Sunday, July 25, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 8

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...




KESESATAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG AWAM.



Setelah dibeberapa bab yang lalu kita disajikan dengan berbagai kesesatan yang dibuat oleh Pengamal ilmu-ilmu hitam, Tarikat sesat, Pereka-pereka ilmu batin, Kefahaman yang jauh dari hukum Syarak, Ilmu Pernafasan Batin (persilatan), Ilmu bersandarkan Khadam dll, maka tibalah masanya untuk kita mengatahui akan kesesatan yang dilakukan oleh orang-orang kebanyakan atau orang awam. Amatlah perlu kita mengatahui akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan kerana mempercayai mereka itu semua, supaya selepas ini kita dapat menghindarkan diri dari terjebak didalam rantaian keilmuan yang sesat pembawaakan mereka-mereka itu . Ini mesti kita lakukan supaya kita tidak termasuk sebagai golongan yang dimurkai Allah swt selama-lamanya baik didunia mahupun diakhirat kelak. Adalah tanggung jawab setiap individu islam secara peribadinya mempunyai azam dan iktizam untuk melarikan diri dari semua bentuk kesesatan baik ia secara terang-terangan mahupun secara tersembunyai kerana "akhirnya" kita juga yang akan dikenakan hukuman kelak atas sebab lalai, alpa, ikut membabi buta, tak mahu berubah, tak mahu mendengar nasihat, jahil murakab (bersusun-susun), berdegil, buta akal fikiran, berperasangka buruk, berdendam, megah dunia, mahu gagah dan perkasa, nampak hebat, mengejar kekayan dunia dan berbagai-bagai perangai manusia lagi. Keperluan untuk mengatahui dan mengenal diantara yang baik dan buruk adalah amat penting untuk diberi penumpuan disini kerana yang mahu dijaga itu adalah "AKIDAH ISLAM" didalam sanubari kita sendiri, bukannya orang lain. Justru anda digalakan membaca terus atikal ini sehingga selesai supaya mengatahui keadah untuk menyelamatkan diri kita dari 'perangkap' kesesatan yang sentiasa menunggu peluang untuk masuk menerjah keotak dan fikiran kita pada bila-bila masa saja yang dibawa oleh ejen-ejen peresikan Iblis Laknatullah dan Izazil Laknatullah yang bertopingkan manusia ini termasuklah dengan ejen-ejen THH yang berkeliaran diluar sana.

Maka banyaklah kesilapan yang kita lakukan sama ada sedar atau pun tidak yang pula membawa akibat yang buruk kepada Akidah, Iman, Akhlak dan Amalan. Disenaraikan akan kesilapan orang-orang awam hingga membawa kepada kesesatan kepada mereka seperti dibawah ini :



SASARAN DAN KETAKSUBAN:


Apa juga yang dilakukan oleh manusia-manusia durjana seperti dukun, pawang, mak andam, tukang tiup, bomoh, tok guru tarikat sesat, ahli kebatinan, tok guru silat, guru berkhadam, ahli nujum, tukang urut patah, mak bidan, tok mudim, pengamal kesenian rakyat, pengamal perubatan tradisional, perubatan alternatif, bomoh buang saka, guru-guru agama "bersahabat", Ustaz berkhadam, pengamal ilmu menurun, pengamal ilmu batin dan sebagainya itu... akhirnya orang-orang ramailah yang menjadi "target" atau menjadi mangsa mereka. Orang-orang awam yang mudah mengikut telunjuk seperti kerbau dicucuk hidung akan menjadi "ulam" mereka untuk diratah. Tambahan pula yang langsung tidak berpelajaran ataupun yang tidak mengatahui dan tidak ambil peduli akan pekara ini. Malang sekali jika ada diantara mereka yang terjebak itu diantara orang terpelajar, orang kenamaan, orang berkedudukan, artis-artis, golongan profesional dan sebagainya lagi. Sebenarnya semua orang awam tak kira apa juga kedudukan mereka menjadi sasaran puak-puak itu asalkan mereka boleh mendatangkan "keuntungan" atau laba kekayaan wang ringgit kepada pegamal keilmuan sesat tak kira dibahagian mana sekali pun. Mereka begitu rakus kerana Malaysia ini menjadi "lubuk duit" untuk mereka terutama yang datang dari seberang iaitu Indonesia. Mereka datang sebagai "pengamal perubatan alternatif", tukang urut tradisional, bomoh, dukun dan tak kurang juga yang menjadi pendakwah bebas, guru tarikat, guru persilatan, guru agama, guru tarek duit, guru buang saka dan lain-lain lagi. Tujuan utama mereka hanyalah kerana "wang ringgit" yang mengamit mereka kemari tambahan pula orang-orang disini sangat taksub jika tok guru datang dari seberang serta bersedia memberi habuan besar asalkan mereka sembuh dari penyakit yang dihidapi. Mereka amat terpengaruh dengan dakwaan bahawa guru-guru yang datang itu "handal", hebat-hebat ilmu mereka sedangkan mereka itu adalah pengamal ilmu hitam, ilmu kebatinan, pembawa tarikat sesat, penyebar dakyah songsang, pengamal ilmu megik dan tahyul dan berbagai-bagai ilmu sesat lagi. Jadi orang-orang ramai disini menjadi mangsa mereka kerana "KETASUBAN" tersebut serta tidak faham aliran keilmuan yang mereka miliki hinggakan tergadai akidah Islam yang selama ini mereka bena.



MEGIK DAN SAKTI:


KETASUBAN itu juga hadir apabila guru-guru itu membuktikan beberapa pekara mencarek adat atau luar biasa samaada dia nampak sendiri atau dengan mendengar cerita-cerita orang yang pernah hadir kepadanya. Mulalah heboh disana sini berkenaan dengan "kehebatan" guru itu tadi dalam mengubati orang atau dalam memberi ceramah agama atau pun dalam pertunjukan seni pertahanan diri (silat). Orang ramai terutama di Malaysia ini akan cepat terpengaruh dengan cerita-cerita begitu, maka tok bomoh atau Ustaz tadi mula mencari jalan bagaimana untuk mengcaburi mata hadirin iaitu sebagai contoh dengan belajar Ilmu Sakti Kebatinan (sebuah ajaran sesat yang menggunakan khadam syaitan yang popular di Indonesia). Dengan adanya Ilmu seumpama ini tok bomoh atau Ustaz tadi bias menunjukkan permainan "silap mata" atau magik kepada khalayak seperti menerbangkan sejadah keudara, keris terbang, kebal, jurus jarak jauh, bersila diudara, menghidupkan lampu pada badannya, makan kaca, mengeluarkan duit dari bawah tikar, menyembuhkan orang sakit tenat, berkata-kata dengan jin pada badan orang yang kena sampok jembalang, terus mata boleh melihat tulang patah atau retak, memasukkan pedang kedalam mulutnya, menghadirkan ubat akar kayu dalam mangkok dan sebagainya lagi. Setelah berubat mereka dikenakan dengan "pengeras" dengan dinilaikan sama dengan wang ringgit Malaysia. Begitulah permainan tok bomoh itu yang hanya sebentar sahaja kehadirannya disini (kerana ubatnya hanya bertahan beberapa waktu) sebenarnya takut kedapatan akan penipuannya. Maka cepat-cepat melarikan diri dengan alasan visa hanya seminggu saja. Selang beberapa waktu kembali lagi kemari dengan permainan yang baru atau sama saja seperti yang lalu. Begitulah pusingannya saban waktu sehingga orang ramai tidak mahu lagi percaya akan keilmuannya maka habislah punca rezekinya disini. Mempercayai dan berkayakinan dengan bomoh yang bersahabat dan berkhadam adalah meletakkan diri kita diwilayah murtad dan syirik terhadap Allah swt. Maka cepat-cepatlah bertaubat jika kamu didalam masaalah ini kerana dosa ini tiada keampunannya.

Yang menjadi harirannya, orang ramai disini tetap juga percaya dan taksub dengan tok bomoh dan Ustaz dari seberang walaupun telah ditipu. Kalau disana tok bomoh itu tiada siapa peduli kerana tahu tabiat buruk dan kaki minumnya itu hingga memukul isteri jika mabuk. Tapi dia disini bukan main mendapat perhatian yang istimewa. Turun saja kapal terbang diKLIA sudah ada Merz menjempunnya. Tinggal diHotel 5 bintang, kemana saja ada yang menyambut seperti menteri kerana punya Ilmu Sakti, malahan dipanggil "Kiayai" lagi. Sedangkan sejadah pun dia tak kenal, waktu solat pun tidak tahu, bacaan ayat Fatihah pun tidak lepas... tetapi disini menjadi Imam solat. Tahukah anda untuk apa dia kemari ??? kerana orang disini percaya dia mampu "Tarek duit", "Tarek Emas" dengan "Ilmu Sakti" nya. Atau dia ada banyak "barang kebal" untuk tarek duit. Ini berlaku tidak berapa lama dahulu, malahan kawan pun dijemput untuk "bergabong" tenaga...kononnya. Kawan tinggalkan saja majlis mereka tampa berkata apa-apa kerana tiada nas atau hadis yang mengatakan ujudnya Ilmu seumpama itu tambahan pula kawan kenal siapa "kiayai" itu. Jadi mereka membuang masa dan wang saja menjemput manusia seumpama itu kemari. Lihatlah betapa bodohnya mereka semua dek kerana "Taksub Melampau" yang sukar untuk berpatah kepangkal jalan walau diberi nasihat sekali pun. Sebenarnya jika kita berkayakinan bahawa khadam jin itu boleh mendatangkan duit dan memberi rezeki maka kita telah meletakkan diri kita kedalam wilayah murtad dan dosa murtad itu tiada keampunan selagi tidak Taubat Nasuha dan jika kamu mati didalam kepercayaan seumpama itu tampa sempat bertaubat maka kamu dianggap kafir... minta dijauhkan Allah swt.



