Wednesday, June 24, 2015

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 28

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 28

Post 44



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



BAB 150: REDHA ALLAH LEBIH UTAMA DARI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, "Allah berfirman kepada penduduk Syurga, 'Wahai penghuni Syurga'. Penghuni Syurga pun menjawab, "Ya...Tuhan kami, kami siap sedia memenuhi panggilan dan perintah Mu...Wahai Tuhan kami. Segala kebaikkan ada ditangan Mu". Allah berfirman, 'Adakah kamu merasa gembira?'. Mereka menjawab, 'Bagaimanakah kami tidak merasa gembira ?, Bukankah Engkau telah kurniakan kami segala nikmat ini yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun diantara makhluk Mu?' Allah berfirman, 'Mahukah kamu Aku berikan nikmat yang lebih baik dari itu?'. Mereka menjawab, 'Wahai Tuhan kami, Nikmat apakah lagi yang lebih baik dari ini ?'. Allah berfirman, 'Akan Aku limpahkan kepadamu keredhaan Ku, sehingga setelah itu Aku tidak akan murka lagi kepadamu untuk selama-lamanya'". Hadis yang serupa malahan lebih panjang lagi juga diriwayatkan oleh Muslim.



BAB 151: NIKMAT DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH ITU ADALAH LEBIH UTAMA DARI NIKMAT-NIKMAT SYURGA YANG LAIN.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Shuhaib bahawa Nabi saw bersabda, "Ketika penghuni Syurga sudah semuanya masuk kedalam Syurga, Allah yang Maha Memberkahti lagi Mahatinggi bertanya, 'Adakah kamu semua mengingginkan sesuatu yang lebih baik supaya Aku boleh menambahkan nikmat-nikmat Ku itu ?'. Mereka menjawab, "Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami ?, Bukankah juga Engkau telah memasukkan kami semua kedalam Syurga dan telah menyelamatkan kami semua dari azab api Neraka ?  Apakah lagi nikmat yang lebih baik dari ini semua ?". Kemudian Allah menyingkap hijab kepada mereka. Tidak ada satu pun pemberian nikmat yang lebih mereka cintai daripada melihat Tuhan mereka yang Mahamulia lagi Mahaagung". Didalam sebuah riwayat yang lain Baginda kemudian membaca firman Allah didalam surah Yunus ayat 26 iaitu: "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...".              

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dari Shuhaib bahawa Rasulullah ditanya berkenaan ayat 26 dari surah Yunus, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...".Baginda bersabda "Apabila penghuni Syurga telah dimasukkan kesemuanya dan penghuni Neraka telah juga dimasukkan kesemuanya, ada Malaikat yang menyeru, 'Wahai penghuni Syurga semua! sesungguhnya bagi kamu semua disisi Allah ada suatu janji yang hendak Dia laksanakan terhadap kamu'. Mereka menjawab, 'Bukankah Allah telah memutihkan wajah-wajah kami, Dia juga telah membuat beratnya timbangan amalan kami dan telah juga melindungi kami dari Neraka ?'. Kemudian Hijab pun dibuka sehingga mereka dapat melihat Allah. Sungguh... tidak ada suatupun nikmat yang diberikan kepada mereka yang mereka sukai dan lebih menyenangkan mata mereka daripada melihat Wajah Allah'".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Hammad bin Masilamah, dari Tsabit, dari Abdulrahman bin Abu Laila, dari Shuhaib bahawa setelah Nabi saw membaca ayat :  "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...". Rasulullah bersabda, "Ketika penduduk Syurga telah masuk kedalam Syurga, ada penyeru (Malaikat) yang menyeru, 'Wahai penduduk Syurga semua ! Sesungguhnya bagi kamu semua disisi Allah ada satu janji'. Lalu mereka bertanya, ' Apakah janji itu ?. Bukankah Allah telah memutihkan wajah-wajah kami, membuat berat timbangan amalan-amalan kami dan telah juga memasukkan kami kedalam Syurga ?'. Setelah dikatakan kepada mereka sebanyak tiga kali, Allah yang Maha Memberkahti lagi Mahatinggi memperlihatkan wajah Nya kepada mereka semua, sehingga mereka semua boleh melihat Nya (lebih jelas). Pekara ini bagi mereka semua merupakan satu nikmat yang paling besar daripada segala nikmat-nikmat (di Syurga) yang telah dikurniakan kepada mereka'".

Diriwayatkan oleh seorang tokoh pengriwayatan iaitu Abu Muhammad Abdul Wahab, dari al-Hafiz as-Salafi, dari al-Hajib alias Abu Hasan ibnu Allaf, dari Abu Qasim bin Busyran, dari Abu Bakar al-Ajiri, dari Abu Bakar Abdullah bin Muhammad bin Abdul Humaid al-Wasithi, dari Abdul Wahab bin Abdul Hakam al-Wariqi an-Naisaburi, dari Yazid bin Harun, dari Hammad bin Salamah bin Tsabit al-Bannani, dari Abdulrahman bin Abu Laila, dari Shuhaib bahawa Rasulullah bersabda, "Apabila penduduk Syurga telah memasuki Syurga mereka diseru, 'Wahai penduduk Syurga!, sesungguhnya bagi kamu semua disisi Allah ada satu janji yang belum pernah kamu lihat'. Mereka bertanya, 'Janji apakah itu?. Bukankah Allah telah memutihkan wajah-wajah kami, menjauhkan kami dari api Neraka dan memasukkan kami kedalam Syurga?'. Setelah tirai (hijab) dibuka, lalu mereka boleh melihat Allah... Demi Allah, tidak ada suatu apa pun nikmat pemberian Allah kepada mereka yang lebih mereka sukai daripada pekara itu'". Kemudian Baginda membaca ayat, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...". 

Hadis ini juga diriwayatkan secara bersama oleh Imam Ahmad bin Hambal dan al-Harits bin Abu Usamah, dari Yazid bin Harun. Juga diriwayatkan sendirian oleh Muslim, dari Abu Bakar bin Abu Syaibah, dari Yazid bin Harun. Selain itu Nuh bin Maryam juga meriwayatkannya dari Tsabit al-Bannani, dari  Anas bin Malik bahawa Rasulullah ditanya berkenaan ayat, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...". Baginda bersabda, "Bagi orang-orang yang berbuat amal kebajikan didunia, mereka mendapatkan pahala yang terbaik berupa Syurga, dan tambahannya berupa boleh melihat Wajah Allah yang Mahamulia".

Diriwayatkan Ibnu Mubarak, dari Abu Bakar al-Hadzli, dari Abu Tamimah al-Hujaimi, dari Abu Musa al-Asya'ri bahawa ia berucap diatas mimbar di Basrah, "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah mengutus Malaikat menemui penghuni Syurga dan bertanya, 'Apakah Allah telah melaksanakan janji-janji Nya kepada kamu semua?'. Oleh kerana mereka telah melihat berbagai macam keindahan perhiasan, pakaian, buah-buahan, sungai-sungai dan Isteri-isteri yang suci, mereka pun menjawab, 'Sudah, Allah telah melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada kami'. Melaikat itu mengulangi soalan itu sebanyak tiga kali, 'Apakah Allah telah melaksanakan janji-janji Nya kepada kamu semua?'. Oleh kerana merasakan tiada sedikitpun kekurangan dari apa yang telah dijanjikan kepada mereka, lalu mereka menjawab, 'Sudah'. Malaikat itu berkata, 'Masih ada sesuatu lagi untuk kamu semua. Sesungguhnya Allah telah berfirman, "Bagi orang-orang yang berbuat kebajikan, ada kebajikan (pahala yang terbaik diSyurga) dan tambahannya...".  Ketahuilah, pahala yang terbaik ialah Syurga dan tambahannya ialah boleh melihat Wajah Allah'". 


FAKTA:

Hadis-hadis diatas tadi sebenarnya menjelaskan hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim. Maksud kalimah "Allah yang Maha Memberkathi lagi Mahatinggi..." sebenarnya bukan Allah sendiri yang berfirman (bertanya), tetapi Malaikatnya. Malaikatlah yang bertanya kepada penduduk Syurga, "Kalau kamu semua menginginkan nikmat lagi, Allah pasti menembahnya diluar dari nikmat-nikmat yang sedang kamu rasakan itu".

Yang dimaksudkan Hijab adalah merupakan seperti tirai atau langsir yang ghaib (tidak kelihatan dipandangan zahir) yang menutupi pandangan mata bathin untuk melihat kepada Allah dengan segenap sifat kebesaran, kemuliaan dan kesempurnaan Nya. Tiada Tuhan selain Allah yang Mahasuci dari apa-apa tuduhan dan fitnah daripada manusia-manusia yang suka berbuat kepalsuan dan kebathilan. Hijab ini hanya terpaut kepada makhluk, bukan kepada Allah yang Mahamencipta, dan kerana Dia sememangnya Mahamelihat sehinggakan tiada suatu apa-apa pun yang terhalang dan terselindung dari penglihatan Nya.

Diriwayatkan didalam beberapa hadis-hadis sahih bahawa ketika Allah memperlihatkan diri Nya kepada hamba-hamba Nya, sehingga mereka boleh melihat Nya dengan jelas tampa ada hijab yang menghalang. Ketika itu semua sungai-sungai syurga mengalir dengan deras, pohon-pohon bergoyang kuat, katil-katil dan bilik-bilik bergetar, angin berhembus kencang, rumah-rumah dan istana-istana menebarkan aroma kasturi yang sangat harum, burung-burung berkicauan dan para bidadari kelihatan berseri-seri. Begitulah yang diperkatakan oleh Abu Ma'ali didalam kitabnya bertajuk Ar-Radd Ala al-Sajzi. Semua itu terjadi diatas ketentuan Allah, sekalipun didunia ini kita belum pernah melihat Nya, tetapi tanda-tanda kebesaran Nya sudah merupakan bukti kukuh yang misti kita yakini.



BAB 152:  MELIHAT ALLAH


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Bakar bin Abdullah bin Qais, dari ayahnya bahawa Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya diSyurga terdapat dua jenis Syurga yang peralatannya serta apa saja yang ada didalamnya diperbuat dari perak dan dua jenis Syurga lagi yang peralatannya serta apa saja yang ada didalamnya diperbuat dari emas. Tiada diantara kaum dan antara melihat Tuhan mereka yang Mahamulia lagi Mahaagung, melainkan selendang keagungan pada wajah Nya di Syurga Aden".

Bersumber dari Jarir bin Abdullah bahawa ia berkata, "Kami sedang berada disisi Rasulullah. Baginda sedang memendang bulan yang sedang purnama penuh lalu bersabda, ' Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu secara terus, seperti kamu melihat bulan itu. Kamu tidak akan sukar melihat Nya. Jika.." Kemudian baginda membaca ayat 39 surah Qaaf yang mafhumnya: 'Maka bersabarlah engkau (ya Muhammad - mendengarnya) apa-apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya'". Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi. Berkata Tirmidzi bahawa hadis ini hasan dan sahih.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Razin al-Uqaili bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, pada hari kiamat kelak apakah kami semua akan melihat Allah dengan jelas ?". Baginda bersabda, "Ia". Kemudian dia bertanya lagi, "Apakah tanda-tanda hal itu kepada makhluk Nya ?". Baginda bersabda, "Wahai Abu Razin, bukankah kamu semua pernah melihat bulan purnama secara jelas?". Abu Razin berkata, "Ia...wahai Rasulullah". Baginda bersabda lagi, "Allah lebih besar. Bulan itu hanya salah satu dari makhluk Allah dan Allah jelas lebih besar dan lebih Agung".



FAKTA:

Yang dimaksudkan dengan perkataan selendang kebesaran didalam hadis diatas tadi ialah merupakan kiasan atau perumpamaan dengan keagungan dan kebesaran Allah. Pekara ini dijelaskan didalam hadis yang lain riwayat Muslim dan Abu Daud iaitu, "Kebesaran adalah selendang Ku, dan keagungan adalah kain Ku". Maksudnya adalah sifat Ku. Jadi selendang kebesaran bermaksud sifat kebesaran serta keagungan Nya yang tidak mahu dilihat oleh sesiapa jua pun diantara makhluk Nya setelah mereka melalui hari kiamat, sehinggalah Allah mengizinkan mereka memasuki Syurga Aden, barulah Allah berkehendak untuk dilihat mereka.

Menurut Baihaqi dan yang lainnya, selendang kebesaran dan kain keagungan, bukanlah merupakan jenis pakaian dan peralatan yang boleh digunakan. Tetapi ia merupakan sebuah lambang kebesaran dan keagungan khusus bagi Allah. Dia tidak mahu disamakan atau menjadi pesaing bagi sesiapa jua pun. Oleh sebab itu dibahagian akhir hadis diatas tadi menyebut, "... Sesiapa pun yang cuba menanggalkan kedua-duanya dari Ku, akan Ku binasakan ia dan mencampakkannya kedalam Neraka".



