BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
Asalamualaikum
Warahmatuallahi Wabarakatuh kepada semua dan selamat Hari Merdeka ke 57 atok
ucapkan... hari ini 31hb. Ogos 2014..... atikal ini sangat panjang dan terpaksa
dibuat kerana atok bimbang kamu kena tipu sampai mati... lepas tu anak kamu...
lepas tu cucu kamu... lepas tu cicit kamu.... sampai hari kiamat nanti. Sebab
itu atikal ini diselitkan dan diberi ruang terlebih dahulu kerana dirasakan ia
sangat penting untuk umat Islam umumnya, malahan untuk semua genarasi baru
diseluruh dunia. Baca atikal ini hingga habis, dan kamu akan tahu mengapa dan
kenapa atikal ini penting ?
Adakah “Hari Merdeka” ini
membawa erti2 dalam hidup saudara dan saudari semua ? Merdeka sebenarnya
membawa banyak pengertian dalam hidup seorang insan, terutama sebagai seorang
Islam. Kepada seorang pejuang atau askar, mungkin dia beranggapan erti merdeka
adalah terlepas dari tangan penjajahan, kebebasan hidup atau boleh menjalani
hidup yang bebas. Kepada seorang politikus pula, ia beranggapan bahawa merdeka
dan bebas dari tangan penjajah dan boleh mentadbir negaranya sendiri secara
demokerasi. Ini dari aspek jasmani kemerdekaan sahaja. Dari aspek kerohanian pula,
seseorang Islam ahli abadah beranggapan bahawa erti merdeka sebenar adalah
apabila dirinya (rohani dan jasani) terbebas dari cengkaman keduniaan dan tidak
diserti oleh Jin, Saka atau Qarin dan
Syaitan Iblis, serta rohnya bebas terbang mengadap kehadrat Allah dialam Lahut
dalam setiap ibadahnya dan kerjabuatnya setiap saat dan waktu berlandaskan
wasilah dan rabitah yang padanya menurut ilmu dan amalnya.. Kemudian kepada
orang awam yang tidak betul2 faham atau tidak mahu peduli... ikut2 saja cakap
orang2 lain... macam lembu dicucuk hidung tak tahu apa yang dia cari dalam hidupnya.... tiada
tujuan dan matalamat hidup. Sesetengahnya yang hanya belajar agama sebagai
ikut-ikut, pak turut dan kemudian
berbangga, kononnya telah merdeka. Padahal ia didalam kesesatan yang nyata
serta akan mati sesat dalam pencarian kemerdekaan hakiki... inilah kisah
pencarian dan perjuangan kepada ke Merdekaan Hakiki. Banyak yang telah
terkorban, mati dalam kesesatan nyata yang tidak boleh berpatah balik lagi.
Yang Atok nak cerita hari
ini ialah apa yang berlaku setelah Merdeka ?. Adakah Malaysia dan rakyatnya
benar2 Merdeka seperti yg Perdana Menteri dan semua orang cakap tu ? Jika
menurut pengalaman atok yg hidup sebelum Merdeka (akhir 30’an), sewaktu Merdeka
(1957) dan didalam ke Merdeka an (sekarang ini) banyak yang telah atok lihat
dan rasa. Menurut pendapat atok, Malaysia masih terjajah dalam banyak bentuk.
Terjajah pemikirannya, terjajah sistem pemerintahannya, sistem Kewangannya,
terjajah kebudayaanya, terjajah bahasanya, terjajah atas banyak sistem
pentadbiran seperti badan2 kerajaan, polis, askar, hospital dan termasuklah
syarikat koprat dan kongomerat milik Kerajaan dan swasta yg sedia ada...
semuanya terjajah. Sistem persekolahannya, bahasa percakapannya, bahasa
penulisannya juga turut terjajah sama hingga kehari ini. Hari ini terlalu ramai
orang2 di Malaysia yg dah tak tahu cakap bahasa melayu, malah menghina orang
yang tak tahu berbahasa Inggeris (bahasa penjajah). Dari Pemimpin2 Politiknya,
Pegawai2 Kerajaannya, Pensyarah2 Universitinya, Kakitangan2 Kerajaan dan
swasta, Pengarah2 Syarikat, Pengarah badan2 Koprat, Pelakon2 filem, Penyanyi
dan Artis2, Pengacara2 TV dan Radio malahan orang2 awam dan orang2 kebiasaan
ini pun dah banyak lupa nak bercakap dalam bahasa Melayu yang betul dan bangga
berbahasa Inggeris. Lihatlah dalam TV apabila mereka ditanya... tongang langang
bahasa melayu mereka paling teruk sekali... Inilah yang dinamakan “penjajahan”
yang tetap kekal disanubari rakyat
Malaysia, walaupun setelah 57 tahun merdeka.. Kemudian bertolak dari
itu, dengan senyap2 rakyat Malaysia semua dijajah oleh sistem Kewangan sendiri,
penipuan, penjajahan dan penghambaan yang paling dahsyat dalam sejarah
kemanusiaan didunia ini. Mungkin hanya segelintir yang sedar dan benar2 faham
akan pekara ini, tetapi atok pasti mejoritinya tak sedar dan tak faham akan
konsep penjajahan kewangan yang kerajaan kamu buat pada kamu ?.... Betul tak
???
Ini berlaku bukan hanya di Malaysia saja,
malahan seluruh dunia. Mereka yang mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan
inilah yang kaya, yang jadi tuan dan jadi “Raja” tampa menonjolkan diri mereka.
Sedangkan kita semua dan seluruh negara didunia telah diperhambaakan oleh
mereka. Hanya segelintir manusia didunia ini yang sedar dan faham akan pekara
ini. Atok jalankan kempen ini supaya kamu sedar dan dapat melihat penipuan yang
telah mereka buat secara senyap dan setelah 100 tahun barulah penipuan ini
dapat dikesan dan dibongker oleh orang-orang mereka (Amerika) sendiri yang
kemudiannya berkempen keseluruh dunia, memperjelas akan kebodohan kita dan
perhambaan era baru yang telah mereka kenakan kepada manusia seluruh dunia.
Sebenarnya kita berhidmat untuk mereka, jenarasi demi jenarasi hinggalah sestem
kewangan mereka (USA) itu akan jatuh dengan sendirinya, barulah ia akan
terpadam dan tamat. Persoalannya ....bila ???
Hari ini, sempena
menyambut keMerdekaan Malaysia ke 57... atok akan membuka satu kisah
penjajahan, kekejaman dan perhambaan yang terburuk dalam sejarah kemanusiaan di
Malaysia khususnya diseluruh dunia amnya. Penjajahan ini lebih teruk dari
dijajah Protugis, lebih teruk dijajah Belanda, lebih teruk dijajah Inggeris,
lebih teruk dijajah Jepon dan lebih teruk dari kekejaman kominis... kerana yang
membuatnya itu adalah orang-orang yang kamu pilih sendiri, orang2 yang kamu
undi sendiri, orang-orang yang bercakap sangat lembut dan berbibir merah
menghembur kata-kata bak menanam tebu ditepi bibir, berpelajaran tinggi yang
berkata semasa kempen pilihan raya dahulu bahawa dia akan membawa “kemerdekaan
hakiki” kepada rakyat Malaysia. Semua bertepok tangan, bersorak gembira dgn
merasa bangga kerana mendapat seorang pemimpin yg berjiwa rakyat dan memahami
kehendak serta impian rakyat semua.... itu semua haprak... itu semua
penipuan... itu semua nak menghambakan kamu sebenarnya ? Sesetengah dikalangan
Politikus itu sendiri pun tidak tahu dan tidak faham bahawa mereka juga telah
ditipu dan dihambakan.
