Wednesday, June 09, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 5

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



Jika didalam bab yang lalu kita membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan golongan-golongan yang telah sesat didalam bab Syariat, maka marilah kita menyambung akan tajuk ini dengan mengupas pula golongan yang diketogirikan sesat didalam bab akidah pula. Didalam bab akidahlah yang paling serius kesesatannya kerana terlampau ramai kaum muslim yang telah terjebak didalamnya yang amat sukar untuk dipulihkan kerana menyangkut kepada etikad dan keyakinan yang jauh dilubuk hati. Ia bukan saja hanya dengan usha yang bersungguh- sungguh malahan mengambil masa yang sangat lama untuk berpatah balek kepangkal jalan. Jadi perhatikanlah akan 72 golongan-golongan yang sesat didalam akidah seperti yang telah diberitahu oleh Rasullah saw didalam Hadis dan banyak sekali yang diperkatakan orang tentangnya hingga ada yang membuat lirik lagu tetapi tidak mengenal akan golongan-golongan ini. Maka perhatikanlah akan golongan yang sesat didalam bab akidah seperti dibawah ini :



GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DALAM BAB AKIDAH :


Seperti yang telah dinyatakan didalam bab yang lalu, terdapat 72 golongan yang telah disabitkan sebagai golongan yang sesat dalam bab akidah atau terkeluar dari ajaran sebenar Agama Islam seperti yang telah dinyatakan didalan Hadis Nabi saw. Golongan-golongan tersebut digabongkan menjadi 6 kelompok kaum yang besar yang didalamnya terdapat pula 12 puak-puak kecil disetiap satunya pula. Kaum-kaum tersebut adalah seperti berikut :

1) KAUM RAFIDHIYAH

Pecahannya ada 12 puak.

Kesesatan puak-puak ini didalam bab akidah terjadi akibat daripada pegangan dan kepercayaan mereka yang sangat jelas bertentangan dengan pegangan ASWJ walaupun mereka semua itu masih mengaku sebagai seorang yang beragama Islam. Diantara pegangan dan kepercayaan yang didapati menyelewing didalam bab akidah yang sangat nyata itu ialah :

a) Beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan kembali hidup semula diakhir zaman nanti sebelum berlakunya kiamat. Beliau didakwa akan menghukum semua musuh-musuhnya. Tempat tinggalnya sekarang ini adalah dikepolan awan. Petir dan guruh dilangit itu adalah merupakan bunyi cematinya.

b) Mereka mendakwa bahawa jawatan Khalifah Kerajaan Islam selepas kewafatan Rasullah saw itu hanya khusus buat Saidina Ali kwh sahaja, manakala Khalifah-khalifah yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Saidina Othman adalah kafir kerana menerima jawatan tersebut. Mereka yang begitu taksub dengan fahaman dan berkayakinan itu juga sanggup menghina dan mengeji malah memakihamun sahabat-sahabat agong Rasullah ini, keturunan mereka juga termasuklah Isteri-isteri Rasullah saw iaitu Saidatina Aisyah dan Saidatina Habsah yang sebenarnya tiada kaitannya dengan semua cerita yang mereka ada-adakan itu sehinggakan mereka sanggup sifatkan kedua-dua wanita agong itu sebagai pelacur. Selain dari itu mereka juga akan mengeji dan menghina kepada semua para sahabat-sahabat yang lain serta keturunan mereka semua yang tidak seketurunan dengan Saidina Ali kwh.

c) Mereka juga beretikad bahawa Nabi Muhammad saw itu berkerja sama dan bersekutu dengan Saidina Ali kwh didalam semua kerja-kerja kerasulan dan kenabian didunia ini hingga hari kiamat.

d) Mereka juga berpegang dan beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan turun dari langit (sekarang ia tinggal di awan) pada satu hari nanti berupa awan ketuhanan kemudian menjelma menjadi manusia. Beliau akan mengerjakan beberapa perkerjaan yang bersifat ketuhanan dan kemudiannya akan naik semula ketempat kediamannya iaitu diawan (naik kelangit).

e) Mereka juga beranggapan bahawa Malaikat Jibril as telah salah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Sepatutnya wahyu itu dihantar kepada Saidina Ali kwh bukan kepada Nabi.

f) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila roh seseorang manusia itu keluar dari jasadnya iaitu mati, roh itu tadi akan masuk pula kedalam jasad manusia yang baru iaitu bayi didalam kandungan ibunya serta memilih untuk membawa rupa paras yang lain atau pun yang sama. Ini juga telah memasuki wilayah kesesatan akidah yang tergolong juga sebagai Tahazalul Arwah.

g) Mereka juga turut berpegang kepada etikad bahawa zat Allah itu juga boleh menjelma dan zahir didalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu ia dinamakan sebagai Nabi atau Imam. Mereka ini akan pula mengajak manusia kejalan yang lurus. Jika zat Allah itu tidak menjelma cara demikian maka akan kafirlah seluruh manusia dialam ini.

h) Mereka juga turut beretikad didalam keadaan tertentu zat Allah itu boleh menjelma dan memasuki kedalam sesuatu benda seperti pokok, gunung, bukit, batu, patong dan lain-lain lagi seterusnya bersebati dengan zat benda itu dan menjadi satu.


2) KAUM JABARIAH :

Pecahannya ada 12 puak.

Mereka yang berfahaman songsang ini dan beretikad didalam golongan ini juga sangat bertentangan dengan pegangan ASWJ. Malahan mereka membenci ASWJ kerana tidak sehaluan dgn mereka. Diantara pegangan mereka itu ialah :

a) Mereka berpegang dan beretikad bahawa semua perbuatan baik itu tidak mendapat pahla dan semua perbuatan jahat juga tidak mendapat dosa. Dalam arti yang lain tiada dosa dan pahla. Oleh itu mereka bebas melakukan apa saja perbuatan sama ada ia baik atau buruk. Mereka juga percaya bahawa tiada pembalasan syurga dan neraka. Tiada akan dikenakan seksaan diakhirat kelak atas semua perbuatan jahat dan dosa yg mereka lakukan semasa didunia.

b) Mereka juga beretikad bahawa semua perbuatan baik dan jahat, keimanan dan kekufuran, ketaatan dan maksiat, semua itu datangnya dari Allah. Manusia tidak punya daya upaya dan ikhtiar apa-apa pun kerana ia telah ditentukan oleh Allah semuanya. Oleh itu gugurlah semua Taklif Syarak ( kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah) keatas seluruh hamba Allah khasnya manusia.

c) Mewajibkan bertafakur ( spt meditasi dalam yoga ) itu adalah lebih baik dari semua ibadah, sama ada ibadah itu fardu atau sunat.

d) Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat, mereka tidak akan disoal dan dipertanggung jawabkan atas segala perbuatan mereka itu diakhirat kelak kerana segala perbuatan mereka itu telah ditentukan dan atas kehendak Allah jua.

e) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa sesiapa yang telah terpilih menjadi kekasih Allah serta bersih jiwanya daripada segala hawa nafsu yang jahat kemudiannya ia pula mempunyai keilmuan yang tinggi, maka pada kedudukan (martabat) itu beliau itu tidak perlu lagi melakukan apa-apa amal ibadah lagi. Maksudnya ia juga telah terlepas dari Taklif Syarak.

f) Allah akan menghidupkan mereka yang kafir dan yang melakukan maksiat itu didalam Neraka, kemudian Allah akan mematikan semua mereka itu dan tidak akan dihidupkannya lagi selama-lamanya. Maksudnya tiadalah seksaan abadi kepada mereka yang kafir dan maksiat itu.

g) Semua pekara-pekara wajib dan fardu didalam Syarak boleh saja dibuat jika merasa rajin atau pun boleh juga ditinggalkan saja jika mereka merasa malas.

h) Semua harta benda diatas dunia ini adalah hak dan kepunyaan bersama seluruh manusia. Ia dihalalkan kepada sesiapa juga yang hendak mengambilnya kerana tiada ertikata mencuri didalam kepercayaan mereka ini. Kepada tuan yang berhak atau tuan punya harta itu adalah dilarang atau pun mereka sudah tiada hak dan kuasa lagi untuk melarang sesiapa jua yang inginkan harta bendanya itu.

