Friday, February 21, 2014

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 22



Post37




FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.


BAB 64: KERAHMATAN, KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH YANG DIHARAPKAN DIHARI AKHIRAT KELAK. 


Diriwayatkan oleh al-Hasan bahawa Allah SWT., berfirman yang mafhumnya ;

“Seberangilah Shirat (jembatan) dengan keampunan Ku, masuklah ke Syurga dengan rahmat Ku. Dan berbagai rahmat Ku (didalam syurga) dengan amalan kamu”.  

Nabi saw. bersabda, “Allah memanggil dari bawah ‘Arasy, ‘Wahai Muhammad, adapun berkenaan urusan yang bersangkutan dengan hak Ku terhadap kamu sebalumnya telah Aku ikhlaskan, sehingga yang tinggal adalah tanggungan-tanggunganmu terhadap sesama (umat). Oleh kerana itu, saling ikhlaslah kamu terhadap tanggungan –tanggungan tersebut dan masuklah kedalam Syurga dengan rahmat Ku”.

Diceritakan bahawa pada satu hari ketika seorang kampong mendengar Ibnu Abbas membaca ayat, “Dan kamu telah berada ditepi jurang Neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya”.Orang kampong itu berkata, “Sungguh, jikalau Allah menyelamatkan mereka dari Neraka, sudah tentu Dia tidak ingin menjerumuskan mereka kedalamnya”.

Ash-Shanabani bercerita, “Pada suatu hari aku melawat Ubadah bin Shamit yang sedang sakit kuat kerana meninggal dunia. Ketika dia melihat aku menangis, ia berkata, ‘Tenanglah, Kenapa kamu menangis ? Demi Allah, setiap kali aku mendengar hadis dari Rasulullah, pasti akan aku ceritakan kepadamu, kecuali satu saja hadis yang akan aku ceritakan kepadamu sekarang ini ketika aku merasakan ajalku sudah terlalu dekat. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad utusan Allah, nescaya Allah mengharamkan api Neraka membakarnya’. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Muslim serta Imam-imam yang lain.

Diriwayatkan oleh Muslim sebuah hadis dari Salman al-Farsi (seorang abadi dan Waliallah) bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah menciptakan seratus peratus rahmat bersama saat Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap satu peratus rahmat itu mampu meliputi antara langit dan bumi. Dari seratus peratus rahmat itu, Allah menempatkan hanya satu peratus rahmat saja dimuka bumi yang meliputi kasih sayang seorang Ibu kepada anaknya dan kasih sayang burung-burung dan binatang-binatang buas antara satu dengan yang lain. Dan ketika tiba hari kiamat nanti, Allah akan menyempurnakan akan rahmat Nya itu”. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Sa’id al-Khudri.

Didalam satu hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi saw. bersabda, “...Pada hari kiamat kelak, rahmat yang satu bahagian ini akan dikembalikan kepada rahmat yang berjumlah sembilan puluh sembilan tersebut, sehingga ia menjadi genap seratus rahmat. Dengan seratus rahmat itulah Allah menyayangi hamba-hamba Nya pada hari kiamat”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Amr al-Bakri at Taimi, dari Abu Hafash Umar bin Muhammad bin Mu’ammar ad-Daraqari, dari Abu Qasim Ubaidillah bin Muhammad bin Abdul Wahid ibnu Hushain, dari Abu Thalib Muhammad bin Muhammad bin Ghailan al-Bazzaz, dari Abu Bakar bin Muhammad bin Abdullah asy-Syafi’i, dari Musa bin Sahal al-Wasya, dari Yazid bin Harun, dari al-Hajjaj bin Abu Adib, dari Utsman an-Nahdi, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Ketika Allah menciptakan langit dan bumi, sekaligus Dia menurunkan seratus peratus rahmat, setiap peratus itu mampu meliputi antara langit dan bumi. Satu peratus daripada seratus peratus rahmat tadi diberikan Allah kepada seluruh makhluknya dan hanya sebahagian saja yang digunakan untuk saling sayang menyayangi antara sesama mereka. Pada hari kiamat nanti, rahmat yang satu peratus ini akan dikembalikan semula kepada sisanya yang sembilan puluh sembilan peratus semula. Dan dengan seratus peratus rahmat inilah Allah menyayangi hamba-hamba Nya pada hari kiamat nanti, sehinggakan Iblis juga turut bersaing, dengan harapan untuk mendapatkan sedikit sahaja dari peratusan rahmat tersebut”.

Dalam atsar riwayat ath-Thabrani didalam kitabnya ‘Al-Kabir’ disebutkan bahawa Ibnu Mas’ud berkata,Rahmat selalu akan dilimpahkan kepada manusia, dan pada hari kiamat nanti Iblis merasa perlu menepok dadanya demi melihat rahmat Allah dan syafaat yang Dia berikan kepada hamba-hamba Nya yang dikasihani Nya”.

Al-Ashmu’i bercerita, “Suatu hari seseorang sedang bercerita berkenaan huru-hara kiamat yang sangat mencengkam. Secara diam-diam ada seorang kampung telah turut mendengarkannya. Setelah selesai, orang kampung itu bertanya, ‘Wahai sifulan, siapakah yang mendengar akan ceritamu itu?’. Ia menjawab, ‘Allah’. Orang kampung itu berkata, ‘Sesungguhnya Allah itu Maha Dermawan. Dia berkuasa untuk mengampuni’”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Anas bin Malik bahawa setelah membaca ayat, “Dia (Allah) adalah Tuhan yang sepatutnya (kita) bertaqwa kepada Nya dan yang Berhak Memberi Ampun”, Rasulullah pun bersabda, “Allah berfirman, ‘Aku adalah Tuhan yang paling patut kamu bertaqwa kepada Ku. Oleh kerana itu janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain bersama Ku, nescaya Akulah yang paling berhak memberikan keampunan kepada mu’”. Hadis serupa diriwayatkan juga oleh Abu Isa alias atz-Tirmidzi tetapi hasan dan gharib.

Diriwayatkan oleh Thabrani dari Abdullah bin Abu Aufa bahawa Rasulullah bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, Allah itu lebih sayang kepada hamba Nya daripada seorang ibu yang penyayang kepada anaknya”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Saidina Umar ibnu Khathab ra. bahawa ia berkata, “Rasulullah mendatangi rumah penjara tahanan. Baginda melihat seorang ibu sedang mencari-cari anaknya. Setiap kali ia bertemu dengan anak kecil lalu didokong, dipeluk dan disusuinya. Baginda lalu bertanya kepada kami, “Apa pendapat kamu semua tentang wanita itu, adakah kamu semua terfikir bahawa wanita itu akan membiarkan anaknya terlantar di Neraka nanti?”. Kami menjawab,”Demi Allah, tidak!, mestipun ia sanggup untuk melakukannya”. Baginda bersabda, “Allah malah lebih sayang kepada hamba Nya melebihi daripada sayang wanita itu kepada anaknya”.

Abu Ghalib bercerita, “Berkali-kali aku menemui Abu Umamah di Syiria. Pada satu hari aku kesana dan menziarahi jiran Abu Umamah iaitu seorang pemuda yang sedang sakit tenat. Aku melihat pemuda itu ditemani oleh Pakciknya dipemberingan. Kemudian Pakcik itu berkata kepada pemuda itu, “Wahai musuh Allah, bukankah dahulu telah aku nasihatimu untuk berbuat kebajikan dan melarang kamu berbuat kemungkaran?”. Pemuda itu pula bertanya, “Wahai Pakcik, seandainya diakhirat kelak Allah menyerahkanku kepada ibuku, apakah yang akan ibuku buat terhadap ku?”. Pakcik itu menjawab, “Tentu saja kamu akan dimasukkannya kedalam Syurga”. Pemuda itu berkata lagi, “Sesungguhnya Allah Tuhanku itu lebih sayang kepadaku daripada sayang ibuku itu sendiri”. Disaat itu juga aku melihat pemuda itu nazak lalu meninggal dunia.

Setelah Pakcik itu menyempurnakan mayat pemuda itu dan kami melakukan solat mayat, kemudian hendak meletakkan mayat itu keliang lahad, aku turut masuk kedalam liang, menimbus dan meratakan tanah. Selesai meratakan tanah kuburan itu, tiba-tiba Pakcik itu menjerit ketakutan. Aku lalu bertanya kepadanya, “Ada apa Pakcik ?”. Pakcik itu menjawab, “Tadi aku melihat kuburan ini menjadi sangat luas dan bercahaya terang hingga aku terkejut dan merasa takut”. Pada fikiranku mungkin inilah kurnia Allah kepada pemuda itu kerana bersangka baik kepada Nya atau bagaimana... hanya Allah yang Maha Mengatahui.

Bilal bin Sa’ad berkata, “Datang perintah untuk mengeluarkan dua orang dari Neraka. Allah berfirman kepada mereka berdua, “Bagaimana keadaan tidur kamu diwaktu siang?”. Mereka menjawab, “Sangat terseksa”. Allah berfirman, “Pekara itu disebabkan atas perbuatan kamu sendiri. Aku tidak pernah berbuat zalim kepada hamba-hamba Ku”. Kemudian keluar perintah untuk membawa mereka kembali kedalam Neraka. Maka tubuh mereka pun dililit dengan rantai. Pemuda pertama terus saja tejun semula kedalam Neraka, makala yang seorang keberatan dan cuba mengilak dari dimasukkan kedalam Neraka. Allah kemudiannya memerintahkan Malaikat mengeluarkan mereka semula dan berfirman, bertanya kepada mereka. Pemuda yang pertama menjawab kenapa dia terus terjun saja kedalam Neraka ialah kerana bimbang dan takut untuk melanggar perintah Allah buat kali kedua. Manakala pemuda kedua pula menjawab, dia keberatan dan cuba untuk mengilak untuk masuk semula kedalam Neraka kerana berbaik sangka bahawa Allah tidak akan memasukkannya semula kedalam Neraka apabila telah mengeluarkannya. Mendengar jawapan itu lalu Allah memerintahkan Malaikat untuk memasukkan mereka berdua kedalam Syurga Nya.

Berkata Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Berikut adalah sebuah hadis marfu yang diriwayatkan oleh Abu Isa alias atz-Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Ada dua orang penghuni Neraka yang berteriak sekuat-kuat hatinya. Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi berfirman, ‘Keluarkan mereka berdua!”. Setelah mereka keluar lalu Allah berfirman bertanya, ‘Kenapakah kamu berteriak seperti itu?’. Mereka menjawab, ‘Kami berteriak kerana ingin menarek perhatian Mu supaya mengasihani kami’. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya kamu Aku rahmati. Sekarang kamu bebas memilih tempat didalam Neraka yang kamu sukai’. Salah seorang dari mereka terus sahaja menurut perintah hingga Allah menjadikan api Neraka menjadi sejuk dan menyelamat kepadanya. Manakala yang seorang lagi tetap tidak mahu berganjak dari situ. Allah berfirman dan bertanya, ‘Apa alasanmu tidak melakukan seperti temanmu itu?’. Dia menjawab, ‘Ya Tuhanku, aku tetap berharap kepada Mu mudah-mudahan aku tidak dikembalikan semula kedalam Neraka setelah aku dikeluarkan daripadanya’. Allah berfirman, ‘Harapanmu Ku khabulkan’. Lalu kedua-dua mereka dimasukkan kedalam Syurga berkat rahmat dari Allah SWT.’”.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Anas bahawa Nabi saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Keluarkanlah dari Neraka orang-orang yang pernah mengingati Ku walau dalam sehari saja, atau yang pernah takut kepada Ku dalam suatu kesempatan sekalipun’”.

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu’aim, dari Ishak bin Suwaid bahawa ia berkata, “Selama setahu aku menemani Muslim bin Yassar pergi ke Mekah. Selama itu juga aku tidak pernah mendengar sepatah kata pun darinya. Satu ketika apabila kami sampai di daerah Dzatu Iraq, tiba-tiba ia bercerita, ‘Aku mendengar bahawa pada hari kiamat kelak, seorang hamba didatangkan untuk mengadap kehadrat Allah. Allah berfirman kepada Malaikat, ‘Lihatlah kedalam kitab catitan amal kebajikannya?’. Setelah dilihat ternyata tiada satu pun amal kebajikannya. Allah berfirman lagi, ‘Lihatlah pula didalam kitab amal keburukannya?’. Setelah dilihat maka ternyata banyak sekali amalan keburukannya. Kemudian Allah memerintah Malaikat membawanya kedalam Neraka. Ketika ia sedang diserit ke Neraka, tiba-tiba dia memalingkan mukanya kebelakang (memandang kepada Allah supaya dikasihani). Allah berfirman kepada Malaikat, ‘Bawakan ia semula kesini!’. Allah kemudian berfirman dan bertanya, ‘Kenapa kamu berpaling semula kepada Ku?’. Ia menjawab, ‘Ya Tuhanku, hanya kepada Mu sajalah satu-satunya harapanku supaya dikasihani’. Allah mengizinkannya lalu dia dibawa kedalam Syurga.

