BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
KEPERLUAN MEMPUNYAI BUDI LUHUR DALAM BERDAKWAH :
DIDALAM bab yang ke 7 ini, marilah selanjutnya kita lihat lebih mendalam apa yang telah berlaku didalam kepercayaan masyarakat Melayu Nusantara ini yang telah mengalami berbagai-bagai jenis perubahan didalam kepercayaan, adat resam, budaya, amalan hidup, politik dan pegangan beragama ratusan malahan ribuan tahun dahulu yang membawa kepada apa yang anda lihat pada hari ini disekeliling anda. Ya, semamangnya apa yang ada pada hari ini adalah merupakan rentitan sejarah dan perubahan yang mengikut aliran sejak zaman berzaman lagi atau juga dipanggil Tamadun. Maka perlulah setiap individu Melayu khasnya mengenal dan menerima akan sejarah perkembangan sosio budaya dan adat resam yang menjadikan mereka mempunyai jatidiri tersendiri yang membezakan mereka dari kaum-kaum lain yang ada dimaya-pada ini. Diwaktu yang sama mereka yang juga sebagai penganut agama Islam yang bermazhab ASWJ terkuat didunia mesti pula menyelaraskan penerimaan budaya dan adat resam itu dengan aliran kepercayaan, ajaran dan hukum hakam didalam agama Islam yang mereka pegang itu. Perimbangan inilah yang menjadikan mereka sebagai manusia hebat sehingga ada diantaranya telah menyampai mertabat "Insan Kamil" kerana kebijaksanaan mereka menyusun dan mengatur kehidupan mereka dengan kemas sehingga tidak nampak kecacatan pada dirinya didalam pergaulan bersama-sama masyarakat setempat. Jadi adalah amat perlu bagi sesorang yang bergelar Ulama atau Ustaz mempunyi perwatakan yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat Melayu ini kerana mereka semua sebenarnya terumbang ambing dalam mengharungi kehidupan serta untuk mereka mentaati Syariat Allah dengan serentak. Keperluan kepada Ulama-ulama adalah sangat penting kerana untuk menjadi penyuluh kepada kebenaran beragama dan kecelaruan adat istiadat masyarakat Melayu yang terpaksa mereka hadapi didalam kehidupan harian mereka. Inilah yang terpaksa mereka susun dengan kemas dan teratur diwaktu yang sama mereka tidak melangar hukum Syarak yang juga mereka kendong selama ini. Tugas para Ulama dan Ustaz lah yang harus memainkan peranannya dalam penyusunan ini supaya masyarakat Melayu dapat menjadikan ia sebagai panduan.
Sebagai contohnya mari kita lihat bagaimana kehidupan Waliallah Melayu yang terulung dan tersohor iaitu al Marhum Syaidi Syekh Muhammad Yusuf bin Ahmad al Kelantani - 1871 (1287H) hingga 1933 (1352H) yang sangat terkenal dengan nama gelaran "Tok Kenali" dikalangan rakyat di Malaysia ini. Sebagai anak murid daripada anak murid yang mewarisi keilmuan darinya, kami sentiasa diingatkan supaya tidak menjauhkan diri dari masyarakat didalam apa juga acara kemasyarakatan yang diadakan walaupun ia mengandungi unsur yang bertentangan dengan hukum Syarak. Umpama ular yang menyelusup didalam akar berduri, manakan hilang bisanya. Seperti juga halnya al Marhum ketika hayatnya dahulu, tidak pernah menolak undangan atau jemputan Majlis Pernikahan orang-orang kampong, sanak saudara, rakan dan taulan walaupun ia mengatahui majlis itu dipenuhi dengan unsur-unsur maksiat, dosa, syirik dan haram. Maknanya beliau menghadiri majlis itu hanya kerana tuntutan Syarak pada hukum menghadari undangan dan menyempurnakan hajat tuan rumah (hukumnya Wajib), sedangkan beliau tidak akan duduk lama didalam majlis tersebut. Beliau sebenarnya sentiasa menjaga dirinya dari terjebak didalam dosa dan maksiat telinga dari mendengar permainan kompang hadrah, musik dan sembang-sembang kosong. Juga dari dosa dan maksiat mata dari memendang kaum wanita ajanabi (bukan muhrim) tambahan yang membuka aurad mereka. Juga dosa dan maksiat dari bisikan hati dari berkata-kata berkenaan keadaan majlis itu kerana beliau sebenarnya "nampak" apa yang orang lain tidak nampak. Jadi beliau berpesan kepada anak-anak muridnya supaya menitikberatkan akan keperluan hukum Syarak dipatahui disamping sentiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Inilah yang harus kita amalkan supaya kita juga akan terselamat daripada fitnah dunia ini.
Jadi begitulah cara yang sepatutnya kita bina didalam masyarakat Islam dinegara ini supaya sentiasa hidup harmoni. Bukan cara sebaliknya dengan bersifat kasar dan keras kepada masyarakat walaupun kamu belajar tinggi didalam pengajian agama. Cara teguran secara halus dan manis ini amat sukar ditemui lagi pada waktu ini kerana mereka kurang menerapkan kehidupan dan kehalusan budi pekerti. Berbudi luhur ini adalah merupakan ibadah sunah kerana Nabi saw juga mempunyai sifat seumpama ini didalam pergaualannya dengan masyarakat. Justru adalah digalakkan kita belajar dan mewarisi kehalusan budi luhur ini supaya kita mudah mendampingi masyarakat untuk mendidik mereka kejalan yang benar.
KESESATAN OLEH PARA ULAMA DAN CENDIAKAWAAN AGAMA :
Sebenarnya terdapat berbagai jenis Ulama, cerdek pandai dan Cendiakawan jika kita teliti untuk mengenali mereka. Ulama pada kebiasaannya juga disebut Guru atau Ustaz adalah manusia yang dianggap mempunyai kebijaksanaan dan ketinggian ilmu didalam semua bidang keagamaan serta menjadi tempat rujukan orang ramai yang mempunyai permasalahan keagamaan seharian bagi mendapatkan penjelasan. Justru ulama selalunya dipandang tinggi dan penuh rasa hormat oleh masyarakat terutama mereka-mereka yang tidak belajar didalam bab keagamaan ini. Marilah kita lihat diantara Ulama-ulama moden yang mempunyai agenda tersendiri dan telah menjadi sesat seperti musang berbulu ayam yang menyelusup dicelah-celah masyarakat umum untuk menyesatkan pula orang ramai. Mereka itu diantaranya ialah ;
1) ULAMA FREEMANSON :
Adalah amat mengeciwakan kepada masyarakat Islam apabila ulama yang sepatutnya menjadi dahan tempat mereka bertaut disebaliknya menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan yang pula menyesatkan orang banyak dengan dakyah songsang , ajaran mazhab baru, penyebar fahaman baru serta penyebar budaya beragama baru yang sangat banyak dipasaran ketika ini. Ada pula diantara mereka yang sesat tetapi cuba pula menyesatkan fahaman yang sedia ada ( ASWJ) didalam masyarakat dengan dakwah dan ceramah-ceramah secara senyap dimerata tempat. Mereka tidak peduli lagi akan hukum syarak yang menjadi pegangan umat Islam mejoriti dinegara ini. Tujuan mereka adalah untuk meporakperandakan pegangan akidah umat Islam dinegara ini supaya umat Islam dinegara ini akan ditundukkan oleh kuasa besar dunia yang diketuai oleh THH, Illuminati, Zionist, The Secreats Sociates dan Freemason. Mereka inilah petualang disebalik semua rancangan jahat ini dan yang menjadi "pak sanggup" ialah orang-orang Melayu itu sendiri. Setelah mereka pulang dari melanjutkan pelajaran keluar negara atau merantau kenegara orang untuk beberapa ketika, maka mereka telah di "mind control" kan oleh anasir-anasir dari luar itu serta sanggup pula menjalankan "tugasan" atau nereka panggil "the mission" kedalam negara sendiri dengan ditawarkan kehidupan yang mewah. Maka mereka menjalankan tugas yang telah diberi itu dengan mudah kerana masyarakat disini menganggap "Ulama" itu ialah golongan berilmu yang harus disanjung. Ceramah-ceramah haram mereka dimerata tempat dengan agenda untuk melemahkan ajaran agama Islam dan kestabilan kedudukan politik negara ini di lancarkan secara halus.
Mereka adalah penyebar ajaran Anti Hadis, Wahabi, Syaiah, Anti ASWJ, Kristiniti, Anti Crist, freetinker, agama bebas, tak beragama langsung dan lain-lain lagi yang banyak diperkatakan orang sekarang ini. Setengah dari mereka menganggap masyarakat diMalaysia amat kolot dan terikut-ikut akan pegangan agama nenek moyang iaitu ASWJ walaupun mereka sedar bahawa ajaran ASWJ lah yang benar dan asli. Mereka menganggap umat Islam negara ini tidak terbuka mindanya iaitu seperti katak dibawah tempurong yang tidak mengenal dunia Islam luar, walhal kita sebenarnya amat tahu akan konsep ajaran songsang yang diajar diluar negara itu lebih dulu dari mereka. Jadi golongan sasaran mereka ialah anak-anak muda, remaja dan budak-budak sekolah agama yang mudah diratah kerana mereka itu ibarat daun muda yang kurang pengalaman. Ulama yang bermuka-muka dan seperti talam dua muka inilah yang kami gelar dengan nama Ulama Freemison alaf baru yang sanggup menjual agamanya, bangsanya, tanahairnya kerana megejar kekayaan dunia. Kesedaran msyarakat amat perlu untuk mengembeling tenaga bagi menghapuskan ajaran sesat Ulama Freemison ini kerana ia amat merbahaya kepada kesetabilan politik negara, agama dan tahan air yang kita sayangi ini. Maka semua pihak harus membuka mata dan memasang telinga akan pergerakan Ulama Freemison ini dimana-mana jua anda berada dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Majlis Agama Islam ditempat anda agar ajaran-ajaran baru itu dapat dibentras sepenuhnya sebelum ia merebak menjadi penyakit yang keronik, perosak bangsa, agama dan tanah air kita.