i) Mereka juga beretikad bahawa segala perintah Allah itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup. Mereka tidak perlu melakukan perintah itu berulang-ulang kali sebagai contoh iaitu perintah mengerjakan solat 5 waktu, mereka hanya melakukan perintah itu pada 5 waktu pada hari pertama mereka didalam Islam dan ia sekali seumur hidup selepas itu mereka tidak perlu lagi solat 5 waktu buat selama-lamanya.

j) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila Allah telah selesai menciptakan seluruh makhlukNya didunia ini, maka Allah pun beristirehat di tempatNya. Setiap pekara ciptaanNya itu akan wujud, hidup, zahir, lahir dengan sendirinya apabila tiba saat dan waktu yang telah ditetapkan olehNya, ia tiada kena mengena dengan Kekuasaan Kudrat dan Iradat Allah lagi.

k) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa setiap manusia yang mempunyai rasa untuk berbuat pekara-pekara kebajikanan atau pun pekara-pekara kejahatan dan maksiat, maka hendaklah ia segera melakukannya kerana semua pekara itu merupakan 'wahyu' dari Allah yang telah mencampakkanNya kedalam hati manusia itu.

l) Mereka memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin memelok agama Islam hanya perlu mengucapkan 2 kalimah sahadatai sahaja, sedangkan semua pekara-pekara rukun fardu ain dan fardu kifayah serta seluruh hukum hakam didalam Syarak tidaklah perlu dilakukan oleh mereka.

m) Mereka berfahaman bahawa Allah tidak akan menyeksa seluruh hambanya yang kafir dan maksiat. Jika Allah menghukum mereka semua bererti Allah itu zalim sedangkan Ia bersifat Maha Adil.


3) KAUM KHARIJIYAH :

Pecahannya juga ada 12 puak.

a) Mereka berkeyakinan bahawa Saidina Ali kwh dan keluarganya (tidak termasuk Saidatina Fatimah ) telah menjadi kafir semuanya. Yang masih Islam hanyalah Saidina Abu Bakar as Sidiq, Saidina Omar al Khatab dan Saidina Othman al Affan diantara 4 orang Sahabat Nabi itu. Mereka ini pernah berperang dengan kaum Syaiah dan ASWJ kerana menegakkan fahaman sesat mereka itu. Mereka juga bersifat perkauman yang sangat menebal dihati sanubari mereka.

b) Mereka juga mempunyai kepercayaan dan beretikad bahawa semua jenis kebaikan itu datangnya dari Allah sedangkan semua jenis kejahatan itu pula datangnya dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

c) Mereka juga menghukumkan umat Islam yang melakukan dosa-dosa besar itu sebagai kafir dan telah terkeluar dari pegangan agama. Mereka juga amat mudah mengkafirkan sesiapa saja yang mereka anggap bertentangan dengan pendapat mereka ini.

d) Mereka juga mengeluarkan fatwa mereka sendiri bahawa mengeluarkan zakat itu tidak wajib dan tidak penting. Oleh kerana itu mereka bolehlah mengumpulkan harta benda sebanyak- banyaknya dengan menggunakan apa saja cara mengikut kesukaan mereka. Semua jenis Zakat tidak perlu dikeluarkan kerana mereka tidak tahu sama ada penerima zakat-zakat itu adalah orang Islam atau orang kafir. Jadi itulah sebabnya kenapa zakat itu tidak perlu dikeluarkan.

e) Mereka juga beretikad bahawa tidak diwajibkan untuk percaya kepada pekara-pekara ghaib didalam Taklif Syarak dan didalam Rukun Iman. Sebagai contoh, tidak wajib percaya adanya Malaikat, tidak wajib percaya kepada Qada dan Qadar, tiadanya hari Kiamat, tiadanya soal Kubur, tiada seksaan neraka dan lain-lain lagi. Itu semua menyusahkan hidup mereka saja.

f) Mereka berkeyakinan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa Syirik Jali (Syirik besar yang tiada keampunan Allah didalam kepercayaan ASWJ) yang tidak memerlukan seseorang Islam itu mengucap 2 kalimah shadatai semula untuk kembali menjadi Islam.

g) Mereka juga percaya bahawa diakhirat kelak Allah tidak akan menyeksa semua perbuatan dosa, orang kafir dan mereka yang membuat maksiat semasa hidup didunia. Itu adalah kerana Allah mempunyai sifat Maha Mengisahani serta Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua makhlukNya.

h) Mereka turut berkayakinan bahawa semua yang berada di Cakrawala seperti bulan, bintang, matahari dan semua planet-planet itu bukannya makhluk Allah. Ia terjadi dengan sendirinya diluar daripada Kekuasan Kudrat dan Iradat Allah.

i) Mereka turut percaya serta mengamalkan perbuatan sex bebas kerana beranggapan bahawa semua kaum wanita itu adalah perhiasan bagi kaum lelaki. Oleh itu mereka boleh melakukan sex sebelum nikah dan bertukar pasangan jika mereka merasakan tidak sesuai dengan wanita itu. Mereka juga beranggapan perbuatan sex bebas itu tidak berdosa kerana manusia itu telah rela melakukannya.


4) KAUM QADARIYAH :

Pecahannya juga 12 puak.

Antara kepercayaan dan etikad mereka yang dianggap menyalahi akidah itu ialah :

a) Mereka mempunyai keyakinan bahawa Syaitan dan Allah itu sama saja kerana masing-masing tidak mempunyai jisim (jasad) dan tidak dapat dilihat (tiada rupa paras).

b) Mereka juga beretikad bahawa semua bentuk perbuatan jahat itu adalah ciptaan Syaitan semata-mata, manakala semua bentuk perbuatan kebaikkan pula adalah ciptaan Allah semata- mata. Ia tiada hubungan antara keduanya.

c) Mereka turut percaya bahawa Allah tidak mencipta Syaitan. Syaitan itu telah ujud dengan sendirinya. Ia adalah kerana jika Allah menciptakan makhluk Syaitan bererti Allah juga turut menciptakan kekufuran dan maksiat, ini menunjukkan bahawa Allah juga sukakan kekufuran dan maksiat.
e1u
d) Mereka percaya bahawa Syurga dan Neraka, Hisab dan Mizan itu belum wujud lagi kerana belum diciptakan Allah. Nanti apabila telah berlakunya hari Kiamat baharulah Allah akan menciptakannya, itu pun kalau Allah sempat cipta kerana terlalu sebuk dengan hal-hal lain. Mungkin juga Ia tidak akan mencipta Neraka kerana lebih pentingkan hal-hal yang lain itu.

e) Mereka beretikad bahawa perbuatan baik serta melakukan ibadah itu adalah perbuatan yang sia-sia belaka kerana semua bentuk perbuatan sama ada baik atau jahat itu telah diciptakan Allah semenjak azali lagi. Maka semua perbuatan manusia itu akan berjalan dengan sendirinya mengikut apa yang telah diciptakanNya itu sama ada ia berbentuk kebaikan atau pun kejahatan.

f) Mereka turut beretikad bahawa perbuatan beribadah, beramal dan melakukan maksiat serta kufur itu adalah hasil usha manusia semata-mata yang berjalan dengan sendirinya, oleh itu tidaklah diketahui lagi bahawa perbuatan itu akan mendapat pahala atau akan berdosa jika mereka meninggalkannya.

g) Mereka turut berpegang serta mempercayai bahawa segala usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu akan memberi bekas (berhasil) dengan sendirinya, setelah Allah menciptakan usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu kepada manusia.

h) Mereka percaya bahawa Qada dan Qadar itu bukannya datang daripada Allah tetapi datangnya daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

i) Mereka juga turut berpegang kepada kepercayaan bahawa semua Kitab- kitab (Taurad, Injil dan Zabur) tidak dimansuhkan atau pun tidak terbatal setelah Allah menciptakan dan menurunkan al Quran kepada umat manusia sekelian. Maka mereka menfatwakan bahawa adalah wajib untuk beramal dengan semua isi kandungan kitab-kitab tersebut termasuk juga al Quran itu sendiri.

j) Puak-puak ini turut membenci serta sesetengahnya pula telah meninggalkan amalan-amalan fardu didalam Taklif Syarak, tetapi mengemari dan sesetengahnya pula taksub dengan amalan-amalan sunat yang seolah-olah menampakkan amalan- amalan sunat itu telah menjadi wajib pula.

k) Mereka juga telah mengubah jumlah rekaat disemua solat fardu yang 4 rekaat menjadikannya hanya dilakukan 2 rekaat saja. Malahan pula pada sesetengah solat sunat yang dilakukan 2 rekaat dibuat sebanyak 4 rekaat pula. Mereka lakukan ini semua dengan dalil-dalil yang mengunakan akal dan fikiran mereka yang telah rosak dan sesat dimana dalil-dalil tersebut tersangat lemah serta jauh terpesong dari Taklif Syarak yang sebenarnya.


