Wednesday, January 27, 2010

Sambongan...

Cerita melayu tu Islam, Islam tu melayu...

Setelah semua duduk bersila didalam dewan dimana aku yang tadinya duduk dibelakang kini dapat duduk didepan sebab masuk awal. Merasakan mungkin tibalah masanya ceramah ustaz Mat Jangut akan bermula, itulah sebabnya aku mencari ruang paling hadapan untuk mendengar dengan lebih jelas. Setelah para hadirin semua memenuhi ruang dewan itu, maka berdirilah pengrusi majlis tadi memulakan majlis dengan kata-kata aluan dan seterusnya mempersilakan "Tuan Guru, Al Alamah, Al Arifbillah Merangkap Pengurusi dan Guru Ijazah Pusat Yayasan Abjad Malaysia Ustaz Hj Ahmad Che Din ". Maka Ustaz memulakan mukadimah dan seterusnya membuka bicara. Saya tak dapat nak mengulas kesemua apa yang beliau katakan disini tetapi hanya akan memetik intisari ucapan ceramah yang beliau sampaikan itu. Kerana sebenarnya memang banyak pekara yang beliau sentuh terutama berkenaan akidah dan akhlak, oleh kerana fokus saya berkenaan bangsa Melayu dan Islam sahaja pada kali ini, maka saya hanya memberi tumpuan kepada tajuk ini sahaja dlm laman ini buat kali pertamanya ini.

Rupanya negeri Kedah yg dahulunya dipanggil 'Kadah' dan dua tiga nama lain lagi adalah negeri yang pertama mempunyai sistem beraja di Tanah Melayu ini dan yang paling popular diantara raja-raja nya ialah 'Merong Mahawangsa', dan beragama hindu. Kemudian negeri kedah ini sangat dikenali diseluruh dunia selain Melaka yang agak terkemudian sedikit. Semua peniaga datang ke Kedah pada waktu itu. Semua rajanya berkuturunan Arab, tetapi setengah sejarah mengatakan mereka berketurunan Cina atau Viet (vietnam). Pada sekitar abad ke7 Masehi datanglah seorang Ulamak bernama Syeikh Abdullah Al Qumairi ke negeri Kedah ini yg di perintah oleh Merong Mahawangsa. Syeikh ini adalah juga mempunyai talian darah dengan Syidi Syeikh Abdul Khadir Jailani (Ulama besar dan juga Waliallah yg amat tersohor di Baghdad, Iraq pada zaman itu) iaitu pangkat anak saudara. Beliau menjalankan ektiviti berniaga dan berdakwah kepada golongan Istana dan semua orang ramai. Beliau membuka madrasah-madrasah dan membangun surau dan mesjid-mesjid di seluruh negeri Kedah ini dengan kebenaran Raja. Beliau akhirnya berjaya "mengislamkan" Raja Merong Mahawangsa dan juga rakyat negeri Kedah ini. Pada masa Syeikh Abdullah Al Qumairi berada di negeri Kedah ini, dikatakan bahawa bapa saudaranya iaitu Syidi Syeikh Abdul Khaidir Jailani pernah singgah di negeri Kedah sebelum ke negeri Cina. Begitulah gambaran yang diberi akan kehebatan negeri Kedah pada kurun tersebut hingga semua peniaga datang kemari. Jika dirujuk kepada sejarah nusantara samaada sejarah kerajaan Srivijaya mahu pun kerajaan Siam Lama, anda akan menjumpai kerajaan Kedah tua ini disebutkan didalamnya. Manakala pejumpaan pihak akiology bahan sejarah diLembah Bujang juga satu lagi bukti akan keujudan Kerajaan Kedah Tua lebih lama dari kerajaan Melayu Melaka itu sendiri, dan semua batu bersurat dijumpai dibeberapa tempat di Semananjung Malaysia ini juga menceritakan pertalian cerita Kerajaan Kedah Tua ini. Nah... sejarah yang kita baca itu sebenarnya adalah sejarah yang telah diubah suai mengikut 'selera' penjajah dulu yang disuruh orang melayu yang sangat dungu mengikut telunjuk dan ditarek hidungnya supaya menulis sejarah. Mereka ini boleh dianggap petualang bangsa Melayu keseluruhannya yang telah merosakkan nilai Bangsa Melayu itu sendiri. Menutup cerita sebenar dan mengada-adakan cerita yang tidak benar supaya orang Melayu hilang dari pandangan dunia, inilah kejahatan didalam 'mengubah hala tuju sejarah' orang Melayu yang terjajah.