2) ULAMA TARIKAT SESAT:
Ada juga dikalangan Ulama moden yang mempunyai idealogy tersendiri kemudian menubuhkan kumpulan Tarikatnya sendiri akibat tidak berpuas hati akan ajaran Tarikat yang sedia ada yang dia ikuti suatu masa dahulu. Sesetengahnya pula telah dipecat dan dibuang dari mengikuti ajaran di pondok kerana tindak tanduknya yang pelik dan ganjil yang tidak disukai oleh Pak Guru. Atas rasa keciwa inilah maka beliau mencipta aliran Tarikatnya sendiri yang juga menggunakan namanya sendiri dan ada juga yang mengunakan nama Tarikat tersohor sebagai nama aliran Terikatnya itu. Ini adalah kerana untuk mengkaburi mata masyarakat yang mungkin tahu akan ajaran asal Terikat terebut dan beliau tidak akan dikenakan tindakan undang-undang. Ia sebenarnya adalah ajaran sesat ciptaannya yang kebanyakan ajarannya ialah untuk memberi kemudahan dan mengurangkan Hukum Syarak keatas pengikutnya. Kepada mereka yang menyukai akan aliran Tarikat yang memudahkan hukum Syarak, maka berbondong-bondongan lah mereka memasuki ajaran Tarikat itu. Maka ramailah yang sesat bersama-sama dengan gurunya itu akibat dari kelemahan pegangan agama dan kebodohan diri sendiri.
Ada kemungkinan juga sesetengah ulama-ulama Tarikat Sesat ini adalah orang-orang upahan dari Ulama Freemison yang menjadi penyokong dan penyalur kewangan kepadanya agar beliau dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dipondoknya itu secara serius. Maka ramailah yang bertambah sesat akibat dari tindakannya membuka kelas pengajian hakikat dan ceramah-ceramah agama versi moden dan baru itu dimarkasnya. Tambahan pula jika guru ajaran Tarikat sesat itu mengharapkan kewangan kerana masaalah kewangan yang dihadapi dimadrasahnya itu maka Ulama Freemison yang ternyata mempunyai agenda serta kewangan yang cukup menyambutnya dengan baik sekali. Pada Ulama Freemison cara begini akan memudahkan lagi kerjanya untuk memenuhi impian tuannya dan mereka akan memberi ganjaran yang lebig tinggi lagi dengan kejayaan itu. Jika di Indonesia masaalah ini menjadi agenda utama dan dianggap sebagai penyebab utama mengapa ajaran Tarikat kemudian bertukar arah kepada Tarikat extrimis dan sesat. Jadi bukanlah mudah untuk mendapatkan pondok yang masih tulin dan benar ajarannya, walaupun mempunyai nama yang mahsyor seantiro dunia. Begitu perlulah murid yang mahu belajar itu mengenal serba sedikit akan ajaran Tarikat yang asli sebelum pergi memondok dimana-mana pesentren di Indonesia.
3) ULAMA "TANASALUL ARWAH" SESAT :
Terdapat juga dikalangan Ulama yang punya pendamping, sahabat atau khadam dari kalangan Jin Islam atau Kafir bagi tujuan mengajar.Didalam keadah yang sama seperti yang telah disebutkan didalam bab-bab yang lalu, mereka ini akan menjadi "tumpangan" para jin itu didalam memberi hujahan, ceramah, pedito dan nasihat didalam pernampilannya dihalayak. Keadah yang biasa adalah dengan "menurun" , "mendamping" dan bertukar roh yang semuanya dikenali sebagai "Tanasalul Arwah". Ada diantaranya boleh dilihat secara terang-terangan dan ada juga yang tidak dapat dilihat, malahan anda tidak akan perasan ia berdampingan dengan khadamnya. Terutama apabila Ulama-ulama ini berhadapan dengan halayak ramai secara terbuka atau pun tertutup, didalam dewan atau dipadang, distedio Radio atau stedio TV. Mereka ini akan diberi waktu untuk memberi ucapan dan ceramah, kemudian mereka akan ditanya soalan-soalan dari para hadirin. Dengan mudah saja dia memberikan jawapannya kerana adanya "sahabat" atau "Khadam" nya itu didalam atau diluar tubuhnya.. Bicaranya yang sopan, berwatak lemah lembut, berpakaian kemas , pernempilan wara', berilmu, berseh, zuhud dan lain-lain lagi. Bila ia berkata-kata adalah amat menyentuh kalbu, ramai yang terpegun mendengar dengan khusuk sekali sehingga ada yang mencurahkan air mata, menangis teresak-esak, sangat menyentuh sanubari... konon kerana Insaf akan dosa-dosa yang telah lalu.
Semua itu adalah sendawara, penipuan dan samaran sahaja. Disebaliknya Iblis dan Syaitan terbahak-bahak ketawa dibelakangnya. Mereka tergelak melihat kebodohan manusia yang taksub benar mendengar hujahan ceramah Ulama atau Ustaz yang bersekutu dengan mereka itu. Pada orang ramai, kalau boleh dikala itu juga mereka hendak mendirikan Solat Sunat Taubat kerana terlampau Insaf akan perbuatan mereka yang telah lalu. Begitulah antara kesan-kesan yang terdapat pada Ulama-ulama yang mempunyai "Sahabat" atau "Khadam" itu. Anda boleh perhatikan dimerata tempat, malanah didalam kaca TV dirumah anda. Amat sukar untuk kita, orang ramai untuk membezakan antara Ulama yang palsu dan ulama yang benar. Ulama yang tidak menggunakan hidmat "Khadam" biasanya jika berkata-kata orang ramai tak terasa apa-apa pun, malahan tidak dihiraukan pun. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau di rapat "SuaRasa" umpamanya... orang mundar mandir saja dihadapan dan dibelakang Ulama dan Ustaz tu. Tak pun mahu singgah mendengar ceramah Ulama dan Ustaz itu. Ada pula yang saja lalu dihadapan Ulama dan Ustaz yang sedang berceramah itu sambil tersenyum, terpinga-pinga. Sampai pihak pengawal menareknya, barulah dia faham dan sedar ada orang sedang memberi ceramah, sedangkan orang ramai yang dihadapan itu adalah para hadirinnya. Lihatlah betapa meraka begitu alpa dan bingung kerana mata dan telinga mereka telah diduduki para syaitan dan Iblis oleh sebab Ulama dan Ustaz yang memberi ceramah itu bukan dari golongan mereka dan lebih malang lagi " mereka tidak mempunyai Ilmu untuk menghalau Jin, Syaitan dan Iblis itu sewaktu membuka sidang ". Jadi itulah sebabnya kejadian seumpama itu terjadi dikebanyakan rapat dan sidang sedangkan ilmu pengatahuan yang dicurah hanya merupakan suatu pembaziran dan tidak memberi makna kepada hadirin semua.
Ulama-ulama dan Ustaz-ustaz sesat ini bukan sahaja menjadi Pemceramah Bebas yang popular, ada juga diantaranya yang menjadi Guru agama Pondok, Madarasah malahan ada juga yang menjadi Guru Tarikat, Pegawai Jabatan Agama, Guru-guru sekolah malahan Ahli Politik dan semua ruang yang menyentuh soal agama Islam. Meraka brpura-pura dan tinggal didalam masyarakat seperti biasa tetapi menjalankan aktiviti-aktivitinya secara senyap. Tiada siapa yang akan menyangka bahawa mereka ada pendamping, sahabat dan khadam kerana ia tersembunyi. Mereka ini bertujuan untuk popular, disanjung, dihormati disamping mendapat pendapatan yang lumayan yang dibayar atas kerjanya itu. Ulama dan ustaz yang mempunyai dampingan ini akan mudah naik dan ternama atas bantuan "sahabat" dan "khadam" dari golongan Jin ini tak kira sama ada jin kafir atau jin Islam. Begitulah liciknya permainan mereka ini yang pula akan mengakibatkan ramai manusia lain yang akan sesat bersama-samanya.
Jadi yang harus sedar ialah Ulama atau Ustaz itu, bukan orang ramai.Mereka yang mengaji tinggi dan berpelajaran. Merekalah yang sepetutnya tahu batasan halal dan haram serta tegahan Syarak dalam penggunaan "pendamping", "sahabat" dan "Khadam" ini didalam semua kerja buat manusia. Mereka selalunya akan menjadi kepala atau Imam dalam kerja amal dan fardu solat di Mesjid seharusnya berfikir "Apa akam jadi kepada keriyah pimpinannya ?" sedangkan semua itu dibawah tanggungannya. Ia didalam keadaan Sesaat dan akan menyesatkan ramai orang pula, serta semua itu akan dipertanggung jawabkan keatas dirinya kelak. Kepada masyarakat umum, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka mengikut saja "Ulama dan Imam" yang sesat sedangkan mereka tidak tahu apa yang kamu lakukan. Kamulah yang akan memikul keseluruhan dosa dan maksiat yang kamu kepalai itu sampailah kamu mati dan seterusnya akan kekal begitu selama-lamanya diakhirat kelak. Naauzubillahiminzaliq.... bayangkanlah "BETAPA BESARNYA AZAB YANG BAKAL KAMU TERIMA DIDALAM KUBUR DAN DIAKHIRAT NANTI DAN KEKAL IA SELAMA-LAMANYA"?????.......
4) ULAMA TAMPA ILMU DAN AMAL:
Demikian pula ceritanya dengan manusia yang mengelarkan diri mereka sebagai Ahli Agama, Cendiakawan Islam, Ulama, Guru, Imam, Pemimpin dan Ustaz sedangkan mereka tidak memiliki Ilmu dan tidak juga beramal atau mereka berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya atau pun mereka itu kuat beramal tampa memiliki Ilmu. Sama ada mereka melantik sendiri dirinya atau pun yang telah dilantik oleh masyarakat kerana pernampilannya, atau yang telah meperolehi watikah perlantikan daripada Kerajaan atau Sultan kerana sebab-sebab jasa baktinya atau kerana rasuah atau kerana pandai "memgampu" atau juga dengan cara penipuan, pilih kasih, memilih bulu, boleh ikut kata, satu kepala, geng, ngam dan lain-lain sebab lagi. Maka ia di berikan perlantikan sebagai "Ulama" atau jawatan tertentu dalam Jabatan Agama Islam yang akan pula menjadi pemimpin kepada masyarakat. Jadi bagaimana keadaannya sekarang ??? Adakah masyarakat akan dipersalahkan kerana masaalah ini ??? Adakah masyarakat tahu apa yang terjadi diperingkat arasan dan pemilihan itu ??? Tidak ! masyarakat tidak tahu semua itu, tetapi masyarakat pula yang akan menanggung akibat dari perbuatan salahlaku mereka itu. Sudahlah mereka makan gaji dengan Masyarakat atau Rakyat, sekarang masyarakat "diberi" pula dengan "Ulama penipu" dan "Ulama celup" ini ??? Persoalannya kepada Masyarakat ialah "PATUT KE MASYARAKAT MENERIMA PERLAKUKAN SEUMPAMA INI "???
