Monday, August 23, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 5

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



FASAL A - KEMATIAN :



BAB 15 - KEHADIRAN SYAITAN DISAAT SHAKARATULMAUT;



NABI MUHAMMAD saw telah bersabda "Sesungguhnya ketika seorang hamba itu akan meningal dunia, ada dua ekor syaitan yang akan duduk dekat dengannya, satu disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Syaitan yang disebelah kanan menjelma seperti ayahmu dan berkata kepadamu 'Wahai anakku... aku sangat sayang dan cinta kepadamu, kerana itu matilah kamu dengan memeluk agama Nasrani yang merupakan agama yang terbaik diantara semua agama yang ada'. Kemudian syaitan disebelah kirimu menjelma menjadi ibumu dan berkata kepadamu ' wahai putraku...akulah yang telah mengandungkan kamu, menyusukan kamu dan membesarkan kamu, kerana itu matilah kamu dengan memeluk agama Yahudi yang merupakan agama yang terbaik dari semua agama yang ada. Riwayat ini telah diucapkan oleh Abu Hasan al Qasi dalam Ulasan Risalah Ibni Abi Zaid.

Dari sanad riwayat yang diperkatakan oleh Abu Hamid dalam kitabnya bertajuk "Kasyfu Ulum al Akhirat" katanya "Ketika nyawa sesorang akan dicabut datang berbagai fitnah kepadanya. Iblis memerintahkan kepada anak buahnya (syaitan) untuk mengoda. Mereka mendatangkannya dengan menjelma sebagai wajah orang-orang tercinta yang sangat dihormati seperti ayah, ibu, kakak, adik, sahabat dan sebagainya. Mereka mengatakan 'Sebentar lagi kamu akan mati, hai sipulan dan kami telah mendahuluimu. Matilah kamu sebagai orang yang beragama Yahudi kerana ia adalah satu-satunya agama yang diterima disisi Allah'. Jika kamu berpaling dan menolak ajakan itu, datang lagi anak buah Iblis yang lain dan berkata 'matilah kamu dengan memeluk agama Nasrani kerana ia adalah agama Isa al Masihi yang menghapuskan agama Musa'. Kemudian mereka akan menceritakan akidah seluruh agama. Disaat itulah Allah akan memalingkan orang-orang yang dikehendakiNya (untuk disesatkan) sesuai dengan maksud surah Ali Imran ayat 8 yang mafhumnya ;

"Ya Yuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau".

Dengan lain perkataan, "Janganlah Engkau goyangkan iman dihati kami disaat menghadapi kematian, setelah sebelum itu Engkau kurniakan kepada kami petunjuk ".

Jika Allah menghendaki hambanya mendapat petunjuk serta kemantapan, ia akan didatangkan rahmat. Ada yang mengatakan yang dimaksudkan dengan rahmat itu ialah hadirnya Malaikat Jibril as, sehingga syaitan itu semua lari dengan wajah pucat lesi dan ia pun tersenyum. Tidak banyak orang yang dilihat tersenyum ketika akan meninggal dunia kerana ia rasa gembira atas kedatangan Malaikat Jibril as yang diutus Allah. Malaikat Jibril pun bertanya "Wahai sipulan, kamu kenal aku ? Aku ialah Jibril dan mereka itu tadi adalah syaitan yang menjadi musuh-musuh mu. Matilah kamu dengan tetap setia dengan agama Islam yang hanif (suci murni) dan syariatnya yang agung. Disaat itu tiada yang lebih mengembirakan seseorang mukmin selain dengan kehadiran bantuan Malaikat Jibril as. Inilah yang dimaksudkan didalam firman Allah "..dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana Engkaulah Maha Pemberi kurnia".


CATITAN PENULIS :

Disini, izinkan saya mencelah. Sebenarnya tidak semua mukmin yang akan dapat pertolongan kehadiran Malaikat Jibril as kecuali orang-orang pilihan Allah sahaja seperti golongan Rasul-rasul, Nabi-nabi, Wali-wali dan sedikit dari golongan pilihanNya sahaja. Bukan semua orang akan didatangkan pertolongan Allah seumpama itu. Itulah sebabnya mengapa didalam Pengajian Tarikat dan Sufiah dititikberatkan pengambilan Ijazah atau Mubaiah atau dengan nama yang lebih tepat disebut Talqin. Talqin adalah ucapan 2 kalimah shadatai yang biasa didengar, cuma bezanya didalam Pengajian Sufi, Talqin itu mempunyai rantaian kesanambungan ilmu dari Rasulullah saw kepada sahabatnya, kepada walinya, kepada imamnya dan kepada guru-gurunya hingga ketangan kamu. Ia juga dikenali dengan nama rantaian Wasilah dan Rabitah. Dengan adanya kekuatan rantaian inilah tiada mana-mana jin, syaitan dan Iblis yang akan hadir mengganggu kamu kerana yang akan hadir membantu kamu dikala shakaratulmaut ialah wali-wali dan guru-guru penjaga kamu itu. Begitulah pentingnya talqin yang berwisilah dan berabitah didalam pengajian sufi ini. Ini hanya salah satu bentuk bantuan, sedangkan banyak lagi bentuk bantuan ghaib yang kamu perlukan semasa kamu hidup , disaat akan mati, sesudah mati, dihari kiamat, dihari kebangkitan dan diakhirat nanti. Disemua peringkat itu kamu perlukan kekuatan dan bantuan terutama dari Rasulullah saw itu sendiri. Tidak akan mungkin kamu mampu menghadapinya berseorangan tampa keistemawaan yang Allah kurnia dan keistimewaan itu ada pada mereka-mereka yang telah terpilih itu. Cantuman kekuatan itulah yang kamu perlukan bagi berhadapan dengan musuh-musuh kamu yang paling nyata itu. Inilah peperangan yang sebanarnya. Itulah sebabnya saya membebel, bising dan asek cakap pasal talqin, baiaah, ijazah, wasilah, rabitah kepada kamu semua, tak lain tak bukan untuk selamatkan diri kamu sendiri sekarang ini, bukannya tunggu masa nak mati esok. INILAH ANTARA RAHSIA TERBESAR SUFIAH YANG TERSEMBUNYI, IAITU KEKUATAN BATIN DAN ROHINIAH KAMU SENDIRI YANG BERCANTUM-CANTUM DENGAN KEKUATAN YANG TELAH DIBERI KEKUATAN DARI ALLAH SWT. Fikirkan mana lebih baik pergi beperang seorang diri atau beramai-ramai itu lebih baik ? Ada ke orang berperang seorang diri ? Siapa yang akan menang, berseorangan atau berkumpulan ? Diharap ini akan memberi kefahaman kepada anda semua.

Seterusnya didalam Manaqib al Imam Ibnu Hambal mukasurat 407 karya Ibnu Jauzi. Maka Abdullah bin Ahmad bin Hambal berkata "Ketika menjelang wafatnya ayahku, aku menyapu peluh dijanggutnya dengan kain. Tiba-tiba ia sedar dari pingsan, sambil dia mengerak-gerakkan tangannya ia berkata 'Jangan, aku tak mahu. Jangan, aku tak mahu'. Setelah dia tenang, aku pun bertanya 'Ayah kenapa ?, Apa yang ayah nampak ? ' Ia menjawab 'Tadi aku melihat syaitan berdiri tepat didepan ku, sambil menggigit jariku, ia berkata 'hai Ahmad, ayuh ikut aku.' lalu aku jawab 'Jangan, aku tidak mahu. Jangan, aku tidak mahu'. Sampai aku hampir mati ". Imam Abu Abbas @ Ahmad bin Umar al Qurthubi menceritakan pengalamannya sewaktu ia berada diperbatasan (sempadan) Kota Iskandariah, ia berkata "Suatu hari aku menjenguk guruku Abu Jaafar @ Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al Qurthubi yang sedang dalam keadaan nazak. Ketika seseorang menalqinkannya dengan kalimah Laillahaillallah, ia terus manjawab "Tidak...tidak ". Setelah ia sedar aku menghampirinya dan menceritakan keadaan itu padanya, lalu ia berkata " Tadi ada dua ekor syaitan menghampiri ku dari sebelah kanan dan kiri. Seekor berkata "marilah memeluk agama Yahudi kerana ia adalah agama baik. dan seekor lagi mengajak untuk memeluk agama Nasrani kerana ia adalah agama terbaik, lantas aku menolak dengan mengatakan Tidak..tidak ".

Didalam sebuah kitab karya at Tarmidzi dan an Nasai' yang aku simpan, terdapat riwayat dari Nabi saw yang menyatakan "Sesungguhnya syaitan akan menghampiri salah seorang dari kamu yang sedang nazak dan berkata 'Matilah kamu sebagai orang Nasrani'. Oleh kerana itu jawablah 'tidak...pergi jahanam (neraka jahanam) kamu'. pengalaman seperti ini selalu terjadi kepada orang-orang soleh. Jadi jika mereka berkata 'tidak' ketika ditalqin, ia bukannya merujuk kepada sesiapa melainkan kepada syaitan (dengan pandangan ghaib) yang sedang memujuknya kejalan sesat. Oleh itu jangan salah sangka. Telah di riwayatkan oleh Ibnu Mubarak dan Sufyan dari Laits dari Mujahid bahawa ia berkata "Setiap orang yang hendak meninggal dunia, ia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang duduk menungguinya. Jika mereka itu orang fasiq, maka ia akan mati sebagai seorang fasiq dan jika mereka orang-orang yang ahli zikir, ia akan mati dalam keadaan baik". Ini adalah riwayat daaif. Seorang dari penduduk Basrah yang terkenal rajin beribadah bernama Rabi' bin Marrat bin Ma'bad al Juhani menceritakan pengalamannya, "Aku mendapati beberapa orang sedang menalqin seorang lelaki yang sedang dalam keadaan nazak, "Hai fulan.. katakanlah Laillahailallah. Tetapi orang itu malahan meminta air minum. Mereka mencuba lagi dan kali ini ia menjawab dengan kata "Sepuluh, sebelas dan duabelas..". Kebelakangan aku diberitahu bahawa beliau itu seorang peniaga yang suka berbuat curang"

Abu Muhammad @ Abdul Haq bercerita tentang sebuah hikayat didalam kitabnya bertajuk "al Aqibat" yang berbunyi seperti berikut ;

"Ada seorang lelaki yang sedang berdiri dihalaman rumah barunya yang mirip sebuah bangunan tempat menyimpan permaidani, tiba-tiba ia melihat seorang gadis cantik datang menghampirinya dan bertanya "Manakah jalan menuju ke tempat permaidani yang terbaik sekali didearah ini ?". Lelaki itu menunjuk arah kerumah barunya dan berkata "Itu tempat permaidani yang terbaik sekali ". Gadis itu pun masuklah kerumahnya sambil diikuti dari belakang. Bila saja dia masuk kerumah itu dilihatnya tempat itu bukannya tempat menyimpan permaidani lalu dia merasa telah tertipu, pun begitu sigadis merasa senang dapat berduaan dengan lelaki itu didalam rumah barunya itu. Sigadis menjadikan alasan tertipu itu sebagai ruang untuk meminta disediakan makanan yang sedap-sedap, maka lelaki itu pun bersetuju malah akan menyediakan apa saja permintaan gadis yang cantik itu. "Tentu !... aku akan menurut apa saja permintaan mu itu ". Ia pun keluar dengan mengunci pintu rumah itu bertujuan supaya gadis itu tidak lari. Kemudian ia kembali semula dengan membawa makanan yang sangat enak untuk gadis itu dengan perasaan yang sangat gembira. Tetapi apabila dia masuk keruang rumah itu didapatinya gadis itu telah tiada. Dia berusha mencari diseluruh ruang rumahnya namun tidak bertemu. Dia merasa bingung dan berjalan kesana dan kemari sambil berfikir terus-terusan, apabila merasa penat dia pun pulang kerumah lamanya. Tidak henti-henti ia memikirkan tentang gadis cantik itu. Ia sentiasa bertanya kepada dirinya sendiri kemana perginya gadis itu ??? hari demi hari di memikirkan hal itu saja. Da pun pergi kerumah barunya dan mencari gadis itu lagi namun tak juga bertemu. Tidak ia berhenti mencari sambil bertanya kepada dirinya "wahai gadis yang bertanyakan arah ke tempat permaidani, dimana kamu berada sekarang ??? Gadis yang ternyata masih bersembunyi diatas bumbung rumah itu pun menjawab "Bukankah kamu telah berjaya memerangkapnya didalam rumah kamu ???". Mendengar jawapan itu ia menjadi bertambah bingung kerana hanya boleh mendengar gema suaranya tetapi tidak juga bertemu dengan orangnya ". Saban harinya ia begitu hingga berlaku tekanan perasaan (stras) lalu dia jatuh sakit yang sangat lama. Kemudian sakitnya bertambah tenat ia pun hampir menemui ajal, lalu datang seorang sahabatnya meningatkannya untuk memgucapkan talqin Laillahaillallah, dikala itu ia masih lagi menjawab "Wahai gadis yang bertanya arah tempat permaidani, dimanakah kamu berada sekarang ???". Itu sajalah ucapan yang keluar dari bibirnya hinggalah nafasnya yang terakhir. Kita berlindung dengan Allah supaya pekara sebegini tidak berlaku kepada kita ".