Bermula dari era inilah orang-orang Melayu mula beragama Islam dan menjadi sebuah warga bangsa yg memegang kukuh ajaran Islam. Apabila seluruh negeri Kedah Tua ini telah memegang kukuh ajaran Islam yang benar dan suci berserta golongan Istana dan Surtan negeri Kedah, maka negeri Kedah ini bertambah maju lagi kerana semua peniaga islam timur tengah mula berduyun-duyun datang kemari dari semua penjuru dunia. Syeikh Abdullah Al Qumairi juga telah membina sebuah Mesjid kecil diatas Gunung Jerai sebagai tanda bahawa negeri Kedah merupakan negara Islam dirantau ini. Tapi malangnya Mesjid ini telah diarah pihak British agar dirobohkan selepas era pencerobohan mereka di Tanah Melayu. Walau bagapun makam Syeikh Abdullah Al Qumairi masih ada lagi disana. Disinilah, iaitu diatas gunung Jerai inilah dikatakan Syeikh Abdullah Al Qumairi pernah bermunajat serta berdoa kehadrat Allah swt agar;

"Agar Negeri Kedah ini sentiasa dalam lindungan Allah dan semua Bangsa Melayu di
Tanah Melayu ini adalah dianggap Islam seluruhnya, dan jika disebut sahaja orang
Melayu berarti orang itu beragama Islam dari waktu itu hinggalah hari Kiamat dan
jika mereka lahir sahaja dari keturunan ini juga dianggap Islamlah agamanya"

Beliau yang diketahui sangat warak, berhimah mulia dan merupakan seorang kekaseh Allah swt (Waliallah) juga zahir akan 'Koramah' pada diri beliau, sangatlah mustajab doa-doa beliau sehingga kehari ini Allah zahirkan pekenan doa-doa beliau atas setiap jiwa berbangsa Melayu di tanah air kita ini lahir dan secara ortometik menganut agama suci Islam. Tidak sama dengan bangsa-bangsa lain dan dinagara-negara lain didunia ini, kecuali Bangsa Arab yang juga sama anggapan terhadap diri mereka. Jadi ada dua saja bangsa didunia ini yang dianggap "Bangsa Islam", iaitu Melayu dan Arab. Walaupun pada masa kini anggapan itu semakin pudar, tetapi sebenarnya itu hanyalah anggapan setengah-setengah pihak sahaja. Tetapi tidak pada bangsa yang memusuhi Islam. "Bangsa Islam" inilah yang mereka kerjakan dan ingin hapuskan. Berbagai dakyah diperkenalkan didalam negara-negara yang mejoritinya beragama Islam, seperti penyalahgunaan Dadah, Budaya Sex bebas, budaya sex sejenis, budaya lepak, budaya gila muzik dan hiburan, budaya minuman keras, budaya sembah Iblis, Ajaran-ajaran Sesat, budaya Demokrasi berpolitik, budaya demostrasi (membrontak), budaya samsing jalanan dan banyak lagi. Semua dakyah ini adalah untuk meruntuhkan sistem Islam pada jiwa orang-orang Melayu itu sendiri. Maka kitalah yang sepetutnya mendidik anak-anak kita dari terjerumus kekancah Maksiat ini. Semua pihak harus mengembling tenaga dalam bentuk apa juga untuk menghalang dari anak-anak kita terdedah pada ancaman ini. Terlampau banyak permusuhan yang mereka lakukan secara senyap mahu pun secara zahir penentangan kepada bangsa Melayu beragama Islam ini, Contoh terbaru dilapurkan didalam Akhbar Harian Metro, Rabu 27/1/2010, di Kuala Terengganu, seorang muaalaf 48 tahun dan ahli keluarganya yang mengambil keputusan memelok agama Islam telah disisih oleh keluarga mereka yg lain malahan telah di"buru" untuk dipukul, dicerderakan, mungkin akan dibunuh oleh ahli keluarga mereka yang lain itu. Lihat lah, betapa bencinya mereka yang memusuhi Islam hinggakan ahli keluarga mereka yang dulunya bersama mereka kini telah dibuang dan diburu seperti binatang. Inilah rupa api permusuhan yang mereka cuba ujudkan di negara ini terhadap orang Islam. Maka kerajaan terutama Jabatan Agama Islam Negeri haruslah bertindak melindungi keluarga baru Islam ini daripada diapa-apakan oleh keluarga mereka itu.

