Saturday, January 30, 2010

IBLIS DAN ALAMNYA ( Musuh Kamu Yang Paling Nyata ).

Mukasurat 1

MUKADIMAH :


Bismilahirahmanirahim.

Bersyukur kita kehadrat Allah swt , selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya dan seluruh sahabat-sahabatnya. Selawat serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi Syeikh Abdul Khadir Jailani keluarganya serta semua kerabatnya, kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali Songo dan keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh Ahmad Junaiddy Al Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana ini serta semua guru-guru yang berwasilah serta berabitah sehingga ketangan Rasullah saw... Al Fatihah.

Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini, sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab sebenarnya mengapa pekara sebegini boleh berlaku. Apa yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan semua kerja-kerja maksiat, sesat, kurafat, kufur dan zalim kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri. Jawapan nya tak lain dan tak bukan ialah kerana ganguan daripada "musuh kamu yang paling nyata" iaitu Syaitan dan Iblis. Tampa ganguan mereka ini, semua pekara kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan berlaku. Mereka inilah punca segala perbuatan jahat manusia. Mereka menjadi dalang supaya manusia menjadi kufur pada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri dari semua kejahatan tersebut. Kebanyakan orang Islam sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga pekara-pekara maksiat itu serta merasa 'BANGA' berbuat dosa. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman Hukum Syarak dan berani melangar undang-undang yang telah digariskan oleh Islam dianggap satu kejayaan yang bukan semua orang Islam berani buat. Kemudian menjadikannya modal perbualan setiap hari diwarong-warong kopi, dikopitiam, dikenduri kendara, ditempat-tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, dipejabat-pejabat, malahan dikerja gotong royong disurau atau mesjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita sebegini untuk tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba dll. Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada hari ini dimerata tempat dan masa yang tak tahu bila kesudahan nya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu berubah ? atau mungkin kah anda menunggu hari kiamat saja kesudahan kepada segala cerita ini ?

Persoalan nya... kita sendiri harus menjaga diri kita dan keluar daripada masaalah seumpama ini supaya tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah kawan sebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-benar berani dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa-dosa besar dan kecil, dikala itulah baru anda di 'iktiraf' sebagai pemanang dan benar-benar hebat, bukan sahaja dihormati oleh kawan-kawan malahan seluruh masyarakat dan makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta mendapat darjat disisi Allah swt. Untuk kita menjaga diri kita serta keluar dari masaalah maksiat dan dosa ini seteruanya supaya tidak terjurumus didalam lembah kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan 'musuh kamu yang paling nyata' yang banyak disebut didalam Al Quran Ulkarim. Sedangkan golongan Jin, Syaitan, Iblis ini lebih mengenal diri kamu dan semua kelemahan kamu dari semenjak kamu di "buat" lagi, di Alam Rahim Ibu dan Semasa lahir hinggalah sekarang. Bagai manakah kamu hendak melawan golongan ini sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengatahuan tentang mereka ? Sudahlah kamu tidak boleh melihat mereka ditambah pula tiada ilmu berkenaan mereka, tidak tahu kelemahan mereka malahan kamu tidak mengerti tipu helah mereka untuk menyesatkan kamu. Jadi usha pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang dikatakan "musuh kamu yang paling nyata" ini. Dalil berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut:

Allah swt berfirman didalam surah Al A'araf ayat 22 yang mafhumnya ;

" Lalu ia (syetan) menjatuhkan keduanya ( Adam as dan Hawa ) dengan segala tipu
daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu, terbukalah bagi keduanya
kemaluannya, sehingga keduanya menutupnya dengan daun pohon syurga.
Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu menghampari
pohon itu dan Ku katakan kepada mu bahawa syetan itu musuh yang nyata bagi
mu "

Dan firman Allah Lagi didalam surah Al An'am ayat 142 yang mafhumnya ;

" Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikanNya) pemikul beban dan untuk
disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang dianugrahkan Allah kepada mu dan
janganlah kamu turut langkah-langkan syetan. Sesungguhnya syetan itu musuh
mu yang nyata "

Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi amaran agar kita sentiasa berwaspasa dengan golongan Jin, syetan dan Iblis laknatuallah ini supaya tidak terjurumus kelembah kehinaan dan mengikuti mereka dicampak kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal betul-betul akan makhluk musuh kita ini dan seterusnya dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka hasutkan. Kita juga akan dapat mengatahui bentuk-bentuk tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta mendapat kejayaan yang Allah swt telah janjikan kepada kita.

Maka Kawan ingin berkongsi akan penyelidikan yang telah kawan jalankan secara bersendirian disegala ceruk rantau Nusantara ini di Indonesia, Borneo, Sulawisi, Thailand, Sumatera dan disini. Didalam mencari maklumat rupabentuk perguruan, ajaran, retual, penyembahan, persemadian serta yang digelar "bersatu" dengan Makhlik Halus atau golongan Jin, syetan dan Iblis ini. Tetapi pada kali pertama ini, kawan muatkan dahulu pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu perbezaan diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari maklumat itu adakalanya terpaksa "terjun" kedalam sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita dapat mengatahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada kalanya terpaksa bersama-sama dalam retual yang mereka jalankan itu.

Kawan yang pada mulanya di arah untuk ujian rohani disuruh melakukan penjelajahan dari satu tempat kesatu tempat, dari satu Pensentren ke satu Pensentren, dari satu Guru ke satu Guru, dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan Bandar telah kawan jejaki untuk mencari Alam Misteri Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari segi akidah dan akhlak Agama Islam. Tapi sebelum ini Kawan telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengatahuan didalam bab-bab Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Nasabandiah & Kadiriah Banten Jawa Tengah, serta Perguruan Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa Barat iaitu Pensentren peningalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga yang kebetulan pula merupakan salasilah keturunan sebelah Ibu kawan. Penyelidikan ini seumpama membuat Tises diperingkat PhD kalau di Universiri tetapi kawan mengambil masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11 hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di Jawa Tengah tampa mengabiskan penyelidikan itu yang tiada penghujungnya. Maka kawan ingin kongsikan bersama anda buat pertama kalinya di maya ini "Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata)" semoga ia akan memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan perjalanan hidup yang sementara ini.

PENGERTIAN ISTILAH JIN :

Pengertian istilah Jin adalah merupakan suatu makhluk yang di jadikan Allah swt tersembunyi dari penglihatan mata kasar Manusia kecuali kepada mereka-mereka yang diberi Allah kelebihan dapat melihat mereka semua malahan boleh pula tinggal di Alam tersebut untuk "bertanding" bagi menguji darjah keimanan mereka. Alam Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malikat dan Alam Manusia. Mereka tidak dibenarkan melapasi sempadan alam Mithsal dimana jika mereka berdegil juga cuba menyerbarangi sempadan itu, maka mereka akan ditembak dengan panahan petir dan halilintar, Berbeza dengan para Malaikat dan juga Manusia yang boleh memasuki ke alam Jabarut, Lahut dan Malakut dan hanya sesetengah Manusia sahaja yang boleh melapasi kesemua alam-alam tersebut dengan izin Allah swt. Inilah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia yang telah menjadi kekasehNya berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi saw "Isyrak dan Mekras" kelangit bertemu dengan Allah. Maka kita sebagai umat Muhammad yang setia, taat dan ikhlas harus juga begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan Allah swt, segalanya pasti !

Jin tidak ujud sebenar seperti Manusia dan juga ghaib sebenar seperti Malaikat. Bererti mereka tidak murni dan lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif manakala tidak berjisim dan ber Roh sebenar. Mereka hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan penyamaran dan penipuan sahaja. Itupun bukannya semua Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu yang mempunyai darjat sahaja. Maka golongan Jin ini dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang sangat panas dan daripada Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal dan Hati yang tidak "Lattiful Rabaniah" seperti Manusia, bersesuaian dengan kejadian golongan Jin itu sendiri diatas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala kejadian. Tetapi para Jin ini tidak diizinkan oleh Allah swt untuk menyerupai rupaparas Nabi Muhammad saw atau pun mengaku sebagai Nabi saw disemua tempat dan masa walau dengan apa cara sekali pun, baik didalam mimpi atau jaga. Jadi jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, sila rujuk semula kepada Guru Rohani anda kerana ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung resiko yang tinggi untuk 'korban' (mati dicabut nyawanya) manakala rakan yg lain akan menyambong tugas menipu manusia itu didalam syak, zon dan waham yang paling sukar untuk melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan masaalah ini. Ini penjelasan oleh beberapa orang Guru Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab tipu muslihat Iblis.

ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN :

Seperti yang telah kawan sebutkan sedikit diatas tadi, bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan angin yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al Maarij dan Angin Samuun. Istilah akan Api Al Maarij adalah nyalaan api yang sangat panas takat suhunya iaitu percampuran diantara lidah api yang berwarna biru, hijau, kuning, merah dan hitam yang tidak berasap. Hanya Allah swt sahaja yang mengatahui akan takat suhu kepanasan api Al Maarij ini yang sama sekali tidak sama dengan takad suhu api yang ada di Dunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik dari ayat-ayat Al Qaran dan hadis-hadis Nabi saw berkenaan dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya ialah :

Allah swt Berfirman didalam surah Al A'araf ayat 12 yang mafhumnya;

" Engkau jadikan aku (Iblis berkata) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia
(Adam as) dari tanah "

Firman Allah swt didalam surah Al Hijr ayat 27 yang mafhumnya;

" Jin Kami ciptakan sebelum Manusia dari api yang sangat panas "

Manakala sabda Rasullah saw berkenaan kejadian Jin adalah seperti berikut:

Telah diriwayatkan oleh Iman Muslim dari sanat yang soheh bahawa Rasullah saw
telah bersabda yang maksudnya " Malikat telah diciptakan dari cahaya, Jin
diciptakan dari Api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan
kepada mu (tanah) ".

Al Samuun pula ialah angin yang sangat panas juga yang Allah swt mengadunkannya dengan lidah api Al Maarij lalu diciptakan makhluk Jin ini. Gambaran berkenaan jenis angin panas Al Samuun ini dirakamkan dari sebuah hadis Nabi saw seperti berikut :

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'aud, bahawa Rasullah saw ada bersabda yang maksudnya,
" Angin Samuun itu adalah sebahagian daripada 70 bahagian dari angin yang
sangat panas yang daripadanya Allah ciptakan Jin ".

Dari semua dalil-dalil yang disebutkan diatas, maka bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt telah menciptakan daripada sel sel atom dari lidah api yang sangat panas Al Maarij dan sel sel atom dari angin yang juga sangat panas iaitu Al Samuun yang telah diadunkan sedemikian rupa (Maha suci Allah daripada sifat-sifat Manusia) yang Allah sahaja yang mengatahuinya. Kemudian Allah swt tiupkan Roh dan Nyawa padanya, maka jadilah ia makhluk bernama Jan (asalusul datuk segala makhluk Jin), maka hiduplah ia seperti yang Allah swt kehandaki. Rupabentuk asalnya (setelah diciptakan ini) tidak pula diberitahu didalam mana-mana ayat Al Quran ataupun Hadis Nabi saw. Jadi hanya ia tersimpan atas perbendaharaan pengatahuan Allah dan RasulNya sahaja. Tetapi Allah swt mengizinkan mereka (golongan tertentu) boleh menyerupai apa saja yang disukainya kecuali rupa dan paras Nabi Muhammad saw (yang telah diterangkan diatas tadi).

Setelah Allah swt menciptakan makhluk jin ini, maka diwajibkan keatas mereka dan semua keturunannya nanti memikul semua hukum-hukum syarak agama Islam, seperti juga umat Manusia semuanya. Iaitu semua hukum-hukum Wajib, Sunat, Makruh, Halal, Haram dan Harus pada semua juzuk-juzuknya, disemua tempat dan masa menjadi Fardu keatas mereka untuk sentiasa didalam keadaan taat memikul tanggungjawab ini hingga kehari kiamat. Pada asalnya mereka ini (asalusul datuk mereka) iaitu Jan sangat taat serta beriman kepada Allah swt, dan mereka juga melahirkan zuriat dari golongan Jin yang juga metaati Allah swt keseluruhannya. Setelah beberapa keturunan dari itu pula berlaku beberapa perubahan dimana ada diantara mereka pula yang kufur dan kekal kufur kerana tidak mahu dibebani dengan hukum hakam yang di Fardukan keatas mereka itu. Mereka-mereka yang kufur ini pula melahirkan zuriat yang juga kufur kehadrat Allah swt hingga kehari ini. Jadi samalah ceritanya dengan umat Manusia, mereka ada yang sesat, murtad, fasiq, munafiq serta zalim. Ada juga yang taat, soleh, alim dan mukmin. Maka mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti manusia iaitu samada dimasukkan kesyurga atau ke neraka diakhirat kelak.

RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN.

Semamangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana-mana ayat didalam Al Quran, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupabentuk yang mereka sukai kecuali Nabi Muhammad saw. Maha Suci Allah swt dan sifat Maha Mengatahui apa-apa yang tersembunyai dan yang nyata. Iaitu jika ia dibenarkan juga menyarupai Nabi, maka hancurlah semua umat Islam hari ini. Begitu pun pemiliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada kesucian rupaparas Nabi saw, masih ada juga segelintir manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan syaitan), mengaku bercakap dengan Nabi dan mendapat mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira banyaknya manusia yang bermimpi bertemu Nabi (jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah tipudaya Iblis kepada manusia yang telah disesatkan olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.

Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsiaNya. Tetapi selepas mereka dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma kebeberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dll. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasullah saw didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :

Telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari sanat soheh yang bermaksud;

" Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa'labah Al Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasullah
saw bersabda; Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang
mempunyai sayap yang boleh terbang keudara, kedua adalah Jin yang berupa Ular
dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk diri-
nya ".

Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa;

" Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin.
Kalau ia menhembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia ".

Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As Shamit, dari Abu Zar ra, bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya;

" Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu halangan yang
merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak berbuat seperti
itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing
hitam ".

Imam an Nawawi Rahimakumuallah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa perkataan "al Bahim" (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.

Manakala dari Iman Al Buhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah saw berkhutbah dimimbar misjid dan bersabda yang maksudnya;

" Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At Thafiyatan dan Al Abtar, kerana kedua-dua
binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan ".

Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya. Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan sendiri oleh seorang Raja ular dari Perguruan Permainan Ular Di Batu Malang Surabaya Jawa Timur.

Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi golongan yang yang telah disebut didalam Al Quran iaitu :

Allah swt berfirman didalam surah Al Ambiyaak ayat 82 yang mafhumnya :

" (Kami tundukan) diantara syaitan-syaitan, mereka yang menyelam masuk laut
untuk (keperluan) Sulaiman dan mengerjakan perkerjaan yang lain daripada itu
dan adalah Kami memelihara mereka ".

Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan prihal Mujizat Nabi Allah Sulaiman as yang boleh memerintah kerajaan Jin dimana semua para Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang Menyelam kedasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dll. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam kedasar lautan, sungai atau tasek. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (orang Seletar), mereka akan mengatakan "hantu laut". Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami Lautan, tasek atau sungai yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu :

1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.
2) Kelompok Anjing dan Ular.
3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.
4) Kelompok yang boleh menyelam.

Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru ahlilah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupaparas golongan Jin ini yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk dialam nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia. Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut :

1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik
dan elok .

2) Manakala golongan Jin kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa
parasnya hodoh, kotor dan mengerikan.

3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar
gunong, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus
kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-ramai.

4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang lepir
dan yang bulat, lonjong, berpintal pintal berubah size dan bentuk juga.

5) Mereka juga berwarna warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru,
puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dll. (spt cerita
Allahyarham P. Ramli pulak)

6) Mereka boleh tinggal dikesemua bahagian dunia, dipermukaan bumi, dalam
bumi, diatas air, didalam air, diatas awan, diudara, didalam hutan, diatas pokok,
didalam rumah tinggal, surau tinggal, disungai, dilaut, dibukit bukau, di
puncak gunong malahan dimana-mana saja.

7) Bilangannya teramat ramai, berbelion-belion kali ganda dari jumlah manusia.
Boleh ditakrifkan bahawa "setiap ruang ada dia". Jika Allah swt memberi manusia
dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak
bergerak pun. Mereka boleh lihat apasaja perbuatan manusia. Itu sebab kita di-
suruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan
ketika berseorangan. Mereka ada disekeliling kita memerhati gerak geri kita.

8) Ungkapan "sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia" adalah benar. Jin Islam
paling tinggi iman, warak, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi
ada sifat Mazmumah didlam diri mereka spr Riak, takabur, ego, ujub dll yang
pula boleh bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik, zalim
sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi
"Khadam" atau "sahabat". Disaat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan
takabur pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk
beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut
kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk didalam sirik besar iaitu menduakan Allah swt
tampa sedar, kerana pegi minta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil
Jin sebagai wali (penjaga).