CATITAN PENULIS ;

Memang terdapat banyak cerita sebegini didalam dunia pada hari ini dan dizaman ini kerana terlampau mengejarkan kebendaan, kemewahan dunia, kekayaan dunia, gelomar, pangkat darjat, wanita kebanggaan, bangunan, rumah agam dan lain-lain lagi hinggkan mereka lalai, lupa, maksiat, durhaka, zalim, fasiq, munafiq, zindik, sesat lagi menyesatkan kerana fitnah dunia. Allah datangkan dugaan pada saat akhir nyawanya yang menyebabkan ia terus mati dalam kedaan yang sangat buruk. Allah pekakkan telinganya disaat itu hingga ia tidak dapat mendengar talqin lagi. Allah kelukan lidahnya supaya tidak dapat mengucap kalimah shadatai lagi. Allah lupakan ia akan kalimah tauhid itu supaya ia mati sesat. Allah tarik ingatannya menjadikan ia hanya ingat harta, wanita dan kebendaan dunia saja sampai tak boleh mengucap lagi. Allah butakan matanya supaya ia tidak nampak kawan yang menalqinkannya lagi. Dan yang paling utama sekali, kamu kena mengatahui (didalam cerita itu tadi) bahawa gadis itu adalah syaitan yang menjelma untuk memgadakan fitnah kepada lelaki itu supaya mati dalam lupa shadatai, lupa talqin, lupa ucapan Laillahaillallah. Mati dalam kedaan sesat mengikut syaitan itu kealam Iblis. Bukannya mati masuk kealam barzah yang Allah ciptakan bersama-sama para solehin, arifin dan mutaqin. Begitulah kedaannya Allah swt yang Mahaperkasa dan Mahaagung memberi hukumnya untuk menyesatkan sesiapa yang mahu disesatkanNya atas sebab angkuhnya mereka, kufur nikmatNya, zalimnya mereka itu waktu didunia. Maka ambillah iktibar akan hikayat cerita ini, supaya ia menjadi sempadan untuk kita. Mulakan mendapatkan sahdatai itu sekarang!!!, dapatkan talqin itu sekarang!!!, mengucap 2 kalimah shadatai itu sekarang !!!. Bukan tunggu nyawa sampai dikerongkong atau dihalkum baru nak mengucap???. Bukan tunggu orang ajarkan talqin baru nak mengucap??? Itu semuanya sudah terlambat saudara !!! waktu sudah terlalu hampir dipenghujungnya. Belum tentu kamu dapat mengucap pada waktu itu ??? JADI, SEKARANG MASANYA, MASA MUDA MU !!! Mantapkan diri, kuatkan sanubari, kuatkan rohani jasmani utk berhadapan dengan MAUT. Inilah peperangan sebenar... antara kebenaran atau kesesatan. Pilihan hanya satu ??? Buat pilihanmu sekarang, bukan tunggu keadaan mendesak nanti baru nak pilih jalan ???

Selanjutnya, Ibnu Dhafar dalam kitabnya "an Nasha'ih" telah bercerita "Yunus binUbaid adalah seorang penjual rempah-rempah yang terkenal sangat jujur. Ia tidak mahu ada orang yang tertipu membeli barangannya, apa tah lagi berbuat curang dalam perniagaan. Itulah sebabnya dia tidak membuka kedainya pada waktu terlalu pagi dan tidak menutup kedai pada waktu terlampau senja kerana dikuawtiri akan menyebabkan pelanggannya tersalah pilih barang hingga menyebabkan keciwa. Satu ketika dia telah memukul timbangannya yang sudah tidak betul timbangannya sebab sudah uzur. Bimbang akan membuat timbangan yang salah dia lantas menrosakkan terus timbangan itu dengan memukulnya dengan batu. Sebenarnya dia boleh saja memperbaiki timbangan itu tetapi tidak dilakukannya. Apabila ditanya dia menjawab "Aku tidak mahu menyimpan barangan yang boleh membawa bincana kepadaku". Ditanya kenapa timbangan itu yang jadi mangsa pukulannya, dia lantas bercerita kisahnya "Suatu hari aku melawat seorang kawan yang sedang nazak, lalu aku cuba mengingatkannya untuk mengucap talqin Laillahaillallah, namun kawan itu hanya tergagap-gagap tak boleh bercakap dengan matanya terjojol besar, susah sungguh dia nak berkata-kata seperti ada sesuatu yang terlekat didalam mulutnya. Dicubanya sekali lagi, pekara yang sama berlaku. Kemudian bila dia sudah tenang, lantas dia memberitahuku "Tolong kamu saja yang berdoa kepada Allah untukku, lidahku seperti terlekat pada timbangan yang aku guna untuk menipu pelanggan. Itulah sebabnya aku tidak mampu mengucap. Setiap kali aku cuba mengucap, pekara yang sama akan terjadi. Tolonglah aku". Maka semenjak dari saat itulah, Yunus bin Ubaid membuat syarat untuk membeli barang dikedainya. Oleh kerana tiada timbangan lagi, maka pelanggan kena mambawa timbangan sendiri dan meninbangkan sendiri barang-barang yang mereka beli dengan tangan mereka sendiri. Kepada yang tidak mengikut syaratnya umpamanya tiada timbangan, dia lebih rela tidak melayan mereka. Mereka akan disuruh pergi saja ketempat lain.


KETERANGAN:

Sebenarnya didalam setuasi yang tenat semasa menghadapi maut itu, terlampau banyak gangguan akan berlaku. Gangguan itu disebabkan perbuatan kita sendiri, tak kutang juga gangguan dari syaitan. Semua yang anda lakukan akan dihimpunkan semua dikala itu hingga kamu tidak mampu berbuat apa-apa. Semua angota tubuh kamu juga tidak berfungsi dengan betul lagi pada waktu itu kerana dosa-dosa kamu sendiri. Terlalu banyak kejadian aneh yang berlaku dari cerita-cerita orang ramai, orang-orang alim, ulama-ulama berkenaan dengan dugaan semasa shakaratulmaut itu semuanya benar dan ia memeng berlaku. Ia bukannya cerita hayalan atau cerita dongeng. Kejadian itu merupakan balasan kepada manusia-manusia yang lupa perintah Allah, langar perintah Allah, tidak taat pada suruhan Allah,melangar hukum Allah, terlampau banyak melakukan maksiat, dosa besar juga dosa kecil, dosa kering dengan manusia lain dan sebagainya. Ambillah aktibar dari semua cerita ini.



BAB 16 - PAHALA YANG SAMPAI KEPADA MAYAT.


Telah diriwayatkan oleh Abu Hamid al Ghazali didalam kitabnya bertajuk "Al Ihya" dan juga oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam kitabnya bertajuk "Al Aqibat" menyatakan bahawa Ahmad bin Hambal berkata "Apabila kamu memasuki kawasan kuburan, bacalah surah al Fatihah, al Falaq, An Naas dan surah al Ikhlas. Peruntukkan pahalanya untuk ahli kubur disitu semua kerana pahala itu akan sampai kepada mereka ". Daripada Ali bin Musa al Haddad bercerita "Aku sedang bersama Ahmad bin Hambal dalam satu majlis pengkebumian. Saat itu Muhammad bin Qudamah al Jauhari sedang membaca al Quran. Selesai mayat ditanam, muncul seorang lelaki tuna netra lalu menbaca al Quran didepan sebuah kubur. Ahmad bin Hambal menghampirinya dan berkata " Hai fulan... sesungguhnya membaca al Quran dikuburan itu bid'ah." Setelah itu kami pun keluar didalam perjalanan Muhammad bin Qudamah bertanya kepada Ahmad bin Hambal, "Hai Abdullah.. apa pendapat kamu tentang Mubasyir bin Ismail ?" Ia menjawab "Dia adalah seorang perawi yang boleh dipercayai". Muhammad bin Qudamah bertanya lagi "Kamu pernah menulis riwayat hadis darinya". Ia menjawab "Ya..pernah !" Muhammad bin Qudamah berkata "Mubasyir pernah bercerita kepadaku, dari Abdurrahman ibnu Alla' ibnu Hajjaj, dari ayahnya bahawa sesungguhnya ia berpesan "Apa bila selesai permakaman mayat, bacalah bahagian pertama dan bahagian akhir surah al Baqarah pada bahagian kepala kuburan". Katanya, ia juga pernah mendengar Saidina Umar ra berpesan seperti itu. Maka Ahmad bin Hambal berkata kepada ku "Temui kembali pemuda tuna netra itu tadi dan katakan kepadanya supaya terus membaca al Quran". Maka perbuatan membaca ayat-ayat suci al Quran itu bukanlah perbuatan bidaah, seperti yang dikatakannya diawal tadi.

Sebahagian Ulama yang membenarkan pembacaan al Quran di kuburan itu adalah mengikut panduan dari sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang menerangkan bahawa Nabi saw pernah membelah dua sebuah pelepah kurma. Kemudian Baginda menanam pelepah kurma itu satu di satu kuburan dan yang satu lagi dikuburan yang lain seraya bersabda "Semoga ia dapat meringankan siksaan kubur kepada keduanya selagi (pelepah kurma) belum kering ". Juga disebut didalam 'Musnad Abi Daud at Thayalisi' iaitu Rasulullah meletakkan dua pelapah kurma itu kemudian bersabda "Sebelum kedua pelapah ini kering, ia dapat meringankan siksaannya". Maka berdasarkan hadis ini mereka berpendapat bahawa dihukumkan sunat menanam pokok dan membaca ayat al Quran di kuburan. Jika batang pokok saja boleh meringankan seksa kubur, apatah lagi dengan bacaan ayat suci al Quran.

Telah diriwayatkan sebuah hadis daaif oleh as Salafi dari Saidina Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda " Seseorang yang melalui kawasan kuburan dan berhenti untuk membaca surah al Ikhlas sebanyak 11 kali kemudian diberikan pahlanya kepada orang-orang yang telah mati, maka dia akan diberi pahala sebanyak jumlah yang mati itu". Dari riwayat Anas (pelayan Nabi), Rasulullah bersabda "Apabila seseorang mukmin membacakan Ayatul Kursi dan kemudiannya menghadiahkan pahala bacaan itu kepada para penghuni kubur, maka Allah akan memasukkan empat puluh cahaya kesetiap kubur orang mukmin mulai dari ujung dunia sebelah timur sampai barat. Allah akan lapangkan liang kubur mereka. Allah akan memberi pahala 40 orang Nabi kepada pembaca ayat itu, mengangkat satu darjat bagi setiap mayat."

