Tuesday, July 31, 2012

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 14


 
 
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.


BAB 15 - CARA MANUSIA DIKUMPULKAN DIPADANG MAHSYAR, DIMANA? DAN BATU BESAR DIBAITUL- MAQDIS.


Allah swt berfirman didalam surah Qaaf ayat 41 yang mafhumnya :

"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari menyeru (Malaikat) yang menyeru dari tempat yang dekat ".

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari ayahnya dari Ishak dari Muhammad dari Abdulrazaq dari al-Mundzir bin Nu'aim bahawa dia pernah mendengar Wahab bin Munabbih berkata ; "Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada sebuah batu besar di Baitul Maqdis , 'Akan Aku letakkan 'Arasy Ku diatas mu, akan Aku kumpulkan makhluk Ku diatas mu dan pada hari itu Daud akan datang kepadamu menaiki kenderaan ". Menurut Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), dia tidak mempercayai kandungan riwayat ini kerana ia tidak pernah diriwayatkan dari Nabi saw. Berkenaan dengan firman Allah swt diatas itu tadi, seorang ulama mengatakan, " Malaikat berdiri diatas batu besar di Baitul Maqdis dan berseru ' Wahai tulang-tulang yang telah hancur, Wahai sendi-sendi yang sudah terpotong-potong, Wahai belulang yang repuh, Wahai kafan yang telah hancur, Wahai hati yang kosong, Wahai tubuh yang telah busuk...Bangkitlah kamu semua untuk mengadap kehadrat Allah, Tuhan seru seklian alam ! ". Menurut Qatadah seperti yang dipetik oleh al-Mawardi yang menyeru itu ialah Malaikat Israfil sipeniup Sangkakala. Ia mengeluarkan seruan itu dari sebuah batu besar yang terdapat di Baitul Maqdis. Menurut Ka'ab pula, diatas batu besar itu jarak antara bumi dan langit hanyalah lapanbelas batu saja. Kemudian ada pula yang menyatakan bahawa yang menyeru itu adalah Malaikat Jibril as. Wallahua'lam.

Kata Ikrimah pula, "Jelas sekali Malaikat penyeru, Allah Yang Maha Pemurahlah yang mengeluarkan seruan itu. Ia menyeru dekat telinga makhluk saat mereka mendengar seruan dengan sebenar-benarnya atau juga disebut tiupan Sangkakala. Itulah harinya dimana mereka keluar dari kubur, sebagaimana firman Allah didalam surah Qaaf ayat 44 yang mafhumnya ; " (Yaitu) pada hari bumi pecah belah dari mereka (lalu mereka keluar) dengan segera ". Mereka menuju ketempat Malaikat penyeru di Baitul Maqadis, tempat dikumpulkan seluruh makhluk ". Kemudian sambungan pada ayat diatas "...Itulah (cara) pengumpulan (manusia) yang mudah bagi Kami ". Kemudian ada yang bertanya, "Kalaulah seruan seperti itu, adakah seruan itu mampu untuk membengkitkan semula orang yang telah mati, bagaimana mungkin penghuni kuburan yang terang-terang telah mati boleh mendengarkan seruan itu ? ".

Jawabnya : Bunyi seruan atau tiupan Sangkakala itu yang menyuruh manusia dan seluruh makhlukNya hidup semula, mampu menerjah keseluruh pelusuk dunia. Mula-mula seruan untuk menhidupkan semula dan setelah mereka hidup, mereka terkejut mendengar tiupan itu. Oleh itu mereka tidak mendengar seruan untuk hidup kembali. Hanya yang mereka dengar ialah seruan mengejutkan (setelah mereka dihidupkan). Atau, mungkin juga bersamaan serantak dengan tiupan Sangkakala, manusia hidup secara bergilir dari genarasi yang awal dan seterusnya hinggalah yang terakhir. Semua manusia menjadi hidup kembali dan telah bersiap sedia keluar dari kubur masing-masing. Didalam perbincangan sebelum ini, telah dikatakan bahawa roh atau arwah itu berada didalam Sangkakala.

Apabila saja Sangkakala itu ditiup untuk kali kedua, maka semua roh akan kembali semula ke dalam jasad masing-masing, sesuai dengan firman Allah didalam surah Yaasin ayat 51 yang mafhumnya, " Dan Sangkakala ditiup, lalu mereka keluar dengan segera dari dalam kuburnya mengadap kepada Tuhan mereka ". Berkata Muhammad bin Ka'ab al-Qarzhi, " Pada hari kiamat kelak manusia akan dikumpulkan dalam kegelapan, langit digulung, bintang-bintang jatuh berserakkan, matahari dan bulan bertembung dan terdengar seruan Malaikat lalu manusia menuju kesuara tersebut. Itulah firman Allah didalam surah Taaha ayat 108 yang mafhumnya ' Pada hari itu mereka mengikut (seruan) penyeru, yang tiada bengkok, Sunyi senyaplah segalanya kerana (takut) kepada Yang Mahapengasih, sehingga tiada engkau dengar kecuali suara halus (bunyi tapak kaki)' ". Allah swt berfirman didalam surah al-Infithar ayat 1 hingga 4 yang mafhumnya, "Apabila langit telah pecah. Dan apabila bintang-bintang telah bertaburan (jatuh). Dan apabila lautan telah terpancar (bergelora). Dan apabila kubur-kubur telah terbalik. ", sehingga airnya yang masin bercampur dengan yang tawar. Menurut tafsiran oleh Qatadah, "dan apabila kubur-kuburan dibongkar ", sehinggakan keluarlah orang-orang yang mati dari dalamnya. Firman Allah didalam surah al-Insyiaqaaq ayat 1-3 yang mafhumnya ; " Apabila langit telah terbelah. Dan ia mendengar (patuh) kepada Tuhannya, dan sepatutnya ia patuh. Dan apabila bumi telah diratakan (bila gunung-ganang telah hancur) ".

