Saturday, November 16, 2013

SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 21




 FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



BAB 56:  NABI TETAP AKAN BERADA DITIGA TEMPAT INI WALAUPUN DAHSYATNYA PERISTIWA HARI KIAMAT SEDANG BERLAKU.


Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Anas bahawa ia berkata, “Aku memohon kepada Rasulullah supaya baginda berkenan memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada ku. Baginda bersabda, “InsyaAllah akan aku penuhi”. Kemudian aku bertanya, “Dimanakah akan aku cari dikau wahai Rasulullah ?”. Baginda menjawab, “Pertama sekali kamu cari aku didekat Jembatan Shirat”. Aku bertanya lagi, “Jika aku tidak menemui mu disitu ?”. Baginda menjawab, “Cari aku didekat Timbangan Neraca”. Kemudian aku bertanya lagi, “Jika disitu pun aku tidak menemui mu?”. Baginda menjawab lagi, “Kamu cari aku di Telaga Kausar, kerana aku tidak salah ditiga-tiga tempat ini”.

Didalam sebuah hadis bersumber dari Aisyah ra. yang telah diperkatakan dahulu bahawa Nabi saw bersabda, “Adapun ditiga-tiga tempat ini dimana seseorang tidak akan ingat kepada sesiapa pun (selain Baginda sendiri) ialah didekat Timbangan, di Padang Mahsyar waktu menerima kitab catitan amal perbuatan dan dekat dengan Jembatan Shirat Neraka” .



BAB 57 : MALAIKAT PENYAMBUT PARA-PARA NABI BERSERTA UMAT-UMAT MEREKA DAN MEMBINASAKAN MUSUH-MUSUH MEREKA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Abdullah bin Salam bahawa ia berkata, “Pada hari Kiamat nanti Allah mengumpulkan para Nabi-nabi bersama umat-umat mereka sati demi satu, dan yang terakhir sekali ialah Nabi Muhammad dan umatnya. Setelah Jembatan Shirat dipasang diatas Neraka Jahanam, datang Malaikat yang menyeru, ‘Dimana Muhammad dan umatnya ?’. Lalu Baginda bangkit diikuti umatnya, baik yang taat mahupun yang durhaka. Ketika Baginda berada diatas Jembatan Shirat itu, lalu Allah membutakan mata musuh-musuhnya (umat nabi yang durhaka dan kafir) sehingga mereka berjatuhan (tonggang langgang) dikiri dan kanan (dari Jembatan shirat itu). Sedangkan Baginda bersama-sama umatnya yang soleh terus berlalu dan kemudian mereka disambut oleh  Malaikat Ridwan yang menjadi pemandu arah ke Syurga. Apabila Baginda sampai kehadrat Allah SWT., Baginda dipersilakan duduk diatas sebuah kerusi disebelah kiri. Kemudian barulah dipanggil Nabi-nabi yang lain berserta umat-umat mereka satu persatu, hinggalah sampai giliran terakhir ialah Nabi Nuh as. Semoga Allah merahmati Nuh”.


BAB 58 : JEMBATAN SHIRAT KEDUA YANG TERBENTANG DIANTARA SYURGA DAN NERAKA JAHANAM.

Berkata Imam al Qurthubi (penulis kitab ini), “Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, semoga Allah merahmati kamu semua, bahawa diakhirat nanti terdapat dua Jembatan Shirat yang mesti dilintasi oleh seluruh makhluk yang dihisab di Padang Mahsyar, samada timbangan amal mereka berat mahu pun yang ringan timbangannya. Kecuali bagi orang-orang yang masuk Syurga tampa hisab. Tidak ada yang terselamat melintasi Jembatan Shirat besar (yang pertama) kecuali orang-orang yang beriman dengan pahla amal mereka yang cukup banyak dan diambil untuk dibahagikan kepada orang-orang yang mereka zalimi semasa kehidupan didunia dahulu. Tetapi, mereka masih tertahan disebuah Jembatan Shirat lagi, yang khusus untuk mereka. InsyaAllah, tidak ada seorang pun dari mereka yang akan kembali lagi ke Neraka kerana mereka telah pun berhasil melintasi Jembatan Shirat pertama yang dipasang diatas Neraka Jahanam dan yang telah menelan banyak korban”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Sa’id al Khudri bahaw Rasulullah bersabda, “Orang-orang beriman terselamat dari Neraka, lalu mereka ditahan pada sebuah Jembatan Shirat (kedua) lagi yang menghubungkan diantara Syurga dan Neraka untuk menyelasaikan kezaliman-kezaliman yang terjadi diantara mereka sewaktu didunia. Setelah ia selesai, baharulah mereka diizinkan masuk Syurga. Demi Allah yang jiwa Muhammad berada didalam genggaman Nya, setiap seorang dari mereka itu amat mengatahui tempatnya di Syurga daripada tempat mereka didunia”.



FAKTA:

Yang dimaksudkan dengan ungkapan, “Orang-orang beriman terselamat dari Neraka” itu ialah merujuk kepada orang-orang yang berjaya melintasi Jembatan Shirat pertama yang dipasang membentangi diatas Neraka Jahanam. Ini menunjukkan bahawa keadaan orang-orang yang beriman itu adalah berbagai-bagai jenis.

Berkata Muqatil, “Setelah berhasil menyeberangi Jembatan Shirat Neraka Jahanam (jembatan pertama), kemudian mereka ditahan pula disebuah lagi Jembatan Shirat (jembatan kedua) yang menghubungkan diantara Neraka dan Syurga untuk mereka menyelesaikan masaalah kezaliman-kezaliman yang terjadi diantara mereka sewaktu hidup didunia dahulu. Apabila semuanya telah selesai, Malaikat Ridwan dan rakan-rakannya menyambut mereka dengan ucapan, ‘Salamun alaikum Thibtun’ , masuklah kamu kedalam Syurga untuk selama-lamanya”.

Ad-Daruqati merawayatkan didalam sebuah hadis yang menjelaskan bahawa syurga itu terletak sesudah Jembatan Shirat.

Menurut pendapat saya (Imam Qurthubi penulis kitab ini), barang kali pekara ini menjadi terbalik, jika berdasarkan hadis yang telah diriwaayatkan oleh Bukhari seperti diatas tadi. Ataupun mungkin ia berlaku kepada seseorang yang seharusnya masuk Neraka tetapi dapat keluar kerana diberi syafaat. Mereka ini tidak ditahan disitu bahkan keluar begitu saja. Mereka kemudian terus saja terjun kedalam sungai-sungai di Syurga. Pekara ini akan saya jelaskan lagi kemudian Insyaallah.

Didalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dinyatakan bahawa Nabi saw. telah bersabda, “Beberapa orang penghuni Syurga itu ada yag ditahan disebuah Jembatan Shirat atau Jembatan yang menghubungkan diantara Syurga dan Neraka. Mereka ditanya tentang kelebihan harta yang ada ditangan mereka”.

Riwayat ini dianggap tidak bertentangan dengan hadis riwayat Bukhari yang terdahulu itu kerana maksud kedua-dua hadis tersebut adalah berbeza bersesuaian dengan hubungannya sendiri. Demikian juga dengan riwayat terakhir ini juga dianggap tidak bertentangan dengan sabda Nabi saw., “Salah seorang dari mereka itu lebih tahu tempat mereka di Syurga daripada tempatnya didunia”. Ia juga tidak bertentangan dengan ucapan Abdullah bin Salam, “Kemudian mereka disambut oleh para Malaikat yang menjadi pemandu mereka ke Syurga”. Persoalannya, ini hanya berlaku kepada mereka-mereka yang tidak ditahan di Jembatan Shirat itu dan tidak pula masuk Neraka, bagaimana halnya dengan yang lain ?

Ada diantara ulama-ulama berpendapat bahawa hal itu berlaku kepada semua manusia. Maksudnya, ketika Malaikat membawa mereka sampai dihadapan pintu Syurga, maka mereka semua telah mengatahui dimanakah tempat-tempat mereka tinggal didalam Syurga itu jika dibandingkan dengan tempat tinggal mereka semasa didunia dahulu. Inilah maksud dari firman Allah didalam surah Muhammad ayat 6 yang mafhumnya;

“Dan masukkan mereka kedalam Syurga yang diperkenalkan kepada mereka”.

Sebahagian besar ulama-ulama tafsir berpendapat, “Ketika semua ahli Syurga itu telah memasuki Syurga, dikatakan kepada mereka, “Berpecahlah ketampat kamu masing-masing!”. Dengan sendirinya mereka semua tahu untuk menuju ketempat-tempat mereka masing-masing. Ini menunjukkan bahawa mereka telah mengenali tempat tinggal mereka masing-masing jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka yang hendak pulang kerumah selepas solat Jumaat atau pulang dari kerja sewaktu didunia ini. Sesetengah ulama pula berpendapat bahawa mereka mengenali tempat tinggal mereka di Syurga itu adalah atas bimbingan para Malaikat, waallahua’lam.



