Sunday, July 16, 2017

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 35

Post 51

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM 

FASAL C - FITNAH AKHIR ZAMAN & TANDA KIAMAT.
                                   (BAHAGIAN TERAKHIR KITAB INI)


BAB 215: KELUARNYA YA’JUD DAN MA’JUD ATAU YA’JUJ DAN MA’JUJ.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Ya’jud dan Ma’jud selalu membuat lubang setiap hari (pada dinding tembok yang dibina oleh Nabi Zurqarnain) hingga mereka dapat melihat cahaya Matahari, maka ada diantara mereka yang berbohong kepada yang lain dikalangan mereka dengan berkata. ‘Pulanglah, kita akan mengali lubang ini lagi esok’. Kemudian Allah membetulkan semula lubang-lubang itu seperti semula malah lebih kukuh lagi. Pekara ini berlaku berulang-ulang (saban hari) hinggalah sampai waktu yang dijanjikan dan Allah dimana makhluk ini akan dihantar kepada manusia, maka mereka (Ya’juj dan Ma’juj) mengorek dinding. Sehingga mereka hampir melihat cahaya matahari, maka ada diantara mereka berkata, ‘Pulanglah, kita kembali saja esok untuk menggalinya’”.

“Esoknya apabila mereka kembali dan dinding tembok itu seperti keadaan sewaktu mereka meninggalkannya (sama seperti keadaan asalnya dahulu). Lalu mereka mengorek lubang lagi dan berhasil keluar ditengah-tengah manusia. Mereka menghisap air dan manusia berlindung kedalam benteng-benteng mereka kerana takut. Ya’juj dan Ma’juj ini melepaskan anak-anak panah kelangit dan anak-anak panah itu kembali semula kepada mereka dengan berlumuran darah. Maka mereka mengatakan ‘Kami telah mengalahkan penduduk bumi dan menakluki penduduk langit’. Kemudian Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, (membuat) sesungguhnya binatang-binatang melata dibumi menjadi gemok dan benar-benar kenyang kerana memakan limpahan daging mereka (Ya’juj dan Ma’juj yang telah mati)”.

Ka’ab al Ahbar mengatakan, “Sesungguhnya, Ya’jud dan Ma’jud dengan paruhnya berusaha untuk membolosi dinding tembok yang mengurungnya. Ketika telah berhasil keluar, mereka berkata, ‘Sebaiknya kita teruskan esok’. Kejadian ini berulang-ulang kali sebanyak tiga kali. Apabila mereka benar-benar berhasil, yang paling hadapan diantara mereka akan terjun kedalam laut dan meminum airnya. Kemudian yang dipertangahan menyusul dan menjilat tanah yang berada didasar laut hingga kering. Kemudian yang terakhir dikalangan mereka menyusul seraya berkata, ‘Sepertinya dahulu terdapat air disini’”.

“Selepas itu mereka membidik anak-anak panah keatas langit seraya berkata, ‘Kita telah berjaya menewaskan penduduk bumi dan juga penduduk langit’. Pada saat itulah Allah menurunkan serangga kecil yang menyerang tengkuk-tengkuk mereka (yang bertelur ditengkuk-tengkuk itu dan kemudian menetas manjadi ulat-ulat yang menyerang mereka) hingga mati. Bau busuk bangkai mereka menyusul disegenap penjuru bumi. Setelah itu Allah menghantar burung-burung (pembangkai) yang memindahkan bangkai itu kedalam laut. Kemudian Allah turunkan hujan selama empat puluh hari, sehingga bumi menjadi sangat subur, hinggakan sebutir epal boleh memberi kenyang seanggota keluarga besar.  Kemudian mereka mendengar suara teriakkan (tiupan Sangkkala)”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Sa’id al Khudri bahawa Rasulullah bersabda, “Akan dibuka (tembok) Kepada Ya’jud dan Ma’jud lalu mereka keluar sebagaimana firman Allah didalam surah al Ambiyaa ayat 96, ‘Dan mereka turun dengan lajunya dari tempat-tempat yang tinggi’. Lalu mereka memenuhi permukaan bumi dan orang-orang Mukmin menjauhi mereka. Saki-baki tetap tinggal dikota-kota dan benteng-benteng mereka. Mereka mengupulkan ternakkan mereka’”.

Ketika mereka melalui sebatang sungai, mereka meminum airnya sehingga kering kontang. Kemudian barisan yang terakhir diantara mereka yang sampai disungai itu berkata, “Sesungguhnya tempat ini dahulunya ada air”. Setelah menimbulkan kerosakan teruk diatas muka bumi ini, ada yang berkata sesama mereka, ‘Bahawa kita telah menghapuskan penduduk bumi, mari kita perangi pula penduduk langit’.  Lalu salah seorang dari mereka melontarkan tombaknya kelangit. Tidak berapa lama tombak itu jatuh semula kepada mereka dengan kesan darah. Mereka berkata, ‘Nah.. kita telah berhasil membunuh penduduk langit’.

Ketika mereka didalam keadaan itu (menyangka mereka sudah menang), lalu  Allah turunkan serangga seperti belalang (belalang juta yang hinggap ditengkuk-tengkuk mereka dan bertelur kemudian menetas menjadi ulat-ulat) yang menyerang leher-leher mereka hingga mereka mati bertimpa-timpa. Kemudian umat Muslimin yang tidak mendengar suara (apabila keadaan menjadi senyap sunyi) mereka berkata, ‘Siapa yang berani mengorbankan nyawa untuk melihat keadaan mereka?’. Seorang lelaki yang mantap rela mengorbankan nyawanya untuk keluar melihat keadaan Ya’juj dan Ma’juj. Ternyata ia dapati Ya’juj dan Ma’juj telah habis mati semuanya lalu ia berkata, ‘Bergembiralah kamu semua, kerana musuh kamu telah habis binasa!’. Kamu Muslimin menghampiri lelaki berani itu dan melepaskan ternakkan mereka untuk memakan tumbuh-tumbuhan. Seolah-olah mereka tidak pernah memakan tumbuh-tumbuhan langsung”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Bakar bin Abu Syaibah dan lafaznya oleh Ibnu Majah, dari Abdullah bin Mas’ud bahawa ia berkata, “Pada malam Rasulullah menjalani Isra’ Mi’raj, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as. Mula-mula baginda bertanyakan berkenaan kiamat kepada Nabi Ibrahim as, tetapi dia tidak mengatahuinya. Lalu ditanyakan kepada Nabi Musa as, dan Nabi Musa as juga tidak mengatahui berkenaannya sama sekali. Kemudian ditanyakan kepada Nabi Isa as dan ia berkata, “Aku telah diberitahu berkenaannya yang akan berlaku secara tiba-tiba kerana pengatahuan sebenar berkenaan kiamat hanyalah didalam genggaman Allah semata-mata”.

“Apabila ditanyakan berkenaan Dajjal, ia berkata, ‘Ketika aku diturunkan Allah kelak kebumi, aku akan bertemu dengannya dan membunuhnya.  Setelah itu manusia semua kembali semula kenegeri mereka dan mereka disambut pula dengan kedatangan Ya’juj dan Ma’juj. Dan mereka turun dengan cepat dari tempat-tempat yang tinggi. Setiap kali melalui kawasan berair, mereka akan meminumnya sehingga kering dan setiap kali melepasi apa saja mereka merosakkannya. Maka manusia berteriak memohon pertolongan Allah maka aku pun berdoa memohon pertolongan Allah untuk manghapuskan Ya’juj dan Ma’juj”

“Setelah Ya’juj dan Ma’juj mati, bumi menjadi busuk akibat bangkai mereka. Manusia sekali lagi berteriak memohon pertolongan Allah. Maka aku berdoa memohon pertolongan Allah agar diturunkan hujan disertakan angin kencang yang membawa dan menghumban semua bangkainya kedalam laut. Seterusnya gunung-ganang dihancurkan (gempabumi dan tanah runtuh menimbus bangkai itu) dan bumi menjadi seperti kulit yang disamak (berseh). Kemudian aku diberitahu bahawa apabila pekara ini berlaku, maka saat itulah kiamat akan terjadi kepada manusia semua. Pekara ini seumpama kejadian seorang wanita yang hamil dan tidak diketahui oleh keluarganya bila waktunya dia akan melahirkan anaknya”. Ditambah oleh Abu Syaibah, “… sama ada siang atau malam”.

Kata-kata Abu Awwab itu bertepatan dengan firman Allah didalam surah al Ambiyaa ayat 96, mafhumnya: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari tempat-tempat tinggi”.

Setiap kali melewati kawasan berair, mereka pasti akan meminumnya hingga kering dan setiap kali menjumpai apa saja mereka akan merosakkannya. Ditambah oleh Ibnu Abu Syaibah, pada ayat seterusnya ayat 97 mafhumnya: “Dan telah dekatlah kedatangnya janji yang benar (hari kebangkitan)”.

Diriwayatkan oleh Amr bin Ash bahawa ia berkata, “Sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj adalah makhluk yang keluar dari Jahanam. Mereka  tidak  ada Sahabat. Mereka ada tiga jenis. Tingginya ada yang sejengkal, ada yang dua jengkal. Sepertiga dari mereka mempunyai tinggi dan lebar yang sama, Mereka adalah keturunan Yafast bin Nuh”.

Diriwayatkan oleh Athiyah bin Hassan bahawa ia berkata, “Ya’jud dan Ma’jud itu terdiri dari dua umat. Setiap umat sebanyak empat ratus ribu dan masing-masing diantara mereka tidak ada yang mirip”. Diriwayatkan oleh al Auza’i bahawa ia berkata, “Bumi itu mengandungi tujuh bahagian. Enam bahagian diantaranya dihuni oleh Ya’juj dan Ma’juj dan yang satu bahaian lagi dihuni oleh makhluk lain”.

