Wednesday, August 11, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


Sirah ini adalah hasil nukilan dari Imam al Qurthubi Andalusia atau nama penuh beliau ialah Imam Muhammad bin Ahmad bin Bakar bin Fara' al Anshari al Khazraji al Qurthubi al Andalusia, seorang Imam yang sangat alim dalam bab Tafsir yang dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat" diterjemah kebahasa Malaysia. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau dan seluruh keluarga beliau. Selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhhamad saw, keluarganya, para sahabat-sahabatnya dan kepada seluruh para guru-guru yang berwasilah daripadanya hingga sekarang.

Ia diberinama SIRAH kerana Imam al Qurthubi seolah-olah bercerita kepada kita dan dibuat dalam tajuk-tajuk khas iaitu Fasal A adalah tentang Kematian , Fasal B pula tentang Alam Akhirat dab Fasal C berkenaan Kiamat bagi memudahkan kita untuk mengingatinya kerana ia sangat panjang (hampir 1000 ms dalam lebih dari 300 bab). Kemudian beliau mengolah semua cerita ini melalui kupasan dari ayat-ayat al Quran, Hadis-hadis Nabi, Ijmak para Ulama dan juga cerita-cerita orang abadi lagi alim dahulu yang disusun dengan baik sekali menjadikan sebuah naskah kitab rujukan diseluruh dunia Islam sekarang ini. Mungkin juga akan dipendekkan sedikit dimana yang perlu dalam keluaran disini. Semoga pembaca semua sudi dan sabar membacanya hingga akhir nanti.

FASAL A - KEMATIAN.

BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA.

Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi. Kemudian dari riwayat al Hafizh Abu Naaim dengan sanat yang jelas Malik bin Anas, dari Yahya bin Sa'id, dari Sa'id ibnu Musayyaib dari Umar ibnu Khathaab, ia mendengar Rasulullah bersabda "Selalu selalulah kamu ingat akan sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat"... kami bertanya "Ya Rasulullah, apa itu sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat ?" Beliau manjawab "Kematian".

Diriwayatkan oleh at Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ? Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Malik. Diriwayatkan oleh at Tarmidzi ( Ibnu Majah, Ahmad dan at Thabrani) dari Syahdad bin Aus, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Orang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk Alam Akhirat nanti. Manakala orang yang bodoh itu ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharap-harap pertolongan (redha) Allah". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Selalulah kamu mengingati kematian. kerana sesungguhnya hal ini dapat membersihkan dosa-dosa dan dapat membentuk dirimu zuhud kepada dunia ". Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani (dhaif) disebut bahawa sesseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah diakhirat nanti ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah menjawab, "Ada... iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20 kali sehari semalam".

Firman Allah swt didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya "Yang menjadikan hidup dan mati, supaya dapat diuji siapa diatara kamu yang yang lebih baik amalannya". Kemudian berkata seorang abadi bernama Abdul Rahman al Suda " yang dimaksudkan dengan orang yang paling banyak mengingat kematian itu ialah orang yang mempunyai persiapan paling baik dan yang paling takut kepada penciptanya". Menurut Ijma' para Ulama ASWJ, maksud hadis Nabi berkenaan "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat" adalah sebuah ungkapan yang ringkas tetapi penuh dengan pesanan dan nasihat. Orang-orang yang selalu mengingat kematian akan sedar akan hakikat nikmat sebenar yang sedang dirasai dikala hidupnya sehinggakan dia tidak banyak berharap nikmat itu kekal bersamanya selama-lamanya kerana ia boleh ditarek semula oleh Maha Pencipta Nikmat itu pada bila-bila masa sahaja. Kemudian ia bersikap zuhud terhadap apa yang diharapkan daripadanya, iaitu ia mengenal benar mengapakah nikmat itu hadir, yang diberi oleh Allah swt kepada dirinya maka ia mempersiapkan diri dengan banyak amalan dan sunat untuk menyambut kedatangan kematiannya pula.

Manakala manusia yang berhati lalai itu pula amat perlukan nasihat yang terperinci dan pengajaran yang panjang. Jika sesorang mukmin itu mendengar Sabda Baginda Rasullah saw "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat", kemudian ia pula menbaca al Quran didalam surah Ali Imran ayat 185, firman Allah yang mafhumnya "Tiap - tiap jiwa itu akan merasakan kematian", sudah tentu bergoncang jiwanya, keluh kesah hati dan perasaannya, tidak lelap matanya kerana takut teramat sangat akan azab Allah pada Sharakatulmaut dan seksaan seterusnya itu tampa henti diAlam Barzah dan Akhirat nanti. Sehingga disuatu ketika Allah "matikan" ia beberapa ketika dan "memperlihatkan" kepadanya semua amal perbuatannya dari ia dilahirkan hingga kehari itu (seperti wayang gambar) kemudian didatangkan Malaikat Maut Izraail dengan wajah mengerunkan dengan segala persoalannya yang sudah tentu tidak dapat dijawabnya. Begitulah Allah datangkan pengajaran kepada mereka yang dikehandakiNya supaya mereka sedar dan insaf akan perbuatan mereka kemudian berubah menjadi mukmin yang taat.