BAB 59: ORANG-ORANG ISLAM YANG MASUK NERAKA ITU MATI, TERBAKAR DAN KEMUDIAN KELUAR KERANA MENDAPAT SYAFAAT.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah saw. telah bersabda, “Adapun penghuni Neraka yang menjadi ahli tetap Neraka, mereka itu tidak mati dan juga tidak hidup didalamnya. Tetapi, ada beberapa manusia yang ditimpa siksa Neraka kerana dosa-dosa mereka, lalu Allah benar-benar mematikan mereka. Dan setelah menjadi manusia semula, Allah mengizinkan pemberian syafaat kepada mereka. Allah membawa mereka dengan berkelompok-kelompok lalu mereka bertebiran kesungai-sungai didalam Syurga. Kemudian Allah berfirman, ‘Wahai penduduk Syurga, sambutlah mereka!’. Kemudian mereka muncul (dari dalam air sungai) seperti munculnya biji yang berada dalam mendapan aliran banjir”. Lalu seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah, kata-kata itu menunjukkan sepertinya Rasulullah pernah tinggal didesa”.


FAKTA:

Kematian bagi orang-orang yang durhaka (orang-orang islam yang berdosa) tersebut adalah merupakan kematian yang sebenar-benarnya. Pekara ini merupakan  satu bentuk penghormatan bagi mereka supaya mereka tidak merasakan azab pedihnya siksaan Neraka yang membakar. Ia amat berbeza dengan penghuni abadi Nereka, selain azab yang pedih kebakaran, mereka juga akan kekal tinggal didalamnya selama-lamanya. Allah SWT. berfirman didalam surah an-Nisaa ayat 56 yang mafhumnya;

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan ayat-ayat Kami, nanti akan Kami masukkan mereka kedalam Neraka. Setiap hangus (terbakar) kulit mereka, Kami tukar dengan kulit yang lain, supaya mereka merasai azab. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana”.

Sesetengah ulama tafsir berpendapat bahawa kematian mereka itu tidak didalam erti sebenarnya. Dalam lain perkataan ialah merupakan mereka sedang tidur sehingga mereka tidak merasakan kepedihan seksaan mahupun nikmat itu sendiri. Pekara ini ada diungkapkan didalam Firman Allah didalam surah az-Zumar ayat 42 yang mafhumnya;

“Allah mematikan manusia (memegang rohnya) ketika matinya dan yang belum mati dalam tidurnya. Lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang telah ditentukan. Sungguh pada demikian itu menjadi ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang berfikir”.

Maksudnya, ia didalam keadaan tidur, bukan didalam keadaan sudah mati yang dimaksudkan keluarnya roh dari jasad. Allah SWT. juga menggunakan perkataan “sha’iqa” (pengsan) bagi manggantikan kematian, seperti didalam firman Nya didalam surah az-Zumar ayat 68, mafhumnya;

“Sangkakala ditiup, maka pengsan (mati) siapa yang dilangi dan dibumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah...”.

Diceritakan bahawa Nabi Musa as. pernah mengalami pengsan seperti ini, iaitu tidak sampai mati. Didalam keadaan tidak sedarkan diri ini (koma), seseorang tidak akan bisa merasakan kesakitan atau pun kenikmatan. Mungkin juga boleh diistilahkan sebagai “separuh mati” yang tidak dapat merasakan kesakitan ataupun nikmat atas pertolongan Allah. Sebagai contoh, peristiwa sekumpulan wanita yang terpukau akan ketampanan wajah Nabi Yusuf as. sehingga mereka tidak sedarkan diri telah memotong jari-jari mereka sendiri, walhal mereka disuruh mengupas epal. Diantara sekian banyak pendapat, yang sahih ialah pendapat pertama itu tadi. Selain diperkuatkan dengan penggunaan kalimah masdar, ia juga diperkuatkan dengan isi hadis itu sendiri yang menyatakan mereka menjadi hangus rentong (arang). Ini bermaksud mereka itu mengalami kematian sebenarnya, sebagaimana yang lain pula mengalami kehidupan yang sebenar.

Kemudian timbul pula pertanyaan, apakah ertinya memasukkan mereka kedalam Neraka jika mereka tidak merasakan apa-apa bahkan tidak mengatahuinya?. Jawapannya ialah, hal ini bertujuan menjadikan pelajaran kepada mereka, sekalipun mereka tidak merasakan seksaan Neraka, menahan mereka dibeberapa waktu bagi kenikmatan Syurga juga adalah merupakan hukuman tersendiri. Sama juga seperti orang yang ditahan dipenjara. Sekalipun tidak diseksa atau dipukul disitu, menahan mereka dari merasakan nikmat kebebasan hidup diluar jelas merupakan hukuman dan seksaan kepada mereka. Penjelasan tambahan akan pekara ini akan diulas nanti, insyaallah.


BAB 60: ORANG-ORANG YANG DIBERI SYAFAAT DIAKHIRAT ADALAH ORANG-ORANG YANG UTAMA SEMASA HIDUP DIDUNIA.


Diriwayatkan oleh Abu Abdullah alias Muhammad bin Maisarah al-Jabali al- Qurthubi dalam kitabnya bertajuk ‘At-Tabyin’, dari ayahku dan Ibnu Wadhdhah, dari Anas secara marfu’ bahawa ia bekata, “Penduduk Neraka diserit untuk dibawa mendekati kehadrat Allah. Ketika melihat seorang penghuni Syurga yang lalu, salah seorang dari mereka menyapa, ‘Wahai sifulan, ingatkah kamu kepada seseorang yang telah memberimu minuman pada hari ini dan ini ?”. Penghuni Syurga itu menjawab, “Ya.. aku yakin orang itu adalah kamu”. “Ya.. memang benar”. Lalu penghuni Syurga itu memberi syafaat untuk orang yang pernah menolongnya itu. Kemudian salah seorang penghuni Neraka yang lain pula bertanya kepada penghuni Syurga itu, “Wahai sifulan, ingatkah kamu kepada seseorang yang pernah memberimu air wuduk pada hari ini dan ini ?”. Ia menjawab, ‘Ya, kemudian dia memberi syafaat kepada orang yang pernah menolongnya itu’”.

Pada pengatahuan saya (Imam al-Qurthubi), hadis yang serupa juga pernah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitabnya bertajuk ‘Sunan Ibnu Malek’, dari Muhammad bin Abdullah bin Namir dan Ali bin Muhammad, dari A’masy, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Pada hari kiamat nanti penghuni Syurga dibawa ke Syurga dengan berbaris. Seorang dari berselisih jalan dengan seorang dari penduduk Neraka yang kemudian menyapanya, ‘Wahai fulan, apakah kamu tidak ingat pada suatu ketika dahulu kamu pernah meminta minuman daripada ku lalu aku berikan seteguk air kepada mu?’. Sehingga akhirnya ia berjaya mendapatkan syafaat berkat jasa penduduk Syurga itu. Seterusnya dia berselisih jalan dengan seorang lagi penduduk Neraka yang bertanya kepadanya, ‘ Wahai fulan, apakah kamu tidak ingat pada satu ketika dahulu ketika aku memberi kepada mu air untuk bersuci ?’. Sehingga akhirnya dia juga mendapatkan syafaat berkat jasa penduduk Syurga itu”.

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu’aim berikut isnadnya, dari ats-Tsauri, dari al-A’masy, dari Syafiq, dari Abdullah bahawa berkenaan dengan ayat (yang afhumnya); 

“Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia Nya”.

Rasulullah bersabda, “Yang dimaksudkan dengan pahala ialah Syurga, dan yang dimaksudkan tambahan kurnia Nya ialah syafaat kepada orang yang seharusnya masuk Neraka namun mereka pernah melakukan sesuatu kebajikan sewaktu didunia”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abud Dunya dari Abu Ja’far ath-Thahawi, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat kelak, Allah mengumpulkan penduduk Syurga dengan berbaris dan mengumpulkan penduduk Neraka juga dengan berbaris. Seorang dari penduduk Neraka itu memandang kepada seorang yang berada dibarisan penduduk Syurga dan kemudian menegurnya, “Wahai sifulan, apakah kamu masih ingat pada suatu ketika dahulu aku pernah berbuat satu kebajikan kepada mu ?”. Penduduk Syurga itu berkata, “Ya Allah! Orang ini sewaktu didunia dahulu memang pernah berbuat satu kebajikan kepada ku”. Lalu Malaikat berkata, “Kalau begitu, tareklah ia bersama mu dan ajaklah dia masuk Syurga kerana rahmat Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung”. Berkata Anas, “Saya bersaksi bahawa saya benar-benar mendengar sendiri sabbda Rasulullah itu”.

Abu Abdullah alias Muhammad bin Maisarah mengatakan, “Aku pernah membaca didalam sebuah kitab yang aku yakin itu adalah kitab Zabur, ‘Sesungguhnya pada hari kiamat kelak Aku merayu kepada hamba-hamba Ku yang zuhud. Aku katakan kepada mereka, ‘Wahai hamba-hamba Ku, sesungguhnya Aku tidak memberi balasan semasa kamu didunia atas apa yang telah kamu lakukan kepada Ku. Tetapi, pada hari ini Aku ingin memberikan balasan kepada kamu secara sempurna. Maka sekarang masuklah kamu semua kedalam celah-celah barisan. Jika kamu mendapati orang-orang yang kamu cintai didunia atau orang yang pernah menolong memenuhi kehendak mu atau pernah mengambalikan barang mu yang hilang atau yang pernah memberi mu makanan walau hanya secubit rasa dengan ikhlas demi mengharap keridhaan Ku, maka pimpinlah tangannya dan ajaklah masuk Syurga”.