Diriwayatkan dari Qatadah bahawa ia berkata, “Jarak bumi yang dihuni oleh seluruh makhluk selain Ya’juj dan Ma’juj ialah sejauh dua puluh empat farsakh (persent). Dua belas ribu farsakh untuk bangsa India dan bangsa Sand, lapan ribu farsakh untuk bangsa Cina, tiga ribu farsakh untuk bangsa Romawi dab dua ribu farskh bakinya untuk bangsa Arab”.

Diriwayatkan oleh Ali bin Ma’bad, dari Asy’ats, dari Syu’bah, dari Arthat ibnu Mundzir bahawa ia berkata, “Ketika Ya’juj dan Ma’juj keluar, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa as, ‘Sesungguhnya Aku akan mengeluarkan beberapa diantara makhluk Ku yang tidak mampu dihadapi oleh sesiapa pun kecuali Aku. Oleh kerana itu pergilah kamu kegunung Thur bersama-sama temanmu yang akan membawa duabelas ribu anak cucunya’. Ya’juj dan Ma’juj itu adalah makhluk Jahanam. Mereka terdiri dari tiga jenis, sepertiganya (berupa) setinggi nasi, sepertiga lagi yang paling bahaya berbentuk persegi empat yang panjang dan lebarnya sama dan sepertiga lagi yang salah satu telinganya dibentangkan semantara yang satu lagi dilipat. Mereka semua keturunan Yafats bin Nuh”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Adi bahawa Nabi saw bersabda, “Ya’juj adalah satu umat yang memiliki empat ratus pemimpin. Demikian juga dengan Ma’juj. Salah seorang dari mereka baru meninggal dunia setelah melihat seribu penunggang kuda yang terdiri dari anak-anaknya, Sebahagian mereka kecilnya ada yang seperti sebutir nasi, sebahagiannya lagi setinggi seratus duapuluh hasta dan sebahagiannya lagi sebelah telinganya dibentangkan dan yang sebelah lagi dilipat. Setiap kali mendapat seekor gajah atau babi pasti mereka makan. Mereka juga memakan bangkai temannya yang telah mati. Kaki mereka di Syria dan betis mereka di Kharasan. Mereka meminum air sungai-sungai ditimur dan sebuah tasik di Thabariyah (Palestein). Tetapi Allah melarang mereka memasuki Mekah dan Madinah dan Baitul Maqadis”.

Sesungguhnya mereka suka memakan binatang melata seperti ular, kalajengking, serta makhluk Allah yang bernyawa lainnya. Tidak ada makhluk Allah yang begitu cepat mengalami kembangbiak selain mereka hanya dalam setahun. Populasi mereka cukup besar. Mereka saling memanggil seperti burung dara, melolong seperti anjing dan bersetubuh seperti binatang ternak jika bertemu. Bahkan disebutkan juga didalam kitab ‘Al Qashdu Wal Umam Fi Ansab al Arab Wal Ajam’, bahawa ada diantara mereka memiliki tanduk, ekor, taring yang tajam dan menonjol untuk makan daging-daging mangsanya.

Ka’ab al Ahbar seperti yang dipetik oleh al Hafizh Abu Nu’aim berkata, “Allah mencipta Ya’jud dan Ma’jud terdiri dari tiga bangsa. Satu bangsa bertubuh sebesar beras, satu bangsa lagi tinggi dan lebarnya empat hasta dan satu lagi mereka membentang telinga mereka dan yang satu lagi dilipat”.

Dibahagian lainnya Ka’ab al Ahbar seperti yan g dipetik oleh Abdul Malik bin Habib juga mengatakan, “Menceritakan kisah Zulkarnain yang agung, Allah berfirman didalam surah al Kahfi ayat 93, mafhumnya;

“Sehingga apabila ia sampai diantara dua buah gunung (Armenia dan Azarbaijan) didapatinya dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tiada mengerti perkataan”.

Maksudnya ialah jalan dimuka bumi yang tinggi (gunung) dan ketika sampai disebuah tempat yang terdapat gunung- ganang dikanan-kirinya sebaliknya ialah Ya’juj dan Ma’juj, ia mendapati satu makhluk yang langsung tidak faham kata-kata mereka.

“Mereka berkata (orang awam disitu), wahai Zurkarnain! sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu ialah orang-orang yang membuat kerosakan dimuka bumi” (surah al Kahfi ayat 94)

Kata Abdul Malik, “Ya’juj dan Ma’juj adalah dua umat dari anak cucu Yafats bin Nuh yang dikurniakan umur yang sangat panjang dan keturunan yang sangat banyak. Salah seorang dari mereka hanya akan meninggal dunia setelah melahirkan seribu anak. Seluruh anak cucu Adam itu terbahagi kepada sepuluh bahagian, Sembilan bahagian adalah dari Ya’juj dan Ma’juj manakala hanya satu bahagian adalah dari baka cucu Adam yang lainnya”.

Seterusnya Abdul Malik berkata, “Ya’juj dan Ma’juj suka keluar diperkampungan manusia yang terdekat didalam musim menuai tanaman. Seluruh tumbuh-tumbuhan yang masih segar akan mereka makan, manakala yang sudah kering akan mereka bawa pulang. Akibat daripada perbuatan mereka itu, penduduk kampong telah bertemu dengan Zulkarnain untuk meminta pertolongan bagi menyelasaikan masaalah mereka. Mereka berkata,

“…sebab itu, mahukah engkau kami beri upah, supaya engkau perbuat dinding antara kami dengan mereka”. (Al Kahfi ayat 94)
“Berkata Zulkarnain; Apa-apa kekuasaan yang diberikan Tuhan kepadaku lebih baik (dari upah kamu), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan (tenaga kerja dan peralatan), supaya ku perbuat dinding yang kukuh antara kamu dan mereka”. (Al Kahfi ayat 95)

Mereka tidak mamahami kata-kata Zulkarnain dan bertanya, “Apa maksud mu”. Zulkarnain berkata,

“Berikan aku beberapa potong besi, sehingga apabila sama tinggi dengan kedua belah gunung itu maka Zulkarnain berkata: Tiupkan api! Sehingga apabila besi itu telah menjadi api, ia berkata: Berikan aku tembaga, supaya dituangkan kedalam api itu (sehingga besi berpadu dengan tembaga menjadi satu)”. (Al Kahfi ayat 96)

“Sebab itu mereka tidak kuasa menaikinya dan tidak kuasa pula melobanginya” (Al Kahfi ayat 97)

Maksudnya, Ya’juj dan Ma’juj itu tidak boleh mengorek dan tidak juga boleh memanjat dinding tembok yang dibina oleh Zulkarnain yang sangat kukuh itu. Setelah itu ia berkata,

“Berkata Zulkarnain; Ini adalah satu rahmat dari Tuhanku, apabila datang janji Tuhan, dirobohkanNya dinding ini menjadi rata dan adalah janji Tuhanku amat benar”. (Al Kahfi ayat 98)

Ali berkata, “Diantara makhluk Ya’juj dan Ma’juj ada yang tingginya hanya sejengkal. Mereka memiliki kuku tajam dan taring tajam seperti serigala. Perangai mereka seperti burung dara, binatang ternak dan anjing (suka manyalak). Mereka memiliki rambut (bulu) yang dapat melindungi dari serangan suhu panas dan sejuk. Mereka juga memiliki sepasang telinga besar, yang satu berupa bulu untuk mereka gunakan pada musian sejuk dan satunya lagi berupa kulit yang mereka gunakan pada musian panas (untuk mengipas badan)”.

Ibnu Abbas berkata, “Bumi ini terbahagi kepada enam bahagian, lima bahagian dihuni oleh Ya’juj dan Ma’juj dan hanya satu bahagian dihuni oleh makhluk yang lain”. Ka’ab al Ahbar mengatakan, “Satu malam Adam mengalami mimpi basah. Tetapi, air maninya bercampur pasir sehingga ia merasa menyesal, dan dari itulah Ya’juj dan Ma’juj diciptakan”. Riwayat ini perlu dipersoalkan kerana perlu diingati bahawa para Nabi-nabi itu tidak ada yang mengalami mimpi basah, melainkan manusia biasa. Namun menurut adh Dhahhak, “Ya’juj dan Ma’juj itu berbangsa Turki”. Menurut Muqatil, “Ya’juj dan Ma’juj ialah keturunan dari Yafast bin Nuh”. Seperti yang telah diutarakan diatas tadi, Waallauhua’alam.


BAB 216: KELUARNYA BINATANG MELATA (MERAYAP) DAN HADIS BERKENAAN ‘MATA-MATA’ SERTA DAJJAL.

Allah berfirman didalam al Quran ul Karim didalam surah an Naml ayat 82 mafhumnya;

“Apabila telah tiba perkataan (janji) siksa kepada mereka, Kami keluarkan kepada mereka binatang-binatang (yang melata) dari bumi yang mengatakan kepada mereka, bahawa manusia tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Abu Bakr al Bazzar meriwayatkan dari Abdullah bin Yusuf, dari Abdul Majid bin Abdul Aziz, dari Musa bin Ubaidah, dari Shafwan bin Salim, dari Ibnu Abdillah bin Mas’ud, dari ayahnya bahawa ia berkata, “Selaullah kamu mendatangi rumah ini (Baitullah) sebelum ia dimusnahkan dan keujudannya dilupakan orang. Selalulah kamu membaca al Quran sebelum ia diangkat”. Orang ramai bertanya, “Wahai Abu Abdulrahman (Ibnu Mas’ud), jika mushaf-mushaf itu diangkat (hilang kelangit), bagaimana dengan hafalan yang ada dihati-hati penghafalnya?”. Ibnu Mas’ud menjawab, “Mereka akan berkata, ‘Sungguh kami telah mengatakan (tentang kebenaran al Quran), namun orang-orang kembali (berpaling) kepada syair dan ungkapan-ungkapan jahiliah. Ketika itulah, perkataan (ketentuan datangnya masa kehancuran alam ini) telah jatuh keatas mereka’”.