Selepas krisis kewangan
yang melanda dunia beberapa kali... atok mula terfikir mesti ada yg tak kena
dengan sistem kewangan dunia ini, maka atok telah mulakan pengkajian atok
sendiri kerana ingin tahu serta memahami akan masaalah sebenar dan senerionya.
Jadi atok mula mencari buku2 ekonomi, masuk ke Perpustakaan didalam negeri dan
luar negera sejak tahun 2007 lagi. Kemudian dengan kemudahan internet ini, atok
dapat banyak maklumat berkenaan dengannya dan mula mentelaah setiap satunya
hinggalah atok benar2 faham. Ada juga kalanya atok bertanya kepada kawan2 di
BNM, di Kementarian Kewangan kemudian diBank2 swasta. Memang benar apa yg atok
sangka dan muskilkan. Semuanya terjawab dan itulah sebabnya kenapa atok tulis rencana
ini semata2 bertujuan supaya kamu semua menjadi rakyat yg celek dan ada ilmu.
Tahu tak kamu bahawa
Sistem Kewangan sedia ada ini telah
menjadikan kamu hamba abdi sehingga akhir hayat kamu kemudian disambung oleh
anak, cucu, cicit... ratusan jenarasi sesudah kamu akan datang hingga hari kiamat??? Bukan itu saja..
malahan hidup rakyat Malaysia seluruhnya bergelumang dengan RIBA saban hari
hingga hari kiamat ??? BAGAIMANA!!! ... TERKEJUT TAK KAMU SEMUA ???? ok.... tak
percaya.... atok akan buktikan.....
Pertama kita kena tahu
apakah matawang dan wang, kemudian kita kena tahu sedikit sebanyak berkenaan
ekonomi dunia dan kita juga kena singkap sejarah kewangan dunia, terutama
Amarika Syarikat kerana disinilah segalanya bermula... kemudian baru kita
tengok di Malaysia pula sesudah itu. Tahu tak kamu beza diantara Matawang dan
Wang ??? Oleh kerana sesetengahnya tak faham cakap melayu kerana masih
dijajah..ok dalam bahasa inggeris nya ialah “Currency” and “Money” ??? tahu
bezakan tak ??? Matawang atau currancy adalah “satu betuk wang yang
digunakan oleh sesebuah negara yang dikeluarkan oleh kerajaan negara itu dan
diistiharkan bagi kegunaan seluruh dunia” seperti contohnya
matawang Peso untuk negara Filipina, matawang Rupiah untuk negara Indonesia,
matawang Pound untuk negara England dll. Manakala wang atau money ataupun duit
itu pula ialah “satu bentuk alat pertukaran dengan nilainya boleh ditukarkan secara
terus dan mempunyai nilai hakiki”.
Kemudian setelah itu
timbul pula apa yang dikatakan sebagai “wang fiat” atau wang kertas “yang
dikeluarkan oleh sesebuah negara dan
tertakluk kepada peraturan atau akta negara2 tersebut yang dijanjikan
(guarantee) akan sah nilainya oleh kerajaan tersebut”. Kalau di
atas wang kertas Malaysia (sekarang dalam bentuk plastik polymer), tertulis
kata2 “WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN
NILAI”. Wang bentuk kertas ini sebenarnya tiada nilai hakiki kerana tidak lagi berlandaskan atau bersandarkan
emas (Back by Gold) seperti dahulu (sebelum 1971). Ia hanya “janji” atau
“guarintee” dari kerajaan sahaja tidak lebih dari itu. Setelah itu ada lagi satu bentuk “wang” magik
tampa kertas, polymer, tembaga dan besi. Yang ada “hanyalah nombor2 dalam komputer2
didalam bank2 swasta” siap
dengan mesen ATM sekali .. iaitu dalam
bentuk akaun simpanan atau akaun kridit atau hutang2. Dengan penggunaan wang
kad plastik, yang bermaksud sebenarnya kamu langsung tak gunakan wang hakiki
atau wang fiat.... sebaliknya menggunakan wang alam maya yg tak berbentuk
tetapi bernombor... yang magiknya ialah apabila disuruh keluarkan duit....
pandai pulak dia keluarkan wang fiat atau duit tunai tu ??? pandai betul bank ni guna magik... dia
belajar dengan Firaun kot atau dia membela jin atau toyol kot ??? gurau saja...
Satu lagi keburukan wang
kertas yang tiada nilai hakiki ini bila-bila masa saja boleh dinyah nilainya
atau dihapuskan oleh Kerajaan. Di Malaysia pada tahun 1999 kerajaan telah
menghapuskan penggunaan wang kertas RM 1000 dan RM 500, masih tak kamu ingat
pekara ini ? Tindakan itu difikirkan wajar kerana PM nak menyelamatkan nilai
matawang RM yang diserang oleh penyangak matawang...kononnya la ! Dan setelah
masaalah itu berlalu... siapa yang lebih besar punya penyangak ??? Tiada
bezanya dia dengan Soros tu pun... sama 2x5 saja. Kemudian sekali lagi berlaku apabila
pada tahun 2005 wang siling RM 1 pula dimansuhkan. Konon dikatakan ada mamat
dah ciplak duit singgit ni ??? Tahu pulak dia marah, sampai dihapuskannya duit
singgit tu ??? Tapi kalau dia yang buat tak mengapa. Betul-betul haprak punya
Bank ??? Cuba fikir... jika anda seorang yang kaya raya dan mempunyai “safe
deposit” sediri dan menyimpan RM sebanyak 5 billion (katakan) didalamnya.... Disatu
masa anda mengeluarkan wang itu untuk membeli sebidang tanah yang luas untuk
ladang baru anda. Tiba-tiba penjual tidak mahu menerima wang anda yang
dikatakan sebagai wang yang telah tamat tempoh (telah dimansuhkan
kegunaannya)... bagaimana perasaan anda ???
Untuk bercakap soal
kewangan, maka kenalah kita tahu sejarah. Sejarah bagaimana manusia bertukar
dari sistem tukar barang kepada sistem matawang. Kemudian disuatu zaman silam
bagaimana manusia menjadikan kulit2 siput, manik2, batu2 permata, tembika2,
alat2 senjata, gandum, barli, kurma dan garam sebagai matawang. Sebab itu ahli2
akialogi menemukan benda2 ini didalam kota2 zaman silam yg telah pupus ribuan
tahun lampau sebab itulah benda yg djadikan matawang pertukaran. Kemudian
didalam hadis2 Nabi saw juga menjelaskan kegunaan kurma sebagai matawang
pertukaran kemudian Rasulullah saw menempa emas dan perak sebagai matawang
kerajaan Islam pertama yang menggunakan dinar dan dirham menggantikan keadah
penggunaan kurma setelah menang beberapa peperangan iaitu dari harta rampasan perang dari emas
dan perak dijadikan matawang oleh perbandaharaan kerajaannya atau Baitulmal.
