Tuesday, August 24, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 6

30 comments:

  1. salam, kosong je bab 6 ni tuan zamany...:)..tuan, di mahang juga ada seorang tuan guru tarekat, pak teh mat isa...tarekat syatoriah..tuan zamany pernah berjumpa tak?

    ReplyDelete
  2. salam Tok,
    Ketika sy komen ni, bab 6 masih kosong dan sy dapati msh ade org brtnya soalan di bab 5. Hrp tok tak tertinggal mereka.

    Memang sy terperanjat dgn penerangan tok ttg kesan setelah baiah tu..sy ni kira penakut gk. Tp sy kena gagah jgk nnti bila sdh baiah dgn ust mat janggut.

    Jika yang "gaylong" brp lama tok? Bagaimana mereka belajar jika diganggu saka dan jin?

    Boleh tok terangkan keadaan belajar Abjad ni masa berguru? Lebih kurang mcm disekolah or university ke?

    TQ atas penerangan tok sblm ni. Sekian.

    -haly-

    ReplyDelete
  3. bersangka baiklah kepada Allah, lebih- labih lagi ketika menuntut ilmu. SEmoga berjaya....

    ReplyDelete
  4. KEPADA SEMUA...

    HARAP MAAF SEBAB MS 6 NI JADI MACAM NI. ATOK ZAMANY DAH SILAP TEKNIK...TER POST MASA BUKA PAGE TU. MINTA DIABAIKAN, TAPI RAMAI PULAK MASUK COMMENTS DLM MS NI. OK KITA MENGOMEN JE LA !!! ATAU KITA BUKA MS NI UNTUK SOAL JAWAB. KALAU ATOK BOLEH JAWAB LA, KALAU TAK ATOK DIAM JE ! TK SEBAB AMBIL BERAT.

    MS 6 SEBENARNYA MASIH DLM PROSES, NI KENA TUNGGU LAMA SIKIT... MAKLUMLAH ADA KEJA SIKIT YG ATOK KENA BUAT. NANTI DAH MASUK 10 AKHIR RAMADHAN, ATOK MENGHILANG SEKEJAP... KALAU NAK IKUT. KOU ORANG NAIK KAPAL TERBANG PERGI KE MADINAH AL MUNAWARAH. NANTI JUMPA ATOK KAT SANA KALAU KOU ORANG BOLEH PERASAN ATOK LA. ATOK RAYA KAT SANA.

    SALAM LAILATUL QADHAR,

    Kpd Anony 8.42,

    Tak pernah dengar pulak nama tarikat tu. Jangan2 dia cipta sendiri. Ikut suka dia je. Bukan begitu jalan tarikat ni. Ia bukan jalan yg kita pandai2 buat. Ia telah pun ada sejak zaman sahabat kepada sahabat lagi. Tarikat tu adalah cara, jalan, uslah, readah beramal para2 sahabat nabi, yang diambil sebagai contoh dan dinamakan Tarikat. Bukan dibuat tampa contoh, ikut dan je. Pandai je sikit berhujah dah boleh buka pondok jadi guru. Mereka ni gila sangat digelar guru...agaknya ?? sebab tu jadi begitu. Jadi anak murid kan senang.... hati2 dengan dunia zaman sekarang yg banyak guru-guruan begini. Ia membawa malapetaka kepada diri murid, membawa fitnah kepada agama, tidak menjamin apa2...malah akan menjauhkan manusia dari jalan Muhammad Rasulullah itu sendiri.

    Kpd haly...

    Apa nak takut, kan guru ada. Dia akan jaga dan bagi pulih "sakit" kamu tu. Kalau tak keluar penyakit tu, ia akan jadi pekong sampai mati. Itulah sebabnya kena tahan juga. Bagi keluar habis, baru kita kemas.

    Gangguan makhluk halus ni pekara biasa. Cuma semasa sekarang ni, kamu tak nampak dia dan kamu didalam kawalam mereka. Itu yg ingat tak ada apa2. Bila kita nak keluar drp masaalah begini, kita kena hadap hadapan dgn mereka, seolah2 macam digelangang silat, bertumbuk, berkelahi dan beradu kekuatan. Tapi gelanggang itu gelanggang kita...apa nak heran. Puak ni akan kalah juga, yakin dengan Allah.

