BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
FASAL A- KEMATIAN :
BAB 9 - KEMATIAN ITU KIFARAH BAGI UMAT ISLAM.
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Kematian adalah kifarah bagi setiap muslim". Hadis ini juga dikatakan oleh al Qadli Abu Bakar ibnu Arabi didalam kitabnya "Siraj al Muridin", beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih sekaligus hasan.
KETERANGAN:
Sesungguhnya kematian itu adalah merupakan kifarah bagi segala penderitaan dan rasa sakit yang dialami oleh seseorang muslim semasa menderita terlantar kerana sakit dipembaringan dan kemudiannya membawa maut. Dalam hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah telah bersabda "Setiap orang muslim yang ditimpa penderitaan berupa sakit dan lain-lainnya, nescaya kerananya Allah akan menurunkan dosa kejahatan-kejahatan itu seperti pokok yang menguggurkan daun-daunnya ". Dari kitab 'Al Muwatha' iaitu sebuah riwayat dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda " Barangsiapa yang dikehendaki Allah baik, Allah akan mendugainya".
Kemudian dalam sebuah hadis ma'tsur, Allah swt telah berfirman "Sesungguhnya Aku tidak mengeluarkan seseorang dari dunia sedang aku ingin mengasihinya, sebelum Aku cukupkan padanya atas semua kesalahan yang pernah ia lakukan, dengan sakit ditubuhnya, musibah yang menimpa keluarga dan anaknya, kesusahan hidup, kesempitan rezekinya sehingga kepada hal-hal yang kecil. Apabila masih ada sisa dosanya, aku akan memberatkannya dengan kematian, sampai akhirnya ia datang kepada Ku seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya". Dikatakan oleh penulis kitab 'Syarah ash Shudur' dimukasurat 28. Didalam sanadnya terkandung nama 'ad Dairuni', nama seorang perawi yang dicurigai kerana selalu berdusta.
Berbeza keadaannya dengan mereka-mereka yang tidak dicintai dan tidak mendapat redha Allah, seperti yang telah disebukkan didalam sebuah riwayat yang menyatakan, Allah swt telah berfirman "Demi Keperkasaan dan Keagungan Ku, Aku tidak mengeluarkan dari dunia seorang hamba yang ingin Aku seksa, sampai Aku memenuhi setiap kebajikan yang pernah dilakukannya dengan kesehatan tubuhnya, kelapangan pada rezekinya, kesenangan dalam hidupnya dan rasa tenang didadanya, sampai hal-hal yang kecil sekali. Jika masih ada sisa kebaikkannya, aku akan permudahkan kematiannya, sampai akhirnya dia datang kepada Ku tampa mempunyai sebarang kebajikan sedikit pun yang dapat ditebus dari Neraka " Hadis sanad ini juga dibentangkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih seperti yang telah diperkatakan oleh Abul Hasan ibnul Hishar dari Ubid bin Khalid as Salmi, salah seorang sahabat Nabi, bahawa Rasulullah bersebda "Kematian mengejut adalah hukuman yang menyedihkan bagi orang kafir ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud secara mursal.
Diriwayatkan oleh at Tarmidzi didalam hadis daaif dari Aisyah ra bahawa ia berkata "Sesunggunnya kematian mengejut itu adalah kesenangan bagi orang mukmin tetapi hikuman yang menyedihkan bagi orang kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa sesungguhnya Nabi Allah Daud as telah meninggal pada hari Sabtu secara mengejut. Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam budak Saidina Umar al Khatab bahawa ia berkata "Jika sesorang mukmin yang masih mempunyai sisa dosa yang belum mencukupi pada amalannya, Allah swt akan memberatkan Shakaratulmaut. Kesakitan yang dashyat itu akan mencapaikan darjatnya disyurga. Jika orang kafir melakukan kebajikan didunia, Allah akan permudahkan kematiannya untuk melunaskan balasan kebajikan yang telah dilakukan itu, kemudian ia kembali ke Neraka ". Hadis ini juga telah diperkatakan oleh Abu Muhamad @ Abdul Haq.
Telah diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari hadis al A'masy dari Ibrahim dari al Qamah dari Abdullah bahawa Rasullah saw telah bersabda "Nyawa orang mukmin itu keluar dengan melompat dan nyawa orang kafir itu keluar seperti keluarnya seekor keldai.Sesungguhnya seorang mukmin yang melakukan kesalahan (dosa) lalu kerananya ia diperberatkan pada saat kematian, nescaya kesalahan (dosa) itu akan lebur olehnya. Seorang kafir yang melakukan kebajikan akan dipermudah kematiannya sebagai balasan atas kebajikian itu". Telah diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dan Ahmad, sesungguhnya Abu Darda pernah berkata "Aku menyukai kematian kerana aku rindu kepada Tuhanku. Aku menyukai sakit untuk menghapuskan kesalahanku. Aku sukakan kemiskinan untuk tawadu' kepada Tuhanku yang Mahaperkasa dan Mahaagung".
BAB 10 - MATI DALAM BERBAIK SANGKA DAN TAKUT PADA ALLAH SWT ;
Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bahawa tiga hari sebelum Rasulullah saw wafat, Baginda telah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu meninggal dunia kecuali didalam keadaan sedang berbaik sangka kepada Allah". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Dunya dalam kitabnya 'Husnu azh Zhan Billah', beliau menambah "...susungguhnya ada satu kaum yang dibinasakan Allah kerana buruk sangka kepada Allah. Maka Allah yang Maha memberkati dan Mahaluhur berfirman kepada mereka didalam surah Fuhsilat ayat 23 yang mafhumnya :
"...dan yang demikian itu adalah perasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu. Maka jadilah kamu tergolong diantara orang-orang yang rugi ".
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Anas bahawa Nabi swt pernah menziarihi seorang pemuda yang sedang dalam keadaan Nazak, Baginda bertanya 'Bagaimana perasaanmu ? '. Ia menjawab " Selain berharap kepada Allah, aku juga mengkhawatiri dosa-dosaku". Lalu Rasulullah bersabda " Jika dalam hati seorang hamba yang mukmin ada dua perasaan seperti itu, Allah tentu akan mengkhabulkan harapannya dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutinya". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi yang mengatakan hadis ini hasan sekaliarong gharib. Juga diriwayatkan oleh Tasbit dari Nabi saw secara mursal.
At Tarmidzi dalam kitabnya 'An Nawadir al Ushul' dasar ke 86 mengatakan bahawa ia mendengar dari Yahya bin Habib dari Ady dari Basyar al Mufdhal dari Auf bahawa al Hasan berkata 'Aku pernah dengar Rasulullah bersabda', "Tuhanmu Yang Mahaperkasa dan Mahaagung berfirman", " Aku tidak menghimpunkan pada hamba Ku dua ketakutan sekaliarong dan tidak menghimpunkan dua rasa bebas sekaliarong. Barang siapa yang takut pada Ku didunia, Aku akan beri kebebasan diakhirat. Barang siapa yan merasa bebas dari Ku semasa didunia, Aku akan membuatnya rasa takut diakhirat ".