Menjurus kepada permasaalahan orang -orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan seperti Majusi sembah dewa, Budha, hindu, kristian. Jika di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan moral umat Islam disana sangat mencabar pihak yang menjaga hal ehwal agama Islam disana. Dengan jumlah umat Islam yang begitu ramai, kekurangan dana pembayaan, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan budaya mudah sangat menerima segala bentuk ajaran yang dianggap agama bagi mereka, maka menyababkan mereka sukar membendung jumlah Umat Islam yang menjadi MURTAD setiap hari. Inilah sebabnya Indonesia "dipilih" oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai penaja, menyalurkan dana badi tujuan untuk dijadikan pusat penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu Melaysia yang selalu menganggap pencarian Ilmu Agama atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi disana yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat. Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya disana dan kemudian kembali kemari untuk menjalankan pula dakyahnya disini. Ada juga yang kawan temui sendiri disana memberitahu, mereka datang memang mencari Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas yang mudah untuk kebendaan dunia langsung menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis. Inilah senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat di Kawasan Nusantara ini. Cetek pengatahuan agama adalah punca sebenar akan pekara ini. Justeu perhatikan muslihat Iblis yang menjadikan manusia-mahusia Iblis sebagai pendakwahnya. Sekarang syitan dan Iblis tidak lagi bersusah payah untuk berkerja menyesatkan Umat Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu yang berkerja untuk mereka dengan menerima bayaran yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah diadaptasi, dimind controlkan menjadi sebahagian dari mereka. Kawan meneru agar anda berwaspada, tidak berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Melaysia habis-habisan bagi menarek seberapa ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam menjadi sesat seperti mereka. Ingatlah akan pesanan kawan mu ini "Syaitan dan Iblis itu adalah musuh kamu yang paling Nyata" !!!

Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka dulu hafal Al Quran, mereka kenal asalusul kejadian manusia, mereka tahu kelemahan manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia, mereka mengikuti setiap benih yang jatuh kerahim wanita muslim, mereka duduk disebelah jenin manusia dalam rahim ibu muslimah dan mereka turut lahir bersama setiap bayi muslim yang lahir dan membesar bersama-sama mereka. Nah... bagaimana ??? masih lagi mengatakan mereka itu golongan yang boleh ditonggang seperti kuda. Mereka tidak hairan dengan ayat yang kamu jampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk kamu asalkan kamu jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menungangi kamu seperti keldai dunggu...ya seperti keldai yang dunggu dicucuk hidung dan dipukul diponggonnya suruh ia berlari kearah yang mereka mahukan. Kawan akan buka pekong ini, kawan akan bogelkan kamu satu persatu hingga kamu malu untuk tinggal diatas dunia Allah ini. Malu dengan sikap kamu yang bodoh menyesatkan diri sendiri. Malu untuk menghirup udara milik Allah swt yang diberi percuma ini.

Ok kita kembali semula kepada tajuk....

KEPERCAYAAN ORANG MELAYU :

Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti tidak lari daripada kepercayaan kurafat terutama yang sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup. Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini dengan panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka, Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewa dll. Panggilan ini diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain, padahal mereka semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis iaitu Jin. Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka berperasangka, berhayal, dengki, hianat, bermusuhan, suka benda magik, mistik, suka nampak hebat pada masyarakat, suka puji pujian maka memang tepat untuk mereka duduk ber "sahabat", ber "Khadam", ber "saka", ber "Daulat" dengan kaum jenis ini. Kaum yang lain tu susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang Melayu tak payah ajar, dia tahu sendiri kan senang. Betul tak ???

Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil hantu, puaka, jembalang yang menjadi kebanggan dan kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya !

A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh terbang keudara iaitu;

1) Hantu Pontianak 2) Hantu Langsui 3) Hantu Penangal 4) Hantu Pokok Pulai
5) Hantu Pari-pari 6) Puteri Mayang Mengurai 7) Hantu Pokok Ara 8) Hantu Jurai
9) Hantu Tang Long 10) Hantu Angin Pasang 11) Hantu Kepala Angin 12) Hantu Pelesit 13) Puaka Burong Wak wak 14) Hantu Ampaian 15) Dewa Langit 16) Dewa Hujan 17) Hantu Terbang Helang Putih 18) Hantu Bangau Putih

B) Dari Kelompok yang melata dibumi dan berubah ubah wajah juga menghilang ;

1) Hantu Raya 2) Hantu Toyol 3) Hantu Kubur 4) Hantu Jerangkong 5) Hantu Jembalang 6) Hantu Punjut 7) Hantu Jepun 8) Jin Tanah 9) Mambang Tanah 10) Jembalang Tanah 11) Hantu Sundal Bolong 12) Hantu Bungkus 13) Hantu Pocong 14) Hantu Mati Dibunuh 15) Hantu Polong 16) Hantu Gua 17) Hantu Bukit Tunggal 18) Hantu Gunong 19) Hantu Kereta 20) Puaka Pulau 21)Lembaga Hitam 22) Hantu Lubuk Puaka 23) Hantu Kopek 24) Hantu Tangga 25) Hantu Sempang Tiga 26) Penunggu Taliair 27) Hantu Jeti 28) Hantu Mayat 29) Hantu Saka 30) Hantu Sampok 31) Hantu Pari2 Lembah 32) Hantu Kom Kom 33) Puaka Lubuk Hantu 34) Hantu Kolong 35) Hantu Bumbung 36) Hantu Cina 37) Hantu Jongos 38)Puaka Gua Hantu 39) Hanti Perigi Buta 40) Dewa Hutan 41) Dewa Gunong Merapi 42) Dewa Lembah Dingin 43) Bunian (Pari-pari Hutan) 44) Dewa Daulat 45) Hantu Gigi 46) Pantas di Awan 47) Hantu Galah 48) Hantu Tinggi 49) Hantu Lombong Tinggal 50) Panglima Hitam 51) Pamglima Harimau Berantai 52) Harimau Jadian 53) Puteri Mak Yong

C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh menyelam dan berenang ;

1) Hantu Air 2) Pari-pari Air 3) Hantu Laut 4) Hantu Perahu 5) Penunggu mata air
6) Penunggu Jeram 7) Hantu Buaya Tembaga 8) Hantu Sungai 9) Hantu Lubok Puaka 10) Hantu Tasek Biru 11) Puaka Laut Selatan 12) Penunggu Kunci Air 13) Hantu kepala air 14) Penunggu Pertemuan Dua Sungai 15) Puteri Pulau Tujuh 16) Dewa Sungai 17) Dewa Laut


D) Dari Kelompok yang menyarupai binatang ;

Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan didalam hadis-hadis Nabi saw,
terdapat juga jenis-jenis lain yang menyerupai binatang juga dikira sejenis atau
sebangsa dengannya iaitu :

1) Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (spt dlm hadis Nabi saw)
2) Jenis Ular tedong sela dengan garis putih dibelakang kepalanya (spt dlm Hadis
Nabi saw)
3) Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampong.
4) Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar.
5) Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar.
6) Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang sangat besar.
7) Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar.
8) Jenis Jelmaan Srigala atau Srigala Jadian
9) Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih
10) Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak org asli bukit.
11) Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau, Tasek, Laut, Sungai,
Gunong dll

Jika anda perhatikan kesemua jenis hantu, puaka, jelmaan dll diatas, tidak kah ia menepati ciri-ciri yang disebutkan didalam hadis-hadis dan juga ayat al Quran ?. Memanglah semua nama itu tidak disebut satu persatu disana, tetapi istihat serta ijmak Ulamak harus tuan-tuan ambil kira dalam menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan Ulama-ulama bangsa Melayu sendiri telah menetapkan perbuatan ini adalah Kurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh diterima langsung dalam Islam. Sudah terang lagi kan bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak dipertikaikannya lagi. Inilah Tabiat orang-orang Melayu yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah dikencingkan Syitan dan Iblis, dimind control, telah disihir oleh puak Iblis sesat. Mereka memutarbelitkan kata-kata untuk membenarkan dan untuk meyakinkan masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela dan diyakini itu tidak bertentangan dengan Syarak atau hukum agama Islam. Terutama yang berkaitan dengan adat resam datok nenek moyang mereka. Mereka mempertahankan dengan apa juga cara. Pada hal mereka telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah Rasullah saw dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan diri dari puak-puak syitan dan Iblis ini, baik dalam apa juga alasan kamu. Beitulah jauhnya dan dalamnya pengaruh kesesetan yang telah tertaman jauh dilubuk hati, minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang kemudiannya mereka ditunggangi oleh golongan Jin, Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu "Manusia Iblis". Inilah dia masaalah kronik orang-orang Melayu didunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang melayu-melayu ini banggakan "The Promised Land", "Tempat Kebangkitan Dari Timur", "Kebangkitan Imam Mahadi dari Timur", "Kebangkitan Panji2 Hitam Dari Timur", "The Land of the God", "The Armageddon from East" dll... sedangkan isinya, masyaallah...MASYAALLAH !!!! MACAM MANA NAK PERGI PERANG DENGAN ORANG2 ARIFIN, MUTTAKIN, HAQQIKIN TU, kalau dalam dada bersarang Iblis ??? silap2 kamu dulu kena.

