Wednesday, May 12, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 3

BISMILAHIRAHMANIRAHIM.



AJARAN-AJARAN SESAT DARI KETOGERI AJARAN TARIKAT.


Jika kita tinjau sejak dari dahulu lagi memang telah banyak ajaran-ajaran Tarikhat dan sufism dalam agama Islam yang berkembang diseluruh pelusuk dunia. Ini adalah kerana kecendrungan umat Islam yang ingin mendalami dan mendekatkan diri mereka kepada Tuhan dengan secara tersusun, sempurna, detail dan suci. Mereka selalu mendengar atau membaca akan cerita-cerita kehebatan ahli-ahli Sufi dan ahli-ahli abadi didalam agama Islam serta perjuangan hidup mereka melawan segala bentuk nafsu duniawi, uslah, riadah serta kerja mujahadah kerana Allah dengan ikhlas dan sabar yang istiqamah yang abadi. Lantas degan berkah keikhlasan itu mereka telah diangkat kedarjat yang tinggi disisi Allah yang digelar Waliallah. Maka perjuangan mujahadah diri mereka inilah yang dijadikan contoh taladan bagi murid-murid terkemudiannya pula untuk dipelajari dan diterapkan dalam kehidupan harian mereka pula. Kebanyakannya adalah intisari perjuangan dan kehidupan para-para Sahabat-sahabat Rasullah saw. Ia juga dipanggil dengan nama Kurun Khalaf. Kemudiannya terbentuklah apa yang dinamakan Tarikat (jalan) atau Sufi dan disebut juga dengan nama Ilmu Flasafah Islam. Diantara nama-nama ajaran Tarikat yang tersohor dan ternama sekali semenjak dari zaman sahabat kepada para sahabat-sahabat ialah :

1) Tarikat Naqsyabandiah.
2) Tarikat Syazaliah.
3) Tarikat Ahmadiah.
4) Tarikat Qadiriah.
5) Tarikat Samaniah.

Sebenarnya apa yang mereka pelajari didalam ajaran Tarikat adalah ilmu-ilmu yang merangkumi dan bersangkutan denganIlmu-ilmu kesufian, Usuluddin, Ilmu Tauhid, Flasafah dan pendekatan yang mereka lakukan adalah menerusi rangkaian ilmu-ilmu Tasawuf yang telah disusun dengan rapi oleh pengamal-pengamal terawal iaitu para-para Sahabat-sahabat Rasullah saw sendiri, kemudian susunan itu dihalusi pula oleh Syeikh atau Imam atau Tuan-tuan guru yang dilantik menjadi peneraju dan pewaris kepada warisan Ilmu dan amal daripada satu tangan kesatu tangan, dari satu jenarasi kepada jenarasi hingga kehari ini. Mereka inilah yang digelar dengan panggilan "Warisatul ambiai walmursalin" atau pewaris daripada para ambia yang benar (Sahabat Nabi, Sahabat kepada sahabat Nabi dan seterusnya) kerana perjalanan serta mujahadah yang telah mereka lalui dahulu itu ternyata benar dan menepati kehendak Allah swt dan Rasullah saw. Maka orang-orang yang selepas mereka itu pula telah menyambung akan cara yang sama dengan menurut apa juga yang telah mereka terdahulu itu lakukan dengan yakin, tekun dan sabar sehingga menjadi seakan-akan seperti mereka itu rohani dan jasmani. Memperkatakannya memang mudah, tetapi sebenarnya jalan yang mereka-mereka itu tempuh bukanlah jalan semudah yang di sangka kerana akhir kepada perjalanan itu bukan manusia yang menentukannya, tetapi Allah swt sendiri yang menjadi penerima, pembuka, penentu dan yang paling berhak menghakimi penilayan akan ketulusan serta keikhlasan hatibudi anda. Inilah peringkat terakhir dari setiap jalan Tarikat baik apa juga namanya Tarikat tersebut. Itulah sebabnya kenapa diperingkat permulaan lagi kena tahu asal usul ajaran Tarikat yang dipegang. Ia mestilah mempunyai hubungkaitnya dengan Rasullah saw kemudian kepada Sahabat-sahabatnya, kemudian sahabat kepada Sahabat-sahabat Baginda dan seterusnya kepada waris-waris yang sah dari tangan ke tangan hinggalah kepada kamu dimasa ini, yang juga dinamakan Wasilah atau salasilah. Semua Tarikat yang ungul itu tidak putus sanatnya sehingga sekarang, cuma yang menjadi masaalah apabila "tuan guru" itu tidak punya catitan secara terperinci akan setiap pewaris-pewaris keilmuan tersebut. Disini anda harus melihat dengan terpeinci akan ajaran tuan guru itu. Jika benar ia tidak akan berbuat pekara yang tidak berlawanan dengan peraturan dan hukum agama dan berpegang dengan ajaran ASWJ. Jadi anda juga harus punya asas yang cukup sebelum terjun kedalam ajaran Tarikat itu terutama bab Akidah dan Usuluddin atau setidak-tidaknya mempunyai sedikit pengatahuan berkenaan pekara-pekara ini supaya anda dapat menilai ilmu yang anda pelajari kelak. Diperingkat permulaan semua Tarikat anda lah penentunya, sebab andalah yang hendak melakukan perjalanan itu bukan orang lain. Keyakinan harus anda bina dimasa itu. Untuk meyakinkan diri anda mestilah dengan Ilmu yang anda ada dan nasihat dari orang-orang terdahulu yang telah tahu akan perjalanan itu. Kemudian anda harus rajin membaca kitab-kitab yang ada seterusnya membuat banyak sunat-sunat terutama puasa dan solat sunat Istikrah serta solat sunat Hajat, memohon petunjuk dari Allah swt sendiri. Sampai anda benar-benar yakin dengan apa yang anda buat. Kamu jangan bimbang kerana Allah akan memberi petunjukNya jika kamu benar-benar ikhlas, cuma faktur lambat dan cepat saja. Jika tak diberi apa-apa petunjuk juga bererti kamu tidak sesuai berada disitu atau ajaran itu adalah ajaran yang tidak benar. Inilah asas pertama bagi setiap murid yang ingin menuju kedalam perjalanan alam Tarikat. Jangan ikut cakap orang saja atau ikut membuta tuli tampa membuat apa-apa rujukan dan membina keyakinan pada diri anda sendiri. Ingin akan pekara-pekara asas ini selalu walau dimana anda ingin masuk belajar atau "memondok".

Yang menjadi masaalah utama ialah ujudnya "tarikat sesat" yang menggunakan nama-nama Tarikat unggul yang asli. Penganjur, penaja dan "tok-tok guru" mereka juga bukan kepalang peropagandanya yang berjaya menarek ramai ahli-ahli baru yang terdiri dari orang-orang terpelajar, golongan muda mudi, orang-orang penting dalam Kerajaan, Mahasiswa Universiti, Cendiakawan, guru-guru sekolah agama, tok ketua kampong, tok empat, golongan profisional, murid-murid dari berbagai jurusan ilmu, orang-orang kampong dan lain-lain lagi yang telah terperdaya dengan dakyah dan segala bentuk hasutan termasuk dengan menggunakan ilmu-ilmu pukau melalui kata-kata. Ia selalunya bermula dari cerok desa untuk membina kekuatan menarek jumlah ahli hingga menjangkau ratusan, malah ada yang menyampai ribuan. Penggunaan surau didesa-desa atau membina pondok belajar ditanah milik persendirian menjadi pekara pertama mereka lakukan. Apabila telah diterima ramai maka mereka mulalah membuka beberapa cawangan dimerata tempat dengan mengutip dana dari rakan-rakan, ahli-ahli dan bantuan dari individu yang sealiran dengan mereka. Beginilah modes operandi yang dapat dikesan selalu digunakan oleh penaja dan pengamal ajaran tarikat sesat itu. Sehingga mereka berkembang menjadi besar dan kuat kerana ramainya pengikut. Mereka tidak akan mendaftarkan pertubuhan kumpulan mereka kerana takut dihidu oleh pihak berkuasa. Semuanya dijalankan secara senyap.

