BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
FASAL A : KEMATIAN;
(KANDUNGAN MUKASURAT 6)
BAB 21 - MEMOHON TEMPAT MATIMU.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, ath Tarmidzi dan Sawar bin Maimun @ Abu Jarah al Adbi dari salah seorang keluarga Saidina Umar al Khathab ra bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang pernah menziarahi kekuburku, nescaya aku akan menjadi saksinya dan akan memberikan syafaat. Dan barangsiapa meninggal dunia disalah satu tanah haram, Allah akan membangkitkannya didalam golongan orang-orang yang selamat pada hari kiamat." Didalam hadis yang sama perkataannya yang telah diriwayatkan oleh Ad Daraquthni dari Hathib bahawa Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang menziarihi kuburan ku setelah wafatku nanti, seolah-olah ia mengunjungi ku sewaktu aku hidup. Dan barangsiapa meninggal dunia disalah satu tanah haram, ia akan dibangkitkan dalam rombongan orang-orang yang selamat pada hari kiamat nanti".
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda "Allah telah mengutuskan Malikat Maut untuk mencabut nyawa Nabi Allah Musa as. Nabi Musa as menampar muka Malaikat Maut hingga menyebabkan ia buta kedua matanya. Malaikat Maut kemudian kembali semula bertemu Tuhannya dan berkata "Engkau telah mengutusku kepada seorang yang tidak mahu mati ". Setelah mengembalikan semula penglihatannya hingga ia boleh melihat semula, Allah berfirman kepada Malaikat Maut "Pergilah kau bertemu kepada Musa, suruh ia letakkan tapak tanggannya pada belakang seekor unta." Malaikat Maut bertanya "Wahai Tuhanku, selepas itu apa ?" Allah berfirman "Lalu ia akan hidup sejumlah bulu unta itu dengan hitungan setiap bulu adalah tambahan umur satu tahun " Malaikat Maut bertanya lagi "Selepas itu apa wahai Tuhanku ". Allah berfirman "Lalu ia akan mati, maka pergilah kamu sekarang". Malaikat Maut memohon kepada Allah supaya meletakkan Musa di Tanah Suci dengan sekali limparan sahaja". Seandainya kita disana, kamu akan aku tunjukkan kubur Nabi Musa as yang berada ditepi jalan dibawah sebuah bukit berwarna merah ". Diriwayatkan disebuah hadis yang lain mengatakan "Apabila berhadapan dengan Musa, Malaikat Maut terus berkata "Wahai Musa, penuhi panggilan Tuhanmu. Lalu Musa menamparnya sehingga sepasang matanya menjadi buta".
Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda " Barangsiapa boleh meninggal dunia ditanah haram, hendaklah ia berusaha meninggal dunia disana kerana aku akan memberi syafaat kepada orang yang meninggal dunia disana". Hadis ini dianggap sahih oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq. Didalam kitab bertajuk "al Muwatha" bahawa pernah berdoa "Ya Allah, kurniakan aku kematian syahid dijalan Mu dan kematian dinegeri Nabi Mu". Demikian atsar sahih riwayat Imam Malik ra. (1021). Telah diriwayatkan, Saad bin Abu Waqqash dan Said bin Zaid pernah berpesan agar jenazah mereka hendaklah diusung dari Kaabah menuuju ke permakaman Baqi' untuk dimakamkan disana. Ini adalah kerana mereka mengatahui akan kelebihan tanah Madinah yang tiada rahsia lagi. Tetapi jika keinginan meninggal dunia diMadinah itu tidak kesampaian, maka cukuplah dikuburkan disebelah kubur para syuhada dan orang-orang soleh.
CATITAN PENULIS:
Saad Ibnu Waqqash tidak mati dan dikebumikan ditanah arab pun, kerana beliau telah meninggal dunia dan dimakamkan di Guanzau China setelah beliau dihantar kenegeri Cina oleh Saidina Umar al Khathab bagi mengembangkan ajaran Islam dan berniaga. Makam beliau sehingga sekarang masih disana dan dijaga dengan rapi oleh umat Islam Guanzau yang kini jumlahnya lebih dari 25 juta orang didearah ini saja.
Diriwayatkan bahawa Ka'ab ibnu Ahbar pernah berkata kepada seorang penduduk Mesir yang hendak meninggal dunia "Adakah kamu punya keinginan terakhir ". Orang itu menjawab "Ya". Ka'ab pun bertanya lagi "Apakah permintaan mu itu". Ia menjawab "Aku ingin diambilkan tanah merah yang terletak disebuah gunung di Mesir". Ka'ab berkata " Semoga Allah mengasehi mu dan apakah maksud mu ". Ia menjawab " Tolong dimasukkan tanah itu kedalam kubur ku ". Ka'ab berkata " Mengapa kamu berkata seperti itu, kan sekarang kamu berada di Madinah dan kamu tentu mengetahui keutamaan permakaman Baki' yang menurut keterangan kitab-kitab Allah terdahulu merupakan sebuah tempat yang paling suci diatas muka bumi ini ".
KETERANGAN 1 :
Menurut para Ulama, tidak ada suatu tempat pun yang boleh menyucikan seseorang dari dosa kecuali melakukan taubat nasuha (taubat yang murni) disertai amal-amal soleh semasa hayatnya. Adapun kaitan dengan tempat yang dianggap suci ialah suatu pengertian apabila seseorang melakukan suatu amal soleh ditempat tersebut maka pahalanya akan dilipat gandakan oleh Allah swt daripada ditempat-tempat lain kerana berkah yang ada disitu.
Suatu pendapat yang berbeza tentang permakaman ini ialah seperti sebuah riwayat oleh Malik dari Hisyam bin Urwah dari Ayahnya bahawa ia berkata "Saya lebih suka dimakamkan ditempat lain daripada dimakamkan di permakaman Baqi' kerana saya khwatir akan terpaksa mengenapikan atau menyingkirkan tulang-tulang orang soleh dan para syuhada yang telah berada disana terlebih dahulu atau kubur saya berhampiran dengan kubur orang-orang yang zalim". Dari keterangan ini bahawa masaalah keutamaan mengebumikan mayat ditempat-tempat yang dianggap suci itu masih bersifat kontrovesi, bahkan masih ada orang yang lebih gemar mayatnya dikebumikan dekat dengan ahli keluarganya atau jiran ataupun rakan mereka.
KETERANGAN 2 :
Berkenaan dengan permasaalah Nabi Allah Musa as menampar muka Malaikat Maut, ada beberapa pendapat berkenaan pekara itu.
Pertama: Mereka berpendapat bahawa pekara itu bersifat fiction atau hanya sebuah cerita dongeng orang tua-tua. Tetapi bagi Tarikat aliran Salimiah menganggapnya sebagai fakta yang mengelirukan.
Kedua: Peristiwa itu dianggapkan sebuah pengalaman rohaniah (spiritual) dan ia hanya "Majaz" atau bukan hakikat yang sebenarnya.
Ketiga: Mungkin juga Nabi Musa as tidak tahu bahawa yang bertemu dengannya itu ialah Malaikat Maut yang diutus Allah untuk mencabut nyawanya. Baginda menyangka ia manusia biasa yang menceroboh rumanya tampa izin untuk membunuhnya. Oleh kerana itu baginda bertindak mempertahankan dirinya dengan menampar orang itu hingga ia buta. Pekara seumpama itu mungkin saja terjadi. Tetapi menurut pendapat Imam Abu Bakar bin Khuzaimah, pendapat diatas tadi adalah bertentangan dengan maksud hadis tadi yang menyatakan bahawa Malikat Maut telah kembali kepada Tuhannya dan bertanya "Ya Tuhanku, Engkau telah utuskan aku kepada seorang hamba Mu yang tidak mahu mati". Persoalannya, seandainya Nabi Musa tidak mengenal Malikat Maut, tentulah Malaikat Maut tidak pergi bertemu semula kepada Tuhannya untuk melaporkan kejadian itu.
Keempat: Nabi Musa as berperasaan sangat marah kepada Malaikat Maut yang bertindak kasar padanya. Ini pendapat Ibnu Arabi didalam kitabnya yang bertajuk "Al Ahkam". Tetapi pendapat ini mengelirukan kerana Para Nabi tidak mungkin melakukan perbuatan tidak terpuji seperti itu.
Kelima: Menurut pendapat Ibnu Mahdi, pada waktu Nabi Musa as menampar itu, Malikat Maut telah menjelma kepada rupa bentuk yang lain kerana ia termasuk makhluk yang boleh menjelma kepada apa saja rupa yang disukainya.
Keenam: Insyaallah ini adalah pendapat yang paling sahih yang boleh diterima. Nabi Musa memang mengatahui sebelum Allah mencabut nyawanya, ia akan diberikan kabar gembira terlebih dahulu. Oleh sebab Malaikat Maut hanya datang begitu saja secara tiba-tiba ingin mencabut nyawanya, maka tindakan balas Nabi Musa ialah menamparnya hingga buta. Pekara itu sebagai pengajaran kepada Malaikat Maut supaya lebih bersopan dengan memberikan dulu khabar gembira itu sebelum mencabut nyawa para Nabi. Salah satu bukti kebenaran pendapat ini ialah, ketika Malaikat Maut kembali semula bertemu Nabi Musa as dan menawarkan samaada ia ingin terus kekal hidup (seperti kiraan umur itu) atau bertemu dengan Allah pada saat itu juga. Maka Nabi Musa as telah tunduk dan memilih untuk bertemu Allah disaat itu juga. Sesungguhnya Allah yang Mahamengatahui segala pekara yang ghaib.
Telah diriwayatkan oleh ath Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah didalam kitabnya bertajuk "Nawadir al Ushul" dari sebuah hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda " Semula Malaikat Maut datang kepada manusia untuk mencabut nyawanya secara terang-terangan, sehingga ia mendatangi Nabi Musa as lalu ia ditampar yang mengakibatkan kedua-dua matanya menjadi buta.....". dan diakhir hadis ini menyebut "Semenjak peristiwa itu, Malaikat Maut mendatangi manusia secara senyap-senyap."
BAB 22 - ANJURAN PERKUBURAN DIKELILINGI MAKAM ORANG SOLEH.
Diriwayatkan oleh Abu Said al Malayini didalam kitabnya bertajuk "Al Mu'talaf wal Mukhtalaf" dan oleh Abu Bakar al Kharaithi dalam kitabnya bertajuk "Al Qubur", hadis riwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Sufian ats Tsauri dari Abdullah bin Muhammad bin Aqil dari Muhammad ibnu Hanafiyah dari Ali bin Abi Talib kwh berkata "Rasulullah menyuruh kami untuk menguburkan orang-orang mati kami ditengah-tengah kaum yang soleh. Kerana orang-orang yang telah meninggal dunia itu merasa terganggu oleh tetangga yang buruk sebagaimana yang dialami oleh orang-orang yang masih hidup ". Didalam riwayat Ibnu Abbas Rasulullah saw bersabda "Apabila salah seorang dari kamu meninggal dunia, bungkuslah dengan kain kafan yang baik, segeralah melaksanakan wasiatnya, dalamkanlah liang lahadnya dan jauhkan dari tetangga yang buruk". Seorang sahabat bertanya, "Rasulullah , apakah tetangga yang baik itu bermanafaat diakhirat ?". Rasulullah bertanya pula "Apakah tetangga yang baik bermanafaat didunia ?". Mereka menjawab "Ya". Rasulullah bersabda "Demikianlah pula ia bermanafaat diakhirat ". Demikianlah yang telah dikatakan oleh az Zamakhsyari dalam kitabnya bertajuk "Rabi' al Abrar".
Diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari hadis Malik bin Anas berikut sanadnya dari pakciknya Nafai" bin Malik dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda "Kuburkanlah orang-orang yang telah meninggal kalian ditengah kaum yang soleh kerana mayat itu merasa terganggu oleh jiran yang jahat".
KETERANGAN :
Menurut para Ulama ASWJ dikalangan kami, Umat Islam semua digalakkan untuk mengebumikan mayat dikalangan kamu ditengah-tengah orang-orang yang soleh. Ini adalah kerana untuk mendapatkan keberkahtan mereka dan juga bagi kekuatan daya tawasul untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya juga kamu dianjurkan supaya menjauhkan menanam mayat dari lingkungan kubur orang-orang jahat kerana mayat itu akan terganggu dan juga merasa sakit berada ditengah-tengah mereka. Ini adalah mengikut kefahaman yang ditegaskan didalam hadis-hadis tadi.
Diriwayatkan oleh Abu Muhammad @ abdul Haq dalam kitabnya bertajuk "Al Aqibat" menulis "Seorang wanita dikuburkan disebuah permakaman di Kota Cardoba Sepanyol. Pada suatu malam ia mendatangi ahli keluarganya didalam mimpi dan mengeluh kerana dikuburkan disebelah tempat pembakaran kapur sehingga ia merasakan sangat terseksa. Keesokannya mereka pergi ke permakaman itu dan mereka tidak mendapati keadaan seperti itu. Dari keterangan penjaga makam, mereka diberitahu bahawa kubur disebelah makam wanita itu adalah kubur seorang algojo (gengster) yang semasa hidupnya terkenal zalim dan kejam. Akhirnya mereka membongkar kubur wanita itu dan memindahkannya ketempat lain. Suatu cerita yang lain, seorang dusun pada satu malam telah bermimpi bertemu dengan anaknya yang telah meninggal dunia. Ia bertanya kepada anaknya "Apakah yang telah dilakukan Allah terhadap dirimu ?". Anaknya menjawab "Tiada apa-apa, aku baik saja, tetapi aku merasa sangat terganggu kerana dikuburkan disebelah kubur seorang yang fasiq. Aku juga turutb merasa terseksa sewaktu dia diseksa dengan berbagai azab ".
Pengalaman tersebut juga dialami oleh Thawus bin Dzakwan al Yamani, yang telah dipetik oleh Abu Qasim @ Ishak bin Ibrahim bin Muhammad al Khatali dalam kitabnya seperti yang telah dipetik oleh Abu Qasim @ Ishak bin Ibrahim bin Muhammad al Khatali dalam kitabnya bertajuk "Al Dibaj" dari Abu Walid @ Rabbah ibnu Walid al Mushili dan dari Abdul Malik bin Abdul Aziz "Pengalaman ini aku alami ketika aku sedang mengerjakan fardu haji. Ketika tengah malam sedang aki mengerjakan solat dekat sebuah kubur. Diwaktu itu aku memakai sehelai syal yang aku beli dari Yaman berharga 70 dinar. Waktu aku sedang solat tiba-tiba aku melihat satu cahaya lilin yang berjalan sendiri sedang mengiringi usungan jenazah . Kemudian dari liang lahad yang sudah digali itu pula aku mendengar suara orang berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari jiran yang jahat".