Bersumber dari Abu Bakar bin Sabiq al Umawi dari Abu Malik al Janbi dari Jaubir dari adh- Dhahhak dari Ibnu Abbas dan dari Rasulullah saw menyentuh berkenaan munajat Nabi Musa as, Allah swt berfirman " Wahai Musa...sesungguhnya setiap hamba Ku yang bertemu Aku pada hari kiamat nanti pasti akan Aku periksa apa yang ada padanya kecuali dua sifat wira'i (Ketakutan dan malu). Aku merasa malu kepada mereka, memberi tangguh kepada mereka, memuliakan mereka dan memasukkan mereka kedalam syurga tampa hisab ". Lalu Rasulullah bersabda lagi "Barangsiapa yang merasa malu kepada Allah didunia dari apa yang telah dilakukannya. Allah pun merasa malu untuk memeriksa dan menyoalnya. Tidak mungkin terkumpul dua rasa malu sekaliarong padanya, sebagaimana juga tidak mungkin terkumpul dua rasa takut sekaliarong padanya ".
KETERANGAN:
Perasaan berbaik sangka terhadap Allah seharusnya lebih kuat semasa seseorang hampir meninggal dunia daripada sewaktu ia sihat. Sebagai ganjarannya Allah telah berjanji akan mengasihinya dan mengampuni dosa-dosanya. Bagi orang-orang yang berada disekelilingnya sewaktu nazak, harus selalu mengingatkannya supaya dia masuk dalam firman Allah "Aku tergantung bagaimana sangkaan hamba Ku kepada Ku, bolehlah ia menyangka Aku sesuka hatinya". Demikian yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim.
Dari sebuah hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh al Khathib didalam 'Tarikh Baghdad' - (1/396) dan dari riwayat Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu meninggal dunia kecuali sedang berbaik sangka kepada Alllah kerana berbaik sangka kepada Allah itu adalah harga syurga ". Diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa ia berkata "Tiang dan tujuan utama agama ialah untuk berbaik sangka kepada Allah. Barangsiapa diantara kamu meninggal dunia sedang kamu berbaik sangka kepada Allah, ia akan masuk syurga dengan perasaan lega." Abdullah bin Mas'ud menyatakan "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, seseorang yang mahu berbaik sangka kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan sangkaan yang sama kepadanya. Hal itu kerana segala kebijikan ada ditangan Nya ". Mengambil berita dari Sufyan, Ibnu Mubarak mengatakan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata " Apabila kamu melihat seseorang hendak meninggal dunia, buatlah ia gembira supaya ia bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan berbaik sangka kepada Nya ". Apabila mereka didalam keadaan sihat dan hidup, maka takut-takutkanlah mereka (memberi peringatan dan kesedaran). Kata al Fudhail "Dalam keadaan sihat seorang hamba lebih baik takut daripada berharap. Tetapi semasa hendak meninggal dunia, berharap itu lebih baik dari takut ".
Diriwayatkan oleh Ibnul Abu Dunya dari Yahya bin Abdullah al Bashri dari Sawar bin Abdullah dari al Mu'tamir bahawa ia berkata " Ketika ayahku hendak meninggal dunia ia berkata kepadaku, "Wahai Mu'tamir... ceritakan kepadaku pekara-pekara yang ringan dan menyenangkan supaya nanti aku bertemu Allah dalam keadaan bersangka baik kepadaNya ". Diriwayatkan oleh Amr bin Muhammad an Naqid dari Khalaf bin Khalifah dari Husain dari Ibrahim bahawa ia berkata "Orang-orang salaf gemar sekali memberitahukan amal-amal kebijikan seseorang yang hendak meninggal dunia supaya ia boleh berbaik sangka kepada Allah yang Mahaperkasa dan Mahaagung ". Tsabit al Banani bercerita "Ada seorang pemuda yang terkenal sangat nakal sehingga selalu membuat Ibunya merasa malu. Sewaktu hendak meninggal dunia, Ibunya dengan penuh kasih sayang menghampirinya dan berkata, 'Anakku, aku selalu mengingatkan mu bahawa kamu pasti akan menemui ajalmu seperti ini'. Ia menjawab ' Wahai ibu.. sesungguhnya aku punya Tuhan yang sangat dermawan dan baik. Hari ini aku masih boleh berharap, mudah-mudahan Dia tidak lokek atas kebaikkan Nya padaku." Akhirnya anak itu dikasihi oleh Allah berkat berperasangka baik kepada Allah ".
Pasa suatu hari, Amr bin Dzar sedang duduk bersama-sama dua sahabatnya Ibnu Abu Daud dan Abu Hanifah, ia berkata "Ya Allah.. takkanlah Engkau hendak menyeksa kami, sedangkan diperut kami ada tauhid ?. Aku tidak pernah melihat Engkau melakukan seperti itu. Ya Allah.. ampunkanlah orang yang selalu bersifat seperti para tukang sihir Firaun pada saat Engkau mengampuni mereka kerana mereka mengatakan (yang terdapat dalam Quran, firman Allah didalam surah asy Syu'ara ayat 47)..."Kami beriman kepada Tuhan semesta Alam".
Kemudian diceritakan pula oleh ath Thabari, katanya "Dikatakan Nabi Allah Yahya bin Zakaria apabila bertemu dengan Nabi Isa bin Maryam as ia bermuka masam, Nabi Isa berusaha membuat ia tersenyum tapi tak menjadi lalu Baginda pun bertanya "kenapa bermasam muka?" Nabi Yahya as menjawab "Kerana setiap kali bertemu denganmu, kamu sentiasa tersenyum seolah-olah kamu telah merasa bebas didunia ini ". Kemudian Allah mewahyukan kepada mereka berdua "Sesungguhnya diantara kamu berdua, yang paling Aku cintai ialah yang paling berperasangka baik terhadap Ku". Demikianlah yang diberitakan oleh Israeliayat (sebuah manuskrip kaum Israel).
Telah diriwayatkan oleh Baihaqi dan Abdurazaq bahawa Zaid bin Aslam mengatakan "Pada hari kiamat kelak, seseorang yang dihadapkan kepada Allah, lalu Allah berfirman kepada Malaikat, "bawa orang ini pergi ke Neraka" Ia bertanya "Wahai Tuhan, bagaimana dengan solat dan puasaku". Allah berfirman "Hari ini Aku memutuskan rahmat Ku, sebagaimana kamu memutuskan hamba-hamba Ku dari rahmat Ku". Allah telah berfirman didalam surah al Hijr ayat 56 yang mafhumnya ;
"Ibrahin berkata ' Tiada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang-orang yang telah sesat ".
Permasaalah ini akan dihuraikan didalam bab yang lain nanti dalam Fasal B : Kiamat.
BAB 11 - TALQIN KALIMAH 'LAILLAHAILLALLAH'.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa'id al Khudri bahawa Rasulullah telah bersabda "Talqinkan orang-orang yang telah mati diantara kamu dengan kalimah Laillahaillallah". Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dari Zaid bin Aslam dari Saidina Othman ibnu Affan ra bahawa Rasulullah saw bersabda " Apabila sesorang sedang menghadapi ajal kematiannya, talqinkan ia dengan kalimah Laillahaillallah. Kerana setiap hamba yang pada akhir hidupnya membaca kalimah tersebut nescaya pekara itu merupakan bekalan menuju ke Syurga ". Dalam riwayat Abdurazaq dan Ibnu Abu Syaibah, Saidina Umar al Khathab ra berkata, "Saksikanlah orang-orang yang hendak meninggal dunia diantara kalian dan talqinlah mereka dengan kalimah Laillahaillallah serta ingatkanlah mereka kerana mereka boleh melihat apa yang tidak dapat kamu lihat (dikala itu)".
