Saturday, January 12, 2013

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 17



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....


FASAL B- AKHIRAT DAN KIAMAT .


BAB 29 : BAGAIMANAKAH CARANYA SOALAN DITANYA KEPADA SESEORANG HAMBA.


Firman Allah didalam surah al-Israa' ayat 36 yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan".

Firman Allah didalam surah Yunus ayat 23, mafhumnya ;

"Kemudian kepada Kamilah (tempat) kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan ". 

Firman Allah didalam surah ath-Thaghabun ayat 7, mafhumnya ;

" Katakanlah,'Memang, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan ".

Firman Allah didalam surah Zalzalah ayat   7-8, mafhumnya ;

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikkan seberat zaharah pun, nescaya dia akan melihatnya (balasannya). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zaharah pun, nescaya dia akan melihatnya (balasannya)".

 Firman Allah didalam surah at-Takatsur ayat 8 mafhumnya ;

"Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan didunia dahulu)".

Telah diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Abu Hurairah ra. bahawa ketika turunnya ayat (diatas tadi) "Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan didunia dahulu)". Para sahabat bertanya. Ya Rasulullah, nikmat apa yang akan ditanya kepada kami, kerana sesungguhnya mereka berdua adalah pemimpin yang berani, musuh telah tiba dan senjata telah berada ditangan kami ?". Baginda menjawab, "Sesungguhnya hal itu pasti akan terjadi ".
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya pertanyaan pertama yang akan diajukan kepada seseorang hamba dihari kiamat nanti ialah, bukankah tubuhmu telah memberi nasihat ? Dan bukankah kamu telah merasakan segarnya air yang dingin ?". Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu'aim dari hadis al-A'masy dari Abu Wa'il Syaqiq dari Abdullah bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap langkah yang dihayunkan oleh seseorang hamba akan ditanyakan apakah tujuannya ".

Kemudian diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abu Barzah al-Aslami bahawa Rasulullah bersanda, "Pada hari kiamat kelak sepasang tapak kaki seseorang hamba tidak akan bergesir sebelum ia ditanya tentang empat pekara. Tentang umurnya, untuk apakah ia dipanjangkan ?. Tentang jasadnya, kenapakah ia dirosakkan?. Tentang amalnya, apakah yang elah ia lakukan ?. Tentang hartanya, dari mana didapatkan dan untuk apa ia dibelanjakan ?".

Diriwayatkan oleh Abu Barzah dan Abu Sa'id dari Muhammad Abdul Wahab dari al-Hijab Abul Hasan Ali Bin Muhammad bin Ali al-Allaf, dari Abul Qasim Abul Malik bin Muhammad bin al-Mu'dil dari Abu Bakar Muhammad ibnul Husain al-Ajuri, dari Abu Sa'id al-Fadhal bin Muhammad al-Jundi, dari Shamit bin Mu'adz al-Jundi, dari Abdul Humaid, dari Sufyan bin Sa'ad ats-Tsauri, dari Shafwan bin Sulaim, dari Ady bin Ady, dari ash-Shabaji, dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak, sepasang tapak kaki seseorang hamba tidak akan bergesil sebelum ia ditanya tentang empat pekara. Tentang umurnya, apa yang dia lakukan pada umurnya yang dipanjangkan ?. Tentang masa mudanya, apa yang dia habiskan diwaktu mudanya ?. Tentang hartanya, dari mana ia didapatkan ?. Tentang amalnya, apa yang telah dilakukannya ? ".

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayub, dari Ahmad bin Khalid at-Halati, dari Yusuf bin Yunus al-Afthas, dari Sulaiman bin Bilal, dari Abdullah bin Dinar, dari Ibnu Umar bahawa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Pada hari kiamat kelak, Allah akan memanggil seseorang hamba diantara hamba-hamba Nya. Setelah ia berada dihadrat Nya, Allah akan berfirman tentang kedudukannya sebagaimana Allah berfirman tentang amalanya '".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Shafwan bin Muharaz dahawa sesorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar, "Bagaimana yang kamu dengar dari Rasulullah tentang an-Najwa (dialog rahsia)?". Ibnu Umar menjawab, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Pada hari kiamat nanti, seorang mukmin didekatkan kepada Allah. Setelah Allah meletakkan tabir pada hamba Nya itu, dan setelah hamba Nya itu telah mengakui akan dosa-dosanya, Lalu Allah berfirman, 'Apakah kamu mengenalinya (dosa-dosa itu)?'. Ia menjawab, ' Ya Tuhanku, aku mengenalinya'. Allah berfirman, 'Tetapi Aku telah menutupinya semasa didunia, dan hari ini Aku telah mengampuninya untukmu'. Maka ia diberikan kitab amal kebajikannya. Ada pun orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, Allah akan memanggil mereka diatas kepala para makhluk. Mereka itulah orang-orang yang suka berdusta kepada Allah '". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, tetapi terdapat tambahan dibahagian akhirnya iaitu firman Allah didalam surah Huud ayat 18 mafhumnya;

"Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka. Ingat,kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim ".

Diriwayatkan dari hadis Saidina Ali bin Abu Talib Karamul Taalaanha bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung akan berduaan dengan seseorang hamba Nya yang beriman. Setelah memeriksa dosa-dosanya satu per satu, Allah kemudian mengampunkan (semua dosa-dosa itu) tampa dapat dilihat oleh Malaikat yang dekat dengan Nya dan juga oleh seorang Nabi yang diutus (sekalipun). Setelah menutupi semua dosa-dosanya yang tidak disukai Nya itu, kemudian Allah berfirman kepada kejahatan- kejahatannya, 'Jadilah kamu kepada kebajikan-kebajikan' ". Menurut penulis, hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Diriwayatkan oleh Abul Qasim alias Ishak bin Ibrahim al-Khatali yang disebut didalam kitabnya yang bertajuk 'Ad-Dibaj', dari Harun bin Abdullah, dari Sayyar, dari Ja'far, dari Ibu Imran al-Jauni dari Abu Hurairah ra. bahawa ia berkata (merujuk kepada hadis diatas tadi ) "Pada hari kiamat nanti, Allah akan mendekati seorang hamba (yang soleh dan beriman). Setelah memasang tabir padanya sehingga ia tertutup dari (pandangan dan pengatahuan) seluruh makhluk. Allah kemudian menyerahkan kitab amalannya dari balik tabir dan berfirman, 'Bacalah kitabmu, wahai anak Adam '. Ketika membaca tulisan amal kebajikannya, wajahnya berseri-seri dan ketika sampai membaca amal keburukkannya, wajahnya bertukar menjadi hitam pucat. Kemudian Allah bertanya kepadanya, 'Apakah kamu mengenalinya wahai hamba Ku ?'. Ia menjawab, 'Ya, aku mengenalinya Tuhanku'. Allah berfirman, 'Aku lebih mengenalinya daripada kamu, tetapi Aku telah pun mengampuninya untuk kamu'. Apabila mengatahui saja kebajikannya telah diterima dan segala kejahatannya telah Allah ampuni, ia pun sujud tampa diketahui oleh seluruh makhluk sehingga mereka tertanya-tanya. Sungguh amat beruntung seorang hamba yang tidak berbuat durhaka sama sekali, dan makhluk tidak tahu kata-kata rahsia yang terjadi antara Allah dengannya ".

......................................................

PENDAPAT PENULIS:

Mereka-mereka yang dimaksudkan didalam hadis diatas ini adalah dari kalangan orang-orang abadi, solehin, ikhlas, wara', zuhud dan diantara orang-orang pilihan Allah semasa didunia lagi. Mereka "kenal Allah", suka bersendirian dalam ibadah, bersuluk, uslah, readah, tersembunyi dalam ikhlasnya, sangat halus dan detail dalam ibadahnya. Berdiam diri dalam khalayak dan sangat kurang bercakap. Keperbadiannya sangat luhur dan lurus kehidupannya. Ada diantara mereka langsung tidak dikenali oleh semua manusia tetapi seluruh langit amat mengenalinya. Mereka ada diantaranya yang digelar Waliallah, orang-orang Mutaqin, Arifin dan Solehin. Semua ciri-ciri ini banyak diceritakan oleh kiyai-kiyai, guru-guru dan orang-orang alim dimana-mana kerana ingin menjadikan mereka contoh teladan dan menjalani kehidupan dunia ini. Mungkin kerana sentiasa menyembunyikan diri semasa hidup didunia, maka Allah akan sembunyikan dirinya dari pandangan dan pengatahuan khalayak makhluk semasa diakhirat kelak. Jika benar begitu, bererti ia merupakan satu anugrah yang amat tinggi martabatnya disisi Allah.. Allahuakbar.. Allahuakbar!!! Inilah golongan yang disebut didalam al-Quran sebagai satu golongan yang dimasukkan kedalam syurga tampa hisab. "YA ALLAH MASUKKANLAH KAMI SEMUA DIDALAM GOLONGAN INI DI AKHIRAT KELAK... AMIN,... AMIN... YARABALALAMIN". Waallahua'lam.

...................................................... 

 Diriwayatkan oleh Abdul Wahab al-Qarsyi, dari al-Hafizh as-Salafi, dari al-Hajib Abul Hasan ibnul A'la, dari Abul Qasim bin Bisyran, dari al-Ajuri, dari Abu Abdullah alias Muhammad bin Ahmad bin Musa as-Sunaiti, dari Ahmad bin Abu Raja' al-Mashishi, dari Waki' ibnul Jarah, dari al-A'masy, dari al-Ma'rur bin Suwaid, dari Abu Dzar bahawa Rasulullah bersabda, " Pada hari kiamat kelak, seorang lelaki didatangkan, lalu dikatakan kepada Malaikat, 'Perlihatkan kepadanya dosa-dosanya yang kecil dan sembunyikan dosa-dosanya yang besar'. Kemudian dikatakan kepadanya, 'Pada hari yang lain kamu telah melakukan perbuatan ini. Pada hari ini kamu melakukan perbuatan ini '. Ia pun mengakui dan tidak memungkirinya. Oleh kerana kasihan, dosa-dosanya yang besar tetap disembunyaikan. Dan ketika Allah menghendakinya baik, lalu berfirman, 'Berikan kepadanya kebajikan pada setiap keburukannya'. Dengan penuh bersemangat ia berkata, 'Ya Tuhanku !, dosa-dosa kepunyaan ku telah tidak kelihatan lagi dimana-mana' ".

Kata Abu Dzar, "Saat itu aku melihat Rasulullah tersenyum sehingga kelihatan gigi-gigi depan baginda. Kemudian baginda membaca firman Allah didalam surah al-Furqan ayat 70 mafhumnya; 

"Maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan ".

FAKTA:

Sabda Nabi saw., "Pada hari kiamat nanti sepasang tapak kaki seorang hamba tidak akan bergesil sebelum ia disoal ". Kenyataan ini bersifat umum, kemudian ia diperjelaskan lagi oleh riwayat dari baginda yang lebih jelas lagi yang akan diterangkan kemudian. "Ada tujuh puluh ribu orang dari umatku yang akan dimasukkan kedalam syurga tampa hisab ". Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Pekara ini juga telah difirmankan Allah kepada Nabi saw melalui sebuah riwayat, mafhumnya;

"Melalui pintu kanan Aku akan memasukkan syurga tanpa hisab beberapa orang dari umatmu....". 

Ia juga difirmankan Nya didalam surah ar-Rahman ayat 14 yang mafhumnya,

"Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki-kaki mereka." 

Sabda Nabi saw, "Dan tentang amalnya, apa yang telah dilakukan" menurut saya ia sangatlah menakutkan kata Imam al Qurthubi berkenaan hadis diatas. Persoalannya ialah ia bersangkutan dengan sesuatu pekara yang dilakukannya, bukan sekadar yang diucapkan oleh manusia itu, kerana Baginda Rasulullah tidak bersabda, contohnya seperti "Dan tentang amalnya, apa yang telah ia dikatakan". Oleh itu ia bermaksud supaya seseorang hamba mestilah memerhatikan semua perbuatan yang telah ia lakukannya. Samada ia benar-benar ikhlas kerana Allah hingga ia termasuk kedalam golongan terpuji atau sebaliknya. Seperti firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 177, mafhunnya ;

"Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) ".

Dan didalam surah al-A'raaf ayat 169, mafhumnya; 

"Maka, datanglah sesudah mereka genarasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat ".

 Dan dialam surah al-Baqarah ayat 44 yang mafhumnya;

"Adakah patut kamu menyuruh manusia berbuat kebaikkan dan kamu melupakan diri kamu sendiri, sedang kamu membaca al-Kitab (Taurat). Tidakkah kamu memikirkannya ?".

Kemudian firmanNya didalan surah ash-Shaaf ayat 2 dan 3 mafhumnya ;

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat ?. Amat besar kebencian disisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat".  

Terdapat beberapa riwayat hadis yang mempunyai maksud yang sama seperti ayat-ayat diatas tadi dan insyaallah akan dijelaskan didalam perbahasan mengenai tajuk Neraka nanti.

Sabda Nabi saw., "Allah menurunkan tabir padanya ". Ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada hamba Nya yang beriman. Dalam pertemuan itu, Allah bertanya dengan lembut, "Adakah kamu mengenali dosa-dosamu ini ?. Hamba itu menjawab, "Ya, aku memang mengenalinya, ya Tuhanku". Lalu Allah berfirman dengan penuh kasih sayang, "Janganlah kamu bersedih kerana Aku tidak memperkatakannya semasa didunia sehngga ia diketahui banyak manusia, dan pada hari ini aku mengampuninya ". Hadis daif riwayat Abu Nu'aim. Hal ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari al-Auza'i dari Bilal bin Sa'ad bahawa dia berkata "Sesungguhnya Allah mengampuni dosa, tetapi tidak menghapuskannya dari lembaran kitab amal perbuatan hamba itu sebalum hal itu diperlihatkan kepada siperlakunya pada hari kiamat kelak, walaupun ia sudah bertaubat daripada dosa-dosa itu ".

Menurut Imam al-Qurthubi, pekara tersebut tidak bertentangan dengan beberapa ayat Quran dan ada sebuah hadis menyatakan bahawa untuk menggantikan kejahatan dengan kebaikkan haruslah dengan bertaubat. Barangkali juga hal ini mengandungi pengertian, iaitu setelah amal-amalnya diperlihatkan kepada Allah. Waallahua'lam.

Ada yang berpendapat, maksud kepada hal diatas tadi ialah pelanggaran kepada dosa-dosa kecil. Manakala ada juga yang berpendapat ia adalah bermaksud kepada dosa-dosa besar yang bersengkautan dengan Allah. Sebab jika dosa besar yang bersangkutan dengan manusia, maka untuk menggantikan keburukan dengan kebakikan harus melalui proses Qisas, yang akan diperjelaskan kemudian nanti. Kemudian ada juga pendapat,ia adalah kerana perasaan batin yang  beranggapan buruk kepada Allah yang tidak dapat dibendung oleh seseorang hamba itu.

Pendapat terakhir tadi adalah pendapat pilihan oleh ath-Thabari, an-Nuhas dan beberapa ulama lain. Menurut mereka, pendapat ini telah difirmankan Allah didalam surah al-Baqarah ayat 284 yang mafhumnya;

"Dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hati kamu, atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu ". 

Oleh itu ayat ini masih ditetapkan, bukan dimansuhkan atau pun dibatalkan. Waallahua'alam.

Mengenai beberapa hadis dan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan permasaalahan ini telah saya (Imam al-Qurthubi) jelaskan kesemuanya didalam kitab saya bertajuk "Jami' Ahkam Al-Quran wa al-Mubayyin li ma Tadhammana min as-Sunah wa ay Al-Quran". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud bahawa ia berkata "Dosa seseorang hamba yang ditutupi oleh Allah didunia, juga akan ditutupi Nya semasa diakhirat". Perkataan ini diambil dari hadis berkenaan dialog rahsia antara Allah dengan seseorang hamba Nya yang beriman dan juga dari sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim, "Tiadalah Allah menutupi aib seseorang hamba didunia kecuali Dia pun menutupinya pada hari akhirat kelak ".

Disebut didalam Sahih Muslim sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda "Barang siapa yang menutupi aib seseorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya didunia dan akhirat ". Dipetik dari sebuah riwayat yang lain, "Barang siapa menutupi cela seseorang muslim, maka Allah akan menutupi celaan Nya diakhirat nanti ".

Dari firman Allah yang telah dikupas oleh Nabi saw, "Aku telah menutupinya didunia dan hari ini Aku telah mengampunkannya", dalam hadis hasan li gharib riwayat Ibnu Majah, adalah membenarkan pendapat ulama-ulama Ahli Sunah Wal Jamaah yang mengatakan bahawa tersangat mungkin Allah tidak jadi melaksanakan hukuman Nya terhadap orang-orang beriman yang durhaka. Tetapi menurut Ibnul Arabi, pekara itu adalah merupakan kebanggaan bagi orang-orang Arab. Sedangkan bagi Allah Yang Mahakuasa, Mahasuci dan Mahabenar, berita itu harus dibuktikan baik yang menyangkut kepada pahla ataupun seksaan.

Semantara ada juga ulama yang berpendapat bahawa ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang janji dan ancaman Allah itu yang bersifat umum dan mutlak. Tetapi kemudiannya ditafsir oleh syariaat, dan diterangkan oleh Allah pada ayat-ayat lain didalam al-Quran seperti melalui surah an-Nisaa ayat 48, mafhumnya ;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki Nya ".

Melalui surah ar-Ra'd ayat 6 yang mafhumnya;

"Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zalim ".

Melalui surah al-Mu'min ayat 1-3 yang mafhumnya ;

"Haa Mim. Diturunkan Kitab ini (al-Quran) dari Allah Yang Mahaperkasa lagi Maha Mengatahui. Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman Nya, Yang Mempunyai kurnia. Tiada Tuhan selain Dia ".

Juga ditambah lagi dengan Syafaat yang dikurniakan Nya kepada Nabi Muhammad saw sebagai satu kemuliaan dan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya (boleh memberi Syafaat), selain dari Allah itu sendiri.


 BAB 30 : ALLAH BERDAILOG TERUS DENGAN HAMBA TAMPA PENTERJEMAH.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Ady bin Hatim bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapan pun diantara kamu akan diajak berdailog oleh Allah tampa ada penterjemah. Hanya amalan yang telah ia lakukan saja yang menjadi penentu samada ia termasuk golongan beruntung ataupun celaka. Ketika ia memandang kehadapan ia hanya melihat Neraka terpampang luas dihadapannya. Oleh kerana itu takutlah kamu semua akan Neraka, walaupun hanya dengan sebutir kurma".

Riwayat yang lain diketengahkan oleh Ibnu Hajar, dari al-A'masy, dari Amr bin Marrah, dari Khaitsamah, dari Ady bin hatim dengan ada tambahannya dibahagian akhirnya, ".....Dan walaupun hanya dengan kalimah yang baik ". Hadis ini juga telah diriwayatkan Bukhari dan Tirmidzi yang menganggapnya sebagai hadis hasan sekalipun sahih.

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dari Ismail bin Muslim, dari al-Hasan dan Qatadah, dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat nanti seseorang manusia dibawa dan dihadapkan kepada Allah. Allah bertanya kepadanya, "Aku telah memberimu anugerah, kurnia dan kenikmatan. Lalu apa yang telah kamu perbuat ?". Ia menjawab, "Wahai Tuhanku, aku telah menghimpun semua pemberian Mu itu. Ia telah berkembang menjadi sangat banyak yang telah aku tinggalkan didunia. Tolong izinkan aku kembali kedunia, nanti aku akan datang kepada Mu dengan membawa itu semua ". Allah berfirman, "Perlihatkan saja kepada Ku, apa yang boleh kamu tampilkan ? ". Oleh kerana dia ternyata tidak mampu untuk menampilkan satu kebaikkan sekali pun, maka dia diperintahkan untuk dibawa ke Neraka ".

Hadis  serupa telah juga diperkatakan oleh Ibnul Arabi didalam kitabnya yanjg bertajuk 'Siraj al-Muridin' dengan tambahan dibahagian akhir "...Seolah-olah dia seperti anak domba yang ringkih". Riwayat ini juga lebih detail dari riwayat yang sebalumnya kerana menyebut kenyataan, "Setiap orang yang diantara umatmu yang masuk Syurga tampa hisab, ia akan diajak berkata-kata oleh Allah.....". Waallahua'lam.