Daripada cerita diatas (ceramah Ustaz Mat Jangut) dapat saya simpulkan bahawa "Punca" kenapalah Melayu ini Islam, dan Islam tu Melayu... satu persoalan yang sentiasa saya cari-cari sejak dahulu lagi tidak saya temui dimana-mana akhirnya dapat juga satu kepastian walaupun mungkin ada pihak-pihak diluar sana yang tak akan menerima hakikat ini. Tujuan saya bukan untuk memaksa anda semua menerima fakta ini, hanya untuk saya fahami dan jadikan ia sebagai panduan dalam hidup saya sendiri.

Sekian.

Nota: ini adalah penulisan saya yang pertama dan mungkin terakhir disini, blog saya ini akan dikendali pula oleh orang tua saya sendiri yang saya fikir lebih layak untuk memberi kata-kata nasihat kerana beliau berpengalaman lebih luas dalam bidang keilmuan yang berteraskan ajaran Islam yang juga merupakan sahabat kepada Ustaz Mat Jangut yang saya ceritakan diatas. Semoga anda semua akan dapat manafaat dari nya.

11 comments:

  1. Salam,

    Maaf kerana lambat melawat rumah Tuan ni. Nampak banyak perubahan.

    Memandangkan masa bukan di pihak kita, saya terpaksa straight forward.
    Saya tahu Tuan ada kekuatan yg ingin saya harapkan, dgn izinNya. Mmg lebih sedekad kehadiran saya di internet ini mmg tidak lari dr satu itjihad, hendak menyaksikan kesatuan Melayu Islam ini. Bermcm2 ketaksuban/assobiyah yg telah saya lalui/saksikan.

    Formula sy begini, Pas Umno Melayu/Muslim ini hanya bole disatukan di bwh satu pertubuhan SEDIADA yg betul2 neutral. Jadi P(Pas) U(Umno) dan M(Melayu/Muslim) ni patut disatukan di bwh PUM(Persatuan Ulamak Malaysia). PUM ini patut dibuka keahliannya pada ahli biasa bkn hanya utk ulamak. Cara keahlian dgn baiah shahadah, secara ijazah dr khalifah/pemimpin PUM yg diyakini ijazah shahadahnya mempunyai roh shahadah. Pembaiahan ini akan di lakukan pada semua org Islam SeMalaysia oleh wakil2 khalifah yg dilantik. Secara mudah kita renew semula shahadah semua umat Islam di bwh satu Khalifah. Bkn kita menafikan keislaman sesiapa.
    Hanya kita kembalikan semula roh kekhalifahan pada kita. Sistem kenegaraan kita kekal sama, hanya kali ini PM dan Agong akan mempunyai satu Khalifah yg sama (yg berada di luar sistem kenegaraan tanpa kepentingan).

    Banyak kekuatan ummah yg boleh dihidupkan kembali dgn kesatuan ini spt meramaikan kembali masjid2 tanpa polemik politik etc.
    Tapi yg khusus bagi saya ialah pengeluaran tambang dunia spt emas melalui kilang emas kesatuan Khalifah di dua tmpt yg saya sebut sebelum ini. Bkn penjajah tak pernah melombong di kedua2 tmpt ini, tapi sy yakin mrk gagal utk mendapatkannya. Yg mereka berjaya hanya di Kuala Lipis, sebelum ini oleh sykt British dan kini sykt Australia.