Amirul mukminin Umar ibnu al Khathab selalu membaca bait syair ini,

"Tidak ada suatu pun yang kamu lihat germerlapan itu kekal abadi, kerana yang abadi itu hanya Allah. Harta dan anak-anak mu juga akan lenyap. Hurmuz (Qarun) pada suatu hari juga tidak perlukan lagi harta kekayaannya. Kaum 'Aaad juga pernah ingin kekal abadi... tetapi gagal. Begitu juga Sulaiman as, pengandali angin, manusia, jin dan semua binatang, Raja terkaya dunia... mana dia raja yang dahulu pernah menjadi manusia paling berjaya dimuka bumi ini ???... diakhirat kelak semua akan tunduk dan tidak mampu berbohong...."

Daripada keterangan diatas, maka ketahuilah oleh mu bahawa mengingati kematian itu adalah perbuatan Sunnah yang akan menimbulkan perasaan cemas dan takut untuk meninggalkan kehidupan dunia yang fana ke Alam Akhirat yang kekal abadi. Jika sesorang yang sedang berhadapan penderitaan hidup yang keras, dengan mengingat akan kematian maka dia akan tenang kerana kematian itu jauh lebih keras penderitaannya. Manakala mukmin yang sedang menikmati dunia akan menjadikan ia tidak lupa diri dengan mengingat kematian. Perhatikan bait syair ahli abadi ini,

"Ingatlah kematian yang akan melenyapkan seluruh kenikmatan, bersiap sedialah menghadapi kematian yang pasti akan hadir kepada mu".

"Ingatlah kematian... nascaya kamu akan mendapat nikmat mengingat kematian. Ingat akan kematian akan dapat mematahkan angan-angan kosong".

Semua telah bersetuju bahawa kematian itu tidak mengenal umur, masa atau penyakit tertentu. Ini bermaksud supaya manusia semua bersedia untuk menghadapi kematian. Dahulu ada seorang abadi yang alim dikota Madinah yang saban hari akan menaiki bangunan tinggi disana dan berseru (berteriak) "... Ayoh berangkat.... Ayoh berangkat" pada suatu ketika tiada lagi kedengaran suara seruannya itu maka ditanya oleh Wali Kota Madinah mana perginya seruan itu, setelah diberitahu akan kematiannya beliau pun berkata " Dia yang setiap malam berseru supaya mengingat kematian dimana semua unta-unta juga turut gementar dipintu rumahnya... sekarang telah meninggal dunia !...tiada lagi ketakutan kepada yang tiada ingat akan kematian ". Seorang Waliallah bernama Yazid ar Raqasyi pernah dilihat selalu berkata-kata kepada dirinya serta memukul-mukul badannya "Yazid...Yazid.. celakalah kamu, setelah kamu mati nanti siapa yang mahu solat atas namamu (bagipihak kamu) ?... siapa yang sudi berpuasa atas namamu ?... dan siapa pula yang bersedia meminta keridhaan Allah untuk mu ?".... " Wahai manusia, kenapa tidak kamu menangis meratapi sisa hidup kamu yang tinggal beberapa waktu cuma ??? Kamu akan dijemput Maut dan menantimu kuburan yang beralaskan tanah dan bertemankan cacing -cacing..." Gementar tubuhnya dek cengkaman rasa takut teramat sangat, pucat lesi wajahnya lalu Yazid pun meraung menangis hingga jatuh pengsan.

Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah mengumpulkan para Ulama-ulama dan mereka bercerita tentang mengingati kematian, kiamat dan akhirat. Disaat tertentu mereka akan meraung menangis seolah-olah kematian orang yang mereka cintai. Berkata at Taimi (seorang cendiakawan Islam) "Ada dua hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku, iaitu ingat kematian dan ingat ketika berada dihadapan Allah swt ". Kata Abu Na'im "Jika Sufian at Tsauri mengingat kematian, berhari-hari ia akan kelihatan sangat sedih, wajahnya murung. Setiap kali ia ditanya tentang sesuatu pekara, ia hanya akan menjawab "tidak tahu... tidak tahu " (menjadikan dirinya kebas, alpa dan kosong ). Berkata Asbatah..." suatu hari Nabi mendengar beberapa orang sahabatnya sedang memuji-muji kehebatan seseorang. Nabi lalu bertanya kepada mereka "Adakah ia selalu mengingati kematian ? ", mereka menjawab " Tidak "... Maka Nabi bersabda " Maka ia tidak sehebat yang kalian katakan !".

Berkata pula Ad Daqqaq (ahli fikir dan flasafah Islam) " Barang siapa selalu ingat kematian, ia akan dimuliakan dalam 3 pekara. Iaitu cepat bertaubat, hatinya menjadi Qana'ah (redha akan pemderian Allah) dan bersemangat untuk beribadat... barang siapa yang lupa akan kematian, ia akan diberi seksa dalam 3 pekara, iaitu lambat bertaubat, tidak puas dengan pemberian Allah dan malas beribadah". Oleh itu hendaklah kamu semua memikirkan soal kematian dirimu sendiri, jangan kamu fikir kematian itu hanya akan datang kepada orang lain. Apabila ia telah amat hampir kepada mu baharulah kamu rasa tertipu dengan nikmat dan keindahan dunia yang fana ini. Segala-galanya akan diperlihatkan kepada mu dengan jelas sekali. Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernakkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ??? Ia adalah saat perpisahan dari tempat kamu didunia yang luas kepada liang lahad yang sangat sempit, saat tiada lagi kawan-kawan yg selalu berhibur bersamamu, mereka menghianati mu tampa dapat kamu berbuat apa-apa, saat perpisahaan dari saudara mara, sahabat taulan, malah keluarga kamu yang tercinta. Saat kamu mengantikan pakaian mewah mu dengan kafan, pakaian tanah yang kotor.