Kata Imam al-Qurthubi, Wahai saudaraku, cubalah kamu renungkan, Allah menyebutmu secara langsung " Wahai hamba Ku, apakah kamu tidak merasa malu kepada Ku ?. Kamu merasa malu terhadap makhluk dan berusaha memperlihatkan kebaikkan kepada mereka. Tetapi, tidak kamu lakukan kepada Ku. Adakah dimatamu Aku ini lebih remeh daripada mereka ?. Aku cuba memandangmu dalam diam-diam, tetapi kamu tidak mahu memperdulikannya. Bahkan, kamu lebih tertarik memandang selain dari Ku. Bukankah Aku lah yang telah memberimu kenikmatan-kenikmatan didunia itu ?. Apakah yang telah memperdayamu berbuat kepada Ku seperti itu ? ".

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dan ath-Thabrani dari Ibru Mas'ud bahawa ia berkata, "Setiap dari kamu akan diajak berduaan dengan Allah dengan mesra, semesra salah seorang dari kamu yang sedang berduaan dengan kekasih dibawah rambulan purnama. Kemudian Allah berfirman, 'Wahai cucu Adam, apakah yang telah mempedaya kamu berbuat seperti itu kepada Ku ?. Wahai cucu Adam, apa yang telah kamu lakukan terhadap apa yang telah Ku ajarkan kepadamu ?. Wahai cucu Adam, kenapa kamu tidak penuhi seruan para Rasul-rasul Ku itu ?.Wahai cucu Adam, bukankah Aku selalu mengawasi matamu, tetapi kamu menggunakannya untuk memandang pekara-pekara haram bagimu?. Bukankah Aku selalu mengawasi telingamu ? (Demikianlah seterusnya dengan anggota-anggota badan yang lain). Bagaimana dengan rasa malumu atas semua kenikmatan-kenikmatan yang telah diberikan kepadamu dan kedurhakaan serta keburukan-keburukan lain yang kamu lakukan ?. Jika kamu mengingkari semua itu, maka anggota-anggota tubuhmu itu akan memberi kesaksian yang benar ' ".

 Oleh kerana itu, kita hendaklah selalu berlindung kepada Allah dari kata-kata keji dihadapan makhluk atas kesaksian anggota- anggota tubuh badan kita sendiri. Tetapi Allah telah berjanji akan menutup malu orang-orang yang beriman hinggalah tidak boleh dilihat kepada yang lain seperti yang telah saya (Imam al-Qurthubi) sebutkan diatas tadi. Ini merupakan anugerah dari Allah kepada orang yang beriman itu.

Adakah Allah juga berdialog dengan orang-orang kafir ketika sesi menghisab mereka diakhirat kelak ?. Pekara ini telah mencetuskan perbezaan pendapat dan penjelasannya telah diperkatakan sebelum ini didalam bab mengenai nama-nama lain hari kiamat yang lalu. Tetapi ia akan juga dijelaskan nanti didalam bab kesaksian angota tubuh badan orang-orang kafir dan munafiq serta pertemuan mereka kehadrat Allah Rabuljalil.

FAKTA:  

Sesungguhnya Allah SWT memberitahu kepada seklian manusia bahawa-sanya semua amal perbuatan mereka akan dibalas dan dihisab seadil-adilnya kelak. Allah juga telah memberitahu kepada kita semua bahawa Dia akan memenuhkan Neraka itu dengan makhluk Jin dan manusia. Tetapi, Dia sama sekali tidak memberitahu tentang balasan pahla dan hisab untuk golongan Jin. Oleh itu bagaimanakah pendapat anda semua ?. Adakah Allah juga akan akan berdialog dengan mereka ?.

Jawabnya ialah, sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu kepada kita semua bahawa golongan Jin dan manusia itu akan ditanya tentang amal perbuatan mereka seperti firman Nya didalam surah al-An'am ayat 130 yang mafhumnya ;

"Hai sekelian jin dan manusia, tidakkah sampai kepadamu Rasul-rasul diantara kamu yang memberitakan ayat-ayat kepadamu dan memberi peringatan kepadamu akan menemui hari ini ?. Sahut mereka: kami mengakui kesilapan diri kami. Mereka terpadaya oleh kehidupan didunia dan mereka mengakui kesalahan diri mereka. Sesungguhnya mereka itu orang-orang kafir ".

Ini merupakan salah satu contoh pertanyaan dari Allah SWT kepada makhluk Jin. Oleh itu, mereka juga termasuk dari golongan yang bakal terkena hisab Allah juga. Penggunaan perkataan "mimkum" yang bermaksud 'diantara kamu' didalam ayat diatas tadi dan dari beberapa ayat al-Quran yang lain adalah merujuk kepada golongan manusia dan juga Jin. Ia adalah sebagai peringatan kepada kedua-dua golongan ini yang mempunyai banyak persamaan didalam hal yang bersangkutan dengan pahla dan seksaan. Oleh itu hisab bagi golongan ini dijadikan sama seolah-olah mereka adalah satu golongan dan mereka juga dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah seperti didalam firman Allah didalam surah adz-Dzariyat ayat 56 yang mafhumnya ;

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah kepada Ku ".

 
 Permasaalahan pahla dan seksaan itu adalah berkait rapat dalam soal pengabdiaan atau penyembahan dan ibadah. Golongan ini hanya terpisah disebabkan asal kejadian mereka masing-masing sahaja iaitu jin dijadikan dari nyalaan api manakala manusia dari tanah. Ia sememangnya jauh berbeza. Sedangkan dibahagian yang lain golongan jin ini juga sama seperti golongan manusia. Mereka ada yang beriman dan juga yang kafir. Iblis itu juga merupakan musuh yang paling nyata bagi mereka dan juga manusia. Iblis amat memusuhi golongan jin yang beriman, tetapi amat sayang kepada yang kufur. Golongan jin juga menpunyai bermacam-macam aliran seperti manusia juga. Mereka juga menganut fahaman seperti Syiah, Qadariyah, Murji'yah dan lain-lain seumpama manusia juga. Pekara ini telah dijelaskan didalam firman Allah didalam surah al-Jin ayat 11, mafhumnya;

"Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza ".

Kemudian sesetengah ulama mengatakan dalilnya didalam surah al-Baqarah ayat 83 yang mafhumnya;

"Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni Syurga dan mereka kekal didalamnya ".

Ia merujuk kepada golongan jin dan manusia, maka seperti juga kedaannya manusia, golongan jin juga termasuk didalam janji Allah untuk masuk Syurga. Kemudian ada pula yang  bertanya, 'Apa hikmahnya disebut jin dan manusia didalam sesuatu ayat yang menyentuh berkenaan ancaman sedangkan golongan jin ini tidak disentuh langsung didalam soal janji ? '.

Jawapannya, sebenarnya  golongan manusia mahupun jin masing-masing telah disebut berkenaan dengan janj Allah itu. Contohnya seperti firman Allah didalam surah al-Ahqaf ayat 18 dan 19 yang mafhumnya ;

" Mereka itulah orang-orang yang telah berhak perkataan (seksa) untuk mereka, termasuk umat-umat yang telah lalu sebelum mereka, iaitu diantara jin dan manusia. Sungguh mereka itu orang-orang merugikan"

" Untuk masing-masing mereka ada beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang telah mereka amalkan, dan supaya Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka, sedang mereka itu tiada teraniya ".

 Ada ulama yang menyatakan bahawa samada golongan jin atau manusia masing-masing akan menerima kitab mereka dari Allah didalam Neraka. Kenyataan ini berdasarkan firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 22, mafhumnya;

"Berkata Syaitan, setelah diputuskan hukuman itu (dihisab). Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku dengan janji yang benar dan aku pula telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku memungkiri janjiku. Tidak ada kekuasaan bagiku keatasmu, kecuali bahawa aku menyerumu, lantas kamu terima. Sebab itu janganlah kamu mencercaku dan cercalah diri kamu sendiri, Aku tiada dapat menolong mu, dan kamu tiada dapat menolongku. Sesungguhnya aku ingkar akan apa yang kamu persekutukan dengan ku dimasa lalu. Sesungguhnya untuk orang-orang aniaya siksaan yang pedih ".

Juga firman Allah didalam surah Qaaf ayat 27, mafhumnya;

"Berkata sahabatnya (Syaitan), Ya Tuhan kami, aku tiada menyesatkan dia, tetapi dialah dalam kesesatan yang jauh ". 

Tetapi, kenapa tiada satu ayat pun yang menjelaskan tentang perundingan atau dialog diantara makhluk jin dan manusia didalam Syurga ? "

Ayat diatas itulah merupakan isi kandungan dialog diantara manusia dan jin didalam Neraka. Difahamkan bahawa seorang manusia telah telah berkata kepada Syaitan yang selalu menyertainya didunia, "Sesungguhnya kamu berbuat zalim kepada ku. Kamulah yang telah menyesatkanku ". Kemudian Syaitan membela dirinya dihadrat Allah dan berkata, "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkan dia,tetapi dialah dalam kesesatan yang jauh ".

Tiada alasan yang mendorong timbulnya dialog perundingan diantara manusia dan jin didalam Syurga. Ini adalah kerana tiada sebarang masaalah diantara mereka yang telah masuk Syurga. Itulah sebabnya tidak kita temui satu ayat pun didalam al-Quran yang Allah menyentuh akan pekara seumpama itu didalamnya. Lagi pun Allah telah mamberitakan kepada seluruh manusia bahawa mereka yang durhaka itu adalah sahabat Syaitan. Dialog dan pertengkaran mereka didalam Neraka itu juga merupakan salah satu bentuk seksaan Allah kepada mereka yang durhaka.



BAB 31 : HUKUM QISAS DIHARI KIAMAT BAGI ORANG- ORANG YANG MENGAMBIL HAK ORANG LAIN DAN URUSAN MEREKA DITAHAN SEBELUM PEKARA INI DISELESAIKAN.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, semua hak akan dibayar kepada orang-orang yang berhak. Bahkan, Allah akan mengambilkan hak seekor kambing yang tidak bertanduk dari seekor kambing yang bertanduk".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang pernah berbuat zalim kepada saudaranya atau punya tanggungan sesuatu, maka hendaklah ia meminta halal darinya pada hari itu juga sebelum dinar dan dirham sudah tidak diperlukan lagi. Jika dia mempunyai amal yang baik, hal itu akan diambil sesuai dengan kezalimannya. Dan jika ia sudah tidak punya kebajikan sama sekali, maka kejahatan- kejahatan saudaranya yang akan diambil lalu dibebankan kepadanya".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bertanya, "Tahukah kamu, siapakah orang yang bangkrup itu ?. Para sahabat menjawab, "Orang yang bangkrup diantara kami ialah orang yang tidak mempunyai wang langsung ". Baginda besabda, "Orang yang bangkrup diantara umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, bahkan ia juga membawa dosa kerana pernah memaki hamun sifulan, menuduh sifulan, memakan harta sifulan, mengalirkan darah sifulan, memukul sifulan. Sehingga seluruh amal kebajikannya habis dibahagi-bahagikan kepada mereka itu. Jika kebajikannya sudah habis padahal masih ada lagi tanggungannya, maka dosa-dosa orang yang bersangkutan itu dibebankan kepadanya. Kemudian ia dilemparkan kedalam Neraka".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Muhammad bin Tas'labah bin Sauda', dari Muhammad bin Sawa', dari Husain bin al-Mu'aalim, dari Mathar al-Waraq, dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang meninggal dunia dengan masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang itu akan dibayar dengan menggunakan amal-amal kebajikannya kerana disana tidak ada dinar atau dirham. Dan barang siapa yang meninggalkan hutang atau barang yang hilang, maka itu adalah tanggungan Allah dan Rasulnya ".

Diriwayatkan oleh al-Harits bin Abu Usamah, dar Abdullah bin Anis bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Allah akan menggumpulkan para hamba atau manusia ke Syria dalam keadaan telanjang, belum dikhatan dan tidak punya apa-apa sama sekali. Allah lalu menyeru mereka dengan suara yang terdengar dari jauh mahupun dekat, 'Akulah Raja ! Akulah Yang Mahakuasa!, Belum sepatutnya seorang dari penghuni Syurga untuk masuk kedalam Syurga, semantara ada seorang dari penghuni Neraka yang menuntutnya kerana pernah berbuat zalim kepadanya sekalipun dengan hanya satu tamparan ". Para sahabat bertanya, "Bagaimanakah caranya, bukankah pada waktu itu kami semua datang mengadap Allah dalam keadaan telanjang dan tidak peralas kaki ?". Baginda menjawab, "Iaitu dengan menukarkan amal kebajikan dan amal keburukkan ".

Bersumber dari Sufyan bin Uyainah, dari Mus'ir, dari Amr bin Marrah, dari asy-Sya'bi, dari Rabi' bin Khaitsam bahawa ia berkata, "Diakhirat nanti, orang-orang pemiutang akan lebih menekan kamu (supaya membayar hutang) daripada sewaktu  masih berada didunia. Mereka akan mengambil apa saja yang ada pada mu. Kamu berkata, 'Ya Tuhan, bukankah Engkau lihat aku sudah tidak beralas kaki pun ?!'. Allah berfirman kepada mereka,'Ambillah amal-amal kebajikannya sesuai dengan hak-hak kamu semua. Dan jika amal-amal kebajikanhya sudah habis, tambahkan amal-amal kejahatan kamu keamal-amal kejahatannya".

Diriwayatkan oleh Abu Umar bin Abdul Barr dari hadis al-Barra' bahawa Nabi saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti orang yang punya piutang akan diberi kemudahan untuk menagih hutannya".

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu'aim berikut sanadnya dari Zadzan Abu Umar bahawa ia berkata, "Aku pergi kerumah Abu Mas'ud. Aku dapati telah ada beberapa orang sebelumku disana, lalu aku bertanya kepada Ibnu Mas'ud, "Wahai Abdullah, kerana aku ini bukan orang arab, izinkan aku duduk dekat mereka dan mendengar ceritamu ?". Setelah dia mempersilakan ku, lalu aku duduk bergabung bersama mereka. Kemudian aku mendengar dia berkata, 'Pada hari kiamat nanti, Malaikat memegang tangan seseorang hamba dan berdiri tegak ditengah-tengah seluruh makhluk. Kemudian terdengar ada yang menyuruh memperkenalkannya, 'Ini adalah sifulan bin sifulan. Barang siapa yang masih mempunyai hak kepadanya, silalah mengambil daripadanya'. Mendengar seruan itu, seorang wanita merasa gembira kerana merasa punya hak terhadap anak-anaknya atau saudaranya, atau ayahnya atau suaminya ".

Kemudian Ibnu Mas'ud membaca firman Allah didalam surah al-Mu'minun ayat 101 mafhumnya ;

"Apabila ditiup sangkakala, maka tidak adalah pertalian darah antara mereka pada hari itu dan tidak pula tanya bertanya sesama mereka ". 

Kemudian ia menyambung ceritanya, Allah berfirman kepada hamba itu tadi, 'Berikan hak-hak mereka !'. Ia menjawab, 'Ya Tuhanku, aku sudah tidak punya apa-apa dan sudah habis didunia. Bagaimanakah caranya aku hendak memulangkan hak-hak mereka?'. Allah berfirman kepada Malaikat, 'Ambillah amalan-amalannya yang baik dan bahagi-bahagikan kepada setiap orang yang mempunyai hak atas dirinya sesuai dengan tuntutannya'. Bagi orang yang dikasihi Allah, jika ia punya kebajikan seberat biji sawi akan dilipatgandakan sebanyak mungkin kemudian ia dimasukkan kedalam Syurga '". Seterusnya Ibnu Mas'ud membaca firman Allah didalam surah an-Nisaa' ayat 40 yang mafhumnya;

"Sesungguhnya Allah tiada menganiaya seberat zarah pun, kalau ada (yang dikerjakan) satu kebajikan, nescaya Allah akan melipat gandakannya, dan memberikan dari sisi Nya pahala yang besar".

Jika hamba itu termasuk orang yang celaka, malaikat berkata, 'Ya Tuhan, amal-amal kebajikannya  telah habis, semantara orang-orang yang menuntut masih ramai ?'. Allah berfirman kepada Malaikat, 'Ambillah amal-amal kejahatan mereka lalu gabungkan dengan amal-amal kejahatanya sendiri. Setelah itu pukullah ia sehingga masuk Neraka ".

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya ada seorang anak yang punya tanggungan hutang kepada kedua orang tuanya. Pada hari kiamat nanti kedua orang tuanya itu akan menagih, lalu si anak berkata,'Aku adalah anak kamu sendiri (mengapa mahu menuntut daripada ku) ?'. Mereka akan tetap menagih, bahkan berharap agar hutang itu dilipatgandakan lagi ' ".

Diriwayatkan oleh Razin, dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Pada hari kiamat nanti kita akan mendengar ada seseorang yan g bergantung harap kepada orang lain yang tidak dikenalinya. Orang itu bertanya, 'Apa kau mahu, aku tak mengenali mu ?'. Orang itu berkata, 'Kamu pernah melihat aku melakukan kesalahan dan kemungkaran, tetapi kamu tidak mahu mencegah ku dari perbuatan itu ' ".

Berkata Ibnu Mas'ud, "Pada hari kiamat nanti, seorang wanita akan merasa sangat senang jika ia masih punya hak terhadap ayahnya, atau putranya, atau sudaranya atau suaminya..."Maka tidaklah ada lagi pertalian darah diantara mereka pada hari itu dan tidak ada pula mereka saling bertanya".(surah al-Mu'mimnun ayat 101).

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Jabir bahawa ia berkata, "Ketika rombongan orang-orang yang berhijrah ke Habasyah pulang semula kepada Rasulullah melalui jalan laut, Baginda bertanya, 'Apakah kamu tidak ingin menceritakan kepadaku pekara-pekara ganjil yang pernah kamu lihat dinegeri Habasyah?". Seorang pemuda diantara mereka menjawab, 'Tentu saja ya Rasulullah. Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk santai, lalu seorang nenek dihadapan kami dengan membawa air yang hanya sedikit diatas kepalanya. Ketika melintas dihadapan seorang pemuda penduduk setempat, pemuda itu memegang bahu nenek dan menolaknya sehingga nenek itu jatuh tertonggeng dan lututnya luka. Nenek itu berusaha untuk bangun, sambil memendang kepada pemuda itu ia pun berkata, 'Kelak kamu akan tahu balasannya, wahai anak yang curang. Iaitu ketika Allah duduk diatas tahta Nya dan menggumpulkan semua makhluk. Lalu tangan dan kakikamu akan berkata-kata menjadi saksi atas perbuatanmu. Kamu akan tahu selanjutnya akan urusan kita kelak'. Mendengar cerita itu, Rasulullah pun bersabda, 'Nenek itu benar, Ia benar. Bagaimana mungkin Allah akan menolong suatu umat yang kuat diantara mereka tidak dituntut atas perbuatan mereka yang sewenang-wenang terhadap yang lemah diantara mereka ".


FAKTA I : 

Orang-orang yang lalai iaitu yang mengikut hawa nafsunya dan bukan mengikut petunjuk Allah (berfahaman mengikut logik akal). Atau pun, orang yang kagum dengan pendapat dirinya sendiri (kerana kononnya sangat berilmu dan bijak) sedangkan mereka sebenarnya telah ingkar kepada Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabinya, Muhammad saw. Tindakkannya berdasarkan akal fikirannya yang lemah (logik akal), pemahaman- pemahaman yang naif atau bodoh. Menurut mereka, hikmah kebijaksanaan dan keadilan Allah tidak boleh mengambil amal kejahatan seseorang dan dibebankan kepada orang lain yang sama sekali tidak pernah melakukannya. Pada pendapat mereka tindakan itu amat keterlaluan dan zalim. Mereka mengambil panduan dari firman Allah didalam surah al-An'am ayat 164 yang mafhumnya ;

"...Tiadalah usaha masing-masing orang melainkan atas dirinya.  Tiadalah orang berdosa akan memikul dosa orang yang lain. Kemudian kepada Tuhanmu tempat kembalimu, lalu Dia mengkhabarkan kepadamu apa-apa yang kamu perselisihkan "

Tetapi, mereka lupa bahawa sesungguhnya Allah menjelaskan agama Islam itu tidak berdasarkan akal fikiran manusia (logik akal). Allah SWT memberikan janji dan menyampaikan ancaman tidak diukur menurut fahaman akal manusia, melainkan ia menurut kepada kehendak dan kekuasaan Nya sendiri. Allah juga memerintah dan melarang berdasarkan hikmah kebijaksanaan Nya tersendiri. Walaupun ia tidak dapat dijangkau akal fikiran manusia dan kemudian manusia menolaknya. Hukum Nya mutlaq dan tidak akan berganjak walau apa pun alasannya. Jika tidak hukum-hukum Syariat Islam pastinya akan juga ditolak kerana dianggap mustahil oleh akal manusia. Contohnya, seperti kenapa seseorang yang keluar seperma (air mani), yang menurut para sahabat dan ulama-ulama dianggap suci, tetapi ia diwajibkan mandi junub (mandi wajib) ?. Manakala ketika ia membuang air besar, yang menurut semua ulama hukumnya najis muhallazah, dia diwajibkan istinja' sahaja ?. Kemudian kenapa seseoang yang keluar "kentut" (keluar angin lalu dubur) dihukumkan sama seperti orang yang membuang air besar pula ?. Jika difikirkan mengikut akal manusia, hukuman itu bercanggah sekali. Akal tidak boleh menerima persamaan antara kentut dan buang air besar. Begitu juga beza diantara air mani dangan buang air besar seperti yang dihujahkan diatas tadi. Begitulah pendeknya akal manusia.

