Wednesday, May 19, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 4.

BISMILAHIRAHMANIRAHIM.


Daripada penjelasan yang lalu telah dihuraikan berkenaan dengan ajaran-ajaran sesat didalam perpektif al Quran, al Hadis, Ajaran Tarikat, Adat Tradisi dan Ajaran-ajaran Baru. Maka dari penjelasan tersebut bolehlah kita kupas akan ciri-ciri ajaran-ajaran sesat yang terdapat didalam sesebuah kumpulan, Pondok, Perguruan, Markas, Aliran atau pun yang menjadi pegangan, ajaran, idealogi, aliran dan fahaman individu yang menjadi pemimpin, ketua, imam, guru, penaja dan semua pengikutnya. Kawan cuba senaraikan kesemua ciri-ciri tersebut untuk tatapan anda supaya dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.



CIRI-CIRI PENGAMAL AJARAN-AJARAN SESAT.


Ada pun ciri-ciri pengamal ajaran-ajaran sesat yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

1) Mereka yang membantah perintah dan suruhan Allah swt.
2) Mereka yang membantah petunjuk-petunjuk daripada semua Kitab-kitab suci Allah.
3) Mereka yang menghalang manusia dari petunjuk Allah.
4) Mereka yang menyembunyikan ilmu dan ayat-ayat Allah.
5) Mereka yang zalim pada dirinya dan pengikutnya.
6) Mereka yang mengaku berilmu walhal pada hakikatnya ia dungu.
7) Mereka yang mengistiharkan dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
8) Mereka yang mengurang atau menambah hukum-hukum agama Islam.
9) Mereka yang berlebih-lebihan didalam urusan agama.
10) Mereka yang mengajak kariahnya kearah murtad.
11) Mereka yang menolak petunjuk-petunjuk kebenaran dari Allah.
12) Mereka yang tidak percaya dengan semua nikmat-nikmat itu datangnya dari Allah.
13) Mereka yang menyakutukan Allah dengan sengaja atau tidak sengaja.
14) Mereka yang meletakan ajaran agama, hukum syarak dan Nabi Muhammad sebagai kufur.
15) Mereka yang berpihak atau berpaling tadah kepada musuh Allah dan Rasul.
16) Mereka yang menolak adanya hari kiamat. dosa pahala, soalan dlm kubur, syurga neraka dan semua berita ghaib yang ada didalam al Quran dan Hadis.
17) Mereka yang menghalalkan yang haram dan sebaleknya dalam hukum Syarak.
18) Mereka yang memohon pertolongan kepada yang lain selain Allah.
19) Mengadakan retual, sembahan secara sengaja, suka2 atau main2 kepada selain Allah.
20) Mereka yang mengambil Jin, Syaitan dan Iblis sebagai "sahabat" atau khadam.
21) Mereka yg bertuhankan Hawa Nafsu (menganjur sex bebas, minum arak, berjudi dll).
22) Mengambil "Tagut" sebagai tempat minta tolong (contoh spt kuburan keramat dll).
23) Mengambil org yg bertuhankan Tagut sebagai guru atau Imam.
24) Mereka yang menafikan Rukun Iman atau Rukun Islam, salah satu atau kedua-duanya.
25) Mereka yang mempersendakan ayat-ayat Quran
26) Mereka yang mempermainkan Hadis-hadis Rasuallah saw.
27) Mereka yang menyumpah dan mempersenda keluarga Nabi dan sahabat-sahabat Nabi.
28) Mereka yang mengalakkan dan melakukan dosa-dosa besar.
29) Mereka yang mendakwa dirinya menerima wahyu terus dari tuhan.
30) Mereka yang mendakwa mendapat mandat mengantikan Rasullah.
31) Mereka yang berlagak menerima Ilham Laduni dan mengubah ayat-ayat Allah.
32) Mereka yang menyuruh kepada kebaikkan, dibelakang dia berbuat kekufuran dan maksiat.
33) Mereka yang Berfahaman Murijah.
34) Mereka yang berfahaman Kadariah.
35) Mereka yang mengajak jemaahnya berpaling dari al Quran dan Hadis.
36) Mereka yang menterjemah alQuran mengikut logik akalnya dan tidak belajar bahasa Arab.
37) Mereka yang menyumpah-yumpah ayat Quran dan Hadis Nabi Muhammad saw.
38)Mereka yang bersumpah bohong dengan alQuran.
39) Mereka yang memijak-mijak dan membakar alQuran.
40) Mereka yang mengistihar dirinya tidak beragama.
41) Mereka yang mengangkat sumpah dengan nama "Tagut", Syaitan atau Iblis.
42) Mereka yang mengikut ajaran Syaitan dan Iblis.
43) Mereka yang mengangkat sumpah dgn nama Allah utk tujuan serong dan bohong.
44) Mereka yang mengadakan pemujaan Syaitan atau untuk Dewa-dewa.
45) Mereka yang memakai tanda atau lambang agama lain dgn rasa bangga.
46) Mereka yang mempersenda umat Islam beribadah.
47) Mereka yang mempersenda seruan azan, bacaan Quran atau Hadis.
48) Mereka yang memfitnah sesorang dengan mengangkat Quran.
49) Mereka yang bersekutu dengan kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian).
50) Mereka yang mengagongkan Dajjal dan Izazil Laknatuallah.
51) Mereka yang mengistihar dirinya Imam Mahadi.
52) Mereka yang mengistiharkan dirinya Nabi Isa.
53) Mereka yang membawa dan menanamkan "idealogi tiada kuasa tuhan" kpd ahli-ahlinya.
54) Berkeyakinan tiada kuasa Allah pada alam ini dan tiap-tiap sesuatu kejadian.
55) Mengagungkan Imam-imam mereka sama seperti tuhan.
56) Mendakwa dirinya juga "Maksum" (bebas dari dosa).
57) Mendakwa tahap mereka telah terlepas dari tanggungjawab hukum syarak.
58) Mengalakkan percampuran bukan muhrim sesama ahli.
59) Menganggap org Islam yang bukan ahlinya adalah sesat.
60) Mengubah cara beribadah dengan cara baru (perbuataan).
61) Mewajibkan pekara-pekara sunat dalam syarak kepada ahlinya.
62) Mengubah fakta-fakta yang telah ada didalam 4 Mazhab atau salah satu daripadanya.
63) Mencipta mazhab baru atau membuang semua mazhab yang telah ada.
64) Menolak dan membuang penggunaan Hadis Nabi saw.
65) Menolak juga semua Ijmak dan Kias Ulama-ulama yang sedia ada.
66) Menuduh semua Ulama, Mufti, Khadi dan pemimpin Islam itu sesat.
67) Mengubah bacaan-bacaan yang telah ada didalam solat, sebagai contoh - doa qunud.
68) Mengalakkan ahlinya berjemaah dengan ahli saja kerana orang bukan ahli itu sesat.
69) Tidak berjemaah diMisjid kerana Imam yang dilantik kerajaan itu sesat.
70) Tidak mengerjakan solat Jumaat kerana Imam itu sesat.
71) Mengerjakan solat Jumaat diluar Misjid dengan pengikutnya saja.
72) Mereka yang tidak mahu taat dengan perintah Rasullah dan Allah swt.
73) Mereka yang menghukum tampa mengikut hukum Allah, Nabi dan al Quran.
74) Mereka yang menolak seruan kejalan Allah dan Rasullah.
75) Mereka yang engan menerima kebenaran dan peringatan dari Allah dan Rasullah.
76) Mereka yang melampaui batas dan zalim kpd dirinya dan ahlinya.
77) Mereka yang berputus asa dengan rahmat Allah dan menyempang mengikut Syaitan.
78) Mereka yang memilih hiburan, dadah, arak, judi dan sex bebas sebagai syurga kehidupannya.
79) Mempertikai hukum syarak, alQuran, Hadis, Ijmak ulama dan kias tampa ilmu.
80) Mereka cipta hukum-hukum baru yang sesuai dengan kehendak dirinya dan ahlinya saja.
81) Memansuhkan hukum syarak mengikut nafsunya saja.
82) Mereka mengaku "Tuhan" menjelma didalam badan ketuanya.
83) Imam boleh mengampunkan dosa dan maksiat dengan jumlah wang tertentu.
84) Guru itu mengaku mendapat ilham Laduni, kasyaf dan mendapat wahyu dari tuhan.
85) Guru mengalakan anak-anak murid baru menyerahkan "dara"nya kpd guru.
86) Guru menghalalkan dadah bila berwirid bertujuan mendapat Khusyuk dan Zuk.
87) Mereka yang menhalalkan nikah batin serta mengalakkan muridnya utk mengamalkannya.
88) Berektikad bahawa Roh wali, org keromah boleh menjelma kedalam dirinya.
89) Mendakwa dirinya wakil Nabi yang boleh memberi "syafaat" kepada murid-muridnya.
90) Berektikad roh orang yang telah mati boleh datang menolong.
91) Menyeru roh orang mati masuk kedalam tubuhnya atau muridnya.
92) Beretikad ayat tertentu boleh mendatangkan duit, emas, menyembuh penyakit dll.
93) Berkebolehan menelek nasib muridnya dengan keris, barang lama, potong limau, telur dll.
94) Mereka yang mengaku memiliki "mukjizat" tertentu seperti Nabi-nabi.
95) Mendakwa memangku tugas-tugas Rasullah saw.
96) Mendakwa mengatahui tarikh kedatangan hari kiamat.
97) Boleh menganugrah kuasa sakti kepada anak muridnya dengan bersyarat.
98) Mengsyaratkan murid baru lelaki perampuan berseorangan mesti diuji didalam bilik khas.
99) Murid yang baru mesti mengangkat sumpah menjaga rahsia, jika tidak kena laknat.
100) Menolak solat berjemaah dan tiada mengadap kiblat, boleh mengadap kemana saja.
101) Solat cukup hanya dengan niat dan berdiam diri beberapa saat (solat daaim) .
102) Mengatahui akan makna-makna batin dalam al Quran berbeza dgn makna yang telah ada.
103) Imam dibolehkan minum arak, zina, berjudi kerana dia telah bebas dari dosa.
104) Beretikad bahawa semua mahluk mempunyai kuasa yang mutlak.
105) Nikah syariat terbatal, mesti dinikahkan semula dengan nikah batin.
106) Menyeleweng daripada pekara-pekara "sam'iayat" dan "mughayyabat".
107) Berilmu tetapi tidak beramal dengan cara yang benar.
108) Beramal tetapi tidak mendapat ilmu dari unsur yang benar.
109) Beretikad bahawa masih ada Nabi selepas Nabi Muhammad.
110) Beretikad bahawa Allah masih menurunkan wahyu kepada orang-orang tertentu.
111) Guru menyediakan "air suci" utk murid bagi mudah faham dan cepat meningkat rohani.
112) Guru mengunakan metos dan sihir untuk nampak hebat dimata murid.
113) Murid wajib berkorban apa saja untuk guru termasuk menyerahkan anak, bini dan harta.
114) Guru menyediakan ganjaran pahala besar jika murid patuh arahannya.