Menurut para Ulama Tafsir, maksud dari perkataan, ‘perkataan telah jatuh keatas mereka’, ialah ancaman telah dipastikan atas mereka lantaran mereka selalu melakukan kemaksiatan, pembantahan, kezaliman, berpaling dari ayat-ayat Allah. Engan merenungi isi kandungannya dan tidak mangikut hukum didalamnya. Tambahan lagi oleh kerana terbiasa dan seronok melakukan kemaksiatan, mereka tidak dapat lagi dinasihatkan walau dengan apa ayat sekalipun untuk menghentikan mereka melakukan kezaliman dan penganyaian.

Setelah keadaan menjadi seperti itu, seterusnya Allah, “Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka”. Binatang melata ini ialah binatang yang boleh berfikir dan berkata-kata. Hanya Allah saja yang Mahamengatahui berkenaan pekara ini. Peristiwa ini benar-benar terjadi agar manusia mengatahui akan kebesaran kekuasaan Allah, kerana pada kebiasaannya makhluk yang melata (merayap diatas bumi) itu tidak boleh berfikir dan berkata-kata.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abdullah bin Buraidah dari ayahnya bahawa ia berkata, “Rasulullah pernah mengajak saya mengunjungi satu tempat di padang pasir berhampiran Mekah. Tempat itu adalah satu tempat yang dipenuhi batu-batu kerikil. Kemudian Rasulullah bersabda, “Binatang melata akan muncul dari tempat ini, tempat seluas satu jengkal lebar dan sejengkal panjang”. Ibnu Buraidah berkata, “Selepas dua tahun kemudian saya melakukan ibadah haji. Kemudian ayakku memperlihatkan tongkatnya kepada ku, yang kemudian tongkat tersebut menjadi milikku hingga saat ini”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Binatang melata akan muncul bersama dengan cincin Sulaiman bin Daud dan tongkat Musa bin Imran. Wajah orang mukmin akan berkilat dengan tongkat itu, sedangkan cincin tersebut akan menyumbat hidung-hidung orang kafir. Seterusnya orang-orang yang khianat akan berkumpul dan berkata, ‘Ini orang mukmin dan ini orang kafir’ (maksudnya tanda-tanda yang membezakan orang-orang mukmin dan orang-orang kafir sangat jelas dimuka-muka mereka).

Abu Daud ath Thayalisi meriwayatkan dalam musnadnya, dari Huzaifah bahawa Rasulullah pernah menerangkan tentang binatang melata (merayap). Baginda bersabda, “Binatang melata akan muncul sebanyak tiga kali. Ia akan muncul dihujung padang pasir, namun kemunculannya tidak disedari hinggalah ia sampai diperkampungan (maksudnya Mekah) lalu ia terdiam (hilang) didalam waktu yang lama. Kemudian ia muncul lagi dan beritanya tersebar dipadang pasir hingga keperkampungan (Mekah). Ketika manusia berada di Masjid yang paling dihormati dan paling mulia disisi Allah iaitu Masjidil Haram, binatang melata itu sentiasa berada dekat mereka sambil mengeluarkan kata-kata diantara Rukun Yamini dan Maqam Ibrahim sambil mengibas-gibas debu yang ada dikepalanya. Manusia bertindak mengusirnya dengan pantas tetapi ada juga diantara orang-orang mukmin yang berdiam diri saja kerana mengatahui bahawa tiada siapa yang dapat mengalahkan perintah Allah”.

“Kemudian binatang melata itu kelihatan dihadapan mereka dan membuatkan wajah-wajah mereka berkelip-kelip laksana bintang. Lalu binatang itu lari kedalam tanah. Sehingga, tidak dapat ditemukan lagi dan tiada yang akan terselamat darinya. Hinggakan jika seseorang itu menyembunyaikan diri dengan solat sekalipun, ia tatap mendatanginya dari arah belakang dan berkata, ‘Wahai sifulan, sekarang kamu solat dan solat kamu diterima’. Lalu binatang itu memberi tanda diwajahnya dan berlalu. Manusia mula berkerjasama dalam mentadbir harta-harta mereka dan mereka terlihat bersabahat dibeberapa kota. Orang mukmin mengenali orang-orang kafir sehingga orang mukmin itu berkata, ‘Wahai kafir, penuhilah hakku ini’. Manakala orang-orang kafir juga mengenali orang-orang mukmin dan berkata, ‘Penuhilah hakku ini’.

Kemudian ada juga yang mengatakan bahawa binatang melata ini memberi tanda pada wajah-wajah manusia dengan  menghembus tiupan angin dimuka mereka, lalu terukir perkataan mukmin atau perkataan kafir diwajah-wajah mereka. Berkata Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini), “Tidaklah jauh perbezaan antara nampaknya tanda dan tiupan angin (seperti penjelasan tadi) kerana kedua-duanya dapat disatukan dan tiada pertentangan”. Diriwayatkan pula oleh Athiyyah al Aufi dari Ibnu Umar bahawa ia berkata, “Binatang melata akan muncul dari rekahan kulit bumi yang ada di Kaabah seperti larinya kuda selama tiga hari (terlalu banyak)”. 
Ibnu Abu Syaibah dan al Mayannisyi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, “Binatang melata akan muncul dari suku Jiyad, dadanya boleh mencapai hingga ke Rukun Yamani (di Kaabah), namun setelah itu ekornya tidak dapat keluar. Ia adalah binatang yang berbulu lebat dan memiliki beberapa kaki”.

Hadis-hadis diatas dan beberapa pendapat dari para Ulama mengenai binatang melata (merayap) menolak beberapa pendapat dari beberapa mufassir yang memberi komen mereka bahawa binatang melata adalah manusia yang boleh berkata-kata dan berbahas dengan orang-orang ahli bidaah dan orang-orang kafir hingga mereka kalah. Hinggakan hancurlah orang-orang yang bidaah dan kafir itu kemudian meninggalkan yang hidup kepada orang-orang yang benar sahaja kerana adanya bukti yang kukuh.

Guru saya (guru kepada Imam al Qurthubi), Abu al Abbas berkata, “Atas fakta itulah, ayat yang menerangkan secara khusus berkenaan binatang melata tidak bertentangan dengan adat kebiasaan, belum lagi sepuluh ayat yang disebuat didalam hadis. Oleh kerana terlalu banyak dijumpai orang-orang yang berbincang dan berdebat dengan ahli bidaah. Menurut pendapat penulis (Imam al Qurthubi), kebathilan pendapat mufassir tersebut cukup jelas kerana fakta yang bertentangan dengan pendapat majority mufassir lainnya”.

Diriwayatkan oleh Thabrani dari Hasyam bin Yusuf al Qadhi, dari Abu Abdulrahman ash Shan’ani, dari Rabah bin Ubaidillah bin Umar, dari Sahl bin Abu Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Seburuk-buruk suku bangsa adalah suku Jiyad”. Para Sahabat bertanya, “Kenapa boleh jadi demikian ya Rasulullah?”. Baginda bersabda, “Binatang melata akan muncul dari kamu ini. Ia akan bersuara kuat sebanyak tiga kali sehingga terdengar oleh makhluk yang berada ditimur dan barat”. Hadis Rabah ini tidak memilliki mutabi (penguat). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Ahmad bin Adi al Jurjani.

Amr Ibnu Ash berkata, “Binatang melata akan muncul di Mekah pada sebuah pohon. Peristiwa ini berlaku pada malam musim haji. Kepalanya boleh menyampai setinggi awan dan setelah keluar, kedua kakinya belum keluar dari dalam tanah”. Ungkapan ini juga disebutkan oleh al Qutbi didalam kitabnya bertajuk ‘Uyun al Akhbar’.

Pendapat mufassir yang paling benar adalah bahawa binatang melata tersebut adalah seperti makhluk besar yang keluar dari rekahan kulit bumi yang ada di Shafa dan tidak boleh dielakkan oleh sesiapa jua pun. Ia akan memberi tanda pada orang mukmin sehingga wajah mereka bersinar dan tertulis diantara kedua mata mereka perkataan mukmin. Ia juga akan memberi tanda pada orang-orang kafir hinggakan wajah mereka berubah menjadi hitam dan tertulis perkataan kafir diantara kedua mata mereka.

Abdullah bin Umar berkata, “Binatang melata akan muncul dari bukit Shafa di Mekah dengan cara membelahnya hingga ia dapat keluar darinya”. Abdullah bin Amr juga berpendapat yang sama, tetapi lebih lanjutnya beliau mengaakan, “Jika kamu mahu, aku akan meletakkan kakiku diatas tempat keluarnya makhluk itu”.

Diriwayatkan oleh Qatadah bahawa binatang melata tersebut akan keluar dari Tihamah. Diriwayatkan pula oleh bahawa binatang melata itu akan keluar dari Masjid Kufah, tempat dimana api yang dinyalakan untuk membakar Nuh. Ada lagi yang mengatakan binatang melata itu akan keluar dari bumi Thaif. Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa binatang melata tersebut berbentuk seperti manusia. Ia berada diawan dan kakinya berada dibumi. Diriwayatkan dari Ibnu Zubair bahawa binatang melata diciptakan berdasarkan semua bentuk binatang yang ada. Kepalanya seperti kerbau, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada harimau, warnanya seperti warna tutul (kura-kura), pinggangnya seperti pinggang kucing, , ekornya seperti ekor kambing kibas, kakinya seperti kaki unta, jarak antara sendi ialah duabelas hasta. Riwayat ini disebut oleh tas Tsa’labi, al Marwardi dan lainnya.

