Tuesday, July 31, 2012

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 14


 
 
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.


BAB 15 - CARA MANUSIA DIKUMPULKAN DIPADANG MAHSYAR, DIMANA? DAN BATU BESAR DIBAITUL- MAQDIS.


Allah swt berfirman didalam surah Qaaf ayat 41 yang mafhumnya :

"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari menyeru (Malaikat) yang menyeru dari tempat yang dekat ".

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari ayahnya dari Ishak dari Muhammad dari Abdulrazaq dari al-Mundzir bin Nu'aim bahawa dia pernah mendengar Wahab bin Munabbih berkata ; "Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada sebuah batu besar di Baitul Maqdis , 'Akan Aku letakkan 'Arasy Ku diatas mu, akan Aku kumpulkan makhluk Ku diatas mu dan pada hari itu Daud akan datang kepadamu menaiki kenderaan ". Menurut Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), dia tidak mempercayai kandungan riwayat ini kerana ia tidak pernah diriwayatkan dari Nabi saw. Berkenaan dengan firman Allah swt diatas itu tadi, seorang ulama mengatakan, " Malaikat berdiri diatas batu besar di Baitul Maqdis dan berseru ' Wahai tulang-tulang yang telah hancur, Wahai sendi-sendi yang sudah terpotong-potong, Wahai belulang yang repuh, Wahai kafan yang telah hancur, Wahai hati yang kosong, Wahai tubuh yang telah busuk...Bangkitlah kamu semua untuk mengadap kehadrat Allah, Tuhan seru seklian alam ! ". Menurut Qatadah seperti yang dipetik oleh al-Mawardi yang menyeru itu ialah Malaikat Israfil sipeniup Sangkakala. Ia mengeluarkan seruan itu dari sebuah batu besar yang terdapat di Baitul Maqdis. Menurut Ka'ab pula, diatas batu besar itu jarak antara bumi dan langit hanyalah lapanbelas batu saja. Kemudian ada pula yang menyatakan bahawa yang menyeru itu adalah Malaikat Jibril as. Wallahua'lam.

Kata Ikrimah pula, "Jelas sekali Malaikat penyeru, Allah Yang Maha Pemurahlah yang mengeluarkan seruan itu. Ia menyeru dekat telinga makhluk saat mereka mendengar seruan dengan sebenar-benarnya atau juga disebut tiupan Sangkakala. Itulah harinya dimana mereka keluar dari kubur, sebagaimana firman Allah didalam surah Qaaf ayat 44 yang mafhumnya ; " (Yaitu) pada hari bumi pecah belah dari mereka (lalu mereka keluar) dengan segera ". Mereka menuju ketempat Malaikat penyeru di Baitul Maqadis, tempat dikumpulkan seluruh makhluk ". Kemudian sambungan pada ayat diatas "...Itulah (cara) pengumpulan (manusia) yang mudah bagi Kami ". Kemudian ada yang bertanya, "Kalaulah seruan seperti itu, adakah seruan itu mampu untuk membengkitkan semula orang yang telah mati, bagaimana mungkin penghuni kuburan yang terang-terang telah mati boleh mendengarkan seruan itu ? ".

Jawabnya : Bunyi seruan atau tiupan Sangkakala itu yang menyuruh manusia dan seluruh makhlukNya hidup semula, mampu menerjah keseluruh pelusuk dunia. Mula-mula seruan untuk menhidupkan semula dan setelah mereka hidup, mereka terkejut mendengar tiupan itu. Oleh itu mereka tidak mendengar seruan untuk hidup kembali. Hanya yang mereka dengar ialah seruan mengejutkan (setelah mereka dihidupkan). Atau, mungkin juga bersamaan serantak dengan tiupan Sangkakala, manusia hidup secara bergilir dari genarasi yang awal dan seterusnya hinggalah yang terakhir. Semua manusia menjadi hidup kembali dan telah bersiap sedia keluar dari kubur masing-masing. Didalam perbincangan sebelum ini, telah dikatakan bahawa roh atau arwah itu berada didalam Sangkakala.

Apabila saja Sangkakala itu ditiup untuk kali kedua, maka semua roh akan kembali semula ke dalam jasad masing-masing, sesuai dengan firman Allah didalam surah Yaasin ayat 51 yang mafhumnya, " Dan Sangkakala ditiup, lalu mereka keluar dengan segera dari dalam kuburnya mengadap kepada Tuhan mereka ". Berkata Muhammad bin Ka'ab al-Qarzhi, " Pada hari kiamat kelak manusia akan dikumpulkan dalam kegelapan, langit digulung, bintang-bintang jatuh berserakkan, matahari dan bulan bertembung dan terdengar seruan Malaikat lalu manusia menuju kesuara tersebut. Itulah firman Allah didalam surah Taaha ayat 108 yang mafhumnya ' Pada hari itu mereka mengikut (seruan) penyeru, yang tiada bengkok, Sunyi senyaplah segalanya kerana (takut) kepada Yang Mahapengasih, sehingga tiada engkau dengar kecuali suara halus (bunyi tapak kaki)' ". Allah swt berfirman didalam surah al-Infithar ayat 1 hingga 4 yang mafhumnya, "Apabila langit telah pecah. Dan apabila bintang-bintang telah bertaburan (jatuh). Dan apabila lautan telah terpancar (bergelora). Dan apabila kubur-kubur telah terbalik. ", sehingga airnya yang masin bercampur dengan yang tawar. Menurut tafsiran oleh Qatadah, "dan apabila kubur-kuburan dibongkar ", sehinggakan keluarlah orang-orang yang mati dari dalamnya. Firman Allah didalam surah al-Insyiaqaaq ayat 1-3 yang mafhumnya ; " Apabila langit telah terbelah. Dan ia mendengar (patuh) kepada Tuhannya, dan sepatutnya ia patuh. Dan apabila bumi telah diratakan (bila gunung-ganang telah hancur) ".

Bumi diratakan seperti orang meratakan kulit yang hendak disamak. Peristiwa ini terjadi ketika bumi sudah diganti dengan bumi lain yang berwarna putih seperti perak dan masih suci kerana belum pernah digunakan untuk melakukan perbuatan jahat apa pun. Apabila orang-orang yang telah mati dikeluarkan dari kubur, mereka pun berada diatas permukaannya. Diriwayatkan oleh Muslim dari Sahal bin Sa'ad bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Pada hari kiamat kelak manusia akan dikumpulkan disebuah tanah lapang yang putih berkilat bagaikan seloka yang tiada petunjuk ". Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Ali al-Khathib, dari Abdullah bin Mas'ud, "Pada hari kiamat nanti manusia akan dikumpulkan dalam keadaan yang sangat lapar, sangat dahaga, telanjang bulat, sangat sukar dan payah yang belum pernah mereka alami sama sekali. Sesiapa yang pernah memberi makan kepada orang lain kerana Allah, nescaya Allah akan memberinya makan. Sesiapa yang pernah memberi minum kepada orang lain kerana Allah, nescaya Allah akan memberi minuman kepadanya. Sesiapa yang pernah memberi pakaian kepada orang lain kerana Allah, nescaya Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang beramal untuk Allah, nescaya Allah akan membelasnya. Dan barang siapa yang pernah membela Allah, nescaya Allah akan memberi kepadanya kesenangan pada hari itu ".

Didalam sebuah hadis dhaif yang di perkatakan oleh as-Suyuthi didalam kitabnya bertajuk 'ad-Dur al-Mantsur ' dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang makna firman Allah : "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup Sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok ". Baginda bersabda "Wahai Mu'adz bin Jabal, sesungguhnya soalan yang kamu tanyakan itu adalah urusan yang sangat besar ". Kemudian Mu'adz melihat Baginda menangis, setelah itu meneruskan kembali sabdanya, "Ada pun diantara umatku kelak akan dikumpulkan menjadi sepuluh kelompok yang beragam (berbagai jenis). Allah membezakan mereka dari jemaah kaum Muslimin yang lainnya dan menukar rupa bentuk mereka. Ada sebahagian dari mereka yang bertukar menjadi kera. Ada yang bertukar menjadi babi. Ada sebahagiannya yang bentuk tubuhnya menjadi terbalik. Ada sebahagiannya yang wajah mereka diseret. Ada sebahagiannya menjadi buta hingga bingung. Ada sebahagiannya menjadi pekak dan tidak berakal. Ada sebahagian yang lidah mereka terkeluar sampai kedada mengalir nanah keluar dari mulut mereka sehingga membuat jijik kepada yang memandangnya. Ada yang terpotong tangan dan kaki mereka. Ada yang sebahagiannya yang disalib pada batang papan dari neraka. Ada sebahagiannya yang berbau busuk, lebih busuk dari bangkai. Dan ada sebahagiannya yang memakai baju dari tar panas.

Adapun yang menjadi kera itu adalah orang-orang yang suka mengadu domba (goship atau mengumpat) hal orang lain. Yang menjadi babi adalah orang-orang yang gemar akan perbuatan haram (melakukan pekara-pekara yang haram didalam hukum syarak). Manakala yang tubuhnya menjadi terbalik pula ialah mereka-mereka yang suka makan riba (termasuk juga mereka yang makan rasuah). Mereka yang dibutakan pula ialah orang-orang yang sewenang-wenangnya (sesuka hati) menjatuhkan hukum (atau yang membuat hukum sendiri). Mereka yang dibisu dan dipekakkan pula ialah orang-orang yang kagum dan bangga akan amalan-amalannya sendiri. Mereka yang terkeluar lidahnya itu ialah merupakan ulama-ulama dan penceramah-penceramah yang ucapan mereka bertentangan dengan perbuatan mereka sendiri. Mereka yang terpotong tangan dan kaki pula ialah orang-orang yang suka menyakiti jiran tetangganya. Mereka yang disalib pada batang papan neraka ialah orang-orang yang suka mengampu pemerantah (menyanjung pemerintah, taksub melampau). Mereka yang berbau sangat busuk itu adalah orang-orang yang kaya-raya gilang-gemilang dengan berbagai kesenangan dan pangkat namun menghalang hak Allah pada hartanya (tidak bayar zakat dan menderma atau imfaq harta mereka). Dan mereka-mereka yang dipakaikan pakaian dari tar api neraka itu adalah orang-orang yang suka membangga diri, riak, takabur dan sombong. "

Abu Hamid didalam kitabnya yang bertajuk 'Kasyfu Ilm al-Akhirat mengatakan, "Diantara manusia ada yang dikumpulkan dalam keadaan terfitnah oleh kesenangan dunia. Seseorang yang selama hidupnya selalu memegang tongkat yang mahal kesayangannya, kelak akan dibangkitkan dari kuburnya dengan tetap memegang tongkat itu juga. Apabila dia sedar, lalu dia terus membuangkannya dan berkata, 'Aduh, celaka kamu ! Kerana kau aku sampai lalai mengingati Allah '. Tetapi tongkat itu tetap kembali kepadanya dan berkata, 'Bagaimana sekali pun, aku adalah teman kamu semasa didunia dahulu. Biarkan saja Allah yang memutuskan hal diantara kita ini kerana Dia adalah sebaik-baik hakim '. Seorang pemabuk kelak akan dikumpulkan di Padang Mashyar dalam keadaan mabuk. Seseorang yang gemar meniup seruling kelak akan dikumpulkan di Padang Mashyar didalam keadaan meniup seruling. Begitu juga dengan yang lainnya. Didalam riwayat sahih yang lain mengatakan, seorang yang gemar meminum khamar (arak) kelak akan dikumpulkan di Padang Mashyar didalam keadaan dikalongkan botol arak dan tangannya memegang sebuah gelas. Ia mengeluarkan bau yang sangat busuk, lebih busuk dari bangkai apa pun. Setiap orang yang lalu dekatnya akan terus mengutuknya ". Pada bahagian yang lain, Abu Hamid mengatakan " Ketika semua manusia sudah duduk di atas kuburan mereka, dimana sebahagian dari mereka didalam keadaan telanjang. Sebahagiannya pula sedang mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih. Sebahagiannya mempunyi lampu yang cahayanya tidak begitu terang. Manakala ada sekelompok manusia yang dibahagian kepala mereka mengeluarkan cahaya terang benderang seperti cahaya matahari selama seribu tahun, sehinggalah muncul api dari arah barat yang membuat seluruh makhluk tercengang termasuk manusia, jin dan binatang-binatang buas ".

"Setelah itu, masing-masing didatangi dengan amalan mereka yang menyuruh mereka berangkat ke Padang Mashyar. Ada diantara amalan itu berupa bighal (kaldai) yang boleh ditonggani. Ada amalan yang menjelma menjadi kuda atau unta yang boleh ditumpanginya. Ada pula amalan yang menjelma menjadi kambing kibas (kambing biri-biri) yang sesekali dinaikinya dan kemudian akan menjatuhkannya. Masing-masing membawa cahaya yang boleh menerangi bahagian hadapan dan kanannya, seperti firman Allah didalam surah al-Hadid ayat 12 yang mafhumnya "Pada hari (kiamat) engkau lihat orang-orang mukmin lelaki dan mukminat perampuan berlari (bersinar) cahaya mereka dihadapan dan dikanan mereka...". Semantara disebalah kiri mereka nampak gelap sekali sehingga tidak dapat ditembusi pandangan mata. Hal itulah yang membuatkan orang-orang kafir kebinggungan dan membuat orang-orang munafiq bertambah bimbang. Semantara bagi orang-orang Mukmin, segelap manapun dapat mereka redah kerana kuatnya Iman mereka. Mereka bersyukur kehadrat Allah atas cahaya petunjuk yang diberikan kepadanya disaat genting itu, hinggalah terang dihadapan dan disebelah kanan mereka. Sesungguhnya Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman ditengah-tengah Neraka Jahim lalu berfirman seperti yang dipetik dari dalam al-Quran didalam surah al-A'araf ayat 47 yang mafhumnya ; "Apabila dipalingkan pandangan mereka kearah orang- orang (didalam) neraka, mereka berkata; Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang aniaya itu ".

Pada hakikatnya, hanya ada empat orang yang mengatahui empat hal. Pertama : yang benar- benar mengatahui nikmatnya kehidupan hanyalah orang-orang yang telah mati. Kedua : yang benar mengatahui nikmat kekayaan adalah orang-orang miskin. Ketiga : yang benar- benar mengatahui nikmat kesehatan adalah orang-orang yang sedang sakit. Dan keempat : yang benar-benar mengatahui nikmatnya muda hanyalah orang-orang yang telah lanjut usianya ".



BAB 16 - PENGUMPULAN DI PADANG MASHYAR, AYAT-
AYAT AL-QURAN YANG BERBEZA DAN BERLAINAN TAFSIRANNYA.


Perbezaan diantaranya ialah didalan surah Yunus ayat 45 yang mafhumnya ; "Pada hari Allah menghimpunkan mereka, seolah-olah mereka tiada berdiam (tinggal didunia), melainkan sesaat siang saja, sedang mereka berkenal-kenalan sesamanya. Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan menemui Allah dan mereka tiada mendapat petunjuk ".

Firman Allah didalam surah al-Israa' ayat 97 yang mafhumnya ; "...Kami himpunkan mereka pada hari kiamat (dihela atau diseret) atas mukanya, sedang mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka didalam neraka Jahanam...".

Ayat ketiga ialah, firman Allah didalam surah Yaasin ayat 52 yang mafhumnya ; " Mereka berkata, 'Aduhai celakalah kami ! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?....".

Jika kita lihat ayat ketiga dan juga ayat pertama diatas tadi, jelas menerangkan bahawa mereka saling berkenalan. Tetapi berbeza pula dengan ayat kedua dimana menyatakan bahawa mereka didalam keadaan buta, bisu dan juga pekak. Bagaimanakah harus mereka berkenalan didalam keadaan seumpama itu ?.

Keempat, Allah berfirman didalam surah al-A'araf ayat 6 yang mafhumnya ; "Demi, akan Kami periksa orang-orang yang telah diutus Rasul-rasul kepada mereka dan akan Kami periksa pula Rasul-rasul itu (tentang apa yang telah disampaikannya) ".

Jika Allah bertanya kepada mereka, bermaksud mereka pasti mendengar dan juga boleh menjawab. Allah berfirman pula didalam surah Taaha ayat 102, mafhumnya ; " Pada hari ditiup Sangkakala dan kami himpunkan orang-orang yang berdosa pada hari itu dalam keadaan buta (biru matanya) ".

