Post38
FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.
BAB
76 : LEBIH DARIPADA SEPARUH PENGHUNI SYURGA ITU ADALAH
UMAT MUHAMMAD.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri
bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Allah yang Maha Memberkati lagi Mahatinggi,
berfirman, “Wahai Adam !”. Lalu Adam pun menjawab, ‘Ya, Tuhanku aku datang
memenuhi panggilan Mu. Segala kebaikkan ada di tangan Mu’. Allah berfirman,
‘Bangkitkanlah rombongan dari kalangan anak cucuu’. Ada bertanya, ‘Berapa
jumlahnya?’. Allah berfirman, ‘Dari setiap seribu, sembilan ratus sembilan
puluh sembilan orang’. Disaat itu juga kanak-kanak kecil tiba-tiba berubah
menjadi tua beruban, ketika setiap wanita yang mengandung, tiba-tiba melahirkan
kandungannya dan ketika kamu lihat manusia sedang mabuk (kegoncangan dihari
kiamat) padahal mereka tidak mabuk. Tetapi seksaan Allah itu amat keras bagai
mereka’”.
Para sahabat bertanya, ‘”Bagaimanakah kelakuan kita
terhadap mereka?’. Baginda menjawab, ‘Berembiralah !, kerana seribu dari
golongan Yak’jud dan Mak’jud, seorang dari golongan kalian. Demi Allah yang
jiwaku berada didalam genggaman Nya, sesungguhnya aku ingin sekali jika kamu
semua menjadi satu perempat dari penghuni Syurga’. Mendengar kata-kata baginda
itu, kami segera bertahmid, bertakbir dan berdoa. Lalu baginda bersabda, ‘Demi
Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, sesungguhnya aku ingin sekali
jika kamu semua menjadi satu pertiga dari penghuni Syurga’”.
Mendengar kata-kata baginda itu kami semakin kuat
bertahmid, bertakbir dan berdoa. Lalu sekali lagi baginda bersabda, ‘Demi Allah
yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, sesungguhnya aku ingin sekali jika
kamu semua menjadi satu perdua dari penghuni Syurga. Sesungguhnya kamu jika
diibaratkan dengan kaum-kaum lain seperti sehelai bulu berwarna putih pada
kulit seekor lembu yang berwarna hitam, atau seperti segaris belang pada kaki
seekor keldai’”.
Nabi saw. bersabda, “Pada hari kiamat nanti seluruh
makhluk terbahagi menjadi seratus dua puluh baris. Panjang setip baris adalah
sejauh empat puluh tahun perjalanan, makala lebar setiap baris pula ialah dua
puluh tahun perjalanan”. Ditanyakan kepada baginda, “Wahai Rasulullah,
berapakah jumlah barisan orang-orang mukmin?”.
Baginda menjawab, “Tiga baris”. Ditanya lagi kepada baginda,
“Orang-orang musyrik?”. Baginda menjawab, “Seratus tujuh belas baris’.
Ditanyakan lagi kepada baginda, “Apakah ciri-ciri yang membezakan diantara orang-orang mukmin dan
orang-orang musyrik?”. Baginda menjawab, “Orang-orang mukmin bagaikan sehelai
bulu berwarna putih pada kulit seekor lembu yang berwarna hitam”. Hadis ini
juga diriwayatkan oleh al-Qatbi didalam kitabnya yang bertajuk ‘Uyun
al-Akhbar’. Hadis ini gharib atau asing kerana hadis-hadis lain menjelaskan
jumlah barisan orang-orang mukmin tidak seperti itu.
Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, dari
Ibnu Namir, dari Musa al-Juhani, dari asy-Syu’bi bahawa Nabi saw bersabda,
“Adakah kamu suka jika kamu adalah sepertiga dari penghuni Syurga ?”. Para
sahabat menjawab, “Allah dan Rasul Nya sahaja yang mengatahui”. Baginda
bertanya, “Adakah kamu suka jika kamu adalah separuh dari penghuni Syurga ?”.
Para sahabat menjawab, “Hanya Allah dan Rasul Nya saja yang mengarahuinya”.
Baginda bersabda, “Pada hari kiamat nanti sesungguhnya umatku adalag sepertiga
penghuni Syurga. Pada hari itu manusia terdiri dari seratus dua puluh barisan,
dan umatku terdiri dari lapan puluh barisan”.
Dalam sebuah hadis marfu diriwayatkan oleh Ahmad dan
Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda,
“Pada hari kiamat nanti penghuni Syurga sebanyak seratus dua puluh barisan dan
lapan puluh baris diantaranya adalah kalian”. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan
Tirmidzi dari Buraidah bin Hashib bahawa Rasulullah bersabda, “Penghuni Syurga
itu seratus dua puluh barisan. Lapan puluh barisan darinya terdiri dari umat
ini dan bakinya yang empat puluh baris lagi dari umat-umat lain”.
FAKTA:
Telah disentuh didalam hadis riwayat Abdullah bin
Amr sebelum ini iaitu, “...Kemudian Allah berfirman, ‘Berangkatlah rombongan
Neraka’. Ia merupakan perintah Allah kepada Nabi Adam. Ada yang mengatakan,
ketika Allah memerintah kepada Nabi Adam, didalam waktu yang sama juga Allah
memerintahkan para Malaikat untuk mengasing-asingkan penghuni Syurga dan
Neraka. Wallahua’lam...
Bagi maksud pertanyaan para sahabat, “Siapakah dia
diantara kami?”. Ia bermaksud pertanyaan, siapakah salah seorang dari mereka
yang tidak masuk Neraka ?. Pekara ini disebabkan mereka merasa ragu siapakah
yang dimaksudkan diantara mereka. Sebab itulah Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya
dari golongan Yak’jud dan Mak’jud ada sembilah ratus sembilan puluh sembilan,
manakala yang satu itu adalah dari kamu”. Ia bererti bahawa dari seribu orang yang
masuk Neraka, seluruhnya terdiri dari umat yang lain dari umat Muhammad,
sedangkan yang satu dari umat Muhammad saw masuk Syurga. Jika demikian, ini
bermaksud seluruh umat Muhammad saw atau sebahagian besar dari mereka berada di
Syurga, kerana diantara Yak’jud dan Mak’jud tidak ada seorang pun yang mati...
keterangan ini akan dilanjutkan lagi perbincangannya diakhir kitab ini,
insyaallah.
BAB
77: HURUHARA JAHANAM, NAMA-NAMA NERAKA DAN
KETERANGANNYA.
Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung telah berfirman
didalam al Quran berkenaan dengan Neraka seperti didalam surah al-Maa’arij ayat
15 dan 16 yang mafhumnya;
“Sekali-kali
tidak (demikian itu). Sesungguhnya ia api Neraka. Yang membongkar kulit kepala”
Kemudian didalam surah al-Muddatstsir ayat 27 hingga
29 mafhumnya;
“Tahukah
engkau apakah Neraka (Saqar) itu?. Ia tidak meninggalkan (daging) dan tidak
membiarkan (tulang), (melainkan mesti dibakarnya). (Ia) membakar kulit
(manusia)”.
Didalam surah al-Qaa’riah ayat 10 dan 11, yang
mafhumnya;
“Tahukah
engkau apakah itu (Neraka Hawiyah)?. Ialah api yang sangat panas”
Dan didalam surah al-Humazah ayat 4 hingga ayat 9,
yang mafhumnya;
“Tidak,
sekali-kali tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan kedalam Neraka (Hutamah).
Tahukah engkau apakah Neraka Hutamah itu?. (Iaitu) Api Allah yang
bernyala-nyala. Yang membakar sampai kehati (manusia). Sesungguhnya api itu
ditutupkan diatas mereka. Sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Khalid bin Abu
Imran berikut sanadnya kepada Nabi saw, bahawa baginda bersabda, “Sesungguhnya
Neraka itu memakan penghuninya. Ketika telah naik kehati mereka, ia baru
berhenti. Kemudian ia kembali lagi seperti semula, lalu memakan penghuninya
lagi sampai kehatinya. Begitulah yang terjadi untuk selamanya”.
Berikut adalah firman-firman Allah didalam beberapa
surah dalam al-Quran berkenaan Neraka. Didalam surah al-Humazah ayat 6 dan 7
mafhumnya;
“(Iaitu)
Api Allah yang menyala-nyala. Yang membakar sampai kehati (manusia)”.
Didalam surah at-Takwir ayat 12 yang mafhumnya;
“Dan
apabila (Neraka) Jahim telah dinyalakan”.
Kemudian didalam surah an-Nisaa’ ayat 10 yang
mafhumnya;
“Sesungguhnya
orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, hanya mereka memakan
api masuk perutnya dan nanti mereka akan dimasukkan kedalam Neraka”.
Firman Allah didalam surah al-Mulk ayat 5 yang
mafhumnya;
“...dan
Kami sediakan untuk mereka seksa Neraka”.
Didalam surah al-Fathir ayat 36 mafhumnya;
“Orang-orang
yang kafir, untuk mereka itu Neraka Jahanam, mereka tidak dihukum mati (jika
mati, tentu) mereka musnah dan tidak pula diringankan seksa daripada mereka.
Demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang kafir”.
Dan didalam surah an-Nisaa’ ayat 145 mafhumnya;
“Sesungguhnya
orang-orang munafiq ditingkat yang paling bawah dalam Neraka...”
Keterangan selanjutnya akan dijelaskan kemudian
nanti. Dengan Neraka, Allah mengancam orang-orang kafir, menakut-nakutkan
orang-orang zalim dan keras kepala, juga kepad orang-orang islam yang durhaka,
supaya mereka berhenti dari melakukan perbuatan yang dilarang pada mereka
Sebagai contoh, Allah telah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 24,
mafhumnya;
“Kalau
tidak kamu perbuat, tidaklah dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api
Neraka yang menyalakannya (bahan bakarnya adalah) manusia dan batu-batu
disediakan untuk orang-orang kafir”.
