Thursday, September 06, 2012

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 15

BISMILLHIRAHMANIRAHIM..



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT 


BAB 19 - MEMPERJELASKAN AYAT-AYAT AL QUR'AN DAN SABDA NABI SAW. BERKENAAN HARI KIAMAT.


Diriwayatkan oleh atz Tirmidzi dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang suka memikirkan hari kiamat, hendaklah ia membaca ayat, 'Ketika matahari digulung', 'Ketika langit terbelah', dan ayat 'Ketika langit pecah'. "


PERBAHASAN FAKTA MEMPERJELAS MAKSUD HADIS INI:

Menurut saya (Imam al Qurthubi), tiga ayat tersebut khusus menyentuh tentang suasana hari kiamat, kerana ia mengandungi keterangan berkenaan langit yang pecah atau terbelah, berkenaan matahari yang digulung, tentang bintang-bintang yang jatuh bertaburan setelah berlangar sesama sendiri, berkenaan huruhara hari kiamat dan berkenaan makhluk yang dibangkitkan semula dari dalam kuburannya menuju ke Neraka atau ke Syurga setelah melalui perhitungan amal kebajikan masing-masing dihadapan Allah SWT. dan menerima buku catitan amalnya dengan tangan kanan atau tangan kiri.

Firman Allah SWT itu adalah dari surah-surah ;


"Ketika langit terbelah". - surah al-Insyiqaaq ayat 1.

"Ketika langit pecah ". - surah al-Infithaar ayat 1.

"Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah dan mengeluarkan debu (kabus) putih ". - surah al-Furqan ayat 25.

Sehingga, kamu saksikan ia semakin menipis dan kemudian terbelah. Setelah itu...

"Dibuka langit, kelihatan beberapa buah pintu ". - Surah an-Naba' ayat 19.


Kemudian debu (kabus) putih itu memenuhi ruang diantara langit dan bumi.



Ada yang mengatakan bahawa langit terbelah kerana tekanan kabus putih tebal yang menekannya. Manakala, ada pula yang mengatakan bahawa langit terbelah kerana tidak kuat menahan panasnya api Neraka Jahanam dimana air telah tiada dan yang ada hanyalah api. Semua ini bermula dengan berubahnya warna langit menjadi merah jernih dan kemudian terbelah seperti yang dikehendaki Allah SWT. ketika menghancurmusnahkan alam ini. Menurut Al Hulaimi, langit berubah menjadi kuning kemerah-merahan atau jingga, kemudian menjadi semakin panas dan warnanya berubah menjadi merah padam.




Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan "matahari digulung" ialah, ia dimasukkan ke A'rasy oleh Allah SWT. Tetapi menurut Hasan dan Qatadah yang mengambil pendapat Mujahid dan juga Ibnu Abbas, yang dimaksudkan langit digulung ialah cahayanya dipadamkan. Kemudian menurut Abu Ubaidah, Allah mengulung matahari itu sama seperti kita mengulung kain serban lalu menyimpannya. Menurut Tabi' bin Khaitsam, matahari digulung adalah dengan menjatuhkannya.



Kemudian, bekenaan firman Allah, "Dan apabila bintang-bintang berjatuhan ". Bermaksud jatuh bertaburan. Ada yang mengatakan, bintang-bintang itu berjatuhan dari tangan-tangan para Malaikat ketika mengalami kematian pada hari kiamat. Telah disebutkan didalam sebuah riwayat, sesungguhnya bintang-bintang itu tergantungan antara langit dan bumi dengan rantai yang dipegang melingkari tangan para Malaikat. Kemudian menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan berjatuhan ialah berubah lalu jatuh kelaut yang sudah tiada airnya, maka ia menyemarakkan lagi api.






Allah SWT. berfirman didalam surah at Takwiir ayat 3, "Dan apabila gunung-gunung dihancurkan". Kemudian didalam surah ath Thuur ayat 10 "Pada hari ketika gunung-gunung hancur". Adalah bermaksud ia bertukar dari keras kepada lembut dan lembik lalu berubah menjadi pasir yang kering kemudian kepada debu yang berterbangan seperti fartamorgana. Ada pula yang mengatakan bahawa setelah dihancurkan, gunung-gunung itu menjadi seperti bulu yang kering dan berterbangan kerana terkena panas Neraka Jahanam, sama keadaannya seperti langit yang terkena panas Neraka Jahanam yang luluh seperti besi cair atau lahar gunung berapi. Perkara ini dijelaskan juga oleh al Hulaimi, kerana air dibumilah yang menghalang antara langit dan bumi. Firman Allah "Dan apabila unta-unta yang bunting ditiggalkan". Unta-unta atau binatang ternakkan manusia yang lainnya telah mereka tinggalkan semuanya kerana sibuk dengan urusan menyelamatkan diri masing-masing didalam huruhara hari kiamat. Urusan ini adalah tersangat penting dan terdesak dikala itu daripada urusan-urusan dunia yang lain.
Pendapat yang lain pula mengatakan, ketika manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, mereka saling memandang (terpinga-pinga) dan apabila mereka memandang unta-unta bunting milik mereka sebagai harta yang paling berharga yang juga turut dikumpulkan bersama dipadang Mahsyar, mereka langsung tidak memperdulikannya lagi kerena dikala itu mereka didalam keadaan yang sangat terdesak dan sempit bagi menyelamatkan diri mereka sahaja.

Ada pula yang menyatakan perkataan "al-'isyar" itu bukannya bermaksud unta-unta yang bunting tetapi harta-harta milik mereka. Ada yang menyatakan air hujan. Ada yang mengatakan rumah kediaman dan ada pula mengatakan tanah ladang milik manusia itu. Namun pendapat pertama tadilah yang paling mahsyur dan dipersetujui ramai dari para ulama tafsir.
Dalam firman Allah SWT. "Dan apabila lautan dijadikan meluap", iaitu berubah menjadi lautan api. Demikian pendapat Ibnu Abbas yang dipetik oleh adh-Dhahhak. Kata adh-Dhahhak, maksudnya air laut kering dan menghilang sama sekali. Kata adh-Dhahhak dan Ibnu Abi Zamnin, maksudnya air laut muntah lalu kering. Ada pula yang mengatakan saat itu matahari rosak lalu apabila ia dilontarkan kelaut, sebahagian airnya menjadi panas mendidih dan sebahagian bertukar menjadi api. Pendapat yang lain pula mengatakan, pada waktu itu laut telah dipenuhi api setelah matahari jatuh menimpanya kerana bentuk matahari itu jauh lebih besar dari laut.
Jika menurut penafsiran al-Hasan, yang dimaksudkan dengan firman Allah "Dan apabila roh-roh dipertemukan", bermaksud, roh-roh orang Yahudi dipertemukan dengan roh sesama orang Yahudi, roh orang-orang Nasrani dipertemukan dengan roh orang Nasrani, roh orang-orang Majusi dipertemukan dengan roh orang Majusi, roh orang-orang Munafik dipertemukan dengan roh orang Munafik, manakala roh-roh orang beriman dipertemukan dengan roh orang-orang yang beriman dan seterusnya.


Manakala menurut Ikrimah pula firman Allah SWT berkenaan pekara ini adalah melibatkan pertemuaan semua roh-roh dengan jasad-jasad mereka masing-masing dan terus dikembalikan kepadanya. Kemudian ada juga yang berpendapat, ia bermaksud apabila orang yang menyesatkan dipertemukan dengan orang-orang yang telah disesatkannya (semasa didunia). Ini termasuklah dari golongan Jin, Syaitan ataupun manusia. Sebahagiannya pula berpendapat ia membawa maksud, orang-orang mukmin dipertemukan dengan bidadari, manakala orang-orang kafir dipertemukan dengan Syaitan.

Maksud firman Allah SWT "Apabila bayi-bayi wanita yang dikuburkan hidup-hidup ditanya ". Ia menjurus kepada bayi-bayi yang hidup pada zaman jahiliah. Bayi-bayi malang itu dibunuh dengan kejam tampa rasa perikemanusiaan. Mereka melakukan pekara seumpama ini dengan dua alasan, Pertama; mereka beranggapan bahawa anak-anak perampuan itu adalah Malaikat. Malaikat adalah anak-anak perampuan Tuhan, maka mereka haruslah dikembalikan kpd Tuhan. Kedua ; kerana mereka takut jatuh miskin. Ayat-ayat itu merupakan pertanyaan dengan nada mengejek. contohnya seperti seseorang yang bertanya kepada budak yang kena pukul, "kenapa kamu dipukul ? ". Apa salah kamu? ". Menurut al Hasan, ayat ini bermaksud mengejek orang-orang jahiliah yang menanam hidup-hidup bayi-bayi perampuan mereka tampa sebab dan dosa. Kemudian ada pula yang membuat penafsiran bahawa dengan firman Allah SWT ini, jika menurut gaya pertanyaannya adalah merujuk kepada pertanyaan kepada ayahnya, bukan kepada bayi-bayi itu sendiri. Maka ayah-ayah bayi-bayi itulah yang dipertanggungjawabkan akan dosa ini.

Firman Allah "dan apabila buku catitan (amal perbuatan manusia) dibuka". untuk dihitung. (akan diperjelaskan nanti),

Firman Allah , "dan apabila langit dilenyapkan ". atau digulung sebagaimana firman Allah yang lain "(Iaitu) pada hari Kami gulung langit seperti mengulung helaian kertas". Berikut merupakan isinya.

Firman Allah, "dan apabila syurga didekatkan". kepada mereka yang layak mendiaminya. "maka tiap-tiap jiwa akan mengatahui apa yang telah dikerjakannya". dari amal-amalnya.

Ia bersamaan dengan firman Allah didalam surah al Infithaar ayat 5 yang bermaksud "Maka tiap-tiap jiwa akan mengatahui apa yang telah dikerjakan dan dilalaikannya ".

Bersamaan juga dengan firman Allah didalam surah al Qiyaamah ayat 13, maksudnya "Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya".



BAB 20 - NAMA-NAMA HARI KIAMAT.


Maka inilah nama-nama hari kiamat yang lazim (selalu) disebut manusia semua iaitu ; 1) "Yaumul Qiayamah" (hari kiamat). 2) "Yaumul Insyiqaaq" (hari terbelahnya langit). 3) "Yaumul Infithaar" (hari pecahnya langit). 4) "Yaumul Takwiir" (hari digulungnya langit). 5) "Yaumul Inkidar" (hari berjatuhannya bintang-bintang). 6) "Yaumul Intisyar" (hari dibukanya buku catitan amalan). 7) "Yaumul Tas'yir" (hari berjalannya gunung-gunung). Ini seperti yang difirmankanNya didalam surah ath Thuur ayat 10 yang bermaksud "dan gunung benar-benar berjalan".

Panggilan yang lain atau tentang nama-nama hari kiamat ialah; 8) "Yaumul Tasjir" (hari meluapnya lautan). 9) "Yaumul Ta'thil" (hari unta-unta bunting dibiarkan). 10) "Yaumut Tafjir" (hari bintang-bintang jatuh berserakkan). 11) "Yaumul Madd" (hari bumi diratakan). Kemudian nama-nama yang lain lagi ialah 12) "As Sa'ah" (yang telah dijanjikan). Untuk mengingatkan betapa besarnya peristiwa hari kiamat itu, ramai yang datang kepada Rasulullah saw untuk bertanyakan soalan seperti yang telah difirmankan didalam surah al A'raaf ayat 187 yang mafhumnya; "Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat, 'Bilakah akan terjadinya ', Katakanlah, 'Sesungguhnya pengatahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku. Tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huruhara kepada makhluk) yang dilangit dan dibumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba ".

Sesuatu yang besar itu sudah kebiasaannya akan diberi dengan berbagai nama iaitu banyak nama dan sifatnya. Salah satu contoh adat orang Arab ialah pedang. Dikalangan orang-orang Arab, senjata tajam iaini pedang mempunyai tempat tersendiri dalam kehidupan mereka. Mereka sangat menghormati bahkan mengagung-agungkannya. Dikatakan pedang mempunyai 500 nama dikalangan orang Arab.

Kemudian ada pula yang mengatakan, pada hari kiamat kelak, Allah akan membangkitkan semua hari seperti sediakala. Semua berdiri dihadapan Allah dan hari Jumaat berada ditengah-tengah dan nampak tersohor dengan cahayanya yang gemilang sehingga seluruh makhluk yang melihat boleh mengenalinya. Walau bagaimana pun pada hakikatnya hari Kiamat itu merupakan penutup kepada semua kiamat hari dan kebiasaannya digelar dengan kalimat "pada hari" didalam al Quran, contohnya ;

"Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran" Surah al Qaari'ah ayat 4.

"Pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya ". Surah an Naba' ayat 40.

Juga digunakan perkataan "pada hari itu", contohnya ;

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam". Surah az-Zalzalah ayat 6.

"Pada hari itu kamu dihadapkan ". Surah al-Haqqah ayat 18.

Atau juga perkataan yang diulang-ulang, contohnya ;

"Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu. Sekali-kali tahukah kamu apakah hari pembalasan itu ". Surah al-Infithaar ayat 17-18.

Pekara ini berlaku kerana sebelum ini telah ada hari dan sesudahnya juga masih mempunyai hari. Manakala hari besar yang bernama Kiamat adalah merupakan pencukup bagi semua hari-hari tersebut. Disisi Allah SWT. hanya ada satu hari sahaja, tetapi untuk makhluk terdapat beberapa hari. Hari-hari makhluk ini pula berada didalam hari- Nya. Demikianlah yang diperkatakan oleh atz Tirmidzi.

Bermadah seorang penyair :

" Pada hari kiamat kelak, dirimu akan hadir, wahai orang yang tertipu. Saat langit bergoncang, saat matahari digulung  dan didektkan keubun-ubun kepalamu, saat bintang-bintang jatuh bertaburan dengan cahayanya bertukar redup, saat lautan meluap kerana keakutan...lalu kamu lihat ia seperti neraka yang bergolak. Saat gunung-gunung dicabut dari paksinya, lalu kamu lihat ia seperti awan yang terapung-apung berjalan, saat rumah-rumah ditinggalkan dan terbiar kosong oleh penghuninya. Saat orang-orang bertaqwa dipertemukan bidadari. Saat bayi-bayi wanita yang ditanam hidup-hidup ditanya; apakah dosa mereka sehingga mereka dibunuh kejam ?. Saat Allah Yang Mahaagung mengulung langit dengan tangan kanan Nya, seperti mengulung helaian kertas-kertas, pada saat itu buku catitan amal perbuatan kamu akan berjatuhan dan berterbangan. Saat langt pecah sehingga kamu boleh melihat orbitnya yang masih terus  berpusing. Saat neraka jahim dihidupkan nyalaan apinya dan setiap maklumat orang-orang yang bergelumang dosa. Saat bilik-bilik syurga dibuka dan disembur wangian untuk menyambut seorang anak muda yang selalu sabar mengharungi cubaan. Saat bayi-bayi memeluk ibu mereka kerana takut, ikut terkena hukuman Allah padahal mereka tidak berdosa...lalu bagaimana dengan mereka-mereka yang selama hidupnya terus menerus berbuat dosa???.

........................................................................

Seperti yang telah diperkatakan diatas tadi, nama-nama hari kiamat yang lain lagi ialah "al salah". Firman Allah  yang mahfhumnya ;

"Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa. Mereka tidak tinggal (didalam kubur) melainkan sesaat (sahaja). " ar Ruum ayat 55.

"Dan pada hari terjadinya kiamat, orang-orang yang berdosa terdiam putus asa "  ar Ruum ayat 12.

"Dan pada hari terjadinya kiamat, dihari itu mereka (manusia terpisah dalam) golong-golongan (kumpulan) ". ar Ruum ayat 14.

"Dan pada hari terjadinya kiamat, dikatakan (kepada para malaikat), 'Masukkan Fir'aun dan kaumnya kedalam azab yang sangat keras '". al Mu'min ayat 46.

Ayat-ayat seirama seumpama itu tadi sememangnya banyak terdapat didalam al Qur'an. Dalam bahasa Arab, perkataan 'al salah' secara kasarnya bermaksud sebahagian dari satu zaman, secara halusnya pula bermaksud sebahagian dari waktu 24 jam sehari semalam atau bermaksud sekarang ini, diwaktu ini, dewas  ini atau pun saat ini ataupun masa yang sangat hampir. "Al Salah" dikatakan merupakan satu nama dari hari kiamat ialah kerana mengambarkan keadaan yang sangat dekat atau sebagai satu peringatan kepada semua keadaan dan peristiwa-peristiwa yang telah diceritakan akan berlaku dengan secara tiba-tiba sahaja.

Kiamat juga dinamakan 13) "al Salah" kerana, pada hari itu Allah SWT. memerintakan langit menurunkan sejenis air bernama "air haiwan" yang boleh menghidupkan semula jasad-jasad yang telah mati tampa roh. Kemudian Allah SWT memanggil semua roh-roh berkumpul. Roh orang-orang beriman berupa cahaya yang gilang gemilang manakala roh orang-orang kafir menyala seperti api. Setelah semua roh-roh arwah itu berkumpul, mereka dimasukkan kedalam Sangkakala. Maka Allah SWT memerintah Malaikat Israfil meniupnya. Setelah ditiup, maka semua roh-roh arwah itu pun keluar dari Sangkakala dan diperintahkan masuk semula kedalam jasad-jasad mereka dengan sepantas kilat.

Nama yang lain lagi digelar 14) "al Qiyaamah". Allah SWT telah berfirman ;

"Aku bersumpah dengan hari kiamat". surah al-Qiyaamah ayat 1.

Menurut bahasa Arab, perkataan al-Qiyaamah itu berasal dari sukukata qama, yaqamu, qiyamah. Para ulama berselisih pendapat berkenaan alasan menyabut perkataan ini. Antaranya :

Pertama; Kerana adanya peristiwa-peristiwa besar yang bakal berlaku didalamnya.

Kedua ; Kerana bangkitnya makhluk dari dalam kubur sebagai menyokong. Allah berfirman didalam surah al Ma'arij ayat 43, mafhumnya : "(iaitu) pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala (sewaktu didunia) ".

Ketiga ; Kerana semua manusia berdiri mengadap Allah, Tuhan seru sekalian alam, sebagaimana sebuah hadis yang telah diriwaayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda, "Hari ketika manusia mengadap kepada Tuhan seru sekalian alam, adalah salah seorang dari kamu semua yang berdiri bermandi peluh (tenggelam) sehingga paras telinga". Berkata Ibnu Umar "Ia berlaku selama 100 tahun". Manakala menurut riwayat dari Ka'ab, "Pekara itu belaku selama 300 tahun".