Kemudian, Allah berfirman didalam surah Yaasin ayat 51 yang mafhumnya ; "Dan Sangkakala ditiup, lalu mereka keluar dengan segara dari dalam kuburnya mengadap kepada Tuhan mereka ".

Firman Allah didalam surah al-Ma'arij ayat 43, mafhumnya ; "(Yaitu) pada hari, , mereka dikeluarkan dari dalam kuburnya dengan segera, seolah-olah mereka bersegera kepada berhalanya ".

Maksud dikeluarkan dengan segera, seolah-olah mereka bersegera kepada berhala adalah bertentang dengan maksud pada ayat 97 surah al-Israa' diatas tadi.

Untuk menjawab akan terdapatnya perbezaan-perbezaan diatas tadi, perlulah saya (Imam al-Qurthubi) tegaskan bahawa keadaan dan kedudukan setiap manusia yang dihidupkan Allah dan dibangkitkan dari kubur mereka itu adalah berbeza-beza. Sebenarnya mereka melalui 5 proses keadaan. Pertama, keadaan saat dibangkitkan dari kubur. Kedua, keadaan saat diiringi ketempat perhitungan amalan. Ketiga, keadaan saat menjalani hitungan amalan. Keempat, keadaan saat diiringi kenegeri pembalasan dan kelima, keadaan saat mereka tinggal didalam negeri yang abadi.

Untuk keadaan yang pertama, iaitu saat dibangkitkan dari kubur, semua orang-orang kafir memiliki pancaindra dan angota badan yang lengkap. Ini berdasarkan firman Allah didalam surah Yunus ayat 45 ; "mereka saling berkenalan". Dan didalam surah Taaha ayat 103 ; "Mereka berbisik-bisik diantara mereka, Kamu tidak berdiam (tinggal didunia) hanyalah sepuluh hari ". Dan didalam surah az-Zumar ayat 68 ; " Tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing ) ". Juga firman Allah didalam surah al-Mu'minuun ayat 112 - 115 ; " Allah berkata : 'Berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi ?. Mereka menjawab : Kami tinggal dibumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang pandai menghitung '. Allah berfirman : Kamu tiada tinggal (dibumi) melainkan sebentar saja, jika kamu mengatahuinya. Adakah kamu kira, bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (main-main saja) dam kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? " .

Keadaan kedua, iaitu saat mereka diiringi ke tempat perhitungan amal. Dalam keadaan ini manusia juga memiliki pancaindera yang lengkap. Ini berdasarkan firman Allah didalam surah ash-Shaffaat ayat 22-24 yang mafhumnya ; " Kumpulkanlah orang-orang yang aniaya dan isteri-isterinya serta apa-apa yang mereka sembah. Selain dari Allah, lalu tunjukkanlah mereka kejalan neraka. Suruh mereka berhenti, kerana mereka akan diperiksa (akan perbuatan mereka) ". Kalimah 'tunjukkanlah' didalam ayat ini menunjukkan bahawa mereka didalam keadaan tidak buta. Kemudian kalimah 'mereka akan ditanya' juga bermaksud bahawa mereka tidak bisu serta pastinya mereka juga tidak pekak. Ini adalah kerana sia-sia saja menunjukkan sesuatu kepada orang yang buta atau bertanya soaalan kepada orang yang bisu atau pekak. Oleh kerana itu, disaat ini bermakna mereka masih memiliki mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan lidah untuk berkata-kata.

Keadaan ketiga, iaitu disaat mereka menjalani penghitungan amal. Dalam keadaan ini mereka juga masih memiliki pancaindera yang lengkap. Pastinya mereka masih memiliki telinga untuk mendengar apa yang diperkatakan kepada mereka. Begitu juga mereka masih memiliki lidah untuk membaca buku catitan amalan mereka dan seterusnya angota-angota badan yang lain untuk menjadi saksi segala perbuatan jahat mereka. Allah telah memberitahu berkenaan reaksi mereka kepada kandungan buku catitan amal-amal kejahatan mereka idalam firmanNya didalam surah al-Khafi ayat 49 yang mafhumnya ; "Diletakkan buku (amalan tiap-tiap manusia), maka engkau lihat orang-orang berdosa gementar ketakutan kerana (melihat) apa-apa yang didalam bukunya lalu mereka berkata : 'Ah, amat celaka kami, mengapakah buku ini tidak meninggalkan yang kecil (dosa) dan tiada pula yang besar, melainkan dihitung semuanya. Mereka memperoleh dihadapannya apa-apa yang telah dikerjakannya. Tuhan tiada aniaya kepada seorang jua pun ". Manusia juga berkata-kata kepada kulit badan mereka sendiri, seperti yang dipetik daripada firman Allah didalam surah Fushshilat ayat 21 yang mafhumnya ; " Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami ?". Selain itu juga, mereka masih memiliki mata untuk melihat dan menyaksikan keadaan manusia menghadapi keadaan yang sungguh dahsyat hari kiamat yang telah mereka dustakan sewaktu didunia dahulu.

Keadaan keempat, saat mereka diiringi kenegeri Neraka Jahanam. Pada saat inilah mereka sudah kehilangan pancaindera seperti mata, telinga dan lidah seperti firman Allah didalam surah al-Israa ayat 97 yang mafhumnya ; "...Kami himpunkan mereka pada hari kiamat (dihela atau diherit) atas mukanya sedangkan mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka didalam Neraka Jahanam. Tiap-tiap kurang nyala apinya, lalu Kami tambah, sampai bernyala-nyala ". Firman Allah lagi didalam surah al-Rahman ayat 41 yang mafhumnya ; "Maka diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan tapak kakinya (dan dilemparkan) ". Mungkin juga ayat ini menunjukkan bahawa manusia-manusia itu sudah kehilangan pancainderanya iaitu mata, telinga dan lidahnya.

Keadaan kelima, iaitu saat mereka tinggal dinegeri yang kekal abadi iaitu Neraka Jahanam. Dalam keadaan ini ada yang seperti diberi penglihatan seketika atau juga ia didalam bentuk harapan saja. Saat menempuh perjalanan dari Padang Mahsyar menuju ketepi jurang Neraka Jahanam, mereka didalam keadaan buta, pekak dan bisu. Tidak ada langsung petanda yang dapat membezakan diantara mereka-mereka itu. Tetapi, kemudiannya semua pancaindera itu diberikan semula kepada mereka kerana untuk mereka menyaksikan segala azab seksa dinegeri Neraka Jahanam itu. Mereka boleh melihat dan menyaksikan semua apa jua yang telah dijanjikan Allah swt benar-benar terjadi dihadapan mereka. Jadi mereka tinggal dinegeri Neraka Jahanam itu didalam keadaan boleh melihat, mendengar dan berkata-kata. Ia berdasarkan beberapa firman Allah seperti contohnya didalam surah asy-Syuura ayat 45 yang mafhumnya ; " Akan engkau lihat mereka itu dihadapkan kedalam neraka dengan berhati takut kerana (ditimpa) kehinaan, mereka melihat kedalamnya dengan sudut matanya...". Kemudian firman Allah didalam surah al-An'aam ayat 27, mafhumnya ; " Jika engkau lihat, ketika mereka dihadapkan keneraka, lalu mereka berkata ; 'Aduhai kiranya dikembalikanlah kami (keatas dunia) dan kami tiada akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami dan kami akan termasuk orang-orang yang beriman (setelah engkau lihat sesuatu yang hebat) ".

Firman Allah didalam surah al-A'raaf ayat 38 dan 39 yang mafhumnya ; " Neraka itu hampir pecah belah kerana kemarahan. Tiap-tiap dilemparkan sebahagian kaum kedalamnya lalu (malaikat-malaikat) penjaga bertanya ; Tidakkah datang kepadamu pemberi peringatan (rasul dan nabi). Sahut mereka itu ; Ya ! sungguh telah datang rasul itu kepada kami, lalu kami dustakan dan kami katakan (kepadanya), 'Allah tidak menurunkan satu apa pun. Kamu tidak lain hanya dalam kesesatan yang benar (kata malaikat itu) ". Maka Allah juga telah berfirman dan memberitahu bahawa orang-orang kafir itu menyeru kepada penghuni syurga, seperti didalam surah al-Aa'araf ayat 50 yang mafhumnya ; "Orang-orang penghuni Neraka menyeru orang-orang penghuni Syurga ; Tumpahkanlah air untuk kami, atau sebahagian rezeki yang dianugrahkan Allah kepadamu. Mereka itu menjawab ; Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua-duanya keatas orang-orang kafir ". Bunuhlah kami saja ! ". Malaikat Malek menjawab ; "Kamu akan tetap tinggal (diNeraka ini) ". Didalam ayat yang lain pula, mereka berkata seraya memohon kepada Malaikat penjaga Jahanam, seperti didalam surah al-Mu'min ayat 49, mafhumnya ; "Berkata orang-orang yang didalam neraka kepada Malaikat penjaga mereka; Tolonglah mintakan kepada Tuhanmu supaya diringankanNya siksa daripada kami meskipun sehari saja ". Tetapi Malaikat penjaga neraka itu sebaliknya bertanya kepada merek a seperti firman Allah didalam surah yang sama (al-Mu'min) ayat 50 mafhumnya; "Apakah belum datang kepada kamu Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan". Lalu mereka semua menjawab "Benar...sudah datang ". Para Malikat penjaga Neraka pula berkata "Berdoalah kamu". Sedangkan doa orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia ".

Sesetangah dari mereka yang masih menaruh harapam lantas berdoa, "Ya Tuhan kami.. keluarkanlah kami daripadanya (Neraka dan kembalikan semula kedunia), maka jika kami kembali (menjadi sesat dan kafir) sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim" (surah al Mu'minun ayat 107. Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya "Tinggallah dengan hina didalamnya (Neraka) dan jangan kamu berkata-kata kepada Ku". (surah al Mu'minun ayat 108 ). Maka mereka akan tinggal abadi didalam Neraka jahanam untuk selama-lamanya, seperti diberi contoh pemberian seekor kambing kematian yang disembelih diatas sebuah jembatan yang menghubungkan antara syurga dan neraka (bidalan pepatah melayu seperti berpatah arang berkerat rotan). Para penghuni syurga berkata "Disini abadi dan tiada kematian". Semantara penghuni nereka itu juga berkata "Disini juga negeri abadi dan tiada kematian". Serta merta sejak itu mereka hilang semua deria pendengaran seperti firman Allah didalam surah al Ambiya ayat 100 mafhumnya "Mereka merintih didalam api Neraka dan mereka didalamnya tidak boleh mendengar". Atau juga ia bermaksud mereka akan kehilangan semua deria seperti pengdengaran. penglihatan dan lidah untuk berkata-kata.

Alasan kenapa mereka hilang deria pendengaran mungkin kerena semasa mereka didunia, mereka tidak mahu mendengar perintah Nabi dan Rasul akan seruan Tuhan. Mereka sebaliknya mendatangkan berbagai- bagai alasan dan hujah serta mandustakan semua seruan itu sekalipun telah didatangkan bukti kebenaran dari para Nabi dan Rasul itu. Oleh kerana mereka tidak mahu mendengar maka Allah SWT membalas perbuatan mereka itu dengan menghilangkan terus kesemua pancaindera mereka. Pekara ini jelas kelihatan pada ucapan-ucapan mereka kepada Nabi saw "Ditelinga kami ada penutup, dan diantara kami dan Anda ada sekatan yang menghalang. Mereka juga pernah berkata kepada kawan-kawan mereka "Jangan kamu dengar Al Quran itu, sia-sia saja isi kandungannya, kerena kaum Nabi Nuh juga pernah menggunakan kain untuk menutup telinga dan bersembunyi daripadanya, supaya mereka tidak mendengar akan kata-katanya".

Allah SWT mengkhabarkan tentang sikap yang serupa orang-orang kafir semasa zaman Nabi Muhammad saw didalam surah Hudud ayat 5 yang mafhum ; "Ingatlah, sesungguhnya (orang munafiq itu) memalingkan dada mereka ntuk menyembunyikan diri (daripada Muhammad). Ingatlah, diwaktu mereka menyalimuti dirinya dengan kain '. Adapun anggapan kepada pancaindera yang lain seperti penglihatan dan lidah yang dihilangkan, sesetengah ulama tafsir berpendapat bahawa kemungkinan atas alasan yang sama seperti mereka dihilangkan deria pendengaran seperti diatas tadi, maka adalah tidak mustahil sekiranya mereka diberi balasan atas sebab tidak mahu melihat dan sentiasa membantah dengan kata-kata dengan berbagai jenis alasan atau pun mereka mengunakan pencaindera-pancaindera mereka itu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram pada hukum syara dan terus kufur kepada Allah SWT semasa mereka hidup didunia dahulu. Beginilah caranya ulama-ulama tafsir memberi ulasan dan pandangan mereka didalam mentafsir ayat-ayat yang telah dibacakan tadi.



BAB 17 : DIKUMPULKAN SEMUA MANUSIA KEHADRAT
ALLAH SWT YANG MAHAMUL LAGI MAHAAGUNG.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abas ra bahawa ia berkata, "Rasulullah saw memberi nasihat ditengah-tengah kami, Baginda bersabda 'Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua akan dikumpulkan kepada Allah daleream keadaan tidak memakai alas kaki (selipar atau kasut), bertelanjang bulat dan belum berkhatan (disunat). Bagaimana Allah telah memulakan penciptan semasa pertama kali dahulu, begitulah Allah mengulanginya semula kejadian. Itulah satu janji yang pasti Allah tunaikan. Sesungguhnya Allah pasti akan melaksanakannya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia yang pertama yang akan berpakaian pada hari kiamat nanti ialah Nabi Ibrahim as. Keahuilah, sesungguhnya akan didatangkan beberapa orang dari umatku lalu mereka digabungkan pada golongan kiri, lalu aku berkata, 'Ya Tuhan... mereka adalah sahabat-sahabatku'. Kemudian Allah berfirman 'Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang mereka adakan (buat) sepeninggalanmu'. Kemudian aku (Ibnu Abbas ra) berkata seperti yang diperkatakan oleh seorang hamba yang soleh dalam surah al-Maa'idah ayat 117 - 118, "Dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada diantara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Engkaulah yang Mahapenyaksi atas segala sesuatu. Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Mu, dan jika Engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana". Allah berfirman "Sesungguhnya mereka kembali murtad apabila kamu berpisah dengan mereka ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari dan at-Tarmidzi.

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Mu'awiyah bin Haidah bahawa Nabi swa. bersabda sambil menunjuk jarinya kearah Negera Sryia.."Dari sini kesana, kamu semua akan dikumpulkan dalam keadaan sebahgiannya menaiki kenderaan dan sebahagian lagi ada yang berjalan kaki. Pada hari kiamat nanti, kamu akan diserit diatas muka kamu. Mulut kamu menjadi corong penapis pada tempayan. Kamu semua akan memenuhi tujuh puluh umat kesemuanya sedangkan kamulah yang menjadi umat terbaik dan termulia diantara mereka pada pandangan Allah SWT. Sesungguhnya anggota badan kamu yang pertama berkata-kata ialah peha kaki kamu". Didalam riwayat yang lain yang dikemukakan oleh Ibnu Abu Syaibah disebutkan "Sesungguhnya anggota tubuh manusia yang pertama sekali akan berbicara ialah peha dan tapak tangannya".

Dalam sabda Nabi tadi, disebutkan "....sesungguhnya manusia pertama sekali akan memakai pakayai ialah Nabi Ibrahim as '. ia bermaksud untuk menunjukkan keagungan makam kekasih Allah itu. Sama juga halnya dengan Nabi Musa as yang dilihat Nabi saw. bergayutan disalah satu tiang A'rasy apabila baginda dikeluarkan dari dalam kubur sebagai orang yang pertama sekali. dikeluarkan dari kuburan. Begitu juga halnya dengan keadaan Nabi Ibrahim as. Baginda juga memiliki keistemewaan tersendiri dari anugrah Allah SWT. Tetapi, ia bukanlah bermaksud bahawa kedua-dua Nabi itu secara mutlak lebih agung makam mereka disisi Allah SWT. jika dibandingkan dengan ketinggian dan keagunggan makan Nabi Muhammad saw pada hari kiamat kelak, walau bagaimana sekali pun Bagindalah yang lebih utama daripada sesiapa jua pun dialam maya ini dan juga dialam akhirat kelak. Ia berlandaskan dari beberapa keterangan yang insyaallah akan kami jelaskan kemudian menurut hadis-hadis mengenai syafaat dan maqam yang terpuji.