Dan firman Allah didalam surah an-Nisaa’ ayat 10
yang mafhumnya;
“Sesungguhnya
orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, hanya mereka menakan
api masuk keperutnya dan nanti mereka akan dimasukkan kedalam Neraka”.
Kemudian didalam surah az-Zumar ayat 16, mafhumnya;
“Untuk
mereka, dari atas mereka ada beberapa tingkat api dan dari bawah mereka ada
beberapa tingkat (api juga). Dengan (seksaan) itulah Allah menakutkan
hamba-hamba Nya. Hai hamba-hamba Ku, takutlah kepada Ku”.
Masih terlalu banyak firman-firman Allah didalam
al-Quran yang boleh dijadikan rujukan, waallahua’lam.
BAB
78 : KETIKA DICIPTAKAN NERAKA, MALAIKAT TERKEJUT
BAGAIKAN TERBANG JANTUNG-JANTUNG MEREKA.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu’amar, dari
Muhammad Ibnu Munkadir bahawa ia berkata, “Ketika Neraka diciptakan, para
Malaikat terkejut bagaikan mahu tercabut terbang jantung-jantung mereka. Namun
setelah Allah menciptakan Adam, membuatkan mereka merasa tenang kembali dan
hilanglah rasa ketakutan itu”. Maimun bin Mahran mengatakan, “Ketika Allah
selesai mencipta Jahanam, ia terus menyala dan mengeluarkan bunyi yang
mengerunkan. Sehingga membuatkan seluruh Malaikat yang berada dilangit terus
sujud kehadrat Allah. Allah yang Maha Memaksa lagi Mahaagung berfirman,
‘Angkatlah kepala kamu. Ketahuilah bahawa Aku ciptakan kamu untuk taat dan
mengabadikan dirimu kepada Ku. Manakala Aku ciptakan Jahanam untuk orang-orang
yang durhaka kepada Ku dari kalangan makhluk-makhluk Ku’. Mereka lalu bertanya,
“Wahai Tuhan kami, kami belum merasa aman selagi kami tidak melihat
penghuni-penghuninya?”.
Inilah maksud dari firman Allah didalam surah
al-Mu’minuun ayat 57 yang mafhumnya;
“Sesungguhnya
orang-orang yang takut, kerana takutkan (akan azab) Tuhannya”
Api (Neraka) adalah azab Allah. Oleh itu tidak
sesiapa pun dibenarkan menyiksa serangga, binatang atau apa juga makhluk Allah
dengan api, air panas dan apa-apa juga unsur dari api. Dalam beberapa sabda Nabi
saw juga melarang kita menggunakan unsur-unsur api tersebut untuk menyeksa
binatang lemah seperti semut, labah-labah, katak, lebah dan lalat. Pekara ini
akan disebut didalam keterangan yang lain dimasa akan datang, insyallah.
Didalam sebuah riwayat, ada yang mengatakan iaitu, “Jangan kamu menyiksa dengan
menggunakan siksaan Allah”. Maksudnya jangan kamu mengambil seksaan dari jenis
api atau dari unsur api untuk menyiksa binatang, serangga atau manusia kerana
perbuataan itu menyemaai seksaan dari Allah atau boleh dianggap cuba menghukum
seumpama hukuman Allah terhadap hamba-hamba Nya, dimana perbuataan itu
amat-amat ditegah oleh Nabi saw. Waallahua’lam.
BAB
79: TAKUT DAN MENANGIS KETIKA MENGINGATI SEKSAAN NERAKA
JAHANAM.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Zaid bin Aslam
bahawa ia berkata, “Jibril telah hadir kehadapan Nabi saw bersama-sama Israfil.
Setelah mereka mengucapkan salam kepada Nabi, tiba-tiba Israfil menjadi longlai
dan pucat lesi. Nabi saw bertanya kepada Jibril, ‘Wahai Jibril, kenapa dengan
tiba-tiba Israfil kelihatan pucat lesi tak bermaya ?’. Jibril menjawab, ‘Tadi
dia terpandang kilauan api Neraka Jahanam, itulah sebabnya dia menjadi
begitu’”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Muhammad bin
Mutharrif, dari seorang perawi yang boleh dipercayaai, bahawa ia berkata,
“Seorang pemuda dari golongan Ansar merasa ketakutan ketika dia mengingati
Neraka. Kerana terlalu takut, dia langsung tidak keluar rumah. Ketika peristiwa
itu diceritakan kepada Nabi, lalu baginda pun pergi kerumah pemuda itu. Apabila
saja dia melihat Nabi, dia terus menerpa dan memelok Nabi kemudian ia jatuh dan
meninggal dunia. Nabi saw bersabda, “Uruslah jenazah teman mu ini kerana
golongan-golongan Neraka itu adalah orang-orang yang hatinya sudah
terpotong-potong”.
Diceritakan bahawa pada suatu hari, Nabi Isa as.
Sedang berjalan dan bertemu dengan kumpulan empat ribu kaum wanita yang
nampaknya pucat lesi ketakutan. Mereka mengenakan dustur (penutup atau tudung
kepala yang besar) yang diperbuat dari rambut dan bludru (sejenis kulit). Nabi
Isa as. bertanya, “Apa yang membuat wajah kamu nampak pucat lesi, wahai kamu
wanita semua ?”. Mereka menjawab, “Setiap kali mengingati Neraka, wajah kami
akan jadi begini. Wahai putra Maryam !, sesungguhnya orang yang masuk Neraka
tidak akan mendapat kedinginan dan minuman”. Demikian yang telah diperkatakan
oleh al-Kharaithi didalam kitabnya yang bertajuk ‘Al-Qubur’.
Diceritakan oleh ats-Tsa’labi dan yang lain-lainnya,
“Ketika Salman al-Farsi mendengar firman Allah, ‘Dan sesungguhnya Jahanam itu
benar-benar tempat ancaman bagi mereka (pengikut-pengikut Syaitan) semuanya’,
dia lari ketakutan seperti orang gila selama tiga hari. Kemudian dia mengadap
kepada Nabi saw dan ditanya apakah sebabnya. Ia menjawab, ‘Wahai Rasulullah,
ketika turun firman Allah, ‘Dan sesungguhnya Jahanam itu benar-benar tempat
ancaman bagi mereka (pengikut-pengikut Syaitan) semuanya’, demi Allah yang
telah mengutuskan mu dengan membawa kebenaran, hatiku terasa dihiris-hiris.
Kemudian Allah menurunkan ayat, ‘Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu
berada didalam Syurga (taman-taman) dan (didekatkan) mata air- mata air (yang
mengalir)’”.
BAB 80: POHONLAH SYURGA DARI ALLAH DAN POHONLAH PERLINDUNGAN NYA DARI
API NERAKA.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Anas bin Malik bahawa
Rasulullah bersabda, “Barang siapa memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga
kali, nescaya Syurga akan juga turut berdoa, “Ya Allah, masukkanlah ia kedalam
Syurga”, dan barang siapa memohon perlindungan kepada Allah dari api Neraka
sebanyak tiga kali, nescaya ia (neraka) akan berdoa, “Ya Allah, lindungilah dia
dari Neraka”.
Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abu Said al-Khudri
atau dari Hajirah al-Akbar, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Pada
hari yang sangat panas, Allah memasang pendengaran dan penglihatan Nya kepada
penduduk langit dan penduduk bumi. Apabila ada seseorang hamba yang berkata,
‘Tiada Tuhan Selain Allah, alangkah panasnya hari ini, Ya Allah, lindungilah
aku dari panasnya Neraka Jahanam’. Nescaya Allah akan berfirman kepada Neraka
Jahanam, ‘Sesungguhnya seorang dari hamba-hamba Ku memohon perlindungan kepada
Ku darimu. Oleh itu Aku mahu kamu menjadi saksi sesungguhnya Aku
melindunginya’. Dan pada hari yang sangat sejuk, Allah memasang pendengaran dan
penglihatan Nya kepada penduduk langit dan penduduk bumi. Apabila ada seorang
hamba yang berkata, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, alangkah sejuknya hari ini, Ya
Allah, lindungilah aku dari sejuknya Neraka Jahanam’. Nescaya Allah akan
berfirman kepada Neraka Jahanam, ‘Sesungguhnya seorang dari hamba-hamba Ku
memohon perlindungan kepada Ku darimu. Oleh itu Aku mahu kamu menjadi saksi
sesungguhnya Aku melindunginya’”. Para sahabat bertanya, “Apakah yang
dimaksudkan dengan hawa sejuk Neraka Jahanam itu ya Rasulullah ?”. Baginda
menjawab, “Sebuah telaga untuk melempar orang-orang kafir, dan hawa yang sangat
sejuknya (sejuk berbisa) sebahagian bisa dibezakan dari sebahagian yang lain”.
BAB
81: YANG DITETAPKAN OLEH AL-QURAN DAN AL-SUNAH.
Telah dinyatakan dalam beberapa ayat-ayat alQuran
dan keterangan-keterangan Hadis-hadis bahawa amal-amal ibadah yang dilakukan
dengan ikhlas bersertakan keimanan yang kukuh dapat menghantar orang yang
melakukannya kedalam Syurga dan menjauhkannya dari api Neraka. Terlalu banyak
ayat-ayat dan juga hadis-hadis yang menyebutkan pekara ini. Contohnya sebuah
hadis yang telah dinyatakan didalam ‘Sahih Muslim’ dari Abu Said al-Khudri
bahawa Rasulullah bersabda, “Setiap hamba yang berpuasa sehari pada jalan
Allah, nescaya dengan puasanya itu Allah akan menjauhkan wajahnya dari Neraka
sejauh tujuh puluh tahun perjalanan”.
Diriwayatkan oleh Nasa’i dari Abu Hurairah bahawa
Rasulullah besabda, “Barangsiapa berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya
Allah akan jauhkan wajahnya dari Neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan”.
Diriwayatkan oleh Abu Isa Tirmidzi dari Abu Umamah bahawa Nabi saw bersabda,
“Barangsiapa berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan membuat
sebuah jurang antara dia dan Neraka sejauh antara timur dan barat”. Didalam
riwayat yang lain disebut, “sejauh antara langit dan bumi”. Ini adalah hadis
gharib Abu Umamah.
