Friday, June 10, 2011

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 13

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.



FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.



BAB 8. KEBANGKITAN MENGIKUT KEADAAN KEMATIANNYA.


Telah diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah bahawa ia pernah mendengar Nabi saw bersabda yang maksudnya, " Setiap hamba akan dibangkitkan kembali mengikut keadaannya ketika ia mati ". Juga diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya " Ketika Allah hendak menyeksa sesuatu kaum, Dia menimpakan azab kepada sesiapa saja yang ada ditengah-tengah mereka. Kemudian mereka dibangkitkan kembali berdasarkan niat mereka ". Hadis yang sama juga telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda bermaksud " Apabila Allah menurunkan azab kepada sesuatu kamu, Dia akan menimpakannya kepada sesiapa jua yang ada diantara mereka. Kemudian mereka dibangkitkan kembali berdasarkan amal-amal mereka ". Diriwayatkan juga oleh Bukhari, Muslim dan Malik dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya " Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, setiap orang yang berbicara pada jalan Allah (dan hanya Allahlah yang tahu terhadap orang yang berbicara pada jalan Nya ), nescaya pada hari kiamat nanti ia akan datang dengan luka yang mengalirkan darah berwarna merah dan beraroma (berbau) minyak kasturi ".

Diriwayatkan pula oleh Abu Daud dari Abdullah bin Amar bahawa ia berkata, " Wahai Rasulullah, tolong kabarkan kepadaku tentang jihad dan perang ". Baginda lalu bersabda " Wahai Abdullah, jika kamu berperang dengan bersabar dan hanya mengharap ridha Allah niscaya kelak kamu akan dibangkitkan kembali dalam keadaan bersabar dan mengharap ridha Allah. Dan jika kamu berperang dengan kemegahan dan untuk mencari kekayaan, niscaya kamu akan dibangkitkan kembali dengan kemegahan dan mencari kekayaan. Dalam keadaan apa pun kamu berperang atau terbunuh, niscaya Allah akan membangkitkan kamu dalam keadaan itu juga ". Diriwayatkan oleh ad-Dailami dan Abu Hadiyah alias Ibrahim bin Hadiyah (seorang perawi yang hadisnya ditinggalkan) dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersebda yang maksudnya " Barang siapa meninggal dunia dalam keadaan mabuk, ia akan dicabut nyawanya oleh Malikat Maut dalam keadaan mabuk, diazab oleh Malikat Mungkar dan Nakir dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan kembali pada hari kiamat nanti juga dalam berkeadaan mabuk sambil dibawa kesebuah parit ditengah-tengah neraka jahanam yang bernama sakran. Diparit tersebut terdapat sumber mata air yang mengalirkan darah dan hanya dari tempat itulah makan dan minum untuknya ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas bahawa seorang lelaki sedang menjalankan ibadah ihram bersama Nabi saw. Ia kemudiannya jatuh dari untanya lalu mati. Baginda Rasulullah bersabda " Mandikanlah ia dengan air dan daun bidara, kafankanlah ia dengan pakaiannya (kain ihram itu juga). Jangan beri ia wangi-wangian dan jangan ditutup kepalanya, kerana pada hari kiamat nanti ia akan mengucapkan kalimah talbiyah ". Dalam riwayat yang lain disebut, ..."Dalam keadaan menundukkan kepalanya ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari. Kemudian diriwayatkan (1) pula oleh Abbad bin Katsir dari az-Zubair dari Jabir bahawa ia berkata "Sesungguhnya orang-orang yang azan dan orang-orang yang mambaca talbiyah, pada hari kiamat nanti mereka akan keluar dari dalam kuburan mereka dengan memgumandangkan azan dan talbiyah ". Riwayat itu juga disebut oleh al Halimi dalam kitabnya Al- Minhaj. Kemudian akan diperjelaskan lagi. Telah diriwayatkan oleh Abul Qasim Ishak bin Ibrahim bin Muhammad al-Khatali didalam kitab tulisannya bertajuk 'Ad-Dibaj' , dari Abu Muhammad Abdullah bin Yunus bin Bukair dari ayahnya dari Amr bin Syamr (perawi yang boleh meriwayatkan hadis maudhu) dari Jabir dari Muhammad bin Ali dari Ibnu Abbas dan Ali bin Hussin, bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya " Jibril memberitahu kepadaku bahawa kalimah 'Laillaha Illallah' (shadatai) itu akan menjadi teman bagi seseorang muslim pada saat kematiannya didalam kubur dan ketika ia keluar dari kuburnya. Kata Jibril 'Hai Muhammad, seandainya kamu melihat penghuni kubur ketika ia keluar dari dalam kuburnya, mereka menggeleng-gelengkan kepala. Seorang dari mereka dengan wajah putih berseri dengan mengucapkan 'Laillaha Illallah, Walhamdulillah' , dan ada seorang lainnya dengan wajah hitam muram dan berseru 'Aduhai celakanya, aku telah melakukan kelalaian disisi Allah ". Diriwayatkan (2) oleh Ibnu Abud Dunya dan Baihaqi dari Abul Qasim Ishak bin Ibrahim bin Muhammad al-Khatali lagi dari Yahya bin Abdul Humaid al Jammani ( seorang perawi yang lemah ) dari Abdulrahman bin Yazid bin Aslam dari Ayahnya dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya " Tidak ada kesedihan bagi orang-orang yang suka mengucapkan kalimah (shadatai) 'Laillaha Illallah', baik saat kematiannya, saat dikuburannya, mahupun saat mereka dibangkitkan semula nanti. Aku seakan-akan melihat mereka mengibas-gibaskan debu dari kepala mereka lalu berkata 'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami ".


PENJELASAN PENULIS .

Cuba perhatikan kedua-dua hadis (1) dan (2) diatas tadi, Inilah juga merupakan dalil kenapa dan mengapa kita sebagai seorang islam wajib sentiasa berada didalam kedudukan shadatai, terutama dalam mengambil shadatai itu dari tangan-tangan pewarisnya hingga menyampai kepada tangan Rasulullah saw itu sendiri. Hanya adanya pertalian ini saja kita akan termasuk didalam golongan yang Rasulullah sebut didalam hadis ini sebagai seorang MUKMIN dan bakal akan terpelihara dari semua bentuk seksaan iaitu semasa hidupnya, semasa matinya, sewaktu didalam alam barzah dan semasa hari kebangkitan diakhirat nanti. Hadis-hadis ini jugalah yang digunakan oleh ramai tok-tok guru dan kalau diseberang dipanggil pak kiyai, sebagai landasan dan hujah akan kebenaran mengambil talqin shadatai daripada sanat-sanat pewaris ilmu atau juga digelar berwasilah, hingga menyampai kepada Nabi saw.

-------------------------------------

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya " Wanita yang meratapi mayat kelak pada hari kiamat akan keluar dari kuburnya dengan rambut kusut masai tiada terurus. Ia memakai 'jilbab' (sejenis pakaian seperti baju kurung orang melayu) dari laknat Allah dan gelang tangan dari api neraka. Sambil ia meletakkan kedua tangannya diatas kepala ia berkata 'Aduh, celaka sungguh nasib ku ". Hadis yang serupa juga telah diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Malik al-Asy'ari bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya " Meratapi mayat adalah termasuk tradisi jahiliah. Jika seorang wanita mati (wanita yang meratapi kematian itu), Allah akan memberinya pakaian dari neraka dan gelang dari nyalaan api ". Begitu juga hadis yang diketengahkan oleh Muslim bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya " Pada hari kiamat kelak ia akan dibangkitkan dengan mengenakan baju kurung dari Tar dan gelang dari karat besi neraka ". Diriwayatkan oleh ats- Tsa'labi didalam kitabnya bertajuk "Tafsir at Tsa'labi dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya " Wanita-wanita yang meratapi mayat tersebut kelak pada hari kiamat akan dikumpulkan menjadi dua baris. Satu baris disebelah kanan dan satu baris lagi disebalah kiri. Mereka bersuara separti suara salakan anjing, pada suatu hari yang lamanya seperti lima puluh ribu tahun, kemudian mereka diperintah menuju keneraka ".

