Sunday, February 07, 2010

IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata)

Mukasurat 2


MASAALAH MELAYU BER JIN :



Setelah kita telah didedahkan dengan sebahagian daripada masaalah orang-orang Melayu yang membela Sahabat, Khadam, Saka Daulat, Saka Keturunan dan lain-lain nama yang searti dengannya di mukasurat 1, mari kita lihat masaalah sebenar kenapa orang-orang Melayu suka sangat membela Jin atau berJin, jika menurut perkataan yang sebenar bahasa digelar berhantu.
Anggapan bahawa hantu tidak sama dengan Jin menyebabkan mereka menerima kehadiran Jin dengan baik seolah-olah kaum Jin itu lebih tinggi darjatnya dari hantu dan berbeza antara mereka. Pada hal mereka itu didalam kelompok yang sama, sehati sejiwa dan mengidamkan manusia-manusia untuk dijadikan hambanya seperti binatang ternakkan.

Penyabab utama yang dapat dikenal pasti adalah mereka merasakan suatu kuasa ghaib perlu membantu mereka untuk menjaga keluarga, anak bini, ruman, kebun, harta, kampong, kawasan, dearah dan negeri. Juga adalah kerana asalusul nenek moyang yang tidak terdedah dengan soal kebenaran dan kesalahan atau keburukan dan kebaikkan atas semua kepercayaan yang telah mereka anuti, pegang dan yakini. Mereka telah terbiar tidak beragama sekian lama berabat-abat sebelum kedatangan Islam ke Nusantara. Diwaktu itulah kepercayaan kepada Dewa, Syaitan dan Iblis atau Kepercayaan Kebatinan bermahrajalela tersebar begitu luas oleh puak-puak yang datang terdahulu sebelum Islam seperti kepercayaan sesat Pagan Majusi Mesir Kuno Sembah Dewa, Majusi Mesir Sembah Api, Hindu sembah Dewa, ditambah dengan puak-puak Melayu itu sendiri mempunyai Tok Batin, Tok Dukun dan Tok Pawang yang sangat kreatif mencipta sendiri "Tuhan" mereka dengan segala bentuk penyembahaan, adat istiadat, pemujaan, persemadian, retual, jampi serapah, persembahan tanda taat setia yang akhirnya berkembang biak menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu dikebanyakan negeri, daerah dan perkempongan mereka. Kemudian mereka menopoli pihak-pihak Ketua Puak-puak Melayu, Raja-raja Melayu, Pemimpin Masyarakat Melayu setempat mempamirkan Ilmu Sihir, Ilmu-ilmu Sakti, Megik, Silap Mata (semua ketogari sesat belaka). Kemudian menyatakan semua itu hasil taat kepada 'Tuhan Dewata' (Iblis la tu) mereka itu yang kemudiannya telah membuat semua pemimpin Melayu itu kehairanan, Pelik dan Taksub lalu mengambil Tok- tok Dukun atau pun Pawang tadi menjadi Penasihat Raja.

Maka senanglah Dukun atau Pawang tadi menetapkan halatuju pemerantahan Raja itu kerana diberi pangkat dan diberi tugas didalam hal ehwal Adat Istiadat Istana. Kemudian semakin jauh ia akan menguasi Raja apabila ia menjadi tempat rujuk Raja, apa juga masalah pentibiran akan dirujuk dahulu kepada Penasihat Negara, Pawang Negara dan Ahli Nujum Negara, maka dikala inilah ia dapat menukarkan ' agama Istana' kedalam agama yang dia anuti atau kepercayan baru ciptaannya. Raja yang telah terpengaruh itu dengan mudah mengikut sahaja sebab telah di mind control (pukau). Jika Raja telah menganuti dan memegang kepercayaan, Umpamanya Majusi Sembah Dewa, maka semua rakyatnya akan mengikut pula, Jadi tidak susah lagi kerja Tok dukun, tok Pawang tadi untuk menyebarkan ajaran sesat mereka diseluruh negara. Pawang dan Dukun ini pula mengada-adakan adat istiadat dan upucara yang bukan-bukan sebagai contoh Upucara Sembah Beradap, Upucara Pertabalan, Upucara Berarak Junjung Duli Tuanku, Upucara Sembah, Upucara Bersemayam, Upucara Mandi, Upucara Gendang Nafiri dll untuk golongan Raja. Kemudian menyusun kata-kata seperti seolah-olah Raja tu dah jadi dewa atau tuhan. Sebagai contohnya beta, patek, memjunjung duli, mencemar duli, daulat Tuanku. Dalam kajian yag dibuat, perkatan- perkataan ini ada dua maksud. Maksud diluar seperti biasa saja, seolah-olah rakyat semua menhormati raja yang telah biasa di amalkan oleh orang-orang melayu pada waktu itu. Tetapi jika diselak disebalek kata-kata itu penuh dengan sanjungan melampau seolah-olah dewa atau sama taraf denganTuhan. Perkataan Tuanku adalah berasal dari kata Tuhan-ku. Patek bermaksud Anjing (jadi rakyat ni semua sanggup sampai mengelar diri mereka itu anjing), Duli bererti gusti (bahasa jawa) ertinya dewa tuhan, Sembah ertinya sujud kepada dewa (dari perkataan Sembah yang - sembah dewa yang) , Daulat sejenis Raja Iblis keturunan Ifrait, bersemayam ertinya naik atau duduk ditempat tertinggi seperti Tuhan, Permainan Nafiri itu alat-alat puja dewa kuno orang-orang asli dan berbagai lagi ciptaan Dukun dan Pawang yang mesti diikut, jika tidak Duli Daulat akan marah dan mengamuk. Adat istiadat inilah yang tidak pernah dibuang walaupun mereka kemudiannya memeluk agama Islam. Hanya Nama saja berubah, tetapi amal perbuatan penyembahan kepada dewa ini sampai sekarang diamalkan.

Kepada orang awam, Batin, Pawang dan Bomoh pula mesti berbuat sesuatu yang tidak nampak sesat, alasannya ialah "untuk tujuan perubatan", "Tak apa, sikit je", "Nak baik, dibolehkan...(membuat sesuatu bertentangan Syarak) membuang ancak, membuang sial, mandi bunga, mandi minyak dan semah darah ayam, kambing, kerbau dll. Membakar kemenyan, stanggi, colok dan lilin dimestikan. Sebenarnya semua jenis pekara yang disebuatkan ini adalah merupakan "ISYARAT" memanggil, penyatuan dan masuk dalam badan. Jin akan menerima isyarat ini dan memulakan kerja jahatnya pada manusia. Adalah diingatkan, sebarang bentuk isyarat pada jin sangat penting pada mereka. Tampa isyarat yang kita buat, dia tidak boleh berbuat apa-apa, kecuali jin yang sedia ada dalam badan pesakit tadi. Begitulah serba sedikit contoh pujaan, anutan dan kepercayaan kuno masarakat Melayu yang masih lagi berlaku sampai sekarang.

Apabila Mubalig-mubalig Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seoleh-olah agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya di Islamkan oleh mubalig-mubalig Islam tadi. Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga kehari ini semua Raja-raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar negeri. Tahu kah anda semua apa sebenarnya berlaku ??? Inilah "Isyarat" yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu ??? Ia adalah NAMA SE EKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI KETURUNAN JIN AFARIT, laungan daulat tuanku bererti DAULAT TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ??? Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah disebutkan ??? Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta. Tidak ada dimana-mana hadis Rasullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat dalam Al Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama dahulu dan sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara kurafat seumpama ini diterima dalam agama Islam

Adakah fakta ini benar ??? Sial tanyakan persoalan ini kepada Dato Dr. Hj Harun Din, kerana beliau pernah menulis fakta yang sama didalam sebuah Akhbar Utama negara ini pada suatu ketika dahulu. Beliau telah cuba merungkai permasaalah ini, namun dipandang sepi oleh Pihak Istana, Pemimpin Negara, Jabatan Agama Islam, JPM, KDN, Penyimpan Moho Besar Raja-raja, Majlis Raja-raja Melayu, Penyimpan Adat Istiadat Diraja dan semua Masyarakat. Malahan beliau telah diberi amaran oleh beberapa pihak berkepentingan didalam soal adat istiadat ini pula. Nah.... sampai bila??? Persolannya sampai bila mahu disimpan PEKONG ini ??? Pekong yang telah sampai kesom- som tulang, pekong yang telah sebati dengan urat, daging dan darah orang-orang Melayu. Fikirkanlah !

Anda tak puas hati lagi ??? baik, bukankah anda semua golongan terpelajar ? Sekarang sudah masuk zaman Moden, zaman Milinium bukan lagi zaman Kuno. Fikir pakai Logik akal....kawan nak tanya anda, dari mana datangnya "daulat Raja" (berlaku pekara mencarek adat) itu ??? Ya, dari mana ??? sila jawab.... ??? tolong bagi hujah anda ???




Kawan pasti tuan-tuan semua akan mengaru kepala... atau melopong sahaja... atau terdiam... nak cuba lagi...????????




Nak kawan tolong anda semua jawab ????




Adakah pekara mencarek adat itu merupakan "MAU'NAH" atau "KORAMAH" (pertolongan dari Allah swt) kepada Raja itu tadi ????




ooooopppp sorry, itu tanya bukan jawab ????




Susah sangat ke nak menjawabnya ??? atau anda dah dapat teka, tapi tak boleh nak cakap????
Takut kena marah dengan Raja ????





OK..... Bagi nak menentukan samada ia datang dari Allah atau tidak, kenalah dipastikan dulu beberapa pekara, iaitu :

1) Bagaimana raja itu beribadat ???
2) Darimana ia belajar semua bab dan juzuk-juzuk pengajian Islam itu ???
3) Siapa Guru yang mentarbiah dan mengajar beliau ???
4) Darimana kah asas pengajian Syariat, Tauhid, Usuluddin dan Tasaauf yang beliau dapat ???
5) Ada kah beliau pernah 'Mubaiaah' dengan mana-mana Ulama-ulama yang Muktabar , atau paling kurang pun guru-guru yang mengambil ilmunya dari Ulama Muktabar itu ???
6) Adakah Gurunya itu mempunyai Sanat Keilmuannya menyampai kepada Rasullah saw ???
7) Adakah Wasilah dan Rabitahnya juga menyampai ketangan Nabi saw ???
8) Adakah telah "bulat penyerahan dirinya kepeda Allah" atau pun menyampai Makrifah nya kehadrat Allah swt ???


Jika kesemua 8 soalan diatas ini mempunyai jawapan yang betul, ya dan benar, maka memang benarlah ia mendapat perlindungan dari sumber sebenarnya iaitu Allah swt. yang dinamakan 'Mau'nah' atau juga dipanggil 'Makwanah' atau pun "Koramah" (pertolongan Allah swt).



Tetapi jika sebaleknya tiada jawapan yang boleh diterima sebagai benar, maka perlindungan atau pekara mencarek adat itu datangnya dari sumber yang dimurkai Allah swt.............iaitu semestinya dari IBLIS LAKNATULLAH !!! (dinamakan 'Istidrajh', atau 'Syakwazah').



Jika masih tidak berpuas hati lagi..... cari mana-mana Ustaz yang faseh akan bab ini dan tanya. Atau anda boleh bertanya di TV 9 didalam program "Tanyalah Ustaz", kot Ustaz boleh tolong berikan jawapan yang anda muskilkan.



Bukan nya apa tuan- tuan dan puan- puan seklian, bukan kawan nak buka aib sesiapa, atau merendahkan keturunan sesiapa atau pun bukan juga kawan nak mencabar sesiapa. Ini adalah tanggungjawab kita sesama Islam untuk menegur jika berlaku sesuatu Kekufuran dalam Masyarakat. " Amal Makruf, Nahi Mungkar ". Kewajipan, Fardu Kifayah didalam Syarak ini akan ditanya dihadapan Allah Rabuljalil diakhirat kelak, Bagi setiap jiwa rakyat yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia yang indah ini. Kita wajib menegur kepincangan ini samada dengan mulut, angota dan hati. Dari dekat atau dari jauh. Jika kita tidak berbuat demikian, kita juga turut menerima padahnya kerana membiarkan dan membenarkan terus pekara seumpama itu berterusan. Maka berlepas dirilah anda semua dari masaalah fitnah Iblis yang sangat kronik dan besar ini kepada orang-orang Melayu Islam ini khasnya. Adakah akan hilang kuasa kalau Raja-raja Melayu tidak ber "Daulat" ? Sebenarnya mereka akan lebih baik lagi kedudukan mereka didunia dan akhirat. Percayalah, semua orang-orang Melayu sentiasa menyokong Rajanya walau apa pun terjadi, ia adalah jati diri Melayu. Tetapi Tuanku janganlah mengambil yang lain selain Allah swt sebagai tempat berlindung kerana bukan Tuanku seorang saja yang akan menanggung akibatnya malahan semua rakyat Tuanku juga akan terpalit sama. Maka jalan terakhir bagi kami rakyat Tuanku ialah melepaskan diri kami daripada fitnah ini.

Ikral dan doa melepaskan diri dari fitnah Iblis dalam bab ini ;

Bismillahirahmanirahim,

" Kawan dan semua peringkat perguruan yang bersama-sama kawan, Guru-guru, dan semua rakan-rakan, sahabat-sahabat yang sealiran dengan kawan dan sesiapa juga yang beragama Islam yang membaca rencana ini, hari ini dengan rasminya bahawa kami semua melepaskan diri kami dari fitnah ini dan tiada lagi kaitan dengan kami akan kesemua permasaalahan ini iaitu dari mereka-mereka yang ber Sakakan Jin atau bersahabatkan Jin didunia dan akhirat. Semoga Allah menerima pelepasan diri kami ini dengan berkat Nabi kami Muhammad saw di semua arah, bab dan juzuk-juzuknya. Bahawa ikral ini menjadi saksi, anda semua dan kami juga turut menjadi saksi diakhirat kelak bahawa kami telah membuat teguran didalam rencana ini. Jika mereka tidak mahu berubah atau tidak mahu mendengar akan teguran ini, maka dikala itu putuslah tanggungjawab Syarak diatas kami semua keatas mereka dan janganlah kami ditanyakan lagi akan permasaalahan ini diakhirat kelak ".... amin ya rabal alamin.

