Saturday, February 13, 2016

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 30

Post 46



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.



FASAL C - FITNAH AKHIR ZAMAN & TANDA KIAMAT.



BAB 166: MENGHINDARKAN DIRI DAN BERSABAR KETIKA KEDATANGAN FITNAH SERTA PERGINYA ORANG-OPRANG SOLEH DIKALANGAN KAMU.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Adisah Binti Ahban bahawa ia bercerita, "Ketika Ali bin Abu Talib sampai di Basrah, ia menenui ayahku. Ali berkata, 'Wahai Abu Muslim, apakah kau tidak mahu menolongku mengatasi orang-orang itu?'. Ayahku menjawab, 'Tentu !'. Ayahku lalu memanggil orang suruhannya dan berkata, 'Tolong ambilkan pedangku?'. Setelah menerima pedang itu, ayahku lalu menghunuskannya keluar kira-kira sejengkal. Ternyata pedang itu diperbuat daripada kayu. Ayahku berkata, 'Sesungguhnya orang yang aku cintai yang seterusnya adalah anak pakcik mu. Nabi saw pernah berpesan kepadaku bahawa jika berlakunya fitnah kekacauan, supaya aku membuat pedang dari kayu. Kalau kau mahu, aku akan ikut serta keluar bersamamu?'. Ali berkata, 'Aku sama sekali tidak memerlukanmu bersama pedangmu itu'".

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Zaid bin Syurahbil dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya menjelang kiamat terjadilah kekacauan-kekacauan laksana sepotong malam yang gelap. Disiang hari seseorang masih mukmin, namun menjelang malam ia menjadi kafir. Dan jika disebelah petang dia masih sahaja mukmin, namun menjelang pagi ia menjadi kafir. Pada saat itu orang yang duduk adalah lebih baik dari orang yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik dari orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik dari orang yang berlari. Oleh kerana itu musnahkanlah anak-anak panah kamu, putuskanlah tali busar kamu dan pukulkan pedang kamu pada sebuah batu (patahkannya). Jika salah seorang dari kamu menghadapi fitnah kekacauan, maka hendaklah ia bersikap seperti salah seorang dari putra Nabi Adam (Habil)". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud.

Diriwayatkan oleh Abu Daud sebuah hadis dari Saad bin Abu Waqash bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, bagaimana jika seorang pengacau masuk kedalam rumahku dan mengerakkan tangannya hendak membunuhku'. Rasulullah bersanda, 'Bersikaplah seperti salah seorang putra terbaik Nabi Adam'. Baginda lalu membaca ayat 28 surah Al- Maaidah, 'Sesungguhnya, jika engkau memukulku dengan tanganmu kerana hendak membunuhku, nescaya aku tidak akan memukul engkau dengan tanganku. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semasta alam'".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah saw bersabda, "Bagaimana keadaan kamu serta hari kiamat yang hampir tiba, iaitu orang-orang yang diayak dalam ayakkan zaman dan yang tinggal hanyalah orang-orang hina dan buruk akhlaknya. Janji mereka kacaubilau, amanah diperlekehkan, maka mereka pun berselisih faham. Mereka adalah seperti ini (baginda memasukkan jarijemarinya dibahagian yang lain secara berselang seli). Para sahabat bertanya, 'Bagaimana dengan keadaan kami jika hal itu memang terjadi?'. Baginda menjawab, 'Kalian ambil sesuatu yang kamu ketahui dan tinggalkan hal-hal yang kamu tidak kamu ketahui. Kamu datangi orang-orang yang terbaik dikalangan kamu dan tinggalkan urusan orang-orang kebanyakan diantara kamu'". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud.

Hadis serupa juga diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nuaim berikut sanadnya dari Muhammad bin Ka'ab al-Qarzhi, dari al Hasan bin Ali, dari Syuraih (hakim ketika zaman Saidina Omar ibnu Khathab), dari Omar ibnu Khathab bahawa Rasulullah bersabda, "Kamu akan diayak dengan ayakan zaman hingga kamu berada ditengah-tengah manusia buruk akhlaknya yang suka mungkir janji dan pecah amanah'. Seorang sahabat bertanya, 'Lalu bagaimana dengan nasib kami, ya Rasulullah?'. Baginda bersabda, 'Amalkan saja apa yang kamu ketahui dan tinggalkan apa yang kamu tidak ketahui (tidak suka), dan berdoalah kepada Allah, 'Ya Allah yang Maha Esa, tolonglah kami atas orang-orang yang berbuat zalim kepada kami dan lindungkan kami dari orang-orang jahat yang ada dikalangan kami'".

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dari Abdullah bin Amr ibnu Ash bahawa Rasulullah bersabda, "Kamu akan melihat manusia suka melanggar janji dan menghianati amanah-amanah mereka sendiri. Mereka bersatu hati dan berpuak-puak (sambil menunjukkan jari-jarinya masuk antara satu dengan yang lain)". Abdullah lalu menghampiri baginda dan bertanya, "Semoga aku dijadikan Allah sebagai tebusanmu. Pada saat itu apa yang harus aku lakukan, ya Rasulullah?".  Baginda bersabda, "Tinggalkan rumahmu, kawal lidahmu, lakukan apa yang kamu ketahui dan tinggalkan apa yang kamu tidak ketahui (tidak suka). Uruskan pekara-pekara yang bersangkutan dengan dirimu dan keluargamu sahaja. Tinggalkan semua urusan yang bersangkutan dengan kebanyakan orang". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesunggunnya kamu akan hidup pada suatu zaman dimana barangsiapa diantara kamu meninggalkan pergaulan yang diperintahkan, kamu akan binasa. Dan akan datang kepada manusia disesuatu zaman nanti dimana barangsiapa diantara mereka melakukan apa yang diperintahkan, ia akan selamat".


Fakta: 

Berkenaan Sabda Rasulullah mengenai perkataan "yang diayak dengan ayakkan zaman" bermaksud merupakan satu ungkapan tentang kematian orang-orang beriman dan baik, manakala meninggalkan orang-orang yang buruk akhlak dan jahat diatas dunia ini. Seolah-olah manusia ditapis oleh tapisan dunia.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu akan dicuci berseh sebagaimana buah kurma yang dibersihkan dari kulitnya. Kemudian orang-orang yang baik diantara kamu akan meninggal dunia, dan yang hanya tinggal adalah orang-orang yang jahat diantara kamu. Maka... kalau boleh, hendaklah kamu mati saja". 

diriwayatkan oleh Bukhari dari Maradis al-Aslami bahawa Rasulullah bersabda, "Satu demi satu orang-orang soleh akan pergi dan yang tinggal hanyalah orang-orang jahat dan buruk akhlaknya seperti buah gandum dan kurma yang busuk yang tidak akan dipedulikan oleh Allah kelak".

Yang dimaksudkan orang-orang soleh ialah orang-orang yang taat kepada Allah dan kepada Rasul utusan Nya, mengamalkan apa yang diperintahkan kepada mereka dan menahan diri dari apa-apayang dilarang kepada mereka.


Nukilan Atok:

Perhatikanlah disekeliling kamu apa yang sedang dan akan berlaku di Negara ini. Semua yang disabdakan oleh Nabi saw sedang pun berlaku dan menjadi budaya amalan oleh kebanyakan pemimpin dewasa ini.  Mereka pecah amanah dengan sumpah yang mereka akad sendiri. Mereka menjadi tidak amanah dan mungkir janji-janji yang mereka sendiri sebut-sebutkan. Mereka berpakat dengan erat sekali melindungi kawan-kawan mereka dari segala bentuk tuduhan, sedangkan fakta itu adalah benar. Sesiapa saja yang mempersoalkan kesepakatan dan kerja keji yang mereka buat, akan dipecat dan dibuang. Orang-orang yang amanah dan tidak lupa pada janji yang wajib ditunaikan juga turut menjadi mangsa dilucutkan jawatannya. Apa yang kumpulan itu mahukan ialah seorang pemimpin yang kurup, kotor dan tidak berakhlak seperti mereka, supaya mereka boleh mengaut keuntungan diri daripada wang rakyat. Mereka bersatu hati membersihkan kawasan pentadbiran mereka daripada orang-orang baik dan amanah supaya semua kerja kotor dan keji mereka akan terlindung dan ditutup oleh rakan-rakan sepasokan mereka itu. Perintah itu wajib dilakukan jika tidak mahu ikut mereka akan dikena tindakan. Perintah itu bukan sahaja untuk menutup mulut malah membuang segala bukti sah yang boleh dibawa kemakamah. Malah mereka sangup mengelapkan dan menipu segala fakta dan memusingkan bukti-bukti supaya segala keburukan dapat ditutup dari undang-undang dan rakyat. Inilah tugas-tugas yang diperintahkan kepada semua kuncu-kuncunya dan sesiapa yang engkar akan dipecat. Mereka langsung tidak takut pada hukum Allah dan perintah Rasulullah didalam hadis-hadisnya. Maka kamu tunggu saja azab Allah kelak yang kamu ingat tidak akan terjadi kepada kamu. Segala pembohongan akan dibuka, segala penipuan akan terungkai dan segala aib akan tersingkap. Kamu dan semua orang yang berserta kamu akan dibalas dengan setimpal dan kamu akan kekal diazab didalam neraka jahanam.

Jadi, alangkah benar sekali semua sabda Rasulullah saw 1437 tahun yang lalu berkenaan pekara ini. Ini juga menunjukkan dunia sudah sampai kepenghujungnya. Kiamat yang ditunggu-tunggu sudah sangat hampir. Maka kenalah kita buat semua saranan Rasulullah bagi meletakkan diri kita diwalayah selamat dari semua bentuk fitnah akhir zaman. Semoga kita semua dilindungi Allah...amin.



BAB 167: KEWAJIPAN BERSATU DALAM JAMAAH MUSLIMIN DAN CIRI-CIRI PENYERU AKHIR ZAMAN, SERTA PERINTAH MENGIKUTI AL-QURAN.


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Nashr bin Ashim al-Laitsi bahawa ia berkata, "Kami dengan beberapa orang dari suku kami Laitsi menemui al-Baskari. Ia bertanya, 'Siapa mereka ini semua?'. Aku menjawab, 'Orang-orang kami, bani Laitsi. Kami datang kepada engkau untuk bertanya berkenaan hadis Hudzaifah'. Kemudian ia bercerita, 'Aku bersama Abu Musa pergi berombongan ke Kuffah. Pada waktu itu harga tanah tersangat mahal di Kuffah. Apabila tiba di Kuffah, aku bersama seorang sahabatku meminta izinn kepada Abu Musa untuk memasuki Kuffah. Setelah mendapat izin, kami pun memasuki Kuffah.

