Wednesday, March 25, 2015

SIRAH - KEMATIAN, KIAMAT DAN AKHIRAT 27

Post 43



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



 BAB 128: TINGKAT-TINGKAT SYURGA.


Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi, dari Atha' bin Yussar, dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Syurga itu ada seratus tingkat dan setiap tingkat jaraknya diantara langit dan bumi. Tingkat yang paling tinggi ialah Syurga Firdaus, dan yang paling utama juga Syurga Firdaus. Daripadanya mengalir sungai-sungai Syurga. Apabila kamu semua memohon (doa) kepada Allah, mohonlah Syurga Firdaus". Kata Tirmidzi, "Atha' bin Yassar itu tidak mendapatkan Mu'adz bin Jabal. Tetapi setahu saya hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah secara sahih dan dengan isnad yang muttasil". Seperti yang telah dikemukankan sebelumnya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Abdulrahman bin Ziyad bin An'am, dari Utbah bin Ubaid adh-Dhabyi, dari seorang perawi yang meriwayatkan hadis ini kepadanya bahawa seseorang telah mendatangi Rasulullah dan bertanya, "Wahai Rasulullah, ada berapa tingkat di Syurga?". Baginda menjawab, "Seratus tingkat, jarak masing-masing tingkat adalah setinggi bumi dan langit. Ditingkat pertama, bilik, rumah, pintu, katil dan kunci-kuncinya diperbuat dari perak. Ditingkat kedua, bilik, rumah, pintu, katil dan kunci-kuncinya diperbuat dari emas. Ditingkat ketiga, bilik, rumah, pintu, katil dan kunci-kuncinya diperbuat dari  batu permata, mutiara dan zamrud. Sedangkan sembilan puluh tujuh tingkat yang lainnya tiada yang mengatahui selain Allah".

Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya didalam Syurga ada seratus tingkat. Seandainya seluruh makhluk alam berkumpul disalah satu dari tingkatnya saja, masih saja cukup untuk menampung mereka semua". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika seseorang yang rajin membaca al-Quran dimasukkan kedalam Syurga, dikatakan 'Bacalah dan naiklah'. Ia pun membaca (ayat al-Quran) sambil menaiki (tingkat Syurga) dengan setiap ayat satu tingkat hingga akhir (tingkat Syurga itu) ia membaca ayat terakhir yang ada bersamanya".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda, "Dikatakan kepada orang yang tekun membaca al-Quran, 'Bacalah dan naiklah perlahan-lahan seperti kamu membacanya sewaktu didunia, kerana sesungguhnya tempatmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca'".

Diriwayatkan oleh Abu Hafash Umar bin Abdul Majid al-Qarsyi al-Mayanisyi didalam kitabnya bertajuk 'al-Ikhtiyar Fi al-Malah Min al-Akhbar Wa al-Astar', dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda, "Tingkat-tingkat Syurga itu sesuai dengan ayat-ayat al-Quran, dan setiap ayat satu tingkat. Padahal didalam al-Quran itu terdapat enam ribu dua ratus enambelas ayat (6216). Jarak diantara tingkiat itu adalah seperti kira-kira antara langit dan bumi dan ia berakhir dipuncak Lliyyin yang memiliki tujuh puluh ribu tiang tersebut dari intan permata yang boleh menerangi jarak sejauh perjalanan selama tiga hari tiga malam".

Diriwayatkan oleh Abu Syaibah bahawa Aisyah berkata, "Sesungguhnya jumlah ayar al-Quran itu sesuai dengan jumlah tingkat Syurga. Tidak ada seorang pun penghuni Syurga yang lebih utama daripada orang yang rajin membaca al-Quran". Demikian yang diperkatakan oleh al-Makki.


FAKTA:


Menurut takrif 'Hafis al-Quran' bagi Ahli Sunah Wal Jemaah ialah orang-orang yang menghafal ayat-ayat al-Quran dan sangat rajin membacanya serta tahu akan hukum-hukum halal haramnya sekaligus rajin mengamalkannya. Menurut Malik, ada sesetengah orang yang rajin membaca al-Quran tetapi ia tidak bijaksana sama sakali kerana ia tidak ikhlas, seperti yang telah dikemukakan sebelum ini didalam hadis al-Abbas bin Abu Muthalib dan juga hadis Abu Hurairah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Hadbah alias Ibrahim bin Hadbah, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, Barangsiapa mempelajari al-Quran dan kemudian mengajarkannya kepada orang lain tetapi ia tidak mengamalkan isinya atau bahkan ia memutarbelitkannya (bagi tujuan peribadi atau kumpulannya), maka al-Quran akan menjadi saksi dan penentunya ke Neraka Jahanam. Barangsiapa yang mempelajari al-Quran dan mengamalkan isinya, maka al-Quran akan menjadi saksi dan penentunya ke Syurga".

Disebutkan didalam Shahih Bukhari, "Sesungguhnya perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran dan mengamalkannya adalah seperti buah limau, rasanya manis dan baunya sedap. Kepada orang mukmin yang membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya adalah seperti buah kurma, rasanya sedap namun tiada baunya".

Secara panjang lebar masaalah ini telah saya (Imam al- Qurthubi penulis kitab ini) ulas didalam kitab saya bertajuk "Qari' Al-Quran Wa Ahkamihi", kitab "At-Tidzkar Fi Fadhli Al-Adzkar" dan pada bahagian mukadimah kitab "Jami' Ah-kam Al-Quran". Sebagaimana yang telah dikemukakan sebelum ini bahawa Syurga itu memiliki seratus tingkat dan Allah menyediakan buat orang-orang yang berjihad pada jalan Nya. Jihad sememangnya dijanjikan seratus darjat Syurga, tetapi membaca al-Quran dijanjikan seluruh darjat yang ada didalamnya. Kita memohon kepada Allah yang Maha Dermawaan agar kita mampu atau dibolehkan atau dipermudahkan melakukan (membaca al-Quran) itu dengan ikhlas dan redha... amin.




BAB 129 : BILIK-BILIK DI SYURGA.



Allah berfirman didalam surah az-Zumar ayat 20 yang mafhumnya;

"Tetapi orang-orang yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka beberapa bilik, diatasnya ada pula beberapa bilik yang dibangunkan, mengalir air sungai dibawahnya (itulah) janji Allah. Allah tidak memungkiri janji Nya".

FirmanNya didalam surah as-Saba' ayat 37 mafhumnya;

"Hartamu dan anak-anakmu, tiada dapat menghampiri kamu disisi Kami, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka untuk mereka itu balasan yang berlipat ganda kerana amalannya, sedang mereka aman sentosa didalam bilik-bilik (di Syurga)".

Dan firman Allah didalam surah al-Furqaan ayat 75 dan 76, mafhumnya;

"Orang-orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (Syurga), kerana mereka berhati sabar dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan didalamnya (bilik-bilik Syurga)".

"Mereka kekal didalamnya (bilik-bilik Syurga) sebaik-baik tempat tinggal dan tempat diam".

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Sahal bin Sa'ad bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga sama berusaha untuk melihat penghuni Ghurfah atau bilik-bilik seperti mereka berusaha untuk melihat bintang-bintang yang bercahaya laksana mutiara yang hampir tenggelam di ufuk timur atau di ufuk barat kerana terpautnya keutamaan diantara mereka". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah itu tempat nabi-nabi yang tidak mampu dicapai oleh selain dari mereka?". Baginda menjawab, "Benar... Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, dan juga tempat  orang-orang yang beriman kepada Allah dan membenarkan para Rasul".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim, dari Shalih bin Muhammad, dari Sulaiman bin Amr, dari Abu Hazim, dari Sahal bin Sa'ad bahawa tentang firman Allah (surah al-Furqaan ayat 75) "Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan mertabat yang tinggi (dalam Syurga) disebabkan kesabaran mereka", dan firman Allah, "Dan mereka aman sentosa ditempat-tempat yang tinggi (dalam Syurga)". Rasulullah bersabda, "Itu adalah bilik-bilik yang diperbuat dari batu permata merah atau zamrud hijau atau mutiara putih yang tidak ada cacatnya sama sekali. Sesungguhnya penghuni Syurga akan berusaha melihat bilik-bilik tersebut seperti mereka berusaha melihat bintang timur atau bintang barat diufuk langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk diantara mereka dalam kesenangan".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Shalih bin Abdullah, Qutaibah bin Sa'id dan Ali bin Hajar, dari Khalaf bin Khalifah, dari Humaid al-A'raj, dari Abdullah ibnu Harits bin Ma'sud bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai kerana Allah berada disebuah tiang dari permata merah dan dipuncak tiang terdapat tujuh puluh ribu bilik. Ketampanan mereka memancarkan cahaya kepada penghuni Syurga sebagaimana matahari memancarkan cahayanya kepada penduduk dunia. Sebahagian penduduk Syurga itu berkata kepada sebahagian yang lain, 'Pergilah melihat orang-orang yang saling mencintai kerana Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung'. Ketika orang-orang yang mencintai kerana Allah itu mengawasi (melihat) mereka. ketampanan mereka memancarkan cahaya kepada penghuni Syurga, sebagaimana matahari yang memancarkan sinar kepada penduduk dunia. Mereka memakai pakaian sutera halus berwarna hijau dan pada kening mereka tertulis 'Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung'".

Driwayatkan oleh Tsa'labi sebuah hadis dari Abu Imran, dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga Iliyyin memandang ke Syurga. Apabila salah seorang dari mereka sedang memandang Syurga kelihatan bercahaya sangat terang oleh pemancar wajahnya. Para penghuninya bertanya, 'Cahaya apakah itu ?'. Lalu dijawab, 'Ada seseorang dari penghuni Iliyyin yang berbakti, yang taat dan jujur, sedang memandang tempat kita ini '".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya penghuni bilik-bilik berusaha memandang Iliyyin, sebagaimana mereka berusaha memandang bintang yang bersinar di ufuk langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah termasuk diantara mereka. Keduanya dalam kesenangan (nikmat)".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ali bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di Syurga terdapat beberapa bilik yang tembus pandangan luar dalam". Seorang dusun berdiri lalu bertanya, "Untuk siapakah bilik-bilik itu ya Rasulullah ?". Baginda menjawab, "Untuk orang yang bicaranya baik, yang selalu berpuasa dan yang rajin solat malam kerana Allah diwaktu manusia sedang tidur nyenyak".

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu'aim sebuah hadis dari Muhammad bin Wasi', dari al-Hasan, dari Jabir bin Abdullah bahawa ia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah menemui kami dan bersabda, 'Mahukah kalian aku beritahukan bilik-bilik Syurga?'. Bilik-bilik itu dari mutiara berwarna-warni dan tembus pandangan luar dalam. Didalamnya terdapat banyak nikmat, balasan pahala dan kemuliaan yang belum pernah dilihat oleh mata serta belum pernah didengar oleh telinga'. Kami bertanya, 'Untuk siapakah bilik-bilik itu wahai Rasulullah?'. Baginda menjawab, "Untuk orang yang suka menebarkan salam, yang selalu berpuasa, yang suka memberi makan dan yang tekun solat ketika manusia sedang nyenyak tidur".

Kami bertanya lagi, "Siapa yang sanggup melakukan semua itu?'. Baginda menjawab, "Umatku pasti sanggup melakukannya. Aku beritahu orang yang sanggup melakukannya. Siapa yang jika bertemu saudaranya mengucapkan salam, itu bererti ia sudah menebarkan salam. Siapa yang memberi makan kepada isteri dan keluarganya sampai kenyang, itu bererti ia memberikan makan. Siapa yang selain berpuasa Ramadhan juga berpuasa tiga hari setiap bulan, itu bererti ia selalu berpuasa. Dan siapa yang melakukan solat Isya secara berjemaah pada larut malam, itu bererti ia solat ketika manusia yang terdiri dari kamu Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Majusi sedang tidur nyenyak".



FAKTA:


Ketahuilah, sesungguhnya sifat dan tinggi rendahnya bilik-bilik Syurga tersebut berbeza satu dengan yang lainnya, sesuai perbezaan amal-amal para penghuninya.

Sabda Nabi saw, "Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan membenarkan para utusan". Disini Baginda tidak menyebut bentuk amalan apa pun selain hanya beriman dan percaya kepada para utusan Allah. Oleh itu yang dimaksudkan adalah iman yang sejati, kerana iman seumpama itulah punca segala kebajikan. Ini bererti bahawa seluruh manusia yang mengesakan Allah berada dibilik yang paling tinggi, dan ia jelas mustahil kerana Allah telah berfirman, "Mereka itulah orang yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam Syurga) kerana kesabaran mereka".

Sabar itu ertinya menyerahkan jiwa untuk tetap tegar berdiri dihadapan Allah dengan hati yuang penuh pengabdian. Itulah sifat orang-orang didekatkan kepada Allah. Dalam ayat lain Allah berfirman;

"Hartamu dan anak-anakmu, tiada dapat menghampiri kamu disisi Kami, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka untuk mereka itu balasan yang berlipat ganda kerana amalannya, sedang mereka aman sentosa didalam bilik-bilik (di Syurga)". (Saba': 37)

Didalam ayat tadi Allah menjelaskan tentang bilik-bilik di Syurga yang tidak boleh diperolehi dengan harta mahupun dengan anak-anak, melainkan dengan beriman dan beramal soleh. Tetapi, yang dimaksudkan berserta dengan iman yang sejati. Iaitu iman yang yang membuatkan hati tenang kerana disertai dengan melaksanakan semua perintah Allah. Oleh kerana itu, jika seseorang melakukan suatu amal solah, hendaknya jangan dicemari dengan hal-hal yang dapat merosakkannya. Untuk itu syarat utamanya ialah harus berdasarkan Iman yang mantap dan mengikuti semua landasan keimanan yang jitu dan jelas.

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), apa yang diketengahkan oleh atz-Tirmidzi al-Hakim tersebut sudah cukup jelas. Allah berfirman didalam surah al-Insaan ayat 5 yang mafhumnya;

"Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air Kafur".

Dan firman Nya didalam surah al-Muthaffifin ayat 27 dan 28, mafhumnya;

"Dan campurannya daripada Tasnim".
"(Iaitu) mata air, yang meminumnya ialah orang-orang yang Muqarrabin (mulia)".


Seperti yang telah dijelaskan nanti, pada hari kiamat kelak minuman orang-orang yang berbuat kebajikan itu sama dengan minuman orang-orang yang hampir dengan Allah. Begitu juga dengan tingkat bilik-bilik mereka. Pekara ini tergantung pada kesungguhan amal-amal soleh yang mereka lakukan dalam rangka taat kepada Allah. Allah SWT berfirman didalam surah al-Mutahaffifin ayat 18 yang mafhumnya;

"Sesungguhnya buku (amalan) orang baik-baik didalam Illiyyin (kitab yang mengumpulkan segala amalan orang-orang soleh semasa didunia)".

Oleh kerana itu seseorang musimin dan mukminin hendaknya berusaha sehabis tenaga untuk boleh menjadi golongan orang-orang yang berbuat kebajikan amalan-amalan soleh yang sekaligus akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Sebab, para penghuni tempat teristemewa inilah yang akan menjadi teman-teman duduk disisi atau disamping Allah SWT yang Mahapemurah lagi Mahaagung. Mereka-mereka ini lah yang berada di mimbar-mimbar yang diperbuat dari cahaya disebuah tempat yang mulia. Allah berfirman didalam surah al-Haaqqah ayat 19-22, mafhumnya;

"Ada pun orang yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kanannya, maka ia berkata: Kamu ambillah (dan) bacalah bukuku"

"Sesungguhnya aku menyangka (yakin), bahawa aku akan menemui perhitungan (hisab) ku".

"Maka ia dalam kehidupan yang disukainya"

"(Iaitu) Didalam Syurga yang tinggi"

Para golongan kanan juga akan berada di Syurga yang tinggi.



FAKTA TAMBAHAN 1:


Penulis kitab bertajuk "Ad-Dur al-Mantsur" meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di Syurga terdapat bilik-bilik yang tidak ada kunci pada pintu-pintunya dari atas dan tidak ada tiangnya dibawah". Seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, untuk siapakah bilik-bilik itu ?". Baginda menjawab, "Mereka masuk seperti burung-burung". Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, untuk siapakah bilik-bilik itu ?". Baginda menjawab, "Untuk orang-orang yang ditimpa penyakit atau pun bencana". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Qasim alias Zahir bin Thahir bin Muhammad bin Muhammad asy-Syahami.



FAKTA TAMBAHAN 2:


Diriwayatkan oleh Ibnu Adi dari al-Laits bin Sa'ad. dari Muhammad bin Ajlan, dari Waqid al-Bashari, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak, Allah akan mendatangi beberapa orang yag bukan Nabi dan juga para Syuhada, tetapi kedudukan mereka disisi Allah mengundang rasa irihati para Nabi dan para Syuhada. Mereka berada diatas mimbar dari cahaya". Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapkah mereka itu?". Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang membawa cinta Allah kepada manusia dan membawa cinta manusia kepada Allah. Mereka berjalan diatas muka bumi secara tulus kepada Allah. Para Sahabat bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, Kami faham maksud membawa cinta Allah kepada manusia. Tetapi apa maksud membawa cinta manusia kepada Allah ?". Baginda menjawab, "Iaitu mereka menyuruh manusia pada kebajikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Jika ada manusia yang mahu mengikut, nescaya Allah mencintai mereka".




BAB 130 : ISTANA-ISTANA, RUMAH-RUMAH DAN PERKAMPUNGAN DI SYURGA.



Diriwayatkan oleh al-Ajiri didalam kitabnya bertajuk 'An-Nasihat', dari al-Hasan bahawa ia pernah bertanya kepada Imran bin Hashin dan Abu Hurairah berkenaan tafsir ayat (dari firman Allah), "Dan tempat-tempat tinggi yang bagus". Mereka menjawab, "Semua kami tidak tahu. Tatapi kami pernah bertanyakannya kepada Rasulullah dan baginda bersabda,

"Itu adalah sebuah Istana diperbuat dari mutiara di Syurga. Didalam Istana itu terdapat tujuh puluh buah rumah yang diperbuat dari permata merah. Didalam setiap rumah itu terdapat tujuh puluh buah bilik diperbuat dari batu zamrud hijau. Didalam setiap bilik itu juga terdapat tujuh puluh buah katil. Diatas setiap katil itu pula terdapat tujuh puluh buah kasur (tilam) dari segala warna. Diatas setiap kasur (tilam) tujuh puluh orang bidadari. Diatas setiap rumah itu juga terdapat tujuh puluh hidangan dan setiap hidangan itu pula terdapat tujuh puluh jenis makanan. Disetiap rumah juga terdapat tujuh puluh muda mudi (pelayan) dan setiap pagi Allah memberikan kekuatan kepada seorang mukmin untuk menikmati semua itu". Hadis riwayat Ibnu Mubarak.

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Ibnu Zaid, dari Ayahnya bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya setiap orang (beriman) akan diberi sebuah Istana. Didalam Istana itu terdapat tujuh puluh bilik. Didalam setiap bilik itu terdapat seorang isteri dari bidadari. Didalam setiap bilik terdapat tujuh puluh buah pintu yang akan ia masuki. Dan disetiap pintu menebarkan aroma (bau harum) Syurga selain aroma dari pintu-pintu yang lain". Seterusnya Baginda membaca firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung dari surah As-Sajadah ayat 17 yang mafhumnya;

"Seseorang tidak mengatahui apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam-macam kesenangan sebagai balasan apa yang mereka amalkan".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Buraidah ibnu Khashib bahawa ia berkata, "Pagi-pagi Rasulullah muncul lalu memanggil Bilal. Baginda bertanya, 'Hai Bilal, apa yang membuat kamu mendahului aku ke Syurga ?. Setiap kali masuk Syurga aku mendengar gemerincing (bunyi gelang-gelang besi yang dipakai oleh Bilal) mu dihadapan ku ?". Bilal menjawab, "Wahai Rasulullah, setiap kali selepas azan, aku selalu solat dua rakaat. Dan setiap kali aku berhadas, aku akan terus berwuduk. Aku merasakan bahawa Allah mewajibkan aku melakukan solat dua rakaat (solat sunat sesudah azan)". Rasulullah bersabda, "Oleh kerana itu lah ". Katanya hadis ini hasan lagi sahih.

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani alias Abu Qasim Sulaiman bin Ahmad yang merupakan ringkasan dari hadis Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Aku masuk kedalam Syurga dan tiba-tiba melihat sebuah Istana dari emas. Aku bertanya, 'Untuk siapakah Istana itu ?'. Malaikat menjawab, 'Untuk Umar ibnu al-Khathab'".

Diriwayatkan oleh ad-Darami alias Abu Muhammad didalam kitabnya bertajuk 'Musnad ad-Darami', dari Abdullah bin Yazid, dari Haiwah, dari Abu Aqil, dari Sa'id ibnu Musayyib bahawa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga belas kali, nescaya dibangunkan untuknya sebuah Istana di Syurga. Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas sebanyak dua puluh kali, nescaya dibangunkan untuknya dua buah Istana di Syurga. Barangsiapa yang membaca surah tersebut sebanyak tiga puluh kali, nescaya dibangunkan untuknya tiga buah Istana di Syurga". Umar ibnu al-Khathab berkata, 'Kalau begitu kita boleh dapatkan banyak Istana ?". Rasulullah bersabda, "Allah lebih kaya dari itu".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Hammad bin Zaid, dari Abu Sannan, dari Abu Thalhah al-Khaulani, dari adh-Dhahhak bin Abdulrahman, dari Abu Musa bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung mencabut nyawa anak seorang hamba, Dia bertanya kepada Malaikat (Izraail), 'Apa yang dikatakan oleh hamba Ku itu ?". Mereka (malaikat Izraail) menjawab, 'Dia memuji Engkau dan membaca Inna Lillahu wa inna ilaihi raji'un'. Allah berfirman, 'Bangunkan untuknya sebuah Istana di Syurga dan berilah nama Bait al-Hamd (istana pujian)'".




BAB 131: FIRMAN ALLAH, "KASUR-KASUR (TILAM-TILAM) YANG TEBAL LAGI EMPUK".



Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa berkenaan firman Allah, "Dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk". Nabi saw bersabda, "Tingginya seperti langit dan bumi jarak perjalanan selama lima ratus tahun". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib kerana ia hanya mengenalnya dari hadis Rasydin bin Sa'id saja.

Sebahagian ulama menafsirkan riwayat hadis diatas tadi bahawa kasur (tilam atau bantal atau pakaian) memiliki beberapa derajat yang tingginya seperti jarak diantara langit dan bumi.

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi, penulis kitab ini), perkataan kasur tersebut merupakan kinayah atau ungkapan tentang wanita-wanita yang berada di Syurga. Maksudnya wanita-wanita yang cantik dan sempurna. Orang-orang Arab pada kebiasaannya menyebut wanita dengan sebutan kasur, atau pakaian, atau kain, atau kambing betina. Ia sebagai satu kiasan perumpamaan. Soalnya kasur ini adalah tempat utk kamu wanita. Disebutkan didalam sebuah hadis, "Anak itu bagi Farasy dan bagi yang berzina adalah batu rejaman".  Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 187 yang mafhumnya;

"...Mereka itu pakaianmu, dan kamu pakaian mereka..."

Kemudian didalam surah as-Shaad ayat 23, mafhumnya;

"Sesungguhnya ini saudaraku, baginya ada sembilan puluh sembilan ekor kambing dan bagiku hanya seekor kambing..."




BAB 132: PENGHUNI SYURGA YANG SALING MENGENALI DAN IBADAH MEREKA DIDUNIA, SERTA TANDA DAN PASAR DI SYURGA.



Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Rasulullah bersabda, "Didalam Syurga terdapat sebuah tanda dari mutiara yang berongga. Luasnya enam puluh batu. Pada setiap sudutnya ada penghuninya.  Mereka tidak dapat melihat yang lainnya dan seorang mukmin berkeliling diantara mereka". Dalam satu riwayat yang lain disebutkan, "...Tanda itu diperbuat dari mutiara. Panjangnya dilangit ada enam puluh batu. Pada setiap sudutnya ada keluarga bagi orang mukmin yang tidak dapat dilihat oleh orang lain...".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di Syurga terdapat sebuah pasar yang dikunjungi oleh penghuni Syurga pada setiap hari Juamaat. Kemudian bertiuplah angin Syimal (angin yang membawa hujan). Angin itu membelai wajah dan mengusap pakaian mereka, sehingga mereka menjadi bertambah elok dan tampan. Lalu mereka pulang kepada keluarga mereka, sedang mereka kian bertambah elok dan tampan. Maka, keluarganya berkata, 'Demi Allah, kalian sekarang menjadi lebih elok dan tampan'. Mereka membalasnya, "Dan kalian, demi Allah juga menjadi bertambah elok dan cantik'".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Sa'id ibnu Musayyab bahawa ia bertemu Abu Hurairah. Abu Hurairah berkata, "Aku memohon kepada Allah agar diperkenankan mempertemukan kita di pasar Syurga". Abu Sa'id bertanya, "Apakah di Syurga ada pasar ?". Abu Hurairah menjawab, " Ya.. Kita akan sampai dipasar sedang para Malaikat telah mengelilinginya, sesuatu yang belum pernah dilihatnya, sesuatu yang belum pernah didengarinya dan belum juga berbisik dihati. Lalu dihantarkan kepada kita apa yang kita sukai keistana-istana kita. Di pasar itu tiada kegiatan jualbeli dan dipasar itulah penghuni Syurga saling bertemu. Kemudian orang yang memiliki kedudukan yang tinggi datang mengadap lalu bertemu dengan orang yang lebih rendah kedudukannya dan sesuatu yang rendah. Lalu, ia (orang yang lebih rendah kedudukannya) tertarik pada pakaian orang yang lebih tinggi kedudukannya. Kemudian sebelum akhir perbualan mereka sehingga terbayang olehnya sesuatu yang lebih baik darinya. Demikian itu adalah kerana seseorang tidak boleh bersedih hati didalam Syurga...".

Hadis itu diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara lebih lengkap, bahawa Abu Hurairah menjawab, "Benar, Rasulullah yang memberitahuinya kepadaku. Baginda bersabda, 'Ketika penghuni Syurga semua sudah masuk Syurga, mereka tinggal didalamnya sesuai dengan keutamaan amalan mereka. Mereka diizinkan pergi kepasar pada hari Jumaat, mengikut hitungan hari-hari seperti didunia. Mereka mengunjungi Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung, dan Allah memperlihatkan 'Arasy Nya kepada mereka pada sebuah taman dari taman-taman Syurga. Kemudian diletakkan bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya, mimbar-mimbar dari mutiara, mimbar-mimbar dari permata yaqut, mimbar-mimbar dari permata zamrud, mimbar-mimbar dari emas dan mimbar-mimbar dari perak. Seseorang yang lebih rendah kedudukannya diantara mereka pun duduk (dan tidak ada diantara mereka yang paling rendah kedudukannya) diatas bukit pasir dari kasturi dan kafur. Mereka tidak menganggap bahawa orang-orang yang duduk diatas kursi itu lebih utama tempat duduknya daripada mereka".

Aku (Abu Hurairah) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kita dapat melihat Tuhan ?". Baginda menjawab, "Apakah kamu masih memperdebatkan dalam hal melihat matahari dan bulan dimalam purnama ?". Kami menjawab, 'Tidak'. Baginda bersabda, 'Demikian pula, janganlah kamu memperdebatkan dalam hal melihat Tuhan kamu yang Mahamulia lagi Mahaagung. Tidak seorang pun terlewat dari majlis tersebut, melainkan Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung telah mendatanginya, sehingga Dia berfirman kepada salah seorang dari kamu, 'Wahai sifulan, tidakkah engkau ingat pada hari engkau berbuat bagini dan begitu (Allah mengingatkan ia akan perbuatan khianatnya semasa didunia). Lalu orang itu berkata, 'Wahai Tuhanku, bukankah telah Engkau ampuni aku ?'. Allah berfirman, 'Ya benar, dengan keluasan ampunan Ku, engkau sampai ditempatmu dihari ini'. Maka pada saat mereka didalam keadaan seperti itu, tiba-tiba mereka diliputi awan dari atas mereka. Lalu berjatuhanlah hujan wangi-wangian yang belum pernah mereka temui sedikit pun aroma seperti itu. Kemudian Allah memerintahkan, 'Bangunlah (kamu semua) untuk menyambut keramat (kemuliaan) yang telah Aku sediakan buat kamu. Dan ambillah apa saja yang kamu sukai".

"Lalu kami mendatangi pasar yang telah dikelilingi oleh para Malaikat. Didalam pasar tersebut terlihat sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini, dan belum pernah didengar oleh telinga, serta tidak juga pernah terlintas didalam hati. Maka, dibawakan untuk kami sesuatu yang kami sukai. Sedikit pun tiada kegiatan jualbeli dipasar itu. Dipasar itu hanyalah tempat pertemuaan penghuni Syurga antara satu sama lain. Maka, berdatanglah seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan bertemu dengan orang yang berkedudukan lebih rendah (sebenarnya tiada diantara mereka yang lebih rendah), sehingga orang yang berkedudukan dibawah itu tercengang melihat pakaian yang dikenakannya. Belum pun selesai perbualannya, muncul untuknya pakaian yang lebih baik daripada itu. Oleh kerana itu, tidak layak bagi seseorang merasa sedih didalamnya".

"Kemudian kami pulang kerumah masing-masing dan isteri-isteri kami menyambut kepulangan kami. Mereka mengucapkan, 'Selamat datang. Engkau telah pulang dengan wajah yang lebih tampan dan aroma yang lebih harum dari saat engkau meninggalkan kami'. Lalu kami pun menjawab, 'Sesungguhnya hari ini kami bermajlis dengan Tuhan kami yang Mahamulia lagi Maha Memaksa. Dan kami patut kambali didalam keadaan kami sekarang ini'".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ali bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya diSyurga terdapat sebuah pasar yang tidak digunakan untuk kegunaan jualbeli, kecuali ada beberapa laki-laki dan kaum wanita. Jika seseorang lelaki itu tertarik kepada seorang wanita, ia lalu masuk dan mengaulinya". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib.