Itulah sebabnya ada diantara masyarakat yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pemilihan "ulama" itu dan mempersenda keridibiliti sesetengah Ulama kerana sebenarnya merekalah yang berhak mempersoalkan semua itu. Ini adalah kerana dalam konsep sebenar mereka semuanya adalah berkerja untuk masyarakat dan masyarakatlah yang membayar gaji mereka. Jadi tidak lah salah mereka mempersoalkannya kerana inginkan kepastian dan pihak Kerajaan pula seharusnya bersikap TELUS dalam pekara ini. Disebaliknya pula sekarang ini apa yang berlaku adalah berbeza. Jabatan Kerajaan ini langsung tidak boleh ditegur, tidak mahu mendengar teguran, tidak peduli dengan teguran. Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan ini sesetengahnya amat sombong dan curi tulang. Malahan sampai satu peringkat... wang simpanan rakyat, wang tabung haji rakyat, wang zakat rakyat, wang koperasi rakyat jadi habuan mereka kerana sikap tidak amanah mereka itu tadi. Jadi... mana perginya semua konsep yang menjadi amalan Jabatan iaitu "Sidiq, Amanah, Tabliq dan Fatanah" ini ??? Apa yang masyarakat nampak sangat mudah "PENIPUAN" disemua peringkat. Itulah sebabnya kenapa perlunya "KETELUSAN" semasa pemilihan semua jawatan Kerajaan perlu dibuka dan nampak kepada rakyat. Bukan pilih kasih dan pilih bulu atau pun pihak Kerajaan haruslah memikirkan satu cara lain yang lebih baik untuk menapis AKHLAK mereka sebelum diterima menjawat jawatan-jawatan didalan Jabatan Kerajaan terutama Jawatan-jawatan tinggi termasuklah Ulama tersebut yang boleh memuaskan hati rakyat semua.
Diperingkat yang lain pula "Ulama-ulama celup" ini ada pula yang melantik dirinya sendiri yang bertindak seolah-olah Ulama Besar dengan mengeluarkan "Fatwa-fatwa" songsang dan baru tampa merujuk kepada mana-mana pendapat dan bahan. Ia berbuat sesuka hatinya tampa Ilmu yang sah yang boeh dijadikan panduan. Mungkin segelintir kaumnya menyokong akan pendiriannya itu, tetapi didalam konsep sebenar mengeluarkan Fatwa, ia tidak boleh dikeluarkan seorang diri atau satu kumpulan sahaja. Ia mestilah melalui proses tertentu yang boleh diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia Islam atau pun didalam negara itu. Pandangan dari banyak pihak harus diutamakan yang juga digelar "Qias" dan "Ijamak Ulama", maka barulah ianya boleh diterima menjadi sebuah Fatwa oleh umat Islam semua. Ulama yang "syok sendiri" ini telah banyak kedengaran dimerata tempat kerana "Cetek" nya Ilmu yang ada padanya kemudian mahu pula "mendabik dada" ingin menjadi juara. Inilah yang berlaku jika berfahaman sempit tentang ajaran Islam yang suka menidakkan pendapat orang lain dan hukum hakam didalam ajaran Islam itu yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri. Ia amat merbahaya kepada masyarakat Islam khususnya kerana "Fatwa" yang dikeluarkan itu akan pula menjadi pegangan umat Islam diseluruh peringkat. Jika ia salah maka seluruhnya akan menjadi salah pula dan bukan itu saja malahan akan mengakibatkan dosa dalam mengamalkan "Fatwa" yang salah yang dikeluarkan oleh "Ulama sesat" itu.
Ada pula "Ulama -ulama" yang berpura-pura alim tetapi sebenarnya tidak berIlmu dan ada pula "ulama" yang berilmu tinggi tetapi tidak pula mahu beramal dengannya. Ini juga akan membawa kesan yang sangat besar kepada masyarakat Islam amnya. Kalau didalam al Quran mereka ini boleh dibangsakan seumpama Kaum Yahudi dan Kaum Nasrani yang Allah telah laknat dan telah sesat kerana masaalah ilmu dan amal mereka itu. Golongan Ulama Islam ini seolah-olah telah meniru akan konsep yang sama seperti dua kaum yang telah dilaknat Allah diatas tadi iaitu "Beramal tampa Ilmu dan Berilmu tetapi tidak beramal dengannya", mereka yang beramal pula hanya dihadapan halayak dan perhimpunan orang ramai sahaja sedangkan dirumahnya dia hanya tidur sehingga Solat fardu pun dapat hujung-hujung waktu saja. Begitu pun pada mata ramai dialah seorang yang sangat warak dan alim serta menjadi tempat rujukan masaalah keagamaan masyarakat Islam. Ini bukan cerita kosong kerana kawan sendiri melihat sendiwara Ulama ini apabila berkesempatan tinggal bersama-samanya beberapa bulan. Diharap beliau akan insaf akan perbuataannya yang lalu dan meninggalkan kerjayanya itu untuk diberi kepada orang yang lebih layak dan beramanah. Orang ramai tertipu bulat-bulat akan permainannya hingga ada diantaranya mereka sangat taksub akan dirinya. Begitulah harapan yang amat tinggi orang-orang ramai kepada manusia yang bergelar "Ulama", yang pada mereka golongan Ulama itu adalah manusia mulia yang menjadi dahan tempat mereka berpaut. Malangnya dahan itu adalah dahan yang telah busuk perdunya yang menunggu masa saja untuk patah menjunam menyembah bumi. Sangat zalim sekali sikap dan perbuatan manusia ini yang memperalatkan agama untuk kepentingan dirinya sendiri serta mempermain-mainkan perasaan dan kepercayaan orang ramai yang seagama dengannya. Selagi dia tidak bertaubat dan insaf, selagi itulah masyarakat tertipu akan perbuatan kejinya itu dan terus menerus bergelumang dengan dosa-dosa besar serta bakal menempah seksaan yang amat pedih diakhirat nanti.
Tambahan pula "Ulama-ulama", Ustaz-ustaz, Imam-imam, bilal-bilal mesjid, pegawai-pegawai Jabatan Agama yang tertangkap kerana kes Nombor Ekor, Berjudi, Khalwat dengan bukan muhrim, Mencabul, Kes Liwat, Kes rogol, kes-kes dadah, bernikah secara haram, mencuri, pecah amanah, memberi rasuah, bersekedudukan tampa nikah yang sah serta banyak lagi kes-kes rendah akhlak dan salah laku yang akan menyebabkan rendahnya nilai moral mereka-mereka itu dimata masyarakat. Kes-kes seumpama ini tidak seharusnya berlaku dikalangan mereka kerana mereka seharusnya dilihat mempunyai iman yang kuat serta selalu menjaga diri mereka dari terjebak dengan pekara-pekara haram dan maksiat serta rendah akhlak seumpama itu. Disebaleknya mereka pula yang melakukannya pekara-pekara seumpama itu. Oleh kerana itu bagaimana masyarakat hendak memandang tinggi akan akhlak dan diri mereka itu ?. Bagaimana mereka hendak dijadikan contoh dikalangan masyarakat dengan sikap mereka yang terpesong dan terkeluar dari nilai-nilai murni ajaran Islam ? Bagaimanakah pekara seumpama ini boleh terjadi dari kalangan mereka ? Ada juga kedengaran mereka-mereka yang menjawab,.. "Mereka kan manusia biasa, bukan malaikat ! ". Soalnya... jika ia berlaku kepada manusia biasa tentulah masyarakat faham akan kelemahan Iman dan akhlak mereka, tetapi sebaliknya ia berlaku dikalangan mereka yang menjawat jawatan yang bersangkautpaut dengan soal badan keagamaan Kerajaan ataupun badan berkanun Ulama-ulama, Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal dan lain-lain lagi. Ini yang membuat masyarakat tidak faham dan memandang rendah pegawai-pegawai di Jabatan-jabatan Kerajaan dan badan berkanun itu, walaupun kes yang berlaku hanya sedikit. Sepatutnya ia tidak berlaku langsung didalam Jabatan-jabatan ini. Ia sungguh MEMALUKAN masyarakat sebenarnya kerana memiliki penjawat jawatan didalam badan Kerajaan dan badan berkanun yang amat lemah akhlak dan moral mereka... BAGAIMANA HENDAK MENJAGA AGAMA KALAU AKHLAK SEUMPAMA INI ??? HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. HARAPKAN TERANG SAMPAI KEPETANG, RUPA-RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI.... adakah pekara seumpama ini akan dibiarkan terus berlaku didalam Jabatan-jabatan Kerajaan yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam ini ??? Tepok dada tanyalah selera, Kita yang menegur kepincangan mereka itu sudah pun terlepas dari hukum Syarak sedangkan mereka yang berwajib akan dipertanggung jawabkan terus perlakuan dosa dan maksiat didalam Jabatan yang mereka ketuai itu.
Justru daripada keterangan-keterangan diatas tadi, maka telah diberitahu bahawa bukan semua Ulama-ulama, Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal, pegawai-pegawai agama dan lain-lain lagi yang harus disanjung oleh masyarakat. Merekalah yang harus menunjukkan sikap, akhlak ,moral dan nilai taladan yang tinggi kepada masyarakat supaya semua Jabatan Kerajaan itu menjadi dihormati oleh masyarakat. Tugas mereka bukan itu saja malahan membendung segala aktiviti- aktiviti Ulama-ulama sesat yang telah disebutkan diatas tadi supaya mereka tidak merosakkan akidah dan pegangan agama masyarakat Islam di Malaysia ini. Mereka tidak akan berhenti dari cuba memporak perandakan akidah agama Islam masyarakat diMalaysia ini dan tugas mengawal haruslah berterusan dari masa kesemasa supaya mereka tidak dapat mencapai niat jahat mereka itu untuk selama-lamanya. Semoga negara ini akan terselamat dari angkara jahat puak-puak itu dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt.
Waallahuak'lam.......