<##>;
Menurut Guru kami, Abul Abbas alias Ahmad bin Umar didalam kitabnya yang bertajuk "Al-Mufhum" mengatakan, "Boleh jadi ada orang yang mendapat tempat tersendiri disisi Allah, hingga ia tidak tergolong dari golongan yang dihisab Allah". Wallahua'lam...

Secara peribadi, saya (Imam al-Qurthubi) bersetuju pada pendapat ini seandainya tidak ada riwayat lain yang membantah. Dirawayatkan oleh Ibnu Mubaraq didalam kitabnya bertajuk 'Ar-Raqa'iq'. dari Sufyan dari Umar bin Qais dari al-Minhal bin Amir dari Abdullah ibnu-Harits dari Saidina Ali kwh. bahawa ia berkata, "Yang pertama berpakaian ialah kekasih Allah, Nabi Ibrahim as. Kemudian Nabi Muhammad saw diberi pakaian bergaris-garis dari sisi kanan A'rasy ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Baihaqi.

Diriwayatkan oleh Ubbad bin Katsir dari Abu Zubair dari Jabir ra. bahawa ia berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang azan (Muazin) dan orang-orang yang bertalbiyah kelak pada hari kiamat akan keluar dari kubur dengan keadaan yang sama. Yang azan akan keluar dari kubur dalam keadaan mengumandangkan azan, dan yang bertalbiyah pun akan keluar dari kubur dalam keadaan bertalbiyah. Yang pertama berpakaian dari Syurga adalah Nabi Ibrahim as. kekasih Allah, kemudian Nabi Muhammad saw, para Nabi-nabi dan para Rasul-rasul yang lainnya. Selepas itu giliran semua Muazin yang ikhlas pula diberi pakaian. Mereka disambutn oleh para Malaikat yang menunggang unta dari cahaya berwarna merah, dengan tali pedati dari zamrud dan pelananya dari emas. Mereka diiringi oleh 70 ribu Malaikat mulai dari kubur mereka hingga ke Padang Mahsyar". Riwayat ini juga diperkatakan oleh al-Hulaimi dalam kitabnya 'Minhaj ad-Din'.

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu'aim dari al-Aswad, Alqamah dan Abu Wa'il dari Abdullah bin Mas'ud bahawa ia berkata "Dua orang putra Mulaikah datang kepada Nabi. Setelah berbincang-bincang, Baginda bersabda "Yang pertama kali diberi pakaian oleh Allah ialah Ibrahim, Allah berfirman kepada Malaikat, 'Berikan pakaian kepada kekasih-Ku itu'. Ia diberi dua buah bekas pakaian lalu Ibrahim pun memakainya sambil duduk mengadap A'rasy. Kemudian giliran aku dihulurkan pakaian, lalu aku pakai. Aku lalu berdiri disebelah kanan Ibrahim, sebuah tempat yang belum pernah dipijak oleh sesiapa pun sebelum dan selepas aku, sehingga orang-orang terdahulu dan selepas ku itu merasa iri hati kepadaku ". Ini adalah hadis dhaif.

Diriwayatkan oleh Baihaqi didalam kitabnya 'Al-Asma' wash-Sifat' dari Ibnu Abbas ra. bahawa Rasullah bersabda "Sesungguhnya kalian akan dikumpulakan dalam keadaan tidak beralas kaki dan telanjang. Orang pertama yang diberi pakaian dari Syurga adalah Ibrahim. Lalu didatangkan kursiku dari sebelah kanan A'rasy dan diberikan kepadaku. Maka aku pun memakai pakaian dari Syurga ketika tiada sesiapa pun dari manusia yang menuju kesana. Kemudian didatangkan kursiku dari tiang A'rasy ". Hadis ini dengan tegas mengatakan bahawa Nabi Ibrahim as. adalah orang pertama yang diberi pakaian, kemudian Nabi kita Muhammad saw. Sebenarnya sangatlah beruntung mereka yang mendapat anugrah untuk memakai pakaian dari Syurga diwaktu itu kerana mereka akan terpelihara dari apa juga bentuk huru-hara hari kiamat.

Fakta :

Para Ulama membincangkan tentang hikmah disebalik anugrah khusus yang dianugrahkan kepada Nabi Ibrahim as itu. Maka mereka mendapat rumusan bahawa terdapat beberapa kemungkinan Baginda telah mendapat anugrah tertinggi Allah itu. Pertama, semenjak dari dahulu hinggalah hari kiamat nanti Baginda adalah satu-satunya makhluk yang sangat takut kepada Allah. Oleh sebab itu wajarlah kurnia itu diberikan kepadanya supaya ia menjadi tenteram. Kedua, mungkin juga kerana Baginda adalah Nabi pertama yang memerintah supaya manusia semua memakai pakaian dan menutup aurad ketika beribadah menyembah Allah. Baginda juga menyuruh manusia supaya menjaga kemaluan supaya tidak terkena tempat solat. Ketiga, berkemungkinan juga disebabkan ketika Baginda hendak dilimparkan kedalam Api, algojoh Raja Namrud telah menanggalkan pakaian Baginda dihalayak ramai seperti yang dilakukan kepada mereka yang hendak dipancung dan dihukum mati. Oleh kerana Baginda berjaya menghadapi semua cubaan itu, maka Alla SWT telah menganugrahkan kepadanya anugrah yang sungguh istimewa berupa pakaian yang menghindarkannya terkena api dunia dan akhirat. Sekaigus merupakan satu-satunya manusia yang Allah SWt beri perlindungan dari aib bertelanjang dihalayak ramai dihari kiamat kelak. Keempat, berkemungkinan juga dari semua sebabpada yang telah dikemukaan diatas tadi maka anugrah itu mutlak miliknya...Wallahuaa'lam.

Nota para <##> :

Perhatikan akan kata-kata itu dengan dalam. Sememangnya kata-kata itu ada kebenarannya jika benar-benar kamu "mengenal diri mu". Bertambahan jika kamu berpegang kepada shadatai yang berwasilah dan berabitah terus kepada Nabi Muhammad saw. Jalan inilah yang menjadi matlamat pejuangan sejati untuk "mengenal Allah". Wallahuaa'lam.


BAB 18 : PENJELASAN FIRMAN ALLAH SWT BERKENAAN "SETIAP MANUSIA PEMPUNYAI URUSAN YANG SANGAT SEBUK DAN GENTING PADA HARI ITU".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Saidatinah Aisyah ra, bahawa ia pernah mendengar Rasullah saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti manusia akan dikumpulakan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan belum dikhatan ". Aku bertanya "Ya Rasulallah, bererti semua kaum lelaki dan wanita boleh memandang antara satu sama lain ". Baginda menjawab "Hai Aisyah...keadaan ketika itu sangat dahsyat sehingga sebahagian mereka tidak sempat memandang yang lainnya ". Diriwayatkan oleh at-Tarmidzi dari Ibnu Abbas ra bahawa Nabi saw bersabda, "Kalian akan dikumpulkan di Padang Mashyar dalam keadaan tidak memakai alas kaki, telanjang dan belum berkhatan". Seorang wanita bertanya "Itu bererti sebahagian kami boleh memandang aurat sebahagian yang lain ". Baginda menjawab "Hai fulanah, setiap orang pada hari itu sangat sebuk dengan urasan masing-masing.

Fakta :

Didalam bab ini dan sebelumnya menjelaskan keadaan manusia yang akan dikumpulkan di Padang Mashyar didalam keadaan tidak memakai alas kaki, telanjang dan tidak berkhatan, sebagaimana Allah memulakan penciptaanNya dahulu yang diulangkanNya. Anggota tubuh manusia akan kembali sediakala termasuklah mereka belum dikhatan. Tetapi pekara ini bertentangan dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitabnya bertajuk 'Sunah Abu Daud dari Abu Sa'id al-Khudri'. Ketika hendak meninggal dunia Abu Sa'id al-Khudri minta diberi pakaian baru lalu memakainya, kemudian dia berkata, "Aku pernah mendengar Rasullah saw bersabda, "Sesungguhnya mayat itu akan dibangkitkan semula dengan pakaian yang dikenakan sewaktu dikebumikan dulu ".

Menurut Abu Umar bin Abdul Bar, hadis inilah yang dijadikan penghujahan oleh orang yang mengatakan bahawa orang yang mati itu kelak akan dibangkitkan kembali dalam keadaan ia seperti semula. Semantara kebanyakan para ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan mayat didalam hadis itu adalah mayat orang yang mati syahid, dimana Nabi saw pernah memerintahkan supaya mayat orang yang mati syahid didalam peperangan supaya dikafankan saja dengan pakaian yang sedia ada itu dengan tidak perlu dimandikan. Oleh itu, mungkin Abu Sa'id mendengar hadis yang bersangkutan dengan orang yang khusus mati syahid ini, tetapi ia kemudiannya mentafsirkan hadis itu secara umum pula, wallahua'lam.

Dalil lain yang memperkuatkan pendapat kebanyakan ulama dan seterusnya tepat bersesuai dengan hadis Sadatinah Aisyah ra dan juga hadis Ibnu Abbas ra, adalah firman Allah SWT didalam surah al-Anaam ayat 94 yang mafhumnya :

"Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian sebagaimana Kami ciptakan kamu pada mulanya ".

Dan didalam surah al-A'raaf ayat 29 mafhumnya :

"Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada mulanya (demikian pula) Kamu akan kembali (kepadaNya) ".

Antara sebab lain ialah, kain baju dan pakaian yang ada didunia ini adalah termasuk harta benda. Walhal dinegeri akhirat tiada lagi harta benda sama sekali. Semua yang dimiliki didunia ini musnah, hancur lebur kerana kematian. Pada ketika itu semua manusia hanya bergantung kepada amal kebajikannya dan juga rahmat Allah sahaja. Semua manusia tidak perlu kepada pakaian seperti didunia ini lagi kecuali pakaian Syurga yang telah diperkatakan diatas tadi.

Abu Hamid dalam kitabnya 'Kasyfu Ilm al-Akhirat', cenderung kepada hadis Abu Sa'id al-Khudri, kerana didalam riwayat yang lain Rasullah bersabda "Berbuatlah sehabis sempurna dalam mengkafankan orang-orang dikalangan kalian kerana umatku akan dikumpulkan dengan memakai kain kafan, semantara umat-umat yang lain dalam keadaan telanjang". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Sufyan lengkap dengan sanadnya sekali.

Berkata Syeikh al- Qurthubi, "Pendapat saya hadis ini tidak sahih, sebab jika ia sahih pastilah yang dimaksudkan itu ialah 'kerana umat ku yang mati syahid akan dikumpulkan dengan memakai kain kafannya'. Oleh itu hadis itu tidak bertentangan dengan hadis-hadis yang lain...wallahu'lam. Hadis itu juga tidak bertentangan dengan hadis sebelumnya yang menyatakan bahawa orang-orang yang telah mati itu saling mengunjungi kuburannya dengan memakai kain kafannya, kerana pekara itu berlaku dialam barzakh. Tetapi ketika sudah keluar dari kubur, mreka dalam keadaan telanjang, terkecuali mereka yang mati syahid, wallahua'lam.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Ali bin Tsabit, dari Abdullah bin Ibrahim bin Abu Amar al-Ghiffari (perawi yang dikuathiri suka meriwayatkan hadits maudhu) dar Malik bin Anas dari Nafi' dari Ibnu Umar bahawa Rasullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak aku akan dikumpulkan berada diantara Abu Bakar dan Umar, sebelum aku berdiri diantara Madinah dan Mekah lalu penduduk tanah haram pula mendatangiku".

Hadis ini gharib kerana hanya diriwayatkan dari Malik oleh Abdullah bin Ibrahim sahaja. Bahkan, ada yang mengatakan bahawa yang meriwayatkan dari Abdullah bin Ibrahim hanyalah Abdul Aziz bin Abdullah al-Hasyimi al-Baghdadi.


SAMPAI DISINI DAHULU BUAT KALI INI, LAMA SANGAT MENUNGGU ATOK BARANG KALI. MAAF KERANA TERPAKSA PERGI BUAT SEMANTARA (KURANG LEBIH SETAHUN). IA SANGAT MENYEDIHKAN ATOK KERANA TERPAKSA TINGGAL KAN BLOG KERANA TUGAS ATOK SANGAT PENTING. APA PUN DENGAN JANGKAMASA YANG ADA INI ATOK CUBA HABISKAN JUGA KITAB IMAM AL-QURTHUBI INI, INSYAALLAH. SEMPANA 1 RAMADHAN HARI INI, ATOK UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA. WASSALAM,


Sekian.
Atok Zamany.
































































 

 
 
 
 
 
 
 

73 comments:

  1. salam tok.. bkn entry nih atok dh post ke?
    hr tu sy bukak blk dh xde, skang ada blk..
    atok delete ke? x sempat nk baca komen2 atok..

    -terkontang kanting-

    ReplyDelete
  2. Salam cu,

    Ya.. entah macam mana page ke 14 ni blh hilang atas screen. Atok mintak google tangkap balek page ni. Depa hantar semula pg 14 ni, tapi tak masuk atas screen. Cuma atok saja yg boleh tengok. Jadi terpaksalah aok copy dan publish balek. tengok tarikh pg ni. atok pos pg 21hb. tapi yg ada pada pg tu 31hb.dan semua komen dah tak ada. Maaflah. nanti atok cuba masukkan semula komen2 yg telah lepas tu kalau boleh. Tak pun terpaksalah ditulis semula.

    Maaflah atas kesulitan. Mungkin ada kesilapan teknik kat mana-mana yg tak dapat dikesan.

    Ralat.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  3. Inilah komen yg dapat dicopy...


    muliadiJuly 22, 2012 2:10 PM

    salam atok...alhamdulillah setelah sekian lama menunggu akhirnya atok dah kembali di sini....semoga atok sudi berkongsi serba sedikit pengalaman atok sepanjang pemergian atok untuk tugas yg penting tu ya atok...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ATOK....


    AnonymousJuly 22, 2012 3:18 PM

    salam atok dan semua pembaca..
    atok sihat? sy baru jumpa blog atok dlm thn nih...
    sy pn dh hbs baca blog atok dan skang tggu entry terbaru dr atok dan
    alhamdulillah atok dh muncul...sy ingin brtanya, abjad skang mcm mana tok?
    trkejot sy pasal talqin tu tok? tok.. btol ke kena amek? wajib? penting ke tok?
    sy jahat tok... byk dosa.. kejap2 smbhyg, kejap2 tak... smbhyg pn tak
    kusyuk tok.. tok.. psl talqin nih, sume ustaz2, ulama2, sekolah tahfiz ada amek talqin
    ni tok? mohon pencerahan dr atok.. maaf la brtanya.. sy pn nk berubah sbnrnya tp tak kuat tok..
    kalau sy amek talqin tp masih jahat dan sy buat dosa gak mcm mana tok?
    maaf tok byk tanya...
    selamat berpuasa...

    :terkontang-kanting:


    Al-HafizJuly 22, 2012 11:37 PM

    Atok dh kembali? ;)Selamat kembali atok zamany dan selamat menyambut Ramadhan AlMubarak.
    tak sabar nk bc n kongsi dgr cerita atok.. teruskan perjuangan ini. lillahi ta'ala.

    Al Hafiz


    OrgOrgJuly 23, 2012 4:03 PM

    salam atok

    terima kasih kerana kembali.


    zamanyJuly 24, 2012 11:40 AM

    Salam cucu mulyadi, anonymous 3.18PM,al-Hafiz dan OrgOrg....