Masih ingat dengan riwayat yg difirmankan Allah didalam al-Quran berkenaan
pemuda Asabul Kahfi. Mereka “dimatikan” Allah didalam gua selama 300 tahun dan
setelah sedar, dua orang diantara mereka keluar kepasar membawa wang perak yg
hendak ditukarkan dengan makanan ? Wang itu tidak lagi digunakan kerana telah
bertukar Raja pada waktu itu dan ketahuilah mereka bahawa mereka telah “dibawa
kehadapan” dalam tidur mereka. Maka kegunaan wang telah ada dimasa zaman Nabi
Ibrahim as lagi, iaitu lebih kurang 7000 tahun sebelum Nabi Muhammad saw. lagi.
Jika mengikut bangsa Eropah, kegunaan matawang telah ada sejak zaman Firaun
atau Nabi Musa as sahaja. Tatapi ia
sebanarnya lebih lama dari itu. Pada zaman itu mereka dikatakan menggunakan
kepingan logam emas dan perak sebagai pertukaran dengan barang2 makanan. Sejak
dari sinilah diperkatakan bahawa emas dan perak sebagai asas kewangan dunia
kerana seluruh dunia manusia kenal akan emas dan perak, terutama pada golongan
bangsawan dan raja2.
Kemudian peggunaan wang
kertas pertama didunia ialah pada kurun ke10 iaitu dibawah pemerintahan Dinasti
Song China. Ia merupakan sekeping kertas putih yang dicetak dengan gambar2
empat segi panjang berwarna merah. Kerajaan memaksa rakyat menggunakan wang
kertas itu dan jika mereka ingkar, mereka akan dipancung kepala mereka. Tetap
wang kertas ini tidak digunakan diseluruh dunia kerana tidak diiktiraf. Wang
logam global pertama ialah wang perak Spanyol tahun 1821.Juga diguakan di USA.
Tetapi pada tahun 1857 US telah mengubal undang2 baru kewangan atau “Coinage
Act 1857” yang membatalkan kegunaan wang perak Spanyol itu dan menggantikannya
dengan “Coin” mereka sendiri yang telah ditempa pada tahun 1850 dalam logam
emas dan perak. Wang coin perak 1 dollar dan wang coin emas 10 dollar yang
beratnya 16.7 gm, ukurlilit 26.8mm. Wang coin ini semuanya bersandarkan emas
dan perak tulin (berbentuk bullion atau jongkong) yang disimpan oleh
Perbendaharaan Negara Amerika (US Tresuary Department) dikala itu.
Kemudian pada tahun 1862
Kerajaan Amerika telah memperkenalkan wang fiat atau wang kertas pertama mereka
melalui Perbendaharaan Negaranya. Wang kertas ini bernilai 1 dollar bersamaan 1
dollar perak (back by silver). Pada 1913 Kerajaan Amerika Syarikat telah
memperkenalkan keguanan wang kertas menyeluruh dengan menubuhkan Bank Pusat dan
Federal Reseave, konon bagi “mengawal selia” sistem kewangan dan juga
matawangnya. Wang-wang kertas (wang fiat) mereka itu masih lagi mempunyai nilai
hakiki kerana mempunyai sandaran emas dan perak. Pada 1928 Kerajaan Amerika
Syarikat cetak atau print lagi duit baru (wang fiat atau wang kertas) melalui
Fedral Reserve (Rezeb Negara US). Wang kertas ini maseh lagi mempunyai nilai
hakiki kerana bersandarkan emas dan perak, iaitu setiap 1oz emas = 22 USD. Ini
bererti jika kamu pegang wang kertas 220USD boleh ditukarkan atau ditebus
dengan emas seberat 10oz di Federal Reserve. Ini kerana perkataan “Boleh ditebus dengan emas di Federal
Reserve” atau juga mereka panggil dengan singkatan nama Fed.
Setelah itu, pada tahun
1934, wang kertas baru atau mereka panggil “USD Note” telah dicetak. Kali ini
mereka telah mengubah perkataan yang tertulis disitu dengan hanya menulis
“Gurantee by Federal Reserve” (ianya panjang, atok singkatkan) sahaja. Ini
bererti wang fiat atau wang kertas itu tidak punya sandaran emas dan perak
lagi. Malahan ianya tidak boleh ditukar atau ditebus dengan emas atau perak
seperti dahulu. Maka disinilah
bermulanya pertukaran dari wang yang punya nilai hakiki kerana bersandarkan
emas dan perak, bertukar kepada tiada nilai hakiki kerana tiada sandaran emas
dan perak. Ianya hanya bersandarkan “JANJI” atau “gurantee” dari Jabatan Rezeb
Negaranya atau Fed sahaja. Dirasakan juga Fed telah diswastakan pada waktu yang
sama. Pengswastaan ini tidak diumumkan dan dirahsiakan hinggalah sekarang.
Masyarakat di US sendiri pun tidak mengatahui akan pekara ini, tetapi melalui
beberapa pembocoran maklumat (selepas krisis kewangan) akhirnya rakyat Amerika
tahu dan sangat marah. Mereka mengadakan bantahan dan demostarasi jalanan
diseluruh bandar di Amerika. Mereka marah kerana manakan mungkin sebuah jabatan
kerajaan diswastakan, yang membawa akibat membebankan dan memperhambakan rakyat
US sendiri. Jabatan itu seharusnya milik kerajaan pusat sepenuhnya dan tidak
boleh dipindah milik kepada orang perseorangan atau syarikat-syarikat swasta
contohnya Bank. Perpindahan pegangan saham didalam FED menjadikan pihak
berkepentingan itu akan mengaut keuntungan semaxsima mungkin tampa mempeduli
nasib dan hak-hak rakyat. Itulah sebabnya mereka memberontak hinggalah kehari
ini, meminta didedahkan siapakah pemilik sebenar FED dan FED dibubarkan sahaja,
Pada tahun 1944 iaitu
apabila Perang Dunia hampir tamat, Kerajaan Amerika telah memanggil
negara-negara sekutunya untuk bersidang disebuah bandar bernama Bretton Wood
atau lebih dikenali sebagai “Bretton Wood Confrance 1944”. Persidangan ini adalah
untuk menentukan dan mengubal undang-undang bagi penggunaan wang Dollar Amerika
atau USD sebagai matawang pertukaran untuk seluruh dunia. Ini bermaksud bahawa
USD juga dibuat sebagai sandaran bagi matawang negara-negara tersebut,
termasuklah Malaya kerana Malaya adalah dibawah jajahan British yang menjadi
penyokong kuat Amerika dikala itu. Malaya atau Tanah Melayu dengan secara
senyap telah ditipu dan dihambakan lagi walaupun telah diberi kemerdekaan oleh
British pada 1957. Begitulah liciknya orang putih terhadap kita, yang walaupun
telah ada pemimpin sendiri tetapi tak boleh diharap langsung rupa-rupanya. Mereka
sebenarnya tahu akan pekara ini,,,
tetapi oleh kerana tidak mahu hilang
kuasa dan tak tahu macam mana nak ubah sistem kewangan sedia ada itu ??? Ia
satu masaalah yang sangat komplex. Perdana Menteri Malaysia Dr. M dulu pernah
nak cuba mengubahnya... mana dia... haram...senyap macam tikus lepas kena
amaran dgn Amerika. Hari itu Mr. Obama datang sebab apa ??? sebab takut
Malaysia berpakat dengan China nak ubah sistem kewangan inilah... china sebuah
kuasa besar dunia dan punya banyak emas simpanan (lebih kurang 198 juta Metric Tons
tetapi yang didaftarkan hanya sekitar beberapa ratus ribu MT saja). Jika dia
menukar sistem kewangannya dan membuat wangnya disandarkan dengan emas itu...