Selesai solat aku pun pergi, ditengah jalan aku bertembung semula denga pengiring-pengiring jenazah tadi lalu aku hampiri mereka dan melarang mereka dari menanam mayat itu di permakaman tersebut. Mereka menolak saranan ku. Lalu aku temui anak lelaki orang yang meninggal itu lalu aku tawarkan untuk menukar pakaiannya dengan syal milik ku yang aku beli dari Yaman berharga 70 dinar dan jika ia menjualkannya tentunya ia akan mendapat wang yang lebih banyak yang boleh membayar hutang ayahnya yang telah meninggal dunia itu. Jika ayahnya pula tidak berhutang dengan sesiapa, maka ia boleh dimanafaatkan kepada ahli keluarganya atau warisnya. Tetapi tawaran ku juga ditolak.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi saja, tetapi sebelum itu aku memperkenalkan diri ku kepada mereka. Mendengar saja nama ku, mereka jadi terpegun dan anak lelaki orang yang meninggal dunia itu tiba-tiba bersetuju menerima tawaran ku tadi yang sangat berminat untuk memiliki syal yang cukup mahal itu. Setelah itu mereka semua pun pergi dengan membawa mayat itu ketempat lain. Kemudian aku pergi semula kekubur yang aku dengar orang berdoa tadi dan aku katakan "Sekarang kamu tidak akan mempunyai jiran yang jahat itu kerana aku telah berjaya menghalang mereka itu tadi". Lalu aku meneruskan kerja solat ku dengan tenang."
CATITAN PENULIS :
Adalah sangat perlu kita juga merasakan kesusahan mayat didalam kubur yang mempunyai jiran-jiran dari kalangan mereka yang tidak beriman. Mereka juga akan merasakan tempias atau mendengar segala seksaan yang dikenakan kepada jiran-jirannya itu saban hari dan waktu. Separti saranan dari hadis Nabi saw diatas itu tadi. Cuba anda fikirkan, jika anda tinggal dikawasan perumahan dimana jiran anda saban waktu asek mengetuk dinding rumahnya dengan hemmer atau hecker yang sangat bising. Tentunya kamu akan merasa terganggu akan keadaan itu. Tetapi didunia sekurang-kurangnya kamu boleh pergi kepada jiran kamu untuk meminta jasa baiknya supaya tidak berbuat begitu sewaktu kita ada dirumah dan tentunya dia juga akan merasa malu bila sudah diberi teguran seumpama itu. Masaalah dikubur, mayat tidak mampu untuk berbuat begitu kerana bukan dia yang menanam mayat nya sendiri, ia perlukan orang yang masih hidup juga untuk memindahkannya kekuburan lain yang lebih selesa. Jadi seharusnyalah saranan Nabi saw itu turut dipatuhi atas alasan yang telah saya nyatakan tadi.
BAB 23 - MAYAT SELALU BERTANDANG KEMAKAMNYA.
Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Abu Said bin Hatim al Watsili as Sajastani didalam kitabnya yang bertajuk "Al Ibanat", dari Hibatullah bin Ibrahim bin Umar dari Ali ibnu Husain dari Mu'awiyah dari Zuhair bin Mu'awiyah dari Abu Zubair bin Jabir bahawa Rasulullah bersaabda "Pilihlah kain yang terbaik untuk orang-orang meninggal dunia dari kalian kerana sesungguhnya mereka saling bangga dan saling mengunjungi dikubur mereka".
CATITAN PENULIS :
Apa yang disarankan didalam hadis diatas tadi ialah berkenaan pertama untuk kita memilih dari kain yang baik, kuat dan tahan bagi tujuan mengkafan mayat. Pada zahirnya kain ini akan hancur juga dimamah bumi kerana itu telah menjadi resamnya, begitu juga tubuh badan manusia juga akan turut hancur dimamah bumi. Tetapi apa yang dimaksud oleh hadis berkenaan ialah secara hakikatnya roh itu akan tetap memakai kain itu dialam barzah dan akan juga tetap menziarahi kuburnya untuk melihat keadaan zahir badannya yang hari demi hari hancur ditelan bumi. Alam Kubur atau juga disebut Alam Barzah adalah satu alam disebalik alam dunia ini. Ia amatlah berbeza dengan segala yang ada diatas muka bumi ini kerana ia adalah sebahagian daripada alam akhirat. Pintu alam ini adalah kematian. Hanya dengan kematian saja seseorang akan dapat memasuki alam barzah. Tentang pendapat yang menyatakan simati akan pulang kerumah itu, belum lagi bertemu dengan nas yang sahih bagi masaalah itu untuk dipegang sebagai pendapat yang benar dalam masaalah itu. Tetapi setakat ini, simati datang semula kealam dunia menziarahi kubunya adalah benar dan boleh diterima berdasarkan hadis sahih diatas tadi.
BAB 24 - TANAH BERKATA-KATA DENGAN MAYAT.
Telah diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Abu Said al Khudri bahawa Rasulullah masuk ke mushalla (ruang solat) dan Baginda melihat beberapa orang sedang heboh dan bising berbual dengan masaalah-masaalah dunia, lalu Baginda bersabda "Kalau kamu semua terus sebuk dengan masaalah dunia seperti ini, kamu akan lalai dari mengingati mati, selalu-selalulah kamu mengingati mati kerana kubur itu berkata-kata sendiri 'Aku rumah asing, aku rumah sunyi, aku rumah tanah dan aku adalah rumah cacing".
Ketika seorang mukmin (solihin) dikebumikan, kubur menyambutnya dgn berkata " Selamat datang kepadaku. Dahulu aku suka orang sepertimu berjalan diatas ku dengan sopan. Pada hari ini waktu aku menguasimu dan kamu pun kembali lagi kepadaku, akan kamu lihat apa yang aku akan lakulan kepadamu ". Lalu diluaskannya kuburan itu saujana mata memandang, dan dibukakan sebuah pintu menuju kesyurga. Apabila seorang yang zalim atau kafir dikebumikan, kubur itu lalu berkata " Tiada selamat datang untuk kamu. Dahulu lagi aku tidak suka orang sepertimu berjalan diatas ku dengan sombong. Sekarang akan ku kuasi kamu setelah kamu kembali semula kepadaku. Kamu akan lihat apa yang akan aku lakukan terhadapmu ". Kubur lalu menyempit dan menyepitnya hingga tulan belulangmu hancur remuk".
Sambil menunjukkan jari jemari, Rasulullah bersabda "Lalu Allah mendatangkan 99 ekor naga, padahal jika seekor sahaja naga yang menghembuskan nafas api kepada tanah, maka selama-lamanya tanah itu tidak ditumbuhi apa-apa. Kemudian ia mengigit dan dibawanya naik keawan". Rasulullah bersabda lagi "Sesungguhnya kubur itu bisa menjadi sebuah taman-taman syurga atau menjadi sebuah jurang diantara jurang-jurang neraka ". Menurut Abu Isa, ini sebuah hadis gharib.
Diriwayat oleh Hannad ibnu Sari dari Hasan al Jufri dari Malik bin Mughaffal dari Abdullah bin Ubaid bin Umar bahawa ia berkata " Sesungguhnya Allah menjadikan kubur mempunyai lidah untuk berbicara. Ia mengatakan "Wahai anak Adam, kenapa kamu lupa padaku ?. Asalnya kamu mengatahui bahawa aku adalah rumah cacing, rumah yang terpencil dan rumah yang ganas ". Ini merupakan sebuah pengkhabaran yang sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah (XIII/442) dan Abu Nu'aim (III/271). Diriwayatkan olehWaki' dari Malik bin Mughaffal dari Abdullah bin Ubaid dari Umar al Khathab ra, bahawa ia berkata "Sesungguhnya kubur itu menangis lalu berkata 'Aku adalah rumah yang mengerikan. Aku adalah yang terpencil dan aku adalah rumah cacing ".
Telah diperkatakan oleh Umar bin Abdul Bar didalam kitabnya yang bertajuk "At Tamhid" sebuah riwayat dari Yahya bin Jabir ath Thai' dari Ibnu A'id al Azdi dari Ghadlif ibnu Harits bahawa ia bercerita "Aku dan Abdullah bin Ubaid bin Umar al Khatab ra pergi ke Palestain. Ketika singgah dirumah Abdullah bin Amr ibnu 'Ash kami mendengar dia mengatakan ' Sesungguhnya kubur itu terus berbicara kepada seseorang yang baru sahaja diletakkan padanya, 'hai manusia, kenapa kau mahu menipu ku?, adakah kamu tidak tahu aku ini rumah yang terpencil ? Apakah kamu tidak tahu aku ini rumah yang sangat gelap ?. Dan adakah kamu tidak tahu aku ini rumah kebenaran ? . Wahai manusia kenapa kamu mahu menipu aku ? Begitu sombongnya kamu berjalan disekitar ku ". Lalu temanku Abdullah bin Ubaid bin Umar al Khatab ra, yang lebih tua dari ku pun bertanya "Jika sekiranya ia orang mukmin, apa yang akan terjadi ". Maka Abdullah bin Amr ibnu 'Ash pun menjawab "Kuburnya akan dilapangkan, tempat tinggalnya akan merasa nyaman dan rohnya akan dibawa naik kelangit".
Telah diriwayatkan oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam kitabnya bertajuk "Al Aqibat" dari Abu Hajjaj ats Tsimali bahawa Rasulullah telah bersabda " Kubur terus berkata kepada mayat yang baru sahaja diletakkan didalamnya ' Celaka kamu, hai manusia... kenapa kau menipu aku ? Tidakkah kamu tahu bahawa aku ini rumah fitnah, rumah yang sangat gelap dan rumah cacing ?. Apa yang menyebabkan kamu begitu sombong berjalan diatas ku ?. Apabila ia (mayat itu) merupakan seorang soleh, akan ada (mayat lain) yang akan pula memberikan jawapan kepada pertanyaan kubur itu "Adakah kamu tidak tahu bahawa dia adalah termasuk orang yang suka melakukan amal ma'aruf dan nahi mungkar ? ". Kubur itu berkata "Baiklah, aku akan menolongnya agar jasadnya berchaya dan rohnya terbang kehadrat Allah seru seklian alam ". Hadis ini juga diperkatakan oleh Abu Ahmad al Hakim didalam kitabnya yang bertajuk "Al Kina" dan juga oleh Qasim bin Ashbagh.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Daud bin Nafidz dari Abdullah bin Ubaid bin Umar al Khathab ra, bahawa ia berkata "Aku mendengar satu riwayat mengatakan bahawa bila sahaja mayat itu dimasukkan kedalam kubur, ia akan terduduk bingung dan membisu. Dia boleh mendengar langkah orang yang menghantarkannya melangkah untuk meninggalkannya. Lalu kubur pun berkata "Celaka kamu hai anak Adam, bukankah kamu telah diingatkan tentang aku yang begini sempit, gelap dan menakutkan?. Inilah yang aki siapkan untuk mu, apa pula yang kau siapkan untuk ku ?".
Sufian ats Tsauri mengatakan "Barangsiapa yang selalu mengingati kubur, ia akan merasakan seperti sebuah taman disyurga dan barangsiapa yang lupa dari mengingatinya, maka ia akan menjadi sebagai sebuah jurang neraka".
Ahmad bin Harb mengatakan "Bumi merasa hairan terhadap manusia yang sedang mengemaskan katilnya yang nyaman dan empuk untuk tidur, kemudian ia berkata 'Hai anak adam, apakah kamu tidak ingat bahawa nanti kamu akan tidur panjang diperutku tampa menggunakan alas apa pun ?". Seorang Ulama yang terkenal zuhud pernah ditanya "Apakah pelajaran yang paling berkesan ?'. Ia menjawab "Iaitu memandang kearah kubur".
Seorang penyair berdendang ;
"Kuburan yang diam membisu itu, sebenarnya sedang memberikan pengajaran kepadamu.
Waktu-waktu yang terus berlalu telah mengabarkan berita kematian mu,
tetapi kamu terus asyik dengan kesenangan- kesenangan dunia,
nafsu mu berbisik kepada mu, bahawa kamu masih hidup dan belum mati ".
Diriwayatkan oleh Hasan al Basri (seorang waliallah) sebagai berkata " Suatu hari aku mengikut usungan jenazah. Apabila saja sampai kekubur yang telah disiapkan, tiba-tiba aku mendengar suara seorang wanita "Hai penghuni kubur semua, seandainya kamu tahu orang yang sebentar lagi akan bergabung dengan kamu, nescaya kamu tidak akan menerimanya ". Lalu aku mendengar suara jawapan dari dalam kubur itu " Ya, ia akan dimasukkan kedalamku dengan membawa dosa-dosa sebesar gunung, dan aku telah diberi izin oleh Tuhanku untuk memakannya sehingga hancur lebur ". Aku melihat mayat yang masih ada didalam keranda sedang tergoncang-goncang begitu kuat sekali lalu aku jatuh pengsan ".
BAB 25 - KUBUR MENGHIMPIT SETIAP JASAD :
Diriwayatkan oleh an Nasa'i dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda "Inilah manusia yang membuat Arasy Tuhan Yang Maha Pemurah bergerak yang dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan disaksikan oleh tujuh puluh ribu para malaikat. Sesungguhnya ia dihempit bumi sekali lalu direngangkannya ". Menurut Abu Adbulrahman an Nasa'i, orang yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah Saad bin Mu'adz. Telah diriwayatkan oleh Syu'bah ibnu Hajaj berikut sanadnya menyampai kepada Saidatina Aisyah Ummul Mukminin, bahawa Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya dikubur itu ada himpitan. Jika ada orang yang terlepas darinya, tentunya Saad bin Mu'adz lah yang boleh selamat darinya ". Ini merupakan hadis sahih riwayat Ahmad dan Baihaqi. Diriwayatkan oleh Hannad ibnu Sari dari Muhammad bin Fudhail dari ayahnya dari Ibnu Abu Malikah bahawa ia berkata "Tidak ada seorang pun yang akan terselamat dari himpitan kubur termasuklah Saad bin Mu'adz, pemilik sapu tangan yang nilainya lebih baik daripada seisi dunia". Hannad ibnu Sari juga mendengar riwayat yang lain dari Abdat dari Ubaidillah bin Umar dari Nafa'i bahawa ia berkata "Aku mendengar bahawa jenazah Saad ibnu Mu'adz itu disaksikan oleh 70 ribu para malaikat. Tetapi mereka tidak turun kebumi sama sekali. Aku juga pernah mendengar Rasulullah bersabda "Sesungguhnya rakan mu itu dihempit sekali dikubur ".