An Nuqqasy menceritakan dari Ibnu Abbas bahawa binatang melata itu ialah ular yang berada dekat dengan tembok Kaabah yang disambar oleh burung helang ketika kaun Quraisy hendak membangunkan semula Kaabah. Diriwayatkan pula bahawa binatang melata itu binatang berbulu halus yang memiliki kaki setinggi enam puluh hasta. Ada yang mengatakan bahawa ia seperti mata-mata sebagaimana yang disebutkan didalah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais. Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim. Abu Daud juga meriwayatkan secara ringkas bahawa Rasulullah bersabda, “Tahukah kamu semua, kenapa aku mengumpulkan kamu?”. Para Sahabat menjawab, “Hanya Allah dan Rasulnya saja yang mengatahui”. Baginda bersabda, “Demi Allah, tidak aku mengumpulkan kamu semua agar kamu merasa suka atau pun takut. Tetapi, aku mengumpul kamu kerana Tamim ad Dari yang sebelumnya seorang Nasrani telah berbaiah dan menyatakan memeluk Islam”.

“Ia menceritakan kepadaku suatu cerita yang sama dengan cerita yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua iaitu mengenai al Masih Dajjal. Ia bercerita bahawa Dajjal dengan bebasnya memiliki sebuah perahu bersama-sama tiga puluh orang yang daging mukanya tebal menderita kusta. Selama sebulan mereka dilambung ombak dilaut. Kemudian mereka menyalamatkan diri disebuah pulau ketika matahari terbenam. Lalu mereka menaiki sekoci (sampan kecil dengan enjin) dan memasuki pulau. Disana mereka bertemu dengan seekor binatang melata yang hampir seluruh badanya berbulu kasar, sehingga tidak diketahui dengan pasti mana kemaluannya dan mana duburnya”.

Atz Tirmidzi meriwayatkan bahawa ada sejumlah rakyat Palestine menaiki perahu. Dengan perahu tersebut, mereka mengharungi lautan hingga terdampar disebuah pulau ditengah lautan. Disana mereka bertemu dengan seekor binatang melata berbulu lebat dan terurai. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, “Ini binatang apa?”. Binatang itu menjawab, “Aku adalah mata-mata”. Mereka bertanya lagi, “Apa itu mata-mata?”. Binatang itu menjawab, “Wahai manusia, pergilah kamu menemui seseorang dibiara, ia sangat merindui berita dari kamu semua”. Seorang dari mereka berkata, ‘Setelah binatang itu memberikan tanda-tanda orang tersebut, kami pun meninggalkannya. Jangan-jangan ia syaitan. Kemudian kami bergegas menuju kebiara yang dimaksudkan. Tiba-tiba kami mendapati susuk tubuh manusia yang sangat besar dengan belengu (pasong) yang sangat kukuh. Kedua-dua tangannya digabungkan kelehernya dan antara lutut hingga kedua hujung kakinya diikat dengan besi’”. Menurut Tirmidzi, orang tersebut dibelengu dengan rantai.

Abu Daud meneruskan riwayat tersebut, “Lalu orang itu (Dajjal) menarik rambutnya yang dirantai dengan belenggu. Ia melepaskan dirinya sejauh antara langit dan bumi. Lalu kami bertanya. ‘Celaka kamu, siapakah kamu ini?’. Ia menjawab, ‘Kamu semua telah ditakdirkan untuk menyampaikan berita kepadaku. Oleh sebab itu kamu mesti memberitahuku siapa kalian semua?’. Mereka menjawab, ‘Kami  adalah orang Arab yang mengharungi lautan dengan sebuah perahu. Tiba-tiba kami dibadai ombak dan selama sebulan kami terombang-ambing ditengah laut hingga kami sampai berlindung dipulau ini. Kami bertemu dengan seekor binatang melata yang hampir seluruh tubuhnya ditumbuhi bulu yang kasar yang membuat kami tidak mengatahui dimana kemaluannya dan dimana duburnya. Ia menyuruh kami menemuimu dibiara ini kerana kamu sangat merindui berita dari kami dan kami pun berpisah dengannya. Kami beranggapan binatang melata itu adalah jelmaan Syaitan”.

“Kemudian orang itu (Dajjal) bertanya, “Beritahu aku berkenaan pohon kurma didaerah Baisan (tempat  di Syam diantara Yordania dan Palestain)”. Kami bertanya, “Berita apa yang engkau ingin tahu?”. Ia menjawab. “Aku ingin bertanya berkenaan pohon kurma tersebut, adakah sudah berbuah?”. Kami menjawab, “Sudah”. Ia berkata, “Sebenarnya, ia hampir saja tidak berbuah”. Kemudian seterusnya dia bertanya lagi, “Beritahu aku berkenaan dengan tasik didearah Thabari?”. Kami bertanya, “Berita apa yang kamu ingin ketahui berkenaan tasik itu?”. Ia menjawab, “Apakah masih ada airnya?”. Kami menjawab, “Airnya masih banyak”. Ia berkata, “Sebenarnya hampir saja airnya sirna (kering)”. Kemudian ia bertanya lagi, “Beritahu aku berkenaan mata air di daerah Zughar (tempatnya di Syam, antara Yordania dan Palestain)?”. Kami menjawab, “Berita apa yang kamu mahu berkenaan mata air itu?”. Ia menjawab, “Apakah masih ada airnya?. Apakah penduduk masih mengambil airnya untuk bercucuk tanam?”. Kami menjawab, “Ya, airnya masih banyak dan para penduduk masih mengambil airnya untuk bercucuk tanam”.

Kenyataan berkenaan Tasek Thabari adalah merupakan sebuah tasek berkeluasan sepuluh batu panjang dan enam batu lebar. Ia merupakan sebuah tasek yang sangat dalam dimana orang boleh mengunakan kapal untuk berlayar padanya dan perahu-perahu nelayan untuk menangkap ikan. Ia merupakan tasek air tawar dan merupakan sumber air penduduk Palestain dahulunya. Sekarang tasek ini dikuasi Rejim Zionis Israil dan menyekat air mengalir ke rakyat Palestain. Inilah juga salah satu kekejaman Rejim Zionis Israil yang telah merampas tanah milik Palestain. Menurut cerita, ia telah mengalami kemerosotan yang mendadak saban tahun kebelakangan ini dan mungkin juga akan membawa kepada kekeringannya berterusan. Ditasek ini jugalah dimana Ya’juj dan Ma’juj akan merebut meminum airnya sehingga kering kontang kelak.

Kemudian ia bertanya, “Beritahu aku berkenaan Nabi yang umi kepada orang-orang umi, apa yang telah dia lakukan?”. Kami menjawab, “Nabi itu telah berhijrah dari Mekah ke Yatarib (Madinah)”. Ia bertanya, “Adakah orang-orang Arab (Quraisy) memeranginya?”. Kami menjawab, ‘Ya’. Ia bertanya, ‘Apakah yang dia perbuat kepada mereka?’. Lalu kami menceritakakan kepadanya bahawa Nabi itu telah menang perang keatas orang-orang Arab itu yang sekarang telah menjadi pengikut-pengikutnya pula. Orang itu (Dajjal) meminta ketegasan berita itu lagi (terkejut), “Apakah memang benar demikian?”. Kami menjawab, “Ya”. Dia kemudian berkata, “Sebenarnya ketaatan mereka kepada Nabi itu adalah hal yang terbaik bagi mereka dan aku ingin memberitahu kepada kamu semua bahawa aku adalah al Masih Dajjal, sebentar lagi aku akan diizinkan untuk keluar. Setelah bebas nanti aku akan berjalan diatas muka bumi. Aku pasti akan menetap disetiap desa yang aku lewati selama empat puluh malam, kecuali Mekah dan Madinah kerana kedua-dua tempat itu adalah terlarang bagiku. Setiap kali aku cuba memasuki kesalah satunya, pasti ada Malaikat yang menghalang dengan pedang terhunus ditangan mereka. Mereka menghalang aku dari memasuki kedua-dua negeri itu. Disamping itu setiap lubang yang berada dikedua tempat itu pasti akan ada Malaikat yang menjaganya’”.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa sambil dia mengmacakkan tongkatnya diatas membar yang berada dinegeri Thaibah (Madinah), Rasulullah saw bersabda, “Bukankah telah aku ceritakan kepada kamu semua berkenaan dengan pekara itu?”. Para Sahabat menjawab, ‘Ya’. Baginda seterusnya bersabda, ‘Sesungguhnya aku terkejut dengan cerita yang dibawa oleh Tamim ad Dari, kerana ia tepat seperti apa yang telah aku ceritakan kepada kamu semua. Iaitu berkenaan Dajjal, Mekah dan Madinah. Ingatlah bahawa Dajjal itu berada dilautan (pulau) Negara Syam atau dilautan Negara Yaman. Bukan saja, malahan ia juga berada di Timur (sambil baginda menunjuk kearah Negara Iran iaitu timur Madinah)”.

Ada pula yang berpendapat bahawa binatang melata yang akan keluar kelak ialah anak dari unta Nabi Shalih as yang ketika ibu unta itu dibunuh, anaknya melarikan diri. Tiba-tiba sebuah batu besar retak dan terbuka untuknya, lalu ia masuk kedalam pecahan gunung itu, Kemudian rekahan batu itu telah tertutup kembali dan anak unta itu tetap  berada didalam batu itu hinggalah waktu yang telah ditetapkan Allah untuk ia keluar kembali.

Ulama yang berpendapat bahawa Dajjal itu bukannya Ibnu Shayyad berpegang pada dalil hadis berkenaan mata-mata seperti yang telah dikemukakan diatas. Namun menurut mejoriti ulama Tafsir, yang benar ialah pendapat yang menyatakan bahawa Dajjai ialah Ibnu Shayyad, juga berdasarkan beberapa hadis yang telah dikemukakan diatas iaitu berkenaan peristiwa dipulau tersebut. Pekara itu juga telah berlaku ketika zaman para Sahabat dimana mereka tidak boleh mendapatkan air (musim kemarau melampau) didalam cuaca yang sangat panas. Oleh itu mereka menyangka bahawa Dajjal telah keluar mengeringkan air.

