Sunday, September 27, 2015

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 29


Post 45



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



FASAL C - FITNAH AKHIR ZAMAN & TANDA KIAMAT.


BAB 160 : KEUTAMAAN IBADAH DAN TURUNNYA FITNAH.

Allah berfirman didalam al-Quran surah al-Anfaal ayat 25, mafhumnya;

"Takutlah oleh mu akan fitnah yang tidak akan menimpa orang-orang yang aniaya saja diantara kamu (juga kepada yang beriman) dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaannya".

Dan firman Nya didalam surah al-Anbiyaa ayat 35, mafhumnya;

"Tiap-tiap diri (jiwa) mesti merasai mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai satu ujian, kepada Kami kamu akan dikembalikan".

Daripada ayat ini dapat kita ketahui bahawa Allah SWT telah memberi amaran keras berkenaan kedatangan fitnah akhir zaman yang akan diturunkan Nya kepada seluruh manusia samaada mereka beriman atau pun tidak. Bukan sahaja akan menimpa orang-orang kafir malahan kepada orang-orang yang beriman juga akan terkena bala bincana tersebut. Peringatan ini menyuruh kepada orang-orang beriman supaya kekal utuh dengan itikad mereka supaya dan menambah kuat berabadah serta bersabar atas ujian yang bakal menimpa. Itulah yang dinamakan sebagai fitnah akhir zaman sebagai tanda kedatangan hari kiamat.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Zainab bin Jahsy iaitu isteri Nabi saw bahawa ia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah keluar dengan ketakutan dengan wajahnya kemerah-merahan. Baginda bersabda, "Tidak ada Tuhan selain Allah... celaka orang-orang Arab kerana bincana telah dekat. Hari ini terbuka dinding penutup Ya'jud dan Ma'jud selebar  ini (baginda membuat lingkaran antara jari telunjuk dengan ibu jarinya)". Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, Adakah kita semua akan binasa sedangkan ditengah-tengah kita masih ada orang-orang soleh?". Baginda bersabda, "Ya...kalau kejahatan telah bermaharajalela dimana-mana"".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Usamah bahawa Nabi saw naik kesebuah benteng diantara benteng-benteng yang terdapat dikota Madinah. Baginda bersabda, "Tahukah kamu semua apa yang aku lihat?. Sesungguhnya aku melihat fitnah (kekacauan) dicelah-celah rumah kalian separti ditimpa hujan (merata-rata)".

Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Karz bin Alqamah al-Khaza'i bahawa ia berkata, "Seseorang bertanya kepada Nabi, 'Apakah Islam itu ada batasnya?'. Rasulullah bersabda, 'Setiap anggota keluarga dari bangsa Arab mahupun yang bukan Arab yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Allah akan memasukkan Islam kepada mereka'. Ia bertanya lagi, 'Kemudian apa?'. Baginda bersabda, 'Kemudian terjadilah fitnah-fitnah (kekacauan) seperti sebahagian malam yang sangat gelap'. Ia membantah, 'Sesungguhnya tidak akan berlaku seperti itu jikalau Allah menghendakinya'. Baginda bersabda, 'Benar.. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, Pada waktu itu akan muncul ular-ular berwarna hitam berbisa yang membuat kamu semua saling bertengkaran'".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Umum Salamah iaitu Isteri Nabi saw. bahawa ia berkata, "Pada suatu malam Nabi saw terkejut lalu bangun dari tidurnya seraya bersabda, 'Mahasuci Allah, apakah yang diturunkan Allah dari gudang-gudang (kekayaan Parsi, Romawi dan lainnya)?. Apakah yang diturunkan dari fitnah-fitnah itu?. Siapakah yang membangunkan wanita-wanita penghuni bilik-bilik (isteri-isteri mereka) supaya mereka melakukan solat malam?. Sesungguhnya banyak wanita yang berpakaian didunia tetapi telanjang diakhirat'".

Diriwayatkan oleh al-Haitsami dan Thabrani dari Ubaid bin Umair bahawa Rasulullah bersabda, "Wahai kaum suami pemilik isteri-isteri yang akan dibakar Neraka, akan muncul fitnah-fitnah kekacauan laksana sebahagian malam yang sangat gelap gulita. Seandainya kamu dapat melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu akan jarang ketawa tetapi (sebaliknya) akan selalu menangis".

Berkata Abu Hasan al-Qabisi, "Sekalipun mursal, namun hadis ini termasuk mursal yang baik, dan Ubaid bin Umair adalah termasuk imam penentu kaum Muslimin".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Salim bin Ubaidillah bahawa ia berkata, "Wahai penduduk Iraq, aku tidak meminta kamu meninggalkan dosa-dosa kecil lalu menbuang dosa-dosa besar. Aku pernah mendengar Abdullah bin Umar berkata,'Sesungguhnya fitnah akan datang dari sini (sambil ia menunjukkan kearah timur tempat terbitnya matahari), semantara kamu semua saling bertengkaran. Sesungguhnya Musa as. pernah membunuh salah seorang pengikut Firaun hanya kerana tersilap sangka (khilaf) sahaja".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Ma'qal bin Yassar bahawa Nabi saw bersabda, "Beribadah ditengah-tengah terjadinya kekecauan adalah seperti berhijrah kepadaku".


FAKTA I:

Menurut Ibnu Arafah, yang dimaksudkan dengan perkataan dari sabda Nabi saw iaitu, "Celaka orang-orang Arab..." ialah sesunguhnya adalah sangat menyedihkan nasib yang bakal menimpa orang-orang Arab sepeninggalan Baginda. Mereka akan berhadapan dengan berbagai peperangan dan kekacauan. Tetapi pekara ini adalah disebabkan tangan-tangan mereka sendiri yang berpuak-puak dan perebutan kuasa atas sebab harta benda, kekuasaan dan kekayaan yang lebih bersifat duniawi.

kejayaan yang dimiliki oleh bangsa Turki dan bukan Arab lainnya musnah akibat penyatuan (bersatun padu) telah hancur berkecai. Padahal kejayaan dan kekuasaan pada asalnya adalah milik mereka yang dipelupuri oleh Baginda Rasulullah saw sendiri serta ajaran-ajaran Baginda berkenaan Islam yang dibawanya. Tetapi oleh kerana mereka tidak pernah mahu bersyukur atas nikmat-nikmat tersebut, bahkan mereka saling mengkufurinya dengan cara berbunuhan dan merampas harta-benda musuh-musuh mereka. Maka Allah menarek semula nikmat-nikmat tersebut, kemudiannya diberikan kepada bangsa-bangsa lainnya, seperti yang telah diungkapkan didalam firman Nya didalam surah Muhammad ayat 38, mafhumnya;

"Kamu, hai orang-orang ini diseru supaya kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka diantara kamu ada orang yang bakhil. Barang siapa yang bakhil. maka hanya bahaya kebakhilan itu atas dirinya. Dan Allah Mahakaya dan kamu orang-orang fakir (yang berkehendak kepada derma itu). Dan jika kamu berpaling (tidak mengikut perintah), maka Allah akan menukar kamu dengan kaum yang lain dari padamu, kemudian kaum itu tiada (durhaka) seperti kamu"

Oleh kerana itu apabila Zainab (isteri Nabi) bertanya, "Apakah kami semua akan dibinasakan, walaupun ditengah-tengah kami masih ada orang-orang yang soleh?". Nabi saw bersabda, "Ya... kalau kejahatan bermaharajalela dimana-mana".


FAKTA II:

Menurut para ulama tafsir berkenaan kenyataan didalam sabda Rasulullah diatas tadi, menunjukkan bahawa kehadiran orang-orang soleh ditengah-tengah seolah-olah menjadi sebagai pelindung dari berlakunya fitnah atau bincana yang diakibatkan dari gejala sosial.

Jika orang-orang yang melakukan maksiat diatas muka bumi ini lebih banyak jumlahnya dibandingkan dengan jumlah orang-orang soleh, maka mereka semua akan dibinasakan Allah. Itulah sebabnya ada diantara orang-orang soleh memilih hidup bersendirian dan jauh dari masyarakat. Mungkin juga Allah menurunkan bincana kepada semua disebabkan ulama-ulama dan orang-orang soleh ini tidak melakukan Amal Maakruf dan Nahi Mungkar iaitu berdakwah dan mengajak manusia mengerjakan amal-amal kebajikan dan menjauhi perbuatan mungkar. Oleh itu jika orang-orang soleh memilih untuk hidup didalam lingkungan masyarakat, maka kenalah dia berbuat seperti itu. Allah berfirman didalam surah al-Anfal ayat 25 yang mafhumnya;

"Dan peliharalah diri kamu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu".

Sebagaimana yg disebutkan didalam ayat diatas tadi, seksaan akan menimpa kepada sesiapa saja termasuklah kepada orang-orang soleh dan orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar. Ibarat seperti air hujan yang turun, ia tidak ditumpahkan hanyam kepada orang-orang soleh saja, malahan kepada seluruh makhluk samada ia baik atau jahat.

Tetapi ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa pekara ini adalah tidak adil. Mereka merujuk kepada beberapa firman Allah contohnya seperti dibawah ini :

"Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang-orang lain" - al An'aam ayat 164.

"Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa-apa yang telah dilakukannya" - al Mudatstsir ayat 38.

"ia mendapat pahala (kebajikan) yang mereka usahakan dan ia mendapat dosa (seksaan) yang mereka kerjakan". - al Baqarah ayat 286

Jika diperhatikan maksud ayat-ayat diatas tadi, ini bererti bahawa seseorang itu tidak boleh diseksa atau dibinasakan atas dosa-dosa orang lain. Sepatutnya seksaan dan kebinasaan itu mistilah dijatuhkan hanya kepada mereka-mereka yang berdosa sahaja, dan orang-orang soleh dikecualikan dari terkena malapetaka Allah itu.

Menurut versi bacaan Zaid bin Tsabit, Ali ibnu Abu Talib dan Ibnu Ma'sud, maksud dari firman Allah tidak seperti diatas tadi yang menyebut bahawa bincana dan kemusnahan dikenakan kepada semua manusia. "Dan peliharalah diri kamu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu". Menurut mereka maka yang akan ditimpa malapataka dan seksaan itu hanyalah orang-orang zalim yang bersangkutan sahaja.

Bagi menjawab persoalan ini, maka bolehlah kita katakan bahawa apabila berlakunya perbuatan-perbuatan mungkar dikalangan masyarakat secara terang-terangan, maka wajiblah penguasa menjalankan tanggungjawab mereka untuk membenterasnya dengan kuasa yang telah diberkan kepada mereka. Jika kita tidak mampu untuk membenteras kemungkaran itu dengan tangan kita, maka hendaklah kita melakukan dengan lidah atau melalui musyuarat dan perdebatan kemasyarakatan dengan kemuniti-kemuniti dan NGO yang terlibat. Jika tidak boleh juga, jalan yang terakhir ialah habis kurang kita sebutkan didalam hati kita saja. Maka dengan jalan ini kita telah melakukan perintah Allah yang menyuruh kepada Amal Makruf dan Nahi Mungkar. Ini menunjukkan bahawa kita telah menjalankan kewajipan dan tanggungjawab kita dan kita terlepas dari dosa-dosa itu.

Diriwayatkan oleh Muslim, atz-Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Said al Khudri bahawa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasa). Jika ia tidak mampu, maka lakukan dengan lisannya. Jika masih tidak mampu juga, maka lakukanlah dengan hati kamu, dan itu merupakan iman yang paling rendah".

Diriwayatkan dari seorang sahabat Nabi bahawa ia telah berkata, "Apabila seseorang menyaksikan sesuatu kemungkaran itu berlaku, tetapi dia tiada kuasa atau kewibawaan untuk berkata-kata maka hendaklah dia berdoa, 'Ya Allah, sesungguhnya aku tidak menyukai perbuatan mungkar itu'. Maka ucapkanlah ia sebanyak tiga kali. Dengan demikian dia telah terlepas dari kewajipan. Tetapi jika sebaliknya dia hanya mendiamkan diri, maka semua orang akan berdosa". Ada hikmah dan Kebijaksanaan Allah yang meletakkan orang yang berdiam diri itu sebagai bersubahat seperti juga orang telak melakukan kemungkaran itu. Firman Allah didalam surah an-Nisaa ayat 140 yang mafhumnya;

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu didalam Kitab (al-Quran), bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah, diingkari orang akan dia dan memperolok-olokkannya, maka jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka masuk dalam perkataan yang lain (menukar cerita), nescaya kamu seumpama mereka. Sesungguhnya Allah menghimpunkan orang-orang munafiq dan orang-orang kafir sekliannya didalam Neraka Jahanam".

Tetapi jika orang-orang soleh itu beranggapan bahawa menyatakan (sesuatu kemungkaran itu) tidak bersetuju secara tulus ikhlas terhadap tindak tanduk kemungkaran orang-orang yang membuat kerusakkan, mereka sebenarnya telah terlepas dari bebanan kewajipan yang terpikul diatas bahu mereka. Dengan lain perkataan, orang-orang soleh itu tidak tergolong dengan orang-orang yang berbuat dosa dan melampaui batas. Mereka sebaliknya akan terselamat dari memurkaan Allah SWT. Allah berfirman didalam Quran:

"Mengapakah tidak ada diantara umat-umat sebelum kamu, orang-orang baik, yang melarang berbuat bincana dimuka bumi, kecuali sedikit dari orang-orang yang Kami selamatkan diantara mereka itu. Orang-orang yang aniaya mengikut nafsu (kesenangan) yang ada padanya dan adalah mereka itu orang berdosa" Surah Hud ayat 116.

"Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperiangatkan kepada mereka. Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang aniaya dengan azab yang keras disebabkan mereka fasiq". Surah al-A'araf ayat 165.

Kemudian berkata Ibnu Abbas mengupas persoalan ini, "Allah memberitakan kepada kita berkenaan kedua-dua ayat itu (diatas). Tetapi Dia tidak memberitakan kepada kita tentang orang-orang yang mengatakan, seperti didalam firman Nya (surah al-A'araf ayat 164) ;

"Ketika segolongan diantara mereka itu berkata: Mengapa kamu mengajar mereka, sedang Allah (akan) membinasakan mereka itu atau menyeksa mereka dengan seksaan yang keras ?. Mereka menjawab: (Kami menasihatkan mereka) untuk meminta uzur (tangguh) kepada Tuhanmu  dan mudah-mudahan mereka itu bertaqwa".

Diriwayatkan oleh Sufyan bin Uyainah, dari Sufian bin Sa'id, dari Mus'ir bahawa ia berkata, "Aku mendengar sebuah riwayat yang mengatakan, bahawa suatu ketika Malaikat diperintahkan Allah untuk menengelamkan sebuah desa. Malaikat itu berkata: 'Tatapi ya Tuhanku... didesa itu masih ada orang yang tekun beribadah. Kemudian Allah berfirman: 'Jika begitu kamu mulakan dengan mereka itu dahulu, kerana mereka tidak mengindahkan terhadap kemungkaran yang terjadi disekeliling mereka'".

Wahab bin Munnabih bercerita (berkenaan Nabi Allah Daud as), "Ketika Daud melakukan sesuatu dosa, ia berkata, 'Ya Tuhanku, ampunkanlah aku', Allah berfirman, 'Aku telah mengampunimu dan seksaan Ku ditimpakan kepada kaum Bani Israil'. Daud bertanya, 'Ya Tuhanku, kenapakah boleh berlaku demikian, sedangkan Kau Tuhan yang Mahaadil lagi Mahabijaksana yang tidak akan berbuat zalim kepada seorang jua pun?. Aku yang melakukan dosa tersebut, kenapa pula orang-orang yang lain terpaksa menanggungnya?'. Allah mengwahyukan kepada Daud. 'Wahai Daud, ketika kamu berani berbuat durhaka kepada Ku, mereka tidak segera mengingkarinya (cuba menyekat dan menasihatimu)'".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari al-'Arus bin Umairah al-Kindi bahawa Nabi saw bersabda, "Ketika ada suatu kesalahan dilakukan diatas muka bumi, orang yang menyaksikan dan mengangkarinya adalah seperti orang yang tidak menyaksikannya (berdiam diri). Sebaliknya orang yang tidak menyaksikannya tetapi menyetujuinya dan diam saja". Maksudnya mereka semua itu sama saja. Disatu masa yang lain ketika asy-Syu'bi bertemu dengan seseorang yang menganggap baik komplot pembantahan kepada Khalifah Umar Ibnu Affan, lalu ia berkata, "Kamu termasuk orang yang ikut berkomplot dalam pembantahan itu".

Disebutkan didalam Sahih atz-Tirmidzi, "Apabila sesuatu masyarakat melihat orang yang zalim namun mereka sama sekali tidak mahu bertindak, maka Allah akan menimpakan bincana akibat kezaliman mereka kepada semua secara merata".

Apabila fitnah, kemaksiatan, kezaliman, perbuatan durhaka dan kemungkaran itu berlaku tampa ada sesiapa yang mempedulikannya, tak dapat tidak semua orang akan terkena akibatnya. Pada waktu itu orang-orang muslimin yang hanya mampu menyebutkan dihati-hati mereka kerana tidak bersetuju, harus pindah ketempat lain. Itulah yang pernah berlaku kepada kaum-kaum lain sebelum kita, seperti didalam kisah tentang kaum yang melanggar kesucian hari Sabtu. Itulah yang ditiru oleh orang-orang Salaf sedikit masa dahulu.

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab dari Malik bahawa ia berkata, "Bumi yang telah dinodai oleh tindak tandok kemungkaran secara terang-terangan, sebaiknya ditinggalkan dan tidak perlu dihuni selama-lamanya. Inilah yang telah dilakukan oleh Abu Darda' sedikit masa dahulu. Dia harus mengambil keputusan keluar dari wilayah yang dikuasai oleh Khalifah Mu'awiyah yang dilihatnya sudah penuh dengan sifat bermegah-megah, kecurangan dan pelanggaran hukum Syariat Islam".

Dibahagian yang lain, Malik menegaskan, "Apabila kebatilan telah mengatasi kebenaran, maka pada akhirnya yang terjadi adalah kerosakan dimuka bumi. Orang-orang yang selamat adalah yang tetap setia didalam Jemaah. Betapapun kebatilan itu akan membawa kehancuran kepada dunia. Demi memelihara kehormatan dan hukum-hukum syariat Allah serta ajaran-ajaran yang dibawa oleh para-para Nabi dan para-para Rasul, manusia yang beriman dituntut untuk marah. Jika tidak, samalah juga dia melanggar hukum Allah".

Abu Hasan al-Qabisi mengatakan, "Orang-orang yang setia pada kebenaran dan marah didalam urusan Allah, ia jelas akan selamat. Rasulullah bersabda, 'Akan selalu ada segolongan orang dari umatku yang tetap setia membela kebenaran sampai datang hari kiamat'". Demikian itu adalah hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Amr, dari Asyhab bin Abdul Aziz, dari Malik bahawa ia berkata, "Tidak perlu lama-lama lagi tinggal didalam negeri yang dinodai kotoran dengan perbuatan-perbuatan melanggar kebenaran dan mencaci-maki ulama-ulama salaf".

Berkata Abu Umar, "Waktu ini, dimana pun kamu berada tiada suatu negeri pun yang bersih dari kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman. Semuanya penuh dengan perbuatan-perbuatan tidak terpuji. Maka hanya satu cara bagi kamu untuk menyelamatkan diri iaitu berdiam diri dan tinggal dirumah menikmati hidup apa adanya saja".

Menurut Sufyan ats-Tsauri, "Itulah zaman yang telah suntuk (akan berakhir). Sesiapa yang merasakan tidak lagi aman dari ancaman perbuatan maksiat. Akibatnya, ramailah orang-orang (soleh) yang berpindah randah dari sebuah negeri ke sebuah negeri dengan membawa agamanya untuk menyelamatkan diri dari berbagai macam fitnah".

Al-Qadhi Abu Bakar ibnu Arabi memetik ucapan salah seorang gurunya dalam urusan ibadah, "Kamu pasti akan menghadapi satu zaman yang benar-benar telah rosak (fitnah berluas-luasa). Menurut ku, hanya ada dua cara saja yang paling berkesan untuk menyelamatkan diri. Pertama, kuncilah pintu rumahmu rapat-rapat. Kedua, pergilah kesatu tempat terpencil yang jauh dari masyarakat. Jika kamu terpaksa bergaul juga dengan masyarakat itu, dekatilah mereka secara fasik (berpura-pura) saja, sedangkan dihati dan lisan kamu tetap kamu menjaga jarak (manafikan fitnah) dari mereka. Tetapi, jika kamu tidak mampu untuk melakukan pekara itu, maka berdiam dirilah kamu".

Al-Fadhel al-Jauhari, seperti yang dipetik oleh Muhammad bin Abdul Malik ash-Shufi mengatakan, "Letak segala kebaikkan itu ada pada diam, cuba kamu perhatikan isi syair ku ini : 'Kalau seorang muslim sudah menikmati keselamatan, tinggal dirumah dengan bekalan hidup apa adanya, maka apalagi yang ia harapkan'".

Menurut saya (Syeikh al-Qurthubi, penulis kitab ini), "Abu Sulaiman al-Khatabi juga pernah menulis sebuah syair yang serupa: 'Aku senang dalam kesendirian dirumahku ini, menghabiskan waktu... Aku engan berpindah, mengunjungi dan dikunjungi oleh sesiapa pun. Aku tidak mahu meminta-minta sepanjang masih mampu bertahan hidup. Aku tidak peduli apa yang berlaku diluar'".

Banyak sekali syair yang memaparkan keindahan hidup bersendirian dari orang-orang soleh. InsyaAllah akan saya (imam al-Qurthubi) paparkan dikesempatan yang akan datang. Keterangan tambahan itu adalah untuk menunjukkan masaalah-masaalah yang mereka hadapi dan mengambil tindakan mengasingkan diri dari masyarakat apabila kejahatan dan gejala soaial telah bermahajarela dimana-mana didalam negara itu.

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Ibnu Wahab, dari Yakhnas (hamba Zubair) bahawa pada zaman Rasulullah, pernah terjadi peristiwa bumi yang tenggelam (tanah mendap) diarah timur. Beberapa orang sahabat bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah, kenapa bumi itu tenggelam padahal penduduknya masih ada yang beragama Islam?". Baginda bersabda, "Ya... jikalau sebahagian besar  penduduknya telah bergelumang dengan kemaksiatan".  

Kata Ulama-ulama Ahli Sunah Wal Jemaah, "Semamangnya semua manusia akan dibinasakan disebabkan oleh meriahnya kemaksiatan, fitnah dan kezaliman pemerintah. Tetapi diakhirnya kelak diakhirat nanti orang-orang yang beriman itu tetap akan diselamatkan Allah. Manakala orang-orang yang berbuat maksiat, fitnah dan kezaliman itu (berbuat fasiq) akan diseksa. Pekara ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah, '...Kemudian mereka akan dibangkitkan dengan hidup kembali sesuai dengan niat-niat mereka'. Diriwayat yang lain menyebut, '... Sesuai dengan amalan-amalan dan perbuatan mereka'". Pekara ini telah dikemukkan sebelum ini.

Barangsiapa yang berniat dan beramal dengan perbuatan yang baik, sudah tentu ia akan dibalas dengan pehala yang besar dan kenikmatan. Disebutkan didalam al-Quran didalam surah ath-Thaariq ayat 9, mafhumnya; "Pada hari segala rahsia akan terbuka". Perhatikan dan fahamilah akan maksud firman Allah ini.


BAB 161: KEBANGKITAN KERAJAAN ISLAM AKHIR ZAMAN.      

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari al-Barra' bin Najiyah, dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Nabi saw telah bersabda, "Roda pemerintahan Islam akan berputar (bangkit) pada tahun tiga puluh lima, atau tahun tiga puluh enam, atau tahun tiga puluh tujuh. Jika mereka binasa, memanglah itu jalan bagi orang-orang yang binasa. Tetapi jika agama mereka tegak, maka tegaklah agama (Islam) bagi mereka selama kurun waktu tujuh puluh tahun". Abdullah bertanya, "Tujuh puluh tahun sebelum atau sesudahnya?". Baginda bersabda, "Tujuh puluh tahun sesudahnya".


FAKTA:

Menurut al-Harbi, seperti yang dipetik dari kitabnya bertajuk "al-Harawi", yang dimaksudkan dengan kalimah berputar didalam hadis diatas tadi ialah bermaksud terlepas. Jika benar tahun yang disebut sebagai tahun tiga puluh lima, ia bermaksud atas peristiwa orang-orang Masir mengepong Saidina Othman. Jika disebut tahun tiga puluh enam pula ialah peristiwa dimana Thalha dan az-Zubair berangkat ke Perang Jamal. Dan kalau disebut tahun tiga puluh tujuh, ia merujuk kepada peristiwa Peperangan Shiffin. Semoga Allah mengampunkan mereka semua.

Berkata al-Khatthabi, "Maksud sabda Nabi saw itu, ketika batas waktu itu berakhir, didalam sejarah Islam telah terjadi satu peristiwa yang sangat besar yang dikhawatirkan boleh membawa kehancuran bagi penganut agama Islam seluruhnya. Peristiwa ini merupakan tanda-tanda berakhirnya pemerintahan Khalifah Islam. Ia bermula apabila Saidina Hasan bin Ali berbaiah kepada Pemerintah Mu'awiyah hinggalah berakhirnya Pemerintahan Dinasti Ummayah dari timur dalam kurun waktu selama tujuh puluh tahun, hinggalah kekuasaan berpindah ketangan Dinasti Bani Abasiyah. Allah telah berfirman didalam surah Yusuf ayat 76, mafhumnya, "...Demikianlah Kami ajarkan tipu musilahat (manusia) kepada Yusuf. Yusuf tidak hendak menarek saudaranya menurut agama (menghukum) raja, kecuali jika dikehendaki Allah..." Maksud ayat ini ialah Allah menegur perbuatan yusuf dimana sepatutnya Yusuf menghukum saudaranya itu menurut hukum agama, tetapi sebaliknya ia menghukum menurut hukum Raja, seperti juga apa yang telah terjadi kepada Saidina Hasan bin Ali itu. Maka sebab itulah Allah menurunkan bincana kepada mereka.


BAB 162 : PERISTIWA PEMBUNUHAN SAIDINA OTHMAN ra.

Peristiwa berdarah pembunuhan Khalifah Othman Ibnu Affan ra adalah merupakan tanda-tanda pertama fitnah akhir zaman selapas kewafatan Baginda Rasulullah saw seperti yang telah Baginda ramalkan didalam banyak hadis-hadis baginda. Maka dituliskan kisah pembunuhan yang amat trigis ini supaya dapat dihayati oleh kalian semua.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Salam bahawa ia berkata, "Menjelang peristiwa pembunuhan Othman, Abdullah bin Salam datang. Othman bertanya kepadanya, 'Mengapa kamu datang?'. Ia menjawab, 'Aku datang untuk membela kau'. Othman berkata, 'Kalau begitu, hadapi orang-orang itu, usir mereka dari sini. Bagiku kamu lebih baik keluar dari sini?'. Abdullah bin Salam pun keluar menemui orang-orang yang sedang mengepong Saidina Othman dan berkata, 'Wahai manusia, pada zaman jahiliah namaku ialah ini. Tetapi kemudian Rasulullah memberikan nama Abdullah kepada ku. Ada beberapa ayat didalam al-Quran yang menyebut-nyebut namaku, iaitu firman Allah didalam surah al-Ahqaf ayat 10:

"Sesungguhnya telah Kami tempatkan kamu dimuka bumi dan Kami adakan bagimu sebab-sebab (saksi) penghidupan diatasnya, tetapi sedikit diantara kamu yang berterima kasih".

Dan didalam surah ar-Ra'd ayat 43, mafhumnya;

"Berkata orang-orang kafir: Bukankah engkau (ya Muhammad) diutus (Tuhan). Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan antara kamu dan orang yang mengatahui al-Kitab".

Ia menyambung lagi, " Sesungguhnya Allah memiliki pedang yang tetap tersimpan dalam sarungnya, dan Malaikat adalah tetangga kamu dinegeri peninggalan Nabi ini. Demi Allah, jangan kamu membunuh orang ini. Sebab jika kamu sanggup membunuhnya, para Malaikat itu akan lari dan pedang Allah akan terhunus yang tidak sepatutnya hanya akan terhunus apabila tiba hari kiamat nanti". Tetapi mereka tidak mengindahkan kata-kata mantan Pendita Yahudi yang telah masuk islam itu. Lalu mereka berkata, "Bunuh si Yahudi itu dan bunuh saja Othman". Menurut Trimidzi, hadis ini hasan gharib.

Menurut Imam al-Qruthubi, maksud al-kitab didalam ayat tersebut ialah Kitab Taurat, yang dihafal oleh Abdullah bin Salam. Selain dari itu dia juga menghafal al-Quran. Sebab itulah dia beranggapan bahawa kedua-dua ayat-ayat itu adalah berkenaan dirinya. Oleh kerana dia merupakan seorang Pendita Yahudi dizaman jahiliah dan kemudian memeluk agama Islam, maka dia tidak disukai oleh kaum Yahudi. Hanya sedikit kaum Yahudi yang menurut jejak langkahnya untuk memeluk Islam ditanggan Rasulullah. Keterangan berkenaan pekara ini akan saya jelaskan lagi Insyaallah, atau perkataan yang didengar dari Nabi saw. Juga akan dijelaskan berkenaan ucapan Huzaifah kepada Imran: "Sesungguhnya antara kau dan aku ada sebuah pintu yang terkunci dan hampir roboh".



FAKTA I :

Para Ulama dan ahli sejarah mengatakan, "Dalam peristiwa tregedi berdarah pembunuhan Khalifah Othman itu, sekumpulan orang-orang jahat telah merempuh masuk kedalam bilik Khalifah Othman. Diantaranya ialah Kinnanah bin Bisyri at-Tajibi. Ia membunuh Khalifah Othman dengan kejam sehinggakan darah Khalifah Othman terpancut ke mushaf al-Quran dan tepat mengenai ayat 137 surah al-Baqarah yang mafhumnya: "Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling (tidak beriman seperti keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (terpisah dari kamu), maka engkau akan dipelaharakan Allah dari kejahatan mereka, maka Dia Mahamendengar lagi Mahamengatahui". 

Ada yang mengatakan bahawa yang membunuh Khalifah Othman ialah seorang warga Masir bernama Hammar. Ada pula yang mengatakan namanya ialah Rauman, atau siapa pun namanya. Pergelangan tangan Khalifah Othman dipancung dengan pedang hingga putus dan darahnya terkena di mushaf al-Quran. Menjelang waktu Khalifah meninggal dunia, dia masih sempat berkata, "Demi Allah, ini adalah tapak tangan yang pertama jatuh keatas mushaf". Begitulah cinta beliau pada al-Quran. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkan dirinya ditempat terpuji.

Sebenarnya peristiwa itu telah diramal oleh baginda Nabi saw, seperti yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dalam sebuah hadis dari Abu Musa bahawa ia berkata, "Pada suatu hari Nabi telah masuk kesebuah kebun, Saya disuruh menjaga dipintu masuknya. Seorang lelaki tiba-tiba muncul dan minta diizinkan masuk. Baginda bersabda, "Biarkan dia masuk dan beri kabar gembira tentang Syurga". Ternyata orang itu adalah Abu Bakar. Lalu muncul pula seorang lelaki dan minta keizinan untuk masuk. Baginda bersabda, "Biarkanlah ia masuk dan beri kabar gembira tentang Syurga'. Ternyata orang itu adalah Umar Ibnu Khathab. Kemudian muncul pula seorang lelaki dan minta diizinkan masuk. Pada kali ini Baginda terdiam sebentar, kemudian baru Baginda bersabda, 'Biarkan ia masuk dan berikan kabar gembira tentang Syurga atas musibah yang akan menimpanya'. Ternyata beliau adalah Othman Ibnu Affan'".

Ada yang mengatakan bahawa menurut pendapat yang benar, adalah tidak diketahui siapa kah pembunuh sebenar Khalifah Othman. Khalifah dibunuh dengan cara dikerumuni beramai-ramai orang yang datang dari Masir dan dari negara-negara lain. Sebelum tregedi berdarah itu berlaku, beberapa orang sahabat sempat menemui Khalifah. Antaranya ialah Abdullah bin Umar yang bersiap sedia dengan pedangnya dan Zaid bin Tsabit. Zaid berkata kepada Khalifah, "Orang-orang Ansar telah berada dihadapan pintu. Jika tuan mahu, kami sedia membantu tuan. Kami adalah pembela-bela Allah". Setelah Zaid mengulang-ulang pertanyaan itu, Khalifah Othman lalu menjawab, "Tidak perlu, tahanlah mereka".

Didalam bilik Khalifah Othman, dia ditemani oleh Hasan bin Ali, Husin bin Ali, Ibnu Umar, Abdullah Ibnu Zubair, Abu Hurairah, Abdullah bin Amir bin Rabi', dan Marwan Ibnu Hakam. Mereka semua lengkap bersenjata. Tetapi, Khalifah Othman menyuruh mereka meletakkan senjata dan keluar dari bilik itu, atau tetap disitu tampa senjata. Permintaan Khalifah itu amat dikesali oleh Abdullah Ibnu Zubair dan Marwan Ibnu Hakam. 

Khalifah Othman kesebukan akibat kepongan yang dilakukan terhadap dirinya. Mereka kehabisan simpanan makanan dan minuman. Bahkan mereka terpaksa meminum air laut yang sangat masin. Menurut Zubair bin Bakkar, Khalifah dikepong selama dua bulan dua puluh hari. Menurut Waqidi, Khalifah dikepong selama empat puluh sembilan hari. Apabila pintu dibuka sahaja, kumpulan yang mengepong telah menerjah masuk. Tetapi Khalifah Othman tidak membenarkan penentangan dilakukan kepada mereka. Akibatnya, Khalifah terus dibunuh oleh mereka. Inilah peristiwa yang amat menyedihkan pada zaman itu bagi umat Islam semua. Ini juga merupakan permulaan fitnah akhir zaman yang dimaksudkan didalam hadis-hadis Nabi saw. selepas kewafatan Baginda.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ahmad, dari Abu Umar bin Abdul Bar, dari Aisyah bahawa Rasulullah bersabda, "Panggilkan aku seorang sahabatku?". Aisyah bertanya, "Maksudmu Abu Bakar?". Baginda bersabda, "Bukan". Aisyah bertanya, "Umar?". Baginda bersabda, "Bukan". Aisyah bertanya lagi, "Saudara sepupumu, Ali?". Baginda bersabda, "Bukan". Aisyah bertanya lagi, "Othman?". Baginda bersabda, "Ya". Apabila Othman datang, baginda memberi isyarat kepada Aisyah dengan tangannya supaya Othman berdiri sebelah kiri Baginda. Aisyah melihat wajah Othman nampak pucat".

Diwaktu Khalifah Othman dikepong oleh musuh-musuhnya, seorang sahabat bertanya kepadanya, "Adakah perlu kami melindungimu?". Khalifah Oyhman menjawab, "Tidak perlu, kerana Rasulullah pernah berpesan kepadaku agar bersabar menghadapi ujian ini".

Disebutkan didalam kitab 'Sirah Tirmidzi' sebuah hadis dari Aisyah bahawa Nabi saw bersabda," Wahai Othman, barangkali Allah akan mengenakan pakaian kepadamu. Oleh kerana itu, jika mereka meinginkan kamu menanggalkannya, maka jangan kamu tanggalkannya untuk mereka".

Juga disebutkan didalam kitab yang sama sebuah riwayat hadis dari Ibnu Umar yang menyentuh berkenaan fitnah bahawa Nabi saw bersabda, "Pada saat itu Othman akan dibunuh secara aniaya".

Diriwayatkan bahawa diwaktu pengepongan itu, Abdullah bin Umar ibnu al-Khatab bahawa ia mendengar Khalifah Othman berkata, "Dengarlah apa yang dituntut oleh mereka semua. Mereka meminta aku melepaskan jawatanku atau aku akan dibunuh". Ia bertanya kepada Khalifah Oyhman, "Adakan tuan merasa akan hidup kekal diatas dunia ?". Ia menjawab, "Tidak".  Ia bertanya lagi, "Adakah mereka akan menuntut lebih dari sekadar membunuhmu?". Khalifah Othman menjawab, "Tidak".  Ia bertanya lagi, "Adakah mereka yang akan memasukkan tuan kedalam Syurga atau Neraka?". Khalifah Othman menjawab, "Tentunya bukan". Kemudian Ia berkata kepada Khalifah Othman, "Maka, jikalau begitu janganlah tuan menanggalkan pakaian Allah yang telah dikurniakan kepada tuan. Jika tidak, pekara ini akan menjadi ikutan tridisi dikemudian hari kelak. Apabila sesuatu kaum tidak menyukai seorang Khalifah, maka mereka akan menuntut agar ia turun dari jawatan itu dan akan membunuhnya".  

Para Ulama berselisih pendapat berkenaan umur Khalifah Othman sewaktu ia dibunuh oleh kaum yang jahat dari Masir itu.  Ada yang mengatakan beliau berumur lapan puluh lapan tahun. Ada pula yang mengatakan ia berumur sembilan puluh tahun. Menurut Qatadah, Khalifah dibunuh pada umur lapan puluh enam tahun. Kemudian ulama yang lainnya mengatakan umur Khalifah Othman adalah kurang atau lebih dari itu semua.

Walau bagaimana pun, ternyata bahawa Khalifah Othman telah dibunuh secara kejam seperti yang telah diilhamkan oleh Baginda Rasulullah sebelumnya dan oleh sejumlah tokoh ahli sunah wal jemaah. Mayatnya telah dibuang disebuah tempat pembuangan sampah yang kotor. Selama tiga hari mayat itu terbiar disitu tampa ada sesiapa pun yang berani pergi mengambil mayat tersebut. Tetapi akhirnya, pada satu malam ada beberapa orang muslim yang secara senyap-senyap pergi mengambil mayat Khalifah dan diletakkan disatu tempat untuk disolatkan, kemudian mereka membawa mayat Khalifah ke perkuburan Baqi' untuk dimakamkan disana. Sewaktu hayat Khalifah Othman, ia dikatakan selalu melawati makan Baqi' dan duduk lama disana. Beliau juga dikatakan selalu berdoa dan berkata, "Sebentar lagi ada seorang soleh akan dikuburkan disini". Ternyata orang soleh yang disebutkan itu adalah dirinya sendiri. Perkuburan itu sengaja diratakan supaya tiada sesiapa yang mengenainya hinggalah sekarang.

Menurut al-Waqidi, Khalifah terbunuh pada hari Jumaat tanggal lapan Dzulhijjah atau lazim disebut dengan hari Tarwiyah tahun tiga puluh lima hijrah. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Khalifah Othman dibunuh pada tanggal dua belas Dzulhijjah. Ia menduduki Jawatan Khalifah ketiga Pemerintahan Kerajaan Islam selama sebelah tahun lebih beberapa hari sahaja. Mengenaai orang-orang yang taat kepadanya, dikatakan ketika itu para pengikutnya berjumlah seramai lima ribu orang kesemuanya termasuklan yang berada di Madinah dan diMasir sendiri. Pekara ini akan diperjelaskan lagi insyaallah.

Para Ulama berselisih pendapat berkenaan persoalan adakah Khalifah hanya menyerahkan dirinya untuk dibunuh atau beliau ada melakukan pertahanan diri sebelum dibunuh. Sesetengah ulama berpendapat Khalifah Othman hanya menyerahkan dirinya untuk dibunuh. Kemudian setengah yang lain berpendapat bahawa ia ada melakukan perlawanan bagi mempertahankan dirinya sebelum mereka dapat membunuhnya. Kedua-dua pendapat ini memiliki dalil-dalainya masing-masing. Pekara ini juga akan diperjelaskan nanti, Insyaallah.

Para Ulama Ahli Sunah Wal Jemaah sependapat mengatakan bahawa, jika sekiranya seluruh umat islam dari sebelah barat hingga ketimur dapat dikumpulkan diwaktu itu bagi membela Khalifah Othman dan menghalang pembunuhan itu dari berlaku, mereka semua akan tetap tidak akan mampu mempertahankannya kerana ia telah ditakdirkan Allah untuk syahid dalam keadaan itu tambahan lagi pekara ini telah pun diilhamkan oleh Baginda Rasullah sendiri. Pekara ini adalah juga diantara Mukjizat yang telah dikurniakan Allah kepada Baginda, maka setiap apa yang diilhamkan kepada Baginda pasti akan terjadi. 

Hasan bin Tasbit mendendangkan syairnya:

"Kamu bunuh kekasih Allah didalam rumahnya,
 Kamu datang membawa kezaliman dan keji,
 Sungguh celaka iman orang-orang itu,
 Yang ikut membantu pembunuhna Othman,
 Manusia yang cerdek dan lurus". 

Diriwayatkan oleh Muslim didalam kitabnya 'Sahih Muslim' sebuah hadis dari Muhammad ibnu Mutsanna dan Muhammad bin Hatim, dari Mu'adz. dari Ibnu Auf, dari Muhammad, dari Jundub bahawa ia berkata, "Pada hari menjelangnya tragedi berdarah tersebut, aku mengikut pergi kekediaman Khalifah Othman; Aku melihat seseorang sedang duduk. Tampa mengenali siapakah orang itu aku berkata kepadanya, 'Pada hari ini akan ada darah yang tertumpah disini'. Orang itu bangkit menafikannya, 'Demi Allah, pekara itu tidak akan terjadi'. Aku berkata, 'Ya, demi Allah'. Dia menjawab, 'Tidak, demi Allah'. Aku berkata, 'Ya, demi Allah'. Dia berkata, 'Tidak, demi Allah'. Lalu aku berkata, 'Ada hadis Rasulullah yangg disampaikan kepadaku iaitu: Seburuk-buruk teman berbincang sejak dari hari itu adalah kamu. Kamu tetap menyangkal perkataanku, padahal kamu juga mendengar hadis dari Rasulullah. Mengapa kamu tidak marah?'. Lalu aku hampari orang itu, ternyata dia adalah Hudzaifah'".

Pada tahun ketiga puluh empat hijrah, penduduk Kuffah yang fanatik kepada Khalifah Othman menuntut supaya Khalifah menarik jawatan Gabnur Kuffah yang disandang oleh Sa'id ibnu Ash bin Umayah bin Abu Syam kerana mereka sudah tidak menyukainya lagi. Dan mereka memberi usul digantikan dengan Musa al-Asy'ari. Tuntutan mereka itu dipenuhi dan jawatan itu diberikan kepada Musa al-Asy'ari hinggalah berlakunya peristiwa pembunuhan itu.

Mendengar berita pembunuhan Khalifah Othman itu, Ya'la bin Umayyah at-Tamimi al-Handhali alias Abu Shafwan atau juga dikenali dengan panggilan Abu Khalid yang masuk Islam pada peristiwa penaklukan kota Mekah dan mengikuti Rasulullah didalam 3 peperangan iaitu Hunain, Tha'if dan Tabuk. Dia bergegas ke Madinah untuk membela Khalifah Othman, tetapi ditengah perjalanan itu dia terjatuh dari atas untanya dan menyebabkan tulang pehanya patah.

Pada suatu ketika selepas musin haji, Abu Khalid datang ke Mekah. Ketika dia berada diatas pelantar diluar Misjid, orang ramai datang mengerumuninya. Dia berkata kepada hadirin itu semua bahawa dia bersedia menjadi penaja kepada sesiapa juga yang mahu menjadi pembela atas kematian Khalifah. Dia juga telah membantu Zubair dengan memberi dana sebanyak empat ratus ribu dirham dan pasokan tentera dari kaum Quraisy seramai tujuh puluh orang anggota. Dia jugalah yang telah menyediakan untuk Aisyah seekor unta yang sangat bagus (unta merah) yang sangat mahal harganya, dibeli dari Ibnu Umayyah iaitu berharga dua ratus ribu dinar. Unta ini diberi nama Askar.

Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad didalam kitabnya bertajuk 'Ath-Thabaqat Ibn Sa'ad'. dari Muhammad bin Umar, dari Ismail bin Ibrahim, dari ayahnya bahawa ia bercerita, "Abdullah bin Abu Rabi'ah adalah seorang pembantu kepada Khalifah Othman yang bertugas di Shan'a. Apabila mendengar akan peristiwa pembunuhan Khalifah Othman, beliau segera bergegas menuju ke Madinah bagi membelanya dengan menaiki keledai. Dipertengahan jalan dia bertemu dengan Shafwan bin Umayyah yang menaiki unta. Ketika sedang berjalan bersama-sama, ia terjatuh dari Keledainya dan tulang pehanya retak".

"Setelah berlakunya kisah pembunuhan itu ia pun datang ke Mekah. Pada waktu itu kebetulan juga Aisyah telah berada disana.  Aisyah mengajak penduduk disitu untuk menuntut bela atas kematian Khalifah Othman. Sedang dia juga membuat pekara yang sama. Diatas pelantar Misjid dia mengatakan kepada sesiapa juga yang datang menemuinya bahawa dia akan membayai mereka=mereka yang sanggup untuk menuntut balas atas kematian Khalifah Othman. Maka ramailah yang hadir kehadapan menyahut panggilan dan menerima tawarannya itu. Sedangkan dia sendiri tidak dapat turut serta kerana luka dipehanya belum lagi sembuh"

Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad. dari Muhammad ibnu Umar, dari Muhammad bin Abdullah bin Ubaid, dari Abu Malaikah, dari Abdullah bin Abu as-Sa'ib bahawa ia bercerita, "Aku melihat Abdullah bin Abu Rabi'ah berada di pelanta Masjidil Haram yang duduk diatas tilam kecil. Dia sedang memujuk orang ramai agar bersedia keluar untuk menuntut bela atas kematian Khalifah Othman..."

Sebelum peristiwa pembunuhan Khalifah Othman, Aisyah sedang berada di Mekah. Maka setelah kejadian itu berlaku, Talhah, Ya'la dan Zubair datang menemui Aisyah lalu memujuknya untuk menjadi pemimpin kaum Musilimin dengan harapan semua masyarakat akan bersatu kembali melalui kata-kata Ummul Mukminin itu. Tetapi Aisyah menolak cadangan itu. Tetapi mereka bertiga tidak berputus asa dan terus memujuknya. Terakhir mereka membaca sebuah dalil dari firman Allah didalam surah an-Nisaa ayat 114 yang mafhumnya;

"Bukanlah suatu kebaikkan dalam kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah atau dengan makruf atau memperdamaikan antara manusia. Barang siapa yang berbuat demikian, kerana menghendaki keredhaan Allah, maka nanti akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar".

Menurut mereka, terdapat ramai lagi orang-orang yang masih setia kepada Khalifah Othman yang tersebar dimerata tempat, terutama di Basrah. Oleh kerana pujukkan demi pujukan, maka akhirnya Aisyah menyatakan bersedia mengambil tugas itu. Seterusnya dihimpunkanlah sejumlah orang-orang pilihan bagi membentuk satu pasokan perang. Mereka lalu mara ke Basrah untuk menentang Ali. Mereka menghujani Ali dan pasokannya dengan anak-anak panah. Ali meminta agar mereka tidak menggunakan kekerasan senjata seperti panah, pedang dan tombak. Tetapi pasokannya tidak mahu mendengar kata-kata Ali. Mereka terus-terus saja menggunakan anak-anak panah. Sejauh ini Saidina Ali masih saja bersabar.

Apabila dia melihat pasokannya ramai yang gugur, Ali memanggil Zubair untuk berbincang. Setelah mendapat jaminan keamanan dari Ali, maka Zubair pergi menemui Saidina Ali. Mereka berdua pun bertemu dan berbincang empat mata. Saidina Ali berkata, "Aku ingin mengingatkan kepada kamu berkenaan sabda Nabi saw kepada kita berdua dahulu. Baginda pernah bersabda, 'Kalau kamu memerangi Ali, bererti kamu telah berlaku zalim kepadanya'. Pada waktu kita berdua hanya tersenyum kepada Baginda Rasulullah seolah-olah pekara itu tidak akan mungkin terjadi. Nah... kamu lihatlah apa yang terjadi sekarang?". Zubir pun berkata, "Sungguh aku terlupa akan pekara itu, sekarang barulah aku ingat".

Zubair pun terus keluar dan meninggalkan Ali. Kemudian ia ditegur oleh anaknya, "Ayah... mahu kemana?". Zubair menjawab, "Aku diingatkan oleh Ali berkenaan sabda Baginda Nabi saw". Lalu anaknya menyahut, "Aku ingat bukan kerana itu, tetapi kerana kau melihat pedang Bani Hisyam yang berkilat dan sangat tajam?". Zubair membantah, "Tidak, bukanlah aku seorang pengecut, tetapi kerana Sabda Nabi saw". Tetapi oleh kerana hasutan-hasutan dari pasokannya, Zubair membatalkan hasratnya untuk pulang ke Mekah.  Setelah itu perang tidak dapat dielakkan lagi.

Telah dikatakan begitu sengitnya peperangan itu hingga mengorbankan seramai tiga puluh ribu jiwa. Bahkan, ada yang mengatakan hingga tujuh puluh ribu jiwa dan ada pula yang mengatakan ia lebih daripada itu. Dari suku al-Azd seramai empat ribu orang terkorban, dari suku Dlabat seramai seratus ribu orang yang terkorban. Bakinya adalah dari suku-suku yang lain yang semuanya dari pasokan Aisyah. Semantara dari pasokan Saidina Ali, seramai kira-kira seratus ribu nyawa telah terkorban. Selain itu, seramai tujuh puluh orang dari suku Dalbat yang mengalami kecerderaan dan patah tangan. Ini semua tidak termasuk mereka-mereka yang mengalami luka-luka berat yang lain dan luka-luka ringan.

Dalam sejarah Islam, peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Jamal atau peperangan unta. Ini adalah kerana peperangan saudara ini berhenti hanya apabila unta tonggangan Aisyah telah dibunuh.  Peperangan ini berlaku di Basrah yang tidak pernah dirancangkan langsung oleh kedua-dua pihak. Ia terjadi secara mendadak dan secara tiba-tiba saja. Kedua-dua pihak merasakan merekalah dipihak yang benar. Sebenarnya mereka telah hendak berdamai dan berpisah secara baik, setelah Zubair bertemu dengan Ali. Tetapi timbul ketakutan kepada puak-puak yang telah membunuh Khalifah Othman. Jika perang itu tamat selepas itu mereka pula yang akan sentiasa dikejar dan disoal siasat oleh Saidina Ali. Pastinya mereka juga akan dipancung oleh Saidina Ali jika ketahuan.

Maka mereka pun berpakat dan membentuk dua bahagian. Satu bahagian menyulusup masuk ke pasokan Aisyah, Talhah dan Zubair. Manakala satu bahagian lagi kedalam pasokan Saidina Ali. Mereka menjalankan provokasi dengan membunuh beberapa angota-angota tentera kedua-dua pasokan itu. Setelah itu terjadilah tuduh menuduh diantara kedua-dua pihak. Ali menuduh Talhah dan Zubair telah menghianati perjanjian damai. Manakala Talhah dan Zubair pula menuduh Ali lah yang telah menghianati perjanjian damai itu. Akibatnya, terjadilah peperangan yang telah mengorbankan begitu ramai jiwa umat Islam sendiri. Peperangan itu berlaku pada waktu pagi hari Khamis hinggalah petang hari Sabtu minggu berikutnya, iaitu sepuluh hari didalam bulan Jamadil Akhir tahun tiga pukuh enam Hijrah.

Telah disebutkan didalam Sahih Muslim kitab Fitnah-fitnah sebuah hadis dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah keluar dari rumah Aisyah dan bersabda, "Punca kekafiran itu muncul dari sana, ditempat munculnya dua tanduk Syaitan". Maksudnya adalah dari arah Timur. Kerana hadis Baginda diriwayatkan dari beberapa sanad, ada yang mengatakan bahawa Baginda keluar dari rumah Hafshah. Riwayat yang lain mengatakan Baginda berdiri dihadapan pintu rumah Aisyah, lalu Baginda mununjuk dengan jarinya kearah timur dan bersabda, "Fitnah kekacauan yang terjadi disini muncul dari arah terbitnya dua tanduk Syaitan". Baginda menyebut-nyebutnya sebanyak dua tiga kali.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam kitabnya bertajuk 'Musnad Ahmad bin Hambal' dibahagian lima dari 'Musnad Aisyah', dari Muhammad bin Ja'far, dari Syu'ban, dari Ismail bin Abu Khalid, dari Qais bin Abu Hazim bahawa ia berkata, "Ketika Aisyah tiba di Hauban, ia mendengar suara salakan anjing. Ia berkata, 'Saya risau, saya harus kembali'. Ini adalah disebabkan bahawa Rasulullah pernah berpesan kepada isteri-isteri Baginda, "Ada salah seorang dari kamu yang akan mendengar salakan anjing dan hendaklah kamu pulang kerumah". Maka Zubair berkata kepada Aisyah, "Puan kembali sahaja kerumah. Mudah-mudahan kerana Puan, Allah berkenan mendamaikan manusia semua".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Abdullah bin Abu Syaibah, dari Waki' Ibnu Jarrah, dari Isham bin Qadamah, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda, "Ada seorang dari kamu yang akan menonggang unta bagus yang sekiranya ia berjatuhan, banyak akan mengorbankan jiwa dan hanya beberapa orang saja yang akan selamat".  Hadis ini dianggap sahih kerana telah diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Abdullah bin Abu Syaibah seorang perawi yang adil dan riwayatnya boleh diterima. Kemudian dari Waki' Ibnu Jarrah seorang perawi yang adil dan hafalannya baik. Kemudian Isham juga merupakan seorang perawi yang jujur dan adil, seperti yang telah diperkatakan oleh Abu Umar bin Abdul Barr didalam kitabnya bertajuk 'Al-Isti'ab. Kemudian Ikrimah yang menurut majoriti ulama, ia merupakan seorang perawi yang jujur dan mendalam ilmunya. Hadis tersebut merupakan sebuah Ilham atau ramalan Baginda Rasulullah yang kemudiannya menjadi kenyataan.

Abu Ja'far ath-Thabari didalam kitabnya bertajuk 'Tarikh ath-Thabari' berkata, "Ketika Aisyah keluar dari Basrah menuju ke Madinah, setelah berakhirnya peperangan Jamal, Ali ibnu Abi Talib menyiapkan segala keperluan Aisyah dengan baik. Ia memerintahkan empat puluh orang pengiring wanita Basrah menemaninya. Selain itu, ia juga memerintahkan Muhammad bin Abu Bakar untuk mengawalnya keluar meninggalkan Basrah. Peristiwa itu berlaku pada hari Sabtu dipertengahan bulan Rejab tahun tiga puluh enam Hijrah. Bahkan, Ali sendiri ikut menemaninya hingga beberapa batu perjalanan dan kemudian ia menyuruh anaknya untuk mengawal rombongan Aisyah selama sehari perjalanan.



FAKTA II :

Anda mungkin tertanya-tanya, bahkan seluruh umat Islam mungkin juga ingin mengatahui, megapakah Saidina Ali tidak menjatuhkan hukum qisas kepada para pembunuh Khalifah Othman walaupun beliau telah mengatahui siapakah yang terlibat didalam kumpulan pembunuhan itu. Mereka sememangnya berada ditengah-tengah mereka dikala itu. Jawapan bagi persoalan itu adalah, 

Jawapan Pertama : Dia bukannya keluarga yang berhak memohon permintaan bagi hukuman itu. Yang berhak ialah ahli keluarga dan anak-anak Khalifah Othman sendiri. Ia adalah Amr bin Othman, ia adalah anak bungsu yang dikala itu masih saja kecil. Atau Aban bin Othman seorang ulama ahli hadis dan ahli Fiqah yang juga turut serta didalam peperangan Jamal yang berada disebelah pasokan Aisyah. Atau al-Walid bin Othman, yang menyimpan semua mushaf-mushaf Uthmani al-Quran didalam biliknya sewaktu ayahnya dibunuh. Menurut sebuah riwayat yang diketengahkan oleh Ibnu Abu Syaibah, putera Othman ini (al-Walid) terkenal seorang yang sangat dermawan dan memiliki jiwa keperwiraan yang sangat tinggi. Atau yang terakhir ialah Sa'id bin Othman yang pernah menjadi gabnur di Kurasan dalam pemerintahan Khalifah Mu'awiyah.

Mereka itulah kesemuanya anak-anak Saidina Othman yang berhak menuntut hukuman qisas, bukannya orang lain termasuklah Ali sendiri. Tetapi, ternyata tiada seorang pun dari mereka yang tampil membuat pengaduan dan permohonan itu kepada Saidina Ali. Seandainya mereka mengajukan permintaan itu, sudah pasti Ali akan bertindak seterusnya menghukum mereka-mereka itu kerana Saidina Ali memeng terkenal dengan sikap seorang hakim yang adil, terutama dalam mengamalkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Baginda Rasulullah.

Jawapan Kedua : Pada waktu pembunuhan Khalifah Othman itu berlaku, tiada terdapat dua orang saksi adil yang melihat dengan matanya sendiri pembunuhan itu berlaku. Oleh kerana itu Saidina Ali tidak dapat mengambil keputusan atas hukuman qisas itu kerana tidak disertai dengan bukti dan saksi. Apatah lagi keluarga Khalifah Othman sendiri berdiam diri atas pekara itu. Kejadian pembunuhan ini melarat menjadi api dalam sekam hinggalah terjadinya peristiwa pembunuhan kedua iaitu pembunuhan Saidina Ali sendiri. Khalifah Mu'awiyah sebagai penguasa Mesir dan lainnya juga tidak dapat menegakkan hukuman qisas kepada sebahagian besar pembunuh yang dicuragai pembunuh Khalifah Othman kemudian membunuh pula Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib. Sebahagian besar dari pembunuh itu adalah penduduk Mesir, Kuffah dan Basrah yang berada didalam kekuasaan Khalifah Mu'awiyah dikala itu. Sedangkan sebelum Khalifah Mu'awiyah diberi kuasa, dia pernah berjanji tidak akan membaiat orang-orang yang membiarkan para pembunuh Khalifah Othman, atau tidak mahu menjatuhkan hukuman qisas kepada mereka. Akhirnya dia sendiri pun turut sama tidak mampu berbuat demikian, terutama untuk membela kematian Saidina Ali bin Abi Talib selepas itu.

Adalah wajib untuk mentaati Saidina Ali kerana dia dilantik dan dibaiat secara sah sebagai Khalifah Islam ke 4 di Masjidil Nabawi oleh seluruh kaum Muhajirin dan Ansar tampa ada tekanan mahupun paksaan. Jumlah mereka dikala itu sangat ramai dan mereka juga dikenali dengan panggilan "Ahlul Hilli Wal Aqdi", dengan itu ia dianggap sah. Mengikut islam jika sekiranya hanya segelintir "Ahlul Hilli Wal Aqdi"(majlis sura') yang mengundi memilih seorang Khalifah telah dianggap sah, inikan pula dengan mejoriti sebegitu ramai yang memilih sebulat suara bahawa Saidina Ali adalah Khalifah ke 4, maka seharusnyalah semua umat islam mentaatainya. 

Namun keadaan sebaliknya berlaku. Penduduk Syria dan pemimpin mereka tidak mahu mengiktiraf perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah Islam. Mereka mengenakan syarat jika mahukan pengiktirafan dari mereka. Syaratnya ialah, Saidina Ali mesti menangkap dan menghukum qisas pembunuh-pembunuh Khalifah Othman terlebih dahulu.  Maka Ali pun menggunakan kebijaksanaannya dengan berdeplomatik dan berkata, "Setelah kamu membuat pemilihan dan membaiat, maka setelah itu kamu carilah kebenaran, nescaya kamu akan mendapatkannya". Mereka menolak dan berkata, "Kamu tidak berhak dibaiat kerana kamu melihat para pembunuh Othman bersama-sama kamu setiap pagi dan petang".

Ali merupakan seorang yang cerdas dan pintar, sehingga didalam permasaalahan ini beliau tidak mahu terperangkap. Jika tuntutan mereka itu diikuti, tentulah akan ada pula suku yang akan melancarkan perang yang ketiga oleh kerana mempertahankan kaumnya yang dihukum tampa pertuduhan dan bukti yang jelas. Maka Ali menunggu sahaja proses membaiat berjalan dengan sempurna dan selesai dengan mejoriti "Ahlul Hilli Wal Aqdi" memilih dan membaiat dirinya. Didalam Islam, hukum hudud dan qisas hanya boleh dilaksanakan apabila terdapatnya pengaduan dan pertuduhan. Ianya juga semestinya menghadirkan dua orang saksi yang adil yang nampak dengan mata kepala mereka akan kejadian itu. Maka didalam permasaalahan pembunuhan Khalifah Othman, anak-anaknyalah yang semestinya hadir kehadapan membuat laporan dan tuntutan itu. Tetapi pekara sebaliknya pula berlaku. Mereka terus sahaja memaksa Khalifah Ali untuk melaksanakan perintah hukuman qisas kepada pembunuh Khalifah tampa mahu melalui proses kehakiman menurut Islam. Sepatutnya mereka semua harus terlebih dahulu pergi memujuk dan merayu kepada anak-anak Saidina Othman untuk tampil membuat laporan dan tuntutan itu supaya Khalifah Ali boleh melaksanakan penyasiatan dan setelah itu membuat pertuduhan kehakiman menurut keadah yang betul. Inilah masaalah yang sebenarnya berlaku hingga akhirnya mereka tidak berpuas hati dan marah kepada Khalifah Ali. Akhirnya mereka menyaksikan Khalifah Ali pula menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh mereka yang juga disyaki membunuh Khalifah Othman.

Ibnu Arabi alias Abu Bakar mengatakan, "Seluruh Ulama sepakat menyatakan bahawa membolehkan seorang Imam itu menanguhkan hukuman qisas jika pekara itu dikuaitiri akan menyebabkan fitnah dan perpecahan diantara kaum. Begitulah apa yang dilakukan oleh Talha dan Zubair. Mereka tidak memecat Ali dari kekuasaan sebagai Khalifah dan tidak juga menangani permasaalahan itu dari sudut agama Islam. Bagi mereka, pembunuh Khalifah Othman itu memang harus juga dibunuh. Tetapi berbeza dengan Ali. Ali mahukan proses keadilan menurut Islam mesti dilaksanakan maka sebab itu beliau menangguhkan dahulu permasaalahan itu sehinggalah keluarga dan anak-anak Khalifah Othman tampil membuat aduan dan tuntutan. Namun penantian itu menjadi hambar kerana keluarga dan anak-anak Khalifah Othman hanya berdiam diri sahaja. Ini semua juga telah ditakdirkan oleh Allah SWT sekian adanya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Harmalah bin Imran, dari Yazid bin Habib, dari Muhammad bin Yazid bin Abu Ziyad ats-Tsaqafi bahawa ia bercerita, "Dalam peperangan Shaffin, Qias bin Kharasyah dan Ka'ab al-Kannani berjalan bersama-sama. Tiba di medan peperangan, kedua-duanya berhenti. Setelah memandang seketika, Ka'ab pun berkata, "Tidak ada Tuhan selain Allah. Satu masa nanti ditempat ini akan banyak lagi jiwa kaum Muslimin yang akan terkorban dari tempat-tempat yang lain". Mendengar kata-kata itu, Qias pun bertanya, "Apa maksud kamu, wahai Abu Ishak?. Apa yang kamu katakan itu adalah urusan ghaib yang hanya Allah saja yang mengatahuinya". Lalu Ka'ab pun berkata, "Apa yang terjadi pada setiap jengkal dari tanah ini hingga hari kiamat nanti telah tertulis didalam Kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada Musa bin Imran".

Didalam Perperang Shaffin, ketika Mu'awiyah mendapat berita bahawa Amirul Mukminin Khalifah Ali bin Abi Talib telah memulakan keberangkatannya bersama-sama tentera Islam, dia pun segera berangkat bersama-sama angkatan perangnya dari Damaskus dan tiba awal dimedan peperangan pada bulan Muharram. Dengan kekuatan tenteranya ia berjaya mengambil tempat yang strategik ditebin sungai Eufrat. Kemudian Mu'awiayah sempat mendirikan bangunan bagi menempatkan semua harta-hartanya disitu. Shaffin adalah sebuah padang tandus yang tinggi berdekatan dengan Sungai Eufrat. Orang-orang Syria juga suka membina bangunan-bangunan tinggi untuk perumahan mereka ditebing Sungai tersebut. Pembinaan bangunan-bangunan itu telah menyebabkan halangan bagi orang-orang ramai yg lain dari mendapatkan bekalan air bagi tujuan minuman dan keperluan yang lain. Oleh kerana itu jugalah, angkatan Saidina Ali bin Abi Talib tidak dapat menghampiri Sungai Eufrat bagi tujuan yang sama. Maka beliau pun cuba membuat perundingan dan memujuk mereka supaya memberi laluan bagi pasokan perangnya untuk mendapatkan bekalan air dari Sungai tersebut. Beliau juga sempat membacakan sebuah hadis Rasulullah berkenaan "kewajipan manusia memberi minuman kepada manusia yang lain dikawasan gersang", tetapi mereka tidak menghiraukan malahan menyuruh Saidina Ali pulang semula ke Iraq. Setelah beberapa kali memujuk namun mereka tetap juga dengan perangai keras kepala dan memberi segala alasan yang tidak manusabah serta melimparkan kata-kata kesat, maka Saidina Ali telah melancarkan perang terhadap mereka.

Apabila Saidina Ali berjaya menewaskan mereka, maka kota itu telah jatuh semula ketanggan tentera Islam dari manusia-manusia munafiq dan sesat.  Ali pun dengan senang hati membuka tebing Sungai Eufrat kepada semua manusia dengan segala keperluan harian mereka disana, selama mereka berada disana. Mereka juga sempat membina sebuah Misjid untuk mendirikan solat berjemaah serta Solat Jumaat dan Ali sentiasa mengingatkan mereka pentingnya solat berjemaah serta kelebihannya daripada solat bersendirian dirumah. Maka ramailah orang-orang islam dibandar itu turut solat berjemaah bersama-sama Saidina Ali disetiap waktu. Turut serta diantaranya ialah vetran perang Badar yang masih tinggal lagi disana dan sahabat-sahabat beliau yang pernah bersama-sama mengambil "Baiah Ridhwan" dari tangan Rasulullah dibawah sebuah pohon sebelum memasuki Mekah dahulu. Pasokan Ali ini juga telah membawa dan mengebarkan beberapa buah bendera yang sama sewaktu berperang bersama-sama Rasulullah memerangi kaum Musrikin dahulu. Selepas Peperangan Shaffin ini, Khalifah Saidina Ali dan Mu'awiyah tinggal disana selama tujuh bulan. Ada juga yang menyatakan selama sembilan bulan, kemudian yang mengatakan selama tiga bulan sahaja. Dikatakan bahawa pasokan angkatan perang Khalifah Ali adalah seramai tujuh puluh barisan. Peperangan ini berlaku cukup sengit dan berlaku selama tiga hari iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 haribulan Rabi'ulawal.  Mereka yang terkorban didalam peperangan ini adalah seramai tujuh puluh tiga ribu orang pada kedua-dua belah pihak.

Diceritakan oleh Abu Ishak dan Ibrahim Ibnu Hasan al-Kisa'i al-Hamdani atau lebih terkenal dengan nama Ibnu Daizil, "Cuaca pada malam itu sangat sejuk, sehinggakan kedua-dua pasokan sama-sama mengigil kesejukan. Permulaan peperangan mereka masing-masing menggunakan busar dan anak-anak panah hingga habis. Setelah itu mereka menggunakan tombak, menujah hingga terpotong-potong hampir seperuh dari mereka. Kemudian setelah itu mereka menggunakan pedang untuk bertempur hingga ramai yang terpotong dan patah-patah. Kemudian setelah tiada lagi pedang ditangan, mereka mengutip potong-potong besi untuk berlawan dan membunuh lawan masing-masing. Setelah besi itu juga terlepas, mereka mengutip batu-batu untuk dibaling kepada musuh hingga debu berterbangan menyeliputi medan peperangan itu laksana kepulan awan yang sangat tebal. Bendera dan panji-panji bersimpang siur tidak tentu arah ditengah-tengah kepulan debu itu. Mereka terpaksa meninggalkan Solat Zuhur, Asar, Magrib dan Isya, kerana peperangan bermula selepas Solat Subuh pagi itu dan tamat ditengah malam. Menurut Imam Ahmad bin Hambal, peristiwa peperangan itu telah berlaku pada bulan Rabi'ulawal tahun tiga puluh sembilan Hijrah". 

Didalam peperangan Shaffin ini, tentera Syaria telah dikatakan seramai seratus tiga puluh lima ribu orang, manakala pasokan Saidina Ali (tentera Iraq) seramai seratus dua puluh ribu orang hingga seratus tiga puluh ribu orang. Diriwayatkan oleh Zubair bin Bakar alias Abu Abdullah al-Qadhi, dari Umar bin Abu Bakar al-Mushili, dari Zakaria bin Isa, dari Ibnu Syihab, dari Muhammad bin Amr Ibnu 'Ash (salah seorang yang turut berjuang didalam peperangan Shaffin dan menderita luka parah) bahawa ia berkata, "Orang-orang Iraq bagaikan gelombang yang datang bergulung-gulung dilautan yang luas dan kami hanya menyambut mereka dengan berjalan kaki, seolah-oleh kami merupakan kepulan awan tebal yang bersiap sedia untuk menurunkan hujan tersangat lebat".

Diriwayatkan oleh Muslim didalam kitabnya yang bertajuk 'Sahih Muslim', dari Muhammad Ibnu Mutsanna dan Ibnu Basyar, dari Muhammad bin Jaafar, dari Syu'ibah, dari Abu Salamah, dari Abu Nadhrah, dari Abu Sa'id al-Khudri, dari seorang yang lebih rapat dengan Rasulullah, bahawa Rasulullah pernah bersabda kepada Ammar sambil memegang kepalanya sewaktu ia sedang menggali parit, "Malang sungguh nasibmu putra Samuyah, kamu akan dibunuh oleh golongan pemberontak". 

Hadis yang sama turut diriwayatkan oleh Muslim, dari Ishak bin Ibrahim, dari Ishak bin Manshur, dari Muhammad bin Ghailan, dari Muhammad bin Qadamah, dari Nadher bin Syumail, dari Syu'bah, dari Abu Salamah dengan sanad seperti itu. Hanya dihujungnya Abu Sa'id al-Khudri tegas menyatakan, "...dari Abu Qatadah (seorang yang lebih rapat dengan Rasulullah)...". Juga didalam Sahih Muslim itu dimuatkan riwayat yang serupa dengan jalur sanad yang lain.

Abu Umar bin Abdul Barr didalam kitabnya yang bertajuk 'Al-Isti'ab' memperkatakan sebuah hadis mutawatir bahawa Nabi saw bersabda, "Ammar akan dibunuh oleh kelompok pemberontak". Ini adalah hadis yang paling sahih riwayat Muslim.

Para Ulama ahli Fiqih Islam, seperti yang dipetik oleh Imam Abdul Qahir didalam kitabnya yang bertajuk 'Al-Imamah', dan telah disepakati oleh para Ulama ahli Fiqah Hijaz dan Iraq seperti Imam Malik, Imam Asy-Syafi'i, Imam Abu Hanifah, Imam al-Auzai'i, juga turut sama ialah Imam Ulama Kalam, mereka semua bersepakat mengatakan bahawa didalam Peperangan Shaffin, Saidina Ali menghadapi ujian yang paling besar dari Mu'awiyah dan pasokannya, sedangkan didalam Peperangan Jamal, Saidina Ali menghadapi ujian dari Talha, Zubair dan Aisyah di Basrah. Menurut Ulama Fiqih itu lagi, mereka yang memerangi Saidina Ali adalah pemberontak, tetapi mereka tidak boleh diletakkan sebagai kafir kerana tindakan tersebut. Pekara ini juga telah diketengahkan oleh Imam Abu Manshyur at-Taimi al-Baghdadi didalam kitabnya yang bertajuk 'Al-Farqu Fi Bayan Aqidat Ahli as-Sunah'.

Imam Abul Ma'ali didalam kitabnya yang bertajuk 'Al-Irsyad' mengatakan, "Ali adalaj Imam yang sah dan orang-orang yang memusuhinya adalah pemberontak, misti pun diyakinni bahawa mereka melaukuan tujuan yang baik. Dalam pekara ini cubalah kita rujuk semula berkenaan hadis Rasulullah kepada Ammar, "Kamu akan dibunuh oleh pemberontak'. Dan ketika Mu'awiyah tidak sanggup mengingkari akan hadis Rasulullah ini, lalu ia menyatakan bahawa yang membunuh Ali adalah orang yang mengajaknya pergi berperang. Seandainya Mu'awiyah meragukan hadis Rasulullah itu, tentu dia akan menolaknya atau menyangkalnya. Atau setidak-tidaknya ia boleh mengatakan bahawa perawi hadis itu telah berdusta.

Kenyataan Mu'awiyah itu dinafikan oleh Saidina Ali dengan menyatakan, "Kalau begitu yang membunuh Hamzah dalam Peperangan Uhud adalah Rasulullah sendiri sebab dialah yang mengajak Hamzah pergi berperang?". Menurut Hafizh Abul Khaththab bin Dahyat, bahawa "Sanggahan Ali itu merupakan hujjah yang tidak mampu ditentang lagi",



BAB 163 : ZAMAN BERGANTI YANG CENDERUNG KEPADA KEBURUKAN DAN MUNCUL BERBAGAI JENIS FITNAH.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Zubair bin Adi bahawa ia berkata, "Kami menemui Anas bin Malik untuk mengadukan hal kezaliman al-Hijjaz kepada kami. Ia berkata, 'Bersabarlah, kerana pada setiap zaman yang mendatang kepadamu itu lebih cenderung kepada keburukan daripada zaman sebelumnya hingglah kamu bertemu Tuhanmu. Aku mendengar pekara ini dari Rasulullah'". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Tirmidzi yang mengatakan bahawa hadis ini hasan lagi sahih.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. bersabda, "Zaman semakin hampir, ilmu terus berkurangan, hilanglah  perasaan kedekut, kekacauan muncul dimana-mana dan kejahatan bermaharajalela' . Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apa maksudnya?'. Rasulullah bersabda, 'Maksudnya berlaku pembunuhan demi pembunuhan'".


FAKTA:

Maksud "Zaman semakin hampir" iaitu umur semakin pendek dan keberkatan semakin berkurangan. Ada pula yang menyatakan bahawa maksudnya ialah semakin hampirnya hari kiamat. Kemudian ada pula yang menyatakan maksud hadis itu ialah terasa cepat nya waktu yang berlalu. Berdasarkan sebuah hadis hasan yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, "Sesungguhnya zaman itu terasa cepatnya masa berlalu, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti baru seminggu, seminggu dirasakan seperti baru sehari, sehari dirasakan baru sejam dan sejam seperti dirasakan secepat membakar pelepah pohon kurma". Ada pula yang mentakrifkan dengan keadaan yang lain.

Hammad bin Salamah berkata, "Aku pernah bertanya kepada Abu Sannan berkenaan sabda Nabi tentang 'Zaman terasa sangat cepat berlalu sehingga setahun dirasakan seperti sebulan'. Ia menjawab, 'Itu menandakan nikmat kehidupan'.Semantara menurut al-Khathabi, 'Itu adalah zaman keluarnya Imam al-Mahdi yang akan membawa keamanan dan keadilan'. Ini akan diperjelaskan lagi kemudian insyaallah. Pada waktu itu kehidupan terasa amat bahagia dan penuh dengan nikmat hingga masa berlalu terasa amat pantas. Begitulah lazimnya yang berlaku kepada semua manusia. Jika mereka hidup didalam kesenangan dan kemewahan, mereka akan merasakan waktu berjalan terlalu pantas. Tetapi jika mereka hidup penuh dengan penderitaan, masa yang dilalui mereka akan terasa amat lama dan perlahan'".

Adapun yang dimaksudkan didalam hadis Nabi berkenaan "hilangnya rasa lokek" atau dalam bahasa Indonesia disebut "Hilangnya kekikiran", ialah pada waktu itu juga semua orang kaya berubah menjadi seorang dermawan. Mereka merasa binggung dengan harta mereka yang melimpah ruah dan dikala itu tiada pula manusia yang mahu menerima derma, sedekah dan infaq. Pekara ini akan diperjelaskan lagi kenudian nanti, insyaallah.



BAB 164 : MENGHINDARI FITNAH KEKACAUAN DAN HUKUM MEREKA YANG DIPAKSA MENYERTAINYA.


Diriwayatkan oleh Malik dan Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Hampir-hampir harta benda terbaik milik seorang muslim adalah seekor kambing yang dibawanya kepuncak gunung dan ditempat-tempat yang banyak hujan. Ia berlari membawa agamanya menghindarkan diri dari fitnah dan kekacauan". 

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah bersabda, "Nanti bakal terjadi banyak kekacauan (fitnah). Orang yang duduk ketika itu adalah lebih baik dari yang berjalan, orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari (maksudnya orang yang turut serta dengan kekacauan). Apabila kekacauan telah terjadi, maka sesiapa yang memiliki unta sebaik-baiknya ia mengembala untanya. Sesiapa yang mempunyai kambing sebaiknyalah ia mengembala kambingnya. Dan sesiapa yang memiliki tanah sebaiknyalah ia mengusahakan tanah miliknya itu". Seorang lelaki bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pula kepada mereka-mereka yang tidak memiliki unta, kambing dan tanah?". Baginda bersabda, "Hendaknyalah dia mengambil pedangnya dan memukul mata pedangnya dengan batu. Sesudah itu sedapat mungkin ia menghindari diri mereka dari kekacauan (sambil memukul dan berkata), Ya Allah, telah aku sampaikan!... Ya Allah, telah aku sampaikan!... Ya Allah telah aku sampaikan!". Kemudian seorang lelaki lagi bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana kiranya aku dipaksa menyertai salah satu golongan yang membuat kekacauan lalu aku terbunuh dengan senjata?". Baginda bersabda, "Sipembunuh akan kembali diakhirat memikul dosanya dan dosamu, kemudian ia masuk Neraka".

Bersumber dari hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Kelak akan terjadi banyak fitnah (kekacauan), orang yang duduk lebih baik dari yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari yang berjalan, orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Barang siapa yang cuba menghentikan kekacauan itu akan ditelannya dan barang siapa yang mendapat tempat berlindung, sebaik-baiknya ia berlindung".

ATOK MENCELAH: 

Inilah yang kamu lihat terjadi di kawasan Timur Tengah dan dimana-mana negara sekarang ini. Golongan-golongan yang kononnya berjuang demi agama, sebaliknay mempunyai agenda tersendiri membuat kekacauan dan fitnah disana sini. Golongan seperti ISIS dan banyak lagi kumpulan pejuang-pejuang ekstrimis islam yang memaksa sebahagian angotanya berjuang bersama mereka dengan paksaan dan memberi ancaman bunuh kepada sesiapa yang tidak turut serta. Inilah maksud dari hadis Nabi ini yang telah berlaku malah yang sedang berlaku dihadapan mata kamu sendiri semua sekarang ini. Maka adalah wajib bagi semua umat Islam menghindarkan diri dari golongan itu. Hukum wajib disini kerana kita wajib menurut perintah Nabi saw. bersumber dari hadis-hadis Baginda diatas tadi dan dibawah ini.



BAB 165 : PERINTAH DUDUK DIAM DIRUMAH KETIKA KEKACAUAN.


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Abu Burdah, dair Muhammad bin Maslamah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya akan terjadi berbagai kekacauan, perpecahan dan perselisihan. Maka, jika itu terjadi datanglah dengan membawa pedang kamu keGunung Uhud lalu pukullah ia hingga patah. Kemudian duduklah dirumahmu sehingga kamu didatangi seorang pembunuh atau satu kematian yang telah dipastikan (menunggu ajalmu)". Kemudian semua ini benar-benar berlaku dan Muhammad bin Maslamah telah melakukan pesanan Nabi saw ini. Ia terbunuh dirumahnya kerana dipaksa turut serta membuat kekacauan sedangkan pedangnya sendiri telah ia patahkannya diGunung Uhud. Ia memegang erat pesanan dan perintah Nabi saw sehingga akhir hayatnya. Semoga Allah memberkhtinya dan memasukkannya sebaris dengan para syuhada perang Uhud.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Abu Musa bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dihadapan kamu terjadi fitnah-fitnah kekacauan, laksana sebahagian malam yang gelap. Pada waktu itu seseorang akan beriman dipagi hari dan menjadi kafir menjelang malam. Pada saat itu yang duduk adalah lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri adalah lebih baik dari yang berjalan". Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah perintahmu kepada kami?". Baginda bersabda, "Kamu jadilah orang-orang yang tetap tinggal dirumah-rumah kamu".


 FAKTA:

Menurut UIama-ulama Ahli Sunah Wal Jemaah, Muhammad bin Maslamah adalah salah seorang sahabat yang menghindarkan diri dari perselisihan dan peperangan diantara sahabat selepas terjadinya peristiwa pembunuhan Saidina Othman. Nabi saw pernah berpesan kepada beliau, jika sekiranya berlaku kekacauan dan fithan, dia diperintah membuat pedang dari kayu (disebabkan beliau bukanlah pahlawan perang dan tidak punya pedang besi). Maka perintah itu telah dilaksanakannya (membuat pedang dari kayu dan kemudian mematahkan pedang itu di Gunung Uhud) dan pergi tinggal dirumahnya didaerah Rabdzah menunggu ajalnya dan ia kemudiannya dibunuh disitu. Sahabat-sahabat yang lain yang memilih menghindarkan diri dari fitnah kekacauan ialah Abu Bakrah, Abdullah bin Umar, Usamah bin Zaid, Abu Dzar, Hudzaifah, Imran bin Hashin, Abu Musa, Ahban bin Shaifi, Sa'ad bin Abu Waqqas dan lain-lainnya. Semantara dari kalangan genarasi Tabi'in ialah Syuriah, Ibrahim an-Nakh'i dan yang lain-lain. Semoga Allah selalu meredhai mereka semua...amin.

Menurut Syeikh Qurthubi (penulis kitab ini), jika fitnah kekacauan dan peperangan yang terjadi diantara mereka tersebut berdasarkan Ijtihad, maka pihak yang benar diantara mereka mendapat dua pahala dan pihak uang salah akan mendapat satu pahala. Jadi, peperangan itu bukanlah untuk merebut kepentingan duniawi seperti yang sesetengah orang fikirkan atau peperangan yang berlaku seperti sekarang ini. Mereka sanggup berperang dan berbunuh-bunuhan untuk merebut kekuasaan dan kekayaan, demi menurut hawa nafsu duniawi. Ketika berlakunya kekacauan, bincana peperangan, seharusnya seseorang islam itu menahan tangan dan lidahnya dari turut serta. Ini adalah perintah dari Nabi saw sendiri. Pohonlah perlindungan dan keselamatan dari Allah SWT serta memdapat keberuntungan diakhirat kelak melalui kebenaran Nabi saw, keluarganya, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikutnya.

Sabda Nabi saw. "Kamu jadilah orang-orang yang tetap tinggal dirumah-rumah kamu". Ini adalah merupakan perintah kepada semua musilimin supaya duduk diam dirumah masing-masing ketika berlakunya fitnah kekacauan dan peperangan, supaya ia terselamat dan orang-orang lain juga turut terselamat dari tangan-tangannya.

Dsebutkan didalam kitab bertajuk 'Marasil al-Hasan' dan lainnya, ditulis sebuah riwayat bahawa Nabi saw bersabda, "Sebaik-baik tempat ibadah bagi orang-orang muslim ialah rumah mereka". Namun tempat mengasingkan diri itu bukalah dirumah. Melainkan ditempat-tempat sunyi seperti di dusun-dusun terpencil, di hutan atau digua-gua. Allah berfirman didalan surah al-Kahfi ayat 10 mafhumnya;

"(ingatlah) Ketika pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung kedalam gua"

Ketika Khalifah Othman terbunuh, Salmah ibnu Akwa' pergi mengasingkan diri kedusun di Rabdzah. Disana ia bernikah dengan seorang wanita dan mendapat beberapa orang anak. Ia harus tinggal menetap disana sehinggalah beberapa malam sebelum meninggal dunia. Satu hari ia telah pergi ke Madinah bertemu dengan al-Hijjaj. Lalu ia ditanya oleh al-Hijjaj,"Adakah kamu mahu kembali lagi (berpindah semula ke Madinah) ?". Salmah menjawab, "Tidak...kerana Rasulullah telah mengizinkan kami terus tinggal didusun (Rabdzah)". Demikianlah hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, bahawa Rasulullah bersabda, "Hampir-hampir harta benda terbaik milik seorang muslim adalah seekor kambing yang dibawanya kepuncak gunung dan ditempat-tempat yang banyak hujan. Ia berlari membawa agamanya menghindarkan diri dari fitnah dan kekacauan. Tetapi akan selalu ada orang-orang yang mengasingkan diri dan orang-orang yang tetap bergaul dengan orang lain. Masing-masing diantara mereka berdasarkan keyakinan diri mereka dan melakukan urusannya sendiri".

Al-Umuri mengasingkan diri di Madinah. Malik yang selalu hidup ditengah-tengah masyarakat, pada akhir usianya memilih untuk mengasingkan diri. Ia tetap tinggal dirumah bahkan tidak mahu keluar keMasjid selama lapan belas tahun. Ketika ia dianya tentang alasannya, tidak seorang pun mengatahuinya dengan pasti. Namun ada tiga pendapat berkenaan pekara ini. Pertama, mungkin ia tidak mahu melihat kemungkaran. Kedua, mungkin ia tidak mahu bertemu dengan penguasa. Ketiga, mungkin ia sudah bertemu tempat menggantikan Masjid. Demikianlah apa yang telah diperkatakan oleh al-Qadhi Abu Bakar ibnu Arabi didalam kitabnya bertajuk 'Siraj al-Muridin'.


********************************************************************************

Sekian dahulu untuk kali ini, insya Allah dilain lapangan atok akan menyambung lagi untuk bahagian ketiga Fasal C berkenaan tajuk "Fitnah akhir zaman & tanda kiamat". Diharap kalian bersabar membacanya dan menafaatkan tulisan ini dengan sepenuhnya.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian,

ATOK ZAMANY

Wednesday, June 24, 2015

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 28

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 28

Post 44



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



BAB 150: REDHA ALLAH LEBIH UTAMA DARI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Allah berfirman kepada penduduk Syurga, 'Wahai penghuni Syurga'. Penghuni Syurga pun menjawab, "Ya...Tuhan kami, kami siap sedia memenuhi panggilan dan perintah Mu...Wahai Tuhan kami. Segala kebaikkan ada ditangan Mu". Allah berfirman, 'Adakah kamu merasa gembira?'. Mereka menjawab, 'Bagaimanakah kami tidak merasa gembira ?, Bukankah Engkau telah kurniakan kami segala nikmat ini yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun diantara makhluk Mu?' Allah berfirman, 'Mahukah kamu Aku berikan nikmat yang lebih baik dari itu?'. Mereka menjawab, 'Wahai Tuhan kami, Nikmat apakah lagi yang lebih baik dari ini ?'. Allah berfirman, 'Akan Aku limpahkan kepadamu keredhaan Ku, sehingga setelah itu Aku tidak akan murka lagi kepadamu untuk selama-lamanya'". Hadis yang serupa malahan lebih panjang lagi juga diriwayatkan oleh Muslim.



BAB 151: NIKMAT DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH ITU ADALAH LEBIH UTAMA DARI NIKMAT-NIKMAT SYURGA YANG LAIN.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Shuhaib bahawa Nabi saw bersabda, "Ketika penghuni Syurga sudah semuanya masuk kedalam Syurga, Allah yang Maha Memberkahti lagi Mahatinggi bertanya, 'Adakah kamu semua mengingginkan sesuatu yang lebih baik supaya Aku boleh menambahkan nikmat-nikmat Ku itu ?'. Mereka menjawab, "Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami ?, Bukankah juga Engkau telah memasukkan kami semua kedalam Syurga dan telah menyelamatkan kami semua dari azab api Neraka ?  Apakah lagi nikmat yang lebih baik dari ini semua ?". Kemudian Allah menyingkap hijab kepada mereka. Tidak ada satu pun pemberian nikmat yang lebih mereka cintai daripada melihat Tuhan mereka yang Mahamulia lagi Mahaagung". Didalam sebuah riwayat yang lain Baginda kemudian membaca firman Allah didalam surah Yunus ayat 26 iaitu: "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...".              

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dari Shuhaib bahawa Rasulullah ditanya berkenaan ayat 26 dari surah Yunus, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...".Baginda bersabda "Apabila penghuni Syurga telah dimasukkan kesemuanya dan penghuni Neraka telah juga dimasukkan kesemuanya, ada Malaikat yang menyeru, 'Wahai penghuni Syurga semua! sesungguhnya bagi kamu semua disisi Allah ada suatu janji yang hendak Dia laksanakan terhadap kamu'. Mereka menjawab, 'Bukankah Allah telah memutihkan wajah-wajah kami, Dia juga telah membuat beratnya timbangan amalan kami dan telah juga melindungi kami dari Neraka ?'. Kemudian Hijab pun dibuka sehingga mereka dapat melihat Allah. Sungguh... tidak ada suatupun nikmat yang diberikan kepada mereka yang mereka sukai dan lebih menyenangkan mata mereka daripada melihat Wajah Allah'".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Hammad bin Masilamah, dari Tsabit, dari Abdulrahman bin Abu Laila, dari Shuhaib bahawa setelah Nabi saw membaca ayat :  "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...". Rasulullah bersabda, "Ketika penduduk Syurga telah masuk kedalam Syurga, ada penyeru (Malaikat) yang menyeru, 'Wahai penduduk Syurga semua ! Sesungguhnya bagi kamu semua disisi Allah ada satu janji'. Lalu mereka bertanya, ' Apakah janji itu ?. Bukankah Allah telah memutihkan wajah-wajah kami, membuat berat timbangan amalan-amalan kami dan telah juga memasukkan kami kedalam Syurga ?'. Setelah dikatakan kepada mereka sebanyak tiga kali, Allah yang Maha Memberkahti lagi Mahatinggi memperlihatkan wajah Nya kepada mereka semua, sehingga mereka semua boleh melihat Nya (lebih jelas). Pekara ini bagi mereka semua merupakan satu nikmat yang paling besar daripada segala nikmat-nikmat (di Syurga) yang telah dikurniakan kepada mereka'".

Diriwayatkan oleh seorang tokoh pengriwayatan iaitu Abu Muhammad Abdul Wahab, dari al-Hafiz as-Salafi, dari al-Hajib alias Abu Hasan ibnu Allaf, dari Abu Qasim bin Busyran, dari Abu Bakar al-Ajiri, dari Abu Bakar Abdullah bin Muhammad bin Abdul Humaid al-Wasithi, dari Abdul Wahab bin Abdul Hakam al-Wariqi an-Naisaburi, dari Yazid bin Harun, dari Hammad bin Salamah bin Tsabit al-Bannani, dari Abdulrahman bin Abu Laila, dari Shuhaib bahawa Rasulullah bersabda, "Apabila penduduk Syurga telah memasuki Syurga mereka diseru, 'Wahai penduduk Syurga!, sesungguhnya bagi kamu semua disisi Allah ada satu janji yang belum pernah kamu lihat'. Mereka bertanya, 'Janji apakah itu?. Bukankah Allah telah memutihkan wajah-wajah kami, menjauhkan kami dari api Neraka dan memasukkan kami kedalam Syurga?'. Setelah tirai (hijab) dibuka, lalu mereka boleh melihat Allah... Demi Allah, tidak ada suatu apa pun nikmat pemberian Allah kepada mereka yang lebih mereka sukai daripada pekara itu'". Kemudian Baginda membaca ayat, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...". 

Hadis ini juga diriwayatkan secara bersama oleh Imam Ahmad bin Hambal dan al-Harits bin Abu Usamah, dari Yazid bin Harun. Juga diriwayatkan sendirian oleh Muslim, dari Abu Bakar bin Abu Syaibah, dari Yazid bin Harun. Selain itu Nuh bin Maryam juga meriwayatkannya dari Tsabit al-Bannani, dari  Anas bin Malik bahawa Rasulullah ditanya berkenaan ayat, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...". Baginda bersabda, "Bagi orang-orang yang berbuat amal kebajikan didunia, mereka mendapatkan pahala yang terbaik berupa Syurga, dan tambahannya berupa boleh melihat Wajah Allah yang Mahamulia".

Diriwayatkan Ibnu Mubarak, dari Abu Bakar al-Hadzli, dari Abu Tamimah al-Hujaimi, dari Abu Musa al-Asya'ri bahawa ia berucap diatas mimbar di Basrah, "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah mengutus Malaikat menemui penghuni Syurga dan bertanya, 'Apakah Allah telah melaksanakan janji-janji Nya kepada kamu semua?'. Oleh kerana mereka telah melihat berbagai macam keindahan perhiasan, pakaian, buah-buahan, sungai-sungai dan Isteri-isteri yang suci, mereka pun menjawab, 'Sudah, Allah telah melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada kami'. Melaikat itu mengulangi soalan itu sebanyak tiga kali, 'Apakah Allah telah melaksanakan janji-janji Nya kepada kamu semua?'. Oleh kerana merasakan tiada sedikitpun kekurangan dari apa yang telah dijanjikan kepada mereka, lalu mereka menjawab, 'Sudah'. Malaikat itu berkata, 'Masih ada sesuatu lagi untuk kamu semua. Sesungguhnya Allah telah berfirman, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...".  Ketahuilah, pahala yang terbaik ialah Syurga dan tambahannya ialah boleh melihat Wajah Allah'". 


FAKTA:

Hadis-hadis diatas tadi sebenarnya menjelaskan hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim. Maksud kalimah "Allah yang Maha Memberkathi lagi Mahatinggi..." sebenarnya bukan Allah sendiri yang berfirman (bertanya), tetapi Malaikatnya. Malaikatlah yang bertanya kepada penduduk Syurga, "Kalau kamu semua menginginkan nikmat lagi, Allah pasti menembahnya diluar dari nikmat-nikmat yang sedang kamu rasakan itu".

Yang dimaksudkan Hijab adalah merupakan seperti tirai atau langsir yang ghaib (tidak kelihatan dipandangan zahir) yang menutupi pandangan mata bathin untuk melihat kepada Allah dengan segenap sifat kebesaran, kemuliaan dan kesempurnaan Nya. Tiada Tuhan selain Allah yang Mahasuci dari apa-apa tuduhan dan fitnah daripada manusia-manusia yang suka berbuat kepalsuan dan kebathilan. Hijab ini hanya terpaut kepada makhluk, bukan kepada Allah yang Mahamencipta, dan kerana Dia sememangnya Mahamelihat sehinggakan tiada suatu apa-apa pun yang terhalang dan terselindung dari penglihatan Nya.

Diriwayatkan didalam beberapa hadis-hadis sahih bahawa ketika Allah memperlihatkan diri Nya kepada hamba-hamba Nya, sehingga mereka boleh melihat Nya dengan jelas tampa ada hijab yang menghalang. Ketika itu semua sungai-sungai syurga mengalir dengan deras, pohon-pohon bergoyang kuat, katil-katil dan bilik-bilik bergetar, angin berhembus kencang, rumah-rumah dan istana-istana menebarkan aroma kasturi yang sangat harum, burung-burung berkicauan dan para bidadari kelihatan berseri-seri. Begitulah yang diperkatakan oleh Abu Ma'ali didalam kitabnya bertajuk Ar-Radd Ala al-Sajzi. Semua itu terjadi diatas ketentuan Allah, sekalipun didunia ini kita belum pernah melihat Nya, tetapi tanda-tanda kebesaran Nya sudah merupakan bukti kukuh yang misti kita yakini.



BAB 152:  MELIHAT ALLAH


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Bakar bin Abdullah bin Qais, dari ayahnya bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya diSyurga terdapat dua jenis Syurga yang peralatannya serta apa saja yang ada didalamnya diperbuat dari perak dan dua jenis Syurga lagi yang peralatannya serta apa saja yang ada didalamnya diperbuat dari emas. Tiada diantara kaum dan antara melihat Tuhan mereka yang Mahamulia lagi Mahaagung, melainkan selendang keagungan pada wajah Nya di Syurga Aden".

Bersumber dari Jarir bin Abdullah bahawa ia berkata, "Kami sedang berada disisi Rasulullah. Baginda sedang memendang bulan yang sedang purnama penuh lalu bersabda, ' Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu secara terus, seperti kamu melihat bulan itu. Kamu tidak akan sukar melihat Nya. Jika.." Kemudian baginda membaca ayat 39 surah Qaaf yang mafhumnya: 'Maka bersabarlah engkau (ya Muhammad - mendengarnya) apa-apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya'". Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi. Berkata Tirmidzi bahawa hadis ini hasan dan sahih.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Razin al-Uqaili bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, pada hari kiamat kelak apakah kami semua akan melihat Allah dengan jelas ?". Baginda bersabda, "Ia". Kemudian dia bertanya lagi, "Apakah tanda-tanda hal itu kepada makhluk Nya ?". Baginda bersabda, "Wahai Abu Razin, bukankah kamu semua pernah melihat bulan purnama secara jelas?". Abu Razin berkata, "Ia...wahai Rasulullah". Baginda bersabda lagi, "Allah lebih besar. Bulan itu hanya salah satu dari makhluk Allah dan Allah jelas lebih besar dan lebih Agung".



FAKTA:

Yang dimaksudkan dengan perkataan selendang kebesaran didalam hadis diatas tadi ialah merupakan kiasan atau perumpamaan dengan keagungan dan kebesaran Allah. Pekara ini dijelaskan didalam hadis yang lain riwayat Muslim dan Abu Daud iaitu, "Kebesaran adalah selendang Ku, dan keagungan adalah kain Ku". Maksudnya adalah sifat Ku. Jadi selendang kebesaran bermaksud sifat kebesaran serta keagungan Nya yang tidak mahu dilihat oleh sesiapa jua pun diantara makhluk Nya setelah mereka melalui hari kiamat, sehinggalah Allah mengizinkan mereka memasuki Syurga Aden, barulah Allah berkehendak untuk dilihat mereka.

Menurut Baihaqi dan yang lainnya, selendang kebesaran dan kain keagungan, bukanlah merupakan jenis pakaian dan peralatan yang boleh digunakan. Tetapi ia merupakan sebuah lambang kebesaran dan keagungan khusus bagi Allah. Dia tidak mahu disamakan atau menjadi pesaing bagi sesiapa jua pun. Oleh sebab itu dibahagian akhir hadis diatas tadi menyebut, "... Sesiapa pun yang cuba menanggalkan kedua-duanya dari Ku, akan Ku binasakan ia dan mencampakkannya kedalam Neraka".



BAB 153:  ALLAH MEMBERI SALAM KEPADA PENGHUNI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda, "Ketika penghuni Syurga sedang merasakan nikmat-nikmat yang telah disediakan untuk mereka, sebuah cahaya memancar dari atas mereka. Tiba-tiba Allah muncul memerhatikan mereka dan berfirman, 'Assalamualaikum, wahai penghuni Syurga'. Inilah maksud firman Allah, '(kepada mereka dikatakan), Salam, sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Mahapenyayang': Yasin ayat 58. Ketika melihat Allah, mereka melupakan semua kenikmatan-kenikmatan Syurga sehinggalah Allah tersembunyai dari mereka. Dan ketika Allah tersembunyai dari mereka, cahaya dan berkah Nya masuh tetap menerangi mereka di Syurga'".


FAKTA:

Sabda Nabi saw, "... Tiba-tiba Allah muncul memerhatikan mereka..." Maksudnya ialah, Allah menampakkan diri Nya seterusnya memandang mereka daripada atas. Kemudian Allah sememangnya akan berfirman kepada mereka kerana pekara ini adalah salah satu dari sifat kewajibpan Nya. Dia selalu mengucapkan salam kepada mereka semua, dan ucapan salam itu sememangnya keluar dari Nya, sebagaimana yang telah ditegaskan dalam surah Yasin ayat 58 seperti diatas tadi. 

Nabi saw bersabda, "Ketika melihat Allah, mereka melupakan nikmat-nikmat Syurga..". Maksudnya ialah mereka terleka atau terbuai oleh nikmat melihat wajah Allah dan kemudian Allah sengaja menyembunyaikan diri Nya supaya mereka kembali kepada nikmat-nikmat Syurga yang telah disediakan untuk mereka. Oleh itu, bukanlah Allah menghilang sama sekali, sehinggakan Dia tidak mampu dilihatkan lagi ataupun melihat kepada mereka lagi. Ini dibuktikan dengan ucapan bahawa, setelah Allah tersembunyai, cahaya dan berkah Nya masih memancar ditengah-tengah mereka. Betapapun tidak ada yang mampu menghalang penglihatan Allah kepada makhluk Nya. Sesungguhnya Allah itu bersifat ada dan selalu melihat.


SEBUAH CERITA HIKAYAT LAMA:

Diceritakan didalam sebuah hikayat lama berkenaan cinta Qais dan majnunnya Laila. Seseorang bertanya kepada Qais, "Mahukah kamu aku panggilkan Laila untukmu?". Qais menjawab, "Sememangnya Laila sudah tiada, sehinggakan perlu ia dipanggil-panggil". Orang itu bertanya lagi, "Adakah kamu mencintai Laila?". Qais menjawab, "Cinta adalah pertemuan dan penyatuan yang abadi. Aku adalah Laila dan Laila adalah aku".

Hayatilah kata-kata itu dan tafsirkanlah mengikut kefahaman kamu sendiri.



BAB 154:  "PADA SISI KAMI ADA TAMBAHANNYA".


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Yahya bin Salam, dari seorang lelaki penduduk Kuffah, dari Daud bin Abu Hindun, dari al-Hasan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga setiap hari Jumaat dapat melihat Tuhan mereka pada bukit Kafur yang tidak terlihat kedua hujungnya. Disitu ada sebuah sungai yang kasturinya terus mengalir, dan juga ada beberapa bidadari yang sedang membaca Al-Quran dengan suara paling indah yang pernah didengar oleh seluruh makhluk mulai dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Ketika para penghuni Syurga kembali ketempat mereka, masing-masing diantara mereka memerhati bidadari manakah yang mereka inginkan. Kemudian mereka melalui jembatan-jembatan dari mutiara waktu mereka pulang ketempat mereka. Seandainya Allah tidak menunjukkan jalan ketempat mereka, nescaya mereka akan sesat kerana peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah kepada mereka setiap hari Jumaat tersebut".

Diriwayatkan oleh Yahya bin Salam dari Abu Bakar bin Abdullah al-Muzani bahawa ia berkata, "Sesungguhnya penduduk Syurga mengunjungi Tuhan mereka seminggu sekali. Mereka menemui Nya dengan memakai pakaian berwarna hijau, dengan wajah berseri-seri, dengan gelang emas bertahtakan mutiara dan zamrud serta memakai mahkota dari emas. Mereka menunggang kenderaan Syurga. Ketika mereka meminta izin untuk masuk, Allah menyambut mereka dengan penuh kemuliaan". 

Diriwayatkan oleh Yahya bin Salam dan Ibnu Mubarak, dari al-Mas'udi, dari al-Minhal bin Amr, dari Ibnu Ubaidah bin Abdullah bin Utbah, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia berkata, "Bersegeralah kamu untuk solat Jumaat, kerana Allah menampakkan diriNya kepada penghuni Syurga disetiap hari Jumaat pada tumpukan kafur berwarna putih. Mereka bersama Allah tergantung ketaatan mereka masing-masing". Kata Ibnu Mubarak, "Maksudnya, semakin awal mereka berangkat ke Masjid untuk solat Jumaat semasa didunia, maka semakin hampirlah kedudukan mereka dengan Allah".

Yahya bin Salam menambah, "Mereka akan diberikan tambahan kemuliaan yang tidak pernah mereka lihat sebelumnya, dan itulah maksud firman Allah, "Pada sisi Kami ada tambahannya" .

Untuk menafsirkan firman Allah, "Bagi orang-orang yang baik, ada pahala terbaik dan tambahannya". Al-Hassan menyatakan, "Yang dimaksudkan dengan 'pahala yang terbaik', ialah nikmat-nikmat Syurga dan yang dimaksudkan 'ada tambahannya' ialah nikmat melihat Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung. Bagi penghuni Syurga, nikmat yang paling mereka cintai ialah hari Jumaat, iaitu hari dimana adanya tambahan nikmat kerana pada hari itu mereka boleh melihat Allah yang Mahamenang, Mahaagung dan Mahasuci nama-nama Nya".


FAKTA:

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi, penulis kitab ini), yang berada diatas bukut Kafur itu adalah penghuni Syurga, bukannya Allah. Maksudnya, ketika melihat Allah mereka berada diatas bukit dari Kafur putih, seperti yang telah dikemukakan didalam kitab Marasil al-Hassan (Himpunan hadis-hadis Mursal al-Hassan) pada bab pertama.

Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan tambahan nikmat selain Syurga ialah bidadari, bukannya nikmat melihat Allah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id secara marfu.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Khalid bin Ma'dan, dari Katsir bin Murrat bahawa ia berkata, "Termasuk juga dari tambahan nikmat selain Syurga ialah lintasan gumpalan awan diatas kepala mereka. Awan itu turun menghampiri mereka dan bertanya, 'Apakah yang kamu inginkan, nescaya akan aku turunkan seperti hujan. Sehingga apa saja yang mereka inginkan pasti diberikan secara berjatuhan seperti hujan'".

Katsir bin Murrat berkata seperti yang dipetik oleh Khalid bin Ma'dan, "Seandainya aki menjadi salah seorang penghuni Syurga nanti, pasti akan aku katakan kepada awan itu, 'Tolong hujani aku dengan bidadari-bidadari yang cantik-cantik jelita'".

Tetapi, seperti yang telah dikemukakan sebelumnya didalam hadis Ibnu Umar bahawa diantara penghuni Syurga yang paling mulia disisi Allah ialah yang diberi melihat Allah pada waktu pagi dan petang, "Ini bererti didalam nikmat melihat Allah juga keadaan penghuni Syurga itu berbeza-beza".

Diriwayatkan oleh Abu Yazid al-Busthami bahawa ia berkata, "Sesungguhnya Allah memiliki beberapa hamba dari penghuni Syurga yang kalau tidak dapat melihat Allah walau sesaat jua pun, mereka memohon dilindungi dari nikmat-nikmat Syurga, sebagaimana penghuni Neraka yang selalu memohon agar dilindungi dari Neraka kerana azabnya".



BAB 155:ULASAN ULAMA-ULAMA TAFSIR BERKENAAN KALIMAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG SYURGA DAN PENGHUNINYA.

Firman Allah didalam surah al-A'raaf ayat 43 mafhumnya: "Kami hapuskan apa-apa didalam dada mereka iaitu iri hati (hasad dengki dan dendam)..."
Menurut Ibnu Abbas, setelah penghuni Syurga masuk kedalam Syurga, mereka diperlihatkan dengan dua sumber mata air. Setelah meminum air dari salah satu sumber mata air itu, Allah terus menghilangkan segala macam perasaan dendam yang ada didalam dada mereka. Dan setelah mandi disumber mata air yang satunya lagi, wajah mereka kelihatan bersih berseri-seri. 

Firman Allah didalam surah al-Insan ayat 21 mafhumnya: "Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih".
Ali bin Abi Talib ra. mengatakan, "Ketika penduduk Syurga menuju ke Syurga, mereka melalui sebatang pokok yang didekatnya mengalir dua sumber mata air. Setelah meminum air dari salah satunya, wajah mereka semakin berseri-seri, kulit mereka sama sekali tidak berubah dan rambut mereka nampak rapi. Kemudian apabila mereka meminum dari sumber mata air yang satunya lagi, semua kotor-kotoran yang berada didalam perut mereka keluar. Seterusnya mereka disambut oleh rombongan para Malaikat penjaga Syurga seraya mengucapkan selamat (Seperti yang diungkapkan didalam firman Allah didalam surah az-Zumar ayat 73) mafhumnya: "... Selamat untukmu, kamu telah suci, maka masuklah kamu kedalam Syurga serta kekal (didalamnya)". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu'ammar, dari Abu Ishak, dari Abu Ashim bin Damarah, dari Ali bin Abi Talib ra telah membaca sepotong ayat (permulaan ayat 73 surah az-Zumar), "Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa kedalam Syurga berombongan-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai di Syurga....", Ia berkata, "Mereka dapati dihadapan pintu Syurga terdapat sebatang pohon yang didekatnya terdapat dua sumber mata air. Seumpama telah diperintahkan, mereka terus menuju kesalah satu sumber mata air itu untuk mandi. Selesai mandi, rambut dikepala mereka terus rapi dan tidak akan kusut untuk selamanya. Kulit mereka halus dan tidak akan berubah untuk selamanya. Bahkan seolah-olah mereka baru saja memakai krim penghalus kulit".

"Seterusnya mereka ke sumber mata air yang satunya lagi. Setelah meminum airnya, semua kotoran yang ada didalam perut mereka keluar. Disalah satu pintu Syurga mereka disambut oleh Malaikat seraya berkata, 'Salam sejahtera keatasmu. Berbahagialah kamu!. Masuklah kamu kedalam Syurga ini, sedang kamu kekal didalamnya'. Setelah mereka masuk kedalamnya, mereka disambut pula oleh anak-anak muda (pelayan) yang sangat sopan dan penuh hormat, seperti anak-anak yang menyambut kepulangan orang tua mereka yang pulang dari merantau jauh. Anak-anak muda (pelayan) itu berkata, 'Berbahagialah kamu kerana Allah telah menyediakan berbagai nikmat untuk kamu'".

"Kemudian anak-anak muda itu  membawa mereka untuk dipertemukan dengan isteri-isteri bidadari mereka disebuah bangunan yang strukturnya diperbuat daripada mutiara berwarna-warni. Didalam bangunan itu mereka melihat hamparan permaidani-permaidani, piala-piala minuman yang diletakkan berhampirannya dan bantal-bantal sandaran yang tersusun rapi. Mereka lalu mengangkat kepala dan melihat bahagian bumbung (atap) bangunan itu seperti kilauan petir halilintar sehingga menyebabkan mata mereka hampir buta. Kemudian mereka mengucapkan seperti firman Allah didalam surah al-A'raaf ayat 43 yang mafhumnya: 'Puji-pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kami kepada (nikmat) ini. Tiada kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah...' ".

Al-Qatbi didalam kitabnya bertajuk 'Uyun al-Akhbar' memetik sebuah hadis dari Ali bin Abi Talib ra bahawa ia bertanya kepada Rasulullah berkenaan siapakah yang dimaksudkan Allah didalam firmannya, "(ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang bertakwa kepada Tuhan yang Mahapemurah sebagai perutusan yang terhormat". . Nabi saw bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang ketika dikumpulkan di Padang Mahsyar menaiki kenderaan. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, apabila saja mereka keluar dari kubur, mereka terus menaiki belakang seekor unta yang tali pedatinya diperbuat daripada emas yang bertahtakan mutiara-mutiara berwarna-warni. Mereka dibawa menuju kepintu Syurga yang berhampirannya terdapat sebatang pohon dan dibawahnya mengalir deras dua sumber mata air. Setelah meminum dari salah satu sumber mata air itu, semua kotoran berupa noda-noda duniawi yang berada didalam perut mereka terus keluar. Itulah yang dimaksudkan oleh firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 21 (mafhumnya): 'Dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih'. 

"Seterusnya mereka mandi disumber mata air yang satunya lagi. Selesai mandi, rambut dikepala mereka kelihatan tidak kusut lagi dan kulit mereka kelihatan sangat halus. Kemudian mereka mengetuk pintu Syurga itu dengan suara yang sangat kuat sekali. Bergegas Malaikat Ridwan pergi membukanya. Melihat wajah Malaikat Ridwan yang sangat tampan, serta merta mereka berundur untuk bersujud. Mungkin mereka menyangka itulah Tuhan mereka. Lalu Malaikat Ridwan berkata kepada mereka, 'Wahai kekasih-kekasih Allah, aku adalah pelayan kamu semua. Aku ditugaskan untuk menyediakan tempat-tempat kamu'. Malaikat Ridwan lalu menjemput mereka untuk masuk dan menuju kesebuah istana yang diperbuat dari perak dan atapnya dari emas. Terlalu indahnya istana yang lutsinar (tembus pandang) itu. Kemudian mereka bertanya kepada Malaikat Ridwan itu, 'Untuk siapakah istana itu?'. Ia menjawab, 'Ia adalah untuk kamu semua'". 

"Seandainya Allah tidak memberikan kehidupan yang kekal abadi kepada penduduk Syurga nescaya mereka semua mati kerana mendengar jawapan itu. Ketika salah seorang daripada mereka ingin memasuki istana tersebut, Malaikat Ridwan segera berkata, 'Mari ikuti aku. Akan ku perlihatkan kepada kamu apa-apa yang telah disediakan Allah untukmu'. Pada waktu itu ia dibawa melalui beberapa buah istana-istana yang sangat indah. Ia dibawa masuk kedalam bilik-bilik indah yang bangunannya diperbuat dari permata yaqut dari bahagian bawah hinggalah keatasnya. Dindingnya yang setinggi seratus hasta (lebih kurang 150 kaki) dihiasi dengan berbagai jenis mutiara berwarna-warni yang amat indah. Didalam bilik-bilik itu terdapat katil-katil yang panjangnya satu farsakh (kira-kira 20 kaki) setiap satu, dan diatasnya terdapat tilam-tilam empok dan berlapis-lapis".

Rasulullah kemudian bersabda lagi, "Itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah, "Dan tilam-tilam yang tebal dan empok". Tilam-tilam dan katil-katil itu diperbuat dari cahaya. Kekasih-kekasih Allah itu memakai mahkota yang mempunyai tujuh puluh sudut, dan pada setiap sudut itu bertahtakan tujuh puluh butir batu permata yang memancar-mancarkan cahaya. Dengan ketemprilan seumpama itu, wajah mereka laksana bulan purnama yang berkilauan memancarkan cahaya. Mereka juga memakai tiga jenis gelang, iaitu gelang diperbuat dari emas, perak dan mutiara, dan inilah maksud dari firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 23 (mafhumnya): '... mereka diberi perhiasan dengan gelang dari emas dan mutiara dan pakaian mereka (dari) sutera'".

Firman Allah didalam surah ar-Ra'd ayat 23, mafhumnya: "(iaitu) Syurga 'Aden yang mereka masuk kedalamnya". 

Menurut Ibnu Abbas, Syurga itu ada tujuh yang meliputi Dar al-Jalal, Dar al-Salam, Syurga 'Aden, Syurga al-Ma'wa, Syurga al-Khuldi, Syurga Firdaus dan Syurga Na'im.

Tetapi ada pula yang berpendapat bahawa Syurga itu hanya ada empat, ini berdasarkan firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 46 mafhumnya: "Dan bagi orang-orang yang takut akan menghadapi Tuhannya ada dua Syurga". Kemudian didalam surah yang sama ayat 62 mafhumnya: "Dan selain dua Syurga itu ada dua Syurga lagi". Oleh itu yang difirmankan Allah hanya ada empat Syurga sahaja. Jadi tiada Syurga yang kelima.

Al-Ma'wa adalah nama Syurga secara umum bermaksud tempat tinggal berdasarkan firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 19 (mafhumnya): "Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka untuk mereka Syurga tempat tinggalnya (al-Ma'wa) sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah mereka kerjakan". Demikianlah juga dengan Syurga 'Aden, Syurga al-Khuldi, Syurga Firdaus, Syurga as-Salam dan Syurga Na'im, kesemua itu membawa maksud tempat tinggal dan kesemua Syurga adalah merupakan tempat-tempat tinggal. Al-Khuldi bermaksud kekal abadi, dimana semua Syurga adalah juga tempat yang kekal abadi. Firdausi bermaksud keindahan dimana semua Syurga juga tempat yang cantik dan indah. As-Salam bermaksud kedamaian, dimana semua Syurga merupakan tempat yang aman damai. Kemudian an-Na'im bermaksud penuh kenikmatan dan semua Syurga penuh dengan kenikmatan. 

Demikian itu yang telah diketengahkan oleh al-Halimi didalam kitabnya bertajuk 'Minhaj ad-Din'. Seterusnya dia menyatakan, "Kami berpendapat bahawa Syurga itu hanya ada empat. Istilah dan nama-nama seperti Syurga 'Aden, Syurga al-Khuldi, Syurga Firdaus, Syurga as-Salam dan Syurga Na'im bukanlah untuk membezakan diantara satu Syurga dengan yang lain. Tetapi, semua itu adalah nama-nama Syurga secara umum saja. Apatah lagi hitungan menurut firman Allah itu menunjukkan hanya ada empat sahaja. Disebutkan juga bahawa Syurga itu memiliki beberapa pintu, seperti firman Allah didalam surah az-Zumar atat 73 (mafhumnya): "... bila  mereka sampai disana dan dibukakan pintu-pintu (Syurga) dan berkata..." Kemudian pekara ini diperkuatkan lagi dengan hadis baginda Rasulullah saw, "Sesungguhnya pintu-pintu Syurga itu ada lapan". Jadi benarlah jumlah Syurga itu hanya ada empat, kerana setiap satu Syurga mempunyai dua daun pintu.

Allah menjelaskan bahawa penghuni Syurga itu dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama, kumpulan orang-orang yang paling dahulu beriman dan duduk dekat dengan Allah. Kedua, adalah kumpulan kanan. Golongan pertama adalah penghuni dua Syurga Iliyyin, sebagaimana firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 46 (mafhumnya): "Untuk orang-orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya ada dua kebun (Syurga)". Semantara kumpulan yang kedua adalah penghuni dua Syurga lainnya, sebagaimana firman Allah pada ayat 62 didalam surah yang sama, mafhumnya: "Selain daripada dua kebun itu ada lagi dua kebun yang lain". 

Diriwayatkan oleh Sa'id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, tentang firman Allah, "Untuk orang-orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya ada dua kebun (Syurga)". Kemudian firman Allah : "Selain daripada dua kebun itu ada lagi dua kebun yang lain".  Ia mengatakan, 'Dua Syurga yang pertama adalah diperuntukkan kepada orang-orang yang dekat dengan Allah, dan dua Syurga yang lainnya ialah untuk orang-orang golongan kanan'". Abu Musa al-Asy'ari juga meriwayakkan perkataan yang sama.

Firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 23 (mafhumnya) : "...mereka diberi perhiasan dengan gelang dari emas dan mutiara...". Menurut para ulama tafsir, setiap penghuni Syurga akan memakai tiga jenis gelang ditangan mereka masing-masing. Iaitu gelang dari emas, dari perak dan mutiara.  Didalam ayat tadi hanya disebutkan dua jenis gelang sahaja iaitu daripada emas dan mutiara. Sedang gelang dari perak disebutkan didalam firman Nya didalam surah al- Insan aya 21 (mafhumnya) : "Dan dipakaikan kepada mereka gelang dari perak". 

Diatas dunia ini, yang biasa memakai gelang dan mahkota adalah raja-raja.Tetapi diakhirat kelak, perhiasan mewah ini dipakaikan kepada penghuni Syurga, kerana sebagai peringatan bahawa mereka-mereka inilah yang sebenarnya layak mengenakan lambang-lambang kebesaran tersebut. Pakaian mereka juga diperbuat dai sutera sebagaimana firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 23 iaitu "...Dan pakaian mereka adalah sutera"

Diriwayatkan Yahya bin Salam dan Ibnu Mubarak, dari Hasmmad bin Salamah, dari Abu Mahzam, dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Rumah orang-orang mukmin itu diperbuat daripada mutiara berlubang. Ditengah-tengahnya terdapat sebatang pohon dan buahnya adalah dari berbagai jenis perhiasan. Sekali dipetik dengan jari-jari tangan mereka, boleh mendapatkan tujuh puluh tangkai batu permata dari mutiara, zamrud dan marjan".

Dengan sanad yang sama hadis serupa diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Hammad bin Salamah, dari Mahzam bahawa ia pernah mendengar Abu Hurairah berkata, "Sesungguhnya rumah seorang mukmin di Syurga itu diperbuat dari mutiara yang memiliki empat puluh bilik. Ditengah-tengahnya terdapat sebatang pokok dengan buahnya terdiri dari berbagai jenis batu permata. Sekali dipetik dengan jari-jari, mereka boleh mendapatkan setangkai mutiara, zamrud dan marjan".

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Sesungguhnya seorang kekasih Allah itu memiliki dua pasang pakaian, satu yang melekat dibadannya dan yang satu lagi membungkus wajahnya. Kedua-duanya saling bertengkar dengan suara yang lantang. Pakaian yang melekat ditubuh berkata, 'Kepada kekasih Allah ini, aku lebih mulia daripada kamu. Ia disebabkan aku boleh menyentuh tubuh badannya, sedangkan kamu tidak boleh'. Pakaian yang menutup wajah pula berkata, 'Pada kekasih Allah ini aku adalah lebih mulia daripada kamu, sebab aku boleh menatap wajahnya dari dekat sedangkan kamu terhalang dan tidak boleh melihatnya'".

Telah dikemukakan sebelum ini bahawa orang-orang yang memakai sutera semasa didunia, kelak diakhirat mereka tidak akan dapat memakainya. Demikian yang ditegaskan didalam hadis dari Abu Sa'id al-Khudri yang dianggap sahih oleh Abu Umar. Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi) bahawa kenyataan ini sama dengan riwayat yang menyatakan berkenaan peminum arak (khamar) yang dinyatakan apabila didalam Syurga kelak, mereka tidak diperkenankan meminumnya, melihatkannya, menyebutnya dan menginginkannya lagi sampai bila-bila. Begitu juga dengan orang-orang yang semasa didunia menggunakan peralatan yang diperbuat dari emas dan perak, kemudian meninggal dunia dengan tidak sempat bertaubat atas dosa-dosanya itu. Mereka juga bakal menerima nasib yang serupa.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi alias Abu Abdullah didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir al-Ushul' dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang suka mendengar suara nyanyian, maka ia tidak diizinkan untuk mendengarkan suara rauhaniyyin ". Seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apa itu rauhaniyyin ?". Baginda bersabda, "Iaitu para pembaca dari penghuni Syurga (sangat merdu suara mereka)".

Ada juga dikalangan ulama tafsir yang menyatakan bahawa larangan memakai sutra, makan atau minum dengan menggunakan peralatan dari emas dan perak, serta mendengar suara nyanyian adalah berlaku ketika mereka diseksa didalam Neraka, dimana mereka diberi minuman dari air perahan nanah yang sangat busuk. Tetapi apabila mereka dikeluarkan dari Neraka berkat adanya syafaat atau rahmat Allah dan dimasukkan kedalam Syurga, maka larangan itu sudah tidak berlaku lagi. Ini adalah kerana larangan mengunakan dan merasakan nikmat-nikmat duniawi di Syurga merupakan bentuk hukuman yang cukup berat. Padahal Syurga bukanlah tempat untuk menjalani hukuman.

Oleh itu, menurut saya (Imam al-Qurthubi) hadis Abu Sa'id al-Khudri dan hadis Abu Musa al-Asy'ari diatas tadi merupakan jawapan bagi pendapat terakhir yang disebutkan tadi. Ertinya, pekara itu bukanlah merupakan bentuk hukuman. Sama juga keadaannya ketika ia tidak dapat mencapai tingkat Syurga yang lebih tinggi. Apatah lagi jika mereka dikatakan dapat memasuki Syurga kerana syafaat atau rahmat Allah.

Firman Allah:

"Dan mereka memakai pakaian (berwarna) hijau dari sutera yang halus dan sutera tebal". (al-Kahfi ayat 31).

"Mereka memakai pakaian sutera halus yang (berwarna) hijau dan sutera tebal". (al-Insaan ayat 21).

Yang disebutkan hanyalah warna hijau satu-satunya, mungkin kerana warna ini lebih sesuai dengan pandangan mata manusia. Warna putih atau hitam tidak begitu sesuai kerana mungkin boleh merosakkan mata. Warna hijau adalah juga merupakan pertengahan diantara dua warna itu (putih dan hitam), selain ia sejuk dipandang mata walaupaun ia kontras dari kedua-duanya itu.

Firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 13 yang mafhumnya: "Didalamnya mereka duduk bertelekan (duduk bersila) diatas dipan". Dipan adalah katil kuno buatan ukiran tangan yang halus daripada kayu. Kemudian Allah juga berfirman didalam surah ath-Thuur ayat 20 mafhumnya:  "Mereka bertelekan (duduk bersila) diatas dipan-dipan (katil yang) berderetan".

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya seorang penghuni Syurga dalam setiap bulan boleh menikahi seribu bidadari. Ia akan memeluk bidadari itu selama usianya didunia". 

Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya seorang penduduk Syurga akan memeluk isteri bidadarinya selama tujuh puluh tahun (purata usia manusia) tampa merasa bosan. Setiap kali disetubuhi, isteri bidadarinya itu akan kembali menjadi dara semula. Setiap kali isteri bidadarinya itu mengajak berjimak, nafsunya tetap membara gairah kerana ia diberi kekuatan nafsu seperti tujuh puluh orang lelaki. Didalam setiap persetubuhan itu mereka akan mencapai kemuncak shawat tetapi tidak mengeluarkan air mani.

Al-Musayyib bin Syarik memetik sebuah riwayat hadis dari Nabi saw, tentang firman Allah didalam surah al-Waaq'ah ayat 36 dan 37 mafhumnaya: "Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan (dara). penuh cinta lagi sebaya umurnya". Baginda bersabda, "Mereka adalah nenek-nenek tua didunia yang kemudian dijadikan Allah sebagai makhluk yang baru. Ketika meraka disetubuhi suami-suami mereka, mereka didapati masih perawan (dara)". Mendengar sabda baginda itu, Aisyah lalu berkata. "Alangkah sakitnya!". Baginda bersabda, "Di Syurga tiada rasa sakit".

Diriwayatkan oleh Yahya bin Salam dari seorang kawannya, dari Aban bin Abu Syaiban, dari Syahr bin Hausyab, dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya seorang penghuni Syurga bersenang-senang bersama isterinya didalam sebuah bilik selama tujuh puluh tahun. Tiba-tiba ada wanita lain yang lebih cantik dari bilik yang lain memanggilnya dan berkata, 'Sekarang tiba giliranku bersenang-senang dengan mu'. Ia menoleh kepada wanita itu dan bertanya, 'Siapa kamu ?'. Wanita itu menjawab, 'Aku termasuk wanita-wanita yang disebutkan didalam firman Allah didalam surah Qaaf ayat 35 (mafhumnya): 'Dan pada sisi Kami ada tambahannya' ".

"Seterusnya ia beraleh untuk bersenang-senang bersama wanita itu dalam sebuah bilik lain selama tujuh puluh tahun. Tiba-tiba ada wanita lain lagi yang lebih cantik dari bilik yang lain datang memanggilnya dan berkata, 'Sekarang tiba giliranku bersenang-senang denganmu'. Ia menoleh kepada wanita itu dan berkata, 'Siapakah kamu?'. Wanita itu menjawab, 'Aku termasuk wanita-wanita yang disebutkan didalam firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 17 (mafhumnya): 'Seorang pun tidak mengatahui apa yang disembunyaikan untuk mereka iaitu (berbagai nikmat) pandangan mata sebagai balasan kepada apa yang telah mereka kerjakan'. Seterusnya dia beralih lagi untuk bersenang-senang dengan wanita itu didalam bilik yang lain selama tujuh puluh tahun. Begitulah mereka terus melakukan giliran".

Firman Allah didalam surah ad-Dukhaan ayat 54 mafhumnya: "Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari".

Bagi menafsir firman Allah didalam surah Yassin ayat 55 mafhumnya: "Sesungguhnya penghuni Syurga pada hari itu bersenang-senang dalam perkerjaannya". Qatadah berkata, "Diakhirat nanti, mereka akan asyek didalam kesebukan yang menyenangkan bersama para isteri bidadari mereka".

Berkata al-Hassan, "Mereka bergembira kerana mereka bersama-sama dengan isteri-isterinya tinggal ditempat yang terlindung, bersandar diatas pelamin" (Yassin 56).

Firman Allah didalam surah ash-Shaffat ayat 41 mafhumnya: "Untuk mereka itu rezeki yang terang (jelas)". Ini menbawa kepada dua penafsiran, pertama menurut yang dikatakan oleh Muqatil, 'Pekara (mendapat rezeki) ini berlaku setiap saat'. Kedua adalah penafsiran yang diperkatakan oleh Ibnu Sa'ib, 'Pekara ini berlaku pada pagi dan petang hari, kerana seperti yang dinyatakan didalam firman Allah didalam surah Maryam ayat 62 (mafhumnya): "...Untuk mereka ada rezeki didalamnya (Syurga) pada pagi dan petang".

Menurut para Ulama tafsir, didalam Syurga itu tiada istilah siang atau malam. Para penghuni Syurga dilimpahi oleh cahaya terang. Mereka mengenal waktu malam apabila tirai diturunkan dan pintu-pintun Syurga ditutup. Dan mereka mengatahui waktu siang apabila tirai dinaikkan dan pintu-pintu Syurga dibuka semula. Demikian apa yang diperkatakan oleh Abu Faraj Ibnu Jauzi.

Diriwayat oleh Abu Abdullah Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir al-Usul', sebuah hadis dari Aban, dari al-Hassan dan Abu Qalabah bahawa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, adakah didalam Syurga itu ada waktu malam?". Baginda menyoalnya pula, "Apa yang menyebabkan kamu bertanya begitu?". Sahabat itu berkata, "Saya mendengar Allah berfirman didalam al-Quran "...Untuk mereka ada rezeki didalamnya (Syurga) pada pagi dan petang". Lalu saya berfikir bahawa kalau begitu mestilah ada siang dan malam". Baginda bersabda, "Di sana tiada malam. Yang ada hanyalah cahaya terang. Pagi dan petang udaranya sama sejuk dan nyaman. Hadiah-hadiah kenikmatan dan salam dari Malaikat disampaikan kepada penghuni Syurga sebanyak lima kali".

Allah berfirman didalam surah ath-Thuur ayat 22 mafhumnya: "Dan Kami tambah untuk mereka dengan buah-buahan dan daging yang mereka inginkan". Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan merupakan berbagai-bagai jenis buah-buahan.

Tafsiran firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 14, "Dan naungan dekat diatas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya". Mujahid mengatakan, "Maksudnya ialah naungan pohoh-pohon di Syurga. Mereka boleh memetik buahnya bila-bila saja yang mereka mahukan didalam keadaan berdiri, keadaan duduk atau keadaan berbaring".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Syarik, dari Abu Ishak, dari al-Barra' bahawa ia mengatakan berkenaan firman Allah tersebut, "Para penghuni Syurga itu boleh memakan buah-buahan dari pohon mana saja yang mereka inginkan dan didalam keadaan apa saja yang mereka kehandaki". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Hisyam bin Sa'ad, dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya tinggi badan penghuni Syurga ketika mereka sudah memasuki Syurga adalah enam puluh hasta seperti sebatang pohon kurma yang sangat tinggi. Mereka boleh memakan buah-buahan Syurga dengan berdiri".

Diriwayatkan opleh Yahya bin Sala,, dari Utsman, dari Ni'aim bin Abdullah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, sesungguhnya penghuni Syurga boleh memetik buah dalam keadaan mereka duduk bersila diatas alas kasur mereka. Belum pun buah itu masuk kemulut salah seorang dari mereka, sudah menyusul buah-buah yang lain".

Firman Allah didalam surah az-Zukhruuf ayat 71 mafhumnya: "Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan dari emas dan gelas-gelas, disana ada apa-apa yang diingini oleh nafsu dan lazat dipandang mata, sedang kamu kekal didalamnya".

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling rendah kedudukan adalah orang yang berada diatas kepalanya seribu pelayan. Ditangan masing-masing dari mereka terdapat dua buah pinggan, satu diperbuat dari emas dan yang satu lagi dari perak. Kedua-duanya menpunyai warna yang berbeza". Demikianlah yang diperkatakan oleh al-Qatbi didalam kitanya yang bertajuk 'Uyun al-Akhbar'.

Para Ulama tafsir mengatakan, "Penghuni Syurga yang paling rendah kedudukan mereka, dikelilingi oleh tujuh puluh ribu pelayan dan masing-masing dari mereka membawa pinggan daripada emasnyang tidak sama warnanya. Pinggan itu berisi berbagai jenis makanan yang rasanya berbeza-beza dan tetap sedap dimakan dari permulaan hinggalah yang terakhir. Semantara penduduk Syurga yang paling tinggi darjat mereka ialah, juga dikelilingi oleh tujuh ratus ribu para pelayan dan masing-masing dari mereka mambawa pinggan yang diperbuat dari emas berisi berbagai jenis makanan yang rasanya berbeza-beza dan tetap lazat dimakan sejak dari permulaan memakannya hingglah yang terakhir suapannya. Semantara penghuni yang paling tinggi kedudukan darjatnya, juga dikelilingi pelayan seramai tujuh ratus ribu dan masing-masing diantara mereka membawa pinggan diperbuat daripada emas yang berisi berbagai jenis makanan yang rasanya berbeza-beza dan tetap lazat dimakan sejak dari mula memakannya hinggalah yang terakhir suapannya. Juga diedarkan kepada mereka piala-piala (gelas-gelas) sebagaimana firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 15 dan 16 mafhumnya : 'Dan diedarkan kepada mereka bekas-bekas dari perak dan piala-piala yang jernih laksana kaca (iaitu) kaca dari perak'. 'Maksudnya kaca yang diperbuat dari perak, sesuai dengan warna tanah di Syurga yang juga seputih warna perak berkilat'".

Menurut Ibnu Abbas dan Mujahid, para penghuni Syurga akan didatangkan dengan bekas-bekas tersebut secara tertib dan sopan dengan diaturkan  oleh para Malaikat yang mengelilingi mereka seterusnya memberikan gelas itu untuk minum.

"Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas.." (al-Insaan: ayat 5)

Maksudnya ialah gelas berisi minuman dari khamar. Contoh yang lain seperti firman Allah didalam surah ash-Shaffaat ayat 45, mafhumnya:

"Diedarkan kepada mereka gelas (yang berisi minuman) dari mata air (khamar Syurga)".

Firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 5 (sambungannya) mafhumnya : "... Yang campurannya adalah air kafur". Menurut al-Kalbi, kafur adalah nama sebuah mata air di Syurga yang airnya sangat segar diminum.

Firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 17 mafhumnya : "Didalam Syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang dicampur (buah jahe)". Orang-orang Arab sangat menyukai buah jahe terutama jika dicampur dengan khamar. Oleh sebab itulah, Allah membuat perumpamaan seperti itu didalam firman Nya, seolah-olah memberi galakan agar mereka semua supaya beriman kepada islam dan mengerjakan amal-amal soleh agar mereka menerima balasan dan kenikmatan di Syurga kelak seumpama kesukaan mereka sewaktu didunia, yang didatangkan dari "Sebuah mata air yang dinamakan Salsabila" (al-Insaan: ayat 18)

Allah berfirman didalam surah al-Muthaffifiin ayat 25 dan 26 mafhumnya: "Mereka diberi minum dengan arak (khamar) yang dicap (dilak). Capnya (dilaknya) ialah kasturi, dan pada demikian itu hendaklah berlumba-lumba sesiapa yang mahu berlumba-lumba (mendapatkannya)". Menurut Mujahid, minuman itu dilak (dicap) pada tegukkan yang terakhir. Maksudnya, mereka minum minuman itu hingga habis (tegukkan yang terakhir), berserta dilak (cap - keladak yg akhir) dengan aroma kasturi.

Menurut Abdullah bin Ibnu Mas'ud, seperti yang telah dikemukakan oleh Ibnu Mubarak dan Ibnu Wahab yang maksudkan dengan firman Allah itu tadi "Capnya (dilaknya) ialah kasturi.." bermakdsud campurannya adalah kasturi.

Menurut Abu Darda' seperti yang dipetik oleh Ibnu Mubarak, iaitu minuman berwarna putih seperti perak yang mereka lak (cap) waktu mereka selesai minum. Seperti memasukkan tangan kedalam gelas untuk mengambil keladak yang melakat dibawah gelas itu, inilah maksud dilak atau cap. Niscaya semua makhluk yang bernyawa akan dapat mencium baunya yang sangat harum seperti kasturi. Oleh kerana itu hendaklah manusia "...berlumba-lumba (mendapatkannya)" (al-Muthaffifiin: ayat 26) iaitu dengan mengerjakan amal-amal soleh semasa didunia. Allah berfirman didalam ayat berikutnya "Dan campurannya daripada tasnim"  (al-Muthaffifiin: ayat 27). Maksudnya, campuran minuman khamar yang murni itu ialah tasnim : "(iaitu) mata air, yang meminumnya ialah orang-orang Muqarrabin (mulia disisi Allah)"  (al-Muthaffifiin: ayat 28).

Menurut Qatadah, orang-orang yang didekatkan (dimuliakan: Muqarrabin) kepada Allah, meminum minuman itu sewaktu ia masih murni. Sedangkan, penghuni Syurga yang lain meminuman minuman itu setelah diberi campuran dengan mata air.

Tasnim adalah minuman Syurga yang paling utama. Ia adalah nama sebuah mata air yang mengalir dari atas hingga kebawah. Mata air ini mengairi penghuni Syurga dari atas 'Arasy. Dalilnya adalah dari hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Tirmidzi, dari Abu Muqatil, dari Shalih bin Sa'id, dari Abu Sahal, dari al-Hasan bin Ali ra bahawa Rasulullah bersabda, "Ada empat mata air di Syurga, dua mata ait mengalir dari bawah 'Arasy yang salah satunya seperti yang telah difirmankan Allah "..yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya" (al-Insaan: ayat 6), dan yang satunya lagi, "yang memancar (terpancut)" (ar-Rahman: ayat 55). Dua lagi yang mengalir dari atas 'Arasy yang salah satunya  Allah beri nama Salsabila dan yang satunya lagi dinamakan Tasnim".

Berkata Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'at-Tanzil', "Orang-orang yang berbuat baik, kelak di Syurga mereka akan diberi minuman khamar yang dicampur kafur, ada yang dicampur dengan jahe dan ada yang dicampur dengan salsabila. Tetapi kepada mereka yang didekatkan kepada Allah (yang dimuliakan iaitu Muqarrabin), mereka diberi minuman khamar murni tampa ada campuran sama sekali".

Orang-orang yang berbuat kebajikan adalah orang-orang yang jujur. Sedangkan orang yang didekatkan kepada Allah (Muqarrabin) adalah orang-orang yang ikhlas dan sangat jujur.

Menurut al-Hasan, khamar Syurga itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Seperti firman Allah didalam surah as-Shaaffat ayat 45 dan 46 mafhumnya: "Diedarkan kepada mereka gelas (yang berisi minuman) dari mata air (khamar Syurga)". Yang putih warnanya, lazat rasanya bagi orang-orang yang meminumnya".

Firman Allah didalam surah ini juga didalam ayat 48, mafhumnya : "Disisi mereka ada (beberapa isteri-isteri bidadari) yang pendek pandangannya ( tidak liar pandangannya: tidak bermata keranjang) lagi bundar matanya (bermata jeli)". Maksudnya, bidadari yang pandangan matanya hanya ditujukan kepada suaminya saja. Mereka tidak mahu memandang lelaki-lelaki lain. Berkata Ibnu Zaid, "Salah seorang bidadari itu berkata kepada suaminya. 'Demi kemuliaan Tuhanku, di Syurga ini aku melihat tidak ada yang lebih tampan daripadamu'". Mata mereka sangat jelita seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik. "Seolah-olah warnanya seperti telur yang terpelihara (tersimpan dengan baik)" (as-Shaaffat: ayat 49).

Menurut al-Hasan dan Ibnu Zaid, mereka diibaratkan seperti telor burung unta (yang cantik, besar dan bulat) yang disimpan dengan baik supaya tidak terkena angin dan debu. Warna telur itu kuning cair (kuning langsat), seperti kulit wanita bangsawan yang cantik dan berseh.

Ada ulama tafsir yang mengatakan bahawa maksud perkataan telor itu adalah juga mutiara, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Waqiah ayat 22 dan 23, mafhumnya : "(disisi) Mereka itu ada bidadari. Seperti mutiara yang tersimpan rapi". Maksudnya ialah mutiara yang tersimpan rapi didalam cengkerang-cengkerangnya. Allah berfirman didalam surah ar-Rahman ayat 70 mafhumnya : "Didalam semuanya ada perampuan-perampuan (bidadari) yang baik akhlaknya dan cantik (rupa) parasnya".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari al-Auza'i, dari Hassan bin Athiyah, dari Sa'id bin Abu Amir bahawa ia berkata, "Seandainya salah seorang bidadari yang baik dan cantik tersebut muncul dari langit, nescaya cahaya akan bersinar kemana-mana bahkan mampu mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Kain yang dipakainya saja lebih baik daripada dunia seisinya".

Ada ulama yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan "baik" adalah baik akhlaknya. Jika Allah berfirman "..yang baik..", maka tiada siapa didunia ini yang mampu menjelaskan maksud kebaikkan bidadari tersebut. 

Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 72 mafhumnya : "(iaitu) Bidadari (perampuan yang putih jelita) yang tertutup didalam bilik (pingitan)".

Menurut Ibnu Abbas, seperti yang dipetik oleh Ibnu Mubarak, dari Hammam, dari Qatadah, dari Ikrimah bahawa, "Rumah itu sangat luas dan diperbuat daripada mutiara berlubang yang dihiasi dengan emas".

Menurut riwayat Abu Darda' yang dipetik juga oleh Ibnu Mubarak, "Rumah itu diperbuat dari mutiara. Satu mutiara besar yang memiliki tujuh puluh pintu yang kesemuanya daripada mutiara". Sedangkan menurut Abu Ahwash, "Rumah para bidadari itu diperbuat daripada mutiara yang berlubang".

Berkenaan firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 72 itu, atz-Tirmidzi al-Hakim berkata, "Aku mendengar suatu riwayat bahawa pada saat itu muncul sekumpulan awan dari 'Arasy yang kemudian menurunkan hujan. Ia diciptakan dari titisan-titisan rahmat Allah. Kemudian setiap titis (hujan itu) diperbuat sebuah rumah yang terletak ditebing sebuah sungai (Syurga) yang luasnya empat puluh batu. Rumah ini tidak memiliki pintu. Sehingga, ketika seseorang bakal akan ditempatkan disitu, barulah rumah itu dibuatkan lubang-lubang pintu supaya ia mengatahui bahawa rumahnya itu tidak pernah dimasuki oleh para Malaikat ataupun makhluk-makhluk lain selama itu. Bahkan mereka tidak pernah mampu melihat rumah-rumah itu pun".

Disebutkan oleh ad-Daruquthani didalam kitabnya bertajuk 'Al-Madih' sebuah riwayat dari al-Mu'tamir bin Sulaiman bahawa ia berkata, "Sesungguhnya didalam Syurga terdapat sebuah sungai yang menumbuhkan gadis-gadis bidadari yang masih dara (perawan)".

Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 76 mafhumnya : "Mereka bersandar diatas bantal yang hijau...". Berkata atz-Tirmidzi al-Hakim, "Bantal-bantal itulah yang dijadikan kelengkapan peralatan bagi seorang penghuni Syurga bersenang-senang dengan isteri-isteri bidadarinya. Pada saat itulah Malaikat Israfil memperdengarkan suara emasnya yang lunak merdu".

Disebutkan didalam sebuah riwayat, "Sesungguhnya diantara makhluk Allah yang paling merdu suaranya ialah Malaikat Israfil. Dikatakan ketika ia sedang memperdengarkan suaranya semua Malaikat dan makhluk dari tingkat pertama hinggalah ketingkat ketujuh Syurga-syurga itu terkesima (terpegun kaku) oleh keindah-lunakan suara Israfil  yang sedang bersenandong nyanyian tasbih kepada Allah yang Mahasuci. Bahkan semua pohon-pohon yang ada di Syurga turut bergoyang-goyang, semua pintu-pintu terbuka, semua tirai tersingkap, semua bidadari turut bernyanyi bersama-sama dan semua burung-burung turut berkicau riang. Allah SWT memerintahkan semua Malaikat untuk menjawab dengan senandung nyanyian rohaniah itu, sehingga membentuk sebuah harmoni yang sangat indah".

Seterusnya Allah berfirman kepada Nabi Daud as, "Wahai Daud, berdirilah disisi 'Arasy didekat KU sini dan bernyanyilah". Daud pun bingkas bangun dan menyanyikan tasbih kepada Tuhannya, sehinggakan bertambah harmoni dan semakin indah didengar. Para penghuni Syurga yang sedang bersandar diatas bantal-bantal hijau bersama bidadari-bidadari mereka itu pun merasa sangat gembira dan terhibur dengan nyanyi-nyanyian indah tersebut. Dan itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah didalam surah ar-Rumm ayat 15, mafhumnya : "...maka mereka itu didalam Syurga dengan bersuka-ria".

Mentafsirkan firman Allah ini, Yahya bin Abu Katsir mengatakan, "Mereka bergembira ditaman-taman Syurga".

Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 76 mafhumnya : "... dan permaidani yang cantik rupanya". Maksudnya, mereka bersandar pada bantal-bantal hijau diatas permaidani yang indah, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Ghaasiyaah ayat 15 mafhumnya: "Dan bantal-bantal yang tersusun. Dan permaidani-permaidani yang terbentang". Maksudnya, bantal-bantal yang disusun dengan kemas dan rapi serta permaidani-permaidani yang dibentang atau dihamparkan dengan rapi. Ada yang menyatakan bahawa bantal-bantal itu disulami dengan mutiara dan permata yaqut.

Firman Allah didalam surah al-Waqiah ayat 27 mafhumnya: "Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu ?". Yang dimaksudkan golongan kanan itu adalah mereka-mereka yang beriman terlebih dahulu iaitu sebahagian dari umat terdahulu dan sebahagian dari umat terkemudian (pada ayat-ayat 39 dan 40 surah ini). Kerana semua penghuni Syurga ini adalah merupakan golongan kanan. Kemudian pada ayat 28 didalam surah yang sama disebutkan : "Mereka didalam (kebun) pohon sidr (buah bidara) yang tidak berduri". Ini adalah kerana durinya telah dihilangkan. Semasa didunia, pohon bidara ini sememangnya berduri.   

Firman Allah didalam surah al-Waqiah ayat 29 mafhumnya: "Dan pohon-pohon pisang yang tersusun". Menurut pendapat Mujahid dan beberapa yang lainnya, bagi orang-orang Arab, pohon-pohon pisang ini sangat indah kerana daun-daunnya yang hijau. Terutama kaum Quraisy, mereka lebih menyukai pohon pisang kerana pohonnya yang rendang dan daunnya yang hijau berbanding daripada pohon bidara. Oleh sebab itulah mengapa Allah membuat perumpamaan didalam firman Nya ini kepada sesuatu yang mereka sukai supaya mereka lebih mudah membayangkannya.

Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 25, mafhumnya : "...dan untuk mereka dalam Syurga isteri-isteri yang suci...". Berkata Mujahid seperti juga yang diperkatakan oleh Ibnu Mubarak, "Isteri-isteri yang suci itu bermaksud mereka tidak pernah buang air kecil, buang air besar, haid, meludah, berkahak, mengeluarkan telur (untuk persenyawaan), mengandung, melahirkan anak dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibnu Juraij, dari Mujahid bahawa ia berkata, "Maksud firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 25 (sambungan ayat diatas) mafhumnya : "...mereka kekal didalamnya", ialah bahawa mereka akan selalu tinggal didalam Syurga yang menjadi milik para penghuni Syurga".

Menafsir firman Allah didalam surah as-Shaffaat ayat 44, mafhumnya: "Diatas tempat duduk berhadap-hadapan". Mujahid seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak mengatakan, "Sebahagian dari mereka tidak mengadap tengkuk sebahagian yang lain. Pekara ini berlaku kerana mereka saling mencintai. Mereka mampu berbuat apa saja tampa sekatan, kerana masing-masing tidak boleh melihat penghuni yang lain".

Berkata Ibnu Abbas, "Mereka adalah orang yang dimuliakan diatas tahta-tahta yang dilapiskan dengan mutiara, permata yaqut dan zamrud. Panjang setiap tahta adalah seperti jarak diantara Shna'a hingga ke Jabiyah atau antara Aden hingga ke Ailah".




BAB 156: NASIB ANAK-ANAK KAUM MUSLIMIN DAN ANAK-ANAK KAUM MUSYRIKIN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA KECIL.

Diriwayatkan oleh Abu Umar didalam kitabnya yang bertajuk 'At-Tamhid Wal Istidzkar', oleh Abu Abdullah atz-Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir al-Ushul' dan oleh para Ulama Ahli Tafsir, sebuah hadis dari Saidina Ali bin Abu Thalib ra berkenaan firman Allah didalam surah al-Muddaatstsir ayat 38 dan 39 mafhumnya : "Tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat dan tertanggung) disebabkan usahanya (didunia). Kecuali orang-orang golongan kanan". Saidina Ali berkata, "Mereka itu adalah anak-anak kaum Muslimin". Ditambah oleh atz-Tirmidzi, "Mereka itu belum terkena kewajipan sehingga apa yang diperbuat olehnya tidak perlu dipertanggungjawabkan.

Berkata Abu Umar, "Menurut pendapat mejoriti ulama, anak-anak kaum Muslimin itu berada didalam Syurga. Semantara ada sebahagian ulama uang berpendapat bahawa anak-anak kaum Muslimin dan anak-anak kaum Musyrikin (kafir) itu tidak diketahui nasib mereka dengan pasti sama ada mereka dimasukkan kedalam Syurga atau didalam Neraka. Diantara ulama yang berpandangan seperti itu ialah Hammad bin Zaid, Hammad bin Salamah, Ibnu Mubarak dan Ishak bin Rahawaih. Pekara ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah ditanya berkenaan nasib kanak-kanak ini dan Baginda bersabda, "Allah lebih mengatahui tentang apa yang mereka lakukan". Baginda hanya menyentuh tentang anak-anak itu secara umum saja.

Al-Halimi didalam kitabnya bertajuk 'Minhaj ad-Din' mengatakan bahawa diakhirat kelak anak-anak kamu Muslimin sama nasibnya dengan anak-anak kaum Musyrikin. Maksudnya, nasib mereka tidak jelas. Hal ini berdasarkan pada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa pada suatu hari seorang anak kaum Muslimin yang masih kecil telah meninggal dunia. Salah seorang Isteri Nabi saw berkata, "Sungguh beruntung ayahnya, kerana ia memiliki seekor burung pipit Syurga". Nabi saw bersabda, "Bagaimana kamu tahu pekara itu?. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencipta Syurga khusus untuk penghuninya dan Allah mencipta Neraka juga khusus untuk penghuninya". Hadis riwayat Bukhari ini menunjukkan bahawa tidak ada satu petunjuk khusus yang memastikan berkenaan nasib anak-anak kaum Muslimin dan anak-anak kaum Musyrikin yang meninggal sewaktu kecil mereka diakhirat nanti.

Menurut al-Halimi, hadis ini sebagai pentunjuk bahawa Nabi saw menyangkal berkenaan pendapat yang memberi kepastian bahawa anak-anak kaum Mislimim itu berada di Syurga. Sebab, anggapan seumpama itu juga bermaksud bahawa kita telah memastikan kedua-dua orang tua mereka adalah dari golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. Sedangkan ada kemungkinan bahawa kedua-dua orang tua mereka itu tergolong sebagai orang-orang kafir atau orang-orang munafiq atau murtad, hinggakan anak-anak itu juga tergolong kepada anak-anak orang kafir atau orang-orang munafiq atau murtad. Ini juga bererti bertentangan dengan pendapat orang yang menyatakan bahawa sangat mungkin anak-anak kaum Musyrikin (kafir) itu berada didalam Neraka. Tetapi, mungkin juga baginda Nabi saw menyangkal pekara ini disebabkan tiada ayat dari firman Allah yang menyatakan secara khusus bahawa anak-anak kaum Musyrikin itu akan dimasukkan kedalam Neraka. Itulah sebabnya maka baginda menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT sahaja sebab Dialah yang Mahamengatahui lagi Mahabijaksana.

Firman Allah didalam al-Quran karim yang diturunkan kepada Nabi saw didalam surah ath-Thuur ayat 21 mafhumnya: "Orang-orang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami hubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka sedikit pun. Tiap-tiap manusia tergadai (terikat dan tertanggung) oleh usahanya masing-masing". Didalam ayat ini, Allah memberi berita bahawa orang-orang yang beriman didalam kehidupan dunia dahulu dan anak cucu mereka juga yang mengikut jejak langkah mereka kemudiannya (beriman dan beramal soleh), Allah akan menghubungkan (mereka dikumpulkan) anak cucu mereka bersama mereka diakhirat kelak. Oleh sebab itu bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa mereka dan anak cucu mereka juga akan ditempatkan didalam Syurga.

Didalam kitab 'Al-Ilal al-Mutanahiyat' (11/221) disebutkan bahawa Nabi saw bersabda, "Aku bermohon kepada Allah agar Dia memberi pekanan memperlihatkan aku penghuni Syurga dan penghuni Neraka. Jibril dan Mikail menemui aku didalam mimpi. Mereka berkata, 'Berangkatlah wahai Abu Qasim... Selanjutnya aku terdengar suara riuh rendah kanak-kanak. Aku bertanya, 'Siapakah mereka, wahai Jibril?'. Jibril menjawab, 'Mereka adalah anak cucu kaum Muslimin yang meninggal dunia sebelum orang tuanya. Mereka didalam asuhan Ibrahim sampai orang tua mereka datang menyusul mereka'. Pekara ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak kaum Muslimin itu berada di Syurga.

Menurut Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), dasar yang mereka jadikan panduan adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Qais bin Rabi', dari Yahya bin Ishak yang telah dikemukakan sebelumnya iaitu, diriwayatkan dari Aisyah binti Thalihah, dari Aisyah ra bahawa Nabi saw melawat dan mensolatkan jenazah seorang anak kecil putra seorang Anshar. Aisyah ra berkata, "Wahai Rasulullah, sungguh beruntung orang Anshar itu, kerana memiliki seekor burung pipit diSyurga yang belum pernah melakukan amal kejahatan dan belum pernah mengenalinya". Baginda bersabda, "Wahai Aisyah, adakah kamu tidak tahu bahawa sesungguhnya Allah yang Maha Memberkhati lagi Mahatinggi itu menciptakan Syurga berikut dengan penghuninya dan menciptakan Neraka juga berikut dengan penghuninya. Mereka itu berada di sulbi atau tulang punggung ayah-ayah mereka".

 Sebahagian ulama berpandapat bahawa anak-anak kamu Muslimin itu berada di Syurga dan anak-anak kaum Musyrikin berada di Neraka. Selain merujuk kepada ayat Al-Qur'an dan riwayat hadis yang telah saya (Imam al-Qurthubi, penulis kitab ini) kemukakan tadi, mereka juga merujuk kepada hadis Salamah bin Yazid al-Ju'fi bahawa ia bercerita, "Aku bersama adekku pergi menemui Nabi saw, kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu kami telah meninggal dunia sewaktu zaman jahaliah dahulu. Tetapi, sewaktu hidupnya ia suka memuliakan tetamu, suka bersilaturahim, suka berpuasa dan suka melakukan kebajikan-kebajikan yang lain, Adakah diantara amal-amal kebajikannya itu ada yang berguna baginya?". Baginda bersabda, "Tidak".

Kami bertanya lagi, "Pada zaman jahiliah dahulu sesungguhnya ibu kami itu pernah menanam hidup-hidup kakak wanita kami yang belum akhir balig. Apakah hal itu bermanafaat bagi kakak kami itu?". Rasulullah bersabda (dalam hadis riwayat Ahmad dan Nasai'), "Kamu tahu (nasib) orang yang menanam hidup-hidup  dan orang yang ditanam hidup-hidup?. Sesungguhnya mereka berdua berada didalam Neraka, kecuali kalau kemudian orang yang menanam (ibunya) hidup-hidup itu masuk Islam. Maka, ia diampuni".

Didalam riwayat yang lain dari hadis Salamah bin Yazid ini ditambah, "... Sewaktu Rasulullah melihat perubahan wajah kami yang nampak sedih lalu Baginda bersabda, 'Ibuku bersama ibu kalian'".

Hadis itu juga diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya yang bertajuk 'Musnad Abu Daud ath-Thayalisi, dari Salamah bin Yazid bahawa ia bertanya kepada Nabi saw, "Ibuku telah meninggal dunia. Tetapi sewaktu masih hidup ia suka memuliakan tetamu dan suka memberi makanan kepada tetangga. Pada zaman jahiliah itu juga, dia pernah mengubur hidup-hidup anaknya. Ia termasuk golongan orang yang kaya. Apakah seandainya jika aku bersedekah diatas namanya, hal ini boleh memberi manafaat kepadanya?". Rasulullah bersabda, "Islam hanya memberikan manafaat kepada orang yang mendapatkannya. Dia dan anak yang dikuburkannya hidup-hidup sama-sama berada di Neraka". Kemudian aku merasa tersangat sedih, tiba-tiba Baginda bersabda lagi, "Ibunya Muhammad bersamanya berikut kebajikan yang ada pada mereka".

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu'aim dan yang lainnya, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia bercerita, "Dua putra Malikah datang kepada Nabi saw. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya mendiang ibu kami dahulu suka menghormati suami, sayang kepada anak, dan suka memuliakan tetamu. Hanya pada zaman jahiliah ia pernah mengkuburkan anak hidup-hidup". Baginda bersabda, "Ibu kamu berada di Neraka". Kedua-dua mereka pun beredar, setelah baginda melihat wajah mereka berdua nampak muram. Kemudian baginda memanggil mereka semula, wajah mereka berubah cerah kerana mengharap akan ada sesuatu yang terjadi. Baginda bersabda, "Ibuku juga bersama ibu kalian...".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad, dari Baqiyah ibnu Walid, dari Muhammad bin Yazid al-Alhani, dari Abdullah bin Quis bahawa ia mendengar Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah tentang nasib anak cucu kaum musilimin diakhirat. Baginda bersabda, "Mereka bersama orang tua mereka". Aisyah ra bertanya, "Mesti pun tampa amal?". Baginda bersabda, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka amalkan". Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah tentang nasib anak-anak kaum Musyrikin di akhirat. Baginda bersabda, "Mereka bersama orang tua mereka". Para sahabat lain bertanya, "Mesti pun tampa amal?". Baginda bersabda, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka lakukan".

Berkata Abu Umar, "Abdullah bin Qais adalah penduduk Syam, seorang perawi hadis dari genarasi tabi'in yang boleh dipercayai. Tetapi Baqiyah ibnu Walid adalah seorang perawi yang lemah. Bahkan ia suka meriwayatkan hadis-hadis mungkar. Tetapi, hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad secara marfu dari Aisyah dengan sanad yang lain, ia berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah tentang anak-anak kaum Muslimin, dimanakah mereka pada hari akhirat nanti?'. Baginda bersabda, 'Di Syurga'. Aku pun bertanya kepada baginda tentang anak-anak kaum Musyrikin, dimanakah mereka pada hari akhirat nanti?. Baginda bersabda, 'Di Neraka'. Aku membantah, 'Wahai Rasulullah, tetapi mereka belum pernah melakukan amal sama sekali dan juga belum terkena tuntutan kewajibpan lagi?'. Baginda bersabda, 'Tuhan kamu lebih mengatahui apa yang mereka lakukan. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, jika kamu mahu akan aku perdengarkan kepadamu suara-suara rintihan mereka di Neraka'".

Berkata Syeikh al-Qurthubi (penulis kitsb ini), "Itulah lafaz hadis yang dikatakan oleh Abu Umar dan juga Abu Ahmad bin Ali sesuai juga yang dikatakan oleh Abu Muhammad alias Abdul Haq".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Abu Uqali, dari Bahiyah, dari Aisyah ra bahawa ia bertanya keopada Nabi saw tentang anak-anak kaum Musyrikin. Baginda bersabda, "Mereka berada di Neraka, wahai Aisyah". Aisyah ra bertanya, "Lalu bagaimana dengan anak-anak kaum Muslimin?". Baginda bersabda, "Mereka berada di Syurga, Aisyah". Aisyah lalu membantah, "Bagaimana pekara itu boleh terjadi ?. Bukankah mereka itu tidak pernah melakukan amal apa pun dan tidak terkena tuntutan kewajipan?". Baginda bersabda, "Tuhanmu lebih mengatahui apa yang mereka lakukan".

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa anak-anak itu juga akan diuji diakhirat kelak. Mereka berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad dan Thabrani dan Abu Sa'id al-Khudri tentang orang yang meninggal dunia diantara dua orang Nabi, orang yang meninggal dunia dalam keadaan bodoh dan orang yang meninggal dunia ketika masih kecil. Rasulullah bersabda, "Orang yang meninggal dunia pada zaman diantara dua orang Nabi berkata, 'Tiada satu kitab pun yang dibacakan kepadaku dan tiada seorang Rasul pun yang diutus kepadaku'. Sekiranya Kami binasakan mereka kerana azab sebelum Al-Qur'an itu (diturunkan), tentulah mereka berkata, 'Ya Tuhan kami, mengapa tidak engkau utus seorang Rasul kepada kami'".

"Orang yang meninggal dunia didalam keadaan bodoh berkata, 'Ya Tuhanku, kenapa Engkau tidak memberi aku akal yang boleh aku gunakan untuk berfikir diantara baik dan buruk?. Dan seorang anak yang meninggal dunia akan berkata, 'Ya Tuhanku, aku belum pernah melakukan amal apa jua pun'. Setelah mereka didekatkan kepada Neraka, Allah berfirman kepada mereka, "Masuklah". Orang yang ditentukan bahagia oleh Allah, ia akan masuk ke Neraka walaupun dia sempat beramal. Dan orang yang ditentukan celaka nasibnya, akan Allah tahan dan menolak masuk kedalam Neraka, walaupun dia sempat melakukan amal. Allah berfirman, 'Kepada Aku kamu berani durhaka, apalagi kepada utusan-utusan Ku jika mereka datang kepada kamu'".

Kata Abu Umar, "Ada diantara ulama yang beranggapan hadis ini mauquf pada Abu Sa'id al-Khudri, bukan hadis marfu. Diantaranya seperti Abu Nu'aim al-Malaya (satu-satunya ulama perawi hadis dari Tanah Melayu yang ada dikala itu sebaris dengan ulama-ulama tafsir mukthabar- Alhamdullilah).

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), dari segi maksud hadis ini adalah dhaif. Sebab, diakhirat itu bukanlah lagi tempat untuk membebankan, melainkan tempat untuk diberi balasan bahagia Syurga dan balasan seksaan Neraka.

Menurut al-Halimi, hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai panduan kerana ia bertentangan dengan dasar-dasar kaum Muslimin. Sebab diakhirat kelak bukan tempat ujian. Sesungguhnya makrifat kepada Allah merupakan sesuatu pekara yang pasti, sehingga tiada istilah ujian langsung. Lagipun kanak-kanak yang berada diakhirat nanti, ada diantara mereka yg sudah berakal dan ada pula yang tidak berakal. Jika mereka mengenal Allah, maka tentu tidak berlaku ujian bagi mereka. Dan jika mereka belum lagi berakal, maka sia-sia saja menguji mereka.

Kata Abu Umar, "Hadis ini adalah hadis orang yang memandang kepada ilmu atau kedudukannya yang mengandungi banyak illat (alasan), bukan hadis para tokoh ulama ahli Fiqih. Hadis ini dhaif kerana bertentangan dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat dan seterusnya bercanggah".

Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Raja' al-Atharidi yang cukup panjang  dari Samurah bin Jundub bahawa Nabi saw bersabda, "'... Lelaki tinggi yang berada ditaman Syurga itu adalah Ibrahim. Dan anak-anak yang berada disekelilingnya itu adalah setiap anak yang dilahirkan didalam keadaan masih suci'. Seorang sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, bagaimana dengan anak-anak kaum Musyrikin?'. Baginda bersabda, 'Dan juga anak-anak kaum Musyrikin'".

Diriwayat lain yang diketengahkan oleh Bukhari yang juga dari Abu Raja' al-Ayharidi disebutkan, ".....Orang tua yang berada dekat sebatang pohon itu adalah Ibrahim, dan anak-anak yang berada disekelilingnya itu adalah anak-anak manusia". Maksudnya, adalah anak-anak manusia secara umum, baik yang Muslimin mahu pun Musyrikin.

Ada beberapa ulama yang berpandapat seumpama itu, dan itulah pendapat yang paling sahih didalam masaalah ini. Menurut mereka, anak-anak kaum Musyrikin itu juga berada didalam Syurga. Mereka berpandukan hadis Aisyah ra sebagaimana yang diperkatakan oleh Ibnu Umar didalam kitabnya yang bertajuk 'At-Tamhid'. Ia berkata, "Khadijah ra bertanya kepada Rasulullah berkenaan anak-anak kaum Musyrikin. Baginda bersabda, 'Mereka bersama orang tua mereka'. Kemudian dia bertanya lagi kepada Baginda dan Baginda bersabda, 'Allah lebih mengatahui apa yang mereka akan lakukan'. Setelah Islam menjadi sumber hukum yang mantab, dia bertanyakan lagi soalan yang sama kepada Baginda. Lalu turunlah ayat 164 surah al-An'aam mafhumnya : "...Tidaklah usha masing-masing (manusia), melainkan atas dirinya. Tidaklah orang berdosa akan memikul dosa orang lain..." Baginda bersabda, 'Mereka dalam fitrah'". Maksudnya, mungkin baginda maksudkan ialah "Mereka dalam Syurga".

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), hadis diatas tadi bersifat pembetulan kepada semua hadis Nabi saw sebelum ini mengenai anak-anak kecil, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka lakukan", sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih. Baginda bersabda seumpama itu kerana baginda disaat itu tidak mengatahui bahawa anak-anak kaum Musyrikin itu berada di Syurga, serta sebelum baginda menerima wahyu turunnya ayat : "...Tidaklah orang berdosa akan memikul dosa orang lain..." 

Sewaktu masih berada di Mekah, Nabi saw diturunkan firman Allah ayat 9 dari surah al-Ahqaaf mafhumnya : "Katakanlah; Aku bukanlah pekara baru diantara rasul-rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuat (Allah) terhadapku. Aku tiada mengikut, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku, aku tiada lain hanyalah pemberi peringatan yang terang". Oleh sebab itu Baginda tidak mengatahui dengan jelas apa yang akan terjadi kepada orang-orang Mukmin dan orang-orang Musyrikin (serta anak-anak mereka). Kemudian Allah menurunkan ayat-ayat ini kepada baginda:

"Dialah yang telah mengutus Rasul Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Qu'ran)". Surah at-Taubah ayat 33

"Sesungguhnya telah terdahulu (tetap janji) perkataan Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi utusan (rasul). Sesungguhnya mereka mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami akan menang". Surah as-Shafaat ayat 71 hingga 73.

"(Dan lagi nikmat-nikmat) lain yang kamu cintai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berikanlah khabar gembira (kepada) orang-orang Mukmin". Surah as-Shaaf ayat 13.

Allah mamberi perkhabaran kepada Nabi saw, bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada baginda untuk berdakwah dan mengembangkan Islam dimuka bumi ini sebagai Rasul utusan Nya.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad dari Ibnu Sanjar alias Muhammad bin Sanjar, dari Haudzah, dari Auf, dari Khansa' binti Mu'awiyah, dari bapa saudaranya, bahawa ia berkata, "Aku bertanya, Wahai Rasulullah,Siapa yang ada diSyurga?". Baginda bersabda, "Nabi berada didalam Syurga, seorang anak ada didalam Syurga, anak yang dikuburkan hidup-hidup berada di Syurga dan orang yang diusir juga berada didalam Syurga".

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Aku berdoa memohon kepada Tuhanku agar Dia berkenan tidak menyeksa anak cucu manusia yang masih suka bermain-main, dan Dia mengabulkan permohonanku".

Ada sebahagian ulama berpendapat bahawa anak-anak kaum Musyrikin menjadi pelayan di Syurga. Mereka berpandukan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr dari al-Hajjaj bin Nashir, dari Mubarak bin Fudhalah bin Ali bin Zaid, dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, "Anak-anak kaum Musyrikin itu menjadi pelayan penghuni Syurga". Demikianlah apa yang diketengahkan oleh Abu Umar.

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), sekali pun hadis itu dhaif, tetapi perlah juga ia dijadikan dalil atas kebenaran pendapat tadi. Maksudnya, anak-anak kaum Musyrikin itu berada si Syurga, atau mereka menjadi pelayan penduduk Syurga. Dalil yang lain adalah penafsiran beberapa orang ulama bahawa ketika Allah mengeluarkan anak cucu Adam dari tulang solbi (tulang punggungnya) dalam bentuk zaharah (sel atom), mereka sudah mengakui Allah sebagai Rabb atau Tuhan mereka, seperti yang telah diisyaratkan didalam firman Nya didalam surah al-A'aaraf ayat 172, mafhumnya: "Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada tulang punggung mereka, Dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri. Allah berfirman, 'Bukankah Aku Tuhan kamu?'. Sahutnya; Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu jangan mengatakan pada hari kiamat; Sesungguhnya kami lengah (lupa) terhadap pekara ini".

"Seterusnya Allah mengambalikan mereka (roh-roh) kedalam tulang punggung Nabi Adam, setelah mereka memberikan pengakuan dihadapan Nya bahawa tiada Tuhan selain Allah. Kemudian ketika mereka berada didalam rahim ibu mereka, nasib mereka telah ditulis sebagai ahli celaka atau yang beruntung pada ketentuan awal. Jika pada ketentuan awal nasibnya telah ditentukan sebagai orang yang celaka, maka dia akan diberi usia yang panjang sehingga dewasa. Lalu, ia merosakkan sendiri perjanjian yang telah diambil ketika masih berada ditulang punggung Nabi Adam dengan cara mempersekutukan Allah dengan yang lain". 

"Sebaliknya, jika dalam ketentuan awal nasibnya telah ditentukan sebagai orang yang beruntung, maka ia pun diberi umur yang panjang sehingga dewasa lalu ia tetap beriman. Anak-anak kecil kaum Muslimin yang meninggal dunia sebelum mukallaf, mereka berada didalam Syurga bersama orang tua mereka. Dan anak-anak kecil kaum Musyrikin, mereka tidak bersama orang-orang tua mereka di Neraka. Kerana, mereka meninggal dunia dalam keadaan masih tetap berpegang teguh pada perjanjian awal dalam tulang punggung Nabi Adam. Mereka belum pernah merosakkan perjanjian tersebut sama sekali".

"Paling tidak pun, dosa mereka diampuni. Menurut saya (Imam al-Qurthubia) ini merupakan pendapat yang juga baik kerana pekara itu merupakan pendapat yang memperjelaskan berbagai hadis yang dikesan berlawanan. Oleh kerana itu, sabda Nabi saw, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka lakukan", ketika ditanya  berkenaan nasib anak-anak kaum Musyrikin, ialah sepanjang mereka belum baligh. Dalilnya ialah hadis Bukhari dan hadis-hadis lainnya yang telah saya kemukakan diatas tadi".

Diriwayatkan oleh Aban, dari Anas bin Malik bahawa ketika Nabi saw ditanya berkenaan nasib anak-anak kaum Musyrikin, Rasulullah bersabda, "Mereka belum mempunyai amalan-amalan kebajikan yang perlu dibalas sehingga mereka ditempatkan kedalam Syurga. Dan mereka juga belum mempunyai dosa sehingga mereka ditempatkan kedalam Neraka. Mereka adalah pelayan Syurga".

Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh Yahya bin Salam didalam kitabnya yang bertajuk 'Tafsir Ibnu Salam', Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya bertajuk 'Musnad Abu Daud ath-Thayalisi' dan Abu Nu'aim, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bahawa ia bertanya kepada Rasulullah berkenaan anak-anak kaum Musyrikin yang belum mempunyai dosa sehingga membuatkan mereka perlu diseksa dan dimasukkan kedalam Neraka. Juga mereka belum mempunyai amalan-amalan kebajikan yang perlu diberi balasan sehingga mereka termasuk sebagai pemilik Syurga. Nabi saw bersabda, "Mereka termasuk sebagai pelayan penghuni Syurga".

Diriwayatkan oleh Abu Abdullah at-Tirmidzi al-Hakim, dari Abu Thalib al-Harawi, dari Yusuf bin Athiyah, dari Qatadah, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap anak yang dilahirkan, baik mereka anak orang-orang kafir mahupun anak-anak orang-orang Muslim, mereka semua didalam keadaan fitrah terhadap Islam. Tetapi, Syaitan mendatangi mereka dan mengalihkan pandangan mereka dari agama mereka itu. Syaitanlah yang menyebabkan mereka menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Syaitanlah yang menyuruh mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah Nya untuk itu".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim sebuah hadis dari Iyadh bin Hammar al-Majasys'i bahawa Rasulullah bersabda didalam satu khutbahnya, "Sesungguhnya Allah memerintahku untuk memberitahukan kepada kamu semua berkenaan firman Nya, 'Sesungguhnya Aku menciptakan seluruh makhluk Ku dalam keadaan suci bersih. Kemudian Syaitan mendatangi mereka dan mengalihkan mereka dari agama mereka. Syaitan menyuruh mereka untuk mempersekutukan Aku dan mengharamkan terhadap mereka atas apa yang telah Aku halalkan terhadap mereka'".

Berkata Abdullah atz-Tirmidzi, "Pekara ini terjadi ketika mereka telah dapat memahami urusan dunia, dan juga memahami hujjah Allah berupa tanda-tanda kekuasaan Nya yang sangat jelas seperti penciptaan langit, bumi, matahari, bulan, daratan, lautan, penggantian antara siang dan malam dan sebagainya. Namun, ketika mereka berhasil dikalahkan oleh nafsu, Syaitan datang kepada mereka untuk mengajak beraleh keagama Yahudi atau Nasrani dengan berbagai macam cara".

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi - penulis kitab ini), pekara ini memperkuatkan pendapat saya bahawa anak-anak kaum Musyrikin itu berada didalam Syurga. Kemudian, apa yang diriwayatkan oleh Iyadh bin Hammar yang diketengahkan oleh Muslim didalam kitabnya yang bertajuk 'Sahih Muslim' kiranya sudah cukup jelas. Berkenaan pengertian fitrah, terdapat beberapa pendapat  dari keterangan para ulama sebagaimana yang telah saya kemukakan didalam kitab saya yang berajuk 'Jami' Ahkam Al-Qur'an', terjemahan dari surah ar-Rum.



BAB 157: BALASAN SYURGA UNTUK ORANG TUA YANG KEMATIAN ANAK SEWAKTU KECIL.


Abu Hassan bercerita kepada Abu Hurairah, "Dua putraku telah meninggal dunia. Apakah saudara pernah mnendengar riwayat hadis dari Rasulullah (berkenaan hal ini) yang dapat menghiburkan jiwa kami tentang orang-orang yang mati diantara kami?". Abu Hurairah menjawab, "Benar, anak-anak kecil mereka adalah ibarat jentik-jentik Syurga. Salah seorang dari mereka akan menjemput ayahnya atau kedua orang tuanya. Ia memegang hujung baju atau tangan kamu sekarang ini, dan ia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ia dan kedua orang tuanya kedalam Syurga". Demikianlah hadis sahih riwayat Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Syu'bah, dari Mu'awiyah bin Qurrat', dari ayahnya bahawa seorang sahabat Ansar bersama putranya bertemu dengan Nabi saw. Kemudian Nabi saw bertanya kepadanya, "Adakah kamu mencintai putra kamu ini ?". Ia menjawab, "Ya, wahai Rasulullah". Kemudian Baginda bersabda, "Mudah-mudahan Allah mencintaimu seperti kamu mencintainya".

Pada suatu hari Nabi saw yang telah lama tidak bertemu dengan sahabat Ansarnya itu bertanyakan khabar akan sahabatnya itu kepada para sahabatnya, mereka menjawab "Wahai Rasulullah, putranya itu telah meninggal dunia. Nabi saw bersabda kepada mereka semua, "Kamu senang tidak, jika satu ketika kamu memasuki Syurga, salah seorang putramu yang akan datang membuka pintunya?". Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah, adakah itu berlaku hanya kepadanya atau kepada kami semua?". Baginda bersabda, "Juga untuk kamu semua".

Hadis ini juga diketengahkan oleh Abu Amr didalam kitabnya yang bertajuk 'At-Tamhid', dan menurutnya itu adalah hadis sahih. 

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya bertajuk 'Musnad Abu Daud  Ath-Thayalisi', dari Hisyam, dari Qatadah, dari Rasyid, dari Ubadah bin Shamit bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, wanita-wanita yang melahirkan (kematian anak itu) akan diusung oleh anaknya dengan menggunakan katil menuju ke Syurga".


FAKTA:

Hadis diatas tadi menunjukkan fakta bahawa anak-anak kaum Muslimin yang meninggal dunia ketika kecil akan berada di Syurga. Ini adalah juga pendapat sebahagian besar para ulama, seperti yang telah saya kemukakan didalam bab sebelum ini. Inilah maksud lahiriah dari firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung didalam surah ath-Thuur ayat 21, mafhumnya:   "Orang-orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka sedikit pun. Tiap-tiap manusia tergadai (terikat/tertanggung) oleh usahanya masing-masing".

Terkecuali didalam hal ini adalah anak-anak para Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Berdasarkan ijma' para ulama bersepakat menyatakan bahawa anak-anak mereka itu berada di Syurga. Demikian yang diutarakan oleh Abu Abdullah al-Mazari.

Telah disebutkan didalam 'Sahih Bukhari' sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang ditinggal mati terlebih dahulu oleh tiga orang dari anaknya yang belum akhir balig, nescaya mereka akan menjadi perlindung baginya dari api Neraka lalu ia dimasukkan kedalam Syurga".

Pada pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi), "Menurut para ulama, maksud sabda Nabi saw berkenaan 'anak-anak yang belum akhir balig' ialah yang belum dewasa.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang ditinggal mati terlebih dahulu oleh tiga orang anaknya yang belum dewasa, nescaya mereka merupakan benting yang kukuh baginya untuk berlindung dari Neraka'. Abu Dzar menyahut, 'Aku ditinggal mati dua orang anakku'. Baginda bersabda, 'Dan dua'. Kemudian Ubai bin Kaab seorang tokoh al-Qurra' pula menyahut, 'Aku hanya ditanggal mati seorang anakku'. Baginda bersabda, 'Dan juga seorang'. Sesungguhnya pekara ini pada keadaan yang pertama'". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib, dan Abu Ubaidah berkata dia tidak pernah mendengar hadis ini dari ayahnya.

Riwayat-riwayat hadis itu tadi menunjukkan bahawa anak-anak kaum Muslimin itu berada di Syurga, sebab rahmatnyang diturunkan kepada orang tua mereka juga mengalir kepada mereka.

Berkata Ibnu Umar Abdul Barr, "Menurut kesepakatan para ulama, anak-anak kaum Muslimin itu berada di Syurga. Hanya sebahagian ulama saja yang memberi pendapat berbeza, dan sebahagian pendapat mereka itu pula ditolak kerana menyalahi kesepakatan ulama yang berdasarkan hujah dan kenyataan yang lebih kuat".

Sememang ada sebuah hadis dari Nabi saw yang menyatakan, "Orang yang celaka ialah yang juga celaka semenjak mereka berada didalam rahim ibu mereka lagi, dan sesungguhnya Malaikat turun untuk menentukan ajal serta rezekinya". Tetapi hadis ini bersifat khusus. Ertinya, anak kaum Muslimin yang meninggal dunia sebelum berusaha dan mendapatkan pahala, ia termasuk sebagai orang yang telah ditentukan beruntung semenjak mereka masih berada didalam rahim ibu-ibu mereka lagi. Ini berdasarkan beberapa hadis dan juga ijmak ulama.

Demikian pula dengan sabda Nabi saw kepada Aisyah ra, "Sesungguhnya Allah menciptakan Syurga berikut penghuninya yang sudah berada dalam tulang punggung orang tuanya, dan Allah menciptakan Neraka berikut penghuninya yang juga telah berada didalam tulang punggung orang tua mereka". Berdasarkan ijma dan beberapa atsar yang sahih, hadis dhaif ini tidak boleh diterima, sebab Thalhah bin Yahya yang meriwayatkan hadis ini secara sendirian adalah seorang perawi hadis yang lemah. Sehinggakan hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai hujjah didalam perbahasan.



BAB 158: JAMUAN UNTUK PENGHUNI SYURGA KETIKA MEREKA MEMASUKI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti, bumi hanyalah (diibaratkan) sepotong roti yang digenggam oleh Allah yang Mahamenang dengan tapak tanggan Nya, seperti salah seorang dari kamu yang menggenggam roti (miliknya) dalam perjalanan, sebagai jamuan bagi penghuni Syurga". Seorang Yahudi menemui Rasulullah dan berkata, 'Mudah-mudahan Tuhan yang Mahapemurah memberkatimu, wahai Abu Qasim. Mahu kah dikau aku beritahu tentang jamuan penghuni Syurga pada hari kiamat nanti ?'. Baginda menjawab, 'Ya.. sudah tentu'. Dia berkata, 'Bumi akan menjadi sepotong roti'". Kata-kata itu seperti yang telah disabdakan oleh baginda.

Sejenak Rasulullah memandang kearah kami kemudian baginda tersenyum hingga kelihatan gigi dibahagian hadapannya. Baginda bertanya, 'Mahukah kamu aku beritahu berkenaan lauk pauknya pula?'. Orang yahudi itu berkata, 'Ya, sudah tentu'. Baginda bersabda, 'Lauk pauk ialah balam dan nun'. Para sahabat bertanya, 'Apakah dia balam dan nun itu?'. Baginda bersabda, 'Lembu dan sepotong hati ikan laut yang cukup untuk dimakan oleh tujuh puluh ribu orang'. 

Pada pendapat atok, ia ada kena mengena dengan peristiwa Nabi Allah Yunus yang ditelah oleh ikan nun. Barang kali ikan inilah yang dimaksudkan oleh baginda itu. Jika didunia ini, Ikan nun adalah merupakan ikan paus yang sangat besar dan sudah tentu hatinya juga besar, jadi adalah manasabah jika hatinya mampu diberikan kepada tujuh puluh ribu orang. Tetapi jika diakhirat ataupun di Syurga nanti, tidak mampulah kita untuk membayangkannya. Waallaua'lam.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Tsauban iaitu bekas pelayan Rasulullah. Ia bercerita, "Aku sedang duduk disamping Rasulullah, tiba-tiba datang seorang Yahudi menghampari baginda. Ia berkata, 'Sejahtera keatasmu, wahai Muhammad'. Mendengar sebutan Muhammad itu, aku terus menolak orang Yahudi itu yang membuat dia hampir jatuh. Dia bertanya, 'Mengapakah kamu menolakku?'. Aku menjawab, 'Sebaik-baiknya kamu memanggil tuan ku ini dengan gelaran agungnya iaitu Wahai utusan Allah'. Orang Yahudi itu membantah, 'Tetapi, itu adalah panggilan nama yang diberikan oleh keluarganya'. Baginda bersabda, 'Sesungguhnya namaku adalah Muhammad dan itu adalah nama yang diberikan oleh keluargaku'.

Kemudian orang Yahudi itu berkata, 'Aku datang kepadamu untuk bertanya?'. Baginda bertanya, 'Apakah ada gunanya kepadamu jika aku ceritakan sesuatu kepadamu?'. Ia menjawab, 'Aku sedia mendengar dengan kedua telingaku'. Baginda bangun dan melepaskan tongkatnya kebawah, kemudian Baginda bersabda, 'Bertanyalah?'. Maka orang Yahudi itu pun bertanya, 'Dimana kedudukan manusia ketika bumi dan langit telah ditukarkan dengan bumi dan langit yang lain?'. Baginda bersabda, 'Mereka berada didalam sebuah kegelapan dekat sebelah Jembatan'. Orang Yahudi bertanya lagi, 'Siapakah yang mula-mula sekali menyebarangi Jembatan itu?'. Baginda bersabda, 'Orang-orang miskin kaum Muhajirin'. Orang Yahudi itu bertanya lagi, 'Apakah lauk pauk bagi mereka ketika mereka memasuki Syurga?'. Baginda bersabda, 'Sepotong hati ikan laut'. 

Kemudian orang Yahudi itu bertanya lagi, 'Apakah makanan mereka?'. Baginda bersabda, 'Mereka akan disembelehkan seekor lembu Syurga yang cukup untuk dimakan oleh semua orang sekeliling'. Orang Yahudi itu bertanya lagi, 'Apakah minuman mereka?'. Baginda bersabda, 'Mereka minum dari mata air yang bernama Salsabila'. Kemudian Orang Yahudi itu berkata, 'Kamu benar... !'".

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim secara bersendirian diatas tadi adalah sebuah hadis yang lebih jelas dari yang sebelumnya. Ini adalah kerana, sabda Nabi saw itu adalah juga merupakan jawapan-jawapan dari soalan-soalan yang diajukan oleh orang Yahudi itu. Kemudian hadis yang sebelumnya pula dibahagian akhirnya berupa ucapan orang Yahudi itu, kerana ia diakui oleh Nabi saw.

Al-Jabbar yang bererti yang Mahamenang, adalah kuga merupakan salah satu dari asma Allah yang telah saya bahaskan didalam kitab saya bertajuk 'Al-Asma Fi Syarih Asma' Allah Al-Husna' Jamuan adalah makanan dan minuman yang pada kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu. Oleh kerana itu, ia diibaratkan sebagai satu ganjaran anugerah dari Allah, sebagaimana didalam firman Nya didalam surah Ali Imran ayat 198, mafhumnya: "...sebagai anugerah dari sisi Allah".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibnu Luhai'ah, dari Yazid bin Abu Habib, dari Abu Khair, dari Abu Awwam, dari Ka'ab bahawa ia berkata, "Sesungguhnya Allah yang Maha Memberkati lagi Mahatinggi berfirman kepada penghuni Syurga ketika mereka telah berada didalamnya. 'Sesungguhnya setiap tetamu berhak mendapatkan jamuan, dan pada hari ini Aku menjamu kamu semua dengan Ikan laut dan Lembu'. Maka. penghuni Syurga pun dijamu".



BAB 159: KUNCI SYURGA.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Sulaiman bin Mu'adz adh-Dhabyi, dari Abu Yahya al-Qattat, dari Mujahid, dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda, "Kunci solat ialah wuduk, dan kunci Syurga ialah solat".

Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda kepadanya sewaktu beliau mengutuskannya ke Yaman, "Sesungguhnya kamu nanti akan bertemu dengan kaum Ahli Kitab, jika mereka bertanya kepadamu tentang kunci Syurga. Jawablah bahawa kunci Syurga adalah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah".

Disebutkan didalam Sahih Bukhari, sesungguhnya Wahab ditanya, "Bukankah kunci Syurga itu Laillaha Illallah?". Ia menjawab, "Benar, tetapi bukan sembarang kunci. Kunci itu mempunyai beberapa gigi. Jika kamu datang dengan membawa kunci yang mempunyai beberapa gigi, nescaya boleh digunakan untuk membuka pintu Syurga. Begitu pula sebaliknya".


FAKTA:

Maksud "gigi" ialah mengesakan dan menyembah Allah, atau hanya mengesakanNya sahaja. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 25, mafhumnya: "

"Sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya". 

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh. bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggalz".

Istilah yang digunakan didalam al-Quran iaitu beriman dan beramal soleh tersebut didalam banyak firman Allah adalah sesuai dengan hadis pertama iaitu hadis Jabir.

Disebutkan juga didalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sebuah hadis yang bersumber dari Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda, "Barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia tidak mempersekutukan Allah dengan suatu apa pun, nescaya ia akan masukm Syurga". Abu Dzar bertanya "Misti pun ia pernah berzina dan mencuri?". Baginda bersabda, "Misti pun dia pernah berzina dan pernah mencuri".

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani sebuah hadis dari Musa bin Uqbah, dari Ishak bin Yahya bin Thalha, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Malaikat-malaikat datang kepada seseorang. Mereka memeriksa setiap anggota tubuhnya dan mereka tidak menemui satu apa pun amal kebajikan padanya. Lalu mereka membuka hatinya, mereka juga tidak menemui amal kebajikan sama sekali. Kemudian mereka membuka jantungnya, dan mereka menemukan pada sudut bibirnya sekeping plaster yang diberikan ubat. Ternyata bahawa bibir itu pernah mengucapkan kalimah Laillaha Illallah. Malikat-malaikat itu berkata, 'Kamu perlu masuk Syurga akibat ucapan kalimah ikhlas".

Oleh kerana itu ternyatalah bahawa kunci Syurga itu adalah dua kalimah shadati dan juga solat lima waktu sehari semalam berdasarkan hadis-hadis diatas tadi. Sekian.


Tamat.


*****************************************************

Sekian dahulu untuk kali ini, insyaallah dilain lapangan atok akan menyambung lagi untuk bahagian ketiga Fasal C dari kitab ini iaitu berkenaan tajuk "Tanda-tanda kiamat dan kedatangan fitnah akhir zaman". Diharap kalian bersabar membacanya dan menafaatkan tulisan ini dengan sepenuhnya.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian,

Atok zamany.