5) KAUM JAHMIAH.

Pecahannya ada 12 puak juga.

Diantara kepercayaan dan menjadi pegangan akidah bagi golongan-golongan ini yang didapati telah terpesong dari Taklif Syarak dan ajaran Islam sebenar ialah :

a) Mereka percaya apabila sesorang Islam yang durhaka serta banyak melakukan dosa-dosa besar dan maksiat akan dihumban kedalam Neraka dan akan kekal didalamnya selama-lamanya. Ini bermakna bahawa mereka itu telah sama tarafnya dengan orang kafir yang tidak akan Allah ampunkan untuk selama-lamanya daripada azab Neraka itu.

b) Mereka beretikad bahawa Zat Allah itu wujud di semua tempat dan benda melalui rupa hulul dan itihad (meresap dan bersatu).

c) Mereka berkeyakinan bahawa semua Sifat-sifat Allah dan Asma-asma Allah itu juga merupakan makhluk seperti manusia dan alam ini.

d) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Zat Allah itu berdiri (terletak) diantara langit dan bumi dari semenjak azali lagi.

e) Mereka turut percaya bahawa apabila semua isi Neraka itu telah terbakar dan menjadi abu, maka ia tidak akan dihidupkan semula oleh Allah. Mereka juga akan hilang begitu saja selepas itu. Ini bererti seksaan Neraka itu telah selesai menjalankan kerjanya dan tiada lagi apa yang di panggil Neraka sesudah itu.

f) Mereka berkeyakinan dan percaya bahawa mayat manusia yang telah mati itu tidak akan diazab atau pun balasan nikmat kecuali ketika sakaratual maut dan didalam kubur (seksa kubur) sahaja.

g) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad hanya dapat melihat Allah semasa dialam dunia sahaja dan manusia yang lain pula hanya dapat melihat Allah dialam Akhirat pula.


6) KAUM MURJIAH.

Pecahannya juga 12 puak.

Antara pegangan dan etikad mereka yang didapati terkeluar dari ajaran Islam sebenarnya adalah seperti berikut :

a) Mereka percaya bahawa Allah telah menjadikan semua makhluk diseluruh alam ini dan Allah juga tidak menyuruh mereka berbuat semua kejahatan yang berada dialam ini, begitu juga Allah tidak pula melarang mereka dari meninggalkannya.

b) Mereka juga memegang etikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah mengucapkan 2 kalimah shadatai maka dengan sendirinya mereka juga telah bebas untuk melakukan ketaatan terhadap Allah atau pun melakukan kekufuran.

c) Mereka juga percaya bahawa sesorang manusia itu boleh menjadi mukmin pada ketika yang dikehandaki Allah dan mereka juga boleh menjadi kafir pada ketika yang dikehandakiNya dalam sesuatu masa.

d) Mereka juga beretikad bahawa Allah itu terdiri dari unsur-unsur Jauhar dan 'Aradh ( sel dan nuklius) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.

e) Mereka juga percaya bahawa apabila seseorang manusia itu mengesakan Zat Allah, Sifat-sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah maka mereka terlepas dan tidak akan dicatitkan apa-apa dosa besar yang telah dilakukan sebelum itu.

f) Mereka juga beretikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan Rukun Iman maka ia tidak lagi difardukan keatas dirinya semua pekara-pekara fardu didalam Syarak.

g) Mereka menggunakan akal fikiran mereka dari mengkaji hal-hal yang bersangkutan dengan masaalah sifat Allah dan akhirnya mereka merumuskan bahawa Allah tidak bersifat dengan segala sifat Wujudiah.

h) Mereka hanya mengambil jalan mudah untuk mengkafirkan seseorang muslim itu jika mereka tidak berilmu kerana mereka memegang fahaman bahawa Iman itu adalah Ilmu, sesiapa yang tidak berilmu bererti mereka telah menjadi kafir dengan sendirinya.

i) Mereka percaya bahawa Iman seseorang Islam itu akan berkurangan pada setiap tahun malahan mereka mengangap Iman itu tidak akan bertambah lagi sampai bila-bila.

j) Mereka juga beretikad bahawa adalah sah melakukan sujud kepada Matahari, Bulan, Bintang dan juga makhluk-makhluk lain, sama seperti sujud kepada Allah.

k) Mereka juga turut berpegang dengan etikad bahawa adalah dibolehkan dan sah hukumnya mengikut perintah Jin dan Syaitan, sama ada Jin itu Islam atau Kafir, walaupun perintah itu untuk mengerjakan kebaikan atau keburukan.


Begitulah serba sedikit penjelasan yang dapat dirungkai akan golongan-golongan yang telah sesat didalam akidah mereka seperti yang telah diperkatakan oleh Rasullah saw iaitu 72 golongannya yang telah sesat. Nabi hanya memperkatakan 72 golongan yang sesat dan hancur musnah yang bermaksud mereka-mereka yang terjebak didalam kesesatan akidahnya. Ini adalah rumusan dari beberapa orang Ulama tafsir yang mentafsirkan Hadis Rasullah itu. Maka daripada 72 golongan itu pula dibahagi kepada 6 kaum yang masing-masingnya boleh dipecahkan kepada 12 puak pula. Malangnya mereka tidak pula menyaraikan nama-nama puak tersebut, Oleh itu cukuplah sekadar kita mengenal akan nama 6 golongan itu saja serta fahaman dan etikad yang mereka pegang supaya menjadi batasan serta garis pemisah atas pemikiran , pegangan akidah, ilmu dan amalan kita yang sudah tentu mahukan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita semua terselamat dari dakyah mereka itu. Pengatahuan ini amat penting kepada diri kita supaya kita akan bertambah kuat didalam Ilmu dan amal yang berpegang teguh dengan ajaran ASWJ mengharungi hayat kita didunia ini hingga akhirnya.



GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DIDALAM BAB SUFIAH .


Para-para ulama tafsir dan pengkaji riwayat telah menghimpunkan pula golongan-golongan yang telah dianggap sesat didalam bab Sufi sebanyak 13 kaum kesemuanya. Diriwayatkan mereka juga terpaksa menyamar menjadi murid, masuk menyelusup duduk bersama-sama murid-murid baru disamping menghantar ejen peresik kedalam kaum-kaum itu untuk mengatahui akan pegangan dan etikad yang mereka pegang sekian lamanya barulah mereka membuat perbahasan bersama ulama-ulama muktabar ASWJ yang ulung sebelum meletakkan fatwa golongan-golongan tersebut sebagai sesat dari bab sufiah dan tasawuf. Didalam bab inilah yang paling sukar untuk dikesan kerana kebanyakan dari aliran sufi sesat itu meletakkan berbagai-bagai syarat sebelum seseorang itu di benarkan mengikuti aliran mereka. Disamping itu mereka juga mengajar secara tersembunyi dan khusus kepada murid-murid baru mereka akan ajaran yang mereka bawa supaya ia tidak diketahui umum terutama kepada pihak pemerintah yang mengharamkan ajaran seumpama itu. Antara 13 kaum yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut :


1) Kaum Waqi'iyah.

Diantara pegangan dan etikad kaum ini adalah bahawa Zat Allah, Sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah tidak akan dapat manusia kenali bahkan manusia tidak akan sampai kepada mertabat Makrifatullah. Manusia itu tetap menjadi hamba saja dan tidak punya darjat apa-apa disisi tuhan walaupun telah menjadi abadi selamanya.


