Friday, August 13, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



FASAL A- KEMATIAN.



BAB 3 : LARANGAN MENGHARAPKAN KEMATIAN.


Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Anas ra telah berkata " Rasulullah bersabda, Janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian kerana kesusahan yang sedang menimpa mu. Jika ia mengharuskan kamu berbuat demikian, hendaklah kamu berdoa - Ya Allah, peliharalah hidupku jika itu yang terbaik buatku dan matikanlah aku jika itu yang terbaik bagi ku ". Allahlah yang maha berkuasa atas tiap-tiap yang hidup dan yang dimatikannya, maka sewajarnya dipohon pertolongan dariNya bukan memprotes apa yang telah ditentukanNya. Dialah yang berkuasa keatas setiap jiwa dan memberi ujianNya pada kadar yang Dia sendiri ketahui dan sebagai makhluk ciptaanNya haruslah taat, tunduk dan patuh. Didalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad, Anas ra menyatakan bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu mengharap-harapkan kematian dan janganlah berdoa memintanya sebelum kematian datang kepadanya, sebab apabila salah seorang dari kamu mati, maka terputuslah amalannya. Sesorang yang beriman itu harus mampu membuat perisian amal dan kebajikan didalam umurnya yang masih tinggal itu ".

Diriwayatkan lagi oleh Bukhari dari Saad bin Ubaid, anak Abdul Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian, jika ia orang yang baik pastinya dapat menambah amalnya dan jika ia orang yang tidak baik, mudah-mudahan ia boleh bertaubat terlebih dahulu sebelum mati ". Kemudian diriwayatkan oleh al Bazari dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda " Janganlah kamu mengharap-harap kematian kerana huruhara (sakaratulmaut) itu sangat dahsyat. Adalah termasuk dari satu kebahagiaan jika kamu dipanjangkan umur dan ditambah dengan keinsafan dari Allah ".

Menurut para Ulama, kematian itu bukan sahaja merupakan kehilangan mutlaq atau kemusnahan malahan ia juga adalah peristiwa terputusnya hubungan antara Roh dan Jasad, terpisahnya antara jiwa dan raga, menganti keadaan dan permindahan dari satu alam ke alam yang lain. Ia merupakan malapetaka atau musibah yang sangat besar, malah Allah telah berfirman didalam surah al Maa'idah ayat 106 yang mafhumnya "...Lalu kamu ditimpa musibah kematian." Sememangnya kematian itu merupakan malapetaka dan musibah yang sangat besar tetapi jika menurut para Ulama ASWJ pula, musibah dan malapetaka yang sangat besar itu ialah "lupa akan kematian" atau tidak mahu mengingati akan kematian malahan sesetengah manusia beranggapan ia adalah pekara yang membawa "malang" jika bercerita berkenaannya. Mereka lupa untuk beramal soleh untuk menghadapinya. Sesungguhnya didalam kematian itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berfikir dan mengambil iktibar daripadanya. Tersebut didalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abdullah bin Salamah bin Aslam (perawi yang dianggap dhaif oleh Daruquthni) bahawa Nabi telah bersabda "Seandainya binatang itu mengatahui akan kematian seperti yang telah kamu ketahui, nescaya kamu tidak akan dapat memakan binatang yang gemuk daripadanya". Lihatlah betapa binatang juga akan amat bersusah hati jika ia mengatahui hakikat kematian hingga tiada lagi selera untuk ia makan. Begitulah kehebatan gongcangnya jiwa yang digambarkan didalam hadis diatas itu.

Telah diceritakan bahawa ada seorang dusun yang sedang berjalan menunggang seekor unta. Tiba-tiba untanya jatuh dan tidak bernyawa lagi. Ia lalu turun dan berpusing mengelilingi mayat untanya itu sambil berfikir apa yang telah terjadi. Ia kemudian bertanya kepada untanya " Wahai unta, kenapakah kamu tidak mahu berdiri lagi ?...lihat, seluruh tubuhmu masih kuat dan tiada kesan luka, apa terjadi kepada kamu ?.. apa yang menyebabkan kamu jadi begini ?... Apa yang menyebabkan kamu tidak boleh lagi bergerak langsung ?.. Apa yang boleh membuatkan kamu bangun semula ?..." Setelah sekian lama termenung lalu ia pun berlalu meninggalkan saja unta itu sambil terus memikirkan apa yang telah terjadi. Sebenarnya pemuda dusun itu tidak mengerti apa itu "Kematian". Seperti juga kisah Nabi Adam dan Isterinya Hawa yang diceritakan didalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah didalam kitabnya 'Nawadir al Ushul'...Aku mendengar dari Qutaibah bin Saad dan Khathib bin Salim, dari Abdul Aziz al Majisun dari Muhammad ibnu Munkadir ia berkata "Putra Adam as telah meninggal dunia kemudian diberitahunya hal itu kepada isterinya Hawa as 'Anak mu mati' Hawa as bertanya 'Apa itu mati ?' Adam as menjawab ' Orang mati itu tidak boleh makan, tidak boleh minum, tidak boleh berdiri dan tidak boleh duduk '. Mendengar penjelasan itu Hawa as pun meraung dan menangis, Adam as berkata ' Sebagai ibu, kamu dan anak perampuan mu wajar menangis seperti itu tetapi tidak bagi aku dan anak lelaki ku".

Bagi menjelaskan akan maksud kalimat "Ia masih boleh bertaubat terlebih dahulu" yang telah dinyatakan didalam hadis diatas tadi iaitu dalam mencari redha Allah, satu-satunya cara ialah dengan bertaubat dan berazam tidak mengulangi dosa itu lagi. Demikianlah yang dijelaskan oleh para cerdekpandai dan Jauhari Islam silam. Didalam al Quran Allah telah menegur sikap orang-orang kafir dengan firmannya didalam surah Fuhshilat ayat 24 yang mafhumnya ;

"Jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah mereka termasuk golongan yang diterima alasan-alasannya".

Berkata Sahal bin Abdullah at Tastari " Salah seorang diantara kamu tidak akan mengharap-harap kematian kecuali 3 jenis manusia sahaja, iaitu pertama orang yang tidak mengetahui apa yang akan terjadi sesudah mati, kedua orang yang sengaja lari dari takdir Allah swt dan ketiga ialah orang yang sangat rindu untuk bertemu dengan Allah Azza wa Jalla ". Maka diceritakan pula oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya "al Hilyat (iv/278), Bahawa suatu ketika telah hadir Malaikat Izraail as kepada Nabi Ibrahim as kekasih Allah yang maha pemurah, untuk dicabut nyawanya. Nabi Ibrahim as pun berkata "Hai malaikat maut, pernahkah engkau melihat ada kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri ?" Malaikat Izraail as pun naik kelangit untuk bertemu dengan Tuhannya bertanyakan soalan itu, Maka Allah swt berfirman menyuruh Izraail bertanya kepada Nabi Ibrahim as "Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak suka bertemu dengan kekasihnya ?". Izraail as pun turun semula bertemu dengan Nabi Ibrahim as untuk menyampaikan firman Allah itu, Nabi Ibrahim as lalu berkata "Cabutlah nyawa ku sekarang juga ?". Malaikat Izraail as pun menjalankan tugasnya dengan penuh rasa hormat sekali kerana menyedari ketinggian "Mertabat Kekasih Allah" itu.

Abu Darda' berkata " Setiap orang mukmin lebih baik memilih kematian. Sesiapa yang tidak percaya kepada ku... sesungguhnya Allah telah berfirman";

"Janganlah sekali-kali orang kafir menyangka bahawa pemberian tangguh (kematian) Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka". (surah Ali Imran ayat 187)

Seorang abadi bernama Hayyan al Aswad' berkata " Kematian itu adalah jembatan yang menghubungkan pertemuan dua kekasih "

Huraian Penulis :

Daripada beberapa keterangan diatas tadi dapatlah kita fahamkan bahawa kematian itu merupakan keadaan yang sangat hurahara dan dasyat sekali kepada orang-orang yang tidak beramal soleh dan selalu berbuat dosa. Terutama mereka-mereka yang tidak beriman langsung kepada Allah dan RasulNya. Tetapi ia tidak menakutkan langsung kepada mereka yang dekat dan menjadi Kekasih Allah kerana mereka itu taat dan redha atas ketentuan yang telah ditetapkan keatas diri mereka. Kekuatan kepercayaan kepada Khada dan Khadar Allah amat kuat didalam hati dan sanubari mereka yang perlu dicontohi oleh seluruh umat Islam. Keutamaan kepada menghargai waktu yang masih tinggal pada kita haruslah dititik beratkan dengan mengerjakan amalan soleh untuk menghadapi kematian dan Alam Akhirat yang kekal. Saban waktu kita dipesan untuk mengumpulkan bekalan amalan takwa untuk alam yang kekal abadi itu, tetapi adakah kita benar-benar faham akan pesanan mereka dan berusha seperti yang telah mereka sarankan itu ? Maka kita seharusnya sentiasa mengambil iktibar dari keterangan ini dan berusha seperti yang Allah mahukan iaitu "Untuk apa kamu diciptakan ? " ...



BAB 4 : "KEBENARAN" MENGHARAPKAN KEMATIAN.


Allah Azza wa Jalla telah berfirman didalam surah Yusuf ayat 101 yang mafhumnya ;

"Wafatkan aku dalam keadaan Islam dan kumpulkanlah aku bersama-sama orang-orang yang soleh"

Kemudian Allah juga berfirman didalam surah Maryam ayat 23 yang mafhumnya ;

".... aduhai, kiranya (alangkah baiknya) aku mati sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan (menjadi barang yang tidak bererti dan dilupakan)."

Kedua-dua ayat diatas itu tadi adalah doa Nabi Allah Yusuf as dan Maryam as Ibu nabi Isa as yang berdoa mengharap kepada kematian kerana rindu yang teramat sangat untuk kembali kehadrat Allah, kerana maruah diri dan agamanya. Mereka diceritakan semula didalam Quran supaya menjadi contoh kepada umat Muhammad saw.

Telah diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Malik dari Abu Zannab dari al A'raj dari Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda " Kiamat tidak akan terjadi sebelum ada seseorang yang lalu dikuburan orang lain dan berkata..'Andaikata aku berada ditempatnya".

Keterangan-keterangan diatas ini tidaklah bertentangan dengan kebenaran mengharap kepada kematian. Menurut Qatadah " Tidak ada seorang Nabi pun yang mengharapkan kematian selain dari Nabi Yusuf as, ketika beliau merasa sudah mendapat kenikmatan-kenikmatan yang sempurna dan telah berjaya maka Nabi Yusuf as merasa amat rindu untuk bertemu dengan Tuhannya. Sebab itulah dia berdoa yang telah difirmankan Allah didalam surah Yusuf ayat 101 akan cerita perihal dirinya itu. Diawal ayat itu pula menyebut " Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kerajaan kepadaku dan Engkau telah mengajarkan kepadaku dari hal takwil mimpi..." sebab itulah ia telah terlampau ingin bertemu Tuhannya lalu memohon kematian.

Sesetengah Ulama berpendapat bahawa Nabi Yusuf as bukan sahaja mengharapkan kematian tetapi dimatikan didalam beragama Islam. Didalam kata yang lain boleh juga dianggap ia berkata "Jika telah tiba ajalku maka wafatkanlah aku dalam keadaan Islam". Ini adalah pendapat daripada beberapa Ulama-ulama Tafsir berkenaan ayat tersebut.

Berkenaan Maryam as, ibu kepada Nabi Isa as, ada dua alasan yang membuatkan ia mengharap kepada kematian.
Pertama, ia takut akan terus disangka buruk dan dihina kerana hal itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada agamanya.
Kedua , Ia tidak mahu disebabkan hal dirinya itu, kaumnya semua akan terjurumus kelembah pembohongan dan pendustaan hingga menuduhnya telah berbuat zina yang mengundang kemurkaan Allah, serta membolehkan mereka mendapat laknat Allah pula.

Seperti juga kisah Isteri Nabi Muhammad saw iaitu Saidatina Aisyah ra yang telah difitnah oleh sesetengah orang, Maka Allah berfirman didalam surah an Nuur ayat 11 yang mafhumnya ;

"Barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar".

Kemudian Firman Allah didalam surah an Nuur ayat 15 yang mafhumnya ;

"Kamu menganggapnya sesuatu yang ringan sahaja. Padahal disisi Allah adalah besar".

Amatlah jelas sekali Allah swt melarang kita dari menyebarkan fitnah dan membesar-besarkan berita yang kita tidak mengatahui kebenarannya sedangkan kita amat jauh dari masa kejadian itu. Tambah-tambah lagi orang difitnah itu adalah wanita- wanita suci yang mendapat lindungan Allah swt. kepada mereka yang berdegil, maka tunggulah azab yang telah dijanjikan keatas mereka itu oleh dalil dari ayat-ayat yang telah disebutkan diatas tadi.

Kemudian para Ulama tafsir telah berselisih pendapat tentang beberapa pekara berkenaan Maryam as. Iaitu sama ada ia adalah merupakan seorang yang benar dan jujur (lurus) iaitu berdasarkan firman Allah swt didalam surah al Maaidah ayat 75 yang mafhumnya ;

"...Dan ibunya seorang yang sangat benar".

Atau, ia adalah seorang nabi wanita berdasarkan firman Allah didalam surah Maryam ayat 17 yang mafhumnya ;

"...Kami mengutus roh Kami kepadanya".

Dan firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 42 yang mafhumnya ;

"...Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril as) berkata, Wahai Maryam ! sesungguhnya Allah telah memilih kamu ".


ULASAN PENULIS :

Daripada ayat-ayat diatas tadi, amatlah jelas sekali kesalahan kepada mereka yang memfitnahnya serta beberapa pembohongan dari beberapa kaum didunia ini hingga mereka telah dibinasakan Allah dengan kesesatan akidah yang jauh. Mereka mengada-adakan pekara- pekara yang tidak ujud seperti mengatakan beliau merupakan tuhan wanita, isteri tuhan dan sebagainya yang terkeluar dari maksud sebenar dalil itu. Inilah yang berlaku kepada pengikut- pengikut fahaman Kristian. Lihatlah azab yang telah Allah zahirkan kepada mereka yang jauh dari mendapat taufiq dan hidaayah Allah, mereka bertambah-tambah sesat lagi menyesatkan, buta akal dan fikiran mereka, tertutup hati mereka menjadi gelap. Inilah antara azab yang telah dijanjikan Allah diatas dunia ini dan menenti satu lagi azab yang kekal abadi selama-lamanya diakhirat nanti. Begitulah janji Allah yang benar didalam ayat-ayat yang telah disebutkan itu. Manakala ia juga berlaku kepada umat Islam yang terikut-ikut memfitnah Saidatina Aisyah ra, lihatlah kemana arah dan tujuan mereka dalam beragama. Mereka telah tersalah arah dan terpesong menjadikan diri mereka sesat contoh yang paling hampir ialah dengan fahaman Syaiah, Wahabi dan anti Hadis. Inilah dalil yang telah Allah sebutkan kerana Allah tidak redha akan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan kesesatan akidah malahan menanti mereka adalah azab yang amat pedih diakhirat kelak. Jadi... jauhkan diri kita dari masaalah ini, kerana telah kita nampak dengan jelas maksud dan amaran Allah swt atas pekara yang amat serius ini. Jangan memperolok-olok akan amaran itu dan jangan menganggap remeh pekara mamfitnah mereka berdua ataupun sesiapa juga. Fitnah itu kesannya amat besar sekali kepada masyarakat dan dosanya tersangat besar disisi Allah swt.

Kembali kita kepada permasaalahan kebenaran memohon kematian. Dari dalil-dalil yang telah diketengahkan itu maka bolehlah diberi kesimpulan bahawa memohon dan mengharap kepada kematian itu di "benarkan" jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh seperti yang telah dikemukan. Tampa alasan-alasan seumpama itu kita dilarang dan hukumnya haram didalam syarak untuk memohon dan mengharap kepada kematian. Kerana kita ditakuti termasuk kedalam golongan yang "membunuh diri sendiri" yang pastinya mati didalam kesesatan. Kerana didalam hadis diatas menerangkan lemahnya iman manusia hingga mengharap kepada kematian mereka dipercepatkan. Ini merupakan satu tanda kiamat yang telah digambarkan Rasulullah saw. Lemahnya iman dan akhlak itu hadir disebabkan kemiskinan, kepayahan hidup, masaalah hutang yang banyak, masaalah penyakit yang tiada harapan sembuh, masaalah kasih yang tiada balasan, masaalah jiwa, maka hilang pertimbangan diri hingga sanggup membunuh dirinya. Ketahuilah, bahawa membunuh diri sendiri itu hukumnya haram dan berdosa besar. Malahan ia juga dianggap mati didalam keadaan sesat. Bersabarlah kamu dengan ujian Allah didunia yang fana ini. Bertahanlah kamu dengan kesukaran hidup yang Allah tentukan kerana ganjaran yang amat besar sedang menanti anda kelak.