Disamping itu juga, Abu Daud menjelaskan pekara ini didalam kitabnya berkenaan hadis ‘mata-mata’ (binatang melata) berdasarkan hadis riwayat Abu Salamah bin Abdulrahman bahawa ia berkata, “Jabir bersaksi bahawa Dajjal ialah Ibnu Shayyad”. Abu Salamah bertanya, “Bukankah ia telah meninggal dunia”. Jabir bertanya pula,’Kenapa kalau begitu?’. Abu Salamah berkata, ‘Itu menunjukkan bahawa ia telah masuk islam’. Jabir bertanya semula, ‘Ya.. kenapa kalau begitu?’. Abu Salamah menjawab,’Bererti ia boleh masuk kota Mekah dan Madinah’. Jabir bertanya lagi, ‘Kenapa, kalau begitu?’”.

PENDAPAT ATOK (mencelah):

Jika menurut hadis riwayat Abu Salamah ini, dengan jelas menunjukkan bahawa Dajjal bukannya Abu Shayyad kerana ciri-ciri Dajjal bukanlah seperti itu. Dajjal bukannya Islam, dia adalah kafir. Dia tidak boleh meninggal dunia sebab yang boleh membunuhnya hanylah Nabi Isa as. Jadi hingga sekarang dia masih saja hidup didalam Penjara Nabi Musa as. Iaitu dilautan Qazum (antara lautan Mediterenian atau lautan Pasifik iaitu kawasan lautan yang paling dalam didunia) bersama Haman dan Firaun. Atok masih berpegang dengan cerita para-para guru berkenaan Dajjal seperti yang telah atok kemukakan atikalnya di mukasurat 34 yang lalu. Atok tidak bermaksud membuat percangahan pada hadis-hadis riwayat Sahabat ini, mungkin apa yang dimaksudkan Baginda ialah perangai Ibnu Shayyad yang mirip perangai Dajja, sebagai contoh kata-kata orang tua-tua “jahat macam Dajjal” atau “kamu pedajjal aku ya”.. selain mengaku menjadi nabi. Ibnu Shayyad ialah manusia yang sangat jahat dan buruk akhlak serta suka bercerita ‘pekara-pekara ghaib’ yang dibawa Syaitan melalui lidahnya, tetapi dia tidak mampu membuat sihir peringkat tinggi seperti yang dilakukan oleh as Samiri. Sekali lagi Atok katakana bahawa atok bukannya menafikan  riwayat-riwayat berkenaan tetapi sekadar membuat perbandingan menurut cerita ulama-ulama dan guru-guru yang sealiran yang bersandarkan al Quran. Perbandingan itu ialah berkenaan perangai kedua-dua watak manusia iaitu as Samiri dizaman Nabi Musa as. yang difirmankan Allah didalam al Quran dan juga watak Ibnu Shayyad yang diceritakan menurut hadis-hadis Baginda Rasulullah saw. Jadi menurut atok yang lebih jelas dan tepat adalah watak as Samiri dizaman Nabi Musa as kerana firman Allah itu adalah yang paling benar. Oleh itu terpulang kepada pembaca untuk menilainya, Waallaua’lam.

Saif ibnu Umar menerangkan didalam kitabnya bertajuk ‘Al Futuh wa ar Riddah’ ketika Abu Sabrah singgah dimana dia bersama beberapa orang mengunjungi Terusan Suez (Mesir). Padahal pada waktu itu tempat itu telah dikepong oleh tentera kaum Muslimin pimpinan Syahraban, saudara dari Hurmuzan hingga terjadilah peperangan antara kedua-dua pihak (pihak Musimin dan Kristian yang menguasai tempat itu). Dalam peristiwa itu, rakyat Terusan Suez yang dipimpin oleh Pendita dan Padri Kristain telah menyeru kepada kaum muslimin, “Wahai orang-orang Arab seklian, sesuai dengan keterangan yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama kita terdahulu dan kenyataan orang-orang terdahulu bahawa yamg boleh menakluki Terusan Suez ini hanyalah Dajjal dan orang-orang pimpinannya sahaja. Seandainya ada diantara kamu semua merupakan seorang Dajjal, nescaya kamu akan dapat menaklukinya. Tetapi jika tidak, kamu hanya membazir masa dan tenaga sahaja serta menyusahkan diri kamu untuk mengepong kami disini, maka pulanglah!”. Pada waktu itu Ibnu Shayyad ada bersama dengan an Nu’man berperang bagi pihak tentera muslimin. Lalu ia menghampiri pintu kota itu dalam keadaan marah dan mengetuk dengan menendangnya dan berkata, “Bukakan pintu ini!”. Lalu ia terbang (melompat keudara) dan putuslah rantai yang mengikatnya dan belenggu itu pun pecah, kemudian pintu itu terbuka. Akhirnya kaum Muslimin dapat memasuki kota itu dan menang peperangan itu. Selanjutnya kisah ini boleh dibaca didalam kitab karya Abu Said.


BAB 217: TERBITNYA MATAHARI DARI BARAT

Imam Muslim meriwayatkan Aba Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila tiga pekara ini terjadi, maka iman (dengan Islam) seseorang tidak berguna lagi, baik bagi orang yang belum pernah beriman (dengan Islam) mahu pun yang telah melakukan kebajikan dan keimannan (tidak diterima lagi taubat), iaitu, terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang melata”.

Atz Tirmidzi dan Daruquthni meriwayatkan dari Safwan bin Asaal al Maradi bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya dibarat ada sebuah pintu yang terbuka untuk taubat, jaraknya ialah tujuh puluh tahun. Pintu ini tidak akan tertutup hingga matahari terbit dari sana”. Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan lagi sahih. Sufyan mengatakan, “Allah menciptakan pada hari penciptaan langit dan bumi pintu yang terbuka untuk taubat diarah Syria dan ia tidak ditutup hinggalah matahari terbit dari sana”.

Abu Ishak ats Tas’labi dan para ahli Tafsir lainnya didalam sebuah hadis yang panjang menyebut sebuah riwayat dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, “Matahari akan ditahan dari manusia (tidak terbit) selama satu malam dibawah Arasy apabila kemaksiatan bermaharajalela dimuka bumi, kebaikkan hilang, tidak ada seorang pun yang menyeru kepada kebaikkan dan kemungkaran tersebar luas tanpa ada sesiapa yang ingin mencegahnya. Setiap kali matahari sujud kepada Allah dan meminta izin untuk terbit, ia tidak mendapat jawapan. Bahkan bulan juga turut serta sujud bersama dan bulan juga memohon izin untuk terbit dari arah mana sekalipun. Tatapi, kedua-duanya pun tidak mendapat jawapan. Hinggakan matahari ditahan selama tiga malam dan bulan pula ditahan selama dua malam. Tiada siapa yang tahu berapa lama kah waktu sebenar setiap malam itu di dunia kecuali mereka yang suka beribadah tahajud diwaktu malam, sedangkan jumlah mereka pada waktu itu sangat sedikit”.

“Ketika telah sampai waktu tiga malam, Allah menghantar Malaikat Jibril kepada kedunya, lalu ia berkata, “Sesungguhnya Tuhan yang Mahatinggi lagi Mahaberkuasa memerintahkan kepada kamu berdua untuk terbit dari barat, tampa sinar dan cahaya’. Lalu kedua-duanya pun terbit dari barat dalam keadaan hitam tampa sinar dan cahaya seperti gerhana, sebagaimana firman Allah didalam surah al Qiyamah ayat 9, mafhumnya;

“Dan matahari dan bulan telah dihimpunkan”.

Dan didalam surah at Takwiir ayat 1;

“Apabila matahari digulung”.

“Kedua-duanya pun naik meninggi hingga sampai dipertengahan langit, Malaikat Jibril lalu memegang tanduk keduanya dan mengembalikan keduanya kearah barat. Kedua-duanya tidak terbenam di sebelah timur tetapi balek semula terbenam disebelah barat iaitu dipintu taubat. Bila pintu taubat telah ditutup, taubat sesiapa pun tidak akan diterima dan setiap kebajikan yang diamalkan juga tidak lagi diterima serta tidak bermanafaat kecuali mereka-mereka melakukan semua itu sebelum ini (sebelum pintu taubat itu tertutup). Itulah maksud firman Allah didalam surah al An’aam ayat 158, mafhumnya;

“Tiadalah yang mereka tunggu, melainkan kedatangan Malaikat (maut) atau kedatangan (seksaan) Tuhannya atau kedatangan sebahagian tanda-tanda hari kiamat. Pada hari datang sebahagian tanda-tanda hari kiamat itu, tidaklah berguna keimanan seseorang yang belum beriman (belum masuk Islam) dari dahulu atau belum mengerjakan kebaikkan (islam tetapi tidak melakukan suruhanNya) dalam keimannanya. Katakanlah, kamu tunggulah dan Kami menunggu pula”.
  
“Setelah itu matahari dan bulan kembali mendapatkan sinar dan cahayanya, Kedua-duanya kembali terbit dan terbenam ditempat asal mereka”

Al Mayanisyi menyebut dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda, “Manusia masih hidup setelah terbitnya matahari dari barat selama seratus dua puluh tahun”.


FAKTA 1:

Para Ulama Tafsir mengatakan bahawa iman seseorang tidak memberi manaafat apa-apa waktu terbitnya matahari dari barat. Kerana perasaan teramat takut yang menyelimuti diri mereka hingga membuatkan mereka hilang nafsu untuk makan, minum, shawat dan lain-lain kekuatan menjadi sirna (hilang atau mengigil seluruh tubuh mereka hingga tidak mampu berdiri dan bergerak pun kerana ketakutan). Keadaan manusia dikala itu seolah-olah mereka sedang menghadapi sakaratul maut. Keinginan melakukan maksiat juga telah luput dari minda mereka, kerana keyakinan tertumpu hanya kepada kedatangan hari kiamat saja. Ada juga yang mahu bertaubat dikala itu, tetapi pintu taubat telah tertutup dan Allah tidak lagi menerima taubat manusia disaat itu, sama seperti keadaannya taubat mereka-mereka yang sedang menghadapi sakaratul maut, iaitu ketika nyawa dipenghujung halkum.

Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah masih akan menerima taubat seorang hambaNya sebelum nyawanya sampai ditengkoroknya (halkumnya)”. Iaitu waktu nyawa sudah sampai dihujung halkumnya, waktu dia dapat melihat tempatnya samaada di Syurga atau ke Neraka, maka begitulah juga kedudukan manusia disaat terbitnya matahari dari barat. Kedudukan itu sama kerana pintu taubat telah ditutup dan tiada lagi gunanya keimanan sama seperti yang telah difirmankan Allah berkenaan taubatnya Firaun ketika dihujung nyawanya.

Oleh kerana itu seharusnyalah setiap muslimin dan muslimat sentiasa memperbaharui taubatnya setiap hari disepanjang hidupnya kerana pengenalannya terhadap Allah dan Nabi saw. Serta mengatahui bahawa janjiNya yang pasti, maka ia sudah menjadi seolah-olah kewajipan yang bersifat darurat. Apabila umur dunia semakin tua hingga manusia lupa masaalah besar ini, hingga tiada siapa lagi yang sanggup membicarakannya kecuali sedikit sahaja yang saling mengingati satu sama lain berkenaan bincana besar itu, sedangkan berita ini hanya diketahui oleh orang-orang tertentu saja. Maka pada orang yang masuk Islam diwaktu itu serta bertaubat, taubatnya akan juga diterima.

Ada diantara ulama-ulama Tafsir mengatakan bahawa hikmah dari terbitnya matahari dari barat adalah kerana Nabi Ibrahim as pernah mengatakannya kepada Raja Namrud seperti firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 258 yang mafhumnya:

“Tidaklah engkau ketahui orang yang membantah Ibrahim tentang tuhannya (Namrud anak Kan’an), kerana Allah memberi kerajaan kepada Ibrahim, ketika berkata Ibrahim: Tuhankulah yang menghidup dan mematikan (manusia). Berkata ia (Namrud) Aku dapat pula menghidupkan (orang) dan mematikannya. Berkata Ibrahim: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka cubalah engkau terbitkannya dari barat. Maka jadi hairanlah orang yang kafir itu (Namrud) dan Allah tiada menunjuki kaum aniaya”.

Orang-orang yang mengingkari kebenaran Allah SWT dan para-para ahli bantahan mengatakan bahawa pekara itu mustahil dan tidak mungkin terjadi. Kerana itu Allah menerbitkan matahari dari barat untuk memperlihatkan KekuasaanNya kepada orang-orang yang mengingkari pekara tersebut. Allah boleh menerbitkan matahari itu dari timur ataupun dari barat sesuai kehendakNya. Sebab itu boleh jadi taubat dan keimanan yang ditolak adalah keimanan dan taubatnya orang-orang yang mengingkari hal tersebut dan orang-orang yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah saw. Ada pun orang-orang yang membenarkannya, maka taubatnya akan tetap diterima dan imannya akan memberi manafaat bagi dirinya sebelum kejadian itu.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa ia berkata, “Tidak diterima suatu amalan ataupun taubatnya orang-orang kafir jika ia masuk Islam waktu dia melihat matahari terbit dari barat, kecuali jika ia masih kecil ketika itu, atau bila beberapa waktu kemudian ia masuk Islam, keimanannya akan diterima, atau orang-orang yang beriman tetapi berbuat dosa (lalu bertaubat), taubatnya juga akan diterima”.

Diriwayatkan oleh Imran bin Hushain bahawa yang tidak diterima taubat dan keimanannya adalah pada waktu terjadinya kekecohan (panic) pada hari itu dan manusia banyak yang celaka (nasib malang). Maka sesiapa pun yang m asuk Islam ataupun bertaubat pada saat itu kemudian celaka, maka taubatnya tidak akan diterima. Akan tetapi, orang-orang yang bertaubat sesudah itu (kekecohan) akan diterima. Sebagaimana yang disebutkan oleh al Laits as Samr Qindy didalam kitab tafsirnya.


FAKTA 2:

Ada beberapa perbezaan riwayat tentang tanda-tanda kiamat yang pertama muncul. Ada perawi yang meriwayatkan bahawa terbitnya matahari dari barat adalah tanda pertama, sebagaimana hadis riwayat Muslim. Kemudian ada pula yang meriwayatkan bahawa keluarnya Dajjal adalah tanda pertama. Pendapat kedua inilah yang lebih kuat berdasarkan sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya Dajjal akan keluar kepada kamu semua dan itu adalah pasti”.

Jika matahari terbit dari barat sebelum munculnya Dajjal, maka keimanan orang-orang Yahudi tidak ada gunanya pada saat turunnya  Isa al Masih, dan bila itu yang terjadi, maka Islam tidak menjadi satu-satunya agama yang dianuti ketika itu.

Penjelasan berkenaan pekara ini telah dikemukakan sebelumnya bahawa tanda-tanda pertama kiamat adalah berlakunya gerhana-gerhana (matahari dan bulan). Bila Isa al Masih turun dan kemudian membunuh Dajjal, ia lalu menunaikan haji ke Mekah. Setelah menunaikan ibadah haji, ia lalu menziarahi Maqam Nabi Muhammad saw di Madinah. Saat ia sampai ke Maqam Rasulullah, Allah mengirimkan angin yang berbau harum, lalu Isa al Masih pun wafat bersama-sama orang-orang mukmin yang ada bersamanya. Maka Isa al Masih dimaqamkan disebelah Maqam Rasulullah di Raudhah.

Manusia yang masih hidup ketika itu kemudian menjadi bingung, Akhirnya banyak diantara kaum muslimin yang kembali menjadi kafir dan sesat. Mereka yang masih muslim dikuasi oleh orang-orang kafir. Waktu inilah terbitnya matahari dari barat. Al Quran diangkat dari hati-hati manusia dan dari mushafnya. Kemudian datanglah orang dari Habsyah ke Baitullah dan mula menanggalkan batu-batu didinding Kaabah dan membuangkannya kedalam laut. Kemudian keluarlah binatang melata yang boleh berkata-kata, setelah ia hilang maka keluarlah asap yang memenuhi ruang antara langit dan bumi.

Dengan kehadiran asap itu, orang-orang mukmin akan terkena selsema manakala orang-orang kafir yang jahat, asap akan memasuki hidung dan menembusi telinga mereka (dengan mengorek rongga hidung sampai ketelinga mereka) dan seterusnya merosak pendengaran dan menyesakkan nafas mereka hingga mereka mati kesakitan. Kemudian Allah menghantar angin dari arah Yaman yang lembut seperti sutera dan harum seperti minyak misik yang mencabut nyawa kaum Muslimin semuanya. Tinggallah orang-orang kafir yang jahat akhlak iaitu kaum lelaki dan wanitanya yang tidak pernah puas melakukan sex dihalayak ramai seperti binatang. Lalu selepas itu Allah mengirimkan angin ribut yang melempar mereka semua kedalam laut.

Demikianlah urutan kejadian tanda-tanda kiamat yang disebutkan oleh ulama-ulama walaupun ada sedikit perbezaan pendapat berkenaannya. Namun pun demikian ini merupakan pendapat-pendapat yang paling kuat diantara yang lainnya supaya dapat kita pelajari dan menjadikan ia sebagai panduan.

Antara pendapat yang lain ialah yang menyebutkan bahawa waktu Allah menginginkan kehancuran dunia ini, dunia menyempurnakan malam-malam akhirnya dan dekatnya tiupan Sangkakala, maka akan muncul api dari lembah Aden yang mengiringi manusia kesatu tempat (dikumpulkan), sehingga seluruh manusia, Jin, binatang dan semua makhluk berkumpul disitu.

Tetakala manusia sebok dengan urusan mereka, saat itu kedengaran teriakkan dahsyat (jeritan yang sangat kuat- tiupan Sangkala) dari arah langit yang membuatkan sebahagian manusia pengsan selama tiga hari dan sebahagiannya pula telah hilang ingatan (gila) kerana terkejut. Sebagaimana firman Allah didalam surah Shaad ayat 15 mafhumnya:

“Mereka tiada menanti, melainkan satu teriakkan yang tidak dapat ditarik kembali”

Ketika mereka didalam keadaan demikian, tiba-tiba kedengaran teriakkan kali kedua yang lebih dahsyat dari teriakkan yang pertama tadi. Teriakkan kali kedua ini telah membuat manusia dan seluruh makhluk yang hidup didunia ini mati kesemuanya. Inilah tiupan Sangkakala kedua. Allah berfirman didalam surah az Zumar ayat 68, mafhumnya;

“Sangkakala ditiup, lalu pingsan (mati) sesiapa yang dilangit dan dibumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah, Kemudian ditiup sekali lagi, maka mereka berdiri (bangkit dari dalam kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah)”.

Lalu dunia menjadi sunyi sepi tanpa ada satu apa pun makhluk hidup yang ketinggalan. Inilah yang disebut dengan keadaan “al waqtu al ma’luum” (waktu yang telah ditentukan) yang telah dijanjikan Allah kepada Iblis laknatuallah. Semua yang dijanjikanNya, pasti akan berlaku.