Telah diriwayatkan sebuah hadis gharib oleh Abu Nu'aim dari Makhul dari Ismail bin Ayyasy bin Abu Mua'dz @ Utbah bin Humaid dari Watsilah ibnu Asqa' bahawa Nabi saw bersabda "Saksikanlah orang-orang yang hendak meninggal dunia diantara kamu, mintalah mereka membaca kalimah Laillahaillallah dan berilah kabar gembira dengan syurga, kerana orang yang bijaksana sekalipun akan bingung pada saat itu, syaitan sangat dekat dengan manusia. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman kekuasaan Nya, pandangan mata Malaikat Maut itu lebih dahsyat sakitnya daripada 1000 kali libasan pedang dan demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman Nya, tidaklah keluar nyawa sesorang hamba dari dunia sehingga ia merasakan kesakitan pada sekujur tubuhnya."
KETERANGAN:
Menurut Ijma Ulama-ulama ASWJ, membacakan kalimah Talqin itu hukumnya Sunat Ma'taur (sunat yang sangat perlu) kerena seriusnya Rasulullah dan para Sahabat-sahabat baginda memerintahkan akan perlaksanaannya kepada umat Islam semua bahkan sekarang telah menjadi budaya Umat Islam sebelah sini mengamalkannya. Ia adalah kerana untuk menjadikan kalimah terakhir yang diucapkannya ialah Laillahaillallah (tiada Tuhan selain Allah) supaya dia mendapat kebahagiaan diakhirat dan juga supaya ia termasuk golonggan yang disebut oleh Nabi saw dengan sabda "Barangsiapa yang menucapkan kalimah terakhir dengan Laillahaillallah, maka ia masuk syurga". Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Mu'adz bin Jabal yang dinilai sebagai hadis sahih oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq. Hendaklah orang yang sedang menghadapi ajal itu sentiasa diingatkan sesuatu kalimah yang dapat menhalau Syaitan dan Iblis yang ingin membatalkan akidahnya.
Apabila orang yang sedang menghadapi ajal atau sedang nazak tersebut sudah membaca kalimah talqin atau shadatai yang diajarkan kepadanya SEKALI, janganlah ia digesa lagi untuk mengulangi berkali-kali membacakannya kerana mengurangkan tekanan kepadanya yang tentunya sedang gelisah disaat itu. Menurut Ulama ia sudah memadai dengan satu ucapan sahaja dan jangan digesa dan diasak berulang-ulang kali kerana ia mambinggungkannya. Cukup hanya dengan sekali ucapan sahaja dan kamu bercerita kehebatan syurga serta nama-nama agung Allah dengan keindahan supaya mendatangkan ketenangan dan sangkaan baik terhadap Allah swt. Menurut Ibnu Mubarak yang mengatakan "Talqinlah orang yang akan meninggal dunia dengan kalimah Laillahaillallah. Dan jika ia telah mengucapkannya maka biarkanlah dia ". Hadis ini telah dikemukakan oleh al Baghawi dalam 'Syarah as Sunnah' dihalaman (v/296).
Menurut pendapat Abu Muhammad @ Abdul Haq "Jika ia terus didesak untuk mengucapkan kalimah tersebut, padahal ia telah pun mengucapkannya, dikuatiri akan membuatkannya merasa gelisah lalu peluang ini akan dimanafaatkan oleh syaitan hingga menyebabkan ia akan mendapat 'sa'ul khatimah' (kesudahan yang buruk) pula". Demikianlah yang diarahkan oleh Ibnu Mubarak untuk diperhatikan. Berkata al Hasan "Ibnu Mubarak pernah berpesan kepadaku "Talqinlah aku dan jangan kamu ulang-ulangi kecuali aku sudah berbicara hal yang lain". Tujuan bertalqin itu ialah supaya seseorang yang hendak meninggal dunia itu hatinya hanya ingat Allah sahaja. Jadi masaalah sebenar ialah berpusat kepada HATI. Hati yang ingat Allahlah yang dititikberatkan kerana amalan itulah yang membawa keselamatan. Selanjutnya akan dibentangkan kemudian.
Pendapat lain ialah talqin boleh juga dengan cara membacakan hadis-hadis yang berkaitan akan pekara ini supaya ia faham tuntuan sunah Nabi keatasnya. Sebagai contoh jika orang yang hendak meninggal itu merupakan seorang Ulama besar, Imam, Khadi yang telah faham kedudukan Talqin itu, kita cuma mengingatkannya sahaja. Seperti yang telah diceritakan oleh Abu Nu'aim seperti berikut, " Pada waktu itu Abu Zara'ah sedang menghadapi ajal yang ditemani oleh Abu Hatim, Muhammad bin Salamah, al Munzdir bin Syadzan dan beberapa ulama lain lagi. Mereka berkata berkenaan hadis tentang Talqin dan mereka berharap Abu Zara'ah masih hidup dan mendengarkannya. Mereka berkata 'kawan-kawan mari kita saling mengingatkan hadis berkenaan talqin'. Muhammad bin Salamah memulakan bicara "Aku mendengar dari Adh Dhahhak bin Mukhlidm dari Abu Ashim dari Abdul Humaid bin Jaafar dari Shaleh bin Abu Gharib"...sampai disitu mereka semua pun terdiam. Tiba-tiba dengan suara yang berat Abu Zara'ah pun berkata ' Aku pernah mendengar dari Abu Ashim dari Abdul Humaid bin Jaafar dari Shaleh bin Abu Gharib dari Katsir bin Marrat al Hadhrami dan dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang terakhir kali dalam hidupnya mengucapkan kalimah Laillahaillallah, maka ia masuk syurga." Didalam satu riwayat yang lain menyebutkan '...Allah mengharamkan ia masuk neraka ." Habis sahaja dia membaca hadis-hadis itu, Abu Zara'ah pun pulang kerahmatullah. Semoga rohnya dirahmati Allah swt.
Menurut cerita daripada Abdullah bin Stabramah katanya "Suatu hari aku bersama dengan Amir asy Syu'ib, kami melawat orang sakit yang sudah sangat dekat ajalnya. Kami dapati ada seorang yang sedang menalqinkannya supaya ia membaca kalimah Laillahaillallah dengan diulang-ulang . Maka asy Syu"ib pun menghampiri orang itu dan berkata "Tolong kesiani dia". Tiba-tiba orang yang sakit itu bangkit seraya berkata "Samaada kamu talqinkan aku atau tidak, aku tidak pernah meninggalkan kalimah takwa itu, Allah berfirman "Allah mewajibkan kepada mereka kalimah takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan memilikinya". (Surah al Fath ayat 26.), melihat keadaan itu asy Syu'ib pun berkata "Segala puji bagi Allah yang berkenan menyelamatkan sahabat kita ini ." Telah juga diceritakan bahawa ketika al Junaid sedang menghadapi maut telah diminta untuk mengucap shadah tetapi telah dijawab olehnya "Aku belum lupa dan aku akan terus ingat".