Diriwayatkan pula oleh Syaikh al- Hajj Abu Muhammad alias Abdul Wahab Syahr bin Rawah dan Syaikh al-Imam Ali bin Hibatullah asy-Syafi'i, dari as-Salafi dari Abu Abdullah ats-Tsaqafi, dari Abu Muhammad alias Abdullah bin Ahmad bin Khaulah al-Abhari, dari Abu Umar dan Ahmad bin Muhammad bin Hakim al-Madani, dari Abu Umayyah alias Muhammad bin Ibrahim ath-Tharsusi, dari Sa'id bin Sulaiman, dari Sulaiman bin Daud al-Yamami, dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya "Pada hari kiamat kelak, wanita-wanita yang meratapi mayat akan dikumpulkan menjadi dua barisan dineraka jahanam, satu barisan disebelah kanan dan satu barisan lagi disebelah kiri. Mereka meratap seperti lolongan anjing ". Hadis ini gharib kerana yang meriwayatkan dari Abu Nashr alias Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah hanyalah Sulaiman bin Daud. Anas mengatakan bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya "Wanita yang meratapi mayat kelak akan keluar dari dalam kuburnya dengan rambut kusut tidak terurus, berwajah hitam muram, bermata biru, mengenakan baju kurung dari laknat Allah dan memakai gelang dari murkaNya. Dengan tangan yang sebelah dibelenggu kelehernya dan yang sebelahnya lagi diletakkan diatas kepala lalu ia berseru ' Aduh celakanya, aduh malangnya dan aduh sedihnya ! ' Malaikat Maut yang berada dibelakangnya menyahut, 'amin...amin'. Kemudian mereka dilimparkan kedalam neraka".

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya "Meratapi mayat adalah termasuk tradisi jahiliah. Jika seorang wanita yang meratap tidak mahu bertaubat sebelum matinya, kelak pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan memakai baju dari Tar, kemudian ia dikenakan gelang dari nyala api neraka ". Allah telah berfirman didalam surah al Baqarah ayat 275 yang mafhumnya :

" Orang-orang yang memakan (harta) riba, tiada berdiri melainkan seperti berdirinya seorang yang dibantingkan syaitan kerana gila, demikian itu kerana mereka berkata : Jual beli itu hanya seperti riba. Allah menghalalkan berjual- beli dan mengharamkan riba. Maka siapa yang menerima pengajaran dari Tuhannya, lalu berhenti (memakan riba), maka untuknya apa yang telah lalu dan urusannya terserah kepada Allah. Barang siapa kembali (melakukan riba), mereka itulah penghuni neraka serta kekal didalamnya ".

Menurut para ulama-ulama ahli tafsir seperti Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnuz Zubair, Qatadah, ar-Rabi, Abdulrahman as Suda, adh-Dhahhak, Ibnu Zaid dan yang lain-lain lagi, orang yang memakan harta riba itu nanti tidak akan boleh berdiri dari dalam kuburannya. Hal ini kerana mereka sedang dicekik syaitan sebagai hukuman Allah bagi mereka yang suka memakan harta riba. Perut mereka menjadi berat sehingga mereka tidak boleh berdiri seperti kebiasanya. Setiap kali ia cuba bangkit dari kuburnya, ia akan terjatuh semula. Maka kita bermohon kehadrat Allah swt agar kita diberi pelindungan, keampunan dan keselamatan dari azab didunia dan akhirat dari termakan harta riba. Allah swt juga telah berfirman didalam surah Ali Imran ayat 161 yang mafhumnya :

"Bukanlah Nabi itu khianat (dalam membahagikan harta rampasan perang). Barang siapa khianat, datanglah ia pada hari kiamat bersama yang dikhianatinya ; kemudian disempurnakan (balasan) tiap-tiap manusia menurut apa yang telah mereka usahakannya, sedang mereka itu tiada teraniaya ".

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya " Barangsiapa meninggal dunia pada satu martabat, ia akan dibangkitkan sesuai dengannya ".



BAB 9 - KEADAAN DAN KEBANGKITAN NABI SAW DARI MAKAMNYA.


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Abu Luhai'ah dari Khalid bin Yazid, dari Sa'id bin Hilal dari Nabih bin Wahab bahawa Ka'ab menemui Aisyah ra. Pada ketika itu beberapa orang tetamu yang terlebih dahulu berada dirumah Aisyah sedang bertanya berkenaan Rasulullah, Ka'ab lalu berkata " Setiap pagi ada 70 ribu rombongan malaikat yang turun mengelilingi makam Rasulullah, sambil meletakkan sayap mereka membacakan selawat keatas Nabi hingga kepetang. Setelah itu turun lagi 70 ribu rambongan malaikat yang melakukan hal yang sama pada siang hari. Waktu ketika bumi telah terbelah (hari kiamat), Rasulullah keluar dari makamnya dan 70 ribu malaikat tetap mengagungkannya ".

Terdapat juga riwayat yang menyatakan bahawa kelak seluruh manusia akan dibangkitkan dari kuburan masing-masing dan dikumpulkan dipadang Mahsyar dalam keadaan telanjang. Kemudian akan kami jelaskan.

Diriwayatkan oleh at-Tarmidzi al Hakim dalam kitabnya bertajuk 'al-Ushul' dari Basyri bin Khalid dari Sa'id bin Maslamah (seorang perawi yang lemah) dari Ismail bin Umayyah dari Nafi' dari Ibnu Umar bahawa ia berkata "Nabi muncul dengan diapit oleh Abu Bakar disebelah kanan dan Umar disebelah kiri seraya bersabda 'Demikian ini kelak kami dibangkitkan kembali pada hari kiamat' ".



BAB 10 - DIBANGKITKAN SEMULA SIANG, MALAM DAN HARI
JUMAAT.


Diriwayatkan oleh al Hakim dari Abu Musa al Asya'ri bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung akan membangkitkan hari-hari seperti keadaannya semula dan membangkitkan kembali hari Jumaat akan mengelilinginya seperti seorang pengantin wanita yang hendak dihantarkan kepada suaminya. Mereka berjalan dibawah cahaya. Warna mereka seputih salju dan aroma mereka seharum kasturi. Mereka melintasi gunung yang penuh tumbuh-tumbuhan. Jin dan manusia memandang penuh kagum. Mereka masuk syurga, dan hanya Muazin (tukang azan) yang ikhlas sahaja yang dapat bergabung dengan mereka ".

Diriwayatkan pula oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari Abu Imran al- Jauni bahawa ia berkata "Setiap malam ada yang menyeru : 'Lakukanlah kebajikan semampu kalian, kerana pada hari kiamat kelak aku tidak akan kembali kepada kalian ! ". (Abu Imran merupakan seorang Muazin dizaman Saidina Umar yang sangat terkenal akan ketaatannya pada waktu solat serta terlampau banyak sujud).



BAB 11 - KEBANGKITAN MUKMIN DISAMBUT DUA MALAIKAT YANG
BERSAMANYA SEMASA DIDUNIA DAN BERSERTA
AMALANNYA.


Telah disebutkan sebalum ini sebuah hadis marfu dari Jabir, " Saat terjadi kiamat, Malaikat pencatit amal-amal kebajikian dan Malaikat pencatit amal-amal keburukan turun untuk melepaskan buku catitan amal yang dikeluarkan dari leher seorang hamba. Kemudian mereka bersamanya, yang satu sebagai pengiring dan satu lagi sebagai saksi ".

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Tasbit al-Bannani bahawa ia sedang membaca alQuran surah Fushshilat. Ketika sampai pada ayat yang mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Tuhan kami ialah Allah', kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka Malaikat akan turun kepada mereka ".

Ia berhenti dan berkata "Kami mendengar bahawa begitu seorang hamba yang beriman dibangkitkan dari kuburnya, ia terus disambut oleh dua Malaikat yang bersamanya ketika didunia dan berkata 'Jangan takut dan jangan bersedih. Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu '. Allah pun menghilangkan ketakutannya dan memberikannya kesenangan. Ketika pada harim kiamat manusia sedang dilanda bincana besar, justru seorang hamba yang beriman sedang merasa senang terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya dan terhadap balasan amal yang ia lakukan sewaktu didunia ".

Amar bin Qais al-Mala'i mengatakan " Bila saja seorang Mukmin keluar dari kuburnya, ia terus disambut oleh amalannya dalam bentuk susuk tubuh yang sangat tampan dan berorama tersangat harum seraya bertanya 'Apa kamu mengenali aku ? ' Mukmin itu menjawab ' Tidak... tetapi aku yakin Allahlah yang telah membuat bentukmu yang sangat tampan dan berbau sangat wangi '. Amalan itu pun berkata 'Demikian pula kamu sewaktu didunia. Aku adalah amalmu yang soleh. Sudah lama aku mengikut mu didunia dan sekarang ikutilah aku'. Lalu ia membaca ayat 85 surah Maryam, yang mafhumnya ;

"(ingatlah) Pada hari kiamat, Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa kepada Yang Mahapengasih, sebagai perutusan (yang terhormat) ".