115) Memberi keringanan kpd murid atas pekara wajib dlm agama, spt tak payah solat dll.
116) Memudahkan dan meringankan pekara wajib dalam hukum syarak.
117) Memberatkan pekara-pekara sunat dalam hukum syarak.
118) Mereka telah duduk dimakam yang tinggi dari ora ng awam, maka ia bebas dari dosa.
119) Mereka yg tinggi makamnya tidak lagi tertakluk dibawah segala hukum syarak.
120) Melarang murid berhubung dengan jabatan agama atau ustaz yg bukan ahli, mereka sesat.
121) Murid taksub pada guru dan sanggup mempertahankan gurunya dgn apa cara pun.
122) Suka mangaitkan dirinya dengan org ternama dlm agama dan politik.
123) Suka menyatakan sesuat pekara itu 'rahsia', jika murid nak tahu dikenakan syarat.
124) Berpakaian spt orang warak, berjubah, ketayap dan sentiasa memegang tasbih 24 jam.
125) Guru menggunakan ilmu pukau semasa berceramah dan berucap dihadapan muridnya.
126) Mewajibkan murid merujuk kepada guru dalam semua hal untuk mendapat nasihat.
127) Guru pandai berpidato dan beretorik ketika menyampaikan hujah dan berceramah.
128) Murid dilarang mempertikai keputusan guru atau arahannya yg menyalahi hukum.
129) Mewajibkan muridnya mendatangi majlis wirid tertentu dihari tertentu.
130) Mendakwa dirinya belajar dengan Nabi Khaidir as dibelakang rumahnya.
131) Nabi Khaidir boleh menjelma dimana saja utk sampaikan Ilmu, tetapi org tidak nampak.
132) Dia saja yang mempunyai kuasa mutlak, suci dan menjadi penyelamat kepada muridnya.
133) Mengenakan hukuman yang zalim kepada murid yang malas dan tidak taat.
134) Mendakwa merekalah pejuang Islam sejati akhir zaman yg terpilih, mukmin lain sesat.
135) Melarang murid berintreksi dengan orang luar yg bukan ahli termasuk ibubapa sendiri.
136) Memusuhi kerajaan tempat mereka tinggal itu kerana mereka semua sesat.
137) Mendakwa bertemu Nabi secara jaga untuk mendapat perintah mentadbir alam ini.
138) Memiliki sifat jahil pada ilmu dan amal serta didalam akidah dan akhlak seorang mukmin.
139) Guru ajaran sesat biasanya tidak belajar tinggi dan tidak belajar agama secara formal.
140) Mendakwa dirinya belajar dengan malikat Jibril spt Nabi Muhammad.
141) Mendakwa Nabi mencampuradok kitab2 suci lain untuk dijadikan Quran.
142) Murid yg solat mesti membayangkan gurunya dihadapan.
143) Membuat upucara membakar al Quran beramai-ramai dan mandi abunya.
144) Mendakwa menerima 2 kalimah shadat terus dari tuhan.
145) Mendakwa nyawa seklian manusia ada dalam gengamannya sahaja.
146) Mendakwa dialah pentadbir seklian alam dan pemimpin seluruh manusia.
147) Berzikir wajib menyebut namanya, ia lebih afdal dari zikir2 yg lain.
148) Ketika mengucapkan 2 kalimah sahadat mesti beretikad kepada gurunya itu.
149) Dia boleh menentukan anak murid yg masuk neraka atau syurga.
150) Menterjemah maksud Qada dan Qadar mengikut logik akalnya yg terang2 sesat.
151) Mengaku menjadi Imam Mahadi, Nabi Isa al Masih dan Nabi terakhir yg menerima wahyu.
152) Mendakwa mendapat mukjizat dan penyaksian akan kerasulan Muhammad.
153) Mendakwa Malikat semua adalah pencaindra Tuhan utk mentadbir alam.
154) Mendakwa menganti Nabi, Nabi Isa dan bakal Imam Mahadi diakhir zaman nanti.
155) Mendakwa mendapat Koramah dan Mujizat dari tuhan.
156) Mendakwa Nabi Isa telah wafat dan dikubur di Sri Nagar dan dia adalah pengantinya.
157) Menyuruh ahli-ahlinya naik haji di Qadian India.
158) Menolak konsep Jihad Fisabilillah kerana sama dengan membunuh diri.
159) Menerbitkan kitab2 yg salah dan sesat utk bacaan ahli2nya.
160) Menyebarkan fahaman Wahdatul wujud dan Mertabat Tujuh.
161) Menganggap perkatan tokoh tasawuf juga sebagai Hadis yg wajib diikuti.
162) Mengharamkan menangis didalam solat.
163) Menambah 2 kalimah sahadat dengan nama Siti Fatimah (anak Nabi).
164) Membuat tafsiran dengan logik akal akan peristiwa 'Israk dan Mikraj'.
165) Menyamakan sifat dan aafal Allah dengan mahluk spt Malaikat, Manusia dan Iblis.
166) Mendakwa rahsia manusia terletak diantara huruf alif dan ya.
167) Menghurai 2 kalimah shadatai dengan keadah yang salah dan sesat.
168) Mendakwa Imam2 mereka semuanya Maksum dan terlepas dari Neraka.
169) Menyamakan taraf Saidina Ali dengan Nabi Muhammad dan Tuhan.
170) Menghalalkan nikah Mutaah kepada semua ahlinya.
171) Mendakwa Ilmu Allah berubah mengikut keadaan.
172) Melaknat dan mengkafirkan semua sahabat-sahabat Nabi.
173) Menambah 2 kalimah shadatai dengan nama Saidina Ali.
174) Melakanat isteri-isteri Rasullah saw iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
175) Menganggap Imam Muhamad bin Hassan al Askari sebagai Imam Mahadi.
176) Menolak semua hadis Mutawatir yg dikeluar dari imam2 ahli hadis ASWJ.
177) Menolak semua ijmak ulama, Qias dalam syarak.
178) Menolak H'aul dan mendahulukan Qurabah dan Asobah dlm masaalah harta pusaka.
179) Menuduh Abu Bakar, Omar, Othman dan Muawiyah 4 berhala Quraisy dan musuh Allah.
180) Mendakwa Saidina Ali penghimpun al Quran bukannya Saidina Othman.
181) Mendakwa Khalifah diwasiatkan melalui Nas dalam Quran dan adalah Rukun Islam.
182) Mendakwa menziarahi kubur Saidina Hussin mendapat ganjaran syurga.
183) Menganggap Karbala adalah tanah suci dan sujud padanya akan diampunkan semua dosa.
184) Memukul badan sendiri pd 10 Muharam akan diampunkan semua dosa.
185) Mengharuskan jamak dalam semua waktu solat.
186) Mengharamkan solat sunat Dulha.
187) Menjadi seorang Islam bukan merupakan syarat sah Haji.
188) Menetapkan"prinsip Khumus" sebagai kadar dalam mengeluarkan zakat.
189) Mewajibkan menyapu kedua kaki memadai dlm mengambil wuduk utk solat.
190) Mengkafirkan mukmin yg bukan ahli mereka dan mereka adalah ahli Neraka.
191) Menganggap diri kita adalah tuhan.
192) Untuk menjadi tuhan kena belajar Ilmu Hakikat.
193) Menafsir ayat 156 surah al Bakarah "inna lillahi wainna ilaihi radji'un" dgn salah dan sesat,
Ia bermaksud ' tampa muhammad wajib tiada tuhan' - " sesungguhnya dirimu ialah tuhan
(tuhan asal dirimu) dan kamu pulang kembali menjadi tuhan".
194) Mendakwa solat ialah penyaksian diri sendiri, tiada yg nyata selain Allah (diri batin) dan
Muhammad (diri zahir) yg membawa dan terkandung rahsia Allah.
195) Tiada konsep menyembah dan disembah, ia sama saja kerana diri itu tuhan.
196) Mendakwa hadis maudu (hadis palsu) juga wajib ditaati.
197) Mencitak buku Hakikat Insan, Tajali dan Rahsia mengenal diri yg diwartakan sesat, syirik,
kurafat, karut, rekaan yg bukan dari ajaran Islam oleh jemaah ulama2 Malaysia.
198) Mendakwa tarikatnya telah diwahyukan kepada Rasullah sebelum Baginda menjadi Rasul
lagi dan Allah telah menurunkan Nur dlm badan Baginda. Nur Muhammad kemudiannya
diturunkan melalui salasilah hingga kepadanya (guru tarikat itu).
199) Ajarannya mengharamkan menghisap rokok, siapa yg menghisap rokok masuk neraka.
200) Naik haji mesti singgah dulu ke Pancabudi Medan Sumatera atau cukup sampai disitu sja.
201) Semasa berdiri mengerjakan solat hendaklah mengambarkan wajah guru. Mereka juga di-
bekalkan dengan foto guru mereka kerana ditakut terlupa wajahnya.
202) Mewajibkan berzikir dengan nama guru mereka supaya mendapat berokah.
203) Mengaku sebagai Imam Mahadi utk org Islam, Nabi Isa utk org Kristian dan bapa semua
manusia kepada yang tiada agama.
204) Mengharamkan wirid dan doa selepas solat.
205) Mendakwa dirinya dimertabat tertinggi dan ada mujizat didalam 'mertabat 5' ajarannya.
206) Akan mendapat tanda pada zikir auradnya spt cahaya, panas, sejuk, berat, ringan dll.
207) Mengada-adakan malaikat Kuranaz dan Karakaz yg menjadi laluan doa, istighfar & zikir.
208) Tidak solat Juamat & jemaah kerana belum solat di Masjidil Haram.
209) Mendakwa telah bertemu tuhan dan nabi serta diberi hadis.
210) Mendakwa nampak Imam spt Khinzir diwaktu solat jemaah jika dia membuka mata.
211) Mendakwa boleh menafsir mimpi seperti Nabi Yusof as.
212) Mewakili guru seluruh dunia yg diijazah oleh Rasullah hingga hari kiamat.
213) Mendakwa datang dari Luh Mahfus kebumi dan bergelar 'baladil amin'.
214) Menolak adanya hari kiamat dan menyalah tafsirkan Quran menurut fikirannya saja.
215) Mengharamkan berdoa untuk orang lain kecuali dirinya.
216) Mengenalkan hukum mandi wajib hanya dengan menyelupkan jari saja.
217) Mengarang kitab sendiri dalam 19 bab yang diharamkan penerbitannya oleh pihak Jabatan
Agama Islam. Bab2 itu ialah al quran, solat, kaum wanita, hakikat, fatihah, bismillah, roh
dan nyawa, ma'ni, guru, hati, sifat, tauhid zat 1, tauhid zat 2, makrifah, nabi 1, nabi 2, af'al,
takbiratul ihram dan mukidmah utk org baru.
218) Mengajar muridnya dgn amalan2 yg salah, syirik, mungkar dan sesat dari akidah Islam.
219) Ciri2 engan berubah walaupun telah ditangkap, didenda, dinasihat dan menjalani consling,
pemurnian akidah termasuklah dipenjarakan kerana kedegilannya.
220) Mempunyai sifat membalas dendam kepada Kerajaan, Jabatan Agama, Polis dan semua
orang sekeliling. Tidak mahu menerima kenyataan yang dia telah sesat akidahnya.

