Saturday, June 26, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 6

BISMILLAHIRIRAHMANIRAHIM.....



Setelah didalam bab 5 yang lalu kita didedahkan dengan nama-nama puak, kaum dan golongan- golongan yang telah difatwakan sesat didalam 3 cabang utama agama iaitu Syariat, Akidah dan Sufiah serta sedikit berkenaan ciri-ciri pegangan dan etikad yang telah mereka bawa, maka marilah kita terus mendalami akan - "Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu Amalan atau orang-orang yang beramal itu (mereka-mereka yang menjadi guru, penaja, pengamal, pengajar, pelajar dan anak-anak murid atau yang terlibat dalam bentuk apa sekali pun dengan golongan- golongan sesat itu) berada didalam kesesatan didalam bab Akidah, Syariat dan Akhlak atau Sufiah, yang sebenarnya telah duduk didalam wilayah MURTAD, MUNAFIK, FASIQ dan ZALIM didalam semua bentuk Ilmu dan Amal mereka" samada secara sengaja, tak sengaja, tahu, tak tahu, sedar, tak sedar, ikut-ikutan atau dengan tak secara langsung.

Tanda- tanda itu adalah seperti berikut :

1) Ada perjanjian (mubaiaah) yang disertakan dengan sumpah dan janji mewajibkan diri murid dan pengamal itu dengan segala hukum syarak (wajib, sunat, makruh) dan meninggalakan segala hukum haram dan makruh.

Sebagai c0ntoh, jika murid itu nak mengambil Ilmu Kebal ini kamu hendaklah jangan tinggalkan solat, puasa, zakat dan naik haji (hukum wajib dalam Syarak) atau kamu mistilah berwirid ayat ini sebanyak 1000 kali sehari semalam serta berpuasa selama 33 hari (hukum Sunat dalam hukum Syarak) atau kamu diharamkan dari menghisap rokok semasa beramal selama 33 hari itu (hukum Makruh dalam hukum Syarak) atau kamu dilarang dari minum minuman keras (hukum haram dalam hukum Syarak). Maksudnya murid itu sentiasa berkeadaan berseh dan duduk kemas mengikut hukum agama tetapi secara halusnya semua amalan itu telah "BERTUJUAN" yang lain selain Allah. Walaupun semua syarat atau pengsyaratan itu sama (baik) dengan hukum Syarak, ia tetap akan menyesatkan kamu. Selain dari 5 pekara (hukum Syarak) diatas tadi, perhatian kita juga mestilah menjurus kepada semua pekara-pekara seperti dibawah ini ;

a) Pemangsuhan sama sekali 3 hukum Syarak dengan sengaja iaitu -
Hukum Sunat, Hukum Makruh dan Hukum Harus

b) Memberatkan atau mewajibkan kepada diri 2 hukum Syarak dengan sengaja iaitu -
Hukum Wajib dan Hukum Haram.

c) Menaik taraf hukum Syarak dengan sengaja sesuka hatinya iaitu -
Hukum Sunat menjadi Wajib.
Hukum Harus (yg hampir kpd Sunat) menjadi Wajib.
Hukum Makruh menjadi Haram.
Hukum Harus (yg hampir kpd Makruh) menjadi Haram.

d) Mengambil Akad, Ijazah atau Mubaiaah pula kepada "guru" yang fasiq, munafik dan Zalim didalam bab Ilmu dan Amal serta tidak mempunyai Sanat Ilmu yang berwisilah dan berabitah kepada Rasullah saw.

e) Mereka tidak mengikut keadah atau aturcara Mubaiaah yang betul dan dibenarkan mengikut Quwaid Syariaah Islam didalam bab Akidah, Syariat dan Akhlak (sufi).


2) Ada perjanjian yang disertakan semasa Mubaiaah atau akad Ijazah seperti :

a) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang bertepatan dengan segala Hukum Syarak seperti Hukum Wajib, Sunat dan Harus untuk mendapatkan Ilmu tertentu atau Ilmu yang luar biasa, magik, mencarek adat dll.

b) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang Makruh didalam Hukum Syarak untuk mendapat Ilmu yang menyalahi adat (luarbiasa).

c) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang Haram didalam Hukum Syarak untuk mendapatkan Ilmu-ilmu yang luarbiasa itu.

d) Mengada-adakan hukum-hukum syarak yang baru dengan sengaja mengikut sesuka hatinya dan kemudian memansohkan hukum- hukum Syarak yang asal semata-mata kerana taat dan setia kepada "pengsyaratan" (utk memiliki Khadam atau Jin) sebagai tanda "patuh" kepada telunjuk "sahabat" nya itu. Tampa adanya sahabatnya itu maka segala Ilmu yang telah dituntut itu tidak akan menjadi, itulah sebabnya ia kena patuh menjadi hamba jin atau khadam itu. Dengan tidak secara langsung dia telah menukar pergantungan, harapan dan cita-citanya atau dipanggil Ubudiah kepada Allah bertukar kepada Ubudiah kepada Jin, Khadam, Syaitan dan Iblis yang diambil menjadi sahabatnya. Justru dia akan duduk didalam kesesatan selamanya dan setelah dia mati, "sahabat" nya itu menjadi "SAKA" kepada anak cucu cicit dan keluarganya untuk selama-lama hingga hari kiamat.


3) Jenis-jenis latihan mempertahankan diri atau persilatan yang mempunyai unsur-unsur "MARAH" atau "DIMARAH" atau "KENA MARAH" baharulah ia dapat menzahirkan "Ilmu tenaga dalamnya" atau pekara-pekara luarbiasa, megik, sakti dan mencarek adat. Persoalan utamanya ialah, " kenapa kena marah atau dimarah atau merasa marah baru ilmu itu menjadi ?? kan timbul pula pesoalan kepada kita, ia menunjukkan adanya unsur penggunaan Jin, Syaitan dan Iblis dalam menuntut sesuatu ilmu luarbiasa atau untuk lebih hebat ?? Ya... yang paling pasti kepada umum ialah apabila kita marah atau lawan berperasaan marah kepada kita, ia pastinya telah mempunyai unsur-unsur bersabit dengan makhluk Jin, Syaitan dan Iblis dalam "ilmu" itu walau pun apa alasannya, Ini yang paling utama mesti difikirkan sebelum menentukan sesuatu ilmu untuk dipelajari.

4) Menzahirkan rupa "penjelmaan Roh" atau "jelmaan Rohani" atau "Puja Semangat" atau juga dipanggil Tanasalul Arwah, iaitu perbuatan memanggil "semangat" atau "roh" yang sebenarnya ialah makhluk Jin, Syaitan atau Iblis, untuk masuk kedalam diri (jasad) sama ada dibuat secara terbuka atau tersembunyi yang mereka namakan dengan berbagai panggilan nama seperti Pangilima, Waliallah, Nabi dan Malaikat untuk tujuan penyamaran serta boleh pula melakukan berbagai pekara luarbiasa, silap mata, megik, sakti serta hebat serta nampak berilmu tinggi, walhal ia bergantung sepenuhnya kepada "semangat" atau roh jahat dari puak-puak Jin, Syaitan dan Iblis untuk melakukan semua pekara pelik itu.

5) Mempunyai etikad dan pegangan bahawa sesuatu ayat, wirid, jampi atau doa itu boleh mendatangkan sesuatu hajat dimana sebenarnya mereka itu duduk didalam wilayah khayalan atau juga disebut Syak, Zhon dan Waham yang jauh. Ia sebenarnya telak memasokkan dirri mereka kedalam perangkap dan terjebak didalam etikad dan pegangan seperti golongan Jabariah, Khadariah dan Muktazilah yang sesat itu. Sebagai contoh didalam pengamalan Ilmu Tarek Duit, Tarek Emas, Nombor Ekor, perbomohan, perbidanan, mak andam, persilatan, buang saka, bomoh telek dan yang seumpama denganny.

6) Belajar dan menuntut Ilmu dengan tidak tahu asal usul keilmuan atau pun disebut Ilmu yang tiada wasilah atau salasilah paling kurang pun mestilah diketahui menyampai kepada Ulama-ulama Muktabar dan ahli didalam bab itu yang telah terbukti soheh dan benar akan Ilmu dan Amal sewaktu hidupnya dahulu. Pada kebiasannya mereka-mereka yang tersilap ini akan mengambil atau belajar melalui unsur-unsur berikut :

a) Mengambil dari buku-buku atau kitab-kitab lama peninggalan orang-orang tertentu yang dikatakan hebat semasa hidupnya, juga tidak tahu dari mana asal usul ilmunya itu. Ia selalunya merupakan catitan peribadi orang itu semasa hayatnya.

b) Mengambil dari ilmu yang dikarang sendiri atau pemberian kawan-kawannya atau pun daripada guru yang mengarang sendiri ilmu tersebut walaupun yang dikupas dari ayat-ayat Quran sekali pun. Ia kebiasaannya berupa baris pantun berangkap, syair, jampi, doa atau seumpama dengannya.

c) Mengambil Ilmu dari dalam mimpi atau separuh jaga ataupun didalam jaga bertemu dengan sesorang yang menjelma dikala mimpi itu atau separuh sedar atau diwaktu jaga kemudian ia digelar tok syekh, panglima. tok guru yang memberi ilmu-ilmu tertentu sama ada untuk tujuan mengajar ilmu tarikat, ilmu perubatan, ilmu persilatan, ilmu urut patah, ilmu perbidanan, ilmu mak andam, ilmu tarek duit dan emas, ilmu tarian, ilmu-ilmu kehebatan, ilmu sakti, ilmu laduni atau yang seumpama dengannya walaupun ilmu-ilmu itu dari ayat-ayat Quran sekali pun. Ini adalah kerana kamu tidak tahu dari mana datangnya tok syekh, panglima atau tok guru yang menjelma itu. Pada kebiasaannya mereka itu adalah jelmaan Jin,Syaitan atau Iblis.

d) Mengambil ilmu dan amalan dari orang bunian atau dikatakan "alam ghaib" dalam masyarakat Melayu. Selalunya orang ini mengalami sasau, sakit yang lama, tinggal beseorangan ditepi hutan atau sesat dihutan, kemudian ia diambil oleh puak bunian itu masuk kealam mereka dan tinggal semantara disana. Semasa tinggal disana ia diajar dengan berbagai Ilmu seperti ilmu perubatan, urut, telik, tarek duit, tarek emas, ilmu tumbuh-tumbuhan dan akar kayu, ilmu tarikat, ilmu ghaib dan sebagainya. Ini juga tergolong dari keilmuan yang tidak punya wasilah atau salasilahnya. Apabila dia pulang kerumah dalam keadaan sehat, tak semena-mena telah pandai berguru, pandai mengurut, pandai telik, pandai bersilat, perbomohan, boleh tarek duit, pandai jampi siap baca ayat Quran sekali, bertukar rupa dan pakaian seperti ulama serta bercakap ilmu tarikat yang tinggi-tinggi dan pekara-pekara yang seumpama dengannya.

e) Mengambil ilmu dan amal dari orang-orang yang digelar "guru" yang terputus sanat (punca Ilmu) dan salasilah keilmuannya atau dari orang-orang yang jahil, zalim, fasiq, munafiq atau pun dari Tok Guru Tarikat sesat atau dari mana-mana individu yang kafir, golongan Paderi atau Rahib gereja Kristian atau Yahudi atau Majusi atau Sami-sami Budha atau Hindu atau pun Tok Batin orang asli atau pun Tok cha Sami Siam atau Kominis atau golongan tak beragama dan yang seumpama dengannya.