Ketika melawat sebuah Masjid, aku menyuruh sahabatku menunggu disebuah pasar. Seterusnya aku memasuki Masjid itu. Disana aku melihat beberapa orang sedang duduk membentuk sebuah lingkaran. Mereka sedang mendengar cerita seseorang dengan tekun. Baru saja aku duduk bersama-sama mereka, salah seorang diantara mereka datang dan duduk disebelahku. Ketika aku bertanya siapakah orang yang sedang menyampaikan hadis tersebut, ia sebaliknya bertanya, 'Kamu penduduk Basrah kan ?'. Aku menjawab, 'Ya!'. Ia berkata, 'Saya yakin, jika kamu penduduk Kuffah, pasti kamu mengenali orang itu. Ia adalah Hudzaifah'. Aku lalu mendekatkan diriku. Aku mendengar Hudzaifah berkata, 'Orang ramai bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikkan, semantara aku bertanya berkenaan keburukan. Aku tahu kebaikkan tidak akan mendahului ku. Aku lalu bertanya Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, apakah sesudah kebaikan itu ada keburukan?'. Baginda bersabda, 'Wahai Hudzaifah, pelajari olehmu Kitab Allah dan ikutilah isinya'. Baginda menguilangi ungkapan itu sebanyak tiga kali. Aku bertanya lagi, 'Wahai Rasulullah, apakah sesudah kebaikkan itu ada keburukan?'.  Baginda bersabda, 'Fitnah dan keburukan'. Aku mengulangi lagi pertanyaan ku itu, 'Wahai Rasulullah, apakah sesudah kebaikkan itu ada keburukan?'. Baginda bersabda, 'Wahai Hudzaifah, pelajari Kitab Allah dan ikutilah isinya'. Dan aku masih mengulangi pertanyaan ku tadi, 'Wahai Rasulullah, apakah sesudah kebaikkan itu ada keburukan?'.  Baginda bersabda, 'Manusia itu bersifat seperti bersatupadu dalam sebuah ikatan, dan sekelompok lainnya berhati rosak'. Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah maksudnya?'. Baginda bersabda, 'Hati manusia tidak akan kembali seperti semula'. 

Aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, apakah setelah kebaikkan itu suatu keburukan?'. Baginda bersabda, 'Wahai Hudzaifah, pelajarilah Kitab Allah dan ikutilah isinya'. Baginda mengulangi ungkapan itu sebanyak tiga kali. Aku terus bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah setelah kebaikkan itu suatu keburukan?'. Baginda lalu bersabda, 'Benar itu wahai Hudzaifah!, Iaitu suatu bencana yang membuat manusia buta dan pekak terhadap sesuatu yang haq. Pada saat itu muncullah para ulamak dakwah (yang telah dibeli) yang menyeru kepintu-pintu Jahanam. Jika kamu mati menahan diri daripadanya, wahai Hudzaifah, adalah lebih baik daripada kamu mengikuti seorang dari mereka'".

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu'aim, dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Terimalah pemberian (hadiah), sepanjang ia memang merupakan pemberian. Tetapi, jika hal itu sudah merupakan suapan (rasuah) yang terbawa-bawa kepada (hukum) agama, maka kamu jangan mahu menerimanya. Dengan menolaknya (pemberian itu), tidak akan menghalangi kamu dari kemiskinan dan keperluan itu. Ingatlah, sesungguhnya peperangan dalaman Islam terus akan berputar. Oleh kerana itu apa pun yang terjadi tetaplah kamu bersama al-Quran. Ingatlah sesungguhnya al-Quran dan kekuasaan itu akian terpisah. Oleh kerana itu janganlah kamu meninggalkan al-Quran. Ingatlah, akan muncul penguasa-penguasa dikalangan kamu yang memutuskan hukum hanya demi kepentingan diri mereka sendiri sahaja, bukan demi kepentingan kamu (orang ramai). Jika kamu berani menentang mereka, kamu akan dibunuhnya. Tetapi jika kamu mengikuti mereka, kalian akan disesatkan". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lalu apa yang harus kami lakukan?'. Baginda bersabda, "Seperti apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Isa bin Maryam. Mereka membawa gergaji untuk mengergaji papan (membuat keranda sendiri). Mati didalam taat kepada Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam durhaka kepada Nya".

Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud, dari Idris al-Khaulani bahawa ia pernah mendengar Hudzaifah mengatakan, "Beberapa orang sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang kebajikan. Semantara aku bertanya tentang keburukan, kerana kuwathir aku akan terperangkap olehnya. Aku katakan, Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami semua hidup dalam zaman jahiliah yang bergelumang dengan keburukan. Lalu Allah membawa kebajikan kepada kami. Apakah setelah kebajikan itu ada keburukan?'. Baginda bersabda, 'Ya'. Aku bertanya lagi, 'Apakah setelah itu ada kebajikan?'. Baginda bersabda, 'Ya..dan didalamnya ada kerusakkan'. Aku bertanya, 'Apakah kerusakkan itu?'. Baginda bersabda, 'Ada suatu kaum yang mengikuti sunnah yang bukan sunnahku dan berpedoman pada petunjuk yang bukan petunjukku. Sebahagian dari mereka ada yang kamu kenal dan tidak kamu kenali'.

Aku bertanya lagi, 'Apakah setelah kebajikan itu ada keburukan lagi?'. Baginda bersabda, 'Ya... orang-orang yang menyeru pada pintu-pintu Jahanam (neraka). Barangsiapa mengikuti seruan mereka, mereka akan melemparkan diri mereka kedalamnya'. Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, tolong sebutkan kepada kami ciri-ciri mereka?'. Baginda bersabda, 'Baiklah.. mereka adalah dari kaum kerabat kita, mereka juga berkata-kata dengan bahasa kita'. Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, jika aku dapati hal itu memang terjadi, apakah perintahmu untuk aku lakukan?'. Baginda bersabda, 'Hendaklah kamu tetapkan diri kamu didalam jemaah kaum muslimin dan pemimpinnya (yang adil)'. Aku bertanya, 'Bagaimana jikalau kaum muslimin tidak punya jemaah dan imam (pemimpin yang adil)?'. Baginda bersabda, 'Jauhilah dirimu dari kelompok-kelompok itu semua. Sekalipun kamu (terpaksa) menggigit akar pohon (kerana takut) sampai datang kematian menjemputmu, hendaklah kamu tetap dalam keadaan seperti itu'".   

Didalam riwayat Muslim disebutkan, "...'Sepeninggalanku nanti akan muncul pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan manusia dengan petunjukku, dan mengada-adakan sunnah yang bukan dari sunnahku. Akan ada ditengah-tengah mereka orang-orang yang berhati syaitan dan bertubuh manusia'. Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, jika aku mendapati hal itu apa yang harus aku lakukan?'. Baginda bersabda, 'Dengarlah dan taatlah kepada pemimpinmu, walaupun ia memukul punggungmu dan mengambil hartamu. Dengarlah dan taatlah'".

Disebutkan didalam sebuah riwayat yang diketengahkan oleh Abu Daud pula mengatakan, ".... Aku bertanya, Wahai Rasulullah, lalu apa?'. Baginda bersabda, 'Jika ada Khalifah Allah dimuka bumi ini yang memukul punggung dan mengambil hartamu, taatlah kepadanya. Kalau tidak, hendaklah kamu mati didalan keadaan menggigit akar pohon'. Aku bertanya lagi, 'Kemudian apa?'. Baginda bersabda, 'Kemudian keluarlah Dajjal dengan membawa sungai dan api. Barangsiapa jatuh kedalam apinya, ia mendapat pahala dan dihapuskan segala dosanya. Barangsiapa yang jatuh kedalam sungainya, ia mendapatkan dosa dan dihapuskan semua pahalanya'. Aku bertanya lagi, 'Seterusnya apa lagi?'. Baginda bersabda, 'Terjadilah kiamat'". 


Fakta:

Kata "debu" didalam riwayat diatas merupakan ungkapan yang merujuk kepada adanya kerosakkan didalam hati mereka. Maksudnya, secara lahiriah mereka menampakkan sikap rukun dan menyenangkan kepada kamu. Padahal didalam hati mereka tersimpan perasaan yang sangat keji dan busuk. Inilah sikap dan peribadi pemimpin-pemimpin akhir zaman yang ada bersama-sama kita sekarang ini.



BAB 168: JIKA ORANG MUSLIMIN BERBUNUHAN SESAMA MEREKA, KEDUA-DUA DIANTARA MEREKA ADALAH AHLI NERAKA.


Diriwayatkan oleh Muslim dari al-Ahnaf bin Qais bahawa ia bercerita, "Saya keluar untuk ikut memerangi orang-orang itu, Ditengah jalan aku bertemu dengan Abu Bakrah. Ia bertanya, 'Wahai Ahnaf, mahu kemana kamu?'. Aku menjawab, 'Aku ingin ikut membela Ali anak saudara Rasulullah itu'. Dia berkata, 'Kambalilah saja kamu, wahai Ahnaf. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Jika dua orang muslim berhadap-hadapan dengan pedang ditangan, maka yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama didalam Neraka'. Lalu kami (Abu Bakrah dan sahabat) bertanya, 'Wahai Rasulullah, ia wajar bagi yang mambunuh. Tetapi bagaimana pula nasib orang yang dibunuh?'. Baginda bersabda, 'Persoalannya, dia juga ingin membunuh sahabatnya itu'". Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari. Dalam riwayat yang lain disebut, "....Sesungguhnya ia juga ingin sekali membunuh sahabat yang membunuhnya itu". 


Fakta:

Menurut para Ulama Ahli Sunnah Wal- Jemaah, hadis diatas itu tidak bersangkutan atau tiada kena-mengena dengan peperangan diantara sahabat-sahabat Baginda setelah kewafatan Baginda. Ini berdasarkan firman Allah didalam surah al-Hujurat ayat 9 yang mafhumnya;
"Jika dua golongan diantara orang-orang Mukmin berperang-perangan, hendaklah kamu perdamaikan antara keduanya. Maka jika salah satu dari keduanya menginaya yang lainnya, hendaklah kamu perangi (golongan) yang aniaya, sehingga ia kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali, hendaklah perdamaikan antara keduanya dengan  keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang adil".

Didalam ayat ini Allah memerintahkan untuk memerangi golongan yang berbuat anaya. Ia juga bermaksud, jika seluruh kaum Muslimin tidak ada yang mahu memerangi mereka adalah dikira telah juga melanggar perintah Allah. Ini menunjukkan bahawa hadis Nabi saw iaitu, "Orang yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama di Neraka", tidak bersangkutan dan tiada kena-mengena dengan semua sahabat-sahabat Baginda, kerana mereka perperang hanyalah kerana perintah Allah dan untuk menegakkan kebenaran.

Menurut ath-Thabari, jika dalam setiap perselisihan yang melibatkan dua golongan kaum Muslimin setiap orang islam diwajibkan tidak boleh menghindarkan diri dengan hanya tinggal dirumah sahaja dan memusnahkan senjata-senjata mereka, tentulah hukum hadd menjadi tidak berguna dan kebatilan hanya dibiarkan begitu saja. Pekara ini akan membuka peluang kepada orang-orang munafiq dan orang-orang kafir berluas-luasa untuk menghalalkan harta kaum Muslimin untuk dirampas, sedangkan Allah telah mengharamkan harta-harta kaum Muslimin buat mereka. Orang-orang yang buruk akhlak (jahat) itu akan bebas menawan wanita-wanita kaum Muslimin, menumpahkan darah mereka dan melakukan kemungkaran-kemungkaran lain terhadap kaum Muslimin. Pekara itu akan pula menyebabkan kaum Muslimin (yang lemah) melarikan diri, bersembunyi dan takut untuk mempertahankan diri. Mereka akan berkata, "Ini adalah kekacauan dan kita dilarang ikut serta, kita disuruh untuk menghindarkan diri sahaja". Sikap kaum Muslimin seumpama ini juga telah melanggar sunnah dan sabda Baginda Rasulullah saw iaitu, "Peganglah (pimpinlah) tangan orang-orang (saudara seagamamu) yang lemah diantara kamu".

Menurut saya (Imam al-Qurthubi) , hadis Abu Bakar tersebut berlaku bagi peperangan untuk kepentingan-kepentingan duniawi sahaja. Itulah yang pernah dinyatakan oleh salah seorang guru saya sebagaimana yang dikutip oleh al-Bazzari, "Apabila kalian bertengkar demi kepentingan duniawi (hingga terjadi pekara bunuh membunuh), maka yang membunuh dan yand dibunuh sama-sama di Neraka".