Sedangkan bagi orang kafir, ia juga akan disambut oleh amalannya yang buruk yang dijelmakan Allah dengan susuk tubuh yang sangat buruk dan berbau tersangat busuk, lalu ia bertanya "Kenalkah kamu akan diriku ?". Ia menjawab "Tidak, tetapi aku yakin Allahlah yang menbuat bentukmu yang buruk dan berbau tersangat busuk !". Amalan itu pun berkata "Demikian pula kamu sewaktu didunia. Aku adalah amalanmu yang buruk. Sudah lama aku mengikut kamu didunia dan sekarang ikutilah aku ". Lalu ia membaca ayat 31 dari surah al-An'am yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan akan menemui Allah. Sehingga apabila datang hari kiamat dengan tiba-tiba mereka berkata : 'Aduhai, menyesalnya kami atas tafsiran kami sewaktu didunia. Sedang mereka memikul dosa mereka atas punggung mereka sendiri. Ingatlah amat jahat apa yang mereka pikul itu ".

Menutur al Qadhi Abu Bakar ibnu Arabi, hadis ini tidak sahih dari segi sanatnya.



BAB 12 - DIMANA KEDUDUKAN MANUSIA APABILA BUMI DAN
LANGIT DITUKAR DENGAN BUMI DAN LANGIT YANG BARU
PADA HARI KIAMAT.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Tsauban (bekas budak Rasulullah) bahawa ia berkata "Ketika aku sedang berdiri dekat dengan Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang pendita Yahudi. Selepas memberi salam, Pendita Yahudi itu pun menyampaikan hasratnya untuk bertanya kepada Rasulullah "Wahai Muhammad, dimanakah tempat kedudukan manusia ketika langit dan bumi digantikan kepada langit dan bumi yang baru ? ". Rasulullah bersabda "Mereka semua berada didalam kegelapan diatas jembatan neraka ". Hadis ini panjang, kemudian akan dijelaskan lagi. Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Bakar bin Abu Syaiban dari Ali bin Mushir dari Daud bin Abu Hindun dari asy-Sya'bi dari Masruq dari Aisyah ra bahawa ia berkata "Ketika Rasulullah ditanya berkenaan firman Allah, mafhumnya "(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain (demikian pula) langit ". Disaat itu dimanakah kedudukan manusia ?. Baginda menjawab "Di jembatan neraka ". Diriwayatkan oleh at-Tarmidzi dari Ibnu Abu Umar dari Sufyan dari Daud bin Hindun dari asy-Sya'ba dari Masruq dari Aisyah as bahawa ia bertanya "Ya Rasulullah, padahal bumi dan seluruhnya adalah didalam genggaman Allah pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Lalu dimanakah kedudukan orang-orang Mukmin pada saat itu ?". Baginda menjawab "Di jembatan neraka, Aisyah !". Kemudian diriwayatkan lagi oleh at-Tarmidzi dari Mujahid bahawa ia berkata "Ibnu Abbas bertanya kepada ku "Tahukah kamu berapa luas neraka jahanam ?". Aku menjawab " Tidak !". Ia berkata "Benar, demi Allah kamu pasti tidak tahu, Aisyah ra bercerita kepada ku bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah tentang firman Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung. "Padahal bumi seluruhnya didalam genggaman Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan Nya, 'Aisyah bertanya : 'Lalu dimanakah kedudukan manusia tatkala itu, ya Rasulullah ?'. Baginda menjawab "Diatas jembatan Neraka Jahanam ".


KETERANGAN PENULIS (Imam al-Qurthubi) :

Daripada hadis-hadis itu tadi, merupakan nash yang tegas menyatakan bahawa langit dan bumi itu akan musnah. Seterusnya Allah akan menciptakan langit dan bumi yang baru untuk manusia setelah mereka semua berada diatas jembatan neraka. Oleh itu ia menolak anggapan sesetangah orang yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan pengantian langit dan bumi hanyalah perubahan sifat-sifatnya setelah mengalami kerosakan teruk hari kiamat. Pekara ini akan dijelaskan lagi didalam tajuk tanda-tanda hari kiamat.

--------------------------------------------

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Syahr bin Hausyab dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata "Pada hari kiamat, bumi akan diratakan seperti kulit yang disamak dan luasnya akan ditambah sekian dan sekian (angka anggapan yang disebutnya tetapi tidak diberitahu jumlahnya) ". Hadis ini disebutlan oleh ats-Tas'labi didalam kitabnya bertajuk 'Tafsir ats-Tas'labi'. Diriwayatkan oleh Ali bin Husain bahawa ia berkata "Pada hari kiamat nanti, Allah swt akan membentangkan bumi seperti kulit yang disamak, sehingga setiap manusia hanya punya tempat untuk kedua tapak kakinya saja ". Ini kabar dhaif riwayat Ibnu Mubarak dan Hakim. Ada yang mengarakan bahawa makna perkataan 'menggantikan' dalam bahasa Arab bererti mengubah sesuatu. Contohnya firman Allah didalam surah an-Nisaa' ayat 56 yang mafhumnya :

"Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka ".

Oleh itu tidaklah seharusnya untuk kita menghilangkan terus maksud asalnya melainkan ia hanya bersangkutan dengan perubahan sifat, Seandainya bermaksud menghilangkan maksud asalnya, maka menghilangkan maksud asal bumi itu adalah dilihat lebih ringan. Pekara ini sememangnya benar, tetapi ada juga firman Allah swt seperti contohnya didalam surah al-Qalam ayat 32 dan didalam surah an-Nuur ayat 55 juga didalam surah al-Furqaan ayat 70, yang mafhumnya :

"Mudah-mudahan Tuhan kita akan memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu ". (al Qalam- 32)

"Dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada didalam ketakutan menjadi aman damai". (an Nuur- 55)

"Maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan ". (al Furqaan- 70).

Oleh itu, berdasarkan keterangan ayat-ayat diatas, kalimat 'menggantikan' bererti menghilangkan sama sekali sesuatu yang diganti dengan menggantikannya pula dengan sesuatu yang baru. Contohnya bumi yang ujud sekarang ini diganti dengan bumi yang baru. Perasaan takut diganti dengan rasa aman damai. Kejahatan digantikan dengan kebajikan dan kebun yang telah musnah digantikan dengan kebun yang baru.

Menurut Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud, kelak Allah akan menggantikan bumi yang ada sekarang ini dengan bumi lain yang sama sekali baru dan warnanya seputih perak. Bumi itu bersih kerana belum ada darah haram yang tumpah diatasnya dan belum pernah dibuat melakukan dosa atau kejahatan apa juapun. Menurut Ibnu Mas'ud lagi, bumi yang sekarang ini akan diganti dengan api dan surga ada dibelakangnya sehingga cahaya dan kemegahannya boleh terlihat dengan jelas. Tetapi apa yang dikatakan oleh Ibnu Mas'ud ini telah disanggah oleh Abul Jalad alias Hailan bin Farwat. Menurutnya, " Tidak ada satu pun kitab-kitab yang diturunkan Allah swt yang memberikan isyarat bahawa pada hari kiamat nanti bumi akan menyalakan api ". Berkata Ali "Bumi yang sekarang ini akan menjadi perak dan langit akan menjadi emas ".

Berkata Jabir "Aku pernah bertanya kepada Abu Ja'far alias Muhammad bin Ali tentang makna firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 48 yang mafhumnya :

"(ingatlah) satu hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain ".

Dia menjawab " Bumi ini akan diganti dengan roti yang kelak pada hari kiamat akan dimakan oleh seluruh makhluk ". Kemudian dia membaca firman Allah didalam surah al Anbiya'a ayat 88 yang mafhumnya :

"Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tidak memakan makanan".

Menurut Sa'id bin Jabair dan Muhammad bin Ka'ab, bumi ini akan digantikan menjadi roti berwarna putih yang akan dimakan oleh orang Mukmin dari bawah tapak kaki mereka. Manakala menurut saya sendiri (Imam al Qurthubi) yang lebih cenderung dan sependapat dengan pendapat Sa'id bin Jabir dan Muhammad bin Ka'ab itu tadi. Pendapat ini juga turut dianut oleh Ibnu Barjan yang ditulis didalam kitabnya yang bertajuk 'al Irsyad' , kerana pendapat ini sesuai dengan pendapat para2 sahabat dan tabi'in. Pendapatnya "Orang mukmin akam menyentap makanan yang berada dibawah kelengkang dan meminum air dari telaga ".