(* Harap maaf jika bertindan atau tertulis dua kali, ia adalah kerana diulas dari beberapa unsur ajaran-ajaran sesat yang berbeza tetapi mereka mengambil pendekatan yang hampir serupa.)

Telah dapat disenaraikan ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka-mereka yang terjebak dialam akidah yang sesat walaupun ini adalah sebahagiannya saja kerana banyak lagi ciri-ciri mereka yang sesat yang beribu-ribu jumlahnya. Oleh itu dapatlah kita ketahui sedikit sebanyak akan ciri
ciri tersebut untuk dijadi pedoman jika berhadapan dengan mereka. Maka hendaklah kita jauhi dan pisahkan diri kita dari golongan sebegini kerana ditakuti mereka akan menjerumuskan kita pula kelembah yang hina itu. Dari sini mari kita selidiki pula akan kaum-kaum atau golongan-golongan yang dikatakan sesat seperti dalam hadis Nabi iaitu yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasullah telah bersabda yang bermaksud :

"Bani Israil berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan satu golongan saja terselamat. Kaum Nasrani berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan satu golongan saja terselamat. Sedangkan umatku juga akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan saja terselamat. Kemudian bertanya para sahabat siapakah satu golongan yang terselamat itu. Maka dijawab Rasullah...al Jamaah... al Jamaah. Kemudian ditanya lagi siapakah golongan al Jamaah itu, maka dijawab Rasullah, golongan yang mengikuti perjalananku hari ini dan para sahabatku (Ahli Sunnah Wal Jamaah) ".


Kepada masyarakat awam yang beragama Islam khususnya akan sentiasa tertanya-tanya siapakah diantara golongan-golongan atau kaum-kaum yang telah dikatakan sesat itu jika berpandukan hadis Nabi saw diatas. Oleh itu dibentangkan disini akan kaum-kaum dan golongan-golongan tersebut untuk panduan anda semua. Kawan perincikan kesemuanya disini akan golongan-golongan ini berbanding dengan tajuk-tajuk yang telah dihuraikan didalam bab-bab yang lalu supaya dapat dibuat perbandingan dan diketahui lebih mendalam lagi akan bab ajaran sesat ini, seperti yang telah digariskan oleh Syarak.



GOLONGAN YANG SESAT LAGI MENYESATKAN DALAM BAB SYARIAT:


Golongan -golongan yang tersesat didalam bab syariat ini adalah golongan yang menokok tambah ataupun mengurangkan sesuatu pekara didalam bab Ibadah serta hukum-hukum syariat Islam mempunyai sandaran dan asal usul yang jelas menurut al Quran dan Hadis Rasullah saw, ataupun diambil dari sumber perbuatan para Sahabat-sahabat Nabi yang muktabar, samada ia perbuatan wajib, sunat, makruh, harus atau haram. Kemudian dari itu semua amalan-amalan itu diamalkan pula oleh dirinya, ahli keluarganya dan dihebahkan pula kepada masyarakat. Amalan- amalan ini lebih dikenali didalam Syarak sebagai :

1) Bidaah Dholalah Karohah.
2) Bidaah Dholalah yang Haram.



ASAS MENJADI KUFUR, MURTAD DAN BIDAAH DHOLALAH:


Terdapat 9 asas yang menjadikan manusia itu menjadi kufur kepada Allah swt atau pun mereka menjadi murtad iaitu keluar dari pegangan agama Islam dan memasuki agama lain atau tidak mahu menjadi pengikut sebarang agama dan menjadi golongan tiada beragama (atis), ataupun dikenali juga dengan golongan berfikiran bebas (freethinker). Asas-asas ini adalah didapati terkeluar dari pegangan agama Islam iaitu melalui Hukum Syarak, Hukum Taklif dan Hukum Akal. Hukum Syarak adalah hukum Wajib, Sunat, Makruh, Haram dan Harus. Manakala setiap satu Hukum Syarak itu pula ditentukan oleh 5 Hukum Taklif iaitu Syarat, Sah, Sebab, Mani' dan Batal untuk membolehkan sesorang itu berada padanya dan menggunakannyaa didalam kehidupannya. Manakala Hukum Akal ada 3 iaitu Wajib, Mustahil dan Harus. Jadi bagi menentukan sesuatu hukum itu mestilah diteliti kesemua hukum yang diatas tadi sebelum ia di ambil sebagai hukum Syarak didalan Agama Islam.

Oleh itu kesemua asas untuk menjadikan sesuatu golongan, kaum atau pun individu itu boleh menjadi kufur, murtad atau duduk didalam Bidaah Dholalah ialah :


1) Jahil Murakab.

Mereka yang menjadi golongan ini ialah mereka-mereka yang menerima dan beramal sesuatu yang baik dan jahat dengan tidak menepati sasaran dan tujuan, atau perkataan dan perbuatan mereka itu tidak menepati dan tidak selari seperti yang asal didalam semua bab iaitu Akidah, Syarak dan Akhlak.


2) Jahil Basit.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini adalah mereka-mereka yang sangat degil dan keras hatinya didalam menerima ilmu dan amal yang baik hingga peringkat menganggap berita baik dan buruk itu sama saja termasuklah ancaman dan ketakutan yang tidak memberi apa-apa kesan. Mereka juga tidak dapat menerima dan melaksanakan sesuatu yang betul didalam bab Akidah, Syarak dan Akhlak walaupun diajar atau ditegur akan kesalahannya. Dalam bahasa oranh Melayu digelar "sudah kematu bebal".


3) Rabatul Aa'di.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini adalah mereka-mereka yang berpegang teguh pada hukum adat, adat resam, adat teradat dan adat istiadat didalam kehidupannya, keluarganya, masyarakatnya dan menolak akan hukum hakam yang telah digariskan oleh agama Islam iaitu Hukum Syarak dan Hukum Akal. Dalam mempertahankan kepercayaannya itu mereka sanggup menyatakan pula hukum-hukum adat itu bertepatan dengan hukum Syarak dan hukum akal dalam agama Islam supaya mereka "dibenarkan" mengamalkannya sedangkan mereka sendiri didalam keadaan tahu akan disebalek penipuan, pembohongan dan kesamaran yang mereka perbuat itu hanyalah semata-mata mempertahankan analan nenek moyang mereka yang direka-reka oleh pawang dan bomoh pada asalnya. Ini lah yang mereka perbuat terang-terangan diwaktu sekarang ini, didalam negara ini dan akan terus sesat sampi bila-bila jika tidak mahu berubah.


4) Taqlidur Rad'di.

Mereka yang tergolongan didalam golongan ini ialah mereka yang mengikut sesuatu ajaran atau fahaman dengan membabi buta tampa merujuk kedalam Hukum Syarak, Hukum Taklif dan Hukum Akal yang telah digariskan didalam Agama Islam. Mereka juga tidak merujuk dahulu kepada Ulama-ulama, Jabatan Agama Islam atau orang-orang yang lebih arif didalam bab Akidah, Syariat dan Akhlak sebelum menyertai sesuatu kumpulan Tarikat, Madrasah dan Pondok pengajian agama itu. Akibatnya mereka terjerumus dan menjadi taksub pula dengan ajaran Imam ajaran mereka itu dan sukar pula untuk menerima kembali akan ajaran yang benar dan betul menurut ajaran sebenar agama Islam.


5) Tahsinul Aq'li.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini ialah mereka yang hanya menurut kebijaksanaan akal din fikirannya saja dan menolak semua hujah al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias didalam Akidah, Syariat dan Akhlak sebagai seorang Mukmin. Oleh itu adalah diharamkan kita hanya menurut logik akal kita saja bagi menentukan perjalanan kehidupan kita ini hingga kita terkeluar dari garis-garis sebenar Agama Islam. Kebanyakan mereka-mereka ini bukan lagi Islam dan memilih menjadi golongan bebas freethingker yang begitu banyak pengikutnya dibarat. Di Malaysia ada juga golongan seperti ini kerana telah terpengaruh dengan kumpulan- kumpulan tersebut semasa mereka belajar disana. Kebiasaannya mereka ini adalah golongan cerdek pandai dan merasa banga akan kebijaksanaan otak atau IQ mereka itu dan beranggapan orang lain semuanya bodoh. Mereka hanya akan bergaul dengan golongan cerdek pandai saja dan tidak mahu bergaul atau memandang jijik kepada mereka yang berfikiran biasa dan awam.


6) Golongan Hululliah.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini adalah mereka yang beretikad bahawa Zat Allah itu menjelma dialam ini, menyerupai sesuatu benda atau orang daripada alam zahir dan batinnya. Seperti etikad orang Yahudi yang berpegang bahawa Zat Allah itu menjelma didalam alam dan menyerupai Nabi Allah Khaidir as. Manakala etikad orang-orang Hindu dan Budha pula ialah bahawa Zat Tuhan menjelma menjadi binatang, dewa, gunung, sungai, pokok, bulan, bintang, manusia dan orang-orang abadi puak mereka serta lain-lain lagi. Begitu juga dengan fahaman dan kepercayaan orang-orang asli di Malaysia kebanyakannya berfahaman begini yang hampir sama saja dengan puak Hindu dan Budha itu. Itulah sebabnya mereka sembah apa saja yang mereka nampak pelek dan mereka anggap ada sesuatu unsur mistik pada sesuatu benda atau pokok dan seterusnya. Manakala orang Islam yang mempercayai sesuatu barang seperti keris, batu, kayu, kain, wafak, ayat dll, akan juga terjerumus didalam golongan ini jika mereka beretikad bahawa benda atau barang-barang itu mempunyai kuasa kepada sesuatu kejadian. Kepercayaan beginilah yang paling banyak menular didalam masyarakat Melayu yang beragama Islam tetapi tidak faham akan Hukum Syarak.