Sekian dahulu untuk kali ini, akan menyusul bab 8 dari tajuk Ajaran-ajaran sesat ini dikeluaran akan datang.
Wassalam...
Atok Zamany.

assalamualaikum atok,
ReplyDeletenak tanya sikit... apa hukum membaca doa qunut dalam solat subuh. dan apa pula syarat sujud sahwi.
dari yang saya tahu, qunut adalah amalan sunat dan tak menjejas sah solat subuh. sujud sahwi pula hanya dibuat kalau terlupa salah satu perkara rukun sah solat. jadi, kalau tak baca doa qunut (sunat), maka tak perlu sujud sahwi sebab qunut tu amalan sunat.
harap tok dapat beri penjelasan beserta dalil.
Assalamualaikum tok..
ReplyDeletesy nak tanya ada ke sesaper yg pantau kualiti seseorang ulama yg diiktraf. adakah gelaran ulama itu boleh ditarik balik cam sultan johor tarik balik gelaran datuk tokoh2 tertentu.
kalo ikut penjelasan atok ada diantara ulama yg di tv, radio atau dimana-mana sahaja yg "berpendamping" atau ada khadam dan ceramah mereka hebat2 dan org mudah terpengaruh dan sampai menangis. manakala yg xbrapa ramai pendengar dan xbrape pandai tarik perhatian dianggap x "berpendamping" dan benar.
bukankah statment atok tu akan menimbulkan syak wasangka. pasni bila p ceramah ulama yg hebat2 pasti akan terdetik dalam hati "dia ni ada khadam kot, ciri2 sama je cam atok zamany bagi tau". manatau dia p kursus komunikasi berkesan ke, memang jenis petah bercakap ke, atau mungkin dia benar2 iklas dan dapat redha Allah.
salah silap tolong tunjukkan. sy memang banyak bintik2 hitam dlm ati.
Salam semua...
ReplyDeletekpd cucu adam,
Atok dapat katakan begini ttg masaalah doa qunut dlm solat Subuh. Ia dihukumkan oleh para Ulama Salaf lagi sebagai Sunat Muaakada atau sunat yg diberatkan yg manghampiri hukum Wajib kerana mereka melihat Rasullah saw melakukannya. Bila Rasullah buat, apabila seorang Ulama yg juga sahabatnya kembali kerahmatullah maka Rasullah didalam solat subuh hari itu telah membaca doa qunut itu (spt yg kita buat selalu) sambil menangis kerana bimbangkan umatnya yg bakal Ia tinggalkan kemudian hari nanti akan hilang panduan apabila satu demi satu Ulama meninggal dunia. Mereka akan pergi dengan Ilmu dan amalnya manakala yg tinggal ialah Umat Islam yg tiada panduan. Merasa akan kehilangan yg teramat sangat itulah maka Rasullah saw mensyariatkan kita berdoa(qunut) agar sentiasa mendapat hidayah Allah. Antara maksud doa itu ialah :-
"Ya Allah, pimpinlah daku diantara org yg telah kau pimpin, Berilah daku afiat spt org yg telah kau beri afiat, Peliharalah daku spt org yg telah kau pelahara, Anugrahi daku spt or yg telah kau beri anugarah, Lindungi daku akan bahaya yg akan menimpa sebab Engkau maha menghukum dan tidak dihukum. Tidaklah hina org yg telah kau muliakan, tidaklah mulia or yg telah kau hinakan. Maha besar dan Maha tinggilah Engkau wahai tuhanku. Segala puji bagiMu atas apa yg Engkau lakukan. Ampuni daku dan maafkanlah daku. Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarganya dan sahabat2nya... amin "
Oleh kerana itulah maka kita amat perlu mentauladani apa yg telah dilakukan oleh Rasullah. Jadi Jika kita tertinggal doa qunut itu, amat perlu kepada mengantikannya dengan sujud sahwi sebab terlupa atau tertinggal (bukan disengajakan dgn meninggalkannya).
Harap maaf..Atok tak dapat cari hadis yg menjadi pegangan Ulama Salaf itu. Kalau boleh cucu tanyakan kpd ust atau imam ditempat cucu tinggal. Apa yg atok tulis ini adalah cerita drp guru atok sedikit masa dulu.
sekian
atok zamany
salam pancabaiduri..
ReplyDeleteTk atas soalan yg baik itu.
Ia.. atok setuju sekali kalau kerajaan memantau akan aktiviti Ulama-ulama yg telah mereka lantik. Kan pihak Kementerian Dialam Jabatan Perdana Menteri, Majlis Raja-raja, Jakim, Majlis Hal ehwal agama yg lain-lain harus tahu atau Mereka boleh saja menubuhkan satu Pesuruhjaya Khas utk tujuan itu. Mereka menentukan bentuk hukuman kpd yg bersalah.
Kpd Ulama yg ber"jin" tentu dia sendiri tahu apa yg ada pd mereka. Bukan tiba-tiba masuk saja dlm badan mereka. Pengambilan Khadam itu melalui satu upucara khas bukan semborono. Yg atok cerita tu sebagai contoh... bukan lah bermaksud ulama yg bercakap dlm TV, Radio atau di suaheboh tu berjin. Contohnya saja... supaya anda senang nampak perbezaan itu. Itu pun kalau perasaan... tapi selalunya atok nampak org ramai tak perasaan pun ?
Ok.. cucu faham tak maksud atok ni....
sekian
atok zamany.
Assalamualaikum..
ReplyDeletetok nak tanya lg ble..
kenapa golongan tarekat amat mementingkan sanad ilmu mereka hingga pada Nabi Muhammad SAW. katanya kalo ilmu tanpa sanad akan terbatal kerana tanpa wasilah dan rabitah.
kalo setakat amalan sunat spt puasa sunat, zikir2, selawat nabi yg kita belajar di sekolah2 dan kuliah2 agama di masjid dan surau pun dikira xmenyampailah kalo kita xtau sanadnya. adakah yg dimaksudkan cuma ilmu bidang kerohanian sahaja. manakala ilmu lain spt ilmu pernafasan Melayu spt senaman tua, ilmu kawalan minda bawah sedar dan silat biasa spt silat cekak hanafi atau buah pukul yg xda amalan kebatinan xmemerlukan sanad. kalo xsilap ada kisah nabi ditanya hukum mengahwinkan pokok tamar oleh sahabat. nabi cakap "kamu lebih mengetahui". kerana sahabat itu lebih arif dalam bidang tu.
salam atok,
ReplyDeleteatuk saya kadang-kadang berjumpa dengan orang yang bercerita tentang ilmu tasawuf...ada yang mengajak untuk menjadikan anak murid, tapi saya tidak berkenan cara mereka.. hati saya kuat ingin berjumpa berubat dan menuntut dengan tuan guru ustaz mat, tapi perasaan saya malu,takut, gementar dan macam-macam lagi, dalam hati saya kuat rasa saya ada gangguan..saya dah pun pegi kawasan rumah ustaz mat tapi hati rasa gementar untuk pegi kerumahnya..rumah saya dekat sahaja dengan rumah ustaz mat(hari apakah yang sesuai untuk berjumpa tuan guru ustaz mat)
bagaimana caranya..
Menariknya saya dapati disini banyak sumber yang merupakan hasil petikan dan sandaran juga. Tak mengapa.
ReplyDeleteYnag paling menarik sekali adalah bila menTITLEKAN pendokong kesesatan dengan ULAMA. Ini begitu ironis kerana ulama itu pewaris kenabian, pendukung dan pengembang kebenaran, pencegah kebatilan penasihat kemanusiaan dsb.
Salam semua...
ReplyDeleteKpd pancabaiduri,
Ya.. inilah yg atok perjuangkan. Umat islam yg kuat adalah dari unsur yg benar. Sama ada ibadahnya, amalannya mahupun seluruh kerjabuatnya, dari mula ia lahir sampailah ia meninggal dunia. Dengar baik baik apa yg atok hendak katakan berkenaan "AMALAN YANG BERWASILAH DAN BERIBATAH" ini. Apa yg kamu belajar samaada disekolah mahupun diUniversiti atau didalam madrasah... diperingkat awal hanyalah sebagai "panduan awal saja". Tetapi selepas itu, adalah menjadi kewajiban setiap umat manusia itu untuk mencari "punca segala ilmu". Iaitu tidak lain tidak bukan adalah dari Baginda Rasullah saw. Kerana Allah telah "REDHA" hanya kepada dia sunahtuallah harus kita sambut, barulah ilmu dan amal itu akan diiktiraf oleh Allah swt sama ada ilmu zahir atau ilmu batin, dunia akhirat. Kenapa ? kerana Iblis akan masuk dikesemua ruang yg terbuka diantara ilmu-ilmu itu kemudian akan merosakan amalan umat itu sendiri. Bagaimana caranya ? ia akan duduk pada setiap ilmu yg tiada Wasilah dan Rabitahnya. Wasilah bermaksud dari tangan ke tangan hingga menyampai ke tangan Rasullah saw. Rabitah adalah tambatan hati yang kukuh tidak boleh dirungkai lagi, kepada baginda. Justru tiada siapa wa'ima Raja iblis, Izazil laknatullah sekali pun tidak mampu merungkainya kerana disetiap ruang dan waktu didalam ilmu itu akan berdiri Rasullah itu sendiri sebagai WALI (penjaga) dan saksi (juga dipanggil saffaat) dihadapan Rabuljalil esok kepada kamu sebagai "anak muridnya". Dialah yg akan memberi jaminan itu kerana kamu mengambil segala ruang Ilmu dan amal yg beliau wariskan itu. Itulah sebab utama kenapa Ilmu dan amal itu harus menyampai wasilah dan rabitahnya kepada Rasullah saw.
Jadi kepada yg tiada itu semua, tetapi hanya mengikut saja (Islam ikut-ikut) dan bersandar kepada keturunannya yg islam (Islam keturunan) dan yg belajar tampa guru wasilah (islam celup) ini... terpulanglah kepada Allah untuk menghakimnya. Jika menurut aruah Guru atok katanya "Jika pun mereka itu beramal dan amalan mereka itu berat timbangannya menyamai 3 kali bumi ini, dihadapan Allah Rabuljalil nanti seperti padi yg hampa, kosong tiada isinya. Maka hampalah pula org itu hingga ia pangsan melihatnya, maka berulang kali dimohon supaya dilihat lagi dan lagi dan lagi... tetap ia begitu ! " maka terserahlah kpd kamu seklian... mana yg kamu pilih ????
"SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"
"BERSUSAH2 DAHULU, BERSENANG2 KEMUDIAN".
ATOK ZAMANY.
kEPADA WAUAKULAYANG2...
ReplyDeleteBegitu hebat meronta naruri dalaman cucu hingga begitu sekali menuntut keberinian pada diri cucu mahu berhadapan kdp Ust Mat itu... tahu kenapa ???
Kerana segala saka dan jin akan menarik-narik supaya cucu tidak bertemu dengannya kerana itulah "rontaan" jiwa dalaman yg menyebabkan terjadinya pekara begitu pd diri cucu. Jangan takut... pergi saja pd hari apa pun, tiada pantang larang, tiada upah, tiada pengaras... Ia halus lembut jiwanya, ...ia bukan hantu. Jangan bimbang.. kuatkan semangat kamu, terus saja kerumahnya...ok
Kpd anony 2.46...
Ya cu... kepandaian THH itu sudah masuk keruang yg paling halus sekali untuk menghancurkan Umat Islam iaitu mengunakan "Ulama". Kerana mereka tahu umat Islam akan hancur melalui unsur dalaman saja. Bukan luaran. Umat islam tidak takut peluru, bom, pedang, kereta kebal, kapal perang, nukelir dll. Tapi kalu dari dalam...terus kena tepat ! modalnya ialah "Wang", pangkat, kemewahan dunia dll. Mereka memerangkap ulama dengan wang, kerana miskin itu mengejar ulama, papa itu mengejar ulama. Yg tidak tahan hidup menderita akan terperangkap. Mula2 meminjam lama2 tergadai segalanya... terus dipegang tengkoknya macam kerbau, mengikut saja apa yg disuruh janji THH puas hati, janji akan senang, mewah hidup. Begitulah caranya mereka menjadi rosak. Yg belajar diluar negara tu lagi senang, cucuk saja jarum demokrasi,wahabi, anti hadis, anti ASWJ, Syaiah, prularisam, sosilisam, hak asasi, dll. Bila mereka pulang jadi tokoh, akan pula menghancurkan yag lain. Kan mudah !
Harus kita semua sedar akan permainan THH itu. Bersiap siaga lah kamu dalam apa juga dugaan yg mendatang... bimbing anak2 kamu supaya tahu apa itu "Musuh Agama", "Musuh Bangsa" dan Musuh Negara supaya mereka pula akan mewarisi kpd cucu kamu dan seterusnya...
sekian
atok zamany.
Assalamualaikum tok..
ReplyDeleteterima kasih atas jawapan yg diberi.
kalo xsilap maksud tok. kita semua kena dapatkan ijazah atau baiah dari guru tarikat yg muktabar utk dptkan wasilah dan rabitah la kan. kiranya dapat "green light" untuk semua ilmu dunia dan akhirat.
tapi kenapa ek majoriti org islam sekarang elergic betul kalo dengar perkataan tarekat. kalo benda ni penting kenapa ramai umat islam sendiri tidak tahu yang benda ni penting. kenapa benda ni xpernah ada dalam media massa spt tv, radio, surat khabar dan majalah. cuma orang yg mencari je yg biasanya jumpa. dan kadang2 ramai pulak tersesat sbb terjumpa tarekat sesat. maka ramailah yg hanya mengamal syariat sahaja kerana kononnya nak jaga akidah. alasan diorang "zaman nabi xda tarekat jangan kita pula nk lebih2 dari nabi.cukup sekadar berpegang dgn Al Quran dan Hadith".
adakah ini tandanya musuh2 islam telah berjaya melemahkan umat islam. dan mereka sebenarnya telah berjaya dgn cemerlang.
Salam EN Zamany.
ReplyDeleteSudah lama saya mencari cara nk menghubungi En Zamany setelah membaca komen En Zamany di post satu lama web tempohari. Ia berkenaan pencarian salasilah keturunan Raja Pattani dan saka. Dan saya difahamkan bhw saya berasal dr keturunan Raja Pattani dan kami sekeluarga berasal (moyang) dr Kuala Kangsar. Saya dlm proses berubat SAKA dgn seorang Ustaz di Gunung Semanggol dan kalau boleh ingin menjejak keturunan. Pls contact me jika ada maklumat yg ingin dikongsi di royallhoneyy@gmail.com. T.Kasih
Salam cucu pancabaiduri..
ReplyDeleteSejak dari zaman selepas Sahabat Rasullah lagi pekara ini berlaku. Jalan atau Tarikat ini tidak popular walaupun mereka tahu akan kebenarannya. Kenapa ? Sebab ia adalah "hijab" yg tidak dibuka utk nya. Bukan semua boleh menerima ijazah atau baiaah dari guru tarikat atau guru yg punya hasnaf wasilah. Sebab gangguan Iblis yg mahukan ahli2 utk dirinya juga sebagai manusia yg memehak kpdnya. Izazil telah memilih ahli2 dari kalangan manusia sebagai hambanya bagi perang akhir zaman melawan Imam Mahadi dan Nabi Allah Isa as. Mereka yg mati tampa memilih untuk duduk bersama2 Rasullah akan tergolong kedalam ahli hamba2 Izazil. Jadi... mati itu adalah penjara bagi org yg tak beriman dan Islam yg tiada pengiktirafan. Manakala mereka yg bersama Rasullah adalah mereka yg mengucap 2 kalimah dihadapan "wali dan saksi" semasa didunia kemudian mengikut sunahnya dan Syariat Allah dgn tekun dan sabar. Wali itulah guru yg ada sanat wasilah dan saksi adalah kawan2 seperguruan kamu semua. Maka lengkaplah kamu sebagai Umat Muhammad dan menjadi "muridnya" dengan wasilah yg sama sejak dahulu lagi dari tangan ke tangan. Sedangkan GURU MURSHID ITU IALAH NABI SAW SENDIRI. Yg lain kebawah adalah "badal" (wakil)nya sahaja yg diwarisi melalui sahabat kemudian ulama dan guru2.
Bukannya Guru terikat sahaja yg ada wasilah, guru biasa juga ada ! tetapi sangat susah utk mencarinya. Hanya yg mencari saja akan diberi, kerana yg mencari itu yg tahu hakikat ilmu. Nak buat apa bagi bunga pd beruk yg tak tahu nilai bunga itu ??? Bagilah bunga kepada yg tahu menghargainya !
ok... harap cucu faham !
atok zamany
Assalamualaikum tok..
ReplyDeletesy dtg menyibuk lagi.
sy baru mengenal tarekat dan alam kesufian ni lbk kurang 4 bulan melalui pembacaan dan kajian yg sy buat sendiri. sy juga telah diijazahkan@baiah dari guru yg sanadnya hingga raden fatah dari kesultanan demak. yg atas2nya sy belum tanya lagi.
setiap malam khamis ada aktiviti solat hajat, bacaan hadith, pengertian nama2 Allah, bacaan Al Quran dan zikirullah.tapi bukan mana2 tarekat cuma perguruan biasa sahaja. ok ke tu tok?
lagi 1 nak tanya bab tujuan ibadah.
1-kalo kita beribadah jangan harap pahala atau syurga Allah. tak iklas namanya. buat ibadah hanya semata-mata kerana Allah sebab Allah yg perintahkan. Allah yg berhak memberi apa jua ganjarannya sama ada ibadah kita diterima atau tidak. berserah diri kepada Allah secara total. kita dimasukkan ke dalam syurga bukan kerana banyaknya ibadah kita atau pahala kita tetapi kerana keredaan Allah.
2-kita beribadah mesti ada tujuan takut tersesat. mesti harapkan pahala. mesti doa mohon syurga dan dijauhkan neraka. sebab dalam al Quran dan hadith pun banyak doa2 minta syurga Allah spt firmanNya "mohonlah kepadaKu nescaya akan aku kabulkan. kalo ibadah xda tujuan ibarat kapal di laut tanpa tujuan akan hanyut atau karam dilambung ombak akhirnya.
mana satu betul tok. dalam ati saya kuat mengatakan ibadah semata-mata kerana Allah bukan utk harapkan balasan dariNya kerana kita ni cuma "hamba Allah"..
Walaikum salam cu anony 10.37..
ReplyDeleteAtok ni bukan ada simpan salasilah keturunan Fathani, tapi kalau nak mula cari, boleh start dari keturunan Tok Kenali diKelantan. Keturunan kamu sangat rapat dgn wasillah Rasullah saw dari jurai Saidina Ali kwh dan ramai yg jadi Ulama Besar spt Syekh Daud Fathani, Syekh Ahmad Mohammad Zain al Fathani dll. Dan Raja Fathani itu adalah dari jurai yg sama. Jadi kena tekun cari keturunan dan jangan lupa cari juga wasilah dan rabtah keilmuan mereka. Itu yg sangat baik... ok
Kpd pancabaiduri...
Ya... cucu kena tanya betul2 sekurang2nya cucu tahu yg wasilahnya betul2 sampai dari tangan YM Kiayai Radthen Fatah. Ia keturunan Raja dan berguru dengan wali 9 yg sanat wasilah dan rabtahnya memang sampai ketangan Rasullah saw. Tetapi kenapa tiada wirid tertentu... kalau drp wali 9, ia mesti punya tatacara (Kafiat) yg sama spt yg diajar olehnya. Jadi kena usul juga bab itu ?
Ttg 2 soalan itu, atok boleh jawab begini... kedua2nya betul !
1)Ikhlas yg begini adalah "ikhlas Rohani" dalaman. Yg kita latih hingga sampai "tulus ikhlas" atau juga disebut "Hakul Yakin yg ikhlas". Putih berseh drp segala kehendak nafsu manusia biasa. Sampai tiada detik pun didalam hati.
2) Ikhlas yg ini pula ialah peringkat pertama sebelum memasuki alam Ikhlas yg diatas tadi. Ia adalah bersifat luaran atau Jasmani. Jasmani atau akal manusia (mind set) perlukan sesuatu supaya sbg dorongan utk mendapat sesuatu. Jadi boleh saja diletakkan syurga sbg pendorong (paling rendah), atau Takut seksa Allah (tingkat ke2) selepas itu bebaskan diri drp ikatan itu semua ditingkat yg terakhir... blh nampak tak ni ?. Maka dikala itu sudah duduk muka pintu wilayah "Ikhlas" namanya.