Lihatlah kepada mereka-mereka yang telah Allah kurniakan cinta dan kasih kerana ketekunan mereka beramal soleh. Mereka itu telah bebas dari semua masaalah dunia (seperti diatas itu). Mereka diredhai atas semua yang mereka mahukan hinggalah mereka "dijemput" untuk pulang kepangkuanNya. Kata-kata mereka menjadi doa yang mustajab, lihatlah doa yang telah dipanjatkan oleh Baginda Rasulullah saw kehadrat Allah ini ;

"Ya Allah... sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar dapat melakukan kebajikan-kebajikan, meninggalkan kemungkaran-kemungkaran dan mencintai fakir miskin, dan jika Engkau telah menghendaki fitnah kepada manusia, tolong panggil daku mengadap Mu tampa terkena fitnah". Hadis riwayat Ahmad, Tarmidzi dan Malik.

Kemudian ia diperlihatkan dengan lebih jelas lagi dengan doa yang pernah diucapkan oleh Saidina Omar ibnu al Khathab ra dalam riwayat Malik didalam kitabnya "al Muwatha" iaitu ;

"Ya Allah... kekuatanku sudah lemah, usiaku sudah tua dan rakyatku sudah bertebaran kemana-mana, kerana itu panggillah daku mengadapMu, bukan sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan lalai ".

Setelah sebulan daripada itu Baginda Omar al Khathab ra pun pulang kerahmatuallah. Semoga Allah merahamatinya.

Telah diriwayatkan oleh Abu Omar bin Abdul Barr didalam kitab-kitab "at Yamhid dan al Istidzkar" sebuah hadis dari Zadan bin Umar dari seorang zuhud lagi alim al Kindi, ia berkata "Ketika Abis al Ghifari sedang duduk bersama-samaku disebuah kawasan. Kami melihat beberapa orang yang sedang menderita penyakit taaun, lalu ia berkata "Hai taaun... bawalah aku kepadamu ". Mendengar ucapan yang ganjil itu lalu aku pun bertanya " Mengapa kamu berkata seumpama itu ??, bukankah Rasulullah pernah bersabda...Janganlah ada diantara kamu yang mengharap-harap kematian kerana pada waktu itu terputuslah amalannya dan ia tidak boleh kembali lagi untuk mencari-cari alasan ?" Ia menjawab " aku pun pernah mendengar Rasullah bersabda ;

"Mintalah disegerakan kematian kerana 6 pekara, pertama - Maraknya isteri orang-orang yang bodoh, Kedua - Banyaknya syarat-syarat, Ketiga - Maraknya penjual hukum-hukum, Keempat - Meremehkan pertumpahan darah, Kelima - Maraknya memutuskan hubungan kekeluargaan dan keenam - Banyaknya anak-anak muda yang mempersenda al Quran dan ada pula yang menyuruh orang melagukan al Quran kepadanya sedangkan ia tidak arif dan kurang berpengatahuan ".
-Hadis riwayat Ahmad.

Sebenarnya maksud hadis diatas adalah menerangkan tanda-tanda berlakunya kiamat kecil yang diperkatakan oleh Nabi saw didalam hadis dari riwayat yang lain. Ada pun maksud bagi 6 pekara tersebut ialah:-

1) Maraknya orang-orang yang tidak berilmu berkahwin dan berpoligami dengan tidak mengatahui hukum kekulargaan hingga menyebabkan penceraian berlaku dengan mudah. Banyak ibu yang menjadi janda dan banyak anak-anak yang tidak berayah kerana masaalah ini.

2) Banyaknya syarat-syarat yang dikenakan oleh pemerentah kepada rakyatnya yang menyebabkan semua rakyat mengalami tekanan hidup. Sudahlah hidup mereka susah dengan pendapatan yang sedikit, dikenakan pula denan syarat-syarat yang bukan-bukan seperti cukai yang tinggi, harga barang makanan naik, semuanya kena berbayar, nak paking bayar, nak jalan bayar, nak masuk tandas pun kena bayar, lesen itu, lesen ini, tol sana tol sini, saman sana saman sini sampai hampir semuanya kena bayar. Ini yang berlaku kini.

3) Maraknya penjualan hukum-hukum. Berlakunya pemberian rasuah secara terang-terangan mahupun tersembunyi. Malah kerajaan membenarkan pemberian riba secara paksa oleh bank-bank dan syarikat-syarikat Insuran kepada rakyatnya. Hakim-hakim boleh dibeli, penguatkuasa undang-undang boleh disogok, pemimpin yang kurap hingga budak pejabat pun kena dirasuah untuk minta pertolongan isi borang. Melepaskan orang-orang ternama dari dikenakan tindakan undang-undang walaupun ia sememangnya salah.

4) Meremehkan pertumpahan darah. Pembunuhan yang tidak mendapat keadilan oleh sebab lemahnya sistem kehakiman dan lemahnya penyasiatan kes. Alasan yang biasa kedengaran ialah kurangnya bukti walau apa pun penginayaan kepada keluarga mangsa dan waris telah berlaku. Sistem kehakiman Islam tidak mahu digunapakai walaupun didalam Negara Islam Contoh. Kesannya saban hari kedengaran berlakunya pembunuhan disana sini. Kawalan amat lemah hingga rakyat mudah untuk membunuh hanya dengan alasan yang mudah. Hanya kerana perselisihan dan pentengkaran kecil mereka sudah boleh membunuh. Begitulah tekanan kehidupan, jiwa dan akhlak yang rendah berlaku disini, waktu ini.

5) Maraknya memutuskan tali persaudaraan. Sering kedengaran berlakunya kes memukul ayah sendiri, ibu sendiri, atok dan nenek sendiri, Malah hingga peringkat membunuh orang tua mereka sendiri. Menghalau mereka kerumah orang tua-tua, tidak mempedulikan mereka yang telah uzur. Pada kes yang lain pula pertengkaran disebabkan harta pusaka menyebabkan saman menyaman keMakamah hingga tidak bertegur sapa antara mereka. Penipuan kepada orang tua mereka juga selalu berlaku kerana orang tua mereka tidak tahu niat jahat anak-anaknya. Adek beradik tidak lagi mesra dan berjauhan hingga tidak kenal lagi anak-anak mereka. Begitu rengang hubungan hingga terputusnya tali kekeluargaan mereka tidak karuan. Kerajaan hanya memerhati sahaja kerana bukan masaalah mereka katanya !!!. Adakah harus dibiar sahaja pekara ini sedangkan Kerajaanlah puncanya pekara ini berlaku???. Kerajaan yang telah menujudkan tekanan kepada rakyat???, Kerajaanlah yang mengenakan segala syarat-syarat yang tinggi kepada rakyat???, Kerajaanlah yang membuat rakyatnya hurahara kehiduipan mereka???. Inilah semua kesan dari tindakan Kerajaan yang yang zalim kepada rakyatnya hingga menyebabkan runtuhnya moral, akhlak dan sistem kekeluargaan Islam itu sendiri.

6) Banyaknya anak-anak muda yang mempersenda alQuran dengan mentafsir alQuran mengikut akal dan fikiran mereka sendiri dengan alasan merekalah penkaji sebenar al Quran. Sedangkan apa yang kita lihat ia jauh dari tafsir sebenar dari Imam-imam tafsir yang terdahulu yang ternyata benar. Ahli tafsir bukannya sembarangan, ia mempunyai naluri dan jiwa yang berseh tampa niat peribadi semasa memberi hujahan tafsirannya malah mereka merujuk kepada orang orang yang alim dan dari kitab-kitab tafsir terdahulu untuk rumusan. Mereka sedar jika mereka tersilap maka seluruh umat Islam akan juga turut tersilap selama-lamanya selagi ia tidak diperbetulkan. Jadi dari awal lagi Ulama-ulama tafsir telah dipilih dari kalangan ulama yang benar-benar bersih jiwanya, luhur budi pekertinya, benar kata-katanya disamping alim lagi arif dalam bidang tersebut. Ini telah berlaku semenjak zaman Saidina Othman bin Affan ra lagi, bukannya baru.

Manakala terdapat pula mereka yang ingin mengajar dan menjadi hakim kepada bacaan al Quran sedangkan mereka bukanlah ahlinya. Mereka menyuruh orang memperdengarkan bacaan mereka sedangkan dia sendiri tidak arif dan mengenal segala hukum tajuid, taranum dan fasahah untuk menjadi juri atau hakim malahan guru mengaji al Quran sekalipun. Telah dikatakan tadi, jika dari mula telah bersalahan maka kesannya berterusanlah kesalahan itu hingga kehari kiamat. Sedangkan ia merupakan dosa yang besar didalam syarak.

Tilawah al Quran itu sendiri tidak perlu diadakan. Pertandingan ini hanya mengundang dosa dari mendapat pahla sunat mendengar dan mambaca al Quran. Mana taknya, cuba kita lihat bagaimana ia diadakan ??? Pertama kaum wanita tidak boleh diperdengarkan suaranya kerana suaranya itu adalah aurad baginya. Walaupun sesetengah ulama membenarkannya, tetapi mejoriti mengatakan ia adalah aurad yang tidak boleh dipertonton dan diperdengarkan dihalayak ramai. Tambahan lagi kepada yang bukan muhrim atau ajanabi. Kedua ia diadakan diruangan yang bercampur adok antara lelaki dan wanita diwaktu yang sama yang sudah tentu diharamkan syarak. Ketiga ia menjadi rebutan pertandingan suara seperti pertandingan nyanyian atau pertandingan seni suara burung gamaknya malahan sesetengahnya belajar taranum semata-mata ingin menang tilawah kerana hadiah yang lumayan. Keempat ditambah lagi apabila juri dan hakim pertandingan itu dari kalangan Ustazah pula. Jadi tidakkah semua ini mengundang dosa yang bukan sedikit jumlahnya, berjuta yang melihat maka berjutalah dosa besar yang dikumpul.

Dunia mungkin sudah hampir sampai kepenghujungnya, namun adakah kita tidak juga mahu berubah ??? Semua tanda-tanda kiamat kecil telah terzahir satu persatu namun adakah kita tidak juga berubah ??? Semua yang telah digambarkan didalam hadis Nabi berkenaan ancaman kiamat telah hampir semua terzahir, adakah kita masih juga tidak mahu berubah ??? Ancaman yang sebagaimana lagi yang kamu tunggu untuk membuat kamu berubah ??? Adakah hingga malaikat maut hadir dihadapan, kamu baru mahu berubah ??? Adakah hingga nyawa sampai kehalkum baru kamu mahu berubah ??? Fikirkanlah... masa tidak menunggui mu, ia lari dan terus berlari sedang usia kamu semakin hampir ke penghujung.

Kamu tetap tidak sedar, lalai dan alpha dibuai mimpi dunia. Tetap merasakan diri tu muda dan terus muda diulik anak-anak gadis yang mahukan wangmu semata-mata dikelab dangdut. Mereka tidak peduli kamu, hanya wang ringgit jadi buruan mereka. Pada mereka kamu itu kambing tua yang tidak sedarkan diri, rumah kata pergi, kubur kata mari masih lagi terkial-kial menagih kasih sayang yang palsu, terkinja kinja menari mengikut irama, tergelek gelek dalam gelap dengan lampu samar samar sambil dilayan gadis-gadis montok seperti raja. Dibelakang , kamu di ejek dan dimaki hamun oleh mereka saban hari. Setiap hari kamu dikikis sampailah kamu kering. Setelah itu dia akan mencari kambing tua yang lain pula yang jauh lebih tebal pokitnya. Begitulah pusingannya... sedang kamu sudah menangis tak berlagu. Bila kamu hadir dihadapannya, dia seperti tidak mengenali kamu. Dia tinggalkan kamu dengan kata-kata kesat yang tidak sanggup kamu dengar. Ketika itu barulah kamu sedar siapa mereka itu semua.

Lihat disatu sudut yang lain, kedai-kedai nombor ekor berbaris panjang setiap hujung minggu bukannya bangsa asing, bukannya orang kafir tetapi orang Melayu beragama Islam yang sudah dimamah usia. Masih lagi tampa rasa malu sanggup berbaris sama dengan bangsa lain untuk menikam nombor ekor. Berjudi telah menjadi lekat didahinya, saban hari asyek dengan nombor-nombor, baik dirumah, dikedai kopi bersama-sama regu mereka. Bersembang dengan suara lantang kerana "kena" nombornya dan dapat habuan beribu-ribu... rasa banga teramat dikalangan teman-teman hingga semua dibelanjanya minum dan makan sarapan pagi hari itu. Hebat...hebat... Melayu ini, puji kawanya "berjudi sambil menderma" dengan disambut hilai ketawa rakan-rakan. Apabila suatu hari tiada lagi modal untuk membeli nombor, maka diranggah semua yang ada dirumah untuk dijual bagi dijadikan modal minggu itu. Yakin sungguh akan takbir mimpi nombornya itu, habis semua dilonggokkannya. Kemudian tak semena-mena nombornya itu "lari" satu mata" lalu dia jatuh pengsan kena 'strok' atau serangan jantung. Kawan-kawannya bergegas menghantarnya kehospital. Selang beberapa minggu ia dibawa pulang oleh isterinya yang asyek mengomel memerahinya kerana habis barang kemasnya digadai. Ia sudah tidak mampu berjalan, tidak mampu mandi sendiri, makan sendiri, minum sendiri. Semuanya diharapkan isterinya yang terpaksa bekerja semula kerana hendak menampong keluarga. Mana perginya kawan-kawan mu ? mana perginya mereka ketika kamu dipembaringan ? siapa yang mahu "belanja" kamu ketika ini ? Ada tak mereka menjengok kamu ? bagaimana ibadah mu ? mampukah kamu solat ? mampukah kamu berpuasa ? Inilah azab Allah didunia untuk orang yang mempersenda ayat-ayat Allah, memperolok-olok hukum Allah, mentertawakan Allah... sebentar sahaja lagi akan hadir Malaikat Izrail mencabut nyawamu sedangkan kamu tidak dapat berbuat sesuatu. Ketakutan sentiasa menyelubungi dirimu disetiap detik dan waktu, air mata darah sekali pun tidak dapat mengembalikan kesihatan mu.

Pada ketika yang lain seorang yang sedang uzur bergelempangan dikaki lima jalan dengan diri yang tidak terurus lagi. Pakaian yang kotor dan berbau busuk. Rambutnya yang kusut masai, jangut dan misai yang berserabut. Daki dan kotoran melekat keras pada kulit diseluruh badannya. Mulutnya yang berbau minuman keras tuak yang pekat dengan kesan muntah hijau pada bajunya amat menjijikkan sekali orang yang lalu lalang disitu. Ia didapati mati dikaki lima itu dengan keadaan yang sangat hina sekali. Menurut cerita, beliau ini asalnya adalah seorang usahawan yang sangat berjaya, boleh juga digelar jutawan. Tetapi atas sikap sombong dan bongkaknya beliau berakhir ditempat sebegini. Sikapnya yang banga dengan minuman keras hampir setiap hari menyebabkan ia ketagih alkohol. Setiap majlis undangan yang dihadarinya dimestikan menyediakan minuman kegemarannya itu. Semua kawan-kawan nya mengatahui akan hal ini. Ia tidak akan hadir atau akan cepat meninggalkan majlis yang tidak menyediakan ais syaitan itu. Malah dia akan menyumpah seranah tuan rumah atau penganjur majlis yang tidak mengikut kehendaknya. Maklumlah orang yang berpelajaran tinggi dari lulusan luar negara yang telah biasa dengan semua jenama alkohol katakan. Malahan dia tidak mahu lagi bertutur dalam Bahasa Melayu yang kolot sedangkan kehidupannya juga telah bertukar seperti orang Inggeris. Semua pakaiannya, perhiasan rumahnya, gayanya, percakapannya, pemikirannya malah yang terakhir sekali tentang peganggan hidupnya juga telah bertukar seperti orang Eropah. Ia tidak mahu dikaitkan dengan agama Islam lagi kerana agama itu dianggap menggongkong hidupnya. Jadi ia memilih dengan peganggan tidak beragama kerana inginkan kebabasan mutlaq. Allah itu maha pemurah, diberikannya rezki berlipat ganda kepadanya supaya dia bertambah sesat. Kemudian bincana menimpa, isteri "orang putihnya" telah memfailkan cerai dan menuntut semua hartanya kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Dalam pembicaraan itu Isterinya telah menang dan berjaya memiliki sebahagian besar hartanya. Tinggalah dirinya berseorangan sedangkan anak dan Isterinya bergembira dengan hartanya. Atas sebab keciwa yang teramat sangat dia menyepi diri dengan minuman. Semua perniagaannya tergadai, harta benda yang tinggal juga tergadai maka tercampaklah ia dikaki lima membawa diri dengan khayalan. Dari minuman berjenama hingga tinggal minuman tuak saja pun masih dia gagahi juga. Lara hidupnya akibat derhaka terhadap Allah swt. Itulah seksaan yang Allah kurnia jika kamu lupa janjimu. Janji semasa kamu mahu dihidukkan dahulu, janji akan bertaat setia kehadrat Allah selamanya telah kamu langar . Selepas ini menanti pula azab kubur dan azab alam Akhirat yang kekal abadi.