Hadis marfu yang serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Rusydin bin Sa’ad, dari Abu Hani’ al-Khaulani, dari Amr bin Malik al-Hanbi, dari Fudhalah bin Ubaid dan Ubadah bin Shamit bahawa Rasulullah bersabda, “Ketika Allah selesai memutuskan diantara makhluk pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang tertinggal dibelakang dan diperintah untuk dimasukkan kedalam Neraka. Salah seorang dari mereka tiba-tiba berpaling kebelakang. Allah berfirman, ‘Bawa semula ia kemari!’. Setelah dihadapkan semula kehadrat Allah, lalu Allah berfirman dan bertanya, ‘Kenapa kamu berpaling melihat Ku?’. Ia menjawab, ‘Ya Tuhanku, aku masih mengharap kepada Mu agar aku diberi perkenan untuk dimasukkan kedalam Syurga’. Akhirnya Allah memerintah Malaikat memasukkan orang itu kedalam Syurga. Kemudian dia memanjatkan kesyukuran dan berkata, ‘Sesungguhnya aku telah diberi kurniaan nikmat yang sangat besar dari Tuhanku, sekalipun sekiranya kurniaan ini dimamah oleh seluruh penduduk Syurga, ia sama sekali tidak akan memberi sebarang bekas dan berkurangan walau sedikit pun’”. Berkata Fudhalah dan Ubadah bin Shamit, “Setiap kali mengingati cerita ini, Rasulullah akan tersenyum dan merasa gembira sekali”.

Berkata Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Cerita didalam hadis diatas tadi sama dengan cerita sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim berkenaan seseorang yang pada mulanya diputuskan untuk masuk kedalam Neraka, tetapi kerana dibela oleh pohon-pohon kurma miliknya yang pernah disedekahkan pada jalan Allah, maka akhirnya dia dimasukkan kedalam Syurga”.



BAB 65: SOALAN PERTAMA ALLAH KEPADA ORANG-ORANG MUKMIN DAN JAWAPAN PERTAMA MEREKA.

Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Abdullah ibnul Mubarak, dari Yahya bin Ayub, dari Ubaidillah bin Zahar, dari Khalid bin Abu Imran, dari Abu Iyasy, dari Mu’adz bin Jabal bahawa Rasulullah bersabda, “Jika kamu semua mahu, akan aku ceritakan kepada kamu tentang pertanyaan pertama yang akan Allah soal kepada semua orang-orang Mukmin dihari kiamat kelak, juga berkenaan jawapan pertama orang-orang Mukmin itu kepada Allah?”. Mereka semua menjawab, “Sudah tentu kami mahu, wahai Rasulullah!”. Maka baginda bersabda, “Allah berfirman dan bertanya kepada orang-orang Mukmin, ‘Adakah kamu semua suka bertemu dengan Ku?’. Jawab mereka, ‘Tentu suka, ya Tuhan kami!’. Allah berfirman, ‘Kenapa?’. Mereka menjawab, ‘Kerana kami ingin mendapatkan keampunan, kerahmatan dan keredhaan Mu’. Allah berfirman, ‘Jika begitu, kamu semua harus mendapatkan kerahmatan Ku’”.


TAMBAHAN;

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Nu’aim, dari Sulaiman bin Ahmad, dari Ishak bin Ibrahim, dari Abdurrazaq, dari Mu’ammar, dari Zaid bin Aslam bahawa ia berkata, “Ada seorang dari umat terdahulu yang sangat tekun beribadah hingga terkesan pada wajahnya akan jerih susah payahnya itu. Tetapi dia juga telah membuat dan menghalang orang-orang lain hingga  merasakan berputus asa akan rahmat Allah (dengan kata-katanya dan ceramahnya). Setelah dia meninggal dunia, dia bertanya kehadrat Allah,‘Ya Allah ya Tuhanku, balasan apakah yang bakal ia terima?’. Allah berfirman, ‘Neraka !’. Dia bertanya lagi, ‘Jadi.. bagaimana dengan amal ibadah yang telah dilakukannya dengan penat lelah ku itu ?’. Allah berfirman, ‘Didunia dahulu kamu telah memperbuat orang-orang berputus asa dari rahmat Ku. Oleh itu sekarang Aku pula membuat kamu berputus asa dari rahmat Ku’”.

Berkata Ali bin Abi Thalib kwj., seperti yang telah dipetik oleh Muqatil, katanya, “Orang-orang yang bijak ialah orang-orang yang tidak membuat manusia berputus asa dari rahmat Allah. Juga tidak mahu memperlihatkan kemarahannya (kerana berputus asa sebab  doanya tidak dimakbulkan Allah atau lain-lain hal) dalam bentuk perbuatan durhaka (berbuat dosa) kepada Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung”.


NASIHAT ATOK:

Oleh itu janganlah kamu berputus asa atas rahmat Allah walaupun doamu tidak dipenuhi atau belum dikhabulkan Nya. Teruskan ushamu, sentiasalah kamu mengharap kehadrat Allah dan janganlah kamu berhenti dari terus berdoa. Kemudian kamu bertawakal kepada Nya dengan sebenar-benar tawakal dan yakinlah bahawa Dia sentiasa mendengar akan keluh kesah kesusahan hidupmu walau dimana kamu berada, atau kamu ditimpa musibah yang dahsyat sekalipun. Jangan kamu berpaling diripada rahmat Nya walau seinci pun. Tetap tegukanlah iman dan takwa kamu kehadrat Allah dan jauhi perbuatan mungkar kepada Nya. Dia akan berserta kamu, jika tidak didunia, diakhirat kelak kamu akan dibela dan dipelihara oleh Nya, insyaallah.



BAB 66: SYURGA DIlKELILINGI PEKARA YANG TIDAK MENYENANGKAN, MANAKALA NERAKA SEBALIKNYA PULA.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Syurga itu dikelilingi dengan pekara-pekara yang tidak menyenangkan manakala Neraka itu dikelilingi dengan pekara-pekara yang menyenangkan”. Hadis ini juga diriwayakan oleh Bukhari dan atz-Tirmidzi yang mengatakan bahawa hadis ini sahih dan gharib.

Diriwayatkan pula oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. bersabda, “Ketika Allah telah menciptakan Syurga, Dia mengutus Jibril kesana dan berfirman, ‘Lihatlah Syurga yang telah Aku sediakan untuk para penghuninya’. Jibril lalu bergegas memenuhi perintah Allah dan setelah itu dia kembali semula kehadrat Allah, kemudian berkata, ‘Demi kemuliaanMu, sesiapa pun yang mendengar berkenaan Syurga dengan segala kenikmatannya pasti ingin memasukimya’. Kemudian Allah memerintahkan agar seluruh kawasan disekeliling Syurga itu diletak dengan hal-hal yang tidak menyenangkan, lalu berfirman lagi kepada Jibril, ‘Sekarang pergilah kamu kesana dan lihatlah apa yang telah Aku sediakan kepada para penghuninya’. Jibril lalu menurut perintah dan kemudian kembali semula kehadrat Allah seraya berkata, ‘Demi kemuliaanMu, aku khawatir tidak akan ada seorang pun manusia yang mahu untuk memasukinya’”.

Allah SWT. Kemudian memerintahkan Jibril pergi melihat Neraka yang telah diciptakan untuk para penghuninya. Lalu Jibril bergegas kesana dan dilihatnya bahawa Neraka itu berlapis-lapis serta dia kemudiannya kembali semula kehadrat Allah dan berkata, “Demi kemuliaan Mu, aku khawatir bila sahaja sesiapa mendengar akannya, pasti mereka tidak akan mahu untuk memasukinya. Kemudian Allah memerintahkan supaya neraka  dikelilingi dengan segala bentuk kesenangan-kesenangan. Sesudah itu Allah memerintah Jibril pergi melihatnya. Setelah ia melihat keadaan Neraka itu lalu dia kembali kehadrat Allah dan berkata, “Demi kemuliaan Mu, aku khawatir tidak ada seorang pun yang akan selamat darinya’”.

FAKTA:

Sebenarnya yang dimaksudkan dengan segala pekara yang tidak menyenangan didalam hadis itu ialah segala sesuatu yang memberatkan jiwa manusia sehingga mereka sangat susah, payah dan malas untuk melakukannya. Contohnya seperti ibadah solat, berpuasa, sedakah, berwuduk, mandi hadas, berzakat, bersabar menghadapi musibah, mengekang kehendak nafsu dan lain-lain lagi bentuk ibadah serta amalan-amalan baik. Manakala yang disebut dengan segala bentuk kesenangan disini bermaksud pekara-pekara yang sangat menepati citarasa hawa nafsu manusia. Nabi Muhammad saw telah mengariskan berbagai contoh seperti sabdanya, “Bahawa sesungguhnya Syurga itu tidak mungkin didapati kecuali dengan berani menghadapi pekara-pekara yang tidak menyenangkan dan sabar dengan menahan diri menghadapi berbagai ujian-ujian Allah. Kemudian untuk selamat dari api Neraka haruslah dengan kesanggupan dan kesungguhan untuk meninggalkan kesenangan-senangan dunia dan mengekang hawa nafsu daripadanya”.

Didalam riwayat yang lain, Nabi saw telah mengambarkan jalan untuk menuju ke Syurga dan jalan-jalan ke Neraka dengan sabdanya, “Jalan menuju ke Syurga itu berliku-liku, sulit dan memuncak (payah didaki), manakala jalan keNeraka itu adalah mudah dan landai”.

Menurut al Qadhi Iyadh alias Abu Bakar ibnu Arabi didalm kitabnya bertajuk ‘Siraj al Muridin’, maksud sabda Nabi saw itu berkenaan “Syurga itu dikelilingi dengan pekara-pekara yang tidak menyenangkan” ialah ia dikelilingi dari dalam bukannya diluar Syurga seperti pendapat dan fahaman kebanyakan orang. Berikut ini adalah apa yg dimaksudkannya:
               KESABARAN                                 PENDERITAAN

 Pekara yang tidak menyenangkan.                       Perang

                PANGKAT               HARTA                 WANITA



Bekata Ibnu Mas’ud, “Benar! Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan, sebaliknya Neraka pula dikelilingi dengan kesenangan- kesenangan. Orang yang dapat melihat disebalik tabir, bererti kedudukannya adalah dibelakannya. Seperti orang yang menggambarkannya dari luar, ia akan keliru dalam memahami hadis tersebut kerana tidak bersesuaian dengan keadaan yang nyata”.

Namun bila ada yang sangsi dan berkata (mengambil jalan mudah), “Bukankah Neraka itu ditutupi dengan kesenangan-kesenangan ?.” Maka jawabnya, ia sama saja. Kerana orang yang buta dari ketakwaan adalah orang yang telah dibutakan penglihatannya dan dipekakkan telinganya, ditutup dengan kesenangan-kesenangan itu. Sehingga dia tidak boleh melihat dan mendengar bahawa sanya dia telah pun berada didalam Neraka itu.


PEDOMAN DARI ATOK. 

Mungkin sahaja ada diantara kalian yang tidak faham penjelasan-penjelasan didalam hadis diatas tadi. Atok permudahkan untuk kalian faham. Kebanyakan bait ayat-ayat itu dadalah didalam bahasa arab dan ianya merupakan sebuah perumpamaan arab. Maka jika diterjemah kebahasa Melayu akan mengundang kecelaruan dalam memahami maksud sebenar ayat-ayat itu. Oleh itu kita tak payah fikir susah sangat. Sekadar kita faham bahawa untuk masuk Syurga Allah bukannya mudah. Ia terpaksa menempoh kesukaran, kesabaran dan istiqamah yang kuat dalam melakukan ibadah-ibadah. Jika Allah uji kamu dengan kesangsaraan hidup atau musibah ataupun perang sekalipun, maka hendaklah kamu bersabar dan tidak berputus asa untuk memohon keampunan dan rahmatnya. Sebaliknya untuk masuk Neraka itu sangat mudah. Semua keseronokan dunia, pangkat, darjat, kemegahan, kekayaan dan wanita-wanita itu akan membawa kamu kedalamnya.