7) Tanasalul Arwah.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini adalah mereka yang beretikad bahawa roh-roh orang mati seperti Panglima, Orang Abadi, Orang Suci, Para Waliallah, Para Nabi dan Para Malaikat boleh menjelma masuk kedalam diri sesorang biasanya mereka yang bergelar Bomoh, Pawang, Bidan, Tukang Urut, Tukang Karut, Makyong, Tok Batin, Mahaguru Silat dan lain-lain manusia lagi yang boleh "MENURUN" walau dalam bentuk apa sekali pun dan hujah yang mereka katakan, ia tetap duduk didalam wilayah sesat ini. Ada pula yang mendakwa boleh nampak dan berkata-kata dengan roh-roh seperti yang telah disebutkan diatas kerana Roh itu datang menghampiri mereka saja tapi tidak masuk dalam tubuh mereka. Dakwaan ini juga sama tergolong didalam golongan sesat ini dan ia tetap salah dari Hukum Syarak, Hukum Taklif dan Hukum Akal dalam agama Islam. Ada juga yang mendakwa zat orang hebat itu yang masuk dalam tubuh mereka bukannya roh. Ini juga mempunyai takrif yang sama dan mempunyai asas Tanasalul Arwah yang diharamkan didalam Syarak. Takrif Tanasalul Arwah juga merangkumi dengan masaalah mimpi bertemu nabi atau dirinya sendiri. Ia juga merangkumi dengan masaalah dapat melihat diri sendiri didalam "fana" zikirnya dan yang ditakrif seumpamanya. Juga mereka yang mendakwa tidak belajar kemudian mendapat mimpi atau bertemu sesorang berjubah, selepas dari itu dia pandai berubat atau berpedidato atau hafal ayat tertentu atau mendapat 'kahsyaf'. Mereka ini juga tidak boleh dipercayai akan ilmu dan amalnya serta semua ilmu yang diperolehi melalui cara ini. Mereka juga sebahagian dari golongan ini.


8) Beretikad Wahdatul Wujud.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini ialah mereka yang mempunyai fahaman dan beretikad dengan fahaman bahawa Zat Allah boleh menjelma kedalam diri mereka dan bersatu dengan rohnya sehingga dia boleh mengaku sebagai 'tuhan'. Dengan itu dia pun dibolehkan meninggalkan semua yang telah diwajibkan bagi Hukum Syarak keatas dirinya seperti meninggalkan solat, puasa, zakat, naik haji dan dibolehkan semua benda yang diharamkan untuk dirinya seperti minum arak, zina, judi dan sebagainya kerana dia telah menjadi 'tuhan'. Maka selepas itu dia pun akan mengubal undang-undang dan hukum-hukum baru bagi aliran ajarannya kepada pengikut-pengikutnya dan anak-anak muridnya. Inilah asas yang paling selalu kita dengar menular didalam masyarakat kita kerana mereka tidak faham akan hukum hakam didalam Agama Islam dan mudah terjurumus kedalam kesesatan yang jauh. Yang menjadi pelik dan menghairankan ramai juga yang percaya dan terpedaya dengan ajarannya walaupun terang- terang dia telah berlaku sesat. Begitulah kebijaksanaan dia berhujah dan berkata-kata hingga orang ramai terperdaya dan turut sama sesat sepertinya.


9) Menyalah tafsir al Quran dan Hadis.

Mereka yang tergolong didalam golongan ini ialah mereka yang membuat tafsiran al Quran dan Hadis Nabi mengikut logik akal mereka atau ikut suka lidahnya dengan tidak belajar bahasa Arab atau tidak masuk belajar pengajian tafsir secara khusus atau tidak mengambil ilmu tafsir dari mereka-mereka yang arif dan mahir dalam ilmu tafsir dan bahasa Arab lagi alim serta beramal dengan ilmunya atau dia tergolong didalam golongan jahil quwaid syarak. Tergolong juga didalam asas ini adalah mereka yang membuang salah satu daripada punca hukum itu iaitu sama ada membuang al quran dan hanya mengikut hadis saja atau mengambil alquran saja dan membuang hadis pula. Termasuklah juga golongan yang suka mempersenda dan mempermainkan ayat-ayat al Quran dan hadis Nabi saw dengan berbagai tujuan terutama dengan bertujuan merendah-rendahkan ilmu didalam kedua-dua unsur utama Hukum Syarak didalam ajaran Agama Islam iaitu al Quran dan Hadis.

Daripada huraian diatas tadi maka ketahuilah kita akan golongan-golongan yang ditakrif sebagai sesat didalam bab Syariat Agama Islam dan duduk didalam Bidaah Dholalah pada hukum syarak. Jika ada diantara kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita atau orang kampong kita yang telah tergolong didalam salah satu yang telah disebutkan diatas, hendaklah kita segera menasihatkan dan memujuknya supaya kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar kerana ditakuti mereka mati didalam keadaan itu. Amat sukar untuk mengenal pasti akan akidah mereka kerana mereka pandai menyembunyaikan aktiviti-aktiviti kumpulan mereka dan hanya bergerak secara senyap dan memilih tempat dipendalaman pula. Jangan hanya memandang bahawa itu bukan kerja kita, itu kerja Jabatan Agama Islam tempatan. Tetapi barang diingatkan bahawa ia juga sebenarnya adalah tanggungjawab kita kerana ia merupakan tanggungjawab kemasyarakatan yang dihukumkan fardu kifayah dalam syarak kepada semua umat Islam. Tanggungjawab kita membasmi kekesatan akidah didalam masyarakat ini adalah untuk melindungi syariat agama daripada porak peranda dek kerana golongan-golongan ini. Ia tidak boleh hancur sekarang kerana anak-anak, cucu-cucu kita harus mendapat pelajaran yang benar supaya siar Islam menjadi tetap utuh hingga hari kiamat.... waalahua'alam.


Sekian dahulu untuk kali ini, pastikan anda bersama laman ini untuk mengatahui apakah 72 golongan yang dimaksudkan didalam Hadis Nabi saw sebagai sesat didalam bab 5 akan datang. selamat membaca......



Wassalam.
Sekian.

zamany.


Wednesday, May 12, 2010

AJARAN-AJARAN SESAT BAB 3

BISMILAHIRAHMANIRAHIM.



AJARAN-AJARAN SESAT DARI KETOGERI AJARAN TARIKAT.


Jika kita tinjau sejak dari dahulu lagi memang telah banyak ajaran-ajaran Tarikhat dan sufism dalam agama Islam yang berkembang diseluruh pelusuk dunia. Ini adalah kerana kecendrungan umat Islam yang ingin mendalami dan mendekatkan diri mereka kepada Tuhan dengan secara tersusun, sempurna, detail dan suci. Mereka selalu mendengar atau membaca akan cerita-cerita kehebatan ahli-ahli Sufi dan ahli-ahli abadi didalam agama Islam serta perjuangan hidup mereka melawan segala bentuk nafsu duniawi, uslah, riadah serta kerja mujahadah kerana Allah dengan ikhlas dan sabar yang istiqamah yang abadi. Lantas degan berkah keikhlasan itu mereka telah diangkat kedarjat yang tinggi disisi Allah yang digelar Waliallah. Maka perjuangan mujahadah diri mereka inilah yang dijadikan contoh taladan bagi murid-murid terkemudiannya pula untuk dipelajari dan diterapkan dalam kehidupan harian mereka pula. Kebanyakannya adalah intisari perjuangan dan kehidupan para-para Sahabat-sahabat Rasullah saw. Ia juga dipanggil dengan nama Kurun Khalaf. Kemudiannya terbentuklah apa yang dinamakan Tarikat (jalan) atau Sufi dan disebut juga dengan nama Ilmu Flasafah Islam. Diantara nama-nama ajaran Tarikat yang tersohor dan ternama sekali semenjak dari zaman sahabat kepada para sahabat-sahabat ialah :

1) Tarikat Naqsyabandiah.
2) Tarikat Syazaliah.
3) Tarikat Ahmadiah.
4) Tarikat Qadiriah.
5) Tarikat Samaniah.

Sebenarnya apa yang mereka pelajari didalam ajaran Tarikat adalah ilmu-ilmu yang merangkumi dan bersangkutan denganIlmu-ilmu kesufian, Usuluddin, Ilmu Tauhid, Flasafah dan pendekatan yang mereka lakukan adalah menerusi rangkaian ilmu-ilmu Tasawuf yang telah disusun dengan rapi oleh pengamal-pengamal terawal iaitu para-para Sahabat-sahabat Rasullah saw sendiri, kemudian susunan itu dihalusi pula oleh Syeikh atau Imam atau Tuan-tuan guru yang dilantik menjadi peneraju dan pewaris kepada warisan Ilmu dan amal daripada satu tangan kesatu tangan, dari satu jenarasi kepada jenarasi hingga kehari ini. Mereka inilah yang digelar dengan panggilan "Warisatul ambiai walmursalin" atau pewaris daripada para ambia yang benar (Sahabat Nabi, Sahabat kepada sahabat Nabi dan seterusnya) kerana perjalanan serta mujahadah yang telah mereka lalui dahulu itu ternyata benar dan menepati kehendak Allah swt dan Rasullah saw. Maka orang-orang yang selepas mereka itu pula telah menyambung akan cara yang sama dengan menurut apa juga yang telah mereka terdahulu itu lakukan dengan yakin, tekun dan sabar sehingga menjadi seakan-akan seperti mereka itu rohani dan jasmani. Memperkatakannya memang mudah, tetapi sebenarnya jalan yang mereka-mereka itu tempuh bukanlah jalan semudah yang di sangka kerana akhir kepada perjalanan itu bukan manusia yang menentukannya, tetapi Allah swt sendiri yang menjadi penerima, pembuka, penentu dan yang paling berhak menghakimi penilayan akan ketulusan serta keikhlasan hatibudi anda. Inilah peringkat terakhir dari setiap jalan Tarikat baik apa juga namanya Tarikat tersebut. Itulah sebabnya kenapa diperingkat permulaan lagi kena tahu asal usul ajaran Tarikat yang dipegang. Ia mestilah mempunyai hubungkaitnya dengan Rasullah saw kemudian kepada Sahabat-sahabatnya, kemudian sahabat kepada Sahabat-sahabat Baginda dan seterusnya kepada waris-waris yang sah dari tangan ke tangan hinggalah kepada kamu dimasa ini, yang juga dinamakan Wasilah atau salasilah. Semua Tarikat yang ungul itu tidak putus sanatnya sehingga sekarang, cuma yang menjadi masaalah apabila "tuan guru" itu tidak punya catitan secara terperinci akan setiap pewaris-pewaris keilmuan tersebut. Disini anda harus melihat dengan terpeinci akan ajaran tuan guru itu. Jika benar ia tidak akan berbuat pekara yang tidak berlawanan dengan peraturan dan hukum agama dan berpegang dengan ajaran ASWJ. Jadi anda juga harus punya asas yang cukup sebelum terjun kedalam ajaran Tarikat itu terutama bab Akidah dan Usuluddin atau setidak-tidaknya mempunyai sedikit pengatahuan berkenaan pekara-pekara ini supaya anda dapat menilai ilmu yang anda pelajari kelak. Diperingkat permulaan semua Tarikat anda lah penentunya, sebab andalah yang hendak melakukan perjalanan itu bukan orang lain. Keyakinan harus anda bina dimasa itu. Untuk meyakinkan diri anda mestilah dengan Ilmu yang anda ada dan nasihat dari orang-orang terdahulu yang telah tahu akan perjalanan itu. Kemudian anda harus rajin membaca kitab-kitab yang ada seterusnya membuat banyak sunat-sunat terutama puasa dan solat sunat Istikrah serta solat sunat Hajat, memohon petunjuk dari Allah swt sendiri. Sampai anda benar-benar yakin dengan apa yang anda buat. Kamu jangan bimbang kerana Allah akan memberi petunjukNya jika kamu benar-benar ikhlas, cuma faktur lambat dan cepat saja. Jika tak diberi apa-apa petunjuk juga bererti kamu tidak sesuai berada disitu atau ajaran itu adalah ajaran yang tidak benar. Inilah asas pertama bagi setiap murid yang ingin menuju kedalam perjalanan alam Tarikat. Jangan ikut cakap orang saja atau ikut membuta tuli tampa membuat apa-apa rujukan dan membina keyakinan pada diri anda sendiri. Ingin akan pekara-pekara asas ini selalu walau dimana anda ingin masuk belajar atau "memondok".