Saudara yang budiman, ambillah iktibar dari semua cerita diatas tadi. Ia bukan cerita hayalan, malah benar-benar terjadi kerana semua yang kawan ceritakan itu ada disebelah kawan sedikat waktu dulu. Mereka adalah sahabat-sahabat kawan sendiri yang tidak dapat kawan tolong. Kawan jadikan ia sebagai contoh untuk renungan saudara semua dan menjadikan ia sebagai sempadan dalam hidup saudara agar mendapat taufiq dan hadayah keingsafan. malahan dibulan yang mulia ini agar mendapat magfirah Allah dengan bacaan ini. Semoga saudara semua berjaya...waallahuaa'lam.

Ikuti sambungan fasal A kematian ini dengan bab seterusnya dikeluaran akan datang.

Sekian,

Atok Zamany.

Wednesday, August 11, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


Sirah ini adalah hasil nukilan dari Imam al Qurthubi Andalusia atau nama penuh beliau ialah Imam Muhammad bin Ahmad bin Bakar bin Fara' al Anshari al Khazraji al Qurthubi al Andalusia, seorang Imam yang sangat alim dalam bab Tafsir yang dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat" diterjemah kebahasa Malaysia. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau dan seluruh keluarga beliau. Selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhhamad saw, keluarganya, para sahabat-sahabatnya dan kepada seluruh para guru-guru yang berwasilah daripadanya hingga sekarang.

Ia diberinama SIRAH kerana Imam al Qurthubi seolah-olah bercerita kepada kita dan dibuat dalam tajuk-tajuk khas iaitu Fasal A adalah tentang Kematian , Fasal B pula tentang Alam Akhirat dab Fasal C berkenaan Kiamat bagi memudahkan kita untuk mengingatinya kerana ia sangat panjang (hampir 1000 ms dalam lebih dari 300 bab). Kemudian beliau mengolah semua cerita ini melalui kupasan dari ayat-ayat al Quran, Hadis-hadis Nabi, Ijmak para Ulama dan juga cerita-cerita orang abadi lagi alim dahulu yang disusun dengan baik sekali menjadikan sebuah naskah kitab rujukan diseluruh dunia Islam sekarang ini. Mungkin juga akan dipendekkan sedikit dimana yang perlu dalam keluaran disini. Semoga pembaca semua sudi dan sabar membacanya hingga akhir nanti.

FASAL A - KEMATIAN.

BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA.

Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi. Kemudian dari riwayat al Hafizh Abu Naaim dengan sanat yang jelas Malik bin Anas, dari Yahya bin Sa'id, dari Sa'id ibnu Musayyaib dari Umar ibnu Khathaab, ia mendengar Rasulullah bersabda "Selalu selalulah kamu ingat akan sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat"... kami bertanya "Ya Rasulullah, apa itu sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat ?" Beliau manjawab "Kematian".

Diriwayatkan oleh at Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ? Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Malik. Diriwayatkan oleh at Tarmidzi ( Ibnu Majah, Ahmad dan at Thabrani) dari Syahdad bin Aus, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Orang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk Alam Akhirat nanti. Manakala orang yang bodoh itu ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharap-harap pertolongan (redha) Allah". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Selalulah kamu mengingati kematian. kerana sesungguhnya hal ini dapat membersihkan dosa-dosa dan dapat membentuk dirimu zuhud kepada dunia ". Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani (dhaif) disebut bahawa sesseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah diakhirat nanti ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah menjawab, "Ada... iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20 kali sehari semalam".

Firman Allah swt didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya "Yang menjadikan hidup dan mati, supaya dapat diuji siapa diatara kamu yang yang lebih baik amalannya". Kemudian berkata seorang abadi bernama Abdul Rahman al Suda " yang dimaksudkan dengan orang yang paling banyak mengingat kematian itu ialah orang yang mempunyai persiapan paling baik dan yang paling takut kepada penciptanya". Menurut Ijma' para Ulama ASWJ, maksud hadis Nabi berkenaan "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat" adalah sebuah ungkapan yang ringkas tetapi penuh dengan pesanan dan nasihat. Orang-orang yang selalu mengingat kematian akan sedar akan hakikat nikmat sebenar yang sedang dirasai dikala hidupnya sehinggakan dia tidak banyak berharap nikmat itu kekal bersamanya selama-lamanya kerana ia boleh ditarek semula oleh Maha Pencipta Nikmat itu pada bila-bila masa sahaja. Kemudian ia bersikap zuhud terhadap apa yang diharapkan daripadanya, iaitu ia mengenal benar mengapakah nikmat itu hadir, yang diberi oleh Allah swt kepada dirinya maka ia mempersiapkan diri dengan banyak amalan dan sunat untuk menyambut kedatangan kematiannya pula.

Manakala manusia yang berhati lalai itu pula amat perlukan nasihat yang terperinci dan pengajaran yang panjang. Jika sesorang mukmin itu mendengar Sabda Baginda Rasullah saw "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat", kemudian ia pula menbaca al Quran didalam surah Ali Imran ayat 185, firman Allah yang mafhumnya "Tiap - tiap jiwa itu akan merasakan kematian", sudah tentu bergoncang jiwanya, keluh kesah hati dan perasaannya, tidak lelap matanya kerana takut teramat sangat akan azab Allah pada Sharakatulmaut dan seksaan seterusnya itu tampa henti diAlam Barzah dan Akhirat nanti. Sehingga disuatu ketika Allah "matikan" ia beberapa ketika dan "memperlihatkan" kepadanya semua amal perbuatannya dari ia dilahirkan hingga kehari itu (seperti wayang gambar) kemudian didatangkan Malaikat Maut Izraail dengan wajah mengerunkan dengan segala persoalannya yang sudah tentu tidak dapat dijawabnya. Begitulah Allah datangkan pengajaran kepada mereka yang dikehandakiNya supaya mereka sedar dan insaf akan perbuatan mereka kemudian berubah menjadi mukmin yang taat.

Amirul mukminin Umar ibnu al Khathab selalu membaca bait syair ini,

"Tidak ada suatu pun yang kamu lihat germerlapan itu kekal abadi, kerana yang abadi itu hanya Allah. Harta dan anak-anak mu juga akan lenyap. Hurmuz (Qarun) pada suatu hari juga tidak perlukan lagi harta kekayaannya. Kaum 'Aaad juga pernah ingin kekal abadi... tetapi gagal. Begitu juga Sulaiman as, pengandali angin, manusia, jin dan semua binatang, Raja terkaya dunia... mana dia raja yang dahulu pernah menjadi manusia paling berjaya dimuka bumi ini ???... diakhirat kelak semua akan tunduk dan tidak mampu berbohong...."

Daripada keterangan diatas, maka ketahuilah oleh mu bahawa mengingati kematian itu adalah perbuatan Sunnah yang akan menimbulkan perasaan cemas dan takut untuk meninggalkan kehidupan dunia yang fana ke Alam Akhirat yang kekal abadi. Jika sesorang yang sedang berhadapan penderitaan hidup yang keras, dengan mengingat akan kematian maka dia akan tenang kerana kematian itu jauh lebih keras penderitaannya. Manakala mukmin yang sedang menikmati dunia akan menjadikan ia tidak lupa diri dengan mengingat kematian. Perhatikan bait syair ahli abadi ini,

"Ingatlah kematian yang akan melenyapkan seluruh kenikmatan, bersiap sedialah menghadapi kematian yang pasti akan hadir kepada mu".

"Ingatlah kematian... nascaya kamu akan mendapat nikmat mengingat kematian. Ingat akan kematian akan dapat mematahkan angan-angan kosong".

Semua telah bersetuju bahawa kematian itu tidak mengenal umur, masa atau penyakit tertentu. Ini bermaksud supaya manusia semua bersedia untuk menghadapi kematian. Dahulu ada seorang abadi yang alim dikota Madinah yang saban hari akan menaiki bangunan tinggi disana dan berseru (berteriak) "... Ayoh berangkat.... Ayoh berangkat" pada suatu ketika tiada lagi kedengaran suara seruannya itu maka ditanya oleh Wali Kota Madinah mana perginya seruan itu, setelah diberitahu akan kematiannya beliau pun berkata " Dia yang setiap malam berseru supaya mengingat kematian dimana semua unta-unta juga turut gementar dipintu rumahnya... sekarang telah meninggal dunia !...tiada lagi ketakutan kepada yang tiada ingat akan kematian ". Seorang Waliallah bernama Yazid ar Raqasyi pernah dilihat selalu berkata-kata kepada dirinya serta memukul-mukul badannya "Yazid...Yazid.. celakalah kamu, setelah kamu mati nanti siapa yang mahu solat atas namamu (bagipihak kamu) ?... siapa yang sudi berpuasa atas namamu ?... dan siapa pula yang bersedia meminta keridhaan Allah untuk mu ?".... " Wahai manusia, kenapa tidak kamu menangis meratapi sisa hidup kamu yang tinggal beberapa waktu cuma ??? Kamu akan dijemput Maut dan menantimu kuburan yang beralaskan tanah dan bertemankan cacing -cacing..." Gementar tubuhnya dek cengkaman rasa takut teramat sangat, pucat lesi wajahnya lalu Yazid pun meraung menangis hingga jatuh pengsan.

Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah mengumpulkan para Ulama-ulama dan mereka bercerita tentang mengingati kematian, kiamat dan akhirat. Disaat tertentu mereka akan meraung menangis seolah-olah kematian orang yang mereka cintai. Berkata at Taimi (seorang cendiakawan Islam) "Ada dua hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku, iaitu ingat kematian dan ingat ketika berada dihadapan Allah swt ". Kata Abu Na'im "Jika Sufian at Tsauri mengingat kematian, berhari-hari ia akan kelihatan sangat sedih, wajahnya murung. Setiap kali ia ditanya tentang sesuatu pekara, ia hanya akan menjawab "tidak tahu... tidak tahu " (menjadikan dirinya kebas, alpa dan kosong ). Berkata Asbatah..." suatu hari Nabi mendengar beberapa orang sahabatnya sedang memuji-muji kehebatan seseorang. Nabi lalu bertanya kepada mereka "Adakah ia selalu mengingati kematian ? ", mereka menjawab " Tidak "... Maka Nabi bersabda " Maka ia tidak sehebat yang kalian katakan !".

Berkata pula Ad Daqqaq (ahli fikir dan flasafah Islam) " Barang siapa selalu ingat kematian, ia akan dimuliakan dalam 3 pekara. Iaitu cepat bertaubat, hatinya menjadi Qana'ah (redha akan pemderian Allah) dan bersemangat untuk beribadat... barang siapa yang lupa akan kematian, ia akan diberi seksa dalam 3 pekara, iaitu lambat bertaubat, tidak puas dengan pemberian Allah dan malas beribadah". Oleh itu hendaklah kamu semua memikirkan soal kematian dirimu sendiri, jangan kamu fikir kematian itu hanya akan datang kepada orang lain. Apabila ia telah amat hampir kepada mu baharulah kamu rasa tertipu dengan nikmat dan keindahan dunia yang fana ini. Segala-galanya akan diperlihatkan kepada mu dengan jelas sekali. Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernakkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ??? Ia adalah saat perpisahan dari tempat kamu didunia yang luas kepada liang lahad yang sangat sempit, saat tiada lagi kawan-kawan yg selalu berhibur bersamamu, mereka menghianati mu tampa dapat kamu berbuat apa-apa, saat perpisahaan dari saudara mara, sahabat taulan, malah keluarga kamu yang tercinta. Saat kamu mengantikan pakaian mewah mu dengan kafan, pakaian tanah yang kotor.

Wahai orang yang selalu mengumpulkan kekayaan dan berlawan untuk mendirikan bangunan pencakar langit. Disaat itu kamu sudah tidak punya daya upaya dan harta kekayaan mu itu tidak dapat menolong mu. Kamu hanya berteman kain kafan yang bakal akan rosak sedikit masa nanti. Tubuh mu yang kamu belai saban hari akan hancur dimakan bumi. Dimanakah harta yang kamu kumpulkan itu ??? Ia menjadi pertelagahan, pergaduhan semua waris mu yang tidak tahu berterima kasih kepada mu. Malahan memaki hamun kepada mu sepanjang hari. Lalu kamu ajukan semua dosa-dosa mu kehadrat Allah swt yang sudah tentu tidak akan menerima akan semua alasan-alasan kamu. Sesuai dengan firmanNya didalam surah al Qashash ayat 77 yang mafhumnya " Carilah pada apa yang telah dianugrahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat...". Amat bijak jika seseorang itu memahamkan ayat ini dengan berkata "Carilah olehmu syurga di negeri Akhirat pada apa yang telah Allah kurniakan kepadamu semasa di dunia". Ia bermaksud sesorang manusia harus mengurus pekara dunia untuk akhiratnya bukan sebaleknya. Janganlah kamu lupa bahawa kamu akan meninggalkan keseluruhan hartamu dan akan hanya dibaluti dua lapis kain kafan sahaja. Seorang penyair Islam bermadah...

"Bagaian dari seluruh harta yang telah kamu kumpulkan sepanjang hidupmu, hanyalah dua lapis kain kafan yang membungkus tubuhmu dan sebutir ubat pengawet (kapur barus)."

"Adalah sifat Qa'anah (redha) yang biasa kamu carikan gantinya, disitu ada banyak kenikmatan, disitu ada yang dapat menyenangkan badan... lihat, orang yang paling kaya didunia sekalipun, adakah ia akan diusung kekuburan tampa kain kafan ???".

Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw dengan sabdanya yang bermaksud "Orang yang bijak adalah orang yang selalu meneliti dirinya sendiri " Ia bermaksud orang yang bijak adalah orang yang suka musahabah dirinya, memandu hawa nafsunya dengan mudah untuk beribadah kepada Allah serta beramal untuk persediaan akhirat nanti. Kemudian ia akan pula meneliti dirinya dan mempergunakan masa dan waktu yang masih ada untuk ibadah dan amal-amal soleh. Itulah bekalan utama rohani bagi setiap manusia untuk menuju kealam akhirat yang kekal abadi. Manakala manusia yang tertipu ialah mereka yang lalai dan asyik dengan nikmat dunia serta berbuat dosa tampa meninggalkan satu amal kebijikan pun, tetapi berkata " aku telah berbaik sangka kepada Tuhanku". Sudah nyata sekali ia berbohong terhadap Allah kerana berbaik sangka itu bermaksud mengerjakan amal kebajikan kehadrat Allah semasa didunia. Maka dibawanya pula beberapa ayat sebagai nas akan perbuatannya itu yang terang-terang tidak memehak kepadanya, malahan ia dianggap penipu dan pembohong.

Berkata Sa'id bin Jubir "Yang dimaksudkan menipu Allah itu ialah jika seseorang yang melakukan maksiat dan dosa-dosa besar tetapi berkeras kepala mengharapkan keampunan Allah". Manakala didalam peristiwa yang lain pula, Baqiyah ibnu Walid mengatakan, "Abu Umairah ash Shuri berkiram surat dengan temannya yang isinya menyebutkan, "Amma ba'du, Selama ini kamu hanya memikirkan dunia, masih saja mengharapkan Allah dengan perbuatanmu yang buruk itu. Ia samalah dengan perbuatan mengetuk besi yang sejuk , sekian wassalam ". Maka diharap kalian semua dapat pengajaran dari riwayat dan sirah ini.