    Belajar dlm abjad ni tak sama langsung dgn keadah yg kamu tahu diluar ni. Zaman atok dulu tak payah tulis, ingatkan je. Sebab ilmu keluar mengejut, bukan kita tahu. Tiba2 je Tok Mat cakap pasal Ilmu, tak dan nak tulis. Kena ingat. Lepas tu jumpa mereka yg "org Lama" minta tunjuk. kena rapat dgn kawan2, sebagai tempat bertanya dan muzakarah, terutama "badal" ust mat tu. Depa tahu banyak pekara.

    Pelan2 karang tahulah nanti... yakin yang Allah akan bantu bagi mudah.

    Sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  5. Salam kembali Tok, Tarikat tu mmg wujud Tok (info di Internet). Tapi namanya tarikat Shattariyah bermula abad ke15 di India oleh Abdullah asy-Syattar. Sanad Saidina Ali. Tersebar di nusantara ni Indon dn Malaysia.

    Agak mencabar juga bila dah masuk Abjad ni. Niat nak berbaiah tu ada cuma perlu cari masa yg sesuai je.

    Jadi boleh kata budak Abjad ni boleh rasa jin pd tubuh dan juga halau jin dari rumah, termasuk 'tembak' jin la Tok? Jika begini, selalu la kena 'attack' dgn jin kan?

    Apa kebolehan ni ada pd tarikat yg lain?

    Oh, bestla tok dpt beraya kt Madinah. Sy x mampu nak ikut. Sekian.

    -haly-

    ReplyDelete
  6. anony 8:42 betul tok spt yg haly kata..mungkin sy silap letak daerahnya..dkt ulu mahang sungai bayor selama, ramai juga anak muridnya..sanad sampai kpd sheikh daud fathani...etc hingga pak teh..wallahualam

    ReplyDelete
  7. Salam semua..

    Kpd haly,

    Bukan semua juga yg boleh 'nampak' dan 'rasa' jin ni. Cuma bila dah duduk dlm abjad dan buang saka yg ada, maka kebaikan pada diri murid itu ialah dilindungi oleh guru-guru tu. Jin tak mampu nak lawan mereka2 tu sedang kamu duduk sebagai murid jagaan mereka. Jadi terselamatlah dari diganggu puak jin tu. Cuma jika kamu tak duduk kemas yg akan diganggu. Kena rajin la bila dah dapat bersama abjad. Itu saja yg murid kena patuh.

    Kebolehan itu bukan disebabkan kamu masuk belajar tarikat, ia adalah anugrah. Cuma bila dah duduk dalam abjad, kamu boleh tahu bagaimana nak jaga diri, keluarga dan harta. Puak ni kalah jika kamu tahu. Kalau tak tahu pun mereka kena jumpa guru, baru jumpa kamu. Spt yg atok cakap, kamu duduk diwilayah selamat. Begitulah keadaahnya.

    kpd anony 6.01,

    Jika benar bagai dikata... terikat tu memang ujud dan benar lah sanat mereka tu. Tinggal lagi mereka juga kena tahu kedudukan (protokol). Jika benar mereka menyampai, kenapa mereka tak nampak Ust Mat sebagai penaung seluruh tarikat. Ini bukan lawak, ini kebenaran. Kalau mereka tahu adabnya, tentulah guru mereka dah diberi tahu kedudukan itu. Malangnya mereka tak tahu akan ujudnya adab itu. Persoalannya, kenapa tak dapat tahu atau diberitahu ???

    Jadi guru tarikat bukan suka-suka nak jadi guru saja, malahan kena tahu pekara ghaib juga. Itulah kayu pengukur atas diri guru tersebut. Kalau tak tahu alam ghaib, bagaimana kata dah menyampai ???

    Waallahua'lam...

    atok zamany.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak teh mat isa mahang dalam zaman tuan guru hj umar zuhdi,sheikh mahmud,kalau x knal..lbih baik diam saja.. hati yg bersih x akan ckp dngn nafsu. ya salam.

      Delete
  8. salam, terima kasih tok...apa pendapat tok mengenai isi kandungan buku hakikat insan, martabat tujuh etc...adakah ia benar

    ReplyDelete
  9. salam,

    dalam tariqat ada istilah guru, guru mursyid kena rujuk pada guru mana? dalam kapal tidak boleh ada 2 nakhoda..

    solda 9

    ReplyDelete
  10. salam semua...