Dalil lain yang membenarkan pekara itu ialah hadis riwayat Muslim didalam kitabnya yang bertajuk 'Shahih Muslim', dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, dunia ini belum juga akan lenyap sampai datang kepada manusia suatu hari dimana seorang yang membunuh tidak punya alasan kenapa ia membunuh, dan orang yang dibunuh juga tidak mengatahui sebab kenapa dia dibunuh'. Seorang sahabat bertanya, 'Bagaimana pekara itu boleh terjadi?'. Baginda bersabda, 'Al-Harj... orang yang membunuh dan orang yang dibunuh di Neraka'".

Hadis diatas tadi menjelaskan bahawa jikalau satu peristiwa pembunuhan bermotifkan urusan duniawi, atau berlatabelakangkan untuk memuaskan hawa nafsu, maka yang dibunuh juga masuk Neraka. Berbeza jikalau ia bermotifkan demi memperjuangkan haq-haq agama. Dalam peristiwa peperangan diantara sahabat-sahabat Rasulullah saw, biarlah apa pun yang telah berlaku kaum Muslimin seluruhnya tetap perlu akur dan menghargai perjuangan mereka, merekalah yang menyebarluaskan nilai-nilai akhlak yang baik dan umat Islam dilarang membicarakan kesalahan-kesalahan mereka kerana kita tidak berada disitu semasa peristiwa itu terjadi. Sudah tentulah kita tidak mengatahui duduk pekara yang sebenarnya dan kemelut yang berlaku. Kita juga dilarang untuk menuduh mana-mana pihak samaada ia dipihak yang benar atau yang salah, kerana dikuatiri akan menyebabkan tersebarnya fitnah. Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung sendiri telah memuji-muji mereka didalam kitab Nya al-Quran ul-Karim seperti dinyatakan dibeberapa ayat yang mafhumnya;

"Sesungguhnya Allah telah reda (suka) terhadap orang-orang Mukmin (mejoritinya adalah sahabat-sahabat Nabi saw), ketika mereka bai'ah (berjanji setia) dengan engkau (Nabi saw) dibawah pohon kayu, lalu Dia mengatahui apa-apa yang didalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan kedalam hati-hati mereka dan memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat". Ayat 18 Surah al-Fath.

"Muhammad itu adalah rasul (utusan) Allah. Orang-orang yang bersamanya (orang Mukmin) sangat keras terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka (orang-orang Mukmin), engkau lihat mereka itu rukuk (solat berjemaah), sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaannya. Tanda mereka itu adalah dimuka mereka kerana bekas sujud. Itulah sifat mereka didalam Taurat dan contoh mereka dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya (kecil lagi lemah), lalu bertambah kuat dan bertambah besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menajubkan orang-orang yang menanamnya (perumpaman bagi orang Islam yang pada mulanya sedikit lagi lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat), supaya Allah memarahkan (membangkitkan) orang-orang kafir disebabkan mereka. Allah telah menjanjikan keampunan dan pahala yang besar untuk orang-orang yang beriman (menjadi Islam) dan beramal soleh diantara mereka itu" . Ayat 29 surah al-Fath.

"Megapakah kamu tidak mahu menafkahkan (infaq, derma, zakat hartamu) pada jalan Allah, pada hal kepunyaan Allah pusaka langit dan bumi?.  Tidaklah sama diantara kamu, orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum menakluk (kota Mekah)(dengan orang lain). Mereka itu lebih besar darjatnya dari orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah (menakluk Mekah) itu. Tetapi masing-masing itu Allah telah janjikan pahala yang baik baginya. Allah Mahamengatahui apa-apa yang kamu kerjakan". Ayat 10 surah al-Haddid.

Pada hakikatnya semua sahabat Rasulullah saw itu sama, sekalipun diantara mereka ada yang lebih utama dan ada yang lebih dahulu beriman daripada sebahagian yang lain. Terdapat diantara mereka yang mengertikan hadis-hadis diatas tadi sebagai satu larangan secara umum. Sehingga mereka menjauhkan diri dari segala pertikian serta peperangan yang terjadi diantara sesama mereka. Tetapi ada pula sahabat yang pada mulanya menjauhikan diri seperti itu, kemudiannya mereka rasa menyesal atas perbuatan mereka. Contohnya seperti Abdullah bin Umar yang rasa menyesal kerana tidak turun membela Ali bin Abu Talib. Kekesalannya yang teramat sangat dilafaskan disaat-saat akhir hidupnya dengan mengatakan, "Tidak ada sesuatu yang paling aku kesalkan selain dari ketidak hadiran diriku tidak ikut memerangi golongan yang zalim". Maksudnya untuk memerangi pasokan golongan Mu'awiyah yang berlaku zalim dan fitnah.

Itulah pendapat yang benar menurut Islam kerana apabila suatu golongan itu melakukan kezaliman dengan sengaja dan terang-terangan, maka mereka wajib diperangi. Abdulrahman bin Azib mengatakan, "Dalam perangan Shaffin aku berada dipihak Ali bersama lapan ratus pasokan dari golongan sahabat yang pernah terlibat dalam peristiwa Baiaah Ridhwan (baiah dibawah pohon). Enam puluh tiga diantara mereka meninggal dunia dan salah seorang diantaranya ialah Ammar bin Yasir". 

Kemudian Abdulrahman as-Sulami bercerita, "Kami ikut hadir dalam Peperangan Shaffin dipihak Ali. Ditengah kemuncak peperangan itu aku melihat Ali selalu diikuti oleh semua sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw yang lain seolah-olah dia adalah pemimpin mereka. Pada saat itu aku mendengar ia berkata kepada Hasyim bin Utbah, 'Wahai Hasyim, majulah!, pada hari ini  syurga berada dibawah panji-panji yang dipersembahkan kepada Muhammad dan pasukannya. Demi Allah, sekalipun nanti mereka berjaya mengasak kita hingga kepuncak gunung, kita harus tetap yakin bahawa kitalah yang berada dipihak yang benar dan mereka berada dipihak yang batil (salah). Seterusnya dia memdandangkan sebuag syair;

'Dahulu kami berhasil memukul kamu dan... 
Sekarang pun kami berhasil memukul kamu lagi... 
Sebuah pukulan yang mematikan....
Atau biarkanlah kebenaran kembali pada jalannya....'
Pada saat itu aku melihat banyak sekali sahabat Nabi Muhammad yang gugur'". (lihat kitab Asad al-Ghabat, bab IV/ms. 134)

Ketika seorang Ulama tua yang ditanya berkenaan peperangan yang terjadi diantara sahabat, ia menjawab dengan memetik firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 134 yang mafhumnya;

"Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang telah mereka kerjakan dan untukmu apa-apa yang kamu ushakan, dan kamu tidak diperiksa tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan".

Pembicaraan mengenai pekara ini telah saya jelaskan dan perincikan didalam kitab saya (Imam al-Qurthubi) bertajuk: "Al-Jami Li Ahkam Al-Quran" berkenaan surah Hujurat. Yang benar adalah apa yang saya kemukakan pertama. Waallahua'lam...

Diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, "Ditengah-tengah sahabatku akan muncul sebuah fitnah kekecauan. Allah akan memberi keampunan kepada mereka kerana mereka adalah sahabatku. Kemudian, hal itu diikuti oleh satu kaum sesudah mereka yang masuk Neraka kerananya".



BAB 169: KEGANASAN ITU MUNCUL DARI DIRI MEREKA SENDIRI ATAS KEHENDAK ALLAH.


Allag berfirman didalam surah al-An'aam ayat 65 yang mafhumnya;

"Katakanlah: Dia berkuasa mengirimkan siksaan kepadamu dari atas (dikepala) mu atau dari bawah kakimu (bumi) atau Dia menjadikan kamu bergolongan-golongan sehingga setengah kamu merasa kesakitan daripada yang lain. Perhatikanlah, bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat, mudah-mudahan mereka memahaminya".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Tsauban bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah mengumpulkan bumi untukku, maka aku dapat melihat belahan bahagian timur dan belahan bahagian baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan mencapai apa yang dikumpulkan untukku itu. Dan aku diberi dua simpanan, iaitu yang kuning (emas) dan yang putih (perak). Aku memohon kepada Tuhanku untuk umatku agar Dia tidak menghancurkan mereka (umatku) dengan bincana menengalamkan mereka, dan tidak menguasa musuh terhadap mereka selain diri mereka sehingga musuh tadi akan merampas kejayaan mereka. Kemudian Allah berfirman, 'Wahai Muhammad, sesungguhnya jika Aku telah menetapkan satu ketetapan, maka tidak (boleh) ditolak. Sesungguhnya Aku memberikan kepada umatmu agar Aku tidak membinasakan mereka dengan menengelamkan mereka dan tidak akan memenangkan musuh (orang kafir) terhadap mereka yang akan merampas kejayaan mereka dari golongan mereka sendiri. Lalu musuh tidak boleh menghancurkan kesatuan mereka mesti pun orang-orang (kafir) disemua penjuru (dunia) bersatu menghadapi mereka dan menawan sebahagian yang lain'".

Riwayat Abu Daud menambah, bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya yang aku khawatirkan kepada umatku ialah para pemimpin yang menyesatkan. Apabila pedang telah diletakkan pada umatku, maka tidak akan diangkat dari mereka sehingga hari kiamat. Dan kiamat tidak akan hadir sehingga ada beberapa suku dari umatku yang bertemu dengan orang-orang musyrik (bersekutu dengan orang kafir) sehingga ada diantara umatku itu yang kembali menyembah patung-patung berhala (kerana dipisongkan akidahnya). Sesungguhnya akan muncul ditengah-tengah umatku tiga puluh orang pendusta yang semuanya mengaku sebagai nabi. Padahal akulah Nabi terakhir (yang diiutuskan Allah) dan tidak akan ada Nabi sama sekali setelah aku. Akan selalu ada diantara umatku segolongan orang yang setia menegakkan kebenaran tampa merasa takut terkena mudarat dari orang-orang yang menentang mereka hingga datang keputusan Allah". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia berkata, "Pada suatu hari Rasulullah menunaikan solat sunat cukup lama sekali. Selesai solat, kami para  sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Kenapa solat begitu lama ?'. Baginda bersabda, "Sesungguhnya aku tadi bersolat dalam keadaan mengharap yang sangat cemas. Aku bermohon kehadrat Allah tiga pekara untuk umatku. Allah mengkhabulkan dua dari permohonanku dan menolak satu permohonan. Aku memohon kepada Allah agar Dia berkenan tidak menguasakan musuh keatas mereka dan Dia mengkhabulkan permohonanku itu. Aku memohon agar Dia berkenan tidak membinasakan mereka dengan menengelamkan mereka, dan Dia mengkhabulkan permohonanku itu. Dan aku memohon agar Dia berkenan tidak menjadikan keganasan perang diantara mereka dan Dia menolak permohonanku itu".

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim dari Sa'ad bin Abu Waqqash bahawa pada suatu hari Rasulullah muncul dari al-Aliyah. Ketika sampai di Masjid Bani Mu'awiyah, baginda masuk dan menunaikan solat sunat dua rakaat dan kami pun ikut solat. Setelah berdoa cukup lama kepada Allah, baginda berpaling kearah kami dan bersabda, "Aku tadi memohon tiga pekara kepada Tuhanku. Dia mengkhabulkan dua permohonanku dan menolak yang satunya lagi. Aku memohon kepada Tuhanku agar Dia tidak membinasakan umatku dengan malapetaka (tenggelam dalam air banjir besar) yang melata, dan Dia mengkhabulkannya. Aku memohom agar Dia tidak menguasakan musuh keatas umatku, dan Dia mengkhabulkannya. Aku bermohon agar Dia tidak menjadikan keganasan perang diantara mereka, namun Dia menolaknya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi dan an-Nasai yang menilaikannya sebagai hadis saheh. Sedangkan lafaznya oleh an-Nasai.  