Satu lagi masaalah besar ialah mereka-mereka yang menjadi penaraju, penaja, pengamal dan ketua-ketua bagi ajaran sesat itu adalah "bekas murid" yang pernah menduduki dan mempelajari bersama dengan ajaran Tarikat yang asli dulu. Apa bila mereka gagal untuk "menyampai", mereka telah meninggalkan tok guru mereka itu. Ada juga diantara mereka yang telah keciwa kerana tidak dapat lagi mengikuti pelajaran kerana terlalu banyak kerja yang tak mampu diikuti dan tidak mampu lagi dibuat, malahan ada yang telah disingkirkan kerana tidak menjaga adab berguru dan berbagai lagi sebab yang tak dapat disebutkan disini. Biasanya kami gelarkan mereka dengan nama "murid keciwa". Mereka-mereka inilah yang menjadi duri dalam daging yang sanggup berbohong dan menipu semua orang dengan ajaran tarikat barunya dengan menggunakan nama-nama Tarikat asli atau pun menggunakan namanya sendiri sebagai nama ajaran tarikat sesatnya. Mereka telah mengubah berbagai-bagai aliran Ilmu yang benar kepada cara dan citarasanya sendiri kononnya itulah cara yang paling mudah atau jalan pintas "shortcut" menuju kepada tuhan. Tuan-tuan fikirlah sendiri bagaimana murud-muridnya nak "menyampai" sedangkan dia sendiri tak pernah "sampai". Dia sendiri pun tak mampu untuk "menyampai", kini nak bawa orang lain pula ? Mereka sebenarnya telah menyampai kepada Alam Iblis. Maka yang mereka temui itu adalah Syaitan atau Iblis yang menyamar sebagai tuhan. Iblis dan Syaitan amat licik dan memainkan peranan mereka sehabis-habis mungkin dalam mengatur semua gerak geri ilmu dan amal ajaran sesat ini disemua ruang dan sudut sedangkan kamu tidak kenal suatu apa pun didalam wilayah ini ditambah pula dengan sikap taksub kamu kepada "guru" yang sebenarnya juga telah dirasuk Iblis dan Syaitan. Dari mana datangnya ilham pengubahsuaian ilmu dan amal yang dicedok dari Tarikat asli kepada ajaran tarikat baru itu, jika tidak ilham yang dicetuskan oleh Iblis dan Syaitan kedalam pemikiran "guru" kamu itu ? Dia menjadi begitu kreatif mengubah suai segala ajaran asli kepada bentuk ilmu dan amal yang diciptanya sendiri, kemudian mendakwa jalan itulah yang benar ? Kamu yang dungu hanya mengikut tampa usul pereksa ? Nah ! sekarang kamu telah terjebak bersama-sama "guru" tarikat yang sesat berserta Iblis dan Syaitan. Inilah yang telah disebut didalam al Quran dan juga Hadis Nabi saw (sila rujuk semula didalam bab 2), sebagai manusia-manusia yang sesat dan akan dicampak bersama-sama Iblis dan Syaitan kedalam Neraka Jahanam yang telah disediakan untuk mereka. Mereka yang tergolong didalam keadaan "Syrik Akbar" atau "Syirik Kubra" dan jika mereka mati didalam keadaan ini tampa sempat bertaubat bererti mereka mati didalam keadaan kehinaan yang sangat besar dan jauh dari mendapat rahmat serta pertolongan dari Allah dan Rasul. Jauhi lah diri anda dari golongan ini jika ingin selamat didunia dan akhirat.

Selanjutnya, "guru-guru" ajaran tarikat sesat ini telah pula mentarbiah anak-anak murid yang baru dengan menyelitkan amanah-amanah supaya berahsia kepada yang bukan ahli kerana orang awam tidak faham akan ajaran songsang mereka. Oleh itu memang sukar untuk mengatahui akan ajaran tarikat sesat itu jika kita sendiri tidak terjun kedalam ajaran mereka. Ini telah kawan lakukan sedikit masa dahulu untuk mendapat maklumat-maklumat penting yang terdapat didalam ajaran-ajaran tarikat sesat itu. Kemudian setelah itu diketahui pula mereka mengamal zikir-zikir pelik yang kebanyakannya taksub kepada diri "guru" tarikat sesat mereka itu. Mereka juga kebanyakannya berlebih-lebihan dalam beribadat. Pekara sunat diutamakan, sedangkan yang wajib ditinggalkan. Ada juga yang menghalalkan pekara-pekara yang haram dalam syarak. Sebagai contoh mereka telah menghalalkan arak, judi, zina, nikah batin, berpoligami melebihi 4 orang dalam satu masa, nikah Muta'ah, berzikir sampai berzina beramai-ramai, berkongsi-kongsi isteri sesama ahli, mendakwa mereka telah maksum dan tak payah solat (solat hanya untuk orang awam yang bodoh), tak payah berpuasa dibulan Ramadhan (itu juga untuk orang awam), mengubah cara-cara beribadah, mengubah ayat-ayat al Quran sebagai zikir, mengubah Hadis-hadis supaya berpihak kepada mereka, ada yang terus membuang Hadis serta berbagai-bagai lagi pekara sesat dan mungkar yang mereka lakukan secara senyap didalam amalan-amalan ajaran tarikat sesat mereka itu. Ini mendapat perhatian kepada manusia-manusia yang gemarkan pekara mungkar seperti minum arak, berzina, sex bebas, berjudi dan mereka-mereka yang tidak suka solat dan berpuasa. Maka inilah yang mereka tunggu-tunggu, iaitu ajaran 'islam' yang mengikut selera mereka. Mereka bebas melakukan apa saja yang mereka suka dimana "guru" pun sama macam mereka serta tiada bantahan dan sekatan hukum. Mereka inilah golongan yang disebut didalam al Quran dan Hadis sebagai golongan sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Mereka ini juga akan dicampak kedalam api neraka Jahanam bersama-sama Iblis dan Syaitan yang menjadi pemimpin sebenar mereka.

Satu lagi jenis ajaran tarikat sesat ialah ajaran yang membawa kepada taksub dengan perjuangan songsang yang menghalalkan membunuh diri atau pengebom berani mati. Mungkin semua telah tahu akan pekara ini kerana banyak dilaporkan didada-dada akhbar mahu pun dikaca TV. Namun tahukah anda apa yang mereka pelajari ? Jika di Indonesia mereka dianggap "hero" dalam perjuangan mereka. Pada asalnya mereka sama juga dengan mana-mana pondok tempat belajar Tarikat, tetapi setelah sekian lama mereka yang tiada dana untuk pergerakan mereka telah didatangi oleh penuntut dari luar negara yang membuka ruang untuk mendapatkan dana juga dari luar yang tidak diketahui puncanya. Kemudian program penajaan ini berjalan seperti biasa sahaja (awal 80an). Mereka kemudiannya didedahkan dengan kekejaman pihak zionis dan Amerika keatas negara-negara islam dan umat islan dinegara tersebut. Maka timbullah satu mukadimah baru serta provokasi sulit untuk membalas dendam didalam pondok itu membuka agenda baru iaitu ilmu peperangan dan mendalami akan ilmu pembikinan senjata bom kepada beberapa orang murid terpilih. Tidak semua tahu akan pekara ini, ia dibuat dengan teliti dan sulit untuk mengelakkan semua murid lari meninggalkan pondok dan dihidu oleh pihak keselamatan kerajaan. Jadi mereka yang terpilih tadi beroperasi diluar dan jauh dari pondok. Mereka didedahkan dengan ilmu jihad didalam perang seumpama jihad sewaktu zaman Rasullah saw dan para Khulafalrasiddin dahulu tetapi telah ditokok tambah dan dipesongkan akan maksud dan tujuannya. Mereka menampakkan seolah-olah mereka telah dijanjikan "syurga" jika berani melakukan perjuangan itu walhal ia amat jauh dari perintah Jihad yang dikeluarkan oleh Rasullah saw dan Sahabat-sahabatnya. Dahulu mereka lakukan Jihad kerana Allah semata-mata, sedangkan kamu berjihad mengikut nafsu amarah, maksud membalas dendam bagi pihak keluarga mangsa-mangsa perang ditimur tengah itu. Anda nampak tak perbezaan tujuan dan matalamat perjuangan kedua-dua mereka itu. Kan amat jauh dari apa yang dibenarkan didalan Islam. Tambahan lagi Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri walau dengan apa-apa alasan sekali pun. Ia telah tertulis didalam al Quran dengan terang dan nyata sekali akan larangan membunuh diri sendiri itu. Maka ia adalah muktamad dan tidak boleh diubah oleh sesiapa pun.

