Thursday, February 28, 2013

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 18



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.


BAB 36 : SENDI-SENDI TUBUH ORANG KAFIR DAN ORANG MUNAFIQ MENJADI SAKSI ATAS AMAL PERBUATAN MEREKA.



Allah SWT telah berfirman dengan al Quran didalam surat Yasin ayat 65 yang mafhumnya ;

"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan berbicara dengan Kami, tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka, tentang apa- apa yang telah mereka kerjakan ".

Kemudian firman Allah didalam surah an-Nuur ayat 24 yang mafhumnya ;

"Pada hari, yang menjadi saksi atas mereka, lidah, tangan dan kaki mereka sendiri, tentang apa-apa yang mereka perbuat ".

Dan firman Allah didalam surah Fushsilat ayat 21, mafhumnya ;

"Dan mereka berkata kepada kulit mereka, 'Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami ?".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaib  hadis dari Muawiyah bin Haidah al-Qarasyi bahawa Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat nanti, kamu akan hadir dengan mulut-mulut kamu semua seperti mulut tempayan (terbuka tampa suara) dan anggota badan manusia yang pertama berkata-kata ialah peha dan tapak tangan".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik bahawa ia berkata, "Ketika kami sedang berada disamping Rasulullah, tiba-tiba baginda tersenyum. Kemudian baginda bertanya, 'Kamu tahu kenapa aku tersenyum ?'. Kami menjawab, 'Tidak, hanya Allah dan Rasulnya yang tahu' . Baginda bersabda, 'Diantara isi percakapan seorang hamba kepada Tuhannya ialah, 'Ya Tuhanku, bukankah Engkau akan melindungi ku dari kezaliman ?'. Allah berfirman, 'Ya sudah tentu'. Hamba itu berkata lagi, 'Kalau begitu, aku mahu diriku sendiri yang menjadi saksi kepada diriku'. Allah berfirman, 'Cukuplah dirimu sendiri menjadi saksi pada hari ini dan Malikat- malikat yang menulis amal buruk dan baik juga sebagai saksi '. Setelah mulutnya ditutup, semua sendi-sendi tulangnya diperintah berkata-kata. Maka iapun berkata-kata amal perbuatan hamba itu tadi dengan bebas tampa tersekat-sekat. Mendengar kata-kata itu, maka ia berkata, 'Mudah-mudahan Allah menjauhkan rahmat Nya'. Pada halnya, demi kamu semualah aku (Nabi saw.) menjadi pembela '".

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Abu Said dan Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,"Pada hari kiamat nanti seseorang hamba akan dihadapkan kehadrat Allah, kemudian Allah berfirman, 'Bukankah Aku telah memberimu pendengaran, penglihatan, harta dan anak-anak ?. Bukankah Aku juga telah menundukkan untuk mu binatang-binatang ternak, ladang-ladang dan membiarkan kamu berkuasa serta hidup sejahtera ?. Lalu apa kamu fikir bahawa kamu tidak akan bertemu dengan Ku pada hari ini ?'". Mereka menjawab, 'Tidak !'. Lalu Allah berfirman, 'Pada hari ini Aku akan melupakan kamu seperti kamu telah melupakan Aku ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat nanti, seorang kafir akan dihadirkan dan ditanya, 'Bagaimanakah pendapat kamu jika seluruh bumi ini dijadikan emas untuk mu dan hendakkah kamu menebus semua dosa-dosa kamu dengannya ?'. Ia menjawab, 'Ya, sudah tentu '. Lalu dikatakan kepadanya, 'Kamu berbohong, dahulu telah diminta tebusan yang lebih ringan dari itu, tetapi kamu mengabaikannya '''.


FAKTA I :

Sabda Nabi saw. "Yang pertama berkata-kata dari seorang hamba ialah pehanya ". Sabda ini membawa dua maksud ;

Pertama :
Ia merupakan satu ungkapan aib dan kehinaan seperti yang disebut didalam firman Allah didalam surah al-Jaatsyiyah ayat 29 yang mafhumnya ;

"Inilah kitab Kami (tertulis amalan kamu), menerangkan kepadamu dengan sebenarnya. Sesungguhnya Kami telah menyuruh dituliskan apa-apa yang telah kamu kerjakan ".

Persoalannya, semasa didunia ia suka melakukan kejahatan secara terang- terangan, sedangkan hatinya dibiarkan kosong dari mengingati Allah. Ia tidak melakukan amalan-amalan yang selayaknya dilakukan oleh mereka yang takut dan inginkan kasian belas dari Allah. Maka, Allah balas perbuatan mereka itu dihadapan para makhluk semua.

Kedua: 
Iaitu, bagi orang yang telah diberikan kitab dan telah membacanya namun masih tidak berpuas hati, berdegil tidak mempercayainya, keras kepala dan melawan yang hak. Maka mulutnya ditutup rapat sedangkan semua angota badannya diperintah bekata-kata sebagai saksi perbuatan jahatnya dahulu. Pendapat ini lebih jelas lagi berdasarkan firman Allah didalam surah Fushsilat ayat 21, mafhumnya ;

"Dan mereka berkata kepada kulit mereka, 'Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami ?'".

Kulit, jika menurut pendapat Zaid bin Aslam adalah kemaluan manusia. Oleh sebab diperintah berkata-kata, maka ia pun menceritakan semua kejahatan tampa sekatan. Kulit dan kemaluan ini menjadi saksi hingga semua aib mereka terbongkar. Semoga kita dilindungi Allah daripadanya.


FAKTA II :

Maksud kalimah, "Aku biarkan kamu berkuasa dan hidup sejahtera ". Berkuasa keatas kaumnya atau rakyatnya. Ini bererti ia ditujukan kepada semua pemimpin, ketua atau Raja tidak mengira kaum, puak atau apa juga bangsa. Mereka kebiasaannya sangat zalim, kejam dan tidak berperi kemanusiaan, tamak haloba, rakus, bermuka-muka, manis mulut dengan janji-janji palsu, rasuah, sombong dan tikam kawan dari belakang. Hanya sedikit saja yang baik, soleh, amanah dan menurut perintah Tuhan. Kemudian mereka dibiarkan dan diberi kesejahteraan dalam kehidupan yang sangat mewah. Dengan harta-harta rakyat yang di rampas, wang rasuah, harta haram dan penipuan, maka mereka boleh hidup senang-lenang. Maka, mereka-mereka inilah yang dimaksudkan didalam ayat ini. Tunggulah saja pembalasan yang akan mereka terima diakhirat kelak. Pembalasan yang sangat pedih dan tiada akhirnya.

Maksud kalimah, "Hari ini Aku melupakan kamu, seperti kamu telah melupakan Aku ". Allah akan membiarkan mereka diseksa didalam Neraka tampa sedikit pertolongan jua pun. Mereka akan kekal terus diseksa disitu sampai bila-bila. Inilah akibatnya jika kamu tidak peduli dan tidak mahu taat perintah Allah, tidak peduli untuk kenal Allah.

Kemudian berkenaan persoalan, adakah orang-orang kafir akan bertemu dengan Allah dan adakah mereka juga akan disoal ?. Jawapannya ialah, Ya ! sangat pasti mereka juga akan ditemukan dan disoal oleh Allah seperti yang telah diperkatakan sebelum ini. Dalil bagi persoalan ini seperti firman Allah didalam surah al-A'araf ayat 6 yang mafhumnya ;

"Maka, sesungguhnya Kami akan menyoal umat-umatyang telah diutus rasul-rasul kepada mereka ".

Kemudian firman Nya didalam surah al-An'am ayat 30, yang mafhumnya ; 

"Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya ".

Juga firman Allah didalam surah Huud ayat 18, mafhumnya ;

"Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka ".

Dan firman Allah didalam surah al-Kahfi ayat 48, mafhumnya ;

"Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhan mu dengan berbaris ".

Firman Allah didalam surah al-Ghasyiyah ayat 25 - 26, yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya kepada Kamilah kembali mereka. Kemudian sesungguhnya kewajiban Kamilah menghisab mereka ".

Begitu juga firman Allah didalam surah al-Angkabut ayat 12-13 yang mafhumnya ;

"Berkata orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: ikutlah jalan kami (murtad) dan kami akan memikul kesalahanmu (dosa-dosamu). Padahal mereka tidak akan memikul kesalahan (dosa-dosa) orang-orang mukmin sedikitpun. Sesungguhnya mereka orang-orang dusta".

"Demi, mereka akan memikul dosa mereka sendiri dan dosa-dosa (yang lain) bersama dosa-dosa mereka (sendiri). Demi, mereka akan diperiksa (dihisab) pada hari kiamat tentang apa-apa yang mereka ada-adakan (dustakan) ".

Terlalu banyak lagi ayat didalam al-Quran nul-Karim yang menjelaskan pekara-pekara seumpama ini.

Terdapat pula yang bercangah pendapat akan pekara ini berdasarkan firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 41 yang mafhumnya;

"Maka, diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan tapak kakinya (lalu dilemparkan)".

Dan juga menerusi hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi, Nabi saw bersabda, "Akan muncul dari dalam Neraka seekor anak kambing dan berkata, 'Aku diperintah untuk menghisab tiga jenis manusia. Iaitu orang-orang yang sombong dan keras kepala, orang-orang yang mempersekutukan Allah dan orang-orang yang suka membuat patung (ahli sihir) '".

Bantahan itu dijawab, bahawa peristiwa itu berlaku setelah manusia dihisab dan diberikan kitab amalan mereka masing-masing. Buktinya pada kalimah "dan orang-orang yang suka membuat patung (ahli sihir) ", didalam riwayat diatas tadi. Jika benar mereka mengesakan Allah, pastinya mereka semua akan disoal dan dihisab terlebih dahulu. Sesudah itu baharulah mereka akan diazab dengan berat. Tetapi, sebaliknya jika mereka itu orang-orang kafir dan musyrik, maka mereka tidak perlu lagi disoal dan dihisab. Mereka terus saja akan dihumban kedalam Neraka tampa hisab.

Menurut pandangan kebanyakan para ulama tafsir, Allah SWT. menyebut permasalahan hisab didalam firman-firman Nya adalah secara umum, manakala riwayat hadis-hadis pula memperincikan masaalah itu dengan detail. Ada beberapa hadis menyebut bahawa orang-orang yang beriman akan masuk syurga tampa hisab. Oleh sebab itu semua manusia akan terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan manusia yang tidak dihisab sama sekali. Kedua golongan manusia yang akan dihisab dengan mudah. Ketiga, golongan manusia yang akan dihisab dengan ketat lagi keras. Golongan pertama dan kedua tadi adalah terdii dari manusia yang beriman. Manakala golongan ketiga adalah terdiri dari sebahagian dari orang yang beriman dan selebihnya adalah manusia yang tidak beriman dan kafir. Jika terdapat manusia yang beriman teramat hampir dengan rahmat Allah, maka terdapat juga manusia yang kafir yang sangat hampir dengan kemurkaan Allah, sehingga mereka akan dicampakkan kedalam neraka tampa hisab.

Disebut oleh Ibnu Mubarak didalam kitabnya yang bertajuk 'Ar-Raqa'iq' sebuah riwayat dari Syahr bin Hausyab, dari Ibnu Abbas yang menjelaskan, "Setelah Neraka mengambil tindakan kepada mereka, kitab-kitab catitan amal dibuka, neraca timbangan akan dipasang dan semua makhluk akan dipanggil untuk dihisab ". Allah telah berfirman didalam alQuran dari beberapa ayat seperti dalam surah al-Muthafifin ayat 15 yang mafhumnya ;

" Sesungguhnya pada hari itu mereka tertutup daripada Tuhan mereka ".

Kemudian didalam surah al-Qashash ayat 78, mafhumnya ;

"...Tiada (perlu) diperiksa orang-orang yang berdosa tentang dosa- dosa yang diperbuatnya (kerana telah maklum bagi Allah)".