Mengikut penyelidikan kawan sendiri, diantara semua hantu, jembalang, polong dll yang kawan sebutkan diatas tadi. Antara yang sangat popular dijadikan "sahabat", "Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya antaranya ialah :

1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang bergelar,
ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan
keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT.
2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin
3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.
4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan perubatan tradisional
5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan
6) Hantu Langsui - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.
7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan
8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan
9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan nelayan.
10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan
12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya
13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengalamal Kuda Kepang dan barongan
14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah
15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan
16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan
17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan diminati org ramai.
18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan banyak.
19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit
20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh
dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru
namanya dan dgn sendirinya ia didampingi - silat Seru dll.
21) Dewa Sungai - perguruan silat sending
22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah
23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih
24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih
25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan silat Cimandi.
26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi.
27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan
Macan Putih
28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai
29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka.
30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju
31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah
32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut
lidah, memukau orang, bersuara kuat dll
33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat utk menjaga kampong, rumah, keluarga,
kebun, tanaman,
ternakan dan boleh bawa tuannya
pergi kemana2 dengan cepat.



Sekian dahulu untuk kali ini.......

Nantikan pula Mukasurat 2


Zamany.

40 comments:

  1. Alhamdulillah Tuan kerana berkesempatan untuk memberi nasihat kepada kami berkenaan perkara-perkara getir sebegini yang melanda budaya Melayu dari dulu sampailah sekarang.

    Semestinya penulisan Tuan ini akan saya ikuti dengan tekun. Harap Tuan tidak akan berasa bosan dan penat untuk menulisnya walaupun sibuk dalam tanggung jawab harian.

    Semoga kita bersama-sama akan terasa lebih rendah diri dengan segala ilmu dan pengetahuan yang diberi-Nya.

    salam...

    ReplyDelete
  2. menarik, dgn perinciannya sekali. Byk betul mambang2 jin dewa jembalang bagai ya. Apa pula kisahnya ada yg kawin dgn bunian ni. Ada zuriat kacukan manusia dgn jin pulak...

    ReplyDelete
  3. Salam kpd anon 6.29 am dan batista

    Kpd anon 6,29
    Insyaallah, Kwn sentiasa ingat dan tetap akan meletakkan semua ilmu adalah milik guru kwn dan kwn tidak punya apa-apa walau sebatang alif pun. Ia akan lebih mudah begitu dan jika kwn sedikit terlanjur tu mohon maaf. Mohon Allah swt memberi ingatan kwn seberapa lengkap yang boleh untuk ingatkan semula pelajaran dalam bab ini dahulu. Tk atas ingatan...

    Kpd batista..
    bab bunian tu akan ditulis dalam ms 2 nanti. Kwn akan cuba membuat ia lebih detail semampu yang boleh kerana kebanyakan buku dan kitab ilmiah didalam bab ini tidak bersifat begitu. Itulah agaknya kenapa kwn dikenakan merantau keceruk rantau, menjejaki mereka yang pakar dlm bab ini sedikit masa dulu.

    Lagi satu pekara, oleh kerana orang Melayu selalu beranggapan 'tidak mengapa' berkawan dengan jin yang tidak dia sedari mereka telah di sesatkan oleh pihak Jin dalam senyap. Fahaman inilah yg kwn cuba kaitkan supaya mereka tahu yang mereka itu dalam bahaya. Mengaitkan bab ini didalam dunia Melayu lah cabaran yg kena kwn khususkan di dlm rencana ini.Tiada buku yang menulis sebegini rupa yang kwn selak selak.
    kebanyakan cerita secara genaral sja. mendatar tampa menjurus. Kwn nak bagi tahu org melayulah yang paling ramai menganut ajaran Iblis dengan secara tidak langsung.Insyaallah dengan izin Nya juga akan kwn siapkan rencana ini secepat mungkin...
    Tk kerana sudi kemari

    wassalam
    zamany

    ReplyDelete
  4. Salam Atuk Zamany...

    Alhamdulillah, dengan artikel nie, menjawab persoalan dalam diri saya berkenaan Jin yg berwarna-warni (berpuak dari segi warna) yg dapat saya kutip dari sirah Saidina Hamzah...

    memang sgt sedih dengan golongan sekarang ini... dan Alah telah memberi akal dan nafsu... maka... nafsu lah mereka pilih... sedangkan Allah itu memberi syurga dunia pada mereka yg kafir... dan dugaan dan cabaran yg getir pada muslim sejati untuk mendapatkan syurga hakiki....

    ps: Atuk Zamany, cucu nie belajar silat dari Arwah Abah... silat Lian Padukan nama sekarang.. tapi zaman cucu dipanggil Buah Pukul Mersing, Silat Lian. termasukkah saka siulat dalam silat ini? bagaimana cucu nak buang saka ini jika ada? dulu cucu ada terima ilmu pukulan pelimun dan pemberat... harap Atuk boleh tolong...

    (kalau cucu salah panggil atuk... harap tegur cucu... :) )

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  5. Salam abuhakeem...

    Klu kita nak tahu ada saka atau tak senang je ... cuba tanya org tua atau guru yg masih ada, atau rakan seguru yg lebih tua. tanyakan dari mana asal usul silat tu ? kalau blh sebut nama2 tok guru silat yang menyampai salah seorang Iman Muktabar dlm bab ini, contoh nya disebelah Nusantara ini ialah Syekh Wan Daud wan ahmmad al fatoni yg mengtasdih semua bentuk silat didlm satu bentuk pertahanan diri peperangan yg diiktiraf disemua peringkat buah dan tari berwasilah hingga sampai sanatnya ke Rasullah saw, maka silat itu tiada saka. Jika ia terputus sanat dimana2 bahagian samada dlm tari atau buah, tidak menyampai ke imam muktabar persilatan alam Melayu yg kwn sebutkan di atas maka, syaitan lah imamnya... cucu faham skg??

    Yg betul2 mewarisi persilatan syekh daud fathani yg kwn tahu satu je silat di seluruh alam Melayu ni...
    Silat ABJAD...yg lain hampas !!!! kwn sendiri dah uji silat ni, dan bukan calang. Nama tak glema, tapi.. tak dapat nak kata la, memang mantap luar dalam.

    Nak buang saka... pergi jumpa ustaz Yunus (wakil guru abjad sah) kalau di selangor, kalau di perak jumpa dengan tok guru depa sendiri Tok mat jangut yang dipertua yayasan abjad.. tapi jumpa terus tok guru abjad tu lagi baik. org panggil ust mat no tel 013 4500007. Bab buang saka, memang dialah orangnya. Yg lain tu ada, tapi tak kemana pun??? Kalau dia tanya siapa bagi no. katakan kawan dia di johor bagi. zamany ni nama anak kwn, nama kwn rahsia...anon !

    Silat cucu ni pelek lah, tak pernah dengar pulak. dah rata kwn jalan. dah belajar silat hampir 40 gelangang. Tak pernah pulak jumpa silat lian ni ??? mungkin kwn tak main sebelah Mersing kot.

    wasalam
    zamany.

    ReplyDelete
  6. macam mana pula silat nasrul haq. yg ni glamer jugak dulu....

    Kenapa para jin ni tak heran dgn jampi doa, walaupun dgn ayat kursi, atau doa jin afrit yg diajarkan jibrail kpd Rasulullah?

    ReplyDelete
  7. salam Pak Cik Zamany,

    Gelanggang Silat Abjad ade tak kt KL?teringin sgt nk belaja silat nih..

    ReplyDelete
  8. terima kasih Tuk...

    atuk kat Muar ker Batu Pahat? saya di BP...

    saya belajar sialt tu sejak sekolah rendah lagi (darjah 1).... bersama kakak saya... antara amalan pertama ialah mandi limau. Guru kepada Arwah bapa saya bernama Pak Ali Forest (kerja renjer hutan tahun 1960-an)... bapa saya mendapat tauliah sebagai guru. Anak murid bapa saya banyak di batu Pahat... tapi takder yg tauliah guru rasanya.

    antara pengisian yg saya pernah buat, disuruh berpuasa seminggu. dan setiap malam berzikir kalimah tauhid 3000 kali selepas tahajud.

    kalau boleh kena selalu ada wuduk... masa saya di Universiti, dah tingal jauh, saya pun kurang amalkan yg diajar... biasalah jiwa muda masa tu.. yg saya ingat, kalau saya tak solat, akan terdengar (terngiang) suara pesanan untuk solat atau kadang2 bertalu2 bunyi azan kat telinga...

    lama2 ia hilang... dan saya rasa ilmu yg saya tuntut tu pun dah tak berkesan lagi kot... tak pernah cuba lagi... :)

    Silat Lian / Buah Pukul Mersing asalnya dibawa oleh sorang saudagar Arab di Singapura. dipercayai silat nie dari seni martial negara China. (pernah abah bg tau Seni Kuan Tau).

    kalau Atuk cek kat Internet banyak Info... ada guru kat semerah kalau tak silap... saya pun tak jumpa lagi nak refresh silat saya... (dah lupa langkah punnn)

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  9. Salam batista, anon 5,27 dan abuhakeem...