Ini semua perlukan latihan yg kuat dalaman dan luaran.
Waalahua'lam
atok zamany.
Assalamualaikum tok..
ReplyDeleteamalan wirid memang ada,juga disertakan manualnya sekali. ada doa pembuka amalan,bacaan surah tertentu spt 3 kul, ayatul kursi,kalimah tammah,zikir asma ul azim, zikir tujuh dan lain-lain mengikut tatacaranya. yg dipentingkan bukanlah mendapatkan kelebihan tertentu tapi bagaimana untuk menjaga hubungan dengan Allah.
kalo waktu solat sy yakin sebagai "solatla kamu seolah-olah kamu melihat Allah, jika kamu tidak melihat Allah, nescaya Allah melihat kamu"..ni betul tak tok.
tok nak tanya lagi. adakah ape2 kelebihan kalo kita ahlul bait. pangakal nama sy ada Wan dari kerajaan kedah tua, sebelah ibu atok nenek keturunan raden dari jawa dan daeng dari bugis. sekarang ni ramai bangga kononnya keturunan ahlul bait ada kelebihan tertentu dan pantang tertentu spt xle mkn sedekah. bukakkah iman dan takwa yg membezakan seseorang bukannya keturunan.
wassalam..
Assalamualaikum... Atok Zamany.
ReplyDeleteJika seseorang itu, tidak lengkap fardu ain nya. Bolehkah dia mengambil ijazah atau baiah?
Bagaimana caranya? Adakah hanya perlu berjumpa dengan tuan guru ustaz mat? dan berapa lama semasa mengambil ijazah atau baiah?
Saya tinggal di Selangor, jika saya ke rumah tuan guru ustaz mat, saya perlu ambil cuti. Berapa hari kah yang perlu saya ambil?
Salam cucu semua...
ReplyDeletekpd pancarbaiduri,
Ya... sudah tentu keturunan Ahlul Bait itu mempunyai kelebihan. Rasullah dah bagi jaminan bahawa Allah akan pelihara dia dan keturunannya yg soleh. Maksudnya disini keturunan mereka yg kekal menjadi "org abadi", waraq dan memegang wasilah mereka dgn kuat. Kpd mereka yg lalai dan terkeluar walaupun keturunannya dari sini tidak termasuk didalam perjanjian Rasullah. Maka cucu harus jaga nama baik keluarga cucu.
Kpd anyon 12.44am...
Itu tak mengapa asalkan selepas kamu baiah kamu berazam untuk menjadi lebih baik, maha baik dan agung baik. Rasanya cucu perlu tel dulu dg Ustz Mat sebelum kesana. Jika beliau ada dirumah, atok rasa hanya perlu satu hari saja cuti. Baiaah tidak lama, tetapi minta nasihat dan tunjuk ajar dia yg mungkin akan mengambil masa 1 atau 2 jam. Tapi kalau pergi ramai2 mungkin mengambil masa juga. Atau boleh saja pergi hari Sabtu dan Ahad kalau Ust ada dirumahnya. Di Selama tu cucu boleh tinggal di Rumah Rehat Selama Perak yg sewanya murah. Semua org tahu tempat itu, tanya saja. Dari situ kamu boleh ke rumah Ust di Taman Merdeka. Tidak jauh, pusing2 sekitar 3 atau 4 km saja. Fikirlah mana yg terbaik....
sekian
atok zamany.
Apa yg hamba ingin katakan ialah agama Islam itu sendiri agama sesat. Menurut al quran, tuhan firmankan supaya mengikuti agama nabi ibrahim. Bagaimana agama nabi ibrahim tu? Mestilah sebagaimana firman2 tuhan di dlm al quran dan bukan selain al quran. Nabi yg membawa al quran patuh dgn perintah tuhan ini tidak akan mencipta agama baru. Jadi, agama menurut al quran ialah melakukan apa yg diperintahkan di dlm al quran dan bukan selain itu. Masalahnya ialah kebanyakan manusia percaya al quran tetapi tidak pernah mendalami maksud ayat2 al quran dan mengikuti kebanyakan manusia tanpa ilmu.
ReplyDeleteSalam atuk,
ReplyDeletesabtu baru ni saya ada pegi rumah ustaz mat, sampai didepan rumahnya abang ipar saya telefon ustaz mat, tapi ustaz mat kurang sihat, takda rezeki lagi nak jumpa ustaz mat, mgkin sabtu akan datang kami akan pegi lagi.
terima kasih tuan zamany
Salam semua...
ReplyDeleteKpd saudara mahadaya,
Adalah tidak benar sama sekali jika tuan menyebut bahawa agama Islam itu adalah agama sesat. Sebenarnya apa yg telah disyariatkan Allah pada waktu Nabi Ibrahim as juga ada didalam agama Islam, cuma apabila Nabi Muhammad saw dilantik menjadi Rasul maka telah diberi nama agama Allah itu dengan nama agama Islam. Ini telah diperjelaskan didalam alQuran bahawa Allah telah redha akan agama Islam menjadi agama akhir zaman spt didalam surah al Maaidah ayat 3 yg mafhumnya..
"....Pada hari ini (Araffah), Aku sempurnakan bagi mu agamamu dan Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku sukai (redha) ISLAM itu menjadi agamamu...."
Maka adalah tidak benar bahawa Allah tidak tahu akan agama yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw ialah agama Islam kerana telah jelas sekali dalilNya didalam ayat diatas tadi. Maka dengan sendirinya termansuhlah seluruh agama2 yg lain sebelum itu kerana ayat ini menegaskan akan redha Allah atas agama Islam yg dibawa Rasullah menjadi pegangan dan ikutan seluruh umat Muhammad hingga hari kiamat.
Kpd saudara wauakulayang2...
Teruskan ushamu sehingga berjaya, insyaallah jika memang menjadi rezeki mu ia tak akan kemana.
Sekian
atok zamany.
salam atuk zamany
ReplyDeleteterima kasih.
saya suka cara tuan menjawab balas kepada mahadaya..lembut dan terang, inilah cara islam yang sebenar, tidak terus memarah atau menengking meskipun kita tahu mahadaya itu sememangnya sesat. dengan kelembutan insyaallah dapt mengembalikan semula mahadaya ke jalan yang benar, semakin kuat saya hendak berjumpa dengan ustaz mat apabila menilai dari ciri-ciri anak muridnya seperti atuk zamany.
wasalam
Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allaha telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Asalama". (132) Al Baqarah
ReplyDeleteJadi, agama menurut al quran ialah agama Asalama iaitu agama nabi ibrahim sebelum ALQURAN di rosakkan oleh musuh2 tuhan dgn membariskan al quran dan menukar nama agama. Menurut al quran, tuhan firmankan bhw org2 yg mendustakan al quran adalah kafir dan di akhirat di tempatkan di dlm neraka jahanam selamanya.
Assalamualaikum..
ReplyDeletetok tolong bagi hujah2 bernas kat Mahadaya ni. dia tu banyak paham Al Quran tetapi ikut pemahaman dia je dan xterima pemahaman orang lain. da ramai org cuba hujah dan nasihat dia tapi xjalan gak. kalo sy memang xpandai lembut2 sbb sy jenis keras.
terlebih dahulu tok baca blog dia. da ramai terpengaruh dgn dia ni. kalo tok berjaya tu tanda kemenangan besar pada umat islam. semoga Allah redha atas usaha tok..
Salam semua...
ReplyDeleteNampaknya ada yg tercabar dgn penulisan atok terutama bila masuk bab 7 ini... Kenapa ???
kpd saudara mahadaya, atok sarankan kamu buka foram di PWTC dan kami ramai2 boleh hadir mendengar akan ceramah kamu. Cuma takut majlis fatwa tak bagi mcm baru2 ni, kemudian JAKIM pula akan memanggil kamu kemuka utk membentangkan akidah baru kamu itu. Kalau hanya beberapa patah ayat itu dijadikan sandaran... atok rasa jauh sangat utk menafikakan agama Islam itu agama Allah, lagi pun Nabi Ibrahim berdakwah utk kaumnya saja dibandingkan Muhammad Rasullah yg berdakwah utk seluruh Umat (termasuk manusia, jin, malikat, syaitan, Iblis dll). Tambahan pula kalau tak ada Nabi Muhammad, Allah tak turunkan al Quran sebab al Quran itu mukjizatnya. Dan kalau tak ada itu semua, bila pula kamu tahu semua yg ada didalam alQuran itu ??? Kamu nak ambil dalil Quran tetapi menolak ajaran Nabi Muhammad... mana ada jalan ???
Itu belum cerita bab Rohani pula, baru lapis pertama pun dah gagal. Bagaimana kamu nak menegakkan agama Ibrahim sedangkan kamu jauh dari Roh Quran itu sendiri ??? Jadi banyak pekara kena tahu, jangan pakai cakap ikut akal nafsu saja, kelak kamu yg susah belakang hari.
Agak2 kamu, macam mana Nabi Ibrahim mengucap kalimah shadatai ya ???
Kamu faseh bahasa Habrew ke ???
Sila nyatakan Syariat Agama Ibrahim itu ???
Ayok zamany.
Salam Atok,
ReplyDeletesy ade beberapa soalan berkenaan amalan pengubatan traditional / alternatif. Skang nie ramai yg sudah beralih ke perubatan Islam bila perubatan moden fail. So ayat2 common yg kite selalu jumpe dlm perubatan sebegini adalah seperti "berapa pengeras nye tok / ustaz ?". Jadi sy ade beberapa soklan mengenai pengeras.
1. Boleh atok jelaskan ape yg dimaksudkn dgn pengeras ? Adakah dibolehkn dlm Islam ?
2. Perbezaan pengeras / duit pengeras / upah ?
3. Betul ke tujuan pengeras adalah supaya pengamal perubatan tidak akan mendapat sakit drpada kesan ganguan si pesakit ?
~geng bas sekolah~
salam gengbassekolah...
ReplyDeleteMacam tahu2 aja cucu ni...skg ni atok tengah tulis tentang pengeras la ni !!