Dan pula didalam surah al-Baqarah ayat 174, mafhumnya ;

"...dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkannya, dan untuk mereka itu seksaan yang pedih ".  

Kemudian mungkin juga akan timbul persoalan, bukankah penjelasan kepada ketiga-tiga ayat diatas tadi adalah ditujukan kepada orang-orang kafir ?

Kami jawab, bahawa sesungguhnya hari kiamat itu memiliki beberapa buah medan (kawasan). Ada medan untuk soal jawab dan ada pula medan yang tidak berlaku sebarang soal jawab. Oleh sebab itu, firman-firman Allah dan beberapa buah hadis-hadis tadi tidaklah bertentanggan.
 
Berkata Ikrimah, "Pada hari kiamat kelak, ada medan untuk bertanya dan ada juga medan tidak untuk bertanya ".

Menurut Ibnu Abbas didalam kitabnya yang bertajuk 'Tafsir ath- Thabari', "Pertanyaan yang ditujukan kepada mereka-mereka itu bukanlah pertanyaan yang bernada lembut, melainkan pertanyaan yang bernada keras, mengejek dan mencemuh mereka. Contohnya seperti soalan 'Mengapa kamu lakukan itu dan ini ?'. Tetapi, disisi Allah tidak akan berlaku seperti itu. Sebaliknya akan disoal secara detail akan perbuatan mereka-mereka itu, seperti firman Nya didalan surah al-Hijr ayat 92, mafhumnya ;

"Demi Tuhanmu, nanti akan Kami tanyai mereka itu semuanya".

Para ulama tafsir sependapat mengatakan,"Sesungguhnya orang- orang kafir itu akan disoal dan dihisab atas kekufuran mereka kepada Allah yang telah mereka lakukan sepanjang hidup mereka. Mereka sentiasa menolak dangan sombong dan bongkak semua petunjuk-petunjuk keimanan yang hadir kepada mereka. Mereka akan ditanya berkenaan hal ini dan tentang sikap mereka yang mendustakan para-para Rasul, pada hal telah didatangkan dalil- dalil kebenaran serta bukti-bukti sahih kebenaran mereka itu ".

Allah telah berfirman didalan surah al-Angkabut ayat 12 dan 13, yang mafhumnya ;

"Berkata orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman : Ikutilah jalan kami dan kami akan memikul kesalahanmu (dosa-dosa kamu). Pada hal mereka tiada akan memikul kesalahan (dosa-dosa) orang-orang mukmin sedikit pun. Sesungguhnya mereka orang-orang yang dusta (bohong) ".

"Demi, mereka akan memikul dosa-dosa mereka sendiri dan dosa- dosa (lain) bersama-sama dosa mereka. Demi, mereka akan diperiksa pada hari kiamat tentang apa-apa yang mereka ada-adakan (bohongkan) ".

Ayat- ayat lain yang menjelaskan pekara yang sama amat banyak sekali. Kepada yang ingin merenungkan firman Allah itu, silalah melihat firman Allah didalam surah al-Mu'minuun ayat 101 hingga ayat 118. Disini kamu akan melihat dengan jelas kebenarannya.


.............................................................
Maka atok selitkan tafsir ayat-ayat diatas itu, jika mengikut teks asal kitab ini tidak menulis semua ayat-ayat itu sebaleknya menyuruh kita merujuk sendiri kedalam tafsir al-Quran Karim. :  

Mafhum surah  al-Mu'minuun ayat 101 hingga 118 ;
 
"Apabila ditiup Sangkakala, maka tidak adalah pertalian darah diantara mereka dihari itu (kiamat) dan tiada pula tanya bertanya diantara mereka". - 101

"Barang siapa yang berat timbangan (amal kebajikannya), mereka itulah yang menang". - 102

"Barang siapa yang ringan timbangan (amal kebajikannya), mereka itulah yang merugikan dirinya, dalam Neraka (tempat tinggal mereka) kekal selama-lamanya ". - 103

"Api Neraka membakar muka mereka dan mereka didalamnya bermuka masam ". - 104

"Tidakkah ayat-ayat Ku dibacakan kepadamu, lalu kamu mendustakannya (menolaknya) ". - 105

"Mereka berkata, Ya Tuhan kami... kami telah dikalahkan oleh kecelakaan (kebodohan) kami dan adalah kami kaum yang sesat". - 106

"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka, jika kami kembali  (mendustakan Mu) sesungguhnya kami orang-orang yang aniaya ". - 107

"Allah berfirman, Cis ! diamlah kamu didalamnya dan jangan kamu berbicara (bercakap) dengan Ku ". - 108

"Sesungguhnya, segolongan diantara hamba-hamba Ku yang berkata : Ya Tuhan kami, kami telah beriman, sebab itu ampunlah (dosa) kami dan kasihanilah kami dan Engkau sebaik- baik yang mengasihani ". - 109

"Lalu kamu jadikan mereka (Rasul-rasul) itu untuk olok-olokkan (mengejek dan mempermainkan), sehingga kamu lupa mengingati Ku, sedang kamu mentertawakan mereka (Rasul-rasul itu) ". - 110

"Sesungguhnya Aku membalas mereka (Rasul-rasul itu) pada hari ini, sebab mereka sabar, sungguh mereka (Rasul-rasul) itu orang-orang yang menang ". - 111

"Allah berfirman: Berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?". - 112 

"Sahut mereka itu: Kami tinggal sehari atau setengah hari, maka mereka tanyakanlah kepada orang-orang yang (pandai) menghitungnya ". - 113

"Allah berfirman: Kamu tiada tinggal (didunia)  melainkan sebentar saja, jika kamu mengatahuinya ". - 114

"Adakah kamu kira bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (suka-suka saja) dan kamu tiada akan kembali kepada kami ? ". - 115

"Maka Mahatinggi Allah yang menguasi (alam), lagi sebenarnya Tuhan, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang mempunyai 'Arasy yang mulia ". - 116

"Barang siapa menyembah Tuhan yang lain bersama Allah tampa dalil baginya, maka balasannya, hanya disisi Tuhannya. Sungguh tiada menang orang-orang kafir ". - 117

"Katakanlah: Ya Tuhanku, ampunkanlah dan kasihanilah (daku) dan Engkau sebaik-baik yang mengasihani ". - 118.

....................................................................


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Syahr bin Hausyab, dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata " Sesungguhnya sesudah Neraka mengazab mereka bertiga, maka dibukakanlah kitab catitan amal, dipasangkanlah timbangan dan dipanggillah seluruh makhluk untuk dihisab ".

Al- Lalaka'i didalam kitabnya bertajuk 'Sunan al-Lalaka'i' mengatakan sebuah hadis daif riwayat Ahmad yang bersumber dari Aisyah, bahawa ia berkata "Orang yang dihisab pada hari kiamat kelak pasti akan masuk Syurga ". Sebab, kata mereka, hisab itu dimaksudkan untuk memberikan pahla dan balasannya. Sedangkan orang kafir itu jelas tidak sama sekali memiliki  amal kebajikan untuk dibalas dengan dihisab terlebih dahulu. Jika dikatakan Allah yang akan menghisabnya sendiri, lalu bagaimana pula dengan ayat yang mengatakan, "Dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka "  ini ?.

Kemudiannya riwayat Aisyah ini dibantah oleh riwayat-riwayat lain yang memperjelaskan lagi masaalah ini, berdasarkan dari beberapa firman Allah dan hadis-hadis sahih. Arti ayat "Dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka ", bermaksud, tidak berkata-kata didalam pekara-pekara yang mereka sukai. Disebutkan didalam surah al-Mukminuun ayat 108, "...Diamlah kamu didalamnya dan jangan kamu berbicara dengan Aku ".

Ada yang mengatakan bahawa firman Allah didalam surah al- Qashash ayat 78, "Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka ". dan firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 39, "Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosa mereka ", adalah bermaksud pertanyaan dalam rangka untuk mendezakan antara orang-orang kafir dan orang-orang mukmin. Dengan lain perkataan, pada hari kiamat nanti para Malaikat sudah tidak perlu lagi bertanya sesiapa saja dengan pertanyaan," Siapa Tuhan kamu ?, Apa agama kamu ? atau apa yang telah kamu kerjakan semasa didunia ? ". Ini adalah kerana sememangnya telah nampak jelas gambaran diri manusia itu masing-masing sama ada ia mukmin atau kafir.

Orang-orang mukmin akan kelihatan dari wajah mereka yang bersinar berseri-seri dan jiwa mereka yang lapang dan tenang. Manakala orang-orang kafir dan musrik akan kelihatan berwajah hitam pekat, ketakutan, bermata biru lebam dengan dada yang sangat sempit nafasnya. Ketika orang-orang kafir musrik ini diiringi Malaikat ke Neraka dan dipisah-pisahkan mengikut tempat mereka masing-masing di Padang Mahsyar, disaat itu pun telah dapat diketahui berkenaan agama mereka melalui pandangan mata mereka masing-masing.

Oleh itu peristiwa yang terjadi pada hari kiamat itu berbeza dengan peristiwa yang terjadi sebelumnya seperti yang telah diterangkan dari beberapa buah hadis, dimana saat itu Malaikat Mungkar dan Nangkir terus bertanya kepada simati yang telah menjadi mayat waktu ia dimasukkan kedalam kubur dengan soalan seperti: Siapa Tuhan Kamu ? Apa agama kamu ? dll. Maka waktu hari kiamat nanti, Malaikat tidak perlu lagi bertanya soalan yang sama, kerana diwaktu itu adalah sangat mudah untuk mengenali diantara orang-orang beriman dengan yang tidak beriman hanya dengan melihat wajah-wajah mereka sahaja.

Sesungguhnya firman Allah didalam surah al-Hijr ayat 92, "Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menyoal mereka semua ", yang menyentuh berkenaan orang-orang kafir. Ayat inilah saja yang dijadikan oleh mereka-mereka itu sebagai dalil muktamad bahawa sanya semua orang-orang kafir dan musrik akan disoal berkenaan amal perbuantan mereka dan juga mereka-mereka yang berpendapat bahawa semua orang kafir dan musrik akan disoal tentang alasan kekufuran mereka dan perbuatan mereka yang memperolok-olok dan mempermain-mainkan semua Rasul- rasul utusan Allah kepada mereka, malahan sesetengah dari mereka yang telah membunuh para Rasul-rasul dan Nabi-nabi Allah itu. Tunggu sajalah pembalasan Allah untuk kamu nanti.


BAB 37: KESAKSIAN BUMI, MALAM DAN SIANG ATAS APA YANG DILAKUKAN DIATASNYA SERTA KESAKSIAN HARTA KEATAS PEMILIKNYA.


Diriwayatkan oleh ath- Tirmidzi dari Abu Hurairah ra, bahawa ia berkata, "Setelah membaca ayat 4 dari surah az-Zalzalah, 'Pada hari itu bumi menceritakan kabar (berita) nya '. Rasulullah bertanya, 'Tahukah kamu apa beritanya ?'. Para sahabat menjawab, 'Hanya Allah dan RasulNya saja yang mengatahui'. Lalu baginda bersabda, 'Sesungguhnya berita itu ialah kesaksiannya (bumi) terhadap setiap hamba atau setiap umat atas apa juga yang dilakukannya dipermukaan bumi ini. Ia berkata, 'Pada hari ini, hari ini dan hari ini, sifulan melakukan ini', itulah beritanya ".

Diriwayatkan oleh Mu'awiyah bin Qurrat, dari Ma'qal bin Yasar bahawa Nabi saw bersabda, " Setiap hari (waktu siang) kelak akan datang kepada anak cucu Adam dan berkata, ' Wahai anak cucu Adam, aku adalah makhluk baharu dan kelak akan menjadi saksi atas apa yang kamu lakukan. Oleh kerana itu isilah daku dengan perbuatan baik, nescaya kelak akan menjadikan saksinya untukmu. Sesungguhnya jika aku telah berlalu (bertukar malam), kamu tidak akan pernah melihat ku lagi selama-lamanya,..Dan, malam juga akan mengatakan yang sama ".