BAB 2 - PEKARA YANG DAPAT MENGINGATKAN KEMATIAN DAN AKHIRAT.


Diriwayatkan dari Imam Muslim bahawa Abu Hurairah berkata "Nabi berziarah kekubur ibunya, beliau menangis dan orang disekeliling juga turut menangis lalu Beliau bersabda 'Aku minta izin kepada Tuhanku untuk mengampunkannya, tetapi Dia tidak mengizinkan aku, lalu aku meminta izin kepadaNya untuk berziarah kekubur ibuku dan Dia memberi izin kepadaku. Oleh sebab itu berziarahlah kekuburan kerana ia dapat mengingatkan kematian". Manakala dari sebuah hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersebda " Aku pernah melarang kamu menziarahi kuburan, maka sekarang berziarahlah kekuburan akan kamu semua kerana hal itu akan dapat mengingatkan kematian ".

Berdasarkan ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama ASWJ, menziarahi kuburan bagi kaum lelaki itu hukumnya sunat, tetapi mereka berdebat tentang masaalah ini untuk kaum wanita yang dewasa, setengah menghukumkan ianya harus dan setengahnya menghukumkannya sunat asalkan ia tidak bercampur dengan kaum lelaki ajanabi. Sesetangah ulama ini mengharamkan menziarahi kuburan untuk kaum wanita yang masih muda kerana ditakuti lemah semangatnya. Jadi terserah kepada pendapat kaum muslimin sendiri iaitu hendak mengikut yang mana satu, dimana kedua-dua pendapat itu juga dianggap benar. Ini adalah berasaskan dari sabda Nabi itu tadi yang ditujukan secara terbuka, tidak ia bersifat pengkhususan kepada sesuatu peringkat atau jenis sahaja. Ia bersifat terbuka kepada lelaki atau wanita yang dibenarkan menziarahi kuburan bagi memperingati akan kematian. Manakala menziarahi kuburan yang bercampur gaul antara kaum lelaki dan wanita yang ajanabi (bukan mukhrim) adalah juga haram hukumnya kecuali kepada kanak-kanak lelaki atau tujuan mendapatkan pelajaran yang apabila pemuda itu menumpukan pandangannya kepada kaum winata itu hingga meninbulkan fitnah, maka ia perbuatan berdosa dan juga mendapat pahala. Menurut sebahagian Ulama, larangan Nabi kepada kaum wanita yang menziarahi kuburan itu berlaku sebelum Nabi memberi kemurahan kepada umatnya. Setelah kemurahan itu Nabi berikan maka hal ini merangkaumi seluruh jenis kaum. Oleh itu pendapat pertama itu tadi adalah yang lebih utama.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib kwh, bahawa ia pergi kesuatu kuburan lalu berkata " Wahai penghuni kuburan, kabarkan kepada kami tentang kalian atau kami yang akan memberi kabaran kepada kalian...kalau kabaran dari kami ialah, harta kalian telah dibahagi-bahagi, isteri-isteri kalian telah bernikah lagi dan orang-orang miskin sudah diberi tempat tinggal oleh kaum selain kalian !....Demi Allah, jika mereka semua boleh menjawab, mereka akan mengatakan bahawa bekal yang paling baik ialah TAKWA ! ". Sungguh indah kata-kata dari Abdul Atahiyah iaitu :-

"Hairan aku kepada manusia, seandainya mereka masahabah diri mereka dan memindahkan hal dunia kepada yang lainnya, mereka akan tahu bahawa dunia ini hanyalah sebuah jambatan. Tiada kebanggan sejati kecuali daripada mereka yang bertakwa. Kelak ketika Allah menghimpunkan semua makhluk di Padang Mahsyar mereka akan tahu bahawa bertakwa dan berbakti itu adalah simpanan yang terbaik. Aku hairan kepada orang yang sombong, walhal mereka akan dikuburkan tampa punya kuasa untuk menyegerakan yang diharapkan dan menanguhkan yang ditakuti. Semua yang telah diusahakan semasa didunia dahulu berpindah kepada orang lain atau menjadi rebutan".

Menurut sesetangah Ulama, hati tidak dapat mengambil manafaat dari ziarah kuburan, apa lagi hati yang keras. Sebaleknya bagi yang memiliki hati seperti ini dapat mengatasinya dengan 4 pekara iaitu :-

1) Melazimkan menghadiri majlis-majlis taklim dan usrah untuk mendengar nasihat, pelajaran, peringatan, cerita orang-orang soleh dan majlis-majlis ilmu yang lainnya supaya dapat melembutkan hatinya yang keras itu.

2) Melazimkan mengingati kematian sebagai satu kejadian yang akan melenyapkan semua nikmat-nikmat dunia, memisahkan kasih sayang keluarga dan sahabat taulan dan membuat anak-anaknya menjadi yatim. Pada satu kisah yang terjadi kepada seorang wanita yang mendatangi Siti Aisyah ra mengadu akan hatinya yang sangat keras, lalu Aisyah menyarankan kepadanya supaya selalu mengingati kematian. Setelah menurut saranan tersebut, wanita itu mendatangi Aisyah dan menyatakan hatinya telah menjadi lembut dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Saidatina Aisyah ra. Menurut Ulama, mengingati kematian juga dapat melembutkan hati yang keras, menghilangkan rasa megah pada dunia dan menganggap remeh semua musibah yang terjadi.

3) Menemani orang yang sedang menghadapi sakatulmaut atau sakit tenat kemudian mengambarkan akan nasib yang bakal ia tempuhi setelah mati. Hal sebegini akan membuat hati tidak tertarek kepada nikmat dunia, fikiran tidak tenteram, jiwa menjadi gundah gulana, resah gelisah memikirkannya, membuat mata tidak dapat lelap tidur, menimbulkan semangat untuk beribadah dengan lebih tekun dan kuat kerana perasaan takut kepada kematian itu. Didalam kitab 'zawaid al zuhdi' karya Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di mukasurat 330, menceritakan perihal Waliallah Hassan al Basri menziarahi seseorang yang sedang menghadapi sarakatulmaut. Setelah ia memerhatikan akan kesusahan yang tersangat pedih untuk dicabut nyawa orang itu, beliau bergegas hendak pulang dengan wajah yang pucat lesi hingga tidak menjamah jamuan yang sedia dihidangkan kerana telah hilang seleranya juga. Ketika ia ditanya, maka ia menjawab, "Demi Allah.. aku baru saja melihat satu peristiwa seksaan kematian yang amat dahsyat, aku berjanji akan selalu melakukan amal untuk menghadapinya bila tiba saat aku bertemu dengan Tuhanku nanti " ketiga-tiga pekara diatas ini haruslah dilazimkan kepada orang yang sangat keras hatinya supaya hatinya menjadi lembut serta dapat menghindari diri dari fitnah-fitnah Syaitan dan Iblis keatas dirinya yang sudah tentu ingin menyesatkannya. Jika ketiga-tiga pekara diatas tadi tidak juga memberi kesan, maka cara terakhir ialah,

4) Melazimkan dirinya menghadiri pengkebumian mayat dikuburan atau turut mengali kuburan bersama-sama. Inilah cara yang paling berkesan sekali untuk melembutkan hati yang keras. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " menziarah kuburanlah kamu kerana ia dapat mengingat kematian dan akhirat serta dapat membuatkan zuhud kepada dunia". Dengan melazimkan diri menyaksikan permakaman jenazah, pertama ia akan mendengar seruan Azan, kedua ia akan dapat memberitahu diri akan tempat kembali yang kekal abadi. Pekara ini diharap dapat memberi keinsafan kepada mereka yang keras hatinya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Thabrani dan Hakim, Nabi saw bersabda yang maksudnya "Berita itu tidak seperti melihat dengan mata kepala sendiri". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas sahaja. Maka haruslah difahami bahawa bukan semua orang boleh berhadapan dengan orang yang sedang bertarung sakaratulmaut atau menziarahi kematian atau menziarahi kuburan. Jika hanya dengan mendengar berita saja tidak juga insaf, maka cara kedua atau ketiga atau keempat itu harus dipeitiskan supaya hati menjadi lembut dan insaf. Pada kebiasaannya, menziarahi kuburan itu lebih mudah dan sangat efektif kesannya. Oleh itu kepada yang menziarahi kuburan haruslah juga mematuhi adab sopan semasa disitu, kemudian berniat bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah. Disamping memberi keberkatan kepada mayat dan ahli-ahli kubur seklian dengan membaca ayat-ayat Quran, tahlil, selawat dan doa. Antara adab-adab yang utama semasa kekuburan ialah pertama sekali mengucapkan salam kepada seluruh ahli kubur musilimin dan msulimat dengan ucapan "Alaikas Salam tu was salam ala ahli kubur....". Kemudian membuka kasut atau sendal seperti yang telah diajarkan Nabi. Dilarang duduk dipusara atau melangkah diatasnya, kemudian baharulah membaca al Quran, tahlil, selawat dan doa khususnya kepada pusara yang dilawati dan amnya kepada seluruh penghuni tanah kuburan itu.

Diriwayatkan oleh at Tarmidzi didalam kitabnya bertajuk "Jumi at Tarmidzi" bahawa sesungguhnya ada seseorang lelaki datang menemui Rasulullah dan berkata "alaikas salam" lalu Nabi menegurnya "Jangan ucapkan salam seperti itu kerana salam itu hanya untuk menghormati mayat sahaja". Termasuk juga adab menziarai kuburan iaitu semasa mengucapkan salam hendaklah berhadapan dengan kuburan seolah-olah berhadapan dengan manusia itu sewaktu hidupnya. Kemudian ambillah pengajaran dengan mengambarkan keadaan mayat yang sedang diziarahi itu dengan renungan yang dalam sekali dilubuk hati. Dengan gambaran seumpama itu diharap akan mengubah diri menjadi lebih tekun beribadah, menghindarkan diri dari rakus dan tamak kepada harta dunia, menzahirkan khusyu' semasa beribadah dan banyak pengajaran lagi akan diperolehi dari usha seumpama ini.

Manakala terdapat beberapa buah hadis maudhu menjelaskan beberapa peristiwa tentang dihidupkan semula ibu dan ayah Nabi saw untuk di Islamkan oleh Nabi. Maka ia tidak dapat dibentangkan kerana sanadnya yang sangat lemah dan diluar dari pemikiran manusia biasa kerana persoalan ghaib seumpama itu hanya Allah dan RasulNya saja yang maha mengatahui. Mudah-mudahan Allah mengampunkan seluruh keluarga Nabi saw seperti yang beliau harapkan semasa hidupnya lagi. Tambahan pula ia telah disanggah dengan turunnya firman Allah didalam surah anNisaa ayat 18 yang mafhumnya ;

"Dan tidak (diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka didalam kekafiran".

Kemudian didalam surah al Baqarah ayat 119 pula Allah berfirman yang mafhumnya ;

"Kamu tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka".

Maka didalam hal ini kita serahkan saja kepada Allah untuk menjadi hakimnya, waallahua'lam.


Sekian dulu untuk siri perkenalan atas tajuk "SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT " dalam Fasal A - Kematian, bab 1 dan 2. Diharap pembaca dapat memahami akan keadah penulisan sirah al Marhum Syaikh al Qurthubi ra ini yang diterjemah kedalam bahasa Malaysia dari karya asal beliau. Tetapi diatas pekara-pekara supaya ia tidak menimbulkan fitnah kepada umat Islam, maka perlu juga ia diolah dalam bentuk bahasa kita supaya ia mudah difahami. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan serta selamat berpuasa.

sekian

Zamany.

Sunday, July 25, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 8

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...




KESESATAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG AWAM.



Setelah dibeberapa bab yang lalu kita disajikan dengan berbagai kesesatan yang dibuat oleh Pengamal ilmu-ilmu hitam, Tarikat sesat, Pereka-pereka ilmu batin, Kefahaman yang jauh dari hukum Syarak, Ilmu Pernafasan Batin (persilatan), Ilmu bersandarkan Khadam dll, maka tibalah masanya untuk kita mengatahui akan kesesatan yang dilakukan oleh orang-orang kebanyakan atau orang awam. Amatlah perlu kita mengatahui akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan kerana mempercayai mereka itu semua, supaya selepas ini kita dapat menghindarkan diri dari terjebak didalam rantaian keilmuan yang sesat pembawaakan mereka-mereka itu . Ini mesti kita lakukan supaya kita tidak termasuk sebagai golongan yang dimurkai Allah swt selama-lamanya baik didunia mahupun diakhirat kelak. Adalah tanggung jawab setiap individu islam secara peribadinya mempunyai azam dan iktizam untuk melarikan diri dari semua bentuk kesesatan baik ia secara terang-terangan mahupun secara tersembunyai kerana "akhirnya" kita juga yang akan dikenakan hukuman kelak atas sebab lalai, alpa, ikut membabi buta, tak mahu berubah, tak mahu mendengar nasihat, jahil murakab (bersusun-susun), berdegil, buta akal fikiran, berperasangka buruk, berdendam, megah dunia, mahu gagah dan perkasa, nampak hebat, mengejar kekayan dunia dan berbagai-bagai perangai manusia lagi. Keperluan untuk mengatahui dan mengenal diantara yang baik dan buruk adalah amat penting untuk diberi penumpuan disini kerana yang mahu dijaga itu adalah "AKIDAH ISLAM" didalam sanubari kita sendiri, bukannya orang lain. Justru anda digalakan membaca terus atikal ini sehingga selesai supaya mengatahui keadah untuk menyelamatkan diri kita dari 'perangkap' kesesatan yang sentiasa menunggu peluang untuk masuk menerjah keotak dan fikiran kita pada bila-bila masa saja yang dibawa oleh ejen-ejen peresikan Iblis Laknatullah dan Izazil Laknatullah yang bertopingkan manusia ini termasuklah dengan ejen-ejen THH yang berkeliaran diluar sana.

Maka banyaklah kesilapan yang kita lakukan sama ada sedar atau pun tidak yang pula membawa akibat yang buruk kepada Akidah, Iman, Akhlak dan Amalan. Disenaraikan akan kesilapan orang-orang awam hingga membawa kepada kesesatan kepada mereka seperti dibawah ini :



SASARAN DAN KETAKSUBAN:


Apa juga yang dilakukan oleh manusia-manusia durjana seperti dukun, pawang, mak andam, tukang tiup, bomoh, tok guru tarikat sesat, ahli kebatinan, tok guru silat, guru berkhadam, ahli nujum, tukang urut patah, mak bidan, tok mudim, pengamal kesenian rakyat, pengamal perubatan tradisional, perubatan alternatif, bomoh buang saka, guru-guru agama "bersahabat", Ustaz berkhadam, pengamal ilmu menurun, pengamal ilmu batin dan sebagainya itu... akhirnya orang-orang ramailah yang menjadi "target" atau menjadi mangsa mereka. Orang-orang awam yang mudah mengikut telunjuk seperti kerbau dicucuk hidung akan menjadi "ulam" mereka untuk diratah. Tambahan pula yang langsung tidak berpelajaran ataupun yang tidak mengatahui dan tidak ambil peduli akan pekara ini. Malang sekali jika ada diantara mereka yang terjebak itu diantara orang terpelajar, orang kenamaan, orang berkedudukan, artis-artis, golongan profesional dan sebagainya lagi. Sebenarnya semua orang awam tak kira apa juga kedudukan mereka menjadi sasaran puak-puak itu asalkan mereka boleh mendatangkan "keuntungan" atau laba kekayaan wang ringgit kepada pegamal keilmuan sesat tak kira dibahagian mana sekali pun. Mereka begitu rakus kerana Malaysia ini menjadi "lubuk duit" untuk mereka terutama yang datang dari seberang iaitu Indonesia. Mereka datang sebagai "pengamal perubatan alternatif", tukang urut tradisional, bomoh, dukun dan tak kurang juga yang menjadi pendakwah bebas, guru tarikat, guru persilatan, guru agama, guru tarek duit, guru buang saka dan lain-lain lagi. Tujuan utama mereka hanyalah kerana "wang ringgit" yang mengamit mereka kemari tambahan pula orang-orang disini sangat taksub jika tok guru datang dari seberang serta bersedia memberi habuan besar asalkan mereka sembuh dari penyakit yang dihidapi. Mereka amat terpengaruh dengan dakwaan bahawa guru-guru yang datang itu "handal", hebat-hebat ilmu mereka sedangkan mereka itu adalah pengamal ilmu hitam, ilmu kebatinan, pembawa tarikat sesat, penyebar dakyah songsang, pengamal ilmu megik dan tahyul dan berbagai-bagai ilmu sesat lagi. Jadi orang-orang ramai disini menjadi mangsa mereka kerana "KETASUBAN" tersebut serta tidak faham aliran keilmuan yang mereka miliki hinggakan tergadai akidah Islam yang selama ini mereka bena.