Diharap kalian faham sekarang.


BAB 67: PERDEBATAN ANTARA SYURGA DAN NERAKA.

Di-riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Syurga dan Neraka berdebat. Kata Neraka, ‘Yang masuk kedalam ku adalah orang-orang yang sombong dan orang-orang yang takbur.’. Syurga pula berkata,’Yang masuk kedalam ku adalah orang-orang yang lemah dan orang-orang miskin’. Kemudian Allah berfirman kepada Neraka, ‘Kamu adalah seksaan Ku. Dengan kamu Aku menyeksa sesiapa sahaja yang Aku kehendaki’. Dia berfirman kepada Syurga, ‘Kamu adalah rahmat Ku, dengan kamu Aku merahamati sesiapa saja yang Aku inginkan. Tetapi masing-masing diantara kamu akan mendapat penghuni-penghuni yang penuh’”. Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Muslim dan ath-Tirmidzi yang mengatakan bahawa hadis ini hasan sekaligus sahih.

FAKTA:

Al Hakim Abu Abdullah didalam kitabnya bertajuk ‘Ma’rifah Ulum al Hadits megatakan, “ Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah disoal berkenaan hadis Nabi saw, ‘ Neraka dan Syurga berdebat. Syurga berkata, ‘Yang masuk kedalam ku adalah orang-orang yang lemah’. Siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang lemah itu ?’. Dia menjawab, ‘ Mereka itu adalah orang-orang yang berusaha membebaskan dirinya dari kekuasaan (tarikan duniwi) sebanyak dua puluh hingga lima puluh kali dalam sehari’.

Adapun yang dimaksudkan dengan orang-orang miskin ialah orang- orang yang rendah hati dan tawa’dhu. Mereka inilah yang diisyaratkan oleh Nabi saw didalam doanya, ‘Ya Allah, hidupkanlah aku didalam keadaan miskin, matikanlah aku juga didalam keadaan miskin dan kumpulkanlah aku bersama rombongan orang-orang yang miskin’.

Manakala maksud, “ Syurga dan Neraka berdebat”  pula ialah masing-masing diantara mereka mempertahankan dan membela penghuni masing-masing. Pekara ini akan diperjelaskan lagi didalam huraian berkenaan Sabda Baginda mengenai “Neraka mengadu kepada Tuhannya”.


BAB 68: KEADAAN PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA SERTA MANUSIA YANG JAHAT.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Iyadah bin Ammar al Majasyi’i bahawa Rasulullah saw pada suatu hari telah bersabda didalam ucapan baginda, “Penghuni Syurga itu ada 3 golongan. Pertama, penguasa yang adil, pemurah dan bertindak lurus sesuai dengan kehendak hukum syariah. Kedua, orang yang berhati pengasih dan penyayang terhadap kaum kerabatnya dan sesama muslim. Ketiga, orang yang menjaga kehormatan, yang lemah tetapi kuat dan sudah mempunyai keluarga. Manakala penghuni Neraka itu ada 5 golongan. Pertama, orang lemah yang tidak mempergunakan otak dan fikirannya. Mereka hanya menjadi pengikut (pak turut) ditengah- tengah kalian dan tidak mahu berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. Kedua, pengkhianat yang tidak tahu malu, hinggakan hal-hal kecil pun dikhianatinya juga. Ketiga, orang yang dari pagi hingga kepetang berusaha hendak menipumu, keluargamu dan hartamu. Keempat, orang yang kikir (lokek) dan pendusta (suka berbohong). Kelima, orang yang bermulut kotor (suka mencarut, mengadu domba dan memaki hamun), berperangai buruk dan suka menggunjungi orang lain (mengumpat dan memfitnah)”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Haritsah bin Wahab al Khaza’i bahawa Rasulullah bersabda, “Mahukah kamu sekalian aku beritahukan siapa penghuni Syurga ?. Iaitu setiap orang yang lemah apabila ia dihina lalu ia bersumpah dengan nama Allah, maka sumpah itu diperkenankan Nya. Mahukah kalian aku beritahukan siapa prnghuni Neraka ?. Iaitu setiap orang yang keras dan kasar serta sombong”. Dalam riwayat Muslim ditulis sebagai “Setiap orang yang kurang ajar dan sombong”. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Haritsah bin Wahab bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak masuk Syurga orang yang keras, kasar dan rakus”. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab diantara hamba-hamba Nya selain orang yang durhaka dan keras kepala menentang Allah dan tidak mahu mengucapkan kalimah ‘Tiada Tuhan Selain Allah’”. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Tidaklah masuk Neraka kecuali orang-orang yang celaka”. Seorang sahabat bertanya, “Siapakah orang yang celaka itu?’. Baginda menjawab, “Orang yang tidak beramal kerana Allah dengan taat kepada Nya, dan tidak mahu berhenti berbuat maksiat kepada Nya”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda, “Peghuni Syurga adalah orang yang kedua telinganya dipenuhkan oleh Allah dengan pujian baik dari manusia dan dia mendengarnya. Manakala penghuni Neraka ialah orang yang kedua telinganya Allah penuhkan dangan pujian keburukan dari manusia dan dia mendengarkannya”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik bahawa ia berkata, “Ketika lalu usungan jenazah dan mereka memujinya dengan baik, Rasulullah bersabda, ‘Ia berhak...ia berhak... ia berhak”. Kemudian lalu pula usungan jenazah dan mereka memujinya dengan buruk, Lalu Rasulullah bersabda, ‘Ia berhak... ia berhak... ia berhak’. Saidina Umar bertanya, “Demi ayah dan ibuku menjadi tebusan mu, tadi ada usungan jenazah yang lalu dan dipuji dengan baik, lalu baginda katakan, ia berhak...ia berhak... ia berhak. Kemudian lalu pula usungan jenazah yang dipuji dengan buruk, juga baginda katakan, ‘ia berhak... ia berhak... ia berhak’. Kenapa ?. Lalu baginda menjawab, “Barang siapa yang kalian puji dengan baik, maka ia berhak masuk Syurga, dan barang siapa yang kalian puji dengan buruk, ia berhak masuk Neraka. Kalian adalah saksi-saksi Allah dimuka bumi... kalian adalah saksi-saksi Allah dimuka bumi.... kalian adalah saksi-saksi Allah dimuka bumi’”.

Berkata Saidatina Aisyah ra. “Syurga adalah negeri orang-orang dermawan dan Neraka adaah negeri orang-orang yang kikir”. Zaid bin Aslam berkata, “Allah menyuruh kamu menjadi orang yang dermawan, supaya Dia memasukkan kamu kedalam SyurgaNya. Kemudian Allah melarang kamu menjadi orang yang kikir, kerana dia akan memasukkan kamu kedalam NerakaNya”.

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu’aim sebuah hadis dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdhi dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa suka menjadi manusia yang sangat kuat, hendaklah ia bertakwal kepada Allah. Barangsiapa suka menjadi manusia yang sangat dermawan, hendaklah ia bertakwal kepada Allah. Barangsiapa yang suka menjadi manusia yang sangat kaya, hendaklah dia lebih percaya terhadap apa yang ada ditangan Allah melebihi dari apa yang ada ditangannya sendiri. Mahukah kalian aku beritahukan orang-orang yang jahat diantara kalian ?”. Para sahabat menyahut, “Sudah tentu wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda, “Iaitu orang yang makan sendiri, yang menolak pertolongan dan yang mendera budaknya (pekerjanya). Mahukah kalian aku beritahukan orang-orang yang lebih jahat dari itu ?”. Para sahabat pun menjawab, “Tentu ya  Rasulullah”. Baginda bersabda lagi, “Iaitu manusia yang membenci sesama manusia dan mereka juga membencinya. Mahukah kalian aku beritahukan orang-orang yang lebih jahat dari itu ?”. Mereka menjawab, “Tentu ya Rasulullah”. Baginda bersabda, “Iaitu orang yang tidak mahu menerima kesalahan, tidak mahu menerima alasan, dan tidak mahu mengampuni dosa orang lain. Mahukah kalian aku beritahukan orang-orang yang lebih jahat dari itu?”. Mereka menjawab, “ Ia ya Rasulullah”.

 Rasulullah bersabda, “Ia itu orang yang tidak boleh diharapkan kebajikannya dan sangat merbahaya. Sesungguhnya Isa Ibnu Maryam pernah berucap ditengah-tengah Bani Israel. Dia berkata, ‘Wahai orang-orang Bani Israel, janganlah kamu membicarakan tentang ilmu hikmah dihadapan orang yang bodoh, nescaya kamu menganiayanya. Dan janganlah kamu menghalang orang yang berhak keatasnya, nescaya kamu juga menganiayanya. Suatu kali ia berkata, kamu akan mengzalimi mereka. Oleh itu janganlah kamu menganiaya orang yang aniaya dan jangan pula kamu membalas perbuatannya, kerana keutamaan kamu akan terbatal disisi Tuhanmu. Wahai kaum Bani Israel, diatas ini ada tiga pekara. Pertama, yang sangat jelas kebenarannya. Maka kamu ikutlah ia. Kedua, yang sangat jelas kesesatannya, maka kamu jauhi ia. Dan yang ketiga ialah masih samar-samar dan kembalikanlah ia kepada Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung’”.

Maksud perkataan “lemah tetapi kuat” didalam hadis diatas tadi ialah, ia lemah didalam urusan dunia tetapi kuat dalam urusan agama. Pekara ini bertepatan dengan maksud sebuah hadis Nabi riwayat Muslim, bahawa Nabi saw bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu amat dicintai Allah daripada orang yang lemah dalam setiap kebajikan”.

Adapun orang yang lemah dalam urusan agamanya adalah orang yang tercela kerana ia termasuk salah satu sifat penghuni Neraka, sebagaimana yang telah disentuh oleh riwayat diatas tadi iaitu “Orang yang lemah yang tidak mempergunakan otak dan fikirannya”, kerana ia sebenarnya tidak mempunyai otak yang waras untuk dipergunakan dengan baik. Orang seperti ini sudah tentu akan terjerumus kedalam kerosakkan demi kerosakkan. Oleh itu janganlah kamu menjadi lemah seperti ini kerana kelemahan dan kerugian dalam agama itu adalah sifat ahli Neraka.

Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan itu adalah orang-orang yang lemah kerana tidak punya harta walau sedikit pun. Tidak timbul masaalah dengan perkataan yang kedua itu kerana telah ada keterangan diakhirnya. Iaitu, orang-orang yang tidak mahu berusaha mencari harta untuk diri dan keluarganya.

Guru ku (guru kepada Imam al Qurthubi, penulis kitab ini) iaitu Abul Abbas cenderung pada pendapat yang pertama tadi. Orang yang tidak punya akal tadi tidak boleh seluas-luasnya memeliki harta dunia, kepentingan dunia, keuntungan batin dan keuntungan agama. Mereka membiarkan kepentingan dirinya sahaja bagaikan binatang ternakkan (mementingkan diri sendiri). Mereka juga tidak peduli batasan halal dan haram didalam syarak atas kehidupan mereka. Sifat-sifat ego dan buruk ini amat terserlah pada pengamal –pengamal dan pengikut aliran Qadariyah (salah satu aliran sesat dalam syarak).

Maksud kata-kata, “orang yang dapat menjaga kehormatannya” ialah mereka-mereka yang sanggup menahan diri dari berbuat pekara-pekara keji dan haram seperti berzinah, meliwat, merogol, menjual tubuh badannya kerana wang atau sanggup saja mati mempertahankan dirinya dari diperkosa.

Ada ulama berpendapat berkenaan hadis riwayat Muslim iaitu “Barangsiapa yang kamu puji buruk, maka dia berhak masuk Neraka”. Ini bertentangan dengan sabda baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari, “Janganlah kamu mencaci maki orang-orang yang telah mati, kerana mereka itu telah sampai kepada apa yang mereka dahulukan (amalkan)”.

Pengertian memuji keburukan bermaksud memaki, mengutuk dan mecarci. Ada yang berpendapat bahawa pekara ini dikhususkan kepada kaum kafir dan munafiq. Kesaksian oleh para sahabat itu hanyalah secara lahiriahnya saja. Sebab itulah Nabi saw bersabda, “Ia berhak”. Sedangkan, umum telah mengatahui bahawa orang-orang mukmin tidak berhak masuk Neraka. Demikian ini adalah pendapat pilihan al-Qadhilyadh.