Yang menjadi masaalah utama ialah ujudnya "tarikat sesat" yang menggunakan nama-nama Tarikat unggul yang asli. Penganjur, penaja dan "tok-tok guru" mereka juga bukan kepalang peropagandanya yang berjaya menarek ramai ahli-ahli baru yang terdiri dari orang-orang terpelajar, golongan muda mudi, orang-orang penting dalam Kerajaan, Mahasiswa Universiti, Cendiakawan, guru-guru sekolah agama, tok ketua kampong, tok empat, golongan profisional, murid-murid dari berbagai jurusan ilmu, orang-orang kampong dan lain-lain lagi yang telah terperdaya dengan dakyah dan segala bentuk hasutan termasuk dengan menggunakan ilmu-ilmu pukau melalui kata-kata. Ia selalunya bermula dari cerok desa untuk membina kekuatan menarek jumlah ahli hingga menjangkau ratusan, malah ada yang menyampai ribuan. Penggunaan surau didesa-desa atau membina pondok belajar ditanah milik persendirian menjadi pekara pertama mereka lakukan. Apabila telah diterima ramai maka mereka mulalah membuka beberapa cawangan dimerata tempat dengan mengutip dana dari rakan-rakan, ahli-ahli dan bantuan dari individu yang sealiran dengan mereka. Beginilah modes operandi yang dapat dikesan selalu digunakan oleh penaja dan pengamal ajaran tarikat sesat itu. Sehingga mereka berkembang menjadi besar dan kuat kerana ramainya pengikut. Mereka tidak akan mendaftarkan pertubuhan kumpulan mereka kerana takut dihidu oleh pihak berkuasa. Semuanya dijalankan secara senyap.

Satu lagi masaalah besar ialah mereka-mereka yang menjadi penaraju, penaja, pengamal dan ketua-ketua bagi ajaran sesat itu adalah "bekas murid" yang pernah menduduki dan mempelajari bersama dengan ajaran Tarikat yang asli dulu. Apa bila mereka gagal untuk "menyampai", mereka telah meninggalkan tok guru mereka itu. Ada juga diantara mereka yang telah keciwa kerana tidak dapat lagi mengikuti pelajaran kerana terlalu banyak kerja yang tak mampu diikuti dan tidak mampu lagi dibuat, malahan ada yang telah disingkirkan kerana tidak menjaga adab berguru dan berbagai lagi sebab yang tak dapat disebutkan disini. Biasanya kami gelarkan mereka dengan nama "murid keciwa". Mereka-mereka inilah yang menjadi duri dalam daging yang sanggup berbohong dan menipu semua orang dengan ajaran tarikat barunya dengan menggunakan nama-nama Tarikat asli atau pun menggunakan namanya sendiri sebagai nama ajaran tarikat sesatnya. Mereka telah mengubah berbagai-bagai aliran Ilmu yang benar kepada cara dan citarasanya sendiri kononnya itulah cara yang paling mudah atau jalan pintas "shortcut" menuju kepada tuhan. Tuan-tuan fikirlah sendiri bagaimana murud-muridnya nak "menyampai" sedangkan dia sendiri tak pernah "sampai". Dia sendiri pun tak mampu untuk "menyampai", kini nak bawa orang lain pula ? Mereka sebenarnya telah menyampai kepada Alam Iblis. Maka yang mereka temui itu adalah Syaitan atau Iblis yang menyamar sebagai tuhan. Iblis dan Syaitan amat licik dan memainkan peranan mereka sehabis-habis mungkin dalam mengatur semua gerak geri ilmu dan amal ajaran sesat ini disemua ruang dan sudut sedangkan kamu tidak kenal suatu apa pun didalam wilayah ini ditambah pula dengan sikap taksub kamu kepada "guru" yang sebenarnya juga telah dirasuk Iblis dan Syaitan. Dari mana datangnya ilham pengubahsuaian ilmu dan amal yang dicedok dari Tarikat asli kepada ajaran tarikat baru itu, jika tidak ilham yang dicetuskan oleh Iblis dan Syaitan kedalam pemikiran "guru" kamu itu ? Dia menjadi begitu kreatif mengubah suai segala ajaran asli kepada bentuk ilmu dan amal yang diciptanya sendiri, kemudian mendakwa jalan itulah yang benar ? Kamu yang dungu hanya mengikut tampa usul pereksa ? Nah ! sekarang kamu telah terjebak bersama-sama "guru" tarikat yang sesat berserta Iblis dan Syaitan. Inilah yang telah disebut didalam al Quran dan juga Hadis Nabi saw (sila rujuk semula didalam bab 2), sebagai manusia-manusia yang sesat dan akan dicampak bersama-sama Iblis dan Syaitan kedalam Neraka Jahanam yang telah disediakan untuk mereka. Mereka yang tergolong didalam keadaan "Syrik Akbar" atau "Syirik Kubra" dan jika mereka mati didalam keadaan ini tampa sempat bertaubat bererti mereka mati didalam keadaan kehinaan yang sangat besar dan jauh dari mendapat rahmat serta pertolongan dari Allah dan Rasul. Jauhi lah diri anda dari golongan ini jika ingin selamat didunia dan akhirat.

Selanjutnya, "guru-guru" ajaran tarikat sesat ini telah pula mentarbiah anak-anak murid yang baru dengan menyelitkan amanah-amanah supaya berahsia kepada yang bukan ahli kerana orang awam tidak faham akan ajaran songsang mereka. Oleh itu memang sukar untuk mengatahui akan ajaran tarikat sesat itu jika kita sendiri tidak terjun kedalam ajaran mereka. Ini telah kawan lakukan sedikit masa dahulu untuk mendapat maklumat-maklumat penting yang terdapat didalam ajaran-ajaran tarikat sesat itu. Kemudian setelah itu diketahui pula mereka mengamal zikir-zikir pelik yang kebanyakannya taksub kepada diri "guru" tarikat sesat mereka itu. Mereka juga kebanyakannya berlebih-lebihan dalam beribadat. Pekara sunat diutamakan, sedangkan yang wajib ditinggalkan. Ada juga yang menghalalkan pekara-pekara yang haram dalam syarak. Sebagai contoh mereka telah menghalalkan arak, judi, zina, nikah batin, berpoligami melebihi 4 orang dalam satu masa, nikah Muta'ah, berzikir sampai berzina beramai-ramai, berkongsi-kongsi isteri sesama ahli, mendakwa mereka telah maksum dan tak payah solat (solat hanya untuk orang awam yang bodoh), tak payah berpuasa dibulan Ramadhan (itu juga untuk orang awam), mengubah cara-cara beribadah, mengubah ayat-ayat al Quran sebagai zikir, mengubah Hadis-hadis supaya berpihak kepada mereka, ada yang terus membuang Hadis serta berbagai-bagai lagi pekara sesat dan mungkar yang mereka lakukan secara senyap didalam amalan-amalan ajaran tarikat sesat mereka itu. Ini mendapat perhatian kepada manusia-manusia yang gemarkan pekara mungkar seperti minum arak, berzina, sex bebas, berjudi dan mereka-mereka yang tidak suka solat dan berpuasa. Maka inilah yang mereka tunggu-tunggu, iaitu ajaran 'islam' yang mengikut selera mereka. Mereka bebas melakukan apa saja yang mereka suka dimana "guru" pun sama macam mereka serta tiada bantahan dan sekatan hukum. Mereka inilah golongan yang disebut didalam al Quran dan Hadis sebagai golongan sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Mereka ini juga akan dicampak kedalam api neraka Jahanam bersama-sama Iblis dan Syaitan yang menjadi pemimpin sebenar mereka.