    Atok sihat dan sangat gembira dpt menyambut puasa disini. Tahun lepas atok berpuasa di Bosnia dan Raya disana. Kan atok hilang setahun lebih. Atok buat kerja membangunkan Madrasah yang disumbangkan oleh NGO Islam Negara2 Arab. Atok dijemput utk menyumbangkan tenaga (fikiran) dari rekabentuk sampailah pengurusan Madrasah. Skg mereka sudah mula kuliah. bukannya satu, malah ada 6 yang baru dibina sekarang. Ini di Bosnia, di Kadzasthan pun atok pergi juga. Kerja yang sama mcm di Bosnia tu. Kerjanya senang, kawan2 ramai dari merata negara. Yang tak tahan hanya cuaca sejuk sampai ke tulang. Atok jatuh sakit dan masuk hospital selama 1 bulan. Atok ada balek dlm bulan jun tahun lalu. Tapi kena panggil semula sebab banyak yg tak faham atok punya kerja. Terpaksalah atok naik semula kesana dan beri penjelasan. Atok dah atur semuanya dengan elok. Mereka tiggal ikut je model yg dah siap tu.

    Kabarnya Madrasah yg kedua dah pun mula dibulan Ramadhan ni. Elok la tu. Atok sempat juga ke Tanah Suci buat umrah sebelum balek ke Malaysia. Inilah kerja atok yg sangat sebok setiap hari disana sampai blog pun tak sempat nak tengok. Ia sangat penting utk umat Islam disana kerana mereka langsung tak ada tempat nak rujuk, nak tukar2 fikiran. Ulama2 mereka banyak yg dah tua, tak dapat bergerak jauh. Buku2 rujukan dah banyak yg hilang. Jadi semua tu dah kami susun supaya anak2 Islam disana dapat pelajaran yg baik. Kami dah tempatkan tenaga pengajar yg terlatih dan baik. Mereka semua menangis bila atok nak balek. Memang atoklah yg paling tua disitu yg masih lagi suka menyebokkan diri dengan pergerakan NGO begini. Alhamdullilaah semua sudah teratur.

    Mungkin ini dah terjawab soalan Mulyadi dan OrgOrg, dan mungkin juga kepada semua yg lain. Tk sbb masih lagi sudi kerumah buruk atok ni.

    Kpd anonymous 3.18...

    Kalau nak dihukumkan "wajib" agak keterlaluan mungkinnya, tetapi didalam hukum syara' hukum mengucap dua kalimah shadati tu memang wajib. Kalau mengucap shadatai tu hanya dimulut saja pun tak ada maknanya. Ia mestilah disertakan niat (khosad hati yg tetap), disebut dgn lidah (disebut dng betul)dan dibuat dengan angota badan (contohnya dltahyat solat).. dan juga dihadapan saksi dunia dan akhirat. Maka disinilah letaknya kenapa kamu misti mengambil sahdatai atau talqin tu dari guru yg berwisilah dan beribitah dari tanggn ketanggan sehingga ketanggan Baginda Rasullah saw. Jika tidak menyampai kepada Nabi saw, maka shadatai tu dikira batal, atau sekadar dibibir saja (latihan).

    bersambung...

    ReplyDelete
  4. sambungan...

    Ya... semua tok2 guru, Kiayai2, Ulama2 besar, Khadi2, Imam2, ustaz2, pembesar2 negara dan termasuklah kami (anggota abjad) ni semuanya dah ambil talqin dengan Ust. Mat Janggot diSelama Perak tu. Sebab dialah perwaris wasilah dari tangan Al Sheikh Daud Fathoni, Sheikh Muhammad Zain Fathoni, Sheikh Yusof Kenali Kelantani, Sheikh Muhammad Nazri Othmani ketanggan beliau (ulama pewaris dari Sheikh Daud al Fatohni keaatas boleh rujuk pd Ustaz2 dlm abjad) . Kamu ambil dari tanggannya. Dengan sendirinya kamu akan menyambung wasilah shadatai ini. Bagaimana kamu nak beramal dgn sempurna jika tampa shadatat ? Semuanya bermula dengannya. Inilah titik permulaan seorang Islam. Makanya atok sarankan cucu pergi ambil shadat tu dimana2 cawangan abjad diserata M'sia. Buat dengan ikhlas hati nak jadi baik Lillahitaala... insyaallah kamu akan berubah menjadi insan yg sempurna lagi baik disisi Allah swt. Dah terlampau banyak contoh dalam abjad ni yg sama macam cucu. Skg semua mereka dah menjadi manusia sempurna, malah ada yg dah sampai makam Insan Khamil MuKhamil peringkat Mutatmainnah...Allah Hu Akbar, subahanallah...

    Jika cucu duduk dalam jemaah nanti cucu akan tahu sedikit sebanyak pekara utk menyempurnakan diri dan ibadah. Tapi kenalah rajin dan berusaha sendiri bukannya datang bergolek. bersabar dulu pelan-pelan dari bawah. Insyaallah, Allah sentiasa bersama2 kamu.

    Terima kasih dam selamat berpuasa juga untuk kalian semua.

    sekian dulu

    atok zamany.
    Reply






    merinduJuly 24, 2012 11:59 PM

    Salam atok..

    lama atok menghilang, akhirnya atok kembali juga sini.
    kami di sini sentiasa doakan atok sihat sentiasa.
    moga kerja2 dakwah atok di Bosnia tu mendapat manfaat utk saudara kita di sana.

    Teruskan update blog terutama ruangan komen ni tok..
    ruangan ni banyak bagi kesedaran utk kami berubah, bagi kami semangat nak cari redha Allah..

    Semoga atok teruskan perjuangan tanpa kenal jemu dan putus asa..


    kpd cucu merindu,

    Insyaallah, selagi kudrat atok masih boleh bergerak, selagi tulah atok tak akan berhenti. Atok tak ada apa-apa lagi yang hendak dikejar atas dunia ini. Inila saja buah tangan yg atok ada untuk cucu semua. Memanglah menjadi harapan atok ia akan memberi manafaat kepada semua.

    Tk.

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  5. salam tok... tima kasih tok.. menyusahkan atok je.. sy jmp blog atok nih dlm thn nih x silap sy, tu pn dlm blog abatasa.. sy dh hbs baca sumenyer.. sy ada msj saudara abatasa, dia kata dia lbh krg sebaya atok ea? sy pggl abatasa atok gak la cmtu.. sy nk join abjad, nk jd baik, tp yela x kuat diri nih.. sy tnya kat saudara abatasa atok zamany kt mana. dia pn xtau.. selang bpe hr, atok muncul.. alhamdulillah..
    suratan atau kebetulan? dia ada bg no.ustaz yunus kt sy.. insyaAllah sy akan col nnt.. skang nih bz sket.. abjad nih cmne tok? tarekat ngan silat ke cmne? kalau sy amek talqin tp masih jht2 lg cmne tok? maksud sy masih wat dosa2 kecil(lama2 bley jd bsar kan tok?). nk berguru cmne tok? kena bai'ah ke? nk blaja nih kena ada yuran ke tok? maaf byk brtanya tok.. sy byk wat dosa2 besar tok.. smbhyg pn kapla otak berkhayal kdg2..

    -terkontang kanting-

    ReplyDelete
  6. Walaikumsalam cu..

    Alhamdullilah cucu dah ada semangat nak berubah tu pun dah cukup bagus utk permulaan. Tingkatkan usha sehingga semangat itu tak luntur dengan permainan dunia yg hanya semantara ni. Semua harus sedar bukannya senang nak berubah. Dari jahat nak jadi baik, dari baik nak jadi lebih baik, dari lebih baik nak jadi agung baik dan dari agung baik nak jadi maha baik. Ia sangat mudah utk dikatakan tetapi amat sukar utk dilaksanakan. Perubahan nak jadi baik pun dah amat sukar...tah lagi yg atas2 tu, kan ! Tapi kamu harus tempuh semua itu barulah terbukti kamu sudah berubah. Allah Mahamengatahui semua itu.

    Kemudian berkenaan abjad, Ia bukannya pertubuhan utk bersilat, ia juga bukan pertubuhan Tarikat Baru. Jadi apa sebenarnya abjad tu ? A - angkatan, B - Bina, Ja - Jati, D - diri. Ini dari segi istilah. Dari segi pertubuhan pula, abjad bukannya mengajar silat baru. Tahu kenapa kena silat ? Ia adalah latihan rohani pd anak2 murid baru. Terutama yg dah pernah belajar silat. Ia untuk buang semua silat lama ganti yg baru yg hanya begantung kepada ALLAH saja. 100% bulat kerana Allah. Inilah "angin panas" yg ada dalam badan kamu yg mesti dibuang. Disitulah duduknya Syaitan dan Iblis. Selagi ia tak keluar, selagi itulah kamu susah nak beramal, nak solat, nak puasa dll.

    Kpd anak2 murid yg dah pernah belajar "Tarikat" pula, tok guru suruh "Uslah" banyak2. Ada yang sampai bertahun2. Tahu tak kenapa ? Sebab apa juga amalan didalam tarikat lama yg telah dia belajar didapati menyempang dari segi amalannya, penumpuannya, fahamannya, Ubudiahnya, wasilah (salasilah) dan rabitahnya (tambatan hati). Semua itu haruslah diperbetulkan. Maka itulah sebabnya anak murid itu kena lalui "uslah" yg diperuntukkan kepadanya.

    Jadi... kpd yg tak pernah belajar apa2 tu macam mana ? Mereka akan memilih samaada nak masuk uslah atau nak masuk silat. Kepada yg malas nak duduk wirid, masuklah silat. Sakit tapi berkesan. Kalau rajin duduk, masuklah uslah dan berhalawat. Kenalah tahan dan istikamah. Barulah berjaya. Berjaya apa ? dapat apa ?. Maksudnya... berjaya utk menjadi baik, sangat baik, agung baik dan maha baik. Ia juga bermakna ia mendapat peningkatan darjah (makam) rohani diri sesaorang anak murid itu. Maka itulah yg dimaksudkan "JATIDIRI".

    Membina jatidiri itu "wajib". Ia sama dihukumkan seperti mencari ilmu. Maka itulah kita mencari tapak permulaan ini, iaitu dimulakan dengan "Mengucap dua kalimah shadatai". Inilah asas permulaaan mencari ilmu. Jatidiri juga bermaksud "mengenal diri". Macam mana nak kenal Allah kalau tak kenal diri sendiri ? Dlm menempuh perjalanan (tarikat) menuju kpd Allah, kenalah rohani kamu diawasi sentiasa, maka disinilah kamu kena ada "guru rohani dan jasmani". Ust Mat Janggot tulah orgnya, yg mampu mengawasi semua pergerakan kamu....Faham tak ??

    Kalau dah jadi baik, insyaallah kamu akan terpelihara drp maksiat. Cuma jaga diri kamu baik2. Allah akan bersama jika benar kamu org yang ikhlas.

    Soalan2 yg lain nanti kamu jumpa dgn Ust Yunus bolehlah kamu tanya. Dia tu ust yang diberi mandat utk talqin anak murid. Ia adalah wakil sah dari Ust Mat Janggot sendiri. ok

    sekian dulu setakat ini.

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  7. salam tok zamany..
    terima kasih atas penerangan atok..
    nk blaja nih kena ada yuran ke tok?
    lain tempat (cth:bangi/sg buloh) lain sesi blaja ke tok?
    insyaAllah.. sy akan berusaha...
    sy takot tok.. takot dgn dosa2 sy..

    -terkontang kanting-

    ReplyDelete
  8. Kpd cucu terkontang kanting,

    Setiap pertubuhan memang adalah yurannya. Tapi atok tak tahu jumlannya. Rasanya RM 10 kot ?
    Kemudian sesi latihan tu pun atok tak tahu, maklumlah atok dah tak pergi kuliah di Pondok Aajad. Cuma sekali sekala atok hadir bila ada muktamar, atau keramaian dlm Abjad. Tapi atok sentiasa mengikuti pertubuhan ini sampai sekarang... dah lebih 35 tahun.

    Cucu atok sarankan pergi dulu jumpa ust yunus tu. Tanyalah dia semua soalan yg cucu nak tanya. kemudian ambil "talqin semantara" dgn dia. Atok kata talqin semantara ialah kerana talqin sebenar hanya datannya dari Ust Ma Janggut. Jadi semantara nak jumpa Ust Mat Janggot tu sampai ketempat cucu. Ambillah dengan wakilnya dulu. Faham tak ??

    Kemudian pelahan2 ikutilah kuliah atau membaca maklumat dan bertanya dgn jemaah didalam abjad berkenaan pertubuhan ini. Lama2 akan faham. ok.

    Sekian,

    atok zamany

    ReplyDelete
  9. Salam Atok
    Saya ada beberapa soalan nak tanya tok ni..
    Sebelum tu, saya ni ahli abjad..dulu selalu juga pergi tiap2 minggu dgr tazkirah ust mat di sp..Sekarang ni rasa jauh lak dgn abjad sbb dah jarang ke sana..

    Soklan saya tok:
    1) Mengenai Khadam Batu/Geliga ni tok, khadam2 ni malaikat ka jin?
    2) Bolehkah kita menggunakan khidmat khadam ni dan niat semua atas Allah.
    3) Ada org kata kita khalifah, so kita boleh tadbir depa kalo nafsu kita dah capai peringkat tertentu. Betul ka tok?

    stakat ni dulu soklan sy tok..
    maaf kalau soklan sy ni dah penah djawab sblm ni..

    ReplyDelete
  10. Salam Atuk Zamany..
    Saya ade terbaca hadis ni,

    Berkata Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu:
    “Kami bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (dalam satu ekspedisi jihad), sekiranya kami mendaki suatu lembah (tempat tinggi), maka kami bertahlil dan bertakbir dengan suara yang lantang. Melihat perkara tersebut, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

    “Wahai manusia, berlemah-lembutlah terhadap diri kamu, kerana kamu tidaklah menyeru Dzat yang pekak dan jauh. Sesungguhnya Dia berada bersama kamu. Sesungguhnya Dia Maha Menengar lagi sangat dekat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/169, Kitab al-Jihad, no. 2770)

    Silat Abjad ni apabila nk bersilat atau buka gelanggang mereka biasanya berzikir dengan suara yang kuat.
    Saya jadi keliru samaada nk bersuara kuat atau biasa saja.
    Ape pendapat atuk?

    ReplyDelete
  11. Walaikumsalam..

    Kpd cucu merindu,

    Kenapa pulak skg dah tak pergi dengar majlis takzikrah ust ? kenalah istikamah dan teruskan usha cucu tu..ya.

    Berkenaan soalan2 cucu,
    1) Khadam itu istilahnya hamba, atau kuli org melayu sebut. Jadi dia bukan malaikat, sudah tentulah ia tu kaum jin. Mana ada malaikat jadi kuli manusia ?. Tapi sebaleknya manusia ingat dia sentiasa diatas dari jin yg boleh "kulikan" jin tu. Malangnya jin dengan tipu muslihatnya secara senyap2 telah "mengulikan" manusia itu. Percaya kpd batu geliga boleh mendatangkan bekas juga telah membuat manusia islam itu syirik kepada Allah. Jadi besar kesannya keatas akidah.

    2) Telah atok katakan dlm banyak ruangan yang lalu iaitu kalau kita gunakan hidmatnya. Kita juga dengan sendiri akan disuruh berbuat sesuatu untuknya. Contohnya disuruh beramal ayat tertentu, zikir tertentu, solat sunat tertentu, puasa sunat tertentu dll yg nampaknya sealiran dgn syarak atau terkeluar dari hukum syarak spt membuat sajian, ancak, jamu, betapa dll. Kesemuanya retual tadi samaada didalam hukum atau diluar hukum adalah dihukumkan haram. kerana bersandarkan sesuatu yg lain dari Allah. Allah tidak boleh disekutukan dgn apa jua makhluk atau benda dlm apa jua keadaan. Kamu juga tidak boleh mengambil jin sebagai rabitah utk sampai kepada Allah, hanya Nabi saw saja yg dibenarkan menjadi rabitah (tambatan hati)utk kamu sampai kepada Allah dlm apa jua keadaan. Itulah sebabnya kenapa Allah perintah kita kena banyak berselawat keatas Nabi. Kalau dlm ABJAD kena banyak buat "Fatihah 5" (atok bagi nama) atau buat "adab". Jadi perbuatan minta tolong drp jin bersandarkan kepada Allah adalah salah dlm akidah. Kamu tak nampak jin, sedangkan ia nampak kamu. Faham disini saja pun dah mencukupi. ok

    3)Kalau kamu telah mencapai "makam" tertentu atas kehendak Allah, mengapa perlu kamu pergi lagi ketingkat dibawah dan tunduk kepada Jin. Jin takut dgn mereka yg beriman dan beramal soleh. Cahayanya saja dah membuat mereka buta. Untuk apa nak perintah jin ?. kalau masih lagi nak bermain2 dgn khadam jin ni, bermaksud mereka tu tidak menyampai kepada makam apa2, malah jauh sekali nak menjadi Khalifah. Mereka tak faham duduk pekara sebenarnya apa itu Khalifah. Atok nasihat, jadilah "khalifah" pada diri sendiri saja dulu. Jgn sebok kpd benda2 lain yg sangat jauh dari kefahaman (alam jin).