Bumi diratakan seperti orang meratakan kulit yang hendak disamak. Peristiwa ini terjadi ketika bumi sudah diganti dengan bumi lain yang berwarna putih seperti perak dan masih suci kerana belum pernah digunakan untuk melakukan perbuatan jahat apa pun. Apabila orang-orang yang telah mati dikeluarkan dari kubur, mereka pun berada diatas permukaannya. Diriwayatkan oleh Muslim dari Sahal bin Sa'ad bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Pada hari kiamat kelak manusia akan dikumpulkan disebuah tanah lapang yang putih berkilat bagaikan seloka yang tiada petunjuk ". Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Ali al-Khathib, dari Abdullah bin Mas'ud, "Pada hari kiamat nanti manusia akan dikumpulkan dalam keadaan yang sangat lapar, sangat dahaga, telanjang bulat, sangat sukar dan payah yang belum pernah mereka alami sama sekali. Sesiapa yang pernah memberi makan kepada orang lain kerana Allah, nescaya Allah akan memberinya makan. Sesiapa yang pernah memberi minum kepada orang lain kerana Allah, nescaya Allah akan memberi minuman kepadanya. Sesiapa yang pernah memberi pakaian kepada orang lain kerana Allah, nescaya Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang beramal untuk Allah, nescaya Allah akan membelasnya. Dan barang siapa yang pernah membela Allah, nescaya Allah akan memberi kepadanya kesenangan pada hari itu ".

Didalam sebuah hadis dhaif yang di perkatakan oleh as-Suyuthi didalam kitabnya bertajuk 'ad-Dur al-Mantsur ' dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang makna firman Allah : "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup Sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok ". Baginda bersabda "Wahai Mu'adz bin Jabal, sesungguhnya soalan yang kamu tanyakan itu adalah urusan yang sangat besar ". Kemudian Mu'adz melihat Baginda menangis, setelah itu meneruskan kembali sabdanya, "Ada pun diantara umatku kelak akan dikumpulkan menjadi sepuluh kelompok yang beragam (berbagai jenis). Allah membezakan mereka dari jemaah kaum Muslimin yang lainnya dan menukar rupa bentuk mereka. Ada sebahagian dari mereka yang bertukar menjadi kera. Ada yang bertukar menjadi babi. Ada sebahagiannya yang bentuk tubuhnya menjadi terbalik. Ada sebahagiannya yang wajah mereka diseret. Ada sebahagiannya menjadi buta hingga bingung. Ada sebahagiannya menjadi pekak dan tidak berakal. Ada sebahagian yang lidah mereka terkeluar sampai kedada mengalir nanah keluar dari mulut mereka sehingga membuat jijik kepada yang memandangnya. Ada yang terpotong tangan dan kaki mereka. Ada yang sebahagiannya yang disalib pada batang papan dari neraka. Ada sebahagiannya yang berbau busuk, lebih busuk dari bangkai. Dan ada sebahagiannya yang memakai baju dari tar panas.

Adapun yang menjadi kera itu adalah orang-orang yang suka mengadu domba (goship atau mengumpat) hal orang lain. Yang menjadi babi adalah orang-orang yang gemar akan perbuatan haram (melakukan pekara-pekara yang haram didalam hukum syarak). Manakala yang tubuhnya menjadi terbalik pula ialah mereka-mereka yang suka makan riba (termasuk juga mereka yang makan rasuah). Mereka yang dibutakan pula ialah orang-orang yang sewenang-wenangnya (sesuka hati) menjatuhkan hukum (atau yang membuat hukum sendiri). Mereka yang dibisu dan dipekakkan pula ialah orang-orang yang kagum dan bangga akan amalan-amalannya sendiri. Mereka yang terkeluar lidahnya itu ialah merupakan ulama-ulama dan penceramah-penceramah yang ucapan mereka bertentangan dengan perbuatan mereka sendiri. Mereka yang terpotong tangan dan kaki pula ialah orang-orang yang suka menyakiti jiran tetangganya. Mereka yang disalib pada batang papan neraka ialah orang-orang yang suka mengampu pemerantah (menyanjung pemerintah, taksub melampau). Mereka yang berbau sangat busuk itu adalah orang-orang yang kaya-raya gilang-gemilang dengan berbagai kesenangan dan pangkat namun menghalang hak Allah pada hartanya (tidak bayar zakat dan menderma atau imfaq harta mereka). Dan mereka-mereka yang dipakaikan pakaian dari tar api neraka itu adalah orang-orang yang suka membangga diri, riak, takabur dan sombong. "

Abu Hamid didalam kitabnya yang bertajuk 'Kasyfu Ilm al-Akhirat mengatakan, "Diantara manusia ada yang dikumpulkan dalam keadaan terfitnah oleh kesenangan dunia. Seseorang yang selama hidupnya selalu memegang tongkat yang mahal kesayangannya, kelak akan dibangkitkan dari kuburnya dengan tetap memegang tongkat itu juga. Apabila dia sedar, lalu dia terus membuangkannya dan berkata, 'Aduh, celaka kamu ! Kerana kau aku sampai lalai mengingati Allah '. Tetapi tongkat itu tetap kembali kepadanya dan berkata, 'Bagaimana sekali pun, aku adalah teman kamu semasa didunia dahulu. Biarkan saja Allah yang memutuskan hal diantara kita ini kerana Dia adalah sebaik-baik hakim '. Seorang pemabuk kelak akan dikumpulkan di Padang Mashyar dalam keadaan mabuk. Seseorang yang gemar meniup seruling kelak akan dikumpulkan di Padang Mashyar didalam keadaan meniup seruling. Begitu juga dengan yang lainnya. Didalam riwayat sahih yang lain mengatakan, seorang yang gemar meminum khamar (arak) kelak akan dikumpulkan di Padang Mashyar didalam keadaan dikalongkan botol arak dan tangannya memegang sebuah gelas. Ia mengeluarkan bau yang sangat busuk, lebih busuk dari bangkai apa pun. Setiap orang yang lalu dekatnya akan terus mengutuknya ". Pada bahagian yang lain, Abu Hamid mengatakan " Ketika semua manusia sudah duduk di atas kuburan mereka, dimana sebahagian dari mereka didalam keadaan telanjang. Sebahagiannya pula sedang mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih. Sebahagiannya mempunyi lampu yang cahayanya tidak begitu terang. Manakala ada sekelompok manusia yang dibahagian kepala mereka mengeluarkan cahaya terang benderang seperti cahaya matahari selama seribu tahun, sehinggalah muncul api dari arah barat yang membuat seluruh makhluk tercengang termasuk manusia, jin dan binatang-binatang buas ".