FAKTA:


Abu Hamid al-Ghazali dalam bahagian akhir kitabnya yang bertajuk ‘Ihya’ Ulumud Din’ memperkatakan sebuah riwayat dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat kelak, seorang penduduk Syurga memerhatikan penduduk Neraka. Tiba-tiba ia mendengar seorang penduduk Neraka memenggilnya, ‘Wahai fulan, adakah kamu mengenali aku ?’. Ia menjawab, ‘Demi Allah, tidak !, aku tidak mengenali mu, siapa sebenarnya kamu?’.  Penduduk Neraka itu berkata, ‘Aku adalah orang yang pada suatu ketika didunia dahulu pernah menolong memberikan mu seteguk air disaat kamu meminta minum dari ku. Sekarang tolong pohonkan syafaat dari Tuhanmu untuk ku’. Lalu ia memohonkan syafaat dari Allah untuk orang itu, ‘Ya Allah, ketika aku sedang memerhatikan penduduk Neraka, ada seorang dari mereka yang tiba-tiba memanggilku dan bertanya kepadaku, ‘Adakah kamu mengenaliku?’. Aku jawab, ‘Tidak’. Kemudian aku bertanya kepadanya, ‘Siapa kamu?’. Dia menjawab bahawa dia adalah orang yang pada satu ketika semasa hidup didunia dahulu pernah memberikan seteguk air kepadaku sewaktu aku meminta minum darinya. Sekarang tolong berikan syafaat kepadanya”. Lalu diperkenan Allah memberikannya syafaat dan diperintah ia dikeluarkan dari Neraka. Wallahua’lam.



BAB 61: SYAFAAT BAGI ORANG YANG MASUK NERAKA, RASULULLAH PEMBERI SYAFAAT YANG KEEMPAT DAN ORANG YANG KEKAL TINGGAL DIDALAM NERAKA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Saidina Othman bin Affan ra. bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, ada tiga golongan yang memberi syafaat. Pertama ialah para Nabi-nabi, kedua para ulama-ulama dan yang ketiga ialah para syuhada”.


Diriwayatkan oleh Ibnu Samak alias Abu Amr alias Utsman bin Ahmad, dari Yahya bin Ja’far bin Zubir, dari Ali bin Ashim, dari Khalid al-Hudza’, dari Salmah bin Kuhail, dari ayahnya, dari Za’ra’, dari Abdullah bin Mas’ud bahawa ia berkata, “Nabi kamu (Muhammad saw.) adalah pemberi syafaat yang keempat. Pertama adalah Jibril as., kemudian Ibrahim as., lalu Musa as. atau Isa as,. Setelah itu Nabi kamu (Muhammad saw.), Malaikat-malaikat, para Nabi-nabi yang lain, orang-orang yang jujur ikhlas dan orang-orang yang mati syahid. Ada satu kaum yang masih tetap tinggal didalam Neraka Jahanam, maka ditanya kepada mereka sebagaimana terungkap didalam al-Quran Karim didalam surah al-Muddatstsir ayat 42 hingga ayat 48 yang mafhumnya ;

“Apakah sebabnya kamu masuk Neraka?. Sahut mereka itu, Kami tidak solat. Dan tidak pula memberi makan orang miskin. Dan kami telah masuk kedalam yang bathil, bersama-sama orang yang masuk kedalamnya. Dan kami mendustakan hari pembalasan. Sehingga datang kepada kami keyakinan (kematian). Maka tidaklah bermanafaat bagi mereka pertolongan orang-orang yang menolong (pemberi syafaat)”.

Mereka itulah golongan yang masih kekal tinggal didalam Neraka Jahanam”. Hadis ini merupakan hadis mungkar riwayat Baihaqi didalam kitabnya bertajuk ‘al-Budur(270)”.

Berkata Imam al-Qurthubi (pengarang kitab ini), “Ada yang berpendapat, itulah yang disebut sebagai tempat yang terpuji bagi Nabi Muhammad saw.”.

Diriayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Yahya bin Salamah bin Khuail, dari ayahnya, dari Abu Za’ra’, dari Abdullah bahawa ia berkata, “...Kemudian ketika Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung telah memberi izin untuk memberi syafaat, tampillah Jibril as, lalu berturut-turut menyusul kekasih Allah Ibrahim as, lalu Musa as atau Isa as., Seterusnya yang keempat Nabi kamu (Muhammad saw.). Bagindalah yang paling banyak memberi syafaat dan itulah yang disebut sebagain tempat yang terpuji yang difirmankan Allah didalam surah al-Israa’ ayat 79, mafhumnya;

“Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ketempat yang terpuji”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abdullah bin Abu Jad’a bahawa ia pernah mendengar Nabi saw. bersabda, “Sungguh akan masuk Syurga melalui perantaraan syafaat seorang dari umatku lebih banyak dari jumlah Bani Tamim”. Para sahabat bertanya, “Selain dari dirimu sendiri Ya Rasulullah?”. Jawab baginda, “Ya, selain aku”. Aku lalu bertanya kepada Ibnu Abu Jad’a, “Kamu dengar itu sendiri dari Rasulullah?”. Dia menjawab, “Ya.. aku mendengarnya”. (Maksud hadis ini ialah Rasulullah memberi tahu sahabat bahawa terdapat orang lain selain dirinya yang boleh memberi syafaat diakhirat kelak iaitu dari kalangan umatnya yang soleh dan wara’)

Hadis itu juga diriwayatkan oleh atz- Tirmidzi. Menurutnya hadis ini adalah hasan sahih yang gharib, kerana hanya itulah satu-satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Jad’a.

Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini) berkata: “Hadis ini juga diriwayatkan oleh Baihaqi didalam kitabnya yang bertajuk ‘Dala’il an-Nubuwat’, dari Abdul Wahab ats-Tsaqafi, dari Hisyam bin Hayyan, dari al-Hasan bahaa ia mengatakan, ‘Sesungguhnya orang yang dimaksudkan oleh Nabi didalam hadis itu ialah Uwais al-Qarni’”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Yahya bin Ja’far, dari Syababah bin Suwar, dari Jarir bin Utsman, dari Abdullah bin Maisarah, dari Habib bin Abdurrahib, dari Abu Umamah bahawa Rasulullah bersabda, “Berkat syafaat salah seorang dari umatku membolehkan masuk Syurga sebanyak seperti salah satu dari dua suku kaum iaitu suku Rabi’ah dan suku Mudhar”. Seorang sahabat bertanya, “Apa kelebihan suku Rabi’ah atau pun suku Mudhar?”. Baginda menjawab, “Sesungguhnya aku hanya mengatakan apa yang aku katakan”. Banyak pendapat menyatakan bahawa orang yang dimaksudkan baginda ialah Saidina Othman bin Affan.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi sebuah hadis dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, “Diantara umatku ada orang yang memberi syafaat kepada sekelompok manusia, ada yang memberi syafaat kepada sebuah kabilah, ada yang memberi syafaat kepada satu golongan dan ada yang memberi syafaat kepada seseorang sehingga mereka semua masuk syurga”.

Diriwayatkan oleh al-Bazzari didalam kitabnya yang bertajuk ‘al-Bazzar‘ Musnad i’, dari Tsabit dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seseorang boleh memberikan syafaat kepada dua hingga tiga orang”.

Al-Qadhi Iyadh didalam kitabnya bertajuk ‘Asy-Syifa’ mengambil sebuah riwayat dari Ka’ab yang menyatakan, “Sesungguhnya setiap orang dari sahabat mempunyai syafaat”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Abdulrahman bin Yazid bin Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, “Diantara umatku ada seorang yang bernama Shilat bin Asyim. Berkat syafaatnya, ia boleh memasukkan orang sebanyak sekian”.

FAKTA:

Ada orang yang mempertikaikan, bagaimana mungkin syafaat boleh diberi kepada orang yang telah dimasukkan kedalam Neraka?. Bagaimana pula halnya dengan firman-firman Allah iaitu;

“Sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan kedalam Neraka, maka sesungguhnya telah Engkau hinakan ia”. Surat Ali Imran ayat 192.

“...dan mereka tiada dapat memberi pertolongan (syafaat), selain untuk orang yang disukai Nya...”. Surah al- Anbiyak ayat 28.

“Berapa banyak Malaikat dilangit, tiada bermanafaat syafaat (pertolongan) mereka sedikit pun, kecuali sesudah diizinkan Allah bagi siapa yang dikehandaki Nya dan disukai Nya”. Surah an-Najm ayat 26.

“... pada hari Allah tidak akan menghinakan (memberi malu) Nabi dan orang-orang yang beriman berserta dengan dia, sedang cahaya mereka berjalan dihadapan dan disebelah kanan mereka...” Surah at-Tahrim ayat 8.