Kemudian contoh yang lain, iaitu sesorang yang mencuri 1 dirham atau 3 dirham atau kurang dari itu, dihukumkan sama seperti orang yang mencuri 100 ribu dirham atau berjuta dirham. Iaitu dipotong tangan kanannya. Bagaimana akal boleh memerima ketetapan hukum Allah itu ?. Dimanakah keadilannya ?. Contoh lain ialah seorang Ibu itu menerima harta pusaka sebanyak 1/3 dari anaknya yang telah meninggal dunia. Tetapi jika anaknya itu mempunyai saudara, maka bahagian si Ibu itu hanyalah 1/4 dan saudara-saudaranya itu tidak mendapat apa-apa. Tentunya akal sesiapa pun tidak akan dapat menerima pembahagian pusaka seperti ini ? Betapa benar pun akal fikiran manusia tentang hukum-hukum itu tadi, ia tidak dapat mengubah hukum dan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Allah Yang Mahabijaksana. Maka ia wajib dipatuhi tampa perasaan syak wasangka terhadap Allah. Demikain juga dengan hukum qisas yang bersangkutan amal-amal kebajikan dan amal-amal kejahatan manusia. Firman Allah didalam surah al-Ambiyaa ayat 47, mafhumnya ;

"Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah  teraniaya seorang sedikit pun. Jika usahanya seberat biji sawi, nescaya kami hadirkan juga. Cukuplah kami memperhitungkannya".

Kemudian firman Allah didalam surah al-Ankabut ayat 13 yang mafhumnya ;

"Demi, mereka akan memikul dosa mereka sendiri dan dosa-dosa (lain) bersama-sama dosa mereka. Demi, mereka akan diperiksa pada hari kiamat tentang apa-apa yang mereka ada-adakan ".

Dan firman Allah didalam surah an-Nahl ayat 25, mafhumnya;

"Supaya mereka memikul dosa mereka secukupnya pada hari kiamat dan sebahagian dosa orang-orang yang mereka sesatkan tampa ilmu pengatahuan. Ingatlah, amat jahat dosa yang mereka pikul ".

Kemudian firman Allah didalam surah al-An'am ayat 164, yang mafhumnya ;

"Katakanlah, Apakah patut kucari Tuhan, selain daripada Allah?. Padahal Dia Tuhan dari tiap-tiap sesuatu. Tiadalah usaha masing-masing orang melainkan atas dirinya. Tiadalah orang berdosa akan memikul dosa orang yang lain. Kemudian kepada Tuhanmu tempat kembalimu, lalu Dia mengkhabarkan kepadamu apa-apa yang kamu perselisihkan ".

Memang benar ! Mereka sememangnya tidak akan memikul dosa-dosa orang lain selagi tindakannya itu tidak bersifat zalim kepada orang itu. Tetapi apabila saja tindakan mereka itu zalim dan melampaui batas, maka mereka mestilah dipertanggungjawabkan diatas kesemua kesalahan dan kezaliman yang telah mereka lakukan itu. Pekara ini telah diperjelaskan didalam bab nama-nama lain hari kiamat yang lalu. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 48, mafhumnya;

"Takutlah kamu akan hari (kiamat) yang tiada boleh seorang menggantikan orang lain sedikitpun, dan tiada diterima pertolongan dan tiada pula tebusan dari padanya, sedang mereka tiada mendapat pertolongan ".


FAKTA II : 

Oleh yang demikian, setiap muslimin dan muslimat semua wajiblah segera muhasabah diri mereka masing-masing, seperti yang telah dianjurkan oleh Saidina Umar Ibnu Khathtab ra. Katanya: "Hisablah (muhasabah) dirimu sendiri sebelum kamu dihisab dan timbanglah sebelum kamu ditimbangkan ". Maksud muhasabah diri adalah mengira semua bentuk maksiat dan dosa-dosa yang telah kamu lakukan dan kemudian kamu bertaubat dari semua maksiat dengan "taubat nasuha" (taubat yang murni) sebelum kamu mati. Memerhati semua perbuataan yang mengingkari perintah- perintah Allah dan juga diatas semua pekara yang telah diwajibkan Allah keatas dirimu, kemudian segeralah kamu gantikan ia sedaya upaya kamu. Menyasali semua bentuk kezaliman dan khianat yang pernah dilakukan terhadap sesama manusia, keluarga sendiri, orang ramai, jiran tetangga, sahabat handai, kawan-kawan, hata diri sendiri, seperti ; 

*
Berhutang wang ringgit, emas dan perak, harta benda, tanah pusaka, harta-harta anak yatim, harta benda keluarga, jiran tetangga dan orang ramai, tanam- tanaman, buah- buahan, ternakan, parit saliran kebun-kebun, mengambil dan memberi rasuah, memakan riba, mengambil laba dan untung yang tinggi kepada pelanggan-pelanggan, tamak haloba, merendah-rendahkan orang, menghina, pandangan sinis, menjeling, menengking, mengherdek, mencerca, memaki hamun, mencarut, mengumpat, mengata buruk, mengadu domba, memandang serong, bermuka-muka, mengutuk, perasangka buruk, hasad dengki, membunuh, menumbuk, menikam, memukul, menampar, menendang, menghalang jalanan orang ramai, merobohkan jembatan, meroboh rumah orang ramai, membakar rumah orang, mengapi-api perasaan orang, meruntuh rumahtangga, bertenung nasib, membuat sehir, menyantau, memukau orang, membuat orang atau suaminya tunduk, membodohkan suaminya, memakai susuk, memakai guna-guna, memakai tangkal azimat atau belajar untuk kebal, gerun, kuat, cantik atau kacak, bersahabat dengan Jin, menemui bomoh dan pawang, mengajar ilmu atau ajaran sesat, belajar ilmu dan mengajar pertahanan diri yang sesat, menurun, meniru perbuataan orang kafir, minum arak, mengambil dadah, berhayal, berangan-angan, berzina, onani, merogol, meraba, mengendap, mengintip, bermesra-mesra dengan suami atau isteri orang atau janda atau anak dara orang, sumbang mahram, bermesra lelaki perampuan yang bukan muhrim, belajar dan mengambil ilmu kuat sex, mengemari sex bebas, lesbian, homosex, menyertai dan menyokong LGBT, menonton filam atau video lucah, mencarut, bercakap kotor,  berjudi atau seberang bentuk pertaruhan, bermain nombor ekor, menipu, berbohong, bersumpah palsu, menghianati sesama islam, memperbodoh-bodoh orang ramai atau orang yang lemah, khianat pada amanah, mungkir janji, mencuri, meragut, menyamun, merampas hak orang, memaksa, perasugut, mengejar pangkat dan darjat, berlaku sombong, anggkuh, bongkak, meremeh orang miskin, mendapatkan hidmat Jin, Syaitan dan Iblis untuk semua bentuk kelebihan dan pertolongan, tidak solat 5 waktu, tidak berpuasa Ramadhan, tidak berzakat, tidak menunaikan haji walaupun mampu, megah dengan harta, anak, dan kedudukannya, mengejar wang ringgit dan harta dunia, irihati, syak wasangka, berniat jahat dan buruk sangka, bersaksi bohong, berhalwat dengan bukan muhrim, gunting dalam lipatan, menikam belakang, bermuka-muka, berpura-pura baik, menasihati orang tetapi dia sendiri buruk akhlaknya, menabur fitnah, lalai dan leka dunia hingga lupa Allah dan beratus-ratus lagi perbuatan yang berdosa, kejam, jahat, zalim dan khianat yang pernah dilakukannya.

* nota tambahan dari atok sendiri.

Jika perbuataannya itu menyangkut kepada orang lain dan dianggap telah melakukan kezaliman walau sekecil mana pun dari perbuatannya, percakapannya dan niatnya, dia mestilah menyesali perbuatannya itu, memohon ampun dan halal dari orang tersebut serta bertaubat nasuha kepada Allah, supaya kamu merasa lega dan terlepas dari tanggungan dosa-dosa itu sebelum kamu meninggal dunia. Jika semua itu dapat dilakukan sehingga tiada lagi masaalah yang bersangkutan dengan manusia lain, mudah-mudahan kamu akan diampunkan Allah dan dapat memasuki syurga Allah tampa hisab.

Seandainya kamu tidak dapat melakukan perbuatan memohon ampun dan halal dari pada semua orang-orang yang telah kamu zalimi dan khianati itu, diakhirat kelak pastinya kamu akan didatangi mereka-mereka itu dengan semua tuntutan-tuntutan mereka atas kesemua kezaliman dan penghianatan yang pernah kamu buat keatas mereka semasa didunia, walau hanya dengan kesalahan yang kecil sekalipun.Oleh sebab kamu merasa binggung dengan semua tuntutan-tuntutan itu, maka kamu pun mengadu kehadrat Allah memohon pertolongan, maka Allah pun berfirman seperti didalam surah Fathir ayat 18 yang mafhumnya ;

" Orang-orang yang berdosa tiada akan memikul dosa orang lain, Jika orang yang berat (dosanya) menyeru, supayan diringankan pikulannya, nescaya tiadalah orang yang mahu memikulnya sedikitpun, mestipun karibnya sendiri. Hanya yang engkau beri peringatan, ialah orang-orang yang takut kepada Tuhannya tentang pekara yang ghaib (alam akhirat) dan mendirikan solat. Barang siapa membersihkan (hatinya dari kekafiran) maka ia membersihkan untuk (kesejahtraan) dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali ". 

Kemudian firman Nya didalam surah an-Nisaa ayat 40 yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya Allah tiada menganiaya seberat zarahpun, jika ada (yang dikerjakan) satu kebajikan, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisinya pahla yang besar ".

Pada saat itu (berhadapan dengan hari kiamat) setiap hati manusia akan merasa gerun dan gementar kerana ketakutan yang teramat sangat. Kamu semua akan benar-benar pasti dan yakin  bahawa kemusnahan dan kehancuran telah benar-benar berada dihadapan mata kamu. Kemudian lantas kamu teringat akan peringatan yang telah Allah berikan didalam al-Quran melalui firmannya didalam surah Ibrahim ayat 42 dan 43 yang mafhumnya;

"Jangan engkau kira bahawa Allah lalai dari apa-apa yang la tangguh mereka sampai hari yang terbuka segala pandangan pada hari itu. Sedang mereka bersegera lagi mendongakkan kepalanya (arah langit), tiada mengejap mata mereka, sedang hati mereka kosong (tidak mengerti) ".

Boleh jadi  semasa kamu didunia, kamu sangat berkuasa dan mudah bagi kamu menyerang kehormatan seseorang dan merampas harta benda mereka. Tetapi kelak dihari kiamat kamu akan merasa sangat rugi ketika kamu berdiri dihadapan hadrat Allah SWT untuk diadili atas semua kejahatan yang telah kamu kerjakan. Kamu akan kehabisan pahla amalan baikmu, untuk membayar kezaliman-kezaliman yang kamu perbuat kepada mereka-mereka yang lemah dahulu semasa didunia. Dikala itulah kamu akan "bangkrap" atau "muflis", miskin, tidak berdaya, hina dina, tidak mampu mengembalikan hak-hak mereka itu sedangkan kamu tidak mempunyai apa-apa alasan sekali pun. Tetapi perintah Allah tidak menyebelahi kamu, semua pahala amalan-amalan baik yang telah kamu kumpulkan dengan bersusah-payah akan dirampas dan diberikan kepada mereka-mereka yang telah kamu zalimi dahulu.

Cuba kamu renungkan sejenak, apakah musibah yang akan kamu terima disaat itu, ketika kamu tidak mempunyai sebarang kebajikan barang sedikit pun ?. Semuanya telah habis disebabkan nafsu jahat kamu dan tipu daya Syaitan. Jika ada sedikit pun pahla kebajikanmu pastinya akan mahu dirampas oleh mereka-mereka yang pernah kamu zalimi dulu. Ada diantara ulama tafsir mengatakan bahawa sekiranya kamu memiliki pahla kebajikan seperti yang dimiliki oleh tujuh puluh orang Nabi sekali pun, namun jika kamu mempunyai tanggungan seberat separuh biji gandum yang belum kamu selesaikan. Kamu tidak akan dibenarkan memasuki Syurga Allah selagi ia tidak diselesaikan. Diandaikan bahawa untuk membayar dosa kezaliman seberat separuh biji gandum itu, kamu terpaksa melepaskan tujuh ratus pahla kebajikan mengerjakan solat yang diterima Allah kepadanya. Pekara ini telah diperkatakan oleh al-Qusyairi didalam kitannya yang bertajuk 'At-Tahbir'.

Manakala Abu Hamid mengatakan, "Seandainya kamu mahu muhasabah diri kamu sendiri yang selalu tekun menunaikan puasa sunat disiang hari dan menjalankan ibadah solat-solat sunat dimalam hari, kamu akan tahu bahawa tiada sehari pun yang berlalu tanpa kamu isi dengan berbuat baik sesama muslim. Tetapi untuk menebus dosa suatu kezaliman itu, kamu terpaksa menyerahkan seluruh pahla amalan kebajikan yang telah kamu kumpul kepada siteraniaya itu. Lalu bagaimana pula dengan dosa amalan-amalan kejahatan kamu sendiri seperti memakan sesuatu yang haram (hasil judi atau riba) atau yang subahat, atau melalaikan perintah-perintah Allah ?. Bagaimana mungkin kamu mampu untuk selamat dari dosa-dosa kezaliman yang pernah kamu lakukan didunia dahulu, ketika kamu berhadapan dengan hari pengadilan yang diselangara dengan seadil-adilnya itu ?. Dikala itulah ada diantara orang-orang kafir yang berkata, "Alangkah baiknya jika aku kekal dijadikan sebagai tanah saja (agar terlepas dari semua seksa Allah yang sedang menunggunya itu) ".

Bagaimanakah nasib kamu nanti, wahai simiskin papa kedana ? Tatakala kamu melihat kitab catitan kamu kosong dari semua pahla amalan-amalan kebajikan yang telah kamu kerjakan bersusah payah siang dan malam disepanjang hidupmu ?. Tatakala kamu bertanya, kemanakah perginya semua itu ? Maka akan dijawab Malaikat, " Sudah dipindahkan kekitab-kitab amalan mereka-mereka yang pernah kamu zalimi dahulu ". Kemudian kamu melihat banyaknya tercatit dosa amalan-amalan kejahatan orang lain yang tidak kamu kenali. Kemudian kamu membantah kehadrat Allah kerana semua kejahatan itu tidak pernah kamu lakukan dahulu. Maka Allah berfirman bahawa semua dosa kejahatan-kejahatan itu asalnya adalah milik mereka-mereka yang telah kamu zalimi dahulu, mereka-mereka yang pernah kamu maki hamun, orang-orang yang pernah kamu tipu, orang-orang yang kamu ceroboh hak mereka dan seterusnya dibaca satu persatu hinggalah selesai.

Takutlah kamu kepada Allah, janganlah kamu berbuat zalim sesama manusia dengan mengambil harta mereka, menyerang kehormatan mereka, mengecewakan hati mereka, merampas hak-hak mereka, memukul dan mencerderakan mereka atau apa saja tindakan yang merugikan dan menginaya mereka. Jika kamu berdosa kepada Allah, hendaklah bersegera memohon ampun dan bertaubat nasuha. Ia adalah merupakan pekara yang agak mudah dilakukan, walaupun ketentuan keampunan itu tidak dapat diketahui lagi. Walhal sebaliknya, jika kamu berdosa kepada sesama manusia, tentulah merupakan satu perkerjaan yang sangat susah untuk kamu memohon keampunan atau minta dihalalkan atau minta dibalas semula tindakan kamu itu pula. Sedangkan mahu bertemu dengan mereka yang telah kamu zalimi itu saja belum tentu kamu mampu lakukan atau kamu sudah tidak bertemu lagi dengannya atau mereka-mereka itu tidak dapat kamu cari lagi atau kamu sudah tidak mengingati atau mengenali mereka lagi. Mungkin juga kamu boleh bertemu dengan mereka, tetapi mereka menolak untuk tidak memaafkan kamu selamanya dek kerana teramat sakitnya kesan kekejaman yang telah kamu kenakan kepada mereka. Jadi...bayangkanlah bertapa pedih dan sakitnya hati dan perasaan orang yang teraniaya, begitulah kepedihan yang bakal kamu terima diakhirat kelak, malahan dilipat gandakan hingga tak terkata. 

Kamu sebaliknya janganlah berputus harap kepada Allah. Yang penting kamu telah berusaha memohon halal atau memohon ampunan, jika mereka tidak menerimanya, maka serahkan semuanya kepada Allah. Kamu sentiasa memohon keampunan Allah dari semua fitnah dunia itu keatas dirimu. Kemungkinan kelak Allah akan menjadi pelindung keatas dirimu dari tuntutan-tuntutan mereka diakhirat kelak. Mungkin juga Allah akan membuka hati-hati mereka untuk memaafkan dan redha keatas kamu secara diam-diam sebelum mereka mati. Hanya Allah yang Mahamengatahui, dan pekara ini akan dibincangkan lagi kelak, insyaallah....


FAKTA III :

Nabi saw bersabda, "Lalu Allah menyeru mereka dengan suara..",didalam riwayat diatas adalah merupakan sebuah dalil bagi sebahagian orang yang mengatakan bahawa kalam Allah itu berupa suara dan huruf. Sedangkan sifat Allah adalah mustahil bersamaan dengan manusia. Oleh itu seruan Allah itu adalah merupakan satu seruan yang dikeluarkan kata-katanya melalui para Malaikat yang hampir dengan Nya. Malaikatlah yang menyampaikan seruan itu dengan izin dan perintah dari Allah. Seperti juga halnya raja-raja manusia yang ada. Contohnya jika dikatakan 'Raja bertitah' atau 'aku mendengar perintah Raja' atau yang seumpama dengannya, ia merujuk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Raja yang dilaksanakan ucapannya oleh Bandahara raja. Contoh yang lain seperti firman Allah didalam surah az-Zukhruuf ayat 15 yang mafhumnya ;

"Dan Firaun berseru kepada kaumnya"

Ia bermaksud, seseorang berkata dengan perintah Firaun atau seseorang menyeru dengan izin Firaun.

Contoh yang seumpama dengannya ialah mendengar kata-kata orang "Raja telah membunuh sifulan" atau "Raja telah memukul sifulan". Ini bukanlah bermaksud Raja itu yang membunuh atau memukul sifulan tersebut, tetapi Raja itu hanyalah mengeluarkan perintah membunuh atau memukul sifulan, sedangkan yang menjalankan perintah (algojoh) yang akan melaksanakan perintah itu. Pekara ini samalah juga yang disebutkan didalam beberapa hadis sahih yang menyatakan bahawa sesungguhnya Malaikat memanggil diatas kepala-kepala para saksi lalu mereka berkata dan mendapat petunjuk, "Ingatlah, sesungguhnya sifulan bin sifulan....".

Contoh yang lain ialah berkenaan sebuah hadis riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah dan Abu Sa'id bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung akan memberi tangguh sehingga titik pertama malam. Kemudian Dia memerintah Malikat untuk memanggil, 'Apakah ada yang berdoa yang ingin dikabulkan doa mereka?. Apakah ada yang memohon keampunan yang menginginkan diampuni dosa-dosa mereka?. Dan apakah ada yang meminta yang ingin dikabulkan permintaan mereka ?'. 

Tetapi ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan fakta yang saya (Imam alQurthubi) kemukakan ini. Ia adalah kerana bersangkutan dengan kalimah "Akulah yang Mahakuasa.", kalimah ini sememangnya merupakan kalam Allah,Tuhan Seru Seklian Alam sendiri, bukannya dari Malikat.

Atas sebab bantahan ini, perlulah saya (Imam alQurthubi) tegaskan bahawa Malikat berkata itu adalah atas nama Allah. Oleh itu hukumnya dikembalikan kepada Allah Tuhan Seru Seklian Alam. Dalilnya ialah, misalnya jika ada diantara manusia yang membaca firman Allah, "Aku adalah Allah", maka yang dimaksudkan dengan perkataan "Aku" disitu bukanlah orang yang membaca, tetapi ia adalah kalam Allah sendiri. Sedangkan orang yang membaca itu hanyalah mengutipnya sahaja. Secara detail akan perbahasaan sifat-sifat Allah ini telah saya (Imam alQurthubi) tuliskan didalam kitab yang bertajuk 'Al Asna Fi Syarhi Asma ul Husna Wa Shifatihi al-Ulya'.



FAKTA IV: 

Para Ulama berselisih pendapat mengenaai masaalah, Adakah binatang juga akan dikumpulkan dan dikenakan juga hisab atau hukum kisas keatas mereka di Padang Mahsyar kelak?. Jika menurut salah satu versi pendapat Ibnu Abbas, adalah juga dikumpulkan binatang ternakan dan juga burung-burung atas kematian mereka sahaja. Tetapi menurut versi yang lain dari pendapat Ibnu Abbas seperti yang teah dipetik oleh adh-Dahahak, binatang-binatang itu juga akan dibangkitkan dan dikumpulkan kembali. Pendapat ini kemudiannya disokong oleh Abu Dzar, Abu Hurairah, Amr ibnul 'Ash, Hasan al-Basri dan ulama-ulama salaf yang lain. Ia adalah kerana berdasarkan Firman Allah didalam surah at-Takwir ayat 5 yang mafhumnya ;

"Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan".

Dan surah al-A'naam ayat 38 mafhumnya;

"Kemudian kepada Tuhanlah mereka dikumpulkan".

Abu Hurairah ra mengatakan bahawa pada hari  kiamat  kelak, Allah akam mengumpulkan seluruh makhluk termasuklah binatang-binatang ternak, burung-burung, serangga dan kesemuan makhluk Nya. Bagi menunjukkan keadilan Allah yang sempurna, nanti seekor kambing yang kehilangan tanduknya kerana teraniaya atau dizalimi oleh kambing yang lain, Allah akan memberi tanduknya balik dan memuntut bela keatas kambing yang telah menzaliminya dahulu. Pekara ini telah dijelaskan didalam riwayat hadis sahih terdahulu. Setelah mereka diadili, kemudian Allah memerintah mereka menjadi tanah semula, "Jadilah kamu tanah ". Inilah yang memberi ilham kepada orang-orang kafir yang sedang diseksa didalam Neraka dan mereka berkata seperti didalam surah an-Naba ayat 40 yang mafhumnya;

"Alangkah baiknya sekirannya aku dahulu adalah tanah".

Riwayat yang sama dipetik dari Ibnu Umar dan Abdullah bin Amr ibnu 'Ash. Telah disebutkan didalam sebuah riwayat bahawa pada hari kiamat kelak ketika semua binatang telah menjadi debu, maka Malaikat meneburkan debu-debu itu kemuka orang-orang kafir. Ini adalah maksud firman Allah didalam surah Abasa ayat 40 yang mafhumnya;

"Dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu" 

Ada pula sesetengah ulama tafsir berpendapat bahawa maksud dari perbuatan para Malaikat itu terkandung didalam firman Allah didalam surah al-An'aam ayat 38 yang mafhumnya ;

"..Kemudian kepada Tuhanlah mereka dikumpulkan"

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang kafir. Sedangkan dipermulaan ayat ini bermaksud ;

"Dan tidaklah binatang-binatang yang ada dibumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami lupakan sesuatu pun didalam al-Kitab ".

Adalah merupakan sisipan rangka penegak hujah atau perbahasaan.

Kemudian ada juga diantara ulama yang mengatakan bahawa perbahasan yang diperkatakan didalam hadis tadi merupakan satu gambaran betapa besarnya urusan hari timbangan hisab dan qisas. Gambaran ini diharapkan supaya timbul kefahaman kepada manusia bahawa tiada sesiapa jua pun akan terlepas dari azab ini.
Sehinggakan pada hari kiamat kelak Allah akan menghadirkan kembali dua ekor kambing, seekor bertanduk dan yang seekor lagi tidak bertanduk,atau dua longokan batu atau pun dua batang dahan, yang punya masaalah diantara mereka dahulu untuk di adili dan diqisas.Tetapi, pekara-pekara ini mungkin hanya satu kiasan sahaja kerana binatang, tumbuh-tumbuhan dan juga benda- benda mati seperti batu itu tidak akan berkata-kata atau diseksa atau juga untuk diberi pahala.

Kemudian pendapat mereka itu pula dibantah oleh sekumpulan ulama lain yang berpandapat bahawa semua makhluk termasuklah binatang, tumbuh-tumbuhan dan juga batu-batan tetap akan dibangkitkan kembali kelak walaupun mereka tidak berakal. Ini adalah kerana peristiwa kebangkitan dan pengumpulan semua makhluk itu adalah merupakan hikmah kebijaksanaan Ilahi yang berlaku didunia dan akhirat. Ia telah diatur dan dipertimbangkan sedemikian rupa sejak azali lagi.

Semantara golongan yang tetap berpegang dengan pendapat bahawa semua jenis makhluk yang tidak berakal tidak akan dibangkitkan kerana beranggapan bahawa mereka itu tidak perlu lagi dibangkitkan dan dihisab yang sangat berbeza dengan manusia dan jin. Kemudian menyentuh soal manusia-manusia yang sesat dan berdusta, Allah SWT berfirman didalam surah al-Furqan ayat 44 yang mafhumnya ;

"Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternakan itu)".  

Seandainya mereka itu berakal atau ada kefahaman, tentulah darjat orang-orang kafir dan orang-orang fasiq tidak akan diturunkan hingga kebawah dari itu. Ini adalah merupakan gambaran satu kehinaan dan kerendahan mertabat. Sebagai peringatan bahawa Allah mensifatkan pekara ini sebagai sebuah kematian, tuli dan kebodohan yang terlampau. Allah telah berfirman didalam surah an-Naml ayat 80 mafhumnya ;

"Dan tidak (pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling kebelakang ".

Kemudian didalan surah az-Zkhruut ayat 40,mafhumnya ;

"Maka, apakah kamu dapat menjadikan orang-orang yang pekak boleh mendengar atau (dapatkah) kamu memberi petunjuk orang yang buta (hatinya) ".

Dan lagi didalam surah al-Baqarah ayat 18, mafhumnya ;

"Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (kejalan yang benar)". 

Kepada mereka-mereka itu semua perlu dikatakan bahawa persoalannya bukanlah begitu. Anggapan kamu semua itu tidak benar. Kamu tidak faham ayat-ayat yang kamu jadikan fakta tersebut. Cuba kamu renungkan semula, nanti kamu akan mendapatkan bukti bahawa Allah SWT telah menyifatkan mereka-mereka itu sebagai mati dan tuli atau pekak, sebagaimana Allah menyifatkan mereka sebagai buta dan bisu. Pada hakikatnya mereka-mereka itu bukanlah mati, tuli, buta dan bisu dalam keadaan sebenar. Mereka-mereka itu sebenarnya telah mati hatinya dan tidak dapat melihat kebenaran lagi. Begitu juga kadaannya jika meletakkan binatang dengan kesesatan juga tidak dalam keadaan erti yang sebenarnya. Iaitu didalam segi syariat dan hukumnya. Tetapi, ia hanyalah sebagai istilah sahaja. Begitu firman Allah didalam surah al-An'am ayat 38, mafhumnya;

"Tidaklah (haiwan) yang melata dibumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan semuanya itu beberapa umat seumpama kamu juga. Kami tiada meninggalkan dalam Kitab suatu jua pun, kemudian mereka dihimpunkan kepada Tuhan mereka ".

Demi Allah ! , bahawa sesungguhnya mereka semua akan dibangkitkan dan dikumpulkan semula dipadang Mahsyar kelak untuk dihisab dengan pantas sekali. Itulah kebesaran Allah yang mampu melakukannya tampa susah payah yang tidak dapat kita fikirkan. Allah tentunya akan menyoal siasat makhluk yang berakal sahaja.

Dari hadis riwayat Ahmad dan ad-Daraimi, diceritakan sebuah peristiwa bahawa pada satu hari, seekor unta liar sedang mengamuk ditengah kota Madinah. Unta itu berada didalam kawasan milik Bani an-Najjar. Semua orang tidak berani mendekatinya. Kemudian datang Rasulullah menghampiri unta itu. Melihat sahaja Rasulullah datang, tiba-tiba unta itu terus duduk dengan menderumkan nafasnya kemudian meletakkan mulutnya diatas tanah tanda tunduk dan menyerah. Baginda kemudian meminta diberikan seutas tali tambatan lalu Baginda dengan tenang memasang tali tambatan itu dibahagian lubang hidung unta tersebut dengan mudahnya. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sangat merasa kagum akan kebolehan Baginda itu dan Baginda membalasnya dengan mengangguk-anggukkan kepala kepada mereka sambil bersabda, "Kenapa harus kamu semua merasa kagum ?. Sesungguhnya tiada suatu apa pun yang berada dilangit dan dibumi tidak mengatahui bahawa aku ini Utusan Allah, kecuali dari golongan Jin dan manusia yang durhaka ".

Didalam hadis sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap binatang yang melata, pada setiap hari Juamat akan memasang telinganya menunggu berita kedatangan hari kiamat".

Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad, Rasulullah bersabda, "Setiap seruan azan oleh seorang muazin yang kedengaran, pada hari kiamat kelak akan diberi kesaksian oleh Jin, Manusia, pokok, lumpur dan apa juga pun ".

Diriwayatkan oleh Malik dalam kitabnya Al-Muwatha' dan oleh Ibnu Majah dalam kitabnya bertajuk 'Sunan Ibnu Majah', dengan mengambil versi dari Ibnu Majah dari Abu Sa'id al-Khudri dikatakan bahawa sesungguhnya suara mayat akan dapat didengar oleh apa saja kecuali manusia dan Jin. Riwayat ini telah banyak saya (Imam al-Qurthubi) petik sebelum ini.

Setiap binatang dan semua benda-benda hidup yang dimatikan akan tetap dikumpulkan Allah dipadang Mahsyar kelak. Kerana, pada hakikatnya mereka itu juga mempunyai akal, penglihatan dan perasaan menurut versi dalam alam mereka, bukannya versi alam manusia. Allah telah berfirman didalam surah al-Israq ayat 44 yang mafhumnya ;

"Bertasbih (patuh) langit yang tujuh dan bumi serta siapa yang ada dalam semuanya. Tak adapah suatu (makhluk) melainkan tasbih serta memuja Nya, tetapi kamu tiada mengerti tatangsbih mereka itu. Sesungguhnya Dia Penyantun lagi Pengampun ".

Dan didalam surah ar-Ra'd ayat 15, mafhumnya ;

"Kepada Allah sujud (tunduk) sesiapa yang dilangit dan dibumi, dengan patuh atau terpaksa, dan sujud pula bayang-bayang mereka waktu pagi dan petang ".

Kemudian didalam surah al-Hajj ayat 18 yang mafhumnya ;

" Tidakkah engkau tahu bahawa kepada Allah sujud (patuh) siapa yang dilangit dan siapa yang dibumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan kebanyakan manusia. Tetapi kebanyakan (manusia yang lain) berhak mendapat azab. Barang siapa yang dihina Allah, maka tidak adalah baginya orang yang akan memuliakannya. Sungguh Allah memperbuat apa-apa yang dikehendaki Nya ".

Kita tidak boleh mengatakan bahawa sujud yang makhluk selain manusia itu sama seperti apa yang manusia lakukan. Maka sujud itu bukanlah sama seperti apa yang manusia buat, kecuali hanyalah dalam pengertian majaz sahaja. Apa yang telah difirmankan Allah itu adalah benar belaka adanya seperti juga firmannya didalam surah al-An'aam ayat 57 mafhumnya ;

"...Tidak adalah suatu keputusan, melainkan bagi Allah. Dia mengesahkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memutuskan (segala pekara) ".  

Orang-orang yang memandang dengan cahaya Allah, maka pandangannya akan jelas dan jernih serta tidak bercelaru. Ia amat berbeza dengan orang yang memandang sesuatu dengan pandangan dari kacamata mereka sendiri, serta mengkaji dengan logik akalnya saja. Akibatnya mereka akan melakukan kesalahan- kesalahan yang tidak disedarinya. Begitulah keadaannya jika orang yang tidak mendapat cahaya dari Allah, maka sudah tentu semuanya bercelaru.

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), hadis riwayat Abu Sa'id al- Khudri itu sahih. Demkian juga dengan hadis riwayat Abu Hurairah yang menerangkan berkenaan kesaksian bumi pada apa juga perbuatan yang pernah dilakukan diatasnya oleh semua makhluk, adalah juga hadis sahih. Begitu juga dengan hadis riwayat Abu Sa'id al-Khudri lainnya yang menerangkan bahawa harta itu juga akan memberi kesaksiannya kelak diakhirat.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani dari Laits bin Abi Sulaim, dari Abdulrahman bin Marwan, dari Huzail, dari Abu Dzar bahawa suatu hari Nabi saw sedang berjalan dan mendapati ada dua ekor kambing sedang bertandok sesama sendiri (bergaduh), lalu Baginda bersabda, "Sesungguhnya kelak dihari kiamat Allah akan memutuskan pekara (pergaduhan) diantara kambing yang sudah tidak bertanduk dengan kambing yang bertanduk itu ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Ibnu Luhi'ah dan Amar ibnul Harith, dari Bakar bin Sawadah, dari Salim al-Jaisyani bahawa ia berkata, "Suatu hari Tsabit bin Tharif minta izin kepada Abu Dzar dengan suara yang sangat kasar. Abu Dzar menemuinya dan berkata, 'Demi Allah, seandainya tidak ada hari qisas diakhirat kelak, aku pasti akan memukulmu ". Setelah dipersilakan dia masuk, Tsabit pun bertanya, "Bagaimana keadaan mu wahai Abu Dzar ? ".Abu Dzar menjawab, "Baik-baik saja ". Tsabit bertanya lagi "Kenapakah jika seandainya kamu memukul aku tadi ?". Abu Dzar menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, seekor kambing pun akan ditanya tentang perbuatannya yang menenduk kawannya dan sesuatu benda mati sekalipun akan ditanya kerana telah melukakan seseorang ".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi dari Syu'bah, dari al-A'masy, dari Ibrahim at-Taimi, dari ayahnya, dari Abu Dzar bahawa ia berkata, "Rasulullah melihat dua ekor kambing sedang bergaduh. Baginda bertanya kepada ku, 'Wahai Abu Dzar, tahukah kamu kenapa dua ekor kambing itu bergaduh ?'. Aku menjawab, 'Tidak Rasulullah'. Kemudian baginda bersabda, ' Tetapi Allah mengatahuinya dan pada hari kiamat nanti, Dia akan memutuskan masaalah diantara mereka berdua '".  

Diriwayatkan oleh Ibnu Abud Dunya dari Amr ibnul 'Ash bahawa ia berkata, "Pada hari kiamat kelak, bumi akan diratakan seperti  meratakan kulit yang disamak. Lalu jin, manusia, binatang ternak dan binatang-binatang buas dikumpulkan. Pada hari itu, Allah akan melakukan qisas diantara binatang-binatang ternak, termasuklah qisas bagi seekor kambing yang tidak bertanduk yang pernah ditanduk oleh kambing yang bertanduk. Apabila selesai sahaja qisas kepada binatang-binatang ternak itu, maka Allah berfirman kepada mereka,'Jadilah kamu debu !'.Orang-orang kafir yang menyaksikan kejadian itu pula berkata, 'Alangkah baiknya jika aku dijadikan sebagai debu'". 

Imam Abu Qasim alias Abdul Karim al-Qusyari didalam kitabnya bertajuk 'At-Tahbir' menyatakan. "Pada hari kiamat nanti, binatang-binatang ternak dan binatang-binatang buas akan dikumpulkan. Mereka lalu sujud kepada Allah. Malaikat lalu berkata, 'Ini bukan hari untuk bersujud, ini adalah hari  untuk menerima balasan pahla atau seksa'. Binatang-binatang itu pula berkata, 'Ini adalah sujud syukur kerana Allah tidak menjadikan kami termasuk didalam golongan manusia'. Lalu malaikat berkata kepada binatang-binatang itu, 'Allah Yang Mahaagung mengumpulkan kamu semua supaya kamu ikut serta menyeksikan perungkapan kesalahan-kesalahan manusia '".


FAKTA V: 

Ada pula ulama yang beranggapan bahawa puasa itu adalah merupakan satu ibadah yang istimewa. Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menjalankan ibadah puasa-puasa (wajib atau pun sunat) akan dikurnia pahala yang melimpah ruah dan pahala tersebut tidak boleh digunakan untuk mengantikan perbuatan zalim yang diperbuat kepada orang lain. Pekara ini adalah bersandarkan firman Allah yang dipetik didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, "Puasa adalah untuk Ku dan Akulah yang akan membalasnya ". Tetapi pendapat ini adalah bercanggah dengan beberapa buah hadis yang telah dikemukakan sebelum ini. Iaitu hak orang lain itu diambil daripada semua jenis ibadah dan amal kebajikan termasuklah puasa.

Kemudian mereka menyatakan bahawa pahala amalan puasa yang tidak diketahui orang dan tidak pula tertulis didalam kitab amalan, maka ini bererti Allah menyembunyaikan amalan tersebut untuk dijadikan perisai dari azab diakhirat nanti. Diwaktu ramai manusia yang dilemparkan kedalam Neraka akibat dari amalan buruk mereka, puasaakan menjaga tuannya kerana ia sememangnya merupakan perisai.

Berkata  al-Qadhi Abu Bakar ibnul Arabi didalam kitabnya yang bertajuk 'Sirah Al-Muridin', katanya, "Insyaallah, itu tadi adalah merupakan penafsiran yang sangat baik sekali, sehingga syukur alhamdullillah tidak timbul pertentangan sama sekali". Ini bererti semua ulama sepakat akan apa yang telah dijelaskan diatas itu tadi sebagai sebuah penafsiran yang sahih lagi mutlak.

Diriwayatkan oleh Ibnu Daud dari Shafwan bin Sulaim dari sejumlah putra sahabat Nabi saw. dari bapak-bapak mereka, bahawa Rasulullah bersabda, "Ingatlah !, barangsiapa berbuat zalim kepada orang kafir mu'ahad (orang kafir yang mendapat perlindungan Negara) atau mengurangkan hak-hak mereka atau membebankannya diatas kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya tampa kerelaan darinya, maka akulah yang akan menjadi pembelannya dihari kiamat kelak ". Hadis ini dianggap sahih oleh Abu Muhammad alisa Abdul Haq.



BAB 32:  ALLAH AKAN MEMINTA REDHA DARIPADA ORANG YANG BERMUSUHAN DIAKHIRAT KELAK.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abud Dunya didalam kitabnya bertajuk 'Husnuzh Zhan Billah Ta'ala' dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, " Pada suatu hari ketika kami sedang duduk bersamadengan Rasulullah, tiba-tiba aku melihat baginda tersenyum lebar sendirian hingga terlihat gigi-gigi hadapannya. Maka seorang dari kami bertanya, 'Ya Rasulullah, mengapakah tersenyum ?'. Baginda menjawab, 'Ada dua orang dari umatku yang sedang duduk dihadapan Tuhanku Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Salah seorang dari mereka berkata, ' Ya Tuhanku, tolong ambilkan pahalanya untuk ku bagi membayar semua kezaliman yang pernah dilakukan terhadap ku '. Namun ketika diperintah Allah untuk memberikan hak kepada sahabatnya itu, ia pun berkata,' Ya Tuhanku, aku sudah tidak punya apa-apa lagi '. lalu temannya itu pula berkata, 'Kalau begitu, dia haruslah menanggung semua dosa-dosa ku ".....

Kemudian kelihatan linangan air mata dikelopak mata Rasulullah menahan sebak didada. Setelah reda, Rasulullah bersabda lagi, "Sesungguhnya pada hari itu adalah hari dimana manusia memerlukan pengurangan bebanan dosa-dosa mereka. Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menuntut haknya tadi, " Pusinglah pandangan mata mu dgangan lihatlah ke Syurga ". Setelah menurut perintah  Allah itu, dimana ia melihat kebajikan dan kenikmatan yang membuatnya sangat kagum, kemudian ia bertanya, 'Untuk siapakah itu, ya Tuhanku ?'. Allah berfirman ' Ia untuk orang yang sanggup membayar harganya kepada Ku '. Ia bertanya lagi, ' Siapakah yang sanggup membayarnya ?'. Allah berfirman, 'Kamu !'. Ia bertanya, 'Dengan apa ?'. Allah berfirman, 'Dengan pemberian keampunan mu kepada sahabat mu ini '. Kemudian ia berkata,' Kalau begitu, aku ampuni semua kesalahannya '. Lalu Allah berfirman, ' Sekarang peganglah tangan sahabat mu dan ajak dia masuk kedalam Syurga Ku itu'. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, "Oleh kerana itu takutlah kamu kepada Allah dan perbaikilah hubungan diantara sesama mu, nescaya dihari akhirat nanti Allah akan memperbaiki hubungan diantara orang-orang yang beriman ". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Abud Dunya dari Abdulrahman bin Abu Bakar bahawa ia berkata," Pada hari kiamat nanti, seorang mukmin muncul dengan tangannya dipegang oleh orang yang menuntut hutannya untuk dibawa kehadrat Allah dan ia berkata,'Orang ini masih mempunyai hutang kepadaku ' Lalu Allah berfrman, 'Akulah yang paling berkewajiban membayar hutang- hutang hamba Ku'. Mendengar saja firman Allah itu, maka orang itu terus mengampunkan dan merelakan hutang-hutang kawannya itu dan kemudian Allah mengampunkannya ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Abud Dunya dari Abdullah bin Muhammad bin Ismail bahawa ia berkata, "Aku mendengar sesungguhnya Allah pernah mewahyukan kepada salah seorang Nabi Nya, 'Dengan pengwasan mata Ku, mereka tidak merasa berat menanggung beban. Demi mencari keridhaan Ku, mereka tidak pernah bosan berusaha dan bersusah payah. Bagaimana mungkin kamu melihat Aku melupakan amal-amal mereka, sedangkan Aku ini adalah Tuhan Yang Paling Penyayang diantara para penyayang. Seandainya Aku mahu menyegerakan hukuman kepada seseorang, nescaya pekara itu akan Aku lakukan kepada orang-orang yang berputus asa dari rahmat Ku dan seandainya hamba-hamba Ku yang beriman melihat bagaimana Aku bertindak adil terhadap orang-orang yang pernah berbuat zalim kepada mereka, nescaya mereka tidak akan pernah meragukan kebaikkan dan kedermawannya Aku ".

FAKTA:

Begitulah beruntungnya mejadi orang-orang yang tidak dikehendaki untuk diseksa oleh Allah, tetapi sebaliknya mereka diampuni Nya. Dia mendapat keampunan dari kawan-kawan atau saudara maranya yang pernah memberi hutang kepadanya. Pekara sumpama ini boleh terjadi kepada orang-orang zalim yang mahu bertaubat nasuha, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Israa' ayat 25 yang mafhumnya ;

"Maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat ".

Menurut Abu Hamid, orang yang benar-benar bertaubat ialah orang yang meninggalkan dosanya dan tidak akan kembali berbuat dosa semula (taubat nasuha). Pekara ini boleh juga berlaku kepada orang-orang lain. Tetapi berdasarkan hadis riwayat Anas, pekara ini hanya khusus berlaku kepada dua orang saja kerana jika ia berlaku kepada semua orang, nescaya tidak ada seorang pun yang akan masuk Neraka.

 Demikian juga ada riwayat daripada Nabi saw. yang menyatakan, " Pada hari kiamat nanti Allah akan menyeru dari bawah 'Arasy, 'Wahai umat Muhammad !, Berkenaan hak Ku pada kamu semua telah Aku ikhlaskan, hanya yang tinggal ialah beban-beban tanggungan diantara sesama kamu. Oleh kerana itu ikhlaskanlah semuanya sesama kamu dan masuklah kamu kedalam Syurg berkat rahmat Ku ". Ini merupakan hadis maudu yang dipetik oleh al-Iraqi didalam kitabnya bertajuk 'Takhrij al-Ihya' (IV/497).


BAB 33  : UMAT MUHAMMAD YANG PERTAMA DIHISAB.


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw. bersabda, "Kami memang umat yang terakhir, tetapi kami yang pertama dihisab. Nanti akan ada yang memanggil, 'Mana umat pengikut Nabi yang buta huruf !'. Kami adalah yang pertama dan yang terakhir ". Dalam riwayat Ibnu Abbas yang lain pula, ada penambahan iaitu "...Umat-umat yang lain lalu memberi kami jalan selebar-lebarnya dan kami pun lalu dengan wajah, lengan dan betis yang berseri-seri akibat dari wuduk. Berkata umat-umat yang lain itu, 'Seolah-olah umat ini seperi golongan nabi semuanya '". Hadis yang serupa juga telah diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi yang disebut didalam kitabnya yang bertajuk 'Musnad Abi Daud ath-Thayalisi'. Hadis ini telah kami kemukakan sebelum ini.


BAB 34: PERTAMA DIHISAB IALAH SOLAT, YANG PERTAMA DIPUTUSKAN ANTARA MANUSIA PERSOALAN DARAH DAN BERKENAAN MEREKA YANG PERTAMA DIPANGGIL BAGI MENYELASAIKAN MASAALAH.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah telah bersabda, "Yang pertama sekali akan diputuskan diantara manusia pada hari kiamat kelak ialah persoalan darah ". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Bukhari, Nasa'i dan Tirmidzi yang menganggap hadis ini hasan, seterusnya sahih.

Telah diriwayatkan juga oleh Nasa'i dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah telah bersabda, "Pertama sekali akan dihisab pada seorang hamba ialah ialah solat, dan yang pertama akan diputuskan diantara manusia ialah soal darah ".

Dalam Shaih Bukhari  terdapat riwayat hadis dari Ali bin Abu Talib yang menyebut bahawa Nabi saw bersabda, " Aku adalah orang yang pertama sekali bangkit dari kuburan pada hari kiamat kelak dan mengadap kehadrat Allah Yang Maha Pemurah untuk memberi pembelaan ". Yang dimaksudkan disini ialah tentang kisah beliau bersama tiga orang sahabatnya melawan pihak kafir Quraisy. Menurut Abu Dzar, menyentuh berkenaan mereka inilah turunnya firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 19 yang mafhumnya ;

"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang bertengkar berkenaan Tuhan mereka... ".

Hadis yang menyentuh persoalan ini adalah hadis sahih seterusnya menjadi sangat mashyur yang telah diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Imam-imam yang lain.

 Bersumber dari Muhammad bin Ka'ab dari seorang sahabat Ansar dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Rasulullah bercerita kepada kami ditengah-tengah beberapa orang sahabatnya, 'Yang pertama sekali akan diputuskan diantara mereka ialah tentang darah. Seseorang yang dibunuh pada jalan Allah akan tampil. Kemudian Allah memerintah orang yang membunuhnya untuk kehadapan, orang yang dibunuh itu menghampirinya serta membawa potongan kepalanya dengan urat lehernya masih kemerahan dengan titisan darah dan ia berkata, 'Ya Tuhanku, Tanyakan kepadanya kenapa dia membunuhku ?'. Lalu Allah berfirman, 'Mengapa kamu membunuhnya ?' Dia menjawab, ' Ya Tuhanku, aku membunuhnya kerana Mu'. Maka Allah berfirman, ' Kamu benar !'. Kemudian Allah menjadikan wajahnya bersinar bak cahaya matahari. Malaikat mengiringinya masuk ke Syurga '".

"Seterusnya datang pula orang yang mati dibunuh kepada orang yang telah membunuhnya dengan membawa potongan kepala dengan urat lehernya kemerahan menitiskan darah. Ia kemudian berkata, 'Ya Tuhanku, tanyakan kepadanya mengapakah dia membunuh ku ?'. Lalu Allah berfirman, 'Mengapakah kamu membunuhnya ?'. Dia menjawab, 'Aku membunuhnya untuk kepentingan diriku sendiri '. Kemudian kedengaran kemurkaan Allah yang sangat hebat. Begitulah, Allah mengadili setiap pembunuhan dan kezaliman dengan seadil-adilnya. Setelah itu terserahlah kepada Nya. Dia Maha Menyeksa dan juga Maha Mengasihi '". Hadis ini juga diriwayatkan oleh al- Ghailani alias Abu Talib Muhammad bin Muhammad bin Ibrahim bin Ghailan, dari Abu Bakar Muhammad bin Abdullah bin Ibrahim bin Abdullah al- Bazzari atau yang lebih terkenal dengan panggilan asy-Syafi'i.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Qilabah alias Abdul Malik bin Muhammad ar-Riqasyi dari Abu Ashim adh-Dhahak dari Muklid dari Ismail bin Rafi' dari Muhammad bin Ziyad dari Muhammad bin Ka'ab dari Ismail bin Ishak al-Qadhi dari Nafi' bin Jubair bin Muth'im dari Abdullah bin Abbas bahawa ia pernah mendengar Nabi saw. bersabda, "Orang yang dibunuh akan tampil dengan tangan sebelah menjenjing kepalanya dan tangan sebelah lagi melambai kepada orang yang membunuhnya. Urat lehernya masih kemerahan mengalirkan darah. Ketika keduanya telah hadir kehadrat Allah, orang yang dibunuh berkata, 'Ya Tuhanku, dialah yang telah membunuhku '. Allah berfirman kepada sipembunuh itu, 'Celakalah kamu !'. Lalu dia dihumban keNeraka '".

Ungkapan serupa juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak secara mauquf kepada Abdullah bin Mas'ud dari Hammad bin Salamah dari Ashim dari Abu Wa'il dari Abdullah.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi didalam kitabnya 'Jami at-Tirmidzi' dari al-Hasan bin Muhammad az-Za'farani dari Syababah dari Waraq bin Umar dari Amr bin Dinar dari Abu Abbas wbahawa Nani saw. bersabda, " Pada hari kiamat nanti orang yang dibunuh akan mendatangi orang yang membunuhnya, sambil memegang ubun-ubun kepalanya, semantara urat lehernya kemerahan mengalir darah, ia terus berkata, ' Ya Tuhanku, orang inilah yang telah membunuhku ?'. hinggalah ia didekatkan oleh Allah ke 'Arsay Nya '".

Menurut saya (Imam Qurthubi), sekalipun hadis diatas itu mauquf, namun ada hadis serupa yang boleh dijadikan sandaran dan memperkuatkannya. Ia adalah hadis riwayat at-Tirmidzi dan Nasa'i dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat nanti, diantara amal manusia yang akan pertama sekali dihisab ialah solat. Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman kepada malaikat-malaikat Nya, 'Periksalah solat hamba Ku ini, adakah ia sempurna atau masih kurang. Jika ia sempurna maka catitlah ia sebagai sempurna, tetapi jika ia masih kurang. Allah berfirman,'Sempurnakanlah amal ibadah solat fardu hamba Ku ini dengan amal ibadah solat sunatnya '. Kemudian seterusnya amal-amal lain juga diperlakukan seperti itu '".


FAKTA: 

Abu Umarbin Abdul Barr mengatakan, "Menyempurnakan amal ibadah fardu dengan amal ibadah sunat itu boleh dilakukan jika orang itu lupa melakukan ibadah fardu itu atau tidak melakukannya atau tidak melakukan ruku' atau sujudnya dengan betul. Dalam pekara ini, dia sememengnya tidak mengatahui atau lupa. Namun bagi orang yang sengaja meninggalkan ibadah fardun atau lupa, tetapi apabila ia sedar masih sengaja tidak mahu melakukannya atau secara sedar ia masih mengutamakan ibadah sunat sehingga ia mengabaikan yang fardu, maka kekurangan amal ibadah fardunya tidak boleh disempurnakan dengan ibadah sunatnya ". Astarn sahih riwayat Thabrani didalam kitabnya bertajuk 'al-Mujma'.

Diriwayatkan oleh Muhammad bin Himyar dari Amr bin Qais as-Sukuni dari Abdullah bin Qarath bahawa Nabi saw besabda, "Barang siapa yang melakukan solat namun tidak menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusuknya, pekara itu boleh ditambahkan dengan bacaan-bacaan tasbihnya hingga ia menjadi sempurna ". Hadis hasan riwayat Thabrani.

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), dianjurkan kepada seseorang agar selalu menjaga solatnya seperti yang telah diperintahkan olehn Allah dengan hati yang khusuk dan menyempurnakan syarat-syatarnya, rukun-rukunnya serta pekara-pekara sunat dalam solat. Jika ada dirasakan tertinggal, ia harus berusaha melakukan solat-solat sunat dengan baik juga. Semantara apa pula orang 'bikaj' yang malas melakukan solat sunat kerana menganggapnya remeh. Kelak sehingga tidak ada yang boleh digunakan untuk menyempurnakan solat-solat fardunya yang didapati kekurangan disana sini. Inilah yang akan terjadi kepada mereka, bagaimana pula halnya kepada orang yang bodoh ?.

Ketahuilah, sesungguhnya orang yang melakukan solat secara tidak sempurna adalah termasuk didalam golongan yang sia-sia dan ia lebih mengikut hawa nafsunya saja. Firman Allah didalam surah Maryam ayat 59 yang mafhumnya;

"...Mereka mengsia-siakan solat dan mengikut shawat (hawa nafsunya), sebab itu mereka akan menemui kejahatan (seksaan)".

Jika menurut sesetengah ulama pula, orang yang mengsia-siakan solatnya ialah orang yang mengabaikan ketentuan-ketentuannya seperti, tidak memerhati akan ketetapan waktunya, wuduknya, rukunnya, rukuknya, sujudnya dan lain-lain lagi. Namun ia tetap rajin untuk melakukan solat. Jika seseorang itu langsung tidak melakukan solat atau tidak pernah mahu melakukan solat, mereka adalah dianggap telah kafir.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Abu Mas'ud al-Aansari bahawa Rasulullah bersabda, "Tidak sempurna solat seseorang yang tidak meluruskan tulang belakangnya ketika ia rukuk dan sujud ". Menurut para ulama salaf, salah satu kesempurnaan solat ialah meluruskan tulang belakang apabila rukuk dan sujud. Tambahan menurut asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishak mengatakan, "Barang siapa yang tidak meluruskan tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud, maka solatnya dikira batal ". Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyatakan, "Tidaklah cukup solat yang dilakukan seseorang itu tampa ia meluruskan tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Zaid bin Wahab dari Hudzaifah, bahawa pada suatu hari ia melihat seseorang solat dengan tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Setelah selesai solat, Huzaifah pun berkata, "Kamu sama belum solat, dan jika kamu mati didalam keadaan ini, kamu terkeluar dari sunah Nabi Muhammad ".

Diriwayatkan oleh Nasa'i dari Zaid bin Wahab dari Huzaifah bahawa ia melihat seseorang sedang solat dangan begitu cepat. Huzaifah bertanya kepada orang itu, "Sejak bila kamu solat seumpama itu ? ". Orang itu menjawab, "Sejak empat puluh tahun yang lalu". Huzaifah berkata, "Kamu sama saja belum melakukan solat. Seandainya kamu mati sedang solatmu masih lagi seperti itu, maka kamu mati tidak mengikut fitrah Nabi Muhammad saw. ". Seterusnya Huzaifah menyambung, " Sepatutnya seseorang berusaha untuk menyempurnakan dan memperbaiki solatnya yang dilakukan dengan cepat (tiada tama'ninah).

Cukup banyak riwayat hadis yang saya (Imam al-Qurthubi) ketengahkan diluar perbincangan didalam bab ini. Ini adalah untuk memperjelaskan lagi maksud firman Allah, "Yang mengsia-siakan solatnya".

Diriwayatkan oleh Nasa'i dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. bersabda, "Yang pertama sekali dihisab daripada seorang hamba dihari kiamat kelak ialah solatnya. Jika solatnya sempurna, maka dicatit sempurna, dan jika ada sedikit kekurangan maka Allah berfirman kepada malaikat, 'Pereksalah, apakah kamu mendapatkan sesuatu didalam solat sunat yang boleh mengantikan kesempurnaan solat fardunya ?'. Dan amalan-amalan ibadah yang lain juga akan dilakukan seperti itu ".

Berkata Khalifah Umar ibnul Khatab, "Jika seseorang telah mengsia- sia ibadah solatnya, apatah lagi ibadah-ibadah yang lainya ".

Menurut Imam Abu Hanifah, yang paling penting diperhatikan didalam ibadah solat ialah rukun-rukunnya. Kerana ia adalah wajib. Tetapi pendapat ini telah dikeritik tegas oleh al-Qadhi Abdul Wahab dalam kitabnya yang bertajuk 'Talqin Abdil Wahab' yang memetik kata-kata Ibnul Qasim. Kerana orang yang hanya terbatas hingga ketahap itu saja bererti dia tidak memerhatikan solat dan ia boleh menimbulkan hal-hal yang tercela, berdasarkan sabda Nabi saw. "Itulah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari. Ketika matahari sudah terbit satu hasta, ia berdiri dan melakukan solat empat rakaat dengan cepat (tiada tama'ninah) tampa mengungati Allah kecuali hanya sebentar saja ".

Berkenaan hadis kedua tadi, solat seumpama itu hukumnya batal. Ia berdasarkan hadis riwayat Muslim, Nabi saw. bersabda, "Adapun ketika rukuk, agungkanlah Allah. Dan apabila sujud, berdolah, nsecaya doa kamu layak untuk dikabulkan ".

Diriwayatkan oleh Malik dalam kitabnya bertajuk 'Al-Muwatha' dari Yahya bin Sa'id dari Nu'man bin Marrah al-Ansari bahawa Rasulullah bersabda. "Apa pendapat kamu semua berkenaan orang yang minum khamar (arak), orang yang mencuri dan orang yang berzina ?". (pertanyaan baginda ini berlaku sebelum turunnya ayat-ayat firman Allah berkenaan mereka itu) . Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul Nya saja yang tahu ". Baginda bersabda lagi, "Didalam perbuatan-perbuatan itu terdapat kejahatan yang memerlukan saksi untuk menghukumnya. Pencuri adalah yang paling buruk dan yang paling buruk dari itu adalah mencuri ketika solat ". Mereka semua bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana orang boleh mencuri ketika sedang solat?". Baginda menjawab, "Kerana dia tidak sempurnakan rukuk dan sujudnya".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya bartajuk 'Musnad Abi Daud ath-Thayalisi dari Muhammad bin Muslim bin Abul Wadhah dari al-Ahwash bin Hakim dari Khalid bin Ma'dan dari Ubaidah bin Shamit bahawa Rasulullah bersabda,"Apabila seseorang melakukan solat dengan baik dengan menyempurnakan rukuk dan sujudnya, maka solatnya itu akan berdoa, 'Semoga Allah menjaga mu seumpama kamu telah menjaga ku '. Setelah itu lalu ia diangkat. Tetapi  jika ia melakukan solat dengan buruk dengan tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, maka solatnya akan berdoa, 'Semoga Allah mengsia-siakan kamu seumpama kamu telah mengsia-siakan ku'. Ia kemudian direnyok seperti merenyok kertas buruk dan dilimparkan kemukannya '".

Barang siapa yang tidak mahu menjaga waktu solatnya, samalah juga dia tidak menjaga solatnya. Begitu juga dengan orang yang tidak menjaga rukun-rukun solat, wuduknya, rukuknya, sujudnya dan juga semua tertib solat itu sendiri. Ia bererti dia tidak menjaga solat. Orang yang tidak mahu manjaga solat, bererti dia telah mengsia-siakan solatnya. Jika dia telah berani berbuat begitu, apatah lagi dengan ibadah-ibadah yang lainnya. Sebaliknya orang yang menjaga solatnya bererti dia telah menjaga agamanya dan tidaklah sempurna agama seseorang yang tidak mengenal solat itu sama sekali.