2) Kaum Huriyah.

Pegangan dan etikad kaum ini pula ialah mereka akan mengadakan zikir secara berkumpulan hingga mereka akan pengsan (dalam zikir) dan mereka akan merayu-rayu supaya didatangkan bidadari dari syurga supaya mereka boleh bersetubuh dengannya dan setelah sedar mereka akan mandi junub. Ia seolah-olah berzikir fana hingga menyampai kepada mertabat ahli syurga dan berhak mendapat layanan sedemikian walaupun mereka masih diatas dunia ini lagi.


3) Kaum Auliya'iyah.

Diantara pegangan dan etikad kaum ini adalah apabila seseorang murid itu telah menyampai atau mereka menganggap mereka telah sampai kemertabat "wali", maka dikala itu telah gugur kewajiban syarak keatas diri mereka seperti tidak perlu solat, puasa, zakat dan naik haji. Kemudian mereka juga berpegang dengan yakin bahawa semua yang diharamkan kepada umat Islam kebanyakan telah dihalalkan kepada dirinya seperti memekan riba, mencuri harta orang kebanyakan, berzina dan sex bebas, memakan harta anak yatim dan banyak lagi. Mereka juga turut yakin bahawa "martabat" yang telah mereka sampai itu adalah lebih mulia dari martabat seorang nabi.


4) Kaum Mutakasiliah.

Mereka berpegang dengan etikad bahawa apabila mereka telah duduk dijalan hakikat itu, mereka tidaak perlu lagi berusaha mendapatkan nafkah dan makanan untuk dirinya dan keluarganya. Semua itu akan datang sendiri dengan meminta dari masyarakat sekeliling dan juga termasuk pihak amil penjaga zakat untuk memberi zakat dan sedekah kepadanya. Mereka juga sanggup memaksa orang ramai untuk mendermakan harta mereka kepadanya dengan bermacam-macam ancaman kepada mereka walaupun semua itu tidak benar, contohnya seperti "orang ramai wajib menyerahkan harta mereka kepada ahli wirid dan manusia abadi seperti mereka kerana jika tidak mereka akan dikutuk oleh Allah, menjadi miskin papa kedana, keluarga mereka akan hancur binasa, perusahaan mereka akan musnah" dan sebagainya.


5) Kaum Hululiyah.

Mereka beretikad bahawa zat Allah boleh menjelma kedalam diri manusia serta benda-benda yang ada dialam ini. Mereka juga mengalakkan malahan menjatuhkan hukum harus melihat kepada wanita-wanita jelita dan juga lelaki-lelaki tampan kerana beranggapan bahawa pada wajah-wajah cantik dan jelita itu terdapatnya "Tajali" ketuhanan dan juga untuk menghargai anugrah kecantikan yang telah dizahirkanNya. Mereka juga mengalakkan ahli-ahli mereka melakukan mujahadah dan bersuluk (menasingkan diri beribadah) dan juga melakukan zikir secara berkumpulan campur amtara lelaki dan perampuan ajanabi sehingga disatu-satu peringkat mereka akan berpelukan dan mencium wajah-wajah cantik dan tampan yang berada didalam kumpulan itu hingga mengadakan persetubuhan haram kerana anggapan "tajali" ketuhanan diwajah-wajah itu dikala "zuk". Apabila mereka mendapat anak dari hubungan itu maka mereka beranggapan anak itu adalah dari anugrah "Tajali" ketuhanan (anak yang punya keistemewaan dengan gelaran mertabat tertentu). Mereka juga dibenarkan melakukan sesuatu ibadah itu dengan hanya berniat sahaja walaupun ibadah-ibadah yang wajib disisi agama Islam.


6) Kaum Mujassimah.

Antara pegangan dan etikad kaum ini ialah mereka meyakini bahawa zat Allah itu adalah berjisim (ada bentuk), iaitu bentuk-bentuk seperti manusia, pokok, batu, gunong dan lain-lain lagi yang boleh dipegang, dirasa dan dilihat dengan mata kasar manusia seperti yang terdapat diatas muka bumi ini sekarang.


7) Kaum Ibahiyah.

Pegangan dan etikad kaum ini pula ialah mereka tidak sanggup dari menahan diri dari melakukan masiat dan pekara-pekara mungkar yang telah dilarang oleh Allah, sedangkan mereka juga tidak sanggup menyuruh kepada ahli-ahli mereka dari membuat perkerjaan makruf dan kebajikan. Oleh sebab itu mereka juga menghalalkan perbuatan zina diantara ahli-ahli kumpulan mereka hingga melahirkan keturunan 'anak haram' yang ramai.


8) Kaum Wujudiah.

Etikad dan pegangan kaum ini adalah menyamakan diri mereka dengan zat Allah didalam diri mereka. Maka mereka mendakwa bahawa kewujudan Allah itu juga mempunyai tempat dan masa tertentu seperti manusia serta ia boleh dilihat dan dipegang seperti suatu benda. Oleh itu Allah juga boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Sebenarnya mereka cuba membahaskan Zat Allah dengan menggunkan otak dan pemikiran mereka yang sebenarnya ujud didalam hayalan mereka sahaja. Mereka sebenarnya telah menjadi "Mulhid" dan "Zindik" (telah murtad dan terpesong yang terkeluar daripada ajaran Islam sebenar) secara sengaja atau pun dengan tidak disedari oleh mereka. Fahaman mereka ini telah tersangat jauh terpesong kerana mengikut nafsu dan akal mereka yang sempit itu.


9) Kaum Mutajalihiyah.

Etikad kaum ini pula agak berbeza dari kebanyakan kaum-kaum yang telah disebutkan diatas. Mereka berpegang kepada zuhud akan dunia sehingga mengharamkan ahli-ahlinya memakai pakaian-pakaian yang cantik, berseh dan baharu. Malahan sangat mengalakkan mereka kelihatan kotor, serabai, tidak terurus, kusut masai, tidak mandi dan membersehkan diri mereka. Mereka juga digalakan meminta-minta sedekah dijalanan sebagai 'gelandangan' yang tidur dikaki-kaki lima jalan dimerata tempat. Semakin teruk rupa paras mereka, maka semakin tinggilah darjat mereka itu dikalangan ahli kaum ini. Tetapi ada dikalangan mereka itu pula telah menjadi seperti orang gila yang merampas, mencuri, penyeluk saku, perogol bersiri dan memeras ugut orang ramai dijalanan. Ini mereka anggap biasa sahaja dan dibenarkan mengikut fahaman mereka itu pula. Zuhud yang mereka perjuangan itu hanya hayalan dan tidak benar langsung dari konsep sebenarnya.


10) Kaum Marjiah.

Mereka beranggapan dan berpegang kepada beramal bersungguh-sungguh hingga kesatu peringkat tertentu mereka telah dikasehi Allah atau mereka beranggapan mereka telah dikasehi Allah. Apabila mereka beranggapan telah "menyampai" martabat ini, maka semua tuntutan syarak keatas diri mereka telah gugur dan tidak lagi mahu mengerjakan semua kewajiban syarak termasuklah ibadah-ibadah wajib bagi mereka. Semua ibadah telah menjadi kesukaan mereka sama ada mahu dilakukan atau tidak adalah mengikut selera mereka itu sendiri. Semasa melakukan ibadah solat umpamanya mereka suka bertelanjang bulat dan tidak menutup aurad sewaktu keluar rumah.

Satu lagi pegangan mereka yang sangat ganjil ialah mereka beranggapan bahawa semua harta benda diatas bumi ini adalah kepunyaian Nabi Adam, maka mereka sebagai cucu cicit Nabi Adam juga diboleh mengambil dan mengunakan harta benda itu sesuka hati mereka sahaja walau pun harta benda itu dimiliki oleh orang tertentu. Dengan kata lain mereka menghalalkan merampas, menyamun dan mencuri harta benda sesiapa sahaja, asalkan mereka telah menyukai akan harta benda itu tampa mempedulikan hak-hak manusia lain keatas harta benda itu. Pada anggapan mereka semuanya halal bagi mereka walaupun hak keatas harta benda itu telah mutlak
ada pemiliknya, mereka tidak peduli akan hukum syarak atau hukum seval berkaiatan dengan pekara ini.