Keempat ; Kerana roh manusia dan malaikat dengan berbaris. Allah berfirman didalam surah an-Naba ayat 38 yang mafhumnya; "Pada hari ketika roh dan malaikat berdiri bershaf-shaf ".

Kata para ulama, "Ketahuilah, setiap yang telah menjadi mayat itu bererti telah tiba kiamat bagi dirinya. Tetapi, ini barulah kiamat kecil. Oleh itu kiamat itu ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar. Kiamat kecil ialah peristiwa kematian yang pasti akan ditempuhi setiap yang hidup dengan keadaan keluarnya nyawa dari jasad, perpisahan dengan keluarga untuk selama-lamanya dan terhentinya semua proses atau pergerakan, amal perbuatan atau ektiviti. Ia akan mendapat balasan dari Allah SWT. bersesuaian dengan amal perbuatannya. Jika amalnya baik, ia akan mendapat balasan yang baik, dan jika amalannya buruk, ia akan mendapat balasan yang buruk pula. Manakala Kiamat Besar pula diertikan sebagai berlakunya kemusnahan dan kehancuran kepada semua yang ada dialam semesta ini. Ia akan berlaku sekali saja ".

Dalil kepada kenyataan bahawa setiap manusia yang telah menjadi mayat bererti telah tiba kiamat kecil bagi dirinya ialah bersandarkan sabda Nabi saw kepada sekumpulan petani yang datang kepada baginda dan bertanyakan bila akan berlakunya kiamat ?. Setelah baginda bertanyakan umur salah seorang dari mereka lalu baginda bersabda ; "Jika ia meninggal dunia sebelum usia tua, bererti telah tibalah kiamat kalian ". Hadis ini telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Bermadah seorang penyair ;

"Ketika aku keluar dari dunia, itu bukti bahawa kematian ku telah tiba. Esok orang-orang akan mengusung mayatku kekuburan yang telah disiapkan oleh keluargaku dengan pantasnya. Seolah-olah mereka tidak sabar atas permergiaan ku. Seakan-akan mereka tidak mengenal keadaan diriku. Esok hariku akan menjemput ku ".

...........................................................................

Nama yang lain bagi hari kiamat ialah 15) "Yaumul Nafkhat", atau hari ditiupnya Sangkakala. Allah berfirman, "Pada hari ketika ditiup Sangkakala ", ia telah disentuh sebelum ini.

Ia juga dinamakan 16) "Yaumul Zalzalah" atau hari kegoncangan. Allah SWT berfirman didalam surah an-Naazi'at ayat 6 - 7 yang mafhumnya; "(sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama mengoncangkan alam, tiupan pertama itu diiringi tiupan kedua ".



 Juga dengan nama 17) "Yaumul Naqur", atau hari ditiupnya Sangakala. Seperti firman Allah didalam surah al-Muddattsir ayat 8, mafhumnya ; " Apabila ditiup Sangkakala ".

18) "Al-Qaari'ah" iaitu yang memberi keadaan gelisah. Ia digelar seumpama itu ialah kerana peristiwa huruhara hari kiamat yang boleh membuat manusia gelisah mendengrnya.

19) "Yaumul Ba'sit" atau hari kebengkitan, kerana peristiwa hari kiamat itu boleh membengkitkan perasaan yang tersembunyi dan mengerakkan sesuatu yang tenang.

20) "Yaumul Nusyur" atau hari penghidupan kembali. Contoh seperti yang difirmankanNya didalam surah al-Bakarah ayat 259, yang mafhumnya ; "Dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali ". Maksudnya menghidupkannya kembali.

21) "Yaumul Khuruj" atau hari keluar. Allah SWT berfirman didalam surah al-Ma'aarij ayat 43, mafhumnya ; "(iaitu) Pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat ". Pertama adalah keluar dari dalam kubur dan yang terakhir ialah keluarnya orang beriman dari dalam neraka. Setelah itu tiada lagi istilah keluar atau masuk digunakan lagi. Kemudian akan diperjelaskan lagi.

22) "Yaumul Hasyr" atau hari pengumpulan dengan paksaan. Firman Allah didalam surah asy Syuu'araa ayat 53 yang mafhumnya "Kemudian Fir'aun mengirimkan orang yang mengumpulkan (tenteranya) kekota-kota ". Maksud dari ayat ini ialah Fir'aun mengiringi tukang-tukang sihirnya dikumpul secara paksa.

23) "Yaumul 'Ardil" atau hari penghadapan. Allah SWT berfirman didalam surah al-Haaqah ayat 18 mafhumnya; "Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada suatu pun dari keadaan mu yang tersembunyai (bagi Allah) ". Allah SWT juga telah berfirman didalam surah al-Kahfi ayat 48 yang mafhumnya "Dan mereka akan dibawa kehadapan Tuhanmu dengan berbaris ".

Pada hari itu, pancaindera pendengarandan penglihatan akan dikembalikan semula kepada mereka. Sehari adalah bersamaan dengan 1500 hari masa didunia. Mereka akan berdiri sehingga mereka penat dan bosan yang tak terhingga. Mereka berkata, "Semasa didunia, kita boleh menolong orang lain, sekarang marilah kita memohon pertolongan (Saafat) kepada Allah. Lalu mereka pergi bertemu dengan Nabi Adam as untuk meminta saafat. Nabi Adam as berkata dia tidak boleh memberi saafat seperti yang mereka hajati. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, juga tidak mampu memberi saafat. Satu-satunya Rasul lagi nabi yang mampu memberi saafat hanyalah Nabi Muhammad saw sahaja.

Menurut Ibnu Arabi, terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang bagaimana keadaan keseluruhan peristiwa pengumpulan seluruh makhluk untuk dihadapkan kepada Allah. Diantara yang paling popular ialah sembilan hadis berikut ini ;

Pertama ; Hadis mahsyur lagi sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra dan Abu Sa'id al-Khudri, kata Abu Sa'id , "Pada zaman Nabi dahulu ada beberapa orang sahabat bertanya kepada baginda, 'Wahai Rasulullah, apakah pada hari kiamat nanti kami boleh melihat Allah ?'. Rasulullah sebaleknya bertanya kepada mereka ' Adakah kamu semua menghadapi kesukaran menatap matahari yang terang  ditengah hari tampa awan ? atau apakah kamu sukar untuk menatap bulan purnama yang terang tampa awan ?". Mereka menjawab, 'Tidak...ya Rasulullah !'. Lalu Baginda bersabda "Pada hari kiamat nanti kamu tidak ada kesulitan untuk melihat Allah seperti kamu tiada kesukaran untuk melihat matahari atau pun bulan. Pada hari kiamat nanti ada Malaikat yang menyeru supaya setiap umat mengikuti apa yang mereka pernah sembah. Sehingga setiap orang yang menyembah patung-patung berhala akan berjatuhan tersungkur kedalam neraka. Bakinya hanya orang -orang yang menyembah Allah yang berbakti sahaja, manakala yang durhaka dan yang lain dari ahli kitab, orang-orang Yahudi dipanggil dan ditanya, 'Apa yang kamu sembah ?' mereka menjawab 'Kami menyembah Uzair (Khaidir) anak Allah. Dikatakan kepada mereka Kamu Bohong ! kerana Allah tidak memiliki isteri atau anak. Sekarang apa yang kamu inginkan '. Mereka menjawab ' Kami dahaga, ya Tuhan kami, tolong berikan kami minum '. Permintaan mereka ditolak, lalu mereka diiringi keneraka seperti sekawan burung yang saling menyerang satu sama lain. Kemudian mereka semua berjatuhan kedalam Neraka.

Kemudian dipanggil pula kaum Nasrani dan ditanya, "Apa yang kamu sembah ?". Mereka menjawab "Kami menyembah Isa al Mashi anak Allah ". Dikatakan kepada mereka "Kamu bohong ! sebab Allah tidak mempunyai isteri mahupun anak . Sekarang apakah yang kamu mahukan ? ". Mereka menjawab 'Kami dahaga, ya Tuhan kami, Tolonglah berikan minuman ". Permintaan mereka ditolak lalu mereka diiringi ke Neraka Jahanam seperti sekawan burung yang saling menyerang antara sama lain. Kemudian mereka semua tersungkur jatuh kedalam Neraka.

Ketika yang tertinggal hanyalah mereka menyembah Allah, baik yang ikhlas mahupun yang munafiq. Maka Allah seru sekgkau denga menghampari mereka dalam bentuk yang tidak pernah mereka lihat sama sekali. Allah bertanya, "Apa yang kamu semua tunggu ketika setiap umat diperturutkan kepada apa yang mereka sembah ?". Mereka menjawab " Wahai Tuhan kami, didunia orang-orang meninggalkan kami padahal kami amat memerlukan mereka, sehinggalah kami tidak boleh menemani mereka ". Allah berfirman "Aku adalah Tuham kamu! ". Mereka berkata " Kami berlindung kepada Engkau, ya Allah, kami tidak menyagutukan  Engkau dengan sesuatu apa pun ". Mereka mengucapkan perkataan ini sebanyak dua tiga kali.

Sehingga ada juga sebahagian dari mereka ang merasa putus asa, kemudian sebahagian yang lainnya pula bertanya, "Apakah kamu punya tanda-tanda untuk mengenali Nya ? ". Mereka menjawab "Ya !, lalu diselaknya hingga ternampak betis mereka, sehingga setiap orang yang pernah menyembah Allah kerana kesedarannya sendiri, diizinkan Allah untuk sujud dan mereka yang pernah sujud tetapi munafiq atau kerana sesuatu tujuan yang lain (seperti ingin menunjuk-nunjuk, mahu kelihatan waraq dll). Allah meletakkan satu cap pada punggungnya sehingga apabila dia sujud akan tersangkutlah tengkuknya. Kemudian apabila mereka bangkit dari sujud mereka, Allah telah merubah rupa (Diri Nya) kepada sesuatu yang biasa mereka kenali buat kali pertama. Allah berfirman "Aku adalah Tuhan Kamu !". Mereka menjawab "Ya.. Engkau adalah Tuhan Kami !" Seterusnya dibentangkan jembatan jahanam bersamaan dengan berlakunya saafat. Mereka lalu berdoa, "Ya Allah, selamatkanlah kami...selamatkanlah kami.".... Hadis ini akan diperjelaskan lagi kemudian nanti, Insyaallah...

Kedua ; Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah ra. bahawa ia berkata "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang diperiksa dengan teliti, maka ia terseksa ". Aku bertanya "Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah berfirman, "Maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah ". Baginda bersabda, "Ia belum pemeriksaan, tetapi sekadar mengemukakan bukti-bukti ". Hadis ini juga akan diperjelaskan kemudian, Insyaallah.

Ketiga ; Hadis yang diriwayatkan oleh atz Tirmidzi dari al-Hasan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda " Pada hari kiamat kelak, manusia akan diperlihatkan akan amal-amal perbuatan mereka sebanyak tiga kali, penampakkan.... (akan disambung kemudian ).

Keempat ; Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi (hadis daif) dari Anas bahawa Nabi saw. bersabda " Pada hari kiamat nanti, anak cucu Adam akan didatangkan seperti anak domba (suka mengadu hal-hal keburukan orang lain)... " (akan dijelaskan kemudian).

Kelima ; Diriwayatkan dari Abu Hurairah dan Abu Sa'id, "Pada hari kiamat nanti, seorang hamba akan didatangi dan ditanyai oleh Allah "Bukankah Aku telah memberikanmu pendengaran, penglihatan, harta dan anak-anak, bahkan aku memberikanmu kuasa dan hidup sejahtera ?. Tetapi benarkah kamu tidak yakin bahawa kamu akan bertemu dengan Ku pada harimu ini ? ". Ia menjawab "Memang tidak". Allah berfirman kepadanya "Hari ini Aku melupakanmu seperti kamu telah melupakan Ku ". Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmidzi dengan panjang.

Keenam ; Disebut didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda "Pada hari kiamat nanti, seorang hamba dihadapkan kepada Allah, sambil memberikan perlindungan kepadanya, Allah berfirman; "Hamba Ku ini pernah mengingati Ku pada hari ini dan pada hari ini ketika ia melakukan itu dan ini." Allah terus mengulangi firmanNya itu sehingga ia hampir saja binasa. Kemudian Allah berfirman, Hamnaku, Aku telah menutup aibmupkan kepadan sekarang pun Aku memberikanmu keampunan ".

Ketujuh ; Telah disebutkan didalam sebuah hadis riwayat Muslim dan Ahmad dari Abu Dzar bahawa Rasulullah bersabda " Sesungguhnya aku mengatahui siapa penghuni syurga yang paling akhir masuk syurga dan juga penduduk neraka yang paling akhir keluar dari dalam neraka. Iaitu seorang lelaki yang kelak pada hari kiamat kehadrat kata "Perlihatkan kepadanya dosa-dosa yang kecil dan buangkanlah dosa-dosa yang besar...".

Kelapan ; Diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad dari Anas bahawa Rasulullah bersabd ; "Ada empat orang yang dikeluarkan dari dalam Neraka. Ketika dihadapkan kepada Allah, salah seorang dari mereka menatap Nya lalu berkata 'Wahai Tuhanan, jika Engkau telah mengeluarkan aku dari Neraka, maka janganlah lagi Engkau masukkan kembali aku kesana', lalu Allah menyelamatkannya dari Neraka ".

Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Nabi  saw bersabda, "Allah mengumpulkan manusia. Orang-orang mukmin bangun berdiri. Ketika mereka telah melihat Syurga dari dekat, lalu mereka menemui Adam as lalu berkata,'Wahai bapa kami, tolong bukakan pintu Syurga  buat kami ?', Tetapi Adam as bertanya semula kepada mereka,'Bukankah kerena kesalahan bapa mu Adam ini yang telah menyebabkan Allah mengeluarkan kamu semua dari dalam Syurga ? , jadi aku tidak mampu melakukannya ".

Firman Allah didalam surah al-Ahqaaf ayat 20 msfhumnya "Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke Neraka ". Ayat ini berkait rapat dengan hadis yang menyebut berkenaan Syafaat. Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Nabi saw. telah bersabda "Ingatlah, kamu semua akan dikembalikan dan menyabut Neraka Jahanam seperti sekawan burung yang saling bertengkar antara satu sama lain."

Kesembilan ; Sebuah riwayat yang menyatakan bahawa ketika nanti dipadang Mahsyar yang tinggal hanyalah orang-orang yang menyembah Tuhannya, samaada ia taat atau pun zalim. Allah, Tuhan seru sekalian alam akan menghampirinya untuk dihisab".

Pada pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi), masih banyak lagi hadis hasan mahupun hadis sahih yang serupa, menyebut berkenaan dengan perkara ini (melihat Allah). Contoh-contoh lain ialah ;

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Barzah al-Aslami bahawa Rasulullah bersabda; "Pada hari kiamat nanti, sepasang tapak kaki seseorang hamba itu tidak akan berganjak dari tempatnya sebelum ia ditanya oleh Allah tentang empat pekara..."

Didalam hadis dhaif riwayat ath-Thabrani disebut bahawa Nabi saw. bersabda ;" Pada hari kiamat nanti, Allah akan memaggil seorang hambaNya. Setelah dia dihadapkan kepada Nya, lalu dia ditanya oleh Allah tentang pangkat atau kedudukannya sebagaimana ia ditanya tentang amalannya. "

Diriwayatkan oleh Muslim dari Ady bin Hatim bahawa Rasulullah bersabda, "Masing-masing diantara kamu semua akan diajak bicara oleh Allah secara langsung tampa ada penterjemah ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda ; "Dihari kiamat nanti, ketika dipanggil Nuh as, lalu dia menjawab 'Labbaika wa Sa'daika..Ya Rabbi' (aku penuhi panggilanMu..ya Tuhanku) ".

Didalam riwayat yang lain disebutkan bahawa yang termasuk dihadapkan kehadrat Allah SWT ialah Lauh Mahfuzh, kemudian Malaikat Israfil, Malaikat Jibril dan Para Nabi-nabi ".

At-Tirmidzi dan Ibnu Majah juga meriwayatkan hadis tentang orang diperlihatkan kepadanya sembilan puluh sembilan buku catitan amal perbuatannya.

Didalam sebuah riwayat yang lain menyatakan berkenaan seorang hamba yang meminta kehadrat Allah supaya dia terus dimasukkan saja kedalam Neraka (tampa hisab). Kerana dia merasa malu dan tidak mahu semua kejahatannya diperlihatkan kehadrat Allah dan diketahui oleh semua makhluk ".

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda :" Satu hari disana (alam akhirat) kira-kira sama dengan seribu lima ratus tahun didunia ', aku berkata 'Alangkah lamanya!', Baginda bersabda ; ' Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, bagi orang yang beriman sesungguhnya hal itu sangat mudah, lebih mudah daripada melakukan solat fardu lima waktu didunia ".

Nama hari kiamat yang lainnya juga disebut sebagai 24) "Yaumul Jam'i" atau hari pengumpulan atau hari penyatuan kembali. Allah berfirman didalam surah at-Taghabun ayat 9 yang mafhumnya :
"(ingatlah) Hari (pada waktu itu) Allah mengumpulkam kamu pada hari pengumpulan ".

Kemudian didalam surah an-Nissa' ayat 87, mafhumnya ;
"Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat, yang tidak ada keraguan pada Nya ".

Lagi dalil didalam al-Quranu Karim. Nama yang disebut sebagai "Yaumul Tafarruq" atau hari pemisahan. Allah SWT. berfirman didalam surah Ruum ayat 14 - 16 yang mafhumnya ;
"Dan pada hari terjadinya kiamat, dihari mereka (manusia) terpisah (didalam kumpulan-kumpulan). Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka mereka didalam taman (syurga) bergembira. Ada pun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (al-Quran) serta (mendustakan) pertemuan hari akhirat, maka mereka tetap berada dalam seksaan (neraka) ".

Dalil ini juga disebut dalam firman Allah, surah asy-Syuura ayat 7 yang mafhumnya ; " Segolongan masuk Syurga dan segolongan masuk Neraka ".


Hari akhirat juga dikenali dengan nama 25) "Yaumush Shad't" yang bermaksud hari pemisahan juga. Allah berfirman yang mafhumnya ;

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam (terpisah-pisah) ". az-Zalzalah ayat 6.

"Pada hari itu mereka terpisah-pisah ". ar-Ruum ayat 43.

Nama yang lain ialah 26) "Yaumul Ba'tsarat" yang bermaksud hari Permilihan. Orang-orang yang beriman dipilih dan tersendiri dari orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, seperti yang digambarkan didalam hadis sahih baginda yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda ;  
" Sesungguhnya Allah mengumpulkan orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian diatas tanah yang sama ". Kemudian didalam hadis yang lain Nabi saw bersabda ; "Ada beberapa orang yang diambil dan dimasukkan kedalam golongan kiri, Aku bertanya kepada Allah , 'Wahai Tuhanku, mereka itu adalah sahabat- sahabatku. Allah berfirman 'Sesunggunnya kamu tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan setelah kewafatanmu' ".