apa akan jadi dengan Amerika dan USD nya.. ia akan jadi macam “Tolet Peper”
saja selepas itu. Kenyataan ini pernah
dikatakan oleh Tun Dr. M sendiri. Amerika akan menjunam jatuh masuk kelaut
semuanya. China perlukan Malaysia sebab Malaysia sangat pakar dalam bab duit
emas dan dipercayai dalam bab rundingan. Sebab itu Menteri Kewangannya selalu melawat
Malaysia... Kita lihat nanti apa yang akan terjadi.....
Sambung semula bab
sejarah tadi Dikala itu Malaya
(Malaysia sekarang) sedang berperang dengan Jepun dan kemudian dengan Party
Kominis Malaya, sedangkan British yang menjajah Malaya telah bersengkokol
dengan Amerika Syarikat mengubal undang-undang dunia berkenaan Kewangan Global,
tampa seorang pun rakyat, hata mahu pun Pemimpin Melayu dikala itu yang tahu
akan pekara ini. Orang-orang Melayu hanya tahu berperang untuk mempertahankan
Negara saja. Itu pun tolong British lawan Jepon dan lawan Kominis. Mereka jadi
tuan kepada Melayu. Mereka sedut emas dan perak kemudian hantar pulang ke
London, konon untuk cetak matawang Malaya “Malay Settelment”. Raja-raja dan
Pemimpin-pemimpin Melayu, angok-angok saja konon faham, atau buat-buat faham,
walhal tak tahu sepatah haram pun. Kamu nampak tak “bodohnya” melayu-melayu itu
sekarang ??? Belajar saja tinggi... tapi bodoh lagi ??? Kita harapkan dia...
dia (enjoy2) rupa-rupanya, bukannya pergi belajar ke london ??? Lepas tu
belagak sakan.... Kita mati-matian berperang untuk mempertahankan maruah,
agama, bangsa dan tanah air, supaya dia balik nanti boleh tadbir negara
sendiri.... Ya! memang terlaksana
sebahagian... tapi kita telah masuk kedalam lubang arnab (pepatah orang
Inggeris) yang sangat dalam iaitu PERHAMBAAN ABADI...ini kah balasan yang kami
terima ??? ini kah yang dikatakan Merdeka ???
Lihat ya, melalui
perjanjian di Bretton Wood itulah segalanya bermula apabila semua negara iaitu
44 buah negara-negara besar dunia dikala itu telah bersetuju menggunakan
matawang Dollar Amerika Syarikat (USD) sebagai sandaran asalkan ia berjanji
“Guarantee” bahawa matawangnya itu disandarkan dengan emas iaitu 1oz emas =
35USD. Nilai ini sengaja diturunkan sedangkan negaranya telah kaya kerana
sebelumnya menilai 1oz emas = 22 USD. Kemudiannya mereka memansuhkan penggunaan
emas, bererti rezeb emas mereka sangat banyak di Pebendaharaan (perak dah
dihilangkan waktu ini kerana ia telah jatuh harga dan ia dianggap lemah).
Kerajaan Amerika telah berjanji dan persetujuan kerana mereka boleh tunjuk bahawa
mereka ada emas yang sangat banyak di Perbandahraan dan persetujuan pun telah
dicapai kerana semua yakin bahawa Dollar mampu disokong oleh emasnya. Untuk
mengukuhkan sestem baru ini maka tertubuhlah IMF (International Monetary Fund)
dan World Bank Federation (WBF) sebagai badan yang mengawal selia sestem
kewangan global, pinjaman rezeb Negara-negara didunia dan kawalan pindahan
matawang hinggalah kehari ini. Semenjak dari tarikh inilah matawang USD menjadi
alat pertukaran global bagi perniagaan diseluruh dunia.
Tetapi langit tak selalu
cerah.... janji hanya tinggal janji.. terutama dengan penipu seperti Amerika.
Apabila Amerika melibatkan diri (sengaja melibatkan dirinya) dalam Perang
Viatnam bermula pada tahun 1955 hingga tahun 1975 (20 tahun) dan dia kalah.
Oleh kerana “Perang” yang direkanya itu, dia pun mengambil kesempatan untuk
memansuhkan perjanjian di Bretton Wood iaitu menambat dollar dengan emas.
Inilah tujuan sebenar mengapa terjadinya Perang Viatnam. Semasa era Perang
Viatnam ini, Prancis dan Swetzerland telah bertindak memulangkan semua matawang
dollar Amerika dan menukarkan dengan emas semula. Hanya dua negara ini saja
yang sempat berbuat demikian kerana dengan kesedaran bahawa jika semua negara
angota Perjanjian Bretton Wood berbuat demikian, negara Amerika akan bungkrup (muflis),
Presiden Nixson telah memperkenalkan satu yang sangat mengejutkan dunia semua
pada tahun 1971 yang dikenali sebagai “Nixson Shock” iaitu menjadikan USD
sebagai “barang” yang boleh diniagakan” atau “trade comodity” didalam pasaran
yang dinamakan “Forex” sebagai “Legal Tender”.
Maka disinilah datangnya “RIBA” dalam jualbeli matawang pada Hukum
Syarak dalam Islam..
Matawang adalah merupakan
alat pertukaran. Jika dijadikan barang jualan... berapa nak dinilaikan kepada 1
USD ?? (sebagai contoh) Sekarang 1 USD = RM 3.12... ia sangat jauh bezanya,
maka lebihan itulah yang dianggap “RIBA” yang haram didalam Islam. Nabi saw
pernah menegur Bilal bin Rabah ra iaitu sahabatnya itu apabila pada suatu hari
Bilal telah menghidangkan segenggam kurma yang sangat baik, Maka ditanya oleh
Rasulullah saw, darimana dia memperolehi kurma yang baik itu. Bilal menjawab
bahawa dia telah menukarkan segenggam kurma yang baik itu dengan dua genggam
kurma yang buruk. Maka Rasulullah berkata iaitu perbuatan Riba dan haram, maka
Bilal pun pergi semula kepasar dan mencari peniaga itu dan memulangkan semula
kurma yang baik itu kepadanya. Diwaktu yang lain pula, seorang sahabat bertanya
Rasulullah saw berkenaan pertukaran yang dibuatnya iaitu menukarkan 2 ekor unta
jantan dengan 1 ekor unta betina, maka jawab Rasulullah saw... ianya HALAL.