MEGIK DAN SAKTI:


KETASUBAN itu juga hadir apabila guru-guru itu membuktikan beberapa pekara mencarek adat atau luar biasa samaada dia nampak sendiri atau dengan mendengar cerita-cerita orang yang pernah hadir kepadanya. Mulalah heboh disana sini berkenaan dengan "kehebatan" guru itu tadi dalam mengubati orang atau dalam memberi ceramah agama atau pun dalam pertunjukan seni pertahanan diri (silat). Orang ramai terutama di Malaysia ini akan cepat terpengaruh dengan cerita-cerita begitu, maka tok bomoh atau Ustaz tadi mula mencari jalan bagaimana untuk mengcaburi mata hadirin iaitu sebagai contoh dengan belajar Ilmu Sakti Kebatinan (sebuah ajaran sesat yang menggunakan khadam syaitan yang popular di Indonesia). Dengan adanya Ilmu seumpama ini tok bomoh atau Ustaz tadi bias menunjukkan permainan "silap mata" atau magik kepada khalayak seperti menerbangkan sejadah keudara, keris terbang, kebal, jurus jarak jauh, bersila diudara, menghidupkan lampu pada badannya, makan kaca, mengeluarkan duit dari bawah tikar, menyembuhkan orang sakit tenat, berkata-kata dengan jin pada badan orang yang kena sampok jembalang, terus mata boleh melihat tulang patah atau retak, memasukkan pedang kedalam mulutnya, menghadirkan ubat akar kayu dalam mangkok dan sebagainya lagi. Setelah berubat mereka dikenakan dengan "pengeras" dengan dinilaikan sama dengan wang ringgit Malaysia. Begitulah permainan tok bomoh itu yang hanya sebentar sahaja kehadirannya disini (kerana ubatnya hanya bertahan beberapa waktu) sebenarnya takut kedapatan akan penipuannya. Maka cepat-cepat melarikan diri dengan alasan visa hanya seminggu saja. Selang beberapa waktu kembali lagi kemari dengan permainan yang baru atau sama saja seperti yang lalu. Begitulah pusingannya saban waktu sehingga orang ramai tidak mahu lagi percaya akan keilmuannya maka habislah punca rezekinya disini. Mempercayai dan berkayakinan dengan bomoh yang bersahabat dan berkhadam adalah meletakkan diri kita diwilayah murtad dan syirik terhadap Allah swt. Maka cepat-cepatlah bertaubat jika kamu didalam masaalah ini kerana dosa ini tiada keampunannya.

Yang menjadi harirannya, orang ramai disini tetap juga percaya dan taksub dengan tok bomoh dan Ustaz dari seberang walaupun telah ditipu. Kalau disana tok bomoh itu tiada siapa peduli kerana tahu tabiat buruk dan kaki minumnya itu hingga memukul isteri jika mabuk. Tapi dia disini bukan main mendapat perhatian yang istimewa. Turun saja kapal terbang diKLIA sudah ada Merz menjempunnya. Tinggal diHotel 5 bintang, kemana saja ada yang menyambut seperti menteri kerana punya Ilmu Sakti, malahan dipanggil "Kiayai" lagi. Sedangkan sejadah pun dia tak kenal, waktu solat pun tidak tahu, bacaan ayat Fatihah pun tidak lepas... tetapi disini menjadi Imam solat. Tahukah anda untuk apa dia kemari ??? kerana orang disini percaya dia mampu "Tarek duit", "Tarek Emas" dengan "Ilmu Sakti" nya. Atau dia ada banyak "barang kebal" untuk tarek duit. Ini berlaku tidak berapa lama dahulu, malahan kawan pun dijemput untuk "bergabong" tenaga...kononnya. Kawan tinggalkan saja majlis mereka tampa berkata apa-apa kerana tiada nas atau hadis yang mengatakan ujudnya Ilmu seumpama itu tambahan pula kawan kenal siapa "kiayai" itu. Jadi mereka membuang masa dan wang saja menjemput manusia seumpama itu kemari. Lihatlah betapa bodohnya mereka semua dek kerana "Taksub Melampau" yang sukar untuk berpatah kepangkal jalan walau diberi nasihat sekali pun. Sebenarnya jika kita berkayakinan bahawa khadam jin itu boleh mendatangkan duit dan memberi rezeki maka kita telah meletakkan diri kita kedalam wilayah murtad dan dosa murtad itu tiada keampunan selagi tidak Taubat Nasuha dan jika kamu mati didalam kepercayaan seumpama itu tampa sempat bertaubat maka kamu dianggap kafir... minta dijauhkan Allah swt.



PEMUJAAN:


Satu lagi yang amat senonim dengan alam Melayu ialah "PEMUJAAN". Entah kenapa masaalah ini tiada kesudahannya walau pun Islam telah bertapak di sini begitu lama. Ajaran Islam amat melarang kepada sebarang bentuk pemujaan walau apa pun tujuannya. Memang jika sebelum Islam datang kemari itu kepercayaan disini banyak kaitannya dengan bentuk pemujaan. Hampir semua kerja mereka kaitkan dengan puja dewa. Puja laut, puja sungai, puja pokok, puja bukit, puja semangat tanaman, puja perahu, puja kubur, puja roh jahat, puja kubur keramat dan banyak lagi. Tetapi setelah kita menerima Islam maka semua bentuk pemujaan itu haruslah dibuang dan jangan dibuat lagi. Tidak disangka juga ada sesetengah kumpulan manusia dimasa ini masih lagi mengamalkan pemujaan bagi tujuan perubatan, nombor ekor, minta kaya, minta anak, minta selamat, minta sehat, minta menang pertandingan dan lain-lain lagi. Budaya kuno ini tetap menular didalam darah sanubari masyarakat Melayu hingga kehari ini walaupun mereka itu Islam. Lainlah jika mereka masih tinggal diwilayah yang tidak menerima Hidayah Islam langsung. Meminta kepada yang lain selain dari Allah itu merupakan dosa yang amat besar dimana kita telah meletakkan diri kita diwilayah syirik dan murtad yang tiada keampunan dari Allah akan dosanya.

Malang sekali di Malaysia yang terkenal dengan Negara Islam ini dengan pujian atas pengurusan jemaah Hajinya, Islam Lebralnya, Islam Teloransi, Negara Islam contoh... tetapi telah pula "membenarkan" bentuk pemujaan dewa secara besar besaran diadakan saban tahun, malah telah diwartakan hari cuti umum lagi. Kononnya untuk menarek perlancong luar datang ke mari pada waktu itu yang juga dipanggil "Produk Perlancungan". Kenapa tiada bantahan dari Majlis Agama atas pekara yang terang-terang melangar hukum Syarak ini. Majlis Agama boleh saja mencadangkan kepada kerajaan agar mereka boleh membuat upucara itu secara tertutup dikawasan tertentu dan tidak dibesar-besarkan kerana menghormati akan setatus Negara Islam Contoh Dunia ini. Maka seharusnya kesucian Islam itu harus dijaga dengan sempurna walaupun kita punya berbagai-bagai jenis kaum dan kepercayaan. Kaum-kaum itu juga harus menghormati akan ajaran Islam yang dianuti mejoriti rakyat negara ini didalam Negara Islam pula. Ini adalah kerana pemimpin yang beragama Islam didalam kerajaan BN sebagai penaraju kerajaan juga akan dipertanggung jawabkan akan dosa yang mereka lakukan itu kerana "Kebenaran" yang telah kamu beri didalam Parliman. Jadi bagaimana... takut pada Allah ke, atau takut kepada pengundi ??? Begitulah sukarnya menjadi pemimpin.... bagaimana kamu mahu keluar dari dosa ini ???

Bentuk pemujaan juga menular kepada raja-raja Melayu, Pemimpin Melayu, Penceramah Agama, Penyanyi, Aktor, Program TV, Guru-guru Tarikat, Cikgu sekolah, pemimpin kaum, ratu, walaupun bentuk pemujaan itu tidak menyamai akan penyembahan dewa tetapi menjadikan taksub, tunduk, patuh, idola, puja, itu juga dikira sama dosanya seperti pemujaan selain dari Allah. Ia melarikan akidah, pandangan batin, akal fikiran yang akan menyebabkan kita lalai kepada Allah. Dalam hal ini manusia Islam haruslah berhati-hati menjaga akidah mereka supaya taksub mereka itu tidak melampau hingga lalai kepada Allah. Sebagai contoh, jika kita perhatikan disuatu keramaian yang bakal dihadiri Pemimpin tertentu... masyarakat sebok menyiapkan tempat, makanan, tempat berniaga, acara-acara hingga lalai solat, lalai waktu. Begitu tekunnya mereka itu hingga seluruh tumpuan kerja semuanya menuju kearah itu. Majlis itu pula mengalakan percampuran ajanabi (bukan muhrim) lelaki perempuan didalam satu tempat... jadi bagaimana ? Tidak kah ia melangar Hukum Syarak ? Tidak kah ia membawa dosa besar ? dan yang paling teruk sekali ialah dosa lalai pada Allah ??? Begitulah juga kepada idola-idola yang lain, kerana terlampau taksub hingga sanggup meniru gaya, pakaian, cara berjalan, rupa paras dan sebagainya kerana "taksub melampau" yang juga boleh diertikan sebagai PUJA.



MENURUN DAN BERDAMPINGAN:


Boleh dikatakan hampir kesemua bomoh, dukun, pawang dll didalam masyarakat Melayu itu mengamalkan "amalan menurun" atau pun "berdamping" dengan makhluk halus, makhluk jin, bunian, jembalang, toyol dll. Menurun dan berdamping samada sedar atau separuh sedar ataupun tidak sedar langsung yang dikenali juga dengan nama Tahasalul Arwah yang didalam hukum Syarak adalah ditegah dan haram sama sekali. Mengamalkannya jatuh kepada syirik dan bidaah dholalah hingga mengikabatkan murtad. Orang awam yang berkunjung kepadanya bagi berbagai tujuan dan hajat juga turut sama terbabit tampa mereka sedari. Mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti pengamal amalan itu tadi kerana mempercayai dan yakin kepada sesuatu amalan yang sesat dari jalan Allah. " Tiada sebarang Nas atau Dalil dari Al Quran mahupun Hadis Nabi yang mengatakan dan boleh dibuat sandaran bahawa Roh Orang Soleh, Waliallah, Malaikat atau siapa juga yang telah meninggal dunia akan hadir dan "masuk" menurun kedalam badan pengamal ilmu itu tadi atau pun boleh hadir berdamping dengan Tok Bomoh, Tok Guru, Tok Pawang, Dukun, Ustaz, Imam, Dukun Anak, Guru Silat, Mahaguru ataupun orang-orang biasa yang lain bagi tujuan memberi ucapan, ceramah agama, mengajar Tarikat, mengajar silat, memainkan alat kesenian Melayu, mengurut, menyembuh penyakit, menjampi air penawar, memberi ubat, memberi nasihat dan sebagainya ". Ini semua hanyalah permainan dan tipudaya dari tak lain dan tak bukan iaitu Golongan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis dari semua arah fitnah penipuan, bidaah dhoalalah yang sangat jauh, muslihat bagi menyesatkan Umat Islam.

Terlanjur dengan sifat orang-orang Melayu yang sangat taksub, fanatik, yakin dan percayakan akan "kehebatan" Makhluk Halus, Orang Ghaib, Bunian, Jin Islam dan lain-lain lagi yang kemudian sanggup pula MEMFITNAH orang-orang Abadi, para Solehin, Waliallah, Malaikat dan lainnya itu untuk menjadi "budak suruhan" atau "kuli" mereka bagi menbuat kerja-kerja kufur mereka itu walaupun bertujuan baik, mereka tetap telah melakukan dosa-dosa besar kepada Allah dan dosa-dosa "kering" kepada manusia dan malaikat yang dikasehiNya, termasuklah kepada orang-orang awam yang mendatanginya meminta pertolongan dari semua arah tampa mereka sedari juga telah terbabit sama atas apa yang mereka amalkan itu. Mereka semua ini bakal menerima azab seksa yang sangat pedih dialam kubur dan diakhirat kelak sebagai balasan atas semua fitnah yang telah mereka lakukan semasa didunia ini dan terus kekal bersama-sama "sahabat" mereka dari golongan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis didalam Neraka Jahanam. Tiada kompromi atas masaalah ini, maka jauhkan diri anda dari semua ini supaya kita tidak terjurumus "Kelembah Kehinaan" Allah swt dikemudian hari kelak.



PENGERAS DAN PEMUTUS UBAT :


Antara kesilapan besar orang-orang awam ialah kesanggupan mereka membayar upah kepada Tok Bomoh, Tok Pawang, Dukun, Ustaz, Imam, Mak Andam, Mak Bidan dan lain-lain lagi sebagai pengeras dan pemutus ubat. Pada kebiasaannya pengamal perubatan tradisional dan perubatan altenatif ini akan mengenakan kadar upah tertentu sebagai pengeras dan pemutus ubat apabila telah selesai berubat. Upah itu pula dalam beberapa bentuk seperti digantikan dengan wang ringgit, jenis pakaian, jenis makanan, jenis barangan, jenis besi buatan seperti keris, pisau lipat dll kemudian ada juga yang mahukan pesakit membuat amalan-amalan tertentu berupa ayat-ayat Quran, wirid-wirid, jampi mentera, doa-doa, berpuasa, patigeni (tak tidur malam kerana amalan) Memutih (berpuasa tak makan lauk berdarah), Solat-solat sunat malam dan berbagai lagi bentuk retual tertentu seperti membayar nazar ke Pulau Besar, ke Tasik Dayang Bunting atau ke Makam-makam tertentu dan lain-lain tempat lagi. Semua itu adalah berupa "Pensyaratan" (jika di Indonesia) yang dimesti dilakukan oleh pesakit jika mahu kekal sembuh sebagai pengeras atau pemutus ubat. Tak kira sama ada pengeras dan pemutus ubat itu bertepatan dengan Hukum Syarak atau tidak ia tetap sama hukumnya iaitu Haram dan Syirik. Itu semua adalah amalan bidaah doalalah yang sesat yang meletakkan umat Islam itu diwilayah Murtad kerana meminta kepada kuasa yang lain dari Allah serta meyakini bahawa yang memberi pertolongan itu adalah dari makhluk halus, bunian, jin, syaitan, afrit dan Iblis sama ada mereka tahu atau pun tidak.

Sama juga keadaannya jika orang-orang awam Islam yang sakit ini pergi berjumpa Doktor di Klinik dan Hospital Swasta atau Kerajaan. Jika mereka beretikad bahawa yang menyembuhkan penyakit ialah Doktor atau meyakini bahawa kerana ubat yang diberi oleh Doktor itulah yang menyembukna penyakitnya, maka mereka telah meletakkan diri mereka diwilayah sesat dan murtad. Ketahuilah bahawa "HANYA KUASA ALLAH SAJA YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT " bukannya Doktor, bukannya Ubat yang mereka beri. Itu semua kerana sebab saja, manakala yang menyembuhkan penyakit hanya Kekuasaan Allah semata-mata. Jangan silap beretikad kerana ia membawa kepada masaalah besar kepada akidah yang kamu miliki.

Berbalek semula kepada masaalah tadi, pengeras dan pemutus ubat ini adalah merupakan juga sebagai "TANDA" penghormatan, tunduk dan patuh kepada kekuasan di Alam Iblis Izazil Laknatullah (termasuklah makhluk halus, jin, bunian, syaitan, afrit dan iblis). Pada lapisan zahirnya nampak elok saja kerana menepati hukum syarak atau pun tidak... tetapi dilapisan bathinnya inilah yang kamu buat, "PENGIKTIRAFAN KEKUASAAN IZAZIL", dan apabila kamu mati dalam keadaan ini tampa sempat bertaubat nasuha serta berazam meninggalkannya sama sekali, kamu akan duduk dialamnya bukannya kembali ke Alam Barzah yang telah Allah swt sediakan bersama-sama orang-orang Solehin, Ariffin, Mutaqin. Inilah yang dinamakan mati didalam keadaan sesat, buruk dan tidak mendapat perlindungan serta rahmat Allah swt. Pada waktu ini baru kamu tahu bahana bermain dengan Jin sama ada sebagai pengamal perubatan itu atau sebagai orang yang datang meminta pertolongan daripadanya ... tetapi kesal kemudian tiada gunanya, maka kekallah kamu bersama-sama "sahabat" kamu itu hingga kedalam Neraka Jahanam diakhirat kelak. Terpulanglah kepada Allah untuk melepaskan kamu atau pun tidak. Oleh itu kepada yang telah terlanjur disarankan kembalilah kepangkal jalan secepat mungkin dengan bertaubat nasuha dengan azam yang kuat tidak akan mengulangi perbuatan itu kerana bahaya sedang menanti kamu. Mudah-mudahan Allah swt menerima taubat kamu itu.