Diriwayatkan oleh al- Mubarak, dari Abdullah bin Amr ibnu 'Ash bahawa ia berkata, "Barang siapa yang sujud disebuah tempat yang dekat dengan sebatang pohon atau selonggok batu, nescaya pada hari kiamat kelak, benda-benda itu akan menjadi saksi untuknya ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibnu Abu Khalid, dari Abu Isa alias Yahya bin Rafi', dari Othman ibnu Affan bahawa setelah selesai dia membaca ayat 19 surah Qaaf, "Dan datanglah Sakaratul Maut dengan sebenar-benarnya". dan ayat 21, "Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengannya seorang Malaikat pengiring dan seorang Malaikat penyaksi ". Lalu dia berkata, 'Malaikat pengiring, mengiringinya kehadrat Allah, dan Malaikat penyaksi, menyaksikan apa yang telah dilakukannya ".

Diriwayatkan oleh Muslim, hadis dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, "... Sesungguhnya harta adalah buah yang manis dan sebaik-baik kawan bagi orang-orang muslim yang mahu memberikannya kepadaorang miskin, anak yatim dan anak jalanan. (atau seperti sabda Rasulullah.."Barang siapa yang mengambil (harta) dengan tidak benar, maka ia laksana orang yang makan tetapi tidak boleh kenyang dan ia (harta itu) akan menjadi saksinya pada hari kiamat nanti ) ", dan seperti yang telah dikemukakan sebelunnya, "Sejauh seorang muazin melaungkan azan dan didengari oleh jin, atau manusia atau pohon atau batu atau pasir, maka padahari kiamat kelak semuanya akan menjadi saksinya ". Hadis-hadis itu juga diriwayatkan oleh Malik dan imam-imam lainnya.

Berkata Imam Syeikh al-Qurthubi (pengarang kitab ini), " Oleh kerana itu, renungkanlah wahai saudaraku. Seandainya jika kamu menjadi saksi yang adil, pasti ada yang selalu menjadi saksi keatas semua perbuatanmu, kata-katamu dan tingkah lakumu. Saksi yang paling agung dihadapanmu ialah Tuhan Yang Mahamengatahui yang selalu mengawasimu. Allah berfirman didalam surah Yunus ayat 61 yang mafhumnya ;

"Dan kamu tidak mengerjakan sesuatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya".

Oleh kerana itu, berbuatlah seperti orang yang yakin bahawa ia pasti akan kembali kepada Nya. Tuhan akan memberikan balasan atas segala amal perbuatan, baik yang kecil mahu pun yang besar, yang sedikit mahu pun yang banyak. Mahasuci Allah yang tiada Tuhan selain Dia ".



BAB 38 : KESAKSIAN SEORANG HAMBA DIDUNIA AKAN BERLAKU SEMULA DI HARI KIAMAT. 


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Rasyidin bin Sa'ad, dari  Amr Ibnul Harits, dari Sa'ad bin Abu Hilal, dari Sulaiman bin Rasyid bahawa ia pernah mendengar bahawa seseorang yang memberikan sesuatu kesaksian semasa didunia, maka itulah yang akan dipersaksikan pada hari kiamat dihadapan seluruh makhluk. Pujiannya kepada seorang hamba didunia, itulah juga yang akan diberikannya pada hari kiamat dihadapan seluruh makhluk.

Menurut Imam al-Qurthubi, bahawa hadis itu adalah hadis sahih kerana ia diperkuat oleh firman Allah didalam surah az-Zukhruuf ayat 19 yang mafhumnya ;

"Kelak akan dituliskan persaksian mereka dan mereka akan diminta dipertanggungjawabkan (atas kesaksian itu) ".

Dan didalam surah al-Qaaf ayat 18, mafhumnya;

"Tiadalah perkataan yang dikeluarkan seseorang, melainkan disisinya ada (malaikat) pengawas yang hadir ".

Waallahua'lam...



BAB 39 : PERTANYAAN KEPADA PARA RASUL DAN KESAKSIAN UMAT SEKARANG KEPADA PARA RASUL TERHADAP UMAT MEREKA.  



Allah SWT telah berfirman didalam surah al-A'raf ayat 6 dan 7, yang mafhumnya ;

"Demi akan Kami periksa orang-orang yang telah diutus Rasul-rasul kepada mereka dan akan Kami periksa pula Rasul-rasul itu (tentang apa-apa yang telah disampaikannya) ".

"Demi akan Kami kisahkan kepada mereka dengan pengatahuan Kami (akan segala perkerjaan mereka) dan bukanlah Kami ghaib (lengah dari perkerjaan mereka itu ) ".

Kemudian firman Allah didalam surah al-Hijr ayat 92, yang mafhumnya ;

"Demi Tuhanmu, nanti akan Kami tanyakan mereka itu semuanya ".

Mula-mula yang akan disoal ialah para Rasul-rasul seperti firman Allah didalam surah al-Qashash ayat 65, mafhumnya ;

" Pada hari, Allah menyeru mereka, kata Nya: Apakah jawapan kamu tentang seruan orang-orang yang diutuskan kepadamu ?".

Mereka (para Rasul) sebenarnya telah tahu akan jawapannya, tetapi oleh kerana terlampau dahsyatnya keadaan huru-hara hari kiamat itu hingga mereka tidak lagi dapat berfikir dan mengingati semua pekara serta hilang tumpuan. Mereka lalu berkata seperti yang telah difirmankan didalam surah al-Ma'idah ayat 109, yang mafhumnya ;

"Pada hari Allah menghimpunkan Rasul-rasul lalu Dia berfirman: Adakah seruan kamu diperkenankan orang ?. Berkata Rasul-rasul itu: Tiadalah pengatahuan kami (tentang hal itu). Sesungguhnya Engkau Mahamengatahui yang ghaib-ghaib".

Kemudian Allah menghampiri mereka dan dipanggil Nabi Nuh as lalu difirmankan kepadanya: "Sesungguhnya ketakutan telah menyelimuti hati-hati mereka, sehingga mereka tidak mampu menjawab ". Kemudian Allah memberikan kekuatan kepada mereka untuk mengingat kembali peristiwa-peristiwa lampau supaya mereka boleh memberikan kesaksian keatas jawapan umat-umat mereka. Ada ulama berpendapat bahawa perkataan- perkatan yang mereka sebutkan itu adalah perkataan-perkataan yang disebutkan oleh Nabi Isa al Masih, seperti firman Allah didalam surah al-Ma'idah ayat 116, yang mafhumnya ;

".... Ia (al Masih) menjawab: Mahasuci Engkau (Ya Allah), Tidak patut bagiku, bahawa kukatakan sesuatu yang bukan hakku. Jika ku katakan yang demikian, tentu Engkau mengatahuinya. Engkau mengatahui apa-apa yang ada didalam diriku dan aku tiada mengatahui apa-apa yang ada pada diri (zat) Engkau. Sesungguhnya Engkau Mahamengatahui segala yang ghaib ".

Tetapi, yang benar adalah pendapat yang pertama tadi. Sebab, pada hakikatnya darjat para Rasul itu berbeza-beza, dan darjat Nabi Allah Isa al- Masih adalah yang paling agung diantara mereka (perbandingan ini tidak termasuk Nabi Muhammad saw) kerana ia merupakan kalimah dari Rohuallah (darjat Nabi Isa al Masih). Demikianlah yang diperkatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali (Imam Ghazali)

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Abu Kuraib dan Ahmad bin Sinan, dari Abu Mu'awiyah, dari al-A'masy, dari Abu Saleh, dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah bersabda, " Pada hari kiamat nanti, seorang Nabi muncul dengan ditemani satu orang, muncul Nabi lain ditemani dua orang, muncul Nabi lain lagi ditemani tiga orang, dan lebih banyak dari itu. Allah bertanya kepada Nabi itu, 'Apakah kamu telah sampaikan risalah kepada kaum mu ?'. Ia menjawab, 'Sudah !'. Allah lalu memanggil kaumnya dan ditanya, 'Adakah ia sudah menyampaikan risalah kepada kamu ?'. Mereka menjawab, 'Belum !'. Allah kemudian bertanya lagi kepada Nabi itu, 'Siapa saksimu ?'. Ia menjawab, 'Muhammad dan umatnya'. Allah memanggil umat Muhammad dan ditanya, 'Apakah Nabi itu telah menyampaikan risalah kepada kaumnya ?'. Mereka menjawab, 'Sudah !. Allah bertanya, 'Dari mana kamu mengatahuinya ?'. Mereka menjawab, 'Nabi kami yang memberitahu kami bahawa para Rasul itu telah menyampaikan risalah kepada kaumnya dan kami mempercayainya '. Maka itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 143 (mafhumnya) "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Muhammad yang Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasulmu (Muhammad) menjadi saksi keatas (perbuaan) kamu "'.

Ibnu Mubarak didalam kitabnya yang bertajuk 'Ar-Raqa'iq meriwayatkan sebuah hadis mursal yyang lebih panjang lagi berbanding hadis diatas tadi. Ia mnyatakan bahawa ia mendapatkan riwayat tersebut dari Rasyidin bin Sa'ad, dari Ibnu An'am al-Ma'afiri, dari Hibban bin Abu Jabalah bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika Allah menghimpunkan hamba-hamba Nya pada hari kiamat nanti, pertama yang dipanggil ialah Malaikat Israfil. Allah bertanya kepadanya, 'Apa yang kamu lakukan kepada perintah Ku, adakah telah kamu sampaikan ?'. Malaikat Israfil menjawab, 'Benar !. Telah ku sampaikan kepada Jibril '. Allah memanggil Malaikat Jibril dan bertanya,' Benarkah Israfil telah menyampaikan perintah Ku kepadamu ?'. Malaikat Jibril menjawab, 'Benar, dia telah menyampaikan perintah Mu kepada ku...wahai Tuhanku '.

Allah kemudian melepaskan Malaikat Israfil dan terus bertanya kepada Malaikat Jibril. 'Adakah kamu sudah menyampaikan perintah Ku ?'. Malaikat Jibril menjawab, ' Benar, telah ku sampaikan kepada semua para Rasul '. Allah memanggil semua para Rasul dan bertanya, 'Adakah Jibril telah menyampaikan perintah Ku kepada kamu semua ?'. Mereka menjawab, 'Sudah ! '.

Kemudian Allah melepaskan Malaikat Jibril dan bertanya kepada para Rasul-rasul itu, 'Apakah telah kamu sampaikan perintah Ku kepada umat-umat kamu semua ?'. Mereka menjawab, ' Ya, telah kami sampaikan kepada umat-umat kami semuanya '. Lalu Allah memerintahkan semua umat-umat Rasul itu mengadap dan ditanya, 'Benarkah rasul-rasul Ku itu telah menyampaikan perintah Ku kepada kamu semua ?'. Sebahagian dari mereka membenarkan dan sebahagian yang lain menafikannya, dan para Rasul-rasul itu berkata, ' Kami punya saksi yang memberikan kesaksian bahawa kami telah menyampaikan perintah Mu itu, disamping kesaksian Mu sendiri...wahai Tuhan Kami '. Allah bertanya, 'Siapakah saksi kamu itu ?'. Mereka menjawab, ' Muhammad dan umatnya '.