BAB 153:  ALLAH MEMBERI SALAM KEPADA PENGHUNI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda, "Ketika penghuni Syurga sedang merasakan nikmat-nikmat yang telah disediakan untuk mereka, sebuah cahaya memancar dari atas mereka. Tiba-tiba Allah muncul memerhatikan mereka dan berfirman, 'Assalamualaikum, wahai penghuni Syurga'. Inilah maksud firman Allah, '(kepada mereka dikatakan), Salam, sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Mahapenyayang': Yasin ayat 58. Ketika melihat Allah, mereka melupakan semua kenikmatan-kenikmatan Syurga sehinggalah Allah tersembunyai dari mereka. Dan ketika Allah tersembunyai dari mereka, cahaya dan berkah Nya masuh tetap menerangi mereka di Syurga'".


FAKTA:

Sabda Nabi saw, "... Tiba-tiba Allah muncul memerhatikan mereka..." Maksudnya ialah, Allah menampakkan diri Nya seterusnya memandang mereka daripada atas. Kemudian Allah sememangnya akan berfirman kepada mereka kerana pekara ini adalah salah satu dari sifat kewajibpan Nya. Dia selalu mengucapkan salam kepada mereka semua, dan ucapan salam itu sememangnya keluar dari Nya, sebagaimana yang telah ditegaskan dalam surah Yasin ayat 58 seperti diatas tadi. 

Nabi saw bersabda, "Ketika melihat Allah, mereka melupakan nikmat-nikmat Syurga..". Maksudnya ialah mereka terleka atau terbuai oleh nikmat melihat wajah Allah dan kemudian Allah sengaja menyembunyaikan diri Nya supaya mereka kembali kepada nikmat-nikmat Syurga yang telah disediakan untuk mereka. Oleh itu, bukanlah Allah menghilang sama sekali, sehinggakan Dia tidak mampu dilihatkan lagi ataupun melihat kepada mereka lagi. Ini dibuktikan dengan ucapan bahawa, setelah Allah tersembunyai, cahaya dan berkah Nya masih memancar ditengah-tengah mereka. Betapapun tidak ada yang mampu menghalang penglihatan Allah kepada makhluk Nya. Sesungguhnya Allah itu bersifat ada dan selalu melihat.


SEBUAH CERITA HIKAYAT LAMA:

Diceritakan didalam sebuah hikayat lama berkenaan cinta Qais dan majnunnya Laila. Seseorang bertanya kepada Qais, "Mahukah kamu aku panggilkan Laila untukmu?". Qais menjawab, "Sememangnya Laila sudah tiada, sehinggakan perlu ia dipanggil-panggil". Orang itu bertanya lagi, "Adakah kamu mencintai Laila?". Qais menjawab, "Cinta adalah pertemuan dan penyatuan yang abadi. Aku adalah Laila dan Laila adalah aku".

Hayatilah kata-kata itu dan tafsirkanlah mengikut kefahaman kamu sendiri.



BAB 154:  "PADA SISI KAMI ADA TAMBAHANNYA".


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Yahya bin Salam, dari seorang lelaki penduduk Kuffah, dari Daud bin Abu Hindun, dari al-Hasan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga setiap hari Jumaat dapat melihat Tuhan mereka pada bukit Kafur yang tidak terlihat kedua hujungnya. Disitu ada sebuah sungai yang kasturinya terus mengalir, dan juga ada beberapa bidadari yang sedang membaca Al-Quran dengan suara paling indah yang pernah didengar oleh seluruh makhluk mulai dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Ketika para penghuni Syurga kembali ketempat mereka, masing-masing diantara mereka memerhati bidadari manakah yang mereka inginkan. Kemudian mereka melalui jembatan-jembatan dari mutiara waktu mereka pulang ketempat mereka. Seandainya Allah tidak menunjukkan jalan ketempat mereka, nescaya mereka akan sesat kerana peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah kepada mereka setiap hari Jumaat tersebut".

Diriwayatkan oleh Yahya bin Salam dari Abu Bakar bin Abdullah al-Muzani bahawa ia berkata, "Sesungguhnya penduduk Syurga mengunjungi Tuhan mereka seminggu sekali. Mereka menemui Nya dengan memakai pakaian berwarna hijau, dengan wajah berseri-seri, dengan gelang emas bertahtakan mutiara dan zamrud serta memakai mahkota dari emas. Mereka menunggang kenderaan Syurga. Ketika mereka meminta izin untuk masuk, Allah menyambut mereka dengan penuh kemuliaan". 

Diriwayatkan oleh Yahya bin Salam dan Ibnu Mubarak, dari al-Mas'udi, dari al-Minhal bin Amr, dari Ibnu Ubaidah bin Abdullah bin Utbah, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia berkata, "Bersegeralah kamu untuk solat Jumaat, kerana Allah menampakkan diriNya kepada penghuni Syurga disetiap hari Jumaat pada tumpukan kafur berwarna putih. Mereka bersama Allah tergantung ketaatan mereka masing-masing". Kata Ibnu Mubarak, "Maksudnya, semakin awal mereka berangkat ke Masjid untuk solat Jumaat semasa didunia, maka semakin hampirlah kedudukan mereka dengan Allah".

Yahya bin Salam menambah, "Mereka akan diberikan tambahan kemuliaan yang tidak pernah mereka lihat sebelumnya, dan itulah maksud firman Allah, "Pada sisi Kami ada tambahannya" .

Untuk menafsirkan firman Allah, "Bagi orang-orang yang baik, ada pahala terbaik dan tambahannya". Al-Hassan menyatakan, "Yang dimaksudkan dengan 'pahala yang terbaik', ialah nikmat-nikmat Syurga dan yang dimaksudkan 'ada tambahannya' ialah nikmat melihat Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung. Bagi penghuni Syurga, nikmat yang paling mereka cintai ialah hari Jumaat, iaitu hari dimana adanya tambahan nikmat kerana pada hari itu mereka boleh melihat Allah yang Mahamenang, Mahaagung dan Mahasuci nama-nama Nya".


FAKTA:

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi, penulis kitab ini), yang berada diatas bukut Kafur itu adalah penghuni Syurga, bukannya Allah. Maksudnya, ketika melihat Allah mereka berada diatas bukit dari Kafur putih, seperti yang telah dikemukakan didalam kitab Marasil al-Hassan (Himpunan hadis-hadis Mursal al-Hassan) pada bab pertama.

Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan tambahan nikmat selain Syurga ialah bidadari, bukannya nikmat melihat Allah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id secara marfu.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Khalid bin Ma'dan, dari Katsir bin Murrat bahawa ia berkata, "Termasuk juga dari tambahan nikmat selain Syurga ialah lintasan gumpalan awan diatas kepala mereka. Awan itu turun menghampiri mereka dan bertanya, 'Apakah yang kamu inginkan, nescaya akan aku turunkan seperti hujan. Sehingga apa saja yang mereka inginkan pasti diberikan secara berjatuhan seperti hujan'".

Katsir bin Murrat berkata seperti yang dipetik oleh Khalid bin Ma'dan, "Seandainya aki menjadi salah seorang penghuni Syurga nanti, pasti akan aku katakan kepada awan itu, 'Tolong hujani aku dengan bidadari-bidadari yang cantik-cantik jelita'".

Tetapi, seperti yang telah dikemukakan sebelumnya didalam hadis Ibnu Umar bahawa diantara penghuni Syurga yang paling mulia disisi Allah ialah yang diberi melihat Allah pada waktu pagi dan petang, "Ini bererti didalam nikmat melihat Allah juga keadaan penghuni Syurga itu berbeza-beza".

Diriwayatkan oleh Abu Yazid al-Busthami bahawa ia berkata, "Sesungguhnya Allah memiliki beberapa hamba dari penghuni Syurga yang kalau tidak dapat melihat Allah walau sesaat jua pun, mereka memohon dilindungi dari nikmat-nikmat Syurga, sebagaimana penghuni Neraka yang selalu memohon agar dilindungi dari Neraka kerana azabnya".



BAB 155:ULASAN ULAMA-ULAMA TAFSIR BERKENAAN KALIMAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG SYURGA DAN PENGHUNINYA.

Firman Allah didalam surah al-A'raaf ayat 43 mafhumnya: "Kami hapuskan apa-apa didalam dada mereka iaitu iri hati (hasad dengki dan dendam)..."
Menurut Ibnu Abbas, setelah penghuni Syurga masuk kedalam Syurga, mereka diperlihatkan dengan dua sumber mata air. Setelah meminum air dari salah satu sumber mata air itu, Allah terus menghilangkan segala macam perasaan dendam yang ada didalam dada mereka. Dan setelah mandi disumber mata air yang satunya lagi, wajah mereka kelihatan bersih berseri-seri. 

Firman Allah didalam surah al-Insan ayat 21 mafhumnya: "Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih".
Ali bin Abi Talib ra. mengatakan, "Ketika penduduk Syurga menuju ke Syurga, mereka melalui sebatang pokok yang didekatnya mengalir dua sumber mata air. Setelah meminum air dari salah satunya, wajah mereka semakin berseri-seri, kulit mereka sama sekali tidak berubah dan rambut mereka nampak rapi. Kemudian apabila mereka meminum dari sumber mata air yang satunya lagi, semua kotor-kotoran yang berada didalam perut mereka keluar. Seterusnya mereka disambut oleh rombongan para Malaikat penjaga Syurga seraya mengucapkan selamat (Seperti yang diungkapkan didalam firman Allah didalam surah az-Zumar ayat 73) mafhumnya: "... Selamat untukmu, kamu telah suci, maka masuklah kamu kedalam Syurga serta kekal (didalamnya)". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu'ammar, dari Abu Ishak, dari Abu Ashim bin Damarah, dari Ali bin Abi Talib ra telah membaca sepotong ayat (permulaan ayat 73 surah az-Zumar), "Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa kedalam Syurga berombongan-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai di Syurga....", Ia berkata, "Mereka dapati dihadapan pintu Syurga terdapat sebatang pohon yang didekatnya terdapat dua sumber mata air. Seumpama telah diperintahkan, mereka terus menuju kesalah satu sumber mata air itu untuk mandi. Selesai mandi, rambut dikepala mereka terus rapi dan tidak akan kusut untuk selamanya. Kulit mereka halus dan tidak akan berubah untuk selamanya. Bahkan seolah-olah mereka baru saja memakai krim penghalus kulit".

"Seterusnya mereka ke sumber mata air yang satunya lagi. Setelah meminum airnya, semua kotoran yang ada didalam perut mereka keluar. Disalah satu pintu Syurga mereka disambut oleh Malaikat seraya berkata, 'Salam sejahtera keatasmu. Berbahagialah kamu!. Masuklah kamu kedalam Syurga ini, sedang kamu kekal didalamnya'. Setelah mereka masuk kedalamnya, mereka disambut pula oleh anak-anak muda (pelayan) yang sangat sopan dan penuh hormat, seperti anak-anak yang menyambut kepulangan orang tua mereka yang pulang dari merantau jauh. Anak-anak muda (pelayan) itu berkata, 'Berbahagialah kamu kerana Allah telah menyediakan berbagai nikmat untuk kamu'".

"Kemudian anak-anak muda itu  membawa mereka untuk dipertemukan dengan isteri-isteri bidadari mereka disebuah bangunan yang strukturnya diperbuat daripada mutiara berwarna-warni. Didalam bangunan itu mereka melihat hamparan permaidani-permaidani, piala-piala minuman yang diletakkan berhampirannya dan bantal-bantal sandaran yang tersusun rapi. Mereka lalu mengangkat kepala dan melihat bahagian bumbung (atap) bangunan itu seperti kilauan petir halilintar sehingga menyebabkan mata mereka hampir buta. Kemudian mereka mengucapkan seperti firman Allah didalam surah al-A'raaf ayat 43 yang mafhumnya: 'Puji-pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kami kepada (nikmat) ini. Tiada kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah...' ".

Al-Qatbi didalam kitabnya bertajuk 'Uyun al-Akhbar' memetik sebuah hadis dari Ali bin Abi Talib ra bahawa ia bertanya kepada Rasulullah berkenaan siapakah yang dimaksudkan Allah didalam firmannya, "(ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang bertakwa kepada Tuhan yang Mahapemurah sebagai perutusan yang terhormat". . Nabi saw bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang ketika dikumpulkan di Padang Mahsyar menaiki kenderaan. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, apabila saja mereka keluar dari kubur, mereka terus menaiki belakang seekor unta yang tali pedatinya diperbuat daripada emas yang bertahtakan mutiara-mutiara berwarna-warni. Mereka dibawa menuju kepintu Syurga yang berhampirannya terdapat sebatang pohon dan dibawahnya mengalir deras dua sumber mata air. Setelah meminum dari salah satu sumber mata air itu, semua kotoran berupa noda-noda duniawi yang berada didalam perut mereka terus keluar. Itulah yang dimaksudkan oleh firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 21 (mafhumnya): 'Dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih'. 

"Seterusnya mereka mandi disumber mata air yang satunya lagi. Selesai mandi, rambut dikepala mereka kelihatan tidak kusut lagi dan kulit mereka kelihatan sangat halus. Kemudian mereka mengetuk pintu Syurga itu dengan suara yang sangat kuat sekali. Bergegas Malaikat Ridwan pergi membukanya. Melihat wajah Malaikat Ridwan yang sangat tampan, serta merta mereka berundur untuk bersujud. Mungkin mereka menyangka itulah Tuhan mereka. Lalu Malaikat Ridwan berkata kepada mereka, 'Wahai kekasih-kekasih Allah, aku adalah pelayan kamu semua. Aku ditugaskan untuk menyediakan tempat-tempat kamu'. Malaikat Ridwan lalu menjemput mereka untuk masuk dan menuju kesebuah istana yang diperbuat dari perak dan atapnya dari emas. Terlalu indahnya istana yang lutsinar (tembus pandang) itu. Kemudian mereka bertanya kepada Malaikat Ridwan itu, 'Untuk siapakah istana itu?'. Ia menjawab, 'Ia adalah untuk kamu semua'". 