KHADAM, SAHABAT DAN SAKA :


Telah dijelaskan dengan panjang lebar didalam bab-bab yang lalu berkenaan 3 pekara ini ataupun seumpama dengannya. Tentu anda semua telah mengatahui masaalah yang menimpa jika kita bersekedudukan dengan makhluk jin itu sama ada ia Jin Islam apa tah lagi jika ia dari puak Jin Kafir, Syaitan, Afrit dan Iblis. Malang sekali kepada orang-orang awam yang tidak mengatahui akan masaalah ini dimana tak semena-mena saja dia telah didatangi "saka keluarganya" yang tidak pula diketahui darimana asalnya ??? apa bendanya??? kenapa ??? Tiba-tiba saja dia meraong meronta-ronta "kerasukan" makhluk halus itu, hingga ada diantaranya sampai koma dan pengsan. Kemudian berkata-kata dalam bahasa yang ganjil (bukan lagi suara aslinya) pula. Ada kalanya ia menerangkan kenapa dan dari mana ia datang, tetapi yang lebih teruk lagi apabila ia tidak mahu bercakap langsung. Ia memerlukan pakar untuk mengubati pesakit itu dan bukanlah dari Ustaz biasa yang boleh melakukan pekara ini. Ia perlukan "orang yang mengenal dirinya" yang mampu mengubati, membuang dan memisahkan langsung Jin itu dengan pesakit dan keluarganya. Orang ini juga mestilah "nampak" akan jin itu supaya jin itu akan tunduk kepada arahannya. Begitulah keadah membuang saka yang sempurna dilakukan untuk keluar dari masaalah "bersaka" yang memudaratkan kepada diri, amal kebajikan dan keluarga.

Masaalah kepada orang awam ialah mereka selalunya hadir kepada Tok Bomoh atau Ustaz berkhadam. Sudahlah kamu bersaka... pergi pula kepada orang berjin, macam mana nak selesai masaalah ??? bertambahlah lagi masaalah yang kamu hadapi. Ia akan jadi bertimpa-timpa yang juga dipanggil dengan nama "Jahil Murakab" didalam Syarak. Ketidak fahamnya akan masaalah jin inilah yang menyebabkan semua itu berlaku. Jadi kenalah bertanya kepada ahlinya akan pekara ini jika mahu keluar dari masaalah itu. Janganlah pergi kepada mereka yang berkhadam, bersahabat atau bersaka untuk "Membuang Saka" keluarga kamu. Memang banyak dakwaan dari tok bomoh murahan dipasaran sekarang, sampai ada yang keluar TV lagi menunjukan kehebatannya membuang saka pesakit. Percayalah... jika tidak dari orang yang "mengenal dirinya" tidak akan mampu berhadapan dengan makhluk jin itu, kalau jadi pun hanya bersifat semantara saja. Dilain masa ia akan datang semula mengganggu pesakit itu atau ahli keluarganya yang lain berulang-ulang kali hingga kamu letih dan lesu. Selagi dia tidak bertemu buku dengan ruas, ia tidak akan pergi begitu saja. Ini semua kerana "Perjanjian" salah seorang ahli keluarga kamu dahulu semasa mengambil jin itu menjadi sahabat atau khadam. Kadang kala sampai banyak dari ahli keluarga kamu dahulu kala yang bersahabat dan berkadam. Maka apabila sampai giliran kamu yang tidak tahu apa-apa, menjadi mangsa jin itu pula yang digelar sebagai Saka Keluarga.

Jadi lihatlah masaalah yang telah kamu tinggalkan kepada keturunan kamu jika kamu membela Jin sebagai Sahabat atau Khadam ini semasa kamu hidup ini. Sudahlah kamu mati dalam keadaan sesat... kamu tingalkan kesesatan itu pula kepada keturunan kamu dibawah dengan segala masaalah bertimpa-timpa. Inilah salah satu lagi masaalah yang kamu dan keluarga kamu hadapi jika kamu bermain dengan makhluk halus atau Jin ini. Ia tidak akan meninggalkan keluarga kamu kerana pertalian darah keturunan kamu hinggalah hari kiamat. Mereka itu semua pakar DNA darah, sebelum manusia mengatahui akan ilmu DNA lagi. Jadi tidak hairanlah jika mereka boleh menuruti semua keturunan kamu dan menganggu mereka selagi tidak berlaku kiamat. Mereka akan duduk disemua bahagian hidup keluarga kamu terutama tentang ibadah dan muaamalah mereka. Suka atau pun tidak, tahu atau pun tidak, ia tetap "berkuasa" kerana kamu atau datok nenek kamu telah berjanji kepadanya dahulu. Maka beringatlah selalu, jangan ambil dan bersahabat dengan Jin dalam apa juga keadaan. Kepada yang telah "Terada" jin saka hendaklah pergi kepada yang arif didalam bab membuang saka. Bukan sembarangan...



TARIKAT SESAT:


Memang telah menjadi darah daging didalam masyarakat Melayu di Malaysia ini khususnya suka akan cerita-cerita keromah Para Waliallah dahulu kala, cerita-cerita kehebatan mereka bertempur dengan penjajah, cerita-cerita keberanian mereka berperang, cerita-cerita cara mereka mendekatkan diri kepada Allah swt untuk mendapat REDHA dariNya. Kemudian mereka pun mencari punca ilmu yang diwarisi dari orang-orang soleh itu dan ketahuanlah bahawa itu semua didapati dari sumber amalan Ilmu Tarikat atau jalan menuju Allah swt iaitu terkenal dengan panggilan "Jalan Mengenal Diri". Tetapi malang sekali rupa-rupanya persedian pencarian mereka itu tidak lengkap. Mereka tidak faham Tarikat yang bagaimana yang seharusnya mereka ikuti ?. Ilmu yang bagaimana harus mereka pelajari ?. Orang yang bagaimana harus mereka temui ?. Yang paling teruk sekali perangai "ikut cakap kawan" yang melekat pada diri mereka. Jadi sebenarnya mereka betul-betul tidak faham apa yang mereka cari ?. Apa yang mereka inginkan hanya didalam khayalan yang tak tentu punca dan arah. Dimana mereka harus merujuk dan bertanya akan pekara ini kerana silap bertanya akan membawa padah kesesatan pula ?. Semua persoalan inilah yang membelengu didalam benak fikiran pemuda-pemuda Melayu ini sehingga ada sebahagiannya tidak mahu lagi meneruskan pencarian mereka dek kerana "budaya takut sesat" ini.

Tambahan pula terlampau banyak berita berkenaan Terikat Sesat, Sufi Sesat, Penyebar Ajaran Sesat, Pengamal Aajaran Terikat Sesat atau telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa yang telah tertangkap oleh Majlis Agama dan Polis yang didedahkan didada-dada akhbar, TV, Internet dan cerita-cerita orang ramai sekeliling yang membuatkan usha-usha pencarian bagi mereka yang berminat menuju kebuntuan. Ditambah lagi dengan mereka yang menyebarkan fitnah kepada Pondok-pondok Pengajian Tarikat, Madrasah Pengajian Tarikat yang telah lama bertapak di negara ini juga turut dibabitkan. Mereka-mereka ini adalah kumpulan manusia yang diupah oleh ejen-ejen THH bagi memusnahkan "Sumber" pengajian Tarikat kerana mereka tahu disinilah asas dan asalnya sumber kekuatan dalaman umat Islam. Asas umat Islam membena kekuatan dalaman yang amat sukar sekali ditembusi oleh mana-mana kaum dan anasir jahat dunia untuk meruntuhkan Ajaran Islam. Jadi mereka merosakkan angapan dan fikiran orang-orang awam sebelah sini dengan memburuk-burukkan sumber ini supaya sumber ini akan terkubur. Dilain bahagian pula mereka mengupah guru-guru penipu untuk mendirikan "Tarikat Sendiri" yang agenda sebenarnya untuk menghancurkan Iman umat Islam disini. Sumber kewangan disalurkan secara sulit supaya orang ramai tidak mengatahuinya. Jadi tok-tok guru palsu itu pun menyebarkan ajaran terikat sesat dan segala agenda mereka dengan bebas tampa kawalan. Lihatlah betapa liciknya modus operandi yang mereka gerakkan semata-mata untuk melihat Malaysia jatuh keriba mereka, umat Islam di Malaysia hancur melutut dihadapan mereka.

Inilah diantara sebab kenapa atok tampil kemuka untuk menulis atikal ini semata-mata ingin melihat pemuda-pemuda Islam disini bangkit semula dengan berani. Jangan jadi dayus dan penakut untuk berjuang... ayuh mari ramai-ramai kita tegakkan semula kebenaran ??? kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... alang-alang menyelok pekasam biar sampai kepengkal lengan... alang-alang mandi biar basah, sila sahut cabaran atok ini ???? musuh sudah dihadapan hidung pun masih nak berdiam diri lagi ???

Perjuangan pertama yang kamu kena hadapi ialah diri kamu sendiri ??? kalau takut sesat lebih baik sembunyi bawah katil saja. Jangan cari apa-apa ??? tunggu saja Malaikal Maut sampai. Yang atok panggil keluar ialah "Keturunan Bani Tamin yang BERANI" !!! Yang atok seru keluar ialah "PEJUANG SEJATI" !!! Bagaimana nak berhadapan "peperangan akhir zaman" jika begini sikap kamu... diri sendiri pun tak boleh hadapi, inikan pula nak berperang ??? Apa orang putih cakap... "No Pain No Gain" ??? Macam mana nak mendapat pengalaman jika takut itu... takut ini. Hantu pun takut...??? Nampak bayang-bayang sendiri pun takut...??? Inilah masaalah besar Pemuda-pemuda zaman ini, Sikap rendah diri yang tak berpunca... macam mana nak jadi "Khilafah" dimuka bumi Allah kalau tak berani ??? Sudah atok bentangkan semuanya... sudah atok tunjukkan jalannya... masih lagi berdiam diri dirumah???, sedangkan atok yang tua-tua ni sampai kemerata tempat... kamu masih dirumah ??? Ini semua bukan untuk atok... untuk kamu semua, atok ni...entahkan esok entahkan lusa, akan pergi meninggalkan kamu. Kamulah menganti tempat atok kelak.... fikirkan lah ???

Yakinlah kepada Allah... jika kamu benar-benar Ikhlas ingin kepada Nya, nescaya akan ditunjuki kamu arah kepadaNya walaupun sesukar mana sekali pun. Lagi pun apa nak kamu takutkan, kan mencari Ilmu itu juga satu perjuangan dan apabila kamu mati didalam keadaan kamu sedang mencari JalanNya... pohon agar Allah letakkan kamu sebagai Syuhada sebaris dengan para Syuhada Perang Badar jika diizinkanNya. Jadi apa tunggu lagi......maju terus !!!



WASILAH DAN RABITAH:


Sangat mudahnya pegangan agama kita diperokperandakan tampa disedari hanya kerana ingin berubat, ingin mengaji agama, ingin menambah keilmuan, inginkan kefahaman tentang agama, ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan belajar ilmu sufi, ingin belajar ilmu pertahanan diri dan lain- lain lagi. Ini semua kerana ceteknya kefahaman serta tidak mengatahui bagaimana caranya untuk mencari guru yang benar dalam "Jalur Keilmuan Islam Sejati" yang diajarkan oleh Rasullah saw. Kemudian mereka pula tidak mahu bertanya dengan orang-orang berilmu bagaimana caranya mencari "Badal Guru Mursid" (wakil-wakil Guru Agung Rasullah saw) pada masa ini yang masih hidup yang bilangannya hanya 1 orang pada sesuatu masa sehingga beliau meninggal dunia baharulah digantikan dengan yang lainnya pula, sedangkan Badal Agungnya pula seorang setiap 500 tahun, kemudian dari itu ia berantaian setiap satunya dengan yang lain hingga menyampai ketangan Sahabat-sahabat Nabi dan seterusnya ketangan Baginda Rasullah saw itu sendiri. Hanya kepada beliau inilah yang boleh kamu ambil dan boleh menyampaikan "WASILAH DAN RABITAH" (salasilah keilmuan dan tambatan hati kepada Rasullah saw) melalui penyampaian "Watikah Sahadatai" atau juga dipanggil dengan nama "MUBAIAAH" atau Ijazah dari tangan ke tangan kemudian diucap dengan lidah dan mentasdihnya didalam hati dengan teguh dan mantap rohani jasmani kamu. Kemudian dari itu barulah kamu benar-benar duduk didalam "Wilayah selamat" sebagai "Murid dan Umat Muhammad Rasullah saw" ataupun bermula terlebih dahulu dengan menjadi "Murid Kepada Sultan Para Waliallah" al Sultan Syaidi Syeikh Abdul Khair, Abdul Murid, Abdul Hamid, Abdul Majid, Mughyideen Abdul Khadir al Jailani ra. - 471 H - 561 H (cucuanda Rasullah saw dan disebut kesemua darjat dan mertabat beliau disisi Allah swt). Pangkat darjat dan martabat beliau ini tidak pernah diberi atau tidak akan diberi lagi kepada manusia biasa sesudah beliau hingga hari kiamat nanti. " Ini bermakna tiada akan menyampai mana-mana manusia biasa akan mertabat kewalian yang telah dianugarah Allah saw kepada beliau itu justru bersesuaianlah keseluruhan Dunia Kewalian itu adalah dibawah pentadbirannya dan dialah yang melantik ahlinya pula "(kata sesetengah Ulama).

Maka dari punca inilah datangnya "Wasillah dan Rabitah" yang perlu dan semestinya anda miliki untuk meletakkan anda sebaris dengan mereka-mereka yang telah terpilih sebagai ahli abadi, Arriffin, Muttaqin dan as Solihin. Kesemua wali-waliallah juga duduk diwalayah yang sama termasuklah apa juga mertabat untuk mereka itu yang telah ditentukan oleh Allah swt keatas mereka samada besar atau pun kecil. Tampa kata-kata laluan atau "KUNCI" ini kamu tidak akan dapat memasuki "Taman Larangan" Nya... yang heboh diperkatakan didalam blog Mistisfile sedikit masa dahulu jika kamu semua masih ingat. Diblog itu menyebut juga berkenaan dengan "Damansi Alam" yang setiap demansi lapisannya perlukan "Kekuatan" untuk melapasinya. Hanya dengan "KUNCI" yang telah kamu miliki itu, kesemua demansi alam itu akan terbuka untuk kamu tembusi kerana itulah dia "KEKUATAN" kerana kamu "BERSERTA" Allah dan RasullNya. Atok terpaksa berlapik dalam memperkatakan bab ini kerana ia tidak mudah untuk menjelaskannya dengan kata-kata. Jadi, sesiapa yang tak faham atok minta maaf banyak-banyak, kepada yang faham...alhamdullah. Bab ini tidak boleh difikirkan dengan akal fikiran kerana ia adalah berkaitan dengan roh, maka ia telah melepasi dari alam akal dan ia tidak boleh dibincangkan secara terbuka...harap maklum.

Itu jika menyebut berkenaan dengan Ilmu Hakikat yang boleh didapati dengan bertarikat. Maksudnya belajar dari guru yang arif dalam bab Tarikat, Hakikat dan Marifah. Kepada yang tidak mampu atau tidak memasuki bab ini hanya suka duduk dan belajar didalam bab Syariat pun boleh meninggi mertabatnya dengan adanya "KUNCI" itu tadi. Oleh itu adalah benar kedua-dua aliran samaada Syariat ataupun Hakikat jika duduk didalam "wilayah selamat" sentiasa akan mendapat pertolongan Allah swt dari mana-mana arah sekalipun dan sentiasa meninggi iman dan akhlaknya asalkan saja mempunyai "Wasilah dan Rabitah" yang menyampai kepada tangan Rasullah saw. Dengarkan kata-kata jaminan oleh Sultan Wali Syaidi Syekh Abdul Khadir al Jailani ra. berkenaan dengan pekara ini....