    Kpd anony 10.20,

    Pendapat tok, buku ni boleh membawa kepada penyelewengan akidah yang sangat jauh. Ia merbahaya walau untuk dibaca sahaja pun. Inilah yang atok cakap, menafsir hakikat dengan akal dan fikirannya sahaja. Ilmu hakikat bukan macam tu. Ia berbeza, perbahasan dan faktanya tiada kena mengena langsung. Itulah sebabnya JAKIM telah telah mengarahkan buku ini jangan dijual kepada masyarakat kemudian Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan Fatwa bahawa buku ini boleh membawa kesesatan akidah.

    Kpd solda 9,

    Sebenarnya Guru Tarikat itu hanyalah wakli pengganti guru-guru sebelumnya. Mereka tidak boleh mengelar diri mereka "Mursyid" kerana gelaran itu hanya untuk Rasulullah saw sahaja. Semua Syeikh, Imam dan guru dibawahnya seluruhnya dari semenjak zaman Sahabat lagi hanya bergelar "wakil" atau "badal" kepada guru Mursyid tadi. Persoalannya... nak mencari wakil guru mursyid itu pun bukan senang, sebab ia hanya seorang dalam setiap abad (setiap 100 tahun)dan sekarang ini telah diberi kepada Ust Mat Janggut tu. Itu sebablah beliau dicari seluruh guru tarikat dimerata dunia yang telah diberi "Ilham" itu untuk mereka baiaah semula shadatai, jika mereka benar-benar duduk dan menyampai kealam hakikat. Jika tidak bererti mereka tidak mendapat "pengiktirafan" itu lagi.

    Kita semua disini sepatutnya merasa beruntung sebab Allah telah pilih badal itu ada disini. Katakanlah badal itu berada di luar dari Malaysia bagaimana ??? Terpaksalah kita mencarinya diseluruh pelusuk dunia pula ??? kan ini menyusahkan kita ???

    Isunya... banyak guru disini mempertikaikan pekara Hakikat ini ??? jadi bagaimana nak betul belajar ??? sampai bila nak jadi begitu?? Sudahlah kamu tak tahu hakikat, kamu tak pula mahu mendengar nasihat orang yang tahu ??? Itulah masaalahnya...

    atok zamany

    ReplyDelete
  11. salam kembali tok.
    Bole tok terangkan sapakah antara guru2 tarikat yg telah baiah dgn ust. mat janggut?

    Apa ust. mat janggut seorang yg berterus terang ttg keadaan seseorang yg ingin baiah? mcm boleh tahu keburukan atau keimanan seseorg dn lain2?

    -haly-

    ReplyDelete
  12. salam atok

    terima kasih byk walaupun belum habis bab ni, saya rase sedih sgt dgn cerita alam kubur dan faham penerangan serba sedikit dari awal bab hingga sekarang..saya jika memandu jika ternampak tanah perkuburan mesti bagi salam tidak kira jauh dekat atau sekadar selisih.. atok rase ahli kubur dengar tak salam saya tu

    atok
    1.saya akan sentiasa berasa lemah dan segal2 dibahagian belakang badan dikawasan belah kanan dan ditekan tidak keraplah, namun jika ada adik beradik saudara mara yang dtg ke rumah maka ia akan hilang rasa tersebut...apa pandangan atok, takut juga kalau jin2 bersarang kat area tu

    2.pada satu malam bermimpi pernah bertarung dgn sesuatu entiti,tidak pasti sama ada mainan tidor atau apa.. dlm petarungan tersebut sy bertemu dgn "seorang" yg lengkap ala panglima hitam, pertarungan itu terhenti apabila "sorang"
    yang berjubah putih muncul berkata "cukuplah utk hari ini" difahamkan arwah paklog adalah pewaris "jin" tersebut dan skrg ni tak tau dia pegi kat siapa..

    mekacih

    org s.alm

    ReplyDelete
  13. Salam semua...