Adapun berkenaan dengan pengertian langit, menurut Ibnu Abbas kelak langit dan bulan akan digulung sehingga bintang-bintang akan berguguran jatuh, Kemudian ada juga pendapat mengatakan bahawa keadaan langit akan menjadi berubah-ubah. Sesekali ia berwarna seperti kilauan perak dan didalam timpoh yang lain pula menjadi kilauan minyak. Hal ini diceritakan oleh Ibnul Anbari. Menurut Ka'ab, kelak langit akan menjadi kabus dan lautan menjadi api. Ada pendapat lain pula mengatakan bahawa langit akan diganti seperti membalikkan helaian kitab. Menurut Abu Hasan alias Syabib bin Ibrahim bin Haidarah didalam kitabnya bertajuk 'al Ifshah', pendapat-pendapat itu pada hakikatnya tidak bertentangan. Sebab pengertiannya, langit dan bumi itu akan mengalami pengantian sebanyak dua kali. Pertama, terlebih dahulu Allah akan mengubah sifat-sifatnya sebelum Malaikat Israfil meniupkan sangkakala kematian yang membuat semua bintang-bintang berguguran dan matahari serta bulan mengalami gerhana sehingga warnanya laksana perak. Setelah itu gunung-gunung berjalan (bergerak), bumi bergelombang dan laut pun menjadi api. Kemudian bumi akan terbelah sedikit demi sedikit, bentuk dan konstruktifnya akan berubah. Kemudian ketika sangkakala kematian akan ditiup, langit pun akan digulung dan akan diganti dengan langit yang lain, itulah maksud dari firman Allah didalam surah az Zumar ayat 69 yang mafhumnya :

"Dan terang- benderanglah bumi (Padang Mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya".

Bumi pula akan digantikan dan kembali seperti semula dimana manusia ada yang diatas punggungnya dan ada pula yang didalam perutnya. Seterusnya ketika manusia sudah berada di Padang Mahsyar, bumi akan diganti untuk kali keduanya. Mereka diberi ganti bumi Sahira' yang warnanya seputih perak dan masih suci bersih kerana belum pernah dikotori oleh darah haram yang ditumpahkan padanya. Juga belum pernah digunakan untuk berbuat maksiat dan kezaliman sama sekali. Pada waktu itulah manusia berdiri dijambatan neraka. Meskipun ada riwayat yang mengatakan bahawa jembatan neraka ini sangat panjang, luas dan berlapis-lapis, tetapi ia tidak dapat menampung jumlah seluruh makhluk yang terlalu banyak. Akibatnya, ada sebahagian manusia yang jatuh kejurang neraka. Mereka itulah orang-orang kafir. Ketika bumi Sahira' itu selesai dihisab oleh Allah swt, orang-orang beriman berjaya melepasi jembatan neraka (titian Siratalmustaqim) dengan selamat, penduduk syurga sudah berkumpul dibelakang jembatan, manakala penduduk neraka sudah berada didalam neraka, maka bumi akan digantikan dengan roti yang bentuknya seperti ban pipih. Mereka menikmatinya dengan lahap sekali kerana terlalu lapar. Ketika mereka masuk kedalam syurga, mereka tetap dapat menikmati roti tersebut dengan tambahan lauk pauk berupa hati lembu dan hati ikan laut.


BAB 13- PERISTIWA YANG TERJADI SEBELUM KIAMAT.


Diriwayatkan oleh Ali bin Ma'ban dari Abu Hurairah ra bahawa ia berkata "Aku sedang bersama beberapa orang sahabat yang lain mendengar Rasulullah bercerita, 'Sesungguhnya setelah menciptakan langit dan bumi, Allah lalu menciptakan Sangkakala dan diberikanNya kepada Malaikat Israfil. Israfil meletakkan benda itu dimulutnya dengan pandangan mata menatap tajam kearah 'Arasy sambil menunggu bilakah ia akan diperintah meniupnya'. Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, apa itu Sangkakala ? '. Baginda bersabda, 'Benda seperti tanduk'. Aku bertanya lagi, 'Bagaimanakah bentuknya ?'. Baginda Bersabda, 'Sangat besar sekali, Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, luasnya saja seluas langit dan bumi. Benda itu akan ditiup sebanyak tiga kali. Pertama, tiupan yang membuat seluruh makhluk terpegun ketakutan. Kedua, tiupan yang membuat seluruh makhluk mati. Dan ketiga, tiupan yang membuat mereka bangun semula dan berdiri untuk mengadap Allah Tuhan Seru Semesta Alam. Allah memerintah Malaikat Israfil untuk melakukan tiupan yang pertama. Allah berfirman, "Tiuplah". Apabila saja ia ditiup, bunyinya membuat seluruh makhluk terkejut, terperanjat, terpegun bercampur takut bagi seluruh makhluk yang berada dilangit dan bumi, kecuali pada mereka-mereka yang dikehandaki oleh Allah saja. Allah memerintah Israfil untuk meniup Sangkakala secara sekaligus secara terus menerus dalam waktu yang lama. Allah swt telah berfirman didalam surah Shaad ayat 15 yang mafhumnya :


" Mereka tidak menanti, melainkan satu teriakkan yang tidak dapat ditarik kembali ".

Peristiwa itu akan terjadi pada hari Jumaat pertengahan bulan Ramadhan. Allah akan membuat gunung-gunung berjalan dan melintas seperti awan. Setelah itu berubah menjadi fatamorgana serta menguncang bumi dan penghuninya dengan sangat kuat. Itulah maksud firman Allah didalam surah Naazi'aat ayat 6-8, yang mafhumnya :

"(Yaitu) Pada hari bergoncang yang bergongang (bumi). Lalu diikuti yang mengikut (langit). Segala hati pada hari itu gementar ketakutan ".

Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan, pada hari ketika tiupan pertama yang mengguncangkan alam, tiupan pertama itu diiringi dengan tiupan kedua. Hati manusia tatakala itu sangat takut. Saat itu bumi seperti sebuah perahu ditengah lautan samudera yang sedang terombang-ambing dilambung ombak. Manusia yang berada didalamnya berteriak, terpekik melolong, histeria meminta tolong. Sesungguhnya ia merupakan satu peristiwa yang sangat dahsyat dan mengemparkan. Sehinggakan wanita-winata yang sedang menyusu lalai akan anak yang disusuinya. Wanita-winata yang sedang hamil terus saja melahirkan kandungannya. Anak-anak kecil terus menjadi beruban dan para Jin, Syaitan dan Iblis lari lintang pukang keseluruh pelusuk dunia mencari tempat sembunyi, namun tetap dapat dikejar oleh para Malaikat Maut dan dipukul wajah-wajah mereka. Pada saat itu manusia sama berpaling kebelakang semasa dipanggil nama- nama mereka oleh keluarga dan kenalan mereka, sebagaimana firman Allah didalam surah al-Mu'min ayat 33 yang mafhumnya :

Dalam keadaan itu, tiba-tiba bumi terangkat secara perlahan dan mereka menyaksikan pemandangan yang sangat luar biasa yang belum pernah disaksikan. Sehingga mereka dilanda bincana dan hurahara yang hanya Allah saja yang mengatahuinya. Mereka memendang kelangit yang warnanya tiba-tiba seperti saduran perak lalu pecah dan terjadilah gerhana matahari dan bulan serentak. Bintang-bintang gugur berjatuhan dan langit pun pecah berserakan ". Menurut Rasulullah, pada saat itu orang-orang yang telah mati duluan tidak mengatahui sama sekali keadaan yang sangat huruhara dan dahsyat itu. Aku bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah yang dikecualikan oleh Allah swt seperti yang telah dinyatakan didalam surah an Naml ayat 87, yang mafhumnya :

"Pada hari ditiup Sangkala, lalu terkejutlah siapa yang dilangit dan siapa yang dibumi kecuali orang yang dikehendaki Allah. Semuanya datang kepadaNya dengan berhina diri ".

Baginda bersabda "Mereka ialah orang-orang yang mati Syahid. Mereka hidup disisi Allah dengan mendapat rezeki. Rasa terkejut hanya dialami oleh orang-orang yang masih hidup sahaja. Allah melindungi orang-orang yang telah mati Syahid tersebut dari kejahatan hari itu (kiamat), iaitu berupakan seksaan yang ditimpakan kepada makhluk Nya yang jahat. Allah berfirman didalam surah al hajj ayat 1 yang mafhumnya :

"Hai seklian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu. Sesungguhnya gempa bumi pada hari kiamat sesuatu yang sangat besar ".

Setelah mereka tinggal selama suatu hari yang sangat panjang sehingga membosankan dan terasa terseksa, Allah lalu memerantah Malaikat Israfil untuk meniup Sangkakala kematian ".