( Kepada anda pembaca rencana ini, sila "Qhosad" dalam hati akan ikral melepaskan diri ini supaya do'man kita semua melepaskan diri bersama-sama).

Teguran kawan ini bukan untuk golongan Raja-raja Kerajaan Melayu Islam saja, malahan kesemua orang-orang Islam Melayu yang masih mempertahankan perbuatan mereka membela, menyimpan dan menyangai akan semua jenis "sahabat" atau 'Khadam" dari puak Jin itu, samada mereka sedar atau pun tidak, suka atau pun tidak, dengar atau pun tidak. INGAT... kami semua telah berlepaskan diri kami semua dari perbuatan anda, tinggalah anda bersendirian dengan masaalah anda sampai bila-bila, kekal ia selamanya. Nasihat kami kepada anda yang berkenaan.... Buanglah semua 'sahabat', 'khadam' atau 'jin saka' yang bersama dengan anda sebelum mata anda tertutup. Amat besar seksaan yang sedang menenti anda yang telah disediakan Allah swt diakhirat kelak iaitu Neraka Jahanam kepada mereka-mereka yang menyagutukanNya dalam semua ibadah atau pun kerja buat mereka disemua tempat dan masa, sama ada sedar atau tidak, sama ada anda tahu atau pun tidak, sama ada anda suka atau pun tidak. Percayalah, seksaan bagi golongan yang kufur dan syirik itu amat pedih yang tak terhingga dan ia kekal selama-lamanya didalan Neraka Jahanam bersama-sama dengan "Sahabat" dan "Khadam" kesayangan anda itu.

Allah berfirman didalam surah Al Araaf ayat 179 yang mafhumnya ;

" Sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam kebanyakan diantara Jin dan Manusia, bagi mereka ada jantung (Kalbi) hati, tiada mengerti dengan hatinya dan bagi mereka ada mata, tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga, tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang leka".

Keterangan ayat : Allah telah mencitptakan Neraka Jahanam tempat kembali kepada mereka yang bersekutu dengan Jin. Malah kedua-duanya sekali akan dicampakkan kedalamnya. Mereka telah diberi segala keterangan terdahulu tetapi tidak mahu melihat dengan mata mereka, mereka juga tidak mahu mendengar nasihat dan amaran yang telah diberi didalam Al Quran dengan telinga-telinga mereka malahan mereka tidak mahu membuka hati mereka untuk bertaubat. Mereka seperti binatang ternakan yang ditarik hidungnya oleh Iblis dan Syaitan. Malahan menjadi lebih sesat dengan kebodohan mereka itu. Hati mereka keras, otak mereka tertutup, semua pancaindera mereka telah diikat sebab itu mereka tidak lagi dapat melepaskan diri dari perangkap Iblis dan Syaitan. Jangan terjadi seperti ini.

Firman Allah didalam surah Jin ayat 6 yang mafhumnya;

" Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong ".

Keterangan ayat: Begitu telah Allah gambarkan bahawa jika manusia meminta pertolongan dari pihak Jin dengan Ber "sahabat " dengan mereka, bukannya akan membetulkan keadaan, malahan menyebabkan kaum Jin itu bertambah-tambah sombong dan bongkak terhadap Allah swt. Maka apabila manusia berkawan dengan musuh-musuh Allah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat mereka itu juga.

Firman Allah lagi didalam surah An Nisak ayat 38 yang mafhumnya ;

"Barang siapa yang mengambil Syaitan menjadi temannya, maka Syaitan itu adalah seburuk-buruk teman".

Keterangan ayat : Janganlah kita mengambil Jin sebagai sahabat, kerana Jin, Syaitan dan Iblis itu sebenarnya Sahabat yang membawa kamu sesat dari jalan Allah swt untuk selama-lamanya. Mereka hanya akan membawa keburukan kepada kamu dan tiada kebaikan langsung.

Dan firman Allah didalam surah Al Mumtahinah ayat 1 yang mafhumnya ;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu menjadi wali (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kaseh sayang pada hal mereka itu kafir (Iblis yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir rasul dan kamu (Nabi Adam as dan keturunannya), kerana kamu beriman kepada Allah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan Ku dan menuntut kereadhaan Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kaseh sayang Pada hal Aku mengatahui apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus ".

Keterangan ayat: Sesetengah Ulama tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk larangan bersahanat dengan golongan Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan yang manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahal Allah mengatahui akan semua pekara. Inilah kebodohan manusia yang menganggap mereka cerdek padahal mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka yang mengikut Iblis dan mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalan Allah selama-lamanya dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.

Syekh Mahyuddin Al Arabi memberitahu " Adalah orang yang bersedudukan (bersahabat) dengan makhluk Jin tidak akan beroleh Rahmat dan Ilmu dari Allah, kerana mereka itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifat Nya".

Maka dari semua keterangan ini, amat jelas sekali bersahabat atau berkhadamkan makhluk Jin dari apa juga bangsanya adalah ditegah dan dilarang sama sekali kerana mereka hanya mempersendakan dan memperbodohkan kamu semua. Sedangkan yang tak berkadam pun amat sukar lepsa dari gangguan nya inikan lagi bersekududukan dengan mereka. Sudahlah telah ditetapkan setiap individu manusia memiliki Qarin yang sentiasa mengikuti mereka ditambah dengan jin-jin yang lain nak diberi lagi ruang. Manusia tidak akan dapat mengimbangkan dirinya walau apa pun yang mereka dakwa. Berbeza dengan Rasullah saw, beliau sentiasa dijaga bahkan Qarinnya juga diislamkannya kemudian mengikut kata-katanya dan suruhannya. Beliau maksum dari perbuatan keji dan dosa. Jin melihat nur yang ada padanya pun boleh hancur lebur inikan pula hendak berhadapan dengan nya. Kita hanya manusia biasa yang sangat jauh dari perlindungan seumpama itu. Jadi jagalah diri kamu sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus dengan hasutan Syaitan dan Iblis itu. Buang segala Saka Maka yang ada dengan kamu, bersehkan diri kamu dari semua itu, semoga Tuhan berserta kamu dijalan yang benar.



LATARBELAKANG DAN CIRI-CIRI MAKHLUK JIN :



Adapun latarbelakang dan ciri-ciri golongan Jin ini adalah sambungan dari mukasurat 1 rencana ini. Ia dikutip dari beberapa pendapat Ulama-ulama tafsir dan Guru-guru yang arif didalam bab ini kemudiannya di cantumkan didalam rencana ini supaya dapat memberi maklumat tambahan serta kefahaman tentang apa juga pekara yang bersangkutan dengan mereka. Sama ada pekara itu besar atau kecil didalam memandang masaalah permusuhan , kebencian dan halangan yang sangat jelas dan nyata yang mereka cipta supaya kita juga jauh dari Rahmat Tuhan. Kawan paparkan semuanya dan terpulanglah kepada tuan-tuan semua menilai sendiri akan maklumat yang telah dikumpulkan ini yang telah dianilisa dan dibuat rujukan demi rujukan. Sama ada ia boleh diterima atau pun tidak kerana sesetengahnya tiada sokongan dari hadis dan dalil dari ayat Quran bagi menguatkan hujah-hujah mereka itu. Kebanyakannya adalah cerita dari satu genarasi kesatu genarasi Guru-guru atau Ulama -ulama yang ditulis sebagai naskah peribadi atau pun catatan anak-anak murid mereka yang masih ada.

Didalam Alam Iblis sebenarnya terdapat berjuta-juta kerajaan kecil dan besar yang setiap satu bersambung-sambung dengan yang lain. Manakala setiap kerajaan itu pula mempunyai sistem berajanya tersendiri. Kepala setiap kerajaan ini adalah berajakan Iblis, samaada Iblis tu besar atau kecil. Syaitan pula adalah rakyatnya yang paling kuat berkerja siang dan malam mengikut giliran kerana mereka juga ada masa untuk tidur macam kita. Mereka sangat tekun dan berdisplin kerana takutkan askar-askar Iblis yang sangat garang dan ganas (lebih ganas dari kominis, zionis atau askar jepun zaman dulu). Mereka akan dibunuh saja jika malas kerana berjuta ada lagi yang boleh diharap dari yang malas itu. Pendek kata mereka ini tidak mahu meninggalkan perhatian mereka walau sesaat jua pun, sileh berganti antara mereka dikala tidur atau jaga sentiasa disisi manusia itu sehingga manusia itu rebah ditangan mereka. Hanya yang betul-betul bertakwa sahaja yang lepas. Yang lain semuanya terjatuh dan tersungkur melutut dikaki Iblis Laknatuallah.

Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis kepada seluruh Manusia keturunan Adam as. Ini hanya merujuk kepada komplok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk pada komplok Jin Islam yang Abadi, solihin, Arifin, Mutaqin dan mendapat darjat Waliallah golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka. Komplok ini tidak menganggu umat Manusia, mereka hanya sebok dengan urusan mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut didalam Al Quran. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan perintah Allah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari komplok ini. Seperti juga Manusia, yang dipilih menjadi kekaseh Allah swt hanyalah sedikit sahaja.

Mereka mampu bergerak melebihi kelajuan Cahaya. Sangat jauh dari kemampuan Mnausia kecuali manusia yang Allah swt beri kelebihan. Umur mereka sangat panjang ada yang mencecah ratusan ribu tahun, puluhan ribu tahun.Manakala kelompok raja-raja Iblis pula tidak pernah mati dari dahulu hingga sekarang yang telah diberi izin Allah pada mereka atas permohonan mereka dulu. Firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 36-38 yang mafhumnya ;

"Iblis berkata, ya Tuhan ku ! berilah aku tempoh, sampai hari dibangkitkan. Allah berfirman, sesungguhnya engkau diberi tempoh. Sampai waktu yang ditentukan " .

kalau nak dihitung akan jumlah makhluk Jin ini memang tak terhitung. Jumlahnya tersangatlah banyak, bagaimana nak dihitung jika ; seluruh jumlah manusia dari Nabi Adam as hingga hari kiamat didarab dengan semua jumlah seluruh binatang didarab semua jumlah tumbuh-tumbuhan didarab dengan semua jumlah batu batuan didarab dengan seluruh jumlah pasir yang ada dimuka bumi ini, itu pun dikatakan hanya 1 nisbah 10 dari jumlah golongan Jin ini. Manakala jumlah Jin itu pula hanya 1 nisbah 10 jumlah para Malaikat. Jumlah Malaikat hanya Allah swt dan Rasulnya saja yang yang tahu.

Mereka mendiami hampir keseluruhan muka bumi ini, lautan, udara, awan dan di Alam Mithsal. Didalam sesetengah rumah manusia juga turut mereka diami bersama-sama dengan manusia. Dengan jumlah mereka yang begitu sekali ramainya, maka bolehlah kita anggapkan hampir keseluruhan muka bumi ini telah mereka penuhi. Dari setiap inci dari muka bumi ini mereka diami, mengikut ahli tafsir ini lagi dengan perbandingan yang mereka selalu katakan iaitu ;
"jika sebatang jarum jatuh kelantai, jarum itu akan jatuh dahulu kebahu-bahu makhluk Jin ini sebelum berada betul-betul dilantai tersebut". Jadi tuan-tuan bayangkanlah betapa ramainya mereka bersesak-sesak tinggal dengan Manusia. Maka itulah kebaikkan yang Allah swt ciptakan mereka tidak kelihatan oleh Manusia. Jika sekiranya manusia dapat melihat mereka, bolehkah kita hidup dengan keadaan seperti itu ? Rasanya manusia tidak dapat hidup dalam keadaan sesak dan berhempit-hempit seumpama itu. Manusia merasa rimas, serba serbi tak kena malah tidak boleh bekerja dan begerak pun. Contohnya jika kita menaiki bas yang sesak dengan penumpang sehingga nak bernafas pun tercungap-cungap seperti ikan, bagaimanakah yang dapat anda semua gambarkan ? Tentu sekali manusia tidak mampu tinggal dalam keadaan begitu. Maha Kaya Tuhan yang menciptakan semua Makhluk dimuka bumi ini, telah Dia ketahui segala setiap sesuatu dengan IlmuNya yang sangat lusa. Allah berfirman didalam surah Al A'raf ayat 27 yang mafhumnya ;

" Sesungguhnya Staitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka"

Telah dikatakan bahawa glongan Jin tidur waktu matahari naik dan bangun waktu matahari turun. Mereka tidur didalam cahaya terang Matahari, sebaleknya mula keluar pada waktu senja menjelma ( angaran sesudah Asar) untuk mencari rezeki. Semua peringkat umur akan merayau -rayau daripada tua sampai ke muda hingga keanak-anak mereka juga berkeliaran. itulah sebabnya orang tua-tau (manusia) selalu melarang anak-anak mereka bermain selepas waktu asar kerana ditakuti akan melanggar atau terpijak anak-anak Jin itu yang akan mengakibatkan kaum Jin akan menuntut bela kepada manusia itu. Jika anaknya mati akan dibalas mati, jika cedera maka cedera juga mereka tuntut kepada anak manusia yang membuat angkara. Begitulah keadaahnya golongan Jin ini. Sebuah hadis Nabi ada menjelaskan pekara ini iaitu ;

Diriwayatkan dari Imam Bukhari Muslim, dari sanat yang soheh dinyatakan Nabi pernah bersabda yang maksudnya ;

"Apabila kamu menghadapi waktu malam atau pun kamu telah berada dari sebahagian malam, maka tahanlah anak-anak kamu kerana Syaitan ada berkeliaran di waktu itu dan apabila telah berlalu satu ketika malam maka tahanlah mereka (dari keluar rumah), tutup semua pintu-pintu rumah mu sebutlah nama Allah, padamkan dian (lampu) serta sebut nama Allah, tutuplah makanan mu serta sebut nama Allah dan ikatlah minuman mu serta sebut nama Allah (ketika menutup)".