"Setelah itu, masing-masing didatangi dengan amalan mereka yang menyuruh mereka berangkat ke Padang Mashyar. Ada diantara amalan itu berupa bighal (kaldai) yang boleh ditonggani. Ada amalan yang menjelma menjadi kuda atau unta yang boleh ditumpanginya. Ada pula amalan yang menjelma menjadi kambing kibas (kambing biri-biri) yang sesekali dinaikinya dan kemudian akan menjatuhkannya. Masing-masing membawa cahaya yang boleh menerangi bahagian hadapan dan kanannya, seperti firman Allah didalam surah al-Hadid ayat 12 yang mafhumnya "Pada hari (kiamat) engkau lihat orang-orang mukmin lelaki dan mukminat perampuan berlari (bersinar) cahaya mereka dihadapan dan dikanan mereka...". Semantara disebalah kiri mereka nampak gelap sekali sehingga tidak dapat ditembusi pandangan mata. Hal itulah yang membuatkan orang-orang kafir kebinggungan dan membuat orang-orang munafiq bertambah bimbang. Semantara bagi orang-orang Mukmin, segelap manapun dapat mereka redah kerana kuatnya Iman mereka. Mereka bersyukur kehadrat Allah atas cahaya petunjuk yang diberikan kepadanya disaat genting itu, hinggalah terang dihadapan dan disebelah kanan mereka. Sesungguhnya Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman ditengah-tengah Neraka Jahim lalu berfirman seperti yang dipetik dari dalam al-Quran didalam surah al-A'araf ayat 47 yang mafhumnya ; "Apabila dipalingkan pandangan mereka kearah orang- orang (didalam) neraka, mereka berkata; Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang aniaya itu ".

Pada hakikatnya, hanya ada empat orang yang mengatahui empat hal. Pertama : yang benar- benar mengatahui nikmatnya kehidupan hanyalah orang-orang yang telah mati. Kedua : yang benar mengatahui nikmat kekayaan adalah orang-orang miskin. Ketiga : yang benar- benar mengatahui nikmat kesehatan adalah orang-orang yang sedang sakit. Dan keempat : yang benar-benar mengatahui nikmatnya muda hanyalah orang-orang yang telah lanjut usianya ".



BAB 16 - PENGUMPULAN DI PADANG MASHYAR, AYAT-
AYAT AL-QURAN YANG BERBEZA DAN BERLAINAN TAFSIRANNYA.


Perbezaan diantaranya ialah didalan surah Yunus ayat 45 yang mafhumnya ; "Pada hari Allah menghimpunkan mereka, seolah-olah mereka tiada berdiam (tinggal didunia), melainkan sesaat siang saja, sedang mereka berkenal-kenalan sesamanya. Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan menemui Allah dan mereka tiada mendapat petunjuk ".

Firman Allah didalam surah al-Israa' ayat 97 yang mafhumnya ; "...Kami himpunkan mereka pada hari kiamat (dihela atau diseret) atas mukanya, sedang mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka didalam neraka Jahanam...".

Ayat ketiga ialah, firman Allah didalam surah Yaasin ayat 52 yang mafhumnya ; " Mereka berkata, 'Aduhai celakalah kami ! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?....".

Jika kita lihat ayat ketiga dan juga ayat pertama diatas tadi, jelas menerangkan bahawa mereka saling berkenalan. Tetapi berbeza pula dengan ayat kedua dimana menyatakan bahawa mereka didalam keadaan buta, bisu dan juga pekak. Bagaimanakah harus mereka berkenalan didalam keadaan seumpama itu ?.

Keempat, Allah berfirman didalam surah al-A'araf ayat 6 yang mafhumnya ; "Demi, akan Kami periksa orang-orang yang telah diutus Rasul-rasul kepada mereka dan akan Kami periksa pula Rasul-rasul itu (tentang apa yang telah disampaikannya) ".

Jika Allah bertanya kepada mereka, bermaksud mereka pasti mendengar dan juga boleh menjawab. Allah berfirman pula didalam surah Taaha ayat 102, mafhumnya ; " Pada hari ditiup Sangkakala dan kami himpunkan orang-orang yang berdosa pada hari itu dalam keadaan buta (biru matanya) ".

Kemudian, Allah berfirman didalam surah Yaasin ayat 51 yang mafhumnya ; "Dan Sangkakala ditiup, lalu mereka keluar dengan segara dari dalam kuburnya mengadap kepada Tuhan mereka ".

Firman Allah didalam surah al-Ma'arij ayat 43, mafhumnya ; "(Yaitu) pada hari, , mereka dikeluarkan dari dalam kuburnya dengan segera, seolah-olah mereka bersegera kepada berhalanya ".

Maksud dikeluarkan dengan segera, seolah-olah mereka bersegera kepada berhala adalah bertentang dengan maksud pada ayat 97 surah al-Israa' diatas tadi.