Siapa "guru" mereka untuk menjanjikan syurga kepada anak-anak murid yang tak berdosa itu ? Adakah ia berhak keatas syurga untuk diberikan kepada sesiapa saja yang dikehandakinya ? Adakah ia berhak keatas setiap nyawa yang akan terkorban kelak jika bom itu meletup ? Semua soalan ini tak dapat mereka jawab kerana sebenarnya mereka tidak berilmu dan hanya mengikut telunjuk golongan tertentu dengan membuta tuli. Tahukah anda bahawa bom-bom yang diletupkan dipasar-pasar itu telah mengorbankan ramai umat Islam serta orang-orang miskin yang tak berdosa daripada sasaran yang mereka tujukan ? Inilah persoalan yang harus difikirkan sedalam-dalamnya sebelum berbuat sesuatu. Kemudian tersebarlah maklumat perisikan yang menyatakan bahawa dana yang mereka terima itu adalah dari kumpulan penganas al Kaedah atau dari Osama bin Ladin. Ini mengejutkan banyak pihak yang tidak menyangka akan pekara ini didalam Jamaah Islamiah sendiri. Malahan sekarang JI telah dilebal sebagai penganas oleh dunia kerana tindak tanduk mereka. Mereka harus sedar dan kembali semula kepada al Quran dan Hadis. Mereka telah terpesong jauh kerana memegang iktikad Jihad yang salah. Perjuangan memang digalakan oleh Islam tetapi bukan begitu tatacaranya. Ia melalui proses yang sah dan keputusan musyarah harus diambil kira terlebih dahulu sebelum keputusan diambil. Bukannya membuta tuli tampa usul pereksa, makanya harus berhati-hati jika diajak berjuang oleh mana-mana pesatuan atau badan peseorangan kerana mereka sehingga sekarang pun mencari "mangsa" untuk dikorbankan dengan bom yang diikat pada badan demi perjuangan mereka yang sempit dan sesat itu.

Kawan sentiasa berdoa agar mereka semua insaf dan kembali semula kepada al Quran dan Hadis supaya hidup mereka lebih bererti disisi Allah swt. Bukalah buku sejarah Islam atau sirah Nabi saw. Tidak pernah Nabi Muhammad saw itu menyuruh umatnya membunuh diri demi dirinya waima untuk Islam, malahan didalam suatu peperangan, seorang panglima Islam yang gagah perkasa dipeperangan itu dengan tiba-tiba apabila badannya yang penuh dengan luka parah dan dia mengambil keputusan membenamkan mata pedangnya sendiri kedalam perutnya kerana tidak tahan lagi dengan kesakitan akan luka papbila di tanya kepada Baginda tentang nasib Panglima itu Rasullah berkata bahawa ia merupakan Ahli Neraka kerana membunuh diri. Lihatlah betapa seriusnya kesalahan membunuh diri ini walau pun kamu telah berjasa besar kepada agama Allah. Seharusnya Panglima Islam itu menunggu saja akan ajalnya disitu untuk mendapat darjat "Syahid" tetapi mengambil keputusan sebaliknya pula untuk mendapat azab yang pedih diakhirat kelak. Amatlah rugi sesiapa juga yang berputus asa atau cuba membela agama Allah dengan cara yang salah ini. Ia dilarang keras dalam agama dan jangan terfikir untuk membunuh sesiapa tampa kebenaran atau membunuh diri sendiri walau apa pun sebabnya. Ingatlah akan Allah selalu dan berpegang teguh serta bertakwa kepadaNya agar anda sentiasa terpelihara dari anasir-anasir dan unsur-unsur sesat itu. Biarlah Allah saja menjadi pelindung bagi kamu kerana Dia adalah sebaik-baik pelindung.

Allah swt berfirman didalam surah al Mukmin ayat 78 yang mafhumnya :

" Sesungguhnya telah kami utuskan beberapa orang Rasul sebelum engkau (ya Muhammad) diantaranya ada yang Kami ceritakan kepada engkau dan ada yang tidak Kami ceritakan kepada engkau. Tiadalah bagi Rasul itu yang mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) itu, melainkan dengan izin Allah (jangan diingkari perintah Rasul itu). Maka apabila datang perintah Allah (azab yang dijatuhkanNya) diputuskan hukum dengan adil dan dikala itu rugilah bagi orang-orang yang menyangkal (sesat)".



AJARAN-AJARAN SESAT DARI KETOGERI ADAT TRADISI .


Kita yang tinggal didaerah Nusantara ini dan terdiri dari rumpun Melayu dengan berbagai kaum didalamnya amat sinonim dengan adat dan kepercayaan masing-masing. Adat istiadat dan kepercayaan tradisi ini adalah peninggalan dari orang tua-tua mereka dari satu jenarasi ke satu jenarasi hinggalah sekarang. Disetengah- setengah tempat, adat istiadat telah dijadikan undang-undang negeri pula. Begitulah kuatnya sesetengah kaum itu memegang kepada adat. Tetapi adat istiadat dan kepercayaan tradisi ini telah dicipta dan direka oleh mereka-mereka yang punya talian dengan Ilmu Mestik pula. Tak kurang juga yang dicedok dari agama-agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, Anamisma, Dinamiseam dan dijadikan pegangan adat serta ada juga yang diubah suai mengikut kritiviti pencipta itu sendiri menjadi adat dan hukum kaum tersebut. Oleh kerana itu banyaklah pekara-pekara yang didapati tidak sehaluan dengan ajaran Islam serta hukum hakam didalamnya kerana asal usul datangnya adat istiadat dan amalan tradisi itu amat berbeza dengan kedatangan agama Islam yang di bawa oleh pesuruh Allah iaitu Rasullah saw dengan petunjuk yang benar. Mengikut penyelidikan dari kaum-kaum yang terbabit telah diketahui bahawa sesetengah adat dan hukum itu diambil dari tok-tok dukun, tok pawang, tok bomoh, tok ketua adat yang terbabit dengan amalan mestik, pemujaan roh, pemujaan jin dan jembalang dan lain-lain pekara syirik lagi. Jadi dengan sendirinya amalan itu tidak boleh diterima pakai menurut hukum Syarak dalam agama Islam. Jika diteruskan juga akan membawa kepada kurafat dan kesesatan yang jauh. Ia dihukumkan sebagai haram dan membawa kepada 'syirik kubra' yang amat dimurkai Allah sat walau apa pun alasannya. Ingatlah, Allah tidak akan mengampuni dosa-dosa syirik yang besar ini dan sesiapa yang ingkar akan menerima balasan api neraka wil dan akan kekal selamanya disitu.

Didalam amalan kepercayaan tradisi masyarakat Melayu, menurut penyelidikan yang dijalankan mereka pada awalnya hanya mengadakan tanggapan atau beranggapan dengan pemikiran mereka bahawa sesuatu amalan itu baik untuk dilakukan. Setelah berulang kali diamalkan dan ternyata ia memang baik, maka amalan tersebut menjadi adat istiadat dan kekal dilakukan dari satu jenarasi kesatu jenarasi hingga kini. Ia seolah-olah telah sebati berdarah daging dalam kehidupan masyarakat Melayu walhal ia masih boleh dikeluarkan atau ditinggalkan saja daripada amalan kita jika kita punya azam dan iktizam yang kukuh untuk keluar dari cengkaman adat yang terpesong dari akidah Islam. Ia terletak didalam diri sendiri bukan orang lain yang menentukan perjalanan hidup kita sedanagkan kita yang akan menangung akibat dari perbuatan bodoh itu. Bukan kah kita telah diberi akal dan fikiran untuk menimbang mana yang baik dan buruk ? Kita sebagai umat Islam seharusnya mengikut apa yang telah digariskan dan ditentukan oleh agama kita kerana itu telah menjadi kewajibpan kita memikul dan menjunjung akan segala hukum-hukum syarak yang terkandung didalamnya. Itulah sebabnya kenapa kita wajib untuk meniggalkan atau membuang saja kepercayaan syirik dan kurafat ini supaya kita terselamat didunia dan akhirat. Tiada mereka yang dapat menolong kita diakhirat kelak, sedangkan mereka juga tiada dapat pertolongan dari datok dan nenek mereka begitulah seterusnya. Masing-masing akan dipertanggung jawabkan segala dosa-dosa besar itu keatas diri mereka sendiri. Selamatkan diri kita dahulu semasa waktu masih ada didunia ini supaya tidak kesal diakhirat nanti.