Wahai orang yang selalu mengumpulkan kekayaan dan berlawan untuk mendirikan bangunan pencakar langit. Disaat itu kamu sudah tidak punya daya upaya dan harta kekayaan mu itu tidak dapat menolong mu. Kamu hanya berteman kain kafan yang bakal akan rosak sedikit masa nanti. Tubuh mu yang kamu belai saban hari akan hancur dimakan bumi. Dimanakah harta yang kamu kumpulkan itu ??? Ia menjadi pertelagahan, pergaduhan semua waris mu yang tidak tahu berterima kasih kepada mu. Malahan memaki hamun kepada mu sepanjang hari. Lalu kamu ajukan semua dosa-dosa mu kehadrat Allah swt yang sudah tentu tidak akan menerima akan semua alasan-alasan kamu. Sesuai dengan firmanNya didalam surah al Qashash ayat 77 yang mafhumnya " Carilah pada apa yang telah dianugrahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat...". Amat bijak jika seseorang itu memahamkan ayat ini dengan berkata "Carilah olehmu syurga di negeri Akhirat pada apa yang telah Allah kurniakan kepadamu semasa di dunia". Ia bermaksud sesorang manusia harus mengurus pekara dunia untuk akhiratnya bukan sebaleknya. Janganlah kamu lupa bahawa kamu akan meninggalkan keseluruhan hartamu dan akan hanya dibaluti dua lapis kain kafan sahaja. Seorang penyair Islam bermadah...

"Bagaian dari seluruh harta yang telah kamu kumpulkan sepanjang hidupmu, hanyalah dua lapis kain kafan yang membungkus tubuhmu dan sebutir ubat pengawet (kapur barus)."

"Adalah sifat Qa'anah (redha) yang biasa kamu carikan gantinya, disitu ada banyak kenikmatan, disitu ada yang dapat menyenangkan badan... lihat, orang yang paling kaya didunia sekalipun, adakah ia akan diusung kekuburan tampa kain kafan ???".

Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw dengan sabdanya yang bermaksud "Orang yang bijak adalah orang yang selalu meneliti dirinya sendiri " Ia bermaksud orang yang bijak adalah orang yang suka musahabah dirinya, memandu hawa nafsunya dengan mudah untuk beribadah kepada Allah serta beramal untuk persediaan akhirat nanti. Kemudian ia akan pula meneliti dirinya dan mempergunakan masa dan waktu yang masih ada untuk ibadah dan amal-amal soleh. Itulah bekalan utama rohani bagi setiap manusia untuk menuju kealam akhirat yang kekal abadi. Manakala manusia yang tertipu ialah mereka yang lalai dan asyik dengan nikmat dunia serta berbuat dosa tampa meninggalkan satu amal kebijikan pun, tetapi berkata " aku telah berbaik sangka kepada Tuhanku". Sudah nyata sekali ia berbohong terhadap Allah kerana berbaik sangka itu bermaksud mengerjakan amal kebajikan kehadrat Allah semasa didunia. Maka dibawanya pula beberapa ayat sebagai nas akan perbuatannya itu yang terang-terang tidak memehak kepadanya, malahan ia dianggap penipu dan pembohong.

Berkata Sa'id bin Jubir "Yang dimaksudkan menipu Allah itu ialah jika seseorang yang melakukan maksiat dan dosa-dosa besar tetapi berkeras kepala mengharapkan keampunan Allah". Manakala didalam peristiwa yang lain pula, Baqiyah ibnu Walid mengatakan, "Abu Umairah ash Shuri berkiram surat dengan temannya yang isinya menyebutkan, "Amma ba'du, Selama ini kamu hanya memikirkan dunia, masih saja mengharapkan Allah dengan perbuatanmu yang buruk itu. Ia samalah dengan perbuatan mengetuk besi yang sejuk , sekian wassalam ". Maka diharap kalian semua dapat pengajaran dari riwayat dan sirah ini.



BAB 2 - PEKARA YANG DAPAT MENGINGATKAN KEMATIAN DAN AKHIRAT.


Diriwayatkan dari Imam Muslim bahawa Abu Hurairah berkata "Nabi berziarah kekubur ibunya, beliau menangis dan orang disekeliling juga turut menangis lalu Beliau bersabda 'Aku minta izin kepada Tuhanku untuk mengampunkannya, tetapi Dia tidak mengizinkan aku, lalu aku meminta izin kepadaNya untuk berziarah kekubur ibuku dan Dia memberi izin kepadaku. Oleh sebab itu berziarahlah kekuburan kerana ia dapat mengingatkan kematian". Manakala dari sebuah hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersebda " Aku pernah melarang kamu menziarahi kuburan, maka sekarang berziarahlah kekuburan akan kamu semua kerana hal itu akan dapat mengingatkan kematian ".

Berdasarkan ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama ASWJ, menziarahi kuburan bagi kaum lelaki itu hukumnya sunat, tetapi mereka berdebat tentang masaalah ini untuk kaum wanita yang dewasa, setengah menghukumkan ianya harus dan setengahnya menghukumkannya sunat asalkan ia tidak bercampur dengan kaum lelaki ajanabi. Sesetangah ulama ini mengharamkan menziarahi kuburan untuk kaum wanita yang masih muda kerana ditakuti lemah semangatnya. Jadi terserah kepada pendapat kaum muslimin sendiri iaitu hendak mengikut yang mana satu, dimana kedua-dua pendapat itu juga dianggap benar. Ini adalah berasaskan dari sabda Nabi itu tadi yang ditujukan secara terbuka, tidak ia bersifat pengkhususan kepada sesuatu peringkat atau jenis sahaja. Ia bersifat terbuka kepada lelaki atau wanita yang dibenarkan menziarahi kuburan bagi memperingati akan kematian. Manakala menziarahi kuburan yang bercampur gaul antara kaum lelaki dan wanita yang ajanabi (bukan mukhrim) adalah juga haram hukumnya kecuali kepada kanak-kanak lelaki atau tujuan mendapatkan pelajaran yang apabila pemuda itu menumpukan pandangannya kepada kaum winata itu hingga meninbulkan fitnah, maka ia perbuatan berdosa dan juga mendapat pahala. Menurut sebahagian Ulama, larangan Nabi kepada kaum wanita yang menziarahi kuburan itu berlaku sebelum Nabi memberi kemurahan kepada umatnya. Setelah kemurahan itu Nabi berikan maka hal ini merangkaumi seluruh jenis kaum. Oleh itu pendapat pertama itu tadi adalah yang lebih utama.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib kwh, bahawa ia pergi kesuatu kuburan lalu berkata " Wahai penghuni kuburan, kabarkan kepada kami tentang kalian atau kami yang akan memberi kabaran kepada kalian...kalau kabaran dari kami ialah, harta kalian telah dibahagi-bahagi, isteri-isteri kalian telah bernikah lagi dan orang-orang miskin sudah diberi tempat tinggal oleh kaum selain kalian !....Demi Allah, jika mereka semua boleh menjawab, mereka akan mengatakan bahawa bekal yang paling baik ialah TAKWA ! ". Sungguh indah kata-kata dari Abdul Atahiyah iaitu :-

"Hairan aku kepada manusia, seandainya mereka masahabah diri mereka dan memindahkan hal dunia kepada yang lainnya, mereka akan tahu bahawa dunia ini hanyalah sebuah jambatan. Tiada kebanggan sejati kecuali daripada mereka yang bertakwa. Kelak ketika Allah menghimpunkan semua makhluk di Padang Mahsyar mereka akan tahu bahawa bertakwa dan berbakti itu adalah simpanan yang terbaik. Aku hairan kepada orang yang sombong, walhal mereka akan dikuburkan tampa punya kuasa untuk menyegerakan yang diharapkan dan menanguhkan yang ditakuti. Semua yang telah diusahakan semasa didunia dahulu berpindah kepada orang lain atau menjadi rebutan".

Menurut sesetangah Ulama, hati tidak dapat mengambil manafaat dari ziarah kuburan, apa lagi hati yang keras. Sebaleknya bagi yang memiliki hati seperti ini dapat mengatasinya dengan 4 pekara iaitu :-

1) Melazimkan menghadiri majlis-majlis taklim dan usrah untuk mendengar nasihat, pelajaran, peringatan, cerita orang-orang soleh dan majlis-majlis ilmu yang lainnya supaya dapat melembutkan hatinya yang keras itu.

2) Melazimkan mengingati kematian sebagai satu kejadian yang akan melenyapkan semua nikmat-nikmat dunia, memisahkan kasih sayang keluarga dan sahabat taulan dan membuat anak-anaknya menjadi yatim. Pada satu kisah yang terjadi kepada seorang wanita yang mendatangi Siti Aisyah ra mengadu akan hatinya yang sangat keras, lalu Aisyah menyarankan kepadanya supaya selalu mengingati kematian. Setelah menurut saranan tersebut, wanita itu mendatangi Aisyah dan menyatakan hatinya telah menjadi lembut dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Saidatina Aisyah ra. Menurut Ulama, mengingati kematian juga dapat melembutkan hati yang keras, menghilangkan rasa megah pada dunia dan menganggap remeh semua musibah yang terjadi.

3) Menemani orang yang sedang menghadapi sakatulmaut atau sakit tenat kemudian mengambarkan akan nasib yang bakal ia tempuhi setelah mati. Hal sebegini akan membuat hati tidak tertarek kepada nikmat dunia, fikiran tidak tenteram, jiwa menjadi gundah gulana, resah gelisah memikirkannya, membuat mata tidak dapat lelap tidur, menimbulkan semangat untuk beribadah dengan lebih tekun dan kuat kerana perasaan takut kepada kematian itu. Didalam kitab 'zawaid al zuhdi' karya Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di mukasurat 330, menceritakan perihal Waliallah Hassan al Basri menziarahi seseorang yang sedang menghadapi sarakatulmaut. Setelah ia memerhatikan akan kesusahan yang tersangat pedih untuk dicabut nyawa orang itu, beliau bergegas hendak pulang dengan wajah yang pucat lesi hingga tidak menjamah jamuan yang sedia dihidangkan kerana telah hilang seleranya juga. Ketika ia ditanya, maka ia menjawab, "Demi Allah.. aku baru saja melihat satu peristiwa seksaan kematian yang amat dahsyat, aku berjanji akan selalu melakukan amal untuk menghadapinya bila tiba saat aku bertemu dengan Tuhanku nanti " ketiga-tiga pekara diatas ini haruslah dilazimkan kepada orang yang sangat keras hatinya supaya hatinya menjadi lembut serta dapat menghindari diri dari fitnah-fitnah Syaitan dan Iblis keatas dirinya yang sudah tentu ingin menyesatkannya. Jika ketiga-tiga pekara diatas tadi tidak juga memberi kesan, maka cara terakhir ialah,

4) Melazimkan dirinya menghadiri pengkebumian mayat dikuburan atau turut mengali kuburan bersama-sama. Inilah cara yang paling berkesan sekali untuk melembutkan hati yang keras. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " menziarah kuburanlah kamu kerana ia dapat mengingat kematian dan akhirat serta dapat membuatkan zuhud kepada dunia". Dengan melazimkan diri menyaksikan permakaman jenazah, pertama ia akan mendengar seruan Azan, kedua ia akan dapat memberitahu diri akan tempat kembali yang kekal abadi. Pekara ini diharap dapat memberi keinsafan kepada mereka yang keras hatinya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Thabrani dan Hakim, Nabi saw bersabda yang maksudnya "Berita itu tidak seperti melihat dengan mata kepala sendiri". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas sahaja. Maka haruslah difahami bahawa bukan semua orang boleh berhadapan dengan orang yang sedang bertarung sakaratulmaut atau menziarahi kematian atau menziarahi kuburan. Jika hanya dengan mendengar berita saja tidak juga insaf, maka cara kedua atau ketiga atau keempat itu harus dipeitiskan supaya hati menjadi lembut dan insaf. Pada kebiasaannya, menziarahi kuburan itu lebih mudah dan sangat efektif kesannya. Oleh itu kepada yang menziarahi kuburan haruslah juga mematuhi adab sopan semasa disitu, kemudian berniat bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah. Disamping memberi keberkatan kepada mayat dan ahli-ahli kubur seklian dengan membaca ayat-ayat Quran, tahlil, selawat dan doa. Antara adab-adab yang utama semasa kekuburan ialah pertama sekali mengucapkan salam kepada seluruh ahli kubur musilimin dan msulimat dengan ucapan "Alaikas Salam tu was salam ala ahli kubur....". Kemudian membuka kasut atau sendal seperti yang telah diajarkan Nabi. Dilarang duduk dipusara atau melangkah diatasnya, kemudian baharulah membaca al Quran, tahlil, selawat dan doa khususnya kepada pusara yang dilawati dan amnya kepada seluruh penghuni tanah kuburan itu.

Diriwayatkan oleh at Tarmidzi didalam kitabnya bertajuk "Jumi at Tarmidzi" bahawa sesungguhnya ada seseorang lelaki datang menemui Rasulullah dan berkata "alaikas salam" lalu Nabi menegurnya "Jangan ucapkan salam seperti itu kerana salam itu hanya untuk menghormati mayat sahaja". Termasuk juga adab menziarai kuburan iaitu semasa mengucapkan salam hendaklah berhadapan dengan kuburan seolah-olah berhadapan dengan manusia itu sewaktu hidupnya. Kemudian ambillah pengajaran dengan mengambarkan keadaan mayat yang sedang diziarahi itu dengan renungan yang dalam sekali dilubuk hati. Dengan gambaran seumpama itu diharap akan mengubah diri menjadi lebih tekun beribadah, menghindarkan diri dari rakus dan tamak kepada harta dunia, menzahirkan khusyu' semasa beribadah dan banyak pengajaran lagi akan diperolehi dari usha seumpama ini.

Manakala terdapat beberapa buah hadis maudhu menjelaskan beberapa peristiwa tentang dihidupkan semula ibu dan ayah Nabi saw untuk di Islamkan oleh Nabi. Maka ia tidak dapat dibentangkan kerana sanadnya yang sangat lemah dan diluar dari pemikiran manusia biasa kerana persoalan ghaib seumpama itu hanya Allah dan RasulNya saja yang maha mengatahui. Mudah-mudahan Allah mengampunkan seluruh keluarga Nabi saw seperti yang beliau harapkan semasa hidupnya lagi. Tambahan pula ia telah disanggah dengan turunnya firman Allah didalam surah anNisaa ayat 18 yang mafhumnya ;

"Dan tidak (diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka didalam kekafiran".

Kemudian didalam surah al Baqarah ayat 119 pula Allah berfirman yang mafhumnya ;

"Kamu tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka".

Maka didalam hal ini kita serahkan saja kepada Allah untuk menjadi hakimnya, waallahua'lam.


Sekian dulu untuk siri perkenalan atas tajuk "SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT " dalam Fasal A - Kematian, bab 1 dan 2. Diharap pembaca dapat memahami akan keadah penulisan sirah al Marhum Syaikh al Qurthubi ra ini yang diterjemah kedalam bahasa Malaysia dari karya asal beliau. Tetapi diatas pekara-pekara supaya ia tidak menimbulkan fitnah kepada umat Islam, maka perlu juga ia diolah dalam bentuk bahasa kita supaya ia mudah difahami. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan serta selamat berpuasa.

sekian

Zamany.

8 comments:

  1. Salam buat Tok Zamany

    Sesungguhnya catitan - catitan tok terutamanya bab ajaran sesat banyak membuka minda saya ( banyak perkara yang tak disangka - sangka ). Saya tertarik dengan cabaran tok kepada golongan muda supaya menjadi pelapis kepada generasi tok. Untuk pengetahuan tok, saya takde masalah untuk memahami tulisan tok kerana saya tahu serba sedikit tasawuf dari pembacaan ,pemerhatian dan pengalaman saya ( Saya pun selalu berubat juga tok ). Seperti yang tok katakan, ramai yg penipu yakni menggunakan hantu dlm perubatan. Saya juga ada belajar serba sedikit tentang kebatinan ( sebenarnya saya tak tahu nak gunakannya )dan saya ada beberapa soalan jika tok dapat memberi penjelasan kpd saya :

    1. Nak baiah dgn Ustaz Mat perlukan kelayakan tak ? sbb saya tidak mempunyai asas al quran yg kuat. Tak begitu lancar
    2. Saya berada di Kuantan dan ada tak wakil Ustaz Mat di Kuantan?
    3. Batin menggunakan ayat Al quran ? apa pendapat tok

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Zamany

    Saya ada baca komen - komen tok yg lepas dan yg menarik perhatian saya adalah keturunan tok dari kesultanan makassar. Saya juga dari keturunan yg sama iaitu dari jurai Tok Tuan Keraing Aji yg membawa diri ke Pekan, Pahang. Saya rasa Tok membahasakan diri sebagai ' Kawan ' sbb Tok org pekan. Mungkin tok kenal dgn Tokki saya di nenasi iaitu arwah Tok Imam Muda atau ayah saudara saya cikgu Zamli.

    ReplyDelete
  3. Salam cucu din di kuantan...

    Alhamdullah.. sampai juga mesej atok ya ! ya di kuantan tu memang ada wakil tok mat janggut, tapi malangnya atok tak tahu, kenalah cucu tanya pada tok mat janggut dgn telipon dia 013 4500007 dan tanyakan wakil dia di kuantan untuk cucu jumpa ambil "Baaiah semantara". dan apabila ada kesempatan esok, boleh bertemu sendiri dgn ust mat.

    Sebenarnya tiada syarat apa2 untuk berguru, yang paling penting ialah keazaman utk jadi baik, terbaik dan agong baik. Walau tampa asas pun boleh belajar. Kenalah faham dulu pengajaran tok mat janggut tu kemudian ia akan jadi mudah. Insyaallah.

    Tentang keturunan cucu tu memang betul lah kedudukan kalau begitu... bermakna cucu juga adalah saudara atok sebab Imam Muda itu saudara atok. Kita dari jurai yang sama, semua membawa diri kemari. Tapi atok dari Johor riau bukan di pekan, kami guna bahasa yang sama iaitu membahasakan diri sendiri dgn panggilan "Kawan", terutama org2 lama baik di Johor, riau atau dipekan. Atok pernak beberapa kali bertemu Imam Muda semasa beliau masih hidup dulu, awal tahun 1970an utk rujuk kitab Hikam. Beliau sangat alim dan wara'... mudah mudahan roh beliau ditempatkan bersama2 dengan para solehin. Tahu tak cucu, arwah Imam Muda ialah murid kepada Syeikh Mahmud Nasri Othamani iaitu sama guru dengan tok guru kepada Ust Mat Janggut ?

    Berkenaan dgn belajar ilmu batin tu, bukan begitu caranya. Walaupun ia menggunakan ayat quran sekalipun ia menjadi salah kerana Qasad niat sudah lari dari "Lillahitaa'la" ! inilah yg bercanggah dengan syarak. Niat untuk mendapat sesuatu kehebatan yg membolehkan syaitan menyelit pd niat tadi... maka ia akan hadir pd "hebat" yg dipohon. Maka zahirlah syaitan pd ilmu dan amal tadi... ini dia tipu muslihat syaitan. Nanti jika sudah bertemu dgn ust mat janggut boleh tanya bab ini, beliau sangat arif dlm bab ini... ok.

    selamat berpuasa...