Itulah pendapat dan hujah bagi orang yang diancam oleh Allah kelak, iaitu segolongan manusia yang telah sesat dari jalan yang benar. (orang-orang yang mendustakan dan mempertikaikan firman Allah).

Adapun menurut pendapat Ahli Sunah Wal Jamaah yang sentiasa menggunakan rujukkan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis, syafaat itu amat berguna kepada umat Islam yang durhaka. Setiap dari mereka pasti akan masuk Syurga. Mengenai ayat pertama, rujukan penafsirannya adalah pada riwayat Anas bin Malik, iaini yang dimaksudkan firman Allah “Yang Engkau masukkan kedalam Neraka”, ialah orang yang dimasukkan kedalam Neraka secara abadi (selama-lamanya). Kemudian, maksud firman Allah, “Engkau hinakan ia”, ialah yang Engkau binasakan dan yang Engkau murkai”. Berdasarkan pekara ini, Sa’id Ibnu Musayyib mengatakan, “Sesungguhnya ayat itu ditujukan khusus bagi orang-orang yang tidak mungkin dikeluarkan dari dalam Neraka”. Dalilnya adalah dari firman Allah pada bahagian akhir ayat tersebut iaitu, “Dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun”. Yang dimaksudkan ialah orang-orang kafir.

Bagi orang-orang mukmin yang durhaka, kalimah “hina” itu boleh diertikan sebagai “malu”. Pekara ini berlaku dalam makna bahasa Arab. Ertinya, pada waktu itu selaku orang-orang yang beriman mereka merasa malu kepada penganut agama-agama yang lain kerana terpaksa menempuh seksa Neraka terlebih dahulu sehingga mereka akan dikeluarkan kelak. Sedangkan pengertian “hina’ bagi orang-orang kafir bermaksud binasa didalam Neraka tetapi mereka tidak mati. Berbeza keadaannya dengan orang-orang beriman yang sememangnya mati didalam keadaan sebenar disitu sehinggalah mereka dikeluarkan berkat syafaat seseorang yang telah mendapat restu dari Allah, disamping rahmat dari Allah Yang Mahapemurah sendiri, pekara ini akan dijelaskan lagi nanti, insyaallah.


BAB 62: ORANG-ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT DAN MAKSUD JAHANAMIYYUN.


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Rasyidin bin Sa’ad, dari Yahya, dari Abu Abdulrahman al-Khattali, dari Abdullah bin Amr ibnu ‘Ash bahawa Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Berkata puasa, ‘Ya Tuhanku, aku pernah menghalang orang ini dari makan, minum dan kesenangan yang lain waktu siang hari. Tolong berikan aku syafaat untuknya’. Kemudian al-Quran berkata, ‘Ya Tuhanku, Aku telah menghalang orang ini tidur diwaktu malam (kerana membaca al-Quran). Tolanglah berikan aku syafaat untuknya’”. Lalu kedua-duanya diberikan syafaat.

Diriwayatkan oleh Muslim sebuah hadis dari Abu Sa’id al-Khudri, “....setelah membaca firman Allah berkenaan Neraka Jahanam, baginda bersabda, ‘Ketika orang-orang mukmin terselamat dari Neraka, maka demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, tidak ada seorang pun dari kamu yang lebih keras dari Allah dalam meminta hak dari orang-orang beriman pada hari kiamat nanti bagi saudara mereka yang berada didalam Neraka’”.

Hadis yang serupa diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw. bersabda, “Ketika Allah telah membebaskan orang-orang beriman dari Neraka dan mereka juga telah merasa tenteram, maka berdebatlah salah seorang dari kamu kepada sahabatnya semasa hidup didunia yang mempertahankan kebenaran tidak lebih seru daripada pembantahan orang-orang beriman terhadap Tuhan mereka, yang dimasukkan kedalam Neraka. Orang-orang beriman itu berkata, ‘Ya Tuhan kami, mereka adalah saudara-saudara kami. Mereka berpuasa, solat dan naik haji bersama kami’. Lalu Allah berfirman kepada mereka, ‘Keluarkan siapa saja yang kamu kenal’. Sehingga tubuh-tubuh mereka terhalang dari Neraka. Lalu mereka pun mengeluarkan sejumlah manusia yang telah diazab Neraka dari paras betis hingga kelutut.

Kemudian mereka berkata, “Ya Tuhan kami, di Neraka sudah tidak ada siapa pun dari orang-orang yang Engkau perintahkan kepada kami untuk mengeluarkannya’. Kemudian Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung berfirman, ‘Kembalilah lagi, jika kamu bertemu seseorang didalam hatinya ada sedikit iman walau seberat satu dinar sekalipun maka keluarkanlah’. Lalu mereka mengeluarkan manusia dalam jumlah yang sangat besar.

Kemudian mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami tidak meninggalkan walau seorang pun disana diantara orang-orang yang Engkau perintahkan untuk mengeluarkannya’. Tetapi Allah berfirman lagi, ‘Kembalilah lagi, jika kamu menemukan seseorang yang didalam hatinya ada sedikit iman walau seberat separuh dinar sekalipun, maka keluarkanlah ia’. Mereka kembali mengeluarkan manusia dalam jumlah yang cukup besar jumlahnya.

Kemudian mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami tidak meninggalkan walau seorang pun disana diantara orang yang Engkau perintahkan kami untuk dikeluarkan.’ Allah masih berfirman, ‘Kembalilah sekali lagi, jika kamu menemukan seseorang yang didalam hatinya beriman walau seberat zaharh sekalipun, keluarkanlah dia’. Maka mereka kembali semula dan mengeluarkan manusia yang sangat besar jumlahnya. Kemudian mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami sudah tidak meninggalkan satu kebajikan ataupun iman yang masih tersisa disana’”.

Berkata Abu Sa’id al-Khudri, “Jika kamu tidak percaya kepadaku berkenaan hadis ini, kamu bacalah firman Allah didalam surah an-Nisaa ayat 40 (mafhumnya);

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seberat zarah pun, kalau ada (yang dikerjakan walau sebesar zarah sekalipun) satu kebajikan, niscaya Allah akan lipatgandakannya dan memberikan dari sisi Nya pahla yang besar”.

Allah berfirman (mafhumnya);

“Setelah Malaikat, para Nabi dan orang-orang mukmin memberikan syafaat, tinggallah yang paling penyayangn diantara penyayang”.

Didalam riwayat Bukhari riaksinya berbunyi, “Tinggallah syafaat Ku”. Bukannya, “Tinggallah yang paling penyayang
diantara para penyayang”.


Allah menggenggam Neraka dan mengeluarkan darinya satu kaum yang tidak pernah melakukan kebajikan langsung walau satu pun. Setelah dilemparkan kedalam sungai kehidupan yang terhampar dihadapan pintu-pintu Syurga, kemudian mereka itu keluar dengan tanda dileher-leher mereka yang boleh dikenali oleh semua para penghuni Syurga itu sebagai orang-orang yang dimasukkan Allah kedalam Syurga miskipun tidak memiliki sebarabg amal kebajikan sama sekali. Allah berfirman kepada mereka, “Masuklah kamu semua kedalam Syurga. Apa saja yang kamu lihat itu adalah milik kamu semua”. Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami sesuatu yang belum pernah Engkau berikan kepada sesiapa pun disemesta alam ini”. Allah berfirman, “Bagi kamu disisi Ku adalah yang lebih baik lagi dari apa yang kamu minta itu”. Mereka bertanya, “Ya Tuhan kami, adakah sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami minta tadi ?”. Allah berfirman, “Ada, iaitu Ridha Ku. Setelah ini Aku tidak lagi akan murka kepada kamu untuk selamanya”.

Diriwayatkan oleh Abu Qasim alias Ishaq bin Ibrahim bin Muhammad al-Khatali dalam kitabnya bertajuk ‘Ad-Dibaj’, dari Ahmad bin Abu al-Harits, dari Abdul Majid bin Abu Rawad, dari Mu’ammar bin Rasyid, dari al-Hakam bin Aban, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila Allah telah selesai memutuskan diantara makhluk Nya, Dia mengeluarkan sebuah tulisan dari bawah ‘Arasy, ‘Sesungguhnya rahmat Ku mendahului murka Ku. Aku adalah yang paling penyayang diantara Para Penyayang’. Lalu keluarlah dari Neraka seperti penghuni Syurga”. Atau Allah berfirman, “Seperti orang-orang yang menyerupai penghuni Syurga. Hanya saja pada kening mereka terdapat tulisan (perkataan), “orang-orang yang dimerdekakan oleh Allah’”. 