Satu lagi jenis amalan syirik kaum Melayu ialah percaya kepada bomoh dan pawang untuk perubatan sedangkan mereka terang-terang telah melakukan pekara yang haram iaitu "ilmu menurun". Siapa yang masuk dalam tubuh badan bomoh dan pawang tersebut kalau tidak JIN. Amalan ini juga diamalkan didalam persilatan Melayu yang rata-rata bersandar dengan kekuasaan ragib iaitu JIN. Apakah jenis jin yang akan masuk kedalam tubuh pengamal-pengamal itu kalau tak SYAITAN dan IBLIS ? Hanya mereka yang memberi nama-nama manusia sakti sebagai samaran sedangkan dia sendiri tidak tahu yang dia sendiri telah ditipu oleh syaitan dan iblis itu. Telah diceritakan pekara ini didalam bab Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata) dahulu, serta dijelaskan bagaimana penipuan kaum Jin ini kepada manusia. Ketahuilah bahawa kepercayaan dan amalan begini juga tergolong didalam ajaran-ajaran sesat didalam hukum Islam. Apa juga pekara dan amalan syirik itu adalah haram dan sesat. Jangan kita terus percaya dan mengamalkan pekara ini kerana ia akan membinasakan seluruh hidup kita, amal ibadah kita dan keluarga kita didunia dan diakhirat.

Kepercayaan kepada tangkal dan azimat juga tergolong didalam ajaran-ajaran sesat kerana ia memesongkan akidah dan kepercayaan kita kepada Allah swt. Ingat akan panduan ini " tiada suatu benda, batu, besi, kayu, keris, kain, akar, daun, ayat dll yang boleh mendatangkan bekas kecuali dengan izin Allah sahaja". Maka Iktikad yang menyatakan sesuatu benda atau barang itu boleh mendatangkan mudarat, sihat, kebal, kaya, miskin, penyeri, pelaris, pelindung dan sebagainya itu adalah salah dan sesat, kerana "dibarang" itu telah diletakkan atau digandingkan dengan JIN atau khadam (tak kira samada ia islam atau kafir) yang akan membuat arahan-arahan (telah disebut diatas tadi spt kebal, pelaris dll) itu kepada sipemakai tangkal dan azimat itu. Iktikad ini lah yang salah dan sesat kerana kamu telah menduakan Allah swt tampa kamu sedari. Seharusnya pergantongan harapan, hajat, pertolongan, perlindungan, rezeki yg barakah dan semua kerjabuat kamu pohon, minta dan disandarkan hanya kepada Allah swt, bukan kepada yang lain selain Allah swt. Dengan iktikad yang songsang dan sesat ini menyebabkan kamu dilaknat Allah serta seluruh isi alam ini turut menyumpah kamu dimana sewaktu hidup ini tidak kamu rasai, ia ditangguhkan semantara atas permintaan Nabi besar kita Muhammad Rasuallah saw supaya mereka ini diberi masa untuk bertaubat sehingga Nyawanya sampai kehalkum, sesudah itu terserahlah kepada Allah sepenuhnya. Jika kalau tidak kerana ketulusan permintaan dari kekasehNya itu, diwaktu itu juga Allah swt akan menghancurkan kamu semua dengan azab yang tersangat pedih tampa memberi sedikit tempoh pun. Ini kerana kesalahan dan dosa menduakan Allah itu adalah kesalahan yang tersangat besar dosanya. Allah tidak akan mengampuni dosa mereka yang menduakanNya kecuali mereka yang sempat bertaubat Nasuha semasa hidupnya dan berazam untuk tidak kembali kepada perbuatan tersebut.

Kepercayaan kepada adat yang menebal didalam masyarakat Melayu amnya telah mengatasi pula akan mentaati hukum-hukum Syarak dalam agama Islam sedangkan mereka itu semua beragama Islam. Mana yang lebih utama, mentaati perintah Allah dan Rasul dari mentaati perintah ketua adat, dato lembaga, tok nenek, pawang diraja, menteri adat waima Raja sekali pun atau yang dibangsakan sebagai Manusia ini ??? Sudah tentu mentaati Allah dan Rasul mesti diutamakan kerana ia hukumnya "WAJIB" bagi setiap penganut agama Islam. Ia mengatasi segala apa hukum hakam ciptaan makhluk atau manusia yang ada diatas muka bumi ini walau sebesar mana pangkat dan darjat mereka itu. Contohnya hukum hakam yang dicipta oleh nenek moyang didalam "adat yang diadatkan", "adat yang teradat" dan "adat istiadat". Semua itu tidak wajib untuk diamalkan malahan bertentangan dengan hukum Allah dan Rasullah, walau bagaimana indah, cantik, sesuai, bertepatan, selari dan seribu satu macam alasan yang mereka katakan tentang kebaikan hukum ciptaan mereka itu, ia tetap salah dan sesat. Mana boleh samakan dengan hukum Allah, kamu tu siapa nak disamakan dengan Tuhan ? Macam langit dengan Bumi jauhnya ? Inilah manusia-manusia yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung ? Telunjuk lurus kelingking berkait, mereka berbuat untuk nafsu diri ingin pangkat darjat dan tertulis nama sebagai pencipta adat, penjaga adat, dihormati masyarakat banyak kemudian menyamakan pula akan kerja tangannya itu dengan hukum Allah dengan berkata " kan hukum adat itu menepati hukum syarak, ia juga dipersetujui Mufti, Khadi dan Ulama-ulama Negeri, kenapa kamu mempertikaikannya ???". Kepada orang dungu yang dicucuk hidung mereka boleh ditipu dan disogok dengan wang dan pangkat darjat untuk menurut saja kehendak kamu, tetapi tidak kepada orang-orang berilmu yang tetap teguh dengan pegangan ASWJ dan takut akan seksaan Allah kelak. Kami tetap teguh dengan keputusan melarang orang ramai supaya tidak menggunakan hukum adat sebagai pegangan akidah walau apa pun terjadi. Hukum ciptaan manusia tidak akan melebihi hukum Allah dan manusia jangan berlebih-lebihan dalam soal ini. Hukum seumpama itu walau menepati kepada hukum syarak Islam sekali pun adalah haram untuk ditaati tambah lagi untuk menjadikan ia sebagai pegangan Ikadah. Pemimpin yang menyuruh memegangnya dan pengikut -pengikutnya serta rakyat jelata yang menurutinya sama-sama telah terjurumus kedalam amalan ajaran sesat tajaan mereka. Ingat pesan Rasullah saw didalam Hadis Baginda yang bermaksud :

"Segala yang baru (hukum adat, adat istiadat, adat teradat, adat resam dan pantang larang yang telah dicipta oleh nenek moyang mereka) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat ".

Allah juga telah berfirman didalam surah al Maaidah ayat 104 yang mafhumnya :

"Apabila dikatakan kepada mereka; Marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah kepada Rasul, mereka itu berkata; Cukuplah bagi kami apa yang kami dapat dari bapa-bapa (nenek moyang mereka). Meskipun bapa-bapa kami itu tiada mengatahui suatu apapun (tidak berilmu) dan tiada pula mendapat petunjuk (bukan Nabi dan tidak berilmu tetapi telah meninggalkan kepada mereka segala keparcayaan bidaah, adat resam, adat istiadat, adat teradat, hukum adat dan pantang larang serta amalan kurafat dan bidaah) ".

Allah berfirman lagi didalam surah Asy-Syuaraa ayat 21 yang mafhumnya :

"Bahkan adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan agama bagi mereka (kepercayaan mewajibkan amalan adat Istiadat, puja memuja dll) sesuatu yang tidak diizinkan Allah. Kalau tidaklah kata keputusan (menanguhkan siksaan yang diminta oleh Nabi), nescaya dihukumlah diantara mereka (disaat itu juga). Sesungguhnya untuk orang-orang aniaya itu siksaan yang pedih ".