PEMUJAAN:


Satu lagi yang amat senonim dengan alam Melayu ialah "PEMUJAAN". Entah kenapa masaalah ini tiada kesudahannya walau pun Islam telah bertapak di sini begitu lama. Ajaran Islam amat melarang kepada sebarang bentuk pemujaan walau apa pun tujuannya. Memang jika sebelum Islam datang kemari itu kepercayaan disini banyak kaitannya dengan bentuk pemujaan. Hampir semua kerja mereka kaitkan dengan puja dewa. Puja laut, puja sungai, puja pokok, puja bukit, puja semangat tanaman, puja perahu, puja kubur, puja roh jahat, puja kubur keramat dan banyak lagi. Tetapi setelah kita menerima Islam maka semua bentuk pemujaan itu haruslah dibuang dan jangan dibuat lagi. Tidak disangka juga ada sesetengah kumpulan manusia dimasa ini masih lagi mengamalkan pemujaan bagi tujuan perubatan, nombor ekor, minta kaya, minta anak, minta selamat, minta sehat, minta menang pertandingan dan lain-lain lagi. Budaya kuno ini tetap menular didalam darah sanubari masyarakat Melayu hingga kehari ini walaupun mereka itu Islam. Lainlah jika mereka masih tinggal diwilayah yang tidak menerima Hidayah Islam langsung. Meminta kepada yang lain selain dari Allah itu merupakan dosa yang amat besar dimana kita telah meletakkan diri kita diwilayah syirik dan murtad yang tiada keampunan dari Allah akan dosanya.

Malang sekali di Malaysia yang terkenal dengan Negara Islam ini dengan pujian atas pengurusan jemaah Hajinya, Islam Lebralnya, Islam Teloransi, Negara Islam contoh... tetapi telah pula "membenarkan" bentuk pemujaan dewa secara besar besaran diadakan saban tahun, malah telah diwartakan hari cuti umum lagi. Kononnya untuk menarek perlancong luar datang ke mari pada waktu itu yang juga dipanggil "Produk Perlancungan". Kenapa tiada bantahan dari Majlis Agama atas pekara yang terang-terang melangar hukum Syarak ini. Majlis Agama boleh saja mencadangkan kepada kerajaan agar mereka boleh membuat upucara itu secara tertutup dikawasan tertentu dan tidak dibesar-besarkan kerana menghormati akan setatus Negara Islam Contoh Dunia ini. Maka seharusnya kesucian Islam itu harus dijaga dengan sempurna walaupun kita punya berbagai-bagai jenis kaum dan kepercayaan. Kaum-kaum itu juga harus menghormati akan ajaran Islam yang dianuti mejoriti rakyat negara ini didalam Negara Islam pula. Ini adalah kerana pemimpin yang beragama Islam didalam kerajaan BN sebagai penaraju kerajaan juga akan dipertanggung jawabkan akan dosa yang mereka lakukan itu kerana "Kebenaran" yang telah kamu beri didalam Parliman. Jadi bagaimana... takut pada Allah ke, atau takut kepada pengundi ??? Begitulah sukarnya menjadi pemimpin.... bagaimana kamu mahu keluar dari dosa ini ???

Bentuk pemujaan juga menular kepada raja-raja Melayu, Pemimpin Melayu, Penceramah Agama, Penyanyi, Aktor, Program TV, Guru-guru Tarikat, Cikgu sekolah, pemimpin kaum, ratu, walaupun bentuk pemujaan itu tidak menyamai akan penyembahan dewa tetapi menjadikan taksub, tunduk, patuh, idola, puja, itu juga dikira sama dosanya seperti pemujaan selain dari Allah. Ia melarikan akidah, pandangan batin, akal fikiran yang akan menyebabkan kita lalai kepada Allah. Dalam hal ini manusia Islam haruslah berhati-hati menjaga akidah mereka supaya taksub mereka itu tidak melampau hingga lalai kepada Allah. Sebagai contoh, jika kita perhatikan disuatu keramaian yang bakal dihadiri Pemimpin tertentu... masyarakat sebok menyiapkan tempat, makanan, tempat berniaga, acara-acara hingga lalai solat, lalai waktu. Begitu tekunnya mereka itu hingga seluruh tumpuan kerja semuanya menuju kearah itu. Majlis itu pula mengalakan percampuran ajanabi (bukan muhrim) lelaki perempuan didalam satu tempat... jadi bagaimana ? Tidak kah ia melangar Hukum Syarak ? Tidak kah ia membawa dosa besar ? dan yang paling teruk sekali ialah dosa lalai pada Allah ??? Begitulah juga kepada idola-idola yang lain, kerana terlampau taksub hingga sanggup meniru gaya, pakaian, cara berjalan, rupa paras dan sebagainya kerana "taksub melampau" yang juga boleh diertikan sebagai PUJA.



MENURUN DAN BERDAMPINGAN:


Boleh dikatakan hampir kesemua bomoh, dukun, pawang dll didalam masyarakat Melayu itu mengamalkan "amalan menurun" atau pun "berdamping" dengan makhluk halus, makhluk jin, bunian, jembalang, toyol dll. Menurun dan berdamping samada sedar atau separuh sedar ataupun tidak sedar langsung yang dikenali juga dengan nama Tahasalul Arwah yang didalam hukum Syarak adalah ditegah dan haram sama sekali. Mengamalkannya jatuh kepada syirik dan bidaah dholalah hingga mengikabatkan murtad. Orang awam yang berkunjung kepadanya bagi berbagai tujuan dan hajat juga turut sama terbabit tampa mereka sedari. Mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti pengamal amalan itu tadi kerana mempercayai dan yakin kepada sesuatu amalan yang sesat dari jalan Allah. " Tiada sebarang Nas atau Dalil dari Al Quran mahupun Hadis Nabi yang mengatakan dan boleh dibuat sandaran bahawa Roh Orang Soleh, Waliallah, Malaikat atau siapa juga yang telah meninggal dunia akan hadir dan "masuk" menurun kedalam badan pengamal ilmu itu tadi atau pun boleh hadir berdamping dengan Tok Bomoh, Tok Guru, Tok Pawang, Dukun, Ustaz, Imam, Dukun Anak, Guru Silat, Mahaguru ataupun orang-orang biasa yang lain bagi tujuan memberi ucapan, ceramah agama, mengajar Tarikat, mengajar silat, memainkan alat kesenian Melayu, mengurut, menyembuh penyakit, menjampi air penawar, memberi ubat, memberi nasihat dan sebagainya ". Ini semua hanyalah permainan dan tipudaya dari tak lain dan tak bukan iaitu Golongan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis dari semua arah fitnah penipuan, bidaah dhoalalah yang sangat jauh, muslihat bagi menyesatkan Umat Islam.

Terlanjur dengan sifat orang-orang Melayu yang sangat taksub, fanatik, yakin dan percayakan akan "kehebatan" Makhluk Halus, Orang Ghaib, Bunian, Jin Islam dan lain-lain lagi yang kemudian sanggup pula MEMFITNAH orang-orang Abadi, para Solehin, Waliallah, Malaikat dan lainnya itu untuk menjadi "budak suruhan" atau "kuli" mereka bagi menbuat kerja-kerja kufur mereka itu walaupun bertujuan baik, mereka tetap telah melakukan dosa-dosa besar kepada Allah dan dosa-dosa "kering" kepada manusia dan malaikat yang dikasehiNya, termasuklah kepada orang-orang awam yang mendatanginya meminta pertolongan dari semua arah tampa mereka sedari juga telah terbabit sama atas apa yang mereka amalkan itu. Mereka semua ini bakal menerima azab seksa yang sangat pedih dialam kubur dan diakhirat kelak sebagai balasan atas semua fitnah yang telah mereka lakukan semasa didunia ini dan terus kekal bersama-sama "sahabat" mereka dari golongan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis didalam Neraka Jahanam. Tiada kompromi atas masaalah ini, maka jauhkan diri anda dari semua ini supaya kita tidak terjurumus "Kelembah Kehinaan" Allah swt dikemudian hari kelak.