Berkata al Hasan "Barangsiapa memasuki sebuah kuburan lalu mrmbaca doa 'Ya Allah, Tuhan jasad-jasad yang telah sudah rosak dan tulang-tulang yang telah hancur lebur, Engkau keluarkanlah mereka dari dunia dalam keadaan beriman kepada Engkau, maka berikanlah rahmat dan keselamatan Engkau padanya". Nescaya akan mendapat ganjaran pahala sebanyak jumlah mereka itu. Sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra, bahawa Rasulullah bersabda " Sebaik-baik manusia yang berjalan diatas muka bumi yang baru adalah orang-orang yang mengajar kebaikan. Ketika agama telah rosak mereka memperbaharui lagi. Berikan mereka sesuatu tetapi jangan dianggap upah, kerana mereka tentu merasa tidak sedap hati. Sesungguhnya apabila seseorang mengajarkan kalimah Bismillahirahmanirahim kepada anak kecil, Allah mencatitkannya sebagai kebebasan bagi anak itu, kebebasan kepada pengajar dan kebebasan kepada kedua orang tuanya dari neraka ". Demikian yang telah dikatakan oleh ats Tsa'labi. Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini) dalam catitannya mengatakan "Hadis tadi berkaitan dengan masaalah sedekah. Jika pahala sedekah boleh sampai kepada si mati, demikianlah pula halnya dengan pahala membaca al Quran, berdoa, istighfar dan lainnya. Itu semua adalah sebahagian daripada sedekah kerana sedekah itu tidak semestinya didalam bentuk harta dan wang sahaja. Apabila ditanya tentang kemudahan mengqasar, menjamak dan menyingkatkan solat sewaktu perang dan musafir, Nabi saw bersabda " Itu adalah merupakan sedekah (hadiah) yang diberikan oleh Allah swt kepada kamu semua, maka terimalah sedekah Nya itu ". Hadis ini telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad.

Dan lagi sebuah hadis yang telah diriwyatkan oleh mereka (Muslim dan Ahmad) mengatakan seperti berikut, Rasulullah saw telah bersabda " Setiap persendian amal yang kamu miliki itu mengandungi sedekah. Sesungguhnya pada setiap bacaan tasbih adalah sedekah, pada setiap bacaan tahlil adalah sedekah, pada setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, perintah kepada melakukan makruf adalah sedekah, melarang kepada yang mungkar adalah sedekah. Itu semua boleh dicukupi dengan solat sunat Dhuha dua rakaat". Oleh sebab itulah para Ulama menganjurkan ziarah kubur kerana bacaan al Quran disitu merupakan khoda bagi mayat yang ia ziarahi ". Telah diriwayatkan oleh Baihaqi didalam sebuah hadis batil bahawa Nabi saw bersabda " Setiap mayat dikuburan itu seperti orang yang sedang tenggelam. Ia menunggu doa yang dikirimkan oleh ayahnya, saudaranya atau sahabat karibnya. Jika sudah dikirimkan, pekara itu adalah pekara yang lebih disukainya daripada dunia dan semua isinya. Sesungguhnya hadiah orang-orang yang masih hidup kepada orang-orang yang sudah meninggal dunia ialah bacaan doa dan istighfar".

Diriwayatkan bahawa ada seorang wanita datang menemui Hasan al Basri. Ia bertanya "Putriku telah meninggal dunia, aku teringin sangat untuk melihatnya semula. Tolonglah ajarkan aku suatu doa yang jika aku baca akan membolehkan aku melihatnya ". Setelah bebarapa ketika mengamalkan ajaran Hasan al Basri, dia bermimpi didalam tidurnya melihat anaknya memakai kain diperbuat dari tar dengan lehernya dibelenggu dan kedua kakinya dirantai. Ia lantas tersentak bangun dan sungguh terkejut. Kemudian dia bertemu semula Hasan al Basri dan menceritakan hal itu, maka timbullah rasa simpati dihatinya kepada ibu itu. Beberapa waktu kemudian, Hasan al Basri pula bermimpi melihat putri wanita itu sedang baring bersantai di syurga dengan memakai mahkota dikepalanya, ia bertanya " Wahai guru, kamu kenal aku ?". "Tidak" jawab Hasan al Basri. "Aku adalah putri wanita yang pernah datang menemui mu itu" jawabnya. Hasan al Basri pula bertanya "Apa masaalahmu dan bagaimana kau boleh ada disyurga ?". Dia memberitahu "Suatu hari ada seorang soleh lalu dikuburan ku yang disekeliling ada 560 mayat yang sedang diseksa. Mendengar dia berselawat kepada Nabi, tiba-tiba ada seruan..."Hentikan seksaan kamu kerana berkah dari satu kali saja bacaan selawat Nabi yang diucapkan orang soleh itu ".

Diceritakan oleh Sahibul Hikayat. " Suatu malam aku bermimpi melihat kakak ku yang telah meninggal dunia. Maka aku bertanya kepadanya "Bagaimana keadaan mu ketika kamu dimasukkan kedalam kubur dahulu ?". Ia menjawab " Waktu itu ada malaikat yang datang kepadaku membawa bola api yang sangat mengerikan. Seandainya tiada orang yang cepat mendokan aku, nescaya ia telah menyeksaku dengan bole api itu ". Memang banyak sirah, hikayat dan cerita orang-orang soleh seperti diatas tadi. Salah satu contoh yang lain ialah yang dikatakan oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam kitabnya Al Akibat. Kemudian Abu muhamad @ Abdullah bin Muslim bin Qutaibah menceritakan satu hakayat yang hampir serupa didalam kitabnya bertajuk "Uyun al Akhbar" dengan sebuah yang cukup panjang. Aku perlu menceritakannya semula atas sebab ia penuh debgan pelajaran, peringatan dan nasihat berkenaan keperluan mendoakan mayat dengan khusuk.

Telah diriwayatkan oleh al Harits bin Nabhan, "Suatu hari aku menuju kesebuah kuburan. Setelah berdoa, aku duduk termenong memikirkan para penghuni kubur yang ada disitu. Aku lihat mereka juga diam tak bersuara seperti ku. Mereka berjiran tetangga tetapi tidak berkunjung sesama mereja. Mereka tinggal diperut bumi. Aku berkata "Hai penghuni kubur, jejak peninggalan mu didunia telah hilang. Tetapi dosa-dosa kamu tetap ada. Kamu tinggal dinegeri bincana yang membuatkan kaki-kakimu membengkak". Setelah itu aku menangis, lalu aku menuju kesebuah wakaf (pondok) dan tertidur disitu. Semasa tidur itu aku bermimpi melihat seorang penghuni kubur sedang dipukul dengan cemeti. Ia dirantai dilehernya, sepasang matanya berwarna biru dan berwajah hitam. Ia berkata "Celaka nasib ku, kenapa semua ini harus terjadi kepada ku ?. Seandainya orang-orang yang masih hidup dapat melihat keadaan ku ini, pasti mereka tidak akan melakukan maksiat kepada Allah. Sekarang aku dituntut untuk dipertanggungjawabkan diatas semua kenikmatan-nikmatan yang pernah aku salah gunakan. Kalau ada sesiapa yang boleh menyampaikan berita ini kepada keluargaku, tentu aku tidak merasa kepayahan ini lagi."

Lantsa aku tersentak bangun kerana teperanjat. Jantung ku hampir tercabut kerana ketakutan akan mimpi itu. Aku bergegas pulang kerumah. Diwaktu malam aku tidak boleh tidur kerana mengenangkan akan mimpiku itu. Sepanjang hari aku memikirkannya terus-terusan. Keesokannya aku ketempat kuburan itu lagi. Aku berharap dapat bertemu dengan seseorang yang mungkin datang kesitu kemudian mahu mendengar akan mimpiku itu. Tetapi ternyata ia sunyi sepi, tiada sesiapa. Aku lalu tertidur lagi disitu dan bermimpi melihat lelaki yang sama sedang diseret mukanya ditanah lalu ia meraung "Aduh celaka nasibku..apa yang sedang menimpaku ini ? Umurku cukup panjang tetapi buruk sungguh amal perbuatanku sewaktu didunia, sehinggakan Allah amat murka. Sungguh malang nasibku jika Dia tidak mahu mengisahani ku". Aku terbangun... aku hampir hilang ingatan kerana mimpi itu tadi. Dengan bingung aku pulang kerumah. Keesokannya aku kepusara itu lagi dan masih berharap dapat bertemu sesiapa disana. Ia tetap juga menghampakan, tiada sesiapa yang menziarahi kuburan itu. Aku tidur lagi disitu dan tetap mendapat mimpi melihat lelaki yang sama yang sedang merangkak kesakitan dan merintih "Orang-orang didunia benar-benar telah melupakan aku. Tiada siapa yang peduli lagi pada ku yang sedang diazab sepedih ini dari Tuhan yang telah murka kepada ku. Malang sungguh nasib ku jika Dia Yang Maha Pengasih tetap tidak berkenan menolong ku.

Terkejut dan lantas bangun. Ia sungguh mengerikan dan aku mahu saja lari pulang kerumah. Tiba-tiba muncul tiga budak perampuan kearah ku. Aku bersembunyi supaya dapat mendengar apa yang mereka katakan. Budak yang terkecil sekali dari mereka pertama sekali kehadapan kuburan itu lantas berkata "Assalamualaikum Ayah ! Bagaimana tidur ayah disini ? Bagaimana keadaan ayah ? Sepeninggalan ayah hidup kami menderita, kemudian ia meraung menangis. Kemudian giliran budak yang tengah pula kemuka, Ia mengucapkan salam dan berkata "Inilah kuburan ayah yang sangat sayangkan kami. Kami berdoa semoga Allah berkenan mengasihinya dan menghentikan azab kepadanya. Wahai ayah.. sungguh malang nasib kami, jika kau dapat melihatinya sudah tentu kau juga merasa sedih. Kami diperbuat pekara yang kurang ajar oleh kaum-kaum lelaki tampa mendapat belas kesihan mereka. Tiada siapa mahu melindungi kami. Mendengar rintihan mereka itu, aku juga turut sedih dan menangis lalu aku keluar dan pergi dekat mereka. Setelah memberi salam aku katakan pada mereka "Wahai anak-anak, amalan itu kadang-kadang diterima, kadang-kadang tidak dan dipulangkan kepada yang bersangkutan dengannya. Seperti amalan ayah kamu yang telah meninggal dunin ini, yang aku dengar ia tidak membuatku sedih tetapi ia membuatku merasa ngeri dan takut.

Mendengar kata-kataku, lantas mereka membuka mata mereka dan bertanya kepadaku "Hai Atok yang soleh, apa sebanarnya maksud kata-katamu ?". Ku katakan kepada mereka " Telah 3 hari berturut-turut aku berada disini dan mendengar suara jeritan dan rintihan ayah kamu yang diseksa malikat" Mereka berkata "Kami tahu ayah kami dibakar dineraka, itulah yang membuat kami bimbang dan hidup kami tidak tenang. Kami akan sentiasa memohon kepada Allah supaya mudah-mudahan dia akan dilepaskan dari seksaan itu" kemudian mereka terus pergi meninggalkanku sambil berlari. Aku pulang kerumah, keesokannya aku kembali semula kekuburan itu. Aku duduk bersendirian dan kemudian tidur disitu, kemudian aku bermimpi melihat penghuni kubur itu berwajah tampan dan memakai kasut dari emas serta diapit oleh seorang gadis dan seorang pemuda. Aku menghampirinya kemudian memberi salam dan bertanya "Semoga Allah merahamatimu, siapakah kamu sebenarnya ?. Dia menjawab "Aku adalah ayah kepada anak-anak perampuan yang telah kamu temui disini, sejak dahulu lagi telah akau ketahui apa yang telah kamu lakukan disini. "Lalu apa yang telah terjadi" tanya ku. Da berkata "Setelah kau sampaikan beritaku kepada anak-anakku. Mereka pulang dengan merasa sangat sedih dan menjadi sangat rajin berabadah sambil menangis hiba memohon dengan khusuk kehadrat Allah swt. Mereka menangis tidak henti-henti hingga Allah perkenan permintaan mereka. Allah berkenan mengampun semua dosa-dosaku dan membebaskanku dari seksa kubur itu. Bahkan sekarang aku ditempatkan bersebelahan dengan tempat Nabi Muhammad saw. Kalaulah aku dapat bertemu dengan anak-anak ku semua, akan aku beritahu mereka akan kebagiaanku sekarang ini yang telah hidup didalam syurga yang penuh dengan nikmat Allah. Ini semua berkat pengampunanNya padaku". jawabnya.