Menurut pendapat yang lain pula, boleh saja pekara ini berlaku bagi seseorang yang memperlihatkan kejahatannya secara terang- terangan. Sehingga dia termasuk dalam istilah ‘tidak dianggap ghibah bila dilakukan oleh orang yang fasiq’.

Ada juga yang berpendapat bahawa larang itu berlaku setelah mayat dikebumikan, juga sebelumnya. Ini berdasarkan sabda Baginda Nabi saw, “Janganlah kamu mencaci maki orang-orang yang telah mati”. Oleh kerana larangan ini berlaku setelah kejadian maka statusnya atau kedudukannya adalah sebagai ‘nasikh’ iaini ia membatalkan hukum sebelumnya. Maka seterusnya hukum inilah yang kita gunakan sekarang. Adalah dihukumkan haram bagi umat islam mencaci maki orang yang telah mati.

Dalam sabda nabi saw, “Kamu adalah saksi-saksi Allah dimuka bumi ini”. Menurut ulama fiqah, jika yang memuji adalah orang-orang utama, jujur dan adil, ia dibenarkan. Tetapi jika yang dipuji itu mayat orang fasiq dan yang memuji juga dari kalangan orang fasiq ia diharamkan. Pekara ini adalah diluar dari pemahaman hadis diatas tadi. Demikian juga halnya jika yang mencaci maki itu adalah orang yang bermusuhan dengannya, walaupun simati itu adalah dari orang yang baik. Sebab, jika didunia kesaksian orang seumpama ini tidak boleh diterima, maka demikian juga hukunnya yang berlaku diakhirat nanti.

Maksud kalimah “Kamu adalah saksi-saksi Allah dibumi” yang diulang hingga tiga kali, bererti ia memberi isyarat berkenaan tiga kurun genarasi sebagaimana yang telah disentuh Nabi saw didalam hadisnya yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia adalah pada kurun genarasiku, kemudian genarasi berikutnya, kemudian genarasi berikutnya lagi”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut saya (Imam al-Qurthubi penulis kitab ini), pendapat pertama tadi adalah lebih shahih, sebab sesungguhnya Allah akan selalu memuji keutamaan dan keadilan umat ini hingga hari kiamat nanti. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 143 mafhumnya;

“Begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan, supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan Rasul menjadi saksi pula atas perbuatanmu..”.

Kesaksian yang dimaksudkan disini bermaksud kesaksian diakhirat nanti, seperti yang telah diperkatakan sebalum ini. Oleh itu hanya orang-orang yang adil sahaja yang boleh memberikan kesaksian kelak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Hammad bin Zaid, dari Tasbit, dari Anas bahawa ia berkata, “Ketika ada usungan jenazah lalu dihadapan Nabi saw, lalu orang ramai memujinya dengan baik, baginda bersabda, “Ia berhak”. Dan ketika ada usungan jenazah lalu dihadapan Nabi saw, lalu orang ramai mencaci makinya, baginda bersabda, “ia berhak”. Lalu seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa pada jenazah pertama dikau mengatakan ucapan yang sama dengan yang kedua ?”. Baginda menjawab, “Orang-orang mukmin itu adalah saksi Allah dimuka bumi ini””. Dengan isnad yang sama, hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan juga Umar bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang diberi kesaksian yang baik oleh empat orang, nescaya Allah memasukkannya kedalam Syurga”. Kami bertanya, “atau tiga?”. Baginda bersabda, “atau tiga”. Kami bertanya lagi, “atau dua?”. Baginda bersabda, “atau dua”. Dan kami tidak bertanya lagi kepada baginda “atau satu?”.       

Kata Abu Muhammad alias Abdul Haq, “Hadis ini bersifat khusus. Sedangkan hadis yang sebelumnya itu memberi penjelasan secara umum, walau pun jumlah saksinya banyak. Kaum muslimin beranggapan bahawa orang yang mendapatkan pujian baik dari mulut-mulut kaum muslimin, maka ia akan mendapatkan Syurga, Wallahua’lam”.

Berkata syeikh al-Qurthubi (pengarang kitab ini), “Itulah pengertian seperti yang diriwayatkan oleh Hannad as-Sari, dari Ishak al-Radzi, dari Abu Sinan, dari Abdullah bin Sa’ib bahawa ia berkata, “Sebuah usungan jenazah lalu dihadapan Abdullah bin Mas’ud. Ia berkata kepada sahabatnya, ‘Cuba periksa, adakah ia termasuk penghuni Syurga atau pun Neraka?’. Sahabatnya bertanya, ‘Bagaimana aku boleh tahu jika dia masuk Syurga atau Neraka?’. Bagaimanakah cara memeriksanya?’. Abdullah bin Mas’ud menjawab, ‘Dengan mendengar pujian manusia kepadanya, kerana sesungguhnya mereka itu adalah saksi Allah dimuka bumi’”.

Kata Abu Muhammad alias Abdul Haq, “Suatu pekara yang tidak dapat dimungkiri lagi bahawa apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia memerintah semua lisan (mulut) kaum muslimin secara automatik atau sepontan akan melontarkan kata-kata pujian terhadapnya dan hati mereka pun mencintinya”. Allah berfirman didalam surah Maryam ayat 96, yang mafhumnya;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, Yang Mahapengasih akan mengadakan bagi mereka (perasaan) kasih sayang (sesamanya)”.

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi saw bersabda, “Apabila Allah mencintai seseorang, Dia berfirman, ‘Wahai Jibril, sesungguhnya Aku mencintai sifulan. Oleh kerana itu cintailah dia’. Jibril pun mencintainya. Lalu dia berseru kepada penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai sifulan. Oleh kerana itu cintailah kamu semua akan sifulan itu’. Para Malaikat penduduk langit juga mencintainya. Kemudian rasa cinta kasih itu pun sampai kepada penduduk bumi. Demikian juga halnya dengan orang yang dibenci Allah’”.

Berkata Abu Muhammad alias Abdul Haq kembali, “Banyak orang-orang soleh yang mendapat kesaksian yang baik serta sanjungan dari segenap kaum muslimin. Hati mereka sangat terkesan kepada ulama-ulama tersebut, baik sewaktu mereka hidup mahupun setelah mereka meningga dunia. Diantara mereka ada yang jenazahnya dihantar kekuburan oleh ribuan pelawat. Bahkan ada yang selain dari umat muslimin, juga dari kalangan Jin dan Malaikat yang menjelma menjadi manusia”.

Diriwayatkan oleh Qasim bin Ashdagh, dari Ahmad bin Zuhair, dari Muhammad bin Yazid ar-Rifa’i bahawa ia bercerita, “Sekalipun Amr bin Qais al-Mala’i meninggal dunia disebuah pekan terpencil di Parsi, tetapi jenazahnya dihantar oleh ribuan manusia yang tidak dapat dihitung jumlahnya. Setelah selesai dikebumikan, beberapa orang keluarga dan sahabat handainya melihat dikawasan sekeliling, sedang mereka tidak dapat melihat sesiapa juga pun. Keadaan itu sungguh pelik dan aneh sekali “. Berkata ar-Rifa’i, “Aku mendengar cerita ini dari banyak orang. Tambahan lagi Sufyan ats-Tsauri tercengang (terpegun) ketika melihat jenazah Amr bin Qais dihantar dengan sebegitu ramainya manusia”.

Ketika Imam Ahmad bin Hambal (Imam Hambali) meninggal dunia, jenazahnya disolatkan oleh kaum muslimin yang tidak terhitung jumlahnya. Ini memaksa Khalifah al-Mutawakil mengarahkan pelayan-pelayan memperluaskan lagi kawasan untuk solat dengan membentang hamparan dipadang-padang disekitar. Dikatakan bahawa anggaran jumlah manusia sekitar dua juta tiga ratus ribu orang. Kemudian mereka semua menghantarnya kemakam pengkebumian. Disana jenazahnya disolatkan sekali lagi dengan jumlah yang tidak dapat dihitung (semakin ramai dari mula). Telah dikabarkan, apabila sahaja berita kematiannya diumumkan, manusia dari seluruh pelusuk dunia telah berpusu-pusu untuk menghadirkan diri bagi melakukan lawatan terakhir mereka.

Begitu juga dengan cerita al-Auza’i semasa dia meninggal dunia. Makhluk yang tidak terhitung jumlahnya berhimpun dan hadir untuk menziarahinya dan mengsolatkan jenazahnya. Dikatakan pada hari itu sejumlah tiga puluh ribu kaum Yahudi dan Nasrani telah memeluk agama Islam akibat terlalu takjub, kagum dan kehairanan dengan kehadiran lautan manusia mengziarahi jenazahnya.

Ketika Sahal bin Abdullah at-Tastari meninggal dunia, jenazahnya dilawati dengan kehadiraan lautan manusia yang hanya Allah saja yang tahu jumlahnya. Disebuah Negeri berdekatan, berita kematian itu menjadi gegak gempita. Seorang nenek tua Yahudi ikut keluar menziarahi jenazah, kemudian dengan tiba-tiba berteriak dan bertanya kepada hadirin sekelilingnya. Dia berkata, “Kamu semua tahu apa yang sedang aku lihat ?”. Mereka menjawab, “Apa yang sebenarnya nenek dapat lihat ?”. Nenek itu berkata, “ Aku melihat rombongan-rombongan makhluk (malaikat) turun dari langit lalu mengusap dan memegang keranda jenazah at-Tastari”. Kemudian nenek itu mengucapkan dua kalimah sahadatai dan masuk Islam. Dia menjadi seorang mukmin yang sangat baik selepas itu.

Dikatakan, Kaabah di Mekah yang pada kebiasaannya ramai dengan manusia mengerjakan tawaf, pada hari kematian al-Mughirah bin Hakim,  Kaabah menjadi lengang akibat semua hadirin pergi melakukan lawatan terakhir mereka kepada jenazahnya kemudian mereka melakukan solat jenazah sekali. Mereka melakukan pekara begitu supaya mereka juga mendapat barkah dari Allah SWT. Kerana mereka tahu bahawa Mughirah sangat warak, abadi dan dikasihi Allah semasa hidupnya.

Bahkan, ada yang menceritakan bahawa sesetengah orang-orang soleh yang meninggal dunia, semasa jenazahnya diusung kekuburan turut menghantarnya ialah kawanan burung yang terbang rendah tepat diatas kerandanya. Pekara aneh ini berlaku keatas jenazah Abul Fayadh alias Dzun Nun al-Mishri dan juga Ibrahim al-Muzani iaitu sahabat karib Imam asy-Syafi’i.

Demikianlah cerita-cerita dari para pengkaji sejarah Islam terkemuka seperti Abu Muhammad alias Abdul Haq didalam kitabnya yang bertajuk ‘Al-Aqibat”.



BAB 69: SIFAT PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah bersabda, “Ada dua jenis penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat. Iaitu, orang-orang yang membawa pemukul cemeti seperti ekor lembu yang mereka gunakan untuk memukul manusia. Dan beberapa orang wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah telanjang, berjalan berlengang lenggok sambil memering-meringkan kepalanya seperti perut unta. Mereka tidak boleh masuk Syurga, bahkan tidak pula akan mencium baunya, walaupu bau Syurga itu boleh tercium dengan jarak sejauh sekian dan sekian”.

Juga diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda, “Akan masuk Syurga orang-orang yang berhati burung”.

Para ulama tafsir memberi dua gambaran dalam mentafsir hadis diatas ini. Pertama, hadis ini mengambarkan keadaan hati mereka yang merasa takut luar biasa sehingga digambarkan seperti seekor burung. Ini adalah kerana burung merupakan seekor binatang yang keadaannya sentiasa didalam ketakutan. Banyak orang-orang salaf abadi yang mengalami ketakutan luar biasa akan kehebatan dan kebesaran Allah, hati mereka menjadi kecut dan pecah berkeping-keping hingga mereka meninggal dunia secara mengejut.

Kedua, hadis ini mengambarkan hati mereka yang menjadi lemah dan lembut, seperti yang telah digambarkan didalam hadis lain berkenaan orang-orang Yaman yang mempunyai hati yang lemah dan lembut.

Saya (Imam al-Qurthubi) tambahkan satu jenis lagi, iaitu hadis ini mengambarkan keadaan hati nereka yang kosong dari semua bentuk dosa dan selamat dari segala aib atau cela. Mereka tidak terpengaruh dengan urusan-urusan berbentuk duniawi seperti sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Kebanyakan ahli Syurga itu adalah al-Balha”. Yang dimaksudkan dengan perkataan ‘al-Balha’ ialah orang yang pendiam dan tidak mahu berkata-kata yang akan membawa maksiat kepada Allah.