Sebenarnya separuh daripada penyakit-penyakit yang kena pada manusia adalah datangnya dari gangguan kaum Jin, Syaitan, Iblis dan Ifrait ini. Mereka menjadi punca sebenar atas penyakit-penyakit yang amat sukar untuk dibuktikan dengan semua peralatan canggeh Hospital. Tetapi sesetengah Doktor mempercayai akan alasan seumpama ini memang ujud. Memang terdapat penyakit yang Doktor sendiri merasa hairan, kerana tak pernah mereka belajar atau tiada didalam keilmuan mereka akan ujudnya pekara seumpama ini. Nampak macam penyakit biasa contohnya Busong - perut pesakit membesar dan terus membesar, tetapi tiada punca sinstifik dapat dikesan. Atau pun Santau - pesakit terus batuk dan muntah darah tak henti-henti, juga tidak boleh di Xray. Doktor akan menyatakan pesakit ini normal, tetapi sebaleknya pesakit bertambah teruk dan akhirnya mereka mati. Jadi sebenarnya memang sejak dari zaman Nabi Allah Sulaiman lagi penyakit gangguan Jin ini telah berlaku . Penggunaan Jin, syaitan dan Iblis dalam ilmu sihir memang telah diakui malahan Ilmu inilah yang diajarkan oleh mereka kepada Manusia. Mereka memang cukup licik dalam soal sihir ini.

Lihatlah bagaimana mereka menyusun stratigi. Mereka ajarkan satu bentuk retual kepada manusia A untuk pengambilan "sahabat". kemudian Syaitan akan masuk mengacau manusia B. Manusia C pula akan menjadi pendorong kepada manusia B untuk berubat kepada manusia A. Apabila berubat, manusia A hanya dengan mudah mengusir syaitan yang menganggu kerana manusia ber"sahabat" dengan Iblis iaitu raja syaitan itu. Kemudian manusia B pulih, dan dia pula akan menjadi ejen menjaja seperti saleman akan kemampuan manusia A boleh mengubat. Semuanya ini adalah bentuk sihir oleh Iblis tadi baik manusia A, B dan C. Semua terkena sihir Iblis tampa disedari, kalau pun yang tahu ialah manusia A tetapi dia akan hanya mendiamkan diri atau berpura-pura seperti 'zuhud' dan 'waraq'. Penampilan manusia A harus nampak meyakinkan masyarakat setempat, jika tidak ia akan ditangkap polis kerana menipu. Oleh itu beliau akan mengguna nama seperti Ustaz, Imam, Tuan Guru dan sebagainya. Begitu juga pengunaan jampi mentera harus tersembunyi. Mula-mula dia membaca ayat-ayat suci al Quran, tang jampi mentera tu tak bunyi kuat, perlahan je. Begitulah berulang-ulang proses ilmu sihir , berpusing-pusing sedangkan pencaturnya hanya dari seekor Raja Iblis atau Raja Syaitan dan balatenteranya. Dari seorang manusia kepada seorang manusia mengalami berbagai jenis penyakit yang akan darang merujuk semula kepadanya untuk berubat. Mereka mencari upah yang sedikit.

Lain kesahnya dengan manusia yang terang-terang puja Iblis, puja dewa ni. Tak kira dari Sami Siam ke, Pawang Sihir ke, Tok Batin ke atau Raja Santet (santau). Mereka mengenakan upah yang tinggi untuk "membunuh" atau "Mengenakan" musuh pelanggannya. Pernah kawan tinggal bersama-sama dengan "Raja Santau" di Jokja Jawa Tengah. Kawan lihat apa yang dia buat, bagaimana dia buat, guna apa dia buat santau. Kemudian mentera pujanya, persamadiannya (proses bersatu dengan Iblis) semua dalam bahasa Jawa halus dan sebagainya. Dia bukan beragama Islam, ia beragama Hindu. Beliau pernah keluar dalam TV3 dalam program 'Misteri Nusantara' sedikit masa dahulu. Tujuan kawan hanya hendak membuat penyelidikan, bukan berguru. Tapi yang hairannya memang menjadi sungguh Ilmunya itu. Santau ini ada "pemulih" nya juga. Jadi anda lihat bagaimana modes opertandi nya, kan berpusing-pusing balek semula kepada dia. Semua orang kenal dia, sampai orang di Malaysia pun ramai yang datang kesana minta "dibuatkan" orang tertentu bagi mati . Astfiruallah halazim. Sungguh kejam manusia ni.

Atas sifat manusia dan kelemahannya yang mempunyai sifat mazmumah seperti iri hati, jahat sangka, pendendam, busuk hati inilah diapi-apikan oleh pihak Jin supaya mengambilk pendekatan seumpama ini untuk selesai masaalah. Contohnya didalam perebutan kuasa, mengajar pangkat, kontrek kerja, perniagaan, harta pusaka, tanah dll. Pasti akan anda dengar cerita seumpama ini berlaku dimerata tempat. Semua ini angkara dorongan puak Jin yang jahat. Permainannya sangat halus hingga tidak dapat dikesan dengan mata, akal dan pancaindera manusia yang lain. Manusia akan ambil jalan mudah dan tidak dapat dikesan sebagai perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa.

Ada sesetengah manusia pula yang tidak percaya langsung pekara seumpama ini boleh berlaku di Zaman Malinium seperti sekarang ini. Sebenarnya mereka telah membuka ruang bagi pihak Jin dipermudah untuk manusia itu dikerjakan habis-habisan. Inilah 'Isyarat' yang kawan katakan. Dengan tidak mempercayai langsung akan benda-benda yang kamu anggap tahyul itu, kamu telah memberi 'Isyarat' kepada golongan Jin untuk dengan mudah menawaskan kamu. Yang susah bagi mereka ialah orang yang "kenal" asal usul jin. Dalam kamu tak percaya itulah kamu menjadi 'ulam' bagi mereka. Jadi, jangan sudah terhantuk baru nak ternada. Ternada dulu, jika pun terhantuk dah lali. Ambil kisah semua disekeliling anda, perhatikan semua sudud Ilmu Allah swt. sama ada ilmu zahir atau batin, sama ada ilmu dunia atau akhirat, sama ada ilmu dialam nyata atau alam ghaib (alam Mithsal). Ilmu Allah amat luas hingga tidak menjangkau akal mu, tidak cukup umur kamu walau ditambah dengan 1000 tahun lagi untuk kahtam semuanya. Allah Maha Kudus, sifat Kudus ini tidak akan dikongsi dengan makhluk. Sedangkan Nabi Muhammad saw yang diberi amanah menjaga Perbendaharaan Ilmu Allah pun tak menyampai sifat Kudus yang Allah swt miliki, inikan kita manusia biasa. Yang hanya mampu kita buat cuma mencari, belajar dan yakin pada Allah serta percaya ujudnya alam ghaib (alam Mithsal) ini. Terserahlah pada Allah yang menetapkan 'tahap' ilmu yang boleh kita faham, ia tergantung pada rezeki kita. Ilmu sebegini penting untuk menjaga diri dan keluarga.

Jika mengikut penyelidikan yang dibuat, diantara penyakit-penyakit yang boleh diketogarikan didalam bentuk gangguan Puak Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini ialah Histeria, Gila, Rasukan, Hilang akal, Pengsan, Lemah semangat, Sasau, Meroyan, Susuk, Sihir, Angau, Busong, Santau, Pelaris, Penutup kedai, Pukau, Cinta kaseh, Hayal, Tercekek, Sakit kepala (magrin), Resdong, Gangguan had (wanita), Angin Sanggugut, Telinga bedersing, Waswas, Berbohong, Mencuri, Makan riba, Lemah badan, Letih lesu, Lelah, Sakit urat, Sakit tulang, Sakit Perut, Lupa, Gatal badan, Penyakit kudis, tokak dll. Didalam AlQuran dan Hadis Nabi saw, ada juga disebut beberapa nama iaitu;
Al Iamam - gila, sawan. dalam hadis Nabi saw
Al Takabut - tercekek, meraung sakit. dalam surah al Bakharah ayat 275
Al Nusbin - letih , lesu dan lelah. dalam surah Sad ayat 41
Al Nazqhu - sakit spt dipukul, menikam, membunuh. dalam suran al Araaf ayat 200
Al Nasb - penat, hilang tenaga, sakit kudis, sopak dalam surah ayat 41
Al Istakwaza - hilang akal, lupa, pangsan, lemah semangat dalam surah al Mujahadah ayat 19.
Al Maas - sihir dalam surah al Baqarah ayat 102.

Didalam Al Quran dan hadis ada diterangkan beberapa jenis penyakit yang dialami manusia-manusia dizaman Nabi dahulu iaitu ;

1) Allah berfirman didalam surah Baqarah ayat 275 yang mafhumnya ;

"Orang-orang yang memakan (harta) riba itu tidak dapat berdiri dengan betul (bangkit dari kubur) melainkan seperti dirasuk Syaitan kerana sakit gila ...."

Keterangan ayat: al Takhadbut didalam ayat ini juga bermaksud tercekek, meraung kesakitan.

2) Allah berfirman didalam surah Sad ayat 41 yang mafhumnya ;

" Ingatlah (peristiwa) hamba Kami Ayub, ketika ia merayu (kepada) Tuhannya ; sesungguhnya aku disentuh Syaitan dengan kesusahan dan siksaan (penyakit yang dibawa oleh Syaitan iaitu hamba-hamba penyakit) ".

Keterangan ayat : Di ceritakan bahawa Nabi Allah Ayub as, telah menderita penyakit kudis yang ganjil diseluruh badannya. Dikatakan penyakit kudis (tokak) yang mengeluarkan nanah dan darah serta berulat serta bau yang sangat busuk. Semua orang meninggalkannya kecuali Isterinya yang sangat taat. Sekian lama (sesetengah riwayat mengatakan 70 tahun, setengahnya pula hanya 7 tahun) ia menderita penyakit itu lalu dia berdoa kehadrat Allah supaya dia diberi perlindungan. Maka Allah perintahkan ia memukul tanah tempat dia berdiri, terkeluarlah pancutan air (sejenis air yang ada belerang gunung berapi -sulfer) dan dengan air itu ia mandi dan minum setiap hari sehinggalah sembuh. Begitu juga ceritanya penyakit kudis yang dialami oleh Syekh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) yang juga berulat, setiap kali ia mandi akan diasingkan ulat tadi dan sesudah mandi akan ia masukkan semula ulat tadi ditempat kudisnya (tokak) itu, begitulah cerita Ahlilah yang sangat sabar dengan dugaan Allah swt keatas diri mereka.

3) Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 102 yang mafhumnya ;

" Mereka mengikuti apa yang dibacakan syaitan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syaitanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan kepada kedua malaikat Harut dan Marut dinegeri Babil (Babilon). Keduanya tidak mengajar sihir kepada sesorang melainkan terlebih dahulu berkata, kami ini hanya mendatangkan cobaan sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang jua pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajai apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanafaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka telah tahu siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tiadalah untuknya bahagian diakhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengatahui ".

Keterangan ayat : Dalil menunjukkan amalan sihir telah belaku seawal zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Iblis telah mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, silap mata dan untuk menceraiberaikan suami isteri dan meruntuhkan rumahtangga manusia. Kemudian mengajar ilmu pukau dengan kata-kata manis dan perkataan menarek hati yang memukau. Didalam ayat ini juga menerangkan hukuman bagi orang yang membuat sihir dan mengupah orang membuat sihir iaitu Neraka Jahanam dan kekal didalamnya.

4) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 100 yang mafhumnya ;

" Kemudian Yusuf mendudukan ibubapanya diatas singgahsananya, lalu mereka sujud kepada Yusuf (hormat pd raja). Berkata Yusuf, Ya ayahdaku, inilah takwil (maksud) mimpi ku dahulu. Sesungguhnya Tuhan ku telah menjadikan dia dengan sebenar-benarnya. Sungguh Allah telah membuat baik kepada ku, ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun sesudah syaitan menghasut antara aku dan antara saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha halus (urusan Nya) tentang apa yang dikehandakiNya. Sungguh Dia Mahamengatahui lagi Mahabijaksana ".

Keterangan ayat : Allah telah menyelamatkan Nabi Allah Yusuf as dari fitnah dan hasad dengki yang dihasut oleh syaitan kepada musuh-musuhnya sehingga ia terpenjara. sebelum itu syaitan telah menghasut abang-abang Nabi Yusuf as untuk membunuhnya dan menyinkirkannya dari ayahnya (Nabi Allah Yakub as) Allah swt juga penyalamat bagi dirinya dikala itu. Begitu jahatnya syaitan-syaitan itu dengan semua perancangannya telah digagalkan oleh Allah swt dan Dialah saja penyalamat bagi orang-orang yang teranyaia.