Persoalannya mengapa ??? Sebab, kurma diwaktu itu dikira sebagai matawang,
sedangkan unta bukannya mataang. Kiraan dalam Islam, jika emas ditukar dengan
emas yang sama beratnya, perak ditukar dengan perak yang sama beratnya, gandum
ditukar dengan gandum, barli dengan barli dan kurma juga hanya boleh ditukar
dengan kurma yang sama berat (sukatannya) dan mutunya. Matawang hanya boleh
ditukar dengan matawang dengan nilai yang sama. Jadi perbuatan Bilal tadi
adalah melibatkan Riba dan haram hukumnya. Persoalannya pada kita dihari ini,
adakah kita juga terlibat dengan Riba pada wang kertas yang kita gunakan itu
??? Jawapannya Ya...Ya...Ya !!!
Lihat ya... pertama tadi
apabila Ringgit diniagakan dalam pasaran Forex.. maka ia haram kerana meibatkan
riba. Sekarang ia telah diapongkan dan tidak lagi diniagakan didalam forex.
Tetapi sedar tak kamu semua bahawa untuk mencetak wang polimer RM 1 kosnya
dibawah 10 sen, jadi apa dah jadi dengan lebihan 90 sen tu ??? Lebihan ini atau
dipanggl “Sergoniagore” (inilah RIBA) telah di kebas oleh BNM. Sekarang
bagaimana dengan wang RM 100 ? Berapa lebihannya ? Lebihannya ialah RM 99.90...
(kerana setiap ringgit tak kira note berapa pun kosnya adalah sama iaitu tak
lebih dari 10 sen saja) wah..wah..wah ! dalam terang2 dia kebas duit kita...
kalau orang rompak bank... marah...tembak.! Kalau BNM dan Bank-bank swasta
rompak kamu... kamu nak marah ??? Kamu senyum, melompat-lompat gembira,
bertepok tanggan, menyanyi lagi lagu Sudirman... sambil terpekek melolong...
Merdeka ! Merdeka ! dan mengibarkan bendera yang ala-ala US punya bendera ???
Seorang cucu datang tanya atok ... kenapa bendera kita sama macam bendera
Amerika tok ??? atok jawab : sebab pemimpin kita b..o..d..o..h... malaslah nak
cakap.. buat sakit hati je ???
Nah ! bagaimana ?
terbukti tak sekarang... kita terlibat dengan Riba. Ingat... Hukum memberi dan
menerima Riba adalah sama iaitu masuk dalam Neraka Jahanam dan kekal didalamnya
dalam keadaan gila. Sila rujuk surah al-Baqarah ayat 275. Hanya orang bijak
saja yang boleh lepas dari fitnah ini ??? Bagaimana ??? Nak atok ajarkan...
kena bagi upah kat atok sebagi “consultance fees” ha..ha...ha. Rasanya atok dah ajar bagaimana nak
melepaskan diri dari fitnah Riba dalam jawapan komen2 atok dalam blog atok ni.
Cuba rujuk dan selak halaman dibelakang. Kemudian anda baca terjemahan al-Quran
surah al-Baqarah ayat 278 dan 279.
Sekarang setuasinya
begini, kamu kerja seharian dengat ikhlas dan jujur supaya mendapat rezeki yang
halal bukan ??? Bila dapat gaji setiap bulan.... sudahlah nilai hakikinya tidak
ujud lagi, kamu simpan duit dalam bank yang kemudiannya telah “ditukar” kepada
nombor-nombor dalam akaun kamu (dah tak ujud kertas atau polimer lagi)...
tetapi boleh megik dan dapat duit tunai dengan cucuk duit plastik je ! Tentulah
kamu tak keluarkan semua duit kamu tu... jadi kemana duit yg dalam akaun itu
pergi (duit kertas dan polimer tadi)... Jawabnya... bank lah guna tampa
kebenaran. Guna untuk apa ??? Dia guna untuk berjudi ??? bagaimana... dengan
membeli unit saham di pasaran saham yang berdasarkan “fundimental” dan “
Speculation” atau dalam bahasa melayunya ialah “Ramalan”.... sama tak macam
tikam nombor ekor ??? Judi... tak ni ??? Kemudian BNM telah menetapkan pecahan
simpanan yang boleh diambil adalah 90% manakala hanya 10% tunai saja yang
disimpan dalam akuan anda pada hakikatnya. 90% dari wang anda itu bank gunakan
dengan berbagai jenis perniagaan seperti pasaran saham, pelaburan perniagaan
matawang (forex), memberi pinjaman dengan feadah (bunga) dll. Kebanyakkannya
adalah bersangkutan dengan riba, judi, tipu dan rompak.
Asturfirullahhalazim....dua
kali kita dah tekena ni ? satu Riba dan satu lagi Judi.... ada lagi. Dengan
duit kamu itu juga Bank bagi “pinjaman” kepada orang-orang yang suka meminjam
untuk berniaga dan berlagak dengan kridit kad dia.... nah terlibat tak dengan
“interest” atau bunga... ini apa ni?? Ini Riba kedua lah cucu sayang oi !...
Jadi Riba I, Judi dan Riba II sekarang telah masuk dalam kocek kamu. Satu lagi
di BNM tadi apabila dia dapat “mengebas” lebihan atau Sergoniagore dari kamu
tadi, dia bagi pada kerajaan iaitu Kementerian Kewangan untuk urus. Kementerian
Kewangan (MOF) pun dengan bongkak dan berhidung belang sangat tinggi,
mengeluarkan arahan kepada Jabatan-jabatan melalui “Perbantangan Belanjawan”
atau “Budjet” membahagi2 harta rampasan titik peluh rakyat (duit rompak I) tadi
kepada tender2 terbuka, tender2 tertutup, tender2 terus bagi pada kuncu-kuncu
kaki bodek dan tender-tender penutup mulut, dan tak ketinggalan kepada
pekerja-pekerja kerajaan, guru-guru, ahli perang, ahli panjat, ahli tengkap,
ahli silap mata, ahli cakap banyak, badut-badut dan semua rakyat seklian dengan
apa ?? dengan duit rompak?? Kemudian datang....Bram..Brim..Brum... (duit rompak
II) naik motor masuk kekampung-kampung nak agih-agihkan duit rompak. Dari duit
apa ??? dari hasil apa ???... Hai... itu pun tak cukup lagi... kamu diwajbkan
bayar cukai... itu tanggungjawab kamu kepada kerajaan. Kalau dalam Islam, zakat
cuma 2.5% je... ni kena bayar sampai 28% ni.. banyak ni ??? Tak apa lah, kan
kita tolong kerajaan kita. Bagaimana dengan “lebihan” ini ??? (duit rompak III)
tak kah ini juga riba dan hasil rampasan titik peluh rakyat yang tak dibenarkan
syarak ??? Ini duit rompak ni ???. Jadi
berapa kali sudah kamu terkena... dah 6 kali bro...ya dah 6 kali kamu kena
tipu, kena rompak...itu pun tak faham ?