PENJELASAN HADIS ( 1 ) :

Hadis yang sangat panjang diatas tadi telah dituturkan oleh ath- Thabari dan ats- Tsa'labi dan dianggap sahih oleh Ibnul Arabi didalam kitabnya yang bertajuk 'Siraj al-Muridin'. Ia mengatakan, "Kegoncangan Alam merupakan rangkaian peristiwa yang terjadi disekitar tiupan Sangkakala yang pertama. Ketika Nabi membicarakan masaalah ini, Baginda sekaligus juga membicarakan tentang huru-hara yang telah disebut didalam al Quran sebagai satu kajadian yang sangat besar. Pada saat itu timbul rasa terkejut dan takut luar biasa yang tidak sanggup ditahan oleh jiwa manusia. Ada dua pendapat mengenai bilakah rasa terkejut dan takut luar biasa berlaku. Artinya, apabila saja mendengar tiupan Sangkakala yang pertama kalinya, semua manusia dan makhluk akan terkejut dan merasa takut luar biasa. Gambaran keadaan yang sungguh dahsyat itu digambarkan seperti, kanak-kanak tiba-tiba menjadi tua dan beruban, wanita-wanita yang sedang menyusukan bayinya tidak pedulkan lagi bayinya itu dan wanita- wanita yang sedang mengandung, dengan tiba-tiba saja melahirkan kandungannya itu. Kemudian ada pula berpendapat bahawa keadaan terkejut dan ketakutan luar biasa itu tidak terjadi sepontan bila kedengaran dunyi Sangkakala itu, malahan ia terjadi didalam jangkamasa tertentu selepas tiupan. Apa pun yang jelasnya, peristiwa peniupan Sangkakala yang pertama kali dan rasa terkejut dan takut luar biasa itu berlaku didalam hari yang sama.

Apa yang telah disampaikan oleh Ibnu Arabi itu pelulah diteliti semula berdasarkan keterangan yang baru saya (Imam Qurthubi) sampaikan tadi. Ada sebuah hadis munqathi' yang telah diriwayatkan oleh ath-Thabari dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda "Tiupan Sangkakala itu berlaku tiga kali. Yang pertama ialah tiupan yang membuat seluruh makhluk terkejut ketakutan...". Padahal, sebelum ini sudah dijelaskan bahawa tiupan Sangkakala itu hanya berlaku sebanyak dua kali saja, bukannya tiga kali. Ada pun Hadis riwayat Muslim berkenaan firman Allah kepada Nabi Adam as yang berbunyi "Wahai Adam, kirimkanlah rombongan keneraka ", maka pekara itu terjadi selepas kebangkitan pada hari kiamat. Sedangkan tiupan Sangkakala yamg membuat terkejut itu berbeza dengan tiupan Sangkakala yang membuat seluruh makhluk itu mati, tentulah diwaktu itu manusia masih hidup dan masih ada siang dan malam. Keadaan itu berlaku sehinggalah tiupan Sangkakala kematian ditiupkan dan membuat semua makhluk mati, seperti yang telah disebutkan didalam hadis riwayat Abdullah bin Amr Ibnul-'Ash sebelumnya.

Gempa bumi yang dahsyat tidak harus timbul akibat tiupan Sangkakala. Kita akan melihat bumi dan semua isinya bergerak laksana sebuah perahu kecil yang terapung-apung ditengah-tengah samudara ketika dihempas oleh gelombang yang datang bergulung-gulung. Jadi, gempa bumi merupakan salah satu dari tanda-tanda hari kiamat. Kata Alqamah, asy-Sya'bi, Anas dan Malik, dan Hasan al-Bashri, "Gempa bumi termasuk tanda-tanda hari kiamat ". Al-Qusyairi Abu Nashr alias Abdurrahman bin Abdul Karim didalam kitabnya yang bertajuk 'Tafsir al-Qusyairi' mengatakan, "Yang dimaksudkan dengan tiupan Sangkakala yang membuat terkejut ialah ketika terdengar tiupan ini manusia hidup kembali kerana terkejut sambil bertanya, seperti yang dipetik didalam firman Allah didalam al Quran didalam surah Yaasin ayat 52 yang mafhumnya:

"Mereka berkata: Aduhai celakalah kami !. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?. Inilah yang dijanjikan oleh Rahman dan teranglah kebenaran rasul-rasul ".

Mereka merasa ngeri menyasikan sesuatu yang membuat mereka gementar dan terkejut. Ada pula yang mengatakan bahawa peristiwa gempa bumi yang sangat dahsyat itu berlaku sebelum hari kiamat, iaini pada pertengahan bulan Ramadhan sebelum matahari terbit dari barat. Menganai firman Allah, "(ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncang itu ", ada dua pendapat. Berdasarkan pendapat pertama, kegoncangan tersebut terjadi didunia sebelum peristiwa tiupan Sangkakala kematian, melihat dari begitu dahsyatnya kegoncangan tersebut dan begitu kuatnya bumi bergerak. Oleh itu, pekara itu tidak berlaku pada hari kiamat. Sebab pada hari kiamat nanti sudah tiada wanita yang sempat menyusukan anaknya lagi atau tiada wanita yang sempat hamil. Semua manusia didalam keadaan mabuk kerana ancaman ketakutan yang luar biasa. Jika dilihat berdasarkan pendapat kedua pula, ia terbahagi kepada dua bahagian :

Pertama : Kegoncangan itu hanya sekadar contoh atau bersifat simbolik saja. Artinya akan muncul satu hari yang membuatkan semua manusia hanya akan memikirkan tentang diri mereka sendiri sahaja.

Kedua : Kegoncangan itu benar-benar terjadi secara nyata, bukannya sekadar contoh dan sembolik sahaja. Artinya setiap wanita yang dikumpulkan bersama-sama anaknya yang masih menyusu, tetakala melihat huru-hara yang terjadi pada hari itu akan ketakutan dan terus cuba menyelamatkan nyawa anaknya. Keadaan yang sama juga berlaku kepada wanita yang sedang hamil. Apabila saja dia dibangkitkan kembali pada hari kiamat nanti, mereka terkejut luar biasa dan terus mati. Sehingga membuat bayi-bayi yang didalam kandungannya pun ikut mati bersama. Oleh itu mereka akan mengalami kematian sekali sahaja. Persoalannya, kematian itu hanya akan ditimpakan kepada manusia sekali sahaja. Kematian tidak akan terjadi dua kali, kerana pada hari kiamat itu tiada istilah kematian, kecuali semua manusia akan dihidupkan kembali. Jadi, pada waktu itu adalah hari kehidupan.

Atau, mungkin Allah menghidupkan kembali semua janin yang sudah cukup sifat ciptaannya lalu ditiupkan roh padanya, kerana ibu-ibu mereka sedang kebingungan memikirkan mereka. Tetapi, isu kebimbangan inilah yang menjadi sumber kekuatan untuk menyusukan mereka. Sebab, pada hari itu tiada lagi susu atau makanan apa pun. Hari itu adalah hari perhitungan amal yang tidak menerima lagi alasan dan keuzuran. Dalam keadaan yang sangat tertekan seperti itu, tidak mungkin ada wanita yang masih sempat memikirkan tentang orang lain lagi walaupun anaknya sekali pun. Soalnya, masing-masing sibuk dengan diri sendiri sahaja. Hasan al Bashri menafsirkan firman Allah didalam surah al-Hajj ayat 2 "...Dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk kerana mereka melihat azab yang pedih dan merasa ketakutan. "Padahal sebenarnya mereka tidak mabuk (minum arak), tetapi kerana siksaan Allah amat keras ".

Sebagai tambahan, iaitu pekara yang lain selain dari apa yang telah saya (Imam al Qurthubi) kemukan diatas tadi ialah bahawa sesungguhnya Iblis berkata seperti yang dipetik didalam al Quran dari surah al-A'raaf ayat 14 yang mafhumnya : " Ia (Iblis) berkata : Beri timpohlah aku sehingga hari kebangkitan ". Iblis meminta tangguh kepada Allah agar ia diberi waktu hingga sampainya hari kebangkitan dan perhitungan amal atau hisab. Iblis meminta supaya ia tidak dimatikan dahulu sebab selepas peristiwa kebangkitan kembali itu tiada lagi istilah kematian kerana semuanya telah dihidupkan semula. Allah memenuhi permintaan Iblis dengan firmanNya didalam surah al-A'raaf ayat 15 yang mafhumnya : "Allah berfirman : Sesungguhnya engkau orang yang diberi tempoh ". Manakala Ibnu Abbas, Abdurrahaman as-Suda dan yang lainnya mengatakan "Menangi permintaan Iblis itu, Allah berfirman kepada Malaikat Maut "berikanlah ia tangguh sampai peristiwa tiupan Sangkakala yang pertama kali ketika seluruh makhluk mati". Walaupun Iblis meminta agar diberi tangguh sampai tiupan Sangkakala kedua iaitu saat manusia semua berdiri untuk mengadap Allah Tuhan Seru Seklian Alam. Tetapi, Allah tidak memperkanankan permintaannya itu. Berkata lagi Syeikh al Qurthubi, " Mengenai peristiwa pecahnya langit yang membuat bintang-bintang bertaburan dan berguguran, juga mengenai matahari dan bulan yang telah dihapuskan cahayanya oleh Allah, menurut al-Muhasabi dan yang lainnya, peristiwa itu terjadi setelah seluruh manusia sudah berkumpul di Padang Mahsyar". Hal ini juga telah diperkatakan oleh al-Halimi didalam kitabnya yang bertajuk 'Minhaj ad-Din".