Diriwayatkan oleh Ali bin Ma'bad dalam kitabnya bertajuk "Ath Tha'at waal Ma'shiyat" dari Nafa'i bahawa ia berkata "Sufyah binti Ubaid yang juga isteri Abdullah bin Umar datang kepada kami dalam ketakutan. Aku bertanya kepadanya "Kenapa dengan kamu ?". Ia menjawab "Aku baru saja bertemu salah seorang isteri Nabi saw, yang bercerita pada ku bahawa Rasulullah bersabda "Seandainya aku pernah lihat seseorang yang terselamat dari seksaan azab kubur, tentu Saad bin Mu'adz lah orangnya. Tetapi ternyata dia juga dihimpit sekali didalam kubur". Hadis ini diriwayatkan oleh ath Thabrani dalam kitabnya bertajuk "Al Ausath" secara mursal. Telah diriwayatkan juga oleh Ali bin Ma'bad dari Zadzan dari Abu Umar bahawa ia berkata "Setelah memakamkan puterinya, Zainab, Rasulullah duduk dekat kubur itu dengan wajah yang sangat sedih, dengan tiba-tiba hilang kesedihan itu. Lalu para sahabat pun bertanya " Tadi wajahmu nampak sungguh sedih dan tiba-tiba hilang, kenapa ya Rasulullah ?". Baginda menjawab "Aku ingat puteri ku yang sangat lemah itu bagamanakah ia menghadapi hempitan Kubur, lalu aku berdoa kehadrat Allah dan Dia telah berkenan menolongnya. Demi Allah, waktu dia dihempit kubur sekali saja, suara jeritannya kedengaran hingga kehujung timur dan barat alam ini ". Ini merupakan hadis daaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi. Telah diriwayatkan lagi oleh Ali bin Ma'bad dari Ibrahim al Ghanawi dari seorang lelaki yang berkata "Ketika aku sedang berada berhampiran Aisyah ra, tiba-tiba muncul orang mengusung jenazah kanak-kanak kecil. Aisyah tiba-tiba menangis. Aku bertanya kepadanya "Kenapa Ummul Mukminin menangis ?". Dia menjawab " Aku menangis kerana kesihan kepada anak kecil itu, bagaimanakah nanti ia dapat menghadapi hempitan kubur ?". Menurut saya (Imam al Qurthubi penulis asal kitab ini), sekalipun hadis Aisyah ini mauquf, tetapi hadis yang serupa tidak boleh dianggap pendapat peribadi.
Diriwayatkan oleh Umar bin Syabah didalam kitabnya yang bertajuk "Al Madinat" tentang cerita kewafatan Fatimah binti Asad, ibu kepada Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib kwh yang berkata "Ketika Rasulullah sedang bersama beberapa orang sahabatnya, tiba-tiba muncul seorang yang membawa berita kematian ibu Ali yang juga ibu Jaafar dan Aqil". Baginda bersabda "Ayuh kita cepat kesana ". Kami pun segera berangkat kesana dengan perasaan yang sangat sedih hingga tidak berkata sepatah pun. Tiba saja dimuka pintu, Baginda membuka baju luarnya (kot pendik) lalu bersabda "Letakkan baju ini dibawah kain kafannya". Ketika jenazah ibu itu diusung, Baginda mengikut berjalan kaki bersama kami, bahkan sekali sekala Baginda juga ikut memikul keranda. Ada kalanya Baginda dihadapan dan ada kalanya Baginda ketinggalan. Setibanya dikuburan, Baginda masuk kedalam liang lahad dan kemudian keluar dan bersabda "Masukkan ia dengan menyebut nama Allah". Selesai liang lahad itu ditimbus lalu Baginda bangun berdiri dan bersabda "Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada seorang Ibu pengasuh ini ".
Kemudian kami bertanya kenapa Baginda membuka baju luarnya (kot pendek) dan kenapa Baginda masuk kedalam liang lahad tersebut. Baginda menjawab "Aku ingin ia selamanya tidak disentuh api neraka jika Allah menghendaki. Aku berharap semoga Allah melapangkan kuburnya. Tiada siapa yang terselamat dari hempitan kubur kecuali Fatimah binti Asad ". Seorang dari kami bertanya "Termasuk al Qasim (putra Nabi sendiri) ?". Baginda menjawab "Dan termasuk Ibrahim (juga putra Rasulullah)". Dilain riwayat sanad yang dikatakan oleh al Hafizh Abu Nu"aim dari Ashim al Ahwal dari Anas. Tetapi tidak menyebut kenapa Baginda membuka baju luarnya (kot pendek) dan masuk kedalam liang lahad itu.
Didalam hadis riwayat Abu Hatim dan Abu Nu'aim, Anas berkata "Ketika Fatimah binti Asad binti Hasyim ibuanda Ali bin Abi Talib kwh itu wafat. Rasulullah duduk dengan khusuk dekat di kepalanya sambil bersabda "Semoga Allah merahmatimu wahai ibuku. Kau adalah pengganti ibuku. Kau rela lapar asalkan aku kenyang, kau rela telanjang asalkan aku berpakaian, kau rela tidak makan makanan yang sedap demi kerana ku. Semua itu kau lakukan untuk mendapat redha Allah dan keuntungan dinegeri akhirat ". Sesudah itu Baginda menyuruh untuk dimandikan jenazah itu sebanyak tiga kali. Bagi yang terakhir, Baginda sendiri turut menyiramkan air. Kemudian Baginda membuka baju luarnya (kot pendek) dan dimasukkannya dibahagian bawah jenazah yang sudah dikafan. Setelah itu Baginda memanggil Usamah bin Zaid, Abu Ayub al Anshari, Umar al Khathab ra dan seorang budak berkulit hitam untuk mengali kubur. Ketika jenazah sampai dikuburan, Baginda masuk kedalam lubang lahad itu dan ikut serta mengeluarkan sisa tanah yang masih ada disitu dengan tangannya sendiri. Lalu Baginda memasukkan jenazah kedalam kubur itu dalam keadaan mering kekanan". Kemudian Baginda berdoa ;
"Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahahidup dan tidak akan mati. Ya Allah...ampunkanlah ibuku Fatimah binti Asad ini. Ajarkanlah padanya hujjahnya, dan lapangkanlah tempat masuknya dengan kebenaran Nabi Mu ini dan para nabi-nabi sebelum ku. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang diantara para penyayang". Setelah melaungkan takbir tiga kali, Baginda lalu memasukkannya keliang lahad dibantu oleh Abbas dan Abu Bakar ash Siddiq. Semoga Allah mereadai mereka semua.
CATITAN PENULIS ;
Daripada permarhatian kami keatas kesemua hadis-hadis diatas tadi, dapatlah dirumuskan bahawa seksaan dan azab kubur seperti dihempitkan mayat didalam kubur itu adalah tidak dapat ditolak dan dihindari oleh setiap manusia samada ia seorang yang alim dan waraq, tambahan kepada mereka yang fasiq, zalim dan kafir. Namun begitu atas sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani dan atas redha Rasul Nya keatas umat kesayangannya yang menjadikan Redha Allah Mendahului redha Rasul Nya, maka seksaan kubur itu tidak dikenakan kepada mereka yang beruntung mendapat Syafaat Rasul Nya itu. Maka kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan kedudukan itu supaya kita juga terselamat dari azab yang amat mengerikan itu. Justru kita mestilah mencari jalan itu dengan mendapatkan kedudukan yang mantap untuk berserta bersama-sama mereka-mereka ynag telah mendapat tempat dan kedudukan itu dengan cara menjadikan diri kita "murid" bagi mereka zahir dan batin, didunia dan akhirat. Hanya itu saja satu-satunya jalan yang ada untuk kita menyelamatkan diri kita sebelum maut menjemput. Oleh itu, Ingatlah dan berwaspadalah kamu semua bagi menempuh kehidupan dunia yang fana ini. Tiada masa lagi untuk dibazirkan bagi tujuan itu kerana maut hadir tidak mengira waktu.
BAB 26 - TANGISAN MENYEKSA MAYAT:
Diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah (seorang perawi hadis yang sanadnya ditinggalkan) dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya ketika seorang hamba yang sudah menjadi mayat diletakkan dikuburnya, ia duduk mendengarkan ucapan keluarganya yang meratapinya "Wahai celakanya nasibku !, wahai malangnya aku !, wahai sialnya aku !. Malaikat berkata kepadanya "Dengar apa yang mereka katakan itu, benarkah kau orang yang celaka, orang yang malang dan orang yang sial ?". Simati lalu berkata " Aduh... kenapa mereka tidak mahu diam ?". Kemudian ia dihempit bumi sekali sahaja sehingga tulang-tulangnya patah dan hancur lebur ".
KETERANGAN:
Menurut sebahagian besar Ulama, sesungguhnya mayat itu akan diseksa kerana tangisan keluarganya yang hidup, dengan syarat jika pekara itu telah menjadi wasiat dan kehendaknya seperti yang dikatakan oleh seorang penyair ini ;
"Jika aku mati nanti, tangisilah aku sambil mengoyak-goyak saku baju mu, wahai puteri Ma'bad".
Terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa mayat itu diazab akibat dari tangisan ahli keluarganya yang masih hidup, sekalipun itu bukan termasuk wasiat yang disampaikannya. Mereka berpandukan hadis oleh Anas bin Malik diatas tadi dan juga sebuah riwayat hadis oleh Qailah binti Makharamah. Wanita ini telah menemui Nabi saw dan menceritakan kisah anak yang baru saja meninggal dunia lalu menangis. Baginda berusaha menenangkannya kemudian berdoa "Ya Allah, berikanlah balasan pahala padaku atas apa yang telah Engkau lenyapkan (dariku iaitu kematian) dan bantulah aku untuk memelihara nikmat yang masih Engkau sisakan (umur yang masih ada). Demi Allah yang jiwa Muhammad berada didalam gengaman Nya, sesungguhnya orang yang tidak mengerti diantara kamu akan menangisi keluargamu yang telah meninggal. Wahai hamba Allah, janganlah kamu menyeksa orang-orang yang telah meninggal diantara kamu." Hadis ini turut dikatakan oleh Ibnu Abu Khaitsamad, Abu Bakar bin Abu Syaibah dan yang lainnya lagi. Sanad hadis ini cukup terkenal, menyebabkannya tiada masaalah. Hadis ini menunjukkan bahawa tangisan wanita itu adalah kerana kehendaknya sendiri bukan atas sebab wasiat dari mendiang anaknya yang termasuk sebagai salah seorang sahabat Rasulullah, seperti yang selalu berlaku kepada orang-orang zaman jahiliah.
Diriwayatkan oleh Abu Umar bin Abdul Bar didalam kitabnya yang bertajuk "Al Isti'ab" dari hadis Abu Musa al Asy'ari bahawa Nabi saw telah bersabda "Mayat itu diseksa kerana tangisan orang yang masih hidup. Ketika mendengar tangisan wanitanya "Aduh celakanya aku ! Aduh malangnya aku ! Aduh sialnya aku ! Mayat itu ditarek dan ditanya "Benarkah kamu orang yang celaka ? Benarkah kamu orang yang malang ? Benarkah kamu orang yang sial ?". Ini adalah sebuah hadis hasan riwayat Ahmad, Ibnu Maajah dan ath Tarmidzi.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari hadis Nu'man bin Basyir bahawa ia berkata "Abdullah bin Rawahah jatuh pengsan, sehingga adek perampuannya bernama Umrah menangis dan berkali- kali berkata 'Aduh celakanya aku !... Setelah ia sedar dari pengsan, ia berkata kepada adeknya itu "setiap kali kamu mengucapkan kalimah itu, aku selalu ditanya 'Benarkah kamu celaka ?". Maka setelah dia meninggal dunia, ia tidak lagi ditangisi oleh adek perampuannya itu. Tambahan pula ia bukan termasuk kebiasaan Abdullah bin Rawahah sebagai pilihan atau wasiatnya. Pengatahuan agamanya yang mendalam tidak mungkin mendorongnya berbuat begitu".
Diriwayatkan oleh al Hafizh Ahmad Abdul Ghani bin Sa'id dari Manshur bin Zadzan dari al Hasan dari Imran bin Hushain bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah akan menyeksa mayat kerana ratapan keluarganya keatas dirinya ". Seorang bertanya "Bagaimana jika orang mati di Kharasan tetepi diratapi disini ". Imran lalu berkata "Rasulullah benar dan kamu dusta". Didalam keadaan yang lain, al Hasan mengatakan "Orang yang paling jahat kepada arwah simati ialah ahli keluarganya yang menangisinya tetapi tidak mahu menjelaskan hutang puatang simati".
CATIATAN PENULIS :
Daripada keterangan-keterangan hadis Rasulullah saw diatas tadi, maka ketahuilah bahawa meratap dan menangis keatas mayat itu adalah perbuatan yang ditegah oleh Baginda dan dihukumkan haram dalam syarak. Sebagai orang Islam, kita tidaklah seharusnya berbuat seperti perbuatan yang dilakukan oleh manusia-manusi jahiliah arab yang jika dilihat hingga sekarang pun perbuatan meratapi dan menangasi simati mereka lakukan hingga menghempas- hempas tubuh ditanah, mengoyak-goyak baju, meraung, mencakar-cakat tanah, mengambil pasir dan mencurahnya pada kepala mereka dan sebagainya lagi. Perbuatan lupa diri inilah yang dilarang dalam Islam hingga menyebabkan penyeksaan kepada simati menjadi bertambah teruk menerima azab kubur. Jika pun kerana kasih dan sayang kepada ahli keluarganya yang telah meninggal dunia begitu menyedihkan mereka, tidaklah seharusnya perbuaran lupa diri itu dilakukan. Sebaliknya mereka menahan kesedihan itu dengan sentiasa ingat pada Allah dan memohon agar Allah juga mengasihi simati seperti kasihnya kamu pada simati. Malahan sentiasa menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci al Quran kepada simati adalah amalan yang terbaik untuk dilakukan diwaktu itu, supaya ia memberi manafaat kepadanya untuk berhadapan persoalan- persoalan dialam kubur itu nanti. Maka hendaklah kita mamberi perhatian akan pekara ini pada setiap waktu apabila ada dikalangan kita yang meninggal dunia.
BAB 27 - PENYELAMAT DIRI DARI AZAB KUBUR :
Dirawayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu A'la @ Yazid bin Abdullah ibnu Syakhir dari ayahnya bahawa Rasulullah bersabda "Barang siapa yang membaca surah al Ikhlas diwaktu sakitnya hingga membawa kematiannya, nescaya ia terlepas dari fitnah kubur, terselamat dari hempitan kubur dan pada hari kiamat nanti ia akan dibawa oleh para Malaikat dengan tapak tangan mereka hingga ia berhasil melintasi titian Neraka menuju ke Syurga". Menurut Abu Nu'aim, hadis ini merupakan sebuah hadis gharib, berasal dari hadis Uzaid yang hanya diriwayatkan secara sendirian oleh Nashr bin Hammad al Bajali.
BAB 28 - BERDOA WAKTU MEMASUKKAN MAYAT KEDALAM KUBUR:
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata "Ketika para sahabat bermaksud mengalikan kubur untuk jenazah Rasulullah saw, mereka menyuruh dua orang penghantar berita pergi menemui Abu Ubaidah yang biasa mengali kubur untuk penduduk Mekah dan Abu Talha yang biasa mengali kubur untuk penduduk Madinah, supaya diminta tolong mengalikan liang lahad untuk jenazah Rasulullah saw. Tetapi mereka hanya dapat memanggil Abu Talha saja, hingga Baginda dibuatkan kubur seperti penduduk Madinah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda "Untuk kita (umat Islam)adalah liang lahad dan untuk selain kita adalah liang landak atau cempuri ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan ath Tarmidzi yang menganggapnya sebagai hadis gharib.