    Kpd haly,

    Terlalu ramai guru tarikat yg hadir pada Ust Mat Janggut untuk baiaah semula shadatai. Kebanyakannya dari luar negara, dari Timur Tengah, benua Afraka, eropah, asia tengah, asia timur, India, Afganistan, Pakistan, Tunisia, Indonesia, Thailand, kemboja, Sumatera dll. malangnya atok tak diberitahu nama2 mereka. Ada diantara mereka yg terpaksa tidur dimisjid beberapa bulan kerana diberitahu dalam mimpinya yg Ust Mat akan Solat Jumaat berjemaah dimisjid berkenaan. Maka mereka memerhati kan setiap inividu yg masuk ke masjid pada setiap jumaat hingga beberapa bulan yg akhirnya bertemh juga. Kemudian ada jemaah haji (jemaah tarikat) dari Tunisia yang menunggu Ust Mat di Jabal Rahman pada setiap tahun haji semata mata hendak bertemu dgn Ust untuk baiaah dan akhirnya mereka diketemukan juga. Banyak lagi cerita aneh jemaah tarikat atau individu yang baiaah dgn ust Mat kerana mereka tahu dan diberitahu akan kelebihan yg akan mereka perolehi.

    Sememangnya semua yg ada pada kamu akan terbuka dihadapan beliau, semenjak dari lahir hinggalah kamu hadir dihadapannya. Tiada yg tersembunyi terutama "pakaian" kamu. Tetapi dia juga seorang yg sangat memegang amanah, dan tidak akan memberi aib kepada kamu. Sebagai manusia... biasalah ust nakal sikit tu sebab tak tahu ?? (katakan saja begitu).

    Mengatahui keburukan atau keimanan seseorang ini adalah juga dipanggil "Keromah" atau Allah beri lihat padanya. Bukan dia sengaja nak tengok atau ngada ngada nak tengok. Ia bukan jenis Ilmu yg dituntut bagi mendapatkannya. Allah kurnia begitu, maka jadilah begitu. Waallahua'lam...

    kpd mekacih shah alam...

    Terima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman disini dan selamat datang. Jika kita lalu dimana2 kuburan, pekarab terbaik kita ucap salam dan bagi 1 kali bacaan fatihah atau al lkhlas atau selawat nabi atau istigfar 1 kali pada semua ahli kubur disitu. Ia tetap sampai kerana malaikat yg akan urus pekara itu iaitu nenberitahu setiap ahli kubur itu semasa menghantar hadiah kita tadi. Dan ganjaran Allah bagi ialah mendapat sebanyak jumlah mereka (mayat) yg berada disitu pahala bacaan dan mendengar al quran itu. Inilah sedakah yg paling rahsia tetapi sangat besar ganjarannya.

    1) SAKA KELUARGA yang buat begitu. Ya memang jin tu dah duduk disitu sebab cucu tak buat apa yg dia hendak. Tak tahu apa benda yg kena buat untuknya, cucu kena tanya org2 tua cucu, tapi kalau pak saudara sepatutnya anak2 dia yg jadi mangsa bukan cucu,... terkecuali jika dia tak ada anak sendiri. nak selesai masaalah jumpa Ust Mat Janggut. Dia pakar dlm hal ehwal yang bersangkutan dgn JIN. tel 013 4500007.

    2) Mimpi tu nak bagi tahu cucu yg Jin saka tu ada dekat cucu. Dia minat pd cucu dan nak jadi sahabat cucu pula. Tapi rohaniah cucu tak mahu. Tu yg gaduh tu. Jubah putih tu paklong cucu la, siapa lagi ??? jadi pelerai (org tengah), bila pergaduhan itu tak selesai.

    Sebagai manusia sejati, cucu tak perlu bersekutu dgn jin. Depa tu bagi susah, bukan bagi mudah... ingat tu ya..!


    sekian

    atok zamany

    ReplyDelete
  14. salam tok
    Penerangan tok ttg banyaknya org luar negara yg berbaiah dgn ust mat janggut buatkan sy rs bersyukur Allah temukan sy dgn blog tok ni. Asalnya cuma di MistisFile, kemudian Sangtawal dan lain..hingga ke blog tok ni.

    Insyaallah lepas raya sy cari masa tuk baiah.

    Tok, kesan berbaiah, ape sy akan menjadi manusia yg lebih baik dari sblmnya?