BAB 35 : ALLAH MENYOAL MEREKA YANG MEMBIARKAN KEMUNGKARAN.     


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Said al-Khudri bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti, Allah akan menyoal seorang hamba, bahkan akan terus bertanya, " Ketika kamu melihat kemungkaran, mengapa tidak kamu halangi ?". Jika Allah berkenan mengajarkan hujah-hujah Nya kepada seseorang hamba, ia akan menjawab, "Ya Tuhanku, demi mengharap Engkau aku rela meninggalkan manusia ".

Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Faryabi dari Sufian dari Zaid dari Amr bin Marrah dari Abul Bukhturi dari Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Janganlah salah seorang dari kamu meremehkan diri kamu sendiri. Jika kamu melihat perintah yang harus kamu bela, namun kamu berdiam diri saja, maka pada hari kiamat kelak Allah akan menyoal kamu akan pekara ini. "Ketika kamu melihat kemungkaran itu dan ini, mengapakah kamu berdiam diri sahaja ? ".  Ia menjawab, ' Ya Tuhanku, Aku takut kepada manusia'. Lalu Allah berfirman "Hanya Aku saja yang patut kamu takuti !".

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abdullah bin Muhammad bin Jaafar dari Abdullah bn Muhammad bin Zakaria dari Ismail bin Amr dari Mundi dari Asad bin Atha' dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda, "Janganlah salah seorang dari kamu hanya berdiam diri melihat seseorang dipukul dan dizalami, kerana laknat akan turun dari langit kepada mereka-mereka yang melihat kejadian itu namun tidak mahu mencegahnya. Janganlah seorang dari kamu duduk hanya berdiam diri melihat seseorang dibunuh dengan zalim, kerana laknat akan turun dari langit keatas mereka-mereka yang menyasikan kejadian itu namun tidak mahu mencegahnya".

Ingatlah akan perkatan ini, "Amal makruf, nahi mungkar".



Alhamdulillah, siap sudah mukasurat ke 17 ini. Atok ucapkan selamat membaca dan mengambil pengertian yang tersimpan didalam patah-patah perkatan orang-orang terdahulu terutama hadis peninggalan mereka dan yang paling terutamanya keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Selawat dan salam keatasnya seluruh keluarga dan sahabat-sahabatnya. Juga kepada ulama-ulama sesudah itu, kepada semua guru-guru, sahabat-sahabat, rakan taulan dan seluruh umat islam khasnya. Sempena menyambut Maulidul Rasul 1434 hijrah ini diucapkan kepada anda semua. Wassalam...  


Sekian
Atok zamany 

Friday, October 05, 2012

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 16

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

FASAL B- AKHIRAT DAN KIAMAT .


BAB 24 - SYAFAAT SEBAGAI TEMPAT TERPUJI. 



Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda, "Bukannya sombong !, pada hari kiamat kelak aku adalah pemimpin anak cucu Adam. Bukannya sombong !, bendera segala pujian berada dalam gengaman ku. Pada saat itu setiap Nabi dari Nabi Adam as dan yang lain-lainnya berada dibawah benderaku. Bukannya sombong !, aku adalah merupakan orang pertama yang bangun dari kubur. Setelah semua makhluk mengalami tiga kali ketakutan, maka mereka menemui Adam dan berkata,'Kau adalah bapa kami. Tolong mohonkan syafaat kehadrat Allah untuk kami semua'. Adam menjawab, 'Aku pernah melakukan satu dosa yang menyebabkan aku diturunkan kebumi, Temuilah Nuh !'. Tetapi Nuh berkata, 'Aku pernah memohon satu doa yang menyebabkan umatku dan penduduk bumi binasa, temuilah Ibrahim'. Lalu mereka temui Ibrahim,. Tetapi dia juga tidak mampu dan berkata, 'Aku pernah melakukan tiga kali berbohong, temuilah Musa'. Lalu mereka menemui Musa. Tetapi Musa juga tidak sanggup. Ia berkata, 'Aku pernah membunuh satu jiwa, temuilah Isa'. Ketika mereka temui Isa, dia pun tidak mampu dan berkata ,'Manusia telah menyembah aku selain Allah. Temuilah saja Muhammad', Akhirnya mereka menemui aku, aku pun berangkat bersama-sama mereka ".

Berkata Anas, seperti yang diambil oleh Ibnu Jad'an, "Waktu itu aku seakan-akan melihat Rasulullah bersabda,' Aku mendekati pintu Syurga dan mengetuknya. Para Malaikat penjaga Syurga itu bertanya, 'Siapa tu ?'. Aku menjawab, ' Muhammad'. Kemudian pintu itu pun dibuka dan mereka melihat aku. Mereka menyambut aku dan membenarkan aku masuk. Aku masuk dan kemudian sujud kehadrat Allah SWT dan memanjatkan segala puja dan pujian. Lalu kedengaran Dia berfirman, 'Angkatkanlah kepala kamu !. Permintaanmu terutama syafaat telahpun dikabulkan. Dan Ucapanmu telah Ku dengari !". Itulah tempat terpuji yang telah difirmankan Allah didalam surah al-Israa ayat 79, mafhumnya ;

"Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji".

Hadis yang serupa diriwayatkan oleh ath-Thayalisi dari Ibnu Abbas. Abu Daud berkata, "Aku mendapat riwayat ini dari Hammad bin Masalamah, dari Ali bin  Zaid, dari Abu Nadhrah bahawa ia berkata, "Ibnu Abbas berucap diatas Mimbar dihadapan kami. Setelah memanjatkan puji- pujian kepada Allah, seterusnya ia berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda, 'Setiap Nabi itu memiliki doa (mustajab). Mereka semua telah pun menggunakannya semasa mereka didunia ini. Sedangkan aku masih menyimpannya doaku itu untuk syafaat bagi umatku dihari kiamat nanti. Ketahuilah, bukannya sombong, sesungguhnya aku adalah pemimpin anak cucu Adam dihari kiamat nanti. Bukannya sombong, aku adalah orang pertama yang akan bangkit dari kubur dihari kiamat nanti. Bendera pujian ditangganku. Bukannya sombong, Adam dan yang lainnya berada dibawah bendera itu. Ketika manusia sedang dilanda kesusahan dihari itu, lalu mereka berkata, 'Mari kita bertemu Adam, bapa seluruh manusia supaya dia pohonkan syafaat bagi kita semua daripada Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, hinggakan dia memutuskan diantara kita (tidak dapat menolong).....'.

 '...Mereka bertemu Isa dan berkata, 'Tolong pohonkan syafaat kepada Allah untuk kami, hingga dia juga memutuskan diantara kami. Isa menjawab, 'Aku tidak mampu memenuhi permintaan kamu semua. Aku dan Ibuku (Maryam) pernah dianggap tuhan selain Allah. Apa pendapat kamu semua, seandainya ada barang didalam sebuah bekas yang tertutup rapat, adakah isi bekas itu boleh ditembusi tampa merosakkan tutupnya itu ?'. Mereka menjawab, 'Tidak !'. Lalu Isa berkata, 'Sesungguhnya Muhammad, pada hari ini diberi keistimewaan. Dosanya yang lalu dan akan datang telah diampuni....

...Semua manusia itu datang menemuiku dan berkata supaya aku dapat memohonkan syafaat kepada Allah untuk mereka sehingga Dia membuat keputusan keatas mereka. Aku katakan bahawa aku bersedia memenuhi (permintan mereka) sehingga Allah mengizinkan siapa saja yang dikehendaki dan diredhai Nya. Maka, setiap kali Allah berkehendak untuk membuat keputusan kepada semua makhlukNya, ada saja suara yang memanggil, "Mana Muhammad dan umatnya" ?, Aku pun berdiri dan diikuti oleh umatku dengan lengannya, betisnya dan wajahnya yang nampak berkilau cahaya bekas tanda wuduk ".

Disebut didalam riwayat Bukhari sebuah hadis yang bersumber dari Ibnu Umar bahawa ia berkata, "Pada hari kiamat nanti manusia akan menjadi bangkai. Setiap umat akan mengikut Nabinya dan berkata,'Wahai nabi, beri kami syafaat, wahai nabi, beri kam dari  syafaat'. Hinggalah akhirnya syafaat itu diminta dari Nabi Muhammad saw. Dan itulah hari dimana Allah mengangkat baginda ketempat yang terpuji ". Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda berkenaan firman Allah (mafhumnya), 'Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ketempat yang terpuji '. Ketika baginda ditanya berkenaan pekara itu, baginda menjawab,"Itu adalah syafaat".

FAKTA  I:

Seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, dihari kiamat nanti manusia akan mengalami tiga kali ketakutan ketika mereka sedang diheret ke Neraka dengan menggunakan rantai-rantai. Peristiwa itu berlaku sebelum mereka dihadapkan kehadrat Allah untuk dihisab. Setiap kali memandang mereka, lidah api Neraka meluap-luap menjilat kesana kemari dengan ganas sekali dan mengeluar bunyi mendesis dan menangkap mereka. Ia tersangat marah seperti kemurkaan Tuhannya kepada mereka semua. Pada waktu itu mereka melutut dan berjatuhan disekitar Neraka. Mereka semamengnya tidak berdaya, bahkan sudah tidak mampu untuk menangis lagi. Orang-orang zalim berteriak menyesali nasib mereka yang sungguh malang. Kemudian kedengaran desiran api Neraka meluap buat kali kedua yang menambah rasa gerun dan takut dihati mereka. Kemudian kali ketiga desiran api Neraka itu yang menjilat, yang menjadikan mereka semua ketakutan luar biasa. Mereka menundukkan pandangan mata, tapi sekali sekala pandangan mereka melirik kearah Neraka itu yang sekejap lagi akan membakar mereka. Semoga Allah menyelamatkan kita daripadanya.

FAKTA  II:

Para Ulama tafsir berselisih pendapat berkenaan dengan yang disebut sebagai "tempat yang terpuji". Terdapat lima pendapat berkenaan dengan perkataan ini ;

Pertama : 
Tempat terpuji itu adalah syafaat bagi manusia pada hari kiamat nanti, seperti yang telah diulas didalam hadis sebelum ini didalam riwayat yang bersumber dari Hudzaifah ibnul Yaman dan Ibnu Umar.

Kedua :
Tempat terpuji ialah bendera pujian yang diberikan Allah pada Nabi saw. pada hari kiamat kelak. Menurut Syeikh al-Qurthubi, pendapat ini tidak bertentangan dengan pendapat pertama diatas. Maksudnya, sewaktu memegang bendera baginda memberi syafaat itu kepada manusia.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Aku adalah orang pertama yang akan keluar dari kubur. Aku merupakan jurucakap mereka ketika mereka mengangkat seorang wakil mereka. Dan aku yang akan memberi berita gembira ketika mereka telah berputus asa. Bendera segala pujian berada ditangganku. Bukannya sombong, aku adalah pemimpin anak cucu Adam yang paling mulia dimata Tuhanku ".

Didalam riwayat lain dari ad-Darami dan ad-Dailami yang lebih kurang sama bunyinya disebutkan, "...Aku adalah manusia pertama yang akan dibangkitkan semula. Akulah pemimpin mereka diwaktu mereka mencari ketua rombongan manusia. Akulah jurucakap mereka ketika mereka tekun mendengar. Akulah yang membantu mereka ketika mereka ditahan. Dan akulah yang memberikan berita gembira ketika mereka ditolak. Bendera kemuliaan berada ditangganku. Dan aku adalah anak cucu Adam yang paling mulia dimata Tuhanku. Ada seribu pelayan disekelilingku, seakan-akan mereka itu adalah mutiara yang tersimpan ".

Ketiga :
Seperti yang telah dipetik oleh ath-Thabari dari beberapa Ulama Salaf termasuk Mujahid, yang dimaksudkan dengan tempat terpuji ialah, Allah menjemput Nabi Muhammad saw duduk bersama-sama Nya diatas Kursi Nya. Memang terdapat riwayat hadis berkenaan pekara ini.

Menurut pendapat Imam al-Qurthubi, sekalipun benar terdapat hadis berkenaannya, namun pendapat itu tiduaik disukai oleh banyak ulama. Persoalannya, hanya orang biasa saja yang berfikiran dan membuat tafsiran bahawa Allah memjemput Nabi untuk duduk bersama Nya dan bersama Nabi-nabi yang lain berserta para Malaikat. Berkata Ibnu Abdul Barr dalam kitabnya bertajuk 'At-Tamhid', sekalipun Mujahid termasuk Ulama-ulama Salaf terkemuka sekali pun, namun didalam mentafsirkan firman Allah beliau telah melakukan dua kali penafsiran yang kontravasi. Pertama, penafsiran diatas tadi. Kedua, ketika dia mentafsir firman Allah didalam surah al-Qiyammah ayat 22 & 23, iaitu mafhumnya ;

"Wajah orang-orang mukmin (pada hari itu) berseri-seri. Kepada Tuhanlah mereka melihat ".

Dia mengatakan bahawa orang-orang mukmin itu sedang melihat pahala. Walhal, pahala itu tidak dapat dilihat.

Keempat :
Tempat terpuji itu ialah satu kelebihan dan keutamaan yang diberi kepada Nabi Muhammad saw. sahaja, iaitu bagi mengeluarkan orang-orang tertentu dari Neraka.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Yazid al-Faqir bahawa berkata, "Saya pernah terpengauh dengan pendapat orang-orang puak Khawarij. Satu hari saya telah bersama-sama mereka mengerjakan ibadah Haji. Kami merancang untuk bertemu seseorang semasa melawat Madinah, apabila sampai disana kami lihat Jabir bin Abdullah sedang menyampaikan ceramah dihadapan satu kaum berhampiran satu tiang didalam Masjid Rasulullah. Jabir menyebut tentang mereka yang masuk Neraka Jahanam. Aku berkata kepadanya, "Wahai Jabir, apa perlunya kau menceritakan pekara itu ?, bukankah telah disebut didalam al-Qur'an didalam surah Ali Imran ayat 192 (mafhumnya):"Ya Tuhan kami,  sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan
 kedalam Neraka, maka telah Engkau hinakan ia ". Dan firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 20 (mafhumnya), "Setiap kali mereka ingin keluar daripadanya, mereka dikembalikan (semula) kedalamnya ". Lalu buat apa kamu bercerita berkenaan pekara itu? ". Jabir bertanya pula kepada ku, "Pernah kamu membaca al-Quran ? ". Aku menjawab,"Pernah ". Ia bertanya lagi, "Pernah kamu dengar tentang maqam atau tempat Muhammad ketika bagnda diangkat oleh Allah kesana (Israq & Mekraj) ?". Aku menjawab, "Ya !". Lalu Jabir berkata, "Sesungguhnya itulah maqam (terpuji) atau tempat Muhammad yang kerananya Allah berkenan untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki Nya (dari dalam Neraka)".

Disebutkan pula didalam riwayat Bukhari sebuah hadis dari Anas bahawa ia mendengar Nabi saw. bersabda, "Setelah mengeluarkan manusia dari dalam Neraka, lalu aku masukkan mereka semua kedalam Syurga , kecuali orang-orang yang sememangnya tinggal kekal disana ". Kemudian baginda membaca sepotong ayat, "Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu (Muhammad) ketempat yang terpuji ". Itulah tempat yang telah dijanjikan Allah kepada Nabi kamu semua (Nabi Muhammad saw) ".

Kelima :
Tempat terpuji adalah salah satu dari keempat-empat tempat yang disebutkan diatas tadi. Pekara ini akan dibincangkan kemudian nanti, Insyaallah.


FAKTA  III :

Sesunggunya "tempat yang terpuji" adalah identiti pada syafaat  yang tidak boleh diberi kepada semua Nabi kecuali Nabi Muhammad saw sahaja. Bagindalah yang akan memberikan syafaat secara umum kepada seluruh makhluk yang berada di Padang Mahsyar, samaada mereka itu mukmin atau pun kafir.

Para Ulama berselesih pendapat berkenaan berapa peringkat atau berapa jenis syafaat baginda itu. Menurut an-Nuqqasy, ada tiga peringkat syafaat yang diberi kepada Rasulullah. Peringkat pertama ialah syafaat umum seperti yang disebutkan diatas tadi. Peringkat kedua, ialah syafaat mempercepatkan orang-orang Islam masuk kedalam Syurga. Peringkat ketiga ialah syafaat bagi orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar. 

Menurut Ibnu Athiyah didalam tafsirnya, syafaat baginda ada dua peringkat sahaja. Pendapat ini paling terkenal dan diperakui oleh banyak ulama-ulama tafsir. Iaitu syafaat umum tadi dan syafaat mengeluarkan orang-orang yang berdosa dari dalam Neraka. Syafaat kedua inilah yang tidak mampu diberi oleh mana-mana Nabi kecuali Nabi Muhammad saw. sahaja.

Manakala menurut al-Qadhi Iyadh, "Syafaat Nabi Muhammad saw pada hari kiamat kelak ada lima peringkat (jenis). 
Pertama, syafaat yang bersifat umum.  
Kedua, syafaat memasukkan sesuatu kaum kedalam Syurga tanpa hisab.  
Ketiga, syafaat baginda untuk melepaskan sesuatu kaum dari umatnya yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka kerana dosa-dosanya, kemudian dilepaskan dan dimasukkan pula kedalam Syurga. Sesiapa yang berkehendakkan syafaat baginda, dia akan dimasukan kedalam syurga. Syafaat inilah yang ditentang oleh kaum aliran Khawarij dan Muktazilah. Mereka menolak berdasarkan hujah-hujah rasional dan mengikut logik akal mereka yang sebenarnya telah keliru dan sesat.
Keempat, syafaat baginda kepada orang-orang berdosa yang telah dimasukkan kedalam Neraka dan kemudiannya dikeluarkan dan dimasukkan kedalam Syurga. Syafaat ini juga dimiliki oleh Nabi-nabi lain, para Malaikat dan sesetengah orang alim (waliallah). Syafaat ini juga mendapat tentangan, malah lebih hebat dari syafaat ketiga tadi oleh puak-puak Muktizilah. Mereka menganggap ia lebih tidak reasonal.
Kelima,syafaat baginda untuk menaikkan dan meninggikan martabat dan darjat kepada penghuni-penghuni Syurga (yang terpilih). Orang-orang Muktizilah tidak menentang syafaat ini dan yang pertama tadi.

Kemudian menurut Imam al-Qurthubi, terdapat satu lagi syafaat iaitu yang keenam. Ia adalah syafaat untuk bapa saudaranya Abu Talib supaya seksaannya diringankan. Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa ketika Nabi saw mendengar nama bapa saudaranya Abu Talib disebut-sebut, Rasulullah bersabda, " Mudah-mudahan syafaatku pada hari kiamat kelak berguna untuknya, sehingga dia hanya berada dijurang Neraka yang dalamnya separas dibukulali  kaki saja, tetapi kepanasannya boleh membuat otak mendidih ".

Kemudian jika sesiapa juga yang mepertikaikan pekara ini dengan mengemukakan firman Allah didalam surah al-Muddatstsir ayat 48 ,mafhumnya ;

"Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari orang-orang yang memberi syafaat ". Perlu dijelaskan kepadanya bahawa yang dimaksudkan 'tidak berguna' didalam ayat tadi bermaksud, adalah 'tidak berguna' dapat mengeluarkan mereka dari dalam Neraka. Bukan bermaksud 'tidak berguna' meringankan seksa kepada mereka yang sedang menjalani hukuman ".


FAKTA  IV :

Para Ulama juga berselisih pendapat mengenai apakah ada dosa-dosa kecil para Nabi-nabi ?. Adakah setelah diangkat menjadi Nabi, para Nabi-nabi ada melakukan dosa-dosa kecil yang menyebabkan mereka patut juga dihukum, dicela dan ia  dikesali oleh mereka atau pun tidak ?. Bukankah semua jumhur ulama bersepakat bahawa Nabi-nabi adalah terpelihara dari melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang dapat menurunkan darjat kemulianan mereka ?.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar dan Ustaz Abu bakar, masaalah ini haruslah dibuka dengan pendekatan dalil Mukjizat. Puak Muktizilah  cenderung membukanya dengan pendekatan dalil resonal dan logik akal. Sementara menurut ath-Thabari dan Ulama-ulama lain dari kalangan ahli Fiqih, ahli Hadis dam ahli Kalam, berpengapat "Mungkin juga terjadi kepada para Nabi-nabi itu melakukan dosa-dosa kecil ". Pendapat mereka ini disangkal oleh puak Rafidhah yang menyatakan bahawa semua para Nabi terpelihara dari dosa-dosa besar dan termasuk juga dosa-dosa kecil sekalipun. Selain dari ayat-ayat al-Quran, turut menjadi dalil mereka adalah riwayat hadis-hadis versi mereka.