    Kpd. batista,

    Silat nasru haq samalah dengan budi suci dan wali suci. mula mula masuk ke sini dipanggil budi suci, bila ulama johor haramkan, mereka tukar nama kepada nasrul haq kemudian juga diharamkan terakhir mengguna nama wali suci dah tak masuk johor. diajar di ulu kelang kl. banyak mat rok masuk belajar, tak tahu kenapa. dia katanya ajar juga bab mengenal diri mengenal Allah ni... wallahuaklam.

    Tapi yang pasti silat bagi 'orang marah baru jadi' ni membawa kpd kesesatan. Ada cerita disebaleknya ?

    Kpd anon 5.27

    Silat abjad rasanya tak ada di kl, yg paling dekat dikl tu ialah di sungai buluh. Boleh tel ust mat jangut dan tanya pada dia... no tel dia dikomen abuhakeem diatas.

    Kpd abuhakeem.

    kwn kejap di jb kejap di baling kelap dimarang dan kejap di rantau panjang... mcm mana tu ? 4 tempat ni kwn kena tengok. ni keja kwn.

    oooo baru kwn ingat kalau sebut pasal kuan tau tu. diadaptasi dari sini. kwn tak minat kuan tau sebab dia mcm tai ci cina, cuma cepat. lagi pun tak masuk bab silat yg kwn kena selongkah isi perut nya. yg dah kena selongkah baru ni silat lincah, omar mempertahankannya sampai masuk hospital. kwn dah bagi jelas, kalau masih lagi tak bertaubat, hang tunggu je lah nanti. kwn dah lepas tanggung jawab kwn didunia ni, tlg bagi ingat...tu je.

    nampak mcm anda dah terputus punca silat tu. tak blh main agak-agak je. kena betul-betul confirmed. kalau tak, cucu sendiri yg menanggung nya nanti,
    tanya betul2 dan cari asal usulnya dengan tepat.ok klu tak jumpa, lupakan saja silat tu walau pun ia peninggalan keluarga cucu, memang sakit, pedih dan sedih tapi tak boleh kompromi dalam bab akidah diri kita sendiri...kalau nampak bahaya jgn teruskan. cari yang lain.

    tk sebab sudi kemari,

    Wallahua'alam
    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  10. salam batista,

    tertinggal... "kenapa jin tak takut dengan ayat yang kita baca, ayatul kursi, doa jin afrit dan doa apa juga pun"...

    jawabnya, mereka tahu ayat yang hang bawa tu tak ada pertalian ilmu dari tangan Rasullah saw. Maksudnya belajar dari buku, dari ustaz dalam suatu ceramah, dari guru yang tidak punya sanat, ambil dari punca yang entah dari mana. Pelajaran dan pengajian yang diambil tidak dari punca dan pewaris nabi iaitu dari sahabat kepada sahabat-sahabat, kepada ulama muktabar, dari guru-guru yang berwisalah dan berebitah hinga sampai sanatnya ketangan Nabi sendiri menjadi punca jin tak hairan dengan kamu. Malah dia suruh kamu pergi belajar lagi. sebab semasa kejadian mereka dulu sebelum Nabi Adam ada. Mereka dah diajar dengan ayar dari semua kitab agama samawi tu iaitu taurat, injil, zabur dan alquran. Ia telah ada dulu sebelum manusia diciptakan lagi, tapi bentuknya saja tidak diketahui...bukan yang ada macam ada dirumah kita naskah AlQuran. waalahuaklam... mereka hafal semua itu dibibir. Kamu baca satu ayat, dia dah habis 10 ayat, habis kamu baca ayat kursi, dia dah habis 1/3 alquran. Macam nmana nak menjadi... dia dulu sampai. Kamu terkapai kapai dengan segala bacaan yg lintang pukang, mana nahunya, mana tajwid nya, mana hadnya... itu sebab dia senyum je tengok hang baca.

    Jadi kena cari guru yang betul-betul sah, didalam bab bab syariat, akidah , akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Tak boleh tidak... sekarang jugak !!!!

    kwn dah tunjuk tempatnya, kalau tak percaya boleh uji, boleh test... sampai ke tak sampai. sampai puas hati, sampai percaya, sampai terbukti pada diri, sampai rasa yakin, baru buat keputusan, ok.

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  11. Trimakasih saudara Zamany....

    Boleh tak dijelaskan apa itu rabitah. Rasanya tak pernah didengarkan dlm subjek agama Islam dari yg sekolah rendah sampai lah kpd institusi2 pengajian tinggi.
    Ade dgr pulak orng2 jurusan agama yg kata berabitah tu syirik pun....

    wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam batista..

    Ribitah dari segi maksudnya ialah pertalian hubungan, mengikat dan menambat diri rohani jasmani kepada kekaseh Allah swt iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. seumpama Allah kasehkan Muhammad begitulah harapan kita supaya kita juga dikasehi Allah dalam setiap bentuk amalan dan kerja buat kita dari semenjak kita lahir hinggalah kita mati didalam pemeliharan, readha dan kaseh sayang Allah selama-lamanya didunia dan akhirat.

    contoh gambaran yang paling mudah ialah berselawat keatas Nabi Muhammad saw. Sedangkan Allah sendiri berselawat keatas baginda, inikan kita sebagai umatnya mestilah dan seharusnya lebih banyak berselawat keatas baginda. sekarang anda nampak tak pertalian itu....

    Sebenarnya banyak pihak yang tersalah anggap akan pekara ini. Mereka memisongkan maksud sebenar akan pekara ini untuk menjalankan dakyah songsang dan berkepentingan contohnya syiah. Ditukar kepada Imam mereka, taksub kepada selain dari rasullah itulah yang salah. Rasullah saw lah yang akan memberi syafaat kepada kita diakhirat kelak.Jadi salahkah jika kita banyak berselawat ??

    Waalahua'alam
    zamany

    ReplyDelete
  13. terima kasih atuk...

    cucu nak tanya satu soalan... soalan nie pun datang dari rakan sekerja ...

    soalan :

    sejauh mana hamba Allah boleh mengetahui dan mengenal Allah Azza Wa Jalla?


    saya memang tak mampu nak jawab dengan izin Allah saya bertanya semula pada yg saya fikir layak disoal.

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  14. Salam, tuan zamany. Emm.. apa beza antara jin dengan syaitan, jin dgn iblis,iblis dgn syaitan? Ada beza ke ? Adakah semua2 jin tugasnya hanya meyesatkan manusia? Maaf kiranya tanya soalan begini. .... Silat abjad ade cawangan kat johor tak?

    ReplyDelete
  15. lagi satu... apa pandangan tuk dengan Kitab Al-Hikam? benarkah kitab itu wujud sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?

    maaf byk tanya lak tuk...

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  16. Salam saudara Zamany saudara AbuHakim.

    Mengenai jin dan hantu tu saya fikir eloklah saya komen kemudian bila sudah terhidang semua. Kena baca betul2, silap baca "kena cekik"... hahaha.

    AbuHakeem, Saya nampak keikhlasan saudara bertanyakan soalan2 itu. Alhamdulillah masih ada hamba Allah yang berminat mengetahui hal-hal berkaitan tauhid. Syukur.

    Bagi pendapat saya, tidak salah sdr bertanya perkara haq, jika ada rezekinya saudara akan dapat hasilnya, insyaallah.

    Saya tak berapa pandai dalam hal yang dalam-dalam, tapi sekadar berkongsi pandangan bolehlah. Maaflah kalau silap, harap ada yang betulkan. Soal mengenal Allah itu, adalah wajib bagi setiap orang Islam. Awal2 agama mengenal Allah (tiada beragama kalau tidak mengenal). Untuk kenal Allah, kena kenal diri. Bila kenal diri, binasa diri itu. Jawapan untuk soalan kawan saudara itu ialah kena merasai mati sebelum mati. Diri akan binasa bila kenal akan Allah kerana hanya Allah mengenal diriNya. Rasulullah bersabda dalam hadis qudsi, "Aku kenal tuhanku, dengan tuhanku". Tiada daya akal untuk menceritakan akan hal ini, untuk mengetahui manis gula, kenalah rasa gula itu, orang lain tak mampu untuk menceritakannya bagaimana rasa manis, hanya boleh dikias atau di bagaikan sahaja. Memang sukar memahaminya, tetapi jika hati ikhlas, akan terbuka pintu rahsia tersebut. Sdr Zamany akan huraikan, insyaallah.

    Tentang kitab alHikam, saya berpendapat sebaliknya. Wallahu a'lam. Saya sendiri suka baca kitab itu, ia berdasar banyak hadis qudsi yang penuh makna. Khusus untuk menyelami rahsia tauhid. Jika saya silap harap sdr Zamany betulkan. Saya tak masuk pondok. Belajar pun gitu-gitu je.