Jika diikutkan, pengeras adalah "pensyaratan" yg mesti diberi oleh pesakit kepada tok bomoh, tok dukun, tukang urut patah, mak bidan, pawang malahan ada juga ust yg mengenakan pengeras ini. Di sesetengah tempat juga dikenali dgn nama "pemutus ubat". Terteklok kpd keadaan, ada yg minta duit, makanan, kain, baju, pisau lipat, parang, pulut kuning, gagak panggang, benang, pakaian dll. Ia adalah "pensyaratan" yg dikenakan oleh 'Kadam' atau 'sahabat' tok2 bomoh tersebut dari kalangan jin, syaitan, afrit atau Iblis. Maka adalah haram hukumnya dan berdosa besar (syirik) jika mempercayai dan memberi mereka apa juga bentuk hadiah, pengeras, pemutus ubat dll yg seumpama dengannya. Pergi kepada mereka juga ditegah Syarak apatah lagi terlibat sehingga dikenakan pensyaratan itu.
Makhluk Jin, syaitan, afrit dan Iblis amat menunggu2 mereka yg nak berubat melalui sahabat manusia mereka itu kerana mereka boleh menundukkan manusia2 dungu itu semua. Salah satu cara menundukkan manusia ialah dengan mengenakan pensyaratan itu. Jika manusia buat (pemutus ubat, pengeras, pensyaratan) bererti mereka telah berjaya ditundukkan mengikut kehendak mereka dan menjadi ahli mereka kelak (selepas mati). Jadi waspada akan dakyah halus mereka itu !
sekian
atok zamany.
salam atok,
ReplyDeleteWah sungguh ke nie atok. Jadi amalan pengeras nie salah la yer. Hemmm..
Mcm nie atok, sy ade ikot kawan sy pegi mengubat. Pengeras yg dkenakn lebih kurang RM1500++ (agak mahal). Tp rasionalnye katenye tempoh rawatan adalah selama 100 hari, selain mengubat, pesakit akan diajar cara2 mengubat sendiri selain diajar memperbaiki amalan seperti buat solat tahajud, duha dan memperbanyakkn bace alquran. Ada juga disuruh selawat sebanyak 4000 sehari (katanye utk penuhkn tabung..sy pn kurang faham) dan yasin 7 mubin. Pendek kata in the end pesakit tuh akan jadi anak murid dan boleh merawat diri sendri dan keluarga.
Jadi sekarang sy keliru...adakah semua ini salah.
Mintak atok perjelaskan.
~geng bas sekolah~
Assalamualaikum tok..
ReplyDeletepasal bab pengeras@upah bomoh atau ustaz ni ada yg kata untuk hadiah kepada depa sbb kos kerja dan tenaga yg depa keluarkan. sama cam kos rawatan yg kita bagi kat doktor la. sama gak kita bagi duit pada ustaz yg ajar anak kita mengaji.walau pun depa iklas atau x kita kena bagi upah gak atas usaha depa. semua kerja kena ada gaji. bukan camtu ke..
kalo pasal pemutus ubat tu mmg konfirm guna khadam. sekarang ni bomoh ke ustaz ke memang banyak guna khadam. takleh caya sgt kalo depa ckp guna kaedah islam..
ada ke guide line nya. kalo bacakan doa kat air tanpa guna peralatan. xsemestinya depa xguna khadam. depa semua licik berperwatakan warak.
Salam gengbassekolah...
ReplyDeleteYa, Memang kalau kita tengok secara luarannya nampak elok je.. tapi tidak dirohaniahnya ??? selain drp ia (ust) dapat duit, kahadam dia dapat kuli beramal untuknya ? ia begini...apa yg kamu amal itu pahla dan fadilatnya akan dirampas oleh khadam ayat (jin islam). Tahu nama khadam surah yasin ??? nama dia "KANDIAS IBNU BAIZURAQ". Jadi bila kamu beramal ayat drp surah ini, dia yg akan dtg dulu. Tak kira apa waktu, dimana. Dia tetap hadir dan akan rampas fadilat yg dibawa oleh malaikat kpd kamu (org yg beramal) sebelum sempat roh kamu terima. Sebab... kamu beramal tampa wasilah dan Rabitah, tiada guru (badal guru Mursid). Amalan yg tidak diletak didalam garisan (wilayah) ini akan dirampas atau disamun oleh puak jin (islam atau kafir). Jadi bagaimana dgn org yg buat kenduri tahlil, yasin dll tu ??? Ia tetap sama juga spt diatas tadi, AKAN DISAMUN ! jika imam, ust, org alim yg jadi "kepala" majlis itu tak tahu apa nak buat ??? Jadi dapat makan kenduri saja la jawabnya...yg fadilat rohaniah nya di samun jin. Jadi carilah org yg "tahu" betul utk jadi kepala jika buat kenduri tu...supaya roh2 yg berkenaan itu dapat bahagian mereka.
Berbalek kpd persoalan tadi, kamu kena tahu yg ust tu ada wasilah dan rabitah yg betul jika nak jadi muridnya. Jika tidak... seumur hidup menjadi "kuli" dia. Apa kaum dapat ??? kosong... dia senang lenang, sedangkan kamu terima azabnya sebab belajar membabi buta, ikut ikut, tak tahu punca, tak ada wasilah (pertalian) dgn Rasullah. Ini tujuan utama mereka (guru guruan), guru yg jahat akhlaknya. Telunjuk lurus kelingking berkait. Semua anak muridnya jadi kuli utk dia sampai mati. Dia dapat semuanya...kamu diazab (didlm kubur dan diakhirat kelak).
Betullah apa yg pancabaiduri cakap tu. Jgn tengok luaran je, yg penting dalamannya. Tapi nak tahu org ada jin dan tidak ni... susah sikit. Ia tak ada garis panduan. Hanya Allah saja berkuasa beri hikmah "nampak" ni pd manusia, yg sangat sedikit sekali jumlahnya (satu dlm seratus juta) waallahua'lam....
sekian
atok zamany.
salam atok,
ReplyDeleteTrima kasih atas penjelasan atok dan pancabaiduri. Br la sy faham sekarang.
Next time kalo sy jumpe sy akan tanye pasl perguruan dia, berwasilah ke x.
Sy x tau perasaan sy ataupun mmg betul. Sy rasa skang nie mcm ramai yg sudah mula sedar tentang pentingnye pencarian ilmu terutama di kalangan muda belia mcm sy nie huhu. Tapi malang nye ramai yg dpt guru yg putar alam jd semua pn jd sesat. Semua pn jd labu terjun bersama si luncai.
Nk tanye sket atok...kalo sy nk mencari guru sape atok suggestkn, sy berada di area Seremban.
~geng bas sekolah~
yang cepat kata sesat yang sebenarnya akan sesat..dengan muqaddimah menjual nama tok kenali bukan nya lesen mengata sesat pada yang lain kecuali mereka yg sesat saja mengatakan begitu.
ReplyDeleteKepada geng bas sekolah...
ReplyDeleteJika anda di Seramban boleh saja ke Nilai berjumpa dgn ust Zainor h/p : 012 6282950. Tanyakan kepada dia tentang Ust Mat, dia pun sama mcm kami ni... anak murid saja.
kpd anony 8.25...
Jangan berperasangka... kelak binasa jiwa. Itu pun jika mahu berubah, jika tidak... terserah.
sekian
atok zamany
sesat maksud saya bukan sesat pada hukum seperti yg difahami ramai, tetapi sesat yg maksud nya tak berjumpa, perasan diri ingatkan dah dekat,rupa2 nya jauh yang makin jauh!! Saudara zamany yg perlu berubah kerana jiwanya yg tak pernah tenteram kerana raga nya tk pernah berjumpa.~
ReplyDeleteInilah ujian kpd manusia. Al quran diturunkan kpd seorang lelaki bernama Ahmad dan di muliakan tuhan sebagai nabi dgn gelaran Mahamada (Ma-beri, Hamada-Kepujian). Jadi, al quran tidak diturunkan kpd seorg watak manusia bernama Muhammad. Menurut firman tuhan di dlm al quran. kalimah tauhid yg merupakan kalimat yg kekal ialah Tiada Tuhan Selain Allaha. Nabi yg bawa al quran mengikuti firman tuhan mengikuti agama nabi Ibrahim sebagaimana semua nabi2 dan rasul2.
ReplyDeleteSyariat agama telah lengkap iaitu solat 5 waktu iaitu pagi, tgh hari, petang, senja dan mlm.
Hadis Muhammad yg mengubah perintah tuhan ini dgn menukar solat pagi kpd subuh. Jadi, org islam engkar perintah tuhan dan jgn kata tuan hamba beriman kpd nabi kerana langgar firman tuhan yg dibawa nabi.
Zakat adalah 10% dari pendapatan. Firman tuhan "Kamu tidak dikira beriman selagi tidak menegakkan hukum taurat, injil dan al quran". Hukum zakat ini terdpt di dlm kitab perjanjian lama di mana nabi ibrahim mengeluarkan 10% zakat dari hasil perang.
Haji dinyatakan sebagaimana di dlm al quran di dlm bulan2 tertentu dan tiada perintah melontar jamrah. Ini diada2kan oleh bangsa arab munafik. Adakah tuhan suruh tawaf di Kaabah? Tiada kerana Kaabah itu tempat untuk sembelihan korban.
Solat adalah tiang agama, jadi jika di kaji kerajaan2 lama terdpt tiang yg dibina sebg contoh di India. Tiang ini tidak berkarat dan ianya adalah bagi menunjukkan waktu solat seperti jam matahari. Melontar jamrah itu sebenarnya menunjukkan kebencian kpd agama nabi Ibrahim sebagaimana org2 arab sejak dahulu membenci keturunan nabi2.
Banyak lagi kepincangan yg dilakukan oleh org Islam. Malah org Islamlah yg menghalang kebanyakan manusia untuk beriman. Kebanyakan manusia tidak mahu mempelajari al quran kerana berpendapat ianya berkaitan agama Islam yg dibawa Muhammad. Padahal sebenarnya al quran membawa semula agama nabi Ibrahim setelah musuh2 tuhan merosakkan kitab2 terdahulu.