Mejoriti pendapat Ulama mengatakan adalah amat perlu diingatkan kalimah shadatai ini walaupun orang itu dalam keadaan sedar ataupun sangat faham dan maklum. Telah diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nu'aim dari Makhul dari Watsilah ibnu Asqa' bahawa Nabi saw bersabda "Hadirlah pada orang yang hendak meninggal dunia dan mengingatkannya kembali kepada kalimah shadatai Laillahaillallah. Berikan mereka kabar gembira dengan syurga kerana pada keadaan hampir maut itu orang bijaksana baik lelaki mahupun wanita akan kebingungan dan syaitan sangat dekat dengannya. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, pandangan malaikat maut itu lebih dahsyat dari libasan 1000 pedang. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, setiap nyawa seorang hamba yang keluar dari dunia ini akan merasakan kesakitan pada sekujur tubunya."
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah telah bersabda "Malaikat naut menghampiri seseorang dan akan melihat kedalam hati orang itu, jika tidak ditemui apa-apa maka dia akan memeriksa janggut dan didapati hujung lidah orang itu sedang bergerak mengucapkan kalimah Laillahaillallah. Ia kemudiannya diampunkan berkat kalimah agung itu".
BAB 12 - ADAB MENUNGGU ORANG NAZAK DAN SUDAH MENINGGAL.
Dari riwayat Muslim dari Umum Salamah bahawa Rasullah saw bersabda "Apabila kamu menziarahi orang nazak atau melihat mayat maka katakan perkataan yang baik kerana malaikat memerhati apa yang kamu katakan" Umum Salamah berkata "Sewaktu Abu Salamah meninggal dunia, lantas aku menemui Rasulullah. Aku katakan, 'Ya Rasulullah sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia'. Baginda bersabda 'Bacalah doa, Ya Allah ampunkanlah aku dan dia serta berikanlah ganti padaku yang lebih baik darinya', dan Allah berkenan doa ku dan memberi yang lebih baik darinya iaitu Rasulullah sendiri." Diceritakan lagi oleh Umum Salamah, " Rasulullah segera mendatangi Abu Salamah yang sudah menjadi mayat. Melihat matanya yang masih terbuka, beliau lalu menutupkannya dan bersabda "Sesungguhnya ketika nyawanya dicabut ia diikuti dengan pandangan mata". Mendengar beberapa keluarga Abu Salamah yang berteriak, menangis dan meraung meronta-ronta dengan segala hirok- pikok, Baginda pun bersabda "Janganlah kamu mendoakan yang buruk pada diri kamu sendiri kerana malaikat akan berserta mendoakan apa saja yang kamu katakan dikala itu ". Seterusnya Rasulullah pun berdoa " Ya Allah, ampunkanlah Abu Salamah, angkatlah darjatnya diantara orang-orang yang memperolehi petunjuk, berikanlah padanya ganti diantara orang-orang yang lalu, ampunlah kami dan dia... Wahai Tuhan semasta alam, lapangkanlah kuburnya dan berikanlah cahaya didalamnya." Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, at Tarmidzi dan Abu Daud.
KETERANGAN;
Menurut pendapat Ulama ASWJ, jika dilihat dari hadis-hadis diatas adalah benar Rasulullah dan semua para Sahabatnya menetikberatkan soal membantu dan mengingatkan mereka yang didalam kepayahan diambang shakaratulmaut untuk mengucapkan shadatai Laillahaillallah sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Ia adalah kerana untuk meletakkan mereka mendapat husnul khatimah (kesudahan yang baik) dan mendapat balasan yang baik disisi Allah swt kelak. Menurut para ulama itu lagi, sabda Nabi saw iaitu "Apabila kamu menziarahi orang yang nazak atau melawat jenazah, maka katakan perkataan yang baik-baik.." itu adalah merupakan satu peringatan keras dan merupakan pengajaran kepada kita untuk melakukannya apabila menziarahi orang yang tenat nazak atau melawat jenazah. Didalam hadis itu juga melarang keras kepada umat Islam supaya jangan bercakap-cakap pekara yang bukan-bukan atau berbual-bual kosong tambahan pula daripada perkatan-perkatan mengumpat, membuka aib orang yang telah mati, bercerita pekara buruk, memaki hamun atau menyumpah seranah orang yang telah mati itu. Kerana pada waktu itu ramai para malaikat yang juga hadir dan mendoakan semua perkatan-perkatan yang mereka sebutkan. oleh itu janganlah kamu berbuat pekara-pekara yang tidak baik diwaktu itu. Itulah sebabnya ulama-ulama menganjurkan supaya diundang mereka yang faham dan arif atau orang-orang soleh semasa seseorang didalam keadaan nazak. Mereka diminta untuk mendoakan pekara-pekara yang baik untuk kesajahteraan mayat itu dialam kubur dan diakhirat kelak, juga kepada keluarganya yang telah ditinggalkan berserta semua yang hadir disitu. Maka sempurnalah semua urusan baik kepada jenazah, keluarganya dan masyarakat setempat. Begitulah anjuran para ulama kepada umat Islam semua.
BAB 13 - BACAAN SEWAKTU MENUTUP MATA MAYAT.
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah saw bersabda "Apabila kamu menyaksikan orang yang telah meninggal dunia diantara kamu, maka pejamkanlah matanya kerana matanya itu baharu sahaja mengiringi nyawanya yang keluar, berkata-katalah pekara yang baik kerana para malaikat akan mendoakan apa yang dikatakan oleh keluarganya ". Diriwayatkan pula oleh al Kharaithi @ Abu Bakar bin Muhammad bin Jaafar, dari Abu Musa Imran bin Musa dari Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Ismail bin Ulyat dari Hisyam bin Hassan dari Hafshah binti Sirin dari Ummul Hasan bahawa ia berkata "Ketika aku bersama Ummu Salamah tiba-tiba muncul seseorang dan berkata "sifulan akan meninggal" Ummu Salamah berkata kepada ku "Pergilah kesana, jika ia benar-benar dalam keadaan tenat, ucapkanlah "Semoga salam sejahtera dilimpahkan kepada para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru seklian alam.."
Dari Sufian ats Tsauri dari Sulaiman at Taimi dari Bakar bun Abdullah al Muzani bahawa ia berkata "Ketika kamu memejamkan mata mayat bacalah, "Bismillah wa'ala mil'lati Rasulillah". Setelah itu membaca tasbih, Sufian kemudian membaca ayat dari surah Syura ayat 5 yang mafhumnya ;
"..Dan para malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya".
Berkata Abu Daud "Memajamkan mata mayat itu dilakukan selepas hilangnya nyawa, aku pernah mendengar Muhammad bin Ahmad al Muqri mengambil cerita Abu Maisarah seorang yang terkenal tekun beribadah, 'Aku memejamkan mata Ja'far bin Mu'alim, seorang yang terkenal sangat bijak pada waktu itu yang sudah dalam keadaan tenat nazak. Pada malam itu aku bermimpi bertemu dengannya dan ia berkata 'Sungguh sangat bererti apa yang telah kamu lakukan sebelum aku meninggal dunia itu". Oleh itu jangan lakukan menutup mata orang yang sedang nazak sehingga ia benar-benar telah meninggal dunia.