Firman Allah lagi didalam surah al Baqarah ayat 42 yang mafhumnya :

"Dan janganlah kamu mencampuradokkan yang benar dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengatahuinya".

Banyak lagi dalil dari ayat-ayat al Quran dan Hadis Nabi yang boleh dikupas didalam memperjelas akan hukum syrik dan kufur ini, oleh kerana ruangan yang terhad maka ia hanya dapat dipilih yang tertentu sahaja untuk dimuatkan disini. Jadi dari keterangan hadis dan alQuran itu telah lengkap meletakkan garis panduan kepada umat Islam supaya tidak mengikut saja perintah manusia zalim tampa merujuk kepada Hadis dan al Quran sebagai pedoman. Sebarang tindakan manusia terutama melibatkan akidah mestilah diperhalusi dahulu sebelum diambil menjadi panduan hidup kita kerana kitalah yang akan dipertanggungjawabkan keatas semua keputusan yang kita ambil. Mereka-mereka itu akan berlepas tangan akan dosa syirik ini dihadapan Allah kelak. Semua diantara mereka akan lari dan tidak mahu dihubungkaitkan dengan dosa-dosa itu. Oleh sebab itu keputusan adalah terletak ditangan anda, bukan mereka. Tiada kuasa mereka keatas diri kamu untuk memaksa atas apa juga pegangan yang kamu pilih. Biarlah mereka dengan keseronokan hawa nafsu mereka itu dan jangan kamu ikut serta bersama mereka. Kami telah membuat teguran dengan segala keterangan dan bukti, sekarang terserah keatas mereka untuk membuat keputusan. Ketahuilah bahawa kami telah berlepas tangan dan tanggungjawab kami keatas Syarak, maka terserah kepada Allah dan Rasul akan ketetapan balasan keatas diri kamu semua kelak.


AJARAN-AJARAN SESAT DARI KETOGERI AJARAN BARU.


Didalam kehidupan moden pada hari ini, sebenarnya terdapat banyak aliran-aliran kepercayaan baru yang telah digambar gemburkan, dicanang dan dihebahkan keseluruh pelusuk dunia dengan tajaan kumpulan dan kaum tertentu untuk menghancur leburkan akidah umat Islam. Ini adalah propaganda-propaganda kaum kafir laknatuallah dimana-mana yang sentiasa bersepakat untuk menghancurkan kepercayaan umat Islam semua. Sedangkan umat Islam terus berdiam diri tampa berbuat sesuatu keatas mereka. Ia memang menguji kesabaran kita semua. Telah pun kita diberitahu didalam al Quran akan pekara ini akan berlaku diakhir zaman. Jadi kita umat Islam akhir zaman harus kuat disemua segi untuk mengatasi pekara seumpama ini. Kita semua semamangnya tidak mampu untuk menghapuskan ajaran-ajaran sesat baru mereka. Tetapi kita masih boleh berhubung dan nasihat menasihati diantara kita supaya kita terhindar dari dakyah songsang mereka. Kita jaga dan pelihara keluarga kita dengan keimanan yang kukuh dan sentiasa memohon perlindungan Allah swt.

Diantara ajaran sesat yang baru di dunia ini seperti :

1) Kominisme
2) Sosialisme
3) Materialisme
4) Liberalisme
5) Kapitalisme
6) Sintisme
7) Metalisme
8) Darwinisme dll.

Pelopor kepada ajaran baru moden ini adalah manusia biasa yang berfikiran sempit dan sesat. Semamangnya mereka-mereka ini orang kafir dan semestinyalah ajaran-ajaran mereka itu tidak menyentuh langsung soal akidah umat Islam malah jauh daripada itu. Ia amat mudah kita ketahui akan dakyah songsang mereka yang amat sesat, cuma yang menjadi masaalah, mereka suka mendatangi orang-orang Melayu terutama remaja cuba untuk memikat mereka untuk menyertai kumpulan mereka dengan tawaran keseronokan dunia dan wang ringgit yang banyak. Hati siapa yang tak goyang melihat akan tawaran lumayan seperti itu yang jarang sekali hadir kini terbentang didepan mata. Mungkin di Malaysia pernah digemparkan akan pekara sebegini yang baru-baru berlaku dahulu, tetapi diseberang pekara inilah punca utama Melayu Murtad yang dapat kita kesan hasil daripada penyelidikan bertahun-tahun lamanya dengan cara terjun dan tinggal bersama-sama mereka kerana mereka tidak akan bercakap tentang pekara ini dengan mudah jika kita tidak menjadi sebahagian dari mereka. Bukannya satu aliran kefahaman atau agama saja yang berbuat demikian, semua yang kita senaraikan disini berbuat tektik yang sama. Ini untuk aliran baru atau moden saja, belum lagi kita masuk kepada aliran-aliran kepercayaan sesat dan agama baru yang beribu jumlahnya yang disebarkan diceruk- ceruk desa disana. Semua dikatakan mengunakan wang sebagai umpan untuk menarek minat orang ramai menjadi ahli mereka. Punca utama ialah mereka lemah dalam pegangan agama dan kedua kerana kemiskinan. Benar kata-kata Rasullah saw dalam sebuah hadis kudsinya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang maksudnya :

"Jauhi kamu dari kefakiran (kemiskinan) kerana ia membawa kepada kekufuran (murtad)".

Umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana tinggal dengan aman tampa gangguan hebat dari golongan ini. Ini kerana pegangan kepada Islam mereka masih kukuh dan ekonomi mereka juga amat baik. Sebenarnya kerajaan Malaysia amat ketat dalam pengawalannya akan dakyah sesat yang cuba masuk kemari. Kalau ada pun hanya kedengaran sedikit saja disana sini yang menunggu masa untuk dibentras dan dihancurkan. Disamping itu masyarakat Islam disini walau pun tak semua tetapi dikira mengambil tahu dan perhatin benar akan unsur-unsur ajaran sesat dan cepat bertindak membuat laporan kepada kerajaannya untuk diambil tindakan. Mereka juga bising menyuarakan bantahan kepada kerajaan supaya dibendung akan unsur-unsur kesesatan yang berlaku didalam masyarakat. Ini semua membantu kepada pemiliharaan Agama Islam dari dicerobohi. Kita seharusnya terus mengembling tenaga dan bantu membantu didalam soal yang besar ini kerana mengambil iktibar apa yang belaku diseberang. Ia tidak dapat dikawal dengan mudah dan menjadi begitu komplek dan kronik hingga tidak dapat dileraikan lagi. Didalam muktamar yang baru-baru ini berlangsung di Bandung Indonesia, didalam kertas kerja yang kawan bentangkan, mengariskan antara lain ialah masaalah kekurangan dana untuk kami melancarkan gerakan pemulihan dan pembetulan akidah. Oleh itu telah ada pertubuhan antarabangsa negara-negara Islam yang sudi menghulur bantuan dana bagi melaksanakan tugas tersebut. Sekarang usha itu telah pun dimulakan hampir disemua tempat secara besar-besaran tetapi senyap. Mudah-mudahan dengan izin Allah dan RasuNya, kami akan berjaya dalam misi kami kali ini kerana telah mengalami kegagalan beberapa kali sebelum ini.

Apa yang dimaksudkan disini ialah untuk memperbetul dan memberi kesedaran berkenaan akidah yang benar kepada masyarakat yang telah terpesong dengan dakyah-dakyah aliran kepercayaan kebatinan dan dan ajaran-ajaran tradisi kuno yang menebal dihati mereka. Usaha-usaha ini agak sulit tetapi insyaallah dengan pertolonganNya pekara ini dapat dilaksanakan kerana banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan. Ajaran-ajaran (diseberang) yang kami maksudkan itu ialah ajaran-ajaran sesat seperti :

1) Ajaran Syekh Siti Jenar.(telah diceritakan dibab yg lalu).
2) Ajaran Sabdo Palon dan Ratu Lorogidul (telah diceritakan juga)
3) Ajaran Aliran Sapta Dharma (tujuh kewijipan suci)- aliran kebatinan.
4) Ajaran Aliran Darmo Gandul -aliran kebatinan.
5) Ajaran Paguyubian Sumarah -aliran kebatinan.
6) Ajaran Prikemanusiaan sejati - aliran kebatinan.
7) Ajaran al Hallj ("ana al haq") - aliran kebatinan.
8) Aliran Kabulani
9) Aliran Mufaridiah
10) Ajaran Mokthar Baginda Sumatra.
11) Ajaran Imam Bronjol tarikat Sumariah.
12) Ajaran Syiah .
13) Ajaran Ahmadiah Qadiani.
14) Ajaran Kebatinan Sakti Jawa.
15) Ajaran Sakti Roso.
16) Ajaran Wahdatul Wjud.
17) Ajaran Wahabi.
18) Ajaran Kebatinan Walisongo.
19) Ajaran Anti Hadis.
20) Ajaran Bahai.
21) Aliran Silat Kebatinan Nurani. (terdapat ratusan nama), dan lain-lain lagi.