Lalu seluruh umat Muhammad pula dipanggil mengadap kehadrat Allah SWT dan ditanya, ' Adakah kamu memberi kesaksian bahawa para Rasul-rasul Ku ini telah menyampaikan perintah Ku kepada umat-umat mereka semuanya ? '. Semua umat Muhammad menjawab, ' Benar, Tuhan kami. Kami bersaksi bahawa mereka telah menyampaikan perintah Mu kepada umat-umat mereka semuanya '. Maka umat-umat terdahulu itu membantah, 'Bagaimana mungkin orang-orang yang tidak pernah mengenali dan bertemu dengan kami mampu memberikan kesaksian terhadap kami semua ? '. Lalu Allah bertanya kepada umat Muhammad, 'Ya, bagaimana kamu boleh memberikan kesaksian atas orang-orang yang tidak pernah kamu kenali dan jumpai sebelum kamu ?'. Umat Muhammad menjawab, ' Ya Tuhan kami, telah Engkau utus seorang Rasul kepada kami (Muhammad saw), dan telah Engkau turunkan kepada kami perintah dan Kitab Mu (al-Quran). Rasul Mu itulah (Muhammad saw) yang telah memberitahu kami bahawa semua Rasul-rasul Mu yang lain itu telah menyampaikan perintah Mu kepada umat-umat mereka, dan kami yakin dan percaya apa-apa yang telah Engkau janjikan kepada kami semua '. Kemudian Allah berfirman (al-Baqarah 143), 'Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad saw) menjadi saksi keatas (perbuatan) kamu "'.


......................................................

 PENGAJARAN DARI HADIS DIATAS ;

Ingat tak apa yang telah atok katakan dahulu... berkenaan shadatai atau dua kalimah shadatai yang setiap umat Islam wajib akad untuk masuk Islam ?. Kalau tak ingat pun tak mengapa, tetapi kamu semua pasti tahu atas kewajiban umat Islam akad dua kalimah shadat ini kan. Ya... hadis-hadis diatas inilah merupakan satu lagi dalil dan bukti mengapa semua umat Muhammad atau umat Islam diwajibkan akad dua kalimah shadat itu. Cuba kita renungkan, apakah dua kalimah shadat itu. Iaitu maksud dari kalimah "AKU BERSAKSI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN AKU BERSAKSI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH". apakah maksudnya ? Maksudnya, sejak dari mula kita mengucapkan dua kalimah inilah maka telah kita diangkat akan menjadi saksi keatas al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah saw, Rasul-rasul dan umat-umat mereka terdahulu, menjadi saksi atas semua kejadian dialam ini, atas hari kiamat, atas semua makhluk dan seluruh kejadian yang telah Allah cipta zahir dan batinnya. Inilah maksud sebenar "kesaksian" yang kita ucapkan itu. Jadi akad itu adalah merupakan "sumpah taat setia" atau "bersumpah atas nama Allah dan Rasul Allah iaitu Muhammad saw" akan memberikan kesaksian yang benar dan adil dihadapan seluruh makhluk dan kehadrat Allah Rabuljalil diakhirat kelak.

Oleh kerana itu bukanlah remeh atau main-main akan apa yang telah kita ucapkan itu. Ia terkandung maksud tersirat yang sangat besar dan agung diakhirat kelak. Maka itulah sebabnya juga kita harus teliti dalam pengambilan dua kalimah shadatai ini. Sebagai contoh, mengatahui dari siapa kita ambil dua kalimah shadatai itu? Memang shadat itu sama saja dimana-mana. Tetapi yang sangat perlu didalam ucapan dua kalimah shadat itu ialah "berserta rohaniahnya" sekali. Bukan hanya dibibir saja. Oleh itu amatlah perlu sekali pertalian rohaniah didalam kalimah ini dipritkkan sekali gus sewaktu menyebutnya. Maka inilah yang kita panggil "Wasilah dan Rabitah". Wasilah dan Rabitah yang rohaniahnya bertalian terus ketangan Rasulullah saw. Mengapa tidaknya...kan telah disebut tadi, kita ini bakal menjadi saksi dihadrat Allah atas semua pekara diakhirat kelak. 

Jadi bagaimana mungkin nak menjadi saksi keatas orang lain sendangkan kesaksian diri sendiri pun tak lepas ??? ini persoalan pertama. Persoalan kedua pula, bagaimana pula nasib pada mereka yang menukar dua kalimah shadat, manjadi tiga kalimah shadat ???. persoalan ketiga, bagaimana dengan mereka yang membuang hadis Nabi nak menjadi saksi Nabi pula kelak ???. Persoalan keempat, bagaimana pula nasib mereka yang mengaku Nabi akhir zaman ???. Persoalah kelima, bagaimana dengan mereka yang tidak percaya hari akhirat ???. Dan banyak lagi permasaalahan orang-orang Islam masa kini yang telah terkeluar dari ucapan dua kalimah shadatinya sendiri ???...renungkanlah !.

.........................................................................  


Abu Muhammad alias Abdul Haq didalam kitabnya tang bertajuk 'Al-Afiyah' mengatakan, " Setelah seluruh Nabi-nabi dipanggil, kemudian Malaikat memanggil manusia satu persatu sesuai dengan nama  masing-masing untuk disoal. Semantara amal perbuatan mereka diperlihatkan kepada Allah Tuhan Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Amal yang sedikit mahu pun yang banyak, yang baik mahu pun yang buruk ".

Abu Hamid didalam kitabnya 'Kasyfu Ilm al- Akhirat' mengatakan, "Sesungguhnya peristiwa itu terjadi setelah Allah selesai berurusan dengan seluruh binatang-binatang ternakkan dan memisahkan antara binatang-binatang buas dan burung-burung. Kemudian Allah berfirman kepada mereka, ' Jadilah kamu debu '. Maka mereka semuanya menjadi debu yang rata dibumi dengan sekelip mata. Peristiwa itu terjadi dihadapan semua makhluk dan pada ketika itu ada sesetengah orang-orang kafir berkata seperti firman Allah didalam surah an-Nisaa ayat 42, mafhumnya ;

"Pada hari itu bercita-cita orang-orang yang kafir dan (orang-orang) mendurhakai Rasul, supaya diratakan bumi keatas mereka (menjadi debu dan tanah), dan mereka itu tiada dapat menyembunyikan perkataan terhadap Allah "

Bahkan, ada diantara orang-orang kafir itu yang berangan-angan seperti firman Allah didalam surah an-Naba' ayat 40, yang mafhumnya ;

"....dan orang-orang kafir berkata : Aduhai kiranya jadi tanahlah aku ".

Maka mereka lebih rela menjadi debu atau tanah dari mengharungi keperitaan seksaan Allah diakhirat itu diatas kekufuran mereka sendiri '".

Kemudian kedengaran seruan Allah memanggil "Mana Luh Mahfuzh ?". Kemudian Luh Mahfuzh pun dipanggil dan ditanya, " Dimana Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran yang pernah Aku tuliskan padamu ? '. Ia menjawab, " Ya Tuhanku, ia telah diambil oleh Jibril dariku ". Jibril pula dipanggil, dengan mengelatar dia hadir dan ditanya, " Wahai Jibril, Luh Mahfuzh memberitahu kamu telah mengambil firman dan roh Ku, benarkah begitu ?". Jibril menjawab, " Benar, Ya Tuhanku ". Allah bertanya lagi, "Lalu apa yang telah kamu lakukan padanya ?". Jibril menjawab, " Taurat telah ku serahkan kepada Musa, Zabur ku serahkan kepada Daud, Injil pula ku serahkan kepada Isa dan al-Quran telah ku berikan kepada Muhammad saw., Risalah sudah ku berikan kepada setiap Rasul, dan Shahifah juga telah ku berikan kepada yang diperintahkan oleh Mu, wahai Tuhanku ".

Tiba-tiba kedengaran seruan memanggil Nuh. Dengan tubuh terketar-ketar Nuh pun mengadap kehadrat Allah SWT dan Allah berfirman, "Wahai Nuh, Jibril memberitahu bahawa kamu adalah termasuk salah seorang Rasul ?". Nuh menjawab, "Benar, Ya Tuhanku". Allah bertanya, "Apa yang telah kamu lakukan kepada kamumu ? ". Nuh menjawab, "Siang dan malam aku mengajak mereka kepada kebenaran, tetapi ajakanku hanya membuat mereka lari dariku ". Kemudan kedengaran ". dengaran seruan memanggil kaum Nabi Nuh untuk tampil kemuka. Setelah mereka muncul secara serentak, Allah berfirman kepada mereka, "SaudaraSaudara kamu Nuh ini berkata telah menyampaikan risalah kepada kamu semua, benarkah begitu ?". Kaum Nabi Nuh menjawab, "Dia bohong !, Ya Tuhan Kami, dia tidak pernah menyampaikan apa-apa kepada kami semua ". Sedangkan mereka tidak pernah mempercayai risalah dan mendustakan Nabi Nuh. Lalu Allah bertanya kepada Nuh, "Adakah kamu mempunyai saksi akan kebenaranmu itu ?". Nuh menjawab, "Ada Ya Tuhanku, saksiku ialah Muhammad dan umatnya ". Kaum Nabi Nuh membantah, "Kami adalah kaum yang pertama, sedangkan mereka adalah kaum yang terkemudian. Mana mungkin mereka boleh memberi kesaksian terhadap kami semua?".

Nabi Muhammad saw kemudiannya didatangkan kemuka. Allah berfirman, "Wahai Muhammad, ini Nuh minta kesaksianmu, adakah benar dia telah menyampaikan risalah kepada kamunya?". Baginda kemudian memberikan kesaksiannya bahawa Nuh telah menyampaikan risalah kepada kaumnya. Kemudian baginda membaca ayat 1 dari surah Nuh, (mafhumnya) "Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya...". Dan Allah lalu berfirman, "Kamu semua benar ! dan semua orang-orang kafir itu mesti diazab ". Dalam sebuah rombongan kaum Nabi Nuh diheret keNeraka tampa ditimbang amal perbuatan mereka dan dihisab.

Setelah itu kedengaran seruan memanggil, "Dimana Hud ? ". Nabi Allah Hud as juga telah diperlakukan seperti kaum Nabi Nuh tadi. Sehingga Nabi Hud meminta Nabi Muhammad saw memberikan kesaksian terhadapnya. Setelah baginda membaca ayat 123 dari surah as-Syuraa (mafhumnya) " Kaum A'ad telah mendustakan Rasul (mereka)...". Allah lalu memerintah kaum Nabi Hud juga dibawa kedalam Neraka seperti keadaannya kaum Nabi Nuh tadi, tampa ditimbang dan dihisab amalan mereka.

Seterusnya terdengar seruan , "Wahai Saleh dan Tsamud !". Kaum Tsamud juga telah menyangkal pengakuan Nabi Allah Saleh as. Lalu Nabi Saleh meminta bantuan Nabi Muhammad saw. supaya memberi kesaksian kepadanya. Baginda tidak keberatan dan memberikan kesaksiannya. Setelah membaca ayat 41 dari surah asy-Syu'araa (mafhumnya) "Kamu Tsamud telah mendustakan para Rasul....". Mereka juga dihumban kedalam Neraka tampa hisab.

Satu persatu kaum dihadapkan kemuka untuk diberi kesaksian, dan alQuran terus memberi penjelasan terhadap mereka. Sebagai isyarat mereka telah disebut didalam al Quran, contohnya seperti firman Allah didalam surah al-Furqan ayat 38 yang mafhumnya ;

"Dan A'ad, Tsamud, penduduk Ras (kaum Nabi Syu'aib) dan beberapa umat yang banyak diantara mereka itu ".

Kemudian firman Allah didalam surah al-Mu'minun ayat 44 yang mafhumnya ;

"Kemudian Kami utus beberapa orang Rasul Kami dengan berganti-ganti. Tatkala Rasul itu datang kepada umatnya, mereka mendustakannya, kemudian Kami perikutkan (binasakan dan digantikan) setengah mereka dengan yang lain dan Kami jadikan mereka (sebagai pengkhabaran) berita, maka binasalah kaum yang tidak beriman ".