5) Allah berfirman didalam surah al Araaf ayat 116 - 122 yang mafhumnya ;

" Jawab Musa, limparkan olehmu dahulu. Setelah dilimparkan, disihirkan mata orang ramai dan ditakutinya mereka itu, hingga mereka memperlihatkan sihir yang besar ( tongkat mereka menjadi ular besar, sihir dan silap mata). Kami wahyukan kepada Musa supaya ia melimparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu (yang bertukar menjadi ular yg lebih besar) menelan apa yang mereka palsukan. Maka nyatalah kebenaran dan batallah apa-apa yang mereka buat. Maka dikalahkan mereka itu disana dan kembali menjadi orang-orang hina. Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur sujud. Mereka berkata, Kami telah beriman kepada Tuhan semesta Alam. Tuhan Musa dan Harun ".

Keterangan ayat : Di zaman Nabi Allah Musa as lah terjadinya dengan terang-terangan amalan sihir dimerata tempat disebabkan raja mereka Firaun juga menganut dan mengalakkan amalan sihir bersama-sama penasihatnya Haman. Mereka hendak menghapuskan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan pertandingan sihir. Allah jualah penyalamat bagi Nabi Musa dan Nabi Harun, dengan tongkat sebagai Mukjizat Nabi Musa, segala sihir tertewas. Maka berimanlah sebahagian besar tukang-tukang sihir dengan Tuhan, Nabi Musa dan Nabi Harun.

Nabi Muhammad saw juga pernah di sihir oleh orang Yahudi . Didalam sahih Muslim, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, yang telah diriwayatkan daripada Aisyah ra, telah bersabda Nabi saw yang maksudnya ;

"Daripada Aisyah ra beliau berkata : Seorang lelaki telah melakukan sihir kepada Rasuallah saw daripada Bani Zuriq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin al Asaam al Yahudi sehingga Rasullah saw berasa engak karuan (tak tentu arah) atas pekara yang dilakukan, Baginda merasa ragu (resah gelisah) sama ada telah ia lakukan atau pun tidak. Pada suatu malam ketika Rasullah saw bersama-sama ku, baginda berdoa dan berdoa kemudian bertanya kepada ku, 'Wahai Aisyah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu keatas diriku' ?. Nabi menyambung, 'Ada dua orang lelaki (malaikat) telah datang kepada ku ketika aku sedang tidur, seorang berada disisi ku dan seorang lagi disisi kakiku, maka seorang bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad saw ini' ? Jawab temannya ' Dia telah disihir orang' ditanya lagi 'Siapakah yang telah menyihirnya' ?, Dijawab lagi 'Dia telah disihir oleh Labid bin al Asaam'. Ditanya lagi 'Dengan apakah dilakukan sihir itu'?, Dijawabnya ' Dengan menggunakan sisir (sikat) rambutnya dan dengan cara lain (sihir) Ditanya lagi 'Dimana kah diletakkan barang-barang tersebut'?, Jawabnya 'Ditanam disebuah perigi namanya Dharwan'. Maka Rasullah saw menghantar beberapa orang sahabat, pergi keperigi tersebut sebelum baginda sendiri pergi, kemudian pulang lalu baginda bersabda, 'Wahai Aisyah, air perigi itu berwarna merah seperti perahan inai dan batang pohon kurmanya (diukir) berupa seperti kepala syaitan'. Aku bertanya,'Wahai Rasullah, adakah engkau mengeluarkannya'?, Nabi saw menjawab ' Allah swt telah menyembukkan ku maka aku bimbang (jika mengeluarkannya) ia akan mendatangkan keburukan pula kepada manusia dan aku suruh agar perigi itu ditimbus ".

Keterangan hadis : Lihatlah permusuhan golongan Yahudi terhadap Nabi saw, pernah menyihir baginda tetapi Allah swt sebagai pelindung telah menghantar malaikat untuk memberitahu Nabi atas perbuatan buruk mereka itu. Para sahabat Nabi telah masuk kedalam perigi itu dan mencari sikat Nabi, setelah bertemu maka Rasullah pun sembuh. Mereka kira Nabi boleh ditewaskan dengan cara halus begitu. Sebenarnya Allah Mengatahui atas segala setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang nyata.

Jadi daripada semua keterangan diatas maka pihak Jin ini telah begitu lama menjalankan kerja sihir kepada manusia dengan mengajar manusia yang dipihak dia melakukan kerja-kerja terkutuk ini. Semenjak dari zaman Nabi Adam as lagi hingga di zaman Nabi Muhammad saw dan sehingga kini penyakit ini masih segar dikalangan Masyarakat terutamanya Melayu. Manusia penyembah Iblis inilah yang paling lama sekali menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Melayu keseluruhannya yang menjadi keruntuhan akidah yang paling utama sekali dewasa ini. Pengamal-pengamalnya juga sileh berganti setiap zaman kerana disebabkan SAKA keturunan inilah yang bertali arus dari satu genarasi ke satu genarasi sejak dahulu lagi. Mereka Islam hanya dibibir sahaja disebaliknya pengamal tegar dan menganut pahaman Kebatinan Pagan Kuno Sembah Dewa Iblis Majusi yang tersebar dimerata-rata tempat dibumi Indonesia (secara terang-terangan) dan di Malaysia (secara rahsia kerana Undang-undang anti Ilmu Sesat disini sangat keras). Kami amat memuji atas sikap Kerajaan Malaysia yang punya usaha berterusan untuk menangani ajaran-ajaran sesat yang tumbuh bagai cendawan disini. Satu persatu akan ditahan dalam sedikit masa lagi, Insyaallah...

Selanjutnya setelah membicarakan akan kesan penyakit-penyakit yang boleh dihadirkan oleh kaum Jin dan kuncu-kuncunya, mari kita lihat apakah lagi ciri-ciri kaum ini lagi. Golongan Jin ini mempunyai berbagai agama juga selain Islam yang telah disyariatkan Allah pada mereka sejak dahulu lagi seperti juga Adam as dan kaum manusia. Hanya sedikit sekali yang mengikut Nabi Muhammad saw menganut Islam dibawah tangan Nabi sendiri hinggalah kehari ini. Boleh juga dikatakan mejoriti golongan Jin-jin kafir ini menganut agama Yahudi, Kristian dan Kominis atau atis, manakala hanya sedikit yang beragama Budha, Hindu dan Majusi. Jin kafir dan yang beragama Islam yang Munafiq, sangat cepat mendatangi manusia yang meminta pertolongan mereka. Pertolongan itu biasanya bersyarat yang akan pula merosakkan manusia itu sendiri. Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti seekor binatang. Telah diberitahu bahawa manusia biasa tidak dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali manusia yang diberi kelebihan sahaja. Tetapi diakhirat, semua tabir penglihatan itu akan dibuka. Maka manusia semua boleh melihat Jin di Syurga. Tetapi dikala itu rupaparas Jin ini tidak lagi penting, kerana manusia lebih rindu melihat "Wajah Allah swt" sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabatnya, Wali-wali, Guru-guru dan ibubapa mereka yang sangat mereka rindui.

Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga disebabkan terlampau mudah mereka berkembang biak tidak seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak dikahwini sehingga mendapat zuriat yang agak lama. Golongan Jin, syaitan, ifrait dan Iblis ini membiak tidak seperti manusia. Mereka bertelur bukan mengandung. Apabila mereka menyentuh peha kiri dan peha kanan pasangannya, maka akan terbit 33 biji telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam masa sekitar 33 hari saja ia akan menetas jadi jika dihitung akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu masa iaitu sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga amat pantas (tidak diberitahu masanya). Mereka juga menyusu dibelakang badan ibunya terdapat terlampau banyak puting susu (tetapi tiada buah), itu sebabnya orang Melayu memanggilnya dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan bukan seperti kopek wanita manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-pasang itu juga jika mereka (jin jantan) menyentuh peha kanan dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka berlakulah lagi proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda bayangkan betapa cepatnya mereka membiak ?.

Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika berkahwin dengan manusia juga sama ada lelaki atau perampuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti pasangan manusia. mereka hanya perlu menyentuh kemaluan pasangan masing-masing maka yang betina atau wanita akan mengandung saat itu juga dan terus mukallaf. Proses mengandung dayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama seperti manusia biasa. Hanya satu orang bayi saja yang akan lahir apabila cukup masanya iaitu 9 bulan 10 hari. Anak yang lahir itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib. Begitulah proses-proses persenyawaan dan kelahiran diantara orang bunian seterusnya hingga kiamat.




NAMPAKNYA SAMPAI DISINI DULU YANG DAPAT KAWAN MUATKAN DIDALAM MUKASURAT 2 INI DISEBABKAN RUANGAN YANG TELAH BESAR SEDANGKAN BANYAK LAGI MAKLUMAT YANG BELUM DAPAT DITULIS DIDALAM RUANG INI. NANTIKAN SETERUSNYA PENGAMBARAAN KITA KE ALAM IBLIS (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) DIEPISOD YANG AKAN DATANG DI MUKASURAT 3 ANTARANYA :



1) Jin yang boleh menyerupai manusia.
2) Bangsa-bangsa Jin.
3) Perbezaan Pelbagai Istilah
4) Tempat kemasukan Jin
5) Cara kemasukan Jin
6) Kejahatan Jin pada Manusia
7) Kelemahan Jin


Dan banyak lagi.................


sekian buat kali ini,
zamany



45 comments:

  1. Salam semua...

    kawan nak beritahu semua, disebabkan kawan ada hal nak ke kelantan, maka kawan kena post kan dulu rencana ni sebaluam kwn pergi. Maaf la tak dapat bagi habis rencana, lagi pun dah panjang sangat ms 2 ni. Kwn akan sambung pula di ms 3 la jawabnya. Kepada yang menunggu banyak persoalan spt komen yang lalu, diharap bersabar. Tak kan lari gunung dikejar, insyallah panjang umur berjumpa lagi...

    Ralat !

    wassalam
    Zamany

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, dipertemukan dgn blog tuan.
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. ni komen pertama saya disini.sedikit sebanyak dari tingkat kefahaman saya berkaitan tulisan tuan telah membantu saya menjawab beberapa persoalan yg telah lama bermain di fikiran saya,terutama yg berkaitan dengan soal kerabat diraja kerana secara tak langsung ada kaitan dengan keluarga saya.semoga tuan sentiasa diberkati Allah

    ->asyraf

    ReplyDelete
  3. Salam sdr Zamany,

    Salah taip kot,

    "Adakah fakta ini benar ??? Sial tanyakan persoalan ini kepada Dato Dr. Hj Harun Din"

    Rasanya perlukan pembetulan.....

    ReplyDelete
  4. salam saudara aliff dan asyraf,

    Kpd saudara aliff..
    wah... nampak juga apa yang tersirat ya ! kira hebat la tu... memang pun sebelum beliau tulis rencana tu, dia rujuk kemari. Tapi, biasalah org di Malaysia ni kan lebih percaya kpd org yg ada title ? jadi biarkan la mereka cari kepastian sendiri... kan itu lebih baik utk mereka. tk

    Kpd saudara asyraf,

    selamat datang kwn ucapkan kpd saudara. Cetusan rasa itu adalah rimbasan kpd makhluk tu. Yg awak rasa tu adalah hak mutlak diri terperi. Jadi kenalah usha cari jalan keluar dari masaalah tu, jangan biarkan saja. Jangan peduli kpd adek- beradek yg tak mau berubah, sebab susah nak ajak semua mereka itu ? nanti jadi gaduh pulak sbb sukar mereka menerima kenyataan spt yang anda terima. Ia dari dalam. Saka tu tak nak keluar, tapi kena paksa juga dia keluar, saudara faham kan ! tk.

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  5. salam,
    terima kasih kerana sudi balas komen saya. mmg pernah jadi isu pon bnd ni dlm keluarga n plg teruk sampai peringkat fitnah kpd ibu saya. pelik jgk kt 'penjaga' tu sbb mula2 dia ajak wt kebaikan segala ,dh lame2 mula jd merepek plk. sekarang dia dh xde kot, sbb dh xde cerita panas lagi dh or sebab mungkin xder org nk lyn ckp dia lg.

    ->asyraf

    ReplyDelete
  6. salam saudara asyraf...

    Saka sifatnya, tidak akan meninggalkan sahabatnya sampai sahabat manusianya itu mati. Jadi jika dia tak ada tu bukan dia dah tak ada. Dia ada tapi tak aktive. Dia buat sangkaan kononnya dia dah tak ada, padahal lain disebaliknya. Sentiasa berwaspada ! Telah saya katakan dia akan bagi keluarga porak peranda. Selamatkan diri kita dan anakbini dulu, lepas tu terpulang kepada yg lain2 tu. Terutama Ibu awak tu. Kalau buat serentak, ramai sangat, tak satu hati susah. Tapi kalau dapat buat macam tu memang terbaik. Bukannya senang !

    Sekian
    zzamany

    ReplyDelete
  7. Salam Atuk...

    lama tak singgah nie... sibuk hal duniawi seketika :)

    saya nak tanya atuk nie... atuk pernah dengar atau kenal tak seseorang bernama gelaran "Mat Komando" di Pulau Besar. melalui cerita lisan, beliau sama terkenal seperi Kiyai Salleh cuma ketika 13 Mei dulu beliau 'handle' Selangor...

    -AbuHakeem-

    p/s : tok saya reti masak megi kari jer... :)

    ReplyDelete
  8. Salam Pakcik Zamany dan kawan2. Semoga Sihat Sejahtera!