Nama yang lain ialah 27) "Yaumul Faz'i" atau hari yang dasyat. Pada hakikatnya, perasaan dahsyat adalah cermin kepada kelemahan jiwa didalam menghadapi hal-hal yang baharu diluar dari kebiasaan. Jika sesorang itu terus menerus tinggal didalam keadaan itu, ia akan menjadi seorang yang pengecut. Akibatnya dia akan mengharapkan sesuatu hal yang dapat mengembalikan semula semangatnya untuk menjadi kuat bagi menghadapi huru-hara diakhirat. Semua yang terjadi dialam akhirat adalah merupakan pemandangan yang sungguh dahsyat diluar dari pemikiran biasa manusia semasa didunia. Ia disebut didalam firman Allah SWT didalam surah al-Ambiya ayat 103 yang mafhumnya:

"Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar ".

Terdapat perbezaan oleh beberapa pendapat ulama tafsir berkenaan ayat diatas tadi. Ada yang mengatakan ia adalah sehaluan dengan sebuah lagi firman Allah SWT didalam surah al-Furqan ayat 22 yang mafhumnya;

"Dihari itu tidak ada kabar gembira bagi orang-orang yang berdosa ".

Tetapi ada yang berpendapat bahawa firman Allah itu adalah setelah Neraka diperlihatkan kepada calon-calon yang bakal menjadi penghuninya dan disembelihkan kematian diatas jembatan yang menghubungkan antara Neraka dan Syurga. Kata al-Hasan, Iaitu pada waktu Allah menyuruh Malaikat untuk membawa manusia keNeraka. Menurutnya, yang dimaksudkan dengan "dahsyat yang besar" ialah tiupan Sangkakala terakhir ketika mereka disambut oleh para Malaikat dengan menyampaikan kabar-kabar gembira hingga mereka keluar dari kuburan.

Nama yang lain ialah 28) "Yaumul Tanadi" atau hari pangil-memanggil. Firman Allah SWT didalam surah al-Mu'min ayat 33 yang mafhumnya;

"(Iaitu) hari (ketika) kamu (lari) berpaling kebelakang".

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda; "Ketika Allah menyuruh Malaikat Israfil meniup Sarngkakala sekali saja, maka merasa dahsyatlah seluruh penghuni langit dan bumi".

Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, setelah mereka mengalami satu kali tiupan Sangkakala saja lalu mereka semua binasa, seterusnya Allah akan melakukan goncangan kepada gunong-gunong dan bumi berserta isinya. Ini telah difirmankanNya didalam surah an-Naazi'aat ayat 6-9, yang mafhumnya ;

"(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menguncangkan alam, tiupan pertama itu diiringi dengan tiupan kedua. Hati manusia pada hari itu sangat takut, pandangannya tunduk ".

Manusia bergelimpangan dan bertempiaran lintang pukang dimuka bumi dengan dicengkam kebingungan, hiruk pikok dan rasa takut yang teramat luar biasa. Sehinggakan wanita-wanita yang sedang menyusukan anaknya, melupakan anak yang sedang mereka susui itu, wanita-wanita yang sedang mengandung terkejut dan melahirkan terus kandungan mereka itu. Kanak-kanak kecil terus tumbuh uban dikepala masing-masing (menjadi tua serta merta). Pada ketika itu manusia berpaling kebelakang dan terus lari sambil terpekek melolong, menyeru dan memanggil-manggil. Menurut Ibnul Arabi, terlalu banyak riwayat hadis yang menyebut pekara seumpama ini. Pekara ini sebenarnya telah diperkatakan oleh para ulama tafsir ketika mereka membahaskan sebuah hadis riwayat Abu Hurairah ra berkenaan keadaan manusia ketika bumi digantikan dengan bumi yang lain.

Nama yang lain lagi ialah 29) "Yaumul Du'a" atau hari seruan atau panggil-memanggil, laungan, pekekkan dan tempekkan dll yang seumpama dengannya. Seperti yang telah diperkatakan oleh Ibnul Arabi, maksud seruan atau laungan tadi ada 8 jenis ;

1) Iaitu seruan penghuni Syurga kepada penghuni Neraka yang nadanya mengutuk dan mencela mereka.

2) Seruan atau pangilan penghuni Neraka kepada penghuni Syurga untuk meminta tolong, seperti yang telah diceritakan Allah didalam beberapa firmanNya didalan al-Qur'an.

3) Kelak dihari kiamat, semua manusia akan diseru dengan nama pemimpin mereka. Menurut al-Qurthubi (penulis), mereka diseru (dipanggil) dengan kitab peganggan mereka. Tetapi menurut Sari as-Siqthi, mereka dipanggil mengikut nama Nabi-nabi mereka. Seperti yang terakhir contohnya "Wahai umat Musa as", atau "Wahai umat Isa as" atau "Wahai umat Muhammad swa" dan seterusnya. Kecuali orang-orang yang sangat mencintai Allah. Mereka akan dipanggil dengan panggilan "Wahai orang-orang yang dikasihi Allah, datanglah kepada Tuhanmu !". Mendengar saja panggilan itu, mereka merasa sangat bahagia sehingga jantung mereka seperti hendak tercabut keluar.

4) Seruan Malaikat, "Ketahuilah, sesungguhnya sifulan bin sifulan ditentukan sebagai orang yang benar-benar bahagia sehingga setelah ini dia tidak akan susah dan sengsara lagi (kekal didalam kebahagiaan). Dan sesungguhnya sifulan bin sifulan ditentukan sebagai orang yang mendapat kecelakaan, sehingga selepas ini dia tidak akan bahagia lagi selama-lamanya (kekal didalam kecelakaan) ".

5) Seruan Malaikat ketika kematian disembelih diatas jambatan yang menghubungkan Neraka dan Syurga, (maksud akan perbuatan ini adalah memutuskan bahawa tiada lagi kematian selepas ini, iaitu terus hidup kekal abadi selama-lamanya) "Wahai penghuni Syurga, kalian abadi dan tiada lagi kematian. Wahai penghuni Neraka, kalian abadi dan tiada lagi kematian ".

6) Seruan penghuni Neraka sesama mereka, "Aduhai, malangnya nasib kita semua !". atau "Aduh, celakanya nasib kita !" dan lain-lain ucapan seumpama dengannya.

7) Seruan para saksi atas orang-orang yang mendustakan seruan Allah sebagai Tuhan mereka. "Ingatlah, laknat Allah atas orang-orang yang zalim !".

8) Seruan Allah kepada penghuni Syurga "Wahai penghuni Syurga, adakah kamu puas ? ". Mereka menjawab "Bagaimana kami tidak puas, Engkau telah berikan kepada kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada sesiapa pun diantara semua makhlukMu!". Maka Allah berfirman "Malahan akanKu berikan (tambah) yang lebih baik dari itu, iaitu keredhaanKu ".

 Jika menurut al-Qurthubi (penulis), seruan kesembilan adalah yang telah diucapkan oleh Abu Nu'aim dari Marwan bin Muhammad bahawa ia berkata "Satu hari Abu Hazim al-A'raj telah berkata-kata secara imaginasi, "Wahai al-A'raj, pada hari kiamat nanti akan ada yang menyeru, 'wahai orang-orang yang telah melakukan kesalahan itu dan ini'. Aku lihat kamu segera bergabung dengan mereka. Ketika kamu dengar seruan yang sama, 'wahai orang-orang yang pernah melakukan dosa itu dan ini!', Aku lihat kamu, wahai al-A'raj seperti ingin bergabung dengan setiap golongan yang berbuat dosa !".

Firman Allah didalam surah al-Qashasas ayat 45, mafhumnya ;

"Dan (ingatlah) hari (diwaktu) Allah menyeru mereka seraya berkata 'Dimana sekutu-sekutu Ku yang dahulu kamu katakan' ?".

Juga firman Allah didalam surah al-Qashasas ayat 65, mafhumnya;

"Dan (ingatlah) hari (diwaktu) Allah menyeru mereka seraya berkata, ' Apakah jawapan kamu kepada para Rasul '?".

Memanglah banyak sekali ayat-ayat al-Qur'an yang menyentuh soal seruan. Pekara ini akan disambung lagi didalam bab yang memperkatakan soal manusia yang masuk Syurga tampa hisab akan datang, Insyaallah.

Nama yang lain bagi hari kiamat ialah 30) "Yaumul Waaqi'ah" atau hari kejadian. Allah SWT berfirman didalam surah an-Naml ayat 82 yang mafhumnya;

"Dan apabila perkataan telah jatuh kepada mereka. Kami keluarkan sejenis binatang melata (merayap) dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka ".

Yang dimaksudkan dengan 'pekataan' didalam ayat diatas tadi adalah kabar berita dari Allah SWT tentang hari kiamat yang telah semakin hampir. Diantara tanda-tanda hari kiamat yang paling besar ialah munculnya sejenis binatang merayap. Ini akan dibicarakan kemudian nanti, Insyaallah.

31) "Yaumul Khafidhah war-Rafi'ah" atau hari yang merendahkan dan meninggikan. Maksudnya, meninggikan darjat kaum yang berada didalam Syurga dan merendahkan darjat mereka yang berada didalam Neraka. Perkataan ini lazimnya digunakan oleh orang-orang Arab sebagai sesuatu yang mengambarkan kedudukan dan mertabat. Iaitu yang rendah  bererti berkududukan hina dan yang tinggi bererti berkududukan mulia.

Sedangkan, pada Allah kedua-dua perkataan itu digunakan untuk hari kiamat dengan maksud yang lebih luas lagi. Ia boleh merujuk kepada maksud sebenarnya (maksud tadi), atau maksud majaz (terselindung), ataupun  perkatan kata kerja yang bersandarkan perkataan benda atau tempat. Contohnya seperti kata-kata bidalan orang Arab, "Malam yang tinggi dan siang yang rendah". Atau seperti firman Allah didalam surah Saba' ayat 33, mafhumnya ;

"(Tidak) sebenarnya tipu daya (kamu) diwaktu malam dan siang (yang menghalangi kami)".

Pada hakikatnya, Allah sajalah yang berkuasa merendahkan dan nmeninggikan darjat seseorang itu. Allah boleh mengangkat setinggi-tingginya martabat dan darjat para kekasihNya dan merendahkan serendah-rendahnya darjat musuh-musuhNya. Firman Allah didalam surah Maryam ayat 85-86 yang mafhumnya;

"(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, dan menghalau orang-orang durhaka ke Neraka Jahanam dalam keadaan dahaga ".

Didalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda ; "Pada hari kiamat nanti kita akan berada diatas sebuah kumpulan manusia ".

Menurut Ibnul Arabi, hadis yang terdapat didalam kitab 'Shahih Muslim' yang telah disebutkan diatas tadi, didapati ada sedikit ketidakcermatan. Yang dimaksudkan ialah pada hari kiamat nanti seluruh makhluk berada diatas tanah yang sama, kecuali Nabi Muhammad saw. dan umatnya yang berada diatas mereka semua. Iaitu disebuah tanah seperti tompokkan (macam pulau dilautan) dan seluruh manusia berada dibawahnya.

Didalam riwayat Ahmad disebutkan "Pada hari kiamat kelak, aku (Nabi Muhammad saw.) dan umat ku berada disebuah anak bukit. Disana aku diberi pakaian bergaris berwarna hijau oleh Tuhanku. Kemudian aku diberi tahu bahawa itu adalah sebuah tempat yang terpuji ".

Menurut Ibnul Arabi, ketinggian atau keluhuran didalam soal kedudukan itu ada bermacam-macam jenis dan ia berkait rapat dengan kemampuan masing-masing (peristasi yang dilakukan sewaktu didunia).

Keluhuran Nabi Muhammad saw. adalah berkat 'syafaat' yang dipegangnya sejak awal penciptaan makhluk lagi. Baginda adalah makhluk pertama yang akan masuk Syurga dan yang akan mengetuk pintunya. Keluhuran orang-orang yang adil adalah seperti yang telah diterangkan  didalam hadis sahih baginda riwayat Muslim bahawa Nabi saw. bersabda; "Pada hari kiamat nanti, orang-orang yang adil akan berada diatas sebuah mimbar yang diperbuat dari cahaya yang terletak disebalah kanan Tuhan Yang Maha Pemurah, semantara kedua tangannya sama-sama kanan ".

Keluhuran orang-orang yang akhli membaca al-Qur'an adalah seperti yang disebuat didalam sebuah riwayat ; "Bacalah dengan tertil seperti kamu dahulu membacanya semasa didunia, kerana sesungguhnya kedudukanmu tergantung pada ayat terakhir yang akan kamu baca ".

Keluhuran orang-orang yang mati Syahid adalah seperti yang disebut didalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Ahmad ; "Sesungguhnya didalam Syurga itu terdapat seratus jenis darjat yang telah disediakan Allah bagi orang-orang yang berjuang pada jalanNya ". Hadis ini akan diperjelaskan lagi nanti, Insyaallah.

Keluhuran orang-orang yang menjamin dan mengurus anak-anak yatim adalah seperti yang telah disebut didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw. bersabda; "Disyurga, aku dan penjamin anak yatim seperti ini, (Baginda bersabda sambil mengangkat jari telunjuk dan jari tengah sejajar dirapatkan)".

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi saw. bersabda ; "Sesungguhnya penghuni Syurga yang dibawah itu dapat melihat sesama penghuni Syurga yang berada dibilik-bilik, seolah-olah mereka melihat bintang-bintang kejora yang bergemerlapan diufuk langit. Abu Bakar dan Umar berada diantara mereka sedang bersenang-lenang. Aisyah dapat mengungguli Fatimah, kerana Aisyah bersama ku, sedangkan Fatimah bersama Ali ".

Nama lain hari kiamat ialah 32) "Yaumul Hisab" atau hari dikira amalan. Iaitu pada hari itu Allah Yang Maha Mencipta lagi Mahasuci akan memeriksa amal-amal seluruh makhluk iaitu amal yang baik dan yang buruk. Dia akan memberi balasan setimpa dengan amalan masing-masing. Orang yang baik amalannya akan dibalas dengan kenikmatan dan orang yang buruk amalannya akan diberi seksa azab yang pedih.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, didalam sebuah hadis Nabi saw. baginda bersabda ; "Setiap kamu pasti akan dapat berkata-kata terus kehadrat Allah tampa perantaraan seorang penterjemah ".

Ada yang mengatakan, sesungguhnya Allah akan menghisab sendiri orang-orang mukalaf secara bersamaan, bukannya secara satu persatu. Allah mampu melakukan sebegitu kerana pada hakikatnya menghisab itu juga satu bentuk hukuman dan Dia adalah sebaik-baik Hakim, Allah SWT berfirman didalam surah al-An'aam ayat 62 yang mafhumnya ;

"Ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) kepunyaanNya".

Kemudian firmanNya didalam surah Yusuf ayat 80, mafhumnya ;

"Dan Dialah Hakim yang sebaik-baiknya ".




Tersebut didalam sebuah riwayat, sesungguhnya ada orang yang sedang tua sedang dihisab Allah. Allah bertanya kepadanya, "Wahai orang tua ! Kamu tidak adil, sewaktu kamu kecil dan muda, Aku beri kamu bermacam jenis nikmat. Tetapi setelah kamu dewasa, kamu durhaka kepadaKu. Namun kerana Aku kasih kepadamu maka pergilah, telah Ku ampuni dosa-dosa mu ". Kemudian dibawa pula kehadrat Allah seorang anak muda yang banyak dosa. Apabila saja ia didirikan dihadapan Allah, kedua lututnya mengelatar hingga seakan-akan mahu jatuh kerana sangat takut. Allah bertanya kepadanya, "Adakah kamu tidak malu kepada Ku ?. Apakah kamu merasakan Aku tidak mengawasi tindak tandok mu ?. Apakah kamu tidak takut azab Ku ?. Adakah kamu tidak tahu bahawa Aku selalu melihat kamu ? ". Seterusnya Allah memerintahkan Malaikat untuk membawa anak muda itu keluar dan mencampakkannya kedalam Neraka Hawiyah.


Ada pula yang mengatakan bahawa para Malaikat akan membantu dalam proses pengiraan amalan-amalan manusia. Semestinya ia didalam pengawasan perintah Allah semuanya. Oleh itu setatus mereka adalah seperti seorang hakim didunia yang membuat keputusan yang adil sesuai dengan perintah Allah SWT. Allah SWT berfirman didalam surah Ali Imran ayat 77, mafhumnya ;


"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janjinya kepada Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) diakhirat. Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka ".


Tetapi, kepada orang yang tidak memiliki sifat yang telah dikemukakan didalam ayat diatas tadi, Allah akan mengajaknya berkata-kata. Allah berkenan untuk berkata-kata dengan orang-orang mukmin. Allah menghisab mereka dengan cara yang sangat mudah dan mereka tidak perlu pengantara atau juru bahasa. Ini adalah merupakan penghormatan kepada mereka seperti yang pernah dilakukanNya ketika Allah menunjukkannya kepada Nabi Musa as sewaktu mengajaknya berkata-kata terus dengan Nya ketika ia berada digunung Sinai menerima wahyu.


Kepada semua orang-orang kafir, Allah tidak berkenan untuk bebicara dengan mereka kerana mereka akan dihisab oleh para Malaikat. Jelas disini menunjukkan bahawa orang-orang mukmin mendapat keutamaan kerana menjadi umat yang taat. Allah juga Maha Berkuasa jika sekiranya hendak menghisab seluruh makhluk -makhluk Nya secara sekali gus. Allah telah berfirman didalam surah Luqman ayat 28 yang mafhumnya ;


"Tidaklah Allah mencipakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur)itu melainkan hanyalah seperti (menciptakan dan membangkitkan) satu jiwa saja ".


Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib bahawa ketika ia ditanya tentang cara Allah menghisab para makhlukNya, ia menjawab ; "Sama seperti halnya Allah memberikan rezeki kepada mereka dipagi hari, demikian pula ketika Allah menghisab mereka semua".


Disebuat didalam kitab Sahih Muslim sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa beberapa orang sahabat bertanya Rasulullah, "Apakah pada hari kiamat nanti kami boleh melihat Tuhan kami?". Baginda betanya semula kepada mereka, "Apakah kamu semua merasa susah melihat matahari dikala cuaca terang tampa awan?, atau adakah kamu merasa susah melihat bulan dikala cuaca terang tampa awan ?. Mereka menjawab, "Tidak !". Baginda bersabda ; "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada didalam genggaman Nya, kamu semua tidak akan merasa susah melihat Tuhan kamu, sama seperti kamu tidak merasa susah melihat matahari dan bulan dikala cuaca terang tampa awan tersebut ".