Untuk menjawab akan terdapatnya perbezaan-perbezaan diatas tadi, perlulah saya (Imam al-Qurthubi) tegaskan bahawa keadaan dan kedudukan setiap manusia yang dihidupkan Allah dan dibangkitkan dari kubur mereka itu adalah berbeza-beza. Sebenarnya mereka melalui 5 proses keadaan. Pertama, keadaan saat dibangkitkan dari kubur. Kedua, keadaan saat diiringi ketempat perhitungan amalan. Ketiga, keadaan saat menjalani hitungan amalan. Keempat, keadaan saat diiringi kenegeri pembalasan dan kelima, keadaan saat mereka tinggal didalam negeri yang abadi.

Untuk keadaan yang pertama, iaitu saat dibangkitkan dari kubur, semua orang-orang kafir memiliki pancaindra dan angota badan yang lengkap. Ini berdasarkan firman Allah didalam surah Yunus ayat 45 ; "mereka saling berkenalan". Dan didalam surah Taaha ayat 103 ; "Mereka berbisik-bisik diantara mereka, Kamu tidak berdiam (tinggal didunia) hanyalah sepuluh hari ". Dan didalam surah az-Zumar ayat 68 ; " Tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing ) ". Juga firman Allah didalam surah al-Mu'minuun ayat 112 - 115 ; " Allah berkata : 'Berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi ?. Mereka menjawab : Kami tinggal dibumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang pandai menghitung '. Allah berfirman : Kamu tiada tinggal (dibumi) melainkan sebentar saja, jika kamu mengatahuinya. Adakah kamu kira, bahawa Kami menjadikan kamu dengan percuma (main-main saja) dam kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? " .

Keadaan kedua, iaitu saat mereka diiringi ke tempat perhitungan amal. Dalam keadaan ini manusia juga memiliki pancaindera yang lengkap. Ini berdasarkan firman Allah didalam surah ash-Shaffaat ayat 22-24 yang mafhumnya ; " Kumpulkanlah orang-orang yang aniaya dan isteri-isterinya serta apa-apa yang mereka sembah. Selain dari Allah, lalu tunjukkanlah mereka kejalan neraka. Suruh mereka berhenti, kerana mereka akan diperiksa (akan perbuatan mereka) ". Kalimah 'tunjukkanlah' didalam ayat ini menunjukkan bahawa mereka didalam keadaan tidak buta. Kemudian kalimah 'mereka akan ditanya' juga bermaksud bahawa mereka tidak bisu serta pastinya mereka juga tidak pekak. Ini adalah kerana sia-sia saja menunjukkan sesuatu kepada orang yang buta atau bertanya soaalan kepada orang yang bisu atau pekak. Oleh kerana itu, disaat ini bermakna mereka masih memiliki mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan lidah untuk berkata-kata.

Keadaan ketiga, iaitu disaat mereka menjalani penghitungan amal. Dalam keadaan ini mereka juga masih memiliki pancaindera yang lengkap. Pastinya mereka masih memiliki telinga untuk mendengar apa yang diperkatakan kepada mereka. Begitu juga mereka masih memiliki lidah untuk membaca buku catitan amalan mereka dan seterusnya angota-angota badan yang lain untuk menjadi saksi segala perbuatan jahat mereka. Allah telah memberitahu berkenaan reaksi mereka kepada kandungan buku catitan amal-amal kejahatan mereka idalam firmanNya didalam surah al-Khafi ayat 49 yang mafhumnya ; "Diletakkan buku (amalan tiap-tiap manusia), maka engkau lihat orang-orang berdosa gementar ketakutan kerana (melihat) apa-apa yang didalam bukunya lalu mereka berkata : 'Ah, amat celaka kami, mengapakah buku ini tidak meninggalkan yang kecil (dosa) dan tiada pula yang besar, melainkan dihitung semuanya. Mereka memperoleh dihadapannya apa-apa yang telah dikerjakannya. Tuhan tiada aniaya kepada seorang jua pun ". Manusia juga berkata-kata kepada kulit badan mereka sendiri, seperti yang dipetik daripada firman Allah didalam surah Fushshilat ayat 21 yang mafhumnya ; " Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami ?". Selain itu juga, mereka masih memiliki mata untuk melihat dan menyaksikan keadaan manusia menghadapi keadaan yang sungguh dahsyat hari kiamat yang telah mereka dustakan sewaktu didunia dahulu.

Keadaan keempat, saat mereka diiringi kenegeri Neraka Jahanam. Pada saat inilah mereka sudah kehilangan pancaindera seperti mata, telinga dan lidah seperti firman Allah didalam surah al-Israa ayat 97 yang mafhumnya ; "...Kami himpunkan mereka pada hari kiamat (dihela atau diherit) atas mukanya sedangkan mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka didalam Neraka Jahanam. Tiap-tiap kurang nyala apinya, lalu Kami tambah, sampai bernyala-nyala ". Firman Allah lagi didalam surah al-Rahman ayat 41 yang mafhumnya ; "Maka diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan tapak kakinya (dan dilemparkan) ". Mungkin juga ayat ini menunjukkan bahawa manusia-manusia itu sudah kehilangan pancainderanya iaitu mata, telinga dan lidahnya.