    Saya pun nak panggil Atuk boleh tak macam AbuHakeem ? Saya ni yg guna nickname Naga kat MF. Nama ni pun saya amik bersempena mitos naga dlm masyarakat nusantara.
    Alhamdulillah saya bersyukur sebab ALLAH rezekikan Atuk buat blog sendiri. Saya suka blog ni sebab Atuk boleh kongsikan lebih banyak ilmu dgn kita orang. Terima Kasih ya!
    Kehadiran Atuk dlm MF dan dialam maya memang tepat pd waktunya. Tok Guru Atuk tu memang kasyaf. Atuk sbg pelengkap kpd MF terutama dlm menjawab persoalan2 yg lebih mistik dn lebih hakikat sifatnya. Semoga ALLAH sentiasa memberi kesihatan yg baik kepada Atuk.
    Nampaknya saya sbg generasi muda didikan sekular era selepas merdeka ni "terpaksa" akur bhw segala penyakit/masalah adalah berpunca dr bisikan syaitan yg direjam dan kuncu2nya. Sbg orang sekular ni, segala pemikiran telah dihijab dgn alam benda dan masa - material. Sakit - jumpa doktor(sebab nak surat MC tunjuk kat bos)- makan antibiotik. Stress - tenangkan fikiran dengar lagu Kitaro, baca buku motivasi dll. Punca utama gangguan syaitan tak nampak. Apatah lagi solution utama kembali kpd TUHAN lagilah hilang dr pemikiran.
    Selepas Atuk cerita pasal SAKA dlm MF, saya ada bersembang dgn kawan2. Rupa2nya SEMUA pun ada cerita saka yg tersendiri dlm keluarga masing2. Tapi yelah - disebabkan kita dah hidup dlm alam meterial, berubat dari saka ni dah macam taboo pulak. Walhal - itu salah satu penyakit kronik dlm masyarakat kita. Sebab tu ulama nusantara dulu2 memang bertaraf wali yg menerima bantuan direct dr ALLAH tanpa sebarang perantaraan syirik. hhmm..rupa2nya nak mendidik orang Melayu ni pun amat rumit juga ya.
    Atuk - sekadar berkongsi. Sekarang ni kejadian curi buah kelapa sawit berleluasa di kpg saya.hhmmm..kalau otak jahil - mesti akan kata..."bagusnya kalau aku ada penunggu harimau jaga kebun aku". Mungkin inilah punca2 kita terjerumus dlm perangkap syaitan.
    Tapi org beriman pasti akan berkata "Ini adalah kifarat diatas dosa aku, sebab tu TUHAN antar org curi kebun aku. Lepas ni aku kena banyakkan sedekah semoga mendapat rezeki yg berkat".
    Atuk..ia perlukan ilmu dan kena tukar mind set.
    Terima kasih Atuk. Semoga ALLAH mempermudahkan segala pekerjaan Atuk!
    Wallahualam. Naga
    p/s - saya ada pengalaman pernah dikejar hantu sampai kedlm rumah. Hantu tu wajah hodoh dan rambut panjang mengurai..hehehe..kadang2 saya ada juga ternampak lintasan bayang2. Tapi tak tau mende ape.hhmm..dia orng pun makhluk ALLAH juga kan.MO kan selalu pesan - ALLAH MAHA BERKUASA, makhluk tiada kuasa.

    ReplyDelete
  9. Salam semua...

    Naga : perghh... kena kejar hantu... dalam keluarga saya, adik beradik cuma tiga, Kakak, saya dan adik perempuan... Arwah Abah guru Silat dan skit2 leh la tolong org yg susah...

    dalam 3 beradik, adik saya yg selalu boleh nampak makhluk lain dengan izin Allah... saya pula masa kecil dan remaja selalu dapat lihat dengan mudahnya! manakala akak saya normal, tapi ilmu silatnya lebih lincah dari saya... dulu la... dan saya pernah ikut arwah abah melihat penanggal bergentayangan lebih kurang 6-7 'ekor' kat ladang kelapa sawit....

    sekarang rasa tak larat kot kalau nak lari biler jumpa... perut pun cam nak boroi... hehehe...

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  10. Salam abuhakeem dan selamat datang kepada Naga...

    Kpd cucunda abuhakeem...

    Dia tu anak buah Dato Harun (Allahyarham) sama macam Man Tiger, Mat Brangen dan berguru dgn Selepang Merah Hj Hussin Kg Baru masa darurat dulu. Semua kena jaga kawasan dlm Selangor. Kominis merata tempat, belaku perang paling besar dlm sejarah Selangor ialah di Prang Besar (Putrajaya). Kami jenarasi tua tak suka panggil Putrajaya, kerana di Prang Besar ramai org Melayu tewas. Menghilang kan nama itu ibarat melupakan mereka yg gugur ditangan Jepun dan Kominis. Itulah sebabnya kami tetap pangil Putrajaya itu Prang Besar hingga ke hari ini. Mat Komando ni punya macam2 kepakaran sbb bekas Komando. Mereka banyak guna senjata api dlm pertempuran. Ia lah boleh dikira handal juga dlm bab perang moden. Tak kira apa jua, janji tanah ni tak dijajah lagi sampai bila2. Awak jenarasi muda kena reti pekara2 macam ni. Jangan leka dengan dunia, esok tanah dijajah orang pun tak sedar.

    Kalau dah nampak tu dah ada ases ke alam mistik, alam ghaib. Tapi tak cukup berani kalau tak test power. Kena test jugak... duduk sorang2 kat ladang kelapa sawit tu dan tunggu Bawak galah buluh yg panjang. Klu dia muncul... rangah dengan galah buluh tu. Tepekek-pekek dia lari...

    Kpd cucunda Naga...

    Selamat dtg Ninda ucapkan, Alhamdulilah memang banyak pekara tersembunyi dalam diri kita yg kita tak tahu kalau tak bertanya. Pertama asalusul kita, MF tunjuk jalan untuk kenal asalusul Melayu secara am, Kita kena bertanya kpd org tua2 kita untuk tahu latarbelakang sejarah keluarga, apa yg mereka belajar?, apa ilmu yg mereka ada ?, cara2 mereka jaga sahabat tu ?, upucaranya, pakaiannya, peralatannya, senjata dll. Ini semua penting sebab kalau nak buang saka kena ada benda2 tu, kalau tak jin tu tak layan (kena pujuk dulu). Bila dia dah hadir disitu, barulah kena ucap dan arah dia pergi. Ini cara yg tepat utk buang saka dgn pemantauan Guru. Kita sendiri yg kena buat sbb keluarga kita punya masaalah, Guru tu hanya pantau dan halau kemudian tutup jalannya.

    Tak boleh buat seorang diri. Jangan pergi ke Bomoh, dia yg buat sendiri, awak tengok atau awak balek rumah...sudah, tak jadi apa2 la tu. Depa ni nak duit saja, Ilmu separuh tiang. Cara ni tak akan menjadi. Cakap tak serupa bikin. Dia ingat mudah Jin nak keluar... klu tak betul dgn caranya, jangan mimpi dia akan keluar !

    Pengalaman kena kejar tu patut jadi, awak yang kejar dia. Atuk masa kecil dulu dok hambat hantu keliling kanpung. Hampir tiap2 malam, pontianak, langsui, polong, penanggal,pelesit melambak2 di kampung. Tambah2 kalau ada orang bersalin, macam pesta tanglong penangal berkeliaran. Zaman 60an dulu banyak hantu... banyak org bawa ilmu salah. Lama kelamaan dah tak ada. Sampai Hantu kenal kita dan lari bila nampak kelibat kita...

    Cucu kenalah berani, Kata Allah yang berkuasa, tumpang lah 'kuasa' tu. Bangkitkan pd diri, baru berdepan dgn Hantu, jembalang besar mana pun akan lari tengok cucu. Kata kena kota, janji sampai mati, pantang maut sebelum ajal... baru betul "makhluk tiada kuasa". Cucu faham tak apa atok kata ni ? Ini kata dlm "Hakikat", susah nak faham kalau tak belajar ? Tak boleh fikir guna akal je.

    Walau bagaimana pun atok harap cucu-cucu semua cari jalan untuk menyampai ke jalan Allah tu. Sebab dia tak akan datang, kita kena cari Sampai dapat...cari selagi tak dapat ! Kalau dah dapat, kena sampai... kalau dah sampai,..jadi hilang semuanya, baru tamatlah perjalanan itu. Reti...

    Waallahua'alam

    Tok Zamany.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. tiga perkataan untuk saudara yang saya hormati: 'sangat informatif...teruskan'

    komen atas tu saya delete sebab silap taip..

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Terima kasih kerana sudi dtg menjengah tmpt sy sambil bg tau muka surat dua dah siap. Sy x miss tmpt Tuan ni, selalu juga tinjau2. Yg x sempat nak buat ialah nak tinggalkan komen. Maaf ye.

    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  14. Salam Atuk Zamany,

    Jikalau cucu ada menghidap salah satu penyakit yang atuk sebutkan di atas tu, adakah ianya salah satu petanda cucu sering diganggu golongan-golongan itu? Penyakit-penyakit yang seperti biasa dihidapi pun adakah disebabkan gangguan-gangguan mereka?

    Seperkara lagi, cucu hampir-hampir hilang akal-meracau 4 tahun lepas ketika sedang belajar di perantauan iaitu di jepun. Berkat teman cucu menenangkan keadaan menggunakan selawat dan air Yaasin ketika itu dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi dari berlaku.Selepas itu, cucu masih lagi merasa beberapa kali ianya berlaku tetapi tidak seteruk sebelumnya. Adakah perkara itu terjadi disebabkan gangguan dan adakah gangguan itu bersifat sementara sekali sahaja atau masih ada tetapi tidak aktif?

    ReplyDelete
  15. Salam shafiq , anon 3.28 dan the associate

    Smt datang kepondok buruk atok ni safiq... cucu dak kena apa yg atok sebut serangan saka keturunan. Ia bersifat kekal, selagi tak dibuang selagi itulah dia akan duduk dlm badan. Tanyakan kpd ahli keliuarga safiq yg tua2 yg masih ada lagi, apa jenis saka ni. Safiq kena jumpa Ustaz Mat Jangut diSelama Perak (013-4500007 HP), ambik ijazah dulu, lepas tu berubat. Jangan tangguh sebab semakin lama semakin susah. Kalau dia tanya siapa bagi no ni, katakan sahabat baik dia bagi. Dia tahulah nanti. Dia ni tok guru atok jugak, atok tahu kemampuan dia. Safiq ni dah kira kronik, cuma betahan dgn air tu je, tapi sampai bila ? Tel did dulu dan tanya apa yg shafiq harus buat...ok

    kpd anon 3.28

    Atok rusau juga tengok kelibat cucu tak nampak, atok cari la, tinggalkan pesan. Ha baru datang ya !

    kpd the associate...

    Tk cu. smt datang jugak pd cucu. Ni wartawan ke ?
    Bunyi mcm the associated press je... atok gurau je.

    wassalam
    zamany

    ReplyDelete
  16. salam Atuk Zamany dan kawan2. Semoga Sihat Sejahtera!

    tk Atuk diatas nasihat dan penerangan. Byk mende nak tanya Atuk ni. Diharap Atuk tak jemu melayan kita org yek!
    AbuHakeem, awak pun boleh "nampak" juga ke? hehehe.
    Kalaulah begitu ceritanya, saya rasa misterinya dan mistiknya orang melayu ni sememangnya masih ada sehingga kini. maksud saya di zaman moden ni, kita telah dilekakan dgn material sehingga "terlupa" utk berfikir perkara pokok yg menyelubungi org kita. kecanggihan teknologi masih tak dpt mengalahkan misteri dan mistiknya org melayu. kisah sdr Shafiq sebenarnya bukan asing. ramai lagi diluar sana yg mengalami masalah yg sama. cuma kita jarang membincangkannya secara lebih terbuka disebabkan hambatan duniawi/material itu sendiri. walhal ia memang telah mengganggu org kita utk terus menjadi lebih baik terutamanya utk menjadi hamba ALLAH yg sebenar2nya.
    Atuk, dulu saya pernah baca kitab Ramalan Joyoboyo terutamanya ttg Ratu Adil sebab ia mirip kpd ramalan kedatangan Imam Mahdi. Tapi seorang sahabat telah mengingatkan bhw kat tanah seberang tu agamanya dah bercampur-aduk - liberal/plural. Tapi waktu tu sy tak boleh imagine camna "caca-marba"nya dia org kat sana sehinggalah timbul isu kalimah ALLAH dan juga dr cerita2 Atuk sendiri. barulah sy boleh faham sikit2. Ada org kata tanah seberang tu memang kena "serang" habis agama Islamnya sebab orientalis igt TAPAK bangkitnya Islam tu dr sana. tu yg kena balun habis. tapi mereka tersilap. sebenarnya TAPAK nya tu kat sini...huhu...saya wajib bersyukur sebab kat sini masih "selamat" lg pengamalan Islamnya. tapi bahang2 cabaran tu nampaknya semakin hebat dimasa depan. itu juga yg masih menjadi rahsia camna bangsa yg "tak apa", "buat dek" & "low profile" sifatnya ni boleh bangkit nanti macam singa mengaum. tu sebab ada pepatah melayu kata - air yg tenang jgn disangka tiada buaya. tp selagi dihati masih sayangkan agama Islam, tak kira siapa pun pasti akan bangkit juga alter terahsianya bila agama TUHAN dan sunnah NABI mula diperlekeh oleh musuh. bila org melayu dah naik "gila dan amuknya" - hmmm..waktu tu baru tahu langit tu tinggi atau rendah. wallahualam.
    Naga

    ReplyDelete
  17. Salam Atuk Zamany,

    Saya baru sahaja mengetahui yang saya ni ketika kecil sudah didampingi makhluk lain tetapi telah dibuang oleh seorang atuk saudara yang juga boleh dikatakan dukun/pawang/bomoh. Permasalahannya adakah pembuangan itu kekal dan tidak kembali lagi kerana mengikut apa yang diperkatakan mak saya, selepas dibuang itu saya jadi pulih dan sihat semula.

    Ketika itu, saya masih berumur antara 2-3 tahun dan menghadapi masalah tidak dapat tidur malam, menangis, menanduk-nanduk katil dan mengelar/mengular apabila tidak boleh tidur.