Kemudian menyalusup masuk ke Malaysia menerusi berbagai cara samada dengan cara a) guru yang berpindah kemari atau b) guru mereka yang membuka cawangannya di sini dan c) anak murid mereka yang membuka cawangan disini. Ini telah dapat dikesan bahawa ajaran-ajaran sesat itu berasal dari seberang atas 3 dasar yang telah disebukan diatas . Ajaran-ajaran sesat itu adalah seperti berikut :

1) Tarikat Syekh Siti Jenar.
2) Ajaran Lorogidul Ratu Laut Selatan (anak muridnya spt Mona Efandy).
3) Tarikat Sumarah Hj Ishak.
4) Perimbun Kemanusiaan Sejati.
5) Tarikat al Halaj - ana al hak
6) Ajaran Kabulani
7) Tarikat Mufaradiah.
8) Ajaran Mokthar Baginda.
9) Ajaran Qadiani Ahmadiah.
10) Tarikat Sumaniah Ibrahim Bonjol.
11) Ajaran Syiah.
12) Ajaran Bahai.
13) Ajaran Qadiani Ahmadiah.
14) Ajaran Martabat Tujuh *(ala Sapta Dharma)
15) Tarikat Sumarah.
16) Gerakan Kemanusiaan sejati.
17) Tarikat Ana al Haq.
18) Ajaran Wahabi.
19) Tarikat Wali Sembilan.
20) Gerakan Anti Hadis.

Manakala ajaran sesat Kebatinan yang berupa persilatan yang memasuki negara ini dikenali dengan beberapa nama iaitu :

1) Persilatan Tahan diri (kuasa ghaib).
2) Ilmu Tenaga Dalam Hikmah.
3) Silat pukulan jauh.
4) Silat Sunda.
5) Silat Kalimat Sakti.
6) Silat Budi Suci.
7) Silat Budi Suci Sejati.
8) Silat Harimau Jadian.
9) Silat Wali Suci.
10) Silat Nasrulhaq.
11) Persilatan Tusuk Hikmat.
12) Silat Gayong Halilintar.
13) Silat Potong Maya.
14) Silat Seru (kebatinan dalam).
15) Silat Tangan Ghaib. dan lain-lain lagi.

Sebenarnya terlampau banyak aliran ajaran-ajaran sesat yang tidak dapat disenaraikan semua didalam ruangan ini, baik diseberang mahupun disini. Kami harus mendedahkan persamaan antara ajaran-ajaran sesat disebarang dan disini kerana kebanyakan masyarakat disini telah terpengaruh dengan keilmuan orang diseberang sedangkan mereka pun tidak tahu asal usul ilmu tersebut. Ada pula yang teksub dengan Ilmu Sakti yang mampu diperolehi disana, walhal pekara itu adalah salah dan menyempang dari ajaran agama Islam. Masyarakat disini dan disana memang mempunyai minat yang hampir sama didalam bidang kerohanian, baik berunsur ajaran Tarikat mahu pun dibidang seni beladiri dan persilatan. Di Indonesia seni beladiri telah terlalu lama hingga telah mengalami banyak perubahan dan bercampur adok dengan ajaran kebatinan yang terang-terang terpesong dari ajaran Islam. Sedangkan orang-orang disini tidak mengenal akan apa yang dimaksudkan dengan "Kebatinan". Ia sebanarnya melibatkan penggunaan Jin malahan ada yang telah menyampai kepada "bersatu" dengan Syaitan dan Iblis kerana mahukan Ilmu Sakti dan Kebal. Inilah pekara kurafat dan syirik yang banyak berlaku didalam ilmu beladiri dan persilatan disana, kemudian menular kemari dengan menggunakan nama-nama asli dan juga nama-nama baru yang direkacipta oleh pengasasnya.

Semua yang disenaraikan disini dan juga yang seumpama dengannya adalah diketogerikan sebagai Ajaran-ajaran Baru yang Bidaah, Syirik, Kufur, Sesat lagi menyesatkan. Sesiapa yang pernah dan sedang belajar dalam salah satu dari ajaran yang disenaraikan diatas dan juga telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dimana-mana Negeri di Malayisa, hendaklah dengan segera memisahkan dirinya dan bertaubat nasuha kerana ditakuti jika kamu mati didalam keadaan itu, kamu akan ditempatkan ditempat yang buruk dan mendapat seksaan yang sangat pedih dineraka Jahanam sampai bila-bila seperti yang disebutkan didalam ayat-ayat al Quran dan Hadis yang telah dinyatakan terdahulu. Ajaran-ajaran tersebut telah diperhalusi dan dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya oleh Majlis Ulama dan semua pegawai-pegawai yang telah diberikan tanggungjawab untuk menilai dari semua segi didalam Syarak, Ijmak Ulama, Kias, Hadis dan Al Quran juga tidak ketinggalan pendapat-pendapat Ulama-ulama yang lain, barulah sesuatu ajaran itu diberi Fatwa Ajaran Sesat. Bukan dibuat semberangan atau semborono saja. Sebab itu mereka mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan sesuatu kes. Ia sebenarnya melalui berbagai-bagai proses penapisan dan penilaian yang dikelola oleh pejabat Mufti Negeri hingga benar-benar berpuashati barulah Fatwa dikeluarkan. Begitulah serba sedikit penjelasan untuk meletakkan sesuatu ajaran itu sesat atau pun tidak, untuk kefahaman kita semua.


Sekian duhulu untuk kali ini, tajuk ini akan disambung dalam bab ke 4 tidak berapa lama lagi dan diharap kalian semua mengikutinya kelak.

Justify Full

Ikhlas dari:
Zamany.


23 comments:

  1. Alhamdullilah,
    Trima kasih pak zamany..maklumat yg sungguh berguna utk dijadikan panduan. Tq99

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum atok...atok pernah dengar tak pasal ayah Su,dia duduk kat kemaman tergganu...dia ada mngajar ilmu tarekat dn kebatinan...amalan y diamalkn adlah selawat,mnyebut nme2 Allah..ilmu nim mnurut cerita diambil dri TOK KENALI..ade anak muridnye y popular org pnggil MAL KIAL...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atuk

    saya dah dapat gambaran sebenar dan saya telah melihat wajah tuk guru mat janggut, terima kasih banyak.insyaallah saya akan bertemu dengan tuk guru

    wasalam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum atok...atok kenal tk AYAH SU kemaman terengganu,dia ade mngajar ilmu terekat n kebatinan,mnurut crita,ilmu ni diperolehi oleh TOK KENALI...anak murid dia y popular MAK KIAL..amalan y diamalkn adlah selawat,nme2 Allah..terima kasih atok=)

    ReplyDelete
  5. salam Tuan Zamany

    terima kasih atas posting terbaru ini /moga kita semua mendapat manfaat dan iktibar atas kesungguhan sahabat mengemukakan artikel ini...

    hari ini ramai yang mencari ilmu dan perguruan berdasarkan matlamat inginkan kelebihan diri / maka guru yang mempunyai 'kelebihan' zahiriah dicari / guru2 yang katanya memiliki ilmu mencarik adat dan sebagainya...

    persoalan dasar berkaitan niat mencari ilmu KERANA ALLAH sudah tidak ada dalam kamus pencarian tersebut/ maka belajarlah seorang murid dari satu perguruan ke satu perguruan demi mencari kelebihan2 tersebut /

    maka kalau datangpun 'kelebihan' itu / ia hanyalah kebolehan jin dan setan / mohon kita semua kepada RahmatNya agar limpah kurniaNya menyelamatkan kita dari mara bahaya akidah ini..


    salam untuk Tuan /moga sihat selalu dan terus berdakwah kepada masyarakat kita ini.