Aku lantas bangun dan merasa gembira lalu aku pulang kerumah. Setelah tidur semalaman, keesokannya aku pergi semula kekuburan itu. Dari jauh aku lihat ketiga-tiga budak perampuan itu telah berada disitu tampa memakai kasut, lalu aku pergi menghampiri mereka. Setelah mengucapkan salam aku menyampaikan berita ayah mereka yang kini telah berada disyurga yang penuh dengan nikmat kepada mereka semua. "Rupa-rupanya Allah mendengar doa kamu semua, bersyukurlah kamu kepada Allah atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kamu semua". Kataku. Mendengar kata-kataku itu, anak yang paling kecil itu terus berdoa " Ya Allah, Tuhan Yang Mengibur Hati, Tuhan Yang Maha Menutup Aib, Tuhan Yang Maha Menyingkap Kesedihan, Tuhan Yang Maha Mengampuni Dosa, Tuhan Yang Maha Mengatahui Sesuatu Yang Ghaib, Tuhan Yang Maha Mengabulkan Harapan yang diminta, Engkau tahu permohonanku, keinginanku dan alasanku menyendiri dengan Mu, Ya Allah, Engkau tahu kebingunganku, Engkau melihat niat tulusku, Engkau mengerti taubatku, Engkaulah yang menguasi leherku, Engkaulah yang memegang ubun-ubunku, Engkaulah harapanku dikala susah, Engkaulah yang membimbingku, Engkaulah yang menuntunku dan Engkaulah yang mengabulkan doaku. Jika aku lalai dari perintahmu dan melanggar laranganmu, Engkau maafkanlah aku dan Engkau tutupilah aibku. Inginku selalu menyebut NamaMu dan inginku syukuri nikmat-nikmatMu, namun tak berdaya kerana terlalu banyaknya. Engkaulah Tuhan Yang Mahamulia, tempat permohonan terakhir. Engkaulah yang Merajai Hari Pembalasan, Engkaulah yang mengatahui apa yang tersimpan dihatiku, yang mengatur seluruh mahluk Mu. Jika Engkau kabulkan hajatku adalah semata-mata berkat kebaikkan Mu, Telah Engkau memenuhi permohonanku menolong hamba Mu. Peluklah daku kepada Mu dan Engkau Mahakuasa atas setiap sesuatu". Selesai sahaja dia berdoa, dia lantas meraung menangis lalu jatuh dan terus meninggal dunia disitu juga.

Kemudian kakaknya yang ditengah pula bangkit, dengan suara lantang lalu menyeru dan berdoa "Wahai Tuhan, berilah jalan keluar bagi kesusahanku dan bebaskanku dari kebimbangan hatiku. Wahai Tuhan yang menolongku sewaktu aku jatuh tersungkur, yang menunjukkan ku ketika aku bingung dan menolong ku ketika aku sedih. Jika Engkaun terima taubatku, Engkau penuhi hajatku dan Engkau luluskanlah permohonanku ini, aku mohon menyusul adekku tadi". Setelah itu dia juga jatuh dan meninggal dunia. Kemudian tibalah giliran kakak mereka yang tua, ia bangun dan berdoa " Wahai Tuhan Yang Maha Memaksa lagi Maha Agung, Yang Mahakuasa dan Mahamulia. Yang Mahamengatahui orang yang diam dan orang yang berdicara. Milik Engkau sahajalah segala anugrah dan kebesaran. Engkaulah Yang Maha Dahulu dan Maha Dermawan. Engkaulah yang membuat mulia kepada orang yang Engkau mahukan ia mulia, yang membuat hina kepada orang yang Engkau mahukan ia hina, yang membuat bahagia kepada orang yang bahagia, yang membuat dekat kepada orang yang Engkau dekatkan, yang membuat jauh kepada orang yang Kau jauhkan, yang membuat miskin orang yang Kau miskinkan, yang membuat untung kepada orang yang Kau kurnia, yang Engkau membuat rugi kepada orang yang Engkau seksa...Aku pohon pertolongan Mu dengan Nama Mu Yang Mahaagung, Zat Mu Yang Mahamulia, Ilmu Mu Yang Mahaluas, yang membuat malam menjadi gelap, yang membuat siang menjadi terang, yang membuat gunung menjadi gempa, yang menjadikan angin bertiup, yang menjadikan langit tinggi menjulang, yang membuat suara-suara tunduk Khusyu' dan yang menjadikan para malaikat tunduk sujud... Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pertolongan dari Mu. Jika Engkau perkenan memenuhi hajatku dan meluluskan permohonanku...tolong aku menyusuli kedua adek-adekku tadi ". Selesai saja berdoa dia kemudian meraung menangis dan jatuh ketanah terus meninggal dunia.


CATITAN PENULIS:

Saudara-saudara sekalian, lihatlah betapa luhur dan tulusnya hati anak-anak itu dengan Khusyu' dan Tuwadoq' mendoakan orang tua mereka hingga Allah berkenan mengangkatnya kemertabat paling tinggi dari kalangan manusia awam yang tidak mungkin dicapai secara bersendirian. Begitulah peranan anak-anak yang soleh yang tiada berdosa dan teraniaya hidup mereka, Allah angkat untuk berserta keluarga mereka kerana keangkuhan dunia. Allah amat Readha pada mereka semua hingga peranan mereka didunia tidak diperlukan lagi. Allah amat kasih kepada mereka yang ikhlas dan khusyu' dalam ibadah mereka, didalam doa mereka yang amat jelas dapat anda lihat tadi. Rangkuman bait doa yang sungguh menyayat hati dan boleh dijadikan contoh bagi mereka yang sudi mengambilnya sebagai panduan dan pedoman. Tiada kata-kata lagi yang dapat diungkap doa setinggi itu yang sungguh mustajab mengapai kehadrat Allah Yang Mahatinggi hingga luluh segenap hati yang angkuh. Kunci bagi segalanya itu adalah Ikhlas, Tulus, Luhur, Khusyu' dan Tuwadoq' juga beramal soleh. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita, kepada mereka semua dan kepada seluruh umat Islam, muslimin muslimat, mukminin dan mukminat didunia yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia semenjak dari dahulu lagi hinggalah kehari ini. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru seklian Alam....amin.

Dari hadis yang telah diriwayatkan oleh Anas, Rasulullah telah bersabda "Barang siapa yang memasuki (kawasan) kuburan dan membaca surah Yaa Siin, Allah akan meringankan seksa para penghuninya dan ia akan mendapat kebijikan sebanyak jumlah mereka semua ". Kemudian dari hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Ibnu Khathab ra, "Ia berpesan kepada ku untuk membaca surah al Baqarah dipusaranya". Abu Muhammad @ Abdul Haq mengambil dari ucapan Abul Walid @ Ismail bin Ahmad atau yang terkenal dengan nama Ibnu Afrand seorang Ulama ASWJ yang sangat wara' dan soleh, katanya " Ayahku telah meninggal dunia, Sahabat karibku kemudian bercerita kepadaku ' Satu hari aku telah menziarahi pusara Ayahmu, aku telah membaca beberapa ayat al Quran kemudian aku berkata 'Wahai sifulan, bacaan ini.. tiba-tiba angin bertiup kencang serta menghembuskan bauan yang sangat harum. Terlalu kencangnya angin itu hingga aku hampir jatuh. Kemudian aku pulang... dan tiba-tiba saja aku sudah berjalan sangat jauh".

Berkata Abu Muhammad "Aku pernah mendengar seorang sahabat karibku bercerita 'Isteriku telah meninggal dunia, satu malam aku membaca beberapa ayat al Quran kemudian pahlanya aku berikan kepadanya, selain itu aku juga berdoa memohon keampunan untuknya. Pada malam berikutnya seorang wanita kenalan rapat kami bercerita kepada ku bahawa semalam dia telah bermimpi melihat isteriku tidur disebuah rumah yang sangat cantik. Ia mengeluarkan daki dari bawah tempat tidurnya yang berisi botol-botol yang penuh dengan cahaya seraya berkata "Ini adalah persembahan dari suamiku untukku', setelah itu aku tidak pernah memberitahukannya kepada sesiapapun".

Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini) berkata "Ada sebuah hadis matfu dari Anas yang menyatakan bahawa pahala bacaan ayat al Quran untuk orang-orang yang membacanya, manakala pahala mendengar bacaan itu adalah untuk simati. Kedua-duanya sama-sama mendapat rahmat. Allah swt telah berfirman didalam surah al A'raaf ayat 204 yang mafhumnya

"...dan apabila dibacakan al Quran maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat".

Berkat kemurahan Allah swt, mungkin masing-masing boleh mendapatkan pahala bacaan al Quran itu sekaligus pahala mendengarkannya, sekalipun simayat tidak boleh mendengarnya. Ia sama seperti sedekah, doa dan istighafar, seperti yang telah saya kemukakan diatas tadi. Kerana pada hakikatnya, al Quran itu adalah doa, istighfar dan kekhusu'kan. Apa saja yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah swt itu adalah sama seperti al Quran ul Karim". Nabi saw telah bersabda "Allah Yang Maha Memberkati dan Mahatinggi telah berfirman 'Barang siapa yang sibok membaca al Quran sehingga lupa memohon kepada Ku, Aku akan menberikannya keutamaan daripada orang-orang yang bermohon". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi yang menurutnya hadis ini hasan dan sekaligus gharib. Daripada hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad, Nabi saw bersabda "Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga pekara, iaitu sedekah jariah, Ilmu yang dimanafaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya". Membaca alQuran adalah termasuk doa dan boleh diberi oleh anak-anak, rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, sanak saudara terdekat, suami isteri, ibu bapa dan juga saudara seislam.

Ada yang tidak bersetuju dengan pekara ini dan menganggap ia bertentangan dengan sebuah Firman Allah didalam surah an Najam ayat 39 yang mafhumnya ;

"...seseorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diushakannya".

Maksydnya, amalan seseorang itu tidak boleh memberi manafaat kepada orang lain. Para Ulama ASWJ telah berbehas berkenaan dengan pendapat ini. Menurut Ibnu Abbas, ayat tersebut hukumnya mansukh (dihapuskan) berdasarkan firman Allah yang lain didalam surah ath Thuur ayat 21 yang mafhumnya ;

"..dan orang-orang yang beriman, yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka".

Oleh kerana itu dihari kiamat nanti, anak kecil dimasukkan didalam timbangan amalan ayahnya, sehingga Allah memberikan syafaat kepada kaum ayah kerana anak-anaknya dan begitu pula sebaliknya. Pekara ini berdasarkan firman Allah swt didalam surah an Nisaa ayat 11 yang mafhumnya;

"..(tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengatahui siapa diantara mereka yang lebih bekat (banyak) manafaatnya bagumu ".

Bahkan jika menurut ar Rabi' yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam firmannya "seseorang maanusia tiada memperolehi selain apa yang diusahakannya " bermaksud ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja dan bukan untuk orang islam. Orang mukmin selain mendapat dari apa yang telah diushakannya, juga akan memperolehi apa yang diusahakan oleh orang lain.

Menurut saya ( Syeikh al Qurthubi, penulis asal kitab ini), banyak sungguh hadis yang menunjukan pekara ini, Iaitu seorang mukmin itu boleh mendapat pahala dari amalan orang lain. Sebagai contoh, didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda " Barangsiapa yang telah meninggal dunia dengan masih punya hutang berpuasa, maka walinyalah (waris) yang membayarkan puasanya". Didalam hadis riwayat Abu Daud dan Muslim Nabi saw telah besabda kepada seorang yang pergi haji atas nama orang lain sedankan dia sendiri belum pernah mengerjakan haji "Pergilah haji untuk dirimu sendiri, barulah atas nama keluargamu ". Telah diriwayatkan bahawa Aisyah ra. pernah beriktikaf atas nama adeknya bernama Abdulrrahman bin Abu Bakar as Sidiq ra yang telah meninggal dunia, bahkan Aisyah ra. juga telah memerdekakan seorang hamba atas namanya.