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi dari Khabbab ibnu Arat, salah seorang sahabat yang ikut perang didalam peperangan Badar bersama Rasulullah, bahawa selama sehari suntuk dia memerhatikan Rasulullah menunaikan solat sunat hingga kefajar. Setelah memberi salam, Khabbab datang menghampiri baginda dan berkata, "Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku, selama aku memerhatikan tuan melakukan ibadah solat yang belum pernah terjadi seperti sebelumnya". Baginda bersabda, ' Ya... memang benar. Itu adalah solat orang yang berharap dengan cemas. Dalam solat itu aku memohon kepada Allah tiga pekara untuk umatku. Dia mengabulkan dua pekara dan menolak yang satunya lagi. Aku memohon agar Dia tidak membinasakan umatku seperti Dia membinasakan umat-umat yang terdahulu (dengan malapetaka seperta banjir besar dll) dan Dia mengkhabulkannya.  Aku memohon kepada Tuhanku yang Mahamulia lagi Mahaagung agar Dia jangan menguasakan musuh (kafir) selain kita terhadap mereka, dan Dia mengkhabulkannya. Dan aku memohon kepada Tuhanku yang Mahamulia lagi Mahaagung supaya Dia jangan mencampurkan kita dalam golongan-golongan yang saling bermusuhan, dan Dia menolaknya'".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa ia berkata, "Rasulullah bercerita kepada kami, "Sesungguhnya menjelang hari kiamat nanti terjadi kekacauan'. Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah...Kekacauan apa?'. Baginda bersabda, 'Pembunuhan demi pembunuhan'. Sebahagian kaum muslimin berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya dalam setahun ini, kami telah membunuh orang-orang musyrik (kafir) sekian banyaknya'. Baginda bersabda, 'Bukan terbunuhnya orang-orang musyrik. Tetapi, kerana sebilangan dari kamu membunuh sebahagian yang lain. Sehingga, seseorang membunuh tetangganya, saudara sepupunya dan kerabatnya yang lain sendiri...'".



BAB 170: FITNAH-FITNAH KEKACAUAN YANG DIKABARKAN NABI SAW.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Hudzaifah bahawa ia berkata, "Rasulullah berdiri ditengah-tengah kami disuatu tempat. Baginda menceritakan apa saja yang akan terjadi hingga sampai hari kiamat nanti. Semua sahabatku mengatahui mereka. Namun, terkadang terjadi sesuatu yang telah aku lupakan. Apabila melihatnya, maka baru aku boleh mengingatinya. Sama seperti seseorang yang ingat wajah orang itu ketika tidak ada, namun apabila melihatnya ia terus boleh mengingatinya".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Huzaifah bahawa ia berkata, "Demi Allah, saya tidak tahu apakah sahabat-sahabatku benar-benar lupa ataukah mereka pura-pura lupa. Demi Allah, Rasulullah telah menjelaskan dengan sangat jelas tentang pembangkit fitnah hingga dunia akan berakhir, yang persertanya mencapai tiga ratus lebih. Bahkan, Rasulullah telah menyebutkan namanya, nama ayahnya dan nama sukunya".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Hudzaifah Ibnu Yaman bahawa ia berkata, "Dalam sebuah majlis dimana aku juga berada disana, Rasulullah bercerita kepada kami tentang fitnah-fitnah kekacauan sambil menghitungnya, 'Diantara fitnah-fitnah kekacauan tersebut ada tiga yang hampir-hampir tidak meninggalkan apa-apa, ada yang seperti angin kemarau dan diantaranya ada yang kecil dan besar'. Seterusnya semua orang meninggalkannya kecuali aku".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar bahawa ia berkata, "Kami sedang duduk disamping Rasulullah yang sedang menceritakan secara panjang lebar tentang fitnah-fitnah kekacauan, sehingga baginda menyebut berkenaan fitnah ahlas. Seorang sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, Apa itu fitnah ahlas?'. Baginda bersabda, 'Fitnah ahlas ialah satu bincana dimana orang saling menjauhkan diri kerana bermusuhan. Selanjutnya fitnah kejahatan yang muncul dari bawah telapak kaki seorang dari ahli keluargaku. Ia mengaku diriku (mengaku jadi nabi atau jadi rasul atau menjadi ahli baith) padahal ia bukan dariku (sunah yang diada-adakan), kerana sesungguhnya para penolongku adalah orang-orang yang bertakwa. Kemudian orang-orang berhimpun dan berbaiat (berbaiah) pada sesuatu yang naif (baiah kepada sesuatu kumpulan ajaran sesat atau yang tidak punya sanad kepada baginda atau mengadakan ajaran sendiri atau fahaman sendiri).

Seterusnya fitnah yang pasti menimpa dan menampar setiap orang dari umat ini. Apabila dikatakan telah tamat, ternyata fitnah itu masih terus menular. Ditengah-tengah fitnah tersebujt pagi seseorang masih beriman, menjelang petang dia telah menjadi kafir, atau paginya menjadi kafir menakala menjelang petang ia menjadi beriman. Sehingga manusia menjadi dua kelompok. Iaitu, kelompok manusia beriman yang suci dan tidak dinodai oleh kemunafikan sama sekali, kemudian manusia munafik yang tidak punya iman sama sekali. Jika keadaan telah menjadi seperti itu, maka kamu tunggu sajalah keluarnya Dajjal pada hari itu atau esoknya...".


FAKTA: 


Berkenaan ucapan Hudzaifah, "Rauslullah berdiri ditengah-tengah kami disuatu tempat". Didalam riwayat yang lain disebut pula "....Disebuah majlis". Merupakan ungkapan kebiasaan. Kemudian Abu Zaid berkata, "Rasulullah solat Subuh bersama kami lalu naik keatas mimbar dan bersyarah ditengah-tengah kami. Tiba waktu Zuhur baginda turun lalu solat kemudian naik mimbar dan bersyarah lagi ditengah-tengah kami. Tiba waktu Asar, baginda turun dan solat Asar kemudian naik semula keatas mimbar dan bersyarah lagi ditengah-tengah kami hingga terbenam matahari. Baginda memberitahu kami pekara-pekara yang akan terjadi dan yang pasti terjadi. Siapa diantara kami yang paling memerhatikan kesemua saranannya, dialah yang paling hafal". Demikian riwayat Muslim.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi sebuad hadis dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia berkata, "Pada Suatu hari Rasulullah solat berjemaah bersama kami. Selesai solat Baginda berdiri dan bersyarah. Baginda menceritakan kepada kami semua pekara yang akan terjadi hingga hari kiamat. Orang yang memerhatikannya ia akan hafal dan orang yang mengabaikannya ia akan lupa".

Berdasarkan hadis tadi, waktu baginda berdiri untuk menyampaikan syarahannya adalah sesudah waktu Asar, bukannya sebelum Asar. Ini bertentangan dengan riwayat-riwayat sebelumnya. Tetapi, boleh jadi juga apa yang berlaku itu didalam dua hari.  Maksudnya pada hari pertama baginda bersyarah sesudah Asar dan pada hari esoknya baginda bersyarah sepanjang hari. Iaitu setelah selesai waktu solat Subuh hinggalah terbenam matahari, seperti yang diketengahkan oleh Abu Zaid tadi.

Menurut al-Khatthabi, mengaitkan fitnah atau kekacauan dengan kata 'ahlas' yang bererti berdiam lama, kerana musibah itu mungkin akan berlaku dan menular berterusan cukup lama. Kata 'ahlas' juga bermaksud sesuatu yang sangat hitam. Pekara ini mungkin kerana semua bentuk fitnah kekacauan disifatkan sebagai hitam atau kegelapan. Hadis-hadis diatas itu tadi juga menunjukkan bahawa para sahabat-sahabat Nabi saw itu juga memiliki pengatahuan yang cukup mendalam tentang apa yang akan terjadi diseluruh alam Cakrawala ini (Ilmu Laduni) hingga hari kiamat nanti. Tetapi mereka tidak pernah menunjuk-nunjuk atau mempamirkan kebolehan ini dihalayak. Ini adalah kerana pekara-pekara itu tidak termasuk hadis-hadis yang bersangkutan dengan hukum, sehingga cukup untuk mereka ketahuinya sendiri sahaja. 

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Aku hafal dari Rasulullah dua macam pesanan. Salah satu darinya akan aku khabarkan (beritahu), dan yang satu lagi kalau aku katakan kepada kalian, akan putus lubang tengkorakku (dipancung oleh orang ramai)".

Kata 'fisthat' bererti kelompok, erti asalnya ialah sebuah tanda besar. Nama ini digunakan untuk sebuah kota di Mesir. Tetapi yang dimaksudkan didalam hadis tersebut ialah satu golongan atau kelompok manusia yang memisahkan diri mereka dari golongan-golongan lain. Sehingga, mereka disamakan seperti sebuah bendera yang terpisah dari bendera-bendera yang lain.



BAB 171: GELOMBANG FITNAH DAN KEKACAUAN SERTA UMAT NABI YANG BINASA DITANGAN BANI QURAISY.  

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Syaqiq dari Hudzaifah bahawa ia bercerita, "Kami sedang berkumpul dengan Umar Ibnu al-Khathab, kemudian ia bertanya, 'Siapa diantara kamu yang hafal hadis-hadis Rasulullah berkenaan dengan fitnah?'. Lalu aku menjawab, ' Saya!'. Umar berkata, 'Kalau begitu kamu adalah orang yang kuat daya ingatanmu. Bagaimanakah yang kamu dengar dari Baginda?'.  Aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Fitnah yang ditimbulkan oleh seseorang terhadap keluarganya, hartanya, mahu pun kepada jirantetangganya boleh dihapuskan dengan solat, puasa, sedakah jariah dan amal maaruf nahi mungkar (menyuruh berbuat baik dan melarang membuat jahat)'. Umar berkata, ' Bukannya itu yang saya maksudkan. Yang saya maksudkan ialah fitnah gelombang seperti golombang dilautan?'. Aku bertanya, 'Kenapa dengan gelombang fitnah itu dan apakah kaitannya denganmu, ya Amirulmukminin?. Padahal diantara gelombang dengan dirimu itu ada sebuah pintu yang terkunci rapat'. Umat bertanya lagi, 'Adakah pintu itu boleh dibuka atau dipecahkan?'. Aku menjawab, 'Harus dipecahkan saja'. Umar berkata, 'Kalau begitu, biarkan saja pintu itu terbuka, dan tak perlu dikunci langsung'. 

Kami bertanya kepada Hudzaifah, Apakah Umar mengatahui siapa yang menjadi pintu itu?'. Hudzaifah menjawab, 'Ya, sama dia mengatahui bahawa sebelum pagi pasti ada malam. Sesungguhnya saya telah menceritakan kepadanya sebuah hadis yang benar'. Oleh sebab kami takut bertanya kepada Hudzaifah berkenaan siapakah orang yang menjadi pintu itu, lalu kami katakan kepada Masruq, 'Tanyakanlah kepada Hudzaifah'. Akhirnya Hudzaifah berkata, 'Ia adalah Umar sendiri'". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan oleh al-Khathib Abu Bakar Ahmad bin Ali sebuah hadis dari Malik bin Anas bahawa suatu hari Umar ibnu al-Khathab menemui putri Ali bin Abu Thalib. Didapatinya gadis ini sedang menangis. Umar bertanya, "Mengapa kamu menangis?'. Gadis itu menjawab, 'Orang Yahudi itu (maksudnya Ka'ab al-Ahbar) mengatakan bahawa dikau adalah salah satu dari pintu Jahanam'. Umar berkata, 'Masyaallah!... Padahal aku mengharapkan mudah-mudahan Allah menciptakan aku sebagai orang yang berbahagia'. 