Satu lagi jenis ajaran tarikat sesat ialah ajaran yang membawa kepada taksub dengan perjuangan songsang yang menghalalkan membunuh diri atau pengebom berani mati. Mungkin semua telah tahu akan pekara ini kerana banyak dilaporkan didada-dada akhbar mahu pun dikaca TV. Namun tahukah anda apa yang mereka pelajari ? Jika di Indonesia mereka dianggap "hero" dalam perjuangan mereka. Pada asalnya mereka sama juga dengan mana-mana pondok tempat belajar Tarikat, tetapi setelah sekian lama mereka yang tiada dana untuk pergerakan mereka telah didatangi oleh penuntut dari luar negara yang membuka ruang untuk mendapatkan dana juga dari luar yang tidak diketahui puncanya. Kemudian program penajaan ini berjalan seperti biasa sahaja (awal 80an). Mereka kemudiannya didedahkan dengan kekejaman pihak zionis dan Amerika keatas negara-negara islam dan umat islan dinegara tersebut. Maka timbullah satu mukadimah baru serta provokasi sulit untuk membalas dendam didalam pondok itu membuka agenda baru iaitu ilmu peperangan dan mendalami akan ilmu pembikinan senjata bom kepada beberapa orang murid terpilih. Tidak semua tahu akan pekara ini, ia dibuat dengan teliti dan sulit untuk mengelakkan semua murid lari meninggalkan pondok dan dihidu oleh pihak keselamatan kerajaan. Jadi mereka yang terpilih tadi beroperasi diluar dan jauh dari pondok. Mereka didedahkan dengan ilmu jihad didalam perang seumpama jihad sewaktu zaman Rasullah saw dan para Khulafalrasiddin dahulu tetapi telah ditokok tambah dan dipesongkan akan maksud dan tujuannya. Mereka menampakkan seolah-olah mereka telah dijanjikan "syurga" jika berani melakukan perjuangan itu walhal ia amat jauh dari perintah Jihad yang dikeluarkan oleh Rasullah saw dan Sahabat-sahabatnya. Dahulu mereka lakukan Jihad kerana Allah semata-mata, sedangkan kamu berjihad mengikut nafsu amarah, maksud membalas dendam bagi pihak keluarga mangsa-mangsa perang ditimur tengah itu. Anda nampak tak perbezaan tujuan dan matalamat perjuangan kedua-dua mereka itu. Kan amat jauh dari apa yang dibenarkan didalan Islam. Tambahan lagi Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri walau dengan apa-apa alasan sekali pun. Ia telah tertulis didalam al Quran dengan terang dan nyata sekali akan larangan membunuh diri sendiri itu. Maka ia adalah muktamad dan tidak boleh diubah oleh sesiapa pun.

Siapa "guru" mereka untuk menjanjikan syurga kepada anak-anak murid yang tak berdosa itu ? Adakah ia berhak keatas syurga untuk diberikan kepada sesiapa saja yang dikehandakinya ? Adakah ia berhak keatas setiap nyawa yang akan terkorban kelak jika bom itu meletup ? Semua soalan ini tak dapat mereka jawab kerana sebenarnya mereka tidak berilmu dan hanya mengikut telunjuk golongan tertentu dengan membuta tuli. Tahukah anda bahawa bom-bom yang diletupkan dipasar-pasar itu telah mengorbankan ramai umat Islam serta orang-orang miskin yang tak berdosa daripada sasaran yang mereka tujukan ? Inilah persoalan yang harus difikirkan sedalam-dalamnya sebelum berbuat sesuatu. Kemudian tersebarlah maklumat perisikan yang menyatakan bahawa dana yang mereka terima itu adalah dari kumpulan penganas al Kaedah atau dari Osama bin Ladin. Ini mengejutkan banyak pihak yang tidak menyangka akan pekara ini didalam Jamaah Islamiah sendiri. Malahan sekarang JI telah dilebal sebagai penganas oleh dunia kerana tindak tanduk mereka. Mereka harus sedar dan kembali semula kepada al Quran dan Hadis. Mereka telah terpesong jauh kerana memegang iktikad Jihad yang salah. Perjuangan memang digalakan oleh Islam tetapi bukan begitu tatacaranya. Ia melalui proses yang sah dan keputusan musyarah harus diambil kira terlebih dahulu sebelum keputusan diambil. Bukannya membuta tuli tampa usul pereksa, makanya harus berhati-hati jika diajak berjuang oleh mana-mana pesatuan atau badan peseorangan kerana mereka sehingga sekarang pun mencari "mangsa" untuk dikorbankan dengan bom yang diikat pada badan demi perjuangan mereka yang sempit dan sesat itu.

Kawan sentiasa berdoa agar mereka semua insaf dan kembali semula kepada al Quran dan Hadis supaya hidup mereka lebih bererti disisi Allah swt. Bukalah buku sejarah Islam atau sirah Nabi saw. Tidak pernah Nabi Muhammad saw itu menyuruh umatnya membunuh diri demi dirinya waima untuk Islam, malahan didalam suatu peperangan, seorang panglima Islam yang gagah perkasa dipeperangan itu dengan tiba-tiba apabila badannya yang penuh dengan luka parah dan dia mengambil keputusan membenamkan mata pedangnya sendiri kedalam perutnya kerana tidak tahan lagi dengan kesakitan akan luka papbila di tanya kepada Baginda tentang nasib Panglima itu Rasullah berkata bahawa ia merupakan Ahli Neraka kerana membunuh diri. Lihatlah betapa seriusnya kesalahan membunuh diri ini walau pun kamu telah berjasa besar kepada agama Allah. Seharusnya Panglima Islam itu menunggu saja akan ajalnya disitu untuk mendapat darjat "Syahid" tetapi mengambil keputusan sebaliknya pula untuk mendapat azab yang pedih diakhirat kelak. Amatlah rugi sesiapa juga yang berputus asa atau cuba membela agama Allah dengan cara yang salah ini. Ia dilarang keras dalam agama dan jangan terfikir untuk membunuh sesiapa tampa kebenaran atau membunuh diri sendiri walau apa pun sebabnya. Ingatlah akan Allah selalu dan berpegang teguh serta bertakwa kepadaNya agar anda sentiasa terpelihara dari anasir-anasir dan unsur-unsur sesat itu. Biarlah Allah saja menjadi pelindung bagi kamu kerana Dia adalah sebaik-baik pelindung.

Allah swt berfirman didalam surah al Mukmin ayat 78 yang mafhumnya :

" Sesungguhnya telah kami utuskan beberapa orang Rasul sebelum engkau (ya Muhammad) diantaranya ada yang Kami ceritakan kepada engkau dan ada yang tidak Kami ceritakan kepada engkau. Tiadalah bagi Rasul itu yang mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) itu, melainkan dengan izin Allah (jangan diingkari perintah Rasul itu). Maka apabila datang perintah Allah (azab yang dijatuhkanNya) diputuskan hukum dengan adil dan dikala itu rugilah bagi orang-orang yang menyangkal (sesat)".



AJARAN-AJARAN SESAT DARI KETOGERI ADAT TRADISI .


Kita yang tinggal didaerah Nusantara ini dan terdiri dari rumpun Melayu dengan berbagai kaum didalamnya amat sinonim dengan adat dan kepercayaan masing-masing. Adat istiadat dan kepercayaan tradisi ini adalah peninggalan dari orang tua-tua mereka dari satu jenarasi ke satu jenarasi hinggalah sekarang. Disetengah- setengah tempat, adat istiadat telah dijadikan undang-undang negeri pula. Begitulah kuatnya sesetengah kaum itu memegang kepada adat. Tetapi adat istiadat dan kepercayaan tradisi ini telah dicipta dan direka oleh mereka-mereka yang punya talian dengan Ilmu Mestik pula. Tak kurang juga yang dicedok dari agama-agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, Anamisma, Dinamiseam dan dijadikan pegangan adat serta ada juga yang diubah suai mengikut kritiviti pencipta itu sendiri menjadi adat dan hukum kaum tersebut. Oleh kerana itu banyaklah pekara-pekara yang didapati tidak sehaluan dengan ajaran Islam serta hukum hakam didalamnya kerana asal usul datangnya adat istiadat dan amalan tradisi itu amat berbeza dengan kedatangan agama Islam yang di bawa oleh pesuruh Allah iaitu Rasullah saw dengan petunjuk yang benar. Mengikut penyelidikan dari kaum-kaum yang terbabit telah diketahui bahawa sesetengah adat dan hukum itu diambil dari tok-tok dukun, tok pawang, tok bomoh, tok ketua adat yang terbabit dengan amalan mestik, pemujaan roh, pemujaan jin dan jembalang dan lain-lain pekara syirik lagi. Jadi dengan sendirinya amalan itu tidak boleh diterima pakai menurut hukum Syarak dalam agama Islam. Jika diteruskan juga akan membawa kepada kurafat dan kesesatan yang jauh. Ia dihukumkan sebagai haram dan membawa kepada 'syirik kubra' yang amat dimurkai Allah sat walau apa pun alasannya. Ingatlah, Allah tidak akan mengampuni dosa-dosa syirik yang besar ini dan sesiapa yang ingkar akan menerima balasan api neraka wil dan akan kekal selamanya disitu.

Didalam amalan kepercayaan tradisi masyarakat Melayu, menurut penyelidikan yang dijalankan mereka pada awalnya hanya mengadakan tanggapan atau beranggapan dengan pemikiran mereka bahawa sesuatu amalan itu baik untuk dilakukan. Setelah berulang kali diamalkan dan ternyata ia memang baik, maka amalan tersebut menjadi adat istiadat dan kekal dilakukan dari satu jenarasi kesatu jenarasi hingga kini. Ia seolah-olah telah sebati berdarah daging dalam kehidupan masyarakat Melayu walhal ia masih boleh dikeluarkan atau ditinggalkan saja daripada amalan kita jika kita punya azam dan iktizam yang kukuh untuk keluar dari cengkaman adat yang terpesong dari akidah Islam. Ia terletak didalam diri sendiri bukan orang lain yang menentukan perjalanan hidup kita sedanagkan kita yang akan menangung akibat dari perbuatan bodoh itu. Bukan kah kita telah diberi akal dan fikiran untuk menimbang mana yang baik dan buruk ? Kita sebagai umat Islam seharusnya mengikut apa yang telah digariskan dan ditentukan oleh agama kita kerana itu telah menjadi kewajibpan kita memikul dan menjunjung akan segala hukum-hukum syarak yang terkandung didalamnya. Itulah sebabnya kenapa kita wajib untuk meniggalkan atau membuang saja kepercayaan syirik dan kurafat ini supaya kita terselamat didunia dan akhirat. Tiada mereka yang dapat menolong kita diakhirat kelak, sedangkan mereka juga tiada dapat pertolongan dari datok dan nenek mereka begitulah seterusnya. Masing-masing akan dipertanggung jawabkan segala dosa-dosa besar itu keatas diri mereka sendiri. Selamatkan diri kita dahulu semasa waktu masih ada didunia ini supaya tidak kesal diakhirat nanti.

Satu lagi jenis amalan syirik kaum Melayu ialah percaya kepada bomoh dan pawang untuk perubatan sedangkan mereka terang-terang telah melakukan pekara yang haram iaitu "ilmu menurun". Siapa yang masuk dalam tubuh badan bomoh dan pawang tersebut kalau tidak JIN. Amalan ini juga diamalkan didalam persilatan Melayu yang rata-rata bersandar dengan kekuasaan ragib iaitu JIN. Apakah jenis jin yang akan masuk kedalam tubuh pengamal-pengamal itu kalau tak SYAITAN dan IBLIS ? Hanya mereka yang memberi nama-nama manusia sakti sebagai samaran sedangkan dia sendiri tidak tahu yang dia sendiri telah ditipu oleh syaitan dan iblis itu. Telah diceritakan pekara ini didalam bab Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata) dahulu, serta dijelaskan bagaimana penipuan kaum Jin ini kepada manusia. Ketahuilah bahawa kepercayaan dan amalan begini juga tergolong didalam ajaran-ajaran sesat didalam hukum Islam. Apa juga pekara dan amalan syirik itu adalah haram dan sesat. Jangan kita terus percaya dan mengamalkan pekara ini kerana ia akan membinasakan seluruh hidup kita, amal ibadah kita dan keluarga kita didunia dan diakhirat.