Sa'ad pernah bertanya kepada Nabi saw, "Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, apakah aku boleh bersedakah atas namanya ?. Baginda bersabda " Ya". Sa'ad bertanya lagi " Sedakah apa yang terbaik ?. Baginda bersabda "Memberi air minuman untuk orang lain". Ini merupakan hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dan Hakim. Telah disebutkan didalam kitab "al Muwath'a" sebuah riwayat dari Abdullah bin Abu Bakar, dari bibirnya sendiri, dari neneknya bahawa ia pernah bernazar akan berjalan ke Masjid Quba'. Tetapi belum pun dapat melaksanakan nazarnya itu dia dengan secara mengejut telah meninggal dunia. Maka Abdullah bin Abbas menyarankan supaya anak perampuannya yang perlu melaksanakan nazar itu.

Menurut Syeikh al Qurthubi (penulis asal kitab ini), Firman Allah berkenaan "Seseorang tiada memperolehi selain apa yang diusahakannya", itu adalah khusus dalam keburukan berdasarkan sebuah hadis sahih didalam Sahin Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda "Allah Azza Wa Jalla berfirman "Apabila hamba Ku telah berniat melakukan suatu kebajikan kemudian tidak jadi melakukannya, nescaya Aku mencatit untuknya satu kebijikan. Apabila ia melakukannya, nescaya Aku mencatit untuknya sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Apabila dia berniat melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi melakukan, maka Aku tidak menulisnya atas tanggungannya dan jika ia melakukannya, nescaya Aku mencatat untuknya satu kejahatan".

Kemudian didalam banyak dalil didalam al Quran yang menunjukkan pekara itu. Antaranya ialah, Firman Allah didalam surah al An'aam ayat 160 yang mafhumnya;

"Barangsiapa datang dengan (membawa) satu kebaikkan, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda..."

Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 261 yang mafhumnya ;

"Misalnya, orang-orang yang menafkahkan hartanya (sedakah) pada jallan Allah, seperti satu biji benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."

Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 265 yang mafhumnya ;

"...Seperti sebidang kebun yang terletak didataran tinggi yang disirami air hujan yang lebat..."

Firman Allah didalan surah al Baqarah ayat 245 yang mafhumnya ;

"Sesiapa yang memberi hutang kepada Allah dengan hutang yang baik, (menafkahkan hartanya kejalan Allah) maka Allah akan melipatgandakan pahalanya beberapa kali ganda yang banyak..."

Semua itu adalah sebahagian dari anugerah Allah dan Keadilan Nya. Memang benar apa yang telah difirmankan Allah "Seseorang tiada memperolehi selain apa yang diusahakannya", tetapi Allah juga boleh memberi anugerahnya menurut kehendak Nya jua. Contohnya adalah seperti balasan yang dilipatgandakan, satu kebijikan akan dibalas dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, malahan hingga satu juta kebijikan juga boleh diberi oleh Nya. Didalam riwayat Ahmad dan Ibnu Adud Dunya disebutkan bahawa Abu Hurairah pernah ditanya "Apakah anda pernah mendengar Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah boleh sahaja membalas satu kebijikan dengan sejuta kebajikan? ". Dia menjawab "Ya, aku pernah mendengar Baginda bersabda " Sesungguhnya Allah boleh sahaja membalas satu kebajikan saja dengan sejuta kebijikan".

Itu merupakan kurniaan Allah. Jika Allah juga memberi kurniaan kepada anak-anak kecil dengan memasukkan mereka kedalam syurga tampa mereka berbuat amal, bagaimana pula keadaannya dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang mukmin atas namanya sendiri atau atas nama orang lain ?. Al Kharaithi didalam kitabnya "Al Qubur" mengatakan, "suatu kebiasaan yang berlaku kepada orang-orang Ansar ialah setiap kali membawa mayat kekuburan, mereka akan membaca kepadanya surah al Baqarah". Sungguh indah syair yang didikalamasi oleh seorang penyair ;

"Ziarahilah kedua orang tuamu,
berdirilah dekat dengan kubur mereka,
maka seolah-olah aku melihat,
seperti kamu mengusung mereka".

Didalam baris syair yang lain mengatakan;

"Bacalah ayat al Quran apa saja yang kamu mampu,
lalu pahalanya kamu kirimkan kepada kedua orang tuamu",

Adalah amat perlu saya (Syeikh al Qurtubi, penulis asal kitab ini) membahaskan dengan panjang lebar masaalah ini sebagai bantahan atas fatwa yang pernah disampaikan oleh Syeikh al Qadhi al Imam Mufti anak Adbul Aziz bin Abdussalam, bahawa pahala bacaan al Quran itu tidak boleh sampai kepada simati. Ini berdasarkan sebuah firman Allah didalam surah an Najm ayat 39 yang mafhumnya;

"Seseorang itu tidak memperolehi selain apa yang diusahakannya".

Ketika beliau akan meninggal dunia, seorang sahabat karibnya yang biasanya diajak berbincang dan bertukar-tukar fikiran, bertanya semula masaalah tersebut padanya "Adakah anda tetap berpendapat bahawa pahala bacaan al Quran itu tidak boleh dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia ?". Ia menjawab " Pendapat itu aku sampaikan waktu dulu, sekarang aku menarik kembali kerana aku melihat ada unsur kemurahan Allah, Jadi hal itu boleh sampai kepada simati".


KETERANGAN :

Dengan hujahan itu maka ketahuilah bahawa semua bentuk amalan yang pahalanya dihadiahkan kepada simati akan menyampai mengikut kuait syarak dan ijma' para ulama. Dapatlah anda lihat selama bertahun-tahun semua para Ulama tafsir ini mengambil bahagian untuk membahaskan sesuatu masaalah bagi menetapkan penderian masing-masing didalam sesuatu permasalahan bagi memasukkan fatwa yang benar didalam kuait hukum syarak. Ia bukanlah semudah yang disangka seperti sesetengah orang yang menganggap mudah soal penafsiran dan penetapan hukum mengikut ijma ulama itu. Inilah sebabnya mengapa semua umat islam perlu tahu dan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh semua Ulama-ulama ASWJ ini sebagai peraturan hidup mereka dan bagi menetapkan sesuatu undang-undang disesebuah Negara itu. Dari sini kita dapat tahu dengan begitu jelas sekali akan prosesnya.



BAB 17 - HAMBA DIKEBALIKAN KEPADA TANAH WALAU DIMANA JUGA.


Diriwayatkan oleh Abu Isa @ ath Tarmidzi dari Muthar bin Akamis bahawa Rasulullah bersabda "Apabila Allah memutuskan seseorang hamba akan meninggal dunia disuatu bumi, Allah membuat ia punya keperluan datang kesana atau ia punya kepentingan padanya". Kata ath Tarmidzi lagi, menurut Abu Izzah hadis ini gharib kerana Muthar bin Akamis tidak meriwayatkan hadis dari Nabi saw selain dari hadis ini sahaja. Diriwayatkan pula oleh Abu Izzah bahawa Rasulullah saw bersabda "Apabila Allah memutuskan seseorang hamba akan meninggal dunia disatu negeri, Allah menjadikan ia punya hajat pergi kesana atau ia punya kepentingan padanya ". Hadis ini hasan sekaligus sahih. Untuk pengatahuan, bahawa Abu Izzah ini adalah merupakan sahabat Nabi yang nama sebenarnya ialah Yassar bin Ubaid.

Dalam sebuah syair mengatakan "jika seekor burung dara milik seorang berada disuatu negeri, pasti ada keperluan kenapa ia terbang kesini".

Telah diriwayatkan oleh ath Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah didalam kitabnaya bertajuk "Nawadir al Ushul" bahawa Abu Hurairah berkata "Rasulullah mengajak kami mengelilingi segenap sudut kota Madinah. Melihat sebuah kubur digali, Baginda mendakatinya dan berdiri didepannya lalu Baginda bersabda "Untuk siapa kuburan ini ?". Dijawab "Untuk seorang penduduk Ethopiah". Baginda bersabda "Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Ia memeng dicipta dari bumi dan langitnya sehingga ia dikebumikan dibumi dimana ia diciptakan daripadanya ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dan Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda " Apabila ajal seseorang hamba itu berada disesuatu negeri, ia akan terdorong oleh sesuatu hajat keperluan pergi kesana dan ketika ia sampai kebatas terakhir langkahnya, Allah mencabut nyawanya. Pada hari kiamat kelak bumi iyu akan berkata "Ya Tuhanku, inilah yang pernah Engkau kirimkan kepadaku".


KETERANGAN:

Menurut para Ulama, hadis-hadis diatas tadi adalah merupakan peringatan kepada hamba manusia supaya sentiasa mengingati mati. Juga supaya mereka bersiap sedia dengan cara mentaatai perintah Allah dengan sebaik mungkin, berhenti berbuat zalim, cepat membayar hutang piutang dan membuat wasiat yang pernah dinyatakan terutama apabila ia mahu keluar negara, kerana tidak diketahui ajal mautnya itu. Seorang penyair berlagu ;

"Langkah kakimu telah ditentukan, kemana rezekimu, bertebaran berada dimana- mana, telah ditentukan kematian mu disuatu negeri, maka kamu tidak akan mati dinegeri yang lain "

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Nu'aim bahawa sebuah cerita pada zaman dahulu ada seorang umat Nabi Allah Sulaiman as berkata "Wahai Nabi Allah, aku ada keperluan di negeri India. Tolong perintahkan angin untuk membawaku kesana sekarang juga ". Nabi Allah Sulaiman as memandang kearah malaikat maut yang telah berada disisi orang itu sambil sedang tersenyum. Nabi Allah Sulaiman as pun bertanya kepada malaikat maut itu "Kenapa kamu tersenyum ?". Malaikat maut pun menjawab "Aku memang telah diperintah Allah untuk mencabut nyawa orang ini di negeri India dan aku melihat dia berada disisimu". Kemudian angin segera membawa orang itu ke negeri India, manakala sampai sahaja ia disana, nyawanya pun dicabut saat itu juga.



BAB 18 - DARI TANAH CIPTAAN, REZEKI DAN AJAL :


Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dan Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Setiap yang dilahirkan itu akan ditaburi tanah dari yang digali untuknya".
Daripada Abu an Nabil menyatakan "keutamaan yang paling besar yang aku lihat pada diri Saidina Abu Bakar as Sidiq ra dan Saidina Umar al Khathab ra, ialah bahawa bahan tanah penciptaan mereka berdua adalah sama seperti bahan tanah penciptaan Baginda Rasulullah saw ". Begitulah menurut sebuah riwayat dari Abu Hurairah ra.

Diriwayatkan oleh Murrah dari Ibnu Mas'ud bahawa ia berkata " Sesungguhnya malikat yang diberi tugas oleh Allah mengurus masalah penciptaan mengambil air mani dari rahim dan diletakkan ditapak tangan kemudian ia bertanya "Wahai Tuhanku, apakah ini diciptakan atau tidak diciptakan ?". Jika Allah swt berfirman "Diciptakan" maka malaikat itu bertanya "Bagaimana rezekinya, bagaimana bahan tanahnya dan bagaimana ajalnya ?". Allah berfirman "Lihatlah Lauh Mahfuzh". Setelah dilihat, ternyata disana telah ada ketentuan tentang rezekinya, bahan tanah nya, ajalnya dan amalnya. Maka Malaikat itu pun mengambil tanah untuk bahan penciptaannya dan sekaligus untuk menguburkannya nanti ketika ia meninggal dunia ". Inilah maksud firman Allah didalam surah Taa Haa ayat 55 yang mafhumnya ;

"...dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanyalah Kami akan mengembalikan kamu ".