    ReplyDelete
  6. Salam semua...

    kpd semut...

    Rasanya atok jumpa dia pd 1990 dan perhati apa yg dia dok ajar pd mereka yg minta nasihat. Dia campur adokkan ajaran tok kenali dengan kebatinan. Ia amat jauh drp apa yg diajar oleh tok kenali. Jadi apa yg dia ajar tu bukanlah tulin tok kenali punya pelajaran, malahan diubah suai sana sini. Bila kita tegur dia marah2, melenting dan kata dia lebih tahu 'bab batin'. Atok diamkan dan kemudian atok pergi sbb malas nak bertelagah.

    Ttg. anak murid dia tu atok tak kenal tapi dengar cerita dia buka pondok sama gelangan silat seru. Atok tak pernah kesitu cuma dengar dari sahabat atok je. Tak tahu detailnya....maaf ya.

    Kpd wau aku layang2...

    Ya... cucu kena jumpa dan mengadap sendiri. Jangan dengar cakap org je. Kenal2 dulu baru tahu hati budinya. Inasyallah cucu berjaya....

    Kpd Sahabatku cikgu azhar...

    Ini saja yg boleh kwn buat utk anak bangsa, kwn tak pandai dan mengaji tinggi. Apa yg ada kwn kongsi kerana kwn pun tak ada apa2, semua hak milik guru. Insyaallah jika diizinkan Allah, selagi kwn terdaya akan kwn dayong juga sampai ke muara. Tk kerana sokongan...

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  7. terima kasih ATOK dn CG AZHAR....

    ReplyDelete
  8. terima kasih ATOK dn CG AZHAR...sy tnye nim sbb sy dh join pn dgn kumplan ni,ttp bkn belajar dari Ayah Su tp dgn ank murid dia...stelah bce artikel atok ni,sy jd musykil dgn bawakan guru sy nim...bkn niat nk konden sape2,cme ingin cri kepastian jee..mklumat y atok bg tu,sngat2 brmkna...ambe nim budak bru nk belajar...mntok atok bg pncerahan kpd ambe y hina ni...terima kasih skali lg ye tok(n_n)

    ReplyDelete
  9. Salam Atok Zamany...


    Terima kasih atas bab seterusnya ini, semoga kita mendapat manfaat daripadanya. Maaf lambat bertandang ke mari, tak perasan pula atok dah post yang baru...

    Atok, sy ada beberapa persoalan ingin dikemukakan kpd atok, harap atok sudi menjawabnya...

    1, Adakah boleh diamalkan ayat2 Al-Qur'an yang ditulis pada sehelai kertas/kain kemudian digulung/dibalut dan dijadikan azimat? Adakah dengan ayat2 Al-Qur'an yg dijadikan azimat juga dikira sesat/haram?

    2, Merujuk kepada azimat/tangkal, apakah hukumnya mengamalkan ayat Khatamun Nubuwwah (yg rajah berbentuk segi tiga, Tawajjahu Haisu Syi'tu)? Adakah boleh mengamalkannya atau dikia sesat juga?

    3, Menurut kenyataan atok diatas spt berikut "mengubah ayat-ayat al Quran sebagai zikir," adakah beramal dgn ayat2 Al-Qur'an yg dijadikan spt zikir dikira sesat seperti bacaan Manzil pada pagi dan petang, Al-Ma'thurat, Ayat 100 Dinar, ayat surah An-Nur 35, Syifaa', Munjiyat?? Atau yang atok maksudkan sebagai "mengubah ayat-ayat al Quran sebagai zikir," ialah ayat2 Al-Qur'an spt ayat pengasih yg diambil drpd Surah 'Ali Imran tsbt?? Mohon pencerahan drpd atok...

    4, Minta penjelasan lanjut mengenai 'Lain Sunan Imam Bondjol' daripada atok. Apakah yg dibawa mereka dan bagaimana pengamalan mereka. Di tempat saya ada beberapa org ustaz yg beraliran ini.


    Terakhir daripada saya, mohon jasa baik atok untuk kupas dan huraikan secara mendalam perihal akan wahabi secara lanjut. Saya kira wahabi inilah yang paling teruk merusak Aqidah dan menusuk secara halus kedalam jiwa ummat Islam sekarang khususnya anak muda Melayu kita.

    Teruskan penulisan Atok, saya sentiasa ternanti-nanti artikel terbaru daripada atok, sememangnya pendedahan seperti ini yang diperlukan bagi menyedarkan kita.

    Wallahua'lam,
    Wassalam.
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  10. Salam Atok Zamany. Terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Salam atok.

    Nak minta atok ulas tentang adat-istiadat yang bercanggah itu. Adakah merangkumi semua aspek kehidupan orang Melayu itu sendiri atau melibatkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan jin dan syaitan sahaja?

    Sekian.

    ReplyDelete
  12. Salam semua...

    Nampaknya atok tak boleh nak balas komen cucu semua kerana bloger.sport ni dah blok atok punya komen banyak kali. Atok dah cuba post kan jawapan komen cucu2 tapi tak boleh post sudah hampir 6 kali atok post dari semalam. Dia hilang bila cuba dipos konon ada error. Tang mana error tu atok pun tak tahu. atok akan cuba lagi....

    ReplyDelete
  13. Salam Atok Zamany...


    Tak mengapa atok, atok cuba lagi untuk postkan jawapan tersebut... saya akan tunggu... kalau tak boleh juga, sy minta jasa baik atok untuk postkan jawapan mengenai soalan sy tersebut pada email saya, orang_gombak@yahoo.com


    Terima kasih atas segala usaha Atok untuk menyampaikan ilmu kepada saya, dan sekalian pembaca... Atok adalah antara salah seorang guru saya...


    SELAMAT HARI GURU ATOK ZAMANY... :)
    Terima Kasih Daun Keladi atas segala Ilmu yang telah Atok curahkan kepada saya...
    Jasamu pasti ku kenang hingga bila-bila...


    Wallahua'lam,
    Wassalam.
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum,

    Tumpang tanya kat atuk atau sape2 yang tahu. Apa cerita pasal perjumpaan "Melayu Bangkit" yang baru2 ni diharamkan? Adakah bermotif politik seperti yg diwar2 dlm suratkabar atau ada yang tersirat?

    Lagi satu soalan, kebelakangan ni banyak yg cerita pasal sistem khilafah untuk ganti sistem demokrasi thh. Tapi setau saye kerajaan amerika selalunya mesti akan serang negara yg tak pakai/menolak demokrasi. Diorang serang mane2 negara pun antaranya atas alasan demokrasi. Jadi mcm mane nak tegakkan sistem khilafah ni tanpa jadi perang?

    Terima kasih kat atuk sebab sudi berkongsi ilmu tok guru atuk kat sini :). Hari ni dah khatam semua artikel atuk (dgn komen2 skali huhu). No h/p tok mat janggut pun saye dah simpan. InsyaAllah bulan 8 ni saye transfer ke Ipoh. So saye ingat nak siapkan diri sebelum jumpe tok guru... (kalau die sudi nak jumpe). Saye ni antara yg skeptikal pasal tasawwuf/tarekat. Sebab takut sesat... dalam takut sesat pun tunggang tebalik gak amalan. Tapi saye percaya ckp atuk pasal menumpang ilmu guru. Jadi harap semua doakan saya yg baru nak merangkak dalam perjalanan hidup ni semoga sentiasa di atas siratal mustaqim. amin.

    Allahu Akbar,
    zahirulhaq

    ReplyDelete
  15. Salam semua...

    kpd org gombak,

    Atok ucapkan ribuan terima kasih kerana sabar menunggu dan ucapan hari guru tu, sebenarnya atok ni bukannya layak digelar guru sebab atok dah serah semua ilmu adalah hak milik guru, Rasullah dan Allah swt. Jadi atok dah kosong, tak milik apa2 walaupun atok yg jadi jurucakapnya saja. Apa pun tk sekali lagi kepada org gombak dan semua pembaca.