    Sejarah keluarga rata-rata moyang belah ke atas adalah pembuka penempatan. Kedua-dua belah mak dan ayah mempunyai datuk yang menebang hutan.

    ReplyDelete
  18. Salam cucuanda Naga...

    Bukan nak agak-agak lagi, memang di Semananjung Tanah Betuah inilah tapak, ibu dan penamat segala Ilmu dalam dan Ilmu Ghaib. Atuk belajar pondok dibeberapa tempat di seberang, tak juga dapat 'penamatnya'. Tok tok guru disana tak berani nak turunkan "watikah" paling puncak Ilmu Makrifah kpd atok sebab tak dapat 'restu' berbuat begitu selepas satu tahun atok berUslah. Maka atok pun disuruh merantau seluruh Indonesia mencati guru yang boleh "ijazah" warisan Tabut Makrifatullah itu. Tu lah sebabnya habis atok rangah semua pesenntern, perguruan, pondok, Tarikat, dan segala benda atok jumpa disana. Selepas lebih 7 tahu atok di"sedut" balek ke pesentren pak kiayai asal atok di Jawa Tengah (atok tak balek jalan kaki, tapi naik tikar terbang). Kerana setelah kiayai munajat, diberitahu akan penghujung dan pemegang Tabut itu ada di sini iaitu pewaris keilmuan Tok Kenali sahaja yg mendapat "Mandat" itu. Itulah sebabnya atok balek semula kemari dan cari org itu (sungguh lama mencari lebih 30 tahun) akhirnya bertemu dgn Tok Guru ini dan atok "UJI" dia sampai atuk pasti betul, barulah atok "Katam" dgn dia. Diseberang pengajian pondok dan pesenteren tumbuh macam cendawan, ada yg ditaja Arab, Org2 kaya melaysia dan tak kurang juga yg ditaja Amerika. Dah jadi bubur lambuk. Tapi disini siapa nak taja ? yg ada tu sungguh daif, usang tak terbela. Entahlah....

    Utk pengatahuan, Tok Kenali itulah WaliKutub alam dan Autad sebelah timur ini. Jadi hanya dia yg boleh iktiraf dan ijazah bab Marifatullah kpd manusia sebelah timur ini. Murid sebelah timur walau tinggi mana pun Ilmu dia sampai kelangit hijau pun dia belajar, hanya sampai dibuku lali dia saja paras ilmu dan amal mereka. Semua waliallah yang kecil2 spt Tok Jangut, Tuan Tulis dll pun kena ambik ijazah ini dari tangan dia. Ini Protokol atau adab perguruan. Jika tidak, tak dapat dan tak tamat.

    Jadi itu ketentuan Allah atas bumi betuah kita ini, punya seorang wali agung sebelah Timur. Urusan kebangkitan dari timur itu urusan dia, apa kita nak pening kepala. Dia dah siap sedia, tunggu masa saja. Any time beb.....Jadi jangan dok gaduh siapa Imam Mahadi dan perang akhir zaman tu, ia bukan urusan manusia biasa macam kita ni. Kita kena standby je. Perang dlm diri tu yang patut diberi perhatian, lawan Iblis, syaitan, iferit dan segala jembalang saka yg sedang dok ikut kita kehulu kehilir. Ini yg kita lawan dulu.

    Waasallam
    zamany

    ReplyDelete
  19. Salam cucuanda shafiq...

    Masaalah cucu tu atok dah kata dah, dia tak akan pergi dgn arahan tok ke nenek ke. Tuan punya badan sendiri yg kena halau... cuba fikir secara logik ya, Atok saudara shafik dan Ibu serta seluruh keluerga shafiq sebenarnya punya saka yg sama. Jika mereka tak buang, macam mana kata dah tak ada ? Atok saudara shafiq tu lah yg patut org pertama kena buang saka dulu... Yg dia buang tu semantara saja, dia sentiasa dgn cucu sebenarnya. Tiada sebab dia nak pergi, memang kita kata kita tak mahu. Tampa satu proses yg betul. Dia tak akan pergi, itu sebab shafiq selalu diganggu. Ia terlampau suka shafiq dari yg lain2 dari keluarga shafiq. Dia lagi pandai menilai siapa yg dia nak duduk. Jadi tugas shafiq lah untuk buang masaalah jin itu.

    Pembuka negeri atau kampung ni memang guna kederat Jin. Mcm mana nak tebang balak sebesar rumah ? ya.. itulah sebabnya anak cucu tanggung akibat selepas mereka tiada. Jadi pelahan2 tanya dgn tok saudara tu dan jgn bagitahu shafiq nak buang saka. saja tanya main2 spt peralatannya, pakaiannya, jamunya, cara2 persembahan istiadatnya dll. Maklumat ini penting utk shafiq buang saka nanti. Tulis dlm buku dan simpan. Jika perlu esok dah senang. Banyak lagi peralatannya tu... kena siasat ? ok

    Sekian
    Tok zamany

    ReplyDelete
  20. salam,

    uiks... atok serkap jarang nampak.... rasa santai & sejuk hati sikit kalau dapat berlawak dengan org2 lama ni..

    saya pun ada jugak pengalaman pasal saka ni..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum atuk,

    panggil saja saya sebagai ALI.

    masa saya umur 17 tahun, sepupu saya ada bagitau yang arwah datuk saya pernah brtugas sebagai guru mengaji quran di sebuah istana di utara tanah air. tugas arwah ialah mengajar anak-anak keturunan kerabat mengaji quran, sampai la dia brenti mengajar & balik kampung semula.

    saya pula anak ke-7 dari 7 keturunan yg asal dari sebuah pulau di utara tanah air. sepupu saya bagitau, disebabkan saya anak ke-7 dari 7 keturunan maka saya secara tak langsung akan jadi waris kepada 'makhluk' dari jenis baik yg selalu menemani arwah datuk saya.

    mungkin ada benar juga dakwaan sepupu saya tu, saya mula sedar perkara ni masa saya belajar di sebuah universiti utk ijazah pertama. masa tu, kalau setiap kali ada org yg cuba cari pasal dengan saya, org tu akan gedebuk jatuh secara tiba-tiba selepas dia melangkah dua tiga tapak membelakangi saya. tak kira la sama ada kaki org tu terpelecok atau dia terlanggar kayu atau sebagainya, dia tetap akan jatuh.

    dalam bab lain, saya mudah menyiapkan kerja-kerja menamatkan pengajian sebab ramai rasa selesa dgn saya. saya juga berasa mudah dalam banyak perkara termasuklah dapat cari jalan keluar dari hutan selepas terpisah dengan kawan2 semasa buat jungle-trekking masa belajar dulu. padahal, saya tak pernah masuk hutan tebal mcm tu sebelum tu.

    .. sambung kat bawah...

    ReplyDelete
  22. ALI,

    sambung dari atas...

    kemudian, selepas habis belajar. saya mula berubah, dari jadi org baik, terus jadi org kurang baik (bukan jahat, kurang baik je..) termasuk la tinggal solat pada waktu tertentu sebab atas urusan kerja. sampaikan kadang2 saya lupa qada' solat. keadaan tu berlarutan selama beberapa tahun.

    kemudian apabila saya tersesat buat kali pertama dalam hutan pada tiga tahun lalu, saya mula sedar yg tak ada lagi 'kelebihan' seperti yg pernah saya alami dulu. saya pulang ke kampung, saya tanya mak saya mengenai perkara yang sepupu saya pernah bagitau masa saya sekolah dulu.

    mak saya cakap, arwah datuk saya org alim & mak saya pernah dengar mcm 'ada orang' yang menyebut 'amin' selepas arwah datuk saya selesai baca al-fatihah semasa solat subuh. kemudian mak saya bagitau lagi, saya secara tak langsung akan jadi waris sebab saya anak ke-7 daripada 7 keturunan yang pertama ditemani 'makhluk' tu. lain pula keadaannya kalau saya ni anak bongsu dari 5 atau 6 beradik, tapi saya yg ke-7 dari 7 beradik.

    Mak saya cakap lagi, 'orang/makhluk' tu mungkin berkecil hati atau marah sebab saya hanya mewarisi 'dia' tapi tak mewarisi 'ketakwaan' nenek moyang saya kepada Allah kerana 'orang'/makhluk' tu jenis alim dan warak serta Muslim.

    ..sambung lagi kat bawah...

    ReplyDelete
  23. ..sambung dari atas...

    Mak saya cakap lagi, 'dia/makhluk tu' sebenarnya tak pernah tinggalkan keluarga kami dan masih ada. cuma 'dia' tak mahu menemani kami sehingga ada anak dari keturunan saya yang layak. mungkin juga 'dia' tidak lagi mahu menemani saya dan menunggu anak-anak (anak sulung saya pun baru umur 10 bulan) atau sehingga ada cucu-cucu saya yang layak. mak saya tak pernah beritahu saya tentang perkara tu sebab perwarisan tu tak perlu melalui upacara, dia hanya akan ikut dan menemani kalau dia berkenan. tapi disebabkan saya yang ke-7 dari 7 keturunan, maka dia pilih saya sebagai anak terakhi dalam pusingan pertama. 'Tujuh pusingan pertama dari tujuh keturunan'.

    mendengar cerita dari mak saya, saya jadi insaf dan terus memperbaiki diri. saya hanya mahu pertolongan dari Allah, bukan dari sesama makhluk. tapi saya juga rasa bersalah sebab sudah buat 'teman' tu kecik hati. 'teman' tu pun hamba Allah, dia hanya menemani keluarga saya.

    untuk pengetahuan tok, 'teman' tu diwarisi atau berpindah tanpa sebarang upacara khas. 'dia' memilih anak cucu dari keturunan saya tanpa melalui upacara pelik seperti 'memindah saka'. keluarga saya juga tak pernah buat upacara sebegitu. tak pernah langsung. dia hanya sebagai 'teman' yang selesa tinggal bersama keturunan kami sejak 7 keturunan lalu. maka, saya yg jadi harapan 'dia' sebagai pelengkap 'pusingan 7 yg pertama'.

    boleh atuk jelaskan? saya yakin, 'teman' keluarga saya tu tak jahat sebab keluarga saya tak pernah ada masalah pelik2 mcm org bela jin kafir. org yg bela jin kafir ada banyak masalah mcm nak turun saka, upacara mcm2 la. tapi keluarga saya tak ada semua tu.

    atuk tolong jelaskan...


    ALI

    ReplyDelete
  24. Salam Atuk Zamany dan kawan2. Semoga sihat sejahtera!

    Terima Kasih Atuk krn sudi berkongsi suka-duka menuntut ilmu. Saya suka baca sejarah Tok Kenali dan ulama2 yg lain.

    http://ulama.blogspot.com/2006/10/tok-kenali.html

    Yg saya ingat beliau waktu belajar dulu susah. Disebabkan tak cukup wang utk beli kitab, beliau terpaksa mengadap setiap guru dan menghafal matan2 kitab mereka.
    Saya ada baca Tok Guru Syeikh Ahmad al-Fathani ada berdoa supaya anak cucu selamat di tanah bertuah ni. Saya dpt rasa "sejuk"nya bumi Malaysia ni. Dan "terasa" berkah dan karomah perjuangan tok nenek dulu kala. Saya dpt "rasa" setiap inci tanah bumi ni pasti pernah ada jejak langkah pahlawan2 dulu kala. Terasa sayu setiap kali "merasa" aura perjuangan mereka mempertahankan setiap inci bumi yg dijanjikan ni. hmmmm...sorry Atuk ye - "terpaksa" mendengar luahan rasa budak2 sekular macam saya ni. Cakap berdegang2 ikut logik aqal je, bila hantu kejar cabut lari kecut perut..huhuhu
    Tapi peringatan Atuk ttg "depa" yg selalu ikut kehulur kehilir tu, saya akan ingat selalu. Yg penting ialah baiki diri bagi molek luar dan dalam.
    Yelah..budak2 macam saya ni cerita je pandai pasal Imam Mahdi tu semua. Ajak pi perang..hehehe..tak taulah.
    Saya selalu usik seorang sahabat - "awak ni jadi khadam Imam Mahdi je, cuci tandas dan susun kasut, biar kena penyek sikit sifat ego tu"
    Dia kata "jadi khadam pun tak layak. Camna nak buang ego kalau lepas cuci tandas pun masih ade rasa bangga sebab dialah yg paling rajin - bukannya makin rasa rendah diri"
    Itulah "joke" budak2 zaman sekarang Atuk, moga2 bila selalu cerita pasal Imam Mahdi ni, terubat rasa rindu pd Tok2 Guru dan Para Wali yg sememangnya tak pernah dijumpa.
    Sahabat saya ni kadang2 merasa sungguh sedih dan merintih mengenangkan betapa susahnya hidup dizaman fitnah sekular ni. Jadi cerita2 ttg kebangkitan Islam ni memberi "hiburan" dan "harapan" pd kita orang. TUHAN lebih MAHA TAHU bgmn fitnah akhir zaman. NABI sendiri lebih maklum susah payah umat BAGINDA yg hidup diakhir zaman. Kami memang tak sempurna disana-sini, tapi keyakinan kami pd janji TUHAN tak pernah pudar. Selalu jugak cuba mengenangkan susah payah & pahit-getir perjuangan dakwah RASULULLAH SAW. Moga2 lembut hati kami dan dpt merasakan betapa NABI amat sayangkan umat BAGINDA.
    Doakan selalu utk keselamatan Iman anak cucu ye Atuk.
    Terima Kasih! Wallahulam. Naga.

    ReplyDelete
  25. Salam cucuanda Ali...

