Saturday, June 26, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 6

BISMILLAHIRIRAHMANIRAHIM.....



Setelah didalam bab 5 yang lalu kita didedahkan dengan nama-nama puak, kaum dan golongan- golongan yang telah difatwakan sesat didalam 3 cabang utama agama iaitu Syariat, Akidah dan Sufiah serta sedikit berkenaan ciri-ciri pegangan dan etikad yang telah mereka bawa, maka marilah kita terus mendalami akan - "Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu Amalan atau orang-orang yang beramal itu (mereka-mereka yang menjadi guru, penaja, pengamal, pengajar, pelajar dan anak-anak murid atau yang terlibat dalam bentuk apa sekali pun dengan golongan- golongan sesat itu) berada didalam kesesatan didalam bab Akidah, Syariat dan Akhlak atau Sufiah, yang sebenarnya telah duduk didalam wilayah MURTAD, MUNAFIK, FASIQ dan ZALIM didalam semua bentuk Ilmu dan Amal mereka" samada secara sengaja, tak sengaja, tahu, tak tahu, sedar, tak sedar, ikut-ikutan atau dengan tak secara langsung.

Tanda- tanda itu adalah seperti berikut :

1) Ada perjanjian (mubaiaah) yang disertakan dengan sumpah dan janji mewajibkan diri murid dan pengamal itu dengan segala hukum syarak (wajib, sunat, makruh) dan meninggalakan segala hukum haram dan makruh.

Sebagai c0ntoh, jika murid itu nak mengambil Ilmu Kebal ini kamu hendaklah jangan tinggalkan solat, puasa, zakat dan naik haji (hukum wajib dalam Syarak) atau kamu mistilah berwirid ayat ini sebanyak 1000 kali sehari semalam serta berpuasa selama 33 hari (hukum Sunat dalam hukum Syarak) atau kamu diharamkan dari menghisap rokok semasa beramal selama 33 hari itu (hukum Makruh dalam hukum Syarak) atau kamu dilarang dari minum minuman keras (hukum haram dalam hukum Syarak). Maksudnya murid itu sentiasa berkeadaan berseh dan duduk kemas mengikut hukum agama tetapi secara halusnya semua amalan itu telah "BERTUJUAN" yang lain selain Allah. Walaupun semua syarat atau pengsyaratan itu sama (baik) dengan hukum Syarak, ia tetap akan menyesatkan kamu. Selain dari 5 pekara (hukum Syarak) diatas tadi, perhatian kita juga mestilah menjurus kepada semua pekara-pekara seperti dibawah ini ;

a) Pemangsuhan sama sekali 3 hukum Syarak dengan sengaja iaitu -
Hukum Sunat, Hukum Makruh dan Hukum Harus

b) Memberatkan atau mewajibkan kepada diri 2 hukum Syarak dengan sengaja iaitu -
Hukum Wajib dan Hukum Haram.

c) Menaik taraf hukum Syarak dengan sengaja sesuka hatinya iaitu -
Hukum Sunat menjadi Wajib.
Hukum Harus (yg hampir kpd Sunat) menjadi Wajib.
Hukum Makruh menjadi Haram.
Hukum Harus (yg hampir kpd Makruh) menjadi Haram.

d) Mengambil Akad, Ijazah atau Mubaiaah pula kepada "guru" yang fasiq, munafik dan Zalim didalam bab Ilmu dan Amal serta tidak mempunyai Sanat Ilmu yang berwisilah dan berabitah kepada Rasullah saw.

e) Mereka tidak mengikut keadah atau aturcara Mubaiaah yang betul dan dibenarkan mengikut Quwaid Syariaah Islam didalam bab Akidah, Syariat dan Akhlak (sufi).


2) Ada perjanjian yang disertakan semasa Mubaiaah atau akad Ijazah seperti :

a) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang bertepatan dengan segala Hukum Syarak seperti Hukum Wajib, Sunat dan Harus untuk mendapatkan Ilmu tertentu atau Ilmu yang luar biasa, magik, mencarek adat dll.

b) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang Makruh didalam Hukum Syarak untuk mendapat Ilmu yang menyalahi adat (luarbiasa).

c) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang Haram didalam Hukum Syarak untuk mendapatkan Ilmu-ilmu yang luarbiasa itu.

d) Mengada-adakan hukum-hukum syarak yang baru dengan sengaja mengikut sesuka hatinya dan kemudian memansohkan hukum- hukum Syarak yang asal semata-mata kerana taat dan setia kepada "pengsyaratan" (utk memiliki Khadam atau Jin) sebagai tanda "patuh" kepada telunjuk "sahabat" nya itu. Tampa adanya sahabatnya itu maka segala Ilmu yang telah dituntut itu tidak akan menjadi, itulah sebabnya ia kena patuh menjadi hamba jin atau khadam itu. Dengan tidak secara langsung dia telah menukar pergantungan, harapan dan cita-citanya atau dipanggil Ubudiah kepada Allah bertukar kepada Ubudiah kepada Jin, Khadam, Syaitan dan Iblis yang diambil menjadi sahabatnya. Justru dia akan duduk didalam kesesatan selamanya dan setelah dia mati, "sahabat" nya itu menjadi "SAKA" kepada anak cucu cicit dan keluarganya untuk selama-lama hingga hari kiamat.


3) Jenis-jenis latihan mempertahankan diri atau persilatan yang mempunyai unsur-unsur "MARAH" atau "DIMARAH" atau "KENA MARAH" baharulah ia dapat menzahirkan "Ilmu tenaga dalamnya" atau pekara-pekara luarbiasa, megik, sakti dan mencarek adat. Persoalan utamanya ialah, " kenapa kena marah atau dimarah atau merasa marah baru ilmu itu menjadi ?? kan timbul pula pesoalan kepada kita, ia menunjukkan adanya unsur penggunaan Jin, Syaitan dan Iblis dalam menuntut sesuatu ilmu luarbiasa atau untuk lebih hebat ?? Ya... yang paling pasti kepada umum ialah apabila kita marah atau lawan berperasaan marah kepada kita, ia pastinya telah mempunyai unsur-unsur bersabit dengan makhluk Jin, Syaitan dan Iblis dalam "ilmu" itu walau pun apa alasannya, Ini yang paling utama mesti difikirkan sebelum menentukan sesuatu ilmu untuk dipelajari.

4) Menzahirkan rupa "penjelmaan Roh" atau "jelmaan Rohani" atau "Puja Semangat" atau juga dipanggil Tanasalul Arwah, iaitu perbuatan memanggil "semangat" atau "roh" yang sebenarnya ialah makhluk Jin, Syaitan atau Iblis, untuk masuk kedalam diri (jasad) sama ada dibuat secara terbuka atau tersembunyi yang mereka namakan dengan berbagai panggilan nama seperti Pangilima, Waliallah, Nabi dan Malaikat untuk tujuan penyamaran serta boleh pula melakukan berbagai pekara luarbiasa, silap mata, megik, sakti serta hebat serta nampak berilmu tinggi, walhal ia bergantung sepenuhnya kepada "semangat" atau roh jahat dari puak-puak Jin, Syaitan dan Iblis untuk melakukan semua pekara pelik itu.

5) Mempunyai etikad dan pegangan bahawa sesuatu ayat, wirid, jampi atau doa itu boleh mendatangkan sesuatu hajat dimana sebenarnya mereka itu duduk didalam wilayah khayalan atau juga disebut Syak, Zhon dan Waham yang jauh. Ia sebenarnya telak memasokkan dirri mereka kedalam perangkap dan terjebak didalam etikad dan pegangan seperti golongan Jabariah, Khadariah dan Muktazilah yang sesat itu. Sebagai contoh didalam pengamalan Ilmu Tarek Duit, Tarek Emas, Nombor Ekor, perbomohan, perbidanan, mak andam, persilatan, buang saka, bomoh telek dan yang seumpama denganny.