Menurut jumhur ulama ahli Fiqah dari kalangan Mazhab Maliki, Hambali, Hanafiah dan asy-Syafi'i bahawa "Para Nabi-nabi itu terpelihara dari semua dosa-dosa kecil seperti juga halnya mereka terpelihara dari semua dosa-dosa besar ". Persoalannya ialah mereka merupakan cermin bagi semua umat masing-masing yang  
seharusnya menjadikan diri mereka sebagi contoh teladan atau Idola yang sempurna. Walaupun jika ada diantara mereka yang terbuat dosa-dosa kecil, yang kerananya tidak pun memberi bekas kepada kedudukan mereka atau juga disebut sebagai "citra" dan mertabat ketokohan mereka sebagai seorang yang sepatutnya dijadikan tokoh tauladan, sehinggakan mereka ditolak untuk diikuti. Pekara ini tidak terjadi langsung pada mereka semua.

Ustaz Abu Ishak al-Isfiryani mengatakan, "Para Ulama berselsih pendapat berkenaan dosa-dosa kecil yang dilakukan para Nabi-nabi. Pendapat mejority mengatakan bahawa pekara ini iatidak mungkin terjadi. Walau bagaimana pun masih ada ulama yang berpendapat sebaliknya, walaupun tampa alasan yang kuat".

Para Ulama Mutatahirin yang cenderong kepada pendapat yang pertama diatas tadi mengatakan, "Satu pekara yang harus ditegaskan disini ialah sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu bahawa terdapat beberapa orang Nabi yang melakukan perbuatan dosa sehingga Dia mencela mereka, walau bagaimanapun mereka akhirnya bertaubat dan memohon ampun kepada Nya. Semua peristiwa ini telah diceritakan dan diulang-ulang didalam beberapa ayat didalam al-Quran yang tidak perlu ditafsirkan lagi. Jika apa yang dilakukan itu tidak menjejaskan mertabat mereka secara keseluruhannya maka ia boleh diterima. Pristiwa-pristiwa itu berlaku mungkin kerana kelalaian, lupa atau kilaf dan sebagainya, jika ia dilakukan oleh orang kebanyakan seperti kita ini, ia adalah lumrah tetapi bukannya kepada seorang Nabi yang menjadi panduan dan ikutan umat. Maka pendapat-pendapat seharusnya tidak menjurus kepada kesamarataan martabat manusia. Sesuatu yang dianggap baik jika si perlakunya ialah orang kebanyakan, tetapi boleh dianggap buruk jika ianya dilakukan oleh para Nabi ".

Sungguh indah apa yang telah diperkatakan oleh Junaid, "Kebaikkan orang-orang yang berbakti adalah keburukan bagi orang-orang yang dekat dengan Allah. Sekalipun memang terdapat ayat-ayat yang menyatakan bahawa beberapa orang Nabi pernah melakukan dosa, pekara itu langsung tidak pernah melunturkan sasiah apatah lagi martabat mereka. Mereka tetap menjadi luhur, terpuji, berseh, suci lagi terpilih. Semoga rahmat dan salam sejahtera Allah sentiasa dicurahkan kepada mereka ".

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak, dari Rasyid bin Sa'ad, dari Abdulrahman bin Ziyad, dari Dakhin al-Hijri, dari Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah memperkatakan hadis berkenaan syafaat, "...Isa pun berkata,' Aku ingin memperkenalkan kepada kamu seorang Nabi yang buta huruf. Mereka kemudian datang kepadaku. Setelah mendapat izin dari Allah SWT, aku pun bangun berdiri. Pada saat itulah, dari bawah tempat dudukku keluar satu bauan (aroma) yang tersangat harum yang belum pernah dicium oleh sesiapa jua pun. Setelah bertemu dengan Tuhanku, Dia pun memberikanku syafaat. Dia memberikan cahaya pada ku dari hujung rambut hingga kehujung tapak kakiku.... ".

"...kemudian semua orang kafir berkata, "Orang-orang yang beriman telah mendapat orang yang boleh memberi syafaat kepada mereka, Maka siapa yang boleh syafaat kepada kita ?". Seorang dari mereka berkata,"Tidak lain dan tidak bukan, Iblis. Dialah yang telah menyesatkan kita !". Mereka pun pergi bertemu Iblis kemudian berkata."Orang-orang yang beriman telah mendapat orang yang boleh memberi syafaat kepada mereka. Oleh kerana engkaulah yang telah menyesatkan kami semua, sekarang beri kami syafaat ?'. Lalu Iblis pun berdiri. Dari tepat dudukpunya keluar bau (aroma) yang sangat busuk yang belum pernah dicium manusia walau seorang jua pun. Kemudian Iblis menyuruh mereka untuk pergi ke Jahanam dan berkata, seperti yang disebutkan didalam al-Quran didalam surah Ibrahim ayat 22 yang mafhumnya ;

"Dan berkata syaitan tatkala pekara (hisab) Allah telah diselesaikan, Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku menyalahinya ".


BAB 25 - MEREKA YANG PALING BAHAGIA DENGAN SYAFAAT  NABI MUHAMMAD saw.
 

Telah ddiriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca 'LAILLAHA ILALALLAH......' dengan ikhlas dari batinnya ".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim didalam kitabnya yang bertajuk "Nawadir al-Usul", dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Barangsiapa membaca 'LAILLAHA ILLALLAH' ,  dengan ikhlas, maka ia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan (shadatai) itu boleh mencegahnya dari semua pekara yang diharamkan Allah ".
..............................................

Pendapat atok :

Nah ! sekali lagi keterangan hadis-hadis diatas memberikan dalil berkenaan dengan 'shadatai'. Hadis sahih ini membuktkan betapa pentingnya  mengucap dua kalimah shadatai. Salah satu sebab mengapa atok menulis blog ini adalah untuk membuka mata setiap muslimin dan muslimah di Malaysia dan diseluruh dunia (kerana blog ini juga popular di USA, England, France, Norway, Germany, Russia, Canada, Egypt, Brazil, India, Arab Saudi, Jordan, Syaria, UAE, Porland, Panama, Japan, Hong Kong selain dari Vietnam, Philppines, Singapura, Indonesia, Brunei dll). Cuma perbezaan yang paling nyata disini ialah atok menitikberatkan supaya kalimah shadatai itu mestilah  diterima dari tangan ketangan ulama pewaris nabi (wasilah), kerana dengan wasilah itu saja kesenambongan kekuatan (tautan) atau juga disebut 'Rabitah' dengan baginda Rasulullah dapat pada kamu. Kerana Rasulullahlah satu-satunya manusia yang bertemu Allah SWT menerima shadatai ini secara terus. Maka kita mesti mewarisinya hingga hari kiamat supaya kita memperolehi syafaat Nabi di Padang Mahsyar kelak dan dimasukkan kedalam syurga kerana "IKHLAS" dalam menyebut shadatai itu tadi. Itulah sebabnya kita wajib mencari siapakah yang menjadi ulama pewaris nabi itu ? Sekarang atok dah buka kepada kamu semua untuk mendapatkannya disini, iaitu di ABJAD dan kamu tak perlu susah payah macam atok pusing dunia mencarinya. Habis seperuh umur atok mencari disemua tempat, disetiap pondok, pada semua guru-guru, disetiap kawasan, dalam semak, dalam hutan dan bertemu beratus orang bertanya akan pekara ini....hanya kerana 2 patah perkataan ini saja. Maka atok jumpa juga akhirnya. Bukan sebarangan taruhan yang atok letak kerana 2 patah perkataan ini. Atok taruhkan nyawa atok sendiri kerana Allah. Itu saja yang atok ada atas dunia ini. Maka, biarlah semua itu atok yang tanggung, keperitan yang atok telan... kamu semua ambil buahnya, ambillah.. kerana atok buat ini 'lillahita'ala'. Sekarang bukan itu saja, atok sertakan sekali dengan bukti-bukti hadis Rasulullah yang sahih keatasnya. Inilah kekuatan yang ada pada kalimah shadatai itu sendiri dan atas sebab itulah juga kenapa ia menjadi kewajipan kepada sesiapa juga yang mengaku Islam diwajibkan mengucapkannya. Ia juga diletakkan sebagai teraju dan rukun didalam islam. Memang benar sekali apa yang telah disebut oleh baginda Rasulullah itu, shadatai itulah perisai sejati untuk menjadi pelindung umat dari semua perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan syarak iaitu syirik, kufur, mungkar dan  haram. Waallahua'lam.


BAB 26 - BUKU CATITAN AMAL YANG MELAYANG  KETIKA MANUSIA DIHISAB KEHADRAT ALLAH SWT.



Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Umar ibnul al-Khatab bahawa ia berkata, "Periksalah diri kamu sendiri, sebelum kamu diperksa dan bersiap-sedialah dengan teliti untuk pertemuan yang lebh besar kelak. Sesungguhnya pemeriksaan hanya akan dipercepatkan kepada orang yang mahu memeriksa diri mereka sendiri sewaktu didunia ".

Atha' al-Khurasani, kata-katanya yang diambil oleh Abu Nu'aim mengatakan, "Pada hari kiamat kelak, seorang hamba sengaja dihisab dikhalayak ramai supaya pekara itu lebih menimbulkan kesan yang sangat dahsyat baginya ".

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Aisyah ra bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang dihisab pada hari kiamat, maka ia akan terseksa ". Lalu Aisyah ra bertanya, "Wahai Rasulullah, Bukankah Allah telah berfirman, 'Adapun orang yang diberikan kitabnya disebelah kanan, maka dia akan dipereksa dengan mudah?' ". Baginda bersabda, " Itu belum pemeriksaan, tetapi sekadar mengemukakan bukti-bukti. Orang yang dihisab dengan teliti, nescaya ia terseksa ". Hadis hassan dan sahih ini diriwayatkan juga oleh Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Umar ibnul Ala' al-Yasykari, dari Shalih bin Sari, dari Umar ibnul Khathab bahawa ia pernah mendengar Aisyah yang berada diantara beberapa orang qadhi (hakim) berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Pada hari kiamat nanti ketika seorang qadhi dihadapkan kepada Allah dan merasakan kerasnya hisab, ia akan melontarkan harapan untuk tidak akan memutuskan sengkita yang melibatkan dua orang dalam kes yang melibatkan (walau sekali pun) sebutir kurma '".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari al- Hasan, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak amal manusia akan dilihat Allah SWT. sebanyak tiga kali. Yang pertama dan yang kedua berturut-turut mereka boleh membela diri dan memberikan alasan. Pada waktu itulah buku catitan amalnya melayang ketangannya, lalu ada yang menyambutnya dengan tangan kanan dan ada pula yang menyambutnya dengan tangan kiri ".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzar dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Nabi saw. bersabar, "Pada hari kiamat nanti amal manusia akan dlihat oleh Allah sebanyak tiga kali. Yang pertama dan yang kedua mereka boleh membela diri. Tetapi untuk yang ketiga, melayanglah buku catitan amal dari kanan (atau) kiri ".

Tirmidzi al-Hakim pula mengemukakan riwayat lain yang sama dari Rasulullah didalam kitabnya bertajuk 'An-Nawadir al-Ushul' berbunyi, "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti amal manusia akan dilihat Allah SWT. sebanyak tiga kali. Yang pertama dan yang kedua mereka boleh membela diri dan memberikan alasan. Adapun yang ketiga kalinya, melayanglah buku catitan amalan. Orang yang suka menurutkan hawa nafsunya akan membela diri dengan mengatakan bahawa mereka tidak mengenal Allah. Dengan alasannya itu mereka merasa yakin akan terselamat. Mereka juga mengemukakan persoalan dan alasan-alasan kepada Allah. Allah SWT menerima alasan Adam as dan Nabi-nabinya yang lain serta Dia tegakkan hujah-hujah Nya bagi mereka kepada musuh-musuh Nya, kemudian Dia menghantar mereka kedalam Neraka. Sesungguhnya Allah SWT secara jelas menerima alasan para nabi dan orang-orang yang dikasihi Nya, supaya mereka tidak merasa kebingungan ".

Itulah sebabnya didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Tidak ada satu pun yang paling digemari dan paling suka memerima alasan selain Allah. Pemeriksaan diperingkat ketiga buku catitan amal itu amat berat sekali. Allah akan memperincikannya ditempat yang sunyi bersama orang-orang yang beriman (terpilih) dan Allah akan mencela mereka jika buku catitan mereka banyak yang merah. Akibatnya, mereka akan merasa malu dan akan mengeluarkan banyak peluh hingga setinggi buku lali kaki. Setelah itu Allah akan mengampuni dan meredhai mereka ".

Diriwayatkan oleh Abu Ja'far al-Uqaili dari Yughnam bin Salim, dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Semua buku catitan amal itu berada dibawah Arasy. Ketika tiba hari perhitungan amal, Allah mengutus angin untuk menimbangnya dikanan dan kiri. Tulisan pertama yang ada didalamnya berbunyi, 'Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghisab terhadapmu ".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Tsabit al-Khathib, dari Zaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda,"Orang pertama diantara umatku ini yang diberikan kitab catitan amalan pada tangan kanannya ialah Umar ibnul Khathab. Ia berchaya seperti cahaya matahari ". Kemudian ia bertanya baginda, "Dimana Abu Bakar ? ". Baginda menjawab,"Dia sudah jauh diiringi oleh Malaikat ke Syurga ".

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abdul Qasim bin Abdulrahman bin Mundah  dalam kitabnya bertajuk 'At-Tauhid', dari Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti, sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati lagi Mahaluhur menyeru dengan suara yang sangat keras namun tidak mengerikan, 'Wahai hamba-hamba Ku ! Akulah Allah yang tiada Tuhan selain Aku. Akulah yang paling Penyayang diantara para penyayang. Akulah yang paling Bijaksana diantara semua yang bijaksana. Akulah yang paling Pantas diantara semua yang memeriksa. Wahai hamba-hamba Ku ! Pada hari ini tiada kekuwathiran atas kamu dan kamu juga tidak bersedih hati. Hadirkanlah hujah kamu dan permudahkanlah jawapan kamu kerana kamu semua akan disoal dan dihisab. Wahai Malaikat Ku ! Perintahkanlah hamba-hamba Ku itu berdiri, beratur dan bergilir-gilir untuk dihisab ". Hadis ini daif riwayat ad-Dailami.

Diriwayatkan oleh Syamr bin Athiyah bahawa ia berkata, " Pada hari kiamat nanti ada seseorang yang dihadapkan kehadrat Allah untuk dihisab. Catitan amal kebajikannya seperti gunung. Tetapi Allah Tuhan Yang Mahamulia, Maha Memberkati dan Mahatinggi berfirman, 'Pada hari ini dan hari sekian kamu melakukan solat tetapi kerana kemegahan (pamir atau menunjuk-nunjuk). Aku adalah Allah, tiada Tuhan lain selain Aku. Maka kepunyan Ku lah agama yang murni. Pada hari ini dan hari sekian kamu berpuasa tetapi kerana kemegahan. Aku adalah Allah, tiada Tuhan lain selain Aku. Kepunyaan Ku lah agama yang murni. Pada hari ini dan hari sekian kamu bersedekah tetapi untuk kemegahan. Aku adalah Allah, tiada Tuhan lain selain Aku. Kepunyaan Ku lah agama yang murni. Sedikit demi sedikit catitan amal kebajikannya dihapuskan sehinggalah tinggal tidak seberapa, lalu kedua Malaikat yang menjaganya berkata, 'Jadi rupa-rupanya dia beramal bukan kerana Allah, tetapi untuk selainnya' ".

Sekali pun bukan hadis marfu, tetapi riwayat diatas itu tadi tidak boleh juga dianggap pendapat atau ungkapan kata-kata peribadi kerana riwayat yang sama juga telah diriwayatkan oleh ad-Daruquthni didalam kitabnya bertajuk 'Sunan ad-Daruquthni'  dari hadis Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, dibawa kehadrat Allah sebuah naskah yang ditutup rapat. Ia lalu dibuka dihadapan Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, kemudian Allah berfirman, "Buangkan yang ini dan bawa yang lain". Lalu Malaikat pun berkata, "Demi kemuliaan Mu, kami tidak melihat kecuali catitan yang baik-baik saja ". Kemudian Allah berfirman, "Catitan amalan ini bukan untuk Ku. Aku hanya mahu melihat catitan amal yang dilakukan hanya untuk mencari keridhaan Ku saja".

Hadis yang juga sama telah diriwayatkan oleh Muslim didalam kitabnya bertajuk 'Sahih Muslim' dari Abu Hurairah ra yang akan kami paparkan kemudian, insyaallah.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah ra berkenaan firman Allah didalan surah al-Israa' ayat 7 mafhumnya, "(Ingatlah) suatu hari (dihari itu ) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya ". Nabi saw. bersabda, "Salah seorang dari mereka dipanggil lalu diberikan kitab catitan amalnya dengan tangan kanan. Setelah tubuhnya diurut sepanjang enam puluh hasta, wajahnya diubah menjadi putih bersih dan disarungkan dikepalanya mahkota dari mutiara yang berkilauan, kemudian ia pergi bertemu dengan sahabat-sahabatnya, dan mereka pun telah biasa melihatnya dari jauh. Kemudian mereka semua berdoa, 'Ya Allah, berikanlah kepada kami dan berkatilah kami sepertinya'. Ia pun menghampari mereka dan berdoa seperti apa yang mereka minta itu. Adapun kepada orang kafir, wajahnya berubah menjadi hitam, tubuhnya diurut menjadi enam puluh hasta seperti bentuk asal Nabi Adam. Ia memakai mahkota dari api Neraka. Rakan-rakannya yang melihat akannya berdoa, "Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kejahatan orang ini. Ya Allah, jangan Engkau datangkan ia kepada kami". Tetapi dia tetap juga menghampiri mereka. Maka mereka semua berdoa, "Ya Allah, Nistakanlah ia (nyahkan ia jauh-jauh) ". Lalu Malaikat menjawab, " Tidak boleh ! kerana setiap seorang dari kamu semua adalah sepertinya ".

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as melalui sebuah kuburan. Lalu dihentaknya telapak kakinya dan berkata, "Wahai ahli kubur, bangkit (bangun) dan keluarlah !". Tidak lama selepas itu dengan kuasa Allah swt keluarlah seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rohuallah, apa yang kau mahukan ?. Sejak tujuh puluh tahun yang lalu aku berdiri menunggu giliran untuk dihisab, sehingga aku mendengar jeritan kiamat, Jawablah wahai Ruhuallah ?". Nabi Isa as menjawab, "Wahai sifulan, kamu pastinya banyak dosa. Apa yang telah kamu lakukan ? ". Lelaki itu menjawab, "Sebenarnya aku melakukan beberapa dosa saja. Perkerjaanku adalah mencari kayu api yang aku makan dari hasil yang halal dan aku pun suka bersedakah ". Nabi Isa as merasa hairan dan bertanya, "Subahanaallah ! Orang sepertimu yang berkerja mencari kayu api, memakan dari sumber halal dan suka bersedekah pun harus menunggu selama tujuh puluh tahun berdiri menunggu gliran untuk dihisab ? ". Lelaki itu berkata, "Salah satu catatian Allah kepadaku ialah bahawa aku pernah melecehkan (melupakan) Nya, persoalan sepotong kayu api yang aku letak bukan pada tempatnya. Maklumlah, Dia adalah Tuhanku yang selalu megawasiku ".


FAKTA :

Allah saw. berfirma didalam surah al-Israa' ayat 13 mafhumnya, "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalong) pada lehernya ".

Berkata az-Zujjaj, "Penggunaan kata leher dan kalong sangat tepat sebagai dua bahagian yang mempunyai hubungan yang sangat erat".

Ibrahim bin Adham pula berkata, "Setiap manusia memakai kalong melingkari lehernya yang tertulis nama mereka. Apabila dia mati, tulisan itu dilipat. Dan apabila dia dibangkitkan kelak, tulisan itu akan dibuka semula. Lalu dikatakan kepadanya seperti yang dipetik frman Allah didalam surah al-Israa' ayat 14, 'Bacalah kitab mu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu '".