Diriwayatkan oleh Abu Hadbah alias Ibrahim bin Hadbah, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di Syurga terdapat beberapa pasar yang tidak digunakan untuk kegiatan jualbeli. Ketika penduduk Syurga sampai di Syurga mereka duduk didalamnya sambil membelek-belek pada rumput mutiara dan tanah yang beraroma kasturi. Di Syurga mereka saling bercerita bagaimana keadaan didunia, bagaimana keadaan hamba-hamba Allah yang lain, bagaimana mereka selalu berjaga malam untuk solat dan berpuasa disiang hari, bagaimana kemiskinan dan kekayaan dunia, bagaimana kematian dan bagaimana mereka menjadi penghuni Syurga setelah sekian lama menderita".



BAB 133: SESEORANG TIDAK BOLEH MASUK KE SYURGA TAMPA SURAT KEBENARAN.

Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi dan Abu Bakar al-Khathib alias Ahmad bin Ali sebuah hadis dari Abdulrazzaq, dari ats-Tsauri, dari Abdulrahman bin Ziyad bin An'am, dari Atha' bin Yassar, dari Sulaiman al-Farisi bahawa Rasulullah bersabda, "Seseorang tidak boleh memasuki kedalam Syurga kecuali dengan tiket (surat kebenaran) yang bertulis, 'Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini adalah tulisan dari Allah kepada sifulan bin sifulan, masuklah kedalam Syurga yang tinggi, buah-buahnya dekat'".

Jika menurut saya (Imam al-Qurthubi), barang kali tiket (surat kebenaran) tersebut berlaku bagi orang yang tidak masuk Syurga tampa hisab. Pekara ini akan saya jelaskan lagi kemudian nanti, isnyaallah.



BAB 134: ORANG MISKIN ADALAH MANUSIA PERTAMA YANG MASUK SYURGA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Abdul Wahab ibnu Warad, dari Sa'id ibnu Musayyib bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata, "Wahai Rasulullah, tolong ceritakan kepadaku tentang orang-orang yang menjadi teman duduk Allah pada hari kiamat kelak ?". Baginda bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang takut, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang rendah hati dan orang-orang yang selalu mengingati Allah".

Dia bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, adakah mereka orang yang pertama masuk kedalam Syurga ?". Baginda menjawab, "Bukan !". Dia bertanya lagi, "Lalu, siapakah manusia yang pertama sekali masuk kedalam Syurga?". Baginda menjawab, "Orang-orang yang miskin mendahului manusia masuk kedalam Syurga. Para Malaikat menghampiri mereka dan berkata, 'Kembalilah kamu semua untuk dihisab terlebih dahulu'. Mereka menjawab, 'Kenapa pula kami harus dihisab ?. Demi Allah, sewaktu kami didunia kami tidak mempunyai sebarang harta sehingga kami tidak perlu disebut sebagai kedekut atau dermawan. Kami juga bukan seorang penguasa (ketua atau politikus atau yang berkuasa) sehingga kami tidak perlu dinilai sebagai adil atau zalim. Tetapi kami ditakdirkan Allah lahir kedunia (sebagai miskin) dan kami pula mengabdikan diri kepada Nya hinggalah akhir hayat kami (meninggal dunia)'. Sehingga dikatakan kepada mereka (oleh Malaikat itu), 'Masuklah ke Syurga sebagai pahala terbaik bagi orang-orang yang beramal'".

Diriwayatkan dari Nabi saw, bahawa baginda bersabda, "Takutlah kamu kepada Allah tentang orang-orang miskin. Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, Allah SWT berfirman, "Manakah makhluk pilihan Ku?". Malaikat bertanya, "Siapakah mereka wahai Tuhanku?". Allah berfirman, "orang-orang miskin yang sabar dan redha terhadap takdir Ku. Masukkan mereka ke Syurga". Mereka semua kemudian dimasukkan kedalam Syurga. Mereka makan dan minum. Semantara orang-orang kaya (dan penguasa) lalu-lalang sibuk menjalani hisab".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Orang-orang miskin kaum Muhajirin akan masuk Syurga lima ratus tahun lebih dahulu sebelum orang-orang kaya mereka". Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmidzi dari al-A'masy Sulaiman, dari Athiyah al-Aufi, dari Abu Sa'id. Dia berkata bahawa dengan sanad yang seperti ini maka hadis ini adalah hasan gharib.

Trimidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Orang-orang mukmin yang masuk Syurga lima ratus tahun lebih dahulu sebelum orang-orang kaya dengan berselisih hanya setengah hari, iaitu waktu yang lamanya lima ratus tahun". Katanya, hadis ini hasan sahih.

Diriwayatkan oleh Abu Darda, dari Umar ibnu Khathab bahawa ia pernah mendangar Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya orang-orang miskin kaum muslimin masuk Syurga sebelum orang-orang kaya dengan beza masanya setengah hari (masa diakhirat)". Seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan setengah hari ?". Baginda menjawab, "Iaitu lima ratus tahun". Ia bertanya lagi, "Berapa bulan dalam setahun ?". Baginda menjawab, "Lima ratus bulan". Ia bertanya lagi, "Berapa hari dalam sebulan ?". Baginda menjawab, "Lima ratus hari". Ia bertanya lagi (utk mendapatkan kepastian sebenar), "Berapa hari ?". Baginda menjawab, "Lima ratus hari mengikut hitungan kamu (masa didunia)". Demikian yang dikemukakan oleh al-Qhatibi didalam kitabnya bertajuk 'Uyun al-Akhbar'.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda, "Orang-orang miskin kaum muslimin masuk Syurga sebelum orang-orang kaya dengan perbezaan waktu empat puluh tahun". Kata Tirmidzi, hadis ini hasan sahih.

Disebutkan didalam 'Sahih Muslim' sebuah hadis dari Abdullah bin Amr bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak orang-orang Muhajirin akan mendahului orang-orang kaya ke Syurga dengan beza waktu empat puluh tahun".


FAKTA 1:

Menurut saya (Syeikh al-Qurthubi, penilis kitab ini), hadis-hadis yang beranika ragam yang telah dikemukakan diatas tadi, menunjukkan bahawa keadaan orang-orang miskin yang berbeza-beza. Begitu juga keadaannya kepada orang-orang kaya. Perkara ini sama sekali tidak bertentangan dengan keterangan riwayat hadis yang diketengahkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaiban sebelumnya iaitu, "Tiga orang yang masuk Syurga...". Sebab kedua ialah hadis tersebut berbeza maknanya.

Para ulamak tafsir berselisih pendapat mengenai orang-orang miskin yang bagaimanakah yang dikatakan akan masuk Syurga lebih dahulu dan juga perbezaan waktunya.  Tetapi berkenaan topik yang pertama, perselisihan dapat dicairkan dengan cara mengembalikan kemutlakkan (keutamaan) hadis Abu Hurairah pada keutamaan riwayatnya yang lain. Begitu juga dengan mengembalikan hadis Jabir pada hadir Abdullah bin Amr. Oleh kerana itu orang-orang miskin yang berhijrah (Muhajirin), kerana beza waktunya adalah empat puluh tahun.

Semantara itu, menurut keterangan hadis Abu Sa'id al-Khudri, jangka masanya adalah lima ratus tahun bagi orang-orang miskin Muhajirin. Menurut keterangan hadis Abu Darda', beza waktunya adalah setengah hari yang nilainya bersamaan denga lima ratus tahun bagi orang-orang miskin kaum muslimin.

Oleh itu, untuk kita memahami perbezaan maksud hadis-hadis tersebut, maka bolehlah diambil pengertian bahawa rombongan orang-orang miskin Muhajirin itu mendahului masuk Syurga sebelum rombongan orang-orang kaya mereka dengan perbezaan masa lima ratus tahun. Ada ulama yang berpendapat bahawa hadis Abu Hurairah, hadis Abu Darda' dan hadis Jabir itu mencakupi seluruh orang-orang miskin dari semua genarasi. Sehingga setiap rombongan orang-orang miskin  dalam angkatan genarasi tertentu itu akan masuk Syurga sebelum rombongan orang-orang kaya mereka dengan perbezaan masa selama lima ratus tahun, berdasarkan hadis Abu Hurairah dan hadis Abu Darda'. Tetapi ada juga ulama yang berpendapat bahawa perbezaan masa hanyalah empat puluh tahun mengikut hadis Jabir seperti yang telah dikemukan tadi.


FAKTA 2:

Hadis-hadis diatas itulah yang dijadikan hujjah oleh ulama yang mengatakan bahawa orang-orang miskin itu lebih utama (masuk ke Syurga) berbanding orang-orang kaya. Tetapi masaalah ini mengundang kepada perselisihan yang sangat sengit dikalangan ulama-ulama tafsir. Masing-masing gigih untuk mempertahankan pendapat masing-masing.

Abu Ali ad-Daqqaq satu hari pernah ditanya, "Mana yang lebih utama, orang kaya atau orang miskin ?. Beliau menjawab, "Yang lebih baik adalah kaya. Sebab kaya merupakan sifat Allah, manakala miskin adalah sifat makhluk. Betapa pun sifat Allah adalah lebih utama daripada sifat makhluk, Allah berfirman didalam surah Faathir ayat 15 mafhumnya: "Hai manusia, kamu fakir (miskin dan berkehendak) kepada Allah dan Allah Mahakaya lagi Mahaterpuji".

Pada hakikatnya, seorang hamba itu miskin sekalipun dia mempunyai banyak harta. Dia hanya akan dikatakan kaya jika sekiranya dia percaya secara mutlak kepada Allah (seluruh kekayaannya adalah milik Allah dan dia hanya diamanahkan buat semantara waktu saja). Dia tidak mahu melihat kepada yang lain selain Allah. Apabila hatinya terpaut (berkehendak) dan tergantung pada suatu kenikmatan duniawi, lalu ia merasa bahawa dirinya sangat memerlukannya, maka ia tetap menjadi hamba dan budak Nya. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan yang lainnya, "Sungguh celaka budak dinar...". Sesungguhnya kemuliaan seorang hamba itu terletak pada ketaatannya kepada Allah dan kesedarannya bahawa ia sangat memerlukan Nya (kebergantungan mutlak kepada Allah).

Berkata seorang penyair arab yang sangat indah untuk diperhatikan. Dia berkata, "Ketika aku sedang terbongkok-bongkok memerlukan Engkau.... aku merasa itulah kemuliaan yang sejati".

Orang kaya yang rakus dan hatinya selalu tergantung kepada harta dunia, sebenar-benarnya ia adalah orang yang sangat miskin. Tetapi orang kaya yang tidak peduli dan tidak bergantung sepenuhnya kepada harta dunia kerana beranggapan ia hanya amanah Allah dan sekadar untuk memenuhi keperluan hidup sahaja. Mereka inilah sebenar-benarnya orang yang kaya. Rasulullah bersabda didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, "Kaya yang sejati bukanlah kaya harta. Tetapi kaya yang sejati adalah kaya hati".

Hadis inilah yang menjadi ilham kepada Utsman bin Sa'dan al-Mushili untuk menulis sebuah syair;
"Terimalah dengan puas apa yang mencukupi mu
dan pergunakanlah dengan senang hati...
Kerana sesungguhnya kamu tidak tahu apakah pagi atau petang".

Oleh itu, kekayaan atau kemiskinan sejati itu tidak ada kena mengena dengan harta, melainkan hanyalah bersangkutan soal hati. Secara terperinci masaalah ini telah saya (Imam al-Qurthubi) telah kemukakan didalam kitab saya bertajuk 'Qam'u al-Harshi Waqad Baqiyat'.

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), ada satu lagi tingkat maqam darjat yang tertinggi, iaitu maqam merasa cukup dengan rezeki kurniaan Allah. Ini seperti mana yang selalu dipohon oleh Rasulullah didalam doanya kepada Allah iaitu, "Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad yang sederhana". Didalam riwayat Muslim disebut, "Sekadar yang mencukupi keperluan".

Seperti yang kita ketahui bahawa Rasulullah selalu memohon keadaan yang terbaik, darjat yang paling tinggi dan amalan yang paling utama. Para ulama sepakat bahawa memohon sesuatu yang berlebih-lebihan adalah makruh dan kekayaan yang disalah guna itu adalah perbuatan yang sangat tercela.

Didalam kitab 'Sunan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Tiada orang kaya ataupun orang miskin melainkan pada hari kiamat nanti menginginkan sekiranya diberikan padanya sesuatu dari dunia yang cukup untuk dimakan". Ertinya, yang ditengah-tengah antara kaya dan miskin. Didalam hadis riwayat Baihaqi, Nabi saw bersabda, "Sebaik-baik pekara ialah yang ditengah-tengah".

Itulah keadaan yang selamat dari keburukan-keburukan kekayaan dan keburukan-keburukan miskin. Nabi saw selalu memohon perlindungan kepada Allah dari kedua-duanya. Kesederhana itu lebih baik daripada kedua-duanya. Orang yang hidup sederhana cenderung tidak berlebih-lebihan dalam menikmati kesenangan dunia dan keindahannya. Orang miskin yang sabar dengan segala pahit getir kemiskinan, akan mendapatkan pahala yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Berdasarkan pekara ini, orang-orang yang hidup sederhana, insyaallah akan termasuk didalam golongan orang-orang miskin yang lebih dahulu masuk ke Syurga sebelum orang-orang kaya dengan perbezaan masa selama lima ratus tahun, kerana mereka adalah golongan yang ditengah-tengan yang adil. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 143 yang mafhumnya;
"Begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan, supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia; dan Rasul menjadi saksi pula keatas perbuataanmu...".


FAKTA TAMBAHAN:

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Umar bahawa Umar pernah berucap ditengah-tengah mereka di Jabiyah. Ia berkata, "Wahai manusia, aku pesankan kepada kamu semua untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian orang-orang sesudah mereka. Selanjutnya pembohongan (fitnah) akan bermarajalela dimana-mana. Sehinggakan ada yang berani bersumpah, tetapi tidak mahu diminta (dituntut) sumpahnya itu. Ada yang menjadi saksi, tetapi tidak dituntut kesaksiannya. Jika ada seorang lelaki berduaan saja (khalawat) dengan seorang wanita, maka pihak ketiganya adalah Syaitan. Kamu semua wajib setia kepada Jemaah (ASWJ) dan janganlah kamu berpecah-belah. Sesungguhnya Syaitan itu bersama-sama orang yang bersendirian. tetapi akan menjauh jika kamu berdua (berjemaah). Sesiapa yang suka kepada nikmat Syurga, ia misti setia kepada jemaah dan sesiapa yang merasa suka berbuat kebajikan dan merasa sedih berbuat jahat, itulah orang mukmin sejati". Kata Abu Isa, hadis ini hasan, sahih dan gharib.



BAB 135: SEKITAR KEADAAN BERKENAAN SYURGA.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk Syurga (dari umatku) bercahaya bagaikan bulan pada malam purnama. Rombongan seterusnya lebih cermerlang dari bintang-bintang yang bergemerlapan (kemudian itu menyusul pula rombongan-rombongan lain). Mereka tidak buang air kecil atau air besar. Mereka tidak membuang ingus dan tidak meludah. Sikat rambut mereka dari emas, peluh mereka dari kasturi dan bekas minyak wangi mereka daripada kayu gaharu yang harum. Isteri-isteri mereka adalah bidadari". Didalam riwayat yang lain disebutkan dengan tambahan, "Setiap pemuda (penduduk Syurga) mempunyai dua isteri yang sepasang betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya dibawah kulit kerana tersangat indahnya. Mereka tidak pernah bertengkar atau marah-marah (membebel dan cemburu). Hati mereka selalu bersatu dalam tasbih kepada Allah pagi dan petang".

Didalam satu riwayat disebutkan, "... Akhlak mereka sama. Tinggi badan mereka seperti nenek moyang mereka". Dalam riwayat yang lain pula disebutkan, "... Bentuk badan mereka seperti nenek moyang mereka (Nabi Adam dan Hawa), iaitu setinggi enam puluh hasta".

Berkata Abu Hurairah seperti yang dipetik oleh Abu Kuraib, "Ketika para sahabat bertanya kepada Rasulullah, 'Di Syurga, mana yang lebih banyak, lelaki atau wanita ?'. Baginda menjawab, "Setiap pemuda mendapat dua orang isteri yang sepasang betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya dibawah kulit kerana tersangat indannya. Didalam Syurga itu tiada yang membujang'".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya salah seorang wanita dari penghuni Syurga itu kelihatan betis mereka berwarna putih dibaluti dengan pakaian tujuh puluh lapis, bahkan kelihatan sumsumnya. Hal ini disebabkan Allah berfirman: 'Seolah-olah mereka adalah permata yaqut dan marjan'. Permata yaqut adalah batu yang apabila kamu memasukkan benang didalamnya lalu kamu bersehkan, nescaya kamu boleh melihatnya dari bahagian sebaliknya (lutsinar)".

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, "Seandainya salah seorang wanita dari penghuni Syurga memperlihatkan diri mereka kepada penduduk bumi, nescaya ia akan bercahaya terang dan penuh aroma yang harum. Sesungguhnya penutup kepalanya saja adalah lebih baik daripada dunia seisinya".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Syahr bin Hausyab, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Penduduk Syurga itu halus kulitnya, muda dan bercelak bulu matanya. Keremajaan mereka tidak pernah musnah dan pakaian mereka tidak pernah rosak". Tarmidzi berkata, hadis ini gharib.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Abdulrahman bin Ghanam, dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda, "Penduduk Syurga akan masuk Syurga dalam keadaan berkulit halus, muda dan bercelak bulu matanya. Mereka berusia antara tiga puluh tahun hingga tiga puluh tiga tahun". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Qatadah secara mursal.

Diriwayatkan oleh Ibnu Adi dan al-Mayanasyi sebuah hadis dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda, "Kulit penghuni Syurga itu halus kecuali Musa bin Imran yang memiliki jangut hingga kepusat".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Sa'ad bin Abu Waqqash bahawa Nabi saw bersabda, "Sungguh seandainya kenikmatan Syurga sekadar apa yang boleh dibawa oleh kuku (dicelah kuku) kelihatan kedunia, nescaya terhiaslah antara langit dan bumi kerananya. Seandainya seorang laki-laki (penduduk Syurga) terlihat didunia kemudian kelihatan gelangnya, nescaya ia memudarkan (menengelamkan) cahaya matahari, sebagaimana matahari memudarkan cahaya bintang". Kata Tirmidzi, hadis ini hasan gharib.

Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, "Siapa sahaja diantara penghuni Syurga yang meninggal dunia, baik yang masih kecil mahupun yang sudah tua, nescaya mereka akan kelihatan sebagai anak muda berumur tiga puluh tahun di Syurga. Tidak lebih dan tidak kurang. Demikian juga penghuni Neraka". Kata Tirmidzi, hadis ini hasan gharib. Kami tidak mengenalnya selain dari hadis Rasyidin.


FAKTA:

Telah disebutkan didalam hadis Abu Hurairah tadi, "Setiap pemuda (penghuni Syurga) mempunyai dua orang isteri". Demikian juga yang disebutkan didalam hadis Imran bin Hashin, "Sesungguhnya menoriti penduduk Syurga adalah wanita".

Para Ulama tafsir Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) semuanya bersepakat menyatakan berkenaan jenis kaum wanita (yang masuk Syurga itu). Yang menjadi perselisihan pendapat adalah berkenaan jenisnya, iaitu kaum wanita dan kaum lelaki didunia, manakah diantara mereka yang paling ramai berada didalam Syurga ?. Jika yang diperselisihkan adalah maksud yang pertama, iaitu jenis wanita secara umum, maka hadis Abu Hurairah boleh dijadikan sebagai hujjah. Tetapi jika yang diperselisihkan mengenai jenisnya, iaitu kaum wanita yang berada didunia, maka wanita yang berada di Syurga itu menjadi lebih sedikit (sebab kebanyakannya dimasukkan kedalam Neraka).

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), mungkin pekara ini disebabkan pada saat itu kaum wanita berada didalam Neraka. Tetapi, ketika mereka telah dikeluarkan dari dalam Neraka berkat adanya Syafaat serta rahmat Allah sehingga semua orang yang mengesakan Allah tidak ada satu pun yang masih tinggal disana, maka jumlah kaum wanita di Syurga akan menjadi lebih ramai. Pada waktu itulah semua pemuda penghuni Syurga masing-masing akan mendapat dua orang isteri dari wanita dunia. Dan jika ditambah dengan bidadari, maka masing-masing boleh beristerikan lebih ramai lagi.

Disebutkan didalam hadis Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling rendah martabatnya memiliki lapan puluh ribu pelayan dan tujuh puluh dua orang isteri'. Hadis gharib ini dikemukan oleh Tirmidzi. Serupa dengan ini adalah hadis riwayat Abu Umamah  yang diriwayatkan oleh Abu Muhammad ad-Darami yang akan dikemukakan nanti.

Sabda Nabi saw, "Sikat rambut mereka daripada emas dan perak, dan bekas minyak wangi mereka dari kayu gaharu yang harum". Ini mengundang pertanyaan, apakah di Syurga nanti seseorang perlu untuk bersikat rambut mereka ?. Bukankah rambut mereka selalu kemas dan tidak pernah kotor ?. Apakah diSyurga perlu ada bekas minyak wangi ? Bukankah aroma mereka telah seharum kasturi ?.

Jawapan dari persoalan itu tadi ialah bahawa semua nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada penghuni Syurga bukan semata-mata  untuk memenuhi keperluan atau mengatasi masaalah (seperti didunia). Contohnya, pakaian di Syurga bukanlah untuk menutup tubuh dari bertelanjang. Atau makanan bukan supaya mereka tidak lapar. Atau minuman bukanlah supaya mereka tidak merasa haus dahaga. Atau minyak wangi, bukan supaya mereka tidak berbau busuk dan seterusnya lagi. Semua nikmat-nikmat itu akan berterusan dan kekal abadi.

Sila simak firman Allah didalam surah Thaahaa ayat 118 dan 119, mafhumnya, "Sesungguhnya engkau tidak lapar didalamnya dan tidak pula bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau tidak haus (dahaga) didalamnya dan tidak pula (panas) waktu matahari naik". Hikmah disebalik semua ini adalah kerana Allah ingin menganugrahkan mereka berbagai jenis kenikmatan seperti yang mereka rasakan didunia. Bahkan Allah boleh saja menambah berbagai lagi nikmat-nikmat lain yang tidak pernah diketahui oleh sesiapapun kecuali hanya Dia yang Mahamengatahui.

Menyentuh soal penghuni Neraka, Allah juga berfirman, "Ketika belenggu dan rantai dipasang dileher mereka, seterusnya mereka diseret kedalam Neraka yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api". Allah juga berfirman didalam surah Muzammil ayat 12 yang mafhumnya, "Sesungguhnya disisi Kami ada belengu dan Neraka". Oleh itu, jenis-jenis seksaan yang digambarkan itu adalah juga sama seperti yang terdapat didunia.

Berkata asy-Syu'bi, "Jangan sekali-kali kamu mengira bahawa Allah membelenggu penghuni Neraka kerana khawatir mereka akan lari. Tidak sama sekali tidak. Tetapi, hanya agar ketika mereka cuba naik, mereka akan merasakan beban yang sangat berat dan ini tentunya sangat menyeksakan".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Sa'id bin Abu Ayub, dari Aqil, dari Ibnu Syihab bahawa ia berkata, "Bahasa penghuni Syurga itu bahasa Arab. Dan ketika mereka keluar dari dalam kuburan, mereka berbahasa dengan bahasa masing-masing".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak bahawa Sufyan berkata, "Kami mendengar pada hari kiamat kelak manusia masih boleh berkata-kata dengan bahasa mereka masing-masing. Tetapi apabila mereka sudah berada didalam Syurga, mereka berkata-kata didalam bahasa Arab sahaja".



BAB 136: BIDADARI DAN PENGHUNI WANITA DI SYURGA.


Disebutkan bahawa di Syurga nanti umur seluruh kaum wanita adalah sama. Adapun bidadari pula berbeza-beza, ada yang muda dan ada pula yang tua, mengikut keinginan penghuni Syurga (suami mereka).

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Ali bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya didalam Syurga terdapat sebuah tempat berkumpulnya para bidadari. Mereka menyanyikan lagu yang belum pernah didengari oleh  seluruh makhluk. Mereka berkata, 'Kami adalah wanita-wanita abadi dan tidak akan binasa. Kami adalah wanita-wanita yang mengairahkan dan tidak pernah berputus asa. Dan kami adalah wanita-winata yang selalu redha dan tidak pernah marah. Sungguh beruntung orang memiliki kami dan kami menjadi miliknya". Kata Abu Isa atz-Tirmidzi, hadis Ali ini adalah hadis gharib.

Saidatina Aisyah ra. berkata, "Mendengar ucapan para bidadari itu, wanita-winata beriman dari kaum hawa yang hidup semasa didunia pula menjawab, 'Kami adalah winita-wanita yang menunaikan solat, sedangkan kamu tidak pernah solat. Kami adalah wanita-wanita yang menunaikan puasa, sedangkan kamu tidak pernah puasa. Kami adalah wanita-wanita yang berwuduk sedangkan kamu tidak pernah berwuduk. Kami adalah wanita-wanita yang suka bersedekah sedangkan kamu tidak pernah bersedekah. Jadi kami kaum muslimah didunia boleh mengalahkan para bidadari tersebut".

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ka'ab al-Qarzhi bahawa ia berkata, "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, seandainya seorang bidadari memperlihatkan gelangnya dari A'rasy, nescaya kilauan perhiasannya itu boleh memadamkan cahaya matahari dan bulan. Lalu bagaimanakah (rupa paras) bidadari yang memakai gelang tersebut ?. Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah berupa pakaian mahupun perhiasan yang dipakainya, ia juga akan memakainya seperti yang dipakainya".

Kata Abu Hurairah, "Sesungguhnya didalam Syurga ada seorang bidadari bernama  Aina' yang jika ia berjalan diapit pengawal seramai tujuh puluh ribu anak-anak muda disebelah kanan dan kirinya. Ia berkata, 'Mana orang-orang yang suka menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran".

Kata Ibnu Abbas, "Sesungguhnya didalam Syurga terdapat bidadari bernama Lu'bah. Dengan sekali meludah kelaut sahaja, nescaya laut akan berubah menjadi tawar. Dilehernya ada tertulis, 'Sesiapa yang ingin memiliki ku, Ia harus taat kepada Tuhanku yang Mahamulia lagi Mahaagung'".

Diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa baginda menceritakan prihal bidadari yang pernah baginda lihat sewaktu peristiwa Isra'. Baginda bersabda, "Aku melihat keningnya bagaikan bulan sabit disepanjang purnama. Pada kepalanya terdapat seratus jalinan rambut. Dicelah-celah jalinan rambut itu terdapat tujuh puluh ribu jambul yang lebih berkilau daripada purnama. Ia juga memakai mahkota dari untaian mutiara indah. Pada keningnya terdapat dua baris ayat yang ditulis dengan mutiara. Baris pertama berbunyi, 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang'. Dibaris kedua berbunyi, 'Siapa yang menghendaki aku, ia harus berusaha taat kepada Tuhanku'. Jibril berkata kepadaku, 'Wahai Muhammad, bidadari itu dan yang sepertinya adalah untuk umatmu. Oleh kerana itu bergembiralah kamu wahai Muhammad. Beritahulah kabar gembira ini kepada umatmu dan suruhlah mereka untuk berjuang mendapatkannya'".

Diriwayatkan oleh al-Akhattali alias Abu Qasim, dari Ibrahim bin Abu Bakar. dari Abu Ishak, dari Muhammad bin Shalih azh-Zhanyi bahawa pada suatu hari Atha' as-Sulami bertanya kepada Malik bin Dinar, "Wahai Abu Yahya (nama gelaran Malik bin Dinar), tolong ceritakan kepada kami tentang keadaan Syurga ?". Malik bin Dinar berkata, "Wahai Atha', sesungguhnya didalam Syurga terdapat bidadari yang diidam-idamkan oleh penduduk Syurga kerana kecantikan mereka. Seandainya Allah telah menentukan bahawa penduduk Syurga itu tidak akan mati, nescaya mereka semua akan mati kerana melihat kecantikan bidadari tersebut". Semenjak mendengar cerita Malik bin Dinar itu, Atha' selalu kelihatan murung dan bersedih selama empat puluh hari.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu'ammar, dari Abu Ishak, dari Amr bin Maimun al-Audi, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia berkata, "Sesungguhnya sumsum sepasang betis bidadari boleh kelihatan dibawah daging, tulang dan tujuh puluh lapisan pakaian. Sama seperti setokin kaki berwarna merah yand dapat dilihat dari sebalik kaca yang putih".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Rasydin, dari Ibnu An'am. dari Hibbari bin Abu Jabalah bahawa ia berkata. "Sesungguhnya wanita-winata dunia yang masuk Syurga, mereka memiliki kelebihan atas bidadari disebabkan amal-amal yang mereka kerjakan".

Disebutkan didalam sebudh hadis marfu, "Sesungguhnya wanita-wanita kaum hawa itu lebih baik tujuh puluh kali ganda lagi dari bidadari Syurga".


BAB 137: EMAS KHAWIN BIDADARI SYURGA ADALAH AMALAN-AMALAN SOLEH.


Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 25 yang mafhumnya;

"Berilah khabar gembira orang-orang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka itu Syurga yang mengalir air sungai dibawahnya. Tiap-tiap mereka mendapat rezeki daripada buah-buahannya. Mereka berkata: Ini seperti rezeki yang telah diberikan kita (didunia) dahulu. Mereka diberi rezeki yang serupa dan untuk mereka dalam Syurga isteri-isteri yang suci, sedang mereka kekal didalamnya".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim alias Abu Abdullah didalam kitabnya yang bertajuk 'Nawadir al-Usul', dari al-Khattab Abu Khattab, dari Sahal bin Hammad Abu Uttab, dari Jarir bin Ayub al-Bajali, dari asy-Syu'bi, dari Nafi bin Burdah, dari Abu Mas'ud al-Ghifari bahawa Nabi saw bersabda, "Setiap hamba yang berpuasa sehari didalam bulan Ramadhan ia mendapat seorang isteri bidadari didalam sebuah tenda dari mutiara berongga seperti yang dijelaskan didalam firman Allah: '(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih diletak didalam rumah'.