BAB 218: KEHANCURAN BUMI DAN NEGARA-NEGARA SEBELUM SYRIA

Diriwayatkan oleh ad Dailami dari Hudzaifah Ibnu Yaman bahawa Nabi saw bersabda, “Kehancuran bumi dimulai dari tepi-tepinya hingga hancurnya Mesir, Mesir tidak akan hancur sebelum Basrah hancur. Kehancuran Basrah terawal dari Iraq, dan hancurnya Mesir dimulai dengan keringnya sungai Nil. Kehancuran Mekah terawal dari Habasiyah, kehancuran Madinah akibat bincana kelaparan, kehancuran Yaman akibat hama belalang (juta), dan kehancuran negeri Ailah akibat dari dipulaukan (boikot), kehancuran Parsia akibat kemiskinan, kehancuran Turki terawal dari negeri Dailam, kehancuran negeri Dailam terawal dari Armenia, kehancuran Armenia terawal dari negeri Kaizir, kehancuran terawal dari negeri Turki, kehancuran Turki akibat dari amukan petir, kehancuran negeri Sind terawal dari negeri India, kehancuran India terawal dari China, kehancuran China akibat dari hujan batu, kehancuran Habasiyah akibat bincana gempa bumi, kehancuran negeri Zaurak terawal dari negeri Sufyani, kehancuran negeri Rauhak akibat ditelan bumi (tanah jerlun), kehancuran Iraq akibat dari perang saudara”. Sebagaimana yang disebutkan oleh Abi Faraj ibnu Jauzi didalam kitabnya bertajuk ‘Raudhatul al Musytaay wa at Tariq ila al Maliki al Khallaq’. Dan saya (Imam al Qurthubi penulis kitab ini) dengar kehancuran Andalusia (Spanyol) dari angin yang lembut.

Al Hafiz Abu Nu’aim menyebut dari Abi Imran al Jauny, dari Abi Harun al Abdy, keduanya mendengar Nauf al Bakkaly berkata. “Sesungguhnya dunia itu ibarat burung. Bila kedua sayapnya patah, maka ia akan jatuh. Kedua sayap bumi ialah Mesir dan Basrah. Bila keduanya hancur, maka dunia ini akan musnah”. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim, dari Abu Zaid Umar Ibnu Subbah, dari Musa ibnu Ismail, dari Aban Ibnu Yazid, dari Yahya Ibnu Abi Katsir, dari Auf Ibnu Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Demi Allah wahai penduduk Madinah, kalian pasti akan meninggalkan kota ini empat puluh hari sebelum hari kiamat”.

Ka’ab menjelaskan, “Bumi ini akan hancur empat puluh tahun sebelum terjadinya kiamat. Kilat dan petir akan pindah ke Syria hingga tidak ada lagi kilat dan petir kecuali hanya diantara sungai Irsy dan Furat (Tigris)”. Diriwayatkan oleh Ali bahawa Nabi saw bersabda, “Allah berfirman, ‘Sesungguhnyabila Aku ingin menghancurkan dunia ini, maka akan Aku mulakan dengan rumahKu (Baitullah). Lalu, Aku menghancurkannya, diikuti seterusnya oleh bahagian dunia yang lain”.


BAB 219: KIAMAT TIDAK AKAN TERJADI SELAGI ADA YANG MENYEBUT NAMA ALLAH.

Diriwayatkan oleh Muslim dan Anas bahawa Rasulullah bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi hingga didunia ini tidak ada lagi yang menyebut, Allah..Allah”. Dalam riwayat yang lain disebut, “Kiamat tidak akan terjadi selama masih ada yang mengucapkan Allah…Allah”.


FAKTA:

Para ulama Tafsir mengatakan bahawa tentang lafaz jalallah dalam hadis diatas, bila dibaca dengan rafa’ (Allahu), maka ini bererti hilangnya tauhid atau pengesaan kepada Allah, sedangkan yang membacanya dengan nasab (Allaha), maka ini bererti sudah tidak ada amal makruf dan nahi mungkar. Kalimahnya menjadi, “Tidak akan terjadi kiamat selama masih ada yang mengucapkan, ‘Takutlah kepada Allah’”.

Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini) mengatakan bahawa penafsiran seperti diatas dikuatkan dengan hadis riwayat Hudzaifah, “Apa akan mendatangi kamu dalam keadaan redup”. Dalam hadis ini juga menyebut, “…Mereka lebih buruk dari himar (binatang), mereka melepaskan nafsu berahinya seperti binatang, dan tiada seorang pun yang menegurnya”.

Pekara ini adalah jawapan untuk kamun Nuh, firman Allah didalam surah al Mukminuun ayat 24 yang mefhumnya:

“….Jikalau Allah menghendaki, nescaya diturunkanNya Malaikat (menghancurkan mereka)…”

Kemudian Kaum Hud mengatakan;

“Mereka itu menjawab: Adakah engkau (Nabi Hud) datang kepada kami, supaya kami menyembah Allah sendiriNya dan kami tinggalkan apa-apa yang disembah bapa-bapa kami?. Sebab itu datangkanlah kepada kami apa yang engkau janjikan kepada kami, jika engkau orang yang benar”. (surah Hud ayat 70)

“Dia tidak lain hanya lelaki yang mengadakan dusta kepada Allah dan kami tidak percaya kepadanya”. (Surah al Mukminuun ayat 38)

“Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka: Siapakah mencipta langit dan bumi?. Nescaya mereka menjawab, ‘Ialah (Allah)’. Katakan: Puji-pujian bagi Allah. Tetapi kebanyakkan mereka tidak mengatahui” (Surah Lukman ayat 25)

Oleh itu, bila Allah menginginkan kehancuran bumi, maka nyawa kaum muslimin akan dicabut dahulu supaya tiada lagi yang mengucapkan perkataan Allah..Allah kerana perkataan ini tidak diucapkan oleh semua orang kafir yang ingkar. Lalu mereka akan dikejutkan oleh kedatangan hari kiamat sebagai mana sabda Baginda Rasulullah saw, “Kiamat tidak akan terjadi selama masih ada yang mengucapkan Allah..Allah”.

Didalam sebuah hadis sahih dikatakan, “Sesungguhnya Allah berfirman kepada Malaikat Israfil, ‘Jika kamu masih mendengar orang masih menyebut perkataan ‘Laillaha Illallah’, maka tangguhkan meniup Sangkakala selama empat puluh tahun, sebagai penghormatan bagi yang menyebutkannya’”.


BAB 220: UNTUK SIAPAKAH SEBENARNYA KIAMAT ITU TERJADI.

Muslim meriwayatkan bahawa Abdulrahman bin Syumamah al Mahdi berkata, “Saya pernah berada bersama dengan Muslimah bin Mukhallad dan pada waktu itu juga ada Abdullah bin Amr ibnu Ash, lalu Abdullah berkata, ‘Tidak akan terjadi kiamat kecuali kepada orang-orang yang paling jahat (kafir) dan mereka lebih jahat dari bangsa jahiliah, mereka tidak menyembah Allah dengan satu pengantaraan (berhala atau lambing) kecuali Allah telah menolaknya (kerana syirik). Yidak lama kemudian datanglah Uqbah bin Amir yang kemudian ditegur oleh Ibnu Syumasah, ‘Wahai Uqbah, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Abdullah’. Lalu Uqbah menjawab, ‘Dia lebih tahu (dari aku), dan aku pun telah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Akan ada sekelompok manusia dari umatku yang sentiasa berperang kerana Allah dan mereka menerajang musuh-musuhnya tanpa ditimpa kemudaratan dari orang-orang yang memusuhinya. Sehingga hari kiamat mendatangi mereka ketika mereka tetap dalam keadaan seperti itu’. Abdullah berkata, ‘Betul, Kemudian Allah mengutus angin yang aromanya seharum misik, sentuhannya selembut sutra, yang akan mencabut nyawa setiap orang-orang yang masih terdapat didalam hati mereka keimanan sekecil biji zaharah. Sehingga tidak berbaki lagi kecuali manusia-manusia yang kafir dan jahat, pada mereka itulah hari kiamat itu terjadi’”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahawa ia berkata, “Kiamat tidak akan terjadi kecuali keatas orang-orang yang kafir dan jahat, orang-orang yang tidak mengenal kebajikan dan tidak mengingkari kemungkaran, dan melakukan persetubuhan seperti binatang (sex bebas, party sex dan bersetubuh dihalayak orang dengan tiada rasa malu)”.

Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Putaran malam dan pengantian hari tidak akan berakhir hingga berhala Lata dan Uzza kembali disembah”. Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, ketika Allah menurunkan ayat 33 surah at Taubah, ‘Dialah yang mengutus Rasul Nya (dengan membawa) petunjuk (al Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik (kafir) tidak menyukainya’. Saya kira pekara tersebut berlaku secara umum’. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya pekara itu akan terjadi sesuai dengan kehendak Allah. Kemudian Allah menghantar angin yang wangi, lalu wafatlah orang yang masih ada iman dihati mereka walaupun sekecil biji zaharah. Lalu yang tersisa adalah orang yang tidak memiliki kebaikkan sedikit pun. Kemudian mereka akan kembali pada agama nenek moyang mereka’”.


FAKTA:

Abu Hasan bin Baththal menyebut dalam syarahannya berkenaan Shahih Bukhari berkenaan hadis yang dirawayatkan Bukhari dari Abu Hurairah bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga para wanita kaum Daus menari-nari diatas Dzul Khilshah (berhala)”. Abu Hasan berkata, “ Hadis-hadis dalam masaalah ini mempunyai arti yang khusus. Yang dimaksudkan bukan bererti semua ajaran agama musnah diberbagai tempat hingga tidak tinggal sedikitpun . Kerana ada riwayat Rasulullah mangatakan, “Sesungguhnya Islam itu akan kekal hingga hari kiamat tetapi ia akan lemah dan kembali asing sebagaimana pada awalnya”.

Abu Daud dan Hamad bin Salamah meriwayatkan dari Qatadah, dari Muthrrif, dari Imran bin Hushain bahawa Rasulullah bersabda, “Akan ada sekelompok manusia dari umatku yang sentiasa berperang demi kebenaran sampai orang yang terakhir dari mereka memerangi al Masih Dajjal”. Menurut Mutharrif, “Mereka adalah penduduk Syria”.