Diriwayatkan oleh Abu Abdullah ath Tarmidzi didalam kitabnya yang bertajuk "Nawadir al Usul" dari Sa'id ibnu Musayyib bahawa ia bercerita " Ibnu Umar menghantar jenazah kekubur. Ketika jenazah diletakkan keliang lahad ia berdoa ' Dengan nama Allah dan semoga ia mati dijalan Allah', Ketika liang lahad ia timbus dengan tanah, ia berdoa 'Ya Allah, lindungilah ia dari syaitan dan azab kubur'. Ketika meratakan pasir dikubur itu ia berdoa 'Ya Allah, bukakanlah tanah dibahagian kepalanya, naikkan rohnya dan kurniakanlah redha Mu'. Selesai pengkebumian itu aku bertanya kepadanya 'Adakah doa yang aku dengar itu dari Rasulullah atau dari kau sendiri ?'. Ia menjawab 'Mungkin aku boleh berdoa begitu, tetapi sungguh aku pernah mendengarnya dari Rasulullah ". hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah didalam kitabnya bertajuk "Sunan Ibnu Majah ".
Diriwayatkan juga oleh Abu Abdullah ath Tarmidzi dari ayahnya dari al Fudhali bin Dzakin dari Sufian dari A'masy dari Amr bin Murad bahawa ia berkata "Ketika mayat diletakkan kedalam liang lahad dianjurkan kita membaca doa 'Ya Allah, selamatkan ia dari syaitan yang dikutuk ". Diriwayatkan oleh Sufyan ats Tsauri ia berkata "Ketika mayat disoal, Siapakah Tuhan Kamu ?. Maka syaitan pun menjelma seperti manusia sambil menunjuk kepada dirinya dan berkata 'Akulah Tuhan mu". Menurut Abu Abdullah ath Tarmidzi, itu merupakan fitnah kubur yang sangat besar, maka sebab itulah Rasulullah berdoa agar diberikan lidah yang fasih "Ya Allah, fasihkanlah lidahnya dengan soalan kubur dan bukakanlah untuk rohnya pintu-pintu langit ". Seandainya syaitan tiada disana dan punya kesempatan untuk selamat darinya, nescaya Rasulullah tidak berdoa seperti itu.
CATITAN PENULIS:
Adalah dianjurkan kita berdoa semasa meletakkan mayat kedalam kubur dalam 3 peringkat.
Pertama : Waktu mamasukkan mayat keliang lahad dibaca doa "Dengan nama Allah, semoga ia mati dijalanMu". Takbir 3 kali dan masukkan dengan pelahan.
Kedua : Waktu tanah ditimbus dalam liang lahad dibaca doa "Ya Allah, lindungi ia dari gangguan syaitan dan azab kubur".
Ketiga : Waktu meratakan tanah diperingkat akhir bacalah doa "Ya Allah, bukakanlah tanah dibahagian kepalanya dan naikkanlah rohnya kehadrat Mu yang dilimpahi dengan redha Mu".
Selepas itu barulah imam akan membacakan talqin seperti yang kebiasaannya dibuat. Biasanya yang akan menguruskan mayat ayah atau Ibu sendiri ialah anaknya sendiri atau keluarganya yang terdekat. pekara ini haruslah dititikberatkan oleh anak itu sendiri disebabkan bukan semua orang tahu bacaan doa seperti ini yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah saw. Kita tidak seharusnya mengharap kepada orang lain sahaja berdoa untuk keluarga kita, malahan kitalah yang sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat pada waktu itu. Ini adalah kerana doa anak yang solahlah yang lebih utama dari doa orang-orang Islam yang lain.
BAB 29 - BERDOA DITEGUHAN LISAN KETIKA SOALAN KUBUR:
Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Syamsiah al Mahri bahawa ia berkata " Aku menyaksikan Amr ibnu 'Ash sewaktu sedang dalam keadaan nazak, ia sempat berpesan 'Jika nanti kamu mengebumikan aku, timbuslah dengan pasir secara merata kemudian berdirilah sekejap dikeliling kuburku, sehingga aku merasa senang dengan kamu semua dan melihat apa yang akan diperiksa oleh para Malaikat utusan Tuhanku Yang Mahaperkasa dan Mahaagung. Hadis yang serupa juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Yazid bin Abu Habib dari Abdulrahman bin Syamasah dari bahawa ia berkata "Amr ibnu 'Ash berpesan, 'Jika aku mati, ketatkan ikatan kafanku kerana aku akan bertengkar. Timbunkan kuburku dengan diratakan saja pasir, tapi disebelah kanan lebih tebal dari yang kiri. Jangan memasang nisan terlalu baik daripada kayu atau batu pada kuburku dan jika kamu melihat kuburku, duduklah sebentar supaya aku merasa senang melihat kamu".
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Uthman ibnu Affan ra bahawa ia berkata "Apabila selesai mengubur mayat, Rasulullah saw berdiri didepan sambil bersabda "Mohonkanlah keampunan dan keteguhan (hujah) buat saudara kamu kerana sekarang ini ia sedang ditanya oleh Malaikat". Telah diriwayatkan oleh Abu Abdullah ath Tarmidzi al Hakim didalam kitabnya bertajuk "Nawarid al Ushul" dari Uthman al Affan ra bahawa ia berkata "Setiap kali selesai mengebumikan mayat, Rasulullah berdiri sejenak lalu memohon ketuguhan buatnya. Baginda bersabda "Huruhara yang paling mengerikan untuk orang-orang mukmin ialah kubur".
Diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari Atha' bin Maisarah al Kharasani dari Anas bin Malik bahawa ia berkata "Sesungguhnya Rasulullah berdiri dedepan kubur seorang sahabatnya yang baru saja dimakamkan dan bersabda "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada Nya. Ya Allah, ia beristirehat kepada Mu dan Engkau adalah sebaik-baik tempat beristirehat. Rengangkanlah bumi dari sepasang matanya, bukakanlah pintu- pintu langit untuk rohnya. Terimalah ia disisi Mu dengan penerimaan yang baik dan teguhkanlah lidahnya dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan Malaikat".
KETERANGAN 1:
Menurut al Ajurri @ Abu Bakar Muhammad Ibnu Hussin didalam kitabnya bertajuk "An Nasihat" setelah mengebumikan mayat dianjurkan untuk berdiri sekejap dikepala kubur untuk berdoa, memohon agar dikurniakan kekuatan dan keteguhan lisan bagi menjawab pertanyaan para Malaikat Mungkar dan Nangkir itu "Ya Allah...ini hambaMu, Engkau lebih mengatahui dari kami semua. Tetapi setahu kami, ia adalah orang yang baik. Engkau telah mendudukkannya untuk Kau soal. Ya Allah, teguhkan ia dengan ucapan yang mantap diakhirat, sebagaimana telah Engkau teguhkannya semasa kehidupan dunia. Ya Allah, kesihanilah dia dan gabungkan ia bersama-sama Nabi Muhammad saw. Sepeningalan kami, janganlah Kau sesatkan kami dan jangan kau halangi kami dari menambah pahalanya". Menurut Abu Abdullah ath Tarmidzi, berdiri sebentar dihadapan kubur kemudian memohon keteguhan lisan untuk mayat yang baru saja dikebumikan akan dapat menolong mayat selain dari solat berjemaah (solat jenazah) adalah seperti sepasukan yang sedang berkumpul dihadapan pintu Malaikat untuk memohon syafaat, begitu juga halnya berdiri sebentar dihadapan kubur disertai dengan doa memohon keampunan dan keteguhan lisan. Kedua-dua pekara ini sangat berguna bagi mayat untuk menghadapi huruhara kubur.
KETERANGAN 2 :
Amr Ibnu A'sh ketika sedang nazak masih sempat berpesan "Jika aku mati, jangan iringi jenazahku dengan ratapan tangis dan api. Jauhkan kedua pekara itu termasuk tradisi jahiliah yang dilarang Nabi ".
Maka menurut para Ulama (terutama Mazhab Hambali) pekara yang termasuk bidaah dan tradisi orang-orang jahiliah (kafir Arab dahulu kala) ialah:
a) Berzikir kepada Allah beramai-ramai di sebelah kuburan.
b) Berkumpul dimasjid, dimakam atau dirumah bagi tujuan membaca al Quran dan lainnya dimana pahla bacaan itu ditujukan kepada simati.
c) Mengumpulkan ahli keluarga simati dengan mengadakan kenduri oleh sahabatnya.
d) Menamani keluarga simati dengan tidur dirumah mereka beberapa hari sehingga hilang kesedihan mereka. Ia bermaksud menghiburkan keluarga simati.
e) Mengadakan makanan atau kenduri oleh keluarga simati pada hari ketiga, ketujuh, 40 hari, 100 hari dengan menjemput tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara didalam satu majlis bagi mendoakan simati.
f) Majlis kenduri yang menghimpunkan kaum lelaki dan wanita bukan muhrim didalam satu tempat untuk makan makanan yang dihidangkan oleh ahli keluarga simati yang sedang berduka. Ini amat bertentang dengan Hukum Syarak dan sungguh tidak berakhlak.
g) Meraung, menangis meratapi, memukul-mukul tubuh badan, menampar-nampar muka sendiri, mengkelar-kelar badan dengan pisau, melukakan diri sendiri, menarek-narek rambut, mengoyak-goyak baju, berguling-guling ditanah, mengambil pasir ditanah dan menyiram pada kepalanya, mengusung jenazah dengan obor api, mengadakan makanan untuk simati, memukul- mukul gendang, menangis berpelukan beramai-ramai dan sebagainya yang dilakukan oleh orang- orang kafir jahiliah yang sangat jauh dari saranan Nabi saw dan ia dilarang oleh Baginda.
h) Berdoa dengan memaki hamun, memekik-mekik, menyumpah-nyumpah, melatah, merepek meraban, melatah menyebut perkatan lucah sambil menagis meraung-raung, melatah memenggil-manggil simati dengan segala nama yang disukainya, meronta-ronta minta Tuhan pulangkan semula simati pada mereka serta meminta laknat atau musibah-musibah dilaksanakan terus pada mereka seolah-olah mereka sudah tidak mahu hidup lagi tampa simati, seolah-olah simati itu saja tempat pergantungan mereka, seolah-olah dunia sudah tiada erti lagi pada mereka. Inilah perbuatan orang-orang jahiliah yang sangat lupakan diri mereka, lupakan anak-anak, keluarga yang masih ada dan yang paling utama ialah mereka lupa pada Allah. Perbuatan berdoa ala jahiliah ini amat dilarang dalam agama.
Menurut Ulama terutama didalam Mazhab Hambali, semua pekara ini adalah yang diada-adakan, bidaah dan bertentangan dengan hadis-hadis Nabi saw. Masyarakat Islam wajib melarang ahli keluarganya untuk menghadiri majlis seperti itu, terutama pekara-pekara yang melangar Hukum. Semua pekara diatas tadi adalah dikira tradisi masyarakat jahiliah menurut Imam Ahmad bin Hambal ra.
Ketika ditanya tentang hadis Nabi saw yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim iaitu "Buatlah makanan buat keluarga Ja'far ?". Maka Imam Ahmad bin Hambal ra menjawab "Makanan itu dibuat oleh orang lain dan diberikan kepada keluarga Ja'far bagi tujuan menolong mereka, bukannya bertujuan menhiburkan hati mereka. Itulah yang dilarang didalam agama". Imam Ahmad menambah, barang siapa yang membenarkan dirinya atau ahli keluarganya melakukan hal-hal yang demikian, bererti mereka telah durhaka terhadap Allah dengan membantu dan mengalakkan mereka berbuat dosa serta permusuhan pada Allah. Allah swt telah berfirman, didalam surah at Tahrim ayat 6 yang mafhumnya;
"...Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka ".
Menurut para ulama, memelihara diri dan ahli keluarga dari api neraka adalah dengan cara mendidik dan mengajar mereka. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitabnya bertajuk "Sunan Ibnu Majah" dari Jarir bin Abdullah al Bajali bahawa ia berkata "Kami menganggap berkumpul dengan keluarga yang berduka dan membuat makanan termasuk dari meratap ". Menurut Hilal bin Khabbab seperti yang dipetik oleh al Kharauthi, membuat makanan untuk simati adalah termasuk tradisi jahiliah. Diriwayatkan oleh al Ajurri dari Abu Musa al Asy'ari bahawa ia berkata, "Adek wanita Abdullah bin Umar meninggal dunia. Kerana masih ada hubungan keluarga, aku menyuruh isteriku menginap dirumahnya untuk menemani keluarganya yang sedang berduka untuk menghibur mereka. Tidak berapa lama isteriku pulang kerumah. Ketika aku bertanya, isteriku menjawab bahawa ia telah dilarang oleh Ibnu Umar dari menginap kerana pekara itu akan mendatangkan seksaan pada mendiang adeknya". Abul Bakhtiar juga mempunyai pendapat yang sama bahawa menginap dirumah orang yang berduka untuk menghibur mereka adalah termasuk warisan tradisi jahiliah.
Menurut Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini), hal-hal seperti itu sekarang ini dianggap pekara lazim dan meninggalkannya pula dianggap bidaah (jadi terbalik). Ini jelas memutarbelit kenyataan. Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Abbas "Setiap tahun baru yang disambut oleh manusia, selalu ada saja kematian sebuah sunnah dan kemunculan sebuah bidaah. Akibatnya, as Sunnah menjadi semakin tenggelam dan bidaah semakin subur dan marak dimana-mana. Sekarang ini orang yang mengamal al Sunnah dan membuang bidaah akan mudah dibenci masyarakat kerana dianggap melangar tradisi. Tetapi sesiapa yang kekal secara berterusan mengamalkan sunah dan meninggalkan hal-hal bidaah pastinya akan berjaya, ini adalah kerana pada apa yang kamu tinggalkan itu pasti akan diganti oleh Allah dengan pekara-pekara yang lebih baik lagi. Rasulullah telah bersabda "Apa pun yang kamu tinggalkan, Allah pasti akan memberimu ganti yang lebih baik darinya ". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah. dan Baihaqi. Kemudian didalam sebuah hadis yang sama nadanya yang telah diriwayatkan oleh ath Thabrani Rasulullah bersabda " Didalam umat ini selalu ada segolongan orang yang gigih membela urusan Allah. Mereka tidak merasa terkena mudarat sikap acuh orang yang tidak peduli kepada mereka dan permusuhan orang yang memusuhi mereka ".
KETERANGAN 3 :
Hadis yang disebut didalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dari Abdullah bahawa Rasulullah bersabda "Bukan termasuk golongan kami orang-orang yang menampar pipi, mengoyak saku baju dan berdoa dengan doa ala jahiliah ". Juga didalam kedua-dua Shahih ini ada menyebut riwayat hadis yang bersumber dari Abu Burdah bin Abu Musa bahawa ia berkata "Abu Musa menderita satu penyakit. Ia jatuh pengsan dengan posisi kepalanya betul-betul diatas ribaan seorang wanita yang masih sebahagian keluarganya juga. Wanita itu menjerit (melatah disebabkan terkejut), tetapi Abu Musa tidak dapat berbuat apa-apa dikala itu. Apabila ia sedar dari pingsannya, dia pun berkata "Aku tidak bertanggungjawab keatas orang yang Rasulullah juga tidak bertanggungjawab keatas orang seperti itu, iaitu wanita yang berteriak-teriak ketika ditimpa bincana, Wanita yang mencukur rambutnya dan wanita yang mengoyak-ngoyak saku bajunya".