    Hmm memandai-mandai je saya ni.... maaflah tuan Zamany kalau berlebih2. hehe

    p/s Sdr Zamany, boleh tanya sikit? Di Baling tu kat mana? Ada tugasan disana? Saya ni asal dari Daerah Baling, lahir pun disana. Aruah emak saya orang Kupang. Kalau tak keberatan......

    wassalam.

    ReplyDelete
  17. terima kasih Sdr ABATASA...

    semoga Allah merahmati sdr.
    maaf kerana saya nie insan yg byk tanya sebenarnya... selagi hati tak puas kata org...

    byk persoalan... tapi apa yg saya cari adalah versi jawapan atau melihat variasi jawapan... soalan saya sama sahaja biasanya... cuma inginkan lebih dari jawapan yg menjadikan kalimah tauhid sesuatu yg paling utama dalam hidup...

    baru2 nie... saya merasakan untuk menyebut kalaimah itu sgt meremangkan bulu roma... kerana saya seperti terasa berat dan besarnya amanah pada kalimah itu.. bukan utk suka2 diucapkan... malah nak angkat muka pun saya takut...

    kalau yg mengikuti MF, mereka tahu misi saya yg ala kadar utk anak bangsa saya... saya risau sgt2 pada anak bangsa sekarang... hanya Allah tempat kita berlindung...

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  18. salam,

    sdr zamany,

    menurut cerita-puncak bukit kt kg dulu tempat meminjam pinggang mangkuk.

    tinggalan batu besar spt tembok memagari kawasan (masih ada)

    pembuka kaw.juga seorang alim hilang anak dlm kandungan isterinya.

    hari kematiannya, ada kelihatan bendera putih dikibarkan dipuncak bukit.

    kata org kg tu bunian...cerita diketahui ramai dan berlaku dlm thn2 kebelakangan.

    mohon pandangan.

    ReplyDelete
  19. Salam saudara abuhakeem,

    saya nampak apa yang saudara cari, ada tanda saudara akan jumpa. jika betul.. itu haq saudara. jika sudah dapat jaga betul2... amanah. itu pesan saya. meremang itu ada dua, yang hak dan bathil. itu bab rasa. ia tak boleh ditransfer... siapa "jumpa", dialah yang tahu apa rasanya. ia memang bermula dengan "rasa". kerana itu adalah "tanda" atau bukti wujud ghaib. anda tak mampu halangi kewujudannya.... kalau bahagia anda berada disaluran yang benar. itu sahaja yang saya tahu. semoga dapat dikongsi.

    wassalam.

    ReplyDelete
  20. Salam saudara Abuhakeem,anon 5.46, kopi, abatasa dan semua...

    Kpd abuhakeem,

    Berkenaan dengan kitab al hikam tu, ia ditulis dari beberapa orang waliallah. ia ditulis selepas zaman Rasullah saw dan mereka merujuk kepada beberapa imam muktabar yang arif dalam bab-bab tersebut. Mereka 'nampak' apa yang kita tak nampak. Tapi untuk menkajinya kena berguru. tak boleh bincang terbuka. Kerana banyak rahsia hakikat didalamnya. Guru itu pula mestilah yang 'menyampai'. kalau tak macam baca kitab biasa je. wallahuakalam..

    Bab "sampai mana makhluk boleh kenal Allah". Sebenarnya ia terbalek..'Allah yang hendak dikenali' kerana jika makhluk maseh berkehandak, sampai bila pun tak boleh kenal. Ia putus Makrifah. Tampa kehendak makhluk. Jam tu cuma jadi "saksi" saja, tampa suara, tampa kata-kata sedang makhluk dah "hilang". Kosong tampa apa2. Nak menyampai kesitu mesti dgn pekenan Rasullah saw. Kerana dia saja manusia yg telah "bertemu" hidup-hidup dgn Allah swt. Tampa izinnya, siapalah kita... itulah sebab kena ada guru yang berwisilah dan berabitah dgn dia. Kalau tak bahaya ?

    Betulah juga kata batista tu... lebih kurang mcm tulah, kerana "kena rasa baru tahu". Kwn nasihatkan pergi cari guru, belajar dari bawah... jangan terus nak jumpa Allah. Dia ada adab nya, ada protokolnya.

    Kpd Batista,

    Kira boleh juga lah tu. Dah faham... cuma kena usha lebih sikit lagi je. Kena jadi "saksi". biasa dlm 2 kalimah shadatai tu. Kita ucap dengan lidah, mentasdih dengan hati, lepas tu buka pandangan dlm kalbi...? klu mampu. Kalau tak kena rujuk guru...

    Kwn asal johor, kesitu sebab ada kerja kena buat dgn satu org tua disana. Tolong dia je.. kerja tu maaf tak dapat bagitahu, sebab rahsia org. tu je.

    Kpd kopi,

    memang benar cerita pinjam pinggan mangkok, tu alam bunian la tu. Memang kena tepati janji. jika tidak mereka ada alasan nak porak perandakan manusia dlm berbagai bentuk. Mereka tu ganas sebenarnya !

    Kpd anon 5.46 pm...

    Nanti dalam Mukasurat 2 akan diceritakan semuanya, termasuk perbezaan dlm istilah golongan ni. Ia banyak lagi bukan 3 tu je ok...

    Tk sebab ambil berat pasal musuh yg paling nyata ni. sebenarnya bab ni sangat penting bagi yang menempuh perjalanan ke Tuhan.

    wallahuakalam

    zamany

    ReplyDelete
  21. pembetulan, saudara Zamany,

    Yg bab rasa merasa tu drpd saudara Abatasa.... bukan saya. Kawan ni merasa masakan pon lintang pukang lagi... kena berguru dgn yg arif pasal masakan lah tu.

    Saudara Zamany pandai masak ke..... kambing??

    ReplyDelete
  22. Salam semua,

    Minta maaf... tersilap orang, komen tu sepatutnya buat abatasa.

    Tapi tak mengapalah dah tua-tua ni merapu jugak sikit-sikit. sebenarnya ia tak disengajakan. maaf abatasa.

    batista minat kambing... kwn masak baraini gam kambing tu reti la jugak, kan orang johor. kalau nak rasa baraini gam sila ke batu pahat. Jumpa Md Shah. baru betul-betul kaw. tanya abuhakeem di BP. memang tak sama dimana2, sampai arab yg kawan bawa ke situ pun tabik. Ada rakan datang dari Yaman dulu kawan bawa ke situ dalam perjalanan ke KL singga kejap di BP. Mereka semua puas hati...Tk Md Shah. tapi kwn masak tak sama dia ni. kwn belajar dari dia la pun...

    Dia ni kalau belajar masak, biar sampai jadi pakar macam Chef Wan tu. ya tak... tapi kita mana sempat nak belajar masak. Asek merantau je.

    walau bagaimanapun terima kaseh sebab tegur kesilapan kwn tu dan maaf pada abatasa sekali lagi, jangan kecil hati pulak, ya !

    sekian
    zamany.

    ReplyDelete
  23. hehehe... pergi jer kat benteng tepi sungai BP... gerai En Md Shah berkembar... kalau tengahari sesak sgt.. hehehe....

    terima kasih Atuk...

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  24. Trimakasih info tu... mungkin saya akan berpeluang ke sana nanti

    ReplyDelete
  25. Tapi kalau dah sampai tahap masak briani kambing tu, kira dah mazhab tinggi la tu...

    ReplyDelete
  26. Salam semua,

    Maaf Tuan Zamany. Bukan nak mendahului takdir. Tapi sy rasa saudara kumaddie kita telah terbuka rahsia besar. Rasa2 dia perlu bantuan Tuan dgn izinNya ( rasanya kumaddie sendiri tak tahu )

    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  27. Salam anon 3.28, batista dan semua...

    Kumaddie tu buat fakta bahaya... dia suka buat mcm tu ? biarlah, itu cara dia. Kwn pelik juga, dari mana dia dpt surat TDM tu ? Bunyi mcm ciplak surat org lain je ? dia tarek undi lah tu !

    Tapi tang 13 mei tu, TDM tak ada di kala itu. Maksud kwn dia bukan pencaturnya. Pencaturnya ialah kominis. Malayu bangkit sebab kominis dah naik tocang, melampau-lampau !

    Klu ikutkan dah banyak kali percubaan nak buat mcm 13 mei tu berlaku...dari sejak th 70an lagi. Ini agenda kominis dan barat. Kita perati kan je, jgn cepat melatah. Belum masa nya....sabar

    Kpd batista..

    Lain je bunyi soalan tu ? campak batu harap-harap kena kepala ikan kecik dan ikan besar. Takat masak braiani gam... abuhakeem blh buat, ya tak ?

    dengar cita ada lagi ustz yg kena tangkap pasal bawak ajaran sesat di prang besar, betul ke ? heboh kat KL katanya. Kwn dpt imfo drp org disini. Jika benar bagai dikata, satu lagi petanda akhir zaman. belajar tak ada puncalah tu, itulah sbb nya kena ada punca yg soheh. Haru ustz tu ?