Menurut pendapat saya (Imam al Qurthubi), apa yang diperkatakan oleh Abu Hasan bahawa ajaran agama tidak terputus dan Islam akan kekal hingga hari kiamat, adalah bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dan Abdullah bin Amr, juga yang disebut dan hadis Imran bin Hushain yang telah dikemukakan terdahulu bahawa Isa Ibnu Maryam akan membunuh Dajjal, akan keluar Ya’juj dan Ma’juj lalu mereka mati. Isa Ibnu Maryam dan agama Islam tetap ujud dan tiada yang disembah dimuka bumi ini selain Allah, sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Ashaabul Kahfi (pemuda dalam gua), sebagai mana yang disebut oleh ahli Tafsir. Sebelumnya, ada yang mengatakan bahawa mereka adalah al Hawariyun (pengikut setia Nabi Isa as), waktu ia turun kebumi kelak.

Ketika Isa Ibnu Maryam wafat, Allah akan mendatangkan angin sejuk dari arah Syria yang kemudian lalu dibawah ketiak kaum muslimin dan mukmin hingga mereka mati semuanya. Yang tersisa adalah orang-orang-orang yang suka melakukan persetubuhan beramai-ramai, pesta sex dan melakukannya dihadapan orang ramai tampa rasa malu seperti binatang. Maka pada waktu itu kiamat akan terjadi dengan mengejut. Demikian yang disebutkan didalam hadis riwayat Nuwass bin Sam’aan ath Thawiil.

Dalam hadis Abdullah bin Amr disebutkan, “Kemudian Allah mengirim angin sejuk dari arah Syria. Tidak ada seorang pun yang masih mempunyai iman ataupun kebajikan walaupun sebesar biji zaharah sekalipun, melainkan semua akan dicabut nyawanya. Seandainya ada orang yang bersembunyi didalam perut gunung sekalipun, pasti angin sejuk itu akan mencarinya lalu mencabut nyawanya”. Abdullah berkata, “Aku mendengar itu dari Rasulullah saw”.

Dalam menyabut berkenaan tiupan Sangkakala dan hari kebangkitan, merupakan penjelasan yang kuat tentang cara berakhirnya kehidupan dan waktu (masa). Tidak akan terjadi hari kiamat selagi masih ada yang mengenal Allah, ataupun menyebut lafaz ,“Allah… Allah”. Abu Nu’aim menyebut riwayat yang berasal dari Abu Zuhrayah, dari Ka’ab al Ahbar bahawa ia berkata, “Manusia masih ada yang hidup setelah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj dalam keadaan tenteram dan damai selama sepuluh tahun. Sehinggakan aka nada dua orang yang merasa cukup dengan hanya sebiji delima, atau ada yang merasa cukup dengan hanya setangkai anggur. Mereka bertahan selama sepuluh tahun. Setelah itu Allah menghantar angin yang beraroma sangat harum. Tidak ada seorang yang beriman yang akan tinggal lagi selain semuanya akan meninggal dunia. Kemudian yang tinggal hanyalah manusia-manusia binatang yang suka bersetubuh dihalayak ramai tampa rasa malu. Maka pada itulah datangnya keputusan Allah dan kiamat pun terjadi”.

****************************************************

Kita bermohon kepada Allah yang Mahaagung, Rabb pemilik Arasy yang mulia, untuk mewafatkan kita didalam Islam dan menghimpunkan kita bersama-sama para guru-guru kita, Syeikh Tarikat kita, para Arifin, Mutaqain, Muhaqikin, Aulia Hisolehin dan Nabi Muhammad saw yang mendapat kemenangan didunia dan akhirat. Amin..

Semoga Allah mencucuri rahamatNya kepada Muhammad bin Ahmad Bin Bakar bin Faraj al Anshari al Khazraji al Andalusia al Qurthubi atau Imam al Qurthubi (penulis kitab ini)..al Fatihah…

Begitulah akhirnya Imam al Qurthubi menutup perbicaraannya berkenaan Kematian, akhirat dan kiamat, Fasal C –Fitnah akhir zaman dan tanda-tanda kiamat yang sebenarnya dimuatkan didalam kitab asalnya bertajuk “Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat” yang telah diterjemah oleh Abdul Rosyad Shiddiq kemudian disunting oleh Abu Ziyad Eko Hariyanto, Habibullah Rasidin, Ahmad Yunus Naidi dan Haris Kurniawan. Diterbitkan oleh AKBAR MEDIA EKA SARANA, Jakarta Timur Indonesia. Atok cuma membuat edit dan terjemahan dalam bahasa Melayu Malaysia dan diulang terbit dilaman blog atok. Kredit kepada mereka semua semoga mereka menerima manafaat, pahla dan barokah dari Allah SWT kerana menerbitkan kitab yang sangat mantab ini untuk hidangan kalian semua.

**************************************************
**
Sekian dahulu untuk kali ini, insyaAllah dilain lapangan atok akan menulis lagi dengan tajuk-tajuk yang lain pula. Diharap kalian dapat bersabar membacanya dan menafaatkan tulisan ini serta menyabarluaskannya selepas itu. Kepada pembaca budima. Maaf jika ada tersilap dan terkasar bahasa.

Wabillahi-Taufiq-Walhidayah-Wassalam-Mualaikum-Warahmatu-Allahi-Wabarakatuh. Ammin… 

Sekian,

ATOK ZAM                                                                                                                                                                                                      

8 comments:

  1. Apa pandangan atok mengenai HARAPAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah menaruh harapan kan?? Memang ada harapan pun sebab nampaknya BN pu dah mengalabah bila Tun M buat gabungan mantap macam tu. Tak semistinya BN boleh tipu rakyat selamanya... kenalah buat sesuatu, jangan dok ikut telunjuk mereka saja lepas tu kita balek kena tipu oleh pemimpin tamak haloba. Maseh mula2 dia naki hari itu, tunjuk baik sangat... lat beberapa bulan lepas tu dah mula buat macam2, macam cencaru makan petang, dengan gelojohnya mengasak duit rakyat, berbilion2 dibawa lari keluar... macam org tak nampak...macam orang bodoh sangat nak ditipu disiang hari...??? Sampai malu nak keluar negara sebab nama dah busuk... sana sini org dok cerita... dia dgn muka sadin dan tak malunya naik pentas dimerata tempat cerita "itu semua fitnah" kpd dirinya, konon lah??? Inilah pemimpin yg tiada maruah dan intergeriti. Kalau kita salah... mengaku sajalah... dan letak jawatan. bagi org lain perbetul kesilapan. Kamu pergi lah lepak kat mana2 dgn duit haram tu... berniaga ke apa2 kerja yg patut, macam Tun Dolah... pergi tanam cili belakang rumah, apa nak heboh... kan...kan ???

      Nampak tak... harapan rakyat memang besar... tapi kalau tak bersatu susah juga nak diharapkan. Kami dah tua ni tak masuk campur hal ni. Kami buat hal kami sendiri je... kami cuma harapkan Allah je... lain tak...ok

      atok zamany

      Delete
  2. Salam Atok,

    Nak tanya pandangan atok pasal kamal ashnawi ?

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam cu...

    Kamu ni tak habis2 nak ceriya pasal budak kamal ni ?? Mana ada kaya raya ??? habok pun tak ada ??? semuanya kosong belaka ??? Kamu ada cerita pasal dia ke ??? Patutnya kamu lah yg cerita,,, bukannya atok. Cerita atok cerita lama... yg terkini, atok tak tahu ??

    atok zamany

    ReplyDelete
  4. Tok masa Mahathir bergandingan dengan Anwar dulu tok team mana? Kenapa tok pilih team tu

    ReplyDelete
  5. Masa tu atok dgn Tun M. Atok tak pernah setuju dgn Anwar atas beberapa sebab peribadi dan atok memang tahu satu hari dia akan "kadok naik junjung" dan itu pun yg jadi. Sama jugak dgn yg ada sekarang ni. Atok pernah cakap dgn Tun M dulu lagi, tapi diabaikan... nah apa dah jadi skg ??? Skg atok diam saja, dah tak nak cakap apa2 lagi. Tun M memang ada jumpa atok... tapi dah terlambat sebab atok dah buat keputusan utk bersara total. Jadi tak perlu tanya apa2 lagi dan atok tak perlu cakap apa2 lagi.. ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  6. Antara human capital vs physical capital yang manakah atok rasa perlu di utamakan dalam membangunkan negara.

    ReplyDelete
  7. Pendapat atok mestilah diutamakan human capital (modal insan) ini adalah kerana jika manusia atau rakyat dalam sesebuah negara itu lemah dengan sendirinya negara itu sangat rapuh dalam semua segi, apatah lagi untuk membangunkan modal fixikal. Untuk membangunkan modal insan pertama sekali kenalah bangkitkan jatidiri mereka dulu. Untuk membangunkan jatidiri kena ada sokongan agama didalamnya yg sangat rapat dengan kekuatan roh manusia itu sendiri. Hanya dengan kekuatan roh seseorang manusia mampu menembusi segala bentuk cabaran dan ujian dunia serta tentunya terpelahara dari kebangkitan nafsu terhadap dunia. Mereka tak pernah ragu2 dan lemah kerana mereka dikawal oleh suatu kekuasaan yang sangat besar iaitu Allah yang Mahaberkuasa. Jadi mereka tiada rasa bimbang atau was2 akan bantuan yg mampu hadir bila2 masa saja walau bagaimana besarnya ancaman kehidupan kepada mereka dan ahli keluarga mereka. Setelah itu modal fizikal akan hadir sendiri kepadanya seperti besi megnet kepada semua besi dan paku yg berserakan disekelilingnya tampa mejejaskan "kuasa megnet" yg ada padanya. Falasafah seumpama ini hanya dimengertikan kepada umat islam yg "berserah dengan redha dan akhlas" kehadrat Allah swt semata-mata tampa ada kuasa lain pun yg ujud dicelah-celah ujudnya kuasa itu. Makin lama semakin rapat dan erat "kasih sayang" itu hingga tiada lagi tabir melindunginya. Itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan didalam falasafah dua kalimah shadatai yg ada pada kamu dan seluruh umat islam, dahulu, kini dan selamanya...

    atok zamany

    ReplyDelete