PENGERAS DAN PEMUTUS UBAT :


Antara kesilapan besar orang-orang awam ialah kesanggupan mereka membayar upah kepada Tok Bomoh, Tok Pawang, Dukun, Ustaz, Imam, Mak Andam, Mak Bidan dan lain-lain lagi sebagai pengeras dan pemutus ubat. Pada kebiasaannya pengamal perubatan tradisional dan perubatan altenatif ini akan mengenakan kadar upah tertentu sebagai pengeras dan pemutus ubat apabila telah selesai berubat. Upah itu pula dalam beberapa bentuk seperti digantikan dengan wang ringgit, jenis pakaian, jenis makanan, jenis barangan, jenis besi buatan seperti keris, pisau lipat dll kemudian ada juga yang mahukan pesakit membuat amalan-amalan tertentu berupa ayat-ayat Quran, wirid-wirid, jampi mentera, doa-doa, berpuasa, patigeni (tak tidur malam kerana amalan) Memutih (berpuasa tak makan lauk berdarah), Solat-solat sunat malam dan berbagai lagi bentuk retual tertentu seperti membayar nazar ke Pulau Besar, ke Tasik Dayang Bunting atau ke Makam-makam tertentu dan lain-lain tempat lagi. Semua itu adalah berupa "Pensyaratan" (jika di Indonesia) yang dimesti dilakukan oleh pesakit jika mahu kekal sembuh sebagai pengeras atau pemutus ubat. Tak kira sama ada pengeras dan pemutus ubat itu bertepatan dengan Hukum Syarak atau tidak ia tetap sama hukumnya iaitu Haram dan Syirik. Itu semua adalah amalan bidaah doalalah yang sesat yang meletakkan umat Islam itu diwilayah Murtad kerana meminta kepada kuasa yang lain dari Allah serta meyakini bahawa yang memberi pertolongan itu adalah dari makhluk halus, bunian, jin, syaitan, afrit dan Iblis sama ada mereka tahu atau pun tidak.

Sama juga keadaannya jika orang-orang awam Islam yang sakit ini pergi berjumpa Doktor di Klinik dan Hospital Swasta atau Kerajaan. Jika mereka beretikad bahawa yang menyembuhkan penyakit ialah Doktor atau meyakini bahawa kerana ubat yang diberi oleh Doktor itulah yang menyembukna penyakitnya, maka mereka telah meletakkan diri mereka diwilayah sesat dan murtad. Ketahuilah bahawa "HANYA KUASA ALLAH SAJA YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT " bukannya Doktor, bukannya Ubat yang mereka beri. Itu semua kerana sebab saja, manakala yang menyembuhkan penyakit hanya Kekuasaan Allah semata-mata. Jangan silap beretikad kerana ia membawa kepada masaalah besar kepada akidah yang kamu miliki.

Berbalek semula kepada masaalah tadi, pengeras dan pemutus ubat ini adalah merupakan juga sebagai "TANDA" penghormatan, tunduk dan patuh kepada kekuasan di Alam Iblis Izazil Laknatullah (termasuklah makhluk halus, jin, bunian, syaitan, afrit dan iblis). Pada lapisan zahirnya nampak elok saja kerana menepati hukum syarak atau pun tidak... tetapi dilapisan bathinnya inilah yang kamu buat, "PENGIKTIRAFAN KEKUASAAN IZAZIL", dan apabila kamu mati dalam keadaan ini tampa sempat bertaubat nasuha serta berazam meninggalkannya sama sekali, kamu akan duduk dialamnya bukannya kembali ke Alam Barzah yang telah Allah swt sediakan bersama-sama orang-orang Solehin, Ariffin, Mutaqin. Inilah yang dinamakan mati didalam keadaan sesat, buruk dan tidak mendapat perlindungan serta rahmat Allah swt. Pada waktu ini baru kamu tahu bahana bermain dengan Jin sama ada sebagai pengamal perubatan itu atau sebagai orang yang datang meminta pertolongan daripadanya ... tetapi kesal kemudian tiada gunanya, maka kekallah kamu bersama-sama "sahabat" kamu itu hingga kedalam Neraka Jahanam diakhirat kelak. Terpulanglah kepada Allah untuk melepaskan kamu atau pun tidak. Oleh itu kepada yang telah terlanjur disarankan kembalilah kepangkal jalan secepat mungkin dengan bertaubat nasuha dengan azam yang kuat tidak akan mengulangi perbuatan itu kerana bahaya sedang menanti kamu. Mudah-mudahan Allah swt menerima taubat kamu itu.



KHADAM, SAHABAT DAN SAKA :


Telah dijelaskan dengan panjang lebar didalam bab-bab yang lalu berkenaan 3 pekara ini ataupun seumpama dengannya. Tentu anda semua telah mengatahui masaalah yang menimpa jika kita bersekedudukan dengan makhluk jin itu sama ada ia Jin Islam apa tah lagi jika ia dari puak Jin Kafir, Syaitan, Afrit dan Iblis. Malang sekali kepada orang-orang awam yang tidak mengatahui akan masaalah ini dimana tak semena-mena saja dia telah didatangi "saka keluarganya" yang tidak pula diketahui darimana asalnya ??? apa bendanya??? kenapa ??? Tiba-tiba saja dia meraong meronta-ronta "kerasukan" makhluk halus itu, hingga ada diantaranya sampai koma dan pengsan. Kemudian berkata-kata dalam bahasa yang ganjil (bukan lagi suara aslinya) pula. Ada kalanya ia menerangkan kenapa dan dari mana ia datang, tetapi yang lebih teruk lagi apabila ia tidak mahu bercakap langsung. Ia memerlukan pakar untuk mengubati pesakit itu dan bukanlah dari Ustaz biasa yang boleh melakukan pekara ini. Ia perlukan "orang yang mengenal dirinya" yang mampu mengubati, membuang dan memisahkan langsung Jin itu dengan pesakit dan keluarganya. Orang ini juga mestilah "nampak" akan jin itu supaya jin itu akan tunduk kepada arahannya. Begitulah keadah membuang saka yang sempurna dilakukan untuk keluar dari masaalah "bersaka" yang memudaratkan kepada diri, amal kebajikan dan keluarga.

Masaalah kepada orang awam ialah mereka selalunya hadir kepada Tok Bomoh atau Ustaz berkhadam. Sudahlah kamu bersaka... pergi pula kepada orang berjin, macam mana nak selesai masaalah ??? bertambahlah lagi masaalah yang kamu hadapi. Ia akan jadi bertimpa-timpa yang juga dipanggil dengan nama "Jahil Murakab" didalam Syarak. Ketidak fahamnya akan masaalah jin inilah yang menyebabkan semua itu berlaku. Jadi kenalah bertanya kepada ahlinya akan pekara ini jika mahu keluar dari masaalah itu. Janganlah pergi kepada mereka yang berkhadam, bersahabat atau bersaka untuk "Membuang Saka" keluarga kamu. Memang banyak dakwaan dari tok bomoh murahan dipasaran sekarang, sampai ada yang keluar TV lagi menunjukan kehebatannya membuang saka pesakit. Percayalah... jika tidak dari orang yang "mengenal dirinya" tidak akan mampu berhadapan dengan makhluk jin itu, kalau jadi pun hanya bersifat semantara saja. Dilain masa ia akan datang semula mengganggu pesakit itu atau ahli keluarganya yang lain berulang-ulang kali hingga kamu letih dan lesu. Selagi dia tidak bertemu buku dengan ruas, ia tidak akan pergi begitu saja. Ini semua kerana "Perjanjian" salah seorang ahli keluarga kamu dahulu semasa mengambil jin itu menjadi sahabat atau khadam. Kadang kala sampai banyak dari ahli keluarga kamu dahulu kala yang bersahabat dan berkadam. Maka apabila sampai giliran kamu yang tidak tahu apa-apa, menjadi mangsa jin itu pula yang digelar sebagai Saka Keluarga.

Jadi lihatlah masaalah yang telah kamu tinggalkan kepada keturunan kamu jika kamu membela Jin sebagai Sahabat atau Khadam ini semasa kamu hidup ini. Sudahlah kamu mati dalam keadaan sesat... kamu tingalkan kesesatan itu pula kepada keturunan kamu dibawah dengan segala masaalah bertimpa-timpa. Inilah salah satu lagi masaalah yang kamu dan keluarga kamu hadapi jika kamu bermain dengan makhluk halus atau Jin ini. Ia tidak akan meninggalkan keluarga kamu kerana pertalian darah keturunan kamu hinggalah hari kiamat. Mereka itu semua pakar DNA darah, sebelum manusia mengatahui akan ilmu DNA lagi. Jadi tidak hairanlah jika mereka boleh menuruti semua keturunan kamu dan menganggu mereka selagi tidak berlaku kiamat. Mereka akan duduk disemua bahagian hidup keluarga kamu terutama tentang ibadah dan muaamalah mereka. Suka atau pun tidak, tahu atau pun tidak, ia tetap "berkuasa" kerana kamu atau datok nenek kamu telah berjanji kepadanya dahulu. Maka beringatlah selalu, jangan ambil dan bersahabat dengan Jin dalam apa juga keadaan. Kepada yang telah "Terada" jin saka hendaklah pergi kepada yang arif didalam bab membuang saka. Bukan sembarangan...