    Wasalam
    zamany

    ReplyDelete
  28. Salam semua,

    Alhamdulillah - jumpa lagi. Nampaknya semakin hebuh dalam restoran kumanddie.. pandai pulak dia buka cerita sensasi. Kena soal bertubi-tubi, kawan pun tumpang semangkok. he2

    Sdr Zamany, saya rasa prang besar dah tak wujud lagi sekarang ni. Dah jadi putrajaya. Kg mentua kawan kat sana sebelah putrajaya. Tak dengar pula cerita tu. Ketinggalan lah.

    Nak tanya sikit soal artikel ni, bab jin. Kawan tak ngaji fasal ni, banyak tak tahu. Jan itu adalah "bapa" kepada makhluk bangsa jin kan? Macam Adam bagi manusia. Betul tak? Iblis tu bukanlah Jan, anak cucu dia ke?

    Soalah nak tanya ni,

    1) Faham saya, Iblis tu bukan malaikat dia adalah dari jenis jin tapi dilantik sebagai ketua malaikat (gelarannya azazil). Betul? Sebab masa jasad adam dah siap dijadikan, Allah minta semua "Malaikat" sembah jasad Adam. Semua sembah kecuali Iblis. Disini ada konfius sikit kedudukan Iblis itu. Jika dia bukan malaikat kenapa dia wajib sembah Adam? Allah suruh malaikat sahaja. Harap dapat pencerahan.

    2) Setiap manusia dilahirkan bersama2 2 kembarnya. Jin bernama Qarin dan satu lagi (tak tau namanya) dari jenis malaikat. Ada hadis ceritakan hal ni. Jin ini juga disebut sebagai syaitan. Setiap manusia ada kembar ni yang bersama dengan dia sampai mati. Satu tarik ke kanan satu lagi tarik ke kiri. Soalannya, Bila kita mati, kemana jin itu pergi kerana dia tidak ikut mati bersama kita. Adakah dia juga anak cucu Jan itu? Saudara ada sebut dalam artikel diatas, jin/syaitan ini akan masuk ke rahim wanita islam bersama sama benih. Adakah itu maksudnya atau ada penjelasan lain? Kerana dalam bab yang saudara tulis, ia berkaitan perempuan Islam sahaja, bukan semua. Dalam hadis Rasulullah saw menyebutkan semua manusia ada qarin.

    3) Bukanlah semua jin itu syaitan tetapi semua syaitan itu asalnya dari jin. Betul tak? Atau manusia juga boleh jadi syaitan? Adakah syaitan itu adalah anak cucu Iblis sahaja? Atau syaitan itu adalah simbolik kepada "nafsu amarah"?

    4) Disebut bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuh manusia paling nyata. Apa huraiannya? Apa yang kita nampak syaitan itu tidak nyata pada mata kasar, iblis pula lebih lagi. Kenapa Allah sebut iblis dan syaitan ini musuh kita yang "nyata"?

    Harap saudara tak keberatan memberikan huraian permasaalahan saya ini. Atau mungkin saudara nak tulis dalam post akan datang? Saya tak kisah, asalkan ada penerangan mengenainya.

    Sekianlah soalan pada waktu ini, bila ada kemusykilan lain, nanti saya tanya lagi. Harap tak keberatan melayaninya. Maaf jika terlanjur.

    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Salam dan selamat datang kpd saudara aliff...
    tk sebab memberi komen dan soalan2 yg sangat baik.
    Ini bererti ramai yg nak tahu pasal Iblis dan kenapa dia menjadi musuh yg paling nyata bagi manusia. Sebenarnya semua soalan saudara tanya ada didalam ms2 atikal kawan nanti. Skg tengah dok buat ni. Tapi baik juga kwn jawab supaya tak ternanti-nanti, sebab atikal ms 2 tu lambat sikit lagi. Ia lagi panjang.

    1)Jan memang bapa segala Jin, benar dia spt Adam as. makhluk pertama golongan Jin. Lepas Jan maka lahir pula keturunannya dipanggil Jin. Asal semua Jin sangat taat,alim dan soleh. Bila Adam diciptakan (bukan masih ditempa tetapi setelah ia dihidupkan dan diajar segala pengatahuan Oleh Allah sendiri) Kemudian Allah perentah semua makhluk sujud (bukan Malaikat saja) pada Adam. Maksud sujud tu bukan sembah (macam sembah berhala tu) tetapi'hormat' kerana Adam as dan seluruh keturunannya diberi pangkat Khalifah. Ini yang buat Jin marah, iri hati dan tak puas hati kemudian memberontak dan kufur dari perentah Allah itu, maka ia dilaknat Allah dan digelar Iblis. Iblis nilah yang hidup sampai sekarang dan tak mati2 (dgn izin Allah).Nampak tak! sebelum kena laknat namanya Jin, selepas kena laknat namanya Iblis. Jan (datuk Jin) dicipta dari lidah api yang sangat panas dan angin Samuun yg juga sangat panas. Malaikat pula dari Cahaya atau Nur. Ia tidak sama dari segi zat, rohani dan roh nya.

    2)Qarin ialah jenis Syaitan (pekerja Iblis), Syaitan pula ialah pekerja yg sangat taat dan rajin. Ia sangat jahat. Qarin dah ada sebelum kita ada. sewaktu air mani jatuh saja dalam rahim wanita iaitu semua wanita tak kira agama - tapi didlm atikal kwn ni, kwn nak khususkan wanita musilimah saja kerana org melayu muslim selalu ingat Qarin tak duduk waktu mereka "jimak", konon jin takut dan malu. Walhal dia dah ada disitu. Tanggapan beginilah yg kwn nak org melayu hapuskan dlm minda mereka. Qarin tidak mati bila manusia jagaannya mati. Ia akan masuk semula kedalam rahim wanita lain dan jaga manusia yg lain pula. Kerja dia ikut kelemahan manusia itu dan bagi tahu pada syaitan utk kerjakan manusia itu. Ia perhati detik hati kita dan bagi kita was-was. Itulah Qarin.

    3) spt yg kwn sebutkan semua makhluk jin berasal dari jan. Dari jan lahir bangsa2 Jin iaitu syaitan, Iblis dan Ifrait. Iblis jadi ketua atau raja agong, syaitan dan ifrait jadi rakyatnya. Syaitan bukan Simbul saja, ia ujud menjadi satu bangsa jin dan punya berjuta bangsa darinya pula. Ia ada rajanya yg lebih kecil dari raja Iblis contohnya mcm gabnor wilayah. Ia adalah jenis jin yg sangat jahat.

    4) belum habis lagi mcm mana nak hurai, sabar ya. Huraiannya diakhir ms 2 nanti. Nyata bukan saja bermaksud ujud (boleh dipegang), nyata disini bermaksud dizahirkan dengan terang dan jelas pada minda dan akal manusia bahawa mereka bebar-benar musuh kita. Iblis memang memusui kita sampai kiamat tak kira dari segi apa pun. Kita kena hapuskan ingatan yang semua puak Jin dari semua bangsa jin ada yang baik dengan kita. Semua musuh kita. Cuma yg Islam abadi, soleh, alim dan menjadi Waliallah saja yang tak masuk camput permusuhan Iblis dengan manusia. Mereka pisahkan diri dari puak yang kafir dan puak jin islam yang munafiq yang mengambil manusia sebagai musuh mereka. Harap saudara dah faham....

    jika tak puas hati juga tunggu ms 2 Iblis dan Alamnya sikit masa lagi. ok

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  30. Salam saudara aliff...

    (ralat)

    tertinggal, manakala izazil pula adalah Ketua paling agung puak Iblis. Jika Iblis Raja semua golongan jin. Izazil pula Raja keagung puak Iblis2 raja tu. Dailah pemerintah kerajaan raja-raja Iblis tu seluruhnya (master mind atau god father). Dan diatas izazil ini ada pula seekor lagi Maharaja Agongnya bernama THOTHAMGHIYAM YAAL (Prisedent bagi seluruh kerajaan2, izazil, iblis, syaitan dan ifrait.)

    ................

    Lawan bagi qarin, iaitu para malikat bernama malikat Maitahotorun (dari golongan ini). ia juga lahir bersama-sama manusia dan qarin yang juga sama jumlahnya iaitu 7 ekor untuk qarin dan 7 juga drp malaikat (tak tahu penjodoh bilangan utk malaikat). Qarin pandai mengintip dan tahu selok belok hati manusia.
    ................

    Manusia Iblis pula ialah manusia yg dah jadi serupa Iblis dlm semua rohani dan jasadnya. Dia dah jadi jelmaan iblis secara total. Manusia Iblis punya ilmu sakti atau magik, sama kuatnya seperti yang ada pada Manusia Waliallah. Dia pun ada kerejaannya juga. contohnya Dajjal. sila ikuti ms 2 akan diperjelasannya dan siap dengan contoh2 nya sekali.