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah bahawa Rasulullah melaknati wanita yang melukakan wajahnya sendiri, yang mengoyak-goyak saku bajunya dan mendoakan kecelakaan serta kebinasaan. Kata Hatim al Asham "Jika kamu melihat seseorang yang ditimpa musibah dia merobek-robek pakaiannya dan memperlihatkan kesedihan, lalu kamu ikut bertakziah dan berkabung bersamanya. Itu bererti kamu juga mengambil bahagian berbuat dosa. Mereka sebenarnya sedang berbuat kemungkaran dan seharusnya kamu memberi peringatan". Seorang penyair menyebutkan;
"Aku hairan terhadap orang yang mengeluh dan menangisi musibah,
yang menimpa keluarga atau sahabat terdekat,
ia merobek-robek saku bajunya dan mendoakan kecelakaan.
Sepertilah kematian itu sesuatu yang menghairnkan.
Selain Allah... semua makhluk termasuklah Nabi pasti akan
mendengar suara Malaikat yang menyeru setiap hari ;
"Hai...berwaspadalah kepada kematian dan dirikan
bangunan untuk dirobohkan...".
BAB 30 - TALKIN MAYAT DIKUBURAN:
Telah diperkatakan oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq dari sebuah riwayat yang bersumber dari Abu Umamah al Bahili bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya ;
"Apabila salah seorang dari kamu meninggal dunia, Setelah ia dikebumikan, hendaklah salah seorang dari kamu berdiri dekat bahagian kepala kuburan simati seraya mengatakan ' Wahai sipulan bin sipulan'. Kerana sesungguhnya simati mendengar mistipun ia tidak boleh menjawab. Kemudian katakan untuk kali kedua 'Wahai sipulah bin sipulan'. Kerana sesungguhnya mayat itu pun duduk tegak. Kemudian serulah untuk kali ketiga 'Wahai sipulan bin sipulan'. Kerana sesungguhnya simati itu menjawab 'Ia telah menunjukkan kami, semoga Allah merahmati mu'. Tetapi kamu semua tidak boleh mendengar. Lalu kamu katakan 'Ingatlah apa yang telah kamu bawa keluarkan dari dunia, iaitu kesaksian bahawa, Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, Sesungguhnya kamu redha Allah sebagai Tuhan mu, Islam sebagai agama mu, Muhammad sebagai Nabi mu dan Al Quran sebagai Imam mu ". Kerana Malaikat Mungkar dan Nangkir engan mendekatinya dan mengatakan 'Buat apa kita menunggui orang seperti ini yang sudah tahu hujjahnya'. Allah lah yang menjadi hujjah Malaikat Mungkar dan Nangkir atas orang itu. Seorang sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, bagaimana jika tidak diketahui nama ibu simati ?". Baginda menjawab "Sebut sahaja Siti Hawa ". Hadis ini telah diriwayatkan oleh ath Thabrani yang diletak sebagai hadis daaif.
Diriwaraytan oleh ats Tsaqafi didalam kitabnya bertajuk "Al Arba'in, dari Muhammad Abduk Wahab bin Dlafir bin Ali bin Furuh bin Abu Hasan al Qatsyi yang lebih dikenali dengan nama Ibnu Rawwah dan Abu Hasan Ali bin Hibatullah asy Syafi'i, dari al Hafizh Imam Abu Zhahir Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Muhammad as Salafi al Ashbahani, dari Abu Abdullah al Qasim bin Fadhei bin Ahmad bin Mahmud ats Tsaqafi, dari Abu Ali @ Husain bin Abdulrahman bin Muhammad bin Abdan at Tajiri, dari Abu Abbas @ Muhammad bin Ya'qub al Asham, dari Abu Darda' Hasyim bin Ya'la al Anshari, dari Utbah bin Sakan al Fazari al Khamshi, dari Abu Zakaria, dari Hammad bin Zaid dan dari Sa'id al Azdi bahawa ia berkata "Ketika Abu Umamah sedang didalam keadaan nazak, aku telah menjenguknya. Ia berkata kepada ku 'Hai Sa'id, apabila aku nanti telah meninggal dunia, hendaklah kamu perlakukan aku seperti Rasulullah menyuruh kita melakukan pada orang-orang mati kita. Baginda telah bersabda ;
"Apabila seseorang dari kamu meninggal dunia dan telah kamu kebumikan, hendaklah salah seorang dari kamu berdiri dekat kepalanya dan mengatakan 'Hai sipulan bin sipulan ', kerana sebenarnya ia mendengar. Katakan lagi 'Hai sipulah bin sipulan', kerana ia akan duduk tegak. Katakan sekali lagi 'Hai sipulan bin sipulan'. Ia akam menjawab ' Ia telah menunjuki kepada kami, semoga Allah merahamati mu'. Kemudian katakanlah 'Ingatlah akan sesuatu yang kamu bawa keluar dari dunia, iaini kesaksian bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, bahawa hari kiamat itu pasti datang dan bahawa Allah akan membangkitkan hidup kembali orang-orang yang ada didalam kubur". Kerana pada waktu itu Malaikat Mungkar dan Nangkir akan saling berpegangan tangan lalu berkata 'Apa yang perlu kita buat kepada orang yang telah diajarkan hujahnya ' ?. Sehingga Allah lah satu-satunya yang menjadi hujah mereka terhadap orang itu ".
Syabab bin Syaibah, seperti yang diambil oleh Abu Nuhammad @ Abdul Haq mengatakan "Waktu ibuku hendak meninggal dunia, ia berpesan kepada ku ' Hai anakku, setelah mayatku kamu kubur, berdirilah dihadapan kuburku dan katakan ' Wahai Ummu Syaibah, katakanlah tiada Tuhan selain Allah'. Lalu pergilah. Pesan ibuku telah aku penuhi. Pada satu malam aku bermimpi bertemu mendiang Ibuku itu dan Ia berkata kepada ku 'Wahai anakku, hampir sahaja aku diseksa seandainya tidak ditolong oleh kalimah syahadat yang kamu ajarkan kepadaku itu. Nasib baik hendak kamu ikuti pesanan ku itu, anakku ".
Kata Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini) "Menurut guru kami Abu Abbas @ Ahmad bin Umar al Qurthubi, sebaiknya mayat itu diajar menjawab 'Allah tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad itu rasulku ', kerana ia akan ditanya mengenai hal itu didalam kuburnya seperti yang telah diterangkan didalam beberapa hadis Nabi. Insyallah akan dijelaskan lagi ditajuk-tajuk yang akan datang. Pekara inilah yang juga berlaku dikalangan kami di Cordoba. Hal ini tidak bertentengan dengan firman Allah didalam surah Fathir ayat 22 yang mafhumnya ;
"...dan kaum sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar".
Dan firman Allah didalam surah al Ruum ayat 52 yang mafhumnya;
"...sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar ".
Persoalan lain, Nabi saw pernah menyeru kepada arwah-arwah Sahabatnya yang wafat dan dikuburkan bersama-sama didalam sebuah kolam. Kemudian ( sebagaimana terdapat didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda bersabda "Kamu tidak lebih mendengar daripada mereka, hanya sahaja disebabkan mereka tidak sanggup menjawab". Baginda juga pernah bersabda dihadapan mayat " Sebenarnya ia mendengar bunyi dekat alas kaki mereka , tetapi tidak sanggup berkata apa-apa ". Perbahasan ini akan dilanjutkan semula didalam bab yang menjelaskan tentang persoalan mayat mendengar apa yang diperkatakan kepada mereka.
Maka sekian dahulu untuk keluaran kali ini, seperti biasa perbahasan selanjutnya akan kita kemukakan didalam bab-bab yang lain pula. Semoga kalian semua mendapat manaafaat dari pembacaan ini, insyaallah...
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDIKA KE 53.
Wassalam,
Atok zamany.

Salam tok,
ReplyDeletetq dgn penerangan lepas. Sebenarnya sy sudah baca habis bab 6 ni lebih awal dari Azizi..tp dia keluar mcm biskut..pagi buka ada, petang hilang.
Oh betulla kata atok, biar nampak biasa tp ilmu tidak biasa kan tok? Org lebh tua suka kata tak tau padahal mereka lebih tahu.
Oh ya, ade 2 lagi minta penerangan atok:
1. Qiamulail
2. Zikir setiap masa, termasuk ketika kerja, berckp, makan dan sbgainya.
Selamat Menyambut Merdeka yg ke 53 tok!
-haly-
Salam haly...
ReplyDelete1) Kiaimulai ialah satu aturcara ibadah sunat tengah malam dan berpuasa sunat disiang harinya. Ia biasanya diamalkan dipondok2 pesentren di Indonesia. Entah mengapa pula ibadah ini menjadi begitu suka diamalkan oleh org2 yg bukan memondok seperti program dimasjid2 atau disekolah- sekolah terutama bila nak menhadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dll. Pada atok ia tak menepati kafiat sebenar kiayaimulai. Kalau dipondok...kiayailah yg jadi imam kafiat amalan itu dan anak murid hanya menjadi makmum saja, itu sebab dipanggil Kiayaimilai. Amalan ini adalah turun temurun peninggalan dari Walisongo.
Didalam ABJAD ia dipanggil beruslah saja. Dan ia menberikan kafiatnya dari ijazah guru. Bukan main suka-suka buat saja.
2)Zikir tetap hati yang hidup ini kenalah diamalkan. ia susah nak lekat dlm hati, jadi kena kerja kuat sampai wirid lekat dihati setiap saat. Hati yang hidup inilah yg menjadi tonggak Hakikat.Ia juga digelar "Ihmuazom" diri murud itu.
waallahua'lam,
atok zamany.
Assalamualaikum... Atok
ReplyDeleteSeperti yang atok katakan, Surah Yasin mempunyai khadam. Adakah surah-surah lain dalam al-Quran juga mempunyai khadam?
Apakah selawat yang terbaik untuk kita amalkan? kerana terdapat banyak selawat antaranya Selawat Syifa, Selawat Badawi, Selawat al-Fatih dan lain-lain..
Atok, doakan untuk kami yer.. mudah-mudahan berkat doa atok nanti ramailah antara kami ambil baiaah dari Ustaz Hj Ahmad Che Din. Seperti atok ketahui, dalam diri kami ada perasaan takut, was-was dan penyakit cinta dunia. Semoga Allah beri hidayah dan kekuatan kepada kami dan beri kesihatan yang baik dan umur panjang pada atok. Amin...
Salam,
ReplyDeleteKalo mengikut penerangan tok tu, uslah tu sama dgn suluk tarikat kan?
Pd sy, zikir di hati yg ssh bkn bila berseorangn tp bila bersembang dgn rakan atau mmbuat kerja yg perlukan fokus.
Tok, antara taubat nasuha dan qada solat wajib. Mana yg perlu diutamakan dulu?
bagai mana qada solat yg tertinggal bertahun2? kiraannya begini tok, andai 1 thn 365 hari x 5 = 1825 kali solat.
Cara tertib tok qada solat? Ikut waktu solat ke?
-haly-
Salam semua...
ReplyDeletekpd cucu said,
Ya, semua surah malahan setiap ayat dan setiap huruf pada al Quran itu ditunggui oleh Jin Islam yang mencari jalan mudah untuk beramal iaitu menjadikan manusia bahan tonggangan mereka didalam berbuat amal. Semasa manusia beramal tampa wasilah dan rabitah yang pasti, maka duduklah mereka bersama kamu semasa kamu beramal. Kamu dapat penat, dia dapat habuannya. Itulah kerja Jin ni, tak habis2 kacau manusia, terutama manusia yang dungu dan tak mahu ambil peduli. Sehinggakan amalannya sendiri pun tergadai.
Semua peringkat selawat itu baik diamalkan. Allah berfirman dalam quran, sedangkan Dia pun memberi selawat kepada Rasulullah, maka adalah dianjurkan kita berselawat kepada Baginda. Ia tak kira yang mana pun... sama sahaja.Yang penting "Istikamah" (rutin yg tetap), ini yg berfeadah besar pd diri kita.
Ya cu, atok sentiasa berdoa agar cucu-cucu semua terutama peminat blog ini khasnya dan kepada semua umat Islam agar terbuka hati dan mindanya, diberi kelapangan dan dipermudah akan urusan baiaah ini demi kesejahteraan kamu seklian didunia dan akhirat...amin.
kpd haly...
Untuk mendapat zikir tetap dihati... permulaan dimulakan dengan cara bersendirian. Apabila sudah mahir sedikit, maka pergi ke tempat yang bising. Bila sudah mahir... semasa bercakap pun ia akan jalan sendiri, semasa buat kerja pun ia akan bergerak sendiri. Begitulah caranya... ia tak semudah yg dikata, sebenarnya ia sukar ? berkat kesungguhan... insyaallah akan dapat juga. Kalau tok-tok wali boleh...kita pun boleh ???
Antara keduanya salin penting dan berkaitan... solat sunat taubat itu adalah penyesalan dan mohon ampun. Ia dibuat dulu. kemudian buat solat ganti tu... ya Allah... banyaknya ??? macam mana nak ganti tu ???
Solat fardu ganti (tertinggal dgn sengaja) jika mengikut sesetangah ulama tak ujud pun, maksudnya tak boleh diganti...mengikut setengah ulama yang lain pula berpendapat, lebih baik dibuat daripada tak buat langsung ??? Mohon Allah terima solat itu walaupun tak dibuat pd waktunya atau diganti dihari yang lain, ia dosa yg sangat besar. Ia perlu diganti didlm waktu yg sama atau didalam waktu2 yang lain. Contohnya solat maghrib dibuat pada waktu Isya dll. Waallahua'lam..
Kalau dapat jangan tinggal solat fardu ni, susah nak dibuat walau digantikan pun. Takut2 Allah tak terima gantian solat tu. Ia akan menjadi masaalah besar.
Sama juga keadaahnya dengan puasa fardu dibulan Ramadhan ni... tapi boleh diganti dengan beras. Ia ada kelonggaran juga. Tapi jika sengaja ditinggalkan... bagaimana??? dan lagi banyak tahun dan tak tahu berapa hari dah tertinggal ??? kan masaalah besar ??? itulah sebabnya jangan ditinggal yg fardu ni. Ia membebankan...
-------------------------------------------
PERINGATAN !!!!
UNTUK SEMUA CUCU-CUCU ATOK...PERHATIAN TERTUMPU PADA MALAM 25 RAMADHAN TAHUN INI... BUAT BANYAK SUNAT MULAI DARI SELEPAS SUBUH HINGGA SUBUH ESOKNYA....
MOHON BERTEMU DIMALAM ITU DISINI KESEMUANYA...
AMIN.
Atok dah bagi hint ni... pandai2 rebut peluang.
wallahua'lam,
atok zamany.
Salam tok,
ReplyDeleteterima kasih dgn penerangan tu. 25hb hari Sabtu.