    -haly-

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan Kareem, Atok Zamani, Didoakan semoga dianugerahi Allah SWT akan Lailatul Qadar pada Atok, amin. Untuk makluman Atok, saya mulai menyertai silat ABJAD sewaktu berusia 10 tahun pada tahun 1978 yang mana ketika itu saya adalah antara kalangan kanak-kanak yang dibenarkan untuk terlibat dan beraksi silat di kampong saya, Kg Seputih, Mukim Bakai, Baling, Kedah. Dimaklumkan bahawa wakil ABJAD berkenaan adalah dari kampong bersebelahan iaitu Kg. Jerenang, Baling yang mengambil baiah dengan Tuan Guru Sheikh Mahmud Pondok Lanai, Kuala Pegang, Baling yang jaraknya dengan kampong saya kira-kira 20 km sahaja. Walau bagaimanapun setelah memasuki sekolah menengah berasrama saya telah terputus dan tidak lagi aktif mengamalkan silat ABJAD. Sebalik sewaktu di sekolah menengah saya menyertai seni silat gayong setelah 3 tahun saya meninggalkannya setelah tidak selesa dengan beberapa upacara yang agak ganjil kelihatan meragukan dari segi syarak. Cuma apa yang saya nakkan pencerahan dari atok bahawa jiwa saya amat terkesan setelah mengikuti semua catatan keilmuan dalam blog atok. Saya terpanggil untuk kembali bersama ABJAD serta menjalani semula zikir dan riadah kerohaniannya. Saya merasakan ingin mumbaiah dengan Tuan Guru Ahmad bin Che Din dan apakah keperluan syarat atau tatacara yang sepatutnya saya uruskan atau bolehkah saya terus berjumpa dan mengambil baiah Dengan Tuan Guru Ahmad Che Din tanpa terlebih dahulu melalui wakilnya di sekitar tempat tinggal di saya di Selangor atau Nilai di Neg. Sembilan. Antara hasrat terkuat saya adalah bagi tujuan membuang saka keturunan keluarga, kesan amalan Seni Silat Goyong sebelum ini dan pernah terlibat dalam menjalani sesi perubatan tradisional yang tidak pasti kesahihan dari landasan syariat Islamnya juga pernah menjalani amalan Tarekat Naqshabandiah al-kholidiah walau bagaimanapun ianya tidak ke penghujungnya apabila timbul krisis pemimpinan murshid yang membingungkan kebanyakan ahlinya yang antara punca saya menarik diri. InsyaAllah dengan bimbingan kerohanian oleh Ustaz Ahmad Che Din moga Allah SWT menunjukkan sinar jalan kerohanian yang murni dunia dan akhirat pada saya. Amin Ya Rabbal Alamin.

    Mohd Ramzi - Putrajaya

    ReplyDelete
  16. salam atok

    menurut org tua saye, sy perlu mengamalkan solat wajib sunat puasa wajib/puase dibulan hari yg dibenarkan dlm islam zikir dan pilih mana2 surah sama ada yasin kursi al fatihah atau mane2 3 qul dia cakap sewaktu lahir setiap dari kita dah isi dan dibekalkan dengan kelebihan tertentu..cume sy perlu bongkar dan cari yg bersesuaian dgn diri.. org tua saya tau bagaimana nak ambil serta buang jin tu, cume nak buang kena jumpa org yg betul power utk membuangnya

    rase sengal tu mcm memberi tau yg ada ahli keluarga atau sesiapa saje yg akan dtg ke rumah.
    berkenaan "jin" tu.. dia ada pergi dgn anaknya tapi anaknya jadi "gaylong"(tak serasi)

    insyaallah sy akan berurusan dgn tuan haji ustaz mat janggut utk kenalpasti sama ada "dia" tu ada dok dgn saya atau tidak

    insyaalah saya tidak akan join geng jin tu, nnti dah mati penat nak berjawap kat sana,
    cukuplah dgn dosa yg ada skrg

    amat bersyukur dengan kemurahan Allah bagi saya peluang berjumpa dgn ramai org yg lain tahapnya, walau pun lalai kat DIA


    mekacih atok

    org s.alam

    ReplyDelete
  17. atok

    satu lagi soalan.. dalam bulan pose ni para jin syaitan iblis dibelenggu, jadi mengikut rasa hati saya mereka ini ada disekitar tapi tiada diberi kuasa utk melakukan apa-apa, betul ke tok apa padangan cucu ni

    org s.alam

    ReplyDelete
  18. salam untuk semua...

    Ketika cucu semua membaca komen atok ini, atok dah pun berada ditanah haram. waktu sekarang dah nak magrib dan berbuka puasa.