Lagi firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 9, mafhumnya;

"Tidakkah sampai kepadamu pengkhabaran orang-orang sebelum kamu, (iaitu) kaum Nuh, A'ad dan Tsamud serta orang-orang yang kemudian (selepas) mereka itu. Tiada mengatahui hal-ehwal mereka itu, melainkan Allah telah mendatangkan kepada mereka Rasul-rasul Allah dengan (membawa) keterangan, tetapi mereka kembalikan tangan kedalam mulutnya (mengigit jari-jari kerana kemarahan dan menolak kerasulan) dan mereka berkata : Sesungguhnya kami mengingkari apa yang diutuskan kepadamu dan kami dalam keraguan dan bimbang tentang apa yang kamu serukan kepada kami (mendustakan Rasul) "  

Didalam ayat-ayat diatas tadi, terdapat peringatan bagi genarasi- genarasi yang zalim seperti kaum Yarah, kaum Dauha, kaum Asra dan sebagainya. Sehingga diakhir seruan (panggilan Allah) ditujukan kepada kaum Ras, kaum Tuba' dan kaum Ibrahim. Kesemua kaum itu dimasukkan kedalam Neraka tampa perlu ditimbang dan dihisab. Diwaktu itu mereka adalah kaum yang ditutup rahmat Allah pada mereka. Adapun yang berkata-kata dengan mereka hanyalah Malaikat penterjemah kerana Allah tidak mahu berkata-kata dan memandang mereka pun.   

Seterusnya giliran Musa bin Imran dipanggil. Musa datang seperti selembar kertas yang ditiup angin kencang. Sangat pantas dengan wajah pucat lesi dan mengigil tubuhnya. Allah berfirman kepada Musa, "Wahai putra Imran, Jibril memberitahu bahawa kamu telah menerima risalah dan Taurat. Adakah telah kamu sampaikannya ?". Musa menjawab, "Benar, Ya Tuhanku ". Allah berfirman "Kalau begitu, kembalilah kamu kemimbarmu dan bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepada kamu itu ?".Maka Musa pun naik semula kemimbarnya dan mula membaca ayat-ayat suci dari kitab Taurat, manakala seluruh makhluk senyap sunyi mendengarkannya dengan tekun sekali. Musa mendatangkan Taurat dalam keadaannya yang asli seperti semula sehingga seluruh para pendita (imam-imam yang menghafal ayat-ayat Kitab Taurat sezamannya) langsung tidak mengenalinya walau sepatah huruf pun.

Setelah selesai, kedangaran seruan memanggil Daud kemuka. Daud hadir bagaikan sekeping kertas yang melayang ditiup angin dengan laju. Dengan tubuhnya yang terketar-ketar dia mengadapkan dirinya kehadrat Allah. Allah Yang Mahaagung lagi Maha Terpuji berfirman kepadanya, "Wahai Daud, benarkah kamu telah menerima Zabur, adakah telah kamu sampaikan kepada umat-umatmu ?". Daud menjawab, "Benar, Tuhanku ! aku telah menerimanya dari Jibril dan telahku sampaikan semuanya kepada umat-umatku ". Kemudian Allah berfirman, "Kalau begitu kembalilah kamu kemimbarmu dan bacakan apa yang telah Ku wahyukan kepadamu ". Daud naik semula kemimbarnya dan memulakan bacaan ayat-ayat suci kitab Zabur dengan suaranya yang sangat merdu tiada tolok bandingnya dimaya pada ini dan di Padang Mahsyar itu. Semua makhluk terpaku diam dan khusuk mendengarkan suara Nabi Daud, hingga mereka lupa kesangsaraan dan huruhara hari kiamat yang sedang mereka tanggung buat sebentar waktu. Bagaikan peniup seruling hikmah Nabi Daud mendatangkan Zabur dihalayak buat kali pertama dan terakhir untuk selama-lamanya. Subahanallah...

Setelah itu, terdengar seruan memnggil Nabi Isa al Masih. "Dimana Isa putra Maryam ?" . Kemudian Isa muncul dihadapan pintu para Rasul dan hadir kehadrat Allah dengan wajah pucat lesi gemantar ketakutan. Allah lalu berfirman: seperti yang dipetik didalam al Quran surah al-Ma'idah ayat 116 yang mafhumnya ;

"Ingatlah ketika Allah berfirman: Ya Isa anak Maryam !, adakah engkau katakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku menjadi tuhan, selain daripada Allah ?'...

 Mendengar soalan itu, Nabi Isa lalu menangis dan hancur luluh seluruh hati dan perasaannya. Ia amat mengatahui suatu hari pasti Allah akan menyoal masaalah ini kepadanya. Dan inilah saatnya yang ditunggu-tunggu itu. Sambil menyesali dan mengancam dirinya sendiri, lalu Isa pun menjawab, yang juga dipetik dari surah al-Ma'idah ayat 116- (sambungan ayat diatas), yang mafhumnya ;

"...Mahasuci Engkau (Ya Allah), Tidak selayaknya bagiku bahawa ku katakan sesuatu yang bukan hak ku. Jika ku katakan  demikian, tentulah Engkau mengatahuinya. Engkau Mahamengatahui apa-apa yang didalam diriku dan (sedangkan) aku tidak mengatahui apa-apa yang ada pada (zat) Engkau. Sesungguhnya Engkau Mahamengatahui segala yang ghaib ".

Allah tersenyum gembira mendengar jawapan Isa itu tadi dan terus berfirman seperti yang disebut didalam surah al-Ma'idah ayat 119 yang mafhumnya ;

"Allah berfirman: Inilah hari yang bermenafaat kebenaran kepada orang-orang yang benar... ".

Kemudian Allah memerintahkan Isa naik semula kemimbarnya dan membaca ayat-ayat suci kitab Injil seperti yang telah dia terima daripada Jibril dahulu. Lalu Isa pun naik kemimbarnya dan memulakan bacaan ayat-ayat suci dari kitab Injil yang membuat semua makhluk tunduk kerana tersangat indah dan merdu suaranya. Nabi Isa membawakan alunan dan bacaan dari kitab Injil yang asli dan indah, sehingga semua pendita dari kaumnya sendiri tidak pernah mengatahuinya atau pernah membacanya sama sekali. Setelah siap membaca, Isa membahagikan umat-umatnya menjadi dua golongan. Iaitu yang beriman dan yang tidak beriman 

Kemudian kedengaran seruan memanggil, "Dimana Muhammad?". Setelah Muhammad hadir, Allah pun berfirman, " Wahai Muhammad,  benarkah kamu telah menerima al-Quran daripada Jibril ?. Baginda menjawab, "Benar, Tuhanku ". Kemudian Allah berfirman, "Naiklah kamu kemimbarmu dan baclah al-Quran seperti yang telah Ku wahyukan kepadamu ? ". Baginda naik kemimbarnya dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Baginda membacanya dengan sangat lunak merdu sekali sehingga membuat semua orang beriman dan bertakwa menjadi sangat gembira kerana cahaya berseri-seri naik dari muka-muka mereka semuanya, manakala muka-muka orang-orang memusuhi Islam dan Rasulnya nampak muram dan biru hitam kerana ketakutan. Inilah hari kemanangan bagi Islam dan tiada dapat disangkal lagi. Ketika Nabi Muhammad saw. membaca ayat-ayat suci al-Quran itu, semua umat Islam merasa yakin bahawa mereka tidak pernah mendengar ayat-ayat yang dibacakan itu. Sehingga seseorang bertanya kepada Ashmu'i, "Wahai Ashmu'i, kamu terkenal kerana kamulah yang paling hafal al-Quran dahulu, adakah kamu sudah lupa ?". Dia menjawab, "Ya memang benar sahabatku, tetapi semasa aku mendengarkan Rasulullah saw. membaca ayat-ayat suci al-Quran ul Karim sebentar tadi, seumpama aku tidak pernah mendengarkannya seluruh hayat ku ".

Kemudian, setelah semua buku catitan amal selesai dibacakan, kedengaran seruan dari Arsay sebagaimana yang telah tercatit didalam surah Yasin ayat 59, mafhumnya;

"Berpisahlah kamu pada hari ini (hari kiamat), hai orang-orang yang berdosa ! ".

Dalam waktu singkat sahaja, Padang Mashyar telah dipenuhi oleh semua makhluk. Malaikat, Manusia dan Jin semuanya berkumpul bersama-sama disitu, berdiri berasak-asak dan hempit menghempit. Kemudian terdengar seruan Allah berfirman, "Wahai Adam, hantarkan kumpulan-kumpulan ke Neraka. Adam berkata, "Berapa, jumlahnya Tuhanku ?".  Allah berfirman, "Setiap seribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan masuk Neraka dan hanya satu masuk Syurga ". Kemudian, satu persatu orang-orang kafir, orang-orang munafiq, orang-orang fasiq dan orang-orang yang lalai dibawa menuju ke Neraka. Sehingga yang tinggal, sepenuh telapak tangan sahaja jumlahnya... kata Saidina Abu Bakar al-Sidiq ra.

Begitulah kupasan dari beberapa riwayat hadis yang dikira sangat panjang telah diolah sebegitu rupa oleh penulis kitab ini.


BAB 40 : KEADAAN PARA SAKSI KETIKA PERISTIWA HISAB DIPADANG MASHYAR KELAK.


Menurut para ulama tafsir, semasa peristiwa hisab itu berlangsung ia disaksikan oleh seluruh para Nabi dan semua makhluk. Firman Allah didalam surah az-Zumar ayat 69 yang mafhumnya ;

"...dan kitab (perhitungan) diletakkan dan Nabi-nabi dab saksi- saksi dihadirkan, lalu diputskan hukum antara mereka itu dengan keadilan, sedang mereka tiada teraniaya".

Kemudian didalam surah an-Nisaa' ayat 41 yang mafhumnya ;

"Betapakah (halnya orang-orang kafir), bila Kami tunjukkan seorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami tunjukkan engkau (ya Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu ".

Yang dimaksudkan "saksi bagi tiap-tiap umat" ialah Nabi atau Rasul mereka. Tetapi ada juga yang berpendapat mereka itu adalah dari ahli-ahli amal, inilah pendapat yang diungguli dan diterima. Kelak semua umat berserta Nabi atau Rasul mereka seemua akan dipanggil kemuka. Kemudian mereka akan disoal "Apakah jawapan kamu kepada para Rasul ?. Kepada para Rasul itu juga akan disoal,"Apa jawapan kaummu terhadap seruanmu ?. Para Rasul menjawab," Kami tidak punya pengatahuan sama sekali ". Seterusnya mereka dipanggil satu persatu bersama-sama Malaikat yang menjadi saksi amalannya dan Malaikat yang menulisnya.

Abu Hamid didalam kitabnya bertajuk 'Kasyfu Ilm al-Akhirat' ada menyebut, "Sesungguhnya ada Malaikat yang berkata disisi Allah,'Pada hari ini tidak akan ada kezaliman sama sekali. Sesungguhnya Allah itu sangat cepat hisab Nya'. Kemudian keluarlah kitab besar yang jarak bukaannya menutupi antara timur dan barat. Didalamnya tercatit seluruh amalan makhluk. Semua bentuk amalan baik yang kecil atau pun yang besar ada tertulis didalamnya. Mereka akan dapati semua perbuatan mereka ada disitu dan Allah tidak akan menginaya mereka. Setiap hari amal-amal seluruh makhluk diperlihatkan kehadrat Allah, lalu Allah memerintah Malaikat menuliskannya didalam kitab yang sangat besar itu, inilah maksud firman Allah didalam surah al-Ja'tsiah ayat 29 yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatit apa yang telah kamu kerjakan ".

Kemudian Allah memerintahkan manusia supaya dihisab satu persatu. Pada waktu itu setiap kaki dan tangan mereka juga akan menjadi saksi.Inilah maksud dari firman Allah didalam surah an-Nuur ayat 24 yang mafhumnya ;

"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan ".