6) Belajar dan menuntut Ilmu dengan tidak tahu asal usul keilmuan atau pun disebut Ilmu yang tiada wasilah atau salasilah paling kurang pun mestilah diketahui menyampai kepada Ulama-ulama Muktabar dan ahli didalam bab itu yang telah terbukti soheh dan benar akan Ilmu dan Amal sewaktu hidupnya dahulu. Pada kebiasannya mereka-mereka yang tersilap ini akan mengambil atau belajar melalui unsur-unsur berikut :

a) Mengambil dari buku-buku atau kitab-kitab lama peninggalan orang-orang tertentu yang dikatakan hebat semasa hidupnya, juga tidak tahu dari mana asal usul ilmunya itu. Ia selalunya merupakan catitan peribadi orang itu semasa hayatnya.

b) Mengambil dari ilmu yang dikarang sendiri atau pemberian kawan-kawannya atau pun daripada guru yang mengarang sendiri ilmu tersebut walaupun yang dikupas dari ayat-ayat Quran sekali pun. Ia kebiasaannya berupa baris pantun berangkap, syair, jampi, doa atau seumpama dengannya.

c) Mengambil Ilmu dari dalam mimpi atau separuh jaga ataupun didalam jaga bertemu dengan sesorang yang menjelma dikala mimpi itu atau separuh sedar atau diwaktu jaga kemudian ia digelar tok syekh, panglima. tok guru yang memberi ilmu-ilmu tertentu sama ada untuk tujuan mengajar ilmu tarikat, ilmu perubatan, ilmu persilatan, ilmu urut patah, ilmu perbidanan, ilmu mak andam, ilmu tarek duit dan emas, ilmu tarian, ilmu-ilmu kehebatan, ilmu sakti, ilmu laduni atau yang seumpama dengannya walaupun ilmu-ilmu itu dari ayat-ayat Quran sekali pun. Ini adalah kerana kamu tidak tahu dari mana datangnya tok syekh, panglima atau tok guru yang menjelma itu. Pada kebiasaannya mereka itu adalah jelmaan Jin,Syaitan atau Iblis.

d) Mengambil ilmu dan amalan dari orang bunian atau dikatakan "alam ghaib" dalam masyarakat Melayu. Selalunya orang ini mengalami sasau, sakit yang lama, tinggal beseorangan ditepi hutan atau sesat dihutan, kemudian ia diambil oleh puak bunian itu masuk kealam mereka dan tinggal semantara disana. Semasa tinggal disana ia diajar dengan berbagai Ilmu seperti ilmu perubatan, urut, telik, tarek duit, tarek emas, ilmu tumbuh-tumbuhan dan akar kayu, ilmu tarikat, ilmu ghaib dan sebagainya. Ini juga tergolong dari keilmuan yang tidak punya wasilah atau salasilahnya. Apabila dia pulang kerumah dalam keadaan sehat, tak semena-mena telah pandai berguru, pandai mengurut, pandai telik, pandai bersilat, perbomohan, boleh tarek duit, pandai jampi siap baca ayat Quran sekali, bertukar rupa dan pakaian seperti ulama serta bercakap ilmu tarikat yang tinggi-tinggi dan pekara-pekara yang seumpama dengannya.

e) Mengambil ilmu dan amal dari orang-orang yang digelar "guru" yang terputus sanat (punca Ilmu) dan salasilah keilmuannya atau dari orang-orang yang jahil, zalim, fasiq, munafiq atau pun dari Tok Guru Tarikat sesat atau dari mana-mana individu yang kafir, golongan Paderi atau Rahib gereja Kristian atau Yahudi atau Majusi atau Sami-sami Budha atau Hindu atau pun Tok Batin orang asli atau pun Tok cha Sami Siam atau Kominis atau golongan tak beragama dan yang seumpama dengannya.



KESESATAN ILMU TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA:


Apabila kita menbicarakan soal Keilmuan Tradisional Masyarakat Melayu maka kita tidak akan dapat lari dari memperkatakan persoalan pengamalan ilmu-ilmu mestik, Ilmu Hitam oleh tok dukun, tok pawang, tok bomoh, mak andam, pak andam, tukang urut patah, mak bidan, perubatan tradisinol, permainan wayang kulit, barongan, dabus, kuda kepang, makyong, dikir barat, ulik mayang, tarian, genelan, cak limpong, kompang, ketok rebana, selempit, rebat, nafiri, silat, pertahanan diri, raja santau, ilmu pengasih, penunduk, busong, awit muda, gila kuasa, gila pangkat, gila darjat, nak hebat, nak kuat, ilmu ghaib, halimunan, nak terbang, kebal, ampoh, saka jaga rumah, penjaga kebun, penjaga wilayah, pengerun, berani, suara halilintar, suara merdu, susuk cantik, susuk emas, belian, susuk besi putih, gagah perkasa, Mahaguru silat, panglima, pemikat wanita, kuat sex, hebat alat sex, ilmu tahu benda tersorok, pengesan atau scan benda hilang, scan orang tanam barang, pulang sehir orang, hantar sehir, nak kaya raya, nak tanah luas, nak anak ramai, nak kawin banyak, tamakkan kuasa, tamakkan harta benda, menafikan hak orang lain, nak kan kepantasan, pandai, cerdek menghidu peluang, cekap menipu, pukau, lenakan orang, pelindung, tahan kulit, tahan baja badan, keras tulang, mendengar desiran angin, faham bahasa binatang, terus mata, jurus pemusnah, jurus penangal, jurus pemotong, lipat ruas, lihat rasa, pemungkas, waja diri, harimau jadian, gayong jurus, tendangan maut, cengkaman maut, jurusan sedak tekak, meniti angin, meniti daun, meniti air, sakti halilintar, jurus cemiti, pandai keris, penaik pamur, memasuk ayat, gulong sendeng, ilmu firasat, tilek nombor ekor, penawar air, santau angin, Nak jadi raja, nakkan daulat, nakkan tahta, nak jadi orang begelar, nak jadi orang istana, dukun diraja, pawang diraja, panglima istana, ketua adat istiadat, ketua adat mukim, ilmu tuju, penglima berantai, tok "guru tarikat", ilmu samaran dan berbagai-bagai lagi jenis ilmu yang beribu jumlahnya. Semua yang disebutkan ini sesetengahnya telah pun tiada, pergi bersama-sama tuan yang empunya dan hanya tinggal nama saja. Tetapi kebanyakan ilmu-ilmu baru pula muncul dengan tok guru yang baru pula. Jadi ia sebenarnya seperti "patah tumbuh hilang berganti" . Tidak pernah akan luput kerana ada saja golongan muda yang akan mencipta ilmu-ilmu baru baik sebagai bomoh, digelangang silat, urut, bidan, andaman dll. Ini dikenali juga dengan nama ILMU HITAM.

Apa sebenarnya sebalek semua ilmu-ilmu yang disebutkan diatas ? boleh dikatakan kesemua ilmu-ilmu itu mengunakan khidmat Jin, Syaitan dan Iblis sebagai "pengantara" bagi orang-orang yang mengamalkannya. Kesesatan nampak jelas apabila diketahui akan bentuk bacaan jampi dan boa yang mereka gunakan. Ada setengahnya yang kita tidak faham langsung atau ada pula yang membaca ayat Quran secara menyongsang atau menggunakan rangkap-rangkap pantun Melayu lama yang diolah mengikut kepandaian "tok guru" atau "mak guru" itu. Ada pula yang mencampur adukkan ayat Quran dan patah-patah perkatan ibunda kaum mereka atau mereka selalunya akan menukar bacaan ayat-ayat Quran, menukar bunyi bacaan, menukar baris bacaan atau makna bacaan yang sesuai dengan kehendak dan pemikiran mereka. Ini sama sekali ditegah didalam ajaran agama Islam serta melanggar hukum Syarak dan berdosa besar jika melakukannya.



PERTAPAAN DAN BERAMAL:

Pada kebiasaannya seorang murid yang inginkan Ilmu-ilmu tersebut akan disuruh beramal didalam suatu jangka masa tertentu dengan "patigeni" dan puasa memutih supaya ilmu cepat ampuh serta menjadi. Jadi murid itu akan bersuluk disatu tempat yang telah ditetapkan oleh "guru" nya iaitu seperti digua-gua, disurau tinggal, didalam rumah tinggal, didalam hutan, diatas bukit, ditepi sungai, ditepi laut, diatas pokok, diair terjun, dimata air, dibawah tangga, didalam perigi buta, diatas kuburan, dibawah jembatan dan lain-lain tempat lagi yang terdapat sedikit "keras" yang dianggap sesuai oleh "guru" itu. Ini juga tiada didalam agama Islam dan sesuatu upucara yang direka-reka atas kehendak dan telunjuk Jin, Syaitan dan Iblis itu. Upucara ini juga digelar dengan nama "menyatu" atau "bersemadi" dengan "kuasa ghaib" (jin, syaitan dan Iblis itu) supaya "kuasa" itu hadir didalam diri mereka atau juga dinamakan "seru semangat", "panggil semangat" untuk berdamping dengannya. Ternyata yang disebut sebagai "kuasa ghaib", "semangt" yang ada "kuasa" dengan cara upucara seru "dampingan", "menyatu" dan "semadi" itu semua adalah memanggil puak Jin, Syaitan, Afrit atau Iblis untuk menjadi "sahabat" atau "khadam" bagi dirinya bagi tujuan mendapatkan "kuasa ghaib", menjadi sakti, kuat, kebal, pandai, tangkas, dll atau dengan cara ini semua yang dihajati akan berhasil. Maka cara puja, seru, panggil dengan segala istiadat, upucara dan tata caranya itu adalah perbuatan kufur dan syirik dalam hukum Syarak. Dosa syirik ini tidak akan diampunkan Allah selama-lamanya walau apa pun alasannya. Jika dizaman Rasullah saw dahulu, orang yang beramal sebigini akan dihukum pancung kepalanya kerana menduakan Allah dengan sengaja dan ia telah murtad dari ajaran Islam. Begitulah beratnya hukuman yang mesti diterima oleh pengamal Ilmu mistik ini. Jika ia terlepas hukuman didunia, pastinya hukuman yang lebih berat akan diterimanya diakhirat kelak.