Demikianlah diriwayatkan oleh ath Tarmidzi al Hakim dan Abu Abdullah didalam kitabnya bertajuk "Nawadir al Ushul".

Diriwayatkan dari Al Qamah dari Abdullah bahawa ia berkata " Ketika air mani sudah berada didalam rahim, ia diambil oleh malaikat dan diletakkan ditapak tangannya. Malaikat bertanya "Ya Allah, Apakah ini jadi diciptakan atau tidak jadi diciptakan ?". Jika Allah berfirman "Tidak jadi diciptakan" maka air mani itu bertukar menjadi darah. Jika Allah berfirman memerintah untuk diciptakan, Malaikat akan bertanya "Apakah jantinanya, lelaki atau perampuan ?, Adakah ia mendapat bahgia atau celaka ?, Bagaimana ajalnya ?, Bagaimana bahan tanahnya ?. Bagaimana rezekinya ?. Dimanakah ia akan meninggal dunia ?". Allah berfirman " Pergilah lihat diLauh Mahfuzh, disana kamu akan dapati mani itu ", lalu mani pun ditanya "Siapa Tuhanmu?", ia menjawab " Allah Tuhanku. Ditanya lagi "Siapa yang memberimu rezeki?". Ia menjawab "Allah". Lalu ia diciptakan dan dihidupkan mengikut dari apa yang telah ditentukan bersangkutan dengan masalah rezeki, ajal dan dimana nanti ia akan meninggal dunia ".

Muhammad bin Sirin mengatakan " Jika kamu berkawan baik pilihlah orang yang baik dan jujur. Bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah itu menciptakan Nabi Nya Muhammad, Abu Bakar dan Umar dari bahan tanah yang sama dan akan mengembalikan mereka pada bahan tanah yang sama juga".

KETERANGAN:

Menurut saya (penulis asal), adalah termasuk yang diciptakan dari bahan tanah tersebut ialah Nabi Allah Isa bin Maryam yang akan dibincang lanjut dibab-bab yang akan datang. Didalam bab ini adalah untuk menjelaskan maksud sebenar firman Allah swt didalam surah al Hajj ayat 5 yang mafhumnya;

"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang hari kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari Tanah ".

Dan firman Allah didalam surah al An'aam ayat 2 yang mafhumnya ;

"...Dialah yang telah menciptakan kamu dari tanah".

Dan firman Allah didalam surah as Sajadah ayat 8 yang mafhumnya;

"...Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari setitis air yang hina (air mani)".

Ayat-ayat tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan penjelasan saya didalam kitab bertajuk "Al jami Li Ahkam Al Quran" termasuklah keterangan hadisnya yang berkaitan dimana ia semuanya sama.



BAB 19 - AMALAN YANG BERTERUSAN SETELAH MENINGGAL :


Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda " Ada tida pekara yang mengikut mayat, antaranya dua pulang dan satunya tidak. Yang mengikutinya ialah harta dan keluarganya, kemudian kedua-duanya pulang dan yang hanya tinggal tetap adalah amalannya." Telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari hadis Qatadah dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda "Ada tujuh pekara yang pahalanya tetap berlaku bagi seorang hamba setelah ia meninggal dan ketika ia berada di kuburan. Iaitu orang yang pernah mengajar ilmu, yang mengalirkan sungai, yang mengali kolam air, yang menanam pokok korma, yang mendirikan masjid, yang mewarisi Mushaf atau yang meninggalkan anak soleh yang mahu mendoakan keampunan untuknya setelah ia meninggal dunia ". Hadis Qatadah ini gharib kerana hanya diriwayatkan secara tunggal oleh Abu Nu'aim dari Al Azrami Muhammad bin Abdullah dari Qatadah. Tetapi hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Abu Abdullah bin Muhammad bin Yazid bin Majah al Qazuwaini dalam sunan nya dari hadis al Zuhri.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Abdullah al Aghar dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya termasuk amal dan kebajikan yang menyusul seorang mukmin setelah kematiannya ialah ilmu yang ia ajarkan dan ia sebar luaskan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan, masjid yang ia dirikan, rumah yang ia bangunkan untuk Ibnus Sabil, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang ia keluarkan dari hartanya sewaktu ia masih sehat yang menyusul setelah ia meninggal dunia".

Diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah bahawa ia mendengar Anas bin Malik mengatakan bahawa Rasulullah bersabda " Sedekah yang kamu keluarkan atas nama mayatmu akan dibawa oleh malaikat dan diletakkan diatas dulang dibuat dari cahaya. Kemudian ia berdiri diatas bahagian kepala mayat yang ada didalam kubur lalu menyeru "Wahai penghuni kubur yang asing, keluargamu mengirimkan hadiah ini kepada mu maka terimalah ". Kemudian malaikat itu masuk kedalam kuburnya hingga kuburnya diperluas dan diberi cahaya didalamnya. Penghuni kuburan itu berkata "Semoga Allah memberikan balasan terbaik kepada keluargaku". Berkata penghuni kuburan disebelahnya "Sayang sekali aku tidak meninggalkan seorang anak atau sesiapa pun yang mahu menginggatiku dengan mengirimkan sesuatu". Ia berasa sedih manakala yang lain merasa gembira berkat sedekah." Hadis ini adalah sebuah hadis daaif yang terdapat dalam kitabnya bertajuk "as Silsilat adh Dhaifat" (486).

Basyar bin Ghalib bercerita " Aku bermimpi bertemu dengan Rabi'ah al Adawiyah, seorang wanita yang soleh dan sangat tekun beribadah. Aku selalu mendoakannya, ia berkata " Hai Basyar, hadiahmu telah aku terima dalam sebuag dulang yang diperbuat dari cahaya ditutupi sehalai sapu tangan dari sutera. Begitulah, hai Basyar, doa orang-orang mukmin yang masih hidup kepada saudara-saudara mereka yang telah meninggal dunia. Doa mereka diterima dengan berkata "Ini hadian sipulan untuk mu ".


CATITAN PENULIS :

Telah kita semua ketahui bahawa apa juga bentuk amalan, doa, sedakah, harta wakaf, bacaan-bacaan ayat al Quran, tahlil, kenduri arwah, aqikah, qurban, umrah, haji, im'faq, taubat, wirid, tahmid, takbir dan sebagainya lagi boleh dihadiahkan pahalanya kepada simati, tambah-tambah jika simati itu ialah ayah dan ibu kita sendiri yang meninggalkan begitu banyak harta dan wang ringgit. Adalah menjadi tugas warisnya untuk melakukan semua pekara yang melibatkan amalan-amalan yang berterusan limpahan pahalanya untuk simati bagi membantunya dialam kubur, Paling utama ialah untuk membayar semua bentuk hutang piutangnya kepada manusia yang masih hidup, kemudian memfaraidkan harta pusaka peninggalannya, membuatkan upah haji atau umarah, kemudian membuat derma dan sedakah kejalan Allah, dilakukan juga imfaq kepada hartanya kejalan Allah serta menguruskan pusaka yang lain yang bukan berbentuk harta dan wang ringgit umpamanya kitab-kitab peninggalannya, kajian ilmiah berbentuk manuskrip berharga, pengajian ilmiah yang dibukukan, pelajaran dan penbelajaran berbentuk teks bacaan, kajian-kajian ilmiah, penyelidikan- penyelidikan ilmiah dan sejarah, tulisan-tulisan kitabnya yang boleh diterjemah dan banyak lagi jenis Mushaf-mushaf yang berguna untuk pembangunan Umat Islam dan Negara amnya. Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis-hadis yang telah dibentangkan didalam bab ini diatas tadi. Semua ini adalah amal jariah yang berjalan keberkatan pahala amalannya sampai kehari kiamat kepada simati dan mereka yang masih hidup yang mempunyai hubung kait dengannya.

Cuma satu saja masaalah yang timbul dari semua masaalah ini yang amat sukar diterima oleh mereka-mereka yang tidak didalam pengkajian Hakikat atau rohiah iaitu bagaimanakah caranya untuk menyampaikan semua itu kepada simati sedangkan semua yang disebutkan itu adalah berbentuk hakikat atau rohiah yang tidak nampak dengan mata kasar dan tak boleh dipegang dengan tangan ??? Apakah hanya dengan menganggap pahala amalan itu telah menyampai kepada mereka yang ditujukan untuk mendapat keberkatannya ia sudah memedai ??? Atau hanya menyerahkan saja kepada Allah untuk menguruskannya, seperti budak suruhan kamu melakukan kerja untuk kamu ??? Atau hanya membiarkan sahaja ia tampa kita peduli sampai atau tidak ??? Atau bagaimana yang seharusnya kamu buat untuk menyampaikan hadiah kamu melalui Malaikat Zabaniah kepada arwah ayah dan Ibu kamu ??? Semua persoalan ini tidak mungkin dapat dirungkai jika kamu tidak memahami pengajian keilmuan Alam Rohaniah, Hakikat dan Makrifah dengan memulakannya dari peringkat awal Tarikatnya atau jalannya. Hanya mereka yang telah faham dan duduk disini bergelar "Khalifah" yang mampu menyerahkan "Dulang Cahaya" itu kepada Malaikat Zabaniah bagi menyampaikannya pula kepada simati iaitu ayah dan Ibu mereka dialam Barzah.

Malang sekali didalam kitab ini tiada perbahasan seumpama itu dibuka kerana pengajian dan keilmuan yang ada disini hanya mencakupi hal ehwal ilmu syariat dan pengkajian hadis Rasulullah saw sahaja. Ia tidak menjurus masuk kedalam ilmu yang lebih jauh, itulah sebabnya tiada perbahasan seumpama itu disini. Padahal jika direnung dalam-dalam akan hadis-hadis tersebut juga terkandung ilmu kerohanian dan alam hakikat. Waallahua'lam.



BAB 20 - UJIAN PERTAMA ALAM AKHIRAT :


Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Hani bin Othman ibnu Affan ra, bahawa ia berkata " Setiap kali berdiri dihadapan pusara Othman ibnu Affan ra akan menangis hingga janggutnya basah kuyup. Seseorang sahabat bertanya "Ketika diingatkan syurga dan neraka tuan tidak menangis. Tetapi kenapa sekarang tuan menangis ?". Ia menjawab " Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda "Sungguh kubur adalah tempat ujian akhirat yang pertama. Jika seseorang selamat darinya, selanjutnya akan lebih mudah daripadanya. Dan jika ia tidak selamat darinya, yang berikutnya akan menjadi lebih sukar lagi". Rasulullah juga bersabda " Aku tidak pernah melihat pemandangan yang lebih mengerikan daripada kubur". Kedua-dua hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dan ath Tarmidzi. Kemudian penambahan dibuat oleh Razin iaitu "Aku pernah mendengar Saidina Othman Affan ra mendindangkan syair tentang kubur ;

"Jika kamu selamat darinya, kamu selamat dari bahaya yang lebih besar.
Dan jika tidak, aku yakin kamu pasti celaka."

Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari al Barra' bahawa ia berkata "Kami pernah bersama Rasulullah mengantar jenazah. Baginda duduk ditepi pusara lalu menangis dan aku pun ikut menangis sampai air mataku jatuh kebumi. Kemudian Baginda bersabda ' Seperti inilah kamu akan dikembalikan".

Para Ulama mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan siapakah yang mula-mula sekali membina kubur atau mengali liang lahad untuk menanam mayat. Ada yang berpendapat iaitu seekor burung gagak ketika terjadinya peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam as, Habil yang dibunuh oleh abangnya Qabil. Ada pula yang berpendapat orang-orang bani Israel. Konon diceritakan bahawa Qabil tahu bagaimana hendak menanam mayat, cuma ia sengaja membiarkan mayat adeknya dipadang pasir itu, lalu Allah mengutus seekor burung gagak mencakar-cakar pasir meninbus mayat Habil. Maka Qabil pun berkata seperti yang telah difirmankan Allah didalam surah al Maaidah ayat 31 yang mafhumnya ;

"Aduhai celakanya aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak itu, lalu aku menguburkan mayat saudaraku ini", Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal".