PENJELASAN HADIS ( 2 ) :

Adapun kebangkitan kembali itu terjadi sebelum peristiwa penghitungan alam. Allah swt berfirman didalam surah al-Hajj ayat 1 dan 2 yang mafhumnya :

"Wahai seklian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu. Sesungguhnya gempa bumi pada hari kiamat, suatu yang sangat besar..... tetapi kerana seksaan Allah sangat keras ".
Allah juga berfirman "Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan (yang dahsyat) ".

Seperti yang telah diperjelaskan sebelumnya, guncngan itu terjadi setelah manusia dihidupkan kembali dan setelah manusia dibangkitkan dari kubur. Kerana, hal itu dimaksudkan untuk menakutkan dan membingungkan manusia. Allah bermaksud supaya peristiwa hari kiamat itu dirasaai sendiri oleh manusia terutama mereka-mereka yang tidak percaya akan keujudannya. Ia juga merupakan satu seksaan kepada orang-orang kafir dan zalim. Dalam hal ini tentunya mereka semua didalam keadaan hidup. Allah berfirman didalam surah al-Zalzalah ayat 4 yang mafhumnya "Pada hari itu bumi memberitakan perkabarannya ". Maksudnya berita tentang amal kebajikan dan amal keburukan yang telah dilakukan diatasnya. Allah berfirman didalam ayat berikutnya "Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam ". Hal ini menunjukkan bahawa kegoncanggan itu berlaku ketika manusia dalam keadaan hidup dan yang dimaksudkan dengan perkataan "pada hari itu" didalam ayat itu ialah hari pembalasan. Firman Allah didalam surah al-Haaqqah ayat 13 hingga 15 yang mafhumnya :

"Apabila Sangkakala ditiup sekali tiup. Dan bumi dan gunung-gunung diangkat, lalu keduanya pecah sekali pecah (hancur). Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat ".

Firman Allah itu tadi menunjukkan bahawa peristiwa penghancuran bumi dan gunung-ganang terjadi setelah manusia dihidupkan kembali atau setelah tiupan sangkakala kedua kalinya. Waallahua'lam

Menurut al-Hasan dan Qatadah, yang dimaksudkan dengan "hari saling memanggil" ialah hari ketika penduduk syurga menyeru kepada penduduk neraka, "Sesungguhnya kami benar-benar telah mendapatkan apa yang telah dijanjikan Tuhan kami kepada kami ". Semantara penduduk neraka berseru kepada penduduk syurga "Tolong bawakan air kepada kami ". Menurut Mujahid, yang dimaksudkan dengan pekataan itu adalah "Hari ketika manusia berpaling, undur dan menghindar ". Iaitu hari dimana mereka berpaling dari neraka kerana merasa tidak sanggup berada dekat dengannya. Ada pula yang berpendapat iaitu hari ketika penghuni neraka mengeluh sambil berpaling kebelakang kerana tidak kuat menyaksikan dahsyatnya azab Allah. Dan ada pula yang berpendapat (ulama lain yang berpendapat), iaitu hari ketika sebahagian manusia memanggil sebahagian yang lain di Padang Mahsyar sambil berpaling kebelakang ketika mereka melihat salah satu siksaan neraka. Menurut Qatadah, maksud firman Allah, "Kamu berpaling kebelakang ", ialah kalian berjalan mengundur kebelakang menuju keneraka. Pada saat itu kalian tidak punya seorang penolong jua pun yang hendak menolong kalian.

Orang yang berpendapat bahawa tiupan Sangkakala itu berlaku sebanyak tiga kali adalah kerana mereka berpedoman kepada firman Allah didalam surah an-Naazi'aat ayat 6 hingga 13 yang mafhumnya :

" (Yaitu) pada hari bergoncang yang bergoncang (bumi). Lalu diikuti oleh yang mengikuti (langit). Segala hati pada hari itu gementar ketakutan. Segala pemendangan menjadi hina (layu). Mereka berkata: Adakah kami akan kembali dihidupkan seperti semula. Apabila kami telah menjadi tulang yang buruk ?. Mereka berkata : Kalau begitu itulah kembali hidup yang paling buruk. Maka hanya dengan sekali suara (tiupan Sangkakala) saja ".

Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan pada hari ketika tiupan pertama mengoncangkan alam, tiupan pertama itu diikuti dengan tiupan kedua.. sampailah Sesungguhnya pengambalian itu hanyalah dengan sekali tiupan sahaja. Menurut lahiriahnya ayat tersebut, tiupan itu berlaku tiga kali. Padahalnya ia tidaklah demikian, sebab yang dimaksudkan dengan pengambalian dalam ayat itu ialah tiupan kedua yang membuat semua makhluk keluar dari kubur mereka masing-masing. Demikianlah pendapat yang diutarakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid, Atha', Ibnu Zaid dan yang lain.

Menurut Mujahid, ada dua tiupan. Tiupan yang pertama, dengan izin Allah segala sesuatu yang hidup itu menjadi mati. Dan tiupan kedua dengan izin Allah segala sesuatu yang mati dihidupkan kembali. Mujahid berpendapat tiupan pertama terjadi ketika langit retak, bumi dan gunung diangkat dan gunung-gunung itu berjalan sehinggalah ia bertaburan. Manakala menuruit Atha' , tiupan pertama ialah kiamat dan tiupan kedua adalah peristiwa kebangkitan kembali. Sedangkan menurut Ibnu Zaid pula, yang dimaksudkan dengan tiupan pertama ialah kematian dan tiupan kedua ialah kiamat. Ia sekaligus sepandapat dengan saya (Imam Qurthubi) yang dimaksudkan dengan pengambalian itu ialah tiupan kedua kalinya.

Para Ulama Tafsir berbeza pendapat cukup tajam mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'sahira'. Menurut Ibnu Abbas, sahira ialah bumi dari perak berwarna putih yang tidak pernah digunakan untuk berbuat derhaka kepada Allah walau sesaat jua pun. Pada saat itu Allah menciptakannya, iaitu menurut firmanNya didalam surah Ibrahim ayat 48 yang mafhumnya :

"Pada hari ketika bumi diganti dengan bumi yang lain ".

Ada pula berpendapat, sahira ialah nama bumi lapis tujuh yang juga akan didatangi oleh Allah swt untuk digunakan sebagai tempat menghisab seluruh makhluk. Iaitu ketika bumi yang ada sekarang ini telah ditukar dengan bumi yang lain. Menurut Qatadah, sahira ialah jahanam tempat orang-orang kafir. Ada yang berpendapat, sahira merupakan sebuah padang pasir yang terletak dekat jurang neraka jahanam. Menurut Sufiyan ats-Tsauri, sahira adalah nama sebuah tanah diwalayah Syam atau Syaria. Dan ada pula berpendapat, sahira bererti berjaga malam, sebab manusia pada saat itu yang tinggal diatasnya tidak akan boleh tidur atau selalu terjaga kerana dicengkam oleh keperitan, ketakutan dan kebingungan.


BAB 14 - PENGUSIRAN YANG JUGA BERERTI PENGUMPULAN.


Pekara ini berlaku sebanyak empat kali, iaitu dua kali semasa didunia dan dua kali berlaku diakhirat. Adapun pengusiran pertama yang berlaku ketika didunia ini ialah seperti didalam firman Allah swt didalam surah al-Hasyr ayat 2 yang mafhumnya :

" Dia yang mengeluarkan orang-orang yang kafir diantara ahli kitab (Yahudi) dari kampong- kampong mereka sejak mulai mereka berkumpul ditanah Arab lagi. Kamu tiada menyangka , bahawa mereka akan keluar dan mereka menyangka bahawa benting-benting mereka akan memelihara mereka dari (seksaan) Allah, lalu Allah datangkan (seksaan) dari pihak yang tidak mereka kira (sangka) dan menjatuhkan ketakutan didalam hati mereka, sedang mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang Mukmin (dalam pertempuran). Maka ambillah ibarat (iktibar dan pengajaran), hai orang-orang yang mempunyai pandangan ".

Berkata az-Zuhri, " Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah mengalami pengusiran. Allah Yang Mahamuli lagi Mahaagung menentukan pengusiran bagi mereka. Seandainya tiada berlakunya pengusiran tersebut, nescaya Allah akan mengazab mereka didunia ini lagi dan itulah awal peristiwa pengusiran yang terjadi didunia ke negeri Syaria (dahulu Syam) ". Kata Ibnu Abbas "Barangsiapa yang meragukan adanya peristiwa pengusiran ke Syaria, hendaklah dia membaca ayat tadi. Waktu itu Nabi saw bersabda kepada mereka "Keluarlah ! ". Mereka bertanya, "Kemana ? ". Baginda bersabda lagi, "Ke tanah Mahsyar !". Berkata Qatadah, "Itulah peristiwa pengusiran pertama ". Riwayat ini disampaikan oleh as-Suyuthi dalam kitabnya bertajuk 'Ad-Dur al-Mastsur'.