PERALATAN PUJA DALAM BERTAPA:

Setelah itu semasa mereka beramal, bertapa, bersuluk, khalawat, mereka akan pula menyediakan berbagai jenis "jamu" yang tidak mereka sedari atau telah pun mereka diketahui. Penyediaan peralatan semasa bertapa, bersuluk, beramal serta seterusnya selepas itu seperti penyediaan berteh padi, beras kunyit, pulut kuning, telor ayam, limau nipis, limau purut, berbagai jenis bunga bungaan, minyak wangi berbagai jenis, berbagai jenis daun, bara api dan kemenyian, setenggi, colok, lilin, minyak, mangkok air, berbagai jenis senjata seperti keris, badik, lembing atau pedang serta berbagai jenis warna kain dan berbagai jenis pakaian. Ini semua menampakkan kepada kita bentuk "istiadat pujaan" atau "sembahan" kepada kuasa ghaib yang tidak diketahui asal usulnya. Sudah tentulah "sembahan" itu adalah untuk mendapatkan "kuasa ghaib" daripada Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang kemudiannya mereka gelar dengan nama "Khadam" atau "sahabat". Pekara ini adalah perbuatan kufur dan syirik yang nyata yang dilaknat Allah dan jika mereka mati didalam keadaan begitu tampa sempat mereka bertaubat nasuha, balasan siksaan yang amat pedih menunggu mereka didalam kubur dan diakhirat kelak.



BOMOH, DUKUN DAN PAWANG :

Kemudian semasa mereka melakukan pekerjaan seharian setelah "lulus ujian" persamadian dan pertapaan itu, mereka akan "membenarkan" diri mereka menjadi tapak kemasukan atau laluan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis untuk menzahirkan kehebatan dan kekuasaan mereka itu dengan cara "dampingan" atau "menurun" secara tidak sedarkan diri atau separuh sedar atau pun sedar, yang juga dikenali dengan nama Tahasalul Arwah. Mereka akan didatangi oleh masyarakat untuk meminta pertolongan, tunjuk ajar, berguru, berubat, meminta nasihat atau tempat mengadu masaalah dari segala bentuk ujian Allah kepada mereka. Seperti sakit, disantau, disehir, dirompak, kesusahan hidup dll. Tak kurang juga yang mahukan harta karun, tarek emas, tarek duit dan mahukan kekayaan. Juga yang mahukan tender mereka terpilih untuk menjalankan projek-projek kerajaan yang bernilai jutaan ringgit, atau mahukan perniagaannya maju dan menutup perniagaan orang lain. Untuk menunaikan tujuan jahat mereka itu, mereka pun hadir kepada tok-tok bomoh berjin ini yang kononnya ada kuasa ghaib boleh melaksanakan tugas yang mereka beri. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, tok bomoh atau pun tok dukun ini akan "diresapi" atau "didampingi" atau "menurun" didalam keadaan lupa diri, pengsan atau tidak sedar diri dan kemudian berkata-kata berkenaan hajat pesakit itu tadi dan memberi rawatan diwaktu itu juga atau membuat santau kepada orang yang dihajati terkena santau itu atau membuat sehir kepada rumah tangga orang, anak bini orang, atau perniagaan orang yang dianggap "musuhnya". Siapa yang berkata-kata dikala itu ? Siapakah yang merawat dikala itu ?

Tak lain tak bukan ialah Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang telah mengantikan tempat "guru", "Dukun" atau "Bomoh" itu dengan mengambil aleh jasad manusia dungu itu. Puak jahat inilah yang sebenarnya menjadi doktor, jururawat, pakar rawatan, pakar scan (xray) sekali gus menjadi pakar ubat-ubatan, pakar akar kayu, pakar motivasi, pakar jiwa, pakar siosology, treapi, pakar bedah, pakar selesai masaalah termasuk juga dalam bab pawang, tukang telik, bomoh, dukun, pakar urat, pakar tulang, pakar jantung, pakar rahim, pakar mata dan segala macam pakar, semuanya didalam satu. Semua jenis penyakit, masaalah keluarga, masaalah masyarakat, masaalah ekonomi, masaalah politik, masaalah kewangan, masaalah negara.... semua boleh selesai dengan berjumpa seorang saja manusia ber "Iblis", ber "jin" ini. Lihatlah bertapa bodohnya masyarakat kita dulu sekarang dan selamanya ini. Terang-terang lagikan bersuluh, dalam terang matahari masih nakkan lampu jalan lagi ??? hidup-hidup kena tipu. Sudahlah tahu amalan begitu adalah syirik, kufur... boleh juga percaya bulat-bulat. Ketepikan hukum agama kerana nak berubat, kerana dendam, kerana nafsu sarakah semua sanggup dilakukan. Jadi kedua-dua pihak ini sama jahatnya, sama berat dosanya, sama bodohnya baik yang jadi bomoh atau yang datang minta tolong itu. Dosanya juga sama besarnya dan jika mati dalam keadaan ini, sebanarnya mereka telah sesat dan terkeluar dari agama Islam atau Murtad maka tidak wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan lagi... malah kuburnya juga kena diasingkan dari kuburan orang Islam.... naauzubillahiminzalig.



BIDAN BERSALIN:

Ada juga diperingkat menjadi Bidan Bersalin selalunya dikampung-kampung. Jika zaman 60an awal 70an dulu, pekara ini memang kerap dapat dilihat dimerata-rata kampung. Nenek kawan adalah salah seorang darinya. Dikala itu tiada kemudahan seperti sekarang ini, tiada jalan bertar, tiada kenderaan semua main jalan kaki saja walaupun berpuluh batu jauhnya. Tiada letrik, tiada dapur gas, tiada air paip, semua kolam dan sungai saja. Kalau jalan waktu malam pakai andang kelapa (obor api) untuk jadi penyuluh sebab tiada lampu picit. Jika ada orang nak bersalin, nenek akan sebuk bersiap kadang-kadang kawanlah jadi temannya untuk berjalan diwaktu malam. Kawanlah yang pegang andang kelapa tu, bukannya satu... kadang-kadang sampai 4 batang dipikul. Hadis satu sambung, habis sambung sampailah kerumah orang yang nak bersalin tu. Sampai saja bukan boleh duduk diam... menjerit orang tua tu kalau nampak kita duduk berehat. Kena bantu dia buat persiapan, terutama kena pagar rumah dengan ranjau, ranting buluh, duri limau takut pontianak, langsui, penanggal masuk bawah rumah menunggu darah, air tetuban, uri dan tembuni yang jatuh kebawah untuk makanannya. Lagi pun dimasa itulah dia akan ganggu kerja bidan. Maka kita kenalah duduk bawah kolong (bawah rumah) itu sampai pagi. Ada kalanya sampai 3 hari 3 malam tunggu orang bersalin.

Yang jadi suspennya bila balik rumah, pontianak, polong, penunggu, jin, langsui, penanggal akan ikut sampai rumah sebab nenek bawa balek uri, tembuni dan semua kain yang berdarah itu. Puas kita halau dia, tetap juga dia ikut. Kadang-kadang main sergah tengah jalan dengan hilai tawanya yang nyaring sambil terbang keangkasa...pun ada. Biasalah kawan dengan kerja mengajar depa ni, dah lali. Tapi waktu sebagini memang mereka akan agresif kerana nak merebut kain dan peralatan serta uri tembuni yang ada pada nenek. Habis semua langkah, buah dan tari diatas jalan tu juga. Itulah sebabnya kawan menjadi teman nenek berjalan saban waktu semasa hayat beliau bersama. Penuh misteri dan kenangan yang tak luput dalam ingatan sehingga sekarang. Tapi apa yang kawan tahu, nenek tak mengamal ilmu yang bukan-bukan.