Keadaan kelima, iaitu saat mereka tinggal dinegeri yang kekal abadi iaitu Neraka Jahanam. Dalam keadaan ini ada yang seperti diberi penglihatan seketika atau juga ia didalam bentuk harapan saja. Saat menempuh perjalanan dari Padang Mahsyar menuju ketepi jurang Neraka Jahanam, mereka didalam keadaan buta, pekak dan bisu. Tidak ada langsung petanda yang dapat membezakan diantara mereka-mereka itu. Tetapi, kemudiannya semua pancaindera itu diberikan semula kepada mereka kerana untuk mereka menyaksikan segala azab seksa dinegeri Neraka Jahanam itu. Mereka boleh melihat dan menyaksikan semua apa jua yang telah dijanjikan Allah swt benar-benar terjadi dihadapan mereka. Jadi mereka tinggal dinegeri Neraka Jahanam itu didalam keadaan boleh melihat, mendengar dan berkata-kata. Ia berdasarkan beberapa firman Allah seperti contohnya didalam surah asy-Syuura ayat 45 yang mafhumnya ; " Akan engkau lihat mereka itu dihadapkan kedalam neraka dengan berhati takut kerana (ditimpa) kehinaan, mereka melihat kedalamnya dengan sudut matanya...". Kemudian firman Allah didalam surah al-An'aam ayat 27, mafhumnya ; " Jika engkau lihat, ketika mereka dihadapkan keneraka, lalu mereka berkata ; 'Aduhai kiranya dikembalikanlah kami (keatas dunia) dan kami tiada akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami dan kami akan termasuk orang-orang yang beriman (setelah engkau lihat sesuatu yang hebat) ".

Firman Allah didalam surah al-A'raaf ayat 38 dan 39 yang mafhumnya ; " Neraka itu hampir pecah belah kerana kemarahan. Tiap-tiap dilemparkan sebahagian kaum kedalamnya lalu (malaikat-malaikat) penjaga bertanya ; Tidakkah datang kepadamu pemberi peringatan (rasul dan nabi). Sahut mereka itu ; Ya ! sungguh telah datang rasul itu kepada kami, lalu kami dustakan dan kami katakan (kepadanya), 'Allah tidak menurunkan satu apa pun. Kamu tidak lain hanya dalam kesesatan yang benar (kata malaikat itu) ". Maka Allah juga telah berfirman dan memberitahu bahawa orang-orang kafir itu menyeru kepada penghuni syurga, seperti didalam surah al-Aa'araf ayat 50 yang mafhumnya ; "Orang-orang penghuni Neraka menyeru orang-orang penghuni Syurga ; Tumpahkanlah air untuk kami, atau sebahagian rezeki yang dianugrahkan Allah kepadamu. Mereka itu menjawab ; Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua-duanya keatas orang-orang kafir ". Bunuhlah kami saja ! ". Malaikat Malek menjawab ; "Kamu akan tetap tinggal (diNeraka ini) ". Didalam ayat yang lain pula, mereka berkata seraya memohon kepada Malaikat penjaga Jahanam, seperti didalam surah al-Mu'min ayat 49, mafhumnya ; "Berkata orang-orang yang didalam neraka kepada Malaikat penjaga mereka; Tolonglah mintakan kepada Tuhanmu supaya diringankanNya siksa daripada kami meskipun sehari saja ". Tetapi Malaikat penjaga neraka itu sebaliknya bertanya kepada merek a seperti firman Allah didalam surah yang sama (al-Mu'min) ayat 50 mafhumnya; "Apakah belum datang kepada kamu Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan". Lalu mereka semua menjawab "Benar...sudah datang ". Para Malikat penjaga Neraka pula berkata "Berdoalah kamu". Sedangkan doa orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia ".

Sesetangah dari mereka yang masih menaruh harapam lantas berdoa, "Ya Tuhan kami.. keluarkanlah kami daripadanya (Neraka dan kembalikan semula kedunia), maka jika kami kembali (menjadi sesat dan kafir) sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim" (surah al Mu'minun ayat 107. Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya "Tinggallah dengan hina didalamnya (Neraka) dan jangan kamu berkata-kata kepada Ku". (surah al Mu'minun ayat 108 ). Maka mereka akan tinggal abadi didalam Neraka jahanam untuk selama-lamanya, seperti diberi contoh pemberian seekor kambing kematian yang disembelih diatas sebuah jembatan yang menghubungkan antara syurga dan neraka (bidalan pepatah melayu seperti berpatah arang berkerat rotan). Para penghuni syurga berkata "Disini abadi dan tiada kematian". Semantara penghuni nereka itu juga berkata "Disini juga negeri abadi dan tiada kematian". Serta merta sejak itu mereka hilang semua deria pendengaran seperti firman Allah didalam surah al Ambiya ayat 100 mafhumnya "Mereka merintih didalam api Neraka dan mereka didalamnya tidak boleh mendengar". Atau juga ia bermaksud mereka akan kehilangan semua deria seperti pengdengaran. penglihatan dan lidah untuk berkata-kata.

Alasan kenapa mereka hilang deria pendengaran mungkin kerena semasa mereka didunia, mereka tidak mahu mendengar perintah Nabi dan Rasul akan seruan Tuhan. Mereka sebaliknya mendatangkan berbagai- bagai alasan dan hujah serta mandustakan semua seruan itu sekalipun telah didatangkan bukti kebenaran dari para Nabi dan Rasul itu. Oleh kerana mereka tidak mahu mendengar maka Allah SWT membalas perbuatan mereka itu dengan menghilangkan terus kesemua pancaindera mereka. Pekara ini jelas kelihatan pada ucapan-ucapan mereka kepada Nabi saw "Ditelinga kami ada penutup, dan diantara kami dan Anda ada sekatan yang menghalang. Mereka juga pernah berkata kepada kawan-kawan mereka "Jangan kamu dengar Al Quran itu, sia-sia saja isi kandungannya, kerena kaum Nabi Nuh juga pernah menggunakan kain untuk menutup telinga dan bersembunyi daripadanya, supaya mereka tidak mendengar akan kata-katanya".