Kepercayaan kepada tangkal dan azimat juga tergolong didalam ajaran-ajaran sesat kerana ia memesongkan akidah dan kepercayaan kita kepada Allah swt. Ingat akan panduan ini " tiada suatu benda, batu, besi, kayu, keris, kain, akar, daun, ayat dll yang boleh mendatangkan bekas kecuali dengan izin Allah sahaja". Maka Iktikad yang menyatakan sesuatu benda atau barang itu boleh mendatangkan mudarat, sihat, kebal, kaya, miskin, penyeri, pelaris, pelindung dan sebagainya itu adalah salah dan sesat, kerana "dibarang" itu telah diletakkan atau digandingkan dengan JIN atau khadam (tak kira samada ia islam atau kafir) yang akan membuat arahan-arahan (telah disebut diatas tadi spt kebal, pelaris dll) itu kepada sipemakai tangkal dan azimat itu. Iktikad ini lah yang salah dan sesat kerana kamu telah menduakan Allah swt tampa kamu sedari. Seharusnya pergantongan harapan, hajat, pertolongan, perlindungan, rezeki yg barakah dan semua kerjabuat kamu pohon, minta dan disandarkan hanya kepada Allah swt, bukan kepada yang lain selain Allah swt. Dengan iktikad yang songsang dan sesat ini menyebabkan kamu dilaknat Allah serta seluruh isi alam ini turut menyumpah kamu dimana sewaktu hidup ini tidak kamu rasai, ia ditangguhkan semantara atas permintaan Nabi besar kita Muhammad Rasuallah saw supaya mereka ini diberi masa untuk bertaubat sehingga Nyawanya sampai kehalkum, sesudah itu terserahlah kepada Allah sepenuhnya. Jika kalau tidak kerana ketulusan permintaan dari kekasehNya itu, diwaktu itu juga Allah swt akan menghancurkan kamu semua dengan azab yang tersangat pedih tampa memberi sedikit tempoh pun. Ini kerana kesalahan dan dosa menduakan Allah itu adalah kesalahan yang tersangat besar dosanya. Allah tidak akan mengampuni dosa mereka yang menduakanNya kecuali mereka yang sempat bertaubat Nasuha semasa hidupnya dan berazam untuk tidak kembali kepada perbuatan tersebut.

Kepercayaan kepada adat yang menebal didalam masyarakat Melayu amnya telah mengatasi pula akan mentaati hukum-hukum Syarak dalam agama Islam sedangkan mereka itu semua beragama Islam. Mana yang lebih utama, mentaati perintah Allah dan Rasul dari mentaati perintah ketua adat, dato lembaga, tok nenek, pawang diraja, menteri adat waima Raja sekali pun atau yang dibangsakan sebagai Manusia ini ??? Sudah tentu mentaati Allah dan Rasul mesti diutamakan kerana ia hukumnya "WAJIB" bagi setiap penganut agama Islam. Ia mengatasi segala apa hukum hakam ciptaan makhluk atau manusia yang ada diatas muka bumi ini walau sebesar mana pangkat dan darjat mereka itu. Contohnya hukum hakam yang dicipta oleh nenek moyang didalam "adat yang diadatkan", "adat yang teradat" dan "adat istiadat". Semua itu tidak wajib untuk diamalkan malahan bertentangan dengan hukum Allah dan Rasullah, walau bagaimana indah, cantik, sesuai, bertepatan, selari dan seribu satu macam alasan yang mereka katakan tentang kebaikan hukum ciptaan mereka itu, ia tetap salah dan sesat. Mana boleh samakan dengan hukum Allah, kamu tu siapa nak disamakan dengan Tuhan ? Macam langit dengan Bumi jauhnya ? Inilah manusia-manusia yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung ? Telunjuk lurus kelingking berkait, mereka berbuat untuk nafsu diri ingin pangkat darjat dan tertulis nama sebagai pencipta adat, penjaga adat, dihormati masyarakat banyak kemudian menyamakan pula akan kerja tangannya itu dengan hukum Allah dengan berkata " kan hukum adat itu menepati hukum syarak, ia juga dipersetujui Mufti, Khadi dan Ulama-ulama Negeri, kenapa kamu mempertikaikannya ???". Kepada orang dungu yang dicucuk hidung mereka boleh ditipu dan disogok dengan wang dan pangkat darjat untuk menurut saja kehendak kamu, tetapi tidak kepada orang-orang berilmu yang tetap teguh dengan pegangan ASWJ dan takut akan seksaan Allah kelak. Kami tetap teguh dengan keputusan melarang orang ramai supaya tidak menggunakan hukum adat sebagai pegangan akidah walau apa pun terjadi. Hukum ciptaan manusia tidak akan melebihi hukum Allah dan manusia jangan berlebih-lebihan dalam soal ini. Hukum seumpama itu walau menepati kepada hukum syarak Islam sekali pun adalah haram untuk ditaati tambah lagi untuk menjadikan ia sebagai pegangan Ikadah. Pemimpin yang menyuruh memegangnya dan pengikut -pengikutnya serta rakyat jelata yang menurutinya sama-sama telah terjurumus kedalam amalan ajaran sesat tajaan mereka. Ingat pesan Rasullah saw didalam Hadis Baginda yang bermaksud :

"Segala yang baru (hukum adat, adat istiadat, adat teradat, adat resam dan pantang larang yang telah dicipta oleh nenek moyang mereka) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat ".

Allah juga telah berfirman didalam surah al Maaidah ayat 104 yang mafhumnya :

"Apabila dikatakan kepada mereka; Marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah kepada Rasul, mereka itu berkata; Cukuplah bagi kami apa yang kami dapat dari bapa-bapa (nenek moyang mereka). Meskipun bapa-bapa kami itu tiada mengatahui suatu apapun (tidak berilmu) dan tiada pula mendapat petunjuk (bukan Nabi dan tidak berilmu tetapi telah meninggalkan kepada mereka segala keparcayaan bidaah, adat resam, adat istiadat, adat teradat, hukum adat dan pantang larang serta amalan kurafat dan bidaah) ".

Allah berfirman lagi didalam surah Asy-Syuaraa ayat 21 yang mafhumnya :

"Bahkan adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan agama bagi mereka (kepercayaan mewajibkan amalan adat Istiadat, puja memuja dll) sesuatu yang tidak diizinkan Allah. Kalau tidaklah kata keputusan (menanguhkan siksaan yang diminta oleh Nabi), nescaya dihukumlah diantara mereka (disaat itu juga). Sesungguhnya untuk orang-orang aniaya itu siksaan yang pedih ".

Firman Allah lagi didalam surah al Baqarah ayat 42 yang mafhumnya :

"Dan janganlah kamu mencampuradokkan yang benar dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengatahuinya".

Banyak lagi dalil dari ayat-ayat al Quran dan Hadis Nabi yang boleh dikupas didalam memperjelas akan hukum syrik dan kufur ini, oleh kerana ruangan yang terhad maka ia hanya dapat dipilih yang tertentu sahaja untuk dimuatkan disini. Jadi dari keterangan hadis dan alQuran itu telah lengkap meletakkan garis panduan kepada umat Islam supaya tidak mengikut saja perintah manusia zalim tampa merujuk kepada Hadis dan al Quran sebagai pedoman. Sebarang tindakan manusia terutama melibatkan akidah mestilah diperhalusi dahulu sebelum diambil menjadi panduan hidup kita kerana kitalah yang akan dipertanggungjawabkan keatas semua keputusan yang kita ambil. Mereka-mereka itu akan berlepas tangan akan dosa syirik ini dihadapan Allah kelak. Semua diantara mereka akan lari dan tidak mahu dihubungkaitkan dengan dosa-dosa itu. Oleh sebab itu keputusan adalah terletak ditangan anda, bukan mereka. Tiada kuasa mereka keatas diri kamu untuk memaksa atas apa juga pegangan yang kamu pilih. Biarlah mereka dengan keseronokan hawa nafsu mereka itu dan jangan kamu ikut serta bersama mereka. Kami telah membuat teguran dengan segala keterangan dan bukti, sekarang terserah keatas mereka untuk membuat keputusan. Ketahuilah bahawa kami telah berlepas tangan dan tanggungjawab kami keatas Syarak, maka terserah kepada Allah dan Rasul akan ketetapan balasan keatas diri kamu semua kelak.


AJARAN-AJARAN SESAT DARI KETOGERI AJARAN BARU.


Didalam kehidupan moden pada hari ini, sebenarnya terdapat banyak aliran-aliran kepercayaan baru yang telah digambar gemburkan, dicanang dan dihebahkan keseluruh pelusuk dunia dengan tajaan kumpulan dan kaum tertentu untuk menghancur leburkan akidah umat Islam. Ini adalah propaganda-propaganda kaum kafir laknatuallah dimana-mana yang sentiasa bersepakat untuk menghancurkan kepercayaan umat Islam semua. Sedangkan umat Islam terus berdiam diri tampa berbuat sesuatu keatas mereka. Ia memang menguji kesabaran kita semua. Telah pun kita diberitahu didalam al Quran akan pekara ini akan berlaku diakhir zaman. Jadi kita umat Islam akhir zaman harus kuat disemua segi untuk mengatasi pekara seumpama ini. Kita semua semamangnya tidak mampu untuk menghapuskan ajaran-ajaran sesat baru mereka. Tetapi kita masih boleh berhubung dan nasihat menasihati diantara kita supaya kita terhindar dari dakyah songsang mereka. Kita jaga dan pelihara keluarga kita dengan keimanan yang kukuh dan sentiasa memohon perlindungan Allah swt.

Diantara ajaran sesat yang baru di dunia ini seperti :

1) Kominisme
2) Sosialisme
3) Materialisme
4) Liberalisme
5) Kapitalisme
6) Sintisme
7) Metalisme
8) Darwinisme dll.