Belum cerita lagi pasal
insuran (menjual janji atau angin saja pada sesuatu yang belum terjadi dan
kabanyakkannya tak jadi pun). Beli kereta kena ada insuran. Tak ada insuran
(riba), tak dapat road tex (cukai lagi). Tak ada semua ni... tak boleh dapat
pinjaman (finance) – riba lagi... Jadi pada kereta tuan-tuan tu saja dah 3 kali
kena tipu. Campur diatas tadi dah jadi 9 kali kena tipu. Sama juga halnya jika
beli rumah... rumah mampu milik lah konon dan macam-macam skim...itu
ini...semuanya jerat kamu dalam hutang... hutang... hutang. Tahu apa Bank-bank dapat dengan hutang-hutang kamu tu??...
dia dapat duit...kamu dapat beban. Dahlah berniaga pakai duit kamu... bila kamu
pinjam “duit dia”... dia kenakan bunga. Kemudian tak ada pun duit hakiki... yg
ada ‘duit alam maya’ dengan buku cek atau kad plastik... tahu tak bagaimana
duit magik ini ujud ? Mudah saja semudah A B C. Mula-mula dia bagi pinjaman,
dia cuma taip dalam komputer bahawa kamu
sudah masuk perangkap hutang nya. Kemudian dia ujudkan akaun kridit kamu dengan
hanya menaip dalam komputer nombor-nombor. Dia bekalkan kamu dengan buku cek
yang juga berbentuk ‘janji bayar’ (hutang lah tu) bila kamu buat apa-apa
bayaran nanti. Atau kamu diberi kad plastik untuk cucuk di ATM (Automatic
Transaction Machine). Semua bentuk makanisma ini sebenarnya adalah untuk
mengikat kamu kepada satu bentuk “perhambaan” dan jika kamu gagal membayar
hutang termasuk bunga yang sebenarnya berasal dari duit-duit pendeposit
(penyimpan atau kamu sendiri) – dimasukkan kedalam Bank – kemudian bank guna
tampa kebenaran tuan punya duit itu dan bagi pinjam kepada orang lain...
seolah-olah macam duit dia sendiri. Sebenarnya Bank tu berniaga pakai duit
anda... bukan duit dia. Tapi siapa yang terkena riba, beban hutang dan kena
tipu ???...pendeposit... kamu la tu ??? Tuan punya bank dan kuncu-kuncu kaya
raya, hidup mewah, megah dihalayak ramai, kerajaan bangga atas kebijaksanaannya
“menipu” rakyat yang dungu dan dianugrah pingat dengan gelaran Tan Sri... Datuk
Sri... Kamu sebagai rakyat... setengah mati berkerja untuk bayar hutang rumah,
hutang kereta, hutang insuran, hutang PTPTN anak-anak, hutang kedai runcit,
hutang itu... hutang ini dan melambak2 kad kridit dan bil-bil rumah yang belum
dijelaskan saban bulan... begitulah hidup kamu sampai kamu mati...
diperhambakan bank dan kerajaan yang zalim dengan berbagai jenis hutang-hutang
baru, pinjaman- pinjaman jenis baru telah dilancarkan. Kerana bila banyak
hutang... banyaklah duit boleh diujudkan. Tak cukup dengan itu... bila masuk
kubur kena bantai bertubi-tubi oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir sebab
tiba-tiba diberitahu kamu terlibat Riba itu... Riba ini... Tipu itu... tipu
ini... dosa itu dan dosa ini... kerana terbabit sama dengan fitnah yang mereka
buat. Apa macam tuan-tuan dan puan-puan semua.... betul tak apa yang atok cakap
???
Kerajaan pun berbelanja
melebihi pendapatan (pernah dengar tak perkataan ini?) atau dipanggil dengan
istilah ekonomi ‘deficit’ Kemudian
Tresuary atau Perbendarhan Negara melalui BNM pula mengeluarkan ‘sukuk’ atau
‘bond’ dengan kelulusan Kementarian Kewangan. Dia suruh syarikat swasta yang
kaya atau Bank ambil sukuk ini. Tahu tak apa bendanya sukuk tu ?? Sukuk atau
bond adalah sekeping kertas akur janji yang sangat cantik lukisannya dengan
beberapa nombor diatas dengan perkataan yang membawa maksud “Sekarang aku hutang kamu 1 billion ringgit
malaysia dan aku akan bayar kamu 5 tahun akan datang dengan bunga sebanyak 5%
setahun”. Dengan deposit wang sebanyak 30% dari jumlah bond itu iaitu 300
juta ringgit, maka sukuk atau bond itu menjadi milik Bank A. Bank B yang
berminat pula membeli bond itu dengan tawaran sebanyak 200 juta termasuk modal
mrnjadi 500juta kepada Bank A. Maka Bank B pula bakal mendapat 500 juta untung
bersama bunga 25% iaitu 250juta = 750 juta pada tahun yang berakhir 5 tahun
dari tarikh bond itu dikeluarkan. Dia pula mencagarkan bond itu kepada Syarikat
Pelaburan Kewangan Antarabangsa berlesen, dengan akurjanji pendapatan sebanyak
34% sebulan. Ini bererti dalam tempoh itu dia bakal mendapat 750juta dari Kerajaan,
dia juga telah berjaya mendapat untung (riba kerana mencagarkan kertas saja dah
dapat duit) 3.4% (nilai minima dan boleh sampai nilai maxsima 300% sebulan
dalam HYIP atau High Yield Investment Programs) iaitu bersamaan 34juta sebulan
(dikira dari face value bond) dan jika dalam tempoh 3 tahun bersamaan 12 x 3 =
36 x 34 = 1.224 billion. Jika sampai masa matang bond itu bererti dicampur lagi
750juta = 1.974 billion. Cuba lihat berapa banyak duit yang Bank B telah buat
dalam tempoh 5 tahun... hampir 2 x ganda (minima dan 3 trillion ringgit maxsima
dengan HYIP) dari nilai sukuk atau bond itu. Yang paling ironik sekali Kerajaan
yang hutang telah membebankan kepada pembayar cukai iaitu kamu semua, untuk
bayar hutangnya termasuk bunga kepada Bank B tadi ???... sakit hati tak ???
Kamu bayar hutang negara bersama dengan bunga.... alias riba itu sekali ???
Satu lagi cara ialah yang
mereka buat ialah apabila BNM terbitkan sukuk atau bond bernilai RM 1 billion
sebanyak 3 keping bersamaan RM 3 billion. Bond ini di lelong dan kemudian
Syarikat kaya ataupun Bank swasta akan membeli bond dengan nilai yang sama
iaitu 3 billion Ringgit. Anda mesti ingat bahawa bond adalah hutang kerajaan
yang bakal kamu bayar dan seluruh genarasi anak cucu cicit kamu yang akan turut
terlibat menjadi ‘hamba’ membayarnya. Ini samalah ertinya bahawa mereka telah
merompak kekayaan kamu bersama anak cucu cicit kamu, iaitu genarasi akan
datang. Kemudian Bank yang berjaya didalam lelongan itu tadi, “swap” bond itu
untuk mencipta wang. Bagaimana caranya, ia membawa bond itu ke Perbendaharaan
Negara yang kemudian akan mengeluarkan sekeping cek (yang sebenarnya tiada
nilai dan tiada tunai didalam akaun itu pun hanya janji). Kalau kita keluar cek
tampa ada wang yang cukup didalam akaun, maka cek kita itu akan ditendang.