    Kpd cucu haly,

    Kesan baiaah amat besar, kalau cucu duduk betul2 tak lama lepas tu akan rasa sendiri perbezaannya. Jaga syariat kuat2, banyak buat sunat dan buat apa yg guru bagi. Nanti apabila sudah rasa "manisnya" ibadah, pelahan2 akan ditambah dgn berbagai lagi ketenangan dalam diri. Waktu itu cucu boleh kenal antara baik dan jahat dengan sebenar-benarnya. Banyakkan kerja sunat, itu kunci jadi baik, bertambah baik, maha baik dan agung baik.

    kpd mohd ramzi putrajaya...

    Syabas atok ucpkan pd ramzi, sebenarnya abjad dah ada dlm diri cucu, cuma tak diaktifkan. Masa kecil dulu habis tak baca bismillah 100 ribu kali tu ??? kalau dah habis, memang sah ia ada dlm diri. Tapi kalau tak buat, talkin tu gugur sebab dah baiaah dengan yg lain. Ia kena diperbaharui semula. Sayang sekali, kalau cucu teruskan sejak dari 1978 hingga sekarang bererti sudah 32 tahun. Maknanya cucu juga sudah buang masa sebanyak tu. Kalau cucu buat dengan sungguh2 dari dulu, entah2 sekarang cucu dah jadi wali ??? Cucu atok sarankan jumpa dulu wakil Ust Mat Janggut di Nilai (dekat dgn putrajaya). Lepas tu jumpa dgn Ust mat. dia selalu ke Nilai, buat program disana.

    Tentang Tarikat Naqshabandiah al Kholidiah di Semanyeh tu atok pun ralat sebab atok pun dah cuba bagi nasihat pada anak-anak tuan guru yg dah meninggal dunia supaya mencari penyelasiaan yg terbaik, malangnya mereka berpecah menjadi dua pula. Maklumlah.. semua mengaku lebih baik dari yg lain dan lebih berhak. Sebenarnya isu siapa jadi guru bukan penting. Yg penting kesatuan dlm pesatuan itu yg sepatutnya diutamakan. Layak tak layak bukan kita yg tentukan, ia terserah pd Allah. Tapi tak apa, cucu dah dapat yg lebih baik dari itu iaitu abjad. Maka teruskan niat cucu tu supaya lebih berjaya... atok doakan cucu dari sini...sekejap lagi atok turun hotel ke masjidil haram...dan berdoa utk cucu dan semua peminat blog atok ni.

    Kpd mekacik s. alam...

    Itu hanya teori org tua cucu yg tiada sanadnya. Beramal bukan main serkap jarang begitu. Ia kena ambil dari guru spt Ust Mat Janggut tu, baru betul kedudukannya. Beramalan sunat memang digalakkan, tetapi kena betul juga kedudukan amalan tu baru sah. Apa pun nanti tanyakan pd Ust sendiri masaalah cucu tu kerana dia lebih arif...ok.

    Kpd org s.alam...

    Memang dari segi teorinya ia dibelanggu kerana rohani dan jasmani org berpuasa bercahaya-cahaya bak bintang. Ia takut akan cahaya itu. maka dia tak kacau org berpuasa (yg benar2 betul kedudukan puasanya). Tetapi kepada mereka yg tidak betul kedudukan syariat dan hakikatnya dia tetap kena kacau juga, sebab cahaya pd diri tidak keluar, kalau pun ada hanya malap cahayanya. Itulah sebabnya ada yg mudah melesit waktu sedang berpuasa pun.

    Kalaulah cucu nampak semua jin ni, rasanya cucu akan lemas memandang mereka disekeliling kita dgn kerenah mereka. Waallhuak'lam...

    Wassalam.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  19. salam...ustaz mat janggut tinggal di negeri mana...?

    ReplyDelete
  20. Salam kepada atok zamany dan semua. 1.Sekiranya saya terlupa niat puasa pada malam hari tetapi saya telah pun berniat berpuasa sebulan. Adakah puasa saya sah? 2. Niat puasa sebenarnya didalam hati ke diucapkan di mulut tok?

    ReplyDelete
  21. 3. Kawan saya cerita setiap tahun ada perhimpunan para wali dan akan dipimpin oleh nabi kita Muhammad saw. Ye ke tok? 4. Kalau kita berwudu' ikut mazhab hanafi , solat ikut mazhab shafie boleh ke tok? 5. Jika suami isteri berdua saje berjemaah dimana kedudukan isteri sebagai makmum.. Maaf tok banyak soalannya.

