Friday, August 13, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



FASAL A- KEMATIAN.



BAB 3 : LARANGAN MENGHARAPKAN KEMATIAN.


Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Anas ra telah berkata " Rasulullah bersabda, Janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian kerana kesusahan yang sedang menimpa mu. Jika ia mengharuskan kamu berbuat demikian, hendaklah kamu berdoa - Ya Allah, peliharalah hidupku jika itu yang terbaik buatku dan matikanlah aku jika itu yang terbaik bagi ku ". Allahlah yang maha berkuasa atas tiap-tiap yang hidup dan yang dimatikannya, maka sewajarnya dipohon pertolongan dariNya bukan memprotes apa yang telah ditentukanNya. Dialah yang berkuasa keatas setiap jiwa dan memberi ujianNya pada kadar yang Dia sendiri ketahui dan sebagai makhluk ciptaanNya haruslah taat, tunduk dan patuh. Didalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad, Anas ra menyatakan bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu mengharap-harapkan kematian dan janganlah berdoa memintanya sebelum kematian datang kepadanya, sebab apabila salah seorang dari kamu mati, maka terputuslah amalannya. Sesorang yang beriman itu harus mampu membuat perisian amal dan kebajikan didalam umurnya yang masih tinggal itu ".

Diriwayatkan lagi oleh Bukhari dari Saad bin Ubaid, anak Abdul Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian, jika ia orang yang baik pastinya dapat menambah amalnya dan jika ia orang yang tidak baik, mudah-mudahan ia boleh bertaubat terlebih dahulu sebelum mati ". Kemudian diriwayatkan oleh al Bazari dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda " Janganlah kamu mengharap-harap kematian kerana huruhara (sakaratulmaut) itu sangat dahsyat. Adalah termasuk dari satu kebahagiaan jika kamu dipanjangkan umur dan ditambah dengan keinsafan dari Allah ".

Menurut para Ulama, kematian itu bukan sahaja merupakan kehilangan mutlaq atau kemusnahan malahan ia juga adalah peristiwa terputusnya hubungan antara Roh dan Jasad, terpisahnya antara jiwa dan raga, menganti keadaan dan permindahan dari satu alam ke alam yang lain. Ia merupakan malapetaka atau musibah yang sangat besar, malah Allah telah berfirman didalam surah al Maa'idah ayat 106 yang mafhumnya "...Lalu kamu ditimpa musibah kematian." Sememangnya kematian itu merupakan malapetaka dan musibah yang sangat besar tetapi jika menurut para Ulama ASWJ pula, musibah dan malapetaka yang sangat besar itu ialah "lupa akan kematian" atau tidak mahu mengingati akan kematian malahan sesetengah manusia beranggapan ia adalah pekara yang membawa "malang" jika bercerita berkenaannya. Mereka lupa untuk beramal soleh untuk menghadapinya. Sesungguhnya didalam kematian itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berfikir dan mengambil iktibar daripadanya. Tersebut didalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abdullah bin Salamah bin Aslam (perawi yang dianggap dhaif oleh Daruquthni) bahawa Nabi telah bersabda "Seandainya binatang itu mengatahui akan kematian seperti yang telah kamu ketahui, nescaya kamu tidak akan dapat memakan binatang yang gemuk daripadanya". Lihatlah betapa binatang juga akan amat bersusah hati jika ia mengatahui hakikat kematian hingga tiada lagi selera untuk ia makan. Begitulah kehebatan gongcangnya jiwa yang digambarkan didalam hadis diatas itu.

Telah diceritakan bahawa ada seorang dusun yang sedang berjalan menunggang seekor unta. Tiba-tiba untanya jatuh dan tidak bernyawa lagi. Ia lalu turun dan berpusing mengelilingi mayat untanya itu sambil berfikir apa yang telah terjadi. Ia kemudian bertanya kepada untanya " Wahai unta, kenapakah kamu tidak mahu berdiri lagi ?...lihat, seluruh tubuhmu masih kuat dan tiada kesan luka, apa terjadi kepada kamu ?.. apa yang menyebabkan kamu jadi begini ?... Apa yang menyebabkan kamu tidak boleh lagi bergerak langsung ?.. Apa yang boleh membuatkan kamu bangun semula ?..." Setelah sekian lama termenung lalu ia pun berlalu meninggalkan saja unta itu sambil terus memikirkan apa yang telah terjadi. Sebenarnya pemuda dusun itu tidak mengerti apa itu "Kematian". Seperti juga kisah Nabi Adam dan Isterinya Hawa yang diceritakan didalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah didalam kitabnya 'Nawadir al Ushul'...Aku mendengar dari Qutaibah bin Saad dan Khathib bin Salim, dari Abdul Aziz al Majisun dari Muhammad ibnu Munkadir ia berkata "Putra Adam as telah meninggal dunia kemudian diberitahunya hal itu kepada isterinya Hawa as 'Anak mu mati' Hawa as bertanya 'Apa itu mati ?' Adam as menjawab ' Orang mati itu tidak boleh makan, tidak boleh minum, tidak boleh berdiri dan tidak boleh duduk '. Mendengar penjelasan itu Hawa as pun meraung dan menangis, Adam as berkata ' Sebagai ibu, kamu dan anak perampuan mu wajar menangis seperti itu tetapi tidak bagi aku dan anak lelaki ku".