    Seperti yg atok cakap, Jin ada dua, satu kafir dan Islam. Jin yg bersama cucu ni dari bangsa jin Islam. Semasa moyang puyot cucu ambil dia dulu tidak menggunakan peralatan atau ancak dll. Dia mengamalkan ayat tertentu dan solat tertentu untuk didampangi Khadam ayat tadi. Spt contoh datuk kepada atok yg mengamalkan surah Yasin yg kemudian bersahabat dengan jin Islam Bernama "Kandias Ibnu Baizuraq". Amalan Yasin dibaca setiap hari sekali selepas subuh. Sembayang subuh akan menjadi imam dan selepas selesai semua akan dapat duit bawah tikar sembahyang RM1000. Setiap hari, atok sendiri pernah tengok semasa kecil dulu...

    Khadam dia jaga rumah, kebun, tanaman dan keselamatan. Waktu Jepun datuk atok tu tak kena kacau pun. Dia dapat beras lagi, jepun bagi lesen jadi pemborong beres. Cuba cucu fikir, masuk akal tak ? tapi ia berlaku (mengikut cerita bapa atok la). Saka ni masih ada sampai sekarang dirumah lama tu. Seorang pun tak berani, kucuali atok. Dia tak berani dgn atok sebab atok akan pukul dia dengan penyapu kalau dia dtg. Atok seorang saja yg boleh duduk rumah lama tu tampa gangguan. Yg lain, esok pagi akan diletak diluar atau dilaman rumah. atau kena tindeh bila tidur. Ada masanya dia dtg pd atok, atok tak pernah layan. Terutama kalau atok pegang saja surah yasin, dia dah ada dah (dulu la, skg tak ada dah). Sangat suka dgn atok walau kena pukul pun, dia tetap dtg. sampai atok buang semua saka keluarga barulah tak ada dtg lagi.

    Ok, benda ni sama juga dengan ali. Ia Khadam ayat yg berdamping dgn ali. Ali jangan silap, ia jahat di tempat lain. Dia tak nampak jahat seperti membuat ali meracau, gila, sasau, cepet marah, cemburu dll. Tapi ia jahat pada Akidah syarak ali pd Allah swt. Tengok ya ali ada perasaan bersalah pd dia, pasal apa pulak ? sebab tak solat, puasa, rajin berabadah dll ya ? Jadi solat, puasa, rajin tu sebab dia la ya. Disinilah larinya pegangan akidah kita...cucuanda Ali. Ingatlah, Allah tidak redha kita menduakannya (ok ini tak masuk), Allah juga tida redha kita berabadah berserta dgn yg lain (yg ini ali tak boleh lari) Kita mengadap dia berserta Khadam yg bukan sebangsa kita (manusia). Kita org biasa bukan Nabi atau Rasul yg dibenarkan menjadi Imam pd Jin. Ali faham skg...

    Ibadah atau Solat kita kena berseh total, tampa syak, zon dan waham mutlak lilahitaalah. Putih tulin, suci berseh dan ikhlas readha tampa ada sedikit pun sangkaut paut dgn sesiapa atau hal Dunia ini walau apa pun jua alasannya.

    Berseh tu jiga termasuk, tidak bersahabat, berkhadam atau apa jua alasan nya. Allah sangat teliti dlm bab ini. Lagi satu... tahu tak kenapa ali rasa bersalah. Sebab dia hadirkan dlm hati ali perasaan ini. Rasa bersalah inilah senjata dia. Supaya ali tak abaikan dia, kena solat dan beramal jangan buat maksiat itu memang baik. Tapi bukan untuk dia. Ia untuk ali dgn Allah mutlak. Dia nak ali buat semua tu supaya dia boleh tumpang semangkok atau ambik semua pahla amalan ali untuk dirinya, iaitu bayaran upah sebagai ganti hidmat dia pd ali dan keluarga ali. Inilah permainan dia yang ali tak nampak. Jadi dikhirat esok ali tidak punya pahla untuk menolong ali dihadapan Allah Rabuljalil... disinilah baru ali sedar dah ditipu oleh khadam Jin Islam ini. Ha...baru ali teperanjat. Dah terlewat.... Jadi jahat tak ???? Ia lebih jahat dari yg kafir tu. Ia sangat halus, tersembunyi. Dia dapat ganjaran syurga, ali kena masuk neraka sebab bersekutu sewaktu beramal. Cuba beritahu, mana baiknya pada atok...?????

    Nasihat atok perbetul semula akidah ali, cari guru buang saka tu. Tak ada feadah, minta tolong hanya pd Allah bukan yg lain. Nanti ali juga yg dipersalahkan. ok

    Sekian
    tok zamany

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum tok,

    nasihat tok pada saudara ali tu juga amat berguna buat saya. terima kasih

    ->asyraf

    ReplyDelete
  27. salam,

    saya pernah bawa seorang ustaz untuk tolong seorang wanita membuang saka & saya berpeluang melihat proses saka itu dibuang, ternyata azab. tapi bergantung juga kepada tahap 'kedegilan' saka itu.

    saudara ali, kuatkan hati dan iman. jangan sesekali berasa selesa berdampingan dengan makhluk yang kita tidak tahu niat dan tujuan asalnya. sila cari 'jalan keluar' dengan bantuan orang yang bijak dalam hal ini dan yang paling penting dari kalangan yang mengamalkan ilmu putih (orang yang berpegang teguh kepada Islam), jangan buang saka dengan bantuan pengamal ilmu hitam, buruk akibatnya.

    dan jangan sesekali berasa takut jika terlihat jin atau syaitan mahupun hantu, kerana makhluk itu sangat bangga dan suka kalau mereka tahu anak Adam itu lebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.

    tok, berkenaan pahala manusia yang dibolot jin tu, saya tak berapa setuju la... saya pernah berbual dengan seorang mufti. kata mufti tu, tak ada istilah menanggung dosa orang lain atau mengambil pahala orang lain. jika kita bersolat kerana Allah dan takut kepada Allah, maka pahala itu milik kita. jika kita buat dosa, maka dosa itu jadi tanggungan kita. kita bertanggungjawab atas semua perbuatan kita.

    kata mufti tu lagi, keselesaan di alam kubur akan dinikmati ibu bapa jika ada anak mendoakan kesejahteraan mereka sementara menunggu hari kiamat. di sini, MUNGKIN ada istilah 'kongsi pahala' tapi bukan 'rampas' atau 'bolot' pahala. itu pun kalau saya tak silap dengar dari mufti la, mungkin saya perlu tanya dia lagi lepas ni...

    sekadar berkongsi pengetahuan dengan saudara sesama Islam...

    ReplyDelete
  28. tapi kalau berkenaan ibu bapa menanggung dosa seorang anak belum akil baligh yang meninggalkan solat, itu persoalan lain... di situ, ada istilah tanggung dosa orang lain (anak), tapi dalam persoalan yang lain.. maaf kalau saya silap..

    antara jin syaitan dan manusia (yang bertaqwa), kedudukan manusia sebagai khalifah adalah lebih tinggi. dan tak wajarlah jika manusia memilih untuk menjadi hamba jin dan syaitan, kerana perbuatan itu akan merendahkan kedudukan kita sendiri yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita sebagai khalifah di bumi.

    secara dasarnya, manusia ditegah untuk berhubung dengan jin dan syaitan. larangan itu juga meliputi menjalinkan hubungan sama ada dengan jin kafir mahupun jin Islam. manusia ditegah sama sekali untuk berhubung dengan jin sama ada yang islam atau yang kafir. biarlah mereka dengan alam mereka, dan kita dengan alam kita.

    sekadar berkongsi pendapat....

    ReplyDelete
  29. Salam cucunada the associate...

    Memang benar pendapat cucu jika diantara manusia dengan manusia biasa, memang kita tidak akan menanggung dosa orang lain. Apa yg atok katakan ini bukan "menanggung" dosa. Tetapi "bayaran" yg dikenakan oleh Jin atas hidmatnya (ia beranggapan kita berhutang dengan dia). Dihadapan Allah esok, hutang ini akan makhluk ini tuntut, sebab dah guna hidmat dia semasa didunia dulu. Dari bab berhutang, walau dengan siapa juga kena jelas. Kalau tak sempat jelas didunia, diakhirat esok kena bayar. Bayar dengan apa pada waktu itu ?... dgn amalan kita lah. Pahla amalan akan ditolak mengikut timbangan hutang kita. Begitulah dia merampas pahla anda. Mereka ni sungguh cerdek dan licik tipu muslihatnya. Inilah penipuan yg susah dikesan, sebab tak nampak dan tak akan dirasai waktu sekarang ini, dikemudian hari nanti !

    Pernah dengar tentang manusia yang muflis diakhirat esok ? manusia yg banyak berhutang semasa didunia dan tidak dapat dibayar sewaktu hidupnya dahulu. Selalu dlm ceramah agama sebut pasal ni, atau cucu boleh tanya mufti tu blm bab ini. Itulah sebabnya jangan bagi muka pd makhluk JIN ni. Jangan kompromais dlm bab akidah dan amal pd Allah swt.

    Makhluk Jin ini ghaib, dia boleh nampak dosa dan pahla manusia yg dibawa keluar naik kelangit oleh para Malikat2. Dia juga tahu jika dia beramal bagai nak rak sekali pun tak dapat menyemai pahla2 yg di buat oleh manusia. Jadi jalan pintas ialah jadi Khadam manusia dan tuntut diakhirat kelak. Naga faham tak skg...

    Hati2, banyak lagi tipu muslihat Jin ini. Betul, yg terbaik jauhkan diri dari mereka. Jika dah ada pd kita, baik dengan upucara ataupun tidak, atau tiba2 saja dah ada. Kita buang sampai berseh betul... jadi manusia biasa tampa ini semua.

    sekian
    zamany

    ReplyDelete
  30. Salam Atuk Zamany. Semoga Sihat Sejahtera!

    Atuk, boleh tak jenguk kat pondok MF sekejap. Dia org tu mintak pendapat macamana nak menghadapi ancaman THH - yg sebenarnya syaitan la tu.
    Kesedaran dah ada, keinginan utk berubah dah ada, cuma sekarang ni apa nak buat, nak mula dari mana, macamana nak buat dan sbgnya. Apa peranan kita sbg individu/ketua keluarga/ketua pejabat dll dlm nak menghadapi fitnah dajjal tu sendiri.
    Nasihat2 dan pesanan2 dari Atuk amat diperlukan. Terima Kasih Atuk! Wallahualam.
    - Naga -

    ReplyDelete
  31. Salam saudara zamany, dah ramai dapat cucu, alhandulillah semoga ditingkatkan lagi keberkatan oleh Allah swt. Amin.

    Banyak perbincangan yang baik dan bermenfaat, saya tumpang baca.. seronok juga kerana lama tak dengar kisah2 macam ini. Saya ni macam adik kepada saudara, rasanya lah. Walau apa pun saya bersyukur dapat mengenali saudara. Mungkin ada beberapa hal yang tidak dapat diungkap disini... nanti saya email, insyaallah.

    Teruskan perbincangan yang penuh faedah ini.

    Wassalam.

    ABATASA

    ReplyDelete
  32. Adui..
    Tok.. ni cucu nak bertanye..
    iman cucu x kuat nih..ye lah, cucu baca dalam doa Iftitah "hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam", tapi hari2 kene kerja cari duit sebab ragu2, kalau x de duit, x le makan. Ni dah kira syirik ni sbb yakin duit tu lg berkuasa dari Allah swt. Dah puas kikis perasaan tu tp x le, sampaikan terase di hati nak pergi mengembara tanpa duit sesen pun sbb nak betulkan balik akidah tu.. apa nasihat tok?

    ReplyDelete
  33. Salam, saudara zamany......
    saudara kata silat Abjad sampai sanadnya kepada Nabi...melalui mimpi ker atau..mohon saudara jelaskan..

    ReplyDelete
  34. Salam atuk..
    Cucu tumpang tanye.. bolehkah 'Ayatul Ruqyah' buang jin dalam badan? seperti saka. Apa kelebihan 'Ayatul Ruqyah'? Siapa yang menyusun ayat ini, asal usul hingga ia di beri nama 'Ayatul Ruqyah'?

    ReplyDelete
  35. renyok said...

    Salam Atuk Zam..
    Cucu pun nak tumpang tanya dan berkongsi....

    Pertamanya, jika tanpa menggunakan peralatan dan upacara ayang munkin diamalkan oleh orang dulu2, boleh kah saka dibuang dengan kaedah lain, apakah kaedah tu berkesan
    Seperti yang mengunakan ruqyah, buang secara makrifat(scan & buang), kaedah bomoh dengan peralatan dan upacara tertentu juga menggunakan AQ, dsb...
    Kedua bolehkah saka dibuang dari jarak jauh
    dan kemana ianya dibuang,...

    Setakat ini dulu, ketemu atuk lagi dilain masa
    wassalam/renyok

    ReplyDelete
  36. patutlah org dulu2 berani ek tok... teringat arwah abah sergah "hantu" kat pokok pisang masa tinggal kat kaurters JKR... dia dukung saya malam2 tika balik dari partime jual sate di Paloh... tak sangka ada yg ikut dari belakang!

    paling pelik jumpa makhluk kerdil rambut seperti org asli dan duduk bertingkat 3 org. (org no 2 atas no 1 dan orgno 3 atas org no 2...) apa ek tu Atuk? sampai sekarang saya tak tahu.. saya nampak dengan akak ketika makhluk tu berada ditepi reban ayam... tanya Arwah abah dia gelakkan saya... dan betul ker jika jin lahir bunyi seperti letup kecil dan ada bunyi seperti anak ayam? sebab masa kecil malam2 selalu dengar perkara itu...