11) Kaum Syamrakhiyah.

Kamu ini berkeyakinan bahawa apabila mereka telah menyampai kepada martabat marifatullah maka segala hukum syarak tidak perlu lagi bagi mereka. Hukum syarak itu hanya untuk orang-orang awam (orang biasa) yang tidak tahu apa-apa berkenaan marifatullah, itulah sebabnya Allah menghukum mereka dengan perbuatan dan perkerjaan wajib dalam syarak. Sedangkan mereka telah melapasi tahap itu, maka bebaslah mereka dari paksaan mengerjakan ibadah-ibadah wajib dalam syarak keatas diri mereka. Apabila pekara ini berlaku maka mereka juga dibenarkan melakukan zina mengikut sesuka hati mereka walaupun dengan kaum sejenis. Jika mereka dihalayak ramai mereka akan berketerampilan sebagai seorang yang warak dan zuhud dengan mengenakan pakaian dan perwatakkan sebagai orang alim. Sedangkan apabila didalam jemaah mereka dia akan menjadi buas dan ganas melakukan sex sesuka hati mereka sahaja secara terbuka.


12) Kaum Haliayah.

Mereka mempunyai etikad bahawa mereka boleh melakukan semua perbuatan mungkar asalkan mereka boleh mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya mereka melakukan maksiat sedangkan mereka juga berbuat ibadah mendekatkan diri kepada tuhan. Ibadah yang paling mereka sukai ialah berzikir beramai-ramai sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan sehingga jatuh pengsan. Mereka juga turut beretikad bahawa semua perbuatan buruk dan maksiat boleh disandarkan pada sunah Rasullah dan manusia semua harus mengikuti pendirian mereka ini. Jika mereka enggan, merekalah yang menanggung dosa itu.


13) Kaum Ilhamiah.

Mereka mendakwa bahawa mereka selalu menerima ilham dalam marafatullah mereka serta berpegang dengannya. Mereka pula melarang dan meninggalkan mempelajari al Quran, membaca al Quran, berzikir dan berselawat kerana beranggapan ibadah itu sebagai hijab dan pemisah dari mendapat marifatullah. Oleh itu mereka lebih gemar untuk menghafal syair, gurindam dan bait kata-kata hikmah dari Imam-imam tertentu untuk menjadi bacaan dan amalan zikir mereka. Mereka juga akan menjadikan ilham-ilham yang mereka perolehi dari suluk ini sebagai pegangan hidup mereka.


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat diperkatakan tentang 13 kaum dari golongan yang difatwakan sebagai sesat didalam bab sufiah. Oleh itu genaplah 3 jenis cabang yang dikumpulkan kesemuanya didalam halaman ini iaitu golongan yang sesat didalam bab Syariat- 9 kaum (dalam bab 4 yang lalu), kemudian golongan yang sesat didalam bab Akidah - 72 kaum dan didalam bab Sufiah - 13 kaum. Kesemua ini kemudiannya berpecah menjadi kumpulan yang lebih kecil yang tidak dapat diketahui akan jumlahnya kerana tersangat banyak. Pengumpulan kepada 3 jenis cabang ini telah dilakukan sekitar abad ke 6 hijriah. Jika kita menghitung jumlahnya dizaman sekarang rasanya seumur hidup pun kita tidak akan dapat mengatahui akan jumlah sebenarnya. Hanya Allah sahaja yang maha mengatahui.

Sekian dahulu untuk kali ini, tunggu untuk bab 6 penjelasan seterusnya didalam tajuk ajaran-ajaran sesat ini diepisod akan datang.



sekian
zamany.



____________________________________________________



*Nota:-
Dari bab 4 yang lalu....

Oleh kerana ada yang ingin atok terangkan akan tajuk berkenaan Tahasalul Arwah maka disini akan atok muatkan sedikit infomasi berkenaannya :

Tahasalul Arwah adalah penafsiran bermaksud kepada kemasukan roh dalam jasad, mendakwa dapat berkata-kata dengan roh tertentu, didampingi roh untuk menyampaikan pekara tertentu, perbuatan 'menurun', mendampingi roh tertentu, dan bercakap pekara yang diluar pengatahuannya, memanggil roh untuk minta pertolongan, bermimpi bertemu 'guru' serta belajar ilmu tertentu, menyampaikan amanat menerusi kemasukan roh, dirasuk, terkena histeria, penjelmaan roh dalam diri, mengalami sedar tak sedar dan dapat melihat roh diri sendiri dalam bab "mengenal diri", mendapat kasyaf serta nampak roh-roh mualim dan diajar ilmu laduni dan banyak lagi istilah yang mereka gunakan yang menyerupai akan perdampingan, kemasukan serta bermimpi adalah juga tergolong didalam Tanasalul Arwah yang haram lagi sesat ini.

Tiada nas atau Hadis yang boleh menjadi sandaran kepada "BENARNYA" akan ajaran dan pegangan seumpama ini dimana-mana juga ayat Quran dan tafsiran Hadis-hadis Rasullah saw serta kitab-kitab dari Imam-imam muktabar ASWJ yang membolehkan umat Islam beramal, belajar, berguru, berubat, minta tolong dan percaya akan keadah Tanasalul Arwah ini, selain dari
MELARANG SEKERAS-KERASNYA diri kita dari melakukan perbuatan ini sepenuhnya. Kepercayaan ini akan membawa kepada kesesatan kerana roh yang meresapi tubuh 'guru', dukun, bomoh atau murid itu adalah sebenarnya jin atau syaitan yang menyerupai simati dengan suara serta penemparilan seakan-akan simati sewaktu hidupnya dahulu. Sebagai contoh jin yang menyerupai Panglima Hitam akan berpakaian hitam seluruhnya dengan menutup kepalanya (menyelubung mukanya) supaya hadirin tidak nampak mata dan mukanya. Pada kebiasaannya orang yang menurun akan berubah mukanya menjadi hodoh dan matanya menjadi merah menyala. Itulah sebabnya mereka akan tunduk menyelubung muka dan duduk didalam gelap supaya hadirin tidak nampak wajah mereka sebenar. Jika mereka dapat dilihat didalam keadaan itu sudah tentu masyarakat akan mencemuhnya atau lari lintang pukang meninggalkannya kerana takut akan wajahnya yang hodoh itu. Mungkin mereka akan memukulnya beramai-ramai kerana penipuan yang dilakukannya itu.

Pada waktu yang sama ada juga segelintir masyarakat yang taksub dan percaya akan keadah ini untuk tujuan meminta pertolongan mencari barang hilang, tujuan perubatan, mengilak dari disehir, menilek nasib, mendapatkan projek-projek, kenaikan pangkat dalam pekerjaan, mencari jodoh, memikat wanita, ubat pengesih, penunduk suami, memasukkan susuk untuk awit muda, menundukkan ketua ditempat kerja, sehir memukau semasa berucap politik, mencapai impian untuk menangi pilihan raya menjadi wakil rakyat, pelaris perniagaan, untuk lulus peperiksaan dan ujian, menikam nombor ekor, tarek duit, tarek harta karun, tarek emas, pendinding diri, pendinding rumah dan keluarga, untuk ilmu kebal, mendapatkan batu permata, untuk persilatan, untuk ilmu halimunan, untuk nampak hebat dan kuat, pengerun musuh, menjaga kebun, handal pedang, tahan kulit, untuk jadi kaya raya, meluluskan kontrek kerja, merampas projek orang, ilmu pukau, mencerai beraikan keluarga orang, menyehir musuh, membalas dendam, mendapat ilmu santau, membunuh musuh, penaik semangat, menang dalam perlawanan, ilmu hitam, membesarkan alat sulit lelaki, kuat bersetubuh, mengajar ilmu tarikat, mengajar ilmu hakikat, mengugurkan kandungan haram, mahu berpoligami, menjatuhkan perniagaan musuh, membolot kawasan, membalas dendam, mengaut harta orang dan beribu lagi masaalah - masaalah yang diadukan kepada bomoh, dukun dan pawang yang berkebolehan "menurun" kerana "saktinya" mereka itu yang disebarkan melalui mulut kemulut dan ada juga yang membuat iklan disurat kabar, majalah-majalah dan kertas yang disebarkan disana sini. Tentunya anda pernah mengalami salah satu dari senarai diatas itu sama ada mengikut orang bertemu bomoh atau diri anda sendiri pernah membuat pekara yang disebutkan itu. Paling tidak pun anda pernah melihat sendiri akan perbuatan dan upucara seumpama itu dikampung anda, di kawasan rumah anda atau pun dimana-mana jua .