Berkenaan dgn taubat nasuha. Kalo kita taubat tetapi msh juga melakukan dosa yg sama, itu bkn taubat nasuha. Bagaimana nk dpt taubat nasuha? Kena paksa ke nak menyesal ni tok?
-haly-
malam ni malam yg ke 25 kan....sampai esok subuh kan...
ReplyDeletesalam atok...
ReplyDeletesaya nie ade masalah sedikit..
saya ni seorang mahasiswa..
sejak kematian ayah saya semangat belajar saya makin luntur..
saya tak sampai ati hancurkan perasaan mak saya..
tapi saya tak tau mcm mane nak timbulkan semangat saya lagi..
lagi satu atok..mcm mane nak buat semua orang senang dan sayang dengan kita..ade tak amalan yang boleh diamalkan
SALAM SEMUA...
ReplyDeleteMAAF LAMBAT JAWAB, MAKLUMLAH BANYAK KERJA KENA BUAT MULA DARI HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD YG LALU. KAN ATOK DAH BAGI HINT 25 RAMDHAN LAILATUL QADAR LA TU. IA BERMULA DARI PETANG JUMAAT TU LAGI, WALAU KITA MASUK SULUK DARI SUBUH JUMAAT UTK MENYAMBUTNYA. KEMUDIAN LEPAS MAGRIB TU DAH MASUK FASA 1 MALAM LAILATUL QADAHR, KEMUDIAN FASA 2 ANTARA JAM 11 SAMPAI 1/3 MLAM, FASA 3 HANYA BERLAKU 1 MINIT SAJA, FASA 4 LEPAS TU SAMPAI SUBUH, DAN FASA 5 DARI SUBUH SAMPAI MAGRIB HARI SABTU TU.INI IKUT ATOK PUNYA KEADAH LA...LAIN ORG LAIN CARANYA.
FASA 3 TU LAH YG PALING SUSAH NAK DAPAT ! 1 MINIT PD KITA, DISISI TUHAN BERSAMAAN 1000 BULAN. DISITULAH INTIPATINYA... TAPI KALAU TAK DAPAT FASA2 YG LAIN PUN KIRA OK LA. JANJI DAPAT KAN ! LEPAS DARI SUBUH (FASA 4), FASA 5 TU SAMPAI MAGHRIB ATAU DITERUSKAN SAMPAI SUBUH HARI AHAD ADALAH PERINGKAT "KESYUKURAN' KERANA DIBERI LIMPAH RAHMAT LAILATUL QADAR. MUDAH2AN DITAHUN HADAPAN DAPAT BERTEMU LAGI...AMIN.
KPD ANONY 11.02...
Cucu kena buat solat sunat banyak, terutama solat sunat hajat dan taubat. kemudian buat amalan surah 'alam nasrah' mohon keluar dari masaalah tu. yg dah pergi tak akan kembali lagi, kita yg hidup ni kena teruskan amanah Allah. Itu sebab kita buat apa juga kerja Buat kerana Allah sebab Allah tak akan mati. Kalau kita buat untuk seseorang, inilah jadinya... bila dia tiada kita dah hilang punca. Apa pun sebenarnya, dialam barzah, ayah cucu tahu apa yg berlaku pd cucu. Kalau cucu teruskan belajar bersungguh2 dan berjaya... juga akan menyenangkannya disana, kerana setiap huruf, setiap ayat, setiap ilmu, setiap langkah kaki, setiap tangan yg menulis, setiap detik yg cucu buat utk belajar... pahala dan rahmatnya akan sampai juga pada arwah, percaya dan yakinlah. Ia tetap bermanafaat padanya.
Kalau nak buat org sayang, kasod niat dulu dan baca bismilah (sampai habis) 3 x dan tiup pada tapak tangan kanan dan 3x utk tapak tangan kiri. kemudian cantumkan dan gusok2 kemudian sapu pada muka dan seluruh tubuh. Nanti semua org kejar...
Doa Nabi Yusuf pun boleh, tapi kena ada ijazah guru. Atok tak dpt ajar disini. maaflah ya..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MINAL AIDIL WAL FAIZIN. MOHON MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA, ATAU TERSILAP TULIS YANG MENYINGGUNG PERASAAN PEMBACA SEMUA. SEMOGA BERTEMU LAGI DI BAB SETERUSNYA SELEPAS RAYA NANTI... WASALAMUALAIKUM WARAHMATUALLAHI WABARAKATUH.
sekian
atok zamany
salam tok..
ReplyDeletesaya ada satu pertanyaan berkaitan dengan mimpi.saya pernah bermimpi berjumpa dengan 7 orang pemuda yang memakai jubah putih.suasana pada waktu itu sangat2 wangi.mereka berjalan diatas awanngan,dan kalau hendak ke mana2.mereka hanya perlu niat ke tempat yang ingin mereka pergi.saya ada tanya kepada 7 orang berjubah itu,cara untuk menganal Allah.mereka memberitahu,untuk mengenal ALLAH bukan melalui pertanyaan.pada masa itu,terlintas dihati saya perasaan tidak mahu berpisah dengan kumpulan ini.mereka seperti tahu akan niat saya itu.dan selepas itu,mereka suruh saya melihat ke tempat yg mula2 sy naik,dan terus berpisah dengan kumpulan itu.mohan jasa baik atok untuk jelaskn makna tentang mimpi saya itu.mohon pencerahan dari atok,terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri khas buat atok zamany dan pengunjung blog ini.
ReplyDeleteMohon maaf sekiranya ada bahasa yg terkasar.
-haly-
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk atok Zamany dan kpd semua pembaca blog Kubra@News Zamany. Semoga madrasah Ramadhan ini dpt memperbaikai diri kita lebih baik lagi di masa hadapan.
ReplyDeleteMohon maaf luaran dan dalaman.
Salam Atok...
ReplyDeleteCucu nak tumpang lalu dan tumpang bertanya pd atok,disini ada beberapa persoalan yg cucu kabur sikit,mohon jasa baik atok agar mberi pencerahan...
1.Adakah mentalqinkan org yg sedang nazak itu cukup sekadar dgn shadatai LAILAHAILLALLAH atau dgn ASHHADUANLAILAHAILLALLAH,WAASHHADUANNAMUHAMMADARRASULULLAH(Aku naik saksi bhw tiada tuhan yg dsembah mlainkan Allah,dan aku naik saksi bhw Muhammad itu pesuruh Allah).Dan bgaimana dgn org yg sedang nazak itu wajib mgucap kalimah shadatai,adakah sekadar dgn kalimah Lailahaillallah atau wajib mgucap 2 kalimah shahadah sperti yg diatas?
2.Jika cucu atau semua pembaca disini ingin berbai'ah atau ambil talqin dgn ustaz Mat Janggut,bolehkah kami terus mghubungi dan berjumpa terus dgn ustaz Mat Janggut tanpa perlu berjumpa wakilnya atau bolehkah tanpa perlu mndapat keizinan dari atok?
Sekian pertanyaan cucu utk kali ini,diharap atok memaafkan cucu jikalau ada tersilap atau terkasar bahasa.
Budi dan jasa baik atok semoga Allah membalasnya dgn rahmat dan kasih sayangNya di dunia,alam barzakh dan alam akhirat,amin...
Kepada Atok dan pembaca semua,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!
Salam kepada Atok Zamany yang kami cintai...
ReplyDeleteApa khabar atok? Lama kami tidak bertandang ke mari... Moga-moga Atok senantiasa dalam keadaan yang sihat, dijauhkan daripada bala bencara dan senantiasa dinaungi Rahmat Allah SWT. Amiin..
Di kesempatan ini, kami ingin memohon Ampun maaf zahir dan batin. Mohon halal segala ilmu yang atok curah pada kami, halal makan minum, terambil harta, terambil kata-kata, mohon diampun segala salah bicara, silap tutur kata, mohon dimaafkan kiranya ada terkasar bahasa terguris jiwa.
Dengan Ucapan tulus ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin. Minal Aidin Wal Faizin, TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum, Shiyamana Wa Shiyamakum. Kullu Aam Wa Antum Bi Khoir. Salam 2 Syawal 1431H. SELAMAT HARI RAYA!!!
*Maafkam kami atas kelewatan ucapan hari raya ini...
Wassalam.
-drpd kami, warga kerja bradokapak.blogspot
-drpd sy, 'bradokapak'
-dan juga drpd Orang Gombak.
*Saya sampaikan salam Orang Gombak kepada atok, Salam buat Atok Zamany. Moga Atok di Rahmati oleh Allah SWT...
Atok, maaf ya, hamba nak tinggalkan beberapa pesanan disini...
ReplyDeleteAtok, em... nak tanya sikit, malam 25 Ramadhan tu, hamba berQiyamullail di surau disini, ada satu saat tu, badan terasa bergetar-getar sangat, sejuk menusuk ke tulang... Adakah itu petanda hamba sudah dapat akan malam 1000 bulan itu atok?
Dan menurut beberapa orang guru lain pula, Malam Lailatul Qadar itu juga sudah jatuh pada 21 Ramadhan. Adakah benar ia? Sebab pada malam ke-21 itu juga hamba merasakan apa yang hamba rasakan pada malam 25 itu... Bagaimana pandangan atok? Atau atok sudah masuk ke alam sana utk melihatnya? Dan atok juga sudah merasai dan meraihnya?
Seperkara lagi, hamba ingin tinggalkan pesanan kepada atok. Atok, kalau ada perkara rahsia, hamba harap atok rahsiakan lah ya. Jangan terlalu menunjuk sangat. Saya ada baca beberapa komen atok dalam muka surat terdahulu, kelihatan seperti atok memberi hint tentang perkara-perkara Sirr-il Asrar.
Adalah baik, perkara Sirr itu di Sirrkan. Jangan dibuka kepada umum, ditakuti ia akan dimanipulasikan. Maklumlah, akhir zaman ni ramai sangat ancaman. Kadang kita nampak kucing didepan mata kita, rupanya harimau yang sedia menerkam. Allahua'lam. Semoga Atok senantiasa diRahmati oleh Allah SWT dalam usaha dakwah atok dan menelusuri kehidupan akhir zaman. Semoga kita tergolong antara pengikut Al-Mahdi. Amiin...
Kepada Atok Zamany, hamba bukan ingin meninggi diri, namun, jauh dilubuk hati ini ingin mengingatkan sesama Muslim. Kadang kita terlupa, alangkah baiknya jika datang peringatan kepada kita saat kita lupa. Semoga sepatah dua kata daripada hamba ini bermakna buat Atok Zamany sempena Aidil Fitri yang Mulia ini. Salam kepada Atok Zamany.
WAllahua'lam.
Anak saya yg bersekolah di Gemencheh melihat cahaya spti Pelangi berbentuk piramid dilangit dan kmudian pecah kepada beberapa bahagian berbentuk bulat....dan hilang...berlaku pda Jumaat pgi 7 am last week.
ReplyDeleteWallahualam...
Salam Aidilfitri...
ReplyDeletekpd saudara ingintahu,
Mungkin juga yg cucu jumpa dlm mimpi itu ialah pemuda kahfi. Tak tahu bagaimana, mungkin juga cucu dok mengaji ayat dari surah kahfi atau ada kafiat tertentu yg cucu amalkan, maka mereka hadir. Untuk pengatahuan, mereka tidak mati setelah 'dimatikan'. Jadi tidak mustahil ia boleh berlaku. Cuma atok harap supaya cucu ada guru mulai sekarang. Sebab mengenal Allah ni bukan bertanya kepada yg ghaib. Ia bermula dari bawah, bertanya dulu dgn guru yg hidup2 didepan mata kita. Badal guru mursid memanglah orang yg telah mengenal Allah. Bukan sebarangan org.
kpd haly dan izzat nasim,
Selamat juga buat cucu semua, mudah2an cucu dirahmati Allah hingga ke Ramadhan tahun hadapan. Maaf juga dari atok utk kalian. Tk
Kpd SangNila,
1) Talkin kpd orang yg nazak hanya diajarkan "LAILLAHAILLALLAH" sahaja, ia berpandukan kpd hadis Nabi saw. Oleh sbb Nabi dah suruh begitu, kita umatnya hanya perlu ikut saja kerana Baginda tentunya lebih mengatahui pekara ghaib disebalik itu. Begitu juga dengan Ijma' para Ulama, pun menyuruh kita berbuat pekara yg sama.
2) Ya.. memang jika dapat terus kepada Ust Mat Janggut sendiri adalah lebih baik. Kami tidak perlu menyelit ditengah2, kerana tiada sebab kami disitu. Cuma keperuan wakil ust itu ialah untuk memudahkan org yg jauh supaya mengambil 'baiaah semantara' sebelum kehadiran ust ketempat itu. Itulah sebabnya barangkali kenapa ust mat buat begitu.
Kpd bradokapak,
Minalaidilwalfaizin, tk
Tiada rahsia kepada pemberi rahsia.
Yg terluah hanya secumit dari yg melata.
Ilmu Allah tiada hingganya bak saujana mata memandang bak lautan tiada tepinya. Terserah kamu menilainya.
LAHAULAWALAKUATA'ILLABILLAHILALIHALAZIM.
Kpd anony 2.19 dan bradokapak,
Kedua2 finomina yg dialami itu adalah awalan kepada kehadiran malaikat yg turun kealam dunia rendah. Merasa dan melihatnya juga sudah dikira mendapat Lailaitul Qadar. Seribu rahmat Allah kurnia kepada Umat Muhammad yg 'dipilih' menjadi saksi keajaiban 1000 bulan itu. Ia perlu dipelihara hingga keRamadhan yg akan datang. Yg tak berguru kena ada guru, yg dah berguru kena taat. Buat banyak sunat selalu.
Apa yg atok cerita disini adalah pengalaman atok yg mula mendapat Lailatul Qadar pada usia 15 th lagi, dimana atok 'ditarek masuk' kealam itu tampa atok sedari pun. Atok hanya terpinga2 disitu kerana atok tiada pengatahuan ttg nya. Masa mendewasakan kita, begitu juga dengan Lailatul Qadar, yg datang berperingkat2 . Bukan terus dapat penuh ataupun kita hanya akan mendapat sebahagiannya sahaja. Spt yg atok kata ada 5 peringkat. Tak kiralah yang mana ia telah dikira penuh juga, cuma yg teristimewa ialah peringkat ke3 yg hanya satu minit saja diantara yg lainnya. Inilah 'pingat kebesaran' kurniaan Allah yg terbesar didunia ini kepada hambaNya. Ia tidak ditarek balik spt pinggat kebesaran dunia.
Jangan buat tangapan yg salah ttg apa yg atok kata ni. Ia hanya sebagai dorongan kepada semua yg berminat akan pekara ini. Atok cuma cerita apa yg pernah atok lalui. Mungkin org lain juga ada cerita mereka sendiri yg boleh dibuat panduan utk kita. Apa pun semua itu akan kembali kepada Allah jua yg menentukannya kerana ia milik mutlak kpd Yg Mahapencipta.
WAALLAHUA'LAM...
Selamat Aidilfitri, maaf zahir batin.
sekian
atok zamany.