Peristiwa kedua :

Diriwaytakan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda, "Manusia akan diiring dengan beragam. Ada yang dalam keadaan senang dan takut, ada yang menaiki unta berdua dan ada yang naik unta bertiga. Selebihnya akan diiringi dengan api yang akan selalu menemani mereka bermalam dimanapun mereka bermalam, yang menemani mereka tidur siang dimana pun mereka tidur siang dan juga yang akan menemani mereka baik dipagi hari mahupun diwaktu petang ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari. Berkata Qatadah "Pengusiran kedua ialah api yang mengusir mereka dari timur kebarat. Ia akan ikut bermalam bersama mereka dimana saja mereka bermalam. Ia ikut tidur siang bersama mereka dimana pun mereka tidur siang dan akan menghancurkan siapa saja diantara mereka yang tertinggal ".

Al-Qadhi Iyadh pula mengatakan, "Pengusiran didunia ini terjadi sebelum tiba hari kiamat dan ini merupakan diantara tanda-tanda kiamat besar sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Muslim, "Tanda kiamat yang terakhir ialah api yang akan keluar dari dalam syurga Aden yang akan mengusir manusia ". Dalam satu riwayat yang lain disebut "...Yang akan mengusir manusia ketempat berkumpul mereka ". Disebutkan didalam hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim telah dikatakan bahawa Nabi saw bersabda "Kiamat tidak akan terjadi sebelum muncul api dari tanah Hijaz ". Riwayat-riwayat yang telah disebutkan ini, memberi petunjuk bahawa peristiwa pengusiran itu terjadi sebelum hari kiamat. Disebutkan pula didalam sebuah riwayat dari Tarmidzi, " Apabila kalian mendengarnya (berita tentang api itu), maka keluarlah kalian ke Syaria. Seolah-olah itu merupakan perintah yang mendahului sebalum ia (api) memeranjatkan kalian ".

Berkata Syeikh al-Qurthubi, "Menurut al-Halimi didlam kitabnya bertajuk 'Minhaj ad-Din', seperti yang ia kutip dri hadith Ibnu Abbas, "Pekara (api) itu terjadi diakhirat. Oleh itu yang dimaksudkan dalam sabda Nabi saw bahawa manusia akan dikumpulkan menjadi tiga kelompok (iaitu kelompok (kumpulan) orang-orang yang berbakti, kelompok (kumpulan) orang-orang yang terselamat dan kelompok (kumpulan) orang-orang yang kafir ) adalah sebagai berikut :


Kumpulan pertama:

Adalah kelompok atau kumpulan manusia yang juga disebut orang-orang yang berbakti. Mereka inilah orang-orang yang menerima balasan pahala yang telah disediakan oleh Allah swt kepada mereka. Mereka mengejar kebaktian dengan amalan kehdrat Allah dan sentiasa merasa takut dan cemas akan azab juga sentiasa berharap perlindungan dari Nya. Adapun orang-orang yang bercampur- baur inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi tadi, iaitu mereka yang akan menaiki beberapa ekor unta. Sedangkan orang-orang kafir adalah mereka yang sentiasa dihambat oleh api kemana saja mereka pergi siang dan malam. Allah swt mengirimkan Malikat yang berupa api untuk mengejar mereka. Berkenaan dengan unta itu, mungkin juga unta itu dari syurga atau unta yang masih hidup yang dikumpulkan pada hari kiamat. Tiada keterangan yang jelas akan pekara ini. Juga kita ketahui bahawa binatang unta ini bukanlah sejenis binatang yang tersangat kuat yang bakal keluar dari syurga, sebab yang keluar bersama orang-orang berbakti adalah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kerana mereka inilah yang digolong diantara orang yang sentiasa takut, cemas dan sentiasa berharap pelindungan Allah swt disetiap masa dan tempat semasa didunia dahulu. Ada juga dikalangan mereka yang berdosa tetapi telah diampunkan Allah lalu mereka masuk kedalam syurga dan ada juga yang diseksa Allah terlebih dahulu didalam neraka dan kemudiannya dimasukkanNya kedalam syurga. Disebut didalam hadis yang lain riwayat Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda, "....Wajah orang-orang yang bertakwa nampak berseri-seri. Mereka itulah rombongan terdahulu yang naik unta. Allah mengampuni dosa-dosa mereka ketika dihisab, sehingga mereka tidak diseksa oleh Nya. Tetapi, mereka terbahagi menjadi dua rombongan, ada yang menaiki binatang-binatang syurga dan ada yang menaiki selain dari binatang-binatang syurga ".


Kumpulan kedua :

Adalah merupakan kumpulan manusia yang dihukum dan diseksa oleh Allah swt kerana dosa-dosa mereka, kemudian Allah mengeluarkan mereka dari dalam nereka dan memasukkannya kedalam syurga. Kumpulan ini merupakan orang-orang yang berjalan kaki kemudian dinaikkan keatas kenderaan, apabila hampir sampai ke Padang Mashyar mereka diturunkan semula dan berjalan kaki, kemudian dinaikkan semula keatas kenderaan. Atau juga dimaksudkan sebagai mereka berjalan kaki dan kemudian menaiki kenderaan. Apabila menghampari Padang Mashyar mereka diturunkan dan berjalan kaki semula. Kedua-dua maksud hadis itu boleh diambil kira.


Kumpulan ketiga :

Adalah merupakan kumpulan orang-orang kafir yang berjalan dengan mengunakan wajah mereka. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan. Iaitu kumpulan orang-orang muslimin yang menaiki unta, dan dua kumpulan yang terdiri dari orang-orang kafir (yang pertama adalah mereka yang diseret wajah-wajah mereka), manakala yang lainnya merupakan pengikut-pengikut mereka yang berjalan kaki.

Berkata Syaikh al-Qurthubi, "Pendapat ini (tiga kumpulan diatas) yang diikuti oleh Abu Hamid didalam kitabnya yang bertajuk 'Kasyfu Ilm al-Akhirat' mengenai riwayat yang menyatakan ; Seorang sahabat bertanya,' Bagaimanakah cara manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar ya Rasulullah ? ' Baginda bersabda 'Ada yang naik unta berdua, dan ada juga yang naik unta berlima dan ada juga yang naik unta bersepuluh '. Dengan kata lain hadis tersebut boleh dimaksudkan bahawa ada satu kaum hanya memiliki seekor unta untuk mereka naiki. Mereka ini adalah golongan manusia yang sangat sedikit amal kebajikan yang mereka dirikan. Mereka ini bolehlah diibaratkan sebuah rambongan manusia yang hendak melakukan perjalanan yang sangat jauh tetapi mereka tidak mempunyai banyak wang untuk membeli kenderaan yang mampu untuk menghantar mereka ketempat yang dituju. Oleh itu terpaksalah mereka membeli kenderaan secara berkongsi dalam kumpulan rombongan mereka.

Oleh kerana itu, beramalah kalian dengan amalan sebanyak mungkin supaya kalian mampu mempunyai seekor unta atau kenderaan sendiri untuk dinaiki kelak. Jangan mengharap ekhsan orang lain yang kamu tidak kenali. Orang-orang yang bertakwa adalah perutusan yang terhormat, sebagai mana firman Allah Yang Mahaagung dalam surah Maryam ayat 85, yang mafhumnya : " Pada hari (kiamat) Kami himpunkan orang-orang yang taqwa kepada Yang Mahapengasih sebagai perutusan ". Disebutkan didalam sebuah riwayat ghaib, sesungguhnya pada suatu hari Rasulullah bercerita kepada sahabat-sahabatnya, "Dahulu ada seorang dari bani Israil yang banyak melakukan kebajikan sehingga ia dikumpulkan ditengah-tengah kamu semua". Mereka bertanya, "Apa yang ia lakukan ? ". Bagind bersabda "Ia sebenarnya mendapat banyak mewarisi harta dari mandiang ayahnya. Tetapi ia berlagak dermawan demi kepentingan Allah dan kikir (kedekut) terhadap sesama manusia yang lemah. Akibatnya ia diusung dan dikumpulkan di Padang Mashyar dalam keadaan dipasang pelana dan padati dari api neraka ".