Menurut al-Azhari, perkataan al-Balha membawa beberapa maksud. Ada yang mengatakan ia bermaksud kehidupan yang menyenangkan. Ada pula yang memberi maksudnya ialah orang yang tidak mempunyai akal langsung. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa al-Balha membawa maksud orang yang telah dicap. Sesiapa sahaja yang telah dicap Allah dengan cap kebajikan maka dia akan lalai dari kejahatan malah tidak mengenalinya langsung. Inilah maksud dari riwayat hadis tadi.

Sedangkan menurut al-Atbi pula, al-Balha bermaksud orang yang selalu berlapang dada dan berbaik sangka terhadap orang lain. Sebagai perbandingan kepada pendapat-pendapat diatas tadi, mari kita lihat akan firman Allah didalam surah asy-Syu’ra ayat 36 dan 37 yang mafhumnya; 

“Apa-apa nikmat yang diberikan kepadamu, maka untuk kesukaan hidup didunia dan pahala yang disisi Allah terlebih baik (daripadanya) dan terlebih kekal untuk orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya”.

“Dan (untuk) orang-orang yang menjauhi dosa besar dan yang keji-keji (mungkar) dan apabila mereka marah, mereka memberi ampun (tidak berlaku kejam)”.

Dan sabda Nabi saw. tentang manusia paling utama didalam hadis riwayat Ibnu Majah, “Orang-orang yang jujur lisannya dan yang bersih hatinya”. Para sahabat bertanya, “Mengenai orang yang jujur lisannya kami telah tahu. Tetapi siapa pula yang dimaksudkan dengan orang yang bersih hatinya ?”. Baginda bersabda, “Iaitu orang yang hatinya tidak ada rasa dendam dan dengki sama sekali”.

Semantara ada juga ulama yang memberi tafsir perkataan ‘al-Balha' merujuk kepada orang-orang yang terbatas dalam mengenal hak-hak Allah secara sempurna, bahawa ia mestilah menyembahnya, bahawa ia mestilah mengutamakan tuntutan Nya, bahawa ia mestilah mencintai Nya, bahawa ia mestilah berhidmat kepada Nya, bahawa ia mestilah berusaha mendapatkan keredhaan Nya yang menjanjikan Syurga yang kekal abadi. Kerana itu, yang terlintas didalam hatinya hanyalah Syurga dengan segala kenikmatannya. Maka ia menyembah Allah dan mentaati Nya demi mendapatkan darjat Syurga bersama dengan kenikmatan-kenikmatannya. Sehingga, mereka lupa untuk selalu takut akan keagungan Allah dan memerhatikan kesempurnaan Nya.

Al-Balha juga boleh diertikan sebagai orang yang sentiasa memikirkan Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Dialah manusia yang selalu siap siaga untuk menyaksikan keagungan Allah, tekun mengadap kepadaNya secara penuh khusuk dan tawado’k dan melupakan segala haknya untuk mendapatkan Syurga, kerana itulah Nabi saw pernah bersabda, “Kebanyakan penghuni Syurga itu adalah orang al-Balha, dan Syurga Iliyyain itu untuk orang-orang berakal”.

Telah disebutkan didalam sebuah riwayat ada sekumpulan manusia yang selalu memikirkan Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Mereka kelak akan dihantar kedalam Syurga ketika manusia sedang dihisab. Mereka bertanya kepada Malaikat pengiring, “Kemana kamu hendak membawa kami ?”. Malaikat itu menjawab, “Ke Syurga”. Mereka bertanya lagi, “Jadi kamu bukan akan membawa kami ketempat yang kami inginkan ?”. Malaikat itu bertanya, “Dimanakah tempat yang kami inginkan ?”. Mereka menjawab, “Ditempat yang sejati bersama Kekasih”, seperti yang telah difirmankan Nya didalam surah al-Qamar ayat 55 yang mafhumnya;

“Dimajlis (tempat) yang benar, disisi Maharaja (Allah) Yang Mahakuasa”.

Mungkin sebagai perbandingan ialah seperti orang yang pada mulanya hanya meminta Syurga kepada Allah. Tetapi setelah mengatahui bahawa Allah amat suka diminta atau dipohon pahala dan diminta perlindungan dari seksa, ia pun meminta kedua-duanya sekali. Ini sama seperti sabda Nabi saw didalam hadis riwayat Abu Daud kepada salah seorang sahabatnya yang mengatakan, “Kalau aku hanya ingin mengatakan didalam doaku, ‘Ya Allah, masukkanlah aku kedalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Neraka. Aku tidak tahu apa kehendakmu dan kehendak Mu’az”. Nabi saw lalu bersabda, “Begitulah kehendak kami”.

Yang dimaksudkan sebagai “wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang” ialah mereka mengenakan pakaian tetapi telanjang dari sudut agama. Mereka sengaja memperlihatkan bahagian-bahagian kecantikan mereka. Ada pula yang mengatakan bahawa mereka memakai pakaian yang amat nipis hingga memperlihatkan bahagian-bahagian lekuk tubuh yang berada disebalik pakaian tersebut. Oleh itu secara zahir, hakikatnya mereka itu telanjang.

Maksud sabda Nabi saw “Yang melenggag lengok sambil mengiring- giringkan kepalanya” pula ialah, menunjukkan wanita itu mering (tak betul kepalanya) atau menyampang dari taat kepada Allah, taat dan patuh kepada suaminya serta tidak mahu taat atas perintah-perintah lainnya. Contohnya untuk menjaga kehormatannya, atau tidak memperlihatkan auratnya kepada lelaki lain dan sebagainya.

Ada yang mengatakan bahawa wanita yang berjalan seumpama itu adalah berjalan dengan lagak sombong dan bongkak kerana nampak seksi hingga hati lelaki tertarek kepadanya yang berpenampilan cukup merangsang dan berahi.

Ada pula yag mengatakan gaya berjalan seumpama itu adalah jalan seorang pelacur. Kemudian maksud hadis Nabi saw, “...kepala mereka seperti perut unta” ialah, mereka sengaja membuat sesak nafas dengan memakai pakaian tudung kepala dengan assosari ber bagai. Menjalin rambut yang diperbolehkan bagi kaum wanita sesuai dengan apa yang telah ditetapkan seperti yang telah disebutkan didalam sebuah hadis Nabi saw riwayat sahih Muslim dari Ummu Salamah yang mengatakan bahawa dia bertanya kepada Nabi saw, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang wanita yang sangat tebal jalinan rambut kepalaku...”.


BAB 70: JUMLAH PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah saw bersabda, “Aku berdiri dihadapan pintu Syurga. Ternyata sebahagian besar yang memasukinya ialah orang-orang miskin. Semantara orang-orang yang bernasib baik didunia ditahan diluar, kecuali penghuni Neraka yang terus diperintahkan Allah untuk diiringkan ke Neraka. Aku pun berdiri dihadapan pintu Neraka, dan ternyata sebahagian besar yang memasukinya ialah kaum wanita”.

Didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas berkenaan gerhana matahari ada juga disebutkan, bahawa Nabi saw bersabda, “...Aku melihat Neraka dan aku tidak pernah  melihat suatu pemandangan sama sekali seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita”. Para sahabat bertanya, “Apakah sebabnya ya Rasulullah?”. Bagindnya la menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka”. Para sahabat bertanya lagi, “Adakah mereka kufur kepada Allah?”. Baginda menjawab, “Mereka kufur kepada keluarga mereka dan kufur kepada kebajikan. Contohnya, kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang waktu, namun ketika suatu saat mereka melihat sesuatu pekara yang mereka tidak senangi pada dirimu, mereka akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat (mendapat) kebajikan daripadamu sama sekali’”.

Daripada riwayat Muslim dan Ahmad, dari Imran bin Hashin bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya minoriti (bilangan sangat kecil) penduduk Syurga itu adalah kaum wanita”.

Menurut beberpa orang para ulama tafsir berpendapat, jika kaum wanita merupakan penghuni Syurga minoriti, ia amat wajar kerana kaum wanita amat cenderung dan amat mudah menuruti kemahuan hawa nafsunya saja. Mereka amat mudah terpengaruh dengan perhiasan duniawi yang bersifat semantara kerana kemampuan akal fikiran mereka pada realitinya amat kurang sehingga tidak mampu menggunakan hati nurani mereka. Akibatnya mereka lemah dalam melakukan amal ibadah untuk akhirat, walaupun pada zahirnya mereka rajin beribadah, tetapi oleh sebab tidak mempergunakan ketajaman hati nurani mereka itu maka ibadah mereka tinggal kosong sahaja (Ibadah tampa berserta kekuatan rohani). Selain itu, mereka juga selalu menjadi faktor ketegangan dan salah faham antara kaum lelaki, samaada sebagai rebutan atau mereka mengapi-apikan atau menjadi talibarut punca pergaduhan kaum lelaki. Kebanyakan mereka juga mudah lupa akan kepentingan alam akhirat, banyak  mulut, selalu kecoh dan mudah sangat terpengaruh dengan godaan rakan-rakan yang secara langsung atau tidak akan memesongkan mereka menjadi alpa. Sesetengah dari mereka juga sangat sukar diajak atau dinasihati untuk mentaati tuntutan agama dan kebajikan. Mereka membantah- bantah dan ada diantaranya mereka hingga sanggup memutuskan silatulrahim samaada dengan keluarganya sendiri mahupun sahabat handai dan banyak lagi prangai buruk kaum wanita yang akan membawa mereka kedalam api Neraka yang sebenarnya telah menjadi masaalah kronik akhir zaman tambahannya mereka itu tidak akan juga berubah.


Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib KWJ. Pernah berpesan dan berwaspada keatas kaum wanita. Ia berkata, “Wahai manusia, janganlah kamu tunduk pada suatu perkara terhadap kaum wanita. Jangan kamu beri kepercayaan kepada mereka menjaga hartamu dan jangan kamu biarkan mereka memikirkan masalah yang sulit-sulit. Sebab jika dibiarkan dengan keinginan mereka, mereka cenderung membuat kerosakan dan membuat durhaka. Kamu akan dapati mereka langsung tidak punya agama ketika berdua-duaan dengan lelaki lain dan tidak mempunyai sifat wara’ ketika sedang asyik dengan kesenangan-kesenangan mereka. Mereka bukanlah sumber kenikmatan sejati, sebaliknya sumber kebingungan. Mereka yang tergolong soleh dimata awam adalah sebenarnya golongan yang fasiq dan mereka yang tergolong sebagai fasiq pula adalah didalam golongan pelacur. Ada tiga sifat Yahudi pada mereka. Pertama, suka mengadu akan kezaliman seseorang padahal mereka itulah yang paling zalim dan kejam. Kedua, suka bersumpah walhal mereka itulah sebenarnya pendusta dan ketiga, mereka suka melarang, padahalnya merekalah yang sangat ingin. Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari keburukan kaum wanita. Waspadalah terhadap mereka terutama dari kalangan yang terbaik dari mereka”.

Dari riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah saw bersabda, “Sepeninggalanku nanti, aku tidak meninggalkan sesuatu yang menjadi sumber bencana yang lebih besar bagi kaum lelaki selain daripada kaum wanita”. Perbahasannya akan disambung kelak. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah bersabda, “Aku tidak melihat orang yang memiliki akal dan agama yang kurang namun sanggup merampas hati seorang lelaki yang teguh selain salah seorang dari kamu, wahai golongan kaum wanita”. Hadis ini amat bersesuai sekali dengan hadis diatas tadi yang menceritakan berkenaan dua jenis golongan penghuni Neraka.

Berkata al-Hafiz Ibnu Dahiyat, “Jagalah diri kamu wahai hamba-hamba Allah daripada mereka (kaum wanita). Jauhilah kesesatan mereka. Jangan mudah terperdaya akan pujuk rayu cinta mereka dan janji-janji manis mereka. Walaupun akal dan agama mereka kurang, tetapi mereka punya potensi untuk berbuat melebihi apa yang tidak kamu sangka”.