TARIKAT SESAT:


Memang telah menjadi darah daging didalam masyarakat Melayu di Malaysia ini khususnya suka akan cerita-cerita keromah Para Waliallah dahulu kala, cerita-cerita kehebatan mereka bertempur dengan penjajah, cerita-cerita keberanian mereka berperang, cerita-cerita cara mereka mendekatkan diri kepada Allah swt untuk mendapat REDHA dariNya. Kemudian mereka pun mencari punca ilmu yang diwarisi dari orang-orang soleh itu dan ketahuanlah bahawa itu semua didapati dari sumber amalan Ilmu Tarikat atau jalan menuju Allah swt iaitu terkenal dengan panggilan "Jalan Mengenal Diri". Tetapi malang sekali rupa-rupanya persedian pencarian mereka itu tidak lengkap. Mereka tidak faham Tarikat yang bagaimana yang seharusnya mereka ikuti ?. Ilmu yang bagaimana harus mereka pelajari ?. Orang yang bagaimana harus mereka temui ?. Yang paling teruk sekali perangai "ikut cakap kawan" yang melekat pada diri mereka. Jadi sebenarnya mereka betul-betul tidak faham apa yang mereka cari ?. Apa yang mereka inginkan hanya didalam khayalan yang tak tentu punca dan arah. Dimana mereka harus merujuk dan bertanya akan pekara ini kerana silap bertanya akan membawa padah kesesatan pula ?. Semua persoalan inilah yang membelengu didalam benak fikiran pemuda-pemuda Melayu ini sehingga ada sebahagiannya tidak mahu lagi meneruskan pencarian mereka dek kerana "budaya takut sesat" ini.

Tambahan pula terlampau banyak berita berkenaan Terikat Sesat, Sufi Sesat, Penyebar Ajaran Sesat, Pengamal Aajaran Terikat Sesat atau telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa yang telah tertangkap oleh Majlis Agama dan Polis yang didedahkan didada-dada akhbar, TV, Internet dan cerita-cerita orang ramai sekeliling yang membuatkan usha-usha pencarian bagi mereka yang berminat menuju kebuntuan. Ditambah lagi dengan mereka yang menyebarkan fitnah kepada Pondok-pondok Pengajian Tarikat, Madrasah Pengajian Tarikat yang telah lama bertapak di negara ini juga turut dibabitkan. Mereka-mereka ini adalah kumpulan manusia yang diupah oleh ejen-ejen THH bagi memusnahkan "Sumber" pengajian Tarikat kerana mereka tahu disinilah asas dan asalnya sumber kekuatan dalaman umat Islam. Asas umat Islam membena kekuatan dalaman yang amat sukar sekali ditembusi oleh mana-mana kaum dan anasir jahat dunia untuk meruntuhkan Ajaran Islam. Jadi mereka merosakkan angapan dan fikiran orang-orang awam sebelah sini dengan memburuk-burukkan sumber ini supaya sumber ini akan terkubur. Dilain bahagian pula mereka mengupah guru-guru penipu untuk mendirikan "Tarikat Sendiri" yang agenda sebenarnya untuk menghancurkan Iman umat Islam disini. Sumber kewangan disalurkan secara sulit supaya orang ramai tidak mengatahuinya. Jadi tok-tok guru palsu itu pun menyebarkan ajaran terikat sesat dan segala agenda mereka dengan bebas tampa kawalan. Lihatlah betapa liciknya modus operandi yang mereka gerakkan semata-mata untuk melihat Malaysia jatuh keriba mereka, umat Islam di Malaysia hancur melutut dihadapan mereka.

Inilah diantara sebab kenapa atok tampil kemuka untuk menulis atikal ini semata-mata ingin melihat pemuda-pemuda Islam disini bangkit semula dengan berani. Jangan jadi dayus dan penakut untuk berjuang... ayuh mari ramai-ramai kita tegakkan semula kebenaran ??? kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... alang-alang menyelok pekasam biar sampai kepengkal lengan... alang-alang mandi biar basah, sila sahut cabaran atok ini ???? musuh sudah dihadapan hidung pun masih nak berdiam diri lagi ???

Perjuangan pertama yang kamu kena hadapi ialah diri kamu sendiri ??? kalau takut sesat lebih baik sembunyi bawah katil saja. Jangan cari apa-apa ??? tunggu saja Malaikal Maut sampai. Yang atok panggil keluar ialah "Keturunan Bani Tamin yang BERANI" !!! Yang atok seru keluar ialah "PEJUANG SEJATI" !!! Bagaimana nak berhadapan "peperangan akhir zaman" jika begini sikap kamu... diri sendiri pun tak boleh hadapi, inikan pula nak berperang ??? Apa orang putih cakap... "No Pain No Gain" ??? Macam mana nak mendapat pengalaman jika takut itu... takut ini. Hantu pun takut...??? Nampak bayang-bayang sendiri pun takut...??? Inilah masaalah besar Pemuda-pemuda zaman ini, Sikap rendah diri yang tak berpunca... macam mana nak jadi "Khilafah" dimuka bumi Allah kalau tak berani ??? Sudah atok bentangkan semuanya... sudah atok tunjukkan jalannya... masih lagi berdiam diri dirumah???, sedangkan atok yang tua-tua ni sampai kemerata tempat... kamu masih dirumah ??? Ini semua bukan untuk atok... untuk kamu semua, atok ni...entahkan esok entahkan lusa, akan pergi meninggalkan kamu. Kamulah menganti tempat atok kelak.... fikirkan lah ???

Yakinlah kepada Allah... jika kamu benar-benar Ikhlas ingin kepada Nya, nescaya akan ditunjuki kamu arah kepadaNya walaupun sesukar mana sekali pun. Lagi pun apa nak kamu takutkan, kan mencari Ilmu itu juga satu perjuangan dan apabila kamu mati didalam keadaan kamu sedang mencari JalanNya... pohon agar Allah letakkan kamu sebagai Syuhada sebaris dengan para Syuhada Perang Badar jika diizinkanNya. Jadi apa tunggu lagi......maju terus !!!



WASILAH DAN RABITAH:


Sangat mudahnya pegangan agama kita diperokperandakan tampa disedari hanya kerana ingin berubat, ingin mengaji agama, ingin menambah keilmuan, inginkan kefahaman tentang agama, ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan belajar ilmu sufi, ingin belajar ilmu pertahanan diri dan lain- lain lagi. Ini semua kerana ceteknya kefahaman serta tidak mengatahui bagaimana caranya untuk mencari guru yang benar dalam "Jalur Keilmuan Islam Sejati" yang diajarkan oleh Rasullah saw. Kemudian mereka pula tidak mahu bertanya dengan orang-orang berilmu bagaimana caranya mencari "Badal Guru Mursid" (wakil-wakil Guru Agung Rasullah saw) pada masa ini yang masih hidup yang bilangannya hanya 1 orang pada sesuatu masa sehingga beliau meninggal dunia baharulah digantikan dengan yang lainnya pula, sedangkan Badal Agungnya pula seorang setiap 500 tahun, kemudian dari itu ia berantaian setiap satunya dengan yang lain hingga menyampai ketangan Sahabat-sahabat Nabi dan seterusnya ketangan Baginda Rasullah saw itu sendiri. Hanya kepada beliau inilah yang boleh kamu ambil dan boleh menyampaikan "WASILAH DAN RABITAH" (salasilah keilmuan dan tambatan hati kepada Rasullah saw) melalui penyampaian "Watikah Sahadatai" atau juga dipanggil dengan nama "MUBAIAAH" atau Ijazah dari tangan ke tangan kemudian diucap dengan lidah dan mentasdihnya didalam hati dengan teguh dan mantap rohani jasmani kamu. Kemudian dari itu barulah kamu benar-benar duduk didalam "Wilayah selamat" sebagai "Murid dan Umat Muhammad Rasullah saw" ataupun bermula terlebih dahulu dengan menjadi "Murid Kepada Sultan Para Waliallah" al Sultan Syaidi Syeikh Abdul Khair, Abdul Murid, Abdul Hamid, Abdul Majid, Mughyideen Abdul Khadir al Jailani ra. - 471 H - 561 H (cucuanda Rasullah saw dan disebut kesemua darjat dan mertabat beliau disisi Allah swt). Pangkat darjat dan martabat beliau ini tidak pernah diberi atau tidak akan diberi lagi kepada manusia biasa sesudah beliau hingga hari kiamat nanti. " Ini bermakna tiada akan menyampai mana-mana manusia biasa akan mertabat kewalian yang telah dianugarah Allah saw kepada beliau itu justru bersesuaianlah keseluruhan Dunia Kewalian itu adalah dibawah pentadbirannya dan dialah yang melantik ahlinya pula "(kata sesetengah Ulama).