Pelopor kepada ajaran baru moden ini adalah manusia biasa yang berfikiran sempit dan sesat. Semamangnya mereka-mereka ini orang kafir dan semestinyalah ajaran-ajaran mereka itu tidak menyentuh langsung soal akidah umat Islam malah jauh daripada itu. Ia amat mudah kita ketahui akan dakyah songsang mereka yang amat sesat, cuma yang menjadi masaalah, mereka suka mendatangi orang-orang Melayu terutama remaja cuba untuk memikat mereka untuk menyertai kumpulan mereka dengan tawaran keseronokan dunia dan wang ringgit yang banyak. Hati siapa yang tak goyang melihat akan tawaran lumayan seperti itu yang jarang sekali hadir kini terbentang didepan mata. Mungkin di Malaysia pernah digemparkan akan pekara sebegini yang baru-baru berlaku dahulu, tetapi diseberang pekara inilah punca utama Melayu Murtad yang dapat kita kesan hasil daripada penyelidikan bertahun-tahun lamanya dengan cara terjun dan tinggal bersama-sama mereka kerana mereka tidak akan bercakap tentang pekara ini dengan mudah jika kita tidak menjadi sebahagian dari mereka. Bukannya satu aliran kefahaman atau agama saja yang berbuat demikian, semua yang kita senaraikan disini berbuat tektik yang sama. Ini untuk aliran baru atau moden saja, belum lagi kita masuk kepada aliran-aliran kepercayaan sesat dan agama baru yang beribu jumlahnya yang disebarkan diceruk- ceruk desa disana. Semua dikatakan mengunakan wang sebagai umpan untuk menarek minat orang ramai menjadi ahli mereka. Punca utama ialah mereka lemah dalam pegangan agama dan kedua kerana kemiskinan. Benar kata-kata Rasullah saw dalam sebuah hadis kudsinya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang maksudnya :

"Jauhi kamu dari kefakiran (kemiskinan) kerana ia membawa kepada kekufuran (murtad)".

Umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana tinggal dengan aman tampa gangguan hebat dari golongan ini. Ini kerana pegangan kepada Islam mereka masih kukuh dan ekonomi mereka juga amat baik. Sebenarnya kerajaan Malaysia amat ketat dalam pengawalannya akan dakyah sesat yang cuba masuk kemari. Kalau ada pun hanya kedengaran sedikit saja disana sini yang menunggu masa untuk dibentras dan dihancurkan. Disamping itu masyarakat Islam disini walau pun tak semua tetapi dikira mengambil tahu dan perhatin benar akan unsur-unsur ajaran sesat dan cepat bertindak membuat laporan kepada kerajaannya untuk diambil tindakan. Mereka juga bising menyuarakan bantahan kepada kerajaan supaya dibendung akan unsur-unsur kesesatan yang berlaku didalam masyarakat. Ini semua membantu kepada pemiliharaan Agama Islam dari dicerobohi. Kita seharusnya terus mengembling tenaga dan bantu membantu didalam soal yang besar ini kerana mengambil iktibar apa yang belaku diseberang. Ia tidak dapat dikawal dengan mudah dan menjadi begitu komplek dan kronik hingga tidak dapat dileraikan lagi. Didalam muktamar yang baru-baru ini berlangsung di Bandung Indonesia, didalam kertas kerja yang kawan bentangkan, mengariskan antara lain ialah masaalah kekurangan dana untuk kami melancarkan gerakan pemulihan dan pembetulan akidah. Oleh itu telah ada pertubuhan antarabangsa negara-negara Islam yang sudi menghulur bantuan dana bagi melaksanakan tugas tersebut. Sekarang usha itu telah pun dimulakan hampir disemua tempat secara besar-besaran tetapi senyap. Mudah-mudahan dengan izin Allah dan RasuNya, kami akan berjaya dalam misi kami kali ini kerana telah mengalami kegagalan beberapa kali sebelum ini.

Apa yang dimaksudkan disini ialah untuk memperbetul dan memberi kesedaran berkenaan akidah yang benar kepada masyarakat yang telah terpesong dengan dakyah-dakyah aliran kepercayaan kebatinan dan dan ajaran-ajaran tradisi kuno yang menebal dihati mereka. Usaha-usaha ini agak sulit tetapi insyaallah dengan pertolonganNya pekara ini dapat dilaksanakan kerana banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan. Ajaran-ajaran (diseberang) yang kami maksudkan itu ialah ajaran-ajaran sesat seperti :

1) Ajaran Syekh Siti Jenar.(telah diceritakan dibab yg lalu).
2) Ajaran Sabdo Palon dan Ratu Lorogidul (telah diceritakan juga)
3) Ajaran Aliran Sapta Dharma (tujuh kewijipan suci)- aliran kebatinan.
4) Ajaran Aliran Darmo Gandul -aliran kebatinan.
5) Ajaran Paguyubian Sumarah -aliran kebatinan.
6) Ajaran Prikemanusiaan sejati - aliran kebatinan.
7) Ajaran al Hallj ("ana al haq") - aliran kebatinan.
8) Aliran Kabulani
9) Aliran Mufaridiah
10) Ajaran Mokthar Baginda Sumatra.
11) Ajaran Imam Bronjol tarikat Sumariah.
12) Ajaran Syiah .
13) Ajaran Ahmadiah Qadiani.
14) Ajaran Kebatinan Sakti Jawa.
15) Ajaran Sakti Roso.
16) Ajaran Wahdatul Wjud.
17) Ajaran Wahabi.
18) Ajaran Kebatinan Walisongo.
19) Ajaran Anti Hadis.
20) Ajaran Bahai.
21) Aliran Silat Kebatinan Nurani. (terdapat ratusan nama), dan lain-lain lagi.

Kemudian menyalusup masuk ke Malaysia menerusi berbagai cara samada dengan cara a) guru yang berpindah kemari atau b) guru mereka yang membuka cawangannya di sini dan c) anak murid mereka yang membuka cawangan disini. Ini telah dapat dikesan bahawa ajaran-ajaran sesat itu berasal dari seberang atas 3 dasar yang telah disebukan diatas . Ajaran-ajaran sesat itu adalah seperti berikut :

1) Tarikat Syekh Siti Jenar.
2) Ajaran Lorogidul Ratu Laut Selatan (anak muridnya spt Mona Efandy).
3) Tarikat Sumarah Hj Ishak.
4) Perimbun Kemanusiaan Sejati.
5) Tarikat al Halaj - ana al hak
6) Ajaran Kabulani
7) Tarikat Mufaradiah.
8) Ajaran Mokthar Baginda.
9) Ajaran Qadiani Ahmadiah.
10) Tarikat Sumaniah Ibrahim Bonjol.
11) Ajaran Syiah.
12) Ajaran Bahai.
13) Ajaran Qadiani Ahmadiah.
14) Ajaran Martabat Tujuh *(ala Sapta Dharma)
15) Tarikat Sumarah.
16) Gerakan Kemanusiaan sejati.
17) Tarikat Ana al Haq.
18) Ajaran Wahabi.
19) Tarikat Wali Sembilan.
20) Gerakan Anti Hadis.

Manakala ajaran sesat Kebatinan yang berupa persilatan yang memasuki negara ini dikenali dengan beberapa nama iaitu :

1) Persilatan Tahan diri (kuasa ghaib).
2) Ilmu Tenaga Dalam Hikmah.
3) Silat pukulan jauh.
4) Silat Sunda.
5) Silat Kalimat Sakti.
6) Silat Budi Suci.
7) Silat Budi Suci Sejati.
8) Silat Harimau Jadian.
9) Silat Wali Suci.
10) Silat Nasrulhaq.
11) Persilatan Tusuk Hikmat.
12) Silat Gayong Halilintar.
13) Silat Potong Maya.
14) Silat Seru (kebatinan dalam).
15) Silat Tangan Ghaib. dan lain-lain lagi.

Sebenarnya terlampau banyak aliran ajaran-ajaran sesat yang tidak dapat disenaraikan semua didalam ruangan ini, baik diseberang mahupun disini. Kami harus mendedahkan persamaan antara ajaran-ajaran sesat disebarang dan disini kerana kebanyakan masyarakat disini telah terpengaruh dengan keilmuan orang diseberang sedangkan mereka pun tidak tahu asal usul ilmu tersebut. Ada pula yang teksub dengan Ilmu Sakti yang mampu diperolehi disana, walhal pekara itu adalah salah dan menyempang dari ajaran agama Islam. Masyarakat disini dan disana memang mempunyai minat yang hampir sama didalam bidang kerohanian, baik berunsur ajaran Tarikat mahu pun dibidang seni beladiri dan persilatan. Di Indonesia seni beladiri telah terlalu lama hingga telah mengalami banyak perubahan dan bercampur adok dengan ajaran kebatinan yang terang-terang terpesong dari ajaran Islam. Sedangkan orang-orang disini tidak mengenal akan apa yang dimaksudkan dengan "Kebatinan". Ia sebanarnya melibatkan penggunaan Jin malahan ada yang telah menyampai kepada "bersatu" dengan Syaitan dan Iblis kerana mahukan Ilmu Sakti dan Kebal. Inilah pekara kurafat dan syirik yang banyak berlaku didalam ilmu beladiri dan persilatan disana, kemudian menular kemari dengan menggunakan nama-nama asli dan juga nama-nama baru yang direkacipta oleh pengasasnya.

Semua yang disenaraikan disini dan juga yang seumpama dengannya adalah diketogerikan sebagai Ajaran-ajaran Baru yang Bidaah, Syirik, Kufur, Sesat lagi menyesatkan. Sesiapa yang pernah dan sedang belajar dalam salah satu dari ajaran yang disenaraikan diatas dan juga telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dimana-mana Negeri di Malayisa, hendaklah dengan segera memisahkan dirinya dan bertaubat nasuha kerana ditakuti jika kamu mati didalam keadaan itu, kamu akan ditempatkan ditempat yang buruk dan mendapat seksaan yang sangat pedih dineraka Jahanam sampai bila-bila seperti yang disebutkan didalam ayat-ayat al Quran dan Hadis yang telah dinyatakan terdahulu. Ajaran-ajaran tersebut telah diperhalusi dan dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya oleh Majlis Ulama dan semua pegawai-pegawai yang telah diberikan tanggungjawab untuk menilai dari semua segi didalam Syarak, Ijmak Ulama, Kias, Hadis dan Al Quran juga tidak ketinggalan pendapat-pendapat Ulama-ulama yang lain, barulah sesuatu ajaran itu diberi Fatwa Ajaran Sesat. Bukan dibuat semberangan atau semborono saja. Sebab itu mereka mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan sesuatu kes. Ia sebenarnya melalui berbagai-bagai proses penapisan dan penilaian yang dikelola oleh pejabat Mufti Negeri hingga benar-benar berpuashati barulah Fatwa dikeluarkan. Begitulah serba sedikit penjelasan untuk meletakkan sesuatu ajaran itu sesat atau pun tidak, untuk kefahaman kita semua.


Sekian duhulu untuk kali ini, tajuk ini akan disambung dalam bab ke 4 tidak berapa lama lagi dan diharap kalian semua mengikutinya kelak.

Justify Full

Ikhlas dari:
Zamany.