TAMBAHAN:

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda, “Seluruh umatku akan masuk Syurga kecuali orang-orang yang tak mahu”. Ada yang bertanya, “Siapa yang tak mahu itu wahai Rasulullah”. Baginda menjawab, “Sesiapa yang taat kepadaku dia akan masuk Syurga dan sesiapa yang durhaka kepadaku bererti dia tidak mahu”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya, dari Muhammad bin Ali, dari Abu Ishak ibnu Asy’ats, dari Fudhail bin Iyadh bahawa dia pernah mendengar Ibnu Abbas berkata, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan didatangkan berupa seorang nenek yang rambut dikepalanya sudah beruban semuanya, memiliki taring berwarna biru dan mukanya sangat buruk. Dia dibawa ditengah-tengah seluruh makhluk. Malaikat bertanya, ‘Kamu semua kenal akan nenek ini ?’. Mereka menjawab, ‘Kami berlindung kepada Allah dari mengenali nenek ini’. Kemudian ia diperkenalkan,’Inilah dunia yang kerananya kamu saling mempertikaikan, memutuskan pertalian keluarga, saling dengki mendengki, saling benci membenci serta menipu. Kemudian apabila nenek itu hendak dilemparkan kedalam Neraka Jahanam dia pun berkata, “Wahai Tuhanku, dimanakah para pengikutku dan dimana para pengantaraku?”. Allah berfirman, “Susulkanlah para pengikutnya dan para pangantaranya”.



BAB 71: “ORANG BIJAK” ITU BERADA DI NERAKA.     


Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Ghalib al-Qaththan, dari seorang lelaki, dari ayahnya, dari datuknya bahawa dia berkata, “Aku diutus oleh ayahku untuk menemui Nabi saw dan bertanya, ‘Sesungguhnya ayahku sudah cukup tua. Ia dikenali sebagai “orang bijak” dalam soal air. Ia memohon kepada Tuan agar mengizinkan aku untuk menggantikannya sepeninggalannya nanti ?”. Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya ‘orang bijak’ adalah satu kenyataan dan manusia memang memerlukannya. Tetapi dia akan berada dalam Neraka”.

Telah disebutkan didalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Ahmad berkenaan kisah Hawazan, “Kembalilah kamu semua sehingga aku mendapatkan laporan dari ‘orang-orang pintar’ kamu ini”. Menurut para ulama, yang dimaksudkan dengan “orang-orang pintar” disini ialah orang yang tahu berkenaan selok belok satu golongan atau komuniti masyarakat tertentu. Dia mengatahui semua pekara berkenaan keadaan mereka. Menurut Nabi saw, seperti yang telah diungkapkannya didalan hadis diatas tadi iaitu, dia sememengnya diperlukan oleh masyarakat itu kerana mendatangkan kemaslahatan. Tetapi dia berada dalam Neraka jika semamangnya digunakan (mengambil kesempatan) untuk menimbulkan fitnah ditengah-tengah masyarakat.


Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Hisyam bin Ubbad bin Abu Ali, dari Abu Hazim, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Celakalah bagi suku-suku yang suka berangan-angan dan celaka pula bagi ‘orang-orang pintar’. Pada hari kiamat nanti ada golongan kaum yang berharap jambulnya tergantung dibintang kejora dimana mereka boleh berhayun-hayun diantara langit dan bumi, dan sesungguhnya mereka akan mengadap Allah tampa membawa satu amalan pun”.




BAB 72: TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG GARANG DAN YANG MEMUTUSKAN TALI SIRATULRAHIM SERTA KEKELUARGAAN.  

Firman Allah didalam surah al-A’raaf ayat 86 yang mafhumnya;

“Jangan kamu duduk dijalan-jalan, kamu takutkan (orang) dan kamu halangi orang beriman dari jalan Allah dan kamu cari jalan yang bengkok. Ingatlah ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak dan perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang berbuat kebinasaan”.

Menurut para ulama tafsir, ayat ini diturunkan oleh Allah SWT yang ditujukan kepada orang-orang yang memunggut cukai sebanyak sepuluh peratus (10%). Diadakannya sekatan ditengah jalan bagi mengutip cukai ini. (Mungkin juga boleh kita umpamakan kutipan tol-tol ditengah-tengah jalan atau lebuhraya diwaktu sekarang).

Firman Allah didalam surah Muhammad ayat 22-23 mafhumnya;

“Apakah kiranya jika kamu menjadi wali (penguasa) kamu berbuat bincana dimuka bumi dan memutuskan silaturahim?”.

“Mereka itulah yang dikutuk Allah, lalu Dia memekakkan mereka dan membutakan pandangan mereka”.

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Jubair bin Muth’im dari ayahnya bahawa Nabi saw bersabda, “Tidak masuk Syurga orang yang memutuskan”. Menurut Sufian seperti yang dipetik oleh Ibnu Umar, yang dimaksudkan dalam riwayat itu tadi ialah merujuk kepada orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan. Hadis ibi juga diriwayatkan oleh Bukhari.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Uqbah bin Amir bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Tidak masuk Syurga orang (penguasa) yang mengutip cukai sebesar sepuluh peratus”.

Ia merujuk kepada orang yang memunggut cukai sebanyak sepuluh peratus secara haram atau secara paksa. Contohnya seperti periman atau gengster yang memeras ugut peniaga dengan wang perlindungan. Atau along yang memberi pinjaman yang memaksa bayaran balik dengan berlipat kali ganda, atau pihak bank yang mengenakan bunga melebihi 10% Atau dia berlagak seperti pemunggut zakat untuk baitulmal padahal hanya untuk dirinya sendiri. Atau juga boleh diertikan kepada pemerintah yang berkuasa yang memeras masyarakat dan penduduk negaranya untuk membayar berbagai jenis cukai yang jika dihitung jumlahnya jauh lebih besar dari 10% seperti yang digambarkan didalam hadis Nabi saw tadi. Bayangkanlah nasib semua yang terlibat akan pekara ini, mereka akan tetap dibalas dengan diazab dalam Neraka Jahanam.

Telah saya (Imam al-Qurthubi) katakan sebelumnya bahawa yang dapat merubah nasib penghuni Neraka menjadi penghuni Syurga adalah perihal yang bersangkutan dengan amalan, bukannya yang sudah bersangkutan dengan akidah. Nasib orang yang bersangkutan itu adalah terserah kepada Allah SWT. Sekalipun dianya diseksa dalam Neraka, ia pasti boleh keluar berkat adanya syafaat Nabi seperti yang telah disiarkan sebelum ini. Demikian juga kepada pelaku dosa-dosa besar yang diancam masuk Neraka dan dilaknat. Mereka juga boleh keluar dari Neraka kerana adanya syafaat Nabi, asalkan ketika dia melakukan dosa-dosa besar tersebut mereka tidak menganggapnya halal.


BAB 73: TIGA ORANG PERTAMA MASUK SYURGA DAN TIGA ORANG PERTAMA YANG MASUK NERAKA.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang pertama masuk Syurga ialah orang yang mati syahid, orang lemah yang sudah berkeluarga dan dapat menjaga kehormatannya. Dan seorang budak (hamba) yang mengabdikan diri dengan baik kehadrat Allah dan dia memenuhi hak-hak tuannya. Adapun tiga orang yang pertama masuk Neraka ialah seorang pemimpin yang zalim, orang kaya yang tidak memenuhi kewajipannya dan orang miskin yang sombong”.


BAB 74: ORANG PERTAMA DIBAKAR NERAKA JAHANAM.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya manusia yang pertama akan diputuskan (dihisab) pada hari kiamat nanti ialah orang yang mati syahid. Setelah ia didatang kemuka lalu ia diperkenalkan nikmat-nikmatnya lalu ia pun mengenalinya. Allah SWT berfirman, ‘Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu ?’. Ia menjawab, ‘Aku telah berperang demi Mu hingga aku mati syahid’. Allah berfirman dan menyangkal, ‘Kau dusta ! kamu berperang semata-mata untuk dipuji sebagai ‘berani mati’ dan bukannya untuk Ku’. Lalu Allah perintahkan Malaikat mengheret mukanya dan dicampakkan kedalam Neraka Jahanam”.

“Seterusnya ialah  seseorang yang mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain serta ia rajin membaca al Quran. Setelah ia dihadapkan kehadrat Allah, lalu diperknalkan segala nikmat-nikmatnya dan ia pun mengenalinya, Allah berfirman, “Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu?”. Ia menjawab, ‘Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain serta aku rajin membaca al-Quran untuk Mu”. Allah berfirman dan menyangkal, ‘Kamu dusta! Kamu mempelajari ilmu supaya disebut sebagai ulama, kamu mengajarkan ilmu itu supaya mendapat sanjungan dari manusia dan kamu membaca al-Quran supaya dikenali sebagai Qari dan untuk gelaran al- hafis. Lalu Allah perintahkan ia diseret dimukanya dan dicampakkan kedalam Neraka”’.

“Seterusnya ada seorang yang diberi Allah kekayaan dari berbagai jenis harta. Kemudian ia dihadapkan kehadrat Allah dan diperkenalkan nikmat-nikmatnya dan ia akui akan nikmat-nikmat tersebut. Allah berfirman, ‘Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu?”. Ia pun manjawab, ‘Apabila dapat saja waktu maka aku pun menafkahkan hartaku kejalan yang Kau redhai. Aku pasti tidak akan melambat-lambatkan untuk menafkahkan harta ku pada jalan Mu’. Allah berfirman dan menyangkal, ‘Kamu dusta!, Kamu lakukan itu semua adalah untuk dikenali dan disebut sebagai dermawan, Lalu Allah perintahkan malaikat untuk menyerit dimukanya dan menghumbannya kedalam Neraka Jahanam’”.

Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh ath- Tirmidzi. Pada bahagian akhirnya ditambah, “Kemudian Rasulullah sambil memegang kedua lututnya bersabda, ‘Wahai Abu Hurairah, inilah tiga makhluk yang Allah perintah untuk pertama kali akan dibakar oleh api Neraka Jahanam pada hari kiamat kelak’”.



BAB 75: ORANG YANG MASUK SYURGA TAMPA HISAB.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Imran bin Hashin bahawa Rasulullah bersabda, “Ada tujuh puluh ribu dari umatku yang akan masuk Syurga tampa dihisab”. Para sahabat bertanya, “Siapa mereka itu, wahai Rasulullah”. Baginda menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang tidak berubat menggunakan jampi-jampi, tidak mempercayaai suara burung (burung malam), tidak berubat dengan cocokan besi-besi panas, dan hanya kepada Allah mereka bertawakal”.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Umamah bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Tuhanku telah berjanji kepadaku akan memasukkan tujuh puluh ribu orang dari umatku. Tidak ada hisab dan tidak ada seksa atas mereka. Setiap seribu terdapat tujuh puluh ribu dan tiga cedokan (saukkan) tangan Tuhanku”. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzari sebuah hadis dari Abas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang dari umatku dan masing-masing dari mereka membawa pengikut sebanyak tujuh puluh ribu orang”.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzari dan Abu Abdullah al-Hakim alias atz-Tirmidzi, dari Abdulrahman bin Abu Bakar ash-Shadiq bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah memberiku tujuh puluh ribu orang yang akan masuk Syurga tampa hisab”. Umar berkata, “Wahai Rasulullah, kenapa tidak diminta tambahan kepada Nya?”. Baginda menjawab, “Aku sudah memohon tambahan dan diberi tambahan bahawa masing-masing dari tujuh puluh ribu akan membawa pengikut sebanyak tujuh puluh ribu lagi”. Umar bertanya lagi, “Kenapa tidak dimintakan tambahan lagi kepada Nya?”. Baginda menjawab, “Aku sudah memohon tambahan lagi dan Dia telah memberi tambahan sekian”. Abu  Wahab seperti yang telah dipetik oleh Hisyam berkata, “Tidak siapa yang tahu berapa jumlah tambahan yang diberikan lagi oleh Allah SWT kepada Nabi saw”.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Nafi’, dari Ummi Fais bahawa pada suatu hari Rasulullah memimpin tangannya melalui satu lorong dari beberapa lorong yang ada di Madinah hingga membawanya sampai dipermakaman Baqi’ al-Gharqad. Kemudian Baginda bersabda, “Pada hari kiamat nanti dari sini akan dibangkitkan kembali tujuh puluh ribu orang dalam bentuk seperti bulan purnama. Mereka masuk Syurga tampa hisab”. Seorang sahabat berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, tolong doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia berkenan menjadikan aku termasuk diantara mereka”. Baginda menjawab, “Kamu termasuk diantara mereka”. Kemudian bangkit lagi seorang sahabat dan berkata, “Wahai Rasulullah, tolong doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia berkenan menjadikan aku termasuk diantara mereka”. Baginda menjawab, “Kamu telah didahului Ukasyah”.