KETERANGAN;
Telah diberitahu kepada kita beberapa panduan adab semasa menziarahi orang yang sedang tenat nazak yang mahu meninggal dunia dan juga semasa melawat jenazah simati. Ia perlu dititikberatkan supaya simati mendapat ketenangan semasa berhadapan kematian dan diberkati Allah swa sesudah ia meninggal dunia. Yang paling penting sekali supaya sisakit itu tidak diganggu syaitan dan iblis pada waktu itu, maka orang-orang yang hadir hendaklah tahu apa yang harus dilakukan diwaktu itu sesuai dengan sunah dan pesanan Nabi saw dan Sahabat- sahabatnya yang telah disebutkan tadi. Jika kita bersimpati dengan keluarga simati hendaklah kita menemani mereka diwaktu itu sehinggalah mereka boleh merasa tenang dengan permergian simati. Ini semua perbuatan sunah seperti ajaran Nabi kita dan janganlah merasa bimbang kerana jika sampai nanti ajal kamu pula, orang yang lain akan didatangkan Allah untuk membantu keluarga mu. Begitulah sileh berganti tolong menolong dan bantu membantu sesama umat yang diamalkan sejak sekian lamanya. Usaha ini haruslah diteruskan oleh umat seterusnya supaya umat Islam menjadi kuat bersatu dalam menempuh arus kehidupan diwaktu senang mahupan apabila ditimpa musibah.
BAB 14 - HURUHARA SHAKARATULMAUT;
Telah disebutkan sebelum ini sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Janganlah kamu mengharap-harap kematian kerana huruhara kematian itu amatlah dahsyat." Ketika Saidina Umar al Khathab ra telah ditikam, seorang sahabat berkata kepadanya "Aku berharap semoga kulitmu tidak disentuh api Neraka" Sejenak kemudian Saidina Umar memandang kepadanya dan berkata "Sesungguhnya orang yang kamu anggap tertipu memang orang yang tertipu. Demi Allah, andainya aku punya apa yang ada dimuka bumi ini untuk menebus dahsyatnya huruhara maut".
Abu Darda mengatakan "Ada tiga jenis manusia yang membuat aku tertawa dan tiga pekara yang membuat aku menangis sedih. Tiga jenis manusia yang membuat aku tertawa lucu ialah orang yang masih mengangan-angankan dunia sedangkan ia sedang diburu oleh maut, orang yang lalai tetapi tidak merasa dirinya lalai dan orang yang tertawa kuat namun dia tidak tahu adakah Allah mereadhainya atau murka kepadanya. Semantara tiga pekara yang membuat aku menangis sedih ialah berpisah dengan orang-orang tercinta seperti Muhammad dan Sahabat- sahabatnya, menghadapi huruhara kematian dan berdiri dihadapan Allah pada hari semua yang tersembunyi akan terbuka dan aku tidak tahu nasibku kesyurga atau neraka ".
Diriwayatkan oleh Muhammad dari Anas bin Malik bahawa ia berkata "Mahukah kamu aku ceritakan tentang dua jenis hari dan dua jenis malam dimana seluruh makhluk belum pernah mendengarkannya. Iaitu hari pertama ketika kamu didatangi malaikat pembawa kabar dari Allah yang mungkin membawa redhaNya atau murka Nya. Kedua hari ketika Tuhanmu menyerahkan buku catitan amalan kepadamu samaada kamu menerima dengan tangan kananmu atau tangan kirimu. Kemudian malam pertama kamu mendiami alam kubur yang belum pernah kamu diami selama ini dan malam kedua ialah malam yang esoknya terjadi hari kiamat.
KETERANGAN:
Demikianlah gambaran huruhara dari saat kematian dan terusnya hingga hari dibangkitkan semula seluruh manusia. Tiada lagi kesukaan seperti didunia yang fana ini. Tiada lagi masa untuk kamu beristirehat, bersantai, berkelah, bersukaria seperti didunia ini. Dari semenjak malaikat maut sampai dihadapanmu seterusnyalah kamu akan menderita selama-lamanya dek sebab kelalaian kamu semasa didunia ini. Semuanya azab sengsara yang kamu lalui saban hari malam dan siang yang panjang. Sesak nafas mengenangkannya, sedih pilu dibuatnya, keluh kesah tiada hentinya, kekasalan yang terlampau lara hingga tiada ruang lagi untuk mu bergerak sedikit pun. Hanya kemurkaan Allah saja yang kamu dengar hingga tercabut telingamu, kerana semasa didunia kamu tidak mahu mendengar nasihat, tidak mahu mengambil iktibar kejadian yang lalu. Sudah tebal telingamu, sudah tersumbat cupingnya kerana lalai dengan hiburan dan mendengar pekara-pekara mungkar. Maka kemurkaan itu ialah jeritan didalam kubur yang tidak tertahan dan tidak sanggup kamu dengar tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Tangan mu terkunci sudah, maka dikala itu dengarkanlah sepuasnya, ya sepuas- puasnya...!!
Sampia disini dulu, nantikan sambungannya tidak berapa lama lagi.
sekian,
atok zamany.

salam buat tok zamany
ReplyDeletesesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.
diuji kita untuk meleburkan dosa dosa kita di dunia.artikel ni betul betul membuka fikiran saya agar sentiasa bersangka baik terhadap Allah.
boleh tok ceritakan mengapa kita berterawih 20 rakaat dan berselawat diantaranya. kerana saya menerima e mel dari kawan saya, penerangan dari ustaz asri ( bekas mufti perlis )tentang perkara ini. beliau tidak setuju dgn perkara ini sbb tu saya nak dgr jawapan dari tok.
apa kelebihan mencium hajar Aswad dari segi syariat dan hakikat ? saya lihat bangsa lain bersungguh tapi org melayu macam tak heran je.
Salam Din kuantan dan semua..
ReplyDeleteIkut pendapat atok... tak payah buat selawat banyak2 mcm tu. Ia tak perlu, mungkin adat di malaysia ni begitu kot. Klu di Indon ia ringkas saja.Nak elak imam laju sangat kejar rekaat bagi habis cepat, makmum tertinggal tak dapat ikut. Itulah punca depa buat banyak bacaan selawat, tasbih dan doa. Supaya boleh ambil nafas sikit. Tapi taklah sampai bidaah dan haram... ia sunat juga. Kan dianjur buat banyak sunat malam bulan ramadhan, untuk mengejar magfirah dan barokah ?
Cuma rekaat sampai 20 tu rasanya org tua2 tak berapa larat, lainlah dia dah biasa banyak solat sunat. Nak menghidupkan malam lebih baik buat seorang2 kat rumah, tidur dulu awal sikit kemudian bangkit 1/3 mlm dan buatlah solat sunat semua sampai syahur. Macam tu tak ada siapa nak marah ?