Diriwayatkan oleh ath-Thabarani alias Sulaiman bin
Ahmad, dari Ummarah bin Watsimah al-Mishri, dari Abu Watsimah bin Musa ibnu
Farat, dari Idris bin Yahya al-Khaulani, dari Raja’ bin Abu Atha’, dari Wahab
bin Abdullah al-Ma’afiri, dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa memberi makan saudaranya sampai kenyang dan memberi minuman sampai
segar, nescaya Allah akan menjauhkannya dari Neraka sejauh jurang dan jarak jurang-jurang
tersebut adalah sejauh seratus tahun perjalanan”. Diriwayatkan oleh Abu Daud
dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berwuduk dengan
sempurna dan menziarahi saudaranya sesama muslim, nescaya ia akan dijauhkan
dari Neraka Jahanam sejauh tujuh puluh tahun perjalanan”.
Telah disebutkan didalam ‘Sahih Bukhari’ dan juga
‘Sahih Muslim’ , sebuah riwayat dari ‘Adi bin Hatim bahawa ia pernah mendengar
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa diantara kamu yang sanggup membentengkan
dirinya dari Neraka walaupun dengan hanya sepotong kurma, maka hendaklah ia
lakukan”. Lafaz ini adalah dari versi riwayat Muslim.
BAB
82: UNTUK SIAPAKAH JAHANAM ITU ?. JAHANAM ADALAH LAPIS
NERAKA YANG PALING BAWAH.
Firman Allah didalam surah an-Nisaa ayat 145 yang
mafhumnya;
“Sesungguhnya
orang-orang munafik ditingkat yang paling bawah dalam Neraka, sedang engkau
tiada memperoleh pertolongan untuk mereka itu”.
Difahamkan bahawa Neraka itu memiliki tujuh tingkat
kebawah manakala Syurga pula memiliki tujuh tingkat keatas. Orang-orang kafir
berada ditingkat yang paling bawah, yang disebut dengan nama Neraka Hawiyah.
Ini adalah kerana mereka telah durhaka, yang merupakan dosa yang paling berat
terhadap Allah. Mereka dianggap paling sesat dan sangat suka menyakiti
orang-orang Islam yang beriman kepada Allah. Itulah sebabnya mereka menerima
balasan yang sangat berat dihari kiamat nanti, malahan telah pun menanti Neraka
Hawiyah ini untuk mereka.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Ibnu Yazid, dari
Kaab Ibnu Ahbar bahawa ia berkata, “Sesungguhnya didalam Neraka terdapat sebuah
telaga yang tidak pernah dibuka pintu-pintunya, atau sentiasa tertutup dari
mula ia diciptakan oleh Allah. Jahanam selalu bermohon perlindungan Allah dari
kejahatan telaga itu. Jika satu masa nanti pintunya dibuka Allah, nescaya akan
hadir azab Allah yang tiada taranya keluar dari telaga itu. Telaga ini terletak
diNeraka paling bawah dari semua lapisan Neraka itu”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibrahim alias
Abu Harun al-Ghanawi, dari Hathan bin Abdullah ar-Raqasyi bahawa ia berkata,
“Saidina Ali kwh. pernah bertanya kepada
kami, ‘Tahukah kamu semua bagaimana bentuk pintu-pintu Jahanam itu?’. Aku
menjawab, ‘Bukankah sama seperti pintu-pintu kita’. Ia menjawab, ‘Tidak !
tetapi ia tebal dan berlapis-lapis’”.
Menurut sepakatan ulama tafsir bahawa tingkat Neraka
yang paling atas sekali ialah Jahanam. Neraka ini dikhususkan untuk umat Nabi
Muhammad saw. yang durhaka. Ketika didalam keadaan yang kosong tampa penghuni,
pintu-pintunya boleh dibuka dengan hanya tiupan angin. Kemudian mengikut
turutan lapisan Neraka kebawah ialah dengan nama-nama, Lazha. Kebawah lagi
ialah Huthamah. Kebawah lagi ialah Sa’ir. Kebawah lagi dengan nama Saqar.
Kebawah lagi ialah Jahim. Dan yang terakhir sekali dengan nama Hawiyah.
Kemudian tingkatan-tingkatan Neraka juga disebuat sebagai ‘darjat’ seperti
firman Allah didalam surah al-Ahqaaf ayat 19, mafhumnya;
“Untuk
masing-masing mereka ada beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang mereka
amalkan, dan supaya Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka, sedang mereka
itu tiada teraniaya”.
Didalam kitab bertajuk ‘Az-Zuhdu War Raqa’iq’
karangan adh-Dhahhak, telah disebutkan nama tingkat-tingkat Neraka dan nama
penghuni-penghuni dari berbagai jenis agama. Namun pekara ini tidak pernah
disentuh oleh mana-mana riwayat hadis dari Nabi saw. Berkata adh-Dhahhak, “Yang
berada ditingkat paling atas ialah umat Muhammad saw (yang durhaka). Ditingkat
kedua adalah orang-orang Nasrani. Ditingkat
ketiga ialah orang-orang Yahudi. Ditingkat keempat ialah orang-orang Shabi’i.
Ditingkat kelima adalah orang-orang Majusi. Ditingkat keenam ialah orang-orang
Musyrik Arab dan yang ketujuh dan terakhir ialah orang-orang Munafik”.
Berkata Muadz bin Jabal, “Ulama Suu’ atau juga
disebut Ulama yang jahat akhlaknya terbahagi kepada beberapa peringkat pula.
Diantaranya ialah ulama yang memberi nasihat dengan cara yang sangat kasar,
kesat dan sombong. Mereka ini Allah tempatkan di Neraka tingkat pertama.
Terdapat pula ulama yang menafaatkan ilmunya untuk mengampu (atau ‘pembodek’)
pemerintah yang zalim bagi mendapat kekayaan, pangkat dan habuan dunia. Mereka
ini Allah letakkan di Neraka tingkat kedua. Terdapat juga ulama yang
menggunakan ilmunya untuk membuat umat merasa sedih. Meraka ini ditingkat
ketiga. Manakala ada pula ulama yang mengunakan ilmu dan kebolehannya berpidato
menaikkan semangat umah dan membuat mereka mengorbankan nyawa mereka (seperti mambunuh diri, pengebom
berani mati dll). Mereka Allah tempatkan di Neraka keempat. Ulama-ulama yang
suka memetik kata-kata dari orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ulama ini Allah
letakkan ditingkat kelima. Ada juga ulama yang suka membuat kesusahan kepada
umat, dan Allah letakkan mereka kedalam Neraka ditingkat yang ke enam. Yang
terakhir ialah ulama-ulama yang menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk
berbohong kepada umat. Mereka ini ditingkat Neraka yang ketujuh”.
Diantara nama-nama Neraka itu, terdapat nama-nama
yang sudah menjadi nama umum atau keseluruhan bagi Neraka. Contohnya seperti
Jahanam, Saqar, Lazha dan Samum. Ini adalah seperti firman Allah didalam surah
ath-Thuur ayat 27 yang mafhumnya;
“Lalu
Allah memberi kurnia kepada kita dan memelihara kita daripada seksa Neraka
(Samum)”.
Yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Samum’ disitu
ialah merujuk kepada Neraka secara keseluruhannya. Semoga Allah lindungkan kita
dari azab Neraka...amin.
BAB
83: NERAKA MEMBAKAR SETIAP HARI DAN PINTU-PINTUNYA
TERBUKA KECUALI HARI JUMAAT.
Diriwayatkan oleh Abu Nua’im, dari Sulaiman bin
Ahmad, dari al-Husain bin Ishak at-Tastari, dari Ali bin Bahr, dari Sawar bin
Abdul Aziz, dari Nu’man Ibnu Mundzir, dari Makhul, dari Adullah bin Umar bahawa
Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Neraka Jahanam itu membakar setiap hari dan
pintu-pintunya sentiasa terbuka kecuali hari Jumaat, ia tidak membakar dan
pintu-pintunya pun tidak terbuka”.
Berkata Syeikh al-Qurthubi (pengarang kitab ini),
“Oleh kerana itulah dibolehkan kita melakukan solat sunat ditengah hari Jumaat
(solat sunat sebelum Jumaat), tetapi tidak dihari-hari yang lain”.
BAB
84: KETERANGAN BERKENAAN PINTU-PINTU NERAKA.
Firman Allah didalam surah al-Hijr ayat 44,
mafhumnya;
“Bagi
Neraka itu ada tujuh pintu. Bagi tiap-tiap pintu itu ada bahagian yang
dibahagikan (untuk orang-orang yang berdosa)”.
Dan didalam surah az-Zumar ayat 71 yang mafhumnya;
“Orang-orang
kafir dihalau kedalam Neraka dengan berduyun-duyun, sehingga bila mereka sampai
disana dibukakan pintu-pintunya dan berkata kepada mereka Malaikat-malaikat
yang menjaganya : Tidakkah datang kepadamu Rasul-rasul diantaramu yang
membacakan ayat-ayat Tuhammu kepadamu dan memberi peringatan kepadamu buat
menemui harimu ini ? Sahut mereka: Ya !,
tetapi tetaplah perkataan seksa terhadap orang-orang yang kafir”.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmidzi dari Ibnu Umar
bahawa Rasulullah bersabda, “Jahanam memiliki tujuh pintu, satu pintu
diantaranya untuk orang-orang yang menghunuskan pedang terhadap umatku atau
terhadap umat Muhammad (manusia yang melancarkan perang dengan umat Islam)”.
Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Abdullah Tirmidzi. Kata
Abu Isa Tirmidzi, “Aku hanya mengenalnya dari Hadis Malik bin Maghul sahaja”.
Menurut saya (Syeikh ai-Qurthubi), Malik bin Maghul
alias Abdullah al-Bajali al-Kufi adalah merupakan seorang Imam yang boleh
dipercayai. Bukhari, Muslim dan Imam-imam hadis yang lain juga selalu
meriwayatkan daripadanya”.