Salam tok,
ReplyDeleteBerkenaan dgn taubat nasuha. Kalo kita taubat tetapi msh juga melakukan dosa yg sama, itu bkn taubat nasuha. Bagaimana nk dpt taubat nasuha? Kena paksa ke nak menyesal ni tok?
Adakah taubat ni pada khusus pada kesalahan tertentu seperti taubat sebab berzina atau bersifat umum.
Boleh tok bagitau amalan Rasullullah berkenaan solat sunat taubat? berapa kerap?
-haly-
Salam Atok...
ReplyDeleteMaksud atok,org yg nazak pun wajib mgucapkan hanya kalimah shadatai LAILAHAILALLAH ye ke atok?
hmm,skrg bru cucu faham sebenar-benarnya...cucu ucapkan terima kasih banyak2 pd atok atas pencerahan yg diberikan,hanya Allah sj yg dapat membalasnya...
terima kasih atok...
Sekian pertanyaan cucu buat masa ini...Insyaallah,jika cucu ada sebarang kemusykilan di masa akan datang,cucu akan merujuk dgn Atok lg...
Wassalam...
Salam cucu haly..
ReplyDeleteTaubat nasuha adalah taubat yg sebenar2nya murni kerana menyesal atas dosa2 besar dan yg kecil, samada yg telah lalu, sekarang dan yg akan datang. Ia datang sendiri didalam diri kita atau kita paksa diri kita utk menyesal atas perbuatan dosa2 itu. Ia perlukan kpd keikhlasan murni didalam diri dan hati kita. Selalunya mereka yg bertaubat nasuha ini tidak lagi kembali melakukan dosa itu. Jika ia kembali berbuat dosa, taubatnya tiada erti. Ia boleh saja dianggap mempermainkan atau mempersendakan Allah swt dan RasulNya yg pula akan menembah satu lagi dosa besar pd dirinya. Jadi jika mempunyai hati yg cekal saja mampu melakukan taubat nasuha ini.
Ya.. taubat nasuha perlu utk menghapus dosa2 besar spt Minum Arak, Berzina, Berjudi, Memfitnah, menduakan Tuhan, Mempersenda Allah dan RasulNya serta banyak lagi.
Amalan Rasulullah, kita manusia biasa tak mampu buat. Baginda solat sunat sehari semalam 73 rekaat, solat sunat taubatnya banyak hingga ada yg menyatakan Baginda solat sunat taubat sampai 100 rekaat dan mungkin lebih.
Waallauha'lam.
atok zamany.
Salam kembali tok,
ReplyDeleteterima kasih dgn penjelasan.
Tok, solat taubat ni tak perlu berguru pun boleh dilakukan? Atau buat dulu kemudian cari guru..begitu?
-haly-
Salam cu haly,
ReplyDeleteYa... taubat tak perlu tunggu berguru atau tak. Buat hari2 solat sunat taubat. Kosad niat dlm hati, buat taubat nasuha. Mohon Allah terima taubat kita. Jika kita berguru, solat sunat taubat ini seolah2 spt sudah menjadi wajib pula. Ia menjadi rutin harian dan solatnya pula paling kurang pun 12 rakaat. Begitulah cara mualim2 beribadah.
Waallahua'lam
Sekian
atok zamany
Salam kembali tok,
ReplyDeleteTq dgn penjelasan yang lepas. Soalan masih berkaitan dgn solat.
Boleh atok jelaskan, sewaktu solat dimana
a. mata kita
b. hati kita
c. fikiran kita.
Sekian dulu atok..
-haly
salam semua...
ReplyDeletekepada cucu haly,
Jika yang dimaksudkan daripada soalan cucu ni adalah bersangkutan dengan untuk mendapat solat yang Khusuk, penjelasannya amat panjang. Kerana persoalan khusuk didalam solat itu bukan hanya untuk menterbiah jasad sahaja. Ia merangkumi soal yg lebih detail dari itu spt soal2 yg bersangkutan dengan Roh hadafi, ruh akali dan roahul Haq. Kemudian didalam hakikat solat, syariat solat, tariq solat dan marifah solat iaitu persoalan "siapa yang disembah dan siapa yg menyembah". Kemudiannya ia bukan hanya dengan bercakap saja, ia perlu dilakonkan dihadapan guru, sama ada ia akan mengendap kamu solat, atau ia akan menjadi imam waktu solat atau hanya memerhatikan kamu dari jauh sahaja. Kemudian akan menegur kesalahan2 yg kamu dilakukan malah ada diantaranya yg akan merotan dikala kamu sedang solat utk melihat sama ada kamu khusuk atau main-main solat. Lihatlah bertapa detailnya seorang guru mengajar murid solat, bukan hanya memerhati dari mula perlakukan solat, nahu dan tajuid bacaan hingga keperingkat Rohani juga dijaga. Itulah sebabnya kenapa atok cakap pasal "pentingnya berguru" secara hadap berhadapan ini. Inilah salah satu sebabnya, iaitu bagaimana untuk mendapat khusuk dalam solat. Perlu diingat, semua amalan bertiangkan solat, jika rosak solat kita, maka rosaklah seluruh amalan kita. Itulah sebabnya Allah letakkan solat itu sebagai Rukun.
Tetapi jika cucu maksukan untuk mengatahui dimana letaknya 3 pekara itu didalam solat, ia mudah saja dijawab contohnya jika atok jawab begini - mata tempatnya melihat sajadah, hati ingat pada Allah, dan fikiran 'dikosongkan'... bagaimana ? adakah cucu akan puas dengan jawapan sebegitu ? tetunya tidak bukan ? kerana yg cucu mahukan ialah untuk khusuk dalam solat. 3 jawapan itu tidak akan membawa kepada khusuk, malah akan memeningkan lagi kepala kita, sebabnya... kita tidak tahu bagaimana untuk meletakkan 3 pekara itu serentak didalam solat kemudian ditambah pula dengan 3 pekara lagi iaitu niat, lidah dan angota yg juga perlu serentak dilakukan didalam solat. Bagaimana... pening tak ? Ini bezanya solat antara orang yang tak berguru dengan orang yg berguru.
Maka.. adalah sangat perlu berguru. Ia sangat penting bagi mereka yg inginkan khusuk dalam solat. Jika berguru, paling habis bawah sekali pun, ikut guru saja. Baik perbuatan mahupun rohani yang 'diisbatkan' (seolah2 digandingkan) kpdnya sudah cukup memadai untuk menyampai kehadrat Allah waktu solat. MAKA SOLAT KITA ITU BENAR. Jika kita nak pergi mengadap Dia sorang2, sudahlah tak tahu dimana ? bagaimana ? nak jaga itu, nak jaga ini...kan lintang pukang dibuatnya, kemudian syaitan, iblis dok kacau lagi... entah bila nak 'menyampai' khusuk ???? fikirkanlah...
Waallahua'alam...
atok zamany.
Salam kembali,
ReplyDeleteOwh tak sangka panjang pula jwpn kepada kusyuk solat ni.
Saya perhatikan jemaah solat di masjid msh ramai yg tidak sempurna cara solatnya. Antara yang paling ketara ialah tahiyat akhir (jemari kaki tidak dilipat). Walaupun begitu tidakla saya ketahui tahap kekusyukan mereka.
Jawapan atok no 2 ingat Allah bererti zikir. Tp maksud fikiran kosong tu? Saya penah baca, antara perkara yang boleh difikirkan waktu solat
a) bayangkan mengadap Allah
b) bayangkan Kaabah
Sekian dulu tok. Pembaca yang lain masih beraya agaknya :)
-haly-
salam, atok.. atok.. nak tanya sikit,, trima kasih atok..
ReplyDeleteantara 2 orang,orang kaya dengan orang miskin,mana yang lebih Allah pandang kerana yang kaya jika dia mahu dia boleh sedekahkan duit banyak2 sedangkan yang miskin x leh nak sedekah coz xde duit.
antara 2 orang anak ,yang satunya daripada family yang kuat beragama jadi peluang dia untuk menjadi orang yang baik tentunya tinggi,manakala seorang lagi anak yang hidup dalam keadaan persekitaran yang selalu buat maksiat dengan kata lain orang yang tidak baik,jadi peluang dia untuk jadi orang yang jahat tinggi juga, Bagaimana Allah pandang mereka,,macamana anak yang kurang bernasib baik tadi nak jadi orang yang baik...
maaf atok,saya sekadar mengulang kembali soalan yang ditanyakan kepada saya namun saya x dapat nak memberi jawapan yang baik kepadanya.. harap atok sudi perjelaskan persoalan ini dengan lebih detail. terima kasih atok zamany...
saya selalu tengok dan baca blog atok tapi jarang bertanya,, first time bertanya..
doakan saya agar dipermudahkan segala urusan untuk mendapatkan takin sementara buat masa terdekat ni..
*******wonderpets*******
salam
ReplyDeleteatok dan pengunjung blog yg budiman dan dirahmati
ape pandangan atok bila mana sy kerap diberi hint tentang mlm 1000 bulan... ia hadir apabila sy duduk releks dan melihat sekitar alam, namun malang sy belum perolehinya, ini mungkin kerana sy kurang baik
dlm mlm 1000 bulan ia bukan saja turunnya rahmat bahkan segala buku amalan dan pelbagai pekara lagi yang baru utk thn yg akan dtg betul tak?
kite sering mendengar ungkapan tak "cium bau syurga" jika buat tak elok sebegini sebegitu, adakah ia bermakna kite tak dapat duduk disyurga? atau betul ke pandangan sy mengatakan kita beroleh syurga namun tiada nikmat syurga?
atok
bagaimana nak meningkatkan lagi pandangan makrifat kita terhadap sesuatu pekara?
maaflah jika soalan sy diluar bidang atok
kenapa para ulama mazhab hambali kata Maka menurut para Ulama (terutama Mazhab Hambali) pekara yang termasuk bidaah dan tradisi orang-orang jahiliah (kafir Arab dahulu kala) ialah:
ReplyDeletea) Berzikir kepada Allah beramai-ramai di sebelah kuburan.
b) Berkumpul dimasjid, dimakam atau dirumah bagi tujuan membaca al Quran dan lainnya dimana pahla bacaan itu ditujukan kepada simati.
c) Mengumpulkan ahli keluarga simati dengan mengadakan kenduri oleh sahabatnya.
d) Menamani keluarga simati dengan tidur dirumah mereka beberapa hari sehingga hilang kesedihan mereka. Ia bermaksud menghiburkan keluarga simati.
e) Mengadakan makanan atau kenduri oleh keluarga simati pada hari ketiga, ketujuh, 40 hari, 100 hari dengan menjemput tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara didalam satu majlis bagi mendoakan simati.
Sape nama ulama mazhab hambali tu? kenapa perkara2 ada kait mengait dengan adat orang melayu? org melayu dulu orang arab jahiliyah ke?
harap atok dapat bagi jawapan. =)
-kuzy-
Salam semua...
ReplyDeleteMarilah kita berpuasa sunat shawal selama 6 hari kerana fadilatnya seperti kamu berpuasa setahun. Rebutlah peluang yang diberikan itu, mudah mudahan Allah akan merahamati diri mu.
Kepada haly..
Kosongkan fikiran, bukan bererti bayangkan. membayangkan sesuatu didalam solat amat merbahaya kerana solat tidak menyampai dengan membayangkan sesuatu. Solat sampai dengan hati yang hadir atau hati yg ingat dan dapat merasainya. Ia tidak sama hati yg berzikir, kerana waktu solat semua itu harus berhenti dan tertumpu pd menghadirkan hati pd solat sahaja. Kaabah hanya tempat mengadapkan wajah, bukan tempat menyembah. Jika beranggap demikian bererti kita dah jauh terpisong beretikad. Kita tidak sembah kaabah, tapi menyembah Allah. Ketahuilah Allah itu tidak bertempat, berumah, berupa dan bukan berjisim. Jika dimaksudkan mengadap Allah, ia lebih baik lagi dan lebih selamat.
Kpd wonderpets..
Antara kaya dan miskin, kedua2nya Allah perhatikan sebab kedua2nya sedang diuji. Kita tidak mengatahui takat tinggi rendah kasih sayang Allah kerana hanya Dia yg mengatahui. Jika org kaya boleh beramal dgn duitnya. Org miskin boleh bersedakah dgn semyuman, memberi salam, mendoakan saudara seislam, memberi bacaan fatihah dan ayat2 quran yg lain, membuat tahlil utk semua umat islam dan banyak lagi. Siapa kata org miskin tak mampu bersedekah ?
Iman tidak boleh diwarisi atau diwasiatkan kpd anak. Kita hanya boleh berdoa supaya mendapat anak yg solah, tetapi hanya tuhan yg boleh tentukan hal itu. Jgn salahkan keluarga atau keadaan sekeliling, kita yg harus bergerak keluar dari masaalah itu. Kenalah berkerja keras kerana peluang Allah buka sama rata. Peluang sentiasa terbuka kepada mereka yg rajin berusaha mendekatkan dirinya pada Allah. Allah tak pandang darah keturunan, kaya atau miskin kerana semua itu Dia yg cipta. Manusia yg beramal soleh, ikhlas dan redha itulah yg lebih Allah sayang. Beranggapan baik sentiasa pd Allah, juga sangat dituntut dalam agama.
Alhamdullilah, jika berjaya mendapat talkin. Ia lebih memudahkan kerja cucu. Atok doakan...
Terima kaseh kerana sudi kemari.
Kpd oracle...
Pd mlm itu memang Alam berubah hawanya, pandangannya, keadaannya dan ketenangannya pada petang hari sebelum magrib dah mula nampak, makin lama makin jelas hingga menyampai subuh dan berterusan hingga keesokan harinya sampai waktu magrib juga. Merasa hawa juga benar, nampak perubahan alam juga benar, merasa sejuk nyaman juga benar, dapat mencium haruman yg tiada tandingannya juga benar dan berbagai lagi. Jika sudah mendapat hint, bererti boleh meningkat lagi semakin hampir, hampir dan hampir. Ia tergantung kepad rezeki juga. maka.. jika merasa diri kurang baik, kenalah tingkatkan kerja2 amalan, banyak sunat, berjaga malam dll utk menjadi bertambah baik, maha baik dan agung baik. Insyaalallah...
Ya memang benar pd malam lailatukqadar lah Allah turunkan segala bentuk rahmat, bincana, rezeki dan lain2 lagi untuk tahun yg akan datang.Ia turun bersama2 malaikat yang menyampaikan semua itu untuk "dijaga" oleh para waliallah seluruhnya.
Ungkapan org tua2 "tak cium bau syurga" bermaksud langsung tak dapat bau haruman syurga yg menurut ceritanya, apabila dibuka pintu syurga bau harumnya menyampai 80 ribu tahun perjalanan. Jadi berapa jauh dia dari syurga, hingga tak boleh cium bau itu ? Jangan kata nak duduk, ia jauh sangat kebelakang melebihi 100 ribu tahun perjalanan ke syurga?? Waallahua'alam...