Mencium hajaral aswad tu sunat saja. Tapi klu dapat sangat baik, sebab bau tu bau yang sama lekat di pintu syurga tempat semua roh keluar dulu . Jika buat haji, walaupun sunat. ia sangat dituntut mengikut mazhab2 lain.. Roh kita dapat menghimbau kembali tempat ia keluar dulu, klu dpt masuk alam roh la. Kalau tak hanya buat lahiriahnya saja, pun dapat pahla. Cuma banyak org belajar hakikat membuat tafsiran yg agak ganjil dan pelek, ia agak lucah sedikit. Ini tidak benar sama sekali. Anda jgn ikut hujahan mereka, ia sangat jauh dari hakikat batu itu sendiri. Banyak sebab ia diturunkan kebumi. Ia juga makhluk macam kita dan akan pulang ketempatnya satu masa nanti. Begitu mengikut pandangan kebanyakkan ulama.
Waallahua'lam...
atok zamany
salam buat tok zamany
ReplyDeletesebenarnya malu saya nak bertanya kerana asyik saya je yang tanya. saya rasa mesti ada sesuatu yang mengganggu orang lain tak ,tok.
1. boleh tok terangkan berkenaan syahid kecil spt mati lemas, mati bencana dll.
2. adakah mereka yang mendapat syahid kecil terus ke syurga walaupun kafir.
3. boleh tok bagi panduan cara cara untuk mendapatkan lailatul qadar.
4. tok rasa raja raja melayu ada peranan tak di akhir zaman.
5. daulat dalam islam termasuk dalam kategori mana ? karamah , jin @ pendamping , anugerah allah kepada raja
Salam Tok Zamany,
ReplyDeleteSy peminat blog atuk ni dan org baru disini.
Salam perkenalan untuk atuk. Ada banyak persoalan biasa2 tuk atuk tp nanti sajalah. Sila tunjuk ajar sy yang jahil ni.
-haly-
Salam din kuantan dan semua,
ReplyDelete1) Berkenaan dgn syahid kecil, ia adalah ketogeri mati yang baik. Ia atas ketenuan Allah juga, bukan semua blh dikira mati syahid kecil. Umpamanya org yg mati lemas kerana berkelah tak sama dengan org yg mati lemas akibat banjir. Begitu juga dgn mati akibat bersalin. Semua ada ketogeri yg Allah sendiri tentukan. Tetapi jika mati kerana menuntut ilmu Allah, ia memang jelas. Cuma kena niat dari awal "mencari ilmu kerana Allah" dan pohon jika mati dlm lingkungan itu, mati didlm ketentuan syahid. Mati kena bincana alam juga dlm syahid kecil,jika org itu didalam kedudukan shadataai yg benar dan ada amalan. Bukan org kafir atau org belajar ilmu sesat.
2)Kedudukan syahid kecil tak sama dgn syahid besar. Hanya syahid besar saja yg terus masuk syurga. Syahid kecil tidak, ia masih diletak disuatu tempat dialam barzah untuk menunggu hari kiamat. Bila Nabi saw istihar, baru mereka dibenar masuk syurga. Peranan Nabi amat besar disini, maka kena banyak selawat. Itu sebab disaran utk banyak selawat pd nabi.
3)Utk mendapat lailatul kadar bukan pekara mudah. Cakap memang senang, tapi ketentuan Allah tidak ikut cakap manusia. Manusia spt tok-tok guru hanya boleh bagi kafiat atau aturcaranya, tapi belum tentu semua yg buat boleh dapat. Yg paling utama ialah wasilah dan rabitah kena betul dulu. Sudah itu baru peringkat demi peringkat akan beransur diperturun kafiat itu. Jadi kena jumpa tok mat janggut dulu la. Tampa dia, atok tak dapat tulis kafiat itu disini. sebab dia yg bagi kafiat tu dulu pada atok dan memang berhasil. Malah lebih dari sepatutnya yg atok dapat. Atok bukan buat cerita, kalau tak percaya cuba sendiri nanti. Satu yg atok bagi tahu, kafiat tu bermula dari bulan rejab, shaban dan ramadhan...selamat mencuba.
4)Pd akhir zaman nanti, raja2 tiada fungsi lagi. Yg ambil aleh ialah semua Waliallah, Nabi dan Rasul. Perang akhir zaman adalah peperangan zahir dan batin. Bukan kuasa dunia lagi. Ia lebih dari itu. Disebelah kafir dibantu oleh pihak Jin, syaitan, afrit, Iblis, dajal dan Izazil. Manusia biasa tak mampu lawan kuasa sakti mereka. Jadi ulam mereka saja. Hanya org tertentu dan terpilih saja (termasuk Imam Mahadi) yg akan duduk sebaris dgn Waliallah, nabi dan Rasul dlm perang akhir zaman itu, bantuan khas dari para Malaikat dan Rijal ghaib. Jadi kedudukan kita kena didalam "Wilayah Selamat" kalau nak selamat. Kalau tak, jadi ulam Izazil dan kuncu2nya.
5) Daulat tu nama seekor Jin Kafir, Siapa yg bersama daulat itu mati sesat. Org mati sesat macam mana nak jadi keramat. Keromah adalah bantuan Allah kepada Waliallah. Manakala Mukjizat adalah untuk Rasul2 dan Nabi2. Tak ada kena mengena dengan Raja dunia ni.Jangan silap fakta, daulat bukan dari Islam. Ia jauh dari Islam. Atok minta din baca semula atikal atok dari awal. Semua atok dah tulis dlm rencana ni. Semua yg din katakan tu jauh dari Islam. Islam larang dampingan, menurun, berjin, bersahabat, berkhadam, berdaulat baik dari jin islam mahupun jin kafir. ia sama ketegori. Dalam syarak hukumnya Haram hidup berserta JIN.
Waallahua'lam...
atok zamany.
Salam kpd haly..
ReplyDeleteAtok alu-alukan kehadiran cucu, selamat datang kedunia baru pemikiran islam. Sama-sama bertukar fikiran disini. Tk sebab membaca..
atok zamany
ASSALAMUALAIKUM TOK..
ReplyDeleteciter pasal mati ni teringat arwah atok saya. arwah pernah mengaji pondok di kelantan tapi xtaula pondok mana. setiap tahun arwah akan bagitau anak cucu waktu lailatul qadar. boleh dikatakan setiap tahun arwah dapat jumpa lailatul qadar sebab tiap malam solat tahajud xpernah tinggal. arwah juga puasa rejab syaban dan ramadan setiap tahun.
arwah ada pesan suruh buat amalan 70,000 surah al iklas dan sedekah pahala pada mak bapak. diakhirat nanti kita akan diiktiraf sebagai anak yg soleh. boleh bagi komen..
arwah juga ajar zikir nafas. Allah Hu.. tarik nafas Allah lepas nafas Hu. tapi ada orang kata tarik nafas Hu lepas nafas Allah. sama ke tok..
Salam pancabaiduri dan semua..
ReplyDeleteYa.. memang benar begitu. Salah satu pekara yg perlu dibuat ialah solat sunat 3 serangkai. Iaitu solat sunat Taubat, solat sunat hajat dan solat sunat tahajud. Termasuk juga puasa sunat bulan rejab dan saaban. Kiranya atok kpd cucu tu antara orang soleh dan ada darjat. Sebabnya, antara tanda org ada darjat solehin ialah mendapat lailatul kadar setiap tahun atau selalu dapat lailatul kadar. Allah buka pintu langit pada dia. Lailatul kadar ibarat "pingat kebesaran Allah" yg tidak akan ditarek balek jika sudah dapat. Itu sebab org ahli ibadah nak sangat dapat lailatul kadar dan mereka usha sungguh2 setiap tahun...sampai dapat. Semua umat islam diberi peluang ini semasa hidup mereka, jadi jangan lepaskan peluang keemasan itu. Ganjaran tersangat besar menunggu baik didunia dan akhirat. Hidup mendapat berokah selamanya.