Berkata Ubai bin Ka’ab, “Jahanam itu mempunyai tujuh
jenis pintu. Salah satu pintu yang paling sempit, paling panas dan paling busuk
baunya adalah untuk orang-orang berzina yang sudah mengatahui hukumannya”.
Diriwayatkan oleh Salam ath-Thawil, dari Abu Sufyan,
dari Anas bin Malek, dari Nabi saw berkenaan firman Allah, “Jahanam itu
mempunyai tujuh pintu”, Baginda bersabda, “Ada pintu untuk orang-orang yang
mempersekutukan Allah. Ada pintu untuk orang-orang yang meragukan Allah. Ada
pintu untuk orang-orang yang lalai dari Allah. Ada pintu untuk orang-orang yang
lebih mengutamakan menuruti kesenangan hawa nafsunya dari Allah. Ada pintu
untuk orang-orang yang melepaskan kemarahan mereka dengan murka Allah. Ada
pintu untuk orang-orang yang lebih mengutamakan haknya dari hak Allah. Dan ada
pintu untuk orang-orang yang sombong kepada Allah”.
Riwayat itu dikemukakan oleh al-Halimi alias
Abdullah al-Hasan Ibnu Husain dalam kitabnya yang bertajuk ‘Al-Minhaj’.
Kemudian dia memberi komen iaitu, “Yang dimaksudkan dengan orang-orang yang
mempersekutukan Allah ialah orang-orang musyrik (kafir). Yang dimaksudkan
orang-orang yang meragukan Allah ialah mereka yang tidak tahu adakah sebenarnya
mereka memiliki satu Tuhan atau tidak punya Tuhan sama sekali. Atau
mereka-mereka yang meragui adakah syariat Islam itu memang sebenar-benarnya
datang dari Allah atau tidak. Yang dimaksudkan orang-orang yang lalai dari
Allah ialah orang-orang yang sangat keras kepala, mereka adalah golongan
‘Ad-Dahriyah’. Yang dimaksudkan orang-orang yang lebih mengutamakan menuruti
kesenangan hawa nafsunya dari Allah itu ialah orang-orang yang sangat
bersemangat melakukan perbuatan maksiat kepada Allah kerana mereka mendustakan
para Rasul utusan Allah dan menentang perintah dan larangan Allah.
Adapun yang dimaksudkan dengan orang-orang yang
melepaskan kemarahan mereka dengan kemurkaan Alladapah ialah orang-orang yang
mengatakan bahawa Nabi-nabi pesuruh Allah yang menyeru kepada jalan Allah telah
mengazab mereka-mereka yang tidak mahu mengikut seruan mereka (berbohong). Yang
dimaksudkan dengan orang-orang yang lebih mengutamakan haknya dari hak Allah
itu ialah orang-orang yang mengingkari peristiwa kebangkitan semula dan
perhitungan semula (hari kiamat). Mereka menyembah apa saja yang mereka sukai,
berbuat apa saja yang mereka sukai dan bermegah dengan semua rezeki yang mereka
perolehi dengan rakus, sedangkan semua nikmat itu datangnya dari Allah. Yang
dimaksudkan dengan orang-orang yang sombong terhadap Allah itu ialah
orang-orang yang tidak memperdulikan perbuatan mereka itu benar atau salah.
Mereka tidak mahu berfikir, mengambil pengajaran dan mencari petunjuk. Jika
riwayat ini boleh ditetapkan, Allah sahajalah yang Maha Mengatahui apa yang
dimaksudkan oleh Rasul utusan Allah itu”.
Bilal bin Rabah bercerita, “Pada satu hari Nabi
sedang solat sendirian di Misjid Madinah. Tidak lama kemudian datang seorang
wanita desa lalu mengikut baginda solat sebagai makmum tampa disedari oleh
baginda. Apabila baginda mula membaca ayat, ‘Jahanam itu mempunyai tujuh pintu.
Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan tertentu dari mereka’, wanita
desa itu tiba-tiba jatuh pengsan. Mendengar suaranya lalu baginda menoleh
kebelakang. Baginda meminta diambilkan air lalu disiramkan dimuka wanita desa
itu sehingga ia sedar semula dan boleh duduk. Kemudian Nabi bertanya kepadanya,
‘Kenapa kamu ?’. Wanita itu tidak menjawab pertanyaan Nabi, sebaliknya bertanya
kepada Nabi, ‘Adakah ayat yang baginda baca itu adalah dari Kitab Allah atau
ayat yang baginda cipta sendiri ?’. Baginda menjawab, ‘Wahai wanita desa, apa
yang aku baca tadi adalah sebahagian dari ayat Kitab Allah yang diturunkan
kepadaku’. Dia bertanya lagi, ‘Apakah setiap angota tubuhku akan diseksa
dihadapan sebuah pintu Jahanam ?’. Baginda menjawab, ‘Wahai wanita desa, bahkan
setiap pintu Jahanam itu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka
dan penghuni setiap pintu akan diseksa menurut amalan mereka’. Ia berkata, ‘Sesungguhnya
aku hanya seorang wanita desa yang miskin yang tidak punya harta sama sekali,
aku hanya mempunyai tujuh budak suruhan. Sekarang aku bermohon kau menjadi
saksi keatas ku...Wahai Rasulullah, aku memerdekakan budak-budakku semua untuk
menjauhkan aku dari pintu-pintu Jahanam itu demi mengharap keredhaan Allah
keatas ku’”.
Setelah beberapa waktu
kemudian, Nabi saw telah didatangi oleh Malaikat Jibril as yang menyampaikan
berita, “Wahai Rasulullah, sampaikan khabar gembira kepada wanita desa itu
bahawa Allah telah mengampuninya dan mengharamkan pintu-pintu Jahanam
kepadanya. Malahan Allah telah membukakan sebuah pintu Syurga untuknya”.
Waallahua’lam.
BAB 85: JARAK SETIAP PINTU
NERAKA DAN SEKSAAN YANG DISEDIAKAN DISANA.
Menurut sebahagian ulama
tafsir berpendapat bahawa, kalimah dari firman Allah, “Tiap-tiap pintu
(telah ditetapkan) untuk golongan tertentu dari mereka”, itu adalah
ditujukan kepada orang-orang kafir, orang-orang munafik, orang-oang yang
syirik, juga untuk para-para Jin, Syaitan dan Iblis. Jarak diantara satu pintu
Neraka dengan pintu Neraka yang lain ialah sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pintu pertama; ialah
Jahanam. Perkataan Jahanam bererti menjumpai, kerana Neraka Jahanam pasti akan
menjumpai manusia lelaki dan wanita lalu memakan daging mereka. Ini merupakan
seksaan yang paling ringan dibandingkan dengan semua seksaan Neraka yang Allah
ciptakan.
Pintu kedua; namanya ialah
Lazha. Perkataan Lazha bererti api yang bergolak kerana api ini mampu mengupas
kulit kepala manusia. Lazha disediakan
Allah untuk orang-orang yang tidak mahu bertauhid dan mengesakan Allah, selain
mempersenda dan berpaling dari ajaran Nabi Muhammad saw.
Pintu ketiga bernama Saqar.
Perkataan Saqar bererti burung helang. Seperti perangai burung ini yang memakan
bangkai dan mengsiat-siat daging serta menghempas-hempas tulang belulang,
begitulah gambaran akan keadaan manusia yang menjadi penghuninya kelak. Api
Neraka Saqar mampu mengsiat-siat daging, memakannya dan menghempas tulang
belulang orang-orang yang dimasukkan kedalamnya.
Pintu keempat bernama
Huthamah. Firman Allah didalam surah al-Humazah ayat 5 dan 6, mafhumnya;
“Tahukah engkau apakah Neraka Hutamah itu ?. (iaitu)
Api Allah yang bernyala-nyala”.
Api Hutamah boleh
menghancurkan daging, tulang belulang dan membakar hingga kehati manusia.
Seperti firman Allah didalam surah yang sama seperti diatas (sambungan) pada
ayat ke 7 mafhumnya;
“Yang membakar hingga kehati (manusia)”.
Api Hutamah membakar dari
telapak kaki naik keatas hinggalah kehati manusia. Ia juga melontarkan bunga
bebola api sebesar dan setinggi istana seperti firman Allah didalam surah
al-Mursalat ayat 32 dan 33, mafhumnya;
“Sesungguhnya Neraka (Hutamah) melimparkan bunga api
seperti istana (tingginya). Seolah-olah unta-unta kuning tua (kelihatannya)”.
Maksudnya Neraka yang hitam
(Hutamah), lalu bunga api itu naik menjulang kelangit dan menghempas serta
membakar kulit, tangan dan anggota badan mereka yang lain. Mereka menangis
mengeluarkan air mata hingga kering, kemudian mengeluarkan darah juga hingga
kering dan kemudian keluar pula nanah hingga semuanya kering. Begitu banyaknya
air mata bercampur darah dan nanah oleh penghuni-penghuni Neraka Hutamah ini
hingga menjadi sebuah sungai yang boleh dilalui oleh sebuah perahu.
Pintu kelima bernama Jahim.
Perkataan Jahim bermaksud yang selalu menyala-nyala kerana longokan-longokan
baranya yang sangat besar, sama besarnya dengan dunia ini. Diatas longokan bara
inilah Jahim memenggang manusia durhaka yang membakar setiap anggota yang
terguling-guling diatasnya. Setiap gulingan menyebabkan maraknya api Jahim
menyala-nyala membakar tampa henti.
Pintu keenam bernama Sa’ir
yang bermaksud yang membakar. Neraka Sa’ir dikatakan sentiasa marak apinya
membakar tampa henti penghuni-penghuninya. Semenjak diciptakan ia sentiasa marak apinya yang
tidak pernah padam. Didalamnya terdapat tiga ratus buah rumah, dan disetiap
rumah disediakan pula tiga ratus jenis seksaan seperti ular berapi, kala
jengking bisa berapi, belenggu-belenggu rantai berapi dan sebagainya. Didalam
Neraka Sa’ir ini terdapatnya sebuah telaga bernama ‘al-huzni’ iaitu telaga
kesedihan dengan seksaan yang paing dahsyat dan trajis sekali. Dikatakan
apabila dibuka saja penutupnya , semua penghuni-penghuni Neraka Sa’ir ini
merasakan kesedihan dalam kepedihan yang bukan kepalang.