Allah SWT mengkhabarkan tentang sikap yang serupa orang-orang kafir semasa zaman Nabi Muhammad saw didalam surah Hudud ayat 5 yang mafhum ; "Ingatlah, sesungguhnya (orang munafiq itu) memalingkan dada mereka ntuk menyembunyikan diri (daripada Muhammad). Ingatlah, diwaktu mereka menyalimuti dirinya dengan kain '. Adapun anggapan kepada pancaindera yang lain seperti penglihatan dan lidah yang dihilangkan, sesetengah ulama tafsir berpendapat bahawa kemungkinan atas alasan yang sama seperti mereka dihilangkan deria pendengaran seperti diatas tadi, maka adalah tidak mustahil sekiranya mereka diberi balasan atas sebab tidak mahu melihat dan sentiasa membantah dengan kata-kata dengan berbagai jenis alasan atau pun mereka mengunakan pencaindera-pancaindera mereka itu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram pada hukum syara dan terus kufur kepada Allah SWT semasa mereka hidup didunia dahulu. Beginilah caranya ulama-ulama tafsir memberi ulasan dan pandangan mereka didalam mentafsir ayat-ayat yang telah dibacakan tadi.



BAB 17 : DIKUMPULKAN SEMUA MANUSIA KEHADRAT
ALLAH SWT YANG MAHAMUL LAGI MAHAAGUNG.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abas ra bahawa ia berkata, "Rasulullah saw memberi nasihat ditengah-tengah kami, Baginda bersabda 'Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua akan dikumpulkan kepada Allah daleream keadaan tidak memakai alas kaki (selipar atau kasut), bertelanjang bulat dan belum berkhatan (disunat). Bagaimana Allah telah memulakan penciptan semasa pertama kali dahulu, begitulah Allah mengulanginya semula kejadian. Itulah satu janji yang pasti Allah tunaikan. Sesungguhnya Allah pasti akan melaksanakannya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia yang pertama yang akan berpakaian pada hari kiamat nanti ialah Nabi Ibrahim as. Keahuilah, sesungguhnya akan didatangkan beberapa orang dari umatku lalu mereka digabungkan pada golongan kiri, lalu aku berkata, 'Ya Tuhan... mereka adalah sahabat-sahabatku'. Kemudian Allah berfirman 'Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang mereka adakan (buat) sepeninggalanmu'. Kemudian aku (Ibnu Abbas ra) berkata seperti yang diperkatakan oleh seorang hamba yang soleh dalam surah al-Maa'idah ayat 117 - 118, "Dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada diantara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Engkaulah yang Mahapenyaksi atas segala sesuatu. Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Mu, dan jika Engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana". Allah berfirman "Sesungguhnya mereka kembali murtad apabila kamu berpisah dengan mereka ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari dan at-Tarmidzi.

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Mu'awiyah bin Haidah bahawa Nabi swa. bersabda sambil menunjuk jarinya kearah Negera Sryia.."Dari sini kesana, kamu semua akan dikumpulkan dalam keadaan sebahgiannya menaiki kenderaan dan sebahagian lagi ada yang berjalan kaki. Pada hari kiamat nanti, kamu akan diserit diatas muka kamu. Mulut kamu menjadi corong penapis pada tempayan. Kamu semua akan memenuhi tujuh puluh umat kesemuanya sedangkan kamulah yang menjadi umat terbaik dan termulia diantara mereka pada pandangan Allah SWT. Sesungguhnya anggota badan kamu yang pertama berkata-kata ialah peha kaki kamu". Didalam riwayat yang lain yang dikemukakan oleh Ibnu Abu Syaibah disebutkan "Sesungguhnya anggota tubuh manusia yang pertama sekali akan berbicara ialah peha dan tapak tangannya".

Dalam sabda Nabi tadi, disebutkan "....sesungguhnya manusia pertama sekali akan memakai pakayai ialah Nabi Ibrahim as '. ia bermaksud untuk menunjukkan keagungan makam kekasih Allah itu. Sama juga halnya dengan Nabi Musa as yang dilihat Nabi saw. bergayutan disalah satu tiang A'rasy apabila baginda dikeluarkan dari dalam kubur sebagai orang yang pertama sekali. dikeluarkan dari kuburan. Begitu juga halnya dengan keadaan Nabi Ibrahim as. Baginda juga memiliki keistemewaan tersendiri dari anugrah Allah SWT. Tetapi, ia bukanlah bermaksud bahawa kedua-dua Nabi itu secara mutlak lebih agung makam mereka disisi Allah SWT. jika dibandingkan dengan ketinggian dan keagunggan makan Nabi Muhammad saw pada hari kiamat kelak, walau bagaimana sekali pun Bagindalah yang lebih utama daripada sesiapa jua pun dialam maya ini dan juga dialam akhirat kelak. Ia berlandaskan dari beberapa keterangan yang insyaallah akan kami jelaskan kemudian menurut hadis-hadis mengenai syafaat dan maqam yang terpuji.

<##>;
Menurut Guru kami, Abul Abbas alias Ahmad bin Umar didalam kitabnya yang bertajuk "Al-Mufhum" mengatakan, "Boleh jadi ada orang yang mendapat tempat tersendiri disisi Allah, hingga ia tidak tergolong dari golongan yang dihisab Allah". Wallahua'lam...

Secara peribadi, saya (Imam al-Qurthubi) bersetuju pada pendapat ini seandainya tidak ada riwayat lain yang membantah. Dirawayatkan oleh Ibnu Mubaraq didalam kitabnya bertajuk 'Ar-Raqa'iq'. dari Sufyan dari Umar bin Qais dari al-Minhal bin Amir dari Abdullah ibnu-Harits dari Saidina Ali kwh. bahawa ia berkata, "Yang pertama berpakaian ialah kekasih Allah, Nabi Ibrahim as. Kemudian Nabi Muhammad saw diberi pakaian bergaris-garis dari sisi kanan A'rasy ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Baihaqi.