Berbeza dengan Perbendaharaan, bila dia tulis cek (yang tiada deposit wang
dalam mana-mana akaun), kemudian perbendaharaan akan memberi cek itu kepada Bank
dan dengan itu Bank tadi bolehlah mencetak
wang. Itulah sebabnya telah banyak pertukaran wang kertas atau polimer
dengan cetakkan dan design baru waktu ini setelah lelongan sukuk pada awal
tahun ini telah berjaya dibuat. Oleh itu melambaklah kepingan cek-cek “tipu” di
Perbandaharaan dan banyaklah wang fiat polimer didalam BNM. Bank itu akan
mengambil wang itu dari BNM dan membeli banyak lagi sukuk atau bond yang
diterbitkan. Begitulah seterusnya dibuat berkali-kali supaya Kerajaan dapat
berbelanja melebihi pendapatan saban tahun. Sebab itu PM sentiasa melancarkan
skim pinjaman itu... skim pinjaman ini. Inilah caranya bagaimana wang baru
dikeluarkan. Pembohong besar jika dikatakan bahawa Ringgit Malaysia disandarkan
dengan emas. Tidak ada emas, yang ada hanyalah “Janji kosong” atau “guarantee”
. Faham tak ??? Rezab emas negara hanyalah untuk menkaburi mata orang ramai
saja. Ia hanya satu simpanan biasa sebab takut orang ramai marah pada dia nanti
kalau kosong. Simpanan ini sama saja jumlahnya sampai kehari ini.
Hasil-hasil lain yang
Kerajaan kutip dari rakyat ialah simpanan KWSP iaitu wang pencen. Sebenarnya
istilah sebenar kepada simpanan ini ialah “Kamu
pinjamkan wang gaji kamu kepada Kerajaan”. Kemudian ia digunakan kepada
pelaburan didalam berbagai jenis perniagaan samada koperat atau kongomerat
seperti MAS atau FGV dll. Itu tak mengapa... masaalahnya apabila pembayaran
keuntungan atau feadah yang diberi kepada pencarum (pendeposit) seperti anda
hanya dibayar “ciput” saja iaitu lebih kurang 3% hingga 6% sedangkan
keuntungannya sebenar tidak diberitahu atau jauh dari itu. Adil tak ?? Ia sama
juga dengan Amanah Saham milik Kerajaan. Lihat saja apabila pengumuman
keuntungan atau nilai feadah yang diumumkan... 5.7%... 6.4%...6.8%... apa kah
maksud nya ??? Maksud sebenar dari nilai serendah itu ialah “Keuntungan yang
Dikawal”. Mereka mengawal keuntungan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat
yang menyimpan. Itu pun rakyat masih lagi menyimpan dalam banyak jenis amanah
saham yang disediakan yang bermaksud “Kamu
tak tahu pakai duit, baik kamu simpan disini, nanti aku bagi untung tinggi
sikit dari Bank”. Tahu tak kenapa rakyat simpan dalam skim amanah ini ??
sebab “Dijamin oleh Kerajaan”... inilah perkataan yang selalu kedengaran. Wal
hal mereka menipu sewaktu pemberian keuntungan. Sepatutnya rakyat mendapat
lebih dari apa yang mereka umumkan itu. Cuba lihat nilai jualan unit amanah
itu... hanya 0.05 sen seunit atau kurang lagi dari itu.?? Kenapa, sebab dia tak
kasi kamu keluarkan semua wang kamu ?? Kalau boleh letak saja disana sampai
kamu mati.
Ada banyak lagi cara
bagaimana Kerajaan mengaut keuntungan dari wang titik peluh kamu yang berkerja
separuh mati. Cuba kita lihat apakah yang mesti kamu bayar kepada Kerajaan,
Bank Swasta dan kos sara hidup dengan wang gaji kamu setiap bulan atau wang
keuntungan perniagaan kamu atau wang pendapatan dari titik peluh kamu sendiri.
Cuba lihat senarai dibawah ini :
1. Cukai Pendapatan.
2. Cukai Pintu
3. Cukai Tanah
4. Cukai Perniagaan
5. Cukai Hasil (pelbagai keluaran
mengikut jenis spt cukai hasi hutan dll)
6. Cukai Perhidmatan (sekarang GST)
7. Cukai Jalan
8. Cukai Perjalanan (dikenakan semasa
nak keluar negara)
9. Simpanan KWSP (suchaj utk perhidmatan
simpanan)
10.
Primium
Tanah (permohonan tanah kerajaan utk pertanian dll)
11.
Bil
Air
12.
Bil
Api
13.
Bil Rawat
Pembentungan
14.
Bil
Air meter pukal – pangsapuri atau
kondominium
15.
Bil
Api meter pukal – pangsapuri atau kondominium
16.
Bil
Penyalengaraan – pangsapuri atau kondominium.
17.
Bil
Kawalan Keselamatan – pangsapuri dan kondominium
18.
Yuran
pakir kereta – pangsapuri dan kondominium
19.
Yuran
pengajian tambahan (tusion) anak-anak.
20.
Insuran
Hayat (Takaful la konon!)
21.
Insuran
Kereta
22.
Insuran
Rumah
23.
Insuran
Perjalanan
24.
Insuran
Pelajaran (pengajian luar negara)
25.
Insuran
Kesehatan dan Hospital
26.
Insuran
SOKSO
27.
Pinjaman
PTPTN (hampir ‘wajib’ kepada pelajar2 skg)
28.
Bunga
kad kridit
29.
Bunga
pinjaman rumah
30.
Bunga
pinjaman kereta
31.
Bunga
pinjaman Perniagaan
32.
Bunga
pinjaman Peribadi
33.
Belanja
dapur dan makanan
34.
Makanan
tambahan dan kesihatan
35.
Belanja
pakaian dan peralatan... serta lain-lain lagi.
Sekarang atau satu masa
nanti, tidak mustahil Kerajaan akan mewajibkan Zakat-zakat dibayar kepada Kerajaan.
Sesetengah dari kamu tidak pernah menyadari akan semua yang telah disenaraikan
diatas tadi sebab kamu malas nak kaji, malas nak pening kepala. Mungkin selepas
ini baru kamu sedar bahawa kamu sudah terikat dengan satu sistem kewangan yang
kejam, memaksa dan diperhambakan. Lihat saja senarai diatas dan kamu pilih
sendiri dimana yang telah atau sedang kamu “terkena bayar” itu. Begitulah
banyak kalinya kamu terkena dan diperhambakan dari kamu, anak kamu, cucu kamu,
cicit kamu dan seterusnya hingga hari kiamat nanti. Tambahan dari itu semua
ialah kamu juga telah terjerat dengan dosa Riba dan dosa Penipuan yang akan
dibalas didalam kubur dan dialam akhirat kelak.... Adil tak semua ini ??? ini
kah yang dinamakan Merdeka ??? Ya.. merdeka buat mereka, tetapi bukan untuk
kita.
Kenaikkan harga barang
dipasaran tidak dapat dibendung oleh Kerajaan. Kerajaan mencipta satu
Kementerian iaitu KPDNKK hanya semata-mata untuk “cuba” mengawal dan memaksa
peniaga mengikut harga yang telah dihadkan. Tetapi pada hakikatnya harga barang
tetap juga naik. Kesilapan ini bukannya datang dari pengeluar, pemborong dan
peniaga. Kesilapan ini datangnya dari Kerajaan itu sendiri. Sistem kewangan
yang berasaskan Hutang dan Kawalan Kewangan (Monotery funds) BNM itulah penyebabnya.