"Jika kamu tidak mempunyai wali (penjaga), maka ambillah daku menjadi walimu, nescaya akan ku jaga kamu (rohani jasmani) seperti aku manjaga diriku sendiri. Tiada berkelip mataku dari memandangmu setiap saat dari waktu. Akan aku halangi neraka dari menjamahmu sehingga kamu semua masuk kedalam syurgaNya, kemudian barulah aku memasukinya. "

Tiada kedapatan dimana-mana dari bait kata-kata dari mana-mana Waliallah selain dari yang ini. Lihatlah betapa beliau sangat kasihkan kepada seluruh anak-anak muridnya diseluruh dunia sejak dari beliau diangkat kemertabat Waliallah oleh Allah swt dan RasulNya. Sedangkan beliau sendiri dari keturunan terpilih. Hendakkah kamu melepaskan peluang seumpama ini ??? sangat rugilah manusia yang tidak "NAMPAK" apa yang dikatakannya itu.



PENUTUP:


Dengan ini juga atok menutup bab AJARAN-AJARAN SESAT dengan harapan semua yang atok tulis didalam bab ini akan menjadi panduan kepada anda pembaca budiman semua. Mungkin juga didalam penulisan atok itu terdapatan kekurangan, kesilapan dan tutur kata yang tak sedap dibaca ataupun menguris perasaan pembaca semua yang atok tidak sengajakan. Oleh itu atas kesempatan ini atok mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan atok itu. Mudah-mudahan semua pembaca akan mendapat hidayah dan taufiq dari Allah swt kerana sudi menunggu dan membaca akan bab AJARAN-AJARAN SESAT ini hingga selesai.



Tunggu dikeluaran bab yang akan datang dengan tajuk lebih sensasi lagi didalam bab Hal Ehwal Kiamat, Kematian dan Alam Akhirat yang diambil dari sumber al Quran, Hadis, Riwayat dari Ulama-ulama dan Cerita Guru-guru Agama .

Nantikan...ya !



WABILLAHITAUFIQWALHIDAYAHWASALLAMUALAIKUM WARAHMATUALLAHI WABARAKATUH... amin.



sekian,

atok zamany.




Friday, July 09, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 7

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



KEPERLUAN MEMPUNYAI BUDI LUHUR DALAM BERDAKWAH :


DIDALAM bab yang ke 7 ini, marilah selanjutnya kita lihat lebih mendalam apa yang telah berlaku didalam kepercayaan masyarakat Melayu Nusantara ini yang telah mengalami berbagai-bagai jenis perubahan didalam kepercayaan, adat resam, budaya, amalan hidup, politik dan pegangan beragama ratusan malahan ribuan tahun dahulu yang membawa kepada apa yang anda lihat pada hari ini disekeliling anda. Ya, semamangnya apa yang ada pada hari ini adalah merupakan rentitan sejarah dan perubahan yang mengikut aliran sejak zaman berzaman lagi atau juga dipanggil Tamadun. Maka perlulah setiap individu Melayu khasnya mengenal dan menerima akan sejarah perkembangan sosio budaya dan adat resam yang menjadikan mereka mempunyai jatidiri tersendiri yang membezakan mereka dari kaum-kaum lain yang ada dimaya-pada ini. Diwaktu yang sama mereka yang juga sebagai penganut agama Islam yang bermazhab ASWJ terkuat didunia mesti pula menyelaraskan penerimaan budaya dan adat resam itu dengan aliran kepercayaan, ajaran dan hukum hakam didalam agama Islam yang mereka pegang itu. Perimbangan inilah yang menjadikan mereka sebagai manusia hebat sehingga ada diantaranya telah menyampai mertabat "Insan Kamil" kerana kebijaksanaan mereka menyusun dan mengatur kehidupan mereka dengan kemas sehingga tidak nampak kecacatan pada dirinya didalam pergaulan bersama-sama masyarakat setempat. Jadi adalah amat perlu bagi sesorang yang bergelar Ulama atau Ustaz mempunyi perwatakan yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat Melayu ini kerana mereka semua sebenarnya terumbang ambing dalam mengharungi kehidupan serta untuk mereka mentaati Syariat Allah dengan serentak. Keperluan kepada Ulama-ulama adalah sangat penting kerana untuk menjadi penyuluh kepada kebenaran beragama dan kecelaruan adat istiadat masyarakat Melayu yang terpaksa mereka hadapi didalam kehidupan harian mereka. Inilah yang terpaksa mereka susun dengan kemas dan teratur diwaktu yang sama mereka tidak melangar hukum Syarak yang juga mereka kendong selama ini. Tugas para Ulama dan Ustaz lah yang harus memainkan peranannya dalam penyusunan ini supaya masyarakat Melayu dapat menjadikan ia sebagai panduan.

Sebagai contohnya mari kita lihat bagaimana kehidupan Waliallah Melayu yang terulung dan tersohor iaitu al Marhum Syaidi Syekh Muhammad Yusuf bin Ahmad al Kelantani - 1871 (1287H) hingga 1933 (1352H) yang sangat terkenal dengan nama gelaran "Tok Kenali" dikalangan rakyat di Malaysia ini. Sebagai anak murid daripada anak murid yang mewarisi keilmuan darinya, kami sentiasa diingatkan supaya tidak menjauhkan diri dari masyarakat didalam apa juga acara kemasyarakatan yang diadakan walaupun ia mengandungi unsur yang bertentangan dengan hukum Syarak. Umpama ular yang menyelusup didalam akar berduri, manakan hilang bisanya. Seperti juga halnya al Marhum ketika hayatnya dahulu, tidak pernah menolak undangan atau jemputan Majlis Pernikahan orang-orang kampong, sanak saudara, rakan dan taulan walaupun ia mengatahui majlis itu dipenuhi dengan unsur-unsur maksiat, dosa, syirik dan haram. Maknanya beliau menghadiri majlis itu hanya kerana tuntutan Syarak pada hukum menghadari undangan dan menyempurnakan hajat tuan rumah (hukumnya Wajib), sedangkan beliau tidak akan duduk lama didalam majlis tersebut. Beliau sebenarnya sentiasa menjaga dirinya dari terjebak didalam dosa dan maksiat telinga dari mendengar permainan kompang hadrah, musik dan sembang-sembang kosong. Juga dari dosa dan maksiat mata dari memendang kaum wanita ajanabi (bukan muhrim) tambahan yang membuka aurad mereka. Juga dosa dan maksiat dari bisikan hati dari berkata-kata berkenaan keadaan majlis itu kerana beliau sebenarnya "nampak" apa yang orang lain tidak nampak. Jadi beliau berpesan kepada anak-anak muridnya supaya menitikberatkan akan keperluan hukum Syarak dipatahui disamping sentiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Inilah yang harus kita amalkan supaya kita juga akan terselamat daripada fitnah dunia ini.

Jadi begitulah cara yang sepatutnya kita bina didalam masyarakat Islam dinegara ini supaya sentiasa hidup harmoni. Bukan cara sebaliknya dengan bersifat kasar dan keras kepada masyarakat walaupun kamu belajar tinggi didalam pengajian agama. Cara teguran secara halus dan manis ini amat sukar ditemui lagi pada waktu ini kerana mereka kurang menerapkan kehidupan dan kehalusan budi pekerti. Berbudi luhur ini adalah merupakan ibadah sunah kerana Nabi saw juga mempunyai sifat seumpama ini didalam pergaualannya dengan masyarakat. Justru adalah digalakkan kita belajar dan mewarisi kehalusan budi luhur ini supaya kita mudah mendampingi masyarakat untuk mendidik mereka kejalan yang benar.



KESESATAN OLEH PARA ULAMA DAN CENDIAKAWAAN AGAMA :


Sebenarnya terdapat berbagai jenis Ulama, cerdek pandai dan Cendiakawan jika kita teliti untuk mengenali mereka. Ulama pada kebiasaannya juga disebut Guru atau Ustaz adalah manusia yang dianggap mempunyai kebijaksanaan dan ketinggian ilmu didalam semua bidang keagamaan serta menjadi tempat rujukan orang ramai yang mempunyai permasalahan keagamaan seharian bagi mendapatkan penjelasan. Justru ulama selalunya dipandang tinggi dan penuh rasa hormat oleh masyarakat terutama mereka-mereka yang tidak belajar didalam bab keagamaan ini. Marilah kita lihat diantara Ulama-ulama moden yang mempunyai agenda tersendiri dan telah menjadi sesat seperti musang berbulu ayam yang menyelusup dicelah-celah masyarakat umum untuk menyesatkan pula orang ramai. Mereka itu diantaranya ialah ;


1) ULAMA FREEMANSON :

Adalah amat mengeciwakan kepada masyarakat Islam apabila ulama yang sepatutnya menjadi dahan tempat mereka bertaut disebaliknya menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan yang pula menyesatkan orang banyak dengan dakyah songsang , ajaran mazhab baru, penyebar fahaman baru serta penyebar budaya beragama baru yang sangat banyak dipasaran ketika ini. Ada pula diantara mereka yang sesat tetapi cuba pula menyesatkan fahaman yang sedia ada ( ASWJ) didalam masyarakat dengan dakwah dan ceramah-ceramah secara senyap dimerata tempat. Mereka tidak peduli lagi akan hukum syarak yang menjadi pegangan umat Islam mejoriti dinegara ini. Tujuan mereka adalah untuk meporakperandakan pegangan akidah umat Islam dinegara ini supaya umat Islam dinegara ini akan ditundukkan oleh kuasa besar dunia yang diketuai oleh THH, Illuminati, Zionist, The Secreats Sociates dan Freemason. Mereka inilah petualang disebalik semua rancangan jahat ini dan yang menjadi "pak sanggup" ialah orang-orang Melayu itu sendiri. Setelah mereka pulang dari melanjutkan pelajaran keluar negara atau merantau kenegara orang untuk beberapa ketika, maka mereka telah di "mind control" kan oleh anasir-anasir dari luar itu serta sanggup pula menjalankan "tugasan" atau nereka panggil "the mission" kedalam negara sendiri dengan ditawarkan kehidupan yang mewah. Maka mereka menjalankan tugas yang telah diberi itu dengan mudah kerana masyarakat disini menganggap "Ulama" itu ialah golongan berilmu yang harus disanjung. Ceramah-ceramah haram mereka dimerata tempat dengan agenda untuk melemahkan ajaran agama Islam dan kestabilan kedudukan politik negara ini di lancarkan secara halus.

Mereka adalah penyebar ajaran Anti Hadis, Wahabi, Syaiah, Anti ASWJ, Kristiniti, Anti Crist, freetinker, agama bebas, tak beragama langsung dan lain-lain lagi yang banyak diperkatakan orang sekarang ini. Setengah dari mereka menganggap masyarakat diMalaysia amat kolot dan terikut-ikut akan pegangan agama nenek moyang iaitu ASWJ walaupun mereka sedar bahawa ajaran ASWJ lah yang benar dan asli. Mereka menganggap umat Islam negara ini tidak terbuka mindanya iaitu seperti katak dibawah tempurong yang tidak mengenal dunia Islam luar, walhal kita sebenarnya amat tahu akan konsep ajaran songsang yang diajar diluar negara itu lebih dulu dari mereka. Jadi golongan sasaran mereka ialah anak-anak muda, remaja dan budak-budak sekolah agama yang mudah diratah kerana mereka itu ibarat daun muda yang kurang pengalaman. Ulama yang bermuka-muka dan seperti talam dua muka inilah yang kami gelar dengan nama Ulama Freemison alaf baru yang sanggup menjual agamanya, bangsanya, tanahairnya kerana megejar kekayaan dunia. Kesedaran msyarakat amat perlu untuk mengembeling tenaga bagi menghapuskan ajaran sesat Ulama Freemison ini kerana ia amat merbahaya kepada kesetabilan politik negara, agama dan tahan air yang kita sayangi ini. Maka semua pihak harus membuka mata dan memasang telinga akan pergerakan Ulama Freemison ini dimana-mana jua anda berada dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Majlis Agama Islam ditempat anda agar ajaran-ajaran baru itu dapat dibentras sepenuhnya sebelum ia merebak menjadi penyakit yang keronik, perosak bangsa, agama dan tanah air kita.



2) ULAMA TARIKAT SESAT:


Ada juga dikalangan Ulama moden yang mempunyai idealogy tersendiri kemudian menubuhkan kumpulan Tarikatnya sendiri akibat tidak berpuas hati akan ajaran Tarikat yang sedia ada yang dia ikuti suatu masa dahulu. Sesetengahnya pula telah dipecat dan dibuang dari mengikuti ajaran di pondok kerana tindak tanduknya yang pelik dan ganjil yang tidak disukai oleh Pak Guru. Atas rasa keciwa inilah maka beliau mencipta aliran Tarikatnya sendiri yang juga menggunakan namanya sendiri dan ada juga yang mengunakan nama Tarikat tersohor sebagai nama aliran Terikatnya itu. Ini adalah kerana untuk mengkaburi mata masyarakat yang mungkin tahu akan ajaran asal Terikat terebut dan beliau tidak akan dikenakan tindakan undang-undang. Ia sebenarnya adalah ajaran sesat ciptaannya yang kebanyakan ajarannya ialah untuk memberi kemudahan dan mengurangkan Hukum Syarak keatas pengikutnya. Kepada mereka yang menyukai akan aliran Tarikat yang memudahkan hukum Syarak, maka berbondong-bondongan lah mereka memasuki ajaran Tarikat itu. Maka ramailah yang sesat bersama-sama dengan gurunya itu akibat dari kelemahan pegangan agama dan kebodohan diri sendiri.

Ada kemungkinan juga sesetengah ulama-ulama Tarikat Sesat ini adalah orang-orang upahan dari Ulama Freemison yang menjadi penyokong dan penyalur kewangan kepadanya agar beliau dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dipondoknya itu secara serius. Maka ramailah yang bertambah sesat akibat dari tindakannya membuka kelas pengajian hakikat dan ceramah-ceramah agama versi moden dan baru itu dimarkasnya. Tambahan pula jika guru ajaran Tarikat sesat itu mengharapkan kewangan kerana masaalah kewangan yang dihadapi dimadrasahnya itu maka Ulama Freemison yang ternyata mempunyai agenda serta kewangan yang cukup menyambutnya dengan baik sekali. Pada Ulama Freemison cara begini akan memudahkan lagi kerjanya untuk memenuhi impian tuannya dan mereka akan memberi ganjaran yang lebig tinggi lagi dengan kejayaan itu. Jika di Indonesia masaalah ini menjadi agenda utama dan dianggap sebagai penyebab utama mengapa ajaran Tarikat kemudian bertukar arah kepada Tarikat extrimis dan sesat. Jadi bukanlah mudah untuk mendapatkan pondok yang masih tulin dan benar ajarannya, walaupun mempunyai nama yang mahsyor seantiro dunia. Begitu perlulah murid yang mahu belajar itu mengenal serba sedikit akan ajaran Tarikat yang asli sebelum pergi memondok dimana-mana pesentren di Indonesia.



3) ULAMA "TANASALUL ARWAH" SESAT :


Terdapat juga dikalangan Ulama yang punya pendamping, sahabat atau khadam dari kalangan Jin Islam atau Kafir bagi tujuan mengajar.Didalam keadah yang sama seperti yang telah disebutkan didalam bab-bab yang lalu, mereka ini akan menjadi "tumpangan" para jin itu didalam memberi hujahan, ceramah, pedito dan nasihat didalam pernampilannya dihalayak. Keadah yang biasa adalah dengan "menurun" , "mendamping" dan bertukar roh yang semuanya dikenali sebagai "Tanasalul Arwah". Ada diantaranya boleh dilihat secara terang-terangan dan ada juga yang tidak dapat dilihat, malahan anda tidak akan perasan ia berdampingan dengan khadamnya. Terutama apabila Ulama-ulama ini berhadapan dengan halayak ramai secara terbuka atau pun tertutup, didalam dewan atau dipadang, distedio Radio atau stedio TV. Mereka ini akan diberi waktu untuk memberi ucapan dan ceramah, kemudian mereka akan ditanya soalan-soalan dari para hadirin. Dengan mudah saja dia memberikan jawapannya kerana adanya "sahabat" atau "Khadam" nya itu didalam atau diluar tubuhnya.. Bicaranya yang sopan, berwatak lemah lembut, berpakaian kemas , pernempilan wara', berilmu, berseh, zuhud dan lain-lain lagi. Bila ia berkata-kata adalah amat menyentuh kalbu, ramai yang terpegun mendengar dengan khusuk sekali sehingga ada yang mencurahkan air mata, menangis teresak-esak, sangat menyentuh sanubari... konon kerana Insaf akan dosa-dosa yang telah lalu.