"Seandainya Allah tidak memberikan kehidupan yang kekal abadi kepada penduduk Syurga nescaya mereka semua mati kerana mendengar jawapan itu. Ketika salah seorang daripada mereka ingin memasuki istana tersebut, Malaikat Ridwan segera berkata, 'Mari ikuti aku. Akan ku perlihatkan kepada kamu apa-apa yang telah disediakan Allah untukmu'. Pada waktu itu ia dibawa melalui beberapa buah istana-istana yang sangat indah. Ia dibawa masuk kedalam bilik-bilik indah yang bangunannya diperbuat dari permata yaqut dari bahagian bawah hinggalah keatasnya. Dindingnya yang setinggi seratus hasta (lebih kurang 150 kaki) dihiasi dengan berbagai jenis mutiara berwarna-warni yang amat indah. Didalam bilik-bilik itu terdapat katil-katil yang panjangnya satu farsakh (kira-kira 20 kaki) setiap satu, dan diatasnya terdapat tilam-tilam empok dan berlapis-lapis".

Rasulullah kemudian bersabda lagi, "Itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah, "Dan tilam-tilam yang tebal dan empok". Tilam-tilam dan katil-katil itu diperbuat dari cahaya. Kekasih-kekasih Allah itu memakai mahkota yang mempunyai tujuh puluh sudut, dan pada setiap sudut itu bertahtakan tujuh puluh butir batu permata yang memancar-mancarkan cahaya. Dengan ketemprilan seumpama itu, wajah mereka laksana bulan purnama yang berkilauan memancarkan cahaya. Mereka juga memakai tiga jenis gelang, iaitu gelang diperbuat dari emas, perak dan mutiara, dan inilah maksud dari firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 23 (mafhumnya): '... mereka diberi perhiasan dengan gelang dari emas dan mutiara dan pakaian mereka (dari) sutera'".

Firman Allah didalam surah ar-Ra'd ayat 23, mafhumnya: "(iaitu) Syurga 'Aden yang mereka masuk kedalamnya". 

Menurut Ibnu Abbas, Syurga itu ada tujuh yang meliputi Dar al-Jalal, Dar al-Salam, Syurga 'Aden, Syurga al-Ma'wa, Syurga al-Khuldi, Syurga Firdaus dan Syurga Na'im.

Tetapi ada pula yang berpendapat bahawa Syurga itu hanya ada empat, ini berdasarkan firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 46 mafhumnya: "Dan bagi orang-orang yang takut akan menghadapi Tuhannya ada dua Syurga". Kemudian didalam surah yang sama ayat 62 mafhumnya: "Dan selain dua Syurga itu ada dua Syurga lagi". Oleh itu yang difirmankan Allah hanya ada empat Syurga sahaja. Jadi tiada Syurga yang kelima.

Al-Ma'wa adalah nama Syurga secara umum bermaksud tempat tinggal berdasarkan firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 19 (mafhumnya): "Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka untuk mereka Syurga tempat tinggalnya (al-Ma'wa) sebagai perbekalan (dari Allah), sebab amalan yang telah mereka kerjakan". Demikianlah juga dengan Syurga 'Aden, Syurga al-Khuldi, Syurga Firdaus, Syurga as-Salam dan Syurga Na'im, kesemua itu membawa maksud tempat tinggal dan kesemua Syurga adalah merupakan tempat-tempat tinggal. Al-Khuldi bermaksud kekal abadi, dimana semua Syurga adalah juga tempat yang kekal abadi. Firdausi bermaksud keindahan dimana semua Syurga juga tempat yang cantik dan indah. As-Salam bermaksud kedamaian, dimana semua Syurga merupakan tempat yang aman damai. Kemudian an-Na'im bermaksud penuh kenikmatan dan semua Syurga penuh dengan kenikmatan. 

Demikian itu yang telah diketengahkan oleh al-Halimi didalam kitabnya bertajuk 'Minhaj ad-Din'. Seterusnya dia menyatakan, "Kami berpendapat bahawa Syurga itu hanya ada empat. Istilah dan nama-nama seperti Syurga 'Aden, Syurga al-Khuldi, Syurga Firdaus, Syurga as-Salam dan Syurga Na'im bukanlah untuk membezakan diantara satu Syurga dengan yang lain. Tetapi, semua itu adalah nama-nama Syurga secara umum saja. Apatah lagi hitungan menurut firman Allah itu menunjukkan hanya ada empat sahaja. Disebutkan juga bahawa Syurga itu memiliki beberapa pintu, seperti firman Allah didalam surah az-Zumar atat 73 (mafhumnya): "... bila  mereka sampai disana dan dibukakan pintu-pintu (Syurga) dan berkata..." Kemudian pekara ini diperkuatkan lagi dengan hadis baginda Rasulullah saw, "Sesungguhnya pintu-pintu Syurga itu ada lapan". Jadi benarlah jumlah Syurga itu hanya ada empat, kerana setiap satu Syurga mempunyai dua daun pintu.

Allah menjelaskan bahawa penghuni Syurga itu dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama, kumpulan orang-orang yang paling dahulu beriman dan duduk dekat dengan Allah. Kedua, adalah kumpulan kanan. Golongan pertama adalah penghuni dua Syurga Iliyyin, sebagaimana firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 46 (mafhumnya): "Untuk orang-orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya ada dua kebun (Syurga)". Semantara kumpulan yang kedua adalah penghuni dua Syurga lainnya, sebagaimana firman Allah pada ayat 62 didalam surah yang sama, mafhumnya: "Selain daripada dua kebun itu ada lagi dua kebun yang lain". 

Diriwayatkan oleh Sa'id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, tentang firman Allah, "Untuk orang-orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya ada dua kebun (Syurga)". Kemudian firman Allah : "Selain daripada dua kebun itu ada lagi dua kebun yang lain".  Ia mengatakan, 'Dua Syurga yang pertama adalah diperuntukkan kepada orang-orang yang dekat dengan Allah, dan dua Syurga yang lainnya ialah untuk orang-orang golongan kanan'". Abu Musa al-Asy'ari juga meriwayakkan perkataan yang sama.

Firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 23 (mafhumnya) : "...mereka diberi perhiasan dengan gelang dari emas dan mutiara...". Menurut para ulama tafsir, setiap penghuni Syurga akan memakai tiga jenis gelang ditangan mereka masing-masing. Iaitu gelang dari emas, dari perak dan mutiara.  Didalam ayat tadi hanya disebutkan dua jenis gelang sahaja iaitu daripada emas dan mutiara. Sedang gelang dari perak disebutkan didalam firman Nya didalam surah al- Insan aya 21 (mafhumnya) : "Dan dipakaikan kepada mereka gelang dari perak". 

Diatas dunia ini, yang biasa memakai gelang dan mahkota adalah raja-raja.Tetapi diakhirat kelak, perhiasan mewah ini dipakaikan kepada penghuni Syurga, kerana sebagai peringatan bahawa mereka-mereka inilah yang sebenarnya layak mengenakan lambang-lambang kebesaran tersebut. Pakaian mereka juga diperbuat dai sutera sebagaimana firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 23 iaitu "...Dan pakaian mereka adalah sutera"

Diriwayatkan Yahya bin Salam dan Ibnu Mubarak, dari Hasmmad bin Salamah, dari Abu Mahzam, dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Rumah orang-orang mukmin itu diperbuat daripada mutiara berlubang. Ditengah-tengahnya terdapat sebatang pohon dan buahnya adalah dari berbagai jenis perhiasan. Sekali dipetik dengan jari-jari tangan mereka, boleh mendapatkan tujuh puluh tangkai batu permata dari mutiara, zamrud dan marjan".

Dengan sanad yang sama hadis serupa diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Hammad bin Salamah, dari Mahzam bahawa ia pernah mendengar Abu Hurairah berkata, "Sesungguhnya rumah seorang mukmin di Syurga itu diperbuat dari mutiara yang memiliki empat puluh bilik. Ditengah-tengahnya terdapat sebatang pokok dengan buahnya terdiri dari berbagai jenis batu permata. Sekali dipetik dengan jari-jari, mereka boleh mendapatkan setangkai mutiara, zamrud dan marjan".

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa ia berkata, "Sesungguhnya seorang kekasih Allah itu memiliki dua pasang pakaian, satu yang melekat dibadannya dan yang satu lagi membungkus wajahnya. Kedua-duanya saling bertengkar dengan suara yang lantang. Pakaian yang melekat ditubuh berkata, 'Kepada kekasih Allah ini, aku lebih mulia daripada kamu. Ia disebabkan aku boleh menyentuh tubuh badannya, sedangkan kamu tidak boleh'. Pakaian yang menutup wajah pula berkata, 'Pada kekasih Allah ini aku adalah lebih mulia daripada kamu, sebab aku boleh menatap wajahnya dari dekat sedangkan kamu terhalang dan tidak boleh melihatnya'".

Telah dikemukakan sebelum ini bahawa orang-orang yang memakai sutera semasa didunia, kelak diakhirat mereka tidak akan dapat memakainya. Demikian yang ditegaskan didalam hadis dari Abu Sa'id al-Khudri yang dianggap sahih oleh Abu Umar. Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi) bahawa kenyataan ini sama dengan riwayat yang menyatakan berkenaan peminum arak (khamar) yang dinyatakan apabila didalam Syurga kelak, mereka tidak diperkenankan meminumnya, melihatkannya, menyebutnya dan menginginkannya lagi sampai bila-bila. Begitu juga dengan orang-orang yang semasa didunia menggunakan peralatan yang diperbuat dari emas dan perak, kemudian meninggal dunia dengan tidak sempat bertaubat atas dosa-dosanya itu. Mereka juga bakal menerima nasib yang serupa.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi alias Abu Abdullah didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir al-Ushul' dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang suka mendengar suara nyanyian, maka ia tidak diizinkan untuk mendengarkan suara rauhaniyyin ". Seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apa itu rauhaniyyin ?". Baginda bersabda, "Iaitu para pembaca dari penghuni Syurga (sangat merdu suara mereka)".

Ada juga dikalangan ulama tafsir yang menyatakan bahawa larangan memakai sutra, makan atau minum dengan menggunakan peralatan dari emas dan perak, serta mendengar suara nyanyian adalah berlaku ketika mereka diseksa didalam Neraka, dimana mereka diberi minuman dari air perahan nanah yang sangat busuk. Tetapi apabila mereka dikeluarkan dari Neraka berkat adanya syafaat atau rahmat Allah dan dimasukkan kedalam Syurga, maka larangan itu sudah tidak berlaku lagi. Ini adalah kerana larangan mengunakan dan merasakan nikmat-nikmat duniawi di Syurga merupakan bentuk hukuman yang cukup berat. Padahal Syurga bukanlah tempat untuk menjalani hukuman.

Oleh itu, menurut saya (Imam al-Qurthubi) hadis Abu Sa'id al-Khudri dan hadis Abu Musa al-Asy'ari diatas tadi merupakan jawapan bagi pendapat terakhir yang disebutkan tadi. Ertinya, pekara itu bukanlah merupakan bentuk hukuman. Sama juga keadaannya ketika ia tidak dapat mencapai tingkat Syurga yang lebih tinggi. Apatah lagi jika mereka dikatakan dapat memasuki Syurga kerana syafaat atau rahmat Allah.

Firman Allah:

"Dan mereka memakai pakaian (berwarna) hijau dari sutera yang halus dan sutera tebal". (al-Kahfi ayat 31).

"Mereka memakai pakaian sutera halus yang (berwarna) hijau dan sutera tebal". (al-Insaan ayat 21).

Yang disebutkan hanyalah warna hijau satu-satunya, mungkin kerana warna ini lebih sesuai dengan pandangan mata manusia. Warna putih atau hitam tidak begitu sesuai kerana mungkin boleh merosakkan mata. Warna hijau adalah juga merupakan pertengahan diantara dua warna itu (putih dan hitam), selain ia sejuk dipandang mata walaupaun ia kontras dari kedua-duanya itu.

Firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 13 yang mafhumnya: "Didalamnya mereka duduk bertelekan (duduk bersila) diatas dipan". Dipan adalah katil kuno buatan ukiran tangan yang halus daripada kayu. Kemudian Allah juga berfirman didalam surah ath-Thuur ayat 20 mafhumnya:  "Mereka bertelekan (duduk bersila) diatas dipan-dipan (katil yang) berderetan".

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya seorang penghuni Syurga dalam setiap bulan boleh menikahi seribu bidadari. Ia akan memeluk bidadari itu selama usianya didunia". 

Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya seorang penduduk Syurga akan memeluk isteri bidadarinya selama tujuh puluh tahun (purata usia manusia) tampa merasa bosan. Setiap kali disetubuhi, isteri bidadarinya itu akan kembali menjadi dara semula. Setiap kali isteri bidadarinya itu mengajak berjimak, nafsunya tetap membara gairah kerana ia diberi kekuatan nafsu seperti tujuh puluh orang lelaki. Didalam setiap persetubuhan itu mereka akan mencapai kemuncak shawat tetapi tidak mengeluarkan air mani.

Al-Musayyib bin Syarik memetik sebuah riwayat hadis dari Nabi saw, tentang firman Allah didalam surah al-Waaq'ah ayat 36 dan 37 mafhumnaya: "Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan (dara). penuh cinta lagi sebaya umurnya". Baginda bersabda, "Mereka adalah nenek-nenek tua didunia yang kemudian dijadikan Allah sebagai makhluk yang baru. Ketika meraka disetubuhi suami-suami mereka, mereka didapati masih perawan (dara)". Mendengar sabda baginda itu, Aisyah lalu berkata. "Alangkah sakitnya!". Baginda bersabda, "Di Syurga tiada rasa sakit".

Diriwayatkan oleh Yahya bin Salam dari seorang kawannya, dari Aban bin Abu Syaiban, dari Syahr bin Hausyab, dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya seorang penghuni Syurga bersenang-senang bersama isterinya didalam sebuah bilik selama tujuh puluh tahun. Tiba-tiba ada wanita lain yang lebih cantik dari bilik yang lain memanggilnya dan berkata, 'Sekarang tiba giliranku bersenang-senang dengan mu'. Ia menoleh kepada wanita itu dan bertanya, 'Siapa kamu ?'. Wanita itu menjawab, 'Aku termasuk wanita-wanita yang disebutkan didalam firman Allah didalam surah Qaaf ayat 35 (mafhumnya): 'Dan pada sisi Kami ada tambahannya' ".

"Seterusnya ia beraleh untuk bersenang-senang bersama wanita itu dalam sebuah bilik lain selama tujuh puluh tahun. Tiba-tiba ada wanita lain lagi yang lebih cantik dari bilik yang lain datang memanggilnya dan berkata, 'Sekarang tiba giliranku bersenang-senang denganmu'. Ia menoleh kepada wanita itu dan berkata, 'Siapakah kamu?'. Wanita itu menjawab, 'Aku termasuk wanita-wanita yang disebutkan didalam firman Allah didalam surah as-Sajadah ayat 17 (mafhumnya): 'Seorang pun tidak mengatahui apa yang disembunyaikan untuk mereka iaitu (berbagai nikmat) pandangan mata sebagai balasan kepada apa yang telah mereka kerjakan'. Seterusnya dia beralih lagi untuk bersenang-senang dengan wanita itu didalam bilik yang lain selama tujuh puluh tahun. Begitulah mereka terus melakukan giliran".

Firman Allah didalam surah ad-Dukhaan ayat 54 mafhumnya: "Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari".

Bagi menafsir firman Allah didalam surah Yassin ayat 55 mafhumnya: "Sesungguhnya penghuni Syurga pada hari itu bersenang-senang dalam perkerjaannya". Qatadah berkata, "Diakhirat nanti, mereka akan asyek didalam kesebukan yang menyenangkan bersama para isteri bidadari mereka".

Berkata al-Hassan, "Mereka bergembira kerana mereka bersama-sama dengan isteri-isterinya tinggal ditempat yang terlindung, bersandar diatas pelamin" (Yassin 56).

Firman Allah didalam surah ash-Shaffat ayat 41 mafhumnya: "Untuk mereka itu rezeki yang terang (jelas)". Ini menbawa kepada dua penafsiran, pertama menurut yang dikatakan oleh Muqatil, 'Pekara (mendapat rezeki) ini berlaku setiap saat'. Kedua adalah penafsiran yang diperkatakan oleh Ibnu Sa'ib, 'Pekara ini berlaku pada pagi dan petang hari, kerana seperti yang dinyatakan didalam firman Allah didalam surah Maryam ayat 62 (mafhumnya): "...Untuk mereka ada rezeki didalamnya (Syurga) pada pagi dan petang".

Menurut para Ulama tafsir, didalam Syurga itu tiada istilah siang atau malam. Para penghuni Syurga dilimpahi oleh cahaya terang. Mereka mengenal waktu malam apabila tirai diturunkan dan pintu-pintun Syurga ditutup. Dan mereka mengatahui waktu siang apabila tirai dinaikkan dan pintu-pintu Syurga dibuka semula. Demikian apa yang diperkatakan oleh Abu Faraj Ibnu Jauzi.

Diriwayat oleh Abu Abdullah Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir al-Usul', sebuah hadis dari Aban, dari al-Hassan dan Abu Qalabah bahawa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, adakah didalam Syurga itu ada waktu malam?". Baginda menyoalnya pula, "Apa yang menyebabkan kamu bertanya begitu?". Sahabat itu berkata, "Saya mendengar Allah berfirman didalam al-Quran "...Untuk mereka ada rezeki didalamnya (Syurga) pada pagi dan petang". Lalu saya berfikir bahawa kalau begitu mestilah ada siang dan malam". Baginda bersabda, "Di sana tiada malam. Yang ada hanyalah cahaya terang. Pagi dan petang udaranya sama sejuk dan nyaman. Hadiah-hadiah kenikmatan dan salam dari Malaikat disampaikan kepada penghuni Syurga sebanyak lima kali".

Allah berfirman didalam surah ath-Thuur ayat 22 mafhumnya: "Dan Kami tambah untuk mereka dengan buah-buahan dan daging yang mereka inginkan". Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan merupakan berbagai-bagai jenis buah-buahan.

Tafsiran firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 14, "Dan naungan dekat diatas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya". Mujahid mengatakan, "Maksudnya ialah naungan pohoh-pohon di Syurga. Mereka boleh memetik buahnya bila-bila saja yang mereka mahukan didalam keadaan berdiri, keadaan duduk atau keadaan berbaring".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Syarik, dari Abu Ishak, dari al-Barra' bahawa ia mengatakan berkenaan firman Allah tersebut, "Para penghuni Syurga itu boleh memakan buah-buahan dari pohon mana saja yang mereka inginkan dan didalam keadaan apa saja yang mereka kehandaki". 

Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Hisyam bin Sa'ad, dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya tinggi badan penghuni Syurga ketika mereka sudah memasuki Syurga adalah enam puluh hasta seperti sebatang pohon kurma yang sangat tinggi. Mereka boleh memakan buah-buahan Syurga dengan berdiri".

Diriwayatkan opleh Yahya bin Sala,, dari Utsman, dari Ni'aim bin Abdullah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, sesungguhnya penghuni Syurga boleh memetik buah dalam keadaan mereka duduk bersila diatas alas kasur mereka. Belum pun buah itu masuk kemulut salah seorang dari mereka, sudah menyusul buah-buah yang lain".

Firman Allah didalam surah az-Zukhruuf ayat 71 mafhumnya: "Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan dari emas dan gelas-gelas, disana ada apa-apa yang diingini oleh nafsu dan lazat dipandang mata, sedang kamu kekal didalamnya".

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling rendah kedudukan adalah orang yang berada diatas kepalanya seribu pelayan. Ditangan masing-masing dari mereka terdapat dua buah pinggan, satu diperbuat dari emas dan yang satu lagi dari perak. Kedua-duanya menpunyai warna yang berbeza". Demikianlah yang diperkatakan oleh al-Qatbi didalam kitanya yang bertajuk 'Uyun al-Akhbar'.

Para Ulama tafsir mengatakan, "Penghuni Syurga yang paling rendah kedudukan mereka, dikelilingi oleh tujuh puluh ribu pelayan dan masing-masing dari mereka membawa pinggan daripada emasnyang tidak sama warnanya. Pinggan itu berisi berbagai jenis makanan yang rasanya berbeza-beza dan tetap sedap dimakan dari permulaan hinggalah yang terakhir. Semantara penduduk Syurga yang paling tinggi darjat mereka ialah, juga dikelilingi oleh tujuh ratus ribu para pelayan dan masing-masing dari mereka mambawa pinggan yang diperbuat dari emas berisi berbagai jenis makanan yang rasanya berbeza-beza dan tetap lazat dimakan sejak dari permulaan memakannya hingglah yang terakhir suapannya. Semantara penghuni yang paling tinggi kedudukan darjatnya, juga dikelilingi pelayan seramai tujuh ratus ribu dan masing-masing diantara mereka membawa pinggan diperbuat daripada emas yang berisi berbagai jenis makanan yang rasanya berbeza-beza dan tetap lazat dimakan sejak dari mula memakannya hinggalah yang terakhir suapannya. Juga diedarkan kepada mereka piala-piala (gelas-gelas) sebagaimana firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 15 dan 16 mafhumnya : 'Dan diedarkan kepada mereka bekas-bekas dari perak dan piala-piala yang jernih laksana kaca (iaitu) kaca dari perak'. 'Maksudnya kaca yang diperbuat dari perak, sesuai dengan warna tanah di Syurga yang juga seputih warna perak berkilat'".

Menurut Ibnu Abbas dan Mujahid, para penghuni Syurga akan didatangkan dengan bekas-bekas tersebut secara tertib dan sopan dengan diaturkan  oleh para Malaikat yang mengelilingi mereka seterusnya memberikan gelas itu untuk minum.

"Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas.." (al-Insaan: ayat 5)

Maksudnya ialah gelas berisi minuman dari khamar. Contoh yang lain seperti firman Allah didalam surah ash-Shaffaat ayat 45, mafhumnya:

"Diedarkan kepada mereka gelas (yang berisi minuman) dari mata air (khamar Syurga)".

Firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 5 (sambungannya) mafhumnya : "... Yang campurannya adalah air kafur". Menurut al-Kalbi, kafur adalah nama sebuah mata air di Syurga yang airnya sangat segar diminum.

Firman Allah didalam surah al-Insaan ayat 17 mafhumnya : "Didalam Syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang dicampur (buah jahe)". Orang-orang Arab sangat menyukai buah jahe terutama jika dicampur dengan khamar. Oleh sebab itulah, Allah membuat perumpamaan seperti itu didalam firman Nya, seolah-olah memberi galakan agar mereka semua supaya beriman kepada islam dan mengerjakan amal-amal soleh agar mereka menerima balasan dan kenikmatan di Syurga kelak seumpama kesukaan mereka sewaktu didunia, yang didatangkan dari "Sebuah mata air yang dinamakan Salsabila" (al-Insaan: ayat 18)

Allah berfirman didalam surah al-Muthaffifiin ayat 25 dan 26 mafhumnya: "Mereka diberi minum dengan arak (khamar) yang dicap (dilak). Capnya (dilaknya) ialah kasturi, dan pada demikian itu hendaklah berlumba-lumba sesiapa yang mahu berlumba-lumba (mendapatkannya)". Menurut Mujahid, minuman itu dilak (dicap) pada tegukkan yang terakhir. Maksudnya, mereka minum minuman itu hingga habis (tegukkan yang terakhir), berserta dilak (cap - keladak yg akhir) dengan aroma kasturi.

Menurut Abdullah bin Ibnu Mas'ud, seperti yang telah dikemukakan oleh Ibnu Mubarak dan Ibnu Wahab yang maksudkan dengan firman Allah itu tadi "Capnya (dilaknya) ialah kasturi.." bermakdsud campurannya adalah kasturi.

Menurut Abu Darda' seperti yang dipetik oleh Ibnu Mubarak, iaitu minuman berwarna putih seperti perak yang mereka lak (cap) waktu mereka selesai minum. Seperti memasukkan tangan kedalam gelas untuk mengambil keladak yang melakat dibawah gelas itu, inilah maksud dilak atau cap. Niscaya semua makhluk yang bernyawa akan dapat mencium baunya yang sangat harum seperti kasturi. Oleh kerana itu hendaklah manusia "...berlumba-lumba (mendapatkannya)" (al-Muthaffifiin: ayat 26) iaitu dengan mengerjakan amal-amal soleh semasa didunia. Allah berfirman didalam ayat berikutnya "Dan campurannya daripada tasnim"  (al-Muthaffifiin: ayat 27). Maksudnya, campuran minuman khamar yang murni itu ialah tasnim : "(iaitu) mata air, yang meminumnya ialah orang-orang Muqarrabin (mulia disisi Allah)"  (al-Muthaffifiin: ayat 28).

Menurut Qatadah, orang-orang yang didekatkan (dimuliakan: Muqarrabin) kepada Allah, meminum minuman itu sewaktu ia masih murni. Sedangkan, penghuni Syurga yang lain meminuman minuman itu setelah diberi campuran dengan mata air.

Tasnim adalah minuman Syurga yang paling utama. Ia adalah nama sebuah mata air yang mengalir dari atas hingga kebawah. Mata air ini mengairi penghuni Syurga dari atas 'Arasy. Dalilnya adalah dari hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Tirmidzi, dari Abu Muqatil, dari Shalih bin Sa'id, dari Abu Sahal, dari al-Hasan bin Ali ra bahawa Rasulullah bersabda, "Ada empat mata air di Syurga, dua mata ait mengalir dari bawah 'Arasy yang salah satunya seperti yang telah difirmankan Allah "..yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya" (al-Insaan: ayat 6), dan yang satunya lagi, "yang memancar (terpancut)" (ar-Rahman: ayat 55). Dua lagi yang mengalir dari atas 'Arasy yang salah satunya  Allah beri nama Salsabila dan yang satunya lagi dinamakan Tasnim".