Paling kerap berlaku pekara seumpama ini adalah didalam gelangang persilatan. Pada mulanya semua nampak cantik dan mengikut ajaran Islam. Tetapi lama kelamaan ilmu seumpama itu akan diserapkan secara halus kepada murid-murid yang mahukan peningkatan kelimuaan dalam atau ilmu batin. Maka unsur Tanasalul Arwah inilah yang akan dilakukan kepada murid itu bagi tujuan "memantapkan" ilmu batin itu. Rata-rata akan menafikan ujudnya penyalahan akidah didalam keadah yang mereka ajarkan itu, malah sanggup menjunjung al Quran untuk meyakinkan murid-muridnya. Silat seru umpamanya mengunakan sepenuhnya persilatan batin dan memasukkan roh panglima tertentu untuk bersilat didalam gelanggang. Boleh dikatakan kesemua persilatan melayu mengunakan keadah menaik semagat berani, kebal, kuat, gagah perkasa, lincah, terbang, hilang, bayang, lintas, pantas semua itu mengunakan kederat jin bersama-samanya. Tampa "berserta"nya jin itu mustahil pekara-pekara pelik, mencarek adat, ajaib, sakti itu dapat dilakukannya. Inilah senario yang berlaku disekeliling anda semua pada hari ini malah akan berterusan sampai bila-bila selagi kita tidak bersepakat untuk tidak melayan mereka itu. Sebenarnya akibat adanya permintaanlah maka ia tetap dibuat sehingga kehari ini.

Didalam mencari ilmu mengenal diri, ilmu sufi, tarikat dan tasauf pula, penyelawangan juga bersifat keilmuan dan penghujahan akal bagi manerik minat umum oleh 'guru-guru' dan penaja sesuatu ajaran baru itu. Mereka sanggup memfitnah ajaran Tarikat yang ulung dan benar sebagai sandaran ajaran sesat mereka itu, malahan semua wali-wali dan para sahabat-sahabat Nabi saw hata Nabi-nabi sendiri turut difitnah. Perhatikanlah betapa halusnya susun kata dan budi luhur yang dipamirkan dihadapan hadirin semua. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai agenda tersendiri didalam lipatan niat didalam hati mereka. Mereka taksub untuk bergelar atau digelar "guru" tarikat sebenarnya. Mahu disanjung oleh masyarakat kerana budi luhur dan zuhud yang dipamirkan kepada masyarakat. Mahu mendapat tempat dihati setiap hati orang banyak bahawa ia seorang guru alim dan warak hingga digelar mendapat koramah dari tuhan. Inilah sendawara "guru" itu yang sebenarnya sedang ditonggangi oleh jin, syaitan dan Iblis bagi menyesatkan umat Islam dari jalan kebenaran. Persoalannya dari mana Ilmu yang dimiliki oleh "guru" tersebut hingga ia begitu mudah menambat hati masyarakat banyak kepada dirinya ? sedangkan ia diketahui oleh keluarganya tidak pernah mengaji pondok atau memanjat madrasah dimana- mana juga menuntut ilmu, tiba- tiba saja dia telah pandai berkata-kata berkenaan Ilmu yang tinggi-tinggi itu dihalayak. Ia menjadi misteri dan apabila ditanya tentang sanat atau punca keilmuannya itu.... ia manjawab mendapat pelajaran melalui mimpi bertemu "Syeikh" tertentu atau pun menghilangkan diri didalam alam Bunian dan belajar disana atau diberi ilmu laduni melalui seorang "guru" ghaib secara sedar dimana-mana juga. Ketahuilah anda semua bahawa yang ditemuinya itu ialah Iblis laknatullah yang menyamar menjadi tok syekh, tok guru, tok imam, tok syaid dan berbagai nama lagi. Ingat disuatu negara dibenua Afrika suatu masa dahulu, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun boleh memberi ceramah agama dengan sungguh lancar sekali siap dengan Nas dan Hadisnya sekali. Bagaimana ia boleh terjadi ? Ia sebenarnya didampingi oleh Iblis yang menguasi akal dan fikirannya sewaktu berucap sedangkan masyarakat tidak mengatahuinya kerana Iblis tidak dapat dilihat atau dipegang. Begitulah liciknya permainanan Iblis untuk menyesatkan Umat Islam dari jalan yang lurus.

Diharap dengan penjelasan ini anda dapat memgenali apa yang disebut sebagai Tanasalul Arwah supaya mendapat manafaat dari maklumat ini.



Sekian
Wassalam.
atok zamany.


20 comments:

  1. alhamdulillah...byk ilmu dikongsi sama

    ReplyDelete
  2. salam atok zamany,
    terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.teruskan usaha murni ini.

    semoga ia juga menyedarkan golongan yang bersufi-sufi diri lalu meninggalkan syariat kononnya sudah mencapai makam yang tinggi lagi dekat dengan Allah swt.

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salam atok....semoga dlm keadaan sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat ALLAH...artikel yg ditunggu tunggu akhirnya muncul juga...Alhamdulillah,dgn pengetahuan dan ilmu yg atok berikan ini sedikit sebanyak dpt membimbing kita ke arah jalan yg benar daripada terjerumus ke jalan yg sesat,insyallah...wassalam...

    ReplyDelete
  4. salam kpd atuk zamany,

    terima kasih diatas artikel yg bermanfaat ini.
    saya ingin tanya mengenai apa maksud meraga sukma dan chanelling itu,
    mohon penjelasan drpd atuk krn saya pernah mendengar istillah ini tetapi tidak tahu apa maksudnya.

    ReplyDelete
  5. Salam Atok Zamany....


    Terima kasih atas entri terbaru dari atok ini. Sungguh tinggi lagi mendalam huraian dari atok. Semoga kita terhindar dari segala macam tipu muslihat Iblis Laknatullah.

    Atok, nak tanya sikit, kenapa dalam bab Aqidah tu masih belum cukup 72? Atok ada tertinggal kah? Saya kira semuanya hanya ada 65 atau 66 sahaja... Belum 72 lagi, tertunggu2 juga utk tahu baki lagi 7 tu....

    Atok, atok tolong jawab ya pertanyaan saya dalam bab 4 yang lalu, sy harap atok dapat beri pencerahan kpd saya...

    Apapun, teruskan perjuangan atok, semoga segala usaha atok mendapat tempat dan ganjaran yg besar dari Allah swt...

    Sekali lagi, terima kasih kpd atok utk artikel terbaru ini, ianya telah banyak membuka mata saya mengenai ajaran2 sesat ini. Selama ni sy hanya dengar2 ada 72 golongan, kalau saya tahu pun hanya 2 atau 3 je daripadanya, tu pun tak tahu dgn mendalam, tapi Alhamdulillah skrng sy dah nampak dgn lebih luas siapa 72 golongan tersebut stlh membaca nukilan atok disini.... Terima Kasih tok...


    Salam buat Atok Zamany... Satu penghuraian mengenai Tahasalul Arwah yg amat berguna... :)


    Wallahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  6. salam wak...

    selalu juga org menyebut ttg 72 golongan ini tp tidak diterangkan ciri-cirinya. nampaknya wak telah berjaya menerangkannya dengan baik dan tersusun. saya juga bersyukur kerana dgn penerangan ini maka dapat saya jadikan pedoman untuk mencari ilmu. terima kasih dan selamat wak...