Diriwayatkan oleh Ubbad bin Katsir dari Abu Zubair dari Jabir ra. bahawa ia berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang azan (Muazin) dan orang-orang yang bertalbiyah kelak pada hari kiamat akan keluar dari kubur dengan keadaan yang sama. Yang azan akan keluar dari kubur dalam keadaan mengumandangkan azan, dan yang bertalbiyah pun akan keluar dari kubur dalam keadaan bertalbiyah. Yang pertama berpakaian dari Syurga adalah Nabi Ibrahim as. kekasih Allah, kemudian Nabi Muhammad saw, para Nabi-nabi dan para Rasul-rasul yang lainnya. Selepas itu giliran semua Muazin yang ikhlas pula diberi pakaian. Mereka disambutn oleh para Malaikat yang menunggang unta dari cahaya berwarna merah, dengan tali pedati dari zamrud dan pelananya dari emas. Mereka diiringi oleh 70 ribu Malaikat mulai dari kubur mereka hingga ke Padang Mahsyar". Riwayat ini juga diperkatakan oleh al-Hulaimi dalam kitabnya 'Minhaj ad-Din'.

Diriwayatkan oleh al-Hafizh Abu Nu'aim dari al-Aswad, Alqamah dan Abu Wa'il dari Abdullah bin Mas'ud bahawa ia berkata "Dua orang putra Mulaikah datang kepada Nabi. Setelah berbincang-bincang, Baginda bersabda "Yang pertama kali diberi pakaian oleh Allah ialah Ibrahim, Allah berfirman kepada Malaikat, 'Berikan pakaian kepada kekasih-Ku itu'. Ia diberi dua buah bekas pakaian lalu Ibrahim pun memakainya sambil duduk mengadap A'rasy. Kemudian giliran aku dihulurkan pakaian, lalu aku pakai. Aku lalu berdiri disebelah kanan Ibrahim, sebuah tempat yang belum pernah dipijak oleh sesiapa pun sebelum dan selepas aku, sehingga orang-orang terdahulu dan selepas ku itu merasa iri hati kepadaku ". Ini adalah hadis dhaif.

Diriwayatkan oleh Baihaqi didalam kitabnya 'Al-Asma' wash-Sifat' dari Ibnu Abbas ra. bahawa Rasullah bersabda "Sesungguhnya kalian akan dikumpulakan dalam keadaan tidak beralas kaki dan telanjang. Orang pertama yang diberi pakaian dari Syurga adalah Ibrahim. Lalu didatangkan kursiku dari sebelah kanan A'rasy dan diberikan kepadaku. Maka aku pun memakai pakaian dari Syurga ketika tiada sesiapa pun dari manusia yang menuju kesana. Kemudian didatangkan kursiku dari tiang A'rasy ". Hadis ini dengan tegas mengatakan bahawa Nabi Ibrahim as. adalah orang pertama yang diberi pakaian, kemudian Nabi kita Muhammad saw. Sebenarnya sangatlah beruntung mereka yang mendapat anugrah untuk memakai pakaian dari Syurga diwaktu itu kerana mereka akan terpelihara dari apa juga bentuk huru-hara hari kiamat.

Fakta :

Para Ulama membincangkan tentang hikmah disebalik anugrah khusus yang dianugrahkan kepada Nabi Ibrahim as itu. Maka mereka mendapat rumusan bahawa terdapat beberapa kemungkinan Baginda telah mendapat anugrah tertinggi Allah itu. Pertama, semenjak dari dahulu hinggalah hari kiamat nanti Baginda adalah satu-satunya makhluk yang sangat takut kepada Allah. Oleh sebab itu wajarlah kurnia itu diberikan kepadanya supaya ia menjadi tenteram. Kedua, mungkin juga kerana Baginda adalah Nabi pertama yang memerintah supaya manusia semua memakai pakaian dan menutup aurad ketika beribadah menyembah Allah. Baginda juga menyuruh manusia supaya menjaga kemaluan supaya tidak terkena tempat solat. Ketiga, berkemungkinan juga disebabkan ketika Baginda hendak dilimparkan kedalam Api, algojoh Raja Namrud telah menanggalkan pakaian Baginda dihalayak ramai seperti yang dilakukan kepada mereka yang hendak dipancung dan dihukum mati. Oleh kerana Baginda berjaya menghadapi semua cubaan itu, maka Alla SWT telah menganugrahkan kepadanya anugrah yang sungguh istimewa berupa pakaian yang menghindarkannya terkena api dunia dan akhirat. Sekaigus merupakan satu-satunya manusia yang Allah SWt beri perlindungan dari aib bertelanjang dihalayak ramai dihari kiamat kelak. Keempat, berkemungkinan juga dari semua sebabpada yang telah dikemukaan diatas tadi maka anugrah itu mutlak miliknya...Wallahuaa'lam.

Nota para <##> :

Perhatikan akan kata-kata itu dengan dalam. Sememangnya kata-kata itu ada kebenarannya jika benar-benar kamu "mengenal diri mu". Bertambahan jika kamu berpegang kepada shadatai yang berwasilah dan berabitah terus kepada Nabi Muhammad saw. Jalan inilah yang menjadi matlamat pejuangan sejati untuk "mengenal Allah". Wallahuaa'lam.


BAB 18 : PENJELASAN FIRMAN ALLAH SWT BERKENAAN "SETIAP MANUSIA PEMPUNYAI URUSAN YANG SANGAT SEBUK DAN GENTING PADA HARI ITU".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Saidatinah Aisyah ra, bahawa ia pernah mendengar Rasullah saw bersabda, "Pada hari kiamat nanti manusia akan dikumpulakan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan belum dikhatan ". Aku bertanya "Ya Rasulallah, bererti semua kaum lelaki dan wanita boleh memandang antara satu sama lain ". Baginda menjawab "Hai Aisyah...keadaan ketika itu sangat dahsyat sehingga sebahagian mereka tidak sempat memandang yang lainnya ". Diriwayatkan oleh at-Tarmidzi dari Ibnu Abbas ra bahawa Nabi saw bersabda, "Kalian akan dikumpulkan di Padang Mashyar dalam keadaan tidak memakai alas kaki, telanjang dan belum berkhatan". Seorang wanita bertanya "Itu bererti sebahagian kami boleh memandang aurat sebahagian yang lain ". Baginda menjawab "Hai fulanah, setiap orang pada hari itu sangat sebuk dengan urasan masing-masing.