Nak buat 70 ribu surah ikhlas dan bagi pahla bacaan pd org tua tu memang baik, tapi dengan syarat buat dulu untuk diri sendiri, paling kurang 1 juta, baru buat untuk mereka. Ini keadah org2 ahli abadah dulu2 dan masih banyak yg rajin buat sehingga kehari ini. Ia akan memberikan cahaya kepada kuburan mereka yang sangat terang dan luas, subahanallah... tak tahu atok nak gambarkan dan sudah pasti cucu dapat ganjaran yang sama.
Zikir nafas ni latihan peringkat awal untuk bagi hidup hati. Dalam tarikat nasaybandiah dipanggil makam hati. Kena tahu nak letakkan dimana, bukan sembarangan. Lahiriah memang tarek nafas dan hembus dan ia memang sama saja. Tapi batinnya tu yang penting. Ia ada pengajiannya...contohnya nafas tu apa ? angin tu apa ? nyawa tu apa ? jantung tu apa ? hati tu apa ? kalbu tu apa ? sebab dalam nafas tu banyak pelajarannya, maksudnya ialah kena kenal dulu, baru buat. Atok cucu tu ajar tak habis...mungkin juga nak suruh cucu cari punca ilmu tu ??? Ia ibarat memberi parang tapi tak bagi tahu apa gunanya. Maka cuculah yg kena cari tujuan parang tu diberi pada cucu ??? faham tak. Orang2 dulu ni memang mcm tu, dia suruh kita banyak fikir ??? Yang dia beri tu sebenarnya persoalan yg kena dijawab bukannya Ilmu pernafasan. Hati kena hidup baru betul2 kita jadi manusia yg "hidup" zahir dan batin....
Waallahua'lam...
Atok zamany.
salam buat tok zamany
ReplyDeletebaru baru ini pejabat isteri saya ingin mengadakan makan malam di satu restoran yang agak terkemuka. kebanyakan pekerja adalah berbangsa cina. jadi, pekerja melayu telah menelefon jakim untuk tahu status halal restoran tersebut dan jakim mengatakan restoran tersebut tiada status halal. apa yang tidak sedap didengar adalah herdikan boss mereka yang berbangsa cina kepada pekerja melayu. bunyinya begini " Sultan pun makan disitu dan minum ( arak )dan dia tu ketua agama so kenapa you all tak nak pegi ". pekerja melayu pun menjadi malu.
banyak kes berlaku dimana sultan dan kerabat mereka dengan secara terbuka minum arak didepan khalayak. meraka seperti tidak menghargai status mereka ketua agama dan memalukan orang islam je.
Salam kembali tok.
ReplyDeleteTQ sebab respon kepada komen sy.
Dari pembacaan sy, tok ade menyarankan agar menghubungi Ust. Mat Janggut untuk baiah dan belajar tarikat.
Bagaimana cara baiah dilakukan dan sekembali ke tempat asal, ape perlu dilakukan?
Adakah baiah bermaksud blaja tarikat beserta silat Abjad?
Tok, boleh tuk terangkan apakah tarikat yang diamalkan oleh Ust, Mat Janggut? Adakah Alawiyah?
Siapa wakil Ust. Mat Janggut di Kuala Selangor?
Setakat ini dulu.
-haly-
Salam semua,
ReplyDeletekpd din kuantan..
Astifurallahalazim... jika benar bagai dikata, maka akan hancur musnah keturunan mereka. Bermuka2 dengan tingkah laku syaitan sebenarnya ia telah zalim pada dirinya sendiri. Yang menjadi masaalah ialah kalau ia buat kerana diri dia sendiri, itu sukahati dialah. Dia tu penaung agama, maknanya yg akan tercalar ialah kesucian agama islam sendiri. Yang malu umat islam semua. Harapkan pagar, pagar makan padi. Dari dulu lagi mereka ni begini. Sampai beberapa keturunan pun tak mahu berubah. Tak mahu dengar nasihat, angap remeh hukum syarak dan suka bertindak mengikut fikirannya sendiri. Nak tunggu sampai bila ??? Nak tunggu malaikat maut depan biji mata baru nak berubah ??? Orang ramai sebenarnya boleh melaporkan kepada jabatan agama Islam negeri untuk diambil tindakan. Paling tidak pun kena bagi nasihat, jangan dibiar.
kepada haly...
Baiaah dengan ust mat janggut tu mudah je. Iaitu ambil talqin (shadatai) balek seperti asal. Jadi kenalah jumpa dia sendiri. Kena melalui tangan ke tangan.
ABJAD tu bukan macam tarikat dipondok2 yang biasa kita dengar. Ia tidak seperti itu. Kita bukan memondok. Tapi kita merangkumkan semua peringkat ilmu, wirid, tahlil, bacaan, doa dll disatukan duduk dibawah satu shadatai. Maka semua ibadah dan kerjabuat akan duduk dengan kemas dan ada walinya. Ia seperti asal banagimana Rasulullah mengembangkan ajaran islam dahulu, sama tak ada perubahan. Kemudian itu asalkan rajin bertanya, akan bertambahlah ilmu tu. Kalau duduk diam saja pun tak kemana juga.
Berkenaan silat tu terpulang atas minat. Jika kita berminat boleh belajar. Tapi kalau kita tak minat, tak payah ambil. Ambil yang lain2 cabang...ada banyak punca ilmu.
Ust mat tidak menamakan tarikat itu dengan nama tarikat pun. Tiada apa2 nama kerana ia sama sama sekali seperti nama asal dulu zaman Rasulullah. Jadi nama asalnya iaitu "ISLAM". ABJAD hanya nama diberi untuk tubuh pesatuan ngo. bila nak daftar ke ROS kena ada nama. Jadi mereka guna nama itu utk daftar, maka lekat sampai hari ini.
Atok tak tahu wakil di kuala selangor tu, mungkin ada. Tapi cuba tanya dgn ust sendiri 013 4500007 tanyakan jika ada wakilnya disana.
Waallahua'lam,
atok zamany
salam buat tok zamany
ReplyDeletenak report kat jabatan agama islam negeri macamana tok, duit jabatan agama pun kena kebas bayar hutang judi. semua orang dah tahu perkara ni.
terima atas soalan dari Haly. sekarang baru saya faham berkenaan Baiah dgn Ustaz Mat janggut. sebenar memang saya dah berniat nak berbaiah dgn ustaz mat tetapi masa dan kewangan belum mengizinkan, insyaallah bila ada kelapangan saya akan pergi secepat mungkin.
tok, boleh ceritakan suasana semasa lailatur qadar dan bagaimana nak amalkan ayat seribu dinar ? ada orang kata ayat seribu dinar ni akarnya dan ada ayat pucuknya, apa ayat pucuknya.
salam din kuantan,
ReplyDeleteKalau dah begitu sekali "kuasa" yg tiada siapa nak tentang, maka tunggu saja azab Allah akan hadir. Tiada Kuasa yang tertinggi didunia ini selain kuasa Allah yang Mahaberkuasa.