Yang kawan nak cerita disini ialah bidan yang menggunakan Ilmu Hitam waktu menyambut kelahiran. Bidan ini akan pengsan terlebih dulu sebelum tubuhnya "dimasuki makhluk halus" khas untuk tujuan bersalin. Setelah ia tegak duduk dengan menyelubung mukanya, dia pun siapkan semua peralatan dan bersedia menyambut kelahiran itu sehinggalah selesai kerja itu. Dia hanya berkata-kata pekara penting saja. Masaalahnya siapa yang buat kerja itu ??? siapa yang melakunkan semua kerja itu dengan tekun dan teliti sekali ??? siapa ??? Ya... tak lain tak bukan, mereka itu dari puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis belaka. Puak ini telah menguasi tubuh dan jasad mak bidan itu untuk melakukan kerja-kerja perbidanan. Sebenarnya Mak Bidan itu tak ujud wktu itu, puak jin ini lah yang "menzahirkan" diri mereka melalui badan yang ditumpang itu... ini juga didalam ketogeri Tanasalul Arwah yang amat dilarang Syarak.



ANDAM PENGANTIN:

Satu lagi bidang ialah Mengandam Pengantin. Mak andam ini pada kebiasaannya ialah mewarisi ilmu amdaman ini dari keturunannya. Sama juga dengan Pak andam ( lelaki yang mengandam pengantin, biasanya sedikit lemah lembut). Ada juga yang pergi menuntut dengan mak amdam yang dah pencen (veteran dan selalunya termashur) dan mewarisi ilmu itu darinya. Apa yang dibuatnya waktu mengandam ialah menyediakan malam berinai, menyolekkan pengantin, membuat pelamin, menyediakan pakaian pengantin, menjalankan upucara bersanding, merenjis tawar, menabur beras kunyit, iaitu dari mula hinggalah selesai majlis perkahwinan itu. Yang menjadi tak betul dan tak boleh diterima didalam Syarak ialah keseluruhan majlis dan upucara yang telah disebutkan diatas. Ini semua adalah cedokan upucara retual sembahan orang-orang Hindu kepada dewa-dewa mereka. Tiada satu pun dari upucara ini yang merupakan sunnah Rasullah saw kecuali hanya satu iaitu mengadakan majlis kenduri sahaja. Yang lain semuanya tiada didalam sunnah dan nas alQuran. Hukum mengadakan majlis kenduri itu hanyalah Harus dan sesetengah Ulama menganggapnya sebagai Sunat. Maka adalah tidak perlu dan harus ditinggalkan budaya persandingan pengantin ini kerana ia adalah "bidaah doallah" yang boleh mendatangkan dosa-dosa besar didalamnya. Terutama jika 90% kaum wanita didalam majlis itu tidak menutup aurat termasuklah pengantin perampuannya sekali. Kemudian timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk oleh tuan rumah atau penganjur majlis itu pula. Ditambah pula dengan jampi serapah mak andam pada tepong tawar dan beras kunyit (memanggil Jin) supaya naik semangat seri muka waktu bersanding. Juga sewaktu dia menyolek itu juga mengunakan jampi serapah seri muka (memanggil Jin berdamping) atau yang lebih teruk lagi jika mak andam memasang susuk emas seri muka. Kemudian mak andam mengharapkan pujian dan sanjungan dari hadirin akan kehebatannya mengandam pengantin itu. Semua itu mengundang dan sengaja mencampakkan diri kedalam cengkaman dosa-dosa besar syirik, kufur, bersubahat, bersengkokol dengan perbuatan kurafat dan dosa-dosa besar itu.



PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU:

Kemudian didalam permainan tradisi masyarakat melayu contohnya seperti permainan wayang kulit, dikir barat, makyong, selempit, dabus, rebat, nafiri, barongan, tarian kuda kepang dll. Kebanyakan penganjur atau tok dalang, tok gurunya akan menggunakan jampi serapah memanggil Jin supaya pertunjukan itu nampak hebat, nampak 'real', happening seterusnya akan membuat penonton teruja dan terhibur. Seperti permainan Tarian Kuda Kepang (kami disebelah Johor cukup biasa nampak pekara ni), penari-penari itu akan tidak sedarkan diri mereka khayal menari mengikut irama terutama bunyi gongnya. Apabila sampai satu peringkat mereka akan menjadi agrasif menari berlari mengikut irama seolah-olah seperti seekor kuda dan meniru bunyi kuda. Berpusing-pusing, melompat-lompat hingga ada yang terbang keudara atau keatas bumbung rumah atau diatas daun kelapa sambil menari juga. Kemudian mereka akan meratah kaca, memecahkan kelapa dengan kepala mereka dan meminum airnya. Memakan bunga-bungaan, daun-daun, bera api, bermain api hingga lupa diri berjam-jam lamanya. Siapa kah dia yang berada didalam badan pemain kuda kipang itu ??? Jika tidak ada Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis manakan mungkin pemain itu boleh menari seumpama itu. Ya... sebenarnya semasa mereka menuntut dahulu, mereka akan disuruh beramal sejenis ilmu bernama "NYETROM" dalam bahasa jawa atau seperti keadah "menurun" dalam bahasa melayu. Ia juga salah satu lagi jenis Tanasalul Arwah tetapi khusus untuk permainan ini. Roh jahat kuda kepang (jin atau syaitan) akan masuk kedalam tubuh penari itu dan menyebabkan ia tak sedarkan diri, diwaktu yang sama ia boleh menari mengikut irama dan mengikut satu arahan "ketua"nya (biasanya memegang cemiti atau mayang kelapa). Ketuanya saja yang tahu bila masanya penari itu perlu disedarkan semula dengan membaca jampian pada telinga penari itu. Bayangkanlah jika ia mati didalam keadaan itu atau tidak sempat bertaubat nasuha, apa terjadi dengan penari itu ??? Pastinya ia mati didalam keadaan sesat dan murtad kerana perbuatan syirik dan kufur itu.


PERSILATAN MELAYU :

Didalam keadaan yang lain pula, pengamal latihan pertahanan diri atau persilatan melayu tidak boleh lari dari permasalahan kesesatan akidah, akhlak dan syariat. Boleh dikatakan kesemua jenis persilatan Melayu akan mengamal pekara- pekara syirik dan akan terdapat salah satu atau lebih dari beberapa unsur dibawah ini :

1) Membuka gelangang dengan keadah "semahan darah" dengan menyembelih ayam yang dibawa oleh murid-murid baru sewaktu ingin belajar silat. Ayam mestilah berbulu berbagai jenis warna seperti yang ditetapkan oleh Mahaguru kemudian ayam akan disembelih dikawasan padang (gelangang). Keadah ini adalah jenis semahan darah pada gelangang kerana menharapkan kuasa ghaib mengawal gelangang sewaktu mereka menjalankan latihan. Sebaliknya Mahaguru akan menutup cerita ini dengan memberi berbagai alasan yang lain walhal itulah tujuan sebenar kenapa ayam itu disembelih didalam gelangang itu. Ia perbuatan syirik dan sesat yang tidak pernah diajar didalam ajaran Islam. Semahan darah adalah untuk memanggil Syaitan dan Iblis menjaga gelangang itu.

2) Keadah "puja gelangang" dan "mengasap senjata" dengan membaca mentera dan asap keminyian atau setanggi dibawa keliling gelangang dan semua peralatan serta senjata persilatan akan diasap dahulu sebelum latihan dimulakan. Ini juga adalah bentuk puja Syaitan dan Iblis untuk menjadi pengawal kepada aktiviti-aktiviti latihan yang akan dilakukan seperti tidak akan berlaku kejadian tak diingini seperti luka, patah dll. Ia juga bertujuan supaya mengilak dari di "sudi" oleh musuh yang irihati dengan latihan mereka. Tujuannya memang elok, tetapi permohonan pertolongan kepada makhluk halus atau kuasa ghaib itu menjadikan ia salah dan sesat. Mereka menduakan Allah dengan sengaja tampa menghiraukan persoalan akidah, akhlak dan syariat Islam sedangkan mereka semuanya beragama Islam.

3) Mahaguru akan mengarahkan kesemua murid menjalani upucara "Mubaiaah" atau "Ambil Ijazah" yang didalamnya disertakan dengan kalimah-kalimah angkat "sumpah" atau Qasam yang bertujuan untuk mendapatkan Ilmu Hikmah supaya persilatan mereka akan lebih hebat dan mendapat pekara-pekara luarbiasa yang mencarek adat seolah-olah mereka mengamalkan ilmu sakti persilatan. Inilah yang akan menjadi kebanggan murid-murid itu kerana mereka memiliki kelainan dan kelebihan kerana telah belajar jenis persilatan itu. Walhal mereka sedang belajar ilmu sesat yang amat jauh dari syariat Allah.