Lalu Umar pun pulang dan memanggil Ka'ab mengadap. Apabila dia sampai dihadapan Umar, dia terus berkata, 'Wahai Amirul Mukminin, demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, tidaklah berlalu bulan Dzulhijjah sebelum dikau masuk Syurga'. Umar bertanya, 'Apakah maksudmu?. Sebentar kau kata aku di Neraka dan sebentar di Syurga?'. Ka'ab menjawab, ' Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, dalam kitabullah sesungguhnya aku mendapati dikau sedang menghalang umat Islam dari jatuh kedalam Neraka. Dan sepeninggalan dikau kelak, mereka terus akan berjatuhan kedalam Neraka hingga hari kiamat'".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Amr bin Yahya bin Sa'id. dari datuknya bahawa ia bercerita, "Aku sedang bersama Abu Hudzaifah di Masjid Nabawi di Madinah. Marwan juga bersama kami ketika itu. Abu Hurairah berkata, 'Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Kehancuran umatku ditangan anak-anak muda kaum Quraisy'. Marwan berkata, 'Laknat Allah keatas mereka'. Abu Hurairah berkata, 'Seandainya kamu ingin aku menyebutkan Bani apa dan Bani siapakan mereka itu, tentu aku boleh menyebutkannya'. Suatu hari aku bersama datukku bertemu dengan Bani Marwan yang telah menawan Syaria. Melihat mereka masih muda-muda, datukku berkata, 'Barangkali mereka inilah yang termasuk apa yang disebutkan oleh Abu Hurairah'. Maka aku berkata, 'Kan atok lebih tahu'". 

Diriwayatkan oleh Muslim didalam kitannya bertajuk 'Sahih Muslim' sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, "Umatku binasa oleh suku dari Quraisy ini". Abu Hurairah bertanya, "Lalu apa yang baginda mahu kami lakukan?". Baginda bersabda, "Seandainya kamu semua mahu menjauhkan diri dari mereka".


FAKTA:

Menurut para Ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah, hadis tadi menunjukkan bahawa Abu Hurairah memiliki pengatahuan yang luas tentang fitnah kekacauan. Bahkan dia mampu menyebutkan siapa sebenarnya yang menjadi sumbernya. Buktinya, ia berani menyebutkan, "Kalau kamu mahu, aku boleh sebutkan kepada kamu bahawa mereka dari Bani apa dan Bani siapa". Tetapi ia memilih untuk berdiam diri saja bagi menghindarkan kekacauan yang lebih besar lagi.

Dari beberapa pemerhatian yang disampaikan, mereka adalah Yazid bin Mu'awiyah, Ubaidillah bin Ziyad dan beberapa penguasa dari dinasti Bani Umayyah (Quarisy) lainnya. Merekalah yang menjadi sumber terbunuhnya keluarga serta anak cucu Rasulullah saw, tokoh-tokoh pilihan kaum Muhajirin serta kaum Anshar baik yang berada di Mekah, di Madinah mahupun ditempat-tempat lain. Sudah tidak boleh disembunyikan lagi apa yang telah dilakukan oleh al-Hajjaj dan Sulaiman bin Abdul Malik iaitu perbuatan anak cucu mereka. Mereka telah merampas harta benda dan pembunuhan penduduk-penduduk tanah Hijjah, Iraq dan negara-negara lainnya. Sekarang ini termasuklah yang belaku di Syaria dan Semananjung Arab keseluruhannya. 

Secara keseluruhannya Bani Quraisy atau Bani Umayyah inilah orang-orang yang memegang pesan Nabi saw terhadap anggota keluarga dan anak cucu cicit baginda (maksudnya berjanji untuk memelihara keturunan Baginda), tetapi merekalah yang kemudiannya menentang dan mendurhakai amanat tersebut. Pekara ini boleh diperhatikan melalui sorotan sejarah pembunuhan-pembunuhan yang telah mereka lakukan terhadap anggota keluarga Nabi saw, menghina kaum wanitanya, menawan anak-anaknya, menghancurkan rumah-rumah yang mereka diami, menoda kehormatan dan kemuliaan mereka. Inilah kekejaman serta tindakan sewenang-wenangnya yang telah mereka lakukan terhadap keluarga Baginda. Bahkan mereka sanggup menentang pesan, amanat, keinginan dan harapan Baginda Rasulullah itu sendiri. Kelak dihari kiamat, ketika dihadapan Allah Rabuljalil, semua perbuatan, semua pencabulan, semua aib dan semua keburukan akhlak mereka itu akan terbuka dengan nyata dan jelas sekali. Disinilah baru kamu semua akan tahu azab yang bakal kamu terima akibat mendurhakai perintah Nabi Muhammad saw. Azab yang paling dahsyat yang bakal kamu terima kerana Allah telah memberi amaranNya dan telah pun berjanji didalam Quran akan membela Nabi-nabi dan Rasul-rasul Nya kelak. Tiada siapa yang akan terlepas walau selicik mana pun kamu sewaktu didunia. Semoga Allah merahamati Baginda dan seluruh kaum keluarganya.



BAB 172: PERISTIWA PEMBUNUHAN SAIDINA HUSSIN BIN ALI ra.

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Sa'id bin Utsman as-Sakan, dari Abu Abdullah Husin bin Ismail, dari Muhammad bin Ibrahim al-Halwani, dari Ibnu Sakan, dari Abu Bakar Muhammad bin Muhammad bin Ismail, dari Ahmad bin Abdullah bin Abdullah bin Ziyad al- Haddad, dari Sa'id bin Abdul Malik bin Waqid, dari Atha' bin Muslim, dari Asy'ats bin Syuhaim, dari ayahnya, dari Anas ibnu Harith bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya cucuku ini akan dibunuh disebuah wilayah di Iraq. Barangsiapa diantara kamu mendapatinya, hendaklah kamu membelanya". Akhirnya, Anas ibnu Harith turut terbunuh bersama-sama Husain bin Ali ra.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad didalam kitabnya bertajuk 'Musnad Ahmad', dari Mu'ammal, dari Umarah bin Zadzan, dari Tasbit, dari Anas bahawa ia berkata, "Sesungguhnya Malik al-Mathar meminta izin untuk bertemu Nabi saw dan beliau dibenarkan masuk. Baginda menyuruh isterinya Ummu Salamah untuk menutup pintu supaya tidak diganggu sesiapa. Tidak lama kemudian, Husain masuk. Ummu Salamah cuba melarangnya tetapi anak itu melompat masuk dan terus berpaut dibelakang sambil memeluk bahu dan leher Baginda.

Malik al-Mathar bertanya kepada Nabi saw, 'Wahai Rasulullah, anda mencintainya?' Baginda menjawab, 'Ya!... umatmu akan membunuhnya. Jika kamu mahu akan aku tunjukan tempat dimana ia akan dibunuh'. Baginda memberi isyarat kepada isterinya Ummu Salamah untuk mengambil buah tanggan yang dibawa oleh Malik, iaitu berupa buah tin yang berwarna merah. Ummu Salamah mengambil dengan memasukkan ia kedalam tudung kepalanya dan diberi kepada Nabi". Kata Tsabit, 'Aku mendengar tempat itu adalah Karbala".

Mush'ab bin Zubair bercerita, "Husain menunaikan haji sebanyak dua puluh lima kali dengan berjalan kaki". Didalam hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad disebutkan berkenaan Hasan dan Husain, Nabi pernah bersabda, 'Sesungguhnya mereka berdua adalah pemimpin anak-anak muda penduduk Syurga". Baginda juga pernah bersabda dalam hadis riwayat Bukhari, 'Mereka berdua ini adalah sepasang pohon beraroma harum milikku didunia ini'".

Setiap kali Baginda terpandang kepada kedua cucunya itu, Nabi saw akan kelihatan riang-ria dengan wajah berseri-seri. Baginda suka sekali mendokong mereka itu.

Diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa pada suatu hari Hasan dan Husain masuk kedalam Masjid ketika Nabi saw sedang bersyarah diatas mimbar. Baginda tiba-tiba berhenti berucap dan turun dari mimbar untuk mendokong mereka dan membewa mereka naik keatas mimbar. Baginda bersabda, "Aku tidak boleh menahan diriku apabila melihat kedua-dua anak ini". 

Masih berkenaan putra Ali bin Abu Thalib berdua itu. Nabi saw pernah berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya aku mencintai kedua-dua cucuku ini dan juga mencintai sesiapa pun yang mencintai mereka". Demikian hadis riwayat Thabrani.

SAIDINA HUSAIN BIN ALI ra. DIBUNUH PADA HARI JUMAAT TANGGAL SEPULUH MUHARAM TAHUN ENAM PULUH SATU HIJRAH DIPADANG KARBALA, DEKAT SEBUAH TEMPAT BERNAMA LUTHAF DIWALAYAH KUFFAH, IRAQ.

Menurut para Ulama ahli sejarah, pada tahun enam puluh hijrah ketika Mu'awiyah meninggal dunia, dan Yazid menggantikannya sebagai Khalifah, semantara pada waktu itu Walid bin Uthbah ditugaskan untuk menekan penduduk Madinah supaya mahu membaiat (sumpah taat setia) Yazid. Malam-malam dia mengutus seorang soldadu (tentera) untuk membawa Husain bin Ali ra. dan Abdullah ibnu Zubair. Setelah kedua-duanya hadir, Yazid berkata, "Berbaiatlah kamu?". Kedua-duanya menjawab, "Orang seperti kami tidak barbaiat secara sembunyi-sembunyi begini. Tetapi kami akan berbaiat dihadapan halayak ramai esok hari". Lalu mereka pulang kerumah mereka masing-masing.

Pada malam itu juga mereka (Husain dan Abdullah) serta keluarga mereka berangkat ke Mekah. Husain tinggal diMekah selama empat bulan, iaitu bermula dari bulan Sya'ban hingga ke bulan Dzulqa'idah. Pada hari Tarwiyah atau tarikh lapan Dzulqa'idah, Husain pun berangkat ke Kuffah. Mendengar berita itu, Abdullah bin Ziyad segera mengutus sekumpulan pasukan tentera berkuda dengan dipimpin Amr bin Sa'ad bin Abu Waqqash untuk memburu Husain dan rombongannya. Mereka akhirnya berjaya mengepong Husain disebuah padang di Karbala. 

Dikabarkan kononnya Abdullah bin Ziyad mengirim surat kepada al-Har bin Yazid ar-Riyahi untuk menengkap Husain. Seterusnya ia meminta bantuan Amr bin Sa'ad untuk mengirimkan empat ribu tentera bagi melaksanakan misi jahatnya itu. Jumlah tentera terus bertambah mencapai kepada empat puluh dua ribu orang. Amr bin Sa'ad dijanjikan kekuasaan dikota Rai dan orang fasiq ini sedia menerima tugas jahat daripada Yazid itu.

Dengan kejam dan tindakan tidak berperikemanusiaan, orang-orang terkutuk tersebut menyeksa Husain dan keluarganya selama beberapa hari, hinggalah mereka meninggal dunia pada hari Juamaat atau hari Sabtu tarikh sepuluh Muharram. Menurut Ibnu Abdul Barr, tragedi itu terjadi pada hari Ahad bertarikh sepuluh Muharram dipadang Karbala yang termasuk diwilayah Kuffah. Menurut Zubair bin Bakkar, ketika itu Husain berumur lima puluh enam tahun. Ia lahir didalam bulah Sya'ban tahun empat hijrah bersamaan dengan terjadinya peperangan Dzatu Raqa' iaitu waktu umat islam dibolehkan mengqasar dan menjamakkan solat. Juga peristiwa penikahan Nabi saw dengan Ummu Salamah.