FAKTA I:

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan boleh juga berkurangan seperti penafsiran ayat terakhir dari surah Ali Imran didalam kitab ‘jami’ Ahkam Al-Quran’. Persoalnya berkenaan firman Allah dalam riwayat tadi, “Keluarkan orang yang didalam hatinya ada kebajikan semitsqal dinar, separuh dinar dan sebutir zarah”, menunjukkan pekara tersebut. Adapun yang dimaksudkan dengan kalimah kebajikan itu ialah iman. Demikian juga dengan riwayat dalam hadis Qatadah dari Anas, “... dan didalam hatinya terdapat kebajikan seberat sebutir biji kurma atau sebiji gandum atau sebesar zarah”.  Yang dimaksudkan kebajikan ialah iman, berdasarkan riwayat lain yang diketengahkan oleh Ma’bad bin Hilal al-Anzi, dari Anas, “...Aku (Nabi Muhammad) lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, umatku...umatku..”. Lalu dikatakan kepadaku, ‘Pergilah, barangsiapa yang didalam hatinya terdapat iman seberat sebutir biji, maka keluarlah ia dari Neraka’. Aku pun bergerak mengerjakan perintah itu’”. 

Hadis riwayat Muslim ini adalah cukup panjang. Yang dimaksudkan dengan kalimah iman didalam riwayat tadi ialah amal-amal iman yang bererti amalan-amalan angota tubuh. Buktinya ialah bahawa amal-amal soleh itu adalah bahagian dari syariat-syariat iman. Contoh yang lain ialah seperti didalam firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 143 yang mafhumnya; “Dan Allah tidak akan mengsia-siakan imanmu”. Maksudnya mengsia-siakan solatmu.

Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tadi ialah amalan-amalan hati. Oleh itudengan lain perkataan, Allah berfirman; “Keluarlah dari Neraka orang-orang yang melakukan suatu amalan kerana niat dari hatinya”. Contoh ini juga disebut didalam sabda Nabi saw. didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niatnya”.

Boleh jadi juga yang dimaksudkan dengannya adalah sebagai rahmat atas setiap orang muslim, kasih sayang terhadap anak yatim, perasaan mengharap dengan cemas kepada Allah dan mempercayai penuh kepada Allah yang menunjukkan semua itu adalah amalan hati, bukannya dari amalan dari perbuatan angota tubuh badan. Semua itu juga disebut sebagai iman, walaupun detik hati.

Dalil yang menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan iman adalah seperti yang telah saya (Imam al-Qurthubi) katakan tadi, bukan iman dalam pengertian mengesakan Allah, menafikan kemusyrikkan dan ikhlas membaca kalimah ‘Laillahaillallah’. Yakin kepada kalimah yang terdapat didalam hadis itu sendiri iaitu kalimah “Keluarkanlah”. Kemudian Allah menggenggam Neraka untuk mengeluarkan satu kaum yang tidak pernah melakukan amal kebajikan langsung. Maksudnya ialah Tauhid yang kosong dari amal-amal soleh. Pekara ini  diterangkan dengan lebih jelas dalam riwayat yang diketengahkan oleh al-Hasan dari Anas yang merupakan tambahan yang ditokok tambah oleh Ali bin Ma’bad dalam sebuah hadis berkenaan syafaat, iaitu;

“...Kemudian aku (Nabi Muhammad) kembali kepada Tuhanku. Setelah menyebutkan kata puji-pujian, aku lalu menjatuhkan diri bersujud kepada Nya, lalu dikatakan kepadaku, ‘Muhammad, angkatlah kepalamu. Berdoalah, nescaya doamu akan Ku kabulkan. Bermohonlah, nescaya permohonanmu akan Ku penuhi. Dan mintalah syafaat, nescaya kamu akan diberikan syafaat’. Lalu aku berkata, ‘Ya Tuhanku, izinkan aku memberikan syafaat kepada orang-orang yang pernah mengucapkan ‘Laillahaillallah’. Allah berfirman, ‘Itu bukan kerjamu, Tetapi demi kemuliaan Ku, kebesaran Ku, keagungan Ku dan kekuasaan Ku, sungguhnya Aku akan keluarkan dari Neraka orang-orang yang pernah membaca Laillahaillallah’”.

Diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi al-Hakim alias Abu Abdullah dalam kitabnya ‘Nawadir al-Ushul’, dari Muhammad bin Ka’ab al-Qardhi, dari Abu Huhairah bahawa Rasulullah bersabda, “Pada dahi mereka ada tulisan ‘Orang-orang yang dibebaskan Allah’. Lalu mereka meminta agar Allah berkenan menghapuskan tulisan itu dari mereka. Dan Allah pun menghapuskan tulisan itu”. Didalam sebuah riwayat lain disebutkan, “Lalu Allah mengutus Malaikat untuk menghapuskan  tulisan tersebut dari dahi-dahi mereka”. Hadis ini akan diperjelaskan lagi kelak, insyaallah.

Hadis serupa diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzari dalam kitbnya ‘Musnad al-Bazzari’, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw. Bersabda, “Adapun para penghuni Neraka yang memang menjadi penghuni tetapnya, mereka tidak mati dan juga tidak hidup didalamnya. Sedangkan orang-orang dikehendaki oleh Allah untuk dikeluarkan, mereka akan dimatikan terlebih dahulu oleh api Neraka baru kemudian dikeluarkan darinya. Selanjutnya mereka akan dilemparkan kedalam sungai kehidupan, Allah mengirimkan airnya kepada mereka sehingga mereka muncul seperti munculnya biji dalam endapan yang dibawa oleh aliran. Mereka lalu masuk Syurga dan diberi nama JAHANAMIYYUN atau para bekas/mantan penduduk jahanam oleh para penghuni Syurga. Kemudian mereka memohon kepada Allah untuk dihilangkan sebutan itu dari mereka dan Allah pun mengabulkannya”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bahawa Nabi saw. Bersabda, “Ada satu kaum yang akan keluar dari Neraka setelah dia terkena hangusnya. Lalu setelah mereka masuk Syurga, para penghuni Syurga memanggil mereka Jahanamiyyun atau mantan penghuni jahanam”.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Imran bin Hashin bahawa Nabi saw. Bersaba, “Sesungguhnya berkat syafaatku akan keluar dari Neraka satu kaum yang disebut Jahanamiyyun”.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dianggap sahih oleh Abu Muhammad alias Abdul Haq sebuah hadis dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, “Syafaatku untuk orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar dari umatku”.

Hadis yang sama diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi dan Ibnu Majah, dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda, “Syafaatku bagi mereka yang melakukan dosa-dosa besar dari umatku”.

Diriwayatkan oleh Abu Hasan alias ad-Daruquthni, dari Abu Umamah bahawa Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah aku untuk umatku yang jahat”. Para sahabat bertanya, “Lalu bagaimana dengan umatmu yang baik?”. Baginda menjawab, “Umatku yang baik, mereka akan masuk Syurga berkat amalan-amalan mereka. Sedangkan umatku yang jahat mereka akan masuk Syurga berkat syafaatku”.

Dirawayatkan oleh Ibnu Majah, dari Ismail bin Asad, dari Badar Syuja’ ibnu Walid as-Sukuni, dari Ziyad bin Khaitsamah, dari Na’im bin Abu Hindun, dari Raba’i bin Harrasy, dari Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda, “Aku disuruh memilih diantara syafaat atau separuh dari umatku untuk dimasukkan kedalam Syurga. Aku memilih syafaat kerana ia lebih umum dan lebih mencukupi. Apakah kamu semua berfikir bahawa syafaat itu untuk orang-orang yang bertakwa?. Tidak.. Tetapi ia adalah untuk orang-orang yang bersalah, orang-orang yang berdosa dan untuk orang-orang yang bergelumang dengan noda”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Hisyam bin Ammar, dari Shadaqah bin Khalid, dari Ibnu Jabir, dari Sulaim bin Khalid, dari Auf bin Malik al-Asyja’i bahawa Rasulullah bersabda, “Kamu tahu apa yang telah dikhabarkan Tuhanku semalam?. Kami menjawab, ‘Allah dan Rasul Nya saja yang tahu’. Baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah mengkhabarkan kepadaku dua pilihan, antara separuh dari umatku yang akan dimasukkan kedalam Syurga atau syafaat. Dan aku memilih syafaat”. Kami berkata, “Wahai Rasulullah, pohonkanlah doa kepada Allah, mudah-mudahan kami termasuk orang-orang yang mendapat syafaat”. Baginda bersabda, “Syafaat itu ialah untuk setiap orang muslimin”.

Abu Bakar alias Muhammad bin Ibrahim menceritakan kisah yang cukup menarik didalam kitabnya ‘Bahru al-Fawa’id’, dari Abu Nashr alias Muhammad Ishak ar-Rasyadi, dari Abu Bakar alias ar-Rasyadi, dari Abu Bakar alias Muhammad bin Isa bin Zaid ath-Tharsusi, dari Na’im bin Hammad, dari Ibrahim ibnu Hakam bin Aban, dari ayahnya, dari Abu Qilabah bahawa ia berkata, “Setelah minum, saudara sepupuku jatuh sakit. Pada satu malam, ia mengutus seseorang agar aku mengziarahinya. Setibanya aku disisinya aku melihat ada dua Malaikat yang menjelma menjadi dua rupaparas manusia berkulit hitam. Aku terus berkata, “Innalillahi... pasti susah dia ni! ”.   Tetapi, tiba-tiba aku juga melihat dua lagi Malaikat yang menjelma menjadi rupaparas manusia berkulit putih berdiri dihadapan pintu bilik itu. Salah seorang darinya berkata kepada kawannya, “Turunlah kamu mendekatinya”.