Allah lalu menghampiri seorang hamba dan bertanya, "Wahai, bukankah Aku telah memuliakan kamu, membimbing kamu, menjodohkan kamu, menundukkan kuda dan unta untukmu dan membiarkan kamu berkuasa serta hidup sejahtera ?. Ia menjawab "benar!". Allah bertanya "Lalu apakah kamu kira bahawa kamu akan bertemu Aku ?". Ia menjawab, "Tidak". Allah pun berfirman, "Jika begitu, Aku juga akan melupakan kamu seperti kamu telah melupakan Ku ".


Seterusnya Allah menghampiri seorang hamba yang kedua dan kemudian menyoal pertanyaan yang sama seperti diatas dan juga dijawab dengan jawapan yang sama juga. Kemudian Allah menghampiri hamba yang ketiga. Ketika ia ditanyakan persoalan yang sama seperti diatas tadi, ia menjawab. "Ya Tuhanku, aku beriman kepada Mu dan kepada rasul-rasul utusan Mu. Aku mengerjakan solat, aku bersedakah dan aku berpuasa. Bahkan ia memuji-muji Allah sehebat-hebatnya". Allah kemudian berfirman, "Kemarilah kamu, sekarang Kami akan memanggil yang akan menjadi saksi atas diri mu". Didalam hatinya bertanya, 'siapakah yang akan diperintah menjadi saksi atas diriku ?'. Setelah mengunci mulutnya, Allah lalu memerintah peha (kakinya), "Berkata-katalah kamu !". Maka peha kakinya, daging dan juga tulang-tulangnya berkata-kata menjadi saksi atas segala perbuatan yang telah dilakukan sewaktu didunia dahulu, sehingga dia tidak ada apa-apa alasan lagi untuk menafikannya. Inilah dia orang munafiq dan Allah sangat murka kepadanya ".


Allah berfirman didalam surah al-Israa ayat 14 yang mafhumnya ;


"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu ".


Nama hari kiamat yang lainnya ialah 33) "Yaumus Su'al" atau hari ditanggungjawakan. Allah Yang Maha Mencipta, Mahasuci dan Mahaluhur akan meminta seluruh makhluknya bertanggungjawab dengan menegakkan hujjah dan memperlihatkan hikmah. Allah telah berfirman didalam beberapa surah didalam al-Qur'an seperti :

Surah al-Bakarah ayat 211 yang mafhumnya ;

"Tanyakanlah kepada bani Israil, 'Berapa banyak tanda-tanda (kebenaran) yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka".

Surah az-Zukhruuf ayat 45, mafhumnya ;

"Dan tanyakanlah kepada rasul-rasul Kami yang telah Kami utus sebelum kamu ".

Ayat-ayat seperti ini terlampau banyak didalam al-Qur'an dan contoh yang lain :

Surah al-Ahzab ayat 8, mafhumnya ;

"Agar Dia bertanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka ".

Surah at-Takwiir ayat 8, mafhumnya ;

"Dan apabila bayi-bayi wanita yang dikuburkan hidup-hidup ditanya ".

Surah al-Hijr ayat 92, mafhumnya ;

"Maka demi Tuhanmu, kami pasti akan menyoal mereka semua tentang apa yang mereka kerjakan dahulu ".

Surah al-Israa' ayat 36, mafhumnya ;

"Sesungguhnya peglihatan, pendengaran dan hati, semuanya itu akan  diminta dipertanggungjawapkan ".



Ada ulama yang berpendapat iaitu pertanyaan  berkenaan pengakuan "Laillahaillahu Muhammadarrasulallah" iaitu "tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah" juga akan diminta dipertanggungjawapkan kepada semua manusia.


Pendapat atok :


Maka disinilah peranan dan dalil mengapa kita kena mengambil kalimah shadatai ini dari tangan mereka-mereka yang telah diamanahkan dan mestilah menyampai kepada tangan Rasulallah saw. Hanya kalimah dua shadatai yang berwasilah dan berabitah saja yang akan terlepas pertanyaan dari Allah Rabuljalil pada hari kiamat kelak. Waallahua'alam...
.........................................................................

Nabi saw. bersabda ; " Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser sebelum ia ditanya tentang empat pekara...".

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw. bersabda ; "Ingatlah, setiap dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang dipimpin. Seorang Amir adalah pemimpin terhadap manusia dan ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarga dan ia akan diminta dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin terhadap rumahtangga suaminya dan ia akan diminta dipertanggungjawabkan terhadapnya. Dan seorang hamba adalah seorang pemimpin terhadap harta tuannya dan ia akan diminta dipertanggungjawkan terhadapnya. Ingatlah, setiap dari kamu akan diminta dipertanggungjawabkan terhadap yang dipimpinnya ".





Nama hari kiamat yang lain lagi ialah 34) "Yaumusy Syahadat " atau hari kesaksian. Mengikut ilmu penafsiran, kesaksian itu terbahagi kepada empat pekara ;

Pertama : Kesaksian Nabi Muhammad saw. dan umatnya. Juga untuk membuktikan kesaksiaan para rasul-rasul dahulu terhadap kaum mereka.

Kedua : Kesaksian bumi, siang hari dan malam hari keatas segala perbuatan yang dilakukan didalamnya.

Ketiga : Kesaksian anggota-anggota badan kita. Allah SWT. berfirman didalam surah an-Nuur ayat 24, mafhumnya ;

"Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki menjadi saksi atas Kami ".

Firman Allah lagi didalam surah Fushsilat ayat 21 mafhumnya ;

"Dan mereka berkata kepada kulit mereka, mengapa kamu menjadi saksi atas kami ?".

Keempat : Kesaksian yang telah disebut didalam hadis riwayat Anas bahawa Nabi saw. bersabda ; "....Setelah mulutnya dikunci lalu dikatakan kepada anggota-anggota badannya 'berkata-katalah kamu !' . Maka semua anggota badannya berkata-kata menjadi saksi atas semua perbuatannya ". Tafsiran hadis ini akan dikupas lagi kemudian nanti, insyaallah.

Pendapat atok :

Disini merupakan satu lagi dalil yang sangat kuat mengapa dua kalimah shadatai itu akan diperincikan soalannya oleh Allah SWT. nanti. Kesaksiaan atas keesaan Allah dan juga terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw. akan diminta daripada kita. Jadi bagaimana jika sekiranya dua kalimah itu tidak melalui tangan baginda sendiri ? atau terputus sanad dari tangan baginda sendiri ?. Bagaimanakah hendak kita jawab soalan ini dihadapan Rabuljalil esok ? Sedangkan Rasulallah saw tidak pernah mengenali kita ? Kita tidak termasuk diantara orang-orang yang mengambil shadatai dari baginda, sahabat-sahabat baginda, sahabat kepada sahabat-sahabat dan daripada ulama-ulama pewaris dari tangan baginda sendiri ? Itulah sebabnya atok kata "wajib" diambil shadatai itu dari ulama perwaris selepas Nabi kita Muhammad Rasulullah saw. Tangan ke Tangan hingga menyampai kepada tangan baginda sendiri. Inilah shadatai yang berwasilah dan berabitah kepada baginda, yang akan menjadi saksi dihadapan Rabuljalil kelak. Allahuakbar ! 


..............................................................................

Nama hari kiamat lagi ialah 35) "Yaumul Jidal" iaitu hari pembelaan. Allah SWT. berfirman didalam surah an-Nahl ayat 111 yang mafhumnya ;

"(Ingatlah)suatu hari (ketika) tiap-tiap diri datang untuk membela dirinya sendiri ".

Disebut kan didalam sebuah hadis ; "Pada hari kiamat nanti setiap orang akan berkata-kata sendiri (bercakap seorang) kerana pengaruh dahsyatnya kiamat, kecuali Nabi Muhammad saw. kerana sesungguhnya baginda pun akan diminta pertanggungjawabkan tentang umatnya ".

Dalam sebuah riwayat, Saidina Umar pernah berkata kepada Ka'ab ibnul Ahbar, "Wahai Ka'ab, tolong buat kami takut, Kobarkan semangat kami, ceritakan kepada kami, sedarkanlah kami ". Ka'ab menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, sekalipun pada hari kiamat, kamu datang dengan membawa pahala amal tujuh puluh orang nabi, yang akan kamu hadapi adalah lebih besar lagi dan kamu akan hanya mementingkan dirimu sendiri saja. Sesungguhnya Jahanam itu memiliki jurang yang boleh membuat Malaikat atau Nabi terpilih sekalipun yang mendekatinya pasti bertekuk lututnya. Bahkan Nabi Ibrahin as, kekasih Allah itu sekalipun akan menjulurkan pakaiannya seraya berkata, 'Wahai Tuhanku, aku Ibrahim kekasihMu, pada hari ini hanya memohon kepada Mu agar berkenan menyelamatkan ku ". Umar terus bertanya, "Wahai Ka'ab, dimana kamu dapat ayat al-Qur'an yang menerangkan hal ini ?". Ka'ab menjawab,"Iaitu firman Allah didalam surah an-Nahl ayat 111 ,'(Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi tiap-tiap diri disempurnakan (balasan) apa yang telah dikerjakan, sedang mereka tidak dianiaya ". Hadis ini adaah kabar sahih riwayat Ibnul Mubaraq dan Abu Nu'aim.

Ibnul Abbas mengatakan, "Pada hari kiamat kelak akan ada pembelaan yang cukup sengit terhadap manusia. Bahkan, roh akan membela jasadnya lalu berkata, 'Tuhan, aku ini dari Mu. Engkaulah yang telah menciptakan ku. Aku tidak punya tangan untuk memukul. Aku tak punya kaki untuk berjalan. Aku tak punya mata untuk melihat. Aku tak punya telinga untuk mendengar dan aku tak punya akal untuk berfikir. Aku akan masuk semula kedalam jasadku ini. Tolong ringankan beberapa jenis seksaan yang sedang ia alami dan tolong selamatkan aku ".



Allah kemudiannya menjadikan roh dan jasad itu menjelma seorang buta dan seorang lagi cacat. Kedua-duanya Allah lepaskan mereka memasuki sebuah kebun yang terdapat sepohon pokok yang sedang berbuah.  Yang buta tidak dapat melihat pokok itu, semantara yang cacat juga tidak mampu mengambil buahnya. Kemudian sicacat memanggil sibuta, 'Bawa aku pergi dekat pokok itu, nanti aku cuba mengambil buahnya yang boleh kita makan bersama '. Maka sibuta pun cuba membawa sicacat mendekati pokok itu. Tetapi mereka kemudian jatuh ketanah dan ditimpa pula pokok itu. Allah berfirman kepada mereka berdua "Siapa yang merasa sakit ? ". Mereka menjawab, "Kami berdua". Kemudian Allah berfirman, "Jika begitu, kamu berdua sama-sama harus diseksa ".

Nama hari kiamat yang ialah 36) "Yaumul Qishash" atau hari perlaksanaan hukuman. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang pekara ini yang akan dijelaskan kemudian nanti, insyaallah...

Nama hari kiamat yang lain lagi ialah 37) "Yaumul Haaqah" atau hari yang nyata atau juga hari yang pasti terjadi. Kiamat dinamakan 'Haaqah' kerana segalanya akan menjadi kenyataan nanti. Akan menjadi kenyataan sebahagian manusia yang masuk Syurga dan menjadi kenyataan sebahagiannya yang akan masuk Neraka. Ada juga yang mengelar hari kiamat sebagai al-Haaqah kerana ia merupakan hari berlakunya semua peristiwa yang pasti akan terjadi. Iaitu sesuatu yang pasti.

Nama hari kiamat yang lain ialah 38) "Yaumul Thammah" atau hari malapetaka. Ia adalah pekara yang pasti akan terjadi dihari kiamat kelak. Menurut al-Hasan, ath-Thammah adalah tiupan Sangkakala kali kedua kerana ia merupakan peristiwa yang pasti akan terjadi. Ketika itu semua penghuni Neraka akan dihalau atau diseret dan dihumban kedalam Neraka.

Nama hari kiamat yang lain ialah 39) "Yaumusl Shakha-khan" atau hari datangnya suara yang memekakkan. Menurut Ikramah, ash-Shakha-khan ialah tiupan Sangkakala yang pertama dan at-Thammah adalah tiupan Sangkakala yang kedua. Sedangkan jika menurut ath-Thabari dan Ibnul Arabi, ash-Shakh-khan adalah merupakan satu suara yang sangat kuat hingga menyebabkan telinga manusia menjadi pekak dan tuli. Demi Allah, semua yang berlaku pada hari kiamat itu adalah peristiwa besar, mestipun ia amat kecil jika hendak dibandingkan dengan Allah Yang Mahabesar.

Nama hari kiamat yang lain ialah 40) "Yaumul Wa'id " atau hari ancaman, juga dipanggil dengan nama 41) "Yaumul Wa'ad" atau hari janji. Sesuai dengan dua nama kembar ini, pada hari kiamat nanti semua siksaan yang diancamkan dan dijanjikan akan Allah dibuktikan dan juga akan Allah laksanakan dengan pasti. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mencipta telah mengeluarkan perintah, membuat larangan-larangan, mengemukakan janjiNya dan membuat ancaman. Pada hakikatnya, ancaman itu adalah berita tentang semua hukuman keatas semua larangan-laranganNya yang dilanggar dan janji adalah berita tentang pahala keatas larangan-larangan yang dilaksanakan.

Tetapi, masaalah ini telah diseleweng dan diputarbelit pengertiannya oleh orang-orang ahli bid'ah dan anti hadis. Ini membuat umat islam jadi keliru. Kerna itulah juga mengapa saya menulis semula tafsir al-Qurthubi ini yang dialeh bahasa ke bahasa melayu, supaya anda faham duduk pekara sebenar. Jangan terus percaya kepada bid'ah yang mereka lakukan tampa ada asas rujukan hadis yang sahih, supaya kita tidak sesat seperti mereka yang memang telah rusak akhlaknya. Berhati-hatilah !

Menurut mereka (golongan bid'ah), apabila seseorang melakukan dosa saja dia akan masuk Neraka selama-lamanya. Sama kedudukannya seperti orang-orang kafir. Mereka hanya berpandukan kepada lahiriahnya atau perkataan pada teks saja, tampa memahami maksud sebenar kerektor bahasa Arab serta ayat-ayat al-Qur'an secara 'contectsual' atau lingo bahasa Arab yang sangat komplek. Mereka juga menafikan syafaat yang dipegang oleh Rasulullah saw. Pekara ini akan dikupas kemudian nanti, insyaallah.

Nama yang lain bagi hari kiamat ialah 42) "Yaumud Din" atau hari pembalasan. Menurut bahasa Arab, ad-din itu juga membawa maksud pembalasan.

Atau dinamakan juga 43) "Yaumul Jaza'" atau juga hari pembalasan. Allah SWT berfirman didalam surah at-Tahriim ayat 7 mafhumnya ;

"Sesungguhnya pada hari ini kamu hanya diberi balasan menurut apa yang kamu kerjakan ".

Kemudian firman Allah didalam surah al-Mu'min ayat 17 yang mafhumnya ;

"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakan "


Hari kiamat juga dinamakan 44) "Yaumul Wafa' " yang bermaksud hari pembalasan juga. Firman Allah didalam surah an-Nur ayat 25 yang mafhumnya ;

"Dihari itu Allah akan memberi balasan yang setimpal menurut semestinya ".

MaksudNya, amal-amal kebajikan akan dibalas dengan Syurga dan amal-amal kejahatan akan dibalas dengan Neraka. Kedua-dua maksud ini termaktub didalam firman Allah didalam surah at-Taubah ayat 82 mafhumnya ;

"Sebagai balasan dari apa yang telah mereka kerjakan"

Dan firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 17, mafhumnya;

"sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan ".

Manakala yang berbaur ancaman adalah firman Allah didalam surah Faathir ayat 36 yang mafhumnya ;

"Demikianlah Kami membalas setiap orang yang sangat kafir ".

Hari kiamat juga dinamakan 45) "Yaumul Hasarah"  atau hari kerugian. Ketika orang-orang kafir harus menerima balasan seksaan yang tidak mungkin akan dapat lari darinya, mereka merasakan teramat rugi sekali mereka itu. Allah berfirman didalam surah Maryam ayat 39 mafhumnya ;


"Berikanlah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika semua pekara telah diputuskan ".


Peristiwa ini berlaku 
pada saat 'penyembelihan kematian' diwaktu semua makhluk leka dan lalai pada hari tersebut.

46) "Yaumul Tabdil" atau hari penggantian. Allah SWT berfirman didalam surah Ibrahim ayat 47, mafhumnya ;

"(Iaitu) pada hari (ketika) bumi digantikan dengan bumi yang lain, dan (demikian pula) langit ".

Pekara ini telah pun dibahaskan sebelum ini.

47) "Yaumuth Tahllaq" atau hari pertemuan. Allah berfirman didalam surah al-Mu'min ayat 15 yang mafhumnya ;

"Supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan".

Pertemuan adalah ungkapan dari bertemunya dua makna atau bentuk fizikal, satu bahagian dengan bahagian yang lain. Maksud petemuan ini ada 4 pekara ;

Pertama : Pertemuan orang-orang yang telah mati dengan kaum yang telah mendahului mereka, lalu dia ditanya khabar berita saudaramara mereka yang masih hidup didunia. Pekara ini telah diulas sebelumnya.

Kedua : Pertemuan orang yang telah mati dengan amalannya. Pekara ini juga telah dibahaskan sebelum ini.

Ketiga : Bertemunya seluruh makhluk penghuni semua lapis langit dengan penghuni semua lapis bumi diPadang Mashyar. Pekara ini juga telah diceritakan sebelum ini.

Keempat: Pertemua makhluk dengan Allah Yang Maha Mencipa, Mahasuci dan Mahaluhur dihari kiamat dan didalam Syurga. Seterusnya akan dibicarakan lagi kemudian nanti, insyaalah.

48) "Yaumul Azifah" atau hari yang sangat dekat. Hari kiamat sememangnya sangat dekat sekali, dan sesuatu perkara yang akan datang adalah sangat dekat walaupun mengikut jangkamasanya ia masih jauh. Allah berfirman didalam surah al-Ahzab ayat 63 yang mafhumnya ;

"Dan tahukah kamu (wahai Muhammad), boleh jadi hari dibangkitkan itu sudah dekat waktunya ".