Pintu ketujuh dan terakhir
bernama Hawiyah. Perkataan Hawiyah bererti jurang yang dalam. Barang siapa yang
terjatuh kedalam jurang ini pasti tidak akan dapat keluar lagi untuk
selama-lamanya. Didalam jurang ini terdapat pula sebuah telaga bernama
‘hub-hab’ iaitu telaga api yang menyala-nyala dengan cepat. Inilah maksud
firman Allah didalam surah al-Israq ayat 97 yang mafhumnya;
“...Tiap-tiap kurang nyalaan apinya, lalu Kami tambah,
sampai bernyala-nyala”.
Dikatakan apabila pintu
telaga ini dibuka, akan keluar api meluap-luap kepanasannya hingga semua
pintu-pintu Neraka juga akan memohon perlindungan Allah akibat terlalu amat
panas tidak terhingga. Penghuni-penghuni Neraka Hawiyah ini digambarkan Allah
didalam firman Nya didalam surah al-Mudaatstsir ayat 17 yang mafhumnya;
“Nanti akan Ku berati dia dengan kesusahan (seksaan
pendakian)”.
Maksud kesusahan pendakian
ialah dimana didalam Neraka ini juga terdapat sebuah gunung dari api.
Musuh-musuh Allah itu akan diseret kesana dengan tangan-tangan mereka
dibelenggu dibelakang leher dan diikat menjadi satu dengan kaki-kaki mereka.
Para Malaikat Zabaniah berdiri dihadapan kepala-kepala mereka sambil memegang
godam atau penukul besi neraka yang sangat besar. Jika sesiapa yang dipukul
dengan tukul besi neraka itu pasti akan mejerit melolong-lolong yang boleh
didengari oleh semua manusia dan jin.
Pintu-pintu Neraka itu
diperbuat dari besi, dilapis duri, beralaskan tanah dari perak, timah dan kaca.
Warnanya sangat gelap menyeramkan. Diatasnya api, dibawahnya api, disebelah
kanan dan kirinya juga api. Diseluruh arah semuanya api. Semasa kejadiannya,
Neraka dinyalakan seribu tahun pertama apinya berwarna merah, kemudian seribu
tahun kedua apinya dinyalakan hingga ia berwarna putih dan diperingkat ketiga
ia dinyalakan lagi hingga apinya berwarna hitam. Seterusnya api ini akan terus
dinyalakan hingga warnanya menjadi hitam pekat kerana bercampur dengan
kemurkaan Allah. Begitulah apa yang telah diceriakan oleh al-Qatbi didalam
kitabnya yang bertajuk ‘Uyun al-Akhbar’.
Ibnu Abbas mengatakan,
“Sesungguhnya keadaan Jahanam itu hitam pekat dan gelap gulita tampa ada
sedikit pun cahaya. Atau ia separti yang digambarkan didalam firman Allah
didalam surah al-Hijr ayat 44 iaitu;
“Bagi Neraka itu ada tujuh
pintu. Bagi tiap-tiap pintu itu ada bahagian yang dibahagikan (untuk
orang-orang berdosa)”.
Disetiap pintu itu terdapat
tujuh puluh ribu gunung api, dan disetiap gunung itu terdapat tujuh puluh ribu
bukit api, pada setiap bukit itu terdapat tujuh puluh ribu anak bukit dari api.
Disetiap anak bukit itu pula terdapat tujuh puluh ribu lembah api, dan disetiap
lembah itu terdapat tujuh puluh ribu istana api dan pada setiap istana itu
terdapat tujuh puluh ribu rumah dari api dan pada setiap rumah itu terdapat
tujuh puluh ribu telaga racun. Pada hari kiamat nanti, apabila saja pintunya
dibuka terdengarlah suara gelora apinya yang sangat ngeri daripada semua arah.
Sehingga setiap manusia dan jin yang mendengarnya akan terus melutut longlai
dan berkata, ‘Ya Tuhanku, selamatkanlah aku... Ya Tuhanku, selamatkanlah aku’”.
Wahab bin Wanabbih bercerita
didalam kitabnya yang bertajuk ‘Al-Ahwal’, katanya, “Jarak diantara pintu
Neraka itu adalah sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Kepanasan pada pintu
kedua adalah tujuh puluh kali ganda dari pada kepanasan dipintu pertama. Begitu
seterusnya pada pintu ketiga, keempat dan seterusnya. Jahanam (Neraka pertama)
itu mempunyai tujuh pintu. Setiap pintu mempunyai tujuh puluh jurang dengan
kedalaman jurang tersebut ialah tujuh puluh tahun perjalanan. Pada setiap
jurang terdapat tujuh puluh ribu bukit api. Setiap bukit terdapat tujuh puluh
ribu gua api. Disetiap gua terdapat tujuh puluh ribu terowong. Setiap terowong
terdapat tujuh puluh ribu ular-ular api berbisa. Pada mulut setiap ular-ular
itu terdapat tujuh puluh ribu kalajengking berbisa. Pada setiap ekor
kalajengking itu terdapat tujuh puluh ribu telaga racun berbisa. Seluruh
orang-orang kafir dan orang munafiq akan jatuh kedalamnya”.
Cerita-cerita diatas tadi
merupakan kenyataan peribadi yang tidak boleh dipegang sebagai dalil mutlak.
Sebaiknya kita tangguhkan atau digantungkan saja kenyataan-kenyataan itu dahulu
kerana ia dianggap satu pengkhabaran ghaib. Mungkin penceritanya diberi Allah
pandangan basrah yang “diperlihatkan” keadaan didalam Neraka itu oleh Allah
yang Mahatinggi lagi Mahaagung. Waallahua’lam.
BAB 86: PENJELASAN BERKENAAN
PENGENDALI JAHANAM, KEADAANNYA DAN KEISTIMEWAAN NABI SAW.
Diriwayatkan oleh Muslim
dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “Pada hari
kiamat nanti, Jahanam (neraka) akan didatangkan dengan mempunyai tujuh puluh
ribu kendali (pedati seperti kereta kuda) dan setiap kendali itu dipegang oleh
tujuh puluh ribu Malaikat”.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Wahab, dari Zaid bin Aslam bahawa ia berkata, “Satu waktu, Jibril as telah
datang kepada Nabi saw. Setelah berbincang secara empat mata, Nabi bangkit
keluar dengan pandangan matanya tunduk kebawah. Para sahabat meminta Saidina
Ali kwh untuk menemui baginda kerana kelihatannya Nabi sedang bersedih setelah
pertemuaan dengan Malaikat itu. Lalu Saidina Ali kwh pun pergi mendekati Nabi
dan Nabi memeluknya dari belakang . Lalu Saidina Ali kwh pun bertanya,
‘Kenapakah baginda nampak sedih ?’. Baginda menjawab, ‘Wahai Abdul Hassan, tadi
Malaikat Jibril telah datang menemuiku. Ia bercerita kepadaku, ‘Jangan (berbuat
demikian). Apabila bumi digoncangkan berturut-turut.... Lalu Jahanam
didatangkan dan diiringi dengan kendali sebanyak tujuh puluh ribu kendali yang
dipegang pula oleh tujuh puluh ribu Malaikat. Pada waktu itu. Secara tiba-tiba datang
menyambar satu angin panas yang membuat kendali-kendali itu terlepas dari
tangan-tangan mereka. Seandainya mereka tidak berjaya mendapatkannya kembali.
nescaya angin panas itu akan membakar semua makhluk yang berada dipadang
Mahsyar itu. Nasib baik mereka telah dapat memegangnya kembali”.
Abu Hamid al-Ghazali (Imam
Ghazali) didalam kitabnya bertajuk ‘Kasyfu Ulum al-Akhbar’ mengatakan, “Mereka
akan datang membawa Jahanam berjalan dengan empat kaki dan diseret dengan tujuh
puluh ribu tali kendali oleh tujuh puluh ribu para Malaikat. Tangan-tangan
mereka memegang tiap-tiap mata rantai (kendali) itu yang mengandungi sengat
yang mampu menghancurkan gunung sebesar mana pun. Ketika rantai kendali terlepas,
mereka tidak berjaya menahannya dan semua makhluk berlutut, termasuklah semua
para Rasul. Sementara Ibrahim, Musa dan Isa bergantungan di A’rasy. Begitu
mencengkam suasana dikala itu sehingga Ibrahim sendiri melupakan putranya
Ismail, Musa melupakan saudaranya Harun dan Isa melupakan ibunya Maryam.
Masing-masing memikirkan diri mereka sendiri. Tetapi Muhammad tidak pernah
melupakan umatnya, Dia tetap memikirkan nasib umat-umatnya. Baginda lantas
memohon kehadrat Allah seraya bersabda, ‘Ya Tuhanku, selamatkanlah
umat-umatku’. Semua yang berada dipadang Masyar dikala itu tidak mampu untuk
berdiri. Mereka semuanya berlutut, maka itulah maksud dari firman Allah didalam
surah al-Jatsiyah ayat 28 yang mafhumnya;
“Engkau lihat tiap-tiap umat berlutut (tunduk)....”
Ketika Jahanam itu lepas,
mereka akan jatuh terlingkup akibat kemarahan dan dendamnya. Inilah maksud
firman Allah didalam surah al-Furqan ayat 12 dan juga surah al-Mulk ayat 8 yang
mafhumnya;
“Apabila ia (neraka) melihat mereka dari tempat yang jauh,
mereka mendengar suaranya seperti suara orang marah dan seperti bunyi nafas
(yang keluar dari dalamnya)”. Al-Furqan 12.
“Neraka itu hampir pecah belah kerana
kemarahannya...”. al-Mulk 8.