Semua itu adalah sendawara, penipuan dan samaran sahaja. Disebaliknya Iblis dan Syaitan terbahak-bahak ketawa dibelakangnya. Mereka tergelak melihat kebodohan manusia yang taksub benar mendengar hujahan ceramah Ulama atau Ustaz yang bersekutu dengan mereka itu. Pada orang ramai, kalau boleh dikala itu juga mereka hendak mendirikan Solat Sunat Taubat kerana terlampau Insaf akan perbuatan mereka yang telah lalu. Begitulah antara kesan-kesan yang terdapat pada Ulama-ulama yang mempunyai "Sahabat" atau "Khadam" itu. Anda boleh perhatikan dimerata tempat, malanah didalam kaca TV dirumah anda. Amat sukar untuk kita, orang ramai untuk membezakan antara Ulama yang palsu dan ulama yang benar. Ulama yang tidak menggunakan hidmat "Khadam" biasanya jika berkata-kata orang ramai tak terasa apa-apa pun, malahan tidak dihiraukan pun. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau di rapat "SuaRasa" umpamanya... orang mundar mandir saja dihadapan dan dibelakang Ulama dan Ustaz tu. Tak pun mahu singgah mendengar ceramah Ulama dan Ustaz itu. Ada pula yang saja lalu dihadapan Ulama dan Ustaz yang sedang berceramah itu sambil tersenyum, terpinga-pinga. Sampai pihak pengawal menareknya, barulah dia faham dan sedar ada orang sedang memberi ceramah, sedangkan orang ramai yang dihadapan itu adalah para hadirinnya. Lihatlah betapa meraka begitu alpa dan bingung kerana mata dan telinga mereka telah diduduki para syaitan dan Iblis oleh sebab Ulama dan Ustaz yang memberi ceramah itu bukan dari golongan mereka dan lebih malang lagi " mereka tidak mempunyai Ilmu untuk menghalau Jin, Syaitan dan Iblis itu sewaktu membuka sidang ". Jadi itulah sebabnya kejadian seumpama itu terjadi dikebanyakan rapat dan sidang sedangkan ilmu pengatahuan yang dicurah hanya merupakan suatu pembaziran dan tidak memberi makna kepada hadirin semua.

Ulama-ulama dan Ustaz-ustaz sesat ini bukan sahaja menjadi Pemceramah Bebas yang popular, ada juga diantaranya yang menjadi Guru agama Pondok, Madarasah malahan ada juga yang menjadi Guru Tarikat, Pegawai Jabatan Agama, Guru-guru sekolah malahan Ahli Politik dan semua ruang yang menyentuh soal agama Islam. Meraka brpura-pura dan tinggal didalam masyarakat seperti biasa tetapi menjalankan aktiviti-aktivitinya secara senyap. Tiada siapa yang akan menyangka bahawa mereka ada pendamping, sahabat dan khadam kerana ia tersembunyi. Mereka ini bertujuan untuk popular, disanjung, dihormati disamping mendapat pendapatan yang lumayan yang dibayar atas kerjanya itu. Ulama dan ustaz yang mempunyai dampingan ini akan mudah naik dan ternama atas bantuan "sahabat" dan "khadam" dari golongan Jin ini tak kira sama ada jin kafir atau jin Islam. Begitulah liciknya permainan mereka ini yang pula akan mengakibatkan ramai manusia lain yang akan sesat bersama-samanya.

Jadi yang harus sedar ialah Ulama atau Ustaz itu, bukan orang ramai.Mereka yang mengaji tinggi dan berpelajaran. Merekalah yang sepetutnya tahu batasan halal dan haram serta tegahan Syarak dalam penggunaan "pendamping", "sahabat" dan "Khadam" ini didalam semua kerja buat manusia. Mereka selalunya akan menjadi kepala atau Imam dalam kerja amal dan fardu solat di Mesjid seharusnya berfikir "Apa akam jadi kepada keriyah pimpinannya ?" sedangkan semua itu dibawah tanggungannya. Ia didalam keadaan Sesaat dan akan menyesatkan ramai orang pula, serta semua itu akan dipertanggung jawabkan keatas dirinya kelak. Kepada masyarakat umum, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka mengikut saja "Ulama dan Imam" yang sesat sedangkan mereka tidak tahu apa yang kamu lakukan. Kamulah yang akan memikul keseluruhan dosa dan maksiat yang kamu kepalai itu sampailah kamu mati dan seterusnya akan kekal begitu selama-lamanya diakhirat kelak. Naauzubillahiminzaliq.... bayangkanlah "BETAPA BESARNYA AZAB YANG BAKAL KAMU TERIMA DIDALAM KUBUR DAN DIAKHIRAT NANTI DAN KEKAL IA SELAMA-LAMANYA"?????.......


4) ULAMA TAMPA ILMU DAN AMAL:

Demikian pula ceritanya dengan manusia yang mengelarkan diri mereka sebagai Ahli Agama, Cendiakawan Islam, Ulama, Guru, Imam, Pemimpin dan Ustaz sedangkan mereka tidak memiliki Ilmu dan tidak juga beramal atau mereka berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya atau pun mereka itu kuat beramal tampa memiliki Ilmu. Sama ada mereka melantik sendiri dirinya atau pun yang telah dilantik oleh masyarakat kerana pernampilannya, atau yang telah meperolehi watikah perlantikan daripada Kerajaan atau Sultan kerana sebab-sebab jasa baktinya atau kerana rasuah atau kerana pandai "memgampu" atau juga dengan cara penipuan, pilih kasih, memilih bulu, boleh ikut kata, satu kepala, geng, ngam dan lain-lain sebab lagi. Maka ia di berikan perlantikan sebagai "Ulama" atau jawatan tertentu dalam Jabatan Agama Islam yang akan pula menjadi pemimpin kepada masyarakat. Jadi bagaimana keadaannya sekarang ??? Adakah masyarakat akan dipersalahkan kerana masaalah ini ??? Adakah masyarakat tahu apa yang terjadi diperingkat arasan dan pemilihan itu ??? Tidak ! masyarakat tidak tahu semua itu, tetapi masyarakat pula yang akan menanggung akibat dari perbuatan salahlaku mereka itu. Sudahlah mereka makan gaji dengan Masyarakat atau Rakyat, sekarang masyarakat "diberi" pula dengan "Ulama penipu" dan "Ulama celup" ini ??? Persoalannya kepada Masyarakat ialah "PATUT KE MASYARAKAT MENERIMA PERLAKUKAN SEUMPAMA INI "???

Itulah sebabnya ada diantara masyarakat yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pemilihan "ulama" itu dan mempersenda keridibiliti sesetengah Ulama kerana sebenarnya merekalah yang berhak mempersoalkan semua itu. Ini adalah kerana dalam konsep sebenar mereka semuanya adalah berkerja untuk masyarakat dan masyarakatlah yang membayar gaji mereka. Jadi tidak lah salah mereka mempersoalkannya kerana inginkan kepastian dan pihak Kerajaan pula seharusnya bersikap TELUS dalam pekara ini. Disebaliknya pula sekarang ini apa yang berlaku adalah berbeza. Jabatan Kerajaan ini langsung tidak boleh ditegur, tidak mahu mendengar teguran, tidak peduli dengan teguran. Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan ini sesetengahnya amat sombong dan curi tulang. Malahan sampai satu peringkat... wang simpanan rakyat, wang tabung haji rakyat, wang zakat rakyat, wang koperasi rakyat jadi habuan mereka kerana sikap tidak amanah mereka itu tadi. Jadi... mana perginya semua konsep yang menjadi amalan Jabatan iaitu "Sidiq, Amanah, Tabliq dan Fatanah" ini ??? Apa yang masyarakat nampak sangat mudah "PENIPUAN" disemua peringkat. Itulah sebabnya kenapa perlunya "KETELUSAN" semasa pemilihan semua jawatan Kerajaan perlu dibuka dan nampak kepada rakyat. Bukan pilih kasih dan pilih bulu atau pun pihak Kerajaan haruslah memikirkan satu cara lain yang lebih baik untuk menapis AKHLAK mereka sebelum diterima menjawat jawatan-jawatan didalan Jabatan Kerajaan terutama Jawatan-jawatan tinggi termasuklah Ulama tersebut yang boleh memuaskan hati rakyat semua.

Diperingkat yang lain pula "Ulama-ulama celup" ini ada pula yang melantik dirinya sendiri yang bertindak seolah-olah Ulama Besar dengan mengeluarkan "Fatwa-fatwa" songsang dan baru tampa merujuk kepada mana-mana pendapat dan bahan. Ia berbuat sesuka hatinya tampa Ilmu yang sah yang boeh dijadikan panduan. Mungkin segelintir kaumnya menyokong akan pendiriannya itu, tetapi didalam konsep sebenar mengeluarkan Fatwa, ia tidak boleh dikeluarkan seorang diri atau satu kumpulan sahaja. Ia mestilah melalui proses tertentu yang boleh diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia Islam atau pun didalam negara itu. Pandangan dari banyak pihak harus diutamakan yang juga digelar "Qias" dan "Ijamak Ulama", maka barulah ianya boleh diterima menjadi sebuah Fatwa oleh umat Islam semua. Ulama yang "syok sendiri" ini telah banyak kedengaran dimerata tempat kerana "Cetek" nya Ilmu yang ada padanya kemudian mahu pula "mendabik dada" ingin menjadi juara. Inilah yang berlaku jika berfahaman sempit tentang ajaran Islam yang suka menidakkan pendapat orang lain dan hukum hakam didalam ajaran Islam itu yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri. Ia amat merbahaya kepada masyarakat Islam khususnya kerana "Fatwa" yang dikeluarkan itu akan pula menjadi pegangan umat Islam diseluruh peringkat. Jika ia salah maka seluruhnya akan menjadi salah pula dan bukan itu saja malahan akan mengakibatkan dosa dalam mengamalkan "Fatwa" yang salah yang dikeluarkan oleh "Ulama sesat" itu.

Ada pula "Ulama -ulama" yang berpura-pura alim tetapi sebenarnya tidak berIlmu dan ada pula "ulama" yang berilmu tinggi tetapi tidak pula mahu beramal dengannya. Ini juga akan membawa kesan yang sangat besar kepada masyarakat Islam amnya. Kalau didalam al Quran mereka ini boleh dibangsakan seumpama Kaum Yahudi dan Kaum Nasrani yang Allah telah laknat dan telah sesat kerana masaalah ilmu dan amal mereka itu. Golongan Ulama Islam ini seolah-olah telah meniru akan konsep yang sama seperti dua kaum yang telah dilaknat Allah diatas tadi iaitu "Beramal tampa Ilmu dan Berilmu tetapi tidak beramal dengannya", mereka yang beramal pula hanya dihadapan halayak dan perhimpunan orang ramai sahaja sedangkan dirumahnya dia hanya tidur sehingga Solat fardu pun dapat hujung-hujung waktu saja. Begitu pun pada mata ramai dialah seorang yang sangat warak dan alim serta menjadi tempat rujukan masaalah keagamaan masyarakat Islam. Ini bukan cerita kosong kerana kawan sendiri melihat sendiwara Ulama ini apabila berkesempatan tinggal bersama-samanya beberapa bulan. Diharap beliau akan insaf akan perbuataannya yang lalu dan meninggalkan kerjayanya itu untuk diberi kepada orang yang lebih layak dan beramanah. Orang ramai tertipu bulat-bulat akan permainannya hingga ada diantaranya mereka sangat taksub akan dirinya. Begitulah harapan yang amat tinggi orang-orang ramai kepada manusia yang bergelar "Ulama", yang pada mereka golongan Ulama itu adalah manusia mulia yang menjadi dahan tempat mereka berpaut. Malangnya dahan itu adalah dahan yang telah busuk perdunya yang menunggu masa saja untuk patah menjunam menyembah bumi. Sangat zalim sekali sikap dan perbuatan manusia ini yang memperalatkan agama untuk kepentingan dirinya sendiri serta mempermain-mainkan perasaan dan kepercayaan orang ramai yang seagama dengannya. Selagi dia tidak bertaubat dan insaf, selagi itulah masyarakat tertipu akan perbuatan kejinya itu dan terus menerus bergelumang dengan dosa-dosa besar serta bakal menempah seksaan yang amat pedih diakhirat nanti.

Tambahan pula "Ulama-ulama", Ustaz-ustaz, Imam-imam, bilal-bilal mesjid, pegawai-pegawai Jabatan Agama yang tertangkap kerana kes Nombor Ekor, Berjudi, Khalwat dengan bukan muhrim, Mencabul, Kes Liwat, Kes rogol, kes-kes dadah, bernikah secara haram, mencuri, pecah amanah, memberi rasuah, bersekedudukan tampa nikah yang sah serta banyak lagi kes-kes rendah akhlak dan salah laku yang akan menyebabkan rendahnya nilai moral mereka-mereka itu dimata masyarakat. Kes-kes seumpama ini tidak seharusnya berlaku dikalangan mereka kerana mereka seharusnya dilihat mempunyai iman yang kuat serta selalu menjaga diri mereka dari terjebak dengan pekara-pekara haram dan maksiat serta rendah akhlak seumpama itu. Disebaleknya mereka pula yang melakukannya pekara-pekara seumpama itu. Oleh kerana itu bagaimana masyarakat hendak memandang tinggi akan akhlak dan diri mereka itu ?. Bagaimana mereka hendak dijadikan contoh dikalangan masyarakat dengan sikap mereka yang terpesong dan terkeluar dari nilai-nilai murni ajaran Islam ? Bagaimanakah pekara seumpama ini boleh terjadi dari kalangan mereka ? Ada juga kedengaran mereka-mereka yang menjawab,.. "Mereka kan manusia biasa, bukan malaikat ! ". Soalnya... jika ia berlaku kepada manusia biasa tentulah masyarakat faham akan kelemahan Iman dan akhlak mereka, tetapi sebaliknya ia berlaku dikalangan mereka yang menjawat jawatan yang bersangkautpaut dengan soal badan keagamaan Kerajaan ataupun badan berkanun Ulama-ulama, Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal dan lain-lain lagi. Ini yang membuat masyarakat tidak faham dan memandang rendah pegawai-pegawai di Jabatan-jabatan Kerajaan dan badan berkanun itu, walaupun kes yang berlaku hanya sedikit. Sepatutnya ia tidak berlaku langsung didalam Jabatan-jabatan ini. Ia sungguh MEMALUKAN masyarakat sebenarnya kerana memiliki penjawat jawatan didalam badan Kerajaan dan badan berkanun yang amat lemah akhlak dan moral mereka... BAGAIMANA HENDAK MENJAGA AGAMA KALAU AKHLAK SEUMPAMA INI ??? HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. HARAPKAN TERANG SAMPAI KEPETANG, RUPA-RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI.... adakah pekara seumpama ini akan dibiarkan terus berlaku didalam Jabatan-jabatan Kerajaan yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam ini ??? Tepok dada tanyalah selera, Kita yang menegur kepincangan mereka itu sudah pun terlepas dari hukum Syarak sedangkan mereka yang berwajib akan dipertanggung jawabkan terus perlakuan dosa dan maksiat didalam Jabatan yang mereka ketuai itu.

Justru daripada keterangan-keterangan diatas tadi, maka telah diberitahu bahawa bukan semua Ulama-ulama, Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal, pegawai-pegawai agama dan lain-lain lagi yang harus disanjung oleh masyarakat. Merekalah yang harus menunjukkan sikap, akhlak ,moral dan nilai taladan yang tinggi kepada masyarakat supaya semua Jabatan Kerajaan itu menjadi dihormati oleh masyarakat. Tugas mereka bukan itu saja malahan membendung segala aktiviti- aktiviti Ulama-ulama sesat yang telah disebutkan diatas tadi supaya mereka tidak merosakkan akidah dan pegangan agama masyarakat Islam di Malaysia ini. Mereka tidak akan berhenti dari cuba memporak perandakan akidah agama Islam masyarakat diMalaysia ini dan tugas mengawal haruslah berterusan dari masa kesemasa supaya mereka tidak dapat mencapai niat jahat mereka itu untuk selama-lamanya. Semoga negara ini akan terselamat dari angkara jahat puak-puak itu dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt.

Waallahuak'lam.......


Sekian dahulu untuk kali ini, akan menyusul bab 8 dari tajuk Ajaran-ajaran sesat ini dikeluaran akan datang.


Wassalam...

Atok Zamany.