Apa bahasa syurga? Sudah tentu bahasa kitab dan semua kitab2 turun dalam bahasa yg sama. Bagaimana pula kitab2 ini berubah bahasa? Jawapannya tidak lain mencipta agama baru dan menyesatkan manusia. Kalimah tauhid ini tidak pernah berubah dan apabila al quran dibariskan maka mereka ingin mengubah kalimah ini dan menambah kalimat nabi palsu mereka. Al quran itu apabila dibaca semula tanpa baris, maka terbongkarlah segala rahsia. Ianya bahasa yg paling mudah difahami kerana ianya merupakan bahasa asas dunia. Ianya dibaca perkataan demi perkataan bukan di baca sekaligus tanpa ada perkataan yg jelas. Hamba telah uji ustaz yg memahami bahasa arab di JAIM, hamba suruh dia baca dan terjemahkan al quran. Dia gagal kerana al quran yg dibaca itu bukan bahasa arab. Ini maksudnya manusia baca al quran itu hanya syok sendiri. Ayat suci al quran sudah semestinya mempunyai kekuatan dan mukjizat dan menjadikan manusia dilebihkan dari semesta alam. Mengapa org Islam membaca al quran masih boleh dirasuk jin? Jawapannya ialah ianya tidak dibaca sebagaimana sepatutnya.
salam atuk
ReplyDeleteboleh atuk terangkan secara terperinci tentang rijalul ghaib
wasalam.
kenapa tak dijawab hujjah mahadaya tuh?mati akai?
ReplyDeletemahadaya buat hal lagi. sudahla sesat, cuba mnsesatkan orang lain. apa nak jadi
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteBukan atok tak mahu jawab, atok kesian dengan dia. Dia ni dah jauh sangat, terlamapu jauh hingga org tak faham apa yg dia cakap. Kalau dia nak terjun dengan labu, biarkan lah. Asalkan esok dia dapat sediakan hujjah yg betul2 kongkrik dihadapan Rabuljalil.
Berilmu bukan untuk bertaki !
sekian
atok zamany.
assalamu'alaikum tok ..
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi, saya ni kira pendatang baru di website tok zamany ni...
Cuma saya ada satu permintaan pada tok agar meneliti semula tulisan tok bab 7, dimana tok meletakkan "Wahabi" sebaris dengan beberapa ajaran sesat yang lain. Kerana bila disebut "wahabbi" akan di kaitkan dengan gerakan Islah Muwahhidun yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahhab, maka jadilah ia satu tohmahan. Untuk menjelaskan kekeliruan ini saya cadangkan tok mengkaji ebook ini , (mudah-mudahan kekeliruan ini tidak berpanjangan -kalau ada orang yang mengaku"wahabi " dan berdakwah dengan kurang hikmah dan akhlak-rasanya itu kekurangan diri mereka sendiri..dan harus dinasihati oleh yang layak...):http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SiapakahAhliSunnah/index.htm dan :http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SWSP/MUKADEPAN.htm dan :http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SWSP/MUKADEPAN.htm , semoga Allah swt menambahkan petunjuk serta kebaikan untuk diri saya, tok Zamany dan semua saudara Islam kita disini yang ikhlas mahu mencari dan berpegang dengan kebenaran.Wallahu'alam.
Salam semua...
ReplyDeleteKpd pancabaiduri,
Ya.. inilah yg atok perjuangkan. Umat islam yg kuat adalah dari unsur yg benar. Sama ada ibadahnya, amalannya mahupun seluruh kerjabuatnya, dari mula ia lahir sampailah ia meninggal dunia. Dengar baik baik apa yg atok hendak katakan berkenaan "AMALAN YANG BERWASILAH DAN BERIBATAH" ini. Apa yg kamu belajar samaada disekolah mahupun diUniversiti atau didalam madrasah... diperingkat awal hanyalah sebagai "panduan awal saja". Tetapi selepas itu, adalah menjadi kewajiban setiap umat manusia itu untuk mencari "punca segala ilmu". Iaitu tidak lain tidak bukan adalah dari Baginda Rasullah saw. Kerana Allah telah "REDHA" hanya kepada dia sunahtuallah harus kita sambut, barulah ilmu dan amal itu akan diiktiraf oleh Allah swt sama ada ilmu zahir atau ilmu batin, dunia akhirat. Kenapa ? kerana Iblis akan masuk dikesemua ruang yg terbuka diantara ilmu-ilmu itu kemudian akan merosakan amalan umat itu sendiri. Bagaimana caranya ? ia akan duduk pada setiap ilmu yg tiada Wasilah dan Rabitahnya. Wasilah bermaksud dari tangan ke tangan hingga menyampai ke tangan Rasullah saw. Rabitah adalah tambatan hati yang kukuh tidak boleh dirungkai lagi, kepada baginda. Justru tiada siapa wa'ima Raja iblis, Izazil laknatullah sekali pun tidak mampu merungkainya kerana disetiap ruang dan waktu didalam ilmu itu akan berdiri Rasullah itu sendiri sebagai WALI (penjaga) dan saksi (juga dipanggil saffaat) dihadapan Rabuljalil esok kepada kamu sebagai "anak muridnya". Dialah yg akan memberi jaminan itu kerana kamu mengambil segala ruang Ilmu dan amal yg beliau wariskan itu. Itulah sebab utama kenapa Ilmu dan amal itu harus menyampai wasilah dan rabitahnya kepada Rasullah saw.
Jadi kepada yg tiada itu semua, tetapi hanya mengikut saja (Islam ikut-ikut) dan bersandar kepada keturunannya yg islam (Islam keturunan) dan yg belajar tampa guru wasilah (islam celup) ini... terpulanglah kepada Allah untuk menghakimnya. Jika menurut aruah Guru atok katanya "Jika pun mereka itu beramal dan amalan mereka itu berat timbangannya menyamai 3 kali bumi ini, dihadapan Allah Rabuljalil nanti seperti padi yg hampa, kosong tiada isinya. Maka hampalah pula org itu hingga ia pangsan melihatnya, maka berulang kali dimohon supaya dilihat lagi dan lagi dan lagi... tetap ia begitu ! " maka terserahlah kpd kamu seklian... mana yg kamu pilih ????
"SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"
"BERSUSAH2 DAHULU, BERSENANG2 KEMUDIAN".
ATOK ZAMANY.
July 14, 2010 4:07 PM
------------------------------------
assalamu'alaikum, merujuk kepada penjelasan atok seperti yang di atas, apa komen tok jika saya katakan "AMALAN YANG BERWASILAH DAN BERIBATAH" ini tertentu kepada amalan "tarikat " dan tidak untuk amalan yang sabit di dalam al Quran dan Hadis , di mana ia tak memerlukan "wasilah dan rabitah".... ini lagi ?
~yang musykil~
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIzinkan sy menjawab kemusykilan saudara, kemudian kita tunggu atuk bagi jawapan. Mungkin atuk sibuk buat masa sekarang.
Sy memetik semula ulasan atuk, cuba saudara ulang beberapa kali apa yang atuk tulis kat bawah ni.
"Dengar baik baik apa yg atok hendak katakan berkenaan "AMALAN YANG BERWASILAH DAN BERIBATAH" ini. Apa yg kamu belajar samaada disekolah mahupun di Universiti atau didalam madrasah... diperingkat awal hanyalah sebagai "panduan awal saja". Tetapi selepas itu, adalah menjadi kewajiban setiap umat manusia itu untuk mencari "punca segala ilmu". Iaitu tidak lain tidak bukan adalah dari Baginda Rasullah saw. Kerana Allah telah "REDHA" hanya kepada dia sunahtuallah harus kita sambut, barulah ilmu dan amal itu akan diiktiraf oleh Allah swt sama ada ilmu zahir atau ilmu batin, dunia akhirat.
Ulasan saya:
Ilmu Al-Quran dan Hadis itu berwasilah dari tangan ke tangan hingga ke tangan Rasulullah. Kesimpulannya, guru yang mengajar al-quran juga mestilah guru yang ada wasilah. jika tidak jelas akan wasilah guru yang mengajar itu, maknanya ilmu dan amal itu terputus. apa-apa perkara yang kita nak beramal kena terima dari tangan guru, bukan baca dari buku atau dari orang lain. ilmu dan amal yang terputus dan tidak ada wasilah dan rabitah itulah yang menjadi tempat bertampalnya Iblis laknatullah. saya harap setakat itu mungkin sudah menjawab kemusykilan saudara.
Sedikit tambahan, atuk dah banyak kali menyeru kita agar jumpa Ustaz Mat (no tel- 013 4500007)berada di Selama, Perak. Itulah guru yang atuk katakan ada wasilah dan rabitah pada zaman ini. Kita beruntung sebab guru yang memegang shahadatain tu berada bersama kita di Malaysia ni, bukan di negara Arab atau lain-lain. Orang arab pun kena datang jumpa Ustaz Mat utk terima shahadah. Jadi, rebutlah peluang sebelum datang ajal menjemput, sebelum tiba hari yang dijanjikan. Berusaha untuk mencari yang asli, yang asli itu ada pada guru. insya Allah.
Assalamualaikum tok,
ReplyDeleteSaya pun kasihan dgn mahadaya tu.. takpalah minta Allah bagi dia petunjuk dan hidayah aje la, berdebat pun takda guna dah, betol tak atok?
Ada soklan. Saya dah pernah terima talkin ijazah dari badal-badal Ust Ahmad iaitu Ust Halim, Ust Non, Ust Idris tapi masih rasa tak puashati kerana masih belum dapat berbaiah dgn Ust Ahmad sendiri berhadap hadapan dengan beliau.
Patutkah saya terima ijazah tu dari Ust Ahmad atau cukup sekadar dah terima dari badal2nya saja?
Walaikumsalam cucu atok semua,
ReplyDeleteBaru menjengah kemari dan atok dapati masih banyak yg masuk keruangan ini dan atok tak jawab soalan mereka.
Kpd pancabaiduri,
Jangan kamu pusing2 kata2 atok tu, komen atok tu lurus saja bentuknya, Jika kamu putar2kannya, ia akan memeningkan kepala kamu sendiri. Soalan kamu telah dijawab oleh anony 12.46PM tu. Bagus tu cu...
Kpd Komeng,
Ya, seharusnya kamu mesti bertemu dengan Ust Mat janggut sendiri kerana padanyalah terletaknya wasilah dan rabitah yg asal itu. Badalnya hanyalah bersifat semantara sahaja. Ust Mat adalah wakil atau (badal) yg sah dari tangan ketangan hinggalah ketangan Rasulullah saw. buat setakat ini. Selepas beliau atok tak tahu siapa lagi yg layak menggantikannya, tetapi usah bimbang sebab MESTI ada penggantinya hinggalah kehari kiamat nanti.
atok zamany.