4) Selalunya semua persilatan melayu ini akan mengenakan 'syarat-syarat' yang seolah-olah persilatan itu bercirikan agama Islam. Mereka akan mewajibkan anak-anak murid supaya tidak meninggalkan solat serta rukun-rukun Islam yang lain, iaitu yang menepati hukum Syarak. Kemudian mengenakankan juga 'syarat-syarat' seperti amalan sunat dalam Syarak seperti berpuasa sunat, solat-solat sunat dan berzikir dengan keadah yang telah mereka tetapkan. Syarat-syarat yang lain ialah umpamanya persilatan itu adalah untuk mempertahankan diri, keluarga, agama dan tanah air juga biasa kedapatan dan kedengaran didalam persilatan-persilatan melayu itu. Sebenarnya itu semua adalah hanya untuk mengaburi mata masyarakat dan umat Islam sahaja, walhal seluruh perbuatan, amalan, ajaran, perkataan, pakaian serta alat-alat bunyian yang mereka gunakan semuanya berunsur "puja" dan "memanggil" semangat Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang tergolong didalam amalan sesat, syirik dan kurafat. Mereka bertopengkan agama semata-mata sedangkan mereka duduk didalam kesesatan yang amat jauh dan juga menyesatkan kepada orang-orang lain pula.

5) Kemudian didalam ajaran dan amalan persilatan mereka diujudkan pula satu bentuk "jurus dalaman" yang menggunakan kuasa dalaman yang biasa mereka gelar "Buah". Jurus ini memerlukan ujudnya perasaan "marah" atau "dimarah" atau "kena marah" barulah buah jurus itu menjadi. Ini satu lagi amalan dan ajaran sesat yang ujud didalam dunia persilatan melayu, mana taknya, unsur perasaan marah pada pihak lawan itu datangnya dari puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang sudah tentu terkeluar terus dari ajaran Islam. Kemudian zahirnya keadaan luarbiasa sewaktu mereka bersilat dengan buah jurus itu semata-mata atas "kehadiran" puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis itu bersama-sama mereka. Jadi kedua-dua keadaan sama ada dipihak lawan atau dipihak murid dia adalah didalam keadaan yang sesat, sirik dan kurafat belaka. Tambahan pula murid-murid itu belajar dari 'guru' yang telah sesat, sirik, murtad dan Kufur seperti kamu.

6) Yang paling ironiknya, Tok Guru atau Mahaguru persilatan itu sendiri tidak tahu asal usul ilmu yang mereka tuntut dan kemudiannya mengajarkan ilmu sesat itu kepada murid-murid dan anak-anak muda Islam itu pula. Jadi berlapis-lapislah dan bertimpa-timpa kejahilan dan juga kebodohan mereka itu, yang juga tergolong didalam golongan "Jahil Murakab" jika mengikut istilah dalam ajaran ASWJ. Segala bentuk Ilmu sama ada dalam bentuk duniawi atau uhrawi mestilah diketahui akan asal usulnya sama ada ia menyampai kepada ajaran Rasullah saw atau paling kurang pun hendaklah menyampai kepada Ulama-ulama muktabar ASWJ yang diiktiraf akan Ilmu dan amal yang ada padanya. Jika tidak maka terputuslah sanat atau punca ilmu- ilmu itu dan duduklah pula puak-puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis pada tiap-tiap Ilmu itu yang dibangsakan sebagai "Ilmu Sesat" pada zahir dan batinnya. Jika mereka mati tampa sempat membuang akan ilmu-ilmu seumpama itu dan tidak sempat bertaubat nasuha pula, maka mereka mati didalam keadaan sesat, syirik dan murtad serta akan menerima azab kubur dan azab akhirat yang amat pedih selama-selamanya tampa safaat Rasullah dan belas kasihaan Allah swt sendiri kerana dosa syirik itu tidak akan diampunkan Allah swt.

7) Mereka juga turut berpegang dan beretikad bahawa setiap ayat-ayat, wirid-wirid, jampi, mentera, petua dan doa-doa yang mereka amalkan itu akan mendatangkan bekas dengan berkat kebesaran ayat-ayat, wirid-wirid, jampi, mentera, petua dan doa-doa itu sendiri, bukannya datang dari memohon pertolongan kepada Allah swt. Pegangan dan etikad seumpama ini adalah sama dengan pegangan dan etikad golongan-golongan Jabariah, Mutazilah dan Kadariah kemudiannya pula bercampur baur dengan fahaman-fahaman Tanasalul Arwah, Wahdatul Wujud dan Penjelmaan Roh dalam diri yang semuanya sesat dan menyesatkan. Mereka yang mempelajari atau menjadi Mahaguru atau Tok-tok Guru persilatan melayu seumpama ini sebenarnya tidak mengerti atau sengaja buat-buat tak mengerti dan mengambil ringan akan segala hukum syariat Allah swt yang melarang kita supaya tidak beretikad dan berpegang kepada kebesaran benda lain selain dari kebesaran dan kekuasaan Allah swt sahaja. Maka mereka akan terus menerus berada didalam kesesatan dan akan pula menyesatkan orang-orang lain bertali arus sampai hari kiamat.

8) Mereka yang terjebak dengan pengambilan bantuan atau orang-orang suruhan atau bantuan ghaib dari golongan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang mereka gelar "sahabat" atau "khadam" atau "Saka" atau "pendamping" dalam semua kerja yang mereka lakukan sama ada mereka itu duduk sebagai Mufti, Khadi, "Ulama-ulama", "Guru Agama", "Guru Tarikat", Pak Imam, Tok Guru Silat ,Mahaguru silat, Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang diraja, Tok Nujum Diraja, Orang Besar Istana, Datok Bendahara, Datok Pengaja Adat, Datok Panglima, Duli Yang Mahamulia Raja-raja Melayu, Sultan-sultan Melayu, Maharaja Melayu, Datu Luak, Dato Lembaga, Dato Pujangga, Tukang Tiup, Tukang Urut, Mak Bidan, Mak Andam, Tok Dalang, Kaki Pukul, Genster, Tok Empat, Tok Ketua Kampong, Pak Gurd, Jaga security, Bouanzer, Pengawal Peribadi, Panglima Tentera, General Askar, Tentera-tentera, Polis-polis, Badan-badan Beruniform, Menteri-menteri, Ahli= ahli Dewan Rakyat, Ahli-ahli dewan undangan DUN, DO, Nelayan- nelayan, Petani- petani, Peladang, Pesawah, Penoreh Getah, Pekerja Felda, Drebar Lori, Orang-orang Pencen, Pilot, Kerani, Pegawai, Pengurus, CEO, COO, Pengarah-pengarah, Ketua Pengarah, Peniaga, Jurutera, Jurukur Tanah, Jurukur Bahan, Kontrektor, Buruh Kasar, General Worker, Pekerja Kilang dan lain-lain lagi tak kira siapa pun juga mereka itu, Lelaki atau Perampuan, Berpangkat atau tidak, Berderjat atau tidak, Berada atau tidak, Kaya miskin, Berilmu atau tidak dari semua lapisan masyarakat tak mengira kaum yang Beragama Islam dan mengaku menjadi Umat Muhammad saw..... HENDAKLAH mereka itu menjauhkan diri atau keluar dari masaalah bersahabat, berkhadam, bersaka, berdamping dengan makhluk- makhluk halus sama ada dari golongan Jin (kafir atau Islam), Syaitan, Afrit dan Iblis disemua tempat dan masa samada mereka itu duduk didalam sedar, didalam lupa, tak sedar diri, pengsan, koma, khayal, antara sedar dan tidak, tak tahu, tak ingat, alpa, tak mahu, baik dengan apa cara sekali pun kerana ia merupakan tanggung jawab setiap individu Islam untuk sentiasa BERSEH dan SUCI dari segala bentuk gangguan, halangan, pujaan, sahabat, khadam, saka, dampingan, berserta dalam semua kerja buat kita samada dalam bentuk Rohani dan Jasmani.

Allah berfirman didalam Surah al Baqarah ayat 165 yang mafhumnya :

" Diantara manusia ada yang mengambil daripada Allah beberapa sekutu ( Patong, Berhala, Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis ), sedang mereka itu mengasihinya seperti mengasihi Allah. Tetapi orang- orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Jika orang-orang mengatahui, ketika mereka melihat seksaan (dialam akhirat itu...nescaya...). Sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sungguh Allah sangat keras siksaanNya ".

Keterangan : dari ayat diatas ini adalah merupakan amaran dan peringatan kepada umat manusia supaya tidak menyagutukan Allah dengan yang lain dariNya dengan perbuatan syirik dan kufur seperti menyembah berhala atau patong dan mengambil sahabat dan khadam dari kalangan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis kerana mereka itu akan menyesatkan kamu dari jalan kebenaran hingga kamu merasa kasih sayang kepada mereka melebihi dari kamu mengasihi Allah, tuhan yang telah menghidupkan kamu serta kamu juga akan dikembalikan semula kepada Nya untuk dihakimi akan segala amal perbuatan kamu kelak. Jika kamu faham dan mengatahui bahawa segala seksaan yang amat pedih sedang menanti kamu, nescaya kamu akan memisahkan diri dari segala bentuk amalan dan perbuatan Syirik dan sesat itu semasa kehidupan kamu didunia ini. Maka sayangilah diri anda sendiri dan kasihi Allah melebihi apa juga yang berada didunia yang fana ini.