Kata al-Qurthubi lagi, saya setuju dengan pendapat al-Qadhi Iyadh yang menyatakan bahawa hal itu (pengusiran dan pengumpulan) berlaku semasa didunia lagi kerana istilah-istilah pagi, petang, bermalam dan tidur siang hari yang disebut didalam riwayat hadis itu hanya berlaku ketika didunia sahaja. Pekara-pekara sedemikian sama sekali tidak berlaku semasa dialam akhirat ". Diriwayatkan oleh at-Tarmidzi dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda, yang maksudnya "Pada hari kiamat kelak, manusia akan dikumpulkan menjadi tiga kumpulan ; ada yang berjalan kaki, ada yang menaiki kenderaan dan ada yang berjalan atas muka mereka ". Seorang sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, bagaimanakah mereka boleh berjalan diatas muka mereka ?". Baginda bersabda "Bukankah Tuhan yang memperjalankan diatas kaki mereka, maka tidak mustahil Tuhan juga boleh membuat mereka berjalan diatas muka-muka mereka pada hari kiamat ! , walaupun mereka selalu menjaga agar wajah-wajah mereka jangan terkena pasir atau tercucuk duri ". Ini juga menunjukkan pekara itu berlaku semasa didunia, bukannya diakhirat.

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dari Abu Dzar bahawa ia berkata, "Rasulullah bercerita kepadaku bahawa kelak manusia akan dikumpulkan menjadi tig rombongan. Rombongan pertama naik kenderaan dengan membawa bekal makanan dan berpakaian. Rombongan kedua dengan diseret mukanya oleh malaikat dan rombongan ketiga berjalan kaki dalam keadaan yang amat menyedihkan ". Diriwayatkan oleh Umar bin Syaibah didalam kitabnya yang bertajuk 'Al-Madinah Ala Sakininah as-Salam dari Abu Hurairah (dalam hadis riwayat Bukhari dan Ahmad) bahawa ia berkata, "Ada dua orang yang terakhir kali dikumpulkan di Padang Mashyar ; yang satu dari suku Juhainah dan satu lagi dari suku Muzainah. Mereka bertanya, 'Dimana orang-orang itu ?'. Mereka mendatangi kota Madinah dan mereka hanya melihat seekor musang. Mereka kemudian dihampiri oleh Malaikat yang terus menangkap dan menyeretnya dengan keadaan terbalek (mukanya kebawah) untuk dikumpulkan dengan yang lain '.

Ketiga : Dari hal pengusiran dan pengumpulan manusia di Padang Mashyar ini akan diperjelaskan dan diperbahaskan lagi kemudian nanti, insyaallah. Allah swt berfirman didalam surah al-Kahfi ayat 47 yang mafhumnya :

"Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka ".

Keempat : Pengusiran dan pengumpulan manusia untuk menuju kesyurga dan keneraka, Allah swt telah berfirman didalam surah Maryam ayat 85, yang mafhumnya :

" Pada hari (kiamat) Kami himpunkan orang-orang yang taqwa kepada Yang Mahapengaseh sebagai perutusan ".

Mereka menaiki unta dari syurga, ada pula yang mengatakan mereka menaiki amal-amal soleh mereka. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menerangkan akan pekara itu. Diantaranya ialah hadis yang dirawayatkan oleh Nu'man bin Sa'ad dari Ali dari Nabi saw. Tentang firman Allah didalam surah Maryam ayat 85 iaitu "Pada hari (kiamat) Kami himpunkan orang-orang taqwa kepada Yang Mahapengasih sebagai perutusan ". Lalu Baginda bersabda " Mereka dikumpulkan bukan dengan berjalan kaki sendiri, dan bukan dengan cara diiring dan dipaksa oleh malaikat. Tetapi mereka naik unta syurga yang belum pernah dilihat oleh seluruh makhluk. Perlananya (tempat duduk) diperbuat dari emas dan tali kendalinya diperbuat dari zamrud. Mereka duduk diatasnya dengan nyaman hingga sampai dihadapan pintu syurga ". Alasan kenapa orang-orang yang bertaqwa aisebut sebagai perutusan yang terhormat, adalah kerana mereka mendahului manusia yang lain didalam memenuhi perintah Allah swt kesyurga. Mereka berjalan tersangat cepat lalu disambut oleh Malaikat dengan berita-berita gembira. Allah telah berfirman didalam surah al-Anbiyaa' ayat 103, mafhumnya :

"Mereka tiada berdukacita oleh kegemparan yang amat besar (bunyi suara yang menghalau manusia kedalam neraka ) dan mereka disambut oleh Malaikat (katanya); Inilah hari kamu yang telah dijanjikan kepadamu ".

Mendengar kata-kata Malaikat itu, mereka bertambah bersemangat melangkah dengan pantas supaya mereka lebih cepat sampai kehadrat Allah swt. Maka merekalah yang terlebih dahulu sampai daripada yang lainnya. Ini adalah kerana mereka sewaktu didunia merekalah yang paling cepat melaksanakan ketaatan dan amal kebajikan kehadrat Allah swt. Ada pun nasib orang-orang yang zalim juga telah difirmankan didalam surah-surah seperti surah Maryam ayat 86, surah Thaaha ayat 102, surah al-Israa' ayat 97 dan surah al-Furqaan 34 , yang mafhumnya :

"Dan Kami halaukan orang-orang yang berdosa kedalam neraka dalam kehausan ". (Maryam 86)

"... dan Kami himpunkan orang-orang yang berdosa pada hari itu dalam keadaan buta (biru matanya ) ". (Taaha 102 ).

"....Kami himpunkan mereka pada hari kiamat, (diseret) atas mukanya, sedang mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka dalam neraka jahanam. Tiap-tiap kurang nyala apinya, lalu Kami tambah sampai menyala-nyala ". (al-Israa' 97 ).

"Orang-orang yang dikumpulkan (diseret) atas mukanya kedalam neraka, adalah mereka itu ditempat yang terlebih jahat dan jalan yang terlebih sesat ".

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, orang-orang itu dikumpulkan dengan cara diseretkan mukanya, apakah orang kafir juga demikian ? ". Rasulullah kemudian bertanya," Bukankah Tuhan yang memperjalankan mereka dengan menggunakan sepasang kaki, maka juga boleh memperjalankannya dengan memakai wajahnya (muka) pada hari kiamat nanti ? ". Ketika mendengar persoalan yang diucapkan Baginda itu, Qatadah menjawab sendiri (didalam hatinya), "Demi Allah, tentu saja Allah Mahaberkuasa lagi Mahakuat ". Hadis ini juga dirawayatkan oleh Bukhari.



PENGAJARAN DARI HADIS - HADIS INI :


Abu Hamid mengatakan " Telah menjadi tabiat manusia tidak mempercayai pada pekara-pekara yang mereka belum pernah saksikan. Seandainya seseorang belum pernah melihat seekor ular yang boleh berjalan dengan menggunakan perutnya, sudah tentu mereka tidak mempercayainya. Sebab, berdasarkan pengalaman yang diketahuinya, berjalan itu mesti menggunakan sepasang kaki. Bahkan, seandainya mereka belum pernah melihat orang berjalan dengan menggunakan kaki, boleh jadi juga mereka tidak mempercayainya.

Oleh sebab itu, janganlah kamu memungkiri keajaiban- keajaiban yang akan berlaku pada hari kiamat kelak hanya kerana ia bertentangan dengan logik akal. Seandainya kamu belum pernah menyaksikan keajaiban-keajaiban dunia, lalu kamu diperlihatkan, mungkin kamu juga tidak mempercayainya. Bayangkanlah diri kamu diakhirat nanti. Kamu akan berdiri dihadrat Allah swt dalam keadaan terlanjang bulat, hina, kebingungan, terpegun sambil menunggu keputusan Allah terhadap dirimu ; Adakah kamu termasuk didalam golongan yang bahagia ataukah orang yang celaka ".

-------------------------------

Maka setakat ini dahulu buat pengubat rindu kalian pada atok didalam sirah Akhirat dan Kiamat 13. Amat lama rasanya atok telah dipisahkan dari ruangan ini, tetapi dengan izin Allah swt jua maka atok dapat menulis. Kepada yang belum dijawab pertanyaan tu diharap dapat bersabar. Insyaallah, seperti biasa atok akan cuba muatkan jawapan-jawapan atok didalam ruangan komentar nanti. Terima kasih atok tak terhingga kepada mereka-mereka yang membantu atok iaitu orang-orang kampung nelayan , pihak-pihak berkuasa sempadan 3 negara, rakan-rakan seperjuangan semua, keluarga-keluarga di Indonesia, Filipina, Sabah, Sulawisi dan Di Semananjung serta tak lupa rakan-rakan seperjuangan didalam ABJAD dan akhir sekali kepada sesiapa jua yang telah mendoakan keselamatan atok.... terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua. Mohon maaf pada apa jua kesalahan atok dari dahulu hingga sekarang. Semoga kalian semua mendapat rahmat dan pengajaran dari penulisan atok ini.


WABILLAHIFAUFIQWALHIDAYAH WASAALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHITA'ALA WABARAKATUH.



SEKIAN,



ATOK ZAMANY.