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  4. salam buat tok zamany

    alhamdullillah, rupanya ilmu yang tok ajar ini begitu dekat dgn saya rupanye. untuk pengetahuan tok, arwah tokki saya amat pendiam dan banyak menghabiskan masa dgn mengaji dan mengajar ( menurut ibu saya )dan beliau bercakap jika perlu sahaja itupun melalui tok saya. tapi beliau sangat manjakan cucu cucunya cuma saya tak sempat kerana saya lahir tahun yang sama beliau meninggal. dapatlah tok bercerita sedikit tentang beliau kerana pengalaman tok dgn arwah lebih dari pengetahuan ibu saya. tapi tok saya ada soalan yang nak berkongsi dgn tok :

    1. semasa akak saya berubat, org yg mengubat akak saya telah didatangi oleh wali allah syed yusuf makassar. beliau menegur keturunan kita yang lalai kepada Allah sambil menangis. beliau menasihatkan kakak supaya mencontohi tokki saya.

    2. apa pendapat tok tentang waris penutup untuk keturunan ? contoh wali, raja dan tokoh tokoh terdahulu. kerana saya dapati anak2 saudara dan anak saya mempunyai kelebihan disebabkan perkara diatas.

    3. apa pendapat tok apabila seorang sami buddha yang berniat memeluk islam tapi dia telah di'buat' org sehingga mati. tapi sempat mengucap sblm meninggal.

    ReplyDelete
  5. salam atok zamani...

    nie saya ada satu soalan..berkenaan dengan Imam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim...saya ada seorang rakan yang belajar di pondok di kelantan...yang mana dia belajar berkenaan bab aqidah di sana dan banyak lagi...melalui ilmu yang dipelajari daripada tuk-tuk guru dia....

    dia kata ibnu taimiyyah dan ibnu qayyim ni sudah dikafirkan oleh kebanyakan jumhur ulama' ahlus sunnah wal jamaah...antara ulama' besar yang mengkafirkan ibnu taimiyyah adalah Imam Ibnu Hajar al haithami....

    1. Adakah benar yang Imam Ibnu Taimiyyah dan ibnu qayyim nie sudah terkeluar drpd ahli sunnah wal jamaah ???

    2. Apakah hukum kita mengambil pendapat daripda beliau ???

    3. Adakah benar kisah ibnu taimiyyah meninggal dalam keadaan bumi tidak menerima jasadnya?

    4. Beliau juga dikatakan sebagai wahabi..adakah benar???

    last sekali..maaf la kalau cu terlalu banyak bertanya...

    ReplyDelete
  6. Salam cucu din kuantan,

    Salam juga untuk keluarga din semua, alhamdullah rupa-rupanya begini akan jadinya. Atok dahulu semasa mengaji kitab Hikam dengan Imam Muda tidak menyangka pertalian keluarga itu ada, tetapi selepas beliau bertanya, maka atok mula bercerita dari zaman kerajaan Makasar hingga keluarga atok berhijrah ke Johor. Dari situlah dia tahu atok ni sama jurai keturunan dengan beliau, cuma bezanya atok ni keturunan istana manakala dia adalah darah temenggung Istana. Tetapi satu punca iaitu dari Sultah Syeikh Syeid Idrus al Hajaratulmaut raja yang membuka penempatan pertama sulawisi atau raja pertama Makasar. Kita juga darah keturunan dari Syeikh Gunung Jati salah seorang wali sembilan diIndonasia dan saudara terdekat kepada Syeikh Maulana Malik Ibrahim pengasas walisembilan. Keturunan kita ni kemana saja mereka pergi akan membuka penenpatan atau negeri dan ladang kelapa adalah asas utama petunjuknya. Kalau tak percaya tanya toki cucu... mesti ada ladang kelapa 2 - 3 ekar paling tidak pun.

    Atok masa belajar dengan arwah dulu duduk di Mesjid saja. Selepas zohor kami mula mentelaah kitab Hikam. kelebihan Imam ialah ia terang hati dan boleh mentafsir bahasa arab dengan baik, malah sesetangah keadaan dia hanya pejam mata membaca ayat2 kerana lazim dengan ayat2 Quran. Atok hanya sempat belajar dengan dia kira2 6 bulan saja tetapi khatam kitab itu. Bukan atok seorang yg belajar, termasuk ust Ibrahim Misjid Tanah melaka. Beliau berhijrah ke Mekah dan mengajar dan kemudian meninggal dunia disana. Sedangkan atok ke seberang sambung belajar. Sekarang ni tinggal atok seorang saja yg masih di sini.

    1) Tentang cara perubatan tu... jika menurut atok ia adalah perbuatan yang salah. Perangai Jin islam memang suka mengkaitkan diri mereka dengan tok wali, ia fitnah kepada waliallah. Arwah Tok Imam Muda dahulu pernah menyatakan masaalah utama beliau ialah "saka keluarga" iaitu Jin Islam, Khadam yg diambil oleh org2 sebelumnya. Hendak dibuang tak tahu caranya. Masa tu atok hanya boleh "nampak" saja. Tak tahu caranya. Jika cucu boleh bertemu dgn Ust Mat Janggut nanti, tanyakan masaalah keluarga cucu ni. Minta dia buangkan saka ini kerana beliau arif dalam bab ini.

    Yg hadir tu bukan tok wali, tapi saka keluarga cucu. Iaitu Khadam jin Islam yang sangat suka kepada amalan untuk dia tumpang sekaki. Jangan bagi peluang kpd dia walau dia nangis sekali pun. Kamu dari darah daging yang baik harus bersih dari pekara sebegini. Kena usha utk buang saka itu... arwah Tok Imam Muda ada cara tersendiri menghindiri akan pekara itu, dia bijak melepaskan diri dari saka ini... itulah bezanya dengan kamu yang tak tahu apa-apa. Maka kenalah belajar !.

    2) Tiada istilah Waris penutup keturunan, keturunan akan terus hingga hari kiamat jika Allah izinkan. Kalau penutup bererti ia terhenti kerana tiada zuriat... tapi atok kira tidak begitu kepada keturunan Imam Muda. Adakah yg kamu maksudkan ini berkaitan dengan kebolehan "menurun"? Ketahui lah Tok Guru Imam Muda tidak terkena dengan fitnah ini. Janganlah kamu semua terbabit dengan pekara ini. Pekara "tanaszalul arwah" ini mendatangkan fitnah yg besar pada keturunan. Kamu semua kena faham baik-baik akan pekara salah ini ??? Jika boleh jangan diamalkan lagi pekara "menurun" itu.

    3) Jika benar bagai dikata... tok sami itu telah menjadi muslim dan mati didalam Islam. Ia wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan menurut syarak. Cuma perlukan saksi semasa dia mengucapkan dua kalimah sahadah. Jika semua sepakat... itulah caranya menurut syarak. Jika benar ia muslim, beliau terlepas seksa kubur dan terus Allah terima bersama-sama orang2 solehin. Beliau bersih dari dosa seperti kanak-kanak yg baru lahir.

    wallahua'lam dan maaf jika terhilaf bahasa.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  7. Salam kpd hijabul crewz...

    Memang terlampau banyak fitnah berkenaan dengan mereka berdua. Ya memang benar mereka pada mulanya telah termakan dengan hasutan ahli Wahabi malahan telah menjadi salah seorang yang mereka agungkan didalam fahaman itu. Ahli wahabi sememangnya membenci ulama ASWJ hingga mereka selalu memburuk-burukkan mereka. Begitu lah juga dengan mereka berdua. Antara hakikat yg paling mereka tidak boleh terima ialah apabila kedua-dua Imam itu berpatah semula menjadi Islam menurut ASWJ. Mereka secara terbuka telah mengaku taubat dan bukan seorang yg menjadi saksinya...ribuan orang. Berkenaan dengan Ulama ASWJ bernama Imam Ibnu Hajar tu sebenarnya bersifat serangan peribadi kepada mereka kerana semasa mereka wahabi, mereka berdua telah menghentam Ibnu Hajar dengan begitu teruk sekali sehingga ia tidak mahu memaafkan kedua-dua mereka itu. Jadi jumurnya itu dianggap peribadi.

    Jika menurut pandangan ulama-ulama ASWJ, mejoriti menerima pendapat mereka berdua tambahan setelah mereka bertaubat dari menjadi pengikut wahabi, pendapat2 mereka masih diterima pakai malahan karangan beliau menjadi rujukan dikebanyakan tempat hingga kehari ini. Jadi kenapa pula kita menolaknya ?

    Pendapat menyatakan mayat mereka berdua tidak diterima bumi itu adalah serangan dari pihak wahabi. Bukan dari ulama ASWJ. Ahli2 Wahabi ini menjalankan serangan saraf dan fitnah kepada mereka kerana sifat "tidak boleh menerima hakikat" yang kedua mereka telah berpaling tadah dan bertaubat kembali kepada ASWJ. Jadi sering kali diputar belit kenyataan dan fakta menjadi berpihak kepada mereka. Jangan percaya kepada fitnah wahabi itu. Mereka berniat jahat....wallahua'lam.

    Tak mengapa, tanyalah... kalau atok boleh jawab, atok jawab. Kalau atok tak tahu, atok cakap tak tahu... mudah saja. Selamat berpuasa.

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  8. Salam buat tok zamany

    terima kasih atas pencerahan tok. sekarang baru saya faham kedudukan sebenarnya dan insyaallah saya akan cuba membetulkan kembali keluarga saya. kesilapan ini berpunca dari desakan untuk beriktiar akibat perbuatan orang dan saka. dan seperti yang tok nyatakan terlalu ramai ustaz dan bomoh yg penipu yang menambah lagi beban sedia ada. sehingga kami tak tahu yg mana benar dan salah kerana semua menggunakan al quran.rawatan yg terakhir telah banyak membantu keluarga kami. tapi dari segi kaedah rawatan saya boleh tegur pengubat tersebut dan ajak bersama sama berbaiah dgn ustaz mat.

    waris penutup bukan bermaksud penutup zuriat atau berkebolehan menurun tetapi waris yg mendapat kebolehan atau darjat dari keturunan terdahulu yang tidak akan diturunkan kepada keturunan selepasnya walaupun zuriat itu bersambung. seperti kebolehan yg diwarisi semulajadi dan darjat diraja.

    Allah sudah takdirkan saya terbuka hati untuk berhubung dengan tok sempena ramadhan ini agar saya dapat membetulkan kembali keluarga saya. ribuan terima kasih atas nasihat tok dan teguran teguran tok tu adat mengajar, saya tak ambil hati. semoga tok dirahmati Allah swt dan saya minta diri, Tok.

    ReplyDelete