Sekian duhulu buat masa ini, manakala bab 7 akan menyusul kemudian.....

Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari Allah dan bersabar akan dugaan kehidupan didunia yang semantara ini.......

Waalahua'alam...

Sekian,
Zamany.

18 comments:

  1. Salam Atok...wah,dah keluar artikel baru tp tak sempat baca lg...terima kasih atok...

    ReplyDelete
  2. salam atok
    dua perkara yg menarik
    iaitu ilmu bidan dan ilmu tukang urut/patah
    kalau tahun 60an membawa ke 80 an
    ramai la orang-orang melayu yang di bantu kelahirannya oleh jin atau pendamping mak bidan
    sapa-sapa yang lahir di era itu ramailah yang terkena sentuhan jin,naya.
    tapi kenapa nenek atuk tidak ada pendamping
    dari mana kah dia belajar pasal bidan membidan tu
    masa tu,kemungkinan belum ada hospital yg melatih mak bidan mak bidan,jururawat bidan jauh sekali.
    dukun patah pula,tidak di nafikan banyaklah orang-orang yang patah masa tu atau masa kini kena sentuhan jin atau pendamping
    masa tu mana ada ahli fisiotrapi lagi
    hampir semuanya dukun patah boleh membetulkan semula tulang yang rosak pada suatau masa dulu
    adakah itu ilmu atau jin yang mendamping
    ada dukun patah yang hanya urut daun pisang je,si pesakit dah sembuh

    pas tu kalo nak di kira ilmu lain yg atok sebut tu,boleh di katakan betapa besarnya kesyirikan dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  3. salam

    menarik, banyak pemahaman yang saya dapat dari atuk zamany, semoga atuk zamany sihat-siaht sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Atuk, sya nak minta pandangan atuk ckit mengenai anak buah sya seorang ni, perempuan & masih bersekolah. Nendanya seorang bomoh dan terlibat dengan benda2 khurafat, jin dan saka. Yang tak sedapnya, anak buah saya ni seolah-olah menjadi calon utk mewarisi ilmu setannya secara paksa. Maka sejak kebelakangan ni anak buah saya mulalah perasan benda2 yg ghaib, tak sedar & beberapa perkara yg mengganggu emosi. Ada juga kami cuba mengubat beberapa tempat berdekatan tapi nampak mcm tak berkesan je, munkin belum bertemu jodohnya..
    Dengan ini sya nak mintak atok tolong rekomenkan saya seseorang yg sesuai utk menangani kes-kes sebegini. Kami tinggal di muar, johor.

    Segala respon dan maklumbalas dari atuk didahului ucapan terima kasih.

    wasalam

    ReplyDelete
  5. Menarik sungguh konsep blog atok Zamany kita ini.Unik.

    Terima kasih daun keladi kerana komen artikel cucu ye :)



    ~Srikandi

    ReplyDelete
  6. seremm..serem..mintak di jauhkan sumer mende2 nih..x reti aku..:P salam..

    ReplyDelete
  7. Salam Atok Zamany,


    Terima kasih atas artikel baru ini. Lepas je atok postkan artikel ini 3 hari lepas sy sudah bertandang ke mari, namun belum sempat meninggalkan sebarang komen disini.

    Apapun, semoga Atok Zamany di Rahmati dan di Berkati oleh Allah ats segala jasa baik Atok dalam memberikan pencerahan ilmu di dalam blog ini.

    Atok, kalau tak keberatan, minta atok beri pencerahan terakhir ttg persoalan yg sy kemukakan didalam Bab 4 Ajaran Sesat, ya atok.

    Dan kalau boleh, sy nk minta tolong atok bertandang ke blog saya untuk menjawab sedikit persoalan yg dikemukakan para pembaca didalam ruangan 'Sila Tinggalkan Jejak Anda'. Ia ada kaitan dgn Arikel atok yg lalu ttg Iblis Dan Alamnya. Dan saya tidak dapat menjawab persoalan tsbt dgn tepat, sy takut tersalah tunjuk jalan, nnt jadi bahaya pula. Minta atok selesaikan ya, persoalannya tidak panjang mana.

    Atok rujuk komen di 'Sila Tinggalkan Jejak Anda' di bahagian kanan sidebar blog kami http://bradokapak.blogspot.com yg mana komen tsbt ditulis oleh Tanpa Nama (anon).


    Jasa baik atok Zamany sy dahului dengan Jutaan Terima Kasih. Semoga Atok terus kuat membawa perjuangan ini. Dan bimbinglah saya terus terusan ke jalan yg benar walaupun hanya dari alam maya ini. Dan teruskan penulisan atok sedaya yg mampu. Doakan sy juga ya atok... :)


    WAllahua'lam,
    Wassalam...

    ReplyDelete
  8. Salam semua...

    Kpd zarilla.

    Memeng bagus soalan cucu.. lama dah atok tunggu soalan tu namun baru sekarang cucu yg dapat soal.

    Sebenarnya org2 dulu "brutel" je hidup mereka, pakai langar semacam tak kira, janji selamat, janji sihat. Begitu "lurus" nya dia org sehingga ada yg tak kira halal haram pun ada. Bolehlah dikatakan "nak hidup" atau survaivel punya pasal. Jadi nenek atok tu pun begitu punya cerita. Dia hanya isteri seorg kiayai, guru agama (atok saya la tu) yg menjadi lidah mengtara bercakap kepada kaum wanita bagi pihak guru (suaminya). Sehingga dlm bab sakit, rumah tangga, pencarian hidup pun kena selesai masaalah. Org dulu2 sgt taat pd guru. Jadi guru kena jaga anak2 murid spt anak sendiri. Kira2 anak murid dewasa la ni. Jadi nenek tak pernah belajar bidan dan urut, hanya bila guru (suaminya) suruh dia buat. Atok kwn tu banyak pekara luarbiasa yg jadi pd dia. Jadi dia ajar nenek macam mana sambut kelahiran, mcm mana nak urut (gelingang perut) dan pekara2 yg perlu dia buat semasa melakukan kerja2 tu... sampai dia mahir dlm masa beberapa ketika saja. Jadi dia tak pakai "pendamping" spt dukun dan bomoh yg ada tu. Kebetulan di kg atok dulu tak ada bomoh dan dukun pulak... jadi org tua tu lah kena jadi tukang doktor mereka. Tetapi lepas merdeka kira2 pertengahan th 70an, nenek kena bawa ke singapura utk belajar jadi bidan kg. Dia tahu juga bab teknik moden akhirnya. Tang jadi urut patah pun sama... yg ajar suami dia. Atok kwn tu boleh ajar org, tapi dia sendiri tak boleh buat. Dia pandai bab agama kemudian "terus mata", jadi tahulah banyak pekara yg org tak tahu. Sama lah halnya semasa zaman Jepun dan zaman darurat kominis dulu. Org kita melayu... belajar apa saja janji "selamat", tak kira ilmu apa pun. Klu berjalan sentiasa ada keris atau parang dipinggang... takut jadi apa2. Jadi tang disentuh setan atau hantu tu dah tak kira lagi cu... Lepas anak cucu mereka belajar agama peringkat tinggi baru mereka tahu nak bezakan mana yg boleh dan mana yg tak, mana yg halal mana yg haram. Klu nak kira disentuh setan atau hantu tu, sampai sekarang pu tak habis. Cuba lihat adat istiadat melayu, dlm perkahwinan dan kehidupan mereka seharian ??? betul tak....

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  9. Salam semua....

    kpd innerzahn,

    NI cerita dia nak tranfer saka pd anaksaudara tuan walau tak suka... kira paksalah ni.

    Atok sarankan tanya pd Tuan Guru Tok Mat Janggut ditalian 013 4500007. Anak muridnya ramai. Kalau di Muar tu mungkin ada juga. Tak pun di Melaka. Nanti dia akan beri tahu apa nak buat. Atok tak reti...

    Tk..\\

    Kpd cik srikandi...

    Pertama sekali atok sgt berbesar hati kerana cucu sudi juga datang kat pondok buruk atok ni... tak ada banyak yg atok boleh hidang... biskut kering dgn teh o bujang je. Atok doa semoga cucu selamat dan berjaya dlm perjuangan cucu dirantau org tu... mudah-mudahan Allah sentiasa bersama-sama cucu walau dimana jua cucu berada.

    Kpd org gombak...

    Ada lagi tak habis di Bab 4 tu... nanti atok tengok. atok dah masuk blog cucu dan bagi sikit clue disana... kalau faham. Klu tak kena cari...


    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  10. Salam kepada Atok Zamany,


    Semoga atok sihat dan sejahtera hendaknya. Terima kasih atas artikel terbaru ini atok, dan terima kasih juga kerna sudi menberi respons terhadap soalan2 sy didalam bab4 yg lalu.

    Sy ada beberapa soalan yg hendak ditanyakan kpd atok, sudi kiranya atok memberi pencerahan ttg soalan2 sy ini....


    1, Berdasarkan artikel atok, adakah ilmu yang diberi nama 'Merewang Malaikat' itu duduk didalam katagori ilmu2 yg telah sesat? Atau ia masih boleh diamalkan dan mesti dgn tunjuk ajar guru2 yg bersanad berwasilah? Kerna sy mempunyai satu simpanan kitab ttg ilmu ini... Bagaimana pandangan atok?


    2, Boleh atok ceritakan sedikit, bagaimana orang2 dulu boleh mempunyai ilmu air, ilmu selam spt org2 ayuthia, ilmu pandai besi spt membuat keris picit, ilmu terbang spt pantas di awan, ilmu hilang spt bayang dua muka dll lg? Dari mana ia boleh muncul dan bagaimana org2 nusantara ini mahir dalam bab2 ini? Adakah semua yg sy nyatakan itu juga termasuk drpd 'menurun' atau ada sebahagiannya tidak? Jika ia dikatagorikan dalam 'menurun', bagaimana mereka dapat ilmu2 tsbt dan asal usulnya itu?


    3, Atok pernah ke Shah Alam di syeksyen 17, ada seorang pak tua, kemahirannya merawat zahir dan batin. Tetapi dia hanya menggunakan air sahaja, dijampinya air tersebut dan diberi minum kpd pesakit, semuanya sembuh. Bila ditanya, kenapa guna air shj? Katanya ini cara Nabi Sulaiman AS menyembuhkan penyakit, cara Nabi Syuaib menyembuhkan penyakit kasta nya dll jwpn yg memang menyedapkan hati.

    Tapi persoalannya ialah, sy pernah pergi dan berubat dgnnya. Sy intai2 juga tmpt dia bancuh air dia tu. Kelihatan spt ada rumpai laut dan daun2 yg dicampurkan ke dlm air jampi tsbt... Apa komen atau pandangan atok? Atau atok juga pernah sampai ke tmpt yg sy maksudkan?


    4, Atok pernah dgr mas buluh? Atau apa2 nama seumpamanya? Baru2 ini, ada seorang pak cik dan pembantunya dtg drpd Johor ke kwsn sy di gombak ni, katanya dia jual emas campuran suasa. Yang peliknya, dia jual satu set kelengkapan perhiasan wanita dengan hanya RM10 shj. Bila sy tanya, mana dapat emas banyak2 ni? Pak cik tu hanya gelak2 tersenyum sinis je... Atok pernah dgr cerita seumpama ini? Adakah ia juga tergolong dalam 'ilmu tarik'?


    5, Adakah semua bentuk uzlah, suluk dan menyendiri itu salah? Atau ada bahagian2 yg dibenarkan syarak? Spt yg selalu diamalkan para pendiri tarekat, spt tarekat naqsabandiyah dll... Boleh atok hurai lebih mendalam?

    ReplyDelete
  11. Sambungan soalan drpd cu....

    6, Bagaimanakah kita dapat membezakan sesuatu perkara yg mencarik adat itu duduk dalam landasan yg benar atau yg salah? Spt hendak membezakan antara ilmu lipat bumi dan ilmu pantas diawan? Sudi kiranya atok memberi pencerahan...


    7, Atok boleh cerita sikit mengenai Ruqyah? Baru2 ini sy ada mendengar bacaan2 Ruqyah, mula2 tu elok je, lepas 20 minit sy dgr, dah macam sakit telinga, hati mula panas, marah2, tension, stress dll lg. Mengapa boleh jd begitu atok?

    Sbb, sehari slps sy mendengar terapi Ruqyah tsbt, ada seseorang drpd pihak KISWAH menghantar sy msj, katanya ia permulaan yg baik, teruskan mendengar Ruqyah tsbt, tapi sy tak berani nk teruskan, sbb sakit sgt. Mengapa boleh jadi begitu atok? Boleh atok hurai?


    Setakat itu sahaja dahulu ya atok, sy mohon maaf atas kelemahan sy dlm berbicara dn menuntut ilmu, diharap atok dpt memberi pencerahan yg bermanfaat buat diri sy ini dan semua pembaca lainnya agar kita semua terselamat drpd tipu daya syaitan, iblis dn jin. Sudi kiranya atok beri sedikit nasihat dan panduan utk diri sy agar lebih kuat dlm melalui hari2 mendatang.


    Segala respons baik drpd atok, sy dahului dengan jutaan terima kasih. Maaflah atok kalau panjang sgt soalan cucu ni... Maaf ya atok... :)

    WAllahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  12. walaikumsalam...

    Nampaknya org gombak ni banyak menuntut ilmu dan banyak simpan buku ilmu hikmah... malangnya tak mahu berguru ? tak kemana ilmu2 tu kalau tak ada gurunya. Sanat ilmu yg terputus juga akan mengundang masaalah...

    1) Ilmu "merewang melaikat"... hem.. mana ada malaikat yg buat kerja sampai merewang ? Malaikat buat kerja yg disuruh Allah saja, bukan jadi suruhan manusia. Ia juga pembantu Rasul dan Nabi serta waliallah. Bukan jadi "khadam" manusia biasa mcm kita ni. Merewang bermaksud melayang tak tentu hala. Jadi Malaikat ni melayang tak tentu hala sambil buat kerja yg disuruh manusia...? gitu ke...
    Jika dari segi maksudnya saja sudah merepu... apa tah lagi isinya ?

    Satu lagi... dari mana asal ilmu ini ? ada tak zaman rasul dulu ajar ilmu ni ? atau ada tak Imam atau Ulama Muktabar ASWJ ajar ilmu ni ? kemudian waris ilmu hingga ketangan kamu. Kalau ada... siapa dia tu ? Ulama, Ust, Imam, atau siapa ? Waris atau wasilah itu adakah masih hidup atau dah mati ? Ia mestilah waris yg hidup dan boleh menyampaikan ilmu iyu dengan baik. Jika ia tidak mengenal lagi waris2 yg diatasnya... bereti putuslah sanatnya, maka BATALLAH ilmu itu.

    Ilmu yg telah batal tidak boleh pula diminta sambung kepada guru yg lain aliran yg punya sanat. Ia batal selama2 nya. Jika diambil juga... Iblis akan menjadi "guru" wasilah ilmu itu. Maka "merewang" lah ilmu itu yg dibawa oleh Iblis (dulu iblis adalah juga ketua malaikat).

    2) Kan atok dah cerita dalam Tajuk Iblis dan alamnya, musuh kamu yg paling nyata. Tak faham ke?
    Nama spt Pantas diAwan, atau bayang 2 muka, hantu air dll tu adalah nama Syaitan atau Iblis. Bagaimana mereka dapat... adalah dari ajaran retual pagan Iblis zaman dulu oleh org2 pilihan Iblis spt dukun, pawang, bomoh, batin asli, org saktu spt Sabdo Palon, Nyayi Lorogidul dan siti jenar yg tahu selok belok ajaran ilmu sakti pagan Iblis, yang kemudiannya diajar kepada org ramai dgn retual, sembahan, patigeni, pertapaan, sembahan, pensyaratan, penyerapan, Bersatu dll istilah lagi. Itulah caranya mereka belajar ilmu "sakti Iblis" itu.

    3)Pak Tua tu ialah "Tukang Tiup" moden. Ahli silap mata dan tukang sehir zaman milinium. Jika benar berjuang nak bagi org2 ramai sembuh drp semua penyakit... suruh aja dia tiup air di seluruh empanagn air diseluruh negara, kan senang ??? tak payah susah2 org ramai cari dia, kemudian kenakan pengeras....????

    bersambung..

    ReplyDelete
  13. sambongan...

    4)Bukannya Mas buluh... tetapi "Emas dlm Buluh". Dulu atok pernah nak tengok depa proses emas buluh ni di Termeloh. Katanya ditarek... jadi atok tunggu sampai kesubuh, tak ada apa2 pun. Ia serbok emas bukan barang kemas. Emas dan suasa pun tak tahu nak beza, mcm mana nak tarek emas ? emas tu pure gold 999% emas. Suasa yg telah dicampur dgn tembaga, nickel dan perak jadi hanya 370% emas. Jadi klu nak jual ikut harga sekarang 1gm = rm145 utk emas tulin. Kita kena timbang set brg kemas itu berapa beratnya. Jika em10 saja.. misti ada yg tak kena. Jgn je lepas 7 hari ia bertukar Hitam, atau kena uji emas tu.. betul emas atau perak atau aloi (campuran metal) yg dicelup emas ????