Para Ulama ahli sejarah sepakat bahawa Husain dibunuh pada hari Asyura atau tanggal sepuluh Muharram tahun enam puluh satu hijrah. Tahun ini juga dikenali dengan nama 'tahun kesedihan' atau 'am al-huzni dalam bahasa arabnya. Ikut terbunuh bersama-sama Husain ialah seramai lapan puluh dua orang sahabatnya setelah mereka bertempur bermati-matian. Antaranya ialah al-Hirru bin Yazid sahabat yang paling setia menamani beliau dimana saja. Kemudian seluruh anak-anak Husain juga dibunuh kecuali yang bernama Ali kemudiannya ia dikenali dengan nama Zainal Abidin. Pada waktu itu ia sedang sakit. Setelah kematian Husain (ayahnya), ia ditangkap sebagai tawanan. Selain itu ramai juga saudara-saudara Husain, anak-anak bapa saudaranya yang menjadi korban pembunuhan.

Kata Jaafar ash-Shadiq, pada jasad Husain terdapat tiga puluh tiga kesan tusukan pedang dan empat puluh tiga kesan tusukan lembing. Para Ulama berselisih pendapat mengenai siapakah yang telah membunuh Husain iaitu cucu Nabi saw yang paling baginda sayang. Menurut keterangan penduduk Kuffah seperti yang diambil oleh Yahya bin Muain, orang yang membunuh Husain adalah Amr bin Sa'ad. Pada pandangan Ibnu Abdul Barr, jika Amr bin Sa'ad diyakini sebagai pembunuh Husain, ia adalah bertepatan sekali kerana dialah yang memimpin pasukan tentera berkuda upahan dari Ubaidillah bin Ziyad untuk membunuh Husain. Untuk memastikan tujuan membunuh itu berhasil, dia dijanjikan kedudukan sebagai penguasa di kota Rai, Iraq.

Didalam pasukan tentera berkuda upahan itu termasuklah penduduk dari Mesir dan Yaman. Dikatakan juga bahawa Sulaiman bin Fitnah al-Khaza'i ikut berkomplot dalam pembunuhan tersebut. Tetapi terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa pembunuh Husain bin Ali ra adalah Sinan bin Abu Sinan an-Nakh'i. Mush'ab memberi pendapat yang sama. Menurutnya, Husain bin Ali ra telah dibunuh oleh Sinan bin Abu Sinan an-Nakh'i, iaitu datuk Syarik al-Qadhi.

Menurut Khalifah bin Khayyath seperti yang dipetik oleh Ibnu Abdul Barr didalam kitabnya bertajuk 'Al-Isti'ab' yang memperkukuhkan lagi pendapat bahawa pembunuh Husain bin Ali ra. adalah Syamr bin Dzil Jausyan dan komander pasukan Amr bin Sa'ad. Khaulah bin Yazid al-Ashbahi menyambut kedatangan Syamr yang membawa kepala Husain lalu menyerahkannya kepada Ubaidillah bin Ziyad.

Ada yang menyatakan bahawa yang berjaya membawa kepala Husain adalah Bisyri bin Malik al-Kindi. Dengan bangganya ia menyerahkannya kepada Ubaidillah bin Ziyad. Tetapi ia merasa tersinggung dengan ucapan Bisyri yang dirangkaikan didalam beberapa bait-bait syair. Kerana terlalu marah ia tidak jadi memberi imbuhan kepada Bisyri. Sebaleknya dia mengajar dan memukul Bisyri habis-habisan dan membunuhnya. Kemudian ada pula yang mengatakan bahawa Yazid bin Mu'awiyah akhirnya berjaya membunuh orang yang membunuh Husain.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, dari Abdulrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah, dari Ammar bin Abu Ammar, dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata, "Tengahhari aku pernah melihat Rasulullah dengan rambut kusut dan membawa sebatang tombak berlumuran darah yang baginda temui dijalanan. Baginda memerhatikan bahagian tajam tombak itu. Aku bertanya kepada baginda, 'Wahai Rasulullah, apa tu?'. Baginda menjawab, 'Darah Husain dan kawan-kawannya'. Semenjak dari hari itu, aku selalu memerhatikan Husain'. Kata Ammar, 'Aku berusaha mengingatkan hari itu, dan ternyata apa yang Rasulullah katakan terbukti menjadi kenyataan'".

Pada hari yang hitam dalam sejarah Islam itu, segrombolan pasukan tentera berkuda mengiringi sebahagian besar anak cucu cicit Rasulullah, seperti mengiringi tawanan perang. Ketika melalui kota Kuffah, orang ramai keluar dari rumah untuk melihatnya. Mereka melihat diantara orang-orang yang diiring itu, iaitu Ali bin Husain (Zainal Abidin) yang waktu itu sedang sakit dan tanggannya diikatkan pada leher, kemudian Zainab binti Ali ra. adik wanitanya Ummu Kaltsum, Fatimah, Sakinah binti Husain dan yang lainnya. Angota keluarga Nabi saw itu diiringi oleh pasukan tentera berkuda yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Diriwayatkan oleh Fathar, dari Mundzir ats-Tsauri, dari Muhammad ibnu Hanafiyah bahawa ia berkata, "Selain Husain, turut terbunuh ialah tujuh belas lagi orang lainnya. Mereka semua terdiri dari anak cucu Fatimah". Demikian yang diriwayatkan oleh Thabrani.

Diriwayatkan oleh Abu Umar alias Abdul Barr, dari Hasan al-Bashri bahawa ia berkata, "Selain Husain, turut terkorban dalam peristiwa pembunuhan tersebut sebanyak enam belas orang keluarganya. Sungguh merupakan satu kemusnahan yang belum pernah terjadi diatas muka bumi ini waktu itu dan ia tiada duanya".

Menurut riwayat oleh Ibnu Barr didalam kitabnya bertajuk 'Astar Sahih'. Husin dibunuh bersama anak, saudara, dan angota keluarganya yang lain berjumlah dua puluh tiga orang kesemuanya.

Disebutkan didalam 'Sahih Bukhari' kitab Riwayat Hidup Anas bin Malik bahawa Ubaidillah bin Ziyad datang dengan membawa kepala Husain yang dimasukkan kedalam sebuah bekas lalu ia melemparkannya (dilambung-lambungkan). Wajah Husain tetap juga sangat tampan. Dialah yang paling mirip wajah Rasulullah diantara keturunan baginda yang lain.

Seterusnya Ubaidillah bin Ziyad menyuruh untuk dicucukkan kepala Husain dengan sebilah tombak untuk diangkat tinggi-tinggi. Oleh kerana merasa tersangat ngeri, maka semua orang mengundur dan menjauhinya. Mereka tidak tergamak untuk melakukannya. Tiba-tiba hadir seorang lelaki bernama Thariq ibnu Mubarak sedia melakukannya. Akhirnya kepala Husain ditusuk dengan tombak dan dipacakkan dihadapan pintu rumah Ubaidillah. Setelah itu Ubaidillah mengumumkan supaya semua orang berkumpul dihadapan Masjid Jami. Ia kemudiannya memberikan ucapan dihadapan seluruh manusia disitu yang tidak layak dikutip dan sangat tidak sopan untuk didengar. Selesai berucap, ia memanggil Ziyad bin Harban al-Ju'fi lalu menyerahkan bahagian kepala Husain, kepala saudara-saudaranya, kepala anggota keluarganya yang lain dan termasuklah kepala sahabat-sahabatnya.

Seterusnya Ali bin Husain (Zainal Abidin) dan saudara-saudaranya diserahkan kepada Yazid. Setelah mereka dimasukkan kedalam kurungan (diatas kereta kuda) mereka dibawa ke Masjid sebagai tawanan. Orang-orang dari seluruh pelusuk negeri berasak-asak ingin melihatnya. Bahkan dikatakan ada yang datang dari Damaskus. Mereka lalu ditempatkan disatu ruang dekat tangga  pintu Masjid yang bersebelahan dengan tempat tawanan dikurung.

Bahagian kepala Husain diletakkan dihadapan Yazid. Kemudian dimasukkan kedalam sebuah bekas yang diperbuat dari emas, ia kemudian berucap kepada para hadirin dengan ucapan yang sungguh keji dan tidak perlu diketahui langsung. Selesai berucap, ia memanggil anak buahnya bernama Khalid bin Afran untuk membawa kepala Husain bagi disalib dan dipertontonkan kepada masyarakat di Syria. Selesai melakukan tugas itu, Khalid bersembunyikan diri dari sahabat-sahabat Husain yang terdiri dari tokoh-tokoh Tabi'in. Mereka mencarinya sekian lama, kemudian mereka berjaya menemui Khalid. Ketika ia ditanya mengapa dia bersembunyi, ia menjawab kerana ia merasa takut.

Para Ulama ahli sejarah berselisih pendapat mengenai dimana bahagian kepala Husain diletakkan dan dibawa kenegara mana?. Menurut pendapat paling sahih diantara semua pendapat ialah yang diketengahkan oleh Al-Hafiz Abu A'la al-Hamdzani, mengatakan bahawa ketika bahagian kepala Husain diserahkan kepada Yazid, ia memerintahkan supaya dibawa ke Madinah. Di kota ini seluruh anggota keluarga keturunan Bani Hasyim dan Bani Abu Sufyan dipaksa untuk melihatnya.

Seterusnya bahagian kepala Husain ini diserahkan kepada Amr bin Sa'ad ibnu 'Ash selaku Gabenur Madinah waktu itu. Tetapi beliau mengatakan, "Aku lebih suka jukalau kepala Husain itu tidak dikirimkan kepadaku". Lalu ia memerintahkan supaya bahagian kepala Husain itu dikafankan dan dikebumikan dimakam Baqi bersebelahan makam Ibunya Fatimah. Pendapat ini bersumber dari keterangan Zubair bin Bakkar sebagai orang yang paling tahu dalam masaalah ini, dan dia mendapat cerita daripada Muhammad bin Hasan al-Makhzumi.

Menurut orang-orang yang berfahaman Syiah Imamiah (pendapat yang paling mengarut sekali), kepala Husain itu dikembalikan semula kejasadnya yang berada di Karbala setelah empat puluh hari selepas ia dipancung dan diarak keliling negara. Hari itu dinamakan hari kunjungan atau peristiwa kunjungan yang diraikan oleh masyarakat Syiah di Iraq. Jadi pendapat ini dan juga pendapat yang mengatakan bahawa ia dimakamkan di makam Asfalan atau juga makam di Kairo Mesir adalah pendapat yang mengelirukan dan tidak boleh diterima oleh mejoriti umat Islam terutama pemegang kuat mazhab ASWJ.