"Masing-masing dari mereka memakai tujuh puluh lapis pakaian dan setiap potong pakaian berbeza-beza warnanya. Masing-masing dari mereka diberi tujuh puluh jenis haruman yang berbeza antara satu dengan yang lain. Masing-masing dari mereka diberikan tujuh puluh buah katil dari permata yaqut merah yang dihias dengan mutiara. Pada setiap katil pula terdapat tujuh puluh buah tilam dan setiap tilam terdapat tujuh puluh buah bantal".

"Masing-masing dari mereka memiliki tujuh puluh ribu pelayan wanita dan tujuh puluh ribu pelayan lelaki yang masih muda belia yang sentiasa siap sedia memenuhi keperluannya.  Setiap pelayan membawa dulang dari emas yang berisi berbagai jenis makanan yang lazat-lazat. Pasangannya juga diberikan yang sama seperti itu. Ia berada diatas katil permata merah dengan memakai sepasang gelang dari emas yang ditaburi dengan permata yakut berwarna merah. Itu semua kerana dia telah melakukan puasa sehari dibulan Ramadhan, belum termasuk dengan amalan-amalannya yang lain".

Diriwayatkan oleh Abu Isa atz-Tirmidzi sebuah hadis dari al-Miqdad bin Ma'di Karib bahawa Rasulullah bersabda, "Bagi orang yang mati Syahid mendapat enam anugrah disisi Allah. Diantaranya ia akan mendapatkan tujuh puluh dua pasangan isteri bidadari". Pekara ini telah dijelaskan didalam bab 'Pekara-pekara yang dapat menyelamatkan dari huru-hara dan fitnah kubur' yang lalu.

Jika menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), hadis ini memperkuatkan lagi hadis Abu Hurairah yang telah dikemukan diatas tadi iaitu, dua orang isteri yang diberi kepada penduduk Surga lelaki adalah wanita-wanira dunia. Berkata Yahya bin Mu'adz, "Meninggalkan kesenangan dunia itu sememangnya sangat berat, tetapi melewatkan nikmat Syurga itu jauh lebih berat. Meninggalkan kesenangan dunia itu adalah emas khawin bagi kenikmatan akhirat". Ada ulama yang mengatakan bahawa emas khawin untuk bidadari adalah dengan amalan menyapu masjid. Diriwayatkan secara marfu oleh Ibnu Jauzi dan ats- Tsa'labi sebuah hadis dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, "Menyapu masjid adalah emas khawin untuk bidadari".

Diriwayatkan oleh al-Hajtsami dan Thabrani, dari Qarshafah bahawa ia mendengar Nabi saw bersabda, "Mengeluarkan sampah dari masjid adalah emas khawin bidadari".

Bersumber dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Emas khawin bidadari adalah segenggam korma dan sepotong roti". Berkata Ibnu Jauzi, hadis ini tidak sahih.

Kata Abu Hurairah, "Salah seorang dari kamu menikahi sifulan binti sifulan dengan emas khawin dengan harta yang banyak, tetapi ia meninggalkan emas khawin bidadari Syurga yang emas khawinnya hanyalah sesuap makanan, korma dan sepotong pakaian".

Muhammad bin Nu'man al-Muqri bercerita, "Suatu hari ketika aku sedang duduk disebelah al-Jalla al-Muqri di Masjidil Haram di Mekah, tiba-tiba lalu dihadapan kami seorang datok (orang tua) yang berbadan besar dan tinggi berpakaian compang-camping. Al-Jalla bangun dan menghampirinya. Setelah beberapa waktu bercakap-cakap dengan orang tua itu, ia kemudian kembali duduk disebelah ku. Ia bertanya, "Kamu kenal siapa orang tua itu tadi ?". Aku menjawab, "Tidak". Ia berkata, "Dia telah membeli seorang bidadari Allah dangan harga membaca al-Quran sebanyak empat ribu kali (katham). Setelah melunaskannya, satu malam ia bermimpi melihat bidadari itu dengan memakai pakaian dan perhiasan yang indah. Dia bertanya, 'Siapa kamu ?'. Bidadarin itu menjawab, 'Aku adalah bidadari yang telah kau beli dari Allah dengan emas khawin empat ribu bacaan al-Quran itu. Ia memangnya harga ku, tetapi berapakah yang akan kau berikan kepada ku'. Ia menjawab, 'Seribu kali membaca al-Quran. Semenjak dari itu, orang tua tadi terus berusaha agar boleh mendapatkannya'".

Diriwayatkan oleh Sahnun bahawa ia bercerita, "Di Mesir terdapat seorang lelaki bernama Sa'id. Ia memiliki seorang ibu sangat rajin beribadah. Setiap kali ia solat tengah malam, ibunya ikut solat dibelakangnya. Ketika ia diserang rasa mengantuk yang sangat berat, ibunya akan mengingatkannya, 'Wahai Sa'id, orang yang takut pada Neraka dan ingin meminang bidadari Syurga yang tersangat cantik jelita itu tidak boleh tidur'. Sa'id lalu tersentak lalu bangun dengan ketakutan yang amat sangat".

Diceritakan oleh Tsabit, "Ayahku termasuk orang yang sangat tekun menunaikan solat sunat tenggah malam. Pada suatu malam, aku bermimpi melihat seorang wanita yang tidak seperti wanita-wanita biasa, lalu aku bertanya kepadanya, 'Siapa kamu?'. Ia menjawab, 'Bidadari... aku adalah hamba Allah'. Aku bertanya lagi, 'Bolehkah kamu menjadi isteriku?'. Ia berkata, 'Kamu mesti melamar kepada Tuhanku dan menbayar emas khawinku'. Aku bertanya, 'Apakah emas khawinmu?' Ia menjawab, 'Tekun menunaikan solat sunat tahajud'".

Seorang penyair bersyair;

"Wahai orang yang meminang bidadari didalam pingitan, ayuh... bangunlah dan jangan malas. Perangilah nasfumu dengan penuh kesabaran... jauhi dan tinggalkanlah manusia. Bersendiri dalam mengingati Nya. Solatlah kamu ketika malam datang menjelang dan puasalah pada siang harinya. Itulah mahar untuknya.... Sekiranya kamu melihat bidadari datang menghampirimu. Berjalan dengan kilauan kalong yang melingkari lehernya... nescaya kamu akan bersemangat mengumpulkan maharnya... mistipun harus meninggalkan gemerlapnya dunia".

Mudhar al-Qari' bercerita, "Pada suatu malam, kerana tersangat mengantuk aku tertidur setelah habis membaca hizibku (zikir). Didalam tidur itulah aku bermimpi melihat seorang gadis yang wajahnya laksana bulan purnama. Pada tangannya ia membawa sebuah buku. Dia menghampiriku dan bertanya, 'Bolehkah kamu membaca?'. Aku menjawab, 'Boleh'. Ia berkata, 'Bacalah buku ini'. Aku pun membuka buku yang diberikan kepada ku itu. Tetapi, belum pun sempat aku menghafal isi kandungnya... tiba-tiba aku pun terbangun".

Seorang penyair arab mengatakan;

"Kenikmatan dan angan-angan kosong telah membuatmu lalai dari Firdaus, namun yang terbentang, dan bilik-bilik Syurga yang lapang... Ayuhlah, bangunlah dari tidurmu... kerana sesungguhnya tahajud dan membaca al-Quran itu lebih baik daripada tidur".

Malik bin Dinar bercerita, "Aku punya catitan wirid-wirid yang aku baca setiap malam. Pada suatu malam aku tertidur setelah terlalu penat membacanya. Alu bermimpi melihat seorang gadis yang tersangat jelita wajahnya sambil memegang sebuah buku ditangannya. Ia bertanya kepadaku, 'Kamu pandai membaca?'. Aku menjawab, 'Ya'. Lalu dia memberikan buku itu kepadaku untuk dibaca. Ternyata isinya adalah bait-bait berikut;
"Tidur telah membuatmu terlena dari memburu harapan-harapan dan mengejar kesenangan-kesenangan Syurga. Disana kelak kamu akan hidup abadi tampa ada lagi kematian. Kamu akan bersenang-senang dengan bidadari didalam sebuah bilik. Bangunlah dari tidurmu... sesungguhnya tahajud dan membaca al-Quran itu lebih baik daripada tidur".

Diriwayatkan oleh Yahya bin Isa bin Dharar as-Sa'di, seorang yang menangis selama enam puluh tahun kerana kerinduannya kepada Allah, ia bercerita, "Pada suatu malam aku bermimpi melihat sebuah sungai yang mengalirkan kasturi yang sangat harum. Ditepi sungai tersebut terdapat sebuah pohon mutiara yang membuahkan batang-batang emas (jongkong-jongkong emas). Dibawahnya duduk beberapa orang bidadari dengan dandanan yang sangat cantik. Dengan suaranya yang merdu mereka membaca puji-pujian kepada Allah. Aku menghampiri mereka dan bertanya, 'Siapakah kamu semua?'. Mereka menjawab, 'Hamba ciptaan Allah'. Aku bertanya lagi, 'Apa yang kamu buat disini?'. Mereka menjawab, 'Kami sedang bermunajad kepada Allah SWT seru seklian alam ketika banyak manusia yang sedang bingung lelap tidur. Tuhan manusia dan Rabb Muhammad itu membiarkan kami disunting oleh orang-orang yang setia menunggu malam'. Aku berkata, 'Bagus...bagus!, Ini pasti termasuk diantara mereka. Allah telah memberikan kesenangan kepada mereka'. Mereka bertanya, 'Adakah kamu mengenali mereka itu?'. Aku menjawab, 'Tidak...aku tidak mengenali mereka'. Mereka berkata, 'Mereka adalah orang-orang yang suka berjaga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud'".



BAB 138: DARI APA BIDADARI DICIPTAKAN ALLAH S.A.W

Diriwayatkan oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah ditanya berkenaan makhluk bidadari itu, dari apakah ia diciptakan ?. Baginda bersabda, "Dari tiga pekara, bahagian bawahnya dicipta dari kasturi. Bahagian tengahnya dicipta dari ambar dan bahagian atasnya diciptakan dari kapur barus. Rambut dan bulu matanya yang hitam tebal itu daripada cahaya".

"Aku bertanya kepada Jibril, 'Tolong ceritakan kepadaku, bagaimanakah Allah menciptakan bidadari itu?. Jibril berkata kepadaku, 'Wahai Muhammad, Allah menciptakan mereka dari potongan ambar dan za'faran. Mereka dibuatkan tanda-tanda khusus. Pertama sekali Allah menciptakan buah dada mereka dari kasturi putih yang sangat harum, dan bahagian inilah yang memperindahkan tubuh mereka'".

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata, "Allah menciptakan bidadari dari hujung jari kaki hingga kelutut daripada za'faran. Dari lutut hingga kebuah dada mereka daripada kasturi putih yang sangat harum. Dari buah dada hingga keleher diperbuat dari ambar kelabu dan dari leher hingga kekepala diperbuat dari kapur barus putih. Pada kepalanya dipasangkan tujuh puluh ribu perhiasan dari tumbuh-tumbuhan bernama Syaqiq Nu'man. Jika sedang mengadap, wajahnya memancarkan sinaran cahaya yang sangat terang seperti kilauan matahari yang menerangi penduduk dunia. Dan juga bila sedang mengadap, hatinya kelihatan kerana pakaiannya yang nipis. Pada kepalanya dipasangkan tujuh puluh ribu jambul dari kasturi yang sangat harum dan pada setiap jambul dibela oleh seorang pelayan wanita yang kemudiannya berkata, 'Inilah pahala bagi orang-orang yang dikasihi Allah sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan'".



BAB 139: KEDUDUKAN ISTERI-ISTERI KAMU DISYURGA.

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Malik bahawa ia bercerita, "Sesungguhnya Asma' binti Abu Bakar ash-Shidiq adalah merupakan isteri kepada Zubair ibnu Awam. Ia pernah berani melawan suaminya sehingga ia dicela. Zubair pernah marah kepada Asma' dan juga kepada madunya. Ia mengikat rambut kedua-dua isterinya itu sehingga menjadi satu dan kemudian memukul mereka dengan kuat. Madunya merasa ketakutan, tetapi Asma' tidak. Sehingga ia mendapat pukulan lebih teruk. Asma' lalu pergi mengadu pekara itu kepada ayahnya.  Abu Bakar kemudian memberinya nasihat dan berkata, 'Bersabarlah wahai puteriku. Sesungguhnya Zubair itu seorang yang soleh. Mudah-mudahan ia kelak akan juga menjadi suami kamu di Syurga'".

Saya (Imam al-Qurthubi) pernah mendengar sebuah riwayat yang menyatakan bahawa apabila seseorang lelaki menikahi seorang gadis (anak dara), maka mereka juga akan menjadi suami isteri semasa di Syurga. Menurut Abu Bakar ibnu Arabi seperti yang disebut didalam kitabnya bertajuk 'Ahkam al-Qur'an',  hadis itu gharib. Jika seorang wanita yang telah memiliki beberapa orang suami semasa hayatnya didunia, maka suaminya yang terakhirlah yang akan menjadi suaminya di Syurga kelak. Oleh itu Huzaifah pernah berpesan kepada isterinya, "Jika kamu ingin aku menjadi suamimu di Syurga nanti, kalau memang Allah berkenan mempertemukan kita disana, maka kamu jangan mencari suami lagi selepas sepeninggalanku. Sebab diakhirat, seorang wanita itu akan menjadi milik suaminya yang terakhir semasa didunia".

Mu'awiyah bin Abu Sufyan pernah meminang Ummud Darda'. Wanita ini menolaknya dan berkata, "Aku pernah mendengar Abu Darda' (mendiang suaminya) menceritakan sebuah hadis Rasulullah bahawa beliau berkata, 'Di Syurga kelak, seorang wanita itu akan menjadi milik suaminya yang terakhir. Ia berpesan kepada ku, 'Jika kamu ingin menjadi isteriku di Syurga nanti, maka sepeninggalanku kamu jangan bernikah lagi'. Demikian yang telah diriwayatkan oleh Thabrani.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar an-Najjad, dari Ja'far bin Muhammad bin Syakir, dari Ubaid bin Ishak al-Aththar, dari Sanan bin Harun, dari Humaid, dari Anas bahawa Ummu Habibah isteri Nabi saw bertanya, "Wahai Rasulullah, seorang wanita pernah mempunyai dua orang suami semasa didunia. Setelah meninggal dunia kedua-dua mereka sama-sama dikumpulkan di Syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya, suami yang pertama atau suami yang kedua?". Baginda bersabda, "Yang paling baik akhlaknyalah yang akan menjadi suaminya, wahai Ummu Habibah". Demikian riwayat Thabrani dab al-Bazzar.

Sesungguhnya akhlak yang baik membawa kebajikan didunia dan akhirat. Ada yang berpendapat, jika seorang wanita pernah memiliki beberapa orang suami sewaktu didunia, maka ia disuruh untuk memilihnya.



BAB 140: DI SYURGA ADA MAKAN, MINUM DAN PERNIKAHAN, TETAPI TIADA KOTORAN DAN TIDUR.

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Jabir bin Abdullah bahawa ia pernah mendengar Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya penduduk Syurga makan dan minum didalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak buang air besar dan tidak membuang ingus". Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Bagaimanakah dengan makanan yang mereka makan?". Baginda menjawab, "Keluar dari sendawa (angin perut yang keluar melalui mulut) yang aromanya sama seperti kasturi. Mereka selalu bertasbih dan bertahmid". Didalam satu riwayat yang lain ditambah, "...dan takbir sebanyak tarikkan nafas mereka (yang dihela)".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw bersabda, "Di Syurga, seseorang mukmin diberikan kekuatan bersetubuh sebanyak sekian dan sekian". Seorang Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ia akan mampu melaksanakannya?". Baginda menjawab, "Ia akan diberikan kekuatan seumpama seratus orang".

Diriwayatkan oleh ad-Darimi dalam kitabnya bertajuk 'Musnad ad-Darimi', dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah bersabda, "Seseorang dari penghuni Syurga akan diberikan kekuatan seratus orang dalam makan, minum, bersetubuh dan bersenang-senang". Seorang Yahudi membantah, "Sesungguhnya orang yang makan dan minum adalah kerana kehendaknya sendiri". Setelah habis berkata, ia tiba-tiba ia banyak berpeluh dan  perutnya memulas (kerana lapar).

Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan al-Makhrami alias Abdullah bin Ayub, dari Abu Usamah, dari Hisyam, dari Zaid bin Abu al-Hawari alias Zaid al-Uma, dari Ibnu Abbas bahawa mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kami dibenarkan bersetubuh dengan isteri kami seperti kami menyetubuhi mereka semasa didunia?". Baginda bersabda, "Ya...Demi Allah yang jiwaku berada didalam gengamanNya, dalam satu pagi sahaja seseorang boleh bersetubuh dengan seratus orang gadis yang masih dara (bidadari Syurga)".

Hadis serupa juga diriwayatkan oleh al-Bazzari didalam kitabnya bertajuk 'Musnad al-Bazzari', dari Abu Hurairah bahawa seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, di Syurga nanti adakah kami menyetubuhi isteri kami?". Baginda bersabda, "Sudah tentu...Demi Allah yang jiwaku berada didalam gengamanNya, dalam satu hari seseorang boleh menyetubuhi seratus orang gadis yang masih dara (bidadari Syurga)".

Diriwayatkan oleh al-Bazzari, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya ketika penghuni Syurga menyetubuhi isteri-isteri mereka (setelah itu), mereka kembali menjadi anak dara semula". Keterangan tambahan berkenaan pekara ini insyaallah akan dijelaskan lagi kemudian nanti.

Diriwayatkan oleh Qalabah bahawa ia berkata, "Para penghuni Syurga dihidangkan makan dan minuman. Selesai makan dan minum, mereka diberi minuman air yang sangat berseh lalu mereka meminumnya. Oleh kerana itu perut mereka menjadi kecut. Dari kulit badan mereka keluar peluh yang sangat banyak yang lebih harum dari aroma kasturi". Rasulullah bersabda, "Kemudian ia menbaca firman Allah dari surah al-Insaan ayat 21, 'Dan Tuhan memberikan mereka minuman yang bersih'".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Abu Muhammad ad-Darimi, dari Abu Umammah bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap orang yang dimasukkan kedalam Syurga oleh Allah, nescaya ia akan dikahwinkan dengan tujuh puluh dua isteri, bidadari dan tujuh puluh warisan dari penghuni Neraka (yang telah bebas). Setiap dari mereka mempunyai kemaluan yang sempurna dan dia juga memiliki zakar yang sempurna".

Kata Hisyam bin Khalid, "Tujuh puluh wanita tersebut semua adalah isteri dari beberapa orang penghuni Neraka yang kemudiannya diwariskan kepada penduduk Syurga. Diantara mereka termasuklah isteri Fir'aun".

Diriwayatkan oleh Thabrani dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah ditanya, "Apakah penghuni Syurga boleh mengauli isteri-isteri mereka?". Baginda bersabda, "Sudah tentu...Malahan dengan zakar yang tidak pernah kendur dan faraj yang dara dan tidak memeritkan, dan perasaan gairah yang sentiasa bergelora".

Diriwayatkan oleh ad-Daruquthni, dari Jabir bin Abdullah bahawa ia bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, apakah penghuni Syurga itu tidur?". Baginda bersabda, "Tidak...Tidur itu ibarat mati, sedangkan didalam Syurga itu tiada kematian sama sekali".



BAB 141: ANAK DI SYURGA.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Di Syurga nanti apabila seorang mukmin menginginkan anak, maka (proses) kehamilan, kelahiran dan pertumbuhannya (membesar) hanya berlaku dalam masa satu jam sahaja seperti yang diingininya". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Kata Tirmidzi, para ulama berselesih pendapat berkenaan dengan pekara ini. Menurut mereka, di Syurga memang ada persetubuhan tetapi tidak sehingga menghasilkan anak. Demikian pendapat yang dipetik dari Thawus, Mujahid dan Ibrahim an-Nakh'i.

Kata Muhammad, Ishak bin Ibrahim yang mengambil sebuah hadis Nabi saw yang menyatakan, "Di Syurga nanti apabila seorang mukmin menginginkan anak, maka (prosesnya) ia hanya berlaku satu jam sahaja seperti yang diinginkan. Tetapi, mereka selamanya tidak pernah menginginkan akan pekara itu".

Diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad, dari Abu Razin al-Uqaili bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di Syurga, penghuni Syurga tidak mempunyai anak".




BAB 142: DI SYURGA SEGALANYA KEKAL ABADI.


Diriwayatkan oleh Muslim, dari Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, "Seorang penyeru berseru, 'Sesungguhnya kamu akan selalu sehat dan tidak pernah sakit selama-lamanya. Sesungguhnya kamu akan terus hidup dan tidak akan mati selama-lamanya. Sesungguhnya kamu semua akan terus muda dan tidak pernah akan tua selama-lamanya. Sesungguhnya kamu semua akan terus senang dan tidak akan sedih (susah) untuk selama-lamanya. Itulah maksud dari firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung didalam surah al-A'raaf ayat 43, "...Syurga itu kamu terima (sebagai) pusaka, disebabkan apa yang telah kamu amalkan".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang dimasukkan kedalam Syurga ia akan selalu merasa nikmat dan tidak pernah merasa susah, pakaian mereka tidak akan rosak dan masa remaja mereka tidak pernah musnah (awit muda)". Seperti yang telah dikemukakan diatas tadi, "...Para bidadari berkata, 'Kami adalah wanita-wanita abadi dan tidak akan binasa'".



BAB 143: BIDADARI-BIDADARI BOLEH MELIHAT BAKAL SUAMINYA DIDUNIA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Ibnu Zaid bahawa seorang wanita penghuni Syurga (bidadari) yang berada dilangit ditanya, "Adakah kamu suka jika Kami perlihatkan kepadamu calun suamimu yang masih lagi tinggal ditengah-tengah penduduk dunia?". Ia menjawab, "Ya". Setelah tirai disingkap darinya dan pintu-pintu yang menghalang dibuka, ia pun boleh melihat dan mengenali calun suaminya itu dengan jelas. Tetapi ia hanya boleh melihatnya saja kerana tapak kakinya tidak boleh melangkah. Setelah itu ia menjadi tersangat rindu kepadanya seperti kerinduan sesorang isteri kepada suaminya yang pergi meninggalkannya".

Pekara ini berlaku akibat disebabkan berlaku pertengkaran oleh isterinya yang sedang berada didunia. Mungkin disebabkan dicocok dengan fitnah yang menyebabkan isteri dunianya itu menjadi marah-marah dan berlakulah pertengkaran. Maka, dengan perasaan kesal isterinya yang berada di Syurga itu berkata, "Biarkan saja ia... kerana dia akan hanya berada bersamamu beberapa malam saja lagi".

Riwayat yang sama diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia berkata, "Jika seorang isteri menyakiti suaminya (mukmin yang soleh) didunia, maka bidadari yang akan menjadi calon isterinya di Syurga itu berkata, "Jangan kamu sakiti dia... celaka kamu !. Sesungguhnya ia hanya seorang tetamu yang singgah disisimu dan sebentar lagi ia akan pergi meninggalkan kamu untuk menemui aku'". Kata Tirmidzi, hadis ini hasan gharib. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah.



BAB 143: BINATANG DAN UNGAS DI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah ditanya, "Apakah itu al-Kautsar ?". Baginda menjawab, "Itu adalah sebuah sungai di Syurga yang diberikan Allah kepadaku. Warna airnya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu dan didalamnya terdapat seekor burung yang lehernya seperti unta". Umar berkata, 'Itu burung unta'. Baginda bersabda, 'Memakannya lebih sedap daripadanya'". Kata Tirmidzi, hadis ini hasan.

Diriwayatkan oleh Tsa'labi, dari Abu Darda' bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di Syurga itu terdapat sekawan burung yang lehernya seperti unta. Ia akan hinggap pada tanggan orang yang dikasahi Allah, dan salah seekornya berkata, 'Wahai orang yang dikasihi Allah, aku dipelihara didalam sangkar Syurga dibawah A'rasy. Aku minum dari air tasnim. Maka makanlah aku !'. Burung-burung ini selalu merasa bangga dihadapan penghuni Syurga sehingga terlintas dihati penghuni Syurga untuk memakan salah seekor darinya. Maka, ia tiba-tiba jatuh dihadapannya dengan berbagai macam warna, sehingga ia pun memakan burung itu sepuas-puasnya. Ketika sudah merasa kenyang, tulang-tulang burung itu terkumpul kembali sehingga ia pun terbang kembali. Ia dipelihara di Syurga sesukanya'. Umar berkata, "Wahai Rasulullah, itu adalah burung unta". Baginda bersabda, 'Memakannya lenih nikmat daripadanya'".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Sulaiman bin Buraidah, dari ayahnya bahawa seorang sahabat bertanya kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, apakah di Syurga ada kuda?". Baginda menjawab, "Nanti jika Allah telah memasukkan kamu kedalam Syurga, keinginanmu untuk menaiki seekor kuda dari permata yakut berwarna merah yang boleh terbang membawamu kemana saja yang kamu inginkan, pasti akan dipenuhi". Seorang sahabat lain bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah di Syurga ada unta?". Baginda menjawab, "Kelak, jika Allah telah memasukkan kamu kedalam Syurga, kamu boleh mendapatkan apa jua kesenangan yang diingin oleh nafsumu dan yang dirasakan sedap pada matamu".

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Abu Mas'id al-Anshari bahawa ia berkata, "Seorang sahabat datang dengan membawa seekor unta yang hidungnya sudah dipasang tali. Ia berkata, "Unta ini selalu aku gunakan berperang pada jalan Allah". Rasulullah bersabda, 'Pada hari kiamat nanti, kamu akan mendapatkan tujuh ratus ekor unta dan kesemuanya telah dipasang tali pada hidungnya'".

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Ibnu Zaid, dari Hasan al-Bashri bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling rendah kedudukannya ialah orang yang naik seekor kuda dari permata yakut berwarna merah yang dikawal oleh ribuan pelayannya yang terdiri dari pemuda-pemuda yang tetap muda. Kuda itu mempunyai beberapa sayap dari emas. Kamu hendaklah membaca firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 20, 'Apabila kamu melihat disana (Syurga), nescaya kamu melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar'".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Syafi bin Mani' bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya termasuk nikmat-nikmat penghuni Syurga ialah bahawa mereka boleh saling berkunjung dengan menunggang binatang-binatang tunggangan yang baik-baik. Pada hari Jumaat didatangkan kepada mereka seekor kuda yang telah dipasang pelana dan tali pedati. Ia tidak akan membuang najis dan kencingnya dan mereka boleh menaikinya sampai bila-bila saja sesuai dengan yang dikehendaki Allah....".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas bahawa selesai menyebut-nyebut berkenaan kenderaan penghunu Syurga, ia lalu membaca firman Allah, "Dan apabila kamu melihat disana (Syurga, nescaya kamu melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar". al-Insaan 20.

Ini adalah sebuah cerita hikayat berkenaan dengan Abdullah ibnu Mubarak, "Pada suatu hari ketika ia turut serta berperang, ia melihat seorang lelaki yang nampak sedih kerana kematian kudanya. Ia mendekati lelaki itu dan berkata, 'Jual saja bangkai kudamu itu kepadaku dengan harga empat ratus dirham?'. Dengan senang hati ia bersetuju dengan tawaran itu. Pada malam itu, lelaki itu telah bermimpi seolah-oleh telah sampai dihari kiamat. Ia melihat kudanya berada di Syurga dan dibelakangnya terdapat tujuh ratus ekor lagi. Ketika ia hendak memegang (tali pedati) kudanya itu, tiba-tiba ia terdengar suara, 'Biarkan kuda itu, ia bukan lagi milikmu. Ia milik Ibnu Mubarak, miski pun semalam ia menjadi milikmu'. Keesokan harinya ia bergegas pergi berjumpa Ibnu Mubarak untuk membatalkan jualbeli itu. Ibnu Mubarak bertanya, 'Kenapa tiba-tiba kamu membetalkan penjualan kudamu itu?'. Ia pun menceritakan prihal mimpinya itu kepada Ibnu Mubarak. Ibnu Mubarak berkata, 'Tidak... Mimpi yang kamu alami itu telah aku saksikannya dalam kenyataan semalam'".

Berkata Syeikh al-Qurthubi, "Hikayat itu adalah benar, kerana ia bersesuaian dengan maksud yang telah ditetapkan didalam kitab 'Sahih Muslim' dari Ibnu Mas'ud seperti yang telah saya kemukakan diatas tadi. Kepada Allah kita memohon pertolongan".



BAB 144: TUMBUH-TUMBUHAN SYURGA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Hammam, dari Qatadah, dari Abu Ayub, dari Abdullah bin Amr bahawa ia berkata, "Inai adalah tumbuh-tumbuhan Syurga yang berbau harum. Didalam Syurga terdapat kuda yang bagus dan unta pilihan yang boleh ditunggangi oleh penduduk Syurga.

Telah dikemukakan dibab yang lalu berkenaan sebuah hadis mauquf berkenaan pokok Thuba yang terbelah dan mengeluarkan unta-unta yang baik, serta pakaian.

diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Ali bin Tsabit, iaitu sebuah hadis dari Sa'id bin Ma'an al-Madani, dari Malik bin Anas, dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika Allah menciptakan Syurga, Dia mengelilinginya dengan tumbuh-tumbuhan yang harum baunya, dan tumbuh-tumbuhan yang harum itu dikelilingi pula dengan pohon Inai. Allah tidak menciptakan pokok yang paling Dia sukai melebihi pokok Inai. Orang yang menyapukan inai dikukunya, Setiap pagi Malaikat akan berselewat keatasnya dan bumi pula bertasbih".

Kata as-Sukri, hadis yang menyatakan perkataan, "...para Malaikat dibumi bertasbih untuknya waktu ia sedang beristirehat", adalah tidak benar dan mungkar serta tidak sahih. Didalam sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'Ash-Syama'il', dari Muhammad bin Khalifah bin Amr bin Ali, dari Yazid bin Rabi', dari al-Hajjaj ash-Shawaf, dari Hannan, dari Abu Utsman an-Nahdi bahawa Rasulullah bersabda, "Apabila diantara kamu diberi tumbuh-tumbuhan yang berbau harum, hendaklah ia jangan menolaknya, kerana sesungguhnya tumbuh-tumbuhan tersebut terkeluar daripada Syurga".



BAB 145: BINATANG TERNAKAN SYURGA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah bersabda, "Kambing biasa (kambing kacang atau kambing kampong) itu adalah termasuk binatang ternak Syurga"

Disebutkan oleh al-Bazzar didalam kitabnya bertajuk 'Al-Bazzari', dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Berbuat baiklah kamu kepada kambing biasa (kambing kacang atau kambing kampong) dan singkirkanlah pekara-pekara yang boleh menyakitinya kerana sesungguhnya ia termasuk sebagai binatang ternakan di Syurga".

Allah berfirman didalam surah ash-Shaafat ayat 107,mafhumnya ; "Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kambing)". Disebut didalam ayat ini berkenaan 'sembelihan yang besar' kerana binatang itu digembala atau diternak di Syurga selama empat puluh tahun. Demikian riwayat yang diambil dari Ibnu Abbas.



BAB 146: SYURGA BOLEH BERKATA-KATA.


Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, "Setelah Allah telah selesai menciptakan Syurga Aden dan menanam pokok-pokok dengan tangan Nya sendiri, Dia berfirman kepada pokok-pokok itu, "Berkata-katalah kamu !, Maka ia pun berkata-kata, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman". Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzari dari Abu Sa'id al-Khudri.

Nabi saw bersabda, "Allah menciptakan Syurga yang bahan bangunannya adalah batu bata (bongkah) dari emas dan perak. Adapun pelapurnya (simen) adalah kasturi yang sangat harum. Allah berfirman (memerintah) kepadanya, "Berbicaralah kamu !. Maka Syurga itu pun berkata-kata, Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman". Kemudian Allah berfirman lagi, "Sungguh beruntunglah kamu diturunkan oleh Tuhan yang Mahaberkuasa".

Diriwayatkan secara mauquf dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia berkata, "Ketika Allah menciptakan Syurga dari bahan bangunan bongkah batu bata dari jongkong emasa dan perak, dan menanamnya. Dia berfirman kepada Syurga, "Berkata-katalah kamu !. Lalu Syurga pun berkata-kata, 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman'. Kemudian Malikat memasuki (kedalam Syurga) dan berkata, 'Sungguh beruntung kamu diturunkan oleh Tuhan yang Mahakuasa'".

Diriwayatkan oleh ad-Dailami dari hadis Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika Allah selesai menciptakan Syurga, Dia berfirman kepadanya, 'Berhiaslah kamu !'. Maka Syurga pun berhias. Kemudian Allah berfirman lagi kepadanya, 'Berbicaralah kamu !'. Maka, Syurga pun berkata. Selanjutnya ia mengatakan, 'Sungguh beruntung bagi orang-orang yang aku senangi'".

Diriwayatkan dari an-Nasa'i dari Fudhalah bin Ubaid bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, "Bagi orang-orang yang beriman kepadaku. yang islam dan yang berjihad pada jalan Allah, aku adalah penjamin bahawa ia akan mendapat sebuah rumah disudut Syurga, sebuah rumah ditengah-tengah Syurga dan sebuah rumah dipuncak Syurga. Barang siapa yang melakukan pekara itu secara berterusan, disamping terus berusaha mencari kebajikan dan terus berusaha menghindari keburukan, maka bila saja ia meninggal (ia akan mendapatkannya)".

Berkata Umar bin Abdul Aziz, al-Kalbi dan Mujahid bahawa makhluk jin yang beriman itu berada disebuah serambi disekitar (luar sekeliling) Syurga. Mereka tidak berada didalamnya.

Diriwayatkan oleh Malik, dari Muslim ibnu Maryam, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, "Wanita-wanita yang berpakaian seperti bertelanjang (mengairahkan) dan pandai merayu-rayu, rambut mereka disikat seperti ekor unta (dianyam seperti bulu belakang kuda), mereka tidak akan masuk Syurga dan juga tidak mencium baunya. Padahal bau Syurga tu boleh dicium dari jarak perjalanan selama lima ratus tahun". Hadis ini mauquf. Kata Abu Umar bin Abdul Bar, hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Nafi' ash-Sha'ighi dari Malik dari Nabi saw dengan isnad seperti diatas tadi.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi, dari Abu Hurairah, dari Nabi saw bersabda, "Ketahuilah bahawa barang siapa membunuh jiwa orang yang sudah berada didalam jaminan Allah dan jaminan Rasul Nya, bererti ia telah membatalkan jaminan Allah dan tiadk akan mencium bau Syurga, padahal bau Syurga itu boleh dicium dari jarak perjalanan selama tujuh puluh tahun".

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abdulah bin Amr bahawa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa membunuh jiwa seorang kafir mu'ahad (dijanjikan perlindungan), nescaya ia tidak akan mencium bau Syurga, padahal sesungguhnya bau Syurga itu boleh dicium dari jarak perjalanan selama empat puluh tahun".



BAB 147: LEMBAH DAN TANAMAN DI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda, "Pada malam aku melakukan perjalanan isra', aku bertemu dengan Nabi Ibrahim. Ia berkata kepada ku, "Wahai Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahu kepada mereka bahawa Syurga itu tanahnya baik dan airnya tawar. Beritahu kepada mereka bahawa Syurga itu berada disebuah lembah dan tanamannya adalah 'Subhanallah, wal hamdulilah, wala illaha illallah wallahu akbar (Mahasuci Allah, segala puji bagi Allah, Allah Mahabesar)".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah berjalan dan bertemu dengan Abu Hurairah yang sedang menanam tanaman. Baginda bertanya, "Wahai Abu Hurairah, apa yang sedang kamu tanam?". Abu Hurairah menjawab, "Satu tanaman". Baginda bersabda, "Wahai Abu Hurairah, mahu tak aku tunjukkan satu tanaman yang lebih baik dari apa yang kamu tanam itu, iaitu 'Subhanallah, wal hamdulilah, wala illaha illallah wallahu akbar '. Untuk sekali kamu baca akan ditanamkan satu pohon di Syurga".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda, "Barang siapa membaca 'Subhanallah hilazimi wabihamdini', nescaya akan ditanam satu pohon kurma disana". Kata Tirmidzi alias Abu Isa bahawa hadis ini hasan, sahih dan gharib.


BAB 148: PEMBIAYAAN BANGUNAN DI SYURGA.


Diriwayatkan oleh ath-Thabari didalam kitabnya bertajuk 'Adab an-Nufus', dari al-Fadhel Ibnu ash-Shabah, dari Nadher bin Ismail, dari Hakim bin Muhammad al-Ahmad bahawa ia berkata, "Aku mendengar bahawa sesungguhnya Syurga itu dibangunkan dengan zikir, Jika mereka berhenti berzikir bererti mereka (Malaikat) menghentikan pembangunannya. Ketika pekara itu ditanya kepada Malaikat yang membangunkannya, mereka menjawab, "Kami masih belum menerima pembiayaannya lagi".

Menurut Syeikh al-Qurthubi, "Zikir adalah taat kepada Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung dalam menuruti perintahnya dan menjauhi larangannya".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak bahawa Nabi saw bersabda, "Barang siapa taat kepada Allah, bererti ia ingat kepada Nya walaupun solat, puasa dan amal-amal kebajikannya yang lain hanya sedikit. Dan barangsiapa yang durhaka kepada Allah, bererti ia melupakan Nya walaupun solat, puasa dan amal-amal kebajikannya yang lain cukup banyak". Hadis ini juga dikemukakan oleh Abu Abdullah didalam kitabnya bertajuk 'Ahkam al-Quran'. Ia juga dikemukakan oleh al-Amiri didalam kitabnya bertajuk 'Syarah asy-Syihab'.

Menurut Syeikh al-Qurthubi lagi bahawa hakikat zikir ialah taat kepada Allah dengan menurut perintah Nya dan menjauhi larangan Nya.

Kata Sa'id bin Jubir, "Zikir itu bererti taat kepada Allah. Orang yang tidak taat kepada Allah bererti tidak zikir atau ingat kepada Nya, sekalipun ia selalu membaca kalimah tasbih, tahlil dan membaca al-Quran".

Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang taat kepada Allah, bererti ia ingat kepada Nya walaupun ia diam sahaja. Dan barangsiapa yang maksiat kepada Allah, bererti ia lupa kepada Nya walaupun ia sedang membaca al-Quran dan bertasbih".

Berkata Syeikh al-Qurthubi, "Orang yang seperti itu adalah sama halnya dengan orang yang mempersenda dan mempermain-mainkan ayat-ayat Allah. Menurut tafsir para Ulama mengenai firman Allah surah al-Baqarah ayat 231: "....Janganlah kamu ambil ayat-ayat Allah (sebagai mainan) olok-olok..." iaitu janganlah kamu tinggalkan perintah Allah, nanti kamu akan menjadi orang-orang yang lalai dan mempermainkannya'. Menurut mereka, termasuk didalam ayat tersebut ialah orang-orang yang memohon ampun dari dosa secara lisan tetapi pada kenyataannya ia masih tetap melakukannya, dan sebagainya".



BAB 149: NIKMAT PENGHUNI SYURGA YANG TERAKHIR.



Diriwayatkan oleh Muslim dari al-Mughirah bin Syu'bah secara marfu Bahawa Rasulullah bersabda, "Musa bertanya kepada Tuhannya, 'Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling rendah kedudukannya di Syurga?'. Allah berfirman, 'Iaitu, seseorang yang baru masuk Syurga setelah seluruh penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga'. Lalu ia bertanya, 'Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh terlambat seperti itu?'. Allah berfirman, 'Adakah kamu suka kalau Aku berikan kepadamu sebuah kerajaan seperti kerajaan-kerajaan yang ada didunia?'. Ia menjawab, 'Tentu aku suka, Tuhanku'. Allah berfirman, 'Bagimu seperti itu, dan sepertinya lagi, seperti itu lagi'. Hingga yang kelima kalinya ia tetap menjawab, 'Aku suka wahai Tuhanku'. Allah berfirman, 'Bagimu sepuluh yang sepertinya. Bahkan, bagimu apa yang diingini oleh nafsumu dan yang menyenangkan matamu'. Ia menjawab, 'Aku suka wahai Tuhanku'.

 Musa bertanya lagi, "Wahai Tuhanku, siapakah yang paling tinggi kedudukannya?". Allah berfirman, 'Orang-orang yang Aku kehendaki. Aku tanamkan dan Aku siramkan air kebun anggur mereka dengan tangan Ku sendiri, sehingga ia merupakan sebuah nikmat yang belum terlihat oleh mata, belum terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dihati manusia (sebelum itu)'". Pekara ini adalah sama maksudnya seperti ayat 17 didalam surah as-Sajadah, "Seseorang tidak mengatahui, apa yang disembunyaikan untuknya diantara bermacam-macam kesenangan, sebagai balasan apa yang mereka talah amalkan". Hadis ini juga diriwayatkan secara mauquf didalam ucapan al-Mughirah.

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling akhir masuk Syurga dan paling akhir keluar dari Neraka, ialah seseorang yang keluar secara merangkak. Allah berfirman kepadanya, 'Masuklah kamu kedalam Syurga'. Ia menjawab, 'Ya Tuhanku, Syurga telah penuh'. Allah memerintakkannya sebanyak tiga kali dan ia tetap menjawab, "Ya Tuhanku, Syurga telah penuh'. Kemudian Allah berfirman, 'Sesungguhnya bagimu kerajaan didunia sebanyak sepuluh kali'". Hadis ini telah dikemukan seperti diatas tadi.

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya orang yang paling rendah kedudukannya di Syurga ialah orang yang memiliki tujuh buah istana, istana dari emas, istana dari perak, istana dari mutiara, istana dari zamrud, istana dari permata yaqut, istana yang tidak boleh dijangkau oleh pandangan mata dan istana seperti A'rasy. Pada tiap-tiap istana itu terdapat perhiasan, pakaian dan bidadari yang hanya Allah saja yang mengatahuinya". Hadis ini dikemukakan oleh al-Qatbi didalam kitabnya bertajuk 'Uyun al-Akhbar'.

Disebutkan didalam 'Marasil al-Hasan' sebuah hadis bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling rendah kedudukannya ialah orang yang naik seekor kuda dari permata yaqut merah dengan dikawal oleh ribuan pelayan yang terdiri dari anak-anak muda...."

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling randah kedudukannya ialah orang yang sedang memendang kebunp-kebun Allah, nikmat-nikmat Nya yang lain, pelayan-pelayan Nya, katil-katil Nya sejauh perjalanan selama seribu tahun. Dan penghuni Syurga yang paling mulia dimata Allah ialah orang yang boleh memandang wajah Allah pada waktu pagi dan petang". Kemudian baginda membaca ayat 22 dan 23 dari surah al-Qiyamah, mafhumnya, "Muka pada hari ini berseri-seri. Melihat pada Tuhannya". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar secara tidak marfu.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling rendah kedudukannya ialah orang yang memiliki lapan puluh ribu pelayan, tujuh puluh dua isteri dan dipasangkan untuknya sebuah kubah dari mutiara, zamrud dan permata yaqut yang panjangnya seperti jarak diantara Jabiya' hingga ke Shan'a".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Sufyan, dari seorang perawi, dari Mujahid bahawa ia berkata, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling rendah kedudukannya ialah orang yang berjalan dalam kerajaannya sejauh jarak perjalanan selama seribu tahun. Dan penghuni Syurga yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang boleh melihat Tuhannya pada pagi dan petang".

********************************************************************************

Sekian dahulu untuk kali ini, insyaallah dilain lapangan atok akan menyambung lagi untuk bahagian terakhir berkenaan dengan Syurga ini. Diharap kalian bersabar membacanya dan menafaatkan tulisan ini dengan sepenuhnya.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian,
Atok zamany.

113 comments:

  1. Alhamdulillah dah habis baca.. Terima kasih atok utk artikel baru ni.. Moga kita semua di masukkan ke dalam syurga Firdaus. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Ya... syabas alhafiz,

    Apa yg atok paparkan disini adalah supaya para pembaca budiman faham bagaimana hadis dan al-Quran digunakan dan dibahaskan oleh ulama2 tafsir tersohor itu untuk dijadikan rujukan dan hukum2 dalam Islam. Bukannya sembarangan mereka bubuh itu dan ini dalam islam. Diantara fitnah akhir zaman masa sekarang, dah terlalu ramai yg mengambil jalan singkat dan melibralkan Islam, membuang hadis2 dan tidak mempercayainya lagi. Ini sangat bahaya kepada akidah umat islam di M'sia. Sebab itulah atok tuliskan semula hadis2 ini supaya para pembaca tahu. Di M'sia ni amat kurang bahan bacaan berkenaan hadis untuk diketahui kedudukannya sebagai rujukan umat islam. Ada pula ust2 diM'sia yg menggunakan hadis2 secara semborono dan membuat umat islam binggung. Walau pun dia berhasrat utk menjadikan hujjahnya tepat dan bernas... tidak bermakna semua hadis yg disebutnya merujuk kepada permasaalahan yg dihujjahkan itu. Jadi mereka melakukan kesalahan dalam rujukan hadis kerana keadah rujukan hadis berbeza seperti ulama2 terdahulu lakukan... inilah yang banyak atok lihat dimana2 ceramah agama. Hadirin yg datang tak faham mendalam dlm Hadis, sedangkan Ust2 itu pun tak tahu hadis yg dibacanya itu bukan merujuk kepada permasaalahan yg sedang mereka bincangkan atau ceramahkan... jadi hadirin tak berdosa... yg berdosa adalah ust2 itu.

    Jadi kepada umat islam semua, sekurang2nya kena juga ambil inisiatif membaca hadis2 Rasulullah yg diriwayatkan oleh imam2 dan ulama2 tersohor supaya faham kedudukan. Kalau Ustaz2 buat silap kenalah tegur...jangan jadi pak turut dan main angok2 saja...ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  3. assalam atok..

    saya ingin bertanya tentang panji-panji hitam yang sebenarnya..apa pandangan atok tentang perkara ini..
    kemudian apa yang terjadi dengan masyarakat islam yang tidak terlibat dengan panji2 hitam..adakah mereka semua telah disesatkan atau dibunuh dengan tentera2 dajjal..

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam cu..

    Panji2 hitam tu tak penting, apa yg lebih penting ialah masing2 setiap org Islam wajib jaga diri, keluarga, agama dan tanah air dari diceroboh oleh semua jenis anasir jahat akhir zaman. Perang ini telah pun bermula lama dahulu setelah kewafatan baginda Rasulullah saw lagi... cuma umat islam tak sedar akan pekara ini. Banyak hadis2 Nabi saw dan juga kata2 sahabat baginda berkenaan peperangan ini. Nanti akan atok keluarkan semuanya didalam bab akhir atical atok berkenaan Kematian, Akhirat dan Kiamat ini. Iaitu dari mula lagi selepas kewafatan Nabi seperti apa yg Baginda sebut2kan itu. Semuanya telah pun baginda gambarkan, tetapi umat2 islam tak mahu baca hadis... ada yg tak mahu terima hadis dan buang semuanya. Baik... kita tengok siapa yg benar disisi Allah kelak ???

    Berkenaan dgn soalan kamu... semua umat islam yg hanya islam pada nama, islam ikut2, islam keturunan dan yg tak punya rantaian 2 kalimah shadatai dari tangan ketangan sehingga sampai ketangan Rasulullah...akan hancur dan terus menjadi pengikut dajjal walau dimana kamu berada. Dajjal pasti akan sampai pada mereka sebelum sempat mereka celek waktu pagi pun. Lebih baik kita mohon supaya kita tak jumpa zaman itu... sebab kita pun tak tahu berapa kuat iman kita bagi menghadapi serangan dajjal itu. Kalau mengikut cerita tok2 guru atok... yg hanya mampu tinggal hanyalah orang2 yang baiah dgn Imam Mahadi dan org2 pilihan Allah yg dapat bersama Imam Mahadi termasuklah Syeikh Abdul Khadir Jailani dan bala tentera wali2 Allah semua. Waallahua'lam...

    atok zamany

    ReplyDelete
  5. Salam

    Bolehkan atok memberikan maksud pengertian Ihsan yang sebenarnya...

    Cu yang bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cu...

      Sebenarnya yang lebih tepat berkenaan Islam apabila didalamnya meliputi 3 elemen iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Tetapi oleh kerana ditanyakan berkenaan Ihsan sahaja, maka atok akan jawab bersangkutan dengannya sahaja.

      Pengertian Ihsan ialah segala perbuatan, akhlak dan kata-kata yang baik. Ertinya kita disaran oleh Baginda Rasulullah saw untuk berbuat baik kepada diri sendiri, keluarga, ibu ayah, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan kepada seluruh masyarakat. Banyak hadis baginda menhendaki umat islam melakukan ihsan kepada manusia lain hata kepada dirinya sendiri. Malah didalam al-Quran juga terdapat banyak ayat menyuruh berbuat baik. Terdapat 166 patah perkataan ihsan disebutkan didalam al-Quran.. menunjukkan betepa pentingnya perlakuan ishan untuk diamalkan oleh seluruh umat islam. Kemudian itu akhlak yang baik juga menjadi teras ajaran islam. Seseorang islam bukan sahaja harus berbuat baik malahan kelihatan akhlak yang dipamirkan kepada masyarakat mestilah kelihatan baik. Manakala yang terakhir adalah berkenaan umat islam yg diminta berkata-kata pekara yang baik kepada semua orang. Apabila seluruhnya menjadi bertambah baik, maha baik dan agung baik, maka tercapailah matalamat sebenar perjuangan kita diatas dunia ini menjadi seorang insan kamil mu kamil. Mereka2 inilah yg mendapat tempat yang sempurna disisi Allah kelak. Insyaallah.

      Sebenarnya penjelasan berkenaan Islam, Iman dan Ihsan ini amat panjang disertakan dengan beberapa dalil sunah hadis Nabi dan al-Quran yang jelas. Tetapi didalam ruangan komentar ini hanya dapat ditulis secara ringkas sahaja disini. Mungkin dikesempatan yang lain nanti atok dapat menulis akan pekara ini. waallauha'lam...

      atok zamany

      Delete
  6. Salam Atok,

    Saya ada baca cerita Atok mengenai ajaran buddha , Adakah Atok ada apa-apa info mengenai ajaran hindu yang saya rasa lebih dekat dengan Iblis, ifrit ..

    ReplyDelete
  7. Walaikumsalam cu...

    Ajaran Hindu adalah ciptaan manusia yang percaya kepada beberapa kuasa2 lain disamping adanya satu kuasa mutlaq. Istilah Hindu merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.

    Dalam Bahasa Parsi, perkataan Hindu berakar dari kata Sindhu (Bahasa Sanskerta).[3] Dalam Rig Veda, bangsa Arya menyebut wilayah mereka sebagai Sapta Sindhu (wilayah dengan tujuh sungai di barat daya benua India, yang salah satu sungai tersebut bernama sungai Indus).Hal ini mendekati dengan kata Hapta-Hendu yang terkandung dalam Zend Avesta (Vendidad: Fargard 1.18) - sastera suci dari kaum Zoroaster di Iran. Pada awalnya kata Hindu merujuk pada masyarakat yang hidup di wilayah sungai Sindhu. Hindu sendiri sebenarnya baru terbentuk setelah Masihi ketika beberapa kitab dari Weda digenapi oleh para brahmana. Pada zaman munculnya agama Buddha, agama Hindu sama sekali belum muncul semuanya masih mengenal sebagai ajaran Weda. Oleh sebab itu tidak boleh dikatakan bahawa ajaran Hindu adalah ajaran tertua didunia. Asalnya nama Hindu adalah dari pengairan Sungai Indus di negara India, yang kemudian namanya mengalami perubahan sejajar dengan revolusi tamadun ke perkataan ‘Indhus' dan kini disebut secara kini sebagai 'Hindu'. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataannya adalah 'Hinduism'. Agama Hindu adalah asalnya suatu kepercayaan di negara India yang mengaitkan dunia sains, kepercayaan manusia pada luaran dan dalaman, serta dunia akhirat. Sepertimana yang diketahui, agama Buddha juga bersaling kait dengan agama Hindu, bezanya agama Buddha lebih menuju terhadap keamanaan pendirian serta ketidakbezaan sesama manusia. Malah, agama Hindu bukan sebenarnya asal sebagai agama, tetapi sebagai suatu kepercayaan.

    Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak Dewa. Ajaran Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, iaitu:
    1. Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
    2. Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
    3. Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
    4. Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran semula (kelahiran semula)
    5. Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia

    bersambung...

    ReplyDelete
  8. sambungan...

    Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (punar janma) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
    Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu
    Brahma: Pencipta
    Vishnu: Pemelihara
    Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.
    Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

    1.Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
    2.Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan penjelmaan (Avatara) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.
    3.Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

    Tidak ada sesiapapun yang boleh dikatakan sebagai pengasas agama Hindu. Namun, terdapat beberapa orang tokoh utama yang memainkan peranan dalam perkembangan agama Hindu. Dalam zaman moden, Adi Sankara, Madhvacharya, Ramanujacharya, Sri Ramakrishna dan Swami Vivekananda memainkan peranan penting dalam perkembangan Hindu.

    Hindu di Bali:
    Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India, namun yang sampai di Bali adalah Veda Catur dan Veda Qirah yang sehingga saat ini masih diguna oleh Pemangku atau Pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika menjalani kewajiban mereka. Di samping Veda yang juga dikenali sebagai kitab-kitab Purana dan yang membincangkan peranan Moralitas, terdapat juga mahakarya-mahakarya seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita topeng, drama, opera, balet dan lain-lain sebagai pengungkapan ajaran agama Hindu. Kepercayaan masyarakat Hindu Bali adalah kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia.

    Sekarang tidak benar jika kamu kata bahawa ia mirip kpd ifrit tetapi lebih kepada pemujaan dewa air atau hantu air atau jin air. Sebab itu mereka sangat senonim dgn sungai apabila menyambut perayaan contohnya spt taipusam. Mereka akan memondok ditebing sungai beberapa hari sambil berpuasa memutih kemudian segala bentuk pemujaan ditujukan kepada dewa sungai utk masuk kedalam badan mereka sebelum mereka boleh membawa kavadi dan mencucuk besi2 tajam pada badan mereka. Ada pula yg boleh berjalan diatas bara api dll.Inilah bentuk pemujaan penyerahan diri secara total kpd kekuasaan Jin, syaitan dan iblis yg mereka lakukan.

    Setakat ini saja dapat atok tulis kerana ruang yg sangat sempit ini. sekian.

    atok zamany

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Moga Atuk Zamani dalam keadaan sihat selalu. Saya pernah berbincang dengan seorang. Katanya setiap kali hadirnya nabi2 terdahulu adalah membawa ajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru dan semasa kegemilangan islam sehinggalah kejatuhan islam dalam zaman pemerintahan khalifah ke-36 apa yang terjadi pada ketika itu. Adakah kesucian al-quran sunnah dan hadis terjaga. Persoalannya ialah apakah yang di maksudkan dengan "ajaran yang sama" yang di bawa oleh para nabi dan adakah betul kitabullah kita ini terjaga setelah kejatuhan islam sehingga kini atau pun telah bercampur aduk dengan amalan orang2 arab terdahulu..

    Helmi ibrahim
    #maaf lama baru reply atuk
    Email atuk telah lama saya terima
    Cuma sekarang nie kekadang hilang
    Arah dan tujuan serta lalai

    ReplyDelete
  10. Walaikumsalam cucu Helmi Ibrahim...

    Ya... memang benar semua 25 Rasul adalah membawa agama "menyembah Tuhan yg Mahaesa",, cuma ada beberapa nama yang diberi kepada maksud "Tuhan" oleh setiap kaum dari mereka itu. Walaubagai mana pun "Tuhan yg Mahaesa" yg dinamakan Allah hanya zahir dikala keberadaan Nabi Muhammad saw. Sebelum itu... tiada seorang pun manusia tahu nama ini, malah Allah memberi pula kesemua Nama2 agung Nya iaitu 100 nama diwaktu zaman Nabi Muhammad mentadbir alam ini. Tiada siapa pun yg diajar Allah menyebut nama2 agung Nya sebelum itu. Begitulah kebesaran kerasulan yg ada pada Nabi Muhammad saw. Ia berbeza bagi penganut agama islam yg diberi Allah "kefahaman" atas asma Allah itu... mereka pula lebih arif dalam mentafsir asma Allah utk keseluruhannya yg hingga tak terkira jumlahnya. Begitu pula yg Allah beri kelebihan kepada umat Nabi Muhammad saw yg taat dan redha kepada semua tuntutan Nya, hingga mereka menjadi waraq.

    Pemerintahan dan negara2 Islam itu hancur akibat perbuataan mereka sendiri. Nabi telah banyak mengambarkan dalam hadis2nya bahawa bangsa arab akan hancur akibat kebodohan mereka sendiri. Atau juga disebut didalam hadis yg lain iaitu Kaum Quaris akan hancur akibat kebodohan kaum itu sendiri. Orang2 arab sangat perkauman. Mereka hanya akan menegakkan kaum mereka sendiri selain mereka suka merebut jawatan2 dan kekayaan negara itu. Lihat saja apa yg sedang berlaku sekarang ditimur tengah.. semua ini telah digambarkan didalam hadis2 baginda lebih 1400 tahun yg lalu. Alam ini sememangnya sedang menuju kehancurannya dan dihujung permusuhan dan peperangan ditimur tengah itu akan membawa kepada kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa as yg pastinya akan menhancurkan seluruh kaum kafir dan islam murtad itu.

    Didalam hadis baginda juga ada menyebut berkenaan "penjagaan" agama Allah ini termasuklah al-Quran itu sendiri. Mahaf al-Quran keseluruhannya akan dihilangkan Allah dari muka bumi ini apabila kiamat sudah sangat hampir menjelma. Malahan ayat2 yg dihafal manusia juga akan diangkat Allah hingga tiada satu ayat atau satu huruf pun yg tinggal diatas bumi Allah dikala itu. Begitu juga dengan Baituallah dan masjid Nabawi juga akan turut dihancur dan diruntuhkan oleh tanggan2 islam murtad itu hingga semua batu batannya dicampakkan kedalam laut. Jadi pergilah dengan segera ke Mekah dan Madinah sebelum sampai masa yg dijanjikan Allah itu datang kerana takut2 kamu tak sempat membuat Haji atau umrah pula nanti.

    Kesucian isikandung buat masa ini masih lagi tulin dan semua ajaran dalam islam itu bukannya amalan orang2 arab... tetapi adalah amalan yg diajar oleh Rasulullah saw. utk semua umat Muhammad diatas muka bumi ini. Hanya sesetengah org islam murtad sekarang ini sedang cuba merosak semua isi kandung al-Quran dan al-Hadis. Mereka menambah2 ayat, membuang sebahagian ayat2 dan memasukkan ayat2 yg baru sesuai dgn ajaran imam2 mereka. Mereka juga mencitak mashaf yg baru serta kitab2 hadis baru mereka kemudian diedarkan keseluruh dunia.

    Jadi... pendek kata dipenghujung zaman ini terlalu banyak fitnah yg akan melanda umat islam seluruh dunia. Setiap dari kita wajib melindungi diri sendiri dan keluarga dari gejala keji ini. Masing2 kena jaga kain sendiri dan jangan asyek tengok kesalahan orang lain. Jangan pula menyelahkan orang lain atas kealpaan kamu sendiri.

    Semua ini akan atok rangkumkan didalam atical atok ini iaitu dibahagian akhir nanti. Semua hadis2 yg berkaitan akan atok paparkan sekali semuanya insyaallah... nantikannya !

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsiian atuk..

      Delete
  11. salam atok yg dikasihi...berkenaan syurga dan neraka yg telah ditakdirkan Allah untuk setiap dari kita hambaNya...sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas hinggakn tidak terjangkau oleh setiap makhluk ciptaanNya...tetapi untuk kami2 yg perlu pencerahan bagi meyakini kalimah Allah maha pengasih,maha penyayang,maha pengampun sudilah kiranya atok memberi penjelasan...kerana sy sendiri tidak memahami bagaimana dengan usaha di dunia ini untuk menuju ke syurga menjadi sia2 biarpun banyak mana amal yg dilakukan...dan untuk apa usaha?maafkanlah cucu yg jahil ini....

    ReplyDelete
  12. Walaikumsalam cucu ed...

    Kenapa kita kena usha bagi mendapatkan Syurga ?

    Ya.. memang kita kena berusaha bagi mendapatkan syurga. Tampa berusaha kita tak kan diberi masuk syurga. Pertama kena berusaha belajar mendapatkan ilmu. Kedua berusaha mengunakan ilmu tadi untuk beramal. Ketiga kena tahu amalan2 yg Allah perintah dan yang Allah suka. Kemudian kena berusaha mencari jalan yg benar dan yang diredhai Allah utk menuju syurga (tempat asal kamu). Kena berusaha mengenal manusia yg Allah lantik sebagai pemberi petunjuk2 itu bagi menuju ke syurga. Kena pula taat dan redha atas semua amalan dan kerjabuat yg boleh membawa kamu kesyurga. dan seterusnya kamu tetap yakin atas apa yg telah ditakdirkan bagi setiap manusia yg Allah hidupkan didunia ini untuk sebenar-benarnya beribadah dan beramal hanya untuk Allah sahaja. Ini adalah usaha menuju kepada Allah.

    Manakala usha untuk hidup dan bermasyarakat didunia ini juga kena berilmu dan beramal, Usha berkerja bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga. Usha untuk menolong kepada kedua orang tua kamu. Usha untuk membantu masyarakat sekeliling. Ini juga tanggungjawab kamu yg Allah perintah utk dibuat diatas muka bumi Nya ini.

    Tampa semua usaha2 ini kamu sebenarnya tak layak duduk atas muka bumi Allah sebab kamu telah melanggar amanah dan janji yg telah kamu lafaskan dihadapan Allah itu sendiri sewaktu kamu meminta diturunkan kemuka bumi ini dulu. Tetapi semua itu Allah telah padamkan ingatan kemu supaya Dia tahu bahawa kamu adalah seorang yg benar dan menepati janji2 kamu dahulu apabila kamu berusaha mengingati kembali kesemua janji2 kamu itu dulu. Ingat !... tampa janji2 yg sempurna kamu tidak akan Allah turunkan diatas muka bumi ini...dan apabila kamu tidak berusaha melakukan kesemua janji2 yg kamu telah lafaskan dahulu... kamu dikembalikan kedalam neraka sebagai balasan kerana ingkar. Ingkar, kafir, kufur inilah jalan menuju ke Neraka, manakala taat, redha dan ikhlas adalah jalan kembali ke Syurga. Jadi sebenarnya kita didunia ini untuk membuat pilihan jalan untuk kembali atau jalan untuk mati. Terserah kamu sebagai penentu atas nasib diri kamu sendiri.... ok

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum atok

      semoga atok sihat selalu...nama2 agungNya ada 100..apa nama yg ke 100 tok?betulkah imam mahdi skrg brumur 14 tahun tok hehe...

      Delete
  13. Walaikumsalam cucu anony 1257pm..

    Ya... memang nama Allah yg diajar oleh Baginda Rasulullah saw ada 99.. kemudian yg 1 lagi tersorok atau dirahsiakan. Kalau nak tahu kenalah usha sendiri... sebab ia hanya boleh diperolehi dengan usaha keras mengenal asma Allah itu. Maksud mengenal disini bukan hanya tahu maksud atau terjemahan nama2 itu saja. Malah membuat kajian dan pencarian sama ada dari al-Quran Karim atau hadis2 Nabi saw. Malahan kena juga bertanya dgn guru2 peringkat arifin dalam bab ini, atau lebih dikenali dikalangan masyarakat iaitu guru2 rohaniah disamping memohon supaya Allah kurnia pengamatan yg sangat tajam bagi mengenal nama Nya yg ke 100 itu. Jadi ia tetap menjadi rahsia Allah jika kamu masih diperingkat pencarian dan bertanya saja.

    Berkenaan dgn Imam Mahadi, apa yg diberitahu oleh beberapa orang guru2 atok dahulu... angaran pada hari ini umurnya sudah sampai 17 tahun. Dan ia akan diangkat menjadi Imam pada umur 40 tahun... oleh itu lebih kurang tinggal 23 tahun saja lagi. Ya jika kita berpandukan kepada hadis2 Nabi saw, perang bermula di Yaman. Ia sedang berlaku sekarang ini. Kemudian disabdakan juga bahawa Islam Murtad akan tumbuh dimerata tempat, terutama dikaw timur tengah. Kamu lihat bagaimana puak2 yg memgaku islam tapi sebenarnya sudah menjadi kafir di kaw sana telah bermaharajalela menghapuskan dan membunuh kaum suni atau aswj serta semua ulama dan imamnya dibunuh dgn kejam. Akhir kepada perjuangan mereka itu akan memasuki Madinah dan Mekah dan menghapuskan dan menghancurkan tempat ibadah umat islam yg paling suci iaitu masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Setelah itu barulah Imam Mahadi bertindak menghapuskan mereka bersama2 bala tentera Allah dari langit. Jadi bagaimana dgn kita ??? adakah kamu sedang bersedia ??? adakah kamu sedar bahawa pekara ini sedang berlaku sekarang ini ??? atau kamu masih saja mengira bahawa kamu tidak akan terkena tempias atas perjuangan jahat Islam Murtad itu ??? Waallahua'lam.

    atok zamany

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum atok..
    bolehkah atok terangkan makna setiap pergerakan dalam sembahyang fardhu itu..apa yang tersirat sebenarnya..cth seperti qiam, tahiyat akhir dan lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cu...

      Sebenarnya memang setiap perbuatan didalam solat itu ada mengandungi maksud dan hakikatnya tersendiri. Tetapi atok tak dapat dedahkan dihalayak kerana mereka yg belajar bab2 tasauf sahaja yg boleh mempelajari pelajaran ini. Ia mempunyai berbagai2 peringkat dan salah satunya ialah berkenaan perbuatan2 dalam solat itu. Ilmu tasauf adalah ilmu berkenaan rohani dan rahsia2 Allah, maka tidak selayaknya ia dibincangkan kepada sesiapa yg tidak belajar didalam keilmuan ini, kerana ia akan membuat kamu pening kepala dan semakin tidak faham. Dari sinilah nantinya akan mendatangkan fitnah kepada agama. Harap kamu mengerti...

      atok zamany

      Delete
  15. Assalam Atuk,
    Terima kasih atas pencerahan tentang syurga dan neraka.Lari topik sat, mohon pandangan atuk tentang apa yg terjadi antara No1 dan No2 ni tuk, makin berpecah belah Melayu jadinya.Sejak Atuk kongsikan pasal No1, semacam makin jelas, dia memang ada agendanya tersendiri dan main wayang je selama ni.
    Mala

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... No2 pulak degil tak nak turun letak jawatan.. percapaian buruk, banyak scandal, banyak buat pembaziran.. last2 rakyat juga kena tanggung.. huhu..

      Delete
  16. Walaikumsalam cucu mala & anony 1141 pm...

    Ya... memang sejak hari itu lagi mereka dok asyek bertengkar, Kan atok dah cakap sejak MH370 yg hilang tu pun no1 dah tanya atok banyak pekara... terutama pasal duit org yg no2 kebas tu. Banyak org tak percaya apa yg atok cakap... mereka kata atok buat2 cerita fantasi alam ghaib. Apabila satu demi satu kapal terbang terjun... skg mereka cuba pula nak recall apa yg atok sebut dulu. Kemudian atok buka pula pasal kementarian Kewangan, BNM dan kuncu2 mereka yg buat sistem kewangan menentang syarak dan menindas rakyat. Semua bagi mereka halal... sedangkan dlm islam pekara seumpama itu adalah haram. Atok buka minda kamu semua supaya sentiasa berserah kepada Allah atas sikap dan pentadbiran no2 yg memaksa rakyat sengsara... mereka sebenarnya adalah "perompak ditengah hari", rompak dan samun duit rakyat dgn cara yg sangat kejam. Buktinya... apa yg kamu lihat hari ini.. apa itu GST ? ia adalah singkatan bagi perkataan "Gasak Sampai Tonggeng"... siapa yg kena gasak ? rakyat lah jugak. Siapa yg tertonggeng ?... rakyat lah jugak ! inilah apa yg berlaku pada rakyat hari ini. Jadi... betul tak apa yg atok cakap dulu... kamu baca bab PENIPUAN DAN PENGHAMBAAN WANG KEPADA RAKYAT yg telah lalu, nanti kamu akan faham apa yg atok maksudkan... bukankah rakyat juga yg tetap akan terkena babannya ???... bukankah rakyat juga yg kena tipu sampai mati??? lepas itu anak cucu nya sampai hari kiamat ??? apa semua ni... mengalahkan yahudi depa2 ni ???

    Kamu lihat akan pergesiran no1 dan no2 ni sebenarnya bukan kecil. Ia besar didalam UMNO... tapi kat luar tak kedengaran. Kalau kamu dah mintak semua sokong kamu dan mereka yg menjadi pak turut pulak buat kenyataan menyokong 100% dibelakangnya... ini apa maksudnya ?? Ini adalah satu propaganda politik hipokrit bagi mereka yg kononnya sokong 100% dihadapannya.. tetapi tidak didalam UMNO. Mereka barangkali diugut sokong... kalau tidak tahun depan nama tak ada dalam pencalunan. Jadi sokongan itu ibarat "sokong utk jaga periuk nasi"... padahal mereka2 itulah yg mahukan dia dilucutkan jawatan.... tambahan lagi apabila 2 org kuatnya dah kembali kerahmatullah... lagi goyang la dia. Pada hemat atok... dia ni akan menembah kehancuran dan pecah belah pada org2 melayu, dan ahli2 UMNO keseluruhannya. Jadi apa yg perlu dia buat adalah akur dgn kehendak rakyat dan parti sebab yg naikkan kamu adalah org2 melayu dan ahli2 parti. Pada ato depa ni sama je macam anjing dgn kucing. Dulu masa yg tua tu pun apa kurangnya. Ramai juga yg kena bom atau mati terjun bunuh diri. Dia tetap selamba dan buat muka sardin je. Sekarang nak marah2 pulak... sebab dia ni ada agenda tersendiri yg org tak nampak. Hanya org tertentu yg tahu... apa sebenarnya ????

    Tetapi bukan nak sokong no2 pulak... dia ni pun dah sampai masa. Buat apa nak tutup bangkai dgn kain... bau nya tetap org dapat hidu juga. Kalau dah org tak suka tu... faham2 je lah. Kena angkat kaki lah... esok kalau org paksa kamu turun... baru padan dgn muka kamu. Buruk kesannya !! atau rakyat yg akan buat pilihan ??? kan bertambah buruk lagi pada parti. Jadi ada lebih baik berhenti sebelum perut kamu pecah sebab makan terlalu banyak. Kata orang tua2 "tak elok makan sambil minum... nanti termuntah-muntah baru kamu nak berhenti ???" Ambil aktibar apa yg dah berlaku dahulu dan yg sedang berlaku sekarang. Kamu dah hilang taring... tak payah nak tunjuk kuat. Tak mananya hebat berkokok berderai2 kalau ekor terpalit najis... menyusahkan rakyat je.....nanti terbuka juga kebodohan kamu itu...???

    Waallahua'lam...

    atok zamany.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sekarang keadaan bertambah buntu. Tak ada yang dapat diharap lagi. Umno ada masalah , Pas juga ada masalah . Tak tahu apelah nak jadi pada kita semua ye. Kalau Atok pun tak boleh buat apa2 , kami lagilah . Cuma hanya ada doa. Semoga masih ada kasih sayang Allah pada kita atas mukmin2 istimewa kita dipelihara InsyaAllah.

      Delete
    2. Assalam Atok,
      Terima kasih atas pencerahan Atok, itulah Tok, saya terfikir adakah tanda2 dunia akan berakhir semakin dekat, kita akan memasuki era baru pemerintahan berteraskan Islam?Sistem demokrasi memang tidak boleh dipakai utk mengatasi kebejatan dewasa ini,ditambah dgn huru-hara di Yaman.Ya Allah, ampunilah dosa2 kami dan letakkanlah kami di dalam lindunganMu selalu,Ameen.
      Mala

      Delete
  17. Salam Tok,
    1) Menyentuh keadaan politik orang Melayu saya rasa kita akan hancur selepas ini. Tok tak ke KL ke untuk bantu atasi masalah pertikaian - No1 dan No2 bergasak sakan menjadikan orang Melayu hilang pegangan.

    2) Siapa yang nak kita sokong supaya Tanah Melayu terus diperintah oleh orang Melayu. No2 pegang duit banyak tapi tak tau nak urus dengan baik. 1MDB adalah raksasa hutang berpuluh billion yang nampak semakin menggerunkan. Hutang lagi dengan chetty (taukey astro) satu billion. Pakatan pula sudah main putar untuk gambarkan kelemahan UMNO.

    3) DAP pula sedang pasang perangkap menarik sokongan pengundi melalui politik hasut kebencian (ada yang nak bakar masjid). Apa pandangan atok terhadap isu ini.

    4) Apa perlu rakyat buat? Nak sokong siapa No1 atau No2? Mungkinkah UMNO bakal berkubur selepas ini?

    5) Atok kata hanya tinggal 23tahun sahaja lagi 'pembaharu' akan muncul menghapuskan kaum murtad. Terima kasih atas maklumat ini. Pokok persoalannya adakah kita di Malaysia ini juga akan menjadi kaum yang bersama dengan imam ini? Bukankah fitnah yang melanda negara semakin rancak, sehinggakan susah kita nak percayakan sesiapa lagi.

    6) Satu lagi minta atok kupas mengenai hadis yang menganjurkan kita menghafal dan membaca 10 ayat awal surah alKahfi bagi menentang Dajjal. Bagaimana caranya kaifiatnya mengamalkannya cara terbaik.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Walaikumsalam cucu fikris...

    1> Biarkan lah mereka bertelagah... tak ada penyudahnya tu. Kita yg menjadi Melayu Islam ni kena ambil langkah utk bersedia menyelamatkan diri kita sendiri dulu. Kita buat amalan yg kita tahu utk menjadi insan yg Allah lindungi. Kalau kamu sudah ada talqin shadatai... ia amat mudah. Tetapi kalau tak ada... ia sangat susah sebab ia bertitik tolak bermula dari sini. Sebab tu lah atok selalu bising suruh kalian ambil talqin shadatai tu. Ini kan rukun islam yg paling utama. Jangan diabaikan sebab semua amalan dikira dari sini.

    Atok memang dipanggil kesana... tapi atok bagi banyak alasan sebab dah malas nak cakap kepada orang yg bodoh sombong ni. Atok buat tak reti je skg ni... sebab kan dah banyak kali atok nasihat... mana depa nak peduli. Jadi atok diam lah sekarang... baru pening kepala depa2 tu ???

    2> Kalau dah Melayu sendiri bergaduh dgn Melayu pasal kuasa, pasal duit... kita kena buang perasaan hati utk menyokong atau berpihak dgn mana2 melayu itu... sebab dihujung2 nyawa ni bukan lagi melayu yg penting... yg paling penting ialah Iman, Islam dan Ihsan. Macam atok kata tadi... selamatkan diri kita dulu... depa tu lantak pi la.

    3> Biarkan Polis buat siasatan keatas depa2 tu ! Apa pun utk terus hidup diakhir dunia ni atok fikir kebendaan, misjid, duit, atau apa juga benda samaada ia tempat suci org2 islam sekali pun dah tak perlu kita pertahankan sebab itu sememangnya janji Allah dan telah dipesankan oleh Nabi saw sendiri bahawa semua itu akan hancur... apa yg tinggal pada kamu ialah Iman, Islam dan Ihsan. Kamu jangan ambil peduli dah hal dunia2 ni. Kita pulun sehabis kuat utk masuk dearah selamat bersama Nabi dan Allah saja. Berpegang kepada ini saja yg kita boleh buat sekarang ni. 23 tahun tu bukannya lama... sekejap saja.

    4> Tak payah sokong mana2... sokong diri sendiri sebab memang semua akan habis berseh disapu oleh tentera langit. Yg tinggal hanyalah mereka yg ada kalimah shadatai sahaja. Yg lain hancur berkecai jadi debu. Walaupun mereka2 itu mengaku islam... tapi perangai macam yahudi atau kafir.. atau yg Rasulullah sebut sebagai "Islam Murtad"... juga akan turut hancur menjadi debu. Jadi apa nak dipertahankan lagi. Tiada daya dan upaya hanya kekuasaan Allah yg paling Berkuasa tetap utuh tak pernah luntur.

    5> Ya... kita di sini pun sama. Jgn ingat Yaman atau Iraq tu jauh dari kita maka kita tak akan kena. Silap2 kitalah yg kena dulu disapu oleh tentera langit itu. Yg tinggal itulah mereka2 yg akan bersama Imam Mahadi perperang dengan semua kafir2 dan islam2 murtad itu.,Siapa mereka ini. Mereka adalah org yg menjadi pilihan Allah dan pemegang kalimah yg paling ampuh utk menghancurkan semua kamu kafirun dan islam murtad.

    6> Cara beramal 10 ayat itu, pertama kamu kena tahu maksud ayat itu. Kemudian kamu kena hafalkannya. Kemudian kamu buat ia sebagai wirid bacaan setiap hari yg kamu tentukan sendiri berapa banyak yg kamu sanggup buat setiap hari. Yang terakhir kamu bersuluk dgn amalan ayat ini selama 41 hari disertakan dgn puasa sunat dipagi hari dan dimalam hari kamu buat solat2 sunat 3 serangkai itu (disinilah kamu nyatakan hajat kamu kepada Allah). Semoga berjaya.

    atok zamany

    ReplyDelete
  19. asSalamualaikom tok, cara beramal ayat alkahfi tu sangat menarik. Terima kasih tok. Jadinya bukan hanya buat hafalan baca pagi petang saja seperti yang kita faham selama ini. Mesti faham maksudnya. Apa maksud ayat tersebut tok? Boleh tok bantu? Kalau tak tahu maksud nanti amal tak berkesan ke tok? Kena ambil talkin syahadah juga ke tok? Terima kasih banyak tok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cu...

      Terjemahaan ayat 1 - 10 surah al-kahfi:

      1- Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

      2- (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

      3- Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

      4- Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

      5- (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

      6- Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

      7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

      8- Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

      9- Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

      10- (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"

      Maksudnya menyuruh manusia memohon perlindungan kepada Allah drp serangan kaum kafir dan islam murtad diakhir zaman ini dari semua unsur samaada dgn dakyah utk memisongkan akidah umat islam atau mengajak umat islam kononnya berjihad padahal membunuh kaum suni atau ASWJ disemua tempat. Terbaru M'sia juga menjadi sasaran mereka sekarang ini. Penggunaan kalimah Allah yg sedikit masa dahulu itu juga termasuk didalam perintah ayat ini. Mereka mehukan pengiktyirafan dari umat islam M'sia atas apa yg mereka gelar kesaksamaan beragama dan kebebasan bersuara. Inilah cara mereka cuba memisongkan akidah umat islam kini... kalau kamu tak nampak juga, tak tahu lah atok ? Keterangan ayat surah ini amat jelas ditujukan kepada kafir kristian yg tak habis2 menyalahkan org2 islam berkenaan tuhan merekalah yg paling betul... padahal mereka sendiri tak ada otak utk membaca al-kitab yg dgn jelas menafikan pekara ini.

      Bgitu juga dgn mereka yg kononnya pejuang islam spt IS dan Syah. Mereka berjuang dan membuat propaganda bahawa jihad mereka itu benar... padahal mereka sedang membunuh puak suni atau aswj disemua tempat. Kini M'sia juga menjadi sasaran mereka kerana disini terlalu ramai kaum musim yg berpegang kuat ajaran aswj. Puak inilah yg digambarkan oleh Nabi saw dengan gelaran Islam Murtad yg tak habis2 membunuh sebagai matlamat hidup mereka. Sebenarnya mereka itu ditaja oleh yahudi dan kristian bagi menghapuskan islam siseluruh dunia. Hanya org islam saja yg kelabu asap dan tak nampak apa yg mereka buat? siapa khalifah mereka itu? siapa yg menyediakan senjata utk mereka? siapa yg membayai perjuangan mereka? Kenapa us dan yahudi berdiam diri atas isu ini, hanya kenyataan yg suam2 kuku je supaya dunia tak marah mereka ?

      Ya... kamu kenalah tahu maksud ayat ini supaya kamu menjadi khusuk dan yakin. Kalau tak faham bagaimana kamu nak tahu sebab kenapa Rasulullah menyuruh kita beramal dgn ayat2 ini bagi menghindari fitnah akhir zaman. Berkenaan dgn Talqin Shadatai... kan atok dah kata ia adalah pekara utama dlm Islam. Kalau tak ambil talqin shadatai yg ada wasilah dan rabitah... tak guna kamu beramal. Buat penat saja. faham tak ni ?

      atok zamany

      Delete
  20. Anuar fariz

    Assalamualaikum..atok zamany..mintak penjelasan dr atok berkenaan fatwa dr jakim mengenai larangan zikir sambil menari..
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  21. Walaikumsalam cucu anuar...

    Berkenaan kenyataan JAKIM (Dato Othman Mustafa) berkenaan perbuatan "zikir sambil menari" yg dilakukan oleh Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang dipimpin oleh Sheikh Nazim Al-Haqqani - adalah menyeleweng dan pengamal ajaran tersebut diminta segera bertaubat.

    Ya... boleh dikatakan mejoriti Ulama dari keempat2 Mazhab menghukumkan perbuatan itu sebagai "Bidaah dan sesat" atau Haram, tetapi ada juga segelintir ulama menghukumkannya sebagai harus. Oleh kerana jumlah yg mengharuskannya itu terlalu sedikit... maka umat islam perlu berpegang kepada pendapat mejoriti.

    Memang ada perbuataan para Sahabat yg menari2 ketika memuji2 Baginda Nabi saw dan baginda hanya tersenyum melihat perbuatan mereka itu. Tetapi mereka melakukan perbuatan itu ketika berada diluar Masjid dan akibat kegembiraan kerana puji2an dari Nabi saw sendiri seperti yg dilakukan oleh Jaafar bin Abu Talib : Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang dirawayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada: 'Selepas fathu khaibar telah kembali daripada habsyah Ja’far Bin Abu Talib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’far dan mengucup dahinya dan memeluknya. Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’far : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’far Bin Abu Talib itu. Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketika mana mereka mendapat kelazatan wajdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan sebab wajdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah. Hanya inilah sandaran yg dipegang oleh sesetengah Tarikat sebagai dalil mengapa perbuatan itu harus dari pandangan mereka. Manakala semua fatwa dari keempat2 imam Mazhab terutama Imam Syafie dan Imam Ahmad berpandapat ianya perbuataan bidaah dan zindiq.

    Jadi oleh kerana kerana majlis fatwa negeri Melaka dan Jakim sudah membuat kenyataan sebulat suara bahawa perbuataan itu adalah Menyelewing dan Sesat... maka semua umat Islam di M'sia juga harus mengikut arahan ini. Ia adalah juga disebabkan mejoriti masyarakat Islam disini memegang mazhab Syafie. Jadi begitulah jawapan atok... waallauhu'lam.

    atok zamany

    ReplyDelete
  22. Salam tok

    Terima kasih atas penerangan yang bernas. dapatlah atok terangkan mengenai zindiq. Makna dan contoh2. Boleh kami berpandu kepadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cucu taufik...

      Maksud zidiq ialah:

      Zindiq secara etimologi berarti "kotoran yang membahayakan". Sedangkan menurut istilah ilmu fiqih atau hukum islam berarti seseorang yang tidak berpegang teguh terhadap agama. Menurut Imam Syafii, Imam Malik dan Imam Ahmad, Zindiq iaitu orang yang menampakan keislaman dan menyembunyikan kekafirannya. Pada zaman Rasulullah, seseorang yang memiliki kepribadian seperti ini disebut sebagai orang Munafiq. Jadi Zindiq dan Munafiq adalah sama. Menurut Ibnu Taimiyah ra, kata zandaqah berasal dari bahasa Persia yang diserap bahasa Arab, setelah kemenangan Islam keatas mereka.

      Al Hafizh Ibnu Hajar ra menjelaskan pula: “Para pengikut Zanadiqah (jamak dari zindiq) adalah para pengikut Daishan, Manni dan Mazdak. Dalam Islam, kata zindiq dipakai untuk mewakili beberapa makna. Sebahagian mengarahkannya kepada kaum Majusi, Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha, seperti tercantum pada beberapa kamus Arab, misalnya : Tajul ‘Arus dan Mukhtaru ash Shihah. Atau digunakan untuk menggantikan sebutan orang Dahri, sebagaimana terdapat di dalam Lisanu al ‘Arab. Sebahagian lagi menyebutnya untuk maksud orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhir. Menurut para fuqaha, zindiq adalah orang munafik.

      Ibnu Taimiyah ra berkata,”Adapun kata zindiq yang disebut-sebut oleh para fuqaha, yang diterima taubatnya secara lahiriyah, yang dimaksud adalah orang munafik yang memperlihatkan Islam dan menyembunyikan kekufuran”. Begitu pula al Hafizh Ibnu Hajar ra berkata : “Kata zindiq diarahkan kepada orang yang menyembunyikan kekufuran dan memperlihatkan Islam. Sehinggakan Imam Malik berkata, "Zandaqah merupakan kebiasaan yang ada pada kaum Munafiqin". Demikian pula yang dikatakan oleh sejumlah ulama Syafi’iyyah dan lainnya, bahwa zindiq adalah orang yang memperlihatkan keislamannya dan menyembunyikan kekufuran”.

      Generasi Salaf menyematkan kata zindiq kepada orang-orang dari Kaum Jahmiyah, seperti yang dilakukan oleh Imam ‘Utsman bin Sa’id ad Darimi ra dalam kitab ar Raddu ‘ala al Jahmiyah, halaman 352 dan kitab ar Raddu ‘alal Bisyr al Mirrisi, halaman 475. Sedangkan Ibnul Jauzi, menggolongkan Zanadiqah sebagai salah satu sekte Jahmiyah dalam Talbisu Iblis, halaman 31. Imam Ahmad bin Hambal ra menilai golongan Mu’tazilah sebagai Zanadiqah. Sebagamana disebutkan dalam Manaqibu al Imam Ahmad ra karya Ibnul Jauzi, hlm. 158, beliau berkata : “Ulama Mu’thazilah Zanadiqah”.

      bersambung...

      Delete
    2. sambungan...

      Menurut Ulama mazhab Hambali, terdapat lima golongan zindiq, iaitu :

      1.Golongan Mu’thazilah (golongan yang mengingkari adanya Pencipta dan Pengatur alam semesta).
      2.Golongan Manuwiyah (politheisme).
      3.Golongan Mazdakiyah (sama dengan Manuwiyah, namun menjuruskan keyakinannya dalam sebuah kelompok agama baru).
      4.Golongan Abdakiyah (kalangan zuhud yang hanya beribadah dan menolak syari’at).
      5.Golongan Ruhaniyah (kalangan sufi yang menolak syari’at, menyatakan bahwa diri mereka telah menyatu dengan Tuhan sehingga syari’at tidak diperlukan).

      PENGARUH ZANADIQAH

      Lantaran sedemikian buruk aqidah yang mereka yakinkan, maka pengaruh buruk yang muncul atas kaum Muslimin terutama bagi kamu ASWJ. Mereka juga bersalut dengan berbagai aliran politik. Menghancurkan negeri-negeri dan penduduknya, seperti yang dilakukan oleh Qaramithah, Isma’iliyyah dan lain-lain. Sebahagian kaum Islam ASWJ pun telah termakan dengan pemikiran Zandaqah, sehingga keluar dari Islam. Misalnya, para penganut Jahmiyah dan Syi’ah yang ekstrem, kemudian sekarang dengan ideologi perang jihad bersama ISIS, al Qaidah dll.

      Perlu diketahui juga, golongan Syi’ah pun mempunyai peranan besar dalam penyebaran pemikiran kaum zindiq ini dan melakukan kerosakan di negeri kaum Muslimin. Kaum Zanadiqah menjadikan orang-orang Syi’ah sebagai kenderaan untuk memuluskan tujuan busuk mereka terhadap kaum Muslimin. Mereka memanfaatkan golongan Syi’ah untuk merealisasikan niat jahat mereka terhadap kaum Muslimin terutama kepada ahli suni atau ASWJ. Syi’ah dijadikannya sebagai comoflase untuk menutupi jati diri mereka yang penuh kekufuran. Kaum Syi'ah sememangnya amat senang sekali akan kedudukan ini kerana mereka diberi ruang khas didalam semua ideologi sesat itu sebagai peneraju kemusnahan kaum suni. Waallahua'lam.

      atok zamany.

      Delete
  23. Salam Datuk Zamany

    IS semakin membesarkan pengaruhnya dan dianggap jihadis Islam. Siapakah IS di timur tengah pada pandangan Datuk? Kekeliruan telah timbul mengatakan mereka pejuang jihad akhir zaman yang menanti kemunculan Mahadi (mereka askar dari timur). Saya fikir IS adalah kumpulan tentera Wahabis dari semenanjung arab Saudis untuk melawan USA. Dibiayai oleh keluarga beraja Saudis. Betulkah mereka yang berjihat di sana mati syahid seperti yang didakwa. Yang pelik sekali bila wanita ditawarkan peluang jihad nikah, Wujud kah jihad nikah ini dalam Islam? Katanya sebagai pengorbanan untuk mencapai syurga. Harap Datuk tidak keberatan memberi maklumat kepada pembaca2 blog Datuk.

    Pencari Kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cucu pencari kebenaran dan semua...

      Isu ini sangat rumit dan panjang. Tapi oleh kerana kamu dah tanya, atok cuba tuliskan juga berkenaan mereka ini;

      ISIL @ ISIS

      Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL -Islamic State Iraq) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS - Islamic State Iraq and Syria). Pada 29 Jun 2014 lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

      Latar belakang Abu Bakr sebagai ketua kumpulan ini:

      Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu Dua. Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan sulungnya. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau penggantinya, Ayman al-Zawahiri. Menurut catatan biografi ditulis pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.

      Abu Bakr yang fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad Salafi. Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu Al-Bu’Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan sikap pemurah.

      Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden Saddam Hussein pada 2003. Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007. Ketika dibebaskan pada 2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: ‘Saya akan berjumpa anda semua di New York’ dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki.

      Siapa Itu ISIS Gerakan Penentang Di Iraq

      Selepas dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama’ah Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan beliau dilantik sebagai ketua. Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah terwujud sejak Januari 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq. Bagaimanapun Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).

      Abu Bakr sertai ISIL, ISIS

      Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda. Empat tahun kemudian, selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.Pada akhir 2011, Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya. Abu Bakr kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.

      Bersambung...

      Delete
    2. Sambungan...

      Abu Bakr dan Ayman al-Zawahiri

      Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan.Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Bagaimanapun, penggabungan itu dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq. Dalam temu bual di radio, Abu Bakr berkata, “Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH SWT.” Sejak dari itu, hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS.

      Pengaruh Abu Bakr di Syria

      Pengaruh beliau amat kuat apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat akar umbi. Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud.

      Keghairahan untuk menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli akademik seperti sebelum ini. Ketika mahu menakluki beberapa bandar di Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?. Seseorang pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup muka.

      Kini ISIL atau ISIS tidak dapat lagi dikawal dgn baik. Perbuatan ISIL yang melakukan pembunuhan kejam dan tanpa pengadilan telah ditentang oleh gerakan pembebasan dan mujahidin Iraq yang lain seawal 2005. Anbar Salvation Council (ASC) yang merupakan gabungan 30 qabilah Sunni di daerah Al Anbar yang ditubuhkan pada tahun 2005 khusus untuk menentang keganasan al Qaidah, kumpulan asal ISIS, telah mengistiharkan penentangan secara terbuka terhadap ISIS. Kerjasama antara tentera Amerika dan Iraq berjaya menekan al Qaidah untuk sementara waktu sehingga mereka bangkit semula pada 2012 apabila tentera Amerika mula meninggalkan Iraq.

      Pada penghujung 2013, penduduk Al Anbar terutama di Ramadi dan Falujjah telah mengadakan protes aman terhadap kerajaan Iraq pimpinan Nuri al-Maliki yang dilihat menyebelahi golongan Syiah dan menganak-tirikan golongan Sunni. Persetujuan akhirnya dicapai untuk Tentera Iraq berundur dari Al Anbar dan menyerahkan kuasa kepada polis tempatan. Sebaik tentera Iraq berundur, ISIS tiba-tiba muncul mengambil kesempatan untuk menguasai Al-Anbar. Menurut pemimpin ASC Sheikh Hameed al-Hayes, lebih 8000 keluarga terpaksa lari dari Ramadi dan Falujjah akibat serangan ISIS.

      Al Qaidah secara terbuka membunuh ulama’ Sunni yang berani mempersoalkan mereka. Antaranya Sheikh Hamza Abbas Al-Issawi, Mufti dan Pengerusi Majlis Ulama Falujjah dibunuh oleh al Qaidah pada tahun 2005. Antara ulama’ lain yang menerima nasib yang sama adalah Sheikh Abdul Aleem al Sa’di Mufti Ramadi, Sheikh Shawkat al-Sa’ab, Sheikh Kamal al-Tikriti dan Sheikh Omar Sa’ed Horan. Seorang lagi ulama’ besar Iraq, Sheikh Mahdi al-Sumaidaie cedera parah dalam percubaan membunuh beliau pada Ogos 2012. Mufti Besar Sunni Iraq, Sheikh Khaled al-Mulla dalam wawancara al-Mayadeen TV pada 1 Julai 2014, dengan tegas mendakwa al Qaidah atau ISIS telah membunuh lebih 300 ulama’ Sunni.

      Bersambung...

      Delete
    3. Sambungan...

      Umumnya ISIS mempunyai hubungan buruk dan ditentang oleh hampir semua ulama’, masyarakat dan semua kumpulan pembebasan Iraq samada yang berasaskan Islam, syiah, sekular, kabilah mahupun bekas anggota Baaths seperti Islamic Army of Iraq, HAMAS of Iraq, Brigade Revolusi 1920, Jamaa Ansar al-Sunnah, Tentera Mujahiddin dan Tentera al Mahdi.

      Bukan sahaja di Iraq, ISIL juga menimbulkan kemarahan kumpulan pejuang di Syria. Percubaan ISIS untuk mengembangkan sayap ke Syria ditentang oleh semua kumpulan pejuang Syria, samada yang berasaskan Islam mahupun secular. Pada awal tahun 2014, kumpulan pejuang Syria telah bergabung melawan ISIS menyebabkan ISIS terpaksa berundur ke kubu kuat mereka di ar-Raqqah, utara Syria.

      ISIS pernah mendakwa mereka telah bergabung dengan Jabhat an-Nusra, kumpulan yang mewakili al Qaeda di Syria. Namun dinafikan oleh Jabhat an Nusra. Dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh al Jazerra, pemimpin al Qaeda Ayman al Zahawiri cuba mendamaikan antara 2 kumpulan itu tetapi tidak diendahkan oleh ISIS. Akhirnya pada Februari 2014, aQG (al Qaeda Global) secara terbuka mengisytiharkan ISIS bukan dari kalangan mereka. Ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum ISIS didakwa kononya mempunyai kekuatan yang berjaya menawan Mosul sedangkan ISIS tinggal bersendirian.

      Situasi sebegini menimbulkan tanda-tanya bagaimana ISIS yang dianggap `budak jahat’ dan disisih oleh kumpulan pejuang Iraq dan Syria serta dibenci dan ditakuti oleh rakyat Iraq, tiba-tiba mempunyai kekuatan untuk menakluk utara Iraq dan mara dengan pantas ke Baghdad. Kejayaan seperti ini logiknya memerlukan tentera yang ramai dan terlatih serta mendapat sokongan penduduk tempatan.

      Lebih menghairankan, ISIS yang kononnya ingin menegakkan Islam dan mendirikan Khilafah sering bertindak jauh luar dibatas-batas Islam dan kemanusiaan. Mana mungkin seorang yang ikhlas ingin melaksanakan Islam terpesong begitu jauh membunuh sewenang-wenangnya dan dengan cara yang kejam. Mana mungkin seorang pejuang Islam berakhlak seperti mereka. Perbuatan mereka bukan saja jauh dari sifat Islam bahkan memberi gambaran yang amat buruk kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam.

      Kalau begitu apakah niat mereka sebenarnya? Kenapa meraka menggunakan label Islam? Apakah yang mereka ingin capai? Atau siapakah ISIS sebenarnya?

      Tidakkah kita pelik apabila mengentahui kerajaan Basyar membeli bekalan eletrik daripada stesyen janakuasa yang dikendalikan ISIS ? Dengan wang itulah antara sumber ISIS untuk membiayai kegiatannya. Bukankah sepatutnya ISIS berperang dengan kerajaan Basyar jika benar mereka pejuang Islam dan membela rakyat? Akhbar New York Times (NYT) pada 11 Jun 2014 melaporkan ISIS terus mengeluarkan minyak dari telaga minyak yang mereka kuasai di timur Syria. Mereka juga menjual kembali eletrik kepada kerajaan Basyar dari stesyen janakuasa yang mereka tawan. Dalam laporan yang sama NYT juga memetik Sheikh Hasan, pemimpin Free Syria Army sebagai berkata “anggota mereka (ISIS) dibayar lebih tinggi, lebih terlatih bahkan persenjataan mereka lebih baik dari tentera Syria dan Iraq.” NYT terus melaporkan bahawa ISIS mengelak dari bertempur dengan tentera Basyar dan tentera Basyar seolah-olah sengaja membiarkan kumpulan ini dalam masa yang sama menumpukan peperangan terhadap kumpulan mujahiddin yang lain.

      Ketua Biro politik Ikhwanul Muslimun Syria, Hassan Hasyimi dalam temubual dengan akhbar dalam talian al-Monitor pada 12 June 2014 mendakwa mereka mempunyai banyak bukti bahawa ISIS di Syria didokong oleh pihak keselamatan Syria dan Iran. Bahkan ISIS jarang bertempur dengan tentera Syria telah lebih banyak berperang dengan kumpulan mujahiddin yang lain. “Kami mengenali mereka. Mereka yang selama ini berada didalam tentera Syria tiba-tiba menyimpan janggut yang panjang dan menjadi ahli ISIS atau al-Nusra.” Kata Hassan. Yang pastinya bagi beliau “ …. apa yang mereka lakukan tiada kena-mengena dengan Islam, dari segi perbuatannya, ideologinya dan pemikiran mereka.”

      bersambung...

      Delete
    4. sambungan..

      Inikah Islam yang dibawa aQI & ISIS …….

      Rekod penglibatan ISIS dalam keganasan sangat panjang. Bermula dari alQaeda in Iraq, kemudiannya Islamic State of Iraq dan seterusnya menjadi Islamic State in Iraq and Levant, sikap melampau ISIS dan keganasan mereka semakin jauh dari Islam. Samada dalam bentuk pengeboman kereta ditempat awam, pembunuhan tokoh dan ulama’, penculikan wanita dan aktivis kemanusiaan, hukuman tanpa bicara, pembunuhan kejam dengan memeotong kepala dan menembak mangsa yang tidak berdaya – senarai kekejaman mereka hampir tiada penghujung.

      Pada 25 Oktober 2009, pengeboman di Baghdad membunuh 155 nyawa dan mencederakan lebih 720 orang. Pada 8 Disember sekali lagi Baghdad dibom membunuh 127 nyawa dan mencederakan 448 orang. ISIS, atau ketika itu ISI, mengaku bertanggungjawab.

      ISIS juga tidak teragak-agak untuk membunuh sesiapa saja, termasuk ulama’, yang menentang mereka. ISIS dipercayai terlibat dalam serangan bom chlorine pada March 2007 yang membunuh 8 dan ratusan cedera di Fallujah dan Ramadi dimana pemimpin tempatannya menentang aQI. Sebulan sebelumnya satu letupan bom berhampiran sebiah masjid di Fallujah telah membunuh 35 orang. Imam di masjid tersebut diketahui menentang ISIL. ISIL juga didakwa membunuh pemimpin kumpulan mujahiddin lain yang mereka. Mereka juga dipercayai terlibat dalam serangan bom sebuah masjid di Baaquba yang membunuh 28 orang termasuk pemimpim kumpulan Hamas of Iraq dan 1920 Brigades. ISIL juga cuba melagakan antara golongan Sunni dan Syiah dengan menyerang tempat suci golongan Syiah.

      Sebaik mengisytiharkan `Khilafah Islam’, satu sumber yang dipetik dari media Turki memetik seorag wakil ISIS, Abu Turab al Mugaddasi mengatakan mereka akan menakluk Arab Saudi dan akan memusnahkan Kaabah. Ini kerana mereka mendakwa umat Islam pergi ke Mekah untuk menyembah batu, bukannya Allah. Tidak sampai seminggu mendirikan `daulah’ mereka telah memusnahkan sekurang-kurangnya 4 maqam ulama’ Sunni yang didakwa sebagai sumber khurafat serta 6 masjid Syiah.

      ISIS juga dalam tempuh peperangan terbaru ini dilaporkan telah mengeluarkan `fatwa’ meminta semua keluarga menyerahkan anak perempuan mereka kepada anggota ISIS untuk memberi khidmat sex. Arahan ini didapati didalam risalah-risalah yang ditemui di di Mosul dan Tikrit. Tiada pengertian yang membenarkan hidmat sex didalam peperangan seperti tajaan ISIS ini. Jika nikah mutaah yg mereka jalankan disana dianggap "membolehkan" prilaku mereka, mereka nampaknya memplopori juga ajaran syah didalam ISIS, sedangkan mereka mengaku sebagai islam beraliran Sunni. Nikah itu dikenali dgn nama "Jihad Nikah" yang beberapa bulan lalu heboh di media M'sia berkenaan seorang anak dara melayu yg ingin ke Syria utk menyertai tunangnya disana berjuang sebagai jihad. Ia sebenarnya ingin sekali menyertai "Jihad Nikah" tajaan ISIS yg sangat bertentanggan dgn hukum syarak dan mereka sebenarnya melakukan zina yg nyata. Begitu juga dengan Nikah Mutaah yg telah diharamkan syarak. Oleh kerana itu mereka boleh dianggap sedang melakukan zina terancang, sedangkan wanita yg menyertaianya dianggap sebagai pelacur. Bagaimana berjihad sedangkan bergelumang dgn dosa zina ??? Fatwa sesat lagi zindiq ini tidak harus dipandang baik langsung malahan mereka ini adalah sebahagian dari Islam Murtad yg disebut Nabi saw yang akan muncul diakhir zaman. Mereka dgn terang-terang melanggar hukum syariat dan menghalalkan pekara yang haram didalam al-Quran. Inilah dia rupanya apa yg dipanggil ISIS atau ISIL.

      bersambung...

      Delete
    5. sambungan...

      Persatuan Ulama’ Iraq (Association of Muslim Scholars in Iraq - AMSI) pula dalam kenyataan No 1003 bertarikh 1 Julai 2014 berkata, dalam keadaan Iraq sekarang, pengumuman seperti itu tidak memberi kebaikkan kepada Iraq dan perpaduan rakyatnya. Bahkan perbuatan seperti itu boleh dianggap cuba memecah-belahkan Iraq dan kepentingan rakyat. Sheikh Abbas Shuman, seorang ulama al Azhar berkata “mereka yang bercakap tentang penubuhan Negara Islam itu sebenarnya pengganas. Khilafah Islam tidak ditegakkan secara paksaan. Menakluk sebuah negara dan membunuh separuh penduduknya …… ini bukan Negara Islam. Ini adalah keganasan.”

      Pengisytiharan itu juga ditolak oleh pelbagai kumpulan Mujahidin di Syria. Abu Maria al-Qahtani yang menjadi rujukan Jabat an Nusra dalam perundangan Islam mencatatkan didalam Twitternya tindakan ISIS adalah “semangat yang keterlaluan” dan “musibah kepada ummah”. Bahkan golongan salafi seperti gerakan Salafi Lebanon juga menolaknya. Pemimpin gerakan tersebut, Daii Islam al Shahhal berkata “Kami pun mahukan negara Islam, itu adalah asas kefahaman kami. Tetapi Negara Islam mesti tertegak atas beberapa kriteria dan kriteria tersebut belum dipenuhi.” Manakala Jamaah Islamiyah Lebanon mengecam pengumuman tersebut menganggapnya terkeluar dari landasan Islam. Bagi mereka ISIS merosakkan Islam dan dikeji oleh penduduk di Timur Tengah. Sehingga sekarang, alQaeda Global (aQG) masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap pengisytiharan ISIS, namun ia tentunya sukar diterima oleh aQG kerana ia bererti pemimpin aQG Ayman al Zawahiri pula terpaksa memberi taat-setia kepada ISIS.

      Kalau tak percaya ... baca links dibawah ini :

      http://syria360.wordpress.com/2014/02/06/saudi-royal-family-behind-isil-crimes-in-syria/

      http://syria360.wordpress.com/2014/07/01/us-pushing-for-isil-caliphate-state/

      https://syria360.wordpress.com/2014/09/13/isil-using-us-weapons-in-syria-and-iraq-don-debar/

      https://syria360.wordpress.com/2014/08/11/isil-is-being-aided-and-abetted-by-israel/

      Tulisan ini amat panjang, tetapi hanya dapat diisi begini saja kerana ruangan yg terhad. Atok harap kalian faham serba sedikit berkenaan perjuangan palsu ISIS itu sekarang dan jangan lagi beranggapan bahawa mereka itu benar dan Jihad mereka benar. Meraka menipu daya seluruh umat islam dan telah menjahanamkan lagi reputasi baik umat islam seluruh dunia. Waallaua'lam.

      atok zamany

      Delete
  24. Satu lagi. Harap Datuk tidak keberatan menceritakan tentang "Assufyani" yang ada di sebut oleh Rasulullah dalam satu hadis akhirzaman. Terima kasih.

    Pencari Kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada pencari kebenaran...

      Ya memang jika mengikut petunjuk dari hadis Baginda Rasulullah ada menyebut berkenaan seorang dari keturunan Syufian. Hadis ini diriwayatkan oleh ad-Daruquthni dan Muhammad bin Zakaria al-Ghalabi, dari Ali bahawa Nabi saw bersabda, "Adapun kehancuran ada ditangan seorang dari keturunan Syufian. Seolah-oleh aku menyaksikannya. Demi Allah, temboknya telah roboh menutupi atapnya". Kemunculannya adalah di Syria yang bakal menghancurkan semua yang tidak sehaluan dengannya. Kemudian dia akan memasuki Arab dan menuju ke Madinah dan akan menghancurkan Madinah dan semua yang ada disana. Setelah itu bala tenteranya terus ke Mekah juga bagi menghancurkan Mekah. Kemudian mereka diperangi oleh al Mahadi dengan balatentera Allah dan mereka dihapuskan terus dari mukabumi ini.

      Jika kita mahu mengenal pasti bila munculnya Imam Mahdi, perhatilah dengan teliti apa yang berlaku di Syria. Serentak dengan itu juga akan berlaku pemberontakan dan pembunuhan merebut kuasa di antara pewaris as Saud di Arab Saudi. Penduduk Madinah telah melarikan diri ke Makkah termasuklah Imam Mahadi. Bagaimana ISIS yang sendiri mengaku bahawa mereka ditaja oleh salah seorang anak raja Arab, oleh itu sudah tentu perang antara sesama kaum di Arab bakal jadi kenyataan. Bagaimana pula dengan Pemuda Bani Tamim itu? Dalam masa yang tidak jauh dengan pertempuran As-Syufiani ke atas Makkah, akan bangkitlah seorang pejuang perkasa bermisai nipis membangkitkan sebuah kerajaan di timur. Kerajaan Islamiyyah ini bakal diserahkan untuk ditadbir oleh al Mahadi. Di manakah terletaknya "kerajaan" ini?

      Berbalik kepada "regime change" tajaan USA ini. Malaysia juga bakal mengalaminya dalam masa terdekat dan tentunya tiada siapa yang mampu menghalangnya. China dan Russia pasti terlalu sibuk, tidak akan datang membantu kita sebagaimana Syria kerana mereka juga belum tentu dapat pertahankan negara Arab tersebut.

      Rakyat Malaysia, khasnya Umat Islam bakal mengalami kejutan besar bila berlakunya "regime change" nanti. Seluruh sistem politik dan pentadbiran akan berubah dengan drastiknya mengikut halatuju Yahudi. Jika dikatakan orang Melayu Islam (maksudnya Islam Ahli Sunnah wal Jamaah) akan melepaskan pentadbiran kepada pengikut Wahabi dan Islam Liberal, memang ada logiknya. Tak mustahil pula ia akan beralih tangan kepada puak Kristian kemudiannya. Petunjuk ke arah tersebut semakin ketara. As Syufiani bakal segera muncul di Syria dan juga negara kita M'sia. Untuk itu wajarlah kita bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Langkah pertama yang anda perlu dilakukan ialah menjauhi "Islam Liberal". Islam Liberal ini ciptaan Yahudi dan ia adalah musuh utama ASWJ (ASWJ adalah pegangan para wali Allah dan ulama terdahulu).

      Sesiapa yang bersubahat atau bersekongkol dengan Islam Liberal ini, mereka adalah dengan sendirinya terkeluar dari rangkaian al Mahadi. Itu memang pasti kerana Islam Liberal adalah agama "hawa nafsu". Seterusnya ambil langkah segera kembali kepada 2 KALIMAH SYAHADAHTAI yang punya wasilah dan rabitah yang sebenar-benarnya. Berpegang teguhlah pada tali-tali Allah, jangan lagi bercerai berai. Allah telah janjikan "kemenangan" kepada mereka yang berjuang pada jalan Allah. Apa yang lebih baik ialah jika dapat terpilih bersama dengan perjuangan al Mahadi itu dan menjadi Syuhada yang telah dijanjikan Allah sebagai Syahid yang utama. Ini semua akan atok tuliskan didalam atical SIRAH- KIAMAT, AKHIRAT DAN KIAMAT ini dibab penghujung nya. Bersabarlah kerana disana nanti akan diceritakan selengkapnya berkenaan semua petunjuk Hadis Baginda Rasulullah dan kata-kata Sahabat baginda dengan terperinci bagaimana rentetan dan perjalanan berlakunya perang akhir zaman yang kamu semua suka sangat nak tengok dan saksikan, seolah-olah ia tidak akan menimpa kamu. Kamu dah cukup bersedia ke ??? Kalimah Shadatai kamu pun tak tentu arah lagi, bagaimana kamu hendak menghadapi perang ini ???

      atok zamany

      Delete
  25. Salam atok.

    Di Utara tanah air ada seorang mufti baru seorang professor dr. ada membuat kenyataan berikut:

    Babi jadi halal sekiranya ia berubah bentuk, jadinya bukan saja babi, tentulah apa saja yang haram akan jadi halal setelah diperoses. Baik anjing, bangkai dan uri bayi sebagainya akan halal secara automatik jika berubah bentuk dari bentuk asal.

    2. Wang zakat harus diberi kepada bukan Islam.seperti mana dituntut oleh DAP Selangor

    3. Imam di Makkah dan Madinah adalah wahhabi, sah sembahyang berimamkan wahhabi? Dia menyanggah kata2 Mufti Kedah satu masa dahulu.

    4. banyak lagi perkara yang tidak selaras dengan pandangan ulama2 aswj yang lain.

    Minta pencerahan, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cu...

      1- Apa pun yg mufti tu kata tidak penting. Kita hanya ikut al-Quran dan Sunnah Nabi saja. Kalau disana sebut haram... kamu ubahlah bagaimana sekali pun, ia tetap haram dan kita tak payah nak pening kepala dgn kata2 manusia bodoh seperti itu. Jangan diikut cakap dia tu. ok

      2- Nampak duit saja dah nak melenting dgn tak tahu hujung pangkal. Kalau depa nak buat macam org islam buat, kenalah semua warga dap pungut zakat dan buat macam org islam buat. Jangan nak ambik apa yg kami org Islam dah buat puluhan tahun ni. Ini dana org islam sahaja bukan utk org kafir laknat macam depa. ok

      3. Mana kamu tahu depa tu wahabi ke tak ke ??? main tembak ikut suka kamu saja ? Depa tu bukannya wahabi. Yang wahabi ialah rajanya. Sah ke tak sah ke bukan kerja kita. Kita laksanakan tugas kita ikut syariat. Allah yg tentukan semuanya. Kamu berserah pada Allah bukan pada Imam itu... ok.

      atok zamany

      Delete
  26. salam atok yg dikasihi....adakah mustahil wali-wali Allah di zaman kita ini bertemu dgn Rasulullah seterusnya bertemu Allah....samada dlm mimpi ataupun nyata?samada sebelum diangkat Allah menjadi wali atau selepas diangkat menjadi wali....atau selepas kewafatan Nabi muhammad memang tiada manusia yg boleh bertemu Allah dan Rasul lagi?dan apakah yang dimaksudkan dengan pakaian Nabi Muhammad saw yg sebenarnya...adakah ahklak spt Baginda saw atau ada yg lain?minta pencerahan....semoga Atok sentiasa dalam rahmat Allah....

    ReplyDelete
  27. Walaikumsalam kpd cucu yg nak tahu...

    Wah... susah benar nak jawab soalan kamu ni ? atok dah tulis jawapan bagi soalan kamu ni sebanyak 2x tetapi tak boleh nak publish ? Macam tak kasi jawab je ? pertama bila enter publish ia hilang terus. Kedua tengah tulis penutup, tiba2 blackout...api tak ada... macam mana nak jawab ??? Yg ini kali ke3 atok cuba jawab... tak tahu apa yg akan jadi lepas ni... Kalau tak bagi juga,,, maknanya tak boleh nak jawablah, Allah tak bagi kot ???

    Jawapan atok: Adalah mustahil jika ia telah manjadi waliallah tapi tak jumpa Allah dan Nabi Muhammad saw. Setiap wali itu misti melalui protocol Nya sebelum bertemu dgn Nya. pertama ia mesti mampu makrifat kepada guru2nya yg masih hidup dan yg telah meninggal dunia. Hubungan rohani ini mestilah tidak putus sanadnya. Kemudian bertemu pula kepada sultan wali iaitu Saidi Syeikh Mughyideen Abdul Kadir Jailani. Kemudian ia dibawa bertemu dgn Sultan para Nabi Allah iaitu Nabi Allah Khaidir as. Selanjutnya ia dibawa bertemu dgn Rasulullah saw sebagai Penghulu seluruh manusia dialam ini. Setelah itu Nabi Muhammad saw sendiri akan membawanya mengadap kehadrat Allah SWT. Disinilah kedudukan rohaninya dialam Makrafatullah yg sebenar2nya. Kamu akan ditinggalkan berseorangan bersama Allah sahaja selepas itu. Terserah padaNya utk berbuat apa2 kepada hamba kekasehNya itu.... disini adalah alam rahsia yg teramat besar kepada diri manusia itu dgn penciptanya... tiada manusia lain yg akan tahu segala yg terjadi kepada dirinya di SANA !

    Utk melapasi semua peringkat protocol itu manusia itu semestinya memiliki kalimah shadatai yg berwasilah dan beribitah dari tangan ke tangan hingga menyampai kepada Rasulullah saw. Shadatai yg tiada wasilah dan rabitah adalah batal dan jauh daripada ini semua. Kenalah berilmu dan beramal serta faham dgn jitu akan semua ilmu itu. Makrifatullah itu tadi adalah didalam keadaan alam "seperuh sedar yg dikawal ketat" tampa gangguan Iblis sedikit pun. Ia bukan dialam mimpi yg tak sedar atau tak mampu dikawal yg biasa berlaku pd manusia biasa. Ini semua adalah dgn Izin Nya dan berkat latihan2 yg diberi oleh guru2 rohaninya serta ketekunan yg sejati oleh murid itu sendiri. Semua itu juga dibawah kawalan guru2 rohaninya setiap masa semasa dia beramal.

    Pertemuan ini akan tetap berlaku kepada seluruh umat Muhammad hinggalah hari kiamat kelak sebab inilah janji Allah kepada Baginda Rasulullah saw yg tidak pernah diberikan kepada sesiapa juga selain dia. Ini jugalah sebahagian dari Mujizat Nabi yg sangat besar selain al-Quran Karim. Tetapi ia terselindung jika umatnya tidak mencari ilmu ini. Sebab itulah ramai yg tak tahu akan pekara ini. Kemudian ianya tidak boleh didapati tampa ilmu dan amal yg berteraskan wasilah dan rabitah Nabi. Adalah pembohong besar jika seseorang mendakwa bertemu Nabi atau Allah tampa melalui protocol ini dan wasilah rabitah ini. Kebanyakan dari mereka menjadi sesat disebabkan oleh gangguan iblis ditengah jalan. Jadi berhati2lah !

    bersambung...

    ReplyDelete
  28. sambungan...

    Pada kebiasaannya seseorang itu hanya mengatahui bahawa dirinya itu adalah waliallah apabila ia telah meninggal dunia. Tetapi ada juga manusia yg diberi Allah kelebihan mengatahuinya semasa ia masih hidup, tetapi manusia ini selalunya adalah yg tahu menyimpan rahsia Allah ini. Tak semua manusia yg bertemu Allah itu mendapat mertabat wali. Ada juga yg mendapat mertabat Mutaqin, Ariffin atau Solihin dll. Ia mengikut ketentuan Allah semuanya. Maksudnya semua itu adalah terletak kepada recomdation dari pihak2 yang memeggang mandat tadi. Iaitu Guru2nya, sultan wali, sultan Nabi dan Rasulullah sendiri sebagai pemegang protocol itu. Maka sidia ni sudah tentulah seorang yg mempunyai akhlak terpuji serta ikhlas dan redha didalam amalannya, serta memegang teguh kepada syariat Allah dgn istiqmah. ok... faham tak ni ?

    Kemudian yg dikatakan pakaian Nabi itu mempunyai banyak tafsiran. Ada ulama menafsirkan ia bermaksud sebagai manusia yg mempunyai akhlak yg mulia seperti Nabi saw. Kebanyakkan mereka2 ini adalah juga sahabat2 baik Nabi saw seperti 10 org sahabat yg dijanjikan Syurga itu. Ada pula yg memberi tafsiran sebagai seseorang yg menjaga sunah Nabi saw dan mengamalkan dgn ikhlas dan tawadok, iaini tampa rasa ria dan menunjuk2 serta inginkan pujian manusia keatas dirinya. Kemudian ada juga ulama berpendapat maksud perkataan itu adalah mereka yg selalu beramal dgn ayat2 al-Quran Karim. Bukan sahaja ia cuba menghafalnya malahan dia boleh memelihara akhlaknya seperti yg terdapat didalam ayat2 itu. Kemudian yg terakhir ada pendapat yg menyatakan bahawa pakaian Nabi itu adalah berbuat seperti apa yg nabi buat contohnya banyak solat 1/3 malam, membaca al-Quran, banyak berpuasa sunat dll. waallaua'lam

    Semoga kamu juga dirahmati Allah dan didalam kegembiraan sentiasa...amin.

    atok zamany.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....dh rezeki cucu dpt jawapan ini walaupun atok diuji Allah tak boleh publish sebelum ini,moga bermanfaat buat cucu dan sekelian pembaca....untuk sampai ke Rasulullah saw seterusnya Allah swt kenalah berguru yg mana berabitah dan berwasilah hingga ke Rasulullah ye tok...mengambil talkin syahadatain...masalahnye imam kite dh selesai solat fardhu berjemaah...x sempat cucu nk ikut jd makmum,masa cucu masuk ke masjid cucu ikut jadi makmum solat fardu pada imam yg dah selesai solat fardu td dan sedang melaksanakan solat sunat...adakah masih ada peluang tuk cucu tok?nak menunggu imam yang akan datang ni tak tahulah samada cucu sempat atau tidak....lagi satu,bagaimana kita nk tahu yg kita telah diterima menjadi anak murid pd guru2 sehinggalah kpd Rasulullah td?adakah tanda2nya pd diri kita ini?moga2 usaha atok dlm blog ini dirahmati Allah dan lebih ramai yg akan mengambil talkin syahadatain dgn badal yg terdekat....amin

      Delete
  29. Walaikumsalam cu...

    Inilah masaalah utama bagi semua umat islam terutama di M'sia. Kamu beranggapan bahawa semua imam atau tok guru agama, waima tok guru Tarikat tu mempunyai wasilah dan rabitah sedangkan wasilah dan rabitah ini hanya diberi mandat kepada badal (wakil) kepada Mujadidi Agama iaitu Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailanai seorang bagi setiap seratus tahun. Wakil yg terakhirnya adalah Syeikh Ahmad Junaidi iaitu Tok Guru kami didalam pesatuan ABJAD yg baru saja meninggal dunia pada bulan Januari yg lalu. Jadi bagaimana kamu nak mengambil talqin shadatai ini ???. Ok tak mengapa, didalam pesatuan abjad ini telah diberi pula beberapa orang muridnya sebagai wakil beliau sewaktu beliau hidup. Mereka merupakan murid yg diberi izin untuk menurunkan talqin shadatai semantara yg telah diajarkan kepada mereka sewaktu beliau hidup dahulu. Jadi kamu boleh bertemu dgn salah seorang drp mereka ditempat kamu tinggal kerana mereka2 ini berada disetiap negeri didalam M'sia ini. Kamu boleh beritahu dimana kamu tinggal dan nanti atok bagi no tel mereka utk kamu hubungi.

    Bagaimana kamu nak tahu ? Nanti kamu setelah mengambil talqin shadatai bolehlah kamu bertanya kepada mereka berkenaan dgn wasilah keilmuan yang Tuan Guru Syeikh Ahmad Junaidi warasi tersebut. Disana kamu akan diberi penerangan lanjut dan juga beberapa buku dan penulisan berkenannya ada dijual. Hanya ahli pesatuan ini saja dibenarkan memiliki buku2 dan CD2 ucapan tuan guru ini. Lepas tu kamu kenalah rajin beramal dan duduk kemas didalam abjad ini utk menyampai kpd apa yg kamu hajati itu. Lambat laun kamu akan kenal sendiri mana yg benar dan mana yg batil...ok !

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum atok...cucu ni orang Sungai Petani, mengaji Pengajian Tinggi di Pulau Pinang, nak mohon contact wakil/badal ABJAD yang terdekat dengan kawasan cucu daripada Atok. Terima Kasih

      Delete
    2. Walaikumsalam cucu Mohammad...

      Kalau di PP contact no ni 019-4287878. Kalau di Sungai Petani pulak tel no: 013-4491183. Lepastu tanya dgn depa. ok

      Memang sekarang atok lihat telah ramai anak2 muda terutama di IPTA dan IPTS yg bersama dgn kami. Kebanyakan mereka semua mencari kebenaran dan punca kesilapan kita umat islam yg terabaikan masaalah paling pokok iaitu "dua kalimah shadatai". Alhamdulillah sekarang telah ramai yg tahu akan pekara ini dan insyaallah kamu juga akan mengenalnya nanti.

      atok zamany

      Delete
  30. Assalamualaikum Atok, Maaf Tok. Boleh ceritakan sedikit tentang bangkitlah seorang pejuang perkasa bermisai nipis membangkitkan sebuah kerajaan di timur. Kerajaan Islamiyyah ini bakal diserahkan untuk ditadbir oleh al Mahadi. Adakah kerajaan itu terbentuk dari gabunggan beberapa negara?

    ReplyDelete
  31. Walaikumsalam cu..

    Boleh... tapi bukan sekarang. Kamu kena tunggu atical atok yg akan menyusul kemudian dan disana akan diceritakan dgn dalil yg lebih tepat berkenaan banyak pekara2 diakhir zaman. ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  32. Salam tok, Setelah pemergian Tuan Guru, siapakah pengganti beliau? Selepas Tok Kenali rasanya penggantinya tak pernah putus, kan tok? Apa kata kalau kami berguru dengan tok saja? Maaf kerana bertanya.

    ReplyDelete
  33. Walaikumsalam cucu...

    Ya.. memang benar bagai dikata, Lepas Tok kenali maka dilantik pula Syeikh Mahmud Nazri Othmani dalam jangkamasa kalau tak silap atok lebih kurang setelah 1-3 tahun pemergiaan Tok Kenali. Kemudian Sepelas Syeikh Mahmud pergi maka dilantik pula Syeikh Ahmad Junaidin, dalam jangkamasa lebih kurang 4-6 bulan selepas itu. Kini setelah Syeikh Ahmad Junaidin meninggalkan kita... tak seorang pun drp anak muridnya yg dilantik secara sah (zahir & batin) oleh Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani ra. Entah bila dan siapa yg bakal memegang jawatan badal (wakilnya) itu. Kita sebagai anak murid Syeikh kena sentiasa patuh dan taat atas apa saja ketentuannya. Kalaupun telah ditakdirkan memang tidak ada pengganti... bererti kita juga kena sentiasa berpegang teguh atas apa yg telah diajar dan diamanahkan Tuan Guru dahulu walau apa pun terjadi. Asalkan kita tetap menjadi anak murid Syeikh Mughyideen hingga hari kiamat dari dunia hingga ke Syurga bersama-samanya, berserta, bersepakai setiap saat dan waktu.

    Jika memang benar telah tiada lagi pengganti Ustaz Mat... bererti yg terakhir pemegang mandatnya adalah Imam Mahadi. Tetapi jika mengikut pengiraan yg atok buat sendiri... memang sepatutnya ada seorang lagi badal sebelum pelantikan Imam Mahadi... tetapi tak tahu siapakah orangnya ???

    Kamu kata atok ??? sangat mustahil sebab semasa arwah tuan guru masih ada dahulu,,, setiap kali beliau bertemu atok dia akan pujuk atok jadi dadal. Dia suruh buat macam2 kemudian suruh atok berhijrah ke beberapa tempat yg dia mahu dibuka cawangan abjad disitu... Yg anihnya kenapa atok ??? Sedangkan ramai lagi org lain yg lebih layak dan kanan dikala itu, jadi segan lah atok nak ambil.. Atok ni mana banyak ilmu dan belum seberapa pun amalan yg ada, itulah sebabnya atok sentiasa menolak pelawaannya. Lagi pun, kan dia masih ada dan masih saja sihat walafiat diwaktu itu... manalah kita sangka pekara ini belaku semasa umurnya hanya baru 63 tahun ??? Dia masih saja muda kan ??? Begitulah keadaan sebenar apa yg berlaku pada diri atok... sentiasa mendahulukan yg lebih kanan utk kehadapan sedang atok hanyalah murid yg peserah. Waallaua'lam.

    Jadi biarlah ia kekal begitu saja... atok tak pandai, tapi jika kamu punya masaalah, sila emailkan dialamat diatas... insyaallah atok cuba jawab mana yg atok tahu. Disini atok cuma menolong kerja tuan guru saja. Tidak lebih dari itu...sedang atok sendiri tidak pernah menonjolkan diri walau satu huruf pun baik dihadapan guru malahan dibelakangnya dan tidak pernah terdetik dihati atok melebihinya diwilayah mana pun baik secara terbuka mahupun tertutup waima sekali pun dia telah tiada. Atok akan tetap menjadi sebagai anak muridnya didunia dan akhirat... semoga mereka kekal abadi sejehtera sepanjang zaman hinggalah hari kiamat kelak.... amin.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  34. Salam tok,

    Oh begitu, terima kasih atas penerangannya tok. Jadi bukanlah maksudnya lantikan dibuat semasa tuan guru masih hidup? Maaf ye tok, nak tahu lebih kerana sedikit keliru. Jika ianya dilantik, siapa yang melantk dan bagaimana cara beliau dilantik? Ada perantaraan ke? Siapa yang akan beritahu kepada kita? Jika nanti ada pengganti yang dilantik katakan, adakah perlu semua anak murid yang ada memberi baiah semula kepada badal baru? Harap atok tak marah cucu tanya banyak soalan. Terima kasih tok.

    ReplyDelete
  35. Walaikumsalam cu...

    Semasa Tuan Guru Syeikh Mahmud menerima pelantikan, dikhabarkan bahawa semasa Tok Kenali masih hidup. begitu juga semasa Tuan Guru Syeikh Ahmad Junaidin menerima mandat juga sewaktu Syeikh Mahmud masih hidup. Tetapi setelah Syeikh Ahmad Junaidin meninggal dunia... beliau tidak melantik mana2 anak2 muridnya sebagai pengganti. Ini yg membuat kita tertanya2, Tetapi dalam soal pelantikan pengganti badal ini... setahu atok yg melantik ialah Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani sendiri yg melantik, walaupun tuan guru itu masih hidup atau pun tuan guru telah meninggal dunia. Kalau begitu ini bererti dia sendiri yg akan hadir kepada sesiapa yg layak itu dan melantiknya samaada melalui rohani atau pun zahir. Pekara ini bukannya mustahil walaupun ia telah meninggal dunia sekian lamanya, tetapi pada atok pekara sebegini tidak mustahil bagi Waliallah. Mereka diberi Allah kelebihan yg luarbiasa yg tak tahu kita nak bayangkan. Kemudian anak2 murid (selalunya yg sudah lama dan telah menyampai maqam tertentu) akan diberitahu akan pekara ini dan berita ini akan pula disampakan kepada semua ahli. Pada waktu terdekat, semua murid akan diberitahu dan kenalah mengambil talqi semula daripadanya. Begitulah angaran yg atok dapat katakan kerana pekara seumpama ini tidak pernah kita alami jadi kita tak dapat nak perincikannya dgn tepat, Mungkin juga ada keadah yg lain yg kita tak tahu... waallahua'lam.

    atok zamany

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum tok, Semoga atok sihat.
    Salam Rejab Saaban dan Ramadhan kepada semua. Harap atok ada kesempatan menjawab soalan saya walaupun saya percaya atok sibuk dengan amalan di bulan2 baik ini.

    Baru2 ni saya terbaca dalam status satu fb menyatakan Roh akan kembali ke bumi pada bulan Ramadhan nanti. Sejauh mana kebenaran ceritanya rok?

    Saya paste kan status tersebut di bawah, harap atok dapat berikan sedikit pencerahan untuk panduan semua.

    ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

    Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

    Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

    Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

    Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

    Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

    Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

    Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

    Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

    ReplyDelete
  37. Waalaikumsalam cucu shakir...

    Nampaknya cucu ni tak baca atical atok ni dari depan... sebab tu tak tahu ?

    Luh Mahfuz tu bukannya penjara roh manusia. Roh orang yg telah meninggal dunia masuk kealam Barzah dan tak boleh keluar merayap kedunia lagi. Nak buat apa nak kembali didunia ni ? Nak mengemis pertolongan anak cucu cicit ? Semua tu dah terputus kecuali 3 pekara iaitu amal jariah, ilmu yg dimanafaatkan orang dan anak yg soleh yg mendoakannya saja yg tinggal hingga hari kiamat selain dari amalan2 yg dia sendiri lakukan sewaktu dia hidup dahulu. Ertinya bukan dia yg pergi kutip pahala2 yg diberikan kepadanya... tetapi ia disampaikan oleh Malaikat kepadanya. sedangkan dia tak putus2 kena menjawab persoalan mungkar dan nangkir kepadanya setiap hari dan waktu. Ini kepada orang islam yg beramal tampa ilmu, tak punya shadatai yg berwasilah dan rabitah. Jadi tarafnya agak randah. Kepada mereka yg beramal dgn ilmu serta memiliki shadatai berwasilah dan rabitah, maka ia hanya tidur dan beristerihat disatu kawasan khas didalam alam berzah ini yg menyamai hawa Syurga. Kepada mereka2 yg dibawah dari pada martabat ini, maka mereka tak pernah duduk diam kecuali melayani azab yg pedih dari kedua2 malaikat alam kubur ini.

    Tetapi memang ada kelonggaran yang diberi kepada hanya segelintir penduduk berzah utk bertandang kerumah2 mereka sewaktu hari raya. Ini hanya mengikut pendapat segelintir ahli tafsir sahaja manakala selebihnya tidak memberikan fahaman sebegini. Kerana firman Allah yang sangat jelas menerangkan berkenaan terputusnya hubungan manusia sama sekali dgn alam dunia. Jadi adalah mustahil utk roh manusia bertibaran dimuka bumi ini setelah mereka meninggal dunia. Kecuali kekasih2 Allah iaitu roh Waliallah, Nabi2 dan Rasul2 yg sentiasa menjalankan tugas2 yg telah diamanahkan kepada mereka oleh Allah SWT. hinggalah hari kiamat nanti. Mereka2 ini tidak tertakluk kepada keadaan yg telah atok katakan tadi kerana mereka manusia2 pilihan... faham tak.

    Oleh itu, fakta didalm blog itu adalah kurang tepat mengikut pendapat atok...

    atok zamany.

    ReplyDelete
  38. Assalam atok...
    Bolehkah atok terangkan antara karamah2 yang dikurniakan kepada wali Allah sheikh abdul qadir jailani...

    ReplyDelete
  39. Walaikumsalam cu...

    Antara Waliallah yg paling banyak dikurniakan keromah tak lain dan tak bukan iaitu Syeidi Syeikh Abdul Hyeir, Abdul Murid, Abdul Hamid, Abdul Majid Mughyideen Abdul Khadir al Jailani ra. Pada nama nya saja telah diberi 7 maqam dan gelaran yg tak akan diberi kpd sesiapa lagi didunia ini hingga hari kiamat nanti. Ia juga mendapat gelaran dan maqam paling tinggi bagi manusia biasa iaitu sebagai Sultan bagi alam para Waliallah. Beliau jugalah yg melantik semua para wali-wali dari serendah2nya hinggalah yg paling tinggi disisinya. Selain dipekenan oleh Nabi Allah Haidir dan Nabi Muhammad saw dan Allah yang Mahatingg lagi Mahabijaksana.

    Oleh kerana kami mengambil talqin shadatai yang berwasilah dan berebitah dari tanggan ke tanggan hinggalah menyampai kepada tangannya, maka kami juga memanggil dan mengambil dirinya sebagai wali (penjaga) dan juga guru dari semua bab dan adab. Berwasilah dan beribitah ilmu dan amal merangkumi seluruh kerjabuat baik melalui lidah, anggota dan hati, dimana-mana waktu dan saat, tiada akan terlepas dari pandangan zahir dan bathinnya kepada kami hinggalah hari kiamat. Maka wajarlah pada kami semua memanggilnya dengan panggilan Tuan Guru Syeikh Mughyideen Abdul Kadir Jailani ra.

    Diantara keramah yg diceritakan tuan guru atok kepada atok ialah sewaktu beliau masih bayi lagi, beliau menjadi rujukan bila kedatangan bulah Ramadhan sebab beliau akan berpuasa seperti orang2 dewasa dan dikatakan juga beliau boleh berkata2 semasa itu (dalam buaian lagi). Beliau juga telah menjadikan sekumpulan penyamun jalanan menjadi muridnya sewaktu dalam perjalanan mencari ilmu akibat dari sifatnya yg bercakap benar. Beliau juga telah hafal al-Quran diwaktu kanak-kanak lagi. Sangat terang hatinya dan boleh menghafal banyak kitab-kitab dari Imam2 mukthabar. Boleh mentafsir mimpi dan ilmu falaq yg tinggi. Beliau juga memiliki Ilmu tertinggi laduni bagi manusia biasa. Boleh mendatangkan makanan hanya dengan hembusan nafasnya, Boleh menghidupkan orang yg telah mati siap berdiri bermain gambus lagi, Pada celah lengan jubah sebelah kanannya boleh dilihat Syurga dan disebalah kiri kelihatan Neraka Jahanam. Boleh memanggil hujan, awan, angin, bulah dan matahari mengadap dan datang kepadanya. Begitu juga seluruh binatang dan burung-burung boleh saja makan ditelapak tangannya tampa takut sedikit pun. Boleh memerintah pokok2 sujud kepadanya dan buah2nya berjatuhan seperti hujan. Serta banyak lagi yg atok tak sanggup nak tulis disini kerana kebanyakannya menyentuh kepada bab2 Hakikat dan Makrifah dalam kerohanian yg sangat tinggi bagi seorang manusia biasa utk menyampainya.

    Atok kira cukup untuk kamu memahami akan betapa tingginya maqam bagi Tuan Guru Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani ra. yang ternyata sehingga sekarang tetap utuh tidak dimakan waktu walau sedikit pun. Begitulah kesucian dan kecintaan yg beliau pamirkan bagi seorang manusia kepada penciptanya sehingga beliau mendapat mertabat-mertabat tertinggi bagi seluruh Waliallah dan kekasih Allah. Semoga kita juga mendapat rahmat dan perlindungan Allah akibat menjadi muridnya dan mengambil diri beliau sebagai wali bagi seluruh kehidupan kita dari mula hingga akhir. Hendaknya beliau akan mengambil kita tetap menjadi muridnya walau kita ini didalam keadaan banyak dosa dan kekurang dari bentuk amalan walau dari mana sudut dan waktu sekalipun hinggalah hari kiamat kelak. Semoga Allah sentiasa merahamati dan memberkahti diri beliau dan seluruh ahli keluarga beliau dan juga seluruh guru-guru kami yang berwasilah dan beribitah hingga ketangan beliau dan Nabi Allah Haidir as seterusnya kepada Nabi Muhammad saw terus kepada Allah SWT... seterusnys kits jugs dirahamati dan diampunkan Nya sesuai dengan berkath dari mereka-mereka itu...amin.
    Waallauha'lam...

    atok zamany

    ReplyDelete
  40. cucu Abjad wilayahMay 24, 2015 at 11:40 PM

    Assalamualaikum atok yg dikasihi....cucu mohon bagi siar artikel2 dan jawapan2 atok dlm ruangan komen untuk dikongsi bersama group jemaah dan ahli2 Abjad cawangan wilayah k.l. semoga semua usaha atok di rahmati Allah selama2nya dunia akhirat....cucu juga salah seorang yg telah mengambil talkin syahadah dan terus duduk di jalan ini setelah membaca artikel2 atok....terima kasih....sy berdoa moga stu hari nnt kita akan dipertemukn Allah....in syaa Allah....

    ReplyDelete
  41. Walaikumsalam cucu abjad wilayah yang juga atok kasihi...

    Kecil tapak tangan, niru atok tadahkan. Ya cucu dipersilakan berbuat spt yg cucu katakan untuk menyambung-nyambung semua penulisan atok ini untuk kita sama-sama mengulangkaji, mentelaah dan merujuk mana-mana bahagian juga kerana atikal atok sebenarnya menjurus kepada terjemahaan hadis2 Rasulullah saw disamping memberi sedikit sebanyak pengatahuan berkenaan musuh manusia yg paling nyata dan paling jahat iaitu Jin, Syaitan dan Iblis berserta manusia-manusia yg bersama-sama mereka yang tak habis-habis menganggu dan hendak menjehanamkan kita semua.

    Ramai yg telah mengambil inisiatif spt yg cucu buat terutama guru-guru pengajian pondok di seluruh M'sia dan Indonesia yang mengambil atical ini sebagai rujukan mereka. Ada diantara mereka juga telah menerbitkan buku2 dan kitab2, khusus meruju kepada atical atok ini. Semoga semarah lagi pengatahuan manusia melaluinya kerana disebalik penulisan atok ini sebenarnya tersembunyai rahmat dan inayah dari guru-guru terutama kepada Tuan Guru Syeikh Mughyideen Abdul Kadir Jailani ra yg atok jadikan idola dan terjemahan terkehadapan zahir dan bathin melalui lidah anggota dan hati, seperti yg telah diajarkan oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Junaidin. Semoga mereka semua memberkathi usaha kita semua supaya semua pembaca mendapat hidayah dan taufiq serta diberi kefahaman yg terbaik dari atical ini. Kita berdoa semoga mereka juga dirahamati Allah SWT sentiasa dunia dan akhirat...amin
    Waallahua'lam

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu Abjad wilayahMay 25, 2015 at 6:07 PM

      in syaa Allah atok....aammiin.

      Delete
  42. Assalamualaikum atok Zamany

    Terima kasih atas riwayat Syieh A Kadir. Kalau tak salah cucu pada za,ammya ada lagi seorang ulama muktabar terkenal bernama Abdul Hamid atau Imam alGhazali. Cucu Ingin tahu pandangan atok adakah mereka berdua berada dalam bidang ilmu serupa?

    ReplyDelete
  43. Prof Wan Mohd Nor (Anak murid kanan Syed Naquib Al-Attas) turut mengkisahkan tentang teori kebangkitan Islam zaman Salahuddin Al-Ayubi.


    " Salahudin Al-Ayubi tidak lahir dalam satu vakuum. Bagaimanakah seorang Sultan Mesir (bukan khalifah) yang datang dari kaum minoriti (puak Kurdish) mampu menyatukan umat Islam untuk berjuang merampas Palestin daripada tentera Salib?"

    Beberapa tahun sebelum itu, seperti yang dijelaskan oleh Prof Wan, umat Islam sedang berada dalam zaman yang cukup terseksa setelah tentera Monggol menyerang kerajaan Abbasiah, pembunuhan umat Islam secara besar-besaran di Anatolia dan juga pergaduhan antara mazhab-mazhab yang cukup kritikal.



    Prof Wan merumuskan terdapat satu 'missing link' disebalik kebangkitan Salahuddin Al-Ayubi. Ramai ilmuan Islam moden serta Prof Wan sendiri memperkatakan bahawa pengaruh Imam Al-Ghazali memberi dampak besar kepada revolusi yang dibawa Salahuddin.


    " The ideas from Al-Ghazali was floating around after his death for about 70 years. It takes a long time after he wrote Ihya Ulumuddin for the Muslim world to digest and to be accepted about his thoughts after the Ummah had gone through some horrific events" kata Prof Wan kepada kami.

    Prof Wan meneruskan lagi:


    "It justifies what Prof Naquib and ISTAC were doing since 14 years ago. We need to be patienced in reviving the ummah through knowledge, just like what Al-Ghazli did. Dalam buku Ihya dia, Al-Ghazli tak sebut sedikit pun tentang bencana yang tentera Salib bawa, pembunuhan umat Islam secara berleluasa. Ulama' haraki dan pejuang Islam mengkritik hebat Al-Ghazali kerana tidak memperjelaskan situasi tersebut sedangkan beliau hidup dan menyaksikan sendiri keruntuhan kerajaan Abbasiah dan Palestin"

    Sepanjang perbincangan kami berkenaan politik dan segala masalah yang dikongsi bersama, saya perasan bahawa Prof sangat konsisten menekankan tradisi keilmuan sebagai perkara asas kebangkitan umat.


    Prof Wan turut melahirkan kekesalan yang beliau alami sepanjang beliau berjuang membawa gagasan yang diasaskan oleh Prof Naquib Al-Attas iaitu 'Islamization of Knowledge'.


    Aktivis dakwah Muslim di Malaysia sering memberi alasan apa yang cuba disampaikan oleh Prof Wan dan Prof Naquib adalah satu yang tidak praktikal.


    "Is changing people's mind is something not practical? Then what is practical? Does politican do practical things? They just know how to talk" dipetik daripada http://www.rausyanfikir.com/2008/04/bertemu-intelektual-ulung-nusantara.html

    Cucu Mohammad

    ReplyDelete
  44. Seperti yang anon 1008PM timbulkan persoalan tersebut, ada perkaitan ilmu antara Al-Ghazzali dan Syeikh Abdul Qadir

    Dipetik daripada buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam oleh Dr Majid Irsan Kailani;

    Hal yang mempengaruhi serta mendorong diri Abdul Qadir menjalani kehidupan zuhud ialah keadaan pendidikan pada masa ti yang lebih banak diwarnai oleh ajaran tasawwf Sunni sebagai hasil dari jerih payah Al-Ghazzali dalam bidang ini. (Metod pengajian) Al-Ghazzali menjadi sangat terkenal pada masa Abdul Qadir remaja. Seperti penjelasan yang lalu, para tokoh Syeikh mazhab Hanbali snagat suka menghadiri pelajarannya, di antaranya ialah para guru Abdul Qadir sendiri. Ketika Ghazzali meninggal dunia pada tahun 505H, Abdul Qadir ketika itu berumur 35 tahun.

    Begitu pula pengaruh Al-Ghazzali terlihat jelas pada buku-buku karangannya; buku Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haqqi adalah ditulis seperti metode penulisan buku Al-Ghazzali Ihya' ulumuddin. Di samping itu, terlihat jelas pengaruh Al-Ghazzali dalam kehidupan zuhud yang dijalani oleh Abdul Qadir, di mana sumber sumber sejarah menyebutnya dengan siyahah(perjalanan) Abdul Qadir dalam rangka mujahadah (pembersihan diri) selama kira kira 10 tahun. kemudian setelah itu ia tinggal di situ untuk memberi pembelajaran dan nasihat. Ini adalah penerapan kaedah "kaedah penarikan diri lalu kembali lagi" yang dijalani oleh Al-Ghazzali ketika menempuh perjalanannya di Syam dan Hijjaz. walau bagaimanapun, pengaruh ni besifat semasa, kerana setelahitu Abdul Qadir memilik cara khusus dalam pola pemikiran dan penerapannya.

    Betapapun begitu demikian, Ghazzali dan Abdul Qadir adalah pasangan yang saling melengkapi. Misalnya dalam membezakan antara fanatisme mazhab yang mempergunakan agama sebagai media untuk mencapai semua tujuannya, dengan pendidikan yang berasakan tujuan-tujuan agama dan yang mampu mengikis segala macam perselisishan sehinggalah terhadap fanatisme mazhab yang pernah memisahkan hubungan antara pengikut mazhab Syafi'e dan Hanbali sebelum datangnya periode Al-Ghazzali dan Abdul Qadir. Wallahu'alam

    Secara jelasnya di sini kepentingan ilmu dalam membangkitkan semula generasi yang hebat sehingga melahirkan Sultan Salahudin Al-Ayubi tersebut. Samalah dalam konteks zaman ini dimana ilmu kontemporari yang serba sekular tanpa mengambil pandangan dunia Islam seperti yang pernah disebut oleh Syed Naquib Al-Attas dalam buku beliau Islam and Secularism (1978) dimana beliau mengagaskan Pengislaman Ilmu Kontemporari bagi menangani masalah terbesar umat islam pada zaman sekarang iaitu kecelaruan dan kesilapan dalam ilmu yang seterusnya melahirkan pemimpin yang kurang berkelayakan dari segi moral, intelektual dan spiritual dalam kepimpinan ummah yang seterusnya meneruskan kitaran yang ganas selama beberapa generasi yang seterusnya (melahirkan pemimpin yang serba korup)

    Cucu Mohammad

    ReplyDelete
  45. Kepada cucu anony 1008 dan cucu mohammad...

    Memang benar apa yg dituliskan oleh cucu mohammad itu dan ia menjawab sebahagian pertanyaan drp cucu anony 1008 itu. Tetapi apa yg diutarakan oleh cucu mohammad dan pendapat drp beberapa org Prof itu adalah dari sudut flasafah keilmuan zahiriah yg boleh ditafsirkan melalui akal dan memikiran luaran mereka saja. Apa yg berlaku sebenarnya adalah melebihi dari taraf pemikiran manusia biasa. Abu Hamid al Ghazali adalah seorang ilmuan dan banyak menterjemah hal-hal bersangkutan bagaimana seorang manusia berhubung semula kealam lahut dan kehadrat kekasih mereka iaitu Allah Azawjalla yg boleh dikatakan berseh dari segala bentuk gangguan rohani dan jasmani. Sebab itu penulisan beliau menjurus kepada kerohanian semata-mata seperti bagaimana yg tertulis didalam kitabnya yg amat mashur iaitu Ihyaulumutdin. Semenmangnya jika seseorang yg tengelam didalam ilmu kerohanian akan memisahkan diri mereka dgn hal2 dunia, walaupun sebesar mana pun peristiwa yg berlaku sekeliling mereka. Ini menunjukkan bahawa al ghazali hanyalah seorang pejalan rohani abadi menuju kehadrat Tuhannya secara indibidu dan berseorangan.

    Berbeza dgn perjalanan yg dijalani oleh Saidi Syeikh Mughyideen Abdul Kadir Jailani. Seperti yg kita telah ketahui bahawa beliau hadir dikalangan manusia dikala itu ketandusan kerohanian yg mampan, maka dihadirkan seorang pemimpin (mujadid) selepas Rasulullah saw untuk memimpin manusia kearah keagamaan. Itulah sebabnya beliau diberi gelaran dan maqam Mughyideen (penghidup agama) oleh Allah SWT. Dan ternyata selepas beliau berjaya menghimpun seluruh umat islam dan menjadi penaung seluruh Tarikat diatas dunia ini, maka tegaklah semula keutuhan kerohanian umat islam dikala itu hinggalah sekarang ini. Apa yg beliau lakukan bukanlah sekadar untuk dirinya sahaja malahan kepada seluruh umat islam. Jadi ia amat jauh bezanya dgn apa yg dibuat oleh al Ghazali. Jika kita singkap beberapa buah kitab beliau juga menjurus kearah kerohanian yg lebih mantab dengan pengekalan semula shadatai yg berwasilah dan beribitah dari tangannya sendiri kepada seluruh murid2nya diseluruh dunia. Ia kekal begitu kedudukannya hinggalah hari kiamat nanti. Waallahua'lam

    atok zamany

    ReplyDelete
  46. Tok wan zamany,

    Terima kasih di atas pencerahan atok itu, cucu sebenarnya dalam peringkat awal untuk mendalami dan memahami falsafah keilmuan zahiriah (Syed Mohd Naquib Al-Attas, Said Nursi pada amnya) tersebut. Cucu sebenanrnya pada mulanya kurang sangat memberikan perhatian kepada pendidikan fardhu ain ni (sekadar sampai pendidikan menengah sahajala, almaklumlah datang daripada sistem sekolah kebangsaan). Sekarang cucu berada di penghujung pengajian di Universiti (akan habis mengaji bulan Jun ni), alhamdullilah cucu cuba jugak untuk memahami tujuan hidup seorang hamba manusia di atas muka bumi ini setelah diketemuakan dengan blog Tok wan semenjak Tok wan menulis pasal Iblis dan Alamnya, sekarang cucu baru dapat tahu yang Ustaz Tok Mat Janggut sudah meninggal, mungkin tak ada rezeki buat cucu la kut nak ambil baiah dengan dia. InsyaAllah cucu akan mencari guru pembimbing dan mengambil wasilah serta rabitah Shahdatai daripada guru guru Abjad dalam masa terdekat. Ameen Ya Rabbal Aalameen

    Cucu Mohammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kpd cucu mohammad...

      Atok cadangkan cucu jumpa dgn Tuan Hj Idris bin Mahmud Nazri kerana dia adalah pengerusi abjad skg. No Tel : 019-5423532.dan juga badal yg boleh memberi talqin semantara spt sebelum arwah guru meninggal dunia. Semoga berjaya

      atok zamany

      Delete
    2. Terima kasih Tok,

      InsyaAllah cucu akan bawa sekali dengan keluarga cucu terutama sekali Mak dan Ayah cucu.

      Cucu Mohammad

      Delete
  47. Assalamu'alaikum atok

    Td sy dh pos soaln tp xkluar pun..ntah kemana peginya, jd sy ulang pos.

    Atok, sy nk tny ttg bbrp tahun dulu ada bbrapa kali suara dtg mengajar sy kalimah Lailahaillallah, slalunya masa sy sorang kat rumah atau masa memandu. Sy ada tnya ustaz2 tp mcm xdapat jawapn. Harapan sy kiranya atok sudi mmberi pencerahan dlm perkara ini.
    Sy pmpuan.

    ReplyDelete
  48. Waalaikumsalam cucu sy pmpuan...

    Boleh tak puan bagi email add puan. Sebab ada persoalan yg atok nak tanya puan. Rasanya tak elok kalau dibuka pd umum. Ia berkaitan masaalah puan dan keluarga puan. Harap puan maklum ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum atok zamany....moga atok sentiasa dlm rahmat Allah swt dunia akhirat....cucu nk tanya atok,masa kita tidur roh kita ke mana tok?minta pencerahan....cucu dahulukan dengan ribuan terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam cucu ngantok...

      Sewaktu kamu tidur roh kamu keluar dan merayau2 diseluruh alam ini. Roh orang alim dan wara' selalunya akan beribadah diMasjid Nabawi atau tawaf diMekah atau kemengadap Tuhan. Tetapi malangnya kebanyakan dari mereka akan lupa peristiwa didalam mimpi itu kerana "ketebalan" jasad utk menafsir perjalanan roh. Hanya Nabi2 dan Rasul2 serta Waliallah2 saja diberi kelongaran penafsiran perjalanan roh utk kemana saja mereka mahu pergi dan mereka juga akan diberi "kesedaran" dikala itu serta dapat melihat dan mendengar dgn baik pada setiap perjalanannya itu. Ini adalah kerana mereka tiada sifat lalai terhadap Allah SWT. dan juga Nabi Muhammad saw.

      Bagi manusia biasa spt kita, kadang kala kita diberi ingat akan perjalanan roh kita itu dan kadang kala kita lupa. Mimpi manusia biasa kebanyakannya "merapu" tak tentu hala dan tujuan...ok

      atok zamany

      Delete
  50. Atok, emel sy (sy pmpuan)

    anneayy72@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cu sy pmpuan..

      Atok dah emaikan soalan atok... kamu sila jawab ya

      atok zamany

      Delete
  51. salam tok.. bila nak keluar artikel baru???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cu..

      Sedang dalam proses. Ini atical terakhir didalam bab syurga... jadi panjanglah sikit.

      atok zamany

      Delete
  52. Terima kasih atok

    (sy pmpuan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok dah jawab soalan kamu. Sila rujuk email kamu

      atok zamany

      Delete
  53. Atok
    cucu konfius dgn ilmu metafizik yg tengah femes skrng ni boleh lihat dgn pejam mata tapi guna mata ke-3 pastu boleh buat shield guna tenaga alam spy musuh tak dapat pukul, meraga sukma jalan2 tengok dunia ghaib, boleh baca fikiran org dan mcm2 pendekata jadi sakti tapi tak guna jin guna tenaga alam, meditasi pun baca alfatehah dan selawat. Mcmana tu tok?

    2. Betul ke disebalik bulan ada bangsa jin,jan,basyar yg sdg tggu masa nak datang dan kuasai bumi. Nibiru pulak ialah spaceship makhkluk basyar yg dulu tinggal dibumi.

    T.kasih tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cu..

      Maaf... tertinggallah pulak kamu ni... dok sebok jawab bab wahabi tu sampai tak nampak soalan kamu ni... ok atok cuba jawab ya..

      1. Memang kemampuan manusia ni banyak yg luarbiasa terutama apabila manusia itu memberi tumpuan yg sangat serius kepada sesuatu perkara, hinggakan gunung pun boleh melatup seperti apa yg dibuat oleh Nabi Allah Musa as kpd gunung Tu Sinar. Kamu ingat peristiaw ini ? Kalau Nabi Muhammad saw pula lebih hebat, hingga boleh belah bulan jadi 2 bhg dan bulan itu pula terbit dari barat.... apa macam, hebatkan ?

      Yang badut2 tu buat baru macam tu pun kamu dah konfius, dah pelek hingga melopong mulut. Cuma bezanya hanyalah mereka menggunakan hidmat Syaitan dan Iblis... manakala Nabi, Rasul dan wali2 mendapat izin dari Allah SWT. Depa kata guna ayat2 quran tetapi sebenarnya disebalik itu sedar atau tidak mereka telah "menggunakan" atau "diperguna" oleh puak2 jahat ini. Kata apa lah juga... tenaga dalam la, guna aura dalaman la, tenaga alam semulajadi la, jurus meraga sukma la, walisuci la, budisuci la, tenaga tumpuan fikiran la, mata ke 3 la, mata ke 7 la, marafat la, gayung sakti la dll, semua itu adalah syakwazah dan tergolong didalam sesat akidah dan syirik kepada Allah. Tak ada apa yg perlu kamu konfiuskan. Mudah saja, ok

      2. Mana dapat fakta ni ? Kamu ni mudah sangatlah percaya cerita Sci fi dan cerita2 tahyul yg merapu. Tak adanya makhluk jin nak serang dunia ni ? Tak kuasa depa nak dtg kat dunia ni sebab manusia didunia ni lagi jahat dari jin. Sedangkan jin yg ada didunia ni sendiri pun nak lari keluar dek kejahatan manusia... ni kata nak datang... ampun pak ??? Kalau boleh atok pun nak lari tinggal dibulan... semak je bumi ni... asek2 kena bayar GST ??? asek2 kena tipu... gerak sikit kena tipu... mana tahan ???.... tu la... nak tumpang naik Nibiru cucu utk naik kebulan ???...boleh tak ??? kelakar la kamu ni................. ????

      atok zamany.

      Delete
    2. Kih kih .. t.ksh tok
      Habis tu ilmu aura atau warna contohnya klu sakiu beguk/leher taruk nila kat leher sbb aura warna leher ialah biru tu mcmana? Lg 1 perubatan homopaty ok tau tak atok sbb katanya guna kebaikan herba dan alam.

      Jadi tok, umat islam kena tolak samasekali ilmu metafizik ni ke atok, walaupun terbukti mata ke-3 tu boleh tau warna dan mcm2 walau tutop mata dan baca ayat alQuran ea atok? Banyak dah pusat2 ilmu metafizik ni tok tambah2 lg dimusim cuti sekolah utk anak remaja sbb katanya usia ni mata ketiga mudah dicelikkan. Astaghfirullahaladzim

      Pastu lg nanti ada naga dari raja2 melayu keturunan raja dzulkarnain keturunan n.sulaiman , sang nila utama dan mcm2 lg akn kuar akhir zaman. Pastu lg ada kerajaan jahat atlantis dari dasar laut akan timbul dan bangsa2 ghaib dari langit akan join dgn alien dibumi utk musnahkn manusia. Aduh atok, ntah apa2 terpercaya fiksyen pulak

      Delete
    3. Atok, ato
      Atok please la buat 1 ac facebook, mudah sikit kami nk berinteraksi dgn atok

      Delete
    4. Ya cu... atok minta maaf tak dapat nak penuhi permintaan cucu tu sebab atok tak mahu memerangkap diri atok dlm alam maya ini terlalu jauh, biarlah sekadar apa yg ada ni.Yang ada ni pun dah tak menang tangan atok nak jawab, ini kan pula kalau ada facebook. Pendek kata atok tak ada kerja lain lah nanti nak diadap... semuanya dimaya belaka, sedangkan atok ni ada berbagai kerja sedang menunggu. Org awam pun ramai nak jumpa sebab berbagai masaalah mereka minta diselesaikan. Anak2 kariah lagi, anak2 yatim lagi, rumah warga2 tua lagi, Kemidian yg diluar2 negara lagi... banyak kerja atok selain nak tulis blog ni lagi. Jadi urusan atok tak pernah akan selesai sampai bila2. Ni... kamu nak atok adap tel bimbit je 24 jam... susah atok nak penuhi permintaan cucu tu... harap ccucu faham.

      atok zamany

      Delete
  54. Salam tok

    Sejauhmana wahhabi itu sesat tok? Mereka yang jaga 2 masjid haramain, tapi sekarang kita diberitahu mereka berfatwa menyalahkan aswj terutama terkait pengajian kerohanian, Mereka kata bid'ah. Jika benar bagaimana kita hendak tahu mereka itu wahhabi ke tak?

    ReplyDelete
  55. Walaikumsalam cu..

    Wahabi atau Mazhab Wahabi adalah merupakan ajaran baru yg telah dianggap sesat lagi menyesatkan oleh banyak ulama diseluruh dunia dahkan Mufti Majlis agama islam Johor iaitu Dato' Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad th1934 – 1961. Telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka itu adalah sesat lagi menyesatkan. Mereka penyebar ajaran baru bukannya bermazhab Salafi malahan melarang umat islam menganut, mempelajari dan berakidah seumpama itu. Mereka mengkafirkan ulama salaf termasuklah 4 imam Mazhab utama Islam turut sama mereka tolak. Mereka hanya mengikut fahaman tauhid Ibnu Taimiyah (sebelum ia bertaubat) dan Ibnu Qayyim juga Muhammad Abd Wahhab (pengasas wahabi). Mereka lebih kepada fahaman puak Khawarij yg suka mengkhafirkan org islam yg tidak sealiran dgn mereka dan membunuh ulama aswj termasuk wanita dan kanak2 sewaktu berperang bersama2 keluarga Saud dahulu utk menguasi semananjung arab, mekah dan madinah. Diwaktu yg sama mereka menghalalkan zina kepada perampuan tawanan mereka yg dianggap harta rampasan perang. Mereka jugalah yg menjadi penyamun jalanan yg merampas harta2 rombongan2 dipadang2 pasir sebagai sumber ekonomi mereka diperingkat awal keujudan mereka. Antara pekara2 yg penting kita ketahui mengapa kita harus menolak mazhab wahabi ini ialah;

    1. Mereka menafsir alQuran dan al Hadis mengikut akal fikiran mereka semata2. Mereka bukannya ahli tafsir alQuran dan hadis serta langsung tidak dianggap ahli dlm bab ini kerana mereka tidak bersama2 Nabi saw. sewaktu Nabi saw masih hidup. Wahabi lahir sekitar kurun ke 12 hijrah dan boleh dianggap agama baru.

    2. Ber'itiqad bahawa Allah itu bertempat dan berjisim. Mereka mengambil dalil2 dlm Quran sebagai rujukan tetapi sebenarnya mereka tidak memahami maksud dan tujuan ayat2 itu diturunkan. Disinilah terselahnya kesesatan wahabi dgn jelas menyamakan zat Tuhan dgn makhluk.

    3. Menolak amalan zikir dan mujahadah (yg ada nas sahih) kerana dianggap bidaah, tahyul dan kurafat. Malah semua amalan sunah juga turut menjadi bidaah, tahyul dan kurafat. Mereka menolak sama sekali ajaran Tasawuf dan Tarikat kerana mengamalkan wirid dan mujahadah bagi mendekatkan diri kehadrat Allah. Ini mereka tentang kerana tidak percaya bahawa roh org2 mukmin mempunyai kekuatan utk menyampai ketahap itu. Kekuatan kerohanian umat islamlah yg mereka ingin hapuskan sesuai dgn kemahuan rakan penyokong dan penyalur kewangan dan senjata kepada mereka iaitu USA, British dan Yahudi kerana mereka tahu disinilah kekuatan paling ampuh umat islam yg tak mampu mereka tembusi. Oleh itu mereka menggunakan "org dalam agama" iaitu Mohammad bin Abdul Wahab sebagai tonggangan bagi mencapai matlamat mereka. Samalah seperti Syiah di Iran, ISIS di Syira dan Iraq, Kadiani di Pakistan, Tabliq di India dan banyak lagi ajaran sesat tajaam mereka utk membasmi Islam.

    4. Beretiqad bahawa semua pahala bacaan yasin, bacaan ayat2 Quran, doa2 yg disedakahkan kepada simati tidak akan sampai, Malahan mereka yg mengamalkannya dianggap telah sesat.

    5. Amalan spt sambutan Maulud Nabi, selawat, tawwasul, ziarah kubur, berzanji, menbaca doa qunud, menghormati keluarga Nabi, khalifah arasiddin, para sahabat, tabain, attabain serta binaan2 yg dibuat atas makam mereka dan berbagai amalan biasa umat islam dianggap bidaah dan kurafat, sedangkan kebanyakan amalan2 ini mempunyai nas yg sahih dan sah sanadnya. Menolak sambutan Mawlid Nabi s.a.w. dan amalan marhaban, berzanji, qasidah, burdah dan sebagainya yang memuji-muji Nabi s.a.w. yang dianggap bid’ah. Mereka juga mendakwa bahawa amalan memuliakan baginda s.a.w. boleh membawa kepada syirik.

    bersambung...

    ReplyDelete
  56. sambungan....

    6. Menghalalkan darah sesama islam hanya kerana berlainan fahaman dalam masaalah furuk didalam Fiqah dan tauhid. Mereka banyak membunuh ulama2 aswj dan umat2 islam diseluruh semenanjung arab bagi menghalalkan agenda mereka. Malah wahabi sekarang telah banyak meresap keseluruh pelusuk dunia dek kerana pendokongnya adalah Arab Saudi. Kebanyakan negara islam amat taksub dan menyokong kuat Arab Saudi kerana mereka beranggapan bahawa negara itu merupakan negara islam contoh yang kaya dan menggunakan kekayaan negara itu untuk menjaga Mekah dan Madinah. Ada juga pemimpin menjadi taksub kerana minyak yg ada disana. Semua itu adalah topeng semata-mata. Mereka bertopengkan agama demi kepentingan peribadi mereka sahaja. Keluarga Wahab menjaga kepentingan agama, sistem pelajaran, majlis agama islam, sekolah2, maktab2 dan universiti2. Manakala keluarga saud menjaga kepentingan politik, pemerintahan, ekonomi, pertahanan serta Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

    7. Melarang ziarah kubur Nabi s.a.w., para sahabat dan orang-orang soleh. Mazhab ini juga melarang keras para pengikutnya berdoa bertawassul dengan Nabi s.a.w., nabi-nabi a.s., para sahabat r.a dan juga orang-orang soleh yang mukmin (menganggap amalan ini bid’ah) meskipun pada hakikatnya amalan ini sebenarnya memanglah menjadi sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat r.a. dari satu zaman ke satu zaman yang lain, sehinggalah muncul Ibn Taimiyyah (661-728 H.) yang mula mempersoalkan kebaikan dan keharusan amalan bertawassul dengan Nabi s.a.w.

    8. Menghancur kubah-kubah yang ada di makam-makam kerana golongan Wahabi menganggap hal ini menjadikan orang-orang Islam sebagai musyrik. Banyak makam sahabat r.a. dan bangunan-bangunan dihancurkan dengan alasan membenteras syirik. Ini adalah suatu tindakan paling bodoh yang dilakukan kerana sifat mazmumah dalam diri umat islam yang wajib diperangi dengan berzikir dan bermujahadah supaya hati tidak terhijab. Inilah pandangan dan tasawwur (memberikan gambaran) menyeleweng di kalangan kebanyakan umat Islam hari ini, apabila mereka sentiasa mengabaikan kewajipan bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu. Mereka umpama binatang ternakan dan yang disebut sebagai orang yang sesat (lalai) di dalam al-Quran. Selagi seseorang itu masih menurut kehendak hawa nafsunya, maka selama itulah ia tidak akan berjaya dalam perjalanannya kepada Allah. Hakikat fakta ini dapat kita lihat dalam firman Allah S.W.T. didalam surah al-Jasiyah ayat 23 dan Surah al Furqan ayat 43 & 44.

    9. Gemar membangkitkan isu-isu furu’ yang sudak lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talkin, qunut subuh, zikir berjemaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, sambutan maulidur rasul, membaca surah Yasin di malam Jumaat, solat terawih 20 rakaat di bulan Ramadan dan sebagainya. Puak Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu, manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan ulama Nusantara.

    bersambung...

    ReplyDelete
  57. sambungan....

    10. Perkataan bid’ah sentiasa diulang-ulang ke atas perbuatan yang mereka tidak setuju. Bid’ah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjuruskan pengamalnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bid’ah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mazhab ini bahawa pembahagian ulama lain pada bid’ah hanyalah bid’ah dari sudut bahasa. Mazhab Wahabi ini hanya berpegang kepada satu pendapat dalam hukum hakam Fiqah jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan Hadis, seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan dalil-dalil yang ditemui.

    11. Gerakan Wahabi yang ditunjangi, dipandu dan dipimpin oleh para ulama yang radikal, ekstrim dan tergelincir dari Akidah Islam yang syumul. Mereka terus menebarkan kebencian dan permusuhan yang didokong oleh sumber kewangan yang cukup besar dari kerajaan Saudi, US, British dan Yahudi. Mereka sinonim menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka terutama aswj sebagai kafir, syirik dan ahli bid’ah. Inilah ungkapan yang selalu dimainkan di setiap kesempatan. Mereka langsung tidak pernah mengakui jasa-jasa para imam mujtahid besar dalam Islam (Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali) yang telah berjasa dan berjaya menyusun hukum-hukum Fiqah dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. (Abu Hurairah, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Abbas, Ibnu Ash, Baihaki dll) untuk panduan ummah di sepanjang zaman. Malahan mereka (para ulama Wahabi) sentiasa membid’ahkan dan menyesatkan usaha murni para ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah itu, tetapi sebaliknya golongan ini sentiasa mengagungkan para ulama dari kalangan kelompok mereka sendiri.

    12. Rejim kuku besi Arab terkenal kejam dan tidak menghormati hak asasi rakyat. Begitu juga, para ulama Wahabi terus memperbodohkan masyarakat Arab agar tidak menerima demokrasi terbuka dengan pelbagai fatwa haram itu dan haram ini yang mengelirukan rakyat. Inilah Thaghut yang wajib seluruh umat Islam seluruh dunia benci, musuhi dan hancurkan. Bukannya mengagungkan mereka.

    Oleh kerana itu hendaklah umat islam di M'sia dan juga diseluruh dunia menolak dan menjauhi akan puak redikal ini kerana fahaman mereka ini boleh merosakkan akidah dan peggangan keimanan kita. Tiada kebaikan dari ajaran baru ini selain kemusnahan, kehancuran dan mengundang kemurkaan Allah dan Rasulullah, yang pastinya bakal akan dihumban kedalam neraka Jahanam diakhirat kelak. Maka haruslah kita berwaspada terutama apabila anak-anak kita pulang belajar dari timur tengah. Perhatikan tingkah laku dan tuturkata mereka samaada mereka telah terpisong dari ajaran islam terutama sebagai seorang muslim aswj. Disinilah peranan ibubapa harus menjadi pemantau utama kepada gerakan muda agar tidak merbahayakan umah, negara dan bangsa sendiri. Terbaiknya, tak payahlah beriya-iya benar menghantar mereka kesana kerana disini pun tidak kurang pusat pengagian tinggi dan Universiti yg mampu untuk mengajar mereka menjadi insan sempurna kelak. Semoga M'sia terpelihara dari anasir2 redikal dan extrimis itu dgn lindungan dari Allah SWT. Waallaua'lam...

    atok zamany

    ReplyDelete
  58. Atok
    Knp syeikh siti jenar dikatakan sesat dan dibunuh oleh wali9 sedangkan beliau adalah ahlulbait Rasulullah yg datang berdakwah ke melaka? Ker ada siti jenar yg laen atok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cu...

      Kisah Syeikh Siti Jenar ni telah atok tulis didalam blog ini juga diruangan komen pada tajuk "Iblis dan alamnya, musuh kamu yg paling nyata". kamu sila baca berkenaan dgn nya disana..ok

      atok zamany

      Delete
  59. Salam atok....apa maksud roh para syuhada ditempatkan dalam perut burung hijau tu tok?boleh ke burung tersebut turun ke dunia ni bebas ke mana2 sahaja?..........cucu dahulukan terima kasih byk2....

    ReplyDelete
  60. Walaikumsalam cucu 17...

    Atok kira ia ibarat sebuah perumpamaan... bukannya burung macam didunia ni. Ibarat Allah nak gambarkan kasih sayang Dia yg sangat sempurna kepada para2 pejuang Nya yg sanggup berkorban nyawa hanya kerana Nya dan untuk Nya saja. Ia hanya terbang didalam Syurga Allah, dan juga bukan kembali semula kedunia kita ni... nak buat apa terbang kesini, Dunia ni kotor, nak cari makanan pun susah... silap2 dikenakan GST pulak sebab terbang sana sini dan landing atas pokok ditepi jalan yg dibuat oleh kerajaan. Kemudian 'melepaskan najisnya' atas kereta atok yg dok parking dibawah. Kan susah didunia ni... ada saja yg tak kena. Jadi Allah tak beri terbang masuk semula kedunia rendah ni.

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tok....majlis kenduri kawin anak arwah semalam atok ada dtg x....sy rasa aura semacam dtg majlis tu...bersyukur sgt2 sbab tergolong dlm jamaah Abjad sekarang...tupun melalui blog atok ni baru lah cucu pergi ambil talkin syahadatain dgn badal...berharap juga dpt jumpa atok dlm majlis tu...tp xde jodoh nk jumpa....hehehe...atok ni misteri sungguh la....tp cucu masih berharap dan berdoa semoga satu hari nnt kita kan berjumpa...in syaa Allah....

      Delete
  61. Salam cu 17,

    Ya.. memang atok ada disitu, tapi atok balik cepat sebab kawan2 ada masaalah. Jadi kenalah balik. Kita buat ziarah kpd keluarga tok guru apabila dia telah tiada. Tetapi kan dia sentiasa ada dihati2 kita semua. Jadi anggaplah dia tetap juga ada bersama2.

    Memang ramai yg cari atok, mereka semua kenal atok tetapi mereka tidak tahu siapakah sebenarnya atok zamany sebab atok rahsiakan identitinya. Bukan kamu saja yg punya harapan itu,malah ramai lagi yg berbuat berbagai helah dan alasan supaya atok muncul dimuka. Tetapi atok buat tak reti saja... sebab dah ditakdirkan begini agaknya. Biarlah ia menjadi misteri selama-lamanya sehingga atok meninggalkan dunia ini. Disana nanti kamu akan kenal siapa sebenarnya atok zamany ini. Jangan risau sebab memang kesempatan itu akan muncul, tetapi bukanlah didunia fana ini. Terpulang kepada Syeikh Mughyideen juga menentukannya....ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum atok, berkenaan talqin syahadatain tu..bagaimana sy boleh ambil amalan tu? sy dari kuala terengganu..mohon pencerahan dari atok..

    ReplyDelete
  63. Walaikumsalam cu anony 1117am

    Kalau di T'ganu, kena pergi ke Dungun no tel : 019-9878197 atau ke Kemaman no tel : 013-9309355. Atau kamu boleh bertanya badal T'ganu iaitu Ust Mat Jusof no tel : 013 - 9822997 dahulu berkenaan Talqin Shadatai. Dia akan memberi penerangan kepada kamu... insyaallah.
    Semoga berjaya.

    atok zamany

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  65. Salam atok zamany.Tok saya ada perkara nak tanya,tapi bukan berkaitan artikel ni.Nie tentang artikel atok yg lama iaitu Iblis dan alamnya.Kalau atok tak keberatan boleh minta email sebab soalan saya agak peribadi. N~

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam cu...

      Email add atok ada diatas sekali dlm ms ini : zaman5619@gmail.com Insyaallah atok cuba jawab mana yg atok tahu. Ya... kalau masaalah itu adalah terlalu peribadi, atok sememangnya akan suruh hantar lalu email. Bukan kpd kamu saja... malah kepada semua pembaca.

      atok zamany

      Delete
    2. Terima kasih tok,saya dah sent email pd atok.

      Delete
  66. Atok dah jawab soalan kamu dlm email.
    sila lihat ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  67. bukhari mudri May 26, 2015 at 9:39 PM
    Malhamah...
    Bagaimana pendapat atok untuk terselamat dari Malhamah mengikut pendapat Al Quran dan Hadis.

    Soalan ini datangnya dari bukhari murid pada bulan lepas didlm tajuk "Penipuan dan Perhambaan Wang kepada Rakyat".. atok bawa soalan ini ke sini dan atolk akan jawab kemudian nanti..ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  68. Salam cucu bukhari mudri...

    al-Malhamah al-Kubra atau PERANG ARMAGEDDON atau perang akhir zaman memang akan tetap berlaku walau kita cuba mengilakkannya. Pada waktu itu tiada siapa yg akan terlepas dari pedang bala tentera Allah yg diketuai oleh Imam Mahadi. Malah semua golongan yang syirik, kafirun, munafiqun, murtad dan sesat akan dibinasakan dan dihancurkan terus dari muka bumi ini. Yang tinggal hanyalah orang mukminin dan mukminat serta muslimin dan muslimat. Kemudian datang pula Dajal untuk menguji keimanan mereka2 ini dan yg tinggal hanyalah lebih kurang 10% yg kemudiannya bersama-sama Iman Mahadi dan Nabi Isa as. Setelah itu barulah Dajal dibunuh, barulah aman dunia ini dari semua hirok pikok peperangan. Dikatakan mereka hidup aman damai hingga 40 tahun lamanya sebelum sampainya pula hari kiamat....waallahua'lam,

    Persoalannya bagaimana nak melepaskan diri dari perang akhir zaman ini. Jawapannya.. tiada siapa yang akan terlepas kecuali mereka2 yg mendapat perlindungan Allah. Kemudian bagaimana pula nak terlepas dari angkara Dajjal. Ia pun sama, tak ada siapa yg akan terlepas kecuali mereka2 yg mendapat perlindungan Allah. Berkenaan dgn pekara ini akan diceritakan dgn lebih terperinci lagi didalam terjemahan Hadis2 dan riwayat2 ulama muktabar didalam rencana ini kelak. Kamu usah risau... diakhir rencana ini akan diceritakan seluruh.tanda-tanda kiamat termasuklah al-Malhamah. Jadi... kamu kena tunggulah jawabnya..ok

    aeok zamany

    ReplyDelete
  69. Asalamualaikum semua...

    Hari ini hari terakhir dibulan Shabaan dan esok kita akan mula berpuasa didalam Bulan Ramadhan yang sangat diberkati dan dirahmati. Pada setiap hari siang dan malamnya didalam bulan ini dipenuhi dgn barakat dan rahmat, jadi hendaklah kita sama2 beribadah seberapa banyak yg mungkin terutama utk solat sunat Taraweh yg tentunya hanya ada didalam bulan ini saja. Kemudian menunggu malam seribu malam iaitu Lailatulkhadar yg bakal hadir diakhirnya. Insyaallah.. semoga kita diberi kekuatan untuk menjelani ibadah wajib puasa ini.

    Atok ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1436 H -2015, semoga cekal menghadapinya...amin

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.slm .. Selamat menyambut Ramadhan al mubarak buat atok.. moga kita mendapat keberkatan..dan diberi peluang mendapat malam lailatulqadar. Amiin

      Delete
    2. Waalaikumsalam.. Moga atuk di kurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di bulan ramadhan ini..

      Delete
  70. Salam Tok,

    Tahun ni Atok tak buat umrah ker Tok?

    Azizi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cu..

      Insyallah nanti 17 ramadhan akan kesana, sampailah raya.

      atok zamany

      Delete
  71. Assalamualaikum.. Atok
    Selamat berpuasa buat atok dan sahabat2 semua.. Nak tanya sikit tuk, apakah doa atau pun bacaan yang boleh di amalkan di mana manafaatnya bersamaan menanam pokok di syurga allah...?

    ReplyDelete
  72. Waalaikumsalam cu...

    Amboi... nak tanam pokok bagai??? nak tanam pokok apa ??? Pokok gretah... pokok kelapa sawit.. atau pokok mangga harum manis ??? Sorry bro... pokok2 ni tak main la ...mana ada kita kena buat kerja lagi dlm syurga. Pokok tu dah siap dah.... ada buah sekali... tinggal makan je.

    Apa pun wirid adalah baik dan sememangnya dianjurkan kita melakukannya... kita tak perlu nak pisah2 (gradeing) yg mana boleh itu... yg mana boleh ini. Hang pulun je semua... tak kira tanam pokok ke ?? tebang pokok ke ?? yg penting hang buat dgn ikhlas dan istiqamah...ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  73. Hallo,hidup lagi tak

    ReplyDelete