    Berbalik kpd baiah shahadah, apabila ini dilakukan pada semua, kita akan dpt saksikan akibatnya pada mereka2 yg murtad dan secara tidak langsung dapat mengesan/mengenali mereka.

    Sekian.

    Anony 3.28am

    ReplyDelete
  2. Maaf... kawan jawab tersalah orang. Kwn ingatkan abatasa yg tanya soalan ni. Rupa2nya saudara anon 3.28 ? masyaallah

    Tak apa.. saudara anon 3.28 boleh saja ke bhg komen kwn di ms lalu. ada kwn sebut pasal penyatuan orang2 Melayu dan program yg kami sedang rancangkan dipertengahan tahun ini. Jika anda ingin melihat orang melayu bersatu... kami golongan peringkat orang2 lama ni apatah kan lagi ! mengharung jeram mudik jua kehulu, patah dayong, kan ku harung ku harungi jua. Biar badai datang mengunung, terpecah ombak namapaklah ia.
    Insyaallah.

    Tk saudara

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya dah baca ttg simposium Tuan,mmg tak dinafikan mmg bkn mudah usaha untuk kesatuan ni.

    Formula saya ttg kesatuan ini begini..
    Dr 25juta rakyat Msia, Melayu adalah 50% iaitu 12.5juta. Dr 12.5juta Melayu ini, yang dewasa ialah 5juta org. Dr 5juta Melayu dewasa ini, separuh adalah lelaki iaitu 2.5juta.

    Dari kajian yg pernah dibuat, yg tetap dlm mendirikan solat hanya 20% iaitu 0.5juta lelaki dewasa. Jika diambil hadis ttg golongan umat Nabi(semestinya mereka yg ttp solatnya) yg terbahagi kpd 73 golongan, satu golongan dr 73 itu iaitu bersamaan 1.5% shj yg selamat (ke syurga secara mudah, yg 72 lagi tu selepas melalui kafarah). Maknanya 1.5% dr 0.5juta hanyalah 7500org. Jadi inilah keyakinan saya ttg jumlah(+/-) asoib dr negara kita kelak. Nnt Tuan cerita pula ttg keyakinan Tuan ttg 73 golongan ini dr ilmu Tuan pula.

    Kesimpulannya, mmg jumlahnya kecil dan saling mengenali secara alastubirobbikum, tetapi tetap perlu disatukan secara amnya. Secara khusus kesatuan ini perlu menyatukan yg 0.5juta tersebut tadi, krn prinsip mrk yg berbeza2(1 asoib kpd 72 org). Secara lebih khusus lagi kesatuan ini perlu menyedarkan yg baki 80% tadi yg tidak tetap solatnya(1 asoib kepada 4 x 72 org).

    Baki yg seterusnya iaitu 2.5juta wanita dewasa dan 7.5juta kanak2, akan secara tidak langsung akan bersatu dlm kesatuan melalui wali2 mrk dr 2.5juta lelaki dewasa sebelum ini.

    Mmg cabaran untuk kesatuan ini sgt tinggi. Diharap Tuan dgn titisan waris kekhalifahan yg ada dlm diri dpt membuka jalan bg kami golongan muda.

    Sekian,wassalam.

    Anony 3.28am

    ReplyDelete
  4. Salam semua,

    Sangat bagus cadangan tu. Saya sangat setuju. Sudah tiba masanya untuk berubah dan perbaiki kesalahan. dari segi perkiraan tu nampak ada logiknya. Ia boleh dikaitkan dengan satu hadis lain, iaitu 0.1% anak adam akan kembali dalam syurga dan selebihnya 99.9% adalah ahli neraka. Ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ok, apa yang boleh kita lakukan ialah perbaiki seberapa boleh dengan hati yang bersih. Semoga kita termasuk gulungan yang diredhai.