Berkata Abu Abdullah, “Jumlah sebanyak itu hanya untuk satu permakaman sahaja. Bagaimana jika ianya dikali dengan jumlah seluruh permakaman kaum muslimin diseluruh dunia ini?”. Berkenaan jawapan Baginda didalam hadis diatas tadi ialah, kepada sahabat yang pertama menunjukkan Baginda benar-benar tahu sahabat itu akan masuk Syurga tampa hisab. Kerana jawapannya secara sepontan dan tiada tempoh atau jarak masa untuk berfikir. Manakala jawapan untuk sahabat yang kedua pula menunjukkan Baginda tidak tahu. Kerana itulah Baginda bersabda, “...Kamu sudah didahului oleh Ukasyah”. Ummi Fais adalah putri Muhshah yang merupakan adek perampuan Ukasyah bin Muhshah al-Asadi. Setahu saya (Imam al-Qurthubi), hadis serupa juga diriwayatkan oleh Muslim didalam kitabnya yang bertajuk ‘Sahih Muslim’.


FAKTA I:

Perlu diingatkan bahawa jangan sama sekali disamakan orang yang berubat menggunakan jampi-jampi ‘rukyiah’ dan cocokan besi panas itu tidak akan masuk Syurga tampa hisab, seperti yang telah digambarkan didalam hadis diatas tadi. Hadis itu merujuk kepada tukang-tukang sehir, bomoh-bomoh dan pawang-pawang yang meminta kuasa jin dan syaitan untuk mengubat, iaitu perbuatan syirik kepada Allah. Jika kita rujuk sirah nabi, Nabi sendiri pernah menggunakan keadah ini untuk berubat, malahan menganjurkan kita berbuat pekara yang sama. Pekara yang sama juga digunakan oleh para sahabat baginda, seperti yang ditunjukkan oleh ath-Thabari dan yang lainnya. Kemungkinan nabi sewaktu bersabda pada waktu itu bersifat khusus berdasarkan sabda baginda kepada Amr bin Hazm, “Kirimkan kepadaku seorang diantara kamu yang ahli mengubat dengan menggunakan jampi-jampi, kerana sesungguhnya pekara itu tidak mengapa asalkan tidak mengundang syirik”. Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud.

Begitu juga dengan perubatan menggunakan cucukan besi panas dikala ianya sangat diperlukan. Barang siapa yang melakukannya dengan keadah yang wajar dan dengan syarat-syarat yang dibenarkan syarak, maka pekara itu dihukumkan harus dan sama sekali tidak mengurangkan citra dan keutamaannya. Kemngkinan juga mereka-mereka (yang berubat cara ini dulu) itu adalah yang termasuk didalam golongan tujuh puluh ribu orang yang masuk Syurga tampa hisab. Persoalannya disini ialah keadaah yang sama ini telah juga Nabi saw gunakan seperti yang telah diperkatakan oleh ath-Thabari didalam kitabnya yang bertajuk ‘Adab an-Nufus’ dan juga dari al-Halimi didalm kitabnya yang bertajuk ‘Al-Minhaj Fi ad-Din”.

Terdapat beberapa riwayat mengenai perubatan dengan menggunakan cucukan besi panas ini. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi gunakan ketika mengubat wajahnya yang luka ketika perang Uhud. Sa’ad bin Zararah melakukan keadah ini untuk mengubati luka infeksi tercucuk duri. Sa’d bin Mu’adz, orang yang ketika peristiwa dia meninggal dunia hingga mengoncang A’rasy Tuhan Yang Mahamulia lagi Mahaagung, juga pernah melakukan perubatan seumpama ini. Ubai bin Kaab, seorang ahli pembaca al-Quran yang sangat terkenal dizaman Nabi dahulu juga pernah menggunakan keadah ini untuk berubat penyakit yang dideritainya. Imran bin Hushain juga melakukannya, bahkan kakinya harus dipotong oleh Urwah bin Zubair. Jika sekiranya ada lagi manusia yang beranggapan mereka-mereka ini bukannya golongan yang termasuk sebagai golongan tujuh puluh ribu orang yang masuk Syurga tampa hisab, mereka diantara orang yang keliru dan tersilap sangka. Merekalah diantara sahabat-sahabat nabi yang telah dijamin masuk syurga tampa hisab oleh Nabi saw sendiri.

Diriwayatkan oleh as-Suyuthi, dari Ibnu Rawah, dari as-Salafi, dari Abu Bakar alias Ahmad bin Mardawaih bin Faurak bin Ja’far, dari Abul Qasim alias Ali bin Umar bin Ishak bin Ibrahim al-Asadbadzi al-Hamdzani, dari Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak ibnul Basti, dari Abu Abdullah alias al-Husain bin Muhammad al Mathiqi, dari Abu Bakar bin Zanjawaih, dari Utsman bin Shalih, dari Ibnu Luha’iah, dari Darraj, dari Ibnu Jahirah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Ada lagi tiga orang yang akan masuk Syurga tampa hisab. Iaitu orang yang ketika pakaiannya dicuci, dia tidak punya yang lainnya (untuk solat). Kedua, orang yang didapurnya hanya ada dua buah periok sahaja untuk digunakan memasak. Ketiga, orang yang ketika diminta minumannya, dia tidak menyoal apa-apa pun ( terus diberikan saja)”.

Ibnu Mas’ud mengatakan, “Barang siapa yang mengali sebuah telaga disebuah tanah lapang yang kering atas dasar iman dan mencari redha Allah, nescaya dia akan masuk Syurga tampa hisab”.

Diriwayatkan oleh Abu Nua’im dari Ali bin Husain bahawa ia berkata, “Pada hari kiamat kelak, ada suara menyeru, ‘Mana diantara kamu yang utama?’. Maka bangun berdiri beberapa orang dan maju kehadapan. Kemudian mereka diperintah ke Syurga. Ditengah perjalanan mereka disekat oleh kumpulan Malaikat dan ditanya, ‘Mahu kemana kamu semua?’. Mereka menjawab, ‘Ke Syurga’. Malaikat itu brkata, ‘Sebelum hisab?’. Mereka menjawab, ‘Ya’. Malaikat itu bertanya lagi, ‘Siapa kamu semua ini?’. Mereka menjawab, ‘Kami adalah yang utama’. Malaikat bertanya, ‘Apa yang membuat kamu lebih utama?’. Mereka menjawab, ‘Jika dipanggil bodoh, kami berdiam diri. Jika dizalimi, kami bersabar. Jika dihianati, kami memaafkan’. Maka Malaikat itu berkata, ‘Masuklah kamu semua kedalam Syurga sebagai balasan pahala terbaik bagi orang-orang yang beramal’.

Kemudian terdengar lagi seruan, memangil orang-orang yang sabar. Beberapa orang berdiri dan mereka diperintah ke Syurga. Diperjalanan mereka ditahan oleh Malaikat dan disoal, ‘Mahu kemana kamu semua ini?. Mereka menjawab, ‘Ke Syurga’. Malaikat bertanya, ‘Sebelum kamu dihisab’. Mereka menjawab, ‘Ya’. Malaikat bertanya, ‘Siapa sebenarnya kamu semua ini?’. Mereka menjawab, ‘Orang-orang yang sabar’. Malaikat bertanya, ‘Kamu sabar dari apa?’. Mereka menjawab, ‘Kami bersabar melawan hawa nafsu kami kerana Allah, bersabar menjauhkan diri dari durhaka kepada Allah’. Malaikat pun berkata, ‘Masuklan kamu kedalam Syurga sebagai balasan terbaik bagi orang-orang yang beramal’.

*1>... Lagi seruan memanggil orang-orang yang mengaku jiran tetangga kepada Allah. Beberapa orang dan berdiri. Kemudian mereka diperintah masuk kedalam Syurga. Ditengah perjalanan, mereka ditahan Malaikat dan disoal, ‘ Mahu kemana kamu semua ini?’. Mereka menjawab, ‘Ke Syurga’. Malaikat bertanya, ‘ Sebelum kamu dihisab?’. Mereka menjawab, ‘Ya’. Malaikat bertanya, ‘Siapa sebenarnya kamu semua ini’. Merka menjawab, ‘Kami adalah jiran tetangga Allah’. Malaikat bertanya, ‘Apa buktinya kamu semua ini adalah jiran tetangga Allah SWT’. Mereka menjawab, ‘Kami selalu mengunjungi Nya, kami selalu bertemu dan kami bertukar pemberian kerana Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung’. Malaikat pun berkata, ‘Masuklah kamu kedalam Syurga sebagai ganjaran atas sebaik-baik amalan diatas orang-orang yang beramal’”.

*2>... Diriwayatkan lagi oleh Abu Nua’im sebuah hadis dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, “Ketika Allah mengumpulkan semua makhluk dari yang pertama (Nabi Adam) hinggalah yang terakhir disebuah tempat lapang (Padang Mahsyar), ada Malaikat yang menyeru dari bawah A’rasy, ‘Dimana orang-orang ahli Makrifah (golongan Sufi) kepada Allah dan dimana orang-orang yang suka membuat kebajikan?’. Tidak lama kemudian berdirilah beberapa orang mengadap kehadrat Allah. Allah yang Mahamengatahui lalu berfirman, ‘Siapa kamu semua?’. Mereka menjawab, ‘Kami semua ini adalah ahli Makriah kepadaMu. Tetapi, Engkaulah yang membuat kami mengenaliMu dan yang telah menjadikan kami untuk duduk sebagai ahlilah’. Allah lalu berfirman, ‘Kamu semua benar!, tidak ada alasan untuk menyoal dan menghisab keatas kamu. Masuklah kamu semua kedalam SyurgaKu berkat rahmat Ku’’’. Kemudian Rasulullah tersenyum seraya bersabda, “Semoga Allah menyelamatkan mereka dari huru-hara hari kiamat”.

*3>... Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Nabi saw bersabda, “ Dimanakah hamba-hambaKu yang taat kepadaKu dan memelihara janji-janjiKu terhadap sesuatu yang ghaib (tersembunyi)?”. Maka tampillah beberapa orang yang wajah mereka bercahaya bak bulan purnama atau (ibarat) bintang kejora (Zuhal).Setiap dari mereka menunggang binatang kenderaan dari cahaya yang tali pedatinya diperbuat dari mutiara-mutiara berwarna merah. Mereka dibawa terbang melintasi kepala seluruh makhluk dipadang Mahsyar. Setelah mereka sampai dihadapan A’rasy Allah, Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman, “Selamat datang wahai hamba-hambaKu yang taat kepadaKu dan memelihara janjiKu terhadap sesuatu yang ghaib. Aku mengasihi kamu semua, Aku juga mencintai kamu semua dan Akulah yang telah memilih kamu semua. Pergilah dan masuklah kamu semua kedalam Syurga Tampa Hisab didekatKu. Pada hari ini tidak akan ada lagi ketakutan sama sekali keatas kamu semua dan kamu semua juga tidak akan bersedih hati lagi. Mereka diterbangkan melepasi Jembatan Sirat bagaikan kilat yang menyambar. Pintu-pintu Syurga dibuka untuk mereka. Kemudian semua makhluk yang masih berada di Padang Mahsyar masing-masing terpinga-pinga dan kemudian mereka saling bertanya antara satu sama lain, ‘Mana sifulan dan sifulan tadi?’. Pada saat itulah terdengar seruan dari A’rasy, ‘Sesungguhnya penghuni Syurga (tampa hisab) pada hari ini bersenang-senang dalam kesibukkan mereka’”.