KESESATAN ILMU TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA:


Apabila kita menbicarakan soal Keilmuan Tradisional Masyarakat Melayu maka kita tidak akan dapat lari dari memperkatakan persoalan pengamalan ilmu-ilmu mestik, Ilmu Hitam oleh tok dukun, tok pawang, tok bomoh, mak andam, pak andam, tukang urut patah, mak bidan, perubatan tradisinol, permainan wayang kulit, barongan, dabus, kuda kepang, makyong, dikir barat, ulik mayang, tarian, genelan, cak limpong, kompang, ketok rebana, selempit, rebat, nafiri, silat, pertahanan diri, raja santau, ilmu pengasih, penunduk, busong, awit muda, gila kuasa, gila pangkat, gila darjat, nak hebat, nak kuat, ilmu ghaib, halimunan, nak terbang, kebal, ampoh, saka jaga rumah, penjaga kebun, penjaga wilayah, pengerun, berani, suara halilintar, suara merdu, susuk cantik, susuk emas, belian, susuk besi putih, gagah perkasa, Mahaguru silat, panglima, pemikat wanita, kuat sex, hebat alat sex, ilmu tahu benda tersorok, pengesan atau scan benda hilang, scan orang tanam barang, pulang sehir orang, hantar sehir, nak kaya raya, nak tanah luas, nak anak ramai, nak kawin banyak, tamakkan kuasa, tamakkan harta benda, menafikan hak orang lain, nak kan kepantasan, pandai, cerdek menghidu peluang, cekap menipu, pukau, lenakan orang, pelindung, tahan kulit, tahan baja badan, keras tulang, mendengar desiran angin, faham bahasa binatang, terus mata, jurus pemusnah, jurus penangal, jurus pemotong, lipat ruas, lihat rasa, pemungkas, waja diri, harimau jadian, gayong jurus, tendangan maut, cengkaman maut, jurusan sedak tekak, meniti angin, meniti daun, meniti air, sakti halilintar, jurus cemiti, pandai keris, penaik pamur, memasuk ayat, gulong sendeng, ilmu firasat, tilek nombor ekor, penawar air, santau angin, Nak jadi raja, nakkan daulat, nakkan tahta, nak jadi orang begelar, nak jadi orang istana, dukun diraja, pawang diraja, panglima istana, ketua adat istiadat, ketua adat mukim, ilmu tuju, penglima berantai, tok "guru tarikat", ilmu samaran dan berbagai-bagai lagi jenis ilmu yang beribu jumlahnya. Semua yang disebutkan ini sesetengahnya telah pun tiada, pergi bersama-sama tuan yang empunya dan hanya tinggal nama saja. Tetapi kebanyakan ilmu-ilmu baru pula muncul dengan tok guru yang baru pula. Jadi ia sebenarnya seperti "patah tumbuh hilang berganti" . Tidak pernah akan luput kerana ada saja golongan muda yang akan mencipta ilmu-ilmu baru baik sebagai bomoh, digelangang silat, urut, bidan, andaman dll. Ini dikenali juga dengan nama ILMU HITAM.

Apa sebenarnya sebalek semua ilmu-ilmu yang disebutkan diatas ? boleh dikatakan kesemua ilmu-ilmu itu mengunakan khidmat Jin, Syaitan dan Iblis sebagai "pengantara" bagi orang-orang yang mengamalkannya. Kesesatan nampak jelas apabila diketahui akan bentuk bacaan jampi dan boa yang mereka gunakan. Ada setengahnya yang kita tidak faham langsung atau ada pula yang membaca ayat Quran secara menyongsang atau menggunakan rangkap-rangkap pantun Melayu lama yang diolah mengikut kepandaian "tok guru" atau "mak guru" itu. Ada pula yang mencampur adukkan ayat Quran dan patah-patah perkatan ibunda kaum mereka atau mereka selalunya akan menukar bacaan ayat-ayat Quran, menukar bunyi bacaan, menukar baris bacaan atau makna bacaan yang sesuai dengan kehendak dan pemikiran mereka. Ini sama sekali ditegah didalam ajaran agama Islam serta melanggar hukum Syarak dan berdosa besar jika melakukannya.



PERTAPAAN DAN BERAMAL:

Pada kebiasaannya seorang murid yang inginkan Ilmu-ilmu tersebut akan disuruh beramal didalam suatu jangka masa tertentu dengan "patigeni" dan puasa memutih supaya ilmu cepat ampuh serta menjadi. Jadi murid itu akan bersuluk disatu tempat yang telah ditetapkan oleh "guru" nya iaitu seperti digua-gua, disurau tinggal, didalam rumah tinggal, didalam hutan, diatas bukit, ditepi sungai, ditepi laut, diatas pokok, diair terjun, dimata air, dibawah tangga, didalam perigi buta, diatas kuburan, dibawah jembatan dan lain-lain tempat lagi yang terdapat sedikit "keras" yang dianggap sesuai oleh "guru" itu. Ini juga tiada didalam agama Islam dan sesuatu upucara yang direka-reka atas kehendak dan telunjuk Jin, Syaitan dan Iblis itu. Upucara ini juga digelar dengan nama "menyatu" atau "bersemadi" dengan "kuasa ghaib" (jin, syaitan dan Iblis itu) supaya "kuasa" itu hadir didalam diri mereka atau juga dinamakan "seru semangat", "panggil semangat" untuk berdamping dengannya. Ternyata yang disebut sebagai "kuasa ghaib", "semangt" yang ada "kuasa" dengan cara upucara seru "dampingan", "menyatu" dan "semadi" itu semua adalah memanggil puak Jin, Syaitan, Afrit atau Iblis untuk menjadi "sahabat" atau "khadam" bagi dirinya bagi tujuan mendapatkan "kuasa ghaib", menjadi sakti, kuat, kebal, pandai, tangkas, dll atau dengan cara ini semua yang dihajati akan berhasil. Maka cara puja, seru, panggil dengan segala istiadat, upucara dan tata caranya itu adalah perbuatan kufur dan syirik dalam hukum Syarak. Dosa syirik ini tidak akan diampunkan Allah selama-lamanya walau apa pun alasannya. Jika dizaman Rasullah saw dahulu, orang yang beramal sebigini akan dihukum pancung kepalanya kerana menduakan Allah dengan sengaja dan ia telah murtad dari ajaran Islam. Begitulah beratnya hukuman yang mesti diterima oleh pengamal Ilmu mistik ini. Jika ia terlepas hukuman didunia, pastinya hukuman yang lebih berat akan diterimanya diakhirat kelak.



PERALATAN PUJA DALAM BERTAPA:

Setelah itu semasa mereka beramal, bertapa, bersuluk, khalawat, mereka akan pula menyediakan berbagai jenis "jamu" yang tidak mereka sedari atau telah pun mereka diketahui. Penyediaan peralatan semasa bertapa, bersuluk, beramal serta seterusnya selepas itu seperti penyediaan berteh padi, beras kunyit, pulut kuning, telor ayam, limau nipis, limau purut, berbagai jenis bunga bungaan, minyak wangi berbagai jenis, berbagai jenis daun, bara api dan kemenyian, setenggi, colok, lilin, minyak, mangkok air, berbagai jenis senjata seperti keris, badik, lembing atau pedang serta berbagai jenis warna kain dan berbagai jenis pakaian. Ini semua menampakkan kepada kita bentuk "istiadat pujaan" atau "sembahan" kepada kuasa ghaib yang tidak diketahui asal usulnya. Sudah tentulah "sembahan" itu adalah untuk mendapatkan "kuasa ghaib" daripada Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang kemudiannya mereka gelar dengan nama "Khadam" atau "sahabat". Pekara ini adalah perbuatan kufur dan syirik yang nyata yang dilaknat Allah dan jika mereka mati didalam keadaan begitu tampa sempat mereka bertaubat nasuha, balasan siksaan yang amat pedih menunggu mereka didalam kubur dan diakhirat kelak.



BOMOH, DUKUN DAN PAWANG :

Kemudian semasa mereka melakukan pekerjaan seharian setelah "lulus ujian" persamadian dan pertapaan itu, mereka akan "membenarkan" diri mereka menjadi tapak kemasukan atau laluan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis untuk menzahirkan kehebatan dan kekuasaan mereka itu dengan cara "dampingan" atau "menurun" secara tidak sedarkan diri atau separuh sedar atau pun sedar, yang juga dikenali dengan nama Tahasalul Arwah. Mereka akan didatangi oleh masyarakat untuk meminta pertolongan, tunjuk ajar, berguru, berubat, meminta nasihat atau tempat mengadu masaalah dari segala bentuk ujian Allah kepada mereka. Seperti sakit, disantau, disehir, dirompak, kesusahan hidup dll. Tak kurang juga yang mahukan harta karun, tarek emas, tarek duit dan mahukan kekayaan. Juga yang mahukan tender mereka terpilih untuk menjalankan projek-projek kerajaan yang bernilai jutaan ringgit, atau mahukan perniagaannya maju dan menutup perniagaan orang lain. Untuk menunaikan tujuan jahat mereka itu, mereka pun hadir kepada tok-tok bomoh berjin ini yang kononnya ada kuasa ghaib boleh melaksanakan tugas yang mereka beri. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, tok bomoh atau pun tok dukun ini akan "diresapi" atau "didampingi" atau "menurun" didalam keadaan lupa diri, pengsan atau tidak sedar diri dan kemudian berkata-kata berkenaan hajat pesakit itu tadi dan memberi rawatan diwaktu itu juga atau membuat santau kepada orang yang dihajati terkena santau itu atau membuat sehir kepada rumah tangga orang, anak bini orang, atau perniagaan orang yang dianggap "musuhnya". Siapa yang berkata-kata dikala itu ? Siapakah yang merawat dikala itu ?

Tak lain tak bukan ialah Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang telah mengantikan tempat "guru", "Dukun" atau "Bomoh" itu dengan mengambil aleh jasad manusia dungu itu. Puak jahat inilah yang sebenarnya menjadi doktor, jururawat, pakar rawatan, pakar scan (xray) sekali gus menjadi pakar ubat-ubatan, pakar akar kayu, pakar motivasi, pakar jiwa, pakar siosology, treapi, pakar bedah, pakar selesai masaalah termasuk juga dalam bab pawang, tukang telik, bomoh, dukun, pakar urat, pakar tulang, pakar jantung, pakar rahim, pakar mata dan segala macam pakar, semuanya didalam satu. Semua jenis penyakit, masaalah keluarga, masaalah masyarakat, masaalah ekonomi, masaalah politik, masaalah kewangan, masaalah negara.... semua boleh selesai dengan berjumpa seorang saja manusia ber "Iblis", ber "jin" ini. Lihatlah bertapa bodohnya masyarakat kita dulu sekarang dan selamanya ini. Terang-terang lagikan bersuluh, dalam terang matahari masih nakkan lampu jalan lagi ??? hidup-hidup kena tipu. Sudahlah tahu amalan begitu adalah syirik, kufur... boleh juga percaya bulat-bulat. Ketepikan hukum agama kerana nak berubat, kerana dendam, kerana nafsu sarakah semua sanggup dilakukan. Jadi kedua-dua pihak ini sama jahatnya, sama berat dosanya, sama bodohnya baik yang jadi bomoh atau yang datang minta tolong itu. Dosanya juga sama besarnya dan jika mati dalam keadaan ini, sebanarnya mereka telah sesat dan terkeluar dari agama Islam atau Murtad maka tidak wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan lagi... malah kuburnya juga kena diasingkan dari kuburan orang Islam.... naauzubillahiminzalig.



BIDAN BERSALIN:

Ada juga diperingkat menjadi Bidan Bersalin selalunya dikampung-kampung. Jika zaman 60an awal 70an dulu, pekara ini memang kerap dapat dilihat dimerata-rata kampung. Nenek kawan adalah salah seorang darinya. Dikala itu tiada kemudahan seperti sekarang ini, tiada jalan bertar, tiada kenderaan semua main jalan kaki saja walaupun berpuluh batu jauhnya. Tiada letrik, tiada dapur gas, tiada air paip, semua kolam dan sungai saja. Kalau jalan waktu malam pakai andang kelapa (obor api) untuk jadi penyuluh sebab tiada lampu picit. Jika ada orang nak bersalin, nenek akan sebuk bersiap kadang-kadang kawanlah jadi temannya untuk berjalan diwaktu malam. Kawanlah yang pegang andang kelapa tu, bukannya satu... kadang-kadang sampai 4 batang dipikul. Hadis satu sambung, habis sambung sampailah kerumah orang yang nak bersalin tu. Sampai saja bukan boleh duduk diam... menjerit orang tua tu kalau nampak kita duduk berehat. Kena bantu dia buat persiapan, terutama kena pagar rumah dengan ranjau, ranting buluh, duri limau takut pontianak, langsui, penanggal masuk bawah rumah menunggu darah, air tetuban, uri dan tembuni yang jatuh kebawah untuk makanannya. Lagi pun dimasa itulah dia akan ganggu kerja bidan. Maka kita kenalah duduk bawah kolong (bawah rumah) itu sampai pagi. Ada kalanya sampai 3 hari 3 malam tunggu orang bersalin.

Yang jadi suspennya bila balik rumah, pontianak, polong, penunggu, jin, langsui, penanggal akan ikut sampai rumah sebab nenek bawa balek uri, tembuni dan semua kain yang berdarah itu. Puas kita halau dia, tetap juga dia ikut. Kadang-kadang main sergah tengah jalan dengan hilai tawanya yang nyaring sambil terbang keangkasa...pun ada. Biasalah kawan dengan kerja mengajar depa ni, dah lali. Tapi waktu sebagini memang mereka akan agresif kerana nak merebut kain dan peralatan serta uri tembuni yang ada pada nenek. Habis semua langkah, buah dan tari diatas jalan tu juga. Itulah sebabnya kawan menjadi teman nenek berjalan saban waktu semasa hayat beliau bersama. Penuh misteri dan kenangan yang tak luput dalam ingatan sehingga sekarang. Tapi apa yang kawan tahu, nenek tak mengamal ilmu yang bukan-bukan.

Yang kawan nak cerita disini ialah bidan yang menggunakan Ilmu Hitam waktu menyambut kelahiran. Bidan ini akan pengsan terlebih dulu sebelum tubuhnya "dimasuki makhluk halus" khas untuk tujuan bersalin. Setelah ia tegak duduk dengan menyelubung mukanya, dia pun siapkan semua peralatan dan bersedia menyambut kelahiran itu sehinggalah selesai kerja itu. Dia hanya berkata-kata pekara penting saja. Masaalahnya siapa yang buat kerja itu ??? siapa yang melakunkan semua kerja itu dengan tekun dan teliti sekali ??? siapa ??? Ya... tak lain tak bukan, mereka itu dari puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis belaka. Puak ini telah menguasi tubuh dan jasad mak bidan itu untuk melakukan kerja-kerja perbidanan. Sebenarnya Mak Bidan itu tak ujud wktu itu, puak jin ini lah yang "menzahirkan" diri mereka melalui badan yang ditumpang itu... ini juga didalam ketogeri Tanasalul Arwah yang amat dilarang Syarak.



ANDAM PENGANTIN:

Satu lagi bidang ialah Mengandam Pengantin. Mak andam ini pada kebiasaannya ialah mewarisi ilmu amdaman ini dari keturunannya. Sama juga dengan Pak andam ( lelaki yang mengandam pengantin, biasanya sedikit lemah lembut). Ada juga yang pergi menuntut dengan mak amdam yang dah pencen (veteran dan selalunya termashur) dan mewarisi ilmu itu darinya. Apa yang dibuatnya waktu mengandam ialah menyediakan malam berinai, menyolekkan pengantin, membuat pelamin, menyediakan pakaian pengantin, menjalankan upucara bersanding, merenjis tawar, menabur beras kunyit, iaitu dari mula hinggalah selesai majlis perkahwinan itu. Yang menjadi tak betul dan tak boleh diterima didalam Syarak ialah keseluruhan majlis dan upucara yang telah disebutkan diatas. Ini semua adalah cedokan upucara retual sembahan orang-orang Hindu kepada dewa-dewa mereka. Tiada satu pun dari upucara ini yang merupakan sunnah Rasullah saw kecuali hanya satu iaitu mengadakan majlis kenduri sahaja. Yang lain semuanya tiada didalam sunnah dan nas alQuran. Hukum mengadakan majlis kenduri itu hanyalah Harus dan sesetengah Ulama menganggapnya sebagai Sunat. Maka adalah tidak perlu dan harus ditinggalkan budaya persandingan pengantin ini kerana ia adalah "bidaah doallah" yang boleh mendatangkan dosa-dosa besar didalamnya. Terutama jika 90% kaum wanita didalam majlis itu tidak menutup aurat termasuklah pengantin perampuannya sekali. Kemudian timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk oleh tuan rumah atau penganjur majlis itu pula. Ditambah pula dengan jampi serapah mak andam pada tepong tawar dan beras kunyit (memanggil Jin) supaya naik semangat seri muka waktu bersanding. Juga sewaktu dia menyolek itu juga mengunakan jampi serapah seri muka (memanggil Jin berdamping) atau yang lebih teruk lagi jika mak andam memasang susuk emas seri muka. Kemudian mak andam mengharapkan pujian dan sanjungan dari hadirin akan kehebatannya mengandam pengantin itu. Semua itu mengundang dan sengaja mencampakkan diri kedalam cengkaman dosa-dosa besar syirik, kufur, bersubahat, bersengkokol dengan perbuatan kurafat dan dosa-dosa besar itu.



PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU:

Kemudian didalam permainan tradisi masyarakat melayu contohnya seperti permainan wayang kulit, dikir barat, makyong, selempit, dabus, rebat, nafiri, barongan, tarian kuda kepang dll. Kebanyakan penganjur atau tok dalang, tok gurunya akan menggunakan jampi serapah memanggil Jin supaya pertunjukan itu nampak hebat, nampak 'real', happening seterusnya akan membuat penonton teruja dan terhibur. Seperti permainan Tarian Kuda Kepang (kami disebelah Johor cukup biasa nampak pekara ni), penari-penari itu akan tidak sedarkan diri mereka khayal menari mengikut irama terutama bunyi gongnya. Apabila sampai satu peringkat mereka akan menjadi agrasif menari berlari mengikut irama seolah-olah seperti seekor kuda dan meniru bunyi kuda. Berpusing-pusing, melompat-lompat hingga ada yang terbang keudara atau keatas bumbung rumah atau diatas daun kelapa sambil menari juga. Kemudian mereka akan meratah kaca, memecahkan kelapa dengan kepala mereka dan meminum airnya. Memakan bunga-bungaan, daun-daun, bera api, bermain api hingga lupa diri berjam-jam lamanya. Siapa kah dia yang berada didalam badan pemain kuda kipang itu ??? Jika tidak ada Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis manakan mungkin pemain itu boleh menari seumpama itu. Ya... sebenarnya semasa mereka menuntut dahulu, mereka akan disuruh beramal sejenis ilmu bernama "NYETROM" dalam bahasa jawa atau seperti keadah "menurun" dalam bahasa melayu. Ia juga salah satu lagi jenis Tanasalul Arwah tetapi khusus untuk permainan ini. Roh jahat kuda kepang (jin atau syaitan) akan masuk kedalam tubuh penari itu dan menyebabkan ia tak sedarkan diri, diwaktu yang sama ia boleh menari mengikut irama dan mengikut satu arahan "ketua"nya (biasanya memegang cemiti atau mayang kelapa). Ketuanya saja yang tahu bila masanya penari itu perlu disedarkan semula dengan membaca jampian pada telinga penari itu. Bayangkanlah jika ia mati didalam keadaan itu atau tidak sempat bertaubat nasuha, apa terjadi dengan penari itu ??? Pastinya ia mati didalam keadaan sesat dan murtad kerana perbuatan syirik dan kufur itu.


PERSILATAN MELAYU :

Didalam keadaan yang lain pula, pengamal latihan pertahanan diri atau persilatan melayu tidak boleh lari dari permasalahan kesesatan akidah, akhlak dan syariat. Boleh dikatakan kesemua jenis persilatan Melayu akan mengamal pekara- pekara syirik dan akan terdapat salah satu atau lebih dari beberapa unsur dibawah ini :

1) Membuka gelangang dengan keadah "semahan darah" dengan menyembelih ayam yang dibawa oleh murid-murid baru sewaktu ingin belajar silat. Ayam mestilah berbulu berbagai jenis warna seperti yang ditetapkan oleh Mahaguru kemudian ayam akan disembelih dikawasan padang (gelangang). Keadah ini adalah jenis semahan darah pada gelangang kerana menharapkan kuasa ghaib mengawal gelangang sewaktu mereka menjalankan latihan. Sebaliknya Mahaguru akan menutup cerita ini dengan memberi berbagai alasan yang lain walhal itulah tujuan sebenar kenapa ayam itu disembelih didalam gelangang itu. Ia perbuatan syirik dan sesat yang tidak pernah diajar didalam ajaran Islam. Semahan darah adalah untuk memanggil Syaitan dan Iblis menjaga gelangang itu.

2) Keadah "puja gelangang" dan "mengasap senjata" dengan membaca mentera dan asap keminyian atau setanggi dibawa keliling gelangang dan semua peralatan serta senjata persilatan akan diasap dahulu sebelum latihan dimulakan. Ini juga adalah bentuk puja Syaitan dan Iblis untuk menjadi pengawal kepada aktiviti-aktiviti latihan yang akan dilakukan seperti tidak akan berlaku kejadian tak diingini seperti luka, patah dll. Ia juga bertujuan supaya mengilak dari di "sudi" oleh musuh yang irihati dengan latihan mereka. Tujuannya memang elok, tetapi permohonan pertolongan kepada makhluk halus atau kuasa ghaib itu menjadikan ia salah dan sesat. Mereka menduakan Allah dengan sengaja tampa menghiraukan persoalan akidah, akhlak dan syariat Islam sedangkan mereka semuanya beragama Islam.

3) Mahaguru akan mengarahkan kesemua murid menjalani upucara "Mubaiaah" atau "Ambil Ijazah" yang didalamnya disertakan dengan kalimah-kalimah angkat "sumpah" atau Qasam yang bertujuan untuk mendapatkan Ilmu Hikmah supaya persilatan mereka akan lebih hebat dan mendapat pekara-pekara luarbiasa yang mencarek adat seolah-olah mereka mengamalkan ilmu sakti persilatan. Inilah yang akan menjadi kebanggan murid-murid itu kerana mereka memiliki kelainan dan kelebihan kerana telah belajar jenis persilatan itu. Walhal mereka sedang belajar ilmu sesat yang amat jauh dari syariat Allah.

4) Selalunya semua persilatan melayu ini akan mengenakan 'syarat-syarat' yang seolah-olah persilatan itu bercirikan agama Islam. Mereka akan mewajibkan anak-anak murid supaya tidak meninggalkan solat serta rukun-rukun Islam yang lain, iaitu yang menepati hukum Syarak. Kemudian mengenakankan juga 'syarat-syarat' seperti amalan sunat dalam Syarak seperti berpuasa sunat, solat-solat sunat dan berzikir dengan keadah yang telah mereka tetapkan. Syarat-syarat yang lain ialah umpamanya persilatan itu adalah untuk mempertahankan diri, keluarga, agama dan tanah air juga biasa kedapatan dan kedengaran didalam persilatan-persilatan melayu itu. Sebenarnya itu semua adalah hanya untuk mengaburi mata masyarakat dan umat Islam sahaja, walhal seluruh perbuatan, amalan, ajaran, perkataan, pakaian serta alat-alat bunyian yang mereka gunakan semuanya berunsur "puja" dan "memanggil" semangat Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang tergolong didalam amalan sesat, syirik dan kurafat. Mereka bertopengkan agama semata-mata sedangkan mereka duduk didalam kesesatan yang amat jauh dan juga menyesatkan kepada orang-orang lain pula.

5) Kemudian didalam ajaran dan amalan persilatan mereka diujudkan pula satu bentuk "jurus dalaman" yang menggunakan kuasa dalaman yang biasa mereka gelar "Buah". Jurus ini memerlukan ujudnya perasaan "marah" atau "dimarah" atau "kena marah" barulah buah jurus itu menjadi. Ini satu lagi amalan dan ajaran sesat yang ujud didalam dunia persilatan melayu, mana taknya, unsur perasaan marah pada pihak lawan itu datangnya dari puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang sudah tentu terkeluar terus dari ajaran Islam. Kemudian zahirnya keadaan luarbiasa sewaktu mereka bersilat dengan buah jurus itu semata-mata atas "kehadiran" puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis itu bersama-sama mereka. Jadi kedua-dua keadaan sama ada dipihak lawan atau dipihak murid dia adalah didalam keadaan yang sesat, sirik dan kurafat belaka. Tambahan pula murid-murid itu belajar dari 'guru' yang telah sesat, sirik, murtad dan Kufur seperti kamu.

6) Yang paling ironiknya, Tok Guru atau Mahaguru persilatan itu sendiri tidak tahu asal usul ilmu yang mereka tuntut dan kemudiannya mengajarkan ilmu sesat itu kepada murid-murid dan anak-anak muda Islam itu pula. Jadi berlapis-lapislah dan bertimpa-timpa kejahilan dan juga kebodohan mereka itu, yang juga tergolong didalam golongan "Jahil Murakab" jika mengikut istilah dalam ajaran ASWJ. Segala bentuk Ilmu sama ada dalam bentuk duniawi atau uhrawi mestilah diketahui akan asal usulnya sama ada ia menyampai kepada ajaran Rasullah saw atau paling kurang pun hendaklah menyampai kepada Ulama-ulama muktabar ASWJ yang diiktiraf akan Ilmu dan amal yang ada padanya. Jika tidak maka terputuslah sanat atau punca ilmu- ilmu itu dan duduklah pula puak-puak Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis pada tiap-tiap Ilmu itu yang dibangsakan sebagai "Ilmu Sesat" pada zahir dan batinnya. Jika mereka mati tampa sempat membuang akan ilmu-ilmu seumpama itu dan tidak sempat bertaubat nasuha pula, maka mereka mati didalam keadaan sesat, syirik dan murtad serta akan menerima azab kubur dan azab akhirat yang amat pedih selama-selamanya tampa safaat Rasullah dan belas kasihaan Allah swt sendiri kerana dosa syirik itu tidak akan diampunkan Allah swt.

7) Mereka juga turut berpegang dan beretikad bahawa setiap ayat-ayat, wirid-wirid, jampi, mentera, petua dan doa-doa yang mereka amalkan itu akan mendatangkan bekas dengan berkat kebesaran ayat-ayat, wirid-wirid, jampi, mentera, petua dan doa-doa itu sendiri, bukannya datang dari memohon pertolongan kepada Allah swt. Pegangan dan etikad seumpama ini adalah sama dengan pegangan dan etikad golongan-golongan Jabariah, Mutazilah dan Kadariah kemudiannya pula bercampur baur dengan fahaman-fahaman Tanasalul Arwah, Wahdatul Wujud dan Penjelmaan Roh dalam diri yang semuanya sesat dan menyesatkan. Mereka yang mempelajari atau menjadi Mahaguru atau Tok-tok Guru persilatan melayu seumpama ini sebenarnya tidak mengerti atau sengaja buat-buat tak mengerti dan mengambil ringan akan segala hukum syariat Allah swt yang melarang kita supaya tidak beretikad dan berpegang kepada kebesaran benda lain selain dari kebesaran dan kekuasaan Allah swt sahaja. Maka mereka akan terus menerus berada didalam kesesatan dan akan pula menyesatkan orang-orang lain bertali arus sampai hari kiamat.

8) Mereka yang terjebak dengan pengambilan bantuan atau orang-orang suruhan atau bantuan ghaib dari golongan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang mereka gelar "sahabat" atau "khadam" atau "Saka" atau "pendamping" dalam semua kerja yang mereka lakukan sama ada mereka itu duduk sebagai Mufti, Khadi, "Ulama-ulama", "Guru Agama", "Guru Tarikat", Pak Imam, Tok Guru Silat ,Mahaguru silat, Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang diraja, Tok Nujum Diraja, Orang Besar Istana, Datok Bendahara, Datok Pengaja Adat, Datok Panglima, Duli Yang Mahamulia Raja-raja Melayu, Sultan-sultan Melayu, Maharaja Melayu, Datu Luak, Dato Lembaga, Dato Pujangga, Tukang Tiup, Tukang Urut, Mak Bidan, Mak Andam, Tok Dalang, Kaki Pukul, Genster, Tok Empat, Tok Ketua Kampong, Pak Gurd, Jaga security, Bouanzer, Pengawal Peribadi, Panglima Tentera, General Askar, Tentera-tentera, Polis-polis, Badan-badan Beruniform, Menteri-menteri, Ahli= ahli Dewan Rakyat, Ahli-ahli dewan undangan DUN, DO, Nelayan- nelayan, Petani- petani, Peladang, Pesawah, Penoreh Getah, Pekerja Felda, Drebar Lori, Orang-orang Pencen, Pilot, Kerani, Pegawai, Pengurus, CEO, COO, Pengarah-pengarah, Ketua Pengarah, Peniaga, Jurutera, Jurukur Tanah, Jurukur Bahan, Kontrektor, Buruh Kasar, General Worker, Pekerja Kilang dan lain-lain lagi tak kira siapa pun juga mereka itu, Lelaki atau Perampuan, Berpangkat atau tidak, Berderjat atau tidak, Berada atau tidak, Kaya miskin, Berilmu atau tidak dari semua lapisan masyarakat tak mengira kaum yang Beragama Islam dan mengaku menjadi Umat Muhammad saw..... HENDAKLAH mereka itu menjauhkan diri atau keluar dari masaalah bersahabat, berkhadam, bersaka, berdamping dengan makhluk- makhluk halus sama ada dari golongan Jin (kafir atau Islam), Syaitan, Afrit dan Iblis disemua tempat dan masa samada mereka itu duduk didalam sedar, didalam lupa, tak sedar diri, pengsan, koma, khayal, antara sedar dan tidak, tak tahu, tak ingat, alpa, tak mahu, baik dengan apa cara sekali pun kerana ia merupakan tanggung jawab setiap individu Islam untuk sentiasa BERSEH dan SUCI dari segala bentuk gangguan, halangan, pujaan, sahabat, khadam, saka, dampingan, berserta dalam semua kerja buat kita samada dalam bentuk Rohani dan Jasmani.

Allah berfirman didalam Surah al Baqarah ayat 165 yang mafhumnya :

" Diantara manusia ada yang mengambil daripada Allah beberapa sekutu ( Patong, Berhala, Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis ), sedang mereka itu mengasihinya seperti mengasihi Allah. Tetapi orang- orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Jika orang-orang mengatahui, ketika mereka melihat seksaan (dialam akhirat itu...nescaya...). Sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sungguh Allah sangat keras siksaanNya ".

Keterangan : dari ayat diatas ini adalah merupakan amaran dan peringatan kepada umat manusia supaya tidak menyagutukan Allah dengan yang lain dariNya dengan perbuatan syirik dan kufur seperti menyembah berhala atau patong dan mengambil sahabat dan khadam dari kalangan Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis kerana mereka itu akan menyesatkan kamu dari jalan kebenaran hingga kamu merasa kasih sayang kepada mereka melebihi dari kamu mengasihi Allah, tuhan yang telah menghidupkan kamu serta kamu juga akan dikembalikan semula kepada Nya untuk dihakimi akan segala amal perbuatan kamu kelak. Jika kamu faham dan mengatahui bahawa segala seksaan yang amat pedih sedang menanti kamu, nescaya kamu akan memisahkan diri dari segala bentuk amalan dan perbuatan Syirik dan sesat itu semasa kehidupan kamu didunia ini. Maka sayangilah diri anda sendiri dan kasihi Allah melebihi apa juga yang berada didunia yang fana ini.



Sekian duhulu buat masa ini, manakala bab 7 akan menyusul kemudian.....

Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari Allah dan bersabar akan dugaan kehidupan didunia yang semantara ini.......

Waalahua'alam...

Sekian,
Zamany.

Wednesday, June 09, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 5

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



Jika didalam bab yang lalu kita membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan golongan-golongan yang telah sesat didalam bab Syariat, maka marilah kita menyambung akan tajuk ini dengan mengupas pula golongan yang diketogirikan sesat didalam bab akidah pula. Didalam bab akidahlah yang paling serius kesesatannya kerana terlampau ramai kaum muslim yang telah terjebak didalamnya yang amat sukar untuk dipulihkan kerana menyangkut kepada etikad dan keyakinan yang jauh dilubuk hati. Ia bukan saja hanya dengan usha yang bersungguh- sungguh malahan mengambil masa yang sangat lama untuk berpatah balek kepangkal jalan. Jadi perhatikanlah akan 72 golongan-golongan yang sesat didalam akidah seperti yang telah diberitahu oleh Rasullah saw didalam Hadis dan banyak sekali yang diperkatakan orang tentangnya hingga ada yang membuat lirik lagu tetapi tidak mengenal akan golongan-golongan ini. Maka perhatikanlah akan golongan yang sesat didalam bab akidah seperti dibawah ini :



GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DALAM BAB AKIDAH :


Seperti yang telah dinyatakan didalam bab yang lalu, terdapat 72 golongan yang telah disabitkan sebagai golongan yang sesat dalam bab akidah atau terkeluar dari ajaran sebenar Agama Islam seperti yang telah dinyatakan didalan Hadis Nabi saw. Golongan-golongan tersebut digabongkan menjadi 6 kelompok kaum yang besar yang didalamnya terdapat pula 12 puak-puak kecil disetiap satunya pula. Kaum-kaum tersebut adalah seperti berikut :

1) KAUM RAFIDHIYAH

Pecahannya ada 12 puak.

Kesesatan puak-puak ini didalam bab akidah terjadi akibat daripada pegangan dan kepercayaan mereka yang sangat jelas bertentangan dengan pegangan ASWJ walaupun mereka semua itu masih mengaku sebagai seorang yang beragama Islam. Diantara pegangan dan kepercayaan yang didapati menyelewing didalam bab akidah yang sangat nyata itu ialah :

a) Beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan kembali hidup semula diakhir zaman nanti sebelum berlakunya kiamat. Beliau didakwa akan menghukum semua musuh-musuhnya. Tempat tinggalnya sekarang ini adalah dikepolan awan. Petir dan guruh dilangit itu adalah merupakan bunyi cematinya.

b) Mereka mendakwa bahawa jawatan Khalifah Kerajaan Islam selepas kewafatan Rasullah saw itu hanya khusus buat Saidina Ali kwh sahaja, manakala Khalifah-khalifah yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Saidina Othman adalah kafir kerana menerima jawatan tersebut. Mereka yang begitu taksub dengan fahaman dan berkayakinan itu juga sanggup menghina dan mengeji malah memakihamun sahabat-sahabat agong Rasullah ini, keturunan mereka juga termasuklah Isteri-isteri Rasullah saw iaitu Saidatina Aisyah dan Saidatina Habsah yang sebenarnya tiada kaitannya dengan semua cerita yang mereka ada-adakan itu sehinggakan mereka sanggup sifatkan kedua-dua wanita agong itu sebagai pelacur. Selain dari itu mereka juga akan mengeji dan menghina kepada semua para sahabat-sahabat yang lain serta keturunan mereka semua yang tidak seketurunan dengan Saidina Ali kwh.

c) Mereka juga beretikad bahawa Nabi Muhammad saw itu berkerja sama dan bersekutu dengan Saidina Ali kwh didalam semua kerja-kerja kerasulan dan kenabian didunia ini hingga hari kiamat.

d) Mereka juga berpegang dan beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan turun dari langit (sekarang ia tinggal di awan) pada satu hari nanti berupa awan ketuhanan kemudian menjelma menjadi manusia. Beliau akan mengerjakan beberapa perkerjaan yang bersifat ketuhanan dan kemudiannya akan naik semula ketempat kediamannya iaitu diawan (naik kelangit).

e) Mereka juga beranggapan bahawa Malaikat Jibril as telah salah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Sepatutnya wahyu itu dihantar kepada Saidina Ali kwh bukan kepada Nabi.

f) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila roh seseorang manusia itu keluar dari jasadnya iaitu mati, roh itu tadi akan masuk pula kedalam jasad manusia yang baru iaitu bayi didalam kandungan ibunya serta memilih untuk membawa rupa paras yang lain atau pun yang sama. Ini juga telah memasuki wilayah kesesatan akidah yang tergolong juga sebagai Tahazalul Arwah.

g) Mereka juga turut berpegang kepada etikad bahawa zat Allah itu juga boleh menjelma dan zahir didalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu ia dinamakan sebagai Nabi atau Imam. Mereka ini akan pula mengajak manusia kejalan yang lurus. Jika zat Allah itu tidak menjelma cara demikian maka akan kafirlah seluruh manusia dialam ini.

h) Mereka juga turut beretikad didalam keadaan tertentu zat Allah itu boleh menjelma dan memasuki kedalam sesuatu benda seperti pokok, gunung, bukit, batu, patong dan lain-lain lagi seterusnya bersebati dengan zat benda itu dan menjadi satu.


2) KAUM JABARIAH :

Pecahannya ada 12 puak.

Mereka yang berfahaman songsang ini dan beretikad didalam golongan ini juga sangat bertentangan dengan pegangan ASWJ. Malahan mereka membenci ASWJ kerana tidak sehaluan dgn mereka. Diantara pegangan mereka itu ialah :

a) Mereka berpegang dan beretikad bahawa semua perbuatan baik itu tidak mendapat pahla dan semua perbuatan jahat juga tidak mendapat dosa. Dalam arti yang lain tiada dosa dan pahla. Oleh itu mereka bebas melakukan apa saja perbuatan sama ada ia baik atau buruk. Mereka juga percaya bahawa tiada pembalasan syurga dan neraka. Tiada akan dikenakan seksaan diakhirat kelak atas semua perbuatan jahat dan dosa yg mereka lakukan semasa didunia.

b) Mereka juga beretikad bahawa semua perbuatan baik dan jahat, keimanan dan kekufuran, ketaatan dan maksiat, semua itu datangnya dari Allah. Manusia tidak punya daya upaya dan ikhtiar apa-apa pun kerana ia telah ditentukan oleh Allah semuanya. Oleh itu gugurlah semua Taklif Syarak ( kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah) keatas seluruh hamba Allah khasnya manusia.

c) Mewajibkan bertafakur ( spt meditasi dalam yoga ) itu adalah lebih baik dari semua ibadah, sama ada ibadah itu fardu atau sunat.

d) Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat, mereka tidak akan disoal dan dipertanggung jawabkan atas segala perbuatan mereka itu diakhirat kelak kerana segala perbuatan mereka itu telah ditentukan dan atas kehendak Allah jua.

e) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa sesiapa yang telah terpilih menjadi kekasih Allah serta bersih jiwanya daripada segala hawa nafsu yang jahat kemudiannya ia pula mempunyai keilmuan yang tinggi, maka pada kedudukan (martabat) itu beliau itu tidak perlu lagi melakukan apa-apa amal ibadah lagi. Maksudnya ia juga telah terlepas dari Taklif Syarak.

f) Allah akan menghidupkan mereka yang kafir dan yang melakukan maksiat itu didalam Neraka, kemudian Allah akan mematikan semua mereka itu dan tidak akan dihidupkannya lagi selama-lamanya. Maksudnya tiadalah seksaan abadi kepada mereka yang kafir dan maksiat itu.

g) Semua pekara-pekara wajib dan fardu didalam Syarak boleh saja dibuat jika merasa rajin atau pun boleh juga ditinggalkan saja jika mereka merasa malas.

h) Semua harta benda diatas dunia ini adalah hak dan kepunyaan bersama seluruh manusia. Ia dihalalkan kepada sesiapa juga yang hendak mengambilnya kerana tiada ertikata mencuri didalam kepercayaan mereka ini. Kepada tuan yang berhak atau tuan punya harta itu adalah dilarang atau pun mereka sudah tiada hak dan kuasa lagi untuk melarang sesiapa jua yang inginkan harta bendanya itu.

i) Mereka juga beretikad bahawa segala perintah Allah itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup. Mereka tidak perlu melakukan perintah itu berulang-ulang kali sebagai contoh iaitu perintah mengerjakan solat 5 waktu, mereka hanya melakukan perintah itu pada 5 waktu pada hari pertama mereka didalam Islam dan ia sekali seumur hidup selepas itu mereka tidak perlu lagi solat 5 waktu buat selama-lamanya.

j) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila Allah telah selesai menciptakan seluruh makhlukNya didunia ini, maka Allah pun beristirehat di tempatNya. Setiap pekara ciptaanNya itu akan wujud, hidup, zahir, lahir dengan sendirinya apabila tiba saat dan waktu yang telah ditetapkan olehNya, ia tiada kena mengena dengan Kekuasaan Kudrat dan Iradat Allah lagi.

k) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa setiap manusia yang mempunyai rasa untuk berbuat pekara-pekara kebajikanan atau pun pekara-pekara kejahatan dan maksiat, maka hendaklah ia segera melakukannya kerana semua pekara itu merupakan 'wahyu' dari Allah yang telah mencampakkanNya kedalam hati manusia itu.

l) Mereka memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin memelok agama Islam hanya perlu mengucapkan 2 kalimah sahadatai sahaja, sedangkan semua pekara-pekara rukun fardu ain dan fardu kifayah serta seluruh hukum hakam didalam Syarak tidaklah perlu dilakukan oleh mereka.

m) Mereka berfahaman bahawa Allah tidak akan menyeksa seluruh hambanya yang kafir dan maksiat. Jika Allah menghukum mereka semua bererti Allah itu zalim sedangkan Ia bersifat Maha Adil.


3) KAUM KHARIJIYAH :

Pecahannya juga ada 12 puak.

a) Mereka berkeyakinan bahawa Saidina Ali kwh dan keluarganya (tidak termasuk Saidatina Fatimah ) telah menjadi kafir semuanya. Yang masih Islam hanyalah Saidina Abu Bakar as Sidiq, Saidina Omar al Khatab dan Saidina Othman al Affan diantara 4 orang Sahabat Nabi itu. Mereka ini pernah berperang dengan kaum Syaiah dan ASWJ kerana menegakkan fahaman sesat mereka itu. Mereka juga bersifat perkauman yang sangat menebal dihati sanubari mereka.

b) Mereka juga mempunyai kepercayaan dan beretikad bahawa semua jenis kebaikan itu datangnya dari Allah sedangkan semua jenis kejahatan itu pula datangnya dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

c) Mereka juga menghukumkan umat Islam yang melakukan dosa-dosa besar itu sebagai kafir dan telah terkeluar dari pegangan agama. Mereka juga amat mudah mengkafirkan sesiapa saja yang mereka anggap bertentangan dengan pendapat mereka ini.

d) Mereka juga mengeluarkan fatwa mereka sendiri bahawa mengeluarkan zakat itu tidak wajib dan tidak penting. Oleh kerana itu mereka bolehlah mengumpulkan harta benda sebanyak- banyaknya dengan menggunakan apa saja cara mengikut kesukaan mereka. Semua jenis Zakat tidak perlu dikeluarkan kerana mereka tidak tahu sama ada penerima zakat-zakat itu adalah orang Islam atau orang kafir. Jadi itulah sebabnya kenapa zakat itu tidak perlu dikeluarkan.

e) Mereka juga beretikad bahawa tidak diwajibkan untuk percaya kepada pekara-pekara ghaib didalam Taklif Syarak dan didalam Rukun Iman. Sebagai contoh, tidak wajib percaya adanya Malaikat, tidak wajib percaya kepada Qada dan Qadar, tiadanya hari Kiamat, tiadanya soal Kubur, tiada seksaan neraka dan lain-lain lagi. Itu semua menyusahkan hidup mereka saja.

f) Mereka berkeyakinan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa Syirik Jali (Syirik besar yang tiada keampunan Allah didalam kepercayaan ASWJ) yang tidak memerlukan seseorang Islam itu mengucap 2 kalimah shadatai semula untuk kembali menjadi Islam.

g) Mereka juga percaya bahawa diakhirat kelak Allah tidak akan menyeksa semua perbuatan dosa, orang kafir dan mereka yang membuat maksiat semasa hidup didunia. Itu adalah kerana Allah mempunyai sifat Maha Mengisahani serta Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua makhlukNya.

h) Mereka turut berkayakinan bahawa semua yang berada di Cakrawala seperti bulan, bintang, matahari dan semua planet-planet itu bukannya makhluk Allah. Ia terjadi dengan sendirinya diluar daripada Kekuasan Kudrat dan Iradat Allah.

i) Mereka turut percaya serta mengamalkan perbuatan sex bebas kerana beranggapan bahawa semua kaum wanita itu adalah perhiasan bagi kaum lelaki. Oleh itu mereka boleh melakukan sex sebelum nikah dan bertukar pasangan jika mereka merasakan tidak sesuai dengan wanita itu. Mereka juga beranggapan perbuatan sex bebas itu tidak berdosa kerana manusia itu telah rela melakukannya.


4) KAUM QADARIYAH :

Pecahannya juga 12 puak.

Antara kepercayaan dan etikad mereka yang dianggap menyalahi akidah itu ialah :

a) Mereka mempunyai keyakinan bahawa Syaitan dan Allah itu sama saja kerana masing-masing tidak mempunyai jisim (jasad) dan tidak dapat dilihat (tiada rupa paras).

b) Mereka juga beretikad bahawa semua bentuk perbuatan jahat itu adalah ciptaan Syaitan semata-mata, manakala semua bentuk perbuatan kebaikkan pula adalah ciptaan Allah semata- mata. Ia tiada hubungan antara keduanya.

c) Mereka turut percaya bahawa Allah tidak mencipta Syaitan. Syaitan itu telah ujud dengan sendirinya. Ia adalah kerana jika Allah menciptakan makhluk Syaitan bererti Allah juga turut menciptakan kekufuran dan maksiat, ini menunjukkan bahawa Allah juga sukakan kekufuran dan maksiat.
e1u
d) Mereka percaya bahawa Syurga dan Neraka, Hisab dan Mizan itu belum wujud lagi kerana belum diciptakan Allah. Nanti apabila telah berlakunya hari Kiamat baharulah Allah akan menciptakannya, itu pun kalau Allah sempat cipta kerana terlalu sebuk dengan hal-hal lain. Mungkin juga Ia tidak akan mencipta Neraka kerana lebih pentingkan hal-hal yang lain itu.

e) Mereka beretikad bahawa perbuatan baik serta melakukan ibadah itu adalah perbuatan yang sia-sia belaka kerana semua bentuk perbuatan sama ada baik atau jahat itu telah diciptakan Allah semenjak azali lagi. Maka semua perbuatan manusia itu akan berjalan dengan sendirinya mengikut apa yang telah diciptakanNya itu sama ada ia berbentuk kebaikan atau pun kejahatan.

f) Mereka turut beretikad bahawa perbuatan beribadah, beramal dan melakukan maksiat serta kufur itu adalah hasil usha manusia semata-mata yang berjalan dengan sendirinya, oleh itu tidaklah diketahui lagi bahawa perbuatan itu akan mendapat pahala atau akan berdosa jika mereka meninggalkannya.

g) Mereka turut berpegang serta mempercayai bahawa segala usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu akan memberi bekas (berhasil) dengan sendirinya, setelah Allah menciptakan usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu kepada manusia.

h) Mereka percaya bahawa Qada dan Qadar itu bukannya datang daripada Allah tetapi datangnya daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

i) Mereka juga turut berpegang kepada kepercayaan bahawa semua Kitab- kitab (Taurad, Injil dan Zabur) tidak dimansuhkan atau pun tidak terbatal setelah Allah menciptakan dan menurunkan al Quran kepada umat manusia sekelian. Maka mereka menfatwakan bahawa adalah wajib untuk beramal dengan semua isi kandungan kitab-kitab tersebut termasuk juga al Quran itu sendiri.

j) Puak-puak ini turut membenci serta sesetengahnya pula telah meninggalkan amalan-amalan fardu didalam Taklif Syarak, tetapi mengemari dan sesetengahnya pula taksub dengan amalan-amalan sunat yang seolah-olah menampakkan amalan- amalan sunat itu telah menjadi wajib pula.

k) Mereka juga telah mengubah jumlah rekaat disemua solat fardu yang 4 rekaat menjadikannya hanya dilakukan 2 rekaat saja. Malahan pula pada sesetengah solat sunat yang dilakukan 2 rekaat dibuat sebanyak 4 rekaat pula. Mereka lakukan ini semua dengan dalil-dalil yang mengunakan akal dan fikiran mereka yang telah rosak dan sesat dimana dalil-dalil tersebut tersangat lemah serta jauh terpesong dari Taklif Syarak yang sebenarnya.


5) KAUM JAHMIAH.

Pecahannya ada 12 puak juga.

Diantara kepercayaan dan menjadi pegangan akidah bagi golongan-golongan ini yang didapati telah terpesong dari Taklif Syarak dan ajaran Islam sebenar ialah :

a) Mereka percaya apabila sesorang Islam yang durhaka serta banyak melakukan dosa-dosa besar dan maksiat akan dihumban kedalam Neraka dan akan kekal didalamnya selama-lamanya. Ini bermakna bahawa mereka itu telah sama tarafnya dengan orang kafir yang tidak akan Allah ampunkan untuk selama-lamanya daripada azab Neraka itu.

b) Mereka beretikad bahawa Zat Allah itu wujud di semua tempat dan benda melalui rupa hulul dan itihad (meresap dan bersatu).

c) Mereka berkeyakinan bahawa semua Sifat-sifat Allah dan Asma-asma Allah itu juga merupakan makhluk seperti manusia dan alam ini.

d) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Zat Allah itu berdiri (terletak) diantara langit dan bumi dari semenjak azali lagi.

e) Mereka turut percaya bahawa apabila semua isi Neraka itu telah terbakar dan menjadi abu, maka ia tidak akan dihidupkan semula oleh Allah. Mereka juga akan hilang begitu saja selepas itu. Ini bererti seksaan Neraka itu telah selesai menjalankan kerjanya dan tiada lagi apa yang di panggil Neraka sesudah itu.

f) Mereka berkeyakinan dan percaya bahawa mayat manusia yang telah mati itu tidak akan diazab atau pun balasan nikmat kecuali ketika sakaratual maut dan didalam kubur (seksa kubur) sahaja.

g) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad hanya dapat melihat Allah semasa dialam dunia sahaja dan manusia yang lain pula hanya dapat melihat Allah dialam Akhirat pula.


6) KAUM MURJIAH.

Pecahannya juga 12 puak.

Antara pegangan dan etikad mereka yang didapati terkeluar dari ajaran Islam sebenarnya adalah seperti berikut :

a) Mereka percaya bahawa Allah telah menjadikan semua makhluk diseluruh alam ini dan Allah juga tidak menyuruh mereka berbuat semua kejahatan yang berada dialam ini, begitu juga Allah tidak pula melarang mereka dari meninggalkannya.

b) Mereka juga memegang etikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah mengucapkan 2 kalimah shadatai maka dengan sendirinya mereka juga telah bebas untuk melakukan ketaatan terhadap Allah atau pun melakukan kekufuran.

c) Mereka juga percaya bahawa sesorang manusia itu boleh menjadi mukmin pada ketika yang dikehandaki Allah dan mereka juga boleh menjadi kafir pada ketika yang dikehandakiNya dalam sesuatu masa.

d) Mereka juga beretikad bahawa Allah itu terdiri dari unsur-unsur Jauhar dan 'Aradh ( sel dan nuklius) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.

e) Mereka juga percaya bahawa apabila seseorang manusia itu mengesakan Zat Allah, Sifat-sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah maka mereka terlepas dan tidak akan dicatitkan apa-apa dosa besar yang telah dilakukan sebelum itu.

f) Mereka juga beretikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan Rukun Iman maka ia tidak lagi difardukan keatas dirinya semua pekara-pekara fardu didalam Syarak.

g) Mereka menggunakan akal fikiran mereka dari mengkaji hal-hal yang bersangkutan dengan masaalah sifat Allah dan akhirnya mereka merumuskan bahawa Allah tidak bersifat dengan segala sifat Wujudiah.

h) Mereka hanya mengambil jalan mudah untuk mengkafirkan seseorang muslim itu jika mereka tidak berilmu kerana mereka memegang fahaman bahawa Iman itu adalah Ilmu, sesiapa yang tidak berilmu bererti mereka telah menjadi kafir dengan sendirinya.

i) Mereka percaya bahawa Iman seseorang Islam itu akan berkurangan pada setiap tahun malahan mereka mengangap Iman itu tidak akan bertambah lagi sampai bila-bila.

j) Mereka juga beretikad bahawa adalah sah melakukan sujud kepada Matahari, Bulan, Bintang dan juga makhluk-makhluk lain, sama seperti sujud kepada Allah.

k) Mereka juga turut berpegang dengan etikad bahawa adalah dibolehkan dan sah hukumnya mengikut perintah Jin dan Syaitan, sama ada Jin itu Islam atau Kafir, walaupun perintah itu untuk mengerjakan kebaikan atau keburukan.


Begitulah serba sedikit penjelasan yang dapat dirungkai akan golongan-golongan yang telah sesat didalam akidah mereka seperti yang telah diperkatakan oleh Rasullah saw iaitu 72 golongannya yang telah sesat. Nabi hanya memperkatakan 72 golongan yang sesat dan hancur musnah yang bermaksud mereka-mereka yang terjebak didalam kesesatan akidahnya. Ini adalah rumusan dari beberapa orang Ulama tafsir yang mentafsirkan Hadis Rasullah itu. Maka daripada 72 golongan itu pula dibahagi kepada 6 kaum yang masing-masingnya boleh dipecahkan kepada 12 puak pula. Malangnya mereka tidak pula menyaraikan nama-nama puak tersebut, Oleh itu cukuplah sekadar kita mengenal akan nama 6 golongan itu saja serta fahaman dan etikad yang mereka pegang supaya menjadi batasan serta garis pemisah atas pemikiran , pegangan akidah, ilmu dan amalan kita yang sudah tentu mahukan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita semua terselamat dari dakyah mereka itu. Pengatahuan ini amat penting kepada diri kita supaya kita akan bertambah kuat didalam Ilmu dan amal yang berpegang teguh dengan ajaran ASWJ mengharungi hayat kita didunia ini hingga akhirnya.



GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DIDALAM BAB SUFIAH .


Para-para ulama tafsir dan pengkaji riwayat telah menghimpunkan pula golongan-golongan yang telah dianggap sesat didalam bab Sufi sebanyak 13 kaum kesemuanya. Diriwayatkan mereka juga terpaksa menyamar menjadi murid, masuk menyelusup duduk bersama-sama murid-murid baru disamping menghantar ejen peresik kedalam kaum-kaum itu untuk mengatahui akan pegangan dan etikad yang mereka pegang sekian lamanya barulah mereka membuat perbahasan bersama ulama-ulama muktabar ASWJ yang ulung sebelum meletakkan fatwa golongan-golongan tersebut sebagai sesat dari bab sufiah dan tasawuf. Didalam bab inilah yang paling sukar untuk dikesan kerana kebanyakan dari aliran sufi sesat itu meletakkan berbagai-bagai syarat sebelum seseorang itu di benarkan mengikuti aliran mereka. Disamping itu mereka juga mengajar secara tersembunyi dan khusus kepada murid-murid baru mereka akan ajaran yang mereka bawa supaya ia tidak diketahui umum terutama kepada pihak pemerintah yang mengharamkan ajaran seumpama itu. Antara 13 kaum yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut :


1) Kaum Waqi'iyah.

Diantara pegangan dan etikad kaum ini adalah bahawa Zat Allah, Sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah tidak akan dapat manusia kenali bahkan manusia tidak akan sampai kepada mertabat Makrifatullah. Manusia itu tetap menjadi hamba saja dan tidak punya darjat apa-apa disisi tuhan walaupun telah menjadi abadi selamanya.


2) Kaum Huriyah.

Pegangan dan etikad kaum ini pula ialah mereka akan mengadakan zikir secara berkumpulan hingga mereka akan pengsan (dalam zikir) dan mereka akan merayu-rayu supaya didatangkan bidadari dari syurga supaya mereka boleh bersetubuh dengannya dan setelah sedar mereka akan mandi junub. Ia seolah-olah berzikir fana hingga menyampai kepada mertabat ahli syurga dan berhak mendapat layanan sedemikian walaupun mereka masih diatas dunia ini lagi.


3) Kaum Auliya'iyah.

Diantara pegangan dan etikad kaum ini adalah apabila seseorang murid itu telah menyampai atau mereka menganggap mereka telah sampai kemertabat "wali", maka dikala itu telah gugur kewajiban syarak keatas diri mereka seperti tidak perlu solat, puasa, zakat dan naik haji. Kemudian mereka juga berpegang dengan yakin bahawa semua yang diharamkan kepada umat Islam kebanyakan telah dihalalkan kepada dirinya seperti memekan riba, mencuri harta orang kebanyakan, berzina dan sex bebas, memakan harta anak yatim dan banyak lagi. Mereka juga turut yakin bahawa "martabat" yang telah mereka sampai itu adalah lebih mulia dari martabat seorang nabi.


4) Kaum Mutakasiliah.

Mereka berpegang dengan etikad bahawa apabila mereka telah duduk dijalan hakikat itu, mereka tidaak perlu lagi berusaha mendapatkan nafkah dan makanan untuk dirinya dan keluarganya. Semua itu akan datang sendiri dengan meminta dari masyarakat sekeliling dan juga termasuk pihak amil penjaga zakat untuk memberi zakat dan sedekah kepadanya. Mereka juga sanggup memaksa orang ramai untuk mendermakan harta mereka kepadanya dengan bermacam-macam ancaman kepada mereka walaupun semua itu tidak benar, contohnya seperti "orang ramai wajib menyerahkan harta mereka kepada ahli wirid dan manusia abadi seperti mereka kerana jika tidak mereka akan dikutuk oleh Allah, menjadi miskin papa kedana, keluarga mereka akan hancur binasa, perusahaan mereka akan musnah" dan sebagainya.


5) Kaum Hululiyah.

Mereka beretikad bahawa zat Allah boleh menjelma kedalam diri manusia serta benda-benda yang ada dialam ini. Mereka juga mengalakkan malahan menjatuhkan hukum harus melihat kepada wanita-wanita jelita dan juga lelaki-lelaki tampan kerana beranggapan bahawa pada wajah-wajah cantik dan jelita itu terdapatnya "Tajali" ketuhanan dan juga untuk menghargai anugrah kecantikan yang telah dizahirkanNya. Mereka juga mengalakkan ahli-ahli mereka melakukan mujahadah dan bersuluk (menasingkan diri beribadah) dan juga melakukan zikir secara berkumpulan campur amtara lelaki dan perampuan ajanabi sehingga disatu-satu peringkat mereka akan berpelukan dan mencium wajah-wajah cantik dan tampan yang berada didalam kumpulan itu hingga mengadakan persetubuhan haram kerana anggapan "tajali" ketuhanan diwajah-wajah itu dikala "zuk". Apabila mereka mendapat anak dari hubungan itu maka mereka beranggapan anak itu adalah dari anugrah "Tajali" ketuhanan (anak yang punya keistemewaan dengan gelaran mertabat tertentu). Mereka juga dibenarkan melakukan sesuatu ibadah itu dengan hanya berniat sahaja walaupun ibadah-ibadah yang wajib disisi agama Islam.


6) Kaum Mujassimah.

Antara pegangan dan etikad kaum ini ialah mereka meyakini bahawa zat Allah itu adalah berjisim (ada bentuk), iaitu bentuk-bentuk seperti manusia, pokok, batu, gunong dan lain-lain lagi yang boleh dipegang, dirasa dan dilihat dengan mata kasar manusia seperti yang terdapat diatas muka bumi ini sekarang.


7) Kaum Ibahiyah.

Pegangan dan etikad kaum ini pula ialah mereka tidak sanggup dari menahan diri dari melakukan masiat dan pekara-pekara mungkar yang telah dilarang oleh Allah, sedangkan mereka juga tidak sanggup menyuruh kepada ahli-ahli mereka dari membuat perkerjaan makruf dan kebajikan. Oleh sebab itu mereka juga menghalalkan perbuatan zina diantara ahli-ahli kumpulan mereka hingga melahirkan keturunan 'anak haram' yang ramai.


8) Kaum Wujudiah.

Etikad dan pegangan kaum ini adalah menyamakan diri mereka dengan zat Allah didalam diri mereka. Maka mereka mendakwa bahawa kewujudan Allah itu juga mempunyai tempat dan masa tertentu seperti manusia serta ia boleh dilihat dan dipegang seperti suatu benda. Oleh itu Allah juga boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Sebenarnya mereka cuba membahaskan Zat Allah dengan menggunkan otak dan pemikiran mereka yang sebenarnya ujud didalam hayalan mereka sahaja. Mereka sebenarnya telah menjadi "Mulhid" dan "Zindik" (telah murtad dan terpesong yang terkeluar daripada ajaran Islam sebenar) secara sengaja atau pun dengan tidak disedari oleh mereka. Fahaman mereka ini telah tersangat jauh terpesong kerana mengikut nafsu dan akal mereka yang sempit itu.


9) Kaum Mutajalihiyah.

Etikad kaum ini pula agak berbeza dari kebanyakan kaum-kaum yang telah disebutkan diatas. Mereka berpegang kepada zuhud akan dunia sehingga mengharamkan ahli-ahlinya memakai pakaian-pakaian yang cantik, berseh dan baharu. Malahan sangat mengalakkan mereka kelihatan kotor, serabai, tidak terurus, kusut masai, tidak mandi dan membersehkan diri mereka. Mereka juga digalakan meminta-minta sedekah dijalanan sebagai 'gelandangan' yang tidur dikaki-kaki lima jalan dimerata tempat. Semakin teruk rupa paras mereka, maka semakin tinggilah darjat mereka itu dikalangan ahli kaum ini. Tetapi ada dikalangan mereka itu pula telah menjadi seperti orang gila yang merampas, mencuri, penyeluk saku, perogol bersiri dan memeras ugut orang ramai dijalanan. Ini mereka anggap biasa sahaja dan dibenarkan mengikut fahaman mereka itu pula. Zuhud yang mereka perjuangan itu hanya hayalan dan tidak benar langsung dari konsep sebenarnya.


10) Kaum Marjiah.

Mereka beranggapan dan berpegang kepada beramal bersungguh-sungguh hingga kesatu peringkat tertentu mereka telah dikasehi Allah atau mereka beranggapan mereka telah dikasehi Allah. Apabila mereka beranggapan telah "menyampai" martabat ini, maka semua tuntutan syarak keatas diri mereka telah gugur dan tidak lagi mahu mengerjakan semua kewajiban syarak termasuklah ibadah-ibadah wajib bagi mereka. Semua ibadah telah menjadi kesukaan mereka sama ada mahu dilakukan atau tidak adalah mengikut selera mereka itu sendiri. Semasa melakukan ibadah solat umpamanya mereka suka bertelanjang bulat dan tidak menutup aurad sewaktu keluar rumah.

Satu lagi pegangan mereka yang sangat ganjil ialah mereka beranggapan bahawa semua harta benda diatas bumi ini adalah kepunyaian Nabi Adam, maka mereka sebagai cucu cicit Nabi Adam juga diboleh mengambil dan mengunakan harta benda itu sesuka hati mereka sahaja walau pun harta benda itu dimiliki oleh orang tertentu. Dengan kata lain mereka menghalalkan merampas, menyamun dan mencuri harta benda sesiapa sahaja, asalkan mereka telah menyukai akan harta benda itu tampa mempedulikan hak-hak manusia lain keatas harta benda itu. Pada anggapan mereka semuanya halal bagi mereka walaupun hak keatas harta benda itu telah mutlak
ada pemiliknya, mereka tidak peduli akan hukum syarak atau hukum seval berkaiatan dengan pekara ini.


11) Kaum Syamrakhiyah.

Kamu ini berkeyakinan bahawa apabila mereka telah menyampai kepada martabat marifatullah maka segala hukum syarak tidak perlu lagi bagi mereka. Hukum syarak itu hanya untuk orang-orang awam (orang biasa) yang tidak tahu apa-apa berkenaan marifatullah, itulah sebabnya Allah menghukum mereka dengan perbuatan dan perkerjaan wajib dalam syarak. Sedangkan mereka telah melapasi tahap itu, maka bebaslah mereka dari paksaan mengerjakan ibadah-ibadah wajib dalam syarak keatas diri mereka. Apabila pekara ini berlaku maka mereka juga dibenarkan melakukan zina mengikut sesuka hati mereka walaupun dengan kaum sejenis. Jika mereka dihalayak ramai mereka akan berketerampilan sebagai seorang yang warak dan zuhud dengan mengenakan pakaian dan perwatakkan sebagai orang alim. Sedangkan apabila didalam jemaah mereka dia akan menjadi buas dan ganas melakukan sex sesuka hati mereka sahaja secara terbuka.


12) Kaum Haliayah.

Mereka mempunyai etikad bahawa mereka boleh melakukan semua perbuatan mungkar asalkan mereka boleh mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya mereka melakukan maksiat sedangkan mereka juga berbuat ibadah mendekatkan diri kepada tuhan. Ibadah yang paling mereka sukai ialah berzikir beramai-ramai sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan sehingga jatuh pengsan. Mereka juga turut beretikad bahawa semua perbuatan buruk dan maksiat boleh disandarkan pada sunah Rasullah dan manusia semua harus mengikuti pendirian mereka ini. Jika mereka enggan, merekalah yang menanggung dosa itu.


13) Kaum Ilhamiah.

Mereka mendakwa bahawa mereka selalu menerima ilham dalam marafatullah mereka serta berpegang dengannya. Mereka pula melarang dan meninggalkan mempelajari al Quran, membaca al Quran, berzikir dan berselawat kerana beranggapan ibadah itu sebagai hijab dan pemisah dari mendapat marifatullah. Oleh itu mereka lebih gemar untuk menghafal syair, gurindam dan bait kata-kata hikmah dari Imam-imam tertentu untuk menjadi bacaan dan amalan zikir mereka. Mereka juga akan menjadikan ilham-ilham yang mereka perolehi dari suluk ini sebagai pegangan hidup mereka.


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat diperkatakan tentang 13 kaum dari golongan yang difatwakan sebagai sesat didalam bab sufiah. Oleh itu genaplah 3 jenis cabang yang dikumpulkan kesemuanya didalam halaman ini iaitu golongan yang sesat didalam bab Syariat- 9 kaum (dalam bab 4 yang lalu), kemudian golongan yang sesat didalam bab Akidah - 72 kaum dan didalam bab Sufiah - 13 kaum. Kesemua ini kemudiannya berpecah menjadi kumpulan yang lebih kecil yang tidak dapat diketahui akan jumlahnya kerana tersangat banyak. Pengumpulan kepada 3 jenis cabang ini telah dilakukan sekitar abad ke 6 hijriah. Jika kita menghitung jumlahnya dizaman sekarang rasanya seumur hidup pun kita tidak akan dapat mengatahui akan jumlah sebenarnya. Hanya Allah sahaja yang maha mengatahui.

Sekian dahulu untuk kali ini, tunggu untuk bab 6 penjelasan seterusnya didalam tajuk ajaran-ajaran sesat ini diepisod akan datang.



sekian
zamany.



____________________________________________________



*Nota:-
Dari bab 4 yang lalu....

Oleh kerana ada yang ingin atok terangkan akan tajuk berkenaan Tahasalul Arwah maka disini akan atok muatkan sedikit infomasi berkenaannya :

Tahasalul Arwah adalah penafsiran bermaksud kepada kemasukan roh dalam jasad, mendakwa dapat berkata-kata dengan roh tertentu, didampingi roh untuk menyampaikan pekara tertentu, perbuatan 'menurun', mendampingi roh tertentu, dan bercakap pekara yang diluar pengatahuannya, memanggil roh untuk minta pertolongan, bermimpi bertemu 'guru' serta belajar ilmu tertentu, menyampaikan amanat menerusi kemasukan roh, dirasuk, terkena histeria, penjelmaan roh dalam diri, mengalami sedar tak sedar dan dapat melihat roh diri sendiri dalam bab "mengenal diri", mendapat kasyaf serta nampak roh-roh mualim dan diajar ilmu laduni dan banyak lagi istilah yang mereka gunakan yang menyerupai akan perdampingan, kemasukan serta bermimpi adalah juga tergolong didalam Tanasalul Arwah yang haram lagi sesat ini.

Tiada nas atau Hadis yang boleh menjadi sandaran kepada "BENARNYA" akan ajaran dan pegangan seumpama ini dimana-mana juga ayat Quran dan tafsiran Hadis-hadis Rasullah saw serta kitab-kitab dari Imam-imam muktabar ASWJ yang membolehkan umat Islam beramal, belajar, berguru, berubat, minta tolong dan percaya akan keadah Tanasalul Arwah ini, selain dari
MELARANG SEKERAS-KERASNYA diri kita dari melakukan perbuatan ini sepenuhnya. Kepercayaan ini akan membawa kepada kesesatan kerana roh yang meresapi tubuh 'guru', dukun, bomoh atau murid itu adalah sebenarnya jin atau syaitan yang menyerupai simati dengan suara serta penemparilan seakan-akan simati sewaktu hidupnya dahulu. Sebagai contoh jin yang menyerupai Panglima Hitam akan berpakaian hitam seluruhnya dengan menutup kepalanya (menyelubung mukanya) supaya hadirin tidak nampak mata dan mukanya. Pada kebiasaannya orang yang menurun akan berubah mukanya menjadi hodoh dan matanya menjadi merah menyala. Itulah sebabnya mereka akan tunduk menyelubung muka dan duduk didalam gelap supaya hadirin tidak nampak wajah mereka sebenar. Jika mereka dapat dilihat didalam keadaan itu sudah tentu masyarakat akan mencemuhnya atau lari lintang pukang meninggalkannya kerana takut akan wajahnya yang hodoh itu. Mungkin mereka akan memukulnya beramai-ramai kerana penipuan yang dilakukannya itu.

Pada waktu yang sama ada juga segelintir masyarakat yang taksub dan percaya akan keadah ini untuk tujuan meminta pertolongan mencari barang hilang, tujuan perubatan, mengilak dari disehir, menilek nasib, mendapatkan projek-projek, kenaikan pangkat dalam pekerjaan, mencari jodoh, memikat wanita, ubat pengesih, penunduk suami, memasukkan susuk untuk awit muda, menundukkan ketua ditempat kerja, sehir memukau semasa berucap politik, mencapai impian untuk menangi pilihan raya menjadi wakil rakyat, pelaris perniagaan, untuk lulus peperiksaan dan ujian, menikam nombor ekor, tarek duit, tarek harta karun, tarek emas, pendinding diri, pendinding rumah dan keluarga, untuk ilmu kebal, mendapatkan batu permata, untuk persilatan, untuk ilmu halimunan, untuk nampak hebat dan kuat, pengerun musuh, menjaga kebun, handal pedang, tahan kulit, untuk jadi kaya raya, meluluskan kontrek kerja, merampas projek orang, ilmu pukau, mencerai beraikan keluarga orang, menyehir musuh, membalas dendam, mendapat ilmu santau, membunuh musuh, penaik semangat, menang dalam perlawanan, ilmu hitam, membesarkan alat sulit lelaki, kuat bersetubuh, mengajar ilmu tarikat, mengajar ilmu hakikat, mengugurkan kandungan haram, mahu berpoligami, menjatuhkan perniagaan musuh, membolot kawasan, membalas dendam, mengaut harta orang dan beribu lagi masaalah - masaalah yang diadukan kepada bomoh, dukun dan pawang yang berkebolehan "menurun" kerana "saktinya" mereka itu yang disebarkan melalui mulut kemulut dan ada juga yang membuat iklan disurat kabar, majalah-majalah dan kertas yang disebarkan disana sini. Tentunya anda pernah mengalami salah satu dari senarai diatas itu sama ada mengikut orang bertemu bomoh atau diri anda sendiri pernah membuat pekara yang disebutkan itu. Paling tidak pun anda pernah melihat sendiri akan perbuatan dan upucara seumpama itu dikampung anda, di kawasan rumah anda atau pun dimana-mana jua .

Paling kerap berlaku pekara seumpama ini adalah didalam gelangang persilatan. Pada mulanya semua nampak cantik dan mengikut ajaran Islam. Tetapi lama kelamaan ilmu seumpama itu akan diserapkan secara halus kepada murid-murid yang mahukan peningkatan kelimuaan dalam atau ilmu batin. Maka unsur Tanasalul Arwah inilah yang akan dilakukan kepada murid itu bagi tujuan "memantapkan" ilmu batin itu. Rata-rata akan menafikan ujudnya penyalahan akidah didalam keadah yang mereka ajarkan itu, malah sanggup menjunjung al Quran untuk meyakinkan murid-muridnya. Silat seru umpamanya mengunakan sepenuhnya persilatan batin dan memasukkan roh panglima tertentu untuk bersilat didalam gelanggang. Boleh dikatakan kesemua persilatan melayu mengunakan keadah menaik semagat berani, kebal, kuat, gagah perkasa, lincah, terbang, hilang, bayang, lintas, pantas semua itu mengunakan kederat jin bersama-samanya. Tampa "berserta"nya jin itu mustahil pekara-pekara pelik, mencarek adat, ajaib, sakti itu dapat dilakukannya. Inilah senario yang berlaku disekeliling anda semua pada hari ini malah akan berterusan sampai bila-bila selagi kita tidak bersepakat untuk tidak melayan mereka itu. Sebenarnya akibat adanya permintaanlah maka ia tetap dibuat sehingga kehari ini.

Didalam mencari ilmu mengenal diri, ilmu sufi, tarikat dan tasauf pula, penyelawangan juga bersifat keilmuan dan penghujahan akal bagi manerik minat umum oleh 'guru-guru' dan penaja sesuatu ajaran baru itu. Mereka sanggup memfitnah ajaran Tarikat yang ulung dan benar sebagai sandaran ajaran sesat mereka itu, malahan semua wali-wali dan para sahabat-sahabat Nabi saw hata Nabi-nabi sendiri turut difitnah. Perhatikanlah betapa halusnya susun kata dan budi luhur yang dipamirkan dihadapan hadirin semua. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai agenda tersendiri didalam lipatan niat didalam hati mereka. Mereka taksub untuk bergelar atau digelar "guru" tarikat sebenarnya. Mahu disanjung oleh masyarakat kerana budi luhur dan zuhud yang dipamirkan kepada masyarakat. Mahu mendapat tempat dihati setiap hati orang banyak bahawa ia seorang guru alim dan warak hingga digelar mendapat koramah dari tuhan. Inilah sendawara "guru" itu yang sebenarnya sedang ditonggangi oleh jin, syaitan dan Iblis bagi menyesatkan umat Islam dari jalan kebenaran. Persoalannya dari mana Ilmu yang dimiliki oleh "guru" tersebut hingga ia begitu mudah menambat hati masyarakat banyak kepada dirinya ? sedangkan ia diketahui oleh keluarganya tidak pernah mengaji pondok atau memanjat madrasah dimana- mana juga menuntut ilmu, tiba- tiba saja dia telah pandai berkata-kata berkenaan Ilmu yang tinggi-tinggi itu dihalayak. Ia menjadi misteri dan apabila ditanya tentang sanat atau punca keilmuannya itu.... ia manjawab mendapat pelajaran melalui mimpi bertemu "Syeikh" tertentu atau pun menghilangkan diri didalam alam Bunian dan belajar disana atau diberi ilmu laduni melalui seorang "guru" ghaib secara sedar dimana-mana juga. Ketahuilah anda semua bahawa yang ditemuinya itu ialah Iblis laknatullah yang menyamar menjadi tok syekh, tok guru, tok imam, tok syaid dan berbagai nama lagi. Ingat disuatu negara dibenua Afrika suatu masa dahulu, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun boleh memberi ceramah agama dengan sungguh lancar sekali siap dengan Nas dan Hadisnya sekali. Bagaimana ia boleh terjadi ? Ia sebenarnya didampingi oleh Iblis yang menguasi akal dan fikirannya sewaktu berucap sedangkan masyarakat tidak mengatahuinya kerana Iblis tidak dapat dilihat atau dipegang. Begitulah liciknya permainanan Iblis untuk menyesatkan Umat Islam dari jalan yang lurus.

Diharap dengan penjelasan ini anda dapat memgenali apa yang disebut sebagai Tanasalul Arwah supaya mendapat manafaat dari maklumat ini.



Sekian
Wassalam.
atok zamany.