    Ok.. diharap dah menjawab soalan cucu merindu.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..

    penerangan tok mmg jelas utk saya..baru saya paham sikit pasal ni tok..
    sblum ni sy dah iktikad mcm apa yg atok cakap tu tapi nak buat mcm mana,sy tenggelam balik dalam dunia ni..

    mmg betul apa yg atok cakap mngenai amalan2 trtentu yg kena buat utk "memustajabkan" lagi batu mcm zikir,puasa,solat sunat dsb..x sangka amalan tu semua permainan dia saja kan tok..

    mengenai "kafiat adab", "fatihah 5" dan "jabat" yg atok cakap tu,mmg sy ada amalkan sblum ni..tp diri sy ni mmg susah nak istikhamah sbb sibuk dgn urusan dunia ni tok..iman ni dia turun naik mcm air pasang surut..tok, selain zikir taqarub dlm abjad, ada x amalan harian trtentu yg mudah2 untuk sy istikamah dan sucikan gelodak hati ni..?

    sekian dulu tok, terima kasih sebab sudi dengar soalan2 saya..
    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  13. Walaikumsalam...

    Kpd cucu anun,

    Memang terdapat hadis spt yg cucu berikan itu, tapi tahu tak bila waktunya Rasulullah bersabda sedemikian ? sila rujuk semula...

    Ia adalah diwaktu mereka berada diatas bukit sedang menanti kemaraan tentera kafir. Maka mereka haruslah senyap, supaya tidak diketahui oleh musuh. Mereka berzikir didalam kumpulan dengan kuat supaya mengekalkan kekuatan semangat juang dan bukannya semborono (main-main).

    Begitulah juga dengan abjad. Semasa buka gelangang kenalah pekek kuat-kuat, supaya naik semangat juang, nak bagi tahu orang yg awak nak mulakan latihan dan nak bagi tahu jin-jin, syaitan, Iblis jangan dok sebok kacau kau orang semua nak berlatih. Itulah tujuannya. Faham tak ! Jadi apak nak simpan suara. Lagi pun kalau kita nak mula latihan, kemudian senyap sepi, lemah gemalai, lembik macam sotong...tu bukannya silat. Itu nak mula latihan tarian inang, tarian zapin, mak yong. Betul tak...

    Dari hadis yg cucu anun paparkan diatas, sebenarnya ia telah menjadi dalil dan memberi 2 pengajaran kepada kita. Pertama adanya 2 bentuk zikir yg harus kita buat. Iaitu zikir jahar (kuat dan lantang) dan zikir didalam hati (perlahan). Kemudian pengajaran kedua pula ialah waktu bila digunakan zikir kuat dan zikir pelahan-lahan. Ia amat berguna kepada semua murid-murid baru seperti cucu. Mungkin ust tempat hang belajar tu terlepas pandang nak beri tahu pekara ni kot... tak apa. jika ada masaalah bab latihan...insyaallah atok bolehlah tlg mana yg patut.

    Kpd cucu merindu,

    Ya... latihan tu amat perlu pd cucu. Cari masa sesuai dan mulakan latihan lagi. Buat uslah, banyak solat sunat malam, puasa sunat bersama dgn latihan wirid yg diberi. Bersabarlah melakukannya. Atok yg tua ni pun masih kekal dgn latihan wirid, inikan kamu yg masih muda dan kuat. Terus..bangkit dan bergerak. Jangan duduk diam. Gerak alamat hidup, Diam alamat mati (antara ucapan ust mat janggut yg selalu dia sebut dahulu).

    Sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atok atas penerangan.Baru saya tahu adenye zikir jahar dan zikir dalam hati.
    Ok,nanti kalau ade ape-ape masalah saye tanye kat atok..

    Terima Kasih Atok.. :)

    ReplyDelete
  15. Salam ramadhan kareem atok.

    Sebesar syukur psda Allah SWT telah kembalinya atok ke alam siber ni setelah hilang lebih 1 tahun. Sangkaan saya atok tidak sihat dengan sakit masalah usus spt sebelum ini. Sebaliknya atok ke Bosnia mencurah bakti pada sesama insan seagama. Jihad yg amat mulia atok. Hamba Allah yg hebat adalah berkedudukan pada barisan hadapan sprti ini. Syabas tok. Seingat saya 2 tahun dulu semasa ramadhan 1431 atok pernah memberi hint akan malam qadar semasa tu atok kat mekah. Alangkah baik ramadhan ini 1433 atok dapat memberikan hint yg sama dalam membantu cucu utk juga turut menumpang anugerah yg seringnya atok capai setiap kali ramadhan. Mohon dalam pertimbangan atok agarnya ianya tidak menjadi keberatan. Salam dr cucu Ramzi Putrajaya ahli Abjad Wilayah Persekutuan di Bangi.

    ReplyDelete
  16. Walaikumsalam cu Ramzi...

    Ya cu, nak buat macam mana. Terpaksalah bagikan tumpuan kpd kerja yg diamanahkan.Macam mana keadaan di Bangi ? Dengar cerita banyak aktiviti ? Bulan puasa tak ada Qiaymulai beramai2 ?

    Atok bukan pandai sangat nak teka bila malam Lailatulqadar. Tanya pd ust badal kamu di bangi tu ? Minta dia tanya pd Ust tuan guru sendiri. Ust Mat Jangot kalau cakap lebih tepat. kalau nak ikutkan cakap dia, kita kena mula puasa dan beramal bermula dari bulan Rejab, Sa'aban dan bila tiba Ramadhan kena buat 2 kali lipat lagi. Dia bagi amalan tu pd kita. Lain org lain amalannya. Kena pulunlah lepas tu. Geranti dapat punya la ! Begitulah pada kebiasaannya. Kalau tunggu 10 ramadhan terakhir baru nak pulun, payah nak dapat cu... nasib2 je la ???

    blh cuba la, mungkin juga pd mlm 25 atau 27 ni, kot ? Insyaallah....

    Drp,
    Atok Zamany.

    ReplyDelete
  17. salam

    jauh atok berjalan..byk pengalaman bolehla kongsi
    yea bersetuju dengan tok bahawa nak dptkan hadiah tersebut kena bermula bulan rejab syaaban kerna dibulan rejab ia bulan Allah kita meminta padaNya dan syaaban bulan Rasulullah s.a.w kite mencintai Rasul..ramadhan bulan hadiah, syawal bulan kegembiraan bagi yg berjaya mengharungi ujian tersebut.. tapi org melayu syawal adalah bulan pesta hihihi

    terima kasih tok semoga sihat sejahtera
    salam 27 ramadhan...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt kepada semua...

    Disini atok mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan jika atok ada membuat apa-apa juga kesilapan, tutur kata yang mengingung perasaan, kata-kata yg menimbulkan perasangka atau apa juga jenis kesilapan didalam penulisan atok selama ini samaada sengaja atau tak disengajakan... atok menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan kemaafan daripada kalian semua. Atok hanyalah manusia biasa yg tak pernah sunyi dari membuat kesilapan. Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini memberikan kegembiraan, kebahagiaan, keharmoniaan dan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang tak terhingga atas semua kenikmatan yg telah diberi.
    Semoga kalian mendapat keberkatan Ramadhan yg akan meninggalkan kita kini dan semoga bertemu pula kita dengan Ramadhan yang akan datang...amin, amin, amin.

    Sekian

    Ikhlas dari,
    Atok zamany.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Atok. Ada pandangan mengatakan khidmat jin diharuskan . Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT. jadi macamana nak tolak hujah mereka atok....

    2. Ayah saya selalu hilang duit , tapi dalam rumah saya duit ayah saya aje yg hilang yg lain tak pulak.. toyol kot...Apa pandangan atok dan cara mengatasinya...

    ReplyDelete
  20. Walaikumsalam cu,

    1) Nabi Allah Sulaiman dikurnia Mukjizat untuk perintah dlm alam jin, maknanya dia boleh perintah semua jenis jin, syaitan dan iblis ikut kata dia. Ia adalah kurnia Allah kepada dirinya yang tidak akan diberi kepada manusia yang lain kecuali atas perkenan Allah SWT...waallahua'lam !

    Maksud atok disini ialah kepada manusia yg bertaraf "WALIALLAH" sahaja. Bukan macam kita ni. adalah mustahil manusia biasa mampu utk mengawal alam jin kerana dia sendiri pun tak tahu secara mendalam tentang alam tersebut. Jin tu pun dia tak nampak, macam mana dia nak suruh itu ini. Balek-balek dia yang kena tipu dek jin. Jin punya 1001 cara nak kalahkan dia, sedangkan dia harapkan apa nak kalahkan jin ? jampi serapah...bacaan ayat2...amalan yg tak seberapa tu ???? Rentikanlah fahama yg cetek ini . Mukjizat Nabi tak akan kamu mampu ambil. Tempat Nabi takkan kamu boleh duduk, sedarlah diri sikit ???

    Untuk pengatahuan cucu, Istana puteri Balqis dipindahkan bukan dengan kuasa Jin-jin Afrid tu ya. Ia dipindahkan oleh seorang manusia zuhud, wara' lagi alim dengan hanya menadah tangan kehadrat Allah sahaja. Bukan pakai jampi, baca ayat atau amalan tertentu. Sila baca semula tulisan atok didlm tajuk "Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata)". Mana2 jin pun tak mampu buat pekara sebegitu hebat. Itulah kekuatan dan kebesaran Allah yg diberi kepada seorang manusia zuhud dan abadi padaNya. Jadi berlindunglah dengan kebesaran dan kekuatan Allah SWT dan memohonlah pertolongan hanya kepadaNya. Jangan kamu menduakan Allah walau apa pun alasan kamu ia akan menyebabkan kamu kufur dan syrik kepada Allah. Memohon pertolongan dan perlindungan selain dari Allah adalah termasuk sebagai perbuatan syirik. Dosa syirik Allah tak akan ampun selama-lamanya. Azab yg amat pedih sedang menunggu dialam Akhirat kelak.
    Yg terlanjur tu, buatlah sembayang taubat Nasuha. Mohon Allah ampunkan juga kesilapan kita, sebab kita manusia lemah. Itu pun tak terjamin lagi, tapi kita cubalah. Jangan langsung tak mahu bertaubat. Begitulah komen atok...

    2) Duit ayah kamu hilang bukan kerana ada toyol, tapi ada budak-budak nakal !!!

    Sekian

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  21. salam tok...

    baru2 nih sblm puasa & puasa isteri kawan saya diganggu makhluk halus/jin ada org "hantar" & saka.
    sblm puasa hari tu, ada abg nih dh tolong buangkan "benda" tu dlm 3-4 ekor dan "pagar" rumah tp ada "benda" lain pulak yang datang ada orang "hantar" lagi. setan india tok, siap nak 'calet nandek' kat dahi lagi, berjoget mcm india, mengilai, ketawa, marah2 & mcm2 lagi. pernah sekali lalu dpn kuil naik kereta nak balik rumah, dlm kereta pn mcm tu, yang saka tu, saya x pasti jin apa. isteri kawan saya tu pn ada saka keturunan jugak. masa bulan puasa hari tu,dia ada gi berubat jugak dgn org lain tp saya tak ikut dia. masa berubat tu kawan saya cite, pakcik tu nampak ada 4 ekor. 2 ekor lari,pakcik tu cakap saka & 2 ekor lagi duduk nak bertarung dgn pakcik tu sbb dia nak duduk dlm badan isteri kawan saya. kawan saya nampak kelibat "benda" tu warna hitam atas siling rumah. menurut cerita kawan saya, pakcik tu berunding dgn "benda" tu, tp sblm tu,pakcik tu dh "kunci" bini kawan saya tu. smpai satu saat, sudah agak lama berunding, pakcik tu pn nk bunuh "benda" tu.
    pakcik tu menyeru nama2 nabi (kawan saya kata nabi yang bukan rasul tak silap saya) & malaikat2 utk tolong dia lawan "benda" tu atas izin Allah s.w.t. pakcik tu bley bukak perut bumi (tak tau kenapa, mungkin lepas dia bunuh "benda"tu dia simpan dlm perut bumi atau dia buang "benda" tu dalam perut bumi, saya dah lupa). pakcik tu ckap kat kawan saya, "kau tak tgk perut bumi tu mcm mana lagi, kalau kau dpt tgk kau mesti takot, kalau api neraka lagi dahsyat". saka tu plak pakcik tu tak bunuh sbb dia dah lari dulu masa nak masuk rumah & dia tak tau apa perjanjian "benda" tu dgn nenek moyang dia. wat masa nih alhamdulillah, isteri kawan saya seperti biasa.
    apa pendapat atok? harap tidak keberatan tok..

    salam...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum tok.
    Saya lama jugak ikut blog atok nie.. setahun ilang saya ingatkan blog nie dah tak aktif lagi tup2 atok muncul balik.. saya minat dgn ABJAD yang atok ceritakan tu. kalau kat melaka sapa yang boleh saya hubungi? tapi saya takberapa minat nak bersilat, saya cuma minat dengan ilmu2 agama yang atok cerita kat blog nie. dengan masuk ABJAD dapat ke saya dengar ilmu agama macam nie tok?

    ReplyDelete
  23. Salam

    lama atuk menyepi...

    ReplyDelete




  24. Walaikumsalam cucu atok semua,

    Atok baru balek dari seberang meraikan hari lebaran disana. Semua alhamdulilah, meriah sekali anak2 yatim juga dapat turut gembira. Syukur pd Allah…

    Nak menjawab pertanyaan cucu anonymous 6.46 pm…

    Terlampau ramainya jin yg masuk keluar dlm badan isteri kawan cucu tu ya ? macam masuk terminal bas pulak. Ada jin saka, jin india, jin hinggap, jin disuruh. Dan yg paling trajis sekali ialah jin kepunyaan Pakcik Bomoh tu sendiri. Zaman sekarang mana nak cari bomoh pandai spt itu??? Boleh perintah jin, boleh bincang dgn jin, boleh cakap dgn jin, boleh nampak jin, boleh simpan jin dll. Kemudian boleh perintah Malaikat, Nabi2 dan ada “mukjizat” boleh belah bumi. Sungguh dahsyat dan tarafnya sangat tinggi ???

    Semua tu adalah pembohongan utk menutup perbuatan kufurnya itu ??? Ceritanya sungguh hebat, tapi sebenarnya dia telah memfitnah para Nabi2, para Malaikat dan telah mengambil tempat Rasulullah dan Juga Allah bagi tujuan penipuan. Manusia bertopeng setan dan iblis akan berbuat apa saja, berkata apa saja, berfikir apa saja jalan utk menyedapkan ceritanya, tipu musliatnya agar semua perbuatannya tidak diketahui.

    Sebenarnya dia memang blh bercakap dgn jin, kemudian memegang jin2 tersebut menjadi miliknya. Disuatu masa nanti dia akan pula melepaskan jin2 itu masuk semula kedalam badan wanita itu dan menuduh ‘ada org hantar’ . Kemudian kamu yg telah biasa dgn nya akan kembali semula mencari dia utk berubat. Kemudian sembuh…dan akan diulangi perbuatan itu hingga kamu bosan dgnnya. Ini permainan bomoh. Jangan kamu percaya kata2nya, dan tipu .muslihatnya. Iaitu bertjuan menyesatkan manusia. Keluar cepat dari masaalah itu dgn bertaubat pd Allah. Krana mempercayainya juga akan menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan jika kita mati tampa sempat bertaubat akan tergolong didalam golongan yg juga sesat. Itulah kesannya pd diri cucu semua.

    Waallahua’lam…

    Kpd cucu bani jawi….