    ReplyDelete
  7. Salam semua...

    atok baru saja dapat duduk dari sebuk dgn berbagai urusan kerja, alhamdullilah semuanya dpt diselesaikan dgn izinNya. Banyak juga soalah dari bab 4 yg lalu tak dapat dijawab lagi...contohnya soalan drp org gombak, ada 7 soalannya yg atok cuba jawab minggu lepas tapi tak boleh dipostkan. Tak tahu hilang dimana, bila dah panjang sikit je... mesti jadi mcm tu. Mungkin nanti atok akan jawab juga. skg org gombak tanya lagi... tapi kali ini dia dah silap kira. Atok kan tulis 6 kaum besar dan setiap satu kaum itu ada 12 pecahan jadi 6x12=72, mcm mana pulak jadi 65 ??? kalau dicampurkan kesemua kaum yg atok tulis diatikal ini, ini bererti jumlahnya 94 kaum semuanya. Ini yg ada dlm banyak kitab ulama2 muktabar ASWJ... yg lain2 pun ada tapi tak diiktiraf. 72 golongan itu memang ada dan ia diambil dari sumber yg soheh.. cuma pecahan kaum2 kecil itu saja yg tidak dimuatkan. Ia dibiarkan begitu saja kerana mereka menganggap pekara itu tidak mahu dihebahkan atas sebab2 yg tidak pula dinyatakan. Jadi atok tulis saja apa yg ada.

    memang banyak puak dan kumpulan sufi yg berterikat... malangnya mereka juga tidak faham dgn jelas akan cabang ilmu tauhid ini. itulah sebabnya mereka tersesat akidah. mereka sebenarnya punya agenda tidak suka ibadah syariat, tidak suka hukum-hukum syarak utk dipikul setiap hari spt solat, puasa. jadi dgn cara ajaran sufi yg mereka cipta, semua hukum hakam itu dapat dielak walaupun mereka tahu akan kesan dan akibatnya. Ini asas pemikiran sempit mereka dan menjadi idealogi dan pegangan ahli2 dan kaum mereka yang ternyata sesat yg jauh.

    sama-sama kita jaga diri kita, ahli keluarga kita ,saudara mara kita, ahli masyarakat kita dan jiran-jiran kita dari pekara sesat dan kurafat supa mereka tidak menyasatkan org2 lain pula. Ini saja cara yg paling berkesan untuk mengalwal ajaran seumpama itu dari merebak.

    sekian.. terima kaseh semua kerana sudi kemari.

    atok zamany

    ReplyDelete
  8. kpd anaoy 3.13...

    "meraga sukma" itu adalah terjemahaan ahli tarikat melayu kepada perbahasaan berkenaan ilmu "Roh dan Jasad". Ia bermaksud "memanjara Roh" atau roh didalam jasad yg menjadi gelap dari jalan menuju Allah. Itulah yg mereka cari jalan nak keluar dari "Raga" dan menjadi "Merdeka mutlak". pernah atok berbahas dgn org2 lama dlm bidang itu seketika dulu. Begitulah lebih kurang jawapan yg atok boleh berikan...

    waalahua'lam
    atok zamany.

    ReplyDelete
  9. kpd org gombak...

    sila ke bab 4 yg lalu kerana atok dah jawab semua soalan cucu tu...ok

    atok zamany.

    ReplyDelete
  10. Salam Atok Zamany...


    Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada Atok kerana kesudian atok memberi pencerahan kepada saya mengenai perkara2 yg sy tanyakan.

    Atok, yang mengenai bab 5 ni, ya mmg betul 6x12=72, tapi yg sy tanya tu, adakah lengkap kesemua 72 tu atok tulis diatas? Sebab saya kira melalui pecahan bab besar tu dibawahnya ada yang cuma ada 8 ada yang 10 dan ada yg 12... Jadi jika dicampurkan maka ia akan jadi 65 atau 66 sahaja. Minta maaf ya Atok, mungkin saya salah kira atau kiraan saya itu benar, jika benar saya ternanti-nanti tambahan tersebut. Sekiranya kiraan saya salah, atok maafkan ya... :)


    Apapun, Jutaan terima kasih sekali lagi sy tujukan kepada Atok sebab sudi menjawab soalan2 yg saya ajukan dalam bab 4 lepas. Wah! Besar betul wilayah keilmuan atok ya. Saya teringin benar jikalau kita dapat berbincang secara 'live'. Pasti banyak yg sy hendak tanyakan nanti.


    Atok, saya dah pun beri respons pada kupasan atok di bab4, atok silalah semak ya. Ada beberapa persoalan baru lagi nampaknya. Maaf ya kiranya terlalu banyak soalan2 dari saya ni. Biasalah, cucu menuntut ilmu mmg kena banyak bertanya kan atok...


    Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada Atok Zamany kerana telah banyak membantu saya dari awal penubuhan blog ini hingga sekarang.


    *Rajin2 atok jenguklah blog kami ya atok...


    WAllahuA'lam,
    Wassalam...

    ReplyDelete
  11. salam org gombak...

    cu dah salah kira... setiap kaum (ada 6 kaum yg besar) yg sesat dalam bab Akidah itu pecahannya ada 12 puak. Yg atok tulis a, b, c... tu bukan jenis puak itu tetapi ciri-ciri yg menjadi pegangan dan etikad puak2 berkenaan yg menjadi ikutan pengamal2 dan ahli2 kumpulan yg membawa kesesatan kepada mereka akhirnya. oleh itu jangan dikira jumlah a, b, c... itu sebagai pecahan puak yg 12 itu. Jumlah puak itu 12 tetapi ulama2 tersebut tidak menyeraikan nama2 puak itu, itulah sebabnya atok tak tulis nama2 puak, yang ada hanya nama2 kaum atau golongan yg 6 itu saja. harap cucu faham...

    atok zamany

    ReplyDelete
  12. Salam kepada Atok Zamany,

    Maaf ya atok, saya yang salah faham.... Ok, kalau merujuk huraian atok, sy dah faham lah akan perkara ini. Terima Kasih ya atok.


    Berkenaan soalan saya di bab4 tu, sy dah tuliskan, tapi tak sempat nak postkan lagi, dan ianya dah hilang, nanti saya copy paste kan kembali ya. Atok jawablah nanti tau... :)


    Terima Kasih Atok..

    Wassalam...

    ReplyDelete
  13. salam atok,
    atok mintak tolong ulas tentang ilmu nur malaikat atau dipanggil juga ilmu hikmah mujarobbat. lari drpd tajuk atok kot. tapi sy amat brharap atok beri pencerahan.
    terima kasih

    ReplyDelete
  14. walaikum salam cucu anony 8.55 am...

    Wah... ni dah jauh sangat ni, atok minta maaf banyak kerana ilmu mujarobat kalau nak dibuka kena berguru dan mesti buka kitabnya dihadapan guru yg arif betul. Ilmu ni bukan sembarangan kerana ia melibatkan ROHANI dan seni perubatan. Bukan disini, atok memang kena pegang amanah guru atok yg cakap begitu, jadi atok tak boleh bincang secara terbuka. Tapi walau bagaimana pun atok hanya kata yg Ilmu ini adalah utk murid yg sudah mahir dari jurusan "tabib" dan kerohanian. Ini asas utama utk mengaji jenis Ilmu ini. Harap maklum...

    Atok zamany

    ReplyDelete
  15. salam atok,

    terima kasih kerna atok sudi mengulas serba sedikit. boleh tak atok bg emel untuk sy tanya secara peribadi?

    terima kasih sekali lagi.

    wassalam

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..

    sy pendatang baru.ditakdirkan terjumpa artikel atok ni. banyak kupasan menarik..dalam alam melayu memang banyak amalan kebatinan yg sesat lagi menyesatkan sama ada secara terang atau secara halus.

    tapi sy paling kesian pada orang yg mencari jalan mendekatkan diri pada Allah tapi disesatkan oleh guru2 yg kononnya musyrik. guru2 yg gila seks dan nak hidup bebas tanpa peraturan namun berselindung dibalik kepercayaan anak murid kepadanya..

    konon martabat da tinggi dapat ilham dan bimbingan dari rijalul ghaib tapi ambil kesempatan atas kelemahan anak murid..

    pegangan asas sy untuk menilai guru musyrid adalah sama ada guru itu mengikut al quran dan hadith atau tidak. dan sama ada guru itu mengikut sunnah nabi muhammad s.a.w atau tidak. kalo semuanya tonggang langgang baik xya. jadi org awam pun xpe..

    sory tok sy membebel pulak kat sini..bukan ape. geram..wassalam

    sy berserah diri pada Allah Tuhan sekalian Allam..yg menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala apa yg terkandung diantaranya..tiada yg wujud melainkan Allah.