Maksudnya, ia terbelah dua
kerana sangat marah. Atas perintah Allah, maka Rasulullah saw berdiri dan
memegang kendalinya dan bersabda, “Kembali ketempatmu ! nanti akan datang
kepadamu para penghunimu berduyun-duyun’. Neraka menjawab, ‘Lepaskan aku
Muhammad !. Aku tidak berani kepadamu’. Lalu kedengaran seruan Allah daripada
‘Arasy kepada Neraka, ‘Dengarlah kata-katanya dan taatilah perintahnya !’. lalu
Neraka ditarik kesebelah kiri ‘Arasy. Menjadi redalah keadaan dan mereka
berkata-kata sesama mereka. Rasa takut mereka pun berkurangan. Inilah diantara
maksud dari firman Allah didalam surah an-Anbiyaa ayat 107 yang mafhumnya;
“Kami tidak mengutus engkau (ya Muhammad), melainkan
menjadi rahmat untuk semesta alam”.
Setelah itu barulah neraca
timbangan mula dipasangkan’”.
FAKTA 1:
Itulah penjelasan saya
(Syeikh al-Qurthubi) bahawa Jahanam adalah nama umum untuk Neraka. Ada pun yang
dimaksudkan ‘didatangkan’ pula ialah Jahanam itu didatangkan dari tempat yang
telah Allah ciptakan untuknya. Kemudian Neraka berpusing-pusing di Padang
Mahsyar, sehingga tiada jalan menuju ke Syurga kecuali melalui Jembatan Sirat
saja. Rantai yang mengikat dan mengandali Neraka adalah daripada rantai yang
sangat kuat sehingga Neraka tidak dapat terlepas dan tersembur keluar ke Padang
Mahsyar membinasakan makhluk. Dengan kuasa dan kehendak Allah, hanya Nabi
Muhammad saw sahaja yang mampu memegang kendali rantai Neraka itu. Ia dibantu
oleh beberapa Malaikat yang keras dan kasar, sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh Allah dalam firman Nya yang dinyatakan dibawah nanti.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Wahab, dari Abdulrahman bin Zaid bahawa Rasulullah bersabda berkenaan Malaikat
para penjaga Jahanam, “Lebar bahu salah seorang dari mereka seluas antara timur
dan barat”. Kemudian berkata Ibnu Abbas, “Lebar bahu Malaikat penjaga Jahanam
masing-masing adalah sejauh setahun perjalanan. Dengan sekali pukulan godam
(tukul besi), boleh melemparkan tujuh puluh ribu manusia kedasar Neraka
jahanam”.
Maksud firman Allah didalam
surah al-Muddatstsir ayat 30, mafhumnya;
“Diatasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)”.
Ayat ini merujuk kepada
ketua penjaganya sahaja. Selanjutnya akan diterangkan kemudian. Manakala jumlah
mereka sebenarnya dijelaskan pula didalam firman Allah dalam surah
al-Muddatstsir ini pada ayat 31 yang mafhumnya;
“.... Tiadalah mengatahui (jumlah) tentera Tuhanmu,
kecuali Dia sendiri...”
FAKTA II:
Menurut para ulama tafsir,
jika Nabi sahaja yang mampu mengendali Neraka daripada menyerang semua makhluk
yang berada di Padang Mahsyar adalah kerana baginda pernah melihatnya sewaktu
peristiwa Isra’ dan Mikraj’ ketika baginda sedang solat, seperti yang telah
dijelaskan didalam sebuah riwayat hadis sahih. Keistimewaan diperlihatkan
Neraka yang telah diberikan Allah kepada baginda mengandungi lapan feadah ;
Pertama: Ketika baginda
disakiti, mengejek-gejek baginda, mendustakan dakwah baginda oleh sebilangan
orang-orang kafir. Lalu Allah memperlihatkan kepada baginda, Neraka yang bakal
mereka terima sebagai balasan dari Allah. Ini adalah untuk mengembirakan hati
dan menguatkan lagi semangat baginda.
Kedua: Pekara ini merupakan
isyarat bahawa hati baginda langsung tidak sedih atas setiap penghinaan dan
kebencian dari orang-orang yang memusuhi baginda. Hati baginda sebaliknya
merasa sangat senang kerana orang-orang yang mencintai baginda akan mendapat
syafaat, kemuliaan dan penghormataan dari Allah.
Ketiga: Nabi diperlihatkan
Neraka kepadanya adalah sebagai satu kurniaan Allah ketika baginda
menyelamatkan orang-orang mukmin daripada Neraka tersebut kerana berkah dan
syafaat baginda.
Keempat: Nabi diperlihatkan
Neraka supaya pada hari kiamat kelak ketika semua para nabi hanya memikirkan
dirinya sendiri, baginda pula asek memikirkan umat-umatnya. Inilah yang
dimaksudkan oleh firman Allah didalam surah at-Tahrim ayat 8 yang mafhumnya;
“...pada hari Allah tiada akan menghinakan (memberi
malu) Nabi..”
Berkata al-Hafiz Abu
Khathab, “Hikmah disebalik itu ialah supaya baginda memberi tumpuan memberikan
syafaat kepada umatnya. Seandainya tiada jaminan (syafaat) tersebut, nescaya
baginda juga akan sebuk kepada dirinya sendiri sahaja seperti juga dengan
nabi-nabi yang lain”.
Kelima: Sebelum hari kiamat,
semua nabi-nabi tidak diperlihatkan Neraka kepada mereka kecuali Nabi Muhammad
saw seorang sahaja sewaktu isr’a dam mikr’a. Apabila diperlihatkan saja Neraka
kepada Nabi-nabi itu, mereka sangat terkejut, terpegun dan lidah mereka tidak
boleh berkata-kata selain mengakui saja semua kesalahan mereka yang telah lalu.
Mereka tidak mampu memberikan syafaat. Mereka hanya sebok dengan hal-hal mereka
sendiri sehingga tidak mampu menguruskan umat mereka masing-masing. Berbeza
dengan Nabi Muhammad saw yang pernah melihat Neraka. Baginda langsung tidak
terkejut, bahkan masih boleh berucap dengan lancar selaki. Pekara inilah yang
disebut sebagai ‘Tempat yang terpuji’ yang telah difirmankan Allah didalam
alQuran karim dan didalam beberapa riwayat hadis sahih.
Keenam: Pekara ini menjadi
dalil fikah bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan Syurga dan Neraka. Ia
dengan sendirinya menolak kepercayaan orang-orang kafir dan beberapa golongan
sesat akidah seperti golongan Mutazilah yang mengingkari keujudan Syurga dan
Neraka. Menyentuh persoalan Syurga ini, Allah telah berfirman didalam surah Ali
Imran ayat 133 yang mafhumnya;
“Bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan ke
Syurg, lebarnya seluas langit dan bumi,
disediakan untuk orang-orang bertakwa”.
Kemudian berkenaan Neraka
pula, firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 39, mafhumnya ;
“Orang-orang kafir an yang mendustakan ayat-ayat
Kami,mereka itulah penghuni Neraka, sedang mereka kekal didalamnya”.
Dari kedua-dua ayat diatas
tadi, Allah telah memberi isyarat dan petunjuk kepada semua manusia akan
kedudukan mereka yg bakal ditempatkan adalah berbeza diantara orang-orang
bertakwa yang akan dibalas dengan Syurga dan orang-orang yang kafir pula akan
dibalas dengan Neraka. Ini juga menunjukkan bahawa Syurga dan Neraka itu telah
pun ujud.
Ketujuh : Nabi diperlihatkan
Neraka adalah untuk menunjukkan bahawa dunia ini adalah tempat yang rendah dan
hina. Maka itulah sebabnya Nabi bersikap zuhud kepada dunia dan sangat sabar
menempuh segala macam cubaan, demi mendapatkan Syurga Allah. Ada sebuah
kata-kata orang bijak pandai, “Bagus sungguh cubaan yang dihantarkan kepada
seseorang dengan kesenangan dan buruk sekali nikmat yang dihantarkan untuk
bincana”.
Kelapan : Mungkin juga Allah
bermaksud, segala apa juga penghormatan yang diberikan kepada hamba-hamba yang
dicintainya, pasti akan juga diberi kepada Nabi Muhammad saw. Contohnya, Nabi
Idris yang diberi Allah penghormatan untuk masuk Syurga sebalum hari kiamat.
Penghormatan yang sama juga telah dikurniakan Nya kepada Nabi Muhammad sewaktu
peristiwa Isra dan Mikraj’.
Semua ini telah diceritakan
oleh al-Hafizh bin Dahyat didalam kitabnya yang bertajuk ‘Al-Ibtihaj’ ketika membahaskan
hadis-hadis yang menerangkan tentang peristiwa Isra dan Mikraj Nabi saw.
BAB 87: NERAKA BOLEH
BERKATA-KATA DAN HANYA BOLEH DILINTASI OLEH ORANG YANG MENDAPAT IZIN SAHAJA.
Diriwayatkan oleh
ath-Thabrani dan Abu Hadiyah alias Ibrahim bin Hadiyah, dari Anas bin Malik
bahawa ia bercerita, “Jibril turun kepada Nabi saw sambil membaca ayat ‘(Iaitu)
pada hari (ketika) bumi digantikan dengan bumi yang lain’. Nabi bertanya,
‘Dimanakah kedudukan manusia pada hari kiamat kelak,wahai Jibril ?’. Jibril menjawab,
‘Wahai Muhammad, mereka berada diatas bumi yang berwarna putih yang belum
pernah digunakan untuk melakukan satu kesalahan jua pun. Gunung ganangnya
adalah seperti bulu yang dihamparkan. Gunung ganang itu pun akan cair kerana
takut kepada Neraka. Wahai Muhammad, pada hari kiamat nanti, Neraka akan
didatangkan dengan ditarek tujuh puluh ribu kendalinya oleh tujuh puluh ribu
para Malaikat sehingga berada dihadapan Allah. Lalu Allah berfirman kepadanya,
‘Wahai Neraka, berbicaralah kamu?’. Neraka pun berkata, ‘Tidak ada tuhan selain
Allah. Demi kemuliaan Mu dan keaggungan Mu, sesungguhnya hari ini akan aku
seksa orang yang memakan rezeki dari Mu, tetapi menyembah selain dari Mu. Tidak
ada sesiapa yang boleh melintasi ku selain mereka-mereka yang mendapat izin’.