Maka dari punca inilah datangnya "Wasillah dan Rabitah" yang perlu dan semestinya anda miliki untuk meletakkan anda sebaris dengan mereka-mereka yang telah terpilih sebagai ahli abadi, Arriffin, Muttaqin dan as Solihin. Kesemua wali-waliallah juga duduk diwalayah yang sama termasuklah apa juga mertabat untuk mereka itu yang telah ditentukan oleh Allah swt keatas mereka samada besar atau pun kecil. Tampa kata-kata laluan atau "KUNCI" ini kamu tidak akan dapat memasuki "Taman Larangan" Nya... yang heboh diperkatakan didalam blog Mistisfile sedikit masa dahulu jika kamu semua masih ingat. Diblog itu menyebut juga berkenaan dengan "Damansi Alam" yang setiap demansi lapisannya perlukan "Kekuatan" untuk melapasinya. Hanya dengan "KUNCI" yang telah kamu miliki itu, kesemua demansi alam itu akan terbuka untuk kamu tembusi kerana itulah dia "KEKUATAN" kerana kamu "BERSERTA" Allah dan RasullNya. Atok terpaksa berlapik dalam memperkatakan bab ini kerana ia tidak mudah untuk menjelaskannya dengan kata-kata. Jadi, sesiapa yang tak faham atok minta maaf banyak-banyak, kepada yang faham...alhamdullah. Bab ini tidak boleh difikirkan dengan akal fikiran kerana ia adalah berkaitan dengan roh, maka ia telah melepasi dari alam akal dan ia tidak boleh dibincangkan secara terbuka...harap maklum.

Itu jika menyebut berkenaan dengan Ilmu Hakikat yang boleh didapati dengan bertarikat. Maksudnya belajar dari guru yang arif dalam bab Tarikat, Hakikat dan Marifah. Kepada yang tidak mampu atau tidak memasuki bab ini hanya suka duduk dan belajar didalam bab Syariat pun boleh meninggi mertabatnya dengan adanya "KUNCI" itu tadi. Oleh itu adalah benar kedua-dua aliran samaada Syariat ataupun Hakikat jika duduk didalam "wilayah selamat" sentiasa akan mendapat pertolongan Allah swt dari mana-mana arah sekalipun dan sentiasa meninggi iman dan akhlaknya asalkan saja mempunyai "Wasilah dan Rabitah" yang menyampai kepada tangan Rasullah saw. Dengarkan kata-kata jaminan oleh Sultan Wali Syaidi Syekh Abdul Khadir al Jailani ra. berkenaan dengan pekara ini....

"Jika kamu tidak mempunyai wali (penjaga), maka ambillah daku menjadi walimu, nescaya akan ku jaga kamu (rohani jasmani) seperti aku manjaga diriku sendiri. Tiada berkelip mataku dari memandangmu setiap saat dari waktu. Akan aku halangi neraka dari menjamahmu sehingga kamu semua masuk kedalam syurgaNya, kemudian barulah aku memasukinya. "

Tiada kedapatan dimana-mana dari bait kata-kata dari mana-mana Waliallah selain dari yang ini. Lihatlah betapa beliau sangat kasihkan kepada seluruh anak-anak muridnya diseluruh dunia sejak dari beliau diangkat kemertabat Waliallah oleh Allah swt dan RasulNya. Sedangkan beliau sendiri dari keturunan terpilih. Hendakkah kamu melepaskan peluang seumpama ini ??? sangat rugilah manusia yang tidak "NAMPAK" apa yang dikatakannya itu.



PENUTUP:


Dengan ini juga atok menutup bab AJARAN-AJARAN SESAT dengan harapan semua yang atok tulis didalam bab ini akan menjadi panduan kepada anda pembaca budiman semua. Mungkin juga didalam penulisan atok itu terdapatan kekurangan, kesilapan dan tutur kata yang tak sedap dibaca ataupun menguris perasaan pembaca semua yang atok tidak sengajakan. Oleh itu atas kesempatan ini atok mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan atok itu. Mudah-mudahan semua pembaca akan mendapat hidayah dan taufiq dari Allah swt kerana sudi menunggu dan membaca akan bab AJARAN-AJARAN SESAT ini hingga selesai.



Tunggu dikeluaran bab yang akan datang dengan tajuk lebih sensasi lagi didalam bab Hal Ehwal Kiamat, Kematian dan Alam Akhirat yang diambil dari sumber al Quran, Hadis, Riwayat dari Ulama-ulama dan Cerita Guru-guru Agama .

Nantikan...ya !



WABILLAHITAUFIQWALHIDAYAHWASALLAMUALAIKUM WARAHMATUALLAHI WABARAKATUH... amin.



sekian,

atok zamany.




34 comments:

  1. Alhamdulillah..byk ilmu didapati..tuan zamany terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Syukur dan segala puji kepada Allah..Terima kasih Atok...huhuhu...menangis saya baca entry kali ini..
    ~Minyak Angin Kuala Langat~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, syukur sy ucapkan ke hadrat Ilahi krn menggerakkan anggota bdn dan hati untuk menarik secebis ilmu yg ada pd pengetahuan atok. Moga sy dpt amalkan dan sampaikan kpd kluarga sy dari ap yg ditimba. Sy amat berminat dgn penulisan atok, dan baru mengetahui sedikit ttg selok belok ilmu tasawuf bermula dr pembacaan di teratak atok ini. Setelah ditimbang tara, memang benar, usaha penyucian hati perlulah mempunyai pembimbing dan penjaga. Menuntut tanpa berguru dikhuatiri akn menyusahkan diri sendiri kelak. Utk itu, sy ingin minta syor dari atok jika ad kenalan yg arif tentang bidang sufi di daerah Ampang, Selangor. Amatlah berbesar hati sekiranya atok dpt menolong sy, kerena penyakit ghairullah ini makin menular dlm diri.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam

    atok..
    billion terima kasih byk2, artikel atok byk memberi penerangan pemahaman sesuatu pekara dari mula tajuk ini sehingga berakhirnya tajuk ini...semoga tiap-tiap bait posting dari atok dikurniakan pahala yg byk... sy akui xramai dikalangan ilmuan yg bebicara pada basicnya, yelah bak kata atok..skrg byk ustad celup yg mcm2 skil ditambah para penceramah Ringgit


    atok
    mohon review ejaan kerana ade kesilapan dikhuatiri ada yg terfaham lain dari maksud asal

    moga atok sentiasa diberikan kebolehan kesenangan didalam memberikan serba sedikit ilmu yg telah atok pelajari bersama sama warga maya ini

    ReplyDelete
  5. Salam semua..

    Sebenarnya apa yg atok dedah ni baru peringkat awalan, sebelum melangkah keluar rumah kenalah ada alat-alatan yg hendak dibawa, Bila dah lengkap baru lah keluar sebab apabila kamu dah mulakan langkahan untuk keluar kemana2, jika ada yang ketinggalan kan susah nak patah balek...

    Kalau kamu semua dah ada sedikit sebanyak pengatahuan berkenaan batin, roh atau diri terperi. atok ingat agak mudah nak faham tulisan atok ini. Sebab ia akan menyambar ilmu ini seperti kilat. Begitulah lebih kurang...

    Kpd anony minyak angin kuala langat...

    Kalau cucu perhatikan, atok sebenarnya bercakap soal "Alter Melayu yang dah Hilang". Kekuatan dalaman yg sepatutnya org melayu ada tampa bersekutu dengan JIN. Betul2 mengadap Allah,hamba Allah dan berserta Allah...bulat2. Bayang kan jika ada 1 juta anak melayu yg sampai keperingkat ini??
    Tak ke hebat MELAYU tu ???

    Kpd izzat nasim...

    Kalau diampang boleh saja berjumpa dgn ust Yunus Ali di ulu kelang h/p 013 2303274, dia wakil Ust Mat jangut di selangor. Jumpa dia dulu pon boleh utk berkenalan sebalum jumpa ust mat jangut.. kalau nak tahu berkenaan Sanat ilmu, Wasilah dan rabitah terlebih dahulu...

    Kpd oracle...

    Tk sebab tegur soal ejaan... atok bab ni yg paling lemah maklumlah mengeji pondok je. Lagi pun dulu2 pakai tulisan jawi hampir disemua pekara. Skg dah berubah semuanya... atok akan cuba la.

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  6. Salam Atok,

    Sy masih keliru mengenai pengeras. Kenapa jika dalam perubatan alternatif / traditional / islam jika pengamal mengenakn bayaran kita akan ckp itu pengeras. Tapi kenape perubatan moden bila mengenakn bayaran kita ckp itu bayaran consultation / kos rawatan.

    Mintak maaf kalo sy masih keliru.

    Berkenaan Ustaz Zainor sy dh contact dia. Insyaallah besok sy jumpa dia.

    ~geng bas sekolah~

    ReplyDelete
  7. Salam Atok,

    Terima kasih atas limpahan ilmu dan kalau boleh pohon atok kenalkan wakil Ust Mat Janggut yang berada di kawasan Putrajaya/Bdr Baru Bangi/Kajang/Serdang jika ada untuk saya hubungi terlebih dahulu sebelum berhubung terus bagi tujuan membaih dengan Ust Mat Janggut. Terima kasih dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa/usaha murni atok ini.