    Para pemimpin akan menjadi contoh dan ikutan orang yang dipimpin. Sdr Zamry ... ops tersilap, zamany, boleh gunakan blog saudara sebagai wadah membantu anak-anak adam yang masih mencari kebenaran. Semoga usaha murni ini mendapat berkat dan menjadi ikutan kepada hamba2 Allah yang lain. Insyaallah.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan,

    Baru dpt masa nak celoteh panjang sikit. Tentang kesatuan itu saya akan tunggu pengumuman Tuan ttg tarikh simposium akan datang, insyaAllah sy sampai tumpang semangkuk, dan kita tengok samada kesedaran itu dpt digerakkan atau tidak.

    Bagi mrk yg sehaluan, hari itu kita akan pakai kopiah hitam. Kenapa hitam?
    Itu warna panji akhir zaman. Dan kita mulakan pradigma ayat iaitu pakaian mrk sama spt dr satu ibu dan bapa.
    Kenapa tidak songkok hitam dan kopiah putih?
    Sebab kita nak ketepikan kepartian politik (Umno dgn songkok hitam dan Pas dgn kopiah putih)

    Mmg kita anak Merdeka yg membesar dgn Demokrasi/Sekular dah arif ttg kelemahan sistem ini utk menyatukan ummah. Namun perubahan ini Tidak boleh dilakukan secara drastik. Jadi pihak berkuasa jgn melatah agar kita kelak tidak bergaduh sesama sendiri.

    PRU 13 tetap berjalan. Cuma kali ini kita akan mengikut haluan Khalifah. Kalau Khalifah arahkan semua negeri undi UMNO kecuali Kelantan shj utk PAS, kita taat. Begitu juga sebaliknya, kalau Khalifah arahkan UMNO utk Johor dan yg lain2 utk PAS, kita taat. SENANG TAK BEGINI?

    Tak perlu lagi segala sumber jentera/wang/media/ahli diguna utk propaganda mana2 parti politik. Buka TV tiada lg propaganda. Duduk kedai kopi tiada lagi hujah politik. Pergi masjid tiada polemik. Lebih aman dan jimat rasanya kalau hidup dlm senario ini. Jadi yg berkuasa dpt tumpukan usaha utk kemajuan rakyat. Dah tak payah lg risau2 pasal musoh/kedudukan/polemik politik. Ketenangan jiwa tu.

    Cukup sampai sini dulu celoteh pasal kesatuan. Kita fokus pada priority lain
    1. Tsunami Ekonomi sbg priority pertama, sy jangka bermula Jun 2010. Duit US baru dgn imej completed pyramid bkn kosong tanpa agenda. Matthias Chang bekas pol sec TDM 2 thn lepas meramalkan Tsunami Ekonomi ini pd awal 2009 tp tak menjadi. Sy pun baru baca minggu lepas, seblm ini sy pun tak tahu siapa dia. Tapi sy lebih suka kalau ada saudara2 Islam lain di sini yg mempunyai firasat dan kepandaian ttg ekonomi untuk bg 2nd opinion. Ingat! Org Islam ditakuti krn firasatnya.
    2. 2012, samada Banjir Tsunami (perkhabaran saya) atau Perang Dunia (perkhabaran Tuan Zamany). Kalau takdir ini tidak tertolak kita ada 2 thn utk persediaan. Jadi kita sentuh sikit2 shj buat masa ini.
    3. 2013, PRU 13. Kalau kesatuan atas ini tidak berhasil, dan kita masih hidup krn takdir no.2 di atas tertolak. Guna masa hingga tiba PRU13 utk memantapkan diri. Saya takde perkhabaran ini, tp Tuan Zamany ada firasatnya yg sy juga pegang buat SEMENTARA ini.

    Sekian wassalam.

    Anony 3.28am

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Sambung sikit lagi ..
    Ini ada link yg bagus juga
    http://dinaremasmalaysia.blogspot.com/2010/02/matawang-emas.html

    Walaupun sy faham maksud isinya, sy msh yakin dinar emas ini walaupun msh boleh di speculate tetapi sampai tahap maksimanya ia akan berhenti secara alami kerana emas ini berbentuk fizikal(kecuali dinar emas berbentuk cetificate yg boleh dicetak sesukahati) bkn seperti fiat money yg boleh di cetak sesukahati. Apabila tiada lagi dinar emas fizikal yg boleh dikeluarkan ( kerana pengeluaran bergantung kpd bijih emas, dan bijih emas perlu dilombong, bkn boleh didapati sesenangnya) maka tiada lagi spekulasi yg boleh dibuat.