Bagi menjelaskan akan maksud kalimat "Ia masih boleh bertaubat terlebih dahulu" yang telah dinyatakan didalam hadis diatas tadi iaitu dalam mencari redha Allah, satu-satunya cara ialah dengan bertaubat dan berazam tidak mengulangi dosa itu lagi. Demikianlah yang dijelaskan oleh para cerdekpandai dan Jauhari Islam silam. Didalam al Quran Allah telah menegur sikap orang-orang kafir dengan firmannya didalam surah Fuhshilat ayat 24 yang mafhumnya ;

"Jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah mereka termasuk golongan yang diterima alasan-alasannya".

Berkata Sahal bin Abdullah at Tastari " Salah seorang diantara kamu tidak akan mengharap-harap kematian kecuali 3 jenis manusia sahaja, iaitu pertama orang yang tidak mengetahui apa yang akan terjadi sesudah mati, kedua orang yang sengaja lari dari takdir Allah swt dan ketiga ialah orang yang sangat rindu untuk bertemu dengan Allah Azza wa Jalla ". Maka diceritakan pula oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya "al Hilyat (iv/278), Bahawa suatu ketika telah hadir Malaikat Izraail as kepada Nabi Ibrahim as kekasih Allah yang maha pemurah, untuk dicabut nyawanya. Nabi Ibrahim as pun berkata "Hai malaikat maut, pernahkah engkau melihat ada kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri ?" Malaikat Izraail as pun naik kelangit untuk bertemu dengan Tuhannya bertanyakan soalan itu, Maka Allah swt berfirman menyuruh Izraail bertanya kepada Nabi Ibrahim as "Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak suka bertemu dengan kekasihnya ?". Izraail as pun turun semula bertemu dengan Nabi Ibrahim as untuk menyampaikan firman Allah itu, Nabi Ibrahim as lalu berkata "Cabutlah nyawa ku sekarang juga ?". Malaikat Izraail as pun menjalankan tugasnya dengan penuh rasa hormat sekali kerana menyedari ketinggian "Mertabat Kekasih Allah" itu.

Abu Darda' berkata " Setiap orang mukmin lebih baik memilih kematian. Sesiapa yang tidak percaya kepada ku... sesungguhnya Allah telah berfirman";

"Janganlah sekali-kali orang kafir menyangka bahawa pemberian tangguh (kematian) Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka". (surah Ali Imran ayat 187)

Seorang abadi bernama Hayyan al Aswad' berkata " Kematian itu adalah jembatan yang menghubungkan pertemuan dua kekasih "

Huraian Penulis :

Daripada beberapa keterangan diatas tadi dapatlah kita fahamkan bahawa kematian itu merupakan keadaan yang sangat hurahara dan dasyat sekali kepada orang-orang yang tidak beramal soleh dan selalu berbuat dosa. Terutama mereka-mereka yang tidak beriman langsung kepada Allah dan RasulNya. Tetapi ia tidak menakutkan langsung kepada mereka yang dekat dan menjadi Kekasih Allah kerana mereka itu taat dan redha atas ketentuan yang telah ditetapkan keatas diri mereka. Kekuatan kepercayaan kepada Khada dan Khadar Allah amat kuat didalam hati dan sanubari mereka yang perlu dicontohi oleh seluruh umat Islam. Keutamaan kepada menghargai waktu yang masih tinggal pada kita haruslah dititik beratkan dengan mengerjakan amalan soleh untuk menghadapi kematian dan Alam Akhirat yang kekal. Saban waktu kita dipesan untuk mengumpulkan bekalan amalan takwa untuk alam yang kekal abadi itu, tetapi adakah kita benar-benar faham akan pesanan mereka dan berusha seperti yang telah mereka sarankan itu ? Maka kita seharusnya sentiasa mengambil iktibar dari keterangan ini dan berusha seperti yang Allah mahukan iaitu "Untuk apa kamu diciptakan ? " ...



BAB 4 : "KEBENARAN" MENGHARAPKAN KEMATIAN.


Allah Azza wa Jalla telah berfirman didalam surah Yusuf ayat 101 yang mafhumnya ;

"Wafatkan aku dalam keadaan Islam dan kumpulkanlah aku bersama-sama orang-orang yang soleh"

Kemudian Allah juga berfirman didalam surah Maryam ayat 23 yang mafhumnya ;

".... aduhai, kiranya (alangkah baiknya) aku mati sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan (menjadi barang yang tidak bererti dan dilupakan)."

Kedua-dua ayat diatas itu tadi adalah doa Nabi Allah Yusuf as dan Maryam as Ibu nabi Isa as yang berdoa mengharap kepada kematian kerana rindu yang teramat sangat untuk kembali kehadrat Allah, kerana maruah diri dan agamanya. Mereka diceritakan semula didalam Quran supaya menjadi contoh kepada umat Muhammad saw.

Telah diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Malik dari Abu Zannab dari al A'raj dari Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda " Kiamat tidak akan terjadi sebelum ada seseorang yang lalu dikuburan orang lain dan berkata..'Andaikata aku berada ditempatnya".

Keterangan-keterangan diatas ini tidaklah bertentangan dengan kebenaran mengharap kepada kematian. Menurut Qatadah " Tidak ada seorang Nabi pun yang mengharapkan kematian selain dari Nabi Yusuf as, ketika beliau merasa sudah mendapat kenikmatan-kenikmatan yang sempurna dan telah berjaya maka Nabi Yusuf as merasa amat rindu untuk bertemu dengan Tuhannya. Sebab itulah dia berdoa yang telah difirmankan Allah didalam surah Yusuf ayat 101 akan cerita perihal dirinya itu. Diawal ayat itu pula menyebut " Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kerajaan kepadaku dan Engkau telah mengajarkan kepadaku dari hal takwil mimpi..." sebab itulah ia telah terlampau ingin bertemu Tuhannya lalu memohon kematian.