Nabi bertanya lagi, ‘Wahai
Jibril, apakah izin untuk melepasi Neraka itu ?’. Jibril menjawab,
‘Bergembiralah, sesungguhnya orang-orang yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan
selain Allah, nescaya mereka akan dapat melepasi jembatan Neraka’. Kemudian Nabi
saw bersabda, “Segala puji bagi Allah yang berkenan menjadikan umatku sebagai
umat yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah’”.
Diriwayatkan oleh al-Hafizh
Abu Muhammad alias Abdul Ghani sebuah hadis dari Sulaiman bin Amr anak yatim
Abu Said al-Khudri, dari Abu Said al-Khudri bahawa ia pernah mendengar
Rasulullah bersabda, “Ketika pada hari kiamat nanti Allah mengumpul manusia
disebuah tanah lapang, Neraka muncul dalam keadaan saling menindih dan ingin
lepas. Para Malaikat penjaganya berusaha memegang kendalinya. Neraka berkata,
‘Demi Tuhanku, lepaskanlah aku mencari pasangan-pasangan ku. Atau aku akan
menutup (menimbus) seluruh manusia hingga hanya menjadi satu kumpulan sahaja’.
Para Malaikat itu bertanya, ‘Siapakah pasangan-pasangan kamu itu ?’. Neraka
menjawab, ‘Setiap orang yang sombong dan melakukan sewenang-wenangnya dimuka
bumi’”.
PENGAJARAN DARI HADIS:
Daripada hadis riwayat Anas bin Malik inilah diambil
dalil yang terkuat atas kewajiban mengucap dua kalimah shadatai dan juga
mengambilnya dari wasilah dari tangan ketangan yang menyampai ketangan baginda
Rasulullah saw, dimana disaksikan oleh Malaikat Jibril as ketika itu. Itulah
sebabnya mengapa setiap umat islam lelaki dan perampuan mesti memiliki dua
kalimah shadat ini dan sentiasa mengamalkannya sewaktu hidup diatas dunia ini.
Maka ia juga dihukumkan fardu dalam hukum syara’ pada agama Islam. Sesiapa
sahaja yang tidak memiliki dan mengucapkan dua kalimah shadat ini akan disambar
oleh api Neraka ketika melintasi Jembatan sirat diakhirat kelak. Maka
bersyukurlah kepada sesiapa saja yang telah mendapakannya, manakala sesiapa
yang belum mengambilnya hendaklah berbuat demikian secepat mungkin kerana
ditakuti mereka tidak berkesempatan melakukannya nanti.
BAB 88 : JUMLAH MALAIKAT PENJAGA
NERAKA ADALAH SEMBILAN BELAS.
Firman Allah didalam surah
al-Mudatstsir ayat 30, mafhumnya;
“Diatasnya ada sembilan belas (penjaga neraka)”.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Mubarak, dari Hammad bin Maslamah,dari al-Arraq bin Qais ia bercerita, “Kami
berada dekat dengan Abu Awwam ketika seorang lelaki dari bani Tamim sedang
membaca ayat, ‘Tahukah kamu apa itu Neraka (Saqar)?’ dan ayat, ‘Diatasnya ada
sembilan belas (Malaikat penjaga Neraka)’. Selesai membaca ayat-ayat itu dia
pun bertanya kepada Abu Awwam, ‘Apa yang dimaksudkan sembilan belas?’. Abu
Awwam menjawab, ‘Yang dimaksudkan ialah sembilan belas ribu Malaikat’. Dia
bertanya lagi, ‘Bagaimana tuan mengatahuinya?’. Abu Awwam menjawab,
‘Berdasarkan firman Allah,’Dan tidaklah Kami jadikan bilangan mereka itu
melainkan untuk menjadi cubaan bagi orang-orang kafir’. Ia berkata, ‘Kamu
benar. Mereka adalah sembilan belas Malaikat dengan setiap mereka memegang
tukul besi yang besar dan bercabang dua. Dengan sekali hentaman tukul besi itu
boleh membuat yang terkena hentamannya akan terjatuh kedalam Neraka selama
tujuh puluh ribu tahun’”.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi,
dari Jabir bin Abdullah bahawa ia berkata, “Beberapa orang yahudi bertanya
kepada sahabat-sahabat Nabi, ‘Adakah Nabi kamu mengatahui jumlah Malaikat
penjaga Neraka’. Mereka menjawab, ‘Kami tidak tahu sebelum kami bertanya kepada
baginda ?’. Seseorang pergi bertemu dengan Nabi dan berkata, ‘Wahai Muhammad,
hari ini sahabat-sahabatmu telah kalah !’. Baginda bertanya, ‘Kenapa mereka
kalah?’. Ia menjawab, ‘Mereka telah ditanya oleh orang-orang Yahudi, apakah
Nabi kamu tahu jumlah Malaikat penjaga Jahanam’. Baginda bertanya, ‘Lalu apa
yang mereka katakan?’. Ia menjawab, ‘Mereka kata tidak tahu, sebelum bertanya
kepadamu’. Baginda bersabda, ‘Adakah mereka boleh dikatakan kalah, hanya kerana
mereka tidak menjawab persoalan yang mereka sendiri tidak tahu jawapannya
sebelum mereka bertanya dahulu kepadaku ?. Baiklah, musuh-musuh Allah itu akan
aku tanya berkenaan debu Syurga?’.
Kemudian orang-orang Yahudi
itu menemui nabi dan berkata, ‘Wahai Abu Qasim, berapakah jumlah Malaikat
penjaga Jahanam?’. Baginda menjawab, ‘Sembilan belas’. Mereka berkata, ‘Kamu
benar’. Kemudian giliran Nabi bertanya
pula, ‘Apa itu debu Syurga?’. Mereka terdiam agak lama, kemudian seorang
dari mereka berkata, ‘Itu adalah sepotong roti... Abu Qasim!’. Baginda
bersabda, ‘Roti itu termasuk debu yang lembut’”.
Berkata Tirmidzi, “Hadis ini
hanya aku kenal dengan sanad seumpama itu saja, dari riwayat Khalid, dari
asy-Sya’bi, dari Jabir”.
BAB 89: PERIHAL LUAS DAN DINDING
JAHANAM SERTA BERKENAAN FIRMAN ALLAH BERKENAAN NERAKA YANG SEMPIT.
Allah berfirman didalam
surah al-Kahfi ayat 29, mafhumnya;
“... Kami sediakan untuk orang-orang aniaya Neraka,
sedang mereka itu dilingkari oleh
dindingnya...”
Diriwayatkan oleh Ibnu
Mubarak, dari Anbasah bin Sa’id, dari Habib bin Abu Umarah, dari Mujahid bahawa
ia berkata, “Ibnu Abbas bertanya kepada ku, ‘Kamu tahu berapa luas Jahanam?’.
Aku menjawab, ‘Tidak!’. Dia berkata, ‘Baiklah jika kamu tidak tahu, jarak
antara hujung telinga salah seorang mereka hingga keperutnya adalah sejauh
tujuh puluh tahun perjalanan. Ada jurang yang dialiri nanah dan darah’. Aku
bertanya, ‘Ada sungainya?’. Ia menjawab, ‘Tidak, hanya jurang’. Kemudian dia
bertanya lagi, ‘Kamu tahu berapa luas jembatan Jahanam ?’. Aku menjawab, ‘Tidak
tahu’. Dia beekata, ‘Baiklah...Aisyah
bercerita kepada ku bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah berkenaan
firman Allah, ‘Padahal bumi seluruhnya dalam genggaman Nya pada hari kiamat’.
Aku bertanya, ‘Dimanakah kedudukan manusia ketika itu?’. Ia menjawab, ‘Diatas
jembatan Jahanam’”.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Mubarak, dari Ibnu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, “Yang mengelilingi
mereka itu ialah empat dinding yang sangat tebal dan jarak setiap dinding ialah
sejauh empat puluh tahun perjalanan”.
Diriwayatkan oleh Ibnu
Mubarak, dari Muhammad bin Basyar, dari Qatadah berkenaan ayat, “Apabila mereka
dilimparkan ditempat yang sempit di Neraka dalam keadaan dibelenggu”. Dia
berkata, “Abdullah pernah berkata kepada kami, ‘Sesungguhnya Neraka itu terasa
sangat sempit bagi orang kafir sesempit selak pada tombak’”. Riwayat ini juga
diketengahkan oleh ats-Tsa’labi dan al-Qusyairi dari Ibnu Abbas.
BAB 90 : SESUNGGUHNYA JAHANAM ITU
BERADA DIBUMI DAN DITUTUPI OLEH LAUT.
Diriwayatkan oleh Abu Umar,
dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi saw bersabda, “Tidak ada yang dapat
mengurangkan lautan itu keculi orang yang berperang (pada jalan Allah) atau
orang-orang menunaikan ibadah haji atau orang-orang yang menunaikan ibadah umrah,
kerana dibawahnya itu ada api”.
Dikatakan bahawa Abdullah
bin Umar tudak mahu mengambil wuduk dengan air laut kerana ia menutupi Jahanam.
Diriwayatkan oleh Wahab bin
Munabbih bahawa ia bercerita, “Pada suatu hari, Raja Zulkarnain naik keatas
gunung Qaf. Ibawah gunung itu dia meihat beberapa gunung-gunung kecil.
Zulkarnain bertanya, ‘Siapa namamu?’. Gunung itu menjawab, ‘Namaku Qaf’.