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  37. Salam semua, aduhai dah banyak sangat yg tanya ni. atok baru tinggal 1 hari dah begini. Darinmana atok nak mula ni. oh ya dari abatasa,

    Berkat sunguh doa saudara ya, sampai kwn hilang punca kejap... cucu ramai yg dok soal atok ni. Kwn ke Muar kejap, balik tengok sahabat sakit. Apa yang rahsia tu....

    Kpd sayuranhijau...

    Cucu mengalami masaalah ni, tak apa atok cuba jawab. Doa iftitah tu dibaca supaya kita dapat meyakinkan diri kita supaya ikhlas dan redha. Solat tampa ikhlas dan radha tidak dikira ibadah. Ucapan doa ini jika dapat dibuat diluar solat memang terbaik. Tapi masaalahnya cucu tak faham betul2 maksud "penyerahan bulat" dlm doa ini. itu yang tak nampak apa yg tersirat. Katakan begini, Allah lah yang suruh cucu kerja, Allah lah yang bagi rezeki (gaji) cucu, Allah yg buka hati majikan utk ambik cucu bekerja, Allah lah yang bagi fikiran utk cucu buat kerja, Allah yg suruh majikan bagi cucu gaji sebab kerja,dll... Apabila semua nampak Allah saja macam mana ? cucu dimana ? kederat utk kerja pun bukan cucu punya. Kalau berhenti kerja langgar perintah Allah. Cucu nak berhenti sebab nak cari Allah ke ? kan Allah ada disebelah cucu ? kenapa dicari ? kalau benda dicari, semestinya benda yg hilang. Tapi kata Allah itu Ujud ? Jadi jangan berhenti, sambil kerja tu cari jalan menuju ke Allah, sampai nampak semua ujud Allah,sebab Dia Mahapencipta, Faham tak ni....

    Kpd anony 8.29...

    ABJAD sebenarnya memiliki salasilah bertulis dari genatasi ke genarasi hingga kepada Rasullah saw. Ia sebenarnya mempunyai salasilah Keilmuan dan juga darah keluarga dari jurai Saidina Ali kwh sehingga kehari ini.

    Kpd cucu 1.38

    Ayatul Raqyah, minta maaf cu. atok tak tahu pasal ayat ini. Mungkin ada nama lain yg cucu tahu ? Tapi tok guru atok tak guna ayat begitu utk buang saka. Yang baca ayat, org yang nak buang saka. Dia tengok je....sampai masa baru dia pergi dekat kita. dan tarek, kunci dan buang. Tutup.

    Kpd anony 3.26

    Ttg keadah yg lain dari yg atok selalu cakap tu tak tahulah pulak. Keadah buang saka amat rumit sebenarnya. Untuk membuat jin tu hadir, kena sedia peralatan dan cara dulu yg nenek moyang buat. Jika tidak... dia tak datang. Bila dia tak datang, macam mana nak suruh dia keluar ? pakai tenaga batin inilah yang dilarang sekali dlm proses buang saka, dia lagi batin dari kamu, macam mana dia nak ikut cakap kamu. Makrifatullah hanya untuk diri cucu dan Allah saja. Ia bukan bertujuan dan berkehendak. Guru yg buang saka mestilah Khasysf dari pemberian dan izin Allah sendiri. Ia spt koramah atau bawah sedikit dipanggil Mawanah (pertolongan Allah). Ia tidak sama dgn "rasa", Ilmu batin dll. Ia nampak betul Jin itu dan suruh dia keluar. Pesan ini bukan semua orang boleh buat. Buang saka kalau tak kena gaya boleh gila. Jadi hati2...

    Kpd cucuanda abuhakeem...

    Tu kira hantu tingkat la tu... sebab betingkat-tingkat. Gurau ya... Jin boleh menyerupai macam2. Sampai tak tahu lagi namanya. Tapi ia memang ujud pd yg nampak. Selalunya yg begitu agak atok tu hantu ponjut Ia kecil sebab tengok cucu bertengek, jadi dia pun ikut. Jin bertelur bukan beranak, Bunyi anak ayam tu dia tiru bunyi ayam sebab reban itu juga rumah dia. Bila telurnya menetas memang bunyi seperti letupan kecil, macam mercun pop tu (mercun campak kelantai ia meletup). Jin perangainya suka ikut tingkah laku manusia atau binatang. Ia suka perhati kan manusia dan binatang. Tpt cucu tinggal tu banyak Jin....

    Sekian semua
    zamany

    ReplyDelete
  38. Cucu faham, sampai pernah terfikir..
    "Apa yang aku buat ni sebab Allah swt dah tentukan".. tapi bila terfikir tentang orang yang buat dosa.. terfikir pulak kenapa Allah swt tentukan diorang buat dosa? Kenapa nak tentukan hamba dia buat dosa supaya dicampak dalam neraka?

    Sural Al-ANkabut ayat 40 yang bermaksud "Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri"
    Saya betul2 buntu dengan ni..

    Kan segala yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz, maknanya manusia ni cuba bergerak macam CD filem yang diputar, mengikut apa yang tercatit di Loh Mahfuz, manusia ingat mereka bebas tapi sebenarnya tidak.

    kalau dah macam ni, maknanya kena solat sampai capai tahap "Dari Allah kepada Allah kerana Allah"? terus terang saya cakap.. menaip di sini cukup mudah.. nak mempraktikkan supaya iman tu mantap amat sukar.. akal sering memberi alasan dan berbantah, hati mencurigai, syaitan membisikkan, tubuh dengan kemalasan, dunia dengan tarikan.. aduh.. tolong cucu tok.. berat rasanya ni..

    Apa yang cucu fikir ni, orang biasa tak dapat terima, ada yang kata cucu gila. Bila bertanya Ustaz, mereka kata cucu dah mempersoalkan Allah dan akidah dah goyang dan suruh cucu taubat balik. Masalahnya, kerana ingin mencari Allah la cucu berfikir sampai macam ni..

    ReplyDelete
  39. Salam cucuanda sayuranhijau...

    Sebenarnya apa yg cucu fikir ini bukan cara berfikiran orang biasa dan bab juga yang cucu fikir itu juga adalah tahap batasan terakhir yang mampu akal dan fikiran cucu sampai. Akal dan fikiran manusia tidak lagi mampu pergi lebih jauh dari apa yang cucu cakapkan itu. Ini bermakna cucu cuba juga untuk masuk kewilayah "Kekuasaan" Nya yang akal tidak diberi input untuk ini. Tetapi tidak pada kalbu, sekarang cucu kena masuk bukan guna akal dan fikiran lagi, tetapi dengan pandangan Basrah, pandangan Dalam Kalbu yang boleh terbang lebih jauh dari akal. tapi untuk terbang kena ada lesen, kena ada instrutor dan kena ada kapal terbangnya. Cucu ingat senang nak terbang tampa 3 pekara ini. Tidak.. tidak...tidak.. macam mana hebatlah cucu, cucu mesti ada 3 pekara ini, kalau tak cucu sendiri yg akan tanggung akibatnya nanti ???

    Maka untuk terbang kena ada Instruktur disekolah penerbangan yang telah diiktiraf. Pengiktiraf ini tersangat penting kerana hanya sekolah yg punya kelayakan saja yg dibenarkan mengajar. Banyak juga sekolah dibuka secara haram atau sekolah yg main sub-sub konterk kepada sek yg berlesen tadi. Ha.. pemilihan sek itu sangat penting. Kemudian Instrukturnya juga mistilah Qualified atau dipanggil Qualified Flaying Instructor (QFI) yg telah berpengalaman selama 25 tahun dibidang ini (paling mimima) Dan terakhir ialah Kapal terbangnya itu sendiri mestilah yg baik keadaannya, diservis sentiasa. Jangan yg rosak, nanti terjunam macam mana ? ni faham tak ni.... eh..tak faham ???

    Kalau dlm bahasa yg biasa, kena ada Guru Rohani, Pengajian Guru tu mesti diiktiraf menyampai ketangan Rasullah saw. Kalau tak menyampai... dikira sesat. Allah tak layan. Hanya yg ikut Rasullah saja yg Allah Layan. Kalau nak pergi sendiri, ditengah jalan banyak Iblis dok tunggu. Begitu juga dengan guru yg tiada tauliah dari Nabi. Pun sama....terjun. Kena sabar dan pelahan2 dari tahap satu sampai yg akhir. Kena mahir betul, baru akan di"lepaskan" sendirian. Selagi tak mahir, guru sentiasa pantau. Kalau ada setan iblis nak kacau, guru akan pukul dia. Cucu tak usah gaduh bab itu. Kerja cucu hanya berlatih dan terus berlatih sampai pandai, sampai mahir, sampai reti....

    Ok...dah faham skg, ha...pandai pun !!! jadi cucu disarankan cari Guru. Bukan cari Ustaz ajar mari mengaji tu. Atau ustaz yg dok cakap dalam TV9 dlm program "Tanyalah Ustaz" tu. Nanti cucu pulak yg kena marah dengan dia. Bukan guru guruan. Cari Guru yg boleh duduk sebelah cucu waktu cucu nak mulakan pernerbangan sampai cucu landing semula. Tiap-tiap hari dan masa ia akan disitu, tak berganjak sampai cucu mahir esok. Barulah cucu kena buat penerbangan solo pertama cucu. Sampai disini saja atok boleh cakap... selebihnya tanya dengan guru tu. Ok

    sekian
    Tok wan zamany

    ReplyDelete
  40. Salam saudara,

    Saya cuba hantar email tapi nampaknya gagal. Ada beberapa hal penting untuk dibincangkan. Ia berhubungkait dengan "org tua", "perjalanan" dan "saksi" seperti yang disebut sebelum ini. Ada beberapa perkara yang tak sesuai dibincang secara terbuka. Maaf. Tak apa, kalau ada masa tlg hantar mail kosong ke mzr.ads@gmail.com

    terimakasih

    ReplyDelete
  41. renyok said lagi...

    Salam Tok Wan
    Terima Kaseh untuk pencerahan...
    rasanya disini tempat yang sesuai untuk bertanya merujuk tajuk Melayu Berjin...
    Kesahnya lebih kurang beginalah tok, setakat yang cucu tahu...
    Moyang dulu seorang mudim dan pawang raja, sekepulangan nya dari ber'mudim' biasanya di berikan pulut kuning berserta ayam dan beberapa hadiah lain, jadi dibawa balik dan diberikan makan anak2...
    dirumah moyang ade bilik yang tiada siapa pernah masuk masa hayat nya dan semua barangnya dah hilang dan tak terjaga, dikatakan ada sebilah kerias yang disimpan di tiang seri rumah.. ada pada toksu sekarang,
    Masalahnya sekarang ibu cucu sakit dan lumpuh kerana dikata ade saka...
    sebelum nie selalu berubat tapi belum berhasil...
    Pernah sediakan barang seperti pulut kuning ayam dan beberapa lagi sekadar yang tahu, tapi tak ade kesan...
    pernah cucu jumpa orang yang khasyaf, beliau dah scan dan buang, tapi masih tak ade kesan, ade yang kata masih ‘ade’lagi...
    cucupun masih mencari ikhtiar lagi, harap tok wan boleh bagi nasihat dan sedikit penjelasan...

    Seperkara lagi, adekah semua guru tareqat boleh sampai jalan hakikat dan makrifat, macam mana nak mengenal dan berguru dengan guru hakikat dan makrifat nie...
    boleh tok sampaikan nama saya pada Tok janggut tu, cucu pun nak berguru dengannya(cucu di Lumut),
    biarlah orang nak kata apa yang cucu tanya nie macam budak2 asalkan tok wan sudi memberi pencerahan..

    Wassalam/renyok

    ReplyDelete
  42. Salam tuan taan,

    komen tuan2 kwn jawab di ruangan dimukasurat 3...

    sila lihat...

    zamany

    ReplyDelete
  43. salam atuk zamany...

    maaf la nak bertanya jer... ini berkenaan isteri saya...
    1. dia boleh nampak makhlus halus ni... dalam masa2 tertentu la... bukan selalu...
    2. sebelum bersalin anak sulung, dia selalu didatangi oleh makhlus halus... semasa didatangi isteri saya akan pengsan dan akan meracau seolah2 nyawa dia akan dicabut.. bila dia sedar dia akan terbau bau limau yg amat kuat dan memberi tahu ada 'orang' berjubah dan berserban hijau mengajak dia untuk ikut bersama meraka... kejadian berlaku dalam 4 bulan sekali..
    3. ketika melahirkan anak sulung kami... isteri mendakwa nampak 'orang' itu dan mengambil 'kembar' anak kami... selepas 5 hari bersalin isteri saya mengeluarkan uri yang kedua ketika dia mandi... dan dia selalu bermimpi berjumpa dengan anak yang dibawa 'orang' itu tadi...
    4. isteri pernah macam meroyan... tapi bila saya bacakan ayat kursi beliau seperti di sampuk dan bila sedar dia tak ingat apa yg berlaku...
    minta rujuk pada atuk dulu apa masalah isteri saya ini... terima kasih...

    ReplyDelete
  44. Salam--- kemana pergi komen aku? -kuzy- bugis darah sejagat keturunanku. Pantang melayu menyerah kalah!!! Pening betul kepala aku


    Pantang melayu menyerah kalah!
    Pantang melayu mayat dilangkah!

    Mari kita berperang!

    -SONGKOK TINGGI HITAM MELAYU-

    LUQMAN YANG BIJAKSANA IBNU YANG TERPUJI.

    ReplyDelete
  45. salam

    Al Istakwaza - hilang akal, lupa, pangsan, lemah semangat dalam surah al Mujahadah ayat 19.

    ingin bertanya sedikit tentang surah al quran al mujahadah...tok salah taip/saya x jumpa/atau nama lain surah?..saya x jumpa surah al Mujahadah dalam al quran..yang saya jumpa hanya surah al mujadilah...sekian..

    ReplyDelete