Sesetengah Ulama berpendapat bahawa Nabi Yusuf as bukan sahaja mengharapkan kematian tetapi dimatikan didalam beragama Islam. Didalam kata yang lain boleh juga dianggap ia berkata "Jika telah tiba ajalku maka wafatkanlah aku dalam keadaan Islam". Ini adalah pendapat daripada beberapa Ulama-ulama Tafsir berkenaan ayat tersebut.

Berkenaan Maryam as, ibu kepada Nabi Isa as, ada dua alasan yang membuatkan ia mengharap kepada kematian.
Pertama, ia takut akan terus disangka buruk dan dihina kerana hal itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada agamanya.
Kedua , Ia tidak mahu disebabkan hal dirinya itu, kaumnya semua akan terjurumus kelembah pembohongan dan pendustaan hingga menuduhnya telah berbuat zina yang mengundang kemurkaan Allah, serta membolehkan mereka mendapat laknat Allah pula.

Seperti juga kisah Isteri Nabi Muhammad saw iaitu Saidatina Aisyah ra yang telah difitnah oleh sesetengah orang, Maka Allah berfirman didalam surah an Nuur ayat 11 yang mafhumnya ;

"Barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar".

Kemudian Firman Allah didalam surah an Nuur ayat 15 yang mafhumnya ;

"Kamu menganggapnya sesuatu yang ringan sahaja. Padahal disisi Allah adalah besar".

Amatlah jelas sekali Allah swt melarang kita dari menyebarkan fitnah dan membesar-besarkan berita yang kita tidak mengatahui kebenarannya sedangkan kita amat jauh dari masa kejadian itu. Tambah-tambah lagi orang difitnah itu adalah wanita- wanita suci yang mendapat lindungan Allah swt. kepada mereka yang berdegil, maka tunggulah azab yang telah dijanjikan keatas mereka itu oleh dalil dari ayat-ayat yang telah disebutkan diatas tadi.

Kemudian para Ulama tafsir telah berselisih pendapat tentang beberapa pekara berkenaan Maryam as. Iaitu sama ada ia adalah merupakan seorang yang benar dan jujur (lurus) iaitu berdasarkan firman Allah swt didalam surah al Maaidah ayat 75 yang mafhumnya ;

"...Dan ibunya seorang yang sangat benar".

Atau, ia adalah seorang nabi wanita berdasarkan firman Allah didalam surah Maryam ayat 17 yang mafhumnya ;

"...Kami mengutus roh Kami kepadanya".

Dan firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 42 yang mafhumnya ;

"...Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril as) berkata, Wahai Maryam ! sesungguhnya Allah telah memilih kamu ".


ULASAN PENULIS :

Daripada ayat-ayat diatas tadi, amatlah jelas sekali kesalahan kepada mereka yang memfitnahnya serta beberapa pembohongan dari beberapa kaum didunia ini hingga mereka telah dibinasakan Allah dengan kesesatan akidah yang jauh. Mereka mengada-adakan pekara- pekara yang tidak ujud seperti mengatakan beliau merupakan tuhan wanita, isteri tuhan dan sebagainya yang terkeluar dari maksud sebenar dalil itu. Inilah yang berlaku kepada pengikut- pengikut fahaman Kristian. Lihatlah azab yang telah Allah zahirkan kepada mereka yang jauh dari mendapat taufiq dan hidaayah Allah, mereka bertambah-tambah sesat lagi menyesatkan, buta akal dan fikiran mereka, tertutup hati mereka menjadi gelap. Inilah antara azab yang telah dijanjikan Allah diatas dunia ini dan menenti satu lagi azab yang kekal abadi selama-lamanya diakhirat nanti. Begitulah janji Allah yang benar didalam ayat-ayat yang telah disebutkan itu. Manakala ia juga berlaku kepada umat Islam yang terikut-ikut memfitnah Saidatina Aisyah ra, lihatlah kemana arah dan tujuan mereka dalam beragama. Mereka telah tersalah arah dan terpesong menjadikan diri mereka sesat contoh yang paling hampir ialah dengan fahaman Syaiah, Wahabi dan anti Hadis. Inilah dalil yang telah Allah sebutkan kerana Allah tidak redha akan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan kesesatan akidah malahan menanti mereka adalah azab yang amat pedih diakhirat kelak. Jadi... jauhkan diri kita dari masaalah ini, kerana telah kita nampak dengan jelas maksud dan amaran Allah swt atas pekara yang amat serius ini. Jangan memperolok-olok akan amaran itu dan jangan menganggap remeh pekara mamfitnah mereka berdua ataupun sesiapa juga. Fitnah itu kesannya amat besar sekali kepada masyarakat dan dosanya tersangat besar disisi Allah swt.