    Niat dan hasrat cucu tu amat bagus sekali. Kalau dimelaka kamu boleh bertemu dgn Ust. Ghazali di Misjid Tanah. Kalau tak silap di sebuah taman perumahan disana.Bolehlah kamu masuk kelaman ABJAD dan dapatkan alamat dan no tel nya. Persoalan nak bersilat tu tak menjadi keutamaan. Yg penting kamu mahu berubah. Didalam Abjad org tak sebok cerita mcm atok ni. Bepa banyak beramal dan bertukar2 nota. Kemudian mendengar ceramah, uslah , reaidah dll. Cerita mcm atok ni atok ingat payah nak jumpa walaupun dlm ABJAD. Sebab ia tertakluk pd pengalaman atok, bukan cerita dongeng. Atok pun tak tahu kalau ada org blh cerita spt atok ni. Waalalhua’lam….

    Kpd cucu anonymous 2.02am...

    Salam mubarak dan selamat dtg ? Ya atok buat kerja.

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  25. Salam atok. Salam eid fitr. Mohon pencerahan kalau atok mempunyai pengetahuan utk dikongsi. Di Kg Gangsa, Durian Daun Melaka terkenal dgn bomoh yg dapat tarik keluar batu karang bernama hj. Jamil. Dari pengalaman kalangan yg berubat disana memang ternyata batu karang berjaya dikeluarkan dgn hanya mengosok di bhgian pingang pesakit. Scan di hospital kemudiannya turut membuktikan batu karang telahpun tiada. Pesakit yg datang pada hari rawatan ratusan orang dari dalam dan luar negara. Malah ianya lebih terkenal sejak disiarkam dlm program remidi tv9 sebelum ini. Juga turut disiar di tv di negara arab. Ramai juga pesakit dr negara arab datang merawat dgn beliau Pohon respons atok utk berkongsi maklumat jika tidak keberatan. Dari Ramzi Abjad Bangi.

    ReplyDelete
  26. salam tok...
    terima kasih mengenai penerangan atok...
    isteri kawan saya, kembali 'dikacau' lagi tok...
    yg terbaru dia hilang ingatan, lupa.. suami dia sendiri pn dia tak kenal...
    ada sorg budak nih la yg tolong bwkkan dan kenalkan pakcik yg mengubat tu dekat kwn sy..
    budak tu ckap 'benda' tu ikut kwn sy...
    skang sy xtau apa cerita...
    kesian kwn sy tok... tak tau nk wat apa dh...
    ganggu kerja dia, isteri dia skang nih pn tak pergi keje wat masa nih sbb gannguan nih..
    mintak atok tolong... apa yg patut utk dibuat tok...
    ada tak org yg btol2 yg boleh mengubat...

    salam...

    ReplyDelete
  27. Walaikumsalam cucu-cucu atok semua…

    Kepada cu Ramzi,

    Lama atok tak sembang dgn cucu ni. Skg rajin ke Bangi ya. Atok dengar Madrasah di Bangi ni rajin buat ceramah ust Mat Jangot. Banyak juga yg atok ketingalan sebab atok keluar Negara agak lama. Nanti bila atok ada masa, rasanya atok turun jika ada majlis disana. Insyaalah. Tapi spt biasa lah, Atok menyamar…

    Berkenaan Hj Jamil tu, memeng atok tahu pun dan pernah kerumahnya. Atok diajak kawan atok utk Scan Hj Jamil ni pulak. Hj Jamil tahu atok scan dia. Malah dia semyum saja bila aok kata “nak tengok”. Dia kata dia tak kisah pun. Jadi atok tahu semua berkenaan dia. Tapi atok taklah boleh buka semua. Ini rahsia orang. Memang dia ada pendamping yg boleh mengeluarkan batu-batu dlm badan pesakit spt batu karang, batu hempadu dll. Tujuannya ialah nak bagi sihat orang ramai dan dia ikhlas. Sebenarnya jika mengikut hukum, ia adalah harus. Sebab berubat tu hukumnya wajib supaya sihat utk beribadah. Cuma cara berubat tu saja yg agak berbeza dari biasa. Jadi kita yg nak berubat kenalah pasang niat betul2, yang menyembuh tu Allah bukannya Hj Jamil. Jadi kenalah faham disitu ! Maka berubat cara ini dihukumkan Harus kerana Tak mampu dengan kos pembedahan di Hospital, rawatan sesudah operasi agak lama lebih kurang 2-3 bulan baru sembuh, Kos ubat juga mahal-mahal sekarang ini dan terakhir ialah kos pengangkutan ketempat rawatan berulang-alik selama 2-3 bulan tu. Kan memeritkan kpd orang-orang awam, tambah-tambah yg telah pencen. Jadi Hj. Jamil lah tempat mengadu, atau altarnatif yang mereka ada. Tambah2 dalam waktu sekarang ni yg agar sukar bagi sesetengah orang. Serahkan urusan Hj tu pada dia sendiri, sedang kamu letak iktiqad pada Allah. Allah Mahamengatahui apa yg berlaku. Waallahua’lam…

    Itu berkenaan Hj Jamil di Durian Daun. Satu cerita berlaku depan atok sendiri sedikit masa dulu. Berkenaan seorang sahabat yang isterinya mengalami sakit berah usus terlantar di HUKM KL. Doktor kata dah takada harapan, tinggal tunggu masanya saja. Suatu hari dia dapat panggilah dari kawannya suruh bawa isterinya di sebuah hotel di Ampang. Kebetulan atok ada sekali, sedang menziarahinya. Jadi atok ikut sekali. DiHotel tu taka da apa-apa. Kawan yg talipon tu atok kira seorang angota pegawai polis berpangkat besar, sebab kawan-kawannya semua panggil dia tuan. Dia dari KK Sabah, sedangkan rakannya yg menjadi tukang mengubat tu pula dari Kuala Terangganu. Orang panggil dia Pak Wan. Apabila kita masuk (semua angota polis tu keluar) atok diminta kawan atok utk teman dia, sebab dia takut juga dan agak risau. Keadahnya Pak Wan akan berselubung dengan kain. Dia operasi terus depan2 kita. Cuma pegagan tampat sakit tu. Sangat sekejap saja, lebih kurang 10 minit, Pak Wan keluarkan usus yang rosak berbau sangat busuk. Lebih kurang 8-10 inci. Kemudian kita pun balik, atok pun balik lah ke Johor. Bebarapa hari kemudian dia kehospital utk buat rawatan biasa. Jadi dia minta isterinya di xray. Doktor tu pun sangat terperanjat sebab usus tu dah hilang katanya. Jadi dia boleh sembuh 100%. Selang beberapa bulan atok kerumahnya semula. Memang benar, Isterinya telah sihat 100%. Dah boleh jalan, tak guna kerusi roda langgi. Dah boleh makan sama-sama dengan kita. Semua ektiviti dapat dibuatnya sendiri. Dia dah pun hubungi Pak Wan dan ucap terima kasih katanya. Jadi bagaimana dgn cerita atok ni. Sangat pelik kan ?? Tapi atok lihat apa yang berlaku. Itu yang tak boleh beli dimana-mana tu. Sebab atok nampak siapa yg sebenarnya menjadi “doctor bedah” tu. Kemudian dari cerita Pak Wan yg menuntut Ilmu di Indonesia. Atok pun tahu pondok pengajian itu. Siapa pak kiayainya, juga kenal atok. Jadi begitulah kedaan akhir zaman ni. Jin sudah mahu menguasi dunia sepenuhnya. Manusia amat kerdil dipermainkan oleh mereka. Kepada yg nak berubat cara ini…ingat pesan atok, jaga iktiqad dan pasang niat betul2 kerana Allah. Insyaallah selamat.


    Wallahua’lam…

    Sekian,
    Atok Zamany.

    ReplyDelete
  28. Walaikumsalam cu,

    Kpd cu Anonymous..

    Betul kan apa yg atok kata. Dia ni suka buat dajal kat orang. Main tarik tali. Ini semua permainan manusia bersyaitan. Jahat hati. Tujuannya ialah kerana duit. Mungkin juga atok boleh sarankan unuk bertemu dengan Ust Syarhan bin Shafie, tel no. 012-5337434 atau 017-3035975. Dia ni salalu keluar diTV 9 buat ceramah bab Jin dan perubatan Islam. Dia dulu dengan Majlis Agama Islam Johor, sekarang dah berniaga sepenuh masa. Atau pun suami tu boleh buat sendiri kalau berani. Caranya buat cara Ruqyah kalau mengatahuinya. Kenalah baca ayat-ayat alQuran tu dengan betul dan tertil. Kalau dihafal lagi baik. Sila rujuk kpd ust-ust ditempat kamu akan pekara ini.

    Wallahua’lam…

    Sekian,
    Atok Zamany.

    ReplyDelete
  29. salam tok..

    time kasih penerangan atok sekali lg...
    ayat2 ruqyah sblm nih kawan sy ada pasang kat laptop dia masa kt rumah 3 kali sehari..
    budak tu yg bg gak..
    skang sy tak tau la pe cite,kawan sy masih lg pasang kt laptop ke tidak...
    nk baca dia keje tok...

    ReplyDelete
  30. Walaikumsalam cu anony,

    Rukyah tu bukan pakai lettop, atau cd… mana nak jadi. Kenalah dibaca sendiri oleh suami atau emak dia ataupun ayah dia. Ia ada keadahnya dan peralatannya. Jin-jin tu pun gelak tengok manusia yang guna cara tu nak halau dia.

    Caranya:
    1) Hendaklah bersuci dan ambil air sembahyang. Pesakit juga hendaklah berseh dari hadas.
    2) Sediakan 7 bekas air kolah masjid, tulis nama pesakit dan Ibunya pd kertas dan masukkan kedalam setiap bekas itu.
    3) Sediakan 21 biji limau nipis dan pisau untuk memotong.
    4) Sediakan 2 helai kain putih kira2 1 meter tiap2 satu dan dibentang mengadap kiblat.
    5) Suruh pesakit duduk disatu kain dan barang2 disatu kain yg lain (air 7 bekas dan limau).
    6) Sediakan satu besin, takut pesakit akan muntah.

    Kemudian baca ayat2 ini :

    1) Baca kalimah shadatai 3x
    2) Baca Fatihah 1x
    3) Baca selawat nabi 3x
    4) Berniat dan berdoa (sebut nama pesakit dan bin nya sekali).
    5) Baca ‘Lahaulawala Kuataillah…..hingga akhir beberapa kali.

    Kemudian suami duduk dikain putih yg ada barang2 dan bacakan ayat-ayat ini dan ditiup pada air dan limau itu (jangan potong limau lagi).

    1) Surah al-Fatihah
    2) Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5
    3) Surah al-Baqarah ayat 102
    4) Surah al-Baqarah ayat 163 dan 164
    5) Surah al-Baqarah ayat 255
    6) Surah al-Baqarah ayat 285 hingga 286
    7) Surah Ali Imran ayat 18 dan 19.
    8) Surah al-A’raf ayat 54 hingga 56
    9) Surah al-A’raf ayat 117 hingga 122
    10) Surah Yunus ayat 81 dan 82
    11) Surah To’ha ayat 69
    12) Surah al Mukminun ayat 115 hingga 118.
    13) Surah as Soffat ayat 1 hingga 10
    14) Surah al Ahqof ayat 29 hingga 32
    15) Surah ar Rahman ayat 33 hingga 36
    16) Surah al Hasyr ayat 21 hingga 24
    17) Surah Jin ayat 1 hingga 9.
    18) Surah al Ikhlas
    19) Surah al Falaq
    20) Surah an Nas.
    Kemudian baca ayat-ayat dibawah ini setiap satu sebanyak 15 kali pada telinga pesakit dan juga ditiup pada air dan limau2 itu.

    1) Surah al Furqan ayat 23
    2) Surah al Ambiyak ayat 83


    Kemudian baca selawat2 ini dan hembus pada air dan limau :

    1) Selawat Tafjiriyah 10 kali
    2) Selawat Syafa 10 kali.


    Kemudian baca ayat2 dibawa ini sambil menepok2 belakang pesakit itu :

    1) Surah Hijr ayat 34 dan 35.
    2) Surah at Taubah ayat 127.

    Tepok-tepoklah sehingga pesakit muntahkan sesuatu. Kalau pesakit yg terkena santau akan memuntahkan bahan2 santau, kalau disiher pun akan muntah, kalau disampok syaitah akan lari syaitan2 itu semua.

    Kemudian ambil sebiji limau itu dan baca padanya surah al Mukminun ayat 115 hingga 118, dan potong limau dan perah airnya dalam gelas yang ada air miniral. Lepas perah limau masukkan sekali kulinnya dalam gelas itu kemudian bacalah ayat didalam surah Mukminun ayat 115 hingga 118.

    Kemudian baca doa nabi Sulaiman, kalau tak tahu baca fatihah dihadiahkan kepada Baginda. Dan minta pesakit minum air yg telah diperah air limau. Jangan berhenti menpok-nepok belakang pesakit pelahan2 sewaktu ia sedang minum air sambil membaca ayat-ayat tadi. Kalau dia merasuk, ambil limau dan digosok pada badannya, tengkoknya, pelipat tangan dan kakinya, leher, dagu hingga hujung jari kaki. Sambil minta dia keluar, perintah dia keluar dan pergi.

    Buatlah sampai jin itu keluar semuanya. Kemudian limau (yg lebih) dipotong dan dimasukkan kedalam air kolah surau, untuk dibuat mandi dan minum pesakit. Asingkan antara bekas utk diminum dan mandian. Selesailah aturan cara Ruqyah. Ia tak perlu ijazah kerana telah diajarkan sendiri oleh Nabi saw. Semua umat Islam boleh buat.

    Sekian, selamat mencuba.

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum wbt.

    Kepada semua,atok baru saja postkan Sirah-Kematian, Akhirat dan Kiamat 15 semalam petang.

    Selamat membaca.

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum tok

    Mohon copy kaedah ruqyah dari atok untuk disebarkan kepada orang ramai

    mie

    ReplyDelete
  33. Walaikumsalam cu mie,

    Bisa saja dong... ngak apa-apa kok !

    atok zamany.

    ReplyDelete
  34. salam tok...
    time kasih bg ayat2 ruqyah yg sy minta dan kaedahnya tok...
    time kasih sgt2... tok, surah tu dibaca sambung tros ke?
    xpyh mula dgn bismillah lg kan? cth lpas fatihah pastu ayat 1-5
    surah albaqarah, x perlu bismillah atau a'uzubillah utk mulakan
    ayat tu?

    ReplyDelete
  35. salam tok..
    doa nabi sulaiman mcm mana tok?

    ReplyDelete
  36. Walaikumsalam cu...

    Ya, tak payah mula dgn bismila...atau a'uzubillah Mula2 je baca 1x, lepas tu terus sampai habis ayat2 tu.

    Doa nabi sulaiman :

    atok tulis dlm rumi sbb atok tak ada jawi dlm lettop ni...agak2 bunyinya mcm ni ,

    "Unsidukum biahdilazi uhhad'aualaikum sulaimana antahruju wa tarhalu mimbai'na. Unsidukumul Allahu antahruju walatuhdu 'ahada wa tarhalu mimbai'na ".

    Cuba cari di kedai2 buku, mungkin ada kot. doa ni dalam bentuk asal dan ia spt ayat quran yg berbaris.

    Waalalua'lam,

    atok zamany.

    ReplyDelete
  37. salam tok...
    time kasih tok..
    kalau saka atau belaan pn lari kan tok dgn ayat ruqyah ni?
    ke kena buang jugak ikut syarat2 dia tok?
    tok nk tanya lg sementara atok ada,nnt atok ada keje ssh nk contact,he2.

    tok dulu sy ada buang saka keterunan sebelah mak sy.
    org yg buang tu dia wat pelepah daun x silap sy wat mcm bentuk kapal.
    pastu ada la bunga2 dan barang2 yg diminta, sy dh lupa.
    mlm tu, sy,ayah sy dan org yg mengubat tu buang la kapal2 tu belayar pergi
    di sungai. dia pn ada berdoa.

    mcm mana tok?dh buang ke tu?