Dengan Hutang yang banyak Bank-bank akan mencetak banyak wang. Wang yang
terlalu banyak dipasaran akan menyebabkan “hilangnya kuasa beli” kepada rakyat,
inilah yang dipanggil “Inflasi”. Inflasi merupakan “cukai” secara perlahan-lahan
dan tidak kelihatan, senyap dan terlindung datangnya dari sistem monotery atau
kawalan dari Bank Pusat yang mencipta hutang-hutang, kemudian memberi kebenaran
kepada Bank-bank swasta mencetak wang dengan banyak. Sestem ini memberi
manafaat dan kuasa kepada ahli politik dan golongan kapatalis yang mencipta matawang
tersebut dan merekalah yang mula-mula sekali menerima wang ini kerana merekalah
yang dapat membelanjakan wang tersebut buat pertama kalinya sebelum ianya
mendatangkan kesan kepada ekonomi negara itu. Mereka sebenarnya telah mencuri
kuasa beli yang sepatutnya anda miliki, kemudian dipindahkan kepada Bank-bank
swasta. Ini adalah penipuan atau “Fraud”. Ini adalah sistem piramid, ianya
adalah “skim Ponzi” dan ia adalah satu komplot atau “scam” rompakan dan
penipuan yang di halalkan oleh Kerajaan.
Sistem kejam dan zalim
inilah yang mencuri kekayaan rakyat yang dipaksa berkerja untuk Kerajaan dan
Perbankan itu sendiri. Ianya merupakan penyebab kepada ledakkan dan kejatuhan
ekonomi yang diada-adakan yang kemudiannya menjadi pemisah jurang yang sangat
ketara diantara golongan yang kaya dan golongan yang berkerja. Ini berlaku
disebabkan kita tidak lagi menggunakan wang sebenar, sebaliknya kita hanya
menggunakan matawang. Tetapi yang paling terburuk dari itu semua adalah “Penghambaan”
dari genarasi ke genarasi hingga hari kiamat. Perkataan Bond berasal dari
perkataan “bondage” yang bermaksud pengabdian dan ikatan. Apabila Kerajaan
mengeluarkan bond atau sukuk, ia bererti membuat satu akurjanji rakyat untuk membayarnya
dimasa akan datang. Pernah tak sesiapa bertanya kepada anda “Adakah kamu
membayar cukai pada hari ini untuk nikmat hidup dimasa datuk kamu dulu ??”.
Atau tiada seiapa yang pernah bertanya kepada anak-anak kita soalan iaitu: “Adakah
mereka sanggup berkerja keras dimasa hadapan untuk membayar kenikmatan hidup
dimasa kita sekarang ??”. Itu bermaksud bahawa mereka telah mencuri kekayaan
masa hadapan untuk berbelanja diwaktu sekarang. Itu juga menyebabkan kita telah
terperangkap masuk kedalam sestem perhambaan mereka dan juga genarasi kita akan
datang. Mereka sebenarnya mengambil kesempatan diatas kelemahan, kebodohan,
kejujuran rakyat jelata untuk menghidupkan sistem ini. Kelamahan ini pasti
boleh diatasi jikalau seluruh rakyat boleh bersatu hati membubarkan sistem
kewangan zalim ini dan digantikan dengan satu sistem yang lebih adil dan kukuh.
Kita kena lihat semula al-Quran dan Hadis. Didalamnya itu terdapat sudah
pengajaran sistem kewangan yang kukuh iaitu matawang yang bersandarkan emas dan
perak.
Bukanlah bererti dengan
hanya menempa logam emas dan perak saja dapat mengubah sistem ini. Sistem
kewangan adalah sebuah sistem yang komplex dan bukannya sesuatu yang boleh
bertindak bersendirian seperti ujudnya Dinar emas dan Dirham perak Negeri
Kelantan itu. Ia tidak mencukupi kerana tidak punya sokongan dan makanisem yang
lengkap untuk mereka menjadikan dinar dan dirham itu satu bentuk matawang yang
boleh diterima semua bangsa dan agama. Walau bagaimana pun diucapkan “Syabas”
kepada mereka kerana sekurang-kurangnya mereka telah mencuba. Begitu juga di
Indonesia. Gerakan telah diushakan bagi penggunaan dinar emas dan dirham perak
dibeberapa bandar disana. Pada pendapat atok, tidak semistinya dinamakan dinar
atau dirham. Mungkin juga mengekalkan nama Ringgit Malaysia atau Rupiah
Indonesia tetapi mempunyai sandaran yang kukuh bertaut dengan emas dan perak.
Atau saja boleh ditempa emas dan perak melekat pada matawang itu terus dengan
nilai hakikinya dapat dilihat sekali gus. Atok pernah melihat seseorang menempa
emas menjadi kepingan nipis yang kukuh (seperti kertas tetapi kuat), oleh sebab
itu tidak mustahil jika kepingan emas-emas seumpama itu digunakan sebagai “wang”
dimasa akan datang. Emas sebenarnya tetap sama nilainya seperi dahulu.
Contohnya jika dizaman Nabi Allah Isa as dahulu dikatakan 1 dinar emas boleh
ditukarkan dengan seekor kambing, maka pada hari ini nilai itu juga tetap sama.
Cuba kita kira :
1 dinar emas = 16.7gm
(90% pureity)
1gm = RM 112.00 x 16.7gm
= RM 1870.40
Rasanya kambing seekor
sekarang lebih kurang harganya RM1870.00
Ini bermaksud benarlah
apa yang diperkatakan itu iaitu nilainya tetap sama walaupun ia telah melebahi
hampir 3000 tahun yang lalu. Itulah sebabnya Allah telah firmankan didalam
Quran akan penggunaan emas dan perak sebagai matawang kerana ia tetap kukuh dan
tidak ditelan zaman. Sistem yang ada sekarang diperbuat begitu rumit untuk
difahami kerana ia sememangnya direka bentuk begitu supaya ramai yang akan
bosan dan malas nak pening kepala membacanya. Bila rakyat dah tak tahu apa-apa,
mudahlah mereka menjalankan ektiviti-ektiviti penipuan mereka kepada rakyat,
hingga rakyat tidak sedar bahawa mereka telah tertipu dan dirompak disiang
hari.
Maka kamu fahamkan
betul-betul atikal ini dan kemudian tolong sampaikan maklumat ini kepada
keluarga kamu dan kawan-kawan kamu supaya semua pakat keluar dari masaalah ini.
Memang kita ni kerdil dan kecil dimata mereka, tetapi jika kita ramai-ramai
pakat... tentu mengerunkan mereka. Paling kurang pun kita elakkan diri kita
dari fitnah yang mereka cipta itu supaya kita berlepas diri dan tidak akan
dipersalahkan kelak dihadapan Allah Rabuljalil. Kita punya peluang kerana kita
manusia yang terniaya dan kecil yang tidak mampu merubah apa-apa dan tiada
kuasa. Maka kita berlepas diri dari semua masaalah dan fitnah yang mereka cipta
kerana takut akan hukum Allah kelak. Mudah-mudahan Allah menerima “pelepasan”
diri kita ini dan menempatkan kita diantara golongan kanan yang tiada terbabit
atas fitnah itu...amin.
Wabillahi Taufiq Walhadiyah
Wassalam Mualaikum WarahmatuAllahi Ta’la Wabarakatuh.
Sekian,
Atok zamany.