Kembali kita kepada permasaalahan kebenaran memohon kematian. Dari dalil-dalil yang telah diketengahkan itu maka bolehlah diberi kesimpulan bahawa memohon dan mengharap kepada kematian itu di "benarkan" jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh seperti yang telah dikemukan. Tampa alasan-alasan seumpama itu kita dilarang dan hukumnya haram didalam syarak untuk memohon dan mengharap kepada kematian. Kerana kita ditakuti termasuk kedalam golongan yang "membunuh diri sendiri" yang pastinya mati didalam kesesatan. Kerana didalam hadis diatas menerangkan lemahnya iman manusia hingga mengharap kepada kematian mereka dipercepatkan. Ini merupakan satu tanda kiamat yang telah digambarkan Rasulullah saw. Lemahnya iman dan akhlak itu hadir disebabkan kemiskinan, kepayahan hidup, masaalah hutang yang banyak, masaalah penyakit yang tiada harapan sembuh, masaalah kasih yang tiada balasan, masaalah jiwa, maka hilang pertimbangan diri hingga sanggup membunuh dirinya. Ketahuilah, bahawa membunuh diri sendiri itu hukumnya haram dan berdosa besar. Malahan ia juga dianggap mati didalam keadaan sesat. Bersabarlah kamu dengan ujian Allah didunia yang fana ini. Bertahanlah kamu dengan kesukaran hidup yang Allah tentukan kerana ganjaran yang amat besar sedang menanti anda kelak.

Lihatlah kepada mereka-mereka yang telah Allah kurniakan cinta dan kasih kerana ketekunan mereka beramal soleh. Mereka itu telah bebas dari semua masaalah dunia (seperti diatas itu). Mereka diredhai atas semua yang mereka mahukan hinggalah mereka "dijemput" untuk pulang kepangkuanNya. Kata-kata mereka menjadi doa yang mustajab, lihatlah doa yang telah dipanjatkan oleh Baginda Rasulullah saw kehadrat Allah ini ;

"Ya Allah... sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar dapat melakukan kebajikan-kebajikan, meninggalkan kemungkaran-kemungkaran dan mencintai fakir miskin, dan jika Engkau telah menghendaki fitnah kepada manusia, tolong panggil daku mengadap Mu tampa terkena fitnah". Hadis riwayat Ahmad, Tarmidzi dan Malik.

Kemudian ia diperlihatkan dengan lebih jelas lagi dengan doa yang pernah diucapkan oleh Saidina Omar ibnu al Khathab ra dalam riwayat Malik didalam kitabnya "al Muwatha" iaitu ;

"Ya Allah... kekuatanku sudah lemah, usiaku sudah tua dan rakyatku sudah bertebaran kemana-mana, kerana itu panggillah daku mengadapMu, bukan sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan lalai ".

Setelah sebulan daripada itu Baginda Omar al Khathab ra pun pulang kerahmatuallah. Semoga Allah merahamatinya.

Telah diriwayatkan oleh Abu Omar bin Abdul Barr didalam kitab-kitab "at Yamhid dan al Istidzkar" sebuah hadis dari Zadan bin Umar dari seorang zuhud lagi alim al Kindi, ia berkata "Ketika Abis al Ghifari sedang duduk bersama-samaku disebuah kawasan. Kami melihat beberapa orang yang sedang menderita penyakit taaun, lalu ia berkata "Hai taaun... bawalah aku kepadamu ". Mendengar ucapan yang ganjil itu lalu aku pun bertanya " Mengapa kamu berkata seumpama itu ??, bukankah Rasulullah pernah bersabda...Janganlah ada diantara kamu yang mengharap-harap kematian kerana pada waktu itu terputuslah amalannya dan ia tidak boleh kembali lagi untuk mencari-cari alasan ?" Ia menjawab " aku pun pernah mendengar Rasullah bersabda ;

"Mintalah disegerakan kematian kerana 6 pekara, pertama - Maraknya isteri orang-orang yang bodoh, Kedua - Banyaknya syarat-syarat, Ketiga - Maraknya penjual hukum-hukum, Keempat - Meremehkan pertumpahan darah, Kelima - Maraknya memutuskan hubungan kekeluargaan dan keenam - Banyaknya anak-anak muda yang mempersenda al Quran dan ada pula yang menyuruh orang melagukan al Quran kepadanya sedangkan ia tidak arif dan kurang berpengatahuan ".
-Hadis riwayat Ahmad.

Sebenarnya maksud hadis diatas adalah menerangkan tanda-tanda berlakunya kiamat kecil yang diperkatakan oleh Nabi saw didalam hadis dari riwayat yang lain. Ada pun maksud bagi 6 pekara tersebut ialah:-

1) Maraknya orang-orang yang tidak berilmu berkahwin dan berpoligami dengan tidak mengatahui hukum kekulargaan hingga menyebabkan penceraian berlaku dengan mudah. Banyak ibu yang menjadi janda dan banyak anak-anak yang tidak berayah kerana masaalah ini.

2) Banyaknya syarat-syarat yang dikenakan oleh pemerentah kepada rakyatnya yang menyebabkan semua rakyat mengalami tekanan hidup. Sudahlah hidup mereka susah dengan pendapatan yang sedikit, dikenakan pula denan syarat-syarat yang bukan-bukan seperti cukai yang tinggi, harga barang makanan naik, semuanya kena berbayar, nak paking bayar, nak jalan bayar, nak masuk tandas pun kena bayar, lesen itu, lesen ini, tol sana tol sini, saman sana saman sini sampai hampir semuanya kena bayar. Ini yang berlaku kini.

3) Maraknya penjualan hukum-hukum. Berlakunya pemberian rasuah secara terang-terangan mahupun tersembunyi. Malah kerajaan membenarkan pemberian riba secara paksa oleh bank-bank dan syarikat-syarikat Insuran kepada rakyatnya. Hakim-hakim boleh dibeli, penguatkuasa undang-undang boleh disogok, pemimpin yang kurap hingga budak pejabat pun kena dirasuah untuk minta pertolongan isi borang. Melepaskan orang-orang ternama dari dikenakan tindakan undang-undang walaupun ia sememangnya salah.

4) Meremehkan pertumpahan darah. Pembunuhan yang tidak mendapat keadilan oleh sebab lemahnya sistem kehakiman dan lemahnya penyasiatan kes. Alasan yang biasa kedengaran ialah kurangnya bukti walau apa pun penginayaan kepada keluarga mangsa dan waris telah berlaku. Sistem kehakiman Islam tidak mahu digunapakai walaupun didalam Negara Islam Contoh. Kesannya saban hari kedengaran berlakunya pembunuhan disana sini. Kawalan amat lemah hingga rakyat mudah untuk membunuh hanya dengan alasan yang mudah. Hanya kerana perselisihan dan pentengkaran kecil mereka sudah boleh membunuh. Begitulah tekanan kehidupan, jiwa dan akhlak yang rendah berlaku disini, waktu ini.

5) Maraknya memutuskan tali persaudaraan. Sering kedengaran berlakunya kes memukul ayah sendiri, ibu sendiri, atok dan nenek sendiri, Malah hingga peringkat membunuh orang tua mereka sendiri. Menghalau mereka kerumah orang tua-tua, tidak mempedulikan mereka yang telah uzur. Pada kes yang lain pula pertengkaran disebabkan harta pusaka menyebabkan saman menyaman keMakamah hingga tidak bertegur sapa antara mereka. Penipuan kepada orang tua mereka juga selalu berlaku kerana orang tua mereka tidak tahu niat jahat anak-anaknya. Adek beradik tidak lagi mesra dan berjauhan hingga tidak kenal lagi anak-anak mereka. Begitu rengang hubungan hingga terputusnya tali kekeluargaan mereka tidak karuan. Kerajaan hanya memerhati sahaja kerana bukan masaalah mereka katanya !!!. Adakah harus dibiar sahaja pekara ini sedangkan Kerajaanlah puncanya pekara ini berlaku???. Kerajaan yang telah menujudkan tekanan kepada rakyat???, Kerajaanlah yang mengenakan segala syarat-syarat yang tinggi kepada rakyat???, Kerajaanlah yang membuat rakyatnya hurahara kehiduipan mereka???. Inilah semua kesan dari tindakan Kerajaan yang yang zalim kepada rakyatnya hingga menyebabkan runtuhnya moral, akhlak dan sistem kekeluargaan Islam itu sendiri.

6) Banyaknya anak-anak muda yang mempersenda alQuran dengan mentafsir alQuran mengikut akal dan fikiran mereka sendiri dengan alasan merekalah penkaji sebenar al Quran. Sedangkan apa yang kita lihat ia jauh dari tafsir sebenar dari Imam-imam tafsir yang terdahulu yang ternyata benar. Ahli tafsir bukannya sembarangan, ia mempunyai naluri dan jiwa yang berseh tampa niat peribadi semasa memberi hujahan tafsirannya malah mereka merujuk kepada orang orang yang alim dan dari kitab-kitab tafsir terdahulu untuk rumusan. Mereka sedar jika mereka tersilap maka seluruh umat Islam akan juga turut tersilap selama-lamanya selagi ia tidak diperbetulkan. Jadi dari awal lagi Ulama-ulama tafsir telah dipilih dari kalangan ulama yang benar-benar bersih jiwanya, luhur budi pekertinya, benar kata-katanya disamping alim lagi arif dalam bidang tersebut. Ini telah berlaku semenjak zaman Saidina Othman bin Affan ra lagi, bukannya baru.

Manakala terdapat pula mereka yang ingin mengajar dan menjadi hakim kepada bacaan al Quran sedangkan mereka bukanlah ahlinya. Mereka menyuruh orang memperdengarkan bacaan mereka sedangkan dia sendiri tidak arif dan mengenal segala hukum tajuid, taranum dan fasahah untuk menjadi juri atau hakim malahan guru mengaji al Quran sekalipun. Telah dikatakan tadi, jika dari mula telah bersalahan maka kesannya berterusanlah kesalahan itu hingga kehari kiamat. Sedangkan ia merupakan dosa yang besar didalam syarak.

Tilawah al Quran itu sendiri tidak perlu diadakan. Pertandingan ini hanya mengundang dosa dari mendapat pahla sunat mendengar dan mambaca al Quran. Mana taknya, cuba kita lihat bagaimana ia diadakan ??? Pertama kaum wanita tidak boleh diperdengarkan suaranya kerana suaranya itu adalah aurad baginya. Walaupun sesetengah ulama membenarkannya, tetapi mejoriti mengatakan ia adalah aurad yang tidak boleh dipertonton dan diperdengarkan dihalayak ramai. Tambahan lagi kepada yang bukan muhrim atau ajanabi. Kedua ia diadakan diruangan yang bercampur adok antara lelaki dan wanita diwaktu yang sama yang sudah tentu diharamkan syarak. Ketiga ia menjadi rebutan pertandingan suara seperti pertandingan nyanyian atau pertandingan seni suara burung gamaknya malahan sesetengahnya belajar taranum semata-mata ingin menang tilawah kerana hadiah yang lumayan. Keempat ditambah lagi apabila juri dan hakim pertandingan itu dari kalangan Ustazah pula. Jadi tidakkah semua ini mengundang dosa yang bukan sedikit jumlahnya, berjuta yang melihat maka berjutalah dosa besar yang dikumpul.

Dunia mungkin sudah hampir sampai kepenghujungnya, namun adakah kita tidak juga mahu berubah ??? Semua tanda-tanda kiamat kecil telah terzahir satu persatu namun adakah kita tidak juga berubah ??? Semua yang telah digambarkan didalam hadis Nabi berkenaan ancaman kiamat telah hampir semua terzahir, adakah kita masih juga tidak mahu berubah ??? Ancaman yang sebagaimana lagi yang kamu tunggu untuk membuat kamu berubah ??? Adakah hingga malaikat maut hadir dihadapan, kamu baru mahu berubah ??? Adakah hingga nyawa sampai kehalkum baru kamu mahu berubah ??? Fikirkanlah... masa tidak menunggui mu, ia lari dan terus berlari sedang usia kamu semakin hampir ke penghujung.

Kamu tetap tidak sedar, lalai dan alpha dibuai mimpi dunia. Tetap merasakan diri tu muda dan terus muda diulik anak-anak gadis yang mahukan wangmu semata-mata dikelab dangdut. Mereka tidak peduli kamu, hanya wang ringgit jadi buruan mereka. Pada mereka kamu itu kambing tua yang tidak sedarkan diri, rumah kata pergi, kubur kata mari masih lagi terkial-kial menagih kasih sayang yang palsu, terkinja kinja menari mengikut irama, tergelek gelek dalam gelap dengan lampu samar samar sambil dilayan gadis-gadis montok seperti raja. Dibelakang , kamu di ejek dan dimaki hamun oleh mereka saban hari. Setiap hari kamu dikikis sampailah kamu kering. Setelah itu dia akan mencari kambing tua yang lain pula yang jauh lebih tebal pokitnya. Begitulah pusingannya... sedang kamu sudah menangis tak berlagu. Bila kamu hadir dihadapannya, dia seperti tidak mengenali kamu. Dia tinggalkan kamu dengan kata-kata kesat yang tidak sanggup kamu dengar. Ketika itu barulah kamu sedar siapa mereka itu semua.

Lihat disatu sudut yang lain, kedai-kedai nombor ekor berbaris panjang setiap hujung minggu bukannya bangsa asing, bukannya orang kafir tetapi orang Melayu beragama Islam yang sudah dimamah usia. Masih lagi tampa rasa malu sanggup berbaris sama dengan bangsa lain untuk menikam nombor ekor. Berjudi telah menjadi lekat didahinya, saban hari asyek dengan nombor-nombor, baik dirumah, dikedai kopi bersama-sama regu mereka. Bersembang dengan suara lantang kerana "kena" nombornya dan dapat habuan beribu-ribu... rasa banga teramat dikalangan teman-teman hingga semua dibelanjanya minum dan makan sarapan pagi hari itu. Hebat...hebat... Melayu ini, puji kawanya "berjudi sambil menderma" dengan disambut hilai ketawa rakan-rakan. Apabila suatu hari tiada lagi modal untuk membeli nombor, maka diranggah semua yang ada dirumah untuk dijual bagi dijadikan modal minggu itu. Yakin sungguh akan takbir mimpi nombornya itu, habis semua dilonggokkannya. Kemudian tak semena-mena nombornya itu "lari" satu mata" lalu dia jatuh pengsan kena 'strok' atau serangan jantung. Kawan-kawannya bergegas menghantarnya kehospital. Selang beberapa minggu ia dibawa pulang oleh isterinya yang asyek mengomel memerahinya kerana habis barang kemasnya digadai. Ia sudah tidak mampu berjalan, tidak mampu mandi sendiri, makan sendiri, minum sendiri. Semuanya diharapkan isterinya yang terpaksa bekerja semula kerana hendak menampong keluarga. Mana perginya kawan-kawan mu ? mana perginya mereka ketika kamu dipembaringan ? siapa yang mahu "belanja" kamu ketika ini ? Ada tak mereka menjengok kamu ? bagaimana ibadah mu ? mampukah kamu solat ? mampukah kamu berpuasa ? Inilah azab Allah didunia untuk orang yang mempersenda ayat-ayat Allah, memperolok-olok hukum Allah, mentertawakan Allah... sebentar sahaja lagi akan hadir Malaikat Izrail mencabut nyawamu sedangkan kamu tidak dapat berbuat sesuatu. Ketakutan sentiasa menyelubungi dirimu disetiap detik dan waktu, air mata darah sekali pun tidak dapat mengembalikan kesihatan mu.