    5) Uslah yg benar adalah sunat, zaman Rasullah disebut "Iktikaf" (menyendiri dlm mengingati Allah) samaada didlm Misjid atau ditempat2 tertentu atau diRumah. Kemudian diMesjidnya juga ramai yg suka membuat amalan2 sunat yg dipantau oleh Rasullah juga.. jadi inilah yg menjadi ikutan hingga kehari ini. Kemudian didalam Tarikat juga dipanggil Uslah, readah, iktikaf yg dikelola oleh guru. Bukan main sembarangan je. Kafiatnya juga ada seperti peninggalan Kenjeng Sunan Wali sembilan dulu jika di Indonesia kalau diMalaysia ramai yg ambil Kafiat drp Tok Kenali.

    6) Sangat jauh bezanya... Pantas diawan tu bukan Ilmu, ia dampingan. Ia nama Jin/ Syaitan. Kamu bersahabat dgnnya maka kamu boleh buat benda2 pelik. Ilmu lipat bumi adalah amalan tampa kehendak dan tujuan utk "lipat bumi". Tak Faham ?? Ia adalah amalan readah dan sunat2 sahaja. Maka jika mendapat "REDHA" Allah saja maka kamu dikurnia "Makwanunah" (pertolongan) spt itu. Mengamalnya juga kena berguru yg ada wasilah dan rabitah, jika tidak akan menjadi ilmu sesat juga. Justru kena ada guru juga. Membezakan nya sangat mudah...kena tahu asal usul ilmu tu, Kena tahu sanat perguruan itu, kena tahu salasilah guru tu, kena tahu pewaris2 ilmu itu, kena tahu kesan2 peninggalan ilmu itu.

    bersambong...

    ReplyDelete
  14. sambongan...

    7)Rukiah... sama juga macam menurun. Panggil jin (islam atau kafir) berdampingan, atau "menyerap" masuk dlm badan. Macam al Arkam dulu... imamnya kan berukiah hingga mengatakan bertemu Rasullah dan mendapat mandat mengantikannya. Ia juga boleh diketegorikan sebagai Tanasalul Arwah dgn membuat atur cara "seru" dan "puja" walaupun tidak nampak mcm tu... sedangkan dialam rohnya begitu. Sampai satu ketika boleh masuk "isim"... menjadi taksub dgn Isim (nama Jin/syaitan) hingga terkeluar drp ajaran Islam tampa disedari. Inilah bahayanya ilmu itu, takut mati tampa sempat bertaubat nasuha. Boleh saja jadi Murtad...

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  15. Salam kepada Atok Zamany,

    Terima kasih atas penjelasan dan nasihat drpd atok. Tu lah atok, sy ni mmg nk cari mursyid tok, tp macam tak diizinkan je tok... Atok boleh beri nasihat kpd sy tak? Semoga sy selamat diatas Landasan yg benar...

    Tentang jawapan drpd atok tu, kalau macam tu sy dah fahamlah. Tapi ada sedikit lg nak tanya ni tok....

    Tentang ilmu merewang malaikat tu, kalau menurut bahasa jawa, merewang tu bukan ke maksudnya berkerja sama atau gotong-royong? Dan dalam kitab ni ada juga tercatat sebagai 'Ilmu Merewang Malaikat' dibawahnya tertulis 'Khadam Diri'.... Yang peliknya, dalam tu ada banyak rajah2 dan corak2 utk tangkal dan azimat, tapi ada juga terselit didalamnya Ratib spt Ratib Al-Haddad dan Ratib Nawawi... Sbb tu sy tanya kat atok, minta pandangan atok..

    Atok, kalau ilmu mujarobat macam mana pula tok? Sblm ni atok dh terangkan, blh terangkan lg dgn mendalam? Bukan apa tok, kat rumah sy ni banyak tersimpan kitab2 lama tok. Dari ilmu hikmat perang hinggalah Kaifiat ayat2 Al-Qur'an. Cumanya sy tak berani nak amalkan je...

    Tentang emas buluh tu, sy dah timbang, sekitar 10gram je tok. Dan mmg mereka jual RM10 je kpd sy dan benda tu sudah diuji, dicurah asid, tak bertukar jadi hitam atau rosak. Dan dah dekat 2 bulan dah, tapi masih elok tersimpan....


    Atok, yang pasal Rukiah tu, betul ke yg atok ceritakan tu? Sy tanya pasal Ruqyah tok, bukan Rukiah? Sebab menurut rakan2, guru2 dan org dari pusat rawatan Islam, kata mereka Ruqyah ini utk menolak gangguan halus dan meninggikan aura tubuh melemahkan aura luar spt jin, iblis dll. Boleh atok semak balik dan terangkan kembali tentangnya?

    Atok kenal Ustaz Hayat Naqsyabandi? Dari Pusat Terapi KISWAH Ruqyah Syar'iyah... Ust ni antara org yg pegang sanadnya.

    Apapun, terima kasih kepada atok zamany sebab sudi melayan cucu atok yang banyak karenahnya ni. Besar pahala Atok tolong orang ni tau... Semoga jasa baik atok dibalas oleh Allah swt dengan balasan yang besar... Amiin... :)


    Salam kepada Atok Zamany...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  16. Salam cu....

    Ilmu Merewang Melaikat itu adalah ilmu ciptaan, ia bukan dari ilmu hikmah turunan para Wali atau Ulama Muktabar. Atok dah tengok kitab yg sama di semarang satu masa dahulu. Ia adalah ilmu merasap atau dampingan. Logik ke kita mengkhadamkan Malaikat ? Adakah kita golongan yg di BENAR kan untuk bersekutu atau bersahabat dgn Malaikat ? adakah kita dari golongan Wali, Nabi atau Rasul ? Jgn silap membuat kenyataan ??? dan jika ilmu itu benar... sila nyatakan wasilah dan rabitah ilmu ini ?

    Segala wirid dan ratib yg terdapat disitu adalah di cedok masuk sedangkan ratib dan wirid itu adalah untuk kegunaan yg lain. Banyak ilmu yg begini bentuknya dipasaran. Akhirnya siapa yg akan tanggung masaalah ??? siapa juga yg beramal lah yg akan menaggung masaalah. Awak tak kenal beza warna Malaikat dan Jin, kemudian ia hadir dihadapan kamu. Kamu ingat itu dah benar... walhal ia adalah palsu. Bagaimana nak kamu buat ??? Guru tak mampu buat apa2 dikala itu, kerana yg berhadapan ialah kamu sendiri ??? akhirnya kamu terima perjanjian itu... maka terjebaklah kamu selama2nya. Fikirkan baik2.....

    Kitab Ilmu Tabib Mojarabat juga adalah Ilmu Hikmah. Ia juga kena berguru dan mesti ada wasilah. Mengambil ilmu ini mestilah murid yg ada pengalaman dan telah lama berguru. Bukan sembarangan. Murid yg tiada guru spt kamu tidak boleh belajar ilmu ini... nanti masuk isim. TaK payahlah kamu belajar ilmu hikmah... cari ilmu usul, Ilmu Tauhid dan belajar dari bawah. Yg penting kena cari guru...

    Tentang emas tu... klu dah betul, kaya lah kamu. 10gram harganya hampir 1,200 yg kamu beli cuma rm10 saja. Jadi untung besar tu... bolehlah jadi taukey emas ???

    RAQYAH.... TAK tahulah atok pasal ilmu ini. Tak pernah pulak ada cara spt itu untuk menhindarkan diri dari makhluk halus. Sebab makhluk halus ni lebih tahu pasal ayat Quran, pasal aura, cahaya, pasal hikmah, mereka tak heiran dgn ayat, jampi dan mentera atau wafaq ayat. Mereka lebih dulu tahu ilmu tu. Yg paling utama kena ingat segala ayat, jampi, mentera, doa, zikir, ratib, ahzab, adalah mohon perlindungan Allah... bukan nakkan ilmu menghindar Jin. Ini satu kesilapan besar kerana "mind set" yg salah akan membawa kepada benda yg salah juga.

    Atok tak kenal akan Ust tu dan atok juga tak pernah ke pusat rawatan itu... jadi minta maaf, atok tak dapat kata apa2 pasal pekara ini. Cuma jika ada sanat... cuba tanya sampai mana sanat atau waris dan pewaris naik keatas... bertemu tak dgn Imam Muktabar ASWJ. Kalau bertemu... betulah tu, kalau tak.... putuslah sanatnya.

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  17. salam atok..
    sy ingin mintak pndangan atok mngenai ssuatu pertubuhan silat yg mengenakan bayaran smpai beratus2...mcm mana ni atok? duit duit duit..

    ReplyDelete