    ReplyDelete
  22. salam kembali tok,
    Tq ats penerangan atok ttg kesan baiah.

    Sy ingin dgr penerangan atok ttg perkara dibwh.

    a)Solat berjemaah dimasjid lbh baik dari solat sndiri
    b)dgr ceramah/ tazkirah lbh baik dari solat sunat
    c)Baca Alquran setiap hari walaupun bbrp ayat.
    d)Igt kematian / lawatan ke kubur setiap hari

    Berkenaan dgn perkara sunat yg atok sebut. Bagaimana jika sy bimbang jadi riak? contohnya pakai serban or jubah.

    -haly-

    ReplyDelete
  23. Salam tok,

    Rasanyer semalam pgi saya ada baca artikel atok sirah kematian siri 6...ingat nak sambong baca tapi dah ilang...knape cepat sangat diremovekan...ada penbetulan ker?

    Azizi

    ReplyDelete
  24. SALAM SEMUA...

    SALAM ALBALANGI,

    1) Puasa tu sah

    2)Kasod niat didlm hati dan diucapkan dengan lidah...serentak.

    3)Perhimpunan di Bukit Kof. Ketuanya pimpinan Syeikh Mughideen Abdul Khadir al Jailani, sultan dan ketua kerajaan Waliallah. Nabi tak disitu tapi mendapat izinnya.

    4)Boleh. Mengikut koait Syarak ia tetap sah.

    5)Makmum dibelakang sedikit dari Imam. Isteri itu Muhrim bagi kamu, maka kedudukannya tetap sama seperti biasa. Kalau bukan muhrim nak ikut kena ada tabir antara dia dan Imam dan tak boleh berdua saja...kena ramai. Hanya dengan wanita muhrim saja yg boleh tampa tabir.

    Kpd haly,

    a) Ia memang benar. Diberi ganjaran 27 kali ganda.

    b) Ceramah yg menambah Ilmu dan keyakinan kpd hukum Allah ia lebih besar ganjarannya dari solat sunat. Betullah tu.

    c) Zikir yg paling utama ialah membaca al Quran. membacanya mendapat dua kelebihan. Iaitu membaca dan mendengar. 2 ganjaran diberi serentak.

    d) Mengingati kematian bukan bermaksud pergi melawat kuburan tiap2 hari. Cukup sekadar ingat seksa kubur atau ingat kegelapannya atau kesukarannya atau kepedihan azabnya atau ngeri alamnya dll. Yg terbaik memang melawat kubur setiap pagi Jumaat.

    kpd aziz,

    atok tak poskan lagi macam mana blh baca... cucu dah khasyaf dah ni ! nanti kejap lagi, hari ini, 31 ogos jam 7.43 baru keluar.

    Hebat-hebat cucu atok la...

    atok gurau je tau...jangan marah ya.

    waallhua'lam...

    atok zamany

    ReplyDelete
  25. kpd haly,

    Maaf tertinggal, Jika ia menimbulkan perasaan riak. Maka tak payah dibuat dulu. Jangan terburu2 nak berubah...pelahan2an. Didik hati dan akal fikiran dulu sampai boleh terima baru boleh dibuat sunat2 dihalayak. Bukan mudah menjaga hati dan akal fikiran. Mindset kita kena difokuskan dulu contohnya beri satu persoalan pada diri "sebenarnya aku ni perasan org tengok aku je... org tak peduli pun sama ada pakai ketayap ke, serban ke, jubah ke. Dia orang tak hairan pun...aku seorang saja yg rasa megah"... kata2 seumpama itu boleh membuat akal kita bertindak dan hati merasa malu pada diri sendiri.

    Atau kalau susah sangat, tak payah pakai langsung sebab bahaya riak itu lebih besar lagi. Jadi org biasa saja, supaya org tak tahu kan itu lebih mudah ?

    Waallahua'lam... pandai2 lah adjust.

    atok zamany

    ReplyDelete
  26. T.Kasih atok atas jawaban tersebut... جزاك الله خيرا

    ReplyDelete
  27. salam atok, semoga atok sihat sentiasa di sana,,selamat menyambut eid fitri di tanah suci.. doakan cucu dipermudahkan jalan untuk menerima baiah daripada tok guru..

    Dari PI Bangi

    ReplyDelete
  28. macam butoh je si Atok Zamani nih. bodo.

    ReplyDelete