    ReplyDelete
  17. السلام عليكم

    atok zamany,sy ingin tumpang tnya sikit soalan..
    sy ada 1 masalah yg betol2 m'buat saya keliru.. sy nak minta pndpt atok mengenai pkara ni..

    dr kecik lg sy sllu nmpak makhluk halus.lg2 ketika sy demam...tp sy xbgtau spe2..1 hari sy nmpk kat kawasan rumah sy, 2 eko kucing hitam gemok dan kurus nak masuk dlm rumah sy..tp di halang oleh kucing warna hitam puteh...dorg mcm brdialog..lepas tu dorg hampir brgaduh..sy tau dua eko hitam tu setan...sy kejar kucing hitam dan baca "auzubilahiminasyaitonirajim"..kucing itam pandang tajam ke sy dan trus hilang...

    tahun 2004 bln ramadhan sy trdgr 1 suara lelaki dlm 5 org.. die ckp die bdk skolah sy..dia ada kuasa leh ckp dr jauh..masa tu sy ngah jahil agama..sy prcaya suara tu...sy brdialog dgn suara tu.. tp sbnrye bkn bdk skolah sy..

    1 ari sy hentak kepala kat dinding..family sy dtg pd sy...dorg ckp dorg xdgr ape2 suara..sejak tu sy meracau sorg2.. sllu pengsan.. ble tdo..sy mimpi yg bkn2...ada 1 mimpi tu...2 org suruh sujud pada die...sy diseksa dan dipaksa sujud..sy xtahan sy hampir sujud...masa tu tbe2 ada 2 org turun dr langit..dia halang sy dan suruh sy baca ayat kursi..ble sy baca...yg suruh sujud tu marah sgt dekat org yg halang sy tu...masa tu trus sy trbagun...

    sy da prgi brubat lebih 10 tempat trmasuk daru syifa..jmpe dgn bekas imam masjid negara...ustaz2..usazah2..bnyak yg mengubat saya smua trkejut sbb setan dlm badan sy dan keliling sy lebih dr trillion..brganda2 bilion..ada jugak yg ckp xpenah jmpe kes mcm sy....ada yg tnye "prnah amik apa2 kat sungai ke?"..sy jawap "xpernah"...
    sy xpernah prgi mana2..dr kecik shinga 17 tahun sy duduk rumah....

    mse 2004 umur 16 tahun,ada 1 suara..dia suruh sy amik air solat..tutup aurat dan buka al-quran..dia ajar sy surah al-falaq..masa tu sy xtau surah tu..dia baca surah tu..sy ikut dia baca...cara dia bc ada sabdu dan dengung..ada 1 ketika tu hujan petir...bnyak makhluk yg brkumpul dlm rumah sy..tbe2 ada 1 suara tu suruh sy baca yassin...ble sy baca yassin..makhluk2 lain kuar...trus bnyak petir kat kawasan rumah sy...
    tp ada yg kata tu suara setan yg nak sesatkan saya.. macm adam dgn hawa..

    sy gak sllu nmpak haiwan ghaib dpn mata sy..contohnye kucing...dia jalan2 tbe2 hilang...
    dekat rumah lama sy ada 3 eko kucing jelmaan... 1 kucing oren jahat sllu gaduh..1 kucing hitam puteh jahat gak dgn 1 kucing hitam puteh baek...yg kucing baik ni sllu brmain2 dgn kucing sy...ble dia dpn sy..die tundukan muka...3 eko ni sllu gaduh..kucing hitam puteh yg jahat pernah cuba nak masuk bilik sy...

    ada 1 malam..sy tdo sorg2..sy trjaga.. sy dgr suara sblah sy..suara ppuan..dia ckp "tutup la lampu baru romantik"..sy tgk dekat suiz lampu..ada 1 lembaga hitam brbulu mcm kambing biri2 dgn akak sy.tp akak sy dekat ipta masa tu...die tutup lampu...sy trus trtdo... kat kawasan rumah sy dlu pula...ketika malam2...sy sllu nampak bola2 biru terbang kat halaman rumah lama...bnyak bola biru...terbang scara rawak...

    tp yg sy seronok..ada yg bg jawapan soalan exam masa sy semester 1.. 1 soalan je...hehe...

    sy pernah juga nmpak diri sy kat sebelah saya lps tu hilang....sy bleh dgr dan nmpak sehingga sekarang...sy prgi ke mana2 msti makhluk2 tu ikut..sy prgi toilet pn ada yg ikut..sy rasa mcm duduk dlm tin sardin..ramai sgt2 makhluk2 tu...ke mana2 je ada makhluk2 tu...padat sgt...ada yg ckp "aku sbrnye iblis laknatullah"...ada juga yg ckp "aku jin ifrit..."...sy xtau betol ke x pengakuan mereka

    baru2 ni ada hamba ALLAH yg ckp...ketua iblis ada dgn sy sbb tu ramai yg ikut sy...yg saya tau..ketua iblis tu azazil.. sy makin keliru...saka..org sihir smua da buang..smua ckp bnyak sgt makhluk2 tu dekat sy... smpai skrg bnyak lg..sy tengah taip nie pn..dorg ada dekat keliling sy.. tngah tgk sy taip...

    sy harap atok zamany bleh tlg sy...sy betol2 dlm keliru.. sy takut tersesat... sy xtau nak mengadu dekat sape sbb menda ni mcm susah nak ditrma akal...

    terima kasih =)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..

    tok..nak tanya ckit, kalo kat Kota Kinabalu ada x ape2 aliran tarikat yg atok bole syorkan pada sy.

    salam slave of Allah..boleh sy kongsi cerita. sy penah gak alami serba sedikit cam awak tu. pernah gak p berubat. memang susah nak sembuh. arwah atok sy cakap ada sesuatu pada diri sy yg betul2 makhluk halus suka. ditambah pula waktu itu sy kasyaf boleh lihat alam ghaib sbb ada jin dlm badan. lepas kasyaf sy ditutup terus sy xnampak dan xdengar ape2 lagi..

    minta maaf tok sy sekadar berkongsi je..

    ReplyDelete
  19. Walaikum salam cucu semua...

    kpd Slave of Allah...

    Apa yg berlaku pd cucu tu dipanggil "Pemberian" Allah. Bukan keromah atau mukjizat... sedikit rendah dari itu, atau juga dipanggil "Makwaanah" atau pertolongan Allah. Cucu mendapat Kasyaf alam Jin yg membolehkan mata cucu menembusi tabir alam jin. Bukan semua org tahu akan pekara ini dan tidak semua org boleh kupas masaalah cucu tu. Ia bukan saka, bukan kena sehir dan bukan kena buatan org. Ia pemberian semula jadi. Apa yang cucu nampak sama ada berbentuk binatang, bola, lampu, ular dgn apa juga warnanya dll adalah jenis atau bangsa2 Jin. Ia semamangnya terlampau ramai, jika cucu rasa rimas.. Cucu buat isyarat suruh mereka keluar dari bilik atau rumah cucu. Arah mereka... bukan ikut arahan mereka. Jangan sesekali sujud pd dia, bukan pd dia kita sujud.. pd Allah.

    Amalan cucu mesti kuat, selain solat fardu kena banyakkan buat pekara sunat.. banyakkan bacaan ayat Quran spt surah yg mudah2 - 3 kul, fatihah, Ayat Kursi, yasin dll. Tujukan pahla bacaan itu untuk diri sendiri, supaya menjadi kuat semangat.
    Lepas tu sila bertanya kepada Ust hj Ahmad Che Din Hp 013 4500007. Kalau blh pergi jumpa dia.

    Semoga cucu sehat selalu dan sentiasa dilindungi Allah.

    atok zamany.

    ReplyDelete
  20. Kpd cucu pancabaiduri...

    Atok rasa kena tanya sendiri kpd ust Ahmad juga. No tel dia spt dlm komen diatas tadi. atok tak tahu dimana tempatnya kalau di KK. Mungkin Ust Ahmad boleh tolong...harap maaf.

    Sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete