat masa ini.

    Tok zamany

    ReplyDelete
  39. salam,

    wah lega baca komen Tuan: ingatkan ke mana / lama sangat menghilang / bab2 tu takpe Tuan - slow2 / ada satu pertanyaan Tuan:

    mengapa dunia kini saya lihat dalam'gambar' yang sangat hambar / tiada seri / semuanya permainan / mata saya kosong melopong melihat sesuatu / sayu dan sedih tapi kat mana puncanya pun tak tahu /

    dunia akhir menghias dirinya.....betulkan Tuan.

    salam buat sahabat kat Indon dan untuk Tuan juga moga selamat tiba ke tanahair

    ReplyDelete
  40. Salam kepada Atok Zamany,

    wah! baguslah, atok sudah kembali... ingatkan kemana tadi, lama sangat menghilang... nanti balik dari Indonesia bawakan kami ole-ole dari sana ya, tak dapat ole2, dapat karguzari/cerita2 menarik drpd sana pn jadi lah...

    ok Atok, semoga selamat pulang...
    Wassalam,
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  41. salam atok zamany dan semua

    terima kasih tok taman merdeka tu dekat sgt ngan saya

    *semoga selamat balik tanahair

    ReplyDelete
  42. salam semua...

    kpd cikgu azhar...

    Dunia semakin hampir kehujung perjalanannya.. tidak terlarat jika kita yg menanggung sengsaranya ia akan semua yg telah manusia buat diatas pentasnya itu. Tetapi berkat Nur yg ada padanya, mampu ia bersabar dan redha apa saja serta segala terima perbuatan manusia itu, walaupun mereka dimurkai oleh Pencipta, Allah rabuljalil. Dunia sudah berjuta tahun umurnya, begitu juga perjalanan menuju kehancurannya pd kiamat yg kunjung mendatang. Ketaatnya tiada kepalang, melihat semua manusia satu demi satu dimasukkan kedalam dirinya apabila maut mendatang. Ada juga yg tak mendapat redhanya memasuki liang lahad dan mereka terapong diudara sampai hari kiamat. Masing2 dengan cerita dan lakonan masing2, malah setengah dari mereka dapat dilihat oleh dunia akan kepuraan2nya, permainan2nya, angkoh sombongnya, dan semua perbuatan keji yang menipu diri mereka sendiri. Mereka kejam pd diri mendiri.
    Sebenarnya dunia yg tahu akan akibat pembalasan yg bakal mereka terima atas kekejaman pd diri mereka itu membuat dia kecut dan takut teramat sangat kerana dia sendiri tidak sanggup menanggung azab itu. Tetapi manusia yg buta,.. sanggup... bumi sedang menangis, ya tuan2 bumi menangis tampa diketahui manusia... tapi ia tetap taat akan perintah Ilahi. Ia sabar beterusan...

    waalahua'alam...

    kpd wau aku layanglayang..

    Ya ke... klu dah dekat senanglah tuan kerumahnya dan menyampaikan hajat tuan. Harap tuan dapat bertemuinya...

    kpd semua...

    atok ke mari atas jemputan jemaah ulama2 disini utk memhadiri muktamar yg bukan rasmi. Atok dulu ada buat kertas kerja berkenaan pemisongan akidah dan dakyah musuh2 islam disini yg mereka mahu di bentangkan secara terperinci utk dijadikan panduan membentras golongan sesat akidah dari terus2an menganggu dakwah ASWJ. Jadi perbahasan demi perbahasan dibuat oleh mereka yg datang dari banyak negara. Ini ditaja oleh badan dakwah ASWJ dunia yg berpusat di Masir. Ia badan NGO dan telah mempunyai suara juga.

    Sekian
    wasalam

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  43. salam sahabatku Tuan Zamany

    tima kasih atas pendpat tu. Lama betul tuan di sana ya......saya menjangka banyak info baru akan tuan lepaskan nanti: banyak dapat dari sana / kami semua menunggu dengan sabar......

    salam moga sahabat dalam lindungan Allah jua hendaknya

    ReplyDelete
  44. ....salam, buat ape lapor kat JAKIM, mereka2 lah yg paling sesat....pastu nak tangkap org sesat.....JAKIM yg perlu diperbetulkan dahulu, barulah boleh membetulkan org lain.....

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum atok n the gang..sy org baru kt sni tapi dah agak lama jadi pemerhati senyap je.
    sy ada satu soalan nak tanya pada atok atau sape2 kat sni yang tau pasal tok uban? dulu nama tok uban ni penah jadi fenomena kat forum2..kalau boleh mintak penjelasan.
    wallah hu aqlam

    ReplyDelete
  46. Salam...Hah...aku pon tertanya2 gak sapadia Tok Uban@The One...

    ReplyDelete
  47. kalau tok uban classmate aku maso belajar dulu eden kenal la :)

    ReplyDelete
  48. perkhabarannya TOK UBAN adalah watak teramat penting dalam semua kisah di Nusantara. Cerita mulut ke mulut masih tersebar sehingga sekarang tapi perbincangan dalam forum telah dihentikan. Saya betul2 harap dapat penjelasan sewajarnya dari Atok Zamany.ws

    ReplyDelete
  49. saya mengikut ASWJ sgt2 menolak & tidak akan menerima pakai apa2 pendapat dr Ibnu Taimiya & Ibnu Qayyim.. saya org awam, so sy takut akan termakan & akan terikut2 dgn fahaman agama beliau.. byk lg ulama' ASWJ.. kenapa x diikut?

    ReplyDelete
  50. salam

    aduhai lama bebenor sahabatku Tuan Zamany berforum dan berseminar / moga banyak ilmu yang ditimba dan banyak pula yang dicurahkan nanti di sini .../ anak2 buah tuan spt BradoKapak , Sayuranhijau, dll tak sabar nak tunggu buah fikir dari kolam ilmu Tuan / nanti tolong Tuan huraikan pasal Wahabi ( nampaknya galak benar puak ni sekarang - ramai plak anak muda yg terpengaruh ) / kita bimbang Allah tarik kerberkatan dari bumi ini - keadaan ini dah berlaku di Saudi sana ketika ramai ahlu bait dan kaum sufi melarikan diri ke Yaman......

    salam buat semua peminat blog Atok Zamany dan sabar2 lah menunggu kepulangan Atok ya....

    ReplyDelete
  51. Asalamualaikum semua...

    Memang sepatutnya atok dah balek pun. Tapi rakan2 di sini minta pulak untuk atok bagi sedikit kata2 dan ceramah2 kepada anak2 murid di pondok2 mereka untuk bagi motivasi. Atok ni bukan layak sangat pun nak bercakap depan mereka, tapi memandangkan mereka tak mampu nak panggil penceramah luar, jadi terpaksa lah juga atok layan kan. Adalah sedikit pengalaman yg boleh dikongsi, itu saja lah modal yg atok ada. Mudah2 mereka akan mendapat manafaat. Peminat blog atok semua jgn bimbang, minggu depan atok akan balek Malaysia... ok

    Kpd saudara Cia.... jgn marah, bukan atok tak faham apa yg cucu katakan tu. Atok faham... memang ada diantara mereka sukar nak terima pendapat org lain, maklumlah belajar tinggi. Atok sendiri pun terpaksa terima sindirian2 mereka. Tapi atok tak peduli, asalkan atok cakap pekara benar. Sebagai badan yg diberi tanggungjawab mereka kena pikul. Itu kerja mereka, kita dah buat terbaik (buat laporan) klu mereka tak layan itu terserah mereka dgn tuhan... janji kita dah terlepas dari Syarak. Harap cucu faham apa yg atok katakan ni...ya.

    Kpd saudara zan, anon 8.25 dan al bantali....

    Tok uban dah lama tak ada... Mula2 dulu semasa baru balik kemari, atok tercari2 dia ni. Satu hari dia datang sendiri jumpa atok di Misjid dekat Melaka. Terkejut atok bila dia di gelar Tok uban di Malaysia. Jika di Indon ia digelar dengan nama "Si Bongkok", Tok Putih, Tok Wali dll. Dia sebenarnya keturunan arab nama sebenarnya ialah Syeikh Syaiful Bahtiar. Memang keromah pun. Inilah yg atok tahu dengan Tok Uban yg atok jumpa. Atok tak tahu jika ada org lain yg menyamar jadi dia atau atok tersalah org. Harap maaf jika tersalah org ya....

    Kpd saudara Usop...

    Bagus kalau begitu kerana cucu sebanarnya mengambil jalan tengah yg tak berpihak dimana2. Ia keputusan yg baik utk org awam sebenarnya...

    Kpd cikgu azhar....

    Sabar saudara, buah tangan dari seberang kali tak berapa bersangkutan dengan tajuk kita, tapi tak apa ia akan atok hurai juga nanti. Ok

    Sekian dari Makassar Sulawisi

    Atok Zamany.

    ReplyDelete
  52. salam atok. saya sekarang masih belajar kat al azhar. nak minta pandangan atok...selain pergi ke kuliah apakah perkara2 yg perlu saya buat ...maksud saya kalau tak lakukan perkara2 tersebut saya akan rugi..sebelum pulang ke tanah air.

    ReplyDelete
  53. kepada anon 5.05 am...

    Cucu harus pergi bertemu dengan ulama2 ASWJ yg berada di sekitar azhar tu. Minta pandangan dia tentang penyelawangan yg dilakukan oleh orang2 yg berfahaman yg lain seperti wahabi dan anti hadis yg cuba menyelusup masuk ke dlm azhar. Bagaimana dakyah yg mereka gunakan, hujah2 yg mereka selalu utarakan. Ini semua penting untuk cucu apabila cucu balek kesini nanti. Di sini banyak yg tak faham dakyah fahaman ini. Mereka terikut2 dan kabur dengan masaalah akidah. Mereka mahu mendalami mazhab, tetapi tidak punya asas yg kukuh tentang mazhab. Inilah yg banyak berlaku disini. Harapan atok agar cucu dapat juga mendalami asas 4 mazhab dari ulama2 berkenaan, cari rujukannya dan kumpulkan menjadi nota peribadi cucu. Inilah yg atok rasa cucu harus buat sementara cucu disana.

    sekian

    wassalam
    atok zamany

    ReplyDelete
  54. Salam sahabat..

    Bila di sebut sahaja Ahli Sunnah Wal Jamaah mestilah tidak lain dan tidak bukan golongan yg kuat berpegang kepada al-quran & hadith iaitu Imam Abu Hassan Asya'ari & Imam Mansur Maturidi.. Ibnu Taimiyah para ulama' ASWJ telah bersependapat ulama' yg sesat pd aqidahnya.. antara ulama' yg menyesat kn Ibnu Taimiyah ialah Imam Ibnu Hajjar Assakalani, Imam Ibnu Hajjar At-Tantawi, Ibnu Batutah dan ramai lagi.. mere telah menyaksikan kata2 yg kufur yg keluar dr mulut Ibnu Taimiyah sendiri.. sehinggalah pemerintah memenjarakan Ibnu Taimiyah atas kekufuran yg disebarkn nyer itu..

    Imam Abu hassan Asya'ari ialah seorang ulama' yg dulunya berpegang fahaman mu'tazillah.. tetapi beliau telah bertaubat kerana sedar akan kesesatan yg terdapat didalam mu'tazilah.. seperti didalam kitab Tuhfatul Raghibin syarah dr Syeikh Arsyad Banjari, "suatu ajaran sesat akan terlihat sekiranya bangkit salah satu org dr dalam kelompok itu sendiri utk menegak kn kebenaran(jalan yg haq)".. Imam Abu Hassan Asya'ari telah bangkit dan naik diatas mimbar sambil menyatakan taubat2nya terhadap ayat2 yg pernah diucapkn.. Imam Abu Hassan Asya'ari juga telah menyusun semula sifat2 20 yg dipetik dr Al-Quran & berdasarkn hadith2 supaya umat islam mumdah memahami & mengenali sifat2 Allah SWT..

    ReplyDelete
  55. Salamun Alaik

    Atuk dan semua pembaca yg dihormati. Alhamdulillah banyak info/ilmu yg telah dikongsi disini.

    Nak tanya atuk, nape saya susah dapat kawan. Adakah sbb sy ni pendiam, low profile or pemalu.

    Amirul Ishaq
    ore kelate kije muo

    ReplyDelete
  56. Salam.. sye ingin tahu adakah ilmu kebatinan iaitu ilmu TAPEDIRI ni tergolong dlm ajaran sesat.. sye ni nk tahu dengan lebih mendalam tentang ilmu ni.. maklumlah sekarang ni kan dah byk ajaran2 sesat..

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  57. Bukankah hadith dari Saidina Ali yg berkata Rasulallah SAW menyebut "ummati..ummati.." itu hadith dari golongan syiah?

    ReplyDelete