Pandangan Makrifah meningkat melalui peningkatan rohani atau Roh. Jadi kena banyak beramal pd bentuk rohani dan sentiasa ditajamkan pandangan dalamnya dengan "rasa" pd mata batin. Faham tak ni ??? (baca pelan2 dan ulang banyak kali, nanti faham).
sekian
atok zamany.
salam saudara kuzy...
ReplyDeleteNampaknya lain macam bunyi soalan ni, macam nak uji atok je bunyinya ??/
Takkan tak tahu, Mazhab Hambali dipelupuri oleh Imam Ahmad bin Hambal rahimakumullah ??? dan tulisan atok ini pula adalah dari seorang Imam bermazhab Hambali, itulah sebabnya atok buat dlm kurungan supaya pembaca boleh faham bahawa kenyataan itu dari pandangan mazhab hambali. Kita disini mengikut fahaman mazhab syafie dan mereka ditimur tengah kebanyakannya berfahaman mazhab hambali. Jadi pembaca kena tahu bezakan.
Kemudian dari sebab kaum pula, atok tak kata yg org melayu berasal dari bangsa arab jahiliah. Tetapi pembaca seharusnya sudah maklum akan sejarah kedatangan islam kemari. Ia membawa bersama adat resam mereka kemari, oleh itu apa yg menjadi amalan dan adat kaum melayu disini adalah hasil cedokan atau adaptasi amalan kaum arab menjadi amalan kaum melayu. Sudah tentu ia nampak sama ??? Bukankah org melayu belajar dari mubaliq dan pedagang arab yg dth ketanah melayu dahulu. Tak pernah pula kita baca sebaliknya pula berlaku ???
Oleh itu kena banyak membaca sebelum terus menyoal orang dengan tampa usul pereksa ? Ia akan menapkan kelemahan diri kamu sendiri.
---------------------------
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TULISAN INI ADALAH TERJEMAHAN DARI KITAB BERBEHASA ARAB KEPADA BAHASA MELAYU. MUNGKIN TERDAPAT KEKELIRUAN SEMASA ANDA MEMBACANYA. KESULITAN HARAP DIMAAFKAN.
sekian
atok zamany.
terima kasih atok.. terima kasih banyak2.. mematikan hujah menyelesaikan masalah..hehe
ReplyDeleteinsyaAllah , semoga Allah pilih hamba untuk berada dalam kebanaran yang betul2 benar
boleh dapatkan email atok x
ReplyDeleteuntuk memudahakan cucu menghubungi atok. terima kasih atok
salam tok..
ReplyDeletelepas baca penjelasan atok rasanya saya kembali kosong la tok. Banyak lagi kena belajar syariat..ini baru solat.
Apakah solat yang kusyuk tu dalam keadaan sedar?
Saya larikan sedikit soalan dari topik diatas. Ada org kata " yang baik dari Allah, yang buruk dari diri sndiri" tapi melalui pembacaan blog2 sufi, "yang baik dan buruk suma datang dari Allah". Sy lebih mempercayai yang no 2 sebab ade satu terjemahan Alquran yang berbunyi lebih kurang begini
"Tiada daya upaya dan kuasa melainkan daripada Allah".
Ini ade kaitan dgn takdir, qada' dan qadar serta diri manusia yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Tok, sekiranya seseorang berubah..sebab Allah yang ubah dan ia telah tercatat kan tok?
-haly-
terima kasih atok...
ReplyDeleteatok "rasa" mata hati tu ada rase debar tak? sebab ada rase yg lain didada jika hendak mendalami sesuatu pekara, contohnya membaca watak orang atau cuba menyelami perasaan alam sekeliling..
rajin betul haly ni buat pertanyaan kepada atok, adakah anda bernama herly mohd ali? ade tiga pekara yang tidak bole diubah yakni ajal maut jodoh rezeki yang lain adalah mengikut "sangkaan hambanya" setiap hamba diberi pilihan, setiap pilihan ada jalan-jalan liku liku perlu ditempohi membawa kepada destinasi yang ditetapkan pada jalan yang dipilih..
atok betulkan saya jika saya silap..
tq
salam semua...
ReplyDeletekpd wonderpets,
email add ada diatas ms blog, zaman5169@gmail.com.
kpd haly,
Jangan sampai tak solat walau sedang mencari jalan hakikat. Asas utama semua didunia ini adalah solat yg khusyuk. Tampa solat tak guna semuanya. Itu sebab atok suruh cari guru, pertama utk kenal syariat, kedua untuk kenal tarikat (jalan), ketiga untuk kenal Hakikat dan seterusnya masuk kealam ma'rifat. Khusyuk duduk di alam Ma'rifat. Jadi kena lah tahu 1 sampai 3 tu baru boleh duduk dlm Ma'rafat.
Atok perhatikan soalan cucu bercelaru. cucu tak tahu beza syariat, tarikat, hakikat dan marifat. Cucu soal pekara syariat dan nak terus sampai marifat. Ia bukan boleh melompat begitu. Tu lah sebab kena berguru.
Masuk kealam marifah atau khusyuk tu dalam jaga bukan mimpi, tak sedar, mabok, khayal dll. Ia sedar sesedar-sedarnya, malah lebih sedar dari sedar syariat. Nampak segala-galanya. Rasa segala-galanya dengan nyata sebenar. bukan dibayang- bayangkan. Faham tak ni ??? walau bagaimana pun ia terbahagi kepada 7 peringkat. asas kpd marifat ialah kata-kata "Lillahitaa'la". Cuba amalkan semua bentuk kerja dimulakan dengan "kerana Allah 'taala". Apa juga kerja, bercakap, berjalan, bermain, belajar, makan, minum, bergaul bermasyarakat... semuanya dimulakan dengan kalimah itu. Amalkan setiap hari sampai 1 tahun dan seterusnya. Lihatlah apa kesannya kelak ???
Lihatlah soalan kamu yg kedua tu, cuba baca semula. Kamu tak faham pun apa yg kamu soal ??? Kada dan kadar Allah duduk dialam marifah dan ia didalam kekuasaanNya sahaja. Manusia biasa sehebat mana pun tak akan tahu apa yg tertulis ? bagaimana tulisannya ? dimana ia ditulis ? loh mahfus tu apa ? dimana ? bagaimana ia berkerja ? satu pun tak akan terlepas dariNya. Manusia yg paling hebat dan mengenal dan menjaga Alam Laduni ialah Nabi Allah Khaidir as namun rujukan utama kpdnya juga jatuh kpd Nabi Muhammad saw. Sedangkan dibawah Loh Mahfus itu duduknya alam Laduni, pun kita tak sampai... bagaimana nak tahu isinya loh ???
Jadi manusia yg sengaja berkata2 mengelirukan manusia lain supaya percaya mereka tahu Laduni dan mengatakan "segala yg baik dan buruk datangnya dari Allah" dan melepaskan semua bentuk kerjabuat mereka yang buruk atau berdosa kpd Allah, kerana telah ditulis di loh itu adalah "PEMBOHONG BESAR". Mereka lebih jahat dari kaum Yahudi yg mahu Allah sediakan semua untuk mereka spt makanan dan minuman dari langit itu, sedangkan mereka berbuat maksiat sepanjang hidup mereka.
Jadi jalan yg terbaik, kita yakini kada dan kadar Allah, tetapi bukan mengatahui akan pekara didalamnya. Biarlah Allah Mahamengatahui dan Mahabijaksana urus. Kita harus berkerja keras utk mendapat sesutu yg kita hajati contohnya untuk hidup senang. Kalau semuanya kita biar saja, tunggu saja Allah beri sebab "dah Ditentukan", kan kita jadi malas ??? sampai bila kah kita nak menyampai kalau tak berusaha ??? Jadi kalau nak berubah kena usha, bukan tunggu Allah ubah.
Jgan terikut-ikut mereka yg "dah terlampau pandai" itu. Biarkan mereka dgn dakwaan sesat mereka. Kamu harus ada peganggan sendiri, jalan kamu sendiri, Tuhan kamu sendiri. Maksud atok "lakum di nukum wa li yadin" drp mereka yang "tersannnngat" sufi itu. Hati-hati dengan dakyah kekesatan didalam sufi (spt atok dah tulis dulu kan ). Jangan bere'tikad yg jauh terkeluar dari akidah. Jika kita tidak pasti, jangan taksub membuta tuli (jahil murakab - pun atok dah tulis dulu ). Semua nya ada kaitan dgn rencana atok dari mula sampai sekarang. Cucu ni baca ke tak ni ????
sekian dulu ok
atok zamany
kpd oracle..
ReplyDelete"Ada resa" amat berbeza dengan "rasa pd mata hati", ia lebih dalam dari itu. Mata hati adalah kelajuan roh mengenal alam. juga dipanggil marifah. apabila dengan kelajuannya memasuki alam marifah maka jasad yang "nipis" akan mengenal maklumat yg dibawa rohul kudus. Ia tampa kata-kata, tampa pandangan zahir. Jasad hanya "mati" tiada fungsi, tetapi sedar. Sedang Jasad "mengenal" maklumat didalam kalbu dengan roh hidafinya, kemudian dibawa naik kepada roh akalinya. Maka akal mengatahui. Begitulah serba ringkas transaksi maklumat dlm roh. Tetapi ini semu berlaku sepantas melebihi kelajuan cahaya. Sedangkan resa ialah biasan jasad akan kerja roh. Tetapi bersifat luaran. Maksudnya belum 'benar' lagi sebab duduk luar. Ia masih boleh diganggu oleh syaitan. sbg contoh debaran didada. Boleh diujudkan oleh syaitan terutama yg bersaka. Ia sememangnya duduk diluar lingkungan jantung manusia. Jadi bagaimana untuk memastikan benarnya maklumat itu ??? umpamanya untuk "mengenal orang" atau "mengenal perasaan alam" ??. Dengan resa, tidak boleh diterima kebenarannya. Tahu dengan "mengenal" dgn mata hati itu lebih jitu dan komplex dan ia tampa gangguan mana-mana pihak ketiga termasuk jasad manusia itu sendiri. Terutama akal fikiran manusia. Ia tak dapat difikirkan.
Tetapi jika manusia yg dah "tipis" jasadnya akan juga turut serta dlm proses "mengenal" didalam marifah. Itulah manusia yg sudah mengenali dirinya kemudian itu... baharulah TUHAN AKAN KENALKAN DIRINYA.
Bagaimana dengan jawapan atok tu... faham tak ni ???
Wallahua'lam...
sekian
atok zamany.
salam kembali,
ReplyDeleteKpd Oracle,sy bkn org yg anda mksdkn tu..
TQ dgn pnjlsn atok.. sy baca suma artikel atok kt sini tp ada kekeliruan, sbb tu sy tnya atok.
Insyaallah sy try pe yg atok cdgkn tu.Nmpknya sy kna hati2 dgn pe yg sy baca slps ni.
Ye tok, asasnya spt Oracle ckp tu..kna usaha tuk bjya or hdp sng.
-haly-
Salam haly..
ReplyDeleteJangan terasa dengan jawapan atok ya, sebab atok ni suka berterus terang saja. Bukan bertujuan yang lain. Sememangnya penulisan atok ni berbentuk komplek dan dinamik yang memerlukan seseorang itu bukan sahaja memahaminya dengan akal fikiran tetapi dengan hatinya juga. Orang melayu amat berbeza dengan kaum lain didunia ini. Mereka amat berminat dgn "kerohanian" kerana mereka berasal dari keturunan yg mendalami "kerohanian". Cumanya ada yg sampai tak kenal antara hitam dan putih. Mereka duduk ditengah-tengah yang "Blur", rabun warna, menjadi kelabu, tetapi ego yg tersangat tinggi. Bila bercakap soal rohani, seolah-olah mengatahuinya. Tetapi bila disoal selidik... mereka sebenarnya BLUR. Sebab itulah kita kena sentiasa diingatkan. Jadi penulisan ini adalah bertujuan kpd mengingatkan. Olek kerana itu membaca tampa kita meningatkan dengan hati akan menyebabkan kita selalu 'blur' dan tidak ingat apa yg kita baca. Dlm lain perkataan "penghayatan" kena peka. Jadi "hayatilah" dlm membaca.
Memang kadang kala penulisan atok ini atok buat begitu, supaya orang yg faham mudah untuk terima dan yg tidak faham akan keliru. Ia sebenanya menguji minda. Kalau tak.. boring la.
Sekian,
atok zamany.
SALAM,,,
ReplyDeleteterima kasih atas penerangan dan kritikan yang membina dari saudara atok. barulah hambe lagi dine ini faham bahawa catatan atok berasal dari Mazhab Hambali r.a. Bukan ape tok, owang kampung kami bermazhab syafie. Tidak tahukah atok, ibonda kepada Imam Syafie r.a mengandungkan selama 2 tahun. Maha Suci Allah, tidak DIA mencipta sesuatu hal itu dengan sia-sia. =)
Dikampung saya, Alhamdulillah,
b) Berkumpul dimasjid, dimakam atau dirumah bagi tujuan membaca al Quran dan lainnya dimana pahla bacaan itu ditujukan kepada simati.
c) Mengumpulkan ahli keluarga simati dengan mengadakan kenduri oleh sahabatnya.
d) Menamani keluarga simati dengan tidur dirumah mereka beberapa hari sehingga hilang kesedihan mereka. Ia bermaksud menghiburkan keluarga simati.
e) Mengadakan makanan atau kenduri oleh keluarga simati pada hari ketiga, ketujuh, 40 hari, 100 hari dengan menjemput tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara didalam satu majlis bagi mendoakan simati.
Alhamdulillah syukur.
Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah menciptakan AHLUL SUNNAH WALJAMAAH SECARA BERSEPAKAT. INGAT, SEPAKAT MEMBAWA BERKAT. INSYAALLAH.
Sebagai tambahan, teringat pula disaat wahyu pertama RASULULLAH dilantik menjadi RASUL, IQRA'! BACALAH! KEMUDIAN ALLAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN UNTUK BERFIKIR DIMANA YANG BAIK DAN DIMANA YANG BURUK.
ALHAMDULILLAH
-kuzy-
edit sedikit... Tidak tahukah atok, ibonda kepada Imam Syafie r.a mengandungkan BELIAU selama 2 tahun. Maha Suci Allah, tidak DIA mencipta sesuatu hal itu dengan sia-sia. =)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.
-kuzy-
Salam semua,
ReplyDeletekapada semua pembaca, baru sekejap tadi atok dah poskan atikal atok yang ke 7 dari bab kemtian. selamat membaca...
kepada kuzy..
ya, memang sebenarnya dia diberi kelebihan, utk lebih tepat lagi ia dikandungkan selama 2 tahun 17 hari.Ia sangat luar biasa dan didalam mas tersebut, Allah telah mengajar beliau ilmu pengatahuan yang dalam. Kata guru atok dulu, ia belajar dalam rahim Ibu, waallaua'lam.
sekian
atok zamany.
terima kasih atok
ReplyDeletepejelasan atok memberi ruang utk menambahkan ilmu, insyaallah akan ketemu dengan tuan haji mat utk mendalami diri.. atok email atok ape ye? tak nmpak diatas, yg ada tu bile dihantar email takbole lah tok
atok ni org yang lemah lembut, cume gaya penulisan je mcm tu