    Memandangkan tiada respon bab ini, saya keluarkan saranan saya. Memandangkan saya tiada hubungan dgn PAS, diharap saudara2 dr PAS yg yakin kpd kesatuan ini spt !!!, dpt mewar-warkan kpd kepimpinan PAS agar Sykt ArRahn yg mengedar Dinar Kelantan dikembangkan seluruh M'sia secara cepat, Dirham Perak yg belum dikeluarkan juga dikeluar secara cepat, dan pembukaan Pasaraya Ar Rahn utk barangan runcit dimana Dinar/Dirham ini dpt diguna juga diadakan serentak. Bagi nilai kecil kita masih tetap guna duit syiling Malaysia yg mmg logamnya bernilai.

    Sekian wassalam.
    Anony 3.28am

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya harap tiadalah yg beranggapan yg saya masih nak sibuk pasal keduniaan padahal akhir zaman dah dekat.

    Satu, sy berpegang bahawa ekonomi juga boleh diguna sbg senjata. Bukankah kefakiran boleh membawa kpd kekufuran. Itulah mengapa kelak dajjal membawa bersamanya gunung roti/surga, mengikut tafsiran masing2.

    Dua, kita sendiri mungkin insyaAllah boleh bertahan mengikut tahap masing2 samada puasa atau makan zikriLlah. Yang berkemampuan ainul/haqqul yakin mmg bole makrifat hingga terhasil makanan; tetapi berapa kerat yg bole?
    Hatta kes aruah adik Nurin pun tak terselesai..

    Yg kita risaukan ialah anak2 dan cucu2 kita yg belum ada kekuatan itu. Bagaimana mereka bila menghadapi situasi itu.

    Sy juga bekeyakinan serupa spt Tuan Zamany yg Imam Mahdi tu skrg baru berusia 10 thn. Tapi versi saya Imam Mahdi ini ialah Imam Mahdi Al Abbas (Yg pertama dr 3 Almahdi,keluarnya bila Madinah hancur. Yg kedua Al Mahdi Fatimah, yg di baiah di Mekah, lahir selepas Madinah hancur. Yg ketiga Al Mahdi Isa Al Maryam,yg kelak akan mengalahkan peroboh Kaabah,membunuh dajjal, dan mengalahkan yakjuj makjuj)http://2.bp.blogspot.com/_1h2VspdXh54/S11dY3yTlMI/AAAAAAAAAC8/njNIwHTEoH4/s1600-h/17.jpg
    (Itulah mengapa Kitab AlHaitamy mempunyai 3 maklumat berlainan bagi tiap2 satu data. Contohnya masa pemerintahannya)Itulah mengapa saya yakin 2012 ini bukan Kiamat. Sekurang2nya kalau Almahdi ini keluar pd umor 30thn(lagi 20 thn) dan AlMahdi Fatimah 40thn selepas itu,dunia ini ada +/- 100thn lagi, wAllahualam.

    Berbalik kepada persediaan ekonomi ini, sy yakin 2012 ini hanyalah berupa serangan besar2an (triggered banjir tsunami, kalau versi sy)

    Sekian,wassalam.

    ReplyDelete
  8. salam...
    saya dulu tak pernah peduli ape berlaku disekeliling saya... sehinggalah saya mendapat mimpi...
    seorang kanak2 berusia +/-12 tahun... siapa kanak2 tu... saya tak kenal... tapi dalam mimpi tu saya tahu dia lah bakal imam, bakal khalifah.
    selepas tu saya mula mencari2 maklumat tentang fenomena akhir zaman... sehingga terjumpa berbagai2 blog/website seperti blog ini.
    seperti anony di atas, saya juga percaya mungkin benar bakal imam kita baru berusia sekitar 10 tahun, seperti mana yang telah saya lihat dalam mimpi.
    namun bolehkah saya percaya pada mimpi itu....