Lalu seorang Malaikat itu pun menghampii katil sisakit, sepontan Malaikat berkulit hitam itu beranjak kebelakang. Ia mendekati saudara sepupuku untuk mencium bau dari mulutnya. Ia berkata, ‘Aku tidak merasakan tanda-tanda mulutnya digunakan untuk berzikir’. Kemudian ia mencium bau diperut saudara sepupuku itu pula. Ia berkata, ‘Aku tidak merasakan perutnya lapar kerana digunakan untuk berpuasa’. Kemudian ia mencium bau dikedua-dua kakinya dan ia berkata, ‘Aku tidak merasakan kedua kakinya digunakan untuk melakukan solat’. Kemudian berkata temannya, ‘Innalilllahi Wainaillaihi Raji’un... mustahil seorang umat Muhammad tidak memiliki satu amal kebajikan sama sekali... kamu cuba lihat sekali lagi dengan lebih teliti !’.

Setelah diulang ternyata dia tidak merasakan mulutnya digunakan untuk berzikir, perutnya lapar bukan kerana berpuasa dan kaki-kakinya tidak pernah digunakan untuk mendirikan solat, ia berkata, ‘Celaka kamu, seorang umat Muhammad yang tidak pernah melakukan ibadah sama sekali !’.

Kemudian datang temannya dan berkata, ‘Ketepi kamu, biar aku yang memeriksanya pula’. Ia pun membuat pemeriksaan seperti temannya tadi dan didapatinya ia tetap sama. Ia tidak merasakan harum ibadah zikir dari mulutnya, dari perutnya kerana berpuasa wajib atau sunat dan dari kaki-kakinya kerana solat-solat sunat dan wajib. Tetapi Malaikat itu masih tidak berputus asa, lalu diujinya buat kali yang terakhir. Apabila saja ia cuba mencium bau dimulutnya, saudara sepupuku terbuka sedikit mulutnya dan mengeluarkan hujung lidahnya. Maka dari lidahnya itulah keluar satu aroma harum kerana dia pernah satu kali mengucapkan kalimah takbir pada jalan Allah dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Serentak dengan itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan aku juga tersentak lalu tercium aroma yang sangat harum bak wangian kasturi memenuhi ruang rumahnya.

Selepas solat Subuh, aku bertanya kepada jemaahku, “Adakah kamu mahu aku ceritakan tentang seorang ahli Syurga?”. Mereka semua menjawab, “Ya.. sudah tentu!”. Lalu aku pun menceritakan kisah saudara sepupuku itu. Ketika sampai kesebutan “Intakiyah”, mereka berkata, “bukan Intakiyah... tetapi Inthakiyah!”. Tetapi aku tetap berkata, “ Tidak...Demi Allah, aku menyebut Intakiyah seperti apa yang telah disebutkan oleh Malaikat-malaikat itu”.

Para ulama tafsir mengatakan, “Orang itu telah diselamatkan oleh kalimah takbir yang pernah diucapkannya sekali dalam hidupnya dengan niat ikhlas kerana ingin mendapatkan keridhaan Allah”. Sebenarnya ucapan takbir itu berbeza dengan ucapan shadah atau kesaksian beriman kepada Allah, seperti yang telah dikemukakan sebelumnya. Syafaat Nabi saw., para Malaikat, Nabi-nabi yang lain dan orang-orang mukmin itu akan diberi kepada seseorang yang mempunyai amal tambahan selain iman dan juga diberi kepada orang-orang yang tidak memiliki amal ibadah langsung. Mereka itulah yang memperolehi anugrah dari Allah SWT. Sehingga dia dikeluarkan dari dalam Neraka sebagai penghormatan dan untuk memenuhi janji Nya. Firman Allah didalam surah an-Nisa’ ayat 48, mafhumnya; 

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia disekutukan dengan yang lain dan Dia akan mengampuni (dosa) yang kurang dari itu, bagi sesiapa yang dikehandaki Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah memperbuat dosa yang besar”.

Mahasuci Allah, Tuhan Yang Mahapengasih lagi Mahapenyayang kepada seluruh hamba-hambaNya dan memenuhi segala janji-janjiNya.


FAKTA II.

Disebutkan didalam sebuah hadis Abu Sa’id al-Khudri bahawa ia berkata, “Mereka dikeluarkan seperti mutiara dan pada leher mereka terdapat tanda”. Semantara dalam hadis Abu Hurairah disebutkan, “Pada dahi mereka terdapat tulisan, orang-orang yang dimerdekakan oleh Allah yang Mahapemurah”. Kedua-dua hadis ini dengan jelas memperlihatkan pebezaannya. Tetapi pekara ini boleh diselaraskan dengan pengertian dan fahaman bahawa sebahagian dari mereka memiliki tanda didahnya dan sebahagian lagi pada lehernya.


Disebut juga didalam hadis dari Jabir, “...Setelah orang-orang yang mendapat syafaat dikeluarkan dari Neraka, Allah Yang Mahamemberkati lagi Mahatinggi berfirman, “Akulah Allah !. Aku mengeluarkan mengeluarkan mereka kerana Ilmu dan Rahmat Ku”. Allah kemudiannya mengeluarkan mereka dalam jumlah yang berlipat ganda dan pada leher mereka tertulis, ‘Orang-orang yang dimerdekakan oleh Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung’. Mereka kemudian dimasukkan kedalam Syurga dan disana mereka diberi nama al-Jahanamiyyun”.

Boleh saja hadis Abu Sa’id dan hadis Jabir disamaertikan iaitu, “Mereka dikeluarkan dari Neraka seperti mutiara yang rupa paras mereka boleh dikenali oleh para penghuni Syurga melalui tanda tulisan pada dahi-dahi mereka, seperti yang diterangkan didalam hadis Abu Hurairah”. Oleh itu tidaklah terlihat perbezaan diantara hadis-hadis tersebut.


FAKTA III:

Kemudian ada pihak yang mempersoalkan, kenapakah mereka meminta kepada Allah untuk dihapuskan tanda dan tulisan, ‘orang-orang yang dimerdekakan Allah’, bukankah itu merupakan satu sebutan yang mulia dan satu penghormatan contohnya seperti sebutan Nabi Ku atau Rumah Ku, atau ’Arasy Ku atau Malaikat Ku?. Bahkan disebutkan didalam sebuah riwayat hadis, ‘Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, pada dahi mereka akan tertulis perkataan orang yang mencintai kerana Allah’. Oleh itu kenapa mereka harus meminta kepada Allah untuk dihapuskan perkataan yang mulia itu?”.

Jawapannya ialah, sebutan perkataan ‘Menycintai kerana Allah’ dengan sebutan perkataan ‘Orang-orang yang dimerdekkan Allah atau Jahanamiyyun’ yang bererti mantan penduduk Neraka Jahanam. Sebutan ini terasa kurang manis didengar seolah-olah satu penghinaan kepada mereka kerana dikaitkan dengan Neraka Jahanam tempat musuh-musuh Allah. Mereka pastinya terasa malu kepada saudara mara mereka yang tinggal bersama-sama di Syurga akan sebutan itu. Oleh sebab itu amat wajarlah mereka meminta kepada Allah akan penghapusan tanda perkataan itu dari dahi-dahi atau leher-leher mereka.

Disebut didalam sebuah hadis marfu, “Sesungguhnya ketika sudah masuk Syurga, para penghuni Syurga terdahulu mengatakan, ‘Mereka itulah para mantan penghuni jahanam’. Mendengar kata-kata seumpama itu, mereka lalu berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami lebih rela dibiarkan saja  tinggal didalam Neraka daripada menanggung aib dan memalukan seperti ini”. Kemudian Allah mengutus sebuah angin dari bawah ‘Arasy yang bernama angin Mutsirat supaya berhembus dan menghapuskan tulisan dan tanda-tanda pada dahi dan leher mereka itu, sehingga wajah mereka kelihatan tampan, indah dan berseri-seri”.

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad alias Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Rawahah, dari al- Hafiz as-Salafi, dari al-Hajib alias Abu Hasan Ibnu Allaf, dari Abu Qasim bin Busyran, dari al-Ajiri alias Abu Bakar Muhammad ibnu Husin, dari Abu Ali al-Hasan bin Muhammad bin Syu’bah al-Anshari, dari Ali bin Muslim ath-Thusi, dari Marwan bin Mu’awiyah, dari Amr bin Rifi’ah ar-Rab’i, dari Abu Nadhrah, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda;

“Sesungguhnya penghuni Neraka ia ada yang kekal penghuni Neraka dimana mereka itu tidak mati dan tidak juga hidup didalamnya. Juga terdapat penghuninya yang akan dikeluarkan darinya, iaitu ketika mereka jatuh kedalamnya lalu menjadi rentung (arang). Setelah mendapat Izin dari Allah, mereka lalu dikeluarkan dan dilemparkan kedalam sungai kehidupan. Para penghuni Syurga lalu menyiramkan air kepada mereka, sehingga mereka tumbuh (hidup). Setelah mereka masuk Syurga dan mendapat panggilan Jahanamiyyun, mereka memohon kepada Allah Yang Maha Penyayang untuk menghilangkan sebutan itu. Allah kemudian mengkhabulkan permintaan mereka, lalu mereka bergabung dengan penduduk Syurga terdahulu. Adapun sebutan ‘orang-orang yang saling mencintai kerana Allah’ adalah sebutan yang mulia dan luhur. Oleh kerana itu orang-orang yang mendapat sebutan itu tidak memohon kepada Allah untuk menghapuskan serta menghilangkannya”.