Qabil merasa menyesal sedang Allah memuliakan Habil dengan menghantar seekor burung gagak untuk menguburkannya. Tatapi penyesalan Qabil itu bukannya berbentuk taubat. Ada pendapat mengatakan bahawa penyesalan itu disebabkan kehilangan saudara, bukannya menyesal disebabkan telah membunuhnya. Kata Ibnu Abbas "Seandainya Qabil menyesali pembunuhan tersebut, itulah ertinya penyesalan taubat". Diceritakan lagi, kononnya setelah membunuh adeknya itu, Qabil duduk menangis dekat kepala Habil adeknya yang telah menjadi mayat. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada dua ekor burung gagak sedang berkelahi dan kemudian membunuh. Burung gagak yang menang telah mengali tanah untuk menguburkan burung yang mati itu. Pekara itu kemudiannya diikuti oleh Qabil terhadap mayat adeknya itu. Inilah yang telah menjadi sunnah yang terus menerus diikuti hingga kehari ini diseluruh dunia. Allah berfirman didalam surah Abasa ayat 21 yang mafhumnya ;

"...kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya kedalam kubur".

Allah menjadikan kubur untuknya sebagai penghormatan bukannya dilimparkan saja diatas tanah sehingga dimakan oleh binatang buas atau burung pemakan bangkai. Demikianlah penjelasan al Farra. Kemudian kata Abu Ubaidah "Ketika Umar bin Hubairah membunuh Shalih bin Abdulrahman, orang-orang dari keluarga besar Bani Tamim segera membuat kubur dan memasukkan kedalamnya setelah itu mereka berkata "kita baru sahaja mengebumikan Shalih". Bentuk kubur sebaliknya dibuat rata saja iaitu membongol sedikit dari permukaan tanah dan tidak dibentuk bangunan baik dari tanah mahupun batu atau dicat kerana hal itu dilarang oleh syarak. Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bahawa ia berkata "Rasulullah melarang mengecat kubur atau duduk diatasnya atau mendirikan bangunan padanya ". Dari riwayat ath Tarmidzi dari Jabir bahawa ia berkata "Rasulullah melarang mengecat kubur, menulisnya, mendirikan bangunan diatasnya dan menginjak-injaknya". kata Abu Isa hadis ini merupakan hadis sahih.

Menurut para Ulama, Imam Malik tidak suka kubur dicat kerana hal itu termasuk dari membanggakan dan menonjolkan perhiasan kehidupan dunia, sedangkan kubur adalah tempat ujian alam akhirat, sehinggakan ia tidak layak untuk dijadikan kebanggaan. Yang boleh menghiasi kubur ialah amalannya. Seorang penyair berkata dengan berdendang ;

"Jika kamu menguasi pekara suatu kaum semalam saja,
Ketahuilah, sesudah itu kamu akan diminta pertangungjawabkan,
Dan apabila kamu mengusung jenazah kekubur,
Sedarlah bahawa setelah dia, kamu pasti yang akan diusung,
Wahai penghuni kubur, bahagian atas kuburmu bolehlah diukir,
Sedangkan kamu yang didalam mungkin sedang dibelangu."

Disebut didalam Sahih Muslim sebuah riwayat dari Abu al Hayyaj al Asadi yang mengatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib kwh. berkata "Mahukah kamu aku wasiatkan sesuatu seperti yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah kepadaku ?. Setiap kali melihat patung kamu harus rosakkannya dan setiap kali melihat kubur yang tinggi kamu ratakannya". Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Al Marasil dari Ashim bin Abu Shalih bahawa ia berkata " Aku melihat kubur Nabi setinggi hanya sejengkal sahaja". Menurut para Ulama, maksima ketinggian pusara hanyalah setinggi bongolan belakang unta sekadar untuk tanda pengenalan. Ia tidak boleh terlalu tinggi seperti yang biasa dibena oleh orang-orang jahiliah dahulu kala. Mereka berbuat begitu bagi tujuan membangga diri kerana menunjukkan darjat.

"Orang-orang kaya itu jika ada yang mati mereka membangun istana diatas kuburnya untuk dibanggakan kepada orang-orang yang miskin...Demi Allah, padahal jika kamu buka kubur-kubur itu, kamu tidak dapat mengenali mana yang kaya dan mana yang miskin, mana yang kulitnya ditutup dengan kain biasa atau yang mana ditutup dengan kain sutera. Semuanya dimakan tanah. Itulah bukti bahawa tiada keutamaan bagi yang kaya atas yang miskin".

Wahai orang-orang yang tersesat dari jalan kebenaran, mana perginya harta yang selama ini kamu kumpulkan dan kamu persiapkan untuk menghadapi huru hara kematian ? Setelah kamu mati, kamu tidak punya apa-apa. Kamu yang dulu dihormati sekarang menjadi hina sekali. Keluarga dan rumah-rumah mewah kamu tinggal begitu saja. Mengapa dahulu kamu tidak mahu menempuh jalan yang benar? Mengapa kamu tidak pentingkan bekalan kenegeri Akhirat ? Sekarang kamu didalam kedaan yang sangat sukar dan berat.

Wahai orang-orang yang tertipu, betapapun kamu harus berangkat menjemput hari yang penuh huru hara dan ketakutan yang mencengkam. Tidak ada yang lebih bermanafaat dihadapan Allah Yang Mahakuasa. Tanganmu tidak lagi keras, langkah kakimu lumpuh, mulutmu tidak boleh berkata-kata lagi dan seluruh anggota tubuhmu yang lain juga tidak boleh bergerak. Jika Allah mengasihani kamu dan mengasihi kamu, beruntunglah kamu kerana dapat masuk syurga. Jika tidak, musnahlah kamu dihumban kedalam neraka.

Wahai orang yang lalai, berapa kali telah diingatkan kepadamu, namun kamu masih juga dengan sikap lalai dan lupa. Kamu ingat ini adalah masaalah kecil ? Kamu anggap ini masaalah lekeh ?. Kamu ingat ini main-main ?. Semua sudah tidak bererti lagi jika sudah tiba masanya kamu berangkat kealam akhirat. Kamu fikir harta benda dapat menyelamatkanmu ketika kamu diporakperandakan oleh amal perbuatan kamu sendiri ?. Kamu ingat penyesalan kamu berguna lagi dikala itu ? Kamu kira keluargamu dapat menolongmu ketika kamu dipadang Mahsyar kelak ? Tidak... Demi Allah, fikiranmu menjadi buntu. Dahulu kamu tidak pernah merasa cukup. Kamu tidak pernah kenyang dengan duit-duit haram. Kamu tidak mahu dengar segala nasihat. Kamu juga tidak takut ancaman Allah. Kamu biarkann dirimu tenggelam dengan nafsu, berjalan dengan bongkak, silau dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Kamu tidak pernah memikirkan apa yang akan terjadi kepada dirimu akan datang.. setelah matimu.

Wahai orang-orang yang tidur dan berlengah-lengah, berapa lama masa yang kau ambil untuk dilengahi ? Kamu fikir kamu akan terlepas begitu saja tampa dapat dihitung ?. Kamu ingat malaikat maut boleh kamu rasuah ? Tidak... Demi Allah, Tiada harta atau anak-anak atau siapa juga yang boleh melepaskanmu dari maut. Yang berguna hanyalah amal kebajikan. Sungguh beruntung orang yang mendengar nasihat, yang mampu sedar, yang mampu mengawal nafsunya. Firman Allah didalan surah an Najm ayat 39-40 yang mafhumnya ;

"Seseorang manusia tiada memperoleh selain dari apa yang diusahakannya. Dan bahawa ushanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)".

Bangunlah dari tidurmu yang panjang, Kumpul amal soleh sebanyak mana yang boleh sebagai bekalan. Jangan mengharap dapat tinggal bersama-sama orang-orang berbakti disyurga, jika kamu masih terus melakukan perbuatan zalim. Takutlah kamu kepada Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi. Janganlah kamu khayal dengan angan-angan yang panjang hingga malas beramal, Cubalah kamu dengar baik-baik pesanan Nabi saw sewaktu Baginda berada dihadapan kubur "Wahai saudara-saudara ku, seperti inilah kamu akan dikembalikan". Sila simak semula dengan teliti firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 197 yang mafhumnya ;

"...berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah takwa".

Seorang penyair berkata ;

"Carilah bekal dari hidupmu untuk pulang ketempat kembalimu nanti. Berusahalah mengumpul bekal terbaik untuk bertemu Allah. Jangan kamu terlalu mengumpul kekayaan dunia kerana harta itu pasti akan musnah. Adakah kau suka bersama kaum yang banyak bekal sedangkan kamu pulang dengan tangan kosong ?".

Seorang penyair lain berkata ;

"Jika kau pergi tampa berbekal takwa dan setelah kau mati, kau bertemu dengan rakan-rakanmu yang banyak bekal, pasti kau akan menyesal kerana kau tak seperti mereka. Kau tak akan larat menunggu seperti mereka tunggu..."

Penyair lain juga berkata;

"Kematian adalah samudra yang bergelora, ombaknya menghanyut segala. Wahai jiwa, aku ingin mengatakan sesuatu, maka dengarkanlah ucapan dari orang yang sayang dan ingin memberimu nasihat yang tulus...tiada yang berguna bagimu dialam kubur selain takwa dan amal soleh !".

Penyair lain pula menyebut ;

"Setelah membaringkan aku diatas tanah yang sepi dan gelap, mereka pun pulang meninggalkan aku sendiri dan merana. Hari ini yang ada hanyalah tangisan pilu semua yang pernah ada seperti tiada sama sekali. Semua yang kamu ingatkan dahulu, kini benar-benar terjadi. Disini tiada aku temui kawan untuk menghibur dan jika kau dapat lihat keadaan ku kini pastinya kau akan menangis sedih".

Penyair ini pula bermadah;

"Ketika kau dilahirkan ibumu, kamu menangis sedangkan orang-orang disekelilingmu tertawa gembira. Maka buatlah dihari kematian mu mereka semua menangis sedangkan kamu tersenyum gembira."

Telah diriwayatkan oleh Muhammad al Qarsyi bahawa ia pernah mendengar gurunya mengatakan "Wahai Manusia, aku adalah orang yang sayang dan ingin memberikan nasihat yang tulus pada kamu semua. Solatlah dikegelapan malam untuk kegelapan kubur, berpuasalah sebelum datangnya hari kebangkitan, pergilah haji dengan bersusah payah dan bersedakahlah ".

Yazid ar Raqasyi pernah mengatakan "Wahai orang yang berada didalam kubur sendirian, aku yakin dengan amal-amal baikmu kau gembira". Kemudian ia menangis hingga air matanya membasahi sarban yang dipakainya. Dan setiap kali memandang kubur, ia akan menjerit menangis.

Begitulah sedikit perbahasan yang dapat dimuatkan didalam bab-bab dikeluaran kali ini. Banyak lagi bab yang sedang menunggu untuk keluaran akan datang. Semua bab ini adalah penting bagi mereka yang memahami akan tajuk-tajuk perbincangan, perbahasan dan kupasan hadis yang cukup jitu dan berilmu yang seharusnya diambil iktibar dan contoh tauladan bagi kita semua. Sekian dahulu untuk kali ini dan pastinya perlu dinanti akan keluaran akan datang...wassalam.

sekian,

Atok Zamany.

14 comments:

  1. Salam Tok,

    Tq dengan jwpn tok pd tajuk 4 sblm ini mengenai syahadah dan jga cara berguru. (Sebenarnya sy yg bertnya hehe..)

    Begitu panjang skali tajuk bab 5 ni telah selesai saya baca. Kiranya ape yg bermain difikiran sy mengenai kepentingan baiah telah dijawab oleh Tok dengan jayanya.

    Begitu pentingnya menziarahi kubur, mengingati kematian dan juga bersedekah amal diperkuburan.

    Tok, bagaimana tertib yg elok ketika ziarah kubur? Seperti memberi salam "alaika salam ya ahli kubur" kemudian sedekah alfatihah dan 4 kul dan sebagainya?