    ReplyDelete
  9. salam...sy juga pernah bermimpi..rasanya pada sy umur 20..

    sy didepan Kabbah bersama sekumpulan orang dah keadaan disitu tersangat terang..bangunan dikeliling Kabbah ada putih seputihnya..di hadapan sy ada 4 orang..3 orang agak berumur dan seorang agak muda..dari gaya mereka lakukan sy tahu mereka melantik simuda(kuning kulitnya,ada sedikit janggutnya, agak kurus orangnya) sebagai ketua tetapi orang muda tersebut menolak2 dan akhirnya akur..keadaan sy pada masa tu seperti kameraman meninjau2 perbuatan mereka dan apabila sy pergi kehadapan utk lihat wajah org muda tersebut dengan lebih dekat, sy seolah2 ditarik dan terjaga dari mimpi..

    ReplyDelete
  10. Salam semua....

    Nampaknya masih ramai yang perihatin tentang penyatuan org Melayu di Malaysia ni... syabas ! Ya kita hanya kuat bila bersatu, tetapi jika mengikut firasat beberapa org guru, ia tidak boleh dicapai dengan musyuarah jauh sekali dengan mengadakan lauangan perhimpunan haram. Menurut mereka, Melayu bersatu apabila berlaku "PERANG". Bila masanya, waallahuak'alam tak diberitahu. Jadi ramalan oleh Tuan Guru Syaidi Syekh Mahmud Nasree Osmani ada juga betulnya "Aku lihat perang yg hebat akan berlaku suatu masa nanti, Seluruh bumi ini akan bermandi darah sehingga kebuku lali kaki..." Tapi tidak diberitahu bila masanya ? Jadi jika pun dengan muzakarah masih mencapai kebuntuan, maka jalan terakhir adalah apabila berlaku perang. Seperti semasa darurat dulu.

    Itulah sebabnya Melayu yg tahu hakikat pekara ini akan sentiasa melaungkan perang atau kekecohan permusuhan kaum bagi mengharap Melayu bersatu. Tetapi perlu diingat bukan senang klu perang tu terjadi. Semua tongang langgang dibuatnya. Pd mereka yg tak pernah perang.. mudah saja bercakap. Kita yg dah lalu perang saja yg tahu bagaimana peritnya perang tu. Pihak yg tahu bercakap dan mencanang utk perang ni akan lari dulu bila perang. Cakap tak serupa bikin ! sembang kosong ! bila betul2 perang... kemana kamu ???

    TTg PRU tu pun sama juga akhirnya. Tengok melayu dah pecah 3 mcm mana nak satukan. Semua keras kepala, semua mengaku pejuang melayu, pejuang Islam tetapi agenda peribadi jalan dulu. Yg jahanam Melayu, bangsa sendiri, tanah air sendiri. Belajar je tinggi... tapi "bodoh tak boleh diajar". Pasal bercakap... dialah org nya, siang malam bercakap politik. Inti pati kosong, jiwa kosong, solat tak mahu, ibadah jauh sekali, hari2 menegok air setan, sembang kosong dikelab golf, karaoke, dangdut, judi bola sepak, cerita bangga dengan dosa.... inilah Melayu skg.. Haprak...???

    Bagaimana nak berjuang...Allah tak redha org mcm ni jadi pemimpin. Terutama yg jaja nama Agama. Allah knows best... jgn berlagak bagus, tetapi dalamam hancur. Tak akan menyampai kemana pun.

    Atok tulis ni bukan kerana nama, bukan harap puji, bukan nak apa2 pun dari anak bangsa sendiri. Tapi atok harap kauorang semua nanti akan ingat satu masa dahulu... "org tua ni dah cakap dulu lagi, kita harus bersatu, beramal, berjuang, jauhi bersahabat dengan jin, khadam... Allah tak redha kalau kita hidup songsang"... ingatlah kata2 atok ni. Ia ibarat azimat dan wasiat pd anak bangsa.

    waalahua'lam

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  11. .................................................

    ReplyDelete