Kata Ibnu Abbas, "Setelah menetapkan amalnya, Allah kemudian berfirman, "Dan Kami keluarkan baginya ada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu ".

Berkata al-Hasan, "Sesiapa pun pasti akan boleh membaca kitabnya, termasuk orang yang buta huruf sewaktu didunia".

Memberi komen kepada ayat 13 surah al-Israa' , "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalong) pada lehernya ". Abu Suwar al-Adawi mengatakan "Amal perbuataannya itu tercatit didalam sebuah kitab yang sentiasa didalam keadaan terbuka ketika ia masih hidup. Oleh kerana itu isilah dengan amal-amal kebajikan sebanyak mungkin, wahai anak cucu Adam !. Kerana apabila saja ia mati, kitab itu akan dilipat (ditutup), dan kemudian akan dibuka semula saat ia dibangkitkan hidup kembali dan diperintahkan, "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu ".

........................................................................




Kemudian ketika manusia telah berdiri di Padang Mahsyar membawa buku catatian amalan mereka masing-masing setelah dibangkitkan semula, waktu itu mereka mula dihisab. Allah swt berfirman didalam surah al-Insyiqaq ayat 7-8 yang mafhumnya ;


"Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah ".

Ini menunjukkan bahawa pemerikasaan amalan itu berlangsung ketika buku catitan amal itu telah diberikan sedangkan ketika manusia dibangkitkan semula, mereka masih belum ingat akan amal perbuatan mereka dahulu. Lalu Allah berfirman didalam surah al-Mujadilah ayat 6 yang mafhumnya ;

"Pada hari ketika dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberikan Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatit) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya".

Telah dipaparkan terdahulu akan pemeriksaan amalan perbuatan manusia oleh Allah Rabuljalil dihari kiamat kelak. Apabila saja manusia dibangkitkan dari dalam kubur mereka masing-masing, lalu mereka semua dikumpulkan di Padang Mahsyar dihadapan Allah dalam keadaan bertelanjang bulat dan tidak memakai alas kaki pun. Ketika tiba masa dan ketikanya untuk dihisab, Allah memerintahkan diserahkan buku amalan mereka masing-masing yang telah ditulis oleh para Malaikat. Maka sebahagiannya menerimanya dengan tangan kanan dan mereka adalah golongan yang beruntung. Manakala sebahagiannya pula menerima dengan tangan kiri, maka orang itu adalah diantara yang bernasib malang. Pada waktu itulah manusia semua dapat membaca kitab mereka masing-masing.

Disebut didalam sebuah syair.

"Bayangkan dirimu...ketika berdiri telanjang bulat dihadapan Allah, dengan hati yang sedih, gelisah dan kebingungan. Sedang api Neraka ganas membakar orang-orang derhaka dan Tuhan pemilik Arsay yang sedang murka berfirman ; 'Bacalah kitabmu dengan pelahan, wahai hamba-hamba Ku, huruf demi huruf yang ada '. Dan ketika kamu membaca kitabmu yang berisi amalan keburukan, Dia berfirman, 'Ambillah dia wahai Malaikat Ku !. Masukkanlah dia kedalam Neraka bersama-sama dengan orang-orang musyrik yang sedang dalam keadaan haus-dahaga dijilat api. Biarkan orang-orang beriman tinggal abadi didalam syurga Ku ".

Cubalah kamu bayangkan dirimu, wahai saudara-saudara ku sekelian. Ketika buku catitan amalanmu dilayangkan, hendak ditimbang dan dihisab, kemudian namamu dipanggil Malaikat, "Wahai sifulan bin sifulan !, mari mengadap kehadrat Allah SWT.". Malaikat itu tampa kesusahan boleh menangkap kamu dan mengheret kamu kehadrat Allah untuk dihisab. Pada saat itu hati kamu rasa sudah melayang, seluruh sendi kamu mengigil kuat, seluruh tubuhmu gementar dan warna kulitmu menjadi pucat lesi putih dengan tiba-tiba akibat ketakutan yang teramat sangat. Ini semua kerana kamu sendiri telah mengatahui apa yang akan terjadi kepada dirimu.

Kemudian, bayangkan dirimu telah berada betul-betul dihadapan hadrat Allah Yang Mahaagung. Diperintahnya kamu membaca sendiri apa yang tertulis didalam kitabmu itu. Lalu dengan tangganmu yang mengigil dan gemantar memegang kitab catitan amalanmu yang tertulis semua amal perbuatanmu sewaktu didunia. Tiada suatu pun yang tersembunyi dan terahsia. Dengan hati yang hancur, lidah kelu dan tergagap-gagap, kamu membaca isi kitab itu dikala huruhara sedang berkecamuk disekelilingmu.  Dosa-dosa kecil yang telah kamu lupakan dan kamu sembunyikan semuanya terbuka jelas didalam kitabmu itu. Amal perbuatanmu yang kamu kira baik bertukar buruk, yang kamu kira ikhlas ternyata tidak ikhlas, yang kamu kira berhasil rupanya hampa dan seterusnya. Waktu itu hatimu hancur luluh dan kamu merintih pilu kerana kekeciwaan akibat lalai sewaktu hidupmu didunia. Firman Allah didalam surah al-Haaqah ayat 19 yang mafhumnya ; "Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanan". Ia akan tahu bahawa ia tergolong dari penghuni Syurga. Kemudian firman Allah didalam surah yang sama ayat 20 pula mafhumnya ; "Maka ia berkata, Ambillah, bacalah kitabku (ini) ".

Bagi seorang pemimpin kebaikkan, ia akan dipanggil dengan namanya dan nama ayahnya. Maka ia pun bergerak kehadapan hadrat Allah. Apabila telah hampir, keluarlah kitab catitan amalannya berwarna putih dan tulisannya juga berwarna putih. Dibahagian akhir kitabnya tertulis amalan keburukan dan dibahagian awal adalah amalan kebaikkan. Ketika ia membaca amalan keburukan, wajahnya tiba-tiba menjadi pucat lesi ketakutan. Namun dibahagian akhirnya ia menemukan ayat yang menyebut "Itulah amalan-amalan kejahatanmu yang telah Ku ampuni ". Serta-merta wajahnya berubah gembira dan ceria semula. Ia sangat bahagia sekali dan ketika membelek-belek mukasurat kitabnya itu dan ia membaca amalan kebajikannya itu, ia menjadi semakin gembira. Tambahan pula dibahagian akhirnya tertulis perkataan, "Inilah amalan kebajikanmu yang telah Ku lipat kali gandakan ". Maka ketika itu wajahnya menjadi putih bercahaya berseri-seri.

Kemudian dia dipakaikan mahkota dikepalanya dan pakaian yang indah. Ia keluar bertemu dengan kawan-kawannya untuk menyampaikan kabar gembira bahawa mereka juga akan menjadi sepertinya. Bila ia hendak keluar dari mereka, ia pun berkata seperti firman Allah didalam surah Haaqah ayat 20 mafhumnya; "Ambillah, bacalah kita kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku ". Allah berfirman ; "Maka orang itu berada didalam kehidupan yang diredhai ", Allah "Dalam Syurga yang tinggi", dilangit. "Buah-buahannya dekat ", dengannya. Ia bertanya kepada kawan-kawannya, "Adakah kamu mengenaliku ?". Mereka menjawab, "Kami tidak ingat, siapakah kamu ? " Ia menjawab "Aku adalah sifulan bin sifulan. Aku menyampaikan berita gembira bahawa kamu semua akan menjadi sepertiku ". Kemudian ia berkata kepada mereka semua,"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu ".

Adapun bagi seorang pemimpin kejahatan, dia juga akan dipanggil dengan namanya berbinkan bapanya. Ia hadir untuk dihisab, lalu dikeluarkan kitab catitan amalannya yang berwarna hitam dengan tulisannya juga berwarna hitam. Dibahagian awal kitabnya itu berisi amalan keburukannya dan dibahagian akhirnya berisi amalan kebaikkannya. Ketika ia membaca dibahagian awal kitabnya itu, ia amat yakin akan terselamat. Tetapi ketika membaca diperingkat akhir dibahagian penutup tertulis perkataan "Itulah amalan kebaikkanmu dan telah dikembalikan balasannya sewaktu didunia ", tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi muram durja dan hitam. Dia sangat sedih, keciwa dan putus asa akan kata-kata itu tadi .

Kemudian ia membelik-belik mukasurat kitabnya itu dan membaca lagi bahagian keburukan amalnya. Diperingkat akhir bahagian keburukkan amalannya itu tertulis perkataan berbunyi "Inilah amalan keburukanmu yang telah dilipat kaligandakan azabnya", maka remok- redam hatinya semakin tidak menentu. Ia menoleh pandangannya keNeraka dengan mata yang telah membiru dengan wajahnya menjadi hitam pekat.

Dia dikenakan pakaian dari Tar panas, kemudian melangkah pergi bertemu dengan rakan-rakannya untuk memberitahu bahawa setiap orang dari mereka juga akan menjadi sepertinya. Ia mendekati mereka dan berkata "Alangkah baiknya jika kitabku ini tidak diberikan kepada ku dan aku tidak mengatahui akan hisab terhadap diriku. Kiranya kematian itulah yang menyelasaikan segala pekara. Telah hilang kekuasaan dari tanganku ". Kemudian Allah SWT berfirman, seperti didalam surah al-Haaqat ayat 25 hingga 32 yang mafhumnya ;

"Peganglah dia lalu belenggu tangan kelehernya. Kemudian masukkannya kedalam Neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta ".

Hanya Allah Yang Mahamengatahui apa yang dimaksudkan dengan perkataan tujuh puluh hasta. Tetapi, menurut al-Hasan dan Ibnu Abbas, perkataan itu bermaksud tujuh puluh hasta barisan Malaikat, manakala berkenaan dengan perkataan rantai itu akan kita bincangkan kemudian nanti, insyaallah.

Kata al-kalbi, "Rantai itu dimasukkan melalui mulut dan ditarik keluar melalui dubur". Tetapi ada pula pendapat yang mengatakan sebaliknya iaitu "Rantai itu dimasukkan melalui dubur dan ditarik keatas dan dikeluarkan melalui mulut ". Setelah itu dia memenggil kawan-kawannya dan bertanya, "Adakah kamu semua kenal akan diriku ? ". Mereka menjawab, "Tidak !, tetapi yang kelihatan jelas ialah penderitaanmu !, siapa sebenarnya kamu ini ? ". Ia menjawab, "Aku adalah sifulan bin sifulan. Kamu semua pasti akan menjadi senasib seperti ku ini ".

Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang dimana dia harus menundukkan kepalanya kesebelah kiri memusing badannya kebelakang dan tangan kirinya menerima kitabnya itu. Dengan lain perkataan, dia harus memusingkan badan kebelakang untuk membaca kitab catitan amalannya. Pastinya dia akan menerima azab yang lebih pedih dari sifulan diatas tadi.

Wahai saudara-saudaraku semua, bayangkan dirimu terpilih menjadi diantara orang-orang yang bahagia, dimana kamu akan muncul dihadapan seluruh makhluk dengan wajah yang berseri-seri dengan memegang kitab catitan amalanmu dengan tangan kanan serta diiring oleh para Malaikat yang melaungkan kata-kata "Inilah sifulan bin sifulan. Ia memperolehi kebahagiaan dan tidak akan mendapat kesusahan lagi selama-lamanya ".

Disebaliknya, jika kamu termasuk sebagai orang yang mendapat kesusahan dan keseksaan, kamu akan berjalan longlai lesu dihadapan seluruh makhluk dengan wajah hitam pekat dan memegang kitab catitan amalan dengan tangan kirimu atau pada bahagian punggungmu, kemudian diiringi para Malaikat yang melaungkan kata-kata "Inilah sifulan bin sifulan, dia memperolehi keseksaan dan tidak akan mendapat kebahagiaan lagi selama-lamanya ".

Perkataan yang disebut sifulan bin sifulan adalah merujuk kepada sebuah hadis Nabi saw riwayat al-Hafiz Abu Nu'aim dari Abu Darda' bahawa Rasulullah telah bersabda, " Pada hari kiamat nanti, kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh kerana itu perelokkan nama-nama kamu ! ". Maka hadis ini memperjelaskan bahawa penggunaan  nama sifulan dan dibinkan nama bapanya akan berlaku diakhirat kelak, maksudnya sama seperti didunia ini sekarang bagi orang Islam tetapi asing bagi orang-orang yang bukan Islam.



BAB 27 : PENJELASAN TENTANG FIRMAN ALLAH, "PADA HARI YANG DIWAKTU ITU ADA MUKA YANG MENJADI PUTIH BERSERI DAN ADA MUKA YANG MENJADI HITAM".


Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Ghalb bahawa ia bercerita, "Melihat beberapa kepala yang mendongak melihat istana zaman kuno dikota Damaskus, Abu Umamah berkata "Seekor anjing neraka yang jahat itu dibunuh dibawah kolong langit itu adalah sebaik-baik korban bagi yang membunuhnya ".Kemudian dia membaca firman Allah, "Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam....". Aku lantas bertanya kepada Abu Umamah, "Adakah kau mendengar sendiri dari baginda Rasulullah ? ". Dia menjawab, "Seandanya aku hanya mendengar satu dua kali, tetapi bukan sehingga tujuh kali, nescaya aku tidak akan menceritakannya kepada kamu semua ".

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad Ibnuli bin Tsabit al-Khathib, dari Malik bin Sulaim, dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa ketika menjelaskan firman Allah, "Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam...". Rasulullah bersabda, "Yang pertama ialah wajah orang-orang ahli sunah wal-jamaah, dan yang kedua ialah wajah orang-orang yang suka membuat bid'aah ".

Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini) berkata, "Para ulama salaf berbeza pendapat mengenai pengertian "wajah yang hitam". Ibnu Abbas dan yang lainnya sependapat dengan penafsir diatas tadi. Manakala Malik bin Anas berpendapat yang dimaksudkan "muka yang hitam" ialah orang-orang yang suka mengikut hawa nafsunya. Kemudian menurut al-Hasan, ialah wajah orang yang munafiq. Mengikut al-Qatadah pula ialah wajah orang-orang yang murtad. Menurut Ubai bin Ka'ab pula ialah wajah orang-orang kafir. Dan pendapat yang terakhir adalah yang dipilih oleh ath-Thabari (seperti yang telah disebut diatas tadi) ".

Kemudian Syeikh al-Qurthubi pun berdoa ;

"Ya Allah, putih berserikanlah wajah-wajah kami pada hari ketika kekasih-kekasih Mu nampak putih berseri. Janganlah Engkau jadikan wajah-wajah kami hitam pada hari ketika wajah-wajah musuh Mu kelihatan hitam pekat. Melalui keberkatan dan kebenaran para Rasul, para Nabi dan orang-orang pilihan Mu, kami memohon anugerah dan kebaikkan Mu, wahai Tuhan Pemberi Anugerah yang Agung dan Tuhan Yang Maha Dermawan".



BAB 28 : PENJELASAN  FIRMAN ALLAH, "DILETAKKAN KITAB, LALU KAMU AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG BERSALAH KETAKUTAN TERHADAP  APA YANG (TERTULIS) DIDALAMNYA ".


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari al-Hakam atau Abul Hakam, dari Ismail bin Abdulrahman, dari seseorang lelaki anggota keluarga Bani Asad bahawa suatu hari Saidina Umar berkata kepada Ka'ab, "Wahai Ka'ab ! Tolong ceritakan kepada ku sebuah hadis berkenaan akhirat ". Ka'ab menjawab, "Baiklah Wahai Amirul Mukminin, pada hari kiamat nanti Lauh Mahfuzh akan diangkat dan setiap makhluk akan melihat amalannya. Lalu didatangkan sebuah hamparan (kitab) berisi catitan amalan setiap hamba yang melayang mengelilingi Arasy. Inilah maksud firman Allah didalam surah al-Kahfi ayat 49 yang mafhumnya "Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalamnya ". Lalu mereka berkata, "Aduhai, malang sungguh kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan tercatit kesemuanya ". Menurut as-Sudi, yang dimaksudkan "kecil" pada ayat itu adalah dosa kecil selain dosa syirik dan yang dimaksudkan "besar" ialah dosa syirik itu sendiri. Kemudian semua orang mukmin pun dipanggil dan diberikan kitabnya dengan tangan kanan. Semua orang boleh melihat amal kebajikan mereka dengan jelas, semantara mereka juga boleh membaca amal keburukan mereka. 

Ketika Kaab membaca ayat itu tadi, maka bangkit al-Fudhail bin Iyadh dan berkata " Aduhai malangnya kami, mereka riuh- rendah mempersoalkan dosa-dosa kecil kepada Allah, manakala dosa-dosa besar tidak langsung disentuh (maksudnya, mereka hanya membincangkan persoalan dosa yang kecil tampa menyentuh pun dosa besar, sedangkan orang-orang kebanyakan amat takut dengan dosa besar).

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dalam kitabnya bertajuk 'ash-Shumtu' bahawa Ibnu Abbas berkata, "Yang dimaksudkan dengan kalimah "yang kecil dan yang besar" didalam ayat diatas tadi ialah tersenyum dan ketawa. Yang kecil bermaksud tersenyum manakala yang besar bermaksud ketawa. 

Diriwayatkan oleh Ahmad dan ath-Thabrani bahawa Nabi saw membuat contoh mengenai dosa-dosa kecil. Baginda bersabda, "Sesungguhnaya dosa-dosa kecil itu seperti perumpamaan satu kaum yang tinggal disebuah tanah yang kering dan gersang. Ketika tiba waktu makan, masing-masing diantara mereka pergi untuk mencari kayu api. Ada yang datang dengan membawa sebatang ranting, dan ada pula yang datang dengan membawa dua batang ranting. Sehingga akhirnya mereka berhasil menghimpunkan sekumpulan kayu untuk menyalakan api dan memanggang roti. Sesungguhnya dosa kecil yang terhimpun pada pelakunya itu boleh membinasakannya, kecuali Allah berkenan mengampunkannya. Oleh kerana itu janganlah kamu meremehkan dosa kecil kerana ia boleh menjadi tuntutan dari Allah ".

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad alias Abdul Wahab al-Qarisyi dan Imam Abul Husain asy-Syafi'i, dari as-Salafi, dari ats-Tsaqafi, dari Abu Thalib alias Muhammad bin Mahmasy az-Zabadi, dari Hajib bin Ahmad ath-Thusi, dari Muhammad bin Hammad al-Abiyurdi, dari Anas bin Uyadh al-Laitsi, dari Abu Hazim, dari Sahal bin Sa'ad bahawa Rasulullah bersabda, "Janganlah meremehkan dosa kecil, kerana perumpamaan meremehkan dosa kecil itu seperti satu kaum yang singgah disebuah tebing jurang. Lalu muncul sifulan membawa sebatang ranting, sehingga mereka berhasil mengumpulkan kayu yang cukup untuk memasak makanan mereka. Janganlah meremehkan dosa, kerana jika perlakunya dihukum, ia pasti membinasakannya ".

Sungguh indah kata-kata penyair ini :

"Banyak dosa kecil mampu menjadi besar dan merosak orang yang baik... kerana itu, berbuatlah seperti orang yang berjalan diatas tanah berduri,....yang begitu berhati-hati. Janganlah meremehkan dosa kecil.... sebab gunung itu berasal dari batu-batu kerikil yang kecil ".

Menurut sebahagian Ulama, "Sesungguhnya semua dosa itu besar". Manakala sebahagiannya pula mengatakan "Jangan kamu memandang kecilnya dosa. Tetapi pandanglah siapa yang kamu durhakai. Dari sudut ini, menentangNya bererti berdosa besar ". Menurut pendapat orang-orang soleh, dosa itu tetap ada yang besar dan ada yang kecil. Tetapi kita tidak dapat membincangkannya diruangan ini kerana saya (Imam al-Qurthubi) telah menjelaskannya didalam kitab saya yang bertajuk "Jami' Ahkam Al-Qur'an" iaitu berkenaan surah an-Nisaa'. Wallahua'lam,


Sekian dahulu untuk kali ini, mudah-mudahan dengan izin Nya insyaallah akan kita sambung lagi diepisod yang akan datang, wabillahitafiq walhidayah wassalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh. amin...


Sekian,

Atok Zamany.