Malam lailatul kadar merupakan malam yg sangat istimewa bagi manusia yg berjaya duduk didalam nya. Suasana dan keadaannya tidak sama seperti yg kamu nampak dimaya pada ini. Tiada dapat digambarkan dengan perkataan, hanya yg dah merasanya sahaja yg tahu nikmat kurniaan Allah teragung itu. Malang sekali atok tidak dapat menceritakannya kerana ia adalah rahsia antara atok dan Allah. Maaf beribu kali maaf, walau dibayar berjuta ringgit pun. Atok tak akan cerita. Kalau nak tahu... kena dapatkan sendiri, ok.
Ayat seribu dinar. Bagaimana ayat ini boleh menjadi ayat seribu dinar. Mengikut cerita, ia adalah ayat yg diajarkan oleh jin laut kepada seorang pedagang untuk mendapat laba yg banyak dlm perniagaan. Pengerasnya ialah wang 1000 dinar. Sudah dibayar maka ia pun dapat ayat itu. dan bila diamalkan ternyata berhasil. Saudagar itu jadi kaya raya. itu serba sedikit latarbelakang ayat ini.
Mari kita lihat, pertama. siapa yg ajar ayat ini ? ialah seekor jin. Kedua pengerasnya 1000 dinar ketiga amalan ayatnya. ketiga2 pekara ini telah melangar Syarak. Kamu dilarang belajar dengan jin atau bersekutu dgn nya. Pengeras itu bermaksud persetujuan menjadikan diri menjadi hambanya. Dan apabila beramal kamu berserta dgnnya. Jadi buat apa nak amal ayat ini,kalau bertujuan sebagai pelaris. Dengan tujuan utama nak beramal dah jadi pekara syirik pula ??? ayat lainkan banyak contohnya surah al Wakiah, al duha, alam nasrah semua itu ayat utk keluar dari kesukaran rezeki, hutang dan kesukaran hidup. Kan atok dah pesan, kalau nak beramal apa2 sekali pun kena tahu asal usulnya guru yang perturun ilmu itu, guru itu mesti berwisilah dan rabitah baru diiktiraf.
Satu lagi, atok disini cuma sebagai penulis sahaja sedangkan ilmu adalah milik guru. Justru atok tidak boleh tulis kafiat ilmu. Kafiat ilmu dan amal kena dapatkan guru hidup yg berada didepan cucu sendiri untuk diperturunkan pd cucu...ok.
Diharap cucu mengerti..
sekian
atok zamany.
Salam Tok,
ReplyDeletesaya ade membuat pembacaan sedikit latar blakang Abjad dan taula sy nama asal ilmu ni iaitu Amalan Pusaka Wali Khalifah Agama Islam sebelum ditukar kpd Abjad. Ada sedikit kaitan dgn tarikat Ahmadiah.
Tq dgn penerangan tok. Mudah rupanya nak berbaiah dgn Ust. Mat Janggut ni.
Boleh tok terangkan ape maksudnya shahadah tak betul? dan ape kesannye pada seseorang itu?
Bagaimana cara belajar yg betul jika berguru? Maksud sy, adakah sy perlu buang suma ilmu yg pnh sy dpt sblm ini dan bermula dgn kosong?
Sekian dulu tok. Terima kasih.
-haly-
Asalamualaikum
ReplyDeleteMinat saya terhadap bidang 'luar biasa' ini bermula setelah menonton filem The Arrivals. Sejak itu saya mendalami apa itu Illuminati dan perancangan mereka. Mula-mula saya berjumpa dengan blog Mistis Files, dan dari situlah mula meneroka blog-blog yang seumpamanya termasuk blog saudara Zamani ini.
Harapan saya agar kita semua ini dapat dipertemukan supaya boleh bersua muka, malah boleh menuntut sekiranya diizinkan.
Kalau tidak menjadi keberatan, saya ingin minta email saudara Zamani supaya hubungan dan komunikasi boleh dieratkan lagi.
Salam semua...
ReplyDeletekepada din kuantan,
Ya.. memang benar, begitulah ABJAD tu. Sudah ada juga maklumat yg cucu dapat berkenaannya. Berkenaan tarikat Ahmadiah tu, mungkin boleh juga dikatakan begitu kerana memang ramai juga murid tua2nya yg dari pengajian Tarikat Ahmadiah, malah ada dua tiga pekara yg digunapakai didalam Abjad tu.
Bukan sahadah tak betul, ia sama saja seperti biasa iaitu 2 kalimah sahadah. Cuma yang berwali dan kosong. Shadah yg ada wasilah dan rabitah sahaja yg mendapat pengiktirafan dari Rasulullah bahawa kita menjadi anakmurid,jika kita tak tahu adanya pekara seperti ini.. malamg sungguh nasib. kenapa Allah turunkan Rasul, untuk memberi petunjuk, Petunjuk apa ? petunjuk menjadi makhluk Allah yg taat ? macam mana? kenalah ambil dari tangan dia ? apa nak ambil ? 2 kalimah shadatai ? kenapa kalimah tu? sebab nak jadi mukmin umat muhammad.
Bayangkan orang dari seluruh pelusuk dunia yg tahu pentingnya pekara ni, terpaksa bersusah payah datang kemari kemudian merantau berbulan2 pula untuk jumpa Tok Mat hanya semata2 nak ambil 2 patah kalimah keramat tu ? kenapa ? Sebab ia sangat penting dan sulit ?
Orang yg mengucap kosong, ibarat tanam padi tumbuhnya lalang. Ibadahnya tak berpunca, melayang2 tak bertempat, Kata guru atok "ia ibarat jika seeorang beramal dan amalan dia jika ditimbang bersamaan berat dunia dan seisinya. Dihadrat Allah swt esok hanya kosong sebab tiada talian dan kaitan dengan Nabi saw. juga dipanggil tiada wali" Jadi bagaimana ? hendak ke tergolong didalam keadaan itu ?
Tak perlu buang, yg ada kita rangkumkan sekali didalam satu, kita masukkan semua disini. TAPI ilmu yg betul la. Yg tak betul akan disedut keluar dgn sendirinya atau kita buang. Yg berjin tak diiktiraf.
kepada alihanafiah,
email atok ada diatas.. zaman5619@gmail.com.
Kalau nak jumpa tu atok terpaksa tolak, sebab atok dah janji hanya keluar sebagai penulis blog saja, bukan guru sebab atok ni pun anak murid saja. Nak berguru sila jumpa pakarnya.. ust mat janggut selama perak tel 013 4500007. dia guru atok juga. Jadi sila tel dia, semua ilmu ada... ilmu ghaib, ilmu terbang, ilmu apong, ilmu perang tempur dll, banyak sangat sampai tak tahu mana nak buat dulu. Silalah kemari...
sekian
atok zamany
Salam Tok,
ReplyDeleteMengenai 2 kalimah syahadah yg kosong & berwali tu... mcm mana klu smpai akhir hayat seseorang muslim tu tak pernah tahu pun yang syahadah tu perlu 'berwali'?
Saya yang jahil ni baru tahu perkara ni... saya sangka cukup dengan mengucapkan "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" sahaja...
Harap tok dapat beri pencerahan...
Sekian,T.K.
-AM-