Berkata Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'at-Tanzil', "Orang-orang yang berbuat baik, kelak di Syurga mereka akan diberi minuman khamar yang dicampur kafur, ada yang dicampur dengan jahe dan ada yang dicampur dengan salsabila. Tetapi kepada mereka yang didekatkan kepada Allah (yang dimuliakan iaitu Muqarrabin), mereka diberi minuman khamar murni tampa ada campuran sama sekali".

Orang-orang yang berbuat kebajikan adalah orang-orang yang jujur. Sedangkan orang yang didekatkan kepada Allah (Muqarrabin) adalah orang-orang yang ikhlas dan sangat jujur.

Menurut al-Hasan, khamar Syurga itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Seperti firman Allah didalam surah as-Shaaffat ayat 45 dan 46 mafhumnya: "Diedarkan kepada mereka gelas (yang berisi minuman) dari mata air (khamar Syurga)". Yang putih warnanya, lazat rasanya bagi orang-orang yang meminumnya".

Firman Allah didalam surah ini juga didalam ayat 48, mafhumnya : "Disisi mereka ada (beberapa isteri-isteri bidadari) yang pendek pandangannya ( tidak liar pandangannya: tidak bermata keranjang) lagi bundar matanya (bermata jeli)". Maksudnya, bidadari yang pandangan matanya hanya ditujukan kepada suaminya saja. Mereka tidak mahu memandang lelaki-lelaki lain. Berkata Ibnu Zaid, "Salah seorang bidadari itu berkata kepada suaminya. 'Demi kemuliaan Tuhanku, di Syurga ini aku melihat tidak ada yang lebih tampan daripadamu'". Mata mereka sangat jelita seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik. "Seolah-olah warnanya seperti telur yang terpelihara (tersimpan dengan baik)" (as-Shaaffat: ayat 49).

Menurut al-Hasan dan Ibnu Zaid, mereka diibaratkan seperti telor burung unta (yang cantik, besar dan bulat) yang disimpan dengan baik supaya tidak terkena angin dan debu. Warna telur itu kuning cair (kuning langsat), seperti kulit wanita bangsawan yang cantik dan berseh.

Ada ulama tafsir yang mengatakan bahawa maksud perkataan telor itu adalah juga mutiara, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Waqiah ayat 22 dan 23, mafhumnya : "(disisi) Mereka itu ada bidadari. Seperti mutiara yang tersimpan rapi". Maksudnya ialah mutiara yang tersimpan rapi didalam cengkerang-cengkerangnya. Allah berfirman didalam surah ar-Rahman ayat 70 mafhumnya : "Didalam semuanya ada perampuan-perampuan (bidadari) yang baik akhlaknya dan cantik (rupa) parasnya".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari al-Auza'i, dari Hassan bin Athiyah, dari Sa'id bin Abu Amir bahawa ia berkata, "Seandainya salah seorang bidadari yang baik dan cantik tersebut muncul dari langit, nescaya cahaya akan bersinar kemana-mana bahkan mampu mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Kain yang dipakainya saja lebih baik daripada dunia seisinya".

Ada ulama yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan "baik" adalah baik akhlaknya. Jika Allah berfirman "..yang baik..", maka tiada siapa didunia ini yang mampu menjelaskan maksud kebaikkan bidadari tersebut. 

Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 72 mafhumnya : "(iaitu) Bidadari (perampuan yang putih jelita) yang tertutup didalam bilik (pingitan)".

Menurut Ibnu Abbas, seperti yang dipetik oleh Ibnu Mubarak, dari Hammam, dari Qatadah, dari Ikrimah bahawa, "Rumah itu sangat luas dan diperbuat daripada mutiara berlubang yang dihiasi dengan emas".

Menurut riwayat Abu Darda' yang dipetik juga oleh Ibnu Mubarak, "Rumah itu diperbuat dari mutiara. Satu mutiara besar yang memiliki tujuh puluh pintu yang kesemuanya daripada mutiara". Sedangkan menurut Abu Ahwash, "Rumah para bidadari itu diperbuat daripada mutiara yang berlubang".

Berkenaan firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 72 itu, atz-Tirmidzi al-Hakim berkata, "Aku mendengar suatu riwayat bahawa pada saat itu muncul sekumpulan awan dari 'Arasy yang kemudian menurunkan hujan. Ia diciptakan dari titisan-titisan rahmat Allah. Kemudian setiap titis (hujan itu) diperbuat sebuah rumah yang terletak ditebing sebuah sungai (Syurga) yang luasnya empat puluh batu. Rumah ini tidak memiliki pintu. Sehingga, ketika seseorang bakal akan ditempatkan disitu, barulah rumah itu dibuatkan lubang-lubang pintu supaya ia mengatahui bahawa rumahnya itu tidak pernah dimasuki oleh para Malaikat ataupun makhluk-makhluk lain selama itu. Bahkan mereka tidak pernah mampu melihat rumah-rumah itu pun".

Disebutkan oleh ad-Daruquthani didalam kitabnya bertajuk 'Al-Madih' sebuah riwayat dari al-Mu'tamir bin Sulaiman bahawa ia berkata, "Sesungguhnya didalam Syurga terdapat sebuah sungai yang menumbuhkan gadis-gadis bidadari yang masih dara (perawan)".

Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 76 mafhumnya : "Mereka bersandar diatas bantal yang hijau...". Berkata atz-Tirmidzi al-Hakim, "Bantal-bantal itulah yang dijadikan kelengkapan peralatan bagi seorang penghuni Syurga bersenang-senang dengan isteri-isteri bidadarinya. Pada saat itulah Malaikat Israfil memperdengarkan suara emasnya yang lunak merdu".

Disebutkan didalam sebuah riwayat, "Sesungguhnya diantara makhluk Allah yang paling merdu suaranya ialah Malaikat Israfil. Dikatakan ketika ia sedang memperdengarkan suaranya semua Malaikat dan makhluk dari tingkat pertama hinggalah ketingkat ketujuh Syurga-syurga itu terkesima (terpegun kaku) oleh keindah-lunakan suara Israfil  yang sedang bersenandong nyanyian tasbih kepada Allah yang Mahasuci. Bahkan semua pohon-pohon yang ada di Syurga turut bergoyang-goyang, semua pintu-pintu terbuka, semua tirai tersingkap, semua bidadari turut bernyanyi bersama-sama dan semua burung-burung turut berkicau riang. Allah SWT memerintahkan semua Malaikat untuk menjawab dengan senandung nyanyian rohaniah itu, sehingga membentuk sebuah harmoni yang sangat indah".

Seterusnya Allah berfirman kepada Nabi Daud as, "Wahai Daud, berdirilah disisi 'Arasy didekat KU sini dan bernyanyilah". Daud pun bingkas bangun dan menyanyikan tasbih kepada Tuhannya, sehinggakan bertambah harmoni dan semakin indah didengar. Para penghuni Syurga yang sedang bersandar diatas bantal-bantal hijau bersama bidadari-bidadari mereka itu pun merasa sangat gembira dan terhibur dengan nyanyi-nyanyian indah tersebut. Dan itulah yang dimaksudkan didalam firman Allah didalam surah ar-Rumm ayat 15, mafhumnya : "...maka mereka itu didalam Syurga dengan bersuka-ria".

Mentafsirkan firman Allah ini, Yahya bin Abu Katsir mengatakan, "Mereka bergembira ditaman-taman Syurga".

Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 76 mafhumnya : "... dan permaidani yang cantik rupanya". Maksudnya, mereka bersandar pada bantal-bantal hijau diatas permaidani yang indah, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Ghaasiyaah ayat 15 mafhumnya: "Dan bantal-bantal yang tersusun. Dan permaidani-permaidani yang terbentang". Maksudnya, bantal-bantal yang disusun dengan kemas dan rapi serta permaidani-permaidani yang dibentang atau dihamparkan dengan rapi. Ada yang menyatakan bahawa bantal-bantal itu disulami dengan mutiara dan permata yaqut.

Firman Allah didalam surah al-Waqiah ayat 27 mafhumnya: "Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu ?". Yang dimaksudkan golongan kanan itu adalah mereka-mereka yang beriman terlebih dahulu iaitu sebahagian dari umat terdahulu dan sebahagian dari umat terkemudian (pada ayat-ayat 39 dan 40 surah ini). Kerana semua penghuni Syurga ini adalah merupakan golongan kanan. Kemudian pada ayat 28 didalam surah yang sama disebutkan : "Mereka didalam (kebun) pohon sidr (buah bidara) yang tidak berduri". Ini adalah kerana durinya telah dihilangkan. Semasa didunia, pohon bidara ini sememangnya berduri.   

Firman Allah didalam surah al-Waqiah ayat 29 mafhumnya: "Dan pohon-pohon pisang yang tersusun". Menurut pendapat Mujahid dan beberapa yang lainnya, bagi orang-orang Arab, pohon-pohon pisang ini sangat indah kerana daun-daunnya yang hijau. Terutama kaum Quraisy, mereka lebih menyukai pohon pisang kerana pohonnya yang rendang dan daunnya yang hijau berbanding daripada pohon bidara. Oleh sebab itulah mengapa Allah membuat perumpamaan didalam firman Nya ini kepada sesuatu yang mereka sukai supaya mereka lebih mudah membayangkannya.

Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 25, mafhumnya : "...dan untuk mereka dalam Syurga isteri-isteri yang suci...". Berkata Mujahid seperti juga yang diperkatakan oleh Ibnu Mubarak, "Isteri-isteri yang suci itu bermaksud mereka tidak pernah buang air kecil, buang air besar, haid, meludah, berkahak, mengeluarkan telur (untuk persenyawaan), mengandung, melahirkan anak dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibnu Juraij, dari Mujahid bahawa ia berkata, "Maksud firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 25 (sambungan ayat diatas) mafhumnya : "...mereka kekal didalamnya", ialah bahawa mereka akan selalu tinggal didalam Syurga yang menjadi milik para penghuni Syurga".

Menafsir firman Allah didalam surah as-Shaffaat ayat 44, mafhumnya: "Diatas tempat duduk berhadap-hadapan". Mujahid seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak mengatakan, "Sebahagian dari mereka tidak mengadap tengkuk sebahagian yang lain. Pekara ini berlaku kerana mereka saling mencintai. Mereka mampu berbuat apa saja tampa sekatan, kerana masing-masing tidak boleh melihat penghuni yang lain".

Berkata Ibnu Abbas, "Mereka adalah orang yang dimuliakan diatas tahta-tahta yang dilapiskan dengan mutiara, permata yaqut dan zamrud. Panjang setiap tahta adalah seperti jarak diantara Shna'a hingga ke Jabiyah atau antara Aden hingga ke Ailah".




BAB 156: NASIB ANAK-ANAK KAUM MUSLIMIN DAN ANAK-ANAK KAUM MUSYRIKIN YANG MENINGGAL DUNIA SEMASA KECIL.

Diriwayatkan oleh Abu Umar didalam kitabnya yang bertajuk 'At-Tamhid Wal Istidzkar', oleh Abu Abdullah atz-Tirmidzi didalam kitabnya bertajuk 'Nawadir al-Ushul' dan oleh para Ulama Ahli Tafsir, sebuah hadis dari Saidina Ali bin Abu Thalib ra berkenaan firman Allah didalam surah al-Muddaatstsir ayat 38 dan 39 mafhumnya : "Tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat dan tertanggung) disebabkan usahanya (didunia). Kecuali orang-orang golongan kanan". Saidina Ali berkata, "Mereka itu adalah anak-anak kaum Muslimin". Ditambah oleh atz-Tirmidzi, "Mereka itu belum terkena kewajipan sehingga apa yang diperbuat olehnya tidak perlu dipertanggungjawabkan.

Berkata Abu Umar, "Menurut pendapat mejoriti ulama, anak-anak kaum Muslimin itu berada didalam Syurga. Semantara ada sebahagian ulama uang berpendapat bahawa anak-anak kaum Muslimin dan anak-anak kaum Musyrikin (kafir) itu tidak diketahui nasib mereka dengan pasti sama ada mereka dimasukkan kedalam Syurga atau didalam Neraka. Diantara ulama yang berpandangan seperti itu ialah Hammad bin Zaid, Hammad bin Salamah, Ibnu Mubarak dan Ishak bin Rahawaih. Pekara ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah ditanya berkenaan nasib kanak-kanak ini dan Baginda bersabda, "Allah lebih mengatahui tentang apa yang mereka lakukan". Baginda hanya menyentuh tentang anak-anak itu secara umum saja.

Al-Halimi didalam kitabnya bertajuk 'Minhaj ad-Din' mengatakan bahawa diakhirat kelak anak-anak kamu Muslimin sama nasibnya dengan anak-anak kaum Musyrikin. Maksudnya, nasib mereka tidak jelas. Hal ini berdasarkan pada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa pada suatu hari seorang anak kaum Muslimin yang masih kecil telah meninggal dunia. Salah seorang Isteri Nabi saw berkata, "Sungguh beruntung ayahnya, kerana ia memiliki seekor burung pipit Syurga". Nabi saw bersabda, "Bagaimana kamu tahu pekara itu?. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencipta Syurga khusus untuk penghuninya dan Allah mencipta Neraka juga khusus untuk penghuninya". Hadis riwayat Bukhari ini menunjukkan bahawa tidak ada satu petunjuk khusus yang memastikan berkenaan nasib anak-anak kaum Muslimin dan anak-anak kaum Musyrikin yang meninggal sewaktu kecil mereka diakhirat nanti.

