Tuesday, November 30, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 11

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



Syukur Alhamdulillah, dengan berkat Kudrat dan Iradat Nya berserta selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw jua, dapat kawan menyambung akan rencana tafsiran dari kitab tulisan Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Bakar bin Faraj al Anshari al Khazraji al Andalusi al Qurthubi Rahimahkumuallah ini. Tujuan utama dari penulisan ini adalah untuk kita mengatahui pekara sebenar yang telah berlaku sewaktu Ulama-ulama salaf berdebat akan pendapat-pendapat mereka berkenaan hadis-hadis dari sabda Rasulullah saw dan juga dari firman-firman Allah didalam al Quran berkenaan sesuatu keadaan permasaalahan secara terperinci serta mendapat keputusan kongkrik dan tepat untuk sesuatu yang dijadikan landasan kepada Hukum-hukum Syarak dan juga menjadi peganggan kehidupan umat Islam semua menurut pandangan Ijma' Ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Ia juga adalah kerana terlampau banyak pendapat dan pandangan-pandangan dimasa ini samaada diruangan-ruangan blog mahupun dimana saja yang kawan dapati menyelewing, ditokok tambah mengikut fahaman mereka sendiri dan tidak kena pada maksud-maksud dari firman-firman Allah swt dan juga Hadis-hadis Rasulullah terutama dengan permasaalahan akhir zaman, sebelum berlakunya Kiamat, hari Kiamat dan Akhirat. Sesetengah dari mereka-mereka yang dilihat terlampau gairah berkata soal hal ehwal perang akhir zaman atau Armaheddon dan perancangan kaum Yahudi serta puakl-puak Jesuit dan Illuminaties yang mungkinnya mendapat sumber-sumber resikan mahupun tulisan didalam beberapa blogs dimaya pada ini, kebanyakannya telah mengembar- gemburkan bahan cerita itu menjadi bercelaru dan penambahan disana sini yang menyebabkan pembaca menjadi keliru.

Oleh kerana itu, sebagai Umat Islam seharusnyalah kita kembali melihat kedalam Hadis dan Firman Allah swt akan permasaalah ini supaya kita ketahui garis panduan yang telah disebutkan didalamnya supaya kita mengatahui duduk pekara sebenar mengikut pandangan Islam. Ingatlah, tampa dua sumber asas ini, kita juga tidak akan mengatahui maklumat-maklumat dan pekara-pekara yang bakal akan terjadi diwaktu itu. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengatahui pekara sebenarnya dari permasaalahan tersebuat melebihi seluruh manusia didunia ini. Dari itu tuan-tuan diharap bersabar dalam membaca atikal tulisan kawan didalam tajuk Sirah - Kematian, akhirat dan Kiamat ini kerana ia mengandungi banyak maklumat berguna untuk kita hayati dan dijadikan panduan didalam menghadapi kehidupan yang semantara didunia ini. Kawan katakan bersabar kerana atikal didalam Fasal B ini cukup panjang, ia mangandungi 222 bab semuanya yang mungkin akan selesai penulisannya hingga ketahun hadapan. Sebelum itu kawan mohon sepuluh jari, memohon maaf jika didalam terjemahan ini terdapat kekeliruan kepada semua pembaca yang mungkinnya menganggu pembacaan tuan-tuan. Marilah kita ikuti episod kedua atau Fasal B dari atikal Sirah Kematian, Akhirat dan Kiamat didalam bab-bab seterusnya. Selamat membaca.



BAB 1 - TIUPAN SANGKAKALA ;


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah bersabda "DAJJAL akan keluar ditengah-tengah umatku. Setelah Dajjal tinggal selama empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun, Allah lalu mengutus Isa bin Maryam yang menjelma seperti Urwah bin Mas'ud. Setelah Isa tiada, manusia tinggal selama tujuh puluh tahun dalam keadaan sangat damai. Kemudian Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung meniupkan angin sejuk dari arah utara. Sesiapa sahaja yang didalam hatinya masih ada iman dan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun, tidak akan dibiarkan hidup diatas bumi oleh angin ini. Sekailpun ia bersembunyi didalam gunung tetap akan diburunya untuk dicabut nyawanya. Sehingga yang tinggal adalah orang-orang jahat yang liar dan ganas. Mereka tidak mengenal sesuatu yang maq'ruf dan tidak mengingkari yang mungkar. Kemudian datanglah Syaitan kepada mereka dan berkata "Tidakkah kamu bersedia dengan tawaranku ? ". Mereka bertanya " Apa yang kaum mahu kami lakukan ? ". Ia mahu mereka menyembah berhala dan dijanjikan kehidupan yang sejahtera. Lalu mereka pun menurut.

Setelah itu ditiupkan sangkakala dan sesiapa pun yang mendengarnya akan binasa. Orang pertama mendengarnya ialah seorang yang sedang memperbaiki kolam tempat minum untanya dan ia pun mati bersama-sama seluruh manusia " Seterusnya Allah menurunkan hujan gerimis yang daripadanya tumbuh jasad-jasad manusia seluruhnya. Firman Allah :

"Sangkakala ditiup, lalu pingsan (mati) siapa yang dilangit dan yang dibumi, kecuali sesiapa yang dikehandaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangun dari kubur masing-masing) sambil menanti (hukuman Allah) ". - az Zumar ayat 68.

kemudiannya dikatakan "Wahai manusia, marilah mengadap Tuhan kamu ".

"Suruh mereka berhenti (ditempat perhantian) kerana mereka akan diperiksa (perbuatannya)".
Surah as Shafaat ayat 24.

Kemudian dikatakan "Keluarlah rombongan Neraka ". Ada yang bertanya "Bila waktunya ?". Dijawab "Mulai dari masing-masing seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ". Ketika itulah anak-anak menjadi uban dirambut mereka buat seketika, hari dimana betis disinggkap ".

Diriwayatkan oeh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Jarak antara dua tiupan sangkakala itu empat puluh ". Para sahabat bertanya kepada Abu Hurairah "Wahai Abu Hurairah, maksudnya empat puluh hari ? " Ia menjawab "Aku tak boleh jawab ". Mereka bertanya lagi "Atau empat puluh bulan ? ". Ia menjawab " Aku tak boleh jawab ". Mereka bertanya lagi "Atau empat puluh tahun ? ". Ia menjawab "Maaf, aku tak mampu menjawabnya ". Kemudian Allah menurunkan air dari langit dan mereka tumbuh seperti sayur sayuran. Semua yang ada pada jasad manusia akan rosak, kecuali satu tulang. Iaitu tulang pangkal ekor (tulang solbi) yang pada hari kiamat nanti semua makhluk tersusun kembali daripadanya ". Didalam lain riwayat disebut "Tulang tersebut tidak binasa dimakan tanah ".

Jawapan Dari Abu Hurairah "Aku tidak boleh jawab" itu mengandungi dua maksud. Pertama, ia sebenarnya sudah tahu akan jawapannya dari Nabi saw berkenaan dengan "empat puluh" , tetapi ia sengaja tidak mahu menjelaskannya. Kedua pula, Abu Hurairah sebenarnya memang tidak tahu kerana tidak sempat bertanya kepada Baginda Nabi. Para ulama beranggapan jawapan yang pertama tadi lebih utama kerana Abu Hurairah tidak mahu menjawabnya atas sebab pekara itu tidak perlu diberitahu kepada umum.

Diriwayatkan oleh Hannad ibnu Sari dari Waki' dari Sufyan dari Abdulrahman as Suda bahawa ia bertanya kepada Sa'id bin Jubair berkenaan ayat 64 dari surah Maryam: "...Kepunyaan Nya apa- apa yang dihadapan kami dan apa-apa yang dibelakang kami dan apa-apa diantara keduanya...". Dia tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Tetapi, aku dengar bahawa pekara itu berkaitan dengan sesuatu yang terjadi diantara dua tiupan sangkakala itu ".




BAB 2 - "KECUALI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI ALLAH " ;



Berkenaan dengan maksud dari firman Allah didalam surah az Zumar ayat 68 diatas tadi iaitu "...kecuali sesiapa yang dikehandaki Allah ". Mungkin yang dimaksudkan ialah para Malaikat, atau orang-orang yang mati Syahid atau para Nabi-nabi, atau Malaikat pembawa Arasy atau Malaikat Jibril atau Malaikat Mikail atau Malaikat Maut. Mari kita lihat perdepatan para Ulama dan pendapat mereka akan pekara ini.

Diriwayatkan oleh beberapa imam hadis dari Abu Hurairah bahawa ia berkata "Seorang Yahudi berkata dipasar Madinah 'Demi Tuhan yang memilih Musa sebagai utusan manusia ". Maka bangun seorang sahabat Ansar dan menamparnya dan berkata "Beraninya kamu berkata demikian sedangkan ditengah-tengah kami ada Rasulullah ". Ketika peristiwa itu aku sampaikan kepada Rasulullah, Baginda pun bersabda "Allah yang Mahamulia dan Mahaagung berfirman 'Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman : Ditiupkan sangkakala maka matilah siapa yang dilangit dan dibumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan). Aku adalah yang pertama mengangkat kepala, dan tiba-tiba aku melihat Musa sedang berpegang pada salah satu tiang Arasy. Aku tidak tahu apakah dia mengangkat kepalanya sebelum aku atau ia termasuk yang dikecualikan oleh Allah. Barang siapa mengatakan aku lebih baik daripada Yunus bin Maty, sesungguhnya ia berdusta ".

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Ali bin Mushir dari Muhammad bin Amr dari Abu Salamah dan dari Abu Hurairah ra. Manakala ath Tarmidzi meriwayatkannya dari Abu Kuraib Muhammad ibnu Ala' dari Abdah bin Salmah dan dari Abu Hurairah ra. Menurut ath Tarmidzi, hadis ini hasan sekaligus sahih. Hadis serupa juga turut diriwayatka oleh Bukhari dan Muslim.


PENJELASAN PENULIS 1 ;

Para Ulama semua mempunyai perbezaan pendapat akan maksud dari firman Allah iaitu berkenaan siapakah yang dikecualikan Allah akan binasa selepas tiupan sangkakala pertama itu. Ada berpendapat iaitu Para Malaikat, ada yang berpendapat iaitu Para Nabi-nabi, ada yang perpendapat iaitu orang-orang yang mati Syahid. Menurut al Halimi, ia cenderung kepada pendapat yang terakhir iaitu orang-orang yang mati Syahid, seperti yang diisyaratkan didalam sebuah riwayat yang dikutip dari ibnu Abbas, kerana Allah sendiri telah berfirman bahawa orang- orang yang mati Syahid itu pada hakikatnya hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka. Menurutnya lagi, pendapat-pendapat lain adalah lemah. Tetapi menurut Syeikh Abu Abbas, tidak ada sutu pun hadis sahih yang menyatakan secara tepat tentang siapakah yang dikecualikan Allah didalam firman Nya itu. Jadi, semuanya hanyalah sangkaan sahaja.

Menutut saya (Syeikh al Qurthubi), terdapat sebuah hadis dari Abu Hurairah ra bahawa apa yang dimaksudkan itu adalah dari kalangan orang-orang yang mati syahid, ia adalah pendapat yang sahih. Ia disokong pula oleh an Nasha' seperti yang telah dinyatakannya didalam kitabnya yang bertajuk 'Maani al Quran'. Ia menyatakan "Aku mendapat riwayat dari Husain bin Umar al Kufi dari Hannad ibnu Sari dari Waki' dari Ummarah bin Abu Hafshah dari Hijr al Hijri dari Said bin Jubair bahawa ia berkata ' Yang dimaksudkan akan firman "kecuali sesiapa yand dikehandaki oleh Allah " ialah orang-orang yang mati syahid. Mereka berkalung pedang disekeliling Arasy ". Sedangkan menurut al Hasan pula ialah, mereka dari kalangan sekumpulan Malaikat yang mati sesudah tiupan sangkakala pertama dan sebelum tiupan sangkakala yang kedua.

Manakala Yahya bin Salam pula menyatakan didalam kitab tafsirnya bahawa "Saya mendengar bahawa yang terakhir dan masih tetap hidup ialah Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil mati. Setelah itu, Allah memerintah Malaikat Maut juga turut mati dan Malaikat Maut pun mati... (akan dijelaskan selanjutnya didalam hadis marfu' riwayat Abu Hurairah ra yang cukup panjang diruangan akan datang) ". Menurut pendapat yang lain pula, mereka yang dimaksud didalam firman itu ialah para Malaikat pembawa Arasy, Jibril, Mikail dan Malaikat Maut . Kata al Halimi "Adalah juga benar jika seseorang beranggapan bahawa yang dikecualikan Allah itu adalah Malaikat pembawa Arasy, Jibril, Mikali dan Malaikat Maut atau anak-anak bidadari diSyurga atau Nabi Allah Musa as. Tetapi yang paling jelas sekali ialah berkenaan sabda Nabi saw "Aku adalah yang pertama mengangkat kepala, ketika itu aku melihat Musa sedang bergayut disalah satu tiang Arasy. Aku tidak tahu adakah ia terlebih dahulu sedar daripadaku atau dia termasuk yang dikecualikan oleh Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung". Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Membincangkan pendapat yang pertama tadi, adalah perlu diketahui bahawa sesungguhnya Malaikat pembawa Arasy bukanlah tergolong dari penduduk langit kerana Arasy itu terletak diatas semua lapisan langit. Oleh kerana itu, tidak mungkin Arasy terletak didalam langit. Manakala kedudukan Malaikat Jibril, Mikail dan Malaikat Maut pula adalah disekitar Arasy itu pula. Jika Arasy berkedudukan diatas semua langit, ini bererti semua malikat itu tadi juga berada dikedudukan yang sama, iaitu diatas semua langit dan tidaklah mereka itu dikira sebagai penduduk langit adanya. Begitu juga dengan pendapat kedua, dimana anak-anak bidadari itu berada di Syurga. Sekalipun Syurga dikatakan mempunyai beberapa tingkat, namun semuanya terletak diatas semua langit tetapi dibawah Arasy. Syurga itu merupakan sebuah tempat yang dicipta oleh Allah untuk penghidupan yang abadi, oleh kerana itu ia bukanlah sebagai makhluk yang dimusnahkan Allah kelak. Berkenaan pendapat ketiga berkenaan Nabi Allah Musa as pula, adalah tidak mungkin kerana pada hakikatnya Baginda telah pun wafat didunia ini terlebih dahulu. Bukannya Baginda diwafatkan sewaktu ditiupkan sangkakala yang kedua. Maka jelas sekali bahawa Baginda juga bukan termasuk sebagai yang dikecualikan oleh Allah swt.

Menurut sabda Nabi saw berkenaan Nabi Musa as itu amatlah bertentangan dengan riwayat pertama tadi. Baginda bersabda "Pada hari kiamat kelak semua manusia akan mati. Aku adalah yang pertama sedar. Aku melihat Musa sedang berpegang pada sebuah tiang Arasy. Aku tidak tahu samaada dia terlebih dahulu sedar sebelum ku atau dia belum wafat ". Jika benar Nabi Musa as terlebih dahulu sedar sebalum Nabi, ia adalah merupakan juga pemberian Anugerah Allah terhadap dirinya tersendiri. Samalah juga Anugerah yang telah Allah beri kepada Baginda sewaktu hidupnya iaitu boleh berkata-kata dengan Allah secara terus di Gunung Tusina. Secara zahirnya, hadis Nabi saw tersebut mengambarkan bahawa pengecualian itu terjadi setelah peristiwa tiupan sangkakala kedua iaitu untuk kebangkitan semula. Manakala didalam al Quran dengan tegas menyatakan bahawa pengacualian itu berlaku pada tiupan sangkakala pertama iaitu untuk kemusnahan dan kematian semua makhluk. Maka, itulah sebabnya sebahagian para Ulama berpendapat bahawa Nabi Allah Musa as adalah tergolong diantara Nabi yang belum wafat. Tetapi pendapat ini amat mengelirukan kerana sebahagian besar Ulama pula menyatakan bahawa Nabi Allah Musa as telah pun wafat terlebih dahulu didunia ini. Riwayat ini telah pun dinyatakan didalam bab yang telah lalu didalam Fasal A Kematian.

Menurut al Qadhi Iyadh lagi, mungkin juga yang dimaksudkan ialah kematian mengejut setelah semua manusia dibangkitkan semula. Tetapi pendapat ini disangkal oleh Abu Abbas berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad saw bangkit dari kuburnya, Baginda melihat Nabi Musa as sedang berpeganggan pada salah satu tiang Arasy dan peristiwa itu berlaku selepas tiupan sangkakala kedua. Untuk mengatasi semua kemuskilan tersebut maka tampil pula Syeikh Ahmad bin Umar yang merujuk kepada pengertian yang pada dasarnya hakikat kematian itu bukanlah secara mutlak, malahan hanya bersifat tidak murni sepenuhnya melainkan ia merupakan sebuah proses perpindahan dari satu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Belau mengambil bukti dari hadis-hadis Nabi yang menjelaskan keadaan orang-orang yang mati syahid itu sebenarnya mereka tidak mati, malahan mereka semua tetap hidup di sisi Tuhan dan mendapat rezeki. Mereka juga dikatakan hidup didalam kegembiraan dan bersukaria. Oleh kerana itu, jika orang-orang yang mati syahid mendapat mertabat seperti itu, apatah lagi jika pangkat Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang sudah tentu memiliki darjat dan mertabat yang lebih tinggi dari itu disisi Allah. Malahan disebut juga didalam beberapa riwayat berkenaan hadis Nabi saw yang mengatakan bahawa jasad para Nabi itu tidak akan dimakan tanah. Contoh yang lain pula ialah berkenaan riwayat yang menceritakan prihal peristiwa Isrya dan Mikraj Nabi saw yang sempat bertemu dengan semua para Nabi-nabi di Baitul Maqdis dan juga dibeberapa tempat dilangit, terlebih lagi dengan Nabi Allah Musa as. Nabi saw mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah telah mengambalikan rohnya sehingga boleh berkata-kata dan mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja yhang mengucapkan salam kepadanya. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diketengahkan dari pada riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa kewafatan para Nabi-nabi itu adalah merupakan peralihan dan hanya didalam bentuk pemindahan alam sahaja yang tidak dapat kita saksikannya dan dilihat oleh mata kasar manusia. Jika para-para Nabi boleh dianggap masih tetap hidup, maka tiadalah bezanya dengan para-para Malaikat itu semua yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia semua, kecuali mereka-mereka yang mendapat kelebihan yang dianugrah istimewa oleh Allah sahaja. Oleh itu, ketika tiupan sangkakala pertama yang menyebabkan semuanya binasa dan mati, kecuali yang dikehandaki oleh Allah. Kematian makhluk biasa adalah merupakan kematian yang sebenar. Manakala kewafatan para Nabi-nabi menurut pendapat yang utama hanyalah merupakan keadaan seperti "pengsan" semantara. Apabila tiupan sangkakala kedua berlaku, yang pengsan itu akan tersedar dan yang mati pula akan dihidupkan semula.

Didalam kitab 'Sahih Bukhari' dan juga 'Sahih Muslim' terdapat sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi saw bersabda "Maka aku adalah makhluk yang pertama sedar ". Riwayat ini adalah hasan dan sekaligus sahih. Nabi saw lah yang pertama sedar dan bangkit dari kuburnya dari seluruh makhluk dan para-para Nabi kecuali Nabi Musa as. Tetapi pekara itu masih menjadi tandatanya samaada Nabi Musa as telah disedarkan semula dari pingsannya sebalum Nabi Muhammad saw atau adakah Nabi Musa as tetap didalam keadaan sedar sebalum terjadinya peristiwa tiupan sangkakala pertama lagi. Maka, jika pekara ini benar-benar terjadi kepada Nabi Musa as itu adalah merupakan anugrah tersendiri dari Allah kepada Baginda. Walaupun begitu, ia tidak akan mengurangkan keutamaan Nabi Muhammad saw kerana secara mutlaknya Bagindalah merupakan makhluk yang paling dikasihi Allah saw dan yang paling hampir dengan ketinggian dan kemuliaan yang telah dianugerah Allah saw dari mula, akhirnya dan untuk selama-lamanya. Waallahua'lam.

Kembali kita memperkatakan tentang pendapat utama al Halimi yang menyatakan "Adakah terlepas para Malaikat itu semua dari kematian atau sememangnya Malaikat -malaikat itu tidak mati ? . Yang jelasnya kami menolak pendapat jika mereka termasuk sebagai golongan yang dikecualikan Allah. Ini adalah disebabkan merujuk kepada beberapa buah riwayat yang menyatakan bahawa Allah mematikan Malaikat pembawa Arasy, Malaikat Maut dan Malaikat Mikail. Kemudian Allah juga mematikan sekali lagi Malaikat Jibril dan Malaikat-malaikat yang telah disebutkan tadi ". Tidak ada sebuah pun hadis yang menyebut tentang penduduk Syurga. Melainkan hanya dijelaskan bahawa Syurga itu tempat tinggal yang kekal abadi. Sesiapa sahaja yang telah memasukinya, bererti ia tidak akan mati selama-lamanya. Lagi pun kematian itu adalah merupakan paksaan kepada mereka-mereka yang akan dituntut beban atau mukalaf dan juga merupakan perpindahan dari satu alam kepada satu alam yang lain. Mereka yang telah memasuki Syurga adalah terkecuali dari sebarang tuntutan mukalaf. Jika mereka terlepas dari kematian pada tiupan sangkakala pertama itu, maka ia juga bererti mereka terlepas daripada tuntutan beban.

Kemudian ada juga ulama yang cuba untuk mempersoalkan pendapat itu tadi dengan mengangkat dalil dari firman Allah swt dari surah al Qashash ayat 88, yang mafhumnya ;

"... Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali zatNya. Bagi Nya hukum (keputusan) dan kepada Nya kamu akan dikembalikan ".

mereka mengatakan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa Syurga itu juga akan binasa, kemudian akan dizahirkan semula pada hari pembalasan. Jadi, mengapa dipertikaikan jika anak -anak dan bidadari- bidadari itu juga turut mati dan kemudian akan dihidupkan semula ?. Kemudian Ulama lain menjawab , mungkin maksud firman Allah itu ialah dahawa segala sesuatu akan binasa iaitu kepada yang dikehandaki Allah sahaja, terkecuali Dia yang Mahadahulu. Allah tidak mungkin fana (binasa) dan selain Nya adalah bersifat baharu. Segala sesuatu yang baharu itu pastinya akan fana. Juga tidak ada sebarang riwayat yang menyatakan bahawa Arasy itu akan musnah, begitu juga halnya dengan Syurga.


PENJELASAN PENULIS 2 ;

Berkenaan sabda Nabi saw "Barangsiapa mengatakan aku lebih baik dari Yunus bin Maty, sesungguhnya ia berdusta ". Dari riwayat dari hadis tersebut, maka terdapat berbagai penafsiran. Yang terbaik adalah seperti yang telah diperkatakan oleh Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi. Ia manyatakan " Aku mengambil cerita dari beberapa orang sahabat kami berkenaan Imam al Haramain Abu Ma'ali @ Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf al Juwaini bahawa ia pernah ditanya oleh dua orang ketika ia sedang menerima tetamu, mereka bertanya "Apakah Allah itu berada disuatu tempat ? ". Ia menjawab "Tidak ! , Allah terlampau tinggi untuk dikatakan seperti itu ". Mereka bertanya lagi "Apa dalilnya ? ". Ia menjawab " Dalilnya ialah dari sabda Nabi saw, 'Janganlah kamu mengutamakan aku dari Yunus bin Maty ". Mereka bertanya "Dimanakah letaknya dalil didalam hadis itu ? ". Ia menjawab "Aku akan memberikan jawapannya jika kamu sanggup mencari seribu dinar ? ". Mereka menjawab " Ya, kami sedia memberikannya ". Ia menjawab "Tetapi aku mahu hanya seorang dari kamu yang memberikannya ? " Setelah salah seorang dari mereka memberikannya, maka ia pun menjawab " Sesungguhnya Yunus bin Maty telah mencampakkan dirinya kedalam laut hingga ia dimakan ikan yang besar. Semasa berada ia berada ditengah lautan, sebenarnya ia berada didalam tiga lapis kegelapan didalam perut ikan tersebut. Lalu ia menyeru "Tiada Tuhan selain engkai, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dari orang-orang yang zalim ", seperti didalam firman Nya yang disebut didalam Quran. Ketika Nabi Muhammad saw duduk disayap seekor burung berwarna hijau yang membawanya naik kelangit, lalu Baginda bermunajat kehadrat Allah. Pada saat itu, Baginda tidaklah lebih dekat disisi Allah swt daripada keadaan Yunus bin Maty yang berada didalam tiga lapis kegelapan itu ( kegelapan malam, kegelapan dasar lautan dan kegelapan didalam perut ikan ) ".

Allah yang Mahasuci tersangat dekat dengan hamba-hamba Nya. Dia mendengar doa mereka, bahkan dapat melihat seekor semut hitam yang berkurumun diatas batu ditengah malam yang gelap pekat dibawah tanah yang rendah. Dia juga Mahamelihat dan Mahamendengar zikir dan tasbih para Malaikat pembawa Arasy yang terletak diatas lapisan langit ketujuh, Mahasuci Allah. Tiada Tuhan selain Dia yang Mahamangatahui segala yang ghaib dan yang nyata. Ilmu Nya meliputi segala sesuatu. Sungguh indah kata-kata dari Abdul A'la bin Sulaiman al Maghribi seperti berikut ;

"Wahai Tuhan yang melihat sayap nyamuk,
Yang terbang dalam kegelapan malam yang sangat kelam,
Bahkan dapat melihat semua organ tubuhnya,
Dia telah menentukan ajalnya, dan membahagikan rezekinya,
Mungkin ada yang sombong dan tidak mahu memohon kepada Mu,
Tetapi aku telah memohon kepada Mu melalui Nabi Mu,
Muhammad dari bani Hasyim,
Kiranya Engkau berkenan menerima taubatku,
atas segala kesalahanku dimasa lalu ".


Sekian dahulu buat pembuka didalam halaman ini, insyaallah akan disambung diepisod yang akan datang dengan segala permasaalahan lagi. Teruskanlah mambaca atikal atok ini, mudah- mudahan kalian akan bertambah kefahaman dan pengatahuan berkenaan dengan akhirat dan kiamat.


Sekian,

Atok Zamany.






34 comments:

  1. Jadi Islam di dasarkan atas sangkaan2 belaka. Tiadalah ilmunya hanya mengikut pendpt2 manusia semata2. Syurga telah diterangkan di dlm kitab nabi2 terdahulu. Tetapi org2 Islam tidak percayakan nabi2 terdahulu dan kitab2 yg dibawa mereka menerangkan ttg kejadian kiamat secara turutan. Org2 beriman kecil bilangan apabila kiamat berlaku 2 tahun dari sekarang namun kami akan mendpt kemenangan kerana kami sentiasa memerhatikan firman2 tuhan dan menjaganya di dlm hati.

    ReplyDelete
  2. hah mahadaya datang lagi. tak pe mahadaya, buatlah yang kamu rasa betul jangan ganggu kami. dahlah tak mengaku nabi muhammad tu rasulullah sebok dengan dakyah palsu pula. mana ada lagi kitab2 nabi terdahulu selain alquran? yang ada tu telah dirosakkan oleh manusia macam kamu. sekarang kamu nak buat pandai tafsir alquran pula padahal kamu tak terima bangsa arab sebagai penerima wahyu.... kamu kata bangsa arab ganas dan jahil (tak bertamadun)... agaknya agama kamu itu guna alquran yang mana ye? bahasa apa? hebrew? tamil? melayu? thai? bahasa apa ye? apa yang nyata ia menggunakan bahasa arab.. bahasa bangsa nabi muhammad saw (yang kamu kata nabi palsu itu). amat mengelirukan. pergh! mahadaya cuba untuk menipudaya dengan fakta palsu yang direka-reka. harapnya kamu bukan salah seorang anak angkat azizil ye? mudah mudahan! atok, maaf le, kita rasa nak muntah bila baca tulisan mahadaya tu.

    ReplyDelete
  3. jgn kta mcm tu..mahada ni hebat orgnya...ilmu dye tu tnggi sngat...tngok bleh tksir ikut akal je..hebat2,maaf atok sya menyapuk...rse pelik je ngan mahadaya ni,agaknye dye jln kaki keatas,tngan ke bawah kot....

    ReplyDelete
  4. Salam semua

    Saya ingat balik kisah lampau dimana orang Pulau Pinang pergi haji di Balik Pulau. Rasul dia ialah Mat Matahari (tak tahu nama sebenar) mengaku sebagai nabi. Mungkin juga dia ni (mahadaya aka mahadi palsu) adalah pengikut "agama matahari" tersebut kerana cara dia berhujah agak mirip dengan pengikut agama itu. Walau apapun, pastinya mahadaya bukanlah seorang Islam (menafikan kerasulan baginda junjungan saw) dan cuba memesongkan akidah orang beriman. Berhati-hatilah semua. Atok Zamany mungkin lebih arif tentang perkara ini. Wassalam

    ReplyDelete
  5. Sang Penipudaya @ Mahadaya ni pernah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Melaka dan JAKIM bagi tujuan dialog berkaitan aliran kepercayaan ‘ Asalama’ yang dibawa. Di awal perbincangan tersebut Sang Penipudaya ni secara terangan mengaku bahawa dia bukannya seorang Islam malah mengaku bahawa beliau sentiasa mendapat bimbingan terus dari ‘Alaha’ (tuhan rekaan beliau @ Azazil) malah di akhir sesi tersebut dia turut mengakui bahawa dia adalah Rasul/Nabi. Turut didakwa beliau bahawa kandungan Kitab suci AlQuran telah dipinda oleh Nabi Mohamammad SAW dengan penambahan baris. Apabila beliau diasak dengan beberapa persoalan berkaitan ‘Kalam’ Allah ternyata Sang Durjana Penipudaya ini langsung amat cetek dan dangkal sama sekali fahamannya yang lebih menjuruskan kepada rupabentuk AlQuran secara fizikal yang sepertimana yang ada seperti sekarang. Sang Penipudaya ini juga apabila diminta baca Surah Al-Fatihah mengikut kefahaman dan cara beliau yang kononnya bersih daripada pindaan manusia tanpa sebarang baris ternyata yang terzahir adalah berbagai bentuk bunyi yang setiap patah ayat hanya berakhir dengan ‘aa’ ‘aa’ gagap saja, lintang pukang tiada sebarang disiplin ilmu seperti kononnya dari seorang bertaraf Nabi/Rasul. Semakan juga didapati hanya 2 orang pengikut beliau sahaja, ternyata tiada siapa berminat untuk menjadi pengikut kepada Rasul terbaru ini di pasaran walaupun dikesan dia ni orang besar dalam sektor korporat di Malaysia yang dikhuatiri akan menggunakan kedudukannya untuk melebarluaskan ajaran karut tersebut dan ternyata Mahasuci Allah tidak akan membenarkan kekarutannya terus merebak. Kononnya nak tunjuk pandai tapi haprak saja tiada apa pun hanya ilmu yang diceduk daripada sana sini dari fahaman agama Hindu dan dari sumber entah apa-apa. Riuh rendah saja dalam dalam laman siber orang dan turut menyebuk dalam setiap laman-laman yang seumpama ini. Pihak JAIM telah memisahkan anak dan isteri beliau atas dasar beliau telah murtad dan juga akan mewartakan kesesatan beliau dalam masa terdekat. Terima Atok Zamani bagi laluan ini…

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Terima kasih sdr anon 9:17 atas maklumat yang cukup bermakna ini.

    Selama ini tiada sebarang maklumat yang jelas kedudukan perkara. Saya lemas melihat dia meracau sana sini dengan kata kata mengarut. Rupanya dia hanya pandai berkokok di dalam semak, tak lah hebat sangat. Tapi... terkejut juga saya bila sdr kata dia seorang "orang besar" korporat.

    Tuduhan bahawa Nabi Muhammad saw itu nabi palsu dan sengaja meminda alquran adalah amatlah berat dan tidak dapat diterima. Maha Suci Allah yang memelihara agama Islam. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. akidah ditegakkan dengan hujjah; jadi berikan hujjah anda, bukan dengan marah2
    kemukakan hujjah anda di atas hujjah mahadaya, itu adab yg berilmu, betulkan beliau! dakwah dia kembali.

    ReplyDelete
  8. Anonymous said...

    Turut didakwa beliau bahawa kandungan Kitab suci AlQuran telah dipinda oleh Nabi Mohamammad SAW dengan penambahan baris.

    ini fitnah; wahai saudara semak balik bacaan anda, mahadaya kata quran dipinda orang arab selepas kematian nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  9. Salam semua...

    Lihatlah, semakin banyak kamu berkata, semakin banyak kamu membuka pekong didada. Wahai mahadaya, apa lagi yg kamu cuba buat, Allah akan sentiasa meneliti setiap patah perkatan yang kamu hemburkan. Suka2nya kamu membuat fitnah kepada Nabi2 dan Rasul2 ?? Jika kamu sudah tidak percaya pada mereka, mengapa umpat mereka?? Kamu jaga saja tepi kain mu yg telah koyak rabak itu. Kamu pertikai segala pekara yg kamu tidak setuju difikiran kamu, walhal kamulah yg harus kami pertikaikan. Akal kamu tak akan menyampai kemana2. Berpusing2 disitu saja. Terlalu banyak pekara yg kamu tidak ketahui yg kamu sangkakan kamu telah mengatahui kesemuanya. Yg lekat dikepala kamu hanya setitik dari lautan Ilmu Allah. Kamu masih terlalu cetek dalam hujahan kamu. Kamu tidak mengerti langsung kaitan antara suatu dasar Ilmu dengan amal. Jauh sangat untuk berhujah didalam lautan bab dalam Islam.

    Usahlah kamu menyalak bukit. Buat penat kamu saja. Walau pun kamu bangkit beratu kali dari matimu, bukit tetap akan utuh berdiri. Sunah Allah dan Rasul akan tetap teguh sampai hari kiamat. Siapa kamu untuk merubah semua itu. Bolehkah kamu terbitkan matahari dari barat ??? Atau membelah bulan dengan tanganmu ??? Kamu amat jauh untuk duduk disitu ???

    Spt yg telah atok katakan, "siapkan lah hujjahmu ketika berhadapan Rabuljalil esok " dan pada ketika itu Allah akan memanggil Nabi Ibrahim as sendiri untuk berhadapan dgn mu. Kamu harus sedar... yg kamu itu bukannya hidup diwaktu Nabi Ibrahim menerima Sunah. Ini zaman Sunah Nabi Muhammad. Maka jangan terperanjat jika Nabi Ibrahim tidak mengenali kamu ??? Ini pekara utama yg kamu terlupa nak fikir. Oleh itu jangan main serkap jarang saja ???

    Mahadaya... kamu tidak layak memberi komen tentang Islam. Sebaliknya... sila bentangkan apakah sunah kamu ???


    Atok zamany.

    ReplyDelete
  10. Salam Hijrah, selamat menyambut awal Muharram suadaraku Zamany dan semua muslimin.

    ReplyDelete
  11. salam hijrah

    ingin bertanya pendapat ttg adi putra (budak melayu genius)...apa padangan atuk ttg dia? mengikut cerita apabila dia sedang "menyampaikan ilmunya"..itu bukanlah diri nya yang sebenar...dan dia juga mmpunyai kebolehan merawat..

    ReplyDelete
  12. salam hijrah,

    atok, saya inginkan komen dari atok,

    tidak lama dahulu saya ada mendengar pusat perubatan darussyifa didakwa menggunakan khidmat jin melalui ceramah seorang pendakwah tidak silap -Dr Asri( saya tonton melalui youtube tetapi sudah lupa tajuknya)pada pandangan atok,,apakah yg mendorong beliau memberikan kenyataan yg sebegitu?

    kaedah rawatannya mmbuang saka juga blainan daripada yg atok ceritakan...juga tidak perlu barang2 yg atok nyatakan.. hanya datang sehelai sepinggang..dan si pengubat hanya mmbaca ayat2 tertentu untuk proses penyembuhan.... itu sahaja..

    ReplyDelete
  13. maaf, saya telah check semula---bukan dr asri..saya lupa namanya...maaf ye

    ReplyDelete
  14. buat pengetahuan atok, bolehlah lihat video ini...ulasannya tentang darussyifa di minit yang ke 8:00.....
    http://www.youtube.com/watch?v=2nJtSizzgRQ&feature=related

    ReplyDelete
  15. salam

    bz nyer atok ni... cucu dok tunggu gak topic yang baru, moga2 atok sihat selalu terang penglihatan zahir batin

    ed

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..

    nak tanya tok

    mana datangnya amalan di bulan muharam ?

    pengamal ilmu batin selalunya akan buat macam2 amalan masa bulan muharam ni utuk tajamkan ilmu.

    orang yang simpan keris dan senjata lama pun akan mandikan keris bulan muharam gak.

    apa yg speselnya bulan muharam ni.

    ReplyDelete
  17. Asalamualaikum wbk semua...

    Maaf atok pergi buat seketika tampa pesan. Atok balik keseberang membuat rutin yg biasa setiap akhir tahun dan menyambut awal tahun islam bersama teman2 lama disana. Ia memeng secara tradisinya begitu. Tambahan pula guru tua kami telah tiada dan diganti dgn guru yg baru berdasarkan musyarah. Atok diantara sidang tertua disitu, maka kata2 atok amat dinanti oleh mereka. Sepatutnya atoklah penganti yg paling kanan, tetapi atok menolaknya kerana atok jauh diMalaysia, maka harus dipilih dari kalangan mereka disana. Kemudian adalah kerja2 sunat yg perlu dibuat sbg penutup tahun dan pembukaan tahun. Semua Tarikat dan pondok2 membuat pekara yg sama begitu. Kalau disini mungkin berbeza.

    Ia tidak sama langsung dengan pengisian atau mengasah ilmu yg ditanya oleh cucu faizal tu. Kebanyakan amalan begitu adalah amalan yg dibuat oleh pondok2 Pengajian Kebatinan (ajaran sesat di Indonesia) juga termasuklah memandi keris dll. Bulan Muharam bagi kita ASWJ harus mengikut sunah menyambutnya dengan banyakkan kerja2 sunat spt berpuasa tanggal 9, 10 dan 11 muharam. Kemudian banyakkan solat sunat Taubat, Hajat dan Tahajud. Atau ada juga yg berpuasa sebulan dan berwirid bagi memantapkan diri memohon keredhaan Allah swt. Tetapi tidak termasuk menyambut 10 muharam dengan berbagai sambutan bidaah. Cuma sunat berpuasa ditarikh ini kerana terlalu banyak peristiwa didalam islam yg terjadi diwaktu itu. Malaikat Jibril juga dicipta Allah pada tanggal ini. Allah swt mencipta banyak pekara pd tarikh ini. Maka dari situ lah Nabi syariatkan sunat berpuasa 2 atau 3 hari itu. Selainnya adalah sunat iringan dan biasa sahaja.

    Kpd anony 8.00

    Tentang darulsifa tu, atok tahu yg Ust Harun Din bukan calang2 org. Selain al hafiz, dia juga mempunyai kelebihan boleh "perintah Jin". Tetapi menjadi mengarut pd anak2 buahnya yg tak tahu apa2. Itulah sebabnya banyak keadaah yg nampak janggal pd atok bila muridnya yg jadi kepala kpd sesuatu masaalah. Ust Harun Din terlalu sebok dgn kerjanya, maka tugas itu dipikul oleh org lain. Ia tak seperti dahulu.

    Jadi jika ada yg keliru, ia disebabkan akan pekara diatas itu. Ia tidak sesat, cuma dah nampak merapu. Ini hanya pendapat atok saja. Tak tahu dgn pendapat org lain.

    bersambung...

    ReplyDelete
  18. bersambung,

    kpd jowo..

    Pada kebiasaan, kepintaran manusia mempunyai dua unsur atau sebab. Pertama, memang ia datangnya dari pemberian dan anugerah Allah spt yg diberi kpd Rasul2, Nabi2, Waliallah2 dan org2 pilihan tertentu. dan yg keduanya pula adalah dari Iblis dan Syaitan. Bagaimana Iblis dan Syaitan boleh beri kelebihan itu ? Ia adalah melalui semasa jimak dgn isteri. Salasilah keluarga yg mempunyai saka dan pengambilan amalan tertentu yg berunsurkan memohon pertolongan pd puak itu. Spt amalan memohon pd "keramat" kubur, sungai, laut, pulau atau tok2 pawang dan bomoh. Jadi benih yg jatuh kerahim ibu muda itu akan berserta dgn jin, Iblis dan Syaitan. Ingat tak cerita atok tentang Dajjal ?. Ibu dan bapanya memohon mendapat anak dihadapan patong anak lembu. Maka lahirlah Dajjal yg sangat pandai... pandai menipu manusia.

    Jadi jika terdapat kanak2 yg sangat pandai atau gunius, perlulah diperhatikan akan tingkah lakunya, matanya,kata2nya. Diri situ kita akan mengenal adakah ia pemberian atau sebaliknya. Dari hal adiputra ni, tak dapat atok kenal dan komen kerana atok tak pernah nampak dia. Atok cuma diberitahu oleh cucu2 atok saja. Waallahua'lam...

    Kpd sahabat hamba abatasa dan kepada cucu2 atok dan juga semua peminat ruangan ini.... selamat menyambut tahun hijrah 1432. Semoga kalian mendapat kerahmatan Allah sentiasa.

    wasaalam

    sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  19. salam atok..

    tok boleh tak terangkan sikit tentang nabi khaidir..sebelum ni cucu tak pernah dgar nama ni tok...

    apa yang atok tahu tentang sri mas kilat?adakah ianya nama golongan jin tok?...satu lagi tok di kpg cucu ada sebuah kitab awal dan akhir peningalan seorang tua(dah meningal)yang ceritanya dulu berguru dengan sultan wali syheih abdul kadir jailani..atok kpd org tua ni berguru di mekah suatu masa dulu hingga tak nak balik ke kpg.mengikut cerita murid kpd org tua tu kitab tu mengenai awal dan akhir dunia...tp kitab tu dah kabur tok ssh nak baca dah...org tua tu memamg karomah tok...apa pandangan atok?

    ReplyDelete
  20. salam buat atok zamany

    "Jadi jika terdapat kanak2 yg sangat pandai atau gunius, perlulah diperhatikan akan tingkah lakunya, matanya,kata2nya. Diri situ kita akan mengenal adakah ia pemberian atau sebaliknya."

    boleh atok kupas dengan lebih jelas tentang perkara ini. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Salam semua,

    Kpd muliadi..

    Nabi Allah Khaidir adalah merupakan ketua semua para Nabi. Pangkat ini diberi Allah kerana tugas dan Mujizat yg Allah telah kurnia padanya. Antara tugasnya ialah utk mengajar para Nabi dan Rasul berkenaan Ilmu Alam Laduni. Allah kurniakan kpdnya kutub ilmu laduni ini semenjak dahulu lagi. Menurut cerita guru2 atok, Baginda ini telah dimatikan Allah selama 100 tahun dan kemudian dihidupkan semula. Oleh kerana itu Baginda tidak akan dimatikan hinggalah hari kiamat kelak. Baginda juga turut hadir kepada org2 soleh yg diperintahkan Allah utk diajar akan ilham laduni. Tugas Baginda yg lain ialah, menjaga "sapok sakinah" kenabian semenjak dari zaman Nabi Nuh as lagi. Ia merupakan sebuah peti yg didalamnya terdapat "skrol" tertulis perintah Allah pd Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Kemudian hingga zaman Nabi Musa as, peti ini telah "diraibkan" Allah supaya tidak dicuri oleh org kafir. Maka yg nampak hanyalah Nabi dan Rasul saja. Terfikir tak kamu, bagaimana "ruang" waktu peninggalan seorang Nabi atau Rasul... ada yg menjangkau hingga puluhan malah ratusan tahun jarak waktu diantara satu dengan yang lain ? Siapakah yg menjaga "skrol kerasulan" atau kenabian itu ? Bagindalah yg menjaganya. Malah baginda tetap menjaganya selepas Nabi Muhammad saw Wafat hinggalah hari kiamat kelak. Itulah sebabnya baginda tidak wafat. Baginda juga bernama Bulian ibnu Mulkan Ibnu Faliq ibnu Saliq ibnu Khir ibnu Nuh as iaitu cicit nabi Nuh as. banyak lagi cerita berkenaan Nabi Allah Khaidir as ini. Tetapi atok tak dapat ceritakan semuanya kerana banyak "rahsia" disebalik rahsia berkenaannya. Waallahua'lam...

    Berkenaan kitab tua itu, jika sudah tak dapat dibaca haruslah disimpan saja sebagai khazanah. Ia tak perlu dikaji kerana "benda tidak mendatangkan bekas pada alam". Sebaliknya yg perlu cucu kaji ialah "perjalanan" cucu didalam alam ini. Ia lebih berfeadah dari mengkaji kitab tua itu. Jangan taksub pada benda...ok. Jika org itu keromah, cucu haruslah minta pendapatnya tentang semua ilmu yg hendak cucu tahu. Kan ia lebih baik ?

    bersambung...

    ReplyDelete
  22. sambungan...

    kpd anony 3.55,

    Maksud kpd kata2 atok itu ialah, kita bukan pandang zahirnya saja, tetapi rohaniahnya. Pandangan begitu ialah untuk kita menyelami rohani manusia, samaada ia berserta jin atau sebaliknya. Ia memerlukan pengalaman dan ilmu bagi tujuan "mengenal" dirinya. Kalau org awam pastinya tidak akan dapat tahu walau mencuba teknik ini. Banyak yg perlu cucu ketahui sebelum sampai "mengenal" mereka itu, itulah yg dikatakan berilmu dan mengenal.

    sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  23. salam atuk;
    atuk kenal tak nama2 ni, muhammad albillah(bekas imam masjid teluk belangah), joha mohamad (singapor), haji balian (pekan nenas) ? memandangkan atuk org lama, sekadar mencari info, terima kasih atuk.

    ReplyDelete
  24. salam..

    cucu nak tanya apa pendapat atok teras kayu berkhasiat yang banyak digunakan orang sekarang

    spt teras gemunggal/kelor, buluh tumpat,rotan songsang,akar bahar,kayu penunduk,raja kayu yg dikatakan mempunyai kelebihan semulajadi yg Allah swt ciptakan utk kegunaan manusia.

    keyakinan dan pujian hanya pada Allah swt yg menciptakan ia sedemikian rupa..

    ReplyDelete
  25. salam tok zamany,

    saya baru sahaja diketemukan dengan blog tok ni kurang seminggu. berdasarkan pembacaan artikel dan komen di blog ini, saya ingin utarakan beberapa persoalan kepada tok.

    i. tok kenal ke kyai ripin (allahyarham) dari bandar penawar? bagaimana ajaran yang pernah di bawa beliau sekiranya tok kenal dan tahu? sekadar ingin tahu.

    ii. apa pandangan tok mengenai konsep sedulur papat kelimo pancer dalam masyarakat jawa? adakah ia selari dengan ajaran Islam?

    iii. sebagai seorang hamba yang lemah dan yang penuh dengan dosa dan maksiat, selain dari tidak datang dari latar belakang pendidikan agama, apa pandangan tok sekiranya saya ingin berkenal-kenal dengan tok mat janggut atau atok sendiri untuk memperbaiki diri dan menjadi hambaNya yang mengenal penciptanya. Atau mungkin tok boleh cadangkan pondok atau kelas yang berdekatan dengan kawasan bangi dan sekitarnya yang membuka kelas kepada orang awam berkaitan perkara ini.

    Terima kasih atas jawapan dan salam.

    ReplyDelete
  26. Salam semua,

    Kpd anony 11.47..

    Atok tak kenal mereka, tapi pernah dengar pasal mereka. Kebanyakan dari mereka yang ahli didalam bab dan keilmuan tertentu pd zaman dahulu mendapat kelebihan adalah kerana ketekunan mereka beramal dan wara' selain bersifat redha dan ikhlas. Jadi apa pun yg dikurnia pd mereka tu atas anugrah Allah sendiri. Cucu boleh jadikan mereka sebagai contoh tauladan dalam "pencarian mengenal diri" termasuk belajar bab syariat lebih dalam.

    kpd cucu faizal...

    Memang banyak kejadian dialam ini yg dianuggrah Allah dgn kelebihan tertentu, termasuklah dari bentuk kayu, batu dll. Ia secara semula jadinya berhasiat pd tubuh manusia yg boleh dimanafaatkan sebagai minuman atau disapu bagi menyembuhkan penyakit tertentu. Contoh yg lain spt kayu tas yg boleh menundukkan binatang buas. Pd zaman dulu, nak bela kerabau pun kena ada kayu ni sebab kerbau zaman dulu liar2 disamping utk menakutkan harimau yg nak makan kerbau tu. Jadi manusia menggunakannya dengan cara yg betul, bak kata org dulu2 "petua lebih dulu dari ilmu". Jadi mereka berpandukan petua asal kayu tas itu saja.

    Tetapi yg menjadikan tak betul apabila kayu dan batu atau lain2 benda itu dipuja, dijampi, dimentera hingga menimbulkan perasaan taksub ia boleh memberi bekas pada alam atau mendatangkan, memulihkan, memberi sesuatu kepada si empunya benda itu. Ia dah terkeluar dari syarak. Yg boleh memberi bekas pd alam hanyalah Allah swt sahaja, manakala penawar pd kayu itu hanyalah sebab sja, yg juga ciptaan Allah. Perlulah kita faham kedudukan ini. Barulah kita selamat dari fitnah dunia.

    bersambung...

    ReplyDelete
  27. sambungan

    kpd anony 1.18,

    1) Atok tahu akan nama itu, beliau seangkatan dgn kiyai Samsuddin kalau tak silap atok. Mereka juga berterikat dan keilmuannya pun sama juga dgn tarikat2 yg lain. yg membezakan seseorang kehadrat Allah adalah atas sifat redha dan ikhlas yg luhur disamping mereka itu taat dan wara'. Cucu pun boleh jadi macam mereka jika cucu memiliki ciri2 seumpama itu. Kan mereka itu juga manusia biasa macam kita ?

    2)Ilmu itu kalau menurut atok adalah merupakan "ilmu karangan". Ia boleh menyebabkan pengamalnya akan kemasukan isim jika tak berguru. Kalau dijawa, ilmu ini banyak diajar di persentern ilmu kebatinan yg menurut ulama adalah sesat dlm akidah dan akhlak. Kamu juga menuntut ilmu ni ke ?

    3) Cucu usah bimbang, pergilah belajar dgn ust mat janggut tu. dia juga guru kpd atok sendiri. atok ni hanya anak murid saja. Kan lebih baik kalau terus saja kpd dia. Tapi klu nak tahu lebih lanjut pergi bertemu dgn ust Zainol Rahim dibangi tu tel 012 6282950. Ust mat janggut dah bina tempat belajar dibangi, jadi lebih dekat kan ?

    atok zamany.

    ReplyDelete
  28. salam tok zamany,

    terima kasih atas jawapan dan pandangan tok. saya bertanya sekadar ingin kepastian kerana ada saudara yang kenal dan pernah belajar dengan arwah dahulu, dan ada juga rakan yang mengatakan ajaran arwah itu tidak betul. ada juga yang membandingkan arwah dengan tok kenali, tapi itu mungkin perbandingan yang dibuat orang awam, orang yang tahu seperti tok pasti tidak akan membuat perbandingan sebegitu kerana tiada keperluan. dan kalau saya boleh tahu, itupun kalau dalam pengetahuan tok, tarikat yang mana yang diamalkan oleh arwah dan di mana tempat belajarnya?

    mengenai ilmu sedulur papat kelimo pancer itu, saya juga hanya ingin pandangan dari tok. saya tak belajar pun ilmu ini, sekadar berbincang dan membaca bahan di internet untuk pengetahuan. tapi, saya tak faham maksud ilmu karangan itu apa tok? kalau boleh dijelaskan lebih lanjut. maaf banyak bertanya, saya ini budak hingusan saja. apapun, kalau dah dikata sesat, tak perlulah saya ambil tahu lagi.

    saya ini sangat jauh dari nak jadi seperti mereka tok. saya ini cuma hamba yang lemah yang penuh dengan dosa besar dan maksiat. maaf kerana berkeliaran di tempat yang penuh dengan ilmu ini. saya cuma ingin mencari peluang untuk menjadi lebih baik dengan sisa umur yang saya ada. mudah-mudahan sahaja niat saya ini bukan datang dari tipu daya syaitan dan dimakbulkanNya. doakan saya tok. InsyaAllah saya akan hubungi ust zainol rahim untuk maklumat lanjut.

    Akhir kata, kalau tidak menjadi kudis kepada tok, saya minta izin untuk mengikuti blog tok zamany ini. selain daripada artikel yang tok paparkan di blog ini, saya juga berminat untuk tahu lebih lanjut kalau tok tak keberatan untuk berkongsi, kisah-kisah tugas yang tok jalankan di patani dan lain-lain tempat seperti yang pernah tok sebutkan di dalam komen-komen sebelum ini. terasa saya ini ketinggalan jauh dan sudah banyak membuang masa.

    terima kasih tok kerana sudi melayani saya dan salam

    ReplyDelete
  29. salam tok

    terima kasih atas penjelasan mengenai penggunaan teras kayu.

    saya ada juga kayu tas @ limpanas. kepercayaan terhadap khasiat kayu ke batu ke besi ke bukan hanya kepercayaan karut semata-mata. tapi berdasarkan pengalaman hidup orang tua-tua sejak ribuan tahun dahulu.

    contohnya kaedah mandi bunga untuk menaikkan seri muka yg dari dulu diamalkan oleh bangsa melayu. orang sekarang senang-senang je cakap benda tu khurafat. tetapi apabila ada kajian sains yg membuktikannya keberkesanannya dari sudut sains kesihatan. Maka semua SPA dan pusat kecantikan menawarkan khidmat mandi bunga. berebut orang kita nak cuba mandi bunga walaupun dengan harga Rm300 sekali mandi. orang kita ni termasuk yg bergelar ustaz suka jatuhkan hukum tanpa buat kajian. pelik gak kadang2.. kalo mandi bunga disertakan jampi serapah yg meragukan tu lain la cerita.

    ReplyDelete
  30. Minta maaf tuan, tuan tersalah tulis komen kat atas tu. Ust Zainorahim adalah badal NS (Nilai). Wilayah Persekutuan/Bangi ialah Ust Azahan (tel:016-6117179).

    Tuan, kalau tak keberatan saya nak tanya sikit apakah ada kaitan antara abjad dengan pekida? semoga dapat makluman.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  31. Panggil Saya AbdullahMarch 4, 2011 at 4:29 PM

    assalamualikum,

    saya bukan mahu mencelah dalam perbincangan ini, sekadar mahu meminta pandangan dari zamany, abatasa dan lain-lain pembaca.

    sejak hampir setahun dulu, saya kerap dilanda beberapa persoalan yang tak dapat nak digambarkan.

    dalam satu kejadian, ketika saya bersembang dengan seorang kawan, terdetik di hati bahawa kawan saya itu akan berdarah di telinganya.

    selang beberapa minit selepas kawan saya itu beredar dengan kereta, saya terdengar bunyi kemalangan. selepas saya pergi ke tempat kemalangan itu, saya lihat kawan saya tadi terlanggar seorang penunggang motosikal.

    dari jauh saya lihat tempat kemalangan tu sesak, tiba-tiba seorang lelaki datang marah kawan saya tu dan menumbuk di tepi muka kawan saya tu. akibat tumbukan tu, kawan saya berdarah di telinga.

    dalam kejadian lain semasa saya sedang memandu, terlintas bunyi sebuah lagu yang sudah lama saya tidak dengar. selepas itu, saya buka radio dalam kereta, tiba-tiba lagu tadi dimainkan dalam radio.

    beberapa minggu sebelum itu, juga semasa memandu, terdetik di hati seperti ada yang tidak kena di jalan yang saya lalu. saya pun perlahankan kereta. tidak jauh dari kereta saya, saya nampak tiga buah kereta berlanggar berbaris-baris dengan sebuah lori besar di depan.

    boleh sesiapa terangkan semua ni? say amemang tak faham.

    ReplyDelete
  32. Panggil Saya Abdullah

    dlm kejadian itu kalau dari kalangan org moden panggil dejavuuu, pekara mcm tu biase juga terjadi kpd saye..

    entahlah tunggu atok jawab... mungkin kite ni ade yg dok bersama sekali atau sekadar kebetulan


    tq
    ed

    ReplyDelete
  33. Walaikumsalam...

    maaf tak terliht akan soalan2 disini, kami dok sebok diruangan hadapan. Terlampau banyaknya soalan yg terbiar tampa jawapan atok. Nanti pelahan2 atok jawab.

    Kpd anonymous januari 2 2011, 12.36 am…

    Kiayai Samsuddin adalah diantara ulama dan guru yg tersohor dinegeri Johor ini. Tarikatnya merangkumi beberapa buah antaranya, Nasabandiyah dan Ahmadiah. Atok sendiri pernah beberapa kali bertemu dgnnya untuk merujuk beberapa permasaalahan. Jika mahu dibanding2kan dgn yang lain, memeng tidak sepatutnya pun kerana masing2 mempunyai pendakatan tersendiri didalam membawa diri mereka mendekati Allah. Tidak seharusnya kita perdebatkan permasaaahan ini.

    Ilmu “Sadulur papat kelimo pancar”, dlm bahasa melayunya ‘Ilmu sadur empat kelima pancar’. Ia memang jelas ialah ilmu ciptaan ‘tok pawang’ atau diIndonesia dipanggil ‘Kiyai’ juga. Kiayai yang bertaraf pawang ini mempunyai hubungan dengan alam jin yang mencipta jampi mentera dari bahasa2 kuno untuk digunakan didalam semua bentuk ilmu kebatinan mereka. Justru kehadiran jin adalah sebagai pengantara didalam pujaan dan ritual supaya ilmu itu ampuh (menjadi). Maka apabila anak2 muridnya mengamalkan keadah tertentu yg diajar, kemudian mereka menguji ilmu itu ia ternyata berkesan. Tentunya ia akan menyakinkan murid tadi. Peangangan kepad ilmu ini dari genarasi ke genarasi menyebabkan ianya seolah-olah ilmu turunan yg betul. Inilah ilmu karang.

    Kalau kamu sungguh2 tidak ada siapa yang menghalang. Mula2 mahu menjadi lebih baik sudah cukup bagi kamu untuk bermula. Dari sinilah kamu berubah. Kemudian tiada siapa pun akan menghalang untuk kamu belajar dari blog atok ini. Atok tidak pernah menghalang atau meletakkan apa2 syarat kepada sesiapa juga yg mahu membaca dan beramal melalui blog atok ini. Atok ini sekadar penulis, tetapi ilmu2 yg terdapat disini semuanya milik guru2 atok. Memang pun tujuannya untuk semua umat islam mengatahui dan menambah ilmu juga kefahaman mereka melalui blog ini.

    Sekian

    Atok zamany

    Kepada Faizal,

    Kayu tas adalah sumpahan salah seorang Nabi kepada binatang2 buas. Malah jika sekor anjing juga akan lari melihatnya. Mereka menjadi takut jika manusia memukul badan mereka dengan kayu itu. Badan mereka akan menjadi lemah dan kejang jika terkena kayu ini.

    Kalau dahulu, mandi bunga atau dipanggil 'melengir' oleh masyarakat jawa memang diamalkan. Bukan bunga saja, malah penggunaan sintok dan limau purut juga kerap digunakan. Ini adalah untuk menghilangkan bau badan, daki-daki dan mewangikan badan. Kalau zaman dulu mereka mandi disungai atau kolam depan rumah, jadi mudah saja kerana semua benad tu ada didepan rumah. Tarikat Ahmadiah juga mengambil keadah ini sebagai salah satu cara membersehkan diri sebelum beramal atau suluk. Jadi mereka yang tidak tahu dan menghukum sesuatu perbuatan yg baik ini sebenarnya mempunyai masaalah dalam diri mereka. Waalaluaklam.

    sekian

    atok zamany

    ReplyDelete
  34. walaikumsalam cu...

    Kpd. Mahtar…

    Terima kasih bagi imfo badal2 tu. Soalah apakah ada pertalian antara ABJAD dgn PAKIDA ?

    Untuk pengatahuan kamu, semasa pakida ingin diujudkan dinegeri Kedah dahulu, Ust Mat Syeikh Mahmud Othmani juga dipanggil menjadi orang2 pelupur pertama penubuhannya. Pekara ini atok pernah bertanya sendiri kepada Ust Mat Jangut. Semasa itu (tahun 1991) atok mereka pilih untuk menjadi salah seorang “Ayahanda” mereka dinegeri Johor ni. Sebelum atok menerimanya, atok bertanyalah kepada tuan guru. Ust melarang keras supaya atok tidak mengambil ‘baiah’ pakida ini kerana ia tiada mempunyai sanad dan rabitah yang terputus. Malah ia bertentangan dengan dasar perjuangan asal keujudannya. Ust dan Syerikh kita pun tidak pernah bersengkongkol dengan mereka selepas tahun akhir 70’an kerana pucuk pimpinan mereka bertukar arah perjuangan. Kamu boleh lihat saja sekarang ni… kan jauh menyempang pergerakan mereka. Mujur juga atok tak terjebak… tetapi ada juga dikalangan budak2 Abjad malah orang2 kanan dalam abjad sendiri masuk didalam pertubuhan ini. Meraka masuk tampa kebenaran tok guru kot… waallauaklam

    Kepada Abdullah,

    Kejadian ini adalah tindak balas Roh kamu kepada alam. Roh memang mengenal akan semua kejadian sebelum terjadi atau akan datang. Kelebihan ini harus kamu bendong dengan bertemu dengan orang yang pakar rohani seperti Ust. Mat Jangut umpamanya. Mereka akan melatih kamu untuk menjuruskan kelebiahan rohani itu kearah yang lebih tepat dan jitu. Kamu juga tentunya mahu mengatahui apa yang sedang berlaku kepada diri kamu ? Maka itulah atok sarankan supaya kamu kenal diri. Tak payah atok kupas pekara ini disini. Nanti setelah kamu belajar kamu sendiri akan faham.

    Sekian

    Atok zamany.



    ReplyDelete