    ReplyDelete
  38. salam tok...
    doa haikal boleh amalkan ke tok?
    ada dlm kitab kecik majmu' syarif

    ReplyDelete
  39. Walaikumsalam cu,

    Ruqyah ni satu kaedah nak halau jin, syaitan dan iblis yg menceroboh dlm badan manusia islam. Tak kira dari sudut mana pun. Walau bagaimana pun bab saka ni lain sikit. Sebab ia melibatkan perjanjian keturunan yg telah lalu dari genarasi salahsilah kamu. Oleh sebab itu semua barang2 diri dan pesembahan mereka itu kamu kena buat semula "bagi tujuan perubatan" untuk buang dia sampai hari kiamat.

    Kan keluarga kamu pernah buat ! Betullah tu, Tapi atok fikir ia tak habis sebab hanya sebelah pihak keluarga kamu saja buat. Ia kedua2 belah pihak sekali gus. Maksudnya dari sebelah ayah dan ibu serta adek-beradik kamu semua sekali termasuk suami isteri dan anak2 mereka sekali (sampai cucu/cicit ibu bapa kamu). Baru 'clear' semua. Tak ada tinggal satu pun.

    Kemudian yg buat tu pula kenalah bertauliah dan diakui limu dan amalnya. Maksud tauliah tu bukan Jakim bagi atau majlis agama mana2 bagi. Biasanya tok2 guru pondok beri ijazah dan benar2 mengaji dlm bab ni hingga khatam. Spt di pondok2 atok di Indon, ada anak2 murid yg diajar dlm bab ini saja (khusus) pengajiannya dan pritikalnya sekali. Mula dari bawah dan mereka biasanya hafiz al Quran 30 juzuk. Ia juga dipilih. Bukan nak masuk suka2. Tak semua org boleh belajar ilmu tabib ni. Mereka telah dapat dikesan dari mula dia belajar lagi.

    Kalau disini, atok sarankan masuk Abjad. Didalam pesatuan ini selalu diadakan majlis buang saka. Ia dibawah kawalan Tok Guru sendiri. Atok sendiri umpamanya, buang saka dalam Abjad sebanyak 7 kali, dibawa tanggan Ust Mat Janggut sendiri. Kena usha sungguh2 baru boleh berhasil. Bila kita dah kenal "sintam2 saka" ni. Kita tahulah apa nak buat. Itu beza budak Abjad dengan yg lainnya. Kena ada orang tolong, bukan boleh buat sendiri2. ok.

    Jadi rumusannya, Ruqyah ni dibuat bila anak2, kawan2 kita kena sampok, histeria, santau dll gangguan. Kita tolong dia. Kalau saka kita, orang lain pula tolong kita. Faham tak ?

    Bab doa haikal, ia bagus diamalkan. Tapi bukan untuk halau jin, syaitan dan iblis. Ini memerlukan doa Nabi Sulaiman iaitu "sumpah" nabi itu sendiri. Baru dia lari. ok.

    sekian

    atok zamany.

    ReplyDelete
  40. salam tok...
    time kasih tok...time kasih sgt2...
    semoga Allah merahmati tok...
    psl doa haikal tu pn sama...
    sy selalu baca mlm jumaat je..
    ada org kata x bley nk amal...
    tok,nama pesakit tu kena bin ayah dia ke mak dia?

    time kasih atas penerangan tok...

    salam...

    ReplyDelete
  41. Walaikum salam cu,

    Tak mengapa, tanyalah insyaallah kalau atok tahu atok jawab. Kalau tak kenalah cari org yg lebih arif utk jawab.

    Nama pesakit tu dibinkan pada Ibunya. Bukan ayahnya.

    Kamu berminat nak jadi tabib ke ??

    atok zamany.

    ReplyDelete
  42. salam tok...
    minat tu adalah la sket2 tok..
    he2, tp diri ni terkontang kanting lg la tok..
    takut istidraj..
    sy br call ustaz yunus ptg smlm tok..
    tp dia kata bz sket,nnt bila free dia akan call sy..
    sy pn xdpt keje lg tok.. hutang belajar dulu x hbs byr lg..
    ada tak amalan2 yg boleh murah rezki tok?
    btol ke surah al-waqi'ah utk rezki tok? surah al-mulk utk
    hindar seksa kubur tok?
    lg 1 tok, sy penah dgr semua org islam masuk syurga
    selepas terima hukuman di dlm api neraka utk tebus dosa2 yg
    dilakukan di dunia. dan sy penah dgr,walau sebesar zarah iman sekalipun
    ada dlm hati manusia,dia tetap akan masuk syurga.
    apa pendapat atok?
    atok nk ajar sy jd tabib ke? he2.. sy nk berubah tok,
    tp tu la,keje xde lg. sepatotnya sy yg sara mak bapak sy,
    tp mak bapak masih nk 'suap' sy lg. sy xnk dikategorikan anak x guna,
    abg kpd adik2 yg x guna,sedara yg x guna, shbt kpd kwn2 yg x guna x bley diharap.
    sy byk dosa tok..takot tok..tp hati nih x kuat tok..
    makin nk berubah makin byk plak dugaannya tok..
    sy pernah bernazar,kalau sy dh keje,ada duit sendiri, sy nk gi umrah n haji.
    tercapai ke cita2 sy nih tok? bulan dpn genap la umur sy 25. lg 5 thn lbh je
    nk tunaikan nazar sy. sy takot xdpt tunaikan. dgn skang serba serbi semua duit.
    aduhai..mcm mana la nk kawin. hutang blaja lg,nk beli kete kena wat loan,
    beli umah pn loan, nk kawin pn kena la loan. yela skang nih ramai tgk tinggi mana
    ank dorg blaja tok. spm byk nih,diploma byk nih,degree byk nih. kalau cantik
    lg la mahal hantarannya..hmmm...psl jodoh tu sy x kisah sgt,sy takot yg nazar sy tu..
    sy byk dosa tok..dosa2 besar tok..bkn tau buat je, nk taubat gak tok..
    tp diri x kuat,takot taubat wat blk...
    hmmm... nk gi menuntut xde duit ssh plak kan tok..

    time kasih tok..

    salam...

    -terkontang kanting-

    ReplyDelete
  43. * nazar sy gi umrah atau haji plg tidak umur 30 thn

    -terkontang kanting-

    ReplyDelete
  44. sy dh hbs baca entry terbaru atok yg atok br post tu..
    takot sy tok..nmpknya jd bahan bakar api neraka la sy tok..hmmm...

    -terkontang kanting-

    ReplyDelete
  45. Terima kasih Atok kerana sudi menjawab soalan saya.
    - Anonymous 22 ogos

    ReplyDelete
  46. Walaikumsalam cucu terkontang kanting…

    Kalau nak berubah, bukan dengan sekadar niat saja. Ia perlu dibuktikan. Iman perlu bukti bukan berniat saja. Cuba lihat, kalau nak makan hanya sekadar niat saja, boleh kenyang tak ? Kalau solat hanya niat saja, jadi tak ? Tentu tak jadi ! Kena dibuat ! Oleh itu kena keraskan hati dan semangat utk berubah. Pergi jumpa Ustaz Yunus tu dan ambil Tlqin Shadatai kemdian Tanya dia macam mana jadi tabib ? Sebab dia ambil jurusan itu dengan tok guru. Dah katham pun.

    Berkenaan amalan surah al-Waqiah tu, memang ia untuk amalan murah rezeki. Keadaahnya saja orang tak tahu ? Bukan baca saja atau fotocopy dan tampl didinding rumah atau kedai saja. Ia ada cara khusus utk amala surah ini. Amalannya kena buat hari2 jangan putus. Terus menerus sampai hajat kamu dizahirkan. Jangan mengeluh, resah dan merungut…terus saja tampa jerih (serik). Amal ayat ini 21 kali sehari semalam, setiap hari tampa henti. Malam, kena bangun buat solat sunat taubat 12 rekaat 6 salam, buat solat hajat 6 rekaat 3 salam dan solat sunat witir 3 rekaat, pun sama juga jangan berhnti samapai hajat terkabul. Kalau yang terbaik lagi diikuti dengan puasa dipaginya. Barulah padat dan kemas. Maka barulah terbuka pintu rezeki Allah untuk kamu ! faham tak ?

    Kamukan masih bujang, banyak masa yang terluang. Jadi kalau kamu beramal begitu bukankah baik utk kamu ? kalau ibu bapa kamu tengok pun, sejuk hati mereka. Tak ada apa didunia ini yang terbaik untuk mereka selain melihat anak mereka taat pada Allah. Kamu longgoklah emas, duit, permata depan mereka…mereka tak pandang. Tapi kalau depa tahu kamu kaki solat, puasa, bacaal-Quran, wirid bangun malam dan beramal…cair luluh hati mereka. Percaya cakap atok, sebab atok org tua…ada pengalaman disini. Jadi jangan risau, jangan ragu dengan Allah tentang masaalah Nazar kamu dan masaalah tak ada kerja tu, Dia Mahamengatahui….ok.

    Kpd anon 22 ogos,

    Sama-sama..

    atok zamany

    ReplyDelete
  47. Salam Atok. Saya ada 2 soalan: 1. Hukumnya sunat ke tok sebut nama berbinkan ibu , kalau tak buat berdosake? 2. Saya ada mengikuti proses pengkebumian jenazah,Semasa di tanah pekuburan, saya ada perasan imam mengambil tanah. selepas dia membaca sesuatu , dia menaburkan tanah tersebut ke tempat kubur jenazah.... hukumnya sunat ke tok/ dan apa hikmahnya?

    ReplyDelete
  48. Walaikumsalam cu,

    Keadah menyebut nama dibinkan kepada Ibu digunakan dalam beberapa acara tertentu didalam islam. Ia lebih kepada sesuatu pekara khusus menyentuh soal Rohani. Jika kita perhati, terutama waktu talkin dibaca diatas kuburan simati, maka diseru nama orang itu dengan bin ibunya. Kerana pada waktu itu jasad sudah terpisah dari roh. Jasad sudah mati, tetapi rohnya tidak. Panggilan dialam roh memang mengunakan nama sifulan dan bin Ibunya. Maka roh akan hadir mendengar. Malah kebanyakan yg atok cerita dlm blog ini juga menyentuh dialam Roh. Memang jika berurusan dengan roh, disunatkan menyebut nama ibunya. Didalam perubatan islam juga banyak mengunakan keadah ini. Kerana ia lebih padat dan tepat, berbandng dibinkan ayahnya yg kurang atau lemah kerana bersandarkan jasadnya.

    Kemudian dalam hal dimenaburkan tanah selepas bacaan talkin tu pula, ia hanya sekadar adat. Ucapan yg biaca ialah "Dari tanah kamu datang, kepada tanah kamu kembali". Ini yg biasa dibuat oleh guru-guru, imam-imam dan ulama. Ia bukan apa-apa. Tetapi dengan perbuatan itu, barangkali mengingatkan kepada kematian, maka dikala itu perbuatan itu dihukumkan sunat.

    sekian'

    atok zamany.

    ReplyDelete
  49. Assalam Tok. barulah saya faham sekarang ... T.kasih tok dengan jawapan yg diberi.
    anon 18 september

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum tok...
    cucu nk bertanya sikit..
    1)mcm mana kita nk tau kita ada saka?
    2)atok ada tak ayat2 atau amalan2 tertentu utk ketahui sesuatu barang tu
    ada khadam/jin atau tidak pd cincin,kerambit,keris & lain2.
    3)apa pndangan atok,ada org kata dia dpt ilmu laduni? dan sy pnah dgr org kata ilmu laduni utk nabi khidir shj.

    mintak pandangan & penjelasan dr atok.. maaf cucu ingin bertanya shj.
    maklumlah ilmu agama kurang tok..

    assalamualaikum tok..

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  51. Kpd cucu ingin tahu,

    antara sintum2 saka ialah:
    1)Mandul yg bukan dari sebab perubatan.
    2)Sentasa gugur apabila mengandung.
    3)Anak hilang dlm kandungan.
    4)Melahirkan anak cacat atau downsindru
    5)Melahirkan anak yg buruk akhlak dan amalnya.
    6)Panas baran atau cepat marah.
    7)Mudah iri hati dengan sesiapa saja.
    8)Merasa cemburu yg melampau.
    9)Sentiasa buruk sangka
    10) Mimpi yg menyeronokkan tapi kosong
    11) Boleh bersilat tampa belajar pun.
    12) Boleh mengubat, bidan, urut, tafsir mimpi, telek tampa belajar.
    13) Boleh menurun (tanasalul arwah).
    14) Boleh mengadakan barang2 dgn tiba2. spt batu permata, senjata, duit dll.
    15) Mudah kerasukan atau histeria.
    17) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
    18) Boleh mezahirkan pekara pelik spt menyalakan api dengan sendiri dll
    19) Sakit magrin.
    20) Sakit yg berlari2 dlm tubuh.
    21) Was-was dlm melakukan kerja atau abadah.
    22) Suka bergaduh dan bertengkar.
    23) Banyak sangkak dlm kerjanya.
    24) Suka termenong dan berhayal.
    25) Bercakap seorang, meracau atau separuh gila.
    26) Mudah mendapat sesuatu dengan cara luar biasa (magik)....dll.

    Soalan kedua,

    Tak ada amalan utk tahu pekara sebegitu, Ia selalunya hadir atas kurniaan Allah atas sebab wara dan amalan yang Allah redha.Ilham ini Allah kurnia atas sebab tertentu dan bukannya untuk tujuan yang bukan2 atau keduniaan. Selalunya Allah akan peliahara org ini dari fitnah dunia.

    Soalan ketiga,

    Ilham laduni adalah kurniaan Allah kepada hambanya yang soleh dan wara, sedangkan org itu sendiri tidak mengatahuinya atau menyenbunyaikan pengatahuannya itu kerana bimbang akan didatangi manusia2 yg jahat dan meminta yg bukan2. Org ini selalunya sangat susah bercampur dgn org lain. Menjadi sangat pendiam dan kebanyakan masanya hanya untuk Allah saja.

    Berlainan pula sikap org yg selalu menunjuk2, mengaku diri mendapat ilham laduni. Ini bukan sikap sebenar org yang dianugrahi Allah mendapat ilham laduni. Mungkin org ini ada sahabat jin atau hantu raya. Ia mirip tapi tak sama.

    Waallahuaklam... sekian,

    atok zamany

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum tok..

    terima kasih dgn jawapan & penerangan yg atok berikan..
    cuma hr tu ada kawan sy punya kawan "tgk" cincin sy.
    budak tu kata ada "aura".. dia pn xpasti apa benda.
    budak tu pn tgh blaja lg psl perubatan nih.
    dia pegang cincin dan telapak tgn kanan dia dekatkan ke cincin dan ada la ayat2 yg dia baca.
    mcm mana tu tok? cincin tu sy nk pkai atau buang saja tok?
    kalau buang mcm tu je kt sungai bley ke tok?
    maaf tok, byk soal..

    assalamualaikum tok..

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum tok..

    terima kasih dgn jawapan & penerangan yg atok berikan..
    cuma hr tu ada kawan sy punya kawan "tgk" cincin sy.
    budak tu kata ada "aura".. dia pn xpasti apa benda.
    budak tu pn tgh blaja lg psl perubatan nih.
    dia pegang cincin dan telapak tgn kanan dia dekatkan ke cincin dan ada la ayat2 yg dia baca.
    mcm mana tu tok? cincin tu sy nk pkai atau buang saja tok?
    kalau buang mcm tu je kt sungai bley ke tok?
    maaf tok, byk soal..

    assalamualaikum tok..

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  54. Kpd cucu ingin tahu,

    Daripada apa yg cucu katakan itu, atok berpendapat apa yg dibuat oleh kawan cucu tu adalah ilmu yg tak ada puncanya. Ini adalah satu bentuk ilmu karang atau rekaan semata. Tiada dalam islam yg menyuruh atau mengajar ilmu sebagini. Apa tujuan sebenar dia buat begitu ? Hanya tidak lebih dari nak menunjuk-nunjuk bahawa ia tahu sesuatu dari alam jin. Padahal ia telah tengelam didalam "syak, zon dan Waham" yang sangat sesat. Jangan terpedaya dengan mainan ilmu sebegini kerana ia merbahaya kepada akidah diri kita sendiri. Ia mendatangkan kekufuran yang jauh dan akan menyebabkan jatunnya shadatai yang kita pegang. Jadi jangan semberangan mempercayai rakan taulan yang mereka-reka ilmu.