Telah disebut didalam sebuah riwayat bahawa, seseorang dianara mereka dihadapkan kehadrat Allah. Allah berfirman kepadanya, "Wahai hamba yang jahat, kamu adalah seorang yang berdosa dan durhaka'. Kemudian ia cuba berhelah, "Ya Tuhanku, sememangnya aku tidak pernah merasakan melakukannya ". Allah berfirman, "Akan aku datangkan bukti ". Hamba itu masih tetap degil dan berdaleh, "Mereka itu semuanya berdusta ".  Tetapi setelah dipanggil anggota-anggota tubuhnya untuk berkata-kata dan memberi kesaksian, ia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain mengakuinya. Selanjutnya Allah memerintahkan Malaikat mebawanya ke Neraka. Ketika itu dia mencela tubuh badannya sendiri atas kesaksian mereka tadi, mereka pula berkata, "Ia adalah diluar kemampuan kami ". Inilah maksud dari firman Allah didalam surah Fushilaat ayat 21 yang mafhumnya ;

"Allah yang telah menjadikan segala sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami (pula) berkata-kata".

Perbahasan berkenaan pekara ini telah diperkatakan sebelumnya. Demikian juga dengan pekara yang menyentuh bumi, hari, siang dan malam juga harta benda yang bakal menjadi saksi kelak. Sesetengah manusia juga akan mengatakan, "Aku hanya akan membenarkan diriku menjadi saksi keatas diriku sendiri ". Maka Allah akan menutup mulut mereka rapat-rapat sehingga yang akan berkata-kata hanyalah tubuh badan mereka saja.


BAB 41 : KESAKSIAN NABI KEATAS UMATNYA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari seorang sahabat Ansar, dari al-Minhal din Amr, dari Sa'id Ibnul Musayib bahawa ia berkata, "Setiap hari, pagi dan petang, Nabi Muhammad akan diperlihatkan kepada umat-umatnya. Baginda boleh mengenali mereka melalui tanda-tanda dari amalan mereka. Oleh sebab itulah baginda diberi hak untuk memberikan kesaksian terhadap mereka semua. Allah yang Mahaberkat lagi Mahaagung telah berfirman didalam surah an-Nisaa' ayat 41 yang mafhumnya ;

"Bertapa (halnya orang-orang kafir), bila Kami tunjukkan seorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami tunjukkan engkau (ya Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu ".

FAKTA :

Telah disebutkan diatas tadi bahawa sesungguhnya pada setiap hari Isnin dan hari Khamis, akan diperlihatkan semua amalan makhluk kehadrat Allah SWT. Kemudian pada setiap hari Jumaat akan diperlihatkan kepada Nabi-nabi, ayah-ayah dan Ibu-ibu. Pendapat ini sebenarnya tidak bertentangan, kerana mungkin juga diperlihatkan setiap hari itu kepada Nabi Muhammad seorang sahaja. Sedangkan pada hari Jumaat akan diperlihatkan kepada para Nabi dan kepada yang lain lagi.


BAB 42 : HUKUMAN KERANA TIDAK MAMBAYAR ZAKAT, PEMBUKA AIB ORANG, CURANG DAN KHIANAT KETIKA DIHISAB DIPADANG MAHSYAR KELAK.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah telah bersabda," Sesiapa yang memiliki emas mahupun perak tetapi tidak mahu mengelurkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti akan disediakan setrika (seperti alat pengosok kain) yang dinyalakan dari api Neraka Jahanam. Lalu digosokkan pada dahi, perut dan punggungnya. Setiap kali ia telah sejuk, maka dipanaskan semula dan digosokkan kepadanya semula. Begitulah setiap hari berulang-ulang yang menurut perhitungannya sama dengan lima puluh ribu tahun, sehingga masaalah seluruh makhluk telah diputuskan oleh Allah. Lalu dia melihat jalannya, ke Syurga atau ke Neraka.

Seorang sahabat bertanya, "Rasulullah, bagaimana dengan unta?". Baginda menjawab, "Tidak ada, kecuali pemilik unta yang tidak mahu membayar zakat untanya (zakat ternakan). Termasuk juga kewajiban memerah susu ketika ia dibawa ketempat minuman. Maka pada hari kiamat kelak orang itu akan ditelentangkan ditempat yang lapang supaya dipijak-pijak oleh unta yang gemuk-gemuk hinggalah anaknya yang kecil sekalipun. Semuanya datang memijak-mijak dengan kukunya serta mengigit dengan giginya  yang tajam. Selepas satu demi satu akan datang memijak- memijak. Demikianlah setiap hari hinggalah seluruh makhluk telah diputuskan dan ia melihat jalan ke Neraka atau ke Syurga.

Juga termasuk pemilik unta yang tidak menunaikan hak-nya (unta itu). Salah satu haknya ialah memerah susunya pada waktunya. Kelak dihari kiamat binatang itu akan menjadi sekumpulan unta ganas yang berbaris rapat. Setiap sampai gilirannya dihadapan, ia akan ditolak yang dibelakang pada satu hari yang jaraknya sama dengan lima puluh ribu tahun, hingga sampai Allah memutuskan diantara seluruh hamba, lalu ia melihat jalannya kesyurga atau keneraka.

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan lembu dan kambing ". Baginda menjawab, "Ya, tidak ketinggalan juga penternak lembu dan kambing yang tididak membayar zakatnya, nescaya pada hari kiamat kelak ia akan ditelantangkan disuatu tempat yang rata, supaya dapat dipijak-pijak oleh lembu dan kambing tersebut dengan kukunya yang tajam dan ditanduk dengan tanduknya. Tidak pula tanduknya yang rebah kebelakang kecuali semuanya kehadapan atau tanduk yang patah, bahkan semuanya pula bertanduk. Jika yang pertama telah pergi, maka yang kedua pula akan datang memijak-mijak, begitulah halnya berturut-turut setiap hari yang lamanya kira-kira sama dengan lima puluh ribu tahun, hingga telah diputuskan seluruh pekara kepada semua makhluk, barulah ia dapat lihat jalannya kesyurga atau keneraka ". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Bukhari.

Diriwayatkan oleh Malik secara mauquf, Nasa'i dan Bukhari secara marfu, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang diberi harta oleh Allah SWT semasa didunia, tetapi engan mengeluarkan zakat yang diwajibkan diatasnya, nescaya dihari kiamat kelak harta-harta itu akan menjelma menjadi seekor ular ang sangat besar dengan dua bisa dikalungkan dilehernya. Sambil memegang dagu ia berkata, 'Aku adalah hartamu. Aku adalah simpananmu. Kemudian baginda membaca firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 180 yang mafhumnya ;

"Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang-barang (harta) yang dikurniakan Allah kepadanya mengira, bahawa bakhil itu lebih baik bagi mereka. Nanti akan dikalungkan keleher mereka barang (harta) yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat. Dan bagi Allah pusaka langit dan bumi. Dan Allah Maha mengatahui apa-apa yang kamu kerjakan".

Diriwayatkan oleh Muslim hadis dari Jabir bahawa Nabi saw. bersabda, " ...Dan barangsiapa yang memiliki simpanan (harta) tetapi tidak mahu membayar zakatnya, nescaya pada hari kiamat kelak akan muncul seekor ular besar yang terus menerus mengejarnya dengan mulut tebuka. Setiap kali ular itu menghampirinya, ia akan terus berlari. Kemudian kedengaran orang berkata, 'Ambillah harta simpanan yang pernah kamu sembunyaikan dulu. Kami tidak memerlukannya lagi '. Setelah dia mengatahui bahawa dia tidak dapat lari lagi, maka dimasukkan tangannya kedalam mulut ular itu yang kemudian menggigitnya seperti gigitan binatang buas (menelannya dengan rakus) ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah memberikan syarahan ditengah-tengah kami berkenaan penggelapan harta ghanimah (harta rakyat atau harta wakaf) dan akibatnya adalah sangat besar sekali. Seterusnya baginda bersabda, 'Jangan sampai kelak aku dapati salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang dengan memikul diatas bahunya seekor unta yang mengderuh (berbunyi dengan nafasnya), kemudian berkata,'Wahai Rasulullah, tolonglah aku '. Akan ku katakan padanya ' Aku telah tidak  mempunyai apa-apa lagi untuk menolong kamu. Semuanya telah ku sampaikan kepadamu dahulu. Jangan sampai kelak aku dapati salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang dengan memikul diatas bahunya seekor kuda yang merikek (berbunyi dengan nafasnya), kemudian berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku'. Akan ku katakan padanya, 'aku telah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menolong kamu. Semuanya telah ku sampaikan kepadamu dahulu. Jangan sampai kelak aku dapati salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang dengan memikul diatas bahunya seekor kambing yang mengembek (berbunyi dengan nafasnya),kemudian berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku'. Akan ku katakan padanya, 'Aku telah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menolong kamu. Semuanya telah ku sampaikan kepadamu dahulu. 

Jangan sampai kelak aku dapati salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang dengan memikul diatas bahunya seorang manusia yang memekek-mekek, kemudian berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku'. Akan ku katakan padanya, 'Aku telah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menolong kamu. Semuanya telah ku sampaikan kepadamu dahulu. Jangan sampai kelak aku dapati salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang dengan membawa selembar kain bendera yang berkibar-kibar dibahunya, kemudian berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku '. Akan ku katakan padanya, 'Aku telah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menolong kamu. Semuanya telah ku sampaikan kepadamu dahulu. Jangan sampai kelak aku dapati salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang dengan memikul harta kekayaan (hasil mengelapkan harta orang ramai atau harta wakaf) dibahunya, kemudian berkata, 'Wahai Rasulullah, tolonglah aku '. Akan ku katakan padanya, 'Aku telah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menolong kamu. Semuanya telah ku sampaikan kepadamu dahulu "'.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, ketika Allah telah mengumpulkan seluruh makhluk-makhluk dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Akan diberikan Nya kepada setiap orang yang berbuat khianat sebuah bendera yang bertulis perkataan, 'Sifulan bin sifulan ini adalah penghianat ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti setiap orang yang berbuat khianat memiliki bendera bersebelahan dengan orang yang dikhianatinya dahulu ".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Furrat bin Khalid, dari Abdul Malik bin Umair, dari Raafi' bin Syadad, dari Amr ibnul Hamqi al-Khaza'i bahawa Rasulullah bersabda, "Apabila seseorang itu menjamin keselamatan darah (nyawa) orang lain, tetapi kemudian ia membunuhnya, maka akan dikibarkan untuknya bendera penghianatan pada hari kiamat ".

FAKTA I:

Menurut para ulama tafsir mengenai firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 161 yang mafhumnya;
"Bukanlah Nabi itu berkhianat (tentang harta rampasan perang). Barang siapa berkhianat, datanglah ia pada hari kiamat bersama barang yang dihianatinya, kemudian disempurnakan (balasan) tiap-tiap manusia menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka itu tiada teraniaya ".

Ialah didalam erti yang sebanarnya, sebagaimana yang telah diperjelaskan pula oleh sabda Nabi saw. Artinya, ia akan membawa apa yang dikhianatinya diatas punggungnya. Selain itu ia akan menanggung rasa malu dan hinaan kerana disaksikan oleh halayak ramai. Demikian juga halnya kepada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat, seperti hadis-hadis sahih yang telah dikemukan terdahulu.