    Berkenaan dgn Tok Kenali, adakah beliau melantik wakil lbh dari satu dari cbg2 ilmu. Contoh Abjad dan Tarikat Ahmadiah? atau yg mengaku berwasilah Tok Kenali?

    Bagaimana tok jika diawal amalan Abjad msh melakukan dosa dan maksiat..ape perlu dilakukan?

    -haly-

    ReplyDelete
  2. Salam haly dan semua...

    Ya.. tersalah orang.

    Ziarah kubur ni adalah sunat, jika zaman dulu2 masa belajar terikat. kita disuruh tidur dikuburan sambil beramal. Kalau nak rasa bagaimana..cubalah sendiri. Jangan je lari.
    Bukan apa2, cuma guru suruh jangan takut dan kita berserah bulat pd Allah. Keadah begitu akan lebih cepat "menyampai" dari suluk dipondok.

    Betul la tu, keadah ziarah itu memang pertama sekali bagi salam pd mayat (seperti yg cucu tulis tu), kemudian baca fatihah 11 kali, baca ayat kursi 7 kali, baca ai Iklas 41 kali, surah al Muluk 1 kali, baca ya sin 1 kali kemudian tahlil, astigfar 100 kali dan doa. Hadiahkan pahala bacaan pd atok, nenek, ibu, bapa, saudara mara, sahabat handai dan seklian ahli kubur disitu. Perlu dibersehkan kubur mereka itu. siram air mawar jika ada. Yg lain2 tak perlu.

    Tok Kenali tidak melantik pengantinya, yang lantik Syeikh Mughyideen Abdul Khadir al Jalaini, wali agung itu sendiri. Tulah sebabnya ADJAD tu lain sikit drp yg lain2. Sebab yg jaga ialah Wali agung itu sendiri. Tok kenali kemudian Syeikh Mahmud dan sekarang Ust Mat Janggut, semua bukan melantik diri sendiri atau pakat kawan2 lantik dirinya jadi ketua. Ia berlainan dari kebiasaan, ia luarbiasa.

    Ada juga anak2 murid lama tu yg lantik dirinya sendiri. Tak mahu iktiraf Ust Mat (ni cerita dulu2 sekitar 1985 - 1987)tapi lama kelamaan mereka insaf dan kembali pd Ust utk baiaah semula. Jadi kalau ada lagi sekarang, dah kira sangat jauh mereka tu utk patah balek. Pengiktirafan hanya datang dari "atas". bukan kita pandai2 buat. Oleh itu tiadalah cabang ilmu yg lain, hanya satu saja. Jadilah ABJAD sahaja dimana Ust Mat Janggut itu adalah penaung seluruh Tarikat. Sebab tu tok-tok guru tarikat dari Indon pun semua datang jumpa Ust, termasuklah atok dan guru atok sendiri.

    Menjadi murid dlm ABJAD ni sebenarnya "susah", sebab lepas baiaah saja kadang2 murid tukar perangai. Ada yang keluar isimnya, ada yang jadi tak betul, ada yg asek bersilat, ada yg bercakap seorang...macam-macam atok tengok dlm ABJAD. Contohnya atok sendiri, asek bersilat dalam gelangang seorang diri. Ini semua adalah pembawak (ilmu yg dulu2 kita belajar) yg telah ada dlm diri kita. Ia akan keluar, zahir kan diri sebanar. Yg bersaka pun keluar, yang berjin pun keluar, yang bersahabat pun keluar, yang berkadam pun keluar. Tak boleh sorok.

    Jadi yg baru belajar dlm ABJAD kalau jadi "Gaylong" tu pekara biasa. Susah nak jadi baik ni... kena tahan, tu adalah perangai kamu sendiri. Kena buang habis angin tu. baru boleh duduk kemas.

    Pekara ni bukan mudah juga, kena pelahan2 Ikut prosesnya. tak boleh nak terus jadi cangeh. begitulah sedikit sebanyak belajar dlam ABJAD. Jangan pula jadi terkejut tengok benda2 macam tu terjadi pd kawan2. Ia biasa dlm ABJAD.
    Waallahua'lam...

    Sekian

    atok zamany

    ReplyDelete
  3. salam buat tok zamany

    boleh tok terangkan adab adab berguru yang selalu tok katakan tu ?

    ReplyDelete
  4. salam atok...

    ada tak silat abjad di terengganu,sasya msih belajar lagi,kat u di utara ni...saya teringin sangat nk berbaiah dengan ustaz mat jangut,walaupn tahu yang diri nim banyok dosa...manta pencerahan dari atok

    ReplyDelete
  5. takut la pulak nak pergi berjumpa dengan ustz mat janggut sebab takut jadi tak betul sebabnya pernah mengalaminya apabila mengamal beberapa ayat al-quran dari buku sewaktu sekolah menengah dahulu.tapi alamdulilah dah ok dah sekarang, adakah saya akan mengalami nya semula apabila berbaih dengan ustz mat janggut.

    zali

    ReplyDelete
  6. Salam semua...

    Kpd din kuantan,

    Adab berguru,

    Pekara pertama kena 'tahu diri' tu selamnya menjadi anak murid selama-lamanya.

    Kedua- Jangan lebih dari guru dalam semua hal, walaupun kamu belajar lebih tinggi dari dia. Usung dia kehadapan dalam semua hal, dan kamu duduk dibelakannya.

    Ketiga - Taat semua suruhannya, jangan membantah walaupun kamu tahu pekara itu kamu tidak gemari... buat je jangan peduli apa2.

    Keempat - Jangan mengaku lebih dipercayai guru, atau lebih kanan kepada guru. Ia membawa sifat riak dgn rakan2 seperguruan, walaupun mingkin guru beri perhatian lebih ke kamu. Ada sebab lain guru berbuat begitu.

    Kelima - Jangan memilih jika diberi tugas. Buat je, kita tak tahu apa kebaikan disebalik urusan yg disuruh itu.

    Keenam - Selalu rujuk kepada guru tentang amalan yg duat dan semua hal kamu. Minta pendapat dia.

    Ketujuh - Jangan mengada-gada bertanya benda yg kamu dah tahu jawapannya hanya semata2 menagih perhatian guru. Ia salah besar.

    Kelapan - Jangan banyak sangat bantahan dan rungutan dlm apa juga pekara. Diam adalah lebih baik dari bercakap.

    Kesembilan - Tundukkan mata anda dihadapan guru. Kalau boleh tundukkan kepala semasa mendengar nasihatnya.

    Kesepuluh - Jangan terlampau taksub melampau pada guru. Ia biasa je.

    Ke sebelas - Jangan curiga apa yg diberi olehnya. Anda tak tahu hal yang akan berlaku masa akan datang.

    Keduabelas - Buat 'adab guru' selalu. Iaitu bagi bacaan fatihah 1 kali sebenum membuat sesuatu dan jika dlm abjad ada 7 peringkat yg harus diberi bacaan al fatihah. Minta berkat doa mereka yg dikasihi Allah. Kamu masuk belajar nanti akan diajar.

    Ketiagbelas - Buka pandangan basrah batin yang kamu ikut mereka itu semua dalam setiap masa.

    Keempatbelas - selalu menjadikan diri sebagai murid yang mendengar dan mentaatinya. Readha itu kuncinya.

    dan lain-lain lagi (masuk yg dalam dalam ni tak boleh tulis) main batin pula lepas tu. Esok dah mahir akan tahu sendiri.

    sekian
    atuk zanamy.

    ReplyDelete
  7. Salam budak baru belajar...

    Ada, nama wakil dia di sana ialah Ust Mat Jusuh tel no 013 9822997. Cucu jumpa dia dulu untuk talkin semantara, sebelum berjumpa Ust Mat Janggut. Tanyalah dgn dia, sebab ia banyak ilmu dan banyak pengagtahuan dlm ABJAD. Kalau dia tanya mana dapat no talipon. cakaplah atok yg bagi. Malangnya dia tak kenal atok, tapi atok kenal dia.

    Untuk menjadi baik, bertambah baik, maha baik dan agung baik tu kena mula dari bawah. Kalau kita naik bukit pun bermula dari bawah kan. Jadi adat lah tu !!! marilah kemari....

    Salam kpd zali,

    Kan betul atok cakap, budak2 zaman sekarang ni penakut. Diri dia sendiri pun takut, nampak bayang2 sikit dah takut, nampak kelibat sikit takut...takut itu, takut ini... sampai bila nak berani ???. Jin tu semua hantu puaka apa nak takut. depa sebenarnya tak berani dengan kamu jika kamu berani. Tapi jika kamu takut, kamu jadi ulam dia je ??? perasan kamu yg buat jadi begitu. Ust Mat kan ada... dia boleh bantu sebab dia arif Alam Jin, dia dah hadap hadapan dgn Izazil, apa nak hairan dengan jin, syaitan , Iblis ni...kacang je pada dia. Jadi jangan jadi penakut... budak ABJAD mana ada penakut....semua berani ???

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  8. salam kpd atok,
    maaf bertanya,
    dari komen yg lepas sy dapat tahu tntang ustaz mat janggut, boleh saya tahu bila kali pertama atok pergi berjumpa dan baiah kpd beliau

    ReplyDelete
  9. salam anony 6.20

    Cerite atok baiah ni agak panjang tapi dipendekkan cerita, pertama baiaah dgn Syeikh Mahmud Nasri Othmani diBaling Kedah pada tahun 1981, kemudian menghilang dan balek sini semula pa th 1987. Masa tu Tuan Guru Syeikh Mahmud dah kembali kerahmatullah dan diberitahu di ganti oleh Ust Mat Janggut. Pergi semula bertemu dia di Selama Kedah (rumah ayahda dia) dan baiaah pd th yg sama. Dan sekali lagi baiaah di Selama perak pada th 1995, 1998 dan 2001 hingga kehari ini.

    Kenapa...tah percaya ke ???

    Banyak kali baiaah ialah nak mamperkukuh hubungan rohiah dgn guru, bukannya mesti begitu. Sebanarnya sekali dah memadai. atok pernah dimajlis buang saka sebanyak 7 kali dgn ust mat.

    Sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  10. kpd tok zamany,
    tok, sy ingin bertanya tentang pangkat kewalian ini
    adakah wali qutub yg plng tinggi dan berapakah wali qutub pd satu masa?

    ReplyDelete
  11. kpd anony 12.18pm,

    Wali kutub hanya ada 4 sahaja dan sudah pun diisi, mertabatnya adalah yang ke 3 dari atas. Ditangga ke 2 adalah wali autad dan yang tertinggi ialah Wali Agung atau Sultan wali. Begitulah yg diberitahu pada atok. Mungkin juga ada yang lain dicelah-celah antara mereka... Waallahua'lam.

    atok zamany

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas penjelasan tu
    maaf bertanya tok,
    sy ada baca dari komen yg lepas2 ttg ust. mat janggut dan tok ada nyatakan yg ustaz mat janggut wali qutub, betulkah dan macamana tuk boleh tahu?
    dan sy nak tahu apa peranan kewalian ini?

    ReplyDelete
  13. Salam anony 8.28

    Cucu dah silap baca ni, atok kata 'Tok Kenali" tu yang menjadi walikutub Nusantara atau Timur jauh. Hanya orang abadi yg telah meninggal dunia sahaja yg akan mendapat darjat wali. Bukan org yg masih hidup. Kecuali Allah mahukan wali itu tidak mati sehingga hari kiamat. Allah graibkan dia. Ust Mat tu badal guru, bukan walikutub...ia istilah yg jauh bezanya.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  14. salam atok,

    atok tulis kat atas tu atok pernah 7 kali hadir dlm majlis buang saka dg us.mat,saya nak tahu ttg beberapa perkara berikut:

    1)macamana prosedur yg us.mat jalankan semasa dlm majlis tersebut?

    2)apakah perkara2 yg mesti si pesakit sediakan dlm majlis tersebut?maksud saya adakah ianya melibatkan wang ratusan ringgit?

    ReplyDelete