Allah telah membalas perbuatan orang-orang yang berlaku zalim dan membunuh Saidina Husain bin Ali ra. Kerana perbuatan mereka yang sangat kejam, culas dan tidak berperikemanusiaan itu, maka Allah kurniakan kesedihan, kecemasan, ketakutan dihati-hati mereka cukup lama. Enam tahun setelah peristiwa Saidina Husain terbunuh, Khalifah Mukthar berhasil memenggal kepala-kepala mereka itu kemudian kepala-kepala mereka itu dibawa ke Madinah dan dipersembahkan kepada dua orang anak Saidina Husain yang terselamat dari peristiwa itu. Yang terakhir ialah mereka memencung kepala Amr bin Sa'ad dan semua pengikutnya kemudian dicurahkan air panas bergelas-gelas diatas luka kepala-kepala mereka dan badan-badan mereka hingga rupanya tidak dapat dikenali lagi. Itu baru seksaan didunia, manakala seksaan diakhirat yang teramat pedih pula menanti mereka setelah mereka dihadapkan kehadrat Allah Rabuljalil. Allah yang Mahakuasa lagi Mahamengatahui telah berfirman didalam surah ar-Rahman ayat 41 yang mafhumnya;

"Maka, diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubuh mereka dan tapak kaki mereka (dilontar kedalam Neraka)".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Washil bin Abed al-A'la, dari Abu Mu'awiyah, dari al-A'masy, dari Ummarah bin Umairah bahawa ia berkata, "Ketika bahagian kepala Ubaidillah bin Ziyad berserta semua pengikut-pengikut dan ahli keluarganya tiba, ia terus digantung tinggi-tinggi dihalaman Masjid secara beramai-ramai. Ketika aku mahu mendekatinya, tiba-tiba kedengaran mereka berteriak, 'Ia sudah datang!'. Tiba-tiba muncul seekor ular merempuh dicelah-celah manusia ramai itu, kemudian ia masuk kedalam tengkorak-tengkorak Ubaidillah bin Ziyad. Setelah berhenti sejenak dan menghilang. Kemudian aku lalu berundur dari situ. Dari kejauhan aku masih mendengar teriakkan manusia, 'Ia sudah datang!'... 'Ia sudah datang'. Kejadian ini berulang dua hingga tiga kali'".

Menurut pandangan Ulama Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ), pekara ini adalah merupakan balasan yang dikurniakan oleh Allah diatas dunia ini setimpal dengan perbuatan mereka-mereka itu.  Ini baru bentuk balasan seksaan permulaan sahaja, kerana Allah telah mengurniakan kekuasaan kepada Khalifah Mukhtar keatas mereka dan berjaya membunuh dan menghantar mereka kedalam Neraka Allah.

Pada suatu ketika (setelah kematian Husain), Amir Madhaj bin Ibrahim bin Malik berhadapan dengan Ubaidillah bin Ziyad sekitar lima farsakah (kira-kira lima kilometer) dari walayah al-Mushil. Waktu itu Ubaidillah bin Ziyad membawa tentera seramai tiga puluh tiga ribu orang, manakala Amir Madhaj hanya membawa pasukan dengan kekuatan dua puluh ribu anggota tentera sahaja. Ketika berlakunya pertempuran yang sangat sengit, Ibrahim melihat seorang penunggang kuda dengan pakaian yang sangat mewah dengan penamprilan sangat bongkak dan sombong. Ia juga memakai bauan yang sangat harum sambil ditanggannya memegang lembaran pelana yang dibuat dari emas.

Ibrahim segera mendekatinya, bukan kerana apa, tetapi ia ingin mendapatkan lembaran pelana emas dan juga kuda miliknya saja. Apabila ada saja ruang, Ibrahim melancarkan serangan terus kepadanya dan berjaya membunuh dan mematikan sipenunggang kuda mewah itu. Ia berhasil mendapatkan lembaran pelana emas itu tetapi tidak berjaya menangkap kudanya. Tidak ada sesiapa yang melihat kejadian itu kerana keadaan yang sangat gelap oleh kepulan debu tebal yang berterbangan. Kuda itu berlari memijak-mijak mayat yang bergelimpangan dari pasukan Iraq yang terbunuh seramai tiga puluh tiga orang, semantara dipasukan Syria lebih ramai lagi.

Keesokan harinya, Amir Ibrahim mendapatkan kuda itu yang berjaya ditangkap oleh tenteranya. Ketika itulah baru dia mengatahui bahawa orang yang dibunuh itu ialah Ubaidillah bin Ziyad, serta merta ia melakukan sujud syukur kerana ia sangat bersyukur kehadrat Allah atas pertolongan Nya mereka berjaya mengalahkan tentera Ubaidillah yang sangat jahat itu. Ia bertambah bersyukur kerana dapat membunuh hampir kesemua bala tentera musuh dan dipihaknya hanya sedikit korban sahaja. 

Berkata Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), "Cerita ini dipetik dari kitab 'Maraj al-Bahrain Fi Mazayid al-Musyriqin wa al-Maghribin' karangan al-Hafiz Abu Khaththab bin Dahyat".


FAKTA: 

Sebelum kekejaman yang dilakukan oleh Ubaidillah bin Ziyad ini, telah terdahulu terjadinya peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Basir bin Arthat al-Amiri. Ia telah menjatuhkan dan memijak-mijak kehormatan umat Islam dengan membunuh banyak kaum Muslimin secara kejam dan ini termasuklah kaum kerabat keluarga terdekat Rasulullah saw. Dia jugalah yang sanggup menyembelih dua putra Ubaidillah bin Abbas bin Abdul Mutalib. Ketika kanak-kanak itu masih kecil yang sedang bermain dihalaman rumah mereka ditangkap dan disembelih dihadapan ibu mereka. Apabila ibu mereka ingin melindungi mereka, ia juga turut terbunuh disitu. 

Sebuah hadis yang cukup panjang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah didalam kitabnya bertajuk, 'Musnaf Ibnu Syaibah'. Dituliskan, "...Abu Dzar al-Ghifari, salah seorang sahabat Rasulullah, berdoa memohon perlindungan dari keburukan hari malapetaka dan hari aurat, dalam solat yang ia tunaikan cukup lama ketika berdiri, ketika ruku' dan ketika sujud. Kami bertanya kepadanya, 'Apa yang kau pohonkan dan untuk apa permohonanmu itu?'. Dia menjawab, 'Aku memohon perlindungan Allah dari keburukan hari malapetaka dan hari aurat. Kelak kaum wanita-wanita islam akan memakai pakaian yang menampakkan dengan jelas betis-betis mereka. Siapa diantara mereka yang berbetis lebih besar dan gebu, dimana kaum lelaki akan membelinya kerana betisnya itu. Aku tadi berdoa supaya aku tidak termasuk didalam zaman seperti itu, tetapi barangkali kamu akan menghadapinya'". 

Diriwayatkan oleh Abu Umar bin Abdul Barr, dari al-Khathbi alias Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad Ismail bin Muhammad al-Khathbi, dari Muhammad bin Mu'min bin Hammad, dari Salman bin Abu Syaikh, dari Muhammad bin Abdul Hakam, dari Awanah bahawa ia bercerita, "Setelah melakukan pengubahsuaian pemerintahan, Mu'awiyah menghantar Bisri bin Arthat membawa pasukan tenteranya dari Syria ke Madinah. Pada waktu itu yang menjadi wakil Saidina Ali menjadi Gabenor Madinah ialah Abu Ayyub al-Anshari yang juga salah seorang sahabat Rasulullah. Apabila mengatahui tentera Bisir memasuki Madinah, Ayyub meninggalkan Madinah dan pergi bertemu Saidina Ali. Bila Bisir masuk saja kedalam kota Madinah, ia terus menaiki membar dan berkata, 'Mana orang tua itu ?, (maksudnya Saidina Othman bin Affan) yang telah aku pesan untuk bertemu aku disini ?. Wahai penduduk Madinah, seandainya Mu'awiyah tidak berpesan kepadaku nescaya akan aku bunuh semua orang-orang dewasa yang berada disini. Sekarang berbaiatlah kamu kepada Mu'awiyah'.  

Seterusnya Bisir bin Arthat mengirim surat kepada keluarga besar Bani Salamah yang isinya menyebut, ' Aku mahupun Mu'awiyah tidak boleh menjamin keselamatan kamu semua, kecuali jika kamu menyerahkan Jabir kepadaku'. Jabir yang menerima berita itu terus berangkat ke Syria untuk bertemu Ummu Salamah isteri Nabi saw. Ia bertanya, 'Bagaimana pendapatmu wahai Ibu Mukminin?. Aku sebenarnya khuwatir akan dibunuh dan jika aku berbaiat, ia adalah sesat?'. Jawab Ummu Salamah, 'Menurut pendapatku, lebih baik kamu berbaiat saja demi keselamatanmu. Aku juga sudah menyuruh anakku Umar bin Abu Salamah untuk berbaiat'. Atas saranan Ummu Salamah itu, Jabir lalu pergi menemui Bisir untuk menyatakan baiat kepada Mu'awiyah.

Setelah merasakan kedudukannya telah cukup kuat di Madinah, Bisir kemudiannya berangkat keMekah untuk menemui Abu Musa al-Asy'ari untuk dipaksa berbaiat dengan Mu'awiyah. Bimbang akan keselamatan dirinya, Abu Musa al-Asy'ari pun terpaksa melarikan diri, sedangkan menurut pengakuan Bisir, dia tidak bermaksud membunuhnya kerana Saidina Ali telah pun dipecat dan ia tidak mahu menuntut apa-apa lagi. 

Seterusnya Abu Musa mengirim surat ke Yaman untuk mengberitahu bahawa pasukan tentera Mu'awiyah pimpinan Bisir sedang menuju Yaman dan akan membunuh sesiapa saja yang menolak pengakuan pemerintahan Mu'awiyah. Bisir tiba di Yaman semasa Gabenor Ubaidillah bin Abbas mentadbir Yaman atas perlantikan Saidina Ali. Apabila mendengar kedatangan tentera Bisir, Ubaidillah bin Abbas pula melarikan diri ke Kuffah dan memujuk al-Haritsi mengantikannya. Tetapi, dalam perjalanan Ubaidillah dapat ditangkap oleh Bisir dan membunuhnya berserta seluruh ahli keluarganya. Bahkan putranya yang masih kecil pun sanggup dibunuh oleh Bisir. Setelah itu Bisir kembali ke Syria.

Diriwayatkan oleh Abu Umar asy-Syaibani bahawa ia bercerita, "Mu'awiyah menugaskan Bisir bin Arthat untuk membunuh para pengikut Saidina Ali. Tiba di Madinah ia membunuh kedua-dua putra Ubaidillah bin Abbas. Penduduk Madinah melarikan diri keperkampungan Bani Sulaim. Bisir terus memburu mereka. Ia membunuh beberapa orang diantara mereka dan menawan kaum wanita. Kaum wanita inilah yang pertama menjadi tawanan perang dalam sejarah islam. Bisir juga turut membunuh beberapa orang dari keturunan Bani Sa'ad".

Terdapat percanggahan pendapat mengenai tempat terbunuhnya kedua-dua putra Ubaidillah ibnu Abbas itu. Adakah ia dibunuh di Madinah, atau di Mekah atau di Yaman?. Persoalannya tanggan kanan Mu'awiyah itu telah memasuki ketiga-tiga tempat itu. Disana mereka membuat kekacauan, melakukan tindakan-tindakan memerasugut rakyat, mereka menentang Saidina Ali secara terang-terangan dan menguasai anggota keluarga Nabi saw yang dihormati, serta membunuh dan menghapuskan mereka dengan kejam.

Pada tahun empat puluh Hijrah, Mu'awiyah yang mengutus Bisir ke Yaman yang pada waktu itu sedang ditadbir oleh Gabenor Ubaidillah bin Abbas iaitu adek kepada Abdullah ibnu Abbas. Sepeninggalan Ubaidillah (yang telah dibunuh) wilayah Yaman ditadbir oleh Bisir. Dengan kuasa yang ada, dia berbuat sesuka hati tampa memikirkan hukum- hukum agama. Dia telah menjual Yaman dengan harga yang sangat murah. Tatapi kemudian Saidina Ali telah mengutus Haritsah bin Qadamah as-Sa'di untuk menghapuskan Bisir. Ia telah memburu Bisir hingga ke Syria. Haritsah berjaya membunuh Bisir dan membalas segala perbuatannya yang sangat keji itu. Setelah itu Bisir mesti dipertanggungjawabkan keatas semua perbuatannya dihadapan Allah Rabuljalil kelak. Demikianlah maksud firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 41;

"Maka, diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubuh mereka dan tapak kaki mereka (dilontar kedalam Neraka)".

