Thursday, April 18, 2013

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 19



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.


BAB 44 : TELAGA NABI saw. - LUASNYA, TEMPATNYA, BANYAK AIRNYA , TIANG- TIANGNYA  DAN  ISINYA.


Jika disemak didalam kitab 'Al-Quut' dan beberapa buah kitab yang lain, disana ada mengambarkan bahawa telaga Nabi saw. yang diberi nama al-Kautsar itu terletak disebuah tempat sesudah melepasi Jambatan Sirat yang menghubungkan antara syurga dan neraka. Tetapi menurut beberapa pendapat yang sahih bahawa Nabi Muhammad saw. memiliki dua buah telaga al-Kautsar, yang pertama terletak sebelum Jembatan Sirat dan yang keduanya terletak sesudah Jembatan Sirat. Kedua-duanya dinamakan al-Kautsar, kemudian akan diperjelaskan lagi. Menurut bahasa arab, al-Kautsar bererti kebajikan yang luas atau banyak.

Para ulama tafsir  berbeza pendapat mengenai timbangan hisab dan telaga al-Kautsar, iaitu yang mana dahulu didatangkan. Ada yang berpendapat timbangan hisab dahulu, manakala ada pula yang berpendapat telaga al-Kautsar terlebih dahulu. Abu Hasan al- Qabis setuju dengan pendapat yang kedua tadi, iaitu telaga al- Kautsar yang didatangkan terlebih dahulu. Seperti yang telah diperkatakan dahulu bahawa setelah manusia dibangkitkan semula dari dalam kuburan masing-masing, mereka didalam keadaan sangat kehausan dikala itu. Mereka mesti melalui keadaan seumpama itu dahulu sebelum mereka meniti Jambatan Sirat dan kemudiannya dihisab.

Semantara menurut salah seorang ulama salaf sebagaimana yang telah dipetik kata-katanya oleh Abu Hamid yang ditulis didalam kitabnya bertajuk 'Kasyfu Ilm al-Akhirat', "Sesungguhnya mereka mestilah melalui dahulu dihadapan Telaga sebelum menaiki Jembatan Sirat itu". Tetapi kata-kata ini dibantah oleh Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini) yang menyatakan "Ini hanyalah kekeliruan daripada orang yang berkata itu, bukan dari sumbernya ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Ketika kami sedang berdiri ditepi sebuah telaga, tiba-tiba muncul sekumpulan manusia disekililing ku. Setelah aku bertanya pengenalan mereka, salah seorang dari mereka tampil kehadapan dan berkata kepada kumpulannya, "Mari ! ". Aku bertanya, "Kemana ?". Ia menjawab, "Ke Neraka ". Aku bertanya lagi, "Kenapa dengan mereka semua ?". Ia menjawab, "Mereka kembali murtad ". Kemudian muncul pula kumpulan manusia yang lain. Setelah bertanya pengenalan mereka, salah seorang dari mereka tampil kehadapan dan berkata kepada kumpulannya itu, "Mari..mari !". Aku bertanya, "Kemana ?". Ia menjawab, "Ke Neraka !". Aku bertanya lagi, "Kenapa dengan kamu semua ?". Ia menjawab, "Kami semua telah kembali murtad ". Dan aku melihat diantara mereka semua tiada yang terselamat. Keadaan mereka samalah seperti unta yang dibiarkan siang dan malam '".

Hadis ini adalah merupakan sebuah dalil yang sangat kuat bahawa kedudukan Telaga Kausar itu adalah sebelum dari Jembatan Sirat yang terbentang melintasi kawah Neraka Jahanam. Sesiapa yang berjaya melintasinya, maka dia itu adalah orang yang terselamat. Sebaliknya jika dia terjatuh, ia akan terjatuh kedalam lubang kawah Neraka Jahanam dan akan kekal didalamnya. Begitu juga dengan telaga-telaga dari Nabi-nabi yang lainnya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata, "Rasulullah telah ditanya berkenaan Padang Mahsyar tempat seluruh makhluk mengadap Allah kelak : apakah disana ada air ?. Baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, disana ada air. Orang-orang yang dikasihi Allah akan mendatangi Telaga-telaga para Nabi. Allah SWT. mengutus tujuh puluh ribu para Malaikat pengawal dengan tongkat dari api Neraka yang digunakan untuk menghalau orang-orang kafir dari mendekati Telaga-telaga para Nabi itu".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Dzar bahawa ia bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, bagaimana pula dengan bekas-bekas (piala-piala) di Telaga Kausar itu ?". Baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada didalam genggaman Nya, jumlah bekas-bekas (piala-piala) di Telaga itu adalah lebih banyak daripada jumlah bintang-bintang dilangit dimalam hari yang gelap tiada berawan. Itu adalah bekas-bekas (piala-piala) dari Syurga. Barangsiapa yang minum dengan menggunakan salah satu daripada bekas-bekas (piala-piala) itu, nescaya dia tidak akan kehausan selamanya. Panjang Telaga adalah dari negeri Amman sampai kenegari Ailah. Airnya lebih putih dari salju dan lebih manis dari madu ".

Diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad dari Tsauban bahawa Rasulullah bersabda, "Aku bertahan ditelagaku, Demi penduduk Yaman, aku harus menghalau manusia. Aku pukul mereka dengan tongkatku sehingga mereka pergi meninggalkannya". Ketika ditanya berkenaan luasnya, baginda menjawab, "Luasnya dari tempatku berdiri ini hingga kenegeri Amman (Jordan)". Ketika ditanya berkenaan airnya, baginda menjawab, "Airnya seputih salju dan semanis madu. Didalamnya terdapat sepasang Kran (seperti mangkuk) dari Syurga yang diperbuat dari emas dan perak ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bahawa ia berkata, "Pada suatu hari ketika Rasulullah berada ditengah-tengah kami, baginda mengetuk dan dengan tiba-tiba baginda bangun dan tersenyum. Kami bertanya, 'mengapa tersenyum ya Rasulullah ?' Baginda menjawab, 'Baru saja aku menerima satu surah yang diturunkan kepada ku...' kemudian baginda membaca surah al-Kausar hingga akhir. Kemudian baginda bertanya kepada kami semua, 'Tahukah kamu, apa itu al-Kausar ? Lalu kami menjawab,'hanya Allah dan Rasul Nya saja yang mengatahui'. Baginda bersabda, 'Ia adalah sebuah telaga yang penuh dengan kebajikan yang dijanjikan oleh Tuhanku kepada ku. Pada hari kiamat nanti umatku akan mendatangi telaga itu. Pialanya (cup atau cawan) banyak bak bintang-bintang dilangit. Ketika ada seorang hamba yang masuk kemudian diusir (Malaikat), aku berkata, Ya Tuhanku, dia adalah termasuk salah seorang dari umatku, kenapa dia diusir?. Allah berfirman, 'Kamu tidak tahu apa yang telah dilakukannya sepeninggalan mu'".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin Amr ibnul 'Ash bahawa Rasulullah bersabda, " Panjang telagaku itu jarak sejauh perjalanan selama sebulan. Jarak diantara sudunya sama saja. Airnya lebih putih dari kertas. Aromanya lebih harum dari kasturi dan pialanya (cawan-cawannya) sebanyak bintang dilangit. Barangsiapa yang meminum airnya, setelah itu dia tidak akan haus (dahaga) lagi untuk selama-lamanya".

Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya luas telagaku itu lebih jauh dari jarak diantara Ailah hingga keAden (Yaman hingga ke Mesir). Airnya lebih putih dari salju. Rasanya lebih manis dari madu dan pialanya (bekas minumannya) lebih banyak dari jumlah bintang-bintang. Aku menghalau manusia seperti seseorang  menghalau unta orang lain dari telaganya". Kemudian para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah disaat itu nanti, dikau akan mengenali kami ini lagi ?". Rasulullah menjawab, "Sudah tentu !, kerana kamu semua mempunyai tanda-tanda yang tiada pada umat-umat yang lain. Kamu semua akan datang kepada ku dengan muka, lengan dan betis yang bercahaya berkilauan bekas wuduk ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya dihadapan kamu terbentang sebuah telaga yang luasnya diantara Jarya dan Adzrai (dua buah dusun dinegeri Syaria yang jarak diantara keduanya adalah tiga hari perjalanan). Ditelaga itu terdapat kilatan seperti kilatan bintang. Barangsiapa meminum airnya, nescaya ia tidak akan dahaga lagi selama-lamanya".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya aku mempunyai sebuah telaga seluas dearah antara Ka'bah (Mekah) dan Baitul Maqadis (Palastin). Airnya putih seperti susu, dan pialanya (bekas minum) sebanyak jumlah bintang-bintang dilangit. Pada hari kiamat nanti aku adalah Nabi yang paling ramai pengikutnya".

Fakta :  

Terdapat pula setengah-setengah manusia berpendapat bahawa perbezaan-perbezaan yang terdapat dialam hadis-hadis yang telah dijelaskan tadi adalah merupakan petunjuk kepada kebimbingan dan perbezaan. Walhal, ia tidaklah seburuk demikian.