Menurut al-Halimi, hadis ini sebagai pentunjuk bahawa Nabi saw menyangkal berkenaan pendapat yang memberi kepastian bahawa anak-anak kaum Mislimim itu berada di Syurga. Sebab, anggapan seumpama itu juga bermaksud bahawa kita telah memastikan kedua-dua orang tua mereka adalah dari golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. Sedangkan ada kemungkinan bahawa kedua-dua orang tua mereka itu tergolong sebagai orang-orang kafir atau orang-orang munafiq atau murtad, hinggakan anak-anak itu juga tergolong kepada anak-anak orang kafir atau orang-orang munafiq atau murtad. Ini juga bererti bertentangan dengan pendapat orang yang menyatakan bahawa sangat mungkin anak-anak kaum Musyrikin (kafir) itu berada didalam Neraka. Tetapi, mungkin juga baginda Nabi saw menyangkal pekara ini disebabkan tiada ayat dari firman Allah yang menyatakan secara khusus bahawa anak-anak kaum Musyrikin itu akan dimasukkan kedalam Neraka. Itulah sebabnya maka baginda menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT sahaja sebab Dialah yang Mahamengatahui lagi Mahabijaksana.

Firman Allah didalam al-Quran karim yang diturunkan kepada Nabi saw didalam surah ath-Thuur ayat 21 mafhumnya: "Orang-orang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami hubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka sedikit pun. Tiap-tiap manusia tergadai (terikat dan tertanggung) oleh usahanya masing-masing". Didalam ayat ini, Allah memberi berita bahawa orang-orang yang beriman didalam kehidupan dunia dahulu dan anak cucu mereka juga yang mengikut jejak langkah mereka kemudiannya (beriman dan beramal soleh), Allah akan menghubungkan (mereka dikumpulkan) anak cucu mereka bersama mereka diakhirat kelak. Oleh sebab itu bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa mereka dan anak cucu mereka juga akan ditempatkan didalam Syurga.

Didalam kitab 'Al-Ilal al-Mutanahiyat' (11/221) disebutkan bahawa Nabi saw bersabda, "Aku bermohon kepada Allah agar Dia memberi pekanan memperlihatkan aku penghuni Syurga dan penghuni Neraka. Jibril dan Mikail menemui aku didalam mimpi. Mereka berkata, 'Berangkatlah wahai Abu Qasim... Selanjutnya aku terdengar suara riuh rendah kanak-kanak. Aku bertanya, 'Siapakah mereka, wahai Jibril?'. Jibril menjawab, 'Mereka adalah anak cucu kaum Muslimin yang meninggal dunia sebelum orang tuanya. Mereka didalam asuhan Ibrahim sampai orang tua mereka datang menyusul mereka'. Pekara ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak kaum Muslimin itu berada di Syurga.

Menurut Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), dasar yang mereka jadikan panduan adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Qais bin Rabi', dari Yahya bin Ishak yang telah dikemukakan sebelumnya iaitu, diriwayatkan dari Aisyah binti Thalihah, dari Aisyah ra bahawa Nabi saw melawat dan mensolatkan jenazah seorang anak kecil putra seorang Anshar. Aisyah ra berkata, "Wahai Rasulullah, sungguh beruntung orang Anshar itu, kerana memiliki seekor burung pipit diSyurga yang belum pernah melakukan amal kejahatan dan belum pernah mengenalinya". Baginda bersabda, "Wahai Aisyah, adakah kamu tidak tahu bahawa sesungguhnya Allah yang Maha Memberkhati lagi Mahatinggi itu menciptakan Syurga berikut dengan penghuninya dan menciptakan Neraka juga berikut dengan penghuninya. Mereka itu berada di sulbi atau tulang punggung ayah-ayah mereka".

 Sebahagian ulama berpandapat bahawa anak-anak kamu Muslimin itu berada di Syurga dan anak-anak kaum Musyrikin berada di Neraka. Selain merujuk kepada ayat Al-Qur'an dan riwayat hadis yang telah saya (Imam al-Qurthubi, penulis kitab ini) kemukakan tadi, mereka juga merujuk kepada hadis Salamah bin Yazid al-Ju'fi bahawa ia bercerita, "Aku bersama adekku pergi menemui Nabi saw, kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu kami telah meninggal dunia sewaktu zaman jahaliah dahulu. Tetapi, sewaktu hidupnya ia suka memuliakan tetamu, suka bersilaturahim, suka berpuasa dan suka melakukan kebajikan-kebajikan yang lain, Adakah diantara amal-amal kebajikannya itu ada yang berguna baginya?". Baginda bersabda, "Tidak".

Kami bertanya lagi, "Pada zaman jahiliah dahulu sesungguhnya ibu kami itu pernah menanam hidup-hidup kakak wanita kami yang belum akhir balig. Apakah hal itu bermanafaat bagi kakak kami itu?". Rasulullah bersabda (dalam hadis riwayat Ahmad dan Nasai'), "Kamu tahu (nasib) orang yang menanam hidup-hidup  dan orang yang ditanam hidup-hidup?. Sesungguhnya mereka berdua berada didalam Neraka, kecuali kalau kemudian orang yang menanam (ibunya) hidup-hidup itu masuk Islam. Maka, ia diampuni".

Didalam riwayat yang lain dari hadis Salamah bin Yazid ini ditambah, "... Sewaktu Rasulullah melihat perubahan wajah kami yang nampak sedih lalu Baginda bersabda, 'Ibuku bersama ibu kalian'".

Hadis itu juga diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya yang bertajuk 'Musnad Abu Daud ath-Thayalisi, dari Salamah bin Yazid bahawa ia bertanya kepada Nabi saw, "Ibuku telah meninggal dunia. Tetapi sewaktu masih hidup ia suka memuliakan tetamu dan suka memberi makanan kepada tetangga. Pada zaman jahiliah itu juga, dia pernah mengubur hidup-hidup anaknya. Ia termasuk golongan orang yang kaya. Apakah seandainya jika aku bersedekah diatas namanya, hal ini boleh memberi manafaat kepadanya?". Rasulullah bersabda, "Islam hanya memberikan manafaat kepada orang yang mendapatkannya. Dia dan anak yang dikuburkannya hidup-hidup sama-sama berada di Neraka". Kemudian aku merasa tersangat sedih, tiba-tiba Baginda bersabda lagi, "Ibunya Muhammad bersamanya berikut kebajikan yang ada pada mereka".

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu'aim dan yang lainnya, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia bercerita, "Dua putra Malikah datang kepada Nabi saw. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya mendiang ibu kami dahulu suka menghormati suami, sayang kepada anak, dan suka memuliakan tetamu. Hanya pada zaman jahiliah ia pernah mengkuburkan anak hidup-hidup". Baginda bersabda, "Ibu kamu berada di Neraka". Kedua-dua mereka pun beredar, setelah baginda melihat wajah mereka berdua nampak muram. Kemudian baginda memanggil mereka semula, wajah mereka berubah cerah kerana mengharap akan ada sesuatu yang terjadi. Baginda bersabda, "Ibuku juga bersama ibu kalian...".

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad, dari Baqiyah ibnu Walid, dari Muhammad bin Yazid al-Alhani, dari Abdullah bin Quis bahawa ia mendengar Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah tentang nasib anak cucu kaum musilimin diakhirat. Baginda bersabda, "Mereka bersama orang tua mereka". Aisyah ra bertanya, "Mesti pun tampa amal?". Baginda bersabda, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka amalkan". Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah tentang nasib anak-anak kaum Musyrikin di akhirat. Baginda bersabda, "Mereka bersama orang tua mereka". Para sahabat lain bertanya, "Mesti pun tampa amal?". Baginda bersabda, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka lakukan".

Berkata Abu Umar, "Abdullah bin Qais adalah penduduk Syam, seorang perawi hadis dari genarasi tabi'in yang boleh dipercayai. Tetapi Baqiyah ibnu Walid adalah seorang perawi yang lemah. Bahkan ia suka meriwayatkan hadis-hadis mungkar. Tetapi, hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad secara marfu dari Aisyah dengan sanad yang lain, ia berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah tentang anak-anak kaum Muslimin, dimanakah mereka pada hari akhirat nanti?'. Baginda bersabda, 'Di Syurga'. Aku pun bertanya kepada baginda tentang anak-anak kaum Musyrikin, dimanakah mereka pada hari akhirat nanti?. Baginda bersabda, 'Di Neraka'. Aku membantah, 'Wahai Rasulullah, tetapi mereka belum pernah melakukan amal sama sekali dan juga belum terkena tuntutan kewajibpan lagi?'. Baginda bersabda, 'Tuhan kamu lebih mengatahui apa yang mereka lakukan. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, jika kamu mahu akan aku perdengarkan kepadamu suara-suara rintihan mereka di Neraka'".

Berkata Syeikh al-Qurthubi (penulis kitsb ini), "Itulah lafaz hadis yang dikatakan oleh Abu Umar dan juga Abu Ahmad bin Ali sesuai juga yang dikatakan oleh Abu Muhammad alias Abdul Haq".

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Abu Uqali, dari Bahiyah, dari Aisyah ra bahawa ia bertanya keopada Nabi saw tentang anak-anak kaum Musyrikin. Baginda bersabda, "Mereka berada di Neraka, wahai Aisyah". Aisyah ra bertanya, "Lalu bagaimana dengan anak-anak kaum Muslimin?". Baginda bersabda, "Mereka berada di Syurga, Aisyah". Aisyah lalu membantah, "Bagaimana pekara itu boleh terjadi ?. Bukankah mereka itu tidak pernah melakukan amal apa pun dan tidak terkena tuntutan kewajipan?". Baginda bersabda, "Tuhanmu lebih mengatahui apa yang mereka lakukan".

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa anak-anak itu juga akan diuji diakhirat kelak. Mereka berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad dan Thabrani dan Abu Sa'id al-Khudri tentang orang yang meninggal dunia diantara dua orang Nabi, orang yang meninggal dunia dalam keadaan bodoh dan orang yang meninggal dunia ketika masih kecil. Rasulullah bersabda, "Orang yang meninggal dunia pada zaman diantara dua orang Nabi berkata, 'Tiada satu kitab pun yang dibacakan kepadaku dan tiada seorang Rasul pun yang diutus kepadaku'. Sekiranya Kami binasakan mereka kerana azab sebelum Al-Qur'an itu (diturunkan), tentulah mereka berkata, 'Ya Tuhan kami, mengapa tidak engkau utus seorang Rasul kepada kami'".

"Orang yang meninggal dunia didalam keadaan bodoh berkata, 'Ya Tuhanku, kenapa Engkau tidak memberi aku akal yang boleh aku gunakan untuk berfikir diantara baik dan buruk?. Dan seorang anak yang meninggal dunia akan berkata, 'Ya Tuhanku, aku belum pernah melakukan amal apa jua pun'. Setelah mereka didekatkan kepada Neraka, Allah berfirman kepada mereka, "Masuklah". Orang yang ditentukan bahagia oleh Allah, ia akan masuk ke Neraka walaupun dia sempat beramal. Dan orang yang ditentukan celaka nasibnya, akan Allah tahan dan menolak masuk kedalam Neraka, walaupun dia sempat melakukan amal. Allah berfirman, 'Kepada Aku kamu berani durhaka, apalagi kepada utusan-utusan Ku jika mereka datang kepada kamu'".

Kata Abu Umar, "Ada diantara ulama yang beranggapan hadis ini mauquf pada Abu Sa'id al-Khudri, bukan hadis marfu. Diantaranya seperti Abu Nu'aim al-Malaya (satu-satunya ulama perawi hadis dari Tanah Melayu yang ada dikala itu sebaris dengan ulama-ulama tafsir mukthabar- Alhamdullilah).

Menurut saya (Imam al-Qurthubi), dari segi maksud hadis ini adalah dhaif. Sebab, diakhirat itu bukanlah lagi tempat untuk membebankan, melainkan tempat untuk diberi balasan bahagia Syurga dan balasan seksaan Neraka.

Menurut al-Halimi, hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai panduan kerana ia bertentangan dengan dasar-dasar kaum Muslimin. Sebab diakhirat kelak bukan tempat ujian. Sesungguhnya makrifat kepada Allah merupakan sesuatu pekara yang pasti, sehingga tiada istilah ujian langsung. Lagipun kanak-kanak yang berada diakhirat nanti, ada diantara mereka yg sudah berakal dan ada pula yang tidak berakal. Jika mereka mengenal Allah, maka tentu tidak berlaku ujian bagi mereka. Dan jika mereka belum lagi berakal, maka sia-sia saja menguji mereka.

Kata Abu Umar, "Hadis ini adalah hadis orang yang memandang kepada ilmu atau kedudukannya yang mengandungi banyak illat (alasan), bukan hadis para tokoh ulama ahli Fiqih. Hadis ini dhaif kerana bertentangan dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat dan seterusnya bercanggah".

Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Raja' al-Atharidi yang cukup panjang  dari Samurah bin Jundub bahawa Nabi saw bersabda, "'... Lelaki tinggi yang berada ditaman Syurga itu adalah Ibrahim. Dan anak-anak yang berada disekelilingnya itu adalah setiap anak yang dilahirkan didalam keadaan masih suci'. Seorang sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, bagaimana dengan anak-anak kaum Musyrikin?'. Baginda bersabda, 'Dan juga anak-anak kaum Musyrikin'".

Diriwayat lain yang diketengahkan oleh Bukhari yang juga dari Abu Raja' al-Ayharidi disebutkan, ".....Orang tua yang berada dekat sebatang pohon itu adalah Ibrahim, dan anak-anak yang berada disekelilingnya itu adalah anak-anak manusia". Maksudnya, adalah anak-anak manusia secara umum, baik yang Muslimin mahu pun Musyrikin.

Ada beberapa ulama yang berpandapat seumpama itu, dan itulah pendapat yang paling sahih didalam masaalah ini. Menurut mereka, anak-anak kaum Musyrikin itu juga berada didalam Syurga. Mereka berpandukan hadis Aisyah ra sebagaimana yang diperkatakan oleh Ibnu Umar didalam kitabnya yang bertajuk 'At-Tamhid'. Ia berkata, "Khadijah ra bertanya kepada Rasulullah berkenaan anak-anak kaum Musyrikin. Baginda bersabda, 'Mereka bersama orang tua mereka'. Kemudian dia bertanya lagi kepada Baginda dan Baginda bersabda, 'Allah lebih mengatahui apa yang mereka akan lakukan'. Setelah Islam menjadi sumber hukum yang mantab, dia bertanyakan lagi soalan yang sama kepada Baginda. Lalu turunlah ayat 164 surah al-An'aam mafhumnya : "...Tidaklah usha masing-masing (manusia), melainkan atas dirinya. Tidaklah orang berdosa akan memikul dosa orang lain..." Baginda bersabda, 'Mereka dalam fitrah'". Maksudnya, mungkin baginda maksudkan ialah "Mereka dalam Syurga".

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), hadis diatas tadi bersifat pembetulan kepada semua hadis Nabi saw sebelum ini mengenai anak-anak kecil, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka lakukan", sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih. Baginda bersabda seumpama itu kerana baginda disaat itu tidak mengatahui bahawa anak-anak kaum Musyrikin itu berada di Syurga, serta sebelum baginda menerima wahyu turunnya ayat : "...Tidaklah orang berdosa akan memikul dosa orang lain..." 

Sewaktu masih berada di Mekah, Nabi saw diturunkan firman Allah ayat 9 dari surah al-Ahqaaf mafhumnya : "Katakanlah; Aku bukanlah pekara baru diantara rasul-rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuat (Allah) terhadapku. Aku tiada mengikut, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku, aku tiada lain hanyalah pemberi peringatan yang terang". Oleh sebab itu Baginda tidak mengatahui dengan jelas apa yang akan terjadi kepada orang-orang Mukmin dan orang-orang Musyrikin (serta anak-anak mereka). Kemudian Allah menurunkan ayat-ayat ini kepada baginda:

"Dialah yang telah mengutus Rasul Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Qu'ran)". Surah at-Taubah ayat 33

"Sesungguhnya telah terdahulu (tetap janji) perkataan Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi utusan (rasul). Sesungguhnya mereka mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami akan menang". Surah as-Shafaat ayat 71 hingga 73.

"(Dan lagi nikmat-nikmat) lain yang kamu cintai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan berikanlah khabar gembira (kepada) orang-orang Mukmin". Surah as-Shaaf ayat 13.

Allah mamberi perkhabaran kepada Nabi saw, bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada baginda untuk berdakwah dan mengembangkan Islam dimuka bumi ini sebagai Rasul utusan Nya.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad dari Ibnu Sanjar alias Muhammad bin Sanjar, dari Haudzah, dari Auf, dari Khansa' binti Mu'awiyah, dari bapa saudaranya, bahawa ia berkata, "Aku bertanya, Wahai Rasulullah,Siapa yang ada diSyurga?". Baginda bersabda, "Nabi berada didalam Syurga, seorang anak ada didalam Syurga, anak yang dikuburkan hidup-hidup berada di Syurga dan orang yang diusir juga berada didalam Syurga".

Diriwayatkan oleh Bukhari, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Aku berdoa memohon kepada Tuhanku agar Dia berkenan tidak menyeksa anak cucu manusia yang masih suka bermain-main, dan Dia mengabulkan permohonanku".

Ada sebahagian ulama berpendapat bahawa anak-anak kaum Musyrikin menjadi pelayan di Syurga. Mereka berpandukan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr dari al-Hajjaj bin Nashir, dari Mubarak bin Fudhalah bin Ali bin Zaid, dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, "Anak-anak kaum Musyrikin itu menjadi pelayan penghuni Syurga". Demikianlah apa yang diketengahkan oleh Abu Umar.

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), sekali pun hadis itu dhaif, tetapi perlah juga ia dijadikan dalil atas kebenaran pendapat tadi. Maksudnya, anak-anak kaum Musyrikin itu berada si Syurga, atau mereka menjadi pelayan penduduk Syurga. Dalil yang lain adalah penafsiran beberapa orang ulama bahawa ketika Allah mengeluarkan anak cucu Adam dari tulang solbi (tulang punggungnya) dalam bentuk zaharah (sel atom), mereka sudah mengakui Allah sebagai Rabb atau Tuhan mereka, seperti yang telah diisyaratkan didalam firman Nya didalam surah al-A'aaraf ayat 172, mafhumnya: "Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada tulang punggung mereka, Dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri. Allah berfirman, 'Bukankah Aku Tuhan kamu?'. Sahutnya; Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu jangan mengatakan pada hari kiamat; Sesungguhnya kami lengah (lupa) terhadap pekara ini".

"Seterusnya Allah mengambalikan mereka (roh-roh) kedalam tulang punggung Nabi Adam, setelah mereka memberikan pengakuan dihadapan Nya bahawa tiada Tuhan selain Allah. Kemudian ketika mereka berada didalam rahim ibu mereka, nasib mereka telah ditulis sebagai ahli celaka atau yang beruntung pada ketentuan awal. Jika pada ketentuan awal nasibnya telah ditentukan sebagai orang yang celaka, maka dia akan diberi usia yang panjang sehingga dewasa. Lalu, ia merosakkan sendiri perjanjian yang telah diambil ketika masih berada ditulang punggung Nabi Adam dengan cara mempersekutukan Allah dengan yang lain". 

"Sebaliknya, jika dalam ketentuan awal nasibnya telah ditentukan sebagai orang yang beruntung, maka ia pun diberi umur yang panjang sehingga dewasa lalu ia tetap beriman. Anak-anak kecil kaum Muslimin yang meninggal dunia sebelum mukallaf, mereka berada didalam Syurga bersama orang tua mereka. Dan anak-anak kecil kaum Musyrikin, mereka tidak bersama orang-orang tua mereka di Neraka. Kerana, mereka meninggal dunia dalam keadaan masih tetap berpegang teguh pada perjanjian awal dalam tulang punggung Nabi Adam. Mereka belum pernah merosakkan perjanjian tersebut sama sekali".

"Paling tidak pun, dosa mereka diampuni. Menurut saya (Imam al-Qurthubia) ini merupakan pendapat yang juga baik kerana pekara itu merupakan pendapat yang memperjelaskan berbagai hadis yang dikesan berlawanan. Oleh kerana itu, sabda Nabi saw, "Allah lebih mengatahui apa yang mereka lakukan", ketika ditanya  berkenaan nasib anak-anak kaum Musyrikin, ialah sepanjang mereka belum baligh. Dalilnya ialah hadis Bukhari dan hadis-hadis lainnya yang telah saya kemukakan diatas tadi".

Diriwayatkan oleh Aban, dari Anas bin Malik bahawa ketika Nabi saw ditanya berkenaan nasib anak-anak kaum Musyrikin, Rasulullah bersabda, "Mereka belum mempunyai amalan-amalan kebajikan yang perlu dibalas sehingga mereka ditempatkan kedalam Syurga. Dan mereka juga belum mempunyai dosa sehingga mereka ditempatkan kedalam Neraka. Mereka adalah pelayan Syurga".

Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh Yahya bin Salam didalam kitabnya yang bertajuk 'Tafsir Ibnu Salam', Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya bertajuk 'Musnad Abu Daud ath-Thayalisi' dan Abu Nu'aim, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bahawa ia bertanya kepada Rasulullah berkenaan anak-anak kaum Musyrikin yang belum mempunyai dosa sehingga membuatkan mereka perlu diseksa dan dimasukkan kedalam Neraka. Juga mereka belum mempunyai amalan-amalan kebajikan yang perlu diberi balasan sehingga mereka termasuk sebagai pemilik Syurga. Nabi saw bersabda, "Mereka termasuk sebagai pelayan penghuni Syurga".

Diriwayatkan oleh Abu Abdullah at-Tirmidzi al-Hakim, dari Abu Thalib al-Harawi, dari Yusuf bin Athiyah, dari Qatadah, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap anak yang dilahirkan, baik mereka anak orang-orang kafir mahupun anak-anak orang-orang Muslim, mereka semua didalam keadaan fitrah terhadap Islam. Tetapi, Syaitan mendatangi mereka dan mengalihkan pandangan mereka dari agama mereka itu. Syaitanlah yang menyebabkan mereka menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Syaitanlah yang menyuruh mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah Nya untuk itu".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim sebuah hadis dari Iyadh bin Hammar al-Majasys'i bahawa Rasulullah bersabda didalam satu khutbahnya, "Sesungguhnya Allah memerintahku untuk memberitahukan kepada kamu semua berkenaan firman Nya, 'Sesungguhnya Aku menciptakan seluruh makhluk Ku dalam keadaan suci bersih. Kemudian Syaitan mendatangi mereka dan mengalihkan mereka dari agama mereka. Syaitan menyuruh mereka untuk mempersekutukan Aku dan mengharamkan terhadap mereka atas apa yang telah Aku halalkan terhadap mereka'".

Berkata Abdullah atz-Tirmidzi, "Pekara ini terjadi ketika mereka telah dapat memahami urusan dunia, dan juga memahami hujjah Allah berupa tanda-tanda kekuasaan Nya yang sangat jelas seperti penciptaan langit, bumi, matahari, bulan, daratan, lautan, penggantian antara siang dan malam dan sebagainya. Namun, ketika mereka berhasil dikalahkan oleh nafsu, Syaitan datang kepada mereka untuk mengajak beraleh keagama Yahudi atau Nasrani dengan berbagai macam cara".

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi - penulis kitab ini), pekara ini memperkuatkan pendapat saya bahawa anak-anak kaum Musyrikin itu berada didalam Syurga. Kemudian, apa yang diriwayatkan oleh Iyadh bin Hammar yang diketengahkan oleh Muslim didalam kitabnya yang bertajuk 'Sahih Muslim' kiranya sudah cukup jelas. Berkenaan pengertian fitrah, terdapat beberapa pendapat  dari keterangan para ulama sebagaimana yang telah saya kemukakan didalam kitab saya yang berajuk 'Jami' Ahkam Al-Qur'an', terjemahan dari surah ar-Rum.



BAB 157: BALASAN SYURGA UNTUK ORANG TUA YANG KEMATIAN ANAK SEWAKTU KECIL.


Abu Hassan bercerita kepada Abu Hurairah, "Dua putraku telah meninggal dunia. Apakah saudara pernah mnendengar riwayat hadis dari Rasulullah (berkenaan hal ini) yang dapat menghiburkan jiwa kami tentang orang-orang yang mati diantara kami?". Abu Hurairah menjawab, "Benar, anak-anak kecil mereka adalah ibarat jentik-jentik Syurga. Salah seorang dari mereka akan menjemput ayahnya atau kedua orang tuanya. Ia memegang hujung baju atau tangan kamu sekarang ini, dan ia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ia dan kedua orang tuanya kedalam Syurga". Demikianlah hadis sahih riwayat Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Syu'bah, dari Mu'awiyah bin Qurrat', dari ayahnya bahawa seorang sahabat Ansar bersama putranya bertemu dengan Nabi saw. Kemudian Nabi saw bertanya kepadanya, "Adakah kamu mencintai putra kamu ini ?". Ia menjawab, "Ya, wahai Rasulullah". Kemudian Baginda bersabda, "Mudah-mudahan Allah mencintaimu seperti kamu mencintainya".

Pada suatu hari Nabi saw yang telah lama tidak bertemu dengan sahabat Ansarnya itu bertanyakan khabar akan sahabatnya itu kepada para sahabatnya, mereka menjawab "Wahai Rasulullah, putranya itu telah meninggal dunia. Nabi saw bersabda kepada mereka semua, "Kamu senang tidak, jika satu ketika kamu memasuki Syurga, salah seorang putramu yang akan datang membuka pintunya?". Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah, adakah itu berlaku hanya kepadanya atau kepada kami semua?". Baginda bersabda, "Juga untuk kamu semua".

Hadis ini juga diketengahkan oleh Abu Amr didalam kitabnya yang bertajuk 'At-Tamhid', dan menurutnya itu adalah hadis sahih. 