49) "Yaumul Ma'ab" atau hari kembali. Maksudnya, semua kembali kepada Allah SWT. kerana pada hakikatnya semua yang ada didunia ini milik Allah dan tak pernah pun terpisah dariNya. Maka pada hari itu semua akan sedar dan kembali kepada Nya. Pada hakikatnya, Allah mencipta seseorang hamba dengan diberi kebebasan berbuat apa saja sekehendaknya. Sehingga hamba itu merasakan bahawa dialah yang memiliki Ilmu, pilihan dan kebebasan secara mutlak. Tetapi ketika dia dimatikan oleh Allah, ternyata dia tak punya apa-apa walau sedikit pun. Ia harus tunduk dan kembali kepada Allah, kerana sebenarnya mereka itu tidak pernah lepas dari pandangan Allah. Maka ia berkedudukan kembali kepada Allah. Persoalannya hanyalah masa dan waktu, bilakah semua itu akan berlaku (kematian). Semua itu juga didalam ketentanNya.

50) "Yaumul Mashir" atau hari kepulangan.  Allah SWT. berfirman didalam surah an-Nuur ayat 42 yang mafhumnya ;

"Dan kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allah lah kembali (semua makhluk) ". 

Semua makhluk pada hakikatnya sedang berjalan menuju kepada  Allah, dan perjalanan itu akan berakhir dinegeri tempat tinggal yang abadi (kekal selama-lamannya) iaitu samaada didalam Syurga atau Neraka. Menyentuh kepada hak-hak orang kafir, Allah telah berfirman didalam surah Ibrahim ayat 30 yang mafhumnya ;

"Katakanlah, 'bersenang-lenanglah kamu (didunia) kerana sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Neraka' ".

51) "Yaumul Qadh'a" atau hari keputusan.

52) "Yaumul Hukmi wa al-Fashi" atau hari menetapkan hukuman dan pemisahan. Kelak yang paling utama akan diputuskan ialah pekara-pekara yang melibatkan darah. Didalam hadits riwayat Muslim dan Ahmad, Nabi saw. telah bersabda ; "Setiap orang yang mempunyai emas dan perak mesti memenuhi dari kedua-dua benda itu haknya...". Maksudnya mestilah dikeluarkan zakatnya.

Hari kiamat itu dipanggil sebagai hari pemisahan adalah kerana pada hari tersebut semua orang mukmin akan dipisahkan dengan orang-orang kafir. Kemudian orang-orang yang baik akan dipisahkan daripada orang-orang jahat. Allah berfirman didalam surah Mumtahanah ayat 3 mafhumnya ;

"Pada hari kiamat, Dia akan memisahkan antara kamu".

Ia dipanggil sebagai hari penetapan kerana firman Allah didalam surah Mumtahanah ayat 10, mafhumnya ;

"Demikianlah hukum Allah yang ditetapkan Nya diantara kamu ".

53) "Yaumul Wazni" atau hari timbangan amalan. Allah SWT telah berfirman didalam surah al-A'raf ayat 8, mafhumnya ;

"Timbangan pada hari itu adalah kebenaran (keadilan) ".

54) "Yaumul Aqim" atau hari yang kosong. Temonology bagi perkataan "Aqim" ialah ungkapan berkenaan seseorang yang tidak mempunyai anak, atau mandul. Oleh itu digelar hari yang kosong seperti orang yang kosong hidupnya tampa zuriat atau anak. Maka tiada hari-hari yang diharapkan adalah untuk mengisi kekosongan itu.

55) "Yaumul Asir"  iaitu hari yang susah. Ianya hanya berlaku kepada orang-orang kafir. Susah itu lawan kepada senang, maka yang susah itulah tempat orang-orang kafir. Pada hari kiamat kelak mereka melihat seolah-olah ada harapan untuk keluar dari kesusahan itu tetapi mereka tidak mampu untuk menjadikan ia sebagai kenyataan. Maka ia kekal didalam kesusahan itu adanya dan harapan itu tinggalah harapan sahaja. Apabila mereka melihat orang-orang mukmin yang dikeluarkan semula daripada Neraka setelah menjalani hukuman kerana dosa-dosa mereka, mereka juga meminta kepada Allah agar mereka diberi pelepasan dari kesusahan Neraka itu. Tetapi Allah berfirman (menjawab permintaan mereka) didalam surah al-Mu'minnun ayat 108 yang mafhumnya ;


"Tinggallaah dengan hina didalamnya dan jangan  engkau berkata-kata dengan Ku "


Firman Allah ini merupakan penolakkan secara tegas atas permintaan mereka yang mahu keluar dari dalam Neraka seperti orang-orang beriman yang telah tamat hukuman. Insyaallah sambungan berkenaan pekara ini akan diteruskan didalam bab Neraka kelak.

Ada pun orang-orang beriman akan sentasa mendapat kemudahan demi kemudahan. Antaranya ialah, ketika dihisab diPadang Mashyar. Proses kiraan itu dibuat dengan cepat. Apabila ketika amal-amalnya ditimbang, ia menjadi bertambah berat daripada amal-amal buruknya. Ketika ia melalui Titian Sirat atau jambatan neraka, ia boleh melepasinya dengan pantas dan selamat. Semantara kepada orang-orang kafir pula akan sentiasa mengalami kesukaran demi kesukaran dan akhirnya tercampak kedalam Neraka Jahanam sebagai tempat kehidupan mereka yang kekal abadi selama-lamanya.


56) "Yaumul Masyhud " atau hari penyaksian. Ini adalah kerana semua makhluk pada hari itu diperintah menyaksikan kebenaran akan apa yang telah difirmankan oleh Allah didalam al-Qu'ran dan juga apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah saw didalam hadis-hadis riwayat baginda berkenaan hari kiamat, hari pembalasan dan juga hari kamu menjadi saksi atas tiap-tiap pekara yang berlaku disitu. Atau juga hari yang mana para syhuda (orang-orang yang mati syahid) turut hadir menyaksikan kejadian dihari itu.

57) "Yaumul Taghabun" atau hari yang menampakkan. Pada hari itu semua makhluk nampak jelas dihadapan Allah. Ada yang diSyurga dan ada yang didalam Neraka.Tiada yang tersembunyi, semuanya nampak jelas dan nyata. Al-Taghabun juga diertikan sebagai sisa (baki) dalam hubungan muakmalah kepada dua buah pihak yang berbalah dan bersengkita. Sama ada didunia atau pun akhirat. Kedua-dua pihak itu adalah milik Allah dan saah satunya hanya diberikan kepada yang mahu meninggalkan bahagian yang lain. Allah berfirman didalam surah al-Israa' ayat 18, mafhumnya;


"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (didunia), maka Kami segerakan bahagiannya didunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehandaki ".


Kemudian didalam surah asy-Syuura ayat 20, mafhumnya ;


"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan diakhirat,akan Kami tambah keuntungan itu baginya, dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan didunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya satu bahagian pun diakhirat ".

Oleh itu, barangsiapa menghendaki akhirat ushanya akan dinikmati dengan syukur serta mendapat pembalasan yang penuh diakhirat kelak.



58) "Yaumul Abus" atau hari yang muram kerana pada hari itu kebanyakan muka manusia menjadi muram durja kerana memikirkan nasib dirinya.


59) "Yaumul Qamtharira" atau hari yang genting dan tersangat panjang (lama). Manusia pada hari itu akan dicengkam huruhara yang amat dahsyat sekali. Sangat genting sekali dan masing-masing hanya memikirkan (mementingkan) dirinya sendiri sahaja, hinggakan mata-mata mereka terjojol, terbelalak, tersembul seperti mahu tercabut keluar. Sebagaimana firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 42 yang mafhumnya ;

" Pada waktu itu mata (mereka) terbeliak ".

60) "Yaumul Tubla as-Sara'ir" hari dinampakkan semua rahsia. Maksudnya, pada hari itu semua bentuk rahsia akan terbuka dan diperlihatkan ketika melalui proses timbangan dan buku catitan amalan masing-masing. Tiada yang tersembunyai bagi Allah.


61) "Yaumul La Tamliku Nafsun Li Nafsin Syai'an " atau dimana setiap makhluk tidak memiliki apa-apa juga kekuasaan terhadap makhluk yang lain. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 48 yang mafhumnya ;


"Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya dan tidaklah mereka akan ditolong".


Juga firman Allah didalam surah ad-Dukhaan ayat 41 yang mafhumnya ;


"Iaitu hari yang seorang (kawan) karib tidak dapat memberi manaafaat sedikit pun ".


Masing-masing bergantung penuh kepada usha yang telah mereka kerjakan sendiri. Sesiapa juga tidak akan dapat memberi manafaat atau tiada gunanya kepada pihak yang lain. Bah mereka juga akan diasing-asingkan, dipisah-pisahkan daripada keluarganya, saudara maranya. sahabat taulannya dan juga ayah dan ibunya sendiri. Sebab itulah hari kiamat dinamakan hari keputusan, pemisahan,dan pelarian. Allah SWT telah berfirman didalam surah an-Naab' ayat 17, mafhumnya ;


"Sesungguhnya hari keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan ".


Kemudian firman Allah didalam surah Abasa ayat 34-37, mafhumnya ;

"Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyebukkannya".


Pada hari itu, ada manusia yang akan menjadi bangkrap kerana semua pahla amalannya telah habis untuk diberikan kepada orang lain yang pernah dizaliminya. Sehinggakan jika masih ada tanggungan yang perlu dipikul olehnya, maka dia terpaksa menerima dosa-dosa orang itu sebagai balasan. Pekara ini akan dibincangkan lagi kemudian, insyallah...


62) "Yaumul Yud'auna Ila Nari Jahannam"  atau hari dimana orang-orang kafir dihalau keNeraka Jahanam, dengan cara diseret muka mereka. Sebagaimana yang telah dinyatakan didalam firman Allah didalam surah al-Qamar ayat 48,mafhumnya ;


"(Ingatlah) pada hari mereka diseret keneraka atas muka mereka".

63) "Yaumut Taqallub" atau hari kegongcangan. Allah telah berfirman didalam surah an-Nuur ayat 37 yang mafhumnya ;


"Mereka takut kepada suatu hari yang (dihari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang".


Maksudnya, hati dan pandangan orang-orang kafir. Tergoncangnya hati mereka kemudian berpindah tempat kerongkong tampa dapat ditahan-tahan dan ia akan terus  berpindah dan tidak kembali ketempat permulaannya atau keluar daripadanya. Juga tergongcang pandangan mata mereka yang jelas yang pada awalnya memakai celak berubah menjadi biru dan kemudian buta. Ada pula yang menyatakan hati mereka menjadi terombang- ambing antara keinganan mahu selamat dan perasaan takut yang mencengkam. Semantara pandangan mata dengan nanah mengawasi dari arah mana buku catitan amal mereka diberikan oleh Allah kepada mereka. Juga ada yang mengatakan, pada waktu itu hati orang-orang musyrik berubah dari kebimbangan kepada keyakinan setelah melihat sendiri akan kebenaran demi kebenaran. Tetapi keyakinan itu tiada lagi gunanya kerana mereka telah berada dialam akhirat.


64) "Yaumusy Syukhusy wa al-Iqna' " atau hari tunduk dan terima seadanya. Allah berfirman didalam surah Ibrahim ayat 42 yang mafhumnya ;


"Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbeliak ". 


Menurut al-Farra' , maksudnya mata orang-orang kafir tidak terpejam kerana menyaksikan berbagai huruhara yang terjadi pada hari itu. 


Kata Ibnu Abbas didalam Tafsir ath-Thabari dan Tafsir al-Baghawi, "Pada waktu itu pandangan mata seluruh makhluk terarah keatas kerana terlalu bingung dan mereka tidak dapat memejamkan mata sedetik pun ". Allah berfirman didalam surah Ibrahim ayat 43 yang mafhumnya ;


"Mereka datang bergegas-gegas memenahui panggilan, dan tetap membeliakkan mata mereka ".


Menurut Mujahid adh-Dhahhak dan al-Hasan, maksud firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 43, "dengan mengangkat kepalanya ". bermaksud mereka mendongakkan muka kearah langit.

Kata al-Hasan, "Pada waktu itu wajah manusia memandang kelangit. Mereka tidak memandang antara satu sama lain ".

Kemudian ada yang bertanya, bagaimana hubungannya dengan firman Allah didalam surah al-Qalam ayat 43, mafhumnya "(Dalam keadaan) pandangan mereka tunduk kebawah " . Dan juga surah al-Qamar ayat 7 mafhumnya " Sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka ?. Bagaimana pula sesorang yang sedang mengangkat kepalanya sekaligus pula boleh memendang cukup lama sambil menunduk ?.

Jawabnya ialah bahawa ketika berjalan menuju Padang Mashyar, pandangan mereka tunduk kebawah seperti yang telah difirmankan oleh Allah didalam al-Qur'an. Apabila mereka sudah berkumpul dan berdiri cukup lama ditempat itu, mereka merasa bingung seolah-olah mereka tidak punya hati dan perasaan lagi. Lalu mereka mengangkat kepala mendongak kelangit, dengan memendang cukup lama seolah-olah tidak berkedip langsung mata-mata mereka ataupun mereka sudah lupa cara untuk memejamkan mata-mata mereka kerana ketika itu mereka sedang didalam kesedihan dan kesusahan yang luar biasa.



65) "Yauma La Yanthiquna wal la Yu'dzuna Lahum Faya'tadzirun" atau  


"Hari yang mereka tidak dapat berbicara dan tidak diizinkan kepada mereka meminta uzur sehingga mereka dapat minta uzur".
(Surah al-Mursalat ayat 35).


Hal ini berlaku ketika Allah berfirman kepada  mereka seperti  yang terdapat didalam al-Qur'an didalam surah al-Mu'minuun ayat 108 mafhumnya ;


"Tinggallah dengan hina didalamnya dan janganlah kamu berbicara dengan Ku ".


Setelah itu Neraka Jahanam diterbalikkan keatas mereka.... pekara ini akan dibincangkan kemudian Insyaallah.


66) "Yaumu La Yanfa'u Li azh-Zhalimina Ma'dziratuhum" atau pun seperti firman Allah didalam surah al-Mu'min ayat 52, mafhumnya ;

"Hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya "


Seandainya diizinkan kepada mereka pun, tidak bererti dengan hanya menyatakan "mintalah maaf" ia memadai, seperti firman Allah didalam surah al-Ahzab ayat 67 mafhumnya ;

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin- pemimpin dan pembesar-pembesar kami ".


Juga firman Allah didalam surah al-Mu'minuun ayat 108, mafhumnya ;


"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daipadanya ".


67) "Yaumu Wa'la Yaktumunallaha Haditsa" atau hari, seperti firman Allah didalam surah an-Nisaa ayat 42, mafhumnya ;


"Mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) suatu kejadian pun ".


68) "Yaumul Fitnah ". atau hari azab fitnah. Allah berfirman didalam surah adz-Dzaariyat ayat 13, mafhumnya ;


"(Hari pembalasan itu ialah) pada hari ketika mereka diazab diatas api Neraka ".


69) "Yaumul La Mardda Lahu Minallah" atau firman Allah didalam surah ar-Ruum ayat 43, mafhumnya ;


"Hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya".


Tiada seorang jua pun yang mampu menolak atau menangguh kedatangan hari kiamat yang telah diputuskan oleh Allah SWT yang tiada seorang jua pun yang tahu bilakah kedatangannya pula.


70) "Yaumul Ghaasyiyah" atau hari menyelimuti. Iaitu pada hari itu semua manusia sedang diselimuti ketakutan yang teramat sangat. Allah berfirman didalam surah al-Fajr ayat 25, mafhumnya ;


"Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyeksa seperti siksaan Nya ".


71) "Yaumul La Bai'un Fihi Wala Khilal" atau hari yang tidak ada jual beli dan persahabatan. Allah berfirman didalam surah Ibrahim ayat 31 yang mafhumnya ;


"Katakanlah kepada hamba-hamba Ku yang telah beriman, 'Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki (zakat) yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datangnya hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan' ".

Juga firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 254 mafhumnya;


"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (dijalan Allah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat ".


  72) "Yaumul La Raiba Fihi" atau hari yang tidak ada keraguaan sama sekali. Walaupun adanya keraguan dihati orang-orang kafir, ia bukanlah keraguan yang dimaksudkan oleh ayat ini yang secara nyata menunjukkan pekara ini. Seperti firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 10, mafhumnya ;

"Apakah ada keraguan bagi Allah ".

Tiada keraguaan bagi Allah untuk berbuat apa saja kehendakNya. Disamping ada manusia yang yakin, sebahagian manusia yang lain meragukan tentang hari kiamat. Tetapi keraguan mereka itu sedikit pun tidak mempengaruhi kerana sudah ada dalil-dalil Allah yang kuat mengenai hal itu. Hari Kiamat tidak perlu diragukan nghiduplagi kedatangannya berdasarkan dalil-dalai yang telah ada itu. Orang-orang yang masih meragukannya bererti hati mereka lemah. Allah berfirman didalam surah al-Hajj ayat 6-7 yang mafhumnya ;

"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah. Dialah yang hak dan Dialah yang menghidupkan segala yang mati. Sesungguhnya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguaan padanya dan bahawa Allah membangkitkan semua orang didalam kubur ".

73) "Yaumul Tabyaadh-dhu Wajuhun Wataswaddu Wujuhun " atau firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 106 mafhumnya;

"Hari yang pada waktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam muram ".

Insyaallah, pekara ini akan dijelaskan lagi kemudian.

74) "Yaumul Adzan" atau hari pengumuman. Diriwayatkan pada suatu hari Thawus datang menemui Khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Berkata Khalifah "Bertakwalah kamu kepada Allah dan waspadalah akan hari adzan". Bertanya Thawus, "Apa itu hari Adzan ?". Jawab Khalifah "Iaitu firman Allah dalam surah al-A'raaf ayat 44 (mafhumnya) "Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan diantara dua golongan itu, 'Kutukkan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim'". Mengdengar akan ayat itu, Thawus lalu jatuh pengsan. Setelah dia sedar maka ia berkata "Itu belum seberapa ".

75) "Yaumusy Syafaat" atau hari pertolongan. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 255, mafhumnya ;

"Siapakah yang dapat memberikan syafaat disisi Allah tanpa izin Nya ".

Didalam surah al-Anbiyaa ayat 28, mafhumnya ;

"Dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah ".

Kemudian didalam surah Saba' ayat 23, mafhumnya ;

"Dan tidaklah berguna syafaat disisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan Nya ".

Dan juga didalam surah asy-Syu'araa ayat 100, mafhumnya;

"Maka, kami (orang-orang kafir) tidak mempunyai pemberi syafaat seorang pun ".