TAMBAHAN DARI ATOK:

*1,2 dan 3 >... Inilah dalil-dalil sahih dari hadis-hadis Nabi saw yang menjadi PEGANGAN KUAT kepada semua golongan Ahli Sufiah, Ahli Makrifah dan Ahli Hakikat bagi semua Tarikat semenjak dari zaman Rasulullah saw masih hidup lagi yang menjadi penjaga dan ‘guru’ pertama kepada Ahli Sufiah di Misjid Nabawi dahulu dan berkembang keseluruh dunia hinggalah sekarang dan akan berterusan hingga hari kiamat nanti. Perhatikan dibahagian akhir hadis 2 diatas tadi. Mengapakah Nabi saw tersenyum?. Ini adalah kerana Baginda mengatahui bahawa Golongan peliharaannya ini akan terus mendapat perhatian utama kehadrat Allah SWT sebagai golongan yang masuk Syurga tampa hisab dan bukan itu saja malahan tidak tersentuh oleh huru-hara dipadang Mahsyar atau semua bentuk kesukaran dan kesangsaraan alam akhirat. Pada hadis yang kedua pula disebut “janji-janjiNya terhadap sesuatu yang ghaib (tersembunyi)” dimaksudkan, hanya dengan ilmu Makrifah sahaja kamu mampu menembusi alam ghaib (alam Lahut dan alam Jabarut) dan mengatahui segala rahsia dan janji-janji Allah yang berada disana. Hanya mereka yang telah diizinkan Allah menembusi alam MakrifahNya akan dibuka rahsia tersebut dan mereka memegang janji-janjiNya itu dengan ketat dan kemas supaya tidak diketahui oleh orang-orang lainnya hingga waktu bertemu semula diakhirat kelak. Maka waktu dan peristiwa inilah yang disebut didalam hadis 2 diatas tadi. Mereka tidak terkena sebarang kesukaran dan kepedihan tinggal di Padang Mahsyar, di Jembatan Sirat dan tidak juga dihisab di Timbangan Mizan. Inilah diantara keistimewaan yang bakal mereka terima akibat ketaatan mereka kepada Allah SWT. Malahan kehidupan sederhana mereka semasa didunia diberi kemudahan bagi Allah dan sentiasa dipelihara olehNya. Mereka inilah juga golongan yang dikenali dengan panggilan “Golongan yang menang di dunia dan menang di akhirat”.

Firman Allah didalam surah al-Qamar ayat 55 yang mafhumnya;

“Dimajlis (tempat) yang benar, disisi Maharaja (Allah) Yang Mahakuasa”.

Dimanakah tempat mereka sesudah itu nanti?. Sudah tentu mereka mendapat tempat teristimewa dan utama juga. Mereka Allah tempatkan duduk disisinya sebagai ‘jiran tetangga Nya’ buat selama-lamanya (hadis 1). Pada orang-orang alim, wara’ dan ahlilah didalam Ilmu Makrifah dan Hakikat, wajah Allahlah yang mereka harap-harapkan, idam-idamkan dan menjadi motivasi paling kuat dalam setiap ilmu dan amalan mereka setiap waktu tampa henti. Mereka duduk didalam Makrifah kepada Allah, seperti yang digambarkan didalam hadis 1 dengan kedudukan sentiasa “bertemu”, saling mengenali dan bertukar-tukar hadiah dan pemberian. Pekara-pekara inilah yang menjadi rahsia dalam Makrifah kehadrat Allah dan tidak akan difahami oleh orang-orang awam. Jadi  kedudukan menjadi “jiran Allah” didekatNya di Syurga nanti dan setiap saat waktu dapat menatap “wajah kekasih” mereka menjadi idaman dan harapan abadi mereka. Inilah kedudukan yang paling utama dari semua kedudukan orang-orang yang masuk Syurga tampa hisab. Sebab itulah mereka berkerja keras mendapatkan ilmu dan pengajian yang berwasilah dan rabitah dari tangan ke tangan hingga menyampai kepada tangan Rasulullah saw sendiri. Ia meliputi ilmu-ilmu dari peringkat Syariat, Tarikat, Hakikat hingga keperingkat Makrifat kerana itulah janji Rasulullah dan juga janji Allah terhadap mereka. Ilmu Makrifah dan Hakikat yang tidak melalui tangan Rasulullah saw adalah batal dan terkeluar dari janji ini dan tidak juga akan diiktiraf oleh Allah SWT. Golongan Makrifah ini jugalah yang termasuk sebagai golongan tujuh puluh ribu ahli Syurha tapa hisab dan setiap dari mereka juga boleh membawa pengikut-pengikutnya seramai tujuh puluh ribu pula. Inilah janji Allah kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw seperti yang telah dijelaskan didalam hadis-hadis diatas tadi. Semoga Allah berkati mereka dan sudi memberkati kita semua ini juga menjadi sebahagian dari mereka atau berserta dengan mereka itu kelak...amin ya Rabbalalamin.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata, “Dihari kiamat nanti akan ada Malaikat yang akan menyeru, “Pada hari ini kamu semua akan ketahui siapa diantara kamu yang mulia disisi Tuhanmu. Dipersilakan orang-orang yang selalu memanjatkan pujian kehadrat Allah setiap saat tampa henti”. Kemudian tampillah beberapa orang dan terus menuju ke Syurga. Kemudian terdengar lagi seruan Malaikat, “Pada hari ini kamu akan ketahui siapa diantara kamu yang mulia disisi Tuhanmu. Dipersilakan orang-orang yang kepalanya dijauhkan dari bantal tempat tidurnya kerana berdoa dan munajat dengan rasa gerun dan penuh harapan. Kemudian menafkahkan sebahagian rezeki yang dikurniakan TuhanNya”. Maka tampillah beberapa orang dan dibawa terus kedalam Syurga. Kemudian buat kali ketiga Malaikat itu menyeru lagi, “Pada hari ini kamu semua akan mengenali siapakah diantara kamu yang mulia disisi Tuhanmu. Dipersilakan tampil kemuka orang-orang seperti yang disebut didalam firman Allah, ‘Yang tidak dilalaikan dengan perniagaan dan tidak (pula) oleh jualbeli dari mengingati Allah’. Maka tampil kemuka beberapa orang yang kemudian dibawa terus ke Syurga’”.

Diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdadi dari al-Mayanasyi al-Qarsyi alias Abu Ja’afar alias Umar bin Hafash sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw bersabda, “Pada hari kiamat kelak, para ahli hadis (perawi dan penafsir) akan datang (dibangkitkan semula) dengan tinta ditangan mereka. Allah memerintahkan Jibril mendekati mereka dan bertanya siapakah mereka. Lalu Jibril pun mendekati mereka dan bertanya, ‘Siapakah kamu ini semua?’. Mereka menjawab, ‘ Kamilah ahli hadis Nabi Muhammad saw’. Allah lalu memeritahkan mereka dimasukkan aarpekedalam Syurga disebabkan mereka banyak berselawat keatas Nabi”.

Diriwayatkan oleh Abu Nua’im dari Ibnu Umar bahawa Nabi saw. bersabda, “Pada hari kiamat kelak, beberapa membar dari cahaya yang diatasnya terdapat kubah dari mutiara diletakkan. Kemudian Malaikat pun memanggil, “Dimana semua ulama-ulama ahli Fiqah?. Dimana semua imam-imam solat?. Dan dimana semua Muazin (tukang bang)?. Duduklah kamu semua dimimbar-mimbar itu. Tidak ada kesedihan sama sekali pada kamu, hingga Allah selesai menghisab amal-amal para hamba yang terkait dengan Nya”.

Diriwayatkan oleh ar-Rafi’i dari Yazid bin Haron, dari Daud bin Abu Hindun, dari asy-Syu’bi, dari Ibnu Abu Laila, dari Abu Ayyub al-Anshari bahawa Rasulullah bersabda, “Bagi orang mukmin, mempelajari suatu masaalah itu lebih baik daripada beribadah setahun dan lebih baik dari memerdekakan seorang hamba dari keturunan Ismail. Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu, seorang isteri yang mentaati suaminya dan seorang anak yang mentaati kedua-dua orang tuanya. Mereka semua akan masuk syurga tampa hisab”.

Diriwayatkan oleh Abu Nua’im dari Qatadah, dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, “Tuhanku berjanji kepadaku akan memasukkan seratus ribu orang dari umatku keSyurga”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, mohonlah supa ditambah jumlah itu untuk kami?”. Baginda bersabda, “Begitulah..” Sambil memberikan isyarat dengan tangannya (seperti mencedok air ditelaga). Lalu Sulaiman bin Harb berkata, “Mohonlah ditambah lagi untuk kita?”. Kemudian disambung oleh Umar dan berkata, “Sesungguhnya Allah boleh memasukkan manusia ke Syurga dengan sekali cedok”. Rasulullah bersabda, “Umar benar!”. Hadis ini gharib kerana diriwayatkan dari Qatadah hanya oleh Abu Hilal alias Muhammad bin Sulaim ar-Rasi, seorang perawi penduduk Bashrah yang dapat dipercayai.


FAKTA II:

Disetiap hadis-hadis yang telah dibentangkan diatas tadi terdapat perkataan “cedokkan” atau “genggaman”. Contohnya seperti sebuah hadis riwayat Muslim tentang sabda Nabi saw, “... lalu Allah menggenggam Neraka sekali genggam”. Diharap para pembaca yang budiman tidak beranggapan atau tersalah faham bahawa Allah itu memiliki tangan seperti manusia. Jangan terjebak dengan pemikiran orintalis atau kepercayaan kepada fakta zahiriah yang akan membawa bayangan bahawa Allah mempunyai sifat yang bersamaan dengan manusia. Mahasuci Allah dari sifat-sifat ini. Perkataan itu digunakan oleh Rasulullah saw hanya bertujuan supaya sahabat-sahabat mudah faham maksud yang baginda sabdakan.

Pada kita sekarang ini cukup hanya memahami bahawa Allah boleh mengeluarkan manusia dari Neraka atau memasukkan manusia kedalam Syurga dengan jumlah yang banyak sekali hingga tidak terhitung jumlahnya. Semua itu berlaku atas kehendakNya juga. Waallahua’lam.


ANALISA DARI HADIS OLEH ATOK:

Daripada hadis-hadis yang telah dibentangkan diatas itu tadi, bolehlah kita mengariskan siapakah golongan-golongan yang telah disebutkan oleh Nabi saw sebagai orang yang masuk Syurga tampa hisab. Secara ringkasnya dituliskan senarai dibawah ini supaya memudahkan kita mengingati mereka-mereka itu;

a.   Orang-orang Makrifah dan pemegang janji Allah dengan teguh. Termasuklah orang-orang yang mengaku “jiranNya”.

b.   Orang-orang yang gugur dimedan perang pada jalan Allah iaitu orang yang mati syahid.

c.    Orang-orang yang sabar melawan hawa nafsunya dan sabar dari mendurhakai Allah.

d.   Orang-orang yang diperbodohkan tetapi berdiam diri kerana sabar.
e.    Orang-orang yang dizalami, tetapi tidak membalas dendam.

f.     Orang-orang yang dihianati, tetapi memaafkan kesalahan orang.

g.   Orang yang mengali kolam diwaktu kemarau untuk orang ramai mendapatkan air.

h.   Orang yang miskin dan tidak punya pakaian, apabila dibasuh dia tidak punya pakaian untuk solat. Hanya ada satu pakaian solat sahaja.

i.      Orang miskin yang hanya mempunyai 2 buah periok untuk memasak makanan didapur. Dia bersabar walaupun lambat untuk menyediakan makanan.

j.      Orang yang hanya mempunyi sedikit air untuk minum, tetapi diberikannya kepada orang yang meminta tampa soal.

k.   Orang ang menjauhkan diri dari syirik ketika berubat dengan jampi-jampi atau mendatangi bomoh atau pawang yang syirik.

l.      Orang yang menjauhkan keparcayaan kurafat atau bertelik nasib dengan menggunakan burung.

m. Orang yang tidak mengunakan besi panas ketika berubat. Sebenarnya amalan ini digunakan ketika zaman jahiliah arab dan digunakan oleh orang-orang kafir.

n.   Orang-orang yang banyak berselawat keatas Nabi saw.

o.   Ulama-ulama Fiqah yang ikhlas kerana Allah.

p.   Imam-imam solat yang benar dan ikhlas kerana Allah.

q.   Muazin-muazin (tukang bang bila masuk waktu solat) yang ikhlas kerana Allah.

r.     Orang-orang yang menuntut ilmu ikhlas kerana Allah.

s.     Isteri-isteri yang mentaati suaminya kerana Allah.

t.      Anak-anak yang soleh yang mentaati kedua orang tuanya kerana Allah.

Begitulah 20  golongan manusia yang telah digariskan oleh Rasulullah saw didalam riwayat hadis-hadis baginda dan golongan ini mendapat tempat istimewa disisi Allah kerana mereka taat, sabar dan ikhlas serta mendapat keredhaan Allah didalam kerja-kerja dan amalan-amalan mereka. Semoga ia menjadi contoh tauladan kepada pembaca semua.

 *******************************************************

SEKIANLAH DAHULU MUKASURAT KE22 BAB INI, SELAMAT MEMBACA DAN DIHARAPKAN TULISAN INI DAPAT MENDATANGKAN MANAFAAT KEPADA KALIAN SEMUA SERTA APA-APA YANG TELAH DIBERIKAN DIDALAM RUANGAN INI HENDAKNYA DAPATLAH DIHEBAHKAN KEPADA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. HARAP MAAF JIKA TERDAPAT KESILAPAN MENAIP.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


SEKIAN,

Atok zamany.