Berdasarkan riwayat tersebut, ia bererti ada sebahagian penghuni Syurga yang mengelami kesusahan. Padahal seharusnya di Syurga itu dikatakan tidak akan ada pekara-pekara seperti itu ?.

Jawapannya ialah, perlulah diakui bahawa hadis-hadis tersebut memang menunjukkan adanya kesulitan bagi sebahagian penghuni Syurga. Tetapi, pekara itu terjadi apabila mereka baharu saja masuk Syurga. Setelah mereka berada didalamnya, masaalah itu semuanya hilang sama sekali. Yang tinggal hanyalah rasa lega yang indah. Para Ulama memberi perumpamaan seperti disebuah lautan terjatuh seketul najis, manakan nampak dimata dan tidak mempengaruhi lautan yang luas itu. Demikianlah pula dengan penghuni Syurga itu, pada umumnya pekara ini tidak memberi kesan sama sekali. Hal yang serupa kepada seluruh manusia semasa hendak melintasi Jembatan Shirat. Pada ketika mahu melintas, mereka semua merasa ketakutan yang amat dahsyat sekali. Tetapi setelah terselamat, mereka merasa terlalu gembira dan melupakan kesengsaraan itu. Ini fitrah manusia.

Kemudian, ada sesetengahnya yang mempersoalkan bagaimana mungkin al-Quran dan puasa boleh memberi syafaat kepada manusia yang membacanya dan menunaikannya. Bukankah kedua-duanya itu adalah merupakan amalan-amalan bagi manusia ?.

Sebenarnya persoalan ini telah diperkatakan terdahulu, tetapi supaya ia lebih jelas ada baiknya kita simak semula hadis Rasulullah iaitu, “Pada hari kiamat nanti, al-Quran dan Puasa akan datang menjelma seperti seorang yang kurus dan pucat. Ia berkata, ‘Akulah yang membuat kamu bercekang mata dimalam hari dan membuat kamu kehausan disiang hari’”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah didalam kitabnya ‘Sunan Ibnu Majah’ dari Buraidah dengan sanad yang sahih. Menurutnya yang hadir itu bukanlah al-Quran dan puasa (yang asal) itu sendiri, sebaliknya adalah pahala dari perbuatan amalan-amalan darinya itu.

Disebut didalam ‘Shahih Muslim’ sebuah hadis dari an-Nawwas bin Sam’an al-Kalabi bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, Al-Quran dan orang-orang yang mengamalkannya akan datang dengan dipandukan oleh surah al-Baqarah dan surah Ali Imran”. Rasulullah membuat tiga contoh bagi kedua surah itu yang membuat aku ingat akannya sampai bila-bila. Baginda bersabda, “Kedua-duanya seolah-olah seperti dua gumpalan awan atau seperti sepasang langsir yang ditengah-tengahnya ada cahaya terang, atau seperti dua kumpulan burung yang berbaris dan bersiap sedia memberi pembelaan bagi orang yang membacanya”.

Maksud hadis ini ialah Allah mencipta Malaikat-malaikat yang akan membela para pembacanya, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Adi, “Barangsiapa membaca ayat, ‘Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat-malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu), maka Allah akan mencipta tujuh puluh ribu para Malaikat yang akan selalu memohon keampunan baginya sampai hari kiamat’”.

Pada pendapat saya (Imam al-Qurthubi), dari pahala membaca al-Quran dan puasa Allah juga menciptakan dua Malaikat yang akan memberi syafaat kepada orang yang membaca dan menghafalkannya. Demikian juga, Insyaallah dengan amalan-amalan soleh yang lainnya, seperti yang diperkatakan oleh Ibnu Mubarak didalam kitabnya ‘Ar-Raqa’iq dari seseorang dari Zaid bin Aslam bahawa ia berkata, “Aku pernah mendengar bahawa pada hari kiamat kelak seorang hamba yang mukmin akan didatangi oleh amalannya yang menjelma menjadi manusia yang sangat tampan, berpakaian sangat bersih dan beraroma sangat harum. Ia duduk disebelahnya, ketika ada sesuatu yang membuatnya terkejut dan takut, jelmaan amalan itu akan menghiburkan dan mententeramkannya. Hamba itu berkata, ‘Semoga Allah memberikan balasan kepadamu, wahai teman yang baik. Siapakah kamu ini ?. Jelmaan amalan itu menjawab, ‘Adakah kamu tidak mengenaliku, padahal akulah yang menemanimu dikuburan dan didunia?’, ‘Aku adalah amalanmu, kerana kau beramal baik, sekarang aku juga baik dan kerana kau beramal harum, sekarang aku kau dapati berbau harum. Mari.. silalah menaiki ku kerana sewaktu didunia aku menunggangi kamu”.

Itulah maksud firman Allah didalam surah az-Zumar ayat 61 yang mafhumnya;

“Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dengan kemenangan, mereka tiada ditimpa kejahatan dan tiada pula berduka cita”.

Hamba itu dibawa mengadap Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. Ia (jelmaan amalan) berkata, “Ya Tuhanku, setiap orang yang beramal semasa didunia telah mendapat imbuhannya dan setiap pedagang dan pengusaha telah mendapat keuntungannya dari usaha mereka, tetapi temanku ini masih melupakan tentang dirinya’. Allah berfirman, ‘Apa yang kamu minta?’. Ia menjawab, ‘Keampunan Mu, Rahmat Mu dan lain-lain sebagainya’. Allah berfirman, ‘Aku telah menampunkan temanmu itu’. Hamba itu kemudian dikenakan pakaian kemuliaan dan dikepalanya dipakaikan sebuah mahkota kebangaan yang diperbuat dari mutiara yang memancarkan cahaya sejauh dua hari perjalanan.

Kemudian ia berkata lagi, ‘Ya Tuhanku, temanku ini masih melupakan kedua ibubapanya sedangkan orang lain telah merasakan imbuhan manafaat dari amalan-amalan mereka’. Lalu Allah kurniakan kepada kedua ibubapa hamba itu seperti apa yang dia perolehi.

Ini amat berbeza dengan orang-orang kafir. Mereka akan didatangi amalan-amalan mereka sebagai susuk tubuh manusia yang sangat hodoh dan berbau busuk yang akan duduk disebalahnya. Setiap kali datangnya pekara yang mengejutkan dan menakutkannya, ia akan menambah kejutan dan ketakutan itu lagi. Sehingga orang kafir itu berkata, ‘Kamu adalah teman yang jahat, siapakah kamu ini?’. Ia menjawab, ‘Kamu tidak mengenaliku?’. Orang Kafir itu berkata, ‘Tidak !’. Ia menjawb, ‘Aku adalah amalanmu semasa didunia, kerana kau beramal buruk, maka kau lihat aku buruk. Kerana kau beramal busuk, sekarang kau cium aku busuk. Tundukkan kepalamu, supaya aku tonggangi kamu kerana semasa didunia kau tidak mahu menongangiku. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah didalam surah an-Nahl ayat 34, mafhumnya ; 

“Lalu mereka ditimpa kejahatan (balasan diatas) perbuatan mereka dan turunlah kepada mereka (seksaan) yang mereka perolok-olokkan (permainkan)”.

Hadis serupa diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Qais bin Ashim al-Munqiri bahawa Nabi saw. bersabda, “Betapapun kamu pasti punya teman setia, wahai Qais. Ia dimakamkan bersamamu sedang ia dalam keadaan hidup, sedangkan kamu dimakamkan bersamanya dan kamu dalam keadaan mati. Jika kamu dermawan, nescaya ia pun akan dermawan kepadamu dan jika kamu hina, nescaya dia akan menolongmu. Kamu akan dibangkitkan hidup kembali bersama-samanya dan kamu juga akan disoal tentangnya. Oleh itu jadikanlah ia baik. Jika ia baik, maka ia akan menjadi teman yang menyenangkan dan jika ia buruk, maka ia akan menjadi sumber kesepianmu. Dia adalah amal perbuatanmu”.