76) "Yaumul Arq" atau hari keringat (berpeluh). Pekara ini akan kami ulas lebih lanjut lagi kemudian nanti, Insyaallah...

77) "Yaumul Qalaq wa al-Jaulan" atau hari kegelisahan dan pergolakkan, kerana pada hari itu jiwa semua manusia menjadi sungguh gelisah dan bergolak tak menentu kerana memikirkan nasib masing-masing.

78) "Yaumul Firar" atau hari pelarian. Allah telah berfirman didalam surah an-Naazi'aat ayat 34-46 yang mafhumnya ;

"Apabila datang hari yang besar (hari kiamat). Pada hari (itu) teringatlah manusia apa-apa yang telah dikerjakanya. Dan diperlihatkan Neraka kepada orang yang melihat. Maka barangsiapa yang durhaka. Dan mengutamakan kehidupan didunia. Maka, sesungguhnya Nerakalah tempat tinggalnya. Ada pun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya. Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) bilakah terjadinya kiamat. Tentang, apakah engkau memperingati (waktunya). Kepada Tuhanmulah kesudahannya. Sesungguhnya (kewajiban) engkau hanya memberi peringatan kepada siapa yang menakutinya. Seolah-olah mereka, pada hari melihat hari kiamat itu, tidak tinggal (didunia) melainkan (sekadar) petang hari atau (sekadar) pagi hari (sebentar saja) ".

Kemudian dalam surah Abasa ayat 34-37, mafhumnya ;

"Pada hari itu larilah manusia dari saudaranya. Dan dari ibu dan bapanya. Dan dari isteri dan anak-anaknya. Bagi tiap-tiap orang diantara mereka pada hari itu ada urusan yang mencukupi (menyebukkan) ".

Sesiapa pun akan melarikan diri daripada saudara-maranya, keluarganya sendiri kerana takut diperanggungjawab atas apa juga yang menjadi bebannya. Ataupun mereka kuathir akan azab yang sedang mendatang kepadanya.

Berkata Abdullah bin Thahir al-Abhari, "Ia lari dari mereka kerana ia tahu benar bahawa mereka langsung tidak akan dapat menolongnya. Mereka juga lemah seperti dirinya. Hanya satu saja jalan yang dapat memberi pertolongan dikala itu, iaitu Allah. Hanya Allah saja yang dapat menjamin kamu dikala itu. Ia amat menyedari pekara itu saat itu. Jika saja waktu didunia ia dapat menyedari akan pekara ini, nescaya ia hanya akan bersandar kepada Allah sahaja".

Kata al-Hasan, "Pada hari kiamat nanti, orang pertama yang akan lari dari ayahnya ialah Nabi Ibrahim as. Orang pertama yang akan lari dari putranya ialah Nabi Nuh as. dan orang pertama yang akan lari dari isterinya ialah Nabi Luth as ".

Menurut al-Hasan lagi, ayat ini diturunkan khusus untuk para Nabi-nabi tersebut. Sungguhpun perlarian itu sangat menyayat hati. Semoga Allah menyelamatkan kita dari huru-hara hari kiamat dengan perantara kebenaran Nabi Muhammad saw., Nabi yang membawa rahmat dan kebenaran para sahabat-sahabat baginda yang mulia. Semoga kita termasuk daripada orang yang dikumpulkan bersama mereka. Mudah-mudahan selawat dan salam sejahtera sentiasa dicurahkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw., seluruh keluarganya dan sahabat-sahabatnya.... Amin...Amin Ya Rabal Alamin.

Kata Syeikh Al-Qurthubi (penulis kitab ini), "Itulah beberapa nama hari kiamat yang dikemukakan oleh ulama-ulama ahli tafsir. Diantaranya ialah Ibnu Najjah dalam kitabnya bertajuk "Subul al-Khairat", Abu Hamid al-Ghazali dalam kitabnya "Al-Ihya' Ulumud Din" dan lainnya juga, Al-Qatbi dalam kitabnya "Uyun al-Akhbar dan yang paling utama ialah al-Qadhi Abu Bakar ibnul- Arabi dalam kitabnya "Siraj al-Muridin".

Syukur alhamdullah, saya masih boleh memberikan beberapa tambahan. Masih terbuka lebar nama-nama lain bagi hari kiamat yang belum sempat disebutkan didalam kitab ini. Sebagai contoh nama-nama lain itu ialah ;
 
79) "Yaumul Khazyi" yang bererti hari kehinaan.
80) "Yaumut Tadlayyuq" yang bererti hari bersesak-sesak.
81) "Yaumudz Dzulli" yang bererti hari kenistaan (kehinaan).
82) "Yaumul Iftiqar" yang bererti hari kemiskinan dan keperluan.
83) "Yaumul Miqat" yang bererti hari pertemuaan
84) "Yaumul Mirshad" yang bererti hari penantian.
Masih banyak lagi nama-nama hari kiamat yang insyaallah akan saya (Syeikh Imam al-Qurthubi) ulas semasa saya menulis bab-bab selanjutnya didalam kitab ini nanti.

BAB 21 - HURUHARA BESAR DAN PRIHAL MENGERIKAN YANG DIHADAPI MANUSIA KETIKA DIPADANG MAHSYAR.


Al-Muhasabi didalam kitabnya "At-Tawahum wa al-Ahwal" mengatakan, "Allah akan mengumpulkan semua makhluk dari golongan Manusia dan Jin diPadang Mahsyar dalam keadaan telanjang dan hina. Kekuasaan telah dicabut dari raja-raja yang pernah berkuasa dimuka bumi. Mereka menjadi kerdil dan tidak lagi sombong. Mereka menjadi hina setelah lama berkuasa secara diktator atas hamba-hamba Allah dimuka bumi dahulu. Kemudian muncullah pula binatang-binatang buas dari tempat-tempatnya dengan menundukkan kepala. Mereka yang begitu ganas terhadap makhluk-makhluk lain dahulunya, kini kelihatan sungguh hina dan tak berdaya disebabkan dahsyatnya huruhara hari kebangkitan. Mereka mengambil tempat dibelakang makhluk bernama Manusia dan Jin dengan menundukkan kepalanya. Kemudian datang pula makhluk bernama Syaitan dan Iblis yang dahulunya sungguh sombong dan bongkak, kini menjadi sungguh hina dan tak berdaya dihadapan Allah Yang Mahaberkuasa.
Ketika semua makhluk-makhluk Allah telah berkumpul seperti manusia, jin, syaitan, iblis, binatang buas, binatang ternakan, serangga, ikan dan lain-lain lagi, iaitu menjadi satu diatas Padang Mahsyar, maka berjatuhan pula semua burung dari atas menimpa kepala mereka. Kemudian cahaya matahari dan bulan dihapuskan. Maka suasana gelap menyelimuti mereka semua selama 500 tahun. Kadang kala terdengar pekekkan suara yang memekakkan telinga ketika langit lapisan perama atau langit bumi terbelah dan tercorak-carek dek kehebatan huruhara hari kiamat. Kemudian langit itu hancur lebur dan melelehlah lahar perak seperti yang telah difirmankan Allah Yang Maha Memaksa, Maha Memberkahi, dan Mahatinggi, didalam surah ar-Rahmaan ayat 37, mafhumnya;

"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah menyala seperti (kilauan) minyak ".

Kemudian didalam surah al-Ma'arij ayat 8-9, mafhumnya ;

"Pada hari ketika langit menjadi luluhan perak dan gunung ganang menjadi seperti bulu (berterbangan) ".

Setelah itu para Malaikat turun dari tempatnya dilangit menuju kebumi dengan tetap memuji dan mensucikan Allah. Kehadiran mereka kemuka bumi itu telah juga menakutkan dan juga menciptakan suasana tegang dikalangan makhluk bumi yang telah pun ada di Padang Mahsyar terlebih dahulu. Susuk badan mereka besar-besar dan suara mereka keras menggegar. Sedangkan mereka itu juga pun sedang ketakutan dan juga tak berdaya dihadapan Allah Rabuljalil. Mereka pun menundukkan kepala mereka dihadapan Nya.

Setelah semua Malaikat penghuni lapis langit pertama hinggalah lapis langit ketujuh turun kebumi dan bergabung dengan semua makhluk bumi, selama sepuluh tahun matahari ditambah kepanasannya (kiraan suhu kepanasan berganda 10 kali) dan didekatkan tepat diatas kepala seluruh makhluk. Pada hari itu tiada naungan sama sekali selain naungan Arasy Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Semua makhluk merasa kepanasan luar biasa dan sangat menyeksakan. Riuh rendah suara semua makhluk kerana kepanasan, bersesak-sesak dan berhempit-hempit. Tapak kaki mereka berpijak-pijak. Tekak mereka terasa sangat kering dan haus dahaga.

Mereka semua terkumpul didalam satu kawasan (Padang Mahsyar) dibawah sinar terek matahari yang sangat panas. Tubuh badan mereka berhimpit-himpit sangat rapat hingga tiada sedikitpun celahan. Maka mencucur keluar peluh keringat jatuh kebumi. Mula-mula air peluh setinggi buku lali, lama kelamaan naik setinggi mertabat (maqam) kamu disisi Allah, sama ada dia mendapat keuntungan atau kecelakaan. Ada diantara mereka yang mengalami banjir peluh sehingga perut mereka, ada yang sampai lehir, ada yang sampai paras telinga, ada pula yang sampai paras mata dan ada pula yang sampai kepala sehingga hampir menenggelamkannya ".

Apa yang telah dijelaskan oleh al-Muhasabi diatas tadi, dimana peristiwa terbelahnya langit setelah seluruh makhluk berada di Padang Mahsyar. Kenyataan ini bercanggah dengan apa yang telah saya (Imam al-Qurthubi) sampaikan sebelum ini, bahawa peristiwa langit terbelah berlaku sebelum makhluk berkumpul di Padang Mahsyar. Ini adalah kerana saya mengambil fakta dari dalil ayat al-Qur'an, pendekatan lahiriah dan juga berdasarkan keterangan riwayat hadis marfu dari Abu Hurairah.

Sedangkan apa yang telah dijelaskan oleh al-Muhasabi tadi juga diriwayatkan oleh Ibnul Abbas iaitu "Pada hari kiamat nanti, bumi akan diratakan seperti meratakan kulit yang disamak kemudian luasnya ditambah sekian hingga sekian. Seluruh makhluk berada diatas tanah yang sama, samada manusia atau pun jin. Pada saat itulah langit dicabut dari para penghuninya sehinggakan mereka bertebaran diatas muka bumi. Sedangkan jumlah mereka lebih ramai dari jumlah makhluk dibumi itu sendiri ". Hadis yang lengkap (hadis diatas hanya sebahagian) diriwayatkan oleh Ibnu Mubaraq dalam kitabnya Ar-Raqa'iq dari Auf, dari Abu al-Minhal alias Yassar bin Salamah ar-Rayahi dari Syahr bin Hausyab dan dari Ibnu Abbas.

Selain itu, al-Mubarak meriwayatkan hadis didalam kitabnya bertajuk 'Zawaid az-Zuhdi', hadis ini senada dari Juwaidir dari adh-Dhahhak bahawa ia berkata, "Pada hari kiamat nanti, Allah memerintahkan langit lapis pertama atau langit dunia supaya terbelah. Lalu semua Malaikat yang menjadi penghuninya pun turun kebumi mengelilingi seluruh penghuninya. Perintah yang sama Allah keluarkan kepada langit kedua, lalu para Malaikat pun turun kebumi. Mereka berbaris dibelakangnya. Begitu juga dengan langit ketiga, keempat, kelima, keenam dan seterusnya pada langit ketujuh. Masing-masing penghuninya berbaris secara berkelompok-kelompok. Ketika Allah Yang Mahaluhur, Mahaagung, lagi Mahakuasa turun dari Arasy, Dia melihat disetiap penjuru langit dan bumi yang penuh dengan barisan Malaikat yang sedang berdiri tegak dan rapi tampa boleh ditembusi oleh sesiapa pun. Inilah maksud dari firman Allah ddalam surah ar-Rahman ayat 33 yang mafhumnya;
"Wahai jemaah Jin dan Manusia, jika kamu boleh menembusi (melintas) penjuru langit dan bumi, maka lintaslah. Kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan ".

Diwaktu itu telah tiada kekuasaan sama sekali, kecuali semuanya milik Allah semata-mata. Allah berfirman didalam surah al-Fajr ayat 22, mafhumnya ;

"Dan datanglah Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris ".

Firman Allah lagi didalam surah al-Haaqqah ayat 16, mafhumnya;

"Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. Dan Malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit ".

Pada waktu itulah mereka mendengar suara yang memerintah supaya mereka semua bersiap-sedia untuk dihisab ".

Tetapi, pada pendapat saya (Syeikh Imam Al-Qurthubi), kedua-dua sanad Ibnul Mubarak itu tadi tidak sahih kerana Syahr dan Juwaibir adalah dua orang perawi yang dianggap lemah oleh Imam al-Bukhari, Muslim dan sejumlah ulama ahli hadis lainnya.

Abu Hamid didalam kitabnya 'Kasyfu Ilm al-Akhirat' juga memperkatakan pekara yang sama dari Ibnu Abbas dan adh-Dhahhak, seperti yang telah diperkatakan oleh al-Muhasabi diatas tadi. Ia berkata " Ketika semua makhluk sudah dikumpulkan disatu tempat, Allah Yang Mahaagung memerintahkan kepada Malaikat penghuni langit pertama atau langit dunia untuk menguasi mereka. Masing-masing Malikat tersebut memegang satu orang untuk dipindahkan kebumi kedua yang berwarna putih bersinar seperti perak. Dengan membentuk seperti satu lingkaran, Malaikat penghuni langit lapis pertama tadi berdiri dibelakang seluruh makhluk seluruh alam. Ternyata jumlah mereka lebih ramai, sepuluh kali ganda banyaknya dari jumlah makhluk seluruh alam ini.

Setelah itu Allah memerinahkan Malikat penghuni lapis langit  kedua untuk membuat satu lingkaran, dan jumlah mereka lebih ramai iaitu dua puluh kali ganda. Kemudian Malikat penghuni langit ketiga pula turun dan membuat lingkaran dibelakangnya yang juga jumlahnya lebih ramai iaitu tiga puluh kali ganda. Kemudian Malikat penghuni langit keempat pula turun serta membuat lingkaran dibelakannya dengan jumlah empat puluh kali ganda banyaknya. Kemudian Malikat penghuni langit kelima pula turun dan membuat lingkaran dibelakangnya. Jumlah mereka juga lebih ramai iaitu lima puluh kali ganda. Kemudian Malaikat penghuni langit keenam pula turun dan membuat lingkaran dibelakangnya dengan jumlah yang lebih ramai iaitu enam puluh kali ganda. Maka giliran Malikat penghuni langit ketujuh pula diturunkan dan membuat lingkaran dibelakangnya dengan jumlah yang lebih ramai iaitu tujuh puluh kali ganda.

Pada saat itu semua makhluk menjadi bercampur-adok serta bersesak-sesak bahkan menjadi berlapis-lapis. Mereka tenggelam didalam banjir peluh masing-masing, ada  yang sampai paras dagu, ada yang sampai paras dada, ada yang sampai paras pinggang, ada yag sampai paras lutut, ada yang sampai paras tapak kaki, ada yang hanya basah sedikit seperti orang yang sedang duduk ditepi tempat mandi, bahkan ada pula yang hanya terkena sedikit percikkan ketika ia sudah meminum air. Bagaimanakah mereka semua tidak merasa gelisah dan berpeluh, sedangkan matahari berada tepat diatas kepala mereka setinggi satu jangkauan tangan saja, kemudian kepanasan matahari itu pula dinaikkan kepada tujuh kali ganda ? ".
Seorang ulama salaf berkata, " Seandainya pada hari kiamat itu matahari terbit menyinari bumi seperti biasa saja, ia sudah boleh membakar bumi, mampu mencairkan batu-batu keras yang besar dan mengeringkan air sungai-sungai. Semantara seluruh makhluk berdiri secara bergelombang diatas bumi berwarna putih yang telah diganti. Di Padang yang bernama Mahsyar itu, seperti yang telah diterangkan didalam hadis Mu'adz diatas tadi, keadaan manusia bermacam-macam. Para penguasa yang sombong semasa didunia berubah menjadi kecil seperti semut yang terlalu hina. Tetapi ada pula manusia yang sedang menikmati air minuman yang sejuk, segar dan bening. Kerana pada saat itu ada anak-anaknya yang berlari sekeliling mencari ayah-ayah mereka dengan membawa gelas mengandungi air dari Syurga ".

Kemudian diceritakan pula oleh ulama salaf yang lain, " Ketika sedang tidur aku bermimpi melihat kiamat telah sampai. Tiba-tiba aku merasa sudah berada di tengah Padang Mahsyar dalam keadaan yang sangat kehausan. Aku melihat beberapa anak kecil sedang memberi minuman kepada orang-orang disekeliling ku. Aku panggil mereka untuk meminta minuman barang seteguk pun. Tetapi, salah seorang dari mereka bertanya kepadaku, 'Apakah anak tuan ada diantara kami ?'. Aku menjawab, 'Tidak'. Lalu dia berkata, ' Kalau begitu, aku tidak mahu memberi tuan minum'. Itulah pentingnya orang bernikah dan mempunyai anak yang soleh yang akan memberinya minuman diwaktu sangat genting itu ".

Di Padang Mahsyar kelak, ada pula manusia yang kepalanya dinaungi awan sehingga terlindung dari panas matahari. Naungan awan itu adalah jelmaan dari sedekah yang selalu mereka lakukan dengan tulus ikhlas kerana Allah sewaktu didunia dahulu. Mereka akan dinaungi awan itu selama seribu tahun sehinggalah kedengaran tiupan Sangkakala yang mampu membuat hati menjadi berdebar kencang dan juga mampu membuat mata tunduk kerana terlalu mengerikan. Orang-orang kafir ingat bahawa itu adalah azab tambahan yang dikenakan keatas mereka. Tiba-tiba muncul Arasy yang dipikul oleh lapan Malaikat berbadan tegap dan besar dan diiringi oleh kumpulan Malaikat sambil bertasbih dengan suaranya yang gemuruh. Kemudian mereka meletakkan Arasy itu diatas bumi yang berwarna putih yang dicipta oleh Allah khusus untuk tujuan ini. Ketika semua manusia termasuklah Rasul- rasul, Nabi-nabi, Wali-wali, para Syuhada, para Ambia, para Ulama, merasa takut dengan azab Allah, tiba-tiba muncul satu cahaya yang dapat mengatasi sinar matahari yang sangat panas itu.