Zulkarnain bertanya lagi, ‘Bagaimana dengan gunung-gunung kecil yang berada
disekelilingmu itu?’. Qaf menjawab, ‘Itu adalah laharku. Bahkan disetiap kota
pasti ada laharku. Setiap kali Allah mahukan berlakunya gempa bumi disebuah
bukit, Dia akan memerintahkan ku untuk mengerakkan laharku. Maka terjadilah
gempa bumi ditempat itu’. Zulkarnain berkata, “Wahai gunung Qaf, ceritakan
kepada ku sedikit berkenaan keagungan Allah”. Qaf menjawab, “Sesungguhnya
urusan Tuhan kami itu sangat agung, tidak mampu dijangkau oleh sesiapa jua
pun”. Zulkarnain berkata, “Tolonglah ceritakan kepada ku yang sangat sederhana
sahaja’. Qaf berkata, ‘Dibelakangku ada sebuah tanah yang luasnya lima ratus
tahun perjalanan. Disana terdapat sebuah gunung Salju yang saling menghancurkan
diantara satu sama lain. Seandainya
tiada gunung Salju tersebut, nescaya semuanya akan terbakar akibat panasnya
Jahanam’”.
Berkata Syeikh al-Qurthubi
(penulis kitab ini), “Riwayat itu tadi menunjukkan bahawa Jahanam itu berada
dibumi. Tetapi, hanya Allah saja yang Mahamengatahui dimanakah tempatnya”.
BAB 91: MEMPERJELASKAN FIRMAN
ALLAH BERKENAAN LAUTAN YANG MELUAP SERTA BULAN DAN MATAHARI YANG DILEMPARKAN
KEDALAM NERAKA.
Menafsirkan firman Allah,
“Apabila lautan dijadikan meluap”, Ibnu Abbas berkata, “Setelah menyala maka
lautan pun menjadi api”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab
dari Atha’ bin Yassar, setelah membaca ayat, “Dan Matahari dan Bulan
dikumpulkan”. Dia berkata, “Pada hari kiamat nanti, setelah Matahari dan Bulan
dikumpulkan, lalu keduanya dilimparkan kedalam Neraka sehingga muncullah api
Allah yang sangat besar”.
Diriwayatkan oleh Ka’ab Ibnu
Ahbar bahawa ia berkata, “Pada hari kiamat kelak, Matahari dan Bulan akan
muncul seperti dua ekor lembu betina yang mandul lalu mereka dibuang kedalam
Neraka”.
FAKTA :
Menurut pendapat saya (Iman
al-Qurthubi), Jika Matahari dan Bulan dikumpulkan didalam Neraka, ini adalah
disebabkan mereka pernah dijadikan ‘tuhan yang disembah’ oleh manusia.
Sedangkan kepada mereka bedua (Matahari dan Bulan) itu bukanlah seksaan bagi
mereka kerana keadaan diri mereka yang padat (tumpat dan keras). Pekara ini
adalah untuk menambah beban / berat penderitaan kepada orang-orang kafir.
Pendapat yang serupa juga diajukan oleh beberapa orang ulama tafsir yang lain.
Ibnu Qasi mengatakan
“Ketahuilah sesungguhnya Matahari dan Bulan akan menjadi dua ekor lembu betina
yang akan dikumpulkan dan diikat didalam Neraka Jahanam. Akibatnya, udara
diwaktu siang hari akan menjadi terlalu panas dan dimalam hari akan menjadi
sejuk melampau. Malam dan siang masih tetap ada, tetapi sudah tidak mengandungi
Rahmat Allah. Pada kedua-duanya itu hanya ujud Kemurkaan Allah yang sangat
dahsyat dan in jugai terkena kepada kaum muslimin yang durhaka dan yang fasiq.
Sesiapa juga memerlukan cahaya bulan dan matahari bagi mengenal sesuatu. Sekali
pun cahaya bagi kedua-dua makhluk Allah itu telah dihapuskan, tetapi sisa-sisa
cahayanya masih tetap terpancar diatas muka bumi ini dengan kemurkaan Allah.
Kemurkaan Allah ini mencapai kepada kemuncaknya apabila Dia mencabut seluruh
rahmat dan kasih sayangNya dari segala sesuatu yang ada didalam kehidupan
dunia”.
Diriwayatkan oleh Muslim dan
Hakim bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki seratus peratus
rahmat dan hanya satu peratus sahaja yang Dia turunkan diatas muka bumi ini.
Dengan rahmat satu peratus inilah seluruh binatang saling menyayangi, semua
makhluk saling mengasihi dan mengiratkan tali silarutulrahim sesama mereka dan
sentiasa memelihara hubungan itu. Pada hari kiamat nanti, Allah akan mengenggam
rahmat satu peratus itu semula dan akan mencantumkannya dengan rahmat yang
sembilan puluh sembilan peratus itu untuk menjadikannya semula seratus peratus
seperti asalnya. Kemudian seratus peratus rahmat itu diserahkan Nya kepada
orang-orang yang beriman”.
Akibat dari itu, semua
penghuni Neraka termasuklah orang-orang mukmin yang durhaka dan fasik tidak
beroleh kebahagian barang sedikit jua pun dari rahmat Allah Seru Seklian Alam.
Dengan hilangnya rahmat Allah itu, maka hilanglah juga kelembutan cahaya yang
ada pada Bulan hingga hanya meninggalkan sisa kegelapan dan udara yang
tersangat sejuk. Dengan hilangnya rahmat Allah itu, maka hilanglah juga
pancaran cahaya Matahari hingga hanya meninggalkan sisa kegelapan dan pansa
terek yang terlampau.
Sifat rahmanlah yang ada
pada Matahari dan Bulan, sebelum ini ditangguhkan kepada orang-orang mukmin
yang durhaka dan fasik kerana mereka masih boleh merasakan kenikmatan rahmat
dikala itu kerana masih ada lagi pengekang kepada kehancuran. Pekara ini
merupakan sunnah Allah dan ketetapan Nya sehinggalah batas waktu tertentu,
kecuali jika Allah berkehendak pada sesuatu pekara yang lain. Jika itu yang
terjadi, maka tidak ada siapa yang mampu menghalang keputusan Nya, kecuali diri
Nya sendiri Yang Mahasuci yang tiada Tuhan selain Dia... Allah SWT.
Kemudian berkata Imam Syeikh
al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Kata Ibnu Abbas seperti yang telah diulas
oleh Ikrimah, apa yang telah disampaikan oleh Ka’ab al-Ahbar itu tidak
benar.Menurutnya itu adalah cara pemikiran Yahudi yang ingin dimasukkan kedalam
Islam. Persoalannya, Allah tidak mungkin akan mengazab Matahari dan Bulan kerana
mereka merupakan makhluk Allah yang sangat taat perintah Nya. Cuba lihat firman
Allah didalam surah Ibrahim ayat 33 yang mafhumnya;
“DitundukkanNya untukmu matahari dan bulan yang
beredar keduanya, serta ditundukkanNya pula untukmu malam dan siang”
Kedua-dua makhluk Allah ini
beredar pada paksinya adalah disebabkan mentaati perintah Allah. Bagaimana pula
Allah hendak mengazab kedua-dua hambaNya yang sangat taat itu?.
Disebutkan didalm sebuah
hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Syaikh yang ditulis didalam
kitabnya bertajuk ‘Al-Azhumat’mulkasurat 647, bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya
ketika Allah telah menetapkan makhluk Nya, dan yang tinggal hanyalah Adam, Dia
lalu menciptakan Matahari dan Bulan dari cahaya ‘Arasy Nya.....”. Pada bahagian
akhir hadis itu disebutkan, “Pada hari kiamat nanti ketika Allah telah
memutuskan dan telah memisahkan semua ahli Syurga dan ahliNeraka, sedangkan mereka
belum dibenarkan untuk memasuki tempat mereka masing-masing selagi Allah tidak
memanggil Matahari dan Bulan. Kemudian mereka didatangkan kehadrat Allah dengan
wajah hitam. Mereka berdiri terpaku dalam kegoncangan kerana seluruh sendi mereka
mengigil kuat oleh sebab keadaan yang huru hara dihari itu kerana takutkan
Allah yang Maha Pemurah.
Ketika mereka berada dekat
dengan’Arasy, mereka jatuh bersujud kepada Allah seraya mengucapkan, ‘Ya Tuhan
kami, Engkau telah mengatahui ketaatan kami kepadaMu. Kami terus sahaja beredar
diatas obit kami demi menurut perintah Mu. Kami terus berlalu dengan cepat
dihari-hari dunia juga demi mentaati Mu. Oleh kerana itu, tolonglah kami dan janganlah
kami diazab disebabkan perbuatan orang-orang musyrik yang menyembah kami’.
Allah berfirman,’Kamu berdua adalah benar!, Sesungguhnya Aku telah memutuskan
terhadap diri Ku sendiri, bahawa Aku akan memuliakan dan mengembalikan. Aku
mengambalikan kamu berdua menjadi seperti asal kejadian kamu. Oleh kerana itu,
kembalilah kamu pada asal penciptaan kamu dahulu’. Matahari dan Bulan bertanya,
‘Ya Tuhan kami, dari apakah kami ini diciptakan ?’. Allah berfirman, ‘ Kamu
dijadikan dari cahaya ‘Arasy Ku. Kembalilah kamu padanya’. Kedua-dua mereka pun
kembali bercantum semula dengan cahaya ‘Arasy, lalu memancarkan kilauan cahaya
yang hampir menyambar pandangan mata. Itulah maksud firman Allah didalam surah
al-Buruuj ayat 13, mafhumnya;
“Sesungguhnya Dia memulakan (mencipta makhluk) dan
mengulanginya (menghidupkan semula)’”.
Riwayat ini juga telah diketengahkan
juga oleh ats-Tsa’labi didalam kitabnya bertajuk ‘Al-Ara’is’.
SEKIANLAH
DAHULU MUKASURAT KE23 BAB INI, SELAMAT MEMBACA DAN DIHARAPKAN TULISAN INI DAPAT
MENDATANGKAN MANAFAAT. HARAP MAAF JIKA TERDAPAT KESILAPAN .
Wabillahitaufiq Walhidayah
Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
SEKIAN,
Atok zamany.