Yang mulia Gabenor Abu Muhammad Abdullah kembali kenegeri Yaman dengan jawatan penguasa Yaman sehinggalah kewafatan Saidina Ali ra. Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Yahya bin Mu'in serta lainnya, Bisir bin Arthat tidak pernah mendengar satu huruf pun daripada Rasulullah saw. Kerana sewaktu Baginda Wafat, Bisir masih kecil. Oleh itu beliau bukanlah seorang sahabat Nabi saw. Ada yang menceritakan bahawa Bisir mengalami tekanan perasaan (gila) diwaktu akhir hidupnya dan menurut Yahya bin Mu'in lagi, dia adalah seorang yang sangat jahat.

Kata Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), "Begitulah yang telah diceritakan oleh al-Hafiz Abu Khaththab bin Dahyat".

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Janadah, dari Ibnu Abu Umayyah bahawa ia berkata, "Kami pernah bersama Bisir bin Arthat dalam perjalanan perang dilautan. Seorang bernama Manshur didapati mencuri seekor unta betina lalu dihadapkan kepadanya. Ia berkata, 'Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Tidak boleh dipotong tanggan dalam perjalanan perang'. Kalau tidak kerana hadis tersebut, sudah tentu aku memotong tangan pencuri ini'".

Menurut Abu Muhammad alias Abdul Haq, "Pada zaman Rasulullah, Bisir sewaktu itu masih kanak-kanak. Ia terkenal amat memusuhi Ali dan sahabat-sahabatnya. Bahkan dialah yang membunuh kedua-dua anak Ubaidillah bin Abbas. Merasa kehilangan dua anak kesayangannya, ibunya mengalami tekanan jiwa. Saidina Ali pernah berdoa agar Bisir diberkan umur yang panjang dan mengelami tekanan perasaan (gila) yang berat. Rupanya doa Ali itu dimakbulkan Allah'".

Menurut Ibnu Dahiyat, melihatkan kedua-dua anaknya disembelih oleh Bisir bin Arthat dihadapan matanya sendiri, si ibu mengalami tekanan jiwa dan selalu menangais sambil membaca syair-syair sedih yang sangat memilukan.



BAB 173: FITNAH LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Akan terjadi satu fitnah kekacauan yang akan melanda orang-orang Arab hingga habis binasa. Para korbannya akan dilemparkan kedalam Neraka. Pada waktu itu lidah lebih tajam dari mata pedang".

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Tirmidzi, katanya, "Hadis ini gharib. Menurut Muhammad Ismail, Ziyad bin Samin Kausya tidak pernah mendengar riwayat ini dari Abdullah bin Umar, selain hanya satu hadis ini saja".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Akan terjadi satu fitnah yang tuli, bisu dan buta terhadap pekara yang haq. Barangsiapa mendekatinya, maka bincana itu mendekatinya. Pada waktu itu tajamnya lidah seperti libasan pedang". Hadis yang sama diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, "Menghindarkanlah oleh kamu dari fitnah-fitnah kekacauan, kerana pada waktu itu tajamnya lidah sudah seperti libasan pedang".


FAKTA:

Penjelasan mengapa para korban fitnah kekacauan juga dilontarkan kedalam Neraka ialah kerana mereka semua berperang untuk kepentingan dunia dan menurut hawa nafsu semata-mata. Jika lidah dikatakan lebih tajam dari mata pedang, itu adalah kerana organ yang satu itulah digunakan untuk berdusta, mengampu penguasa zalim, mengadu domba kepada penguasa yang zalim. Sehinggakan akibat dari perbuatannya itu jauh lebih kejam daripada akibat yang ditimbulkannya oleh fitnah kekacauannya itu sendiri.

Disebutkan didalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya seseorang akan mengucapkan suatu kalimah yang akan menyebabkan ia dihumbankan kedalam Neraka yang luas jaraknya dari timur dan barat". Didalam riwayat lain yang juga bersumber dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya gara-gara seorang hamba yang mengucapkan satu kalimah yang tidak jelas maksudnya, membolehkan ia akan dihumban kedalam Neraka sejauh jaraknya antara timur dan berat".

Disebutkan didalam sebuah riwayat Tirmidzi, "Sesungguhnya salah seorang diantara kamu itu kalau berbicara dengan kata-kata yang menyebabkan ia memperolehi kemurkaan Allah, semantara dia tidak menyedari akibat buruknya, nescaya kerana kata-katanya itu ia akan terjun kedalam Neraka selama tujuh puluh tahun". Contoh kata-kata yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah ialah berdusta, mengada-gada, lucah, memaki hamun dan kata-kata yang boleh membuat orang ramai tertawa seperti rancangan-rancangan lawak di TV dan seumpamanya. Pekara ini pernah diingatkan Nabi didalam hadis baginda iaitu, "Celaka bagi orang yang mengucapkan kata-kata dusta (mengada-adakan cerita) dengan maksud agar orang ramai ketawa, Celaka dia !.. Celaka dia ! ".

Disebutkan didalam sebuah hadis mauquf oleh Ibnu Mas'ud, "Sesungguhnya seseorang yang mengucapkan kata-kata canda (lawak, main-main, bergurau dll) yang menimbulkan Kemurkaan Allah, nescaya ia akan dijerumuskan kedalam Neraka sejauh jarak antara langit dan bumi". Demikian atsar sahih riwayat ath-Thabrani didalam kitabnya bertajuk 'Al-Kabir'.

Disebut fitnah itu merupakan kata-kata tuli (pekak), bisu dan buta bermaksud, fitnah sememangnya tidak mempunyai pencaindra (kecuali orang yang bercakap itu) untuk mendengar, berkata dan melihat kebenaran. Sehingga melawan pekara-pekara haq dengan membabi buta atau perbuataan untuk menutup sesuatu kebenaran dan disebarkan melalu mulut kemulut.


NUKILAN ATOK:  PENGAJARAN DARI HADIS. 

Terlalu banyak pengajaran yang boleh dikutip melalui hadis-hadis yang atok ketengahkan disini. Pertama ialah berkenaan berlakunya pembunuhan Saidina Husain bin Ali ra yang sangat tragis dan sungguh kejam yang memalukan kepada siperlaku dan seluruh keturunannya sampai hari kiamat. Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa manusia memiliki pemikiran yang berbeza-beza. Perbezaan pendapat bukan bermaksud hingga sanggup membunuh masa depan seseorang kerana kita tidak berhak untuk mengambil nyawa atau masa depan sesiapa saja. Ia sepatutnya menjadikan fikiran lebih terbuka kepada isu yang ada dan mendapatkan penyelasaian dengan cara mendengar pandangan-pandangan orang ramai. Tetapi didalam kes Saidina Husain, ia melibatkan dendam, iri hati dan perasaan dengki hianat serta hawa nafsu keduniaan yang melampau hingga sanggup membunuh dan cuba menghapuskan seluruh keturunan Nabi saw. Mereka-mereka itu pastinya mendapat laknat Allah didunia dan akhirat.

Lihatlah kejadian fitnah kekacauan terdahulu itu, apabila Islam tidak bersatu dibawah pemimpin yang diredhai Allah bagaimanakah keadaan yang berlaku?. Ditambah pula dengan mulut-mulut yang mengada-adakan cerita yang bukan-bukan untuk menutup kebenaran. Pembunuhan demi pembunuhan orang-orang islam telah berlaku semenjak ketiadaan Nabi saw. 1437 tahun yang lalu. Terakhir ini kita lihat pula apa yang akan berlaku didalam Pasatuan ABJAD Malaysia setelah kepergian Almarhum Tuan Guru Syeikh Ahmad Junaidin. Pastinya selepas ini akan ada lagi perpecahan yang akan berlaku. Ia merupakan ulangan episod kepada kisah yang lalu setelah pemergian Syeikh Mahmud Nasri Othmani. Bukannya lama hingga bepuluh-puluh atau beratus-ratus tahun, malahan hanya beberapa tahun saja kisah ini akan berulang. Ini adalah disebabkan ceteknya ilmu dihati-hati mereka berkenaan apa yang dikatakan "Pemimpin yang diredhai Allah" dan seluruh kesatuan ini semenjak dari pentadbiran Syeikh Mughyideen Abdul Khadir Jailani lagi. Bukanlah semudah yang disangka untuk mentabal diri sebagai Imam. Jangan kita hayal dengan tarekkan atau kecenderungan Iblis terhadap kedudukan itu sebab kita sendiri tidak mampu menilai diri kita yang serba kekurangan. Sama-sama kita lihat siapa yang akan melatah dan menjadi punca perpecahan dalam kesatuan ini.

Kemudian pengajaran berkenaan fitnah akhir zaman. Semua yang disebutkan itu adalah merupakan fitnah akhir zaman. Terlalu banyak jika kita hendak mengiranya. Jika dahulu hanya takut kepada "terbukanya betis wanita islam", dizaman sekarang ini bukan setakat betis saja malah ada wanita islam yang telah membuka keseluruhan tubuh badannya, menayang kemaluan mereka, malah melakukan hubungan sek dihalayak, dilaman sosial dan menjadi viral diseluruh dunia sedikit masa dulu. Ada pula yag sangat berbangga dengan perbuatannya itu dan marah kepada sesiapa yang menegur akan perbuatan melampaunya itu. Sebenarnya kalau difikirkan... apa yang dia dapat ? untuk apa semua itu ?. Semua perbuatan itu tiada faedahnya langsung. Kalau pun diberi upah yang sedikit bagi memalukan seluruh warga islam sedunia, ia tidak memadai kerana islam tidak akan jatuh kerana kamu. Islam tidak tergugat pun dengan apa juga perilaku yang manusia berfikiran cetek ini lakukan kerana ia adalah perjalanan hidup yang sangat dianamik dan komplek. Seperti sesetengah manusia yang sanggup membunuh diri, pengbom berani mati dan sebagainya,  juga merupakan perbuatan sia-sia yang tiada penghujung. Ia tidak membawa islam kemana-mana walau apa pun dakyah dan doktrin yang cuba mereka sampaikan. Sebaliknya merekalah yang telah memerangkap diri mereka didalam "Dakyah Iblis" untuk menghapuskan kesucian islam. Jadi mereka hanya "Mati Katak" dan tiada siapa yang akan membela mereka diakhirat kelak.

Kemudian berkenaan perbuatan menjadi "Raja Lawak" menjadi-jadi diudarakan didalam media. Nabi saw amat melarang perbuatan ini. Membuat orang ramai ketawa dengan kata-kata atau perbuatan boleh melupakan diri kepada Allah. Lupa pada Allah, tak sedar diri, suka yang melampau-lampau inilah yang Nabi larang. Dia larang kerana dia tahu bahawa Allah murka kepada manusiap-manusia sebegini. Jadi bagaimana sekarang kerana perbuatan melawak telah menjadi aliran hiburan yang mendapat tempat dimata orang ramai sedangkan Nabi saw larang. Mana yang hendak dipilih ?. Saranan untuk media supaya menghentikan rancangan seumpama itu tidak pernah diindahkan. Nasihat demi nasihat tidak pernah dihiraukan mereka sebab "rateing" tinggi dari penonton. Jadi biarkan saja apa yang sedang berlaku ? Atau biarkan saja mereka "terjun dengan labu-labunya" kedalam Neraka kelak ? Kesemua pihak yang terlibat pasti akan kena dan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka itu. Bertaubatlah selagi masa masih ada.


*****************************************************

Sekian dahulu untuk kali ini, insya Allah dilain lapangan atok akan menyambungnya lagi bahagian ketiga Fasal C berkenaan tajuk "Fitnah akhir zaman & tanda kiamat". Diharap kalian dapat bersabar membacanya dan menafaatkan tulisan ini serta menlebarluaskannya selepas itu.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian,

ATOK ZAMANY.