Mereka terus bersesak-sesak selama seribu tahun, tampa diajak berkata-kata oleh Allah SWT. walau sepatah pun. Diwaktu itulah ada sebahagian manusia mendatangi Nabi Adam as. untuk meminta syafaat. Mereka berkata, ' Wahai Adam, engaku adalah bapa manusia. Tolonglah, sekarang kami didalam kesusahan. Engkau adalah manusia pertama yang dicipta oleh Allah dengan tanganNya sendiri, para Malaikat pun diperintah Allah untuk sujud dihadapanmu dan Dia meniupkan roh Nya didalam dirimu. Tolonglah mohonkan syafaat daripada Tuhanmu untuk kami semua. Kemudian Nabi Adam as mengatakan bahawa dia tidak mampu mendapatkan syafaat itu. Kemudian mereka mendatangi satu persatu Rasul-rasul dan Nabi-nabi untuk memohon supaya mendapatkan syafaat yang juga memakan masa selama hampir seribu tahun lamanya. Akhirnya tibalah masanya mereka sampai dihadapan Nabi Muhammad saw, seorang Rasul lagi Nabi pembawa rahmat yang boleh memberi shafaat ".

Cerita serupa juga diperkatakan oleh al-Faqih Abu Bakar bin Barjan didalam kitabnya bertajuk 'Al-Irsyad'. Ia berkata, "Pada saat itu, Allah mengumpulkan seluruh makhluk mula dari yang pertama ujud hinggalah yang terakhir ujud didunia, disatu tempat. Matahari sudah digulung. Bintang-bintang berjatuhan dan langit tergoncang kuat diatas kepala mereka. Tidak lama kemudian langit itu pecah dan berubah menjadi warna merah menyala seperti kilauan minyak, kemudian ia dimusnahkan. Pada waktu itulah turunnya para Malaikat. Sementara seluruh makhluk tetap tegak berdiri selama empat puluh tahun hingga ke tiga ratus tahun dalam kegelapan yang mencengkam dalam keadaan telanjang.

Mereka merasa sangat haus dahaga yang belum pernah mereka alami sama sekali. Tidak ada yang diberi minum pada saat itu kecuali orang yang pernah memberi minum kepada orang lain dengan nama Allah. Tidak ada orang yang diberi makan kecuali mereka yang pernah memberi makan kepada orang lain dengan nama Allah. Tidak ada yang diberi pakaian kecuali kepada mereka yang pernah memberi pakaian kepada orang lain dengan nama Allah. Dan tidak ada yang diberi kepercayaan kecuali kepada mereka yang sentiasa bertawakal kepada Allah dalam hidupnya. Pekara ini bersesuaian dengan firman Allah didalam surahal-Insan ayat 7-11, yang mafhumnya ;

"Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata dimana-mana. Mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, Kami tidak menghendaki balasan  dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari (yang dihari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka, Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu ".

Berkenaan rasa dahaga, telanjang dan huru-hara hari kiamat akan dibincangkan lagi kemudian nanti, insyaallah.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, dari Abu Mu'awiyah, dari Ashim, dari Abu Utsman, dari Salman bahawa ia berkata " Pada hari kiamat nanti, matahari akan memberi udara panas selama sepuluh tahun. Kemudian ia akan didekatkan diatas ubun-ubun manusia. Akibatnya, mereka mengeluarkan peluh yang jatuh kebumi dan menjadikan banjir peluh separas badan mereka, kemudian naik lagi hingga keparas kepala dan ada yang hampir tenggelam terus. Pada waktu itulah ada yang berkata kepada yang lain, 'Apakah kamu semua tidak melihat bahaya yang sedang mengancam kamu ?. Pergi temui Nabi Adam as untuk memohon syafaat kepada Allah untuk kamu semua ".

Hadis yang serupa juga dirawayatkan oleh Ibnul Mubarak dari Sulaiman al-Taimi dari Abu Utsman an-Nahdi dari Salman bahawa ia berkata, " Pada hari kiamat nanti, matahari akan didekatkan kepada manusia sejarak dua hujung busar anak panah (kira-kira satu kilometer) diatas kepala mereka. ia akan memencarkan cahaya panas selama sepuluh tahun, dan pada waktu itu semua didalam keadaan terlanjang bulat. Tetapi aurat orang-orang beriman baik lelaki mahupun wanita tetap terlindung dan dari kepanasan matahari. Sedangkan kepada orang-orang kafir mereka diseksa kepanasan hingga perut mereka mendidih ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Sulaim bin Amir dari al-Miqdad ibnu Aswad bahawa ia pernah mendengar Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat kelak, matahari akan didekatkan kepada manusia hingga jaraknya dari mereka kira-kira sejauh satu mil. Berkenaan bincana banjir peluh, manusia tergolong pada amalnya. Diantara mereka ada yang peluhnya hanya sampai buku lali kakinya saja, ada yang setinggi lutut, ada yang setinggi pinggang, dan ada yang sampai mulutnya seperti dipenuhi peluh ". Ketika Nabi mengucapkan perkataan terakhir tadi, baginda sambil menunjuk kemulut baginda sendiri. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Tirmidzi dengan sedikit penambahan.."Peluh itu digunakan untuk celakan, lalu dilelehkan oleh matahari ".

Memberi komen tentang hadis tersebut, Sulaim bin Amir berkata "Sungguh saya tidak tahu, maksud Nabi dengan perkataan mil itu. Samaada ia bermaksud mil sebagai ukuran jarak jauh, ataupun mil pensil yang digunakan orang untuk bercelak pada kening".

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dari Malik bin Maghul, dari Ubaidillah ibnu Izar bahawa ia berkata," Pada hari kiamat nanti, langkah kaki manusia itu seperti memanah diatas tanduk. Orang yang beruntung ialah yang dapat tempat berpijak untuk tapak kakinya. Sesungguhnya matahari akan didekatkan diatas kepala mereka sehingga jaraknya hanya satu atau dua mil sahaja. Kemudian suhu panasnya ditambah lebih dari enam puluh kali ganda. Pada tempat timbangan (hisab) amal terdapat Malaikat yang menunggu. Ketika seorang hamba selesai ditimbang amalnya, Malaikat itu menyeru,'Ketahuilah, sesungguhnya neraca timbangan amal kebajikan si fulan bin si fulan lebih berat. Sungguh dia mendapat kebahagiaan dan selama-lamanya dia tidak akan celaka. Dan ketahuilah, sesungguhnya neraca timbangan amal kebajikan si fulan bin si fulan lebih ringan. Sungguh dia mendapat celaka dan selama-lamanya dia tidak akan bahagia ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya pada hari kiamat nanti, peluh akan membanjiri bumi setinggi tujuh puluh depa dan ia boleh mencapai setinggi mulut serta telinga manusia ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Tirmidizi dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw bersabda, "Yang dimaksudkan dengan ayat hari ketika manusia berdiri mengadap Tuhan seru sekelian alam ialah hari ketika salah seorang dari mereka berdiri dengan ketinggian banjir peluhnya sehingga separuh telinganya ".

Diriwayatkan oleh Hannad ibnus Sari dari Muhammad bin Fudhail, dari Dharar bin Marrah, dari Abdullah ibnul Maktab, dari Abdullah bin Umar bahawa seorang lelaki berkata kepadanya, "Wahai Abu Abdulrahman, sesungguhnya penduduk Madinah ini sangat jujur semasa menimbang". Abdullah berkata, "Tiada alasan bagi mereka untuk tidak berlaku jujur semasa menimbang, kerana Allah telah berfirman, 'Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang...sehingga ayat... (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri mengadap Tuhan semasta alam'. Sesungguhnya ketinggian banjir peluh boleh menyampai separuh telinga kerana huru-hara dan kebesaran yang terjadi dihari kiamat ".

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan al-Wa'ili dari Ibnu Wahab dari Adbulrahman bin Maisarah dari Ibnu Hani dari Abu Abdulrahman al-Haili dari Abdullah bin Umar bahawa ia berkata, " Setelah mambaca ayat, 'Pada hari ketika manusia berdiri mengadap Tuhan seru seklian alam'. Rasulullah bersabda, "Bagaimana dengan nasib kamu semua nanti ketika Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung mengumpulkan kamu seperti Dia mengumpulkan anak-anak panah didalam tabungnya selama lima ratus tahun dan Dia tidak berkenan memandang kamu pun ? ".

Imam Muslim juga mengamukakan beberapa buah hadis yang diriwayatkan pleh Ibnul Mubarak dari Ibnu Wahab, dari Abu Hani, dari al-Haili, dari al-Auza'i, dari Bilal bin Sa'id bahawa ia berkata," Sesungguhnya pada hari kiamat nanti, manusia akan mengalami kebingungan. Itulah maksud firman Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung, "Pada hari itu manusia akan berkata, 'kemana tempat lari ?'. Juga firmanNya, 'Dan (alangkah hebatnya) jika kamu melihat ketika mereka (orang-orang kafir) terperanjat ketakutan ".

Disebutkan oleh Abul Faraj Ibnul Jauzi sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Jibril menakut-nakutkan aku tentang hari kiamat sehingga ia membuat aku menangis. Aku bertanya 'Wahai Jibril, bukankah Allah telah berjanji mengampunkan dosa-dosa ku yang lalu dan yang akan datang ?. Jibril menjawab, 'Wahai Muhammad !, Setelah melihat huru-hara hari kiamat, kamu akan melupakan keampunan tersebut".

 Fakta: 

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), riwayat Ibnul Mubarak dari Salman yang mengatakan bahawa suhu kepanasan matahari yang sudah diturunkan demikian dekat dan tidak merbahaya kepada orang-orang beriman lelaki mahupun perampuan, iaitu bukan sembarangan orang beriman. Ia merujuk kepada orang-orang yang telah sempurna keimanannya atau pun mereka termasuk didalam golongan salah seorang yang mendapat naungan Arasy Tuhan Yang Maha Pemurah, seperti yang telah disebut didalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, " Ada tujuh orang yang akan diberikan naungan oleh Allah dalam naungan Nya pada hari ketika tidak ada naungan sama sekali...". Hadis ini akan diulas lebih lanjut dibab yang akan datang, insyaallah.

Demikian juga dengan riwayat yang mengatakan bahawa seseorang akan diberi naungan oleh amal sedakah dan amal-amal soleh yang lain, yang pernah dilakukannya. Semua itu termasuklah didalam naungan Arasy.., Wallahua'lam.

Adapun selain dari tujuh golongan yang diberi naungan Arasy Allah itu, keadaan mereka bermacam-macam seperti yang telah disebutkan didalam riwayat Muslim yang disampaikan oleh Ibnul Arabi sebelum ini. "Setiap orang dari mereka berdiri bersama peluh dengan ketinggiannya yang tidak sama dari segenap sisi. Dari sebelah kanan misalnya setinggi mata kaki, dari sebelah kiri setinggi lutut dari sebelah depan setinggi pinggang dan dari sisi sebalah belakang setinggi punggung ".

Al-Faqih Abu bakar bin Barjan didalam kitabnya bertajuk 'Al-Irsyad' mengatakan, "Memang seperti itulah yang terjadi. Seluruh manusia berada disebuah tempat. Keadaan mereka sama. Tetapi, ada seseorang atau sebahagian dari mereka yang minum air dari telaganya, semantara yang lain tidak boleh. Ada yang berjalan didalam kegelapan dan bersesak-sesak dengan diterangi cahaya dihadapannya., dan ada juga yang berjalan menongkah arus banjir peluhnya itu sehingga hampir menengelamkannya. Semua itu adalah sebagai balasan amalnya semasa didunia. Ada juga diantara mereka yang hanya berada dibawah naungan Arasy itu saja ".

Itulah perumpamaan yang berlaku didunia antara orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Didunia, orang-orang mukmin berjalan ditengah-tengah manusia banyak dengan membawa cahaya keimanan. Sedangkan orang-orang kafir berjalan ditengah-tengah mereka dalam kegelapan kekafirannya. Orang mukmin sentiasa mendapat penjagaan dan perlindungan Allah. Semantara orang-orang kafir atau orang durhaka dibiarkan Nya tampa perlindungan. Orang Mukmin Ahli Sunah Wal Jemaah akan setia pada sunah Rasulullah saw., berjalan dalam garis-garis petunjuk Allah dan mengikuti jejak yang benar. Semantara mereka yang menjadi ahli bida'ah dan sesat akan berjalan didalam kesesatan hingga dia tidak tahu kemanakah arah harus dituju ".

Abu Hamid mengatakan, "Ketahuilah, tidak sama peluh yang keluar kerana jerih payah usha pada jalan Allah, contohnya seperti pergi menunaikan Haji diMekah, berjihad, berpuasa, solat malam, pergi memberi bantuan kepada orang-orang muslim sebagainya dimana-mana, menanggung beban amal makruf nahi mungkar dan  sebagainya. Tetapi ada juga peluh yang jatuh kerana perasaan malu dan takut akan azab hari kiamat, disebabkan ianya dirasakan terlalu lama terbiar didalam kesusahan dan kepedihan. Sebagai seorang manusia yang bijak dan pandai, ia akan tahu bahawa jerih-payah yang ditanggung atas kesusahan-susahan dunia ini jauh lebih ringan dan semantara waktu saja, jika hendak dibandingkan dengan kesusahan dan penantian yang berlaku dihari kiamat kelak. Sesungguhnya hari kiamat adalah hari yang sangat besar dan panjang ".

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Hazim bahawa ia berkata, "Hanya dengan seruan Malaikat dari langit kepada penduduk bumi, 'Sesiapa diantara kamu yang akan masuk Neraka ?'. Mereka sudah merasa ketakutan yang luar biasa dengan huruhara dan azab yang terjadi dihari itu ".





BAB 22 - PENYALAMAT DARI HURUHARA DAN KESUSAHAN - KESUSAHAN DIHARI KIAMAT :




Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah bersabda, " Barang siapa yang menolong seorang muslim atas salah satu kesusahan diantara kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan menolong dari salah satu kesusahannya diantara kesulitan-kesulitan pada hari kiamat....".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim dalam kitabnya 'Nawaddir al-Ushul', dari ayahnya, dari Abdullah bin Nafi', dari Abu Fudaik, dari Abdulrahman bin Abu Abdullah, dari Sa'id ibnul Musayyib, dari Abdulrahman bin Samurah bahawa ia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah menemui dan bergabung dengan kami yang sedang berada di Masjid Madinah. Baginda bersabda, "Semalam aku bermimpi sangat menarik sekali. Aku bermimpi melihat salah seorang dari umatku didatangi oleh Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya. Lalu muncul amal kebaktiannya kepada kedua orang tuanya yang kemudian menghalau malaikat Maut tersebut. Aku melihat salah seorang umatku telah siap sedia hendak menerima azab kubur. Lalu datang amal ibadah wuduknya yang kemudian menyelamatkannya dari seksaan kubur itu. Aku melihat salah seorang dari umatku dikepong oleh syaitan-syaitan. lalu muncul amalan zikirnya kepada Allah yang kemudian melepaskannya dari kepongan tersebut. Aku melihat salah seorang dari umatku telah dikepong oleh Malaikat Akhzab. lalu muncul amal ibadah solatnya yang kemudian menyelamatkannya dari tangan mereka.

Kemudian aku melihat salah seorang dari umatku yang hanya mampu menjelirkan lidahnya kerana haus dahaga ketika amal ibadah pua ia melalui sebuah telaga yang dilarang baginya. Lalu muncullah amal ibadah puasanya yang kemudian memberinya minuman sehingga ia merasa segar semula. Aku melihat salah seorang umatku ditolak masuk kekumpulan para Nabi-nabi yang sedang duduk melingkar dan berbaris rapi. Lalu muncullah amal ibadah mandi junubnya yang kemudian memimpin tangannya dan menyuruhnya duduk disebelah ku. Aku melihat salah seorang dari umatku yang kebinggungan dikeliling oleh kegelapan dari semua arah. Lalu muncullah amal ibadah haji dan umrahnya yang kemudian mengeluarkannya dari kegelapan. dan memasukkannya dalam cahaya terang.

 Setelah itu aku melihat salah seorang dari umatku yang sedang mengajak berbual-bicara dengan orang-orang mukmin dan mereka tidak mahu melayannya. Lalu muncullah amal ibadah silaturahimnya lalu berkata, 'Wahai golongan orang-orang mukmin, berbual-bicaralah kamu dengannya'. Lalu mereka pun berbual-bicara dengannya. Kemudian aku melihat seorang dari umatku yang sedang takut dengan orang-orang jahat yang melindungi mukanya dengan tangan dari ditampar mereka. Lalu muncullah amal ibadah sedakahnya yang menjadi pelindung kepada muka dan kepalanya. Aku melihat salah seorang dari umatku sedang dikepong oleh Malaikat Zabaniyah dari seluruh tempat. Lalu muncullah amal ibadah amar makruf nahi mungkar yang menyelamatkannya dari tangan  mereka dan memasukkannya pula dengan kumpulan Malaikat Rahmat. Aku melihat salah seorang dari umatku yang sedang berteleku lututnya dihadapan Allah namun ada halangan diantaranya. Lalu muncullah akhlaknya yang baik yang kemudian meminpinnya mendekati kehadrat Allah SWT.

Kemudian aku melihat salah seorang dari umatku yang sedang membongkok untuk mengambil buku catitan amalnya dengan tangan kiri. Lalu muncullah ibadah rasa takut kepada Allah yang kemudian membantunya mengambilnya dan menyuruh untuk mengambil dengan tangan kanannya. Aku melihat seorang dari umatku yang neraca timbangan amal kebaikannya lebih ringan daripada amal keburukan. Lalu muncullah pahala-pahala amal kebajikannya dimasa lalu yang memberatkan neraca timbangannya itu. Aku melihat salah seorang dari umatku yhang sedang berdiri ditepi Neraka Jahanam. Lalu muncullah air matanya yang pernah keluar kerana takut kepada Allah sewaktu didunia yang kemudian mengeluarkannya dari tempat itu.

Selanjutnya aku melihat ada salah seorang dari umatku yang berdiri di Jembatan Sirat diatas Neraka yang sedang mengigil tubuh-badannya (kerana amat takut). Lalu muncullah amal ibadah iaitu berbaik sangka kepada Allah yang kemudian menolong mententeramkannya menyeberangi Jembatan Sirat itu. Aku melihat salah seorang dari umatku yang sedang berjalan diatas Jembatan Neraka dengan merayap, kadang kala  ia merangkak, kadang kala ia melutut, kadang kala baring dengan mengesut-ngesut pelahan-lahan. Lalu datanglah amal ibadah membaca selawat keatasku yang kemudian memegang tangannya dan membantunya berdiri sehinggalah ia berjaya melepasi Jembatan Neraka itu. Dan aku melihat salah seorang dari umatku sedang berhenti dihadapan pintu Syurga yang terkunci rapat. Lalu muncullah amal ibadah mengucap dua kalimah shadatai, penyaksiannya bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang kemudian membuka kunci pintu Syurga itu untuk dia masuk kedalam Syurga itu dengan aman dan damai ".