    1) Membuat azimat dengan wafak ayat Quran, setengah ulama membenarkan, setengahnya pula melarang. Dilarang kerana ditakuti tersilap pegangan dan pergantungan harapan kpd ayat adalah haram. Ayat diketogarikan juga sebagai mahluk Allah. Kita dilarang beretikad bahawa ayat boleh mendatangkan sesutu pertolongan, yg mendatangkan pertolongan itu hanya Allah bukan mahluk termasuk ayat Quran sekali pun. Jadi berpegang kpd azimat itu jatuh haram juga. Begitulah pendapat mejoriti ulama, waallahu'lam

    2)Pengamalanya juga seperti jawapan diatas.

    3)Membaca dan beramal dengan ayat alQuran sama ia pendek atau panjang adalah sunat dan digalakkan. Cuma jangan diubah baris, huruf dan maksudnya saja, kemudian jangan beretikad ayat boleh datangkan itu dan ini. Beramal dengan ikhlas mutlak kerana Allah, tiada niat apa2 kalau dijadikan doa itu dah lain tajuk pula. Doa kita himpunkan harapan dan pertolongan kepada Allah swt, ia lain ketogeri.

    4)Sunan Imam Bonjol ialah waliallah. Ia membawa tarikat Samaniah yg asli dan menjadi Imamnya pun disumatera. Tarikat Ibrahim bonjol pula telah terpesong dari ajaran asal tarikat Samaniah. Ia dicamputadok dengan ajaran kebatinan dan ada unsur mistik didlmnya. Org2 disini banyak yg keliru antara kedua2 Imam itu. Jadi kena tahulah yg mana satu yg mereka belajar tu atau jangan ikut, dikuatiri mereka dah tersilap.

    Tantang golongan Wahabi tu, sebenarnya atok kurang mahir. Kalau ust Mirza memang mahir kerana dia belajar ditimur tengah. Wahabi berasal disana. Pelajar2 kita yg pulang dari sana banyak terpengaruh. Tatagaris yg perlu kita tahu tentang Wahabi ialah mereka membenci keluarga dan sahabat Rasullah kemudian tidak berpegang kpd Hadis Nabi. Ini sudah cukup menunjukkan kpd kita siapa mereka. Kalau rajin buka laman tentang Wahabi.

    kpd saudara shafiq...

    Semua adat itu adalah bersifat baharu, sedang hadis nabi lebih dahulu dari adat melayu. Jadi sudah sewajarnya adat itu tidak kita pegang kerana Nabi larang kita berbuat demikian. Cuma kita jangan silap, bukannya semua adat berjin. Yg tidak berjin ini pun kena tapis habis2 dulu, jgn pakai ikut semberono je. Contoh adat bersanding dlm perkahwinan masyarakat Melayu. Adakah ia dibenarkan dlm syarak ? Cuba kalian beri jawapannya...... atok tunggu ?

    sekian
    zamany.

    ReplyDelete
  16. Salam tuk..sy nak mintak tolong..ada tak doa yg boleh bagi kuat hafalan dan ingatan..

    ReplyDelete
  17. salam Atok ,
    nak tanya atok tentang ukiran kalimah Muhammad timbal balik . ape rahsianya?

    ReplyDelete
  18. Salam semua...

    Kpd anony 3.07...

    Apa yg dipeitikkan oleh guru atok dulu bukan sekadar doa saja, ia disertakan dengan gabongan amalan2 dan ubatnya sekali. Ia adalah 'gabongan memohon doa' utk anak2 murid yg menghafal al Quran dan Hadis. Guru atok dulu selalu memberi doa ayat dari surah Alam Nasrah diamal 1000x sehari dan dibaca pada santan kelapa diperah limau nipis. Selesai baca niat untuk mudah menghafal dan kuat ingatan, kemudian santan berlimau tadi dilumur pada rambut dikepala dan didada, isyarat doa bagi kuat ingatan dan menghafal dipohon pada Allah. Dibiarkan selama 15 minit dan basuh. Kami buat selama 41 hari selepas solat subuh setiap hari. Ini adalah untuk murid2 yg baru belajar atau anak2 kita yang peringkat umur 7 hingga umur 15 tahun. Murid2 itu yg buat sendiri, bukan emak ayah dia tolong baca. Maksudnya orang yg berhajat itu sendiri yg buat. Kalau anak2 bawah dari 7 tahun yg belum khatam Quran, bolehlah emak dan ayahnya tolong. Cuba amalkan insyaallah akan nampak perbezaan. Wallahua'lam...

    Kpd anony 4.57...

    Atok pernah tanya kepada seorang guru pembuat ayat seperti itu. Dia kata "ia bermaksud dua wajah, atau kita dan Rasullah. Tapi bukan kita jadi Rasul, cuma doa supaya kita miliki ahlak spt ahlak Nabi". Atok fikir adalah sukar nak menyampai seperti itu kerana Nabi ahlaknya "Murni tulus" sedangkan kita bercampur adok dengan Nafsu yg belum murni. Ayat yg begitu seharusnya dilihat hanya sebagai hasil seni sahaja, janganlah dikaitkan dengan hal2 rohani kerana kita tidak mampu menyampai keperingkat itu pun. Bimbang akan akidah kita terutamanya.

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  19. salam semua...

    atok dah post kan bab 5 ajaran sesat sekejap tadi, diharap anda semua mengikutinya.

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  20. salam sekali lagi...

    atok silap tulis, atok post bab 4 tadi bukan bab 5. maaf ya....

    ralat sebab terlepas pandang komen cucu zahirulhaq diatas, bila atok tengok tadi baru atok sedar ada yang tertinggal. Maaf ya cu....

    "Melayu Bangkit" yg dicanang pd 13 may yg lalu tu memang berunsur politik, disebaliknya pula ada unsur untuk membakar kemarahan org melayu pd kaum sendiri dan kaum india dan cina. Jadi seolah2nya baik tapi ada yg tak baik iaitu nak menghancurkan kekukuhan Muhibah diantara kaum. Ia digerakkan oleh ejen THH juga. Atok dijemput juga tapi atok dah tahu tujuan mereka tu dari awal lagi, jadi atok tak nak layan pun.

    Tentang sistem Khilafah tu, memang sukar nak ditegakkan tampa perang. Pernah atok tanya pekara ini pd guru atok dulu, dia jawab... Sistem Khalifah zaman Nabi dulu ditegakkan tampa Nafsu sarakah, adakah mampu pemimpin2 Islam zaman sekarang berbuat seperti itu ? jawabnya tak mungkin. Jadi bila boleh sistem ini boleh ditegakkan ? jawabnya...lepas habis perang akhir zaman nanti, waktu tu tinggal Islam yg tulin saja maka bolehlah berpegang dengan sestem itu. Oleh itu kenalah tunggu belakunya perang akhir zaman baru akan tegak kebenaran.... sebelum waktu itu jangan bermimpi akan dapat ditegakkan dengan pemimpin yg tidak berkuliti yg ada spt sekarang ini. waallahua'lam....

    Atok sentiasa doakan hajar cucu tu, insyaallah dimana ada usha disitu ada jalan...

    sekian
    atok zamany

    ReplyDelete
  21. salam kpd atuk zamany,

    sy nak tanya mengenai pusat perubatan NurSyifa di Indonesia, adakah pusat ini terdapat unsur penggunaan jin.Jika tak keberatan boleh tuk tolong jelaskan.
    terima kasih

    ReplyDelete
  22. salam anony 11.36,

    Pusat perubatan Nur Syaifa di luarannya nampak macam betul je. Tapi bila atok selidik depa tu atok dapati mereka mengamalkan berbagai jenis ilmu kebatinan yg bersangkutan dgn penggunaan khadam tak kira ia islam atau kafir ia tetap salah pada hukum syarak. Contohnya untuk mengatahui siapa yg hantar santau, darimana asal nya dan bagaimana nak ubat, semuanya mereka "scan" dengan menggunakan kekuatan khadam itu. Jadi susah juga nak kenal akan penyelewingan mereka itu kerana tertutup, amat halus dan tidak diberi tahu. Walau bagaimana pun didalam keadaan terdesak mereka terpaksa juga kesitu kerana tidak boleh lagi kehospital. Pihak hospital sudah tidak terima lagi pesakit itu. Tambahan pula ia murah dan mudah. Jadi apa alternatif lagi yg ada selain dari itu ?. Harus juga difikirkan akan keadaan seumpama itu. Waallahua'lam....

    sekian
    atok zamany.

    ReplyDelete
  23. Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

    ReplyDelete