Abu Hamid mengatakan, "Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat (kikir atau kedekut) unta, kelak dihari kiamat dia akan memikul dibelakangnya seekor unta sebesar gunung yang berbunyi nyaring hingga memekakkan telinga. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat lembu, kelak dihari kiamat akan memikul dibelakangnya seekor lembu sebesar gunung yang berbunyi nyaring hingga membingitkan telinga. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat kambing, kelak dihari kiamat akan memikul dibelakangnya seekor kambing sebesar gunung yang berbunyi kuat hingga menyakitkan telinga. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat hasil pertaniannya, kelak dihari kiamat akan memikul dibelakangnya hasil pertanian yang tidak dizakatkan itu seperti sebesar gunung yang sangat memberatkan sehingga dia merintih kepenatan. Demikian juga halnya kepada mereka ang tidak mahu mengeluarkan zakat harta, (seperti yang telah diperkatakan didalam keterangan diatas). Diwaktu itu Malaikat berkata,'Inilah harta yang kamu simpan dan kikirkan waktu duhulu'". Inilah juga maksud firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 180 yang mafhumnya ;

"Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang-barang (harta) yang dikurniakan Allah kepadanya mengira bahawa bakhil itu lebih baik bagi mereka. Nanti akan dikalungkan keleher mereka barang yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat, dan bagi Allah pusaka langit dan bumi, Dan Allah Maha mengatahui apa-apa ang kamu kerjakan ".

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), perbandingan ungkapan malu atau aib yang dikenakan oleh Allah kepada orang-orang yang mengelapkan harta perang atau harta rakyat dan orang-orang yang menolak mengeluarkan zakat itu adalah sama dengan azab yang dikenakan kepada mereka yang berbuat khianat. Bahkan dikalangan orang-orang Arab, orang yang berbuat khianat akan diseksa secara moral dan sosial yang sangat berat, sama juga kepada mereka-mereka yang melakukan kejahatan lain.

Ada pula sekumpulan ulama yang berpendapat bahawa hukuman yang dipikul oleh orang yang mengelapkan harta rampasan perang (ghanimah) dihari kiamat bukanlah seperti yang diperkatakan diatas tadi, melainkan ungkapan bebanan dosa secara zahir dan terbuka dihalayak ramai. Pendapat inilah yang diistilahkan sebagai mengganti hakikat dangan majaz.

Walau bagaimanapun pendapat pertama adalah lebih kuat kerana ia disokong dengan sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dari Samurah bin Jundub bahawa ia berkata, "Setiap kali mendapat harta ghanimah, Rasulullah menyuruh Bilal untuk mengumumkan ditengah-tengah apara sahabat. Mereka semua hadir dengan membawa harta ghanimah yang diperolehi masing-masing. Baginda membahagikan harta-harta itu dengan adil. Namun sehari setelah pengumuman oleh Bilal itu, datang seorang sahabat dengan membawa sebekas gandum dan berkata kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, ini ghanimah yang aku perolehi". Baginda berkata, "Apakah kamu tidak mendengar pengumuman yang telah Bilal laungkan sebanyak tiga kali semalam ?". Dia menjawab, "Ya, saya mendengarnya". Baginda bertanya lagi, "Lalu, kenapa kamu tidak segera datang membawa ghanimah itu ?". Ia kemudian memberi banyak alasan sedangkan Rasulullah mengatahui bahawa ia menyembunyaikan harta-harta ghanimah itu. Kemudian Rasulullah berkata, " Janganlah kamu sembunyaikannya, Kelak dihari kiamat kamu akan datang kepadaku dengan membawa harta-harta itu, sedangkan aku sudah tidak memerlukannya lagi ".
 
FAKTA II: 
  
Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya jika selonggok batu yang beratnya telah digandakan menjadi tujuh kali ganda kemudian dilemparkan kedalam kawah Neraka Jahanam, ia akan mengambil masa selama tujuh puluh musim untuk sampai kedasarnya. Kemudian didatangkan seorang penghianat harta ghanimah dan dilemparkan bersama-samanya (bersama harta yang digelapkannya itu). Setelah itu ia datang kepadaku dengan harta yang dibebankan kepadanya ". Inilah maksud firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 161 yang mafhumnya;

"...Barang siapa berkhianat, datanglah ia pada hari kiamat bersama barang (harta) yang dikhianatinya....".

Riwayat ini juga diperkatakan oleh Sulaiman al-Muradi dalam kitabnya bertajuk 'Al-Arda'in'.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi dan Ibnu Majah Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti setiap penghianat akan dikibarkan bendera ". Ini menunjukkan pada hari kiamat nanti, manusia akan ada banyak bendera. Ada bendera lambang keburukan yang mengambarkan pemiliknya. Ada bendera pujian, kemuliaan dan penghormatan seperti yang telah disabdakan Nabi saw. "Bendera pujian ada ditanganku ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari az-Zuhri, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Umru'ul Qais adalah pemegang bendera rombongan para penyair (penghibur) yang menuju ke Neraka ". Berdasarkan riwayat ini, maka seorang tokoh atau pemimpin yang terkenal dalam bidang apa jua pun adalah juga pembawa bendera atau panji-panji pengenalan yang melambangkan kebajikan atau pun keburukan dan kejahatan. Mungkin juga kelak akan ada diantara orang-orang soleh, kiyai-kiyai, Imam-imam Tariqat dan Waliallah juga akan membawa bendera yang melambangkan kemuliaan mereka, waallaua’lam.

Jika sekiranya mereka bukan orang yang terkenal, sesuai dengan sabda Rasulullah, “Ramai orang yang berambut kusut dan berdebu ditolak dihadapan pintu. Padahal jika mereka mahu bersumpah kepada Allah, Allah pasti akan mengabulkan sumpah mereka”. Baginda juga bersabda, “Sesungguhnya Allah itu menyukai seorang hamba yang bertakwa, yang kaya dan yang serderhana”. Kedua-dua hadis ini telah diriwayatkan oleh Muslim.

Abu Hamid didalam kitabnya bertajuk ‘Kasfu Ilm al-Akhirat’ memetik sebuah hadis sahih, “Sesungguhnya yang pertama sekali yang akan diputuskan oleh Allah SWT ialah tentang darah”.Orang yang pertama akan diberi balasan pahla mereka ialah orang yang bertakwa dan sopan- santun”. Pada hari kiamat nanti, Allah akan menyeru dan berfirman kepada golongan ini, “Kamu ini lebih layak untuk memandang Ku”. Allah merasa malu kepada mereka dan berfirman lagi, “Pergilah kamu bergabung dengan golongan kanan”. Mereka diberi bendera yang diserahkan ketangan Nabi Syu’aib. Ia berada dihadapan mereka dan bercampur dengan rombongan Malaikat yang jumlahnya tidak dapat dihitung kecuali Allah sahaja yang Maha mengatahuinya. Nabi Syu’aib membawa mereka menyaberang jembatan Neraka dengan sepantas kilat. Diantara sifat-sifat mereka ini adalah bertakwa, sabar dan bersopan- santun seperti Ibnu Abbas dan pemimpin-pemimpin lain yang sepertinya.

Kemudian kedengaran seruan (memanggil), “Dimana orang-orang yang menderita penyakit kusta ?”. Maka mereka dibawa kehadrat Allah. Setelah mereka diberikan penghormatan, lalu mereka digabungkan dengan golongan kanan. Mereka diberi bendera berwana hijau dan diserahkan kepada Nabi Ayub as. Nabi Ayub adalah  pemimpin mereka. Diantara sifat-sifat mereka ialah sabar dengan penderitaan penyakit kusta ini, penyantun dan sangat yakin pada Allah. Antaranya termasuklah Aqil bin Abu Talib dan pemimpin lain sepertinya.

Kemudian terdengar seruan, “Dimanakah pemuda-pemuda yang menjaga kehormatan mereka ?”. Maka mereka dihadapkan kehadrat Allah. Setelah mereka diberi penghormatan, lalu mereka bergabung dengan golongan kanan. Mereka diberi bendera berwarna hijau dan diserahkan kepada Nabi Yunus as. Dialah pemimpin mereka. Diantara sifat-sifat pemuda-pemuda ini ialah, mereka itu penyabar, bersopan-santun dan sangat yakin seperti Rasyid bin Sulaiman dan pemimpin-pemimpin lain yang sepertinya.

Kemudian kedengaran seruan, “Dimanakah mereka yang saling mencintai kerana Allah ?”. Mereka pun didatangkan. Setelah mendapat penghormatan, mereka digabungkan dengan golongan kanan. Diantara sifat-sifat mereka ini ialah saling mencintai kerana Allah, sangat sabar, penyantun, tabah dan yakin kepada Allah. Mereka tidak marah dan berdendam kepada orang-orang yang menyukai hal-hal keduniaan. Contoh orang yang masuk golongan ini ialah Abu Turab alias Syidina Ali bin Abi Talib dan pemimpin-pemimpin lain sepertinya.

Kemudian terdengar seruan, “Dimanakah orang-orang yang rajin menangis (kerana Allah) ?”. Maka mereka pun dihadapkan kehadrat Allah. Setelah air mata mereka, darah para syuhada dan tinta para ulama (dakwat tulisan mereka) ditimbang, maka terbukti bahawa air mata tangisan kerana Allah ini adalah lebih berat timbangannya. Mereka disuruh bergabung dengan golongan kanan dan diberi bendera berwarna-warni kerana mereka menangis atas berbagai-bagai sebab. Ada yang menangis kerana takut kepada Allah. Ada pula yang menangis kerana tesangat mengharapkan keridhaan Allah. Ada yang menangis kerana penyesalan atas dosa-dosa yang pernah mereka lakukan dan berbagai-bagai sebab lagi. Bendera itu diserahkan kepada Nabi Nuh as sebagai pemimpin mereka. Para ulama ingin sekali mendahului mereka, seraya mereka berkata, “Kami mengatahui tangisan mereka !”.

Kemudian terdengar seruan, “Wahai Nuh, perlahan dan berhenti sebentar !”. Lalu Nabi Nuh pun memberhentikan perjalanan mereka. Kemudian tinta para ulama (dakwat tulisan mereka) dan darah para syuhada pun diambil lalu ditimbang. Terbukti bahawa darah para syuhada adalah lebih berat timbangannya lalu mereka (para syuhada) pun digabungkan dengan golongan kanan. Mereka diberi bendera yang dilumur dengan minyak wangi zafaran, kemudian bendera itu diserahkan kepada Nabi Yahya as sebagai pemimpin mereka. Nabi Yahya pun menganjak kehadapan mereka. Para ulama ingin sekali mendahului mereka seraya berkata, “Kerana ilmu kamilah mereka itu berperang !”. Allah Yang Mahaagung lagi Maha mengatahui hanya tersenyum lalu berfirman kepada mereka (para ulama itu), “Dimata Ku, kamu ibarat nabi-nabi Ku. Maka berikanlah syafaat kepada siapa juga yang kamu inginkan”. Diantara mereka ada yang mamberikan syafaat kepada jiran tetangga dan juga saudara mara mereka.

Kemudian Allah memerintah Malaikat berucap (berkata-kata) dihadapan seluruh manusia semua. Maka Malaikat pun berkata, “Ketahuilah oleh kamu semua, bahawa para ulama-ulama ini dianugrahkan oleh Allah SWT boleh memberikan syafaat kepada sesiapa juga yang mereka inginkan. Mereka akan memberi syafaat kepada sesiapa juga yang pernah menolong mereka diwaktu mereka susah, atau pernah memberi sesuap makanan sewaktu mereka lapar atau pernah memberi mereka seteguk air ketika mereka kehausan. Maka datangilah mereka kerana mereka boleh memberi kamu syafaat “.

Disebut didalam sebuah hadis daif yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “Yang pertama memberi syafaat ialah para Rasul, kemudian para Nabi dan kemudian para Ulama “. Mereka diberikan bendera berwarna putih dan diserahkan kepada Nabi Ibrahim as kerana dia adalah Rasul yang paling berani meluahkan perasaan dan isi hati-nya kepada Allah.

Kemudian kedengaran seruan, “Mana orang-orang miskin ?”. Lalu mereka pun dihadapkan kehadrat Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Setelah mereka mendapat penghormatan, lalu Allah berfirman kepada mereka, “Selamat datang wahai orang-orang yang lama terkurung dipenjara dunia”. Lalu mereka digabungkan dengan golongan kanan. Mereka diberi bendera berwarna kuning dan diserahkan kepada Nabi Isa putra Maryam. Dia berada dihadapan mereka menuju kegolongan kanan.

Kemudian terdengar seruan, “Dimanakah orang-orang kaya?”. Lalu mereka datang mengadap kehadrat Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Setelah mereka diberi penghormatan dan pujian selama lima ratus tahun lamanya, mereka diperintah bergabung dengan golongan kanan. Mereka diberi bendera berwara-warni, lalu diserahkan kepada Nabi Sulaiman as. Dia berada dihadapan mereka menuju kegolongan kanan.

Disebut didalam sebuah hadis daif riwayatkan oleh Baihaqi, bahawa Nabi saw. telah bersabda, “Sesungguhnya terdapat empat jenis manusia yang dipersaksikan dengan empat jenis pemeriksaan dihari kiamat nanti.  Malaikat menyeru kepada para koprat dan peniaga yang kaya raya dan berkata,’Apa yang menyebabkan kamu mengabaikan tanggungjawab kamu kepada Allah ?’. Mereka menjawab,’Allah telah memberi kami kekuasaan dan kesejahteraan. Itulah yang menyebabkan kami mengabaikan hakNya semasa didunia’. Malaikat bertanya lagi, ‘Siapakah yang lebih besar kekuasaan dan kekayaannya didunia… Sulaiman atau kamu ?’. Mereka menjawab, ‘Sulaiman !’. Lalu Malaikat berkata lagi, ‘Ternyata bahawa Sulaiman tidak sebuk dengan kekuasaan dan kekayaannya dari melaksanakan hak-hak Allah dan tekun berzikir kepada Nya’”.

Kemudian Malaikat memanggil, “Dimanakah manusia-manusia yang menderita penyakit semasa didunia ?”. Mereka pun dihadapkan kemuka dan ditanya, “Apa yang menyebabkan kamu semua mengabaikan tanggungjawab kamu kepada Allah ?”. Mereka menjawab, ‘Allah telah memberi dugaan berbagai jenis penyakit dan penderitaan. Itulah yang menyebabkan kami sebuk hingga kami melalaikan tanggungjawab keatas hak-hak Allah’. Malaikat berkata,’Siapakah yang lebih menderita dan sengsara dengan penyakit, kamu atau Ayub?’. Mereka menjawab, ‘Ayub !’. Malaikat berkata, ‘Ternyatalah bahawa Ayub tidak pernah lalai dan berputusasa atas cubaan penakit dan ia sentiasa mengabdikan dirinya pada Allah dan tekun mengingati Nya’”.

Kemudian Malaikat berseru, “Mana anak-anak muda (pemuda tampan) yang sombong dan budak- budak suruhan (pemuas nafsu) yang angkuh ?”. Mereka pun dihadapkan kemuka dan disoal. “Apakah yang menbuatkan kamu lalai dari menunaikan hak Allah ?”. Salah seorang pemuda itu menjawab, “Allah anugrahkan kami ketampanan dan pesona, itulah yang menyebabkan kami sebuk dari menunaikan hak-hak Allah”. Kemudian budak suruhan pula berkata, “Keseronokan dari kegiatan melayan nafsulah yang menyebabkan kami leka dan lalai dari menunaikan hak Allah dan mengingati Nya”. Malaikat bertanya, “Siapakah yang lebih tampan dan sempurna akhlaknya, kamu atau Yusuf ?”. Mereka menjawab, “Yusuf!”. Lalu Malaikat pun berkata, “Yusuf juga dahulu adalah budak suruhan majikannya, tetapi dia menjaga kehormatan diri dan tidak pernah lalai dari menunaikan hak-hak Allah. Ternyata dia tidak pernah sebuk atas nikmat yang telah dikurniakan kepadanya”.

Kemudian Malaikat memanggil, “Dimanakah orang-orang miskin yang menderita semasa didunia ?”. Lalu mereka dihadapkan dan disoal, “Apakah yang menyebabkan kamu sebuk dari mengabdikan diri kepada Allah?”. Mereka menjawab, “Allah telah timpakan kemiskinan yang dahsyat keatas kami, hingga kami lupa dan lalai dari mengabdikan diri kami kepada Nya”. Malaikat bertanya, “Siapakah yang lebih dahsyat dugaan kemiskinan hidupnya, kamu atau Isa putra Maryam ?”. Mereka menjawab, “Isa putra Maryam !”. Malaikat berkata, “Ternyata bahawa Isa putra Maryam tidak pernah sebuk atas dugaan keatasnya selain dari mengabdikan dirinya pada Allah dan sentiasa mengingati Nya”. Barangsiapa yang ditimpa dengan keempat-empat dugaan ini, hendaklah dia sentiasa mengingati kepada mereka-mereka (Nabi-nabi tersebut) yang lebih dahsyat penderitaannya dan lebih besar dugaan yang telah mereka alami”.


FAKTA III :

Dari hadis Nabi saw, “Inilah penghianat…sifulan bin sifulan”, adalah merupakan satu dalil bahawa semua manusia akan dipanggil dengan menggunakan nama dirinya sendiri yang berbinkan nama bapa-bapa mereka. Pekara ini juga telah diperkatakan terdahulu didalam kitab ini. Kenyataan ini juga dengan sendirinya menolak pendapat bahawa mereka akan dipanggil dengan nama-nama mereka berbinkan ibu mereka, kerana ia akan menampakkan seperti memperlekehkan kepada ayah-ayah manusia itu sendiri.

FAKTA IV:

Dari sabda Rasulullah saw, “…Lalu dahi, dada dan punggung mereka disetrika…”. Ini adalah disebabkan ketiga-tiga tempat ini adalah merupakan kawasan tubuh badan yang paling sensetif dengan kesakitan. Tetapi ada juga ulama yang berpendapat bahawa ketiga-tiga angota badan inilah punca penolakan hukum mengeluarkan zakat dan berperanan tindakan fizikal kepada sesiapa yang datang untuk meminta dikeluarkan zakat.

Ulama sufi pula berkata, “Ketika mereka mengejar pangkat dan harta, Allah memburukkan wajah mereka. Ketika mereka menolak orang fakir miskin duduk bersama mereka, kelak dada mereka akan digulung. Dan ketika mereka menyandarkan punggung mereka diatas harta mereka (kerana terlalu sayang dan kedekut), maka punggung itu akan dipanggang Neraka”.


FAKTA V :

Firman Allah didalam surah al-Ma’arij ayat 4 mafhumnya ;
“…Dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”.

Sesetengah pendapat ulama tafsir, kadar jangkamasa yang disebutkan didalam ayat diatas adalah jangkamasa mengikut kiraan yang dibuat oleh manusia biasa. Tetapi jika Allah yang melakukan hisab dihari kiamat kelak, ia hanya akan mengambil masa anggaran setengah hari sahaja bersamaan waktu didunia ini. Menurut al-Hasan, jangkamasa manusia berdiri dipadang Mashyar untuk menunggu waktu dihisab adalah seribu tahun seperti waktu dunia. Pendapat ini dipetik oleh Ibnu Yaman didalam kitabnya.

Disebut didalam sebuah hadis dari Nabi saw. bahawa baginda bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, hisab bagi seseorang yang beriman boleh berlaku sepantas seperti ia melakukan sekali solat fardu”. Hadis ini telah dikemukakan oleh Abu Sa’id al-Khudri yang telah dikemukakan sebelumnya diatas.

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak, dari Ma’mar, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Abu Hurairah bahawa dia berkata, “Pada waktu itu hisab seperti ia melakukan satu kali solat fardu sahaja”.

Kemudian disebut didalam sebuah hadis riwayat Ibnul Mubarak iaitu “Belum sampai pun melepasi ketengahari ketika penghuni Syurga sudah berada didalam Syurga, para penghuni Neraka sudah berada didalam Neraka”. Begitulah cepatnya kadar waktu dihisab nanti. Waallahuallam.

  
BAB 43: BERKENAAN PENGUASA ATAU PEMIMPIN.


Diriwayatkan oleh al-Ghailan dan Ahmad, dari Abu Bakar asy-Syaf’I, dari Muhammad bin Ghalib, dari Ummayah bin Bustham, dari Yazid bin Zari’, dari Rahu ibnu Qasim, dari Ibnu Ajalan, dari Ayahdanya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Setiap yang menjadi pemimpin kepada sepuluh orang, dihari kiamat kelak ia akan dihadapkan kehadrat Allah sehingga ia dibebaskan berkat berlaku adil ataupun ia diazab berkat kesalahannya “.

Didalam sebuah hadis daif riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Thabrani disebutkan bahawa suatu hari Umar berkata kepada Abu Dzar, “Tolong ceritakan kepadaku sebuah hadis yang pernah kamu dengar dari Rasulullah”. Berkata Abu Dzar, “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, seorang penguasa akan dihadapkan dan disuruh meniti jambatan Neraka Jahanam yang sedang bergoncang kuat sekali. Jika dia orang yang taat kepada hukum Allah, nescaya dia akan boleh melepasinya. Dan sebaliknya dia seorang yang durhaka kepada Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, maka jembatan itu akan bergoncang kuat sehingga dia terjatuh kedalam Neraka Jahanam kira-kira selama puluh tahun”. Saidina Umar bertanya, “Siapa yang sesudah itu masih mencari amal, wahai Abu Dzar ?”. Abu Dzar menjawab, “Iaitu orang yang dipatahkan hidungnya dan pipinya ditepuk ketanah oleh Allah SWT”. Demikianlah hadis yang diperkatakan oleh Abul Faraji ibnul Jauzi.

Diriwayatkan oleh sekumpulan Imam, dari Abu Humaid as-Sa’idi, dari Nabi saw, bahawa sesungguhnya baginda menugaskan seorang lelaki dari Bani Asad yang bernama Ibnul Latibah untuk memunggut zakat. Setelah kembali dari melakukan tugas itu dia pun bertemu dengan baginda dan berkata, “Ini untuk kamu dan yang ini hadiah untukku”. Nabi saw bangkit dan berdiri diatas mimbar dan memanjatkan puji-pujian kehadrat Allah, kemudian baginda bersabda, “Apakah maksud petugas yang aku tugaskan mengutip zakat dengan berkata, “Ini bahagian kamu dan yang ini hadiah untukku ?. Adakah lebih baik jika ia duduk sahaja dirumah ayah dan ibunya kemudian menunggu apakah akan ada orang yang dikirimkan menghantar hadiah untuknya ?. Ketahuilah kamu semua, bahawa jika diantara kamu ada yang melakukan perbuatan seumpama ini, nescaya dihari kiamat nanti, dia akan membawa harta yang diakuinya sebagai hadiah untuknya itu. Jika ia berupa unta, maka binatang itu akan mendenguh (berbunyi dengan nafas) kuat. Jika ia berupa lembu, binatang itu akan berbunyi, dan jika ia berupa kambing, binatang itu akan mengembik”. Kemudian baginda mengangkat tangannya cukup tinggi hingga terlihat sepasang ketiak yang putih seraya bersabda,”Ya Allah, bukankah telah aku sampaikan ?. Ya Allah, bukankah telah aku sampaikan?‘“. 
 
Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Buraidah bahawa Nabi saw. bersabda, “Barang siapa yang kami tugaskan atas sesuatu pekerjaan dan kami telah memberikannya rezeki, maka jika mangambilnya diluar dari itu, bererti ia adalah orang yang khianat dengan harta rampasan perang (baitulmal)“.

…………………………………………………………..

Sekian dahulu untuk apisod ke18 ini, insyaallah akan atok sambung nanti didalam apisod ke19 dengan bab-bab yang menarik juga.

WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAQATUH. AMIN...AMIN YA RABALALAMIN.


Sekian;
atok zamany.