Pada ketika yang lain seorang yang sedang uzur bergelempangan dikaki lima jalan dengan diri yang tidak terurus lagi. Pakaian yang kotor dan berbau busuk. Rambutnya yang kusut masai, jangut dan misai yang berserabut. Daki dan kotoran melekat keras pada kulit diseluruh badannya. Mulutnya yang berbau minuman keras tuak yang pekat dengan kesan muntah hijau pada bajunya amat menjijikkan sekali orang yang lalu lalang disitu. Ia didapati mati dikaki lima itu dengan keadaan yang sangat hina sekali. Menurut cerita, beliau ini asalnya adalah seorang usahawan yang sangat berjaya, boleh juga digelar jutawan. Tetapi atas sikap sombong dan bongkaknya beliau berakhir ditempat sebegini. Sikapnya yang banga dengan minuman keras hampir setiap hari menyebabkan ia ketagih alkohol. Setiap majlis undangan yang dihadarinya dimestikan menyediakan minuman kegemarannya itu. Semua kawan-kawan nya mengatahui akan hal ini. Ia tidak akan hadir atau akan cepat meninggalkan majlis yang tidak menyediakan ais syaitan itu. Malah dia akan menyumpah seranah tuan rumah atau penganjur majlis yang tidak mengikut kehendaknya. Maklumlah orang yang berpelajaran tinggi dari lulusan luar negara yang telah biasa dengan semua jenama alkohol katakan. Malahan dia tidak mahu lagi bertutur dalam Bahasa Melayu yang kolot sedangkan kehidupannya juga telah bertukar seperti orang Inggeris. Semua pakaiannya, perhiasan rumahnya, gayanya, percakapannya, pemikirannya malah yang terakhir sekali tentang peganggan hidupnya juga telah bertukar seperti orang Eropah. Ia tidak mahu dikaitkan dengan agama Islam lagi kerana agama itu dianggap menggongkong hidupnya. Jadi ia memilih dengan peganggan tidak beragama kerana inginkan kebabasan mutlaq. Allah itu maha pemurah, diberikannya rezki berlipat ganda kepadanya supaya dia bertambah sesat. Kemudian bincana menimpa, isteri "orang putihnya" telah memfailkan cerai dan menuntut semua hartanya kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Dalam pembicaraan itu Isterinya telah menang dan berjaya memiliki sebahagian besar hartanya. Tinggalah dirinya berseorangan sedangkan anak dan Isterinya bergembira dengan hartanya. Atas sebab keciwa yang teramat sangat dia menyepi diri dengan minuman. Semua perniagaannya tergadai, harta benda yang tinggal juga tergadai maka tercampaklah ia dikaki lima membawa diri dengan khayalan. Dari minuman berjenama hingga tinggal minuman tuak saja pun masih dia gagahi juga. Lara hidupnya akibat derhaka terhadap Allah swt. Itulah seksaan yang Allah kurnia jika kamu lupa janjimu. Janji semasa kamu mahu dihidukkan dahulu, janji akan bertaat setia kehadrat Allah selamanya telah kamu langar . Selepas ini menanti pula azab kubur dan azab alam Akhirat yang kekal abadi.

Saudara yang budiman, ambillah iktibar dari semua cerita diatas tadi. Ia bukan cerita hayalan, malah benar-benar terjadi kerana semua yang kawan ceritakan itu ada disebelah kawan sedikat waktu dulu. Mereka adalah sahabat-sahabat kawan sendiri yang tidak dapat kawan tolong. Kawan jadikan ia sebagai contoh untuk renungan saudara semua dan menjadikan ia sebagai sempadan dalam hidup saudara agar mendapat taufiq dan hadayah keingsafan. malahan dibulan yang mulia ini agar mendapat magfirah Allah dengan bacaan ini. Semoga saudara semua berjaya...waallahuaa'lam.

Ikuti sambungan fasal A kematian ini dengan bab seterusnya dikeluaran akan datang.

Sekian,

Atok Zamany.

7 comments:

  1. salam buat tok zamany

    sebenarnya sudah lama saya merasai sangsi dgn dunia zaman sekarang. keterangan tok tepat sekali tentang 'dunia yg bersyarat' sekarang ini. soalan saya :

    1. perbankan islam tu halal ke ? krn bagi saya istilah konvensional bertukar bentuk je kepada istilah islam untuk mengelirukan org ramai. contoh : pinjaman secara islam mengenakan interest juga. dlm Islam sepatutnya pinjam rm 100 kena bayar rm 100.

    2. upah simpan Ar Rahnu tu riba juga ke tok ?

    3. apa pendapat tok tentang bismillah 5,6,9,20 ?

    4. sejak saya berhubung dgn tok, saya seperti diganggu spt kepala kusut dan komputer tertutup sendiri/offline terutama bila ke blog tok. ada benda tak suka dgn tok kot.

    5. bagaimana jika saya mengetahui yang bapa saya dan mertua memakai ' benda '. usia mereka sudah tua dan sedang sakit. saya risaukan mereka akan pindah 'benda' kepada anak anak.

    ReplyDelete
  2. salam atok zamany...

    boleh atok terangkan dengan lebih terperinci dan jelas berkenaan dengan ibnu taimiyyah...

    1.beliau dikatakan pernah mengarang kitab bab-bab aqidah yang mana beliau ada menyatakan berkenaan dengan sifat2 Allah yang jelas bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah...kawan saya telah menunjukkan kitab itu sebagai bukti di depan saya sendiri..Apa komen atok???

    2.bila beliau mengarang kitab2 yang banyak digunakan pada hari ini ? adakah setelah beliau bertaubat atau sebelum ???

    3. Kawan saya dan sheikhnya pula mengatakan beliau hanya berpura-pura bertaubat dengan menjunjung kitab aqidah Al-Asyariah d hadapan ribuan umat islamm ketika itu hanya untuk melepaskan diri daripada hukuman bunuh.. Betul ker ???

    4. boleh atok bagitau kitab2 para ulama' muktabar yang telah membersihkan nama ibnu taimiyyah ini dan siapa pengarangnya...

    5. Apa pula pandangan tok berkenaan dengan Sheikh Abdullah Harari yang amat popular kini dalam menentang fahaman wahabi dan sangat tegas dalam aqidah ahli sunnah wal jamaah. Beliau turut mengkafirkan ibnu taimiyyah ini.

    6. Atok kenal tak habib Umar. Beliau seorang ulama' yang amat boleh dipercayai kini dan amat saya sanjung. Beliau dikatakan seperguruan dengan sheikh abdullah harari ? Ada tak fatwa yang dikeluarkan beliau yang mengatakan Ibnu Taimiyyah ini sesat ?

    7. Ni cu nak kepastian, tok pernah belajar di pondok tok kenali kan ?

    8. Boleh tak tok bagitau kat cu nie, tempat2 pondok pengajian ilmu agm yang atok pernah belajar...

    ReplyDelete
  3. last...cu nak mintak maaf kalau cu terlalu banyak bertanya....cu hanya inginkan jalan yang betul dalam perjuangan dan aqidah...

    ehhhh...terlupa pulak satu soalan..

    adakah perkara ini boleh menjejaskan aqidah cu dalam ahli sunnah wal jamaah ???


    sekian...salam dihulur, maaf dipinta...

    ReplyDelete
  4. salam din kuantan,

    1) Perbank Islam memang banyak istilah yg telah ditukar kepada istilah islam. masaalahnya perlaksanaannya kurang tertib mengikut syarak. Ia bersandarkan "Lafas Akad" yg benar mengikut syarak tetapi mungkin hanya gimik saja. Inilah masaalahnya, tiada pengkhususan dari pihak JAKIM dan Kabinet garis panduan kusus yg harus diikuti oleh semua bank tersebut. Masaalahnya masyarakat tak faham, dan mungkin hanya diperangkap oleh bank bagi tujuan perniagaan. Soal pinjaman yg berbunga ni masaalah paling berat, tetapi dipusing dengan istilah bayaran perhidmatan dll.

    2)Istilah upah simpan tu...ok. Tapi pelaburan tampa tengok barang tu tak ok ?. Ia tidak jelas, suatu perniagaan itu harus jelas untungnya, ruginya dan benda yg kita bayar tu mesti kita lihat dan pegang. Baru lafas akad dibuat. Dia kutip deposit duit org ramai tampa tahu bentuk pelaburan yg dia buat, jika sport gold... ia haram, sama seperti tikam nombor ekor ! fature market tu apa maksudnya ???

    3) Amalan tu bagus, cuma sanatnya kena betul atau punca ilmu. Cucu harus tahu dari mana asal wirid tu. Mengamal bismilah nampak mudah, tapi tidak semudah bagai dikata... ia susah kalau tak berguru. Satu lagi kena tahu tujuan amalan tu, jika semata-mata kerana Allah..ok lah. Tapi kalau kerana nakkan sesuatu, ia jadi salah.

    4)Bukan cucu saja yg punya masaalah tu, ramai lagi. Klu atok buka email, hari2 org komplin, minta tlg jin kacau. Berpuluh2 jumlahnya, sampai tak terjawab ? Blog "berhantu" memang begitu. Bukan atok yg berhantu, tapi hantu yg kacau kamu.

    5)Kalau tahu mereka bersaka tetapi mereka dah tua, tak boleh buat apa2. Biarkan saja... mohon Allah tolong mereka saja. Tapi kena jaga kamu dan keluarga kamu. Esok lepas mereka mati, saka akan datang pd kamu atau keluarga kamu. suka atau tak suka ia tetap kacau. Cepat jumpa Tok Mat jangut minta tolong... jaga diri dan keluarga kamu dulu.

    sekian
    zamany.

    ReplyDelete
  5. Salam muhamad 280809,

    Jika masaalah Ibnu Taimiyah ini cucu tak faham, mudah saja. Cari jalan tengah... yg bertelagah tu ulama dgn ulama. kita org biasa ni jgn ikut campur. biarkan mereka. Cari jalan yg lain, banyak imam ASWJ yang lain boleh cucu ikut. Kalau baca kitab dia tu susah sikit, sebab kena tahu bila. Dia banyak tulis kitab sebelum dan selepas. itu yg cucu jadi bingung.

    Kan atok dah kata, terlampau banyak fitnah pasal dia ni. Semua banyak tunjuk bukti itu ini, kamu tahu Roh dia dimana sekarang ??? jangan buat dosa kering kalau tak tahu atau kamu terikut2 mereka yang tak tahu tu sekali ??? dia dah tentu tempatnya sedangkan kamu terkial2 baru nak belajar. Jadi jika mendatangkan syak dan ragu, lebih baik jangan teruskan... ketepikan dia dari senarai, ikut apa yg dah anda pegang dan yakin.

    Atok menkaji tentang ibnu Taimiyyah 20 tahun lalu, atok dah tak berapa ingat semuanya. Tapi guru atok kata kita jangan turut mengkafirkan org. Buruk padahnya, lagipun dia dah meninggal dunia. Wanabi memang memecahbelah umah...

    Tentang Ulama-ulama aswj... atok lebih suka tidak memihak kepada sesiapa. Semuanya bagus dan ada hujah masing2. Atok baca kitab2 dia org tetapi tidak taksub mana2, sebab atok bukan menkaji fiq dalam2, atok lebih kepada Usul, akhlak dan tarikat. Ia amat jauh dari apa yg cucu tanya.

    Minta maaf atok tak dapat jawab soalan cucu semua, cucu teliti tulisan atok betul2, sebab atok lari dari semua masaalah fitnah, baik fitnah jin mahupun manusia... waalauha'lam.

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  6. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

    ReplyDelete
  7. Salam kumanddie...
    -Apa yang masih kau tunggu?
    -Apa yang masih kau cari?
    -Apa yang kau masih belum temui...?

    Ternyata manusia tidak mahu melihat dan berfikir. Janganlh sampai alam yang beri peringatan..!!

    ReplyDelete