    Mempercayai kepada benda, batu, cincin, keris, kerambit, senjata2 lama atau apa saja benda yang boleh memberi bekas (mendatangkan mudarat, aura, nasib buruk atau baik, rezeki, kekuatan, kebal, penunduk, berani, kuat, gagah, pangkat, darjat dll) akan menyebabkan kita menjadi syirik kepada Allah sama ada sedar atau pun tidak. Ingat ! dosa besar syirik Allah tidak ampunkan didunia dan akhirt. Besar tak masaalah itu ???

    Makanya...jangan terbabit akan pekara seperti ini. Buanglah jauh2 cincin kamu yg akan menyebabkan kamu terjerumus kelembah kekufuran itu tampa rasa sayang kepadanya sedikit pun. waallahua'lam...

    atok zamany.

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum tok...

    owh kalau mcm tu sy buang je la tok. psl "aura" tu sy terkejot gak, start dr hr tu sy x pkai dah.
    tp kalau btol "aura" tu, takot sy tok. xnk syirik.. mintak simpang jauh2. terima kasih tok..
    nk buang ada cara2 nya ke tok? atau buang mcm tu je kat mana2,sungai ke?

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  56. Kpd cucu ingin tahu,

    Buang saja macan buang sampah. Tak payah risau dan was-was. Campak saja dimana2 yg tergerak, tak kira dimana juga. ok

    atok zamany

    ReplyDelete
  57. alhamdulillah tok.. sy dh buang td..
    nk tanya lg soalan kt atok..

    1)tok niat solat qadha mcm mana tok?
    2)sy susah nk tido malam/insomnia. ada amalan2 atau ayat2 yg boleh bg tido x tok? sy nk gak solat sunat taubat, witir & hajat 1/3 malam.
    3)solat sunat witir ganjil kan tok? bley wat 1 rakaat kan? kalau 3 rakaat 1 salam xde tahiyat awal kan tok?

    harap penjelasan tok.. terima kasih..

    assalamualaikum..

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  58. solat sunat thajjud skali.. lupa nk letak.

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  59. Kpd cucu ingin tahu,

    1) Jika mengikut sesetengah pendapat ulama, tiada khada dalam solat. Semua kena buat pada waktunya dan digalakkan pula berjemaah di Masjid. Tetapi pada pendapat yang lain pula, kepada orang2 awam macam kita2 ni kan susah nak dapat tepat pada waktunya. Maklumlah banyak tugas harian dan kadang-kadang ada keuzuran pula. Ada pula yang tertidur ketika masuk waktu. Maka mereka berpendapat "dibolehkan Khada" dlm solat fardu yang lima itu. Tapi hanya yang dibenarkan didalam syarak sahaja. Spt yg atok sebut diatas tadi. Maka niatnya "Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat khadaan kerana Allah T'ala " (contoh solat fardu subuh kerana solat inilah yang selalu tergelicik...betul tak ?).

    2)Ya... kalau dah susah tidur tu, baguslah buat solat 1/3 malam 3 serangkai. Lepas tu wirid banyak2 sampai tidur. Tapi jangan tak bangun subuh pulak. Habis rosaklah amalan sunat 1/3 malam tu tadi. Benarlah solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat tahjjud. Kalau ada masa buat solat sunat tasbih dan solat sunat rakkatul bauli. Sebanarnya banyak lagi solat sunat malam ni, cuma larat dengan tidak saja. Kemudian aturlah solat sunat ini mengikut jumlah rakaat yg kamu inginkan. Contohnya solat sunat taubat 12 rakaat 6 salam, solat sunat hajat 6 rakaat 3 salam dan solat sunat tahjjut buatlah 4 rakaat dua salam atau 6 rakaat 3 salam. Kemudian ditutup dengan solat sunat witir buat 3 rakaat 2 salam atau 1 salam.

    3) Solat sunat witir ialah penutup solat2 sunat. Tak kira solat sunat malam ke atau solat sunat apa-apa pun. Nabi buat kebiasaannya 3 rakaat dan 2 salam. Ada juga kalanya dia buat satu salam sama macam solat fardu maghrib tu. Yang bagusnya kalau buat 2 rakaat tu apabila tiba tinggal yang akhir 1 rakaat tu dibuat dengan ayat dari surah as-sajadah dengan sujud sajadahnya dan kemudian buat doa kunud sekali. Kalau buat macam ini lagi cantik. ok

    sekian

    atok zamany

    ReplyDelete
  60. terima kasih tok.. insyaAllah sy akan cuba yg buat.. sy dgr org kata kalau nk solat sunat tahajjud kena tido dulu ke tok? kalau x tido xpe ke? lg satu tok, kalau solat sunat witir 3 rakaat 1 salam mcm solat maghrib tu, kena ada tahiyat awal ke tok? sy keliru sket kt sini. dan lagi satu, solat sunat rakkatul bauli yg atok sebut kt atas tu, solat mcm mana tu tok? he2, maaf la tok sy xtau sgt pasal solat2 sunat nih.. terima kasih tok.. sy dh baca entry terbaru atok, selalu jenguk2 blog atok tggu entry2 terbaru dr atok..

    assalamualaikum...

    -cucu ingin tahu-

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum atok zamany..

    saya masih baru disini.. harap diberi tunjuk ajar..saya mengenali atok melalui blog abtasa ii..

    amat minat & tertarik melalui komen2 atok tentang ABJAD dlm blog abatasa ii(pada tahun 2010)& blog atok sendiri.. amat berkesan sekali penyampaian atok terutama dlm blog abatasa ii(pada tahun 2010) sungguh detail & terperinci..

    saya seorang hamba yg amat jahil tentang agama.. sgt memerlukan guru sebagai pembimbing..
    kalau tidak keberatan, boleh atok beritahu dimana boleh sy berguru dan bersama2 ABJAD di area penang?
    mohon petunjuk atok zamany..

    -Ibnu Ahmad-

    ReplyDelete
  62. Walaikumsalam cucu semua,

    Kpd cucu ingin tahu,

    Ya, solat witir boleh dilakukan 3 rakaat terus tampa tahyat awal. Terus bangkit dan buat rakaat ke tiga. Kalau diperhatikan sememangnya semua solat sunat taka ada tahyat awal sebab ia dua rakaat saja, tetapi berlainan dengan solat sunat witir ini. Hanya solat sunat witir saja dibenarkan berbuat begini. Ini mengikut kias banyak ulama fiq’. Jadi apa yang kamu buat tu tu betul Cuma kebanyakan tok-tok guru tidak galakkan kita buat macam ni. Dia kata kita “pemalas” sebab tak nak buat sujud sajadah dan baca ayat sajadah yg panjang tu kemudian buat pula doa kunud. Jadi solat satu rakaat terakhir tu jadi panjang dan lama. Atok masa belajar dulu kena rotan kalau tak buat semua tu, tak ada short cut katanya.

    Berkenaan solat sunat rakaatul bauli tu adalah solat mohon ampun disebabkan air kencing yang kita tak sedar dah keluar menitis pada kain atau seluar. Tambah2 kalau dah tua langsung tak rasa air kencing dah keluar. Nabi saw bersabda “Kalau boleh aku mewajibkan solat2 sunat maka akan ku wajibkan solat sunat rakaatul bauli kepada umatku kerana air kencing adalah fitnah yang paling besar kepada umatku dan kerananya banyak umatku diseksa didalam kubur”. Maka kita kena ambi berat akan saranan Baginda itu. Paling kurang pun kena buat satu kali seumur hidup dan yang terbaik kita buat hari-hari. Ok


    Kpd cucu Ibnu Ahmad,

    Selamat datang kepondok buruk atok ni, Alhamdulillah walaupun baru disini tetapi mungkinnya telah lama membaca celoteh atok ni. Sememangnya abatasa banyak membantu dan promot blog atok ni dihalamannya, kadang2 atok sebok jug abaca blog dia tu. Terima kasih kepadanya atas usha yg beliau buat.

    Bekenaan nak belajar di ABJAD penang tu atok sarankan telipon no ini 019-4287878 atau bercakap sendir dengan tok guru kami Ust Mat jangut 013 4500007 dan Tanya dia apa nak buat dan kepada siapa nak aambil talqin semantara. Atok tak tahu nama badal abjad di penang. Insyaallah usha kamu pasti berhasil ya.

    Waallahuaklam…

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum atok zamany..

    terima kaseh dengan petunjuk yg atok berikan tentang ABJAD.. InsyaAllah sy akan usaha sebaeknya..

    ada persoalan sy nk tanya pada atok:
    -macam mana hendak niat solat sunat rakaatul bauli?
    -berapa rakaat? adakah dua rakaat sahaja?
    -adakah solat sunat ini utk menutup kelemahan(mengenai air kencing) dlm solat fardhu?

    minta atok beri pencerahan..

    -Ibnu Ahmad-

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum atok..

    apa maksud syariat, ma'rifat dan tarikat?

    ReplyDelete
  66. Kpd cucu ingin tahu,

    Atok tertinggal...berkenaan solat sunat tahajud. Memang disunatkan tidur dahulu sebab dikuatiri mengantuk semasa beribadah malam. Tetapi jika dah tak boleh tidur nak buat macam mana. Buat sajalah solat sunat tahaujud tu. Tidur tu bukannya rukun solat. Dibuat dapat pahala ditinggal tak mengapa.

    Kpd Ibnu Ahmad,

    Niat solat sunat rakatul bauli senang saja. Sahaja aku solat sunat rakatul bauli 2 rekaat kerana Allah Taala.

    Ia boleh dibuat 2 atau 4 sampai 8 rakaat dan tak mengira waktu. Cuma jangan buat waktu dilarang solat sunat.

    Ia bukan untuk menutup kelemahan dlm solat fardu atau sunat. Ia adalah sebab kesalahan atau dosa yg kita buat tampa sedar. Kesedaran atas dosa disebabkan air kencing tak tos ini wajib kita minta ampun khusus kerananya. Kerana ia akan menjadi fitnah dialam barzahm kelak. Ini adalah berpandukan hadis sahih Nabi saw.

    Maksud syariat ialah ilmu lahriah yang menjadi hukum fiqah didalam agama islam. Ia wajib dibuat oleh seluruh umat islam. Meninggalkannya berdosa besar. Contohnya mengucap 2 kalimah shadatai, solat, puasa ramadhan, zakat dan naik haji keMekah. Ia juga dikenali sebagai rukun islam. Kemudian termasuklah juga ilmu munakahat, jenayah dll. Semua ini termasuk didalam syariat.

    Kemudian masuk pula kepada ilmu tauhid. Maka timbulah ilmu Tarikat. atau jalan menuju tuhan. Tarikat ada berbagai punca dan Imamnya. Setiap satu punya cara tersendiri untuk mengabdikan diri kepada Allah. Ia slalunya mengikut kepada idola imamnya yg sangat bertakwa, soleh dan wara'. Maka cara2 Imam itu menjadi ikutan muridnya untuk menjadi seperti Imam yang sangat wara itu. Cara2 dan wirid2 Imam itu menjadi pegangan supaya ia sentiasa didalam tarikat yg benar. Malangnya ada juga tarikat yg sesat. Maka berhati2 untuk memilih guru.

    Selepas itu ada peringkat dipanggil dengan nama Hakikat. Maka setelah mendapat tarikat dan duduk kemas dengannya, timbullah ilmu hakikat dimana murid akan sentiasa mencari hakikat sesuatu kejadian. Terutama berkenaan dengan dirinya sendiri. Dari sinilah timbulnya pula ilmu mengenal diri. Untuk mengenali Tuhan dengan lebih terprinci dan detail, maka murid mesti menembusi alam dirinya sendiri. setelah itu maka ia akan kenal pencipta segala sesuatu iaitu Tuhan yang Esa. Disini juga misti berguru kerana gurulah menjadi penyuluh pencariannya. Maka disini juga terdapat ranjau yg boleh menyesatkan murid itu.

    Setelah murid berjaya memecah kebuntuan pencaran dirinya dan mengenal Allah dengan rutin ibadah yg sangat detail, maka tibalah masanya murid pasrah kehadrat Allah untuk DIA tajalikan DIRINYA kepada murid itu. Disinilah dipanggil ilmu Makrifah. Kerana ilmu Makrifah tidak boleh dipelajari. Ia adalah ANUGRAH ALLAH. Maka apabila telah menyampai peringkat ini murid digelar "Insan Kamil yang mengenali Tuhannya".

    Atok tak boleh tulis banyak bab ilmu2 ini. Ia kena belajar depan guru. Bukan dengan membaca sahaja. Kena cari bersungguh2,tekun dan sabar. Semua itu juga atas perkenan Allah kepada diri kamu. Tampa pekenan dari Nya mustahil boleh menyampai. Jangan mudah dengar cakap kawan. Ia boleh menyesatkan fikiran kita. Mohon hidayah Allah dalam perjalanan, semoga mendapat bimbingan Nya. Insyaallah....

    atok zamany.

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum atok zamany

    terima kaseh atas penjelasan panjang lebar atok..
    saya masih muda banyak yg harus belajar dan lalui lg dlm hidup ni..
    dlm umur2 saya byk bercakap hal-hal seperti ini.. ilmu2 ghaib, ilmu pertahankan diri dan seangkatan dgn nya.. apa yg atok ckap diatas ada juga yg b'hubung kait dgn ilmu2 nie gk kn..

    betul atok cakap, hidup nie harus di bimbing oleh seorang guru.. untuk memandu kita kearah yg selamat.. banyak ilmu yg harus kita tahu sepanjang hidup ni.. ermmm..

    apakah maksud di sebalik ayat nie atok "panji-panji hitam dari timur"?

    -Ibnu Ahmad-


    ReplyDelete
  68. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum atok..

    sy ingin bertanya..
    apakah itu wahabi? sama mcm syiah juga kn?
    tp adakah benar pemimpin2 Arab Saudi berfahaman wahabi?
    Ahli ahli majlis tertinggi ulama saudi, adakah dlm fahaman wahabi juga?
    macam mana dengan Imam-imam besar di Masjidilharam & Masjidilnabawi?

    harap atok boleh memberi penjelasan..

    -Ibnu Ahmad-

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  71. Kpd Ibnu ahmad,

    Panji2 dari timur... maksudnya kamu terlampau banyak membaca blog dan skg telah diperangkap oleh golongan ekstrim perang akhir zaman. Kalau di indon dah ada pun golongan yg membawa bendera hitam kehulu kehilir, terpekek melolong, ikat kepala naik motor ramai2 buat bising dikampung2 dan pekan2 sambil pegang bendera hitam. Mereka ditaja oleh golongan ekstrim perang akhir zaman berpusat ditimur tengah. Mendapat dana perjuang ekstrim, mungkin juga alkeadah. Atok tak tahu apa tujuan nak dibangkitkan semua itu sekarang sebab pada hemat atok, perang akhir zaman ni terjadi atas kehendak Allah. Allah yg mentadbir semua itu melalui orang2 pilihannya. Bukan semua org yg dapat duduk didalam barisan perang akhir zaman itu. Ia "terpilih" dan "berkelebihan" yg sangat luar biasa. Mereka terahsia dan tersembunyi. Bukan dok sebok tengah2 jalan, tepekek melolong. Ada setengahnya siap nyanyi dangdut lagi. Macam ni nak perang ??? peeggiila....

    Tak payah fikir serabut... awak pun tak akan jumpa perang tu. Atok... lagilah. Apa yg perlu siapkan diri utk "mengenali Tuhan" sebelum "mengenali diri sendiri". Cari ilmu..belajar. Tahu tak ???. Jangan fikir pekara yg amat jauh dari jangkauan akal fikiran. Yg ada didepan mata tak nampak ???

    Atok zamany.

    ReplyDelete
  72. terima kaseh atok zamany.. sy paham..

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum atok..

    maaf atok sebab sy banyak tanya dekat atok..

    sy rasa mesti atok bosan & ralat melayan sy yg pelik nie..
    maaf banyak2 ya atok..

    sy ingin mengetahui sesuatu lg, itupun kalau atok tak keberatan la..
    kalau ya atok abaikan saja mesej sy nie..

    wujudkah hang tuah di bumi melayu nie?
    asal melayu kah ia?
    selain dari 5 bersaudara ini, tiada pendekar & pahlawan lain ka di bumi melayu nie?

    ReplyDelete