Didalam hadis-hadis Rasulullah dan juga riwayat-riwayat yang diketengahkan mereka itu, Nabi sememangnya telah menggunakan banyak kalimah-kalimah yang berbeza-beza ketika baginda memberikan gambaran berkenaan telaganya itu. Iaitu berkenaan panjangnya, luasnya, lebarnya, banyak pialanya, warna airnya, rasa airnya dan lain-lain lagi. Sebenarnay, ia tertakluk kepada dihadapan siapa baginda itu berkata-kata ?. Jika ia datang dari penduduk negeri Syaria, maka baginda akan memberi gambaran contoh diantara dusun Adzrah hingga ke dusun Jarya. Jika kumpulan itu datangnya dari Yaman, maka baginda akan memberi gambaran kota Aliya (sekarang Shna'a) hingga ke Aden. Kadang kala baginda menggunakan kadar waktu atau jarak dan waktu perjalanan seperti conohnya sebulan perjalanan. Semua itu baginda gunakan supaya memberi gambaran keluasan telaganya itu.

Sememangnyalah tidak dapat kita bayangkan keluasan telaga Rasulullah itu jika hendak dibandingkan dengan apa yang ada dimuka bumi sekarang ini. Tetapi, adalah tidak mustahil jika diciptakan diatas permukaan bumi pengganti yang baru di Padang Mashyar kelak, yang berwarna putih perak dan masih suci kerana belum pernah berlakunya pertumpahan darah atau pun belum pernah berlakunya kezaliman sama sekali diatasnya. 

Menurut al-Harawi, hanya sedikit sekali manusia yang dapat melepasi Jambatan Neraka Jahanam itu. Digambarkan didalam hadis diatas tadi, jumlahnya hanyalah seperti unta yang dibiarkan berkeliaran siang dan malam. Kemudian, menurutnya bahawa telaga ini mempunyai 4 sudut. Sudut pertama dijaga oleh Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq, sudut kedua dijaga oleh Saidina Omar ibnul al-Khathab, sudut ketiga dijaga oleh Saidina Othman Ibnu Affan dan sudut keempat dijaga oleh Saidina Ali bin Abi Talib.

Diriwayatkan oleh Humaid dari Anas bahawa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya ditelaga ku itu terdapat empat sudut. Sudut yang pertama dibawah kekuasaan Abu Bakar. Sudut kedua dibawah kekuasaan Umar. Sudut ketiga dibawah kekuasaan Othman dan sudut keempat dibawah kekuasaan Ali ". Semoga Allah meredhai mereka semua...amin.

Barangsiapa mencintai Abu Bakar tetapi membenci Umar, maka Abu Bakar tidak akan mahu memberinya minum. Begitulah pula sebaliknya. Barangsiapa mencintai Othman, tetapi menbenci Ali. Maka Othman tidak memberinya minum. Begitu pula sebaliknya.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Syu'bah, dari Amr bin Marrah, dari Abu Hamzah, dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Kamu bukan sebahagian dari seratus ribu atau tujuh puluh ribu bahagian dari orang yang mendatangi telaga yang pada waktu itu, jumlahnya lapan atau sembilan ratus ribu".

Waallahua'lam... 


BAB 45: FAKIR MISKIN MUHAJIRIN, PUAK PERTAMA MENDATANGI TELAGA NABI SAW. 

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari ash-Shanabiji al-Ahmas bahawa Rasulullah bersabda, " Ketahuilah, sesungguhnya aku mendahului kalian keTelagaku dan aku merasa bangga atas bilangan kamu (jumlah umatnya) yang banyak daripada umat-umat lain. Oleh kerana itu, sepeninggalan ku nanti, janganlah kamu saling berbunuhan".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Tsauban (budak hamba yang dimerdekakan Rasulullah) bahawa baginda telah bersabda "Sesungguhnya luas telagaku itu diantara Aden hingga ke Ailah, warna airnya seputih susu, rasanya semanis madu dan piala-pialanya (bekas minuman) sebanyak bintang-bintang dilangit. Sesiapa yang meminumnya, maka selamanya ia tidak akan dahaga. Manusia pertama yang datang ke telagaku itu ialah fakir miskin Muhajirin dengan pakaiannya yang kotor, rambutnya kusut masai dan tidak bernikah dengan wanita yang hidup sejahtera dan tidak dibuka pintu-pintu yang tepat untuk mereka (sentasa dihalau pergi)".

Mendengar akan ucapan itu, Umar lalu menangis sekuat-kuatnya hingga janggutnya basah terkena airmata dan kemudian dia berkata, "Tetapi aku menikahi wanita yang hidup sejahtera dan dibuka untukku pintu-pintu yang tepat. Tak mengapalah...aku tidak akan mencuci pakaianku sehingga ia benar-benar kotor dan aku tidak akan merapikan rambutku dengan minyak sehingga ia kusut masai ".

Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi, dari Abu Salam al-Habsyi dari Tsauban, bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya luas telagaku itu dari Aden hingga ke Amman al-Balqa'. Airnya sangat......" (sama hingga akhir).

Anas bin Malik berkata, "Orang pertama yang mendatangi telaga Rasulullah ialah orang-orang yang kurus kering kerana berpuasa dan menetap terus di Misjid Nabi. Ketika malam tiba mereka menyambutnya dengan sedih ". 



BAB 46: ORANG-ORANG YANG DIUSIR DARI TELAGA. 


Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bahawa Nabi saw. bersabda, "Ada beberapa orang sahabatku yang diusir ketika mendatangi telagaku. Ketika aku melihat mereka, lalu aku berkata, 'Mereka itu sahabat-sahabatku dulu'. Tetapi lalu dijawab, 'Kamu tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan sepeninggalanmu'".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Ada beberapa orang dari sahabatku yang diusir dari telagaku hingga mereka tidak boleh mendekatinya. Aku berkata,'Ya Tuhanku, mereka itu sahabat-sahabatku'. Allah berfirman, 'Sesungguhnya kamu tidak tahu sama sekali apa yang telah terjadi pada mereka sepeninggalanmu. Mereka telah murtad (keluar dari agama Islam)'".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Asma' binti Abu Bakar bahawa Rasulullah bersabda, "Aku terus berada ditelagaku hingga aku boleh melihat sesiapa diantara kamu yang datang. Dan ada beberapa orang yang dilarang mendekatiku, lalu aku berkata, 'Ya Tuhanku, biarkan mereka mendekatiku. Mereka adalah termasuk dari umatku'. Allah berfirman kepadaku, 'Kamu tahu apa yang telah mereka lakukan sepeninggalanmu ?. Sesungguhnya mereka telah murtad sepeninggalanmu '''.

Seperti yang telah disebutkan dalam hadis riwayat Anas diatas tadi, ".....ada seorang hamba yang merasa gelisah dan nampak ragu-ragu. Lalu aku berkata, 'Ya Tuhanku, ia adalah termasuk umatku'. Allah berfirman, 'Kamu tidak tahu apa yang telah terjadi sepeninggalanmu dahulu '".

Disebut didalam kitab Al-Muwatha' dan sebuah hadis dari Abu Hurairah, ".....Para sahabat bertanya, 'ahai Rasulullah, bagaimanakah dikau mengenali manusia dari umatmu yang datang setelah peninggalanmu kelak ?". Baginda menjawab, "Sesungguhnya mereka akan datang dengan muka, lengan dan betis berkilauan akibat wuduk ".


FAKTA:    

 Menurut para ulama, setiap orang yang murtad dari agama Allah, atau mengada-adakan sesuatu yang tidak diredhai serta tidak diizinkan Allah seperti menduakan Allah dengan sengaja ataupun tidak, maka mereka adalah termasuk dari golongan yang terusir dari mendatangi Telaga Nabi saw. Pengusiran sangat kuat dan keras kepada mereka-mereka yang memusuhi dan menentang jemaah kamu Muslimin seperti; kaum puak Khawarij, kaum Rafidhah dan kaum Mutazilah (dizaman dahulu, tetapi sekarang berubah namanya). Mereka semua akan dihalau dari telaga sehingga tidak boleh mendekatinya. Demikian pula dengan orang- orang yang berbuat zalim, orang-orang yang benci kebenaran, orang-orang yang membunuh jiwa, orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar, orang-orang yang suka melakukan maksiat, orang-orang yang menurutkan hawa nafsunya dan orang-orang ahli bida'ah.

Sekalipun demikian, keampunan Allah boleh mendekatkan mereka ketelaga, asalkan mereka tidak berbuat syrik pada Allah. Mereka boleh juga dikenali melalui kesan wuduk diwajah mereka. Jika mereka tergolong sebagai munafik dizaman Rasulullah menampakkan iman trtapi kembali kufur setelah sepeninggalan Rasulullah kemudian berjaya menyembunyikan kekufurannya itu, lalu Allah akan membuka pekong mereka kelak dan berfirman, "Beruntung kamu ! yang abadi di Neraka hanyalah orang kafir yang keras kepala dimana didalam hati mereka tidak terdapat iman walau seberat biji sawi sekalipun ".

Dikatakan bahawa sesungguhnya orang-orang yang suka berbuat dosa-dosa besar, yang dikecam Allah, sekalipun boleh mendatangi telaga dan meminum airnya, kemudian Allah menghendakinya dimasukkan kedalam Neraka, maka dia tidak diazab dengan rasa dahaga yang melampau, Waallaua'lam...

Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi dari Ka'ab bin Ujrah bahawa Rasulullah bersabda, "Aku memohon perlindungan kepada Allah untukmu, wahai Ka'ab bin Ujrah, dari para penguasa yang akan muncul sepeninggalanku nanti. Barangsiapa mendatangi pintu mereka lalu ia membenarkan pendustaan mereka dan membantu mereka berbuat zalim, maka ia tidak termasuk sebahagian dariku dan aku juga bukanlah sebahagian dari mereka dan mereka juga tidak boleh mendekati telagaku. Dan barangsiapa mendatangi pintu mereka dan tidak akan membenarkan pendustaan mereka dan tidak mahu membantu mereka membuat zalim, maka ia termasuk sebahagian dariku dan aku pula termasuk sebahagian darinya, dia akan mendatangi telagaku tampa halangan. Wahai Ka'ab bin Ujrah, setiap daging yang tumbuh subur dari harta haram, dineraka ia akan tumbuh lebih subur lagi".
Kata Abu Isa, "Hadis hasan dan gharib ini juga diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'Fitnah-fitnah'.

Diriwayatkan oleh al-Auzai alias Abu Umar didalam kitabnya bertajuk 'Musnad al-Auzai', dari Amr bin Saad, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa ia pernah mendengar Nabi saw. bersabda, "Luas telagaku itu diantara Ailah hingga ke Mekah. Piala minumnya sebanyak bintang dilangit. Ia memiliki dua buah resapan (seperti pam air) dari syurga. Tetakala airnya habis, ia akan menyemburkan air lagi. Barangsiapa meminumnya walau hanya seteguk saja, ia tidak akan kehausan lagi. Kemudian akan muncul satu kamu yang berbibir kering dan layu tetapi tidak mampu menghirup air itu walau setitis pun dari telagaku itu. Oleh itu barangsiapa dihari ini (semasa didunia sekarang ini) tidak mahu mempercayainya (keujudan telaga Nabi saw itu), maka diakhirat kelak dia tidak akan mendapat bahagian meminumnya ".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir Al-Ushul', sebuah hadis dari Utsman bin Mazh'un bahawa Nabi saw. bersabda, "...Hai Utsman, janganlah kamu membenci sunahku dan kemudian tiba-tiba kamu mati tampa sempat bertaubat. Akibatnya, padahari kiamat nanti, malaikat akan menghalaumu dari menghampiri telagaku dengan menampar mukamu ".



BAB 47: SEMUA NABI MEMILIKI TELAGANYA SENDIRI.

Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi dari Samurah bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap Nabi itu memiliki telaga dan mereka saling membanggakan telaga siapakah yang paling ramai pengunjungnya. Aku berharap mudah-mudahan, telagakulah yang paling ramai pengunjungnya ".

Al Bakri atau lebih terkenal dengan nama Ibnul Wasithi mengatakan, "Setiap Nabi itu memiliki telaga, kecuali Nabi Saleh. Sesungguhnya telaganya ialah susu pada untanya".


BAB 48: TELAGA AL-KAUTSAR DIBERIKAN KEPADA NABI SAW.  SEWAKTU NABI SAW. DISYURGA.  

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Ketika aku sedang berjalan-jalan didalam syurga (sewaktu Nabi Israq Mikraj), aku melihat sebuah telaga yang dikelilingi sebuah kubah dari mutiara berlubang (seumpama tembok). Aku bertanya, 'Apa itu wahai Jibril ?'. Ia menjawab, 'Itulah telaga al-Kautsar yang telah Allah kurniakannya kepada kamu'. Ternyata aromanya seperti minyak wangi yang harum sekali'". Hadis yang serupa diriwayatkan oleh Abu Isa alias Tirmidzi dengan tambahan dihujungnya iaitu, "....Kemudian aku diangkat ke Sidratul Muntaha, dan disana aku melihat satu cahaya yang sangat agung ".

Diriwayatkan oleh Abu Isa alias ath-Tirmidzi dari Ibnu Wahab, dari Syabib, dari Aban, dari Anas bin Malik bahawa berkenaan pengalaman perjalanan Mikraj kelangit, Nabi saw. bersabda, "Aku melihat sebuah telaga yang arusnya laju seperti anak panah yang dilepaskan. Warna airnya putih susu, rasanya semanis madu dan dikelilingi oleh kubah yang diperbuat dari mutiara berlubang. Aku bertanya, 'Apa itu wahai Jibril ?'. Jibril menjawab, 'Itu adalah telaga al-Kautsar yang diberikan Allah kepadamu'. Ketika tanganku terpegang lumpurnya, ternyata adalah minyak kasturi yang sangat harum baunya dan ketika tanganku terpegang kedua dindingnya, ia ternyata mutiara ".
Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Al-Kautsar adalah sebuah telaga disyurga yang kedua tebingnya diperbuat dari emas dan salurannya adalah dari mutiara. Tanahnya lebih harum daripada minyak kasturi, airnya lebih manis dari madu dan warnanya lebih putih daripada salju".



BAB 49: NERACA TIMBANGAN AMAL ADALAH BENAR 

Allah berfirman didalam surah al-Anbiyak ayat 47 yang mafhumnya;

" Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah teraniaya seseorang sedikit pun. Jika ushanya sebesar biji sawi, nescaya Kami hardirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya ".

Kemudian firman Allah didalam surah al-Qari'ah ayat 6 - 9 yang mafhumnya ;

"Adapun orang yang berat timbangannya (banyak kebajikan). Maka ia daam kehidupan yang diredhai. Adapun orang yang ringan timbangannya (sedikit kebajikan dan banyak dosanya). Maka tempat diamnya didalam Neraka Hawiyah ". 

Para ulama tafsir sependapat bahawa setelah selesai peristiwa hisab atau kiraan amal kebajikan dan keburukan. Diingatkan bahawa tujuan sebenar neraca timbangan adalah untuk diberikan balasan, maka adalah wajar jika sebelum itu dilakukan kiraan terlebih dahulu. Sebenarnya proses hisab atau kiraan ini adalah untuk menentukan banyak atau sedikitnya amal kebajikan dan keburukan. Sedangkan neraca timbangan pula adalah untuk menjelaskan pemberian balasan yang setimpal dengan amalan. Seperti firman Allah didalam surah al-Anbiyak ayat 47 diatas iaitu " Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah teraniaya seseorang sedikit pun. Jika ushanya sebesar biji sawi, nescaya Kami hardirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya ".

Firman Allah didalam surah al-Qari'ah ayat 6 - 9 yang mafhumnya ;

"Adapun orang yang berat timbangannya (banyak kebajikan). Maka ia daam kehidupan yang diredhai. Adapun orang yang ringan timbangannya (sedikit kebajikan dan banyak dosanya). Maka tempat diamnya didalam Neraka Hawiyah ".


Dan Allah berfirman didalam surah al-A'raf ayat 9 mafhumnya;
 
"Barangsiapa yang ringan timbangannya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya, kerana mereka aniaya terhadap ayat-ayat kami (membantah) ". 

Ayat-ayat diatas ini mengambarkan berkenaan timbangan amal orang-orang kafir. Ini adalah kerana ia mengunakan ayat "yang ringan timbangannya (kebaikkan)", yang bermaksud amal kebajikan orang-orang kafir yang sangat sedikit.

Selanjutnya Allah berfirman lagi didalm surah-surah ;

Al-Mu'munun ayat 105, mafhumnya;

"Tidakkah ayat-ayat Ku, dibacakan kepadamu, lalu kamu mendustakannya ?".

Al-A'araf ayat 9, mafhumnya;

"Barangsiapa yang ringan timbangannya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya, kerana mereka aniaya terhadap ayat-ayat kami (membantah) ". 

Al-Qari'ah ayat 9, mafhumnya;

"Maka tempat diamnya didalam Neraka Hawiyah "  

Ayat-ayat diatas ini merupakan kata-kata amaran dengan secara mutlak ditujukan kepada orang-orang kafir. Tetapi jika mengambil kira mafhum ayat surah al-Mu'minuun ayat 47 iaitu, "Jika ushanya sebesar biji sawi, nescaya Kami hardirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya ". Maka haruslah difahami bahawa setiap dari orang-orang kafir itu akan dipersoalkan, mengapakah mereka begitu berani menentang semua kebenaran yang telah Allah utuskan. Iaitu kebenaran dari segi keagamaan mahupun pecahan-pecahannya.

Ada pula yang bertanya, jika sekiranya orang-orang kafir (musyrik) itu tidak perlu dipersoalkan lagi amal perbuatan mereka, mengapkah amalan mereka harus dihisab ? Jawapannya, persoalan ini sebenarnya menunjukkan bahawa amalan perbuatan mereka juga turut dihisab atau dikira apabila tiba waktunya. Didalam al-Quran terdapat nas-nas yang jelas tentang pekara ini, bahawa mereka juga terkena Khitthab, dihisab, disoal dan diberi balasan yang setimpal. Contohnya firman Allah didalam surah Fushsilat (as-Sajdah- Hamin) ayat 6 dan 7 yang mafhumnya ;

"....Dan celakalah bagi orang-orang yang mempersekutukanNya. (Iaitu) orang-orang yang tidak memberikan zakat, sedang mereka kafir (ingkar) akan akhirat ".

Didalam ayat ini Allah memberi amaran keras kepada mereka yang ingkar dari mengeluarkan zakat dari harta-harta mereka. Amaran itu ditujukan kepada orang-orang kafir (musyrik) dan juga mereka yang beriman tetapi ingkar.

Kemudian Allah berfirman didalam surah al-Mudatstsir ayat 42 hingga ayat 47 yang mafhumnya ;

"Apakah sebabnya kamu masuk Neraka ?. Sahut mereka, 'Kami tidak solat !. Dan tidak pula memberi makan orang-orang miskin (mengeluarkan zakat). Dan kami telah masuk kedalam yang batil, bersama-sama orang yang masuk kedalamnya (mengikut orang- orang kafir). Dan kami telah mendustakan hari pembalasan. Sehingga telah datang kepada kami keyakinan (kematian)".  

Didalam ayat ini, jelas Allah menyoal orang-orang kafir dan musyrik tentang amalan mereka, iaitu mereka juga terkena Khathab untuk beriman, mendirika solat dan mengeluarkan zakat. Mereka pastinya akan dipersoal serta dihisab atas kesemua pekara itu dan kemudiannya akan menerima balasan yang setimpal.

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. telah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, akan muncul seseorang yang besar dan gemuk, yang amalannya tidak perlu ditimbang lagi disisi Allah kerana dianggap sia-sia saja... dan kalau kamu mahu tahu, bacalah surah al-Kahfi ayat 105, 'kami tidak mengadakan sesuatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat ".


Nota dari atok:

Pada versi asal kitab ini tidak di beri terjemahan ayat 105 surah al-Kahfi ini. Tetapi disini atok selitkan terjemahannya;

"Mereka itulah orang-orang yang ingkar akan tanda-tanda Tuhan dan akan menemui Nya, sebab itu hapuslah (pahla) perbuatan mereka, dan tiada Kami adakan timbangan untuk mereka pada hari kiamat ". 

Menurut para ulama, maksud hadis diatas itu ialah bahawa mereka (orang-orang kafir)yang tidak mempunyai sebarang pahla serta amal kebajikan sama sekali untuk mengimbangi seksa. Mereka tidak punya kebajikan barang satu pun untuk ditimbang pada hari kiamat. Mereka yang seumpama ini tempat mereka pastinya didalam Neraka.

Menurut Abu Sa'id al-Khudri, mereka akan datang dengan membawa amal sebesar gunung Tuhamah, namun pada waktu itu sudah tidak ada apa-apa ertinya lagi, walau untuk pahla sedikit pun. Hadis diatas itu tadi juga mengandungi pesanan agar menjauhi kegemukkan kerana dianggap boleh menghambat manusia menjadi malas, lembab, termengah-mengah, letih, lambat bergerak serta mudah penat dari melakukan amal ibadah yang mulia. Hadis diatas ini juga boleh dijadikan dalil larangan memakan berlebih-lebihan dan melampaui batas hingga menjadi gemuk. Rasulullah pernah juga bersabda, didalam sebuah hadis riwayat ath-Thabrani, "Sesungguhnya orang yang paling tidak disukai Allah ialah orang yang elok tetapi sangat gemuk". Oleh itu jauhi dari kegemukan.


BAB 50: NERACA, TIMBANGAN AMAL DAN ORANG YANG MEMENUHI KEPERLUAN SAUDARANYA. 


Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Amr ibnul Ash bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dihari kiamat nanti Allah akan mendatangkan seseorang dari umatku dihadapan seluruh makhluk. Lalu dibukakan kepadanya sembilan puluh sembilan lembar catitan (dari kitabnya) yang panjangnya setiap helai lembaran itu bak saujana mata memandang. Kemudian Allah berfirman kepadanya, "Apa yang kamu fikirkan ?. Adakah para malaikat Ku yang mengawasimu menzalimi kamu ?". Ia menjawab, "Tidak wahai Tuhanku". Kemudian Allah berfirman lagi, "Apakah kamu ada alasan ? ". Ia menjawab, "Tidak wahai Tuhanku". Allah berfirman, "Tetapi kamu punya satu catitan amal kebajikan disisiKu. Sesungguhnya pada hari ini kamu tidak akan dirugikan walau sedikit pun". Lalu dikeluarkan satu lembaran kertas yang tertulis perkataan "ASHADUALLA ILLAHAILLALLAHU WAASHADUANNA MUHAMMADAN ABDUHU WARASULUHU" (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah). Lalu Allah berfirman, "Bawalah kemari neraca timbanganmu". Ia berkata, "Wahai Tuhanku, apalah ertinya kertas amalanku itu jika hendak dibandingkan dengan catitan amalan burukku yang sangat banyak itu?". Allah berfirman, "Jangan kamu bimbang, kamu tidak akan dirugikan walau sedikit pun ". Setelah kedua-dua amalan buruk dan baik diletakkan diatas neraca pada tempatnya, ternyata bahawa kertas amalan baiknyalah yang lebih berat kerana ada tertulis nama Allah yang tidak mampu dikalahkan oleh apa jua pun ".

Nota dari atok:

Berkenaan dengan ucapan dua kalimah shadatai didalam hadis diatas tadi, jelas menunjukkan betapa pentingnya ia didalam kedudukan ilmu dan amal didalam semua kerjabuat manusia terutama umat islam semua. Kalimah shadatai itu adalah nadi pada kerja-kerja amal seharian, maka sebab itulah kenapa setiap manusia yang hendak memeluk agama islam diwajibkan mengucapkannya terlebih dahulu sebelum mereka bergelar beriman dengan ajaran islam. Tampanya, hampalah seluruh kerja amal yang dilakukan oleh manusia dan apabila dihari akhirat kelak langsung tidak dapat membantu menyelamatkan dirinya dari api Neraka walaupun begitu banyak kerja kebajikan yang dilakukannya. Ini adalah untuk fahaman peringkat awalan.

Manakala untuk fahaman yang lebih mendalam dari ini, maka amat perlu pula dua kalimah sahadatai itu diambil dari tangan ketangan iaitu dari satu guru kesatu guru kemudian guru kepada tangan ulama-ulama pewaris, ulama-ulama kepada wali-waliallah dan seterusnya menyampai kepada tangan-tangan sahabat-sahabat dan terakhir sekali diatas tangan Rasulullah itu sendiri. Begitulah pertalian salasilah atau juga disebut wasilah dua kalimah shadatai itu perlu dipelihara. Dengan kekuatan talian salasilah inilah hubungan kita dengan Rasulullah tidak terputus, maka disahkan kelak diakhirat dihadapan Nabi Muhammad saw. dan yang terutama sekali kehadrat Allah SWTSWT itu sendiri sebagai saksi yang paling nyata.

Kemudian dari itu, keperluan kepada keyakinan didalam kerohanian setiap umat Nabi saw itu sendiri amatlah perlu, bahawasenya dihari akhirat kelak pasti kita akan dapat bertemu dan juga mendapat naungan daripada baginda sendiri, malahan pastinya Rasulullah akan mengenali kita dan amat hampir dengannya. Pertalian kerohanian inilah yang disebut Rabitah atau tambatan hati kita pada baginda Rasulullah. Maka jika kedua-dua unsur iaitu Wasilah dan Rabitah ini dirangkumkan didalam ucapan dua kalimah shadatai seperti yang telah disebutkan didalam riwayat diatas itu tadi... maka tak tergambar akan nikmat yang bakal kamu terima dari Allah SWT kelak.

Begitulah pentingnya, mengatahui dan mengenal keperluan kepada dua kalimah shadatai kepada manusia semua. Maka barang siapa yang tidak atau belum lagi memiliki kalimah shadatai yang berwasilah dan rabitah, haruslah berusaha mencarinya dan mendapatkannya secepat mungkin kerana dibimbangi kematian yang amat singkat dihadapan kita. Inilah jaminan kepada umat islam semua seperti yang disebuatkan didalam hadis diatas tadi.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Hadis serupa juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah didalam kitabnya bertajuk 'Sunan Ibnu Majah' . Tetapi, permulaan ayat kepada hadis itu berbunyi, "Pada hari kiamat nanti seorang dari umatku akan dipanggil dihadapan khalayak semua....". Sedangkan pada hadis yang disebutkan diatas, permulaan ayatnya berbunyi,"Pada hari kiamat nantii kiamat nanti, sesungguhnya Allah akan mendatangkan seseorang dari umatku dihadapan seluruh makhluk..."

Al-Qusyairi didalam kitabnya bertajuk 'Tafsir al Qusyairi'  elah menyebut sebuah riwayat iaitu, "Ketika neraca timbangan amal-amal kebajikan  seorang hamba itu menjadi sangat ringan, Rasulullah mmengeluarkan lembaran kertas sebesar jari jemarinya. Lalu dilemparkan kedalam neraca timbangan amal disebelah kanan sehingga berubah menjdai lebih berat. Lalu hamba itu bertanya kepada Nabi, 'Demi ayah dan ibuku, sungguh indah wajahmu dan sungguh mulia akhlakmu. Siapa sebenarnya kamu ?'. Baginda menjawab, 'Aku adalah Nabimu Muhammad, dan yang ku berikan tadi adalah merupakan selawat-selawat ku yang pernah kau bacakan kepadaku dahulu. Sekarang aku harus memberikannya kepadamu kerana kau sangat memerlukannya'". 

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu'aim dengan semua sanadnya, sebuah hadis dari Anas bin Malik, dari al-Umari, dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa RRasulullah bersabda, "Barang siapa yang memenuhi hajat saudarannya, nescaya, nescaya aku akan berdiri disebelah neraca timbangannya. Jika timbangan amalannya lebih berat, itulah yang ku harapkan. Tetapi jika sebaliknya, aku akan memberinya syafaat ".


 FAKTA I:

Berkata Syeikh Al-Qurthubi (penulis asal kitab ini), "Timbangan amal kebajikan adalah benar. Sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya. Dalilnya ialah hadis Nabi saw, '....Allah berfirman, 'Wahai Muhammad, Aku memasukkan kedalam Syurga seseorang dari umatmu yang tidak perlu dihisab...' dan juga firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 41, mafhumnya 'Maka diketahui orang-orang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan tapak kakinya (lalu dilemparkan)'. Sesungguhnya penimbangan amal itu berlaku bagi orang-orang mukmin yang fasiq yang masih tersisa di Padang Mashyar dan juga daripada orang-orang kafir seperti yang telah saya sebutkan diawal tadi '".

 Berkata Abu Hamid al-Ghazali, "Tedapat tujuh ribu dari Umat Nabi Muhammad saw yang masuk syurga tanpa hisab. Amal mereka tidak ditimbang, hingga mereka tidak perlu menerima kitab catitan amal. Mereka memiliki jaminan berupa kalimah, 'LAILLAHA ILLALLAH MUHAMADUR RASULULLAH' (sudah pastinya mereka-mereka inilah merupakan pewarisi shadatai yang berwasilah dan beribitah dengan Nabi saw.). Kalimah tersebut merupakan penjamin seseorang yang telah diampuni Allah akan semua dosa-dosanya, sehingga dia tidak mendapat kecelakaan. Pekara ini adalah merupakan satu kurnia yang sangat mengembirakan kepada umat Nabi Muhammad saw. kelak".

Nota dari atok: 

Pekara berkenaan jumlah 70,000 umat Nabi Muhammad saw. yang mendapat makam seperti yang telah disebutkan didalam hadis diatas tadi sebenarnya jumlah itu sentiasa kekal kepada yang hidup semasa didunia ini. Apabila ada saja yang meninggal dunia, akan diangkat yang lain sebagai pengganti tempatnya. Jadi jumlah keseluruhan yang mendapat makam itu, mungkin sekarang ini berjumlah berjuta-juta. Kemudian yang dimaksudkan dengan mereka yang mempunyai shadatai itu ialah mereka-mereka yang telah atok katakan sebelum ini iaitu mereka yang mewarisi shadatai yang mempunyai wasilah dan rabitahnya dengan Rasulullah saw. Jaminan Rasulallah lah yang menyebabkan mereka menduduki makam ini.

Kedua-dua pekara ini pernah diucapkan oleh almarhum guru-guru atok sedikit masa dahulu termasuklah riwayat hadis diatas itu tadi sebagai dalilnya sebagairiwayat. Waallahu'lamhu'lam.
 
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


 Diriwayatkan oleh as-Suyuthi bahawa Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat kelak setelah neraca timbangan dipasang, orang-orang yang tekun dengan solatnya akan dipanggil untuk menerima pahala solatnya dengan penuh. Begitu juga mereka-mereka yang tekun dengan puasanya juga akan menerima pahala puasa mereka secara penuh. Mereka yang gemar menderma dan bersedakah juga akan menerima pahala derma dan sedakah mereka dengan penuh dan orang-orang yang tekun dalam mengerjakan hajinya juga akan menerima pahala mereka dengan penuh juga. Tetapi, neraca timbangan kepada mereka-mereka yang diduga Allah dengan penyakit yang melarat tidak akan dipasang. Mereka dikurnia Allah dengan pahala yang tiada dihisab ". Riwayat ini dikatakan juga oleh al-Qadhi Mundzir bin Sa'id al- Balwathi.

Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw. bersabda, " Pada hari kiamat nanti, orang-orang yang mati syahid akan dipanggil untuk dihisab dan orang-orang yang suka bersedakah juga dihadirkan untuk dihisab. Orang-orang yang diduga dengan penyakit juga dihadirkanu, namun bukan untuk dihisab atau diadili. Mereka malah dibberikan pahla yang sangat besar, sehingga semua orang-orang sehat yang berada di Padang Mashyar berharap agar angota badan mereka juga dipotong-potong supaya mendapat pahala yang sama seperti mereka itu disisi Allah ".

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari al- Hasan bin Saidina Ali ra. bahawa Rasulullah bersabda, "Wahai cucuku, selalulah kamu bersikap qana'ah (pemurah dan ikhlas), nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya. Tunaikanlah kewajipan-kewajipan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling berbakti kepada Allah. Wahai cucuku, sesungguhnya disyurga terdapat sepohon pokok bernama Balwa yang diperuntukkan kepada manusia yang diduga Allah dengan derita penyakit (diseluruh hidupnya). Untuk mereka tidak disediakan neraca timbangan amal dan tidak juga dihisab (pengadilan amal), malahan mereka dikurnia limpahi pahala. Baginda kemudian membaca ayat 10 daripada surah az-Zumar, yang mafhumnya; "...untuk orang berbuat baik didunia ini ada kebaikan pula (diakhirat). Dan bumi Allah itu luas. Orang-orang yang sabar disempurnakan pahalanya tampa hisab". Demikian yang diperkatakan oleh Abul Far'j al-Jauzi didalam kitabnya bertajuk 'Raudhat al-Musytaq'.


FAKTA II: 

Memang ada logiknya jika amalan orang-orang beriman ditimbangkan kerana ada yang baik dan ada pula yang buruk. Tetapi bagaimana pula halnya kepada orang-orang kafir yang sememangnya diketahui tidak punya sebarang kebaikan sedikit pun didalam kehidupan mereka, adakah amalan mereka itu perlu juga ditimbang ?.

Terdapat dua jawapan bagi soalan ini;

Pertama;
Sesungguhnya neraca timbangan amal bagi orang-orang kafir itu tetap juga disediakan. Setelah semua kekufuran dan segala amal kejahatan mereka diletakkan pada lantai timbangan disebelah kiri, lalu Allah berfirman kepada Malaikat, "Apakah ia mempunyai amal kebaikan yang boleh diletakkan pada lantai timbangan disebelah kanan ?". Malaikat menjawab, " Tidak, wahai Tuhanku". Akibatnya, lantai timbangan yang kosong  di sebelah kanan itu terangkat kerana ringan. Itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah didalam surah az-Zilzaal ayat 7 & 8, mafhumnya;

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan, mesti pun seberat zarah, akan dilihatkan (balasan) kebaikkannya itu. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, mestipun seberat zarah, akan dilihatkan (balasan) kejahatan itu".

Zarah didalam ayat diatas, jika menurut ilmu sains ia bermaksud satu bentuk molikul yang sangat halus yang hanya mampu dilihat dengan bantuan peralatan microscop sahaja. Tetapi yang dimaksudkan Allah didalam kalimah ringan bermaksud timbangannya, bukanlah isi atau sesuatu benda yang ditimbang. Kalau isinya kosong, maka ia menjadi ringan dan terangkat.

Kedua;
Semasa didunia terdapat juga segalintir  orang-orang kafir yang suka bersiratulrahim, atau suka berbuat baik sesama manusia, pernah mermerdekakan hamba dan sebagainya. Jika ini dilakukan oleh orang islam, pastinya ia merupakan amal ibadah yang sangat besar pahala dan ketaatannya disisi Allah. Bagi orang kafir yang memeiliki kebaikkan-kebaikan seumpama itu, pastinya ia akan dikumpulkan juga dan diletakkan keatas papan timbangan kanan. Tetapi oleh kerana papan timbangan kiri lebih berat dengan dosa-dosa kekufuran yang tidak mampu ditewaskan oleh kebaikkannya, maka ia akan direjam kedalam api Neraka juga. Apa yang penting disini bahawa setiap kebaikkan yang dilakukan oleh orang-orang kafir walau sebesar zarah sekali pun, pastinya akan ditimbang juga menurut keadilan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Adil.
Semantara ada juga yang bertanya, mengapa perlunya lagi menghisab dan menimbang amalan kebajikan orang-orang kafir itu dilakukan sedangkan telah diketahui ianya tidak akan mendapat bal asan yang baik atau dengan lain perkataan ia merupakan kerja yang sia-sia sahaja ?. Bukankah ketika ditanya persoalan berkenaan Abdullah bin Jad’an (seorang kafir yang suka memuliakan tetamu, suka bersilaturahim dan suka menolong orang susah) apakah amal-amal kebaikkannya itu bermanafaat untuknya kelak?. Rasulullah menjawab, “Tidak, kerana tiada sehari pun keluar ucapan dari mulutnya, ‘Ya Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku dihari kiamat nanti’”. Demikianlah hadis sahih riwayat Ahmad dan Hakim.

Dalam hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Hiban disebut bahawa, Adi bin Hatim juga pernah bertanyakan pekara yang sama kepada Rasulullah. Ia bertanya tentang mendiang ayahnya yang suka berbuat amal-amal kebaikkan, dan Rasulullah menjawab, “Sesungguhnya ayahmu mencari sesuatu, dan ia telah mendapatkannya”. Maksud hadis ini ialah, ia mencari kemuliaan dunia dengan gelaran atau pangkat, dan dia telah mendapatkannya.

Ini menunjukkan bahawa kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang kafir itu pada hakikatnya bukanlah kebajikan. Oleh itu sama ada kebajikan atau pun tiada kebajikan adalah serupa saja, malah tiada nilainya pun. Allah telah berfirman addalam surah al-Ambiya ayat 47 yang mafhumnya;

“Kami letakkan neraca (timbangan) yang adil pada hari kiamat, biji sawi, nescaya Kami hadirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya”.

Allah tidak membezakan antara manusia dengan manusia yang lain. Artinya, amal-amal kebajikan orang kafir juga akan ditimbang dan diberikan balasan. Tetapi Allah telah mengharamkan syurga bagi mereka. Oleh itu, balasan bagi mereka adalah keringanan seksaan sahaja. Ini berdasarkan dali hadis yang menceritakan berkenaan Abu Talib (Ninda Rasulullah). Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Talib itu merupakan seorang yang gigih membela dan menolong dikau. Adakah jasanya itu bermanafaat baginya ?”. Baginda menjawab,”Ya, asalnya aku dapati dia berada didasar Neraka, lalu aku angkat dia ketempat yang agak atas (kurang seksaannya). Seandainya aku tiada, nescaya dia akan terus berada didasar Neraka yang paling bawah “. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kemudian ditambah lagi dengan jawapan baginda Rasulullah berkenaan dengan mendiang Abdullah ibnu Jad’an dan mendiang ayah kepada Ady bin Hatim, adalah cukup sebagai dalil bahawa mereka berdua tidak boleh masuk Syurga, malahan tidak boleh menikmati sedikit pun nikmat-nikmat Syurga itu, Waallahua’lam.

FAKTA III:

Golongan Muktizalah (sesat akidah) adalah golongan yang menafikan adanya neraca timbangan diakhirat kelak. Menurut mereka, ini disebabkan dosa dan pahala itu bukanlah benda yang boleh ditimbang, kerana kedua-duanya tidak boleh berdiri sendiri. Kemudian sebahagian ulama ahli kalam juga menafikan ujudnya timbangan sama seperti puak Mutazilah itu tadi.

Namun ada sebuah riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “bahawa pada hari kiamat nanti, Allah mengubah sesuatu yang tidak bersifat benda akan menjadi benda, sehingga ianya boleh ditimbang”. Kemudian menurut pendapat yang sahih, bahawa timbangan itu boleh menjadi berat dan boleh juga menjadi ringan apabila saja diletakkan amal kebajikan atau keburukan. Sebagai nas dan dalil yang lebih detail, perhatikan firman Allah didalam surah al-Infithaar ayat 10 - 12, yang mafhumnya;

“Dan sesungguhnya atas diri kamu ada penjaga-penjaga (Malikat). Yang mulia (disisi Allah) lagi menulis (amalan-amalan kamu). Mereka mengatahui apa-apa yang kamu perbuat”.

Ibnu Umar berkata, “Kertas lembaran kitab-kitab amalan manusia itu, kelak akan ditimbang, kerana ia telah diubah oleh Allah menjadi suatu benda. Jika salah satu piring timbangan kanan ternyata lebih berat daripada piring yang kiri, ini bererti bahawa amalan kebajikan seseorang itu lebih banyak dari amalan keburukan, sehingga ia masuk Syurga. Begitulah sebaliknya”.

Manakala menurut Mujahid, adh-Dhahak dan al-A’masy pula, yang dimaksudkan timbangan ialah keputusan. Sebagai contoh, seperti ucapan manusia yang telah lazim disebut bermaksud “Ucapan itu adalah berdasarkan pertambangan ini”. Yang dimaksudkan pertambangan disitu ialah keputusan.

Menurut Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), itulah yang dipanggil “majaz”(gambaran atau bayangan). Miskipun ucapan itu sudah lazim disebut namun yang dimaksudkan timbangan itu tetap didalam erti yang sebenar-benarnya, sebab benda itu (timbangan) memiliki sepasang neraca dan piringnya (menurut dalil hadis-hadis Nabi saw.). Neraca itu pula adalah sebesar langit dan bumi (boleh menutupi).

Disebutkan juga bahawa neraca untuk amalan kebajikan (sebelah kanan) kelihatan terang benderang. Manakala neraca untuk amalan keburukan kelihatan gelap. Disebut juga didalam sebuah riwayat bahawa Syurga itu terletak disebelah kanan A’rasy manakala Neraka pula terletak disebelah kirinya. Ketika timbangan dipasang kehadrat Allah SWT., kedudukan neraca untuk amal-amal kebajikan berada disebelah kanan A’rasy tepat mengadap Syurga. Kemudian neraca untuk amal-amal keburukan berada disebelah kiri A’rasy tepat mengadap Neraka. Demikianlah kata-kata atz-Tirmidzi yang dipetik dari kitabnya yang bertajuk ‘Nawadir al-Ushul’.

Diriwayatkan oleh Salman al-Farsi bahawa a berkata, “Pada hari kiamat nanti, timbangan-timbangan akan dipasang. Sekiranya langit dan bumi diletakkan kedalamnya, ia mampu muat masuk kedalamnya. Kemudian Malaikat bertanya kehadrat Allah SWT., “Wahai Tuhan Kami, apa kah benda ini ?”. Allah berfirman, “Dengan benda itu, Aku akan menimbang amalan sesiapa sahaja yang Aku kehendaki dari makhluk Ku”. Malikat berkata, “Wahai Tuhan kami, kami akan sentiasa mengabdikan diri kepada Mu dengan sebenar-benar pengabdian”.

Didalam Atsar Sahih riwayat Ibnu Mubarak, Ibnu Abbas berkata, “Amal-amal kebajikan dan amal-amal keburukan akan ditimbang dalam sebuah timbangan yang memiliki sebuah lidah dan sepasang piring neraca”.

Menurut Para Ulama Tafsir semua, jika timbangan diertikan sebagai satu simbolik atau bukan benda atau bayangan sahaja seperti yang telah disebutkan oleh Mujahid, adh-Dhahhak dan al-A’masy itu tadi, ini bererti fahaman ash-Shirath (sebuah ajaran sesat zaman dahulu) juga adalah ajaran yang benar. Ini kerana mereka berfahaman bahawa syurga itu boleh diertikan kegembiraan, neraka itu boleh diertikan kesedihan, syaitan dan jin itu diertikan akhlak yang keji dan malaikat itu pula diertikan sebagai kekuatan terpuji (maksudnya semua ini dalam bentuk simbolik sahaja bukan benda atau makhluk). Pendapat ini ternyata salah dan menyelewing dari akidah sebenar seperti keterangan yang telah disampaikan oleh baginda Nabi saw. seperti yang telah disebut diatas tadi. Disebut didalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, sebuah riwayat yang menyatakan, “…..lalu ia diberikan lembaran-lembaran amal kebajikannya”. Disini menunjukkan bahawa timbangan itu satu benda yang ujud, bukan majaz atau simbolik atau bayangan sahaja. Dan barang yang ditimbang itu ialah lembaran-lembaran amalan manusia yang juga ujud seperti yang telah saya perkatakan tadi.

Hayati syair indah ini;

“Ingatlah pada suatu hari nanti,
Ketika kamu datang kepada Allah seorang diri….
Ketika timbangan keadilan dipasang….
Ketika tabir-tabit maksiat dirobek….
Sehingga semua dosa akan terlihat…”.


FAKTA IV:

Kata Para Ulama, “Diakhirat kelak, manusia akan terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah manusia yang bertakwa dan tidak memiliki dosa-dosa besar. Bahagian kedua ialah manusia yang fasik yang masih melakukan dosa-dosa besar. Bahagian ketiga ialah manusia-manusia kafir”.
Bagi manusia-manusia yang bertakwa, amal-amal mereka diletakkan pada piring neraca yang terang manakala dosa-dosa kecil mereka (jika ada) diletakkan diatas piring neraca yang lain, sehinggakan dosa-dosa ini tiada kesan beratnya. Akhirnya maka piring neraca yang berisi amalan-amalan kebaikkannya itu akan lebih berat dan kemudian piring neraca yang satu lagi akan terangkat keatas kerana menjadi sangat ringan akibat kosong.

Bagi manusia yang fasik, amalan kebajikan mereka diletakkan diatas piring yang terang kemudian amalan keburukannya diletakkan diatas piring neraca yang gelap. Oleh itu dosa-dosa besar mereka akan mempunyai ketumpatan beratnya tersendiri. Jika ternyata amalan-amalan kebajikan mereka itu lebih berat, walau hanya berat seumpama sebiji telur nyamuk sekalipun, mereka akan masuk Syurga. Manakala sebaliknya pula, jika amalan-amalan kejahatan kamere lebih berat walaupun hanya seberat sebiji telur nyamuk, nescaya mereka akan masuk Neraka, kecuali jika mereka mendapat pengampunan Allah. Manakala jika didapati timbangan neraca mereka itu sama beratnya (seimbang), maka mereka diletakkan sebagai golongan Ashabul A’raaf yang akan diterangkan kemudian nanti. Inilah keterangan yang bersangkutan dengan dosa-dosa besar kepada Allah sahaja, tidak termasuk dengan dosa-dosa besar yang bersangkutan manusia.

Manakala dosa-dosa besar yang bersangkutan dengan sesama manusia pula, dikira dari pahala amalan-amalan mereka yang banyak akan dikurangkan dan diberi kepada tanggungan-tanggungan mereka itu (kepada mereka-mereka yang menuntut kerana teraniaya dan hutang piuatang). Dan jika mereka sudah tidak mempunyai apa-apa pahala amalan lagi, sedangkan masih banyak yang menuntut, maka dosa-dosa orang-orang yang menuntut itu dikurangkan dan dipindahkan kepadanya. Seterusnya dia akan diseksa didalam neraka.

Ahmad bin Harb mengatakan, “Pada hari kiamat nanti, manusia akan dibangkitkan kembali menjadi kumpulan, pertama kumpulan yang kaya dengan amalan-amalan kebajikan. Kedua, kumpulan yang miskin dan ketiga ialah kumpulan yang pada mulanya kaya tetapi kemudian menjadi miskin dan bangkrap akibat banyaknya tanggungan yang harus dibayar”

Berkata Sufyan ats-Tsauri, “Sesungguhnaya kamu nanti akan bertemu Allah dengan membawa tujuh puluh jenis danggungosa yang berhubung dengan Allah. Dosa sebanyak itu adalah lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan menanggung satu dosa sahaja yang bersangkutan dengan manusia”.

Menurut saya (Syeikh al-Qurthubi, pengarang kitab ini), “Ini benar, kerana sesungguhnya Allah semamangnya Mahakaya dan manusia itu miskin. Apa lagi dihari itu mereka amat memerlukan kebajikan yang sangat banyak untuk mengimbangi keburukan mereka, iaitu ketika amalan mereka ditimbang. Satu kebijikan yang sekicil-kecilnya pun sangat berharga buat mereka”.

Bagi orang-orang kafir, kekafiran mereka akan diletakkan diatas piring neraca yang gelap dan mereka tidak memiliki barang satu pun amalan yang dapat mengimbangi piring neraca yang gelap itu. Piring neraca yang terang itu kosong dan menyebabkan piring neraca gelap menjadi berat. Lalu Allah berfirman, memerintahkan Malikat membawanya kedalam Neraka. Mereka diseksa menurut dosa-dosa kekufuran mereka itu.
Kepada manusia-manusia yang bertakwa, dosa-dosa kecil mereka akan dihapuskan kerana kegigihan mereka menjauhkan diri mereka dari melakukan dosa-dosa besar. Seterusnya mereka akan diperintah untuk menuju ke Syurga, masing-masing akan diberi balasan sesuai dengan kadar amalan kebajikan dan ketaatan mereka. Inilah dua golongan manusia yang disebut didalam Al-Quran berkenaan timbangan, kerana Allah hanya akan menyentuh kepada dua pekara pokok iaitu timbangan yang berat dan timbangan yang ringan. Kepada mereka yang memiliki timbangan amal yang berat pasti akan beruntung dan akan mendapat kehidupan akhirat yang bahagia. Sebaliknya kepada mereka yang memiliki timbangan amal yang ringan pasti akan mendapat balasan kehidupan yang sengsara, tinggal didalam Neraka untuk selama-lamanya. Kepada mereka yang fasik iaitu selain memiliki amalan kebajikan, dia juga memiliki amal-amal keburukan, nasib mereka seperti yang disentuh oleh Nabi saw. didalam riwayat hadis-hadis baginda yang telah disebutkan diatas tadi.

Amalan orang-orang mukmin yang bertakwa ditimbang supaya keutamaannya dapat dilihat dengan jelas. Sehinggakan yang empunya diri itu merasa puas, tenang dan terhibur. Begitu pula kedudukan mereka-mereka yang mempunyai amalan-amalan keburukan dan juga orang-orang kafir dimana amalan mereka juga ditimbang supaya keburukan dosanya itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Sehinggakan yang empunya diri itu merasa bersalah, sedih dan terhina dihadapan seluruh makhluk akibat kebodohan mereka sendiri. Manakala kepada mereka yang fasik, yang mencampuradukkan amalan kebajikan dengan kejahatan, sekalipun akan dimasukkan kedalam neraka namun mereka akan dikeluarkan darinya kerana berkat Syafaat yang akan diterangkan nanti.

Sesungguhnya Allah memberi pengkhabaran bahawa manusia itu akan dihisab dan dibalas amal-amal perbuatan mereka. Allah juga telah memberikan gambaran akan memenuhkan Neraka Jahanam dengan Jin dan manusia. Kemudian timbul pertanyaan berkenaan dengan kaum Jin. Kenapa tidak diberi penjelasan dan pengkhabaran berkenaan dengan kaum Jin, adakah mereka turut akan dihisab dan ditimbang amalan-amalan kebajikan dan keburukan mereka ?.

Jawapannya didalam Al-Quran, Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 82, yang mafhumnya;

“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni Syurga, sedang mereka kekal didalamnya”

Sebenarnya ayat diatas ini juga ditujukan kepada kaum Jin. Oleh itu, jika berdasarkan ayat diatas tadi, jelas menunjukkan kaum Jin juga dijanjikan Syurga, sebagaiman manusia.

Allah berfirman didalam surah al-Ahqaf ayat 18 yang mafhumnya;

“Mereka itulah orang-orang yang telah berhak pekataan (ditetapkan balasan seksa) untuk mereka, serta termasuk umat-umat yang telah lalu sebelum mereka, iaitu diantara Jin dan manusia. Sungguh mereka itu orang merugikan”.

Kemudian sambungan firman Allah didalam surah yang sama pada ayat 19 yang mafhumnya;

“Untuk masing-masing mereka ada beberapa darjat (tingkat) menurut amalan yang telah mereka amalkan, dan supaya Allah menyempurnakan (balasan) amalan mereka, sedang mereka itu tiada teraniaya”.

Maksud perkatan “masing-masing” didalam firman Allah itu ialah merujuk kepada kaum jin dan manusia. Selain itu juga, Allah telah mengkhabarkan bahawa kaum Jin akan disoal seperti didalam surah al-An’aam ayat 130, yang mafhumnya;

“Wahai seklian jin dan manusia, tidakkah sampai kepadamu Rasul-rasul diantara kamu yang memberitakan ayat-ayat Ku kepadamu dan memberi peringatan kepadamu akan menemui hari ini (kiamat) ?. Sahut mereka, kami mengakui kesalahan diri kami. Mereka terpadaya dengan kehidupan dunia dan mereka mengakui kesalahan diri mereka. Sesungguhnya mereka itu orang-orang kafir”.

Pertanyaan didalam ayat ini ditujukan kepada semua kaum manusia dan jin. Kemudian Allah berfirman didalam surah al-Ahqaaf dari ayat 29 hingga ayat 32, yang mafhumnya;

“Ingatlah, ketika Kami hadapkan kepada engkau (ya Muhammad) suatu kaum diantara jin, supaya mereka mendengarkan Al-Quran. Maka tatakala mereka hadir dekatnya, mereka berkata sesamanya: Diam! (dengarkanlah). Setelah selesai, mereka kembali kepada kaumnya, memberi peringatan”. (29).

“Mereka berkata: Hai kaum kami (jin), sesungguhnya kami telah mendengar kitab (Al-Quran) yang diturunkan kemudian (selepas) Musa dan membenarkan kitab yang dahulunya, serta menunjuk kepada kebenaran dan kejalan yang lurus”. (30).

“Hai kamu kami, turutlah orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad) dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah mengampuni dosamu dan memelihara kamu dari seksa yang pedih”. (31).

“Barang siapa yang tidak menurut orang yang menyeru kepada Allah, maka ia tiada dapat melemahkan (mengalahkan Allah) dimuka bumi dan tidak ada baginya wali-wali (penyalamat) selain daripada Nya. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”. (32).

Secara tegasnya, ayat-ayat diatas tadi menunjukkan bahawa Allah telah meletakkan hukum diakhirat kepada mereka (kaum jin)itu sama seperti kamu manusia yang beriman. Selanjutnya, menceritakan tentang kaum jin ini, Allah telah berfirman didalam surah jin ayat 14 yang mafhumnya;

“Dan sesungguhnya diantara kami (kaum jin) ada yang Islam dan ada (jin) yang aniaya (kafir). Barang siapa yang Islam, mereka itulah yang menuju petunjuk”.

Didalam sebuah hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi, Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu istinja (cebok) dengan menggunakan tulang dan kotoran (najis) ternakan yang telah kering, kerana kedua benda itu adalah makanan saudara-saudara kamu dari golongan jin”. Dari hadis ini, Rasulullah beranggapan bahawa golongan jin itu merupakan saudara-saudara manusia. Oleh sebab itu, hukum syara’ yang sama juga dikenakan kepada mereka diakhirat nanti. Pekara ini telah dijelaskan didalam bab yang menerangkan tentang Allah berkata-kata terus dengan hamba Nya tampa penterjemah, dibab yang lalu.

Disebut didalam hadis Nabi saw., “….Lalu diperlihatkan lembaran- lembaran kertas yang tertulis kalimah, ‘Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammmad itu pesuruh Allah’”.  Maksud hadis ini berkenaan dengan kalimah shadatai itu bukannya bermaksud kalimah tauhid itu sendiri, kerana kedua-dua piring neraca isinya berlawanan atau piring sebelah kanan berisi amal kebajikan manakala piring disebelah kiri berisi amal keburukan. Bukannya mustahil seseorang itu datang dengan membawa kedua-dua jenis amalan tersebut. Maka disitu nampaklah perbezaannya.

Tetapi, yang paling mustahil ialah seseorang yang datang dengan membawa kekufuran (kafir) dan keimanan (Islam) serentak. Lalu kekufuran diletakkan dipiring neraca yang gelap, manakala keimanan diletakkan diatas piring neraca yang terang. Pekara inilah yang mustahil terjadi kerana mustahil kalimah shadatai itu diletakkan dipiring neraca jika manusia itu kufur. Bagi seorang hamba yang beriman, kalimah shadatai itu merupakan satu bentuk kebajikan tutnuyang tersendiri yang diletakkan bersama-sama dengan amalan-amalan lainnya. Demikian ucapan dari atz-Tirmidzi al-Hakim.

Menurut sebahagian ulama, sesungguhnya ucapan kalimah shadatai adalah merupakan tambanah atas niat yang baik. Pekara ini merupakan sebuah ketaatan yang diucapkannya secara diam-diam dan tersembunyi dari para makhluk. Sehinggakan, baginya pekara ini merupakan suatu kiriman untuk Allah SWT. yang akan dikembalikan kepadanya esok dihari kiamat. Ucapan shadatai adalah merupakan sebuah ucapan yang sangat bernilai yang mampu mengalahkan semua bentuk isipadu berat pada neraca, semua amalan keburukan sebanyak mana pun ianya dan juga dosa-dosa walau sebesar mana pun ianya. Ini merupakan kurniaan Allah kepada hamba-hamba Nya yang beriman. Allah akan memberikan kurnia kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.

Pada pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi), dalil yang menunjukkan pekara (shadatai) itu ialah dari beberapa riwayat hadis baginda Rasulullah saw itu sendiri. Dari sebuah hadis riwayat Baihaqi dan Ahmad Rasulullah bersabda, “….Allah berfirman, ‘Benar !, sesungguhnya kamu punya suatu kebajikan disisi Kami’. Sebaliknya Allah tidaklah berfirman, ‘Sesungguhnya kamu punya keimanan’. Ketika baginda ditanya berkenaan kalimah shadatai, “Adakah ia termasuk sebagai salah satu kebajikan ?”. Baginda menjawab, “Benar!, sesungguhnya ia termasuk sebagai kebajikan yang sangat besar nilainya disisi Allah SWT.”.

Boleh juga diertikan bahawa ucapan kalimah shadatai ini dianggap sebagai satu kalimah “wajib” diucapkan sewaktu ajal menjemput atau sikaratulmaut, iaitu satu ucapan yang sangat perlu saat nyawa terlepas dari jasad atau ucapan terakhir semasa didunia. Pekara ini adalah merujuk kepada keterangan hadis riwayat Mu’adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya semasa didunia dengan LAILLAHAILALLAH, maka ia berhak masuk syurga”. Hadis ini diriwayatkan oleh Shalih bin Abu Gharib dari Katsir bin Murrat dari Mu’adz bin Jabal, seperti yang telah diperkatakan sebelum ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa ucapan dua kalimah shadat ini adalah sebuah kesaksian iman. Pekara ini berlaku kepada orang-orang yang beriman dimana piring neraca kanan mereka lebih berat dari yang kiri. Oleh itu, seperti juga keadaannya dengan amalan-amalan kebajikan yang lain, imannya juga ditimbang kerana ia seiringan, maka dengan sendirinya piring neraca kanannya menjadi sangat berat dari yang kiri yang mengandungi amalan buruknya. Walau bagaimanapun akibat dosanya yang perlu dicuci, maka ia akan dimasukkan dahulu kedalam Neraka dan apabila semua dosa-dosa itu telah dicuci, ia dimasukkan kedalan Syurga akhirnya. Ini adalah pendapat orang-orang yang beranggapan bahawa setiap orang mukmin akan diberikan kitab amalan mereka dengan tangan kanan dan setiap mukmin itu timbangannya berat.

Mereka memberi dalil dengan mengemukakan firman Allah didalam surah al-Mu’minun ayat 102 yang mafhumnya;

“Barang siapa yang berat timbangannya (kebijikannya), mereka itulah orang yang menang”.

Sebagai orang yang terselamat dari seksa api Neraka untuk selama-lamanya. Maksudnya, entah bila dia akan merasa kehidupan yang memuaskan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam firman Allah didalam surah al-Qari’ah ayat 7 yang mafhumnya;

“Maka ia dalam kehidupan yang diredhai”.

Juga sebagaimana yang telah ditegaskan didalan sabda Nabi saw., “Barangsiapa yang akhir ucapannya dengan LAILLAHAILALLAH, maka ia berhak masuk syurga”. Maksudnya, satu saat nanti dia pasti akan kesyurga.

Tetapi, menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi ), penafsiran itu seharusnya lebih adil kerana memerlukan dalil-dalil dari luar yang boleh dijadikan sebagai Nas. Ini adalah kerana, seperti yang telah diisyaratkan dari beberapa firman Allah didalam Al-Quran Karim dan juga dari beberapa riwayat hadis, bahawa barangsiapa yang berat timbangan amalnya, ia akan terselamat dan berhak masuk Syurga. Ertinya; sesudah itu ia tidak lagi masuk Neraka, waallahua’lam.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi dari Abud Darda’ bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak ada sesuatu yang diletakkan pada timbangan yang piring neracanya menjadi lebih berat melebahi akhlak yang terpuji”. Sebelum ini juga telah dinyatakan sebuah riwayat hadis dari Samurah bin Jundub, “…. Dan aku melihat seseorang dari umatku yang timbangannya ringan, kemudian muncullah beberapa orang terdahulu darinya yang memberatkan timbangannya itu”. ( bermaksud, bahawa dia didatangi guru-gurunya dan para waliallah kerana memiliki ‘wasilah perguruan ilmu’ dari mereka yang kemudian mereka datang menyelamatkannya dengan syafaat). Begitu juga dengan amal-amal soleh yang lain.

Berkata al-Qusyairi didalam kitabnya bertajuk ‘At-Tahyar’, “Aku telah bermimpi melihat salah seorang dari mereka (dialam akhirat), lalu aku bertanya, “Apa yang telah Allah lakukan terhadapmu ?”. ia menjawab, “Ketika amalan-amalan ku ditimbang dan ternyata piring neraca amalan burukku menjadi berat darpada amalan kebajikanku, tiba-tiba muncul satu bungkusan dari langit jatuh tepat keatas piring neraca amal kebaikkan ku itu dan menjadikannya lebih berat. Kemudian aku buka bungkusan itu dan aku dapati isinya adalah segengam pasir yang pernah aku taburkan keatas kuburan seorang muslim”.
Diriwayatkan oleh Abu Umar didalam kitabnya bertajuk ‘Jami’Bayan Al-Ilmi’, sekalian dengan isnadnya dari Hammad bin Zaid, dari Abu Hanifah, dari Hammad, dari Ibrahim, tentang firman Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, “Kami akan memasang timbangan yang tepat dihari Kiamat”. Ia berkata, “Pada hari kiamat nanti, amal kebaikkan seseorang akan didatangkan. Lalu diletakkan didalam piring neraca timbangan dan ternyata ia ringan. Kemudian muncullah segumpal awan dan diletakkan diatas piring neraca amal baiknya itu dan ia menjadi berat. Malaikat bertanya, “Tahukah kamu apa itu ?”. Ia menjawab, ‘Tidak”. Malaikat berkata, “Itulah keutamaan ilmu yang pernah kamu ajarkan kepada manusia dahulu”.


FAKTA TAMBAHAN:

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi dari Aisyah ra. Bahawa seseorang lelaki duduk dihadapan Nabi saw. dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku punya beberapa orang budak yang suka berbuat dusta, menghianati ku,  dan mendurhakai ku. Itulah yang membuatkan aku mencercanya, memaki hamunnya malah memukulnya. Bagaimanakah aku akan dipertanggungjawabkan mereka-mereka ini kepadaku diakhirat nanti ?”. Baginda menjawab, “Apa yang mereka lakukan terhadapmu dan apa-apa yang telah kamu lakukan terhadap mereka akan dihisab. Jika nilai apa yang telah kamu lakukan terhadap mereka itu berada dibawah dosa mereka, maka pekara itu merupakan anugrah kepadamu. Tetapi jika apa yang telah kamu lakukan itu berada diatas dosa mereka terhadap kamu, maka anugrah yang kamu perolehi itu akan diambil dan dikurangkan kemudian ia akan diserahkan kepada mereka”.

Mendengar sahaja ucapan yang diucapkan oleh Nabi itu, ia pun jatuh sambil berteriak menangis. Kemudian baginda bertanya, “Pernahkah kamu membaca firman Allah didalam Al-Quran, ‘Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikit pun…”’. Ia menjawab, “Demi Allah, Wahai Rasulullah, aku yakin bahawa memerdekakan mereka adalah satu-satunya jalan yang paling terbaik bagi ku dan bagi mereka. Aku bermohon kepadamu untuk menjadi saksi. Sekarang juga aku akan memerdekakan mereka semua”.

Berkata Abu Isa alias Tirmidzi, “Ini adalah hadis gharib, setahu saya hadis ini hanya diriwayatkan oleh Abdulrahman bin Ghazawan”. Tetapi sebenarnya, Imam Ahmad bin Hambal juga meriwayatkan hadis ini dari Abdulrahman bin Ghazawan.

Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbih, berkenaan firman Allah, “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat”, ia berkata, “Yang akan ditimbang nanti ialah amalan terakhir. Jika Allah menghendaki kebajikan bagi seseorang hamba, maka Dia akan mengakhiri kehidupannya dengan kebajikan, dan jika Allah menghendaki keburukan bagi seseorang hamba, maka Dia akan mengakhiri kehidupannya dengan kejahatan amalnya”. Demikian riwayat dari Abu Nu’aim.

Kata Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Pekara itu benar, berdasarkan sabda Nabi saw., “Sesungguhnya amal itu dinilai pada bahagian akhirnya”…. Waallahu’alam.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Sekian dahulu untuk apisod ke19 ini, insyaallah akan atok sambung nanti didalam apisod ke20 pula dengan bab-bab yang menarik lagi....insyaallaah,

WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAQATUH. AMIN...AMIN YA RABALALAMIN.




Sekian;
atok zamany.