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya bertajuk 'Musnad Abu Daud  Ath-Thayalisi', dari Hisyam, dari Qatadah, dari Rasyid, dari Ubadah bin Shamit bahawa Rasulullah bersabda, "Pada hari kiamat nanti, wanita-wanita yang melahirkan (kematian anak itu) akan diusung oleh anaknya dengan menggunakan katil menuju ke Syurga".


FAKTA:

Hadis diatas tadi menunjukkan fakta bahawa anak-anak kaum Muslimin yang meninggal dunia ketika kecil akan berada di Syurga. Ini adalah juga pendapat sebahagian besar para ulama, seperti yang telah saya kemukakan didalam bab sebelum ini. Inilah maksud lahiriah dari firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung didalam surah ath-Thuur ayat 21, mafhumnya:   "Orang-orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) amalan mereka sedikit pun. Tiap-tiap manusia tergadai (terikat/tertanggung) oleh usahanya masing-masing".

Terkecuali didalam hal ini adalah anak-anak para Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Berdasarkan ijma' para ulama bersepakat menyatakan bahawa anak-anak mereka itu berada di Syurga. Demikian yang diutarakan oleh Abu Abdullah al-Mazari.

Telah disebutkan didalam 'Sahih Bukhari' sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang ditinggal mati terlebih dahulu oleh tiga orang dari anaknya yang belum akhir balig, nescaya mereka akan menjadi perlindung baginya dari api Neraka lalu ia dimasukkan kedalam Syurga".

Pada pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi), "Menurut para ulama, maksud sabda Nabi saw berkenaan 'anak-anak yang belum akhir balig' ialah yang belum dewasa.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang ditinggal mati terlebih dahulu oleh tiga orang anaknya yang belum dewasa, nescaya mereka merupakan benting yang kukuh baginya untuk berlindung dari Neraka'. Abu Dzar menyahut, 'Aku ditinggal mati dua orang anakku'. Baginda bersabda, 'Dan dua'. Kemudian Ubai bin Kaab seorang tokoh al-Qurra' pula menyahut, 'Aku hanya ditanggal mati seorang anakku'. Baginda bersabda, 'Dan juga seorang'. Sesungguhnya pekara ini pada keadaan yang pertama'". Kata Tirmidzi, hadis ini gharib, dan Abu Ubaidah berkata dia tidak pernah mendengar hadis ini dari ayahnya.

Riwayat-riwayat hadis itu tadi menunjukkan bahawa anak-anak kaum Muslimin itu berada di Syurga, sebab rahmatnyang diturunkan kepada orang tua mereka juga mengalir kepada mereka.

Berkata Ibnu Umar Abdul Barr, "Menurut kesepakatan para ulama, anak-anak kaum Muslimin itu berada di Syurga. Hanya sebahagian ulama saja yang memberi pendapat berbeza, dan sebahagian pendapat mereka itu pula ditolak kerana menyalahi kesepakatan ulama yang berdasarkan hujah dan kenyataan yang lebih kuat".

Sememang ada sebuah hadis dari Nabi saw yang menyatakan, "Orang yang celaka ialah yang juga celaka semenjak mereka berada didalam rahim ibu mereka lagi, dan sesungguhnya Malaikat turun untuk menentukan ajal serta rezekinya". Tetapi hadis ini bersifat khusus. Ertinya, anak kaum Muslimin yang meninggal dunia sebelum berusaha dan mendapatkan pahala, ia termasuk sebagai orang yang telah ditentukan beruntung semenjak mereka masih berada didalam rahim ibu-ibu mereka lagi. Ini berdasarkan beberapa hadis dan juga ijmak ulama.

Demikian pula dengan sabda Nabi saw kepada Aisyah ra, "Sesungguhnya Allah menciptakan Syurga berikut penghuninya yang sudah berada dalam tulang punggung orang tuanya, dan Allah menciptakan Neraka berikut penghuninya yang juga telah berada didalam tulang punggung orang tua mereka". Berdasarkan ijma dan beberapa atsar yang sahih, hadis dhaif ini tidak boleh diterima, sebab Thalhah bin Yahya yang meriwayatkan hadis ini secara sendirian adalah seorang perawi hadis yang lemah. Sehinggakan hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai hujjah didalam perbahasan.



BAB 158: JAMUAN UNTUK PENGHUNI SYURGA KETIKA MEREKA MEMASUKI SYURGA.


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti, bumi hanyalah (diibaratkan) sepotong roti yang digenggam oleh Allah yang Mahamenang dengan tapak tanggan Nya, seperti salah seorang dari kamu yang menggenggam roti (miliknya) dalam perjalanan, sebagai jamuan bagi penghuni Syurga". Seorang Yahudi menemui Rasulullah dan berkata, 'Mudah-mudahan Tuhan yang Mahapemurah memberkatimu, wahai Abu Qasim. Mahu kah dikau aku beritahu tentang jamuan penghuni Syurga pada hari kiamat nanti ?'. Baginda menjawab, 'Ya.. sudah tentu'. Dia berkata, 'Bumi akan menjadi sepotong roti'". Kata-kata itu seperti yang telah disabdakan oleh baginda.

Sejenak Rasulullah memandang kearah kami kemudian baginda tersenyum hingga kelihatan gigi dibahagian hadapannya. Baginda bertanya, 'Mahukah kamu aku beritahu berkenaan lauk pauknya pula?'. Orang yahudi itu berkata, 'Ya, sudah tentu'. Baginda bersabda, 'Lauk pauk ialah balam dan nun'. Para sahabat bertanya, 'Apakah dia balam dan nun itu?'. Baginda bersabda, 'Lembu dan sepotong hati ikan laut yang cukup untuk dimakan oleh tujuh puluh ribu orang'. 

Pada pendapat atok, ia ada kena mengena dengan peristiwa Nabi Allah Yunus yang ditelah oleh ikan nun. Barang kali ikan inilah yang dimaksudkan oleh baginda itu. Jika didunia ini, Ikan nun adalah merupakan ikan paus yang sangat besar dan sudah tentu hatinya juga besar, jadi adalah manasabah jika hatinya mampu diberikan kepada tujuh puluh ribu orang. Tetapi jika diakhirat ataupun di Syurga nanti, tidak mampulah kita untuk membayangkannya. Waallaua'lam.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Tsauban iaitu bekas pelayan Rasulullah. Ia bercerita, "Aku sedang duduk disamping Rasulullah, tiba-tiba datang seorang Yahudi menghampari baginda. Ia berkata, 'Sejahtera keatasmu, wahai Muhammad'. Mendengar sebutan Muhammad itu, aku terus menolak orang Yahudi itu yang membuat dia hampir jatuh. Dia bertanya, 'Mengapakah kamu menolakku?'. Aku menjawab, 'Sebaik-baiknya kamu memanggil tuan ku ini dengan gelaran agungnya iaitu Wahai utusan Allah'. Orang Yahudi itu membantah, 'Tetapi, itu adalah panggilan nama yang diberikan oleh keluarganya'. Baginda bersabda, 'Sesungguhnya namaku adalah Muhammad dan itu adalah nama yang diberikan oleh keluargaku'.

Kemudian orang Yahudi itu berkata, 'Aku datang kepadamu untuk bertanya?'. Baginda bertanya, 'Apakah ada gunanya kepadamu jika aku ceritakan sesuatu kepadamu?'. Ia menjawab, 'Aku sedia mendengar dengan kedua telingaku'. Baginda bangun dan melepaskan tongkatnya kebawah, kemudian Baginda bersabda, 'Bertanyalah?'. Maka orang Yahudi itu pun bertanya, 'Dimana kedudukan manusia ketika bumi dan langit telah ditukarkan dengan bumi dan langit yang lain?'. Baginda bersabda, 'Mereka berada didalam sebuah kegelapan dekat sebelah Jembatan'. Orang Yahudi bertanya lagi, 'Siapakah yang mula-mula sekali menyebarangi Jembatan itu?'. Baginda bersabda, 'Orang-orang miskin kaum Muhajirin'. Orang Yahudi itu bertanya lagi, 'Apakah lauk pauk bagi mereka ketika mereka memasuki Syurga?'. Baginda bersabda, 'Sepotong hati ikan laut'. 

Kemudian orang Yahudi itu bertanya lagi, 'Apakah makanan mereka?'. Baginda bersabda, 'Mereka akan disembelehkan seekor lembu Syurga yang cukup untuk dimakan oleh semua orang sekeliling'. Orang Yahudi itu bertanya lagi, 'Apakah minuman mereka?'. Baginda bersabda, 'Mereka minum dari mata air yang bernama Salsabila'. Kemudian Orang Yahudi itu berkata, 'Kamu benar... !'".

Menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi), Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim secara bersendirian diatas tadi adalah sebuah hadis yang lebih jelas dari yang sebelumnya. Ini adalah kerana, sabda Nabi saw itu adalah juga merupakan jawapan-jawapan dari soalan-soalan yang diajukan oleh orang Yahudi itu. Kemudian hadis yang sebelumnya pula dibahagian akhirnya berupa ucapan orang Yahudi itu, kerana ia diakui oleh Nabi saw.

Al-Jabbar yang bererti yang Mahamenang, adalah kuga merupakan salah satu dari asma Allah yang telah saya bahaskan didalam kitab saya bertajuk 'Al-Asma Fi Syarih Asma' Allah Al-Husna' Jamuan adalah makanan dan minuman yang pada kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu. Oleh kerana itu, ia diibaratkan sebagai satu ganjaran anugerah dari Allah, sebagaimana didalam firman Nya didalam surah Ali Imran ayat 198, mafhumnya: "...sebagai anugerah dari sisi Allah".

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibnu Luhai'ah, dari Yazid bin Abu Habib, dari Abu Khair, dari Abu Awwam, dari Ka'ab bahawa ia berkata, "Sesungguhnya Allah yang Maha Memberkati lagi Mahatinggi berfirman kepada penghuni Syurga ketika mereka telah berada didalamnya. 'Sesungguhnya setiap tetamu berhak mendapatkan jamuan, dan pada hari ini Aku menjamu kamu semua dengan Ikan laut dan Lembu'. Maka. penghuni Syurga pun dijamu".



BAB 159: KUNCI SYURGA.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Sulaiman bin Mu'adz adh-Dhabyi, dari Abu Yahya al-Qattat, dari Mujahid, dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda, "Kunci solat ialah wuduk, dan kunci Syurga ialah solat".

Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Mu'adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda kepadanya sewaktu beliau mengutuskannya ke Yaman, "Sesungguhnya kamu nanti akan bertemu dengan kaum Ahli Kitab, jika mereka bertanya kepadamu tentang kunci Syurga. Jawablah bahawa kunci Syurga adalah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah".

Disebutkan didalam Sahih Bukhari, sesungguhnya Wahab ditanya, "Bukankah kunci Syurga itu Laillaha Illallah?". Ia menjawab, "Benar, tetapi bukan sembarang kunci. Kunci itu mempunyai beberapa gigi. Jika kamu datang dengan membawa kunci yang mempunyai beberapa gigi, nescaya boleh digunakan untuk membuka pintu Syurga. Begitu pula sebaliknya".


FAKTA:

Maksud "gigi" ialah mengesakan dan menyembah Allah, atau hanya mengesakanNya sahaja. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 25, mafhumnya: "

"Sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya". 

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh. bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggalz".

Istilah yang digunakan didalam al-Quran iaitu beriman dan beramal soleh tersebut didalam banyak firman Allah adalah sesuai dengan hadis pertama iaitu hadis Jabir.

Disebutkan juga didalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sebuah hadis yang bersumber dari Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda, "Barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia tidak mempersekutukan Allah dengan suatu apa pun, nescaya ia akan masukm Syurga". Abu Dzar bertanya "Misti pun ia pernah berzina dan mencuri?". Baginda bersabda, "Misti pun dia pernah berzina dan pernah mencuri".

Diriwayatkan oleh ath-Thabrani sebuah hadis dari Musa bin Uqbah, dari Ishak bin Yahya bin Thalha, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, "Malaikat-malaikat datang kepada seseorang. Mereka memeriksa setiap anggota tubuhnya dan mereka tidak menemui satu apa pun amal kebajikan padanya. Lalu mereka membuka hatinya, mereka juga tidak menemui amal kebajikan sama sekali. Kemudian mereka membuka jantungnya, dan mereka menemukan pada sudut bibirnya sekeping plaster yang diberikan ubat. Ternyata bahawa bibir itu pernah mengucapkan kalimah Laillaha Illallah. Malikat-malaikat itu berkata, 'Kamu perlu masuk Syurga akibat ucapan kalimah ikhlas".

Oleh kerana itu ternyatalah bahawa kunci Syurga itu adalah dua kalimah shadati dan juga solat lima waktu sehari semalam berdasarkan hadis-hadis diatas tadi. Sekian.


Tamat.


*****************************************************

Sekian dahulu untuk kali ini, insyaallah dilain lapangan atok akan menyambung lagi untuk bahagian ketiga Fasal C dari kitab ini iaitu berkenaan tajuk "Tanda-tanda kiamat dan kedatangan fitnah akhir zaman". Diharap kalian bersabar membacanya dan menafaatkan tulisan ini dengan sepenuhnya.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian,

Atok zamany.