    ReplyDelete
  8. Salam gengbassekolah...

    Pengeras adalah bahasa dulu2 yg digunakan oleh bomoh, pawang, dukun, mak andam, mak bidan kg dll bagi tujuan ubat yg mereka buat itu kekal dan pesakit itu juga akan kekal sembuh. Ia bukan upah tetapi "syarat" yg dikenakan oleh mereka. Syarat ini datangnya dari suruhan "khadam" atau "sahabat" dampingan mereka. Sedangkan upah itu adalah bayaran penat lelah bomoh, pawang dll itu pula.

    Selalunya pengeras tidak disebut sbg duit contohnya spt sireh pinang, upih pinang, garam kasar, kuih letuk (kuih ubi buatan org asli dulu kala), ayam cimani (ayam hitam), pisau tokeh, keris 3 lok, kain cendai (kain dibuat dari daun nenas) dll. itu semua barang2 dulu kala. Kemudian ia dibangsakan dengan duit sen lama spt duit syiling 1cen suku, 1/4 sen, 1/2 sen mata wang british... setelah itu naik kepada duit syiling Malaya 25 sen, 37 sen, 11 sen suku dll... setelah itu naik pula kepada wang ringgit malaysia lama 2 ringgit setengah (2.50), 3.70 , 11.35 dan sekarang bomoh makin advance pakai duit besar samapi ribuan ringgit. Ini kerana dahulu susah dapat duit, sekarang mudah. Dulu pengeras hanya ala kadar, sekarang mata pencarian bomoh, pawang dukun dll itu. Ia pula telah dicampurkan sekali antara pengeras dan upah.

    Kalau dulu kala upah berubat hanya bagi gula, garam halus, gambir, pinang, kopi, beras 1 cupak ayam gulai, ikan sungai sahaja. Sekarang dah jadi duit belaka...

    kpd anony 8.57..

    Atok tak tahu kalau dikajang, BBB, putrajaya atau serdang tapi yg palin hampir disitu ialah Ust Zainor diPekan Lama Bangi. Cuba call dia dan tanya kalau2 dia tahu. no tel 012 6282950. Melalui dia saudara boleh bertemu juga dgn Ust Mat Janggut.

    Sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  9. Salam Atok,

    Terima kasih utk syor yg telah atok berikan. InsyaAllah sy akn berusaha jumpa Ust. Yunus Ali dl. Sy jg amat tertarik dgn Seni Silat Abjad sbb bkn mudah nak berjumpa perguruan silat yg xde unsur2 jin atau makhluk halus. Syukur pd Allah krn tunjukkan jln pd sy.

    ReplyDelete
  10. Tuhanku, hanya Engkau tujuanku, dan hanya redhaMulah yang kucari. Limpahkan Cinta dan Ma’rifatMu kepadaku…

    ReplyDelete
  11. Salam kepada Atok Zamany,

    Moga Atok sentiasa berada dalam limpahan Rahmat dan Karunia Ilahi. Terima Kasih Atok atas segala curahan ilmu yang telah atok paparkan di teratak atok ini. Amat saya hargainya...


    Atok, seperti biasa, izinkan hamba untuk memaparkan semula artikel atok ini didalam teratak hamba. Jika atok izinkan, akan saya perbaiki tulisannya tanpa ada sebarang pengubahan dan penambahan dari segi makna asal, dan akan saya paparkan didalam teratak saya. InsyaAllah, ilmu yang atok curahkan ini akan tersebar luas dan besar manfaatnya untuk ummat ini...


    Atok, jika atok izinkan, mohon jasa baik atok untuk paparkan sanad perguruan atok disini yang melalui cabang Tn Guru Hj Mat Janggut dan yang melalui cabang Wali Songo. Boleh kah atok? Mohon maaf jika atok terasa dengan permohonan saya ini, ini hanya sekadar utk menetapkan sanad ilmu yg telah atok curahkan ini kepada saya sepanjang sy mengikuti artikel atok di teratak atok ini. Jika atok keberatan utk paparkannya disini, sudi kiranya atok paparkan dengan cara lain, samaada menghantar email atau apa2 cara lain...


    Sekali lagi, terima kasih daun keladi hamba ucapkan kepada Atok Zamany atas sekalian ilmu yang telah dicurahkan disini. Moga Atok sentiasa sihat dalam meneruskan perjuangan membangunkan ummah ini.


    Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw, sekalian Ahlul Bait Baginda, Para Sahabat, Para Ulama' Warasatul Anbiya dari awal hingga akhir. Salam kepada Atok Zamany. Al-Fatihah...


    Ya Rabbi Solli 'Ala Muhammad, Ya Rabbi Solli 'Alaihi Wa Sallim...


    WAllahua'lam,
    Wassalam,
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  12. "Ya ALLAH! Janganlah ENGKAU biarkan aku kembali sesat setelah ENGKAU berikan aku Petunjuk Hidayah."

    Terima kasih Atok!
    Yang benar,
    Abdul Al-Zayd bin Abdul Al-'Aliy bin Abdul Al-'Aziz bin Abdul Al-Hamd

    ReplyDelete
  13. kalau baca artikel ini dan yang sebelumnya,nampaknya 75% rakyat malaysia x kira agama dan bangsa sudah pasti mati atau hidupnya nnt di tarik ke tentera dajal.25% jew yg akan layak jadi tentera mahdi.masuk neraka semuanya melainkan yang di rahmati allah sahaja.selain hj tuk mat janggut,siapa lagi kat malaysia yg betul sanad tarekatnya atok?x kan semua nk g kat tuk mat janggut,penuh bahtera tuk mat janggut nnt,kena turun jugak cari bahtera guru lain.selain perguruan abjad,perguruan mana lagi kat malaysia yang betul sanadnya atok?

    ReplyDelete
  14. Salam semua cucu atok...

    kpd org gombak,

    Kalau diikutkan memang atok nak tulis semua guru2 yg berwasilah dan berabitah dari kedua2 sanat perguruan atok itu... tetapi sebenarnya atok tidak dibenarkan utk berbuat begitu kerana "ADAB BERGURU". Kpd sesiapa yg mahu menuntut diperguruan kenalah turun ke tempatnya dan mendapatkan salasilah itu disana. Begitu kan lebih tertib...malahan ia akan dijelaskan dgn lebih panjang lebar lagi oleh wakil2 sah tuan guru.

    Ada satu yg atok kena beritahu... arwah guru atok di seberang tu pun ambil baiaah semula dgn Ust Mat Janggot semasa beliau masih hidup dulu. Bila dia dengar saja nama itu atok cakap pd dia, dia terus minta atok jumpakan dia dengan ust... tiba2 saja dia buat begitu. Selepas dia meninggal baru atok tahu, rupa2nya baiaah ini kena ambil dari sanat yg terhampir sekali dgn keluarga Rasullah kerana itu terlebih baik. Maknanya semua sanat itu adalah satu rumpun yg berpusat kpd Rasullah. Cucu faham tak maksud atok ni...?
    Yg ada diperguruan atok di Indon tu sanatnya jauh sedikit tetapi yg ada pd ust Mat tu sangat hampir. Itulah sebabnya arwah guru atok nak sangat jumpa dgn Ust mat dan telah atok sempurnakan hajatnya itu. Itu bermakna yg ada disini tulah yang sangat bernilai... "hanya jauhari mengenal manikam" !

    Ttg tulisan atok utk diadaptasikan di blog cucu tu sangat elok sekali, biar ia dipanjang-panjangkan supaya ramai yg dapat baca.

    Kpd zarilla...

    Bagus soalan tu ! bukan ABJAD saja yg betul. Lain2 Tarikat yg sedia ada spt yg menjadi peganggan Tok Pulau Manis T'gnu, Tok guru Tuan Tulis NS, Tuan guru hj omar besut T'gnu, Tuan guru Hj Hussin Kedah, Tuan Hj Sulong Pathani, Tuan Syeikh Uthman Kelantani dan ramai lagi. Tarikatnya ialah Nasyabandiah, Ahmadiah, Syathariah dll. Tetapi semua mereka itu telah pula mengambil baiaah semula kepada Tok Kenali kerana mereka telah "mengetahui" atau "diberi tahu" supaya berbuat begitu... spt yg atok ceritakan di atas tadi. Maka semua Tarikat diMalaysia sebenarnya telah bersatu sejak dari Tok Kenali lagi. Cuma keadah pengajian mereka saja yg berbeza... Rohaninya sama. Jadi jangan bimbang jika dah duduk dgn mana2 Tarikat disini. Tetapi adalah terlebih baik jika disarankan utk memperbaharui baiaah dgn ust Mat Janggut kerana ia menepati "ADAB BERGURU" spt yg telah atok katakan tadi.

    Sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  15. Salam kepada Atok Zamany....

    Terima kasih atas jawapan daripad atok, saya faham apa yang atok cuba sampaikan tu. Kalau sanad dari jalur Tuan Guru Hj Mat Janggut saya sudah punya sendiri, tiada terputus hingga ke tangan Baginda Rasulullah saw. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar atok, dapat juga sy sanad Tuan Guru Hj Mat. Sudah fahamlah sy akan "ADAB BERGURU" yang atok maksudkan itu. Kalau sanad Tuan Guru Hj Mat, tak mengapa tok, sy yakin dgn sanadnya. Tiada terputus...

    Cuma, saya teringin juga hendak mengetahui sanad dari jalur Wali 9 itu tok, sebab sy kira, sanad dari jalur itu juga tiada terputus dan boleh dikira dekat juga. Kalau tak boleh, tak mengapa tok... Sy faham...

    Berkaitan sanad dari jalur Ahlul Bait, ada seseorang yg tinggal di Kuala Lumpur ni, namanya Sidi Syeikh Afeefuddenn Al-Jaelani, keturunan ke 34 dari jurai Muhyiddin Sidi Syeikh Abdul Qadir Aj-Jaelani Al-ArifBillah QS. Dan jurai keluarganya tiada terputus serta sanadnya juga tiada terputus dalam jalur keluarga yang menyambung ke Al-Hasanain menyambung ke Baginda Rasulullah SAW.

    Apapun, betul kata atok tu... "Hanya Jauhari Mengenal Manikan!" Memang ini pepatah yang amat sesuai digunakan dlm keadaan ini.

    Terakhir, sy dengan sukacitanya, mengucapkan Jutaan Terima Kasih Daun Keladi kepada Atok Zamany kerna memberi izin utk sy mengulang siar artikel atok ini. Semoga segala jasa baik yang atok taburkan mendapat ganjaran yg sgt besar drpd Allah SWT. Ya Allah, Limpahkanlah Kurnia-Mu kepada Atok Zamany atas sekalian pencerahan ilmu yang telah diberikannya, walau hanya didalam alam maya ini, namun sangat berguna bagi sekalian ummat ini adanya. Amiin...

    Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, sekalian ahlul baitnya, para sahabat, tabi' dan tabi'en serta sekalian ulama' warasatul Anbiya'. Salam kepada Muhyiddin Sayyidi Syeikhuna Syeikh Abdul Qadir Aj-Jaelani Al-AribBillah Rah.A QaddasAllahu Sirrahu. Salam kepada Atok Zamany. Al-Fatihah...


    Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alih Wa Sahbih, Sallallahu Wa Sallam 'Alaih...


    WAllahua'lam,
    Wassalam,
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Kalau boleh mohon atok perkenalkan wakil Ust Mat Janggut yang berada di kawasan Klang/Banting jika ada untuk boleh saya berhubung terlebih dahulu sebelum berhubung terus bagi tujuan membaiah syahadah dengan Ust Mat Janggut. Jazakallah dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Maaf jika diri ini tersalah bicara.
    ~MAKL~

    ReplyDelete
  17. salam semua...

    kpd org gombak,

    nampaknya cucu ni masih tak faham akan pekara yg di sebut wasilah dan rabitah ni. Atok bukan sebut soal darah keturunan sahaja... tetapi wasilah dan rabitah ini diwarisi atas "pemilihan" di alam HAKIKAT. Bukan manusia yg tentukan wasilah dan rabitah keilmuan itu untuk keluarga tertentu sahaja. Sebagai contoh... tok kenali, kenapa bukan anaknya yg diangkat menjadi "Badal" wasilah rabitah... tetapi diangkat Almarhom Syeikh Mahmmod Nasri Othmani... dan selapas beliau meninggal kenapa tidak anak2nya menjadi "Badal" ? kenapa Almarhom mengangkat Ust HJ Ahmad Che Din (ust mat janggut)menggantikan beliau ? kenapa tidak anak2 beliau yg berkelulusan tinggi azhar dan hafiz lagi alim itu yg diangkat ? Kenapa ??

    Sebab... itu bukan kerja manusia, itu "ketentutuan" yg Allah mahukan di alam hakikat, dgn restu Rasullah dan Sultan Wali... faham tak ??? ini amat jauh dari pemikiran biasa manusia. Jadi keturunan sahaja bukannya teket utk jadi "Badal" kpd Guru Mursyid (Rasullah saw)... atau boleh menjadi "ketua Jalan" sebagai pemimpin. Ilmu Agama Islam dibahagian hakikat amat berbeza dengan ilmu syariat islam. Bukan Manusia mahukan... tetapi Allah tetapkan ??? reti....

    Sebab itu kami tak kenal org yg cucu sebut diatas itu walaupun dia dari susur jalur keturunan ahlul baith. Dia yg sepatutnya "mengatahui" pekara ghaib ini jika benar beliau "betul kenal" jalan tarikat. Itu yg atok maksudkan dengan "HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM"...dan "Jika betul kenal Allah, maka kenal juga af'alnya"...???

    Kalau masih nak juga wasilah walisongo kenalah cari di tanah jawa.

    kpd MAKL...

    Tel ust Yunus ali sebab dia wakil ust mat negeri selangor ni. No tel dia 013 2303274, ok.

    ------------------------------------------------

    Kpd org gombak dan semua...
    Maaf jika jawapan atok tak memuaskan hati... atok sebut apa yg patut atok sebut sahaja. Selebihhya hanyalah hak Allah dan RasulNya saja.
    Waallahua'lam...

    sekian,

    atok zamany.

    ReplyDelete
  18. Salam kepada Atok Zamany,

    Ampun maaf saya pinta kepada atok atas salah faham yang berlaku, sebenarnya sudah fahamlah saya atas apa yang atok perkatakan itu, tentang jalur Syeikh Afeefuddeen Aj-Jaelani tu, sy hanya catatkan disini utk pengetahuan shj. Apa yang saya nak sampaikan disitu ialah sy ingin mengkhabarkan bahawa Syeikh ini telah datang dari Mekkah dan hadir ke mari (Tanah Melayu), untuk mencari apa yang atok katakan itu lah, disamping itu, syeikh ini juga telah dihalau dari sana...

    Bukannye sy kata pasal darah keturunan itu syarat yang layak menjadi badalnya... Memang Wali Badal atau Pengganti Wali itu adalah ketetapan Allah SWT, dan sudah termaktub bahawa Sayyidi Syeikh Abdul Qadir Aj-Jaelani itu sebagai Sultannya... Dan setiap pemilihan Badal baru itu mestilah melalui Baginda Rasulullah SAW dan Sultannya...

    Spt jalur sanad Tn Guru Hj Mat Janggut itu, Badal sebelumnya adalah Syeikh Mahmud Nasi Othmani Kedahi, ia terhenti disitu dan dicatat sanad itu oleh Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani... kemudian setelah badal selanjutnya telah dilantik, maka ia menjadi hak milik Tn Guru Hj Ahmad Junaidin Bin Che Din, maka sanad itu disambung dan dicatat lg...

    Kepada Atok Zamany, tok, jangan lah tegur cu kasar sangat, sedih cu... Ni kalau orang lain yang atok tegur macam ni, mau tak jadi sambung belajar nnt... nasib baik cu dah biasa dengan teguran macam ni...

    Sekali lagi, cu menyusun 10 jari memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki kepada Atok Zamany atas kesilapan yang cu lakukan, ni dah dekat Ramadhan ni tok, maafkan cu ya...

    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  19. Salam atok...

    Nak tanye sikit ni. Ap usul thariqah yg dibawa oleh Ust. Hj. Ahmad Che Din?
    Terima kasih atas berkat ilmu yg atok curahkan. =)

    ReplyDelete
  20. Salam izzat nasim...

    Soalan yang baik... usul tarikat yang sama spt Rasullah dan juga Sultan Wali Syeikh Abdul Khadir alm Jailani ra yang diberi nama ISLAM. Tiada nama yang lain dari yg asli itu dan tiada perubahan dari semua Syariatnya, Tarikatnya, Hakikatnya dan Makrifahnya seperti mana yg dibawa oleh Rasullah saw. Baik dari mana2 juzuk dan arah sekali pun, beliau tetap teguh dengan pendirian yang asal dan ia adalah asli begitu.

    Sedangkan nama ABJAD itu hanyalah nama yg diberi untuk menjadikan sebuah pertubuhan yang berdaftar di Malaysia yg membolehkan kami berkumpul menjalankan aktiviti2 keagamaan, ceramah, uslah, readah, kajian, motivasi, muzakarah dll. Ia sebagai NGO yg sah. Itu saja....

    Yang penting kan isinya...bukan kulitnya ???

    Begitulah jawapan yg beliau berikan kpd atok dahulu semasa atok pertama kali bertemu dgn nya.

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  21. Salam atok...

    Alhamdulillah. Jwpn yg atok (dari tuan guru) berikan sungguh jelas dan bermakna walaupun secara ringkas. Benar, hanya jalan Rasulullah sahaja yg diredhai Allah.

    Sy benar2 berharap bimbingan yg sy cari selame ni membawa hasil dan dapat ubah cara hidup sy. Cara hidup yg Allah redha yg tidak bertuankan nafsu syaitan. Takut jg klao tak sempat memahami hakikat Iman dan Takwa sebelum mati.

    Indahnya kalau hati ini sentiasa berzikir pd Allah dan tiada syak waham. Dan jg setiap nafas yg keluar masuk hanya menyebut Allah Allah Allah... Tp, godaan nafsu selalu menghasut sy supaya lalai dari mengingati Dia.

    ReplyDelete
  22. Kpd cucu org gombak...

    Sebenarnya atok tahu siapa cucu dari awal lagi cucu dok sebok tanya atok macam2 soalan "ujian" utk atok. Atok juga tahu cucu budak abjad yg selalu datang ke markas gombak jumpa ust Yunus dahulu... yg sekarang dah pindah ke ulu kelang. Cucu juga banyak ilmu yg bagus utk org ramai tahu... dari pesapsi berbeza mengikut olahan yg baik juga. Cuma yg tak bagus tu selalu "cocok" atok dgn soalan yg cucu sendiri tahu jawapannya.

    Cu...atok org lama abjad yg selalu ikuti perkembangannya dari jauh. Atok "nampak" serba sedikit yg berlaku disana walau atok jauh diperantauan. Atok juga banyak tahu pekara yg org tidak tahu, cuma atok tak boleh cakap secara terus terang. Jadi maaf atok kalau terkasar...

    Kpd izzat nasim...

    Mudah mudahan cucu diberkati selalu...

    atok zamany.

    ReplyDelete
  23. Salam atuk

    bolrh cerita secara terperinci tentang rijalul ghaib

    wasalam

    ReplyDelete
  24. Salam atok perlukah kita belajar tariqat?

    ReplyDelete
  25. kalau org gombak nak darah keturunan tok kenali sila jumpa dengan bob lokman,x jauh pun nga tok kenali,cicitnya sahaja.iman bukan warisan,ianya anugerah.

    ReplyDelete
  26. salam semua..

    kpd wauakulayang2,

    Pemuda rijalul ghaib itu adalah satu drp mertabat Waliallah. Ia terdiri drp anak2 muda yg soleh dan berseh kemudian mati didalam keadaan mendapat Readha Allah kemudian Allah angkat kemertabat ini sebagai pembantu waliakbar yg lain. dialam wali tu mereka ada tugas tertentu bukan duduk lepak je. Banyak tugas mereka yg kita tak diberitahu. Jumlah mereka juga ramai tapi atok dah lupa jumlah yg sebenarnya. Contoh spt pemuda Kahfi yg disebut dlm Quran tu. Ada juga guru kata mereka juga tergolong drp Jin Islam dan malaikat. Tetapi pendapat itu agak lemah jika dibandingkan yg pertama tadi. Waalaua'lam...

    Kpd anony 3.29,

    Perlu kpd yg ada minat mengenal Allah. Yg lain hanya perlu duduk ditangga Syariat sja. Bezanya, sangat jauh. Yg ada jalan "tarikat" (berwisilah dan beribitah) akan terus diterima amal kebijakannya, mudah baginya urusan dunia, boleh menjadi "khilafah" kpd yg lain, sentiasa dlm lindungan Allah, Semua gerak gerinya dikira amalan, kerja sedikit tapi ganjaran besar, duduk bersama2 org dalam "Istana" nanti. dll.

    Yg duduk disyariat saja tetapi punya wasilah dan rabitah, amalannya kena disiasat dulu sebelum diterima, susah urusan dunia (kena kerja keras), mendapat lindungan Allah tetapi tak sama spt org yg mengenal Allah, tidak boleh menjadi "Khilafah" sebaleknya kena ikut org lain, gerak kerja belum dikira amalan, Kerja banyak tapi ganjaran kecil, kedudukannya diluar "Istana" saja tapi didlm kawasan.

    Itu sebab org kejar jalan mengenal Allah iaitu dgn berterikat. Susah dulu pendapatan drp susak kemudian kerana kerja sedikit dah dpt ganjaran besar, ini kata2 guru atok la... Waalahua'lam.

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  27. Salam Atok Zamany,

    Izinkan hamba bermadah kata sepatah dua disini...

    Jikalau hati adalah sultan,

    Maka akal adalah menterinya;

    Jikalau nafsu adalah syaitan,

    Maka puasa adalah pengikatnya.

    Raihlah Ramadhan kali ini dengan penuh makna. Sambutlah kedatangannya dengan gembira. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H daripada kami, warga kerja di BK.blogspot kepada Tuan. Semoga Ramadhan kali ini diraih dengan lebih baik berbanding Ramadhan yang telah lalu!! :)

    ReplyDelete
  28. kpd bradokapak @ keluarga mereka semua...

    Terima kasih atok yg tak terhingga kerana ingat juga nak bagi ucapan menyambut ramadhan. Atok dah mula puasa sejak Rejab lagi.. jadi ramadhan ni kira mudah lah sikit, ia adalah kerana nak cuba dapat malam lailatul khadar tahun ni. Insyaallah kalau diizinkan Allah.

    Terlanjur... atok juga ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca ruangan ini mudah2an mendapat keberketan dan makfirah dari Allah swt. insyaallah...

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  29. Salam Tuan Zamany,

    Saya ingin mendapat pencerahan dari tuan berkenaan Al-Mahdi Muntazor. Saya ada mendengar dari seorang Syaikh yang berasal dari Patani, memberitahu bahawa untuk mendapatkan bantuan dari Allah swt bagi memerangi dajjal, maka perlu dizahirkan Imam Mahdi Muntazor (yang ditunggu) melalui solat tahajjud, doa, istighfar dll diwaktu pagi (2-3 pagi ). Antara amalannya ialah (selepas solat tahajud):

    1. Istighfar Nabi Yunus a.s. 1000x (Al-Anbiya’ 21:87)
    2. Doa para mustad’afeen (An-Nisa’ 4:75)
    3. Doa mohon ampun utk ummat Muhammad (lafaznya saya tak sempat salin)
    Mohon tuan Zamany dapat berikan penjelasan (saya tak ada rekoder, ambil catatan dengan pen pun lambat!!).

    T Kasih.
    hazbu.

    Nota:
    Apakah boleh kit a baca doa Nabi Khizir a.s. seperti berikut (utk) nombor 3 di atas:
    1. Allahummaghfir li-ummati Muhammadin saw
    2. Allahumma ashlah ummati Muhammadin saw
    3. Allahumma tajaawaz ‘an ummati Muhammadin saw
    4. Allahummaj’alna min ummatin Muhammadin saw.

    ReplyDelete
  30. Salam Atok Zamany,

    Semoga atok senantiasa dalam keadaan sihat wal afiat. Atok, cu ternanti-nanti artikel terbaru atok tu... cepat cepat lah ya atok realease kan...


    Atas kesempatan ini, cu ingin memohon seribu kemaafan daripada atok sekiranya ada salah silap disepanjang cu memberi komen di ruangan atok ini. Sudi kiranya atok maaf kan cu ya... :)

    Atok, raihlah Ramadhan kali ini dengan penuh makna. Doakan agar kita sama-sama dapat merasai nikmat Lailatul Qadr, malam 1000 malam. InsyaAllah... Amiin...


    Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada Atok Zamany, daripada saya, Orang Gombak. Selamat Berpuasa! :)

    ReplyDelete
  31. kpd anony 6.24,

    Selamat bersyahur dan berpuasa,
    Apa yg cucu dapat itu tidak lengkap, banyak lagi yg tertinggal diawalnya dan akhirnya. Ia bukan ilmu utk lawan dajjal, cuma kekuatan pertahanan diri melawan nafsu. Atok kira penerangan Syekh tu bermaksud.. membangkitkan almahdi muntazho itu bermaksud membangkitkan rohani diri sendiri sebab imam almahadi ni dia manusia biasa yg Allah beri kekuatan. Yg perlukan bantuan Allah ialah diri kita sendiri (roh)...diperkuatkan permohonan dgn solat sunnat malam 1) Solat Taubat 2) solat Tahajud 3) Solat Hajjat 4)solat sunat saiful aualia (500 rekaat)kemudian wirid sampai subuh selawat tafjiriah atau selawat Nabi Khaidir as... nampak tak bezanya ? kafiat ini yg biasa dibuat oleh tok2 guru pondok.

    Atok sarankan cucu jumpa ust mat janggot dan tunjukkan yg cucu dapat di ptahani tu sebab susunannya kurang betul dan ia mesti mendapat ijazah baru boleh kita buat. Ini melibatkan perjalanan rohani... jadi hati2.

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  32. Salam Tuan Zamany,

    Terima kasih atas pencerahan dan nasihat.


    hazbu.

    ReplyDelete
  33. Tok Zamany;
    Boleh ke sy datang umah Ustaz Ahmad Che Din untuk amik ijazah??
    Adakah mudah Ustaz Ahmad Che Din untuk memberi ijazah kepada sesiapa sahaja??
    Apakah ada syarat2 utk ambil ijazah dari Ustaz Ahmad Che Din?
    .
    Ikhwan Muslim..

    ReplyDelete
  34. Cari pengganti ustaz Ahmad che Din. Beliau sudah kembali ke rahmatullah

    ReplyDelete