Diriwayatkan oleh Abu Faraj Ibnu Jauzi didalam kitabnya ‘Raudhat al-Musytaq’ dan ‘Ath-Thariq Ila al-Muluk al-Khallaq’, bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, Taubat akan didatangkan dalam bentuk yang indah dan beraroma sangat harum. Yang boleh merasa keharuman aromanya dan melihat keindahan bentuknya hanyalah orang yang beriman, sehingga ia merasa senang bahagia. Orang kafir dan orang yang keras kepala dan suka berbuat durhaka bertanya, ‘Kenapa kami tidak dapat apa yang kamu dapat dan melihat apa yang kamu lihat ?’. Amalan Taubat menjawab, ‘Telah cukup lama aku menawarkan diriku kepada kamu semua semasa kamu didunia dahulu. Tetapi kamu tidak mengindahkan aku. Seandainya dahulu kamu mahu menerima aku, nescaya sekarang kamu akan mendapatkan dan merasakan aku’. Mereka berkata, ‘Baiklah sekarang kami bertaubat’. Tiba-tiba ada suara yang datang dari bawah ‘Arasy, ‘Mustahil !.. hari-hari beramal telah berlalu dan masa bertaubat telah tamat. Sekalipun kamu datang kepada KU dengan membawa seisi dunia, nescaya Aku tidak akan menerima taubat kamu dan Aku tidak mahu mengasihi kesedihan kamu’. Pada saat itu juga taubat memisahkan dirinya dari mereka dan Malaikat rahmat juga turut menjauhkan dirinya dari mereka semua. Kemudian terdengar lagi seruan dari bawah ‘Arsay, ‘Wahai para penjaga Neraka !, rapatkanlah dirimu kepada musuh-musuh Allah Yang Maha Memaksa itu!’”. Riwayat ini menjelaskan apa yang saya (Imam al-Qurthubi) sampaikan tadi. Hanya Allah yang menjadi penolong kita.



BAB 63: MENGENALI ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT.


Telah diperkatakan sebelum ini, hadis Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw. telah bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman berkata, ‘Ya Tuhan kami, mereka itu adalah saudara-saudara kami. Mereka berpuasa, solat dan mengerjakan Haji bersama kami. Kenapa mereka dimasukkan kedalam Neraka?’. Allah berfirman, ‘Pergilah, dan keluarkanlah mereka yang kamu kenal....”. 

Diriwayatkan oleh Muslim sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. bersabda, “.... diantara mereka ada orang yang lewat sampai selamat. Ketika Allah selesai memutuskan diantara hamba-hamba, dan hendak untuk mengeluarkan penghuni Neraka yang Dia kehendaki dengan rahmat Nya. Diperintahkan Malaikat untuk mengeluarkan seseorang yang tidak pernah mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun diantara orang Islam yang ingin dirahmatNya. Di Neraka, Allah mengenali mereka dari bekas sujud. Api Neraka akan membakar manusia kecuali bahagian bekas sujud dan Allah memang melarang api Neraka untuk membakarnya. Mereka dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan masih terbakar. Setelah dituang dengan air kehidupan, mereka tumbuh seperti endapan yang diserit aliran banjir....”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya ada satu kaum yang ketika dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan hanya terbakar sedikit saja pada bahagian muka mereka, lalu mereka masuk Syurga”.


FAKTA I:

Pada pendapat saya (Imam al-Qurthubi), hadis dibawah ini merupakan dalil yang sangat kuat yang menunjukkan bahawa orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar itu wajah mereka tidak menjadi hitam, mata mereka tidak biru dan mereka tidak dibelanggu seperti yang terjadi kepada orang-orang kafir. Hal ini ditetapkan berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat nanti, syafaat juga akan diberikan kepada orang-orang dari umatku yang melakukan dosa-dosa besar lalu mati sebelum bertaubat. Mereka berada dipintu pertama Neraka Jahanam. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mereka tidak dibelanggu dengan rantai-rantai, mereka tidak berkawan dengan syaitan-syaitan, mereka tidak dipukul dengan godam dan tidak juga dilontar kedasar Neraka. Diantara mereka ada yang tinggal didalamnya hanya satu jam kemudian keluar. Diantara mereka ada yang tinggal didalamnya selama satu hari kemudian keluar. Diantara mereka ada yang tinggal didalamnya selama sebulan kemudian keluar. Diantara mereka ada yang tinggal didalamnya selama setahun kemudian keluar. Dan kebanyakan dari mereka tinggal didalam Neraka selama seperti sejak dunia diciptakan hinggalah sampai hari difanakannya, iaitu selama tujuh ribu tahun”. Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam kitabnya ‘Nawadir al-ushul’ ini sebenar masa tinggalnya cukup panjang, dan selangkapnya insyaallah akan dikemukakan kelak.

Abu Hamid al-Ghazali (Imam Ghazali) didalam kitabnya ‘Kasyfu Ulum al-Akhirat’, mengambil hadis riwayat Abu Nu’aim yang mengatakan, “Diakhirat kelak, orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar dari umat Muhammad yang sudah menjadi atok, yang sudah menjadi nenek, yang sudah dewasa, yang wanita dan juga yang muda, semuanya akan didatangkan. Ketika melihat mereka Malaikat Malik penjaga Neraka bertanya, ‘Wahai orang-orang yang celaka!, Siapa kah kamu ini, kenapa aku tidak melihat tangan-tangan kamu dibelanggu dengan rantai-rantai ?. Kenapa wajah-wajah kamu tidak menjadi hitam ?. Apakah perkerjaan yang baik yang telah kamu lakukan ?. Mereka menjawab, ‘Wahai Malaikat Malik, kami ini adalah umat Muhammad yang celaka. Biarkanlah kami menangasi dosa-dosa kami’. Malaikat Malik berkata, ‘Menangislah sekuat-kuatnya, kerana tangisan kamu sekarang ini tiada lagi gunanya’.

Saat itu banyak orang tua yang sambil memegang janggutnya berkata dengan nada sesalan, ‘Aduh masa mudaku...! Aduh lama nian kerugianku ! Aduh, kekuatanku nian melemah...! Banyak pula yang dewasa mengeluh, Aduh.. cubaan azab ini akan berlarutan.. berpanjangan sekali !. Banyak anak-anak muda mengeluh... Aduh menyesalnya aku. Banyak wanita mengeluh... sambil memegang ubun-ubun dan menarek-narek rambut mereka mengeluh... Aduh, buruk sungguh nasibku...”.

Setelah hal ini berlarutan selama 100 tahun, tiba-tiba terdengar seruan dari sisi Allah, ‘Wahai Malaikat Malik, masukkan mereka kepintu pertama Neraka !’. Ketika Neraka hendak menyeksa mereka, mereka serentak berkata, ‘Tiada Tuhan Selain Allah’. Sehingga Neraka menjauhi mereka selama 500 tahun. Mereka menangis dengan sekuat hati. Kemudian terdengar lagi seruan dari sisi Allah, ‘Wahai Neraka, azablah mereka ! Wahai Malaikat Malik, masukkan mereka kepintu pertama Neraka’.

Pada saat itu terdengar dentuman bunyi lonceng bergema seperti halilintar yang menyembar, dan ketika Neraka hendak membakar hati mereka, Malaikat Malik membentaknya seraya berkata, ‘Jangan kamu bakar sebuah hati yang berisi al-Quran dan Iman !’. Tidak lama kemudian muncul Malaikat Zabaniah dengan mambawa air panas Neraka untuk dituangkan kedalam perut-perut mereka. Malaikat Malik membentak rombongan Malaikat Zabiniah seraya berkata, ‘Jangan kamu masukkan air panas itu kedalam perut-perut yang dibuat kosong pada bulan Ramadan, dan jangan ada api yang membakar kening-kening yang digunakan untuk sujud kepada Allah !’. Rombongan Malaikat Zabaniah lalu mengembalikan semula air panas itu kedalam Neraka seperti sebuah malam yang sangat hitam pekat, semantara iman kelihatan berkilauan didalam hati”.

Tambahan kepada riwayat ini akan disambung didalam bab berkenaan Neraka kelak. Semoga Allah menyelamatkan kita darinya dan janganlah Allah jadikan kita termasuk golongan yang dimasukkan kedalam Neraka dan terbakar didalamnya walau sesaat jua pun.


FASAL II:


Perkataan “Ketika Allah selesai memutuskan...” didalam riwayat diatas tadi, perlulah diberi perhatian dengan cermat. Disebut didalam al-Quran didalam surah ar-Rahman ayat 31 yang mafhumnya;

“Nanti Kami akan menyelasaikan (perhitungan), wahai dua jenis (manusia dan jin) yang diberatkan (dengan kewajipan)”.

Maksudnya, Allah amat serius dengan ancaman terhadap hamba-hambanya terutama yang kafir baik kepada manusia atau pun jin hnggakan mengunci perhatian Nya, sekali pun tidak ada yang mampu mengunci perhatian Allah, kerana pekara mustahil bagi Nya.

Ada yang berpendapat bahawa maksud kalimah didalam riwayat itu ialah ‘bermaksud’. Dengan perkatan yang lain ia boleh disebut, “Ketika Allah bermaksud melaksanakan saksi hukuman atas kamu...” Erti kalimah, “Allah selesai memutuskan diantara hamba-hamba Nya...” ialah selesai menghisab dan mengendalikan diantara mereka, kerana Allah tidak mungkin disebukkan dari satu urusan dengan urusan yang lain. Mahasuci Allah untuk disamakan dengan perbuatan dan kelemahan manusia.
 

Sekian dahulu untuk Ms 21 kali ini, insyaallah akan disambung dimuka surat yang akan datang dengan fakta dan dalil dari hadis-hadis riwayat yang lebih menarek lagi. Segala kesilapan harap dimaafkan, ikhlas dari atok. 


Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Sekian dari; Atok Zamany.  


.