    Ok... rasanya dah jawab semua persoalan saudara aliff. Jika ada yg tertinggal . Di harap nantikan di ms 2, ia lebih terperinci lagi.

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  31. Salam sdr Zamany,

    Terima kasih atas penjelasan panjang lebar itu. Tak terkira gembiranya saya bila membacanya kerana sebahagian besar daripada kekurang-kefahaman saya mengenai makhluk jin aka syaitan aka iblis ini telah terhurai. Alhamdulillah.

    Mungkin banyak lagi rahsia yang bakal saudara terangkan dalam ms2 nanti. Tak sabar pula rasanya. Walau apapun saya amat menghargainya semoga Allah menambah taufiq hidayah untuk saudara,... amin.

    Oh yea, sebelum terlupa, satu perkara saya minta saudara masukkan/huraikan dalam rencana saudara nanti ialah mengenai agama puak2 jin ini. Misalnya jan dan kaun jin sebelum Adam as amatlah alim dan warak sehingggalah terjadinya peristiwa penderhakaan itu. Tentu sekali Allah tidak menzalimi hambaNya dan mengutuskan pesuruh2Nya (rasul/nabi)dikalangan mereka kepada kaum yang juga akan di HISAB nanti ini. Sama seperti manusia.

    Memang banyak persoalan terpencil yang selama ini di abaikan oleh kaum muslimin kerana takut hendak bertanya ataupun memang tidak tahu bagaimana hendak bertanya atau tidak pernah memperhalusinya,kaji. Perkara ghaib seperti ini wajar sekali di fahami mendalam agar ia tidak mengganggu urusan atau sangsi semasa penyerahan diri hamba kepada Tuannya.

    Terima kasih kerana saudara sudi berkongsi ilmu dan pastinya akan dapat juga di menfaatkan oleh pembaca2 lain khususnya yang amat prihatin mengenai ilmu tauhid. sekian dahulu saudaraku, Wassalam.

    - aliff

    ReplyDelete
  32. Salam sdr zamany,

    hmm ada sikit terlupa nak tulis, ni mengenai amalan... Jangan lupa saudara sebutkan dalam ms2 nanti kenapa adanya "istana Iblis" di dalam hati setiap manusia. Kenapa istana Iblis bukan istana jin atau syaitan. Tentu sekali hampirnya manusia ini dengan "iblis ini" sehingga wujud istananya dalam diri.

    Sekian, wassalam

    - aliff

    p/s kalau boleh cubalah saudara sentuh sekali mengenai makhluk yang bernama "lucifer" yang sibuk disebut ramai peminat konspirasi itu, apa kategori dia dalam hiraki azazil

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum....
    Saya baru membuka blog tuan. Artikel yg menarik. Saya akan terus membaca artikel tuan. Tahniah...! Teruskan Usaha..

    ReplyDelete
  34. assalamualiakum...
    saya baru buka blog tuan.em.menarik.cuma satu soalan saya,tujuan tuan merantau kerana apa ye,atas arahan guru tuan atau sekadar nak melihat sendiri kehidupan masyarakat nusantara yg dah rosak atau untuk suka2.

    ReplyDelete
  35. salam saudara zamany,

    terlebih dulu saya ucapkan terima kasih atas penerangan tuan mengenai iblis dan sekutunya. tetapi saya ingin berkongsi satu pengalaman dgn tuan apabila tuan mengatakan silat abjad ni. terus terang ia adalah pengalaman yang pahit buat saya. cuba tuan menilai sendiri seperti berikut.

    saya pernah membawa sorang kawan untuk berubat dgn ustaz yunus yg juga guru silat abjad di kuala lumpur, lokasinya ialah di ukay perdana. pesakit yang saya bawa dalam keadaan yang amat lemah dan sakit angkara perbuatan sihir dan sakanya sendiri. harapan kami ketika itu sekurangnya ustaz yunus membantu apa yang patut. sebaliknya beliau langsung tidak mengendahkannya. saya banyak berjumpa dgn ustaz ustaz yang merawat kes sihir, tetapi cara soklan demi soklan yang ustaz yunus bertanya menjadikan saya hairan. seolah olah dia tidak tahu apa apa. malah dia langsung tak mahu merawat ketika itu sedangkan pesakit sedang menderita.

    hampir sejam lebih, dia bertanya ini dan itu.selalunya dgn ustaz lain memang ada tanya soklan, tapi mereka akan menjelaskan apa yang terjadi apabila kita menjawap soklan. sedangkan ustaz yunus bila kita jawap pertanyaan dia, dia tak ulas apa pun lalu ditanya lagi soklan lain.

    akhirnya dia menyuruh pesakit datang lagi dgn membawa limau nipis 7 bijik. beberapa hari lepas tu kami membawa limau tu kepadanya. dan di suruh tinggalkan nanti dia akan call untuk diambil buat mandi. semua ini mengambil masa seminggu. bayangkan tuan, jika biasanya kita jumpa ustaz dgn bawa limau, mereka terus saja membaca doa masa tu. lalu dah boleh bawak balik mandi, kenapa ustaz yunus perlu kita tinggalkan limau tu dan seminggu lepas tu baru suh dtg ambik.

    apa yg sangat kesal. pada hari dia call tuk dtg ambil limau tu. saya dalam masa 30 minit akan sampai dan saya bergerak masa tu jugak. bayangkan tuan, dalam 5 minit saja dia call tanya dah sampai ? saya kata belum, baru je sampai ampang. saya kata lagi dalam masa 20 minit gitu akan sampai. tapi tak sampai 5 minit dia call lagi, kali ini agak tinggi suara tanya dah sampai ke lom? saya dah pelik, ape hal dia ni, bukan ke saya dah kata awal awal dalam masa 20 minit? saya pun pecut kereta akhirnya sempatlah sampai juga.

    tuan bayangkan dia bagi limau tu dah busuk, hitam dan lembik. bole ke limau tu buat mandi? namun saya bersabar. saya tanya berapa upah? dia kata ikhlas lalu saya berikan dia sedikit upah. dia kata dalam masa seminggu nanti dia akan call dan suruh kami ke sungai buluh kerana disana lebih lengkap dan dia akan sediakan satu jenis minuman, bila pesakit minum akan muntahlah segala sihir.

    hingga hari ini rasanya dah hampir 10 bulan. dia langsung tak call. begini ke sikap seorang ustaz malah sorang guru silat? terus terang tuan, selama berpuluh tahun saya mengikuti kes rawatan sihir, saya boleh katakan ustaz yunus bukan seorang perawat. dia mungkin sorang guru silat sahaja.

    sekian terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum,
    Tuan,

    Bagaimana nak hubungi tuan? Saya dari tg malim, perak. Tuan di markas mana?

    ReplyDelete
  37. Salam cucu Azhar...

    Kalau dalam bab saka, pd pendapat atok memang amat sulit sekali. Ia melibatkan perjanjian dgn tok nenek kita yg tidak diketahui. Terlampau rumit hingga boleh dikatakan "mustahil" utk melepaskan diri darinya. Apa yg boleh dibuat hanya pisahkan saja supaya tak boleh menggangu hidup kita. Saka yg sangat kuat pautannya inilah yg sukar sekali nak keluar, tambahan pula ada puak lain yg hantar santau atau sehir.

    Ttg peranagi ust yunus tu atok kurang arif. Mungkin dia tak mampu nak tlg, tu yg dia buat begitu. Kenapa tak jumpa saja dgn Ust. Mat Janggut. Ada satu pekara yg atok lupa nak bg tahu. Kepada yg nak berubat... langkah pertama kenalah terima shadatai tu dulu. Bila dah masuk abjad, agaknya barulah ust yunus tu nak layan kot. Pd kebiasaan dimana-mana pun ust mat janggut pergi (waktu dulu) sesiapa yg nak berubat, mestlah menerima talqin dulu. Lepas tu barulah dia tlg. Atok ada peranan pekara ni.

    Nantikalau ada kelapangan bila atok jumpa dia atok akan tanya "kenapa dia buat begitu ?"


    Kpd anonymous 11.23am,

    Atok tak berada dimana-mana markas tertentu. Atok hanya akan muncul dimarkas2 jika ada program yg dibuat, atau atok dipanggil tok guru utk hadir. Sebenarnya tiada siapa yg tahu atok dlm abjad, tambahan yg muda2 ni. Atok sembunyi diri supaya tak dikenali. Biarkan semuanya untuk tok guru, Kan dah akad "Semuanya hak milik Syeikh Mughyideen". Jadi atok ni tak perlu dikenali atau pun muncul. Hanya boleh berhubung melalui maya ini saja. Tk

    Drp

    atok zamany.

    ReplyDelete
  38. saya nak tau psl saka monyet boleh tak atok terangkan serba sedikit?

    ReplyDelete
  39. apa dalil2 yang kita dibolehkan berselawat kepada selain Nabi Muhammad SAW?

    ReplyDelete