Fakta :

Didalam bab ini dan sebelumnya menjelaskan keadaan manusia yang akan dikumpulkan di Padang Mashyar didalam keadaan tidak memakai alas kaki, telanjang dan tidak berkhatan, sebagaimana Allah memulakan penciptaanNya dahulu yang diulangkanNya. Anggota tubuh manusia akan kembali sediakala termasuklah mereka belum dikhatan. Tetapi pekara ini bertentangan dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitabnya bertajuk 'Sunah Abu Daud dari Abu Sa'id al-Khudri'. Ketika hendak meninggal dunia Abu Sa'id al-Khudri minta diberi pakaian baru lalu memakainya, kemudian dia berkata, "Aku pernah mendengar Rasullah saw bersabda, "Sesungguhnya mayat itu akan dibangkitkan semula dengan pakaian yang dikenakan sewaktu dikebumikan dulu ".

Menurut Abu Umar bin Abdul Bar, hadis inilah yang dijadikan penghujahan oleh orang yang mengatakan bahawa orang yang mati itu kelak akan dibangkitkan kembali dalam keadaan ia seperti semula. Semantara kebanyakan para ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan mayat didalam hadis itu adalah mayat orang yang mati syahid, dimana Nabi saw pernah memerintahkan supaya mayat orang yang mati syahid didalam peperangan supaya dikafankan saja dengan pakaian yang sedia ada itu dengan tidak perlu dimandikan. Oleh itu, mungkin Abu Sa'id mendengar hadis yang bersangkutan dengan orang yang khusus mati syahid ini, tetapi ia kemudiannya mentafsirkan hadis itu secara umum pula, wallahua'lam.

Dalil lain yang memperkuatkan pendapat kebanyakan ulama dan seterusnya tepat bersesuai dengan hadis Sadatinah Aisyah ra dan juga hadis Ibnu Abbas ra, adalah firman Allah SWT didalam surah al-Anaam ayat 94 yang mafhumnya :

"Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian sebagaimana Kami ciptakan kamu pada mulanya ".

Dan didalam surah al-A'raaf ayat 29 mafhumnya :

"Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada mulanya (demikian pula) Kamu akan kembali (kepadaNya) ".

Antara sebab lain ialah, kain baju dan pakaian yang ada didunia ini adalah termasuk harta benda. Walhal dinegeri akhirat tiada lagi harta benda sama sekali. Semua yang dimiliki didunia ini musnah, hancur lebur kerana kematian. Pada ketika itu semua manusia hanya bergantung kepada amal kebajikannya dan juga rahmat Allah sahaja. Semua manusia tidak perlu kepada pakaian seperti didunia ini lagi kecuali pakaian Syurga yang telah diperkatakan diatas tadi.

Abu Hamid dalam kitabnya 'Kasyfu Ilm al-Akhirat', cenderung kepada hadis Abu Sa'id al-Khudri, kerana didalam riwayat yang lain Rasullah bersabda "Berbuatlah sehabis sempurna dalam mengkafankan orang-orang dikalangan kalian kerana umatku akan dikumpulkan dengan memakai kain kafan, semantara umat-umat yang lain dalam keadaan telanjang". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Sufyan lengkap dengan sanadnya sekali.

Berkata Syeikh al- Qurthubi, "Pendapat saya hadis ini tidak sahih, sebab jika ia sahih pastilah yang dimaksudkan itu ialah 'kerana umat ku yang mati syahid akan dikumpulkan dengan memakai kain kafannya'. Oleh itu hadis itu tidak bertentangan dengan hadis-hadis yang lain...wallahu'lam. Hadis itu juga tidak bertentangan dengan hadis sebelumnya yang menyatakan bahawa orang-orang yang telah mati itu saling mengunjungi kuburannya dengan memakai kain kafannya, kerana pekara itu berlaku dialam barzakh. Tetapi ketika sudah keluar dari kubur, mreka dalam keadaan telanjang, terkecuali mereka yang mati syahid, wallahua'lam.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar alias Ahmad bin Ali bin Tsabit, dari Abdullah bin Ibrahim bin Abu Amar al-Ghiffari (perawi yang dikuathiri suka meriwayatkan hadits maudhu) dar Malik bin Anas dari Nafi' dari Ibnu Umar bahawa Rasullah bersabda, "Pada hari kiamat kelak aku akan dikumpulkan berada diantara Abu Bakar dan Umar, sebelum aku berdiri diantara Madinah dan Mekah lalu penduduk tanah haram pula mendatangiku".

Hadis ini gharib kerana hanya diriwayatkan dari Malik oleh Abdullah bin Ibrahim sahaja. Bahkan, ada yang mengatakan bahawa yang meriwayatkan dari Abdullah bin Ibrahim hanyalah Abdul Aziz bin Abdullah al-Hasyimi al-Baghdadi.


SAMPAI DISINI DAHULU BUAT KALI INI, LAMA SANGAT MENUNGGU ATOK BARANG KALI. MAAF KERANA TERPAKSA PERGI BUAT SEMANTARA (KURANG LEBIH SETAHUN). IA SANGAT MENYEDIHKAN ATOK KERANA TERPAKSA TINGGAL KAN BLOG KERANA TUGAS ATOK SANGAT PENTING. APA PUN DENGAN JANGKAMASA YANG ADA INI ATOK CUBA HABISKAN JUGA KITAB IMAM AL-QURTHUBI INI, INSYAALLAH. SEMPANA 1 RAMADHAN HARI INI, ATOK UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA. WASSALAM,


Sekian.
Atok Zamany.