Pada pendapat saya (Syikh Imam al-Qurthubi), hadis diatas tadi merupakan sebuah hadis yang sangat penting kerana menjadi petunjuk kepada amal-amal kebajikan khusus untuk menjadi penyelamat daripada huruhara hari kiamat.

Pendapat atok :

Inilah hadis Nabi yang menjadi salah satu lagi dalil kepada pemegang mazhab dari ahli sunnah wal jemaah yang sentiasa akan benar baik didunia mahupun diakhrat nanti. Perhatikan pula kepada dua pekara yang akhir dari amal ibadah kaum muslimin iaitu membaca selawat keatas Nabi saw dan juga mengucap dua kalimah shadatai yang sangat perlu diamalkan. Disetiap hari Jumaat pasti ada saranan untuk berselawat keatas Nabi saw . Begitu juga didalam al-Qur'an kerana ia menjadi penyelamat semasa meniti Jembatan Sirat Neraka. Kemudian amalan yang terakhir dari hadis sahih Rasulullah saw inilah yang menjadi salah satu dalil kepada Pertubuhan ABJAD yang mengutamakan mengambil talqin atau shadatai dari tangan ke tangan ulama pewaris hinggalah menyampai ketanggan Rasulullah itu sendiri. Diwaktu inilah kegunaan terakhir daripada dua anak kunci pintu Syurga iaitu dua kalimah shadatai yang wajib ada bagi sesiapa daripada kaum muslimin dan muslimah untuk memasuki Taman Larangan (Syurga Allah) ini. Tampanya tidak akan dibuka pintu ini bagi mereka itu walaupun sehebat mana sekalipun amal Ibadah yang dilakukannya sewaktu didunia dahulu. Jadi kita (ahli ABJAD) telah pun memegang anak kunci pintu ini, selanjutnya berkerja keras membuat amal ibadah yang lainnya supaya semakin mantap untuk diri kamu mahu pun keluarga kamu. Kepada yang lain pula atok sarankan cepatlah mengambil talqin shadatai dari tangan al- Alamah Ustaz hj. Ahmad Che Din atau dari wakil-wakilnya disetiap tempat. "Gerak alamat Hidup, Diam alamat Mati" . Waallahua'lam...

.............................................................................

Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda, "Seseorang diantara kamu sedang dihisab dan tidak ditemukan amal kebajikannya sedikit pun, selain iaitu semasa didunia dulu dia biasa membantu orang didalam perniagaan semasa dia kaya. Dia selalu menyuruh pekerja-pekerjanya pergi membantu mereka yang sedang didalam kesusanan akibat hutang atau membebaskan mereka-mereka yang sedang didalam kesusahan yang lain. Lalu Allah Yang Mahamulia Lagi Mahaagung berfirman ' Aku lebih berhak dari kamu atas apa yang telah kamu kerjakan dahulu. Aku ampunkanlah hamba Ku ini' ".

Bersumber dari Hudzaifah dari Nabi saw bahawa sesungguhnya ada seseorang yang meninggal dunia kemudian terus masuk Syurga. Ia disoal oleh Allah, "Amalan baik apakah yang telah kamu lakukan ? ". Setelah memberi beberapa penjelasan maka ia menjawab, " Aku adalah peniaga. Aku selalu memberi tangguh bayaran kepada orang-orang yang didalam kesusahan. Aku berdeplomasi atau berlebihkurang didalam soal bayaran samaada didalam bentuk dinar atau dirham (tunai) dan emas atau perak (sistem butter- iaini bayaran itu ditukar kepada bentuk-bentuk lain seperti konterk kerja dll) ". Atas jawapannya itu maka dia diampunkan Allah. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari beberapa jalur sanad dan hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Qatadah bahawa, pada satu hari dia sedang mencari orang yang punya hutang kepadanya tetapi selalu menyembunyikan dirinya. Apabila saja bertemu lalu dituntutnya hutang tersebut. Setelah diberi penjelasan yang dia telah jatuh bingkrap dan dia berpuas hati lalu ia membebaskan hutang orang itu. Ia berkata, "Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang ingin diselamatkan Allah dari kesulitan-kesulitan hari kiamat, hendaklah ia menolong orang yang susah atau merelakan tanggungannya ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abul Yasar alias Ka'ab bin Amr bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Barang siapa memberi tangguh waktu kepada orang yang sedang dalam kesusahan atau membebaskan saja tanggungannya itu, nescaya Allah akan menaunginya dalam naungan Nya ". Anas bin Malik mengatakan, "Barangsiapa memberi tangguh waktu kepada orang yang berhutang, maka setiap hari disisi Allah nilainya sama seperti sebesar Gunung Uhud sepanjang tidak dituntutinya ".

Diriwayatkan oleh beberapa Imam hadis dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda, "Ada tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah didalam Naungi Nya. Mereka itu, Seorang Imam (pemimpin) yang adil, Seorang pemuda yang hidup membesar dalam berabadah kepada Allah, Seseorang yang hatinya hanya bergantung pada masjid, Dua orang yang saling bercinta kerana Allah baik semasa berkumpul mahupun semasa berpisah, Seseorang pemuda yang diajak berzina oleh perampuan kaya, terhormat dan cantik namun dia menolak dan menjawab 'Aku takut pada Allah' , Seseorang yang bersedekah dengan diam-diam sehingga apa yang diberikan oleh tangan kanan tidak diketahui oleh tangan kiri dan seseorang yang ingat kepada Allah dalam kesunyaian sambil menangis ".

Diriwayatkan oleh Abu Hadiyah alias Ibrahim bin Hadiyah (perawi yang selalu berdusta), dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah telah bersabda, " Barang siapa yang membuat  kenyang orang yang sedang lapar atau memberi pakaian orang yang telanjang, atau memberi tempat berteduh kepada orang yang sedang dalam perjalanan, nescaya Allah akan melindunginya dari huruhara dihari kiamat '.

 Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dari Sulaiman bin Ahmad, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang memberi makanan sesuap saja kepada saudaranya, nescaya Allah akan melindunginya daripada pahitnya berada di Padang Mahsyar, dihari kiamat ".

Berikut adalah petikan beberpa buah firman Allah didalam al-Qur'an yang menyentuh riwayat-riwayat hadis diatas tadi.  Iaitu seperti berikut :

Didalam surah al-Insaan ayat 7-11, mafhumnya ;

" Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata dimana-mana. Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari (dihari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesusahan. Maka, Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu ".

Firman Allah didalam surah al-Kahfi ayat 30, mafhumnya ;

"Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik ".

Firman Allah didalam surah al-Maa 'idah ayat 69, mafhumnya;

"Maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati ".

Diriwayatkan oleh al-Hafizh  Abu Nu'aim dari Sulaiman bin Ahmad, dari Ahmad bin Yahya bin Khalid, dari Muhammad bin Salam, dari Yahya bin Bukair, dari Malik, dari Muhammad bin Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya diantara sekian banyak dosa itu ada dosa yang tidak dapat dilebur dengan solat, puasa, haji dan umrah ". lalu aku bertanya, "Lalu apa yang dapat meleburkannya, ya Rasulullah ?". Baginda menjawab " Bersungguh- sungguh dalam mencari penghidupan ".



BAB 23 -  SYAFAAT UMUM MILIK NABI MUHAMMAD SAW. KEPADA SEMUA MAKHLUK DI PADANG MAHSYAR.
 

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Dibawa oleh seseorang kepada Rasulullah masakan daging kesukaan baginda. Lalu baginda memakannya. Sesudah makan baginda bersabda, " Aku adalah pemimpin umat manusia dihari kiamat. Tahukah kamu apa yang menyebabkan demikian ?. Allah mengumpulkan semua umat sejak yang pertama hinggalah yang terakhir didalam satu lapangan ?. Disana diperdengarkan kepada mereka teriakan orang memanggil-manggil, segala pandangan tertumpu kepada mereka. Matahari tersangat dekat dengan mereka, sedangkan mereka merasa keluh kesah kerana tidak sanggup menanggung derita.

Mereka berkata sesama mereka, Tidakkah kamu fikirkan derita yang kamu alami, mengapa tidak kamu mencari orang yang dapat membelamu dihadapan Tuhanmu ?". Berkata yang lain " Datanglah kepada Adam ". Mereka pergi kepada Adam, lalu kata mereka, "Wahai Adam, kau adalah bapa manusia yang diciptakan oleh Allah dengan tanganNya sendiri, Kemudian ditiupkan Roh Nya kedalam tubuhmu dan diperintahkanNya semua Malaikat  supaya sujud kepadamu, lalu mereka semua sujud. Maka sekarang belalah kami semua dihadapan Tuhanmu. Bukankah kau telah menyaksikan bagaimana pedihnya penderitaan yang kami semua tanggung ketika ini. Nabi Adam as menjawab " Sesungguhnya pada hari ini Tuhan tersangat murka terhadapku yang belum pernah ku alami sebelum ini dan sesudahnya. Tuhan melarang aku mendekati sebatang pohon, tetapi aku mendurhaki Nya. Wahai manusia semua, aku telah bersalah !. Kamu pergilah bertemu dengan Nuh ".

Lalu mereka semua pergilah mengadap Nabi Nuh as. Meraka berkata, "Wahai Nuh, kamulah Rasul yang pertama sekali diatas muka bumi ini. Allah memberi gelaran kepada kamu dengan nama 'Abdan Sykuran' (hamba yang bersyukur). Sekarang belalah kami semua dihadaapan Tuhanmu. Bukankah kamu telah melihat bagaimana pedihnya seksaan yang kami tanggung sekarang ? ". Nabi Nuh lalu menjawab, " Sesungguhnya Tuhanku tersangat murka kepada ku dihari ini. Tidak pernah Tuhan murka sebegini hebat sebelum dan selepas ini. Aku diberi mengabaikan amanah menuntut umatku (kedalam agama Allah). Aku tak berdaya dan memohon doa supaya mereka dihapuskan saja. Oleh kerana itu kamu pergilah bertemu dengan Ibrahim ".

Lalu mereka pergi dan bertemu dengan Nabi Ibrahim as, dan berkata "Wahai Ibrahim, Kamu adalah Nabiyuallah wa Khalilullah (Nabi Allah dan Kekasih Allah) dari seluruh penduduk bumi. Oleh itu belalah kami semua dihadapan Tuhanmu. Bukankah kamu melihat bagaimana pedihnya seksaan yang  kami tanggun disaat ini ? ". Nabi Ibrahim as pun menjawab, " Sesungguhnya Tuhanku tersangat murka terhadap ku pada hari ini. Tuhanku tidak murka sebegini hebat sebelum dan selepas ini ". Maka baginda menyebut beberapa pembohongan yang telah dilakukannya. Sesudah itu dia berkata "Kamu pergilah bertemu dengan Musa, mungkin dia dapat membantu ".

Kemudian mereka bertemu dengan Nabi Musa as dan berkata, "Wahai Musa, Kamu adalah Rasulullah dan Kalamuallah (Rasul Allah dan boleh berkata-kata dengan Allah). Belalah kami semua dihadapan Tuhanmu. Bukankah kamu dapat melihat bagaimana pedihnya seksaan yang kami tanggung ini yang sudah sampai kemuncaknya. Lalu Nabi Musa as pun menjawab, "Sesungguhnya Tuhan sedang amat murka hari ini. Tidak pernah Dia murka sebigini rupa sebelum dan selepasnya. Aku pernah membunuh jiwa yang tidak diperintahkan untuk membunuhnya. Sungguh malang nasib ku, maka pergilah kamu bertemu dengan Isa ".

Mereka pun pergi bertemu dengan Nabi Isa as. lalu berkata,"Wahai Isa, kamu adalah Rasulallah dan Rohuallah (Rasul Allah dan Roh yang dari Allah), kamu boleh berkata-kata semenjak kamu dalam buaian lagi. Sekarang kamu belalah kami semua dihadapan Tuhanmu ". Nabi Isa as pun menjawab, "Tuhanku sedang amat murka dihari ini. Tidak pernah Dia murka sebegini rupa sebelum dan selepasnya ". Tetapi dia tidak menyebut akan kesalahannya pada Allah. Dia menyambung "Kamu pergilah bertemu dengan Muhammad ".

Lantas mereka pun hadir kepadaku, lalu berkata, " Wahai Muhammad, kamu adalah Rasul Allah dan penutup segala Nabi. Allah telah mengampunkan dosa-dosamu sebelum dan selepasnya. Maka belalah kami dihadapan Tuhanmu sekarang. Bukankah telah kamu lihat akan penderitaan kami telah sampai kekemuncaknya?". Mendengar akan permintaan itu, maka aku pergi hingga sampai dibawah Arasy. Disana aku sujud kepada Tuhanku, lalu Allah membukakan hijab kepadaku serta memberi ilham kepadaku kalimah-kalimah pujian dan sanjungan yang indah-indah kepada Nya. Kalimah-kalimah itu belum pernah  diajarkan kepada sesiapa jua pun sebelumku. Kemudian Allah berfirman, "Ya Muhammad, Angkatlah kepalamu ! Mintalah ! Permintaan mu akan Ku kabulkan, Belalah ! Pembelaanmu akan Ku terima. Lalu ku angkat kepala ku seraya berkata, "Wahai Tuhanku ! Umatku ! Umatku ! " Lalu difirmankan kepada ku, "Ya Muhammad, Masukkanlah umatmu kedalam Syurga tampa perlu dihisab lagi (diadili) melalui pintu-pintu sebelah kanan, sedangkan yang lain secara bersama-sama dari pintu-pintu yang lain.". Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada didalam genggaman Nya, sesungguhnya jarak antara dua daun pintu dari pintu-pintu Syurga itu adalah kira-kira sejauh Mekah dan Hajar atau antara Mekah dan Bashra ". Didalam riwayat Bukhari disebut kalimah berbunyi "....antara Mekah dan Himyar ". (dari Mekah ke Damsyik).


Fakta :

Syafaat umum yang khusus dimiliki oleh Nabi Muhammad saw sahaja daripada seluruh Nabi-nabi yang lain. Inilah maksud sabda baginda didalam sebuah riwayat oleh Bukhari dan Muslim serta Imam-imam lainnya Iaitu, "Setiap Nabi itu memiliki doa yang khusus. Dan setiap Nabi ingin menyengerakan doanya. Sedangkan aku menyembunyikan doaku sebagai syafaat bagi umatku ". Syafaat umum bagi semua makhluk yang berada di Padang Mahsyar ini, selain untuk mempercepat proses dihisab juga untuk menenangkan mereka dari keperitan huruhara kiamat. Dan ini hanya khusus bagi Nabi Muhammad saw. saja.

Ungkapan Nabi saw, "Ya Tuhanku, Umatku, umatku !" adalah merupakan satu ungkapan yang menunjukkan bahawa Baginda sangat-sangat mencintai serta menyayangi umatnya dan sangat mengambil perihatian terhadap mereka. Kemudian firman Allah, "Wahai Muhammad !, Aku memasukkan syurga dari umatmu tampa hisab sama sekali ". Menunjukkan bahawa Allah telah meluluskan permohonan syafaat baginda untuk mempercepatkan proses dihisab untuk umatnya dan seluruh umat-umat yang lain juga. Pekara ini memperkukuhkan lagi Maqam terpuju baginda dimata-mata mereka, yang dijanjikan Allah kepada baginda sahaja. Oleh sebab itulah mengapa semua Nabi-nabi itu menolak dengan alasan masing-masing ketika diminta untuk memberi syafaat. Semantara sampai giliran baginda, dengan mudah baginda menjawab, "Baiklah, aku akan memberikan syafaat".

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Qatadah, dari Anas bahawa Nabi saw. bersabda, "Pada hari kiamat kelak, mereka sangat memerlukan syafaat. Mereka berkata ' Mari kita memohon syafaat dari Tuhan kita sekiranya Dia boleh memberi keamanan dari kesangsaraan ini', Lalu mereka pergi bertemu dengan Adam....".

Disebut oleh Abu Hamid didalam kitabnya 'Kasyfu Ilm al-Akhirat', "Sesungguhnya keadaan manusia di Padang Mahsyar pada saat itu adalah sangat sengsara dengan bermacam-macam penderitaan, tergantung kepada dosa-dosa mereka semasa didunia. Ada yang berdosa kerana tidak mengeluarkan zakat, suka berlaku curang, suka khianat dan sebagainya. Diantara manusia ada yang kemaluannya menjadi besar dan mengeluarkan nanah yang sangat busuk sehingga menganggu orang-orang disekitarnya. Mereka ini adalah orang-orang yang melakukan zina. Ada yang disalib dibatang pokok Neraka. Mereka ini adalah orang-orang yang melakukan tabiaat homosexsual. Ada pula yang mengeluarkan lidahnya hingga kedada dengan bentuk yang sangat hodoh. Mereka ini adalah orang-orang yang suka bebohong. Ada pula manusia yang perutnya besar mengunung. Mereka ini adalah orang-orang yang suka memakan hasil riba. Begitulah seterusnya kepada dosa-dosa yang lain, semuanya akan diperlihatkan secara nyata ".

Dibahagian akhir kitabnya, Abu Hamid menyatakan, "Pada hari kiamat kelak, semua para Rasul berada diatas mimbar. Kemudian para Nabi hinggalah kepada ulama-ulama. Mereka juga duduk diatas mimbar yang lebih kecil. Membar-membar ini adalah mengikut makam dan kedudukan mereka disisi Allah. Para ulama yang mengamalkan ilmunya, mereka akan duduk diatas kursi yang diperbuat dari cahaya. Kemudian mereka yang mati syahid, orang-orang penghafal dan pengemar al-Qur'an, mereka-mereka yang menjadi muazin (pelaung azan) yang ikhlas dan orang-orang soleh yang lain akan duduk diatas bukit yang penuh dengan minyak wangi kasturi yang sangat wangi. Orang-orang mulia inilah yang diminta untuk bertemu dengan Nabi-nabi separti Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad untuk meminta syafaat. Hanya Nabi Muhammad saw yang mampu berbuat demikian dan sanggup menolong mereka ".


SEKIAN DAHULU BUAT KALI INI, TUNGGU AKAN SAMBUNGANNYA LAGI DI EPISOD AKAN DATANG, YANG PASTINYA AKAN LEBIH MENARIK LAGI. 

WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAQATUH. AMIN...AMIN YA RABALALAMIN.


Sekian;
Atok Zamany.